Jumaat, 16 Oktober 2015

MASIH INGATKAH NAJIB AKAN SLOGAN2 INI?

Kenaikan tol antara bandar yang bermula semalam tidak dinafikan memang membebankan ramai orang. Ramai yang bersungut kerana terpaksa membayar berbelas ringgit sehari hanya untuk tol saja.

Di laman sosial, pelbagai rungutan boleh didapati mengenai tol. Di dunia nyata pula, kawan-kawan dan saudara mara turut bersungut perkara yang sama. Ramai yang merasa lebih susah sekarang ini berbanding sebelumnya.
Pendeknya, jika 10 orang kita jumpa, sembilan daripadanya memang tidak puas hati dengan kenaikan tol ini. Lebih menyebabkan ramai yang marah ialah kerana kadar tol ini merupakan salah satu janji pilihanraya BN dan apabila suara bantahan dikemukakan, kerajaan seolah-olah tidak memperdulikannya.
Apakah Najib Razak masih ingat segala janji dan slogannya ketika PRU 13 lalu atau beliau sebenarnya sudah tidak memperdulikannya lagi?

Inilah wajah sebenar Kepimpinan Najib Razak..


Ikon Belia ka atau IKON VAPE ??

‘KALAU SAYA SAMPAH, AWAK NAJIS’- respon anak melayu-UMNO TPM dan 'IKON BELIA' Dato Nurul Hidayah bila dihentam kerana hisap VAPE !!!
 
 Inikah perangai contoh seorang 'DATO' ??
Dahlah tu pompuan 'melayu-umno'..

Tindak tanduk anak Zahid mampu memberi impak kepada masyarakat khususnya golongan belia. Sewajarnya, posisi tersebut dimanfaatkan sebaik mungkIn untuk mempromosikan cara hidup sihat.... BUKANNYA PROMOTE HISAP YANG BANGANG CAMNI !!

Ahli Parlimen dijangka berebut kerusi pada pembukaan sidang Dewan Rakyat - Pandikar

Ahli Parlimen dijangka berebut kerusi pada pembukaan sidang Dewan Rakyat - PandikarKUALA LUMPUR: Isu perebutan tempat duduk dijangka menghangatkan pembukaan sidang Dewan Rakyat yang bermula Isnin depan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, ia berikutan pertukaran parti beberapa Ahli Parlimen Pas ke Parti Amanah Negara (Amanah).

"Walaupun nampak remeh, namun ia tetap menjadi tumpuan awal pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ketiga Belas kali ini.

"Sekarang ini, mereka akan bergaduh soal kerusi. Jadi perlu juga saya cerita tentang tempat duduk. Pertengkaran akan berkisar mengenai parti baharu selepas bercerai dari parti lama.

"Satu lagi adalah soal di mana pemberita akan diletakkan, itu juga akan menjadi panas. Saya sebenarnya mahu muntah dengan politik sebegini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Isu lompat parti daripada PAS ke Amanah hangat kebelakangan ini dengan pertukaran beberapa tokoh tertinggi mereka.

Ia termasuk Presiden Amanah sendiri, Mohamad Sabu yang sebelum ini merupakan Timbalan Presiden Pas serta Ahli Jawatankuasa Amanah, Dr Hatta Ramli yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.

Dalam pada itu, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal juga akan ditempatkan sebaris pemimpin kanan Barisan Nasional (BN) lain selepas rombakan Kabinet baru-baru ini.

Ku Nan jelaskan secara tak langsung mengapa saya tinggalkan Umno, kata Saifuddin

Datuk Saifuddin Abdullah percaya jika Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan pemimpin Umno lain menggunakan hujah sedemikian, lebih ramai yang akan memahami mengapa beliau meninggalkan parti itu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 16 Oktober, 2015. 
Datuk Saifuddin Abdullah percaya jika Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan pemimpin Umno lain menggunakan hujah sedemikian, lebih ramai yang akan memahami mengapa beliau meninggalkan parti itu.

Datuk Saifuddin Abdullah membidas kembali kenyataan "sampah" Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengatakan kenyataan ekstrem sedemikian menyebabkan ramai pemimpin meninggalkan parti Melayu itu. "Saya percaya jika beliau dan pemimpin Umno lain menggunakan hujah sedemikian, lebih ramai yang akan memahami mengapa saya meninggalkan Umno. "Jadi, sebenarnya, Tengku Adnan membantu saya. Secara tidak langsung, beliau menjelaskan mengapa saya meninggalkan Umno," katanya dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insider hari ini.

Lebih ramai pemimpin dijangka tinggalkan Umno

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli menjangkakan lebih ramai pemimpin pertengahan yang berjiwa reformasi dan pro-perubahan seperti Datuk Saifuddin Abdullah akan meninggalkan Umno dan BN menjelang PRU14 akan datang.
Beliau berkata, pemimpin Umno yang mempunyai pendirian seperti timbalan menteri pelajaran tinggi itu bakal mengikut jejak Saifuddin tidak lama lagi kerana krisis personaliti yang ditinggalkan presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam parti Melayu itu.

"Orang seperti Zam sendiri, mereka bukan masalah dengan Najib, bukan sangat soal perubahan idea reformasi, ia lebih kepada soal personaliti. Mereka masih mempercayai undang-undang daripada penjajah, berbeza dengan Datuk Saifuddin yang konsisten.

"Saya rasa lebih ramai pimpinan pertengahan Umno atau pimpinan bukan kerajaan (kabinet) yang akan keluar (Umno). Saya tak yakin pimpinan Umno dalam kerajaan ini akan keluar kerana saya tak nampak seorang pun yang lantang menyuarakan
perubahan seperti mana Datuk Saifuddin sebelum ini," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah portal mengenai kenyataan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang menjangkakan lebih ramai ahli Umno akan menjejaki langkah Saifuddin meninggalkan parti itu kerana tidak mahu 'karam' bersama Najib.

Zainuddin berkata imej kesederhanaan Najib semakin terhakis kerana Perdana Menteri gagal menyatakan pendiriannya berhubung beberapa isu termasuk isu sekolah satu aliran dan perhimpunan baju merah.

SPRM mahu penambahbaikan Jawatankuasa Khas Rasuah dibawa ke Parlimen

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed (tiga dari kiri) menyerahkan Laporan Tahunan SPRM dan Ulasan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah 2014 kepada Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) Tan Sri Abu Zahar Ujang (tiga dari kanan) di bangunan Parlimen, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider, 16 Oktober, 2015.
Panel bebas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) mahu kerajaan laksana segera syor penambahbaikan Undang-undang Rasuah.
Pengerusinya, Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, penambahbaikan itu perlu bagi memantau perjalanan SPRM serta memperkasakan dan mewujudkan persekitaran bebas rasuah di Malaysia.
"JKMR berpandangan bahawa meskipun beberapa syor dan cadangan sudah dikemukakan untuk penambahbaikan undang-undang pencegahan rasuah, tetapi sehingga kini masih belum dibawa ke Parlimen dan dilaksanakan.

“Ini tahun ket-3 saya menjadi pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah... kami sudah mencadangkan perubahan-perubahan ke atas Akta SPRM 2009 bagi membawa penambahbaikan demi memperkukuhkan SPRM. “Tetapi sehingga kini belum ada pembentangan di Parlimen,” kata beliau ketika berucap pada majlis Penyerahan Laporan Tahunan SPRM dan Ulasan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah 2014 di bangunan Parlimen hari ini.
“Saya tidak pasti sama ada perubahan ini akan dibawa ke Parlimen pada sesi ini (yang akan bermula 19 Oktober 2015), tetapi saya berharap pindaan-pindaan yang disyorkan sebelum ini akan dibawa sebelum penggal saya sebagai ahli Dewan Negara berakhir April 2016,” katanya.
Antara perkara yang pernah disyorkan ialah pembentukan Suruhanjaya Perkhidmatan Pencegahan Rasuah Malaysia, aspek pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM di bawah Perlembagaan Persekutuan, pindaan Seksyen 23 dan 36 Akta SPRM 2009, serta mewujudkan peruntukan liabiliti korporat dan salah laku penjawat awam.
Abu Zahar berkata, JKMR yang dianggotai ahli Parlimen komited untuk melihat perubahan dan penambahbaikan dilaksanakan bagi memperkasakan SPRM.

