Selasa, 13 Oktober 2015

Mat Sabu: Dengar rayuan rakyat, undurlah Najib…

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu merayu dan menyeru Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatan perdana menteri selepas pelbagai pihak tidak puas hati gaya pentadbiran dan cara pengurusan ekonomi negara.
amanah_mat_sabu_1_620_413_100Mohamad berkata semua pihak termasuk pemimpin kerajaan dan pembangkang, bekas pemimpin serta pegawai kanan kerajaan telah hilang keyakinan terhadap beliau khususnya berkaitan skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion yang didepositkan ke akaun peribadi beliau.
Bekas timbalan presiden PAS itu juga berkata, tindakan Najib melepaskan jawatan dapat memberikan kebaikan kepada keluarganya, kerajaan, rakyat terbanyak sekaligus menyelamatkan negara.
“Saya sebagai Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) merayu dengan sesungguhnya agar Datuk Seri Najib mendengar rayuan ini, sama ada daripada parti pemerintah, pembangkang, NGO serta rakyat seluruhnya supaya beliau meletak jawatan segera.
“Ia bukan berkait soal peribadi semata-mata kerana Datuk Seri Najib adalah Perdana Menteri Malaysia. Sehingga kini sebarang tuduhan tidak dijawab, ditambah skandal bertimpa-timpa menyebabkan keyakinan pelabur dan rakyat terhadap kerajaan Malaysia tergugat.
“Kejatuhan nilai mata wang Malaysia pula begitu ketara sekali,” katanya dalam satu kenyataan dari Frankfurt, German hari ini.
Mohamad turut membidas tindakan kerajaan yang menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang menurutnya menyamai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk memadamkan kritikan rakyat terhadapnya.

PERJALANAN 40 HARI PARTI AMANAH NEGARA


unnamed1. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kami panjatkan kepada Allah SWT di atas kemudahan yang telah diberikan kepada Parti Amanah Negara (AMANAH) sepanjang 40 hari sebelum ini, sehingga banyak kemajuan telah dapat dicapai. Hari ini genap 44 hari Parti AMANAH berada dipersada politik tanah air selepas diumumkan pada 31 Ogos lalu.
2. Saya sifatkan kemajuan yang dicapai Parti AMANAH dalam masa 40 hari ini sangat luar biasa. Dalam tempoh singkat ini, kita telah berjaya menubuhkan jawatankuasa protem di semua negeri seluruh Malaysia, juga jawatankuasa protem di kawasan-kawasan di seluruh negeri.
3. Setakat hari ini, parti AMANAH juga sedang memproses lebih 50,000 permohonan keahlian. Bagi kami, ia satu jumlah yang sangat membanggakan sekaligus menunjukkan sambutan dan minat yang amat tinggi di kalangan masyarakat di luar sana terhadap parti AMANAH. Dengan sambutan ini, kami sangat positif untuk mencapai sasaran 100,000 ahli menjelang 2016.
4. Selain itu, parti AMANAH  juga telah berjaya mendapatkan pejabat operasinya, beralamat di Jalan Sri Utara, Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, yang kita namakan sebagai Wisma AMANAH Negara. Wisma ini akan dilancarkan secara rasmi pada satu majlis khas pada 7 November 2015 akan datang. Segala urusan dan operasi di Wisma AMANAH ini, dikendalikan oleh sekumpulan kakitangan yang terdiri daripada mereka yang profesional dalam bidang masing-masing.
5. Untuk makluman, kita juga telah membuat perlantikan 3 anggota jawatankuasa untuk portfolio utama seperti berikut; Yb. Khalid Abdul Samad (Pengarah Komunikasi), Dr Dzulkefly Ahmad (Pengarah Strategi), dan Yb. Dr. Mohd Hatta Ramli (Pengarah Pilihan Raya). Selain itu, kita juga telah bersetuju melantik Wan Aishah Wan Ariffin ke Jawatankuasa AMANAH Nasional, sebagai mewakili golongan seniman.
6. Untuk fasa seterusnya, Parti AMANAH sedang bergerak hebat untuk mewujudkan jawatankuasa protem di peringkat cawangan pula sasaran minima 500 cawangan di seluruh negara. Pemimpin AMANAH di peringkat nasional pula akan turun ke negeri-negeri dari Perlis hingga ke Sabah dalam menjayakan usaha ini bermula 29 Oktober ini.

HIJRATUL RASUL: MENIFESTASI TOLAK PERKAUMAN DAN KEGANASAN


SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM 1437H
Muqaddimah:
maxresdefaultTahun baru Hijrah kembali menemui kita pada hari Rabu, 14hb Oktober ini. Setiap kali menyambutnya, kita diingatkan akan peristiwa Hijrah yang merupakan pengorbanan besar  dilakukan orang-orang beriman bersama Rasulullah (SAW) di Mekah. Mereka meninggalkan kampung halaman mereka berhijrah ke Madinah, satu tempat yang asing, dihuni oleh orang yang tidak mereka kenali. Namun demi cinta mereka terhadap Allah dan Rasulullah (SAW) mereka berhijrah. Mereka berhijrah sehelai sepingang supaya kebenaran Islam dan ajarannya dapat dipraktikkan dan dilaksanakan di Madinah setelah ianya dimusuhi dan ditentang habis-habisan oleh penduduk Mekah, iaitu kaum kerabat mereka sendiri.

Keutamaan peristiwa Hijrah:
Peristiwa hijrah ini merupakan bukti betapa perlunya untuk memperlihatkan risalah Islam melalui perlaksanaan dengan terbentuknya sebuah kerajaan yang berdaulat. Keperluan ini mengatasi segala pertimbangan. Mengatasi walaupun perasaan kasih untuk kampung halaman dan talian persaudaraan. Bukan sekadar bangsa atau pun kaum, tetapi walaupun sekeluarga, kepentingan Islam mengatasi segala-galanya.
Peristiwa hijrah ini merupakan pembuka pintu ke arah penghayatan Islam dengan diberikan kepimpinan dan pemerintahan kepada Rasulullah (SAW) di kota Madinah. Kepimpinan diserahkan atas kerelaan pimpinan dan penduduk tempatan, iaitu golongan Ansar yang terdiri daripada kabilah Aus dan Khazraj dan bukan atas dasar paksaan.
Maka Hijrah dilihat sebagai peristiwa melalui mana Islam mula hidup bebas dan berdaulat. Bebas dari kongkongan dan penindasan kerajaan yang memusuhi risalahnya. Oleh itu tahun berlakunya Hijrah itu amat sesuai digunakan sebagai tahun pertama dalam taqwim Islam.

Pengajaran dari Peristiwa Hijrah:
Bagi yang menghayati peristiwa Hijrah, sudah semestinya mereka mengambil pengajaran darinya untuk menolak pendekatan perkauman dan juga paksaan atau keganasan. Risalah dibentang kepada semua dan terserah kepada siapa yang ingin menerimanya. Tiada apa-apa usaha untuk menjadikan sesuatu kaum atau kelompok sebagai musuh. Kalau ada yang dimusuhi sekalipun, hanya mereka yang memusuhi perjuangan Islam dengan menzalimi para pejuangnya, walaupun sebangsa.
Dan dakwah itu dilakukan dengan penuh kebijaksanaan, menzahirkan akhlak yang mulia, sehingga menarik manusia kepada kebenaran Islam. Dan perlaksanaan Islam itu sendiri, dari sudut perundangannya, dilakukan secara berperingkat-peringkat sesuai dengan tahap kefahaman dan penghayatan Islam oleh masyarakat. Sehingga akhirnya terlaksana Islam dengan sepenuhnya tanpa paksaan atau keganasan tetapi atas keyakinan dan penerimaan secara suka-rela.
Dan melalui Hijrah itu akhirnya terbentuk sebuah kerajaan yang adil lagi berakhlak mulia, didukung oleh rakyat dan penduduk atas sebab keadilannya.

Suasana semasa dunia Islam:
Keperluan bagi ummat Islam terhadap pemerintahan yang tegas dari segi prinsip keadilan dan kebenaran semakin mendesak apabila dilihat suasana ummat Islam di seluruh dunia. Masalah kezaliman dan pembersihan etnik yang menimpa kaum Rohingya, kezaliman Israel yang berterusan di Palestin, kemusnahan yang berlaku di Syria, Iraq, Yaman, Afghanistan dan Libya, semua ini mendambakan kemunculan kerajaan di setiap negara ummat Islam yang mementingkan persoalan keadilan dan kebenaran supaya ummat Islam itu boleh membangun bebas dan bermaruah sehingga mampu mempengaruhi perkembangan dan dasar politik di pentas antarabangsa.

"Kalau Dah Nak Lemas, Najis Pun Capai"...

PAS hari ini mengumumkan parti Islam itu kini bersetuju bekerjasama dalam tiga isu dengan kumpulan pendesak Melayu PERKASA.

Perkara tersebut diumumkan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini selepas mereka bersetuju beberapa perkara termasuk mengutuk Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).



Kedua-dua pihak itu juga sepakat menolak tangkapan terhadap bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang.

Dalam kenyataan bersama itu Abdul Hadi berkata kedua-dua isu kritikal ini mempunyai kesan yang serius kepada rakyat Malaysia.

"Kami bimbang bahawa penggunaan Sosma dalam kes ini boleh dilihat sebagai penyalahgunaan kuasa serta bertentangan dengan prinsip kebebasan bersuara yang dijamin Perlembagaan.

"Kami menggesa kerajaan untuk menjadi telus dan tidak berbohong mengenai isu TPPA kepada orang ramai," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Tujuh tokoh penting BN, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tengku Razaleigh Hamzah, mengadakan sidang media bersama menolak penahanan itu.

