Jumaat, 2 Oktober 2015

Pelarian Syria ditawar penempatan, peluang kerja di Malaysia



Malaysia akan menawarkan penempatan dan peluang pekerjaan sementara kepada 3,000 pelarian Syria serta akses pendidikan kepada anak-anak mereka semasa berada di negara ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penerimaan pelarian berkenaan menunjukkan sikap keperimanusiaan dan keprihatinan kerajaan dan rakyat Malaysia terhadap nasib yang menimpa rakyat Syria.
"Yang penting adalah perlindungan kepada mereka dan keluarga, dan kita akan memikirkan beberapa pendekatan tentang memberikan pendidikan untuk anak-anak mereka juga.
"Kita gunakan pengalaman lalu supaya penempatan, pendidikan dan peluang pekerjaan sementara dapat diberikan kepada mereka sehingga keadaan (kembali) aman di Syria dan mereka dapat pulang ke negara asal," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Kebangkitan Radikalisme dan Ekstremisme Ganas di ibunegara hari ini.
Beliau diminta mengulas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, ketika berucap pada sesi Ke-70 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu pada Khamis, mengenai kesediaan Malaysia menerima 3,000 pelarian Syria dalam tempoh tiga tahun akan datang bagi membantu meringankan krisis pelarian.
Najib berkata negara-negara Islam sebahagiannya bertanggungjawab memastikan kesejahteraan rakyat Syria terpinggir yang melarikan diri dari negara mereka dalam jumlah yang besar sehingga mengakibatkan tekanan ekonomi dan sosial di Eropah.
Ahmad Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata Malaysia mempunyai pengalaman dalam memberikan bantuan kepada rakyat negara bergolak termasuk Bosnia Herzegovina sehingga diberikan pujian di peringkat antarabangsa.
"Kita dapat lihat pelajar Bosnia ketika itu yang belajar di Universiti Islam Antarabangsa kini sudah menjadi pemimpin utama di Bosnia dalam politik dan korporat serta (ada juga yang menjadi) profesional," katanya.

Shell Malaysia Bakal Buang Pekerja dan Kakitangan Shell Seramai 1,600 Orang!

Kehidupan dan landskap keadaan ekonomi Malaysia yang ibarat syurga dunia sebelum ini sudah berakhir, apabila satu demi satu syarikat terpaksa menstruktur semula syarikat mereka termasuk buang kakitangan dan pekerja bagi mengurangkan kos operasi syarikat masing masing dalam keadaan kelembapan ekonomi dunia dan ekonomi Malaysia yang masih tidak menentu.
Ditambah pula dengan harga minyak dunia yang terus kekal rendah sekarang ini.
Terbaru syarikat gergasi minyak dunia ini, Shell telah mengambil langkah segera untuk terus bersaing secara kompetatif dalam industri emas hitam dunia apabila melalui Shell Malaysia umumkan :

Persiapan Awal Untuk Lebih Berdaya Saing

berita terkini shell
  • 1,300 pekerja dan kakitangan akan kena buang oleh Shell Malaysia dalam tempih 2 tahun yang akan datang
  • Jumlah kakitangan Shell Malaysia berjumlah 6,500 pada ketika ini
P/S : Syarikat Sapura juga sedang menghadapi masalah bagi mengekalkan momentum syarikat mereka sebelum ini.
PP/S : Kalangan syarikat yang berpusat di G Tower Jalan Tun Razak menunjukkan beberapa syarikat Oil & Gas telah ditutup disebabkan tekanan yang mereka hadapi sekarang. Selain Oil & Gas, industri pembuatan juga terjejas dengan situasi hari ini.

Amanah tak akan mampu tarik ramai ahli Pas – Pemuda Pas

AHMAD Abdullah bersama rakan-rakanya dari Unit Amal Pemuda Pas berhimpun bersama beberapa pemimpin Pas di Masjid Jamek petang tadi.
Kalau parti Amanah pimpinan Mohamad Sabu atau Mat Sabu yakin dapat menarik lebih ramai ahli Pas menyertai parti tersebut, anggaplah itu seperti angan-angan Mat Jenin.
"Yang masuk parti Amanah itu kebanyakannya anak-anak muda yang belum menyertai mana-mana parti politik tetapi kalau ahli Pas, rasanya tak banyak mana.
"Kami daripada Pemuda Pas akan tetap bersama kepimpinan ulama kerana kami yakin hanya Pas sahaja sebuah parti politik yang benar-benar memperjuangkan agama Islam," kata ahli Unit Amal daripada Pemuda Pas, Ahmad Abdullah dari Gombak, Selangor.
Ahmad ditemui bersama rakan-rakannya pada majlis Himpunan Kutuk kekejaman Israel dan Selamatkan Aqsa di luar Masjid Jamek, Kuala Lumpur selepas solat Jumaat petang tadi.
Katanya, tidak menjadi kesalahan untuk Mat Sabu dan konco-konconya untuk menubuhkan parti politik selepas kalah pada pemilihan Muktamar Pas kerana Malaysia mengamalkan sistem demokrasi.
"Itu hak dialah untuk buat parti baharu dan bukan hak kami pun untuk menghalang sesiapa pun untuk tubuh parti.
"Malah kami pun tak mahulah burukkan parti yang ditubuhkan oleh bekas-bekas 'pejuang' Pas itu, sebaliknya mahu melihat sejauh mana parti itu boleh melangkah," ujarnya.
Apapun kata Ahmad, Pas tetap kukuh dan ahli-ahlinya tetap setia walaupun terpaksa bergerak sendirian tanpa sokongan daripada mana-mana parti pembangkang.

Politikkan isu azan dan iqamah hanya dedahkan kejahilan – Mujahid

FLY_1764
Mujahid berkata, hanya azan dan juga iqamah yang diizinkan dalam Islam untuk dilaungkan secara kuat bagi memberitahu kepada orang ramai bahawa telah masuk waktu solat

KUALA LUMPUR, 2 Oktober:

Isu larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau kecuali untuk azan dan iqamah di Pulau Pinang tidak perlu dipolitikkan memandangkan fatwa mengenainya dibuat mengikut kaedah dan landasan yang dibenarkan syarak.
Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, pihak yang cuba mempolitikkan isu berkenaan diminta agar tidak meneruskan niat tersebut kerana ia dikhuatiri akan mendedahkan kejahilan mereka.
Menurutnya, hanya azan dan juga iqamah yang diizinkan dalam Islam untuk dilaungkan secara kuat bagi memberitahu kepada orang ramai bahawa telah masuk waktu solat dan juga sudah bersedia untuk menunaikan solat.
“Jadi tidak timbul hak orang Islam kerana hanya dua perkara ini sahaja yang disarankan dalam Islam kerana memperdengarkan bacaan zikir, ayat al-Quran dengan kuat tidak diketahui asal-usulnya dalam hukum syarak.
“Perkara ini merupakan pandangan yang dikeluarkan oleh bekas Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad sebelum ini dan kini ia dalam proses untuk diwartakan dan bukannya perkara baru yang perlu dipolitikkan,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post, hari ini.
Sebelum ini, surat yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 September berhubung keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 dan 2 Julai dan disahkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada 23 dan 24 Ogos lepas telah tersebar di media sosial.

Bai’ah taklik: Pas Kelantan didesak ambil tindakan terhadap Dr Hatta, Kamaruddin

IMG_20151002_163457
Presiden Pertubuhan Kebajikan Al Insan Islamiah Kelantan, Zakaria Salleh (dua dari kiri) ketika ditemui pada sidang media di Kota Bharu, hari ini.

KOTA BHARU, 2 Oktober:

Lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak pihak kerajaan Pas Kelantan untuk mengambil tindakan ke atas Ahli parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli dan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar yang melanggar bai’ah taklik dengan melompat parti.
Wakil NGO terbabit yang juga Presiden Pertubuhan Kebajikan Al Insan Islamiah Kelantan, Zakaria Salleh berkata, tindakan Pas yang sehingga kini masih berdiam diri seolah-olah memperlihatkan mereka sekadar melaksanakan bai’ah demi kepentingan politik mereka sahaja.
Beliau menjelaskan, tindakan membiarkan pasangan itu bersekedudukan akan memberi persepsi tidak baik ke atas agama Islam walhal Ketua Hakim Syarie sudah menjelaskan kedudukan pasangan itu sudah sah jatuh talak ekoran bai’ah yang diangkat oleh kedua ahli Parlimen berkenaan.
“Dalam hal ini pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) sepatutnya mengambil tindakan segera supaya isu ini tidak berlarutan.
“Jika dibandingkan dengan pasangan lain yang bersekedudukan walaupun mungkin sudah bernikah secara sah di Thailand, misalnya, sudah pasti JHEAIK akan menyerbu rumah pasangan itu,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Jelasnya, sekiranya Pas Kelantan gagal mengambil tindakan ke atas ahli Parlimen terbabit, pihak NGO Kelantan akan mengambil tindakan seterusnya dengan menghantar memorandum kepada kerajaan negeri ataupun membuat demonstrasi menuntut supaya tindakan segera diambil oleh Kerajaan negeri.
Menurutnya, tindakan Pas yang melaksanakan bai’ah juga sekadar ‘mengarut’ dan bukannya untuk kepentingan Islam semata-mata.

