Isnin, 12 Oktober 2015

Tol naik: Apa kata rakyat Malaysia?


"TERIMA kasih kerajaan," itu antara respons seorang pelayar laman sosial Facebook selepas kadar bayaran tol di beberapa lebuhraya diumum akan dinaikkan mulai Khamis ini.
Seorang pelayar lain pula menyifatkan ia sebagai satu peluang yang baik untuk rakyat 'bersedekah' kepada kerajaan."Aku memang suka tol naik. Nak sedekah banyak-banyak kat kerajaan," kata Haris berjenaka.Tinjauan Sinar Online di laman sosial mendapati majoriti netizen tidak berpuas hati selepas berita kenaikan kadar tol dilaporkan hari ini.
"GST, tol, denda IC hilang RM1,000, nanti tambang pengangkutan awam, tahun depan elektrik pula. Harga rumah yang tak masuk akal, harga kereta yang tak turun seperti dijanjikan," luah Kamal di Facebook."Tiada usaha untuk meringankan beban rakyat langsung. Semua berita yang menambahkan lagi beban rakyat," kata Shahril di laman sosial sama.Di laman mikro Twitter, majoriti pelayar juga meluahkan rasa marah dan kecewa terhadap berita tersebut.
"Nampaknya kos perjalanan pergi balik aku dari rumah ke UIA akan bertambah lagi seringgit sebab tol Duke naik," kata St-Pierre."Harga tol naik lagi, darah aku pun dah naik jugak ni," kata Ain.Seorang pengguna twitter, Rosniza mengutarakan persoalan yang menarik."Tol naik harga ni dapat kurangkan (trafik) jamm ke?" tulisnya.

Sumber Jawapan Bertulis Parlimen : Konsesi Tol, Kos Pembinaan, Pampasan Dibayar & Tempoh Konsesi

Najib terpalit skandal hutang RM42 bilion.. BUKAN ISU PENTING !!!


RM2.6 bilion masuk akaun bank peribadi Najib..
juga BUKAN ISU PENTING !!!

YANG PENTING.. jaga hati rakyat, bagi BR1M supaya UMNO & BN BOLEH MENANG lagi 'rompak' kekayaan negara & kantong rakyat DAN KENCINGKAN RAKYAT !!!

SETELAH MAHATHIR - KU LI - MUHYIDDIN DUDUK SEMEJA, BERAPA LAMA HAYAT NAJIB LAGI?

Politik Malaysia mencatat satu lagi peristiwa menarik hari ini apabila Tun Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah yang bermusuhan sejak hampir 30 tahun dulu akhirnya duduk semeja di Yayasan Kepimpinan Perdana.

Turut bersama mereka ialah Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal yang baru dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada 28 Julai lalu. Sanusi Junid dan Ong Tee Keat juga turut hadir, cuma Dr Ling Liong Sik tidak dapat bersama kerana ada urusan di luar negara.

Sekali imbas, terlihat seolah-olah isu 1MDB dan undang-undang Sosma telah menyatukan mereka bukan saja untuk duduk semeja, bahkan nampak akrab sehati sejiwa.

Tun Mahathir dan Tengku Razaleigh atau Ku Li secara rasminya bermusuh apabila bertembung untuk jawatan Presiden UMNO pada pemilihan 1987. Ia kemudian membawa kepada pengharaman UMNO  pada 1988 di mana selepas itu Tun Mahathir menubuhkan UMNO Baru, manakala Ku Li berjuang melalui Semangat 46.

Walaupun Ku Li sedia membubarkan Semangat 46 pada 1996 untuk menyertai UMNO secara beramai-ramai, kedua-duanya tidak pernah duduk semeja dalam isu-isu yang melibatkan negara  mahupun UMNO kemudiannya seperti kes pemecatan Anwar Ibrahim ataupun ketika berlakunya gelombang menjatuhkan Tun Abdullah Badawi.
Kalau pun ada Tun Mahathir dan Ku Li duduk semeja hanyalah ketika dua tiga kali bekas Perdana Menteri itu berkunjung untuk berbuka puasa di kediaman bekas Menteri Kewangan itu di Jalan Langgak Golf, tidak jauh dari KLCC.

Dalam masa yang sama, kedua-dua negarawan itu  tidak pernah pula berbalah atau berbeza pendapat secara terbuka, baik melalui media ataupun di mana-mana forum yang lain.

Pendeknya, hubungan mereka ialah bergaduh tidak, baik sangat pun tidak juga. Namun, kedua-duanya saling menghormati antara satu sama lain dan jika terserempak pula selalu bergurau senda dan saling ketawa.

Tetapi hari ini Tun Mahathir dan Ku Li telah duduk semeja dan kemudian mengeluarkan kenyataan bersama dengan lima pemimpin lain iaitu Muhyiddin, Shafie, Dr Ling Liong Sik, Ong Tee Keat dan Sanusi Junid mengecam penahanan Khairuddin Abu Hassan dan Mathias Chang dibawah Sosma kerana membuat laporan berkaitan kemelut 1MDB di luar negara.

Apakah Tun Mahathir dan Ku Li sedia duduk semeja semata-mata kerana Sosma sahaja? Apakah ada perbincangan lain lagi selain Sosma?

Apakah pula perancangan mereka selepas ini? Ditambah dengan adanya Muhyiddin dan Shafie yang baru dipecat oleh Najib dan duduk sekali dengan mereka, manakala Tun Mahathir pula diketahui konsisten mahu menyingkirkan Perdana Menteri, episod seterusnya tentu saja tidak lari daripada topik kerusi yang sedang diduduki Najib sekarang ini.

Duduknya semeja Tun Mahathir dan Ku Li hari ini sebenarnya adalah  hasil beberapa kali pertemuan antara keduanya sebelum ini. Mungkin ada yang mengetahui tentang pertemuan itu dan mungkin juga ada yang tidak menyedarinya, tetapi Tun Mahathir dan Ku Li tidak pernah berbicara secara terbuka tentangnya.

Pada hakikatnya, Sosma hanya titik permulaan kepada gerakan yang lebih besar oleh Tun Mahathir untuk menyingkirkan Najib kerana didakwa melakukan banyak kerosakan kepada parti dan negara serta lebih memungkinkan BN kalah dalam pilihanraya.

Kadar baru tol buat rakyat merempat...pemimpin tetap bermewah..!!

Kenaikan kadar baru tol akan buat rakyat menyampah dengan kerajaan
 toll-plaza,-Mohamed-Shafie
PETALING JAYA : Kenaikan kadar oleh enam pemegang konsesi lebuhraya akan menjadikan rakyat di negara ini merempat.
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI MLC), Mohamed Shafie BP Mammal berkata, keadaan itu menambahkan lagi beban yang ditanggung selepas mereka dibebani dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kenaikan harga barang, kenaikan harga minyak dan keadaan gaji yang teruk.
“Saya rasa kenaikan ini tidak kena pada waktunya. Ada baiknya kerajaan tangguh dulu. Tak payah naikkan (kadar tol).
“Rakyat pun rasa naik marah. Kalau kerajaan tidak ada duit, cari kaedah lain bukan dengan cara macam ini. Ini disebabkan kebanyakan pengangkutan awam kita amat teruk, bukannya bertambah baik,” katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today pada Isnin.
Dia berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kadar baru tol berkuatkuasa pada 15 Oktober ini.
Menurutnya, kerajaan sepatutnya tidak memikirkan kepada keuntungan semata-mata tetapi harus memikirkan kepada kesusahan rakyat.
“Macam sekarang ini bila tak cukup (duit), dia bebankan pengguna. Pengguna bukannya sentiasa ada duit..pengguna miskin juga.
“Ada baiknya kerajaan ambil langkah yang positif, jumlah yang patut dibayar kepada tol itu patutnya kerajaan yang bayar dulu. Itu namanya kerajaan,” katanya.
Shafie menambah, kerajaan juga sepatutnya tidak menjadikan perkara-perkara seperti kenaikan kadar tol, minyak dan harga barang sebagai suatu kebiasaan.
“Setiap kali naik, setiap kali naik…rakyat pun dah naik menyampah. Cari satu kaedah lain yang terbaik,” ujarnya.

