Isnin, 28 September 2015

Susur galur ‘gegaran’ pergolakan politik Malaysia (Siri I)

oleh LIEW CHIN TONG
Parlimen-Dewan-Rakyat
APABILA berlaku gempa bumi, banyak peralihan tektonik terjadi disusuli proses penyelarasan tetapi ia memerlukan masa sebelum menjadi stabil.
Namun, dalam proses menuju kestabilan, lebih baik membuat jangkaan terhadap kemungkinan perubahan baru.
Dalam spektrum politik Malaysia, ia mengalami tiga gempa besar. Dan mendorong proses pergeseran dan penyusunan semula. Setiap kali berlaku gegaran, senarionya bukan mudah dijangka. Apabila landasannya berubah, ia memunculkan perubahan yang langsung tidak sama lagi.
Kali pertama berlaku ketika Pilihan Raya Umum pra-kemerdekaan Malaya pada Julai 1955 yang menyaksikan kejayaan Perikatan berasaskan formula Umno-MCA-MIC. Lawan Umno ketika itu ialah Datuk Onn Jaafar dari Parti Negara, PAS dan gerakan kiri, Parti Rakyat.
Apabila pemimpin Melayu kiri, Dr Burhanuddin al-Helmy mengambil alih tampuk teraju PAS pada 1956, wujud kerjasama antara aktivis anti-kolonial, gerakan Islam, Melayu Kiri dan politik kedaerahan/kenegerian terutama Kelantan. Dalam politik Cina pula, Parti Buruh menjadi ancaman terbesar kepada MCA.
Senario itu berlangsung sehingga Pilihan Raya Umum 1964. Namun, selepas itu tiga gegaran politik berlaku.
Pada pilihan raya itu, Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang diketuai Lee Kuan Yew bertanding beberapa kerusi di Semenanjung Malaysia tetapi gagal melawan kerjasama parti politik sedia ada, hanya menang satu kerusi melalui Devan Nair.
Pilihan Raya 1969
Parti Buruh memboikot pilihan raya pada 10 Mei 1969. Dua parti ditubuh bagi mengisi vakum politik ketika itu, iaitu Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Gerakan – kemudian menawan dan menubuh kerajaan di Pulau Pinang.
Tiga hari kemudian, Tragedi 13 Mei berlaku – ia menjadi gempa politik di tanah air. Penyusunan semula spektrum politik pada pilihan raya 1974 dapat diringkaskan melalui dua fakta berikut:
Pertama, matinya parti berhaluan kiri yang popular sekitar tahun 60-an disebabkan:
a) Perpecahan blok sosialis apabila Parti Rakyat dan Parti Buruh tidak bersefahaman dalam dasar bahasa.
b) Tindak balas kerajaan kepada isu antarabangsa iaitu Perang Dingin dan Perang Vietnam dengan bertindak zalim terhadap parti berhaluan kiri. Hampir semua pemimpin utama Parti Buruh ditahan ISA. Ia menyebabkan gerakan kiri lumpuh sama sekali, tidak lagi bertanding peringkat Parlimen.
c) Penahanan Dr Burhanuddin mengikut ISA mengakibatkan kesihatannya merosot teruk yang membawa kepada kematiannya pada 1969 selepas beliau dibebas. Pada masa itu, pemimpin de facto PAS pada 1965 ialah Menteri Besar Kelantan, Mohd Asri Muda yang dilihat menjuarai politik kenegerian Kelantan. Ia menjadi titik mula kerenggangan PAS dari politik sayap kiri dan anti-kolonial.
Kedua, dominasi Umno sebagai model politik berasaskan kaum.Selepas Tragedi 13 Mei, Majlis Gerakan Negara yang dipengerusikan Tun Abdul Razak ditubuh pada 16 Mei. Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman mulai hilang cengkaman kuasa dan terpaksa berundur pada September 1970.
Akibatnya, demokrasi berparlimen digantung antara 13 Mei dan hanya diadakan semula pada Februari 1971.
Tun Abdul Razak kemudian memperkenal Dasar Ekonomi Baru, yang berasaskan idea gerakan kiri iaitu pengagihan saksama tetapi mempraktikkannya mengikut kaum. Razak juga merekrut PAS atas nama Penyatuan Melayu.
Beliau juga mengubah spektrum politik dengan menukar perkongsian kuasa Umno-MCA-MIC kepada model dominasi Umno. Ini menjadikan peranan parti komponen Barisan Nasional (BN) menjadi mengecil, termasuk PAS, Gerakan, PAP dan lain-lain.
Konflik dalaman PAS 1982

Najib beri kelulusan bertulis pinjaman 1MDB?

KUALA LUMPUR 28 SEPT: Datuk Seri Najib Razak perlu memberi penjelasan sama ada Perdana Menteri itu ada meluluskan perjanjian jaminan pinjaman segera untuk bon 1MDB bernilai US$3.5 bilion (RM14.82 bilion).
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua  berkata, Najib perlu memberi jawapan terhadap perjanjian dengan International Petroleum Investment Corporation (IPIC) membabitkan bon itu pada 2012.
Persoalannya, beliau berkata, sama ada Najib yang juga Menteri Kewangan memberi kelulusan bertulis kepada transaksi pinjaman itu seperti yang disyarat mengikut Memorandum dan Artikel (M&A) 1MDB.
Katanya, Klausa 117 M&A memerlukan Perdana Menteri memberi kelulusan bertulis untuk sebarang perjanjian membabitkan 1MDB termasuk pelaburan firma atau apa-apa penstrukturan semula.
“Jika Najib tidak memberi kelulusan bertulis dalam isu bon itu , lembaga pengarah 1MDB mesti dipertanggungjawab kerana melanggar mandat yang diberi kepada mereka.
“Jika benar Najib berbuat demikian pula, beliau perlu memberi penjelasan kepada rakyat mengapa bersetuju dengan terma perjanjian bon berkenaan yang mengakibatkan krisis 1MBD,” katanya.

DAP mahu kemuka usul kutuk demo 16 Sept


MP DAP Tanjong Ng Wei Aik mahu mengemukakan usul di Parlimen, mengutuk perhimpunan Baju Merah pada 16 September lalu yang disifatkannya sebagai "perkauman dan menghasut ketegangan kaum".
Ng akan menulis surat kepada Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Rosme Hamzah untuk memohon supaya usul itu akan dibentangkan pada persidangan Parlimen akan datang, yang bakal diadakan dari Oktober hingga Disember.
"Perhimpunan ini adalah bersifat perkauman dan menghasut ketegangan kaum kerana ia menuntut untuk sekolah bahasa Cina ditutup, menuduh polis menjadi orang suruhan Cina dan juga mempersoalkan kewujudan Little India," katanya dalam sidang akhbar di pusat khidmat di George Town hari ini.
Ng berkata usul tersebut dibentangkan bawah seksyen 27(2) dan 58(2) Perintah Tetap Dewan.
Katanya, tujuan beliau sebagai langkah menggalak pihak lain turut serta, sambil menambah jika parti komponen BN membentangkan usul mengutuk perhimpunan tersebut, ia akan memberi lebih perhatian.
"Jika Kabinet tidak bersetuju, anggota parlimen MCA boleh melakukannya dengan diri mereka sendiri.
"Jika mereka tidak boleh membuat ia pada masa (21 hari kepada Parlimen), mereka masih boleh membangkitkan isu ini di Senat yang akan mengadakan sebanyak 7 Dis selepas Dewan Rakyat bermesyuarat dari 19 Okt hingga 3 Dis," katanya .
"Jika tidak, semuanya hanya sekadar bercakap sahaja."

Muhyiddin tepis spekulasi bekerjasama dengan Dr M


Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menepis spekulasi bahawa beliau berkerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Saya pergi ke persidangan terbaru mengenai keamanan dunia di Bosnia (Herzegovina) untuk bercakap mengenai peranan Malaysia membantu Bosnia," katanya sewaktu tiba di Kuala Lumpur daripada Jeddah.
"Jadi ia adalah alasan saya pergi (ke Sarajevo)," katanya lagi.
Timbalan presiden Umno itu ditanya mengenai beliau dan Dr Mahathir muncul di khalayak di Saravejo pada 21 September yang mengundang spekulasi bahawa mereka bersama-sama menentang Najib.
Muhyiddin juga berkata beliau akan memberi komen berhubung penahanan bekas naib ketua bahagian Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dalam masa terdekat.
"Saya akan memberikan kenyataan lengkap pada masa yang sesuai," katanya kepada pemberita sebelum meninggalkan lapangan terbang bersama isterinya Noraini Abdul Rahman.
Beliau enggan mengulas ketika ditanya sama ada bimbang akan ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) seperti yang berlaku pada Khairuddin.

Matthias Chang gives statement to police

Zeti: Interest rates accommodative, credit growth strong

Zeti: Ringgit is volatile but we cannot keep our currency at a level

Elitisme punca rakyat negara ini tidak gembira

oleh Christopher Fernandez
Laporan Kegembiraan Dunia, satu inisiatif tahunan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menilai tahap kegembiraan rakyat negara ini di seluruh dunia, mendapati rakyat Malaysia sangat tidak gembira dan sengsara.
Ini bukanlah satu kejutan memandangkan situasi semasa negara ini yang kelam kabut disebabkan oleh ketidakpastian yang mewujudkan ancaman merbahaya kepada kesejahteraan dan aspirasi rakyat negara ini.
Tetapi untuk menemui dan mengetahui mengapa negara ini berdepan kesengsaraan sebegini rupa wujud keperluan untuk kembali kepada titik mula negara atau “Merdeka” daripada penjajahan British oleh bapa kemerdekaan negara, Tunku Abdul Rahman pada 1957.
Semuanya seolah sempurna untuk negara ini ketika ia dilahirkan pada 31 Ogos 1957 dan Tunku dilihat sebagai pemimpin yang berwibawa dan mampu untuk memandu negara jauh ke hadapan dan masa hadapan juga nampak cerah sekali walaupun Singapura menarik diri daripada persekutuan untuk mencari jalannya sendiri.

