Rabu, 14 Oktober 2015

"Malaysia also has a symbol of love from it's leaders to rakyat.."

Di India hanya satu jer..
Di Malaysia lagi hebat.. Beratus2 'simbol kasih sayang' bersepah di seluruh negara...

Itulah simbol kasih sayang Najib terhadap rakyatnya..

Muhyiddin: Fikir waras, siapa sebenar sabotaj negara?

Saya telah membaca beberapa kenyataan yang dibuat oleh segelintir pihak yang mendakwa bahawa saya telah membantah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan pada 12 Oktober lalu.
Muhyiddin: Fikir waras, siapa sebenar sabotaj negara?Dan ini kononnya bercanggah dengan pendirian saya menyokong SOSMA semasa di dalam kabinet dan ketika rang undang-undang Sosma dibentangkan di parlimen. Pendirian saya tidak pernah berubah.Saya menyokong Sosma untuk menangani kesalahan-kesalahan keselamatan yang menggugat keamanan dan ketenteraman awam.
Yang saya tidak bersetuju ialah penyalahgunaan Sosma yang bercanggah dengan tujuan asal akta ini digubal sepertimana yang berlaku dalam kes penahanan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang.
Tindakan mereka membuat laporan mengenai dakwaan salah laku 1MDB kepada pihak-pihak berkuasa dalam dan luar negara tidaklah boleh dikatakan sebagai satu tindakan sabotaj bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan, iaitu satu kesalahan keselamatan yang membolehkan penggunaan Sosma.
Bukankah mereka sekadar melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara yang prihatin?Pendirian saya ini adalah selari dengan jaminan kerajaan ketika akta ini digubal bahawa ia tidak akan disalahgunakan untuk tujuan-tujuan lain, terutamanya yang bermotifkan politik.
Moga perjuangan diberkati

ddIni termasuk mendiamkan pengkritik dan menyekat kebebasan rakyat untuk bersuara dan memberikan pandangan.Jaminan ini adalah selaras dengan langkah transformasi politik yang diambil oleh kerajaan.Adakah 1MDB terlalu kebal sehinggakan pihak yang mengkritik dan membuat laporan terhadapnya didakwa di mahkamah?
Seorang yang berfikiran waras pastinya akan bertanya siapakah yang sebenarnya mensabotaj sistem perbankan dan perkhidmatan kewangan negara?Orang yang membuat laporan kepada pihak berkuasa supaya menyiasat dakwaan salah laku 1MDB atau orang yang mengakibatkan berbillion ringgit wang rakyat dalam 1MDB lesap?
Apakah pemimpin Umno harus berdiam diri dalam hal ini dan bersekongkol dengan para petualang?Janganlah dibiarkan jiwa perjuangan yang mengalir dalam darah setiap pejuang Umno dibeli dengan harga yang murah.
Adalah menjadi tanggungjawab setiap pejuang Umno untuk bangkit menentang penyelewengan dan perompakan harta negara oleh pihak-pihak tertentu.Barulah Umno akan disegani dan dihormati oleh rakyat seluruhnya dan diberkati perjuangannya oleh Allah SWT.

Protes kenaikan tol di Plaza Tol Sunway

Protes kenaikan tol di Plaza Tol Sunway
SUBANG JAYA: Susulan kadar baharu tol berkuatkuasa esok, satu demonstrasi bantahan dibuat di Plaza Tol Sunway dekat Lebuhraya Damansara-Puchong, hari ini.

Demonstrasi yang dianjurkan Pemuda Sosialis DAP (Dapsy) Selangor dihadiri 50 peserta yang membantah kenaikan tol di 18 lebuhraya seluruh negara.

Peserta turut membawa sepanduk bantahan dan juga mengajak pengguna lebuhraya di kawasan sekitar   membunyikan hon sebagai tanda protes.

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh memberitahu, kenaikan tol amat membebankan terutamanya bagi penduduk Puchong.

"Penduduk Puchong terutamanya amat terasa memandangkan kami dikelilingi lebuhraya.

"Jalan alternatif sedia ada hanya satu iaitu melalui Jalan Klang Lama dan jalan ini tidak relevan dengan kepesatan pembangunan yang ada di Puchong," katanya kepada media.

Bagi pengguna yang ditemui, mereka menyatakan rasa kesal akan kenaikan ini memandangkan kos hidup sedia ada sudah cukup membebankan mereka.

"Saya tinggal di Sungai Buloh, dan saya kerja di Shah Alam. Kos harian saya untuk tol pergi dan balik mencecah RM10 sebelum ini.

"Kenaikan tol akan menyebabkan kos harian saya mencecah RM15 sehari. Itu baru saya, bila dicampur dengan kos tol yang ditanggung isteri, maka kami secara bulanan terpaksa membelanjakan kira-kira RM400 untuk tol sahaja," kata Razak seorang peserta bantahan kenaikan tol.

Saifuddin Abdullah sertai PKR esok

 Datuk Saifuddin Abdullah difahamkan akan meninggalkan Umno untuk menyertai PKR esok. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Oktober, 2015.
Bekas timbalan menteri pengajian tinggi Datuk Saifuddin Abdullah akan meninggalkan Umno dan menyertai PKR esok. Beliau akan diumumkan sebagai ahli PKR pada satu sidang media di ibu pejabat PKR pada jam 12 tengah hari esok, The Malaysian Insider difahamkan. Bekas ahli Parlimen Temerloh itu baru-baru ini diberikan surat tunjuk sebab oleh Umno kerana menghadiri perbincangan meja bulat yang membawa kepada pembentukan pakatan pembangkang baharu, Pakatan Harapan.

"Yang Kamu Tuduh Pengkhianat Itulah Yang Telah Menjulang PAS Ke Tahap Cemerlang.."

Hari ni aku nak cerita pasai Infaq dan waqaf.. bukan pasal Markaz, tapi aku nak cerita bagaimana pemimpin yg hangpa suruh letak jawatan, yang hangpa halau dan tuduh Pengkhianat ini telah infaq dan waqaf kan diri mereka untuk perjuangan Islam dan PAS... bila PAS Perak sarankan 4 Adun ni letak jawatan, yg sarankan tu baru 2 tahun Pencen Kastam.. sudah lah baru Pencen, di lantik pulak jadi Pesuruhjaya.. yg jadi tukang cadang PJ Perak ni, Ketua Pemuda Perak hari ini, yg juga merangkap Menantu Haji hadi... tiba2 cakap besar suruh Nizar dan Adun yg bersama Amanah letak jawatan...

Ketika Harun Din dan Tuan Ibrahim masih seronok menerima bayaran dan elaun kerana menjadi pelakon agama di rancangan Ehwal Perdana Islam RTM.. dan mereka ini hanya aktif dlm PAS setelah di gam RTM dan UMNO.. itupun setelah nampak peluang bila gelombang Reformasi membesar setelah Anwar dipecat.. barulah watak2 ini terjun di dalam PAS, tiba2 kini mereka yg digambar sebagai hero dan pejuang Islam..masa ni pun, Razman masih dok seronok tunggu gaji hujung Bulan dgn Kerajaan...

Di waktu ini di mana Mat Sabu, Salehuddin, Husam dan Khalid samad yg mereka tuduh pengkhianat ?? mereka aktif selepas bergelar Graduan.. di kala rakan rakan masuk berkhidmat dgn Kerajaan dgn jawatan Tinggi.. mereka masuk menyertai PAS, ketika zaman PAS susah.. Masa itu Melayu tidak sokong PAS, Profesional dan Anak muda tidak menyokong PAS, apetah lagi orang Cina.. ketika ini PAS kuat di tekan.. PAS hanya Parti kampungan.. hanya bertapak di Kelantan..mereka meninggalkan segala galanya peluang dan kesenangan.. jika mahu senang, bukan nya Susah.. ketika itu rakan Mahasiswa dan sahabat ketika di dalam ABIM Mereka Ds Anwar berada di dalam UMNO.. dalam Kabinet.. kalau keluar PAS ketika itu pun, sudah pasti ber jawatan tinggi di dalam Kerajaan atau GLC , malah gelaran istana menunggu mereka.. lihat lah Dato Nakahie dan Dusuki.. tapi mereka tetap memilih hidup susah bersama PAS.. amat malang jika ada yg menuduh mereka keluar PAS hanya untuk tawaran jawatan dan pangkat..

