Khamis, 1 Oktober 2015

Parti DAP pun jaga orang Melayu, kata Izzah‎


Nurul Izzah Anwar

KUALA LUMPUR - Orang Melayu tidak perlu bimbang kerana kebanyakan parti politik termasuk parti bukan Melayu memperlihatkan kepentingan dalam menjaga dan memenangi hati orang Melayu di negara ini,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Nurul Izzah turut mengambil kira bantuan rakan pembangkangnya DAP yang dikatakan turut menitik beratkan kepentingan orang Melayu dalam perjuangan parti tersebut.

‎“Saya pun tak sangka, DAP sanggup pergi ke negara Mesir dan Jordan untuk memahami inti pati Islam dan kerajaan berdemokrasi.

‎“Mereka juga berusaha untuk menelusuri kepimpinan Rached Ghannouchi (ahli politik Tunisia).

Saya tidak kata mereka berjaya, tetapi mereka adalah parti yang mewakili masyarakat Cina telah mengambil langkah berani untuk menempatkan calon (berbangsa) Melayu di kawasan tradisi Cina, iaitu di Teluk Intan,” katanya ketika melontar pandangan mengenai definisi maruah Melayu dalam forum Mempertahankan Maruah Melayu di sini, semalam.

‎Menurut Nurul Izzah lagi, kepentingan untuk menjaga dan memenangi hati orang Melayu dikira penting kerana orang Melayu juga memperlihatkan kejayaan mereka di negara ini.

“Hari ini pada tahun 2015, kita masih membincangkan isu maruah Melayu. Dalam karya agung Sulalatus Salatin, masih lagi persoalan maruah dibangkitkan.

‎“Bila saya baca karya itu, saya memahami isi bacaan itu bahawa pantang Melayu itu jika mereka diaibkan. Mereka tidak boleh terima dihina dan kesedaran tentang nilai, erti maruah dan ketidakrelaan mereka diaibkan sudah berabad wujud lamanya,” katanya lagi.

Forum : Mempertahankan Maruah Melayu

Ranking Malaysia kini ke-171 dalam senarai FIFA

Kedudukan baharu itu sekali gus mencatatkan rekod terburuk dalam sejarah bola sepak negara dengan posisi terburuk skuad Harimau Malaysia sebelum ini adalah di ranking ke-170 yang dicatatkan pada 2008.

FAKTA:
Malaysia di bawah..
- Bhutan
- TLSTimor-Leste
- Palestine
- Ethiopia
- Uganda

Tips terbaik bg maju bola sepak negara:
Lantik Najib sbg Pengerusi FAM & Rosmah sbg 'coach' !!

"MALAYSIA MAMPU JULANG PIALA DUNIA"

ASAL AJA UMNO SENTUH pasti melingkup !!!

FAKTA:
1) Syarikat MAS telah bungkus dgn rasminya.

2) MAS pinjam RM6 bilion drpd KWSP dh bayar ka blom !!

3) Hutang syarikat MAS RM12 bilion bila nak bayar !!

#SHARE ramai2 agar rakyat tahu siapa sebenarnya UMNO-jahanam.

MANA MARUAH MELAYU !!!
Si Jamal bangsat tak nak buat demo ker !!!

Jamal, terima kasih kerana berarak! Jangan lupa Putrajaya dan FAM

oleh Robin Stanley Augustin
Jamal Yunos ialah lelaki yang mempunyai misi.
Selepas muncul pertama kali mendapat perhatian ramai dengan kekecohan anti-Bersih dengan kenyataan provokasi dan persembahan merepek pertahanan diri kumpulannya, dia kemudian menjadi penganjur perarakan “baju merah”.
Kemudian dia meneruskan dengan pertikaian memerangi barangan palsu di Petaling Street dan amaran yang diberikan bahawa kemungkinan tercetusnya rusuhan di kawasan tarikan pelancong itu- sekiranya pihak berkuasa gagal bertindak ke atas peniaga kawasan itu- yang menyebabkan dia menghabiskan satu malam dalam lokap polis stesyen Dang Wangi.
Tetapi “masa” singkat dalam lokap tidak akan menjatuhkan lelaki seperti Jamal, tidak akan.
Lelaki yang mengelarkan dirinya “Pejuang Melayu” (menurut gambarnya berbaju tahunan dalam akaun Facebooknya) sudah pun merancang perarakan seterusnya.
Sasarannya kali ini?
Dr Wan Azizah Wan IsmailDr Wan Azizah Wan Ismail
Wakil rakyat Kajang dan ketua pembangkang Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Menurut laporan New Straits Times, Jamal berkata yang perarakan Kajang ialah untuk membantah yang didakwanya sebagai ketakmampuan Wan Azizah dalam menangani dan menyelesaikan masalah yang dihadapi kawasan perwakilannya.
Dia berkata yang dia telah bertemu dalam tiga majlis pertemuan dengan penduduk Kajang berbangsa Melayu, Cina dan India, yang selepas memberikan sokongan kepada Wan Azizah, merasa tertipu kerana dia tidak melakukan apa-apa untuk menyelesaikan masalah mereka.
“Kebanyakan penduduk mendakwa yang dia masih belum menyelesaikan masalah banjir kilat mereka, yang menyebabkan peniaga kerugian ratusan ribu ringgit,” katanya, menambah yang terdapat juga masalah sampah sarap dan kesesakan lalu lintas.
Dia berkata yang dia akan mengumumkan perincian perarakan itu dalam sidang media pada 11 Oktober nanti.
Perarakan aman ialah sebahagian daripada proses demokratik.
Selagi mana Jamal menjunjung prinsip ini, pastinya tidak ada masalah.
Malah, sekiranya kita menjadi objektif, tidak ada yang salah untuk Jamal memprotes janji pilihanraya yang tidak ditunaikan, selagi mana ianya aman dan tidak berbaur perkauman.
Semua perwakilan yang dipilih perlu memenuhi janji yang ditabur mereka.
Penduduk Kajang beruntung kerana Jamal bermurah hati menawarkan masa dan tenaga untuk membantah bagi pihak mereka.
Mari berharap yang Jamal akan terus mengadakan perarakan aman tanpa perkauman untuk matlamat-matlamat lain juga.
Lebih baik lagi, berbanding menumpukan perhatian kepada isu tempatan bandar seperti Kajang, Jamal perlu berarak menentang prestasi buruk di peringkat kebangsaan.
Jamal patut membantah di Putrajaya mengenai skandal yang menjarah kerajaan Barisan Nasional yang menjadi tajuk berita utama seluruh dunia.

DAP tak perlu akur gesaan MCA, Gerakan mohon maaf atas dakwaan cetus perkauman - Syefura

Post Pic
SHAH ALAM: Aktivis DAP, Syefura Othmen berpendapat parti itu tidak perlu akur dengan gesaan MCA dan Gerakan yang mahu DAP bertaubat dan memohon maaf selepas didakwa menjadi dalang kepada isu perkauman di negara ini.
"Mereka asyik menyalahkan DAP kononnya sering melaga-lagakan antara satu sama lain. Jika begitu, mengapa apa yang dibawa Umno mereka (MCA dan Gerakan) tidak bersuara?" soalnya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.
Syefura berkata demikian mengulas gesaan MCA dan Gerakan yang meminta DAP bertaubat dan memohon maaf kerana menjadi punca tercetusnya api perkauman semasa Himpunan Bersih 4.0 baru-baru ini.
Menurut Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Liang Teck Meng, kelancaran Himpunan Bersih 4.0 'dirampas' sepenuhnya oleh DAP dengan berniat buruk untuk mencapai agenda politik mereka melalui kuasa demonstrasi jalanan.
Tambahnya lagi, ia semakin buruk dengan tindakan peserta himpunan memijak gambar pemimpin-pemimpin Melayu seperti Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta membuat istiadat yang menyinggung perasaan dan emosi kaum Melayu.
Syefura bagaimanapun berkata, perbuatan sesetengah pihak itu tidak boleh disifatkan sebagai tindakan keseluruhan yang mewakili DAP.
"Saya tidak setuju dengan tuduhan perkauman itu. Namun saya juga tidak bersetuju dengan apa juga cara atau tindakan yang dilakukan oleh sesiapa pun yang memijak gambar Najib, Anwar atau Hadi. Pada saya, tindakan itu adalah individu dan tidak boleh salahkan semua orang," ujarnya lagi.

