Ahad, 11 Oktober 2015

1MDB tidak telus dalam mentadbir perniagaan – Shafie Apdal

Kenyataan 1MDB bahawa aset-aset yang dimiliki melebihi hutang dilihat seperti menghina kebijaksanaan rakyat
shafie-apdal_1mdb_600_1
PETALING JAYA: Syarikat pelaburan milik kerajaan, 1MDB dikatakan tidak mempunyai ketelusan dalam mentadbir urus perniagaan sehingga berlakunya krisis keyakinan rakyat terhadap kerajaan.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal mengakui bahawa ketika berada dalam Kabinet, beliau dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah diberi taklimat mengenai struktur modal awal syarikat 1MDB yang disuntik oleh Kementerian Kewangan selaku pemegang saham.
Perkara lain yang turut diberitahu ialah kedudukan aset serta hutang syarikat berkenaan.
Bagaimanapun katanya, kebimbangan rakyat menjadi serius apabila butir-butir pengambilalihan tanah di Pulau Pinang dan juga Pelabuhan klang dipersoalkan nilainya serta status kebolehgunaannya.
“Isu status dana berbilion ringgit SRC International yang dahulunya anak syarikat 1MDB yang dipinjamkan oleh Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dan pemindahan berbilion ringgit ke dalam akaun pihak ketiga masih tidak dijawab sehingga hari ini dan perlu diberi perhatian utama,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Shafie menyatakan, beliau menjujung tinggi titah Raja-Raja Melayu yang mahu agar siasatan terhadap 1MDB ini dipercepatkan dengan telus dan jujur agar keyakinan rakyat dapat dikembalikan.
Katanya, beliau turut menyokong pendirian Bank Negara Malaysia (BNM) supaya pemindahan wang 1MDB ke luar negara disemak semula dan syor BNM itu diberi pertimbangan secara bebas oleh Jabatan Peguam Negara.
Tambah beliau, meskipun 1MDB sering menyatakan bahawa aset-aset yang dimiliki syarikat itu melebihi hutang, namun, ia seolah-olah dilihat menghina kebijaksanaan rakyat kerana hutang-hutang yang ditanggung oleh 1MDB telah terkumpul.
Katanya lagi, walaupun rasionalisasi hutang 1MDB sedang berjalan, ia tidak harus menidakkan hakikat bahawa aktiviti perniagaan 1MDB telah gagal sehingga memaksa ia menjual aset kerajaan yang diperolehi dengan harga murah dan berlakunya pemindahan dana berbilion ringgit yang masih belum dijelaskan hingga hari ini.

PKR jemput Pas, PSM sertai Pakatan Harapan

Keanggotaan Pakatan Harapan juga akan diperluaskan kepada parti Sabah dan Sarawak untuk menjadikan ia gabungan politik yang inklusif.
azmin-ali_pas_psm_600_1
PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih membuka pintu kepada Pas dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk menyertai pakatan pembangkang baharu, Pakatan Harapan.
Pendirian itu ditegaskan Majlis Pimpinan Pusat ( MPP) yang mengadakan Mesyuarat Khas petang tadi bagi membincangkan penubuhan Pakatan Harapan yag diumumkan pada 22 September lalu.
MPP dalam kenyataan media berkata, keahlian Pakatan Harapan juga perlu diperluas kepada parti-parti Sabah dan Sarawak.
“PKR komited untuk memantapkan Pakatan Harapan sebagai satu gabungan politik yang inklusif dan keanggotannya akan diperbesar kepada rakan politik yang sehaluan termasuk Pas, PSM, dan parti-parti dari Sabah dan Sarawak.
“PKR akan mengambil langkah-langkah menyediakan suasana kondusif bagi perpaduan pergabungan politik yang luas,” kata MPP.
PKR juga menyeru semua parti agar menghentikan perbalahan dan serangan antara satu sama lain dan parti-parti sahabat juga harus menghormati perbezaan pandangan masing-masing dan tidak mencampuri urusan dalaman parti lain.
PKR juga memberi ingatan kepada parti pembangkang lain bahawa parti itu akan meneruskan perhubungan dan perbincangan dengan rakan-rakan politik lain dan berhak untuk mendirikan kerjasama dua-hala di pelbagai peringkat jika perlu.
Peringatan itu menjurus hubungan kerjasama antara Pas dengan PKR wlaupun Pakatan Rakyat telah dibubarkan.
Pemerhati politik berpendapat hubungan PKR-Pas diteruskan untuk mengelak berlaku perubahan pentadbiran Kerajaan Selangor.

Pengguguran Rafizi hanya spekulasi-Azmin

Fitnah tersebut sengaja dilakukan musuh politik PKR bagi memecah belahkan parti.
azmin-ali_rafizi-ramli_pkr_600
PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, mempertahankan penafiannya berhubung dakwaan kononnya Rafizi Ramli akan digugurkan dari jawatan Setiausaha Agung parti itu.
Katanya, khabar angin yang bertiup kencang itu adalah usaha yang cuba dimainkan pihak musuh untuk menjatuhkan PKR.
“(Rafizi akan digugurkan) tidak benar sama sekali, mesyuarat hari ini kita tidak bincang lansung, kerana itu adalah fitnah musuh-musuh politik kita” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR pada Ahad.
Mengulas mengenai keengganan Pas menyertai Pakatan Harapan, Azmin berkata PKR masih lagi mengharapkan parti Islam itu untuk bersama mereka dalam gabungan berkenaan.
“PKR komited untuk mantapkan Pakatan Harapan sebagai gabungan politik yang inklusif dan keangotaan akan dibesarkan kepada rakan-rakan politik sehaluan termasuk Pas, PSM. parti di Sabah dan Sarawak,” katanya.

'Rafizi Kekal, Itu Hanya Fitnah' - Azmin

PKR: Let PAS, PSM join Pakatan Harapan

Keanggotaan Pakatan Harapan akan diperluas

PKR Mahu Pas, PSM Kukuh Pakatan Harapan

PKR mahu 'parti sahabat' henti balah, campur tangan



Majlis Pimpinan Pusat PKR hari ini menyeru kepada semua parti pembangkang supaya menghentikan perbalahan dan menyerang antara satu sama lain.
Pada masa yang sama, PKR berharap 'parti sahabat' turut harus menghormati perbedaan pandangan masing-masing dan tidak mencampuri urusan dalaman parti sahabat yang lain.
Perkara itu antara yang diputuskan dalam mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) petang ini.
"PKR akan mengambil langkah-langkah menyediakan suasana kondusif bagi perpaduan pergabungan politik yang luas.
"PKR komited untuk memantapkan Pakatan Harapan sebagai satu gabungan politik yang inklusif dan keanggotannya akan diperbesar kepada rakan politik yang sehaluan termasuk PAS, PSM, dan parti-parti dari Sabah dan Sarawak.
"PKR akan meneruskan perhubungan dan perbincangan dengan rakan-rakan politik lain, dan berhak untuk mendirikan kerjasama dua-hala di pelbagai peringkat jika perlu," kata MPP dalam satu kenyataan malam ini.
Dalam kenyataan itu juga menyebut, Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan kepimpinan pusat akan meneruskan usaha membina barisan pembangkang yang kukuh dan bersatu serta mencari penyelesaian kepada krisis negara yang makin mendesak.

Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada 11 Oktober 2015 meluluskan resolusi seperti berikut:


1. YB Presiden dan MPP untuk meneruskan usaha-usaha membina barisan pembangkang yang kukuh dan bersatu; serta mencari penyelesaian kepada krisis negara yang makin mendesak.

2. KEADILAN komited untuk memantapkan Pakatan Harapan sebagai satu gabungan politik yang inklusif dan keanggotannya akan diperbesar kepada rakan politik yang sehaluan termasuk PAS, PSM, dan parti-parti dari Sabah dan Sarawak.

3. KEADILAN akan mengambil langkah-langkah menyediakan suasana kondusif bagi perpaduan pergabungan politik yang luas. KEADILAN menyeru semua parti agar menghentikan perbalahan dan serangan antara satu sama lain, dan parti-parti sahabat juga harus menghormati perbedaan pandangan masing-masing dan tidak mencampuri urusan dalaman parti sahabat.

4. KEADILAN akan meneruskan perhubungan dan perbincangan dengan rakan-rakan politik lain, dan berhak untuk mendirikan kerjasama dua-hala di pelbagai peringkat jika perlu.

Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN
11 Oktober 2015

PKR lulus resolusi mahu terus "pancing" PAS dan parti politik lain masuk Pakatan Harapan


Post Pic

PETALING JAYA: PKR hari ini meluluskan resolusi untuk terus berusaha menjalin permuafakatan dengan PAS dan parti-parti politik lain di bawah payung Pakatan Harapan yang ditubuhkan bulan lalu. 
 
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata PKR juga berhak untuk menjalin hubungan dua hala dengan mana-mana parti lain di luar kerangka Pakatan Harapan, jika perlu.
 
Keputusan itu dicapai sebulat suara pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat parti  yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. 
 
"Keadilan (PKR) komited untuk memantapkan Pakatan Harapan sebagai satu gabungan politik yang inklusif dan keanggotaannya akan diperbesarkan kepada rakan-rakan politik yang sehaluan termasuk PAS, PSM dan parti-parti dari Sabah dan Sarawak,"ujar Azmin dalam sidang mediua di Ibu Pejabat PKR di sini, sebentar tadi. 
 
"PKR (juga) akan meneruskan perhubungan dan perbincangan dengan rakan-rakan politik lain dan berhak untuk mendirikan kerjasama dua hala di pelbagai peringkat jika perlu,” tegas beliau.
 
PAS sebelum ini menolak jemputan PKR untuk menyertai pakatan pembangkang baru itu kerana tidak sehaluan dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) yang ketika ini melengkapkan Pakatan Harapan. 
 
Bagaimanapun PKR mahu terus menjalin kerjasama politik dengan PAS, sekali gus bercanggah dengan ketetapan DAP untuk tidak lagi mahu bekerjasama dengan PAS.  
 
Presiden Amanah, Mohamad Sabu pula menegaskan bahawa parti itu bersedia untuk menentang PAS pada pilihan raya umum akan datang. 
 

