Khamis, 8 Oktober 2015

Reformasi 1998 bukan kerana Anwar semata-mata


Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Gerakan reformasi yang berlaku pada September 1998 setelah bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno bukan kerana Anwar semata-mata.

Sebaliknya, Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, gerakan itu berlaku kerana rakyat melihat perlanggaran prinsip keadilan dan kebenaran terjadi terhadap Anwar.

“Betul bahawa kita melihat peribadi Datuk Seri Anwar itu penting, beliaulah yang mencetuskan satu suntikan semangat kuat tapi saya rasa juga pada masa sama, ramai yang terlibat itu bukan kerana sosok Datuk Seri Anwar semata-mata.

“Tetapi kerana mereka percaya bahawa apa yang berlaku itu tidak boleh dibenarkan berlaku. Perlanggaran prinsip keadilan dan kebenaran, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya... itu semua menyebabkan rakyat bangkit.

Pada saya, reformasi itu tercetus kerana kebangkitan rakyat itu sendiri,” katanya pada Forum Reformasi Perjuangan Diteruskan di sini, malam semalam.

Gerakan reformasi merupakan beberapa acara tunjuk perasaan besar-besaran yang dilakukan rakyat menentang kerajaan sehingga Anwar dipenjara pada tahun sama.

Sementara itu, Syed Ibrahim berkata, sokongan yang diterima Anwar ketika itu bukan kerana rakyat menyokong pemimpin itu sahaja sebaliknya mereka terkejut melihat orang nombor dua negara diperlakukan sebegitu.

“Reformasi 1998 bermula apabila Datuk Seri Anwar dipecat daripada timbalan perdana menteri dan juga timbalan presiden Umno. Maka berlaku satu gerakan.

Sebenarnya pada ketika itu, lebih ramai orang yang rasa terkejut banding dengan orang yang rasa nak sokong Anwar... bukan kerana nak sokong Anwar.

“Tetapi terkejut kerana orang nombor dua dalam negara boleh dilakukan sedemikian rupa dan mereka bayangkan, jika orang nombor dua boleh kena sebegitu, apatah lagi orang yang nombor 2,000 atau 1 juta. Insiden mata lebam sangat mengejutkan banyak pihak,” katanya.

Najib perlu saman Mahathir, MCA ‘pengecut’ biar Liong Sik berseorangan


KUALA LUMPUR 8 OKT: MCA akan diingati sebagai parti pengecut jika terus berdiam diri terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ketika bekas presidennya, Tun Dr Ling Liong Sik berdepan saman fitnah daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
PM-najibAhli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng menjangka MCA akan berpihak kepada Najib selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) dengan terus mendiamkan apa sahaja persoalan terhadap skandal kewangan itu.
“MCA akan terus diingati sebagai parti Cina yang tidak relevan serta pengecut,” katanya pada kenyataan media, hari ini.
Beliau turut mempersoal sama ada MCA akan memutuskan hubungan dengan Liong Sik ekoran tuduhannya terhadap Najib atau sama ada parti itu akan mendesak Perdana Menteri memberi penjelasan skandal ‘derma’ RM2.6 bilion itu.
Lip Eng juga mencadangkan ahli akar umbi mendesak pimpinan MCA mengadakan mesyuarat tergempar bagi menentu sama ada parti akan membiarkan Ling Sik berseorangan berdepan saman Najib Razak atau menyokong bekas presidennya itu.
Berdasarkan tindakan Najib terhadap Liong Sik, beliau berkata, Perdana Menteri tiada pilihan selain turut memulakan tuntutan undang-undang terhadap Tun Dr Mahathir Mohamed yang menuduhnya ‘mencuri duit’

Tony Pua "bukan tuhan" - Sallehin Mukhyi


Post Pic

SHAH ALAM: Pemimpin DAP, Tony Pua "bukan tuhan" yang boleh menduga Pakatan Harapan akan memenangi pilihan raya umum akan datang, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Sallehin Mukhyi.
 
Beliau membidas Setiausaha Publisiti DAP itu kerana angkuh menduga Pakatan Harapan boleh menang pada PRU-14 tanpa bantuan PAS.
 
Menurut Sallehin, Pua hanya mengitar semula kenyatàan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menyatakan bahawa PAS akan kalah teruk pada pilihan raya umum (PRU) yang akan datang.
 
Sallehin berkata Pua dan Lim tidak berpijak pada realiti dalam membuat ramalan.
 
"Bagi saya, Tony bukan tuhan nak menentukan pilihan raya boleh menang atau tidak. Politik ini di saat-saat akhir pun boleh berubah dan boleh berlaku.
 
"Kalau dia kata boleh menang lebih banyak kerusi (tanpa PAS), dia kena tunjuklah strateginya," ujarnya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.
 
Tambahnya, Pakatan Harapan akan melalui jalan yang sukar bagi menawan Putrajaya tanpa PAS.
 
"Jika mereka (Pakatan Harapan) ingin menawan Putrajaya bagi saya lupakanlah.
 
"Realitinya apa yang berlaku sekarang Pakatan Harapan ini sukar mendapat sokongan orang Melayu dan Islam tanpa PAS," ujarnya lagi.
 
Selain itu, Sallehin menyelar kenyataan Pua yang mempersendakan prestasi PAS di Kelantan.
 

Utusan Melayu gagal ubah permohonan pembelaan saman malu


Post Pic SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad untuk memasukkan sabitan Liwat 2 Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam pembelaan mereka terhadap saman malu.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hue Siew Kheng membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan peguam akhbar berkenaan, Datuk Firoz Hussein Ahmad.
"Keputusan saya adalah bukti sabitan lampau tidak boleh diterima atau dibenarkan," kata hakim Hue.
Hakim Hue bagaimanapun menetapkan 19 Oktober depan untuk sambungan semula kes.
Sebelum ini, akhbar itu memohon meminda kenyataan pembelaan mereka pada 2 Julai tahun lalu untuk memasukkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun itu, yang mendapati Anwar bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas bekas ketua pembangkang itu.
Mereka juga mahu memasukkan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari tahun ini yang mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan.
Anwar yang juga bekas Ketua Pembangkang sedang menjalani hukuman penjara di Sungai Buloh yang bermula juga pada 10 Februari lalu.

Khalid orang luar, jangan campur hal PKR - Azmin


Mohamed Azmin Ali

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali meminta pendahulunya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak masuk campur urusan PKR kerana beliau bukan lagi ahli parti itu.

Beliau turut mengingatkan Abdul Khalid bahawa PKR tahu untuk menguruskan parti, memandangkan kedudukan parti itu sangat kukuh dan stabil di bawah pimpinan Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Khalid bukan lagi ahli parti jadi jauhkan diri daripada PKR, kami tahu untuk uruskannya.

“Beliau itu orang luar dan seperti saya katakan PKR ketika ini sangat kukuh dan kami bersatu,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) di sini, hari ini.

Timbalan Presiden PKR itu menafikan wujudnya gerakan penubuhan parti baharu sebagai kuasa ketiga oleh pemimpin dan aktivis PKR.

“Kalau kita bersatu tidak ada lah gerakan ketiga, keempat atau lima hanya satu parti, satu kepimpinan dan kami bercakap dalam satu suara.

“PKR percaya dengan kepimpinan Presiden parti mampu mendepani cabaran diperingkat nasional terutamanya krisis ekonomi dan  kepimpinan dalam satu pasukan untuk menentang Umno-BN pada PRU14 akan datang,” katanya.

Semalam, Abdul Khalid dalam status Facebooknya berkata, beliau tidak terlibat dalam sebarang gerakan menubuhkan parti baharu sebagai kuasa ketiga namun, tidak hairan sekiranya wujud penubuhan parti lain susulan kegagalan PKR menyelesaikan aduan ahli parti secara telus dan adil.

Dalam pada itu, Azmin turut menolak dakwaan bahawa beliau ibarat ‘lembu punya susu, sapi dapat nama’ dalam urusan penstrukturan semula industri yang selama ini diperjuangkan oleh Abdul Khalid.

Ketiadaan Anwar bukan punca PKR bermasalah - Abdullah Sani


SHAH ALAM: Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid menafikan kemelut yang melanda PKR kini disebabkan oleh ketiadaan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihukum penjara lima tahun.
"Kita masih menunggu laporan dan arahan daripada Anwar. Tidak timbul isu sebab beliau masih ketua umum kita dan Presiden PKR masih lagi Wan Azizah.
Post Pic "Tidak nampak ruang wujudnya perbalahan kuasa di sini. Jika ada yang kata keadaan itu berlaku, ia tidak realistik dalam keadaan sekarang," ujarnya kepada Antarapos.
Abdullah Sani berkata demikian mengulas pendapat Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Samsu Adabi Mamat yang menyatakan komplot menggulingkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berpunca daripada isu kuasa.
Bekas Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard sebelum ini mendakwa wujud pihak yang didalangi beberapa pemimpin parti yang tidak senang dengan tindakan Wan Azizah mengumumkan penubuhan Pakatan Harapan, dan menyifatkan ia sebagai tergesa-gesa.
Rasa kurang senang itu akhirnya membawa kepada satu petisyen yang mendesak agar kerjasama PKR-DAP-Amanah ditarik semula.
Mengulas hal itu, Abdullah Sani menyokong tindakan Wan Azizah dan pembentukan Pakatan Harapan selepas PAS menyatakan keputusan tidak mahu bekerjasama dengan DAP dan Amanah.
"Kita buat keputusan menubuhkan Pakatan Harapan selepas PAS menolak untuk menyertai pakatan baru. Daripada kenyataan Setiausaha Agung PAS yang tidak mahu bersama, sebab itu rundingan meja bulat terus buat keputusan untuk terus tubuhkan pakatan ini," ulasnya.
Pembentukan Pakatan Harapan pada 22 September lalu juga menimbulkan kontroversi apabila Parti Sosialis Malaysia (PSM) kecewa tidak dijemput dalam rundingan meja bulat dan mendakwa wujud pembohongan dalam pakatan itu.
"Kita ambil pemula yang utama dahulu, kemudian sesiapa yang berminat untuk sertai Pakatan Harapan mereka boleh memohon dan kita akan pertimbangkan dalam meja bulat.