Ada yang suruh mereka meletak jawatan..katanya mereka menang atas tiket dan jentera PAS, Ya Benar!! mereka Menang di atas kekuatan PAS yg mereka bina.. berpuluh tahun.. dari zaman Susah PAS sehingga zaman Gemilangnya bila PAS diterima Msyarakat bukan Islam.. satu kejayaan Luar biasa jika mahu di banding kan penerimaan bukan Islam kepada Gerakan Islam. mereka berhak mendapatkan nya.. lebih berhak dari mereka yang mengatakan pimpinan Amanah ini Pengkhianat.. mereka inilah yang turun ke lapangan.. masuk ke kampungan dan Felda.. mereka tidak mudah2 memberi Kuliah satu 2 jam dan hanya menunggu sampul surat bila mahu pulang.. mereka berceramah dgn hadirin yg hanya 2-3 orang sehingga lah menjadi puluhan ribu.. mereka membawa anjakan baru perjuagan PAs bila berani masuk dan berdialog dgn Gereja dan Bukan Islam.. begitu luar biasa mereka infaq kan jiwa raga mereka untuk Islam dan PAS..

Yang Dikata Pengkhianat ini juga yg memperjuangkan nasib Ostad2 yg dihalang UMNO berkuliah.. dulu asatizah ini di gugurkan dari jawatankuasa Masjid.. yg dikata pengkhianat inilah yg mengatur kuliah asatizah di markaz2.. di angkatnya darjat para asatizah, dijulangkan asatizah dengan model kepimpinan Ulama, atas kemenangan yg mereka usaha inilah.. Ostad2 kini boleh hidup mewah, Boleh bebas mengajar di masjid2 di Lembah Klang..di Pulau Pinang.. saban hari berkuliah tidak pernah kurang isi sampul Surat dgn wang2 Qariah2 di Lembah Klang.. Padang Kota di Pulau Pinang yg dulu nya hanya jadi tempat Maksiat, dijadikan medan Ilmu..

Naik tol: Kerajaan jangan perlekeh rakyat

Kerajaan Umno BN memperlekehkan rakyat apabila menyatakan tol dinaikkan bagi memberi kemudahan termasuk membina sekolah dan hospital, kata Naib Presiden KEADILAN, Dr Xavier Jeyakumar.
Katanya, alasan itu tidak munasabah kerana kemudahan seumpama itu masih kurang khususnya di kawasan pedalaman, meskipun kerajaan seringkali menaikkan kadar tol . Sebaliknya beliau percaya kenaikan terbaharu ini bertujuan untuk menampung hutang syarikat pelaburan, 1MDB yang semakin tenat.
“Itu cuma penipuan dan alasan kerajaan untuk kutip lagi lebih banyak duit rakyat bagi membayar kadar faedah dan hutang-hutang 1MDB.
“Sedangkan kalau betul nak sediakan kebajikan kepada rakyat, kenapa masih banyak lagi kemudahan yang sehingga kini tidak tersedia dengan baiknya kepada rakyat?
“Mereka yang duduk di kawasan pinggir bandar masih memerlukan banyak lagi kemudahan seperti sekolah, klinik dan lain-lain lagi,” katanya ketika dihubungi.
Lebih mengecewakan katanya, terlalu banyak projek-projek rakyat gagal disiapkan sepertimana dijanjikan pada Pilihan raya umum lalu.
“Mana hasil daripada bebanan yang kerajaan letak di bahu rakyat hasil daripada pengenalan cukai-cukai GST, penarikan subsidi dan harga tol yang naik itu?” soalnya.
Kementerian Kerja Raya sebelum ini menyatakan kenaikan drastik yang bermula Khamis ini dibuat selepas kerajaan menghentikan pembayaran pampasan kepada syarikat konsesi. Keuntungan daripada kenaikan itu juga akan disalurkan kepada rakyat melalui pembinaan-pembinaan projek infrastruktur.
Bagaimanapun Adun Seri Andalas itu berkata, kenaikan tol tidak selaras dengan manifesto pilihan raya BN kononnya tiada sebarang kenaikan harga tol antara bandar.
“Inilah penipuan yang langsung tidak boleh diterima. Tetapi yang lebih jelas lagi kadar kenaikan ini akan terus membebankan berjuta-juta pengguna plaza tol di Malaysia,” jelasnya.

Tol naik mendadak, apa Kerajaan Persekutuan buat?

KUALA LUMPUR, 19 Julai -- Keadaan Plaza Tol Gombak mula sesak pada waktu tengah hari tadi setelah sebahagian warga kota mula pulang ke rumah masing-masing untuk mula bekerja semula esok. --fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA KUALA LUMPUR, July 19 -- Gombak toll plaza was congested during the afternoon today as the city folks begin to return to their homes to start work again tomorrow. --fotoBERNAMA (2015) COPYRIGHT RESERVED Kerajaan Persekutuan dilihat lemah dan terus gagal menangani masalah kenaikan tol di sekitar Lembah Klang.
Adun Kampung Tunku, Lau Weng San, berkata dalam sesuatu kes Kerajaan Persekutuan boleh menggunakan kaedah tertentu untuk mengambil balik lebuh raya yang ada.

Katanya, langkah ini dapat memastikan kenaikan tol dikawal, dikurangkan atau dihapuskan terus.
“Seperti Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), pemegang konsesi sudah mendapat balik keuntungan mereka sejak mereka mula beroperasi kerana tempoh konsesi mereka sudah lama.
lau weng san pc 05 jul 01“Maka, ‘expropriation clause’ boleh digunapakai,” katanya.
Bermula 15 Oktober ini (esok), sebanyak 11 lebuh raya mula beroperasi dengan kadar tol baru.
Mengulas lanjut, Weng San berkata kerajaan juga boleh menggunakan kedudukannya untuk sekurang-kurangnya berunding semula dengan syarikat konsesi.
“Setelah tempoh tertentu apabila mereka sudah menjana keuntungan secukupnya, konsesi harus dibuka semula untuk ditender dalam pasaran terbuka supaya penender menawarkan kadar tol terendah diberi hak konsesi untuk sesuatu tempoh.
“Ini penting untuk memecah monopoli yang sedia ada,” katanya.

Hamzah Zainuddin menteri angkuh – ADUN DAP

Peniaga pasti akan menaikkan harga barang ekoran penggunaan lori yang menggunakan tol untuk mengangkut barang-barang
Ng-Tien-Chee-,Datuk-Hamzah-Zainuddin
PETALING JAYA:Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainuddin dituduh seorang yang angkuh kerana mengeluarkaan kenyataan meminta peniaga tidak menaikkan harga barang berikutan penyelarasan kadar tol.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong, Ng Tien Chee berkata, Zainuddin telah menunjukkan kelemahan kerajaan Barisan Nasional dalam mengurus ekonomi negara.
Beliau berkata, alasan Zainuddin bahawa penyelarasan itu tidak melibatkan semua tol selain mempertikai jumlah lori yang menggunakan lebuh raya adalah sesuatu yang tidak wajar.
“Saya ingin bertanya kepada Menteri adakah lori-lori yang menggunakan lebuh raya ini tidak perlu membayar ataupun tidak berdepan kenaikan harga?
“Sekiranya mereka terkesan, apakah rasional bagi menteri menghalang peniaga menaikkan harga barangan dengan kadar yang munasabah memandangkan kos pengangkutan terpaksa naik berikutan kenaikan tol yang dibenarkan oleh kerajaan pusat?
“Walaupun bukan semua lebuh raya terlibat, apa yang nyata adalah lebuh raya yang menaikkan harga merupakan lebuh raya yang utama di sekitar Lembah Klang. Kenyataan beliau seperti pepatah Cina yang membawa maksud Rakyat tidak dibenarkan untuk menyalakan lampu ketika kerajaan sedang membakar,” katanya menerusi kenyataan kepada FMT.

