Jumaat, 25 September 2015

Asas-Asas Syar’ie Parti Amanah Negara dan Keperluan Politik Muafakat

Pendahuluan
Perkembangan politik kepartian di Malaysia diwarnai oleh berbagai aspek dan angkubah yang wujud dalam negara kita Malaysia. Sebagai negara majmuk yang berlandaskan kepada sistem demokrasi liberal dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia   yang meletakan Islam sebagai agama negara, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, serta sistem Raja Berperlembagaan.
Ini di samping dasar Rukun Negara, dasar budaya kebangsaan, dasar pungurusan ekonomi dan dasar yang dibentuk oleh kerajaan adalah sebagai pencorak utama kepada pelaksanaan politik di Malaysia.
Dalam kontek perjuangan Islam parti PAS, Keadilan dan UMNO adalah mewakili hasrat kebanyakan orang Melayu yang beragama Islam serta activist Islam. Dengan lebih menjurus Pakatan Rakyat adalah dianggap sebagai kumpulan politik yang akan mengambil alih pucuk pemerintah politik di Malaysia setelah baru-baru ini ia berjaya mendapat 52 peratus undi popular sehingga dapat menidakkan asas legitimacy kerajaan BN yang memerintah sekarang.
Asas ini terus terhakis kini oleh pengurusan politik dan kewangan yang sangat buruk sehingga menyebabkan nilai ringgit turun dengan amat menggerunkan sekali serta meningkatnya hutang Negara berbilion ringgit; sesuatu yang tidak pernah terjadi sebelum ini.
Sebab itu sebagai suatu usaha bersama gabungan BERSIH mengadakan perhimpunan Bersih4 . Menurut Penganalisa Politweet yang menekuni perkembangan mutakhir secara khusus:
“ The demands of the rally are for Prime Minister Najib Razak to step down and the following institutional reforms to be implemented:
1. Clean Elections
2. Clean Governments
3. Saving Malaysia’s Economy
4. Right to Dissent
5. Strengthening Parliamentary Democracy (added on August 14th)
On August 14th Bersih released a statement adding a demand for a transitional government to be formed after Najib’s resignation. This government would need to implement 10 institutional reforms within the next 18 months to ensure the next General Election would be conducted in a clean, free and fair manner:
1. Reform of electoral system and process
2. Reform of the Election Commission (EC)
3. Separation of Prime Minister and Finance Minister
4. Parliamentary Reform
5. Separation of the functions of Attorney General and Director of Public Prosecution
6. Reform of the MACC
7. Freedom of Information laws
8. Asset declaration by Ministers and senior state officials
9. Abolishment of/Amendment to draconian laws
10. Establishment of the Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC)
On August 27th Opposition MPs from PKR, DAP and GHB released a joint statement declaring they would work with BN MPs to form a new government provided that Anwar Ibrahim and other prisoners of conscience be released; and political reforms be the core agenda of the new government.”
Isu-isu yang diperjuangkan oleh Bersih seperti di atas adalah bersifat universal; sebagaimana ia relevan dalam pentadbiran negara, ia juga adalah sangat relevan dalam tadbir urus unit-unit yang lebih kecil termasuklah parti-parti politik.
Latar Belakang Krisis
Dalam suasana krisis politik yang melanda BN atau lebih khusus UMNO sehingga meningkatkan peluang pembangkang untuk memenangi pilihanraya umum yang akan datang, Parti Islam (PAS) serta Pakatan Rakyat berhadapan dengan kemelut yang bukan sahaja menghapuskan keberadaan Pakatan itu malah membawa krisis antara parti PAS dan DAP serta krisis kepimpinan tertinggi dalam PAS itu sendiri.
Ini dilihat berpunca daripada pra matangnya shura di kalangan pimpinan utama PAS mengenai Kanun jenayah Syariah yang hendak dikuatkuasakan di Kelantan. Wujudnya golongan yang pro dan yang kontra dengan anggapan persetujuan wakil Umno Kelantan bersama PAS adalah suatu usaha Umno untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat dan Pas itu sendiri.
Ketidak serasian dan perbezaan “awlawiyat” (Perkara yang diutama dan didahulukan) pemimpin tertinggi PAS dalam  perkara ini, di samping pertikaian tentang ‘Langkah Kajang’, isu MB Selangor dan lain-lain telah juga menjarakkan golongan ulama dan golongan yang dipanggil professional. Ditambah dengan meruncingnya hubungan antara dua kumpulan pemimpin tertinggi PAS;  ini telah dihangatkan lagi dengan salah laku pengurusan perwakilan dan pemilihan kepimpinan ketika pemilihan di Muktamar yang lepas sehingga memenangkan kumpulan yang ada di dalam “chai” yang dikehendaki oleh kalangan yang terdekat dengan Presiden.
Ini kemudiannya menyebabkan 18 pimpinan utama dan penting PAS kalah dalam pemilihan kepimpinan yang dianggap berlaku sesuatu yang kurang adil dan meragukan. Sebelum ini sudah berlaku serangan peribadi terhadap kumpulan ini dengan gelaran yang buruk, anggapan mereka adalah duri dalam daging dan halangan terhadap kebijaksanaan tindakan presiden, mereka golongan yang mesti dihapuskan kerana menjadi gunting dalam lipatan dan berbagai lagi pertuduhan.
Komen presiden PAS sendiri yang gembira dengan kekalahan serta trend penyingkiran pimpinan G18 ini telah menjarakkan lagi hubungan dan bentuk penyelesaian yang boleh dibuat terhadap krisis kepimpinan PAS ini.
Penyelasaian Krisis
Memandangkan kehadiran mereka dalam kepimpinan dianggap sesuatu yang membebankan parti maka ternyata usaha untuk mencari jalan tengah sukar dijalankan. Di samping itu harus diingat bahawa pasal 15 Perlembagaan PAS ( Pindaan 2011 ) itu sendiri membenarkan seseorang ahli PAS memohon berhenti dari menjadi ahli. Ini menunjukkan bahawa keluar daripada parti PAS tidaklah bercanggah dengan perlembagaan parti; apatah lagi syara’ .

