Sabtu, 3 Oktober 2015

Kemasukan 1.5 pekerja Bangladesh rampas peluang anak tempatan


Sivakumar-DAP


KUALA LUMPUR 3 OKT: DAP Perak menyarankan Kerajaan Persekutuan supaya menangguh cadangan membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh, sebaliknya menumpu usaha memulihkan ekonomi negara.
Timbalan Pengerusi DAP, V Sivakumar mempersoal kewajaran membawa masuk sebegitu ramai pekerja asing ketika ekonomi negara semakin merudum dan aktiviti perniagaan lembap.
Bimbang kemasukan itu menjejaskan peluang pekerja tempatan, Ahli Parlimen Batu Gajah itu juga tertanya-tanya sama ada kajian terperinci mengenai keperluan itu ada dibuat atau sebaliknya.
“Adakah negara kita benar-benar mengalami krisis kekurangan pekerja? Negara kita sudah dibanjiri pekerja asing dari Indonesia, Bangladesh, Nepal dan negara lain.
“Atau, adakah kerajaan mahu membantu kroni tertentu membuat keuntungan berbilion ringgit hasil urusan membawa masuk pekerja asing itu?” katanya pada kenyataan media, semalam.
Kelmarin, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan kira-kira 1.5 juta pekerja Bangladesh dari pelbagai sektor akan dibawa masuk ke Malaysia secara berperingkat-peringkat.
Tanpa menafi peranan pekerja asing, Sivakumar berkata, kehadiran dalam jumlah terlalu besar boleh menggugat kedudukan sosio-ekonomi negara, apatah lagi sebahagiannya memasuki secara haram.
“Ia menjadi pemangkin menjana aktiviti ekonomi. Tetapi, penggantungan keterlaluan juga banyak membawa keburukan kepada negara,” katanya.

KPN nafi FBI siasat kes 1MDB, Najib

KPN nafi FBI siasat kes 1MDB, Najib
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menafikan dakwaan kononnya pihak Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat telah memulakan siasatan ke atas kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah menerima sebarang pemakluman berhubung dakwaan siasatan yang dijalankan oleh pihak FBI.

"Saya merujuk kepada beberapa artikel yang disebarkan di dalam media sosial yang mendakwa pihak FBI telah memulakan siasatan ke atas 1MDB dan perdana menteri.

"Agensi terbabit juga tidak memohon untuk mendapatkan sebarang bentuk bantuan daripada PDRM berhubung perkara yang sama," tegasnya dalam satu kenyataan malam ini.

Sehubungan itu, Khalid menasihatkan mana-mana pihak yang ingin mendapatkan pengesahan berkaitan perkara berkenaan supaya berhubung terus dengan pihak FBI di Washington dan tidak merujuk kepada laporan media semata-mata.

Berani ke Tajuddin lempang Cina?-Tun M

Dr Mahathir menyifatkan Tajuddin hanya tahu cakap tetapi tidak berani bertindak.
mahathir,Datuk-Seri-Tajuddin-Abdul-Rahman
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dikatakan berani membuat kenyataan kontroversi ingin lempang orang Cina hanya kerana beliau ada jawatan dalam kerajaan.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Ahli Parlimen Pasir Salak itu hanya tahu cakap.
“Dia nak lempang? Suruh dia lempanglah. Cakap bolehlah.
“Bila duduk ada kerajaan di belakang memanglah berani, tapi bila keluar tak berani,” katanya dalam nada sinis.
Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Tajuddin yang mahu melempang rakyat Cina di negara ini sekiranya terus mengadu masalah kepada pihak luar.
Ia merujuk kepada lawatan Duta Besar China ke Malaysia, Huang Hui Kang melawat Jalan Petaling pada 25 September lalu, susulan ancaman bantahan kumpulan Baju Merah ke kawasan berkenaan.
Huang didakwa menimbulkan kontroversi dengan mengeluarkan kenyataan bahawa negara China menentang sebarang bentuk ekstremisme dan rasis terhadap kaum tertentu.

Pas: Agihan kerusi masalah utama

Tuan Ibrahim Tuan Man
SHAH ALAM - Agihan kerusi akan menjadi masalah utama jika Pas bergabung dengan pakatan pembangkang yang baharu.

Menurut Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man, sebelum ini apabila Pas bergabung dengan PKR, sebahagian besar kerusi Pas akan diserahkan kepada PKR bersama jentera dan petugas parti.

"Kalau Pas bergabung pula dengan Pakatan Harapan bermakna Pas akan sekali lagi serah kerusi kepada parti baru, dan ini tidak mungkin berlaku.

"Melainkan DAP atau PKR  sanggup bahagikan kerusi mereka kepada Parti Amanah Negara (Amanah)," kata Tuan Ibrahim dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, tak mungkin Pas juga boleh terima Parti Amanah yang kini sedang menarik ahli Pas dan merampas bangunan PASTI dan markas Pas.

"Pas tidak akan bergabung dengan Pakatan Harapan kerana tindakan DAP sebelum ini terhadap Pas," katanya lagi.

Selain itu, beliau memberitahu Pas akan tetap meletakkan calon di semua kerusi yang ditandinginya kerana itu adalah hak parti.

Pas akan kemukakan calon bukan Islam di Sarawak


Tuan Ibrahim

MIRI - Pas akan menyenaraikan calon bukan Islam pada Pilihan Raya Negeri ke-11 yang dijangka diadakan awal tahun depan dalam usaha menembusi landskap politik Sarawak, kata Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata penampilan calon bukan Islam dalam pilihan raya negeri itu merupakan kali pertama dalam sejarah sejak parti itu mula bertapak di Sarawak, 19 tahun lepas.

"Kami telah mengenal pasti calon-calon tetapi nama akan hanya dimaklumkan pada masa yang sesuai," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata sebab utama ia memutuskan untuk menampilkan calon bukan Islam adalah untuk membetulkan persepsi bahawa parti itu hanya untuk masyarakat Islam di negeri ini.

"Kami mempunyai sokongan daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dan kami yakin mendapat sokongan mereka di negeri ini," katanya.

Beliau berkata penampilan calon bukan Islam bukan sesuatu yang baharu untuk parti itu di Semenanjung kerana terdapat calon bukan Islam mewakili parti itu sejak 2008.

Sebelum ini, Pas mencipta sejarah pada PRU12 pada 2008 apabila mengetengahkan calon daripada kaum India, Kumutha Raman, seorang graduan undang-undang, untuk bertanding pada kerusi Dun Ulu Tiram di Johor. - Bernama

Mahathir: Najib pencuri, ahli Umno jangan undi dia di Pekan

Hanya Pengundi Pekan Boleh Kalahkan Najib - Tun M

‘Kalau Najib Menang, Saya Duduk Diam-Diam’ - Tun M

'Saya Terlalu Tua Nak Pimpin Umno' - Tun M

Dr M: Do not sacrifice race for money

HiTea Bersama Tun M - Umno Taman Cempaka

Najib..!! uruskan perkara di tanah air, bukan membuat ucapan gah di luar negara

oleh Mike Tan

Kenyataan presiden bersama Cenbet Gan Ping Sieu baru-baru ini mengenai ucapan Perdana Menteri Najib Razak di Perhimpunan Agung PBB adalah sesuatu yang menarik. Beliau menegaskan bahawa Najib pada dasarnya harus, mengamalkan apa yang diajar, terutamanya apabila tentang ekstrimisme.

Beliau berkata bahawa perdana menteri itu “seharusnya mengambil iktibar daripada ucapan beliau sendiri di Perghimpunan Agung PBB, terutamanya dalam memerangi ekstrimisme domestik yang telah menjadi berleluasa akhir-akhir ini”.

 Beliau mempersoalkan rasional ucapan sebegitu, menyatakan bahawa walaupun dasar asing begitu sesuatu yang terpuji, ianya hipokrit jika kerajaan tidak mematuhi prinsip yang sama dalam negara kita sendiri.

“Dalam ucapan beliau, Najib telah berkata tiada keraguan terhadap keseriusan negara dalam memerangi ekstrimis militan. Lantaran itu, keseluruhan undang-undang itu harus digunakan ke atas ekstrimis yang menyemai kebencian dan perpecahan di kalangan kita,” kata Gan.

Adakah pengebom berani mati yang meletupkan kompleks membeli-belah dan orang ramai lebih membinasakan atau ekstrimis bangsa dan agama yang mengoyakkan fabrik sosial negara kita lebih membinasakan? Siapa yang rakyat Malaysia harus lebih takutkan? Ini satu persoalan yang baik untuk difikirkan. Ancaman yang mana yang lebih besar kepada masyarakat kita dan justeru memerlukan perhatian kerajaan? Kita berharap yang jawapannya jelas.

Gan menyenaraikan beberapa contoh untuk menggambarkan hujah beliau - yang kerajaan kita, terutamanya perdana menteri, harus lebih risau dengan perkara di tanah air berbanding membuat ucapan gah di hadapan dunia.

Kariah masjid, surau boleh guna budi bicara penggunaan pembesar suara - Mufti P.Pinang

Kariah masjid, surau boleh guna budi bicara penggunaan pembesar suara - Mufti
GEORGE TOWN: Jawatankuasa kariah masjid dan surau di negeri ini boleh menggunakan budi bicara dalam melaksanakan larangan penggunaan pembesar suara luar masjid dan surau bagi aktiviti selain untuk azan dan iqamah, kata Mufti Pulau Pinang Datuk Wan Salim Mohd Noor.

Beliau berkata sekiranya larangan itu diwartakan pada masa depan, pengurusan masjid boleh mempertimbangkan penggunaan pembesar suara itu mengikut kesesuaian masa dan keadaan.

