Khamis, 22 Oktober 2015

CURI DUIT RAKYAT DALAM NEGARA BERANI, ambil duit dari luar negara pengecut..!!!

S'pore yg kecik tu pon boleh nak saman Indonesia.. TETAPI mengapa tidak di M'sia ???

Ooops... Zahid kan asal Indon.. anak baru je kawen dengan Indon.. patut ler...

Adakah pemimpin2 di M'sia sudah hilang kekontolannya mcm pahlawan ulung bugis Pekan ???

Biarlah rakyat MALANGSIA tanggung sedut jerebu tiap2 tahun...

ASAL AJA keluar dari mulut menteri UMNO PASTI BOHONG. KENAPA ??!!


DAHULU.. pon kata sblom GST dilaksanakan semuanya indah2 belaka.. RAKYAT MULA FAHAM KEBAIKAN GST konon!!!.. last2 slps terlaksana 'SEMUANYA NAIK' bebankan rakyat kecuali Rosmah Najib jer NAIK JET MEWAH EKRAJAAN terbang ke sana sini.. last2 Menteri yg kuat jilat Najib dulu pon dah kena tendang keluar dari kabinet Najib...

SEKARANG.. dok merapu jaja kebaikan TPPA itu bagus utk negara & rakyat plok..

JILATLAH SAMPAI MATI...

Biarlah rakyat MALANGSIA tanggung sedut jerebu tiap2 tahun...


TAHUKAH ANDA.. Kerajaan S'pore akan saman Indonesia berhubung malapetaka jerebu melanda di negara mereka..
TETAPI mengapa tidak di M'sia ???

Adakah pemimpin2 di M'sia sudah hilang kekontolannya mcm pahlawan ulung bugis Pekan ???

S'pore yg kecik tu pon boleh nak saman Indonesia... Ooops... Zahid kan asal Indon.. anak baru je kawen dengan Indon.. patut ler...

Wan Azizah: 1MDB tak boleh disentuh, Kit Siang mangsa terbaru


kit-siang-wan-azizah


KUALA LUMPUR 22 OKT: Penggantungan Ahli Parlimen paling lama dalam sejarah tanah air dari menghadiri sidang Parlimen disifatkan tidak wajar, bahkan menjadi mangsa terbaru skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail kesal kerana Ahli Parlimen Gelang Patah itu hanya membawa suara rakyat berkaitan skandal 1MDB yang hangat diperkata dalam dan luar negara.
“Adakah 1MDB langsung tidak boleh disentuh, tidak sesiapa pun boleh soal?
“Kit Siang hanya bawa surat speaker yang memungkinkan 1MDB tidak boleh berfungsi. Apakah itu satu kesalahan?” katanya pada sidang media di lobi Parlimen selepas penggantungan itu, hari ini.
Beliau juga menyifatkan penggantungan itu tidak wajar kerana pelbagai tafsiran lain terhadap isu penggantungan boleh dibuat terhadap Kit Siang sekaligus membuktikan Parlimen bukan lagi medan bersuara.

Kit Siang: Penggantungan saya jadi ‘lesen’ bangkit kesedaran rakyat


kit siang


KUALA LUMPUR 22 OKT: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang digantung enam bulan dari menghadiri sidang Parlimen selepas mengkritik Speaker Dewan Rakyat ketika membangkitkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan masalah jerebu.
Menyifatkan dirinya sebagai mangsa terbaru 1MDB, beliau tidak kesal dikenakan tindakan itu kerana ia bakal menjadi lesen kesedaran dan kebangkitan rakyat untuk menumbangkan kerajaan zalim.
“Jika saya digantung dari (sidang) Parlimen enam bulan tapi ia menjadi lesen kesedaran rakyat dan rakyat bangkit melawan kezaliman, saya terima, saya rela,” katanya.
Bagaimanapun, beliau kesal kerana isu penggantungannya menguasai sidang Dewan Rakyat seolah-olah pihak tertentu cuba mengalih tumpuan daripada skandal 1MDB dan masalah jerebu yang jauh lebih serius.
“Kalau tanya orang, apa isu paling besar? 1MDB. Lagi besar dari 1MDB tapi dalam dewan ini, isu paling besar  gantung Gelang Patah enam bulan. Dalam isntitusi parlimen pun, isu sudah bertukar wajah,” katanya.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu digantung enam bulan selepas pengundian 107 menyokong dan 77 membantah sekalipun prosedur penggantungannya mencurigakan, malah beliau dinafi hak pembelaan.
Ia berikutan Kit Siang tidak menarik balik perkataan yang digunakannya terhadap Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, pada perbahasan Isnin lalu dalam isu berkaitan 1MDB dan jerebu kerana tidak menyebutnya secara tepat.
Usul penggantungan itu dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Azalina Othman Said jam 11.40 pagi ini selepas usul sama ditolak semalam.

'Beri BR1M macam bagi 'chewing gum'


Mahfuz Omar

KUALA LUMPUR - "Kerajaan beri Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) seolah-olah bagi kita (rakyat) gula-gula getah 'chewing gum'. Sudah habis manis (gula-gula getah) itu, kita sudah tidak ada (rasa) apa-apa lagi," demikian ujar Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pemberian BR1M kepada masyarakat berpendapatan sederhana dan rendah di negara ini.

BR1M merupakan salah satu perkara yang akan disentuh oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2016 esok.

"Kalau tambah BR1M banyak mana sekalipun, keadaan ekonomi kita tidak akan pulih. Dan beban akan terus menghimpit kehidupan rakyat dengan nilai ringgit yang jatuh.

"Dia (Najib) nak tambah  BR1M banyak mana? Bukannya dia boleh bagi (BR1M) tiap-tiap bulan," tempelak beliau lagi.

Sementara itu, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata, kerajaan kini sedang menimbangkan cadangan untuk memberikan BR1M untuk tahun 2016.

Menurut Ahmad Husni, BR1M telah diagihkan kepada 4.33 juta isi rumah, membabitkan peruntukan sebanyak RM2.16 billion. Bantuan RM500 telah diberikan kepada setiap keluarga yang pendapatan isi rumahnya RM3,000 dan ke bawah.

RESOLUSI SIDANG ANAK MUDA – “WISHLIST” BAJET 2016

20151022030430

Sidang Anak Muda berkenaan Bajet 2016 yang telah berlangsung pada 20 Oktober 2015, telah bersetuju untuk mengemukakan 9 desakan berikut kepada YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak:
1) Kerajaan perlu mengambil langkah segera mengurangkan ketirisan dan pembaziran dalam usaha mengurangkan beban hutang negara, terutama dengan adanya hasil tambahan GST.
2) Inisiatif perlu dimulakan di setiap peringkat untuk membangun model ekonomi baru yang tidak hanya menjadikan wang dan pertumbuhan material sebagai kayu ukur; sebaliknya didasarkan atas nilai-nilai Islam contohnya dengan memberi insentif untuk mengembangkan institusi waqaf.
3) Anak muda mahukan budaya kolektif dan kerjasama serta menolak budaya individualistik dan kronisme yang diakibatkan oleh perlumbaan mengejar pertumbuhan ekonomi yang pesat.
4) Kerajaan perlu serius untuk memastikan pendidikan yang berkualiti dan dapat diakses oleh semua lapisan masyarakat; pendidikan yang diharapkan adalah pendidikan yang mampu milik dengan kualiti yang bertaraf antarabangsa.
5) Tumpuan perlu diberi kepada pembangunan keluarga muda secara menyeluruh, dengan melihat aspek memulakan perkahwinan, pemilikan rumah, kos kesihatan dan kos hidup harian.
6) Jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar perlu dirapatkan untuk mengelakkan masalah pembangunan tertumpu di Lembah Klang.

KEMASUKAN TOKOH-TOKOH ANAK MUDA KE DALAM PARTI AMANAH NEGARA (AMANAH)



AsjeEM7u5i8ZwXqB9MKT5AyUoAefSOW3jfn0MLgEk3aZParti Amanah Negara (AMANAH) menzahirkan kesyukuran yang tidak terhingga atas kemudahan dan kelancaran perjalanan parti yang baru ditubuhkan sejak lebih sebulan lalu dengan sambutan yang amat luar biasa dari pelbagai lapisan masyarakat di negara ini.
Saban hari, AMANAH menerima ratusan malah ribuan permohonan ahli baru yang berminat menyertai parti ini atas dasar yang jelas demi menyelamatkan negara dari terus dipimpin oleh kerajaan yang tidak beramanah dan menuju Malaysia baru yang lebih berintegriti dan progresif.
Pemuda AMANAH Nasional khasnya sedang berada di atas landasan yang tepat untuk mencapai sasaran keahlian sebanyak 15000 pemuda yang berusia di bawah 35 tahun menjelang akhir tahun ini.
Sebagai nilai tambah kepada keahlian pemuda yang mempunyai kepelbagaian latar dan profesion, Pemuda AMANAH Nasional turut berbesar hati menerima kemasukan tokoh-tokoh anak muda yang telah menempa nama di peringkat nasional dengan aktivisme yang peduli isu dan rakyat.
Sehubungan itu, Pemuda AMANAH Nasional dengan bangganya mengumumkan kemasukan tokoh-tokoh anak muda berikut untuk bersama kami dalam keluarga besar AMANAH dan diberi kepercayaan memimpin barisan hadapan Pemuda AMANAH.

