Khamis, 15 Oktober 2015

Kenapa Saifuddin pilih PKR, bukan Amanah, Pas, DAP

Saifuddin Abdullah
SHAH ALAM - Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah yang menyertai PKR hari ini berkata, parti itu menjadi pilihannya kerana parti itu lebih 'menjadi' berbanding parti-parti pembangkang lain.

Mengulas lanjut mengenai maksud 'menjadi' itu Saifuddin berkata, ia menjadi dari segi kesepaduan pelbagai kaum didalam parti tersebut.

‎"Secara logiknya saya perlu menyertai Parti Amanah sebab ia masih baharu.Tetapi saya bukan memilih jalan yang senang. Jika hendak jalan yang senang, kita tidak perlu masuk poiltik. Tetapi saya memilih yang bersesuaian. Dari dahulu saya percaya terhadap parti berasaskan semua kaum.

"Saya masuk Umno pada tahun 1986 kerana saya ingin masuk BN tetapi tiada sistem yang terus boleh jadi ahli BN. Jadi saya perlu masuk salah satu parti komponen dahulu. Sebab itu, saya dah beberapa kali menyuarakan seseorang itu boleh jadi ahli BN dan bukan parti komponen. Tetapi Umno tetap berkeras mahu memakai sistem lama.

"Ya Parti Amanah juga ingin menjadi multiracial, Pas juga ingin menjadi begitu. Tetapi yang lebih menjadi ialah PKR. Sekurangnya pada peringkat tertinggi pusat," katanya kepada Sinar Online di Shah Alam hari ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, perubahan politik sedang berlaku dan beliau kini mengikut jalan tersebut.

"Hari ini politik tawar menawar contohnya seperti Umno jaga Melayu, MCA jaga Cina dan MIC jaga India.

"Konfigurasi politik tersebut hanya sesuai pada masa tertentu.Tetapi masa sudah berubah. Mereka mahu politik yang lebih multiracial. Dalam konteks ini ada parti dalam BN cuba tetapi tidak berjaya," katanya.

Kenaikan tol, harga barang suatu legasi temberang Putrajaya

oleh Lau Weng San
tol1

KENAIKAN kadar tol lebuh raya nyatanya satu lagi bukti kegagalan Putrajaya dalam menangani peningkatan kos seharian dan menyebabkan rakyat berpendapatan rendah terus dihimpit kos kehidupan yang semakin melonjak.
Sedangkan, harga runcit bahan api – sehingga sekarang, Putrajaya gagal menunjukkan cara atau formula pengiraan harga runcit bahan api. Harga bahan api di Malaysia masih mahal walaupun harga pasaran berada sekitar paras USD 50 se-tan.
pengangkutanawamApatah lagi, kegagalan Putrajaya mengurus ekonomi juga menyebabkan nilai ringgit menyusut nilai melebihi 30 peratus sejak sembilan bulan lalu hingga mengakibatkan harga runcit bahan api naik lantaran ia diperdagang dalam mata wang USD.
Kenaikan tambang bas dan pengangkutan awam – rakyat tiada alternatif selain mengayuh basikal apabila tambang dan pengangkutan awam dilapor akan naik lagi, tidak lama dahulu.
Jadi, apakah logiknya Menteri Kerja Raya, Fadillah Yusuf menasihati rakyat supaya lebih menggunakan pengangkutan awam ketika tambangnya juga sama-sama naik seperti tol lebuh raya?
Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus – juga tidak boleh dilupakan apabila ia mula dilaksanakan sejak April 2015. Bukankah Putrajaya berjanji bukan sahaja harga runcit sesetengah barang tidak naik, malah ada juga yang akan turun?
Tetapi sehingga sekarang, indeks harga pengguna (CPI) pada Ogos 2015 dicatat pada paras 113.9 –  tertinggi sejak setahun lalu mengikut statistik daripada Jabatan Perangkaan Malaysia.
Temberang Putrajaya
Sebenarnya, Kerajaan Persekutuan tidak ada rancangan jangka panjang untuk menyelesaikan masalah kenaikan tol di Lembah Klang.
Secara kasar, terdapat dua jenis lebuh raya –  satu yang sudah lama beroperasi pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad  dan satu lagi, yang baru dan hanya beroperasi tidak sampai 10 tahun sejak zaman Tun Abdullah Badawi dan Datuk Seri Najib Razak.
Maka, tidak betul apabila Fadillah menyatakan bahawa perjanjian konsesi itu ialah legasi  kerajaan terdahulu.  Siapakah kerajaan terdahulu? Bukankah kerajaan terdahulu juga kerajaan Barisan Nasional (BN)?
Soalnya, mengapakah kerajaan BN tidak menggunakan kuasa dan kedudukannya untuk merunding semula semua perjanjian ini?
Contohnya, pemegang konsesi Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Litrak Sdn Bhd  diberi konsesi ini sejak 1998. Kos pembinaannya ataupun lebih tepat lagi, kos naik taraf beberapa jalan negeri dan persekutuan antara Damansara dan Puchong ialah RM1.4 bilion.

PKR masih 'pujuk' PAS sertai Pakatan Harapan - Azmin

PETALING JAYA: PKR dan PAS masih berunding berhubung isu penyertaan parti Islam itu dalam Pakatan Harapan, kata Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.
 
Pakatan Harapan kini dianggotai PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).
 
Post Pic "Kita akan teruskan perbincangan dan masih berjalan dengan baik", katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.
 
Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Aziz yang mahu DAP dan Amanah menghormati PAS sekiranya mahu parti itu menyertai Pakatan Harapan.
 
Nik Abduh semalam berkata, kemelut yang berlaku dalam pakatan pembangkang ketika ini berpunca daripada serangan DAP terhadap pucuk pimpinan parti Islam itu. 
 
Tambah beliau, bekas-bekas pemimpin PAS yang kini menyertai dan menerajui Amanah tidak segan silu mengkritik Majlis Syura Ulama.
 
Hal itu membuatkan PAS berkecil hati dan terpaksa bertindak demi mempertahankan maruah pemimpin mereka.
 
"Dalam sejarah PAS selama ini, tidak pernah berlaku Majlis Syura Ulama dikritik secara terbuka oleh pemimpin parti.
 
"Apabila berlaku tidak menghormati, ahli bertindak balas. Jadi, bagaimana hendak suruh mereka kembali?" kata Nik Abduh yang berkata pada satu sesi soal jawab Bicara Harakah semalam.
 
Dalam perkembangan lain, Azmin menyambut baik penyertaan Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah yang menyertai PKR hari ini.
 

Mazlan Aliman simpati PAS terpaksa 'bersilat'


Post Pic

SHAH ALAM: Bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman bersimpati dengan parti lamanya kerana terpaksa 'bersilat' dalam menepis segala dakwaan mengenai pendekatan politik PAS mutakhir ini.
 
"Saya amat bersimpati dengan rakan rakan PAS yang terpaksa 'bersilat' menepis segala dakwaan mengenai pendekatan PAS masa kini. 
 
"Apa yang saya telah rasa atas segala tuduhan dan fitnah, peritnya kini dirasai oleh pimpinan dan ahli PAS," nukil Mazlan di laman Facebooknya, pada Rabu.
 
Mazlan merujuk kepada kontroversi yang melanda PAS sebelum ini yang didakwa kononnya menjalinkan kerjasama dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) PERKASA berkait isu-isu semasa.
 
Gambar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berpeluk dengan Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali juga menjadi viral di laman internet.
 
Bagaimanapun, Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Samad mengesahkan PAS tidak menjalinkan kerjasama dengan PERKASA dan kehadiran Ibrahim Ali ke ibu Pejabat PAS adalah sekadar 'kunjungan mesra' semata-mata.
 
Mazlan berkata, beliau terlebih dahulu melalui situasi seperti itu ketika menerajui NGO bersabit isu tanah Felda, ANAK.
 
ANAK adalah singkatan kepada Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan.
 
"Pendekatan Ngo ANAK menemui tokoh tokoh negara seperti Tun Dr Mahathir, Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Kadir, Tan Sri Syed Hamid Albar dan Dato' Saifudin Abdullah di salah ertikan. Usaha ANAK mengangkat isu FELDA melalui engagement dengan berbagai pihak dianggap bersekongkol dengan puak puak zalim.
 

Umno akan rugi jika tidak terima pertentangan pendapat, kata Rafidah

Umno akan rugi jika tidak mahu bertolak ansur dengan pendapat yang bertentangan, kata veteran parti Tan Sri Rafidah Aziz. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Oktober, 2015.Umno akan rugi jika tidak mahu bertolak ansur dengan pendapat yang bertentangan, kata veteran parti Tan Sri Rafidah Aziz. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Oktober, 2015.
Keluarnya Datuk Saifuddin Abdullah daripada Umno menunjukkan parti itu kini tidak lagi bertolak ansur dengan pendapat yang bertentangan, kata veteran parti Tan Sri Rafidah Aziz hari ini. Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu juga berkata, ia bukan satu petanda baik bagi Umno apabila terdapat ahli yang mungkin tidak meninggalkan parti, tetapi pada masa sama, tidak juga memberikan sokongan.
"Terdapat ramai yang tidak betul-betul gembira dengan keadaan yang berlaku sekarang, mereka mungkin tidak akan meninggalkan parti, tetapi mereka mungkin tidak akan mahu menyokong parti, dan ini tidak baik untuk Umno.