"Keputusan fatwa mengecualikan azan dan iqamah daripada larangan menggunakan pembesar suara luar masjid. Tetapi diharap jawatankuasa dan pegawai-pegawai masjid dapat gunakan budi bicara apa yang patut mereka lakukan bagi melaksanakan maksud larangan tersebut dalam konteksnya yang sebenar.

"Golongan literalis hanya nampak huruf undang-undang, mereka ikut sepenuhnya apa yang ditulis dalam undang-undang. Tapi orang cerdik dapat melihat makna yang terkandung di balik apa yang tertulis," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Larangan penggunaan pembesar suara itu dinyatakan melalui surat Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 Sept lepas berhubung keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 dan 2 Julai dan disahkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada 23 dan 24  Ogos lepas.

Jangan marah jika China derma untuk lawan Umno, sindir Sanusi

Pemimpin veteran Umno, Tan Sri Sanusi Junid (kanan) berkata pemimpin Umno sendiri mengajar budaya derma politik. Beliau berkata demikian semasa menghadiri sesi dialog Kembalikan Maruah Perjuangan Bangsa anjuran Cawangan Umno Pusat Bandar Taman Cempaka di Hotel De Palma, Ampang hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Asraf, 3 Oktober, 2015. 
Pemimpin veteran Umno, Tan Sri Sanusi Junid (kanan) berkata pemimpin Umno sendiri mengajar budaya derma politik. Beliau berkata demikian semasa menghadiri sesi dialog Kembalikan Maruah Perjuangan Bangsa anjuran Cawangan Umno Pusat Bandar Taman Cempaka di Hotel De Palma, Ampang hari ini. 

Pemimpin veteran Umno, Tan Sri Sanusi Junid mengatakan Putrajaya tidak boleh marah kepada kerajaan China jika mereka menderma kepada parti Cina untuk melawan Umno.
Sanusi berkata pemimpin Umno sendiri mengajar budaya derma politik, tetapi tidak menyebut secara spesifik nama pemimpin tersebut walaupun diketahui umum Datuk Seri Najib Razak menerima derma politik RM2.6 bilion yang dikatakan diberi seseorang dari Timur Tengah.
"Jangan nanti mereka pula masukkan derma dalam akaun pemimpin parti Cina untuk menentang Melayu Umno sedangkan kita yang ajar derma ini," kata Sanusi semasa menghadiri sesi dialog Kembalikan Maruah Perjuangan Bangsa anjuran Cawangan Umno Pusat Bandar Taman Cempaka di Hotel De Palma, Ampang hari ini.

Sanusi hadir bersama bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut berucap dalam majlis anjuran Umno itu. Najib sebelum ini mengakui menerima sejumlah wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya dan mempertahankan wang tersebut digunakan untuk kegunaan parti.

Dr M: Cara Najib tak bagi orang bersuara

Tindakan tidak lagi membenarkan Tan Sri Muhyiddin Yassin mempengerusikan mesyuarat dalaman Umno dianggap Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai langkah pemimpin parti menghalang bekas timbalan perdana menteri itu bersuara.
Bercakap kepada pemberita dalam sidang media selepas majlis minum petang Kembalikan Maruah Perjuangan Bangsa, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dia tidak berasa hairan dengan perkhabaran berkenaan.
Sebaliknya, Dr Mahathir berkata, beliau sendiri dihalang untuk bersuara bagi menyatakan "keburukan" Datuk Seri Najib Razak.
"Biasalah... Najib punya cara tak benarkan orang bercakap... Saya pun tidak dibenarkan bercakap," katanya.
Semalam Malaysiakini melaporkan mesyuarat Pusat Penyelarasan dan Operasi Pilihan Raya Umum (GCOC) yang biasanya dipengerusikan Timbalan Presiden Umno kini dikendalikan oleh Timbalan Perdana Menteri.
Surat mengenai mesyuarat yang dijadual malam esok itu dikeluarkan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Bagaimanapun pada petangnya ahli GCOC dimaklumkan mesyuarat berkenaan ditangguhkan ke tarikh lain.
Tiada alasan diberikan di sebalik penangguhan berkenaan.
Walaupun disisihkan daripada jawatan dalam kerajaan, Muhyiddin masih menjadi timbalan presiden parti.

'Nak lempang? Cakap bolehlah...' - Tun M

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berani membuat kenyataan kontroversi terhadap kaum Cina kerana beliau mempunyai jawatan dalam kerajaan.
Bagaimanapun Tun Dr Mahathir Mohamad percaya Ahli Parlimen Pasir Salak itu tidaklah seberani seperti yang dililhat.
"Dia nak lempang (Cina)? Suruh dia lempanglah. Cakap bolehlah.
"Apabila ada kerajaan di belakang, memanglah berani tapi bila keluar tak berani," kata Dr Mahathir dengan nada sinis.
Bekas perdana menteri itu berkata demikian ketika diminta media untuk mengulas kenyataan Tajudin mengenai masyarakat Cina beberapa hari lalu.
Ia dibuat ekoran lawatan Duta China ke Malaysia, Huang Huikang melawat Jalan Petaling sehari sebelum kumpulan pendesak Melayu merancang mengadakan demonstrasi di kawasan pusat komersial terkenal itu.
Tajudin kemudian menafikan membuat kenyataan begitu.
Kata nasi sedap pun salah
Dalam majlis sama, Dr Mahathir berkata pemerintahan Datuk Seri Najib Razak adalah yang paling zalim kerana rakyat kini "sentiasa berada dalam ketakutan".
Menurut Dr Mahathir, perdana menteri menggunakan undang-undang untuk menghalang sesiapa sahaja yang menegur tindakannya.

PRU14: PAS mungkin tanding 3 penjuru - Iskandar Samad


RANTAU PANJANG: PAS perlu meneroka bidang yang bukan tradisional kepada parti itu, sebaliknya menjuarai isu-isu baru bagi memperlihatkan kemampuan mengurus hal ehwal negara.

Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata rakyat mahu melihat PAS keluar daripada bidang-bidang biasa yang dijuarai sebelum ini.

Katanya isu-isu yang menjadi perhatian masyarakat termasuk alam sekitar hendaklah diketengahkan kepada umum.

“Isu tersebut hendaklah kita perjelaskan dan dibentang kepada rakyat. Ini memperlihatkan PAS bukan lagi sebuah parti tradisional,” katanya ketika membentang kertas kerja pada Munaqasah Ucapan Dasar Presiden di Markas PAS Rantau Panjang hari ini.

Beliau yang juga anggota Exco kerajaan Selangor berkata PAS hendaklah turun ke bawah bagi  menyebarkan fikrah Islam dan tidak lagi tertumpu di masjid serta madrasah sahaja.

Katanya di Selangor sekarang PAS tidak lagi memberi tumpuan kepada masjid-masjid sahaja bagi memberi penerangan mengenai Islam.

“PAS keluar dari masjid dengan menumpukan medan baru termasuk pasar-pasar malam yang dikenali sebagai dakwah street. Kita tahu mereka yang datang masjid orang yang sudah minat agama.

“Jadi kita kena keluar dari linkungan itu dengan mendekati golongan muda dan mereka yang tidak datang ke masjid atau surau,” ujarnya.

Beliau juga menjelaskan perjuangan PAS tidak boleh sekadar syok dengan slogan sahaja tanpa memperlihatkan kemampuan apa yang kita lakukan.

Selain itu kita kena ada hubungan mesra dengan NGO bagi  memperlihatkan kemampuan  boleh berkawan dengan orang lain.

Beliau juga meluahkan rasa bimbang bagi menghadapi PRU14 kemungkinan berdepan cabaran yang cukup berbeza kerana kemungkinan berdepan pertandingan tiga penjuru selepas muncul parti baru serpihan PAS.

Dr Mahathir takut ditangkap Najib, anggap Sosma lebih bahaya

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad takut akan dipanggil polis dan ditahan kerana sering lantang membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang terpalit dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan isu derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Oktober, 2015. 
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad takut akan dipanggil polis dan ditahan kerana sering lantang membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang terpalit dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan isu derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.

Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kebimbangan berdepan pemerintahan zalim Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak susulan beberapa tindakan tegas terhadap pengkritiknya.
Bekas perdana menteri paling lama itu takut akan dipanggil polis dan ditahan kerana sering lantang membidas Najib yang terpalit dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan isu derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.
"Saya pun takut, kalau saya kena panggil takut juga disimpan, berpeluh nanti.

"Belum kata apa pun kita dah lari, pemerintahan Najib ini cukup zalim," kata Dr Mahathir semasa sesi dialog Kembalikan Maruah Perjuangan Bangsa anjuran Cawangan Umno Pusat Bandar Taman Cempaka di Hotel De Palma, Ampang hari ini. Dr Mahathir mempersoalkan tindakan yang diambil ke atas pegawai dalam pasukan khas menyiasat 1MDB yang kini dibubar dan ditakut-takutkan dalam menjalan tugas mereka menyiasat syarikat bermasalah itu.
"Pegawai-pegawai yang sedang memeriksa sama ada duit RM2.6 bilion yang diterima olehnya kerana derma atau melalui sumber lain, tak pernah dibuat orang, orang yang selidik itu dipecat dan yang lain dinaikkan pangkat.
"Yang lain ditakutkan nanti kena tangkap, perbuatan dia (Najib) berlawanan dengan undang-undang," katanya.
Lebih menakutkan lagi Dr Mahathir ialah apabila seseorang tidak lagi boleh bercakap benar, mengambil contoh tangkapan bekas pemimpin Umno Datuk Khairuddin Abu Hassan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) baru-baru ini.
"Saya baca sebab Khairuddin kena tangkap atas tuduhan sabotaj dan kalau didapati bersalah beliau akan masuk jel seumur hidup.
"Kalau saya masuk jel tidak apa sebab tidak lama dah, tapi dia masih muda. Bila kita cerita pasal ini, kita akan rasa takut.
"Kita sekarang berada dalam zaman menakutkan," katanya.