Pakatan Harapan perlukan idea baharu tarik pengundi

Parti Rakyat Malaysia(PRM) yakin bahawa lebih ramai rakyat Malaysia menolak BN yang dipimpin Umno, maka parti politik pembangkang harus bersatu untuk menentang parti itu dalam menghadapi pilihan raya umum ke-14.
Pakatan Harapan perlukan idea baharu tarik pengundi Setiap parti politik mempunyai pendirian dan ideologi berlainan mengenai beberapa isu yang menjejaskan negara, tetapi PRM percaya bahawa semua parti politik pasti sanggup berkerjasama dengan niat sama untuk mengalahkan BN.
Tidak boleh dinafikan bahawa kerajaan BN dahulu ada melakukan perkara yang baik, tetapi kini parti itu tidak sunyi dari tuduhan penyalahgunaan kuasa, rasuah, sikap boros dan pelaksanaan polisi dan dasar yang tidak mengutamakan rakyat.
Parti itu sebaliknya dilihat hanya menjaga kepentingan beberapa orang dan perniagaan korporat dan kroni.
Justeru, demi kepentingan rakyat dan negara, zaman pemerintahan BN harus diakhiri secepat mungkin dan digantikan dengan kerajaan alternatif yang benar – bukan sekadar penukaran orang dan parti yang memerintah.
Inisiatif Pakatan Rakyat melibatkan PAS, DAP dan PKR yang dimulakan pada 2008 kini nampaknya sudah berakhir.

Kegagalan ini berpunca dari beberapa sebab:
1. Pakatan lemah kerana enggan melibatkan parti politik pembangkang lain termasuk PRM. Pendirian ini membuntukan perkembangan Pakatan.
2. Pakatan yang mahu menjadi lebih daripada satu gabungan untuk menghadapi pilihan raya gagal mendaftarkan diri sebagai satu gabungan parti politik seperti BN.
3.Pakatan gagal sampai pendirian dan dasar berkenaan cara pentadbiran dan isu-isu asas. Perbedaan ini nyata dari cara pentadbiran kerajaan negeri yang kini diperintah parti PAS-DAP-PKR.
Hala tuju dan dasar setiap kerajaan negeri tersebut berkenaan nampaknya ditetapkan oleh Menteri Besar atau parti Menteri Besar berkenaan, dan bukan secara bersama.
Kehilangan Kedah dan kegagalan merampas kembali Perak dalam Pilihanraya Umum (PRU) lepas adalah kesan amalan sebegini.
Keempat, walaupun Pakatan berjaya membentuk pentadbiran di beberapa negeri, cara pentadbiran dan dasar nampaknya tidak banyak berubah daripada cara Umno-BN.
Apa yang berbeza, mungkin kerajaan negeri kini lebih bersih, cekap dan amanah. Ini tidak memadai, kerana ia perlu melibatkan perubahan besar dari segi dasar.
Antara lain, perubahan ini perlu melibatkan promosi dan jaminan hak pekerja, golongan tani, nelayan, sistem pendidikan, Orang Asli, isu alam sekitar, kesihatan dan kebajikan rakyat. Parti pembangkang ini perlu membuktikan alternatif yang lebih baik dan adil.

Permohonan habeas corpus Khairuddin didengar 13 Okt



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 13 Oktober untuk mendengar permohonan habeas corpus bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan bagi mencabar penahanannya mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
Hakim Kamardin Hashim menetapkan tarikh itu selepas kes itu disebut di hadapannya.
Peguam Hanif Kathri Abdulla yang mewakili Khairuddin, 53, memohon mahkamah mempercepat pendengaran permohonan itu atas alasan tempoh tahanan Khairuddin akan berakhir pada 21 Oktober ini.
Katanya, Khairuddin ditahan di bawah Sosma selama 28 hari dan permohonan habeas corpus itu akan menjadi akedemik jika ia didengar selepas tamat tempoh penahanannya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Hanafiah Zakaria berkata pendakwaan memerlukan masa sebulan untuk menjawab afidavit Khairuddin.
Mohd Hanafiah berkata afidavit itu turut memerlukan pengesahan Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz bagi menjawab kenyataan Khairuddin mengenai 1MDB yang dibangkitkan dalam afidavitnya.
"Pihak kami dimaklumkan pegawai Bank Negara bahawa Tan Sri Zeti berada di luar negara kerana menghadiri mesyuarat di Bank Dunia dan mereka tidak pasti tarikh sebenar beliau pulang.
"Jadi, kami perlu masa sebulan untuk Tan Sri Zeti mengesahkan afidavit balasan itu," katanya.
Kamardin berkata sekiranya Zeti tidak boleh mengesahkan afidavit itu, timbalan gabenor Bank Negara boleh berbuat demikian.
Oleh itu, beliau menetapkan 13 Oktober untuk mendengar permohonan itu.
Pada 28 September lepas, Khairuddin memfailkan permohonan itu dengan menamakan Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Supt Habibi Majinji, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga keempat.
Khairuddin memohon perintah mahkamah bahawa penahanannya mengikut Seksyen 4(5) Sosma 2012 bertarikh 24 September lepas yang dikeluarkan responden pertama (Habibi) dan dilaksanakan oleh responden kedua (Ketua Polis Daerah Dang Wangi) di Ibu Pejabat Polis Daerah, Dang Wangi, Kuala Lumpur adalah tidak sah dan terbatal.

Kelakar betul bila Umno menjarakkan diri dari perarakan jalanan!

oleh V Shuman
Melalui hari yang tenang walaupun hari berjerebu?
Ada sesuatu di sini yang menggelikan hati anda, dan membuatkan anda ketawa kuat.
Umno menentang perarakan jalanan- begitulah kata setiausaha agung parti Tengku Adnan Tengku Mansor.
Menurutnya, Umno “tidak akan menyokong dan tidak pernah menyokong mana-mana perarakan jalanan”.
Kerana itu, parti itu tidak akan menyokong perarakan “baju merah” Kajang yang dirancang oleh ketua bahagian Umno Sungai Besar Jamal Md Yunos, tambahnya.
“Kita tidak menyokong mana-mana perarakan. Termasuklah perarakan baju merah,” Tengku Adnan dipetik berkata oleh satu laporan berita.
Menurutnya, muka-muka Umno yang kita nampak sewaktu perarakan 16 Sept “mewakili NGO (badan buka kerajaan).
Mohd Ali RustamMohd Ali Rustam
“Beberapa pemimpin Umno juga adalah ahli-ahli NGO, termasuk saya sendiri, saya pengerusi banyak NGO. Presiden Pesaka Mohd Ali Rustam salah satu contohnya.
Wow. Adakah dia bergurau?
Samada dia merasakan rakyat Malaysia baru lahir semalam, atau kita hanya sekumpulan anak-anak yang tak mampu mengesat hingusnya sendiri, yang akan mempercayai apa sahaja yang diberikan kepada mereka.
Nampaknya sikap memperlekehkan kebijakan rakyat Malaysia menjadi norma untuk Putrajaya. Mereka mungkin merasakan yang tahap IQ rakyat Malaysia setaraf dengan mereka yang sedang menduduki kabinet.
Perarakan Hari Malaysia mempunyai nama Umno tertulis di semua tempat- daripada penganjur sehinggalah kepada VVIP yang datang.
Menteri Umno seperti Sabri Yaakob dan Ahmad Maslan kelihatan bergaul dan beramah mesra dengan peserta perarakan yang memakai baju merah.
Apakah NGO yang disertai mereka- “Persatuan pertahankan PM Najib Razak tak kira apa?”
Masalah Putrajaya dan politikus BN di sini- merasakan yang dengan dalam penafian mereka akan membuatkan masalah berlalu pergi.

Harapan dan Kesepakatan Anak Muda : UMNO/BN Tumbang PRU14

Fitnah Raja Muda : Polis digesa siasat Rahim Thamby Chik

Memo to be faxed to Obama over Al-Aqsa intrusion

Crowd protests at US embassy over Al-Aqsa intrusion

DAP Pahang harap boleh berdialog dengan mufti

Lempang dulu, tengok apa berlaku, kata DAP

Asal saja keluar dari mulut dia pasti BOHONG !!! Kenapa ??

Sampai bila kamu yg dibayar gaji oleh 'taxpayer' rakyat utk berbohong kpd rakyat & jilat boss kamu..

Jangan semborono tuduh seseorang keluar Islam

SALLEHIN MUHYISHAH ALAM, 2 OKT: Menuduh sesorang keluar agama tanpa bukti kukuh antara perbuatan yang dipandang keras sisi Islam.
Adun Sabak, Sallehen Mukhyi berkata bahkan tuduhan seumpama itu boleh jatuh kepada diri orang yang menuduh itu sendiri.
Bekas Exco Hal Ehwal Agama itu juga berkata, isu agama adalah perkara dasar dalam kehidupan dan tidak boleh dipermainkan secara semborono.
“Jangan buat kenyataan yang boleh mencetuskan kerunsingan rakyat, lebih-lebih lagi berkaitan Raja Muda Selangor iaitu orang kedua menjaga agama di Selangor.
NOOR HANIM“Sebagai Adun dan seorang Islam, saya merasa kesal di atas kenyataan yang dilihat sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak berkredibiliti,” kata kepada Selangor Kini.
Sebelum ini, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik dikecam kerana mengeluarkan dakwaan kononnya Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah sudah menganuti agama Katholik di laman facebooknya.
Dewan Di-Raja Selangor tampil menafikan dakwaan itu dan menganggap tuduhan tersebut berunsur fitnah, hasutan serta berniat jahat terhadap institusi diraja Selangor.
Sementara itu, Adun Seri Serdang, Noor Hanim Ismail berkata tindakan sewajarnya perlu diambil pihak berkuasa mengikut lunas undang-undang berhubung kenyataan Rahim.
“Negara ada undang-undang sama ada sivil mahupun syariah, jadi segala tindakan juga perlu berasaskan perkara berkenaan.
“Seharusnya perkara berkaitan isu sensitif seperti agama tidak perlu diviralkan sehingga boleh mencetus fitnah,” katanya.