US airstrike on MSF hospital in Kunduz a war crime?

TPP: Can President Obama’s 'anyone but China' strategy work?

TPP deal: Why is Obama wary of China’s rule-setting potential?

FORUM : REFORMASI PERJUANGAN DITERUSKAN

Kosovo MP throws tear gas grenade during parliament debate

Bila otak kat kepala lutut...

Korang tau ker... Nyamuk aedes adalah musuh negara No.1 berbanding 'yang' bersekongkol APCO-yahudi, buat hutang negara bertimbun2, rompak wang rakyat, gadai tanah & pulau pd S'pore, hapus kekebalan Raja & kurangkan kuasa Yang Di-pertuan Agong..

Sanggup nak berdemo KERANA NYAMUK ??

Inilah masanya nak jilat ampu Najib sampai kering mati..

RAKYAT BAYAR DUIT, KRONI BUAT DUIT !!!

Selagi negara 'dijajah' oleh penyangak2 BN Benjamin Netanyahu selahi itulah mereka akan terus memunggah merompak kekayaan negara selagi rakyatnya MASIH BODOH undi BN..

Dsbbkan kebodohan BUTA SEJARAH machai UMNgOK kata kononnya YTL funder DAP... Abes tu KENAPA Najib bagi bisnes kat funder DAP-YTL ??!!

Hero melayu bertaraf Pahlawan Bugis bagi bisnes kat CINA.. Tapi HERO IKAN BAKAR TAK LAKU Jamal 'pak tongkol' dok canang ugut "JANGAN CABAR MARUAH MELAYU, INI BUMI MELAYU"...

Skrg ni kroni Cina IPP-BN makin bertambah kaya. Kamu dapat apa !!!

Siapa lebih demokratik Dr Mahathir atau Najib?

Oleh Syed Rosli Jamalullail
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak pernah menghalang penentangnya yang secara terbuka mencabarnya ketika masih menduduki kerusi presiden Umno, dalam satu posting di blognya semalam yang ditujukan kepada Datuk Seri Najib Razak yang didakwanya bertindak secara tidak demokratik.
Bekas perdana menteri itu berkata, beliau membiarkan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Musa Hitam, yang pada akhir 1980-an cuba bertanding merebut jawatan presiden dan timbalan presiden, berkempen melawannya.

"Mereka berhajat menjatuhkan saya. (Tetapi) Saya tidak larang mereka berkempen di kalangan ahli Umno dan ahli Umno tidak dilarang oleh saya menghadiri kempen mereka. "Bahagian-bahagian Umno menjemput mereka untuk merasmikan mesyuarat bahagian dan mereka berkempen semasa perasmian dan pada masa-masa lain," kata negarawan itu dalam tulisannya.
Katanya, tindakan kerajaan hari ini yang mengugut bertindak terhadap rakyat dan melarang ahli Umno daripada mendengar syarahan politik menunjukkan ia tidak lagi demokratik.
Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada lawatannya ke Tawau pada Isnin, yang menurutnya tidak dapat dihadiri ahli Umno Sabah.
Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun dan berjaya menempuhi beberapa percubaan untuk mencabar kepimpinan beliau dalam Umno berkata beberapa bahagian parti malah mencalonkan Tengku Razaleigh dan Musa untuk kedua-dua jawatan tertinggi parti.
Tetapi katanya, beliau tidak menganggap mereka "musuh yang perlu diambil tindakan".
"Tidak ada larangan terhadap pencalonan oleh mereka kerana ini memang cara demokrasi," katanya.
Sebaliknya, Dr Mahathir berkata Najib kini berkelakuan seolah-olah kedudukannya sebagai presiden Umno sedang diancam, seperti dapat dilihat melalui tindakan diambil terhadap ahli dan pemimpin parti yang mengkritik perdana menteri dan firma pelaburan negara hasil ilham beliau, 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
"Tetapi sekarang, presiden Umno belum pun dicabar secara rasmi sudah tidak benar saya berjumpa dengan pemimpin dan ahli Umno," tulis beliau.
Benarkah Najib tidak demokratik? Siapa yang tidak demokratik? Najib atau Dr Mahathir?
Kumpulan 11 mencabar keputusan pemilihan presiden Umno pada 24 April 1987 kerana ada perwakilan yang tidak sah menjadi pengundi.
Sebaliknya Dr Mahathir yang takut dicabar kali kedua oleh Ku Li rela lihat Umno yang ditubuhkan pada 11 Mei 1946 diharamkan oleh mahkamah.
Beliau menubuhkan Umno (baharu) pada 1988 dan kemudiannya menipu rakyat kononnya Umno baharu itu adalah kesinambungan Umno yang dilahirkan pada 11 Mei 1946.
Dr Mahathir sanggup menipu sejarah. Untuk mengelakkan Umno baharu tidak diganggu gugat, Dr Mahathir tidak membenarkan Ku Li dan Musa menyertai Umno (baharu).

SPAD umum tambang baharu LRT, monorel hujung bulan ini ..beban baru untuk rakyat..!!

Penyelarasan tambang baharu bagi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dan monorel akan diumumkan pada hujung bulan ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar.
Beliau berkata mesyuarat Kabinet meluluskan kertas cadangan berhubung penyelarasan tambang baharu baru-baru ini dan SPAD sedang mengadakan perbincangan dengan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) sebelum membuat pengumuman berkenaan menjelang 31 Oktober ini.
"Orang ramai berminat untuk mendapatkan khidmat terbaik, jadi bagi kita sentiasa wujud elemen kos dalam usaha untuk menawarkan khidmat terbaik dalam pengangkutan awam," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke atas projek penyambungan LRT jajaran Ampang dari Stesen LRT Sri Petaling ke Stesen LRT Kinrara BK5 di Kuala Lumpur, hari ini. Syed Hamid berkata SPAD dan Prasarana dalam masa sama akan berusaha memastikan penyelarasan tambang baharu yang akan dilaksanakan kelak tidak akan membebankan rakyat.
Turut hadir Pengerusi Prasarana Tan Sri Ismail Adam dan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Datuk Azmi Abdul Aziz.
Sementara itu, Azmi berkata fasa pertama penyambungan LRT jajaran Ampang siap hampir 99.4% dan mula beroperasi hujung bulan ini.

Skandal 1MDB: Hormati campur tangan Majlis Raja-Raja

Rafidah kecewa kerana kemelut yang berlaku sehingga memaksa institusi itu campur tangan
rafidah,Majlis-Raja-Raja
PETALING JAYA: Campur tangan Majlis Raja-Raja terhadap 1MDB dianggap luar biasa.
Bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz meluahkan rasa kekecewaannya kerana kemelut yang berlaku memaksa institusi itu menegur supaya apa yang berlaku diselesaikan segera.
“Bila isu-isu seperti itu mendapat perhatian Majlis Raja-Raja ia sangat menyedihkan.
“Bagaimanapun kita perlu hormat titah yang dibuat oleh Majlis Raja-Raja,” katanya dalam satu persidangan media di Wali Giles, The Gardens Hotel.
Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu juga berkata kerajaan perlu mengambil serius hal itu dan berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam 1MDB.
Katanya, kegagalan menyelesaikan masalah itu tentunya akan memberi kesan negatif kepada negara terutamanya kepada pelabur dalam dan luar negara.

Sila buktikan saya ditaja – Chegubard

Dia terima keputusan Lembaga Disiplin tetapi siasatan menyeluruh dan telus perlu dilakukan sebelum sebarang tindakan diambil.
chegubard,Timbalan-AMK-Selangor,-Zainol-Abidin
KUALA LUMPUR: Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard mencabar Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor mendedahkan pihak yang didakwa menajanya untuk mengkritik kepimpinan parti.
Katanya, Timbalan AMK Selangor, Zainol Abidin perlu membuktikan dakwaan itu kerana seluruh negara telah tahu dakwaan yang dibuatnya itu.
“Saya cabar Zainol untuk dedah pemimpin yang bayar saya itu.
“Sekarang ini peluru ditentukan mereka…Siapa yang bayar saya, itu saya nak Zainol jawab,” katanya sambil menegaskan tiada mana-mana pihak menajanya untuk menyerang pemimpin PKR.
Pada masa sama, Chegubard berkata, dia tidak gentar dikenakan tindakan disiplin tetapi perlu diadakan siasatan menyeluruh dan telus.
“Saya sedia disiasat dan saya percaya, Brigedier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab Hadi sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin cukup waras dan matang untuk membuat keputusan demi kepentingan parti,” katanya.
Terdahulu, Zainol membuat aduan kepada Lembaga Disiplin terhadap Chegubard dan menggesa bekas Ketua Cabang Rembau itu dipecat daripada PKR.
Zainol berkata, kenyataan Chegubard kononnya Timbalan Presiden, Mohamed Azmin merancang rampasan kuasa Presiden, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai perbuatan tidak bermoral dan tidak beretika.

