Selasa, 29 September 2015

YANG DIPENJARA KHIR TOYO, PENGAJARANNYA ADALAH UNTUK KITA

Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo akhirnya terpaksa merengkok di Penjara Kajang selama 12 bulan berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak sebulat suara rayuannya untuk menukar hukuman itu kepada bentuk khidmat sosial dengan memberikan rawatan gigi secara percuma selama dua tahun.

Melalui keputusan mahkamah paling tinggi itu, hanya pengampunan Sultan Selangor saja lagi selepas ini yang dapat meringankan hukuman yang diterimanya itu.

Dengan tidur di penjara yang tidak pernah terduga olehnya, mungkin malam ini dan beberapa malam seterusnya Dr Khir agak sukar melelapkan mata atau hanya mampu berjaga sepanjang malam sambil mengenang nasib dirinya.

Sebagai manusia, memang kita bersimpati dengan nasib yang menimpa dirinya. Tidak bersimpati pula bermakna kita sebagai manusia sudah hilang nilai-nilai kemanusiaan itu. 

Siapalah menduga daripada kedudukan yang tinggi sebagai ketua sebuah kerajaan negeri paling kaya, tiba-tiba menjadi penghuni penjara.

Namun, kita tidak boleh pula terlalu bersimpati dan kasihan sehingga menganggap perbuatan rasuah itu sebagai jenayah yang boleh dimaafkan. Dalam kehidupan dan beragama sekali pun, amalan rasuah memang amat ditegah kerana kesannya yang amat buruk kepada kehidupan serta tamadun manusia.

Oleh itu, dalam kita bersimpati kepada hukuman yang diterima Dr Khir ini, ia haruslah berpada-pada sebenarnya. Salah tetap salah dan undang-undang hendaklah dihormati.

Yang penting daripada kes Dr Khir ini ialah apakah pengajarannya kepada kita semua?

Kita semua yang dimaksudkan itu ialah pemimpin yang sedang memegang jawatan, mereka yang sedang mengejar kuasa dan sesiapa saja yang entah tiba-tiba diletakkan kuasa ke ribanya suatu hari nanti.

Kepada yang sedang gah dan megah dengan kuasa serta ghairah mengumpul kekayaan, kes Dr Khir ini seharusnya menjadi ulangan sekian banyak peringatan kepada mereka. Selain sudah banyak kes rasuah melibatkan pemimpin menjadi tontotan kita selama ini, apabila tidak lagi berkuasa, kes-kes lama juga bila-bila masa boleh diungkit semula.

Kalau mahu curi-curi makan juga, pandai-pandailah melakukannya. Tetapi sebijak mana pun melakukannya, janganlah dilupa bahawa hanya hukuman di dunia saja yang mampu dielakkan kerana di akhirat nanti, semua rakaman perbuatan kita tetap akan ditayangkan semula tanpa tapisan atau suntingan walau sedikit pun.

Kepada yang belum beroleh kuasa dan sedang mengejarnya, jadikanlah kes Dr Khir ini sebagai teladan untuk berkhidmat dengan jujur dan amanah serta takut untuk mendekati sebarang amalan rasuah.

Senarai sebahagian dari pembaziran dan kerugian wang rakyat yang disonglap dibawah regim Mahathir

Berikut ialah petikan sebuah laman zaman "reformasi' mengenai regim dibawah Mahathir.

PEMBAZIRAN DAN KERUGIAN

1.   Beria-ia kempen ke seluruh negara menyeru rakyat berhemah ketika berbelanja, beli barangan buatan Malaysia, amalkan sikap menabung, beli yang perlu saja dan suruh rakyat menderma untuk dana negara. Tapi dia sendiri yang membazir ratusan juta ringgit untuk mahligai di Putrajaya baginya bersemayam, jet mewah Global Express untuknya bergerak dan segala serba aneka kemewahan yang tak terfikirkan oleh rakyat jelata. Sedangkan masih ada 400,000 kakitangan awam pangkat rendah (kebanyakan Melayu) belum punya rumah sendiri. Samy Vellu pula belanjakan RM1 juta hanya untuk kahwinkan anaknya S.Vellu Paari dan Shaila Nair di sebuah hotel terkemuka.

2.   Mahathir mengutamakan projek mega yang menelan belanja besar hingga mencecah angka RM 150 bilion. Antara projek-projek membazir yang muncul bawah pemerintahan Mahathir, samada secara awam atau penswastaan:

·     Multimedia Super Corridor (MSC): RM2.0 bilion. Hingga kini MSC masih gagal menarik usahawan tempatan dek kerana infrastruktur MSC yang mega-besar telah menjadi terlalu mahal dan sukar dihampiri.

·     Istana/Mahligai PM: RM200 juta yang hanya mahu dihuni oleh ‘2 orang tua’. Mahathir enggan mengakui kos berkenaan, mati-mati beliau mencanangkan bahawa belanjanya hanya sekitar RM16juta sahaja. Akhirnya, terbongkar juga bila firma arkitek yang  merekabentuk mahligai itu mendedahkan kos bina bangunan sahaja dah cecah RM110.6 juta. Kuat auta betul PM kitani.

·     Jet peribadi PM (Global Express): RM200 juta. Pesawat TUDM yang usang terhempas tak apa, pasal nak beli baru duit tak ada. Wira negara terkorban tak ada hal, asalkan jangan wira dunia ketiga yang jalan. Sehingga 30 Sept 01, kos operasi jet eksekutif ini menelan belanja RM4.8 juta [TUDM], manakala kos penyelenggaraan RM5.3 juta [Airod S/B].

·      Istana Budaya, Jln Tun Razak, KL: RM210 juta. Tapi sayang, bila ia siap keutamaan diberikan kepada pementasan yang berunsurkan budaya asing, muzik asing dan orang asing. Budaya tempatan dipinggirkan dengan pelbagai alasan [Mingguan Malaysia, 24 Feb 2002].

·      Kompleks Sukan Bukit Jalil: RM1.5 bilion

·      Sukom: RM330juta (boleh bina kompleks sukan yang besar tetapi tak mampu uruskan bekalan air di Lembah Kelang hingga terpaksa dicatu; memalukan!!) Kenyataan dariKementerian Belia dan Sukan di sidang parlimen (Ogos 1999) Sukom mengalami kerugian RM10,642,844.00 dan hutang belum selesai RM17,545,052.00

·      Replika keris gergasi: RM9 juta
·      Projek Bakun: RM13.4 bilion
·      Pusat Pentadbiran Putrajaya: RM5.2 bilion
·      Program Jaya MSN: RM160 juta
·      Velodrom Cheras: RM9 juta

·     KLIA, Sepang: RM10.5 bilion (tak termasuk kerugian airport Subang yang ditinggalkan untuk penerbangan domestik). Dan kini KLIA mula menerima pengurangan persinggahan penerbangan asing dan jumlah penumpang. 4 syarikat penerbangan menghentikan jadual persinggahan KLIA [All Nippon Airways, British Airways, Ansett, Qantas dan Lufthansa]. 

·     KLCC (Menara Kembar Petronas): RM4.56 bilion. Tapak tanah KLCC ialah bekas tapak lumba kuda. Mahathir memberi arahan kawasan tersebut ditutup dan dijual kepada Ananda Krishnan. Beliau perolehi keuntungan RM100 juta bila menjual semula tanah tersebut kepada Petronas dan turut memegang ekuiti KLCC.

·      Litar Formula 1, Sepang: RM286 juta

·      Gelanggang Lumba Kuda Tambalang, Tuaran (1983): RM40 juta, kini terbiar begitu saja

·      Projek elektronik MECCity di Pahang lingkup dengan kerajaan negeri berhutang dengan bank sebanyak RM2 bilion.

·      Projek saluran air menghubungkan Sg Besar Air Hitam, Sg Dua ke loji penapisan air Merbau Kudung, Tasek Gelugor, P. Pinang yang bernilai RM44 juta terbengkalai. 

3.   Membazir duit berjuta-juta untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran; samada menyambut kemerdekaan atau tujuan politik mereka. Sambutan hari Merdeka baru-baru ini (di seluruh negara) saja dianggarkan, RM100 juta. Untuk pertunjukan laser di KLCC saja melibatkan belanja RM10 juta. Bayangkan pula perhimpunan paksaan BN (Mahathir) berapa banyak belanja digunakan, kos pengangkutan, kos makanan (Seremban), kos stadium, kos promosi dll kos. 

4.   Pengurusan yang tidak cekap, kerja sambil lewa, tidak amanah, ketamakan dan keegoan mereka selalunya membabitkan pembaziran wang rakyat dan kerugian yang amat besar. 

Antaranya:
·      Kementerian Pelancongan & Kebudayaan membayar USD150,000 (RM570,000) untuk iklan melawat Malaysia di majalah Time (11 Feb 02). Di masa yang sama majalah berkenaan memburukkan Malaysia sebagai sarang pengganas.

·      Wakil rakyat BN boleh membuat tuntutan palsu dari kerajaan negeri. Sepertimana laporan BPR oleh wakil rakyat DAP Melaka ke atas KM dan 18 lagi rakannya yang melibatkan wang sejumlah RM168,099. Tuntutan berkenaan banyak melibatkan kerja-kerja parti (BN) dan bukannya untuk kemaslahatan rakyat (Harakah 1 Jun 01).