Tunku merupakan seorang pemimpin yang bijaksana dan berhikmah dan mendoakan Singapura melakukan yang terbaik dan tidak menyimpan dendam kesumat atau dengki dengan pemimpin Singapura ketika itu Lew Kuan Yew tetapi memainkan peranan seorang lelaki budiman sesuai dengan didikan Britishnya.
Tetapi pada 13 Mei 1969, rusuhan kaum berlaku menyebabkan Tunku disingkirkan daripada jawatan perdana menteri dan Tunku Abdul Rahman menjadi perdana menteri. Perubahan kepimpinan ini melahirkan elistisme yang disebabkan oleh program tindakan afirmatif atau Dasar Ekonomi Baru.
DEB adalah dasar yang dibuat tergesa-gesa dalam cubaan menenangkan orang Melayu selepas rusuhan kaum itu. Tetapi walaupun niatnya murni, ia gagal meningkatkan kedudukan orang Melayu dan bumiputera lain.
Tunku menentang cadangan DEB. Dia melihatnya sebagai tindakan tidak adil dan menindas orang Cina dan India yang akan dipaksa berkorban untuk membantu bumiputera meningkat naik dari aspek ekonomi dan profesional.
Sepanjang pelaksanaan DEB selama 30 tahun bermula daripada tahun 1970 sehingga 2000 majoriti bumiputera hanya membangun sedikit dan membantu mengukuhkan elit pemerintah yang terbentuk bagi memandu hala tuju negara.

Zeti gesa tangani persepsi buruk selepas penarafan ‘status sampah’ pelabur


Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz hari ini menggesa pihak bertanggungjawab supaya menangani persepsi buruk yang diterima negara selepas penarafan "status sampah" (junk status) oleh pelabur yang menyamakan Malaysia setaraf Brazil. Katanya, langkah yang sama seperti ketika negara berdepan krisis kewangan Asia pada 1998 perlu dilakukan apabila menjelaskan mengenai keadaan sebenar negara kepada pelabur.
Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz semasa berucap di majlis pelancaran muzium dan galeri seni Bank Negara di Sasana Kijang, Kuala Lumpur, hari ini. Beliau yakin, para pelabur berupaya menilai sendiri kekuatan negara tanpa bergantung kepada persepsi buruk yang dibuat sesetengah pihak. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 28 September, 2015. "Ia bukan dilakukan agensi penarafan. Ia bergantung kepada kita untuk menyampaikan cerita kita kepada pasaran. Sama seperti apa yang kita lakukan sebelum ini.

"Semasa krisis kewangan Asia, banyak perkara diperkatakan tentang Malaysia, tapi pada 1999, kurang setahun selepas krisis itu, kita beritahu kepada dunia cerita kita," kata Zeti kepada media di Sasana Kijang hari ini. Menurut Zeti, dengan mengambil langkah tersebut, para pelabur akan berupaya menilai sendiri kekuatan negara ini.
"Oleh itu, ini yang kita mesti lakukan. Jadi, pelabur akan lihat bagaimana kita menilai situasi kita dan seterusnya membuat penilaian mereka sendiri," katanya.
Minggu lepas, agensi berita Bloomberg melaporkan, berdasarkan data daripada agensi penarafan Moody’s Corp, pelabur melihat 6 negara membangun termasuk Malaysia layak diturunkan penarafan kepada "status sampah" (junk status), sama seperti Brazil.

Ditutup pada RM4.3863 kepada USD, kejatuhan terbesar ringgit minggu ini

oleh Joe Leong
Sejak beberapa minggu lepas, rekod perdagangan menunjukan yang ringgit diniagakan pada kadar paling rendah sejak tambatan ringgit 1998. Mata wang Malaysia semakin lemah sehingga mencecah 3.0808 pada 25 September, berbanding dolar Singapura, jatuh 0.26 peratus daripada nilai tutup sebelum ini sebanyak 3.0431.
Ia ditutup pada kadar RM4.3863 berbanding tetapan, jatuh 4.1 peratus dalam seminggu. Sebulan lalu, pada 24 Ogos, ringgit mencecah 4.24 berbanding satu US dolar, berbanding dengan 4.1800/1800 pada 21 Ogos.
Tiada petunjuk jelas yang kejatuhan ini akan berhenti dalam jangka masa terdekat.

Hakikatnya, beberapa pemain saham percaya yang penungguan untuk US Federal Reserve (Fed) meningkatkan kadar faedah dan kejatuhan terus yuan China kerana kebimbangan kemuncupan ekonomi China akan menyumbang kepada satu lagi kejatuhan besar ringgit.
Bernama melaporkan yang ringgit mencapai aras 8.38 berbanding US dolar telah mencetuskan pesanan renti rugi dalam pasaran mengecil Kuala Lumpur Jumaat lepas. Peniaga menyifatkan peningkatan pesanan pembelian itu dilakukan (di atas tahap 4.38) dalam usaha untuk mengekang kedudukan spekulasi yang timbul sebelum itu.
“Ada pemain yang bertindak pantas (menjual terus) dalam dolar berbanding ringgit baru-baru ini dengan pesanan pemberhentian diletakan apabila di atas tahap 3.8 untuk mengurangkan kerugian,” seorang peniaga memberitahu agensi berita Malaysia itu.
Mengambil kira pergerakan perdagangan Jumaat lepas, Bernama berkata yang hampir tengah hari, ringgit berada pada kedudukan 0.92 lebih rendah pada kadar 4.3850/3920 berbanding tetapan 4.3450/3480 pada jam 5 petang dua hari sebelum itu.
Ringgit kemudian mencecah tahap 4.3900 pada tengah pagi buat kali pertama sejak krisis kewangan Asia 17 tahun lepas. Pasaran ditutup Khamis lepas untuk cuti Hari Raya Haji.
“Ia boleh diniagakan secara kecil kemudiannya pada Jumaat lepas kerana ramai pemain memanjangkan cuti hujung minggu mereka,” seorang lagi peniaga berkata, menambah yang secara teknikalnya ringgit nampaknya terlebih jual.
Dia mengatakan yang matawang itu kini sedang ditekan oleh kekurangan panduan tempatan dan kejatuhan harga minyak mentah yang memberi kesan kepada penilaian risiko global.

Zahid perlu jujur, Bersih 4 berbeza dengan ektremis Baju Merah

FahmiPerhimpunan Bersih 4 yang mahukan reformasi pilihan raya dan menggesa Datuk Seri Najib Razak berundur atas dakwaan rasuah adalah berbeza dengan Perhimpunan Baju Merah pada 16 September lalu.
Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata, berbeza dengan Perhimpunan Bersih, Perhimpunan Baju Merah disertai kelompok ektremis yang sengaja menimbulkan isu perkauman dan ketegangan kaum.
“Perhimpunan Bersih 4 selamat dan tidak menyebabkan apa-apa kecederaan atau kerosakan harta benda awam, malah pihak FRU juga tidak perlu dikerahkan.
“Ini jauh berbeza apabila dibandingkan dengan himpunan “baju merah” di mana sekelompok ekstremis “baju merah” dengan sengaja melanggar arahan polis yang melarang mereka memasuki kawasan Petaling Street, sehingga pihak FRU dan trak meriam air terpaksa digunakan,” katanya pada kenyataan media hari ini.
Beliau berkata demikian susulan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang meminta rakyat tidak lagi menggunakan demonstrasi jalanan untuk menyatakan pandangan.
Menurut Fahmi, walaupun kenyataan itu berniat mengelakkan kumpulan pelampau seperti Baju Merah mengganggu ketenteraman awam, namun ia melanggar Perlembagaan yang memberi jaminan hak berhimpun secara aman.

Pemimpin UMNO punca masalah perkauman – Orang Asal

Perbuatan pemimpin UMNO membiarkan Himpunan Baju Merah membuktikan mereka menyokong perkauman dan seolah-olah merestui orang Melayu membenci kaum lain khususnya orang Cina.
orang-asli_umno_600
PETALING JAYA: Pemimpin UMNO patut dipersalahkan kerana menyebabkan ketegangan kaum di negara ini menjadi semakin memuncak.
Dakwaan itu dibuat oleh Naib Presiden Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS), Yusri Ahon.
Dia berkata, perbuatan pemimpin UMNO membiarkan Himpunan Baju Merah membuktikan mereka menyokong perkauman dan seolah-olah merestui orang Melayu membenci kaum lain khususnya orang Cina.
“Himpunan Baju Merah itu hanya akan menjejaskan keharmonian antara masyarakat berbilang kaum kerana hanya disertai orang Melayu.
“Tidak seperti Himpunan Bersih 4.0 yang disertai dan disokong pelbagai kaum dan agama.
“Jadi bagi saya, jelas isu perkauman ini dibawa UMNO sendiri yang merupakan tulang belakang kepada Kerajaan pemerintah,” katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today (FMT).
Yusri yang juga Ahli Jawatankuasa Jaringan Kampung Orang Asli Pahang (JKOP) berkata, sekiranya pemimpin-pemimpin UMNO yang memperjuangkan perkauman dilantik ke jawatan penting dalam kerajaan, dia membayangkan akan wujud isu perkauman yang lebih dasyat pada masa akan datang.
“Selagi kerajaan tak ubah pendirian dan pendekatan, masalah perkauman akan terus menjadi bahaya. Ini terjadi kerana isu perkauman dibawa oleh pemimpin-pemimpin UMNO itu sendiri,” katanya.
Sehubungan itu, Yusri mendesak kerajaan mengambil pendekatan berbeza untuk menyelesaikan masalah perkauman untuk mengelak ia menjadi semakin buruk sehingga membinasakan negara.
Ditanya adakah pembangkang sengaja memgambil kesempatan di atas isu perkauman, Yusri berkata, pembangkang tidak sepatutnya dipersalahkan kerana menjadi kelaziman pihak lawan untuk menggunakan kelemahan sebagai senjata.

Khairuddin: Sosma disalah guna untuk tahan saya


Peguam yang mewakili bekas naib ketua bahagian Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini memfailkan permohonan habeas corpus di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Khairuddin, 53, menamakan Superintenden Habibi Majinji, ketua polis daerah Dang Wangi, ketua polis negara dan kerajaan Malaysia sebagai responden.
Anggota Umno itu, yang membuat aduan berhubung 1MDB di Switzerland, France, United Kingdom, Singapura dan Hong Kong, mahu dibebaskan serta merta daripada tahanan bawa seksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.
Khairuddin berkata notis penahanan beliau bercanggah dengan peruntukan untuk menahan beliau bawah Sosma 2012.
"Penahanan saya menggunakan Sosma adalah penyalahgunaan undang-undang kerana saya tidak terlibat dalam aktiviti keganasan," katanya.
Beliau berkata perkara itu berniat jahat dan justifikasinya adalah yang difikirkan kemudian oleh responden.
Permohonan itu difailkan oleh firma guaman Rafique.
Khairuddin ketika itu diitahan selama 28 hari bawah Sosma kerana didakwa mensabotaj negara, kesalahan bawah 124K dan 124L Kanun Keseksaan.
Beliau pada mulanya ditangkap di bawah seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana cuba melakukan aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen.

Adakah kerajaan Umno@Bn memiliki elemen rasisme?