Buku singkap perjuangan reformasi

Reformasi
Kebangkitan Reformasi 1998 yang dicetuskan Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim diabadikan dalam sebuah buku bertajuk, ’Reformasi Perjuangan Diteruskan’ karya bersama Nik Nazmi Nik Ahmad dan Yee Siew Meng.
Ia menyingkap perjalanan Reformasi 1998 menerusi gambar-gambar dan penceritaan yang dilalui Anwar dalam perjuangan menuntut perubahan kepada sistem pentadbiran yang bersih dan bebas rasuah.
Nik Nazmi yang juga Adun Seri Setia berkata, buku setebal 207 muka surat ini mendedahkan kepada golongan muda bagaimana gelombang perjuangan Reformasi berlaku ketika pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad waktu itu.
“Buku ini dihasilkan dalam bentuk penceritaan bergambar yang cukup konfindential. Ia bertujuan mengimbau perjalanan Reformasi menerusi koleksi gambar yang jarang terdapat di media massa.
“Tentulah penghasilan buku ini dianggap sebagai satu pendedahan yang tidak akan mati khususnya dalam mengenang kembali kebangkitan rakyat pada Reformasi 1998,” katanya dalam sesi dialog forum Reformasi Perjuangan Diteruskan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, semalam.
Sementara itu, Yess Siew Meng pula berkata, buku itu akan menjadi inspirasi kepada masyarakat Malaysia untuk mengenang kembali pengorbanan rakyat dalam menutut demokrasi yang lebih adil dan telus.
“Buku ini akan mengingatkan kembali pengorbanan dalam tuntutan demokrasi dengan paparan gambar yang mampu mencungkil segala perasaan dan emosi untuk digambarkan ketika 1998 berlaku.
“Unsur Reformasi inilah yang dibawa dalam buku ini bagi mengimbau kembali bagaimana tangisan rakyat Malaysia terhadap penafian isu politikal yang berlaku di Malaysia ketika itu,” ujarnya.

Skandal 1MDB: Desakan percepat siasatan tak harus berlaku - Zahid

Selepas titah raja-raja berkaitan isu 1MDB, kerajaan berkata desakan untuk mempercepat atau melewatkan sebarang siasatan kepada mana-mana pihak tidak harus berlaku.
 Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata segala titah raja-raja dinilai baik dan kerajaan telah mengambil langkah proaktif menangani isu yang dititah.
“Sememangnya kesejahteraan rakyat dan kedaulatan undang-undang harus diberi keutamaan dalam apa jua keputusan dan kenyataan oleh semua pihak.
“Justeru segala siasatan kepada mana-mana pihak sekalipun harus berpegang kepada prinsip kedaulatan undang-undang, malah desakan untuk mempercepat atau melewatkan sebarang siasatan kepada mana-mana pihak tidak patut berlaku,” katanya.
Pada Selasa, Majlis Raja-Raja Melayu bertitah supaya kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan 1MDB dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak terlibat.
Baginda sekalian juga menegaskan semua pihak perlu bertanggungjawab memberi kerjasama sebenar dan jujur agar usaha serta maksud siasatan tersebut berjaya.
Pelan pengurangan hutang
Dalam kenyataan hari ini, Zahid berkata kerajaan komited mendukung konsep pemisahan kuasa dan oleh itu setiap organ kerajaan perlu dibenarkan berfungsi seperti dijelaskan perlembagaan.
Mengulas siasatan dijalankan, beliau berkata segala maklumat tentang siasatan dilakukan secara adil dan terbuka dan tindakan akan diambil jika ada pihak didapati bersalah.
“Kita sedia maklum bahawa pihak kerajaan sedang dalam proses menjayakan pelan pengurangan hutang bagi syarikat 1MDB.
“Pelan ini disambut baik oleh pelbagai pihak pelabur dari dalam dan luar negara.
"Pihak kerajkaan akan membentangkan pada masa terdekat segala transaksi pengurangan hutang 1MDB melalui pelaburan kepada aset syarikat tersebut,” katanya.
Menegaskan kerajaan mengambil berat dan menghormati titah raja-raja, beliau berkata segala usaha sedang dijalankan bagi memastikan isu ekonomi, ringgit dan keharmonian kaum diselesaikan pada masa terdekat.
“Diharapkan tidak ada pihak yang menangguk di air yang keruh dan mengeluarkan kenyataan seolah-olah kerajaan tidak berbuat sebarang usaha untuk mendepani semua isu yang dipolemikkan,” katanya.

Peguam jadikan Akta Speech untuk alih perhatian, alasan untuk tidak saman WSJ

oleh Hazlan Zakaria

Sebuah firma guaman yang mewakili seorang lelaki berpengaruh di Malaysia nampaknya memutuskan strategi mereka untuk menentukan sama ada akan menyaman akhbar Wall Street Journal (WSJ), adalah sama ada akhbar itu menggunakan Akta Speech atau tidak.

Akta Speech, atau Securing the Protection of our Enduring and Established Constitutional Heritage, digubal di Amerika Syarikat (US) pada 2010 dan bertujuan melindungi penulis di sana daripada menjadi mangsa saman fitnah pihak luar. Firma guaman ini menghantar pertanyaan kepada wakil WSJ sama ada mereka akan menggunakan Akta Speech.

Dan tentulah dengan mengikut logik akal, firma guaman ini tidak mendedahkan strategi pembelaan mereka. Ini sama seperti apa yang mereka lakukan sebelum ini, menghantar surat menuntut WSJ menyatakan pendiriannya tentang dua artikel berhubung dakwaan pindahan dana 1MDB ke akaun peribadi Najib.

WJS tentulah mempertahankan artikel mereka. Tindakan-tindakan seperti inilah yang membuatkan ada yang bertanya sama ada lelaki berpengaruh ini benar-benar mengambil peguam yang sebenar, atau hanya pelakon untuk menunjukkan ada tindakan perundangan diambil, agar dapat menyelamatkan maruahnya yang tercalar.

Tetapi seperti yang sudah dikatakan ramai, tindakan firma guaman tersebut membangkitkan Akta Speech tidak lebih sekadar untuk mengalih perhatian, dan sekali lagi cuba mengelak soalan bila mereka akan menyaman WSJ.

Apatah lagi lelaki berpengaruh itu pernah menghantar surat tuntutan yang lebih tegas berhubung soal yang sama kepada mereka yang lebih ‘kecil’ berbanding WSJ. Pada masa sama ada pihak, seperti bekas PM Dr Mahathir Mohamed, yang bebas dan tidak mendapat surat dari peguam, malah polis pun tidak memanggilnya untuk soalsiasat.

Berbeza dengan orang lain yang mengkritik kerajaan. Apa-apa pun, Akta Speech hanya melindungi wartawan dan penulis US daripada penguatkuasaan kes libel yang dijalankan di mahkamah luar negara, yang tidak menepati Pindaan Pertama Perlembagaan Amerika, iaitu kebebasan bersuara.

Akta itu digubal sebagai perisai kepada penulis dan wartawan Amerika daripada menjadi mangsa kepada apa yang dipanggil sebagai “pelancongan libel”. Ia adalah amalan menyaman penulis warga US di mahkamah luar negara yang memiliki undang-undang libel yang lemah, seperti United Kingdom.

UK terkenal dengan undang-undang libel yang bermasalah. Atau di sesetengah negara di mana mahkamah dipengaruhi pihak-pihak tertentu. Maka akta ini sebenarnya tidak melarang mana-mana pihak daripada memfailkan saman di mahkamah US.

Maka ia menimbulkan persoalan, mengapa firma guaman tempatan yang mewakili individu berpengaruh yang disebut dalam artikel WSJ ini tidak mahu atau tidak sanggup untuk berbuat demikian.

AYUH ABANG DIN...KENA BERANI SIKITLAH DAN JANGANLAH JADI PENYU LAGI!!

Rasanya sudah ramai yang membaca kenyataan media oleh Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin berkenaan pendirian Majlis Raja-Raja yang mahu siasatan 1MDB diselesaikan dengan segera serta diambil tindakan sewajarnya kepada pihak-pihak yang terlibat dalam skandal itu.

Kenyataan media yang turut menyentuh beberapa aspek lain itu bukan saja disiarkan oleh kebanyakan media bebas, malah dikongsi dengan meluas melalui Facebook dan Whatsapp sehingga ia menjadi perbualan di mana-mana saja.

Secara umumnya kenyataan media Muhyiddin itu masih boleh dianggap berani, tegas dan selari dengan kehendak rakyat walaupun beliau mengeluarkannya melalui Facebook dan difahamkan juga sedang berada di luar negara ketika ini.

Berikut adalah antara intipati kenyataan media Muhyiddin yang dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 28 Julai lalu:-

1 - menyambut baik dan menjunjung kasih terhadap kenyataan Majlis Raja-Raja dan ia menunjukkan keprihatinan DYMM Raja-Raja  terhadap kemelut 1MDB yang semakin hari semakin menjejaskan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

2 - pihak yang sewajarnya menjunjung titah Majlis Raja-Raja ialah Perdana Menteri selaku ketua kerajaan dengan memastikan siasatan terhadap 1MDB dijalankan secara telus, adil dan berkecuali tanpa sebarang gangguan serta diambil tindakan dengan segera tanpa rasa takut dan pilih kasih.

3 - berhubung siasatan 1MDB oleh Bank Negara yang telah membuat kenyataan sudah menyelesaikan siasatannya, jika ia mengandungi bukti-bukti yang boleh mensabitkan mana-mana pihak dengan apa-apa kesalahan di bawah undang-undang negara, maka adalah menjadi tanggungjawab Peguam Negara mendakwa mereka di mahkamah.

4 - mahu Peguam negara memaklumkan kepada masyarakat umum mengenai perkembangan mutakhir berhubung perkara itu.

5 - keanggotaan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mesti diisi dengan segera bagi membolehkan jawatankuasa itu meneruskan siasatan dan amat malang sekiranya siasatan PAC terbengkalai hanya disebabkan beberapa ahlinya menerima perlantikan sebagai anggota pentadbiran kerajaan.

6 - setelah laporan awal Ketua Audit Negara diserahkan kepada PAC, masyarakat umum kini tertunggu-tunggu status laporan akhir Ketua  Audit Negara itu.

7 - perkembangan proses siasatan 1MDB yang kelihatan perlahan dan hampir tergendala menunjukkan seolah-olah ada tangan ghaib yang sengaja mahu menutup kesalahan pihak-pihak tertentu.

8 - menyelar penahanan Khairuddin Abu Hassan di bawah Sosma semata-mata kerana membuat laporan kepada pihak berkuasa luar negara berhubung transaksi 1MDB sedangkan undang-undang itu adalah untuk membendung kegiatan terrorisme atau keganasan.

9 - mempersoalkan adakah tindakan membuat laporan kepada pihak berkuasa berhubung transaksi sebuah syarikat swasta merupakan satu kegiatan keganasan?  Adakah 1MDB sebuah institusi yang kebal dan amat dilindungi oleh pihak berkuasa negara kita?

