Ahad, 4 Oktober 2015

Najib nafi adakan pertemuan dengan Netanyahu di PBB.....

Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan kononnya beliau mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sewaktu Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, baru-baru ini.
Perdana menteri berkata beliau sebenarnya bertembung dengan pemimpin itu di sebuah pintu di ibu pejabat PBB selepas Netanyahu selesai berucap dan beliau pula selepas itu.
"Bukan saya jumpa... terserempak dekat pintu masuk ke PBB sebab dia berucap sebelum saya. Lepas tu saya berucap," beliau berkata demikian bagi menjawab soalan mengenai gambar beliau yang dikatakan bertemu dengan Nethanyahu yang disebarkan di laman sosial.

Beliau berkata demikian pada akhir lawatan kerja ke Itali selama 3 hari mulai Jumaat. Beliau berkata pada masa itu pemimpin itu sedang menunggu keretanya.
"Jadi dia salam dengan saya, saya salam dengan dialah. Bukan ada apa-apa, bukan pertemuan. Terserempak secara kebetulan sahaja. Ini boleh disahkan oleh menteri luar dan wakil duta di Amerika Syarikat dan wakil tetap Malaysia di PBB," katanya.
Najib berkata jika beliau mengadakan perjumpaan dengan perdana menteri Israel itu tentulah ia dalam keadaan yang lebih formal.
Beliau berkata orang ramai dapat membezakan perkara yang benar dan sebaliknya.
"Apa-apa boleh menjadi viral. Apabila anda viral, mereka memberi gambaran salah mengenai kebenaran. Ini adalah bahaya media sosial," katanya. – Bernama

Pengerusi BN jumpa BN (Benjamin Netanyahu) buat apa.. nak bincang sambung kontrak APCO ka ????

Fitnah ??? Mereka yg jumpa dituduhnya lain fitnah..

Najib berani ???? Kah!! Kah!! Kah!!
Baru kena senggol dgn bini muka dh mcm laki xda te***

Mmglah Yasser Arafat & BN (Benjamin Netanyahu) berjumpa kerana negara mereka berkrisis berperang & berbincang berdamai..

Tup2 Allah nak tunjukkan sekali keluar gambar tersengih-sengih mereka berdua jumpa..

Pum pang pum pang.. agenda yahudi nak jatuhkan kepimpinan Najib melalui WSJ & pembangkang bagai..

KENAPA pertemuan bersejarah ini TIDAK DISIARKAN di media2 massa M'sia !!!

Fokus Ke Putrajaya, Pakatan Harapan Tidak Perlu Hiraukan Masalah PAS

Penubuhan Pakatan Harapan tidak terburu-buru sepertimana didakwa sesetengah pihak. Ini kerana PAS dari awal lagi SUDAH menyatakan tidak akan bekerjasama dengan DAP dan AMANAH. Justeru itu mengapa perlu Pakatan Harapan hiraukan PAS lagi

Kedua, AMANAH tidak perlu mengharap atau menagih sebarang kerusi daripada mana-mana pihak. Dengan terbentuknya Pakatan Harapan, tentulah PKR, DAP dan AMANAH akan meneruskan perundingan mengenai kerusi-kerusi yang akan ditandingi oleh parti-parti komponen Pakatan Harapan. PAS tidak termasuk sebagai komponen, oleh itu PAS yang sebenarnya bermasalah. PAS boleh bertanding di mana-mana kerusi yang mereka mahu. Pertandingan 3 penjuru berkemungkinan berlaku. Apatah lagi sejarah PRU 2013 membuktikan PAS jugalah yang memulakan pertandingan 3 penjuru dengan pengkhianatan terhadap PR apabila meletakkan calon-calonnya di dalam 8 kawasan. PAS akan dihukum oleh rakyat dan akan mendapat semula balasan ke atas pengkhianatan yang mereka lakukan terhadap PR sebelum ini.

Ketiga, PAS tidak boleh menganggap kerusi yang mereka tandingi semasa Pakatan Rakyat terbentuk pada tahun 2013 sebagai milik mereka sampai kiamat. Tiada sebarang peruntukan undang-undang atau nas-nas yang menyebut demikian.

Keempat, yang jelas, untuk menentang BN kita perlukan gabungan parti-parti politik kerana tiada sebuah parti pun boleh memerintah secara sendirian di dalam negara ini. Itu realiti.

Kelima, sebagai parti politik yang sah dan berdaftar, kini AMANAH boleh bertanding dimana-mana pun kerusi parlimen atau DUN. Itu hak AMANAH di sisi Perlembagaan. Tetapi dengan persepakatan diantara komponen-komponen di dalam Pakatan Harapan, AMANAH tidak akan bertanding di kerusi-kerusi yang ditandingi oleh DAP dan PKR.

Keenam, kini, PAS memilih untuk bersendirian. Pakatan Harapan tidak, BN pun tidak. PAS yang menjadi kera sumbang. Nak bertanding di semua kerusi pun tiada siapa yang menghalang. Soal PAS bukan soal Pakatan Harapan lagi. Kita akan kecundang jika terus melayani karenah si kera sumbang.

Ketujuh, hubungan PAS dengan PKR itu adalah hal yang berasingan dan di atas pundak PKR samada untuk menerima atau tidak. PKR tidak sepatutnya curang dan khianat kepada rakan-rakan lain di dalam Pakatan Harapan seperti yang dilakukan PAS sebelum ini. Jika berlaku demikian sewajarnya PKR tidak lagi menjadi "anchor party" di dalam Pakatan Harapan.

Kelapan, semua pihak di dalam Pakatan Harapan perlu jujur dan ikhlas. Kita perlu fokus kepada matlamat kita. Walaupun dengan ketiadaan PAS, Pakatan Harapan mampu dan boleh ke Putrajaya.

Para pemimpin MCA dan DAP ‘bersatu’ untuk mengecam timbalan menteri

oleh Zulhilmi Zainal

Bukanlah sesuatu yang mengejutkan kebanyakan rakyat Malaysia, terutamanya mereka berketurunan Cina, telah tersinggung terhadap kenyataan ‘melempang orang Cina’ oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Tajuddin Abdul Rahman yang dibuat pada Khamis.

Beliau kemudiannya dilaporkan telah memberitahu media bahawa beliau tidak pernah berkata begitu, walaupun telah dirakam berkata begitu dalam video.

Sekarang ini Ahli Parlimen Seputeh dari DAP Teresa Kok dan setiausaha agung MCA Ong Ka Chuan kelihatan berada dalam nada yang sama terhadap perkara ini dengan mereka mengecam timbalan menteri itu dalam kenyataan berasingan.

Kenyataan Kok, yang dikeluarkan pada 2 Oktober, menyeru PM Najib Razak “supaya menggantung atau memecat” Tajuddin Abdul Rahman atas apa yang telah dilakukannya.

Beliau menyifatkan tindakan Tajudin sebagai kejutan berturut-turut, kerana kenyataan awalnya, dan penafian dan “tindakan mengeluarkan kata-kata begitu tidak sesuai buat ahli politik veteran seperti beliau!”

Beliau kemudian mengingatkan yang Tajuddin pernah berkata sesuatu yang mirip pada 2008, apabila beliau memanggil Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat, M Kulasegaran sebagai “gampang” dan “anak haram” dalam Parlimen.

Kok mengakhiri kenyataan beliau dengan mengkritik parti-parti komponen majoriti-Cina BN MCA dan Gerakan, yang menurut beliau telah menuduh DAP merampas “perhimpunan Bersih 4 dan mengakibatkan orang Melayu bertindak balas dengan menganjurkan perhimpunan baju merah”.

Beliau turut mendorong dua parti itu; “Mari lihat adakah kedua-dua Gerakan dan MCA akan sekali lagi menunjukkan kebodohan mereka dengan berkata bahawa DAP adalah punca kenyataan menyinggung Tajuddin Abdul Rahman ke atas orang Cina.”