Kesetiaan membuta tuli MCA kepada BN mengukuhkan status tidak relevannya

oleh Robin Stanley Augustin

Bagaimana gergasi telah jatuh. MCA, seperti yang kita tahu bukan lagi sebuah parti besar seperti dahulu. Ramai yang pernah menyokong parti itu telah meninggalkan mereka di pilihan raya, dibuktikan oleh prestasi teruk parti itu yang ditunjukkan dalam dua pilihan raya umum yang lalu.

Dr Wee Ka Siong Pengkritik parti itu sering menekankan sikap tunduk kepada ‘Abang Besar’ Umno, tidak melakukan yang secukupnya untuk bangkit ke atas kenyataan perkauman daripada menteri, dan kesetiaan parti itu kepada BN.

Walaupun kontroversi terkini yang menyelubungi kerajaan, diterajui oleh Perdana Menteri Najib Razak, kelihatan yang MCA kekal dengan gabungan itu.

Menurut laporan Bernama baru-baru ini, timbalan presiden MCA Dr Wee Ka Siong berkata MCA akan terus menyokong kepimpinan kerajaan sedia ada, walaupun “isu-isu negatif” daripada beberapa pihak.

“Sebagai sebuah parti, kami akan buat yang terbaik untuk mencari penyelesaian kepada sebarang masalah dan mengukuhkan semangat setiakawan dalam parti,” beliau berkata selepas melancarkan seminar Penyelesaian Perniagaan dan Kewangan PKS 2015.

Beliau memberi komen terhadap satu kenyataan bekas presiden MCA Dr Ling Liong Sik yang mempertahankan pendirian beliau menyokong seruan oleh bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, untuk Najib meletak jawatan sebagai perdana menteri.

Wee berkata pemimpin, sama ada masih berkhidmat dalam kerajaan atau tidak, mempunyai hak untuk meyuarakan pendapat mereka terhadap sebarang isu.

“Kami menghormati pendapat mereka...dalam sebuah parti, pendapat tidak semestinya 100% sama. Bagaimanapun, dalam kes MCA, sokongan kita tetap bersama kerajaan sekarang.”

Kenyataan Wee bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Seperti yang kita tahu, ramai dalam masyarakat Cina telah hilang keyakinan dengan MCA, dan membawa undi mereka ke tempat lain. Jadi bagaimana MCA boleh kekal relevan?

MPP: Hanya bincang gabungan baru, bukan singkir Rafizi

Hanya bincang gabungan baru, bukan singkir Rafizi‎
PETALING JAYA - Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR menafikan khabar angin mengatakan Rafizi Ramli akan disingkirkan daripada jawatan setiausaha agung pada mesyuarat khas badan itu yang berakhir sebentar tadi.

Timbalan Presidennya, Mohamad Azmin Ali berkata, berita yang dilaporkan sebuah portal, semalam hanyalah fitnah semata-mata dan ia tidak disentuh dalam mesyuarat khas parti itu.

"Tidak benar sama sekali, ia fitnah yang dibuat oleh musuh politik kita.

"Ini (mesyuarat) hanya proses perbincangan untuk tambah rakan politik lain dalam Pakatan Harapan (PH) sahaja," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Terdahulu sebuah portal melaporkan bahawa mesyuarat khas MPP hari ini diadakan bagi menentukan nasib Rafizi sebagai setiausaha agung susulan satu petisyen dikemukakan 25 anggotanya baru-baru ini.

Petisyen itu dipercayai sebagai bantahan mereka terhadap pengumuman pembentukan Pakatan Harapan, bulan lalu.

Selain mahu melucutkan jawatan Rafizi sebagai setiausaha agung, mereka juga dikatakan mahu MPP meluluskan cadangan agar dibentuk satu pakatan lain dengan Pas di samping mengekalkan Pakatan Harapan.

25 pemimpin PKR membuat petisyen mendesak MPP mengadakan mesyuarat khas hari ini ekoran pengumuman Wan Azizah mengenai pembentukan Pakatan Harapan selepas persidangan meja bulat parti-parti pembangkang dan NGO tanpa kehadiran Pas, bulan lepas.

GHAH kecewa Akta Hasutan diguna kerajaan sewenang-wenang

SHAH ALAM, 11 OKT: Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) melahirkan kekecewaan terhadap Akta Hasutan 1948 yang didakwa digunakan kerajaan sewenang-wenangnya untuk menahan pihak tidak sehaluan dan pengkritiknya.
Jurucakap GHAH, Yap Swee Seng, berkata penahanan aktivis Khalid Ismath tidak boleh dibuat di bawah akta itu kerana apa dizahirkan beliau melalui laman sosial tidak berbaur hasutan.
GHAH“GHAH mendesak agar Khalid dibebaskan segera kerana reman dibuat bermula 7 Oktober selama dua hari dan lanjutan empat hari selepas itu adalah tidak wajar.
“Jika tujuannya hanya kerana ingin menyiasat satu kenyataan di media sosial, polis tidak seharusnya menghabiskan masa menyiasat perkara remeh ini sedangkan jenayah meningkat saban hari yang memerlukan lebih banyak tumpuan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, pihaknya dengan tegas mendesak supaya kerajaan berhenti menggunakan akta drakonian serta menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menunaikan janji dibuat pada 2012 untuk memansuhkan akta zalim itu bagi menjaga diversiti dan menghormati kebebasan bersuara di kalangan rakyat.
Katanya, GHAH juga mengulangi tuntutan dibuat sebelum ini iaitu memansuhkan Akta Hasutan 1948, gugurkan semua pertuduhan dan bebaskan semua tahanan di bawah akta berkenaan serta tiada akta gantian lain dengan peruntukan yang sama zalim.
Khlalid ditahan berikutan tulis di laman sosial twitter pada 6 Oktober lalu menyebut “Jangan kita lupa, ada 2 orang yang sedang ditahan dipenjara sebelum dibuktikan bersalah. 1) Kamal Hisham 2) Khairuddin – mereka berdua melawan berhala”.
Pada 6 Oktober lalu, Mahkamah Persekutuan memutuskan Akta Hasutan 1948 adalah sebuah undang-undang yang sah dan mengikut Perlembagaan dan menolak permohonan Prof Madya, Dr Azmi Sharom terhadap akta era kolonial itu.
Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, yang membacakan keputusan itu, berkata akta berkaitan tidak bertentangan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, seperti dicabar Azmi.

'P Pinang tunjuk kejayaan tanpa konflik kaum, agama'



Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata Pulau Pinang mencapai kejayaan tanpa berlaku ugutan perkauman atau rusuhan agama, membuatkan rakyat bercakaran atau mengetat kawalan kebebasan.
Lim yang juga ketua menteri, juga berkata negeri itu adalah pusat kepelbagaian, dan disambut melalui laman Warisan Dunia Unesco George Town, yang telah dianugerahkan pada 2008.
"Mengapa perlu perbezaan bahasa dan budaya memisahkan kita?" tanya Lim dalam ucapannya di Konvensyen DAP Johor hari ini.
"Mendesak sekolah satu aliran dan secara tidak langsung menutup sekolah Cina dan Tamil membuatkan kita semua kerugian apabila terdapat lebih ramai bukan Cina di sekolah ini," kata Lim.
Beliau merujuk kepada tuduhan perkauman dalam himpunan Baju Merah yang menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Hari Malaysia apabila peserta melemparkan penghinaan kaum terhadap masyarakat Cina dan menggesa penutupan sekolah vernakular Cina.
Bimbang dengan peningkatan ketegangan kaum dalam negara turut diluahkan oleh Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai sewaktu kehadiran Najib dalam mesyuarat agung tahun MCA hari ini.
Perdana menteri dalam maklumbalasnya, memberi jaminan sekolah jenis kebangsaan Cina akan tetap beroperasi.
Sementara itu, Lim berkata Pulau Pinang dikenali di peringkat antarabangsa kerana menunjukkan bahawa semua boleh mendapat manfaat meraikan kepelbagaian menerusi saling menghormati, menerima teknologi dan menunjukkan toleransi untuk idea-idea baru.

K'jaan P Pinang nafi potong peruntukan sekolah agama


Kerajaan Pulau Pinang menafikan dakwaan bahawa kerajaan negeri itu mengurangkan peruntukan tahunan sebanyak RM1.75 juta untuk sekolah agama.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata hakikatnya peruntukan untuk hal ehwal agama Islam dinaikkan sejak 2008 apabila kerajaan Pakatan Rakyat ketika itu menguasai Pulau Pinang.
"Sesetengah pihak - yang bersikap perkauman dan ektremis - menggunakan isu agama untuk memfitnah saya dan mencetuskan ketidakharmonian kaum dalam negara ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Lim berkata, kumpulan politik yang anti-kerajaan Pulau Pinang menyemarakkan sentimen perkauman dan agama untuk menutup RM42 bilion hutang 1Malaysia Development Berhad.
"Dakwaan skandal kewangan ini cukup membebankan negara dengan Majlis Raja-Raja membuat sejarah mengeluarkan kenyataan supaya tindakan diambil terhadap dalangnya," katanya.
Kenyataan Lim itu bagi mengulas dakwaan termasuk seorang daripada pemimpin Dewan Ulama PAS, yang menggesa beliau menjelaskan mengapa kerajaan negeri didakwa menghentikan bantuan sekolah agama yang dimiliki oleh ahli PAS.

Penjelasan 1MDB ‘semuanya normal’ hina rakyat Malaysia, kata Shafie Apdal

Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal menjadi pemimpin Umno ke-2 yang menyokong penuh kenyataan Majlis Raja-raja Melayu awal minggu ini yang menggesa penyelesaian segera diambil berhubung dakwaan salah laku 1MDB dan tindakan diambil terhadap dalang yang terbabit. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Oktober, 2015. 
Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal menjadi pemimpin Umno ke-2 yang menyokong penuh kenyataan Majlis Raja-raja Melayu awal minggu ini yang menggesa penyelesaian segera diambil berhubung dakwaan salah laku 1MDB dan tindakan diambil terhadap dalang yang terbabit. 

1Malaysia Development Berhad (1MDB) menghina kebijaksanaan rakyat Malaysia apabila bertindak balas kepada kritikan dengan memberi jawapan "semua berjalan seperti biasa" memandangkan nilai aset syarikat itu melangkaui jumlah hutangnya, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal hari ini. Dipecat daripada Kabinet pada Julai lalu, bekas menteri itu menjadi pemimpin Umno ke-2 yang menyokong penuh kenyataan Majlis Raja-raja Melayu awal minggu ini yang menggesa penyelesaian segera diambil berhubung dakwaan salah laku 1MDB dan tindakan diambil terhadap dalang yang terbabit.
"Saya menjunjung tinggi titah Majlis Raja-raja Melayu untuk siasatan ke atas 1MDB dipercepatkan dengan telus dan jujur dengan harapan keyakinan rakyat dapat dikembalikan.