·      Pantang berkuasa atau menang dalam pilihanraya, langkah pertama mereka kesemuanya untuk diri dan keluarga sendiri. Beli kereta besar, bina rumah besar dan paling tidak repair rumah yang nak diduduki dengan kos yang tak terjangkau oleh kita iaitu RM5 juta seperti apa yang dibuat oleh Tok Uban Selangor.

·      MPPJ bertindak keras ke atas Mines Resort kerana tak bayar cukai RM9 juta. Dua banglo Mahathir di Country Height dan Mines Resort dikendalikan oleh syarikat Lim Kim Yew (kroni beliau). Sebab itu Timb Menteri Perumahan, Kayvies melompat dan membantah tindakan MPPJ.

Kenakan GST pada topeng muka jerebu bagai tabur garam atas luka rakyat




ng sze hanKUALA LUMPUR 29 SEPT: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kinrara, Ng Sze Han menyarankan Kerajaan Persekutuan supaya memansuh cukai barang dan perkhidmatan (GST) terhadap topeng muka jerebu.
Pada kenyataan media, hari ini, beliau berkata, topeng muka adalah keperluan kritikal berikutan negara dilanda jerebu yang bertambah buruk hingga ke tahap yang mengancam kesihatan.
Jadi, katanya, kerajaan harus bersungguh-sungguh membantu rakyat, bukan setakat menyeru orang ramai memakai topeng muka sedangkan rakyat perlu membayar keperluan itu beserta caj GST.
“Topeng muka jenis N95 contohnya, sehelai RM6 dan meningkat jadi RM6.35 selepas dikenakan GST. Ini membebankan kerana rakyat. Bayangkan kos tambahan setiap isi rumah untuk topeng muka setiap hari jika jerebu berterusan,” katanya.
Turut mencadangkan Kementerian Pendidikan menyediakan topeng muka mencukupi kepada murid dan kakitangan sekolah, Sze Han berkata, tindakan mengenakan GST terhadap topeng muka umpama menabur garam di atas luka rakyat.
“Walaupun Kerajaan Persekutuan gagal memberi tekanan kepada Indonesia, sekurang-kurangnya Kerajaan Persekutuan membuat perubahan dan penambahbaikan bagi menghadapi krisis itu,” katanya.

Pentadbiran Najib roboh umpama binaan daun terup dua bulan lagi?


najib_razak


KUALA LUMPUR 29 SEPT: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mempersoal kemungkinan situasi paling buruk bakal melanda pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dalam dua bulan akan datang sebagaimana suasana sekitar dua bulan lalu.
Katanya, ia berikutan banyak perkembangan antarabangsa di luar kawalan Najib sekalipun Perdana Menteri itu kelihatan kebal di dalam negara berikutan sokongan penyokongnya dalam UMNO BN.
“Terbaru, laporan media menyatakan Abu Dhabi Aabar Investments mungkin enggan melabur RM2.5 bilion berikutan kekecewaan dalam kalangan pelabur berikutan ketidakstabilan ekonomi dan politik di Malaysia,” katanya.
Dalam dua bulan lalu, pentadbiran Najib terpalit dengan pelbagai skandal, antaranya rasuah berprofil tinggi 1MDB, ‘derma’ RM2.6 billion dalam akaun peribadinya dan tindakan melulu polis terhadap individu yang mengkritik Najib.
Ia diikuti pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kabinet, Datuk Seri Shafie Apdal dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail selain pelbagai tindakan luar biasa terhadap beberapa agensi kerajaan.
Selain itu, kata Kit Siang, ramai tertanya-tanya sama ada Najib akan menarik diri pada saat akhir dari merasmikan Forum Transformasi Global di Kuala Lumpur Oktober ini seperti perbuatannya dalam Persidangan Anti-Rasuah di Putrajaya September lalu.

‘Orang Cina ada negara China untuk mengadu’ - Jamal

Masyarakat Cina mempunyai negara China untuk mendapatkan perlindungan, sekiranya sesuatu berlaku kepada mereka.
Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu, Datuk Jamal Md Yunos berkata, tindakan Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang ‘membela’ nasib peniaga-peniaga Cina di Petaling Street, baru-baru ini, telah membuktikan perkara tersebut.
“Ini adalah satu mesej yang jelas, bahawa bangsa Cina ini mempunyai tempat untuk mengadu dan membela nasib mereka, selain daripada Malaysia.
“Mereka mempunyai tanah atau negara asal mereka di Tanah Besar China dan jika apa-apa berlaku ke atas mereka, mereka masih ada tempat untuk bergantung harap,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dr Huang sebelum ini dilaporkan sebagai berkata: “China menentang keganasan dan sebarang bentuk diskriminasi kaum dan ekstremisme.”
Kenyataan itu jelas merujuk kepada ancaman sebuah kumpulan yang pernah bercadang mengadakan perhimpunan di Petaling Street, pada Sabtu lalu.
Malah, Dr Huang turut memberi amaran, Beijing tidak gentar menyuarakan pandangan mereka terhadap insiden yang boleh mengancam kepentingan negara, melanggar hak rakyat dalam menjalankan perniagaan atau menjejaskan hubungan Malaysia-China.
Bagaimanapun kata Jamal, ia berbeza dengan bangsa Melayu yang tidak mempunyai tempat lain untuk berlindung selain daripada negara ini.
“Kepada anak bangsa Melayu, sedarlah bahawa tanah bumi Malaysia ini adalah hak kita. Kita perlu menjaga dan mempertahankan setiap inci tanah melayu ini.
“Jadi, ayuhlah kita bangkit dan bersatu atas nama Melayu dan Islam, untuk menjaga tanah tumpah darah kita ini daripada sebarang ancaman dan eksploitasi yang nyata atau tersirat.
“Inilah satu-satunya peninggalan pejuang-pejuang serta nenek moyang kita yang tidak ternilai harganya, yang perlu kita jaga sebaik mungkin,” ujarnya.

Guan Eng didesak singkir Pas dari kerajaan Pulau Pinang

Desakan itu susulan kenyataan Lim Guan Eng bahawa Kerajaan Pulau Pinang sebuah kerajaan Pakatan Harapan yang didokong DAP, PKR dan Amanah.
lim-guan-eng_pas_dap_600
PETALING JAYA: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang mendesak pemimpin Pas yang mempunyai jawatan dalam kerajaan negeri supaya melepaskan jawatan masing-masing sebelum hujung tahun ini.
Ketuanya, Asrol Sani Razak berkata, desakan itu dibuat susulan keputusan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mengisytiharkan Pulau Pinang sebagai sebuah kerajaan Pakatan Harapan dokongan DAP, PKR dan Amanah.
“Saya mahu mereka (pemimpin Pas) melepaskan jawatan mereka, termasuk Salleh Man yang merupakan pemimpin Pas. Mereka diberi tempoh sehingga hujung tahun ini,” katanya dalam sidang media di Pejabat PKR di Seberang Jaya pada Selasa.
Asrol turut menggesa supaya jawatan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) yang kini disandang oleh pemimpin Pas digantikan dengan pemimpin dari PKR yang kini sedang memegang jawatan sebagai timbalan.
Dia turun mencadangkan supaya segala kekosongan jawatan yang akan ditingalkan Pas, perlu diisi oleh wakil PKR memandangkan ia merupakan parti kedua terbesar dalam Pakatan Harapan Pulau Pinang.

Pakatan Harapan belum bincang soal kerusi - Salahuddin Ayub


Salahuddin Ayub

SHAH ALAM - Pakatan Harapan yang dianggotai PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) masih belum membincangkan soal pembahagian kerusi PRU14.

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, persidangan meja bulat yang diadakan pada 22 September lalu hanya membincangkan mengenai pembentukan gabungan parti-parti berkenaan.

“Soal itu (pembahagian kerusi) belum lagi. Kita masih fokus tentang agenda Pakatan Harapan di samping menstabilkan polisi-polisi bersama.

“Kami tidak mahu mengulangi kesilapan masa lalu, jadi meja rundingan perlu dijadikan medan untuk selesai masalah,” katanya.

Bagaimanapun menurut Salahuddin,  pertembungan satu lawan satu memberi peluang lebih cerah kepada Pakatan Harapan untuk menang lebih banyak kerusi.

Ditanya apakah maksud beliau satu lawan satu itu, beliau berkata, pihaknya lebih selesa untuk bertemu BN berbanding parti lain.

“Kita optimis untuk bertemu dengan BN dalam pertandingan satu lawan satu,” katanya.

Khir Toyo berpindah tempat tidur mulai hari ini

Oleh Mohd Sayuti Omar
Bekas Menteri Besar Selangor dari tahun 2000 hingga 2008, Khir Toyo yang meminta belasa insan mahkamah untuk melakukan khidmat masyarkat dengan menjadi doktor gigi selama setahun bagi mengelakkan dibawa ke penjara, gagal terhadap rayuannya hari ini menyebabkan beliau mulai berpindah tempat tidur di rumahnya ke penjara Kajang.
Khior Toyo hari ini dihantar ke penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjata selama 12 bulan.

Mungkin Khir sudah pun mengetahui nasibnya itu apabila dia telah menyiapkan sebuah coretan agak panjang yang diposkan dalam blognya (www.drkhir.com) kemudian dipetiksiarkan oleh portal berita. Sayu dan sedih juga saya membaca coretan Khir itu yang bersifat apologikal.

Khir memohon maaf kepada rakyat Selangor, rakan-rakan dan juga sanak saudaranya yang ikut tercemar dengan takdir yang berlaku. Khir juga dalam coretan itu cuba menjelaskan bahawa hukuman yang dikenakan ke atasnya sebagai tidak adil?