Di bahagian MCA, seperti yang dijelaskan dalam kenyataan media Ong yang turut dikeluarkan pada Jumaat lalu, mereka kelihatan akan mengambil jalan biasa dalam menyalurkan keluhan mereka secara dalaman.

Orang Melayu tidak bodoh, hanya pemimpin yang melayan mereka seperti orang bodoh

Oh Malaysia: Saya terlupa Jamal Yunos ialah seorang bodoh yang bercakap tentang maruah Melayu. Lawak sungguh!
Apa yang cuba dibuktikan beliau - orang Melayu pemalas dan bodoh? Orang Melayu tidak bodoh tetapi pemimpin mereka yang melayan mereka seperti orang bodoh.

Ingat perhimpunan baju merah - untuk makan percuma, pengangkutan percuma dan wang saku, Melayu kampung ditipu untuk mencapai agenda pemimpin mereka. Siapa yang mempergunakan maruah orang Melayu demi wang ringgit?

Kimiliew: Jamal ialah seorang yang tak betul. Saya dilahirkan di Malaysia dan saya setia kepada negara ini. Saya tidak ada tempat lain lagi yang boleh dipanggil rumah.

Namun terdapat orang yang akan sering mengingatkan anda bahawa anda pendatang walaupun telah tinggal di sini selama 69 tahun. Dan salah seorang daripadanya adalah Jamal yang tidak sensitif dan ramai lagi pengikutnya yang merasakan Malaysia hanyalah untuk kaumnya.

Sedarlah! Seperti bait-bait lirik lagu, “Ini adalah tanah anda, ini adalah tanah anda, tanah ini adalah untuk anda dan saya.” Bagaimana kita boleh setia apabila terdapat elemen yang mengatakan sebaliknya.

Catherine Kwai Lee Wong: Terdapat juga orang rasis dari bangsa lain. Tetapi rasis seperti Jamal begitu jelas dan keterlaluan. Dalam BM ini dipanggil tindakan melampau. Adakah anda bersetuju dengan saya?

Saya rasa beliau melakukan perkara mengarut ini demi kepentingan peribadi dan tidak mewakili kaumnya. Beliau tidak sedar dengan melakukan ini semua, ia hanya memalukan bangsanya sendiri. Tetapi beliau fikir beliau akan terkenal.

'Tolak TPPA adalah talian hayat terakhir Umno' - Tok Him

Menolak Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), akan menjadi "talian hayat terakhir" buat Umno, kata Presiden NGO pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali.
Beliau juga percaya banyak NGO dan pemikir ekonomi dalam negara ini yang membantah perjanjian tersebut, yang berunding secara rahsia.
"Saya nak tarik perhatian kerajaan berkaitan TPPA. Saya tinjau sebanyak 95 peratus NGO tidak setuju kerajaan menandatanganinya.
 "Saya dengar kerajaan nak tandatangani dulu. Ini songsang. Hujan naik ke langit. Sepatutnya bentang bawa Parlimen. Tak boleh tandatangan dulu," katanya.
Ibrahim juga mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memfokuskan mengenai isu yang memberi kesan kepada rakyat dan skandal mengulit kerajaan dan kepimpinan termasuk 1MDB dan skandal dana RM 2.6 bilion.
"Kalau negarawan dan tokoh ekonomi kita tak setuju dengan TPPA. Masuk sekali dengan isu cukai barangan dan perkhidmatan, kadar duit jatuh, masalah Felda, pekerja MAS kena pecat, (skandal) 1MDB, sumbangan RM2.6 bilion
"Kalau tandatangani juga, perdana menteri tandatangani juga maka ini (menjadi) talian hayat terakhir untuk Umno," kata bekas MP Pasir Mas di Rawang hari ini.
TPPA adalah perjanjian perdagangan bebas multinasional di mana AS adalah penyokong utama. Selain Malaysia, negara-negara lain yang terlibat dalam rundingan termasuk Australia, New Zealand, Vietnam, Mexico dan Kanada.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata draf perjanjian akan didedahkan kepada umum sebulan dari sekarang jika rundingan di Atlanta berakhir dengan memihak kepada Malaysia.
Pusingan akhir rundingan TPPA sedang berlangsung di Atlanta, Amerika Syarikat minggu ini.

Akhbar The Times Of Israel puji Najib kerana ‘mesra’ Israel, agama Yahudi

Datuk Seri Najib Razak bersama perdana menteri Israel Benjamin Netanyahu di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat. Sebuah akhbar memuji Najib kerana dikatakan bercakap positif tentang agama Yahudi dan mengiktiraf negara itu sebagai ‘teman bicara sah’. – Gambar flickr, 4 Oktober, 2015. 
Datuk Seri Najib Razak bersama perdana menteri Israel Benjamin Netanyahu di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat. Sebuah akhbar memuji Najib kerana dikatakan bercakap positif tentang agama Yahudi dan mengiktiraf negara itu sebagai ‘teman bicara sah’.

Akhbar The Times Of Israel memuji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana dikatakan bercakap positif tentang agama Yahudi dan mengiktiraf negara itu sebagai "teman bicara sah" semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat baru-baru ini.
Menurut akhbar tersebut, sebelum ini pendahulu-pendahulu Najib sebelum ini tidak mesra terhadap negara Israel dan Yahudi.
"Walaupun Najib melemparkan kritikan, agak ketara pemimpin Malaysia itu bercakap positif mengenai agama Yahudi dan mengiktiraf Israel sebagai 'teman bicara sah'.

"Malaysia secara formalnya merupakan negara Islam dan beberapa pendahulu Najib tidak mesra kepada Israel dan Yahudi," tulis akhbar itu dalam artikel bertajuk "Malaysian PM calls for ‘new dawn’ in Muslim-Jewish relations". Bekas perdana menteri ke-empat, Tun Dr Mahathir Mohamad di antara pemimpin Malaysia yang sebelum ini lantang mengkritik Israel kerana penjajahannya terhadap negara Palestin.
Dr Mahathir juga digambarkan media barat sebagai seorang yang "anti Yahudi" kerana kelantangannya membela rakyat Palestin.

BOLEHKAH NAJIB DIKALAHKAN DI PEKAN?

Rasanya sudah dua tiga kali Tun Mahathir Mohamad menyebut mengenai perlunya Najib Razak dikalahkan di kawasan di pilihanrayanya, Pekan sebagai salah satu cara menghalangnya daripada terus menjadi Perdana Menteri selepas pilihanraya umum akan datang.

Ini tentunya berikutan sikap Najib yang enggan mengalah serta terus mahu berpaut di kerusi yang didudukinya di singgahsana Perdana Putra meskipun hingar bingar menolaknya bukan lagi sekadar kedengaran di dalam negara, malah sudah merebak ke banyak penjuru dunia.

Semalam, dalam satu majlis anjuran UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka, di Ampang, bekas Perdana Menteri itu mengulangi sekali lagi perkara itu.

Kali ini, selain meminta pengundi Pekan mengalahkan Najib dengan menolak sebarang bentuk percubaan memberi mereka wang, beliau juga mahu mereka mencontohi sikap pengundi Cina.

Saya lihat, orang Cina kalau kepentingan mereka terancam, mereka akan bersatu dan sanggup melupakan kepentingan parti yang mereka anuti, tambah beliau.

Katanya, pengundi Pekan juga perlu bijak dan berpakat dengan baik serta belajar daripada semangat orang Cina itu.

Bagaimanapun, jelas Tun Mahathir, sama ada mereka boleh berpakat dengan baik atau sebaliknya, ia ditentukan oleh pengundi Pekan sendiri.

