Sabtu, 10 Oktober 2015

Dr M won’t lodge police report against Najib

Arul Kanda: No cover up

Langkah baru, permulaan baru cabaran buat Amanah

oleh Alyaa Alhadjri

Apabila tiba waktu pergi, ianya waktu untuk pergi. Ianya mungkin ideal jika perpisahan boleh dirancang lebih awal tetapi dalam kebanyakan kes, dalam keadaan seseorang tidak punya pilihan, kecuali untuk pergi dan berharap yang terbaik.

Selepas menerima hakikat bahawa ianya mustahil untuk terus kekal, langkah seterusnya adalah memutuskan ke mana perlu pergi. Kadangkala, mungkin terdapat satu tempoh ketidakpastian seperti memutuskan bagaimana untuk maju ke hadapan juga sama penting.

Terdapat pengorbanan yang perlu dilakukan. Perkara yang perlu ditinggalkan dan cabaran baru untuk dihadapi. Pertimbangan begitu mungkin membebankan seorang, atau sesekali satu pasukan.

Dalam kes pemimpin PAS yang meinggalkan parti Islam itu untuk menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah), keputusan bersama mereka juga akan memberi kesan kepada semua ahli yang memilih untuk mengikut jejak langkah mereka.

Pada 9 Oktober, The Malaysian Insider melaporkan bahawa Amanah telah secara rasminya berpindah ke pejabat baru, malah sesetengah pihak dalam PAS menuduh parti baru itu cuba untuk mengambil alih premis parti Islam itu, termasuklah ibu pejabatnya di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Pejabat baru Amanah dilaporkan terletak di tingkat tiga dalam bangunan empat tingkat yang dinamakan Wisma Amanah di Jalan Kuching di ibu negara, dan parti itu telah menyewa ruang itu untuk menempatkan ibu pejabat dan pekerjanya.

Parti itu, dilancarkan pada Hari Malaysia pada 16 September, mempunyai hampir 10 orang pekerja tetap, diketuai oleh setiausaha agung Anuar Tahir. Pada 6 Oktober, Amanah menerima pengiktirafan rasmi selepas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) meluluskan nama, logo dan slogannya.

Salahudin Ayub “Kami akan menjadikan Wisma Amanah pangkalan operasi kami dan kami berjaya melakukan ini melalui dana dan sokongan kami sendiri daripada ahli dan penyokong,” timbalan presiden Amanah Salahudin Ayub dipetik sebagai berkata.

Penceraian antara PAS dan pemimpin Amanah telah dicetuskan oleh satu tempoh pergaduhan sengit yang kemuncaknya dalam penguasaan kelompok ulama’ di pemilihan parti itu.

Walaupun telah melaburkan wang mereka dalam membina aset parti - termasuklah ibu pejabat PAS yang dinilai kira-kira RM10 juta - pemimpin Amanah sanggup meninggalkan itu semua di belakang. Bekas progresif dalam PAS telah bekerja untuk memindahkan ibu pejabat PAS dari pusat sebelum ini di Taman Melewar, dekat Gombak.

Pemindahan itu bertujuan untuk menyingkirkan imej “kedaerahan” kepada lebih “kosmopolitan” yang dimahukan kumpulan progresif, walaupun terdapat bantahan daripada kelompok konservatif dalam parti itu.

Saya tidak akan buat laporan polis terhadap Najib, kata Dr Mahathir

Meskipun banyak kritikan lantang dibuat terhadap Datuk Seri Najib Razak, terutamanya mengenai syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan membuat sebarang laporan polis terhadap pemimpin itu.
Bekas perdana menteri itu menegaskan, beliau tidak akan membuat laporan polis terhadap mana-mana individu atau kes tanpa bukti mencukupi.
"Cara untuk menjatuhkan Najib adalah daripada undi tidak percaya, tetapi ia memerlukan jumlah undi yang mencukupi.

"Saya tidak akan buat laporan polis menentang sesiapa.  "Saya tidak punya cukup bukti. Walaupun saya tahu duit itu hilang, tetapi saya tidak tahu ke mana duit itu," katanya merujuk kepada dana yang didakwanya hilang dari firma pelaburan milik Kementerian Kewangan itu.
Beliau berkata demikian kepada wartawan di Kuala Lumpur malam ini selepas ditanya adakah beliau akan membuat laporan polis menentang Najib berhubung skandal kewangan 1MDB.

Pelik jika Pakatan tidak berjaya tawan Johor dalam PRU14, kata Mat Sabu

Presiden Amanah Mohamad Sabu ketika berucap kepada penyokongnya di Skudai berkata adalah pelik jika Pakatan Harapan tidak berjaya menawan Johor dalam pilihan raya umum akan datang. – Gambar The Malaysian Insider, 10 Oktober, 2015.Presiden Amanah Mohamad Sabu ketika berucap kepada penyokongnya di Skudai berkata adalah pelik jika Pakatan Harapan tidak berjaya menawan Johor dalam pilihan raya umum akan datang. – Gambar The Malaysian Insider, 10 Oktober, 2015.Pakatan Harapan menyifatkan sesuatu yang pelik jika pihaknya tidak berjaya menawan Johor dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan datang, kata Parti Amanah Negara (Amanah).
Presidennya Mohamad Sabu berkata, semua tanda-tanda menunjukkan ke arah itu dan situasi sebaliknya tidak sepatutnya berlaku memandangkan pergolakan di negeri itu dalam parti lawan, Umno, ketika ini.
Ia termasuk reaksi yang pelbagai susulan daripada penyingkiran Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berasal dari Johor daripada pentadbiran negara Julai lalu.

"Johor ini, kalau Pakatan Harapan tidak boleh ambil alih, peliklah. Dengan pelbagai pergolakan yang berlaku di Johor sekarang. "Dengan pelbagai isu, Muhyiddin, Pengerang dan sebagainya, semuanya berpusat di Johor dan menjadi tempat yang paling subur untuk perubahan," katanya yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu di depan kira-kira 50 penyokongnya yang berhimpun di sebuah kedai makan dekat Skudai petang semalam.
Majlis minum petang itu diadakan sempena perhimpunan pertama Pakatan Harapan yang diadakan di Kulai, kira-kira 30km dari lokasi itu.
Kenyataan Mat Sabu disokong Timbalan Ketua Amanah Kulai, Ramli Abdullah, ketika memberikan ucapan di majlis perhimpunan pertama pakatan itu di Kulai pada malamnya.
"Pada tahun 1990, Angkatan Perpaduan Ummah berjaya merampas Kelantan selepas gabungan itu ditubuhkan di Kelantan sebelumnya.
"Pakatan Rakyat berjaya merampas Selangor selepas ia dilancarkan di negeri itu sebelumnya.
"Kita yakin akan berjaya merampas Johor selepas kita lancarkan Pakatan Harapan di Johor malam ini," kata Ramli yang buat pertama kalinya menganggotai sesebuah parti politik.

Johor cipta sejarah baharu kempen Pakatan Harapan ke Putrajaya

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (tengah) dan Presiden Amanah Mohamad Sabu (enam dari kiri) hadir pada majlis pelancaran kempen memperkenalkan Pakatan Harapan di Kulai, Johor semalam. Gabungan baharu itu bakal menggunakan treler panjangnya yang dinamakan Optimus Prime dalam siri jelajahnya ke seluruh negara. – Gambar The Malaysian Insider, 10 Oktober, 2015. 
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (tengah) dan Presiden Amanah Mohamad Sabu (enam dari kiri) hadir pada majlis pelancaran kempen memperkenalkan Pakatan Harapan di Kulai, Johor semalam. Gabungan baharu itu bakal menggunakan treler panjangnya yang dinamakan Optimus Prime dalam siri jelajahnya ke seluruh negara.

 Pakatan Harapan mencipta sejarah tersendiri dalam arena politik tanah air apabila buat julung kali melancarkan kempen memperkenalkan gabungan baharu itu di Kulai, Johor semalam.
Gabungan itu bakal bergerak ke seluruh negara menggunakan treler panjangnya yang dinamakan Optimus Prime.
Pelancaran kempen ini jelas satu pengiktirafan kepada Parti Amanah Negara (Amanah) yang baharu ditubuhkan hampir sebulan lalu dan mengetepikan PAS yang selama ini bersama dalam gabungan pembangkang itu.

"Malam ini akan diingati sebagai satu permulaan perjalanan baru untuk ubah wajah politik Malaysia," kata ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang ketika memberikan ucapan pada majlis pelancaran yang disertai lebih 3,000 orang itu. Majlis yang penuh dengan ucapan serta pertunjukan tarian kebudayaan Cina dan India di atas pentas yang dibina daripada treler panjang itu disaksikan semua pemimpin kanan PKR, DAP dan Amanah.
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Amanah Mohamad Sabu serta ramai lagi pemimpin kanan ketiga-tiga parti menyertai perhimpunan pertama “roadshow” Pakatan Harapan ke seluruh negara itu.
Selepas bermula di Kulai, Optimus Prime yang dinamakan sempena watak utama robot dalam cerita Transformer itu akan bergerak ke seluruh negara.
"Dari Johor kita akan bergerak ke seluruh negara untuk menawan Putrajaya," kata Lim yang juga ahli Parlimen Gelang Patah.
Perhimpunan malam itu, katanya, sangat penting kerana 3 faktor utama.
Pertama, kerana ia perhimpunan pertama Pakatan Harapan; ke-2, ia berlaku selepas Majlis Raja-raja Melayu menegur syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB); dan ke-3 ia diadakan selepas 4 badan bukan kerajaan (NGO) di Tunisia menerima hadiah Nobel keamanan.
"Empat NGO Tunisia boleh menerima hadiah Nobel kerana mengepalai Arab Spring dan kekal dengan prinsip demokrasi berbanding dengan negara Arab lain yang kembali kepada dasar autokrasi," kata Lim.
Sehubungan itu, katanya, beliau akan mengetuai rombongan pemimpin DAP ke Tunisia minggu depan bagi menemui pimpinan mereka, termasuk Rashid Ghanouchi, yang mengetuai gerakan Islam Turki.
DAP juga akan ke Turki bagi menemui pemimpin Turki ekoran kejayaan AKP yang berpaksikan Islam dalam mentadbir negara itu.