Ahli UMNO perlu bangkit menentang penyelewengan – Muhyiddin

Beliau tidak mahu ahli UMNO berdiam diri dan bersekongkol dengan petualang negara.
muhyiddin
PETALING JAYA : Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru ahli parti itu supaya tidak membiarkan jiwa perjuangan yang mengalir dalam darah dibeli dengan harga murah.
Beliau berkata, setiap pejuang UMNO bertanggungjawab untuk bangkit menentang penyelewengan dan perompakan harta negara oleh pihak-pihak tertentu.
“(Menentang penyelewengan harta negara) Barulah UMNO akan disegani dan dihormati oleh rakyat seluruhnya dan diberkati perjuangannya oleh Allah S.W.T,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Beliau merujuk kepada tindakan kerajaan menahan dan mendakwa bekas Naib Ketua UMNO, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang yang didakwa di mahkamah kerana cuba mensabotaj ekonomi negara.
Muhyiddin berkata, adakah 1MDB terlalu kebal sehingga pihak yang mengkritik dan membuat laporan terhadapnya didakwa di mahkamah.
“Seorang yang berfikiran waras pastinya akan bertanya siapakah yang sebenarnya mensabotaj sistem perbankan dan perkhidmatan kewangan negara?
“Orang yang membuat laporan kepada pihak berkuasa supaya menyiasat dakwaan salah laku 1MDB atau orang yang mengakibatkan berbillion Ringgit wang rakyat dalam 1MDB lesap?
“Apakah pemimpin UMNO harus berdiam diri dalam hal ini dan bersekongkol dengan para petualang?,” soalnya.
Dalam masa sama, bekas Timbalan Perdana Menteri itu mempertahankan pendirian yang dibuatnya bahawa Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) telah disalahgunakan terhadap Khairuddin dan Matthias.

Isu Tol : Rakyat Makin Terbeban

[VIDEO PENUH] Sidang media PAS dan Perkasa:Bekerjasama atau Bersetuju?

LAGI SEKALI cubaan perbodohkan rakyat...


Tol naik ka, tak naik ka...
Duit rakyat TETAP JADI MANGSA..
KRONI konsesi tol TETAP makin kenyang rompak kantong rakyat !!!

KEBODOHAN APAKAH menteri2 UMNO ??!!

Dahlah.. HAPUS SUBSIDI MINYAK !!
Dahlah.. HAPUS SUBSIDI GULA !!
DIBANTAI LAGI DENGAN CUKAI GST !!

Kini.. naikkan kadar tol plok...
Mana dikatanya Najib 'Asas ekonomi kita semakin kukuh' !!!..

KUKUH TANG MANA !!! KUKUH NAK SONGLAP DUIT RAKYAT ADA LA !!!

APA DAH JADI JUMLAH KUTIPAN GST ??!!!

KENAPA Menteri Kewangan NAJIB MEMBISU..

Janji nak umum Ogos lps, sampai nak masuk bulan November TAK UMUM2..

Ingat kami di SR sudah lupa ka !!!.. atau MELAYU SUDAH LUPA disumbat BR1M !!!

..atau nak umum tunggu SELASA BILA !!!

Apalah agaknya sudah jadi dgn kutipan GST skrg ni di mana rakyat DIPAKSA BAYAR GST OLEH KERAjaan BN..

NAK BUAT HOSPITAL LA KATAKAN...

Mana satu nak percaya ??


ADAKAH kes 1MDB ini akan SELESAI HINGGA AKHIR TAHUN INI ??!!

Penasihat 1MDB Goldman Sachs dalam pemerhatian FBI
Jeng.. Jeng.. Jeng... Adakah slps ini Najib Razak akan terlepas dr segala perbicaraan/ saksi berkaitan dgn siasatan #1MDB lagi2 telah menjadi kes di peringkat antarabangsa ???

Dalam negara boleh lah kamu hebat pecat orang, bubar Pasukan Khas 1MDB, tahan & tangkap pemberi maklumat 1MDB & terlps dari segala siasatan... TAPI BAGAIMANA DI PERINGKAT ANTARABANGSA !!!

Apakah reaksi & tindakan Najib jika dipanggil utk siasatan tersebut !!!

Pas rugi enggan kerjasama kata Perkasa Selangor

Pas bakal hilang sokongan pengundi Melayu pada PRU14 termasuk undi ahli Perkasa.
Iskandar-Samad_pas_perkasa_600
PETALING JAYA : Keengganan Pas menjalin sebarang bentuk kerjasama dengan Perkasa bakal merugikan parti itu pada Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14).
Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya berkata, kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Samad bahawa Pas enggan bekerjasama kerana Perkasa membawa sentimen perkauman telah menyinggung perasan pengundi Melayu.
Katanya, kenyataan Iskandar itu bakal memberi kesan kepada Pas apabila pengundi Melayu tidak menyokong parti itu pada pilihan raya akan datang.
Ini kerana, katanya, ahli-ahli Perkasa bebas memilh mana-mana calon sama ada parti kerajaan atau pembangkang pada pilihan raya.
“Iskandar adalah pemimpin sebuah parti di Selangor. Parti ini sepatutnya menjaga perasaaan orang lain terutamanya perasaan pengundi kerana Pas akan bertanding dalam pilihan raya.
“Kenyataan dia (Iskandar) yang menyatakan bahawa Perkasa membawa sentimen perkauman menunjukkan sebenarnya dia tak pernah mendampingi Perkasa, tidak mendalami perjuangan Perkasa, tidak pernah tahupun tentang Perkasa,” katanya kepada FMT.
Abu Bakar berkata, perjuangan yang dibawa Perkasa adalah melibatkan perkara-perkara yang temaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Putrajaya mahu ‘jauhkan’ wartawan dari penggubal undang-undang

oleh V Shuman
Semua disembunyikan” nampaknya menjadi mantera Putrajaya kebelakangan ini.
Dari memenjarakan ‘whistleblower’ sehingga mengharamkan akhbar yang melaporkan perjanjian meragukan kerajaan, kita semua mendengar semua yang telah berlaku.
Kaedah terbaru yang dipilih kerajaan ialah, menganggu aliran maklumat dengan melakukan aturan baru untuk kakitangan media dalam melaporkan persidangan parlimen.
Di bawah aturan baru itu, kakitangan media akan diasingkan dalam bangunan berasingan berbanding persidangan perundangan berlaku, seperti yang dilaporkan oleh The Malaysian Insider.
Ini juga akan menyukarkan MP untuk mengadakan sidang akhbar dan pertemuan singkat dengan wartawan.
Berbanding sebelum ini, media boleh bekerja di bilik media dan lobi diluar pintu Dewan Rakyat. Ini memberikan mereka capaian mudah kepada MP dan menyertai sidang akhbar yang diadakan oleh MP.
Bagaimanapun, apabila Dewan Rakyat kembali bersidang pada 19 Okt ini, tindakan baru itu akan menyaksikan media beroperasi di bangunan jauh daripada Dewan Rakyat, yang berkuatkuasa serta merta.
Azalina OthmanAzalina Othman
TMI memetik kenyataan aturan baru oleh bahagian komunikasi korporat Parlimen, mengikut arahan oleh menteri baru dilantik yang menguruskan hal ehwal parlimen, Azalina Othman Said.
Tiada alasan yang diberikan untuk aturan baru itu dan Azalina enggan memberikan maklum balas kepada soalan yang diajukan TMI berkenaan hal itu.
Seorang MP pembangkang juga dipetik mempersoalkan samada tindakan itu sebahagian daripada pemulihan parlimen yang dicadangkan oleh Yang Di-Pertua Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia.
Ini mengejutkan, tetapi tidaklah menghairankan- memandangkan tindakan Putrajaya kebelakangan ini untuk mendiamkan pengkritik dan pembangkang  dalam pelbagai skandal yang menjadi wabak dalam kerajaan.

