Ahad, 18 Oktober 2015

SETELAH MAHATHIR - KU LI - MUHYIDDIN TAMPIL BERSAMA, APA SETERUSNYA?

Awal minggu ini Tun Mahathir Mohamad yang agresif mahu menyingkirkan Najib Razak daripada kerusi Perdana Menterinya telah tampil dalam satu sidang akhbar bersama seteru politik lamanya, Tengku Razaleigh Hamzah untuk membantah penahanan Khairuddin Abu Hasan dan Mathias Chang dibawah undang-undang Sosma.

Turut sama dalam sidang akhbar itu ialah Timbalan Presiden UMNO, Muhyddin Yassin, Naib Presiden UMNO, Shafie Apdal serta dua lagi pemimpin veteran iaitu bekas menteri, Sanusi Junid dan bekas Presiden MCA, Ong Tee Keat.

Seorang lagi bekas Presiden MCA, Tun Ling Liong Sik yang turut mengeluarkan kenyataan bersama membantah penyalahgunaan undang-undang Sosma, tidak hadir dalam sidang akhbar itu kerana dilaporkan mempunyai urusan di luar negara.

Apa yang menarik dalam sidang akhbar itu ialah kemunculan  Tun Mahathir bersama dengan Tengku Razaleigh atau Ku Li dan Muhyiddin Yassin secara sekaligus yang seolah-olah memperlihatkan wujud agenda bersama serta keserasian jiwa antara mereka.

Semua orang tahu sejarah hubungan Tun Mahathir dengan Ku Li sebelum ini. Selepas bertembung dalam pemilihan 1987 dan kemudian Ku Li setuju membubarkan Semangat 46 pada 1996 demi perpaduan Melayu, kedua-dua pemimpin itu tidak pernah duduk semeja atau berada di pentas yang sama untuk bersatu hati dalam sesuatu isu, baik berkaitan UMNO mahupun negara.

Tun Mahathir dengan cara dan gayanya, manakala Ku Li pula dengan caranya yang tersendiri. Walaupun Ku Li pernah mencuba untuk menentang Tun Abdullah Badawi bagi jawatan Presiden UMNO, tetapi beliau tidak ikut sama bila Tun Mahathir ligat mengadakan "roadshow" untuk penyingkiran bekas Perdana Menteri yang banyak dikaitkan dengan isu "budak-budak tingkat 4" itu.

Begitu juga apabila Tun Mahathir menarik balik sokongannya terhadap Najib sejak lebih setahun yang lalu, Ku Li turut tidak ikut serta. Beliau banyak berdiam diri dan cuma sesekali bercakap berkaitan isu-isu penting negara.

Lantaran itu, apabila Tun Mahathir dan Ku Li berjaya duduk semeja untuk membantah Sosma di ketika bekas Perdana Menteri itu semakin agresif mahu menurunkan Najib daripada jawatannya, ia tentu saja menarik untuk ditafsirkan dan ditunggu perkembangannya seterusnya.

Tidak mungkin rasanya kedua-duanya sanggup duduk semeja hanya semata-mata kerana Sosma. Ia pasti lebih daripada itu yang ada kaitannya dengan perkembangan semasa politik negara. Lebih-lebih lagi jika dilihat sejarah perseteruannya dengan Tun Mahathir, seperti nampak mustahil hanya kerana Sosma, Ku Li sanggup berbaik dan duduk semeja dengan bekas musuh politiknya itu.

Apakah Ku Li sekarang sudah mempunyai agenda yang sama dengan Tun Mahathir untuk saling bergandingan tangan menyingkirkan Najib dan menyelamatkan negara ini?

Apatah lagi dalam sidang akhbar kemudiannya, Ku Li turut mengulas mengenai usul undi tidak percaya di Parlimen dan usaha lain yang boleh dilakukan berkaitan kedudukan Perdana Menteri, tetapi enggan mendedahkannya buat waktu ini.

Begitu juga dengan Muhyiddin Yassin. Sekembalinya daripada lawatan ke Sarajevo pada Hari Raya Aidil Adha yang lalu, bekas Timbalan Perdana Menteri itu ada mengatakan tidak akan bekerjasama dengan Tun Mahathir untuk menyingkirkan Najib.

Tetapi, nampaknya sekarang beliau sudah sanggup duduk semeja bersama Tun Mahathir. Walaupun terlihat cuma berkaitan Sosma, kesediaan Muhyiddin menonjolkan dirinya untuk bersama-sama dengan Tun Mahathir seperti menunjukkan beliau sudah mengubah pendiriannya.

MASIH BERBUNYI LAGI ???

Inilah MENTERI ternakan UMNO yg paling berjaya dihasilkan perbodohkan rakyat..

Dulu kes prabayar-GST APA CERITA. JANJI 6 BULAN nak settle.. Nak tunggu 6 bulan ka, atau 6 TAHUN !!!

Peneroka Felda di luar sana boleh beri pengesahan, SAMA ADA NAJIB BERCAKAP BENAR ATAU BOHONG !!!


WOWW !!!.. Benarkah purata pendapatan penduduk FELDA RM4,000.. Klu camni tol naik pon tak kesah....kan

REZEKI NASI DARI UMNO ???


Agaknya sebelum UMNO wujud kat Tanah Melayu ini, mungkin tok nenek moyang kita tak makan nasi kot sbb masa tu UMNO blom wujud lagi....

Kesian kat Brunei,
Malang sungguh kat S'pore,
rakyat mereka tak merasai sebutir nasi...

KERANA NEGARA MEREKA TAKDA UMNO !!!

Pandai betul Najib bermain kata2 perbodohkan rakyat utk menghalalkan kadar tol naik..

Mana satu korang nak, tol naik ka atau BR1M naik..

HAKIKATNYA...
Tol makin naik, makin mudah rakyat diTOLolkan KERAjaan..

Himpunan baju merah 'Selamatkan Selangor' gagal

 Kurang daripada 200 peserta hadir dalam perhimpunan 'Selamatkan Selangor' yang dirancang Ketua Umno Sungai Besar Datuk Jamal Mohd Yunos hari ini, berada di ibu pejabat Umno Ampang.
Bagaimanapun Jamal, yang enggan mengakui bahawa ia menemui kegagalan, berkata beliau mendapat mesej kepada sekurang-kurangnya 15 orang di sana.
Hadirin, kebanyakannya remaja, juga enggan mengambil risiko menghabiskan malam dalam lokap, memberikan maklum balas suam apabila Jamal cuba untuk meransang mereka berarak ke pusat membeli-belah Spectrum di Ampang, lokasi asal permulaan perhimpunan.
Bagaimanapun ini telah dibatalkan kerana pihak berkuasa melarang perhimpunan itu diadakan di tempat itu.

Rumah di Selangor taraf 'mampu tengok' kata Ismail Kijo


Rumah di Selangor taraf 'mampu tengok'

AMPANG - Taraf rumah-rumah yang dibina di negeri Selangor didakwa 'mampu tengok' bukan mampu milik kata Umno Ampang.

Ketuanya, Datuk Ismail Kijo berkata, pasangan muda yang mendirikan rumah tangga menghadapi masalah untuk mencari rumah pada harga yang mampu milik.

"Janji pilihan raya yang dibuat PR pada 2008, mereka kata tujuan utama kalau menang, mereka akan buat rumah murah seberapa banyak yang boleh dengan tujuan memberi kepuasan dan peluang kepada pasangan baru kahwin.

"Tapi sehingga hari ini, di kawasan Ampang, tiada satu pun rumah murah. Setahun kira-kira 480 pasangan baharu, di mana mereka nak tinggal?" katanya ketika berucap pada Himpunan Selamatkan Selangor, di sini, hari ini.

BAJET 2016 PALING SUKAR DIRANGKA SEMBANG NAJIB

Small crowd gather at Ampang Umno building

Anti-Selangor Govt protest: No real benefits for the people since Pakatan took over Selangor

Mengapa rasa terancam bila PM, majoriti pemimpin Melayu, soal presiden MIC


Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam hari ini mempersoalkan mengapa kaum Melayu perlu berasa terancam dengan kaum-kaum lain di negara ini, sedangkan majoriti jawatan pegawai atasan dipegang mereka. Subramaniam berkata, disebabkan itu kaum Melayu merupakan kaum yang tidak akan diancam di negara ini.
Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam berucap pada mesyuarat Persidangan Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri MIC di Menara Felda, Kuala Lumpur hari ini. Beliau berkata, komuniti Melayu tidak perlu bimbang akan terancam kerana majoriti pemimpin Negara terdiri daripada Melayu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 18 Oktober, 2015. "Baru-baru ini kita hadapi satu krisis di mana kita diberitahu Melayu sedang diancam walaupun komuniti yang tidak akan diancam dalam negara ini adalah komuniti Melayu.

"Mengapa? Ini kerana ia merupakan komuniti di mana 90% daripada pemimpinnya datang daripada komuniti Melayu. “Perdana menteri, timbalan perdana menteri, 80-70% daripada menteri Kabinet adalah Melayu. Kesemua menteri besar adalah Melayu, majoriti daripada askar adalah Melayu dan 98% anggota polis adalah Melayu," katanya ketika berucap pada mesyuarat Persidangan Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri MIC di Menara Felda, Kuala Lumpur hari ini.
Menteri kesihatan itu berkata sekiranya kaum Melayu berasa terancam, bagaimana pula dengan kaum India yang dirasakan seperti tidak terlibat dalam membangunkan negara.
"Bagaimana mereka berasa terancam? Jika mereka diancam, bagaimana pula dengan kita?
"Komuniti India merasakan negara ini berkembang pesat, tetapi kami tidak berasa sebahagian daripadanya," katanya.
Dr Subramaniam berkata, setiap masyarakat di Malaysia tidak mengira kaum dan agama  mempunyai harapan masing-masing terhadap negara ini.