BNM: 1MDB Perlu Pulangkan AS$1.83 Bilion Ke Malaysia

1MDB: PKR Desak BNM Guna Semua Kuasa

TPP: Tun M Kata Rugi, Najib Kata Untung

Jazlan, kota apa dikata dan penjarakan Ali Tinju dan Jamal Yunos!

oleh V Shuman

Akhir-akhir ini, dua karakter berkaitan dengan Umno telah menghiasi tajuk-tajuk berita untuk sebab yang salah.

Pastinya anda tinggal di bawah tempurung jika anda tidak sedar tentang Jamal Md Yunos dan Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju, yang telah membuat ancaman untuk menganjurkan perhimpunan jalanan ke atas pembangkang dan khususnya masyarakat Cina, terhadap sebab-sebab yang sedikit.

Tanpa perlu dikatakan, mereka setakat ini terlepas dengan ancaman mereka. Inilah kenapa ianya mengejutkan apabila seorang timbalan menteri telah dipetik memberi amaran kepada dua orang itu, supaya tidak mencabar agensi penguatkuasaan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Nur Jazlan Mohamed telah dipetik oleh Star Online sebagai berkata bahawa pihak berkuasa, khususnya Kementerian Dalam Negeri dan pihak polis, tidak seharusnya dicabar.

“Tindakan beliau (Ali) hanya akan mengganggu ketenteraman awam.

“Ianya tidak akan memberi faedah kepada negara atau rakyat” beliau berkata, merujuk kepada ancaman Ali untuk menganjurkan perhimpunan di Melaka hujung minggu ini, yang kemudian dibatalkan.

“Tiada yang baik yang akan diterima apabila sesetengah pihak cuba untuk mengambil kesempatan daripada situasi tegang untuk mempromosi diri sendiri.

Cukup-cukuplah.” Nur Jazlan turut mengeluarkan amaran serupa kepada ketua Umno Sungai Besar Jamal, yang merancang satu protes ke atas kerajaan Selangor pada 18 Oktober.

Pemuda MCA pertikai Najib

Kekalutan isu RM2.6 bilion yang membelenggu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi tumpuan utama kepada Perhimpunan Tahunan Pemuda MCA di Kuala Lumpur hari ini.
Salah seorang perwakilan berkata, jika perdana menteri tidak menyelesaikan isu berkenaan Malaysia mungkin menyaksikan berlaku "skandal Watergate" di negara ini.
Watergate adalah insiden yang memaksa Richard Nixon meletak jawatan sebagai Presiden AS pada Ogos 1974.
Seorang lagi perwakilan berkata kepimpinan MCA perlu meletak jawatan daripada kabinet jika Najib didapati melakukan sebarang salah laku.
Wakil dari Kepong, Tan Hock Guan berkata rakyat kini keliru apabila perdana menteri mengeluarkan kenyataan saling bercanggah berhubung wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun persendiriannya.
Memetik kata-kata "kejujuran adalah dasar terbaik" Hock Guan menggesa Najib membuat penjelasan mengenai isu berkenaan atau mungkin berdepan nasib seperti Nixon.
"Dalam kes 1MDB, berhubung pemindahan dana RM2.6 bilion ke akaun persendirian, kenyataan dibuat bertukar ganti berkali-kali.
"Ini mengingatkan kita kepada skandal Watergate," katanya.
Terkubur dalam perangkap sendiri
Dalam skandal itu, kata Hock Guan, Nixon gagal memberi penjelasan mengenai isu yang ditimbulkan sehingga ia menyebabkan presiden ke-37 AS itu terpaksa meletak jawatan.
"Nixon tidak berkata benar, tidak membuat penjelasan, malah secara konsisten campur yangan dalam siasatan dibuat. Maka masalah menjadi semakin besar.
"Dia akhirnya terkubur dalam perangkap yang dibuatnya sendiri," katanya.

Rakyat Sarawak mahu Mahdzir dihalang memasuki negeri itu, bukannya Pua

oleh Joseph Tawie
Siapa yang lebih “berbahaya” kepada Sarawak?
Adakah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dari DAP Tony Pua yang mahukan skandal 1MDB disiasat atau Mahdzir Khalid, pemimpin Umno yang menghamburkan kata-kata perkauman?
Pua, yang juga setiausaha publisiti DAP, telah dihalang dari memasuki Sarawak pada 25 September 2015 kerana kritikan beliau terhadap firma pelaburan negara 1MDB yang diselubungi hutang dan mahukan skandal itu disiasat.
Di sisi lain, Mahdzir, seorang pemimpin Umno dan Menteri Pendidikan telah dilaporkan menyalahkan Kristian dan Yahudi di atas perpecahan di kalangan orang Melayu.
Mempengerusikan perhimpunan Umno di Hulu Langat pada 9 Ogos, bekas Menteri Besar Kedah itu berkata, “Yahudi dan Nasrani sudah berjanji selagi ada bulan dan bintang, selagi ada bumi sebelum kiamat kami akan menentukan nasib umat Muhammad ini dalam keadaan yang payah dan keliru serta berpecah belah sesama mereka” 
“Ini adalah janji Yahudi dan Nasrani.”
Tuduhan beliau menyakiti perasaan orang Krisitan di Sarawak yang membentuk kira-kira 60% daripada 2.6 juta penduduk negeri.
Kepada ramai rakyat Sarawak, beliau yang seharusnya dihalang memasuki Sarawak dan bukannya Pua.
Sebagai Menteri Pendidikan, Mahdzir pastinya akan membuat penampilan di Sarawak untuk membantu kempen PBB dalam pilihan raya negeri akan datang.
Tetapi adakah Ketua Menteri Sarawak Adenan Satem berani untuk menghalang Mahdzir daripada memasuki negeri itu?
Berapa serius Adenan menentang mana-mana fanatik agama daripada datang ke negeri itu?
Mari kita tunggu dan lihat.

PKR yakin Pas beri kerjasama


Mohamed Azmin Ali

PELABUHAN KLANG - Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali percaya partinya akan terus mendapat kerjasama daripada Pas walaupun parti itu tidak menyertai pakatan baharu pembangkang, Pakatan Harapan.
 
Beliau yang juga Menteri Besar Selangor berkata, PKR akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang mempunyai agenda sama termasuk dengan Pas atau mana-mana parti lain sekali pun.
  
"PKR mahu bekerjasama dengan Pas, Amanah, DAP dan saya percaya DAP, Pas dan Amanah (Parti Amanah Negara) boleh menjalin kerjasama kelak .
  
"Kita sebagai pemimpin perlu berani mengakui kita tidak mempunyai semua jawapan dan kita mesti bekerjasama dengan semua parti dan masyarakat awam," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Taman Perindustrian Pulau Indah, Fasa 3C di sini hari ini. 
  
Pakatan Harapan merupakan gabungan parti pembangkang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah yang ditubuhkan pada 22 September lepas bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang dibubarkan berikutan pertelingkahan antara Pas dan DAP berhubung pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.
  
Pas sebelum ini telah beberapa kali mengulangi pendirian untuk tidak menjalin kerjasama dengan Amanah dan DAP. - Bernama

Usaha singkir Rafizi daripada jawatan setiausaha agung tidak akan berjaya - Penganalisis


Post Pic

Usaha untuk menyingkirkan Rafizi Ramli daripada jawatan Setiausaha Agung PKR tidak akan berjaya walaupun terdapat petisyen melibatkan 25 ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dikemukakan kepada presiden parti.
 
Penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata, petisyen yang dibuat dilihat telah melanggari Perlembagaan PKR sendiri.
 
"Itu memang rancangan itu ada (menyingkirkan Rafizi) tetapi saya rasa cara mereka mahu menjatuhkan Rafizi itu rasa macam tidak kena.
 
"Sebab kalau ikut Perlembagaan PKR, Setiausaha Agung ini dilantik oleh presiden ke atau melalui pilihan, mana boleh dengan 25 orang ini membuat petisyen macam itu.
 
"Itu kena tengok, saya fikir pada pandangan saya, cara 25 orang itu melakukan tindakan seperti itu melanggar Perlembagaan PKR sendiri," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi.
 
Beliau mengulas ura-ura nasib Rafizi yang juga merupakan Ahli Parlimen Pandan akan ditentukan dalam mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang akan diadakan esok.
 
Petisyen 25 ahli MPP itu dibuat baru-baru ini dan difahamkan akan bersatu dengan kumpulan-kumpulan kecil dalam PKR yang kecewa dengan keangkuhan Setiausaha Agung parti itu.
 
Atory dalam pada itu berkata, sekiranya Rafizi sudah tidak disukai ramai, presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail perlu bertindak segera sebelum krisis dalaman parti itu menjadi lebih memburuk.
 
"Kalau dalam Perlembagaan parti yang lain macam PAS atau Umno, setiausaha Agung itu dilantik oleh presiden, jadi terpulang kepada presiden, dia hendak lantik siapa pun.
 