Pakatan Harapan: Tiga persoalan dan cabaran masa depan


pakatan 2.0
Oleh Dr Ong Kian Ming
BAGAIMANA agaknya sejarah menghakimi percubaan ketiga penubuhan pakatan pembangkang di Malaysia? Hanya masa akan menentukannya.
Apapun, penubuhan pakatan baru – Pakatan Harapan berdepan cabaran besar untuk bertarung dengan BN pada pilihan raya umum akan datang. Pada masa sama, ia memberi ruang untuk menguatkan pembentukan identiti pakatan baru itu.
Ketika pengumuman yang dilakukan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail bersama-sama Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Pengerusi Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu, ia kelihatan seakan-akan segala-galanya sudah selesai.
Hakikatnya, ada banyak pandangan dan pergerakan di sebalik tabir. Pandangan terhadap pembentukan pakatan baru boleh dikelompak kepada tiga kategori besar dengan beberapa pertindihan hujah.
PM-najibPertama-tamanya, tanggapan betapa Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Razak tidak popular menjelang PRU akan datang, sekaligus ia menjadikannya penting untuk parti pembangkang supaya mengelak pertandingan tiga penjuru.
Namun, tanpa penyertaan PAS dalam pakatan baru, ia mungkin mendorong kepada pertandingan tiga penjuru yang boleh menjejaskan matlamat utama. Jadi, parti pembangkang perlu mengekalkan status quo dan tidak ribut-ribut.
Masalahnya, senario PRU15 dibuat dengan andaian Najib kekal sebagai Perdana Menteri. Ia dijangka berbeza dengan PRU14 kerana strategi memenangi majoriti kerusi Parlimen tidak sama dengan usaha menafikan dua pertiga majoriti.
Harapan rakyat juga berubah bersama-sama lanskap politik negara. Jika tiada pakatan pembangkang yang rasmi dengan platform dan manifesto menyakinkan, sebahagian pengundi mungkin memilih untuk kekal dengan kebiasaan – BN.
Ini tentu melukakan pembangkang berbanding BN. Kita juga tidak dapat mengagak kemungkinan peratusan pengundi merosot berbanding PRU14 jika pengundi tidak nampak kesepakatan pembangkang.
Tambahan pula, pandangan itu berasaskan kepada jangkaan Najib kekal sebagai Perdana Menteri. Bagaimana jika Najib diganti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan memberi nafas baru kepada BN menjelang PRU15? Ia mungkin memberi rangsangan populariti kepada BN.
Jadi, parti pembangkang perlu mencari pendekatan berkesan untuk mengatasi kemungkinan itu. Dengan adanya pakatan baru, ia mendorong kepada kedudukan lebih baik untuk merancang dan bersiap sedia.
Bermakna, Pakatan Harapan perlu lebih baik daripada BN, sama ada ia diterajui Najib, Muhyiddin, Datuk Seri Zahid Hamidi mahupun Khairy Jamaluddin.
Pandangan kedua pula cenderung untuk menolak pembentukan pakatan pembangkang. Ia kerana wujud kebimbangan PAS akan terasing lalu menyebabkan kehilangan undi Melayu kerana PAS mudah mendapat tempat dalam kalangan pengundi Melayu di pedalaman.
Jika PAS tidak menyertai pakatan baru, pengundi kelompok itu dikhuatiri tidak mengundi Pakatan Harapan. Tanpa PAS juga, ia hanya menyebabkan parti itu bekerja lebih rapat dengan Umno sekaligus mengurangkan peluang pembangkang mencapai kemenangan.
Namun, pandangan itu tidak semestinya tepat.