Fatwa Pulau Pinang wajar diteladani semua negeri – BIPPA

1. Ditegaskan oleh ramai tokoh maqasid syariah, seperti Al-Syatibi dan al-Izz bin al-Salam, bahawa syariah diturunkan untuk memberi kebaikan kepada manusia, dan berusaha menolak sebarang kerosakan dari tertimpa kepada manusia. Ekoran itu, tiada hairan kita dapati tindakan yang mengganggu orang ramai berbentuk berbuat bising tidak dilakukan oleh Nabi saw.
2. Laungan yang kuat yang dibenarkan dalam Islam, semestinya wujud dalam agama secara nas yang saheh dan sareh (jelas, tanpa takwilan). Ekoran itu, yang diketahui secara nas yang saheh dalam Islam, tiada laungan yang kuat dari dalam masjid sehingga kedengaran di luar masjid seperti bacaan al-Quran, syarahan agama dan sebagainya. Yang wujud hanya melaungkan azan sahaja. Ia bertujuan untuk mempamerkan syiar agama, menyeru manusia untuk menunaikan solat dan memberi tahu tentang masuknya waktu solat.
3. Memandangkan Malaysia punyai masyarakat yang pelbagai bangsa dan agama, yang sudah pasti budaya saling hormat menghormati perlu disuburkan. Justeru, atas semangat dan roh maqasid syariah, sudah pasti fatwa Mufti Pulau Pinang yang melarang menggunakan pembesar suara di luar masjid pada selain azan dan iqamah adalah wajar dan perlu disokong dan didokong. Malahan, ia perlu dijadikan contoh dan tauladan di semua negeri -negeri di Malaysia.
4. Pihak BIPPA AMK menganggap bahawa disebalik fatwa Mufti Pulau Pinang itu, terkandung maksud mahu menyuburkan budaya saling hormat menghormati antara penganut agama dan bangsa. Budaya ini tidak sewajarnya dilihat dari sudut orang Islam sahaja, malahan amat wajar diambil tauladan sama oleh kalangan penganut agama selain Islam.

Pembesar suara: SAMM sokong Kerajaan P Pinang


Pembesar suara: SAMM sokong Kerajaan P Pinang

GEORGETOWN - Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyerahkan memorandum sokongan kepada Kerajaan Pulau Pinang berhubung fatwa penggunaan pembesar suara masjid dan surau.

Penyelaras SAMM Pulau Pinang, Aidil Ibrahim berkata, memorandum itu dihantar bertujuan untuk menyokong keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang berkenaan penggunaan pembesar suara itu.

"SAMM meminta semua rakyat di negeri ini supaya menghormati keputusan dan pendirian Majlis Fatwa Pulau Pinang. Kita mengutuk segelintir pihak khususnya yang didukung parti pembangkang di negeri ini yang cuba menghasut rakyat agar membenci Kerajaan Pulau Pinang.

"Tindakan mereka yang menggambarkan Jabatan Mufti sebagai kuda tunggangan yang hanya mengikut arahan juga dilihat tidak wajar dan dikutuk.

"Dengan perlakuan mereka itu, mereka seolah-olah sengaja menghina Yang Dipertuan Agong kerana Jabatan Mufti adalah di bawah seliaan dan mandat Yang Dipertuan Agong berdasarkan enakmen 44 Pulau Pinang.

"Oleh demikian, sebarang keputusan untuk dijadikan fatwa atau diwartakan perlu mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong sebelum ia diwartakan," katanya kepada media, di sini, hari ini.

Semalam, Kerajaan Pulau Pinang memandang serius kebocoran surat rasmi kerajaan berhubung keputusan larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau, kecuali untuk azan dan iqamah, yang akan diwartakan tidak lama lagi.

Mat Sabu: Terima kasih ROS lulus nama Amanah


Mohamad Sabu

GEORGETOWN - Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu atau Mat Sabu mengucapkan terima kasih kepada Jabatan  Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) kerana sudah meluluskan pertukaran nama Parti Pekerja Malaysia kepada Amanah.

Menurut Mat Sabu, kelulusan yang agak lewat itu adalah kerana ROS pada awalnya menolak nama yang dicadangkan sebelum ini yang mempunyai perkataan Islam (Parti Progresif Islam atau Parti Islam Malaysia).

"Saya dapat berita baik daripada ROS sudah meluluskan permohonan pertukaran nama, hari ini

"Kami amat berterima kasih atas kerjasama pihak ROS dengan harapan semoga permohonan lain dalam pindaan perlembagaan lain, juga diluluskan seperti jawatan pengerusi kepada presiden," katanya pada sidang media di Komtar, hari ini.

Nik Abduh setuju larangan pembesar suara


Nik Abduh Nik Abdul Aziz

KUALA LUMPUR - Tindakan Kerajaan Pulau Pinang yang hanya membenarkan penggunaan pembesar suara untuk azan dan iqamah disokong Pemuda Pas berdasarkan sunnah Rasullullah.

Ketuanya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, berdasarkan ajaran Islam, adalah tidak wajar mengganggu orang bukan Islam.

"Betul lah. Islam tidak mengganggu masyarakat lain," katanya.

Menurutnya, Pas telah membuat pendirian itu sejak dahulu lagi.

"Allahyarham Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menyatakan pendirian itu dan ianya tidak akan berubah," katanya.

Beliau berkata, perkara ini timbul apabila masyarakat bukan Islam menjadi majoriti negeri itu.

"Dari sudut siasah syariah, tindakan melarang masjid daripada membuat perkara yang mengganggu orang lain adalah betul," katanya.

NGO wanita tolak kenyataan Rosmah di luar negara

Kumpulan-kumpulan wanita hari ini menolak kenyataan isteri perdana menteri, Rosmah Mansor, bahawa perkahwinan kanak-kanak di Malaysia jarang berlaku.
“Malangnya perkahwinan kanak-kanak di Malaysia berlaku lebih kerap daripada yang digambarkan,” kata Gabungan Organisasi Wanita Bertindak Bagi Kesamarataan Gender (JAG).
“Perkahwinan kanak-kanak sudah pasti bukan jarang-jarang berlaku di Malaysia, seperti disebut Rosmah.”
Memetik timbalan meneri wanita, keluarga dan masyarakat Heng Seai Kie pada 2010, JAG berkata kira-kira 16,000 wanita bawah 15 tahun berkahwin pada tahun itu.
 Empat tahun selepas itu, kata JAG, keadaan di Malaysia mencetuskan kebimbangan antarabangsa, apabila laporan Tabung Kependudukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA) 2014 merekodkan lebih 15,000 kanak-kanak Malaysia berkahwin sebelum umur 19.
Di Malaysia Timur, kata JAG, perkahwinan masih berlaku ketika kemiskinan lebih tinggi dan pembangunan tidak sampai ke kawasan pedalaman.
Berhubung resolusi bagi menamatkan perkahwinan kanak-kanak oleh Majlis Hak Asasi Manusia Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), JAG berkata Malaysia patut menggiatkan usaha menamatkannya.
JAG terdiri daripada gabungan NGO wanita, termasuk Sisters in Islam (SIS), All Women’s Action Society (AWAM), Persatuan Pertolongan Wanita (WAO) dan Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER).
Bernama kelmarin melaporkan Rosmah berkongsi pengalaman Malaysia mengatasi masalah perkahwinan kanak-kanak semasa mesyuarat pagi Yayasan Ford di New York pada Selasa (Rabu di Malaysia).
Isteri Datuk Seri Najib Razak berkata perkahwinan kanak-kanak jarang berlaku di Malaysia berikutan sistem pendidikan negara yang baik dan kadar kemiskinan yang rendah.
Perundangan Malaysia, menurut Rosmah menyekat dan mempunyai pendekatan lebih berkesan untuk melindungi kanak-kanak daripada dipaksa untuk berkahwin pada awal usia.
Rosmah berada New York kerana mengiringi Najib sempena lawatan kerja dan menghadiri sesi ke-70 Perhimpunan Agung PBB.

Memo bantahan pencabulan Masjid Al-Aqsa diserah ke Kedutaan AS

Memo bantahan pencabulan Masjid Al-Aqsa diserah ke Kedutaan AS
KUALA LUMPUR: Memorandum bantahan rakyat Malaysia yang menggesa Amerika Syraikat (AS) mengambil tindakan ke atas Israel berhubung pencabulan ke atas Masjid Al-Aqsa di BaitulMaqdis telah disampaikan secara terus kepada wakil Kedutaan AS di Jalan Tun Razak hari ini.

Penyerahan memorandum itu adalah sebagai kemuncak perhimpunan Kempen Selamatkan Masjid Al-Aqsa yang dimulakan dengan perarakan bermula dari pekarangan bangunan Tabung Haji sejurus selesai solat Jumaat.

Sekatan dan rundingan yang dibuat oleh penganjur dengan pihak polis kali ini menyaksikan peserta perarakan sekadar berhimpun 100 meter dari pintu masuk utama Kedutaan AS, dan hanya beberapa wakil dibenarkan berjalan terus ke Kedutaan AS untuk menyampaikan memorandum.