"Saya juga menyokong pendirian Bank Negara Malaysia supaya kes pemindahan wang 1MDB ke luar negara disemak semula dan syor bank pusat itu diberi pertimbangan secara bebas oleh Jabatan Peguam Negara," kata Shafie. Shafie dalam satu kenyataan turut berkata, beliau bersetuju dengan pandangan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai firma pelaburan milik kerajaan yang bermasalah itu.
"Saya bersetuju dengan kenyataan Muhyiddin mengenai 1MDB baru-baru ini.
"Semasa berada di dalam Kabinet (sebelum rombakan), kami diberi taklimat mengenai struktur modal awal syarikat 1MDB yang disuntik oleh Kementerian Kewangan selaku pemegang saham, kedudukan aset serta hutang syarikat.
"Bagaimanapun, kebimbangan rakyat yang lebih serius mengenai butir-butir pengambilalihan tanah di Pulau Pinang dan juga di Pelabuhan Klang, yang dipersoalkan nilainya serta status

Selamat Tinggal Husam...semoga anda selamat di sana..!!!

Oleh ramziredang
"Saya adalah orang yang terawal menulis memberi amaran tentang adanya gerakan menjatuhkan husam dan menulis amaran tentang PAS bakal menuju kehancuran, iaitu sejak tahun 2009. Saya penah menerima email dari orang kuat PAS, menuduh saya talibarut UMNO kerana menulis tentang kehancuran PAS, tetapi setahun kemudian orang yang sama menghantar email memohon maaf tersalah tuduh dan mengesahkan ternyata apa yang saya tuliskan adalah benar. Kemudian dari sehari ke sehari, sisi buruk dan jijik sesetengah pemimpin PAS mula nampak nyata dan makin membarah.
Sebenarnya hati rasa sayu dan rasa seperti tertinggal sesuatu, bila terbaca kenyataan Husam, bahawa dia sebolehnya akan kekal di dalam PAS sehingga mati. Saya percaya tentu ramai penulis penulis lain yang berperasaan sama seperti saya.
Saban hari kami menulis tanpa menerima apa apa upah. Menulis dengan niat ingin membetulkan sesuatu yang pincang, mengikut cara kami dan semampu kekuatan yang kami ada. Ketika PAS masih berada di landasannya (mengikut tafsiran kami), kami cuba berjuang dengan cara kami tanpa ada penghargaan dari sesiapapun, membantu PAS mengembangkan sayap ke serata malaysia. Malah tanpa ada sesiapa mengenali siapakah kami sebenarnya.

Di kalangan kami para penulis, Husam adalah satu susuk tubuh yang punya karaktor tersendiri, daya intelektualnya terserlah dan tidak gopoh dalam membuat sesuatu keputusan. Yang paling kami rasa hormat adalah, ia seolah olah telah berjaya menjadi 'copy paste' Tok Guru Nik Aziz.
Seolah olah jika perbandingannya, jika Rasuulllah saw ada Saidina Abu Bakar ra di sisi, maka TGNA pula ada husam di sisi. Husamlah yang menjadi galang ganti kepada TGNA. Menyelesaikan masalah masalah rumit negeri kelantan, kerana pada ketika itu semua senjata musuh tertala ke satu negeri yang mula mula ingin martabatkan Islam.
Seperti kata husam sendiri, jika 'bayi islam lahir, husam adalah bidannya'..gambaran tentang dia sendiri adalah orang awal yang menyambut kelahiran negeri islam kelantan maka sudah pastilah sayangnya agak lebih kepada negeri kelantan di bawah PAS. Mungkin kerana itu dia memilih untuk kekal di dalam PAS sehingga mati.
Husam sayang PAS, husam sayang Islam. Kami penulis penulis pun sayang PAS, kamipun sayang Islam. Tetapi kami membezakan antara PAS dan Islam. Kami memisahkan yang mana satu jalur sayang Islam yang mana satu jalur sayang PAS.
Jika ada seseorang membuat sesuatu fitnah, tetapi dalam masa yang sama dia menyatakan itu adalah Islam, maka kami tentang. Jika ada seseorang yang menggunakan nama "Islam' tetapi memberi sisi buruk terhadap Islam, pedang kami adalah pena. Pena kami akan memancung mereka. Kami menulis biarpun kami dibenci. Sayang kami terhadap Islam melebihi sayang kami terhadap PAS.

‘Flashmob’ anjuran Umno bantah kerajaan negeri Selangor gagal

Sekitar 30 peserta yang menyertai flasmob bertujuan mengkritik pentadbiran kerajaan Selangor.
flashmop_600
AMPANG: ‘Flashmob’ selamatkan Negeri Selangor daripada Kerajaan Pakatan anjuran UMNO Bahagian Ampang mendapat sambutan yang amat mengecewakan.
Tidak seperti yang diwar-warkan, sekitar 30 orang sahaja yang hadir.
Ketiadaan sambutan itu menimbulkan persoalan terhadap tujuan ia diadakan kerana sebelum ini Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo menjelaskan ia dibuat untuk memberi kesedaran kepada rakyat untuk menolak pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor kerana gagal membela nasib mereka.
“Ketua UMNO Bahagian jangan tidur, kita mesti lakukan program penerangan kepada rakyat supaya menolak kepimpinan kerajaan yang ada sekarang dengan memberi mandat baru kepada BN,” katanya.
Menurut Ismail, pelbagai kemelut yang berlaku dalam kerajaan Selangor menyebabkan rakyat jadi mangsa.
“Kerajaan yang ada sekarang ini ialah kerajaan cacar merba, DAP bergaduh dengn Pas dan masalah PKR.
“Isu perumah kos rendah tidak dilaksanakan kerajaan, ditambah pula dengan isu DEIG dimana Menteri Besar sehingga kini tidak memberi penjelasan secara khusus kepada rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengetuai ‘flashmob’ pada Ahad.

Nasrudin : Pas kata ahli Amanah kafir?


Nasrudin Hassan

Pas kata ahli Parti Amanah Negara (Amanah) kafir? Demikian persoalan yang dibangkitkan Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan menerusi status Facebooknya, hari ini.

Beliau yang menganggap tuduhan itu serius juga menuntut jawapan siapa, bila dan di mana kenyataan tersebut dikeluarkan.

‘Pas kata ahli Amanah kafir? Siapa? Bila? Di mana? Tuduhan serius ini!,” tulisnya.

Jumaat lalu, Presiden Amanah, Mohamad Sabu meminta pihak tertentu supaya berhenti menggelar Amanah sebagai parti 'kafir' dan menyimpang.

Menurutnya, tindakan itu dikhuatiri menyebabkan perbalahan sesama masyarakat Islam berbeza fahaman politik di negara ini.

Sementara itu, dipercayai merujuk kepada laporan portal berita yang menyebut Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub mendakwa 60 peratus daripada 50,000 ahli Amanah adalah bekas pemimpin Pas, Nasrudin menyifatkan kenyataan itu tidak munasabah.

“60% dari 50,000 ahli Amanah adalah bekas pimpinan Pas? 60% bersamaan 30,000. Pas ada 193 kawasan dan ini bermakna Pas kehilangan 30,000 pimpinan.

“Ini juga bermaksud secara purata, setiap kawasan kehilangan 155 pimpinan. Kalau berdasarkan dakwaan itu, semua kawasan Pas telah ditutup seluruh negara. Suatu kenyataan yang tidak munasabah,” katanya.

Shafie: Henti hina rakyat, heret pesalah 1MDB ke mahkamah

Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal hari ini, mengikut jejak langkah Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, menggesa tindakan undang-undang diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab berkaitan kegagalan 1MDB.
Beliau berkata walaupun 1MDB sedang melalui proses rasionalisasi hutang, negara terpaksa membayar harga yang mahal melalui sentimen ekonomi yang teruk.
 Hujah 1MDB bahawa semuanya baik kerana aset melebihi liabiliti juga merupakan "penghinaan", sejak firma pelaburan negara tidak dapat membayar hutangnya, katanya.
"Walaupun rasionalisasi hutang sedang berjalan, kita mesti juga tidak boleh lupa bahawa disebabkan kurang ketelusan dan tadbir urus yang baik. Negara sedang membayar harga yang mahal.
"Mereka yang bertanggungjawab perlu dibawa ke muka pengadilan dan perlu memohon maaf kepada rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Minggu lalu, Muhyiddin menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendengar persidangan perintah Majlis Raja-Raja bahawa siasatan 1MDB disegerakan dan pihak yang bertanggungjawab, jika ada, dihukum.
Muhyiddin dan Shafie disingkirkan daripada kabinet sewaktu rombakan kabinet pada Julai tetapi masih memegang jawatan mereka dalam Umno.

PAS Perak sebulat suara desak Nizar, Mujahid letak jawatan

Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Perak hari ini sebulat suara mendesak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Datuk Mujahid Yusof Rawa yang kini berjuang atas tiket Parti Amanah Negara (Amanah) meletak jawatan mereka dalam PAS.
Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria berkata Mujahid yang merupakan ahli Parlimen Parit Buntar diisytihar sebagai naib pengerusi Amanah manakala Nizar iaitu ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jering sebagai ahli jawatankuasa Amanah pusat dan timbalan pengerusi Amanah Perak.
Beliau berkata mengikut perlembagaan PAS, keahlian seseorang ahli parti akan terhenti dan perlu mengosongkan atau meletak jawatan sebagai Adun atau ahli Parlimen yang dimenangi sekiranya mereka menyertai parti lain, isytihar keluar parti dan hilang keahlian kerana dipecat.

"Mereka ini (Mujahid dan Nizar) bertanding pada pilihan raya umum ke-13 atas tiket PAS dan menandatangani perjanjian dengan Badan Perhubungan PAS Perak dan pusat. Sekiranya mereka melompat parti atau keluar daripada parti, mereka hendaklah mengosongkan atau meletak jawatan sebagai Adun atau ahli Parlimen," katanya dalam sidang media di Ipoh hari ini. Dalam kontrak perjanjian atau baiah mereka bersumpah dengan nama Allah akan meletak jawatan sekiranya menyertai parti lain. Di Kelantan pula ada tambahan iaitu sekiranya mereka berbuat demikian, sumpah baiah talak 3 ke atas isteri mereka terpakai secara automatik, katanya.

