Jumaat, 9 Oktober 2015

TTPA: NGO Melayu bidas Rafidah

Tok Him mendakwa Rafidah tidak membuat kajian mendalam sebelum mengeluarkan kenyataan
rafidah-,ibrahim-ali
KUALA LUMPUR:Kenyataan bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz yang meminta rakyat negara ini tidak mempolitikkan isu Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dibidas badan bukan kerajaan (NGO) Melayu.
Jurucakap Majlis NGO-NGO Malaysia, Datuk Ibrahim Ali berkata,isu TTPA tidak boleh dianggap sebagai bukan isu politik, kerana keputusan yang dibuat itu sangat berkaitan rapat dengan bidang berkenaan.
“Jadi bila Rafidah kata jangan politikkan isu TTPA, ini tidak betul kerana akhirnya keputusan meluluskan TTPA ini merupakan keputusan politik.
“Dia nak pertahankan TTPA tapi dia sendiri tidak membuat kajian secara mendalam,” katanya dalam sidang media pada Jumaat.
Ibrahim yang juga, Presiden Perkasa mendesak kerajaan supaya menarik diri dan menolak rundingan TTPA.
Katanya, ia kolonisasi alaf baharu yang akan mengurangkan keberkesanan agenda Bumiputera.
‎”Sebelum ini, kerajaan telah memberi jaminan melalui pelbagai kenyataan bahawa hak Bumiputera tidak akan tergugat.
“Kata perlu dikota. Kami ingin tahu apakah ada dasar baharu akan diwujudkan pada masa akan datang dilarang dibawah FET dan Expropriation?,” katanya.
Jelasnya, rundingan yang bakal dipersetujui kerajaan bakal meminggirkan kaum Bumiputera selain menolak Perlembagaan Negara.
“Kerajaan harus sedar bahawa agenda Bumiputera adalah agenda nasional. Oleh itu kerajaan wajib terus perkukuh agenda Bumiputera dan tolak TPPA,” ulasnya.

TPP: Kerajaan berhadapan risiko disaman

TPP
KUALA LUMPUR – Kerajaan mungkin berhadapan dengan risiko disaman Amerika Syarikat sebaik sahaja rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) dimuktamadkan.

Ini kerana menurut Ketua Eksekutif Operasi Majlis Tindakan Ekonomi Melayu, Mohd Rizal Jaapar masih banyak dasar negara yang berbeza dengan dasar yang ditetapkan oleh Amerika Syarikat.

“Inilah yang kita cuba sampaikan kepada semua pihak. Bila sampai masanya, kita semua perlu nyatakan penolakan kita terhadap TPP kerana dasar kita berbeza dengan mereka.

“Kita hanya ada masa tiga bulan sahaja lagi. Kita sudah tidak ada masa. Apabila kerajaan bersetuju untuk menjadi sebahagian daripada negara yang bersetuju terhadap rundingan tersebut, kerajaan tidak ada pilihan lainselain terpaksa menyesuaikan kandungan tuntutan TPP mengikut perundangan kita. Jika kita gagal, kita akan rugi dan kerajaan akan disaman,” katanya dalam sidang media Majlis NGO-NGO membantah TPP di sini, hari ini.

Isnin lalu, Malaysia bersama 11 negara lain telah mencapai persetujuan dalam rundingan perdagangan bebas TPP yang akan menghapuskan sekatan dan memudahcarakan prosedur perdagangan di semua negara anggota.

Memetik sumber Reuters, perkara itu sudah dipersetujui oleh semua Menteri-Menteri Perdangan negara Pasifik yang menghadiri mesyuarat Menteri-Menteri TPP di Atlanta, Amerika Syarikat bermula Rabu lalu.

Lihat papa kesakitan, jantung saya seolah berhenti – Nurul Nuha

Nurul NuhaKUALA LUMPUR 8 Oktober- Meskipun kelihatan tenang bercerita mengenai kesihatan bapanya, namun raut wajah Nurul Nuha Anwar jelas tidak dapat menyembunyikan kesedihan yang dialaminya.
Cerita puteri kedua kepada Anwar ini, terlalu banyak penderitaan ditanggung keluarganya sejak 17 tahun lalu, dan kali ini mereka sekali lagi diuji dengan tahap kesihatan bapanya yang semakin buruk di Penjara Sungai Buloh.

“Sejak Reformasi 1998, kami sekeluarga telah lalui berbagai-bagai tohmahan dan fitnah. Hinggakan waktu membesar kami ini pun, ada masanya kami lalui dalam keadaan yang sungguh perit.
“Melihat papa dizalimi, bukan untuk kali pertama tetapi ini sudah berkali-kali hingga pernah satu ketika jantung saya seolah-olah berhenti melihat papa terus disakiti,” cerita Nuha dalam sesi dialog forum ‘Reformasi Perjuangan Diteruskan’ di Dewan Himpunan Cina KL Selangor, malam tadi.
Berkongsi keadaan kesihatan papanya, Nuha menjelaskan rawatan fisioterapi dan pembedahan yang diperlukan Anwar sehingga kini gagal diberikan kerajaan meskipun pelbagai permohonan dibuat pihak keluarga dan peguam.
Keadaan kesihatan yang semakin menurun serta beberapa laporan dan saranan pakar perubatan agar Anwar  segera dibedah amat membimbangkan beliau sekeluarga.
“Beliau dalam keadaan yang sangat tidak sihat dan memerlukan pembedahan segera. Tetapi kami telah cuba berbagai cara demi perjuangan mendapatkan rawatan dan pembedahan buat papa.
“Terbaru, selain bahu kanannya, sakit Anwar juga kini di bahagian saraf yang akan menolak ke lehernya. Inilah yang merunsingkan kami sekeluarga,” ujarnya sayu.

Kasih sayang dirampas sejak umur 13 tahun

Menurut Nuha, keluarganya hanya dibenarkan berjumpa Anwar di Penjara Sungai Buloh sekali dalam tempoh sebulan.
Anwar juga tidak berpeluang melihat cucu kecilnya yang baru dilahirkan September lalu, iaitu anak kepada Puteri ketiga Anwar, Nurul Ilham.

BONGKAR LAGI Malaysia-ISRAEL !!

Sistem sekuriti CIMB dikawal zionis Israel ??!!

Asal aja Najib Razak.. ISRAEL
Asal aja Nazir Razak.. ISRAEL

..kenapa ??!!

Pakatan, nampaknya Raja-raja kini sudah boleh campurtangan?

oleh Hazlan Zakaria
Geli hati menonton perlawanan  ping-pong antara dua dua pihak politik yang berterusan di media. Kali ini berhubung apa yang dikatakan sebagai “teguran” diraja terhadap kelambatan kerajaan dalam penyiasatan 1MDB.
Majlis Raja-raja Melayu mengeluarkan kenyataan baru-baru ini, menggesa kerajaan menyelesaikan siasatan skandal 1MDB secepat mungkin kerana bimbang ia akan memberi kesan negatif kepada negara, ekonomi dan rakyat jika ia terus berpanjangan.
Kenyataan itu juga menyeru penguasa serta institusi tadbir urus dan penguatkuasaan undang-undang agar bersikap telus dan betul demi tanggungjawab terhadap Tuhan dan kepercayaan rakyat.
Seperti dijangka, politikus pembangkang tidak membuang masa untuk menyertainya dan memuji ketegasan yang ditunjukkan Raja-raja Melayu, serta menyuarakan rasa setia tidak berbelah bahagi kepada kebijaksana yang diangkat hanya berdasarkan keturunan ini.
Ini bertentangan dengan sambutan dingin mereka di masa lalu ketika ada campur tangan diraja terhadap perkembangan politik yang tidak memihak kepada mereka – rampasan kuasa Perak dan krisis MB Selangor.
Malah sebahagian pakar undang-undang dalam parti mereka mempersoalkan sejauh mana Perlembagaan membenarkan monarki campur tangan terhadap isu berkaitan eksekutif, walaupun mengakui peranan mereka sebagai ketua negeri.
Apa-apa pun, memang menghiburkan untuk melihat pembangkang kini tidak kisah pula mengalu-alukan campurtangan diraja, walaupun sebelum ini mengambil sikap berbeza.
Jadi Pakatan, adakah campurtangan diraja sudah boleh diterima sekarang?

Kepercayaan rakyat musnah akibat BN yang mungkir janji

oleh Alyaa Alhadjri
Jelas bahawa rakyat semakin hilang keyakinan dan kepercayaan kepada pentadbiran, apabila begitu banyak janji yang dimungkiri kerajaan Barisan Nasional.
Tempat teratas dalam senarai ini tentunya janji Perdana Menteri Najib Razak untuk memulakan reformasi sivil dan ikrarnya bahawa undang-undang lapuk seperti Akta Hasutan 1948 tidak akan disalahguna.
Tangkapan terhadap bekas ketua Umno Batu Kawan Khairuddin Abu Bakar di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) juga mencetuskan kebimbangan sejumlah 38 pertubuhan masyarakat sivil, yang undang-undang itu telah disalahgunakan untuk menjaga kepentingan pihak tertentu.
“Sosma pada asalnya dibentangkan oleh kerajaan sebagai langkah anti-keganasan dan keselamatan negara, dan ia membenarkan tahanan tanpa bicara selama 28 hari. Tiada tuduhan atau bukti yang menunjukkan Khairuddin memiliki latar belakang keganasan.
“Sebaliknya Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar berkata dengan jelas bahawa Khairuddin ditahan kerana membuat laporan di Hong Kong, Switzerland, Perancis dan United Kingdom berhubung skandal kewangan melibatkan 1MDB,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.
Dalam sidang media 7 Oktober lalu, presiden Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (Hakam) Ambiga Sreenevasan berkata, walaupun ketika Akta Keselamatan Dalam Negeri digubal dahulu, ia dengan janji bahawa hanya digunakan terhadap pemberontak komunis.
“Janji ini juga termaktub di bawah Seksyen 4(3) Sosma, yang menyatakan tiada siapa yang akan ditahan hanya kerana kegiatan dan pegangan politik mereka,” katanya lagi.
Ambiga berkata lagi, sebab penahanan Khairuddin juga tidak jelas.
CEO Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) Saifuddin Abdullah berkata, beliau percaya tindakan itu diambil bagi menakut-nakutkan ahli Umno yang lain.