Mereka mendakwa Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) disalah guna terhadap pengkritik selepas Khairuddin membuat laporan di peringkat antarabangsa berkaitan dakwaan skandal 1MDB.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini menjelaskan Khairuddin dan Matthias Chang didakwa mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan dan bukannya bawah Sosma.

Sementara itu, ketika bergambar, Ibrahim turut memeluk Hadi dengan berkata mereka kini berkawan dan tidak cukup dengan berjabat tangan.

Tak sejajar dengan parti sekular

Sementara itu, Ibrahim berkata beliau gembira dengan kerjasama tersebut di mana kedua-dua pihak dapat melakukan aktiviti bersama selain menyokong perjuangan masing-masing untuk manfaat rakyat.

"Kami mempunyai perbincangan yang sangat jelas, terbuka dan ikhlas dan saya juga menjelaskan mengapa saya kritikal terhadap PAS sebelum ini.

"Sekarang kita kosong-kosong. Semuanya kini di belakang kami,"
katanya bekas anggota Parlimen Pasir Mas itu.

IGP: Detention of duo under Sosma lawful

Jangan heret polis dalam politik, tegas IGP

Mana-mana pihak diharap tidak mengheret polis ke dalam kancah politik kerana tugas mereka hanya menjalankan siasatan berdasarkan laporan yang diterima, tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
“Jangan heret kami ke kancah politik.
“Kita tak akan campur hal-hal politik. Tugas kita menjalankan siasatan berdasarkan laporan-laporan.
“Kenyataan politik kita tak mahu campur,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Penghargaan VTEC menghargai polis di Pusat Konvesnyen Sime Darby Damansara.
Beliau berkata demikian ditanya mengenai kecaman Tun Mahathir Mohamed terhadap penangkapan naib ketua Umno Batu Kawan Datuk Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang atas selepas membuat laporan di peringkat antarabangsa berkaitan 1MDB.
Dalam sidang media semalam, selain Mahathir, bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri Datuk Seri Shafie Apdal turut hadir.
Begitu juga dengan bekas menteri besar Kedah dan bekas menteri Tan Sri Sanusi Junid dan bekas presiden MCA Tan Sri Ong Tee Keat.
Diminta mengulas kenyataan Tun Mahathir semalam, Khalid berkata:
“Saya tak nak jawab komen kenyataan Tun M semalam."

Sosma: Muhyiddin, Shafie didakwa berdolak-dalik

Shafie Apdal KOTA KINABALU - Seorang Ketua Umno Bahagian hari ini mendakwa Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah menukar pendirian mereka mengenai Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Sosma.

Datuk John Ambrose, yang mengetuai Umno bahagian Penampang, dipetik sebuah portal berita sebagai berkata Muhyiddin dan Shafie mungkin terlupa kedua-dua mereka mengundi untuk menyokong Sosma yang digubal di Parlimen.
  
"Mereka, pada masa itu, tidak menentang undang-undang berkenaan atau bersuara untuk menentangnya," portal itu memetik beliau sebagai berkata.

Ambrose dilapor berkata demikian selepas Muhyiddin, bekas timbalan perdana menteri dan Ahli Parlimen Pagoh, serta Shafie, bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Ahli Parlimen Semporna, menghadiri sidang akhbar anjuran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.

Sidang akhbar itu untuk membantah penggunaan Sosma terhadap dua individu yang didakwa atas tuduhan cuba mensabotaj perkhidmatan perbankan dan kewangan Malaysia.

Ambrose juga dilaporkan mengkritik Shafie kerana mempertikaikan syarikat pelaburan kerajaan, 1Malaysia Development Berhad dan menyatakan bahawa banyak perkara yang penting kepada rakyat masih lagi belum ditangani.
  
Ketua Umno Bahagian Penampang itu berkata, Muhyiddin dan Shafie merupakan anggota Kabinet kerajaan persekutuan sehingga Julai tahun ini dan isu 1MDB dibincangkan pada mesyuarat Kabinet.
  
"Jadi mereka tidak boleh kata tidak tahu. Malah, Muhyiddin mempengerusikan satu daripada mesyuarat Kabinet apabila isu 1MDB dibincangkan dan semua isu telah diperjelaskan," beliau dilaporkan sebagai berkata.

Tanda Tanya Dakwaan Ke Atas Khairuddin dan Chang

A Kadir Jasin
OLEH sebab ada pembesar kontemporari kita sangat bangga dengan asal-usul Jawanya, maka saya mulakan nukilan kali ini dengan mengemukakan tiga “hadangan” bagi orang-orang besar menurut kebijaksanaan orang Jawa.
Pertama, gemrincinging ringgit.
Kedua, gebyaring wentis kuning.
Ketiga, klubuking iwak ono kedung.
Tiga halangan di atas amat tepat dan bermakna dalam konteks apa yang sedang berlaku di negara kita sekarang di mana wang, kuasa dan wanita memainkan peranan penting.
Oleh kerakusan kuasa, orang yang pada pandangan umum berusaha mencari kebenaran ditangkap, ditahan dan, pada 12 Oktober, dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan “mensabotaj perkhidmatan perbankan dan kewangan negara”.

(Datuk Seri) Khairuddin Abu Hassan 53, dan peguam beliau, Matthias Chang Wen Chieh, 65, didakwa melakukan kesalahan itu di lima lokasi, iaitu pejabat Ketua Bahagian Jenayah Ekonomi dan Kewangan Peranchis di Paris, Balai Polis Charing Cross London, United Kingdom, pejabat Peguam Negara Switzerland di Bern, Balai Polis WaiChan, Hong Kong, dan ibu pejabat polis Cantoment, Singapura - antara 28 Jun hingga 26 Ogos tahun ini.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan (Penal Code) yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun. Hari ini, 13 Oktober, Peguam Negara (Tan Sri) Mohamed Apandi Ali, menjelaskan mereka tidak didakwa di bawa Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Khairuddin dan Chang Boleh Dedah Dalam Mahkamah
Mari kita sama-sama fikir, persoal dan pertimbangkan hal-hal berikut:-
1. Apakah usaha mendedahkan kemungkaran dan mencari kebenaran mengenai 1MBD dan penglibatan Perdana Menteri (Datuk Seri Mappadulung Daeng Matti­mung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak adalah mensabotaj perkhidmatan perbankan dan kewangan negara?
2. Bukankah Khairuddin terlebih dahulu membuat aduan terhadap 1MDB dan Mohd Najib kepada Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia dan kepada Bank Negara Malaysia?
[Berkenaan PDRM, saya sengaja menyebut nama penuhnya kerana saya ingin tahu sama ada ia masih taat dan setia kepada Raja atau itu hanya pada nama saja.]
3. Yang mana lebih berunsur “sabotaj” terhadap sistem perbankan dan kewangan negara – membuat laporan rasmi kepada PDRM, SPRM dan Bank Negara atau menyembunyikan maklumat keluar masuk wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi seseorang dan memberi maklumat palsu kepada Bank Negara?
4. Bagi ramai rakyat jelata, Khairuddin dan Chang adalah syuhada politik (political martyrs).
5. Pendakwaan Khairuddin dan Chang berkemungkinan memperkukuhkan azam agensi-agensi penyiasatan di Singapura, Hong Kong, Switzerland, United Kingdom, Perancis dan Amerika Syarikat menyiasat laporan terhadap 1MDB dan Mohd Najib. Mungkin lebih banyak akaun bank dan aset, termasuk kediaman, akan dibekukan.
6. Malaysia akan terus menjadi bahan persendaan masyarakat antarabangsa yang seterusnya memburukkan lagi ketidakyakinan terhadap pemerintahan dan ekonomi negara.
7. Agensi-agensi nasional dan internasional telah pun menampakkan sikap tidak ambil hirau (disdain) dan tidak yakin dengan tindak-tanduk agensi-agensi Malaysia. Ini terbukti apabila pihak berkuasa mata wang mereka membekukan akaun-akaun berkaitan 1MDB dan Polis Antarabangsa (Interpol) menolak permintaan PDRM agar mengeluarkan waran tangkap ke atas Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown. Polis Thailand pula tidak membenarkan Ketua Polis Negara (Tan Sri) Khalid Abu Bakar menemu bual bekas eksekutif PetroSaudi International (PSI), Xavier Andre Justo.
8. Negara-negara seperti Singapura dan Switzerland serta wilayah berautonomi Hong Kong amat tegas mengenai jenayah rasuah dan pembersihan wang haram (money laundering) manakala Amerika Syarikat sangat tegas terhadap pakatan untuk menipu (conspiracy to defraud).

Kunjungan Ibrahim ke pejabat parti agama tidak mengejutkan

Ibrahim bersalam dengan presiden parti agama.
Dua peristiwa politik yang berlaku semalam dan hari ini di negara kita, ia mungkin memeranjatkan bagi mereka yang tidak berapa faham dan fasih dunia politik dan berfikir sejalur dalam siasah.

Dua peristiwa itu ialah sidang akhbar yang dibuat oleh Dr Mahathir Mohamad yang turut sama dihadiri oleh Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin bersama Naib Presiden Umno Shafei Afdal serta dituruti sama oleh ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, bekas presiden MCA Ong Tee Keat dan bekas Setiausaha Agung Umno Sanusi Junid.

Peristiwa itu berlaku semalam di Yayasan Kepimpinan Perdana Puteraja.

Manakala peristiwa hari ini ialah kunjungan Presiden Perkasa Inchek Ibrahim ke pejabat agung parti agama di Jalan Raja Laut kemjudian mengadakan sidang akhbar bersama dengan presiden parti itu, Abdul Hadi Awang bersama Setiausaha Agung dan pengarah pilihan rayanya.