"Satu kerugian besar apabila pandangan yang bertentangan tidak boleh ditoleransi, dan ia boleh mendorong ahli meninggalkan parti," katanya kepada The Malaysian Insider, mengulas keputusan bekas timbalan menteri pengajian tinggi itu meninggalkan parti Melayu yang memerintah untuk menyertai PKR. Rafidah berkata, ini bukan satu keadaan di mana "sama ada anda bersama kami atau anda keluar", sambil menambah, orang ramai mempunyai pilihan untuk "melihat apa yang ada di luar sana".
"Dan jika mereka merasakan tidak dibenarkan mempunyai hak itu, maka parti yang akan rugi akhirnya," kata bekas ketua Wanita Umno itu.
Katanya, Umno tidak boleh hanya bergantung kepada mereka yang secara terbuka menyatakan sokongan kepada pemimpin, sambil menambah, realitinya terdapat ahli yang tidak benar-benar gembira dengan apa yang berlaku dalam parti.
Rafidah juga tidak bersetuju dengan pandangan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang melabelkan Saifuddin sebagai "sampah" kerana keputusannya meninggalkan parti.
Katanya, kenyataan seperti itu tidak akan diterima baik ramai ahli Umno yang setia kepada parti tetapi bimbang dengan beberapa isu berkaitan dengan pemimpin.
"Jadi, kita ada sampah dalam kerajaan? Mereka yang tewas (dalam pilihan raya) dilantik sebagai penasihat," katanya merujuk pelantikan beberapa pemimpin Barisan Nasional yang kalah dalam pilihan raya sebagai penasihat perdana menteri dalam urusan tertentu.
Terdahulu hari ini, mengulas keputusan Saifuddin menyertai PKR, Tengku Adnan berkata ia tidak akan menjejaskan Umno kerana bekas ahli Majlis Tertinggi parti itu kalah dalam pilihan raya umum yang lalu.

Kami tidak mahu sampah macam Saifuddin dalam Umno, kata Ku Nan


Umno tidak akan terjejas dengan tindakan bekas ahli Majlis Tertingginya Datuk Saifuddin Abdullah yang menyertai PKR hari ini kerana beliau sebelum ini tewas pada Pilihan Raya Umum ke-13, kata Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Setiausaha agung Umno itu berkata, PKR dialu-alukan mengambil bekas timbalan menteri pengajian tinggi itu kerana beliau berpendapat Saifuddin tentunya seseorang yang "bermasalah".
"Saifuddin bersama kita sebelum ini dan dulunya ahli Parlimen Temerloh. Kami letak dia bertanding dalam pilihan raya dulu dan dia kalah. Pastinya beliau seorang yang bermasalah," kata menteri Wilayah Persekutuan itu.

"Malah, rakyat di Temerloh pun tak nak dia, jadi anda (PKR) boleh ambil dia. Kami tak nak dia. Kami tak nak semua sampah ini dalam Umno," katanya di Putrajaya. "Umno tidak ada kesan bila dia (Saifuddin) pergi. Moga Allah merahmatinya dan moga Allah merahmati PKR," kata Tengku Adnan atau lebih dikenali sebagai Ku Nan, sinis.
Saifuddin hari ini mengumumkan meninggalkan Umno dan menyertai parti pembangkang PKR, memetik cara Putrajaya mengendalikan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi perdana menteri sebagai punca membuat keputusan itu.

Keputusan besar untuk orang kecil seperti saya – Saifuddin Abdullah

SaifuddinAhli Majlis Pimpinan Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah menyifatkan keputusan besarnya menyertai KEADILAN adalah demi melakukan perubahan di negara ini.
Katanya, terdapat dua perkara perlu dilakukan bagi mencapai matlamat tersebut  iaitu melalui perubahan politik dan reformasi institusi seperti diperjuangkan Pakatan Harapan.
“Saya menyertai politik dengan niat dan idealisme yang jelas, untuk satu perjuangan dengan objektif yang jauh lebih tinggi dari kepentingan peribadi atau parti tetapi perjuangan untuk membina sebuah negara Malaysia yang lebih baik untuk semua rakyat.
“Saya anggap ini satu keputusan yang besar untuk orang kecil seperti saya dalam menuju perubahan yang sebenar.
“Perjuangan itu memerlukan perubahan yang sebenar. Sekurang-kurangnya ada dua perkara yang perlu dilakukan iaitu perubahan politik dan reformasi institusi.
Saifuddin Abd“Suara-suara untuk ini selalu kita dengar di kalangan rakyat kalau kita turun ke padang mendengar diskusi-diskusi mereka. Ia benda yang sangat rapat dengan saya sejak saya muda lagi,” katanya yang juga bekas Ahli Parlimen Temerloh.
Jelasnya lagi, walaupun terdapat parti-parti pembangkang lain seperti DAP dan AMANAH yang memperjuangkan perkara sama namun hatinya terpaut kepada KEADILAN.
“Dalam isu ini, saya tidak pasti mengapa hati saya condong kepada PKR meskipun saya tahu ada parti-parti lain yang juga melakukan tugas mereka dengan baik,” katanya.
Saifuddin yang juga bekas timbalan menteri pendidikan tinggi berkata, disebabkan UMNO dan BN tidak membincangkan secara komprehensif mengenai perkara ini membuatkan beliau keluar daripada parti tersebut.

UMNO tidak terjejas tanpa Saifuddin – Syed Ali

Saifuddin dikatakann hanya inginkan jawatan di dalam PKR selain berhasrat untuk menjadi calon pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
syed-ali
PETALING JAYA: Tindakan bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak merugikan UMNO malah tidak memberi kesan langsung kepada parti itu.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, tindakan bekas Ahli Parlimen Temerloh itu tidak mengejutkan kerana sebelum ini sudah menampakkan tanda-tanda awal akan meninggalkan parti itu.
“Dah boleh tahu dia (Saifuddin) akan keluar, awal-awal kita dah nampak gerak geri yang dia akan pergi ke pihak pembangkang.
“Semasa dia menjadi Timbalan Menteri Pengajian Tinggi pun kita sudah nampak. Bagi saya UMNO tidak kehilangan apa-apa kerana dia tidak pernah menyumbang apa-apa untuk kita,” ujarnya.
Sewaktu dihubungi Free Malaysia Today, Syed Ali mendakwa tindakan Saifuddin yang keluar dari UMNO dan menyertai PKR hanyalah kerana beliau inginkan jawatan di dalam PKR selain berhasrat untuk menjadi calon pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
“Beliau beranggapan BN akan kalah pada PRU14, sebab itu dia nak lompat jadi ahli PKR, nak jadi calon. Kerana dia tahu jika bersama UMNO, beliau tidak akan dapat. Ini orang yang gilakan jawatan,” katanya.
Sebelum ini, Saifuddin berkata, PKR menjadi pilihannya kerana parti itu bersifat pelbagai kaum, sederhana dan terbuka.
Beliau juga berkata akan meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) sebaik sahaja pengerusinya, Tan Sri Razali Ismail kembali dari luar negara.

Saifuddin musuh dalam selimut- Bung Mokhtar

Tindakan Saifuddin keluar UMNO tidak akan menjejaskan parti itu kerana beliau sendiri telah ditolak oleh penduduk Temerloh

bung-moktar,saifulddin
PETALING JAYA: Tindak-tanduk bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah ketika masih dalam UMNO sama seperti musuh dalam selimut.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, kebenarannya terserlah selepas bekas Ahli Parlimen Temerloh itu memutuskan untuk menyertai pembangkang, PKR.
“Saya tidak hairan Saifuddin keluar UMNO, kerana sikap Saifuddin dan menampakkan reaksi yang cukup menyakinkan yang dia tidak serasi dengan perjuangan Barisan Nasional (BN).
“Pada saya adalah lebih baik kita (UMNO dan BN) berlawan dengan lawan yang terang daripada berlawan dengan musuh dalam selimut. Saya ucap terima kasih kerana Saifuddin ‘be a gentlement’,” katanya ketika dihubungi FMT.
Malah Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata, tindakan Saifuddin keluar menyertai PKR lansung tidak menjejaskan UMNO, kerana beliau sendiri ditolak oleh rakyat semasa Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.
“Saya tidak nampak UMNO pada keseluruhannya terjejas, sebab Saifuddin pun pemimpin yang kalah dalam PRU,” katanya.

SAIFUDDIN PATUTNYA SUDAH LAMA TINGGALKAN UMNO

Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah akhirnya membuat keputusan meninggalkan UMNO dan menyertai PKR hari ini. Keputusan beliau sebenarnya tidaklah mengejutkan kerana jalur pemikirannya memang sudah lama tidak sesuai dengan parti itu.

Cuma, beliau sepatutnya lebih awal lagi meninggalkan UMNO lantaran jurang pemikirannya dengan parti itu yang semakin melebar berkaitan beberapa perkembangan melibatkan hubungan kaum dan isu-isu semasa berkaitan kerajaan.

Beliau yang pernah menjadi ahli MT UMNO dan memimpin Majlis Belia Malaysia (MBM), dikenali dengan pemikiran yang menolak ekstremisme kaum dan tidak takut menyuarakan pandangan yang berbeza dengan wadah yang dianutinya.

Jiwanya yang merdeka, tidak pandai mengampu dan enggan mencium tangan pemimpin berkuasa, memang tidak sesuai sama sekali dengan UMNO.

Jika beliau ada watak seperti itu, pasti beliau dulu menjadi menteri atau menduduki mana-mana agensi kerajaan yang menjanjikan habuan lumayan kepadanya.