Kenaikan tol: Tunjukkan kami duitnya, Putrajaya

oleh Robin Stanley Augustin
“Tunjukkan saya duitnya!”
Sebahagian anda akan mengingati baris ayat terkenal dari filem romantik komedi tahun 1996, Jerry Maguire.
Dalam satu adengan filem itu, agen sukan Jerry, dimainkan oleh Tom Cruise diminta untuk menjerit “Tunjukkan saya duitnya!” oleh pemain bolasepak Amerika yang diwakilinya, Rod Tidwell, watak yang dimainkan oleh Cuba Gooding Jr.
Selepas laporan terbaru mengenai kenaikan tol melibatkan beberapa lebuhraya dalam bandar, penulis mahu sahaja mengangkat telefon, menelefon pemimpin kita dan berkata “tunjukkan saya duitnya!”
Kementerian Kerja Raya telah mempertahankan kenaikan tol, berkata yang kerajaan persekutuan telah mensubsidikan banyak wang tol supaya tidak membebankan rakyat.
The Star Online memetik kenyataan menteri yang berkatan bahawa tindakan itu selaras dengan kenaikan berterusan kadar tol sepanjang tempoh konsesi.
Dikatakan yang pampasan yang telah dibayar oleh kerajaan antara 2008 sehingga 2013 ialah RM1.1 bil, sementara jumlah bayaran pada 2014 ialah RM402.9 juta.
Kementerian berhujah yang duit yang dijimatkan daripada peningkatan ini boleh digunakan untuk melaksanakan projek pembangunan, dan ini termasuk membiayai pembaikian jalan raya sedia ada, membina lebih banyak hospital dan sekolah.
Adakah alasan ini seperti sudah didengar?
Akaun Facebook politik terkenal, Suara Rakyat,  pantas mengembalikan kenangan tahun lepas ketika Perdana Menteri Najib Razak berkata yang kutipan GST akan digunakan untuk tujuan yang sama.

Menurut Bernama pada Jun 2014,  Najib sewaktu sambutan perayaan Hari Gawai di Long Silat, Baram berkata yang pelaksanaan GST dilakukan untuk meningkatkan pendapatan yang kemudian boleh disalurkan untuk tujuan pembangunan, terutama sekali di kawasan pendalaman.

Pemimpin kanan Umno ada agenda tersendiri, kata Shahrir

Seorang wakil rakyat kanan Barisan Nasional (BN) menuduh sekumpulan pemimpin kanan Umno memenuhi agenda peribadi masing-masing ketika bersepakat menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, awal minggu ini.
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN (BBNBC) Tan Sri Shahrir Abdul Samad, memetik sebagai contoh, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini membangkitkan pelbagai isu hanya untuk menggulingkan Najib.
Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata sekumpulan pemimpin kanan Umno memenuhi agenda peribadi masing-masing ketika bersepakat menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, awal minggu ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Oktober, 2015. Situasi sama juga turut melibatkan beberapa pemimpin Umno lain, termasuk bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ahli Parlimen veteran Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, lebih dikenali sebagai Ku Li, yang tidak berpuas dengan kepimpinan Najib, kata Shahrir.

“Kita tak boleh melarang mereka untuk buat apa-apa sebab kumpulan ni ada kepentingan tersendiri, jadi sesetengah kumpulan ini menterjemahkan sesuatu mengikut kepentingan mereka. “Kalau Tun, sebab nak Najib ni susah," kata Shahrir merujuk kepada kritikan Dr Mahathir terhadap perdana menteri.
"Muhyiddin pula mungkin matlamatkan sesuatu, Ku Li pun lain. Jadi, kita fahamlah kepentingan masing-masing. Semuanya ikut kepentingan mereka tersendiri. Dan itulah politik,” beliau dipetik sebagai berkata di portal berita BNBBC.
Pada Isnin, Dr Mahathir mengetuai sidang akhbar sekumpulan 7 pemimpin kanan BN mengkritik tindakan Putrajaya menggunakan undang-undang keselamatan baharu, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma) 2012 terhadap pengkritik kerajaan.
Sidang akhbar itu dihadiri Ku Li, Muhyiddin, Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal, bekas setiausaha agung Umno Tan Sri Sanusi Junid dan bekas presiden MCA Tan Sri Ong Tee Keat.
Seorang lagi bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik turut menyokong 6 pemimpin berkenaan, walaupun beliau tidak hadir pada sidang media itu kerana berada di luar negara.

Demo 'sambut' kenaikan tol esok

Menjelang kadar baru esok, bantahan kenaikan kadar tol hari ini berlangsung di beberapa tempat di Lembah Klang.
Di lebuh raya Guthrie, dekat Stadium Shah Alam, sekumpulan anggota PAS berkumpul bagi menyatakan bantahan mereka terhadap kenaikan tol di 18 lebuh raya sehingga 200 peratus.
 Walaupun jumlah kehahiran tidak besar, kelihatan pengguna jalan raya membunyikan hon tanda sokongan mereka.
Ketua Dewan Pemuda PAS Shah Alam Mohd Huzaifah Mokhtar berkata walaupun mungkin bantahan itu tidak mengubah keputusan kerajaan, mereka berharap dapat memberi kesedaran kepada rakyat berhubung isu itu.
"Mungkin apa yang kami lakukan hari ini tidak cukup namun kami akan adakan pertemuan bagi tindakan lanjut agar kita dapat mengubah keadaan ini.
"Kita sudah pun menghadapi isu-isu yang memeritkan rakyat seperti GST (cukai barangan dan perkhidmatan), 1MDB, TPPA (Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik) yang masih berteka-teki.
“Jadi, hari ini kita menyatakan bantahan terbaru terhadap kenaikan tol," katanya kepada pemberita.
PAS Selangor turut merancang beberapa siri bantahan di tempat lain seperti DUKE, lebuh raya Kajang Silk.
DAP juga menganjurkan bantahan mereka hari ini.

Apa orang kata, jumpa PAS demi 'alif, ba, ta'


Ada yang gembira dengan pertemuan mesra dua tokoh PAS dan PERKASA semalam. Bagaimanapun, ada juga yang memandang serong.
Bagi presiden kumpulan pendesak Melayu itu, walau apa pun tanggapan, pertemuan di pejabat agung PAS di ibu negara semalam demi penyatuan ummah dan kesejahteraan 'alif, ba, ta'.
“Apa pun persepsi dan ulasan, yang penting PERKASA membuktikan dan melaksanakan amalan suruhan Allah SWT agar jalinan silaturahim terus diperkasakan.
“Dan nescaya niat yang ikhlas akan mendapat barakah dari Allah SWT,” kata presidennya Datuk Ibrahim Ali.
Ungkapan 'alif, ba, ta' merujuk kepada agama, bangsa dan tanah air, berdasar akronim dalam tulisan Jawi.
PAS dan PERKASA semalam mencapai kata sepakat untuk agenda mengutuk Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) dan menolak tangkapan terhadap bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang.
Ketika bergambar, Ibrahim turut memeluk Hadi dengan berkata mereka kini berkawan dan tidak cukup dengan berjabat tangan.
PAS Selangor hari ini menegaskan mereka tidak bersetuju dengan sebarang bentuk kerjasama dengan PERKASA meskipun presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dirakamkan berpelukan dengan Ibrahim.
Dalam kenyataan hari ini, beliau juga mengucapkan syabas kepada semua 34 anggota mereka yang menyertai rombongan ke pejabat PAS semalam.
“Alhamdulilah perkasa terus melingkari sejarah menjelang tiba (tahun) 1437h dengan penuh keyakinan, terus mengalas perjuangan tanpa noktah demi Islam, Melayu dan Negara. Ikhlas dari sahabat seperjuangan serba kurang, Tok Him presiden PERKASA,” katanya.
Umat Islam hari ini menyambut Maal Hijrah ke-1437.

AMANAH lobi jaringan Islam, DAP belajar di Turki

Lebih sebulan bergerak, Parti Amanah Negara (AMANAH) kini memulakan langkah mendekati tokoh-tokoh gerakan Islam dunia, jaringan yang sebelum ini dilihat didominasi PAS.
Timbalan Presiden AMANAH Salahuddin Ayub berkata mereka telah mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Sedunia Prof Ali Alqaradaghi, di Doha, Qatar semalam.
AMANAH diwakili oleh timbalan penasihat umumnya Abd Ghani Shamsuddin, yang juga anggota pemegang amanah kesatuan itu serta bendahari parti Asmuni Awi.
“Pada pertemuan hampir dua jam itu, di samping memperkenalkan kewujudan AMANAH di persada politik Malaysia.
“Turut dibincangkan isu-isu semasa berhubung perkembangan mutakhir di Palestin, pergolakan negara-negara umat Islam di rantau teluk dan tidak ketinggalan juga perkembangan politik Malaysia,” kata Salahuddin.