SUSULAN TINDAKAN TERPUJI BANK NEGARA, PENANTIAN KINI PADA SPRM

Walaupun hanya seorang wanita, Gabenor Bank Negara, Dr Zeti Akhtar Aziz nyata seorang yang berani dan tidak mudah mengalah. Di sebaliknya wajahnya yang lembut dan sering tersenyum, ketegasannya tetap menyerlah.

Bank Negara yang dipimpinnya bukan saja melengkapkan penyiasatan yang teliti, malah membuat syor kepada Peguam Negara agar pendakwaan jenayah diambil terhadap 1MDB atas kesalahan di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 kerana memberi maklumat tidak lengkap atau tidak tepat berhubung pelaburannya di luar negara.

Kali pertama syornya telah ditolak oleh Peguam Negara dan Bank Negara kemudian membuat rayuan agar penolakan itu dikaji semula.

Tetapi ia juga ditolak oleh Peguam Negara atas alasan tiada bukti baru yang dikemukakan.

Atas nama tanggungjawab dan yakin pelanggaran undang-undang telah dilakukan oleh 1MDB, di samping barangkali "putus harapan"  dengan jalan pendakwaan melalui Peguam Negara, Bank Negara lantas mengambil langkah drastik membatalkan tiga kebenarannya sebelum ini kepada syarikat pelaburan itu untuk pelaburannya di luar negara yang berjumlah AS$1.83 bilion atau  kira-kira RM7,500 juta mengikut nilai pertukaran semasa.

Serentak dengannya, Bank Negara juga mengarahkan jumlah pelaburan itu segera dibawa balik dan mahukan 1MDB mengemukakan pelan baru berkaitan dengannya.
Dengan tindakan tersebut, bermakna Dr Zeti telah mematuhi beberapa titah Majlis Raja-Raja berkaitan 1MDB yang antaranya:- 

- semua pihak harus beri kerjasama sebenar dan jujur.

- penemuan siasatan hendaklah dilaporkan secara lengkap dan telus.

- badan-badan penguatkuasa dan institusi kawal selia hendaklah menyempurnakan amanah Allah dan kepercayaan rakyat secara telus.

- kepentingan rakyat dan negara mesti mengatasi kepentingan peribadi.

Namun, sebagaimana yang diumumkan sebelum ini, Bank Negara hanyalah salah satu daripada empat agensi yang sedang menyiasat 1MDB. Tiga lagi ialah PDRM, SPRM dan Jabatan Peguam Negara.

Daripada ketiga-tiga agensi tersebut, yang paling ditunggu ialah hasil penyiasatan SPRM terhadap SRC International, sebuah syarikat milik 1MDB tetapi kemudian dipindahkan kepada Kementerian Kewangan kerana didakwa menyumbangkan dana berjumlah RM42 juta ke dalam akaun peribadi Najib sebagaimana yang didedahkan oleh The Wall Street Journal.

Pembunuhan Alias bukan bermotifkan politik

Pembunuhan Alias telah dirancang lama berdasarkan kelicikan suspek meloloskan diri
Rosli-Abd-Rahman_alias-abdullah_600
Pembunuhan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat, Alias Abdullah dipercayai bukan bermotifkan politik.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Abd Rahman berkata, pengesahan itu diperoleh selepas polis memanggil dan merakamkan keterangan daripada 10 saksi.
Beliau berkata, pihaknya juga sedang menyiasat sama ada wujud kaitan kes pembunuhan Alias dengan sepupunya, Mat Jusoh Ali atau dikenali sebagai Cikgu Zaki, 56, yang juga seorang pesara guru dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Alor Limbat, pada 9 Ogos lepas.
“Kita sedang siasat kes ini secara menyeluruh sama ada ia mempunyai kaitan dengan pembunuhan Cikgu Zaki sebelum ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu pada Ahad.
Menurut Rosli lagi, siasatan mendapati suspek yang terbabit dalam kedua-dua kes berkenaan mempunyai kemahiran tinggi dalam mengendalikan pistol kerana mampu melakukan tembakan tepat yang menyebabkan kematian.
Katanya, polis juga tidak menolak kemungkinan pembunuhan itu sudah dirancang lama berdasarkan kelicikan suspek meloloskan diri.
“Kita tidak tolak suspek sudah merancang pembunuhan ini lebih awal, mungkin sebulan sebelum kejadian kerana mereka licik dengan jalan dan keadaan di kampung itu. Malah suspek juga mungkin sudah memantau pergerakan mangsa sebelum melakukan jenayah itu.

Polisi ekonomi bakal menangkan Pakatan Harapan di Johor, kata Adun DAP

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senai Wong Shu Qi berkata, Pakatan Harapan perlu memberikan penyelesaian kepada masalah ekonomi yang dihadapi rakyat Johor setiap hari, termasuk berkaitan nilai mata wang ringgit yang semakin teruk. – Gambar The Malaysian Insider, 11 Oktober, 2015. 
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senai Wong Shu Qi berkata, Pakatan Harapan perlu memberikan penyelesaian kepada masalah ekonomi yang dihadapi rakyat Johor setiap hari, termasuk berkaitan nilai mata wang ringgit yang semakin teruk.

Menguruskan isu ekonomi merupakan cabaran sebenar Pakatan Harapan jika mereka berhasrat mahu mengambil alih pentadbiran Johor daripada kerajaan BN, kata seorang wakil rakyat DAP, Wong Shu Qi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senai itu berkata, Pakatan Harapan perlu memberikan penyelesaian kepada masalah ekonomi yang dihadapi rakyat Johor setiap hari, termasuk berkaitan nilai mata wang ringgit yang semakin teruk.
Salah seorang daripadanya ialah Mohd Syahir, seorang eksekutif teknologi maklumat (IT) dengan vendor sebuah bank di Singapura yang tinggal di Johor Baru bagi menjimatkan kos.

Setiap hari, beliau terpaksa bertolak jam 6.30 pagi dari rumahnya untuk ke tempat kerja walaupun waktu pejabatnya di republik itu bermula jam 9 pagi dan terpaksa berulang-alik ke tempat kerja menggunakan motosikal. Ini kerana, beliau terpaksa menghabiskan selama satu jam setengah bersesak di atas Tambak Johor walaupun ia hanya untuk satu perjalanan sejauh 1.5km sahaja.
Nasib yang dialami Syahir turut dikongsi kira-kira 300,000 rakyat Malaysia setiap hari, yang bekerja di Singapura, tetapi tinggal di Johor Baru.

Selepas sokong himpunan ‘baju merah’, Najib kata BN menentang ekstremisme kaum

Barisan Nasional (BN) menentang segala bentuk ekstremisme kaum, kata Datuk Seri Najib Razak hari ini, walaupun parti itu baru-baru ini memberi sokongan tersirat kepada perhimpunan baju merah 16 September yang dicemari ucapan berapi-api dan kain rentang yang provokatif terhadap komuniti Cina.
Pengerusi BN itu juga mengutuk kedua-dua penunjuk perasaan baju merah dan peserta perhimpunan Bersih 4 yang diadakan dalam selang masa 3 minggu, mengatakan walaupun Putrajaya membenarkan rakyat berhimpun secara aman, penganjur perlu menahan diri daripada melakukan sebarang perkara yang menjejaskan sensitiviti kaum.
"Kita mesti menolak sebarang bentuk ekstremisme, sama ada keganasan, seperti yang kita lihat di Timur Tengah atau pelampau kaum.

"Apa yang kita perlu tekankan ialah jika anda mahu menganjurkan perhimpunan, lakukannya secara aman. Kita benarkan perhimpunan aman," kata perdana menteri yang juga presiden Umno itu. "Jangan bawa sepanduk yang diwarnai sentimen perkauman, jangan buat kenyataan yang bersifat menghasut. Jangan menyakiti perasaan orang lain. Dan, tentu sekali, jangan menghina pemimpin negara," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-62 di Kuala Lumpur hari ini.
Himpunan baju merah anjuran badan bukan kerajaan pro-hak Melayu diadakan sebagai tindak balas kepada himpunan baju kuning anjuran pemantau pilihan raya Bersih 2.0 pada 29 dan 30 Ogos, kerana ia didakwa menghina orang Melayu.
Walaupun ia dicemari bibit-bibit keganasan oleh segelintir penunjuk perasaan yang cuba merempuh masuk Jalan Petaling yang tidak dibenarkan, Najib sebelum ini mempertahankan perhimpunan 16 September itu, menyifatkan ia manifestasi kebangkitan orang Melayu dalam membela maruah diri dan kepimpinan negara daripada dikutuk dan dihina.

Pemimpin UMNO kencing lagi ???

Kenapa ULAR lidah bercabang ??

Inilah wajah sebenar pemimpin MELAYU-UMNO korang..

Bila di atas pentas PBB kecam Israel..
Bila di blkg PBB tersengih2 salam dgn 'KEPALA BESAR' ISRAEL laknatullah..

'Intifada' cara Najib | 1 Oktober 2015 di UN

Cubaan perBODOHkan & MENIPU RAKYAT !!!

Sampai bila nak KENCING BERTERUSAN kpd rakyat... Ingat rakyat bodoh mcm pencacai2 BAJU MERAH ka Najib Razak !!!

FAKTA !!!
1MDB telah mencatatkan kerugian RM665.3 juta bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac 2014.

ADA HIKMAHNYA bersekongkol & rela jd barua Amareeka !!

TU DIA !!!.. slps KERAjaan BN Benjamin Netanyahu setuju sertai TPPA TIBA-TIBA duit kita terus naik mencanak.. Kenapa ek.. ???

Adakah berita baik kenaikan nilai matawang ringgit ini boleh menjadi 'green light' utk 'sign' TPPA ???

JANGANLAH DERHAKA !!!

Buat Najib Razak dan segala hulubalang penjilatnya, Raja-raja Melayu dah bertitah agar isu skandal 1MDB dpt diselesaikan secepat mungkin...

Terkini 1MDB dpt lagi penangguhan 6 bulan. BERAPA KALI mau tangguh..??!!