Orang ini (Najib) pencuri, biarkan dia kalah di Pekan, tetapi dalam masa yang sama pastikan UMNO terus menang dalam pilihanraya, hurainya lagi.

Nampak macam menarik idea Tun Mahathir, malah ramai yang bersorak dan bertepuk tangan mendengarnya.

Soalnya, bolehkah Najib dikalahkan di Pekan?

Meskipun Najib pernah menang tipis 241 undi pada pilihanraya 1999, tetapi selepas itu majoriti kemenangannya boleh dikira cukup selesa.

Sekupang pun tak kurang, malah dinaikkan – Guan Eng

Dakwaan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali adalah fitnah semata-mata, kata DAP.
Mohd Khairuddin mendakwa kerajaan negeri Pulau Pinang menarik balik bantuan tahunan kepada beberapa sekolah agama milik ahli Pas.
“Dulu kita punya kawan, tapi sekarang sudah jadi lawan. Jadi, mereka buat tuduhan dan fitnah yang kita telah hentikan bantuan kepada sekolah agama rakyat di Pulau Pinang.
“Itu tidak betul. Kita beri wang (bantuan), malah tidak pernah pun kurangkan (jumlahnya),” kata Lim Guan Eng dipetik Sinar Harian.
Guan Eng berucap pada Konvensyen Biasa DAP Negeri Sembilan Penggal ke­-17 di Dewan City Kingdom Hotel hari ini yang turut dihadiri Pengerusi DAP negeri, Anthony Loke, Pengerusi PKR negeri, Aminuddin Harun dan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) negeri, Zulkefly Mohamad Omar.
Kata Guan lagi, kerajaan negeri turut menaikkan jumlah pemberian bantuan daripada RM1.5 juta kepada RM1.75 juta, tahun ini.
“Tidak pernah kurang walau satu kupang (10 sen) pun. Dalam hal ini, kita perlu terangkan apa yang sebenarnya berlaku.
“Saya sendiri jadi sasaran sekarang, kononnya makan daging anjing. Kalau orang tanya (selepas ini), kena jawab. Ini semua biasalah, fitnah belaka,” katanya.

APA DAH JADI di Kuantan, Pahang !!!. Berani tak TV3suku, RTM siar pencemaran bauksit di Kuantan Pahang..


"Bagai Ketam Menyuruh Anaknya Berjalan Betul"

Pandai plok nasihatkan kerajaan Yahudi jangan membenci pada orang lain...

YANG KAMU.. benci maki hamun kepada rakyat apa cerita !!

YANG KAMU.. lantik APCO Worldwide jadi penasihat Najib dalam uruskan ekonomi Malaysia apa cerita !!!

Rakyat perlu tahu siapa Najib & UMNO sebenarnya...

Inilah wajah sebenar sifat munafik & talam dua muka pemimpin negara beragama Islam berkiblatkan UMNO No.1 SANGGUP JUMPA & MESRA dgn PM Israel Benjamin Netanyahu sehari sebelum mengutuk ISRAEL di pentas PBB..

Dr M wrong about 2013 vote, says Kit Siang

DAP veteran ticks off Mahathir's racial view, slams BN for not protecting Petaling Street traders
lim-kit-siang_mahathir_vote_600
KUALA LUMPUR: The DAP’s Lim Kit Siang has criticised former premier Dr Mahathir Mohamad for taking a racial view of the results of the 2013 general election and taken Barisan Nasional leaders to task for failing to defend petty traders in Petaling Street against racial threats.
Taking issue with Dr Mahathir’s view that Malaysian Chinese would place racial interests before party interests, Lim said that Malaysian Chinese voters had taken national interest as their primary consideration.
They had voted not merely for the DAP but also for other Pakatan Rakyat candidates, including those from Keadilan and PAS, and had elected Malay MPs from Pakatan Rakyat parties, rejecting Chinese candidates from the MCA.
Dr Mahathir, at a forum yesterday, had urged Malays to emulate Malaysian Chinese in making their case against the prime minister, Najib Razak. Dr Mahathir had said the Chinese community transcended party lines when their communal interests were under threat.
However, Lim said Mahathir was mistaken in his interpretation of the election results, and lamented that the number of Malaysians who placed nationhood over race seemed to be almost an extinct species, “with more and more becoming just Malays, Chinese, Indians, Kadazans and Dayaks, even ethnic champions, instead of becoming Malaysians”.
He accused government leaders of being behind a campaign to communalise the Bersih 4 rally of August 29-30, and alleged that MCA and Gerakan leaders had instigated the Umno extremist fringes to respond provocatively with the racially-charged Red Shirts rally of September 16.
“No Minister, even from MCA and Gerakan, visited Jalan Petaling in the week leading to the Red Shirts rally to calm the businesses and traders, but Umno ministers and deputy ministers were conspicuous in supporting the September 16 rally”, he said.

PKR to meet on split hopes for Harapan

Rafizi confirms emergency meeting next week after petition by pro-PAS members, says report
rafizi-ramli_pakatan-new_600
KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat is to hold an emergency leadership meeting next Sunday after a pro-PAS faction called for more discussions about the formation of the new opposition coalition Pakatan Harapan.
The party’s supreme council will meet on October 11, party secretary-general Rafizi Ramli was quoted as saying today, confirming that 25 members had petitioned the president.
No details of the petitioners were available, but Rafizi said he believed the discussions would be about the timing of the announcement rather than on the necessity of forming a coalition.
The petitioners want to delay the formation of Pakatan Harapan to allow more talks with PAS, which is not included.
Pakatan Harapan comprises PKR, the DAP and the new Amanah party of breakaway PAS members. Its formation was announced by PKR president Wan Azizah Wan Ismail on September 22 after a meeting involving the three parties and several non-political organisations.
PAS has refused to further cooperate with the DAP and Amanah after sharp differences between PAS and DAP. The party has said ties would be maintained with PKR, with whom it cooperates in the Selangor coalition government.
Selangor menteri besar Azmin Ali, who is deputy president of PKR, has said that PAS was still a member of the old Pakatan Rakyat coalition, despite the DAP having unilaterally declared the coalition dead after differences with PAS about the Islamist party’s moves to enforce hudud criminal penalties in Kelantan.
Rafizi confirmed that PKR was now divided into two schools of thought about Pakatan Harapan with one side wanting it to be done immediately, and the other wanting a delay so that talks with PAS may continue.

Ex-SB man dares Gani to talk about 1MDB

Dismissed Attorney-General should spill beans about 'crystal clear' scandal, says Hamid
Abdul-Hamid-Bador_gani-patail_1mdb_600
KUALA LUMPUR: Abdul Gani Patail has been challenged to speak about the 1Malaysia Development Bhd scandal which he had described as being “crystal clear” before he was dismissed as Attorney-General.
In an open letter to the government sent to the press, former Special Branch deputy director Abdul Hamid Bador questioned why Gani had gone silent and “totally mute” after his dismissal.
Hamid said Gani had been vocal about the 1MDB case, which was then being investigated by a task force comprising the AG’s Chambers, the anti-corruption agency MACC, the police and Bank Negara.
He said Gani had told him the case was “crystal clear”. But he had gone mute after being dismissed.
Hamid said he had been very confident about Gani’s ability to head the 1MDB special task force.
He said Gani had related at their last meeting that he was not trying to topple the government, and had told him that “this difficult decision that I have made is not about toppling the government. I am not interested in politics. I am just doing my job.”
Hamid said it had been suggested that there was some scandal or misconduct involving Gani that could be used to discredit him, and challenged the former Attorney-General to stand up to the threats.
“Come on, Gani! What is a small personal scandal, even if there is such, when compared to the horrific impact the 1MDB fiasco has on the nation!” he said. “People will easily forgive you. Come out and make a stand. All this while you were idolised as a tough fighter among the civil servants.”
Gani was replaced by Federal Court judge Mohamed Apandi Ali, while Gani returned to the judicial and legal service until his mandatory retirement on Oct 6.
His dismissal was described as being for health reasons.