Dr Mahathir persoal apakah Najib terlibat keputusan peguam negara ‘bersihkan’ 1MDB

Jabatan Peguam Negara tidak telus dalam “membersihkan” 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang membuat pendedahan palsu, kata Tun Mahathir Mohamad hari ini sambil mempersoalkan apakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut terbabit dalam keputusan itu.
Menulis dalam blognya www.chedet.cc petang ini, bekas perdana menteri itu berkata, peguam negara kini bertindak "melampaui" peranan seorang hakim dengan menganggap cadangan Bank Negara Malaysia melaksanakan pendakwaan terhadap 1MDB sebagai tidak perlu.
"Ia akan kelihatan seperti Peguam Negara sudah membuat penghakiman, menolak kes itu sebagai tidak mempunyai merit untuk perbicaraan di mahkamah undang-undang.

"Dan apabila rayuan dibuat, rayuan itu ditolak beliau atas alasan yang tidak jelas. Terdapat kekurangan ketelusan di sini," tulis Dr Mahathir petang ini.

BNM batal pelaburan RM7.5 bilion 1MDB, gesa pendakwaan

KUALA LUMPUR 9 Oktober- Bank Negara Malaysia membatalkan tiga kebenaran yang diberikan kepada 1MDB di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (ECA) untuk pelaburan ke luar negara berjumlah AS1.83 bilion atau RM7.5 bilion.
Bank pusat itu turut mengeluarkan arahan bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) dan menggesa 1MDB membawa balik wang berkenaan.
Tindakan itu ekoran kenyataan Peguam Negara bahawa 1MDB tidak melakukan sebarang kesalahan berkenaan siasatan Bank Negara terhadap 1MDB.
Di bawah siasatannya, BNM berkata ia merumuskan bahawa kebenaran yang diberikan di bawah ECA bagi pelaburan 1MDB di luar negara adalah berdasarkan pendedahan maklumat relevan yang dikehendaki BNM semasa membuat penilaian terhadap permohonan 1MDB itu.
"Sebagai pihak berkuasa siasatan, Bank Negara bertanggungjawab untuk menjalankan siasatan pada tahap profesional yang paling tinggi dan terperinci.
"BNM menghendaki pendedahan maklumat yang tepat dan lengkap setiap masa apabila mempertimbangkan sebarang permohonan di bawah ECA," katanya.
Hasil daripada siasatan, BNM berkata, ia mencadangkan peguam negara melaksanakan pendakwaan jenayah terhadap 1MDB di atas kesalahan di bawah ECA.
"Perlu diketahui bahawa di bawah Perlembagaan Persekutuan, keputusan untuk memulakan sesuatu pendakwaan jenayah terletak sepenuhnya pada peguam negara," katanya.
BNM berkata ia akan terus memberi kerjasama penuh kepada siasatan yang sedang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

Nasib parti Amanah pada PRU14 bergantung kepada strategi – ILHAM Centre

KUALA LUMPUR: Nasib Parti Amanah Negara Amanah) bergantung kepada strategi yang bakal diperkenalkan untuk berdepan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Ini kerana pengundi Melayu yang menyokong pembangkang masih keliru sama ada mahu memilih PAS atau Amanah?
Dapatan kajian yang dijalankan ILHAM Centre baru-baru ini menunjukkan Amanah dan PAS belum mendapat sokongan padu pengundi Melayu pro pembangkang.
“Bila kami jumpa responden, mereka anggap masih awal untuk buat keputusan.
“Seperti yang digambarkan, Amanah ialah parti serpihan PAS. Jika parti ini meneruskan cara dan gerak kerja PAS dalam jenama lain, mereka takkan dapat menawan hati pengundi,” kata Ketua Pegawai Eksekutif ILHAM Centre, Hisommudin Bakar ketika ditemui Astro AWANI hari ini.
Katanya, Amanah perlukan citra perjuangan yang berbeza daripada PAS.
“Jika Amanah ubah strategi dengan mewujudkan citra perjuangan yang lebih terbuka, progresif dan menambat hati pengundi muda, mungkin mereka akan berjaya.
“Petanda kejayaan mereka mula dilihat apabila Amanah diterima di peringkat akar umbi di Johor, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan daripada kalangan mereka yang tidak pernah anggotai mana-mana parti politik, tetapi sertai Amanah.
“Segmen ini amat besar dan jika momentum ini berterusan, Amanah mempunyai prospek yang lebih besar berbanding PAS,” katanya.

Polis Tumpas Sindiket Ah Long Terbesar Didalangi Suami Isteri



KUANTAN: Polis berjaya menumpaskan sindiket pemberian pinjaman wang tanpa lesen (Ah Long) terbesar di negara ini setakat ini dengan penahanan sepasang suami isteri dan sembilan lelaki dalam lima serbuan berasingan sekitar sini Isnin lalu.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Hamza Taib berkata semua suspek ditahan dalam serbuan bermula tengah hari di dua buah rumah dekat Galing, dua buah kedai makan di Indera Mahkota dan sebuah stesen minyak di Semambu.
Beliau berkata siasatan awal mendapati sindiket yang aktif sejak tahun 2009 itu turut memberi pinjaman kepada peminjam di Terengganu.
"Polis juga telah mengenal pasti seramai 320 peminjam aktif yang meminjam dengan sindiket ini yang melibatkan wang pinjaman berjumlah lebih RM5 juta dengan keuntungan yang diperolehi melebihi RM1 juta.
"Polis percaya dapat menumpaskan sindiket ah long terbesar setakat ini dengan penangkapan kesemua suspek. Siasatan juga mendapati pasangan suami isteri itu merupakan dalang sindiket itu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di sini, Jumaat.
Hamza berkata, polis turut merampas pelbagai barangan antaranya kad pengeluaran wang automatik (ATM) milik pelbagai individu, peti besi mengandungi wang tunai berjumlah RM40,000, pelbagai kad dokumen butir peminjam, pelbagai jenis telefon bimbit, komputer riba dan lima buah kereta dipercayai digunakan suspek.
Bagaimanapun nilai keseluruhan barangan yang dirampas masih dalam siasatan, selain polis masih melengkapkan kertas siasatan, katanya.
Hamzah menambah seorang suspek juga didapati mempunyai satu rekod jenayah berkaitan penyalahgunaan dadah.

Mahathir: Rulers’ statement will be ignored

'The Attorney-General appears to be higher than a judge in that his judgment is final and there can be no appeal.'
MAHATHIR
KUALA LUMPUR: Former Prime Minister Mahathir Mohamad has observed in his latest blog posting that Attorney-General Mohd Apandi Ali seems to have made a judgment, rejecting a case as having no merit for a hearing in a court of law. “And when an appeal is made, the appeal is dismissed by him on grounds which are not clear. There is a lack of transparency here.”
Already, members of the government are saying that no one, not even the Rulers may comment on obvious government abuses of the laws of the country, he noted. “With this, the call by the Rulers for probes to be conducted fairly and in a transparent manner can no longer be achieved.”
Mahathir has questions:
Is this the rule of law that this country is supposed to uphold? Is the AG higher than a judge that his judgment is final and there can be no appeal?
In this particular case, added Mahathir, the people would like to know whether the Prime Minister was involved or not. “By dismissing this case, suspicions will remain in the minds of the people. In fact people are thinking that the decision of the AG may not be by him.”
Mahathir was commenting on a statement by the Attorney-General’s Chambers (AGC) stating that it has cleared 1MDB of any wrongdoings with regard to the use of the funds approved by Bank Negara for foreign investments. “Bank Negara was obviously not satisfied and appealed to the AG without any change in the report. Again, the AG rejected the appeal.”
The former Prime Minister conceded that the AG was empowered (under the Constitution) to decide whether a case should go to court or otherwise. “However, the presumption was that the AG would appreciate and understand the seriousness or otherwise of the case before him, that he would appreciate the concern of the complainant or agency making the report.”
“If there’s dissatisfaction, the case should be judged in a court of law by a judge and if still dissatisfied, an appeal be allowed.”
Investigations into the 1MDB affairs and the USD700 million in Prime Minister Najib Abdul Razak’s personal account has been jeopardized by the removal of Attorney-General Abdul Gani Patail, the transfer of MACC officers, the emasculation of the Public Accounts Committee (PAC) and the implied threat against Bank Negara, charged Mahathir. “Now lawyers for the defence can be questioned and detained.”

Enggan patuh titah ibarat isytihar perang

Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar


Majlis Raja-raja, menjunjung kasih, Daulat Tuanku.
Sebagai Muqadimmah, menjunjung kasih kepada Majlis Raja-raja atas titah perintah yang tegas beberapa hari yang lepas.
Sebenarnya kuasa Majlis Raja-raja tidak hilang begitu sahaja sekali pun dengan adanya Perlembagaan Persekutuan yang berkuatkuasa pada 1957 dan wujudnya Raja Berpelembagaan.