Katanya pihak pendakwa gagal membuktikan yang beliau melakukan rasuah dengan beberapa alasan. Antara menurutnya, dia membeli rumah bernilai RM3.5 juta dengan pinjaman bank sehingga sekarang dia masih terhutang sebanyak RM2 juta.

Apabila keputusan dibuat dan Khir telah pun menjalani hukuman selepas semua peringkat mahkamah didepani bagi melepaskan dirinya, sesiapa tidak dapat mempertikaikan lagi. Mempersoalkan keputusan mahkamah dianggap contempt of  court. Apa dilalui Khir itu menerusi satu proses perundangan yang menjadi amalan negara ini dimana kerajaanya didokong oleh Khir sendiri.

Hendaknya Khir dapat menerima takdir yang menimpa ke atas dirinya itu. Dan kepada mereka yang lain, para pembesar negeri mengambil iktibar daripada apa yang berlaku. Sesungguhnya apa yang berlaku ke atas Khir, dari konteks Selangor bukan pertama kali.

Allahyarham Harun Idris, bekas MB Selangor pernah meringkuk dalam penjara, juga kerana kes rasuah. Dan tidak mustahil selepas Khir akan ada menteri besar termasuk dari Selangor juga untuk di masa-masa akan datang akan mengikuti "sunnah" Harun Idris dan Khir itu. Nauzubilahiminazalik.

Sungai Pahang yang mengeruhkan hati

Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man
Sayu hati melihat air sungai Pahang yang mengalir lesu dengan penuh keruh keperangan dengan keladak kekotoran hasil kerakusan dan ketamakan manusia.
Tindakan kerajaan meluluskan penebangan balak di kawasan tadahan air serta aktiviti perlombongan bijih besi, dan bauksit dan pembukaan ladang baharu penyumbang utama kepada pencemaran sungai utama di Pahang.

Pada waktu aktiviti industri diutamakan, tiada lagi kedengaran kempen selamatkan sungai kita sebagaimana ia bergema dengan papan iklan dipasang di seluruh negeri sebelum ini.
Terbaru, penduduk di Kampung Baru Jerantut dan Sungai Berjuang di Batu Balai pasrah melihat punca tadahan air utama penduduk dimusnahkan. Dengan perasaan dukacita yang tidak dapat digambarkan melihat tanpa daya kawasan tadahan air ini diteroka syarikat pembalakan. Mereka buntu memikir bagaimana pihak kerajaan boleh sewenang-wenangnya meluluskan pembalakan yang menyebabkan punca air yang berpuluh tahun jernih kini bertukar menjadi keruh dan sangat tercemar.
Kini, penduduk kampung terpaksa meminum air yang keruh tidak ditapis. Air ini sudah tidak lagi dianggap sihat untuk diminum. Inilah harga yang terpaksa dibayar akibat kerakusan manusia. Lebih malang aduan serta bantahan penduduk langsung masuk ke telinga pekak.
Kerajaan negeri perlu memantau dan mematuhi garis panduan kelulusan kawasan pembalakan agar kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan tadahan air tidak diluluskan untuk aktiviti pembalakan dan pertanian sekiranya masih berhajat ingin melihat kembali air sungai kita akan jernih dan tidak lagi mengalir lesu untuk generasi akan datang.

Bila cukai tinggi "wang adalah raja" bukan pilihan kita

oleh Alyaa Alhadjri
Mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad pernah berkata yang perdana menteri Najib Razak telah memberitahunya yang “wang adalah raja”, apabila berdepan dengan kritikan amalan kerajaan Barisan Nasional melakukan dasar pemberian wang tunai.
Najib sudah tentu tidak akan mengakui pernah berkata demikian, walaupun jumlah peruntukan kerajaan untuk bantuan kewangan sekali harung terus meningkat, dalam setiap bajet tahunan yang diumumkan.

Dia pastinya memahami yang walaupun menekankan yang Malaysia berada dalam jalan yang tepat bagi mencapai matlamat menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, masih terdapat jumlah besar penduduk yang akan menerima manfaat daripada bantuan sebegitu. Mereka yang terus bergelut hidup di bawah paras kemiskina dan yang merupakan kelompok pasak sokongan parti pemerintah.
Dia juga sangat memahami yang kelangsungan pentadbirannya akan sangat memerlukan sokongan mereka yang bergantung kepada bantuan kewangan seperti itu.
Agensi berita negara Bernama pada 29 September memetik kata-kata Najib yang mengesahkan sekali lagi kemampuan Malaysia untuk bertahan dalam krisis sosio ekonomi semasa dan bergerak terus dengan rancangan pembangunannya, ketika berucap di persidangan Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global ke 5 di New York.
Bagi menyokong hujahnya, Najib memetik beberapa statitik yang seringkali diberikan di pentas tempatan mahupun antarabangsa- pengurangan defisit fiskal daripada negatif 6.7% pada 2009 kepada 3.2% tahun ini; 1.8 juta pekerjaan baru dibentuk; kadar kemiskinan turun kepada 0.6%; dan jangkaan 5% pertumbuhan ekonomi.
Dalam laporan berlainan laman berita Malaysiakini,  Najib memberitahu sekumpulan pelajar Malaysia di New York yang rakyat Malaysia perlu bersedia membayar cukai pendapatan yang lebih tinggi bagi membolehkan mereka menerima pendidikan percuma dan memenuhi desakan memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
“Kita boleh mengurangkan PTPTN, kita boleh memberikan pendidikan percuma, tetapi anda perlu meningkatkan cukai pendidikan. Di negara-negara Scandinavian, kadar tertinggi cukai pendapatan ialah 65%.

Bukan semua pengundi Cina sokong DAP, kata Mohd Amar


Bukan semua pengundi daripada masyarakat Cina menyokong DAP, dakwa Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. Timbalan menteri besar Kelantan itu berkata ini berdasarkan kaji selidik dijalankan PAS selepas parti itu mengesahkan  memutuskan hubungan dengan DAP pada muktamar tahunannya Jun lepas.
Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mendakwa bukan semua masyarakat Cina marah kepada PAS selepas parti itu tidak lagi menjalin sebarang kerjasama dengan DAP. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 September, 2015. "Jangan ada tanggapan semua orang Cina sokong DAP ... DAP juga tidak boleh menganggap dia mendapat sokongan (100%) daripada masyarakat Cina (ketika  ini)," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di Kota Darul Naim, Kota Baru, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sokongan masyarakat Cina terhadap parti itu selepas PAS tidak menyertai Pakatan Harapan yang ditubuhkan pada minggu lepas dan dianggotai PKR, DAP dan parti yang dalam proses didaftarkan Parti Amanah Negara (Amanah). Amar mendakwa bukan semua masyarakat Cina marah kepada PAS selepas parti itu tidak lagi menjalin sebarang kerjasama dengan DAP.
"Dalam konteks masyarakat Cina di Kelantan, masih elok hubungan (masyarakat itu) dan (mereka) masih menyokong PAS. (Ia berdasarkan) kaji selidik yang kita buat.
"Ada (dakwaan) yang cakap bila PAS berpecah dengan DAP sekali gus menyebabkan masyarakat itu menolak PAS, itu tidak betul. Bukan semua yang marah kepada PAS," katanya.
Ditanya mengenai hasrat Amanah untuk bertanding di 6 kerusi Parlimen di seluruh negara termasuk Parlimen Kuala Krai, Amar berkata segala kenyataan yang dibuat oleh pihak penaja parti itu adalah bohong semata-mata.
"Dulu dia (Amanah dakwa) tidak akan ganggu PAS di Kelantan. Kalau betul-betul mereka nak bantu PAS, dia patut biar PAS (sahaja) bertanding di Kelantan," katanya. – Bernama

Rasuah: Khir Toyo dakwa dianiaya pemimpin UMNO

Beliau membuat penjelasan mengenai pelbagai isu kontroversi sepanjang menjadi Menteri Besar Selangor menerusi aktikel 'Catatan di belakang tirai besi' yang disiarkan di blognya.
Khir-Toyo_rumah_600
PETALING JAYA: Selepas dikekalkan hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Persekutuan, bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo tampil memberikan penjelasan terperinci mengenai kontroversi melibatkan dirinya.
Beliau mendakwa, seorang pemimpin UMNO menganiayai dirinya dengan mengupah jurugambar untuk mengambil gambar rumahnya menggunakan helikopter bagi menunjukkan kepada masyarakat kononnya rumah itu sebesar istana.
“Hakikatnya, rumah saya bukanlah antara terbesar di kawasan terbabit. Tidak mengapa, saya telah maafkannya,” tulisnya panjang lebar di blognya www.drkhir.com.
Menteri Besar Selangor selama lapan tahun itu menjelaskan, sepanjang perbicaraan pihak pendakwaraya tidak pernah mengemukakan sebarang fakta yang menunjukkan berlaku unsur rasuah.
Katanya, secara asasnya unsur rasuah seharusnya dalam keadaan beliau mendapat habuan kerana meluluskan sesuatu kepada Pengarah Syarikat Ditamas Sdn Bhd, Datuk Shamsuddin Hayroni
“Tidak pernah ada sebarang fakta dan bukti menunjukkan pembelian rumah saya dengan harga RM 3.5 juta yang dikatakan murah oleh pendakwa raya, dibalas dengan sebarang keistimewaan pemberian projek atau kelulusan tender oleh saya.
“Yang ada hanyalah surat sokongan yang diberi kepada syarikat Shamsuddin seperti mana saya sokong puluhan malah mungkin ratusan syarikat lain
“Jika tidak korup mengapa saya didapati bersalah? Saya dituduh dan didapati bersalah di bawah Perkara 165 Kanun Keseksaan yang merupakan satu kesalahan teknikal dengan hukuman maksimum ialah dua tahun penjara,” katanya.
Beliau berkata, dalam pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya, pendakwaraya tidak memerlukan sebarang bukti terdapatnya keistimewaan diberikan kepada Shamsuddin.
Dr Khir berkata, apa yang perlu dibuktikan ialah beliau telah membeli sesuatu barangan dengan harga (balasan) yang tidak mencukupi daripada seorang yang diketahui mempunyai hubungan rasmi dengannya sebagai penjawat awam.
“Demikianlah kesungguhan Peguam Negara terdahulu mahu memenjarakan saya. Saya tidak pasti rumah saya akan dirampas atau tidak. Mereka membicarakan saya di bawah Perkara 165 tetapi mereka menggunakan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk merampas rumah saya,” katanya.
Menerusi blognya yang bertajuk “Catatan Di Belakang Tirai Besi” itu juga, Khir turut menyentuh perkara-perkara lain di sepanjang pentadbirannya antaranya mengenai akhbar The Sun, kuil, penyapu dan setinggan.
Menurutnya, sehingga di saat beliau tidak mempunyai kuasa dan jawatan, akhbar The Sun memilih untuk ‘melanyaknya’ berhubung Selangor Maju 2005
“Adakah kerana saya dilihat sebagai anti-kaum India kerana merobohkan beberapa kuil yang dibina secara haram? Atau adakah kerana saya tidak meluluskan pusat Lumba Kuda di Bukit Tagar, Selangor?