Pakatan terakhir untuk singkirkan Najib

Oleh Mohd Sayuti Omar
Pagi ini telah berlangsung satu sidang media khas yang dikendalikan oleh Mahathir Mohamad di pejabatnya di Yayasan Perdana. Sidang media itu untuk menyatakan bantahan terhadap penahanan bekas ketua Umno bahagian Batu Kawan, Khairuddin Hassan yang menyerang Najib Razak bersabit isu 1MDB.
Apa yang agak istimewa sidang media Mahathir itu, ianya disertai sama oleh Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Shafei Afdal yang dipecat jawatan kabinet baru-baru ini.
Ia tambah menarik lagi apabila ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razleigh Hamzah juga ikut serta dalam sidang akhbar itu bersama bekas Setiausaha Agung Umno, Sanusi Junid dan juga bekas persiden MCA Ong Tee Keat juga hadir. Walaupun sidang akhbar itu dibuat untuk menyatakan bantahan ke atas penahanana Khairuddin dan peguamnya Mathias Chang dibawa SOSMA, tetapi ia membawa maksud lebih jauh dari itu. Sudah pasti "sidang media" itu mencemaskan Najib menyebabkan PM itu perlu bertindak pantas.
Apakah sidang media itu sebagai menandakan bermulaanya serangan terakhir Mahathir kepada Najib yang masih utuh di kerusinya kini?
Belum pernah sebelum ini Tengku Razaleigh sedia mencemarkan duli menghadiri diri dalam mana-mana sidang akhbar Mahathir yang ada motif politik. Apakah sidang akhbar itu dibuat sebelum satu perbincangan khas diadakan oleh kumpulan penentang Najib itu bagi membawa usul undi tidak percaya terhadap Najib dalam parlimen kelak?
Kita tunggu perkembangan seterusnya....

PKR perlu pilih antara Harapan atau PAS

oleh Hazlan Zakaria
Walaupun saya tidak berapa pasti adakah MB Selangor Azmin Ali bercakap mewakili parti, saya percaya yang apa yang dikatakannya memberi kesan kepada bagaimana PKR akan menentukan masa hadapannya.
Lagi pula dia merupakan penggerak utama dalam banyak gerakan menentang dalam parti politik itu, daripada krisis MB Selangor yang dicetuskan oleh Langkah Kajang sehinggalah pergelutan berterusan yang masih berlaku kini.
Dia mungkin akan menjadi orang penting dalam beberapa peralihan kuasa yang akan berlaku nanti dalam parti, malah sebahagiannya sudah dia kawal.

Maka kenyataanya yang PKR akan terus bekerjasama dengan parti Islam PAS di luar struktur formal pakatan yang baru yang baru dibentuk dikenali sebagai Pakatan Harapan perlu diberikan perhatian.
Ini kerana tindakan ini ialah menabur benih untuk satu lagi siri perpisahan yang mencengkam gabungan Pakatan.
Mudah difahami mengapa PKR memerlukan PAS- untuk mengukuhkan sokongan lemah akar umbinya selain daripada menyediakan ruang untuk masuk kepada orang Melayu.
PKR, walaupun merupakan parti serpihan Umno, tidak mempunyai akar umbi yang kuat yang boleh digunakan oleh parti Melayu itu. PAS, yang secara teknikalnya juga serpihan Umno, boleh menyediakan perkara itu.
Tetapi dalam keadaan cuba menyelamatkan hubungan kerja dengan PAS, PKR pastinya menimbulkan rasa kurang senang kepada ahli lain Harapan yang telah memberikan kata janji.
Parti Amanah Negara (PAN) dan DAP pastinya tidak akan bekerjasama dengan PAS yang telah berterus terang menentang dua parti itu.
Azmin dilaporkan menjustifikasikan pandangannya, berkata yang selaku peimpin, mereka perlu berani untuk mengakui yang mereka tidak mengetahui atau melakukan semuanya dan perlu bekerjasama dengan NGO lain atau parti pembangkang.
Tetapi keberanian juga ialah soal menetapkan pendirian dan berpegang kepada janji. Keberanian bukan soal bermain selamat hanya semata-mata mahu menyelamatkan kepentingan parti sendiri.
Inilah yang dilakukan oleh PKR kini, masih memegang kedua pihak, dengan memberikan janji kepada Harapan tetapi masih mahu berhubung baik dengan PAS.

Kadar tol 15 lebuh raya naik mulai Khamis

"MUNAFIK SEKOR BANGSAT"
KUALA LUMPUR: Mulai 15 Okt, 15 syarikat konsesi lebuh raya di Lembah Klang akan mengenakan kadar baharu bagi laluan tol, dengan kenaikan antara 10 sen dan RM3.

Kadar baharu itu membabitkan Lebuhraya Lingkaran Kajang (SILK), Lebuhraya SMART, Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Bertingkat Ampang Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Penyuraian Trafik KL-Barat (SPRINT), Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) dan Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS).

Jurucakap ANIH Berhad berkata kadar tol baharu KLK di Plaza Tol Gombak adalah RM6 (kelas satu), RM12 (kelas dua), RM18 (kelas tiga), RM3 (kelas empat) manakala kelas lima kekal RM5.

"Bagi Plaza Tol Bentong pula, kelas satu RM3.50, kelas dua RM7, kelas tiga RM10.50, kelas empat RM1.80, dan kelas lima masih kekal RM3," katanya sepertimana dipetik Bernama, di sini, hari ini.

Kelas satu adalah untuk kereta, kelas dua bagi lori kurang daripada satu tan, kelas tiga lori besar dan treler, kelas empat teksi dan kelas lima untuk bas.

Sementara itu bagi Lebuhraya MEX, Maju Expressway Sdn Bhd dalam satu kenyataan berkata kadar tol baharu bagi Plaza Tol Salak Selatan adalah RM2 (kelas satu), RM4 (kelas dua), RM6 (kelas tiga), RM1 (kelas empat) dan RM1.50 (kelas lima).

Kadar baharu bagi Plaza Tol Putrajaya ialah RM3.50 (kelas satu), RM7 (kelas dua), RM10.50 (kelas tiga), RM1.80 (kelas empat) dan RM2.50 (kelas lima).

Mesyuarat khas pimpinan pusat PKR anti klimaks, kata ahli majlis

Mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR semalam menjadi anti klimaks apabila petisyen yang dibuat sebahagian ahlinya dilihat seolah-olah menyerang presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Mesyuarat yang sepatutnya panas bertukar sejuk apabila pihak berkenaan menjadi defensif dan meminta mesyuarat itu ditenangkan dan diselesaikan dengan cepat, kata seorang pemimpin PKR kepada The Malaysian Insider tanpa mahu dinyatakan namanya.
Katanya, sebelum mesyuarat, seorang pemimpin kanan PKR meminta Dr Wan Azizah mempercepatkan mesyuarat itu kepada 30 minit sahaja bagi mengelakkan pertembungan.

Bahkan ketika mesyuarat akan berlangsung, seorang lagi pemimpin kanan PKR membisikkan kepada setiausaha agung Rafizi Ramli agar mesyuarat itu diselesaikan dengan segera. "Saya tanya Rafizi selepas mesyuarat, apa yang dibisikkan, Rafizi kata dia minta mesyuarat diselesaikan cepat, kalau boleh 30 minit sahaja," kata pemimpin berkenaan.
MPP PKR mengadakan mesyuarat khas petang semalam berikutan satu petisyen yang ditandatangani 25 ahlinya mendesak mesyuarat khas diadakan ekoran pengumuman pembentukan Pakatan Harapan pada bulan lalu.
Ia diumumkan oleh Dr Wan Azizah selepas sidang meja bulat 3 parti iaitu PKR, DAP dan Parti Amanah Negara serta beberapa badan bukan kerajaan (NGO), tanpa penglibatan PAS.
Ekoran itu, sebahagian pimpinan PKR tidak berpuas hati dan mengusulkan satu petisyen agar mesyuarat khas diadakan segera.
Menurut sumber pimpinan PKR, Rafizi menjadi sasaran mereka dengan dakwaan beliau menjadi pemain di belakang pengumuman Dr Wan Azizah itu.
Mesyuarat semalam bermula jam 5.15 petang dan berakhir hampir jam 7 malam.
Namun, mesyuarat penuh MPP hanya berlangsung kira-kira satu jam sahaja kerana satu jam lagi ialah mesyuarat bersama wakil rakyat PKR.
"Mesyuarat semalam menjadi anti klimaks selepas 'hoha-hoha' sebelumnya.
"Bahkan Kak Wan juga menunjukkan kehebatannya sebagai pemimpin walaupun ramai yang mempertikaikan kepimpinan beliau sebelum ini," kata sumber PKR itu merujuk kepada Dr Wan Azizah.
Dalam mesyuarat semalam, 2 pimpinan PKR mempertikaikan kewajaran pengumuman Pakatan dibuat padahal ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menghantar nota agar semua parti, termasuk PAS, dimasukkan dalam pakatan baru itu.

Skandal 1MDB: Bekas TKP SPRM mahu AG bantu

Bekas timbalan ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Seri Zakaria Jaffar berkata peguam negara patut bersikap tegas dalam menentukan kelulusan pendakwaan sesuatu kes. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim, 12 Oktober, 2015.
KUALA LUMPUR - Pasukan Pertugas Khas menyiasat syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibentuk sebelum ini perlu diaktifkan semula.

Bekas Timbalan Ketua Persuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Zakaria Jaafar berkata, cadangan itu dirasakan perlu jika benar Pasukan Petugas Khas itu tidak pernah dibubarkan seperti mana kenyataan Pejabat Peguam Negara sebelum ini.