1) Wan Anwar bin Wan Ibrahim
Wan_Anwar_Wan_IbrahimBeliau merupakan pengasas kepada Centre for Political and Economic Transcendence (COMPETENT), sebuah gerakan advokasi ke arah suatu pembaharuan dan perubahan politik dan ekonomi baru dalam negara. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (Kejadian) dan juga Sarjana (Undang-undang Perbankan) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan kini beramal sebagai seorang Peguambela dan Peguamcara (Malaya) di samping turut merupakan seorang Peguam Syarie.
Wan Anwar juga merupakan seorang pemimpin mahasiswa semasa di universiti. Beliau adalah mantan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Antarabangsa, Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA) dan pernah mengetuai rombongan KARISMA dalam lawatan kerja di luar negara.
Sebagai seorang profesional, Wan Anwar juga merupakan ahli lembaga pengarah dan penasihat undang-undang kepada pelbagai koperasi serta pernah membentangkan kertas kerja akademik dalam konvensyen akademik di peringkat kebangsaan dan juga terlibat aktif dalam forum-forum akademik, undang-undang, ekonomi dan perniagaan. Selain itu beliau juga sering diundang untuk memberikan pandangan mengenai isu-isu perundangan dalam media-media massa.
Sebagai seorang aktivis masyarakat, Wan Anwar kini merupakan Pengerusi Badan Pengurusan Bersama, Pengerusi Persatuan Penduduk dan juga Wakil Pemuda Surau di kediaman beliau.
Wan Anwar juga adalah seorang aktivis sosial yang mana beliau merupakan mantan Pengarah Operasi i-Bantu IKRAM negeri Selangor, iaitu sebuah sayap khidmat masyarakat Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang terlibat secara aktif dalam mengkoordinasikan bantuan dan pembangunan semula negeri-negeri yang telah terkesan teruk akibat bencana banjir yang melanda negara pada hujung tahun 2014 selain beliau juga adalah Pengerusi pertama kepada Persatuan Alumni Pusat Pendidikan Al-Amin Selangor.
Wan Anwar sekarang diamanahkan sebagai Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional.

2) Azan Safar
imageBeliau yang berusia 26 tahun, adalah merupakan bekas aktivis mahasiswa yang giat aktif memperjuangkan isu-isu kemahasiswaan termasuklah kebebasan akademi dan autonomi universiti dan juga isu-isu nasional terutamanya yang melibatkan soal kepentingan rakyat terbanyak. Berlatarbelakangkan Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan merupakan seorang Hafiz berkelulusan Darul Quran wal Qiraat JAKIM, beliau telah diberi kepercayaan selaku Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) bagi sesi 2013/2014.
Ketika memegang posisi Presiden GAMIS, beliau secara proaktif telah memimpin gerakan mahasiswa turun ke dalam masyarakat secara langsung termasuklah melibatkan GAMIS secara aktif dalam menjayakan siri-siri himpunan bantahan rakyat. Semasa Pilihan Raya Umum ke-13, Azan Safar telah memimpin Gerakan Tolak Kerajaan UMNO/BN (TOLAK) dan mengetuai siri jelajah TOLAK ke seluruh negara bagi memberi penerangan dan berkempen kepada masyarakat untuk menolak kepimpinan lemah UMNO/BN pada pemilihan yang lalu.
Antara sumbangan beliau paling signifikan dan memberi impak yang besar kepada landskap perjuangan rakyat tertindas adalah kejayaan beliau mengasaskan dan memimpin Gerakan Turun Kos Sara Hidup atau popular dengan panggilan Gerakan TURUN yang berobjektifkan untuk mengangkat isu-isu utama yang bertemakan penindasan rakyat terutamanya isu kenaikan kos sara hidup yang tidak terkawal.
Melalui gerakan TURUN, beliau telah berjaya mengumpul sokongan ratusan ribu rakyat dengan siri jelajah penerangannya di seluruh negara dan berjaya mengetuai Himpunan TURUN secara besar-besaran di Dataran Merdeka pada malam sambutan Tahun Baru 2014, sehingga telah menyebabkan kerajaan bereaksi terhadap gelombang kebangkitan itu dengan membuat tahanan lokap terhadap beliau dan mendakwanya atas tuduhan untuk menggulingkan kerajaan.

Barisan Nasional (BN) Penentang Sebenar Hudud

OLEH MUHAMMAD ZAKI BIN SUKERY


1) Membaca dan meneliti tulisan Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat, saya kira ada beberapa pencerahan yang perlu dicermati agar seluruh rakyat Malaysia mendapat gambaran komprehensif tentang apa sedang berlaku dan tidak prejudis kepada mana-mana pihak tanpa asas pertimbangan rapi.

2)    Ini selari dengan firman Allah Ta’ala dalam Surah Al-Maa’idah, ayat 8, “Dan janganlah kebencian kamu kepada satu-satu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlakulah adil kerana ia lebih mendekatkan kamu kepada ketaqwaan”.

3)    Secara peribadi, saya kira di luar sana masih banyak isu yang perlu diulas. Isu 1MDB, isu kejatuhan nilai matawang, isu liberalisasi ekonomi dek TPPA, isu keselamatan LPT 2 dan sebagainya. Namun tidak adil kiranya jika dibiarkan apa yang telah diviralkan menjadi ratiban harian tanpa informasi yang tepat dan tuntas.

4)    Penghakiman kes tiga (3) individu (“Pemohon-Pemohon”) dalam mencabar Kanun Jenayah Syariah II (1993) 2015 (popular disebut sebagai “Hudud” walaupun lebih harmoni disebut sebagai Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah memandangkan peruntukan Qisas dan Ta’zir turut tersenarai dalam Enakmen) masih belum menyentuh apa-apa isu merit.

5) Kes ini hakikatnya ditolak seawal pada peringkat Pemohon-Pemohon gagal membuktikan bahawa mereka akan terkesan secara langsung jika Hudud tergunapakai. Ia jelas dinyatakan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zaharah Ibrahim dalam menolak permohonan mereka untuk memulakan petisyen mencabar Hudud apabila menyatakan bahawa tidak ada satu pun dalam Afidavit Pemohon-Pemohon mengatakan bahawa mereka terkesan atau akan terkesan kepada hak tertentu mereka. Oleh sebab itu, beberapa ketika selepas Penghakiman disampaikan, Pemohon-Pemohon melalui Peguamnya menyebut akan kembali mencabar kes ini. Bezanya kali ini, dengan menjadikan sesiapa dari kalangan orang Islam secara total sebagai Pemohon-Pemohon.

6)    Oleh yang demikian, hujah DAP yang mengatakan bahawa Hudud tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia adalah jelas masih tidak berjawab. Dalam sebuah negara yang mengamalkan konsep Federalisme, dakwaan ini malangnya berasas. Kesalahan jenayah terutamanya berkaitan 'kesalahan dan hukuman' Hudud yang dicadangkan lazimnya dibicarakan di bawah Kanun Keseksaan. Dari itu,hujah Hudud bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan sebenarnya masih tidak berjawab dengan Penghakiman kes yang diputuskan pada Selasa lepas atas sebab ia masih tidak diputuskan pada merit kes.

7) Mengambil kira soal sedemikian, sikap berterusan menuding jari kepada DAP dalam isu Hudud jelas tidak berpijak atas semangat disiplin ilmu dan praktikal perundangan.

Dr Zuhdi barangkali terlupa Langkah Populis Presiden PAS Hapuskan Tol Semasa Kuasai Terengganu Dulu

Oleh ZAINULFAQAR YAACOB


Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki menyifatkan usaha menghapuskan tol bagi Lebuhraya Utara Selatan dan Jambatan Pertama Pulau Pinang, jika Pakatan Harapan (PH) memerintah negara sebagai “langkah populis yang mahu menjanjikan 'bulan bintang' kepada rakyat".

Barangkali Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat itu terlupa yang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga pernah mengambil langkah populis itu, dengan menghapuskan tol Jambatan Sultan Mahmud selepas menguasai Kerajaan Negeri Terengganu, 1999 dulu.

Nasihat saya mudah, jangan meludah ke langit, kelak terkena muka sendiri.

Salah satu logik tol dikenakan adalah untuk membiayai kos pembinaan lebuh raya, kerana kos penyelenggaraan jalan diambil daripada cukai jalan (road tax).

Namun, syarikat konsesi tol Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) didedah mengutip keuntungan kira-kira RM18.3 bilion sehingga 31 Disember 2010, walaupun kos pembinaan lebuh raya yang menghubungkan Utara dan Selatan Semenanjung Malaysia itu direkodkan menelan belanja RM5.9 bilion sahaja.

Dianggarkan, syarikat kroni untung 52 sen bagi setiap satu ringgit yang diperas daripada pengguna lebuh raya itu.

Apabila semua ini didedah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menangguhkan cadangan kenaikkan kadar tol sebanyak 5 peratus setiap tiga tahun mulai 2016, atas sebab menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13, 5 Mei 2013, serta isu tol ini diledakkan oleh para pemimpin pembangkang semasa itu.

Sementera itu, kutipan tol di Jambatan Pertama Pulau Pinang kalau ikut perjanjian asal adalah selama 17 tahun dan sepatutnya tamat pada tahun 2018.

Tetapi, Kerajaan Pusat berbincang dengan syarikat konsesi sahaja berwajib (serta tanpa partisipasi Kerajaan Pulau Pinang) secara tender tertutup telah melanjutkan tempoh kutipan tol selama 30 tahun lagi, dan ditamatkan pada 2038.

Sehingga 31 Disember 2011, syarikat konsesi Jambatan Pertama Pulau Pinang direkodkan mengutip tol kira-kira RM1.859 bilion dengan kos pembinaan projek itu sebanyak RM944 juta sahaja, sekaligus menunjukkan mereka mendapat lebihan kutipan RM924 juta semasa itu.