Suruhanjaya Reid mengambil maklum tentang kemungkinan salahguna kuasa Eksekutif, justeru mendraf Perlembagaan Persekutuan tanpa menghilangkan peranan Majlis Raja-raja, peranan Yang di-Pertuan Agong dan peranan Raja-raja Melayu.  Namun kemungkinan wujud pihak Eksekutif berterusan menyalahgunakan peluang bila berkuasa, yang mahukan rakyat percaya cuma Eksekutif berkuasa sepenuhnya dan mahukan rakyat tidak sedar yang kuasa memerintah Eksekutif diikat menerusi Majlis Raja-raja.
Awalnya, pihak British membahagikan pentadbiran Tanah Melayu kepada Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Tak Bersekutu dan Negeri Negeri Selat.
Namun pada 1 April, 1946, British menubuhkan Malayan Union di King’s House yang sekarang dikenali sebagai Carcosa Seri Negara, dan akhirnya atas tekanan Raja-raja Melayu, secara terbuka bersama rakyat dan penduduk Tanah Melayu, pada 1948, Malayan Union dibubarkan.
Pada 31 Januari, 1948, Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan dan kuasa Raja-raja Melayu dikembalikan pihak British.
Pihak British sedar penentangan rakyat terhadap Malayan Union bermaksud niat British untuk menghilangkan keseluruhan kuasa Raja tidak akan tercapai, jadi British selepas itu ingin memastikan hasil bumi Tanah Melayu berterusan dapat dimanafaat mereka walaupun selepas merdeka, justeru itulah objektif utama British dalam merangka Perlembagaan Persekutuan.
Selain British terpaksa menghormati kedudukan Raja-raja Melayu yang diiktiraf di dalam deraf Perlembagaan Persekutuan Suruhanjaya Reid menerusi artikel atau fasal mengenai Majlis Raja-raja, British juga terpaksa akui kuasa setiap negeri menerusi hal tanah dan agama adalah tertakluk kepada Raja dan Sultan di negeri masing masing.
Untuk membuatkan pihak Eksekutif percaya yang mereka berkuasa sepenuhnya, Perlembagaan Persekutuan diderafkan, menampakkan seolah-olah fungsi Yang di-Pertuan Agong adalah berbentuk ceremonial sahaja, namun pihak British sebagai contoh, terpaksa memasukkan ayat seperti "pada hemat Baginda" mendapat sokongan majoriti ahli Dewan untuk melantik perdana menteri.
Ini bermakna Yang di-Pertuan Agong masih mempunyai kebebasan untuk membuat penilaian dan keputusan dengan wujudnya frasa, ‘pada hemat Baginda’.
Manakala kumpulan Raja-raja Melayu diketahui pihak British akan menjadi kuat bila bergabung bersama, justeru pihak British terpaksa mengakui kuasa kumpulan Raja-raja Melayu, oleh itu mewujudkan artikel atau fasal mengenai peranan Majlis Raja-raja di dalam deraf Perlembagaan Persekutuan Suruhanjaya Reid.
Sekiranya pihak Eksekutif berasa tidak senang dengan Yang di-Pertuan Agong, pihak Eksekutif tidak akan dapat berbuat apa-apa kerana Yang di-Pertuan Agong dilantik Majlis Raja-raja.
Jadi tiada mana-mana badan mempunyai kuasa mutlak di bawah Perlembagaan Persekutuan baik Eksekutif, Legislatif atau Kehakiman.

Mahathir: Malaysia sudah jadi negara paria

Selepas seorang lagi ditahan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dalam isu berkaitan 1MDB, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengeluarkan kenyataan kerasnya.
“Di mana dunia, Malaysia sudah menjadi negara paria, negara yang sesiapa sahaja boleh diheret dan disoal siasat oleh polis, ditahan dan didakwa melalui undang-undang yang disalah guna dalam negara ini,” katanya.
 Mahathir membangkitkan penahanan bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan terbaru peguamnya Matthias Chang bawah Sosma.
Mereka dikaitkan dengan dakwaan cuba mensabotaj negara ini selepas Khairuddin membuat laporan berkaitan isu 1MDB di luar negara, termasuk biro siasatan persekutuan (FBI) Amerika Syarikat.
Katanya, ramai orang yang tahu berkaitan dakwaan salah laku dalam kes 1MDN tidak akan tampil kerana bimbang ditahan bawah Sosma.

Suspek maki penguatkuasa MBPP diberkas

Lelaki berusia 19 dan 25 tahun akan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.
lelaki-cina-ditahan
PETALING JAYA – Dua lelaki yang disyaki terlibat dengan kejadian memaki hamun tiga anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah ditahan polis.
Menurut laporan yang dipetik Sinar Harian, suspek diberkas di sebuah kedai makanan segera di Bandar Baru Farlim, Ayer Itam pada petang Jumaat.
Ia kemudian disahkan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid.
Katanya, kedua-dua lelaki berusia 19 dan 25 tahun akan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.
Sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga bulan dan denda RM1,000.
“Kita akan mengambil keterangan daripada kedua-dua suspek ini dan melengkapkan siasatan sebelum merujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya,”katanya yang dipetik daripada portal itu.

Maki Penguatkuasa: Malu dengan kebiadaban bangsa sendiri

Sian See memuji sikap penguatkuasa wanita kerana sabar ketika berdepan dengan makian lelaki Cina
lelaki-cina
PETALING JAYA: Perbuatan biadab dua lelaki Cina terhadap anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dikutuk bangsa sendiri.
Dalam status di Facebooknya, Lim Sian See berkata, dia memuji sikap penguatkuasa berkenaan yang sanggup mengutip wang yang dicampak selain menahan telinga daripada kata-kata kesat lelaki berkenaan.
“Kredit kepada penguatkuasa wanita itu, dia tidak bertindak balas lalu mengambil duit itu dari lantai dan membuka pengunci tayar kereta. Saya tidak mampu memberi pujian yang cukup untuk pegawai wanita ini.
“Tidak ada alasan yang membolehkan kebiadapan ini dan saya benar-benar malu dengan tingkah laku mereka,” tulisnya.
Status itu merujuk kepada kejadian Rabu lalu, di mana dua lelaki di Lebuh Campbell, Pulau Pinang memanggil anjing dan mencampak wang kepada penguatkuasa bertugas.
Susulan insiden yang berlaku, Sian See menyalahkan tentera siber DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memberikan contoh sangat buruk kepada penyokong mereka terutama di Pulau Pinang.

Penahanan Matthias di bawah SOSMA dilanjut 28 hari - Peguam

Penahanan Matthias di bawah SOSMA dilanjut 28 hari - PeguamKUALA LUMPUR: Penahanan peguam kepada bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, Matthias Chang, telah dilanjut selama 28 hari bermula Jumaat.

Peguam yang mewakilinya Mohd Akmal Afiq berkata kepada Astro AWANI bahawa lanjutan tahanan itu dibuat pihak polis di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012.

“Kami bagi pihak pasukan peguam Matthias sedang menyiapkan dokumen bagi menghalang penahanan lanjutan itu seterusnya akan difailkan pada Isnin ini di mahkamah,” ujar Mohd Akmal sambil menambah dokumen tersebut sedang disiapkan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.

Matthias sejak Khamis memulakan mogok lapar dalam usaha untuk menegakkan ‘keadilan, kebenaran dan kehormatan’, seperti yang dinyatakannya dalam satu kenyataan akhbar.

“Beliau yang ditemui hari ini masih meneruskan mogok lapar namun kelihatan masih kuat dan terus bersemangat,” kata Mohd Akmal.

Menjawab pertanyaan berkenaan kenyataan media daripada Matthias yang dikeluarkan selepas beliau ditahan, Mohd Akmal menjelaskan bahawa ia sudahpun disediakan lebih awal kerana Matthias sudah tahu akan tindakan yang bakal dihadapinya sejak Khairuddin ditahan.

Parti berasaskan etnik sudah melepasi tarikh luputnya

oleh Ahmad Mustapha Hassan

Parti berasaskan kaum kini ibarat parasit kerana sudah tidak relevan lagi kepada negara ini. Mereka berpaut kepada ketua mereka Umno Baru untuk mendapat jawatan menteri, dan tahu bahawa segala tindakan mereka perlu mendapat restu parti itu. Maka parasit-parasit ini tidak berani bertindak untuk melawan pendirian perkauman Umno Baru.

Ada pemimpin MCA yang memiliki mentaliti hamba ini malah mencadangkan bahawa mereka patut menyertai perhimpunan “baju merah”. Adakah beliau setuju dengan tindakan mengapi-apikan sentimen perkauman? Orang Melayu yang bijak pun mengecam perhimpunan itu. Begitulah mentaliti pimpinan MCA hari ini. Beliau juga memarahi ahli MCA yang mengkritik perdana menteri.

Sikap mengampu seumpama ini memang sudah sebati dengan pimpinan parti-parti yang tidak relevan ini, yang berkata mereka kononnya rakan sama rata dalam BN. Pemimpin mereka tidak berani bertindak berhubung soal kepentingan negara. Mereka cuma memainkan peranan mereka untuk mendapat publisiti murahan.

Mereka hanya menentang di depan media, agar dilaporkan sebagai menunjukkan penentangan. Mereka tidak akan bertindak lebih jauh daripada itu, kerana takut mencetuskan kemarahan ketua, iaitu Umno Baru. MIC pula selaku parti politik adalah satu lawak jenaka. Parti itu langsung tiada hala tuju.

Apa yang ia mahu adalah lebih ramai pemimpinnya dilantik menjadi menteri. MIC sudah hilang seluruh matlamat dan peranannya. Ekoran MIC yang tidak efektif, NGO Hindraf yang berjuang untuk golongan India miskin mendapat banyak sokongan dan lebih relevan kepada masyarakat India.

Dengan segala laporan negatif tentang perdana menteri yang juga presiden Umno Baru itu, MCA mengatakan yang mereka menyokong beliau. Walaupun tahu dakwaan korupsi melibatkannya. Ahli wanita Umno Baru yang dibuang parti baru-baru ini lebih berani daripada pemimpin parti-parti etnik ini.

Inilah dia kejujuran. Menegakkan kebenaran patut menjadi agenda utama parti politik. Merestui tindakan yang menjejaskan negara bermakna pimpinan diperintah melalui ketakutan – ketakutan untuk menyinggung tuan mereka.

MCA, MIC dan semua parti berasaskan etnik dalam Barisan Nasional akan menyaksikan sendiri pengakhiran mereka pada pilihanraya umum akan datang. Umno Baru juga dijangka berhadapan dengan masa depan yang memalukan.