"Kalau masih ada (Pasukan Petugas Khas) maka aktifkan semula. Rakyat mahu tahu apa hasil laporan siasatan.

"Saya difahamkan pasukan petugas khas tidak bermesyuarat sejak Tan Sri Abu Kassim (Mohamad) -Ketua Pesuruhjaya SPRM kembali dari luar negara untuk mendapatkan maklumat bagi mengukuhkan siasatan akhir Julai 2015," katanya pada sidang media Majlis Paluan Berundur sempena persaraan beliau selepas 33 tahun berkhidmat bersama SPRM, hari ini.

Sebelum ini, Majlis Raja-raja Melayu bertitah agar siasatan 1MDB diselesaikan secepat mungkin.

Katanya, walaupun SPRM tidak menyiasat kes 1MDB, tetapi mesej tersebut juga merujuk kepada siasatan ke atas SRC International dan dana RM2.6 bilion yang bersangkut dengan 1MDB secara langsung dan tidak langsung.

"Kita ada sokongan rakyat, kita ada sokongan Majlis Raja-raja Melayu. Kita tidak boleh benarkan mana-mana pihak mengganggu siasatan SPRM.

"Saya yakin Tan Sri Abu Kassim akan memastikan siasatan dijalankan dengan baik. Kami tidak akan berputus asa dan kes ini akan diselesaikan sehingga akhirnya," katanya.

Katanya, SPRM tidak akan menghantar kes yang sedang disiasat tanpa keterangan daripada tiga individu yang sedang dicari.

Tiada bangkai pesawat MH370 di Selatan Filipina - KPN


Khalid Abu Bakar

KUALA LUMPUR  – Pihak berkuasa Filipina telah mengesahkan bahawa tiada bangkai pesawat MH370 ditemui di selatan negara itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pengesahan itu sekali gus menolak dakwaan kononnya ada bangkai pesawat yang dipercayai MH370 ditemui di negara itu.
  
"Tak betul... Filipina sahkan tidak ada bangkai kapal terbang," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas kepada Bernama hari ini.
  
Pada Sabtu lalu, seorang lelaki bernama Jamil Omar membuat laporan di Balai Polis Sandakan yang mendakwa ibu saudaranya menemui bangkai pesawat di hutan
Pulau Sugbay, Tawi-Tawi di Filipina awal September lepas.
   
Dalam laporan itu, lelaki berkenaan turut mendakwa wanita itu menemui banyak rangka manusia dalam pesawat terbabit selain menjumpai sehelai bendera Malaysia berukuran 178sm panjang dan 89sm lebar.
  
Pesawat Malaysia Airlines MH370 dilaporkan hilang pada 8 Mac tahun lepas ketika melakukan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.
  
Pencarian pesawat itu bertumpu di selatan Lautan Hindi yang mana penerbangan itu dipercayai berakhir sejak lebih setahun lepas. - Bernama

“Catch 22” buat Najib bila pengkritik dalam Barisan semakin lantang

oleh Alyaa Alhadjri
Selepas penampilan umum terbaru oleh veteran Umno dan BN yang mengkritik pentadbirannya, PM kita mungkin berhadapan dengan pilihan sukar yang tidak akan memberikan manfaat kepadanya.
Jadi, apa pula sekarang? Dalam tindakan tergesa untuk mendiamkan pengkritik Najib Razak dalam parti, Umno menyifatkan menjadi satu kesalahan untuk mana-mana ahlinya menghadiri sidang akhbar yang dianjurkan pembangkang.
Parti itu mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada bekas timbalan menteri Saifuddin Abdullah, yang kemudiannya meminta penjelasan untuk satu tuduhan yang disifatkan kabur.
Pengkritik Saifuddin dalam Umno menggelarkannya sebagai “api dalam sekam”, tetapi pihak lain pula merasakan yang dia sedang memainkan peranan talam dua muka.
Tetapi kali ini ahli-ahli peringkat akar umbi juga tidak takut untuk bersuara, apatah lagi dengan veteran Barisan Nasional yang mengambil masa berdekad untuk membina pengaruh dan kuasa mereka dalam gabungan pemerintah itu.
Mathias ChangMathias Chang
Mereka tidak kerugian apa-apa dan sebuah sidang akhbar di Putrajaya hari ini (12 Ot), bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad bergabung tenaga dengan bekas pesaingnya Tengku Razaleigh Hamzah dan menyuarkan kebimbangan mereka kepada tindakan kerajaan mendakwa bekas timbalan ketua Umno Batu Kawan Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Mathias Chang.
Mereka juga disertai oleh timbalan presiden Umno Muhyiddin Yassin, naib presiden Umno Shafie Apdal, veteran Umno Sanusi Junid dan bekas presiden MCA Ong Tee Keat.
Semua pemimpin ini secara berasingan telah lama mengkritik cara Najib mengendalikan cabang pelaburan negara sarat hutang 1Malaysia Development Berhad serta “derma” RM2.6 bilion yang dimasukan ke dalam akaun peribadinya.
Bagaimanapun, ini ialah kali pertama, mereka bergabung bersama-sama sehingga menyebabkan pemerhati menyifatkan ini ialah cubaan yang dilakukan untuk memaksa pengunduran Najib selaku perdana menteri, dengan menentang penahanan Khairuddin dan Chang menggunakan Akta Keselamatan dan Kesalahan Keselamatan (Langkah Khas) 2012 (Sosma).
Dua individu itu telah didakwa dengan cubaan mensabatoj sistem perbankan Malaysia dengan membuat laporan mengenai skandal 1MDB.
“Bagaimana mereka berdua ini, yang bukanlah orang kaya, mensabotaj sistem kewangan dan perbankan? Penggunaan undang-undang baru ini sepatutnya digunakan untuk pengganas tetapi sudah jelas yang kerajaan kini menggunakan undang-undang ini untuk semua perkara, terutama sekali kepada mereka yang mengkritik kerajaan.
“Jadi mereka mendefinisikan sabotaj menurut pemahaman dan keperluan mereka tanpa mematuhi matlamat undang-undang,” kata Mahathir, dipetik berkata oleh laman berita Malaysiakini.
Mahathir, yang mendesak pembebasan segera kedua-dua individu itu, juga menyifatkan penahanan dan pendakwaan itu sebagai salah guna kuasa oleh kerajaan pemerintah.
Sementara itu Tengku Razaleigh pula dilaporkan berkata yang penahanan dua orang itu ialah satu tindakan melangkah ke belakang kepada negara selepas pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang sebelum ini digunakan untuk menahan tahanan politik tanpa bicara.

1MDB rosakkan maruah Malaysia, kata Muhyiddin

Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata rakyat Malaysia malu untuk mengakui kewarganegaraan mereka selepas isu 1MDB menerima perhatian umum. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 12 Oktober, 2015.  
Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata rakyat Malaysia malu untuk mengakui kewarganegaraan mereka selepas isu 1MDB menerima perhatian umum. 

Integriti Malaysia terkesan akibat daripada kontroversi membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pagoh, Johor, hari ini.
Beliau berkata rakyat Malaysia kini malu untuk mengakui kewarganegaraan mereka selepas isu 1MDB menerima perhatian umum.
"Saya rasa tidak adil tapi saya faham kenapa," kata Muhyiddin dalam ucapannya di hadapan ketua-ketua kampung di Pagoh.

"Saya di Indonesia baru-baru ini menghadiri program golf kebajikan dan ada seorang agak dikenali menghubungi saya dan nak berjumpa. "Beliau nak tahu apa sebenarnya berlaku di Malaysia. Saya beritahu kebenarannya. Ini berlaku di luar negara. Mereka risaukan negara jiran, Malaysia," kata Muhyiddin.
Beliau berkata rakyat mahukan kebenaran berkenaan 1MDB dan apa yang kerajaan lakukan dengan isu semasa.
"(Rakyat nak tahu) sama ada ianya ada kaitan dengan kepimpinan atau kerajaan. Bagaimana kita nak jelaskan? Macam mana kita nak pilih maklumat yang tepat? Caranya hanya menyoal dan berkata benar," kata Muhyiddin.
Beliau berkata, komuniti global pernah membicarakan mengenai kehebatan Malaysia, tapi tidak lagi.
"Kita dikenali kerana pembangunan pesat, ekonomi dan pembangunan, tetapi sekarang hanya benda tak baik mcm perkara baik dah hilang."
Muhyiddin dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri kerana mengkritik 1MDB secara terbuka pada Julai, namun beliau masih lagi memegang jawatan timbalan presiden Umno.
Katanya menguruskan 1MDB memberikan kesan kepada kepimpinan dan integriti negara dan Umno, parti pemerintah negara.