BNBBC dedah terdapat ahli Parlimen BN tak sokong Bajet 2016

Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad berkata tidak akan mendedahkan ahli Parlimen BN yang tidak menyokong Bajet 2016, walaupun mereka sudah dikenalpasti. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Oktober, 2015. Terdapat beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang tidak akan menyokong Bajet 2016, dedah Tan Sri Shahrir Samad, namun beliau yakin parti pemerintah masih memiliki sokongan majoriti dan terselamat dalam pengundian.
Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) itu berkata, suspek ahli Parlimen yang tidak akan menyokong Bajet 2016 sudah dikenalpasti, namun tidak akan mendedahkannya.
"Ia suspek yang sama, saya rasa kamu pun tahu," kata Shahrir semasa ditemui pemberita di Parlimen hari ini.

"Mungkin terdapat yang tidak akan mengundi nanti semasa bajet."Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad berkata tidak akan mendedahkan ahli Parlimen BN yang tidak menyokong Bajet 2016, walaupun mereka sudah dikenalpasti. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Oktober, 2015. Namun, ahli Parlimen Johor Baru itu yakin majoriti masih akan mengundi menyokong bajet yang bakal dibentangkan, kerana memiliki disiplin dan tidak terperangkap dengan permainan pembangkang.
"Disiplin parti sangat konsisten, menunjukkan prestasi baik dan memperbaiki perbahasan mereka.
"Saya rasa tidak ada sebab untuk mereka tidak mengundi menyokong bajet nanti," katanya.
Malah, kebanyakan ahli Parlimen BN juga terlibat sama dalam persediaan Bajet 2016 dan mustahil mereka bermain politik, kata Shahrir.
"Saya yakin ahli Parlimen kami tidak berhasrat untuk bermain politik," katanya.
Shahrir menafikan ahli Parlimen yang dikenalpasti itu terdiri daripada 20 wakil rakyat yang sebelum ini didakwa akan menyokong undi tidak percaya terhadap Najib pada sidang kali ini.
"Ia bukan 20 nama seperti yang dikatakan sebelum ini," katanya.
Terdahulu, bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah berkata ahli Parlimen BN boleh mengundi menolak Bajet 2016 yang dibentangkan Najib esok.
Ahli Parlimen Gua Musang itu juga antara salah seorang pengkritik Najib, malah tampil bersama-sama pada sidang media bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua lagi peminpin Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal yang disingkirkan daripada Kabinet.

Pandan jadi pondan, Rafizi ingatkan Annuar berkelakuan usianya



Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli enggan diheret dalam kancah pertikaman lidah dengan pengerusi MARA Tan Sri Annuar Musa berhubung sindiran bahawa ahli parlimen Pandan itu “juga lakukan 'benda' itu?”
Menurut Rafizi, kenyataan seumpama itu tidak seharusnya datang daripada seorang yang berusia seperti Annuar.
"Dalam Dewan, setiap kali beliau bangkit mahu berbahas dengan saya, beliau akan menyebut pondan dan bukannya Pandan.
"Pendirian saya sentiasa konsisten. Annuar (yang juga Ahli Parlimen Ketereh) seusia dengan ayah saya. Beliau berusia hampir sama dengan bapa saya, jadi beliau harus berkelakuan seperti usianya.
"Saya tidak mahu membuat serangan seumpama itu dan merendahkan diri saya sepertinya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Awal hari ini, Annuar mengadakan sidang akhbar sambil membantah tindakan Rafizi kerana menuduh seorang eksekutif pelaburan MARA bersubahat dalam skandal majlis hartanah Australia.
Katanya, hanya kerana eksekutif itu ada kaitan dengan syarikat yang terlibat sebelum menyertai MARA, ia tidak bermakna beliau bersalah.
"Contohnya, ada seorang dalam PKR disabitkan kesalahan homoseksual.
"Boleh ke kata YB Pandan (Rafizi) lakukan jugak benda itu ‘by association’?" soal Annuar.
Bagaimanapun, Rafizi menafikan bahawa beliau mendakwa eksekutif itu bersalah kerana pembabitannya.
"Saya berkata, ada konflik kepentingan, kerana syarikat yang disertainya sebelum itu kemudiannya menjual hartanah pada harga yang tinggi kepada MARA,” katanya.

Is it a summary execution?

Rafizi: He used to call me 'pondan,' not Pandan MP

After ‘gay’ jibe, Rafizi tells Mara boss to act his age

Tiada imuniti untuk speaker dan ahli Parlimen jika dilihat cuba subahat lindungi jenayah

Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar


Perlembagaan Persekutuan adalah di bawah Artikel 4(1) dengan jelas menyebut ianya adalah ‘supreme law of the land’ iaitu undang undang tertinggi negara ini. (Rujuk juga , Raja Azlan Shah FJ dalam kes Loh Kooi Choon v Kerajaan Malaysia (1977) 2 MLJ 187-188).
Ahli ahli Parlimen mempunyai keistimewaan khas yang dikenali sebagai ‘Parlimentary Privillege’di bawah Artikel 63, Perlembagaan Persekutuan di dalam menjalankan tugas dalam kedua dua Dewan. Namun, Artikel 63 (4), Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan ahli Parliemen boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan 1948 dan juga kesalahan di bawah Artikel 10 (4), Perlembagaan Persekutuan.
Fungsi Majlis Raja-Raja dan Yang Di Pertuan Agong yang mengimbangi kuasa kuasa yang ada pada eksekutif, legislatif dan kehakiman kita bincangkan sebelum ini. Justeru segala titah perintah Majlis Raja-Raja baru-baru ini patut dipatuhi selaras dengan peranan Majlis Raja-Raja serta selaras dengan fungsi Yang Di Pertuan Agong di bawah Artikel 43 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan untuk, pada ‘hemat baginda’ melantik seorang perdana menteri yang Baginda percaya mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan.

Speaker pula dilantik Dewan tidak lama selepas penubuhan kerajaan baru selepas pilihan raya umum selepas perasmian sessi Parlimen pertama Yang Di Pertuan Agong. Justeru gagal mematuhi titah perintah Majlis Raja-Raja adalah ibarat mengistiharkan perang terhadap Majlis Raja-Raja, Yang Di Pertuan Agong dan Sultan-Sultan yang merupakan kesalahan berat di bawah Kanun Kesiksaan. Perlembagaan Persekutuan mula didraf Suruhanjaya Reid untuk mengembalikan kuasa Raja-Raja Melayu selepas kegagalan kerajaan British untuk menghakis kuasa Raja-Raja Melayu di samping British mahu menentukan hasil bumi tanah melayu terus dinikmati mereka sekalipun selepas negara mencapai kemerdekaan pada 1957.
Memahami kenapa kerajaan British bersusah payah menderaf Perlembagaan Persekutuan yang mesti dapat diterima kerajaan British sekalipun selepas merdeka maka dengan mudah kita akan dapat memahami Perlembagaan Persekutuan tidak dibuat untuk melindungi sebarang perbuatan jenayah samaada rakyat biasa ataupun ahli-ahli Parlimen hatta speaker sekalipun.
Dengan ini, adalah perkara biasa selepas kes Mark Koding v PP (1982) 120, untuk seorang ahli Parlimen didakwa di mahkamah kerana apa yang di perkatakannya di Parlimen namun kes-kes yang akan datang, tetap akan menjadi fungsi Mahkamah untuk memutuskan berdasarkan fakta-fakta dan kekuatan bukti di samping kerelevanan provisi perundangan yang menjadi sebahagian daripada kertas pendakwaan.
Di dalam membela rakan sejawat ahli-ahli Parlimen yang menjadi topik utama siasatan badan-badan siasatan negara kita dan antarabangsa, ahli-ahli parlimen patut mengambil maklum agar mereka tidak terjerumus melakukan kesalahan jenayah iaitu bersubahat melindungi jenayah yang bukan sahaja merupakan kesalahan di bawah Kanun Kesiksaan namun menderhakai titah perintah Majlis Raja-Raja di samping tindakan yang sama di bawah Artikel 10(4) Perlembagaan Persekutuan dan di bawah Akta Hasutan 1948 kerana engkar titah perintah Majlis Raja-Raja dan Yang Di Pertuan Agong.
Begitu juga dengan speaker Dewan, tiada perlindungan istimewa jika melakukan perkara perkara di atas malah ahli-ahli Parlimen boleh mengusulkan untuk memecat speaker kerana pelbagai salah laku sesuai dengan peraturan-peraturan Dewan namun kegagalan speaker mematuhi Perlembagaan Persekutuan dan akta-akta yang lama diluluskan Parlimen dan berkuatkuasa sudah cukup kuat untuk diambil tindakan.

BR1M bukti kerajaan Umno@Bn salah guna kuasa


BR1M 3.0

KUALA LUMPUR - Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) oleh kerajaan sudah salah guna kuasa, dakwa Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Kata Ahli Parlimen DAP itu, pemberian BR1M adalah bentuk bantuan yang sepatutnya disalurkan kepada golongan tertentu sahaja dan bukannya diberi kepada kebanyakan rakyat negara ini.

"Sebenarnya dasar BR1M adalah dasar yang boleh diterima. Namun ia telah disalahgunakan (fungsinya) dan bantuan itu telah diberikan kepada (terlalu) ramai orang.

"Kalau mahu beri sahaja kepada orang miskin. Itu tak ada masalah.. Tetapi kalau semua orang dapat (hampir 40 peratus rakyat Malaysia dapat), ia sudah dikira seperti satu bentuk penyalahgunaan kuasa," katanya ketika ditemui Sinar Online.
 