Ibrahim kalau ikut falak politik hari ini dia patut berada dalam sidang akhbar Dr Mahathir untuk menzahirkan penentangan kepada penahanan dua rakyat negara ini dibawah SOSMA (Khairuddin dan Mathis Chang) yang dianggap sebagai penyalahgunaan kuasa oleh sidang media Mahathir itu.

Sebagai sebuah pertubuhan redikal Melayu, Ngo itu patut menuntut pembebasan tahanan itu apa lagi ia dibuat kerana kedua tahanan itu membangkitkan soal skandal 1MDB. Tetapi itu tidak berlaku seperti sepatutnya.

Tetapi Ibrahim memilih mengadakan "kujutan" lain dengan bertandang ke pejabat parti agama, Pas. Seumur hayat Ibrahim itulah kali pertama dia bertandang ke pejabat parti itu. Semasa dia bertanding atas tikit Pas tahun 2008 Ibrahim tidak pun pijak pejabat agung Pas.

Seperti saya kata tadi, mereka yang tidak faham politik, akan rasa terkejut dengan kunjungan Ibrahim itu. Dalam masa sama ia dianggap sesuatu tuah kepada Pas. Tuah memang ia, tetapi kalau mengejutkan ia sesuatu yang tidak perlu sampai begitu. Bagi Pas kehadiran Ibrahim itu sedikit sebanyak dapat membalut luka apabila ramai bekas pemimpinnya meninggal parti berkenaan tetapi kalau hendak disifatkan laba besar tidak seberapa.

Kekosongan yang berlaku dalam Pas diharap dapat ditampung oleh Ibrahim dan Ngonya kalau pun tidak dapat memenuhinya. Menjadi persoalan juga yang hadir ke pejabat parti agama itu, hanya Ibrahim bersama beberapa kerat pimpinan sahahja di mana ia tidak dihadiri pimpinan kanan Ngo itu yang lain. Apakah idea itu hanya bersifat peribadi Ibrahim sendiri?

DAP ada cara lain selain undi tak percaya?


Anthony Loke

SHAH ALAM - Ahli Parlimen pembangkang belum mencapai sebarang keputusan dalam rundingan untuk 'sabotaj' undi bagi meluluskan Bajet 2016 yang bakal dibentangkan Datuk Seri Najib Tun Razak pada 23 Oktober ini.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke berkata, pihaknya masih meneruskan rundingan antara parti pembangkang lain sebagai satu alternatif jika undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri itu gagal dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat minggu depan.

"Sebenarnya selain usul undi tak percaya itu, undian Bajet 2016 pun boleh dilakukan. Kalau tidak dapat diluluskan bajet itu, bermakna Najib akan hilang kepercayaan.

"Ada, tapi perbincangan akan diteruskan," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah semalam yang menegaskan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berhak memutuskan sama ada usul undi tidak percaya boleh dilakukan atau tidak.

Razaleigh berkata, Speaker mempunyai kuasa untuk menolak usul sekiranya ia tidak berada dalam urusan aturan mesyuarat Dewan Rakyat di Parlimen.

Dalam pada itu, Anthony juga berkata, undi tidak percaya kepada Bajet 2016 adalah salah satu usaha terbaik untuk menurunkan Najib dari pentadbiran Putrajaya.

"Ya (cadangan itu boleh dipertimbangkan) ia salah satu cara, tetapi kita belum lagi capai membuat keputusan.

IGP: Polis masih jalankan siasatan terhadap 1MDB


Pihak polis masih menjalankan siasatan terhadap 1MDB, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Khalid menjelaskan bahawa adalah tidak benar pihaknya telah menghentikan siasatan ke atas 1MDB.
Katanya, pihak polis sedang menunggu Ketua Audit Negara melengkapkan siasatan, yang dijangka siap dalam tempoh tiga hingga empat bulan lagi.
"Kalau kita tidak tunggu siasatan Ketua Audit Negara ini, siasatan kita tidak lengkap. Kita perlu kenal pasti kesalahan untuk kita jalankan siasatan," katanya sambil menambah bahawa pihaknya perlukan laporan Ketua Audit negara sebelum ia boleh menyelesai siasatan.
Beliau memberitahu pemberita demikian dalam satu majlis di ibunegara hari ini.
Ketika ditanya mengenai peratusan kemajuan siasatan, Khalid berkata: “Tak perlu kita sebut berapa kemajuannya. Ia bergantung kepada laporan pihak audit nanti.
“Kita telah melaksanakan siasatan yang kita buat tapi belum selesai kerana menunggu laporan daripada Ketua Audit Negara.

PSM dakwa aktivis Khalid Ismath dipaksa mengaku bersalah

Pengerusi Nasional PSM, Dr Mohd Nasir Hashim (tengah) berkata, pihaknya memandang serius  percubaan oleh pihak tertentu untuk memaksa aktivis Khalid Ismath membuat pengakuan bersalah. Beliau berkata demikian pada sidang media bersama wakil badan bukan kerajaan (NGO) yang mengecam tindakan polis ke atas Khalid. – Gambar The Malaysian Insider, 13 Oktober, 2015. 
Pengerusi Nasional PSM, Dr Mohd Nasir Hashim (tengah) berkata, pihaknya memandang serius percubaan oleh pihak tertentu untuk memaksa aktivis Khalid Ismath membuat pengakuan bersalah. Beliau berkata demikian pada sidang media bersama wakil badan bukan kerajaan (NGO) yang mengecam tindakan polis ke atas Khalid.

Mengutuk tindakan polis menahan Khalid Mohd Ismath yang dikenakan 14 tuduhan di mahkamah hari ini, Parti Sosialis Malaysia (PSM) mendakwa, wujud percubaan oleh pihak tertentu untuk memaksa aktivis itu membuat pengakuan bersalah.
Pengerusi Nasional PSM, Dr Mohd Nasir Hashim berkata, pihaknya memandang serius perkara tersebut yang diketahui daripada ahli keluarga Khalid.
Katanya, semasa perjumpaan keluarga, Khalid memaklumkan yang pegawai penyiasat sering memintanya membuat pengakuan bersalah, menyatakan sekiranya beliau berbuat demikian, beliau akan dibenarkan bertemu keluarganya.

"Mereka (pihak berkuasa) akan menggunakan keluarga (untuk mangsa mengaku bersalah)," kata Nasir pada sidang media di ibu pejabat PSM di Kuala Lumpur. Khalid, 25, hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Baru atas 14 pertuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kesan negatif TPPA terhadap Malaysia

PAS kekal pendirian tidak sertai pakatan baharu kata Mohd Amar

PAS kekal pendirian tidak sertai pakatan baharu - Mohd AmarKOTA BAHARU: PAS kekal dengan pendiriannya untuk tidak menyertai Pakatan Harapan yang dibentuk DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata PAS juga tidak akan memberi ruang kepada DAP dan Amanah malah bersedia menentang kedua-dua parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

"Setakat ini pendirian kita tidak berubah kerana kita nampak tidak ada keperluan untuk bersama DAP dan Amanah. Kita tidak akan bersama dalam pakatan pembangkang baharu selagi ada DAP dan Amanah," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan PKR sebelum ini yang masih mengharapkan PAS menyertai pakatan pembangkang selain menggesa sekutu-sekutunya dalam pakatan itu menghentikan perbalahan sesama sendiri dengan tidak mencampuri urusan dalaman parti lain.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata pada masa ini, parti itu hanya menjalin kerjasama dengan PKR termasuk dari segi agihan kerusi agar tidak bertembung pada pilihan raya nanti.

Mengapa Dia Masih PM ??

Kerana rakyat MUDAH LUPA,
Dekat PRU dapat 'gula-gula' BN,

PRU esok dia turunkan balik,
Masa tu syukurrrr..

Pangkah BN lagi..
UMNO menang lagi...

KEBANGSATAN apakah ini?

Semenjak perkenal TAG card, nak topup selain dari plaza tol punya la payah macam celaka..offline la. Limit kredit habis la, kalau topup ada cas 50sen. Bila nak topup dekat plaza, tiba2 booth topup tak bukak la, macam haram.. sekarang minimum RM50, tengah highway yang dah takde tunai, duit tinggal RM20 dalam wallet ko tak kira ke lahanat??

KANTOI pembohongan UMNO !!!

FAKTA vs. AUTA

Pembohongan & putar belit UMNO & kuncu2nya..

FAKTA: Sebarang keputusan mengenai perjanjian konsesi kini hanya dibuat oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri (JPM).. BUKANNYA DI KEMENTERIAN KEWANGAN.

PENIPUAN & PUTAR BELIT NAJIB SUKAR DIPISAHKAN !!!

Inilah wajah sebenar pemimpin Islam Wasatiyyah-Munafikin ANDA...

SEBELUM Obama datang : “Kita tak jadi 'pak turut"

SELEPAS Obama datang : "Malaysia komited laksana TPPA"

SELEPAS Bersalaman PM Israel : "Malaysia setuju sertai TPPA"

Jumlah Pampasan kepada 27 Syarikat Konsesi Lebuhraya sudah RM2.05 bilion ??

ADAKAH MAKLUMAT INI SAMPAI ke pengetahuan rakyat ??

KENAPA TIDAK DIDEDAHKAN di media2 massa di negara kita ??

NAMPAK TAK !!!.. Agaknya sampai korang masuk lobang kubor tak kan abes bayar tol..