C4: Attorney-General must book 1MDB ‘culprits’

Any further delay in booking the culprits involved and further delays in probing the RM2.6 billion “donation” would fuel suspicion of a massive cover up.
Cynthia-Gabriel_Mohd-Apandi-Ali_600
KUALA LUMPUR: As the country’s top legal officer and prosecutor there is a compelling need for Attorney-General (AG) Mohd Apandi Ali to prove his professionalism and independence by revealing why and how 1MDB was cleared of any wrongdoing, said the Centre to Combat Corruption & Cronyism (C4) in a statement.
Any further delay in booking the culprits involved in the 1MDB scandal, including further delays in probing the RM2.6 billion “donation” would only fuel suspicion of a massive cover up, and pushes Malaysia towards the brink both economically and politically, said C4 Executive Director Cynthia Gabriel. “We can ill afford a prolonged crisis.”
“There’s no place for the corrupt to hide. Let us stay on the path of truth and justice.”
In the interest of good governance and transparency, the NGO added, the AG must also make public the investigations and recommendations of Bank Negara and detail the process which led to the AGC making the decision to clear the 1MDB of any wrong doing or criminal act.
C4 was commenting on the AGC’s swift clearance on Thursday of 1MDB officials of any wrongdoing as deeply disturbing.” It raises more suspicions over possible cover ups and hidden hands in the 1MDB scandal.”
One cannot but ask even more questions of how Apandi Ali had arrived at such a decision, more so when Bank Negara had pursued an appeal for a review of their recommendations, and the MACC investigations have yet to be completed, not to mention the number of international probes growing, pointed out Gabriel.
“The latest developments surrounding the 1MDB scandal over the last few months have been shocking, and we have qualms with the timing of the AGC’s announcement.”
The NGO noted that the AGC statement came a day after the Rulers urged that the culprits involved in the 1MDB scandal be punished accordingly. “The statement comes amid arrests and detention of 1MDB’s fiercest critics, sacked Umno Batu Kawan deputy divisional chief Khairuddin Abu Hassan and his lawyer Matthias Chang under the (Security Offences (Special Measures) Act (Sosma), an Act specifically designed to target terrorists.”
“The AG cannot simply put a lid on the 1MDB investigations without providing Malaysians with full details on how he arrived at such a decision.”

BNM recommended AG initiate prosecution against 1MDB

BNM concluded that permissions required under the ECA for 1MDB's investments abroad were obtained based on inaccurate or without complete disclosure.
1MDB
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) said on Friday that its investigations showed troubled state fund 1MDB had secured permissions for investment abroad based on inaccurate or incomplete disclosure of information.
In a statement, the central bank said it had recommended to the Attorney-General to initiate criminal prosecution against 1MDB for breaches under the Exchange Control Act 1953 (ECA).
The bank added that the decision to initiate criminal prosecution lies solely with the Attorney-General.
The bank has revoked three permissions granted to troubled state fund 1MDB for investments abroad totalling $1.83 billion and directed the company to repatriate the funds to Malaysia.
“On its part, the Bank concluded that permissions required under the ECA for 1MDB’s investments abroad were obtained based on inaccurate or without complete disclosure of material information relevant to the Bank’s assessment of 1MDB’s applications,” the statement said.
The statement comes a day after Malaysia’s Attorney-General said it had reviewed the report of a central bank investigation into 1MDB and decided that fund officials had not committed any offence.
– Reuters

Kadir: AG must take Rulers’ concern seriously

'It would be an insult to the Rulers to assume that they issued a baseless statement.'
kadir-najib-apandi
PETALING JAYA: Veteran journalist A Kadir Jasin has reminded Attorney-General (AG) Mohamed Apandi Ali and his subordinates that they risk being accused of treason if they ignore the Malay Rulers’ recent statement about the 1MDB scandal.
“It would be delusional for a public servant like Apandi Ali to assume that the Rulers are uninformed about the developments surrounding 1MDB and the alleged complicity of the Prime Minister in the scandal,” Kadir said in his latest blog posting.
“Mohamed Apandi may be new in the job but I believe he knows that the Rulers know about the scandal engulfing 1MDB.
“We should give him the benefit of the doubt that, despite coming from the Umno background, he would act without fear and favour to uphold the rule of law and justice.”
Kadir was commenting on public opinion concerning two confusing statements issued not by the AG but the Attorney-General’s Chambers (AGC). The first simply stated that there was no case against 1MDB in a matter referred to it by Bank Negara. The second, a follow up statement after the AGC realised that the first statement had confused the public, was to assure the public that the Special Task Force investigating the 1MDB scandal had not been disbanded.
“My understanding is that the AGC was referring in its first statement to a wrongdoing specific to Bank Negara’s complaints,” said Kadir. “However, the statement gave the impression that the investigations against 1MDB had been completed.”
Kadir noted that the Malay Rulers, in the statement they released on Tuesday, called for the investigations on 1MDB to be completed as soon as possible and stern action be taken against wrongdoers. “It would be an insult to the Rulers to think that they issued a baseless statement,” he said.

K'jaan bertanggungjawab kes pelajar SK Tohoi

Kementerian Pendidikan harus dipertanggungjawabkan kerana tidak menjamin prasarana yang kondusif dan selamat bagi kanak-kanak di SK Tohoi, Gua Musang.
Setakat ini, dua orang kanak-kanak Orang Asli daripada tujuh yang hilang pada 23 Ogos lalu telahpun dijumpai selamat dan dalam keadaan yang memilukan – amat kurus dan sangat lemah.
 Setiap rakyat Malaysia mengucapkan terima kasih dan penghargaan tertinggi kepada pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di atas segala usaha mereka.
Bagaimanapun, penemuan kanak-kanak ini setelah lebih sebulan amat mengejutkan dan mengelirukan dan menimbulkan seribu satu persoalan.
Pokok persoalannya adalah bagaimana kanak-kanak berusia antara 7 hingga 11 tahun boleh menyelinap keluar dari perkarangan SK Tohoi tanpa pengetahuan pihak sekolah?
Apakah keadaan sebenar di sekolah tersebut sehingga kanak-kanak ini terpaksa berlari keluar untuk mandi di sungai yang berdekatan?
Tiada seorangpun guru atau warden wanita ditempatkan di SK Tohoi. Apakah ini salah satu faktor yang menyebabkan pelajar berkenaan melarikan diri dari sekolah?
Adakah pembantu pengurus murid atau warden di sekolah asrama Orang Asli ini dilengkapi dengan sifat kesabaran, pengalaman yang mencukupi untuk menangani kanak-kanak tersebut?
Kakitangan tersebut harus berkemampuan untuk memberikan nasihat dan pengetahuan dalam psikologi kanak-kanak untuk memberikan kaunseling.
Mengikut statistik Kementerian Pendidikan, nisbah pelajar kepada warden asrama adalah 40:1. Adakah ini berlandaskan garis panduan yang terbaik? Mungkinkah ini salah satu sebab yang mendorong kesemua kanak-kanak ini melarikan diri?
Selepas kejadian ini berlaku, barulah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah menyatakan hasrat untuk bekerjasama rapat dengan Kementerian Pendidikan untuk mengkaji aspek keselamatan di asrama dan sekolah-sekolah khas bagi pelajar-pelajar Orang Asli
Laporan akhbar bertarikh 6 Oktober lalu menyebut, Timbalan Menteri Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata kerajaan juga akan mengkaji sensitiviti masyarakat Orang Asli dalam isu ini.
Pengumuman itu amat memalukan kerana kerajaan baru berminat untuk mengkaji aspek keselamatan dan sensitiviti tersebut selepas membina 94 buah sekolah asrama Orang Asli.

SKANDAL 1MDB: KANTOI LAGI BOHONG !!!


Dari Pengerusi BN Benjamin Netanyahu hinggalah ke pencacai kuat jilat Barisan Nasional PASTI KUAT KENCINGKAN RAKYAT, kenapa ??!!

Adakah 'MELAYU MUDAH LUPA' ??
..atau melayu-UMNO mmg suka kena ngan kencing pemimpin UMNOoooo...

KERAjaan BN Benjamin Netanyahu BOLEH menjalin hubungan dagang dgn Israel laknatullah..

FAKTA:
M'sia satu2nya 'negara Islam' rekod NAIB JUARA 'surplus' dagangan dgn Israel laknatullah pada tahun 2014. - Sumber: Israeli Central Bureau of Statistics (CBS)

Di hadapan rakyat.. bersongkok !!

Di blkg rakyat.. songkok serban jubah ntah ke mana..

Di blkg pentas PBB.. Najib TERSEREMPAK tersengih2 berjabat tgn PM Israel laknatullah.

SIAPA kurang ajar pada Raja-raja Melayu ?? SIAPA penderhaka sebenar pada Raja-raja Melayu ??

FAKTA !!!
Sejarah Tak Pernah Menipu...
Sejarah Menjawab Segala-galanya..

Ramesh Rao lapor polis Tun M fitnah Najib

Dia mahu Tun M disiasat dan didakwa kerana memfitnah dan menghasut rakyat membenci Perdana Menteri.
Ramesh-Rao_najib_mahathir_600
PETALING JAYA: Ramesh Rao membuat laporan polis terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menghasut dan memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu forum di Ampang pada Sabtu lalu.
Pengerusi Persatuan Minda Sosial Prihatin (PMSP) membuat laporan itu supaya polis menyiasat Dr Mahathir dan seterusnya menangkap dan mendakwa jika terbukti bersalah.
Dia berkata, banyak pihak yang meminta polis menangkap Dr Mahathir tetapi tiada siapa berani membuat laporan terhadap negarawan itu.
“Tidak cukup sekadar meminta polis menangkap Mahathir, Buat laporan dan biar polis ambil tindakan.
“Kita tak boleh arah polis dengan arahan mulut sahaja,” katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Petaling Jaya.
Ramesh mengingatkan polis supaya bertindak dan tidak pilih kasih terhadap aduan yang dibuat itu.
“Kalau polis tak ambil tindakan, pembangkang akan persoal kenapa polis bersikap ‘double standartd,” jelasnya.

Siapakah wira PKR? Che Gu Bard atau Kamaruddin Jaafar?