Al-Aqsa
Sebahagian daripada peserta perhimpunan kempen Selamatkan Masjid Al-Aqsa yang berarak menuju ke pejabat Kedutaan Amerika Syarikat dari bangunan Tabung Haji pada Jumaat. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

Pihak media juga dihalang daripada membuat liputan terus dari hadapan pintu masuk ibu pejabat kedutaan berkenaan.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Mohd Azmi Abdul Hamid dan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Mohamad Raimi Abdul Rahim adalah antara yang mendapat izin melepasi sekatan polis untuk ke pintu utama bangunan Kedutaan AS.

“Wakil mereka (Kedutaan AS) telah menerima memorandum bantahan kita dan menurutnya ia akan segera disampaikan kepada Presiden Barack Obama melalui faksimile.

“Ini merupakan sebahagian daripada usaha kita untuk menyampaikan rasa kemarahan kerana pencabulan pihak Israel dan Zionis dalam isu berkenaan,” ujar Mohd Azmi.

Pemimpin PAS Rantau Panjang ditampar dalam majlis dialog malam tadi

Yang Dipertua PAS Rantau Panjang Abdul Fatah Haron memuatnaik gambarnya yang cedera akibat ditampar di akaun Facebook miliknya. – Gambar Facebook, 2 Oktober, 2015.Yang Dipertua PAS Rantau Panjang Abdul Fatah Haron memuatnaik gambarnya yang cedera akibat ditampar di akaun Facebook miliknya. – Gambar Facebook, 2 Oktober, 2015.Yang Dipertua PAS Rantau Panjang Abdul Fatah Haron terpaksa mendapatkan rawatan di klinik apabila ditampar seorang penduduk tempatan di Banggol Kulim, Rantau Panjang, Kelantan malam tadi.
Kejadian menjadi sangat kecoh apabila selepas ditampar, Fatah yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Buku Tuku mengeluarkan pistolnya dan mengejar orang yang menampar beliau dan mengacukan pistol ke dadanya.
Menurut saksi kejadian, seorang bekas pemimpin PAS tempatan, Abdul Razak Abas menarik Fatah dan menyuraikan orang ramai.

Kejadian berlaku menjelang majlis dialog pemimpin kawasan Rantau Panjang dengan ahli jawatankuasa PAS Peti Undi Banggol Kulim di sebuah Pasti dekat situ kira-kira jam 9.15 malam tadi. "Ia tidak ada kaitan dengan politik tetapi isu lama iaitu berkaitan dengan pemilikan tanah," kata seorang saksi kejadian kepada The Malasian Insider walaupun ada ramai tokoh politik tempatan dalam majlis itu.
Fatah sendiri memuat naik gambar mukanya yang luka ke Facebook awal pagi tadi dan meminta semua pihak bertenang dan jangan membuat sesuatu tindakan sendiri.
"Perkara ini hendaklah kita serahkan dan berilah peluang dan kepercayaan kepada pihak polis untuk menyiasat dan mengambil apa apa tindakan yang sepatutnya," kata Fatah yang membahasakan dirinya AbeTah.
Beliau dipercayai sudah membuat laporan polis di Balai Polis Rantau Panjang malam tadi.
Pihak yang memukul beliau pula dikatakan akan membuat laporan polis hari ini terutama berkaitan dengan tindakan Fatah mengacukan pistol kepadanya.

Tweet fitnah hasut sentimen kaum & agama, KM P.Pinang lapor polis

SIASAT FB FITNAH PUTERA SULTAN SELANGOR - PEMUDA AMANAH

"Dunia ini tak seperti Terengganu": Khalid Samad tegur sikap PAS

Ribuan hadir demo bantah pencerobohan masjid Al-Aqsa di kedutaan AS

Tiket acara Dr M habis, sejarah 2008 berulang?


Tiket untuk majlis minum petang bersama Tun Dr Mahathir Mohamad anjuran cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka di ibu negara esok, telah habis dijual.
Malah, menurut Ketua cawangan itu, Syed Saifuddin Syed Harman, pihaknya terpaksa mencetak tiket tambahan – yang hanya untuk masuk mendengar ucapan Mahathir tanpa disediakan minum petang.
"Tiket untuk meja dah habis dijual. Tapi kita ada cetak tiket tambahan dan kita percaya akan ada ramai lagi orang yang akan datang pada hari tersebut (Sabtu)," katanya kepada Malaysiakini.
Mengimbau kembali pada 2008, sebuah program bersama Mahathir yang dianjurkan cawangan tersebut pernah diadakan di lokasi sama.
Bagaimanapun, program yang diberi nama "Fikir-fikirlah" yang diadakan pada bulan Mac tujuh tahun lepas itu untuk memberi tekanan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi supaya melepaskan jawatan sebagai presiden Umno dan perdana menteri.
Ketika itu, menurut Syed Saifuddin, kehadiran orang ramai amat menggalakkan. Kira-kira 1,200 orang memenuhi dewan utama hotel De Palma Ampang bagi mendengar ucapan daripada Mahathir.
Jelasnya, pada ketika itu, kepimpinan bekas perdana menteri kelima itu dipertikai bukan sahaja oleh ahli Umno malah majoriti rakyat Malaysia sebagaimana yang dihadapi oleh Datuk Seri Najib Razak sekarang.
"Pada 2008, kepimpinan Pak Lah (Abdullah) sedang dipertikai hebat sebagaimana Najib sekarang. Masa itu, majoriti rakyat Malaysia dan Umno tidak berpuas hati dengan kredibiliti Pak Lah sebagai pemimpin.
"Jadi cawangan kemudian mengambil inisiatif untuk memanggil Tun (Mahathir) untuk mengupas isu-isu semasa dan memberi penerangan. Tak lama selepas itu, Pak Lah berundur.
“Dan kami jugalah yang menaikkan imej Najib sebagai pengganti Pak Lah dengan harapan dia jadi pemimpin yang baik dan ikhlas untuk parti," katanya.
Bagaimana Pak Lah dijatuhkan?
Bekas ketua penerangan Umno bahagian Pandan itu juga berkata, kali ini program yang sama diadakan.
Ia bagaimanapun bukan untuk memberi tekanan kepada Najib atau melagakan pemimpin tetapi sebaliknya hanya untuk memberi aspirasi kepada rakyat mendapatkan kepimpinan baru lebih baik.
"Kita bukan nak lagakan pemimpin. Kita nak beri aspirasi rakyat untuk dapatkan kepimpinan baru yang lebih baik dan memperjuangkan kaum Melayu," ujarnya.
Pada 2008, pelbagai tekanan dikenakan terhadap Abdullah bagi menggesa beliau meletakkan jawatan.
Pada Mac, bulan penganjuran acara Mahathir, beberapa kain rentang dikesan dipasang sekitar Kuala Lumpur yang menuntut beliau berundur.
Bagaimanapun kain rentang yang mempunyai logo Umno itu tidak menyatakan penglibatan cawangan Umno atau bahagian tertentu.

MTEM gesa Malaysia tarik diri daripada TPPA

Malaysia perlu tarik diri daripada Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA), kata Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) Mohd Nizam Mashar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Oktober, 2015.Malaysia perlu tarik diri daripada Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA), kata Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) Mohd Nizam Mashar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Oktober, 2015.Badan ekonomi Melayu menggesa kerajaan menarik diri daripada Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) kerana dibimbangkan memberi implikasi buruk terhadap pertumbuhan ekonomi dan kedaulatan negara.
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) Mohd Nizam Mashar berkata, pihaknya sudah lama memberi amaran tentang implikasi negatif termasuk merujuk kajian pakar terkenal termasuk pemenang hadiah Nobel dalam bidang ekonomi, Joseph Stiglitz kepada kerajaan dan kesan meluas perjanjian perdagangan itu dalam pelbagai industri di Malaysia.
Salah satu kesan TPPA ialah Malaysia tidak berupaya melindungi dan mengatasi spekulator mata wang antarabangsa, yang dipersalahkan sewaktu krisis kewangan Asia pada 1997/1998.

"Pandangan kami merasakan kerajaan tidak harus membuat kesimpulan rundingan di Atlanta, mereka perlu menarik diri kerana kajian pelbagai pihak termasuk oleh Stiglitz jelas menyatakan TPPA tidak memberi faedah kepada negara," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini. Malaysia kini di peringkat akhir dalam rundingan di peringkat menteri di Atlanta, Amerika Syarikat.

1MDB terlepas tarikh akhir hantar akaun diaudit

1Malaysia Development Berhad (1MDB) diberikan lanjutan masa 6 bulan untuk memfailkan kewangannya oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), kata presiden dan pengarah eksekutif syarikat pelaburan strategik itu, Arul Kanda Kandasamy kepada The Edge Financial Daily.
Dua anak syarikat 1MDB - Edra Global Energy Bhd and 1MDB Real Estate Sdn Bhd juga memohon lanjutan sehingga sebulan untuk memfailkan akaun tahunan sudah diaudit masing-masing, kata Arul Kanda.
Tarikh akhir untuk 3 syarikat itu memfailkan akaun yang sudah diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2015 ialah pada 30 September.

Dalam kes 1MDB, kelewatan itu disebabkan syarikat berkenaan tidak mempunyai pegangan terhadap dokumen utama dalam akaun kewangan selepas ia dirampas dalam serbuan pada Julai tahun ini oleh polis dan pasukan petugas khas. Pasukan petugas khas itu merangkumi Bank Negara Malaysia, peguam negara, ketua polis negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang menyiasat dakwaan AS$700 juta (RM2.6 bilion) dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Kelewatan itu tidak dapat dielakkan,” kata Arul Kanda.