Tiada bukti baru, siasatan BNM ke atas 1MDB ditutup - Peguam Negara

PUTRAJAYA: Jabatan Peguam Negara mengambil keputusan untuk menutup siasatan Bank Negara Malaysia (BNM) ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali berkata ini memandangkan tiada bukti baru dikemukakan BNM bagi meneruskan siasatan mengikut Perenggan 4(b) Bahagian 1 Jadual 5, Akta Kawalan Tukaran 1953 (ECM).

"Bank Negara sebagai badan pengawal aliran wang harus mendapatkan maklumat terperinci sebelum mengeluarkan kelulusan.

"Kesemua tiga kebenaran yang diberikan BNM untuk pemindahan wang yang dimohon 1MDB diberikan dalam tempoh tidak lebih tiga hari," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa tiada maklumat benefisiari diperlukan dalam borang permohonan ECM iaitu borang 09A dan 06B yang diisi pihak 1MDB semasa membuat permohonan.

"Bank Negara sepatutnya meneliti permohonan terbabit dan jelas sekali tiada maklumat lanjut diminta BNM bagi tujuan permohonan terbabit," jelas beliau.

Dalam pada itu, Apandi dengan tegas turut mempersoalkan kenapa 1MDB dipersalah.

"Jika Bank Negara Malaysia tidak memohon maklumat tertentu atau khusus, bagaimana 1MDB harus dipersalahkan apabila mereka telah mengisi borang dan menjawab soalan yang diperlukan?" soalnya.

Amanah minta Najib lepas jawatan perdana menteri demi Malaysia

Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini meminta Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatannya sebagai perdana menteri dengan cara terhormat demi kedaulatan rakyat Malaysia.
Presidennya Mohamad Sabu berkata, rakyat Malaysia mengharapkan seorang pengganti yang dapat memulihkan semula keadaan ekonomi, politik, keyakinan rakyat, serta menamatkan kritikan pihak luar terhadap negara.
“Saya sebagai presiden Amanah merayu dengan sesungguhnya agar Najib mendengar rayuan ini, sama ada daripada parti pemerintah, pembangkang, organisasi bukan kerajaan (NGO) serta rakyat seluruhnya, supaya beliau meletak jawatan segera.

“Kekusutan ekonomi, salah laku, tindakan kepada pegawai kerajaan khasnya peguam negara, ketua bahagian Cawangan Khas, siasatan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), ditambah dengan pendedahan siasatan oleh bekas timbalan pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman Datuk Abdul Hamid Bador, menyebabkan rakyat hilang keyakinan kepada Najib,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata demikian selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan 5 lagi bekas pemimpin tertinggi Umno dan Barisan Nasional (BN) tampil pada satu sidang media semalam bagi menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap pentadbiran Najib.
Lima lagi itu ialah bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, bekas presiden MCA Tan Sri Ong Tee Keat, bekas setiausaha agung Umno Tan Sri Janusi Junid dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal.

Najib hilang sokongan 'orang kanan'

SHAH ALAM - Kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang membelenggu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bukan sahaja menyebabkan dirinya tidak mendapat sokongan rakyat bahkan 'orang kanannya' sendiri,

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, ia dapat dilihat apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal turut serta dalam sidang media bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.

"Semalam adalah bukti nyata bahawa pendirian dan sikap Najib berhubung isu 1MDB tidak mendapat sokongan bahkan pula mendapat tentangan daripada orang kanan Umno dan BN sendiri khususnya apabila Timbalan dan Naib Presiden Umno yang turut serta majlis tersebut," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau mengulas kritikan Dr Mahathir dan beberapa pemimpin BN semalam terhadap kerajaan kerana didakwa menyalahgunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) ke atas Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang.

Dalam pada itu, Mohd Khairuddin juga menyokong pendirian lima pemimpin itu sambil menyifatkannya ia adalah manipulasi peruntukan undang-undang sedia ada.

"Saya serta seluruh rakyat Malaysia menyokong penuh kenyataan bersama enam tokoh Umno-BN ini dan mendesak agar pertuduhan ke atas Khairuddin serta peguamnya, Chang digugurkan," ujarnya.

Beliau berkata lagi, penyalahgunaan peruntukan undang-undang itu sudah menjadi budaya pemimpin Umno-BN untuk mengekalkan pemerintahan di negara ini sejak dahulu lagi.

Fraksi Mahathir VS Rejim Najib

TANGGAL 12 Oktober, terhimpunnya 'koloni' yang bernaung di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad, termasuk bekas musuhnya, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li), mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Umno, Dato' Seri Shafie Apdal, bekas Menteri Pegangkutan, Tan Sri Ong Tee Keat, Tan Sri Ling Liong Sik, bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Sanusi Junid dan beberapa yang lain.
Semuanya membincangkan satu topik paling besar yang tidak kunjung selesainya, isu skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sejak dahulu menghantui negara. Seorang demi seorang gugur akibat menentang tindakan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak dalam isu 1MDB ini.
Selepas bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Jelutong, Dato' Khairudin Abu Hassan ditahan di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Khas (Langkah-langkah Khas) SOSMA 2012, peguam yang mengiringi beliau, Mathias Chang pula ditahan di bawah akta yang sama.
Isunya satu, kerana lantang melaporkan kesalahan berhubung isu 1MDB dan mengheret Najib untuk menjawab isu berkenaan secara tuntas. Perang kali ini lebih besar, jumlah yang berfraksi dengan Tun Mahathir lebih ramai.
Musuhnya suatu masa lalu iaitu Tengku Razaleigh sudah mula mendekatinya, duduk semeja berbicara mengenai masa depan negara selepas melihat Najib kian 'beku' melaksanakan amanah menjadi seorang Perdana Menteri. Dalam pada itu, Najib pula semakin cakna dengan strategi musuhnya, beliau turun padang bersama fraksinya membina semacam satu momentum kekuatan baharu bersama Timbalannya, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menerajui Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Satu kementerian yang sangat penting dan penuh strategi jika mahu menghalang segala usaha pihak yang menyebelahi Dr Mahathir dalam pertembungan ini, ini kekuatan yang Najib ada dan perlu dikekalkan demi survival politiknya. Mahu tidak mahu, Najib harus terus menjadikan Zahid sebagai orang kepercayaannya, menjalankan apa sahaja pelan strategisnya demi survival politiknya, dan mempertahan kedudukan nombor satunya.
Zahid Hamidi sebelum ini adalah orang kanan Dato' Seri Anwar Ibrahim, dan pernah ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semasa Anwar ditahan pada tahun 1998 akibat menyertai semacam satu gerakan bersama Anwar. Namun pasca penahanan, Zahid berpaling untuk bersama kem Mahathir menentang semula bekas sahabatnya itu.
Demikian juga sejarah bekas Menteri Kewangan paling senior, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) yang suatu masa lalu berseteru dengan Mahathir hingga bertindak menentang Presiden Umno itu sekitar hujung 80-an.
Ku Li memiliki kekuatan grass roots di Kelantan khasnya di Gua Musang selain mereka yang tidak suka akan Dr Mahathir sepanjang bekas PM itu menerajui kerajaan. Kini 'kontradiksi' itu dikendurkan untuk duduk bersama Mahathir membina satu momentum besar mendobrak politik Najib.
Percubaan berulang kali Mahathir yang dibantu tekanan dalaman oleh Muhyiddin sebelum ini tampak gagal hingga Muhyiddin terpelanting keluar dari Kabinet Najib.

Rakyat puji pemimpin berani lawan Najib

AMANDATindakan berani pimpinan Barisan Nasional (BN) menyuarakan pendapat berlawanan dengan Datuk Seri Najib Razak membuktikan Perdana Menteri kini semakin hilang taringnya.
Kakitangan Kerajaan, Amanda Khong, 22, berkata hal itu mungkin berpunca dari keangkuhan Najib menolak pandangan pemimpin lain selain sering mengeluarkan kenyataan tidak masuk akal.
“Bagaimana pemimpin lain bersetuju dengan cara beliau, sedangkan mereka mempunyai pendirian sendiri.
“Pemimpin yang menyokong Najib itu ‘kaki bodek’ sahaja sebab itu bersetuju dengan apa yang Najib lakukan termasuk isu derma RM2.6 bilion,” katanya kepada SelangorKini.
Bagi, Alissala Thian, 29, berpendapat seharusnya semua pimpinan BN yang tidak bersetuju dengan tindakan Najib perlu bersuara bukannya mendiamkan diri.
“Jika terus bersama Najib sudah tentu mereka tidak dihormati. Lebih baik mereka nyatakan pendirian secara terbuka dan berani bersuara menentang ketidak adilan,” katanya.
ALISSALASebelum ini, Najib berjaya mencuri tumpuan dunia apabila dirinya terpalit dengan isu derma RM2.6 bilion membabitkan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) .
Wall Street Journey memetik dokumen mengenai siasatan 1MDB yang kini dijalankan kerajaan Malaysia, yang menurutnya sejumlah US$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan antara agensi kerajaan, bank dan entiti berkaitan syarikat sarat hutang, 1MDB, sebelum wang disalurkan ke dalam akaun peribadi Najib.
Isu itu didakwa menyebabkan kejatuhan Ringgit Malaysia. Manakala Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat ekoran memberi kritikan terhadap pentadbiran Najib.
Semalam, beberapa pemimpin BN menyertai Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bersuara menentang penahanan dua individu yang dikaitkan dengan Mahathir dalam kempen isu 1MDB.
Lebih mengejutkan, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal turut hadir dalam sidang media itu.
Turut hadir Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah; bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Sanusi Junid dan bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat.