Dr M: K'jaan sengaja tukar BERSIH 4 jadi isu perkauman



Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menuduh kerajaan sengaja menukar perhimpunan BERSIH 4 kepada isu perkauman untuk mengalih perhatian daripada skandal 1MDB.
Beliau juga mendakwa pentadbiran Najib menganjurkan perhimpunan balas Baju Merah yang telah dicemari kain rentang provokatif dan penghinaan kaum.
Diwawancara majalah The Diplomat, Dr Mahathir yang juga bekas presiden Umno, ketika ditanya berhubung perhimpunan kontroversi 16 September itu, berkata:
"Ia dianjurkan oleh kerajaan. Mereka menukat demonstrasi BERSIH kepada perkara perkauman, orang Cina lawan orang Melayu, sedangkan ia tidak.".
"Tetapi mereka perlu mengalih perhatian mengenai tuntutan BERSIH berkaitan 1MDB kepada perkara lain dan mereka jadikan kaum sebagai isu. Ini suatu yang bahya, tetapi kerajaan mahu meraih sokongan rakyat kepada mereka," tambahnya.
Kerajaan dan Umno menjarakkan diri mereka daripada perhimpunan Baju Merah yang dianjurkan untuk mempertahankan maruah melayu walaupun beberapa pemimpin parti itu hadir dan menyampaikan ucapan berapi.
Bagaimanapun, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pemimpin tersebut mewakili NGO.

Jalan lain undi tak percaya pada PM

Terdapat dua cara untuk menjalankan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam sesi parlimen akan datang, kata Naib Pengerusi BERSIH Thomas Fann.
Selain membentangkan usul tidak percaya di Dewan Rakyat, beliau berpendapat wakil rakyat juga boleh menolak pembentangan belanjawan Najib selepas ia dibahas.
“Satu cara melalui usul oleh sebarang MP. Jika dibenarkan, akan ada undi percaya atau tidak percaya.
“Satu lagi peluang selepas perdana menteri membentangkan belanjawannya dan parlimen membahaskan.
“MP boleh undi tolak belanjawan, ini juga sama dengan undi tidak percaya terhadap perdana menteri,” katanya dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Skandal 1MDB: Matthias kecam Najib dan sekutunya 'bacul'

Peguam yang ditahan Matthias Chang menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan para sekutunya sebagai 'bacul'.
"Penangkapan dan penahanan saya adalah cerminan kepada sifat pengecut perdana menteri dan kroninya, kalangan anggota Majlis Tertinggi Umno, yang 'setia tapi tak cerdik'," kata Chang dalam satu kenyataan.
Chang, bekas setiausaha politik kepada Dr Mahathir Mohamad, ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) hari ini.
Seperti anak guamnya, bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang memfailkan beberapa laporan terhadap 1MDB di luar negara, Chang juga ditahan bawah Seksyen 124K dan 124L Kanun Keseksaan berkaitan tindakan sabotaj dan cubaan mensabotaj negara.
Peguam itu turut membangkitkan semula cabarannya kepada Najib dan pemimpin Umno pada 25 September lalu yang, meminta mereka menyatakan kesediaan untuk mati demi maruah Melayu ekorn perhimpunan Baju Merah yang diadakan sembilan hari sebelum itu.
Selain perdana menteri, Chang mencabar Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi, pemimpin Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Datuk Ahmad Maslan, Datuk Seri Ismail Yaakob Sabri, Tan Sri Annuar Musa, Datuk Abdul Rahman Dahlan, dan Datuk Seri Azalina Othman Said supaya mogok lapar.
"Saya mencabar kamu semua untuk mogok lapar dengan saya demi menyatakan bahawa kita bersedia untuk mati kerana perjuangan masing-masing," katanya.
Pada 2010, Chang juga telah mengadakan mogok lapar semasa dipenjara selama sebulan di Penjara Kajang selepas didapati bersalah kerana menghina mahkamah.
Beliau mengakhiri mogok sembilan hari kemudian selepas dipujuk oleh Dr Mahathir.

Skandal 1MDB: Bekas setpol Dr Mahathir mogok lapar buktikan Najib ‘pengecut’

Bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Matthias Chang memulakan mogok lapar sebagai protes kepada pentadbiran Datuk Seri Najib Razak selepas ditahan polis mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma) 2012.
Chang seorang peguam ditahan sewaktu mengunjungi anak guamnya, bekas naib ketua bahagian Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di Ibu Pejabat Polis Dang Daerah Wangi di Kuala Lumpur, tengah hari tadi.
"Pada hari yang penuh keaiban dan sikap pengecut pada rejim Najib dan kroninya, saya dengan ini mengisytiharkan saya memulakan mogok lapar demi menunjukkan kepada semua rakyat Malaysia pemimpin Umno yang dipimpin Najib adalah pengecut dan tidak boleh dipercayai," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Chang berkata, beliau sebenarnya sudah bersedia sebanyak 2 kali bagi ditahan sebelum ini iaitu sewaktu dipanggil memberi keterangan "sebagai saksi" dalam kes anak guamnya, Khairuddin pada 28 September dan 2 Oktober, 2015. Beliau berkata, pengalamannya dipenjarakan di Malaysia dan Israel menjadikan beliau cukup masak dengan permainan minda tahap keanak-anakan mereka yang ingin melemahkan semangat suspek.
"Keluarga dan rakan-rakan saya di Malaysia dan luar negeri sudah dimaklumkan tentang penipuan ini dan mereka sudah dimaklumkan agar bersedia mendedahkan salah guna kuasa melampau polis, rejim Najib dan pengendalinya," kata Chang.

Penderhaka & Pengkhianat: Indon dapat IC.. sapa kasi 'IC original' ni ??!!

Bila puok2 'bangsat' katanya.. Cina & India adalah "PENDATANG" !!!.. Yang ini apa cerita..

NAMPAK TAK ???

FAKTA !!.. "Menjelang 2018 jumlah pekerja asing akan cecah SUKU DARIPADA JUMLAH PENDUDUK M'SIA" -MTUC

M'sia satu2nya 'negara Islam' NAIB JUARA 'surplus' dagangan dgn Israel laknatullah.

Patutler Najib 'TERSEREMPAK' PM Israel berjabat tgn sambil tersengih2 di PBB tempohari !!!

KENAPA data2 sebegini tak diberitahu umum kpd rakyat.

Malaysia Kaji Mekanisme Bawa Masuk Pelarian

Ali Tinju, Jangan Cabar Polis, KDN - Nur Jazlan

Rafidah says two kinds of haze over Malaysia

Pendeta Za’ba: Pemikir Umat Rentas Zaman

Khairy akui BN masih gagal tarik minat pengundi muda

Pasca Bersih 4: BERSIH lancar kempen undi tak percaya ke atas Najib

Ali Tinju: 'Saya bukan jual perempuan di Melaka'

Anwar's previous convictions ruled out in deciding damages

Bar: Police shouldn't misuse Sosma

PH: Derhaka jika lindungi siasatan 1MDB

Perbuatan menghalang siasatan 1MDB dianggap menderhaka kepada titah Raja-Raja Melayu yang mahu skandal itu diselesaikan segera
wan-azizah,matsabu,lim-kit-siang
PETALING JAYA: Mana-mana pihak yang cuba campur tangan dengan niat menghalang ketelusan siasatan terhadap syarikat milik penuh negara,1MDB, dianggap derhaka kepada titah Raja-Raja Melayu.
Perkara itu ditegaskan gabungan Pakatan Harapan yang menyokong gesaan Raja-Raja Melayu supaya isu 1MDB diselesaikan dengan segera.
“Pakatan Harapan menyeru supaya semua institusi awam dan agensi penguatkuasaan di negara ini memainkan peranan dengan sebebas mungkin supaya kemelut 1MDB dapat diselesaikan segera seperti yang dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja-Raja Melayu,” kata Pakatan Harapan.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah).
Pakatan Harapan berkata, pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lagi boleh melengah-lengahkan keputusan-keputusan yang penting mengenai 1MDB kerana kelewatan akan membawa kesan buruk kepada ekonomi negara.
Pada masa sama, Pakatan Harapan juga menyokong gesaan Raja-Raja Melayu supaya rakyat negara ini mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum.
“Titah ini adalah tepat mengambil kira pelbagai kejadian mutakhir ini yang seolah-olah cuba melagakan-lagakan antara kaum.
“Pakatan Harapan akan terus memainkan peranan menemukan rakyat pelbagai kaum, agama dan latar belakang untuk memupuk budaya saling memahami bagi mengendurkan keadaan jika ada percubaan untuk menimbulkan ketegangan kaum dan agama,” katanya.

Bersih lancar kempen ‘undi tidak percaya’ terhadap Najib

Bersih 2.0 melancarkan kempen ‘Undi Tidak Percaya’ kepada Datuk Seri Najib Razak yang akan dijalankan secara atas talian melalui laman web DearYb.my dan juga kempen poskad khas di Petaling Jaya, Selangor, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim, 8 Oktober, 2015. 
Bersih 2.0 melancarkan kempen ‘Undi Tidak Percaya’ kepada Datuk Seri Najib Razak yang akan dijalankan secara atas talian melalui laman web DearYb.my dan juga kempen poskad khas di Petaling Jaya, Selangor, hari ini.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menuntut pilihan raya adil dan bersih (Bersih 2.0) melancarkan kempen undi tidak percaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 berkata, kempen berkenaan akan memfokuskan kepada ahli Parlimen untuk mereka menyokong sebarang usul undi tidak percaya kepada Najib kerana beliau masih enggan memberikan penjelasan berhubung dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.
"Pasca perhimpunan aman Bersih 4, rakyat Malaysia tidak boleh terus berdiam diri. Justeru, Bersih 2.0 berbesar hati melancarkan kempen ‘Undi Tidak Percaya’ terhadap Najib," kata Bersih 2.0 dalam satu kenyataan hari ini.