Saifuddin Abdullah mendakwa elemen rasisme semakin jelas sebelum, semasa dan selepas Himpunan Baju Merah pada 16 September lalu.
saifuddin
PETALING JAYA: Bekas Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Saifuddin Abdullah membangkitkan persoalan adakah kerajaan Barisan Nasional (BN) memiliki elemen rasisme dalam pentadbirannya.
Beliau membangkitkan persoalan itu kerana elemen rasisme jelas kelihatan sebelum, semasa dan selepas Himpunan Baju Merah pada 16 September lalu.
Katanya, elemen rasisme dapat dilihat apabila ungkapan tiga Ketua UMNO bahagian iaitu maki hamum dan pembakaran patung dua pemimpin Cina, kata nista terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan dakwaan Islam mengizinkan rasisme selain ungkapan’Cina babi’.
“UMNO perlu menyatakan pendirian tentang hal ini. Kalau tidak, ia boleh dikatakan sebagai mengizinkannya. Ini penting kerana muktakhir ini wujud kerisauan bahawa kerajaan ataupun tingkah laku pemimpin tertentu kelihatan bergerak ke kanan dalam isu-isu dan dasar-dasar yang melibatkan kaum,” tulis dalam ruangan rencana di Sinar Harian.
Ketua Pengawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global itu berkata, Himpunan Baju Merah pada 16 September lalu telah membuktikan ‘double standard’ oleh Perdana Menteri, Ketua Polis Negara dan pihak-pihak yang berkaitan.
Katanya, hujah-hujah lemah, ugutan dan ancaman yang digunakan bagi menghalang Bersih 4.0 tidak digunakan terhadap Himpunan Baju Merah.
“Tidak ditimbulkan soal demokrasi, perhimpunan haram, kekacauan, kesesakan jalan raya, mengganggu perniagaan, memburukkan nama negara, berlawanan dengan demokrasi berparlimen atau menggulingkan kerajaan,” katanya.
Bekas Ahli Parlimen Temerloh itu berkata, beliau menyokong Bersih 4.0 kerana lima objektifnya iaitu pilihan raya bersih, kerajaan bersih, hak membantah, memperkasa demokrasi berparlimen dan menyelamatkan ekonomi.
Katanya, beliau tidak menyokong Himpunan Baju Merah kerana tidak mempunyai objektif khusus dan sekadar melawan Bersih 4.0.
“Jika Himpunan Merah bertujuan mempertahankan Datuk Seri Najib Tun Razak selepas Bersih 4.0 mendesak Najib berundur, maka ia hak mereka yang sewajarnya,” katanya.

Mampukah Pakatan Harapan bertahan dalam politik tanah air?

Peribahasa Melayu menyatakan 'muafakat membawa berkat, berpecah membawa rebah', yang membawa maksud dalam apa jua keadaan, kejayaan boleh dicapai selagi seluruh anggota bersatu hati dan akan gagal jika bercerai-berai.
Ungkapan peribahasa ini jelas sekali sesuai untuk menggambarkan kemelut semasa yang melanda PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
Senario politik tanah air juga membuktikan ungkapan 'berpecah membawa rebah' memang berlaku kepada gabungan pembangkang bermula dengan Angkatan Perpaduan Ummah (APU), Barisan Alternatif (BA) dan sekarang Pakatan Rakyat (PR) yang terkubur kerana perbalahan sesama sendiri.

Parti-parti serpihan seperti Semangat 46 (S46) yang lahir pada 1988 daripada perpecahan Umno, Parti Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim) pada 1983 dan Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) pada 1995 kedua-duanya daripada PAS, juga terkubur. Selain itu, perpecahan PAS juga menghasilkan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) pada 1977 dan membuat kemunculan kembali pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei 2013.
Kini PAS sekali lagi berpecah dengan munculnya Parti Amanah Negara (Amanah) yang diilhamkan bekas timbalan presidennya Mohamad Sabu dan kumpulan profesional yang kalah dalam pemilihan parti pada Muktamar PAS Jun lalu, dengan menjenamakan semula Parti Pekerja-pekerja Malaysia (PPM).
Penganalisis politik berpendapat pembentukan 'Pakatan Harapan' gabungan – PKR, DAP, Amanah – yang menggantikan 'Pakatan Rakyat', adalah sesuatu yang diduga memandangkan PAS dan DAP tidak pernah 'sebulu' dalam soal bekerjasama sebelum ini.
Pada 22 September, PKR, DAP dan Amanah, yang sedang dalam proses didaftarkan, sepakat menubuhkan sebuah pakatan baharu yang dinamakan Pakatan Harapan, tanpa penyertaan PAS.
 
Jika dilihat pada sejarah, PAS dan DAP pernah bekerjasama menerusi BA pada 1999 yang turut dianggotai Parti Keadilan Nasional (KeADILan) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM), sebelum KeADILan dan PRM bergabung membentuk PKR pada 2003.
Lantaran tidak bersetuju dengan dasar PAS memperjuangkan penubuhan negara Islam, DAP keluar daripada BA pada 2001. Ini menjadikan hanya PAS dan KeADILan kekal bekerjasama dan memberi tentangan kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 2004 dan 2008.
Penganalisis berpendapat PKR pasti akan tersepit antara kehendak gabungan baharu dengan semangat setiakawan bersama PAS.
Persoalannya sekarang, bagaimanakah PKR hendak 'melayan' PAS memandangkan parti Islam itu tidak lagi mahu bekerjasama dengan DAP dan Amanah?
Pensyarah kanan Sains Politik Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Dungun, Terengganu Che Hamdan Che Mohd Razali berkata walaupun kedudukan PKR dilihat tersepit, namun parti tersebut sebenarnya membuat tindakan yang berani dan agresif.
"Contoh yang jelas ialah mereka menerima kemasukan anggota Parlimen Tumpat dan bekas pimpinan PAS iaitu Datuk Kamaruddin Jaafar. Jika dilihat daripada sudut kerjasama politik, perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku.
"Selain itu, sokongan yang ditunjukkan pimpinan PKR terhadap Amanah juga seolah-olah membelakangkan PAS," katanya kepada Bernama.
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam laman rasmi PAS Selasa lepas dipetik sebagai berkata PKR masih rakan tahaluf (kerjasama) PAS di dalam 'Pakatan Rakyat' sebagaimana ditegaskan pada muktamar lalu.
Beliau bagaimanapun berkata, PAS tidak akan bekerjasama dengan DAP mahu pun Amanah.
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyudin Hassan semalam dilaporkan berkata PAS masih lagi mengekalkan kerjasama politiknya dengan PKR kerana perkara itu diputuskan pada muktamar tahunan parti itu Jun lepas.
Mengulas lanjut, Che Hamdan berkata PKR memberikan isyarat yang jelas mereka sangat memerlukan PAS tetapi pada masa sama, memerlukan pakatan pembangkang yang pelbagai.
"Ini kerana sekiranya PR berpecah secara total, maka semua impian mereka musnah," katanya.
Mampukah bertahan sebagai gabungan?

Penganalisis politik juga sebelum ini pernah menjangkakan PR akan menerima nasib yang sama sepertimana yang pernah berlaku dalam BA dan APU.
Mampukah pakatan baharu yang dianggotai PKR, DAP dan Amanah bertahan dalam arena politik tanah air?

Paras terendah baru ringgit 4.41 sedolar...tahniah Najib & Rosmah


Ringgit, yang nilainya kini rendah dalam 17 tahun, hari ini mencapai paras terendah baru 4.4110 untuk sedolar Amerika Syarikat.
Ringgit menjalani trend penurunan tengah hari ini sejak dibuka pada 4.3877 untuk sedolar pagi tadi.
Matawang Malaysia bagaimanapun naik sedikit pada 1.30 petang pada 4.4038 sedolar.
Ringgit telah susut nilai 30 peratus pada tahun lepas.
Pengumuman perdana menteri untuk menguatkan ekonomi negara pada 14 September hanya memberikan kelegaan sementara sebelum nilainya terus jatuh.

SATU DUNIA TAHU...NAJIB MAKIN TERKENAL

Kali ini dari Australia pula..

Nampaknya nama Malaysia semakin femes di serata dunia. Untung ler Menteri Pelancongan Nazri Aziz boleh goyang kaki..

RAKYAT JANGAN PANIK jika harga ubat naik.. BR1M kan baru jer dapat ratus2 ringgit.

Kalau kos ubat naik tahun depan sekalipun JANGAN RISAU. Menteri UMNO dah kata TAHUN DEPAN BR1M akan ditambah nilainya..

Mana ada terkesannya pun kan kan kan !!!

Jalan Petaling: Saya tak langgar protokol panggil duta China kata Timb Menteri Umno

Timbalan Menteri Luar Negara, Datuk Seri Reezal Merican Naina menafikan dakwaan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz bahawa beliau melanggar protokol dengan memanggil Duta China ke Malaysia Huang Huikang.
 Menurut Reezal, keputusan memanggil Huang, yang membuat kenyataan dipertikaikan di Jalan Petaling, Kuala Lumpur, berdasarkan kebenaran yang Menteri Luar Negara Datuk Seri Anifah Aman.
Anifah kini berada di New York, Amerika Syarikat untuk Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu.
"Oleh itu, adalah tidak tepat untuk melaporkan bahawa saya yang membuat keputusan untuk bertemu dengan Duta China.
"Saya tidak menandatangani sebarang surat, malah saya tidak melanggar mana-mana protokol seperti yang didakwa. Dan saya peka sepenuhnya tentang prosedur operasi standard Wisma Putra.
"Saya mempunyai keyakinan yang penuh terhadap pegawai-pegawai Wisma Putra dalam mengendalikan keadaan seperti itu," katanya kepada Malaysiakini.
Nazri berpendapat Reezal melanggar protokol dengan memanggil duta besar China itu.
Nazri memberitahu Malaysiakini, tindakan itu dikatakan melanggar protokol kerana hanya menteri luar negara sahaja yang boleh memanggil duta tersebut dan bukan timbalan menteri.
Nazri juga mendakwa bahawa arahan supaya duta tersebut bertemu timbalan menteri luar negara dibatalkan.

Polis rakam keterangan bekas setpol Dr Mahathir berhubung Khairuddin, 1MDB

Polis merakamkan keterangan bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Matthias Chang selama kira-kira sejam di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pagi tadi, kata peguam Ahmad Bazlan Che Kassim.
Bazlan berkata, Matthias yang sebelum ini mengiringi Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membuat laporan polis terhadap1Malaysia Development Berhad (1MDB) di luar negara dirakam keterangannya berhubung siasatan polis terhadap bekas pemimpin Umno yang kini ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).
Katanya, Chang dikehendaki hadir semula ke IPD Dang Wangi pada Jumaat, 10 pagi.