Amanah willing to work with any party

Amanah Yakin Capai Sasaran 100,000 Ahli

Rafizi: Ada Cara Kekal Harga Tol

Parti Amanah Lantik 3 Portfolio Penting

AG’s full statement on 1MDB and Sosma

PAS Tolak DAP : PERKASA Ucap Tahniah

Parti Amanah Rakyat sedia terima PAS

PAS tempelak Khalid Samad soal 'berdisiplin dan jujur'

PAS and Perkasa fight for common interest

PAS hanya kerjasama politik dengan PKR, bukan dengan UMNO ataupun Pakatan Harapan

Paduan idea dan realiti Amanah

Oleh Abd Shukur Harun
"menambah ahli penubuhan cawangan dan kawasan, mengadakan ibu pejabat di semua peringkat."
Semuanya ini dilakukan di tengah-tengah sambutan luar biasa dan sokongan pelbagai golongan masyarakat bandar, semi bandar, malah luar bandar juga.
Golongan veteran, orang lama dalam politik kelihatan bersama dengan generasi baru mendukung Amanah, suatu gelombang dan fenomena luar biasa.

Mengapa berlaku kebangkitan ini? Jawapannya ialah rakyat membaca dan melihat wawasan Amanah, dalam parti itu wujud  keharmonian antara golongan lama dan baru, sikapnya yang terbuka dan penuh toleransi tetapi tidak terkeluar orbit Islamnya.
Lebih segalanya, Amanah berpaksikan Islam sebagai Rahmatan Lil-Alamin - dengan segala keharumannya, bersifat pelindung kepada semua rakyat, pelbagai kaum dan agama. Ia berusaha menterjemahkan Islam itu dalam hakikat sebenarnya.
Inilah yang menyebabkan, antara lain, rakyat pelbagai kaum dan agama memberikan sokongan, iaitu apabila melihat Amanah boleh merealisasikan harapan mereka.
Bagi kalangan bukan Islam, mereka tidak takut dengan pendekatan Islam yang dibawa Amanah. Bukan kerana parti ini bersifat liberal dalam konotasi pihak yang keliru dan menentang Amanah.
Ditegaskan Amanah tetap meletakkan Islam sebagai dasar paramountnya. Namun ia bukan parti yang ekstrem dan konservatif dalam pendekatannya. Ia tetap moden dan terbuka sesuai dengan masyarakat moden pelbagai kaum dan agama di negara ini.
Sungguh menarik pendekatan ini diterima golongan lama dan baru. Dalam semua perhimpunan Amanah di seluruh negara, semua golongan hadir dengan penuh minat untuk mendengar wejangan para pemimpin parti itu.
Mereka itu bukan saja golongan muda dan berpakaian biasa-biasa, tetapi juga yang berjubah dan berserban, malah ada berjanggut. Nampaknya tidak ada sebarang rasa kekok dalam semua himpunan itu.
Dalam hal ini saya terkesan dengan pandangan ulama tersohor, Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi dalam bukunya Wawasan Islam - antara keaslian dan kemodenan.
Menurut tokoh itu, sering terbentur pertembungan antara golongan lama dan baru, disebabkan nilai berbeza. Golongan lama mempertahankan nilai lamanya, sementara golongan muda menentang nilai lama itu. Maka terjadi pertembungan pendekatan yang seru.
Namun dengan segala kebijaksanaan dan keluasan fikrahnya, Dr Yusuf berkata pendekatan kedua-dua golongan itu masih boleh diharmonikan. Iaitu mengambil nilai yang baik daripada kedua-dua golongan itu.
Di sinilah, katanya terletak wawasan Islam yang murni. Iaitu keaslian tidak semestinya tidak moden, sementara yang moden pula tidak bererti tidak ada nilai Islam.
Di sinilah saya melihat Amanah berusaha mengharmonikan antara nilai lama dan baru dan ini sangat meyakinkan. Jika pendekatan ini berhasil diterapkan oleh Amanah, saya kira, Amanah akan menjadi parti yang sangat berpotensi untuk berkembang subur dan panjang hayatnya.
Justeru ia diterima pelbagai golongan, kerana menebarkan keharuman dakwahnya, ramahnya dan tidak menampilkan wajah bengis dan menakutkan serta sentiasa bersifat menghukum.

NGO desak SPRM siasat dua anak Dr Mahathir

NGO desak SPRM siasat dua anak Dr Mahathir
Razali Zakaria (tengah) pada sidang media di pejabatnya di Pandan Indah, Ampang, Selangor, hari ini.
AMPANG - Pertubuhan Gerakan Martabat Pejuang Negara (GMPN) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan terhadap dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana didakwa mempunyai kekayaan luar biasa dalam tempoh singkat.

Presidennya, Mejar (B) Razali Zakaria menegaskan, sudah sampai masanya penguatkuasa itu menyiasat kesahihan bukti yang didedahkan Wall Street Journal (WSJ) dan media sosial yang membabitkan kekayaan Datuk Mokhzani dan Mirzan.

"Siasatan perlu dibuat oleh Peguam Negara tentang bagaimana kesemua anak Dr Mahathir boleh menjadi multi billionaire dalam masa singkat dan menimbulkan tanya tanya daripada masyarakat di negara ini dan dunia.

"Mungkin berlaku penyalahgunaan kuasa ketika era pemerintahan bapanya, Dr Mahathir. Benarkah Dr Mahathir menggunakan syarikat GLC yang besar ketika 22 tahun memerintah untuk kepentingan peribadi anaknya," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Nurul Izzah: Potong peruntukan ‘menggila’ JPM, pastikan rakyat dibela

Nurul-IzzahSHAH ALAM, 13 OKT: Kerajaan Persekutuan patut memberikan fokus kebajikan terhadap 40 peratus golongan bawahan di negara ini ekoran kelembapan ekonomi dalam Belanjawan 2016.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu mengambil langkah drastik dengan memotong perbelanjaan bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang semakin meningkat setiap tahun.
“Defisit sebenarnya kita boleh terima dalam kelembapan ekonomi ini sebab tak wajar kalau kita secara tiba-tiba potong program kebajikan dan insentif untuk rakyat.
“Apa yang kita harap gaji Menteri dan Perdana Menteri dan perbelanjaan menggila Jabatan Perdana Menteri dipotong, ketirisan dan pembaziran harus dihentikan dan dana yang dapat dijimatkan boleh dipindahkan kepada sektor kesihatan dan pendidikan,” kata Nurul Izzah kepada Selangor Kini.
Naib Presiden PKR itu turut menggesa Najib menyambut saranan Ketua Pembangkang sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang secara konsisten mahu reformasi ekonomi dan usaha memerangi rasuah dijalankan secara tuntas.
“Dalam masa kemelesetan ekonomi jangan mangsakan hak rakyat untuk akses kepada kesihatan dan pendidikan berkualiti kerana tak begitu bijak benarkan alasan krisis ekonomi maka kita pindahkan beban kepada rakyat,” katanya.
Sebelum ini JPM sering dikritik gara-gara berbelanja secara boros termasuk membiayai perjalanan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan jet persendirian yang dikhaskan untuk Perdana Menteri.
JPM menerima peruntukan RM7.1 bilion meningkat kepada RM14 bilion pada 2009, RM12.1 bilion bagi 2010 dan RM15.86 bilion pada 2011.
Perbelanjaan JPM terus meningkat apabila pada 2014 JPM menerima peruntukan tertinggi sebanyak RM22.62 bilion.

1MDB: Polis tunggu laporan Audit Negara - KPN

1MDB: Polis tunggu laporan Audit Negara - KPN Siasatan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih belum lengkap sepenuhnya kerana masih menanti laporan Jabatan Audit Negara, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Jika kita tidak tunggu laporan Audit Negara nanti siasatan kita tidak lengkap, kita perlu kenal pasti kesalahan-kesalahan yang dilakukan untuk kita lengkapkan siasatan.

"Siapa dan bila kita (polis) akan panggil itu bergantung kepada laporan Audit Negara," katanya.

Jelas Khalid pasukan khas polis yang menyiasat 1MDB tidak akan melengkapkan siasatan selagi ada maklumat terbaharu.

Ia termasuk dua laporan polis yang dibuat baru-baru ini yang dibuat berhubung siasatan 1MDB.

Laporan yang pertama dibuat di Sungai Petani mengenai kegagalan Bank Negara Malaysia mengenal pasti kelulusan yang diberi kepada 1MDB sebelum ini.

"Pihak 1MDB pula membuat laporan polis mengenai kebocoran maklumat siasatan oleh Jawatankuasa Kira - Kira Wang Negara (PAC) kepada Wall Street Journal dan Sarawak Post.

"Kami akan menyiasat semua laporan itu dan hanya akan melengkapkan siasatan selepas menerima laporan penuh daripada Jabatan Audit Negara," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penghargaan VTREC kepada PDRM.

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam kenyataan sebelum ini menyatakan siasatan pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih belum selesai kerana belum merekodkan keterangan saksi utama.

Najib berbohong soal kartunis dan hak berekspresi

Oleh Zunar
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. tidak bercakap benar dan mengelak dari menyentuh masalah kekangan kerajaan terhadap kartunis dalam ucapannya dalam majlis Anugerah Kampung Boy 2015 untuk kaertunis di Putrajaya malam tadi.
Najib dipetik media sebagai berkata, bahawa kerajaan membenarkan kartunis menyentuh isu politik.