Menelusuri evolusi politik Islam di Malaysia

oleh Liew Chin Tong
PAS1
Evolusi Islam politikal di Malaysia terbahagi kepada tiga peringkat: Kebangkitan Islam yang menggerakkan perubahan dalam UMNO dan PAS pada 1982, kemunculan kelompok progresif PAS pada 1998 dan ‘pasca-Islamisme’ pada 2015.
Seboleh-bolehnya saya tidak mahu membuat perbandingan trend antarabangsa dalam perdebatan Islam politikal dan politik Islam di Malaysia kerana dalam banyak segi, politik adalah hal dalaman negara.
Bagaimanapun, trend dan label antarabangsa wajar dijadikan sumber maklumat dalam pemerhatian terhadap perubahan domestik.
Sudah tentu ia cuma pandangan peribadi saya. Dalam setiap peringkat pembangunan Islam Politikal, akan ada tindak balas dan suara-suara penentangan. Jalan ke arah evolusi pemikiran bukanlah jalan yang lurus tapi penuh liku.
Di barisan depan antarabangsa, wadah utama perjuangan politik dalam masyarakat Muslim dari awal abad ke-20 hingga ke sekitar 1960-an ialah sentimen anti-kolonialisme dan anti-Barat. Medan politik mereka ketika itu banyak berkisar mengenai isu itu.
Di banyak negara, gerakan Islamis pada tempoh itu sering bergabung dengan gerakan anti-kolonialis dan gerakan kiri. Hanya sedikit sahaja organisasi yang benar-benar menjadikan Islam sebagai dasar tindakan politikal mereka, dan biasanya mereka organisasi yang kurang kuat.
Di Malaysia, parti politik Islam yang pertama, Hizbul Muslimin ditubuh pada 1948 dan kemudian diharamkan oleh kerajaan kolonial pada tahun sama. Ia adalah akar kepada penubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya/Parti Nasionalis Melayu (PKMM/MNP).
PAS pula ditubuh oleh bekas agamawan UMNO pada November 1951 di Butterworth. Dua daripada mereka adalah ayah dan datuk kepada bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi.
Dalam kompas politik, Hizbul Muslimin dilihat sebagai gerakan kanan manakala PAS pula gerakan kiri. Pada 1954, setelah UMNO menghalang ahli-ahlinya memegang dua keahlian parti, mendorong majoriti agamawan UMNO yang menyertai PAS memilih kekal dalam UMNO.
Pada 1956, bekas Presiden PKMM/MNP, Dr Burhanuddin al-Helmy dipilih menjadi Presiden PAS.
Pada Pilihan Raya Umum 1959, PAS menang di Kelantan dan Terengganu. Ketika itu, boleh dikatakan tidak ada parti politik yang memerintah menggunakan panji Islam di mana-mana negara kecuali di Pakistan dan Indonesia.
Dalam kalangan PAS, ramai yang melihatnya seperti Ikhwan Muslimin, sebuah organisasi yang kerap kali menghadapi hukuman kerajaan dalam tempoh 60 tahun kebelakangan ini.
Salah seorang pemimpin besar Ikhwan, Sayyid Qutb, didakwa menjadi dalang pembunuhan Gamal Abdel Nasser dan dijatuhi hukum gantung sampai mati.
Walaupun PAS banyak dipengaruhi kepimpinan Ikhwan dalam urusan hal-ehwalnya, Ikhwan contoh yang salah kerana, sebagai sebuah gerakan tertindas, matlamatnya cuma untuk terus wujud. Sedangkan, matlamat PAS untuk menang pilihan raya.

Kebangkitan Islam
Berslogan “Islam adalah penyelesaian”, kebangkitan gerakan Islamik hadir sebagai gelombang politik global pada 1970-an. Revolusi Iran 1979 mempengaruhi orang Islam di seluruh dunia untuk menggunakan agama sebagai cara radikal mencapai kemenangan.
anwar doluPolitik Islam di Malaysia bukannya tumbuh tak berakar; ia tak boleh lari dari pengaruh pergerakan antarabangsa. Kebangkitan Islam di Malaysia datang dalam bentuk sebuah gerakan anti-establishment yang timbul pada sekitar 1970-an (dengan peranan besar ABIM yang diterajui oleh Anwar).
Sekitar tahun 1980-an kemudiannya menyusul dengan PAS dan UMNO saling bersaing untuk menjuarai seputar isu Islam.
Walaupun ada segelintir rakyat menerima latihan akademik Islam sebelum 1980-an lagi, ABIM yang digerakkan Anwar dilihat sebagai pendukung kepimpinan era itu.
Setelah Tragedi 13 Mei, PAS dan UMNO bekerjasama secara rasmi pada 1973 dan PAS kemudian bersatu dengan Barisan Nasional (BN) pada 1974. Penyatuan itu meninggalkan ruang untuk ABIM muncul sebagai sebuah kepimpinan gerakan anti-establishment dasar-Islam.
Ketika pilihan raya 1978, Anwar berkempen untuk PAS tapi kemudian menyertai UMNO seminggu sebelum piliharan raya 1982. Dalam Muktamar PAS pada Oktober tahun sama, berlaku perubahan dalaman PAS yang menyaksikan penyingkiran presidennya, Asri Muda.
Selepas menyertai UMNO, Anwar lantang menyuarakan isu ‘penjenamaan Islam’ seperti universiti Islam, sistem kewangan Islam, sistem perbankan Islam dan lain-lain. Anwar
menggunakan strategi:

KENAPA Najib kelihatan tersenyum sehaja di situ ??

APA GUNA Menteri Agama, Mufti, Ulamak & para cendekiawan UMNO yg dibayar gaji 'taxpayer' rakyat dlm isu ini !!!

Makan gaji buta atau SUDAH MATI KA... KAMU berkerja utk cari redha Allah atau cari REDHA UMNO !!!

Ciri-Ciri Lelaki Dayus

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah..

2) Membiarkan aurat isterinya terlihat.

3) Membiarkan isterinya atau anaknya berpelukan dengan lelaki lain.

4) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

5) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab.

Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan SI DAYUS yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" -( Riwayat Ahmad )

Allah telah melaknat lelaki dayus ( laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya) (Matalib uli nuha, 5/320 )

Derma RM2.6b: Saya sudah jangka keputusan mahkamah – Anina

Mahkamah Tinggi menangguhkan prosiding saman terhadap Najib dan Rauf sementara menunggu keputusan permohonan Najib membatalkan saman Anina itu.
anina_Ab-Rauf-Yusoh_najib_600
KUALA LUMPUR: Bekas ahli Wanita UMNO, Anina Saadudin berkata, dia sudah menjangkakan keputusan mahkamah membenarkan penangguhkan prosiding kes samannya terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Ab Rauf Yusoh.
Katanya, dia menghormati keputusan mahkamah itu dan menunggu satu lagi keputusan 6 Oktober ini.
“Kami memang sudah menjangkakan beliau akan mendapat kebenaran permohonan penangguhan ini.
“Saya menghormati keputusan mahkamah,” respon Anina dalam satu pesanan ringkas kepada FMT.
Terdahulu, Makhamah Tinggi membenarkan penangguhan kes saman itu sementara menunggu keputusan permohonan Najib membatalkan saman yang difailkan oleh Anina.
Perkara itu dimaklumkan peguam Najib, Datuk Hafarizam Harun dan peguam Anina, Haniff Khatri Abdullah selepas mengadakan pertemuan dengan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Zaki Wahab dalam kamar hakim.
“Zaki membenarkan penggantungan prosiding dalam tuntutan mahkamah sementara menunggu permohonan pembatalan oleh klien saya,” kata Hafarizam.

Ke mana hilang bijaksana, keikhlasan Hadi?