Dalam UMNO, berbanding yang pandai membodek, mengampu dan selalu cium tangan, pemimpin seperti Saifuddin yang lantang, kritikal dan jujur memberikan pandangan, memang sukar untuk mendapat tempat. 

Lihat saja Nur Jazlan Mohamed, gaya pemikirannya juga mirip Saifuddin, jika bukan kerana keperluan "mengkucar-kacirkan" Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang sedang menyiasat 1MDB, barangkali sampai sekarang beliau tidak dilantik sebarang jawatan dalam kerajaan.

Rezeki Nur Jazlan hanya datang dengan dilantik sebagai timbalan menteri dalam negeri kerana timbulnya penyiasatan terhadap 1MDB yang membuatkan Najib terpaksa mengambil langkah-langkah menyelamatkan diri, walaupun beliau lebih senior, berkelayakan dan berkemampuan berbanding ramai menteri dan timbalan menteri sedia ada.

Meskipun Saifuddin menyebut sebab utama beliau meninggalkan UMNO ialah kerana kegagalan parti itu menangani isu berkaitan 1MDB dan wang RM2,600 juta yang masuk ke akaun Najib Razak, hakikatnya pilihan beliau ini lebih menjanjikan masa depan yang cerah buatnya.

BIARLAH MENIPU & JILAT UMNO SAMPAI MATI !!!


TAHUKAH ANDA !!.. Akta Hasutan 1948 ini merupakan suatu undang-undang zalim yang digubal oleh penjajah British untuk menyekat kebebasan bersuara..

APA ??? wpon bercakap benar utk menentang segala kebobrokan KERAjaan BN Benjamin Netanyahu pon boleh DITANGKAP & DIDAKWA dgn 'akta penajajah' ??!!

PKR silap, Saifuddin liabiliti, sindir Ku Nan


Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, PKR melakukan kesilapan dengan menerima keanggotaan Datuk Saifuddin Abdullah kerana beliau selama ini menyusahkan Umno dan BN.
"Dia yang mahu meninggalkan Umno. Semoga tuhan berkati dia.
"Saya rasa PKR melakukan kesilapan dengan menerimanya. Dia (Saifuddin) kalah di Temerloh (semasa pilihan raya umum lalu)," katanya kepada Malaysiakini ketika diminta mengulas penyertaan Saifuddin bersama PKR hari ini.
"Ini bukan kehilangan bagi Umno dan BN. Dia sentiasa jadi liabiliti," katanya tetapi mengakui bahawa Saifuddin seorang yang baik.
Tengku Adnan juga menolak dakwaan Saifuddin sebelum ini yang mendakwa bahawa orang ramai tidak mengundinya pada pilihan raya lalu kerana kecewa dengan Umno.
"Terus teranglah, semua rakyat mahukan calon yang disukai, bukan kerana parti mereka," katanya.
Menurut Tengku Adnan keahlian bekas timbalan menteri pengajian tinggi itu di dalam Umno secara automatik gugur selepas menyertai PKR.
Saifuddin sebelum ini diberi surat tunjuk sebab oleh Umno kerana menghadiri persidangan meja bulat pembangkang pada 22 September lalu.
Mesyuarat meja bulat itu menyaksikan pembentukan pakatan pembangkang yang baru iaitu Pakatan Harapan.
Pada sidang media hari ini, Saifuddin memberitahu bahawa tindakannya keluar parti adalah disebabkan kerana tiada tindakan yang dikenakan terhadap Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berhubung wang yang dideposit ke akaun peribadinya berjumlah RM2.6 bilion.

Hati saya sudah terpaut pada PKR, kata Saifuddin


PETALING JAYA - "Hati saya sudah terpaut pada PKR,"‎ luah bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata demikian ketika mengumumkan penyertaannya ke dalam PKR pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini.
"‎Perjuangan parti PKR adalah perjuangan yang dekat di hati saya selama ini. Saya percaya inilah Pakatan Rakyat atau sekarang, Pakatan Harapan perjuangan selama ini.
"Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan PKR kerana sudi menerima penyertaan saya ini," katanya lagi.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada sidang media yang sama, hari ini berkata, penyertaan Saifuddin akan mengukuhkan lagi rumpun parti tersebut, selain menguatkan perjuangan rakyat di negara ini‎.
Saifuddin sebelum ini menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno. Beliau juga merupakan bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.

Rasuah: Anwar saman Dr Mazlan, TV3 dan Utusan


Anwar Ibrahim


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman fitnah terhadap bekas calon BN Permatang Pauh dan dua lagi atas dakwaan mengaitkannya terlibat dengan rasuah membabitkan badan kehakiman dan Pejabat Peguam Negara, dua tahun lalu.

Anwar, 64, memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil dengan menamakan Dr Mazlan Ismail, Sistem Televisyen Malaysia (TV3) dan Utusan Melayu (M) Bhd sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Dalam saman yang difailkan melalui firma Guaman Tetuan Karpal Singh & Co itu, Anwar mendakwa Mazlan telah menyebabkan TV3 menyiarkan perkataan fitnah yang disiarkan di Buletin Utama pada 8 malam, 2 Ogos 2013.

Anwar juga mendakwa Mazlan menyebabkan perkataan fitnah itu diterbitkan di akhbar Utusan Malaysia bertarikh 3 Ogos 2013.

Dia mendakwa Mazlan mengadakan persidangan media yang mengandungi perkataan fitnah itu.

Anwar mendakwa perkataan fitnah itu merupakan fitnah serius dan berniat jahat oleh defendan yang membawa maksud beliau seorang yang tidak beretika, terlibat dalam rasuah, melakukan aktiviti berunsur jenayah, tidak jujur dan tidak bermoral.

Anwar menuntut ganti rugi am, teruk, dan teladan serta perintah injunksi yang menghalang defendan daripada mengulangi atau menyiarkan semula perkataan fitnah itu. - Bernama

Zam jangka lebih ramai tinggalkan ‘kapal’ Najib



Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin menjangkakan lebih ramai ahli Umno akan menjejaki langkah Datuk Saifuddin Abdullah meninggalkan parti itu kerana tidak mahu ‘karam’ bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak .
"Saifuddin nampak pengaruh Najib semakin terhakis, jadi beliau melompat sebelum kapal tenggelam. Saya berpendapat lebih ramai akan melompat sebelum kapal Umno karam,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Zainuddin berkata imej kesederhanaan Najib semakin terhakis kerana perdana menteri gagal menyatakan pendiriannya berhubung beberapa isu.
"Sebagai contoh, sekolah satu aliran yang diperjuangkan oleh Utusan (Malaysia), jika beliau tidak bersetuju, beliau harus beritahu Utusan (akhbar milik Umno) supaya henti menyiarkan isu itu.
"Sama juga dengan (demo) baju merah, beliau membiarkan perhimpunan itu dan kemudian membidasnya,” kata Zainuddin yang mesra dengan panggilan Zam dan juga pernah menerajui Utusan.
Beliau juga mendakwa tindakan Saifuddin meninggalkan Umno memberi kesan lebih buruk kepada Najib berbanding Umno.

Saifuddin: Minda Dah Tak Serasi Dengan Umno

PKNS, Perangsang diarah gegar konsesi lebuhraya

Tol: Mengapa tidak guna GST bantu rakyat?

Keterangkuman PKR tambat hati mantan Timbalan Menteri

Kerajaan diminta henti ugut rakyat guna SOSMA

Kerajaan dituduh menyalahgunakan SOSMA bagi menyekat suara pembangkang.
Nik-Nazmi-Nik-Ahmad_law_600PETALING JAYA: Kerajaan diminta supaya berhenti daripada mengugut rakyat dengan menyalahguna Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa, kerajaan dilihat telah menggunakan akta berkenaan bagi mengelak pihak tertentu daripada diambil tindakan kehakiman.
“Jelas terdapat corak penyalahgunaan undang-undang apabila integriti pihak berkuasa dipersoal dan ini boleh dibuktikan dengan penggunaan SOSMA ke atas individu padahal niat pembentukan undang-undang itu adalah untuk menyekat aktiviti keganasan,” katanya menerusi kenyataan pada Khamis.
Menurut Nik Nazmi lagi, penggunaan Akta Hasutan yang semakin menjadi-jadi pada masa ini untuk menyekat suara pembangkang.
Katanya, langkah yang diambil oleh kerajaan itu dalam melakukan perkara berkenaan dengan tujuan politik dianggap sebagai satu tindakan kolot.
Jelasnya, apa yang berlaku itu sememangnya bertentangan dengan hak asasi rakyat seperti mana yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan.
“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri telah berjanji untuk memansuhkan tetapi tidak menepatinya apabila mendapati kedudukan beliau sudah tidak selamat,” katanya.
Nik Nazmi turut mengambil contoh terhadap apa yang berlaku kepada aktivis Khalid Ismath apabila dia dikatakan telah dipaksa mengaku bersalah di atas dakwaan tertentu.
Katanya, apa yang berlaku itu merupakan ugutan dan ia telah melanggar hak pihak yang tertuduh.

PKR belum bincang serah kerusi kepada Amanah - Azmin


Azmin Ali

SHAH ALAM – PKR masih berteka-teki soal persetujuan sama ada bakal menyerahkan sebahagian kerusinya kepada rakan sekutu baharu, Parti Amanah Negara (Amanah) pada PRU14  akan datang.

Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali berkata, buat masa ini Pakatan Harapan menumpukan kepada mengukuhkan kerjasama politik antara DAP dan Amanah termasuk usaha memujuk Pas menyertai gabungan berkenaan.