"Keterangannya dirakam selaku saksi berhubung dakwaan terhadap Khairuddin," kata Bazlan yang mewakili Khairuddin kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Skandal 1MDB: Khairuddin cabar tahanan akta zalim Sosma

Bekas ahli Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan memfailkan permohonan habeas corpus, susulan penahanannya di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012 yang didakwanya tidak mengikut undang-undang Peguamnya, Mohamed Hanif Khatri Abdulla memberitahu The Malaysian Insider, dokumen mahkamah difailkan di Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang tadi. Khairuddin menamakan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan kerajaan sebagai responden dalam permohonannya.

Disneyland, gigi, penyapu, perwarna rambut dan seluar dalam kotor

oleh Mariam Mokhtar

Pada 12 September lalu, Menteri Wilayah Tengku Adnan Tengku Mansor mengumumkan bahawa penganjur perhimpunan baju merah tidak akan diberi permit. Namun perhimpunan itu tetap diadakan. Menurut The Star, beliau berkata, “Kita lihat apa yang berlaku pada perhimpunan Bersih. Bukan budaya Malaysia untuk meludah atau memijak gambar pemimpin.”

Sebilangan orang Melayu, termasuk Najib Razak, mengatakan yang perhimpunan itu bertujuan membela dan melindungi maruah Melayu. Najib berkata, “…jangan hina orang Melayu. Jangan mencalar maruah orang Melayu…”

Pada November 2007, orang ramai marah dengan tindakan bekas MB Selangor Khir Toyo yang menghadiahkan penyapu kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor Tukiman Nail kerana prestasi yang buruk. Ia adalah perbuatan yang biadab. Prestasi buruk tidak perlu ditunjukkan dengan cara yang mengaibkan seperti itu.

Jadi, apa sudah jadi dengan cakap-cakap mempertahankan maruah Melayu ketika itu?

Adakah penggunaan penyapu hanya menghina Melayu jika digunakan NGO untuk menggesa pembersihan dalam kerajaan?

Adakah penggunaan penyapu tidak dianggap biadab kerana Khir adalah seorang pemimpin Umno Baru?

Pada tahun yang sama juga, Khir menyalahgunakan kedudukannya sebagai MB dan pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk membeli tanah dan hartanah di bawah harga pasaran.

Pada 2009, beliau dan pengarah Ditamas Sdn Bhd Shamsuddin Haryoni didakwa atas tuduhan rasuah di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan. Khir telah menerima rasuah daripada Shamsuddin bagi pembelian dua lot tanah di Seksyen 7 Shah Alam, untuk membina sebuah banglo yang dinamakan “Istana Bali”.

Pada 30 Mei 2013, Khir kalah dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan bagi menafikan sabitan bersalah dan hukuman penjara setahun. Pada 22 September lalu, Khir mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan bagi hukuman yang lebih ringan. Menurutnya, beliau adalah satu-satunya yang menyara keluarga.

Beliau mendakwa perlu berhadapan keaiban didakwa melakukan rasuah. Khir perlu membina semula kerjaya dan keluarganya perlu berhadapan dengan episod mengaibkan. Katanya, beliau adalah seorang “bapa contoh”, yang membantu anak-anaknya dalam kerja sekolah dan mengaji Al-Quran.

Katanya lagi, beliau menangis setiap kali bertemu ibunya. Khir juga mendakwa tidak berniat melakukan kesalahan tersebut dan tidak tahu undang-undang memandangkan beliau adalah seorang doktor gigi.

Ulama PAS Perak pertahan khutbah Aidiladha anti-DAP


Dewan Ulama PAS Perak (DUPNPk) menyokong ketegasan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang dilapor enggan memohon maaf ekoran desakan pemimpin Melayu DAP berhubung kandungan teks khutbah Aidiladha yang mendakwa parti itu menentang Islam.
Ketua Dewan Ulama PAS negeri itu Sidek Mohd Noor berkata pihaknya bersetuju kandungan teks tersebut "tidak berbentuk fitnah tetapi nasihat" pihak berkuasa yang berautoriti menjaga kewibawaan Islam di negeri itu.
Dalam kenyataannya hari ini, beliau turut menyatakan kekecewaan terhadap pimpinan DAP Pahang yang beragama Islam, yang berhasrat mengambil tindakkan undang-undang terhadap JAIP jika enggan memohon maaf.
"DUPNPk amat-amat kecewa, bagaimana seorang Muslim yang beragama Islam berhasrat menyaman sebuah badan yang berautoriti memelihara dan menjaga kewibawaan Islam? Perkara ini memang amat bertentangan dengan fitrah seorang yang menghayati Islam.
"Dengan penegasan dan kekecewaan tersebut, kami daripada Dewan Ulama Negeri Perak bersolidariti dan memberikan sokongan penuh terhadap sikap tegas Jabatan Agama Islam Pahang tidak memohon maaf kepada DAP bagi memelihara maruah sebuah badan yang diberikan amanah menjaga martabat dan kesucian agama Islam, agama yang terang dan jelas terpelihara dalam perlembagaan negara," katanya.
Sidek mengulas gesaan Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puri supaya JAIP memohon maaf berhubung teks khutbah itu yang didakwa sebagai menghina parti itu.
Beliau memberi tempoh lima hari bermula kelmarin kepada JAIP untuk berbuat demikian secara terbuka termasuk menarik balik teks khutbah "berbaur fitnah" itu atau berdepan dengan tindakan undang-undang.
Bagaimanapun JAIP dilapor tidak akan tunduk kepada tuntutan DAP itu, malah Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menegaskan, kandungan teks khutbah itu tidak langsung berbaur fitnah tetapi nasihat kepada umat Islam agar bersatu.

Duta China ke pejabat pemangku menteri luar


Duta China ke Malaysia Huang Huikang tiba di pejabat Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainuddin, yang juga pemangku menteri luar negara.
Huang hari ini tiba di pejabat Hamzah pada jam 11.35 pagi dengan pembantunya.
Sebelum ini, bekas menteri Tan Sri Ong Ka Ting, yang juga penasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam hal ehwal China, juga tiba.
Huang diminta menjelaskan kenyataan yang dikeluarkannya di Jalan Petaling, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Beliau bertemu Hamzah pada 12.20 tengah hari.
Seorang pegawai Hamzah berkata tiada sidang media akan diadakan selepas mesyuarat itu dan kenyataan rasmi akan dikeluarkan oleh Wisma Putra selepas ini.
Wisma Putra sebelum ini memanggil Huang susulan kenyataan sehari sebelum ura-ura himpunan yang dibimbangi menyebabkan rusuhan di ibu negara sebelum ini.
Pemangku menteri luar bagaimanapun dilapor membatalkan panggilan itu yang dikatakan tidak mengikut protokol oleh timbalan menteri luar negara.
Huang juga enggan mengulas desakan untuk beliau memohon maaf yang dibuat oleh akhbar Umno Utusan Malaysia.
Dalam lawatannya, Huang memberitahu media, China menentang sebarang bentuk keganasan, perkauman dan sikap melampau yang disasarkan terhadap kumpulan etnik tertentu.
Huang juga dilapor sebagai berkata republik itu menentang pihak yang menyebabkan keganasan untuk mengganggu ketenteraman awam.
Ia dilihat merujuk kepada kumpulan yang ingin berhimpun di Jalan Petaling pada Sabtu lalu. Perhimpunan itu tidak menjadi kenyataannya.

Ridhuan Tee mohon maaf kerana keceluparan peserta Baju Merah

Menyamakan manusia dengan binatang seperti 'Cina babi' adalah perbuatan tidak bertamadun dan perlu bertaubat.
Ridhuan-Tee_red_600
PETALING JAYA: Pendakwah bebas dan pensyarah, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah berkata dia malu dan mahu memohon maaf kepada orang Cina yang tidak ultra kiasu di atas keceluparan orang yang mengaku Islam tetapi menggunakan kata-kata kesat pada Himpunan Baju Merah pada 16 September lalu.
Katanya, ‘Cina Babi’ yang dilaungkan peserta himpunan itu adalah perbuatan tidak bertamadun kerana menyamakan manusia dengan binatang.
“Orang sebegini tidak layak memimpin dan menjadi pemimpin,” tulisnya di akhbar Sinar Harian.
Ridhuan Tee berkata, tidak kira apa juga alasan sama ada orang Cina suka makan babi atau tdak, perkataan itu sama sekali tidak boleh dikeluarkan di khalayak.
Katanya, begitu juga dengan menyamakan Melayu dengan lembu walaupun orang Melayu mendakwa tidak sensitif kerana mereka sememangnya suka makan daging lembu.
“Saya harap orang yang mencari alasan sebegini, bertaubatlah. Perbuatan itu tidak menguntungkan dakwah malah merugikan,” katanya.
Dia mengaku menggelarkan Cina ultra kiasu tetapi gelaran itu hanya merujuk kepada sikap mereka yang asyik mahu menang tanpa sedikitpun mahu kalah.
“Tetapi kita perlu ingat tidak semua Cina makan babi. Ada Cina Islam dan segelintir Kristian yang tidak makan babi. Terdapar lebih 80 juta Cina Islam di negara China, lima kali ganda jumlah Melayu Islam di Malaysia yang tidak pernah menyentuh babi kerana mereka beragama Islam,” katanya.
Katanya, walaupun babi haram dimakan dan dipelihara orang Islam namun sifatnya sebagai makhluk ciptaan perlu dihormati kerana binatang itu ciptaan Allah bukan syaitan.

Maklumat pantas punca kerajaan hilang integriti - Kak Jat

Shahrizat Abdul Jalil
Datuk Seri Shahrizal Abdul Jalil pada Forum Komunikasi Dunia 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, hari ini.
KUALA LUMPUR - Kepantasan menyebarkan maklumat khususnya menerusi media sosial seperti Facebook boleh mengakibatkan salah tafsir dan tidak berasaskan kepada fakta.

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menegaskan penyebaran maklumat tidak berasas itu oleh menimbulkan pemberontakan dan ketidakpercayaan masyarakat terhadap kerajaan.

"Kerajaan mesti faham, menasihat, serta menggunakan teknologi dan platform media digital untuk membawa kesan positif kepada sektor awam dan swasta, dan juga rakyat.

"Oleh itu, teknologi perlu diuruskan untuk mengoptimumkan dan memberi faedah positif kepada sosio-ekonomi," katanya ketika berucap pada Forum Komunikasi Dunia 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Shahrizat berkata, pengamal media termasuk pengguna media sosial perlu bertanggungjawab dan berintegriti terhadap sebarang berita yang disebarkan.