Post Pic

Benarkah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail  telah membelakangkan ketetapan partinya sendiri dengan mengumumkan penubuhan Pakatan Harapan 21 September lalu hingga menyisihkan PAS?
 
Isu keterlibatan Ketua Pembangkang itu dalam usaha meminggirkan PAS dari pakatan politik baru yang dibuat bersama DAP dan Amanah itu kini 'memaksa' mesyuarat khas PKR diadakan 11 Oktober untuk menyelesaikan kemelut ini. 
 
Ketergesaannya itu mengundang 'teguran' serius daripada kalangan pemimpin-pemimpin PKR lain yang menganggap 'keterlanjuran' Wan Azizah itu meninggalkan kesan yang agak besar pada lanskap politik Malaysia. 
 
Sehari selepas beliau membuat pengumuman itu, 25 ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR dipercayai menandatangani petisyen menuntut mesyuarat khas diadakan bagi menangani tandatanya politik yang membabitkan penubuhan Pakatan Harapan.
 
Banyak pihak membaca pengumuman Wan Azizah itu meminggirkan PAS dari Pakatan baru tanpa memberi ruang dan peluang pada PAS memikirkan kemungkinan menukar fikiran untuk mahu menyertai pakatan baru itu. 
 
Ketergesaan Wan Azizah itu sekaligus membayangkan betapa beliau sebenarnya lebih cenderung ;mewakili hasrat dan kepentingan DAP dan Amanah' yang jelas keberatan menerima kehadiran PAS dalam pakatan berkenaan. 
 
Petisyen bertarikh 22 September itu menyifatkan pengumuman pembentukan Pakatan Harapan itu sebenarnya melanggari ketetapan yang telah dibuat oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR sendiri yang dibuat dua hari sebelum itu.
 
Petisyen ditandatangai 25 ahli MPP bagi menyangkal tindakan Wan Azizah 
 
Pada 20 September, MPP menyokong usaha presiden meneruskan perbincangan dengan semua pihak untuk menubuhkan sebuah pakatan politik baru dengan menganjur dan memimpin perbincangan meja bulat pada 21 September.
 
Pihak yang mengemukakan petisyen itu mendakwa MPP memutuskan dengan jelas bahawa tidak ada sebarang pengumuman akan dibuat selepas sidang meja bulat itu.
 
Sidang itu yang sebenarnya bertujuan mencetuskan perbincangan lanjut dengan PAS dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) lain.  
 
Berikutan petisyen itu Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli mengeluarkan pekeliling memanggil mesyuarat khas pada 11 Oktober membabitkan ahli MPP, biro politik dan wakil-wakil rakyat PKR peringkat negeri dan parlimen. 
 
Adalah difahamkan bahawa pihak yang menggerakkan kempen tandatangan untuk petisyen berkenaan adalah penyokong-penyokong Timbalan Presiden, Azmin Ali yang berasa PAS tidak wajar dipinggirkan daripada pakatan baru yang hendak ditubuhkan. 
 
Sungguhpun demikian, penyokong-penyokong Wan Azizah segera memberikan reaksi bahawa tuntutan pihak yang mengemukakan petisyen itu adalah kurang wajar kerana dalam mesyuarat 20 September itu, presiden telah pun memohon mandat MPP untuk mengambil semua langkah perlu mengendalikan perbincangan meja bulat itu. 
 
Oleh kerana MPP dikatakan bersetuju meluluskan permohonan Wan Azizah itu, maka penyokong-penyokong tegar penubuhan Pakatan Harapan tanpa PAS itu mendakwa, ia bukanlah isu besar yang mewajarkan mesyuarat khas diadakan.
 
Tambahan pula, kumpulan ini menganggap PAS sudah muktamad enggan bersekutu dengan DAP dan Amanah maka sebarang usaha memujuk PAS hanyalah ibarat 'mencurahkan air di daun keladi' sahaja. 
 
PKR hanya bermuka-muka?
 
Namun apa yang lebih dikhuatiri oleh kumpulan yang mengemukakan petisyen ini ialah cakap-cakap politik bahawa PKR hanya 'bermuka-muka' bersikap terbuka dalam isu ini tetapi ia sebenarnya memang tidak mahu PAS bersama.
 

Politik cacing dalam tanah dan ‘neraka’ Melayu

oleh Abdullah Jones
melayu pegang dap
 “MAMPUS! Masuk neraka la…”fikir saya dalam kepala bila kawan yang itu bagitau yang kawan yang ini cadangkan supaya saya menulis di sini, akhbar RoketKini.
Tak pernah buat dek orang! Menulis surat khabar kafir sama macam jadi kafir. Makan babi.  Masuk neraka.
Itu belum kira kalau Mok saya tahu lagi. Tak mengaku anak agaknya dia akan saya ini.
pix-lks-pak-samad
Tengok bila Pak Samad Said masuk DAP, kecoh satu Malaya macam dia tukar agama. Macam Pak Samad isi borang minta berhenti dari jadi bangsa suci Melayu. Macam Kahar yang mengaku nabi dulu.
Semua yang menentang seperti waktu itu juga dilucutnya segala hak istimewa Pak Samad  sebagai orang Islam. Sebagai orang Melayu. Sebagai rakyat Malaya dan tentu sekali yang melaungkan betapa anugerah Sasterawan Negara yang disandangnya perlu segera ditarik balik.
Mengaku maju tetapi mentaliti seperti cacing dalam tanah yang tahu betapa besarnya alam setelah ditarik menjadi umpan. Sedar bila sudah nak mati. Alah, macam orang pencen yang baru nak kenal agama. Pagi pertama pencen naik motosikal ke masjid dilanggar kereta lalu mati.
Tidak sia-sia cuma untungnya tidak banyak.
Mengapa DAP dibenci (kaum Melayu)? Hingga di dalam khutbah hari raya korban baru-baru ini pun dikhabarkan betapa patutnya dijauhi akan partai politik yang satu ini.
Siapa yang berkepentingan sehingga tidak lagi ada hormat dalam politik kepartaian (kepartian)?
Mengapa harus ada permusuhan yang jahat dalam mencapai impian menang pilihan raya. Apakah kerana mahukan ‘kebaikan-kebaikan’ yang datang bersama kemenangan, maka tujuan utama bertanding dilupakan?
Kesilapan kita bila berpartai adalah menganggap partai lawan adalah musuh atau digambarkan sebagai musuh yang wajip diperangi. Ini cuma politik. Siapa sahaja yang berjanji dan tunaikan, maka layaklah dia dijadikan wakil.
Jika kamu bertanding dan berjanji lalu menang dan tidak menunaikan janji atau setidak-tidaknya nampak berusaha untuk menunaikan janji maka kamu adalah jahat di mata saya.

Skandal 1MDB cemar imej negara Islam & Pengerusi ASEAN

Najib-1MDBSEGAMBUT, 9 OKT: Skandal 1MDB yang melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mencemarkan imej negara sebagai Pengerusi Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata skandal itu juga memberi kesan negatif terhadap kepercayaan negara bukan Islam terhadap negara Islam memikul amanah diberikan.
“Kita juga adalah Oengerusi ASEAN dengan membawa imej Islam yang mana ini penting untuk kita jaga sera tunjukkan Islam menjaga amanah.
“Di peringkat antarabangsa melihat negara kita, orang yang menyoal disingkirkan, apabila orang dipertanggungjawabkan macam ada tangan ghaib seperti dikatakan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri,” kata Dr Wan Azizah.
Dr Wan Azizah berkata demikian pada majlis solat hajat terhadap kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kesejahteraan negara, di kediaman beliau di sini, malam tadi.
Dr Wan Azizah turut menggesa supaya Najib tidak cuba mengelak soalan berkaitan 1MDB dalam persidangan parlimen akan datang.
Ketika mengulas kemumgkinan berlaku undi tidak percaya dijalankan, Dr Wan Azizah percaya sukar dilakukan.
“Itu memang salah satu pilihan yang ada tetapi di Parlimen kita, Speaker atau Yang Dipertua mempunyai cara tersendiri di mana ini adalah kekangan kita hadapi.
“Memang kita lihat, kalau seperti di Australia boleh sahaja menukar Perdana Menteri tetapi Malaysia nampak banyak lagi cabaran,” katanya.

Operator teksi desak bubar SPAD

Ia juga merancang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas SPAD kerana kegagalannya melaksanakan tugas
Shamsubahrin-Ismail_600
KUALA LUMPUR: Pengurusan perkhidmatan teksi di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) menggesa supaya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dibubar kerana gagal mengurus industri berkenaan dengan baik.
Penasihat Big Blue Capital, Datuk Shamsubahrin Ismail berkata, pihak itu dilihat tidak mencapai matlamat untuk mengurus industri teksi dengan baik.
Katanya, SPAD juga gagal menyelesaikan isu teksi Uber dan GrabCar yang semakin berleluasa terutamanya di sekitar KLCC.
Jelasnya, hampir 30 peratus keuntungan pemandu teksi yang berdaftar dibawah selian beliau disapu teksi Uber.
“Bila kita telefon SPAD mereka untuk untuk ambil tindakan mereka kata tidak ada pegawai bertugas. Jadi apa fungsi mereka, baik bubarkan saja dan letakkan teksi di bawah Jabatan Pengankutan Jalan dan wujudkan kembali Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).
“Kita tukar SPAD kepada Suruhanjaya MRT, LRT dan bas rapid.
“Selagi pegawai mereka (SPAD) pakai tali leher, tak turun jumpa pemandu teksi, mereka tidak boleh urus industri teksi,” katanya semasa sidang media.
Mengualas lanjut, Shamsubahrin berkata pihaknya akan mengheret SPAD ke mahkamah kerana gagal menjadikan institusi tersebut dengan baik.
“Kita sedang melengkapkan proses untuk membawa SPAD ke mahkamah dalam tempoh dua minggu,” katanya.