Bai’ah Taklik: Pas serah kuasa kepada Jais, Jawi kata Mohd Amar


Mohd Amar Nik Abdullah

RANTAU PANJANG - Pas menyerahkan kuasa kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk menentukan status taklik dua pemimpin parti yang melanggar lafaz bai’ah mereka.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, itu adalah kerana kedua-duanya, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar dan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli tidak menetap di Kelantan.

“Taklik terserah kepada pihak berkuasa agama tempat dia menetap. Kalau tinggal di Kelantan pihak berkuasa kita akan ambil tindakan.

“Kedua-dua pemimpin ini tidak menetap di Kelantan, kalau Dr Hatta dia menetap di Gombak, Kamarudin pula di Kuala Lumpur, jadi serah kepada jabatan agama di sanalah ambil tindakan,” katanya kepada media semalam mengulas status terkini taklik kedua-dua pimpinan yang berhijrah ke parti baharu.

Terdahulu beliau merasmikan Himpunan Istiqamah Sehingga Kemenangan Peringkat Kelantan di sini.

Kamaruddin dikatakan melanggar lafaz bai’ah dengan menyertai PKR manakala Mohd Hatta turut melanggar sumpah setia kepada parti setelah bersama Parti Amanah Rakyat (Amanah) sekali gus menimbulkan keraguan terhadap status perkahwinannya.

PKR nafi ramalan PAS, tidak mungkin berpecah kerana Pakatan Harapan

Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail menafikan penubuhan Pakatan Harapan merupakan tindakan tergesa-gesa apatah lagi bakal menerima nasib sama seperti Pakatan Rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Oktober, 2015.
Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail menepis ramalan PAS partinya akan berpecah kerana Pakatan Harapan sama seperti Pakatan Rakyat (PR) sambil menyifatkan  gabungan politik baharu itu merupakan 'gabungan' yang kukuh.
Kesal dengan kenyataan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Saifuddin  menafikan penubuhan Pakatan Harapan merupakan tindakan tergesa-gesa apatah lagi bakal menerima nasib sama seperti PR.
Sebaliknya beliau berkata, Pakatan Harapan ditubuhkan berasaskan prinsip saling hormat -menghormati, membuat keputusan bersama dan patuh dengan kata sepakat tersebut .

Katanya Pakatan Harapan turut menganggap parti sekutu mereka sebagai rakan susah senang (‘partners in struggle’) dan bukannya musuh yang perlu diserang dan diperlekeh  dan paling penting meraikan perbezaan pandangan serta tidak ghairah menghukum sesama sendiri.  "PKR menginsafi setelah berpecahnya PR  berlaku kelompongan (vacuum) yang perlu diisi segera. Kelompongan kepimpinan dan kelompongan platform bersama.
"Oleh demikian PKR melalui Presiden parti Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail mengambil inisiatif membentuk sebuah pakatan politik baharu yakni Pakatan Harapan.
"Ketika Tuan Ibrahim berpendapat bahawa langkah ini tergesa-gesa, PKR percaya rakyat terbanyak menantikan kelahiran Pakatan Harapan," katanya kepada The Malaysian Insider hari ini.
Bekas setiausaha agung PKR itu berkata, ramalan Tuan Ibrahim kononnya parti reformasi itu akan berpecah gara-gara wujudnya sebuah "parti‎" yang ingin mendominasi seperti mana yang terjadi kepada PAS adalah tidak benar sama sekali.
"Pandangan ini meleset dan hanya terbit dari sebuah parti atau pemimpin yang mempunyai ‘siege mentality’.
"PKR yang lahir dari denyut nadi rakyat dengan agenda perubahan (reform) yang jelas, tidak akan terperangkap dengan ramalan sedemikian rupa," katanya.
Beliau yang mengulangi sekali lagi kekesalannya terhadap ramalan tersebut menyifatkan tindakan parti Islam itu sebagai keterlaluan terutamanya apabila PKR menganggap PAS sebagai rakan mereka.
"Biarpun perjalanan dan pengalaman PKR masih baru namun kita yakin PKR mampu melalui sedikit ujian kecil perbezaan pendapat dari kalangan pimpinannya dalam mendepani kelahiran Pakatan Harapan.
"Oleh itu meramalkan PKR bakal berpecah adalah keterlaluan apalagi kiranya datang dari parti yang menganggap PKR sebagai sahabat," katanya.
Terdahulu Tuan Ibrahim dalam kenyataannya memberikan amaran kepada PKR dengan menyatakan tidak mustahil bakal menerima nasib sama seperti parti Islam itu ketika Pakatan Rakyat berpecah, menyaksikan penubuhan parti serpihan, Parti Amanah Negara (Amanah).‎

Rezeki bukan di tangan pemimpin


Rezeki bukan di tangan pemimpin

AMPANG - Veteran Umno, Tan Sri Sanudi Junid mendakwa ahli politik telah mengubah persepsi rakyat bahawa rezeki itu datang dari "pintu politik" dan bukannya ALLAH SWT melalui perniagaan.

Sanusi berkata persepsi itu menyebabkan rakyat berasa takut untuk mendedahkan kebenaran terutamanya penjawat awam apabila khuatir "periuk nasi" mereka terjejas dan hilang pekerjaan.

"Rezeki di tangan ALLAH dan bukan di tangan pemimpin, hanya orang politik saja mampu menafikan hadis Nabi. Sepatutnya, sembilan dari sepuluh rezeki datangnya dari sumber perniagaan.

"Tetapi, orang politik kata, sembilan dari sepuluh pintu rezeki itu adalah dari pintu politik," katanya sewaktu berucap di Majlis Hi-Tea bicara politik bersama Tun Dr Mahathir Mohamad bertajuk Kembalikan Maruah Perjuangan Bangsa di Hotel De Palma Hotel, di sini, hari ini.

Beliau juga berkata, sekiranya persepsi itu terus dibiarkan, orang Melayu akan terus menjadi bangsa yang ketinggalan dan tidak mustahil akan kalah dalam pilihan raya akan datang.

"Selagi kita tidak betulkan (persepsi) kecintaan sepatutnya kepada agama, bangsa dan negara,  itu perlu kepada agama, selagi itu kita jadi bangsa yang bangsat dan akan kalah dalam pilihan raya nanti," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan untuk mengembalikan maruah bangsa, orang Melayu sendiri khususnya Umno perlu menebusnya sendiri.

Kita tak mahu parti lain tebus maruah kita, tapi kita mahu Umno sendiri tebus maruah ini," katanya lagi.

Tun M minta pengundi Parlimen Pekan pulau Najib

Hanya dengan cara itu dapat menyingkirkan Najib daripada jawatan yang disandang.
Najib,-Mahathir
KUALA LUMPUR: Pengundi Pekan diminta supaya menghentikan sokongan kepada Ahli Parlimennya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bagi memastikan beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri.
Saranan itu dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad dalam usaha menyingkirkan Najib daripada jawatan yang disandangnya.
“Kalau dia (Najib) tak mahu undur, jangan undi di Pekan. Tetapi dalam pada masa sama jangan bagi UMNO kalah.
“Kalau orang Melayu bijak, dia akan pastikan Pekan kalah. Boleh atau tidak kita berpakat, tentukan orang Pekan. Orang ini (Najib) pencuri, bagi dia kalah tapi bagi UMNO menang,” katanya.
Menggulas mengenai keengganan Najib, beliau berkata ia didorong ketakutan dan bimbang akan disoal siasat berhubung wang derma RM 2.6 billion dan juga masalah 1MDB.
“Dia tak berani undur, sebab dia takut undur. Kalau siasatan dibuat terhadap beliau, Najib akan dipenjara,” katanya dalam sesi soal.jawab di Majlis Hi-Tea Bicara Politik bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di Hotel De Palma Ampang pada Sabtu.

Tun M: Rasuah kita tertinggi di dunia, Najib patut dapat hadiah

Dr M: We are living in an eerie state

Najib letak jawatan, sekejap saja mata ringgit naik, kata Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan hanya dengan peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sahaja nilai ringgit akan kembali pulih selepas mata wang negara mengalami kejatuhan terburuk ketika ini.
Dr Mahathir berkata, nilai ringgit akan pulih dengan cepat jika Najib meletakkan jawatan kerana kerosakan dihadapi negara berpunca daripada beliau.
"Kerosakan sudah berlaku, ia akan lebih rosak pada masa depan melainkan kita singkirkan orang ini (Najib).

"Dia letak jawatan, sekejap sahaja mata wang kita naik balik, itu saya rasa," kata Dr Mahathir semasa sesi dialog Kembalikan Maruah Perjuangan Bangsa di Hotel De Palma, Ampang hari ini. Dr Mahathir berkata, rakyat perlu menerima hakikat negara ketika ini sedang merosot daripada ekonomi hingga ke masalah sosial.
"Hakikatnya, negara kita merosot dari segi politik, ekonomi, sosial, perkauman, dan tahap korupsi, negara kita berada antara 10 paling korup dalam dunia," katanya.
Najib ketika ini bergelut dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang beliau adalah pengerusi lembaga penasihatnya dan berkaitan derma peribadi bernilai RM2.6 bilion.
Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz sebelum ini berkata ringgit hanya akan pulih sekiranya isu 1MDB diselesaikan.
“Kita tidak perlukan satu lagi skandal. Kita tidak perlu ketidak tentuan politik. Kesemua isu berkenaan 1MDB perlu diselesaikan, barulah kita boleh menyaksikan Ringgit naik semula,” kata Zeti semasa sesi pembentangan Laporan Kemaskini Ekonomi Malaysia 2015.
1MDB yang terpalit dengan pelbagai kontroversi dilihat memberikan impak kepada keyakinan dan kepercayaan pelabur kepada negara.