Kempen berkenaan akan dijalankan secara atas talian melalui laman web DearYb.my dan juga kempen poskad khas. Bersih 2.0 juga menyediakan poskad untuk dihantar kepada ahli-ahli Parlimen masing-masing.
"Mesej jelas yang disampaikan melalui kedua-dua saluran ini ialah supaya para ahli Parlimen bersetuju untuk menyokong usul undi tidak percaya, atau apa sahaja usul yang bermaksud serupa bagi menggugat pegangan majoriti oleh Najib," kata NGO itu.
"Ini berikutan keengganan Najib untuk memberi penjelasan dengan tulus ikhlas berkenaan skandal aliran tunai RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya yang didakwa digunakan untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-13, selain penjelasan mengenai skandal RM42 bilion syarikat bermasalah negara, 1Malaysia Development Berhad."
Bersih 2.0 juga kata kenyataan itu tidak akan berhenti daripada mendesak orang ramai supaya menuntut wakil-wakil mereka di Parlimen untuk menyatakan rasa tidak percaya mereka terhadap Najib.
"Sekiranya tidak wujud mekanisme untuk menjalankan undi tidak percaya terhadap perdana menteri sebagaimana yang didakwa oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia; Bersih 2.0 menggesa Najib untuk melaksanakan undi percaya sekiranya beliau benar-benar yakin memiliki kepercayaan majoriti anggota-anggota Parlimen," kata mereka.
Mereka turut berharap kempen berkenaan akan memulakan riak-riak yang bakal bertukar menjadi gelombang yang akan membawa perubahan dan penambahbaikan institusi dalam negara.

Jangan kembalikan PPSMI ikut pintu belakang


Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada laporan yang dibuat oleh Performance Management & Delivery Unit (PEMANDU) dan Education Performance and Delivery Unit (PADU) dalam mencari mekanisme untuk memperkasa penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah.
Antara cadangan yang telah diketengahkan adalah untuk melaksanakan Program Dwi-Bahasa (DLP) untuk membolehkan beberapa mata pelajaran diajar dalam bahasa Inggeris bagi sekolah-sekolah tertentu.
Menurut laporan tersebut matapelajaran Sains, Matematik, dan Reka Bentuk dan Teknologi/ Teknologi Maklumat dan Komunikasi adalah matapelajaran yang wajib untuk diajar menggunakan Bahasa Inggeris.
Munurut laporan tersebut, program DLP tersebut akan dilaksanakan untuk pelajar Tahun 1 dan Tahun 4 untuk Sekolah Kebangsaan dan Tingkatan 1 untuk Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) bermula tahun 2016 yang akan melibatkan 300 sekolah rintis.
ABIM menegaskan program DLP yang dicadangkan ini adalah satu usaha terancang untuk mengembalikan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains Matematik dan Bahasa Inggeris (PPSMI) yang terbukti gagal dan terpaksa dimansuhkan oleh kerajaan secara rasmi pada tahun 2012.
PEMANDU dan PADU adalah badan yang dirujuk serta dianggap berkuasa dalam merangka sesebuah dasar. Justeru sebarang cadangan ataupun dasar yang dikemukakan akan dijadikan sebagai rujukan ataupun narasumber.
Oleh itu ABIM menuntut pihak PEMANDU dan PADU memastikan sebarang cadangan yang ingin diutarakan khususnya dalam bidang pendidikan sejajar dengan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Dalam konteks DLP, PEMANDU dan PADU WAJIB merujuk dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) sepertimana yang telah diputuskan semenjak tahun 2009.

KJ akui Umno, BN gagal menangi pengundi muda


Khairy Jamaluddin KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengakui sayap parti itu dan Pemuda BN masih gagal memenangi hati anak muda khususnya pengundi kali pertama menjelang PRU14 akan datang.

Beliau berkata, perkara tersebut berasas berdasarkan penilaian parti pemerintah itu sendiri susulan kebanyakan mereka adalah pengundi atas pagar yang masih belum membuat sebarang keputusan.

"Saya berpendapat kajian itu mungkin tepat berdasarkan kepada penilaian kita juga dalam pemuda Umno dan pemuda BN. Kumpulan pengundi muda ini sangat-sangat di atas pagar, maksudnya mereka belum buat apa-apa keputusan.

"Mungkin kajian tersebut sangat tepat dan ia menepati apa kita sendiri telah dapati berdasarkan kepada penilaian kita," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif ILHAM Centre, Hisommudin Bakar dalam kajiannya mendapati tiada mana-mana parti politik yang berani mendakwa mendapat sokongan blok pengundi muda.

Katanya, dengan melebihi 13 juta orang, pengundi muda dianggap mampu menentukan prestasi sesebuah parti politik dalam PRU14.

Menurutnya lagi, pengundi muda yang pertama kali mengundi, mempunyai penilaian yang lebih luas termasuk isu, sentimen dan persepsi.

DAP hilang sokongan Melayu dan Cina kerana terlalu angkuh kata Mohd Amar

Pas menasihatkan pemimpin DAP supaya menjaga Pulau Pinang dengan baik untuk mengelak jatuh ke tangan BN pada PRU14.

nik-amarPETALING JAYA : Pas menyelar kritikan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang menyatakan bahawa parti itu akan kehilangan sokongan di Kelantan.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sebaliknya DAP yang akan hilang sokongan pengundi Melayu dan sebahagian pengundi Cina kerana sikap angkuhnya dan suka mencampuri urusan parti lain.
“Saya nasihatkan Tony Pua dan DAP supaya menjaga perlakuan dan pastikan kerajaan Pulau Pinang sekarang kekal.
“DAP akan hilang sokongan pengundi Melayu dan sebahagian pengundi Cina kerana sikapnya yang angkuh dan suka mencampuri urusan parti lain,” katanya kepada Free Malaysia Today.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Tony Pua yang menyatakan Pas kini kehilangan sokongan termasuk di Kelantan, negeri yang diperintah parti itu sejak sekian lama.
Tony Pua turut berkata, tiada sebab untuk rakyat Kelantan menaruh kepercayaan kepada Pas untuk menerajui lagi kerajaan negeri itu.
Sementara itu, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad meminta Tony Pua muhasabah diri dan memikirkan kembali siapa sebenarnya musuh DAP.
“Hendak tanya Tony Pua musuh dia siapa?BN atau Pas? Jangan hilang fokus,” katanya ringkas.

PM perlu akur titah segera tangani isu 1MDB

SHAH ALAM - Pakatan Harapan menjunjung titah Majlis Raja-raja Melayu bahawa kemelut kewangan 1MDB dan risikonya terhadap ekonomi negara perlu ditangani dengan segera.

Pakatan Harapan dalam kenyataan bersama antara Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, kerajaan perlu bertindak segera dan akur kepada titah baginda tersebut.

"Pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lagi boleh melengah-lengahkan keputusan-keputusan yang penting mengenai 1MDB kerana kegawatan yang berlarutan telah dan akan membawa kesan buruk kepada ekonomi negara.

"Kami menyeru supaya semua institusi awam dan agensi penguatkuasaan memainkan peranan dengan sebebas mungkin supaya kemelut 1MDB dapat diselesaikan segera," kata mereka dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu Majlis Raja-Raja Melayu pada Selasa menitahkan pentadbiran Najib perlu menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan dengan 1MDB dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat.

Baginda sekalian juga menegaskan semua pihak bertanggungjawab perlu memberi kerjasama sebenar dan jujur agar usaha serta maksud siasatan tersebut berjaya.

Dalam pada itu, Pakatan Harapan juga menegaskan sebarang cubaan oleh mana-mana pihak untuk campur tangan atau mempengaruhi siasatan oleh pihak berkuasa boleh mengingkari titah baginda sekalian.

Mahfuz: PM nak tunggu bahasa 'penampar Tokyo'?



Datuk Mahfuz Omar menolak kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Hishammuddin Hussin bahawa titah raja-raja Melayu dalam isu 1MDB bermaksud baginda sekalian hilang kepercayaan kepada perdana menteri.
Sambil menyoal tafsiran sebenarnya, anggota parlimen Pokok Sena itu berkata baginda sekalian bertitah dalam bahasa istana yang berhemah dan masih menjaga maruah memanda perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Dalam kehidupan berkeluarga pun, adakala tidak perlu sang ayah bercakap menengking marahkan anak barulah anak-anak faham yang ayah tidak suka apa yang anak lakukan.
“Cukup dengan memek muka yang berkerut atau berdehem akan buat anak yang belum baligh pun faham dan akan berhenti melakukan perkara yang ayah tidak suka.
“Kalau anak buat juga akan merasalah penampar daripada sang ayah. Ini Najib memanda perdana menteri sudah berapa kali baligh? Takkan hendak tunggu raja-raja bertitah dalam bahasa "penampar Tokyo" baru nak faham?” soalnya.
Mahfuz tetap menegaskan bahawa titah raja-raja itu jelas membawa mesej supaya perdana menteri berundurlah secara terhormat.
Hishammuddin hari ini menolak tafsiran bahawa raja-raja Melayu hilang kepercayaan terhadap Najib berkaitan siasatan 1MDB.
Menyifatkan ia ditimbulkan pihak tidak bertanggungjawab, beliau berkata "Kalau raja-raja tak percaya, mereka akan cakap bulat-bulat.”
Felo kanan Sekolah Pengajian Antarabangsa S Rajaratnam, Singapura John Pang membuat tafsiran itu memandangkan raja-raja Melayu tidak pernah merujuk secara khusus isu-isu kerajaan dalam kenyataan.
Pada Selasa, Majlis Raja-Raja Melayu bertitah supaya kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan 1MDB dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak terlibat.
Baginda sekalian juga menegaskan semua pihak perlu bertanggungjawab memberi kerjasama sebenar dan jujur agar usaha serta maksud siasatan tersebut berjaya.