"Tidak pernah pula dalam sejarah, 25 ahli MPP pula mahu memberi tekanan kepada parti untuk menukar setiausaha agung.
 
"Jadi pada pandangan saya, Wan Azizah lah presiden parti kena tengok balik, cara itu... (mahu melucutkan Rafizi melalui petisyen) tidak betul tu," jelasnya.
 
Rafizi Mungkin Ambil Tindakan Undang-undang
 
Dalam perkembangan sama, Atory meramalkan, jika pelucutan jawatan setiausaha agung itu berlaku esok, berkemungkinan besar Rafizi akan mengambil tindakan undang-undang terhadap parti dan semua ahli MPP itu.
 

Terengganu, Kedah menjanjikan kehadiran lebih 10 ribu peserta di H60K


Post Pic

Terengganu dan Kedah menjanjikan kehadiran lebih 10 ribu peserta ke Himpunan Fastakim (H60K) anjuran PAS di Kota Bharu yang dijadualkan berlangsung 17 Oktober nanti.
 
Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata ia merupakan satu petanda positif apabila usaha kempen dan iklan yang digerakkan menerusi alam maya jauh mendahului dan menunjukkan keberkesanan.
 
Nik Mohamad Abduh dalam pada itu berkata, negeri-negeri lain juga memberikan sambutan hangat apabila turut menjanjikan kehadiran ramai ahlinya.
 
"Begitu juga dari negeri-negeri lain, malah sambutan hangat diterima daripada negeri Johor Darul Takzim yang menjanji kehadiran peserta dari seluruh kawasan.
 
"Terima kasih kepada para penyokong PAS dari Sabah dan Sarawak yang akan turut mengambil bahagian walaupun terpaksa menempuh perjalanan paling jauh," katanya di laman akaun Facebook miliknya sebentar tadi.
 
Beliau dalam pada itu berkata, paling nyata, Himpunan Fastaqim telah menjadi bualan anak muda di seluruh negara. 
 
"Ia menjanjikan satu keyakinan terhadap sokongan tidak berbelah bagi golongan muda terhadap PAS, parti Islam terbesar di Malaysia yang telah begitu berakar umbi di seluruh pelusok tanah air.
 
"Kehadiran puluhan ribu peserta dari seluruh negara akan bercantum nanti dengan puluhan ribu 'golongan Ansar' rakyat Kelantan yang sedia menanti di Kota Bharu nanti," katanya.
 

DAP sokong titah Raja-raja Melayu segera selesaikan siasatan 1MDB


Lim Guan Eng


GEORGE TOWN: DAP hari ini menyokong titah Raja-raja Melayu yang mahu Kerajaan Persekutuan menyelesaikan siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) secepat mungkin.
Menyifatkan perkara itu serius, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, berkata Raja-Raja Melayu juga mahu tindakan diambil terhadap mereka yang didapati bersalah.
“Pendirian kami bukan hanya untuk mengulangi seruan Persidangan Majlis Raja-Raja tetapi juga menggambarkan kebimbangan rakyat,” katanya dipetik Astro Awani selepas melancarkan Pusat Janaan Kreatif, Analitikal dan Teknologi di sini, hari ini.
Mesyuarat Majlis Raja-Raja Selasa lalu mengeluarkan kenyataan yang mahukan kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan 1MDB dan mengambil tindakan tegas sewajarnya terhadap pihak terlibat.
Dalam kenyataan itu, baginda sekalian menegaskan semua pihak bertanggungjawab untuk memberi kerjasama yang sebenar dan jujur agar usaha serta maksud siasatan itu berjaya.
Mengikut kenyataan Bank Negara (BNM) semalam, Guan Eng berkata bank pusat itu mengesyorkan tindakan dibuat oleh Jabatan Peguam Negara ke atas mereka yang terlibat.
Namun, katanya, Pejabat Peguam Negara mendapati tiada bukti.

Battle for Putrajaya begins in Johor

Kit Siang says next general election will be focused on former BN 'fortress' and 'kingmaker' Borneo states
\lim-kit-siang,pilihanraya
KUALA LUMPUR: The battle for wresting power in Putrajaya at the next general election begins in Johor, veteran DAP leader Lim Kit Siang said last night.
Speaking at the launch of the new Pakatan Harapan opposition coalition, he said Johor, once regarded as a Barisan Nasional “fortress”, was no longer a political backyard but a front-line state.
At the next general election, all eyes would be focused on Johor, as well as the “kingmaker” states of Sabah and Sarawak, to see whether Pakatan Harapan could replace the Barisan Nasional to form the next federal government.
The Barisan Nasional controls 132 seats in the 222-member Parliament, with one BN-friendly independent; the opposition controls 73 seats among the Pakatan Harapan partners, PAS 14, with one seat held by the socialist party and one by an independent.
In Johor, the BN won 21 of the 26 parliamentary seats, with the DAP winning four and PKR one. Kit Siang himself contested and won the Gelang Patah seat.
He said that after the opposition gains of 2013 no leader of Umno or the Barisan Nasional would now dare to repeat their former boast of making Johor a zero-opposition state, or to claim that Johor was an invincible fortress or “fixed deposit” state.
“Everyone knows that Umno-BN will be fighting a life-and-death struggle if they want to continue to form the Johor state government after the 14th general election,” Lim said.

Kumpulan anti Akta Hasutan desak bebaskan Khalid Ismath

Khalid Ismath perlu dibebaskan segera, kata pertubuhan anti Akta Hasutan 1948, Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) hari ini, selepas aktivis itu ditahan semula di bawah undang-undang kontroversi itu malam tadi.
Gerakan Hapus Akta Hasutan mendesak Khalid Ismath dibebaskan segera.  Khalid ditahan semula di bawah Akta Hasutan malam tadi. – Gambar dari Facebook, 10 Oktober, 2015. GHAH yang terdiri daripada lebih 100 badan bukan kerajaan berkata, Khalid tidak sepatutnya disiasat di bawah undang-undang itu.
"GHAH mendesak agar Khalid dibebaskan segera.

"Reman yang dibuat bermula 7 Oktober selama 2 hari, dan kemudian lanjutan 4 hari lagi, adalah tidak wajar jika tujuannya hanya kerana ingin menyiasat satu kenyataan di media sosial. "Pihak polis tidak seharusnya menghabiskan masa menyiasat perkara remeh ini sedang jenayah meningkat saban hari yang memerlukan lebih banyak tumpuan," kata GHAH dalam satu kenyataan hari ini.
Khalid dilaporkan ditahan semula selepas dibebaskan daripada tahanan reman malam tadi.
Terdahulu, mahkamah menolak permohonan pihak polis untuk melanjutkan tahanan reman 2 hari beliau.
Beliau ditahan di Balai Polis Johor Baru Selatan pada Rabu di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia berhubung komen yang didakwa dibuat di Twitter mengenai penahanan bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang.
Menurut portal Malaysiakini, bekas setiausaha agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan dimaklumkan oleh isteri Khalid yang suaminya dipercayai sedang ditahan di bawah Akta Hasutan.
Menggesa Putrajaya berhenti menggunakan akta tersebut terhadap penentang kerajaan, GHAH juga menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memenuhi janji yang dibuat pada 2012 untuk memansuhkan undang-undang tersebut.

Arul sahkan pendedahan Sarawak Report, nafi berbohong

Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy berkata, wujud satu salah faham yang kemudiannya sudah dijelaskan beliau kepada lembaga dan pemegang saham 1MDB, iaitu Kementerian Kewangan. – Gambar Reuters, 10 Oktober, 2015. 
Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy berkata, wujud satu salah faham yang kemudiannya sudah dijelaskan beliau kepada lembaga dan pemegang saham 1MDB, iaitu Kementerian Kewangan.

Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy hari ini mengesahkan pendedahan terkini Sarawak Report berdasarkan minit mesyuarat yang sahih.
Kanda, bagaimanapun menafikan dakwaan laman web itu yang beliau berbohong mengenai wang tunai ditebus daripada satu pelaburan di luar negara.
Sebaliknya, beliau yang juga pengarah eksekutif kumpulan syarikat sarat hutang itu berkata, wujud satu salah faham yang kemudiannya sudah dijelaskan beliau kepada lembaga dan pemegang saham 1MDB, iaitu Kementerian Kewangan.

Beliau mengesahkan satu salinan minit mesyuarat lembaga 1MDB yang diadakan pada 12 Januari lalu digunakan dalam pendedahan Sarawak Report itu. Bagaimanapun, katanya pengetahuan beliau mengenai dana yang ditebus itu ketika itu adalah berdasarkan "pemahaman tentang peristiwa yang berlaku sebelum masa saya, iaitu penebusan unit dana itu berlaku secara tunai melibatkan sejumlah AS$940 juta".
Arul berkata, penjelasannya kepada lembaga dan Kementerian Kewangan direkodkan dalam minit mesyuarat lembaga yang berikutnya dan ia boleh disahkan.

Tangkapan aktivis Khalid Ismath hina sistem perundangan, kata Suaram

Aktivis Khalid Ismath ditahan pada Rabu di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia kerana tweet beliau mengenai penahanan bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang. – Gambar Facebook, 10 Oktober, 2015. 
Aktivis Khalid Ismath ditahan pada Rabu di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia kerana tweet beliau mengenai penahanan bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang.