Zunar dipilih dalam kempen ‘Write for Rights’

Zunar 2
PETALING JAYA 2 OKT: Kartunis politik Malaysia, Zulkflee Anwar Ulhaque atau Zunar terus mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila dipilih sebagai individu pertama negara ini oleh Amnesty International melalui kempen antarabangsanya – ‘Write for Rights 2015′.
Menurut Amnesty, pemilihan Zunar selepas merujuk penglibatan beliau dalam konteks tuntutan demokrasi bersuara melalui medium kartun.
Beliau antara 12 individu yang dipilih dari seluruh dunia meliputi Congo, Mexico, El Salvador, Burkina Faso, Myanmar, Uzbekistan, Greece, Saudi Arabia, Syria dan Iran.
Zunar dalam sidang media pengumuman itu berkata, pemilihan dalam kempen ini merangsang beliau untuk terus memperjuangkan hak kebebasan di negara ini.
Katanya, walaupun ditekan pemerintah, beliau tetap komited untuk mengetengahkan penafian kerajaan dalam memberi ruang kepada pihak tertentu yang tidak sehaluan dengan mereka.
Zunar 1“Saya akan mengambil perhatian secara positif untuk mengetengahkan betapa buruknya situasi kebebasan media di Malaysia.
“Saya akan terus berkempen dan memperjuangkan hak kebebasan bersuara di Malaysia, dan saya juga mahu masyarakat antarabangsa melihat betapa buruknya ruang kebebasan di Malaysia dengan merujuk beberapa kes yang dikenakan terhadap saya,” ujarnya.
Kempen julung kali itu turut mengajak seluruh anggota masyarakat antarabangsa menyokong prinsip demokrasi yang lebih bebas tanpa sebarang tekanan pihak-pihak tertentu.
Sebagai tanda sokongan berkenaan, masyarakat di Malaysia juga boleh menghantar karya lukisan atau gambar yang memaparkan tuntutan rakyat terhadap perjuangan ke arah kebebasan bersuara.
Mereka boleh memuat naik karya berkenaan di media sosial – Twitter dan Instagram menggunakan #Zunar #W4R #lakarMYbebas.

1,000 berhimpun kutuk kebiadapan Israel di Masjid Jamek


KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohammad berkata Masjid Al-Aqsa disebut Allah kerana kemuliaan Aqsa sebagai kiblat pertama umat Islam.
 Di sini, kata beliau PAS bersama dengan rakyat Malaysia bersolidariti dengan umat Islam di Palestin.

Beliau menyatakan demikian pada Himpunan Mengutuk Kekejaman Israel Dan Selamatkan Masjid Al-Aqsa anjuran PAS yang disertai kira kira 1,000 di hadapan Masjid Jamek dekat sini  usai solat Jumaat tadi.

Katanya, Masjidil Aqsa diceroboh Israel laknatullah dan beliau meminta semua peserta himpunan bersolat hajat memohon pertolongan Allah dalam menyelamatkan Aqsa.

Sementara itu Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh pula memulakan ucapan dengan menyebut sejarah Islam membuktikan Islam memberi keadilan kepada orang Islam dan bukan Islam.

Namun, katanya pemerintah bukan Islam tidak pernah adil kepada Islam malah isu di Palestin membuktikan bahawa umat Islam ditindas.

Kata beliau, kesengsaraan umat Islam Palestin adalah luka umat Islam di negara ini juga.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Khalil Abdul Hadi menyampaikan amanat.

"Hari ini Masjidil Aqsa dalam bahaya, apa yang berlaku di serata dunia Islam tetapi isu atau ibu kepada dunia Islam adalah isu Palestin.

"Himpunan pada hari ini saksi kepada Allah bahawa kita bersama dengan saudara di Palestin," sambil menyifatkan kebersamaan membebaskan Palestin

Mesyuarat dalaman Umno, Zahid akan gantikan Muhyiddin

Di atas kertas Tan Sri Muhyiddin Yassin memang masih timbalan presiden Umno, tetapi di peringkat dalaman parti kedudukannya dipercayai semakin dipencilkan.
Sepucuk surat yang dikeluarkan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam menguatkan lagi spekulasi itu.
Melalui surat berkenaan, anggota bahagian perancangan strategi parti - dikenali sebagai Pusat Penyelarasan dan Operasi Pilihan Raya Umum (GCOC) - dimaklumkan bahawa satu mesyuarat akan diadakan pada Ahad ini.
Apa yang menarik perhatian, mesyuarat itu sepatutnya dipengerusikan Muhyiddin atas kapasitinya sebagai pemimpin nombor dua Umno.
Bagaimanapun mesyuarat di ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur itu kali ini akan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid kini naib presiden Umno.
Surat itu bagaimanapun tidak menyatakan sama ada penggantian itu untuk mesyuarat terkini itu sahaja atau berterusan.
Perubahan mengejutkan
Menurut sumber, perubahan tugas mempengerusikan mesyuarat itu mengejutkan ketika Muhyiddin terus menyatakan kesetiaannya kepada Umno, walaupun diketepikan Datuk Seri Najib Razak daripada kabinet pada 28 Julai lalu.
"Bagaimana Ahmad Zahid sebagai naib presiden boleh menggantikan Muhyiddin yang kini masih timbalan presiden?" katanya kepada Malaysiakini.
Muhyiddin digugurkan daripada jawatan timbalan perdana menteri oleh Najib selepas lantang menyuarakan kritikan terhadap cara perdana menteri menguruskan isu 1MDB.
Turut digugurkan dari kabinet, seorang lagi tokoh kanan Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Ahli Parlimen Semporna itu juga sering membangkitkan keresahan rakyat terhadap pelbagai isu negara, terutama 1MDB, syarikat pelaburan negara cetusan ilham Najib.
Di sebalik pemecatan itu kedua-dua tokoh berkenaan tetap menyatakan ikrar untuk kekal bersama Umno.

AMANAH dapat lampu hijau ROS, kini tumpu PRU14


Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu mengucapkan terima kasih kepada Pendaftar Pertubuhan hari ini kerana meluluskan pertukaran nama parti itu, dan kini membolehkannya bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
AMANAH, sebuah parti serpihan PAS, mengambil alih Pertubuhan Pekerja-Pekerja Malaysia dan memohon menukar namanya kepada Parti Amanah Negara.
Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata kelewatan kelulusan itu adalah kerana ROS menolak nama awal yang dicadangkan sebelum ini yang mempunyai perkataan 'Islam'.
Beliau juga melahirkan harapan semoga ROS akan meluluskan pindaan lanjut yang dicadangkan parti itu
"Kami akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan dan siri jelajah pertama kami sebagai pakatan pembangkang baru akan diadakan pada 9 Oktober di Johor," kata Mat Sabu dalam satu sidang akhbar di George Town hari ini.

Turut bersama beliau adalah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Jelajah di Johor juga akan dihadiri oleh pemimpin kanan DAP dan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Mat Sabu juga berkata AMANAH akan mula berbincang dengan DAP dan PKR mengenai pilihan raya umum akan datang, yang dijadual pada 2018.
Terdahulu, Guan Eng menyerahkan surat pelantikan kepada 20 ahli baru Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), yang akan berkhidmat untuk tempoh tiga bulan sebelum mereka diberi tempoh dua tahun mulai tahun depan.
Mereka menggantikan ahli PAS yang meletak jawatan selepas parti itu tidak sehaluan lagi dengan DAP, dan selepas itu Lim, yang juga ketua menteri, mengumumkan kerajaan negeri Pulau Pinang kini dikenali sebagai Pakatan Harapan, yang merangkumi ahli barunya, AMANAH.
Lim menggesa ahli baru dilantik itu menjadi mata dan telinga kerajaan negeri dan penghubung di antara kerajaan dan masyarakat di peringkat akar umbi.
"Peranan ahli JKKK adalah sangat penting kerana mereka adalah barisan hadapan untuk masyarakat," kata Lim.

Khairuddin's lawyer called in for questioning

Shabery: Can't comment yet, will check with Tajuddin

Stop making Chinese the scapegoat, says MCA Youth chief

Don't talk so much, Tajuddin tells MCA Youth

SJKC tak lahirkan pelajar rasis, kata MCA

Chinese school popular amongst non-Chinese pupils

First Malaysian Cartoonist for Amnesty International's Write for Rights 2015

Pemuda Umno: Kalau ada harga diri, keluarlah, Saifuddin

Lebih ramai pihak tampil mendesak bekas timbalan menteri Datuk Saifuddin Abdullah keluar Umno selepas hadir dalam pertemuan pembentukan gabungan baru pembangkang Pakatan Harapan baru-baru ini.
“Kalau ada harga diri yang tinggi, janganlah sampai orang nak kena buang dia,” kata Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Razlan Rafii kepada Malaysiakini.
 Beliau mengibaratkan dengan keadaan di tempat kerja yang mana seseorang pekerja harus meletakkan jawatan jika tidak lagi berminat untuk berkhidmat di tempat itu.
“Jangan buat masalah kepada orang lain sampai nak kena buang kerja, nak kena surat amaran atau macam-macam lagi,” katanya.
Razlan juga berkata, berdasarkan ulasan Saifuddin jelas dia berpendapat formula Umno menyelesaikan masalah Melayu tidak seiring dengan idea “politik baru” yang diketengahkannya.
“Jadi kalau beliau percaya kepada politik baru ini boleh diterima rakyat, pergilah buka parti baru atau pergi masuk pembangkang,” katanya.
Walaupun sering mengeluarkan pandangan melawan arus, tindakan Saifuddin hadir ke mesyuarat pembentukan gabungan baru DAP, PAS dan Parti Amanah Negara (AMANAH) kali ini membuatkan beliau menerima surat tunjuk sebab daripada partinya.