Ini adalah pembohongan nyata kerana di bawah pemerintahan beliau, karya-karya kartun politik diharamkan dan kartunis politik ditangkap, seperti dalam kes saya sendiri. Dalam ucapan itu juga, Najib menasihati kartunis supaya tidak cuba mengikut gaya lukisan oleh kartunis Charlie Hebdo yang tidak sensitif dalam isu agama. PM tak perlu merawang jauh tentang Charlie Hebdo kerana kartunis-kartunis di Malaysia menghormati sensitiviti agama dan kaum kerana itu ia bukan isu di negara ini. Isu besar yang kartunis hadapi ialah sempitnya ruang berekspesi kerana kekangan undang seperti Akta Hasutan dan juga Akta Mesin Cetak & Penerbitan. Akta-akta ini adalah senjata kerajaan yang menyebabkan kartunis-kartunis tidak berani mengkritik perlakuan rasuah seperti skandal 1MDB dan isu berbilion ringgit dalam akaun peribadi Najib sendiri. Ini menyebabkan kartunis-kaertunis gagal menjalankan tanggungjawab sebagai pengritik kerajaan. (goverment of the day). Kartun lucu, tetapi tindakan kerajaan menyekat kartunis lebih lucu. Akta-akta ini juga menyebabkan akhbar-akhbar arus perdana tidak berani menyediakan ruang untuk kartunis-kartunis yang bersikap kritikal dalam akhbar mereka dan ini membunuh aspirasi kartunis-kartunis baru. Ia jauh berbeza dengan amalam kerajaan Asean lain seperti Indonesia dan Filipina, malah Myanmar sejak akhir-akhir ini.

Pasukan Petugas Khas 1MDB: Khalid sedia jumpa SPRM

Pertemuan itu bagi membincangkan rancangan mengaktifkan semula Pasukan Petugas Khas 1MDB yang dianggotai PDRM, SPRM, Bank Negara dan Jabatan Peguam Negara.
Tan-Sri-Abu-Kassim-Mohamed,Tan-Sri-Khalid-Abu-Bakar
PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan beliau sedia hadir sekiranya dipanggil untuk bertemu dengan Pasukan Petugas Khas yang bertanggungjawab menyiasat skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Katanya, beliau akan berhubung dengan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dalam masa terdekat berhubung perkara itu.
“Tiada masalah apabila dipanggil, nanti saya akan hadir jika sesuai dengan masanya. Saya akan berhubung dengan Tan Sri Abu Kassim, saya tidak tahu siapa yang akan memulakan pertemuan itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis pemakaian pangkat Inspektor kepada Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim di Johor Bahru pada Selasa.
Semalam (Isnin), Abu Kassim berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan ketua pasukan petugas khas yang bertanggungjawab menyiasat isu 1MDB dan mereka ialah Khalid, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali.
Abu Kassim berkata, pertemuan itu bagi mengaktifkan semula peranan Pasukan Petugas Khas berkenaan yang turut dianggotai SPRM dalam menyelesaikan hal berkaitan dengan 1MDB.

Siasatan 1MDB dijangka selesai dalam tempoh tiga bulan - Jabatan Audit

KUALA LUMPUR: Hasil siasatan Jabatan Audit Negara terhadap akaun 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan dikeluarkan dalam tempoh kira-kira tiga bulan lagi.

Timbalan Pengarah Jabatan Audit Negara R. Raja Sunthara Kannan berkata pihaknya sedang melaksanakan fasa kedua siasatan yang lebih terperinci berkaitan beberapa unsur yang belum disiasat.

"Fasa pertama siasatan telah selesai tetapi terdapat beberapa maklumat berkaitan luar negara yang perlu diselesaikan dan kita jangka akan mengeluarkan laporan siasatan dalam tempoh tiga hingga empat bulan lagi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sewaktu Seminar Kelestarian Integriti anjuran Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) bersama Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di sini, hari ini.
Turut hadir ialah bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Zakaria Jaafar, bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Sutinah Sutan dan penganalisis jenayah Datuk Akhbar Satar.

Peguam Negara pertahan 1MDB

PUTRAJAYA - Jabatan Peguam Negara menegaskan bahawa syarikat milik kerajaan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak patut dipersalahkan dalam dakwaan yang dibuat Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini kerana telah melalui proses yang dibenarkan.

Peguam Negara, Tan Seri Mohamed Apandi Ali  berkata, BNM sepatutnya meminta maklumat itu sejak tahun 2009 lagi bukannya sekarang.

"Jika BNM tidak memohon maklumat tertentu atau khusus, bagaimana 1MDB harus dipersalahkan apabila mereka telah mengisi borang dan menjawab soalan yang diperlukan? (Ketika permohonan dibuat)," soal Apandi dalam sidang media di pejabatnya, hari ini.

Apandi turut mendedahkan bahawa terdapat tiga kebenaran yang diperolehi oleh 1MDB daripada BNM untuk membuat kiriman wang pada 29 September 2009, September 6, 2010 dan 20 Mei 2011.

Katanya, BNM tidak mengambil lebih daripada tiga hari untuk memberikan keizinan terhadap ketiga-tiga permohonan itu.

Tambah beliau lagi,  semua borang-borang yang berkaitan bagi kiriman wang dalam kes ini tidak diperlukan pemohon menyatakan nombor akaun bank dan benefisiari.

Tak perlu ikat Ringgit tapi ‘ikat’ Najib -Rafizi

Dia menyokong kenyataan Gabenor Bank Negara bahawa nilai Ringgit akan meningkat jika Perdana Menteri berundur dan masalah 1MDB diselesaikan segera.
Rafizi Ramli, 1MDB, Parliament, Najib Razak
PETALING JAYA: Kaedah terbaik untuk menyelesaikan masalah ekonomi negara adalah dengan cara ‘mengikat’ Datuk Seri Najib Tun Razak bukannya mengikat Ringgit kepada USD.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata, ‘mengikat’ Najib sehingga beliau berundur dan menyelesaikan segera masalah 1MDB akan membantu mata wang negara terus pulih.
“Saya setuju dengan kenyataan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang mengatakan tidak ada keperluan lagi untuk mengikat Ringgit kepada USD.
“Kejatuhan mata wang Ringgit bukan disebabkan prasarana ekonomi negara huru hara tetapi masalah utama adalah 1MDB dan Najib.
“Mudah sahaja, tak ada keperluan ikat mata wang, kita hanya perlu ikat Najib,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR.
Sebelum ini, Zeti dilaporkan berkata, Bank Negara tidak melihat ada keperluan untuk mengikat Ringgit kepada USD.
Zeti juga dilaporkan bersetuju nilai Ringgit akan naik semula sekiranya isu 1MDB diselesaikan.

Siasat individu lindungi penjenayah ikut Sosma, kata Zaid


Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) perlu digunakan bagi menghukum individu yang menghalang institusi awam daripada menjalankan tugas mereka, kata bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim.
Katanya, ini termasuk mereka ‘yang melindungi penjenayah’ yang mungkin adalah Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali sendiri.
"Satu hari nanti, kita mungkin terpaksa siasat Peguam Negara sendiri jika benar beliau terbabit melindungi individu tertentu,” kata Zaid ketika dihubungi Malaysiakini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Apandi berhubung keputusan Pejabat Peguam Negara yang memutuskan 'untuk tidak mengambil tindakan lanjut berhubung siasatan Bank Negara ke atas 1MDB.
Jawapan Zaid juga merujuk kepada tweet yang dibuatnya berhubung kenyataan lain oleh Apandi (bawah, kanan) hari ini bahawa Sosma adalah undang-undang prosedur dan tidak terhad kepada pengganas.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggung jawab terhadap portfolio undang-undang itu juga bersetuju dengan Peguam Negara bahawa Sosma tidak seharusnya terhad kepada aktiviti keganasan.
"Pengganas bukan sahaja seseorang yang merusuh di negara ini menggunakan pistol. Ia terpakai kepada sesiapa yang cuba memusnahkan atau menghalang institusi awam daripada melakukan kerja mereka.

PAS-PERKASA umum jalin kerjasama rasmi

KUALA LUMPUR - Dalam perkembangan yang boleh dianggap 'sejarah', Pas dan Perkasa hari ini berada di pentas sama untuk menzahirkan kebersamaan dalam tiga perkara utama yang menjadi tumpuan hari ini.

Tiga perkara itu ialah dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), tindakan ke atas bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam Mattias Chang serta isu Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membacakan kenyataan media bersama susulan pertemuan yang diadakan NGO itu dan Pas.
"Pas dan Perkasa menyambut baik titah Raja-Raja Melayu mengenai isu 1MDB dan RM2.6 bilion. Susulan titah Majlis Raja-raja, maka Pas dan Perkasa memohon ampun perkenan Majlis Raja-raja agar mengarah kerajaan menubuhkan (Suruhanjaya di Raja (RCI) mengenai isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion.

"Mengesa pihak berkuasa membebas peguam Matthias Chang dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di bawah tahanan Sosma.

Apa kesudahan pendedahan Zakaria?

Oleh Akmal Nasir
Datuk Seri Zakaria Jaffar membuat mendedahkan bahawa siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia melibatkan “orang paling berkuasa” di Malaysia.Pendedahan oleh bekas timbalan pesuruhjaya SPRM itu mengesahkan beberapa perkara mustahak.
Perkara pertama adalah mengenai gangguan terhadap SPRM. Siasatan ke atas tujuh orang pegawai dan arahan ke atas pegawai SPRM untuk bertukar ke Jabatan Perdana Menteri dalam beberapa bulan yang lepas berkemungkinan ada kaitannya dengan ‘orang paling berkuasa’.
Kedua, walaupun menghadapi pelbagai tekanan dan cabaran, SPRM masih lagi sedang menjalankan siasatan dan ini akan terus menjadi duri dalam daging kepada “orang paling berkuasa” tersebut.Ketiga, pegawai yang tahu selok-belok atau terlibat membantu siasatan ini hanya mampu bersuara setelah mereka dipindahkan atau bersara.
Ini menunjukkan bahawa tekanan oleh “orang paling berkuasa” begitu hebat dan pegawai ini hanya tampil setelah mereka tidak lagi berkhidmat.
Kesimpulannya, jika trend atau perkembangan ini berterusan, memang jelas akhirnya hasil siasatan SPRM akan sia-sia belaka kerana sebarang tindakan terhadap “orang paling berkuasa” tidak akan berlaku selagi beliau berkuasa.
Adakah benar pegawai SPRM perlu suntikan semangat pahlawan?
Jika Bank Negara Malaysia boleh dedahkan hasil siasatan mereka dan menunjukkan pelanggaran undang-undang pemindahan wang oleh 1MDB, maka sudah pasti SPRM juga mampu dedahkan hasil siasatan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Kita perlu tahu tahu identiti dan kesalahan undang-undang oleh “orang paling berkuasa”.