Saifuddin ditekan, ‘pelempang Cina’ beruntung - Tian Chua,

tian chua picAhli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Tajuddin Abdul Rahman beruntung kerana tidak menerima tekanan dalaman walaupun mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dan memburukan lagi imej serta sokongan rakyat kepada parti itu.
Umno bukan sahaja tidak menekan atau mengambil tindakan displin terhadap Tajuddin, bahkan beliau juga langsung tidak ditegur oleh mana-mana pemimpin tertinggi parti selepas mengeluarkan kenyataan mahu ‘melempang Cina’.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua, berkata nasib berbeza dialami bekas Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang ditekan supaya keluar daripada Umno kerana mengkritik parti itu.
“Umno tidak lagi boleh bertolenrasi dengan hujah rasional dan kritikan. Mereka menanam budaya pak turut dan sesiapa yang keluarkan kenyataan agak rasional akan ditekan.
“Ini menunjukkan Umno sudah keluar daripada pemikiran rasional dalam masyarakat kita,” katanya kepada Selangor Kini, hari ini.
Beliau berkata, kenyataan Tajuddin yang jelas memberi impak negatif terhadap keharmonian masyarakat berbilang bangsa itu dan diburukkan lagi dengan tingkah laku pemimpin negara yang hanya mendiamkan diri dalam isu terbabit.
“Keadaan ini akan menyebabkan pemimpin lain dan masyarakat tidak takut mengeluarkan sebarang kenyataan berbentuk ancaman atau penghinaan kepada mana-mana kaum,” katanya.

PRU-14: Siapa akan korbankan kerusi demi AMANAH?


"Khianat dan terburu-buru!" kata seorang pemimpin PAS mengulas pelancaran Parti Amanah Negara pada Hari Malaysia.
"Tidak realistik!" katanya merujuk kepada pengumuman Ketua Menteri Lim Guan Eng pada 23 September bahawa Pulau Pinang sekarang adalah kerajaan Pakatan Harapan yang meliputi DAP, PKR dan Amanah.
Setiausaha PAS negeri itu Fadzil Mohd Kemi berkata ia tidak realistik kerana Pakatan Harapan mengisytiharkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri jika gabungan baru pembangkang itu menang pilihan raya umum ke-14.
Bekas ketua pembangkang itu menjalani hukuman penjara lima tahun berhubung kesalahan meliwat dan tidak boleh memasuki gelanggang poltik sehingga 2015.
Tetapi, ia dilihat gabungan pembangkang itu, tanpa PAS, bersedia berdepan pilihan raya umum, selepas Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) meluluskan pertukaran nama Parti Pekerja-pekerja Malaysia kepada Parti Amanah Negara.
Namun, persoalannya yang tinggal sama ada Amanah dan Pakatan Harapan boleh menjadi alternatif yang berdaya maju kepada PAS dan BN, kata Fadzil.
Pembangkang perlukan PAS
Fadzil berkata, tanpa PAS, atau kemampuan mereka mendapat sokongan orang Melayu di kawasan itu, Pakatan Harapan akan gagal dalam usaha mereka untuk menawan Putrajaya.
Sesebuah parti itu dilihat tidak berguna jika tidak boleh bertanding dan menang (sekurang-kurangnya satu kerusi) dalam pilihan raya tetapi persoalan lebih utama sama pada AMANAH sekarang bukan mengenai kemenangan, tetapi kerusi mana yang boleh mereka tandingi.
Satu-satunya parti yang tidak bertentangan dengan AMANAH adalah DAP, walaupun orang yang tidak selesa dengan pihak yang muncul sebagai perkauman atau cauvinis, dan yang lebih suka kepada lebih 'solekan' Melayu/Islam, akan memilih menyertai AMANAH dan bukannya PKR atau DAP.
Tanpa syak lagi, terdapat ramai yang berada di atas pagar, dan lebih berminat untuk tidak memilih parti politik yang mana mereka merasakan amalan mengagumi tokoh seperti PAS lakukan kepada Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan PKR untuk Anwar selaku bekas timbalan perdana menteri.

Skandal 1MDB: Bekas no 2 SB mahu Gani muncul, nyatakan pendirian



Bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail digesa tampil ke khalayak untuk menjelaskan skandal berhubung hutang yang ditanggung 1MDB, bahawa beliau didakwa berkata ia "sangat jelas" sebelum dipecat.
Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador dalam surat terbukanya kepada kerajaan yang diedarkan kepada media semalam mempersoalkan mengapa Gani kini "diam membisu seribu bahasa".
Berhubung pertemuan terakhirnya dengan Gani sebelum beliau ditukar, Hamid berkata bekas peguam negera itu tegas mengenai kes tersebut.
Menurut Hamid lagi, Gani berkata bahawa kes itu "sangat jelas".
"Tetapi sesudah "dipecat" Tan Sri diam membisu seribu bahasa," kata Hamid dalam surat terbuka itu
"Apa yang sudah terjadi pada diri Tan Sri? Ada pihak menyatakan bahawa Tan Sri diugut agar tidak melawan.
"Kononnya Tan Sri mempunyai skandal atau salah laku yang boleh digunakan oleh mereka untuk mengaibkan Tan Sri di khalayak umum.
"Come on, Tan Sri, apalah sangat dengan skandal peribadi yang kecil walaupun ia benar jika dibandingkan dengan impak yang teruk oleh kemelut 1MDB terhadap negara.
"Rakyat dengan mudah akan memaafkan anda. Keluarlah dan buat pendirian. Semua ini buat anda dipuji sebagai pejuang yang kental di kalangan kakitangan awam," katanya.

Hamid: Cina disasar untuk alih perhatian skandal 1MDB


Dakwaan terdapat rancangan untuk menggulingkan kerajaan hanyalah taktik untuk mengalih perhatian daripada isu berkaitan siasatan terhadap 1MDB, dakwa bekas timbalan pengarah Cawangan Khas PDRM Datuk Abdul Hamid Bador.
Beliau mendakwa pihak yang mempunyai kuasa kini sanggup melakukan apa saja bagi memastikan penyiasatan terhadap skandal kewangan itu terhenti serta menggunakan pelbagai kaedah untuk mengelirukan orang ramai.
"Mereka sanggup berbuat apa sahaja untuk memastikan siasatan ini terhenti... mereka menggunakan strategi mengelirukan rakyat dengan mencipta skrip basi yang tidak masuk akal kononnya wujud konspirasi untuk menggulingkan kerajaan.
"Siapa yang nak gulingkan kerajaan? Kononnya orang Cina nak rampas kuasa.
"Ish, ish, ish, Jahat sungguh taktik 'lencongan' yang digunakan oleh para "perompak" ini. Dari isu pecah amanah jenayah dah bertukar pula jadi isu perkauman," katanya.
Beliau berkata demikian dalam surat terbukanya kepada kerajaan bertarikh 1 Oktober yang diedarkan kepada media malam tadi.
Abdul Hamid berkata rakyat berhak mengetahui cerita sebenar daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di sebalik dakwaan melibatkan 1MDB termasuk sama ada ia meminjam daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) sebanyak RM4 bilion, tatapi tiada jawapan.
Sebaliknya, katanya lagi, umum diberi tempoh selama enam bulan untuk diselesaikan isu 1MDB, manakala siasatan dipenuhi oleh pelbagai halangan.
Antaranya Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail "dipecat" dan pegawai SPRM ditangkap, sementara Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan pasukan khas menyiasat 1MDB dibubarkan.