Apa yang tak kena dgn pengurusan kewangannya sehinggakan payah sekali diaudit dan didedahkan pada umum..??

Dan pada Majlis Raja-raja... selepas ni rakyat mahu Raja-raja Melayu lebih proaktif utk menyuarakan isu yang menjadi kebimbangan rakyat.. jangan lupa kewujudan institusi beraja di negara ni BUKAN bergantung pada UMNO.. tapi RAKYAT biasa di luar sana...

AJAIB !!.. Kenapa slps KERAjaan Najib setuju sertai TPPA tiba2 nilai ringgit terus naik mendadak ??!!

BEZANYA yang cerdik berbanding YANG BODOH suka perbodohkan rakyat Dulu Kini & Selamanya...!!!

Bagaimana ia boleh berlaku ???

Adakah ia berpunca kesalahan teknikal atau ada 'toyol' berlesen di dalam KWSP tanpa pengetahuan rakyat.. ???!!!

Baik korang periksa akuan KWSP masing2.. Manalah tahu kot2 akaun korang tiba2 DAPAT DERMA RM2.6 bilion mcm Najib ATAU RM2 juta mcm Rosmah !!!

BERITA:
“Semua pengeluaran tersebut bukan dilakukan oleh saya dan kini saya meminta pihak berkenaan menyemak semula bagaimana pengeluaran wang KWSP boleh dikeluarkan orang lain dan tidak dikenali,” kata Mr Kan bekas kakitangan Jabatan Tanah dan Survei yang ditemui di Balai Polis Sentral di sini, pagi semalam.

Bahagian 2: Pas kena baiki diri, disiplin kalau nak kuat - Husam


Husam Musa

Sambungan jawapan kepada soalan: Jadi, sesetengah yang curiga terhadap Datuk, ada bersikap sinis dan negatif terhadap Datuk. Apakah punca yang menyebabkan ia berlaku?

INI saya bukan kata kepada kawan-kawan, boleh dilihat semasa menjadi pengerusi lebuh raya,  pihak Korea menjemput saya melawat ke sana, saya tidak melawat mana-mana tempat atas kapasiti saya sebagai pengerusi lebuh raya.

Saya menjadi pengerusi untuk pembinaan stadium baharu, saya tidak melawat mana-mana, saya serah kepada arkitek untuk sediakan reka bentuk. Selepas saya tidak ada, ‘orang ni’ melawat seluruh Eropah, Itali, Sepanyol untuk melihat stadium, berapa habis belanja.

Saya fokus untuk membuat stadium, tetapi orang lain melawat sana sini, kenyataan untuk buat stadium sudah senyap. Mungkin buat tetapi tidak nampak kesungguhan. Jadi saya tidak tahu adakah kami  berbeza dari segi cara kerja,  cara kerja yang  diminta oleh Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) ialah semua Exco kena bekerja penuh dedikasi, amanah dan melakukan sesuatu yang lebih baik daripada musuh kita.

Itu falsafah yang saya dapat daripada Tok Guru Nik Aziz.  Saya tidak kata kawan saya yang lain tidak menghayati falsafah sama.  Tetapi sepanjang perkhidmatan dalam kerajaan, tidak nampak pula pertembungan dengan saya, di luar mungkin berlaku, saya juga tidak tahu apa sebab.

Semasa berada dalam kerajaan, Datuk ada membuat cadangan dan projek yang didakwa tidak berjaya. Perkara ini menjadi isu yang dimainkan, viral dalam media sosial, contoh projek kambing jamnapari, stadium, kayu gaharu, projek keretapi dan lain-lain?

Yang pertama, adakah saya tidak pernah buat kejayaan. Apabila saya dapat membawa wang tunai dari Felda lebih kurang RM400 juta,  kalau dalam  syarikat  orang itu sudah mendapat penghargaan sebuah kereta. Kemudian, saya berunding dengan Felcra, dapat hampir 20 ribu ekar ladang, yang kerajaan negeri tidak pernah dapat.

Banyak lagi benda-benda lain. Masalah ditinggalkan saya tolong selesaikan, kalau dilihat hari ini pembangunan Bandar Kota Bharu pesat. Alhamdulillah kerana semasa saya menjadi Exco pentadbiran, kami telah siapkan susur atur yang membolehkan pecah sempadan dan kelulusan pembangunan diluluskan dalam tempoh tiga atau empat bulan sahaja.

Sedangkan dahulu tertunggak sampai dua tahun bagi satu kes, kerana itulah Kelantan dan Kota Bharu membangun, mahu buat rumah, bangunan, kedai mendapat kelulusan cepat,  sekali gus memberikan hasil kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

Merujuk isu kambing jamnapari dan gaharu pula, pertama ia dibangkitkan orang yang merasakan ia adalah senjata untuk merosakkan saya, kerana pernah seorang blogger menulis tentang perkara ini yang kemudian dicetak tanpa nama dan diedarkan.

Sampai kini, jika diperhatikan tulisan tersebut, mereka tidak boleh kata apa yang saya buat salah. Saya ada menyeleweng duit kerajaan? Saya ada curi duit kerajaan? Jawabnya tidak ada, yang salah adalah kerana saya berikan idea dan penternakan bukan di bawah portfolio saya. Saya hanya hanya bentangkan idea dan gagasan bagaimana mahu menggunakan ternakan sebagai satu modal mengurangkan kemiskinan rakyat negeri ini.

Bahagian 1: 'Saya rela hilang segalanya' - Husam


Husam Musa

DATUK Husam Musa, nama yang tidak asing dalam dunia politik. Beberapa kali pernah diangkat sebagai pimpinan tertinggi Pas. Pada pemilihan Muktamar Pas baru baru ini, beliau dicalonkan jawatan presiden, namun membuat keputusan mempertahankan jawatan naib presiden.

Bagaimanapun selepas tewas pada pemilihan itu, beliau dikatakan banyak berdiam diri, ditambah dengan kesihatan tidak mengizinkan, bekas anak didik Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ini dikatakan mengasingkan diri daripada dunia politik seketika. Namun, selepas beberapa bulan, beliau muncul membuat teguran terbuka khususnya terhadap pentadbiran kerajaan Kelantan.

Sikap beliau yang dikatakan positif terhadap penubuhan parti Amanah menyebabkan ahli mula sangsi dengan pendiriannya termasuk ada mendakwa beliau berkomplot mahu menjatuhkan kerajaan negeri. Melalui temu bual oleh wartawan Sinar Harian Kelantan, Mohd Zailani Abd Rahman dan Rosmiza Kasim, Husam menjelaskan pendiriannya terhadap isu dibangkitkan, selain mengakhiri spekulasi berhubung statusnya dalam Pas.


Datuk banyak membuat kritikan dan serangan kepada kerajaan negeri. Tindakan itu menyebabkan ada beranggapan Datuk mempunyai agenda menjatuhkan kerajaan Kelantan.

Apa yang saya buat bukan serangan, isu yang saya sudah dan akan saya bangkitkan adalah satu teguran dan kapasiti saya sebagai Adun dan ahli Pas. Jika diperhatikan, apa yang saya lakukan adalah membangkitkan isu polisi kerajaan yang ada kepentingan umum dan beri kesan kepada orang ramai. Saya tidak melakukan serangan peribadi. Mungkin saya ada dokumen lebih terperinci dan bersifat peribadi tetapi bukan tujuan saya menjatuhkan mana-mana pihak atau mengaibkan mereka. Tujuan saya ialah perkara ini dibetulkan, diberhentikan, lebih-lebih lagi apabila saya lihat sejak dua tahun kebelakangan ini. Anda boleh lihat, sejak dua tahun kebelakangan ini saya tidak bersuara. Saya izinkan dan biarkan kerajaan negeri memimpin dengan kepimpinan baharu. Walaupun banyak perkara disalahkan kepada saya dan seakan-akan saya tidak ada sedikitkan nilai kebaikan tetapi saya berdiam diri dua tahun setengah sejak 2014, tetapi bila saya lihat dalam tempoh tersebut berlaku secara bermaharajalela, bukan satu tetapi berulang-ulang dan hampir setiap agensi dan tempat, kecil dan besar. Berulang-ulang tindakan yang merugikan  rakyat Kelantan. Jadi, saya mengambil sikap yang diajar kepada saya dahulu, oleh Pas sendiri, sesuatu tidak betul bersifat  kepentingan umum, ia boleh dan patut  ditegur. Tujuan saya menegur supaya perkara ini dihentikan. Ada yang kata, saya ada agenda menjatuhkan kerajaan Kelantan. Pilihan raya seterusnya ada dalam tempoh dua tahun lagi, kerajaan Kelantan boleh betulkan balik apa-apa kekurangan pada teguran itu untuk menjadi kuat di mata orang ramai. Jika tidak ada orang tegur, perkara ini berlaku berleluasa dari masa ke masa, bertambah luas, menjelang pilihan raya perkara ini didedahkan oleh musuh, pada masa itu Pas tidak boleh berbuat apa-apa lagi.