PAS belum berhasrat jalin kerjasama politik dengan Umno

Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali (kanan) pada sidang media di ibu pejabat PAS berkata, sehingga hari ini, PAS hanya menjalankan kerjasama bukan politik dengan Umno dan ia hanya melibatkan isu. Sidang media itu turut dihadiri Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 13 Oktober, 2015. 
Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali (kanan) pada sidang media di ibu pejabat PAS berkata, sehingga hari ini, PAS hanya menjalankan kerjasama bukan politik dengan Umno dan ia hanya melibatkan isu. Sidang media itu turut dihadiri Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali. 

PAS kini hanya menjalankan kerjasama dengan PKR dan belum berhasrat untuk menjalankan kerjasama serupa dengan Umno, kata Pengarah Pilihan Raya Datuk Mustafa Ali.
Mustafa berkata, sehingga hari ini, parti Islam itu hanya menjalankan kerjasama bukan politik dengan Umno dan kerjasama antara 2 parti politik Melayu itu hanya melibatkan isu.
"Pada waktu ini kita tidak ada kerjasama politik (dengan Umno) kita kerjasama dengan PKR sahaja, Pakatan Harapan pun PAS tidak bersama, Umno pun tidak bersama.

"Tetapi tentang isu tidak politik tiada masalah (kerjasama dengan Umno), melibatkan kerjasama dengan kerajaan," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini bersama Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali.  Isu kerajaan perpaduan yang melibatkan penyatuan Umno dan PAS timbul apabila semua ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno di Kelantan turut sama menyokong pindaan Enakmen Jenayah Syariah Kelantan membabitkan undang-undang hudud.
Ekoran perkara itu, krisis tercetus antara blok pembangkang dalam Pakatan Rakyat, apabila DAP secara terbuka menyerang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana membawa usul rang undang-undang persendirian ke Parlimen bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan.

Khairuddin dan Matthias tidak didakwa di bawah SOSMA kata Peguam Negara

Khairuddin dan Matthias tidak didakwa di bawah SOSMA - Peguam Negara
PUTRAJAYA: Peguam Negara mengesahkan dakwaan terhadap Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Mathias Chang bukan di bawah peruntukan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Sebaliknya, Tan Sri Mohamad Apandi Ali menjelaskan kedua-duanya didakwa di bawah peruntukan Seksyen 124L Kanun Keseksaan.

"Saya ingin menjelaskan bahawa pendakwaan Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang adalah di bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan kerana cubaan sabotaj sistem kewangan negara dan perbankan Malaysia.

"Tindakan ini bagi menjawab persoalan yang dikemukakan menerusi laporan media semalam yang mendakwa kerajaan menyalahgunakan kuasa dengan menggunakan SOSMA bagi menahan Khairuddin dan Matthias," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Peguam negara dakwa Bank Negara tak minta penjelasan mengenai pemindahan 1MDB

Jabatan Peguam Negara hari ini menjelaskan keputusannya untuk membersihkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang membuat pengisytiharan tidak tepat berkaitan dengan pelaburan di luar negara, menyatakan Bank Negara Malaysia (BNM) tidak mendapatkan maklumat yang cukup dari firma tersebut untuk menunjukkan ia melanggar undang-undang.
Begitu juga, BNM tidak mengarahkan Deutsche Bank Malaysia Bhd menasihati 1MDB untuk kembali kepada bank pusat itu bagi mengkaji semula kebenaran yang diberikan untuk pengiriman wang itu, kata Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Bercakap pada sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya hari ini, peguam negara berkata ini jelas menunjukkan tidak ada maklumat lanjut yang diminta oleh Bank Negara pada masa tersebut.

"1MDB, dengan cara yang sah, memberikan maklumat yang diperlukan bagi maksud pengiriman wang," katanya. Apandi merujuk kepada tiga kebenaran yang diperoleh oleh 1MDB daripada BNM untuk membuat kiriman wang pada September 29, 2009, 6 September 2010 dan 20 Mei 2011.
Bank Negara tidak mengambil lebih 3 hari untuk memberikan keizinan tersebut dalam ketiga-tiga keadaan, katanya, membaca satu kenyataan media.
Katanya, borang berkaitan bagi tujuan kiriman wang dalam kes ini tidak memerlukan pemohon menyatakan nombor akaun bank dan benefisiari.
Setakat pengetahuan 1MDB, ia hanya perlu mengisi borang berkaitan dan bertindak balas kepada pertanyaan yang dibuat bank pusat itu.
"Jika Bank Negara tidak meminta maklumat tertentu atau khusus, bagaimana 1MDB dipersalahkan kerana ia sudah mengisi borang seperti yang diperlukan dan memberi maklum balas kepada pertanyaan yang dibuat," kata Apandi.
Beliau berkata, pegawai 1MDB ketika dalam proses mendapatkan kebenaran itu, mematuhi arahan yang diberikan, dan oleh itu, kelulusan bank pusat diberikan.
Apandi berkata, melainkan sekiranya boleh ditunjukkan yang pegawai itu sengaja atau secara melulu memberikan maklumat palsu dalam butiran tersebut, mereka tidak melakukan sebarang kesalahan di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang.

Tol naik disebabkan Dr Mahathir?

Tun Dr Mahathir Mohamad
KETIKA isu kenaikan kadar tol hangat diperkatakan, laman pro-Umno MyKMU.net mengaitkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pula dalam isu ini. 
 
Dalam perkongsian hari ini, MyKMU mendakwa kenaikan tersebut berlaku akibat perjanjian konsesi yang diwarisi pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak dari tangan-tangan pemerintah terdahulu.
 
"Perjanjian konsesi itu memang direka sedemikian rupa, macam mana cara pun diakhirnya rakyat yang kena," tulis MyKMU.
 
Menurut MyKMU, tidak banyak yang kerajaan boleh lakukan untuk menghalang kenaikan yang sudah tujuh tahun tertangguh.
 
"Kalau konsepnya memindahkan beban kepada rakyat, itu memang bukan kerja orang lain, selain Tun Mahathir, bapa konsesi negara.
 
"Dialah yang menganjurkan konsep swasta bina – kerajaan anugerah konsesi – rakyat bayar.  Setiap 3 tahun sekali, kadar tol akan dikaji dan kalau kenaikan itu perlu ditangguhkan, kerajaan masih perlu membayar pampasan kepada syarikat konsesi," tulisnya lagi.
 
Perkongsian dari MyKMU tersebut juga mendakwa mana-mana Perdana Menteri selepas (Dr Mahathir) itu, inilah perjanjian yang mengikat mereka.
 

Longgok beban ekonomi kepada rakyat, Najib ‘bunuh diri’

RPETALING JAYA 13 OKT: Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli menyifatkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletakkan beban ekonomi kepada rakyat negara ini sebagai satu tindakan membunuh diri.
Malah pengumuman kenaikan kadar tol di sebahagian besar lebuh raya utama menghubungkan Lembah Klang merupakan tindakan tidak bertanggungjawab kerajaan.
Jelas Rafizi, tindakan tersebut menambah beban rakyat, selain mengundang risiko buruk kepada perkembangan ekonomi Malaysia.
“Tahun 2015 menyaksikan pelbagai dasar dan kenaikan yang meningkatkan beban sara hidup isi rumah di Malaysia.
“Dengan kenaikan kadar tol dan tambang LRT yang bakal berkuatkuasa, setiap isi rumah terutama di Lembah Klang terpaksa membayar lebih.
“Kos pengangkutan di seluruh negara akan meningkat dan sudah pasti akan menyebabkan harga barangan naik, dan akhirnya pendapatan boleh belanja setiap isi rumah di seluruh negara akan berkurangan,” tegas Rafizi pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.
Selain beban kenaikan tol yang berkuatkuasa 15 Oktober ini, rakyat terlebih dahulu dibebani kos hidup yang semakin tinggi ekoran tindakan kerajaan mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 1 April lalu.
Kajian sebuah portal berita mendapati, perbelanjaan purata isi rumah meningkat sehingga 21 peratus dalam beberapa kategori selepas pelaksanaan cukai tersebut.
Keadaan itu tambah teruk apabila nilai mata wang merosot teruk ekoran tindakan pelabur luar yang menarik keluar pelaburan berbilion ringgit disebabkan skandal 1MDB membabitkan Perdana Menteri.
“Dalam suasana ekonomi sekarang, pertumbuhan ekonomi negara lebih banyak bergantung kepada kemampuan rakyat berbelanja, jika kuasa beli pengguna kukuh, kegiatan ekonomi rancak dan dapat terus berkembang walaupun sentimen pelabur antarabangsa kurang memberangsangkan.
“Sebab itu kedangkalan pentadbiran Najib melonggok beban ekonomi negara kepada rakyat sebenarnya tindakan membunuh diri kerana ia membawa risiko kelembapan pertumbuhan enkonomi negara ekoran kurangnya kuasa beli rakyat,” kata Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan.