Pembangkang, jangan bertelagah seperti budak-budak

Shahrul Akmar: Pakatan pembangkang di peringkat nasional tidak perlu sama dengan di peringkat negeri. Pakatan Harapan sudah tidak wujud di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. Dan kini ia tidak diterima di Sarawak. Politik di peringkat negeri berbeza dengan di peringkat nasional. Bila agaknya pemimpin pembangkang akan faham semua ini?

EmptyBarrel: Adakah pemimpin Pembangkang tak cerdik? Mengapa mereka bergaduh sesama sendiri sedangkan mereka belum mampu menumbangkan BN? Mereka seakan fikir rakyat akan terima sahaja tindakan mereka, hanya kerana bencikan kerajaan sedia ada.

Selepas mendapat sokongan kuat, nampaknya mereka berasa hebat dan selagi kerajaan BN banyak buat kesilapan, okay bagi pembangkang bersikap kebudak-budakan dan bertelagah sesama sendiri. Sedarlah pembangkang! Sebelum segalanya terlambat dan anda diketepikan sekali lagi.

Adakah mereka mahu Malaysia kekal diperintah BN? Berjaya atau sebaliknya, mereka yang menentukannya. Kita mahu saksikan prestasi sebenar mereka.

Alister Henry: Biarkan mereka musnah. Anak Sarawak yang anti-BN boleh memilih calon-calon bebas. Ini mungkin mengajar mereka jangan bodoh sombong dan lebih merendah diri. Mereka seharusnya bekerja untuk rakyat!

Muhasabah diri, jangan salahkan orang lain, Amanah beritahu PAS

Menyalahkan penubuhan Pakatan Harapan sebagai punca pergolakan dan perpecahan tanpa melakukan muhasabah dan penambaikan serta nilai tambah merupakan sikap terbelakang yang jauh sekali gagal untuk memimpin perubahan masa yang semakin kritikal, kata Parti Amanah Negara (Amanah).
Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub yang dilihat merujuk kepada PAS berkata, parti Islam itu sepatutnya menumpukan isu politik negara yang lebih besar dan bukannya sibuk menunding jari menyalahkan pihak lain menjadi punca perpecahan parti mereka.
"Semua parti-parti pembangkang tidak terkecuali, Amanah hendaklah sentiasa melakukan koreksi diri dan fokus kepada agenda besar yang menjadi harapan rakyat sekarang ini.

"Ini adalah keperluan yang mendesak ketika ini daripada sibuk menuding jari kononnya orang lainlah yang membawa angkara perpecahan dan masalah kepada parti sendiri," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Semalam Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan memberikan amaran kepada PKR dengan menyatakan tidak mustahil bakal menerima nasib sama seperti parti Islam itu ketika Pakatan Rakyat berpecah (PR) , menyaksikan penubuhan parti serpihan, Amanah.‎
Pada masa sama Salahuddin berkata, Amanah berpandangan pintu rundingan dan meja perbincangan sentiasa terbuka luas kepada semua parti pembangkang di negara ini untuk berbincang tentang kepentingan rakyat dan negara.
"Amanah sebagai pemain baharu di persada politik tanah air akan sentiasa melakukan koreksi diri untuk memperkukuhkan peranan kami dalam Pakatan Harapan.
"Janganlah kita leka menyalahkan orang lain dan tidak mekakukan apa-apa sumbangan untuk sama-sama melaksanakan agenda besar Pakatan Harapan yang menjadi aspirasi rakyat ini," katanya.

PERSPEKTIF: Ulama Monopoli PAS?

PAS kemukakan calon bukan Islam di PRN ke-11 Sarawak

50,000 poskad untuk Anwar tersadai di pintu penjara

Jerebu: Sekolah diarah tutup dua hari kecuali Kelantan, Sabah dan Sarawak

Jerebu

ALOR SETAR - Semua sekolah di Semenanjung Malaysia kecuali Kelantan, Sabah dan Sarawak diarah tutup selama dua hari, mulai esok.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, keputusan itu dibuat kerana keadaan jerebu semakin teruk.

"Kementerian Pendidikan telah buat keputusan bahawa semua negeri di semenanjung Malaysia kecuali Kelantan, Sabah dan Sarawak diarah tutup mulai esok hingga Selasa.

"Bagaimanapun, keadaan jerebu di Kelantan, Sabah dan Sarawak masih dipantau," katanya kepada media semasa lawatan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang, di sini, hari ini.

Menurutnya, penutupan operasi itu tidak perlu diganti semula melibatkan semua guru, murid dan kerani sekolah.

Jawapan Datuk Saifuddin Abdullah dalam surat tunjuk sebab UMNO

SURAT TUNJUK SEBAB DPD UMNO KABUR. Jadi, sy telah jawab dgn meminta penjelasan berkenaan perkara-perkara berikut:
(1) Oleh kerana surat tunjuk sebab tersebut dihantar kepada saya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF), dan tidak dinyatakan ia dihantar kepada saya sebagai ahli UMNO, maka, saya ingin tahu adakah ia dihantar kepada saya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif GMMF atau sebagai ahli UMNO?
(2) Oleh kerana surat tunjuk sebab tersebut dihantar bagi pihak Ibu Pejabat UMNO dan bukannya Lembaga Disiplin UMNO, maka, saya ingin tahu adakah kes ini telah dirujuk kepada Lembaga Disiplin UMNO?
(3) Oleh kerana surat tunjuk sebab tersebut menyatakan tindakan disiplin boleh dikenakan ke atas saya, maka, saya ingin tahu apakah kesalahan yang telah saya lakukan dan mengikut Fasal mana dalam Perlembagaan UMNO?
Saya hanya akan menjawab perkara-perkara yang dibangkitkan dalam surat tunjuk sebab tersebut selepas saya mendapat penjelasan brkenaan perkara-perkara di atas.

Bualbicara niaga tentang 1MDB dan baju merah

oleh Rama Ramanathan
Mengapa perlu ahli perniagaan hiraukan politik tempatan? Saya berbicara dengan seorang tokoh korporat dan membincangkan persoalan tersebut.

Beliau pada dasarnya bekerja dengan syarikat multinasional berpengkalan di Malaysia. Beliau berurusan dengan pekerja daripada pelbagai negara selaku jurutera projek. Selain itu, tokoh korporat tersebut turut bekerja sebagai strategis kewangan.

Saya juga pernah bekerja di syarikat multinasional. Saya pernah berurusan dengan pekerja dari pelbagai negara serta pengawai-pegawai kerajaan di beberapa negara.

Saya dan tokoh tersebut bertanggungjawab bagi pelaburan pemegang saham - termasuk golongan pesara - di syarikat kami, dan bagi kehidupan ribuan para pekerja.

Saya tidak dapat lupakan hari di mana saya terpaksa membuang 30 pekerja kerana hasil produksi kami menurun dan mereka tidak lagi punyai tugas.

Saya ke kilang pada penghujung tugas di waktu malam, membuat ucapan dan memberi surat pemberhentian kerja. Salah seorang dari mereka menangis. Dia seorang wanita yang baru bercerai dengan dengan anak. Ramai di kalangan mereka kelihatan gusar dan tidak percaya dengan nasib yang menimpa.

Teras masalah pemberhentian kerja ialah pergeseran politik tentang amalan penswastaan penjanaan kuasa elektrik di Malaysia.

Ketika kami mengimbau pelbagai dakwaan tentang 1MDB dan perdana menteri, serta himpunan baju merah, rakan saya bertanya "Apa salahnya dengan Malaysia?"

Saya mengingatkannya tentang dua obsesi multinasional: tabiat beretika dan kepelbagaian.

Setiap multinasional dari AS atau Eropah, atau mana-mana syarikat dengan pejabat di AS dan Eropah punyai dasar dan program latihan merangkumi etika dan kepelbagaian.