Saifudin bermasalah kata Zahid

Ahmad Zahid mendakwa bekas Ahli Parlimen Temerloh itu akan membawa masalah yang sama seperti mana ketika beliau berada dalam UMNO
zahid-saifuddin
BELAGA: Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi percaya bekas anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah akan memberi ‘sumbangan besar’ kepada PKR.
Timbalan Perdana Menteri berkata ‘sumbangan besar’ itu adalah masalah yang besar sebagaimana dilakukan bekas Anggota Parlimen Temerloh itu kepada UMNO.
“Beliau lebih sesuai untuk memberi ‘sumbangan besar’ itu kepada parti tersebut,” katanya berseloroh.
Ahmad Zahid diminta mengulas mengenai penyertaan Saifuddin ke dalam PKR, selepas mendengar taklimat mengenai Stesen Janakuasa Hidro Elektrik Bakun.
Mengenai Persidangan Dewan Rakyat yang dijadual bermula pada 19 Oktober ini, beliau berkata pihak kerajaan tidak akan terkejut jika pembangkang menimbulkan isu hangat khasnya titah Majlis Raja-raja mengenai siasatan ke atas 1MDB.
“Kita bersiap siaga untuk memberi jawapan sebagai penjelasan kepada isu itu,” katanya.
Bagaimanapun, Ahmad Zahid berkata pihak pembangkang juga harus menerima jawapan daripada kerajaan sebagai penjelasan yang rasmi dan tidak diputar-belit melalui lontaran pelbagai pandangan yang berbeza.
Namun beliau berkata walau apapun yang diperjelaskan oleh kerajaan tidak akan diterima pembangkang.
– BERNAMA

MP Rompin pengerusi PAC baru

Anggota parlimen Rompin Datuk Hasan Arifin akan mengambil alih jawatan pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) apabila parlimen bersidang Isnin depan.
Perkara itu dinyatakan dalam susun atur persidangan yang dilihat Malaysiakini.
Lantikan Hasan ditetapkan sebagai agenda kedua pada hari itu dan akan dicadangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
 Sebelum itu, Najib akan mencadangkan agenda pertama untuk melantik Timbalan Perdana Menteri Datuk Zahid Hamidi, Presiden MIC Dr S Subramaniam dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Ismail ke sebuah jawatankuasa khas parlimen.
Mereka akan menggantikan anggota parlimen Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Anggota parlimen Cameron Highlands MP Datuk Seri G Palanivel dan bekas ketua pembangkang yang dipenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jawatan pengerusi PAC sebelum ini disandang oleh anggota parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamad, yang kini dilantik sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Hasan seorang anggota baru Dewan Rakyat yang memasuki parlimen selepas menang pilihan raya umum Mei lalu.
Beliau enggan mengesahkan lantikan itu buat masa ini.
“Saya tidak tahu,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Maria Chin, 6 lagi mahu cabar pertuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman

Post Pic

KUALA LUMPUR: Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah memberitahu mahkamah bahawa dia akan merujuk isu perlembagaan di Mahkamah Persekutuan terhadap tuduhan yang dihadapinya mengikut Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 berhubung perhimpunan #KitaLawan di ibu negara, Mac lepas.
Perkara itu dimaklumkan oleh peguam Gooi Hsiao Leung ketika kes itu disebut di hadapan Majistret Nur Azura Murah, di sini hari ini.
Selain Chin, tiga lagi iaitu Pengerusi Jingga 13, Mohd Fariz Abd Talib @ Musa, Pengurus Sekretariat Bersih 2.0, Mandeep Singh dan Anggota Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin akan turut membuat permohonan sama.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin memohon tarikh perbicaraan memandangkan pihaknya bersedia untuk memulakan perbicaraan kes itu selain kesemua dokumen berkaitan kes itu telah diserahkan kepada pihak pembelaan.
Bagaimanapun, mahkamah menetapkan 7 Disember ini untuk sebutan semula kes itu bagi membolehkan kesemua tertuduh itu merujuk persoalan undang-undang itu ke Mahkamah Persekutuan.
Mengikut pertuduhan, keempat-empat mereka didakwa bersama dengan orang lain yang masih bebas menyertai suatu protes jalanan bagi tujuan tertentu di hadapan kawasan air pancut persimpangan Jalan Tun Perak dan berakhir di hadapan Kompleks Sogo di sini.

DAPSY Selangor kumpul tandatangan bantah kenaikan kadar tol

petisyen
KUALA LUMPUR 16 OKT: Sosialis Muda DAP (DAPSY) Selangor mengajak pengguna jalan raya menandatangani petisyen membantah keputusan Kerajaan Persekutuan menaikkan kadar tol hingga membebankan rakyat.
Ahli Jawatankuasanya, Muhammad Shakir Ameer berkata pihaknya mensasar sekurang-kurangnya 100,000 tandatangan dengan mengumpulnya dari sekitar negeri ini dan Kuala Lumpur, selain bahagian parti.
Untuk menyatakan sokongan kepada petisyen Membantah Kenaikan Kadar Tol Lebuh raya di Malaysia, KLIK INI.

Born again democrats & politics of impunity

If you become a ‘born again democrat’ and denounce the current regime, it looks as though your record in the Barisan Nasional can be wiped clean.

mahathir,-malaysiaby Kua Kia Soong
Of late, Malaysian politics seems to have taken on some of the rules of organized religions. It is well known that in some religions, you may have committed so much sin in your lifetime but so long as before your last breath expires, you accept the Chosen One as your personal savior and you have booked your place in the hereafter.
Does it look any different in Malaysian politics? You can be part of the Barisan Nasional that has run the country for all these 58 years, wreaking havoc on ethnic relations, mishandling the economy through corruption, enriching selected elites, detaining innocent Malaysians without trial, etc. but if you become a ‘born again democrat’ and denounce the current regime, it looks as though your record in the Barisan Nasional can be wiped clean.
And this ‘Born Again’ rule seems to apply even to ‘Mahafiraun’ the Great Pharoah who assaulted the Malaysian Judiciary so badly we have hardly recovered thirty years after. He has not only been cleansed and forgiven; some Opposition leaders are even calling for him to lead the opposition to the current regime.
Religion aside, the people are more interested in justice and ensuring these former politicians get their just desserts and repay their dues to the rakyat. Pandering to Mahathir in the bid to topple the current regime is one thing. Will the alternative coalition leaders come out and say categorically that when they come into office they will re-open the books on all the financial scandals since the seventies and eighties that have cost the rakyat billions of ringgit?

Johor berhak tarik diri daripada perjanjian Persekutuan Malaysia-TMJ

Ia berdasarkan persetujuan bersama kedua belah pihak yang disepakati di bawah Perjanjian Persekutuan 1948
TMJ
PETALING JAYA : Johor boleh berpisah daripada Persekutuan Malaysia sekiranya syarat yang dipersetujui di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dilanggari.
Pandangan itu dibuat Tunku Mahkota Johor (TMJ), Brigadier Jeneral Tuanku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, yang menegaskan perjanjian itu dibuat dengan persetujuan bersama kedua-dua belah pihak.
“Kita menyertai Persekutuan Tanah Melayu pun dengan kedua belah pihak bersetuju dengan syarat-syarat tertentu, dan sekiranya terdapat syarat-syarat tersebut dilanggar, kita berhak menarik diri.
“Anda boleh menuduh saya memainkan sentimen kenegerian, tetapi pada saya, saya sekadar menjalankan tugas saya kepada rakyat Johor, dan mengingatkan mereka berkenaan sejarah dan warisan bumi bertuah ini,” titah baginda dalam satu temubual ekslusif bersama dengan sebuah portal bolasepak FourthOfficial.
Sebelum ini, adinda TMJ, Tunku Idris Sultan Ibrahim turut memuat naik menerusi laman instagramnya berkaitan perjanjian bersama dengan Persekutuan Tanah Melayu.
Catatan itu turut menyebut Johor setuju menandatangani perjanjian 1948 itu dengan mengenakan beberapa syarat.
“Sekiranya mana-mana daripada syarat-syarat tersebut dilanggar, maka terkeluarlah Johor daripada Malaysia,” tulisnya.

Matthias henti mogok lapar, kumpul tenaga lawan Najib

Peguam Matthias Chang menamatkan mogok laparnya semalam kerana tidak ada pemimpin Umno yang menyahut cabarannya untuk sanggup mati demi perjuangan masing-masing.
 Antara mereka yang dicabarnya ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, pemimpin Umno Tan Sri Mohd Ali Rustam, Datuk Ahmad Maslan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Tan Sri Annuar Musa, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Datuk Azalina Othman.
"Memandangkan tidak ada mereka yang dinamakan itu (menyahut cabaran saya) dan kerana saya telah mogok lapar selama tujuh hari dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius kepada kesihatan saya, ini adalah bukti bahawa Allah telah melindungi saya," kata Chang dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman webnya.
Katanya, beliau telah menunjukkan keadilan dalam perjuangannya - keadilan, kebenaran dan maruah dan berkata Najib telah gagal untuk berbuat demikian.
Oleh itu, katanya beliau tidak perlu lagi untuk meneruskan mogok lapar.
Chang mengadakan mogok lapar ketika beliau ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) pada 8 Oktober.
Beliau telah pun didakwa bersama dengan anak guamnya Datuk Khairuddin Abu Hassan kerana dituduh cuba mensabotaj sektor perbankan dan perkhidmatan kewangan negara ini.
Pendakwaan mereka kerana membuat laporan polis terhadap 1MDB di luar negara, telah dikritik sebagai satu percubaan untuk menutup mulut pengkritik Najib.

TMJ beri amaran Johor boleh keluar Malaysia jika perjanjian tidak dipatuhi

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata kenyataannya mungkin akan disifatkan menghasut namun beliau lebih bimbang dan mengutamakan rakyat Johor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Oktober, 2015. 
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata kenyataannya mungkin akan disifatkan menghasut namun beliau lebih bimbang dan mengutamakan rakyat Johor. 

Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan semua negeri termasuk Johor mempunyai hak untuk menarik diri dari Malaysia jika mana-mana terma dalam perjanjian antara Johor dan Persekutuan Tanah Melayu tidak dipatuhi.
Dalam satu temu bual dalam laman web sukan FourthOfficial.com, Tunku Mahkota Johor itu berkata kenyataannya mungkin akan disifatkan menghasut namun beliau lebih bimbang dan mengutamakan rakyat negeri itu.
"Saya akan menjadi Sultan pada masa depan dan tanggungjawab utama saya ialah kepada rakyat Johor.