"Apabila kita menerima apa-apa berita terutama melalui media sosial, kita mesti periksa dahulu, siasat dahulu, kerana bukan semua yang disebarkan oleh media sosial itu semuanya betul.

Tindakan kepada media hanya alasan Jamal

Penganjur perhimpunan baju merah, Datuk Jamal Mohd Yunos hanya mencari alasan untuk mendapatkan publisiti semata-mata hingga mengancam bertindak terhadap media yang didakwa menyebabkan dia ditangkap.
Naib Presiden PKR, Tian Chua, berkata tiada asas untuk beliau berbuat demikian namun terpulang kepadanya jika ingin mengambil tindakan.
“Saya melihat beliau hanya ‘mangsa’ selaku orang tengah untuk percaturan politik.
“Tiada keperluan untuk mengambil tindakan terhadap media namun terpulang kepadanya (jika ingin mengambil tindakan,” katanya kepada Selangor Kini.
Jamal pada 25 September lalu ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan berkaitan ‘Himpunan Rakyat Bersatu’ yang berlangsung pada 16 September lalu.
Beliau sebelum ini menegaskan hanya dikerah jadi orang tengah di Jalan Petaling dan mendakwa media alternatif tidak melaporkan kenyataannya secara penuh pada 23 September.

Mahkamah tangguh injuksi halang hudud hingga 5 Okt

Putus hubungan dengan Najib, MCA tak mahu pertelagahan

Saifuddin belum terima surat tunjuk sebab Umno

Jalan Petaling: Duta China nafi Wisma Putra panggilnya menghadap

‘Insiden Jln Petaling tak jejas hubungan KL-Beijing’ - Ong Ka Chuan

Pakatan Harapan perlu ditubuh segera

Ada yang bertanya, kenapa tergesa-gesa sangat menubuhkan Pakatan Harapan? Mereka hairan dengan keinginan untuk menubuhkan Pakatan Harapan secepat mungkin dan dengan segera. Namun saya pula sebenarnya hairan dengan kehairanan mereka.Tidakkah sesuatu yang baik apabila ianya hilang atau tercicir, maka semestinya kita akan berusaha supaya ianya kita dapat kembali dan dengan seberapa segera?
Tidakkah mereka sedar bahawa perpecahan Pakatan Rakyat telah menggugat kedudukan parti pembangkang dan mengurangkan keberkesanannya? Tanpa adanya satu gabungan parti pembangkang yang kukuh, yang bergerak sebagai satu, maka rakyat akan hilang keyakinan terhadap kemampuan pembangkang menggantikan BN.
Itulah sebabnya BN bersusah-payah berusaha memecahkan Pakatan Rakyat dengan mengumpan PAS melalui isu hudud? Ianya dilakukan kerana BN tercabar atas sebab keberkesanan sebagai satu gabungan yang mantap.
Isu hudud itu telah ditentang Umno sekian lama dan tawaran untuk melaksananya mendatangkan risiko terhadap hubungan Umno dan BN sendiri. Namun mereka sanggup menghadapi risiko itu demi memecahkan Pakatan Rakyat.
Maka apabila Pakatan Rakyat berpecah, setiap parti bagaikan bergerak bersendirian tanpa penyelarasan yang rapat dan mantap. Penyelarasan dalam strategi bertindak tidak lagi dapat dilakukan dan begitu juga persoalan pendirian bersama terhadap isu semasa.
Keadaan ini umpama tiga orang mendayung mendayung sampan mereka sendiri. Sudah pasti lebih efisien juka tiga orang ni mendayung bersama dalam satu sampan dengan koordinasi yang mantap.
Oleh itu keperluan untuk membentuk kembali sebuah pakatan yang sanggup bersama atas asas seperti yang dipersetujui dahulu adalah amat penting.
Keadaan berpisah bukan sahaja menjadikan pakatan kurang berkesan, ianya menambahkan lagi perbalahan kerana tidak lagi bertemu dan berbincang.
Lagi lama berpisah, maka lagi lebar jurang pemisahan. Ia dilebarkan melalui kata nista dan tohmahan yang terus dilemparkan antara satu sama lain.
AMANAH bersama gabungan baru
Maka apabila ketua pembangkang menjemput AMANAH ke sidang meja bulat untuk mewujudkan kembali satu pakatan parti pembangkang seperti Pakatan Rakyat sebelum ini, maka kami terus bersetuju untuk hadir.
Kami faham bahawa dengan itu perancangan Umno/BN untuk memisahkan parti pembangkang dan melaga-lagakan mereka akan dapat digagalkan.
AMANAH juga memahami bahawa itulah tanggung-jawab dan kewajipan sebagai wadah gerakan Islam yang bergiat di dalam arena politik negara iaitu untuk menyelamatkan negara dari terus dirosakkan Umno/BN. Hanya yang tidak melihat kepada keperluan untuk menjatuhkan BN akan memandang sepi jemputan ini.
AMANAH turut memahami bahawa tiada mana-mana satu parti akan mampu untuk memerintah Malaysia secara sendiri. Oleh itu pembentukan pakatan ini penting supaya rakyat melihat kemampuan bersatu dengan mengenepikan perbezaan demi mengutamakan kepentingan rakyat yang sangat mendesak.
Bagi yang menganggap ianya suatu yang boleh dilengah-lengahkan, mungkin mereka tidak memahami bagaimana dengan berlalunya setiap hari tanpa adanya satu pakatan pembangkang yang kukuh, rakyat semakin hilang keyakinan terhadap kemampuannya untuk memimpin negara.
Kalau sesama sendiri pun tidak mampu menentukan keutamaan dan mengenepikan perbezaan, demi kepentingan rakyat, bagaimana pula mampu memerintah, ujar mereka! Apatah lagi apabila setiap hari diisi oleh kutukan dan tohmahan terhadap satu sama lain.
Gabungan baru lebih mudah
Sebenarnya menubuhkan pakatan baharu amat mudah kerana semua saling mengenali dan kerangka asal Pakatan Rakyat masih boleh digunakan sebagai asas pergabungan. Pakatan Rakyat telah bersama sejak 2008 dan saling memahami sikap dan pendirian masing-masing.
Pada masa yang sama mekanisme mengurus perbezaan telah pun diguna-pakai dan terbukti keberkesanannya. Kegagalan mekanisme ini untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat bukan atas sebab mekanisma itu tidak baik, tetapi atas sebab ianya tidak digunakan. Ianya tidak digunakan kerana ada yang termakan umpan Umno dan tidak mahu pertikaikan “keikhlasan” Umno.

PAS perlu tinggalkan Selangor jika tak sertai Pakatan Harapan

Bekas aktivis PAS Mohd Riza Kamaruddin menggesa parti itu meninggalkan kerajaan negeri Selangor sekiranya benar ia enggan bekerjasama dalam pakatan pembangkang baharu, Utusan Malaysia melaporkan hari ini.
Beliau berkata, PAS perlu tegas dalam membuat keputusan kerana rakyat kini menilai apakah pendirian sebenar parti Islam itu.
Seorang bekas aktivis dilaporkan berkata PAS perlu meninggalkan Selangor jika ia bukan sebahagian daripada Pakatan Harapan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 September, 2015. Katanya, sekiranya PAS berkeras tidak mahu menyertai pakatan pembangkang baharu atau Pakatan Harapan, ditubuhkan PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP, maka parti Islam itu harus memutuskan segala hubungan dan keluar dari Selangor.

Keengganan berbuat demikian katanya, akan menyebabkan penyokong menganggap PAS sebahagian daripada pakatan pembangkang baharu. "Rakyat nak tahu apa sebenarnya pendirian PAS. Jika tegas dengan prinsip untuk tidak bersama pakatan baharu, maka PAS wajar putus hubungan dengan PKR dan tarik diri daripada kerajaan Selangor.
"Sekiranya tidak bertindak demikian, bermakna PAS juga sebahagian daripada pakatan baharu.
"Oleh itu PAS perlu keluar kenyataan agar parti itu dilihat tidak berdolak dalik," beliau dipetik berkata akhbar milik Umno itu.
Pakatan Harapan diumumkan pembentukannya oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selepas tiga parti politik itu mengadakan satu mesyuarat minggu lalu yang turut dihadiri beberapa pemimpin badan bukan kerajaan.
Meskipun pada mulanya, PKR menetapkan akan menarik PAS untuk turut menyertai mereka, namun ia ditolak parti Islam itu atas alasan tidak boleh bekerjasama dengan Amanah yang dibentuk bekas pemimpin dalam PAS.
Bagaimanapun, PAS memberi jaminan akan tetap bekerjasama dengan PKR.

Duta China: Minta maaf? Maaf, tiada komen


Di tengah-tengah isu diplomatik kedua-dua negara, duta China Huang Huikang berkata beliau hanya tahu dipanggil oleh Wisma Putra melalui akhbar sahaja.
Huang juga menolak lawatannya ke Jalan Petaling, Kuala Lumpur sehari sebelum ura-ura himpunan yang boleh mengakibatkan rusuhan sebagai sebuah kontroversi.
“Sejak bila ia jadi isu?” soalnya kembali ketika ditanya pemberita.
Huang berkata mempunyai niat baik terhadap Malaysia dan langkah beliau turun padang di kawasan perniagaan itu tidak harus disalah tafsir.
“Saya beritahu pelancong China secara praktikal Kuala Lumpur selamat, makmur dan (negara ini) tunjukkan sikap baik terhadap pelancong asing,” katanya.
Beliau menggesa pelancong China untuk melawat Malaysia semasa cuti umum Hari Kebangsaan.
“Saya harap niat baik saya tidak disalah anggap,” katanya dalam sebuah forum di Kuala Lumpur pagi ini.
Ketika ditanya berhubung gesaan akhbar Umno Utusan Malaysia yang mahu beliau meminta maaf susulan kenyataannya di Jalan Petaling atau pulang ke China, diplomat itu enggan mengulasnya.
“Maaf, tiada komen. Tiada,” balasnya sambil tersenyum.
Panggilan ke Wisma Putra itu dilapor ditarik balik oleh pemangku menteri luar selepas dikatakan tidak mengikut protokol.

Jamal rancang adakan himpunan di Kajang pula


Selepas dibebaskan dari lokap polis, Pengerusi Gabungan NGO Melayu Datuk Jamal Md Yunos kini bercadang untuk mengadakan satu lagi perhimpunan "berskala besar" di Kajang.
Beliau berkata tindakan itu dibuat kerana Presiden PKR dan ADUN Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail didakwa tidak memenuhi janji pilihan raya kecil dua tahun lalu selepas dipilih menjadi wakil rakyat, lapor New Straits Times hari ini.
"Saya ada tiga majlis pertemuan di Kajang, terdiri penduduk Melayu, Cina dan India, yang mendakwa sebelum ini mereka telah menyokong Wan Azizah tetapi merasakan mereka ditipu, dan kecewa dengan beliau," kata Jamal seperti dilapor dalam akhbar itu.
Antara rungutan yang dibangkitkan termasuk masalah banjir, kesesakan lalu lintas, dan kelemahan kutipan sampah, kata Jamal.
Dalam laporan itu menyebut, Jamal berkata perincian mengenai perhimpunan tersebut akan dimaklumlkan dalam sidang media pada 11 Oktober depan.
Ketua Umno Sungai Besar itu ditahan semalaman selepas beliau mengingatkan bahawa penunjuk perasaan tidak berpuas hati mungkin merusuh di Jalan Petaling Sabtu lalu, jika tiada tindakan diambil terhadap peniaga yang menjual barangan palsu di sana.
Jamal, antara penggerak Himpunan Rakyat Bersatu yang berhimpun di Padang Merbok sebagai menunjukkan bantahan terhadap perhimpunan BERSIH 4 yang menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.
Dalam perhimpunan pada 16 September itu, berlaku pertembungan antara peserta 'Baju Merah' dan polis di Jalan Petaling.

Jalan Petaling: PPIM umum demo depan kedutaan China

Pengerusi Majlis Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Tunku Azwil Tunku Abdul Razak mengumumkan sebuah demonstrasi akan diadakan di depan kedutaan China di ibu negara.
Katanya, gabungan NGO Islam akan mengadakan demonstrasi itu bagi membantah kenyataan duta negara itu Huang Huikang yang didakwa mencampuri urusan Malaysia, lapor MyMetro.
Azwil dilaporkan berkata, tindakan itu tidak boleh diterima sama sekali dan jelas tidak menghormati kedaulatan negara lain.
"Kita merasakan ada usaha untuk sengaja membangkitkan sentimen ini kepada rakyat Malaysia terutama ketika kita berdepan pelbagai isu termasuk himpunan jalanan dan sebagainya.
"Jadi kita minta Wisma Putra bertegas dalam hal ini dan siasat secara menyeluruh termasuk individu yang cuba melobi pihak luar untuk campur tangan urusan Malaysia.
“Kita sebagai aktivis masyarakat rasa bimbang dengan perkembangan seperti ini dan ia tidak seharusnya berlaku," katanya kepada Harian Metro.
Wisma Putra sebelum ini memanggil Huang susulan kenyataan sehari sebelum ura-ura himpunan yang dibimbangi menyebabkan rusuhan di ibu negara sebelum ini.
Pemangku menteri luar bagaimanapun dilapor membatalkan panggilan itu yang dikatakan tidak mengikut protokol oleh timbalan menteri luar negara.
Huang juga enggan mengulas desakan untuk beliau memohon maaf yang dibuat oleh akhbar Umno Utusan Malaysia.
Dalam lawatannya, Huang memberitahu media, China menentang sebarang bentuk keganasan, perkauman dan sikap melampau yang disasarkan terhadap kumpulan etnik tertentu.
Huang juga dilapor sebagai berkata republik itu menentang pihak yang menyebabkan keganasan untuk mengganggu ketenteraman awam.
Ia dilihat merujuk kepada kumpulan yang ingin berhimpun di Jalan Petaling pada Sabtu lalu. Perhimpunan itu tidak menjadi kenyataannya.

Panggil duta China: Timbalan menteri luar tak ikut protokol - Nazri Aziz

Timbalan Menteri Luar Negara Datuk Seri Reezal Naina Merican didakwa tidak mengikut protokol ketika memanggil duta China Huang Huikang.
Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata untuk memanggil Huang, ia mesti dibuat oleh menteri luar negara selepas berunding dengan perdana menteri.
“Sekarang kedua-dua pihak, perdana menteri dan menteri luar negara berada di luar negara, jadi pemangku menteri luar ialah (Datuk) Hamzah (Zainuddin),” katanya kepada Malaysiakini.
Nazri berkata perbualannya dengan Hamzah semalam mendapati pemangku menteri luar itu tidak menerima arahan daripada menteri atau perdana menteri untuk memanggil Huang.
“Timbalan menteri tidak boleh panggil duta kerana pemangku menteri ialah Hamzah,” katanya.
“Itulah sebabnya bila saya sahkan dengannya (Hamzah) beliau tidak terima arahan daripada kedua-dua pihak, menteri luar dan perdana menteri (untuk memanggil Huang) yang saya simpulkan tiada keperluan kepada duta itu untuk ke Wisma Putra.”
Nazri bagaimanapun tidak pasti sama ada Reeezal (gambar) membuat silap susulan baru dilantik ke jawatan itu. Tugasannya berkuat kuasa pada 28 Julai selepas rombakan kabinet terbaru.

Najib Di Mata Media Antarabangsa

1. Hanya dua isu, iaitu RM2.6bilion (USD681milion) dan 1MDB, nama DS Najib Razak merundum di mata media antarabangsa.
2. The Sydeny Morning Herald menulis antara lain "inevitable fall, manakala Canada The Globe and Mail menulis- "failed Desperately " dan "unfit to lead a democracy country".
3. Keadaan ditambah lagi, apabila Perdana Menteri Malaysia julung kali semasa menghadiri sidang PBB di New York belum mengadakan perbincangan dua hala dengan para pemimpin negara besar, sebaliknya negara-negara kecil seperti Sao Tome and Principe.Terlihat benar, bahawa Malaysia menjadi seperti Taiwan, terpaksa membuat hubungan dengan negara-negara kecil dan negara-negara di Afrika, untuk mendapatkan sokongan.
4. Memang melalui tweeter, DS Najib nampak bersalaman dengan PM Turki dan Panama, kerana kebetulan bertembung semasa meninggalkan ruang persidangan.
5. Nampaknya kempen media antarabangsa seperti The Wall Street Journal, The New York Times, dan beberapa media antarabangsa lain memberi impak negatif kepada imej DS Najib Razak.
6. Benarlah, kekuatan media, sangat ampuh samada menaikkan imej atau memburukkan imej seseorang pemimpin. 
7. Melihat keadaan yang menyelubungi DS Najib, nampaknya bukan sahaja dalam negara imej beliau merundum malah di luar negara.
8. Sungguh malang, hanya kerana RM2.6bilion dan 1MDB, nama seorang Perdana Menteri begitu tercalar.

The evolution of political Islam in Malaysia

Politics within the Muslim community seemed to revolve around anti-colonialism and an anti-Western sentiment
political-islam_malaysia_600_1
By Liew Chin Tong
I would divide the evolution of political Islam in Malaysia into three stages: Islamic revival/resurgence which culminated in changes in UMNO and PAS in 1982, the emergence of PAS’ progressive faction in 1998, and “post-Islamism” of 2015.
I have always been reluctant to draw direct comparison between international trends in the discourse of political Islam and Islamic politics at home, because to a large extent, politics is local. However, international trends and labels are instructive as a window to observe domestic changes.
Of course, this is just my own perspective. In every stage of development of political Islam, there are counter forces and voices of resistance. One could say that the path of the discourse of evolution is not a linear one, but has been a winding journey.
On the international front, the main political struggle within the Muslim fraternity from the early 20th century until about the 1960s was anti-colonialism and an anti-Western sentiment. Politics within the Muslim community seemed to revolve around these themes.
Hence, the Islamist movement in those years was often combined with anti-colonialist and left-wing movements in many countries, with very few organisations actually using Islam as the basis for political action – often these organisations were weak.
In Malaysia, the first Islamic political party, Hizbul Muslimin, was founded in 1948 and banned by the colonial government in the same year. It was an offshoot of Parti Kebangsaan Melayu Malaya/ Parti Nasionalis Melayu (PKMM/ MNP). PAS was founded in November 1951 in Butterworth by ex-UMNO clerics. Former Premier Abdullah Ahmad Badawi’s father and grandfather were among the founders of PAS.
In terms of political compass, Hizbul Muslimin was nominally right-leaning while PAS was left-leaning. In 1954, UMNO barred its members from holding dual political party membership, the majority of the original UMNO clerics who had also joined PAS then chose to remain in UMNO. The former President of the banned PKMM/ MNP, Dr.Burhanuddin al-Helmy, became PAS President in 1956.
In the 1959 General Election, PAS won the states of Kelantan and Terengganu. At that time, there was virtually no governing political party under the banner of Islam anywhere in the world other than in Pakistan and Indonesia.
Within PAS, many see the party in the image of Muslim Brotherhood, an organisation that frequently faced government persecution for the most part of the last sixty years. One of Ikhwan’s greatest ideologues, Sayyid Qutb, was accused of plotting the assassination of Gamal Abdel Nasser and was sentenced to death by hanging.
While PAS has been heavily influenced by the way Ikhwan conducts its affairs, in many ways it was the wrong role model to emulate because Ikhwan, was an oppressed movement, focuses on survival while PAS had to win elections.
Resurgence/ revival of Islam
The Islamic resurgence movement, using the slogan “Islam is the solution”, emerged as a global political wave in the 1970s. The Iranian Revolution in 1979 inspired Muslims around the world to put their faith in using radical means to obtain victory.
Malaysian Islamic politics did not develop in a vacuum, it is not immune to international developments. Islamic resurgence in Malaysia took the form of an anti-establishment movement that rose in the 1970s (with Anwar’s ABIM as the main player). Followed by the 1980s which witnessed PAS and UMNO battle to out-Islamise each other.
Few Malaysians received Islamic academic training prior to the 1980s. Anwar’s ABIM could be said to be the cradle for the leaders of that era.

Ringgit pulih jika selesai dua isu - Prof Dr Abdul Rahim

SHAH ALAM - Nilai ringgit akan kembali pulih sekiranya isu kejatuhan harga minyak dan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dapat diselesaikan serentak.

Ahli Jawatankuasa Kluster Ekonomi dan Kewangan, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Abdul Rahim Abdul Rahman berkata, jika salah satunya selesai, ia belum dapat menyelesaikan masalah kejatuhan ringgit.

“Walaupun 1MDB dapat diselesaikan, itu belum bermakna ringgit akan pulih kerana ia turut bergantung kepada situasi kejatuhan minyak dunia.

“Begitu juga sebaliknya. Saya berpendapat kedua-duanya perlu diselesaikan serentak,” katanya, semalam.
Menurutnya, isu 1MDB hanya mempengaruhi keyakinan pelabur asing yang ingin datang melabur di negara ini walaupun harga minyak kembali meningkat.

Beliau mengulas kenyataan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang yakin ringgit akan naik semula sekiranya isu 1MDB dapat diselesaikan.

Kata Abdul Rahim, harga minyak akan kembali naik apabila keadaan ekonomi di negara besar seperti China, Amerika Syarikat dan Eropah kembali pulih.

“Saya tidak fikir harga minyak akan kembali meningkat pada tahun ini melihatkan kepada ekonomi China yang belum ada perubahan drastik.

“Mungkin dalam enam bulan akan datang, keadaan akan berubah sedikit tetapi bergantung kepada ketiga-tiga negara besar itu (China, Amerika dan negara-negara Eropah),” katanya.

Umno baru nampaknya sudah kehilangan arahnya

oleh Ahmad Mustapha Hassan
 Sejak penubuhannya, Umno Baru tidak pernah memiliki agenda nasional. Ia hanya menumpukan program etnik yang sempit dan tidak berpandangan jauh. Ia langsung tidak memiliki apa-apa ideologi.
Umno yang asal adalah sebuah parti yang ditubuhkan oleh golongan aristokrat birokrasi untuk berjuang bagi mempertahankan status mereka di negara ini. Namun ia menggunakan slogan yang menarik seluruh spektrum masyarakat Melayu, daripada peringkat pentadbir bawahan, petani dan kelas-kelas lain.
Maka ia tiada apa-apa agenda untuk berkhidmat kepada seluruh populasi. British mewujudkan kelas pegawai ini untuk menyokong pentadbiran penjajahan British. Namun tidak lama kemudian mereka merasa tidak gembira kerana kuasa utama berada di tangan pegawai British. Maka mereka memulakan langkah untuk menyingkirkan British.
Slogan yang digunakan adalah “Hidup Melayu”.
Kumpulan ini menarik sokongan masyarakat Melayu yang tidak tahu akan agenda pentadbir-pentadbir birokrasi ini.
Masyarakat Melayu dibuat agar percaya bahawa Umno adalah penyelamat mereka. Dengan budaya feudal dengan pemikiran tertawan, Umno berjaya memanfaatkan sokongan itu. Ditambah dengan sokongan kelas komersial dan komprador bukan Melayu, ia berjaya merampas kuasa dari British.
Inilah permulaan menuju bencana. Mereka tiada agenda nasional yang positif seperti parti-parti progresif yang diharamkan British. Penekanan lebih diberikan kepada manfaat ekonomi bagi kelas komersial dan feudal. Populasi umum tidak termasuk dalam agenda ini.
Sejak dari  mula lagi Umno hanya berjuang untuk golongan elit masyarakat Melayu. Ia berjaya dalam suasana feudal yang sudah menjadi sebahagian dalam hidup orang Melayu.
Memandangkan mereka tiada agenda positif untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat Melayu di pedalaman, ia berharap dengan membina infrastruktur di sana, masyarakat di pedalaman akan merasa puas hati.

Strategi pembangunan tidak menyentuh akar masalah golongan yang malang ini. Infrastruktur hanya menambahkan masalah. Dengan pembangunan baru yang dilaksanakan, gologan petani dan nelayan kehilangan sumber pendapatan.

Adakah Najib lulus pinjaman AS$3.5 bilion 1MDB..?

DAP hari ini mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjawab sekiranya beliau memberikan kebenaran kepada perjanjian dengan jaminan antara syarikat International Petroleum Investment Corporation (IPIC) dan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) untuk dana berjumlah AS$3.5 bilion dalam bentuk bon.
Setiausaha publisiti kebangsaannya, Tony Pua berkata The Wall Street Journal (WSJ) minggu lalu mendedahkan 1MDB meminjam AS$3.5 bilion dengan jaminan IPIC dan meletakkan AS$1.4 bilion "deposit boleh bayar balik" sebagai cagaran dengan IPIC.
Syarikat itu kemudiannya menamatkan pilihan yang diberikan kepada IPIC atau anak syarikatnya, Aabar Investment dan membayar pampasan AS$993 juta daripada November 2014, AS$1.22 bilion daripada pelaburan 1MDB di Kepulauan Cayman dan AS$975 juta pinjaman daripada konsortium yang diketuai Deutsche Bank.

Ekoran itu, 1MDB masih lagi berhutang IPIC sejumlah AS$481 juta sehingga 31 Disember, 2014. Beliau berkata, syarikat itu turut membayar sejumlah AS$300 juta kepada Goldman Sachs sebagai komisen, bayaran dan perbelanjaan kerana menguruskan bon tersebut.
Berdasarkan fakta itu, Pua berkata, 1MDB akhirnya menanggung defisit sebanyak AS$649 juta.

Keluarga mahu pakar bedah ortopedik diberi akses rawat Anwar

Selepas menuntut pengguguran Datuk Dr S Jeyaindran sebagai ketua panel merawat Datuk Seri Anwar Ibrahim, keluarganya hari ini mengulangi tuntutan sama dan turut meminta pakar bedah ortopedik diberikan akses untuk merawat Anwar.
Dalam satu kenyataan, peguamnya Sivarasa Rasiah, N Surendran dan Latheefa Koya berkata, keluarga Anwar mengecam tindakan kerajaan melewat-lewatkan rawatan bekas ketua pembangkang itu.
"Oleh itu, kami bagi pihak keluarga Anwar, menuntut Dr Jeyaindran digugurkan sebagai ketua panel pakar perubatan Anwar dan sebagai pakar perubatan beliau.

"Dan, Anwar dimasukkan ke wad dengan segera dan dibenarkan berunding dengan pakar bedah ortopedik pilihannya serta pembedahan dijalankan segera," kata mereka. Merujuk kenyataan ketua pengarah Kementerian Kesihatan sebelum ini yang kononnya terdapat pakar yang memberi rawatan kepada ketua umum PKR itu, mereka mendakwa ia tidak benar.
"Ketua pengarah mendakwa mereka sekarang benarkan seorang konsultan ortopedik pilihan keluarga Anwar untuk memberi pandangan kedua.
"Bagaimanapun, permohonan ini sudah lama dibuat dan tidak pernah dipenuhi setakat ini. Kenapa ia dilengah-lengahkan?," soal mereka.

MUHYIDDIN, SHAFIE JANGAN DUDUK DIAM SAJA!!

Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin akan tiba di KLIA daripada lawatannya ke Bosnia dan Sarajevo, petang ini pada kira-kira jam 4.30 petang.

Mesej kepada rakan-rakan, sahabat dan penyokongnya agar dapat bersama-sama menyambut kepulangan bekas Timbalan Perdana Menteri itu sudah mula diedarkan sejak semalam lagi.

Di Bosnia minggu lalu, Muhyiddin telah bersama-sama dengan Tun Mahathir diberi penghormatan meraikan ulangtahun ke 20 keamanan Bosnia di mana rakyat negara itu begitu menyanjung tinggi dan terhutang budi dengan peranan yang dimainkan oleh bekas Perdana Menteri terhadap mereka selama ini.

Mengikut laporan media, ramai rakyat Bosnia yang menangis ketika Tun Mahathir mahu pulang kerana mengenangkan begitu banyak sumbangan dan peranan yang dimainkannya sejak negara itu bergolak.

Walaupun sudah dipecat daripada jawatan kerajaan bersama dengan Najb Presiden UMNO, Shafie Apdal, realitinya Muhyiddin belum ditinggalkan sepenuhnya, terutama oleh penyokong setia  ataupun daripada golongan pencinta kebenaran, walaupun tiada lagi "gula ditubuhnya" sebagaimana ketika berjawatan menteri sebelum ini.

Tetapi harapan ramai ialah agar Muhyiddin dan Shafie tidak sekadar berdiam diri saja dengan pelbagai isu yang melanda negara. 

Memang Muhyiddin dan Shafie dilihat kerap memberi kenyataan media berkaitan isu-isu tertentu, tetapi peranan mereka sebenarnya diperlukan lebih daripada itu.

PKR Kelantan sedia sertai Himpunan Hijau

PKR
KOTA BHARU - PKR Kelantan bersedia untuk menyertai Himpunan Fastaqim (H60K) atau baju hijau jika matlamat penganjurannya membawa kebaikan kepada semua.

Pengerusinya, Ab Aziz Ab Kadir berkata, setakat ini pihaknya masih belum mendapat jemputan secara rasmi daripada penganjur perhimpunan.

“Jika tujuan himpunan untuk kebaikan kepada agama dan negara. Insya-ALLAH kita akan menyertainya,” katanya semalam.

Dalam masa sama, Ab Aziz percaya himpunan yang bertemakan hijau itu akan berlangsung  dalam suasana aman dan penuh disiplin.

“Amat tidak patut kiranya ada kumpulan yang akan mengambil kesempatan  untuk menimbulkan provokasi,” katanya.

Jalan Petaling: Wisma Putra batal panggil duta China


Wisma Putra telah membatalkan untuk memanggil Duta China, Huang Huikang, dilaporkan selepas ia dibatalkan oleh pemangku Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin.
Akhbar harian Sin Chew melaporkan bahawa keputusan untuk memanggil duta China itu yang dibuat oleh Timbalan Menteri Luar, Datuk Reezal Naina Merican, telah dibatalkan oleh Hamzah.
Hamzah merupakan timbalan menteri luar sehingga rombakan kabinet Julai lalu, di mana beliau dilantik sebagai menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan.
Kenyataan Huang semasa melawat Jalan Petaling baru-baru ini dilihat sebagai campur tangan asing, tetapi Huang menjelaskan ia hanya satu lawatan muhibah.
Sin Chew melaporkan Huang tidak menerima panggilan rasmi dari Wisma Putra, walaupun Kementerian Luar mengeluarkan kenyataan akhbar semalam untuk mengesahkan ia memanggil duta itu untuk mendapatkan penjelasan.
China Press juga memetik sumber sebagai berkata, Huang tidak akan ke Wisma Putra di Putrajaya hari ini.
Huang dijadualkan untuk menghadiri satu forum di Kuala Lumpur pagi ini.
Malaysiakini telah menghubungi Reezal dan Hamzah untuk mendapatkan respons mereka.