Perhimpunan esok, Ahad haram - Polis

Post Pic
 
KUALA LUMPUR: Polis mengisytiharkan sebarang perhimpunan yang bakal diadakan di sini esok atau Ahad ini adalah salah di sisi undang-undang, sekali gus adalah perhimpunan haram.
 
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim, berkata pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba menganjurkan atau menghadiri perhimpunan itu dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka.
 
"Ingin saya tegaskan bahawa pihak polis tidak membenarkan sebarang perhimpunan diadakan selepas tiada sebarang notis makluman diberikan oleh mana-mana penganjur.
 
"Justeru, sebarang perhimpunan, jika diadakan adalah haram dan menyalahi undang-undang. Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang cuba mencetuskan kekecohan dan mengancam keamanan negara," katanya.

Jamal Yunos detained over possible Petaling Street rally

Umno man is arrested after giving his statement at the Ampang Jaya police station regarding the possibility of a rally and riot at Petaling Street tomorrow.
jamal-detained
KUALA LUMPUR: Sungai Besar Umno division chief Jamal Md Yunos was detained at 9pm tonight after giving his statement at the Ampang Jaya police station regarding his involvement in a possible rally and riot in Petaling Street tomorrow.
According to a statement by his secretary, Durrany Izam, Jamal was brought immediately to Dang Wangi police station after his arrest to be investigated under the Sedition Act 1948.
However  Kuala Lumpur Criminal Investigation Department (CID) chief Zainuddin Ahmad said Jamal was arrested under Section 105 of the Criminal Procedure Code regarding tomorrow’s rally.
Earlier today, Deputy Inspector-General of Police Noor Rashid Ibrahim was reported by Bernama as saying Jamal would be called to the Dang Wangi police headquarters this evening regarding the Petaling Street rally tomorrow.
Jamal on Wednesday warned of a possible riot if no action was taken by the Domestic Trade Cooperatives and Consumerism Ministry (KPDNKK) against Chinese traders at Petaling Street who sold fake goods.
“If the authorities do not take any action, I am 99 per cent confident that there will be a rally and there might even be a ‘rusuhan’ (riot) this Saturday at Petaling Street,” he said on Wednesday.

Jamal tak sempat sembelih korban esok, ditahan polis malam ini.

Orang kuat di sebalik himpunan baju merah 16 September lepas, Datuk Jamal Md Yunos, ditahan polis Ampang Jaya malam ini.
Setiausaha beliau, Durrany Izam memberitahu, Jamal dipercayai ditahan bagi membantu siasatan polis mengikut Akta Hasutan.
Sebelum itu ketika ditemui media sebelum memberi keterangan kepada polis, Jamal sekali lagi menegaskan beliau tidak akan hadir dalam protes yang didakwa akan berlangsung di Jalan Petaling esok.
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu berkata, beliau masih lagi berada dalam suasana sambutan Hari Raya Aidilada.
Justeru, kata Jamal esok dia perlu menghadiri banyak program menyembelih korban di kawasannya.
"Esok saya di Sungai Besar. Masih lagi sambutan raya, esok ada lagi acara korban. Jadi saya langsung tidak akan terlibat dalam perhimpunan esok. Saya tidak akan hadir," katanya kepada pemberita di depan Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya malam ini.
Jamal sebelum ini ketika dihubungi Malaysiakini menafikan beliau adalah penganjur himpunan yang akan berlangsung di Jalan Petaling esok.
Jamal mendakwa pihaknya hanya menyampaikan hasrat individu yang merusuh di Jalan Petaling ketika 'Himpunan Rakyat Bersatu' berlangsung pada 16 September lepas.
Beliau juga berkata, tindakannya menyampaikan pesanan mengenai penjaja Melayu dan Cina di Jalan Petaling dibuat kerana takut menjadi munafik.