Lulus usul pakai baju merah setiap 16hb jadi lawak jenaka

UMNO Pasir Puteh didakwa terkeluar daripada perjuangan parti dan terlalu mengagung-agungkan Himpunan Baju Merah.
Shahbudin-Husin,-Zawawi-Othman
PETALING JAYA: Keputusan UMNO Bahagian Pasir Puteh meluluskan usul supaya ahlinya memakai baju merah setiap 16 haribulan menjadi bahan lawak jenaka.
Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju, Shahbudin Husin berkata, tindakan UMNO Pasir Puteh itu sudah terkeluar daripada perjuangan parti apabila terlalu mengagungkan Himpunan Baju Merah sehingga mewajibkan ahlinya memakai tersebut sekali sebulan.
“Rasa nak tergelak pun ada dengan keputusan UMNO Pasir Puteh ini yang nampaknya lebih melihat faktor kulit berbanding isi dalam konteks perjuangan parti, bahkan melebih-lebih pula sehingga ia diwajibkan pada 16 haribulan setiap bulan.
“…Ini bermakna, melalui peraturan itu dan jika ia mendapat sambutan, Pasir Puteh akan bertukar menjadi “Pasir Merah” sebanyak 12 kali dalam setahun,” katanya.
Katanya, adakah UMNO mampu merampas kerusi Parlimen Pasir Puteh pada Pilihan Raya Umum akan datang dengan hanya mewajibkan ahlinya memakai baju merah setiap bulan.
” Apakah UMNO Pasir Puteh makin kuat kerana berbaju merah setiap 16 haribulan itu? Bolehkah ia memastikan menang dalam pilihanraya?
“Tetapi kesimpulan paling mudah, bak ungkapan kata popular Awie Wings – INI SEMUA POYO…,” katanya.

Speaker sedang fikir tentang 'PM Question Time'


'Prime Minister Question Time' yang dilaksanakan Parlimen Australia menarik minat Parlimen Malaysia untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai kaedah pelaksanaannya.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata secara dasarnya cara persidangan parlimen kedua-dua negara adalah sama, namun kaedah berkenaan tiada dalam parlimen negara ini.
"Kita berbincang tentang prosedur dan cara Parlimen (masing-masing) bersidang dan di Malaysia kita tiada kaedah 'Prime Minister Question Time'.
"Ia merupakan antara lain yang sedang saya fikirkan kalau boleh dilaksanakan di Parlimen Malaysia," katanya kepada pemberita selepas bertemu delegasi Parlimen Australia, diketuai Dr Andrew Southcott selama hampir sejam di bangunan Parlimen hari ini.
Difahamkan melalui kaedah itu, perdana menteri Australia meluangkan masa khas sehari dalam seminggu di Parlimen untuk menjawab pelbagai soalan yang dikemukakan anggota Parlimen.
Selain itu Pandikar Amin berkata Southcott yang juga pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Australia turut berkongsi mengenai tugas dan peranan PAC negara beliau.
"Kita buat perbandingan tugas-tugas PAC seperti yang ada di sini dan satu soal yang timbul ialah adakah di Australia pengerusi PAC mesti daripada
pembangkang, kerana itu yang sering dipersoalkan.
"Tapi jawapannya tidak, pengerusi PAC Australia daripada kerajaan, tidak semestinya pembangkang kerana ahli-ahli dalam PAC sudah terdiri daripada parti pembangkang dan lain-lain, bukan semua kerajaan," katanya.
Pandikar Amin berkata pihaknya juga menerima jemputan untuk mengadakan kunjungan balas ke Parlimen Australia.

A PARALLEL WITH M'SIA? The Moron Prince Of Saudi Barbaria - where the corrupt & IQ-deficient rule


A new king is ruling over Saudi Barbaria since January this year. King Salman however is old and sick.
The actual ruler of the country is his son and Defense Minister 25++ year old Prince Mohamed bin Salman who is turning out to be quite the barbarian.
Firstly the 25++ year old semi educated desert dweller launched a unilateral war and genocide against Yemen, in which Malaysia almost foolishly participated by sending "logistics" support.
The Saudi attack on Yemen is turning out to be pure genocide. 2100 people have been killed so far.
Now it has come to be known that the recent stampede in Mina that caused over 1200 pilgrims to die was because the moron Prince arrived with a 400 strong security detail to participate in the rituals. His security guys closed roads and walkways which caused an instant congestion of 2.5 MILLION moving human beings that caused the stampede and the deaths.
The Prince immediately fled from the scene and no one has been allowed to mention his presence there.
As a cover up, the Saudis have ordered the beheading of 28 guards who were stationed at Mina to conduct the pilgrims !! This is Saudi Barbaria.
Surprisingly there has been a call for regime change in Saudi Barbaria. One of the other princes has written a letter calling for the King to step down. This has caused quite a stir in Barbaria.

25++ year old Prince Mohamed the Barbarian

Killing Muslims : Saudi genocide in Yemen
The following is from The Guardian Newspaper in the UK.
http://www.theguardian.com/world/2015/sep/28/saudi-royal-calls-regime-change-letters-leadership-king-salman
Saudi royal calls for regime change in Riyadh
Plea by grandson of state’s founder comes as falling oil prices, war in Yemen and loss of faith in authority buffet leadership of King Salman
A senior Saudi prince has launched an unprecedented call for change in the country’s leadership, as it faces its biggest challenge in years in the form of war, plummeting oil prices and criticism of its management of Mecca, scene of last week’s hajj tragedy.
prince said there is disquiet among royal family – and public – at leadership of King
prince wrote two letters calling for king to be removed
“king is not stable condition and the son is ruling kingdom,” the prince said.

king salman
“four or possibly five of my uncles will meet soon to discuss the letters. They are making a plan with a lot of nephews and that will open the door. A lot of the second generation is very anxious.”
public pushing this very hard, people, tribal leaders,” the prince added.

Rahman Dahlan, kalau berani namakan sahaja ‘dia’

oleh V Shuman
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Abdul Rahman Dahlan menyerang sekali lagi.
Kali ini, sasaran serangannya adalah kepada ahli korporat terkenal Nazir Razak, yang kebelakangan ini banyak memuatnaik mesej berteka-teki melalui akaun Instagram.
Mesej yang dimuatnaik oleh Nazir telah ditafsirkan sebagai kritikan kepada kerajaan, yang dipimpin oleh abangnya sendiri Najib Razak.

Pada hari Isnin, Abdul Rahman buat kacau dalam akaun Twitternya, menulis mesej yang mensasarkan kepada “jurubank yang mencetuskan kebimbangan pasaran”, tanpa memberikan nama siapa yang dimaksudkan.
Dia mula-mula menulis, “ Walaupun menarik mana pun situasi politik semasa, seorang jurubank perlu mengelak daripada mengeluarkan kenyataan yang hanya menambah kebimbangan dalam pasaran. Itu paling utama.”
Mesej kemudiannya berbunyi: “ Jika anda mahu menunjukan kebimbangan anda, katakana sekali sahaja dan diam diri. Orang tahu maksudnya kali pertama. Jangan kacau pasaran.”
Abdul Rahman kemudian berkata “Menggunakan Instagram untuk membincangkan isu ekonomi yang memberi kesan besar kepada Malaysia tidak bijak. Gunakan platform rasmi. Jangan mudahkan isu ini.”
Menteri itu, yang merupakan penyokong setia Najib, juga berkata yang jurubank yang dihormati mengamalkan kawalan diri dalam ucapan dan tindakan dan “tidak campur adukan pandangan ekonomi di antara catatan jogging dan makan di luar.”

Negara Kartun: Polis siasat buku ‘Sapuman – Man of Steel' Zunar

Buku ‘Sapuman – Man of Steel’ karya Zulkiflee Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar sedang disiasat polis. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 September, 2015. 
Buku ‘Sapuman – Man of Steel’ karya Zulkiflee Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar sedang disiasat polis. 