'Saya datang sini untuk menghasut semua orang' - Tun M

Dr M on special hi-tea invite

Saifuddin: We don't have a conspiracy to destroy the government

Dr M: Money is destroying UMNO

Tun M: No risk no gain

FAKTA !!.. "Menjelang 2018 jumlah pekerja asing akan cecah SUKU DARIPADA JUMLAH PENDUDUK M'SIA" -MTUC

Bila puok2 'bangsat' katanya.. Cina & India adalah "PENDATANG" !!!.. Yang ini apa cerita..

Bagi IC untuk menang PRU.. nak PRU sewa kapal terbang.. angkut ulang alek .. ada beribu ribu sampah sarap yang dicipta umno BN untuk menyusahkan rakyat Malaysia demi survival politik mereka!!

NAMPAK TAK ???

Apa itu SPR ????
Apa kerja mereka SEBENARNYA ???
Apa pertalian BN-SPR ???
SIAPA penderhaka negara sebenarnya ???

Adakah ROSMAH BOHONG di PBB ???

Kenapa menteri yg selayaknya tidak berucap utk memberi data2 & FAKTA yg sepatutnya ??.. Bukannya AUTA dari mulut Rosmah.. Jgn lah berlagak pandai TETAPI bodoh sombong..

APA NAK HERAN.. Kalau lakinya pon kerap menipu rakyat apatahlagi bininya..

HAKIKATNYA.. pasti ada machai2 sanggup jilat pertahankannya.

Umno akan berkubur jika terus ego - Syed Saifuddin


Umno akan berkubur jika terus ego

AMPANG - Perubahan besar perlu dilakukan segera bermula di peringkat pucuk pimpinan Umno sekiranya tidak mahu melihat parti itu terkubur pada PRU14 akan datang.

Ketua Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka, Syed Saifuddin Syed Harman berkata, perubahan itu perlu dilakukan di peringkat dalaman dan bukannya dari luar.

"Kalau tiada mampu membuat demikian, kita akan menghadapi masalah besar untuk membetulkan Umno.

"Jika Umno tak mengaku dalam keadaan sesak tak bernafas, kalau Umno terus ego bahawa parti dan pemerintahan masih kuat, pada pilihan raya akan datang kita akan berkubur sebagai sebuah parti," katanya pada Majlis Hi-Tea bicara politik bersama Tun Dr Mahathir Mohamad bertajuk "Kembalikan Maruah Perjuangan Bangsa" di Hotel De Palma, di sini, hari ini.

Syed Saifuddin juga menegaskan, beliau memanggil Dr Mahathir dalam perjumpaan Umno Cawangan Pandan itu bukan untuk menumbangkan kerajaan, tetapi untuk menegakkan suara rakyat.

"Saya pemimpin kecil, kita juga mahu cawangan lain bergerak supaya bangkit nyatakan kenyataan tidak puas hati dengan apa berlaku.

"Siapa kata kita nak hancurkan parti, saya jemput Dr Mahathir, kita tiada konspirasi untuk jatuhkan kerajaan tapi bangunkan suara rakyat," ujarnya.

Rezeki bukan ahli politik yang beri-Sanusi

Kebergantungan kepada manusia menyebabkan orang Melayu menjadi bangsa yang bangsat.
Tan-Sri-Sanusi-Junid,kembalikan-maruah
KUALA LUMPUR: Rakyat mempunyai iktikad yang salah apabila beranggapan rezeki datangnya daripada ahli politik, bukannya Allah.
Teguran itu dibuat bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid ekoran persepsi pihak tertentu yang terlalu bergantung kepada ahli politik termasuk untuk mengubah nasib mereka.
Tegasnya, perbuatan itu bercanggah dengan ajaran Islam kerana menganggap orang lain sebagai pembuka pintu rezeki sedangkan ia hak Allah.
“Hanya orang politik sahaja yang mampu menafikan hadis Nabi. Sepatutnya, sembilan dari sepuluh rezeki datangnya dari sumber perniagaan.
“Tetapi, orang politik kata, sembilan dari sepuluh pintu rezeki adalah dari pintu politik,” katanya sewaktu berucap di Majlis hi-Tea bicara politik bersama Tun Dr Mahathir Mohamad Kembalikan Maruah Perjuangan Bangsa di De Palma Hotel, Ampang.
Ulasnya lagi, kebergantungan kepada manusia menyebabkan orang Melayu menjadi bangsa yang bangsat.
“Selagi kita tidak betulkan keadaan ini selagi itu kita jadi bangsa yang bangsat dan akan kalah dalam PRU nanti,” ujarnya.

PAS tidak tolak kemungkinan DAP, PKR tak beri kerusi kepada Amanah, kata Mohd Amar

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata secara teorinya, beliau menganggap kemungkinan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan melepaskan kerusi yang ditandingi mereka dan menyebabkan Amanah akan bertanding di kerusi PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Oktober, 2015. 
Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata secara teorinya, beliau menganggap kemungkinan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan melepaskan kerusi yang ditandingi mereka dan menyebabkan Amanah akan bertanding di kerusi PAS.

 PAS tidak menolak kemungkinan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan melepaskan kerusi yang ditandingi mereka kepada Parti Amanah Negara (Amanah) pada pilihan raya umum akan datang.
Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata secara teorinya, beliau menganggap kemungkinan itu akan berlaku dan menyebabkan Amanah akan bertanding di kerusi PAS.
"Secara teorinya, Amanah nak letak calon kat kerusi mana? Saya tak percaya DAP akan beri kerusi, PKR pun tak akan beri kerusi (kepada Amanah). Jadi akhirnya dia (Amanah) akan bertanding di kerusi PAS," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Himpunan Istiqamah di Markas PAS Rantau Panjang di Pasir Mas, hari ini.

Sebelum ini, PAS dilaporkan tidak akan menyertai Pakatan Harapan yang ditubuhkan DAP, PKR dan Amanah, namun parti itu masih mengekalkan hubungan dengan PKR dalam Pakatan Rakyat. Sehubungan itu, beliau sekali lagi mengulangi kenyataannya bahawa dakwaan Amanah yang ditubuhkan untuk membantu pembangkang menumbangkan Barisan Nasional (BN) adalah palsu semata-mata.
"Kalau Amanah bertanding di Kelantan, kita tak tahu dia akan dapat berapa undi... tapi dari segi teorinya peluang menang ialah BN sebab undi mereka solid.

Dr M ajar pengundi Pekan singkir Najib

Mendakwa Datuk Seri Najib sebagai pencuri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menggesa pengundi Pekan memastikan Presiden Umno itu kalah dalam pilihan raya akan datang.
Bercakap dalam sesi soal jawab di majlis minum petang Bicara Politik Bersama Tun Dr Mahathir di Hotel De Palma Ampang, bekas perdana menteri selama 22 tahun itu berkata sebenarnya Najib enggan meletak jawatan kerana "takut".
Sebabnya, pada pandangan Dr Mahathir, Najib bimbang dia akan dipenjarakan apabila siasatan dijalankan terhadap dakwaan yang dikaitkan dengannya.
Mengulas lanjut mengenai langkah yang boleh diambil orang ramai untuk memaksa Najib berundur, Dr Mahathir berkata, pengundi di Pekan (kawasan Najib) perlu membiarkan anak bekas perdana menteri itu kalah.
Tetapi pada masa sama, katanya, mereka perlu memastikan Umno tetap menang di tempat lain.
"Kalau dia tak mahu undur, jangan undi (Najib) di Pekan. Jangan bagi Umno kalah (di tempat lain) tetapi kalahkan Najib," kata Tun M dengan disambut tepukan gemuruh hadirin.
Majlis itu dianjurkan Umno cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka yang terletak di bawah bahagian Pandan.
Tapi biar Umno menang
Untuk menjayakan perancangan itu, Dr Mahathir berkata, penyokong Umno perlu berpakat dengan bijak.
"Kalau orang Melaty bijak, (mereka) akan pastikan (calon Umno) Pekan kalah.
"Boleh atau tidak kita berpakat, ia ditentukan oleh orang Pekan. Orang ini (Najib) pencuri, biarkan dia kalah tetapi biar Umno menang," kata Dr Mahathir lagi.

Sanusi: Ahli politik 'nafikan' hadis nabi


Seorang veteran Umno berkata, ahli politik telah mengubah kepercayaan umat Islam bahawa rezeki manusia diperoleh daripada manusia dan bukannya Allah.
Kata Tan Sri Sanusi Junid, keadaan itu bertentangan dengan hadis Nabi Muhammad yang menegaskan, sembilan daripada 10 punca rezeki diperoleh daripada aktiviti perniagaan.
"Kini rakyat percaya bahawa ahli politik yang memberikan kekayaan dan mampu mengubah taraf kehidupan masing-masing.
"Hanya orang politik saja yang mampu 'menafikan hadis nabi'. Sepatutnya, sembilan daripada 10 (sumber) rezeki datangnya dari perniagaan, tetapi orang politik kata, sembilan dari sepuluh pintu rezeki adalah dari pintu politik," katanya sewaktu berucap di majlis minum petang bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di Ampang, Selangor hari ini.
Majlis Kembalikan Maruah Perjuangan Bangsa itu dianjurkan Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka, Pandan.
Sanusi yang pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Umno berkata, jika kepercayaan begitu dibiarkan, orang Melayu menjadi "bangsa yang bangsat" dan tidak mustahil akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang.
"Selagi kita tidak betulkan keadaan ini selagi itu kita jadi bangsa yang bangsat dan akan kalah dalam pilihan raya umum nanti," ujarnya.
Mengulas lanjut, bekas Menteri Besar Kedah itu turut mendakwa Malaysia sudah 'menjuarai pertandingan' negara yang banyak melakukan rasuah.
"Orang Indonesia menangis kerana kalah dengan kita. Bukan kalah badminton (tetapi) kita menang dari segi rasuah," ujarnya disambut tepukan kira-kira 400 hadirin yang hadir.