TPPA survival politik Najib

Dr Fahmi NgahKetua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Dr Fahmi Ngah menyifatkan rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan digunakan sebaiknya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memanjangkan hayat politiknya.
Katanya, kesempatan itu juga akan digunakan sepenuhnya Amerika Syarikat untuk memperbaiki kedudukan selaku rakan dagang Malaysia terutama ketiadaan perkongsian butiran lengkap perjanjian kepada umum yang menyukarkannya dibincangkan secara ilmilah, bahkan impak yang berlegar kini lebih kepada spekulasi.
“Perdana menteri akan gunakan sepenuhnya perjanjian itu untuk memanjangkan hayat politiknya. Yang pasti, kalau kita tengok rakan dagang Malaysia iaitu pertama adalah Singapura, kedua, China dan Amerika Syarikat kelima.
“Apabila (perjanjian) ditandatangan, nilai perkongsian Malaysia dan Amerika Syarikat bertambah. Berkemungkinan nilai perkongsian perdagangan dengan negara lain akan menurun.
tppa“Keadaan itu akan melonjakkan kedudukan Amerika Syarikat dalam kedudukan rakan dagang bersama Malaysia,” katanya kepada Selangor Kini.
Fahmi berpandangan, perkara itu jelas kerana sehingga kini masih belum ada contoh negara yang makmur hasil daripada perjanjian berkenaan yang sudah pasti bakal memberi kesan postitif dan negatif antara negara sekutu.
“Saya beri contoh Malaysia mempunyai dodol yang unik. Kalau boleh tembus pasaran antarabangsa, kita tidak perlukan TPPA kerana kalau dia (Amerika Syarikat) nak beli, maka akan beli,” katanya.
Beliau berkata, perjanjian itu juga tidak memberikan jaminan kedudukan nilai matawang ringgit akan kekal kukuh selepas ia ditandatangani.

Pejabat AG: Pasukan petugas siasat 1MDB tidak dibubar

Pasukan Petugas Khas menyiasat firma pelaburan 1MDB tidak pernah dibubarkan, kata Pejabat Peguam Negara.
Dalam kenyataan hari ini, pejabat itu berkata pihaknya tidak pernah membuat sebarang kenyataan yang bermaksud sedemikian.
"Hakikatnya, siasatan yang dijalankan oleh agensi yang terlibat tidak pernah pada bila-bila masa dihentikan atau disekat.
"Peguam negara sentiasa memantau dan memberi arahan kepada agensi yang berkaitan apabila siasatan telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara, termasuk arahan untuk mempercepat siasatan.
 "Sehingga hari ini, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) belum melengkapkan siasatan mereka kerana kenyataan beberapa saksi utama masih belum direkodkan," kata kenyataan itu.
Pejabat Peguam Negara mengulas gesaan Majlis Raja-Raja Melayu yang mahu siasatan berhubung perkara itu dipercepatkan dan jika terdapat salahlaku, maka tindakan perlu diambil.
Pendirian Pejabat itu dilihat bercanggah dengan kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 5 Ogos yang menyatakan Pasukan Petugas Khas sudah tidak diperlukan seperti yang dinasihatkan oleh Peguam Negara yang baru Tan Sri Mohamad Apandi Ali.

Jabatan Peguam Negara pertahan keputusan awal, tiada pendakwaan terhadap skandal 1MDB

Jabatan Peguam Negara mempertahan keputusan awal berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan menegaskan tiada pendakwaan ke atas syarikat sarat hutang itu kerana tidak menemui sebarang kesalahan dilakukan.
Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas Majlis Raja-raja Melayu mengeluarkan kenyataan supaya isu 1MDB diselesaikan segera, dua hari lepas.
"Mengambil kira permintaan dan fakta tiada bukti baharu ditemui, peguam negara memutuskan mempertahankan keputusan awal yang dibuat," kata kenyataan Jabatan Peguam Negara hari ini.

Jabatan Peguam Negara berkata mereka sudah menerima kertas siasatan Bank Negara Malaysia (BNM) pada 21 Ogos, namun Timbalan Pendakwa Raya 1 Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah memutuskan 1MDB tidak melakukan kesalahan dan mengarahkan tiada tindakan diambil. "Kertas siasatan dipulangkan semula kepada BNM pada 11 September, 2015.
"Keputusan itu juga sudah diberitahu kepada BNM pada hari sama," katanya.
Siasatan BNM dibuat mengikut bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 yang berkuat kuasa sebelum 2013, berkaitan dengan 1MDB.
Kenyataan tersebut juga memaklumkan menerima permintaan daripada BNM supaya menyemak semula keputusan tersebut pada 1 Oktober.
Sementara itu, kenyataan tersebut turut menafikan laporan mengatakan kertas siasatan masih berada dengan Jabatan Peguam Negara.
"Berkenaan isu ini, pihak Jabatan Peguam Negara ingin menegaskan terdapat laporan antara 12 September, 2015 hingga sekarang mengatakan kertas penyiasatan masih berada dengan Jabatan Peguam Negara dan perbincangan masih berjalan adalah tidak tepat dan tidak benar,” katanya.
Pendirian Jabatan Peguam Negara itu berbeza dengan gesaan Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz pada sidang media pada 13 Ogos lalu yang mencadangkan "tindakan penguatkuasaan" ke atas 1MDB.

Skandal 1MDB: Bekas setiausaha politik Dr Mahathir ditahan di bawah Sosma

Matthias Chang yang merupakan peguam kepada Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ditahan polis di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012 di Balai Polis Dang Wangi. – Gambar YouTube, 8 Oktober, 2015. 
Matthias Chang yang merupakan peguam kepada Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ditahan polis di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012 di Balai Polis Dang Wangi.

Peguam kepada bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, Matthias Chang kini ditahan polis atas Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012, kata isterinya.
Menurut Datin Seri Umi Khalsum Rahmad Ali yang lebih dikenali sebagai Umie Aida, beliau mendapat tahu mengenai penahanan itu melalui mesej pesanan ringkas dihantar bekas setiausaha politik kepada Tun Dr Mahathir Mohamad itu.
"(Matthias Chang) Baru ditangkap di bawah Akta Sosma di Balai Polis Dang Wangi, Mathhias beritahu saya melalui sms," kata Umie kepada The Malaysian Insider.

Umie yang bimbang dengan penangkapan peguam suaminya kini pasrah dengan tindakan pihak berkuasa dan hanya berserah kepada Tuhan. "Saya hanya mampu berdoa, saya tidak tahu apa nasib abang pada 13 Oktober ini," katanya kepada The Malaysian Insider.
Penahanan Chang turut disahkan peguamnya Mohd Akmal Afiq Mohammad yang datang bersamanya untuk melawat Khairuddin di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi jam 2 petang tadi.
"Kami melawat anak guam kami 2 petang tadi, sejurus habis melawat kira-kira jam 2.30, Pegawai Bukit Aman ASP Muniandy menahan Mathias di bawah Sosma mengikut Seksyen 124K dan 124L Kanun Keseksaan, sama seperti Khairuddin,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Akmal berkata, Chang akan ditahan 24 jam bermula hari ini dan penahanan 28 hari hanya dapat dibuat selepas polis mendapat kelulusan daripada sekurang-kurangnya pegawai polis berpangkat superintenden.
Beliau berkata, pihaknya akan membuat permohonan menentang penahanan Sosma di mahkamah secepat mungkin. 

Peguam Khairuddin juga ditahan bawah Sosma hari ini



Peguam Matthias Chang ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) hari ini.
Pembantu Chang memberitahu Malaysiakini, majikannya ditahan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi ketika melawat anak guamnya Datuk Khairuddin Abu Hassan.
Khairuddin ditahan bawah akta sama atas dakwaan cuba mensabotaj negara kerana membuat laporan berkaitan 1MDB di beberapa negara lain, termasuk Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat.

Rafizi: MCA pun boleh masuk Pakatan Harapan



Gabungan baru pembangkang Pakatan Harapan patut bersifat terbuka untuk mencabar BN, kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.
Bagaimanapun, katanya, semua pihak mesti bersetuju dengan dasar bersama supaya tidak mengulangi kesilapan lama.
Untuk itu, kata Rafizi, mereka harus terbuka terhadap parti-parti lain, termasuk PAS, Parti Sosialis Malaysia (PSM), malah MCA.
“Jika kita serius untuk mengalahkan Umno-BN, kita harus menjadi terbuka seboleh mungkin,” katanya dalam jamuan kutipan dana anjuran Parti Amanah Negara (AMANAH) di Kuala Lumpur malam tadi.
Bagaimanapun, ketika nama MCA disebut mengeluarkan suara tidak senang ketika nama MCA disebut, membuatkan Rafizi dan pemimpin Pakatan Harapan lain ketawa sebentar.
Turut hadir dalam acara itu, ketua publisiti DAP Tony Pua, Presiden AMANAH Mohamad Sabu. Sesi soal jawab turut diadakan.
Banyak soalan diajukan berkaitan hubungan dengan PAS dan bagaimanapun mendapatkan undi di kawasan kubu parti itu terutamanya di utara dan kawasan kampung.

'Saya bukan hendak jual perempuan di Melaka' - Ali Tinju



Seperti pulangkan paku buah keras.
Begitu dilihat berlaku antara aktivis kontroversi Mohd Ali Baharom dengan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron yang menolak hasrat Ali mengadakan perhimpunan anti “samseng Cina' di negeri itu.
Walaupun membatalkan acara di Taman Melaka Raya Sabtu ini, pesara tentera yang lebih dikenali sebagai Ali Tinju itu membangkitkan isu lain berkaitan hiburan di negeri pelancongan itu.
“Saya nasihat Idris Haron turun padang tengok disko-disko di Melaka yang beroperasi hingga 6 pagi. Lebih baik perkara itu diselesaikan dari tuduh saya bukan-bukan.
“Saya Whatsapp kes laporan polis, kes pukul imigresen, saya buat sidang media saya hantar laporan kepada dia, dia baca tapi tiada jawapan,” katanya.
Beliau juga berkata Idris tidak patut menyerangnya kerana “mempertahankan pegawai imigresen” di negeri itu.
“Bukan saya datang buat kecoh, jual dadah jual perempuan, jual rahsia kerajaan negeri jual tanah negeri,” katanya.
Idris tak alu-alukan
Ali, presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) hari ini membatalkan cadangan mengadakan himpunan itu selepas diarahkan pihak berkuasa.
Pembatalan itu juga dibuat bagi menghormati majlis penganugerahan darjah kebesaran oleh gabenor Melaka, pada hari sama.
Protes itu dirancang beliau selepas mendakwa tiga penguatkuasa Jabatan Imigresen dan Kastam dikasari "samseng Cina" pada 30 September lalu.
Alu juga memberi amaran kawasan di Bandar Melaka itu tidak akan selamat pada tarikh itu walaupun menegaskan ia bukan kekecohan.
The Star hari ini melaporkan Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron tidak mengalu-alukan idea yang boleh untuk “memusnahkan sejarah panjang kesatuan kaum” di negeri itu.