Apabila mendengar mukadimah ucapan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam rakaman video Mukhayyam Tarbawi PAS Kawasan Machang pada 3 September di Rusila, saya sebenarnya merasa lega.
Terdetik dalam hati saya bahawa kebijaksanaan dan keikhlasan mungkin sudah kembali kepada pimpinan bekas parti saya yang telah saya sertai sekian lama.
Malangnya kenyataan di penghujung video itu tidak sebijak atau seikhlas permulaannya.
Malang sekali apabila kebijaksanaan dan keikhlasan yang diceduk dari kisah para sahabat hanya diceritakan tetapi tidak dicontohi.
Apabila beliau berhadapan dengan suasana yang sama – walaupun jauh tidak mencabar – tidak pula dimanfaatkan kebijaksanaan yang diceritakan. Sepatutnya kebijaksanaan dan keikhlasan yang ditunjukkan Saidina Ali dijadikan pedoman dan panduan, bukan sekadar untuk diceritakan.
Perang saudara
Ucapan Ustaz Hadi Awang bermula dengan mengisahkan perang antara Saidatina Aisyah dan Saidina Ali, iaitu perang Jamal. Ianya peperangan yang tercetus selepas sahaja Ali dilantik sebagai khalifah keempat setelah Saidina Uthman dibunuh.
Maka di atas rasa kewajipan membela Saidina Uthman, Aisyah telah mengepalai bala tentera yang terdiri dari para sahabat, termasuk Talhah dan Az-Zubair. Akhirnya mereka bertempur dengan tentera di bawah pimpinan Ali yang juga terdiri dari para sahabat.
Dalam persoalan ini, di mana Aisyah mengangkat senjata menentang Ali yang merupakan Khalifah yang sah, Ustaz Hadi tegaskan, ianya hasil kejahilan dan ketidakmampuan memahami keadaan politik dengan tepat oleh pihak Aisyah.
Ianya perbezaan pandangan dan pendekatan dan oleh itu, mereka tetap rakan dan saudara seislam dan Aisyah serta Talhah dan Zubair adalah tetap ahli syurga.
Ustaz Hadi meneruskan lagi dengan menjelaskan bahawa begitu juga dengan pihak Khawarij. Pihak Khawarij ini adalah golongan yang mengkafirkan Saidina Ali dan mencaci dan memaki-hamun Saidina Ali secara terbuka di khalayak ramai.
Mereka pernah mengugut untuk membunuh Ali. Namun apabila Ali ditanya oleh para sahabat “siapa mereka ini?”
Ustaz Hadi menjelaskan bahawa Ali menjawab, “mereka adalah saudara kita, kalau mereka hadap kita, kita lawan, mereka lari kita biarkan mereka lari, jangan kejar, buat tak tahu”.
Golongan Khawarij ini terdiri dari golongan muda, kuat beribadat, semangat tinggi tetapi semangat mereka mengatasi ilmu mereka.
Kisah pengajaran
Semasa peristiwa ini berlaku, Saidina Ali merupakan khalifah yang sah. Namun apabila ditentang sehingga ke peringkat mengangkat senjata sekalipun, beliau tetap bertindak secara bijaksana, adil dan penuh keikhlasan.
Saidina Ali tidak mengkafirkan golongan yang menentangnya sewenang-wenangnya sambil menuduh mereka sebagai “terkeluar dari jemaah Muslimin” atau menghalalkan darah mereka. Beliau juga tidak menuduh dan memfitnah mereka dengan tuduhan liar seperti “ingin meruntuhkan binaan Islam”, “gadai prinsip Islam” dan “gila jawatan” atau pun yang sebagainya.
Sebaliknya beliau menyatakan keadaan sebenar, secara adil dan ikhlas tanpa berusaha memburukkan keadaan dengan fitnah dan tohmahan demi kepentingan dirinya.
Saidina Ali mengakui dan memahami, kesemua itu berlaku dalam keadaan masing-masing inginkan keadilan dan kebenaran, berniat baik walaupun ada yang jahil dan tersilap pendekatan. Beliau berusaha mendamaikan dan di mana pendamaian tidak mungkin, beliau tidak sama sekali mengeruhkan lagi suasana dengan tuduhan liar terhadap pihak yang satu lagi walaupun mereka angkat senjata menentangnya!
Di atas sifat adilnya Ali, maka perperangan dengan Aisyah berakhir dengan baik dan Aisyah sendiri mengakui kesilapan beliau kemudiannya. Adakah itu mungkin sekiranya Saidina Ali bertindak secara sewenang-wenangnya terhadap Aisyah dengan menuduhnya dengan tuduhan yang direka-rekanya?
Sudah pasti tidak.
Walaupun Saidina Ali terbunuh dan tidak berjaya masalah golongan Khawarij, sejarah menjadi saksi akan ketelusan dan kejujuran Ali dalam menangani perbalahan ini.

SPRM kecam 'macai': Kamu akan dihina, dikeji

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengingatkan pihak yang bersubahat menggagalkan siasatan atau pendakwaan kes rasuah tidak akan beroleh ketenteraman hidup.
 “Kepada yang menjadi macai atau mereka yang bersubahat, cuba menggalakkan siasatan atau perbicaraan kes rasuah, ingat apa juga upah atau imbuhan diperoleh, tidak akan menjamin ketengan dan ketenteraman dalam kehidupan.
“Perbuatan keji yang dilakukan akan mengganggu kehidupan kita sehingga akhir hayat,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
Ucapan beliau dibacakan oleh timbalan ketua pesuruhjaya (operasi) suruhanjaya itu Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.
Abu Kassim juga mengingatkan kesan negatif yang akan berlaku jika perkara itu terbongkar di kemudian hari.
“Jika perbuatan tersebut terbongkar, kamu akan dihina dan dikeji oleh masyarakat. Pada masa tersebutlah baru kita sedar, apa yang kita dapat langsung tidak ada nilai berbanding dengan maruah diri yang hilang,” katanya.
Abu Kassim berkata dalam ucapannya dalam acara menanamkan semula mahkamah olok-olok SPRM bagi menghormati kematian mendiang timbalan pendakwa raya Kevin Anthony Morais.
Enam lelaki didakwa di mahkamah pada 28 September lepas atas pertuduhan membunuh Morais manakala dua lagi, termasuk doktor tentera, dituduh bersubahat melakukan kesalahan itu.
Tujuh daripada mereka didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur manakala seorang lagi di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.
Mendiang dilaporkan hilang pada 4 September dan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur untuk ke Putrajaya menaiki kereta Proton Perdana dengan nombor pendaftaran WA6264Q.
'Anda tak boleh lari'
Sementara itu, Abu Kassim juga menegaskan bahawa pihak-pihak tertentu hanya boleh melengah-lengahkan kes tetapi tidak akan menghentikan kes daripada didengar di mahkamah.
Abu Kassim (gambar) membangkitkan berhubung pemergian Morais yang disifatkannya sebagai seorang timbalan pendakwa raya yang komited dan berintegriti.

'Ramesh Rao, jangan kurang ajar, biadap hina Dr M' - Syed Ali Alhabshee

Umno bahagian Cheras memberi amaran kepada Pengerusi Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao yang dilapor mendakwa bersikap "kurang ajar dan biadap" menghina bekas perdana menteri Tun Dr Mahahtir Mohamad.
 Ketua Umno bahagian itu Datuk Seri Syed Ali Alhabshee turut menasihat Ramesh supaya menjalani pemeriksaan mental sebelum membuat tuduhan palsu kepada negarawan itu.
“Siapa Ramesh Rao mahu bersikap kurang ajar dan biadap kepada Tun Dr Mahathir Mohamad? Apa jasa Ramesh Rao kepada kepentingan rakyat dan negara memang tidak boleh dibandingkan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Begitukah sikap seorang Pengerusi PMSP dalam menyampaikan pandangan dengan cara tidak beradab dan angkuh," tegas bekas senator itu dalam blognya hari ini.
Pada masa yang sama, Syed Ali memberi amaran kepada mana-mana pemimpin yang tiada kena mengena dengan Umno supaya tidak mecampuri urusan dalaman parti itu termasuk mencerca pemimpin banyak berjasa kepada rakyat dan negara.
Syed Ali mengulas kenyataan Ramesh yang dilapor oleh portal berita Free Malaysia Today bahawa beliau mendakwa dengan menasihati Dr Mahathir menjalani pemeriksaan mental setiap enam bulan sekali.
Laporan portal itu menyebut Ramesh mendakwa negarawan itu sudah gila setelah merestui perkara yang beliau sendiri menentang ketika menjadi perdana menteri.

Najib dapat penangguhan fail pembelaan kes derma RM2.6 bilion

Datuk Seri Najib Razak dikecualikan daripada memfailkan pembelaannya berhubung wang RM2.6 bilion yang dideposit ke dalam akaun bank peribadinya sementara menunggu keputusan permohonannya untuk membatalkan saman yang difailkan seorang bekas ahli Umno.
Presiden Umno itu juga diberikan penangguhan daripada memfailkan afidavit untuk menentang percubaan Anina Saadudin membekukan aset beliau dan satu lagi permohonan untuk penghakiman atas pengakuan berhubung butiran akaun beliau dalam pertikaian sivil itu.
Datuk Seri Najib Razak diberikan penangguhan dari memfailkan afidavit untuk menentang percubaan Anina Saadudin membekukan aset beliau. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Oktober, 2015. Peguam Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata, Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Zaki Abdul Wahab membenarkan permohonan anak guamnya kerana wujud keadaan-keadaan istimewa (special circumstances).

"Hakim memutuskan yang, sekiranya penangguhan itu tidak dibenarkan, ia akan memberi kesan kepada tawaran defendan (Najib) untuk membatalkan saman itu," katanya mengenai keputusan yang dibuat di dalam kamar itu. Hafarizam berkata, hakim memutuskan penangguhan itu juga tidak akan menjejaskan Anina jika pembelaan Najib difailkan kemudian sekiranya permohonan pembatalan itu ditolak.
Pengurusan kes bagi membatalkan permohonan itu ditetapkan pada 6 Oktober.
Peguam Anina, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, beliau mungkin memohon penangguhan ke atas percubaan Najib membatalkan saman itu, sementara menunggu kes satu lagi saman yang difailnya untuk mencabar tindakan memecat beliau daripada parti.
Hanif berkata, perkara itu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 9 Oktober di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman S. Nantha Balan.

MACC pays homage to Kevin Morais in emotionally charged ceremony

The corrupt can't hide from public, warns MACC

Tajuddin beri amaran mahu lempang Cina Malaysia

PAS kena ada pendirian teguh berhubung kerjasama di Selangor - PKR

Keluar Pakatan: Itu pandangan Dewan Ulama saja - PAS Selangor

Memorandum MJMM & IRIMM hanya disambut oleh pengawal keselamatan Kedutaan China

'Program bersama Mahathir bukan rosakkan Umno' - Syed Saifuddin

Ku Nan: Apa niat Umno cawangan jemput Dr Mahathir?