“Soal kerusi PKR untuk Amanah, calon bertanding kita akan bincang selepas kita bina muafakat terlebih dahulu, kalau dah ada muafakat insyaALLAH banyak perkara akan diputuskan.

“Saya yakin Pas akan bersama dengan kita (Pakatan Harapan) sebab sudah lama kita bersama sejak 1999 jadi ada masa surut, ada masa pasang .. maka boleh bincang,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), hari ini.

Menteri Besar Selangor itu menyatakan masa diperlukan untuk membina muafakat.

“Kita nak bina muafakat sama juga jika kita bangunan pun ambil masa 18 bulan. Oleh itu,  kalau nak bina satu konsensus sudah tentulah memerlukan keterbukaan, keikhlasan dan kefahaman semua pihak.

“Saya optimis kita akan bersama nanti. Kita mahu parti -parti politik yang mempunyai pendirian yang sama untuk melakukan perubahan dan reformasi dalam sistem kenegaraan kita,” katanya.

Kit Siang: 1MDB derhaka kepada Raja-raja Melayu

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang menuduh 1MDB menderhaka kepada Raja-raja Melayu berikutan pengumuman syarikat pelaburan negara itu bahawa ia tidak disiasat.
1MDB dalam satu kenyataan semalam mendakwa syarikat yang sedang sarat hutang itu tidak disiasat sedangkan minggu lalu Majlis Raja-Raja menggesa kerajaan menyegerakan siasatan ke atas 1MDB dan bertindak terhadap mereka menyalah-laku.
"Dalam masa seminggu, kebimbangan Raja-raja Melayu mengenai skandal RM50 bilion 1MDB terbukti ada asas dan sah dengan Menteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak cuba mengamalkan plitik tai chi manakala Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda pula mendakwa firma itu tidak lagi dalam siasatan.
"Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB jelas tidak menghormati Raja-raja Melayu apabila mengeluarkan kenyataan semalam bahawa penjelasan Peguam Negara mengapa firma itu tidak didakwa adalah hakikat bahawa mereka tidak lagi disiasat," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.
1MDB dalam satu kenyataan semalam mendakwa Jabatan Peguam Negara telah menolak kertas siasatan Bank Negara.

DUA KEMUSYKILAN TENTANG TOL

Pengguna di beberapa lebuhraya dalam bandar mulai robek poket apabila kenaikan tol tetap juga dilaksanakan oleh syarikat-syarikat konsesinya bermula hari ini.

Rayuan, bantahan dan kemarahan rakyat menolak kenaikan itu nampaknya tidak menyentuh langsung detik rasa kerajaan untuk bertindak sebaliknya. 

Sepertimana biasa, alasan yang biasa digunakan  tentang kenaikan itu ialah kerana mematuhi syarat yang sudah termaktub dengan syarikat konsesi. Kalau syarat itu tidak dipatuhi, kerajaan kena membayar pampasan kepada syarikat-syarikat terbabit.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Wahid Omar berkata, kerajaan terpaksa membayar pampasan RM510 juta kepada syarikat-syarikat konsesi bagi tempoh Januari - Oktober tahun ini berikutan penangguhan kenaikan tol yang sepatutnya dilaksanakan Januari lalu.

Jumlah itu, tambahnya, lebih tinggi berbanding hanya RM430 juga bagi tahun sebelumnya.

"Sebab itulah kita terpaksa membenarkan syarikat konsesi menaikkan kadar tol," katanya sambil menambah ia dilakukan kerana terikat dengan perjanjian dengan syarikat konsesi sebelum ini.

Menteri Kerjaraya, Fazilah Yusof pula sebelum ini berkata, dengan kenaikan tol, kerajaan dapat menjimatkan perbelanjaannya yang bermakna lebih banyak kemudahan awam seperti sekolah, hospital dan sebagainya dapat dibina.

Kumpulan totok Najib pula menyalahkan Tun Mahathir Mohamad dalam semua kenaikan tol itu kerana dakwa mereka, banyak perjanjian itu dilakukan ketika era pemerintahannya.

Dalam ertikata lain, apabila tol naik, mereka cuba mengatakan kerajaan dan Perdana Menteri, Najib Razak tidak bersalah sama sekali kerana kenaikan itu.

TPPA perlu dibentangkan di Parlimen pertengahan Januari depan - Mustapa Mohamed

TPPA perlu dibentangkan di Parlimen pertengahan Januari depan - Mustapa MohamedKOTA KINABALU: Dokumen Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) perlu dibentangkan di Dewan Rakyat pada pertengahan Januari depan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau menjelaskan Malaysia tidak boleh lewat daripada dua minggu pertama tahun 2016 untuk membuat keputusan sama ada menandatangani perjanjian tersebut atau tidak.

"Masalahnya minggu ini ada pembentangan bajet negara, jadi kita tidak boleh ganggu proses itu.

"Sudah tentu saya akan berbincang dengan Speaker (Dewan Rakyat) bagi mendapatkan tarikh (untuk bentangkan TPPA)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah mengenai TPPA pada Program Outreach Perjanjian Perdagangan Bebas kementeriannya di sini, hari ini.

Rundingan TPPA dimuktamadkan pada 5 Okt lalu di Atlanta, Amerika Syarikat (AS) dan teks dokumen dijangka disiapkan penghujung bulan ini.

Rundingan TPPA yang julung kali dilancar pada 2005 membabitkan 12 negara - Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, AS dan Vietnam.

TPPA: Masih terlalu awal untuk rakyat buat telahan

 
Masih terlalu awal rakyat membuat sebarang telahan berhubung keputusan Malaysia terhadap Perjanjian PerkongsianTrans Pasifik (TPPA) meskipun rundingan bagi Pakatan Trans Pasifik (TPP) telah dimuktamadkan, demikian menurut penganalisis ekonomi.
Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Dr Nurhaizal Azam Arif berkata, terdapat beberapa perkara perlu diperjelas dan dipertimbangkan berhubung perjanjian berkenaan.
"Kita perlu menunggu dokumen TPPA itu dibentang dan dibahaskan di Parlimen terlebih dulu sebelum ia diluluskan. Sekiranya diluluskan, ia tetap akan memakan masa kira-kira dua tahun untuk pelaksanaannya," katanya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melalui akaun Twitter miliknya @NajibRazak, pada 6 Oktober.

Beliau dan kabinet memberi mandat dan kepercayaan kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed untuk membincangkan terma dan kepentingan Malaysia pada rundingan berkenaan. Mustapa dalam kenyataannya berkata kebimbangan Malaysia dalam rundingan itu dipertimbangkan semua pihak dan penyertaan negara dalam TPPA  diputuskan secara kolektif. Antara kebimbangan Malaysia termasuklah bidang pemerolehan kerajaan, perusahaan milik negara dan isu-isu Bumiputera.
Usaha rundingan TPPA itu yang pertama kalinya dilancarkan pada 2005,  melibatkan 12 negara iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia,Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Vietnam dan Amerika Syarikat (AS). Pada 5 Oktober,  AS dan 11 negara anggota TPP menyelesaikan rundingan mengenai perjanjian perdagangan,  meningkatkan perdagangan  dan pelaburan di kalangan mereka, menggalak inovasi, pertumbuhan ekonomi dan pembangunan serta menyokong penciptaan dan pengekalan pekerjaan.
 Kebaikan dan keburukan
Adakah TPPA mengancam ekonomi Malaysia? Menjawab persolan itu, Nurhaizal Azam berkata setiap perjanjian perdagangan bebas mempunyai kebaikan dan keburukan, di samping terdapat elemen tertentu yang terpaksa 'dikorbankan' bagi mendapatkan akses ke pasaran yang lebih bebas dan terbuka.
Antara kebaikan TPPA, rakyat dapat menikmati barangan import lebih berkualiti dengan harga murah apabila cukai import dikurangkan atau dihapuskan selain dapat membantu memudahkan eksport  dan membuka peluang pelaburan yang lebih luas untuk syarikat dari Malaysia.
"TPPA juga mungkin memberi kesan buruk sebagai contoh, syarikat automotif terpaksa 'tutup kedai' akibat tidak mampu bersaing dan akan membawa kepada isu pengangguran. Namun, tidak mustahil dengan TPPA, syarikat automotif tempatan  menjadi lebih efisien dan 'terpaksa' menjadi lebih inovatif untuk terus bersaing dan kekal beroperasi," katanya.
Pensyarah bidang perniagaan antarabangsa itu turut menjelaskan bahawa kebimbangan terhadap TPPA bukan sahaja melibatkan Malaysia, bahkan negaraa anggota yang lain.
Beliau berkata AS sebagai contoh bimbang risiko akan kehilangan peluang pekerjaan kepada negara ahli  yang lebih kompetitif dalam menyediakan tenaga kerja manakala Kanada pula bimbang akan berlakunya lambakan komponen automotif dari negara ahli yang lebih murah.
"Ringkasnya, TPPA boleh membawa malapetaka jika kita gagal memanfaatkan peluang yang tersedia namun boleh memberi peluang kejayaan yang sangat luas sekiranya kita bersikap pragmatik.
Adakalanya, ancaman itu perlu dilihat sebagai satu tekanan yang akan memotivasikan untuk kita menjadi yang lebih baik dan berjaya," katanya.
Hegemoni Amerika Syarikat