Tak beradab tuduh dari mimbar, kata Melayu DAP


Jabatan Mufti Pahang dianggap tidak beradab apabila mengecam DAP melalui mimbar masjid dan surat di negeri itu semalam kerana tuduhan berkenaan dibuat dalam keadaan tiada sesiapa boleh mempertahankan diri.
Malah, tindakan mendakwa DAP sebagai "terang-terangan menentang Islam" jelas dibuat dengan niat jahat.
Pegawai Khas Pengerusi DAP Johor, Sheikh Omar Ali berkata, tuduhan berkenaan bukan saja tidak berasas malah berbentuk fitnah.
"Saya mencabar Jabatan Mufti Pahang mengeluarkan bukti kukuh yang menjadi asas kepada mereka menuduh DAP sebagai parti memusuhi Islam," katanya kepada Malaysiakini.
Dalam teks khutbah disediakan Jabatan Mufti Pahang semalam, pada salah satu perenggannya dimuatkan kenyataan: "Dewasa ini kita melihat perpecahan umat islam di negara kita terutama bangsa Melayu begitu ketara. Perpecahan ini kerana mengutamakan parti politik melebihi perpaduan dan persaudaraan Islam seperti parti Umno, PAS, PKR dan ditambah parti baru yang dinamakan Gerakan Harapan Baru (GHB) malahan ada di kalangan umat islam yang menyertai Parti DAP yang terang-terangan menentang Islam. Sepatutnya umat Islam bergabung dan bersatu suara walaupun berlainan dasar politik mereka".
Khutbah adalah salah satu bahagian dalam sembahyang dan jemaah tidak dibenarkan bercakap atau berkata-kata ketika ia dibaca khatib.
Kata Sheikh Omar, beliau akan memanjangkan perbincangan mengenai isu tersebut kepada pimpinan parti dan mempertimbangkan jika perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap Jabatan Mufti Pahang.
Hadapi pemimpin salah guna kuasa
Sementara itu sekumpulan ahli Melayu DAP juga hari ini mengeluarkan kenyataan mengecam khutbah berkenaan.
"Kepelbagaian parti politik dan kewujudan parti politik baru bukanlah tanda perpecahan umat Islam sebaliknya menunjukkan kematangan umat Islam dan Melayu dalam negara berdemokrasi.
"Penting juga kita membezakan tentang peranan dan fungsi parti politik dalam sistem demokrasi negara dan dan perpaduan agama. Kita seharusnya meraikan perbezaan bukan sahaja melalui kaca mata politik malah dalam agama dan fahaman," kata kenyataan itu.

DAP perlu tunjuk cara selesai masalah Melayu, kata Zaid


Bekas menteri Umno Datuk Zaid Ibrahim hari ini mempersoalkan bagaimana DAP merancang untuk membantu orang Melayu dan dasar yang ditawarkan menerusi pakatan pembangkang baharu, Pakatan Harapan.
Menulis di blognya, Zaid berkata, DAP adalah parti paling lantang daripada pakatan tiga parti yang dilancarkan baru-baru, dan ia mendakwa mempunyai jawapan kepada masalah masyarakat Melayu.
Bekas menteri Umno Datuk Zaid Ibrahim mempersoalkan bagaimana DAP merancang untuk membantu orang Melayu dan dasar yang ditawarkan menerusi pakatan pembangkang baharu, Pakatan Harapan. – Gambar fail The Malaysian Insider, September 25, 2015. Beliau menggesa mereka supaya menjelaskan kepada orang ramai tentang apakah yang akan mereka lakukan terhadap agensi-agensi persekutuan seperti Majlis Amanah Rayat (Mara) dan Felda; syarikat berkaitan kerajaan yang kebanyakannya dikuasai Melayu; serta pengambilan bukan Melayu dalam perkhidmatan awam.

"Apakah perubahan dasar yang akan DAP buat untuk membantu orang Melayu menjadi lebih baik dan lebih kuat sebagai sebuah masyarakat sehingga mereka tidak akan 'berasa rendah diri' seperti diperkatan oleh Dr Mahathir" tulis Zahid, merujuk kepada kritikan Ahli Parlimen DAP Zairil Khir Johari terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Zaid berkata, DAP masih belum menyelesaikan perbezaan ideologi dengan PKR, dan pendirian mereka berhubung kedudukan Islam di khalayak umum sebagai contoh. "Adakah DAP akan memberitahu rakyat Malaysia yang agama Islam dan undang-undang Syariah akan terhad kepada bidang perundangan persendirian dan keluarga (selaras dengan fahaman sekular parti itu) atau ia akan bersama-sama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mengatakan Islam adalah cara hidup oleh itu mesti menjadi sebahagian daripada dasar awam?
"Pembangkang tidak seharusnya menganggap dengan hanya kerana mereka bersatu dalam menentukan siapakah yang bakal menjadi perdana menteri, pengundi akan mengabaikan kekurangan dasar inisiatif yang boleh dipercayai pada pilihan raya umum akan datang."
Beliau juga mengkritik DAP kerana memerangkap dirinya dengan menyerang Dr Mahathir.
"Dr Mahathir sudah meninggalkan kerajaan selama 13 tahun dan sekarang kita tidak boleh terus menyalahkan beliau tentang kesilapan yang beliau lakukan terhadap negara ini.
"Kita mesti memulakan semula dan tunjukkan apakah dasar yang akan kita laksanakan untuk rakyat. Yang akan menjadi cara lebih baik untuk mendapatkan sokongan orang Melayu," tulis Zaid.