Menang kalah pilihan raya, perkara pertama adalah pengundi. Pengundi puas hati parti itu akan menang, kalau pengundi marah parti akan kalah. Tindakan yang dibuat kerajaan Kelantan pada pendapat saya  jika didedahkan menjelang pilihan raya,  pengundi akan marah dan Pas tidak boleh buat apa-apa ketika itu. Inilah perkara boleh mengalahkan Pas, bukan teguran saya. Saya sengaja menegur sekarang di tengah penggal supaya kepimpinan yang ada ini boleh membuat pembetulan. Selain tugas saya sebagai Adun, sebagai orang yang selama ini berjuang bersama Islam, membetulkan penyelewengan walaupun dilakukan sesiapa sahaja. Kalau ada orang kata saya tidak boleh menegur, adakah bermakna Islam mengizinkan penyelewengan disembunyikan kerana ia dilakukan geng kita, oleh parti kita, oleh orang kita. Dia (kerajaan)  tidak boleh kata dia tidak tahu kerana tugas yang diperoleh daripada rakyat untuk menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat. Kebetulan saya dapat maklumat dari masa ke masa, Wallahuaklam, orang ramai suka menyalurkan maklumat kepada saya, saya tidak tahu. Mungkin mereka anggap saya ada sedikit keberanian dan kebolehan menegur ‘without fear dan fever’. Semasa menjadi ahli parlimen, saya menegur kerajaan BN dalam parlimen dalam isu-isu berkerajaan, termasuk yang saya tegur pada masa itu adalah penebangan hutan di seluruh negara . Masa itu saya bawa data peningkatan suhu mengikut negeri mengikut kadar balak atau hutan simpan yang mereka ada, yang mana pada umumnya negeri, kawasan yang ditebang hutan tidak ada lagi hutan simpan ditukar kepada bandar, suhunya meningkat berbanding 40 tahun dulu. Bila perkara ini berlaku di Kelantan sendiri, di bawah 'hidung' saya, adakah saudara  fikir saya boleh duduk diam, ini perjuangan saya. Ini cita-cita saya mahu melihat negeri ditadbir mengikut Islam iaitu khazanahnya dijaga dengan amanah. Kalau diagihkan ia mesti secara saksama, tujuannya mengoptimumkan pengedaran dan pengagihan kepada rakyat, terutama orang miskin, orang yang susah, menderita. Ini Islam. Ini yang diajar oleh Rasullullah. Oleh Abu Bakar Al-Siddiq, Abu Bakar Al-Aziz, oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kalau berlaku sebaliknya saya tidak rela, tinggal lagi ada yang tanya kenapa dilakukan secara terbuka. Banyak jawapan kepada soalan ini. Satu ialah perkara yang dilakukan berleluasa, kalau satu saya diam. Macam isu KPK, 20 ribu ekar yang dikhaskan untuk dana rumah rakyat Kelantan berlaku sekitar 2012 atau 2013 kelulusannya. Pengurusannya 2013/2014. Saudara lihat adakah saya membuat teguran secara terbuka? Tidak ada tetapi bila KPK hendak 'ditutup'  operasinya telah dibekukan. Beri kawasan kepada satu syarikat secara jangka panjang, kemudian kuasa seluruh konsesi tadi diberi kepada hanya tiga orang. Jadi seramai-ramai ahli lembaga KPK,  menurunkan kuasa kepada tiga orang inilah yang akan ada kuasa walaupun tidak dispesifikkan apakah bidang kuasa. Jadi saya mula bersuara. Kemudian timbul isu memberikan kawasan ladang kepada sebuah syarikat . Saya tulis surat kepada Menteri Besar ketika itu. Kalau tengok balik dalam ucapan dewan MB bagi keyakinan perkara ini tidak akan berlaku. Masa gulung belanjawan pada  2013. Jadi masa saya tulis surat tertutup itu, adakah saya maklum kepada Sinar Harian, kepada media sosial. Tidak ada. Masa itu saya dengan Datuk Ahmad Yakob sahaja. Timbalan pun tidak tahu, isteri saya tidak tahu, Adun lain pun tidak tahu. Kemudian berlalu begitu.

MCA jangan jadi gunting dalam lipatan - Jamal


 Jamal Md Yunos

SHAH ALAM - Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos hari ini menyifatkan kenyataan dan persoalan yang dibangkitkan oleh perwakilan Pemuda MCA berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah sangat mengelirukan rakyat.

Menurut Jamal, hujah-hujah yang disampaikan oleh perwakilan Pemuda MCA pada Mesyuarat Perwakilan Pemuda MCA semalam seolah-olah dibuat tanpa membaca atau meneliti kenyataan-kenyataan daripada kerajaan yang telah banyak kali menjelaskan dan menerangkan tentang isu 1MDB ini.

"Sebaliknya mereka ini lebih percaya dan terpengaruh dengan dakyah pihak pembangkang yang memutar belit isu ini.

"Saya tidak tahu, mengapa perkara sebegini boleh terjadi. Adakah pihak kepimpinan MCA yang ada di kalangan mereka merupakan Menteri dan Timbalan Menteri tidak menerangkan mengenai status dan keadaan sebenar atau mereka enggan bercerita perkara yang sebenar diperingkat akar umbi.

"Sebagai parti komponen dalam BN, mereka seharusnya selari dan sepakat bukan menjadi 'gunting dalam lipatan'," katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, dalam Mesyuarat Perwakilan Pemuda MCA semalam, isu 1MDB terus menjadi sasaran para perwakilan.

Wakil dari Kepong, Tan Hock Guan berkata,  rakyat kini keliru apabila perdana menteri mengeluarkan kenyataan saling bercanggah berhubung wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun persendiriannya.

Tembak: Sudah sampai masanya laksana hudud - Azman Shapawi


Bekas Adun Alur Limbat maut ditembak

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri dicadang mengguna pakai undang-undang hudud, kisas dan takzir yag telah diluluskan ketika zaman pentadbiran Pas.

Pengerusi Lajnah Dakwah Pas Terengganu, Azman Shapawi Abdul Rani mencadangkan perkara itu ketika mengulas kejadian tembak pada jarak dekat terhadap bekas Adun Alor Limbat, Alias Abdullah, Jumaat lalu.

Menurutnya, kejadian tembakan bukanlah pertama kali berlaku di negeri ini dan membuktikan undang-undang sedia ada tidak mendatangkan ketakutan sehingga jenayah tersebut seolah-olah boleh dilakukan sewenang-wenangnya.

“Kita harap kerajaan buka balik undang-undang yang telah diluluskan Sultan Terengganu berkaitan hudud, kisas dan takzir. Undang-undang ini hanya tinggal untuk dilaksanakan sahaja.

“Kita letak keyakinan kalau hukuman ini dilaksanakan, perkara sebegini tidak akan berlaku kerana hukumannya berat. Kalau berlaku pun ia terlalu ganjil.

“Isu tembak semakin menjadi-jadi seolah-olah penjenayah tidak takut sebab mereka tahu boleh lepas diri. Undang-undang yang ada tidak sekuat hudud dan kisas,” katanya.

Liow bangkitkan kebimbangan 'bahaya api perkauman'



Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, hari ini menyuarakan kebimbangannya mengenai ketegangan kaum yang semakin menjadi-jadi dalam negara ini.
Menyuarakan perkara itu dalam mesyuarat agung tahunan parti itu hari ini, Liow yang juga menteri pengangkutan dalam ucapannya berkata "negara kita sedang diancam".
"Ketegangan antara kaum telah mencetuskan api perkauman yang merbahaya, sudah tentu akan menjejaskan negara kita yang tercinta.
"Saya bimbang, Dato Seri (Najib), sangat mengambil berat. Saya yakin rakyat cemas, bimbang dan kecewa tentang apa yang sedang berlaku, "katanya.
"Kenapa begitu? Ini kerana sentimen kebencian, dan ekstremisme yang melanda masyarakat kita semakin meningkat pada kadar yang membimbangkan.
"Ia bukan sahaja terhad kepada politik, tetapi ia mula merebak ke dalam kehidupan harian kita," katanya pada majlis perasmian mesyuarat agung tahunan itu yang dirasmikan oleh Najib.
Ucapan yang penuh hati-hati beliau itu merujuk kepada insiden pada himpinan 'Baju Merah' pada 16 September tanpa menamakan individu yang terlibat.

Zahid nafi desakan rakyat

TPM cuba menyalahkan pemimpin Barisan Nasional (BN) kerana menimbulkan provokasi sehingga orang ramai meragui kewibawaan badan dan agensi kerajaan
zam-zaid
PETALING JAYA: Tindakan tidak berbudaya, tidak profesional dan terlalu berpolitik telah menghakis integriti Jabatan Pegaum Negara, Polis Diraja Malaysia, SPRM, Bank Negara dan agensi kerajaan yang lain.
Dalam tulisannya Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Sri Zainuddin membalas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang cuba menyalahkan pemimpin Barisan Nasional (BN) kerana menimbulkan provokasi sehingga orang ramai meragui kewibawaan agensi berkenaan.
Jelasnya, teguran yang dibuat dari dalam perlu dilihat dalam konteks positif kerana ia dibuat kerana simpati dan sayangkan parti.
Bagaimanapun, kenyataan Zahid seolah-olah menafikan apa yang ditimbulkan rakyat, ahli UMNO wa ima Majlis Raja-Raja sendiri.
“Lupakah pada sembahyang hajat pegawai-pegawai SPRM? Rakyat tidak lupa pegawai SPRM ditangkap dan dilepaskan, pegawai tinggi polis dipindahkan dan institusi penyiasatan lenyap tanpa kuburan?
“Datuk Zahid bercakap seperti menapikan langsung perasaan rakyat,penyokong-penyokong UMNO, kalangan terpelajar dan penyokong tidak berkepentingan terutama selepas Majlis Raja-Raja sendiri menuntut penjelasan segera mengenai 1MDB yang diberikan jawapan yang lebih bersifat hendak memenuhi tuntutan disegerakan tetapi menambahkan lagi keraguan,”

Malaysia tidak perlu kelulusan Parlimen untuk lulus TPPA, kata Mustapa ....Nampak permainan Umno..!!

Putrajaya sebenarnya tidak memerlukan kelulusan Parlimen sebelum menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) yang melibatkan 12 negara, lapor Mingguan Malaysia hari ini, memetik Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Dalam satu wawancara khas, menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu dilaporkan berkata, keputusan membawakan TPPA ke Parlimen bagi pengundian majoriti diputuskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ia kerana isu tersebut dilihat mencetuskan kontroversi dan mendapat perhatian ramai, kata akhbar milik Umno itu.

Malah menteri yang mesra dengan panggilan Tok Pa itu berkata, tidak ada istilah "pindaan" tertentu yang boleh dilakukan terhadap kandungan TPPA itu. "Secara keseluruhan, sama ada mahu atau tidak. Kita buat pertimbangan. Misalnya, tekstil dan kelapa sawit dapat masuk pasaran. Kita undi mahu atau tidak saja. Kalau tolak, maka tolak semua.
"Kalau pinda, kita perlu ubah semua. Sebab, rundingan ini melibatkan 12 negara. Umpamanya kalau kita pinda, negara lain pun terlibat dan semua kena pinda. Maknanya, kita kena mula dari awal baliklah," beliau dipetik berkata akhbar edisi mingguan Utusan Malaysia itu.
Katanya, jika Malaysia menolak untuk menandatangani perjanjian TPP itu, maka negara ini bakal menyaksikan kehilangan banyak pelabur luar.
"Mungkin pelabur yang ada dalam negara cabut lari dan akan memberikan kesan kepada syarikat kita yang banyak melabur dalam negara," katanya.
Dalam wawancara tersebut beliau juga menjelaskan alasan Putrajaya yang tidak mendedahkan butiran kandungan TTPA kepada Parlimen mahupun umum ketika ini.