Soal Jawab PM, jadual Najib padat, ampu menteri Umno

Derma RM2.6b: Mahkamah benarkan Najib tangguh prosiding - Hafarizam Harun

KEADILAN MENGARAHKAN ANGGOTA TURUN KE DEMONSTRASI “HARI KEMARAHAN 2 OKTOBER” MEMPERTAHANKAN MASJID AL-AQSA

Masjid Al AqsaWalaupun Malaysia telah menduduki kerusi Majlis Keselamatan Pertububan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), kedudukan itu belum diterjemahkan menjadi satu suara yang lantang untuk membela nasib rakyat tertindas di seluruh dunia terutamanya di Palestin, Syria dan Rohingya.
Kebelakangan ini, rejim Israel meningkatkan tindakan agresif mereka dengan menyerbu ke dalam Masjid Al-Aqsa dengan alasan mahu mengasingkan bahagian yang didakwa milik penganut Yahudi dari keseluruhan Masjid Al-Aqsa. Ini satu tindakan yang tidak menghormati kedudukan Masjid Al-Aqsa sebagai salah satu masjid paling suci bagi penganut agama Islam di seluruh dunia.
Lantaran itu, satu gabungan Selamatkan Al-Aqsa telah ditubuhkan dan dipelopori oleh aktivis-aktivis Palestin di negara ini. Satu demonstrasi mengutuk pencerobohan Al-Aqsa oleh rejim Zionis ini juga akan diadakan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat pada Jumaat, 2 Oktober 2015 selepas solat Jumaat.
KEADILAN menyokong sepenuhnya perjuangan pembebasan rakyat Palestin dan mempertahankan Al-Aqsa dari dicerobohi. Saya telah mengeluarkan Pekeliling kepada semua anggota dan pimpinan untuk turut bersama-sama hadir dalam demonstrasi pada 2 Oktober 2015.

Jangan masuk campur siasatan kami, kata ketua SPRM

Jangan cuba halang, ganggu dan kekang proses siasatan dan perbicaraan rasuah, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Oktober, 2015.Jangan cuba halang, ganggu dan kekang proses siasatan dan perbicaraan rasuah, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Oktober, 2015.Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed hari ini memberi amaran kepada sesiapa yang mencampuri siasatan badan anti rasuah persekutuan itu, kerana mereka tidak akan terlepas daripada diadili.
Katanya, mereka yang melakukan kesalahan, sama ada ahli politik, tokoh korporat atau orang biasa, akan dinilai bukan saja oleh mahkamah tetapi masyarakat umum.
"Kepada pihak yang mahu menghalang siasatan dan kes yang dibicarakan, dunia hari ini sudah berbeza. Anda tidak boleh lari daripada sistem keadilan," kata Abu Kassim dalam teks ucapan yang dibacakan timbalannya Datuk Seri Mohd Shukri Abdull pada majlis perasmian Kevin Morais Moot Court di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

"Jangan cuba menghalang, mengganggu dan mengekang proses siasatan dan perbicaraan. Anda boleh memenangi perjuangan anda untuk menyembunyikan bukti daripada mata penguatkuasa undang-undang, tetapi anda tidak boleh bersembunyi di mata orang ramai," katanya.

Inilah undang2 di negara Islam Malaysia..

Pemimpin UMNO masih mampu tersenyum kerana HANYA dipenjara setahun.. Berbaloi merasuah RM3 juta demi istana mahligai..

TETAPI bila harga minyak dunia turun KENAPA TIDAK TURUNKAN HARGA MINYAK PULA bulan ni !!!

bila keluar aja dari mulut DAM pasti nak PERBODOHKAN rakyat...

ALASAN NAIKKAN HARGA MINYAK bulan Jun kononnya ikut carta harga minyak dunia dah naik.

ASAL AJA UMNO SENTUH pasti melingkup !!!


FAKTA:
1) Era Tun Razak : Harapan bapak Najib untuk jadikan syarikat penerbangan kebangsaan ini sebagai salah satu syarikat terbesar dan termasyhur dalam dunia. -kata bekas CEO MAS

2) Era 'ANAK' Tun Razak : Syarikat MAS semakin jahanam & jatuh bangkrap dgn hutang RM12 bilion !!!

SHARE ramai2 agar rakyat tahu siapa sebenarnya UMNO-jahanam.

MANA MARUAH MELAYU !!!
Si Jamal bangsat tak nak buat demo ker !!!

Skandal 1MDB: Abaikan ‘bunyi bising’ di Malaysia, nasihat Najib kepada pelabur

Perdana Menteri memaklumkan 1MDB dijangka mengumumkan pengurangan jumlah hutangnya sebanyak kira-kira RM16 bilion dalam beberapa hari akan datang.
najib-US-investorNEW YORK: Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan mesyuarat sambil bersarapan dengan beberapa pengurus dana Amerika Syarikat (AS) dan menggesa mereka mengabaikan bunyi ‘bising’ di Malaysia berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Perdana Menteri sebaliknya menasihatkan mereka supaya melihat asas ‘sebenar’ daya tahan ekonomi dalam keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu.
Beliau kemudiannya makan tengah hari dengan pemimpin perniagaan AS, mengetengahkan indeks daya saing positif Malaysia seperti yang disahkan oleh agensi-agensi penarafan utama seperti Moody’s, Standard & Poor’s dan Fitch, serta pengumuman Bloomberg bahawa Malaysia adalah pasaran pesat membangun kelima yang menjanjikan peluang besar di dunia.
“Kerajaan akan terus kekal,” kata Perdana Menteri.
“Saya tidak bergegas pulang kerana bimbang saya akan kehilangan kerja atau
sesuatu seperti itu,” katanya dan menambah kerajaan akan berkhidmat mengikut
mandat lima tahun sebelum pilihan raya akan datang.
Semasa di New York, Najib menghadiri pelbagai mesyuarat di ibu pejabat PBB.
Beliau dijadual menyampaikan ucapan pada perbahasan umum pada Khamis sebelum berlepas ke Milan untuk satu lagi lawatan kerja ke Itali.
Mengenai 1MDB, Najib berkata syarikat itu dijangka mengumumkan pengurangan jumlah hutangnya sebanyak kira-kira RM16 bilion ‘dalam beberapa hari akan datang’.
Perdana Menteri berkata beliau difahamkan bahawa kerajaan memerlukan enam bulan hingga akhir tahun untuk mengurangkan hutang dan memulihkan syarikat berkenaan.
“Bank Negara juga mengumumkan bahawa tidak ada risiko sistemik berkaitan MDB. Kami mempunyai lebih banyak aset berbanding liabiliti”, katanya.
Mengenai cadangan penjualan Edra Global Enegry Berhad, Najib berkata kini sudah ada tawaran menarik untuk cabang penjanaan tenaga 1MDB itu.
“Oleh itu saya yakin menjelang akhir tahun, kami akan dapat menunjukkan bahawa 1MDB pada asasnya merupakan perbadanan yang mampu melalui proses rasionalisasi dan mengurangkan hutangnya yang besar,” katanya.
Najib menjelaskan bahawa model perniagaan 1MDB adalah berasaskan konsep “IPO pantas” dan tidak menggunakan banyak dana kerajaan.
Beliau berkata petunjuk pada masa ini baik untuk ekonomi Malaysia. namun ‘tahap bunyi bising’ mungkin tidak menunjukkan kedudukan positif mengenai Malaysia.
Mengenai demonstrasi Bersih 4 dan protes susulan anti-Bersih di Kuala Lumpur baru-baru ini, Najib berkata walaupun dua perhimpunan berlaku, kestabilan politik kukuh di Malaysia.
Najib berkata demonstrasi dikawal dengan baik oleh polis tanpa menggunakan tindakan tegas.
“Kedua-duanya berakhir dengan baik,” katanya.
“Berasaskan demokrasi yang matang, kami perlu membenarkan sedikit ruang perbezaan pandangan. Rakyat melakukan protes tetapi akhirnya kami berharap mereka akan berfikiran rasional.
“Pilihan raya berikut hanya pada 2018. (Sehingga itu) kami akan meneruskan agenda untuk negara,” katanya.

Tun M perlu jalani pemeriksaan mental – Ramesh Rao

Dia mendakwa Tun M banyak membuat kenyataan yang beliau sendiri menentang ketika menjadi Perdana Menteri.
Ramesh-Rao,mahathir
PETALING JAYA: Mantan Perdana Mneteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dinasihatkan supaya menjalani pemeriksaan mental setiap enam bulan sekali.
Saranan itu dibuat, Pengerusi Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao apabila mendakwa Dr Mahathir sudah gila setelah merestui perkara yang beliau sendiri menentang ketika menjadi Perdana Menteri.
Dakwaan itu juga merujuk kepada kelantangan Dr Mahathir mengkritik pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Saya minta Tun Mahathir menjalani pemeriksaan mental dengan segera, saya rasa beliau sudah gila, dulu tak sokong demonstrasi sekarang sokong, dulu tak sokong media asing sekarang sokong, dulu tak sokong undi tidak percaya sekarang sokong, ini sudah membutikan dia sudah gila.
“Dia (Mahathir) perlukan rawatan segera, orang kata kalau umur sudah lebih 60 tahun kepala menjadi sasau.