Bimbang Kecoh, Ramai Peniaga Petaling Street Mungkin Tutup Kedai Esok



Petaling Street mungkin lengang pada sabtu ekoran ancaman yang diterima daripada penganjur penunjuk perasaan baju merah.

Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur, Datuk Ang Say Tee berkata kira-kira 400 daripada 773 peniaga takut akan berlaku huru-hara seperti mana yang berlaku pada himpunan baju merah, 16 September lalu.

"Ahli-ahli telah menghubungi saya dan bertanya jika mereka perlu tutup kedai pada hari Sabtu. Mereka bimbang perniagaan akan terganggu.

"Saya nasihatkan mereka supaya membuat laporan polis. Kami takut sebab kami menjalankan perniagaan," kata Say Tee.

Beliau berkata, jika benar terdapat barangan palsu atau tiruan dijual di situ, bukan penunjuk perasaan baju merah yang patut mengambil tindakan terhadap para peniaga sebaliknya ia menjadi tanggungjawab pihak berkuasa.

"Jika kami buat salah, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), polis atau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan perlu mengambil tindakan terhadap kami, bukan mereka," kata Say Tee.

Setelah gertak, protes baju merah dibatalkan esok, kata Ali Tinju

Presiden Persatuan Tentera Veteran Melayu Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju yang mengakui menjadi penganjur perhimpunan baju merah esok di Jalan Petaling di Kuala Lumpur mengumumkan pembatalan protes tersebut.
Beliau berkata, keputusan untuk membatalkan protes tersebut  diputuskan selepas disarankan pihak berkuasa untuk berbuat demikian.
Bagaimanapun beliau berkata keputusan membatalkan hanya bersifat sementara untuk memberi ruang kepada pihak berkuasa menyelesaikan isu tuntutan hak peniaga Bumiputra di Jalan Petaling.

"Setelah dinasihatkan oleh polis, jadi kita membatalkan saja dan ini bertujuan untuk memberi masa dan ruang kepada pihak berkuasa menyelesaikan isu di Jalan Petaling. "Tapi kita tidak jamin sekiranya masih ada protes esok cuma ianya bukan daripada pihak kita," katanya kepada The Malaysian Insider.
Bagaimanapun beliau memberi amaran sekiranya pihak berkuasa gagal untuk menyelesaikan isu tersebut maka, gerakan baju merah tidak akan teragak - agak untuk menganjurkan protes semula.
Beliau juga tidak menolak akan berlaku  kekerasan dalam protes yang akan dianjurkan kelak.
"Kita tidak akan berdiam diri? kalau masih gagal selesaikan masalah kita tidak akan dengar pihak berkuasa lagi, kita akan tetap adakan protes biarpun sekiranya dalam bentuk kekerasan," katanya kepada.

Anwar simbol solidariti politik Malaysia


MSO

Nafas maufakat diambil oleh Pakatan Harapan (PH) untuk menobatkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri (kalau pakatan pembangkang itu menang) tidak disenangi oleh sesetengah pihak.
Anwar simbol solidariti politik Malaysia
Ada yang mempertikaikan tindakan itu dari segi relevannya dari beberapa perkara. Mereka menyoal apakah PH sudah tidak ada tokoh lain untuk diangkat menjadi PM selain Anwar?
Ada juga komen-komen bersifat individual meluahkan rasa muak dengan pembangkang yang tidak habis-habis untuk mengangkat Anwar sebagai pemimpin.
Tindakan itu bagi mereka seolah-olah hanya Anwar sahaja layak menjabat jawatan itu. Jelas mereka yang berperasaan begitu mereka yang tidak mengenali atau mengetahui keistimewaan yang ada kepada sosok ini kenapa beliau digilai untuk dijadikan PM walaupun beliau dihalang dengan berbagai cara dan tipudaya.
Ada juga yang secara berterus terang mengatakan Anwar sudah terlepas "puyan" (musim), tamat tempoh. Masa Anwar untuk jadi PM dalam usia selepas 70 tahun sudah terlalu lambat. Kalau PH menang pilihan raya nanti usia Anwar ketika itu sudah melebihi 70 tahun dan ia dilihat sudah tua dan letih dan tidak sesuai lagi.
Selain itu Anwar juga disifatkan sudah tidak ada "wow", tidak ada daya tarikan lagi. Lantaran itu pengumuman Anwar itu juga dianalisakan sebagai tidak memberi tambahan nilai sokongan kepada PH. Apa yang hendak diceritakan bahawa Anwar sudah pudar karismatik melainkan sebagai seorang pemukul sejarah dan kesangsaraan hidupnya yang penuh pencaroba dalam perjuangan politik. Mereka menganggap Anwar kini adalah perenung masa di ruang terpojok.
Alasan pemerhati itu kononnya golongan muda sudah tidak tertarik dengan Anwar, dan bagi mereka Anwar bukan isu lagi, andaian itu betul walaupun tidak seratus peratus. Memang Anwar bukan pemimpin di era mereka. Memang generasi muda tidak ada chemistry perjuangan dengan Anwar. Mereka berada jauh di belakang genta dan retak perjuangan Anwar. Sewaktu Anwar sudah mengheret dada dalam perjuangan mereka dan mempolehi beberapa Ph.D masih belum wujud lagi.
eeBukan saja generasi baru, bah mereka yang sudah tua, yang terpesona dengan fitnah-fitnah pihak tertentu yang memburuk-burukkan Anwar, dan jahil pula dengan sejarah dan tidak membaca bilbiografi mengenai Anwar akan tidak merasai apa-apa yang disumbangkan oleh Anwar. Bahkan mereka akan melihat Anwar sebagai jaguh pengkhianat seperti mana dijaja dan dijual oleh media "PB".