Buku milik kartunis popular Zulkiflee Anwar Ulhaque  yang lebih dikenali sebagai Zunar berjudul "Sapuman - Man of Steal" kini mula disiasat polis selepas seorang pembantu jualan atas taliannya dipanggil untuk disoal siasat di Balai Polis Dang Wangi, Isnin ini. Penjual atas talian melalui laman sesawang zunar.my akan memberi keterangan pada Isnin depan di bawah Akta Hasutan 1948, kata Zunar .
"Sapuman adalah buku kartun saya yang ke-18.

"Sebelum ini, 7 judul buku saya diharam kerajaan dan dirampas polis. Selain itu, buku-buku lain termasuk, 'Konspirasi untuk memenjarakan Anwar', 'Pirate of Carry-BN' serta 'Ros in Kangkong Land'," kata kartunis popular itu dalam satu kenyataan hari ini. Zunar yang terkenal dengan kartun satira menyifatkan tindakan tersebut sebagai taktik menakutkan masyarakat.
"Saya mengecam tindakan ini sekeras-kerasnya kerana ia adalah satu lagi taktik terbaru polis untuk menakutkan orang ramai daripada mendapat akses membaca kartun-kartun saya.
"Pembantu jualan saya tidak melakukan sebarang kesalahan dalam urusan jualan kerana buku 'Sapuman - Man of Steal' tidak diharamkan secara rasmi oleh kerajaan," katanya.
Polis katanya, sepatutnya menyiasat orang yang mengambil RM2.6 bilion wang rakyat dan bukan mereka yang menjual buku secara sah.
Ini merupakan kali kedua pengendali jualan atas talian bukunya disiasat polis.
November tahun lepas, seorang webmaster disiasat mengikut Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan.
Malah, polis juga menyiasat pihak yang menguruskan pembayaran secara online, MolPay, untuk mendedahkan nama-nama pembeli tetapi syarikat berkenaan enggan berbuat sedemikian.
10 Februari lepas, beliau ditangkap mengikut Akta Hasutan dan dimasukkan ke lokap selama 3 hari kerana mengkritik pemerintah berhubung penghakiman kes bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Inilah undang2 di negara Islam Malaysia..

NAMPAK TAK !!!

Pemimpin UMNO masih mampu tersenyum kerana HANYA dipenjara setahun.. Berbaloi merasuah RM3 juta demi istana mahligai..

RINGGIT JATUH LAGI !! DAH CECAH RM4.53... DAN SETERUSNYA TAK MUSTAHIL CECAH RM5.00 !!!

"SERANGAN DR MAHATHIR PUNCA RINGGIT JATUH" -Ahmad Maslan

"MAINAN POLITIK PUNCA RINGGIT JATUH" -Najib Razak

Tak heran pon Malaysia MAKIN JAHANAM...
Jika ini berterusan, tak mustahil negara kita akan muflis dengan peningkatan kadar inflasi yang mendadak...

Masih gah nak laungkan Hidup Melayu di PWTC ??

I’m for peaceful rallies, says Hisham

The Defence Minister says authorities should allow mass protests as long as no law is broken.
Hishammuddin-Hussein_ralli_600
SUNGAI BESI: Defence Minister Hishammuddin Hussein today declared his support for mass protests like the Bersih and Red Shirts rallies “as long as they obey the law.”
He said the authorities should allow such rallies to go ahead.
“But if they break the law, there are consequences,” he told reporters covering the launch of the “Unity and Peace” campaign at the National Defence University.
“You have to be relieved that both Bersih and the Red Shirts did not cause incidents that could lead to worse situations,” he said.
He described the Red Shirts rally as a “balanced reaction” to the Bersih protest at the end of last month.
However, Hishammuddin would not comment on a planned rally in Kajang to protest against Wan Azizah Ismail’s alleged neglect of the constituency as its representative in the Selangor State Assembly.
“I’ll not speculate,” Hishammuddin said. “I’ll comment after it happens.”
The plan for the Kajang rally was announced by Sungai Besar Umno chief Jamal Yunos, who led the Red Shirts rally of September 16. He did not specify a date.

Datuk Bandar KL nafi ‘double standard’ antara Bersih 4.0 dan Baju Merah

DBKL membenarkan mana-mana perhimpunan aman sekiranya ia diadakan di Padang Merbok.
Datuk-Mohd-Amin-Nordin-Abd-Aziz
KUALA LUMPUR : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan dakwaan bahawa pihaknya mengamalkan ‘double standard’ dalam isu himpunan Bersih 4.0 dan Baju Merah.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mohd Amin Nordin Abd Aziz berkata, pihaknya tidak pernah menghalang mana-mana perhimpunan sekiranya ia diadakan di Padang Merbok.
“Macam mana ada ‘double standard’? Tidak ada ‘double standard’lah. Kita benarkan mana-mana perhimpunan di Padang Merbok.
“Peserta perhimpunan Bersih 4 tidak dibenarkan menggunakan Padang Merbok kerana ia digunakan untuk keperluan logistik Hari Merdeka. Tetapi pada perhimpunan Baju Merah, padang tersebut tidak digunakan maka ia dibenarkan. Itu sahaja,” katanya kepada pemberita selepas Persidangan World Class Sustainable Cities Ketujuh di Hotel Royale Chulan pada Selasa.
Dalam pada itu, beliau turut diminta mengulas mengenai kehadiran Duta Besar China ke Malaysia, Dr Huang Huikang ke Petaling Street baru-baru ini bertujuan untuk mengembalikan keyakinan pelancong China.
“Saya tak boleh komen itu. Bahaya,” ulasnya ringkas.

Reezal bidas menteri ‘melompat’ yang tuduhnya tidak ikut protokol

Keputusan memanggil Duta China ke Wisma Putra dipersetujui Menteri Luar selepas berbincang dengan Perdana Menteri.
Reezal-Merican_Huang-Huikang_600
PETALING JAYA: Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican membidas pihak yang mendakwa beliau tidak mengikut protokol apabila memanggil Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang ke Wisma Putra.
Tmbalan Menteri Luar itu berkata, tindakannya memanggil Duta Besar China adalah amalah biasa yang dibuat mengikut protokol selepas mendapat persetujuan Menteri dan Perdana Menteri.
Sebaliknya, beliau berkata, tindakan itu menjadi ‘luar biasa’ dan dianggap tidak ‘berprotokol’ apabila anggota pentadbiran kerajaan sendiri yang ‘melompat’ dan mula membuat tuduhan longgar terhadap tindakan yang diambil oleh Wisma Putra.
“Ingin saya tegaskan bahawa keputusan untuk memanggil Duta China dibuat oleh Wisma Putra setelah mendapat persetujuan daripada Menteri Luar selepas berbincang dengan Perdana Menteri.
“Semuanya dilakukan dengan penuh disiplin pentadbiran dan sejajar dengan amalan biasa Kementerian Luar Negeri.

DAP masih ‘rakan sepasukan’ Pas di Selangor - Khairuddin

Mohd Khairuddin Othman
SHAH ALAM – Pas Selangor masih menganggap DAP sebagai rakan politik dalam kerajaan negeri Selangor dan tiada keperluan parti Islam itu untuk berundur dari pentadbiran negeri itu berdasarkan kemenangan PR pada PRU13 lalu.

Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman berkata, walaupun parti Islam itu sudah memutuskan hubungan dengan DAP pada muktamar lalu, namun kerjasama sebagai sebuah pasukan dalam kerajaan negeri masih berjalan seperti biasa.

“Tidak timbul soal tahaluf siyasi, sebab kita dalam kerajaan, bermakna kita masih bekerjasama dengan PKR, malah DAP juga kita anggap rakan kita dalam kerajaan dalam semua peringkat.

“Pendirian kita adalah kekal dalam kerajaan, tiada isu lagi, kerajaan Selangor hari ini adalah kerajaan yang menang pada pilihan raya dulu,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bekas aktivis Pas, Mohd Riza Kamaruddin semalam yang menggesa parti Islam itu meninggalkan kerajaan negeri Selangor sekiranya masih enggan bekerjasama dalam Pakatan Harapan.

Mohd Riza berkata, sekiranya Pas berkeras tidak mahu menyertai pakatan pembangkang baharu yang ditubuhkan PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP, maka parti Islam itu harus memutuskan segala hubungan dan keluar dari Selangor.

Dalam pada itu, Khairuddin juga berkata setakat ini tiada sebarang perbincangan antara Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dengan kepimpinan Pas Selangor tentang kedudukan parti Islam itu dalam kerajaan negeri Selangor.

“Siapa pun boleh cakap suruh (Pas) keluar Selangor, biar realistik, jangan nak main politik. Tiada isu (Pas) keluar kerajaan negeri Selangor.

Ringgit merudum, Najib ‘relaks’ tiada tindakan konkrit

SHAH ALAM, 29 SEP: Tiada sebarang tanda kejatuhan nilai ringgit berhenti, malah Kerajaan Persekutuan seolah-olah menganggap isu itu sebagai remeh.
Najib-RMAhli Parlimen Klang, Charles Santiago, berkata disebalik kegawatan ekonomi semakin parah, Datuk Seri Najib Razak terlalu ‘relaks’ tanpa berusaha memberi keyakinan kepada rakyat.
Katanya keadaan itu memberi kesan buruk kepada rakyat berpendapatan rendah, jika kerajaan masih berdiam diri dan tidak mengambil langkah drastik.
“Perdana Menteri berada di New York sekarang dan saya tidak faham mengapa beliau berada di situ berbanding memberi tumpuan kepada masalah rakyat.
“Bagaimana pemimpin boleh membiarkan rakyatnya berada dalam kesusahan? Ia tindakan tidak bertanggungjawab dan Perdana Menteri relaks dalam isu ini,” katanya kepada Selangor Kini.
Pada masa sama, Charles berkata dasar ekonomi terbuka diamalkan di Malaysia memberi risiko kepada peningkatan harga barangan import termasuk ubat-ubatan.
Katanya rakyat yang ingin menerima rawatan di hospital atau klinik kerajaan juga terpaksa membayar harga lebih tinggi untuk perkhidmatan.
“Isu ini juga berkait dengan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terpaksa menambah kos untuk membeli bahan mentah atau mesin dan alat ganti daripada luar negara.
“Rakyat terjejas, namun sehingga hari ini kita tidak nampak mana-mana menteri mengeluarkan rancangan mengatasi masalah ini,” katanya.
Ringgit Malaysia terus jatuh ke tahap paling lemah sejak 2005, di tengah-tengah siasatan berhadap dakwaan salah guna dana Perdana Menteri.
Ringgit kini berada pada paras RM4.47 berbanding dolar Amerika.

Mufti Pahang bertegas mahu Muslim DAP mohon maaf


Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman enggan mohon maaf berhubung khutbah anti-DAP pada Hari Raya Aidiladha minggu lalu.
Sebaliknya, Abdul Rahman berkata bahawa DAP yang perlu memohon maaf kerana didakwanya "campur tangan dalam hal ehwal Islam", lapor Utusan Malaysia hari ini.
Beliau mengulas tuntutan Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puri supaya Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) memohon maaf dan menarik balik khutbah tersebut kerana didakwa menghina parti itu atau berdepan tindakan undang-undang.
"Kita tidak akan tunduk kepada pihak yang mahu jabatan ini memohon maaf dan menarik balik teks khutbah Aidiladha itu.
"Sepatutnya mereka yang memohon maaf terlebih dahulu kerana campur tangan dalam hal ehwal Islam sepeti pelaksanaan hudud d Kelantan," katanya seperti yang dilaporkan akhbar itu hari ini.
Dalam laporan itu juga, Abdul Rahman sedih dengan beberapa orang Islam dalam DAP yang lebih mempertahankan dasar pati itu dan tidak menghormati institusi Islam.
"Saya rasa terkilan dengan orang Islam dalam DAP, sepatutnya mereka kena mempertahankan Islam ini, namun merea, pula ingin menyaman kami dan meminta kami memohon maaf," katanya dipetik.
Dewan Ulama PAS Perak mempertahankan khutbah itu dan menyokong langkah JAIP yang enggan memohon maaf susulan ugutan saman oleh DAP dan NGO PERKASA pula mendesak parti itu memohon maaf.

'Jika tidak korup, kenapa saya didapati bersalah?' - Khir Toyo

Ketika anda membaca catatan ini saya mungkin sudah ke penjara kerana saya jadualkan tulisan ini diterbitkan selepas hukuman dijatuhkan.
 Saya mohon maaf kepada seluruh keluarga, sahabat, rakan-rakan dan penyokong yang mungkin terpalit malu kerana kes ini. Saya juga berterima kasih kepada mereka yang masih memberi kata-kata semangat dan bersimpati dengan saya.
Saya tahu sebahagian orang di media sosial bertepuk tangan dan memaki hamun saya sebagai penerima rasuah. Adakah mereka faham bahawa rumah tersebut saya beli separuh siap, dengan pinjaman bank dan masih membayar ansuran bulanan sehingga sekarang? Saya maafkan mereka.
Saya juga tahu rumah saya menjadi kontroversi apabila seorang pemimpin Umno mengupah jurugambar mengambil gambar rumah saya menggunakan helikopter menunjukkan seolah-olah ia sebesar istana.
Hakikatnya, rumah saya bukanlah antara yang terbesar di kawasan terbabit. Tidak mengapa, saya telah maafkannya.
Saya hanya ingin menyatakan bahawa sepanjang perbicaraan, pendakwa raya tidak pernah mengemukakan sebarang fakta yang menunjukkan berlaku unsur rasuah. Secara asasnya, unsur rasuah harus dalam keadaan saya mendapat habuan kerana meluluskan sesuatu kepada Shamsuddin (Haryoni, pengarah Ditamas Sdn Bhd).
Tidak pernah ada sebarang fakta dan bukti menunjukkan pembelian rumah saya dengan harga RM 3.5 juta yang dikatakan murah oleh pendakwa raya, dibalas dengan sebarang keistimewaan pemberian projek atau kelulusan tender oleh saya.
Yang ada hanyalah surat sokongan yang diberi kepada syarikat Shamsuddin seperti mana saya sokong puluhan malah mungkin ratusan syarikat lain.
Jika tidak korup mengapa saya didapati bersalah? Saya dituduh dan didapati bersalah di bawah Perkara 165 Kanun Keseksaan yang merupakan satu kesalahan teknikal dengan hukuman maksimum dua tahun penjara.
Dalam tuduhan ini pendakwa raya tidak memerlukan sebarang bukti ada keistimewaan diberikan kepada Shamsuddin. Apa yang perlu dibuktikan ialah saya telah membeli sesuatu barangan dengan harga (balasan) yang tidak mencukupi, daripada seseorang yang diketahui mempunyai hubungan rasmi dengan saya sebagai penjawat awam.
Demikianlah kesungguhan peguam negara terdahulu yang mahu memenjarakan saya. Saya tidak pasti rumah saya akan dirampas atau tidak. Mereka membicarakan saya di bawah Perkara 165 tetapi mereka menggunakan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk merampas rumah saya.
Adilkah, saya dituduh di bawah kesalahan yang memerlukan pembuktian ringan, tapi menggunakan akta yang memerlukan pembuktian berat untuk merampas rumah saya? Hanya Allah yang tahu niat sebenar beliau.
Semasa hendak membeli rumah separuh siap tersebut saya memaklumkan kepada pemegang jawatan penting ketika itu termasuk perdana menteri, setiausaha kerajaan negeri dan pihak SPRM sendiri.
Untuk rekod, saya juga membeli hartanah tersebut dengan pinjaman bank dan meminta penilaian hartanah dilakukan. Sehingga kini saya masih mempunyai baki hutang lebih dari RM2 juta. Adakah ini menunjukkan saya korup? (Baca: Fakta dan angka tidak boleh menipu).
Jika saya mahu mengambil rasuah saya hanya minta Shamsuddin beri percuma kepada saya dan namakan atas nama sesiapa sahaja sebagai proksi.
Saya redha dengan keputusan ini sungguhpun sehingga hari ini saya tidak tahu berapakah balasan yang mencukupi.
Mungkin kerajaan perlu menubuhkan satu jawatankuasa yang membolehkan penjawat awam membuat rujukan, bagi memenuhi ukuran balasan yang mencukupi, agar tidak ada lagi yang terperangkap seperti saya. [Lihat: Putus sudah harapan?]
Dilanyak akhbar The Sun

Pemimpin, pentadbir institusi perlu ada integriti dan taqwa - Sultan Nazrin Shah

Pemimpin, pentadbir institusi perlu ada integriti dan taqwa - Sultan Nazrin Shah
PUTRAJAYA: Barisan pemimpin dan pentadbir yang telah dipilih oleh rakyat atas dasar percaya perlu menjadi pemegang amanah seterusnya menjalankan tugas dan fardu kifayah dengan berintegriti serta taqwa.

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah Almarhum Sultan Azlan Shah bertitah demikian ketika menyampaikan ucaptama sempena Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin Universiti Islam Dunia di Putrajaya pada Selasa.

“Di sini, beta menegaskan kepada barisan pemimpin dan pentadbir kita yang dipilih oleh umum atas dasar percaya agar bertindak sebagai pemegang amanah dan menjalankan tugas umum serta fardu kifayah dengan integriti dan taqwa, bagi pihak kita semua dan demi kebaikan semua,” titah baginda.

Titah tersebut merujuk kepada betapa perlunya usaha mengekal dan mengukuhkan institusi-institusi negara dengan memberi perhatian kepada aspek integriti dan kebebasan.

Tambah baginda, adalah sangat penting untuk menjaga amanah umum tersebut bukan sahaja ketika dalam situasi aman, malah ketika negara berdepan dengan tempoh krisis.

Baginda turut memberi contoh, selain Universiti Al-Azhar di Mesir dan Universiti Qarawiyyin di Maghribi,  institusi pendidikan dunia yang lain perlu mengutamakan kecemerlangan akademik supaya  mampu menghasilkan graduan berfikiran kritis dan mampu berhujah dengan bernas.

Dalam sidang kemuncak itu, baginda turut bertitah institusi pendidikan perlu mempunyai misi sosial untuk golongan yang terpinggir.

“Salah satu caranya adalah dengan menawarkan dermasiswa dan biasiswa kepada pelajar yang datang dari latar belakang yang kurang bernasib baik,” titah Sultan Nazrin.

Hala tuju universiti

Bertemakan “Re-Writing The Narrative: Higher Education for the 21st Century”, sidang kemuncak selama dua hari itu disertai lebih 200 pemimpin universiti negara-negara Islam sedunia.

Najib nasihatkan pelajar tak percaya blog, portal berita

DBKL nafi dwi-standard benar 'baju merah' berhimpun

NGO dakwa tanah Penan terus dicabuli

Hubungan KL-Beijing tetap kukuh, kata Umno

‘Demo baju merah perimbangan bagi BERSIH’ - Hishamuddin

Rasuah: Khir Toyo kena penjara 12 bulan, harta disita

Adakah Malaysia sudah jadi bahan lawak dunia?

oleh Ng Kheng Hong
MENGAIBKAN: Tahniah rakyat Malaysia! Kita akhirnya melakukan sesuatu yang saya rasakan mustahil bagi sebuah negara kecil seperti kita ini – kita kini dikenali di seluruh dunia!
Malangnya kita mendapat publisiti ini bukanlah dengan cara yang saya harapkan.
Malaysia sentiasa memainkan peranan kurang penting berbanding negara yang lebih besar dan “seksi” di Asia Tenggara. Dari segi pelancongan, kita tewas dengan Indonesia yang memiliki Bali – destinasi pulau terulung dunia.
Malah, Thailand dan Kemboja pun mengatasi kita, dan itu tidak termasuk pelancongan seks dan budaya “semua ok” mereka.
Dalam aspek geopolitik juga Malaysia tewas. Ketika Konfrontasi, kuasa eropah, terutama Amerika Syarikat, berpihak kepada Indonesia ekoran lokasi strategik dan limpahan sumber aslinya. Negara-negara lain seperti Filipina dan Thailand memang sudah lama di bawah pengaruh AS, Singapura dilihat sebagai pusat komersial dan perdagangan strategik, Vietnam kekal menjadi satu-satunya negara yang menang perang dengan AS dan Taiwan – walaupun secara teknikalnya bukan sebuah negara – dilindungi kuasa dunia itu.
Brunei? Status sultan mereka selaku salah seorang yang paling kaya di dunia memberikan profil tinggi kepada negara itu di seluruh dunia. Turut membantu adalah skandal-skandal yang berkait dengan mereka.
Malah “pariah” dunia, Myanmar pun lebih dikenali berbanding Malaysia dan menghasilkan seorang pemenang Hadiah Nobel Keamanan.
Jadi bagaimana Malaysia mendapat tempatnya di pentas dunia? Amat menyedihkan, kita membayar harga yang mahal untuk itu.

Ada insiden MH370 dan MH17. Limpahan simpati pada awalnya diganti oleh ejekan ekoran cara pegawai kita mengendalikan tragedi tersebut. Ditambah pula dengan kemarahan keluarga mangsa, terutama warga China.
Namun insiden itu hanyalah langkah pertama. Apa yang benar-benar membuatkan dunia menyedari kewujudan kita adalah laporan Wall Street Journal tentang 1MDB, dan tindakbalas kerajaan kita yang menyerang penerbitan yang disegani itu.

Pilihan PAS selepas ditinggalkan Pakatan Harapan

Oleh Zainal Salleh
Post Pic

 Kini PAS sudah “membujang” kembali dalam arena politik Malaysia. Secara teknikal meskipun ia menganggap dirinya masih menjadi pembangkang kepada kerajaan Umno-BN, ia bukan sealiran dan sekutu Pakatan Harapan.
PAS tidak boleh bekerjasama dengan DAP atas sebab prinsip. Ia juga tidak mahu bekerjasama dengan Amanah kerana masih sukar memaafkan “pengkhianatan” yang dilakukan pemimpin-pemimpin parti itu terhadap PAS.
Kini PAS perlu menggembleng usaha meminang lebih ramai pengundi menjadi anggotanya dan memperluaskan skop sokongan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) untuk  mencapai martabat sama dengan Pakatan Harapan.
Untuk terus bertahaluf dengan PKR bukanlah satu opsyen yang baik. Di peringkat ini, PKR nampak sudah agak selesa dengan kerabat Pakatan Harapan tanpa PAS bersama.
Apa tidaknya, bersama Pakatan Harapan, PKR sudah mendapat apa yang dihajati iaitu pengakuan dan sokongan DAP dan Amanah untuk melantik Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri jika BN ditumbangkan!
PAS sebelum ini amat berhati-hati dan mahu bertindak sebagai “polis moral” dalam Pakatan Rakyat dengan tidak mahu membabitkan diri dalam perkara-perkara yang kurang bermaruah dan syubahat.
Antara lain, PAS amat keberatan mempersetujui manifesto pakatan itu mahu melantik Anwar menjadi perdana menteri jika menang pilihanraya umum 2013 lalu. Apa sebabnya, hanya pimpinan PAS tahu jawapannya.
PAS juga tidak mahu perubahan politik disusun menurut konsep “matlamat menghalalkan cara” seperti Langkah Kajang PKR yang memecat keahlian menteri besar Selangor kerana enggan memberi laluan kepada presiden PKR mengambil alih jawatan berkenaan.
Bagi PAS rekod perkhidmatan menteri besar berkenaan, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim amat memuaskan dan tidak ada sebab munasabah beliau perlu disingkirkan.
PAS juga enggan mengkhianati rakyat dengan sewenang-wenangnya mengosongkan kerusi yang dimenangi atas nama Pakatan Rakyat hanya untuk memenuhi hasrat pemimpin tertentu mengisi kerusi DUN Kajang.
Kini, di segi politiknya, PAS perlu menjana keyakinan bahawa ia mampu hidup berdikari dan tidak perlu bergantung kepada PKR untuk meneruskan perjuangan politiknya.
Bagaimanapun PAS harus insaf bahawa dalam usaha menumbangkan Umno-BN, PAS tidak seharusnya mengizinkan dirinya untuk menjadi pemangkin atau “batu loncatan” kepada Pakatan Harapan mencapai cita-citanya.
PAS harus insaf bagaimana secara sistematik ia disisihkan daripada barisan pembangkang. Maka adalah penting ia memastikan amalan politik Machiavelli yang kurang bermaruah itu tidak pula menggantikan BN.
Akibatnya kelemahan moral dan gejolak nafsu mahu berkuasa itu mungkin lebih buruk daripada segala amalan dan dosa yang pernah dilakukan BN ketika memerintah Malaysia.
Ini adalah masanya bagi PAS membuktikan bahawa keyakinannya hidup “membujang” adalah berasas dan mampu melonjakkannya mencapai kemenangan lebih besar.

Anwar dibawa keluar dari HKL tanpa rawatan, dakwa peguam

 Peguam kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa bekas ketua pembangkang itu secara tiba-tiba dibawa balik ke penjara Sungai Buloh dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) tanpa menjalani rawatan.
"Pagi semalam, Anwar tiba-tiba dibawa keluar dari perundingan di HKL.
"Selepas itu, Anwar bergegas kembali ke penjara sebelum jam 12 tengahari tanpa rawatan sekalipun," kata peguam N Surendran dan Latheefa Koya dalam satu kenyataan bersama hari ini.
Peguam berkata, perkara itu berlaku walaupun Anwar memerlukan rawatan perubatan segera kerana kecederaan bahu yang kronik dan keadaan lain.
Kementerian Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah pula semalam menegaskan bahawa kira-kira 17 panel perunding klinikal telah memeriksa keadaan Anwar.
Bagaimanapun, peguam mendakwa Noor Hisham mengabaikan permohonan keluarga itu untuk menggantikan ketua pasukan perubatan Dr S Jeyaindran yang bertindak sebagai saksi pendakwaan terhadap Anwar.

Pakatan Harapan: Empat persoalan, empat penyelesaian

oleh Liew Chin Tong
Saya kongsikan ucapan saya di sidang meja bulat pembangkang tempoh hari berkaitan penubuhan Pakatan Harapan supaya dapat memperdalam debat terbuka dengan lebih banyak perspektif.
Saya memberitahu sidang bahawa saya akan menyentuh empat isu klise yang kerap menjadi persoalan. Pertamanya, adakah pakatan baru itu ditubuh tergesa-gesa?
Sebenarnya, Pakatan Rakyat berakhir pada Jun 2015 walaupun sebenarnya ia gagal berfungsi untuk tempoh agak lama; setidak-tidaknya sejak krisis Menteri Besar Selangor, atau mungkin lebih awal lagi.
Jadi, sebuah pakatan perlu segera ditubuh kerana pembangkang harus bersedia dengan kemungkinan Umno menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan menggantikannya dengan Datuk Seri Zahid Hamidi ataupun Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kerana ada lompong besar dalam kepimpinan politik Malaysia. Lebih cepat diisi, lebih baik impaknya kepada rakyat yang mahu melihat pembangkang sebagai pengimbang kepada kerajaan Umno.
Yang kedua, mampukah pembangkang menang pilihan raya akan datang dengan mudah?
Ada berpendapat pembangkang hanya perlu bersabar sementara kerajaan sedia ada hancur sendiri. Tak perlu buat apa-apa buat masa sekarang, tunggu saja bertanding satu-lawan-satu pada pilihan raya kelak. Kemenangan pasti diperoleh dengan mudah.
Ada kenyataan menyebut: “Bukan Pembangkang yang menang pilihan raya tapi Kerajaan yang kalah.” Pendapat seperti ini mungkin ada betulnya tapi ia terlalu berserah.
Mengharapkan menang mudah boleh menyebabkan pengundi takut keputusan pilihan raya tidak memihak kepada majoriti dan kembali memilih Umno apabila keadaan mendesak.
Jadi, pembangkang harus memupuk sokongan rakyat dan memperoleh kepercayaan mereka untuk menggantikan kerajaan.
Ketiga pula, bagaimana untuk menang tanpa PAS?
Ada juga suara klise betapa PAS memiliki pengaruh terbesar dalam kalangan pengundi Melayu terutama masyarakat luar bandar. Maka tidak ada gunanya pakatan baru tanpa penyertaan PAS. Tapi, kita mesti ingat, tanpa sayap progresif mereka, PAS tidak mampu meraih sokongan pengundi Melayu bandar, apatah lagi pengundi bukan Melayu.
Kalau kita anggapkan saja “angin” politik memihak kepada pembangkang, keputusan pilihan raya akan datang bergantung sama ada pembangkang mampu mengalahkan Umno di 35-40 kerusi marjinal di Semenanjung.
Sekarang, Umno memegang 73 kerusi . Jika mereka hilang 40 kerusi marjinal, ia menjadi titik penamat Umno sebagai kerajaan. Kerusi marjinal kebanyakannya kerusi separa-bandar di pantai barat Semenanjung dan terdiri daripada komposisi etnik bercampur.
Kerusi-kerusi itulah yang sukar dikuasai PAS yang diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang tanpa sayap progresif.
Sudah pasti Umno akan cuba mengulangi taktik yang diguna pakai pada pilihan raya 2013 dengan cuba menakut-nakutkan pengundi Melayu separa-bandar di kawasan kerusi marjinal terhadap orang Cina.
Walaupun taktik itu menjadi pada 2013, tak semestinya ia menjadi sekali lagi pada pilihan raya akan datang.
Lebih penting lagi, pakatan pembangkang yang baru mesti menyakinkan pengundi Melayu di kawasan separa-bandar betapa kerajaan baru lebih baik berbanding kerajaan Umno. Dan, untuk menjadi lebih baik, perkauman tidak harus dijadikan isu.

'Adakah rakyat sedia, cukai tinggi untuk pendidikan percuma?' sembang Najib

Rakyat Malaysia perlu bersedia membayar cukai pendapatan yang lebih tinggi untuk pendidikan percuma dan pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Kita boleh mengurangkan PTPTN, kami boleh memberikan pendidikan percuma, tetapi anda perlu meningkatkan cukai pendapatan. Di negara-negara Scandinavia, kadar cukai pendapatan paling tinggi adalah 65 peratus.
"Anda boleh memperolehi banyak perkara tetapi adakah anda bersedia untuk membayar 65 peratus cukai pendapatan?" soal Najib dalam pertemuan dengan pelajar Malaysia di New York semalam.
Malaysiakini telah mendapat rakaman ucapan beliau.
Negara-negara Nordic seperti Sweden dan Norway yang terkenal dengan mempunyai pendidikan percuma sehingga peringkat lepasan ijazah, dan pelbagai faedah sosial.
Kadar cukai pendapatan di negara-negara tersebut bagaimanapun tinggi berbanding dengan Malaysia.
Cukai pendapatan di Malaysia pada masa antara 10 hingga 25 peratus, manakala di Norway dan Sweden, cukai pendapatan setinggi masing-masing 39 peratus dan 56.9 peratus.

Kegagalan Najib punca campur tangan negara asing

Malaysia memerlukan kepimpinan yang berketerampilan dan berprinsip sekiranya hendak memulihkan keadaan dan mengembalikan kegemilangan negara ini di persada dunia.
Nik-Nazmi_najib_Dr-Huang-Huikang_red_600_1
PETALING JAYA: Isu kenyataan Duta China ke Malaysia Dr Huang Huikang berkenaan perhimpunan “baju merah” menunjukkan kegagalan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kegagalan Najib menyebabkan kuasa asing terasa perlu untuk campur tangan di dalam isu politik tempatan.
“Ini juga jelas membuktikan bahawa reputasi negara ini, yang pada suatu ketika dulu dijadikan contoh negara-negara membangun, telah tercalar.
“Perkara itu tidaklah terjadi sekiranya Najib Razak dan pihak kerajaan menunjukkan kepimpinan yang baik, serta berprinsip dan lebih tegas di dalam kes “baju merah” yang bagaikan sudah tidak terkawal.
“Sebaliknya apa yang kita saksikan adalah ramai ahli kepimpinan di dalam pentadbiran dan parti UMNO yang mengeluarkan kata-kata yang bercanggah dan tidak benar, termasuklah Perdana Menteri sendiri,” katanya dalam kenyataan media.
Nik Nazmi berkata, Malaysia amat memerlukan kepimpinan yang berketerampilan dan berprinsip sekiranya kita hendak memulihkan keadaan dan mengembalikan kegemilangan negara ini di persada dunia.
Dalam masa sama, Nik Nazmi berkata, tindakan Dr Huang mungkin telah melampai batas yang bersesuaian dengan seorang ahli diplomat.
Katanya, China, melalui wakilnya ke Malaysia, bagaikan memberi isyarat bahawa mereka sudah bersedia menyatakan pendirian berkenaan perihal negara lain.
“Oleh itu kami juga berharap agar negara China sendiri sudah bersedia untuk menerima teguran dan komentar daripada warga dunia berkenaan pelbagai isu di negara mereka, termasuklah mengenai cara mereka mengendalikan aktivitis-aktivis pro-demokrasi, masyarakat Muslim Uighur dan warga Tibet,” katanya.

"Hanya saya saja PM main golf dengan Obama" sembang Najib


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih tersenyum bangga apabila boleh bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama pada Disember lalu.
"Saya kini, untuk rekod, sebagai perdana menteri tunggal yang boleh bermain golf dengan Obama," katanya berseloroh dalam pertemuan dengan pelajar Malaysia di New York semalam.
Dalam rakaman ucapan yang diperolehi Malaysiakini, Najib berkata bahawa beliau tidak mendapat manfaat dari segi politik daripada perlawanan golf itu.
"Saya lakukannya kerana saya fikir ia adalah langkah positif untuk kita membina hubungan peribadi dengan presiden Amerika Syarikat. Saya lakukannya demi Malaysia, saya lakukannya demi rakyat.
"Malangnya masanya salah, saya tidak mendapat sebarang keuntungan politik," katanya, yang mengundang ketawa hadirin.
Najib berseloroh mengenai kecaman yang diterimanya sewaktu bermain golf dengan Obama sedangkan negeri di Pantai Timur mengalami banjir.

Kemenangan buat Umno atau permulaan kehancuran BN?

oleh Khoo Kay Peng
Tentunya satu tindakan bodoh dan naif bagi Umno dan penyokongnya untuk menuntut kemenangan awal berhubung perhimpunan baju merah pada Hari Malaysia. Impak demonstrasi itu, kalaupun ada, hanyalah implikasi negatif terhadap parti itu dan juga Barisan Nasional.
Pertama, matlamat utama perhimpunan itu yang disampaikan melalui intimidasi, desakan yang tidak munasabah, bahasa kasar dan retorik rasis akan menjauhkan lagi golongan pertengahan, bukannya memenangi sokongan mereka.
Ketika perhimpunan, pemimpin Umno Ali Rustam telah membuat kontradiksi yang jelas. Beliau berkata bahawa Najib Razak adalah perdana menteri untuk semua kaum, namun pada masa sama memerlukan perhimpunan Melayu-sentrik untuk membelanya. Sokongan terbuka Najib terhadap puak ‘baju merah’ ini telah menjejaskan kewibawaannya dan sekaligus menyangkal dakwaan bahawa beliau adalah perdana menteri untuk semua.
Hakikat bahawa Najib memerlukan perhimpunan itu sebagai perisai daripada kritikan adalah mengecewakan. Dengan berselindung di sebalik ‘maruah’ kaumnya, beliau hanya menambahkan lagi keraguan terhadap kepimpinannya. Najib mengambil risiko besar kerana bukan semua orang Melayu percaya bahawa kritikan terhadapnya mempunyai motif perkauman.
Adiknya Nazir Razak telah memberikan kenyataan yang relevan dan meminta kerajaan memberikan jawapan dan menyaman pengkritik, jika tuduhan ke atas 1MDB adalah fitnah semata-mata. Najib gagal melakukan kedua-duanya di sebalik membuat janji dan ancaman.
Tambahan pula, beliau telah mengambil pelbagai tindakan untuk menutup mulut pengkritiknya dalam Kabinet, menyingkirkan Peguam Negara, memindahkan pegawai tinggi Cawangan Khas (SB), mengekang pasukan siasatan khas 1MDB dan menjejaskan siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). Tindakan-tindakan ini hanya meningkatkan syak wasangka terhadap salah lakunya.
Kedua, orang seperti Jamal Yunos, Ali Tinju, Abdul Rahman Dahlan, Azalina Othman Said, Ali Rustam dan lain-lain yang bertindak sebagai jurucakap pentadbiran hanya menambahkan lagi rasa tidak percaya terhadap kerajaaan Najib.
Persepsi yang muncul adalah Najib telah bertindakbalas terhadap pengkritiknya serta peserta himpunan Bersih 4.0 melalui perhimpunan bahu merah. Tindakannya menggunakan karakter-karakter sebegini untuk menangkis serangan hanya merugikan diri sendiri.

Persoalan yang lebih besar adalah di mana anggota Kabinet Najib dan apa yang mereka lakukan untuk membantunya menyelesaikan krisis ini? Tanpa jawapan yang absah serta campur tangan dasar untuk menangani skandal 1MDB, apakah mereka telah mengabaikan Najib dengan mengambil pendekatan tunduk kepada kepimpinannya, namun pada masa sama membiarkan Najib ‘terbakar’ perlahan-lahan?