Keputusan Malaysia sertai TPPA Januari ini


Dokumen Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) perlu dibentangkan di Dewan Rakyat pada pertengahan Januari depan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau menjelaskan Malaysia tidak boleh lewat daripada dua minggu pertama tahun 2016 untuk membuat keputusan sama ada menandatangani perjanjian tersebut atau tidak.
"Masalahnya minggu ini ada pembentangan bajet negara, jadi kita tidak boleh ganggu proses itu.
"Sudah tentu saya akan berbincang dengan Speaker (Dewan Rakyat) bagi mendapatkan tarikh (untuk bentangkan TPPA)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah mengenai TPPA pada Program Outreach Perjanjian Perdagangan Bebas kementeriannya di Kota Kinabalu, hari ini.
Rundingan TPPA dimuktamadkan pada 5 Okt lalu di Atlanta, Amerika Syarikat dan teks dokumen dijangka disiapkan penghujung bulan ini.
Rundingan TPPA yang julung kali dilancar pada 2005 membabitkan 12 negara - Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, AS dan Vietnam.
Mustapa berkata TPPA merupakan perjanjian paling kontroversi yang memerlukan kerajaan memberi penerangan secara menyeluruh mengenai pro dan kontra.
Menurut beliau kebanyakan perbincangan mengenai TPPA pada masa sekarang lebih berdasarkan kepada spekulasi.
Katanya kerajaan perlu melakukan pusingan lain perbincangan dokumen itu walaupun sudah terdapat kepastian mengenainya sebaik dokumen dikeluarkan.
- Bernama

PAS nafi PERKASA 'ejen' Dr M


PAS dilaporkan sekali lagi menafikan akan mewujudkan satu permuafakatan di antara parti Islam itu dengan PERKASA selepas menerima kunjungan hormat kumpulan pendesak Melayu itu kelmarin.
 Malah, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan menolak cakap-cakap bahawa kehadiran presiden NGO itu Datuk Ibrahim Ali adalah sebagai ‘ejen’ kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam membina kesepakatan menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tuan Ibrahim dipetik berkata demikian dalam laporan BNBBC.my hari ini.
“PERKASA datang cuma nak buat kunjungan hormat kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Maka kita hanya berbincang mengenai isu-isu melibatkan negara yang dipersetujui bersama, tidak ada apa-apa muafakat pun, Datuk Ibrahim Ali datang mewakili NGO dia PERKASA,” katanya dalam laporan tersebut.
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim menegaskan tidak timbul soal PERKASA menjadi ejen atau mewakili mana-mana bekas pemimpin negara kerana pertemuan itu tiada agenda tertentu dibincangkan bersama.
“Ya, hanya program kunjung hormat, bukan ada agenda khas,” jawab Tuan Ibrahim ringkas.

Ketua polis nafi Sosma diguna hukum pengkritik kerajaan

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bercakap pada sidang akhbar di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kuala Lumpur hari ini. Beliau menafikan polis menyalahgunakan Akta Kesalahan Khas (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) untuk menyekat pandangan politik. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Asraf, 15 Oktober, 2015. 
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bercakap pada sidang akhbar di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kuala Lumpur hari ini. Beliau menafikan polis menyalahgunakan Akta Kesalahan Khas (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) untuk menyekat pandangan politik.

Polis hanya akan menggunakan Akta Kesalahan Khas (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) terhadap mereka yang melakukan kesalahan dan bukan terhadap pengkritik kerajaan, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, mengulas bantahan beberapa pihak yang mendakwa undang-undang keselamatan itu disalah guna untuk menyekat pandangan politik.
Ketua polis negara itu berkata, beliau tidak nampak bagaimana Sosma dikatakan digunakan terhadap pengkritik kerajaan.
"Kami menggunakan Sosma terhadap mereka yang melakukan kesalahan, bukan pengkritik kerajaan," katanya kepada media pada satu majlis di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kuala Lumpur hari ini.

"Berhubung kes baru-baru ini, saya tidak mahu mengulas lanjut kerana mereka sudah didakwa di mahkamah dan hanya menunggu perbicaraan," katanya merujuk kepada bekas ahli Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang, yang sedang ditahan di bawah peruntukan Sosma dan menghadapi tuduhan cubaan mensabotaj ekonomi. Kedua-duanya sebelum ini mengkritik kerajaan dan firma pelaburan milik negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB), manakala Khairuddin turut membuat laporan terhadap firma itu dengan beberapa pihak berkuasa luar negara.
"Saya sudah jelaskan perkara ini sebelum ini. Saya rasa tidak ada penjelasan lanjut diperlukan mengenai mengapa kita menahan mereka ," kata Khalid.
Beliau sebelum ini mempertahankan penggunaan Sosma terhadap 2 individu itu, mengatakan tiada apa yang salah dalam menggunakan akta tersebut.
"Mereka ditahan di bawah Sosma. Ia satu prosedur untuk menahan dan menyiasat pesalah. Tetapi, mereka didakwa di bawah Kanun Keseksaan," Khalid berkata sebelum ini.

Kerajaan Selangor bantah kenaikan tol

Kerajaan Selangor bantah kenaikan tolKUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Selangor menyifatkan tindakan kerajaan Persekutuan membenarkan kenaikan kadar harga tol di 18 lebuh raya sebagai tidak bertanggungjawab.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dalam satu kenyataan media berkata kerajaan negeri kesal dengan tindakan tersebut yang dilihat hanya akan membebankan rakyat, apatah lagi dalam situasi ekonomi negara yang semakin gawat.

Sehubungan itu, kerajaan negeri telah memanggil Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor dan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad yang masing-masing memiliki 30 peratus saham dalam syarikat konsesi Lebuhraya KESAS dan 20 peratus dalam syarikat konsesi Lebuhraya SPRINT, untuk memberi penjelasan.

Kenyataan tersebut juga menyebut kenaikan kadar tol di Lebuhraya KESAS dan SPRINT tidak dibincangkan dan diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah KESAS Holdings Berhad dan KESAS Sdn Bhd serta Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Holdings Sdn Bhd dan Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Holdings Sdn Bhd.

Satu mesyuarat Khas Lembaga Pengarah akan diadakan untuk menggunakan kuasa minoriti bagi menolak kadar tol baharu ini.
Kenyataan itu turut mencadangkan bahawa perolehan daripada hasil kutipan cukai GST digunakan untuk membiayai jumlah pampasan kepada syarikat konsesi lebuh raya, sekali gus dilihat mampu mengelak kenaikan kadar tol.

40% Gen Y belanja di luar kemampuan, bergelumang hutang

Kajian mendapati responden berusia 20 hingga 33 tahun, menghadapi tekanan kewangan dengan majoritinya menanggung kos pinjaman yang tinggi selain hutang kad kredit. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Arifin, 15 Oktober, 2015. 
Kajian mendapati responden berusia 20 hingga 33 tahun, menghadapi tekanan kewangan dengan majoritinya menanggung kos pinjaman yang tinggi selain hutang kad kredit.

Kajian Institut Kewangan Asia (AIF) mendapati, generasi muda rakyat Malaysia yang tergolong dalam kumpulan "Gen Y" hidup bergelumang dengan hutang dan 40% daripada mereka berbelanja lebih daripada kemampuan.
Menurut kajian itu, responden berusia 20 hingga 33 tahun, mendapati golongan ini menghadapi tekanan kewangan, dengan majoritinya menanggung kos pinjaman yang tinggi selain hutang kad kredit.
"Kajian kami menunjukkan 75% Gen Y mempunyai paling kurang satu sumber pinjaman jangka panjang manakala 37% mempunyai lebih daripada satu.

"Pinjaman jangka panjang termasuk pinjaman kereta, pendidikan dan pajak gadai," kata AIF dalam laporannya "Memahami Gen Y – Merapatkan Jurang Pengetahuan Millennial Malaysia" yang dikeluarkan hari ini. "Untuk mengimbangi hutang ini, mereka bergantung kepada kaedah pinjaman kos yang tinggi – 38% daripada Gen Y dilaporkan mengambil pinjaman peribadi, manakala 47% terlibat dalam pinjaman kad kredit mahal."
Menurut AIF, masalah hutang itu dihadapi mereka akibat tingkah laku "impulse-buying" (membeli atas dorongan), selain akses mudah kepada pinjaman peribadi dan pembiayaan kad kredit.

Belanjawan Alternatif 2016 fokus Sabah dan Sarawak

Pendekatan itu diambil bagi mengurangkan jurang pendapatannya dengan Semenanjung Malaysia
Pakatan-2016-budget
PETALING JAYA: Pakatan Harapan akan membentangkan Belanjawan Alternatif 2016 dengan memberi tumpuan kepada pembangunan Sabah dan Sarawak.
Pendekatan itu diambil bagi mengurangkan jurang pendapatannya dengan Semenanjung Malaysia.
Perinciannya akan dibuat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu.
Ahli Parllimen Petaling Jaya Utara (PJU) Tony Pua berkata, belanjawan alternatif itu memperbanyakkan peluang pelaburan di Sabah dan Sarawak sebagai usaha untuk meingkatkan taraf hidup penduduk di sana.
“Kita tengok mereka terpinggir dari segi peluang pekerjaan dan ekonomi. Kita mahu lebih banyak pelaburan ke sana untuk meningkatkan taraf hidup rakyat,” katanya.
Mengulas perkara yang sama, Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen pula menyatakan bahawa Pakatan Harapan mencadangkan pendekatan berdisiplin bagi belanjawan negara dan secara umumnya tidak mencadangkan agar pakej ransangan digunakan pada tahun hadapan.
“Fokus kami juga untuk mengurangkan ketirisan dan aktiviti rasuah.
Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, Dr Fahmi Ngah pula berkata belanjawan alternatif pembangkang turut menyentuh mengenai keupayaan dan ketidaktentuan ekonomi yang melanda negara ekoran kelesuan ekonomi China.
“Langkah-langkah untuk menangani masalah tersebut adalah kita harus berbelanja lebih baik dan menumpukan usaha bidang ekonomi baru selain membina ketahanan yang lebih baik,” katanya.
Perbentangan belanjawan itu juga dua hari lebih awal daripada yang akan dibentangkan oleh kerajaan.