10 pemimpin tekad terus lawan kezaliman Akta Hasutan

Akta Hasutan10 individu termasuk Ahli Parlimen PKR Subang, Sivarasa Rasiah yang bakal didakwa di bawah Akta Hasutan bertekad untuk terus melawan kezaliman akta itu.
#KitaLawan10 yang didakwa itu adalah Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah; Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin; ADUN Teja, Chang Lih Kang; ADUN Semambu, Lee Chean Chung, Pemimpin Jingga 13, Fariz Musa; aktivis Mandeep Singh, Adam Adli dan Rozan Azen Mat Rasip yang merupakan pembantu kepada Tian Chua.
Tian Chua menyifatkan tuduhan yang dikenakan itu sebagai tuduhan tidak berasas.
Malah, katanya, tindakan dilakukan sebelum ini adalah hak individu yang termaktub dalam perlembagaan.
“Tuduhan tiada asas. Apa yang kita lakukan adalah hak yang termaktub dalam perlembagaan,” katanya kepada SelangorKini.
Tian Chua menasihatkan supaya Adun dan Ahli Parlimen yang bakal didakwa supaya tidak harus takut akan kehilangan kelayakan sebagai wakil rakyat.
Selain itu, Tze Tzin pula berkata #KitaLawan10 adalah mangsa kepada pendakwaan terpilih oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).
Beliau berkata tindakan pendakwaan itu hanya bertujuan mahu ‘melenyapkan’ beliau dan beberapa pemimpin lain.
“Akta Perhimpunan Aman digubal utk beri hak kebebasan berhimpun. Sekarang kami pula didakwa kerana berhimpun secara aman.
“Ramai Ahli Parlimen dan Adun yang terbabit dalam pendakwaan itu. Kami akan kehilangan kerusi jika disabit kesalahan.

Undi tidak percaya? Kita lihat dulu kata Hadi

Hadi: AMANAH terlalu kecil untuk lawan PAS

Jangan Amal Politik 'Pak Turut' - Hassan Mahmud Al-Hafiz

Pas: Biar Berpecah Untuk Bersatu - Hassan Mahmud Al-Hafiz

Deklarasi Bosphorus gesa selamatkan Malaysia

Pakatan Harapan mendesak seluruh rakyat Malaysia agar bersatu demi menyelamatkan negara daripada ancaman perkauman, fahaman agama yang sempit, ekstremis dan ketidaktoleransian.

Menurut kenyataan bersama antara Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar; Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayob dan Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong hari ini berkata ahli Parlimen dari Umno dan BN digesa melakukan perubahan secara demokratik semasa Parlimen bersidang bermula Isnin 19 Oktober ini.

“Kami menggesa kesemua pemimpin veteran Umno dan BN ini agar selangkah ke hadapan merealisasikan perubahan yang dapat memberi kesan terhadap sidang Parlimen yang bakal berlangsung nanti.

“Malaysia sedang berhadapan saat paling getir apabila beberapa isu kritikal menghambat negara dalam satu masa melibatkan aspek politik, ekonomi, sosial dan hubungan antara kaum,” kata kenyataan itu, hari ini.

Beliau mengulas perjumpaan pemimpin Malaysia yang berkumpul di Bosphorus, Istanbul, Turkey, semalam yang mendesak rakyat Malaysia agar bersatu demi menyelamatkan negara daripada terjerumus ke kancah huru-hara serta bangkit dari krisis melalui transisi demokratik.

Bosphorus adalah selat yang menghubungkan antara benua Eropah dan Asia. Para pimpinan politik yang berhimpun di situ dengan semangat harapan baharu untuk Malaysia dan negara akan bangkit menjadi obor harapan baru di pentas dunia.

Dr Mahathir rasis, kata ketua Pemuda MIC selepas baca bukunya



Ketua Pemuda MIC Sivaraajh Chandran semasa berucap di mesyuarat Persidangan Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri MIC di Menara Felda, Kuala Lumpur, hari ini. Beliau menyalahkan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengubahsuai polisi mengikut kehendak sesetengah pihak. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 18 Oktober, 2015.   
Ketua Pemuda MIC Sivaraajh Chandran semasa berucap di mesyuarat Persidangan Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri MIC di Menara Felda, Kuala Lumpur, hari ini. Beliau menyalahkan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengubahsuai polisi mengikut kehendak sesetengah pihak. 

 Ketua Pemuda MIC Sivaraajh Chandran mengatakan Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu beliau mentadbir Malaysia sebelum mengubahsuai pelbagai polisi bagi memenuhi kehendak sesetengah pihak.
Sivaraajh itu, beliau turut melabel bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu sebagai seorang yang rasis selepas membaca buku "A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad".
"Sejak Tun M, dasar ekonomi baru diperkasakan beliau, pelbagai polisi diubahsuai, dicatatkan untuk memenuhi kehendak sesetengah kumpulan," katanya ketika berucap di mesyuarat Persidangan Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri MIC di Menara Felda, Kuala Lumpur hari ini.

"Saya tak salahkan sesiapa, saya cuma salahkan Tun Mahathir. Saya baca buku 'A Doctor In The  House'. Saya tahu betapa rasisnya beliau," katanya. Beliau juga menasihati ahli MIC supaya tidak mengagung-agungkan Dr Mahathir kerana bekas perdana menteri itulah yang menjadi punca terhadap krisis dalam negara pada hari ini.
"Saya 'admire' beliau sebagai individu. Hari ini saya sangat sedih dengan perkembangan semasa yang berlaku di negara kita.
"Semua yang kita hadapi hari ini adalah disebabkan Tun M. Saya harap janganlah mengagungkan Tun M.  Beliau pemimpin baik, cuma polisi beliau bermotifkan, berpaksikan kepada individu golongan tertentu sahaja," katanya.

Jangan rasis jika mahu pengundi sokong BN, perwakilan Gerakan beritahu Umno

Gerakan percaya Umno akan mampu pergi lebih jauh jika pemimpin-pemimpinnya kurang mengeluarkan kenyataan sensitif. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 18 Oktober, 2015.
Perwakilan Gerakan Terengganu Lua Yik Hor menggesa pemimpin daripada parti tunjang Barisan Nasional (BN) iaitu Umno agar keluar daripada "kepompong" perkauman jika mahu melihat sokongan pengundi kembali kepada gabungan pemerintah itu.
Bercakap membahaskan ucapan presiden Gerakan, Lua percaya Umno akan mampu pergi lebih jauh jika pemimpin-pemimpinnya kurang mengeluarkan kenyataan sensitif.
"Sokongan akan kembali kepada kita jika BN-Umno menjadi kurang rasis. Kita harapkan pemimpin-pemimpin Umno boleh 'graduate' daripada kepompong cauvinis yang sempit dan melemaskan.

"Kita boleh sama-sama menjadi rama-rama cantik dan terbang tinggi bersama-sama. Berhentilah menjadi ulat bulu dalam kepompong," kata perwakilan daripada Gerakan bahagian Kuala Terengganu itu. Sebelum itu, perwakilan Pulau Pinang, Loo Jieh Sheng berasa kurang yakin BN akan kembali menambat hati pengundi negeri itu jika Umno terus mengambil pendekatan berbaur perkauman.
Menurutnya, Gerakan Pulau Pinang kini berada dalam dilema untuk terus bersama atau tidak dalam bekerja bagi memenangi pilihan raya umum (PRU) akan datang.
"Saya percaya yang saya kini vokal terhadap DAP dan Umno. Saya tidak selesa menyebut perkara ini.

Khaled, giliran rakyat ‘sekolahkan’ Umno

Tahniah kepada menteri besar Johor - Datuk Seri Khaled Nordin atas cadangan agar Umno didukung pemimpin yang baik, boleh diteladani dan profesional.
Dengan kata lain, Umno sekarang ini didukung pemimpin yang rosak, tidak berakhlak dan tidak profesional.
Persoalan saya, apakah Umno mampu merealisasikan hasrat diutarakan MB Johor ini?

Menyinggung soal kepimpinan yang baik dan boleh diteladani, rakyat sendiri sudah dapat melihat, kepimpinan tertinggi Umno sendiri pada hari ini dipalitkan dengan pelbagai skandal dan permasalahan. Dalam isu 1MDB misalnya, pemimpin nombor satu Umno sendiri tidak dapat menangkis pelbagai tuduhan dan kritikan dikemukakan pelbagai pihak terhadap dirinya. Keadaan ini dikhuatiri meruntuhkan keyakinan rakyat dan bakal menggadaikan masa hadapan negara.
Lihat sahaja dari persoalan dikemukakan pihak pembangkang, kemudian munculnya tokoh-tokoh veteran Umno seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Ling Liong Sik dan Tan Sri Ong Tee Kiat. Tidak lupa juga peringatan dari Majlis Raja-raja Melayu pada 6 Oktober 2015 lalu berkaitan isu 1MDB dan ketidaktentuan arah politik, ekonomi dan sosial negara; memperlihatkan kerosakan Umno sudah benar-benar ranum membarah.
Dalam keadaan begini pun, majoriti para pemimpin Umno masih mengambil sikap berdiam diri seakan-akan bersekongkol dengan kepimpinan yang tidak amanah.
Dari sisi lain, saya mengambil contoh langkah yang diambil bekas timbalan menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah yang menyertai PKR minggu lalu.
Beliau seorang yang dikenali bersih dan profesional semasa berada dalam Umno. Saya sendiri mengenali beliau secara dekat semasa keterlibatan saya dalam aktivisme kampus. Dalam konteks itu, antara jasa beliau adalah meminda Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) dan diberikan ruang aktivisme yang lebih wajar kepada mahasiswa.
Namun beliau akhirnya meninggalkan Umno dengan satu mesej yang jelas; Umno enggan berubah!
Kritikan akar umbi enggan didengari dan tiada pembaharuan dalam pucuk pimpinan. Perjuangan beliau yang ingin membawa perubahan besar dalam politik dan reformasi institusi tidak disambut baik Umno.
Dalam keadaan begini, saya lontarkan semula persoalan kepada MB Johor; apakah lagi harapan yang boleh diberikan kepada Umno apabila saranan agar parti tersebut didukung pemimpin yang baik, boleh diteladani dan professional dibuat?
Ianya bagi saya tidak lebih sekadar harapan palsu yang ingin diperlihatkan kepada rakyat agar terus memberikan kepercayaan kepada Umno sedangkan Umno itu sendiri ibarat penghidap barah yang sedang menunggu mati.