Parti serpihan PAS itu selepas ini dijadual ke Istanbul, Turki untuk menyertai Persidangan Gerakan Islam dalam isu Palestin bersama anggota gerakan Islam lain pada 14 hingga 18 Oktober nanti.
Daripada aspek politik, pertemuan itu dilihat cubaan membina jaringan dengan gerakan Islam dunia yang rata-rata belum mengenali parti Islam baru itu.
Bincang dengan Sheikh Ghannouchi
Sementara itu, DAP, sekutu AMANAH dalam Pakatan Harapan, pula mengadakan lawatan kerja ke Turki dan Tunisoa bermula 12 Oktober sehingga Sabtu ini.
Diketuai ketua parlimennya sendiri Lim Kit Siang, ia disertai beberapa anggota parlimennya termasuk Teresa Kok (Seputeh), Zairil Khir Johari (Bukit Bendera) dan Steven Sim (Bukit Mertajam).
Turut menyertai rombongan adalah anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu Dr Syed Azman Syed Nawawi.

Saya hanya menentang salahguna Sosma,‎ Muhyiddin jawab kritikan

Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan beliau tidak setuju penggunaan Sosma terhadap seorang bekas ahli Umno dan peguamnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Oktober, 2015. 
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan hari ini, beliau tidak pernah menentang Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) tetapi hanya tidak bersetuju dengan tindakan Putrajaya menggunakan akta itu bagi kes yang tidak mengancam keselamatan negara seperti yang melibatkan bekas anggota Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya.
Timbalan presiden Umno itu berkata pendirian beliau selari dengan jaminan kerajaan ketika akta tersebut digubal iaitu ia tidak akan disalah gunakan untuk tujuan lain, terutamanya yang bermotif politik termasuk mendiamkan pengkritik dan menyekat kebebasan rakyat bersuara dan memberikan pandangan.
"Yang saya tidak bersetuju ialah penyalahgunaan Sosma yang bercanggah dengan tujuan asal akta ini digubal sepertimana yang berlaku dalam kes penahanan Khairuddin dan Matthias Chang.

"Tindakan mereka membuat laporan mengenai dakwaan salah laku 1MDB kepada pihak-pihak berkuasa di dalam dan luar negara tidaklah boleh dikatakan sebagai satu tindakan sabotaj di bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan, iaitu satu kesalahan keselamatan yang membolehkan penggunaan Sosma. "Bukankah mereka sekadar melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara yang prihatin?" kata bekas timbalan perdana menteri itu dalam satu posting di Facebook rasmi beliau hari ini.
Muhyiddin, yang digugurkan daripada Kabinet hujung Julai lalu, dikritik kerana menyertai barisan bekas pemimpin dan veteran Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam satu sidang media pada Isnin, mengecam penggunaan Sosma oleh Putrajaya terhadap pengkritik kerajaan.
Berikutan itu, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan "mengingatkan" Muhyiddin beliau yang berperanan memastikan semua wakil rakyat mengundi untuk Sosma semasa ia diluluskan di Parlimen, atas kapasitinya sebagai ketua whip.
Muhyiddin berkata, beliau membaca beberapa kenyataan yang dibuat segelintir pihak yang mendakwa beliau membantah Sosma menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin itu.
"Kononnya ia bercanggah dengan pendirian saya menyokong Sosma semasa di dalam Kabinet dan ketika Rang Undang-Undang Sosma dibentangkan di Parlimen.

Peguam Negara sendiri keliru antara SOSMA dan Seksyen 124L – Mahfuz

MAHFUZ
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, berkata beliau hairan bagaimana Peguam Negara seperti Apandi tidak menyedari bahawa Seksyen 124L tu adalah Kesalahan Keselamatan yang tertakluk di bawah SOSMA.
KUALA LUMPUR, 14 Oktober:
Kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang mengatakan penahanan dan pendakwaan terhadap Datuk Seri Khairudin Abu Hasan dan Matthias Chang bukan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) sebaliknya di bawah Seksyen 124L menunjukkan beliau keliru dengan bidang kuasa kedua-dua undang-undang berkenaan.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, berkata beliau hairan bagaimana Peguam Negara seperti Apandi tidak menyedari bahawa Seksyen 124L tu adalah Kesalahan Keselamatan yang tertakluk di bawah SOSMA.
Jelasnya, memang benar kedua-dua invidu berkenaan tidak didakwa di bawah SOSMA tetapi kesalahan yang didakwa itu adalah kesalahan yang berkaitan dengan SOSMA.
“SOSMA adalah akta prosedur bagaimana untuk menyiasat dan mendakwa apa apa kesalahan yang melibatkan kesalahan keselamatan. Mengikut Seksyen 3 SOSMA, ‘kesalahan keselamatan’ ertinya kesalahan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.
“Jadual Pertama SOSMA menyatakan bahawa kesalahan keselamatan ialah kesalahan yang terkandung di dalam Bahagian VI dan Bahagian VIA Kanun Keseksaan dan bahagian VI Kanun Keseksaan bermula dari Seksyen 121 sehingga Seksyen 130A. Seksyen 124L yang dituduh terhadap Khairuddin dan Matthias berada di Bahagian VI Kanun Keseksaan justeru ianya tertakluk kepada SOSMA,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Tambah bekas Naib Presiden Pas itu lagi, SOSMA ialah suatu Akta berkaitan prosedur bagaimana hendak menangkap, menyiasat dan membicarakan kesalahan orang-orang yang disyaki melakukan kesalahan kegiatan keganasan. SOSMA bukan Akta Kesalahan.

1MDB dalam siasatan polis, kata SPRM

Walaupun 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), itu tidak bermakna firma pelaburan negara itu tidak berada di bawah penyiasatan mana-mana pihak, kata badan anti rasuah itu dalam satu kenyataan hari ini.
Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob berkata syarikat milik Kementerian Kewangan itu sedang dalam siasatan polis.
SPRM berkata demikian sebagai mengulas kenyataan 1MDB hari ini yang mendakwa ia tidak lagi disiasat, berikutan penjelasan Jabatan Peguam Negara mengenai mengapa ia membersihkan syarikat itu daripada sebarang salah laku kerana membuat pendedahan tidak tepat bagi mendapatkan kebenaran pelaburan luar negara.

"Merujuk kepada kenyataan media yang dikeluarkan 1MDB pada hari ini, SPRM mahu menjelaskan yang SPRM dalam kenyataannya pada 22 September, 2015 tidak pernah mengatakan 1MDB tidak disiasat. "Sebaliknya dalam kenyataan media bertarikh 22 September, 2015 SPRM hanya menyebut SPRM tidak menjalankan siasatan ke atas 1MDB.
"Malah dalam kenyataan itu, SPRM menyebut isu 1MDB disiasat sepenuhnya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sehubungan itu, sebarang pertanyaan berkenaan isu ini mestilah dirujuk kepada PDRM," katanya.
Rohaizad berkata, perkara tersebut juga jelas susulan kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam.
Beliau juga berkata, mana-mana pihak tidak seharusnya membuat kenyataan, kononnya SPRM membersihkan pihak terbabit dalam isu 1MDB.
Meneruskan perang mulut dengan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dari DAP, 1MDB berkata, pejabat peguam negara membersihkan syarikat itu daripada sebarang salah laku selepas membaca kertas siasatan Bank Negara Malaysia.
"Pengesahan Jabatan Peguam Negara itu mengukuhkan kenyataan SPRM pada 22 September 2015 yang 1MDB tidak berada dalam siasatan."
Peguam negara semalam menjelaskan keputusannya untuk membersihkan 1MDB daripada kesalahan membuat akuan tidak tepat berkaitan dengan pelaburan di luar negara.