Dr Mahathir dakwa Najib tidak berundur kerana takut dipenjara

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berundur maka kuasanya juga hilang, menyebabkan perdana menteri berjuang habis-habisan mempertahankan kuasanya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Asraf, 3 Oktober, 2015. 
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berundur maka kuasanya juga hilang, menyebabkan perdana menteri berjuang habis-habisan mempertahankan kuasanya.

Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Datuk Seri Najib Razak enggan berundur sebagai perdana menteri kerana bimbang akan dipenjara disebabkan terpalit dengan banyak skandal.
Dr Mahathir berkata, jika Najib berundur maka kuasanya juga hilang, menyebabkan perdana menteri berjuang habis-habisan mempertahankan kuasanya.
"Kalau dia (Najib) undur, dia tidak ada kuasa, kemudian bila siasatan dibuat dia akan ke penjara.

"Dia tidak berani undur kerana takut ke penjara," kata bekas perdana menteri itu semasa sesi dialog "Kembalikan Maruah Perjuangan Bangsa" di Hotel De Palma, Ampang hari ini. Dr Mahathir juga membuat perbandingan semasa pengunduran Tun Abdullah Ahmad Badawi di mana bekas perdana menteri itu secara sukarela pada 2009 kerana mengetahui tidak akan berdepan dengan risiko disumbat ke dalam penjara.
"Tidak seperti Pak Lah, dia tidak takut (letak jawatan) kerana tidak ada salah dia lakukan," kata Dr Mahathir lagi.
Dr Mahathir meneruskan serangan ke atas Najib membabitkan isu derma RM2.6 bilion serta mencabar untuk Najib menjelaskan mengenai skandal tersebut.

Tak payahlah minta maaf, masyarakat Cina tidak akan sokong BN lagi.


Bekas menteri penerangan Tan Sri Zainudin Maidin menyarankan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman agar tidak meminta maaf kepada masyarakat Cina kerana tindakan ia tidak akan mengembalikan sokongan mereka kepada BN.
Kenyataan Zainudin itu merujuk kepada permintaan supaya Tajuddin meminta maaf selepas beliau mengeluarkan kenyataan "orang Cina boleh ditampar (lempang)" sekiranya meminta bantuan asing mencampuri masalah mereka.
"Tak payahlah Timbalan Menteri Tajuddin nak minta maaf pada orang Cina (Malaysia).
"Tak ada faedah pun. Mereka tak akan kembali sokong Umno atau BN," katanya dalam satu tulisan di Twitter.
Khamis lalu, Tajuddin mengeluarkan kenyataan tersebut selepas Duta Besar China ke Malaysia Huang Hui Kang melawat Jalan Petaling pada 25 September lalu.
Beliau kemudian menafikan membuat kenyataan begitu.

Kasturi: Rosmah shows she’s ill-informed about child brides

Batu Kawan MP ticks off 'first lady' for rose-tinted view and ignoring real statistics.
Kasturi-Dewi-Patto,rosmah-mansor
KUALA LUMPUR: The prime minister’s wife, Rosmah Mansor, has been criticised for presenting a rose-tinted view of child brides and ignoring the real statistics on under-age marriages.
The MP for Batu Kawan, Kasturi Patto, said it was “unforgivable” that a person of such high standing would make dangerous statements on children’s rights in Malaysia.
She said Rosmah had grossly misled the international audience when making her “Girls Not Brides” speech at the Ford Foundation in New York, and had proven to Malaysians that she was ill-informed on the matter.
Kasturi, who is deputy leader of Penang DAP Wanita, said Rosmah had made “a clearly shocking claim” that child marriages were rare in Malaysia, when the “Girls Not Brides” website itself showed otherwise.
She also quoted statistics collated by the Sisters in Islam group from the Malaysian Syariah Court, UN Country Gender Theme Groups Census reports, Health Ministry reports, UN progress reports on HIV and UN Populations Fund findings.
These showed that in 2009 alone, 32 Muslim girls aged below 10 underwent premarital HIV screening, a prerequisite to marriage, and that there were 445 girls in the 10-14 age group, 6,815 between 15 and 19, and 1,911 boys in the same age group.
“Why weren’t these numbers mentioned?” she said.
Kasturi said the federal, state and local governments, civil society, NGOs and even village heads all had crucial roles to safeguard the rights of children. “It is important to network with other countries who have had success stories in upholding human rights,” she said. “Instead Rosmah painted a “shiny, glossy picture” far from the truth.

Tahaluf siyasi bukan perkara baru bagi PAS


RANTAU PANJANG: Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata tahaluf siyasi yang PAS lakukan bukan perkara baru kerana ia pernah dijalankan dengan Nasma dan CCC pada 1986.

Menurutnya tahaluf bukan perkara baru yang hanya dilaksanakan pada 2008 sahaja selepas munculnya Pakatan Rakyat.

Kata beliau juga tahaluf siyasi dengan DAP merupakan strategik dan ia bukan prinsip.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu menyatakan demikian ketika membentang kertas kerja pada Munaqasah Ucapan Dasar Presiden di Markas PAS Rantau Panjang di sini, hari ini.

“Strategik itu ialah benda seni. Majlis Syura Ulamak putuskan berdasar kepada strategik. Sebab itulah sejak zaman Prof Dr Zulkifi Muhammad lagi beliau mencadangkan diwujudkan ahli bersekutu namun tidak diterima jemaah ketika itu.

“Namun sekarang selepas berpuluh tahun barulah ada kesedaran membuka keahlian PAS sebagai ahli bersekutu sehingga muncul Dewan Himpunan Penyokong PAS,” katanya.

Azmin: Hormati mandat rakyat, pertahan pentadbiran Selangor

MB AzminPELABUHAN KLANG, 3 OKT: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dan barisan kepimpinan akan terus mempertahankan Kerajaan Negeri demi menghormati mandat rakyat kepada Pakatan Rakyat (Pakatan) sejak lebih dua penggal.
Mohamed Azmin berkata, usaha itu juga antara intipati perjanjian bersama parti gabungan Pakatan dan akan terus dilaksanakan sehingga menjelang Pilihan Raya Umum ke-14, bahkan Kerajaan Negeri juga kekal komited memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Grafik-Selangor-Pakatan“Saya ada tugas mempertahankan Kerajaan Negeri dan menghormati perjanjian yang ada pada dua pilihan raya iaitu tahun 2008 dan 2013.
“Kita ada perjanjian untuk bermuafakat dan ia harus ditunaikan sebelum habis tempoh pentadbiran,” katanya selepas merasmikan gudang Baiduri Dimensi di Pelabuhan Barat, di sini, hari ini.
Beliau berkata, PKR sentiasa menjalankan perbincangan dengan semua pihak termasuk PAS bagi meningkatkan kerjasama lebih kukuh pada masa hadapan.
“Kita jalankan perbincangan bersiri dengan semua parti politik. Kita turut mencadangkan parti seperti PSM dan di Sabah juga Sarawak perlu terbabit dalam perbincangan ini kerana ia adalah kerjasama besar.
“Ini adalah proses yang tak boleh diselesaikan dalam sehari dua keranan pembangunan sebuah gudang juga hanya boleh siap dalam setahun, apatah lagi nak bina masyarakat,” katanya.

Liong Sik minta Najib berundur

Beliau turut memaklumkan turut serta dalam bantahan Bersih di Perth Australia.
Ling-Liong-Sik-,najib,mahathir
PETALING JAYA: Bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik secara terbuka menggesa Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan.
Kenyataan itu dibuatnya ketika ditanya pandangannya mengenai desakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya Najib berundur.
“Saya bersetuju”, katanya yang dipetik dari portal Mstar Online.
Tanpa berselindung beliau yang ditemui selepas menghadiri Festival Minda Malaysia di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman, di Setapak memaklumkan turut menyertai demonstrasi di Perth, Australia.
“Saya pergi ke demonstrasi Bersih di Perth. Matlamat saya adalah untuk menggesa supaya undi tidak percaya dibuat terhadap Najib,” katanya.

Awasi cubaan memecahkan parti - Tuan Ibrahim


KUALA LUMPUR: PAS akan tetap meletakkan calon di semua kerusi yang ditandinginya kerana itu adalah hak PAS.
"Kalau komponen parti pembangkang lain khasnya Amanah juga meletakkan calonnya bermakna ia menjadi penyambung tali hayat kepada Umno BN," ujar Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

Pengalaman yang dialami oleh PAS akibat pertembungan dalaman telah menyaksikan muncul pelbagai parti kecil yang melambatkan proses perubahan kesedaran politik di kalangan rakyat.

Sejarah PAS yang panjang menyaksikan bagaimana campur tangan pihak luar yang meresap masuk ke dalam parti dengan mengapi-apikan rasa tidak puas hati, melaga-lagakan pimpinan dan perbezaan pendapat dalam kalangan pimpinan menyebabkan berlakunya perpecahan.