Muhyiddin pastikan semua ahli Parlimen BN undi Sosma, kata menteri Umno

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan di akaun Twitternya, ‘mengingatkan’ bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin beliau yang mengetuai usaha bagi memastikan Sosma diluluskan di Dewan Rakyat. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 12 Oktober, 2015. 
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan di akaun Twitternya, ‘mengingatkan’ bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin beliau yang mengetuai usaha bagi memastikan Sosma diluluskan di Dewan Rakyat.

Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menyertai veteran Barisan Nasional (BN) dalam mengkritik Putrajaya kerana menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Sosma terhadap penentang kerajaan, merupakan ketua whip yang memastikan semua wakil rakyat parti itu mengundi untuknya di Parlimen, kata seorang menteri Umno.
Datuk Abdul Rahman Dahlan menyuarakan di akaun Twitternya, "mengingatkan" Muhyiddin beliau yang mengetuai usaha bagi memastikan Sosma diluluskan di Dewan Rakyat.
Menggunakan akaun Twitter @mpkotabelud, menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan itu menulis:

"Sosma adalah lebih baik daripada ISA. Malah bekas Ketua Whip BN, TSMY memastikan semua ahli Parlimen BN termasuk Ahli Parlimen Semporna mengundinya dalam parlimen," tulisnya menggunakan singkatan untuk nama Muhyiddin dan merujuk kepada Datuk Seri Shafie Apdal sebagai wakil rakyat Semporna. Muhyiddin sebagai bekas timbalan perdana menteri merupakan ketua whip BN di Parlimen sehingga beliau digugurkan dalam rombakan Kabinet pada 28 Julai lalu.
Beliau selama ini lantang mengkritik firma pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan cara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengendalikan skandal kewangannya.
Rahman, yang juga pengarah komunikasi strategik BN, turut menulis tweet mempertahankan Sosma.
"Tidak seperti ISA, di bawah Sosma, kedua-dua (Datuk Seri) Khairuddin (Abu Hassan) dan Matthias (Chang) akan melihat nasib mereka di mahkamah. Jadi biarlah mahkamah menentukan sama ada mereka bersalah atau tidak."
Dalam tweetnya yang lain, Rahman berkata: “Rakyat masih ingat ISA dia dan 22 tahun perkhidmatannya yang ‘penuh warna warni’ sebagai PM. Cukuplah tu!” dan “Bunyinya seperti bersikap #HolierThanThouAttitude. Bagaimanapun, 22 tahun budaya ketakutan tidak dapat dinafikan.”
Tweet Rahman jelas merujuk kepada perdana menteri paling lama berkhidmat Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengetuai sidang akhbar yang dihadiri Muhyiddin tersebut awal hari ini, bersama beberapa pemimpin kanan BN lain yang mengkritik penggunaan Sosma terhadap bekas pemimpin cawangan Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang.

Zakaria: No turning back on ‘high profile’ case

There should be an independent panel to vet the investigation papers by MACC on the “high profile” case before being forwarded to the Attorney-General.
Zakaria-Jaffar_sprm_600
KUALA LUMPUR: MACC deputy commissioner (management and professionalism) Zakaria Jaffar explained during a farewell speech, in conjunction with his last day at work after 33 years, 2 months and 11 days in service, that it was sheer coincidence that the anti-graft body was investigating a “high-profile” personality on wrongdoing just as he was about to retire. “Based on our tradition, investigations must continue even though witnesses may be missing and there are attempts to hide them. This case has gone international.”
“In the Perwaja case, although there were agencies which closed the case, MACC continued with its efforts even to the extent of going overseas in search of evidence and proof.”
Delving into details, he said that MACC was investigating SRC International, a Ministry of Finance (MoF) owned subsidiary formerly under 1MDB, and a case involving a RM2.6 billion political donation, “ I am confident that MACC officers will ensure that these cases are watertight and as complete as possible,” said Zakaria. “We don’t want to see a situation where those who have to vet our investigation papers find a reason or excuse not to accept our recommendations.”
“In my 30-odd years with MACC, I know that the process of proving a case is not easy. Our case must be strong enough to bring to Court.”
The current high-profile investigation in particular, he reminded, will be a test in the people’s eyes of the extent to which MACC was free, transparent and professional. “We have already activated our policy of being closer to the people.”
“We have seen of late that the people have increased confidence in us. They understand the functions and roles of MACC as an anti-graft body.”
Zakaria expressed the hope that MACC officers will continue to be firm and professional in bringing this particular “high-profile” case to a closure. “This is important so that the people will continue to support MACC as an anti-graft body.”
He warned against allowing MACC’s position as a free, transparent and professional body to be compromised by anyone with an ulterior motive. “Keep the recent call by the Conference of Rulers in mind. In fact, in line with the call by the Rulers, there should be an independent panel to vet the investigation papers by MACC on this particular ‘high profile’ case before being forwarded to the Attorney-General.”

FINAL COUNTDOWN FOR NAJIB: DR M, KU LI, MUHYIDDIN JOIN FORCES AS NO-CONFIDENCE VOTE NEARS

FINAL COUNTDOWN FOR NAJIB: DR M, KU LI, MUHYIDDIN JOIN FORCES AS NO-CONFIDENCE VOTE NEARS
KUALA LUMPUR - As Prime Minister Minister Najib Razak ratchets up authoritarian measures to stem the advance of his political rivals, an unprecedented alliance is being formed to oust him from power and bring him and his family to justice for alleged kleptocracy and grand-scale corruption. Over the past week, the talk in top political inner circles is that former deputy prime minister Muhyiddin Yassin had struck a deal with the newly-formed Pakatan Harapan parties, who are preparing to move a no-confidence motion in Parliament against Najib.
And this morning itself, ex-prime minster Mahathir Mohamad announced in Najib's Putrajaya stronghold, the joining of forces of Umno bigwigs including Muhyiddin and Gua Musang MP Tengku Razaleigh, Sabah leader Shafie Apdal, and former Kedah chief minister Sanusi Junid.
Their mission is ostensibly to 'criticise' Najib for charging and sacking ex-Batu Kawan Umno division chief Khairuddin Abu Hassan and lawyer Matthias Chang.
But insiders read this as the 'final countdown' for Najib and his unpopular wife Rosmah Mansor.
"Make no mistake. This is the prelude or equivalent of announcing they will be challenging Najib in the no-confidence vote, whether the motion is raised by the Opposition or by Umno-BN themselves," a political source told Malaysia Chronicle.
"And mind you, no-confidence vote is only one channel. So is defeating Najib's Budget 2016 plan. There are other ways to go about to bring Najib down. The important thing is the joint stand taken by the big wigs. This is a real warning to Najib."
Umno-BN to stay in power, only Najib goes
Ku Li indicated as much when he played down the chances of a successful confidence motion against Najib, who has been accused of buying the loyalty of Umno-BN Members of Parliament.
"We were told the speaker has the right to reject any effort like that because it is not stated in the standing orders," The Malaysian Insider reported Ku Li as saying.
"So any efforts to have such a motion that is not allowed by the Speaker will be futile if we want to bring it. But there are other ways to approach this," the Kelantan prince was careful not to reveal too much, declining to elaborate on his words.
Former Umno minister Sanusi Junid, however, minced no words. He stressed they were not looking to replace Umno-BN with the Opposition in government. He insisted the ruling coalition could still be saved, claiming the current ills shrouding Malaysia were due solely to Najib and not the coalition as a whole.
"What we want is to remove Najib while keeping Umno and Barisan Nasional in power," said Sanusi.
Landmark presser in Putrajaya
The landmark press conference is also attended by former MCA president Ong Tee Keat, who surely must represent the interests of some, if not all of the 7 seats that the Chinese-based party holds in Parliament.
Khairuddin and Matthias, who have been vocal critics of Najib's 1MDB sovereign fund, were charged today with alleged sabotaging of the Malaysian economy when they lodged police reports against 1MDB in France, United Kingdom, Switzerland, Hong Kong and Singapore, between June 28 and August 26 this year‎.
Time's up for Najib
While the Attorney-General’s Chambers may have cleared 1MDB of any wrongdoing, it is really a question of when, and not if Najib will have to resign. All the indications so far show that Najib has been pushed to a corner and it is only a matter of time before he is evicted from the office of prime minister.