Tangguh rawatan Anwar bukti kerajaan kejam – AMK

Nik NazmiKUALA LUMPUR 1 Oktober- Penangguhan rawatan kesihatan Saudara Anwar Ibrahim hanya membuktikan Umno Barisan Nasional bertindak kejam terhadap bekas Ketua Pembangkang itu, kata Angkatan Muda KEADILAN (AMK).
Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, tindakan berkenaan hanya akan meletakkan kesihatan Anwar dalam keadaan yang lebih buruk walaupun banyak permohonan dibuat oleh peguam-peguam Anwar sebelum ini.
“Sebarang penangguhan hanya membuktikan sekali lagi bahawa BN sememangnya ingin berlaku kejam kepada seorang bekas Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang Malaysia,” kata Nik Nazmi dalam kenyataannya.
Dalam pada itu, katanya, ketua panel perubatan yang dilantik kerajaan, Dr S Jeyaindaran pula mempunyai sejarah layanan buruk kepada Anwar sejak tahun 2003.
KEADILAN sebelum ini membangkitkan kebimbangan kerana Jeyaindran pernah menjadi saksi pendakwaan dalam kes Fitnah terhadap Ketua Umum KEADILAN itu.
“Kami menggesa pihak kerajaan untuk segera membenarkan Anwar mendapatkan rawatan yang sewajarnya dan menggantikan Dr S Jeyaindran dengan pakar yang lain untuk mengetuai panel rujukan perubatan,” tegasnya.
Anwar ketika ini menjalani hukuman 5 tahun penjara susulan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari yang mensabitkan beliau bersalah atas tuduhan Fitnah 2.
Bagaimanapun, selepas hampir 8 bulan dipenjarakan, kesihatan Anwar bertambah buruk dan kini mengalami penurunan berat badan sebanyak 6 kilogram.
Selain itu, beliau juga dilapor menghadapi masalah tekanan darah yang tidak menentu, ketumbuhan kecil di buah pinggangnya serta terdapat kesan darah dalam sampel najisnya.

Akta 355: PAS bawa usul persendirian kali ke-3


KOTA BHARU: PAS tetap akan membawa usul persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Akta 355) di parlimen biar pun sudah dua kali gagal dibentang.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, PAS tetap meneruskan komitmen membawa usul berkenaan sekali lagi pada persidangan parlimen bermula 19 Oktober ini.

Katanya, PAS sentiasa bersedia membentangkan usul berkenaan walau pun tertangguh pada persidangan parlimen sebelum ini.

“PAS bersedia bawa sekali lagi semasa sidang parlimen Oktober ini.

“Kita juga akan tengok implikasi undang-undang dibimbangi ada subjudis memandangkan ada pihak mengemukakan saman berhubung pembentangan usul berkenaan,” katanya di sini semalam.

Baru-baru ini empat individu mengemukakan saman terhadap Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkaitan usul persendirian bagi meminda Akta 355.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 5 Oktober ini bagi memutus bantahan awal dikemukakan Presiden PAS.

Empat individu iaitu Mansoor Saat, Azira Aziz, Hasbeemaputra Abu Bakar danHazwany Jamaludin menyaman Presiden PAS dan empat lagi defendan kerana membawa usul persendirian ke Parlimen untuk meminda Akta 355 bagi meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Pada persidangan parlimen sebelum ini PAS sudah dua kali membawa usul tersebut namun belum dapat dibentang.

Lagi tekanan supaya Saifuddin keluar Umno



Bekas timbalan menteri Datuk Seri Saifuddin Abdullah terus menerima tekanan untuk keluar parti selepas beliau selepas hadir ke mesyuarat pembentukan gabungan baru pembangkang Pakatan Harapan.
"Saifuddin itu lebih baiklah masuk pembangkang, tak payah jadi ahli Umno. Dia dah lebih mirip kepada pembangkang.
"Jadi, supaya jelas tak perlulah lagi dia nak sebelah sini atau sana.
"Sangat jelas ia bertentangan dengan polisi kerajaan,” kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor turut mencadangkan Saifuddin menyertai pembangkang jika gemar menghadiri program musuh politik BN itu.
Umno telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepadanya untuk dijawab dalam tempoh 14 haru, yang tamat pada 6 Oktober ini.
Saifuddin, ketua pegawai eksekutif Pergerakan Moderat Global (GMM) berkata,kehadirannya ke pelancaran Pakatan Harapan atas kapasiti sebagai pengerusi Akademi Belia.
Tiga parti pembangkang - PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) secara rasmi membentuk Pakatan Harapan sebagai wadah baru selepas Pakatan Rakyat berkubur.
PAS tidak menyertai gabungan itu.

Khoo Kay Kim: Bangsa bermakna warga negara

Isu pendatang atau imigran tidak lagi boleh dikaitkan jika seseorang itu telah mendapat kewarganegaraan.

khoo-kay-kim_malaysia_600KUALA LUMPUR: Isu bangsa tidak seharusnya dikaitkan lagi sebaik sahaja seseorang itu menjadi warga negara kerana ia menghalang untuk mewujudkan ‘satu bangsa’, kata ahli sejarah terkenal, Profesor Emeritus Khoo Kay Kim.
“Kerajan meminta kita untuk kekal dalam bentuk bangsa iaitu Melayu, Cina dan India. Bangsa bermaksud kewarganegaraan.
“Jadi, apabila kita menjadi rakyat Malaysia dan menulis bangsa sebagai bangsa Cina, itu bermakna kita adalah rakyat dari negara China,” katanya dalam forum Mempertahankan Maruah Melayu malam tadi di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur pada Rabu.
Turut hadir di forum anjuran NGO Gabungan Merdeka Rakyat ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, bekas Ahli Parlimen Temerloh, Saifuddin Abdullah dan juga Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Raimi Abdul Rahim.
Khoo berkata demikian sewaktu diajukan soalan oleh hadirin mengenai label ‘pendatang’ yang sering kali digunakan sesetengah pemimpin terhadap kaum tertentu di Malaysia.
“Pendatang hanyalah suatu istilah. Orang yang datang dari negara lain dan menetap di situ adalah imigran.
“Tetapi, apabila mereka tinggal dalam waktu yang lama, dan menerima kewarganegaraan selepas memohon kewarganegaraan, mereka bukan lagi imigran, mereka adalah warga negara,” jelasnya.
Beliau juga merujuk kepada satu petikan yang dibuat oleh Presiden pertama MCA, Tun Tan Cheng Lock, ‘Satu negara, satu rakyat dan satu kerajaan’ dan menyatakan bahawa generasi muda kini gagal untuk menghargai makna tersebut.

Ku Nan: Masuk pembangkanglah kalau suka sangat

 Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mencadangkan bekas timbalan menteri Datuk Saifuddin Abdullah menyertai pembangkang jika gemar menghadiri program musuh politik BN itu.
Beliau juga mengingatkan bekas anggota parlimen Temerloh itu supaya tidak menjadi duri dalam daging Umno dengan tindakannya itu.
"Kalau suka sangat hadiri program pembangkang, saya cadangkan supaya dia sertai pembangkang dan kemudian dia boleh buat apa yang dia suka.
"Jangan jadi duri dalam daging, gunting dalam lipatan. Kalau fikir pembangkang lebih baik, pergilah ke pembangkang," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas program perasmian program keluarga angkat di Kuala Lumpur hari ini.

Tajuddin beri amaran mahu lempang Cina Malaysia

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman hari ini memberi amaran akan "melempang" rakyat Cina di negara ini jika mengadu masalah kepada pihak luar.
"Saya nak bagi amaran juga kepada Cina Malaysia jangan ingat bila ada masalah dia nak mengadu, sikit-sikit mengadu supaya ada yang lindungi mereka.
"Nak kena lempang macam itu," kata Tajuddin dalam sidang media selepas merasmikan Pameran Perdagangan dan Persidangan Herbal Asia 2015 di bangunan Matrade, Kuala Lumpur sebentar tadi.
 Malah, anggota Majlis Tertinggi Umno itu meminta rakyat Cina di negara ini berhenti "berangan" bahawa ada pihak luar yang akan membela nasib mereka.
"Orang Cina yang ada di Malaysia jangan beranganlah bila ada "big boss" datang, ada "God Father" datang dari negara China sebab nak tolong dia.
"Jangan berangan begitu," katanya yang juga anggota Parlimen Pasir Salak.
Menurut Tajuddin lagi, kehadiran Duta Besar China Huang Huikang ke Malaysia hanya untuk melindungi rakyat negaranya yang melancong di Malaysia.
"Dia kata nak lindungi rakyat dia bukan Cina Malaysia, buat apa nak campur tangan. Saya pun marah kalau dia campur tangan.
"Duta China kata kenyataan dia telah digembar-gemburkan, dia tidak ada niat campur tangan dalam hal ehwal negara kita, tak ada niat nak membela orang Cina di sini," kata Tajuddin.
Huang semalam mengingatkan bahawa lawatannya ke Jalan Petaling Jumaat lalu tidak harus dijadikan sebagai satu isu anti kerajaan Malaysia.
Huang mengulangi kunjungannya sebagai lawatan muhibah dan untuk mengetahui sama ada terdapat sebarang kebimbangan keselamatan, sebelum membuat keputusan sama ada akan mengeluarkan nasihat perjalanan kepada pelancong dari China.