'Hanya azan disyariatkan guna suara tinggi' - Dr MAZA

'Hanya azan disyariatkan guna suara tinggi' - Dr MAZA
KUALA LUMPUR: "Hanya laungan azan yang disyariatkan agar diangkat suara."

Itu kata Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin, berhubung isu larangan penggunaan pembesar suara selain untuk azan di masjid dan surau di seluruh Pulau Pinang.

Dalam status di laman Facebook, Dr Mohd Asri atau Dr.MAZA menjelaskan bahawa Nabi Muhammad SAW sendiri melarang umat Islam menguatkan suara dalam bacaan ayat al-Quran dan zikir seandainya ia menganggu orang lain.

Dr.MAZA 1


Dr.MAZA 2
Keratan status Facebook Dr. MAZA

Malah, bacaan al-Quran dengan menggunakan suara yang kuat di dalam masjid atau surau juga dilarang Nabi SAW, kerana perkara itu berkemungkinan menganggu jemaah lain yang ingin beribadat.

Kata Dr.MAZA, sekalipun bacaan al-Quran dan zikir adalah sesuatu yang amat digalakkan dalam agama, umat Islam tidak boleh memaksa orang lain untuk mendengar bacaan mereka, apatah lagi dalam situasi di mana ia menganggu ketenteraman orang lain.

Dr.MAZA turut membawa peringatan yang ditinggalkan Imam al-Hafizd Ibn Jauzi, yang mengatakan bagaimana sesetengah umat Islam gemar mencampur-adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Ada juga yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menganggu tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud, sedangkan ia termasuk dalam perkara mungkar.
Hal sebegini, kata Dr.MAZA, tidak akan menambah kecintaan masyarakat terhadap Islam tetapi sebaliknya akan membuatkan ramai menjauhi Islam.

Masyarakat mudah lupa kejayaan orang Melayu - Tan Sri Prof Khoo Kay Kim


Tan Sri Khoo Kay Kim

KUALA LUMPUR - Masyarakat kini didakwa mudah melupakan kejayaan dan pencapaian orang Melayu zaman dahulu, sehingga menjadi sukar bagi generasi masa kini menghargainya.

Pakar Sejarah, Tan Sri Prof Emeritus Khoo Kay Kim berkata, ramai orang Melayu pernah melakar sejarah kejayaan masing-masing pada suatu ketika dahulu, namun  masyarakat tidak begitu memandang kejayaan yang dicapai oleh mereka.

“Ini pernah berlaku. Orang Melayu dahulu (ramai) yang berjaya kerana mereka mempunyai sistem yang baik pada masa itu.

“Tetapi mereka (orang Melayu) ini dilupakan. Di Johor dahulu, ada seorang orang Melayu yang menjadi doktor, namanya Doktor Hamzah Taib. Dia mendapat ijazah dari Australia. Sebelum itu, Tun Doktor Ismail terlebih dahulu menjadi doktor, namun beliau dilupakan.

“Seorang orang Melayu, Raja Musa Raja Bot merupakan yang pertama diserap ke dalam Malayan Legal Services dan dia begitu cemerlang dalam bidang undang-undang, tetapi dia dilupakan,” katanya lagi ketika berucap di forum Mempertahankan Maruah Melayu di sini, semalam.

Beliau dalam pada itu turut menyentuh jasa dan kejayaan Putera Sultan Kedah, Tunku Yaacob Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah di negeri Jelapang Padi.

BEWARE NAJIB'S GRAND NATIONAL ASSETS SALE: We are now focused on monetizing assets - 1MDB's Arul

1Malaysia Development Berhad (1MDB) will avoid confrontation with politicians and focus on its assets monetisation strategy.
In an interview with the BBC yesterday, 1MDB president and group executive director, Arul Kanda Kandasamy, said his job was to ensure 1MDB monetise its assets in a way that delivered the best to shareholders.
"We want to steer clear of any war of words with any politician.
“I am not a politician, I am a business guy. Perception towards 1MDB is poor and a lot of effort needs to be made to rectify the issue."
Arul said 1MDB had consistently maintained that no funds from 1MDB were ever transferred into the private accounts of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.
"The Malaysian Anti-Corruption Commission has clearly stated that no funds from 1MDB went into the private accounts of the prime minister and this is a fact.

"They also clearly stated that the source of the US$700 million fund was from a private donor in the Middle East."
In August, Arul said, 1MDB's rationalisation measures would be able to reduce its debts in four to six months' time.
He said investors were confident of 1MDB's assets, namely Tun Razak Exchange, Bandar Malaysia and Edra Global Energy, given their strong fundamentals.
"Edra Global Energy earned a revenue of about RM5 billion annually while 40 international companies have shown interest in becoming development partners in the Bandar Malaysia property project." – Bernama

1MDB gets 6-month extension to submit accounts

Edra Global Energy Bhd and property arm 1MDB Real Estate Sdn Bhd are seeking an extension of up to a month to file their respective annual audited accounts
arul-kanda_1mdb_600
KUALA LUMPUR: Malaysia’s state fund 1Malaysia Development Bhd (1MDB) has been granted a six-month extension to file its financials by the Companies Commission of Malaysia, the Edge Financial Daily reported on Friday, citing 1MDB’s president.
1MDB’s power unit Edra Global Energy Bhd and property arm 1MDB Real Estate Sdn Bhd are seeking an extension of up to a month to file their respective annual audited accounts, 1MDB’s president and executive director Arul Kanda was quoted as saying.
The deadline for the three companies to file their audited accounts for the financial year ended March 31, 2015 was on Sept 30.
REUTERS

'Saya yang buat kenduri, bukan Zahid' - Besan TPM


SHAH ALAM - Besan kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Chairul Anhar menjelaskan bahawa pihak pengantin perempuan yang menyediakan majlis resepi bagi anak menantunya, sekaligus menafikan dakwaan mengatakan majlis itu menggunakan dana awam.
Katanya, mereka mengadakan majlis berkenaan di ‎Hotel Ritz Carlton, Jakarta pada 19 September lalu berikutan jadual Timbalan Perdana Menteri itu melawat Indonesia.
'Saya yang buat kenduri, bukan Zahid'"Sebagai ayah, semestinya saya yang mengadakan majlis berkenaan dan membiayai sepenuhnya."Saya ahli perniagaan di Indonesia dan Malaysia, tentu memiliki kawan-kawan yang ramai. Semua tetamu yang datang baik dari Malaysia dan Indonesia, adalah jemputan saya sepenuhnya.
"Sekali lagi saya tegaskan, acara saya ini adalah dari pihak pengantin perempuan. Bukan acara besan saya Datuk Seri Dr (Ahmad) Zahid Hamidi," katanya kepada Sinar Harian.‎
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan sebuah blog yang mendakwa Ahmad Zahid menggunakan dana awam bagi mengadakan resepsi anaknya di Jakarta.
Perkara berkenaan juga dinafikan Timbalan Perdana Menteri semalam.Mengulas lanjut, Chairul yang menjalankan perniagaan lebih 20 tahun di Malaysia berkata, waktu pelaksanaan dipilih berdasarkan kunjungan rasmi Timbalan Perdana Menteri ke Indonesia.
"Kami pihak pengantin perempuan yang menyesuaikan dengan jadual waktu kunjungan beliau ke Jakarta kerana beliau sangat sibuk dengan tugas kenegaraan Malaysia dan tidak mahu mengambil cuti khusus untuk resepsi anak."Saya fikir pertimbangan Datuk Seri sangat bijaksana. Beliau sayangkan waktu untuk menjalankan tugas-tugas negara yang mulia.
"Demi penyesuaian waktu dan jadual kunjungan TPM ke Jakarta menyebabkan jarak antara pernikahan di Kuala Lumpur pada 26 Julai dan resepsi di Jakarta sangat jauh iaitu 19 September lalu," katanya.
‎Dalam pada itu, beliau menyifatkan pihak menuduh Timbalan Perdana Menteri menggunakan dana kerajaan bagi membiayai majlis resepsi‎ anaknya di Jakarta sebagai fitnah yang sangat kejam.Katanya, beliau berdoa agar dosa mereka mendapat keampunan daripada ALLAH.