Kadir: Najib under pressure on missing sums, RM2.6b

The Sosma arrests show that when someone lodges a report on a wrongdoing, all laws will be used to cover up that wrongdoing.
kadir-jasin_najib_1mdb_new_600
KUALA LUMPUR: A former veteran newsman took to his blog to point out that Prime Minister Najib Abdul Razak faces mounting calls to explain massive sums of money allegedly missing from the Ministry of Finance-owned 1MDB, touted as a strategic investment and development arm, as well as an expose that nearly USD700 million in mysterious transfers had been made to his personal banking accounts.
For one, he said, former Prime Minister Mahathir Mohamad linked hands with Tengku Razaleigh Hamzah, a one-time rival, to condemn the use of the Security Offences (Special Measures) Act (Sosma) against 1MDB critics, sacked Umno Batu Kawan deputy divisional chief Khairuddin Abu Hassan and lawyer Matthias Chang.
“A joint statement issued by them together on Monday with Umno Deputy President Muhyiddin Yassin, Umno Vice- President Shafie Apdal, former Kedah Menteri Besar Sanusi Junid and former MCA Chiefs Ong Tee Keat and Ling Liong Sik, said that it was ‘shameful’ that a person accused of wrongdoing was not defending himself, and instead prosecuting others (whistleblowers),” said former New Straits Times Group Editor-in-Chief Kadir Jasin.
He was commenting as well on Khairuddin and Chang being charged on Monday with attempting to “sabotage” the banking sector, after being detained for their efforts to highlight the Prime Minister’s alleged corruption.
Resuming his take on the joint statement, he noted that Ling was not present during the press conference by the Barisan Nasional (BN) “big guns”.
“To the sound mind, the Sosma arrests show that when someone lodges a report on a wrongdoing, all laws will be used to cover up that wrongdoing,” Kadir quoted the big guns as saying. “They added that ‘isn’t it shameful when someone who is accused of a crime does not do anything to prove his innocence, but instead the person lodging the report on the wrongdoing is arrested’.”


Petugas khas siasat 1MDB: Abu Kassim mahu jumpa IGP, Zeti

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tan Sri Abu Kassim mahu berjumpa dengan ketua-ketua agensi yang membentuk pasukan petugas khas bagi menyiasat 1MDB.
"Saya tidak kisah jika mesyuarat diadakan dan saya mahu berjumpa dengan ketua-ketua badan petugas khas,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Peguanm Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali bahawa badan petugas khas itu tidak pernah dibubar atau dihapuskan.
 Abu Kassim bagaimanapun tidak menyatakan bila rancangannya untuk berjumpa dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.
Bercakap kepada wartawan di Akademi SPRM di Kuala Lumpur hari ini, katanya, beliau akan memulakan kerjanya esok.
"Saya akan mula kerja dan tangani perkara-perkara penting,” katanya tanpa mahu mengulas lanjut.
Beliau juga memaklumkan dirinya akan bercuti selama seminggu minggu depan.
Abu Kassim, yang lama tidak beraksi sejak menjalani pembedahan untuk membuang pertumbuhan di tulang belakang pada 7 Ogos, berkata beliau tidak akan bekerja sepenuh masa untuk seketika.
"Sama seperti permainan bola sepak. Saya tidak boleh bermain sepenuh masa, hanya separuh masa," katanya secara berseloroh.
Menurut Abu Kassim, beliau memerlukan tempoh sebulan sebelum ia boleh bekerja sepenuh masa.
Bagaimanapun, beliau kelihatan lebih sihat hari ini berbanding penampilan awam terakhirnya pada 1 Oktober, apabila memerlukan tongkat, dan tidak boleh berdiri cukup lama untuk membaca ucapannya.

Pas berpatah arang dengan Pakatan Harapan.......

Ia mendakwa sudah serik dengan permainan DAP yang sering menjadikan parti itu sebagai mangsa serangan.
tuan-haji-man,pakatan-harapan
PETALING JAYA: Pas membuat keputusan tegas untuk tidak menyertai Pakatan Harapan kerana sudah serik dengan permainan DAP.
Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu sudah serik dengan permainan DAP dan tidak akan membiarkan ia menjadi mangsa serangan.
“Bagi Pas dengan DAP ini (sudah dua tiga kali) terkena.
“Dulu DAP tarik diri daripada Barisan Alternatif (BA), kemudian DAP ‘serang’ Pas selepas muktamar dan selepas dengan muktamar ini, kita tidak mungkin buat kerjasama dari segi politik,” katanya yang dipetik daripada Antarapos
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali pada Ahad dilaporkan berkata, PKR masih mengharapkan Pas menyertai gabungan itu.
Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR juga dalam kenyataan media mengharapkan penyertaan Pakatan Harapan diperluas kepada Pas dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Susulan kenyataan itu, Tuan Ibrahim menasihatkan PKR supaya menghormati dasar dan perjuangan Pas yang tidak mungkin dikorbankan semata-mata kerana mahu menyertai Pakatan Harapan.

Saman Liong Sik: Najib belum buat keputusan

Peguam Najib masih menunggu arahan sama ada meneruskan saman atau tidak terhadap Ling Liong Sik.

PETALING JAYA : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak belum memberi arahan kepada peguamnya sama ada meneruskan saman terhadap bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik kerana membuat kenyataan memfitnahnya.
Bercakap kepada FMT, peguam Najib, Nor Emelia Mohd Iszeham berkata, mereka sedang menunggu arahan seterusnya daripada Perdana Menteri.
Katanya, mereka telahpun menerima jawapan balas daripada peguam Liong Sik, Ranjit Singh Yeoh, terhadap notis tuntutan saman yang dihantar kepada bekas Menteri Pengangkutan itu pada 5 Oktober lalu.
“Peguam Liong Sik mempertikaikan permintaan kandungan notis tuntutan yang dihantar 5 Oktober lalu. Mereka berpegang kepada kenyataan media Liong Sik pada 7 Oktober. Beliau tidak akan meminta maaf.
“Kami masih belum mendapat arahan daripada Perdana Menteri sama ada mahu meneruskan atau tidak dengan saman,” katanya.
Pada 3 Oktober lalu, Liong Sik dilaporkan oleh portal MalayMailOnline (MMO) beliau menyokong kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed bahawa Najib seharusnya meletakkan jawatan kerana mengambil duit rakyat untuk diri sendiri.
“Saya bersetuju dengan Mahathir. Ini kerana beliau (Najib) telah mengambil duit rakyat dan memasukkan ke akaun peribadinya,” katanya.
Pada 5 Oktober, peguam Najib telah menghantar notis tuntutan saman dan menuntut Liong Sik memohon maaf dan menarik balik kenyataannya dalam tempoh tujuh hari.
Liong Sik bagaimanapun menyatakan enggan memohon maaf dan sedia berhadapan dengan Najib di mahkamah.

Nah rasakan korang semua... Bahana risiko TAK TUKAR KERAjaan..

Seronok tak dpt BR1M dipercepatkan..
Kemudian harga minyak naik...
Sekarang kadar tol NAIK PULA !!!

MASIHKAH ANDA INGAT.. "Dgn duit BR1M cukup untuk belanja selama setahun" -Najib
 "MUNAFIK SEKOR BANGSAT"

Is RM2.6bil donation a bribe?

8 tol hadapi kenaikan yang membebankan rakyat, kaji semula - FOMCA


"MUNAFIK BANGSAT"

Guling Kerajaan Tak Apa, Guling PM Jadi Jenayah - Sanusi

Muhyiddin: Ahli Umno Kena Berani Bersuara

Sosma: Kerajaan Salah Guna Kuasa - Tun M

Ku Li: Kena Guna Cara Selain Undi Tak Percaya

Syed Ali bimbang jika Umno terlucut kuasa...penjenayah politik dalam bahaya..!!



Ketua Umno Cheras Syed Ali Alhabshee hari ini menyuarakan kebimbanganya jika Umno dan BN berada dalam keadaan getir dalam pilihan raya sehingga boleh terlucut kuasanya mentadbir negara ini.
Menulis dalam blognya hari ini, beliau menyeru kepimpinan tertinggi Umno kembali ke meja rudingan mencari jalan untuk menguatkan parti sekaligus mengetepikan kebencian dan kepentingan peribadi.
"Kita tidak mahu Umno terlucut kuasa kerana kesannya amat pahit kepada rakyat, orang Melayu dan negara ini.
"Kita selalu kata, berkhidmat untuk kepentingan rakyat. Jadi demi kepentingan itu, semua pihak sewajarnya duduk semeja mencari formula baru untuk menguatkan parti," katanya.
Pada masa yang sama, Syed Ali mengakui Umno berdepan krisis keyakinan akibat pelbagai tekanan isu semasa dan pergeseran dalaman dikhuatiri akan mengurang sokongan Melayu.
"Kita akui Umno berada dalam situasi sukar, berdepan pelbagai tekanan dan ancaman, oleh sebab itu pemimpin yang memegang amanah perlu bertanggungjawab dan jujur mencari jalan penyelasaian," katanya.
Bekas senator itu juga berkata Umno perlu menyelesaikan permusuhan dalaman bagi memastikan parti itu kekal relevan sebagai institusi atau payung kepada orang Melayu.
"Kita berbangga dengan kekuatan Umno, ya, parti itu kuat dan relevan untuk orang Melayu, tetapi sampai bila? soal setiausaha Umno Wilayah Persekutuan itu.
Dalam blognya juga, Syed Ali berkata Umno harus berusaha mengembali kekuatan dan reputasinya supaya kekal dihormati oleh parti komponen BN walaupun beliau mengakui ada pemimpin tidak lagi menghormati Umno.