PRU14: Apa Terjadi Jika Berlaku Pertandingan 3 Penjuru Nanti?

Pertandingan 3 penjuru sudah bermula semenjak kecurangan dan pengkhianatan PAS terhadap Pakatan Rakyat di dalam pilihanraya umum 2013. Isu "watikah" yang telah menyebabkan kekalahan calon Pakatan di tujuh buah kerusi iaitu Bukit Besi, Seberang Takir, Kota Putera, Labuan, Kota Damansara, Sungai Acheh dan Panti.

Apa yang berlaku di dalam pertandingan 3 penjuru itu? Perpecahan undi di kalangan komponen Pakatan Rakyat yang akhirnya memberi kemenangan kepada calon BN pada ketika itu.




Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Kecurangan dan pengkhianatan PAS ini akan terbalas di dalam pilihanraya umum ke 14 dimana apabila berlaku pertandingan 3 penjuru nanti PAS akan mengalami kekalahan paling dasyat malah ramai calonnya akan hilang deposit. Itu pasti. Keputusan Sg Acheh di dalam PRU13 di atas membuktikannya.

BN akan menang jika berlau 3 penjuru? Dulu ya, tetapi tidak lagi sekarang kerana kini BN menghadapi masalah keyakinan rakyat terhadapnya akibat dari pelbagai skandal dan isu yang melanda negara. Rakyat akan memilih parti yang berpotensi untuk ke Putrajaya iaitu Pakatan Harapan. Itu jelas. Kita tidak faham mengapa PKR masih terhegeh-hegeh mengharapkan PAS.

Tepat seperti mana kata Dr Mazlee di dalam video di atas, jika PAS ingin terus relevan di dalam politik Malaysia, PAS tidak boleh sendirian walaupun mereka mempunyai "siku dan lutut". Mereka telah menolak DAP dan AMANAH, oleh tu yang paling realistik mereka perlu menyertai BN.

GB

Dr Mahathir ramal Wawasan 2020 akan tidak tercapai

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menimbulkan keraguan Malaysia akan mencapai matlamat status pembangunan dalam tempoh 5 tahun kerana kekurangan kepimpinan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Oktober, 2015. 
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menimbulkan keraguan Malaysia akan mencapai matlamat status pembangunan dalam tempoh 5 tahun kerana kekurangan kepimpinan.

 Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan Malaysia tidak akan menjadi negara maju pada 2020, seperti yang dibayangkannya kerana masalah ekonomi yang menjejaskan ringgit dan pasaran saham.
Beliau memberitahu majalah The Diplomat dalam satu temu bual disiarkan semalam Malaysia tidak akan mencapai impian Wawasan 2020 – yang merupakan idea beliau – dalam tempoh 5 tahun, memandangkan situasi sekarang dengan pentadbiran memberi lebih tumpuan kepada survival politik.
Dr Mahathir mengilhamkan Wawasan 2020 pada 1991 ketika beliau menjadi perdana menteri.
“Oleh itu, kita tidak akan mencapai Wawasan 2020 untuk menjadi sebuah negara maju sepenuhnya. Tidak pada masa sekarang.

“Anda boleh lihat penyusutan nilai wang, pasaran saham berada dalam keadaan tidak baik, rakyat secara amnya tidak berpuas hati,” katanya. Dr Mahathir berkata, negara terhenti kerana pengendalian yang tidak betul, dengan tumpuan bukan kepada pembangunan ekonomi tetapi survival politik.
“Setiap perdana menteri mahu selamat, dan yakin mereka akan terus selamat dengan memainkan isu-isu lain berbanding menumpukan kepada pembangunan ekonomi.
“Dan oleh itu pertumbuhan perlahan. Dan apabila terdapat ketegangan kaum, pentadbiran yang tidak baik, rasuah, dan sebagainya, ekonomi mengecut,” katanya yang berkhidmat sebagai perdana menteri selama 22 tahun.
Ringgit berada pada prestasi paling teruk berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), dan parti yang memerintah bersama-sama dengan Datuk Seri Najib Razak sedang bermasalah dengan skandal seperti hutang RM42 bilion 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan sumbangan RM2.6 bilion yang diterima daripada penderma dari Timur Tengah, begitu juga dengan ketegangan kaum semakin meningkat.
Pada Jun dan Ogos, Dr Mahathir menimbulkan keraguan Malaysia akan mencapai matlamat status pembangunan dalam tempoh 5 tahun kerana kekurangan kepimpinan dan keutamaan tidak pada tempatnya.

Ali Tinju batal perhimpunan di Melaka

Keputusan itu bagi menghormati sambutan Ulang Tahun Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob yang disambut pada 10 Oktober.
ali-tinju,merah,melaka
PETALING JAYA: Persatuan Veteran Tentera Melayu membatalkan rancangan mengadakan Gerakan Merah di Melaka Raya pada 10 Oktober ini.
Presidennya, Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju berkata, keputusan itu dibuat bagi menghormati sambutan Ulang tahun Yang di-Pertua Melaka, Tun Khalil Yaakob yang disambut pada hari yang sama.
Katanya, keputusan membatalkan Gerakan Merah itu tiada kaitan dengan desakan mana -mana pihak.
Dia bagaimanapun berkata, pihaknya terus mendesak pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap gengster Cina yang didakwa telah memukul pegawai dan kakitangan Jabatan Imigresen di Melaka Raya baru-baru.
“Setakat ini, kami belum ada perancangan untuk meneruskan perhimpunan di Melaka,” katanya kepada FMT.
Ali Tinju memberi amaran jika polis gagal bertindak, dia tidak menolak kemungkinan meneruskan Gerakan Merah bagi membantah tindakan kurang ajar kumpulan terbabit.
Dia berkata, pihak polis telahpun mengambil keterangannya berhubung kenyataan untuk mengadakan gerakan itu.

Mengapa tidak iktiraf pelarian Rohingya?



Saya mengalu-alukan keputusan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak untuk menerima 3,000 orang pelarian Syria dalam tempoh tiga tahun akan datang bagi membantu menangani krisis pelarian warga itu.
Perkara ini diumumkan dalam ucapannya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 1 Oktober 2015.
Saya juga mengalu-alukan pengumuman Timbalan Perdana Menteri Malaysia Zahid Hamidi bahawa orang-orang pelarian Syria ini akan diberikan kad pengenalan khas.
Beliau berkata, kerajaan Malaysia akan berusaha untuk menyediakan mereka akses kepada pendidikan dan pekerjaan sementara semasa mereka berada di Malaysia.
Seseorang yang tidak mengenai Malaysia mungkin akan menyanjung negara ini atas pengumuman itu. Pengumuman Najib dan Ahmad Zahid seolah-olah menunjukkan Malaysia lebih baik berbanding negara Eropah yang menutup sempadan mereka kepada pelarian.
Walau bagaimanapun, golongan yang sudah biasa dengan rekod hak asasi manusia Malaysia dan pendiriannya terhadap isu pelarian ini mungin terkejut dengan Najib dan timbalannya itu.
Pelarian di Malaysia
Isu pelarian bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia. Menurut UNHCR, pada akhir bulan Ogos 2015, terdapat seramai 153,880 pelarian dan pencari suaka yang berdaftar dengan badan itu di negara ini. Seramai 143,050 orang daripada jumlah itu terdiri daripada pelarian Myanmar.
Walau bagaimanapun, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, status pelarian adalah tidak diiktiraf dan adalah dianggap sama dengan pendatang haram. Dalam erti kata lain, tidak wujud “pelarian” di Malaysia.
Ini kerana, Malaysia tidak menandatangani Konvensyen Pelarian 1951 dan tidak berhasrat untuk menandatanganinya
Ini juga mungkin satu sebab Datuk Seri Najib Razak merujuk orang-orang ini sebagai “migran” dan bukannya “pelarian” dalam ucapannya di Perhimpunan Agung PBB.
Dalam ucapan itu, beliau menyatakan bahawa Malaysia sejak beberapa tahun ini telah mengambil ramai indiviud yang melarikan diri dari peperangan, kebuluran dan penganiayaan.
Menurutnya, kini Malaysia mempunyai ratusan ribu migran. Hakikatnya, ramai daripada individu ini telah diiktiraf dan didaftarkan oleh UNHCR sebagai pelarian.
Oleh kerana status pelarian adalah tidak diiktiraf di Malaysia, pelarian ini dianggap sama sebagai pendatang haram – mereka sentiasa menghadapi risiko ditangkap dan ditahan.
Mereka sering menjadi mangsa kepada eksploitasi, gangguan, penganiayaan dan penyeksaan. Mereka tidak mempunyai hak untuk bekerja secara sah di Malaysia dan tidak dapat menghantar anak-anak mereka ke sekolah.
Layanan buruk terhadap pelarian oleh Malaysia telah didedahkan oleh Al Jazeera tahun lepas dalam sebuah dokumentari yang bertajuk 'Malaysia’s unwanted'.
Dalam dokumentari itu, turut didedahkan bahawa pelarian kanak-kanak ditahan di pusat tahanan imigresen yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan Konvensyen PBB mengenai Hak Kanak-kanak. Konvensyen tersebut ditandatangani oleh Malaysia.
Cakap lain, buat lain
Ucapan yang penuh dengan emosi dan belas kasihan Datuk Seri Najib Razak dalam Perhimpunan Agung PBB itu dianggap memeranjatkan.
Beliau mengumumkan, Malaysia akan menerima 3,000 pelarian Syria dan menggesa semua negara-negara lain untuk melakukan perkara yang sama atas dasar kemanusiaan.
Kita masih ingat bagaimana Malaysia telah terlibat dalam krisis “ping-pong” dengan Thailand dan Indonesia tidak lama dulu, apabila beribu-ribu pelarian dan pendatang terkandas dan mati di Laut Andaman.
Selepas menerima tekanan antarabangsa, barulah Malaysia bersetuju untuk menyediakan tempat tinggal sementara kepada beribu-ribu pelarian dan migran tersebut.
Persetujuan itu dibuat dengan syarat, komuniti antarabangsa akan mengambil tanggungjawab untuk menghantar pulang pendatang ini ke negara asal atau penempatan semula di negara ketiga dalam tempoh satu tahun.
Pada April tahun ini, Datuk Seri Shahidan Kassim dilaporkan berkata, Malaysia tidak akan membuka pintu kepada pelarian dan pencari suaka walaupun atas dasar kemanusiaan kerana mereka telah menjadi ancaman keselamatan kepada Malaysia.