SPRM tidak pernah kata 1MDB tidak disiasat



Selang beberapa jam selepas 1MDB mendakwa ia tidak berada di bawah siasatan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan kenyataan media memaklumkan bahawa ia tidak pernah mengatakan bahawa syarikat pelaburan negara yang kini sarat hutang itu tidak disiasat.
“SPRM dalam kenyataannya pada 22 September lalu, tidak pernah mengatakan 1MDB tidak disiasat.
“Sebaliknya dalam kenyataan media bertarikh 22 September, SPRM hanya menyebut bahawa SPRM tidak menjalankan siasatan ke atas 1MDB.
“Malah dalam kenyataan itu, SPRM menyebut bahawa isu 1MDB disiasat sepenuhnya oleh pihak polis dan oleh yang demikian, sebarang pertanyaan berkenaan isu ini mestilah dirujuk kepada polis,” kata Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik, SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob (bawah, kanan).
Beliau berkata perkara itu juga jelas susulan kenyataan yang dibuat oleh Ketua Polis Negara,Tan Sri Khalid Abu Bakar, semalam bahawa polis sedang menunggu laporan akhir Ketua Auditor Negara sebelum memuktamadkan siasatan.
“Oleh itu, SPRM berharap mana-mana pihak tidak membuat kenyataan kononnya SPRM telah membersihkan pihak terbabit dalam isu 1MDB,” kata Rohaizad lagi.
1MDB hari ini berkata keputusan Peguam Negara yang memilih untuk tidak mendakwa syarikat itu bermakna mereka tidak lagi di bawah siasatan.
"Pengesahan oleh Pejabat Peguam Negara memperkuatkan lagi kenyataan SPRM pada 22 September bahawa 1MDB tidak berada di bawah siasatan," kata syarikat itu.

Nanti bukan kadar tol yang naik, rakyat yang ‘naik’ hantu – Rani Kulup

rani
Rani Kulup (bertongkat) berkata, kenaikan kadar tol hanya menambahkan bebanan rakyat yang selama ini sudah dihimpit kenaikan kos sara hidup.

KUALA LUMPUR, 14 Oktober:

Kerajaan digesa menangguhkan kenaikan kadar tol yang akan berkuat kuasa esok.
Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, kerajaan perlu mencampur tangan dalam perkara itu, supaya kadar tol tidak dinaikkan sewenang-wenangnya, sekalipun wujud perjanjian konsesi.
“Tol ini sebenarnya boleh rileks dulu, sekarang rakyat sudah menghadapi pelbagai kenaikan harga barang.
“Nanti bukan tambang tol yang naik, rakyat yang ‘naik’ hantu nanti. Kita tahu ada perjanjian konsesi, tetapi kerajaan tetap perlu campur tangan,” katanya selepas membuat laporan polis berhubung kenaikan tol yang diumumkan kelmarin dan semalam, di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, pagi tadi.
Tambahnya, kenaikan kadar tol hanya menambahkan bebanan rakyat yang selama ini sudah dihimpit kenaikan kos sara hidup.
“Jangan naikkan lagi harga tol buat masa sekarang, kerajaan harus memahami tekanan yang rakyat lalui,” ujarnya.
Setakat ini, sebanyak 18 syarikat konsesi lebuh raya telah mengumumkan kenaikan kadar tol antara 20 sen hingga RM6 yang akan berkuat kuasa esok.
Kementerian Kerja Raya menjelaskan, kerajaan telah membayar pampasan sebanyak RM1,108 juta antara 2008 dan 2013, serta RM403 juta pada tahun lalu, untuk penangguhan kadar tol.

Hayati gerakan siasah Islam, DAP kunjungi Turki dan Tunisia


Bersama Rached GhannouchiKUALA LUMPUR 14 OKT: Delegasi DAP mengadakan lawatan kerja ke Tunisia dan Turki bagi bertukar-tukar fikiran dan berkongsi pengalaman mengenai proses pendemokrasian termasuk peranan gerakan siasah Islam di Timur Tengah.
Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, berkata mereka membuat kunjungan hormat kepada Presiden Ennahdah, Sheikh Rached Ghannouchi yang juga tokoh agama yang disegani dalam dunia Islam.
Katanya, perbincangan meliputi pelbagai bidang termasuk masa depan Islam, kepentingan permuafakatan politik antara semua pihak dan Maqasid Syariah yang menekankan kepentingan nilai berdasarkan konsep Rahmatul-Lil-Alamin.
Pada 13 Oktober pula, beliau berkata, mereka yang diketuai Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mengadakan dialog bersama 7 daripada 69 Ahli Parlimen Ennahdah di Bangunan Parlimen di Tunis, ibu kota Tunisia.
“Walaupun sudah tidak berkuasa sebagai parti utama, Ennahdah masih lagi menjadi rakan kongsi dalam gabungan kerajaan yang kini diketuai Parti Nidaa Tounes,” katanya pada kenyataan media, pagi ini.
Bersama Timbalan SU Agung UGTT, pemenang Hadiah NobelIni bukan pertama kali DAP melakukan kunjungan ke negara yang majoriti penduduknya beragama Islam berikutan pada April lalu, mereka mengadakan lawatan ke Jordan dan Mesir bagi mendalami pemahaman perihal dunia Islam dan politik Islam.
Zairil berkata, delegasi DAP juga bertemu dengan salah satu gabungan NGO yang baru menang Hadiah Nobel Perdamaian iaitu Tunisian General Labour Union (UGTT) yang diwakili oleh Timbalan Setiausaha Agung, Samir Cheffi dan Ketua Penerangan Sami Tahri.
“Peranan organisasi itu bersama dengan rakan-rakan quartet lain dikenal pasti sebagai faktor penting yang menumpulkan ancaman keganasan dan menggalakkan percambahan bibit demokrasi di negara ini,” katanya.

Antara imejan hitam Islam dan ijtihad acuan Ghannouchi

oleh Steven Sim
HARI ini, Islam menjadi tajuk berita utama di serata dunia.
Perkembangan dunia Islam diikuti dengan rasa berkobar-kobar oleh rakan dan lawan. Dan imejan-imejan Islam yang ditonjol kepada kita hari ini: Tragedi 911, Taliban, Al-Qaeda, Osama bin Ladin, Charlie Hebdo, ISIS, Saudi Arabia, Iran dan Hudud.
IMG_3653Pandangan dunia terhadap Islam dibentuk dalam kerangka itu. Justeru, masyarakat dunia, Muslim waima bukan Muslim, sukar untuk membayangkan Islam pra-11 September 2011.
Ataupun membayangkan dunia Islam sebelum negara Arab dibahagi-bahagi kepada sempadan moden masa kini oleh bangsa Eropah pada awal kurun ke-20. Imaginasi dunia terhadap Islam tidak lari daripada panji-panji Hitam Jihadi. Atau paling kurang pun, Islam kini ditakrif dengan budaya, bahasa dan amalan bangsa Arab.
Kita di Malaysia tidak terkecuali, tidak terlepas dari melihat Islam melalui kepompong seumpama itu terutama apabila isu Hudud giat diperkata.
Justeru, setibanya delegasi DAP ke Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul untuk transit ke Tunisia, saya terkejut kerana tidak nampak perkataan Arab, mahupun fesyen Arab yang begitu mendominasi dunia Islam.
Terlupa sejenak kehebatan bangsa Turki dengan empayar Islam Uthmaniyahnya yang pada zaman kegemilangannya menakluk hampir seluruh Mediterranean dari tenggara Eropah ke utara Afrika yang dikenali sebagai Fertile Crescent – merangkumi Mesir, Palestine, Jordan, Lebanon, Iraq sehingga ke utara Teluk Parsi.
Uthmaniyah yang menjadi jambatan penghubung Timur dan Barat selama lebih 600 tahun, menjadikan bahasa Turki, bukan Arab sebagai bahasa rasmi. Budayanya, dari makanan sehingga fesyen, lebih kepada Persia dan Eropah berbanding Arab.
Pada zaman itu, Yahudi tidak begitu dimusuhi Islam bukan seperti yang digambarkan pada hari ini. Dunia sukar membayangkan Islam sedemikian wahal ia merupakan empayar Islam yang terakhir pernah dunia terlihat dalam sejarah.
Apabila kami tiba di Tunisia, kejutan baru pula menanti.
Kunjungan ke dunia Islam
Kunjungan DAP ke dunia Islam Tunisia dan Turki kali ini adalah sinambungan dari lawatan April lalu ketika Lim Kit Siang mengetuai delegasi pemimpin dan wakil rakyat DAP ke Jordan dan Mesir – bertujuan mendalami ilmu perihal dunia Islam dan politik Islam; topik penting untuk masa depan Malaysia.
FullSizeRenderDelegasi sekali lagi diketuai Lim Kit Siang dan selain penulis antara lain ialah Teresa Kok, Zairil Khir Johari, Liew Chin Tong (hanya ke Turki). Turut serta Dr Syed Azman, Adun Batu Burok, Terengganu.
Cerita Tunisia kita tahu. Pernah dijajah kuasa Barat selepas kejatuhan Empayar Islam Uthmaniyah, Tunisia mencapai kemerdekaan pada 1956. Sejak itu, hampir 55 tahun ditadbir oleh parti nasionalis yang sama.
Negara itu selama ini ada pilihan raya tetapi diselubungi penipuan rejim pemerintah. Pemimpin paling lama berkuasa – lebih 20 tahun, dan tempoh pemerintahannya dicemari skandal korupsi, kronisme, salah guna kuasa dan menindas suara alternatif. First Lady-nya pula kuat shopping, sehingga menggunakan jet peribadi milik kerajaan terbang ke sana sini untuk membeli belah.
Pada 2011, rakyat mula membangkang hingga tercetusnya Revolusi Tunisia yang menyaksikan jutaan rakyat – anak muda, mahasiswa, peguam, pekerja – keluar berdemontrasi di jalan raya.
Revolusi Tunisia inilah menjadi pencetus kepada ‘Arab Spring’. Akhirnya rejim lama tersungkur dek kegagahan kuasa rakyat.
Di sinilah, sebenarnya bermula cerita kami ke Tunisia.
Lim Kit Siang dengan Rachid Ghannouchi