"Malaysia sangat penting kepada saya, tetapi Johor dan JDT keutamaan saya," katanya. Tunku Ismail berkata, rakyat mempunyai hak untuk tahu keadaan huru-hara yang berlaku di Malaysia hari ini tidak mempunyai kaitan dengan Istana Johor.
"Bertahun kita hidup aman dan bebas.
"Malah, kami hanya menyertai Persekutuan Tanah Melayu, apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan beberapa syarat-syarat asas.
"Dan jika mana-mana terma itu dilanggar, kita ada hak untuk menarik diri daripada negara ini.
"Anda boleh menuduh saya menghasut sentimen kenegerian, tapi saya hanya menjalankan tugas saya kepada rakyat Johor, dan mengingatkan mereka tentang sejarah dan warisan tanah yang besar ini. "

Pemimpin PKR akan didakwa menghasut kerana telibat perhimpunan #KitaLawan

Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi hari ini untuk disoal siasat susulan penglibatan beliau dalam perhimpunan pada 7 Mac lalu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 16 Oktober, 2015.
Pemimpin PKR Sivarasa Rasiah akan didakwa mengikut Akta Hasutan, Selasa ini kerana terlibat dalam perhimpunan #KitaLawan yang dianjurkan 7 bulan lepas bagi menuntut pembebasan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahli Parlimen Subang itu dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi hari ini untuk disoal siasat susulan penglibatan beliau dalam perhimpunan 7 Mac lalu.
Beliau ditemani peguamnya, G Sivamalar.

"Siasatan mereka adalah mengenai ucapan saya dan mereka kata ianya bersifat hasutan. "Selepas mereka menyoal saya, saya diberi notis yang meminta saya untuk pergi ke Mahkamah Sesyen Jalan Duta pada 20 Oktober, kerana saya akan didakwa di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948," katanya kepada pemberita di luar ibu pejabat polis berkenaan.

1MDB tuduh DAP cuba gagalkan pelan rasionalisasinya

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berkata, Parti Tindakan Demokratik (DAP) dipacu oleh agenda politik yang bertujuan menggagal dan menghalang pelaksanaan pelan rasionalisasinya.

Mengulas kenyataan DAP yang dikeluarkan pagi ini, 1MDB berkata, ia secara konsisten menyatakan yang jika terdapat sebarang salah laku, tindakan perlu diambil berdasarkan undang-undang.

Menurut laporan berita, DAP mempersoal sama ada pegawai tinggi 1MDB mengelirukan lembaga pengarahnya dalam keputusan pelaburannya.

"Sebagaimana diketahui DAP, 1MDB kini disiasat oleh Polis Diraja Malaysia dan Ketua Audit Negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Malah Ketua Audit Negara membentangkan laporan sementara mengenai penemuan awal siasatannya kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang bersifat bi-partisan pada Jun 2015, dengan laporan akhir akan dikeluarkan pada akhir tahun, katanya.

Dana politik: Kerajaan tubuh pasukan pemantau

Skandal 1MDB: Menteri mahu AG, Bank Negara tegak undang-undang

Saya hanya lakukan tugas kepada rakyat Johor – TMJ

TMJ
TMJ adalah seorang daripada keluarga diraja yang paling berpengaruh di negara ini dengan banyak berikrar memberi sokongan dan dikagumi kerana keberanian beliau bersuara terhadap apa yang dianggap tidak kena dengan negara ini.

KUALA LUMPUR, 16 Oktober:

“Kamu boleh menuduh saya menghasut sentiment kenegerian, tetapi bagi saya, saya hanya melakukan tugas saya kepada rakyat Johor semata-mata, dan mengingatkan mereka mengenai sejarah dan warisan tanah yang hebat ini.”
Kenyataan itu diluahkan Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim yang lebih dikenali sebagai TMJ, dalam temu bual eksklusif bersama portal sukan FourthOfficial.com semalam.
Dalam temu bual itu, TMJ yang dikenali dengan kelantangan kenyataan terhadap pentadbiran ketika ini, sentiasa dilihat menumpukan sentimen kenegerian, berkata sebagai bakal Sultan Johor, tanggungjawabnya yang utama adalah terhadap rakyat negeri itu.
“Saya akan menjadi Sultan negeri ini pada masa akan datang dan tanggungjawab utama adalah kepada rakyat Johor.
“Malaysia penting kepada saya, tetapi Johor dan JDT akan sentiasa menjadi didahulukan.”
Beliau memberitahu portal itu bahawa rakyat berhak tahu `huru-hara’ yang didakwanya melanda negara ketika ini, tidak seharusnya sama sekali dikaitkan dengan keluarga diraja Johor yang sentiasa kukuh, bebas dan pintar.
“Malah, kami hanya menyertai Persekutuan Tanah Melayu, apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan beberapa syarat-syarat asas dan jika mana-mana satu istilah itu dilanggar, kita ada hak untuk menarik diri dari negara ini.
“Beberapa tahun dari sekarang, sekiranya saya meninggalkan JDT (Johor Darul Takzim), rakyat Johor perlu tahu bahawa tiada apa yang perlu dibimbangkan.
“Struktur yang saya laksanakan sekarang, akan memberi makna kepada sesiapa sahaja, dari Presiden kepada pemain, kepada kakitangan boleh datang dan pergi, tetapi falsafah kelab dan pelan tindakan akan sentiasa memastikan kestabilan jangka panjang,” kata TMJ merujuk kepada pasukan bola sepak negeri itu.

Skandal 1MDB: NGO Melayu buat laporan polis terhadap Zeti


KUALA LUMPUR: Sebuah badan bukan kerajaan, Jaringan Melayu Malaysia (JMM), hari ini membuat laporan polis terhadap Gabenor Bank Negara, Tan Seri Zeti Akhtar Aziz
Ketua Setiausaha JMM, Hamdan Mohd Salleh menyifatkan, tindakan Zeti menarik balik tiga kebenaran yang diberikan Bank Negara kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai berniat jahat.
Katanya, pembatalan tersebut dilihat sebagai cubaan menjatuhkan nama baik dan merendahkan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Apandi Ali.
Menurutnya, Bank Negara telah membatalkan kebenaran itu di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953, (ECA) sedangkan Peguam Negara membuat keputusan bahawa tiada kesalahan jenayah yang dilakukan di bawah ECA.
“BNM telah membuat keputusan pembatalan atas alasan yang salah dan pembatalan tersebut dibuat kerana maklumat yang diberikan adalah samada tidak tepat atau tidak lengkap.
“Namun begitu, kesalahan yang tertakluk di bawah ECA adalah berkaitan dengan pengemukaan keterangan palsu dan bukannya berkaitan tidak tepat atau tidak lengkap,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membuat laporan polis ke atas Gabenor Bank Negara di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari.
Tambah Hamdan, tindakan Zeti itu seolah-olah menutup kesalahan BNM meluluskan permohonan 1MDB untuk pelaburan mereka di luar negara.
Jelasnya, mengapakah keputusan pembatalan ini dibuat setelah empat hingga enam tahun setelah kebenaran diberikan serta sejurus sebelum siasatan dirujuk kepada Peguam Negara.
“Tindakan yang dibuat oleh Gabenor Bank Negara ini seperti terdapat agenda tersembunyi dan saya percaya juga terdapat banyak kes lagi yang membabitkan kesilapan BNM yang tidak ketahui umum.
“Keputusan ini seolah olah menutup kesalahan dan kelemahan BNM dan saya menggesa pihak berkuasa untuk membuka kertas siasatan ke atas Zeti dalam masa tujuh hari,” ujarnya.

Tol Naik: Patutla Mereka Membisu & Sokong..!!!

Patutler ularmak UMNO sorok & bisu ttg kenaikan kadar tol baru2 ini. Rupa2nya mereka pon bersekongkol gak.. Astaghfirullah...

Najib, Muhyiddin, Tok Pa & Menteri Kewangan II pon ada sama !!!

Patutla negara tak berkat & sentiasa ditimpa pelbagai musibah & bencana.. kerjanya merompak wang rakyat ajer..

FAKTA:
1) PROLINTAS dimiliki sepenuhnya oleh PNB.
2) PROLINTAS memiliki 5 projek lebuh raya bertol.
3) PROLINTAS meletakkan kenaikan peratus antara yang paling tinggi kenaikan kadar tol (KENAIKAN RM6.00)

PKR punyai perancangan tersendiri untuk Saifuddin

Kemasukan Saifuddin ke dalam PKR bukan kerana mengejar kedudukan sebaliknya melihat parti itu mempunyai kelebihan tersendiri
Saifuddin-Abdullah-pkr
PETALING JAYA: PKR meletakkan harapan tinggi kemasukan bekas Timbalan Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah ke dalam parti itu.
Presidennya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, kutukan yang dibuat berhubung tindakan bekas Ahli Parlimen Temerloh itu tidak memberi kesan terhadap perancangan parti berkenaan.
Ia mengulas kepada kenyataan yang dibuat Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terhadap keputusan Saifuddin untuk keluar daripada parti itu.
“Itu hak mereka untuk menyatakan pandangan mereka.
“Bagi saya Saifuddin Abdullah adalah aset berharga untuk kita (PKR),” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR.
Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli menyatakan keyakinannya dan menjelaskan kemasukan Saifuddin itu menguatkan lagi jentera PKR untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasioan (BN)/UMNO dalam Pilihanraya akan datang.
Katanya, PKR juga akan memberi peluang kepadanya untuk menyumbangkan idea-idea yang baik dalam memajukan lagi partinya untuk masa depan.
“Saya yakin Saifuddin seorang yang berprinsip dan berada ditempat yang betul.
“Dia (Saifuddin) juga tentunya menyerai PKR bukan sebab ingin kedudukan dan lain-lain.
“Kita akan gunakan kebolehan yang dia ada demi memajukan parti,” katanya.