Pahlawan Cina tidak akan mengalah dengan pahlawan Bugis

Anina berharap Ling tidak akan membatalkan saman sekiranya Najib benar-benar bertindak mengheret beliau ke mahkamah
anina,Ling-Liong-Sik,najib
PETALING JAYA: Pendirian dan tindakan bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik, yang enggan memohon maaf serta bersedia berjumpa Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di mahkamah digambarkan sebagai keberanian seorang pahlawan Cina.
Bekas ahli Wanita UMNO Cawangan Padang Mat Sirat, Anina Saadudin mengalu-alukan kenyataan Ling yang sedia berdepan dengan Perdana Menteri untuk menegakkan keadilan.
“Saya mengharapkan Tun Ling Liong Sik menjadi seorang pahlawan Cina sebagaimana Datuk Seri Najib menjadi seorang Pahlawan Bugis yang berani datang ke mahkamah untuk menegakkan keadilan bagi dirinya,” katanya kepada Free Malaysia Today (FMT).
Beliau juga berharap, Ling tidak akan membatalkan saman sekiranya Najib benar-benar bertindak mengheret beliau ke mahkamah.
“Saya yakin Datuk Seri Najib berhak menyaman Tun Ling Liong Sik. Saya juga mengharapkan agar Tun Ling Liong Sik tidak akan memohon pembatalan saman sekiranya DS Najib benar-benar menyaman beliau di mahkamah yang mulia nanti,” katanya.
Dalam kenyataannya Ainina yakin bahawa rakyat akan mendapat perlindungan dan keadilan di bawah sistem kehakiman negara ini berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada.

Pakatan Harapan bakal bentang belanjawan 2016 selesaikan isu 1MDB

Pakatan Harapan juga sedang memuktamadkan Belanjawan Pakatan Harapan yang akan dibentangkan sebelum pembentangan belanjawan kerajaan dengan memberi fokus kepada langkah untuk menyelesaikan masalah 1Malaysia Development Berhad dengan segera bagi melindungi rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Oktober, 2015. 
Pakatan Harapan juga sedang memuktamadkan Belanjawan Pakatan Harapan yang akan dibentangkan sebelum pembentangan belanjawan kerajaan dengan memberi fokus kepada langkah untuk menyelesaikan masalah 1Malaysia Development Berhad dengan segera bagi melindungi rakyat.

Gabungan pembangkang, Pakatan Harapan kini sedang memuktamadkan belanjawan alternatif mereka dengan memfokuskan kepada langkah untuk menyelesaikan isu membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selari dengan titah Majlis Raja-Raja Melayu yang mahu isu itu diselesaikan semula.
Dalam kenyataan bersama Pakatan Harapan yang dikeluarkan hari ini, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, belanjawan mereka akan memberikan fokus melindungi rakyat daripada terheret dengan sentimen ekonomi akibat masalah 1MDB.
"Pakatan Harapan juga sedang memuktamadkan Belanjawan Pakatan Harapan yang akan dibentangkan sebelum pembentangan belanjawan kerajaan.

"Di antara fokus utama di dalam Belanjawan Pakatan Harapan ini adalah langkah-langkah muktamad untuk menyelesaikan masalah 1MDB ini dengan segera untuk melindungi rakyat daripada terus terheret dengan sentimen ekonomi yang murung akibat masalah 1MDB," kata mereka dalam kenyataan itu. Mereka berkata, Pakatan Harapan juga menjunjung kasih di atas keprihatinan Raja-raja Melayu yang menitahkan supaya keharmonian kaum dan perpaduan dijaga demi kesejahteraan negara.
"Titah tersebut adalah tepat mengambil kira pelbagai kejadian akhir-akhir ini yang seolah-olah cuba melaga-lagakan satu kaum dengan kaum-kaum yang lain kebelakangan ini.
"Oleh itu, Pakatan Harapan mengajak semua rakyat Malaysia untuk bersama-sama menghayati titah Raja-raja Melayu itu agar menghindari perbuatan atau pengucapan yang menyinggung perasaan orang lain terutamanya yang bersabit kaum dan agama," kata mereka.
Gabungan pembangkang itu juga berkata, mereka akan terus memainkan peranan menemukan rakyat pelbagai kaum, agama dan latar belakang untuk memupuk budaya saling memahami bagi mengendurkan keadaan jika ada percubaan untuk menimbulkan ketegangan kaum dan agama.

Gelaran ‘babi’, Umno bankrap isu

charles parlimen 01SHAH ALAM, 8 OKT: Tindakan Pengerusi NGO Melayu, Datuk Jamal Md Yunos menggelarkan Anthony Loke sebagai ‘manusia babi’ jelas menunjukkan parti itu kian bankrap untuk menarik sokongan rakyat apabila hanya menumpukan ‘serangan’ berunsur perkauman.
Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, berkata gelaran itu adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab dan menunjukkan kegagalan Umno menyelesaikan masalah yang sedang melanda negara.
“Ini satu tindakan yang hanya ingin memanaskan hati orang Melayu sahaja. Pandangan orang terhadap Umno juga akan menjadi lebih teruk daripada sekarang.
“Bila gagal menyelesaikan masalah rakyat, mereka mengungkapkan perkataan sedemikian. Cara ini tidak bagus untuk (pembangunan) negara,” katanya kepada Selangor Kini, hari ini.
Anthony-LokeKatanya, Jamal harus mengkritik dengan cara yang betul dan tidak perlu tampil tampil dengan gelaran kurang enak jika benar ingin menarik sokongan.
Terdahulu, Jamal mendakwa mendengar Loke mengucapkan kata-kata kesat kepada orang Melayu melalui sebuah video yang dimuat naik di Youtube.
Loke menafikan sekerasnya perkara itu dan menyifatkan beliau menjadi mangsa fitnah dengan dituduh memekik perkataan ‘celaka Melayu’ ketika ditahan polis, pada 6 Oktober lalu.
Ahli Parlimen Seremban itu berkata, beliau hanya mencelakakan pemilik tanah yang mengusir penduduk Kampung Ulu Temiang, Seremban, tidak kira bangsa termasuk Melayu.
Beliau bersama 14 individu lain ditahan polis kerana membantah pengusiran Kampung Ulu Temiang.

Beranikah 10 wakil rakyat Pas Kelantan lompat parti?

Pas KOTA BHARU - Suasana politik di Kelantan ketika ini sedikit 'panas' apabila tersebar khabar angin kononnya 10 wakil rakyat daripada Pas akan melompat parti dan menyertai Parti Amanah Rakyat (Amanah) awal tahun depan.

Isu berkenaan mula timbul selepas Pengerusi Harapan Baharu Mohamad Sabu melancarkan Amanah pada 31 Ogos lepas, dan isu itu terus dimainkan Pengerusi Amanah Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah semasa melancarkan parti berkenaan di Kota Baharu, pada 11 September.
Bagaimanapun, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika ditemui pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Malaysia peringkat negeri Kelantan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV menafikan dakwaan berkenaan dan berkata ia hanya strategi perang saraf pihak lawan, semata-mata untuk meraih sokongan pengundi.
Difahamkan, 10 wakil rakyat terbabit terdiri daripada tiga anggota Parlimen dan tujuh Adun dari negeri ini.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN) Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff menjangkakan 10 wakil rakyat Pas Kelantan akan menyertai Amanah selewat-lewatnya Januari depan tidak akan menjadi kenyataan kerana masih terikat dengan bai'ah dan lafaz taklik cerai talak tiga yang dipersetujui mereka pada PRU13.
Ini kerana hampir semua alim ulama di Kelantan, termasuk Mufti Kelantan Datuk Muhamad Shukri Muhamad dan Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Mohammad, sepakat bahawa bai'ah dan lafaz taklik cerai talak tiga yang dikenakan ke atas wakil rakyat Pas adalah sah, kata Kamarul Zaman.

"Sebaliknya, wakil rakyat Pas Kelantan yang keluar daripada Pas inilah yang akan terancam kerana besar kemungkinan mereka tidak lagi akan diterima oleh rakyat Kelantan jika mereka bertanding di atas tiket parti lain dalam pilihan raya umum akan datang.
"Jika wakil rakyat Pas Kelantan tetap keluar daripada Pas di sebalik bai'ah mereka ini, maka sudah tentu mereka akan menghadapi tekanan daripada masyarakat setempat," katanya ketika ditemui Bernama di sini, baru-baru ini.
Ditanya mengenai tindakan anggota Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli dan Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamarudin Jaffar yang menyertai Amanah dan PKR baru-baru ini, Kamarul Zaman berkata kedua-dua ahli Parlimen berkenaan tidak bimbang dipulaukan masyarakat setempat kerana mereka bukan berasal dari Kelantan.