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mengecam penahanan aktivis Khalid Ismath di bawah Akta Hasutan 1948 sebaik sahaja beliau dibebaskan daripada tahanan polis di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, menyifatkannya tidak berperasaan dan tidak peduli terhadap undang-undang negara.
Pengarah eksekutifnya Sevan Doraisamy menyifatkan penahanan Khalid berhubung komen yang didakwa dibuat di Twitter sebagai tindakan menghina mahkamah kerana ia dilakukan selepas mahkamah tidak membenarkan permohonan reman polis sebelum ini.
"Penahanan semula di bawah Akta Hasutan ini satu tindakan berlebihan, sama sahaja seperti penahanannya di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia sebelum ini," kata Sevan dalam satu kenyataan hari ini.

Khalid dilaporkan ditahan semula selepas beliau dibebaskan daripada tahanan reman malam tadi. Mahkamah sebelum ini menolak permohonan polis untuk melanjutkan perintah tahanan reman 2 hari beliau.
"Ini menggambarkan sikap tidak berperasaan dan tidak peduli polis terhadap sistem perundangan Malaysia.
"Tindakan mereka ini, setidak-tidaknya harus dianggap satu penghinaan terhadap keputusan mahkamah," Sevan berkata.
Khalid ditahan di Balai Polis Johor Baru Selatan pada Rabu di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia kerana tweet beliau mengenai penahanan bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang.
"Walaupun kita tidak boleh menolak kepentingan mengawal pada kadar munasabah kandungan tertentu di Internet yang berbahaya kepada kumpulan yang lemah, Suaram tidak merasakan kandungan (tweet) yang ditulis Khalid boleh disifatkan seperti itu.

Sarawak Report tuduh Arul 'penipu'

Sarawak Report hari ini mendedahkan beberapa dokumen membuktikan Pengerusi dan Pengarah Eksekutif Syarikat 1MDB Arul Kanda Kandasamy seorang "pembohong".
Pendedahan tersebut dibuat ekoran dakwaan mengejutkan yang mengesahkan tiada wang tunai tersimpan di Bank BSI di Singapura.
 Sarawak Report mendakwa berdasarkan laporan mesyuarat lembaga 1MDB kenyataan Arul terbukti bukan "salah faham", tetapi sebahagian daripada "strateginya memberikan maklumat salah".
"Dalam erti kata lain, ia adalah satu pembohongan yang memalukan," kata pengasas Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown (gambar) dalam e-mel kepada Malaysiakini.
Sarawak Report melaporkan pada April lalu, 1MDB mengeluarkan penyata bank palsu mengenai akaun anak syarikatnya, Brazen Sky Ltd, di Bank BSI Singapura.
Memetik maklumat yang diterima, laman web itu berkata bank berkenaan memberitahu Penguasa Kewangan Singapura (MAS), dokumen tersebut bukan datang daripada mereka.
Lihat jawapan bertulis
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga dituduh berbohong oleh Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai pelaburan yang ditebus, yang didakwa dalam bentuk wang tunai berjumlah AS$1.103 bilion (RM4.08 bilion) pada Mac.
Najib, yang juga menteri kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen DAP Tony Pua.
Arul ketika diwawancara Business Times Singapura pada Februari lalu mengakui wang tunai itu berada dalam akaun firma berkenaan di Bank BSI.

Menteri dedah pencemaran bauksit - Andansura


KUANTAN: Pendedahan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sendiri mengesahkan wujud pencemaran bauksit yang mengundang bahaya kepada rakyat di daerah ini.
Serentak dengan itu, Adun Beserah Andansura Rabu mendesak Kerajaan Negeri Pahang memberhentikan serta-merta semua aktiviti berkaitan perlombongan bauksit yang dilihat semakin tidak terkawal.
“Jadi, kami minta dan merayu agar kerajaan hentikan segera sehingga ada satu kajian kesan terhadap alam sekitar dilakukan demi kebaikan semua pihak,” katanya pada sidang media di Pejabat Adun Semambu di sini, semalam.
Sidang media itu diadakan khusus berhubung pendedahan oleh Wan Junaidi di sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris kelmarin mengenai wujudnya pencemaran alam sekitar disebabkan perlombongan bauksit.
“Sebelum ini kita sudah usahakan pelbagai cara termasuk bantahan, himpunan, dialog dengan pihak berkuasa, tindakan menyekat dan sebagainya dan kini pendedahan menteri sendiri menguatkan lagi desakan agar kerajaan segera hentikan perlombongan tersebut.
“Kita lebih pentingkan soal kesihatan rakyat. Namun kerajaan seolah-olah tidak mencari kaedah sesuai bagi menyelesaikan perkara ini meskipun pelbagai usaha dilakukan kami sebelum ini.
“Sampai bila kerajaan mahu membiarkan perkara ini berlarutan sebegini sedangkan pelbagai bantahan telah disuarakan oleh rakyat berhubung kesengsaraan mereka. Kerajaan seharusnya lebih bertanggungjawab,” katanya.
Menurutnya, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaacob perlu memberi kenyataan segera mengenai perkara ini demi mengelak kesan buruk kepada rakyat di daerah ini terutamanya di kawasan perlombongan.
“Saya cabar kerajaan supaya mendahulukan rakyat sebagaimana slogan yang dibawakan sebelum ini dan kerajaan perlu berani merealisasikan slogan yang diwujudkan itu,” katanya.

PAS ulama puts freeze on Amanah’s friends

Former Pahang information chief says party leadership putting pressure on those out of favour.
PAS,-Pakatan-Harapan,-Amanah
KUALA LUMPUR: A former Pahang PAS leader says the ulama faction is punishing the remaining progressive-minded members by sidelining them and accusing them of having joined the breakaway Parti Amanah Negara.
Suhaimi Md Saad, formerly information chief in Pahang, said he had been regarded as an opponent of the ulama-dominated central leadership and had been sideline since the party elections in june.
Invitations to speak at mosques had dwindled and five cancellations came because of what was called restructuring, he said in an online posting. “Apparently, there were other uztaz who wanted to come in and so on,” Suhaimi was quoted as saying.
He said one cancellation came over the phone just as he was approaching the venue, apparently because he was said to have joined Amanah and was no longer a member of PAS.
Suhaimi said he did not intend to join Amanah. “If I join Amanah, it would confirm the allegations against me by those who are defaming me,” he said, according to The Malaysian Insider.
A former Terengganu assemblyman, Roslan Ismail, who has joined Amanah, said he was rejected from preaching at a surau in Darulsalam, Paka, after having given sermons there previously, the report said.
PAS has labelled as “traitors” those former “progressive” leaders who left for Amanah, which was formed after ulama-backed candidates swept out all progressive leaders in the party elections in June.
Amanah, led by former deputy president Mohamad Sabu, has gone into partnership with the DAP and PKR to form the Pakatan Harapan coalition, to replace Pakatan Rakyat, which fell apart after sharp policy divisions between the DAP and PAS president Abdul Hadi Awang.
PAS has said it would not cooperate with the DAP or Amanah, while maintaining relationships with PKR.

1MDB scandal - No restoration of public confidence without publishing accountability, says CM

Dr M: All required is an adequate and appropriate response

Malay Rulers are forced to convey poeple's apprehension

MCA Youth: AG appointment should be approved by Parliament

Wee blames DAP's 'Red Bean Army' for fuelling racial relations

Be a truly people's coalition, MCA Youth chief tells BN

PKR desak Bank Negara guna semua kuasa yang ada selesai masalah 1MDB

PKR hari ini mencadangkan Bank Negara Malaysia (BNM) menggunakan semua kuasa yang ada padanya untuk menyelesaikan masalah kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), termasuk dengan membatalkan semua lesen kewangan yang diberikan kepadanya sebelum ini yang berada di bawah bidang kuasanya.
Setiausaha agung parti Rafizi Ramli berkata, BNM wajar melakukan demikian jika ada lesen kewangan yang diperlukan 1MDB untuk beroperasi, supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak ada pilihan selain menutup firma pelaburan negara itu.
"Jika Kamar Peguam Negara enggan menggunakan kuasanya di bawah Perlembagaan untuk mendakwa 1MDB seperti yang disyorkan kertas siasatan BNM, maka BNM sewajarnya menggunakan kuasanya yang lain untuk memastikan masalah 1MDB tidak terus berlanjutan hingga membawa kesan kepada ekonomi negara.

"Satu jalan yang paling berkesan ialah melumpuhkan operasi kewangan dan urus niaga pemindahan dana oleh 1MDB yang dikawal selia oleh BNM mengikut undang-undang. "Apabila 1MDB dikekang daripada terus membuat pinjaman atau memindahkan dana, saya pasti Najib tidak ada pilihan lain kecuali menutup 1MDB dan menyelesaikan masalah kewangannya secara muktamad," kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mengucapkan tahniah atas keberanian dan sikap profesional BNM yang membatalkan kelulusan pelaburan yang diberikan kepada 1MDB sebelum ini.
Ia berikutan keengganan peguam negara mendakwa 1MDB di mahkamah walaupun kertas siasatan BNM mengesyorkan pendakwaan.

Pemuda MCA: BN jadi 'kilang konflik perkauman'

Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon mendakwa mekanisme BN untuk menyelesaikan isu-isu perkauman kini sudah tidak lagi berfungsi, dan parti pemerintah akan bertukar menjadi "kilang konflik perkauman".
 Oleh itu, Chong menggesa parti kompenan BN membuka keahlian mereka kepada semua tanpa mengira kaum.
"Terbaru dalam himpunan baju merah kita mendapati bahawa BN sebagai platform mengurangkan konflik etnik tidak berfungsi sebaliknya kini menjadi sebuah kilang yang mewujudkan konflik etnik.
"(Beberapa pemimpin BN) mengorbankan kepentingan negara dan mencetuskan sentimen perkauman untuk meraih undi.
"Adakah terdapat apa-apa harapan untuk masa depan negara kita? Saya rasa pelan transformasi BN tidak boleh ditangguhkan," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.
Chong berkata, semua pihak dalam BN termasuk MCA tidak teragak-agak untuk membuka keahlian mereka untuk menjadi "parti untuk semua" dan bukannya bekerja bersama-sama kaum.