APA PULAK MEREPEK MERABAN NI?

Tentu ramai gelihati dengan reaksi Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Megat Najmuddin Megat Khas berkenaan tindakan Saifuddin Abdullah meninggalkan UMNO dan menyertai PKR.

Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas kesal dengan keputusan Datuk Saifuddin Abdullah meninggalkan parti dan tidak akan memaafkan tindakan beliau itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Oktober, 2015.
Beliau dilaporkan sebagai berkata, UMNO sama sekali tidak akan memaafkan perbuatan bekas ahli MT itu yang bukan saja keluar parti, tetapi juga mengumumkan secara terbuka.

Bukan sahaja keluar parti, tetapi juga tindakan itu dibuat cara umum dan di hadapan media. Dia nak keluar, keluarlah, katanya sebagaimana dilaporkan oleh TMI.

Ehhh...apa yang salahnya keluar UMNO dan mengumumkannya secara terbuka dan di hadapan media?

Apa yang sampai tak mahu memaafkan tindakannya itu? Apa yang UMNO boleh buat lagi setelah Saifuddin keluar meninggalkan UMNO?

Apa pula undang-undang dan disiplin UMNO yang dilanggar dengan berbuat demikian? Itukan hak masing-masing, lagi pun memang sewajarnya tindakan menyertai parti lain perlu dihebohkan kepada umum dan di hadapan media supaya ia diketahui ramai.

Lagi pun, Saifuddin bukanlah "pemimpin sampah" seperti yang dikatakan oleh Tengku Adnan kerana beliau pernah menjadi ahli MT UMNO dan timbalan menteri sebelum ini. Maka, sewajarnyalah penghijrahan itu diberitahu kepada umum.

Orang kahwin, bertunang dan bercerai pun jemput media, apa pulak salahnya keluar UMNO turut sama panggil wartawan?

Bukankah sudah banyak yang keluar UMNO mahu pun masuk UMNO sebelum ini juga mengumumkannya secara terbuka dan di hadapan media?

SECESSION WARNING: JOHOR WILL LEAVE M'SIA IF NAJIB CONTINUES TO MUCK UP THE COUNTRY


“The biggest idol of my life – besides my father – is Fidel Castro. He may be a communist, but I respect the fact that he stood for the principles he believed in” – TMJ
SECESSION WARNING: JOHOR WILL LEAVE M'SIA IF NAJIB CONTINUES TO MUCK UP THE COUNTRYTunku Ismail ibni Sultan Ibrahim has a certain cut of confidence in him. Some say it stems from his royal stature. Some others suggest that he’s naturally arrogant. But isn’t that what they always say about anyone with untempered and radical ideas? Most Malaysians grow up in an environment where there was a generational hatred towards local football – and they all stemmed from our consistent failures on the biggest stage. And yes, match-fixing (No, I didn’t forget that). If not hatred, it’s skepticism. It’s part of our identity to continuously shed skeptic comments or thoughts on our own products.
And you can’t blame the fans either. For a country that only got its’ independence in 1957, we’re still trying to define an identity for ourselves. The lack of identity always meant that while great emphasis would be placed on the pursuit of success, mediocrity would latch onto it and become normalized as well, be it in studies, sports or even politics for that matter.
But then came Tunku, who literally grabbed Johor FA by its throat, and shoved significant reforms down. Three years later, a team that once had less than 100 people attend its’ home games, is now the reigning Malaysia Super League champion for two consecutive years. And they recently made history by being the first Malaysian team to ever progress into the semis of the AFC Cup.
They’ve got the best pitch in Southeast Asia. The players have rave reviews about the sort of training facilities that are made available for them, including the anti-gravity treadmill! Everyone within the club’s structure, is treated well and their salaries are paid on time. And they’ve been able to sign some of the biggest names in world football (Dani Guiza and Pablo Aimar), notwithstanding the fact that they’ve got most of Malaysia’s best players in their squad.

Sultan Ibrahim, the Johor Ruler, was among the Malay Rulers who signed an unprecedented statement censuring the Najib administration for massive corruption, the 1MDB debacle and rising racial polarization in the country
They recently kickstarted a comprehensive youth development program, which is being tailored by individuals that have been brought in from Borussia Dortmund. Best part? Tunku is set to meet leaders to Barcelona and Paris St. Germain later this year, to initiate similar collaborations.
Who on earth is this guy, and how is he even doing this? Absolutely stupendous.
So when I was informed that my proposal for an interview with Tunku was approved, I was naturally elated. The general populace’s interpretation of him has generally been muddled, all this while. To some, particularly Johoreans, Tunku is a revolutionary saviour who is now the indubitable voice of the people. But to others, he’s just an attention-seeking member of the royal family, who is using sports as a direct mean to amass significant political capital and mobility. But Tunku’s brutal honesty was inadvertently refreshing.
“Johor isn’t just about football. It’s beyond that. It’s a tool for uniting people and bridging the gap of racism and segregation within society. So, I’m perfectly fine if people think I’m using JDT as a political tool, as that’s precisely what I’m doing. I’ve got nothing to hide,” he said, with a casual smirk on his face.
His radical statements and gung-ho approach didn’t go too well with senior politicians within the country, particularly those sitting in executive seats within Football Association of Malaysia. He’s too young, some would say, to blatantly shift the focus away from their own misgivings. It’s not surprising really, judging by our inability to muster respect for individuals, without taking their age into consideration. “Don’t judge me by my age, judge me for my qualification and the actual merit of my statements.”
Truth be told though, credibility shouldn’t even be at the forefront of this discussion. Tunku received his secondary education at the Australian International School in Singapore, before moving on to complete his tertiary education at the Hale School in Perth. But it didn’t just stop there. It was customary for the eldest son of the Johor royal family to receive military training, and Tunku was enlisted into the Indian Military Academy as a cadet officer. Just like every other regular newbie, Tunku has big reservations about his new life at that point.
“I was scared, definitely!,” he chuckled. “It was a family tradition, and I had to be a part of it, so eventually I came to terms with it. Because at some point, I will need to be in charge of the Johor Military Force (JMF) so I figured this training would prepare me adequately for that responsibility.”
He became a captain in 2007 and eventually emerged as the first foreigner to spearhead a unit of the Indian Army during India’s Republic Day Parade, in front of President Dr. A.P.J Abdul Kalam as well as Russia’s Vladimir Putin – a history moment that was also witnessed by his proud father, Sultan Ibrahim, who flew in to India specifically for this event. The entire experience of military life in India, turned him into the revisionist individual he is today.

In fact, he brought that exact revisionist attitude alongside him, as he embarked on a journey to revitalize Johor football. At the end of 2012, Tunku took over Johor FA and went on a cleansing spree, completely changing the staff and personnel that existed within the organization. No holds were barred, it was ruthless change from the get go. There was however, a unique bit of novelty, behind his uncompromising approach.

MCA Perak digesa putus hubungan dengan Umno

MCA Perak digesa putus hubungan dengan Umno
IPOH - DAP Perak menggesa MCA Negeri memutuskan kerjasama politik dengan Umno berikutan kenyataan berbaur perkauman yang diluahkan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Setiausahanya, Wong Kah Woh berkata, tindakan itu perlu dilakukan kerana tiada sebarang hukuman dikenakan terhadap Tajuddin meskipun aduan rasmi telah dihantar MCA Negeri kepada BN Perak pada 12 Oktober lalu.

"MCA Negeri perlu memutuskan hubungan dengan Umno yang dilihat gagal dan enggan mengambil tindakan terhadap Tajuddin sehingga ke hari ini.

"MCA Negeri juga seharusnya mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melucutkan jawatan Tajuddin selaku Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Wisma DAP Perak, disini, hari ini.

Hadir sama Penolong Setiausaha DAP Perak,Yong Choo Kiong, Bendahari DAP Perak, Teh Hock Ke dan Ketua Pemuda Sosialis DAP Perak, Howard Lee Chuan How.

Menurutnya, kenyataan berbaur perkauman itu perlu dipandang serius oleh Umno kerana ia bukan pertama kali diluahkan oleh Ahli Parlimen Pasir Salak itu.

"Pada tahun 2006, kalau tak silap saya, beliau pernah mengugut untuk mencederakan Pengerusi DAP Perak, Ngar Kor Ming," katanya.

ABIM minta syarikat terlibat Israel putus hubungan

ABIM RAIMIAngkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengutuk serangan berterusan dilancarkan Israel ke atas bumi Palestin mengakibatkan kemusnahan dan pembunuhan rakyatnya.
Presidennya, Mohamad Raimi Md Rahim, berkata siri pencerobohan itu adalah pencabulan hak asasi manusia yang sengaja dilakukan Israel ke atas Tebing Barat dan Jerusalem.
Katanya, ABIM memandang serius perkara itu dan telah menyatakan bantahan dengan berhimpun di hadapan Kedutaan Amerikat Syarikat (AS) di Kuala Lumpur.
“ABIM mendesak kerajaan Malaysia mengeluarkan kenyataan mengutuk serangan dilakukan Israel ke atas Palestin.
“Kita meminta syarikat di negara ini yang mempunyai hubungan langsung atau tidak langsung dengan Israel agar memutuskan hubungan berkenaan,” katanya kepada Selangor Kini.
Selaku pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Raimi berkata ABIM senada dan menyertai kempen global, Boikot, Penjualan dan Sekatan (Boycott, Divestment and Sanctions (BDS)) yang meningkatkan tekanan ekonomi dan politik ke atas Israel.
BDS adalah kempen dimulakan pada 9 Julai 2005 membabitkan 171 NGO Palestin untuk menyokong perjuangan rakyatnya bagi memboikot, penjualan dan sekatan antarabangsa terhadap Israel.
Kempen dijalankan juga supaya Israel mengakhiri pendudukan dan penjajahan ke atas bumi Palestin, memberikan kesaksamaan penuh untuk warga Arab-Palestin di Israel dan menghormati hak pelarian Palestin untuk kembali ke negaranya.