Mereka merasa Anwar bukan pembawa cahaya kebaikan tetapi pemancu kejahatan dan pengkhianat bangsa.
Sebaliknya mereka yang senantiasa menghayati dan memahami ucapan dan semangat yang diluahkan serta bijak membelah dadanya, betapa bapa reformis itu membawa gagasan besar untuk kaum berbilang kaum seperti Malaysia ini. Anwar mempunyai iltizam yang tinggi untuk kesejahteraan negara ini. Tidak terlampau kalau dikatakan Anwar adalah pembawa obor membunuh kegelapan yang melingkungi rakyat marhaen selama ini.
Bagi ahli politik pula mereka tidak akan dapat menafikan kehebatan dan ksitimewaan yang ada kepada Anwar ini bagaimana ia telah menjadi satu halangan besar buat mereka. Gara-gara kerana takut dan bimbang kepada kehebatan Anwar inilah maka mereka sanggup mengambil tindakan menyekat Anwar dan menutup kebebasannya untuk bergerak.
Jadi tidak hairan kalau generasi muda kurang terasa dengan kehadiran Anwar. Bagi mereka yang malas membaca idea dan buah pemikirannya, lagilah berasakan Anwar tidak ada guna bahkan merasa bosan dengan Anwar apabila berbagai isu di kelilingnya ditimbulkan. Separuh politik Malaysia bergerak bernadikan Anwar sebagai isunya. Anwar adalah penggerak roda politik Malaysia dan dia juga menjadi modal keuntungan dan kelabaan bagi sesetengah orang.
Bukankah itu satu kehebatan? Tiga orang perdana menteri Umno, bermula dari Dr Mahathir Mohamad sampai ke Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak terpaksa berhadapan dengan Anwar. Mereka (Umno) menjadi susah dan kekuasaannya hampir ternafi oleh Anwar. Najib menuruti "sunnah" Mahathir dalam menghang dan membendung pengaruh Anwar, dengan memenjarakannya, berbeza dengan Abdullah yang mengambil pendekatan berbaik-baik.
Tindakan Dr Mahathir dan Najib Razak itu menjelaskan bahawa Anwar masih relevan dan merupakan musuh utama bagi Umno dan menjadi penyekat kepada penerusan kerja-kerja zalimnya demi mempertahankan kuasa. Mungkin orang hanya nampak Najib meneruskan sunnah Mahathir dengan memenjarakan Anwar, tetapi sebenarnya tindakan Najib lebih jauh dan sadis dari itu.
Najib bukan saja hanya menghalang Anwar tetapi beliau juga turut menghuruharakan Pakatan Rakyat. Kemusnahan Pakatan Rakyat dan kecelaruan dalam Pas adalah tindakan tidak langsung Najib dalam usaha menghalang kemaraan Anwar membela rakyat.