Kemelut dalaman yang berlaku ini tidak dinafikan sangat mengecewakan rakyat. Kerana setiap kali berlaku krisis biasanya ia akan berakhir dengan pembentukan parti baru. Parti serpihan ini tidak akan mampu mencapai sokongan sebagaimana parti induk. Ada yang memecahkan undi pembangkang dan inilah yang dikehendaki oleh BN.

Sebagai contoh, kemunculan parti Semangat 46 yang berpecah dari Umno, walaupun ia berjaya memenangi beberapa kerusi namun ia tidak dapat menggugat kekuatan parti induk Umno.

Telahan yang sama juga boleh dibuat pada parti Amanah. Namun, ini berbeza dengan Semangat 46, kerana ia akan menimbulkan saingan sama sendiri dalam kalangan pembangkang menjelang PRU14 akan datang.

Soal agihan kerusi akan menjadi masalah utama. PAS tidak akan bergabung dengan Pakatan Harapan kerana tindakan DAP terhadap PAS. Pada waktu ini, tak mungkin PAS juga boleh terima Parti Amanah yang kini sedang menarik ahli PAS dan merampas bangunan Pasti dan markas PAS.

Azmin: “Saya tak suka campur urusan parti lain”

azmin-sidangPELABUHAN KLANG, 3 OKT: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali sekali lagi menegaskan tidak berminat mencampuri urusan parti lain begitu juga sebaliknya.
Beliau berkata, parti lain dalam Pakatan Rakyat (Pakatan) mempunyai barisan kepimpinan sendiri yang mampu membuat keputusan berkenaan hala tuju masing-masing.
“Jangan campur urusan parti lain seperti saya tak suka pihak lain campuri urusan PKR. Saya tak akan campur urusan parti lain.
“Itu perbincangan. Kita sepatutnya beri mereka ruang untuk berbincang dan buat keputusan. Saya tak boleh buat keputusan bagi pihak parti lain,” katanya, di sini, hari ini.
Mohamed Azmin berkata demikian ketika ditanya berhubung kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkenaan kesediaan PAS membincangkan untuk keluar dari Kerajaan Selangor.
Pada masa sama, beliau turut mengulangi pendirian PKR untuk meneruskan kerjasa dengan sebarang parti yang sedia berjuang bagi menumbangkan Barisan Nasional seterusnya membawa negara ke arah lebih baik untuk rakyat.

PAS beri amaran PKR bakal berpecah kerana Pakatan Harapan

PAS memberikan amaran kepada PKR, tidak mustahil bakal menerima nasib yang sama seperti parti Islam itu ketika Pakatan Rakyat berpecah, menyebabkan penubuhan parti serpihan Parti Amanah Negara (Amanah).
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti Islam itu ketika ini dapat melihat gabungan parti politik baharu, Pakatan Harapan bakal menerima nasib sama seperti Pakatan Rakyat.
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tindakan tergesa-gesa membentuk Pakatan Harapan menunjukkan kepada rakyat sikap terlalu mementingkan diri sendiri sesetengah pihak yang menjadi punca Pakatan Rakyat terkubur. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Oktober, 2015. "Kepada PKR yang masih menjadi rakan kerjasama PAS, kami harap tidak berlaku perpecahan kerana bibit-bibit tersebut sudah kelihatan.

"Adanya pihak yang ingin menjadi juara bagi mengawal parti pembangkang yang lain serta usaha Barisan Nasional (BN), khasnya Umno melihat semua komponen parti pembangkang menjadi lemah," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Tuan Ibrahim berkata, tindakan tergesa-gesa membentuk Pakatan Harapan menunjukkan kepada rakyat sikap terlalu mementingkan diri sendiri sesetengah pihak yang menjadi punca Pakatan Rakyat terkubur.
"PAS mendoakan agar PKR tidak mengalami nasib yang sedang dialami PAS.
"Perpecahan dalaman parti akibat campur tangan pihak luar yang mempunyai kepentingan tertentu, akan melemahkan kekuatan suara pembangkang," katanya.
Katanya, PAS sememangnya sudah melalui konflik dalaman parti yang menyaksikan muncul pelbagai parti kecil yang melambatkan proses perubahan dan kesedaran politik di kalangan rakyat.
Tuan Ibrahim turut menyalahkan pihak luar yang didakwa menjadi punca kepada pergolakan dalaman PAS dengan bertindak mengapi-apikan rasa tidak puas hati, melaga-lagakan pimpinan dan perbezaan pendapat di kalangan pimpinan.
"Kemelut dalaman yang berlaku ini tidak dinafikan sangat mengecewakan rakyat. Kerana setiap kali berlaku krisis, biasanya ia akan berakhir dengan pembentukan parti baru," katanya merujuk kepada Amanah.

Rafizi: Pakatan Harapan ditubuhkan demi rakyat

Dr Ling juga mahu Najib undur

Tajuddin kurang ajar, kata Dr Ling

PAS hilang keyakinan diri, kata Khalid Samad

Amanah Mula Perluas Pengaruh

Pakatan Harapan Terengganu mula kempen yakinkan akar umbi

Ringgit dijangka cecah RM4.50 berbanding AS$ minggu depan

Penganalisis berpandangan jika tiada tekanan susulan daripada harga komoditi, ia akan memberi kesan positif kepada Ringgit.
ringgit-dollarKUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan pada kadar 4.40 hingga 4.50 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan berikutan prestasi dagangan yang positif sejajar harga komoditi yang lebih stabil.
Ketua Penyelidik Inter-Pacific Research Sdn Bhd, Pong Teng Siew, berkata tekanan akibat kelemahan harga komoditi dijangka reda pada bulan-bulan akan datang seperti dipaparkan menerusi kestabilan harga minyak mentah.
“Harga minyak mentah kini lebih stabil berbanding sebelumnya iaitu berlegar antara AS$45 dan AS$47 setong. Jika tiada tekanan susulan daripada harga komoditi, ia akan memberi kesan positif kepada Ringgit,” katanya.
Dia berkata, peniaga turut memberi tumpuan kepada pengumuman data pekerjaan AS yang akan memberi petunjuk sama ada pihak Rizab Persekutuan (FED) akan menaikkan kadar faedah menjelang akhir tahun ini.
Namun, Pong sebaliknya berpendapat data pekerjaan itu hanya memberi impak kecil terhadap keputusan FED untuk menaikkan kadar faedah berkenaan.
“Pihak FED jelas sekali tidak akan menaikkan kadar faedah. Kegagalan data pekerjaan itu untuk melepasi paras 200,000 peluang pekerjaan baharu secara konsisten akan menjadi asas bagi pihak FED untuk tidak menaikkan kadar faedah,” katanya.
Bagi minggu yang baharu berakhir, ringgit susut kepada 4.4100/4180 daripada 4.3800/9000 berbanding dolar pada Jumaat berikutan kebimbangan mengenai pertumbuhan ekonomi global serta kelembapan ekonomi China.
Unit tempatan itu turut mencecah paras 4.4770 berbanding dolar pada Selasa lepas, iaitu terendah sejak Januari 1998 ketika krisis kewangan Asia, sebelum naik kepada 4.4540.
Ia turut rendah berbanding kebanyakan mata wang utama lain. Ringgit bagaimanapun naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0747/0811 daripada 3.0758/0835 Jumaat lepas, tetapi susut berbanding yen kepada 3.6704/6783 daripada 3.6180/6269 minggu depan.
Ia rendah berbanding Pound Sterling pada 6.6834/6977 daripada 6.6699/6868 minggu lepas dan susut berbanding euro kepada 4.9224/9323 daripada 4.8784/8900 pada Jumaat lepas.
-BERNAMA

'Tuduhan kenduri anak TPM dibiaya itu kejam' - Besan Zahid

Besan kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Chairul Anhar berharap agar tiada lagi pihak yang menjadikan mana-mana majlis perkahwinan sebagai bahan propaganda politik.
 Chairil yang juga merupakan Presiden Diaspora Indonesia di Malaysia berkata, beliau juga berharap tiada pihak menyalahgunakan kebebasan media untuk membuat fitnah terhadap individu tertentu.
"Sebagai seorang yang beriman dan menganut adat-adat ketimuran, saya berharap kepada semua pihak janganlah acara yang baik seperti pernikahan ini dijadikan bahan propaganda politik kerana perbuatan jahat tersebut sangat bertentangan dengan moral dan mana-mana norma agama pun.
"Pada pandangan saya, apa yang terjadi di media atas talian bukan isu politik tetapi ada sekelompok orang yang cuba menyebar fitnah kepada besan saya dengan memanfaatkan kebebasan media.
"Dan seandainya saya tidak membantah isu tersebut, akan semakin banyak orang yang tidak berdosa menjadi korban (fitnah)," katanya kepada Malaysiakini.
Resepsi bagi pihak anak
Malah, Chairil yang telah mengenali Zahid lebih 20 tahun itu sekali lagi menegaskan bahawa majlis meraikah pernikahan anak perempuannya di hotel Ritz Carlton, Jakarta 19 September lalu dibiayainya 100 peratus.
Chairil juga menganggap dakwaan yang mengatakan ada pihak lain membiaya majlis tersebut sebagai satu penghinaan yang "kejam" terhadap keluarganya.
"Resepsi di Ritz Carlton Jakarta pada 19 September adalah bagi pihak anak perempuan saya. Sudah pasti 100 peratus biayanya daripada saya. Kalau ada yang mengatakan biaya resepsi saya dibantu oleh pihak lain, maka kenyataan tersebut adalah suatu fitnah dan penghinaan yang paling kejam untuk keluarga besar saya," kata Chairil yang berasal dari Bukittinggi, Sumatera.
Selain itu, ketika diminta untuk menceritakan bagaimana perkenalan antara anaknya dan anak lelaki ahli parlimen Bagan Datoh itu, Chairil memberitahu keluarga masing-massing saling mengunjungi antara satu sama lain.
"Saya dan Datuk Seri Zahid sebagai sahabat dan kami sering saling mengunjungi antara keluarga, baik di Jakarta mahupun di Kuala Lumpur.
"Daripada acara keluarga tersebut tentu terjadi perkenalan antara anak dengan anak yang Alhamdulillah atas izin Allah ternyata mereka berjodoh," katanya yang mempunyai 10 orang anak, termasuk dua lelaki.