MB Johor: Umno harus didukung pemimpin boleh diteladani

Pemimpin Umno Johor Datuk Seri Khaled Nordin menyeru kembali ke arah pengislahan Umno, melalui pengukuhan pemikiran dengan membuka pintu kepada lebih ramai golongan profesional.
Menteri besar Johor berkata, golongan profesional lazimnya dihormati dan diteladani masyarakat dan kewibawaan golongan terpelajar harus menjadi pemangkin kepercayaan kepada parti.
“Justeru, Umno mesti didukung dan dipimpin oleh mereka yang disegani dan boleh diteladani oleh masyarakat.
“Akhir sekali, kita memilih untuk mengajak golongan profesional mengambil tanggungjawab dalam pengislahan Umno,” katanya.
Dalam tulisannya hari ini, Khaled berkata, generasi baru harus diwariskan dengan pemimpin yang pemimpin yang berilmu, berintegriti dan mempunyai visi dan jiwa besar.
“Sampai bila kita hanya mahu mengungkit-ungkit dan mengingatkan tentang kejayaan masa silam.
“Sudah tiba masanya untuk kita pula yang merencana dan mencipta sejarah Umno yang baharu.
“Kesemua ini boleh dilakukan jika semua pihak dalam Umno, terutama sekali golongan profesional, diberikan ruang dan kepercayaan sewajarnya,” katanya sambil menegaskan Umno perlu ramai pemikir.

Beliau bagaimanapun berkata, pengislahan Umno wajar diimbangi secara kolektif dengan pengalaman dan ‘kebijaksanaan’ anggota lebih berpengalaman.
Sementara itu, Khaled juga mengumumkan bahawa Umno Johor baru-baru ini melancarkan penubuhan sebuah institut pemikir milik Rumah Amanah.
Badan dimiliki sepenuhnya oleh Umno negeri itu akan berperanan menjadi sumber rujukan Umno Johor dalam meneroka dasar-dasar baharu, memperkasa dasar-dasar sedia ada dan menyusun agenda lebih strategik dalam perjuangan orang Melayu.

Johor has every right to secede from Malaysia, says crown prince

Johor crown prince Tunku Ismail Sultan Ibrahim, seen here waving to supporters outside the Istana Bukit Serene in Johor Baru at the height of his spat with an Umno minister, says that his views might be seen as instigating state-based sentiments, but his main concern was the people of Johor. – The Malaysian Insider pic, October 14, 2015.Johor crown prince Tunku Ismail Sultan Ibrahim, seen here waving to supporters outside the Istana Bukit Serene in Johor Baru at the height of his spat with an Umno minister, says that his views might be seen as instigating state-based sentiments, but his main concern was the people of Johor. – The Malaysian Insider pic, October 14, 2015.Johor crown prince Tunku Ismail Sultan Ibrahim has warned that the state has every right to secede from the country if any of the terms in the agreement between Johor and the Federation of Malaya are breached.
In an interview with sports website FourthOfficial.com, the crown prince said that his views might be seen as instigating state-based sentiments, but his main concern was the people of Johor.
"I am going to be the future Sultan of this state and my main responsibility is towards the people of Johor. Malaysia is important to me, but Johor and JDT will always come first," he was quoted as saying.

"People deserve to know, that the mess we have in the country right now, should in no way be associated to the Johor royal family. Over the years, we’ve always been strong and independent as well as resourceful. In fact, we only joined the Federation of Malaya, upon both parties agreeing to several basic terms."And if any one of those terms are breached, we have every right to secede from this country. You can accuse me of instigating state-based sentiments, but to me, I’m merely doing my duty to the people of Johor, and reminding them of the history and heritage behind this great land."
In June, Tunku Ismail's younger brother Tunku Idris Sultan Ibrahim created a stir after he posted a warning that Johor may secede from Malaysia, on his Instagram account.
In the posting which has since been deleted, the prince said the state joined the Federation in 1946 on a few conditions, including making Islam the religion of the state, Johor's absolute right over its water and land, and the state royalty would be allowed to have its own armed forces.

Rafizi ramal undi tak percaya terhadap Najib sukar

Jika sebelum ini Rafizi Ramli antara yang lantang mendesak undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, naib presiden PKR itu kini mengatakan tindakan itu sukar dilaksanakan di Parlimen.
"Kita kena realistik. Ia (undi tak percaya) bukan mudah," kata Rafizi pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.
Rafizi berkata pembangkang tidak dapat menentukan sama ada usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri dapat diadakan atau tidak.

"Kita perlu susun semula jangkaan. Kita tidak mahu situasi di mana selepas Parlimen, Najib masih berkuasa, dan orang menyalahkan kita," katanya.Rafizi Ramli berkata pembangkang perlu menyusun semula jangkaan sama ada undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Razak boleh berjaya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim, 16 Oktober, 2015. "Bukan kami yang kawal, Najib dan Speaker," tambahnya lagi.
Kenyataan Rafizi itu senada dengan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah baru-baru ini yang mengakui kesukaran melaksanakan undi tidak percaya terhadap Najib.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad antara pemimpin yang lantang mencadangkan perkara itu.
Rafizi, bagaimanapun, masih berharap untuk mencuba walaupun peluang tipis.
"Betul, memang sukar, tetapi kita kena cuba," katanya.
Setiap ahli Parlimen, katanya, boleh mengundi semasa Bajet 2016 yang bakal dibentangkan Najib pada 23 Oktober ini.

Saifuddin Abdullah aset, bukan sampah, kata PKR


Bekas pemimpin Umno, Datuk Saifuddin Abdullah merupakan aset kepada PKR dan bukannya "sampah" seperti yang dikatakan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Semalam setiausaha agung Umno itu melabelkan PKR tersilap langkah kerana menerima Saifuddin yang disifatkan liabiliti dan sampah kepada parti Melayu itu.
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di Petaling Jaya, hari ini. Beliau mengumumkan Datuk Saifuddin Abdullah akan turut bertanding mewakili PKR dalam pilihan raya umum akan datang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim, 16 Oktober, 2015. "Itu pendapat dia. Dia boleh kata apa dia mahu. Bagi kami, Saifuddin adalah aset," kata presiden PKR itu pada satu sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini. ‎

Dr Wan Azizah turut menambah bekas ahli Parlimen Temerloh itu akan turut bertanding mewakili PKR dalam pilihan raya umum akan datang. Beliau bagaimanapun berkata, PKR akan cuba mengelak daripada pertembungan 3 penjuru pada pilihan raya akan datang.
PAS yang tidak menyertai Pakatan Harapan meletakkan calonnya Nasrudin Hassan bagi melawan Saifuddin pada pilihan raya lalu.
"Kami sedang mempertimbang pilihan-pilihan lain," katanya.
Saifuddin, 54 menyertai PKR kerana tidak berpuas hati dengan cara Barisan Nasional (BN) menguruskan isu  1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang derma RM 2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Peguam Negara gagal kesan masalah 1MDB kata PAS

Pas menempelak Apandi kerana menjadikan Bank Negara sebagai kambing hitam.
tuan-ibrahim
PETALING JAYA : Pas mempersoalkan kewibawaan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali kerana dikatakan gagal mengesan masalah yang membebani 1MDB.
Sebaliknya, beliau menuding jari kepada Bank Negara yang didakwanya sebagai cuai.
Dalam kenyataannya, Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata disebabkan 1MDB, nasib ramai pihak telah berubah.
“Namun nasib 1MDB dan juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak masih kelihatan teguh kerana Peguam Negara tidak dapat menghidu ada masalah terhadap 1MDB.
“Ternyata hidung Peguam Negara tidak sesensitif hidung Majlis Raja-Raja yang turut menggesa agar krisis 1MDB diselesaikan dengan cepat,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Menurutnya, sehingga kini 1MDB masih lagi tidak perlu berdepan dengan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan Perdana Menteri juga masih lagi belum disoal oleh polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Jikalau semua kejadian ini dijadikan kayu ukuran kepada 1MDB, ini boleh dikira sebagai krisis terbesar negara,” ujarnya.
Dalam pada itu, Tuan Ibrahim turut mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin bersama menuntut kebenaran dalam isu 1MDB bersama-sama dengan pembangkang terutamanya kumpulan yang pro kepada UMNO dan Barisan Nasional.
“Dalam sudut ini, Pas menegaskan kami mengalu-alukan kesudian mana-mana NGO untuk bersama pembangkang menentang UMNO dalam isu 1MDB dan kepentingan rakyat
“Tapi Pas tidak akan sesekali mengadakan kerjasama politik dengan NGO yang bersentimenkan perkauman,” katanya.
Tegasnya, sekiranya ada di kalangan NGO cuba untuk mengapi-apikan dan melaga-lagakan kaum dan agama, Pas adalah musuh yang pertama kepada NGO itu kerana Islam melarang perkara ini dengan jelas.
“Pas akan menjadi benteng pertama menghalang NGO tersebut daripada merosakkan kehormonian kaum dengan politik perkauman yang melampau,” ujarnya.