SIRI 'PEMBOHONGAN UMNO/BN masih berterusan !!!

Alasan UMNO terpaksa naikkan tol sbb nak bina hospital...

Inilah sikap mereka yg mengHALALkan kerja haram mereka yg menipu & merompak wang rakyat..

ANDA FIKIRKANLAH, umno berpaksikan Dulu, Kini & Selamanya BOHONG !!!

NAJIB SEORANG YG MUNAFIK !!!


MASIH INGAT ucapan Najib di Perasmian Program Jelajah Janji Ditepati di Kudat pada 14/10/2012 katanya...


"Mengikut sepotong hadis, ADA 3 CIRI ORANG MUNAFIK;


Bila dia cakap DIA BOHONG..

Bila dia janji DIA MUNGKIR..

Bila dia galas amanah DIA KHIANATI.."

Jauhi sifat orang munafik, pesan Muhyiddin


Muhyiddin Yassin

SHAH ALAM - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak umat Islam menjauhi sifat-sifat orang munafik dalam perutusan Maal Hijrah 1437H.
 
Sebaliknya Muhyiddin menasihatkan umat Islam mengamalkan sifat-sifat terpuji Rasulullah SAW iaitu siddiq (jujur), amanah dipercayai), tabligh (menyampaikan) dan fatonah (cerdas).
 
“Oleh itu, jauhilah sifat-sifat tercela seperti berdusta, khianat, menyembunyikan kebenaran dan lemah fikiran yang merupakan sifat-sifat orang munafik.
 
“Sebagaimana yang telah diperingatkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ‘Tanda orang munafik ada tiga iaitu jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika dipercayai (diberi amanah) dia berkhianat’ (HR Bukhari Muslim),” katanya dalam satu kenyataan.
 
Beliau turut berpesan supaya semua umat Islam di negara ini memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.
 
“Mengambil iktibar daripada peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah, saya ingin berpesan kepada diri saya sendiri dan seluruh umat Islam di Malaysia supaya dapat bersama-sama memperbaiki dan menganjak kedudukan kita daripada yang baik kepada yang lebih baik.
 
“Dalam usaha kita ke arah menjadi insan dan ummah yang diberi berkat dan dilimpahi dengan segala rahmatNYA, marilah kita memperkukuhkan kesatuan hati sesama kita supaya terpancar sinar azimat yang menyuluh lorong-lorong perjuangan kita.
 

MITI patut kemuka laporan analisis TPPA

TPPAKegagalan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengemukakan laporan analisis kos dan faedah menjadi antara punca Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Berhad (MTEM) menolak Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
Bekas Eksekutif MTEM, Aliff Basri, berkata isu TPPA melangkaui aspek rakyat dan kaum meskipun badan itu merupakan antara NGO yang berperanan terhadap kepentingan usahawan kecil serta peniaga bumiputera khususnya orang Melayu.
“Kajian hasil kos faedah sudah dua tahun kita minta dan bertanya kepada MITI tetapi reaksinya lambat.
“Setelah kita desak akhirnya mereka bersetuju untuk membuat kajian berkenaan,” katanya selaku panelis dalam forum ‘TPPA: Malaysia Dijual?’ anjuran Gabungan Rakyat Merdeka.
Beliau menegaskan penolakan terhadap TPPA bukan disebabkan andaian semata-mata bahkan kenyataan yang meminta semua pihak menunggu butiran lengkap dibentangkan terlebih dahulu sebelum dipertikaikan disifatkannya tidak wajar.
Jelasnya, TPPA hanya mewujudkan cabaran persaingan sumber diantara negara membangun dan negara maju.

KEADILAN desak undang-undang pembaharuan parlimen dibentang

KUALA LUMPUR, 14 Oktober: KEADILAN mendesak kerajaan dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Azalina Othman membentangkan undang-undang untuk melaksanakan pembaharuan Parlimen dalam sidang Dewan Rakyat akan datang.
Pengarah Strateginya, Sim Tze Tzin berkata, KEADILAN mengulangi sokongan penuh atas usaha speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang mahu perkara itu dilaksanakan.
Menurut Sim, isu pembaharuan parlimen bukan perkara baru dan sejak 2011, satu Jawatankuasa Pembaharuan Undang-Undang Parlimen telah dibentuk dan bersidang sebanyak 5 kali.
Namun katanya, tiada tindakan diambil meskipun laporan dan cadangan jawatankuasa tersebut diserah kepada kerajaan pada tahun 2012.
“Tetapi kini, keadaan politik telah berubah, memandangkan sekarang Speaker, Perdana Menteri, Menteri dan juga ahli-ahli parlimen pembangkang semuanya menyokong penuh agenda pembaharuan parlimen.
“Maka tibalah masanya, kerajaan melaksanakan janji-janji perubahan yang dijanjikan kepada Speaker untuk mengangkat kewibawaan dan kebebasan institusi Parlimen,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru.
Pandikar pada Mei lalu dilapor mahu meletak jawatan kerana menganggap parlimen seolah-olah hanya menjadi ‘Rubber Stamp’, namun menarik semula perletakan jawatannya.

Selangkah sebelum jadi negara gagal


Ketika Pak Samad (atau nama rasminya, Datuk A Samad Said) menyertai DAP pada 13 Jun lalu, seluruh negara tahu tentang kemasukannya. DAP ada sebab untuk berbangga dan ada sebab juga untuk mengadakan sidang media bagi menguar-uarkan kemasukan sasterawan negara itu ke 'parti cauvinis Cina'.
Maka berkata itu inilah hampir semua orang, termasuk golongan penulis mapan, separa mapan atau yang baru berjinak-jinak dengan makna mapan.
Tidak ketinggalan, orang bukan penulis – dan tentunya ahli politik sendiri – menjadi pengulas yang serba tahu mengenai Pak Samad. Komen atau ulasan menghina usah dikiralah. Berdasarkan kemarahan dan kebencian pengkritik, langkah Pak Samad menjadi ahli DAP itu seolah-olah beliau sudah terkeluar daripada Islam.
Bagi pengagum pula, Pak Samad adalah si pemberani yang mendepangkan dadanya untuk menerima muntahan peluru kemarahan ramai.
Di antara pengkritik dan pengagum itu ada juga golongan pertengahan yang mampu melihat – atau sekurang-kurang cuba melihat – secara rasional alasan di sebalik keputusan Pak Samad.
Dan secara diam-diam dan terhad, ada pula penulis lain mengikuti jejak Pak Samad dengan menganggotai 'parti cauvinis Cina' itu. Dia penulis Melayu yang sudah menempa nama.
Tidak seperti Pak Samad, penulis berkenaan memasuki DAP secara diam-diam dan “malu-malu”. Sesekali dia nampaknya mahu mengatakan kepada dunia di luar lingkungannya bahawa dia adalah ahli DAP.