Isu hadkan penggunaan pembesar suara untuk azan, Iqamah - Mufti Pulau Pinang

Jamal Yunos ancaman lebih besar buat Malaysia, bukannya kerajaan China

oleh Robin Stanley Augustin
Kini ada badut baru dan namanya Jamal Yunos. Namun aksi-aksinya bukanlah lawak jenaka, tetapi bersifat perkauman dan boleh mendatangkan masalah kepada kita di masa hadapan.
Dalam jangka masa yang singkat, beliau telah menjadi individu paling tidak popular di negara ini dengan tindakan provokasi, kenyataan tidak sensitif dan paling terbaru, menjadi tokoh utama dalam demonstrasi di Jalan Petaling.
Jamal telah memberi amaran kepada pihak berkuasa bahawa kemungkinan berlaku huru-hara jika mereka gagal bertindak ke atas peniaga yang menjual barang tiruan.
Kemudian, duta China ke Malaysia Dr Huang Huikang berkunjung ke sana sehari sebelum demonstrasi dijadualkan berlangsung. Beliau berkata China menentang mereka yang mahu membuat kacau dan mengganggu ketenteraman awam.
Menurut laporan The Star Online, Huang memberi amaran bahawa China tidak takut bersuara terhadap insiden yang mengancam kepentingan negara itu, mencabuli hak warganya untuk berniaga, atau mengganggu hubungan antara China dan Malaysia.
Bagi ramai, mesej Huang adalah tentang kebimbangan terhadap keselamatan dan kepentingan warga China.
Malangnya Jamal memahaminya secara berbeza. Beliau menganggap kenyataan Huang bermakna masyarakat Cina di Malaysia boleh mengharapkan China bagi perlindungan jika ada sesuatu yang berlaku terhadap mereka.
Laman The Rakyat Post melaporkan, Jamal berkata bahawa ia dibuktikan dengan kunjungan dan kenyataan Huang.
“Itu adalah mesej jeals bahawa orang Cina ada tempat mengadu dan membela nasib selain daripada Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.
“Mereka ada kampung halaman di China, dan jika ada sesuatu yang berlaku, mereka masih ada tempat untuk bergantung,” katanya. Katanya lagi, ia berbeza dengan orang Melayu kerana hanya memiliki Malaysia.
“Bagi orang Melayu, sedarlah Malaysia ini milik kita. Kita perlu menjaga dan mempertahankan setiap inci tanah ini,” katanya lagi, menyeru agar mereka bersatu atas nama Melayu dan Islam untuk mempertahankan negara ini.
Pertamanya, kenyataan Huang dibuat atas kebimbangan terhadap kepentingan dan warga China, serta hubungan dua hala.
Tentulah Huang akan bimbang dengan mana-mana sentimen anti-China. Jika keadaan menjadi tidak terkawal, warga dan perniagaan China akan terperangkap di tengah-tengah, seperti yang dibuktikan oleh sentimen anti-China di Vietnam.
Malah perniagaan masyarakat Cina Malaysia juga diancam di Vietnam ketika ia berlaku.
Apa-apa pun, bagaimana Jamal dapat menafsirkan komen Huang sebagai bukti yang masyarakat Cina Malaysia mempunyai tempat lain untuk bergantung?
Bagaimana Jamal boleh berkata yang masyarakat Cina Malaysia mempunyai kampung halaman di tanah besar China?

PENDEKAR UMNO NAK LEMPANG LA PULAKK!!

Semalam Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tajuddin Abdul Rahman memberi amaran  "mahu melempang" kepada orang-orang Cina yang cuba mengadu masalah mereka kepada pihak luar.

Saya nak beri amaran kepada Cina-Cina di Malaysia, jangan bila ada masalah dia nak mengadu, sikit-sikit mengadu supaya ada yang melindungi mereka, katanya.

Nak kena lempang macam tu, tambahnya sambil ketawa kecil.

Dalam masa yang sama, Tajuddin juga meminta orang Cina di negara ini agar berhenti daripada berangan bahawa ada pihak luar yang akan membela mereka.

Menurut beliau, kedatangan Duta Besar China, Huang Huikang ke Jalan Petaling baru-baru ini adalah untuk memberi mesej mengenai keselamatan kepada rakyat negaranya yang melancong ke Malaysia dan bukannya untuk membela orang-orang Cina di sini.

Sebagai timbalan menteri, berucap pula di depan khalayak yang berbagai serta dihadiri oleh media, tindakan Tajuddin menyelitkan unsur-unsur politik dalam majlis yang berkaitan bidang tugasnya tidaklah menjadi apa-apa kesalahan, tetapi menggunakan perkataan kasar seperti "lempang" adalah tidak wajar sama sekali, walaupun dalam nada yang bergurau

Apakah tidak boleh peringatan itu disampaikan dalam bentuk ucapan biasa saja tanpa menyebut perkataan "lempang" dan sebagainya?

Dan bak kata orang Perak pula, dah kuat bebenor ke berbanding orang Cina...

Anina minta doa ahli UMNO, rakyat Malaysia

Doa dari ahli UMNO dan rakyat Malaysia itu adalah sebagai dorongan untuk memberi kekuatan moral dalam menuntut kebenaran dan keadilan.
Anina-Saadudin,-najib,-umno
PETALING JAYA: Bekas ahli Wanita UMNO, Anina Saadudin meminta 3 juta ahli UMNO serta 28 juta rakyat Malaysia mendoakannya dalam perjuangan kes saman terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya, doa itu adalah sebagai sokongan kepada beliau dan barisan peguamnya agar diberikan kekuatan dan moral dalam menuntut kebenaran dan keadilan.
“Kepada Allah kita memohon semoga segala usaha dan kesungguhan ini mendapat pertolongan dan rahmatnya,” katanya menerusi pesanan ringkas kepada FMT.
Pada masa yang sama, beliau juga mengulangi bahawa menghormati keputusan mahkamah pada Khamis dan sedang menunggu satu lagi keputusan pada 6 Oktober ini.
“Saya bersama peguam Tuan Haji Mohamed Haniff Khatri Abdullah dan peguam-peguam lain dengan tenang hati menerima serta menghormati keputusan mahkamah semalam.
“Saya percaya dan yakin keputusan itu telah dilakukan dengan teliti berlandaskan kewajaran undang-undang.
“Saya yakin dan menaruh kepercayaan penuh terhadap sistem kehakiman negara ini,”jelasnya.
Terdahulu, Mahkamah Tinggi membenarkan penangguhan kes saman berkenaan sementara menunggu keputusan permohonan Najib membatalkan saman yang difailkan oleh Anina.
Perkara itu dimaklumkan oleh peguam Najib, Datuk Hafarizam Harun dan peguam Anina, Haniff Khatri Abdullah selepas mengadakan pertemuan dengan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Zaki Wahab dalam kamar hakim.
Pada 28 Ogos lepas, Anina memfailkan saman terhadap Najib dan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh berkenaan derma RM2.6 bilion yang dimasukkan dalam akaun peribadi Najib.

Pas Anjur Himpunan Selamatkan Masjid Al-Aqsa Di Masjid Jamek

KUALA LUMPUR: PAS menganjurkan Himpunan Mengutuk Kekejaman Israel dan Selamatkan Masjid Al-Aqsa di pekarangan Masjid Jamek, Jalan Tun Perak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata himpunan bersebelahan stesen LRT Masjid Jamek itu bermula selepas solat Jumaat.

Sehubungan itu, beliau menjemput semua NGO dan orang ramai hadir pada himpunan itu.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz turut memaklumkan tentang perubahan tempat himpunan itu.

Sebelum ini, himpunan Membantah Pencerobohan Masjid Al-Aqsa anjuran Pemuda PAS dijadual diadakan di hadapan Kedutaan Amerika.

Malaysia akan terima 3,000 pelarian Syria - Najib

Perhimpunan Agung PBB: Malaysia akan terima 3,000 pelarian Syria - Najib
PBB, NEW YORK: Malaysia akan membuka pintu kepada 3,000 pelarian Syria dalam tempoh tiga tahun akan datang bagi membantu meringankan krisis pelarian, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata negara-negara Islam sebahagiannya bertanggungjawab memastikan kesejahteraan orang Syria yang terpinggir melarikan diri dari negara mereka dengan jumlah yang besar sehingga mengakibatkan tekanan ekonomi dan sosial di Eropah.

"Sebab itu Malaysia selama ini telah mengambil banyak orang yang melarikan diri daripada peperangan, kebuluran dan penganiayaan. Kini kami mempunyai ratusan ribu migran dan kami mengambil lebih ramai awal tahun ini apabila terdapat krisis kemanusiaan di Laut Andaman," katanya pada sesi ke-70 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di sini, Khamis.

Warga Kelantan tak lena tidur risau musibah banjir

Warga Kelantan tak lena tidur risau musibah banjirKUALA KRAI: Di Kelantan, menjelang sahaja bulan Oktober, penduduk di pedalaman Kelantan khususnya berhampiran sungai tidak lena tidur, apatah lagi musibah banjir besar Disember tahun lepas meninggalkan kesan yang amat mendalam.

Musim tengkujuh di Kelantan membuka tirainya bulan Oktober, dengan cuaca tidak menentu, hujan di kebanyakan tempat setiap petang merisaukan penduduk di kawasan pedalamam.

Kini kerisauan mereka terbukti apabila sepuluh buah kampung di Gua Musang dinaiki air berikutan hujan selama beberapa jam sejak awal pagi Khamis.

Kerisauan ini turut dikongsikan dengan penduduk di Kuala Krai, Tanah Merah dan Jeli yang turut terkesan dengan banjir besar atau bah kuning tahun lepas.

Sepuluh bulan berlalu, mangsa banjir di beberapa kampung di Kuala Krai, Gua Musang dan Tanah Merah masih lagi menetap di rumah transit yang dibina oleh badan bukan kerajaan (NGO), orang perseorangan, dermawan dan sebagainya.

Episod berada dalam khemah dengan suhu yang panas sudah berakhir biarpun masih ada 15 keluarga lagi di Gua Musang yang tinggal di khemah sementara di Bandar Utama Gua Musang kerana keengganan mereka berpindah ke Kem PLKN Etnobotani yang diseliakan oleh Majlis Keselamatan Negara, MKN dan pihak berwajib.

Dalam tempoh berkenaan, difahamkan lebih 300 buah Rumah Kekal Baharu (RKB) disiapkan dan diduduki dari keperluan sebenar 1827 mangsa banjir yang kehilangan rumah.

Jumlah tersebut merangkumi rumah yang dibina oleh NGO yang banyak menyumbang tenaga dan wang ringgit bahkan jumlah rumah yang dibina NGO lebih banyak berbanding kerajaan negeri dan pusat.

Hasil mesyuarat dan persetujuan dalam jawatankuasa bersama menangani pasca banjir kelantan, 572 unit rumah perlu dibina oleh kerajaan negeri melalui sumber peruntukan dari pelbagai agensi dan Majlis Agama Islam Kelantan (Maik) manakala selebihnya perlu dibina oleh kerajaan persekutuan.