Bagaimanapun beliau enggan mengulas mengenai pemberian BR1M yang akan menjadi sebahagian perkara yang disentuh dalam pembentangan Bajet 2016 esok.

"Kita kena tengok angka belanjawan yang dibentang esok dalam Bajet 2016. Selepas itu baru kita boleh cerita pasal (tentang) ini," katanya lagi.

Undi Tidak Percaya: Permintaan Pandikar tak betul

"Apa yang Tan Sri Speaker (Tan Sri Pandikar Amin Mulia) minta itu tidak betul", demikian sanggah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan Speaker meminta pihak pembangkang mendedah dan menyenaraikan nama ahli Parlimen sebelum membentang dan membahas usul undi  tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat, di Parlimen.


"(Adakah) Sebelum membentangkan sesuatu usul itu, kerajaan memerlukan nama ahli Parlimen yang bersetuju dengan usul tersebut? Mana boleh," bidasnya ketika ditanya mengenai isu tersebut.

Pembangkang pada Rabu diminta menyerahkan senarai nama ahli Parlimen yang bersetuju menentang Najib berhubung undi tidak percaya.

Pandikar dipetik sebagai berkata, ia sebagai langkah untuk meluluskan usul undi tidak percaya itu di Dewan Rakyat.

Tony dalam pada itu turut meminta ahli Parlimen BN untuk turut menyokong usul tersebut sekiranya tidak mempercayai pentadbiran Najib.


"Usul hanya dipersetujui selepas dibahas dalam Dewan, so (jadi) kena bahas dululah," katanya lagi.

‘Hari Gelap’ buat demokrasi berparlimen - Azmin

Penggantungan enam bulan terhadap Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang di Dewan Rakyat menandakan satu lagi ‘hari gelap’ buat demokrasi berparlimen.
Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata keputusan pengantungan itu merendahkan kedudukan Dewan Rakyat dan menunjukkan bagaimana wakil UMNO-BN tidak mampu memisahkan politik daripada demokrasi berparlimen.
“Dalam pengundian memihak kepada gerakan UMNO untuk menggantung Lim kerana enggan memohon maaf atas kenyataan yang didakwa menghina Speaker mengenai skandal 1MDB, mereka hilangan rasa apa betul dan salah selain meninggalkan doktrin kewajipan ahli-ahli bersuara untuk kebenaran.
“Sebaliknya, mereka membiarkan politik partisan dan pendendam mengatasi keadilan,” kata Ahli Parlimen Gombak itu dalam kenyataan.
Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang hari ini digantung selama 6 bulan daripada Dewan Rakyat selepas usul yang dibentangkan Datuk Seri Azalina Othman Said diluluskan majoriti ahli Parlimen hari ini.
Usul dibawa untuk menggantung Lim mengikut Aturan Mesyuarat 27 (3).
Timbalan Speaker, Ronald Kiandee mengumumkan keputusan penggantungan secara undi blok, dengan majoriti 107 ahli Dewan Rakyat menyokong usul itu dan 77 tidak menyokong.

SPRM: Kami tak nafi rajah aliran dana ke akaun PM

Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata mereka tidak menafikan keaslian rajah aliran dana ke akaun perdana menteri, seperti didakwa bekas anak syarikat 1MDB, SRC International.
“Perkara di atas adalah tidak benar kerana dalam kenyataan media bertarikh 3 Ogos 2015, SPRM tidak mengeluarkan kenyataan berkenaan dengan isu draf kertas pertuduhan dan fund flows diagram seperti yang disebutkan oleh SRC International,” kata pengarah siasatannya Datuk Azam Baki.
Suruhanjaya itu seterusnya mengingatkan SRC International atau mana-mana pihak “jangan sama sekali mengaitkan nama SPRM dalam kenyataan media”.
Ini kerana, kata Azam, tindakan sedemikian boleh mengelirukan orang ramai.
Bernama semalam melaporkan SRC meminta Jabatan Peguam Negara menjalankan siasatan terhadap dakwaan kertas pertuduhan yang disiarkan Sarawak Report, blog yang kini diharamkan di Malaysia, serta rajah aliran dana yang diterbitkan sebuah media atas talian.

"Kami mahu mereka yang bertanggungjawab terhadap pemalsuan ini dikenal pasti, berikutan keasliannya telah dinafikan oleh SPRM pada 3 Ogos 2015,” menurut kenyataan SRC.
Dalam kenyataan hari ini, SPRM memaklumkan sekali lagi bahawa kes SRC International masih berjalan dan mahu syarikat itu membantu melengkapkan siasatan.
SPRM juga meminta SRC mengarahkan dua individu Nik Faisal Ariff Kamil dan Datuk Suboh Md Yassin tampil memberi keterangan jika masih berkhidmat dengan mereka.

Azmin sahkan wujud pertemuan rahsia pembangkang dengan ahli Parlimen BN

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali bersama ahli Parlimen pembangkang lain termasuk Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Parlimen, Kuala Lumpur, hari ini. Azmin mengakui wujudnya pertemuan rahsia di antara pembangkang dan ahli Parlimen Barisan Nasional bagi membincangkan usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 22 Oktober, 2015. 
Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali bersama ahli Parlimen pembangkang lain termasuk Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Parlimen, Kuala Lumpur, hari ini. Azmin mengakui wujudnya pertemuan rahsia di antara pembangkang dan ahli Parlimen Barisan Nasional bagi membincangkan usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri.

Beberapa pertemuan rahsia diadakan antara pemimpin pembangkang dan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sejak usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak heboh, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.
The Star Online melaporkan, timbalan presiden PKR itu juga berkata, mesyuarat berkenaan adalah sebahagian daripada strategi untuk mendapatkan sokongan yang mencukupi bagi undi tidak percaya terhadap Najib.
"Ya, pertemuan. Beberapa pertemuan," beliau dipetik sebagai berkata dalam laporan itu ketika ditanya sama ada pembangkang mengadakan sebarang perbincangan dengan mana-mana ahli Parlimen BN untuk menyokong usul itu.

Bagaimanapun Azmin yang juga ahli Parlimen Gombak, tidak mendedahkan berapa ramai ahli Parlimen daripada pembangkang dan BN yang akan menyokong usul itu, yang difailkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Parlimen hari ini. "Saya tidak boleh mendedahkannya (berapa ramai) kini tetapi yang pasti ia sebagaimana diharapkan.
"Kita mesti mengambil kesempatan ini untuk meluahkan sentimen rakyat yang kita perlu kuat, kepimpinan baharu di Putrajaya," beliau dipetik sebagai berkata dalam laporan itu.
Azmin juga dilaporkan berkata, beliau berharap ahli Parlimen BN akan mengambil peluang untuk turut serta dengan pembangkang menyokong usul itu.
Pada sidang media di Parlimen hari ini, Dr Wan Azizah berkata usul itu hanya berkaitan kehilangan keyakinan terhadap Najib dan bukan kerajaan.
Beliau berkata, percaya majoriti ahli Parlimen termasuk daripada BN sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan perdana menteri.

Azmin: Tak perlu Pakatan Harapan di S'gor

Menteri Besar Azmin Ali berkata tidak perlu pembentukan Pakatan Harapan di Selangor seperti yang dilaksanakan di Pulau Pinang sebab senario politik di kedua-dua negeri berbeza.
Timbalan Presiden PKR itu berkata mesyuarat majlis tertinggi PKR dua minggu lepas telahpun meluluskan resolusi untuk terus bekerjasama dengan semua parti pembangkang termasuk di Sabah dan Sarawak.
"Tidak perlu pembentukan Pakatan Harapan di Selangor seperti di Pulau Pinang sebab senario politik berbeza.
"Kita telahpun meluluskan resolusi untuk terus bekerjasama dengan PAS, Parti Sosialis Malaysia dan semua parti pembangkang di Sabah dan Sarawak," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam hari ini.
Mohamed Azmin diminta mengulas kenyataan Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Datuk Phahrolrazi Zawawi yang meminta kerajaan negeri Selangor membentuk Pakatan Harapan dengan segera di negeri itu.
Phahrolrazi dilapor berkata penubuhan Pakatan Harapan, membabitkan Parti Amanah Negara (Amanah), PKR dan DAP di Selangor, merupakan persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-14.
Menurutnya, penubuhan Pakatan Harapan itu tidak akan menggugat kedudukan kerajaan negeri Selangor kerana majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri dikuasai PKR dan DAP.
- Bernama

PAS ketepi perbezaan, undi tolak usul gantung Lim



PAS hari ini mengketepikan pergeserannya dengan DAP dan bersatu bersama pembangkang dalam undian menentang usul penggantungan Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang dari Parlimen.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, semua ahli PAS yang hadir hari ini mengundi menentang usul menggantung Lim.
"Prosiding hari ini adalah salah dari segi fakta dan undang-undang. Atas dasar itu, kami (wakil rakyat PAS) yang ada dalam Dewan hari ini menyokong menolak usul penggantungan itu.
"Bagi kami isu besar sekali adalah isu negara, bukan penghinaan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen bersama-sama dengan semua pembangkang.
Antara wakil rakyat PAS yang hadir adalah Ahli Parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad dan Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.
Turut bersama adalah bekas ahli parlimen PAS yang kini menganggotai AMANAH seperti Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin dan Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Mujahid Yusof Rawa.

Ahli BN boleh undi tolak Bajet 2016, kata Ku Li

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah tidak yakin ahli Parlimen Barisan Nasional menolak Bajet 2016 dan menyifatkannya sebagai sesuatu yang luas biasa jika berlaku. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Oktober, 2015. 
Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah tidak yakin ahli Parlimen Barisan Nasional menolak Bajet 2016 dan menyifatkannya sebagai sesuatu yang luas biasa jika berlaku.

Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) boleh mengundi menolak Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.
Bagaimanapun, pemimpin veteran Umno itu menyifatkan jika langkah itu berlaku, ia sesuatu yang luar biasa memandangkan tidak pernah berlaku sebelum ini.
"Saya tidak rasa mereka akan mengundi menolak bajet jika mengikut kebiasaannya.

"Tapi jika mereka merasakan terdapat isu substantif untuk menentang perdana menteri sendiri, jadi mereka mempunyai hak untuk melakukannya," kata Tengku Razaleigh kepada pemberita di Parlimen di Kuala Lumpur hari ini. Razaleigh yang dikenali sebagai Ku Li ditanya pemberita mengenai pendirian ahli Parlimen BN terhadap cadangan pembangkang yang mahu menyingkirkan Najib menerusi cara menolak yang dibentangkan pada esok.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan pendiriannya mengenai isu itu apabila ditanya.
"Dengar dahulu apa yang mereka mahu kata. Kami datang ke Parlimen dengan minda terbuka dan melihat hujah yang dibentangkan," tambahnya.
Najib akan membentangkan Bajet 2016 esok di Parlimen pada jam 4 petang.

APAKAH MAHATHIR BAKAL MENERIMA NASIB SEPERTI KHAIRUDDIN DAN MATHIAS CHANG?

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengesahkan bahawa tiga kertas siasatan telah dibuka terhadap Tun Mahathir atas dakwaan menghasut.

Katanya, pihak polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan itu berikutan dua laporan polis yang diterima iaitu di Jinjang dan Kelang.

Dalam jawapan bertulisnya di Parlimen, Ahmad Zahid menambah, kertas siasatan itu telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya untuk ulasan dan arahan selanjutnya selepas siasatan selesai dijalankan.

Tidak disangkal lagi dakwaan siasatan terhadap Tun Mahathir itu ialah berikutan kelantangannya mengkritik Najib Razak serta tidak henti-henti menggesanya meletakkan jawatan, terutamanya berkaitan isu 1MDB dan wang derma RM2,600 juta.

Dalam melancarkan serangannya, selain bekas Perdana Menteri itu menekankan perlunya Perdana Menteri berundur, turut juga membuat beberapa dakwaan seperi "Najib merasuah pemimpin UMNO", "Najib mencuri wang" dan sebagainya.

Dengan pengesahan Ahmad Zahid ini, persoalan yang menjadi tanda tanya ialah apakah nasib Tun Mahathir selepas ini?

Apakah beliau akan ditangkap dan didakwa di mahkamah sepertimana nasib yang sudah menimpa Khairuddin Abu Hassan Mathias Chang sebelum ini?

DAH LAH SULIT.. tak bayar cukai plok !!!

Guna Akta Syarikat xde mslah... kononnya 'privacy'.. TETAPI bila syarikat itu adalah MILIK PENUH KERAJAAN & libatkan pemimpin negara sbg Pengerusi & Lembaga Penasihat 1MDB dan mungkin juga melibatkan dana/ duit negara, SEPATUTNYA dinyatakan dgn terperinci sbb kewangan negara merupakan duit rakyat.. BUKANNYA DUIT ROSMAH-NAJIB !!!.. Rakyat berhak utk tahu...

Berani Kerana Benar, TAKUT KERANA SALAH !!

KENAPA klu rakyat xbyr cukai digelar PENGKHIANAT tetapi utk 1MDB nak panggil apa plok !!!


Kit Siang mangsa terbaru untuk ‘tutup mulut’ isu 1MDB

Hukuman pergantungan Kit Siang menunjukkan bahawa isu 1MDB itu tidak boleh dipersoal dan disentuh.
wan-azizah,lim-kit-siang
KUALA LUMPUR: Pengantungan Ahli Parlimen Gelang Patah-DAP, Lim Kit Siang daripada menghadiri Persidangan Dewan Rakyat dilihat sebagai satu usaha terbaru kerajaan untuk menutup mulut mana-mana pihak yang ingin mempersoalkan skandal 1MDB.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata ia jelas apabila Kit Siang digantung hanya kerana mempersoalkan tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menangguhkan mesyuarat Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
“Kit Siang menjadi mangsa terbaru apabila tindakan kerajaan ini menunjukkan bahawa isu 1MDB tak sesiapa boleh sentuh atau menyoal.
“Saya sangat sedia kerana dia (Kit Siang) paling lama dalam parlimen… Tindakan Dewan Rakyat ini menunjukkan sudah tidak ada medan untuk bersuara di negara ini,” katanya dalam satu sidang media di Lobi Parlimen.
Sementara itu, Ahli Parlimen Bagan-DAP, Lim Guan Eng berkata hukuman terhadap Kit Siang itu satu titik hitam dalam sejarah di Dewan Rakyat.
“Ini menepati usaha menutup skandal 1MDB,” katanya.
Guan Eng juga berkata hukuman itu tidak akan sesekali melemahkan semangat untuk pembangkang terus mendedahkan skandal 1MDB.
Sebelum ini beberapa pemimpin termasuk daripada kerajaan sendiri telah dihukum apabila mempersoalkan mengenai isu 1MDB.
Antaranya, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah digugurkan daripada Kabinet dan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Pelaburan KWSP dalam 1MDB berisiko tinggi- Rafizi

Pelaburan RM1.72 bilion satu jumlah yang besar apatalah lagi ia melibatkan wang rakyat.
rafizi-ramli
PETALING JAYA: PKR meneruskan desakan supaya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menghentikan pelaburannya dalam 1MDB.
Ia bagi menggelak berlakunya risiko kewangan lebih tinggi sekiranya ia terus membuat pelaburan dalam anak syarikat milik kerajaan yang sarat dengan hutang itu.
Desakan itu dibuat Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli , apabila Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Chani menyatakan bahawa pelaburan KWSP di dalam 1MDB tidak memberi sebarang risiko.
“Jumlah pelaburan KWSP di dalam 1MDB bukannya kecil dan berjumlah RM1.72 bilion. Jumlah RM1.72 bilion adalah satu jumlah yang besar, apatah lagi bila dana ini adalah simpanan wang rakyat yang diuruskan oleh KWSP.
“Untuk menilai sama ada pelaburan KWSP di dalam bon 1MDB adalah berisiko tinggi atau tidak, kadar faedah yang tinggi dibayar oleh 1MDB kepada KWSP berbanding kadar faedah bon-bon lain adalah bukti pelaburan itu sebenarnya berisiko tinggi,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, tindakan yang dibuat Johari itu sebenarnya, di luar pengetahuan beliau apabila secara langsung mengesahkan bahawa pelaburan KWSP itu tidak mempunyai risiko tanpa membuat semakan secara terperinci.
“Timbalan Menteri Kewangan sepatutnya tidak mengambil ringan sebarang urusniaga yang melibatkan simpanan wang rakyat tidak kiralah berapa jumlahnya. Dalam perkara ini, pelaburan KWSP di dalam 1MDB yang berjumlah RM1.72 bilion adalah cukup besar,” katanya.

Pembangkang akan cabar penggantungan Kit Siang



Pembangkang akan memfailkan usul unuk menyemak semula penggantungan anggota parlimen Gelang Patang Lim Kit Siang daripada Dewan Rakyat.
Anggota parlimen Puchong Gobind Singh Deo berkata mereka akan mencabarnya daripada aspek keteraturan prosedur yang digunakan.
Bercakap dalam sidang media di lobi parlimen, beliau berkata pembangkang berpendapat langkah itu bertentangan dengan peraturan tetap parlimen.
Gobind berkata, penggantungan itu sepatutnya dibuat melalui Seksyen 80A Peraturan Tetap, yang menyebut anggota dewan patut dirujuk ke jawatankuasa hak dan pilihan parlimen sebelum penggantungan diputuskan.
Jawatankuasa itulah yang akan mengumpulkan bukti sama ada beliau bersalah atau tidak, kata Gobind lagi.
Lim, ketua anggota parlimen DAP, sah digantung kehadiran ke parlimen selama enam bulan kerana didakwa menghina Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Selepas pengundian dibuat, seramai 107 bersetuju beliau digantung, manakala 77 ahli parlimen membantah dan seorang lagi berkecuali.

Amanah yakin terus maju di peringkat nasional dan antarabangsa

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub (tengah) bergambar bersama tokoh anak muda di Wisma Amanah, Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Asraf, 22 Oktober, 2015.Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub (tengah) bergambar bersama tokoh anak muda di Wisma Amanah, Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Asraf, 22 Oktober, 2015.Walaupun Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan jumlah ahli parti Islam itu yang beralih kepada Parti Amanah Negara (Amanah) amat kecil, namun Salahuddin Ayub yakin partinya akan terus maju ke depan sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa.
Timbalan presiden Amanah itu berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Hadi di Himpunan Fastaqim (Himpunan Kebangkitan) di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di Kota Baru pada Ahad lalu.
Salahuddin memberikan contoh jemputan Hamas pada persidangan Palestin dan al-Quds, di Istanbul, Turki baru-baru ini.

"Hampir semua gerakan Islam kita jumpa, memposisikan kedudukan kita dan dijemput Hamas pada persidangan Palestin dan al-Quds di Istanbul. "Saya sendiri bertemu dengan kesatuan ulama Islam dunia di Qatar, Doha. Jadi ia merupakan satu penghargaan daripada saudara Islam seluruh dunia.
"Oleh itu saya tidak perlu menjawab soalan sama ada kecil atau besarnya Amanah," katanya pada sidang media pengumuman kemasukan tokoh anak muda ke dalam parti Amanah di Wisma Amanah, Kuala Lumpur hari ini.