Mereka punyai talian 24 jam seminggu bagi etika di mana sesiapa boleh mengadu tentang siapa sahaja, tanpa mendedahkan identiti pemanggil. Mereka sedar pemanggil boleh mendedahkan maklumat ke media atau memberitahu mesyuarat pemegang saham, dan memalukan syarikat.

Tabiat beretika mampu dan boleh mencakupi pelbagai perkara. Di sini terdapat lima contoh:

Akhbar milik Umno secara tak langsung desak Saifuddin dipecat

Utusan Malaysia secara tidak langsung mendesak Umno agar memecat Datuk Saifuddin Abdullah berikutan pendirian bekas menteri timbalan pendidikan tinggi yang tetap mahu menghadiri majlis anjuran pembangkang meskipun diberi amaran sebelum ini.
Dalam ruangan pojok Awang Selamat, secara tidak langsung akhbar milik Umno itu berkata, pimpinan tertinggi parti Melayu itu tidak perlu menunggu lama memandangkan tiada keserasian lagi di antara kedua-dua pihak.
Tindakan Datuk Saifuddin Abdullah hadir pelancaran Pakatan Harapan yang juga bekas ahli Majlis Tertinggi Umno menimbulkan kemarahan dan menyebabkannya menerima surat tunjuk sebab dan diberi tempoh selama 14 hari untuk memberi penjelasan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Oktober, 2015. "Pada Awang, Saifuddin tidak lagi berminat kepada Umno dan Umno lebih-lebih lagi sudah tidak mengharapkan beliau. Lagipun pengaruhnya dalam parti sudah hilang selepas kalah di Temerloh.

"Maka apa ditunggu lagi.. sudah tidak ada keserasian antara kedua-duanya," kata Awang Selamat dalam edisi Ahad Mingguan Malaysia hari ini. Desakan pemecatan Saifuddin itu dikuatkan dengan kenyataan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengatakan bekas timbalan menteri itu perlu meninggalkan parti Melayu itu sekiranya terus menjadi "duri dalam dalam daging".
"Cukuplah sudah banyak peringatan yang diberi. Kegagalan untuk bertindak akan memberi imej salah kepada semua.
"Tanpa Saifuddin dalam Umno, tiada siapa akan menangis, sebaliknya ia kelegaan besar buat kita semua," katanya.
Saifuddin pada 22 September lalu hadir ke program pelancaran Pakatan Harapan, tetapi menegaskan kehadiriannya atas kapasiti sebagai pengerusi badan bukan kerajaan (NG) Akademi Belia.
Tindakan Saifuddin yang juga bekas ahli Majlis Tertinggi Umno menimbulkan kemarahan dan menyebabkannya menerima surat tunjuk sebab dan diberi tempoh selama 14 hari untuk memberikan penjelasan.
Bagaimanapun Pengerusi Lembaga Displin Umno Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas sebelum ini beranggapan perbuatan Saifuddin hadir ke acara pembangkang merupakan tindakan biasa.
Semalam, Saifuddin dilaporkan sudah menjawab surat tunjuk sebab kepada Umno.

Dulu masalah UMNO, sekarang masalah negara

Berikutan keengganan Najib meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, Dr Mahathir meminta penduduk Pekan supaya menolaknya pada PRU kali ini
Shahbudin-Husin_najib_umno_600
PETALING JAYA: Lebih banyak kempen bergerak menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dijangka akan diadakan selepas kejayaan majlis majlis minum petang anjuran UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka pada Sabtu.
Meskipun menggunakan istilah datang untuk menghasut, penjelasan panjang lebar dengan lojik yang diberikan Tun Dr Mahathir Mohamad membangkitkan sentimen terhadap senario terhadap senario kepimpinan negara.
“Selepas mendengar ucapan dan penerangan Tun Mahathir, khususnya berkaitan 1MDB, wang RM2,600 juta dan keyakinan nilai ringgit serta pasaran saham boleh dipulihkan selepas pengunduran Najib, rata-rata yakin apa yang berlaku sekarang bukan lagi masalah UMNO, tetapi sudah menjadi masalah kepada negara,” tulis Shahbudin Husin di shahbudindotcom.
Meskipun dikenakan bayaran RM80 oleh penganjur, majlis yang diadakan telah mendapat sambutan hangat, apatah lagi kali ini Dr Mahathir berkongsi strategi untuk menjatuhkan Perdana Menteri.
Selain pelbagai tekanan yang telah diberikan, kali ini beliau meminta penduduk Pekan supaya tidak mengundi Najib.
Kata Tun Dr Mahathir, perkara itu tidak mustahil kerana pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1999, Najib menang dengan 241 undi sahaja.
Cara itu dibuat selepas Najib tetap berkeras enggan melepaskan jawatan kerana bimbang dan takut dengan kesilapan yang dilakukan.
“Menurut Tun Mahathir, Najib dianggap zalim kerana memecat, menakutkan serta menukar orang-orang tertentu yang sedang menjalankan tugas menyiasat dirinya.
“Katanya, Najib bukan tidak mahu berundur tetapi takut untuk berundur berikutan bimbang ditangkap jika tiada lagi kuasa dalam tangannya,” kata bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju itu.

MCA minta UMNO henti pertahan Tajuddin

Ia turut membantah kenyataan Ku Nan yang memintanya berhenti mengkritik Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Chai-Kim-Sen
PETALING JAYA: MCA meminta UMNO berhenti mempertahankan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Ramli selepas beliau dikatakan mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman ke atas orang Cina.
Pada masa yang sama ia juga membantah kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Adnan Tengku Mansor yang meminta MCA berhenti mengkritik Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu.
Ketua Biro Publisiti MCA, Datuk Chai Kim Sen berkata, kenyataan Tajuddin telah menyinggung komuniti China dan menggugat keharmonian di kalangan pelbagai kaum di negara ini.
“MCA telah memaklumkan pendirian kami dengan jelas dan ancaman Tajuddin itu akan disampaikan menerusi saluran Barisan Nasional, katanya yang dipetik Mstar Online.
Pada Khamis, Tajuddin dilaporkan berkata beliau akan lempang warga Malaysia berbangsa Cina yang mendapatkan perlindungan daripada China.
Walaupun Tajuddin kemudiannya menafikan berkata sedemikian, tetapi rakaman mengenainya disebar.

Kartel Azmin rancang gulingkan Wan Azizah..?

MPP memaksa satu mesyuarat khas bagi menarik semula penglibatan PKR dalam Pakatan Harapan dan ia jelas usaha undi tidak percaya terhadap Wan Azizah oleh kartel Azmin.
chegubard
PETALING JAYA: Kumpulan penyokong Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali atau kartel Azmin dikatakan akan melakukan rampasan kuasa terhadap Presiden parti, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Rampasan kuasa atau coup de’etat itu dipercayai akan dilakukan menerusi petisyen untuk memaksa satu Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) khas bagi menarik semula penglibatan PKR dalam Pakatan Harapan.
Petisyen tu ditandatangani oleh 25 Ahli MPP yang sebahagian besarnya penyokong Azmin.
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang juga Ahli PKR, Badrul Hisham Shaharin mendakwa, rancangan penyokong Azmin itu jelas untuk menggulingkan Wan Azizah.
“Ini ialah coup de’etat dan usaha undi tidak percaya yang dipelopori kartel Azmin ke atas Wan Azizah ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim terpenjara.
“Bayangkan nanti MPP akan mengambil keputusan ‘u-turn’ dalam usaha Pakatan Rakyat, di mana Wan Azizah hendak letak muka? Dia yang panggil sidang meja bulat, dia yang umum, alih- alih PKR sendiri tidak restui Pakatan Harapan? Maka ini jelas satu usaha undi tidak percaya kartel Azmin ke atas Wan Azizah,” tulisnya di laman blog.
Badrul Hisham atau Chegubard mendakwa, kartel Azmin kini sedang bersatu dengan kumpulan – kumpulan kecil yang kecewa dengan keangkuhan Rafizi Ramli yang menjadikan Wan Azizah sebagai perisai.
“Kepada MPP dan Pengerusi Perhubungan PKR negeri yang bakal mengundi, saya cadangkan kekalkan keputusan kewujudan dan penglibatan PKR dalam Pakatan Harapan. Jangan kecewakan rakyat serta malukan parti dan Presiden sendiri. Yang selebihnya bincangkan dengan baik.
“Kepada Wan Azizah belajarlah kesilapan Anwar iaitu kamu ada banyak panglima setia tapi kamu sendiri singkirkan mereka kerana tenggelam dalam fatamorgana puji dan puja.
“Kem Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak sudah tentu tertawa kerana kita ternanti undi tidak percaya UMNO terhadap Najib yang tidak wujud pun tetapi kini kita sendiri berdepan dalam situasi lebih kritikal.