Gugur Najib: Tidak boleh buat undi tidak percaya - Tengku Razaleigh


Tengku Razaleigh Hamzah

PUTRAJAYA - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berpandangan, usaha untuk membawa usul undi tidak percaya pada sidang Parlimen akan datang tidak akan berjaya.

Ini kerana kata veteran Umno itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat mempunyai kuasa untuk menolak sebarang usul yang tidak disebut dalam standing orders (Perintah Tetap Parlimen).

"Kita ada hak untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap kerajaan yang memerintah.

"Tetapi kita juga diberitahu bahawa Yang Dipertua Dewan Rakyat berhak menolak apa jua usul kerana ia tidak disebut dalam Perintah Tetap yang dipakai dalam Dewan Rakyat.

"Jika awal-awal lagi sebarang usaha untuk kemukakan usul tidak diizinkan speaker jadi..," katanya mengulas tindakan yang boleh dilakukan oleh Ahli Parlimen mengenai undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun Tengku Razaleigh berkata, ada cara lain yang boleh dibuat, namun beliau dilihat enggan mengulas lebih lanjut.

Shafie: 'Ini satu peringatan kepada kerajaan'

Shafie Apdal PUTRAJAYA - Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal, menegaskan bahawa sidang media bersama itu sebagai peringatan kepada kerajaan agar menggunakan undang -undang secara adil.

Beliau berkata, penangkapan Matthias Chang selaku peguam kepada Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan Langkah-Langkah Khas (Sosma 2012) adalah mencabuli prinsip perundangan tersebut.

"Peguam yang ikut (membela) Khairuddin turut ditahan bawah akta yang sama. Ini salah guna undang-undang yang ada, dalam undang-undang ada kebebasan untuk melindungi seseorang.

"Saya berpendirian jangan wujudkan ketakutan kepada rakyat. Sidang media ini sebagai peringatan atau tekanan kepada kerajaan agar jangan gunakan undang-undang tanpa berlandaskan keadilan," katanya.

Shafie yang digugurkan daripada Kabinet berkata, beliau turut terlibat dalam pembentukan Sosma dan jelas bahawa undang-undang itu digubal bagi tujuan mengekang aktiviti pengganas dan bukannya menyekat usaha ahli politik untuk mencari kebenaran.

Selain Shafie, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri turut muncul dalam sidang media bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana, hari ini.

Sudahkah anda BERJIHAD hari ini.. ???

"Keluarlah dari kediaman kamu dan pandu kereta ke Plaza TOL. kerana bayar TOL itu juga JIHAD'...

Nak pahala berlipat kali ganda BERJIHAD.. ???
"Tunaikanlah kewajipanmu bayar tol mulai Khamis ini (15 Oktober)"

Bila dah BOCOR, marah & gelar PENGKHIANAT..

Bila kadar tol baru didedahkan, KENAPA LAGI MAHAL DARIPADA YANG DIBINCANGKAN (tol SILK) ???

SIAPA PENGKHIANAT SEBENARNYA !!!

SEPANJANG MASA RAKYAT DIKENCINGKAN NAJIB !!!

Bila cina-MCA gesa Najib letak jawatan.. KENAPA MEMBISU !!!.. sudah mati ka ?? atau hilang ketelorannya !!

Bila cina-DAP gesa Najib letak jawatan..
Bukan main meroyan 'baju merah' pertahan MARUAH MELAYU.

Komplot jatuhkan Najib satu kesalahan besar-Sanusi

Ia berbeza dengan komplot menjatuhkan kerajaan kerana tiada pemimpin pembangkang ditahan

sanusi-junid,najib,1mdbPUTRAJAYA: Komplot menumbangkan kerajaan bukan kesalahan besar berbanding menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid berkata, jika tidak sudah tentu semua pemimpin pembangkang ditangkap kerana cuba menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Jelasnya, itulah yang terjadi Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang kerana telah ditahan dan didakwa kerana mahu menjatuhkan Najib.
“Tindakan kerajaan seolah-olah cubaan menjatuhkan kerajaan bukan satu jenayah sebaliknya cubaan menjatuhkan Perdana Menteri pula dianggap sebagai jenayah,” katanya.
Katanya lagi, penahanan Khairuddin dan Mathias di atas dakwaan cuba mensabotaj ekonomi negara merupakan perbuatan tidak masuk akal.
“Pendakwaan terhadap dua individu ini yang tidak begitu mewah, berhutang, atas kesalahan cuba mensabotaj industri perbankan negara dan dunia tidak masuk akal,” katanya dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana pada Isnin.

Kalau singkir saya, saya lagi popular dari Siti kata Muhyiddin

Muhyiddin Yassin
PUTRAJAYA - "Sekiranya saya disingkir daripada Umno, pengaruh dan populariti yang saya dapat mungkin lebih dari Datuk Siti Nurhaliza (Tarudin)," seloroh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Hadir pada  sidang media bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa pemimpin lain, Muhyiddin yakin bahawa kehadirannya tidak akan dikenakan tindakan undang-undang oleh Jawatankuasa Tatatertib Umno.

Menurutnya lagi, meskipun berhadapan dengan asakan penyingkirannya dalam Umno, ia tidak menghalang beliau untuk terus bersuara demi rakyat.

"Bila Tun (Mahathir) ajak saya untuk sama-sama berada di sini, saya rasa itu langkah betul untuk dilakukan. Saya yakin apa yang disebut oleh Tun, saya berpegang kepada prinsip keadilan.

"Saya tidak bimbang untuk berada di sini. Memang saya masih dalam Umno, tapi itu tidak halang saya untuk menunjukkan perasaan saya terhadap apa yang berlaku salam negara.

Muhyiddin berkata, apa yang dilakukan hanyalah untuk membuktikan perjuangan  Umno kepada rakyat.

Menurutnya lagi, perjuangan beliau dilakukan atas dasar keadilan, kebebasan dan kepentingan rakyat.

"Ini menunjukkan meskipun dalam satu rumpun sama, ada teras yang berbeza. Parti tidak sarankan kita mendukung sesuatu secara membuta tuli.

"Ini hak kita untuk bersuara.. Kalau ada sesuatu yang kita rasa kita perlu suarakan, jadi kita perlu suarakan," tegasnya lagi.

Dunia sedang memerhati siri tangkapan baru, kata Rafidah

Bekas seorang menteri kanan, Tan Sri Rafidah Aziz hari ini menyifatkan sebagai tidak produktif tindakan kerajaan sedia ada di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menggunakan pendekatan yang keras dalam menangani perbezaan pendapat.
Dengan menyenaraikan siri tangkapan dan penahanan individu-individu sejak kebelakangan ini atas pelbagai sebab, seperti menjatuhkan belon dari atas atau membuat laporan polis terhadap apa yang mereka lihat sebagai penyelewengan dan putar belit, Rafidah berkata, ianya jelas bahawa kini terdapat sikap tidak bertoleransi terhadap sebarang perbezaan pendapat dari sesiapa sahaja.
"Perbezaan pendapat kini telah diterjemahkan sebagai 'anti-kerajaan' dan 'anti-kepimpinan', dan bahagian-bahagian tertentu undang-undang yang sedia ada sedang digunakan untuk menjustifikasikan tangkapan," katanya dalam catatan Facebook.
Katanya, ia agak merisaukan terhadap sikap tidak bertoleransi langsung seumpama itu terhadap perbezaan pendapat.
"... pada masa apabila terdapat isu-isu yang melanda rakyat dan membimbangkan mereka.
"Terutamanya jika perbezaan pendapat itu sememangnya mencerminkan perasaan majoriti besar. Dan kini, dengan siri tangkapan, dunia sedang memerhati...," kata Rafidah yang juga bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri dan bekas ketua Wanita Umno.

Selamatkan Umno sebelum rakyat sendiri kuburkan Umno

Anina Saadudin


Sebagai sebuah parti yang berusia 69 tahun, Umno seharusnya menjadi parti yang matang dan berwibawa untuk menjadi contoh teladan kepada parti lain bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara.
Jika Umno itu seorang manusia, usia 69 tahun adalah tempoh bonus yang diberikan Allah untuk hidup. Maka dia perlu memperbanyakkan kebaikan dan menggelakkan dosa.
Ketika usia inilah banyak penyakit akan dihadapinya. Jadi, dia perlu memperbanyakkan makanan yang berkhasiat tinggi. Tidak lagi boleh menyapu apa sahaja yang terhidang di atas meja.