Kamaruddin Jaafar ganti Rafizi?

Pelantikan Ahli Parlimen Tumpat yang baharu menyertai PKR itu dikatakan berkuatkuasa November ini bagi menjaga hati Rafizi.
rafizi
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar yang baharu menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada September lalu dikatakan bakal menggantikan Rafizi Ramli sebagai Setiausaha Agung PKR.
Pelantikan Kamaruddin atau dikenali gelaran KJ dikatakan akan berkuatkuasa pada November ini.
Dikatakan 25 Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) telah menyokong pelantikan KJ kerana tidak puas hati dengan tindak tanduk Rafizi yang didakwa sering membelakangkan pemimpin PKR lain dalam membuat keputusan terutama melibatkan sokongan PKR terhadap penubuhan Pakatan Harapan.
Memetik laporan Malaysia-Chronicle, Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah memberi persetujuan pertukaran itu bagi memastikan krisis dalaman parti tidak terus berlanjutan.
Rafizi, Ahli Parlimen Pandan dan juga Naib Presiden PKR dilantik sebagai Setiausaha Agung selepas parti itu selesai mengadakan pemilihan menggunakan sistem satu ahli satu undi pada tahun lalu.
Jika dakwaan itu benar, Rafizi bakal menjadi Setiausaha Agung paling singkat dalam sejarah parti itu.
Seramai 25 Ahli MPP bakal menghadiri mesyuarat tergempar pada Ahad (hari ini) bagi membincangkan semula sokongan PKR terhadap penubuhan Pakatan Harapan yang diumumkan oleh Wan Azizah pada 22 September lalu.
Mereka dikatakan tidak puas hati kerana Sidang Meja Bulat pada hari berkenaan sepatutnya hanya membincangkan kerjasama antara parti pembangkang dan NGO selepas Pakatan Rakyat diisytiharkan tidak wujud lagi.
Jumaat lalu, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menafikan Rafizi akan digugurkan sebaliknya menyifatkan berita itu fitnah dan spekulasi semata-mata.

NAJIB CHECKMATES HIMSELF ALONG WITH THE REST OF THE COUNTRY

Prime Minister Najib Razak continues to believe that he is the Chosen One, and no one has the right to take that away from him. His argument is that he is a democratically elected leader while there is a high level conspiracy to topple him. Based on his conduct and performance for the last six years, everyone knows that he is no leader.
NAJIB CHECKMATES HIMSELF ALONG WITH THE REST OF THE COUNTRYThe country has been practically running on autopilot with his green horn lieutenants making a stinking mess and ridiculing our Federal Constitution. His brainchild 1MDB is up to its neck with RM42billion worth of debts, SRC borrowings of RM4billion from KWAP, Pembinaan PFI sitting on a RM26billion debtpile, RM4billion lost in one Mongolian mine investment, probably another RM160billion burnt up by Petronas in a Canadian LPG venture.
Lets not talk about the small blunders like NFC, Tabung Haji or the Edge’Financial disclosure that a group of Malaysians swindled billions from the country’s coffers and which got it suspended for a while.
Nearly a trillion ringgit has left the country, while Malaysia’s debt is around RM800billion. And all this is escalating in less than 6 yrs since Najib took power. Not only has the country become very much poor, but we are saddled with humongous debts that everyone knows that, we have no hope of repaying in our lifetime.
If the rich don’t migrate now, their children and ours will be the ones to pick up the pieces and service these debts. And right in the middle of this mess, we find that Najib has RM2.6billion in his personal bank accounts.
Cash is King

And in such crisis, Najib still wants to hand out another billion ringgit worth of BR1M, so that the people will be endeared to him. Tengku Razaleigh revealed that nearly RM10million is given out monthly to 192 Umno Division leaders with each pocketing RM50,000. Najib goes on to buy a new executive jet that even US President Obama would be jealous of.
Billions of ringgit worth of projects are systematically given out to cronies without proper tender exercises while his family is on a buying spree of properties worth millions of US dollars outside the country, and even financed a USD100million movie.
A Police State

Dr Mahathir has lamented that at this rate Vision 2020 is not going to materialize and he condemned Najib for turning the country into a Police State where no one is safe if they dare question his regime.
Instead of performing his duties to the nation, he finds the time to sue his detractors and to hold on to his position by any means necessary.
He removed everyone that went against him including Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin, ex AG Gani Patail, reassign high ranking MACC and Special Branch Officers, attempting to dislodge Bank Negara Governor Zeti Aziz, and dismantled the PAC investigation team by promoting PAC members to lucrative Ministerial Positions leading to 1MDB investigations grinding to a complete halt.
All this was done without a tinge of guilt or remorse while he accused the whole world of trying to topple his administration.

PRN Sarawak: Hadi dan PAS akan buat kejutan bagi meraih beberapa kerusi?

oleh Jimmy Adit
Pas berkata sedang memikirkan calon-calon bukan Islam bagi bertanding di pilihanraya negeri (PRN) akan datang. Ianya dijadual berlangsung pada awal tahun depan.

Ini tidak mengejutkan, kerana Malaysia negara bebas yang mengamalkan demokrasi. Sekiranya ia menurut undang-undang, apa salahnya?

Selain itu, segalanya berkemungkinan dalam politik. Tiada yang mustahil. Dalam keadaan biasa, hanya perkara normal yang berlaku,  tetapi dalam politik, segala macam keganjilan dapat dicetus parti-parti politik serta para pemimpin mereka.

PAS merupakan parti ulama, ustaz dan ustazah, tetapi sekiranya pejuang moral yang sering berkopiah dengan janggut di dagu itu mampu mencari paderi Kristian menjadi calonnya, perkara tersebut bakal terpahat dalam sejarah.

Dan itulah yang dimahukan timbalan presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Kami pernah menampilkan calon-calon bukan Islam di bawah PAS di pilihanraya umum yang lalu di Semenanjung. Tidak mustahil buat kali pertama, calon-calon bukan Islam akan ditampilkan di beberapa kerusi di PRN Sarawak yang dijangka diadakan pada Mac tahun depan," katanya ketika perlancaran pusat-pusat parti di Limbang dan Sibuti.

Setiausaha PAS Sarawak Mukhtar Suhaili (gambar)

kelihatan teruja dengan kemampuan parti berhubung dengan penonton warga Sarawak selepas beliau berucap berkenaan "turun padang bagi bertemu rakyat di rumah panjang di pedalaman" dan tentang lawatan pemimpin tertinggi Abdul Hadi Awang ke gereja St Columba di Miri. Ini katanya menunjukkan PAS bukan parti ekstremis.

PAS Sarawak melakukan sesuatu yang tidak mampu dilakukan PAS di Malaya. Di sini mereka bertemu Dayak yang memakai cawat dan mendapatkan Hadi bagi mengunjungi pegawai-pegawai gereja.

Hadi mungkin sedang memujuk beberapa pemimpin gereja agar menjadi calon-calon PAS di PRN Sarawak ke-11 nanti!

Dengan permulaan yang baik yang diperlihatkan setakat ini, besar kemungkinan kita dapat saksikan mereka duduk di anjung rumah panjang atau ruai bagi ucapacara miring bagi memohon dari tuhan Iban memberi kejayaan kepada PAS dalam PRN nanti.

Amanah sedia tanding 3 penjuru lawan PAS jika terpaksa, kata Mat Sabu

Parti Amanah Negara sedia bertanding 3 penjuru menentang Barisan Nasional (BN) dan PAS dalam pilihan raya umum akan datang jika terpaksa, kata presidennya Mohamad Sabu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Oktober, 2015.Parti Amanah Negara sedia bertanding 3 penjuru menentang Barisan Nasional (BN) dan PAS dalam pilihan raya umum akan datang jika terpaksa, kata presidennya Mohamad Sabu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Oktober, 2015.Parti Amanah Negara (Amanah) sedia untuk bertanding 3 penjuru menentang Barisan Nasional (BN) dan PAS dalam pilihan raya umum akan datang jika terpaksa, kata presidennya Mohamad Sabu.
Namun, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, Amanah akan memberikan peluang kepada PAS sepenuhnya berunding bagi memastikan pembangkang hanya akan bertanding satu lawan satu dalam pilihan raya tersebut.
"Sebenarnya hal pilihan raya ni kami belum bincang lagi. Kita cuba yang terbaik untuk mengelaknya, tetapi jika terpaksa, apa boleh buat," katanya kepada The Malaysian Insider pada satu majlis di Skudai, Johor baru-baru ini.

Mat Sabu berkata, Amanah kini memberikan tumpuan kepada pengemasan struktur parti serta mendaftar keahliannya. "Kami fokus kepada pembentukan kawasan dan cawangan serta penambahan keahlian sekarang ini," katanya.
Susulan pembentukan Pakatan Harapan (PH) tanpa penyertaan PAS, parti Amanah dan DAP menghadapi risiko bertanding 3 penjuru selepas PAS menganggap Amanah dan DAP sebagai lawan mereka.
Amanah, parti serpihan daripada PAS, dianggap pengkhianat manakala DAP pula musuh mereka selepas hubungan kedua-duanya diputuskan melalui usul tanpa bahas pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 Jun lalu.
Sehingga kini, PAS masih mempunyai hubungan baik dengan PKR melalui timbalan presidennya Mohamed Azmin Ali.
Timbalan Presiden Amanah Salahudin Ayub berkata parti itu akan membuat kajian terperinci terhadap semua kerusi yang mahu ditandinginya pada pilihan raya umum akan datang.
"Kita akan membuat keputusan berdasarkan kajian, bukan main terjah begitu saja. Dan kita hanya akan bertanding di kerusi yang kita rasa boleh menang," katanya ketika ditemui di ibu pejabat parti itu di Wisma Amanah, Kuala Lumpur.
Katanya, Amanah lebih bersedia untuk bertanding sedikit kerusi saja tetapi menang, berbanding bertanding banyak kerusi tetapi tidak menang.
Sementara itu, Ketua Amanah Kulai Hisham Md Zin berkata, parti itu mempunyai peluang yang lebih cerah berbanding dengan BN dan PAS di Johor jika berlaku pertandingan 3 penjuru ekoran demografi penduduk di negeri selatan itu.