Ahli Parlimen pembangkang "b.o.d.o.h" kata Nazri

Mereka dikatakan tidak faham dengan aturan mesyuarat di Parlimen
nazri-aziz2
KUALA LUMPUR: Tindakan sebahagian Ahli Parlimen pembangkang yang berterusan menggesa agar undi tidak percaya dibuat terhadap Perdana Menteri disifatkan sebagai perbuatan bodoh.
Kenyataan Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang mempertikaikan tindak tanduk segelintir dari mereka yang masih tidak faham mengenai urusan aturan mesyuarat di Parlimen.
“Banyak ahli Politik bodoh, nak berpolitik tapi urusan Parlimen tidak faham. Saya sebut ya, bodoh. Kalau tidak reti, eja b.o.d.o.h.
“Ia termasuk sesetengah veteran yang sudah lama jadi Ahli Parlimen tetapi, masih tidak faham lagi,” katanya.
Mengulas lanjut, Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu berkata, usul undi tidak percaya juga tidak wujud dalam sistem Parlimen di negara ini.
“Banyak kali saya sebut, lebih 14 tahun saya jadi menteri dan lima tahun sebagai menteri yang menguruskan tatacara di Parlimen, tidak wujud mengenai usul undi tidak percaya.
“Malah, tidak ada satu peruntukan khusus untuk sebarang undi tidak percaya kepada Perdana Menteri atau mana-mana Ahli Parlimen,” Katanya kepada pemberita selepas merasmikan upacara Tourism Hunt pada Ahad.
Pada masa sama, Nazri turut menjelaskan bahawa usul undi tidak percaya memang tidak wujud, namun, ia tetap boleh dilakukan tetapi dengan cara tidak langsung.
“Sebagai contoh, di dalam Pembentangan Bajet 2016, atau mana-mana Rang Undang-Undang (RUU), kerajaan telah ditolak dan itu secara tidak langsung boleh dibaca sebagai undi tak percaya
“Sebab, sepatutnya kerajaan tidak akan kalah kerana kita ada majoriti,” ujarnya.

Pas adalah parti paling kuat sekarang ini, kata Abdul Kadir

kadir
Bekas menteri penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata Pas adalah parti paling kuat sekarang ini.
Bekas menteri penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata Pas adalah parti paling kuat sekarang ini.
Katanya, ia berdasarkan semangat yang ditunjukkan oleh peserta yang hadir melebihi sasaran yang ditetapkan, iaitu 60,000 orang.
Abdul Kadir berkata demikian ketika berucap di program Himpunan H60K di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu Kelantan, di sini hari ini.
Menurut bekas ahli Majlis Tertinggi Umno, dalam kemelut politik yang berlaku antara parti Islam itu dengan DAP dan Amanah, walaupun terdapat usaha pemujukan yang dilakukan oleh PKR, beliau menyarankan agar Pas tidak mudah diperdaya lagi.
Ini kerana, katanya, tanpa Pas, mereka tidak boleh menang dan tubuh kerajaan.
“Dua-dua puak nak pujuk Pas.
“Tanpa Pas, mereka tidak boleh menang. Tanpa Pas, mereka tidak boleh tubuh kerajaan.
“Pas parti yang besar, jangan mudah sangat pergi sana, pergi sini,” katanya yang mengharapkan agar parti itu menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata lebih 60,000 orang hadir di himpunan tersebut.
Katanya, kiraan itu dibuat berdasarkan anggaran yang dilakukan oleh parti itu bersama pihak polis.

Tiada tempat bagi mereka yang ingin ‘main-main’ dalam Pas - Hadi

abdul hadi
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika berucap di hadapan lebih 60,000 hadirin di program Himpunan H60K di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu Kelantan, di sini hari ini.
“Tiada tempat bagi mereka yang ingin ‘main-main’ dalam Pas.”
Itu kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyindir sesetengah pihak yang meninggalkan parti itu kepada Parti Amanah Negara (Amanah) baru-baru ini.
Beliau berkata demikan ketika berucap di hadapan lebih 60,000 hadirin di program Himpunan H60K di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu Kelantan, di sini hari ini.
Katanya, sungguhpun parti Islam di luar negara dipimpin tidak kekal lama, dengan mengambil contoh di Mesir dan Indonesia, namun Pas masih teguh memimpin Kelantan sejak 1990 hingga hari ini.
“Parti Islam di Indonesia hanya tidak sampai setahun sudah digulingkan Presidennya, Sukarno. Di Mesir, Ikhwanul Muslimin digulingkan di mana pemerintahannya hanya bertahan setahun lebih.
“Tetapi parti Pas masih teguh 25 tahun memimpin Kelantan,” katanya yang mendapat laungan takbir daripada hadirin.
Menurutnya, semakin parti itu diuju menunjukkan kekuatan iman dalam diri setiap ahli.
Abdul Hadi juga sempat menyindir golongan yang meninggalkan Pas itu dianggap ‘si luncai terjun dengan labu-labunya’.

Amanah tidak sehebat cabaran Pas pada 1978 - Hadi


hadi awang (L)

Pas menyifatkan penubuhan Parti Amanah Negara (Amanah) sebenarnya tidak memberikan apa-apa cabaran besar kepada parti berkenaan berbanding cabaran pada tahun 1978 dahulu.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan Pas pernah menghadapi cabaran lebih besar daripada itu dan Himpunan Fastaqim malam tadi bukannya sebagai isyarat atau bertujuan bagi menunjukkan kekuatan Pas.
“Bagi kita, Amanah tidak ada apa-apa cabaran besar kepada Pas. Pas pernah menghadapi cabaran lebih besar daripada ini. Pada saya cabaran pada 1978 yang menyebabkan demostrasi rakyat Kelantan sehingga jatuhnya kerajaan dan tinggal dua kerusi adalah lebih mencabar.
“Ketika itu menyebabkan satu pertiga pimpinan parti dipecat, berhenti, letak jawatan dan memencilkan diri..itu lebih mencabar dan ditubuh pula parti baru seperti Berjasa, Hamim.
“Namun demikian kita dapat juga melangsungkan perjuangan kita dengan lebih baik dan dapat meningkatkan ahli dan pengurusan parti,” katanya pada sidang media selepas Himpunan Fastaqim, di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, malam tadi.
Menurutnya peristiwa itu sebenarnya banyak memberi pengalaman kepada Pas dan mereka menyifatkan cabaran apa yang berlaku hari ini sebagai sesuatu yang kecil sahaja.
Katanya jumlah kehadiran penyokong pada Himpunan Fastaqim yang disifatkan sebagai melebihi sasaran menunjukkan kekuatan Pas masih utuh.

TPPA: Rakyat tolak kenyataan menteri Umno

Ramai yang mendakwa kenyataan Mustapa itu sebagai satu penipuan dan hanya mahu meredakan kemarahan rakyat
Mustapa-Mohamed_tppa_new_600
PETALING JAYA: Masyarakat didakwa sudah hilang keyakinan terhadap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berhubung Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
Ia susulan kenyataan Mustapa yang memaklumkan bahawa TPPA merupakan perjanjian perdagangan bebas yang pertama mengiktiraf agenda Bumiputera negara.
Portal Ismaweb melaporkan, di laman sosial Faceboook, ramai yang mendakwa kenyataan Mustapa itu sebagai satu penipuan dan hanya mahu meredakan kemarahan rakyat sedangkan bukti kukuh mengenai perkara itu masih belum ditunjukkan oleh kerajaan.
“Orang dah tak percaya dah, junjung Al-Quran pun belum tentu orang percaya,” kata pemilik akaun bernama Kamaruzaman Man.
Sementara itu, seorang lagi pengguna Facebook, Al Bakari menyifatkan kenyataan Mustapa sama seperti janji kerajaan bahawa harga barang tidak akan naik sebelum pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
“Permulaan bolehlah cakap. Tengok GST, kata harga barang akan turun apabila laksana, semua barang naik,” katanya.Abah Jaafar pula berkata, Malaysia tidak akan papa kedana sekiranya tidak menyertai TPPA.
Mustapa pada Majlis Sesi Penjelasan Tentang TPPA anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein baru-baru ini berkata, kerajaan akan terus memastikan agenda Bumiputera dan hak kerajaan tidak terjejas sekiranya TPPA ditandatangani.

Pas komited tukar sistem pemerintahan negara - Tuan Ibrahim


Tuan Ibrahim Tuan Man


KOTA BHARU – Pas masih tetap dengan pendirian dan cita-cita membawa sistem pemerintahan Islam ke Putrajaya bagi menukar sistem sedia ada yang sudah tidak boleh dipertahankan lagi, kata Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurutnya, Pas telah mengemukakan satu gagasan politik Islam yang mahukan perubahan berlaku dalam sistem pemerintahan negara walaupun negara kini berdepan dengan pelbagai kemelut dan beberapa isu yang masih tidak selesai.