Ketika inilah dia perlu pandai memainkan peranannya terhadap cucu, anak dan menantu. Segala masalah keluarga akan ditangani dengan berhemah supaya anak cucunya akan melalui hidup dengan penuh teladan. Sebagai seorang ahli Umno yang kononnya dilucutkan keahlian, saya dukacita dengan cara pemimpin Umno menjaga parti tersebut hari ini.
Jika dilihat dalam konteks "product life cycle" (kitaran hidup), Umno sedang melalui fasa di mana grafnya sedang sloping down (menjunam) ke arah declining stage (peringkat bawah).
Dalam prinsip pemasaran apabila produk tersebut mencecah "saturation stage" (tepu), yakni fasa sebelum "declining stage", produk tersebut perlulah bersedia dengan keputusan strategik sama ada melakukan modifikasi produk, menamatkan pengeluaran atau strategi lain untuk kelangsungan produk.
Contohnya Perodua memperkenalkan model baru Myvi dengan modifikasi lampu dan aksesori selepas model asalnya mengalami tahap tepu dalam jumlah jualan.
Ini membolehkan Perodua terus menikmati jualan yang sentiasa meningkat dan seterusnya syarikat akan terus bertahan dan membangun dalam pasaran automatif.
Berbalik kepada Umno, apabila ianya melepasi fasa tepu, pemimpinnya bagai tidak sedar diri dan masih angkuh dengan sifat pekak dan tuli.
Mereka bagaikan lupa jumlah undi yang diperoleh parti itu dalam PRU12 dan PRU13 bukan lagi tepu malah sudah menurun dalam graf yang bukan landai malah menjunam.
Umno wajib menukar kepimpinannya yang sedia ada dan segera melakukan langkah strategik untuk melakukan modifikasi terhadap bagaimana parti tersebut ditadbir supaya sesuai dengan perkembangan persekitaran. Dalam usaha tersebut, Umno perlulah berani berubah.
Ahli ialah aset penting parti. Mereka adalah "intangible asset" (aset bukan ketara) kepada parti. Ini adalah kerana ahli partilah yang akan berusaha keras di semua peringkat untuk menguatkan parti.
Namun, hari ini Umno menganggap ahli-ahlinya yang lantang bersuara mengkritik parti sebagai liabiliti kepada parti.
Umno sudah menjadi lebih kritikal apabila bukan sahaja ahli biasa yang ditekan dan ditakut-takutkan dengan risiko tindakan disiplin atau pemecatan keahlian, malah pemimpin dari kumpulan tertinggi seperti Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal juga di"cold storage" (sejuk beku) kan dengan tindakan menggugurkan keahlian mereka dalam Kabinet hanya kerana mengkritik beberapa isu dalam pentadbiran negara.

10 fakta anda perlu tahu tentang SOSMA

Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012, lebih dikenali sebagai SOSMA, memperuntukkan langkah-langkah khas berhubungan dengan kesalahan keselamatan.

Tujuannnya untuk mengekalkan ketenteraman awam, keselamatan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Definisi

SOSMA digubal untuk membendung aktiviti seseorang atau kumpulan yang mahu mengguling atau melemahkan negara, apatah lagi dunia hari ini berhadapan dengan ancaman-ancaman baru yang merentas sempadan.

Apa yang dianggap ancaman di bawah SOSMA?
  • menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu;
  • membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong;
  • memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya;
  • mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang;
  • Dan Parlimen berpendapat bahawa adalah perlu tindakan itu dihentikan.

10 fakta penting yang perlu anda tahu tentang SOSMA:

1. Seorang pegawai polis boleh, tanpa waran, menangkap dan menahan mana-mana pihak yang berkenaan dengannya jika dipercayai terlibat dalam kesalahan keselamatan.

2. Seseorang yang ditangkap hendaklah dimaklumkan dengan seberapa segera yang boleh, mengapa dia ditangkap.

3. Tiada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan di bawah seksyen ini semata-mata atas kepercayaan politiknya atau aktiviti politiknya.

4. Pihak yang ditangkap boleh ditahan selama 24 empat jam bagi tujuan penyiasatan.

5. Polis boleh melanjutkan tempoh tahanan untuk tempoh yang tidak lebih daripada 28 hari.

6. Peranti pengawasan elektronik boleh dipasangkan pada tertuduh yang dilepaskan.

7. Jaminan tidak boleh diberikan kepada seseorang yang dipertuduh atas kesalahan keselamatan.

8. Semua kesalahan keselamatan hendaklah dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi.

9. Semasa perbicaraan, Mahkamah tidak boleh memerintahkan Pendakwa Raya mengemukakan apa-apa maklumat yang dianggap sensitif dan memudaratkan keselamatan atau kepentingan negara.

10. Seseorang tertuduh yang dipenjarakan di bawah seksyen ini, hendaklah ditahan sehingga semua rayuan dibereskan.

Selepas gesaan Muhyiddin, Anina mahu ramai ahli Umno tampil buat perubahan

Anina Saadudin hari ini menggesa supaya ahli Umno menyambut gesaan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu melihat lebih ramai berani menyatakan pendirian, serta mendesak perubahan pucuk pimpinan parti dilakukan segera.
Bekas ahli Wanita Umno Bahagian Langkawi itu berkata, tiada jalan lain untuk menyelesaikan kemelut dalaman yang dihadapi sekarang ini melainkan perubahan dibuat segera.
Bekas ahli Wanita Umno Bahagian Langkawi Anina Saadudin berkata, tiada jalan lain untuk menyelesaikan kemelut dalaman yang dihadapi sekarang ini melainkan perubahan dibuat segera. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Oktober, 2015. "Umno wajib menukar kepimpinannya yang sedia ada dan segera melakukan langkah strategik untuk melakukan modifikasi terhadap bagaimana parti tersebut ditadbir supaya sesuai dengan perkembangan persekitaran.

"Dalam usaha tersebut, Umno perlu berani berubah," katanya kepada The Malaysian Insider. Anina berkata, Umno sekarang dipimpin oleh pemimpin yang angkuh kerana enggan mendengar suara akar umbi.
"Berbalik kepada Umno, apabila ianya melepasi fasa tepu, pemimpinnya bagai tidak sedar diri dan masih angkuh dengan sifat pekak dan tuli.
"Mereka bagaikan lupa jumlah undi yang diperoleh parti itu dalam PRU12 dan PRU13 bukan lagi tepu malah sudah menurun dalam graf yang bukan landai malah menjunam," katanya.
Anina berkata keadaan Umno sekarang kritikal, apabila bukan sahaja ahli biasa ditekan malah pemimpin tertinggi juga terkena tempias, sebagai contoh pemecatan Muhyiddin dan Datuk Seri Shafie Apdal daripada Kabinet.
"Umno sudah menjadi lebih kritikal apabila bukan sahaja ahli biasa yang ditekan dan ditakut-takutkan dengan risiko tindakan disiplin atau pemecatan keahlian, malah pemimpin daripada kumpulan tertinggi seperti Muhyiddin dan Shafie juga di 'cold storage' (peti sejuk) dengan tindakan menggugurkan mereka dalam Kabinet hanya kerana mengkritik beberapa isu dalam pentadbiran negara," katanya.

Pertahan Sosma, menteri Umno ingatkan Dr M guna ISA terhadap lawan politik


Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Keruak mengingatkan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kepada penentangnya sebelum ini.
Kenyataan itu dibuat bagi menjawab kritikan Mahathir dan beberapa tokoh Umno, termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin, terhadap penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) terhadap pengkritik dalam isu 1MDB.
Membandingkan dengan ISA, Salleh berkata Sosma yang menggantikannya membenarkan perbicaraan untuk mempertahankan diri dan akan dibebaskan jika tidak bersalah.
“Semasa Mahathir menjadi perdana menteri, dia gunakan ISA kepada penentang dan pengkritik kerajaan yan gmana tiada perbicaraan,” kata Salleh.
Pada 2011, katanya lagi, sepuluh penyokong bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, ditahan tanpa bicara atas dakwaan menjadi pengganas.
“Enam orang menjalani hukuman penjara dua tahun dan mahkamah kemudian memutuskan mereka bukan pengganas dan penahahan mereka tidak sah,” katanya di blog.
Mahathir dan musuh politiknya Tengku Razaleigh Hamzah hari ini mengambil langkah mengejutkan dengan membuat sidang media bersama bagi menyatakan rasa tidak senang dengan penangkapan bekas naib ketua Umno Batu Kawan.