Tak mengapalah, bola sepak bukan periuk nasi saya - TMJ


Tunku Ismail Sultan Ibrahim

TENGKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim tampil memohon maaf  kepada keluarga bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) dan penyokong bola sepak negara kerana tidak berjaya memperjuangkan 'nasib mereka'. 
 
Tunku Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan TMJ berkata, beliau akhirnya terpaksa akur dan memohon maaf kerana usahanya memperjuangkan nasib bola sepak negara ‎tidak berjaya dek kerana sikap sesetengah pihak yang hanya pandai mengambil kesempatan untuk kepentingan diri.
 
"Baru-baru ini saya telah membuat pendedahan bagaimana FAM telah membolot hak pasukan-pasukan yang bertanding. 
 
"Di liga-liga bola sepak yang maju, 90-95 peratus hasil penyiaran disalurkan kepada kelab-kelab, manakala di sini pula, kita hanya menerima 22 peratus sahaja. 
 
"Saya hanya memperjuangkan hak setiap kelab. Sesebuah kelab perlu membayar gaji pemain dan staf, pengangkutan, penginapan, infrastruktur bola sepak, dan kita hanya menerima RM1 juta, sedangkan FAM pula menerima RM50 juta, dan itu saya tidak bersetuju. Tidak mengapalah, saya hanya ingin membantu. Bola sepak bukan periuk nasi saya," katanya menerusi akaun rasmi Facebook Johor Southern Tiger.
 
Mengulas lanjut, TMJ berkata, setelah meneliti maklum balas daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pasukan-pasukan lain dan sesetengah penyokong bola sepak Malaysia, beliau menyedari gambaran sebenar dan apa keutamaannya. 
 
"Saya telah melakukan kesilapan dengan cuba mendidik mereka yang terlibat dalam sukan bola sepak seperti persatuan-persatuan negeri, kelab dan penyokong, dan saya mengakui kesilapan saya.
 
"Sekarang saya sedar mengapa ayahanda saya pernah berpesan, "kurang bijak dan kejahilan tiada ubatnya." Niat saya hanyalah untuk memartabatkan bola sepak Malaysia dengan memerangi korupsi," katanya.

PAS Dah Serupa UMNO, Halang Ustaz-ustaz Beri Kuliah

Surat untuk semua yg mengenali saya...

Assalamualaikum....

Buat Sahabat sahabat Surau Taman Sri Penggaram
Dariku: Ust Suhaimi Saad

Semalam (9 okt 2015) sebelum kuliah maghrib di Simpang 3, saya singgah di Surau TSP untuk solat asar berjamaah. Ada beberapa jamaah yg sedikit terkejut dengan kemunculan saya.

Kini daripada 8 kuliah di Batu Pahat kini tinggal 1 kuliah. Inilah harga yg terpaksa saya bayar atas fitnah yg dipanjangkan pada ahli PAS di Batu Pahat.

Saya ke Surau TSP bukan untuk merayu supaya saya dibenarkan kuliah. Saya ke surau TSP untuk membersih nama saya.

Sebolehnya saya nak jumpa semua yg keliru dan dikelirukan tentang diri saya. Hanyalah En Misran dan Pak Syed yg dapat mendengar penjelasan saya semalam

Prinsip saya, bila turun kekuliah bukan sekadar memberi ilmu, tapi yg terlebih penting ialah silaturrahim. Kita bukan hanya akrab dlm ruang solat, tetapi lebih jauh dari itu.

Firman Allah..
Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara.
(Al-Hujurat)

Saya sedikit kecewa kerana kemelut yg melanda PAS diheret sehingga menghancurkan persaudaraan sesama kita.

Sebolehnya saya tak mahu terlibat dengan kemelut dalaman parti ini. Ianya sangat rumit. Sebab itu saya banyak diam dan tak sentuh isu ini dlm kuliah di Surau atau dimeja sembang antara kita.

Amat mengejutkan saya dituduh sudah meninggalkan PAS dan bersama Amanah.

Seharusnya tuduhan ini dirujuk pada saya. Saya masih Ahli PAS yg saya sertai sejak 1987.

Kenapa saya dituduh dan tak diberi peluang membela diri. Bukankah kita mendokong perjuangan menegakkan syariat Islam, yg mengandungi Hudud, Qisas dan Takzir. Hukum Syariat itu mengajar kita bukti adalah penting dan tertuduh mesti diberi ruang seluasnya untuk membela diri.

Jika dalam hal sekecil ini pun kita gagal menunjukkan akhlak bagai pendokong syariat.

Bagaimana utk kita dokong hukum tg lebih besar dari itu jika yg kecil ini kita gagal menurut lunas akhlak Islam

Tanyalah saya dulu. Sahkan dulu tuduhan ini.

Bukankah Allah telah berfirman...

Wahai orang orang yg beriman, jika datang pada kami satu berita yg dibawa oleh orang orang yg fasik, selidikilah dulu (tabayun) supaya kamu tak menghukum secara yg salah nanti kamu menyesal.
Al Hujuurat.

Dalam dakwah ini saya dah biasa disekat, dirampas microfhon dihalau dari masjid oleh YB UMNO tapi saya tak kecewa sebab yg buat ini adalah pendokong parti sekular. Mereka tidak berakhlak sebagaimana dasar parti mereka juga tak menekankan berakhlak Islam.

Tapi saya dihalang untuk kuliah di Batu Pahat oleh org yg mendokong perjuangan Islam yg bukan saya kenal sehari dua.

Saya ahli PAS di halang oleh orang orang PAS yg sepatutnya menjunjung akhlak Islamiah.

8hb Okt saya dah bertolak untuk ke TSP dan tatkala sampai Muadzam, saya hantar mesej saya akan sampai jam 3 utk kuliah muslimat.

Tiba tiba saya dihubungi dan di maklumkan kuliah saya di TSP di KIV. Alahai dah 2 jam saya memandu kenderaan menuju Batu Pahat. Terpaksa berpatah balik.

Saya rasa bagaikan saya dianiaya oleh ahli Parti yg saya sokong.

Suka saya jelaskan pendirian saya. Saya masih Ahli PAS walaupun sessi ini saya tak dilantik apa apa jawatan sessi (2015- 2017). Alhamdulillah saya redha sebab jawatan adalah amanah. Utk sesi ini Allah tak bebankan saya dengan amanah yg berat ini.

Walaupun tanpa jawatan, kerja dakwah mesti diteruskan. Dari dulu saya tak pernah ulas apa apa yg melibatkan kemelut parti dlm kuliah saya di mana mana surau dan masjid, sbb saya tahu yg mendengar bukan semua org PAS, ada UMNO, atas pagar dll.

Saya tak pernah menyerang, menyindir mana mana kumpulan dan mana mana pimpinan PAS dlm kuliah saya.

Saya berpendirian menyerang dalam kuliah mana mana pihak termasuk yg keluar PAS tak akan menguntungkan dakwah. Sbb depan kita dlm kuliah bukan hanya ahli PAS. Malah kita sebenarnya membuka pekung PAS dengan laungan pengkhianat, tebuk kapal, munafik haraki jika medan kuliah umum digunakan utk tujuan ini.

Akhirnya PAS di lihat, busuk dan menjijikkan


Dakwah ini adalah kewajipan org berilmu. Saya berlepas diri depan Allah jika nanti ditanya kenapa kamu tak menyampai dakwah ini. Inilah Jawapan saya..

Apa lagi yang PKR harapkan daripada PAS?

Faiz Fadzil


Pembentukan Pakatan Harapan pada 22 September 2015 antara parti pembangkang Amanah, PKR dan DAP adalah satu rahmat kepada rakyat Malaysia.
Agenda Barisan Nasional untuk melenyapkan permuafakatan pembangkang ternyata gagal walaupun Pakatan Rakyat terkubur setelah PAS memutuskan hubungan dengan DAP. Sejarah menunjukkan BN boleh dijatuhkan dengan gabungan parti-parti pembangkang.
Sejarah juga menunjukkan parti-parti pembangkang kalah teruk dalam pilihan raya setelah gabungan berpecah. Inilah senjata yang paling digeruni BN. PAS secara 'sub-conscious' sanggup membiarkan dirinya dijadikan ejen kepada agenda BN untuk memecahkan PR.

PKR seharusnya terus istiqamah mengukuhkan PH dan bukannya terus mendambakan kerjasama dengan PAS. PAS sekarang yang bersifat takfiri seolah-olah mereka sahaja yang benar, sudah pasti tidak akan menganggap mana-mana pihak sebagai rakan. Bagi mereka, siapa sahaja yang tidak bersetuju dengan mereka, adalah musuh walaupun hakikatnya, kezaliman adalah musuh utama. Sedangkan, Allah mencegah kita daripada cenderung kepada kezaliman (surah Hud:113). Namun, PAS sekarang bukan sahaja gagal melihat kezaliman sebagai musuh, bahkan sanggup membela kezaliman atas alasan demokrasi. Dalam keadaan rakyat dihimpit dengan tekanan ekonomi akibat GST dan kenaikan kos sara hidup serta amalan rasuah dan salahguna kuasa pemimpin kerajaan terutama perdana menteri, PAS tidak menyokong usul undi tidak percaya di Parlimen terhadap perdana menteri. Tindakan ini seharusnya dijadikan kayu pengukur, PAS mempunyai agenda perjuangan yang berbeza dengan rakyat dan PH. Malahan, agenda perjuangan PAS juga sekarang kabur umpama jerebu.
PAS kini yang dipimpin presiden yang sama mempunyai sejarah mengkhianati PKR. Watikah pencalonan PAS di dalam 5 kerusi yang ditandingi PKR ditandatangani beliau sendiri. Pengkhianatan terus dilakukan apabila beliau menolak persetujuan yang dicapai PR untuk mencalonkan Datin Seri Dr Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor.
Pengkhianatan terbesar dilakukan apabila beliau menolak untuk mengarahkan ahli PAS hadir ke Mahkamah Persekutuan untuk memberikan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat 2 walaupun menyedari Anwar difitnah dan dizalimi. Jelas, PAS cukup istiqamah mengkhianati rakan dan perjuangan.
PKR perlu mematuhi pesanan Rasulullah S.A.W., umat Islam dilarang untuk dipatuk ular dalam lubang yang sama dua kali.