Speaker terlalu menjaga kepentingan Putrajaya, kata Amanah

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dilihat seolah-olah terlalu menjaga kepentingan Putrajaya, kata Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Oktober, 2015.Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dilihat seolah-olah terlalu menjaga kepentingan Putrajaya, kata Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Oktober, 2015.Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini menyelar Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang dilihat menyalahgunakan kuasa pada persidangan Parlimen kali ini hingga menampakkan seolah-olah beliau terlalu menjaga kepentingan Putrajaya.
Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub yang juga bekas ahli Parlimen Kubang Kerian berkata Parlimen Malaysia seharusnya melakukan pembaharuan dengan mencontohi Parlimen di negara maju dan bukan membandingkannya dengan Parlimen di negara seperti Bangladesh dan Sri Lanka.
"Sebagai bekas ahli Parlimen, saya ingin lihat ada pembaharuan dalam Parlimen. Pembaharuan bermula dengan jawatankuasa bagi melihat satu 'standing order' kerana ia penting untuk dikaji semula sebab negara merdeka lebih 50 tahun.

"House of Commons (Dewan Rakyat di United Kingdom) melalui proses itu ratusan tahun. Mereka dari masa ke masa membuat pembaharuan kepada 'standing order.' "Speaker pun tidak boleh terus dilihat sebagai terlalu menjaga kepentingan kerajaan jika kita ingin lihat Parlimen yang berkelas dunia," katanya pada sidang media pengumuman kemasukan tokoh anak muda ke dalam parti Amanah di Wisma Amanah, Kuala Lumpur, hari ini.
Salahuddin berkata, Pandikar sewajarnya melakukan reformasi dengan menyumbangkan idea dalam memimpin Parlimen seperti di Eropah, United Kingdom dan Amerika Syarikat yang memperjuangkan hak rakyat.
"Kalau terus menerus dengan berita buang orang di bawah 'standing order', halau orang keluar, ini tidak membawa aspirasi kepada anak muda. Mereka tidak mahu lagi Parlimen seperti itu.
"Kita harus melihat jauh ke depan seperti Parlimen di Eropah, Parlimen, House of Commons atau Dewan Senat di Amerika Syarikat.

Tony pua: Who is running SRC International today ?

PC Kit Siang booted out for six months

Kit Siang booted out for six months

Wan Azizah: I have submitted motion of Vote of No confidence

Usul Tidak Percaya


Foto Dr Wan Azizah Wan Ismail. Dengan kapasiti saya selaku Ketua Pembangkang, saya telah mengemukakan suatu usul pada hari ini untuk mengambil ketetapan bahawa Dewan ini tidak ada kepercayaan terhadap Yang Amat Berhormat Pekan, Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.
Saya mempunyai sebab-sebab munasabah berkeyakinan bahawa majoriti dalam Dewan Rakyat, bererti bukan sahaja 88 orang Ahli Parlimen Pembangkang, tetapi juga bilangan Ahli Parlimen dalam Barisan Nasional yang mencukupi, yang telah hilang kepercayaan terhadap pimpinan Yang Amat Berhormat untuk menerajui Kerajaan.
Perlu dijelaskan bahawa Usul tersebut hanya berkenaan dengan kehilangan kepercayaan terhadap Dato’ Seri Najib Tun Razak dan bukannya terhadap Kerajaan. Ini kerana saya dan banyak lagi, tanpa mengira fahaman politik, kami percaya bahawa krisis ekonomi, sosial dan politik yang tenat dan sedang dihadapi negara ini berasal daripada krisis kepimpinan dalam negara. Rakyat sedang menderita kos kehidupan yang semakin meningkat dan kesengsaraan ekonomi di bawah jagaan beliau di mana polisi-polisi beliau terbukti gagal. Transformasi yang dihebohkan itu sekadar retorik.
Sungguhpun terdapat faktor luaran yang menyebabkan kejatuhan nilai ringgit seperti penurunan harga minyak dan harga komoditi, ‘sentimen’ yang disebutkan oleh ahli-ahli profesional dan ekonomi sebagai salah satu sebab kejatuhan ringgit adalah akibat daripada cara menguruskan siasatan skandal 1MDB dan RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

Wan Azizah failkan usul undi tak percaya Najib di Parlimen

Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bercakap dalam program Pakatan Harapan Alternative Budget 2016 di Bilik Maklumat dalam Parlimen, Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 22 Oktober, 2015.  
Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memfailkan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najb Razak hari ini di pejabat Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Terdahulu, Pakatan Harapan secara sebulat suara menetapkan ketua pembangkang Dr Wan Azizah Wan untuk membawa usul yang sebelum ini dikemukakan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian.‎ Dr Wan Azizah berkata usul itu bertujuan menolak kepimpinan Najib dan bukan untuk menukar kerajaan.

Skandal 1MDB: Pembangkang fail usul undi tak percaya pada PM



Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini memfailkan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Wan Azizah (PKR-Permatang Pauh) memfailkan usul itu seperti yang diperuntukkan mengikut Perkara 43(1) dan 43(4) Perlembagaan Persekutuan, Konvensi Parlimen dan Peraturan 26 dan 27 Peraturan-Peraturan Mesyuarat Majlis Dewan Rakyat Malaysia.
"Bahawa Dewan ini tidak ada kepercayaan terhadap Yang Amat Berhormat Pekan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri," petik teks usul yang turut diedarkan kepada media.
Usul berkenaan telah diterima oleh Pejabat Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Pejabat Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah.
"Saya mempunyai alasan kukuh untuk mempercayai bahawa majoriti dalam Dewan Rakyat dan dengan ini, bermakna bukan hanya 88 MP pembangkang tetapi jumlah MP Barisan Nasional yang cukup, bahawa telah hilang kepercayaan kepada kepimpinan Yang Amat Berhormat Pekan untuk menerajui kerajaan," kata Wan Azizah.

Let my suspension be a lesson to all, says Kit Siang

SPRM selar SRC International, beri amaran jangan keluar kenyataan mengelirukan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memberi amaran kepada SRC International Sdn Bhd (SRC International) supaya jangan mengaitkan nama badan penguatkuasaan rasuah itu dalam kenyataan media mereka kerana tindakan itu boleh mengelirukan orang ramai.
Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata, demikian menafikan kenyataan media SRC International, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berhubung isu draf kertas pertuduhan dan gambar rajah aliran wang.
SRC International dalam kenyataannya semalam menggesa Jabatan Peguam Negara menjalankan siasatan penuh terhadap dakwaan kertas pertuduhan yang disiarkan Sarawak Report dan gambar rajah aliran wang siaran MalaysiaKini.

Dalam kenyataan itu, SRC International meminta pihak bertanggungjawab yang mengada-adakan kertas pertuduhan dan gambar rajah itu dikenal pasti, memandangkan SPRM menafikan kesahihannya pada 3 Ogos, 2015. Azam berkata, SPRM menafikan kenyataan SRC International itu kerana dalam kenyataan media bertarikh 3 Ogos, 2015 itu, suruhanjaya itu tidak mengeluarkan kenyataan berkenaan dengan isu draf kertas pertuduhan dan gambar rajah aliran wang.
“SPRM mahu mengingatkan SRC International atau mana-mana pihak jangan sama sekali mengaitkan nama SPRM dalam kenyataan media mereka kerana tindakan sedemikian boleh mengelirukan orang ramai.
“SPRM ingin memaklumkan sekali lagi kes SRC International masih lagi berjalan,” katanya.
Sehubungan itu, SPRM meminta kerjasama SRC International membantu mereka melengkapkan siasatan yang sedang dijalankan.
Azam berkata, jika Nik Faisal Ariff Kamil dan Datuk Suboh Md Yassin, yang diperlukan SPRM untuk menyempurnakan siasatan masih lagi berkhidmat sebagai pengarah SRC International, adalah wajar bagi syarikat itu mengarahkan kedua-duanya hadir di SPRM untuk memberi keterangan.

Going down fighting

Skandal 1MDB: Parlimen gantung Kit Siang 6 bulan

Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang (kanan) apabila tiba di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 22 Oktober, 2015.  
Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang (kanan) apabila tiba di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur hari ini.  

Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang hari ini digantung selama 6 bulan daripada Dewan Rakyat selepas usul yang dibentangkan Datuk Seri Azalina Othman Said diluluskan majoriti ahli Parlimen BN hari ini. Usul tersebut dibawa menteri di Jabatan Perdana Menteri itu pagi ini, dan dibahaskan dengan hangat selama hampir sejam lebih.
Ketua Parlimen DAP itu masih enggan meminta maaf atas kenyataannya mengatakan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia bersikap seperti diktator apabila mengarahkan mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) ditangguhkan susulan ketiadaan pengerusi, selepas Datuk Nur Jazlan Mohamed dilantik sebagai timbalan menteri dalam negeri.

Lim menuduh Pandikar menyalahgunakan kuasa dan cuba mensabotaj siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sedang dijalankan PAC. Keputusan itu dibuat dengan majoriti ahli Dewan Rakyat Barisan Nasional menyokong usul itu.
"Kami tidak ada pilihan tapi memohon mencadangkan usul ini," kata Azalina dalam Dewan Rakyat hari ini.