“Tidak mungkin kita berjaya lakukan sebarang perubahan tanpa istiqamah dan komitmen semua, perubahan yang kita hendak bawa ialah perubahan yang mengajak masyarakat seluruhnya untuk kembali kepada satu sistem yang menyelamatkan kita ke jalan yang benar di sisi ALLAH SWT,”katanya semasa menyampaikan ucapan di Himpunan Fastaqim (H60K).

Menurutnya, belum pernah dalam sejarah Malaysia berdepan dengan keadaan sebegini teruk apabila kini tidak mampu lagi berdaya saing dengan negara-negara jiran yang lain terutamanya dari sudut ekonomi.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Dakwah dan Pengerusi Lembaga Pemerkasaan Parti itu juga berkata, sudah tiba masanya kini rakyat mula bangkit untuk mengemukakan satu gagasan alternatif bagi berdepan dengan cabaran yang sedang berlaku dalam konteks kemajuan negara kini.

Sejarah politik Malaysia berulang, Najib jejaki Tun M

Sejarah berulang lagi. Meskipun berlatar belakangkan isu berbeza tetapi politik tetap politik dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat tekad mengharung kemelut politik hari ini, sekalipun getir.
Awang Selamat dalam penulisannya di Utusan Malaysia, hari ini, membayangkan Najib bagai menjejaki langkah mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang hari ini bersama, tiga yang lain – Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Tengku Razaleigh Hamzah, menaikkan suhu politik negara.
Semuanya gara-gara bantahan mereka terhadap penahanan bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan dan peguam, Matthias Chang yang didakwa di mahkamah atas tuduhan sabotaj ekonomi serta kewangan negara.
Awang Selamat berkata, Muhyiddin, Shafie dan Tengku Razaleigh telah memilih jalan mereka sendiri walaupun tindakan tersebut berlawanan dengan semangat dan prinsip dalam parti.
“Mana-mana parti politik sekalipun tidak akan membenarkan pemimpinnya melakukan tindakan sedemikian.
“Biar apa pun tafsiran, sudut pandangan dan hujah dalam isu-isu yang kritikal, kebersamaan dalam parti adalah landasan yang perlu dipertahankan.
“Tentu Muhyiddin, Shafie dan Tengku Razaleigh sangat faham dan bersedia untuk hadapi apa saja risikonya.
“Awang percaya, Umno yang matang dalam menangani krisis akan dapat mencari penyelesaiannya. Gelora politik bukan asing dalam Umno,” kata Awang Selamat lagi.

PAS tenat jika tidak lakukan perubahan - Hassan Mahmud Al-Hafiz.


Post Pic

SHAH ALAM: PAS semakin berada dalam keadaan tenat sekiranya pimpinan parti berkenaan tidak mahu melakukan sebarang perubahan, kata seorang 
pendakwah terkenal, Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz.
 
Jelasnya, bagi memastikan PAS terus relevan di dalam arena politik masa kini parti berkenaan memerlukan tiga golongan pemikir iaitu Ulul Ilmi (Ahli Ilmu), Ulul Albab (Ahli Falsafah) dan Ulul Abroq (golongan yang dapat melihat apa terjadi pada masa depan).
 
Katanya lagi, golongan bawahan terutamanya golongan muda dan profesional perlu diberi ruang serta peluang di dalam parti itu di samping kepimpinan PAS 
sedia ada disarankan untuk berehat.
 
"Dalam politik kita kena ada juga orang-orang dari bahagian akademik untuk masuk sekali dalam parti. Ulama akan fikir dengan cara dia tapi dari sudut nak 
bangunkan ekonomi, negara dan politik, kita kena juga pinjam orang dari bahagian akademik untuk bantu.
 
"Contoh nak buat kereta api, kita kena import jurutera dan arkitek tapi kenapa hendak bangunkan Islam kita tidak mahu import orang dari luar," katanya 
yang dipetik dari Sinar Harian.
 
Selain itu, Hassan berkata pimpinan PAS juga perlu mengambil pendekatan mendidik pelajar-pelajar di universiti tempatan dan luar negara dari peringkat 
awal bagi melahirkan golongan pelapis pada masa depan.
 
Tambahnya lagi, PAS masih kekurangan golongan walak iaitu taat setia serta ketua yang hebat walaupun mereka mempunyai ramai golongan ulama.
 
"PAS perlu mencontohi kepimpinan seperti Hassan Al Banna, Abdul Qadir Audah dan Sayyid Qutb di mana orang ramai dapat mengambil kebaikkan dari apa 
yang mereka luahkan," ujarnya.
 
Dalam perkembangan lain, Hassan melihat senario politik negara pada masa kini menunjukkan peningkatan yang baik dan rakyat semakin matang.
 
"Masyarakat kini mula faham dan berani untuk mencabar, mengkritik serta mengemukakan idea berhubung sesuatu isu yang berlaku.
 
"Ini barulah politik sebenar. Kalau diam sahaja itu dipanggil politik pak turut,"katanya.
 

Hadi: Ahli PAS jangan jadi kera melompat ke pokok yang banyak buah

Post Pic

KOTA BHARU: Program Himpunan Fastaqim (H60K) di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu, Kelantan malam tadi menyaksikan laungan mengajak ahli-ahli PAS untuk terus beristiqamah dalam perjuangan Islam parti itu.
 
Program sehari itu juga menjadi pentas untuk pemimpin PAS membidas penubuhan Parti Amanah Negara  oleh bekas pemimpin parti itu.
 
Kehadiran lebih 60 ribu ahli dan penyokong PAS semalam juga di canang sebagai bukti parti itu tidak tergugat dengan penubuhan Amanah.
 
Presiden PAS  Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menyifatkan kehadiran himpunan itu sebagai manifestasi PAS masih mempunyai sokongan utuh.
 
Dalam mengupas isu Amanah, Hadi  PAS tidak akan sesekali mempunyai tempat terhadap golongan yang mempermainkan lafaz bai'ah kerana yakin mereka akan mendapat balasan yang setimpal daripada Allah SWT.
 
"Bai'ah bermakna 'menjual' kepada Allah SWT. Allah menawarkan (ganjaran) nak beli daripada hamba-hambanyanya yang beriman dan berjuang untuk menegakkan Islam.
 
Beliau menyifatkan bekas pemimpin PAS yang beralih ke Amanah sebagai golongan yang mabuk kuasa sehingga meminggirkan perjuangan Islam.
 
"Yang tidak mengerti (baiah) adalah mereka yang mahu menang cepat, cari jalan yang dekat, memintas jalan, menjadikan mereka tidak istiqamah dan tidak betul dalam perjuangan. 
 
"Macam kera yang menuju ke arah mana pokok yang mana buah. Bila melihat buah kita tidak banyak, mereka melompat ke pokok lain yang punyai banyak buah," kata Hadi di  himpunan itu.
 
Amanah kini mengambil tempat PAS dalam gabungan pembangkang baru yang dinamakan Pakatan Harapan yang turut merangkumi PKR dan DAP.

Dari Turki, pemimpin pembangkang gesa ahli Parlimen BN sokong undi tidak percaya Najib

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar serta 2 pemimpin pembangkang berkata Malaysia sedang berhadapan saat paling getir. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Oktober, 2015. 
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar serta 2 pemimpin pembangkang berkata Malaysia sedang berhadapan saat paling getir. 

Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Umno diseru melakukan perubahan ketika sidang Dewan Rakyat yang bermula esok sebagai usaha untuk menyelamatkan negara dari ancaman perkauman, toleransi, fahaman agama yang sempit, dan ekstremisme. Melalui perjanjian Bosphorus yang ditandatangani pemimpin PKR, DAP dan Parti Amanah Nasional (Amanah) di Turki, semalam, mereka berkata, Malaysia sedang berhadapan saat paling getir apabila beberapa isu kritikal menghambat negara dalam satu masa melibatkan aspek politik, ekonomi, sosial dan hubungan antara kaum.
“Kami menggesa seluruh rakyat agar bersatu padu untuk menyelamatkan Malaysia demi memastikan kita tidak terjerumus ke kancah huru-hara yang memusnahkan harapan seterusnya dapat bangkit dari krisis melalui transisi demokratik kearah membina Malaysia sebagai sebuah negara contoh yang moderat dan bertoleransi untuk dicontohi dunia,” kata kenyataan bersama naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar, timbalan presiden Amanah Salahuddin Ayub dan pengarah pendidikan politik DAP Liew Chin Tong.

“Seruan kami ini juga ditujukan kepada ahli parlimen Umno dan BN yang turut sama menjadi elemen penting untuk melakukan perubahan secara demokratik semasa parlimen bersidang bermula Isnin 19 Oktober, 2015 ini.” Mereka turut mengalu-alukan pertemuan bersejarah veteran Umno dan BN iaitu mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas setiausaha agung Umno Tan Sri Sanusi Junid, naib presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal, dan bekas presiden MCA Tan Sri Ong Tee Keat.