Politik dan pembunuhan karakter memang tak dapat dipisahkan

oleh Hazlan Zakaria

Nampaknya seperti ada kaitan antara PKR dan pembunuhan karakter, daripada Ketua Umumnya yang kini dipenjara sehinggalah kepada bekas MB, pemimpin kanan parti, dan juga parti pembangkang lain yang sepatutnya menjadi sekutu mereka.
Pada kebanyakan masa kita mahu menganggap yang PKR-lah mangsa kepada pembunuhan karakter dengan pelbagai serangan ke atas pemimpinnya daripada penguasa dan sekutu mereka. Dan memang benar, pada sebahagiannya.
Pemimpin PKR berhadapan serangan pembunuhan karakter dan terjejas kerananya. Contoh utama adalah Anwar Ibrahim sendiri, yang telah dibicarakan, dijatuhkan hukuman bersalah dan dipenjara atas tuduhan yang dianggap meragukan oleh ramai orang.
Pemimpin parti yang lain juga telah diserang untuk merosakkan karakter dan maruah mereka melalui media dan cara-cara lain.
Namun PKR bukanlah bersih sepenuhnya, kerana ada yang melihat parti itu juga nampaknya telah menggunakan cara yang sama dalam politik dalamannya.
Antaranya, ramai yang merasakan bahawa satu puak dalam parti itu, dipercayai mahu bersaing merebut kuasa, memainkan peranan dalam pembocoran kertas mahkamah berhubung prosiding penceraian yang membunuh karakter politik salah seorang calon utama bagi jawatan tinggi parti.
Selain itu tuduhan-tuduhan berat juga dilemparkan ke atas MB dari parti itu hanya kerana mahu menggantikan beliau dengan pemimpin yang lain.
Dan memang, pemimpin PKR yang membuat tuduhan ke atas bekas MB dan ahli parti itu sehingga perlu memohon maaf bagi menyelesaikan saman fitnah yang dibuat bekas MB tersebut.
Namun tuduhan yang dilemparkan telah memusnahkan karakter dan profil politik bekas MB, yang menyaksikan beliau ditohmah secara terbuka dan akhirnya berundur.

Mungkin beliau sendiri bukanlah “malaikat”, namun pasti ada yang tertanya-tanya sejauh mana kebenaran tuduhan-tuduhan tersebut memandangkan ia diselesaikan di luar mahkamah.
Dan berkaitan soal pakatan politik, nampaknya PKR boleh dianggap parti yang melakukan pembunuhan karakter yang sama terhadap parti pembangkang yang tidak diinginnya dalam satu platform yang sama. Jika benarlah kata-kata sesetengah pihak.

Selepas ugut, Jamal beri jaminan tidak hadir protes di Jalan Petaling esok

Jurucakap perhimpunan "baju merah" Datuk Jamal Md Yunos memberi jaminan beliau tidak akan terlibat dalam protes yang didakwa akan berlangsung di Jalan Petaling, Kuala Lumpur esok.
Ketua Umno bahagian Sungai Besar itu berkata, beliau masih lagi berada dalam suasana sambutan Hari Raya Aidil Adha dimana esok perlu menghadiri banyak program Korban di kawasannya.
"Besok saya di Sungai Besar. Masih lagi sambutan raya, esok ada lagi acara korban,  jadi saya langsung tidak akan terlibat dalam perhimpunan esok, Saya tidak akan hadir," katanya kepada pemberita di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di Selangor malam ini.

Kroni Melayu yang malas punca sindrom ‘Ali Baba’

Farid Affandi: Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan membantu orang Melayu telah disalahguna oleh politikus Melayu untuk mengkayakan diri sendiri dan kroni mereka.
Namun ekoran sikap malas mereka, kroni-kroni ini mencetuskan sindrom “Ali-Baba”.
Oleh kerana dasar pendidikan yang teruk, anak-anak Melayu tidak dapat menguasai bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Namun apa yang menyebabkan kurangnya keyakinan diri orang Melayu adalah tindakan pemimpin yang membuatkan mereka merasakan tidak cukup bagus jika tidak kerana pemimpin-pemimpin ini.
Sara Yeng: Sejujurnya inilah kesan daripada dasar kerajaan yang teruk. Secara fitrah kita memang tidak menghargai hal-hal yang percuma. Kita hanya menghargai sesuatu yang perlu diperolehi dengan cara yang sukar.
Buing Sultan: Benar. Bukan Melayu sahaja, tetapi ia juga bagus untuk golongan Bumiputera yang lain. Marilah bermain di padang sama rata. Dasar “survival of the fittest” berjaya kerana ia membuatkan semua berjuang dan berusaha keras untuk kehidupan.
Jihep Atoi: Saya tidaklah percaya dengan meritokrasi itu sendiri, tetapi versi Malaysia seperti Malaytokrasi, Cinatokrasi, Indianokrasi, Dayaktokrasi atau Kadazantokrasi.
Mungkin istilah-istilah ini kedengan mengarut, tetapi kita bukanhkah telah dan terus melihat kekarutan saban hari sekarang. Haih!
Gabriel Walter: Jika meritokrasi bermaksud kerja keras, maka buruh tentunya menduduki tempat yang lebih baik dalam masyarakat berbanding eksekutif yang sering minum di Starbucks.
Johan L Ha: Buangkan tongkat dan orang Melayu yang telah merosot akibat Umno akan rasa terancam dan tidak selamat. Mereka akan salahkan DAP seolah-olah DAP yang berkuasa sejak merdeka.
Michel Wright: Oleh kerana mereka sekian lama disuap, tiada cara lain lagi untuk mereka bangkit. Satu-satunya jalan untuk mereka bangkit adalahberhenti disuap.
Phil Ho: Menyedihkan kerana ini benar. Namun, sukar bagi semua orang jika mereka berpendidikan dan boleh berfikir dengan logik.