‘Hijrah kecil’ Saifuddin ubah Malaysia

PC HQ PKR Datuk Saifuddin Masuk PKR (6)PETALING JAYA, 15 OKT: Datuk Saifuddin Abdullah menganggap penyertaan beliau ke dalam PKR sebagai ‘hijrah kecil’ untuk meneruskan niat dan harapan membawa perubahan kepada Malaysia.
Katanya, ruang membawa perubahan sudah tidak dibincangkan secara komprehensif di dalam Umno hingga memaksa beliau mengambil keputusan meninggalkan parti berkenaan.
“Saya menyertai politik dengan niat dan idealisma yang jelas dengan objektif lebih tinggi daripada kepentingan peribadi serta ingin membina sebuah negara Malaysia lebih baik untuk semua.
“Malangnya, saya tidak melihat ia dibincangkan secara komprehensif dalam Umno-BN. Saya fikir, harus bersama dengan gabungan minda yang berada di sebelah sini (Pakatan),” katanya yang pernah memegang jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
Saifuddin berkata, dasar PKR yang sederhana sebagai parti berbilang kaum selain idealisma jelas membawa perubahan kepada negara menjadi antara faktor beliau menyertai parti itu.
Menyentuh soal kedudukannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Global Movement of the Moderates (GMM), belia akan menghantar surat perletakan jawatan sejurus Pengerusinya, Tan Sri Razali Ismail pulang dari luar negara.

Saifuddin kecewa dengan UMNO

Bekas Ahli Parlimen Temerloh itu menyertai PKR selepas tidak lagi serasi dengan UMNO serta BN walaupun telah lama berada dalam parti itu.
saifuddin
KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen Temerloh yang juga bekas Timbalan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah sah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Pengumuman rasminya dibuat oleh Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ibrahim, di ibu pejabat parti itu,di Petaling Jaya.
Mengulas mengenainya, Saifuddin berkata, PKR menjadi pilihan kerana bersifat pelbagai kaum, sederhana dan terbuka.
“ Namun begitu saya telah sekian lama dalam UMNO dan Barisan Nasional, saya tidak dapat ia dilakukan secara konklusif dan subtensif menyebabkan saya tidak serasi dengan UMNO,” katanya.

‘Guna derma RM2.6b Najib tampung kenaikan tol’ - Amanah

Parti AMANAH mahu kerajaan ‘mengambil’sedikit wang derma RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi menampung bebanan yang ditanggung rakyat berikutan kenaikan kadar tol sebanyak 200 peratus di 18 lebuhraya hari ini.
"RM2.6 bilion boleh bayar tol. Kalau kenaikan hari ini kerajaan kena bayar RM510 juta.
 “RM2.6 bilion itu cukup untuk bayar kepada kepada konsesi lebuhraya," kata Timbalan Ketua Pemuda AMANAH, Muhammad Faiz Fadzil kepada pemberita selepas penyampaian morandum memohon Yang di-Pertuan Agong menubuhkan suruhanjaya bagi menyiasat dakwaan salah guna dana MDB.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar hari ini dilaporkan sebagai berkata kerajaan perlu membayar RM510 juta kepada syarikat konsesi lebuh raya sekiranya tidak menaikkan kadar tol.
Mengulas lanjut, Muhammad Faiz berkata lebuh raya yang terbabit dengan kenaikan tol itu adalah laluan pengguna setiap hari untuk pergi dan pulang dari bekerja dan kenaikan tersebut sememangnya menyukarkan kehidupan rakyat.
"Saya percaya kutipan tol ini amat tinggi dan tiada keperluan untuk kenaikan dibuat walaupun ada perjanjian dimeterai antara kerajaan dengan syarikat konsesi," katanya.
Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan mengkaji semula kenaikan tersebut.
"Segala perjanjian dengan konsesi lebuh raya dikaji semula demi kebajikan dan kepentingan rakyat," katanya.
Bermula hari ini, 18 syarikat konsesi lebuh raya utama di Lembah Klang menaikkan kadar tol antara 10 sen dan RM6.
Ia melibatkan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Kajang-Silk, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke), Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (Smart).
Lebuhraya KL-Kuala Selangor (Latar), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Kajang Seremban (Lekas), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint) dan Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga).

Gagal tangani isu 1MDB, RM2.6 bilion dorong saya keluar Umno, kata Saifuddin

Bekas ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah menyifatkan penyertaannya bersama PKR sebagai satu keputusan besar dan menjelaskan Umno kini sudah tidak serasi dengan landasan perjuangannya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 15 Oktober, 2015. 
Bekas ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah menyifatkan penyertaannya bersama PKR sebagai satu keputusan besar dan menjelaskan Umno kini sudah tidak serasi dengan landasan perjuangannya.

Bekas timbalan menteri Datuk Saifuddin Abdullah menyifatkan kegagalan Umno menangani isu berhubung syarikat bermasalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang derma RM2.6 bilion sebagai punca beliau meninggalkan parti tersebut.
Bercakap kepada media selepas penyertaannya secara rasmi ke dalam PKR hari ini, Saifuddin berkata beliau kecewa dengan beberapa keputusan Umno berhubung2 isu tersebut menyebabkan beliau tekad keluar daripada parti utama kaum Melayu itu.
"Cara Umno tangani isu 1MDB dan RM2.6 bilion menyebabkan saya terdetik keluar Umno," katanya di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya hari ini.

Dua isu tersebut mencetuskan polemik dalam Umno, bahkan 2 pemimpin tertinggi parti itu, Tan Sri Muhyddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal juga tersingkir daripada Kabinet kerana kritikan mereka membabitkan 1MDB. Saifuddin sebelum ini juga menerima surat tunjuk sebab hanya kerana menghadiri program pembangkang Pakatan Harapan.
Beliau menyifatkan penyertaannya bersama PKR sebagai satu keputusan besar dan menjelaskan Umno kini sudah tidak serasi dengan landasan perjuangannya.
"Malangnya, sejak saya menyertai Umno, tidak ada satu perbincangan yang komprehensif dan mendalam. Oleh itu, saya rasa tidak serasi lagi dalam Umno dan Barisan Nasional," katanya.
Menjelaskan pilihannya untuk bersama PKR, Saifuddin berkata bentuk parti berbilang kaum dan agama yang menyebabkan beliau tertarik dengan parti yang diasaskan selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1999 itu.
"Terdapat banyak parti berbilang kaum dan agama dalam negara, tapi hati saya terpaut dengan PKR," katanya.

Qazaf: Anwar selesai beri keterangan

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai memberi kenyataan berhubung permohonan dalam rayuan kes qazafnya.
Peguam Anwar, Kamar Ainiah Kamaruzzaman mengesahkan perkara itu ketika ditemui pemberita di pekarangan kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pagi ini.
 Namun kata Kamar Ainiah, terdapat beberapa masalah teknikal dibangkitkan peguam mewakilil Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bagi mengetepikan prosiding kes berkenaan.
"Tadi untuk bacaan afidavit (Anwar) dan kami juga buat permohonan untuk ketepikan permohonan mereka yang mahu mengetepikan rayuan kami dalam kes ini.
"Jadi kami buat bantahan dan peguam menteri pula membangkitkan beberapa isu teknikal yang akan dikemukakan di mahkamah rayuan untuk diputuskan kerana keputusan kes ini tidak dapat ditetapkan ketua pendaftar sebaliknya akan dibawa ke mahkamah rayuan nanti," katanya.
Sebelum ini Anwar mengemukakan tuntutan qazaf terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari yang gagal mengemukakan empat orang saksi dalam sabitan pertuduhan kes liwat ke atas bekas ketua pembangkang itu.
Anwar kini dipenjara lima tahun sejak Februari lalu selepas mahkamah menyabitkan beliau atas kesalahan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.
Prosiding kes berkenaan akan disambung semula 26 Oktober ini di Mahkamah Rayuan Syariah, Kuala Lumpur.
Kenyataan afidavit Anwar dibaca di hadapan Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah, Khairol Nizam.
Sementara itu, Kamar Aniah berkata panel peguam berhadapan kesukaran membuat sebarang pertemuan dengan Anwar bagi tujuan pengenadalian kes itu.
"Sangat sukar, sebab penjara sangat ketat. Kita buat permohonan awal pun, saat akhir baru permohonan diluluskan. Ini yang menyukarkan kami,” katanya.

PKR's Centrist Multiracialism attracts me, says Saifuddin

Saifuddin will benefit Pakatan - Azmin

Saifuddin officially embraces Pakatan Harapan

Umno no longer serving the higher cause - Saifuddin Abdullah

Peguam masih tunggu lampu hijau dari Najib untuk saman Liong Sik

Peguam Datuk Seri Najib Razak akan menunggu arahan daripada anak guamnya sebelum memutuskan sama ada untuk memfailkan saman terhadap Tun Dr Ling Liong Sik atas dakwaan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap perdana menteri, susulan tamatnya tarikh akhir untuk bekas presiden MCA itu memohon maaf.
Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata, peguam Dr Ling secara rasmi menulis kepadanya Jumaat lalu, menyatakan anak guamnya mempertahankan kenyataannya.
"Kami perlu bertemu anak guam kami (Najib) untuk menerima arahan berikutnya sama ada akan memfailkan saman," katanya kepada The Malaysian Insider.