PKR berbeza pandangan tentang masa Pakatan Harapan, kata Rafizi

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melancarkan Pakatan Harapan pada 22 September selepas perbincangan meja bulat dengan DAP, Parti Amanah Negara dan beberapa NGO. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Oktober, 2015. 
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melancarkan Pakatan Harapan pada 22 September selepas perbincangan meja bulat dengan DAP, Parti Amanah Negara dan beberapa NGO.

PKR kini terbahagi kepada 2 kumpulan mengenai pembentukan Pakatan Harapan: satu mahu ia ditubuhkan dengan segera, sementara satu pihak lagi lebih suka jika ia dilewatkan bagi meneruskan perbincangan dengan PAS, kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, mengesahkan pemimpin parti akan mengadakan mesyuarat tergempar pada Ahad depan untuk membincangkan perkara itu.
Rafizi juga mengesahkan surat yang diperoleh The Malaysian Insider yang memanggil satu mesyuarat tergempar Ahli Majlis Tertinggi (MPP) pada 11 Oktober.
Mesyuarat itu berikut petisyen 25 anggota MPP kepada presiden PKR bagu membincangkan tindakan "terburu-buru" pembentukan Pakatan Harapan, pakatan pembangkang baharu bagi menggantikan Pakatan Rakyat (PR).

"Saya tidak mahu menganggu hasil mesyuarat, saya membayangkan, pada pendapat saya, memandangkan pertikaian mengenai masa, maka ia membincangan mengenai itu, berbanding keperluan Pakatan Harapan," ktanya kepada The Malaysian Insider. "Ia adalah amat sukar untuk memberitahu apa yang sebenarnya arah wacana, kerana apabila mesyuarat tergempar seperti ini mengemukakan petisyen, sudah pasti pempetisyen akan menerangkan kepada mesyuarat pandangan mereka, dan bukan sebaliknya."
Beliau berkata mesyuarat itu akan dipengerusikan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang melancarkan Pakatan Harapan pada 22 September selepas perbincangan meja bulat dengan DAP, Parti Amanah Negara (Amanah) dan beberapa NGO.
Pempetisyen menggunakan Artikel 22.1 (c) Perlembagaan parti, yang membolehkan satu mesyuarat MPP tergempar dipanggil oleh satu pertiga daripada ahli-ahlinya melalui petisyen.
Rafizi berkata, beliau tidak dapat menjangka hasil mesyuarat itu, atau apa pempetisyen mahu memberitahu pendapat mereka.
"Mesti ada agenda tertentu, iaitu untuk membincangkan pengumuman (Pakatan Harapan). Dari semua perbincangan setakat ini, terdapat 2 pendapat," kata ahli Parlimen Pandan itu.
"Salah satu percaya PAS memberi isyarat yang jelas mereka tidak akan menyertai pakatan pembangkang yang melibatkan DAP dan Amanah, oleh itu ia adalah lebih baik untuk meneruskan gabungan itu, dan pada masa yang sama terlibat dengan PAS. Sebab itulah Pakatan Harapan diumumkan.

Umno PEMBANGSAT agama

Kenapa Ismail Sabri tidak mengkritik KERAjaan UMNO Perlis yang telah lama mewartakan larangan sejak 25 Julai 2007 setelah diperkenaan oleh Raja Perlis sebagai Ketua Hal Ehwal Islam disana ??

atau.. Dia tak sedar Perlis itu sebahagian dari Malaysia ???

Pemimpin UMNO hanya akan menggunakan Islam untuk kepentingan mereka saja.. berlindung dan bertopengkan sebagai umat Islam tapi sebenarnya bekiblatkan Rasuah dan penyelewengan sebagai amalan mereka..

" SAYA DATANG UNTUK MENGHASUT " KATA MAHATHIR

Tanpa berselindung dan secara berterus terang, bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berkata, kehadirannya dalam majlis hi-tea  anjuran UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka adalah untuk menghasut semua orang.

Hari ini, saya mengaku datang ke sini adalah untuk menghasut semua orang. Kita tidak perlu takut walaupun berada di bawah pemerintahan yang menakutkan, katanya di hadapan kira-kira 500 yang hadir di majlis itu.

Lantaran itu, selain meneruskan serangannya dengan menyifatkan kepimpinan Najib Razak sebagai zalim dan menghantar orang pergi menunaikan haji dengan duit curi, Tun Mahathir juga menghuraikan bagaimana untuk menyingkirkan Najib daripada jawatannya.

Menurut Tun Mahathir, Najib dianggap zalim kerana memecat, menakutkan serta menukar orang-orang tertentu yang sedang menjalankan tugas menyiasat dirinya.

Katanya, Najib bukan tidak mahu berundur tetapi takut untuk berundur berikutan bimbang ditangkap jika tiada lagi kuasa dalam tangannya.

Sehubungan itu, tambahnya, jika Najib kekal lagi sehingga pilihanraya akan datang, beliau perlu dikalahkan di kawasan pilihanrayanya di Pekan tetapi dalam masa yang sama memastikan UMNO terus menang dalam pilihanraya.

Bagi Tun Mahathir, perkara itu tidak mustahil mampu dilakukan memandangkan Najib pernah menang dengan hanya 241 undi saja pada pilihanraya tahun 1999

Beliau seterusnya mahu pengundi Pekan menjadi lebih bijak dengan mengutamakan kepentingan negara serta menolak sebarang bentuk wang tunai yang cuba diberikan oleh Najib kepada mereka.

PAS tetap pertahan kerusi jika 3 penjuru dengan BN, PAN - Mohd Amar


RANTAU PANJANG: Benarkah kehadiran serpihan PAS yang kini dikenali sebagai Parti Amanah Negara (PAN) boleh memperkuatkan pakatan pembangkang?

Naib Pesiden PAS Datuk Nik Mohd Amar Abdullah mempertikaikan dakwaan itu kerana kemungkinan akan berlaku pertandingan tiga penjuru di kerusi yang ditandingi PAS.

Katanya dakwaan mereka mahu menguatkan pakatan pembangkang sekaligus menjatuhkan BN seperti tidak berasas.

"Itu dakwaan tidak betul terutama apabila calon PAN juga bertanding di kerusi ditandingi calon PAS pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 nanti.

“Kehadiran tiga penjuru tentunya boleh mengurangkan kekuatan parti pembangkang," katanya kepada media selepas program Munaqasah Ucapan Dasar Presiden di Pusat Tarbiah PAS Rantau Panjang hari ini.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata calon PAS PRU14 di Kelantan belum lagi ditentukan sekarang.

Bagaimanapun tambah beliau PAS tetap mempertahankan kerusi sedia ada sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru dengan BN dan PAN.

Beliau juga menganggap sukar bagi calon PAN bertanding pada PRU14 kerana tidak mudah parti pembangkang lain memberi laluan kepada mereka.