Harapan kepada pemimpin pasca merdeka

Sudah kesekian lama keinginan saya untuk menyaksikan kepimpimnan negara ini diambil alih atau diberi peluang kepada para pemimpin pelapis yang ada hari ini. Pemimpin pelapis negara ini yang saya maksudkan atau golongkan mereka yang lahir selepas merdeka, 1957, (pemimpn pelapis pasca merdeka). Mereka kini berusia dibawah 60 tahun ke bawah.


Husam Musa (Pas)
Khairy (Umno)
Negara kita atau madrasah politik kita banyak melahirkan tokoh-tokoh pemimpin dibawah 60 tahun yang boleh diharapkan menjadi pemimpin masa depan. Mereka, suka atau tidak suka akan mengambil alih kepimpinan dari order lama. Order lama ialah mereka yang berusia atas 60 tahun hari ini. Kebanyakan mereka akan mengisi borang pencen secara pilihan atau terpaksa apabila usia mencecah 65 tahun.



Apa lagi setengah daripada mereka (golongan pelapis ini) hari ini sudah pun memegang jawatan penting di peringkat parti dan kerajaan baik negeri maupun persekutuan. Atau pun sudah ada pengalaman menjadi wakil rakyat, Exco, MB atau pun pimpinan parti. Pengalaman dan sejarah yang dilalui mereka sudah cukup melayakkan mereka menjadi pemimpin negara bangsa di masa depan.

Saifuddin Abdullah (Umno)
Azmin Ali (PKR)
 Apa yang menjadi keinginan (ilusi saya) ialah, meletakkan mereka dalam satu gugusan pemimpuin yang terikat. Maksudnya mereka diberi peluang secara bersama untuk memimpin negara. Di sini bukan bermakna mereka perlu ada dalam satu wadah (kalau itu berlaku lagi bagus), tetapi bersatu diluar wadah. Mereka diberikan peluang menjadi pemimpin utama oleh parti masing-masing.

Tidak sulit untuk melihat mereka berfikir dan mencanang pelan untuk nusa dan bangsa yang sama kerana mereka sudah dibentuk atas landasan benar sejak lama. Mereka sudah ada banyak persamaan. Selain daripada warna kulit dan darah mereka juga diasuh dan didikan di maktab politik yang sama. Rata-rata mereka menjadi warga kampus yang sudah mula bergerak belajar menjadi pemimpin di peringkat kampus. Mereka adalah aktivis pelajar dan gerakan mahasiswa yang mendampingi masyarkat sejak remaja.

Saifuddin Nasution (PKR)
Idealisme, wawasan dan iltizam mereka serupa. Tanyalah mereka, apakah matlamat atau cita-cita hidup mereka, mereka akan jawab untuk mendaulatkan agama dan bangsa. Cuma apa yang memisahkan mereka ialah warna politik yang kemudian diasingkan oleh perbezaan pendekatan atau uslub - itu sahaja.

Walhal politik itu sendiri mengariskan matlamat dan maksud yang sama. Perbezaan jalan (toriq) ini tidak menjadi masalah asalkan matlamat mereka sama, menuju ke destinasi yang sama. Maka mereka boleh bersama asalkan semuanya sedia mengugurkan rasa tinggi diri dan ego.

Perbezaan politik atau toriq samalah perbezaan jalan dan kaedah untuk kita menuju ke sesuatu tempat. Ada yang memilih jalan darat, ada yang pilih jalan udara dan ada yang memilih jalan laut. Laksana untuk kita ke Makkah ada orang menggunakan kapal laut, ada yang naik motorkar atau unta ada yang menaiki kapal terbang atau jet peribadi. Yang penting dan utama ialah sampai ke Makkah.

Salahuddin (Amanah)
Apabila menyorot dan menilai nama-nama mereka ini menunjukkan bangsa Melayu dan negara tidak "kasih" (miskin) dengan tokoh-tokoh bakal menjadi pemimpin di masa hadapan. Mereka sudah menyerlah bakal dan iltizam mereka, kerana kalau bukan masakan mereka memilih politik sebagai kerjaya.

Sebaris nama-nama yang sudah lama menetas dalam kepala saya untuk mencapai ilusi itu itu ialah, Ahmad Shaberry Chik, Saifuddin Abdullah, Zambery Abdul Kadir, Razali Ibrahim, Khalid Nordin, Puad Zarkasi, Ezam Mohd Noor, Hashim Subuh (dari Umno); Salahuddin Ayub, Dr Mujahid Yusuf Rawa, Hanifa Maidin, Dr Mohd Hatta Ramli, (daripada Amanah), Husam Musa, Tuan Ibrahim Tuan Man, Takiyuddin Hassan, (daripada Pas).

Mohamaed Azmin Ali, Saifuddin Nasution Ismail, Mustafa Kamil Ayub, Shamsul Iskandar Md Akin, (daripada PKR), dan beberapa nama lain daripada badan-badan bukan politik NGO, seperti Azam Abdul Rahman bekas presiden Abim, Saari Sungip bekas presiden Jim. Mereka ini boleh berklobrosi dengan beberapa nama yang sudah menyerlah dalam bidang selain politik; korporat, budayawan, profesionali dan akademis.

Kerana Syed Ali, Umno disindir masuk muzium

Anggota parlimen Taiping Nga Kor Ming hari ini menyifatkan pemimpin Umno Wilayah Persekutuan Syed Ali Syed Abbas Alhabshee sebagai “jahil dan tidak cekap”.
Semuanya gara-gara tindakan ketua Umno Cheras itu yang semalam membangkitkan kenyataannya dalam sebuah rancangan bual bicara di kaca televisyen yang telah pun tamat lima tahun lalu.
“Tindakannya membuktikan Umno lebih baik diletak dalam muzium,” katanya.
Syed Ali semalam menggesa kerajaan menarik lesen penyiaran NTV7 yang disifatkannya biadap, menghina kerajaan dan tidak menghormati sensitiviti rakyat pelbagai kaum.
Ia susulan tindakan NTV7 menyiarkan kenyataan seorang ahli panel “berbangsa Cina” yang membawakan cerita satira tentang kuiz terhadap pemimpin dunia yang hadir di sidang Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Menurut Syed Ali, kenyataan itu berbunyi:
“Dalam perkumpulan itu, Robert Mugabe mengadakan kuiz kepada ketiga-tiga pemimpin iaitu Barrack Obama, Wen Jia Bao dan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Antara soalannya, negara manakah enjin pesawatnya hilang tanpa berperang?
“Negara mana yang habiskan $10 juta membina 50 klinik1Malaysia tapi tiada doktor? Stadium negara manakah yang roboh sendiri walaupun gempa bumi tidak berlaku? Malangnya semua itu berlaku di Malaysia.”
Najib kebetulan sekarang sedang menghadiri sidang PBB.
Ahli panel 'berbangsa Cina'
Seorang jurucakap stesen televisyen itu memberitahu Malaysiakini bahawa rancangan itu telah ditamatkan beberapa tahun lalu.
Ia bermula pada 1 April 2010 dan tamat pada 24 Jun tahun yang sama. Ia disiarkan langsung setiap Khamis.

Pas sokong Mufti Pahang

Pas mendakwa sudah masak dengan sikap dan pemahaman DAP terhadap Islam yang membawa kepada putusnya hubungan antara dua parti itu.
Datuk-Tuan-Ibrahim-Tuan-Man,mufti-pahang
PETALING JAYA: DAP digesa supaya tidak campur tangan dalam urusan Jabatan Mufti yang mempunyai hak bagi mengeluarkan fatwa dan nasihat agama kepada umat Islam supaya bersatu menetang kemungkaran agama.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu sebulat suara menyokong pendirian Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman yang mempertahankan teks khutbah Aidul Adha yang didakwa oleh pemimpin DAP sebagai fitnah.
“Khutbah yang berupa nasihat agama bagi umat Islam yang terikat dengan syarat dan rukun merupakan peringatan baik bagi umat Islam,” Katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Katanya, Pas sudah masak dengan sikap DAP berhubung pemahaman kepada Islam berdasarkan pengalaman mereka dengan parti itu yang membawa kepada putusnya hubungan antara kedua-dua parti.
“Majlis Syura membuat keputusan memutuskan hubungan dengan DAP kerana penentangan dan sikap melampau DAP terhadap kepimpinan Pas khususnya serangan ke atas Presiden yang membawa usul persendirian ke Parlimen.
“Penentangan DAP terhadap undang-undang Islam ini bukanlah perkara baru. Bahkan tindakan kepimpinan DAP menyokong beberapa program yang ditentang oleh umat Islam seperti Oktober Fest, unisex saloon di Kelantan dan lain adalah bukti umum bagaimana sikap DAP terhadap penghayatan amalan Islam bagi orang Islam,” katanya.

Titah Sultan Perak tepat - Ustaz Ahmad Dusuki


Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani

SHAH ALAM – Titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah supaya pemimpin di negara ini menjalankan amanah dan tugas awam dengan berintegriti serta bertakwa adalah selaras dengan kehendak agama.