Arrest me if you must, Dr M tells authorities

Former PM says going by the Government’s definition, anybody who criticises Najib Razak is liable to be arrested under Sosma.
mahahatir,arrested
PUTRAJAYA: Dr Mahathir Mohamad has challenged the authorities to arrest him under the Security Offences (Special Measures) Act (Sosma) 2012 since according to their definition, anybody who speaks up against Prime Minister Najib Razak is deemed to have committed an act of sabotage against the government.
“For (the Government) to arrest me under Sosma is quite possible because according to their interpretation of ‘sabotage of Government’, anyone who says anything against the Prime Minister is about to topple the Government,” Dr Mahathir was quoted by The Star Online as saying at a press conference at the Perdana Leadership Foundation today.
The former prime minister also said that he was willing to be arrested because somebody had to speak up against alleged wrongdoings in the country and that he, and other veteran political leaders had taken it upon themselves to get the job done.
“Unless somebody speaks up, the Government will get away with doing all kinds of wrong things.
“As senior citizens, as people who are involved intimately with the politics of this country, we think that something should be done,”
He also argued that it was the people’s right to topple a Government if they so wished because that was what a democracy was all about.
“…toppling the Government is a right of the people in a democracy. So they may take action against me or any one of us but somebody has to take the risk to voice our disquiet, anger and feeling that the Government is not looking after the interests of this country.
“Somebody must say it. So we have taken it upon ourselves to say it,” he said.
Mahathir was accompanied by former Cabinet Ministers Tengku Razaleigh Hamzah, Muhyiddin Yassin, Sanusi Junid, Shafie Apdal and Ong Tee Keat.
The media conference was held to show the leaders’ disagreement with the arrest of former Umno man Khairuddin Abu Hassan and his lawyer Matthias Chang under Sosma, an anti-terrorism law.
Khairuddin has been an outspoken critic of Najib, and has lodged numerous police reports against 1Malaysia Development Berhad on suspicion of financial wrongdoing.

Sanusi: If toppling PM a crime, then arrest opposition men too

The veteran politician says toppling the entire government seems not to be as big an issue as trying to unseat just Najib.

sanusi-junid,najib,1mdb
PUTRAJAYA: Veteran politician Sanusi Junid today expressed his disgust at the way the government was handling dissent, saying the law was being abused to protect only the person of Prime Minister Najib Razak.
If someone could be arrested for trying to topple Najib, he said, then every opposition politician would be more deserving of arrest because it was the ultimate purpose of the opposition to topple the government.
He was commenting on the recent arrest of Umno rebel Khairuddin Abu Hassan and his lawyer Matthias Chang under the Security Offences (Special Measures) Act of 2012 (Sosma).
“It seems like toppling the government is not a crime, but toppling the prime minister is a crime,” Sanusi said during a media conference at Perdana Leadership Foundation here today. Sanusi spoke after former prime minister Mahathir Mohamad addressed the press. Also present were sacked Cabinet ministers Muhyiddin Yassin and Shafie Apdal, Gua Musang MP Tengku Razaleigh Hamzah and former MCA president Ong Tee Keat.
“If trying to topple a prime minister is regarded as sabotage or a terrorist act, then I think attempts to topple the government is even more terrorist,” Sanusi said.
“So you should go out and arrest all opposition leaders.”
Khairuddin was arrested on September 18 because he had lodged reports overseas against alleged corruption at 1Malaysia Development Bhd (1MDB). Chang was arrested four days ago. Although both were arrested under Sosma, they were charged today under Section 124L and Section 34 of the Penal Code. The were charged with attempting to sabotage the country’s banking and financial institutions.

Kadar tol naik Khamis ini...tapi Najib & Rosmah tak akan turun..!!!

Ia menyaksikan kenaikan harga antara 30 sen hingga RM1.
PETALING JAYA: KUALA LUMPUR: Enam syarikat pemegang konsesi lebuh raya akan menaikkan kadar tol masing-masing berkuatkuasa pada 15 Oktober ini.
Ia menyaksikan kenaikan harga antara 30 sen hingga RM1.
Dalam kenyataannya, pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT), ANIH Bhd, mengumumkan penyelarasan struktur kadar baru tol di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak yang akan dikuatkuasakan mulai Khamis ini.
Berikutan itu, kadar baru tol bagi kenderaan yang mempunyai dua gandar dan tiga atau empat roda kecuali teksi dan bas di Plaza Tol Gombak kini menjadi RM6 berbanding RM5 sebelumnya.
Manakala di Plaza Tol Bentong RM3.50 daripada RM3 sekarang.
Bagi kenderaan yang mempunyai dua gandar dan lima atau enam roda (kecuali bas) pula menjadi RM12 di Plaza Tol Gombak dan RM7 di Bentong.
Sementara kenderaan yang mempunyai tiga gandar atau lebih (kecuali bas) RM18 di Plaza Tol Gombak dan RM10.50 di Plaza Tol Bentong. Bagi teksi pula RM3 di Plaza Tol Gombak dan RM1.80 di Plaza Tol Bentong, manakala bagi bas pula RM5 di Plaza Tol Gombak dan RM3 di Plaza Tol Bentong.
Sementara itu kadar tol Lebuhraya Maju (MEX) naik antara 20 sen hingga RM3.
IMG-20151012-WA0016Begitu juga dengan Lebuhraya-Kajang Silk yang menyaksikan kenaikan daripada 40 sen kepada RM2.40.
Tidak terkecuali Lebuhraya Damansara Ulu Kelang (DUKE).
Melalui kadar baru yang diperkenalkan, ia mengalami kenaikan sebanyak 50 sen.
Dalam kenyataan yang sama, pengendali lebuh raya, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS), mengumumkan penyelarasan struktur kadar baru tol di konsesi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) yang akan dikuatkuasakan juga pada tarikh yang sama.
Berikutan itu, kadar baru tol bagi kenderaan yang mempunyai dua gandar dan tiga atau empat roda kecuali teksi dan bas di AKLEH kini menjadi RM2.50, kenderaan yang mempunyai dua gandar dan lima atau enam roda (kecuali bas) RM7.00, kenderaan yang mempunyai tiga gandar atau lebih (kecuali bas) RM10.50.
IMG-20151012-WA0017Sementara bagi GCE, kadar seragam di tiga plaza tolnya iaitu Plaza Tol Bukit Jelutong, Plaza Tol Elmina dan Plaza Tol Lagong menjadi RM1.90 bagi kenderaan yang mempunyai dua gandar dan tiga atau empat roda kecuali teksi dan bas, RM3.80 bagi kenderaan yang mempunyai dua gandar dan lima atau enam roda (kecuali bas) dan RM5.70 bagi kenderaan yang mempunyai tiga gandar atau lebih (kecuali bas) RM10.50.
Di LKSA pula kadar tol baharu bagi Plaza Tol Seri Muda untuk kenderaan yang mempunyai dua gandar dan tiga atau empat roda kecuali teksi dan bas menjadi RM1.70, kenderaan yang mempunyai dua gandar dan lima atau enam roda (kecuali bas) RM3.40, kenderaan yang mempunyai tiga gandar atau lebih (kecuali bas) RM5.10.
Bagi Plaza Tol Alam Impian pula, kenderaan yang mempunyai dua gandar dan tiga atau empat roda kecuali teksi dan bas naik kepada RM0.90, kenderaan yang mempunyai dua gandar dan lima atau enam roda (kecuali bas) RM1.80, kenderaan yang mempunyai tiga gandar atau lebih (kecuali bas) RM2.70

Ku Li ada cara untuk jatuhkan Najib

Undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri tidak akan berlaku kerana usul itu awal-awal lagi akan ditolak Speaker Dewan Rakyat.
kuli,mahathir.najib,pandikar
PUTRAJAYA: Usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan dilakukan menggunakan kaedah lain bukan undi tidak percaya di Parlimen.
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, undi tidak percaya yang mahu dilakukan pembangkang itu tidak akan berlaku kerana kerana awal-awal lagi usul tersebut sudah dihalang oleh Speaker Dewan Rakyat.
“Speaker mempunyai kuasa untuk menolak mana-mana usul sekiranya tidak berada dalam urusan aturan mesyuarat Dewan Rakyat di Parlimen.
“Kita sedar usul tidak percaya tidak akan berlaku, namun kita akan lakukan dengan cara yang lain,” katanya yang enggan mendedahkan usaha terbaharu itu.
Beliau berkata demikian dalam sidang media yang turut dihadiri mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad , Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal, bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid dan bekas Presiden MCA, Tan Sri Ong Tee Keat.

Najib hilang taring, pemimpin BN sertai sidang media Tun M

pcBeberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) menyertai Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bersuara menentang penahanan dua individu yang dikaitkan dengan mantan perdana menteri itu dalam kempen isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Lebih mengejutkan, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal turut hadir dalam sidang media itu.
Turut hadir Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah; bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Sanusi Junid dan bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat.
Sidang akhbar yang diadakan di Yayasan Kepimpanan Perdana itu berhubung kecaman kerajaan yang menyalahguna kuasa bagi menahan bekas pemimpin cawangan Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan bekas setiausahanya, peguam Matthias Chang.
Kedua-dua individu itu didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini atas kesalahan cubaan mensabotaj ekonomi, kewangan dan sistem perbankan Malaysia.
Khairuddin ditahan selepas membuat laporan kepada pihak penguatkuasaan di luar negara termasuk Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) berhubung isu 1MDB.