Harga minyak boleh diturunkan, rakyat bayar mahal angkara k’jaan

PETALING JAYA 13 OKT: Beberapa kesilapan dan kelemahan dalam pengurusan ekonomi kerajaan yang diterajui Datuk Seri Najib Razak mengakibatkan rakyat terus menanggung beban sara hidup.
Satu dari kesan tersebut adalah harga minyak yang mahal walaupun harga minyak mentah dan minyak siap proses sebenarnya kekal murah di pasaran antarabangsa.
Jawatankuasa Ekonomi Pakatan Harapan (PH) berkata, harga minyak mahal yang terpaksa ditanggung rakyat berpunca dari kesilapan kerajaan menetapkan formula bagi harga bahan api itu.
R3“Kesilapan pertama ialah apabila formula menetapkan harga bulanan untuk RON95, Diesel dan RON97 menggunakan harga rujukan di dalam mata wang Dollar Amerika (USD),” jelas anggota jawatankuasa tersebut, Rafizi Ramli.
Tambahnya, kerajaan Umno BN sejak tahun 1980-an telah menggunakan harga rujukan dari Singapura dalam menentukan kos minyak mentah.
Sedangkan maklumat lebih tepat bagi menentukan harga minyak untuk dijual boleh ditentukan berdasarkan maklumat dari beberapa syarikat minyak yang memproses minyak di Malaysia sendiri.
“Kita ada empat loji penapisan minyak di Malaysia, harga sebenarnya boleh ditentukan berdasarkan maklumat dari kilang penapisan ini,” kata Rafizi.
Kelemahan kerajaan mentadbir mata wang sehingga menyebabkan nilainya jatuh teruk berbanding Dollar Amerika turut disifatkan menjadi punca rakyat terpaksa membayar harga yang tinggi untuk bahan api itu.
“Walaupun harga minyak dalam USD sebenarnya kekal murah, tetapi apabila diterjemahkan ke dalam ringgit menggunakan formula itu ia menjadi mahal akibat faktor mata wang dan bukannya kerana harga minyak di pasaran mahal.

Pakatan Harapan bentang mekanisme kekalkan harga tol

R 2PETALING JAYA 13 OKT: Jawatankuasa Ekonomi Pakatan Harapan (PH) menggesa kerajaan melaksana beberapa langkah bagi memastikan ekonomi negara terus berkembang.
Menyifatkan ia langkah penting bagi menangani sentimen pelabur antarabangsa yang kurang memberangsangkan, satu tindakan segera jelas mereka perlu diambil bagi memulihkan kuasa beli rakyat.
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dalam sidang media jawatankuasa itu percaya ia dapat dilakukan dengan memastikan kadar tol dikekalkan selain menurunkan harga bahan api kenderaan pada kadar sepatutnya.
“Kita perlu lakukan sesuatu dengan segera untuk menyelesaikan masalah ekonomi rakyat, kami sedang melihat pendekatan yang boleh diambil untuk kurangkan beban rakyat.
“Kami yakin kadar tol boleh dikekalkan dan harga minyak sewajarnya lebih murah,” tegasnya di Ibu Pejabat KEADILAN.
Mekanisme tersebut yang disebut “first right of refusal” jelas Setiausaha Agung KEADILAN itu lagi, adalah amalan biasa dalam perjanjian komersial.
Selain dapat mengekang peningkatan kadar tol, mekanisme itu memberi pemegang konsensi sedia ada untuk mendapat keutamaan untuk terbabit dalam projek-projek lebuh raya akan datang.
Peluang itu menurutnya, sebagai pertukaran untuk tidak mengenakan peningkatan kadar tol kepada rakyat.
“Pemegang konsensi sedia ada tidak perlu bimbang tentang keuntungan yang berkurangan kerana mereka mempunyai peluang untuk terlibat dalam projek kerajaan akan datang dengan syarat perjanjian akan datang ditetapkan secara adil mengikut kadar keuntungan yang munasabah,” tambahnya.

Formula elak tol dan minyak naik

Kenaikan tol dan minyak menjadikan ekonomi negara semakin lembap kerana kuasa beli pengguna semakin berkurangan.
Rafizi-Ramli_toll_600
PETALING JAYA: Pakatan Harapan menyenaraikan dua formula kepada kerajaan untuk mengekalkan kadar tol dan mengelak kenaikan harga minyak di pasaran tempatan.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata, bagi mengekalkan harga tol, kerajaan perlu menyemak semula perjanjian berat sebelah dengan syarikat konsesi bagi mengelak pampasan melampau.
“Pakatan Harapan juga menyeru Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof lebih kreatif dalam membela rakyat dan merundingkan semula dengan pemegang konsesi dengan tawaran “First right of refusal” dalam projek lebuh raya akan datang pada kadar keuntungan berpatutan sebagai pertukaran mengekalkan kadar tol sedia ada,” katanya dalam sidang media pada Selasa.
Bagi mengelak kenaikan harga minyak pula, Pakatan Harapan mencadangkan kerajaan merombak kembali sistem penetapan harga minyak yang menggunakan harga rujukan mengikut USD.
Katanya kesilapan yang dibuat kerajaan apabila formula menetapkan harga bulanan RON95, diesel dan RON97 menggunakan harga rujukan mengikut USD.
“Sejak 1980, kerajaan Barisan Nasional (BN) menggunakan harga rujukan dari Singapura di dalam USD untuk menentukan kos minyak mentah dan memproses minyak mentah sedangkan maklumat yang lebih tepat boleh diperolehi terus dari syarikat-syarikat minyak di Malaysia,” katanya.
Katanya, harga minyak di pasaran tempatan tinggi berbanding harga semasa kerana kejatuhan nilai Ringgit disebabkan kelemahan kerajaan mengurus negara.
“Walaupun harga minyak di dalam USD sebenarnya kekal murah, apabila ia diterjemahkan ke Ringgit menggunakan formula, tiba-tiba, ia menjadi mahal akibat faktor mata wang (bukan kerana harga minyak mahal),” katanya.

Jangan naik harga barang hanya kerana tol naik kata Menteri Umno

Kenaikan tol sebenarnya bertujuan membolehkan kerajaan menyediakan lebih banyak bantuan serta kemudahan kepada rakyat pada masa akan datang.
hamzah,tol
PETALING JAYA: Peniaga diingatkan agar tidak menjadikan alasan kenaikan kadar tol di 12 lebuh raya bermula Khamis ini untuk menaikkan harga barangan sesuka hati.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainuddin berkata, kenaikan kadar tol yang diumumkan kerajaan hanya melibatkan lebuh raya tertentu khususnya di sekitar Lembah Klang.
“Kenaikan ini bukan semua tol, tapi hanya lebuh raya dalam bandar sahaja. Berapa banyak lori yang pakai lebuh raya ini.
“Jadi kenapa dia (peniaga) nak naikkan harga barang. Berapa peratus sahaja lebuh raya yang naik, dia kena buat kiraan,” katanya yang dipetik daripada sebuah laman portal pro kerajaan.
Beliau menghadiri majlis Pra-Pelancaran Hari Pengguna Kebangsaan 2015 dan Kempen Cintai Buatan Malaysia pada Selasa.
Hamzah menegaskan, kenaikan kadar tol sebenarnya bertujuan membolehkan kerajaan menyediakan lebih banyak bantuan serta kemudahan kepada rakyat pada masa akan datang.
Beberapa syarikat konsesi lebuh raya utama di Lembah Klang mengumumkan kenaikan kadar tol berkuat kuasa Khamis ini.
Antara lebuh raya itu berkenaan ialah Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Kajang-SILK, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (SMART).
Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT) dan Lebuhraya Cheras-Kajang (GRAND SAGA).

Naik tol langgar slogan prinsip BN

ABIM RAIMISHAH ALAM, 13 OKT : Peningkatan kadar tol di beberapa lebuh raya mulai Khamis ini melanggar slogan dan prinsip ‘rakyat didahulukan’ yang gah dilaungkan Barisan Nasional (BN).
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohamad Raimi Ab Rahim, berkata kerajaan tidak sensitif terhadap keluhan rakyat di sebalik situasi ekonomi yang semakin menekan.
“ABIM mengambil berat perkembangan yang berlaku dan kerajaan seharusnya responsif kepada hasrat rakyat bahawa kenaikan kadar tol itu membebankan dan perlu dihentikan segera.
“Perkembangan ini amat mendukacitakan di saat ekonomi merudum, semua pihak perlu memainkan peranan menuntut supaya kenaikan tol tidak diteruskan,” katanya kepada Selangor Kini.
Raimi berkata, rakyat perlu terus memberi tekanan bagi memastikan kerajaan tidak mengambil tindakan sewenangnya membelakangkan kepentingan masyarakat.
“Kalau tekanan dan tuntutan rakyat kuat serta mempunyai asas kukuh, kerajaan tiada pilihan melainkan ambil pendekatan berbeza yang mendahulukan rakyat.
“Masanya sudah tiba untuk kerajaan mendengar rakyat dan kita kena terus berusaha untuk memastikan kadar tol tidak dinaikkan,” katanya.
Penyelarasan struktur kadar tol mulai 15 Oktober ini, menyaksikan peningkatan kadar tol di 11 lebuhraya.
Antaranya Lebuh Raya LATAR, Lebuh Raya Maju (MEX), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Plaza Tol Gombak dan Bentong di Lebuh Raya Kuala Lumpur–Karak (KLK), Lebuh Raya SILK, Lebuhraya Baru Pantai (NPE) dan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE).