Rabu, 7 Oktober 2015

Pas-Umno bersatu, bagaimana anda tafsir?

Sanusi Junid
SHAH ALAM – Pemimpin veteran, Tan Sri Sanusi Junid menyifatkan soal penyatuan antara Umno dengan Pas yang dibangkitkan pihak tertentu mungkin menjadi atau tidak bergantung pada tafsiran yang dibuat oleh mereka.

Namun tegasnya, apa yang penting adalah memastikan agama Islam itu menjadi payung bukannya menjadi alat kepada politik.

“Sebenarnya bergantung pada ayat mana yang anda baca...bagaimana anda tafsir. Kalau saya, saya baca ‘orang mukmin itu bersaudara. Pegang pada tali ALLAH, janganlah berpecah belah.’

“Tapi kalau nak berkelahi pun, jika anda salah ambil ayat, umpamanya ‘boleh menikah satu atau dua atau tiga ataupun empat’. Ada orang di Jawa ini, dia campur sebab dalam bahawa Arab ‘wau’ itu (maksudnya) ‘dan’.  Dia pun campur satu dan dua dan tiga dan empat. Dia menikah 10.

“Jadi, bergantung pada tafsir, yang pentingnya, agama itu perlu menjadi payung kepada politik jangan agama jadi alat kepada politik,” katanya ketika menjawab soalan moderator, Dr Maszlee Malik pada program  Bicara Minda & Sesi Dialog, ‘Perpaduan: Mengapa kita masih keliru?’, di sini, semalam.

Sebelum itu, beliau ada menyebut soal penyatuan antara Melayu hanya berlaku sekiranya Melayu dihina oleh mana-mana pihak dan bukan kerana kuat agama malah perkara itu telah berlaku sejak sebelum merdeka.

“Dulu, yang bawa masuk orang putih ke negara kita adalah orang Melayu. Kita bersatu pabila dia (penjajah) sentuh air muka kita, raja, ulama, cikgu, semua bersatu. Kemudian kita berkelahi semula. Pada 13 Mei (1969), huru-hara balik, bersatu balik. Tahun 1962, Pas kata Umno kafir. 1969, Pas berkawan dengan Umno. 1974, Pas masuk BN. Sewaktu itu, Umno tidak lebih Islam pun dan Pas pun tidak lebih sayang pada Umno tapi kerana Melayu telah terhina, kita berkawan balik. Lepas kawan balik tiba-tiba di Kelantan, kerajaan isytihar darurat yang tak patut pun.

“Jadi, kita sebenarnya bersatu kerana kita dihina. Tapi sekarang ini, kita sudah ada pengalaman kalah. Melayu sekarang ini sudah tidak kisah sangat kalah. Contohnya apabila DAP menang di Pulau Pinang. Ketika itu kita lihat perdana menteri kita pergi ke Pulau Pinang, berpeluk-peluk dengan Lim Guan Eng. Ini yang kita naik geram,” katanya.

Adakah berita baik kenaikan nilai matawang ringgit ini boleh menjadi 'green light' utk 'sign' TPPA ???

TU DIA !!!.. slps KERAjaan BN Benjamin Netanyahu stuju sertai TPPA TIBA-TIBA duit kita terus naik mencanak.. Kenapa ek.. ???

Inilah yg menjadi KEGEMBIRAAN buat pemimpin2 UMNO & pencacainya..

TETAPI pasti ada menteri yg sedih kerana ringgit dah naik semula.. Siapakah dia .. heeee

TPPA: KENAPA dah setuju, kemudian baru nak dibahas di Parlimen pula ??

KENAPA dlm tempoh 5 tahun dan rundingan telah berlangsung lebih 17 pusingan sejak Mac 2010 terus sahaja BERSETUJU sertai TPPA TANPA ianya dibahas di Parlimen & diumum kpd rakyat !!!

NAMPAK TAK...


Nampaknya sama spt perlaksanaan GST.. Tiada undian & pungutan suara dari seluruh rakyat, bantahan serta demonstarasi TETAPI HANYA undian dlm Parlimen, maka GST pon dilaksanakan..

Tak heranlah klu ia berlaku pasal TPP
A..

'Buat kerja sekolah pun di mahkamah' - Nurul Nuha


Nurul Nuha Anwar

KUALA LUMPUR - "Setengah hidup kami dihabiskan di mahkamah," dedah anak bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Forum Reformasi Perjuangan Diteruskan, hari ini.

Nurul Nuha berkata, meskipun terpaksa berkampung di mahkamah sepanjang ayahnya ditahan sejak kecil, adik beradiknya tidak pernah merungut.

"Kami buat 'homework' (pun) di mahkamah. Tapi kami tak 'complaint' sebab kami dapat jumpa ayah...makan, minum sama-sama," katanya mengimbau kembali detik hitam yang bermula selepas Anwar dipecat dan ditahan di bawah Akta Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1998.

Malah menurut Nuha, Anwar membantu anak-anaknya dalam pelajaran terutama Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

"Kami dapat A dalam BM dan BI kerana papa. Saya akan tanya papa apa yang tak faham dan papa akan tolong rangka karangan dan sebagainya," katanya.

Anwar dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan ahli Umno pada September 1998 kemudian dipenjara berhubung tuduhan salah guna kuasa dan liwat.

Mencerita kembali detik insiden 'mata lebam' di mana bapanya dipukul ketika dalam tahanan, Nuha berkata Anwar enggan anak-anaknya mengetahui kejadian itu.

"Tapi kami curi dengar. Papa hanya menceritakannya pada ibu dan peguam.

"Seminggu kemudian kami jumpa papa di mahkamah dan ketika lihat matanya lebam, jantung kami bagai terhenti seketika," katanya dengan nada sebak.

Terus bersuara melawan undang-undang yang mengekang

oleh Alyaa Alhadjri

Walaupun kita meletakkan kepercayaan kepada institusi undang-undang dan keadilan, namun ada kalanya tiada hujah mampu mempertahankannya dan pembaharuan perlu dibawa dalam asas-asas tadbir urus ini. Inilah yang dihujahkan pensyarah Undang-undang Universiti Malaya Profesor Dr Azmi Sharom ketika beliau berkata rakyat Malaysia tidak harus takut bersuara hanya kerana wujudnya apa yang dipanggilnya sebagai “undang-undang buruk”.

Pada 6 Oktober lalu, Azmi tewas dalam kesnya yang mencabar perlembagaan dan kesahan Akta Hasutan 1948 – undang-undang pra-merdeka yang dikecam secara meluas sebagai alat yang digunakan pemerintah untuk menyekat kebebasan bersuara.

Mahkamah Persekutuan juga memutuskan Seksyen 4 Akta Hasutan sah dari sudut perlembagaan. Azmi didakwa di bawah Seksyen tersebut. “Secara ringkas, kami merasakan Seksyen 4(1) tidak bertentangan dengan Artikel 10(2) Perlembagaan Persekutuan,” kata Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria dalam penghakimannya, seperti dipetik laman The Malay Mail Online.

Panel lima hakim yang diketuai Arifin itu turut dianggotai Presiden Mahkamah Rayuan Md Raus Sharif, Hakim Besar Malaya Zulkefli Ahmad Makinudi, Abdull Hamid Embong dan Suriyadi Halim Omar. Pada 2 September tahun lalu, Azmi mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan di bawah Seksyen 4(1)(b) dan dan 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 atas kenyataan yang dibuat dalam satu artikel bertajuk Take Perak crisis route for speedy end to Selangor impasse, Pakatan told pada 5 Ogos tahun lalu.

The Malay Mail Online dalam satu laporan lain memetik Azmi sebagai berkata, beliau berharap keputusan tersebut tidak akan menghalang orang ramai daripada terus menyuarakan pandangan. “Kita tidak boleh benarkan ‘undang-undang yang buruk’ untuk menakutkan kita, kita mesti terus berjuang untuk menjadikan negara ini demokrasi sebenar,” katanya sambil menambah ia merupakan hari yang menyedihkan buat kebebasan sivil di Malaysia.

Beliau sebelumnya berkata yang Mahkamah Persekutuan seperti terlepas pandang tujuan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hanya Parlimen – badan yang dipilih secara demokratik- boleh membuat undang-undang untuk mengehadkan hak bersuara warga. “Penafsiran Perlembagaan Persekutuan secara literal tidak banyak melindungi kita daripada undang-undang yang terlalu mengekang.

 Jadi tentulah saya amat kecewa, bukan untuk diri saya semata-mata, tetapi untuk kita semua di negara ini,” katanya lagi. Azmi membayar harga yang mahal atas keteguhannya memperjuangkan kebebasa bersuara di Malaysia.

PRU14: Pertembungan 3 penjuru dijangka lebih sengit di Pantai Barat - ILHAM Centre

KUALA LUMPUR: Pertembungan tiga penjuru bakal berlaku dalam Pilihan Raya Umum ke-14 di beberapa negeri di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Hal ini diakibatkan oleh perpecahan yang berlaku dalam pakatan pembangkang.

Ketua Pegawai Eksekutif, ILHAM Centre, Hisommudin Bakar berkata, pertembungan tiga penjuru itu membuatkan pengundi Melayu sukar membuat keputusan bagi memilih parti yang akan mewakili mereka.

"Negeri yang jelas bakal berlaku pertembungan tiga penjuru ialah di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

"Pertembungan di negeri terbabit bakal memperlihatkan satu pertembungan yang sengit sehingga mengganggu pengundi untuk membuat keputusan.

"Bagi negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis, pertembungan ini mungkin akan berlaku di beberapa kawasan sahaja dan kesan pertembungan ini sedikit kurang berbanding di selatan Semenanjung Malaysia," katanya ketika ditemubual Astro AWANI di sini hari ini.

Tambahnya perkembangan teknologi maklumat di sekitar Pantai Barat Semenanjung turut memberi kesan kepada sosio-budaya masyarakatnya.

"Masyarakat di Pantai Barat Semenanjung mempunyai budaya berfikir yang lebih terbuka serta penilaian maklumat yang lebih rasional.

"Keadaan ini berbeza dengan mereka di Pantai Timur Semenanjung yang dianggap keras dengan pegangan politik mereka," tambahnya.

Sebelum ini Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) telah meluluskan permohonan Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia untuk meminda undang-undangnya termasuk penukaran nama pertubuhan itu kepada Parti Amanah Negara (Amanah).
Penubuhan Amanah memberi tamparan hebat buat PAS dalam mengukuhkan kedudukan politiknya kerana dilihat mampu mencabar kedudukan PAS dalam pilihan raya terutamanya untuk memenangi hati pengundi Melayu.

Dengan penubuhan Pakatan Harapan, PAS dilihat dibiar bersendirian biarpun ada yang berpendapat PKR masih memerlukan PAS untuk memastikan kejayaan pada PRU14.

Hanya Tujuh Pemimpin Lawan Najib?

Muhyiddin Gesa PM Junjung Titah Majlis Raja Raja

Tawau

Dr Mahathir Mohamad

1. Saya berada di Tawau pada 5 Oktober atas jemputan seorang bekas calon parti lawan.
2. Ramai ahli Umno di Sabah tidak dapat hadir bicara negarawan yang diadakan kerana dianjur oleh bukan Umno. Kata mereka SUA Umno amat marah jika ada ahli atau pemimpin yang hadir di perhimpunan ini.
3. Sesungguhnya saya sudah 15 tahun tidak ke Tawau. Sebab itu walaupun jemputan datang dari musuh Umno, saya terima kerana saya ingin lihat perubahan di Tawau. Kalau hendak tunggu Umno jemput, sampai bila pun saya tidak dapat lihat Tawau. Saya ini, walaupun masih ahli Umno dan biasa menjadi presiden Umno, dianggap kepimpinan Umno sekarang sebagai musuh parti yang saya pimpin selama 22 tahun.

4. Yalah. Saya tidak bersetuju dengan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, dan saya desak supaya dia disingkir. Tetapi dahulu saya juga cuba dijatuhkan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dan Tan Sri Musa Hitam. Tujuan mereka apabila mereka bertanding melawan saya dan Tun Abdul Ghafar Baba ialah supaya saya tidak jadi presiden lagi dan tidak jadi perdana menteri. Mereka berhajat menjatuhkan saya. 5. Saya tidak larang mereka berkempen di kalangan ahli Umno dan ahli Umno tidak dilarang saya menghadiri kempen mereka. Bahagian-bahagian Umno menjemput mereka untuk merasmikan mesyuarat bahagian dan mereka berkempen semasa perasmian dan dimasa-masa lain.
6. Ada bahagian yang mencalonkan Tengku Razaleigh dan Musa Hitam sebagai presiden dan timbalan presiden. Saya tidak anggap mereka musuh saya dan perlu diambil tindakan. Tidak ada larangan terhadap pencalonan mereka kerana ini memang cara demokrasi. Di waktu ini, calon-calon untuk presiden Amerika Syarikat sibuk berkempen di mana-mana sahaja, kerana inilah cara demokrasi.
7. Tetapi sekarang presiden Umno belum pun dicabar secara rasmi sudah tidak benar saya berjumpa dengan pemimpin dan ahli-ahli Umno. Ada unsur ugutan dalam arahan ini. Akan diambil tindakan, akan dibuang dari parti, akan disiasat. Masa depan dalam parti akan menjadi gelap. Tidak boleh jadi pemimpin lagi, tidak akan dijadikan calon lagi.

TPPA: NAMPAK tak 'GAME' mereka..

TAHUKAH ANDA.. SEJAK Oktober 2010, sudah hampir lima tahun kerajaan Malaysia sertai rundingan TPPA. Namun, hingga skrg tiada langsung maklumat yang dikongsikan kepada rakyat mengenainya.

Masalah TPPA sama mcm GST.. susahkan rakyat, lebih banyak keburukan dari kebaikan dan yg paling menyusahkan.. TIDAK BOLEH ditarik balik !!!

Cukuplah lima tahun rakyat digelapkan daripada sebarang maklumat mengenai agenda sebesar ini. Jika pemimpin di AS bekerja untuk golongan kapitalis, untuk siapa pula pemimpin di negara kita bekerja ???

Lagi satu cabaran buat pahlawan bugis Najib....hari apa nak saman..???

Kalaulah Najib masuk kandang mahkamah, MAKA AKAN TERBONGKARLAH & TERLONDEH SEMUANYA !!!

Kami rakyat M'sia menyokong sepenuhnya supaya Najib teruskan saman terhadap Bekas presiden MCA tersebut demi menjaga MARUAH MELAYU, BANGSA & AGAMA..

Jgn Najib buat pe'el mcm kes saman WSJ 'HARI SELASA' udah ler...

NAJIB NAK SAMAN HARI APA PLOK !!!
Jgn buat hari Selasa, buatlah hari lain.

Inilah masanya nak jilat ampu Najib sampai kering mati..

Bila otak kat kepala lutut... kasihannn

Korang tau ker... Nyamuk aedes adalah musuh negara No.1 berbanding 'yang' bersekongkol APCO-yahudi, buat hutang negara bertimbun2, rompak wang rakyat, gadai tanah & pulau pd S'pore, hapus kekebalan Raja & kurangkan kuasa Yang Di-pertuan Agong..

Sanggup nak berdemo kerana nyamuk..

38 NGO kecam penahanan Khairuddin bawah Sosma

Sebanyak 38 badan bukan kerajaan (NGO) hari ini mengecam tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menahan bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri Kharuddin Abu Hassan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).
Presiden Persatuan Hak Asasi (Hakam) Datuk S Ambiga yang mewakili NGO terbabit menyifatkan tindakan tersebut tidak wajar dan mendakwa penahanan Khairuddin melanggar peruntukan di bawah Sosma itu sendiri.
"Kami sangat bimbang dengan penyalahgunaan Sosma," katanya pada satu sidang media di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, hari ini.

Katanya, ketika Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) digubal, ia dijanjikan hanya akan digunakan terhadap komunis. "Tetapi berapa banyak kali janji itu dimungkiri.
"(Sekarang) Seksyen 4(3) Sosma ada menyebut tiada orang boleh ditahan semata-mata kerana kepercayaan atau aktiviti politiknya.
"Kita tak tahu kenapa Khairuddin ditahan. Itu satu penahanan yang salah," kata Ambiga.
Bersetuju dengan perkara tersebut, Pengarah Eksekutif Institut Rakyat Yin Shao-Loong berkata, sejak dua tahun lalu sehingga Mei tahun ini, sejumlah 158 individu ditahan di bawah akta tersebut.
"Sangat tidak wajar untuk menahan tanpa bicara jika tiada bukti yang cukup untuk dibawa ke mahkamah di bawah undang-undang yang sepatutnya.
"Sejak 2013, seramai 115 orang ditahan, 2014 seramai 37 orang dan sehingga Mei tahun ini, seramai 6 orang ditahan," katanya yang juga seorang peguam.

Muhyiddin selar tahan Khairuddin bawah Sosma, 1MDB tidak kebal

Penahanan bekas ahli Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di bawah Sosma adalah tindakan yang tidak wajar, kata bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Oktober, 2015.Penahanan bekas ahli Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di bawah Sosma adalah tindakan yang tidak wajar, kata bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Oktober, 2015.
Tan Sri Muhyiddin Yassin menyelar tindakan Putrajaya terhadap bekas ahli Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012 sedangkan beliau tidak melakukan jenayah keganasan. Bekas timbalan perdana menteri itu turut mempersoalkan sama ada syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kini begitu kebal sehinggakan mereka yang membuat laporan terhadap syarikat pelaburan strategik Kementerian Kewangan itu dianggap satu keganasan.
"Saya juga berasa bimbang dengan tindakan pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang membuat laporan mengenai 1MDB.

"Yang terbaharu ialah penahanan Khairuddin di bawah Sosma 2012 semata-mata kerana tindakan beliau membuat laporan kepada pihak berkuasa di luar negara berhubung transaksi 1MDB. "Seingat saya Sosma adalah satu undang-undang yang diluluskan Parlimen negara kita untuk membendung kegiatan keganasan," katanya dalam satu kenyataan yang dipetik daripada laman Facebook miliknya.
Beliau berkata, membuat laporan kepada mana-mana pihak berkuasa berkenaan transaksi sebuah syarikat swasta tidak boleh dianggap sebagai satu bentuk keganasan.

Putrajaya runtuhkan demokrasi, kata Dr Mahathir

Putrajaya memusnahkan demokrasi di negara ini dengan mengambil tindakan terhadap mereka yang mendedahkan salah laku perdana menteri, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Oktober, 2015.Putrajaya memusnahkan demokrasi di negara ini dengan mengambil tindakan terhadap mereka yang mendedahkan salah laku perdana menteri, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Oktober, 2015.Putrajaya memusnahkan demokrasi di negara ini dengan mengugut dan mengambil tindakan terhadap mereka yang mendedahkan salah laku Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.
Beliau berkata, kerajaan terus-terusan menuduh mereka yang mendedahkan kesalahan Najib sebagai cubaan mengguling kerajaan secara tidak demokratik.
"Sebenarnya, kerajaanlah yang dengan mengugut bertindak terhadap rakyat, melarang ahli Umno daripada mendengar syarahan politik, kerajaan sudah tidak demokratik lagi.

"Tidak ada demokrasi untuk diruntuhkan oleh rakyat, kerana demokrasi sudah pun dimusnahkan oleh kerajaan," kata bekas perdana menteri itu dalam posting di blognya hari ini. Perdana menteri paling lama berkhidmat itu berkata, imej negara ini bertukar daripada demokrasi kepada seakan-akan "police state" di mana salah laku pimpinan kerajaan tidak boleh diperkatakan.
"Undang-undang disalah guna untuk menakutkan rakyat. Kesalahan kerajaan dan perdana menteri tidak boleh disebut pun.
"Perjumpaan rakyat dihalang dengan pelbagai cara, dituduh rasis dan kerajaan menggalakkan demonstrasi rasis diadakan kerana kononnya perhimpunan Bersih yang bertujuan meminta Najib berhenti didakwa adalah rasis, satu percubaan orang Cina menjatuhkan kerajaan Melayu," katanya.
Beliau merujuk kepada Himpunan Rakyat Bersatu atau 'perhimpunan baju merah' pada 16 September yang diadakan sebagai tindak balas kepada perhimpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos.
Dr Mahathir juga menyentuh mengenai penahanan bekas naib ketua bahagian Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, atau Sosma.
"Apakah orang yang melapor kepada polis berkenaan jenayah yang berlaku boleh dituduh jadi pengganas?

Muhyiddin dakwa seolah ada 'tangan ghaib' tutup kesalahan isu 1MDB



Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata titah Majlis Raja-Raja Melayu semalam yang mahu kerajaan menyelesaikan segera siasatan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan mengambil tindakan tegas, menunjukkan keprihatinan baginda sekalian terhadap kemelut yang boleh menjejaskan keyakinan rakyat pada kerajaan.
"DYMM Raja-Raja, pada kebiasaannya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kecuali ia melibatkan isu besar yang menyentuh kepentingan rakyat dan negara," bekas timbalan perdana menteri itu dalam satu kenyataan.
"Apabila DYMM Raja Raja bertitah mengenai isu 1MDB, ini menandakan 1MDB adalah satu isu yang amat besar pada hemat baginda sekalian dan membayangkan kebimbangan mereka tentang kesan negatif kemelut 1MDB terhadap rakyat jelata dan negara," kata lagi.
Dalam kenyataannya juga, timbalan presiden Umno itu mendakwa seolah-olah terdapat "tangan ghaib" yang sengaja mahu menutup kesalahan pihak tertentu berhubung perkembangan siasatan dan pendakwaan skandal itu yang dianggapnya "amat mendukacitakan".
"Di satu peringkat kerajaan kelihatan serius untuk menyelesaikan kemelut ini, tetapi kemudiannya perkembangan proses siasatan kelihatan perlahan dan hampir tergendala.
"Seolahnya terdapat tangan-tangan ghaib yang sengaja mahu menutup kesalahan pihak-pihak tertentu. Ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali," katanya.

Tun M dakwa dirinya lebih telus daripada Najib

Mahathir mendakwa Najib telah bertindak menyekatnya untuk berjumpa pemimpin dan juga ahli UMNO yang lain.
mahathir-najib
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah menghalang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Musa Hitam untuk menjatuhkannya sebagai Presiden UMNO ketika beliau berkuasa.
Bahkan beliau mengakui membenarkan kempen untuk mencabarnya diadakan.
“Saya tidak larang mereka berkempen di kalangan ahli-ahli UMNO dan ahli-ahli UMNO tidak dilarang oleh saya menghadiri kempen mereka.
“Bahagian-bahagian UMNO menjemput mereka untuk merasmikan mesyuarat bahagian dan mereka berkempen semasa perasmian dan di masa-masa lain,” ujarnya.
Jelasnya lagi bagi tujuan berkenaan, beliau tidak pernah menyekat sesiapa untuk mencalonkan mana-mana pihak untuk mencabarnya.
“Saya tidak anggap mereka musuh saya dan perlu diambil tindakan. Tidak ada larangan terhadap pencalonan oleh mereka kerana ini memang cara demokrasi. Di waktu ini calon-calon untuk Presiden Amerika Syarikat sibuk berkempen di mana-mana sahaja, kerana inilah cara demokrasi,” kata Dr Mahathir menerusi entri terbaru di blog chedet.cc.
Namun, perkara sebaliknya berlaku apabila beliau cuba untuk menghalang Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak daripada terus mengekalkan jawatannya.
“Saya tidak bersetuju dengan Najib, Presiden UMNO dan saya desak supaya dia disingkir. Walaupun masih ahli UMNO dan biasa menjadi Presiden UMNO, kini saya dianggap sebagai musuh kepada parti yang saya pimpin selama 22 tahun,” tulisnya.
Mengulas lanjut mengenai kenyataannya, Dr Mahathir berkata, walaupun masih belum dicabar secara rasmi tetapi Najib telah bertindak menyekatnya untuk berjumpa pemimpin dan juga ahli UMNO yang lain.
“Ada unsur ugutan dalam arahan ini. Akan diambil tindakan, akan dibuang dari parti, akan disiasat. Masa depan dalam parti akan menjadi gelap. Tidak boleh jadi pemimpin lagi; tidak akan dijadikan calon lagi,” katanya yang merujuk kepada ugutan-ugutan yang pernah diberikan Najib.
Jelasnya lagi, kini sesiapa sahaja yang bertindak untuk menegur Najib akan dituduh cuba untuk mensabotaj kerajaan, mengugat demokrasi, dan cubaan untuk menjatuhkan Presiden UMNO yang dipilih secara demokratik.
“Mereka yang membuat laporan polis kerana kehilangan duit kerajaan disoal dan disiasat, dijadikan muflis seterusnya ditahan. Apabila dibebas oleh mahkamah ditangkap semula bawah undang-undang baru, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang kononnya untuk pengganas,” ujarnya.
Selain itu, Dr Mahathir turut mendakwa bahawa imej negara kini sudah bertukar dari demokrasi kepada seakan-akan ‘negara polis’ di mana undang-undang telah disalah guna dan diguna untuk tujuan menakutkan rakyat.
“Kesalahan kerajaan dan Perdana Menteri tidak boleh disebut. Perjumpaan rakyat dihalang dengan berbagai cara, dituduh rasis.
“Kerajaan juga menggalakkan demonstrasi rasis diadakan kerana kononnya perhimpunan Bersih yang bertujuan meminta Najib berhenti didakwa adalah rasis. Selain ia juga dianggap sebagai satu percubaan orang Cina untuk menjatuhkan kerajaan Melayu,” ujarnya.
Pada masa sama, pihak kerajaan kini juga sering mengeluarkan kenyataan yang berbaur ugutan selain menyatakan bahawa sesiapa yang menjatuhkan Najib merupakan tindakan yang tidak demokratik.
“Kerajaan menuduh sesiapa yang mendedah kesalahan Najib sebagai percubaan mengguling kerajaan secara tidak demokratik. Sebenarnya, kerajaanlah yang bertindak mengugut rakyat, melarang ahli UMNO dari mendengar syarahan politik, kerajaan sudah tidak demokratik lagi.
“Tidak ada demokrasi untuk diruntuh oleh rakyat, kerana demokrasi sudah dimusnah oleh kerajaan,” katanya lagi.

AMK lapor Chegubard ke Jawatankuasa Disiplin PKR

Laporan itu dibuat kerana tindakan Chegubard yang memfitnah pemimpin PKR dan cubaan memecahbelah parti itu.
Chegubard_amk_600
PETALING JAYA: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor akan membuat laporan kepada Jawatankusa Disiplin Keadilan terhadap Ahli PKR seumur hidup Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard kerana tindakannya yang didakwa memfitnah pemimpin parti itu.
Timbalan Ketua AMK Selangor, Zainol Abidin Mohamed berkata, laporan itu juga kerana tindakan Chegubard yang mengeluarkan kenyataan terbuka di media, blog dan media sosial yang disifatkan sebagai cubaan untuk memecahbelahkan PKR.
Zainol berkata, dia bersama pimpinan AMK negeri akan membuat laporan itu di Ibu Pejabat PKR pada Khamis.
Chegubard melalui blognya mendakwa kumpulan penyokong Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali atau kartel Azmin dikatakan akan melakukan rampasan kuasa terhadap Presiden, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Rampasan kuasa atau coup de’etat itu dipercayai akan dilakukan menerusi petisyen untuk memaksa satu Mesyuarat MPP khas bagi menarik semula penglibatan PKR dalam Pakatan Harapan.
Chegubard turut mendakwa, wujudnya gerakan dalam kalangan bekas pemimpin dan aktivis parti itu untuk menubuhkan parti baharu.

Presiden Pas bebas saman fitnah RM2 juta

PUTRAJAYA - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bebas daripada saman fitnah RM2 juta yang difailkan bekas calon PKR bagi kawasan Dun Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.

Ini berikutan keputusan panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan di sini, hari ini yang menolak permohonan Mohd Shamsul bagi kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan, dalam usaha membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah  Tinggi.  

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 16 Disember tahun lepas menolak saman fitnah Shamsul terhadap Abdul Hadi dan Mahkamah Rayuan pada Mei lepas, mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif yang mengetuai panel itu turut memerintahkan Mohd Shamsul membayar kos RM10,000 kepada Ahli Parlimen Marang berkenaan.

Dua lagi anggota panel ialah Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Abu Samah Nordin.

Mohd Shamsul menyaman Abdul Hadi selepas mendakwa Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan fitnah semasa berceramah di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang, pada 22 April 2013.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Shamsul mendakwa ucapan Abdul Hadi dalam ceramah menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU13) itu, telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon pilihan raya dan ahli perniagaan.

Skandal 1MDB: Muhyiddin gesa PM junjung titah Majlis Raja-raja


Muhyiddin Yassin

SAYA amat menyambut baik dan menjunjung kasih titah DYMM Raja-raja Melayu supaya kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap piha-pihak yang terlibat.

Titah yang terkandung dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Peyimpan Mohor Besar Raja-raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad semalam menunjukkan keprihatinan DYMM Raja-raja terhadap kemelut 1MDB yang semakin hari semakin menjejaskan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

DYMM Raja-raja pada kebiasaannya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kecuali ianya melibatkan isu besar yang menyentuh kepentingan rakyat dan negara. Apabila DYMM Raja raja bertitah mengenai isu 1MDB, ini menandakan 1MDB adalah satu isu yang amat besar pada hemat baginda sekalian dan membayangkan kebimbangan mereka tentang kesan negatif kemelut 1MDB terhadap rakyat jelata dan negara. Titah DYMM Raja-raja dalam hal ini amatlah saya hargai dan sanjung tinggi.

Oleh kerana DYMM Raja-raja telah bertitah menggesa kerajaan supaya bertindak segera menyelesaikan kemelut 1MDB, maka pihak yang sewajarnya menjunjung titah baginda sekalian ialah YAB Perdana Menteri selaku Ketua Kerajaan. Tanggungjawab menyelesaikan isu ini akhirnya terpikul di bahu YAB Perdana Menteri sendiri.

Beliau mesti memastikan siasatan terhadap 1MDB oleh agensi-agensi berkaitan dijalankan secara telus, adil dan berkecuali tanpa sebarang gangguan atau campur tangan daripada mana-mana pihak. Lebih penting lagi, jika hasil siasatian mendapati terdapat pihak-pihak yang melanggar undang-undang, maka tindakan undang-undang perlu diambil dengan kadar segera tanpa rasa takut dan pilih kasih.

Sehingga kini, masih tiada sebarang tindakan diambil ke atas mana-mana pihak berhubung skandal 1MDB. Sepertimana yang dilaporkan oleh media, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara Malaysia, telah membuat kenyataan bahawa BNM telah pun menyelesaikan siasatan berhubung transaksi 1MDB dan hasil siasatan telah diserahkan kepada Peguam Negara pada bulan Ogos yang lalu.

Jika hasil siasatan Bank Negara mengandungi bukti-bukti yang boleh mensabitkan mana-mana pihak dengan apa-apa kesalahan di bawah undang-undang negara, maka adalah menjadi tanggungjawab Peguam Negara di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk mendakwa mereka yang terbabit di mahkamah.

Saya khuatir oleh kerana kemelut 1MDB adalah satu isu yang menyentuh kepentingan awam, maka kelewatan Peguam Negara membawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan akan menyebabkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan semakin terhakis. Adalah wajar bagi Peguam Negara tampil dalam masa terdekat untuk memaklumkan kepada masyarakat umum mengenai perkembangan mutakhir berhubung perkara ini.

Mengambil semangat titah DYMM Raja-raja berhubung kemelut 1MDB, agensi-agensi penguatkuasaan seperti Polis DiRaja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang dahulunya terlibat dalam Pasukan Petugas Khas siasatan terhadap 1MDB mesti diberikan ruang yang seluas-luasnya untuk meneruskan siasatan terhadap syarikat ini hingga selesai dan menyerahkan hasil siasatan kepada Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Aktivis Khalid Ismath ditahan polis

Dia ditahan bagi membantu siasatan berhubung posting di media sosial berkaitan bekas peguam keluarga Diraja Johor dan Sultan Johor.
Khalid-Mohd-Ismath_polis_600
PETALING JAYA: Aktivis pelajar, Khalid Mohd Ismath ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menyebarkan khabar angin di media sosial berkenaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arutchelvan berkata, Khalid ditahan di pejabatnya pada Rabu dan sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Johor Bahru Selatan.
Katanya, Khalid ditahan di bawah Seksyen 233 Akta Komuniksi dan Multimedia kerana membuat posting berkenaan kes bekas peguam kerabat Diraja Johor, Kamal Hisham dan Sultan Johor.
“Polis juga merampas handphone, komputer dan modem beliau di rumahnya. Sila sebarkan dan kawan-kawan di Johor diharap beri solidariti,” tulis Arul.

Mahathir: M’sia a ‘police’ state, no democracy

The former Prime Minister conceded that he was now considered an enemy by Umno because he wants Prime Minister Najib Abdul Razak expelled as head of government.
mahathir_najib_umno_democracy_600
KUALA LUMPUR: It’s different now under Umno President and Prime Minister Najib Abdul Razak, noted former Prime Minister Mahathir Mohamad, in making comparisons with the time that he was in public office for 22 years. “Anyone going against Najib would be accused of engaging in activities detrimental to parliamentary democracy and being involved in plots to overthrow a democratically-elected government.”
Those are fallacies, pointed out Mahathir. “There’s no longer any democracy left to subvert or overthrow. Democracy has been destroyed. I am considered an enemy by Umno because I want to see Najib expelled from the premiership.”
The nation’s image, charged Mahathir, has changed from being a democracy to a “police state”. “The laws are being abused to intimidate the people into submission.”
“The wrongdoing of the Prime Minister and the government cannot even be mentioned.”
Otherwise, said Mahathir, it’s called sabotage, trying to overthrow a democracy and the party president who was elected democratically. “The gatherings of the people are being hindered through various ways and means and even labelled as racist.”
Is it right to accuse a person who lodges a police report on wrongdoing of being a terrorist? asked Mahathir. “There are those who have been investigated and declared bankrupt just because they reported wrongdoing in government.”
“When the Court frees those detained, the police re-arrest them and detain them again under Sosma on the grounds that they must be terrorists.”
The government encouraged racists to hold a demonstration on the grounds that Bersih 4 was a racist gathering of Chinese to overthrow the Malay Government in Putrajaya, said Mahathir. “Bersih 4 was about getting Najib to step down and push for clean, free and fair elections.”
Mahathir was taking to his blog to report on his October 5 trip to Tawau which he last visited 15 years ago. He was invited by someone who stood as a candidate for the Opposition the last time and accepted, although he was an Umno member and had even been its President for 22 years, because no party member invited him to visit Tawau. “Umno members were even afraid to turn up for my talk. But luckily, ordinary Sabahans are not afraid and they came to hear what I had to say.”
He recalled that during his time in government, he never forbade Umno members from attending talks by rival camps within the party or by the Opposition. “Both Tengku Razaleigh Hamzah and Musa Hitam challenged me and my deputy, Ghaffar Baba, for the top two posts in the party. Umno members were free to attend their talks.”

Liong Sik tak sabar jumpa Najib di mahkamah.....ada berani..!!

Ling Liong Sik bertegas tidak akan membuat sebarang permohonan maaf terhadap Najib Tun Razak dan sanggup disaman.
najib_ling-liong-sik_600_2
PETALING JAYA: Presiden MCA, Tan Sri Dr. Ling Liong Sik bertegas tidak akan memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kenyataannya yang didakwa berbaur fitnah.
Sebaliknya, bekas Menteri Pengangkutan itu menyatakan beliau tidak sabar untuk berjumpa dengan Najib di mahkamah.
“Saya ingin memberitahu kepada Perdana Menteri, jika anda (Najib) memilih untuk menyaman saya, saya akan mempertahankan diri saya.
“Saya menerima cabaran anda (Najib). Saya tidak sabar untuk berjumpa Perdana Menteri di mahkamah.
“Saya ingin tegaskan saya teguh dengan pendirian saya untuk tidak membuat permohonan maaf,” katanya dalam kenyataan media.
Sebelum ini, Najib menerusi firma Hafarizam Wan & Aisha Mubarak menghantr notis tuntutan kepada Liong Sik dan memberi tempoh tujuh hari untuk memintaa maaf dan menarik balik kenyataan itu.
Najib menghantar notis itu susulan kenyataan Liong Sik yang mendakwa Najib tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana mengambil duit rakyat untuk diri sendiri yang disiarkan portal Malaymail Online pada 3 Oktober lalu.

Tun Ling: Jumpa di mahkamah, Najib

Bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik tidak akan memohon maaf kerana mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.
 "Saya kata kepada perdana menteri, jika kamu memilih untuk saman saya, saya akan pertahan diri saya. Dengan penuh rasa rendah diri, saya terima cabaran kamu.
"Saya ingin menyaksikan perdana menteri berada di kandang saksi kerana tidak syak lagi beliau akan lakukan jika beliau berkata reputasinya tercabar.
"Saya mahu mengulangi bahawa saya pertahan apa yang katakan. Saya tidak akan mohon maaf," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

KENAPA lidah fitnah No.1 Utusan tak siarkan kenyataan Raja-raja Melayu terhadap 1MDB ??!!

Tak penting ker titah Raja-raja Melayu..??

APA NAK HERAN.. Masih ingat perbuatan UMNO terhadap Raja-raja Melayu sblum ini;

1) SIAPA pindahkan kuasa pengisytiharan Darurat drpd Yang Di-pertuan Agong kpd Perdana Menteri.. - UMNO yg buat

2) SIAPA yg melucutkan kekebalan raja-raja Melayu.. - UMNO yg buat

3) SIAPA peruntukkan undang2 supaya Baginda Raja/ Sultan boleh diheret dan dibicarakan di mahkamah.. - UMNO yg buat

4) SIAPA yg tempelak mita Raja-raja jgn campuri urusan politik.. - UMNO yg buat

5) SIAPA yg minta harta2 Raja/ Sultan disiasat.. - UMNO yg buat

YANG BANTAH...KENA TAHAN.!!! YANG TERSEREMPAK TERSENGIH-SENGIH BERSALAMAN...??


Ali Tinju desak polis tangkap Tun M

Dia mendesak polis menangkap, menyiasat dan mendakwa Tun M kerana menghasut rakyat membenci dan menolak Najib Tun Razak.

mahathir,ali-tinjuAMPANG: Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju mendesak pihak polis menangkap Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menghasut rakyat supaya membenci Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya, Dr Mahathir wajar ditangkap, disiasat dan didakwa kerana menghasut rakyat di Pekan supaya menolak Najib dalam satu forum di Ampang pada Sabtu lalu.
Dia juga mempersoalkan mengapa polis tidak mengambil tindakan terhadap Dr Mahathir yang secara jelas telah menuduh Najib sebagai pencuri.
“Tidak ada satu tindakan oleh pihak berkuasa untuk memangil dan menyiasat Tun M yang didakwa menghasut kerana dengan jelas Tun Mengatakan Najib mencuri,” katanya dalam sidang media pada Rabu.
Ali Tinju juga mendesak Dr Mahathir tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan anak beliau memiliki kekayaan luar biasa hasil pengaruhnya sewaktu menjadi Perdana Menteri.
“Tun M harus beri penjelasan segera tentang hal ini. Banyak sidang media dah dibuat pelbagai pihak, namum Tun M masih berdiam diri,” katanya.
Katanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis perlu menyiasat hasil kekayaan anak Dr Mahathir.
Dalam perkembangan lain, Ali Tinju mendesak Dr Mahathir bertanding di Pekan bagi membuktikan kejantanannya.
“Kalau Tun M anak jantan turunlah. Saya cabar Tun M bertanding di Parlimen Pekan,” katanya.

Dr M: Saya tak pernah sekat Ku Li lawan saya....



Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengecam apa yang didakwanya sebagai percubaan dalaman Umno untuk menyekatkan beliau berucap menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Dr Mahathir berkata sewaktumenjadi presiden Umno, beliau tidak pernah menyekat Tengku Razaleigh Hamzah dan Tan Sri Musa Hitam berkempen menentangnya sewaktu berlaku krisis kepimpinan Umno 1980-an.
"Tujuan mereka apabila mereka bertanding melawan saya dan Ghaffar ialah supaya saya tidak jadi presiden lagi dan tidak jadi perdana menteri. Mereka berhajat menjatuhkan saya.
"Saya tidak larang mereka berkempen di kalangan ahli-ahli Umno dan ahli-ahli Umno tidak dilarang oleh saya menghadiri kempen mereka.
"Bahagian-bahagian Umno menjemput mereka untuk merasmikan mesyuarat bahagian dan mereka berkempen semasa perasmian dan di masa-masa lain," katanya dalam blognya hari ini.
Tidak seperti hari ini, Dr Mahathir berkata terdapat ahli Umno yang didakwanya tidak dapat hadir mendengar beliau berucap di Tawau pada 5 Oktober "kerana dianjur oleh bukan Umno".
"Kata mereka SUA (Setiausaha Agung) Umno amat marah jika ada ahli atau pemimpin yang hadir diperhimpunan ini," tulis bekas presiden Umno itu dalam blognya hari ini.

Meterai TPPA atau tidak terpulang pada Parlimen, kata Mustapa

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang baru pulang dari mesyuarat Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik berkata kini terpulang kepada Parlimen menentukan sama ada Malaysia menandatangani perjanjian itu. – Gambar The Malaysian Insider, 7 Oktober, 2015. 
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang baru pulang dari mesyuarat Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik berkata kini terpulang kepada Parlimen menentukan sama ada Malaysia menandatangani perjanjian itu.

Putrajaya masih belum menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) walaupun rundingannya dimuktamadkan pada 5 Oktober lalu, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Katanya, keputusan menandatangani perjanjian perdagangan bebas itu hanya akan diputuskan Parlimen selepas sesi perbahasan mengenainya.
"Kita hendak bawa ke Parlimen, dan dibahaskan. Kita buat keputusan di Parlimen, maknanya mengundilah," kata Mustapa pada sidang media khas mengenai TPPA di Putrajaya petang ini.

Katanya, beliau sudah bertemu menteri bertanggungjawab mengawasi perjalanan Parlimen, Datuk Seri Azalina Othman Said, bagi mendapatkan keutamaan membentangkan kedudukan Malaysia berkenaan TPPA pada sidang Dewan Rakyat bulan ini. "Saya sudah berunding dengan beliau dan Speaker (Dewan Rakyat). Saya hendak minggu pertama sidang untuk saya beritahu Parlimen di mana kita dengan TPPA," katanya.
Parlimen akan bersidang bagi mesyuarat ke-3 penggal ke-3 bermula 19 Oktober sehingga 3 Disember depan.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau dan Kabinet memberi mandat dan kepercayaan kepada Mustapa berunding terma-terma TPPA.
Sebelum ini, beberapa pihak, termasuk Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kerajaan perlu memperhalusi keputusan mengenai TPPA sebelum menandatanganinya, sambil menambah, apa yang penting adalah mendahulukan kepentingan rakyat.
Mustapa berkata, memandangkan tumpuan sidang Parlimen kali ini ialah kepada Belanjawan 2016 yang akan dibentangkan pada 23 Oktober, beliau akan mempertimbangkan bagi memohon sidang Parlimen khas bagi membahaskan TPPA.

Apa Najib teruk sangat?

Oleh SUBKY LATIF
SEKALIPUN Dr. Mahathir dulu dirasakan teruk dan melampau batas, tetapi segala berlaku itu tidaklah teruk sangat atau seteruk yang berlaku pada zaman Najib ini.    
Mahathir dulu mungkin sudah tidak apa-apa dibanding dengan Najib.
    
Adalah benar dia diktator. Diktatornya saya kira diktator berparlimen yang belum menjadikan negara diambang muflis dan hidup rakyat hampir papa kedana. Diktator pun ada yang jadi pemimpin terbilang seperti Otto Von Bismarck yang menjadi bangsa Jerman yang pertama dan Lee Kuan Yew sebagai bangsa Singapura yang bertama.

Tetapi diktator biasanya rasuah dan khianat kepda bangsa
   
Masa Mahathir dulu berat juga tetapi tidak terasa negara menghampiri budaya mafia. Tetapi kini mafia berada di ambang kita, berlegar di udara seperti kapalterbang hendak mendarat .
   
Pembunuhan Altantuya dan Anthony Kevin Morais adalah dari budaya mafia. Skandal 1MDB yang dirasakan melesap berlori-lori duit negara, saudagar permaidani boleh hutang bergeti-geti dari Bank Rakyat adalah ciri-ciri mafia. Nilai ringgit jatuh pagi dan petang hampir menyamai Lira Turki sebelum zaman Erdogen. SPRM kerjanya menyiasat tetapi kini orang-orangnya disiasat. Kerja Jabatan Peguam Negara mendakwa, tetapi ia pula hendak didakwa.
   
Belum pernah kerajaan Malaysia dilibatkan dengan penggubahan wang haram. Sejak merdeka kerja kerajaan ialah membenteras penggubahan duit palsu. Kini ia disyaki membuat kerja haram itu. Begitu banyak kerajaan di dunia – demokrasi dan tidak – tidak difitnah mencetak duit haram, tetapi Malaysia di bawah Najib difitnah begitu.
   
Betulkah dakwaan itu. Tetapi fitnah sudah pun berlaku. Amat buruk padahnya kepada negara jika Ia tidak dibersihkan segara.
  
Orang terpengaruh dan mempercayainya kerana imej kerajaan dan pemimpin dirasakan teruk, justeru semua keburukan yang dilonggokkan kepada Perdana Menteri tidak dijawab. Ada percubaan menjawabnya tetapi semua jawapaan itu bukan jawapan yan ditunggu.
   
Dengan semua beban dan masalah yang Najib hadapi itu mendedahkan mungkinnya seseorang berbuat apa saja termasuk memikirkan penggubahan wang haram.
     

Skandal 1MDB: Kit Siang gesa Parlimen peruntukkan dua hari bahas kenyataan Majlis Raja-Raja

1MDB: Kit Siang gesa Parlimen peruntukkan dua hari bahas kenyataan Majlis Raja-RajaKUALA LUMPUR: Parlimen digesa memperuntukkan dua hari pada sesi perbincangan Bajet 2016 akan datang khusus bagi membahas kenyataan oleh Majlis Raja-Raja Melayu berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Gesaan itu dibuat penasihat DAP, Lim Kit Siang yang meminta agar Parlimen menetapkan 19 dan 20 Oktober ini bagi membahas kenyataan itu yang turut berkait isu kedaulatan undang-undang dan perpaduan kaum.

Menurut Ahli Parlimen Gelang Patah itu, dua tarikh tersebut yang sepatutnya untuk sesi pembentangan bajet harus memberi keutamaan kepada apa yang dititah Raja-raja Melayu dalam kenyataan tersebut.

"Parlimen perlu mengetepikan dua hari pertama sesi Bajet pada 19 dan 20 Oktober untuk membahaskan kenyataan bersejarah mesyuarat Pra-Majlis Persidangan Raja-Raja kerana ia terkandung tiga perkara utama mewakili kebimbangan dan pemikiran rakyat Malaysia iaitu skandal RM50 bilion 1MDB, menyerlahkan kelemahan dalam segi kedaulatan undang-undang dan kerapuhan perpaduan di negara ini.

"Kabinet pada mesyuarat hari ini perlu bersetuju untuk mengetepikan dua hari pertama apabila Parlimen bersidang semula pada 19 Oktober ini bagi apa-apa perbahasan kebangsaan mengenai usul yang boleh digerakkan oleh Perdana Menteri sendiri, Menteri lain atau Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail," katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Kit Siang turut mempersoalkan adakah kerajaan berkongsi kesemua kebimbangan yang diutarakan Raja-raja Melayu.

Demokrasi jenis apa jika tiada hak membantah

Oleh Bersih 2.0
Keputusan Mahkamah Persekutuan semalam dalam kes Akta Hasutan 1948 melibatkan Profesor Madya Dr Azmi Sharom membangkitkan banyak kebimbangan.Azmi didakwa di bawah akta tersebut tahun lalu ekoran komentar akademiknya dalam sebuah tulisan terhadap kes krisis perlembagaan negeri Perak pada 2009.
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) melihat keputusan mahkamah dalam mempertahankan keperlembagaan Akta Hasutan 1948 sebagai satu lagi batu tanda dalam jalan panjang menafikan hak membantah di negara ini.

Keputusan kes Azmi pastinya meresahkan puluhan lagi yang turut terperangkap dalam pukat tunda Akta Hasutan tahun lalu, termasuklah demikian ramai ahli-ahli Parlimen dan aktivis sosial. Adakah ini modus operandi pihak kerajaan dalam memastikan pentadbirannya tidak dicabar dan diganggu-gugat, dengan memangsakan para pemimpin masyarakat menggunakan undang-undang zalim dan seterusnya memenjarakan mereka yang mengakibatkan mereka hilang kelayakan bertanding dalam pilihan raya?
Negara yang tidak membenarkan warganya mempersoal dan mengkritik, apatah lagi kritikan akademik ternyata hidup dalam sistem demokrasi yang cacat dan tidak sihat. Adakah ini aspirasi parti pemerintah, untuk menguruskan pentadbiran negara secara sendirian, tanpa semak imbang daripada parti-parti pembangkang dan juga aktivis masyarakat?
Kerajaan harus mengambil iktibar daripada pesan bekas presiden Amerika Syarikat, John F. Kennedy; yang berkata, ‘mereka yang memustahilkan perubahan secara aman, tidak akan dapat mengelak perubahan melalui keganasan’.
Justeru, BERSIH 2.0 menasihatkan kerajaan untuk tidak mengambil garis keras dalam membungkam hak membantah rakyat Malaysia.

TPPA: Malaysia masih belum cukup bersedia

Jamal batal demo di Kajang, sasar 'denggi' Azmin pula

Tin kosong, bising mulut: Ibrahim tuntut RM10j

Kita ajar supaya mulut Loke jadi babi, kata Jamal

'K’jaan salahguna SOSMA tangkap Khairuddin'

Kesalahan lampau dikira? Anwar akan ketahui esok

'Titah Raja Melayu siasat 1MDB, adakah Najib akan derhaka?’

AMANAH: Isyarat jelas supaya Najib berundur

Teguran Majlis Raja-Raja Melayu mahu kerajaan menyelesaikan segera siasatan berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), ditafsirkan sebagai isyarat jelas supaya Datuk Seri Najib Razak berundur sebagai perdana menteri, kata Parti Amanah Negara (AMANAH).
Timbalan Presidennya Salahuddin Ayub berkata hal ini kerana Najib masih gagal membuktikan ketelusan dan keyakinan semua pihak termasuk Majlis itu berhubung skandal firma pelaburan itu yang turut dikaitkan dengan beliau .
 "Sosok bahasa, keluhuran budi, adat dan budaya Bangsa Melayu yang boleh diterjemahkan dengan kenyataan Majlis Raja-Raja Melayu tersebut agar menasihatkan supaya Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak berundur sebagai perdana menteri Malaysia kerana telah gagal menyelesaikan isu 1MDB dengan segera dan turut telah menjejaskan ekonomi negara," katanya.
Salahudin mengulas kenyataan Majlis Raja-Raja Melayu mahu kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan dengan 1MDB dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak yang terlibat.
Dalam satu kenyataan semalam, baginda sekalian menegaskan semua pihak bertanggungjawab untuk memberi kerjasama yang sebenar dan jujur agar usaha serta maksud siasatan tersebut berjaya.
Dalam kenyataannya hari ini, Salahudin yang juga bekas MP Kubang Kerian berkata parti itu juga yakin teguran majlis itu juga bagi memastikan Putrajaya menumpukan pembangunan negara.
"Dalam masa yang sama memulihkan kembali ekonomi negara berikutan kejatuhan nilai mata wang apabila isu yang melibatkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masib belum diselesaikan," katanya.
Menurutnya lagi, pelbagai pihak termasuk pegawai tinggi seperti Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan bekas Ketua peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail turut menyuarakan kebimbangan mereka berhubung isu ini.

Raja bincang lantikan hakim, suruhanjaya SPRM

Perkara berkaitan pelantikan Hakim-hakim Mahkamah Atasan dan pelantikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merupakan antara yang dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-239 di Istana Negara di Kuala Lumpur, hari ini.
 Dalam satu kenyataan, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad berkata mesyuarat yang dipengerusikan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail itu turut membincangkan jadual Mesyuarat Majlis Raja-raja bagi tahun 2016.
Pagi tadi Tuanku Syed Sirajuddin mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-239 yang dihadiri semua raja Melayu kecuali Johor yang diwakili Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim manakala Pahang diwakili Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Kesemua Yang Dipertua Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak turut hadir ke mesyuarat berkenaan.
- Bernama

Adakah mereka berani derhaka titah raja?

Oleh A. Kadir Jasin
Raja-raja Melayu bertitah:
Pertama, mereka menitahkan agar kerajaan menyelesaikan secepat mungkin penyiasatan yang berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kedua, mereka mahu tindakan sepatutnya dan tegas diambil ke atas orang yang terbabit.
Menjunjung kasih Tuanku.

Kita mahu lihat sama ada kerajaan, bermula dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Mappadulung Daeng Matti­mung Karaeng Sanrobone) Najib Razak, akan mentaati perintah Raja-Raja Melayu itu atau menderhakainya. Sayogia diingatkan, Najib bukan setakat pahlawan Bugis, beliau juga salah seorang Orang Besar Berempat Pahang. Pastinya beliau arif mengenai kedaulatan Raja-Raja.
Kita juga mahu lihat sama ada Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (MACC) Abu Kassim Mohamed, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) taat kepada Raja-Raja Melayu atau setia dan takut kepada Najib.
Bukan amalan harian bagi Majlis Raja-Raja mengeluarkan titah mengenai pentadbiran negara.
Tetapi apabila ia mengeluarkan titah mengenai penyiasatan 1MDB, pastilah ia sangat mendesak dan diperlukan.
Dalam erti kata lain, Raja-Raja Melayu berasa tidak boleh berdiam diri lagi.
Pertimbangkan fakta-fakta berikut yang terkandung dalam titah mereka yang diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad semalam:
1. Raja-Raja Melayu menekankan peri pentingnya semua pihak yang terbabit memberikan kerjasama "sahih dan ikhlas" demi memastikan penyiasatan itu mencapai matlamat.
2. Hasil penyiasatan mesti dilaporkan secara terperinci dan telus supaya orang ramai yakin terhadap keikhlasan kerajaan tidak menyembunyikan fakta dan kebenaran.
3. Kegagalan memberi penjelasan dan jawapan yang meyakinkan dikhuatiri menyebabkan berlakunya krisis keyakinan.
Natijahnya, kecuali Najib dan para penyokong ekstrem beliau sudah hilang akal, "mereng" dan derhaka kepada Raja, mereka akan melakukan seperti yang dititahkan.
Wallahualam.

Jika seruan Majlis Raja-Raja diingkari, rakyat juga yang terima padah - Dr Chandra

KUALA LUMPUR: Yayasan 1Malaysia menggesa para pemimpin supaya mendengar dan memberi perhatian penuh kepada setiap titah Majlis Raja-Raja yang mahu kerajaan menyelesaikan segera siasatan berkaitan isu 1Malaysia Development Sdn Bhd (1MDB).

Pengerusinya, Dr Chandra Muzaffar menegaskan sekiranya pendirian dan kebimbangan Majlis Raja-Raja dipandang sepi oleh pemimpin, rakyat akan menerima akibatnya.

"Betapa pentingnya semua pihak, terutama pihak eksekutif, berpegang kepada prinsip amanah.

Inilah mesej yang disampaikan oleh Majlis Raja-Raja," kata Chandra ketika dihubungi Astro AWANI.

Chandra, kenyataan dan pendirian tersebut ada impaknya terhadap rakyat Malaysia.

Kini, katanya, terpulanglah kepada mereka yang berada di tampuk kuasa untuk melaksanakan langkah yang sepatutnya.

"Negara kita sedang berada di persimpangan.

"Kepimpinan negara perlu lakukan apa yang betul daripada segi moral, sekarang," tambah Chandra yang juga Presiden Gerakan Untuk Keadilan Sejagat (JUST).

Beliau mengulas kenyataan Majlis Raja-Raja yang dikeluarkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad pada Selasa.
Antara lain, Majlis Raja-Raja menggesa kerajaan menyelesaikan siasatan isu 1MDB secepat mungkin dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang terbabit.

MP Umno dakwa Sanusi merendahkan bangsa Melayu

Seorang ahli Parlimen (MP) Umno membidas bekas menteri Tan Sri Sanusi Junid kerana didakwanya telah merendahkan bangsa Melayu di depan kaum lain.
MP Bagan Serai, Noor Azmi Ghazali berkata ia akan menyebabkan bangsa lain, terutamanya Cina, memandang rendah terhadap orang Melayu.
 “Kenapa perlu nak ‘londeh seluar’ depan orang ramai? Itu saya memang tak setuju, macam mana nak terapkan perpaduan bila bangsa lain lihat pada kelemahan yang ada pada bangsa kita sahaja?
“Kita sekarang ni sibuk nak rapatkan hubungan di antara kaum, tapi dia pergi kata orang Melayu sanggup jual maruah pula,” Noor dipetik sebagai berkata oleh Kelab Penyokong BN (BNBBC.
Dalam satu dialog Selasa lalu, Sanusi dilaporkan berkata, orang Melayu hari ini ramai tidak mengendahkan maruah mereka sendiri, malah ada yang sanggup menjual maruah mereka.
“Nak kata Melayu sanggup jual maruah, ada buktikah untuk berkata begitu?” tanya Noor lagi.
Mengulas lanjut, Noor berkata program seperti itu boleh diadakan, namun perlu meletakkan pengkhususan dari sudut penyertaan.
“Maksud saya, program seperti itu boleh melihat kepada penyertaan kepada bangsa Melayu untuk memberi kesedaran, motivasi, nyatakan kelemahan dan apa yang perlu dibaiki.
“Dengan cara ini ia akan memberi kesedaran kepada bangsa Melayu untuk menjadi lebih baik pada hari yang akan datang, bukan cakap dalam keadaan terbuka.
"Orang Melayu jadi naik marah dengan apa yang dikatakan, bangsa lain pula semakin intim dalam mengetahui kelemahan sebenar bangsa Melayu,” ujarnya.

Jamal gelar Anthony Loke 'manusia babi'

Walaupun dinafikan, orang kuat di sebalik perhimpunan baju merah 16 September lepas, Datuk Jamal Md Yunos, tetap percaya anggota parlimen DAP Anthony Loke ada mengucapkan kata-kata kesat kepada orang Melayu.
 Beliau berkata beliau mendengar sendiri Loke mengucapkan “Melayu celaka” dalam video dimuat naik ke Youtube.
“Anthony Loke yang kata Melayu celaka, (polis antirusuhan) FRU celaka. Saya sendiri mendengar dan menonton YouTube sendiri. Sepatutnya pemimpin dan ahli parlimen tak boleh kata begitu.
“Ini manusia babi ini, Anthony Loke,” katanya.
Diberitahu pemberita bahawa Loke menafikan perkara itu, Jamal berkata pembangkang memang sering menafikan pelbagai dakwaan.
“Main belakang pun nafikan,” kata pemimpin akar umbi Umno itu dengan sinis.
Jamal juga berkata tidak dapat memaafkan Loke atas dakwaan itu.
“Kita akan ajar dia supaya mulut dia jadi babi,” katanya lagi.
Loke (gambar), wakil rakyat Seremban, mendakwa beliau menjadi mangsa fitnah dengan dituduh memekik perkataan “celaka Melayu” semasa ditahan polis semalam.
Sebaliknya, katanya, beliau hanya mencelakakan pemilik tanah yang mengusir penduduk Kampung Ulu Temiang, Seremban, tidak kira bangsa, termasuk Melayu.
Loke, anggota Dewan Undangan Negeri (Temiah) Ng Chin Tsai dan 13 lagi individu ditahan polis semalam kerana membantah pengusiran Kampung Ulu Temiang.

Anwar dikawal ketat, tak dibenar beri kenyataan

KUALA LUMPUR 7 OKT: Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim tidak dibenarkan untuk memberi sebarang kenyataan ketika ditanya pemberita selepas tamat prosiding kes saman beliau terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Berhad di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.
Beliau turut dikawal ketat pegawai-pegawai penjara yang turut menghalang beberapa penyokong yang mahu bersalaman dengan bekas Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia itu.
“Saya tak boleh beri sebarang kenyataan, nanti mereka akan halang saya,” kata Anwar ringkas kepada Keadilan Daily.
Beliau sempat berjenaka bersama salah seorang penyokong yang bertanya tentang keadaan berat badannya di penjara.
“Saya diet di penjara, tapi saya tengok awak makin….,” gurau Anwar merujuk kepada fizikal penyokongnya yang agak berisi.
Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu hanya dibenar bertemu penyokong-penyokongnya sekitar 30 saat.
Namun, mereka tidak dibenarkan mengambil sebarang gambar atau merakam video.
Anwar yang menjalani hukuman penjara pada hari ke-240 hari ini dilihat semakin kurus dengan pipinya semakin cengkung ekoran penafian rawatan kesihatan oleh kerajaan pemerintah.
Beliau tetap ceria dan sentiasa tenang walaupun menderita serta mengalami kekurangan berat badan, tekanan darah tidak menentu, gastrik, artritis dan otot bahunya terkoyak.
Anwar diminta hadir ke mahkamah hari ini selepas Hakim Hue Siew Kheng menolak permohonan Utusan berhubung penilaian ganti rugi yang perlu dibayar akhbar milik Umno itu kepada Anwar.
Utusan didapati bersalah selepas memfitnah Anwar berhubung rencana yang diterbitkan akhbar itu mengenai temubual Anwar dengan Perbadanan Penyiaran Brtish (BBC).
Hakim menetapkan esok, 8 Oktober untuk putuskan jumlah yang perlu dibayar Utusan kepada Anwar.

Petisyen 25 : Tuntut penjelasan bukan tolak Azizah

Amiruddin ShariPetisyen 25 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR bukan untuk menolak kepimpinan Presiden, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Exco Selangor, Amirudin Shari berkata sebaliknya ia hanya menuntut penjelasan mengenai kerjasama baru bersama Pakatan Harapan.
“Kita nak dapatkan penjelasan lanjut mengenai beberapa perkara dalam pakatan pembangkang baharu.
“Isu ini penting kerana melibatkan kesepakatan parti politik dalam pembangkang untuk pilihanraya umum akan datang dan masa depan PKR itu sendiri.
“Justeru, kepimpinan parti harus membincangkan perkara ini secara terperinci dan mendalam. Jadi tuntutan itu adalah supaya diadakan mesyuarat,” katanya.
Sebelum ini, Ketua PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin, yang digantung keanggotaan mendakwa kononnya sekumpulan pemimpin kanan parti itu membentuk kartel bagi merancang komplot menggulingkan Azizah.
Bandrul mendakwa perkara itu disebabkan beberapa pemimpin kanan PKR rasa kurang senang dengan tindakan Azizah mengumumkan penyertaan PKR dalam Pakatan Harapan pada 22 September lalu.
Mengulas perkara itu, Amirudin yang juga merupakan Ahli MPP menyifatkan dakwaan Badrul itu sebagai satu imaginasi, lapor Utusan Malaysia.
“Mengenai undi tidak percaya dan menjatuhkan presiden PKR ini satu imaginasi oleh orang yang tidak ada kerja.
“Kita ada perbezaan pandangan, maka adalah lebih baik perbezaan itu dapat dibawa dalam satu mesyuarat bagi mencari jalan penyelesaian,” jelas.
Pada 5 Oktober lalu, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali turut menafikan dakwaan perpecahan dalaman parti itu ekoran penubuhan Harapan Baru.
Mohamed Azmin turut menegaskan bahawa petisyen yang ditandatangani oleh 25 anggota pimpinan pusatnya masih boleh dibincangkan.

Saifuddin: Sosma kini diguna untuk tutup mulut ahli Umno



Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah mendakwa bahawa Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), yang digunakan terhadap pemimpin Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, kini digunakan untuk menutup mulut ahli parti itu daripada bersuara terhadap perdana menteri.
Beliau mendakwa bahawa Sosma digunakan terhadap Khairuddin kerana beliau adalah seorang ahli politik dari Umno.
Pemimpin-pemimpin utama dari Umno, tambahnya, ingin memastikan dia menutup mulutnya dan menggunakannya untuk menimbulkan rasa takut di kalangan ahli Umno.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibunegara hari ini, Saifuddin berkata para pemimpin faham bahawa pada masa ini, Umnolah yang boleh menjatuhkan perdana menteri.
Beliau mendakwa bahawa penangkapan Khairuddin di bawah Sosma adalah untuk menakutkan ahli Umno yang mungkin mempunyai niat untuk menjatuhkan perdana menteri.
Khairuddin, bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan, pada mulanya ditahan di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana "aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen", kerana membuat laporan terhadap 1MDB di beberapa negara.
Beberapa hari kemudian, beliau telah ditangkap semula di bawah Sosma, yang memperuntukkan seseorang itu ditahan tanpa perbicaraan sehingga selama 28 hari.

Adakah Najib rela ekonomi negara malap.. ANDA SENDIRI TAHU JAWAPANNYA...

SIAPAKAH SEBENARNYA YANG TERGILA2 nak jadi 'barua AMERIKA' ???

PKR kalah teruk jika tidak bekerjasama dengan Pas

PKR Bertanding di kawasan majoriti Melayu dan undi orang Melayu menjadi penentu pertukaran kerajaan memerintah.
Tian-Chua-,pas-pkr
PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak perlu bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekiranya tidak dapat bekerjasama dengan Pas.
Perkara itu ditegaskan oleh Naib Presiden PKR, Tian Chua seperti dilaporkan akhbar berbahasa Cina, Guan Ming Daily pada 5 Oktober lalu.
Terjemahan kenyataan Tian Chua ke dalam bahasa Melayu ditelah diviral dan dikongsi di laman sosial oleh pemimpin politik termasuk Pas.
Tian Chua dilaporkan berkata, PKR tidak perlu meletak calon pada PRU14 jika parti itu gagal mengadakan kerjasama dengan Pas kerana pertukaran kerajaan memerintah bergantung kepada pengundi Melayu.
Katanya, PKR bergantung kepada undi kaum itu kerana kebanyakan kerusi yang ditandingi parti berkenaan majoritinya merupakan pengundi Melayu.
Dia berkata, PKR bakal mengalami kekalahan teruk jika tidak mendapat sokongan Pas atau berlaku pentandingan tiga penjuru.
“Oleh sebab PRU akan datang yang menentukan samada ada pembangkang boleh menjadi kerajaan, undi Melayu adalah faktor utama, terutamanya pada masa ini kedudukan kerusi PKR kebanyakannya di kawasan yang ada banyak pengundi Melayu.
“Tanpa sokongan Pas atau berlaku tiga penjuru, PKR akan berdepan dengan musibah yang teruk,” katanya.
Tian Chua antara 25 pemimpin PKR yang menandatangani petisyen kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wah Ismail supaya mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bagi membincangkan semula penubuhan Pakatan Harapan.
FMT difahamkan PKR berpecah kepada dua kumpulan yang menyokong Pakatan Harapan dan satu kumpulan lagi mahukan kerjasama dengan Pas diteruskan.

Amirudin bidas dakwaan konspirasi Chegubard untuk gulingkan Wan Azizah

Ali Tinju isytihar Melaka Raya tak selamat 10 Okt ini

‘Kalau Dr Mahathir anak jantan turunlah di Pekan’ - Ali Tinju

PVTM persoal kekayaan luar biasa anak Mahathir

Surat tunjuk sebab Umno: Saifuddin minta tiga penjelasan

Saifuddin: Umno guna SOSMA takutkan ahlinya

Kalau berani, tangkaplah Dr Mahathir guna Sosma, kata Saifuddin

Mendakwa pihak berkuasa menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) secara pilih kasih, bekas timbalan menteri Datuk Saifuddin Abdullah mempersoalkan kenapa akta itu tidak digunakan mengambil tindakan ke atas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. "Adakah mereka takut untuk menangkap Dr Mahathir? Sebab itu saya kata kalau berani tangkaplah Dr Mahathir sekali. Saya tak mencadangkan tangkap Dr Mahathir," kata Saifuddin kepada wartawan hari ini. Meskipun begitu, Saifuddin yang juga pengerusi Akademi Belia itu berkata, Sosma tidak sepatutnya disalahgunakan untuk menangkap individu, merujuk kes bekas pemimpin Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

SKANDAL 1MDB: KENAPA PEMIMPIN UMNO DIAM DENGAN TITAH RAJA DAN ADAKAH MAHFUZ KENA SAMAN?

Apabila Raja-Raja Melayu mengeluarkan kenyataan menggesa kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan 1MDB dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang terlibat, sehingga ini belum kedengaran lagi sebarang reaksi daripada pemimpin UMNO mengenainya.

Najib diam, Zahid Hamidi diam, Tengku Adnan (kerabat juga ni??) diam dan Ahmad Maslan juga diam. Pendeknya, semua dalam UMNO seolah-olah tidak melihat saranan Raja-Raja Melayu itu sebagai sesuatu yang penting dan bernas, walhal rasanya inilah pertama kali Raja-Raja Melayu bersuara dalam soal yang melibatkan kerajaan.

Apakah pemimpin UMNO tidak menganggap gesaan Raja-Raja Melayu itu sebagai sesuatu yang serius?

Selama ini tidak pernah Raja-Raja Melayu mahu masuk campur dan menyerahkan sepenuhnya kepada kerajaan yang memerintah menyelesaikan sendiri segala kemelut yang mereka hadapi.

Tetapi, pelbagai rentetan dalam 1MDB yang sudah pun berlaku terang-terang di depan mata rakyat, tentulah akhirnya menjadi antara sebab yang menggerakkan hati Raja-Raja Melayu untuk segera melakukan gesaan tersebut.

Rakyat bukan saja menjunjung kasih, bahkan rata-rata lega dengan kenyataan Raja-Raja Melayu itu dan mula menaruh harapan agar segera ada "cahaya di hujung terowong"  berkaitan penyiasatan1MDB kerana sejak kebelakangan semua itu seolah-olah bakal berlapuk dalam fail saja.

Hanya pemimpin pembangkang daripada PKR, Pas dan DAP yang pantas memberi reaksi terhadap saranan pihak istana itu.

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali lantas menggesa kerajaan mengambil serius teguran Raja-Raja Melayu itu manakala Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man menuntut segera dihidupkan semula pasukan petugas khas yang telah "dimatikan" sebelum ia benar-benar berperanan sebelum ini.

Amaran Ali Tinju: Melaka Raya tak selamat 10 Okt



“Gerakan Merah” mengumumkan akan mengadakan perhimpunan di Melaka Raya pada 10 Oktober ini dan memberi amaran kawasan di Bandar Melaka itu tidak akan selamat pada tarikh itu.
Amaran itu dibuat presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Baharom selepas mendakwa terdapat sekumpulan “samseng Cina” memukul penguatkuasa kerajaan pada awal Oktober lalu.
"Melaka Raya tidak akan selamat pada hari tersebut, Melaka Raya tidak akan selamat ini isyarat saya,"kata Mohd Ali atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju.
Bagaimanapun, Ali Tinju berkata keadaan tidak selamat yang dimasudkan itu bukan menjurus kepada kekecohan.
"Tidak selamat ini bukan berlaku kekecohan. Mungkin akan berlaku kemalangan. Bukan bermaksud tidak selamat itu berperang.
"Kita minta membuat pemantauan di sekitar Melaka Raya," katanya.

Ali "Tinju" cabar Mahathir lawan Najib di Pekan

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu Mohd Ali Baharom mencabar bekas perdana menteri Tun Dr Mahahtir bertanding kerusi Pekan dalam pilihan raya umum akan datang.
Mohd Ali membuat cabaran itu selepas Dr Mahahtir yang juga bekas presiden Umno, meminta rakyat di Parlimen Pekan tidak lagi mengundi Najib pada pilihan raya umum akan datang.
Parlimen Pekan diwakili Najib yang merupakan antara kubu kuat BN di Pahang.
"Saya cabar Tun M bertanding (dalam pilihan raya) di parlimen Pekan," kata Mohd Ali lebih dikenali 'Ali Tinju' .
"Kalau Tun M anak jantan turunlah," katanya lagi dalam sidang medianya di Ampang hari ini.
Mendakwa Najib sebagai pencuri, Dr Mahathir pada Sabtu lalu menggesa pengundi Pekan memastikan Najib kalah dalam pilihan raya akan datang.
Bercakap dalam sesi soal jawab di majlis minum petang di Hotel De Palma Ampang, bekas perdana menteri selama 22 tahun itu berkata Najib sebenarnya enggan meletak jawatan kerana "takut".

UMNO & ISRAEL Berpisah TIADA !!!

Pemimpin MELAYU-UMNO BERSALAMAN dgn 'Netanyahu penjenayah perang' sambil tersengih2..

Apa nak heran. Tikam belakang dlm UMNO adalah lumrah..

*FAKTA Pertemuan Rasmi bukannya TERSEREMPAK antara Pemimpin UMNO & Pimpinan Tertinggi ISRAEL laknatullah;

1) 2009 - ZAHID HAMIDI dgn Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak di Pertunjukan Udara Paris

2) 1999 - SYED HAMID ALBAR dgn Menteri Luar Devid Levy di PBB, New York, AS

3) 1994 - MAHATHIR dgn PM Israel Yitzhak Rabin & Menteri Luar Shimon Peres di Paris

4) 1956 - TUNKU ABDUL RAHMAN dgn PM Israel Moshe Sharett