Negara maju beri subsidi, Malaysia naik tambang bebankan rakyat

Nurul-Izzah
SEGAMBUT, 9 OKT: Pengerusi dan seluruh jawatankuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) patut meletak jawatan kerana lebih mengutamakan keuntungan syarikat konsesi pengendalian pengangkutan awam berbanding kepentingan rakyat.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, berkata ini terbukti sekiranya SPAD memutuskan menaikkan tambang Monorel dan Transit Aliran Ringan (LRT) dijangka pada hujung Oktober ini.
Katanya, di negara barat seperti Jerman, England, Singapura dan negara yang menggunakan sistem seumpama ini secara prinsipnya kerajaan memberikan subsidi bagi meringankan bebanan rakyat dan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.
“Pada saya jika prinsip ini pun tidak dapat diterima, seluruh jawatankuasa SPAD kena letak jawatan. Apa rasional kita ada SPAD jika mereka tidak utamakan pengguna.
“Tugas mereka bukan tingkatkan kekayaan atau keuntungan bagi konsesi tetapi memastikan tumpuan indeks Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), iaitu meningkatkan kadar peratusan pengguna sistem pengangkutan awam darat,” kata Nurul Izzah kepada Selangor Kini.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Solat Hajat Untuk Kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kesejahteraan Negara di kediaman Anwar di Bukit Segambut, di sini, malam tadi.
Tambah Nurul Izzah lagi, sebelum ini lagi Pakatan Rakyat sudah mengingatkan supaya kerajaan mempraktikkan konsep harga berpatutan bagi menggalakkan penggunaan sistem pengangkutan awam dan sekaligus meringankan beban rakyat.
“Diharapkan bila masa ditetapkan itu nanti, tidak ada kenaikan sejajar dengan konsep menarik lebih ramai lagi orang untuk tidak gunakan pengangkutan persendirian tetapi pengangkutan awam,” kata Nurul Izzah.
Semalam, Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar dalam kenyataannya berkata, SPAD akan mengumumkan pelarasan tambang LRT dan monorel pada hujung bulan ini.

Bank Negara batal kebenaran, minta 1MDB pulangkan RM7.53 bilion ke Malaysia

Bank Negara Malaysia (BNM) membatalkan 3 kebenaran yang diberikan kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (ECA) untuk pelaburan di luar negeri sebanyak AS$1.83 bilion (RM7.53 bilion).
Dalam satu kenyataan, bank pusat itu berkata ia turut meminta 1MDB untuk membawa balik jumlah tersebut ke Malaysia dan mengemukakan kepada BNM perancangannya berkaitan perkara itu.
Di bawah siasatannya, BNM berkata ia merumuskan bahawa kebenaran yang diberikan di bawah ECA bagi pelaburan 1MDB di luar negeri adalah berdasarkan pendedahan maklumat relevan yang dikehendaki BNM semasa membuat penilaian terhadap permohonan 1MDB itu.

"Sebagai pihak berkuasa siasatan, Bank Negara bertanggungjawab untuk menjalankan siasatan pada tahap profesional yang paling tinggi dan terperinci. BNM menghendaki pendedahan maklumat yang tepat dan lengkap setiap masa apabila mempertimbangkan sebarang permohonan di bawah ECA," katanya. Sebagai hasil daripada siasatan, BNM berkata, ia mencadangkan peguam negara melaksanakan pendakwaan jenayah terhadap 1MDB di atas kesalahan di bawah ECA.
"Perlu diketahui bahawa di bawah Perlembagaan Persekutuan, keputusan untuk memulakan sesuatu pendakwaan jenayah terletak sepenuhnya pada peguam negara," katanya.
BNM berkata ia akan terus memberi kerjasama penuh kepada siasatan yang sedang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Bekas setpol Dr Mahathir cabar penahanan bawah Sosma

Peguam Matthias Chang akan mencabar penahanannya di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma), kata peguamnya Haniff Khatri.
Haniff berkata, pihaknya akan membuat permohonan itu pada tarikh sama dengan cabaran yang akan difailkan anak guam Chang, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang kini turut ditahan di bawah Sosma.
"Ya, kami sedang menyiapkan dokumen, kami akan siapkan afidavitnya esok dan fail di mahkamah seawal pagi Isnin depan apabila mahkamah dibuka.

"Dan kami akan cuba dapatkan ia disebut pada hari sama dengan permohonan Khairuddin tetapi kita tidak pasti tentangnya kerana ia bergantung pada budi bicara mahkamah," katanya kepada pemberita selepas bertemu Chang di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur hari ini. Penahanan Chang yang pernah bertugas sebagai setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad di bawah Sosma bermula hari ini.
"Kami jumpa Matthias, seperti biasa beliau bersemangat dan bekerjasama dengan polis selama ini," kata Haniff.
Sementara itu berkaitan kes Khairuddin, peguam Muhammad Rafique Rashid Ali berkata mereka belum menerima sebarang balasan daripada peguam negara.
"Sehingga sekarang, kami belum terima sebarang afidavit atau balasan daripada peguam negara atau responden dalam kes Khairuddin," katanya.

BNM batal kebenaran pindah RM7.5 bilion dana 1MDB

Bank Negara Malaysia telah membatalkan tiga kebenaran yang diberikan kepada 1MDB di bawah Akta Kawalan Pertukaran 1953 (ECA) untuk pelaburan luar negara berjumlah AS$1.83 bilion (kira-kira RM7.5 bilion pada kadar pertukaran semasa).
Bank pusat itu berkata dalam satu kenyataan bahawa ia juga mengeluarkan arahan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) kepada 1MDB untuk menghantar balik sejumlah AS$1.83 bilion ke Malaysia dan mengemukakan satu pelan baginya untuk tujuan ini.
Kenyataan itu dibuat sebagai respon kepada kenyataan Peguam Negara bahawa 1MDB tidak melakukan sebarang kesalahan berkenaan siasatan Bank Negara terhadap 1MDB.
Jabatan Peguam Negara dalam satu kenyataan semalam berkata Bank Negara telah menyiasat 1MDB di bawah ECA atas dakwaan dengan sengaja atau dengan melulu, membuat kenyataan palsu.
Kertas siasatan itu telah dikemukakan pada 21 Ogos.
Bagaimanapun, Timbalan Peguam Cara Negara 1 Datuk Abd Majid Hamzah memutuskan tiada kesalahan dilakukan oleh 1MDB dan tiada tindakan lanjut perlu diambil, kata kenyataan itu.
Kertas siasatan itu dikembalikan kepada Bank Negara pada 11 September dan keputusan itu dimaklumkan kepada Bank Negara pada hari yang sama.
Bagaimanapun, pada 1 Oktober, Bank Negara membuat permintaan supaya keputusan itu disemak semula tetapi selepas menimbangkan permintaan itu, Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk mengekalkan keputusannya kerana tidak ada bukti baru yang telah diberikan.
Dalam satu kenyataan hari ini, Bank Negara berkata, keputusan peguam negara berkenaan dengan siasatan terhadap 1MDB berkaitan dengan syor Bank Negara untuk memulakan pendakwaan jenayah terhadap 1MDB kerana pelanggaran di bawah ECA.
Bank Negara berkata di bawah Perlembagaan Persekutuan, keputusan untuk memulakan pendakwaan jenayah hanya terletak di tangan peguam negara.
Sebagai pihak berkuasa penyiasatan, katanya, bank berkenaan bertanggungjawab untuk menjalankan siasatannya dengan penjagaan profesional dan ketekunan tertinggi.

Bekas ADUN Alor Limbat maut ditembak


Bekas YB Alor Limbat, Alias Abdullah ditembak daripada jarak dekat ketika berada diperkarangan rumahnya.
alias-abdullah_600
MARANG: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat, Alias Abdullah, 51, mati ditembak di rumahnya di Kampung Alor Limbat, Marang, Terengganu
Kejadian berlaku sejurus selepas solat Jumaat selepas mangsa pulang daripada menunaikan solat Jumaat.
Berita Harian Online melaporkan, Alias ditembak daripada jarak dekat ketika berada di perkarangan rumahnya.
Sementara itu Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Abd Rahman mengesahkan kejadian itu.
Alias yang juga merupakan seorang peguam menjadi ADUN kawasan berkenaan selama dua penggal bermula tahun 2004 sebelum tewas kepada calon Pas, Ariffin Deraman dalam Pilihanraya Umum ke-13.

Pakatan Harapan gegar Johor dengan ‘Optimus Prime’ malam ini

Pakatan Harapan memulakan siri jelajah ke seluruh negara bersama ‘Optimus Prime’ sempena penubuhan pakatan pembangkang baharu, menggantikan Pakatan Rakyat dengan menjadikan Johor sebagai lokasi pertama. – Gambar The Malaysian Insider, 9 Oktober, 2015. 
Pakatan Harapan memulakan siri jelajah ke seluruh negara bersama ‘Optimus Prime’ sempena penubuhan pakatan pembangkang baharu, menggantikan Pakatan Rakyat dengan menjadikan Johor sebagai lokasi pertama.

Optimus Prime, watak robot dalam filem terkenal Transformer menjadi nama pilihan treler panjang milik Pakatan Harapan yang dijangka tiba di Johor, malam ini.
Menjadikan Kulai dan Skudai sebagai lokasi pertama, ia merupakan langkah awal promosi Pakatan Harapan selepas dilancarkan baru-baru ini, hasil gabungan 3 parti pembangkang iaitu PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).
Amanah mengambil tempat PAS selepas parti Islam itu tidak mahu menyertai Pakatan Harapan kerana dikatakan disertai musuh dan pengkhianatnya iaitu DAP dan parti serpihan itu.