Shahbudin padam entri anak Zahid kahwin

Ia dibuat selepas menerima pandangan dan nasihat yang dibuat oleh SKMM.
zahid_shahbuddin_600PETALING JAYA: Penulis Shahbudin Husin memadam entri di shahbudindotcom bertarikh 20 September 2015 selepas dinasihat berbuat demikian oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau SKMM.
Ia berhubung artikelnya “Kenapa lawatan rasmi Zahid ke Indonesia sama tarikh dengan majlis sanding anaknya di Jakarta?.
Mengulas mengenainya, Shahbudin berkata ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus menulis berdasarkan gerak hatinya dan dirasakan betul.
“Maka, sebagai warganegara Malaysia yang baik hati, saya dengan ini telah pun memadam atau mengeluarkan artikel bertarikh 20 September 2015 itu daripada blog saya iaitu shahbudindotcom dengan serta merta sebagai menghormati saranan SKMM itu.
“Saya menerima seadanya saranan tersebut dan terima kasih kepada pembaca dan penjenguk blog ini yang banyak menyokong dan memberi kata-kata semangat kepada saya.,”tulisnya di blog berkenaan.
Pemadaman itu dibuat susulan kenyataan rasmi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 1 Oktober tahun lalu.
Pada entri yang dikemas kini pada 3 Oktober, Shahbudin turut berkongsi kandungan email yang diterimanya daripada SKMM berdasarkan kenyataan Zahid:-
a) menegaskan beliau tidak membelanjakan apa-apa wang atau mengeluarkan dana awam bagi resepsi perkahwinan anak lelakinya di Indonesia, dan
b) majlis resepsi yang dimaksudkan adalah dianjurkan oleh besan beliau, sebaik mengetahui beliau akan melakukan lawatan rasmi ke negara Indonesia daripada 18 hingga 21 September 2015.

Akan wujud pecahan undi dengan bertambahnya parti, kata penganalisis politik

EC-M11
Pilihan parti politik yang banyak kepada pengundi pastinya akan mewujudkan pecahan undi terutamanya dalam kalangan pengundi Melayu.

KUALA LUMPUR, 3 Oktober:

Penubuhan Parti Amanah Negara (Amanah) sebagai sebuah parti baru di negara ini, pengundi akan mempunyai banyak pilihan pada Pilihan Raya Umum akan datang.
Penganalisis Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Kartini Aboo Talib Khalid berkata, pembentukan parti baru itu sendiri melambangkan amalan demokrasi di negara ini, dan pilihan yang banyak kepada pengundi pastinya akan mewujudkan pecahan undi terutamanya dalam kalangan pengundi Melayu.
“Parti politik yang didominasi oleh masyarakat Melayu adalah Umno, Pas, PKR, PSM dan kini Amanah dan dengan kewujudan parti ini, lebih banyak pecahan undi berdasarkan minat dan pilihan pengundi.
“Kita akan melihat pecahan undi dan taburannya membabitkan parti politik Melayu yang mana ia memberi kelebihan kepada pengundi Cina untuk memilih perikatan yang mereka bentuk.
“Ia akan menyebabkan parti Melayu akan bergantung kepada pengundi Cina untuk mendapat undi majoriti bagi membentuk sebuah kerajaan,” katanya.
Beliau bagaimanapun berkata untuk mewakili pergerakan demokratik positif, Malaysia perlu membenarkan mana-mana parti politik baru untuk berkembang tanpa kritikan yang keras.
Sementara itu, penganalisis politik, Datuk Mohamad Agus Yusoff berkata beliau turut berminat dengan landskap politik baru dengan penyertaan Amanah, namun katanya, impak parti berkenaan bagaimana pun masih belum terserlah.
Katanya, Amanah sendiri tidak akan berjaya sekiranya berdiri sendiri namun akan lebih baik sekiranya bersama pakatan pembangkang.
“Parti itu (Amanah) masih belum mempunyai kekuatan untuk menentang Pas di Kelantan dan Terengganu kerana ia mempunyai akar umbi yang kuat.
“Sekiranya Kelantan dan Terengganu berdepan dengan perlawanan tiga penjuru antara Pas, Amanah dan Umno pada PRU akan datang, Umno dilihat lebih berpeluang untuk menang berikutan pecahan undi Pas dan Amanah.

Pas Terengganu perlu nyatakan pendirian untuk bersama BN atau PH

rajabahrin-L
Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, Amanah telah bersetuju untuk mempercepatkan penubuhan PH untuk kepentingan rakyat.

KUALA LUMPUR, 2 Oktober:

Keengganan Pas menyertai Pakatan Harapan (PH) menyebabkan parti itu ketinggalan di Terengganu.
Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, Amanah telah bersetuju untuk mempercepatkan penubuhan PH untuk kepentingan rakyat.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata sekiranya Pas mahu menyertai PH pada masa akan datang, permintaan itu akan dipertimbangkan melalui perbincangan parti komponen PH yang mana buat masa ini disertai oleh DAP, Amanah dan DAP.
“Penubuhan PH di Terengganu adalah atas permintaan akar umbi untuk terus maju ke hadapan dalam usaha untuk menumbangkan kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke 14.
“Tawaran awal telah pun dibuat pada peringkat Pusat oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, namun mereka enggan menerimanya. Jadi PH perlu mengambil langkah seterusnya,” katanya.
Raja Bahrin merujuk kepada kenyataan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat di mana beliau dipetik sebagai berkata, Pilihan Raya Umum akan datang perlu kekal pertandingan dua penjuru.
“Saya setuju dengan cadangan itu. Kini situasi memerlukan Pas Terengganu membuat pilihan sama ada untuk bersama BN atau PH,” katanya.
Jadi katanya, Pas perlu menyatakan pendirian sama ada untuk memilih dan ia bergantung kepada parti itu sendiri.
“Pesuruhjaya Pas perlu menyatakan pendirian sekiranya beliau benar-benar mahukan pertandingan dua penjuru,” katanya.
Tambahnya, perjanjian persefahaman telah ditandatangani hari ini yang disertai oleh tiga pengerusi parti negeri iaitu Azam Ismail dari PKR, Raja Bahrin dari Amanah dan Ng Chai Heng bagi pihak DAP.

Pakatan Harapan ditubuhkan demi rakyat, kata Rafizi


Post Pic

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memberitahu kepentingan rakyat adalah hujah utama mengapa Pakatan Harapan ditubuhkan meskipun ada pihak menganggapnya dilakukan secara tergesa-gesa.
 
Walaupun mengakui wujud pandangan beberapa pihak di dalam PKR tidak bersetuju cara Pakatan itu dilancarkan begitu pantas, namun ujar Rafizi, ia wajar demi menyelamatkan rakyat daripada ketidakadilan Umno-Barisan Nasional.
 
"Di dalam PKR sendiri ada perbezaan pendapat dan saya hormati. Ada yang bertanya kenapa cepat sangat nak umum Pakatan Harapan dan tidak beri lebih masa kepada PAS untuk bersama dan ada juga yang bertanya kenapa bersetuju dengan Parti Amanah Negara (Amanah) yang tidak sampai pun tiga bulan penubuhannya?
 
"Kenapa umum cepat? Saya sokong 100 peratus sebab rakyat sudah tidak tahan. Ahli-ahli politik mungkin rasa mereka ada banyak masa untuk berbincang, berfikir... 
 
"Tetapi rakyat yang menanggung masalah matawang jatuh, GST, harga barangan yang mahal dan tak tahan tengok muka Rosmah dan Najib," katanya di hadapan kira-kira 50 peserta Ceramah Pakatan dan Harapan di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Taman Seraya, malam tadi.
 
Pakatan Harapan diwujudkan pada 22 September lalu dengan penglibatan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang terkubur pada Julai lalu.
 
Gabungan pembangkang yang lama itu menemui titik noktahnya selepas PAS dan DAP sering bertelagah dalam isu-isu kesepakatan bersama di dalam Pakatan Rakyat (PR), terutamanya soal pelaksanaan hudud di Kelantan.

Umno tangguh mesyuarat dalaman..!!

Mesyuarat dalaman Umno yang sepatutnya diadakan esok, ditunda sehingga tarikh yang belum ditetapkan, kata sumber dari parti itu.
Katanya, makluman mengenai pembatalan berkenaan dikeluarkan pegawai Ibu Pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra pada petang semalam.
 "Bagaimanapun, tiada sebarang alasan diberi yang menyebabkan mesyuarat itu ditunda," katanya kepada Malaysiakini.
Semalam portal ini menyiarkan laporan mengenai mesyuarat Pusat Penyelarasan dan Operasi Pilihan Raya Umum (GCOC) yang dijadual diadakan di PWTC pada jam 8 malam esok.
Antara anggota GCOC ialah Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Bagaimanapun mesyuarat itu menjadi perhatian kerana ia dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Biasanya Muhyiddin diberi amanah mempengerusikan mesyuarat berkenaan. Untuk makluman, Ahmad Zahid hanyalah Naib Presiden Umno yang dilantik menjadi timbalan perdana menteri menggantikan Muhyiddin dalam rombakan kabinet 28 Julai lalu.
Kedudukan Muhyiddin dalam Umno juga dilihat diketepikan apabila mesyuarat pengurusan yang diadakan sebelum pertemuan Majlis Tertinggi Umno bakal dipengerusikan oleh presiden parti itu sendiri.
Mengikut kelaziman, mesyuarat itu juga dipengerusikan oleh Timbalan Presiden Umno.