Mara labur RM2 juta lantik audit siasat skandal pembelian hartanah Australia

Sebanyak RM 2 juta diperuntukkan Majlis Amanah Rakyat (Mara) melantik panel audit luaran bagi menjalankan siasatan terhadap skandal pembelian hartanah di Australia.
Pengerusi Mara Tan Sri Annuar Musa mengakui, meskipun jumlah membayar panel audit luaran itu terlalu tinggi, namun ia tetap diputuskan demi kebaikan agensi tersebut.
"Kita lantik audit luaran termasuk menjalankan siasatan audit forensik dengan peruntukan sebanyak RM 2 juta.

"Memang harga itu mahal, namun hasil perbincangan Majlis bersetuju dengan pelantikan tersebut untuk mendapatkan hasil terbaik," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di Kuala Lumpur hari ini.

Mengapa jawapan SRC International ‘kabur’ seperti 1MDB

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua menyamakan jawapan SRC International dengan 1MDB yang dikatakannya membuat kenyataan yang tidak khusus kepada soalan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Oktober, 2015. 
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua menyamakan jawapan SRC International dengan 1MDB yang dikatakannya membuat kenyataan yang tidak khusus kepada soalan.

Penafian SRC International Sdn Bhd mengenai salah guna pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) dibidas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.
Pua yang juga ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyifatkan kenyataan SRC International seperti mengikut jejak 1Malaysia Development Berhad (1MDB) apabila seringkali membuat penafian kabur.‎
"Ia seperti SRC mengikut jejak 1MDB, seringkali membuat kenyataan tetapi penafiannya tidak khusus pada soalan.

"Soalannya ringkas, adakah SRC International memindahkan RM50 juta kepada anak syarikatnya Gandingan Mentari, dan adakah kemudiannya dipindahkan kepada Ihsan Perdana? "Jawapannya patut ya atau tidak," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di Kuala Lumpur hari ini.

Mengapa perlu tunggu laporan polis sebelum mula siasatan, soal bekas bos SB

Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador berkata mereka yang berkuasa masih berada dalam sindrom penafian dalam isu-isu yang berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Oktober, 2015. 
Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador berkata mereka yang berkuasa masih berada dalam sindrom penafian dalam isu-isu yang berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador mengatakan tidak perlu menunggu laporan polis untuk menyiasat dakwaannya terdapat percubaan untuk menutup siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Beliau mengulas jawapan bertulis Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar semalam yang siasatan tidak dijalankan kerana tiada laporan polis dibuat berhubung perkara itu.
Hamid berkata kenyataan itu menunjukkan mereka yang berkuasa masih berada dalam sindrom penafian dalam isu-isu yang berkaitan dengan hutang ditanggung syarikat pelaburan negara itu.

Gani dilucutkan atas fakor kesihatan sembang kerajaan



Kerajaan menegaskan bahawa perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara ditamatkan pada 27 Julai adalah atas sebab-sebab kesihatan.
"Penamatan perkhidmatan Gani sebagai Peguam Negara adalah atas sebab-sebab kesihatan.
"Namun begitu, beliau masih lagi berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan sehingga beliau bersara wajib pada 6 Oktober," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri dalam jawapan bertulis parlimen.
Nancy yang bertanggung jawab atas portfolio undang-undang menjawab bagi pihak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung soalan Sivarasa Rasiah (PKR-Subang) yang mahu tahu rasional di sebalik pemecatan Gani sebagai Peguam Negara.
"(Sila) nyatakan rasional kerajaan menamatkan perkhidmatan Gani sebagai Peguam Negara secara tergesa-gesa pada 27 Julai lalu sedangkan beliau sememangnya akan bersara pada 6 Oktober?" soal Sivarasa.
Gani dikatakan menghidap sejenis penyakit yang telah memberi kesan kepada buah pinggang dan memerlukan rawatan dialisis.
Beliau ditamatkan perkhidmatan sebagai Peguam Negara sehari sebelum Najib merombak kabinetnya dengan menngugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri serta memecat seorang lagi menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang juga adalah naib presiden Umno.
Spekulasi bertiup kencang bahawa Gani disingkirkan kerana dikatakan semakin hampir selesai menyiasat skandal 1MDB dan juga wang RM2.6 bilion yang didakwa disalurkan ke akaun bank peribadi Najib.
Najib menafikan sebarang salah laku dan mendakwa tidak pernah mengambil dana 1MDB untuk kegunaan peribadi.

Kementerian Kewangan nafi 1MDB pinda penyata kewangan



Syarikat pelaburan negara 1MDB tidak membuat sebarang pindaan kepada kenyataan kewangannya yang telah diaudit bagi tahun berakhir 2014, kata Kementerian Kewangan.
Ia berkata demikian dalam jawapan bertulis di Parlimen kepada Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara), yang meminta penjelasan sama ada 1MDB telah meminda penyata kewangan yang telah diaudit.
Pua ditanya sama ada kenyataan yang dikemukakan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) adalah berbeza dengan yang lebih awal difailkan.
Soal ahli parlimen DAP itu, adakah pindaan termasuk menukar istilah "substantially utilised" atau digunakan dengan ketara kepada "substantially set aside" atau bermaksud ketara mengetepikan.
"1MDB hanya memfailkan satu set penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun berakhir 31 Mac, 2014 tanpa sebarang pindaan kepada Suruhanjaya Syarikat malaysia (SSM)," kata kementerian itu.

Jenayah membimbangkan, tapi anggota SB pula ditambah

Fuziah SallehKUALA LUMPUR 21 OKT: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh menyuarakan kebimbangan rakyat berhubung jenayah di negara ini, ekoran tumpuan kerajaan untuk menambah jumlah anggota Pegawai Cawangan Khas (SB) berbanding Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).
“Sekarang ini lebih ramai pegawai SB ditugaskan untuk mengawal hal-hal tertentu tetapi jumlah polis yang menjaga keselamatan rakyat sangat boleh dipertikai,” kata Fuziah dalam sesi soal jawab lisan di Parlimen pagi ini.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan, bahawa kerajaan komited untuk terus memerangi kadar jenayah.
Ahli Parlimen Pulai itu turut mendedahkan kononnya, indeks kadar jenayah kini semakin menurun hasil komitmen tersebut.
Bagaimanapun kata Fuziah, komitmen tersebut amat diragui ekoran kebimbangan sesetengah individu sekiranya menjadi mangsa perilaku jenayah.
Menurutnya lagi, penurunan kadar indeks jenayah bukan jaminan kes-kes jenayah akan terus menurun pada masa akan datang.
“Walaupun kadar indeks itu menurun, tetapi masih wujud kebimbangan dan rasa takut rakyat terhadap sebarang kejadian jenayah boleh berlaku ke atas mereka.
“Persoalan inilah yang perlu ditekankan kerajaan, bukannya menambah jumlah pegawai SB sahaja,” sindir Fuziah.

SPRM akan ‘temuramah’ bos SRC yang hilang, sembang Najib



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menunggu bagi menemuramah dua pegawai kanan SRC International yang sebelum ini dipercayai menghilang diri, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari SRC International Sdn Bhd (SRC), Nik Faisal Ariff Kamil dan Datuk Suboh Md Yassin sedang membuat perancangan untuk ditemu ramah oleh SPRM dalam masa terdekat bagi membantu iasatan," katanya.
Najib berkata demikian ketika menjawap soalan bertulis Teo Nie Ching (DAP-Kulai) yang meminta penjelasan sama ada pelantikan kedua-dua pegawai kanan SRC itu akan ditamatkan kerana mereka enggan bekerjasama dengan SPRM.
"Justeru itu, persoalan mengenai kedudukan mereka sebagai ahli lembaga pengarah SRC adalah tidak timbul sama sekali," katanya.
Nik Faisal adalah Pengarah Urusan SRC, manakala Suboh pula menganggotai lembaga pengarah syarikat.
SPRM sedang menyiasat SRC, anak syarikat 1MDB yang sarat hutang tetapi kini dimiliki oleh Kementerian Kewangan. Ia berhubung bon RM4 bilion yang diperoleh daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)("KWAP").

Menteri "Tiang" cabar pembangkang, letak jawatan jika usul gagal

Ketika pembangkang merancang membentangkan usul unmdi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat, seorang menteri Umno mencabar tiga pemimpin pembangkang untuk meletakkan jawatan jika usul itu tidak mendapat sokongan.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dalam tweet mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dan setiausaha agung parti itu, Lim Guan Eng supaya meletakkan jawatan parti masing-masing jika mereka gagal.
"Jika usul undi berjaya, PM akan berundur.
"Jika usul itu dikalahkan WA (Wan Azizah), LGE (Lim Guan Eng) & LKS (Lim Kit Siang) mesti bertanggungjawab penuh & meletakkan jawatan jawatan dalam parti mereka," tulis Rahman yang juga adalah ahli parlimen Kota Belud.
Katanya, jika ketiga-tiga pemimpin itu mempunyai harga diri, mereka akan meletakkan jawatan jika usul undi tidak percaya dikalahkan.
"Ini adalah bukti mereka tidak mendapat kepercayaan ahli-ahli parlimen pembangkang."
Menurut Rahman, pemimpin pembangkang tidak boleh hanya membentangkan usul undi tidak percaya dan berpura-pura reputasi mereka tidak terjejas sekiranya mereka tidak mendapat sokongan dan dikalahkan.

Pakatan Harapan gesa ahli Parlimen tolak Bajet 2016, singkir Najib

Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad (tengah) bercakap pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 22 Oktober, 2015.Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad (tengah) bercakap pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 22 Oktober, 2015.Pakatan Harapan hari ini menyeru semua ahli Parlimen "bersatu" dan tidak menyokong pembentangan Bajet 2016 sebagai simbol protes menolak kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad berkata, isyarat penolakan kepimpinan Najib dapat dilihat melalui kenyataan dibuat Majlis Raja-raja Melayu dan sekarang ialah masa bagi ahli Parlimen pula untuk berbuat demikian.
"Kenyataan luar biasa yang dibuat Raja Melayu menggesa kerajaan segera menyelesaikan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai satu isyarat suasana negara begitu kritikal kini.