Pendakwah, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani berkata, Islam sememangnya mewajibkan pemimpin supaya melaksanakan tanggungjawab dengan adil dan tidak mengambil kesempatan ke atas rakyat.

“Titah Sultan Perak ini amat bertepatan dengan al-Quran yang meminta pemimpin bertanggungjawab bukan sekadar di dunia tetapi juga di akhirat.

“Agama memang minta supaya pemimpin ini laksanakan tanggungjawab secara bersungguh-sungguh, bukan hanya mengambil kesempatan mengaut keuntungan atas nama seorang pemimpin,” katanya, semalam.

Menurutnya, pemimpin tidak harus menjadi pemimpin hanya sekadar untuk memenangi pilihan raya.

“Apabila mereka menang pilihan raya, mereka perlu fikir bagaimana mereka di hadapan ALLAH.

“Jika jadi pemimpin adil, pemimpin mentaati segala tanggungjawab, maka mereka akan jadi pemimpin selamat di akhirat nanti,” katanya.

Kata Ahmad Dusuki lagi, di antara pemimpin yang akan mendapat lindungan arasy ALLAH di akhirat adalah pemimpin yang menunaikan tanggungjawab dengan adil kepada rakyat.

“Mereka ini pemimpin yang tidak mementingkan keluarga dan diri sendiri, sebaliknya mengutamakan rakyat seterusnya akan berada di kedudukan baik di sisi ALLAH di akhirat,” katanya.

Sementara itu, Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar yang turut menyokong titah Sultan Perak berkata, seorang pemimpin seharusnya menjalankan tugas dengan penuh amanah dan berintegriti.

BERTERUS-TERANG SAJALAH TAK JADI SAMAN WSJ...

Ketika mula-mula timbul dakwaan oleh The Wall Street Journal atau WSJ mengenai kemasukan wang sebanyak RM2,600 juta yang didakwa mengalir ke akaun peribadinya, Najib Razak mengatakan tindakan undang-undang terhadap akhbar itu diambil pada hari Selasa.

Setelah berpuluh-puluh Selasa berlalu, tidak juga surat saman atau tindakan mahkamah diambil kepada WSJ.

Kemudian peguam Najib mengatakan pihaknya akan menghantar surat untuk meminta penjelasan terlebih dahulu sama ada dakwaan WSJ itu bermaksud Perdana Menteri telah menyalahgunakan wang 1MDB, sebelum tindakan mahkamah dapat diambil.

Tempoh masa selama 14 hari diberikan kepada WSJ untuk menjawab surat tuntutan itu.

Bagaimanapun apabila WSJ tetap mempertahankan laporannya sebagai betul dan benar yang menggambarkan sedia untuk berdepan di mahkamah, tidak juga tindakan undang-undang diambil, sebaliknya peguam Najib mengatakan mereka mempunyai beberapa pilihan untuk dipertimbangkan.

Sama ada tindakan undang-undang akan diambil atau tidak terhadap WSJ menjadi lebih panas selepas itu apabila SPRM mengesahkan wang RM2,600 juta itu benar-benar pernah mengalir masuk ke akaun peribadi Najib, tetapi menyifatkannya sebagai derma yang diterima daripada Timur Tengah.

Najib dan para pemimpin UMNO selepas itu berlumba-lumba mempertahankan kemasukan wang tersebut, tetapi dengan alasan yang berbeza-beza sehingga kononnya untuk membantu negara memerang IS (Islamic State) yang belum wujud pada tarikh wang itu dimasukkan, turut dijadikan hujah sandaran.

Lawak dol...

Yang masih tidak diketahui hanyalah siapakah penyumbang derma yang "super pemurah"  itu serta berapakah lagi baki wang yang tinggal dan di manakah ia diletakkan.

Namun, saman terhadap WSJ tidak juga menjadi kenyataan, sebaliknya seorang ahli Wanita UMNO Langkawi, Anina Saadudin pula yang mengambil tindakan mahkamah terhadap Najib berkaitan wang itu.

Pemenjaraan Dr Khir dan Implikasi Terhadap Skandal 1MDB

A Kadir Jasin
BEKAS Menteri Besar Selangor, (Datuk Seri) Dr Mohamad  Khir Toyo, berkata beliau tidak melakukan kesalahan rasuah.  Betullah tu.
Dalam sistem penghakiman kita, adalah hak mutlak yang tertuduh untuk menafikan tuduhan ke atasnya dengan mengaku tidak bersalah (plead not guilty).
Malah orang yang bersalah dan bersedia mengaku salah pun diingatkan (cautioned) oleh hakim jangan mengaku salah. Tapi kalau hendak mengaku juga, dia akan diingatkan dan dibagi amaran padah pengakuan salahnya itu.
Dalam sistem kehakiman Inggeris yang menjadi asas kehakiman kita, penghakiman hanya boleh dibuat oleh mahkamah. Hanya mahkamah berhak menentukan sama ada seseorang itu bersalah atau tidak.
Malah keadilan (justice) memihak kepada tertuduh (the accused). Mula-mula sekali, tertuduh tidak bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah (innocent until proven guilty). Jadi Dr Khir “tidak bersalah” sehinggalah “dibuktikan bersalah”.
Beban mutakhir adalah di bahu pihak pendakwa. Pendakwa wajib membuktikan “tanpa sebarang keraguan” (beyond reasonable doubt) akan kesalahan tertuduh. Maksudnya tanpa syak wasangka.
Pihak pembela pula hanya perlu mewujudkan keraguan yang berpatutan (reasonable doubt) bagi membebaskan anak guaman mereka daripada sabit kesalahan.
Dr Khir dan pasukan pembelaannya gagal cetuskan "reasonable doubt"
Jadi, walaupun Dr Khir “bersumpah” beliau tidak bersalah, pihak pendakwa berjaya membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa beliau telah melakukan jenayah yang dituduh manakala peguam beliau gagal menimbulkan keraguan yang berpatutan.
Sekarang sahlah kesalahan beliau. Penafian beliau tidak bermakna lagi di segi undang-undang. Maka dengan itu, Dr Khir dipenjarakan selama 12 bulan dan harta yang terlibat dirampas.
Dengan itu juga, jadilah beliau Menteri Besar Selangor yang kedua dipenjarakan kerana rasuah dan menjadi antara segelintir pemimpin kanan kerajaan yang didapati bersalah melakukan rasuah.
Natijahnya:
1. Sama ada beliau mengaku bersalah atau tidak, Dr Khir telah dibuktikan terlibat dengan rasuah.
2. Pemimpin politik masih boleh disiasat, didakwa dan didapati bersalah mengikut undang-undang Negara.
3. 0rang baik dan berprofil rendah menjadi alpa, bongkak dan hilang akal apabila mendapat kuasa. Dr Khir boleh dikatakan tidak dikenali sebelum dilantik entah dari mana (out of the blue) menjadi Menteri Besar pada tahun 2000.
4. Pemenjaraan Dr Khir memberi kesan psikologi yang positif kepada rakyat jelata iaitu tidak ada sesiapa pun berada di atas daripada undang-undang (above the law).

Pakatan Harapan beri kerajaan negeri Selangor masa tukar nama

Gabungan parti pembangkang baharu tidak beri tekanan kepada kerajaan negeri Selangor supaya isytihar dirinya kerajaan Pakatan Harapan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Oktober, 2015.Gabungan parti pembangkang baharu tidak beri tekanan kepada kerajaan negeri Selangor supaya isytihar dirinya kerajaan Pakatan Harapan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Oktober, 2015.Gabungan parti pembangkang baharu tidak akan tergesa-gesa menekan kerajaan negeri Selangor mengisytiharkan dirinya kerajaan Pakatan Harapan, ketika timbul persoalan mengenai masa depan negeri terkaya Malaysia itu susulan pembentukannya baru-baru ini.
Ini kerana, pemimpin mereka memahami pepatah Melayu yang berbunyi, lain padang lain belalang; oleh itu, lain negeri lain pula pendekatan diambilnya.
Demikian pendirian mereka dalam menentukan hala tuju kerjasama pakatan itu dengan PAS yang tidak menyertai gabungan itu, susulan hubungan tidak baik dengan DAP, bekas rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat (PR) yang kini terkubur.