UMNO gagal dalam perjuangan politik – Saifuddin

Bekas Ahli Parlimen Temerloh itu mendakwa pembangkang lebih menonjol dalam perjuangan politik untuk membawa perubahan kepada rakyat dan negara.
Saifuddin-Abdullah_cmt_600
PETALING JAYA: Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah menjelaskan tindakannya meningalkan UMNO kerana parti itu dilihat telah gagal dalam perjuangannya untuk membela rakyat dan negara.
Sebaliknya, pembangkang khususnya PKR yang didakwanya mempunyai matlamat yang jelas untuk membawa perubahan politik.
“Saya tidak melihatnya dibincangkan secara substantif atau komprehensif oleh UMNO-BN (walaupun ramai ahli UMNO-BN, sebenarnya, jauh di lubuk hatinya, punya aspirasi yang hampir sama).
“Untuk mencapai perubahan sebenar, kita perlu kepada “gabungan minda” (coalition of minds) antara parti-parti pembangkang, masyarakat sivil (CSO), semua pihak berkepentingan dan seluruh rakyat (termasuk ahli-ahli UMNO/BN),” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Jelasnya lagi, untuk mencapai matlamat tersebut, pemerintahan perlu bebas daripada skandal bersar sehingga boleh memeberi kesan kepada rakyat seperti isu, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma 2.6 bilion yang berlaku di bawah pentadbiran kerajaan UMNO dan BN.

Lawan Umno: PKR minta derma RM26 dari rakyat

PKR minta derma RM26 dari rakyat
PETALING JAYA - PKR hari ini melancarkan kempen derma RM26 bagi membolehkan parti itu berdepan dengan Umno dalam PRU akan datang.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pada pilihan raya lalu mereka sukar berdepan dengan masyarakat luar bandar kerana kekurangan dana.

"Dalam tempoh dua PRU lalu kita menang banyak di kawasan bandar tetapi sukar dekati masyarakat luar bandar dengan lebih efektif. Suka atau tidak cabaran besar yang dihadapi adalah sama ada kita mampu sedarkan rakyat.

"Sebuah parti baru 16- 17 tahun bertapak berbanding Umno. Kami memerlukan sumber kewangan untuk melaksanakan misi ini. Kita tidak ada penderma misteri untuk menderma, jadi kita harap rakyat sedia sumban sekurang-kurang RM 26 supaya kami
boleh bawa perubahan kepada rakyat," katanya ketika berucap dalam majlis perasmian kempen itu.

Menurut Bendahari Agung PKR, Datuk Paduka Dr Tan Yee Kew, nilai RM 26 dipilih kerana yakin semua rakyat mampu untuk menyumbang dalam jumlah itu.

"Cukuplah, kita tiada pilihan kita mesti tukar kerajaan. Sebagai parti baru kami memerlukan dana untuk melatih jentera pilihan raya yang berkesan.

"Dengan adanya sumber kewangan yang baik kita mampu mengajak rakan-rakan di pendalaman dan separa bandar untuk lakukan perubahan," katanya.

Kongres Rakyat gesa semua ahli parlimen tolak TPPA



MOHD AZMI ABDUL HAMID

Kongres Rakyat menggesa supaya semua ahli parlimen yang akan bersidang bermula minggu hadapan bersepakat menolak TPPA.

Walaupun perdebatan di Parlimen tidak boleh merubah teks perjanjian yang telah dipersetujui oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia dengan wakil 11 negara yang lain di Atlanta Amerika Syarikat baru-baru ini, namun dengan menolak TPPA oleh Parlimen akan memberi alasan kuat untuk kerajaan memberanikan diri menarik diri keluar dari perjanjian tersebut.

Kami mengingatkan kepada semua ahli Parlimen bahawa mereka bertanggungjawab menolak TPPA kerana perjanjian itu secara tersurat dan tersirat sebenarnya menghakiskan kuasa legislatif Parlimen.

Parlimen akan hilang kuasa untuk menerima atau menolak sebarang dasar atau undang-undang yang dibentang jika ia didapati melanggari mana-mana klausa dalam teks TPPA yang ditandatangani.

Klausa yang terdapat dalam TPPA yang menyempitkan kuasa kerajaan untuk merangka dasar selepas TPPA berkuatkuasa akan menjadikan Parlimen hanya sebuah institusi "rubber stamp".

Sebarang undang-undang yang diluluskan di Parlimen yang melanggari mana-mana klausa dalam TPPA dan menjejaskan pelabur luar, akan mendedahkan negara kepada risiko diheret ke Tribunal Perdagangan Antarabangsa melalui mekanisme "Investor State Dispute Settlement".

MP: Tol naik hasil 'perjanjian bodoh' kerajaan

DAP menyifatkan kenaikan harga tol hingga 200 peratus di 18 lebuh raya bermula semalam berpunca daripada “perjanjian terlampau bodoh” dengan syarikat konsesi.
Anggota parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata apa yang berlaku juga hasil perjanjian berat sebelah yang tidak memberi kelebihan kepada kerajaan.
 “Kenaikan harga tol bukan kerana kerajaan persekutuan mengalihkan perbelanjaan pampasan tol kepada bidang lain, tetapi akibat perjanjian terlampai bodoh yang ditandatangani dengan syarikat konsesi,” katanya.
Pua berkata, terdapat kontrak diberikan tanpa tender yang didakwa menguntungkan “kroni” parti memerintah.
Bagaimanapun, katanya, kerajaan malangnya terus mengamalkan langkah sama dalam pemberian kontrak lebuh raya.
“Oleh itu kita boleh jangkakan semua lebuh raya sedia ada dan pada masa akan datang akan terus mencekik pengguna kenderaan di Malaysia dengan kadar tol akan naik lebih drastik,” katanya lagi.
Kerajaan berpendapat tidak harus terus menanggung pampasan sangat tinggi yang dibayar kepada syarikat konsesi lebuh raya dalam usaha mengekang kenaikan kadar tol.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata kerajaan terpaksa membayar pampasan RM510 juta (Januari-Oktober) tahun ini susulan keputusan menangguhkan kenaikan kadar tol yang sepatutnya dilaksanakan Januari lalu.

Ucapan pertama Saifuddin sebagai ahli PKR

Gen Y Malaysia hidup dalam tekanan kewangan

Kempen #BebasAnwar terima lebih 10 ribu tandatangan

PKR: No-confidence vote against PM a tough one

PKR says Saifuddin is valuable asset to the party

Persemadian kompleks 'otai' di Jalan Ampang....lagenda Kuala Lumpur

ADA pepatah mengatakan kehidupan seseorang bermula pada usia 40 tahun. Kata pujangga itu juga menyamakan angka 40 sebagai lambang kematangan bagi sesiapa sahaja.

Saya sendiri belum berusia 40 tahun. Maknanya mudah, saya dikira masih belum matang dan kehidupan juga diandaikan masih belum bermula.

Bagaimanapun, angka itu sebenarnya tidak boleh disamakan dengan sebuah pusat membeli belah 'otai' di ibu kota.

Ia kini berusia 42 tahun, pusat membeli belah tertua di ibu kota, Ampang Park sudah meraikan sambutan ulang tahunnya yang ke-40 pada 2013.

Selepas kelahirannya pada 15 Mac 1973, bangunan itu sebenarnya tidak pernah sunyi daripada pengunjung tetapnya.

Sejak dari awal 1970-an, ia terus membangun dan menjadi sebuah kompleks tersohor di ibukota serta lokasi 'impian’ untuk pengunjung terutama dari kampung yang tiba ke Kuala Lumpur.

Pada masa itu, nama Ampang Park dilihat begitu gah dan menjadi siulan remaja seawal tahun 1980-an.

Peredaran masa juga menyaksikan kelahiran beberapa lagi pusat beli-belah moden sehingga ada suara sumbang pada masa itu yang menyifatkan Ampang Park akan terkubur dengan pembangunan pesat ibu kota.

Biarlah kedudukannya hari ini diapit pusat beli-belah bertaraf antarabangsa, Ampang Park yang terletak di Jalan Ampang sebenarnya tidak pernah 'mati' malah menjadi lokasi paling strategik golongan berpendapatan pertengahan untuk membeli belah.

Paling menarik, kompleks beli-belah paling tua di ibukota itu tetap utuh dan terus menjadi saksi pembangunan Kuala Lumpur selama ini.

Usia sebenar Ampang Park yang menjangkau 42 tahun kini tidak menafikan langsung kehebatannya menarik pelanggan yang utuh kepercayaan terhadap setiap premis di dalamnya.

Katakan sahaja daripada keperluan harian sehingga pakaian suit bertaraf menteri, semuanya boleh didapati di sini.

Itu tidak termasuk pusat hiburan serta salon yang tidak putus-putus dikunjungi pelanggan saban hari sehingga larut malam pada setiap hari.


Ampang Park bakal dirobohkan tidak lama lagi untuk projek pembinaan stesen MRT -

Realitinya di sini, kebanyakan pelanggan adalah 'orang lama' yang sudah terlalu biasa dengan setiap pemilik-pemilik premis di Ampang Park.

Saya teruja melihat suasana 'mesra' pelanggan yang ditunjukkan kebanyakan pemilik premis di sini.

Melihat sendiri lebih setengah pemilik premis berbangsa Melayu, saya yakin majoriti daripada mereka sudah memulakan perniagaan di Ampang Park melebihi 35 tahun.