PRU14 dan pembangkang

Timmy Say

Semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), zaman di mana DAP masih bekerjasama dengan PAS, pembangkang mendapat 52% undi popular.
Namun 52% undi popular yang diperolehi pembangkang tidak dapat menewaskan Umno-BN, malah pembangkang tewas 89-133 (perbezaan 44 kerusi) di peringkat Parlimen.
Kini pembangkang berpecah, dan tertubuhnya Pakatan Harapan antara PKR, DAP dan Amanah. Manakala Pakatan Rakyat pula tinggal dua parti antara PKR dan PAS. Melihat senario perbalahan politik hari ini, boleh kita simpulkan secara ringkas:

a. Majoriti Orang Cina tidak menyokong PAS dan Umno b. Penyokong PAS tidak akan menyokong DAP dan Amanah
c. Penyokong Umno tidak akan menyokong DAP dan Amanah
d. PAS dan Umno tetap bertembung di kerusi majoriti Melayu
e. Kemungkinan besar berlaku pertandingan tiga penjuru
Ada beberapa senario pertandingan tiga penjuru:
Senario 1:
PAS lawan Umno, Amanah masuk di tengah-tengah. Pertandingan ini hanya menguntungkan Umno-BN.

Senario 2:
DAP lawan MCA/Gerakan, PAS masuk di tengah-tengah dengan seorang calon Melayu.

Pertandingan ini akan menjadi menarik sekiranya peratusan undi orang Melayu di kawasan ini melebihi 60% kerana DAP sedang bermusuh dengan PAS dan juga Umno, dua parti yang masih mengawal majoriti undi Melayu.

Senario 3:
Tiga penjuru seperti Kota Damansara dan Semenyih jika perbincangan kerusi gagal diselesaikan. Perlawanan tiga penjuru ini terbukti memihak kepada Umno, meskipun di kawasan campuran berinternet tinggi dan ketika pembangkang dalam keadaan bekerjasama.

Senario 4:
Akan berlaku satu senario yang menarik, di mana Umno merampas kerusi-kerusi MCA dan Gerakan yang mempunyai lebih 50% pengundi Melayu. Umno akan bertanding melawan DAP sendiri berdasarkan sentimen orang Melayu terhadap DAP.

Strategi ini akan terpakai sekali lagi di PRU14 kerana pada hari ini, MCA dan Gerakan sudah dikira lumpuh ekoran kontroversi perhimpunan baju merah. Jika sentimen kaum masih tinggi, pertandingan sengit dijangkakan akan berlaku.

Senario 5:
Jika DAP menurunkan calon Melayu, situasi Teluk Intan bakal berulang, malah dengan lebih teruk.
Pembangkang esklusif tanpa PAS

Bagaimana pula dengan undi popular di setiap negeri dan peringkat nasional bagi Pakatan Harapan tanpa penglibatan PAS bersama?
Analisa berikut melihat peratus undi popular bagi Pakatan Harapan di setiap negeri untuk 3 senario peratusan sokongan Melayu iaitu pada tahap 20%, 27% dan 33% manakala peratusan undi Cina berada pada 90%, undi lain-lain pada 65% untuk Semenanjung, 45% untuk Sarawak dan 55% untuk Sabah.
Analisa dibuat berdasarkan data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPRM) pada PRU13 dan peratusan keluar mengundi 85% bagi Semenanjung dan 80% bagi Sabah dan Sarawak.
Carta analisa: Prediksi kasar bagi Pakatan Harapan peratusan undi popular

4 cadang kritik terbuka buat Amanah

Oleh Syahir Nujaba’
Pelancaran sebuah parti baharu yang dikenali sebagai Parti Amanah Negara (Amanah) baru-baru ini, cukup meriah. Dengan dewan yang luas, pentas ala-ala peragaan busana, kehadiran penyokong dan pemerhati melimpah hingga ke luar.
Ini permulaan yang baik bagi sebuah parti yang baru bertapak dan bakal menghadapi pilihan raya dalam tempoh lebih kurang 2 tahun dari sekarang. Dalam keasyikan merayakan pencapaian yang gilang-gemilang ini, sikap berhati-hati perlu terus diambil perhatian, agar usaha yang digembleng, tidak berakhir sekelip mata.

Meskipun kita sedia maklum, pimpinan Amanah terdiri daripada tokoh yang sangat berpengalaman. Namun, cadangan terbuka ini diharapkan, jika tidak pun menyantuni pimpinan yang sudah sedia hebat, sekurang-kurangnya ia mampu memberi buah fikiran dan refleksi kepada penyokongnya. Pertama, memperkukuhkan akar umbi. Kita sedia maklum, undi bukan sesuatu yang boleh kita lobi. Undi, datang daripada sejumlah kepala yang tidak mampu kita kemudi. Dan dalam banyak-banyak kelompok pengundi, pemuda adalah yang tertinggi. Sejumlah kelompok pemuda ini, pendedahan politik yang mereka dapat adalah di peringkat universiti. Amanah yang juga menampilkan konsep jemaah Islam, pastinya sedar setiap jemaah Islam di peringkat nasional, sudah pun mempunyai organisasi tajaannya yang tersendiri di peringkat kampus. Amanah pula bagaimana? Dengan terkumpulnya sejumlah penyokong muda yang masih ternanti-nanti prospek perjuangan, eloklah Amanah bersegera mengukuhkan akar umbi di peringkat kampus.
Kedua, berhenti mencari publisiti. Cukuplah dengan poster memetik kata-kata tokoh masyarakat, kemudian memperagakannya seakan-akan mereka menjadi ahli Amanah. Ia kelihatan sangat murah! Beberapa rungutan dilakukan tokoh terbabit. Dan apabila mereka membuat penafian terbuka, ia seolah-olah menggambarkan Amanah sangat-sangat kemaruk dan terdesak terhadap perhatian dan sokongan ramai. Tidak salah mengambil petikan kata-kata yang selari dengan roh perjuangan Amanah. Cuma pastikan corak dan penampilan poster tersebut tidak mengundang kontroversi. Binalah kualiti, yang lainnya, biar mereka datang sendiri.

Tanpa PAS, Pakatan Harapan hilang undi Melayu - Prof Agus

Oleh Azizul Osman

SHAH ALAM: Pakatan Harapan dijangka akan hilang pengundi Melayu khususnya Melayu konservatif sekiranya PAS masih enggan menyertai gabungan pembangkang baru itu.

Menurut penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Mohamad Agus Yusof, ada beberapa faktor yang pada padangan beliau akan memburukkan gabungan berkenaan sekiranya tiada penglibatan PAS.
 
"Pakatan akan kehilangan sokongan pengundi Melayu konservatif. Parti Amanah Negara (Amanah), parti baru yang ditubuhkan tetap boleh mendapat sokongan pengundi Melayu progresif, tetapi tidak sebanyak sekiranya Amanah kekal dalam PAS. Apatah lagi, jika PAS bekerjasama dengan UMNO, maka Pakatan akan kehilangan sokongan pengundi Melayu yang banyak."
 
"Kedua, saya melihat Pakatan Harapan terlalu tergesa-gesa menubuhkan gabungan baru dan ia terlalu eksklusif. Sepatutnya Pakatan Harapan lebih berjiwa besar dengan merundingi terlebih dahulu kemasukan gabungan parti-parti baru dari Sabah dan Sarawak serta juga tidak meninggalkan PSM", katanya dalam Facebook rasmi beliau.
 
Malah usaha beberapa pihak untuk tidak menerima PAS dalam Pakatan Harapan juga tidak meninggalkan kesan terhadap parti berkenaan yang mempunyai pengundi setia, katanya.
 
"Bagi saya, untuk melenyapkan PAS dalam arus politik negara adalah mustahil kerana PAS adalah parti yang mempunyai asas ideologi perjuangan yang kukuh. PAS juga mempunyai cukup pengalaman dalam arus politik negara sejak tahun 1951 lagi," ujar pensyarah kanan UKM itu.
 
Justeru, katanya tindakan PAS untuk bergerak sendiri harus ditimbal balik oleh kepimpinan tertinggi parti itu kerana disifatkan terburu-buru. 
 

Ahli politik acapkali mengecewakan kita, tetapi kita juga telah gagal

oleh Mariam Mokhtar

Ahli politik di Malaysia sungguh bertuah. Sesetengah parti tidak mempunyai dasar-dasar yang kukuh, tetapi kita masih lagi “undi” mereka untuk mewakili kita. Kemudian kita mengeluh, untuk lima tahun kemudian, yang mereka tidak berguna.

Ramai ahli politik berterusan memungkiri janji, dan kita masih tetap mengundi mereka. Mereka mempersonakan kita dengan kata-kata manis mereka, insentif wang, beras, susu tepung, sari, enjin bot dan rombongan membeli-belah ke selatan Thailand atau Medan.

Berasa seronok dikagumi, kita kelihatan “terlupa” salah laku mereka, dan kemudian terseksa sehingga pilihan raya umum seterusnya, bila proses ini berulang-ulang. Kita tahu bahawa ahli sesetengah parti yang korup, dan kita masih lagi mengundi parti itu.

Ahli-ahli politik memberi alasan, atau permohonan maaf yang lemah, kerana tidak melaksanakan sesuatu perkara, dan kita mengangkat bahu kita seperti berkata, “Tidak mengapa.” Jarang sekali kita mengambil pengajaran! Ianya tidak “OK” untuk membenarkan ahli politik mengulangi kesilapannya.

Kesilapan mereka memberi kesan kepada kita, dan negara. Korupsi merampas wang negara yang boleh digunakan untuk meningkatkan hidup rakyat, seperti menyediakan pendidikan, penjagaan kesihatan, perumahan, infrastruktur dan ekonomi yang lebih baik.

Di negara barat yang lebih maju dan demokratik, penyalahgunaan elaun dan perbelanjaan oleh Ahli Parlimen akan mencetuskan penyiasatan, dan sejarah akaun perbelanjaan ahli politik itu akan disiasat. Pendedahan awam akan diikuti oleh peletakkan jawatan, pemecatan, permohonan maaf secara terbuka dan pembayaran balik perbelanjaan tersebut.

Di bahagian lain di Asia Timur, seperti China, ahli politik korup yang melakukan kesalahan mendapat hukuman dengan peluru di belakang kepala, dalam stadium, sambil diperhatikan oleh orang awam. Keluarga beliau akan dikenakan caj peluru tersebut.

Pegawai tinggi di Korea Utara dan Jepun terkenal kerana membunuh diri, jika mereka tercemar dengan bau korupsi yang sedikit sekalipun. Bersih 4 cuba untuk membuatkan kita berfikir sedalam-dalamnya tentang ketidakpuasan hati dengan demokrasi berparlimen di Malaysia.

Ianya bukan sekadar tentang memakai warna kuning sebagai simbol protes, atau keperluan untuk pilihan raya yang bersih, sebelum empat permintaan lain dipenuhi. Demokrasi yang lebih meriah wujud di Brazil.