“Ini kerana dipercayai DAP tidak akan memberi laluan di kerusi ditandingi mereka sebelum ini. Begitu juga PKR.

Pertemuan terakhir PAS bersama Pakatan Rakyat Perak

IPOH : Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Perak telah mengadakan perjumpaan terakhir gabungan itu di Hotel Kinta Riverfront, di sini 2 Oktober
Pertemuan ini mengesahkan secara rasmi pembubaran Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang ditubuhkan sejak tahun 2008 selepas Pilihanraya Umum Ke-13.
Ini merupakan mesyuarat terakhir ke-66 yang dipengerusikan oleh Dato' Seri Nizar Jamaluddin dengan disertai wakil tiga parti iaitu PAS, DAP dan PKR di mana PAS diwakili Pesuruhjaya PAS Negeri, Razman Zakaria.
Antara butiran perbincangan dari pertemuan tersebut adalah proses penutupan akaun serta perkara-perkara berkaitan dengannya.
Menurut Razman, perbincangan dan keputusan dicapai dengan penuh harmoni.
"PAS Perak mengharapkan semua parti dapat terus bergerak dengan mengenali sasaran sebenar. PAS akan istiqamah atas prinsip perjuangan Islam.
"PAS akan terus bergerak diatas jalur tarbiah, dakwah dan siasah. PAS akan terus mendekati dan memberikan kefahaman kepada seluruh lapisan masyarakat," ujarnya mengulas pertemuan itu.

Politik Kelantan: "Hari ini saya tolong cik Rohani, esok-esok cik Rohani tolong saya pula.."

Oleh Mohd Sayuti Omar
Rombakan kabinet yang dilakukan Najib Razak dua bulan lalu yang ikut sama terlantiknya Pengerusi Yayasan Dakwah (Yadim) Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri sedikit sebanyak sebagai memberi saguhati kepada parti agama, Pas di atas sikap lunak parti itu dengan Umno sejak ke belakangan ini.
Pas atau mereka yang berada dalam parti itu khasnya di Kelantan tentu rasa gembira dengan perlantikan Asyraf itu. Bagi mereka perlantikan Asyraf itu bolehlah dianggap sebagai termakhbulnya sebuah doa. Pas sangat berharap akan ada orang dalam Umno atau kerajaan yang berminat dengan Hudud.

Jaminan dengan air mata yang dibuat oleh Adun Kok Lanas Md Alwi Che Ahmad kononnya akan menyokong Hudud benar-benar merujakan Pas dan menyebabkan parti itu seronok dengan permainan itu. Jaminan Alwi diambil sebagai satu perangkap dan pengharapan oleh Pas?

Speaker DUN Kelantan Abdullah Yaakub dalam satu kenyataan akhbar berharap dengan perlantikan Asyraf Wajdi akan membantu Kelantan melaksanakan hukum Hudud.

Reaksi Abdullah itu menunjukkan kehadiran Asyraf ke dalam kabinet Najib seakan membuka sinar baru kepada parti itu. Ini berlaku tentunya kerana beliau melihat kepada latar belakang, profesionalisme dan ilmu yang ada kepada timbalan menteri itu. Abdullah tentu mengira Asyraf Wajdi sebagai intelektual muda Islam tidak akan bercakap mengarut mengenai Hudud sebaliknya akan memperjuangkannya.

(Tetapi kalau Abdullah membaca sirah ayahanda, Asyraf, Dusuki Ahmad, mungkin harapan dan pengharapan itu tidak setinggi itu, kerana Dusuki adalah antara "oknum" Umno yang memperli dan mencaci Hudud di Kelantan sebagai Hudud Pas semasa Dusuki berkerja dengan Dr Mahathir Mohamad dulu).

Selain Abdullah, tentu juga orang paling gembira dengan perlantikan Asyraf Wajdi itu ialah Menteri Besar Kelantan Ahmad Yaakub dan juga timbalannya Mohd Amar Nik Abdullah. Ahmad sudah tentu mengharap kehadiran Asyraf itu membawa sesuatu yang lebih bermakna lagi buat dirinya secara peribadi dan juga kerajaan dipimpinnya. Bukan kerana Asyraf orang sekampung dan ada bau-bau bacang dengannya, tetapi Asyarf akan dikira menjadi jurubicara mengenai Hudud di JPM.

Orang seperti Asyraf diharap akan menjadi mediator dan lecturer kepada kabinet Najib mengenai keperluan dan kepentingan Hudud. Sebagai seorang anak muda berpendidikan Islam dan dari latar belakang keluarga ulama ulung di Kelantan Asyaraf dikira dapat memainkan peranan itu.

Bagi MB Kelantan itu keperluan atau tuntutan Hudud perlu segera dilaksanakan di Kelantan bukan kerana untuk mengelakkan kian tebalnya dosa-dosa dan tanggungjawab pemerintah kerana tidak laksana hukum Allah. Tetapi beliau ada masalah peribadi dengan Hudud ini.

Ahmad dan juga Mohd Amar kini terdesak dengan kelambatan Hudud dilaksanakan. Sebab itulah Mohd Amar dalam satu kenyataan dipetik berkata sekiranya Rang Undang-Undang persendirian mengenai Hudud yang hendak dibawa ke Parlimen gagal dibentangkan, Pas akan berperang dengan Umno. Kenyataan Mohd Amar itu menunjukkan Umno seperti sudah memberi komitmen tinggi kepada Pas tentang Hudud.

Maksudnya Pas sangat mengharapkan bantuan dan kerjasama Umno untuk mencapaikan hasratanya yang satu ini. Waktu ini Pas atau kerajaan negeri Kelantan masih terkial-kial untuk meminda Akta 355 berhubung bidang kuasa Mahkamah Syarikah bagi membolehkan Hudud dilaksanakan di Kelantan.

Kenapa dikatakan Ahmad Yaakub dan Mohd Amar terdesak kini?  Dalam satu sidang DUN Kelantan Ahmad bertegas dia akan sedia kehilangan jawatan MB sekiranya hukum Hudud gagal dilakasanakan di Kelantan pada tahun 2015. Ahmad berjanji Hudud akan dilaksanakan pada tahun ini. Kenyataan Ahmad itu merupakan satu ketegasan dan ditunggu-tunggu oleh rakyat Kelantan apakah dia akan melaksanakan tanggungjawab itu atau sebaliknya. Ertinya kalau Hudud masih tidak dilaksanakan di Kelantan pada tahun ini, dia harus berundur.

Mahathir to Muhyiddin: Ignore insults, get Najib out

Ousted deputy 'afraid' of talk that he wants to become PM himself, says former premier.
mahathir,muhyiddin
KUALA LUMPUR: Umno deputy president Muhyiddin Yassin has been urged to ignore insults and make it his priority to get Prime Minister Najib Razak, to step down.
Former premier Dr Mahathir Mohamad said this at a high-tea forum by the Umno branch in Pusat Bandar Taman Cempaka at a hotel in Ampang here today.
“The priority is that we want Najib to step down from being the prime minister. Whatever other people want to say, or insult him (Muhyiddin), that is secondary,” he said during the event.
Muhyiddin was dismissed from the Cabinet as deputy prime minister on July 28 after controversial remarks about the government investment arm 1Malaysia Development Bhd, and urging Najib to answer all allegations pertaining to him at a time when news reports revealed a reported US$700 million deposit in his personal bank accounts.
Dr Mahathir said Muhyiddin was afraid that people would say that he wanted to get rid of Najib and become the prime minister himself.
Later, asked to his comment on the deputy agriculture minister Tajuddin Abdul Rahman’s remark that he would slap Malaysian Chinese who complained about the country’s problems to outsiders, Mahathir said Tajuddin only seemed brave because he was in the government. “He wants to slap them? Ask him to slap them lah. He can only talk. When he’s in the government he’s brave, but outside, he is not.”