Kebanyakan daripada mereka juga mewarisi perniagaan daripada ahli keluarga sejak pusat perniagaan itu mula-mula dibuka dahulu.

PKR Johor dedah lebih ramai pemimpin Umno bakal sertai parti

Selepas bekas timbalan menteri pendidikan tinggi Datuk Saifuddin Abdullah mengumumkan penyertaannya semalam, PKR Johor pula mendedahkan lebih ramai pemimpin Umno bakal menyertai mereka, lapor akhbar Sinar Harian.
Pengerusi PKR Johor Hassan Karim (gambar, kiri) mendakwa parti itu kini sedang dalam usaha "merisik" beberapa tokoh Umno.
"Ada beberapa pemimpin yang kita sedang risik, namun setakat ini ia masih belum dimuktamadkan.

"Kita akan umumkan nanti apabila sampai waktu," katanya seperti dilaporkan akhbar tersebut. Pada masa sama, beliau mengalu-alukan penyertaan Saifuddin dan berkata PKR Johor akan mengatur beberapa program negeri melibatkan kehadiran bekas pemimpin Umno itu untuk bertemu dengan penyokong dan pengundi tempatan.
Semalam, Presiden PKR Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan penyertaan Saifuddin.
Ketika berada dalam kerajaan, Saifuddin yang pernah memegang jawatan timbalan menteri pengajian tinggi itu begitu lantang mengkritik permasalahan pendidikan seperti Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971, selain membuka ruang kebebasan kepada mahasiswa.
Beliau pernah menjadi ahli Majlis Tertinggi Umno dan merupakan timbalan ketua bahagian Temerloh sejak 2009.
Beliau juga pernah menjadi ahli Parlimen Temerloh selepas menang pada Pilihan Raya Umum ke-12 sebelum tewas kepada Ketua Penerangan PAS Nasruddin Hassan pada 2013.
Saifuddin sebelum ini menerima surat tunjuk sebab hanya kerana menghadiri pelancaran Pakatan Harapan.

Rizab M'sia antara paling banyak jatuh

Mexico, Indonesia dan Malaysia menyaksikan kejatuhan paling ketara simpanan bank pusat masing-masing dalam suku tahun terakhir.
Isu itu mencuri tumpuan terutamanya selepas rizab China, yang terbesar dalam dunia, jatuh dan mencipta rekod AS$180 bilion dalam suku ketiga susulan campur tangan untuk menyokong yuan selepas penurunan pada pertengahan Ogos.
 Tetapi ekonomi yang sedang meningkat naik juga mengalami kemerosotan rizab masing-masing.
Banyak negara-negara cuba menyokong mata wang masing-masing, yang mencatat nilai rendah berbanding dolar Amerika Syarikat untuk berbulan-bulan.
Rizab Mexico dan Malaysia jatuh lebih AS$12 bilion antara Julai dan penghujung September.
Indonesia dan Korea Selatan pula masing-masing rugi AS$6.3 bilion dan US$6.9 bilion, walaupun sebahagiannya disebabkan kesan pertukaran euro-dolar.

Niat, idealisme perjuangan untuk perubahan sebenar

 Keputusan Datuk Saifuddin Abdullah meninggalkan Umno kerana ingin mencapai objektif politik yang lebih tinggi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Oktober, 2015. 
Keputusan Datuk Saifuddin Abdullah meninggalkan Umno kerana ingin mencapai objektif politik yang lebih tinggi.

Saya menceburi politik dengan niat dan idealisme perjuangan yang jelas iaitu untuk mencapai objektif politik lebih tinggi, membina Malaysia yang lebih baik buat semua rakyat – Negara Ulung (Great Nation) yang makmur dan bahagia.
Maksud Negara Ulung ialah berlandaskan teras-teras utama iaitu wawasan para pengasasnya, keluhuran Perlembagaan, pemikiran politik dan pembangunan yang demokratik dan progresif, berpijak atas realiti baru hari ini dan mendepani zaman.
Teras ke-2, berasaskan nilai-nilai murni seperti yang terkandung dalam Rukun Negara, kebenaran dan keadilan, budaya ilmu, lunas undang-undang, integriti dan inklusiviti.

Teras ke-3, dekat dengan denyut nadi rakyat, mendengar rintihan dan suara rakyat, menghakupaya potensi dan bakat rakyat, menyelesaikan masalah-masalah rakyat, dan yang rakyat-pemimpin bekerjasama sebagai rakan kongsi bina ibu pertiwi. Teras ke-4, bebas daripada skandal besar, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma 2.6 bilion.
Ini memerlukan perubahan sebenar yang melibatkan pandangan alam, pemikiran dan kerangka baharu.
Untuk merealisasikannya, ia memerlukan 2 perubahan utama iaitu perubahan politik dan reformasi institusi.
Perubahan politik, antaranya iaitu meningkatkan proses pendemokrasian yang komprehensif; berubah daripada politik lama kepada politik baharu; berubah daripada konfigurasi “consociationalism” (politik tawar-menawar dan pembahagian kerja antara kaum model Barisan Nasional) kepada konfigurasi baharu – “centripetalism” (pemikiran politik kesederhanaan dan centrist pelbagai kaum yang sebenar dan berpijak di bumi nyata, yang dibangunkan PKR atau Pakatan Harapan). 
Reformasi institusi pula adalah mengembalikan kedudukan ketiga-tiga institusi utama negara (legislatif, eksekutif dan judiciary) ke tempat dan peranannya yang sebenar; memperbaiki dasar-dasar awam (contohnya migrasi daripada “dasar-dasar berasaskan-ras” kepada “dasar-dasar berasaskan-keperluan”, penghayatan integriti dan meritokrasi);  mengembalikan dan melonjakkan kecemerlangan institusi-institusi awam (contohnya perkhidmatan awam, pendidikan, agama dan budaya, hubungan antarabangsa).

PAS: Peguam negara tidak sensitif gesaan Raja Melayu dalam isu 1MDB

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang masih tidak membuat pendakwaan menyebabkan 1Malaysia Development Berhad dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih teguh. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Oktober, 2015. 
PAS membidas Jabatan Peguam Negara kerana tidak sensitif dengan gesaan Majlis Raja-raja Melayu yang mendesak supaya isu membabitkan syarikat sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diselesaikan segera.
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang masih tidak membuat pendakwaan ke atas syarikat bermasalah itu menyebabkan 1MDB dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih teguh.
"Ternyata hidung peguam negara tidak sesensitif hidung Majlis Raja-raja yang turut menggesa agar krisis 1MDB diselesaikan dengan cepat," kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini.

Lebih menghairankan lagi menurut Tuan Ibrahim, kesalahan cuba ditujukan kepada pihak lain walhal syarikat yang berhutang dan terlibat dalam kontroversi 1MDB seolah-olah tidak melakukan kesalahan. "Pihak yang meminjam duit merata-rata sehingga hutangnya menggerunkan kini tidak lagi dipersalahkan. Kesalahan ini sekarang cuba diletak pada pihak lain.
"Itulah yang sedang berlaku – apabila Jabatan Peguam Negara meletakkan Bank Negara Malaysia sebagai pihak yang cuai di dalam krisis 1MDB.
"Apakah peguam negara tidak dapat menghidu yang 1MDB ini bermasalah?" katanya.
Lebih membimbangkan ialah 1MDB kini tidak perlu lagi berdepan Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC) kerana sudah terbubar akibat pelantikan beberapa ahlinya ke dalam Kabinet, malah Najib sendiri yang juga penaung syarikat tersebut belum disiasat oleh pihak berkuasa, kata Tuan Ibrahim.
"Yang hebatnya ialah sehingga kini 1MDB masih tidak perlu berdepan dengan PAC dan perdana menteri pula belum disoal oleh polis mahupun SPRM.
" Jikalau semua kejadian ini dijadikan kayu ukuran kepada 1MDB, ini boleh dikira sebagai krisis terbesar negara," katanya.

DAP cadang formula agih kerusi elak pertandingan tiga penjuru


pilihan raya DAP


KUALA LUMPUR 16 OKT: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mencadangkan formula pengagihan kerusi dalam kalangan parti pembangkang bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru yang hanya menguntungkan Barisan Nasional (BN).
Katanya, satu-satunya cara ialah PAS bertanding di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis manakala Parti Amanah Negara (Amanah) di negeri lain yang tertakluk atas persetujuan parti pembangkang lain.
Bagaimanapun, beliau mengakui formula itu belum tentu dapat dilaksanakan berikutan cadangan berkenaan belum dibincang dengan mana-mana pemimpin mahupun parti politik berkaitan.
“Kepelbagaian kombinasi dalam dunia politik Malaysia berlangsung bukan sahaja dalam kalangan BN tetapi juga parti pembangkang. Ia hangat diperkata sekarang,” katanya pada kenyataan media, hari ini.
Beliau berkata, pengumuman PAS dan Perkasa sebagai suatu bentuk kerjasama semalam juga tidak mencegah kemungkinan berlakunya pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang dijangka pada 2018.
Katanya, ia menunjukkan sebarang kemungkinan boleh berlaku dalam politik tanah air apatah lagi dua pemimpin terkenal Malaysia, Tun Dr Mahathor Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah mengadakan pertemuan secara umum.