Apa salahnya bertanyakan soalan kepada pemimpin kita?

oleh Robin Stanley Augustin
Tanda dan simbol boleh memberikan kesan emosi dan tindakan yang berbeza kepada setiap orang.
Simbol keamanan menimbulkan kembali perasaan harapan kepada sesetengah orang, sedangkan Nazi Swastika akan membawa kembali memori buruk generasi yang lebih tua.
Di Malaysia, satu simbol nampaknya menggentarkan ketakutan kepada mereka yang sedang berkuasa.
Simbol dalam persoalan itu diketahui semua; tanda soal ‘?’
Tanda soal, seperti yang kita tahu menggambarkan satu soalan dan mengikut laporan terbaru di The Malaysian Insider , nampaknya mereka yang berkuasa bimbang dan takut kepada soalan-soalan yang ditujukan kepada mereka.
Menurut laporan, blogger Umno Shahbudin Hussin dipanggil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berikutan satu catatan dalam blognya, shahbudindotcom.

Shahbudin berkata dia disoal oleh pegawai-pegawai SKMM selepas catatan yang mempersoalkan lawatan rasmi Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi ke Indonesia, yang kebetulan dengan perkahwinan anak lelakinya di sana.
Dalam catatan bertarikh 20 Sept itu, Shahbudin mempersoalkan samada Zahid telah merancang sambutan perkahwinan itu untuk kebetulan sama dengan lawatan rasminya, atau ianya memang sekadar kebetulan.
Menurut Shahbudin, dia diberitahu yang dia sedang disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Multimedia dan Komunikasi 1998 kerana dituduh mengeluarkan bahan yang tidak sopan, palsu, atau mengancam bagi menganggu, mengacau, mengancam mana-mana orang.
“Kenyataan saya direkod selama dua jam, kerana sebuah artikel bertajuk 'Kenapa lawatan rasmi Zahid ke Indonesia sama tarikh dengan majlis sanding anaknya‎ di Jakarta?’ kata Shahbudin.
Dia ditanya sekiranya rencananya sengaja ditulis untuk memburukan imej orang tertentu.

PKR "bertelagah" berhubung penubuhan Pakatan Harapan

Hanya 2 minggu selepas Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melancarkan Pakatan Harapan, parti yang dipimpinnya berpecah belah berhubung isu ini, dengan satu pihak mendesak mesyuarat khas untuk membincangkan tentang gabungan pembangkang baharu itu.
Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR akan bertemu Ahad depan selepas satu petisyen kepada presiden, yang ditandatangani 25 ahli menuntut supaya satu mesyuarat tergempar diadakan bagi membincangkan pembentukan "mengejut" pakatan baharu itu.
Rundingan meja bulat dan pelancaran Pakatan Harapan, 2 minggu lalu menyebabkan PKR pimpinan Datuk Seri Dr Wan Azizah (dua dari kanan) berpecah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Oktober, 2015. Dalam petisyen bertarikh 22 September, 25 ahli berkenaan berkata mereka percaya pelancaran Pakatan Harapan tidak memihak kepada keputusan yang dibuat PKR dalam mesyuarat MPP, 2 hari sebelum perbincangan meja bulat.

"Kami, seperti senarai nama dilampirkan, amat terkejut dan bimbang mengenai tindakan dan keputusan tergesa-gesa penubuhan Pakatan Harapan yang diumumkan selepas sesi Sidang Meja Bulat di Hotel Empire pada Rabu, 21 September, 2015," menurut petisyen itu, yang ditunjukkan kepada The Malaysian Insider. (Sidang meja bulat itu diadakan pada 22 September). "Pada sidang mesyuarat MPP pada Ahad, 20 September, 2015, MPP bersetuju dan menyokong segala usaha gigih presiden meneruskan perundingan dengan semua pihak ke arah penubuhan pakatan baharu termasuk mempelopori persidangan meja bulat tersebut.
"Secara jelas, MPP meminta agar tiada pengumuman dibuat semasa sesi tersebut, sebaiknya membuka ruang seluas mungkin untuk beberapa sesi rundingan seterusnya," tulis petisyen dilihat The Malaysian Insider itu.
Petisyen itu berkata, perbincangan meja bulat, yang berakhir dengan Dr Wan Azizah mengumumkan pembentukan Pakatan Harapan, sepatutnya hanya menjadi "perbincangan awal".
Dalam surat kepada ahli PKR pada 30 September ditunjukkan kepada The Malaysian Insider, Setiausaha Agung Rafizi Ramli mengumumkan mesyuarat tergempar MPP akan diadakan pada 11 Oktober bagi membincangkan perkara yang dibangkitkan dalam petisyen itu.
Bagaimanapun, Rafizi serta beberapa penandatangan petisyen itu, termasuk Naib Presiden PKR Chua Tian Chang, Latheefa Koya dan N Surendran, enggan mengulas ketika dihubungi The Malaysian Insider, atau tidak dapat dihubungi dengan segera bagi mendapatkan komen.
"Saya baru saja melihat surat itu (daripada setiausaha agung). Saya enggan mengulas mengenai perkara itu," Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran memberitahu The Malaysian Insider.
Latheefa menafikan pernah menandatangani petisyen, manakala Chua yang lebih dikenali sebagai Tian Chua berkata beliau tidak akan mengulas mengenai perkara itu.
Tetapi beberapa sumber pihak mengesahkan kepada The Malaysian Insider yang surat dan petisyen itu adalah tulen, dan mendakwa ia diterajui kumpulan yang diketuai Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, sekalipun ia tidak menandatangani petisyen itu.
Azmin bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk memberikan penjelasan.
Satu sumber PKR memberitahu The Malaysian Insider, mereka yang menentang Pakatan Harapan percaya PAS perlu menjadi sebahagian daripada pakatan pembangkang.
Sumber itu, yang mengaku menyokong Pakatan Harapan menambah, penandatangan petisyen itu silap apabila mereka berkata presiden bertindak bertentangan dengan kehendak MPP.
"Selepas kami berbincang dengan panjang lebar dalam mesyuarat pada 20 September, presiden akhirnya memberitahu MPP: 'Beri saya mandat untuk membuat keputusan apa yang perlu dilakukan semasa perbincangan meja bulat'.
"Dan mereka bersetuju dengan itu. Jadi ia tidak sepatutnya menjadi isu sama sekali," kata sumber itu dengan syarat tidak dinamakan.
Beliau mendakwa tidak semua penandatangan sebahagian daripada "puak Azmin"; beberapa penandatangan kemudian menyesal menandatangani petisyen itu apabila keadaan situasi dijelaskan kepada mereka, katanya.
Sumber itu berkata, beliau berpandangan tiada gunanya melambatkan pelancaran Pakatan Harapan kerana PAS tidak akan mahu menyertainya.

Jangan biarkan TPP menjejaskan masa depan Malaysia


Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak kini menghadapi peluang terakhir untuk menukar arah perjalanan rundingan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik atau TPP, perjanjian ekonomi antarabangsa baharu yang akan mewujudkan hubungan perdagangan antarabangsa yang tidak sama rata (unequal) di antara negara ekonomi maju seperti Amerika Syarikat, Jepun, Kanada dan Australia dengan negara ekonomi membangun seperti Malaysia.Perkongsian Trans-Pasifik atau TPP bukanlah perjanjian perdagangan bebas tetapi sebenarnya adalah perjanjian perdagangan yang diuruskan, kata 2 para ekonomi dari Amerika Syarikat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Oktober, 2015. Perunding TPP kini berada dalam fasa yang mereka harapkan adalah pusingan terakhir untuk memuktamadkan perjanjian.
Pemimpin politik akan menyatakan dengan bangga mereka berunding untuk kepentingan rakyat dan negara.

Tetapi realitinya adalah keistimewaan kepentingan korporat – di Amerika Syarikat (AS) dan di tempat lain – banyak mempengaruhi perundingan. Tidak seperti perjanjian yang sebelumnya, TPP melangkaui banyak batasan di mana ia bukan saja tertumpu terhadap pengurangan tarif dan kuota tetapi juga menghendaki perubahan dasar (fundamental changes) dalam institusi undang-undang, kehakiman dan kawalselia negara – satu konsesi kepada kumpulan pelobi berwang (moneyed lobbyists) yang diberi akses yang luas berbanding rakyat prihatin dan penggubal undang-undang untuk terlibat di dalam proses perundingan.
Berlandaskan apa yang diketahui dari perjanjian perdagangan lepas yang diketuai AS, dan apa yang kita perolehi dari dokumen perundingan yang dibocorkan, adalah jelas perunding Malaysia banyak mengalah kepada kepentingan perniagaan negara maju.
Tidak begitu jelas apakah motif mereka bertindak sedemikian memandangkan Malaysia akan menghadapi kerugian dari perjanjian yang sebegini.
Biasanya, perundingan dilihat sebagai suatu proses di mana satu pihak memberikan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu yang lain sebagai balasan.
Tetapi dengan TPP, tidak jelas apa akan diperolehi oleh Malaysia. Ahli ekonomi di Persidangan PBB mengenai Perdagangan dan Pembangunan, UNCTAD, meramalkan Malaysia akan menjadi “net trade loser” setelah menyertai TPP, di mana perbezaan nilai eskort berbanding import, iaitu imbangan perdagangannya, akan merosot US$17 bilion (RM75 bilion) setiap tahun.
Dalam erti kata yang lain, berdasarkan perkiraan ekonomi yang jelas dan mudah, Malaysia akan menjadi lebih teruk dengan TPP.