Di Kulai pada malam ini, 3 pemimpin utama Pakatan Harapan, Presiden PKR dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Presiden Amanah Mohamad Sabu akan hadir memberikan ucapan. Selepas itu, bersama-sama Optimus Prime, mereka akan melakukan program jelajah ke seluruh negara.
Ketika berita ini ditulis, Optimus Prime sedang berada di Lebuhraya Utara Selatan menuju ke Johor.
"Asalnya program ini adalah anjuran Amanah Kulai sahaja tetapi selepas itu ia diambil alih Amanah Johor dan sekarang oleh Pakatan Harapan," kata ketua Amanah Kulai yang menjadi pelaksana program malam ini, Hisham Md Zin kepada The Malaysian Insider.
Johor dipilih sebagai tapak pelancaran Pakatan Harapan kerana menganggap ia sebagai lokasi paling subur untuk ia bertapak selepas berkuburnya Pakatan Rakyat.
"Berdasarkan demografi penduduk Johor, saya rasa Pakatan Harapan mempunyai peluang untuk menang di 70% kerusi di seluruh Johor," kata Hisham.

SAMAN LLS: NAJIB BAGI TEMPOH KEPADA DIRI SENDIRI PULAK!!!

Ini betul-betul kelakar. Lebih lawak daripada lawak antarabangsa. Sesiapa pun pasti tidak dapat menahan ketawa mendengarnya.

Dulu bukan main gah lagi Najib Razak mengumumkan bahawa peguamnya sudah menghantar surat tuntutan kepada bekas Presiden MCA, Dr Ling Liong Sik agar menarik balik, memohon maaf dan membayar sejumlah gantirugi atas dakwaan membuat dakwaan fitnah terhadapnya atau berhadapan dengan tindakan undang-undang di mahkamah.

Untuk maksud itu, peguamnya memberi tempoh tujuh hari kepada Dr Ling untuk menjawab surat tuntutan tersebut.

Di Ling kemudian hanya mengambil masa tiga hari saja untuk menjawabnya dengan mengatakan sedia menyahut cabaran Najib itu di mahkamah dan enggan memohon maaf.

Apa jadi kemudiannya? Sepatutnya saman sudah boleh diputuskan sebab telah ada jawapan daripada Dr Ling.

Tetapi kini peguam Najib pula mengatakan pihaknya akan memutuskan sama ada meneruskan saman atau tidak selepas tempoh tujuh hari itu berakhir.

Mengapa perlu tunggu lagi? Bukankah Dr Ling sudah menjawab menyatakan sedia untuk disaman?

Bukankah sepatutnya Najib terus saja menghantar surat saman fitnah terhadap Dr Ling dengan kadar segera atau setidak-tidaknya mengatakan saman itu tetap akan akan dilakukan kerana sudah ada kata putus daripada Dr. Ling mengenainya.

Nak tunggu apa lagi? Tidakkah ini seperti  Najib memberi tempoh kepada diri sendiri untuk memikir sama ada ada mahu meneruskan saman atau sebaliknya?

Jangan-jangan jadi macam WSJ juga nanti, gah saja lebih, tapi sampai sekarang samannya tidak menjadi kenyataan.

Katawa lagi....kahkahkah...

Nurul Izzah sahkan Ahli Parlimen Pakatan-BN bincang undi tak percaya

izzahSEGAMBUT, 9 OKT: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengesahkan wujud perbincangan antara Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dengan blok pembangkang bagi mengadakan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Nurul Izzah berkata, beliau bagaimanapun percaya langkah itu sukar dilaksanakan kerana Najib melakukan persediaan awal termasuk ‘menyuap’ Ahli Parlimen BN dengan menaikkan peruntukan RM5 juta seorang.
“Perbincangan berlaku dengan rancak tetapi bak kata orang putih ‘the prove of the pudding is in the eating’. Jadi kita lihatlah nanti, undi tak percaya berlaku atau tidak.
UMNO BN 55“Pada saya, kita boleh berjanji pelbagai perkara tetapi adakah mereka berani mendepani cabaran dan mengundi untuk masa depan di akhir pelunasan pada hari terbabit.
“Awal lagi, kita mengajak mereka secara terbuka dan pertemuan ada walaupun bukan berskala formal tetapi tak mencukupi kerana ujian sebenar adalah pada hari Dewan Rakyat bersidang nanti,” katanya kepada Selangor Kini, semalam.
Beliau berkata demikian sebaik selesai Solat Hajat bagi kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kesejahteraan negara yang diadakan di kediaman Ketua Umum PKR itu, di sini.
Nurul Izzah berharap Ahli Parlimen BN mampu berfikir rasional demi masa depan negara dan rakyat.
“Kita harus pragmatik, adakah perjuangan ini harus dipanjangkan sedikit. Jika kita ada komitmen dan istiqamah, In Shaa Allah akan berjaya,” katanya.
Nurul Izzah turut mengucapkan tahniah kepada Bersih 2.0 dan beberapa badan bukan kerajaan kerana melahirkan cadangan terbabit.

Skandal 1MDB: PAC persoal tindakan Peguam Negara


Dr Tan Seng Giaw

SHAH ALAM - Timbalan Pengerusi Jawatankuasa kira-kira Wang Negara (PAC), Dr Tan Seng Giaw mempersoalkan bukti dimiliki Jabatan Peguam Negara sehingga boleh mengeluarkan kenyataan bahawa syarikat tersebut tidak melakukan kesalahan.

Beliau turut mempersoalkan apakah sebenarnya isi kandungan kertas siasatan Bank Negara Malaysia (BNM) yang telah diserahkan kepada Peguam Negara.

“Apa sebenarnya isi kandungan laporan tersebut? Dan apakah bukti Peguam Negara (berkenaan siasatan  1MDB),” katanya.

Berkenaan kedudukan sebenar Pasukan Petugas Khas yang disahkan tidak pernah dibubarkan, PAC mahu Peguam Negara memberi penjelasan terperinci mengenai langkah-langkah kerajaan terhadap pasukan penyiasat itu.

Pasukan Petugas Khas  itu terdiri daripada Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan BNM.

Dalam pada itu, Seng Giaw berkata, PAC masih menunggu laporan lengkap berkaitan isu berkenaan daripada Jabatan Audit Negara.
“Buat masa ini PAC perlu melanjutkan siasatan terhadap 1MDB,” katanya.

Gerakan veteran Umno bakal cetus gelombang

Mohd Azhar Abd Rahman


Satu demi satu personaliti Umno yang menyinar karier politik mereka satu masa dahlu bangkit bersuara lanjutan daripada serangan bertubi-tubi Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak terutamanya dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma 2.6 bilion.
Nama-nama yang pada anggapan ramai sudah boleh disemadikan dalam “Muzium Umno” tidak semena-mena muncul membawa keris masing-masing menghunus ke arah Najib atas kelemahan beliau menguruskan hal ehwal pentadbiran dalam negara.
Bermula dengan Dr Mahathir, rakan sekutunya, Tan Sri Sanusi Junid turut menyatakan desakan sama meminta Najib berundur.

Sebelum itu, Tan Sri Zainudin Maidin turut membuat desakan yang sama apabila melihat Najib seakan-akan tidak menghiraukan gesaan bekas perdana menteri Dr Mahathir. Tan Sri Rafidah Aziz, yang satu ketika dahulu turut pernah dikritik Dr Mahathir juga bersuara mengkritik cara Najib menguruskan ekonomi negara yang kian tenat.
Tidak ketinggalan, Tun Daim Zainudin apabila beliau menyatakan keraguannya terhadap sokongan Umno kepada Najib pada ketika ini.
Tan Sri Sabbaruddin Chik juga antara veteran Umno yang pernah memegang jawatan setiausaha agung menyokong tindakan Dr Mahathir yang mahu Najib meninggalkan kerusi perdana menteri bagi memperbaiki keadaan yang semakin meruncing.
Dipercayai ramai lagi yang akan mengikut jejak langkah mereka kerana Umno dikatakan boleh ranap seandainya Najib terus berada di takhta.
Kesemua bekas pemimpin Umno ini merupakan penggerak parti dan menteri Kabinet satu masa dahulu dan mereka juga tahu ruang-ruang yang ada dalam kerajaan untuk merompak. Atas sebab itu mereka melihat “rompakan” yang dibuat Najib ternyata begitu melampau sehingga memberi kesan kepada keadaan ekonomi negara.
Mungkin kerana sudah dimamah usia, kesedaran kepada mencegah kemungkaran mula timbul dalam kehidupan mereka.
Tidak mustahil, dengan kemunculan tokoh-tokoh veteran Umno ini, satu gelombang besar akan melanda Umno dengan gerakan yang dilihat semakin membesar. Najib yang masih mengharapkan Kabinetnya bertahan dengan serangan dari luar dan dalam dilihat semakin hilang upaya.
Terbaru gesaan Majlis Raja-raja Melayu yang mahu isu 1MDB diselesaikan secepat mungkin memberi mesej yang sangat jelas apa yang diperkatakan ramai pihak sebelum ini berasas.
Lalu timbul pula kalimah “derhaka” seandainya tindakan tidak dibuat mengikut saranan majlis itu mengikut tafsiran Datuk A Kadir Jasin.

ARROGANT NAJIB BELITTLES THE SULTANS: UMNO BLOGS HURL INSULTS AT THE MALAY RULERS

ARROGANT NAJIB BELITTLES THE SULTANS: UMNO BLOGS HURL INSULTS AT THE MALAY RULERS
Two days after the Rulers issued their unprecendented call for the authorities to conclude the investigations into 1MDB, there has been no comment from members of Cabinet 1MDB, neither any comment from the Police Force, the Attorney General's Office, the MACC or Bank Negara.
In fact, Utusan Melayu delivered an insult to His Royal Highnesses by burying the news in a small column in the middle of the paper, whereas other English dailies throughout the country had given great prominence to this call.
As I had written earlier, this is the first time in living history that the Council of Malay rulers were forced to make a specific mention on a commercial crime. Such is the nature of the 1MDB beast that it has caused many "firsts" as a result of the wanton disregard for everything that has held up this nation.
Now the silence of Najib in this matter is actually a very stupid move. By keeping silent, he shows himself to be acting in an arrogant way. Any basic political analyst will tell you dont be arrogant when people know you are weak.
The question now is whether UMNO is willing to stick to this arrogant attitude.
Arrogant move will backfire
This is a key point and I think those who are alligned with Najib will continue to advocate this method, but those who are neutral or against Najib will rise up.