Skandal 1MDB Akan Terus Menghantui Najib

1. Titah Baginda Raja-Raja pada 6 Oktober berkaitan 1MDB, merupakan perkara serius yang tidak boleh diambil mudah.
2. Persidangan Dewan Rakyat yang bermula esok selama 7 minggu yang merupakan sidang terkahir bagi Tahun 2015, selain mendengar pembentangan Bajet bagi tahun 2016 juga persidangan pada kali ini dihantui oleh usul undi tidak percaya kepada DS Najib sebagai Perdana Menteri.
3. "Order Paper" Parlimen diurutan ke-25 terdapatnya usul undi tidak percaya kepada DS Najib yang diusulkan oleh MP Petalingjaya Selatan Hee loy Sian daripada PKR.
4. Malam ini, di Sri Perdana, Putrajaya, di kediaman Perdana Menteri akan berlangsung pertemuan dengan semua MP BN termasuk senator, perkara biasa sebelum sesi Parlimen bermula.
5. BN mempunyai 134 MP di Dewan Rakyat termasuk Perdana Menteri, manakala Pembangkang 88 termasuk satu ahli bebas.
6. Kemelut 1MDB akan terus menjadi perhatian semua pihak, khususnya para MP pembangkang, selain itu dua tiga orang MP Bn, khususnya Tan Sri Muhiyiddin Yassin dan Datuk Shafie Apdal. Dua pemimpin kanan Umno itu telah dipecat daripada kabinet pada 28 Julai lalu, kerana kritikan mereka terhadap 1MDB, syarikat gergasi milik Kementerian Kewangan, satu syarikat idea Perdana Menteri.
7. 1MDB dalam tempoh 6 tahun beroperasi dengan modal RM1juta mampu mengumpul pinjaman RM42bilion. 
8. Walaupun lumrah sesebuah syarikat yang tidak mempunyai modal besar untuk berkembang perlu melakukan pinjaman, namun kemuskilan berlaku, pada JV antara syarikat tersebut dengan PetroSaudi, yang dikatakan satu JV yang berunsur skim pemipuan. Pengarah Eksekutif syarikat tersebut Casey Tang telah menipu Lembaga Pengarah, dengan membuat pengakuan palsu, kononnya PetroSaudi milik mantan Raja Arab Saudi- Raja Abdullah, sedang syarikat itu hanya milik beberapa indivdiu.

Amanah anggap Umno kerugian


SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) memaklumkan Umno sepatutnya berasa rugi dengan penghijrahan bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah ke dalam PKR.
Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir berkata, penghijrahan Saifuddin ke PKR dan Pakatan Harapan memberi kelebihan kepada mereka berdasarkan kredibiliti dan pengalaman dimiliki bekas Ahli Parlimen Temerloh itu.
“Kita semua tahu beliau (Saifuddin) seorang yang mahir bidang akademik, beliau bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.
“Pendekatan politik Saifuddin memperlihatkan beliau seorang yang memahami denyut nadi rakyat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, kelebihan dimiliki Saifuddin bakal memberi impak besar kepada perjuangan Pakatan Harapan.
Anuar turut menyifatkan Saifuddin permata bersinar dalam kalangan ahli politik yang dibuang oleh Umno disebabkan keegoan mereka.
“Mungkin disebabkan oleh kuasa dimiliki  Umno sejak dari dahulu, mereka rasa tidak mengapa jika hanya seorang sahaja dibuang.
“Mungkin juga penghijrahan Saifuddin dianggap satu bentuk pembersihan dalam Umno. Saya rasa mereka silap,” katanya.
Mengulas lanjut, penghijrahan Saifuddin menggambarkan sikap rakyat yang berani melakukan perubahan.
“Saya alu-alukan mana-mana pemimpin yang ingin turut serta dalam agenda perubahan yang dibawa oleh Pakatan Harapan,” katanya.

Najib bentang kertas putih 1MDB untuk elak undi tidak percaya?


1mdb skandal


KUALA LUMPUR 18 OKT: Mungkinkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan membentang kertas putih mengenai skandal 1MDB pada sidang Parlimen Isnin ini bagi mengelakkan usul undi tidak percaya dibuat terhadapnya?
Persoalan itu dibangkitkan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berikutan pemberian notis mengejut kepada Ahli Parlimen untuk menghadiri sidang Dewan Rakyat, bukan seminggu seperti kebiasaan.
Menyatakan ia diterima semalam, Ahli Parlimen Gelang Patah itu pada kenyataan media hari ini, berkata kegagalan memberi notis seminggu itu pertama kali berlaku sejak beliau menyertai sidang Parlimen pada 1969.
Beliau tidak menolak kemungkinan Najib cuba mendapatkan usul keyakinan pada permulaan sidang dewan berbanding membiarkan usul undi tidak percaya dibuat terhadapnya yang mungkin digerakkan Ahli Parlimen Pakatan Harapan atau dari Umno BN.
“Namun, kajian Merdeka Centre yang menunjukkan sokongan orang Melayu terhadap Najib merosot kepada 32 peratus, pertama kali di bawah 50 peratus sejak 2012 mengubah suasana,” katanya.
Beliau berkata, hasil kajian itu sebagai peringatan kepada Najib dari berlengah-lengah memberi penjelasan mengenai skandal 1MDB, apatah lagi media antarabangsa kerap mengaitkan pembabitannya.
“Apakah Najib akan membentang kertas putih mengenai skandal RM50 bilion 1MDB pada sidang Parlimen Isnin ini?” kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu.

Melayu di Pantai Barat terima Amanah-Mat Sabu

mat-sabu,amanah
PETALING JAYA: Parti Amanah Negara (Amanah) yakin akan mendapat undi Melayu di kawasan Pantai Barat Semenanjung berbanding Pas
Presidennya, Mohamad Sabu mengakui mempunyai cara berbeza dengan parti yang pernah diterajuinya sebelum ini.
“Anda tidak boleh kekurangan parti bukan Melayu di Pantai Barat. Kebanyakan orang mahu mengundi parti yang mampu membentuk kerajaan sama ada Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan,” katanya yang dipetik menerusi wawancara dengan Sinchew Daily.
Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, adalah tidak boleh dipertikaikan bahawa Pas telah mencatatkan keputusan terbaik dalam pilihan raya lepas, tetapi ia adalah hasil kerjasama dengan rakan-rakan pembangkang.
“Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selat Klang adalah jelas di mana Dr. Halimah Ali ketinggalan dalam semua peti Melayu tetapi menang atas sokongan pengundi Cina.
“Jika Pas bertanding bersendirian, mereka akan kembali ke era 1980-an,” katanya lagi.
Mohamad Sabu pada masa yang sama mengakui rakan pakatan iaitu PKR dan DAP masih meragui kemampuan Amanah untuk merampas undi Melayu.
“Pas mempunyai pengaruh di Kelantan dan Terengganu sehingga rakan pakatan berpendapat sukar peroleh undi jika Pas di luar Pakatan.
“Saya bagaimanapun tidak bersetuju dengan pendapat ini,” katanya.
Bagi Mat Sabu, bukan tugas mustahil jika Amanah mahu merampas pengundi daripada tangan Pas dan UMNO.
Katanya, ia mampu merampas penyokong Pas dan UMNO pada ketika kedua-dua parti Melayu itu dilanda masalah masing-masing.
“Tidak susah (untuk rampas sokongan), tetapi kita memerlukan masa,” katanya.

Tiada ‘ya’ atau ‘tidak’ untuk PAS sokong undi tidak percaya Najib

Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS belum ada kata putus berhubung undi tidak percaya terhadap perdana menteri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Oktober, 2015. 
Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS belum ada kata putus berhubung undi tidak percaya terhadap perdana menteri.

PAS tidak memberikan sebarang kata dua sama ada akan menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang walaupun beberapa pemimpin parti Islam itu menyatakan kesediaan untuk menyokong usul itu.
"Kita tunggu dan lihat dan sama ada perlu lakukannya," kata presiden PAS itu ketika ditanya berkenaan usul yang dikemukakan pemimpin PKR dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian apabila Parlimen bersidang semula esok.
Kenyataan Hadi itu bercanggah dengan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

Takiyuddin dilaporkan berkata, ahli Parlimen PAS akan menunggu arahan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menyokong undi tidak percaya terhadap Najib. "Kita akan menantikan perkara ini dibentangkan di Parlimen. Kita bergantung kepada ketua pembangkang, Dr Wan Azizah untuk membuat keputusan. Kita tengok dulu. Undi tidak percaya sebahagian daripada prosedur Parlimen dan kita sokong undi itu."
Pada 31 Julai, Hadi berkata, PAS tidak akan menyokong sebarang usul tidak percaya terhadap Najib.
Notis yang dikemukakan Hee merupakan item ke-25 dalam senarai untuk dibahaskan apabila Dewan Rakyat mula bersidang untuk mesyuarat ke-3 bagi penggal ke-3 Parlimen ke-13, Isnin ini.
Hee menyenaraikan beberapa sebab untuk memulakan usul itu, termasuk derma RM2.6 bilion yang diterima Najib dalam akaun peribadinya.

Hadi tidak anggap Amanah ancaman besar PAS

Pemimpin PAS berusaha menyingkirkan impak pesaing mereka Parti Amanah Negara (Amanah), dengan mengadakan perhimpunan raksasa di Kelantan malam tadi yang cuba untuk meningkatkan semangat parti Islam itu dalam menghadapi masa depan lebih mencabar.
Penolakan paling besar datang daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang memberitahu pemberita Amanah bukan satu ancaman besar kepada parti Islam itu.
Walaupun beliau memandang ringan kesan parti baharu berkenaan, perhimpunan itu menyaksikan Hadi dan ramai pemimpin kanan lain membuat “kecaman berselindung” terhadap Amanah, yang ditubuhkan beberapa ahli-ahli Parlimen PAS terkenal.

"PAS menghadapi cabaran lebih besar pada 1978 apabila ia kehilangan kerajaan Kelantan dan satu pertiga daripada ahli dan pemimpinnya meninggalkan parti," Hadi berkata merujuk semasa pimpinan Tan Sri Asri Muda. Asri, yang ketika itu memegang jawatan presiden PAS meninggalkan parti dan bersama-sama pengikut setia beliau bagi membentuk Hamim.
Satu lagi puak ahli-ahli PAS membentuk Berjasa dan kedua-duanya bertanding menentang PAS pada pilihan raya seterusnya.
"Tetapi kita bertahan dan parti bertambah baik selepas mereka pergi. Jadi apa yang berlaku sekarang adalah lebih besar daripada sebelumnya," kata Hadi kepada pemberita selepas perhimpunan "Fastaqim H60K" di Kota Baru.
Hadi berkata, kehadiran perhimpunan lebih 100,000 peserta melebihi jangkaan penganjur sebanyak 60,000 dan merupakan bukti PAS bukan dalam kesulitan sebagaimana dipercayai pengkritik.
Perhimpunan itu diadakan ekoran dua krisis yang melanda PAS – penghijrahan beramai-ramai ahli dan pemimpin kepada Amanah dan prospek sebagai parti pembangkang tunggal.
Penganalisis meramalkan PAS kalah besar dalam pilihan raya kerana ia bukan sebahagian daripada Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Harapan.
Pengkritik dalam pembangkang juga menuduh kepimpinan PAS baharu yang diketuai Hadi sebagai hilang sentuhan kerana obsesi melaksanakan Kanun Jenayah Syariah Kelantan 2015.
Dalam ucapannya, Hadi cuba memadamkan kebimbangan itu dengan mendakwa PAS sebagai parti Islam paling lama mentadbir di dunia, mengalahkan parti terkenal lain seperti Ikhwanul Muslimin Mesir dan Barisan Penyelamat Islam Algeria.

Jika Johor keluar Malaysia, Sabah, Sarawak akan ikut, kata Nur Jazlan

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed  berkata, meskipun beliau menghormati pandangan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, usaha untuk menyatukan Malaysia tidak seharusnya dipengaruhi sentimen kenegerian kerana ia boleh memberi kesan kepada keharmonian negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Oktober, 2015.
Sabah dan Sarawak akan turut mengikut jejak langkah sekiranya Johor meninggalkan Persekutuan Malaysia, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed. Nur Jazlan yang juga merupakan ahli Parlimen Pulai berkata, meskipun beliau menghormati pandangan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, usaha untuk menyatukan Malaysia tidak seharusnya dipengaruhi sentimen kenegerian kerana ia bakal memberikan kesan kepada keharmonian negara.
“Kita berjaya membentuk sebuah negara sejak beberapa tahun sebelum ini walaupun penjajah beranggapan kita akan gagal kerana latar belakang kepelbagaian etnik dan agama.

“Hidup dengan harmoni adalah sebahagian daripada kebanggaan Malaysia. Jika ia berlaku, (Johor meninggalkan Malaysia), Sabah dan Sarawak juga berkemungkinan akan mengikut jejak langkah yang sama,” katanya dalam kenyataan itu. Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibrahim sebelum ini dilaporkan berkata, semua negeri termasuk Johor mempunyai hak untuk menarik diri daripada Malaysia jika mana-mana terma dalam perjanjian antara Johor dan Persekutuan Tanah Melayu tidak dipatuhi.
Dalam satu temu bual bersama laman sesawang sukan FourthOfficial.com, Tunku Mahkota Johor itu berkata kenyataannya mungkin akan disifatkan menghasut namun beliau lebih bimbang dan mengutamakan rakyat negeri itu.
"Saya akan menjadi Sultan pada masa depan dan tanggungjawab utama saya ialah kepada rakyat Johor.
"Malaysia sangat penting kepada saya, tetapi Johor dan JDT keutamaan saya," katanya.
"Bertahun kita hidup aman dan bebas. Malah, kita hanya menyertai Persekutuan Tanah Melayu, apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan beberapa syarat-syarat asas.
"Dan jika mana-mana terma itu dilanggar, kita ada hak untuk menarik diri daripada negara ini.

PAS bukan parti kenegerian atau perkauman - Hadi


PAS menolak cadangan pembahagian kerusi yang dicadangkan bekas rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang, DAP, untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu akan bertanding di seluruh negara, malah akan menambah jumlah kerusi yang akan ditandinginya.
"Kita parti peringkat nasional dan kita bertanding di seluruh negara... belum ada DAP kita dah bertanding (pada pilihan raya umum). Kita bukan parti kenegerian dan parti perkauman," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Himpunan Fastaqim (Himpunan Kebangkitan) di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di Kota Bharu, malam tadi.
Beliau mengulas mengenai cadangan DAP sebelum ini yang mengemukakan formula pengagihan kerusi dalam kalangan parti pembangkang bagi mengelak pertandingan tiga penjuru yang hanya menguntungkan Barisan Nasional (BN).
Pengerusi DAP Lim Kit Siang dipetik sebagai berkata satu-satunya cara ialah PAS bertanding di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis manakala Parti Amanah Negara (Amanah) pula bertanding di negeri lain yang tertakluk atas persetujuan parti pembangkang lain.

Hadi kata AMANAH, cabaran terlalu kecil buat PAS

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap kewujudan parti Islam baru - Parti Amanah Negara (AMANAH) - tidak membawa sebarang ancaman kepada PAS.
Anggota parlimen Marang itu berkata, PAS sebelum ini pernah menghadapi pelbagai masalah dan ia dapat ditangani dengan baik.
 "Bagi kita, parti AMANAH ini tak ada apa-apa cabaran yang besar pada PAS. PAS pernah hadapi cabaran yang lebih besar.
"Oleh itu kita menganggap apa yang berlaku pada hari ini adalah sangat kecil," kata Abdul Hadi.
Beliau turut mengimbau kembali beberapa peristiwa sebelum ini yang melibatkan masalah dalaman parti itu sehingga tertubuhnya parti Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (BERJASA).
Hadi berkata demikian dalam sidang media selepas Himpunan Fastaqim (H60K) di Kota Bharu, Kelantan malam tadi.
Ditanya bagaimana PAS berdepan dengan AMANAH memandangkan parti itu kini membentuk Pakatan Harapan dengan DAP dan PKR, tokoh PAS itu berkata, ia hanyalah cabaran kecil memandangkan parti itu sering berhadapan dengan BN.
"Dengan AMANAH atau (Pakatan) Harapan ini terlalu kecil. Dengan Umno, BN kita pernah lawan.
"Kita nanti bukan sahaja akan tambah kerusi (dalam pilihan raya umum), tetapi insya-Allah akan menambah kemenangan," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai pembentangan Rang Undang-undang hudud di Parlimen, Abdul Hadi berkata perkara itu tidak dapat dilakukan pada sidang ini kerana terdapat proses mahkamah yang sedang berjalan.
"Hudud, kita tunggu proses mahkamah yang sedang berjalan. Belum lagi (boleh bentang) kerana masih ada perkara di mahkamah," katanya.

Kepimpinan Pas perlu berubah

Pendakwah terkenal, Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz berkata Pas semakin berada dalam keadaan tenat sekiranya pimpinan parti berkenaan masih tidak mahu melakukan sebarang perubahan.
Menurutnya, bagi memastikan Pas kekal relevan, beliau berkata parti berkenaan kini memerlukan tiga golongan pemikir iaitu Ulul Ilmi (Ahli Ilmu), Ulul Albab (Ahli Falsafah) dan Ulul Abroq (golongan yang dapat melihat apa terjadi pada masa depan).
Katanya lagi, kepimpinan Pas sedia ada juga disaran untuk berehat dan memberi ruang serta peluang kepada golongan bawahan terutamanya golongan muda dan profesional dalam parti berkenaan.
“Dalam politik, kita kena ada juga orang-orang dari bahagian akademik untuk masuk sekali dalam parti. Ulama akan fikir dengan cara dia tapi dari sudut nak bangunkan ekonomi, negara dan politik, kita kena juga pinjam orang dari bahagian akademik untuk bantu.
“Contoh nak buat kereta api, kita kena import jurutera dan arkitek tapi kenapa nak bangunkan Islam kita tidak mahu import orang dari luar?” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Hassan berkata, pimpinan Pas juga perlu mengambil pendekatan mendidik pelajar-pelajar di universiti-universiti tempatan dan luar negara dari peringkat awal bagi melahirkan golongan pelapis pada masa depan.
Ujar beliau, Pas sememangnya mempunyai ramai golongan ulama namun parti berkenaan masih kekurangan golongan walak iaitu taat setia serta ketua yang hebat.
“Pas perlu mencontohi kepimpinan seperti Hassan Al Banna, Abdul Qadir Audah dan Sayyid Qutb di mana orang ramai dapat mengambil kebaikan dari apa yang mereka luahkan,” katanya.
Ketika ditanya mengenai keadaan politik di negara ini, Hassan turut beranggapan senario politik negara pada masa ini menunjukkan peningkatan yang baik dan rakyat semakin matang.
Beliau berkata, masyarakat kini mula faham dan berani untuk mencabar, mengkritik serta mengemukakan idea berhubung sesuatu isu yang berlaku.
“Ini barulah politik sebenar. Kalau diam saja, itu dipanggil politik pak turut,” katanya.

DHPP mahu pastikan Presiden PAS jadi PM




KOTA BHARU: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) menjanjikan akan terus mendukung prinsip perjuangan PAS sehingga mencapai kemenangan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Pengerusinya N Balasubramaniam berkata DHPP mahu memastikan Presiden PAS mampu menjadi perdana menteri pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, PAS bukan sahaja untuk orang Islam sebaliknya sesuai bagi perjuangan semua pihak termasuk orang bukan Islam.

“Kita akan terus mendokong perjuangan PAS sehingga mencapai kemenangan pada pilihan raya umum akan datang,” ujarnya pada perhimpinan Fastaqim.

Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Salleh, menyeru supaya setiap pendukung PAS terus istiqamah sebagaimana perintah Allah SWT supaya kekal bersama jemaah.

Katanya, PAS berusaha bagi mewujudkan pemerintahan yang menurut nilai-nilai Islam.

Beliau juga berharap ahli-ahli dan pendukung PAS hendaklah mendapat maklumat yang sahih daripada pimpinan serta saluran parti dan bukannya maklumat di tepi jalan.