‘Undang-undang ketat bukan cara terbaik tangani keganasan’ - Saifuddin

saifuddin
Saifuddin berkata, tindakan kerajaan Australia dan Amerika menggunakan masyarakat awam dan pemimpin-pemimpin agama (untuk beritahu mereka) supaya tampil ke depan, lebih berkesan daripada menggunakan undang-undang. -

KUALA LUMPUR, 16 Oktober:

Memperketatkan undang-undang atau memperkenalkan undang-undang lebih ketat mungkin bukan cara terbaik untuk menangani keganasan.
Ini kerana, kata bekas ahli Umno yang melompat ke PKR semalam, Datuk Saifuddin Abdullah, ia sudah terbukti tidak berkesan dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA).
“ISA membenarkan penahanan orang yang pulang dari Afghanistan untuk dipulihkan, termasuk oleh mereka yang datang daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau pihak yang melantik mereka.
“Tetapi, terdapat satu kes di mana seorang bekas tahanan telah pergi ke Syria, barangkali untuk menyertai IS, selepas dia dibebaskan (daripada tahanan ISA),” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu forum mengenai Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma), anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, pada Khamis malam yang turut dihadiri peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan.
Saifuddin berkata, ramai pakar keganasan Eropah mengandaikan beberapa kumpulan dalam masyarakat menjadi radikal secara tidak sengaja, apabila kerajaan memperketatkan undang-undang, kerana mereka menganggap ia sebagai kerajaan autoritarian atau drakonian.
“Itu sebabnya di Australia dan Amerika Syarikat, walaupun mereka ada undang-undang seperti Akta Patriot, mereka turut menggunakan kumpulan-kumpulan masyarakat awam dan pemimpin-pemimpin agama (untuk beritahu mereka) supaya tampil ke depan, kerana tindakan itu lebih berkesan daripada menggunakan undang-undang.
“Tetapi, apa yang berlaku ialah, apabila kerajaan berdepan pengganas dan keganasan, mereka akan memperkenalkan undang-undang baru atau memperketatkan undang-undang baru, namun ini tidak semestinya cara paling berkesan (untuk menangani mereka),” kata Pengerusi Akademi Belia itu.
Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu berkata, beliau menyokong Sosma kerana ia hanya tertumpu kepada keganasan dan bukannya penentang politik.
Beliau turut mengulangi pendiriannya bahawa undang-undang itu telah disalahgunakan terhadap bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang yang ditahan di bawah akta itu, sebelum didakwa atas pertuduhan sabotaj.
Saifuddin turut mengeluh mengenai cabaran yang dihadapinya dalam usaha untuk memansuhkan undang-undang seperti Akta Hasutan 1948, ketika beliau berada dalam kerajaan.
“Kami pernah ada perdebatan berhubung pemansuhan itu yang turut disokong Perdana Menteri, sebelum beliau membuat ‘pusingan U’ mengenai keputusan itu.
“Tetapi kemudiannya, ada individu-individu (dalam kerajaan) yang bukan sahaja tidak bersetuju dengan pemansuhan akta itu, malah mahu memperkenalkan ISA semula.
“Amat sukar untuk memahami alasan mereka,” katanya.

C4: Panel bebas siasat 1MDB akan pulihkan keyakinan



Sebuah NGO menggesa supaya dijalankan satu siasatan bebas sepenuhnya terhadap skandal 1MDB untuk menjamin keyakinan penuh orang ramai.
"Pembentukan sebuah panel bebas, bertujuan untuk menyediakan penilaian berasingan dan tidak berat sebelah terhadap hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas 1MDB, akan memberi kekuatan profesional kepada penemuan ini, dan mengikis keraguan terhadap pengaruh eksekutif ke atas hasilnya.
"Kami juga menyeru pasukan petugas khas yang menyiasat 1MDB untuk disusun semula, dan bagi agensi-agensi yang terlibat untuk menjelaskan statusnya, kerana Peguam Negara dan SPRM telah mengeluarkan kenyataan yang berbeza mengenai perkara itu," kata Pengarah Pengasas Pusat Memerangi Rasuah & Kronisme (C4), Cynthia Gabriel.
Beliau membuat gesaan itu ekoran pendedahan berterusan tentang dakwaan salah laku dalam urusan dana pelaburan Kementerian Kewangan itu dan dakwaan1MDB sendiri bahawa ia tidak lagi sedang disiasat.

Tiada maaf bagi Saifuddin, kata pengerusi disiplin Umno

Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas kesal dengan keputusan Datuk Saifuddin Abdullah meninggalkan parti dan tidak akan memaafkan tindakan beliau itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Oktober, 2015. 
Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas kesal dengan keputusan Datuk Saifuddin Abdullah meninggalkan parti dan tidak akan memaafkan tindakan beliau itu. 

Umno tidak akan sesekali memaafkan perbuatan Datuk Saifuddin Abdullah meninggalkan parti dan menyertai PKR, kata Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas.
Pengerusi lembaga displin Umno itu kesal dengan keputusan Saifuddin yang bukan sahaja keluar parti namun bertindak mengumumkannya secara terbuka.
"Bukan sahaja keluar parti tetapi tindakan ini dibuat cara umum dan di hadapan media. Dia nak keluar, keluarlah," katanya seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian.

Katanya, dengan tindakan Saifuddin itu secara automatik keahlian beliau sebagai ahli Umno terlucut berdasarkan perlembagaan parti. Saifuddin semalam mengumumkan meninggalkan Umno dan menyertai PKR, mengatakan cara Putrajaya mengendalikan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai punca membuat keputusan itu.
Saifuddin juga mengatakan, kurangnya kesungguhan Umno melaksanakan perubahan politik dan pembaharuan institusi – 2 perkara yang dekat di hatinya.
Katanya, walaupun ada parti lain yang turut mempunyai platform pelbagai kaum, Saifuddin berkata beliau tertarik dengan PKR.
Selain itu katanya, pakatan pembangkang berkongsi matlamat dan cita-cita sama iaitu memperjuangkan Malaysia yang lebih baik.
Dengan langkah terbaru ini, bekas ahli Parlimen Temerloh itu akan melepaskan jawatannya sebagai ketua pegawai eksekutif di Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM).

MP: Beli saja syarikat konsesi, elak kenaikan tol


Daripada membayar pampasan kepada syarikat konsesi lebuh raya bagi mengekalkan kadar tol yang rendah, kerajaan sebaliknya harus mempertimbangkan untuk membeli syarikat-syarikat tertentu.
Mengulas mengenai kenaikan kadar tol yang diumumkan minggu ini, Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching berkata sebagai contohnya, kenaikan itu boleh dielakkan di Lebuh Raya 11.5km Cheras-Kajang.
"Daripada membenarkan kenaikan kadar tol, kerajaan kita hanya perlu memperoleh Cerah Sama Sdn Bhd, yang memiliki Grand Saga Sdn Bhd, pemegang konsesi itu," kata Teo dalam satu kenyataan hari ini.
Kerana kerajaan sudah memiliki 49 peratus kepentingan dalam syarikat itu, katanya, maka ia hanya perlu membeli baki 51 peratus pada sekitar RM120 juta.
Katanya, RM120 juta bukan satu jumlah yang kecil, namum jumlah itu tiada apa-apa jika dibandingkan dengan pampasan yang dibayar oleh kerajaan BN kepada pemegang konsesi.
Ekoran bantahan terhadap kenaikan kadar tol itu, kerajaan menjelaskan ia tidak dapat dielakkan kerana kos pampasan kepada syarikat konsesi.

‘Will the TPPA be Najib’s undoing?’

Are PM’s Umno and BN colleagues prepared to ‘give up their meal ticket’ for him, Asia Sentinel asks.
najib,ttpa
KUALA LUMPUR: Seemingly immune to attempts to remove him from office in the wake of “major scandals”, the Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) that Prime Minister Najib Razak’s government has entered into with the United States may turn out to be his undoing, the Asia Sentinel’s John Berthelsen opines.
Najib owes much of his invulnerability to the loyalty of Umno’s 192 division chiefs and Barisan Nasional (BN) leaders, Berthelsen writes. Ironically, however, the TPPA contains provisions that directly threaten the way the Malaysian government does business.
“The [TPPA] could destroy the elaborate patronage system put together over decades to perpetuate the ruling national coalition in power,” Berthelsen’s claims.
Najib, for his part, insists that Malaysia must be a party to the pact because its economy is heavily geared towards trade, arguing that although the agreement poses many challenges, the benefits will outweigh the cost.
However, for the TPPA to come into force the legislative bodies of all its partner countries will need to ratify it.
The question is whether Malaysia’s own parliament will ratify it.
“Chapter 15 of the document, ………. says that ‘TPP parties share an interest in accessing each other’s large government procurement markets through transparent, predictable, and non-discriminatory rules,’ Berthelsen notes. “Individual governments must make project specifications public in a timely manner to allow sufficient time for suppliers to obtain tender documents and to submit bids.”
“That gives governments all the way around the Pacific Rim the opportunity to bid on Malaysian infrastructure and other government contracts,” it points out.
Will that be palatable to Umno and BN, Berthelsen asks.
Although the Malaysian government has since the 1997-1998 Asian Financial Crisis awarded government projects to private sector firms instead of state-run entities, these contracts were often “no-bid contracts” and “the winners were often UMNO-linked,” he argues. “These companies have never had to compete for contracts.”
“If faced with real competition from across the Pacific region, it is questionable if they can survive,” Berthelsen claims.
“Almost since Malaysia became a nation, government contracts have provided patronage that has kept the Barisan Nasional, the ruling coalition, in place,” Berthelsen adds.
In effect, Najib will be asking the 222 members of the Barisan Nasional, including the 88 members of UMNO, “to vote away their meal ticket.” But, will they agree?