Hafarizam berkata, kandungan surat itu sama dengan apa yang dimaklumkan Dr Ling kepada media pada 7 Oktober, di mana bekas menteri pengangkutan itu berkata, beliau tidak akan memohon maaf atas kenyataannya berhubung cara Najib mengendalikan syarikat pelaburan milik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Portal berita Malaysiakini memetik Dr Ling pada 3 Oktober berkata, beliau bersetuju dengan bekas bosnya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang Najib "mengambil wang rakyat dan memasukkannya ke dalam akaun peribadi beliau".
"Saya bersetuju dengan (Dr) Mahathir. Kerana beliau (Najib) mengambil wang rakyat dan memasukkannya ke dalam akaun peribadi beliau," beliau dipetik sebagai berkata pada satu sidang akhbar di Kuala Lumpur.
Dr Ling, juga bekas presiden MCA, berkata demikian di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman apabila ditanya sama ada beliau bersetuju dengan gesaan Dr Mahathir supaya Najib meletak jawatan.

Sarat Hutang: '1MDB tak buat keuntungan jual aset tenaga’



1MDB yang sarat hutang berharap mendapat keuntungan hasil penjualan aset tenaga miliknya berikutan pembidaan ditutup esok, akhbar The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan tindakan syarikat pelaburan negara itu tidak akan mendatangkan keuntungan.
“Mereka yang mempunyai maklumat berhubung jualan itu berkata adalah besar kemungkinan 1MDB tidak akan mendapat kembali apa yang mereka bayar sebelum ini untuk mendapatkan aset tenaga itu.
“Ada yang memberitahu Tenaga Nasional Bhd (TNB) hanya akan meneruskan urus niaga jika ia adalah keputusan strategik.
“Memandangkan, Tenaga sudah disenaraikan, syarikat itu tidak mahu dilihat sebagai cuba menyelamatkan sebuah lagi dana negara,” lapor WSJ yang memetik sumber.
Menurut akhbar kewangan itu, yang memetik mereka yang rapat dalam industri berkenaan, beberapa pelabur berpontensi membeli janakuasa 1MDB termasuk TNB dan syarikat Nebras Power QSC, yang disokong oleh kerajaan Qatar manakala yang lain mula berundur ataupun tidak dipelawa menyertai bidaan terakhir itu.
“Jumlah pembida yang kecil mungkin bermakna harga yang murah untuk pusat janakuasa itu,” lapor WSJ.
“Firma asing dan tempatan lain juga meninjau Edra tetapi sama ada tidak dijemput untuk bidaan peringkat akhir ataupun mengundurkan diri.
“Masih belum jelas jika Tenaga atau Nebras Power, yang dimilik oleh Qatar Electricity and Water Co, telah memulakan bidaan mereka,” tambahnya.
Akhbar kewangan itu berkata 1MDB, Tenaga dan Nebras Power tidak menjawab permohonan mereka bagi mendapatkan ulasan.

Husam beri amaran Kelantan tidak tebang hutan menjelang musim banjir

Datuk Husam Musa memberi amaran kepada kerajaan negeri Kelantan supaya tidak meneruskan rancangannya membenarkan sebuah syarikat perladangan membersihkan 4,500 hektar hutan simpan menjelang musim hujan yang dijangka tiba akhir tahun ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Oktober, 2015. 
Datuk Husam Musa memberi amaran kepada kerajaan negeri Kelantan supaya tidak meneruskan rancangannya membenarkan sebuah syarikat perladangan membersihkan 4,500 hektar hutan simpan menjelang musim hujan yang dijangka tiba akhir tahun ini.

Datuk Husam Musa hari ini memberi amaran kepada kerajaan negeri Kelantan supaya tidak meneruskan rancangannya membenarkan sebuah syarikat perladangan membersihkan 4,500 hektar hutan simpan menjelang musim hujan yang dijangka tiba akhir tahun ini.
Bekas naib presiden PAS itu berkata, kegiatan itu yang dijalankan secara besar-besaran menjadi penyumbang kepada banjir yang berlaku semasa musim hujan yang sangat lebat di Kelantan pada Disember tahun lepas, sehingga 200,000 orang terpaksa dipindahkan susulan banjir paling buruk melanda negeri itu.
"Saya pernah menegur kerajaan negeri Kelantan mengenai isu ini beberapa kali. Baik secara dalaman mahu pun terbuka," kata ahli Dewan Undang Negeri (Adun) Salor itu dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, beliau ada menulis surat kepada kerajaan negeri Kelantan pada 3 Oktober membangkitkan mengenai penebangan hutan secara besar-besaran tersebut. Husam berkata, suratnya itu tidak mendapat sebarang respons, maka beliau membuat keputusan menyalurkan isu itu kepada media hari ini.
Beliau berkata, rancangan terkini pihak berkenaan ialah untuk meluluskan kawasan hutan tebang habis dijalankan sebuah syarikat perladangan.
"Syarikat ini dimilik individu yang selalu mendapat kelulusan seperti ini, sudah berkali-kali.
"Kelulusan seluas 4,500 hektar ini menambahkan lagi jumlah keluasan hutan simpan kekal yang akan dibersihkan buat selama-lamanya, bersama semua flora dan faunanya," katanya.

Saifuddin Abdullah keluar Umno, sertai PKR

PETALING JAYA - Datuk Saifuddin Abdullah hari ini disahkan meninggalkan Umno dan menyertai PKR.

Perkara tersebut diumumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Menurut Wan Azizah, penyertaan Saifuddin akan mengukuhkan lagi rumpun parti tersebut, selain menguatkan perjuangan rakyat di negara ini.

Pemuda AMANAH pohon tubuh RCI siasat 1MDB



Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) meyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memohon supaya sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat isu 1MDB.
Diketuai Faiz Fadzil, delegasi itu menyerahkan memorandum berkenaan kepada pegawai Istana Negara, Zainal Din Mohd Nor kira-kira jam 10.30 pagi tadi.
Kata Faiz, pada memorandum sama mereka juga mendesak supaya Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan sebagai perdana menteri bagi menjamin siasatan terhadap agensi pelaburan milik negara itu dapat disiasat secara bebas.
"Kami percaya penubuhan RCI ini amat penting untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap negara, dan kami juga mohon pertimbangan Majlis Raja-raja menasihati perdana menteri meletak jawatan segera agar siasatan lebih telus serta bebas dapat dijalankan," katanya kepada media hari ini.
Faiz yang juga Timbalan Ketua Pemuda AMANAH berkata, perdana menteri terlibat secara langsung atas kapasitinya sebagai menteri kewangan dan pengerusi 1MDB.
Katanya, isu 1MDB perlu diselesaikan segera selaras dengan titah dibuat Majlis Raja-raja pada Selasa lalu.
Sementara itu, naib ketua pemudanya Shazni Munir Mohd Ithnin berkata penyerahan memorandum seumpama itu akan diperluaskan kepada Sultan dan Yang Dipertua Negeri di seluruh negara.
"Pemuda AMANAH berpendapat penubuhan ini perlu dilakukan segera kerana rakyat tidak mampu menunggu lebih lama lagi dalam isu ini," katanya.

Bajet alternatif Pakatan Harapan tumpu kurangkan cukai, rasuah


Pakatan Harapan akan membentangkan bajet alternatif mereka pada 21 Oktober ini dengan tumpuan terhadap usaha menurunkan kadar cukai dan menangani ketirisan daripada rasuah. Ahli Parlimen PKR yang menganggotai panel bajet itu, Wong Chen berkata, bajet berjumlah RM246 bilion itu dapat menjimatkan RM30 bilion melalui usaha membasmi rasuah itu.
Pemimpin Pakatan Harapan bercakap kepada media mengumumkan bajet yang bakal dibentangkan minggu depan. Ahli Parlimen PKR, Wong Chen (2 dari kiri) berkata bajet RM246 bilion itu dapat menjimatkan RM30 bilion melalui usaha membasmi rasuah. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 15 Oktober, 2015. "Apa yang boleh dikatakan ialah, bajet alternatif kali ini, kami akan kurangkan cukai yang dikutip daripada rakyat dan pada masa sama kami akan juga kurangkan perbelanjaan," kata Wong, sambil menambah bajet itu bagi menangani ketidaktentuan ekonomi serta mengatasi tekanan yang dihadapi rakyat ketika ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media Jawatankuasa Belanjawan Pakatan Harapan di Petaling Jaya hari ini.

Kak Wan: Anwar gembira Saifuddin sertai PKR


Walaupun sakit, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa gembira apabila dimaklumkan bahawa bekas anggota majlis tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah menyertai parti itu.
Berita itu dikongsikan oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di perkarangan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur ketika Anwar membuat permohanan qazaf berhubung tuduhan liwat oleh bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.
"Anwar kurang sihat sikit tapi dia nampak gembira apabila mengetahui (Datuk) Saifuddin Abdullah menyertai PKR hari ini.
"Anwar harap lebih ramai lagi yang akan menyertai PKR," katanya.