"Dan sekarang ini kita merasakan sudah tiba masanya ahli Parlimen bukan saja daripada pembangkang namun Barisan Nasional (BN) untuk tidak menyokong bajet tersebut," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di Kuala Lumpur hari ini.

PAS kenal pasti calon bukan Islam lawan DAP PRU14 - Mohd Amar

PAS sedang mengenal pasti beberapa calon bukan Islam yang berpotensi untuk menentang calon DAP pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Amar berkata, buat masa ini mereka masih membuat pemerhatian mengenai perkara itu memandangkan masih mempunyai banyak masa sebelum PRU14.
Beliau berkata, parti Islam itu sedang meneliti maklumat untuk meletakkan calon Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di kawasan berpotensi menang.

“Kita akan bertanding dan mungkin kerusi DAP pun yang kita yakin ada potensi, kita akan letak calon DHPP. “Kita akan tengok maklum balas yang diterima sebelum diputuskan Jabatan Pilihan Raya nanti. Tengoklah macam mana sebab masa panjang lagi, dan kita tengah buat pemerhatian,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.
Pada masa sama, Amar yang juga timbalan pesuruhjaya 1 PAS Kelantan mengulas mengenai formula yang dicadangkan DAP dan menegaskan parti itu tidak berhak masuk campur dalam soal pembahagian kerusi apa lagi menentukan di mana PAS patut bertanding.
“Kita tidak terikat dengan DAP. PAS akan buat keputusan kita sendiri, kalau ada pun dengan PKR saja atau mungkin ada parti lain selepas ini.
“Kalau ikut tempoh normal pilihan raya, dalam tempoh 2 tahun lagi. Mungkin dalam tempoh 2 tahun ini akan ada persefahaman kita dengan parti lain dan mungkin masa itu ada perbincangan mengenai pembahagian kerusi,” katanya.

Tekan Najib: Polis sedang siasat Dr Mahathir, kata Zahid Hamidi

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sedang disiasat polis susulan 2 kertas siasatan dibuka terhadapnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Oktober, 2015.Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sedang disiasat polis susulan 2 kertas siasatan dibuka terhadapnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Oktober, 2015.Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ini sedang disiasat pihak polis ekoran tekanan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya meletak jawatan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai di Dewan Rakyat hari ini, Zahid yang juga timbalan perdana menteri dalam jawapan bertulis berkata, polis sudah membuka 2 kertas siasatan ke atas bekas perdana menteri yang lantang mengkritik pentadbiran Najib pada ketika ini.
"Pihak polis sudah membuka 2 kertas siasatan terhadap aduan yang dibuat ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad," kata Zahid dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pagi ini.

Dr Mahathir kini sedang disiasat mengikut Seksyen 300 (Kanun Keseksaan) dan Seksyen 500 (Kanun Keseksaan), kata jawapan bertulis itu. Siasatan tersebut dibuat susulan 2 laporan polis yang diterima, iaitu di Klang dan Jinjang.
Bagaimanapun, tidak dinyatakan secara jelas mengenai pertuduhan dan kesalahan yang dilakukan Dr Mahathir sehingga kertas siasatan itu dibuka.
Dr Mahathir, yang sebelum ini menyokong Najib tetapi kini menjadi pengkritik utamanya, tidak henti-henti meneruskan serangan ke atas Putrajaya.
Malah, Dr Mahathir juga mendesak supaya Najib meletak jawatan kerana tidak bersetuju dengan banyak polisinya selain terpalit dengan skandal kewangan berkaitan syarikat bermasalah, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kit Siang bakal digantung enam bulan?

lim kit siang (L)
Sesi perbahasan Dewan Rakyat pada Khamis dimulakan dengan usul menggantung ahli Parlimen DAP-Gelang Patah, Lim Kit Siang daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat.
Mengikut aturan urusan mesyuarat dan usul-usul, usul tersebut akan dicadang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.
“Maka inilah dipersetujui bahawa Yang Berhormat Lim Kit Siang, Ahli Parlimen kawasan Gelang Patah hendaklah digantung daripada perkhidmatan Majlis Mesyuarat selama enam bulan dari tarikh usul ini diputuskan,” demikian menurut usul tersebut.
Isnin lalu, Kit Siang mendakwa Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mensabotaj siasatan syarikat pelaburan strategik, 1MDB.
Kata Kit Siang, Speaker dengan sengaja menghentikan mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang sedang menyiasat syarikat milik Kementerian Kewangan itu.
“Tidak ada peruntukan diberikan kepada speaker, boleh berhentikan mesyuarat. Ini salah guna kusa Yang Dipertua dan sabotaj penyiasatan 1MDB.
“Yang Dipertua jadi diktator, itu tak boleh. Adakah Speaker takut 1MDB disiasat?,” soal Kit Siang ketika mencelah perbahasan melantik Pengerusi PAC di Dewan Rakyat.
“Yang Berhormat senanglah, bukan berada dalam proses membuat keputusan,” balas Pandikar.

Kurang BR1M helah halalkan kadar tol naik?


Tol

SHAH ALAM – Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan tiada pilihan selain menaikkan kadar tol jika tidak kadar pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mungkin terpaksa dikurangkan sebagai satu cubaan menghalalkan tindakan syarikat konsesi.

 Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir berkata, Najib perlu menyedari situasi bahawa tidak semua rakyat di negara ini adalah pengguna jalan bertol dan tidak semua merupakan penerima BR1M.

“Itu (kenyataan Najib) sudah tentu langkah terbaik untuk perdana menteri memberi justifikasi kenapa tol harus dinaikkan tapi perlu diingat bahawa tidak semua orang menggunakan tol dan tidak semua orang menerima BR1M. Jadi, itu alasan dan justifikasi yang diberikan oleh beliau untuk menghalalkan langkah atau tindakan yang telah diambil oleh pemegang konsesi terbabit.

“Tapi masalahnya, jika kerajaan tidak tangani, kemungkinan syarikat dan kerajaan akan berhadapan masalah besar. Jadi, harus dicari jalan terbaik untuk jangka masa panjang supaya tidak membebankan kerajaan, syarikat dan rakyat,” katanya kepada Sinar Online.

Ahad lalu, berucap pada perasmian Persidangan Perwakilan Nasional ke-44 Parti Gerakan, Najib berkata, jika kadar tol tidak dinaikkan, pampasan perlu dibayar.

"Kita terpaksa meningkatkan kos. Kita tiada pilihan. Jikalau tidak naik, pampasan perlu dibayar. Perjanjian tol ditandatangani 20 tahun lalu di mana jika tiada kenaikan kadar tol, kita perlu membayar pampasan. Jadi apabila kita membayar pampasan, peruntukan untuk perkara lain juga berkurangan. Kurang duit untuk BR1M.

Hapuskan tol: Hasrat Pakatan Harapan hanya janji populis – Dr Mohd Zuhdi

drzuhdi1_M
Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata hasrat yang diumumkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng itu bukan sahaja populis malah ia juga tidak realistik apabila mencadangkan sumber alternatif untuk membiayai penyelenggaraan lebuhraya itu datang dari cukai jalan. 

Pengumuman Pakatan Harapan (PH) yang mahu menghapuskan tol Lebuhraya Utara Selatan dan Jambatan Pertama Pulau Pinang sekiranya memerintah negara adalah langkah populis semata-mata yang hanya mahu menjanjikan ‘bulan bintang’ kepada rakyat.
Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata hasrat yang diumumkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng itu bukan sahaja populis malah ia juga tidak realistik apabila mencadangkan sumber alternatif untuk membiayai penyelenggaraan lebuhraya itu datang dari cukai jalan.
Tegas Zuhdi, cadangan itu disifatkan sebagai populis adalah kerana kerajaan Pulau Pinang sehingga hari ini tidak mampu untuk menghapuskan tol atau mengurangkan kadar tol yang ada di negeri tersebut.
“Walaupun PH boleh memberi alasan kerajaan negeri Pulau Pinang tidak mempunyai bidang kuasa terhadap konsesi lebuhraya, jika mereka benar-benar ingin meringankan beban rakyat Pulau Pinang banyak ikhtiar yang boleh diambil.
“Sebagai contoh mengeluarkan sejumlah peruntukkan tertentu dalam bajet tahunan untuk membantu rakyat Pulau Pinang yang terpaksa membayar tol setiap hari untuk pergi bekerja.
“Cadangan supaya sumber alternatif untuk menyelenggara lebuh raya diambil dari cukai jalan bukan sahaja tidak realistik, tetapi juga tidak adil kepada rakyat khususnya golongan bawahan yang tidak atau jarang menggunakan lebuhraya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat itu lagi, terdapat tiga negeri di Malaysia iaitu Kelantan, Sabah dan Sarawak yang tidak mempunyai lebuh raya tetapi mereka perlu membayar cukai jalan yang kemudiannya digunakan untuk menyelenggara lebuhraya.
Jelasnya, dengan kos penyelenggaraan lebuhraya yang tinggi, sekiranya hasil daripada cukai jalan tidak mencukupi adakah ia bermaksud kadar cukai jalan nanti perlu dinaikkan.
Ujarnya, selain daripada itu, lebuhraya-lebuhraya di Malaysia semakin kerap digunakan oleh warga asing yang membawa kenderaan peribadi mereka memasuki negara ini.