Saifuddin jawab surat tunjuk sebab Umno semalam

Datuk Saifuddin Abdullah sudah menjawab surat tunjuk sebab dikeluarkan Umno kerana menghadiri sidang meja bulat parti pembangkang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Oktober, 2015.Datuk Saifuddin Abdullah sudah menjawab surat tunjuk sebab dikeluarkan Umno kerana menghadiri sidang meja bulat parti pembangkang, meminta penjelasan berhubung apakah kesalahan sebenar beliau, lapor The Star.
Bekas timbalan menteri dan ahli Parlimen Temerloh itu sudah menghantar dua pucuk surat, sepucuk daripada peguam Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM) yang beliau ketuai dan sepucuk lagi atas kapasiti peribadinya.
"Surat tunjuk sebab itu samar-samar.

"Oleh kerana ia menyatakan tindakan disiplin boleh diambil terhadap saya, saya mempersoalkan apakah kesalahan yang saya lakukan dan seksyen mana dalam perlembangaan parti yang saya langgar," katanya kepada The Star dalam satu wawancara. Saifuddin mempersoalkan apakah surat tunjuk sebab itu ditujukan kepada dirinya atas kapasiti sebagai ketua pegawai eksekutif GMM atau sebagai ahli Umno dan mengapa surat itu dihantar ibu pejabat parti dan bukannya lembaga disiplin.
Jawapan daripada peguam GMM adalah untuk mendapatkan penjelasan apakah badan bukan kerajaan itu akan turut terlibat dalam tindakan disiplin bakal diambil parti.
Menurut The Star, kedua-dua surat itu dihantar ke ibu pejabat Umno semalam.
Saifuddin menghadiri sidang meja bulat parti pembangkang yang menyaksikan Pakatan Harapan ditubuhkan.
Kehadirannya menimbulkan kemarahan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengatakan tindakan disiplin bakal dikenakan terhadap bekas ahli majlis tertinggi parti Melayu itu.

Pas tak akan tarik diri dari kerajaan Selangor

SHAH ALAM – “Pas Selangor tidak akan menarik diri daripada kerajaan Selangor,” demikian pendirian Timbalan Pesuruhjaya 2 Pas Selangor, Shafie Ngah yang dinyatakan kepada Sinar Harian semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kenyataan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali yang menyerahkan kepada Pas untuk menentukan pendirian sama ada mahu keluar atau kekal dalam pakatan kerajaan Selangor.
Pas tak akan tarik diri Beliau yang juga Adun Bangi berkata, Pas tidak boleh menarik diri memandangkan wakil rakyat Pas mempunyai tanggungjawab besar melaksanakan mandat rakyat.
“Kami dipilih rakyat pada pilihan raya lalu sehingga kami berjaya membentuk sebuah kerajaan yang baik dalam Pakatan Rakyat (PR) sekali gus memberi kebajikan kepada semua rakyat.
“Pas Selangor percaya mana-mana parti di negeri ini tidak boleh mentadbir secara bersendirian kecuali menerusi kerjasama antara satu sama lain,” katanya.
Mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama, Datuk Dr Mahfodz Mohamed yang bersedia untuk mempertimbangkan keputusan keluar dari pakatan kerajaan Selangor, Shafei berkata, keputusan perlu dibuat secara kolektif dan pandangan Pas Selangor biasanya turut diambil kira.
“Buat masa ini Dewan belum buat sebarang keputusan, jadi saya tak boleh nak ulas lebih lanjut perkara itu,” katanya.
Dalam pada itu, Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman turut menegaskan yang Pas Selangor tidak akan goyah dengan Pakatan Harapan.
Menurutnya, PR masih terpakai di Selangor sepertimana yang dinyatakan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali sebelum ini.
“Kami terima baik pandangan beliau (Mohamed Azmin) yang mengatakan hanya PR terpakai di Selangor, bukannya Pakatan Harapan.
“Justeru itu, Pas Selangor akan terus menjalankan tugas seperti biasa termasuk berbincang dengan rakan PKR dan DAP dalam urusan hal ehwal kerajaan di negeri ini,” katanya.

1MDB tangguh serah akaun untuk sembunyikan kebenaran

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua mempersoalkan sekiranya 1MDB sedang cuba menjual semua asetnya untuk menampung berbilion ringgit yang dikatakan hilang, menyebabkan mereka lambat menyerahkan kenyataan kewangannya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Oktober, 2015.  
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua mempersoalkan sekiranya 1MDB sedang cuba menjual semua asetnya untuk menampung berbilion ringgit yang dikatakan hilang, menyebabkan mereka lambat menyerahkan kenyataan kewangannya. 

Kelewatan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dalam menyerahkan kenyataan kewangannya kepada penyelia tidak boleh diterima, kata DAP hari ini, serta menuduh syarikat sarat hutang itu ingin "mengelak kebenaran terbongkar kepada rakyat".
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua juga mempersoalkan sekiranya kelewatan firma tersebut menyerahkan kenyataan Mac 2015 dilakukan secara sengaja sehingga pelaburan milik Kementerian Kewangan itu dapat menjual semua asetnya untuk menampung berbilion ringgit yang dikatakan "hilang".
1MDB dikatakan memfailkan kenyataan kewangannya dengan Companies Commission sejak 30 September tetapi menerima lanjutan 6 bulan. Syarikat tersebut mengatakan tidak dapat akses kepada dokumen penting kerana sedang disiasat pihak berkuasa.

"Alasan ini teruk kerana seperti yang didapati Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) semasa pertemuan dengan juruaudit 1MDB, Deloitte Malaysia, mereka tidak dipanggil atau dibenarkan memulakan audit dari Jun 2015. "Pengerusi PAC pada masa itu, Datuk Nur Jazlan Mohammad memberitahu media Deloitte belum lagi diarahkan Kementerian Kewangan untuk menjalankan audit lebih 3 bulan selepas kewangan penghujung tahun.
"Beliau berkata Deloitte 'ingin berbuat begitu tetapi belum diberi kebenaran dari kementerian'.
"Jadi Deloitte masih belum diberi arahan untuk memulakan audit lagi." kata Pua dalam satu kenyataan hari ini.

KENAPA PERLU 3 TAHUN ??? NAMPAK TAK... INGAT.. Rakyat bodoh ka mcm machai..

BN pasti mau adakan PRU14 paling lewat 2018 (LAGI 3 TAHUN) kerana masa itu jumlah pekerja asing dah cecah SUKU DARIPADA PENDUDUK M'SIA..

Nak adakan PRU14 dlm masa terdekat.. Jgn harap la.. Sbbnya Ahmad Maslan hari tu kata BN akan tewas sekiranya p'raya umum diadakan segera...

Mana boleh nak diadakan segera p'raya umum. Kemasukan 1.5 juta bangla blom settle lagi. Zahid Hamidi kan dah kata kemasukan 1.5 juta bangla dlm tempoh 3 tahun. Najib pon dah bg 'green light' akan ambil 3,000 pelarian Syria & diberi 'kad pengenalan khas' juga dlm tempoh 3 tahun lagi

ANWAR IBRAHIM 'WITHOUT A SOUL!'

ANWAR IBRAHIM 'KERAJAAN KATA, BUKAN SAYA KATA!'

ANWAR IBRAHIM - MAT SABU 'ANTARA AKIDAH DAN AKHLAK'

Kalau Tak Menipu, BUKAN UMNO NAMANYA..

Baru tahu.. bila minyak naik harga kehidupan rakyat makin sejahtera..

Kalau camtu, bulan depan & PASTIKAN HARGA MINYAK TERUS KEKAL NAIK ya !!.. JANGAN TURUN2. klu turun nanti kehidupan rakyat TAK AKAN SEJAHTERA !!!

"Nak atasi kesesakan di KL kena kurangkan parking.."

KENAPA TAK SURUH AJA HAPUSKAN SEMUA PARKING DI KL.. gerenti tak sesak di KL..

Asal kluar dari mulut BN saling tak tumpah mcm Haji Ahmad Maslan.

Roti canai, nasi briyani prices to come down

After supermarkets and mini-markets, ministry going after restaurant operators associations to bring food rices down.
hamzah-zainuddin
JOHOR BAHRU: The Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Ministry is going all out to bring down prices at restaurants, including for roti canai and nasi briyani.
Its minister, Hamzah Zainuddin, said the move follows the success of the ministry’s initial campaign to get retailers, including supermarkets and mini-markets to bring down prices.
“We are discussing with restaurant operators associations to implement the second strategy soon,” he told a press conference after launching a price reduction campaign here today.
He said once an agreement was reached, the associations would voluntarily reduce prices based on the type of food ordered by customers.
“For instance, if possible, my strategy would be this week the price of roti canai in the country be reduced … next week, maybe nasi beriyani. This is our strategy and will update on the progress from time to time,” he said.
He said this way, the purchasing habits of the people could be changed.
Earlier, Hamzah had launched the “Price Reduction Campaign – Low Prices Everyday Throughout the Year” at the Point Convenience Shop at JB Sentral, here.
“This shop is the first convenience store here which has voluntarily joined the price reduction campaign, lowering the price of a carton of coca-cola today by RM6 from the original price of RM24,” he said.
He added that throughout this month, the shop would also reduce the prices of its other goods.
Hamzah said since March, 55 companies and 2,453 branches of supermarkets had voluntarily participated in the price reduction campaign which involved 934,873 types of food products and essential items.
– BERNAMA