BNM can now sue 1MDB for US$5.5bn

Lawyer-blogger says central bank can take civil action without relying on Attorney-General.
 art-harunKUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia can take a civil suit against 1Malaysia Development Bhd or its officers to get around the Attorney-General’s reluctance to prosecute the company, according to lawyer-blogger Art Harun.
Quoting the Financial Services Act, he said 1MDB or those responsible for its affairs could be punished by an amount of up to three times the amount involved in a complaint by Bank Negara.
This could be as much as US$5.5 billion, based on the figure of US$1.83 billion that Bank Negara has ordered 1MDB to repatriate to Malaysia.
He also suggested that those responsible could also go to jail for contempt of court if they failed to comply with any court orders that the Bank obtained through a civil suit.
The need for civil action arises because the Attorney-General has decided there are no grounds to prosecute and had denied the Bank’s request for the case to be re-examined.
On Thursday the central bank said it had revoked three permissions granted to 1MDB under the Exchange Control Act for investments abroad amounting to US$1.83 billion. The Bank said permissions had been obtained using “inaccurate or without complete disclosure of material information”. It ordered 1MDB to submit plans for repatriating the money.
However, 1MDB said on Friday that while it respected the Bank’s authority, it was unable to repatriate the money as it had already been spent.
In his blog today, Art said lawyer Rosli Dahlan had reminded him about Section 239 of the Financial Services Act which empowers the Bank to take civil action.

Peguam Negara ambil kuasa hakim-Tun M

Penolakan kes ini menimbulkan syak wasangka an orang berfikir bahawa keputusan yang diputuskan tidak dibuat oleh Peguam Negara.
mahathir,bnm
PETALING JAYA: Peguam Negara dilihat mengambil tindakan sendiri apabila menolak cadangan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk meneruskan pendakwaan terhadap 1MDB.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempertikai keputusan itu yang disifatkannya sebagai tidak telus.
Katanya, meskipun Peguam Negara diberi kuasa untuk membuat keputusan sama ada sesuatu kes perlu dibawa ke mahkamah atau tidak tetapi keputusan untuk menolak proses pendakwaan menimbulkan tanda tanya.
“Kita tahu memangnya Peguam Negara diberi kuasa untuk membuat keputusan sama ada sesuatu kes perlu dibawa ke mahkamah atau tidak. Anggapannya adalah Peguam Negara akan menghargai dan memahami betapa serius atau sebaliknya kes yang dibawa kehadapannya, bahawa dia akan menghargai keprihatinan pengadu atau agensi yang membuat laporan itu, bahawa jika ada perasaan tidak puas hati kes itu patut dihakim dalam mahkamah undang-undang oleh seorang hakim dan jika masih tidak berpuas hati rayuan dibenarkan.
“Itulah cara yang betul. Tetapi sekarang nampaknya Peguam Negara telah membuat penghakiman itu, menolak kes itu kerana tidak mempunyai merit untuk perbicaraan di mahkamah undang-undang. Dan apabila rayuan dibuat, rayuan itu ditolak oleh beliau atas alasan yang tidak jelas. Terdapat kekurangan ketelusan di sini.
“Adakah ini kedaulatan undang-undang yang negara ini patut dukung? Adakah Peguam Negara lebih tinggi daripada seorang hakim, yang penghakimannya adalah muktamad dan tidak ada sebarang rayuan? Tulisnya di chedet.com
Kata Dr Mahathir, dalam kes ini rakyat ingin tahu sama ada Perdana Menteri terlibat atau tidak.
Tambahnya, penolakan kes ini menimbulkan syak wasangka dan akan kekal dalam minda rakyat.
Malah, orang berfikir bahawa keputusan Peguam Negara ini mungkin tidak dibuat oleh Peguam Negara.

Rafizi minta Bank Negara batal semua lesen 1MDB


Bank Negara wajar membatalkan semua lesen kewangan diberi kepada 1MDB jika Peguam Negara terus enggan menggunakan kuasanya mendakwa agensi itu seperti disyorkan dalam kertas siasatan bank pusat berkenaan.
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli bekrata, langkah itu adalah antara yang dicadangkan pihaknya bagi membolehkan masalah kewangan melanda syarikat tajaan penuh kerajaan itu diatasi.
Rafizi yang juga Setiausaha Agung PKR berkata, Bank Negara wajar membatalkan semua permit atau kelulusan pemindahan wang yang pernah diberikan selama ini.
"Jika Peguam Negara enggan menggunakan kuasanya di bawah perlembagaan untuk mendakwa 1MDB seperti yang disyorkan oleh kertas siasatan, maka Bank Negara wajar menggunakan kuasanya yang lain untuk memastikan masalah 1MDB tidak berlanjutan hingga membawa kesan kepada ekonomi negara," katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.
Nanti tiada pilihan
Langkah lain yang turut dicadangkan Rafizi adalah supaya Bank Negara menolak sebarang permohonan permit atau kelulusan pemindahan wang yang baru supaya dananya tidak lagi boleh dipindahkan sesuka hati.
Cadangan lain Rafizi melalui kenyataan itu adalah supaya Bank Negara menolak permohonan lesen atau permit baru yang ada kaitan dengan urusan kewangan bagi memastikan 1MDB tidak boleh membuat perjanjian atau urusan kewangan yang baru.
Jalan yang paling berkesan untuk mengelakkan masalah berlanjutan, kata Rafizi, adalah dengan melumpuhkan operasi kewangan dan urus niaga pemindahan dana oleh 1MDB yang dikawal selia Bank Negara.
"Apabila 1MDB dikekang daripada membuat pinjaman atau memindahkan dana, saya pasti Datuk Seri Najib Tun Razak tidak ada pilihan lain kecuali menutup 1MDB dan menyelesaikan masalah kewangannya secara muktamad," katanya.

Skandal 1MDB: Kerajaan ada sebab kukuh tahan individu gugat keselamatan negara, kata menteri Umno

Kerajaan tidak bertindak sesuka hati untuk menahan atau mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu tanpa asas yang kukuh, tegas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Justeru, beliau berkata sebarang penahanan dibuat mengikut peraturan sedia ada dan dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah tidak berasas sama sekali memandangkan sebarang penahanan yang dibuat itu bukan bermotifkan politik semata-mata.
"Tuduhan itu tidak berasas sama sekali. Apa pun yang kita lakukan adalah mengikut peraturan sedia ada.

"Apabila seseorang itu ditahan mengikut undang-undang Sosma sudah tentulah ada asasnya dan kita tidak sesuka hati mengambil tindakan apabila kita ada asas-asas kukuh," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Zumba dan Karnival Sukan Rakyat peringkat kementerian sempena Sambutan Hari Sukan Negara di Putrajaya, hari ini. Salleh berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Dr Mahathir yang Malaysia kini dilihat oleh dunia sebagai sebuah negara "pariah" apabila sesiapa sahaja boleh ditangkap, disoal siasat dan ditahan serta didakwa dengan menyalahgunakan undang-undang negara.
Kenyataan tersebut ditulis Dr Mahathir susulan penahanan bekas pemimpin Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) kerana membuat laporan antarabangsa mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

TPPA: We risk being sued for lost of future profit

Dr M warns on the possibility of "buy" election

Najib tak peduli pasal negara, hanya mahu kedudukan kekal

Datuk Seri Najib Razak disifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang perdana menteri yang tidak peduli kepada sebarang situasi buruk yang melanda negara, termasuk ketika Malaysia mengalami kejatuhan nilai ringgit.
Negarawan bersara itu mendakwa, yang menjadi keutamaan Najib ialah untuk mengekalkan kedudukannya dengan menggunakan wang.
"Kerajaan ini hanya berminat untuk mengekalkan kedudukan Najib, beliau tidak kisah mengenai hal lain, bukan mengenai bagaimana untuk mengumpul hasil dan membangunkan negara, bukan begitu.

"Beliau (Najib) pernah berkata kepada saya, wang itu raja. Beliau harap, dengan menaburkan wang, rakyat akan memberi sokongan," katanya pada sebuah forum di Brickfields, Kuala Lumpur hari ini.

Rakyat minta Raja suarakan tak puas hati pada kerajaan, kata Dr Mahathir

Kebimbangan rakyat berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjadi penyebab utama Majlis Raja-Raja Melayu bertindak mengeluarkan titah supaya kerajaan menyiasat perkara tersebut, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini. Bekas perdana menteri itu berkata, beliau percaya majlis bertindak demikian selepas melihat reaksi rakyat yang seperti kurang percaya dengan penjelasan kerajaan mengenai skandal firma pelaburan negara yang sarat hutang itu. "Raja Melayu nyatakan perasaan mereka kerana melihat rakyat gelisah, seolah-olah kurang percaya kepada penjelasan yang dibuat kerajaan," katanya pada sidang media selepas berucap di sebuah forum di Kuala Lumpur hari ini.

Perjanjian TPP rugikan negara, kata Dr Mahathir

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap di forum membincangkan kesan isu ekonomi pada pekerja Malaysia di pejabat NUBE di Brickfields, Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 10 Oktober, 2015. 
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap di forum membincangkan kesan isu ekonomi pada pekerja Malaysia di pejabat NUBE di Brickfields, Kuala Lumpur hari ini. 

Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPP) yang bakal dimuktamadkan Putrajaya selepas butirannya dibentang dan dibahaskan di Parlimen tidak lama lagi, disifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai satu urus niaga yang "sangat buruk" dan hanya merugikan negara. Bekas perdana menteri itu berkata, rumusan itu dibuat berdasarkan persaingan yang perlu dihadapi syarikat Malaysia apabila berdepan dengan syarikat antarabangsa.
"TPP ini perjanjian yang sangat buruk. Ia menyebabkan negara kita terdedah kepada luar, dan mereka (syarikat luar) boleh menyaman kerajaan.

"Syarikat negara ini tidak sekuat seperti syarikat luar dan ia merugikan Malaysia," katanya semasa sesi soal jawab pada forum "Kesan isu ekonomi kepada pekerja Malaysia" di Brickfields, Kuala Lumpur hari ini. Rundingan TTP dengan pembabitan 12 negara berjaya dimuktamadkan pada 5 Oktober lalu, namun sebahagian daripada kandungan perjanjian itu belum lagi didedahkan Putrajaya.

TPPA rugikan petani, kata NGO

Syarikat-syarikat pengeluar benih dikatakan bakal mendapat lebih banyak hak ke atas petani mengikut Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang sudah dipersetujui Malaysia, kata dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Antara lain, TPPA akan menghalang petani daripada bertukar-tukar benih, kata laporan dibuat kumpulan berpangkalan AS dan Rangkaian Dunia Ketiga di Pulau Pinang.
 "Konvensyen Antarabangsa Untuk Perlindungan Kerencaman Baru Tanaman 1991 menghalang petani daripada menukar benih masing-masing dan ia tidak konsisten dengan amalan petani di kebanyakan negara membangun apabila mereka perlu mempelbagaikan tanaman.
"Dalam kes di Malaysia, ia bermakna undang-undang perlindungan penukaran tanaman akan berakhir, termasuk memberikan kuasa monopoli lebih lama kepada syarikat pembekal, melarang petani menukar benih yang disimpan dan mengubah peruntukan perlindungan biokeselamatan dan antipenjarahan hayati (anti-biopiracy), " katanya dalam satu analisis semalam.
Ketika ini Akta Perlindungan Kerencaman Tanaman Baru 2004 membenarkan petani kecil menukar benih sesama sendiri.
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ketika ini mendefinisi "petani kecil" sebagai mana-mana pihak yang mengusahakan tanah kurang daripada 0.2 hektar.

1MDB bukan perhatian utama FBI cerita Zahid...ni gred A atau gred AA..???

Ahmad Zahid Hamidi WASHINGTON DC – AMERIKA SYARIKAT. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata persoalan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bukan menjadi perhatian utama pihak Washington termasuk Biro Siasatan Persekutuan (FBI).
  
"Mungkin perkara ini besar kerana diuar-uarkan di dalam negara (Malaysia) kerana di negara kita ia dijadikan isu politik," kata Ahmad Zahid kepada wartawan Malaysia di sini pada Jumaat.
  
Ahmad Zahid yang dalam rangka lawatan kerja di pusat pentadbiran Amerika Syarikat ini berkata perkara mengenai 1MDB tidak dibangkitkan langsung semasa pertemuan beliau dengan Setiausaha Negara Amerika John Kerry dan juga perbincangan dengan pegawai-pegawai kanan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
  
"Tidak ada persoalan mengenai 1MDB dibangkitkan oleh pihak FBI atau John Kerry atau mana-mana pihak yang saya temui semasa saya berada di Washington," kata beliau apabila ditanya berhubung laporan media sebelum ini bahawa FBI telah memulakan penyiasatan berkaitan 1MDB.
  
"(1MDB) tidak menjadi isu besar kepada mereka langsung," katanya.

Ahmad Zahid bertemu John Kerry di Jabatan Negara di sini Khamis untuk menandatangani dokumen Aturan Arahan Presiden Keselamatan Negara No.6 (HSPD-6), bagi membolehkan Malaysia menjadi negara ke-39 menyertai Program Pengecualian Visa Amerika Syarikat.

YOU'RE WRONG AG, THERE'S A CASE AGAINST 1MDB: ZETI RISES ABOVE BLACKMAIL BID, ROSMAH'S ALLEGED INTERVENTION

YOU'RE WRONG AG, THERE'S A CASE AGAINST 1MDB: ZETI RISES ABOVE BLACKMAIL BID, ROSMAH'S ALLEGED INTERVENTION
In a stunning development, Malaysia’s central bank has issued a statement saying it had requested a criminal investigation into the affairs of the scandal-plagued 1Malaysia Development Bhd despite the fact that Prime Minister Najib Razak’s hand-picked Attorney General Mohamad Ali, to whom it had forwarded the case , said there was no reason for prosecution.
Najib fired the previous attorney general, Abdul Gani Patail, in September and replaced him with Ali, a former federal court judge, at the last minute after Gani reportedly had drawn up criminal charges against Najib and another unnamed official over the MDB scandal. Apandi Ali is considered a United Malays National Organization loyalist.
Apandi’s most significant ruling on the country’s highest bench, before he retired, was to say that Christians, particularly Catholics, would not be allowed to use the word ‘Allah” to denote god in their literature and services.
“As an investigative authority, the bank is duty bound to conduct its investigations with the highest professional care and diligence,” according to the Bank Negara statement.
“The bank at all times expects full and accurate disclosure of information by applicants in considering any application under the ECA. On its part, the bank concluded that permissions required under the ECA for 1MDB’s investments abroad were obtained based on inaccurate or without complete disclosure of material information relevant to the Bank’s assessment of 1MDB’s applications.”

Zeti blackmailed, Rosmah accused of email campaign
Zeti Akhtar Aziz, the central bank governor, had delayed announcement of the results of the banking transactions by 1MBD for several weeks.
Sources in Kuala Lumpur said Zeti, one of the world’s most respected central bankers, was in essence blackmailed by forces aligned with Najib into previously burying the investigation over concerns that the government might prosecute her husband, Tawfik Ayman, because of secret overseas accounts.
Rosmah Mansor, the prime minister’s wife, was reportedly involved in an email campaign to drive Zeti from her position.

AG Mohamad Ali and Former AG Abdul Gani Patail
Bank Negara’s defiance of the attorney general’s refusal to prosecute the case adds to pressures brought by the nine-member Council of Rulers – the country’s sultans – who in an unprecedented formal statement earlier this week warned that investigations into Najib’s affairs and 1MDB must be completed as soon as possible or the country’s image would be harmed. In the same statement, they warned that racial tensions are increasing and that steps must be taken to cool them off.
Making a mockery of the Rulers' decree
Despite its importance, the statement was relegated to the back pages of the mainstream press, which is owned by the governing political parties including UMNO. Home Affairs Minister Ahmad Zahid Hamidi issued a statement saying the one by the Sultans was aimed at the opposition for raising racial tensions. The attorney general’s closing down of the Bank Negara investigation was an apparent attempt to comply with the Sultans’ demand that the investigation be completed as soon as possible.
Najib and his allies have been involved in a wide-ranging campaign to stifle dissent over allegations of massive corruption, both personal and through UMNO. The government has used the loosely-worded sedition act or the “Security Offences (Special Measures Act (SOSMA),” passed in 2012 as a substitute to the colonial-era Internal Security Act, and other laws to arrest 138 government opponents.

SELEPAS TITAH RAJA2, KEADAAN SEPATUTNYA JADI LEBIH BAIK

Perbualan mengenai 1MDB terus hangat di mana-mana meskipun selepas Majlis Raja-Raja mengeluarkan kenyataan yang mahu siasatan mengenai syarikat sarat hutang itu segera diselesaikan dan diambil tindakan terhadap mereka yang terlibat.

Yang paling diharapkan oleh orangramai ialah sebaik saja Raja-Raja bersuara, semuanya menjurus kepada keadaan yang lebih baik sebagai isyarat mendaukatkan kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai payung kepada rakyat dan negara.

Tambahan lagi, disedari juga bahawa bukanlah amalan biasa bagi Majlis Raja-Raja bersuara yang bersifat menegur kerajaan, melainkan jika dirasakan sesuatu itu sudah dianggap terlalu membebankan dan boleh menjurus kepada keadaan yang tidak baik untuk rakyat dan negara.

Tidak dinafikan harapan semua pihak amat menggunung tinggi sebaik mendapati Raja-Raja turut menunjukkan keprihatinannya berkaitan 1MDB.

Tetapi, apakah yang berlaku selepas Raja-Raja bersuara?

Walaupun Peguam Negara pantas mengeluarkan kenyataan sebagai respon kepada titah Raja-Raja dengan menghujahkan sebab-sebab tiada sebarang pendakwaan berkaitan siasatan Bank Negara terhadap 1MDB, ia nampaknya tidak berakhir begitu saja.

Sebagai tindak balas, di sebalik mengakui tugas pendakwaan adalah di bawah bidang kuasa Peguam Negara, Bank Negara semalam telah mengeluarkan kenyataan yang siasatannya mendapati 1MDB telah membuat pendedahan tidak tepat atau tidak lengkap bagi mendapatkan kebenaran melabur di luar negara.

Bank Negara lalu mencadangkan Peguam Negara memulakan pendakwaan jenayah terhadap 1MDB kerana pelanggaran Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953.