Azmin cadang Putrajaya guna hasil GST bayar pampasan syarikat konsesi

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mencadangkan perolehan kerajaan daripada cukai barangan dan perkhidmatan sebanyak RM6 bilion digunakan untuk meringankan bebanan rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Oktober, 2015.
Menteri besar Selangor hari ini mencadangkan supaya Putrajaya menggunakan hasil kutipan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang terkumpul sebanyak lebih RM6 bilion untuk membiayai dan meneruskan pembayaran pampasan kepada syarikat konsesi tol. Mohamed Azmin Ali berkata, cadangan demikian dibuat semasa mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) hari ini yang membincangkan mengenai kenaikan kadar tol di beberapa lebuh raya seluruh negara.
"Kita dimaklumkan perolehan daripada kutipan GST tu besar. Lebih daripada RM6 bilion seperti diumumkan. Mengapa tidak menggunakan perolehan GST ini untuk meringankan bebanan rakyat?

"Tetapi (Putrajaya) menggunakan kesempatan seperti ini untuk terus menekan kehidupan rakyat khususnya pengguna lebuh raya. "Kita ada mencadangkan dalam MTES yang kerajaan persekutuan sepatutnya menggunakan perolehan daripada hasil kutipan GST untuk membiayai dan meneruskan pembayaran pampasan kepada syarikat konsesi," katanya.

Sivarasa: Pengarah Sprint tak dirujuk kenaikan tol

Lembaga pengarah Sprint Sdn Bhd tidak dirujuk bahawa syarikat konsesi lebuh raya itu akan menaikkan kadar tol, kata Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah hari ini.
"Pengurusan Sprint telah melaksanakan kenaikan tol menurut satu surat daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia ( LLM) yang diterima seminggu lalu.
"(Surat itu berkata) antaranya, kerajaan Persekutuan tidak akan bayar lebih pampasan kepada syarikat, bahawa Sprint boleh naik kadar tol selaras dengan kadar yang tertera dalam surat tersebut, dan syarikat bertanggungjawab untuk mengumumkan kadar kenaikan tol," kata Sivarasa dalam satu kenyataan.
Dilantik dalam lembaga pengarah Sprint pada Januari sebagai wakil Kumpulan Perangsang Selangor (KPS), Sivarasa (foto) berkata pihak pengurusan tidak merujuk perkara itu kepada lembaga pengarah untuk dibincang.
Katanya, beliau tidak bersetuju dengan kenaikan tol itu, tetapi menegaskan bahawa KPS hanya pemegang saham minoriti 20 peratus berbanding 80 peratus oleh Kumpulan Gamuda.
Namun begitu, ahli Parlimen PKR itu berkata, beliau akan membawa perkara itu kepada pengurusan Sprint.
"Justeru, saya akan menulis kepada Pengerusi syarikat Sprint, Yusuff Daud untuk memanggil satu mesyuarat khas lembaga pengarah untuk membincang dan kaji semula perkara ini.
"Saya telah juga melaporkan perkara ini kepada Menteri Besar Azmin Ali dan akan melaksanakan apa-apa arahan lanjut daripada beliau," katanya.
Sivarasa menjelaskan demikian terhadap catatan di media sosial sama ada beliau, sebagai ahli lembaga pengarah Sprint, menyokong kenaikan tol itu.
Sprint Expressway menaikkan kadar tol sebanyak RM1, berkuatkuasa tengah malam tadi, dengan kadar baru tol di Plaza Damansara, Pantai dan Bukit Kiara kini masing-masing menjadi RM2, RM2.50 dan RM3.

Presiden Gerakan ikrar halang hudud atau letak jawatan

Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong akan menghalang rang undang-undang hudud diluluskan di parlimen dan berikrar untuk meletak jawatan jika gagal melakukan dalam misinya itu.
 "Jika hudud diluluskan di parlimen, saya rasa saya sudah gagal dalam melaksanakan tugas. Justeru saya akan meletak jawatan daripada kabinet," katanya.
Mah ketika ini berkhidmat sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri selepas memenangi pilihan raya kecil Teluk Intan pada 31 Mei 2014.
Mah ditemui media sempena persidangan tahunan parti itu hujung minggu ini.
Katanya, Gerakan juga membantah jika PAS berhasrat menyertai BN kecuali parti berkenaan - yang selama ini komited memperjuangkan pelaksanaan hudud - bersedia mengetepikan agenda berkenaan.
Bagaimanapun, kata Mah yang dipetik laporan Kwong Wah Yit Poh, dia yakin PAS tidak akan bersedia melupakan hudud dan hanya segelintir pihak yang percaya ia boleh berlaku.
Katanya, isu hudud tidak begitu hangat diperkatakan ketika ini namun beliau tidak menolak kemungkinan PAS akan cuba mengemukakan rang undang-undang itu sekali lagi dalam sidang parlimen yang akan bermula minggu depan.
Ketika ia cuba dibawa dalam sidang lalu, Mah berkata, kemungkinan untuk ia diluluskan adalah rendah namun dengan perubahan iklim politik negara ketika ini serta peningkatan sentimen perkauman, pelbagai perkara boleh berlaku.
"Kami berhubung denngan ahli parlimen Muslim dalam BN dan kesediaan mereka menyokong hudud tidak kuat. Situasi sekarang berubah dan mungkin sukar untuk memujuk mereka (supaya tidak menyokong hudud," katanya.

PAS tak sendirian walaupun tidak bersama Pakatan Harapan - Takiyuddin


Post Pic

KUALA LUMPUR: Walaupun tidak menyertai gabungan baru parti pembangkang Pakatan Harapan, PAS tidak bersendirian serta boleh menjalin kerjasama dengan banyak lagi parti-parti lain, tegas Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan.

Katanya, setakat ini pun ada kira-kira 20 parti yang PAS boleh jalinkan kerjasama walaupun tidak menganggotai pakatan pembangkang baru itu.

"Kita putuskan dalam konteks lain kita bersendirian, tetapi tidak bermaksud kami bersendirian. Kita mungkin kalaupun tidak bersama DAP dan Amanah, kita bersama dengan PKR dan mungkin ada parti-parti lain.

"Ada beberapa parti yang baru sahaja berdaftar dengan ROS, 20 parti-parti kecil yang telah didaftarkan dan telah diterima oleh ROS. Jadi banyak lagi parti-parti politik lain.

"Yang baru ada, yang lama ada (parti), banyak. Jadi kami tidak bergantung kepada parti yang kukuh sahaja," katanya semalam.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang masih mengharapkan PAS menyertai pakatan pembangkang baru itu yang turut dianggotai DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Kelmarin, Mohamed Azmin berkata, PKR mahu melihat keanggotaan pakatan pembangkang baru itu diperluaskan kepada Parti Sosialis Malaysia (PSM) serta parti-parti pembangkang di Sabah dan Sarawak.

Menurut beliau, PKR turut menggesa sekutu-sekutunya dalam pakatan pembangkang untuk menghentikan perbalahan sesama sendiri dan jangan mencampuri urusan dalaman parti lain.

Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, bagi PAS kerjasama dengan pakatan pembangkang setakat ini hanya melibatkan PKR.

"Setakat ini kita masih bersama dengan PKR sahaja, jadi untuk parti-parti lain buat masa ini kita belum buat keputusan apa-apa," ujarnya.

Pua explains wrongdoing at 1MDB in great detail

To “walk the talk”, the MP even previously made a police report with the relevant documents.
phua,arul
KUALA LUMPUR: 1MDB chief Arul Kanda Kandasamy was merely going around in circles despite the documentary evidence on wrongdoing having already been leaked and published all over the Internet, charged Petaling Jaya Utara MP Tony Pua in a statement. “They are as ‘clear cut’ as you can get. To ‘walk the talk’, I have even previously made a police report with the relevant documents.”
“And where’s the ‘criminal breach of trust, abetting misappropriation and embezzlement’, 1MDB asked?”
Pua said that he asked Arul on Wednesday, as the President of 1MDB, which was more important i.e. catching the perpetrators behind the multi-billion ringgit crimes which took place in 1MDB as exposed by the leaked documents, or catching the parties who leaked these documents incriminating the people who scammed the taxpayers.
“Arul Kanda then responded with one of his now infamous twist and turn, alleging that he was making wild allegations without proof or evidence. “He even urged me to ‘walk the talk’ and provide ‘clear cut evidence’ to the lawful authorities for further investigation.”
1MDB has never disputed the fact that in 2009, the then CEO Shahrol Halmi transferred USD700 million to Good Star Limited, a company unrelated to the intended beneficiary of the funds, Petrosaudi International Limited, added Pua who is also DAP National Publicity Secretary. “It has also been exposed that Good Star Limited is controlled by 1MDB’s official advisor, Low Taek Jho.”
“Bank Negara has also revoked its approval for the above fund transfer as 1MDB provided false information in its application to the central bank.”
Pua reminded that he has also previously outlined how 1MDB misled their international auditors, Deloitte Malaysia, on the proceeds from 1MDB’s redemption of its USD2.318 billion investment parked in the Cayman Islands. “1MDB executed a fraudulent round-tripping exercise by taking an unreported USD975 million loan from Deutsche Bank to cover up for the non-existent or missing proceeds from the Caymans fund.”
Interestingly, continued Pua, 1MDB which is very prompt in responding to various criticisms these days, refused to respond to these allegations which were solidly backed by publicly available documents such as 1MDB and Abu Dhabi’s International Petroleum Investment Corporation (IPIC) financial statements, their media statements and other news reports.