M’sian politics: The final countdown, earthquakes, iPhones

The major upheavals on both sides of the political divide has left the people craving for drastic transformations but who will step up to the plate to fulfil it?
chin-tong
By Liew Chin Tong
Much as it sounds cliché, our time is indeed both the best of times and the worst of times. In such a confusing time, clarity is in short supply.
Three things may help us describe the state of affairs in Malaysian politics better: that the final countdown is imminent; that there were major political earthquakes, tectonic shifts and realignments in 2015; and that the voting public is waiting for something transformative, a bit like the iPhone when it was first created.
The final countdown
The joint press conference by former rivals Dr Mahathir Mohammad and Tengku Razaleigh Hamzah surprised some of us. Many of us were even amazed with the unprecedented statement by Majlis Raja-Raja Melayu (The Rulers Council) on 1Malaysia Development Berhad (1MDB) and the falling ringgit, as the council usually restricts its pronouncements to matters relating to Islam and national unity only.
Since the Asian Financial Crisis in 1997 and the sacking of Anwar Ibrahim in 1998, Malaysia has been a nation impatiently waiting for change. But change has been meagre, if any. And we are now entering another crisis – a ‘perfect storm’ crisis that engulfs the nation on multiple fronts – politics, economics, finances, ethnic relations etc.
On the government front, if Prime Minister Najib Razak leads Umno into the next general election, not only would the party lose, the possibility of its leaders jumping the sinking ship to contest against Najib’s Umno cannot be ruled out.
For Umno and Barisan Nasional supporters, they would want to know: If Umno manages to replace Najib, will the removal process be smooth or traumatic? If Najib is removed, will Umno stay united? And without Najib, can Umno win again with a new leader?
For the rest of us, the real questions we want to ask are: “Are all Umno’s problems caused by Najib, or is it something systemic? Can systemic problems be solved by having a new leader?”
Some may say that Umno could surprise everyone with sudden and transformative reforms. But then again, this is wishful thinking. On the eve of a potentially volatile Parliamentary session, it feels like fin de siècle or a looming final countdown.
Earthquakes
The sacking of Muhyiddin Yassin and Shafie Apdal from the government on July 28, 2015 was a major earthquake not seen since September 1998. Umno members are still shell shocked, yet unable to express themselves openly. At least, for now.
The moderates and progressives in PAS were not a united force. All of them were defeated during the Islamist party’s elections of June 6, 2015. Three months later, they formed Parti Amanah Negara.
As long as PAS is led by Hadi Awang, the party is not going to win the middle ground Malay voters, not to mention non-Malay voters. PAS is kissing goodbye to Peninsula’s west coast votes.
Without the progressive faction, PAS is also not going to get any traction outside Kelantan and Terengganu, and to a lesser extent, Kedah. Some commentators even opined that PAS is in danger of losing Kelantan due to issues arising from long years of incumbency and slack in governing.
We cannot rule out a second split in PAS or Hadi being replaced by Tuan Ibrahim Tuan Man, who is now seen as playing the exact role of his predecessor Mohamad Sabu (now Amanah president) in the previous PAS leadership, in his attempt to project an anti-Umno image.
In recent years under Hadi’s leadership, the line between PAS and Umno is blurring. This is ironic. It was Hadi, at least according to Umno leaders and members, who deemed the Malay party as an infidel party in the 1980s, as well as declared PAS as the champion of anti-assabiyah, a reference against Umno’s brand of Malay nationalism. Hadi’s embrace of Perkasa, the Malay supremacy group, has shocked some PAS leaders and grassroots; they know this could cause an electoral disaster; and Perkasa practices outright assabiyah.
On the Najib front, when everything is going against his administration – or the lack of it – the moderate pretender is now backed by the likes of Jamal Yunos of the Red Shirts, conservative Muslim scholars including several Muftis, as well as Hadi and Haron Din for their ideological support. These people do not hide their contempt for moderation and progress.
As I mentioned at the beginning, earthquakes are usually followed by smaller quakes, tectonic shifts and realignment. It also leaves a huge vacuum.
Vacuum

Ada pihak yang hendak pujuk balik PAS - Kadir



KOTA BHARU: Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, tanpa pembabitan PAS dalam politik di Malaysia mana-mana pihak tidak boleh menang dalam pilihan raya.

Katanya, ia adalah semangat yang ditunjukkan tanpa penglibatan PAS bermakna sesebuah parti itu tidak boleh menubuh kerajaan.

“Sebab itulah ada pihak yang hendak pujuk balik PAS, di pihak lain juga hendak pujuk PAS,"  ujarnya pada perhimpunan Fastaqim di Stadium Sultan Muhammad IV di sini malam ini.

Menurutnya, tiga tahun lagi PAS kemungkinan boleh membina kekuatan sendiri dan parti lain tentunya akan bersama PAS untuk menguatkan kedudukan mereka.

“Kita harap kerajaan yang dibentuk akan datang ditunjangi PAS. Mereka akan lebih hormati segala harta kepunyaan rakyat. PAS akan menyelamatkan negara,” katanya.

Jangan ketepi PAS dalam politik Malaysia - Iskandar



KOTA BHARU: Puluhan ribu yang memenuhi setiap ruang Stadium Sultan Muhammad IV memberi isyarat yang jelas kepada sesiapa supaya tidak meminggirkan PAS dalam arus politik negara.

Naib Presiden PAS, Datuk Ir Iskandar Abdul Samad berkata apa yang berlaku telah membuka mata berdasarkan situasi di Kota Bharu malam ini.

“Jangan ketepikan PAS dalam politik Malaysia dan politik dunia. Dengan semangat ini sudah cukup menggambarkan kita bersedia untuk menghadapi PRU pada bila-bila masa sahaja.

“Program malam ini amat bermakna, cukup hebat. Kita hebat kerana berada dalam PAS. Bukan bermakna kita hanya pandai berceramah tetapi kehebatan kerana berada dalam satu jemaah Islam,” katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor pada perhimpunan Fastaqim di sini malam ini.

Beliau juga berkata, sambutan orang ramai terhadap PAS di Selangor dalam tempoh tiga minggu dapat dikumpulkan sehingga 6,000 orang.

Najib kehilangan ‘talian hayat’ PAS di Parlimen

Esok sidang Dewan Rakyat “paling mencabar” dalam sejarah akan bermula dan bakal menyaksikan kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diuji.
Najib yang juga menteri kewangan diserang hebat kerana syarikat diilhamkannya 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.
Skandal-skandal yang terpalit menyelubungi Najib ini menyebabkan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan daripada PKR mengemukakan notis untuk mencadangkan usul undi tidak percaya terhadapnya.

Sesi Dewan Rakyat kali ini juga amat menarik kerana perubahan dalam susunan tempat duduk bagi ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang, melambangkang keadaan politik semasa di Malaysia pada hari ini. Jika Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sesi Dewan Rakyat lalu duduk bersebelahan dengan Najib sebagai timbalan perdana menteri, kini tempat itu digantikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Sementara Datuk Seri Shafie Apdal yang sebelum ini duduk bersama jemaah menteri lain kini akan bersama ahli Parlimen biasa.
Bagi pihak pembangkang pula, berlaku perubahan tempat duduk apabila Parti Amanah Negara (Amanah) menggantikan mereka selepas tertubuhnya Pakatan Harapan.
Sidang Dewan Rakyat kali ini juga penting kerana Najib bakal membentangkan Bajet 2016.
PAS sokong undi singkirkan Najib
Terdapat perkembangan baharu yang berlaku dalam PAS sejak akhir-akhir ini.
Jika sebelum ini parti Islam itu dikatakan sedang menjalankan “kerjasama” dengan Umno demi untuk melaksanakan hudud, perkembangan terkini menunjukkan sebaliknya.
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu pemberita di Kota Baru, Kelantan selepas “himpunan hijau” malam tadi parti Islam itu akan menyokong usul undi tidak percaya terhadap Najib sekiranya diadakan pada sidang Dewan Rakyat kali ini.
Ia berbeza dengan pendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini yang mengatakan parti Islam itu tidak akan menyokong usul undi tidak percaya terhadap Najib kerana ia merupakan “amalan tidak sihat” dalam demokrasi.

TPPA akan jual Tanah Melayu

Oleh HISHAMUDDIN RAIS
Pada bulan Mei 2010, tanah milik Keretapi Tanah Melayu di Tanjung Pagar termasuk semua tanah laluan KTM di Singapura diberikan oleh Najib Razak kepada Lee Kuan Yew.Bani Melayu terpinga-pinga bila membaca berita tanah KTM di Singapura kena rembat. Bani Melayu dilihat amat-amat bodoh.
Dilihat bodoh kerana parti ketuanan Melayu, United Malays National Organisation, yang wujudnya untuk berjuang mempertahankan kepentingan Melayu, telah bersekongkol dengan Lee Kuan Yew.