Malaysia hadapi risiko dengan keruntuhan kewangan global, kata laporan

Malaysia adalah satu daripada beberapa negara pesat membangun yang berisiko sekiranya berlaku keruntuhan kewangan global, disebabkan hutang yang tinggi dan keadaan ekonomi tidak stabil, kata Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
Dalam satu laporan oleh The Guardian, IMF menonjolkan syarikat dan institusi kewangan yang bergantung kepada pembiayaan hutang besar-besaran untuk mengekalkan pertumbuhan, sambil menambah Malaysia adalah satu contoh negara yang sejak akhir-akhir ini membenarkan syarikat terbesar mereka untuk meminjam dengan banyak.
Ekonomi lain yang sedang pesat membangun termasuk Brazil, Turki, India dan Argentina.

Kaunselor kewangan IMF, Jose Vinals dilaporkan berkata, ancaman ketidakstabilan dan kemelesetan membayangi negara-negara tersebut boleh memberi kesan sebanyak 3% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). "Satu usaha bersama untuk melakukan naik taraf dasar diperlukan segera untuk berdepan dengan peningkatan cabaran dalam dunia yang tidak menentu, bagi memastikan kestabilan kewangan dan prospek pertumbuhan lebih baik. Tiga peratus daripada pengeluaran global dalam risiko," beliau dipetik sebagai berkata.
Tahun ini, ringgit jatuh hampir 20% berbanding dolar dan rizab asing negara juga menurun kira-kira pada peratusan yang sama, di bawah paras AS$100 bilion (RM413 bilion).
"Ia seperti satu 'perfect storm' (situasi yang memburukkan lagi keadaan secara drastik) bagi Malaysia," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar dalam satu laporan Reuters bulan lalu.
Skandal politik dan keruntuhan mata wang yang semakin buruk memberi kesan kepada sentimen pelabur terhadap Malaysia, melemahkan semangat negara jiran walaupun bank pusat berusaha untuk mengawal kerosakannya.
Bursa Malaysia mula menjunam sejak Julai, disebabkan krisis politik yang semakin memburuk akibat dakwaan rasuah dan salah urus berhubung dana pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Skandal itu menambah kebimbangan yang negara ini merupakan kawasan paling lemah yang bergelut dengan kejatuhan harga komoditi, permintaan lemah global dan kenaikan kadar faedah yang dijangka berlaku di Amerika Syarikat.

"Negara Paria": Salleh sanggah Dr Mahathir

Dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Malaysia dilihat dunia sebagai sebuah negara "pariah" kerana sesiapa sahaja boleh ditangkap, disoal siasat dan ditahan adalah tidak berasas.
Ini kerana, menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak, segala tindakan diambil kerajaan bukan dibuat sesuka hati.
 "Tuduhan itu tidak berasas sama sekali. Apa pun yang kita lakukan adalah mengikut peraturan sedia ada.
"Apabila seseorang itu ditahan mengikut undang-undang Sosma sudah tentulah ada asasnya dan kita tidak sesuka hati mengambil tindakan apabila kita asas-asas kukuh," kata bekas Ketua Menteri Sabah itu kepada pemberita di Putrajaya sebentar tadi.
Dr Mahathir yang juga bekas perdana menteri keempat semalam meneruskan serangan terhadap Datuk Seri Najib Razak apabila menulis dalam blog dengan mendakwa Malaysia kini dilihat oleh dunia sebagai sebuah negara "pariah" apabila sesiapa sahaja boleh ditangkap, disoal siasat dan ditahan serta didakwa dengan menyalahgunakan undang- undang negara.
Kenyataan tersebut ditulis Dr Mahathir susulan penahanan bekas pemimpin Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) kerana membuat laporan antarabangsa mengenai syarikat sarat hutang 1MDB.
Dalam tulisan terbarunya bertajuk 1MDB Cleared, Dr Mahathir membidas penahanan itu sambil berkata ia bertujuan mewujudkan ketakutan kepada rakyat apabila tindakan melaporkan salah laku kerajaan dan pegawainya dianggap mengancam keselamatan negara.
Mengulas lanjut, Salleh berkata semasa pentadbiran Mahathir, bekas perdana menteri itu juga menegaskan adalah menjadi tanggungjawab kerajaan menjaga keselamatan negara.
Justeru, tegas Ahli Parlimen Kota Belud itu sebarang penahanan bukan bermotifkan politik semata-mata seperti mana yang didakwa oleh Dr Mahathir.
"Kita harus membuat penyiasatan kepada mana-mana pihak yang bertujuan mengganggu-gugat kestabilan politik negara, itu yang paling penting, kerana penekanan kita adalah keamanan Malaysia" tegas Salleh.

Ekonomi dibolot ‘Umnoputera’ mundurkan bumiputera

Nurul-IzzahSEGAMBUT, 10 OKT: Syarikat bumiputera di negara ini terpinggir dan sukar untuk bersaing dengan syarikat kroni pemimpin Umno-BN atau juga dikenali sebagai ‘Umnoputera’.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, berkata ini berikutan syarikat itu terpaksa bersaing syarikat ‘Umnoputera’ yang sering diberi laluan mudah memperolehi sebarang projek kerajaan.
“Kita bermasalah ekonomi dibolot ‘Umnoputra’, ini isunya. Bila masa berkait dengan syarikat bumiputera, banyak syarikat tertinggal atau dipinggirkan kerana mereka bukan syarikat dikenali sebagai ‘Umnoputera’,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu kepada Selangor Kini.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Solat Hajat Untuk Kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kesejahteraan Negara di kediaman Anwar di sini, baru-baru ini.
Kata Nurul Izzah, syarikat bumiputera itu juga terpaksa merangkak dari bawah berbanding syarikat ‘Umnoputera’ yang didanai ahli perniagaan besar serta mendapat keistimewaan pemimpin Umno-BN.
Katanya lagi, lebih memburukkan keadaan sekiranya perjanjian TPPA ditandatangani menyebabkan syarikat bumiputera ini kehilangan keistimewaan dan terpaksa bersaing dengan syarikat gergasi negara asing.

Ramai sertai Amanah kerana dihalau PAS

Parti Amanah Negara berjaya mengumpul 50,000 ahli dalam masa kurang sebulan selepas dilancarkan, dengan 60% daripadanya terdiri daripada bekas pemimpin PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Oktober, 2015. 
Parti Amanah Negara berjaya mengumpul 50,000 ahli dalam masa kurang sebulan selepas dilancarkan, dengan 60% daripadanya terdiri daripada bekas pemimpin PAS.

Mereka yang tidak lagi diterima kepimpinan PAS tetapi kekal dalam parti Islam itu, kini dituduh menyertai kumpulan serpihan Parti Amanah Negara (Amanah), seolah-olah ia perkara paling keji dalam dunia dilakukan mereka.
Tetapi, tindakan tersebut hanya membuatkan lebih ramai menyertai Amanah, yang ketika ini mempunyai 50,000 ahli dalam masa kurang sebulan selepas dilancarkan, dengan 60% daripadanya bekas pemimpin PAS, menurut timbalan presiden parti baharu itu, Salahuddin Ayub.
Menceritakan betapa Amanah digunakan untuk "menyerang" ahli yang tidak disenangi mereka, bekas ketua penerangan PAS Pahang Suhaimi Md Saad (gambar, kiri) berkata, beliau mendapat tekanan kiri dan kanan daripada PAS kononnya beliau menyertai Amanah.

Beliau tidak menyertai Amanah dan masih ahli PAS, tetapi katanya tekanan mula diterima sejak 2013 apabila beliau mengalahkan ketua Pemuda PAS ketika itu, Nasrudin Hassan sebagai naib yang dipertua PAS kawasan Indera Mahkota. Sejak itu beliau dilabelkan sebagai penentang ulama dan disisihkan oleh pihak yang menguasai pucuk pimpinan PAS sekarang, iaitu golongan ulama yang menyingkirkan golongan progresif bagi menduduki majoriti jawatan tertinggi parti pada pemilihan Jun lalu.
Apabila barisan Kabinet PAS Pahang dibentuk selepas Muktamar PAS ke-61 baru-baru ini, nama Suhaimi terus ditiadakan daripada barisan kepimpinan negeri.
Beliau mendakwa pemimpin PAS memboikotnya, termasuk kedai buku dimilikinya.
Namun, Suhaimi mengambil sikap berdiam diri dan tidak menjawab sebarang serangan terhadapnya.
Beberapa hari lepas, berlaku lagi kejadian tidak disenangi membabitkan rutin bulanan beliau yang selama 3 hari dalam sebulan akan keluar dari Pahang memberikan kuliah di masjid dan surau seluruh negara.
Sejak perpecahan berlaku dalam PAS katanya, kuliah yang dijadualkan untuknya berkurangan daripada 8 kepada 3 sahaja kini.
"5 kuliah lagi bagi alasan nak susun balik, kebetulan ada ustaz lain nak masuk, dan macam macam alasan lain. Aku bersangka baik," tulis Suhaimi di laman Facebook miliknya.
Salah satu daripada pembatalan kuliah itu dibuat melalui telefon apabila beliau hanya dihubungi ketika sudah hampir tiba di tempat dijadualkan berceramah, sebuah masjid di Muadzam.
"Mereka kata, ustaz dah 'join' Amanah dan tak bersama PAS," kata pihak penganjur kepada Suhaimi yang menyebabkan beliau terkejut.
"Apa!!! Saya masih ahli PAS," Suhaimi melahirkan rasa terkejutnya melalui tulisannya di akaun media sosial itu, memecah kebisuannya selama ini.
Bercakap kepada The Malaysian Insider, Suhaimi berkata beliau tidak berhasrat untuk menyertai Amanah.
"Jika saya sertai Amanah bermakna tuduhan terhadap saya betul dan itulah yang dikehendaki pihak yang memfitnah saya," katanya.