Itulah, sama ada diuar-uarkan atau secara senyap-senyap, sesuatu tindakan itu boleh diambil mengikut pilihan masing-masing. Biasanya langkah itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor dan jangkaan kesan di kemudian hari. Apa yang penting, langkah itu diambil dengan matlamat sendiri.
Begitu juga halnya dengan politik dalam negara. Ketika ini ada satu pihak bersungguh-sungguh mahu Datuk Seri Najib Razak berundur daripada tugasnya sebagai perdana menteri.
Ditekan ke dinding
Tun Dr Mahathir Mohamad salah seorang tokoh yang menguar-uarkan hajatnya yang mahukan Najib meletak jawatan – atau disingkirkan oleh ahli partinya sendiri – dengan menggunakan hujah “demi kepentingan negara”.
Bersama Dr Mahathir adalah pula sejumlah tokoh lain. Datuk Khairudin Abu Hassan dan Matthias Chang adalah nama lain yang secara terbuka menyatakan keinginan masing-masing mahu perdana menteri negara ini digantikan.
Kemudian ada pula Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sejak akhir-akhir ini. Bermula dengan langkah yang ‘malu-malu’ dan berhemat, timbalan presiden Umno dan naib presiden Umno itu nampaknya mula semakin berani (walaupun sebenarnya belum cukup berani).
Tetapi kita boleh bertanya – sekadar itukah langkah yang diatur? Tidak keterlaluan untuk berkata tidak. Langkah yang senyap-senyap dan diam-diam juga tentu diatur.
Sebelum pihak berkuasa memulakan tindakan terhadap Khairudin dan Chang, seseorang yang rapat dengan sumber dalaman Umno memberitahu: “Tunggulah nanti Majlis Raja-Raja akan bersidang bulan Oktober ini”.
Kata-kata itu ditanggap secara skeptikal saja, sehinggalah tiba-tiba Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad mengeluarkan kenyataan mengenai 1MDB pada 6 Oktober lalu.
Adakah setakat itu saja langkah mendesak Najib meletak jawatan? Tentulah tidak.

PKR: Perhalusi usul tidak lulus Bajet 2016

Johari Abdul
SHAH ALAM - Ketua-ketua Whip Parlimen dari parti pembangkang digesa memperhalusi usul untuk tidak meluluskan Bajet 2016 yang bakal dibentangkan Datuk Seri Najib Tun Razak pada 23 Oktober ini.

Ketua Whip Parlimen PKR, Datuk Johari Abdul berkata, cadangan tersebut boleh digunakan untuk mendesak Najib berundur dari jawatan Perdana Menteri jika usul tidak percaya ditolak Speaker pada sidang Dewan Rakyat yang bermula 19 Oktober ini.

"Itu satu pilihan (usul tak percaya) dan sudah tentu kita (pembangkang) tidak mempunyai jumlah ahli yang besar, (tanpa) bantuan daripada BN.

"Tetapi itu pilihan yang ada, dan saya harap pilihan itu akan diperhalusi oleh ketua-ketua whip," katanya kepada Sinar Online.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang menegaskan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berhak memutuskan sama ada usul undi tidak percaya boleh dilakukan atau tidak.

Razaleigh berkata, Speaker mempunyai kuasa untuk menolak usul sekiranya ia tidak berada dalam urusan aturan mesyuarat Dewan Rakyat di Parlimen.

Dalam pada itu, Johari juga mengakui belum ada sebarang perbincangan antara parti-parti pembangkang untuk membawa usul tidak percaya terhadap Najib ke Parlimen.

"Kita belum mesyuarat lagi, kita pun tak tahu sama ada Speaker akan tolak atau tidak, sesiapa saja boleh bawa usul itu sama ada BN atau Pakatan.

"Usul itu boleh mengikut arahan tetap atau peraturan tetap boleh dimasukkan, kita merasakan ia peluang terbaik," ujarnya.

Taring Najib tumpul jika KPN, AG neutral

Najib-1MDBDatuk Seri Najib Razak akan kehilangan taring jika Ketua Polis Negara (KPN) dan Peguam Negara bersikap neutral atau berkecuali terhadap sebarang isu.
Penganalisis politik, Dr Maszlee Malik, berkata Perdana Menteri itu kini kebal memandangkan kedua-dua individu terbabit secara jelas memihak kepadanya.
“Setakat ini Najib berkuasa penuh kerana ramai yang berpihak kepadanya, malah menteri kabinet yang dirombak juga mempertahankan beliau meskipun dikecam.
“Keadaan itu berubah jika KPN neutral atau serius ingin menyiasat Najib dan pada masa sama Peguam Negara juga menunjukkan taring, maka ketika itu Perdana Menteri kehilangan taring,” katanya kepada Selangor Kini.
Beliau juga berpandangan perubahan sikap Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bakal mendorong Najib kurang berkuasa seperti sekarang jika benar ia berlaku.
“Kalau kita adakan undi tidak percaya memerlukan sokongan daripada BN, tetapi kebanyakan daripada mereka berdiri kuat di belakang Najib kecuali ada perubahan sikap,” katanya.
Sebelum ini, beberapa pemimpin BN menyertai Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bersuara menentang penahanan dua individu dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Antaranya bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal.

‘Enam jahanam pimpinan Mahathir cuba pecahkan Umno’ kata pengampu Najib

Tindakan sekumpulan pemimpin veteran Umno yang tampil pada sidang media di Putrajaya Isnin lalu dan membidas pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, termasuk pengunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) bagi ‘menutup’ mulut ahli parti daripada mengkritik kepimpinan parti mengundang rasa tidak senang beberapa pemimpin akar umbi.
Bagi Ketua penerangan Umno bahagian Seputeh, Mohd Shariff Badaruddin, tindakan yang diketuai oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta lima pemimpin Umno serta seorang pimpinan MCA hanyalah untuk memecah belahkan parti Melayu terbesar itu.
“Saya lihat mereka semua itu sebagai “enam jahanam” yang mahu pecah belahkan Umno. Saya tak setuju dengan apa yang mereka buat ini,” kata Mohd Shariff kepada Malaysiakini.
“Masa ada jawatan dulu buat lain, bila dah tak ada jawatan buat lain pula. Kalau nak jadi pembangkang yang menyokong tak apa. Saya tak nak ikut sangat cakap dia orang itu,” katanya.
Malah, beliau menegaskan anggota akar umbi bahagian itu tidak memandang serius apa yang diperkatakan pemimpin veteran Umno berkenaan.
Menurutnya anggota akar umbi tetap setia dengan pentadbiran Najib yang juga adalah presiden parti.
“Di peringkat (bahagian Seputeh) kami anggap ia tidak betul sahaja. Kami masih setia dengan pemimpin yang ada hari ini,” kata Mohd Shariff.
Tun Dr Mahathir Mohamad dan seteru politiknya Tengku Razaleigh Hamzah mengambil langkah mengejutkan dengan membuat sidang media bersama bagi menyatakan rasa tidak senang berhubung beberapa isu termasuk penangkapan bekas naib ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Mathias Chang.
Khairuddin ditahan selepas membuat laporan kepada pihak penguatkuasaan di negara luar, termasuk Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat berhubung isu 1MDB. Peguamnya Chang turut ditangkap baru-baru ini.

PAS dakwa PP tarik bantuan 2 sekolah agama

Kerajaan DAP Pulau Pinang didakwa menarik kembali bantuan kepada dua sekolah rendah Islam iaitu Sekolah Rendah Islam Al-Ansor (SRIA) dan Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum (SRIBU).
Ketua penerangan PAS negeri Mohd Yusni Mat Piah berkata pihaknya kesal dengan tindakan itu dan menggesa isu pendidikan itu tidak dipolitikkan.
“Kami juga mengingatkan agar tidak menjadikan politik sebagai alasan untuk menafikan bantuan kepada dua buah SAR (sekolah agama rakyat) ini,” katanya.
“Lebih-lebih lagi, masa hadapan lebih 500 pelajar yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar miskin termasuk hampir 80 kakitangannya bakal terjejas dari keputusan tersebut.”
Menyifatkannya “aneh, pelik dan meragukan”, Pemuda PAS negeri juga mendakwa surat makluman pemberian bantuan diserahkan pada 3 September tetapi ditarik balik pada hari sama.
Mohd Yusni berkata PAS negeri tidak menafikan peruntukkan kepada (SAR) tahun ini telah diagihkan oleh kerajaan negeri walaupun lewat hingga ke penghujung tahun.
Namun, katanya, mengapa dua buah sekolah ini dikeluarkan daripada senarai penerima.