Amat jelas sekali bahawa Lee ini bukan dari Bani Melayu. Terbukti, dengan penuh tipu helah, Lee Kuan Yew menggunakan parti ketuanan Melayu untuk menjadi orang tengah menipu Bani Melayu.Ketika tulisan ini digarap, sejarah sedang berulang sekali lagi. Kali ini bukan tanah KTM atau tanah kebun getah di Senaling yang tergadai tetapi Tanah Melayu. Saya ulangi, Tanah Melayu kita ini sedang dalam proses untuk digadaikan.
Dalam tulisan saya ini saya menggunakan Tanah Melayu untuk memastikan Bani Melayu ini faham betul-betul apa yang saya cuba sampaikan. Mungkin jika saya menggunakan istilah “Malaysia”, para Bani Melayu ini tidak ada rasa sayang dan cinta kepada negara yang dipanggil Malaysia.
Para pakar kaji masyarakat sering mengatakan bahawa Bani Melayu ini amat rapat, amat sayang dan amat cinta dengan tanah tempat kelahiran mereka.
Kerana itu mereka memanggil tempat tinggal mereka “tanah dan air”. Tempat itu pula dikaitkan dengan tumpahan darah di mana uri dan tembuni ibu mereka pecah berdarah ketika melahirkan mereka.
Pada ketika saya menggarap tulisan ini – Tanah Melayu – tempat pecah uri dan tembuni Bani Melayu sedang dalam perjalanan untuk dijual.
Betul kah Tanah Melayu ini hendak dijual? Atau ini hanya tulisan Hishamuddin Rais yang sentiasa antikerajaan? Adakah tulisan ini anti-Cina DAP kerana ada nama Lee Kuan Yew disebut?
Adakah ini hanya tulisan untuk memburukkan nama Najib Razak, suami kepada Rosmah Mansor? Adakah ini tulisan propaganda dari Pakatan Harapan Baru, atau semua ini hanyalah fitnah dan tohmah?
Ini bukan fitnah. Saya akan buktikan satu persatu untuk memperlihatkan bagaimana Tanah Melayu ini akan dijual. Lima tahun dahulu tanah KTM di Tanjung Pagar terjual. Kini sejarah berulang lagi.
Sejarah apa yang berulang?
Untuk memahami apa yang berulang saya akan menyelongkar Tiga Tee. Saya akan cuba membuka Tiga Tee. Apa dia Rahsia Tiga Tee?
Tiga Tee ini ialah:
1) TPPA- Trans-Pacific Partnership Agreement
2) TISA - Trade in Services Agreement
3) TTIP-Translantic Trade Investmnet Partnership
TPPA – ini perjanjian perniagaan 12 buah negara di Lautan Pasifik termasuk Brunei, Singapura, Australia, New Zealand, Chile dan Vietnam serta Tanah Melayu.
TISA – ini perjanjian khidmat perniagaan 23 buah negara-negara Eropah dengan Amerika Syarikat.
TTIP – ini perjanjian perniagaan Negara Kesatuan Eropah dengan Amerika Syarikat.

Saifuddin tetap ditolak walaupun sertai PKR kata Nazri Aziz

Saifuddin ditolak penyokong UMNO disebabkan masalah peribadi beliau bukan kerana benci pada parti.
nazri-aziz,saifuddin
KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah akan terus ditolak rakyat walaupun menyertai PKR.
Perkara itu ditegaskan, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz dengan menyifatkan Saifuddin seorang individu yang bermasalah.
Katanya, Saifuddin sebelum ini telah ditolak rakyat Termerloh pada pilihanraya lepas kerana mempunyai pelbagai masalah peribadi.
“Pada saya tak rugi apa-apa sebab dia (Saifuddin) kalah dalam pilihanraya di Termerloh. Jadi kekalahan itu disebabkan peribadi dia bukan orang tidak suka kepada Barisan Nasional (BN).
“(Malah) dalam pemilihan UMNO pun dia kalah, jadi kalau orang dah kalah nak keluar itu tak ada masalah.
“Lagipun dalam politik katak ini, dia akan terus kalah, sebab orang tidak akan percaya kepada dia,” katanya ketika ditemui pemberita ketika hadir memeriahkan Citrawarna@Kuala Lumpur 2015 pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, tindakan Saifuddin menyertai pembangkang langsung tidak merugikan parti.

Ahli Parlimen BN dijangka bincang usul undi tidak percaya menjelang sidang Parlimen

Datuk Seri Najib Razak sekarang ditekan disebabkan cara syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad diuruskan dan derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Oktober, 2015.Mesyuarat “pre-council” Barisan Nasional (BN) di kediaman rasmi Datuk Seri Najib Razak malam ini dijangkakan menjadi sangat penting, kata ahli Parlimen Umno ketika spekulasi undi tidak percaya bertiup kencang menjelang sidang Dewan Rakyat yang bermula esok.
Ahli Parlimen yang tidak mahu dinamakan itu berkata, ahli Parlimen BN dan senator sudah diarahkan untuk bertemu Najib di Seri Perdana, Putrajaya pada 8 malam.
The Malaysian Insider melihat notis itu dalam satu surat daripada Ibu Pejabat BN bertarikh 9 Oktober dan dihantar kepada semua menteri, timbalan menteri, ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Negara.

Ahli Parlimen Umno itu memberitahu The Malaysian Insider, mesyuarat malam ini dijangkakan menjadi sangat penting disebabkan spekulasi beberapa ahli Parlimen BN akan menyokong usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri. Najib sekarang ini ditekan disebabkan cara syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diuruskan dan derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.
"Mesyuarat malam nanti sangat penting, ia disebabkan pada Isnin sidang akan bermula.
"Lagipun sudah ada ahli pembangkang yang mengemukakan usul undi tidak percaya ke Dewan Rakyat.
“Najib dilihat bimbang dengan perkembangan ini, ditambah dengan kemelut dihadapi dalam Umno pada ketika ini," kata sumber itu.
Notis daripada Ibu Pejabat Barisan Nasional bertarikh 9 Oktober yang dihantar kepada semua menteri, timbalan menteri, ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Negara. – Gambar The Malaysian Insider, 18 Oktober, 2015.Notis daripada Ibu Pejabat Barisan Nasional bertarikh 9 Oktober yang dihantar kepada semua menteri, timbalan menteri, ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Negara. – Gambar The Malaysian Insider, 18 Oktober, 2015.Sumber itu berkata, beberapa ahli Parlimen veteran mungkin tidak hadir ke mesyuarat "pre council" malam ini seperti Ahli Parlimen Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Shafie Apdal dan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.
Muhyiddin disingkirkan sebagai timbalan perdana menteri dan menteri pelajaran sementara Shafie digugurkan daripada jawatan menteri pembangunan luar bandar dalam rombakan Kabinet pada 28 Julai.
Kedua-dua pemimpin Umno ini sangat kritikal tentang bagaimana Najib menguruskan 1MDB.
Ketiga-tiga pemimpin ini juga turut hadir semasa Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan sidang akhbar baru-baru ini bagi menentang tindakan Putrajaya menggunakan Sosma terhadap pengkritik 1MDB.
Sidang akhbar itu juga menyentuh mengenai usul undi tidak percaya terhadap Najib.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian daripada PKR sudah mengemukakan notis di Dewan Rakyat untuk mengadakan usul undi tidak percaya terhadap Najib.
Usul itu diletakkan sebagai usul ke-25 daripada 28 usul dalam kertas aturan urusan mesyuarat untuk dibahaskan.
Bagaimanapun, tidak pasti sama ada usul itu akan dibahaskan atau tidak.
Sidang Dewan Rakyat yang bermula esok akan berlangsung selama 7 minggu sehingga hujung tahun ini.
Najib juga akan membentangkan Bajet 2016 pada Jumaat, dijangka bakal menyaksikan perbahasan hangat dalam Dewan Rakyat memandangkan ahli Parlimen pembangkang dijangka membangkitkan isu berhubung 1MDB dan wang derma RM2.6 bilion.

Sokongan Melayu pada Najib susut mendadak

Tinjauan Kebangsaan yang dijalankan Merdeka Center mendapati terlalu ramai pengundi Malaysia menolak kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika ini.
Menurut tinjauan yang dilakukan pada Ogos lalu, sejumlah besar masyarakat Melayu tidak berpuas hati dengan hanya 31 peratus pengundi bangsa itu menyokong berbanding 52 peratus direskodkan pada Januari.
Singapore Straits Time hari ini melaporkan masyarakat Cina juga melahirkan rasa tidak puas hati dengan hanya 5 peratus penerimaan pentadbiran Najib, berbanding 11 peratus pada Januari.
Tahap penerimaan kebangsaan susut kepada 23 peratus ketika tinjauan Ogos berbanding 38 peratus pada Januari.
Tinjauan tersebut dijalankan beberapa minggu selepas rombakan Kabinet pada hujung Julai, apabila Najib menggugurkan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seorang lagi menteri, Datuk Seri Shafie Apdal.
Menurut akhbar Singapura itu, keputusan kaji selidik itu dibentangkan Merdeka Center kepada penganalisis sektor kewangan minggu lepas.
Badan bebas itu berkata, ia juga menunjukkan majoriti tinggi juga kecewa dengan cara kerajaan menangani ekonomi dengan hanya 17 peratus menyatakan persetujuan mereka selain 78 peratus tidak berpuas hati dengan kerajaan berhubung keadaan ekonomi.
Rasa tidak puas hati rakyat berkisarkan isu kos sara hidup, pengangguran dan kesan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), yang berkuat kuasa pada April.
Prestasi ringgit juga menjadi faktor penyumbang, sebagai mata wang paling teruk di Asia tahun ini.
Kajian Merdeka Center itu secara konsisten sebelum ini menunjukkan rakyat Malaysia lebih mengambil berat isu kos sara hidup, pekerjaan dan perumahan berbanding politik.

KEAJAIBAN DI MALAYSIA !!!


Malaysia sahaja negara di planet bumi konsesi harga TOLnya terbalik. Sepatutnya jumlah kereta banyak lalu dijalan harga TOL turun atau harga TOL semakin murah, sebaliknya..

.... di MALAYSIA, MAKIN BANYAK KERETA, MAKIN TINGGI & NAIK KADAR TOLNYA !!!

Cuba cari negara lain jika ada....

Tol makin naik, makin mudah rakyat diTOLolkan KERAjaan..

SIAPA TAK KENAL ROSMAH NAJIB !!!

Malaysia di bawah Najib Razak terus tersohor di serata dunia.