The biggest cause of disunity

ad politics provides the catalyst and fuel for aggression and conflict.
malaysia,-puppet-master
The biggest single cause of national disunity today is bad politics.
Cultural, racial and religious differences are a given in Malaysia. Our demography guarantees diversity without our having to look far or search hard to find a name, face or tongue that is distinct from our own.
A plural society has more competing interests to manage than does a homogeneous society, and it needs a different style of handling. That is another given. Malaysians may have many bad habits, but as a society, we are not particularly predisposed to conflict or aggression. For that, we need a catalytic reagent. The stream of bad politicians and bad politics provides just that.
The socio-cultural divide has mostly been managed for political gain rather than harmony. Though never well managed in the past, there was at least a sense that all the political juggling would be worthless if stability were lost and the nation fell off the edge, as we did in 1969.
One heavily politicised topic is the education policy. It has always been a convenient issue for opportunistic politicians to exploit. The “single-stream” debate is one issue that has become the fast elevator to political stardom, whereas there are less divisive staircases to take to the top.
It is now embedded in the public consciousness that the SJKC schools are bad for national unity and that unity would be better served if they were abolished. In the deconstruction, the argument for this is twofold: (1) the common tongue proficiency in BM would improve for the non-Malays through the medium of instruction, and (2) the mingling of the races at the primary education level would bring about the kind of unity we desire.
Vessels for prejudices
The precursors to the single-stream solution are already evident in the SKs throughout the country. The enforced integration in the SKs has done little for racial harmony because the kids still prefer to socialise with their own kind when left on their own. It is hard to put a finger on without an in-depth sociological study to prove it, but we suspect that the children are just vessels for the ingrained prejudices of the adults.

TPP adalah igauan yang jadi kenyataan


Mohd Rizal Jaapar

KUALA LUMPUR - Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) yang dipersetujui Malaysia 5 Oktober lalu adalah igauan selama ini yang menjadi kenyataan pada akhirnya, kata Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM).

Ketua Eksekutif Operasi MTEM, Mohd Rizal Jaapar berkata, pihaknya tidak akan terkejut sekiranya kerajaan terpaksa menggadaikan sesuatu untuk melindungi kepentingan badan bukan kerajaan (GLC) di negara ini.

"Kita memang risau (selama ini) yang kerajaan akhirnya akan bersetuju dengan TPP. Selama dua tahun kita berkempen menolak TPP dan sekarang ia mimpi ngeri yang menjadi kenyataan.

"Kalau kita ambil kira kenyataan menteri berkenaan hal ini, memang kita boleh jangka akan ada sesuatu yang terpaksa digadaikan, tetapi kita tidak tahu apa. Mungkin kepentingan Melayu yang akan tergadai," katanya ketika ditemui Sinar Online selepas berakhirnya sidang media Majlis NGO-NGO membantah TPP di sini, semalam.

Beliau dalam pada itu turut mempersoal kelebihan keanggotaan awal TPP yang dibuat oleh kerajaan.

"Dulu kita diberitahu bahawa negara yang bersetuju awal terhadap TPP akan dapat kelebihan. Kita (Malaysia) sudah bersetuju awal, jadi apa kelebihan kerajaan dalam rundingan itu?

"Pihak kami tidak nampak bahawa tindakan Malaysia mempersetujui rundingan itu memberikan apa-apa kelebihan kepada negara," katanya lagi.

Adakah ini Peguam Negara pilihan rakyat atau Peguam Negara pilihan UMNO ??!!

"1MDB tidak melakukan kesalahan dan mengarahkan tiada tindakan diambil." - Peguam Negara

APA AKAN JADI RIZAB NEGARA jika Najib bercita2 nak jadi PM selama 22 tahun mcm Mahathir..??!!

JANGAN RISAU.. Cukai GST dari rakyat KAN ADO !!!
JANGAN RISAU.. 'Barua Amerika' dah setuju sertai TPPA !!!

SPR dan masalah-masalah yang tak pernah selesai

TIDAK seperti sebelum ini, sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, semua parti politik boleh membuat pendaftaran pengundi baru. Ini membolehkan semua parti politik secara giat membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat pendaftaran pengundi baru.
Walaupun tidak membenarkan penolong pendaftar parti politik membuat pertukaran alamat, sekurang-kurangnyamereka boleh membantu membuat pendaftaran pengundi baru.
Betapa tidak, parti politik adalah kumpulan berkepentingan dalam hal ini. Sangat wajar untuk SPR membenarkan wakil parti politik dilantik sebagai penolong pendaftar SPR.
Logo Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)Anehnya, selepas PRU13, SPR tiba-tiba tidak mahu melantik semula penolong pendaftar parti politik. Alasannya tidak munasabah. Kononnya, SPR sedang membuat penyelarasan terhadap pelaksanaan kaedah sedia ada.

Ini jawapan yang tidak rasional.
SPR boleh membuat kerja penyelarasan di samping penolong pendaftar menjalankan kerja pendaftaran pemilih baru.
Kerja pendaftaran pemilih baru tidak boleh diberhentikan. Perlembagaan Persekutuan mensyaratkan pendaftaran jika seseorang warganegara mencapai usia 21 tahun, mahu menggunakan hak mereka sebagai pengundi.
Oleh itu, kerja pendaftaran pemilih baru dan pertukaran alamat masih dilaksanakan SPR selepas PRU 13. Peliknya, SPR tidak mahu melantik penolong pendaftar dari kalangan wakil parti politik.
Sebaliknya, SPR melantik jabatan dan agensi kerajaan tertentu untuk membantu membuat kerja pendaftaran pengundi baru. Ketua Kampung dan Ketua Kampung Baru juga dilantik untuk membuat tugas sama.
Pejabat SPR, Majlis Daerah, Pejabat Tanah dan Pejabat Pos juga dijadikan pusat mendaftar pengundi baru dan bertukar alamat. Jika pihak itui boleh membuat kerja pendaftaran pemilih, kenapa tidak wakil parti politik?

Skandal 1MDB: Titah Majlis Raja-Raja Tidak Akan Tercapai - Tun M

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa titah Majlis Raja-Raja supaya siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diselesaikan segera dan pihak yang terlibat dibawa ke muka pengadilan tidak akan tercapai.
Bekas perdana menteri itu berkata, ini kerana pemberi maklumat kini berhadapan risiko apabila mereka mungkin berdepan tuduhan mengancam keselamatan negara di bawah Akta Keselamatan Langkah-Langkah Khas (Sosma) 2012.
Katanya, penahanan  bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang di bawah Sosma telah mencipta ketakutan kepada orang ramai untuk melaporkan tentang salah laku kerajaan dan pegawai-pegawainya kerana ia dituduh sebagai mengancam keselamatan.
"Dengan ini titah Majlis Raja-Raja supaya siasatan dijalankan secara adil dan telus tidak lagi boleh dicapai.
"Terdapat berpuluh-puluh orang yang tahu tentang salah laku dalam 1MDB tidak mahu mengambil risiko dengan memberi keterangan atau membuat tuduhan kerana mereka berdepan risiko ditahan dan didakwa di bawah Sosma," katanya dalam posting terbaru di blognya, Jumaat.

Beliau mendakwa, di mata dunia, Malaysia kini dilihat sebagai sebuah negara di mana sesiapa sahaja boleh ditahan dan disoal siasat oleh polis, ditahan dan didakwa melalui penyalahgunaan undang-undang negara.
"Dan Pejabat Peguam Negara akan menolak atau tidak mengambil kira sebarang laporan salah laku yang melibatkan Perdana Menteri," dakwanya.

"Henti Panggil Ahli Amanah 'Kafir'" - Kata Mat Sabu Kepada PAS

JOHOR BAHRU: Mohamad Sabu menggesa pemimpin-pemimpin PAS supaya berhenti memanggil ahli Amanah sebagai kafir kerana ia tidak memberikan sebarang kebaikan.

Pengerusi Parti Amanah Negara itu memberi beberapa contoh kejadian semasa di pelbagai negara Islam seperti Afghanistan, Syria, Somalia dan Iraq yang dilihat menjadi contoh terbaik perbalahan yang membawa kepada kemusnahan.

"Mereka adalah umat Islam yang beriman dan mempunyai kepercayaan yang sama tetapi kerana perbezaan fahaman politik, mereka berakhir dengan berlawan satu sama lain, dan saya mendoakan ini tidak akan berlaku di Malaysia," katanya.

Mohamad Sabu berkata demikian semasa sesi dialog minum petang yang diadakan di restoran mamak di Taman Mutiara Rini di sini, Jumaat.

Beliau juga percaya bahawa PAS akan menjadi lebih kuat selepas disingkirkan daripada Pakatan Harapan tetapi tidak akan menang pilihan raya umum.

Beliau berkata pada pilihan raya umum lalu, sebahagian besar calon PAS di kawasan luar bandar tidak mampu mendapatkan majoriti undi terutamanya daripada orang Melayu.

"Itu ketika mereka masih di dalam Pakatan Rakyat, tetapi kini, mereka tidak lagi dengan pakatan pembangkang yang baru.

"Mereka akan menjadi lebih kuat dari segi kekuatan parti, tetapi saya ragu-ragu mereka boleh menang pilihan raya umum kerana sekarang, tidak ada parti politik yang boleh berdiri sendiri dalam landskap politik semasa di negara ini," katanya.