Pakatan baharu, yang terdiri daripada PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah), menyebabkan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dalam keadaan tersepit kerana pentadbirannya bergantung kepada sokongan 13 wakil rakyat PAS dan 3 exco PAS untuk terus berjalan. Kalau di Pulau Pinang, pimpinan kerajaan negeri mengumumkan dirinya negeri Pakatan Harapan beberapa hari selepas ia terbentuk pada 22 September lalu, perkara yang sama tidak akan dipaksa ke atas Selangor.
"Suasana Pulau Pinang berbeza dengan di Selangor dan juga Kelantan," kata Khalid Samad, pengarah komunikasi Amanah kepada The Malaysian Insider.
"Kita akan berikan masa kepada pimpinan di Selangor untuk menggunakan kebijaksanaan mereka dalam menguruskan negeri ini," katanya yang juga ahli Parlimen Shah Alam.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng isytihar negeri itu kini adalah kerajaan Pakatan Harapan, bukan lagi Pakatan Rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Oktober, 2015.Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng isytihar negeri itu kini adalah kerajaan Pakatan Harapan, bukan lagi Pakatan Rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Oktober, 2015.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengisytiharkan kerajaan Pulau Pinang kini adalah kerajaan Pakatan Harapan bukan lagi kerajaan PR. Ekoran pengumuman itu, secara perlahan-lahan, pimpinan Amanah akan mengambil tempat pimpinan PAS dalam pentadbiran kerajaan negeri.
Ini termasuk sebagai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN), Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), majlis bandaraya dan perbandaran sehinggalah peringkat terendah iaitu Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), kata sumber The Malaysian Insider.
Difahamkan, hampir 500 pimpinan PAS di semua peringkat terlibat dengan jawatan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang ketika PR masih terbentuk.
Empat Penyelaras DUN yang diwakili PAS, iaitu di kawasan Sungai Dua, Bayan Lepas, Permatang Berangan dan Penaga, akan digantikan dengan wakil Amanah.
Penyelaras DUN, yang menerima elaun tetap RM3,500 sebulan dari kerajaan negeri, umpama wakil rakyat yang dilantik kerajaan negeri di kawasan yang mereka kalah dalam pilihan raya umum lalu.
Ketika kedudukan Yang Dipertua Maipp Datuk Salleh Man akan terus kekal sehingga tempohnya tamat kerana pelantikannya dibuat Yang Dipertuan Agong, kedudukan ahli Maipp daripada PAS, Afnan Hamimi Mohd Taib, bakal tergugat.
Namun kedudukan seorang lagi wakil PAS dalam Maipp, Rosidi Husin akan kekal kerana beliau menyertai Amanah.

Jangan jadikan negara Malaysia menjadi negara gagal

Apakah pengalaman hidup masyarakat Malaysia, tua  muda, kecik besar, Melayu dan bukan Melayu sejak tahun 2009?
Tahun itu Najib jadi PM dan melancarkan dasar2 yang dikarang olehnya. 1MDB, 1Malaysia, GTP, ETP, dan lain2 abreviasi. 
Orang Malaysia sudah lupa itu semua. Kerana semua tidak mengangkat taraf hidup rakyat.

Malaysia dibawah langit yang kian mendung.
Sejak itu pengalaman seluruh rakyat malaysia- kecil besar, melayu bukan Melayu, jantan betina, kaya miskin semua sama- Malaysia berada dibawah langit yang muram lagi  mendung.

Ada Najib terangkan semua ini kepada rakyat? Najib always keep everyone else in the dark- kecuali Jho Low, Rosmah dan segelintir sepemikiran lain.
Tidak ada- bahkan dia menyembunyikan keadaan yang sebenar nya dan mengarang cerita muluk menghayalkan.

Bagaimana negara menjadi menjadi demikian? Kerana seorang yang bernama Najib Tun Razak yang ternyata jauh terlalu kerdil untuk jawatan pemimpin nombor satu. 
1MDB mula tahun 20009. 

Pertama, belaku skendel 1MDB. Ianya ditubuhkan pada tahun 2009 bila 1MDB ambil alih Terengganu Incvestment Authority. Langkah pertama Najib buat ialah meluluskan yuran RM500 juta kepada Jho low kerana memikirkan dan mengonsepkan TIA.

Dan sejak 1MDB dalam tangan Najib, kita ada apa yang berlaku sekarang. Pertama menerbitkan bon dengan bayaran yuran yang terlalu tinggi kepada Goldman Sachs. Bon2 dijamin oleh kerajaan. Jika 1MDB tidak mampu menebusnya nya, kerajaan guna duit rakyat untuk berbuat demikian. 
Namun sejak mula, PM dan konco2 nya menegaskan 1MDB tidak melibatkan duit rakyat.

Pelaburan yang dibuat dengan Petrosaudi ternyata bohong bila assets yang dijanji untuk disumbang oleh petrosaudi tidak ada, malah kosong. Najib membeli suatu syarikat kosong dan meluluskan bayaran hutang syarikat kosong ini kepada syarikat induk sebanyak USD700 million.  Kemungkinan besar, 'hutang' itu tidak ujud sebetulnya.
Kemudian bayar USD300 juta lagi kedalam akaun yang sama yang dimiliki oleh Jho Low.

6 bulan kemudian, 2010, JV dibatalkan dan Najib kata kesemua duit yang dikeluarkan USD2 billion lebih,  telah dikembalikan kedalam akaun di Cayman Islands. Duit tersebut diletakkan dalam akaun segregated.  
Orang Kampong, terutama ahli UMNO tidak faham apa segregated funds. Saya sendiri pun tak tahu. 

Najib kata kepentingan dalam JV sudah diperolehi kembali, tapi tidak boleh bawa balik.

Bila didesak kenapa duit itu tidak dikembalikan ke Malaysia, Najib kata, setengah diguna untuk bayar hutang faedah dan setengah diletak dalam akaun di Singapura dalam bentuk tunai. Saya telah bertanya soalan ini dalam Parlimen dan najib jawab ianya dalam bentuk tunai di Singapura.

Beberapa bulan kemudian, Najib kata, bukan dalam tunai tapi dalam bentuk units. Kita tidak tahu apa units ini , tapi ianya bukanlah tunai. Najib berbohong kepada parlimen  dalam kes 1MDB.

Keadaan Negara Kita Hari ini - Musibah melanda negara

Musibah melanda negara akibat angkara durjana Najib Tun Razak.

Negara ini mengalami musibah dan malapetaka kerana suatu orang. Nama dia Najib Tun Razak. Bahkan isteri nya yang tidak dipilih oleh orang ramai secara demokrasi turut sama menyibukkan diri dalam memerintah negara.

Kesan kepimpinan yang buruk.
Kepimpinan yang buruk mengakibatkan pentadbiran dan pengurusan yang buruk. Kalau dia tidak amanah dan jujur, apa nasihat yang dia beri akan di perlekehkan orang. Ucapan dia akan hanya diterima dengan sinis dan ketawa.

Pecah amanah diperingkat tertinggi akan hanya mengukuhkan amalan pecah amanah diperingkat bawahan. Belian dengan harga yang dipalsukan, hanya menjadi amalan itu suatu kebiasaan. Penglibatan pemimpin tertinggi dalam aktiviti mendobi wang menunjukkan bahawa system kewangan dalam negara huru hara. Jika pemimpin boleh langgar undang dan memunggah wang sana sini, ia akan menggalakkan penyeludupan wang haram. 
Wang hasil dari rasuah, komisyen, pemalsuan invoice, akan terus berleluasa.  Antara tahun 20003-2012, Malaysian hilang USD395 billion atau secara purata USD39.5 billion setahun. 
Macam mana perompak dan penyamun yang memunggah wang keluar secara haram hendak takut, kalau pemimpin negara melakukan perkara yang serupa? 
Kredibiliti Bank Negara Malaysia sebagai institusi yang mengawal dan memelihara integriti sistem kewangan akan musnah. 

api tidak boleh dibungkus dengan kertas.
Semua usaha mempertahankan Najib akan dilayan dengan telinga pekak. Rakyat sudah percaya bahawa Dato Najib ialah PM yang terburuk kita ada. Segelintir pemimpin UMNO yang mempertahankan Najib, melakukan demikian kerana mahu kekal releven. 
Orang2 seperti Salleh Said keruak, Ahmad Maslan, Syed Ali Al Habshee, Anuar Musa, Ali Rustam, Noh Omar melakukan apa yang mereka lakukan untuk kekal releven  dalam pandangan Najib. 

Dr Mahathir di perjahatkan/Dr Mahathir is vilified.
Tokoh yang paling dikecam hari ini ialah Dr Mahathir. Saya mendapati ianya melucukan kerana terkadang kala terpaksa mempertahankan Dr Mahathir; sepatutya tugas ini dilakukan oleh orang UMNO yang berhati-budi/yang ada conscience. 
Adakah budaya orang UMNO melupakan orang yang paling berjasa sekali kepada UMNO dan bangsa Melayu?

Sumbangan Dr Mahatir berbanding dengan sumbangan Najib, ibarat langit dan bumi. Namun, penyokong Najib memperlakukan Dr Mahathir sekian kurang ajar, orang Melayu mahu berdiam diri?

Sebagai seorang yang telah mentadbir Malaysia selama 22 tahun, tentulah Dr Mahathir mempunyai maklumat terperinci untuk mendedahkan salah laku Najib.

Cuba tanya soalan ini- kenapa perlu Dr Mahathir memilih jalan susah untuk mengkritik Najib kecuali Najib benar2 melakukan kesalahan. Pada umur 90 tahun, mengapa perlu Dr Mahathr ambil risiko dan mengundang kebarangkalian hilang semua? Nama baik, penghormatan masyarakat, di dipulau?

Kenapa perlu Dr Mahathir menyusahkan diri dan mendedahkan diri nya kepada kemungkinan dicerca dan dihina orang, KECUALI  jika apa yang dicakapkan oleh beliau benar2 belaku? Dr Mahathir mesti bersuara.