If word goes out to the masses that the Rulers had issued this call and Najib still kept silent, then Najib's position is untenable.
Of course the key player in this equation is Dato Seri Zahid Hamidi, currently away in Washington DC, but totally aware of what is going on.
He could easily order KBAB to say something. What KBAB says, when he says , will reveal what the police is going to do.
Now if any of the Armed Forces personnel were to something before hand, well that is an altogether different matter.
Fightback with insults

On another note, some UMNO blogs are already insulting His Highnesses.
Hishammudin, Khairy mentioned that it is wrong for people to assume that the rulers have lost confidence in Najib because the rulers did not say that. AG Chambers reiterated that the 1MDB case has been "NFA'ed' despite Bank Negara requesting the AG Chambers to review their earlier decision.
The comment by Hishammudin and KJ surprises me.
The comment by the AG Chambers does not. After all the AG Chambers did not appeal the Baginda's acquittal. Aaah well, Apandi it is, Apandi it shall be.

Baik pulih undang-undang antirasuah untuk selenggara dana politik

KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran menambah baik undang-undang pembiayaan politik dengan menguatkuasakan bersama undang-undang antirasuah dan undang-undang konflik berkepentingan.

Selain itu, kerajaan turut dicadangkan agar mewujudkan sebuah badan dana bebas dan telus bagi mengurus kemasukan dana untuk mana-mana parti politik.

Perkara tersebut dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Kajian Pembiayaan Politik Gerakan, Datuk Dr Lim Thuang Seng dalam sidang media di sini, hari ini.

PKR: Bukan kami yang ditegur raja, Jamal



Selain berdemonstrasi, wakil rakyat Umno seharusnya memanfaatkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi membincangkan isu pentadbiran negeri itu yang didakwa ‘cacamarba’.
Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata demikian ketika diminta mengulas penganjuran himpunan “Selamatkan Negeri Selangor daripada Kerajaan Pakatan Cacamarba” di Ampang, Ahad ini.
Ia digerakkan oleh Ketua Umno Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos, orang kuat di sebalik himpunan baju merah pada 16 September lepas.
“Mereka boleh salurkan kepada DUN Selangor sebab anggota Umno pun ada wakil. Wakil rakyat Umno boleh menyuarakan apa yang dikatakan cacamarba itu.
“Umno Selangor seharusnya memanfaatkan DUN Selangor untuk membawa perkara-perkara yang mengatakan (pentadbiran Selangor) cacamarba, tidak terurus dan sebagainya,” kata Shamsul kepada Malaysiakini.
Shamsul yang juga anggota Parlimen Bukit Katil, Melaka berkata, jika benar dakwaan Yunos, sudah tentu sultan Selangor akan membangkitkan isu tersebut seperti dilakukan Majlis Raja-raja berhubung krisis 1MDB.
“Tak pernah pula kita dengar Sultan Selangor sebagai payung rakyat membangkitkan isu-isu mempertikaikan kerajaan negeri Selangor tidak seperti tuntutan Majlis Raja-raja yang jelas mempertikaikan jawapan kerajaan dalam isu 1MDB,” ujar Shamsul.
Jamal bercadang mengadakan satu lagi perhimpunan "berskala besar" di Kajang sebaik sahaja dibebaskan dari lokap polis selepas ditangkap susulan kenyataannya berkaitan kemungkinan rusuhan di Jalan Petaling, Kuala Lumpur.

Adakah siasatan 1MDB masih berjalan, soal bekas menteri Umno

Tan Sri Rafidah Aziz berkata rakyat berhak mempersoalkan perkembangan siasatan 1Malaysia Delevopment Berhad (1MDB) dan ia tidak sepatutnya dianggap sebagai anti kerajaan atau pemimpin. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Oktober, 2015. 
Tan Sri Rafidah Aziz berkata rakyat berhak mempersoalkan perkembangan siasatan 1Malaysia Delevopment Berhad (1MDB) dan ia tidak sepatutnya dianggap sebagai anti kerajaan atau pemimpin.

Kenyataan Majlis Raja-raja Melayu dalam isu besar ternyata mampu memberi impak kepada negara malah mencerminkan kebimbangan dan kekecewaan rakyat yang dahagakan jawapan sebenar, kata bekas menteri Umno.
Menulis di laman Facebook peribadinya, Tan Sri Rafidah Aziz merujuk kepada kenyataan Majlis Raja-raja Melayu yang menggesa siasatan terhadap 1Malaysia Delevopment Berhad (1MDB) dipercepatkan dan diambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang terlibat.
Veteran Umno itu berkata, masyarakat ternanti-nanti status siasatan 1MDB yang sedang berjalan agar ia dapat diselesaikan, sekali gus membawa pihak terbabit ke muka pengadilan.

Rafidah berkata, terdapat juga kerisauan dan pandangan skeptikal dilahirkan masyarakat luar negara, yang sentiasa menyelubungi suasana ekonomi di samping turut mempersoalkan tadbir urus politik di Malaysia. Menyifatkan isu ini jelas memberi kesan kepada masyarakat dan ekonomi, Rafidah berkata adalah perkara biasa apabila rakyat mempersoalkan pembangunan dan perkembangan siasatan yang sudah bermula.
"Apa tempoh masa ditetapkan untuk semua proses selesai?
"Bila laporan komprehensif pertama akan diumum kepada masyarakat? Tetapi soalan yang paling ditanya adalah, adakah proses siasatan sebenarnya berlaku atau adakah sudah terhenti," tulis Rafidah lagi.
Beliau berkata, masyarakat akan berterusan bertanya selagi persoalan mereka tidak dijawab.
Rafidah turut menyatakan persoalan mengenai isu ini tidak boleh dikatakan sebagai anti kerajaan atau anti pemimpin kerana ia adalah perkara biasa yang akan dihadapi mana-mana negara.

Zeti perlu telus dedah masalah dihadapi negara, kata majalah perniagaan

Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz digesa bersikap telus mengenai situasi yang dihadapi negara yang kini turut mempengaruhi ekonomi seperti kejatuhan nilai ringgit. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Oktober, 2015. 
Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz digesa bersikap telus mengenai situasi yang dihadapi negara yang kini turut mempengaruhi ekonomi seperti kejatuhan nilai ringgit. 

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz perlu jujur ​​berkenaan isu-isu yang melanda negara, kata Euromoney dalam edisi Oktober, seperti ringgit yang terus jatuh dan ekonomi mula perlahan.
Majalah perniagaan dan kewangan itu berkata selama ini Zeti menggunakan perkataan seperti "faktor dalam negara" untuk menggambarkan masalah yang melanda Malaysia, daripada berkata kesusahan disebabkan syarikat sarat hutang milik negara 1Malaysia Development (1MDB) dan sumbangan RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Zeti menunjukkan melalui 15 tahun perkhidmatan cemerlang yang beliau bukannya seorang yang cepat melatah di bawah tekanan politik.

"Sekarang bukan masanya untuk beliau mula berbuat demikian. Ia akan memberi makna BNM yang diterajuinya selama ini tidak ada kelebihan langsung. "Zeti boleh mencuba lebih keras terhadap apa yang benar-benar mendatangkan masalah kepada negara. Sebagai pegawai awam paling dipercayai di Malaysia, beliau mempunyai sesuatu yang ahli politik tiada – kuasa hormat dan moral" kata majalah itu.
Walaupun jaminan daripada Putrajaya asas ekonomi Malaysia adalah kukuh, kebimbangan terhadap ekonomi semakin meningkat dengan ringgit, mata wang Asia paling teruk sejak setahun lalu, kini mencapai aras RM4 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Ini dikaitkan dengan tinjauan global yang semakin teruk, kejutan penurunan nilai yuan China, kejatuhan harga komoditi dan skandal politik semasa dikaitkan dengan Najib berhubung sumbangan penderma tidak diketahui dari Timur Tengah, 1MDB berhadapan siasatan berhubung penyelewengan kewangan yang didakwa.
Bagaimanapun, Euromoney berkata Zeti, 68, yang bakal bersara April depan, meneruskan siasatan ke atas 1MDB walaupun penyiasatan lain seolah-olah dihentikan.

Tentangan Pas tak gugat DAP


Tentangan Pas tak gugat DAP

JOHOR BAHRU – DAP Johor tidak berasa tergugat sekiranya Pas meletakkan calon di kawasan yang ditandingi mereka dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dan menganggapnya sebagai satu persaingan sihat dalam negara demokrasi.
Pengerusinya, Liew Chin Tong berkata, tentangan dari Pas tidak akan memberi impak besar kepada parti itu dan yakin mereka dapat mengekalkan kerusi dengan majoriti undian lebih tinggi hasil sokongan pengundi pelbagai kaum.
“Semua parti perlu faham senario di Johor bahawa dua pertiga daripada kerusi yang dipertandingkan terdiri dari komposisi pengundi pelbagai kaum. Jadi semua parti termasuk Pas perlu dapat sokongan semua kaum bukan hanya Melayu.
“Menerusi gabungan Pakatan Harapan saya yakin DAP dapat mengekalkan kedudukan dan menambah kemenangan dalam PRU akan datang,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat Pas Johor untuk menambah bilangan kerusi pada PRU akan datang termasuk meletakkan calon bukan Melayu di kawasan ditandingi DAP serta kawasan bukan majoriti Melayu.
Chin Tong berkata, Pas sebelum ini berjaya memenangi empat kerusi Dun hasil sokongan pengundi pelbagai kaum dan parti itu akan berdepan cabaran mengekalkan kemenangan sekiranya masih mengamalkan kepimpinan yang tidak terbuka.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah), Dzulkefly Ahmad berkata, perbincangan antara semua parti pembangkang termasuk Pas perlu diadakan bagi memastikan tidak berlaku pertindihan kerusi menentang BN.
“Pas berhak bertanding di mana-mana kawasan tapi semua parti pembangkang perlu memahami hasrat rakyat yang mahukan perubahan dan menukar kerajaan. Pertembungan tiga penjuru adalah langkah yang tidak bijak.