Pisahkan politik dan bisnes demi pentadbiran korporat yang baik

oleh Farah Saad

PETALING JAYA: Tindakan memberi ganjaran kepada ahli-ahli politik dan kakitangan kanan kerajaan dengan melantik mereka ke lembaga-lembaga syarikat selepas bersara atau meninggalkan pejabat, boleh menjejaskan pertumbuhan yang dicapai oleh program transformasi syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLCT). Ia juga boleh menjejaskan pelaksanaan tadbir urus korporat.

Dalam tempoh 10 tahun sejak GLCT dilaksanakan, syarikat-syarikat G20 telah menyaksikan permodalan pasaran mereka berkembang 3.2 kali ganda daripada RM133.8 bilion pada Mei 2004, kepada RM431.1 bilion pada 7 April. Untuk meneruskan pertumbuhan yang sihat ini, Walau bagaimanapun, kerajaan perlu memastikan politik dan dunia perniagaan kekal berasingan, yang tidak dilakukan program-program ini.

Dekan fakulti perniagaan Universiti Sains dan Teknologi Malaysia, Dr Yeah Kim Leng berkata apa yang amat masih ketara ialah penggunaan jawatan korporat sebagai insentif bagi ahli-ahli politik. "Kerajaan perlu memastikan politik terpisah daripada perniagaan kerana ini boleh mengganggu pembuatan keputusan pelaburan, dan mengurangkan nilai pemegang saham.

Kami telah melihat beberapa contoh di mana kedudukan korporat digunakan sebagai insentif, dan ini tidak sihat. “Trend ini tidak membawa kepada keyakinan pelabur atau tadbir urus korporat yang baik. Bukannya sedikit calon-calon yang berkaliber dari bidang keusahawanan. Cabaran yang dihadapi adalah untuk mempunyai pertumbuhan yang lebih inklusif," kata Yeah.

Ketua pegawai eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Datuk Shahril Ridza Ridzuan semasa perbincangan panel mengenai GLC Transformasi Story pada 7 Ogos, berkata yang usaha memisahkan politikdari dunia korporat kekal sebagai isu yang perlu ditangani, bagi memastikan amalan tadbir urus korporat terbaik.

G20 ini termasuk CIMB Group Holdings Bhd, Axiata Group Bhd, Malaysia Airports Holdings Bhd, Malayan Banking Bhd, Telekom Malaysia Bhd, Tenaga Nasional Bhd, UEM Group Bhd, UMW Holdings Bhd dan Sime Darby Bhd. Syarikat-syarikat G20 lain ialah Malaysia Building Society Bhd, Chemical Company of Malaysia Bhd (CCM), BIMB Holdings Bhd, TH Plantations Bhd, Affin Holdings Bhd, Malaysian Resources Corp Bhd dan Boustead Holdings Bhd.

Ekonomi, ringgit pulih jika Najib tiada, kata Dr Mahathir

Ekonomi dan mata wang negara hanya akan pulih jika Datuk Seri Najib Razak disingkirkan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.
Dalam tulisan di blognya, bekas Perdana Menteri itu berkata, jika mata wang dan ekonomi mahu dipulihkan, Najib mesti berhenti menjadi perdana menteri.
"Hanya apabila beliau berhenti menjadi perdana menteri Malaysia, ekonomi negara akan pulih, nilai ringgit meningkat semula dan kos sara hidup turun.

"Hanya selepas penyingkirannya rakyat Malaysia boleh berdiri sama tinggi dengan negara lain semula," kata bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu melalui blog popularnya chedet.cc hari ini. Dr Mahathir berkata, walaupun pada mulanya, beliau bekerja keras untuk memastikan Najib mengambil alih jawatan tertinggi negara itu, beliau kini mahu pengganti Tun Abdullah Ahmad Badawi itu disingkirkan.
"Ia bukan soal perbadi.
"Ia adalah kerana beliau gagal menjadi perdana menteri," kata negarawan bersara itu.
Beliau juga mendakwa Najib membayar orang untuk berdemo di jalanan bagi menyokong beliau, merujuk kepada perhimpunan "baju merah" pada 16 September lepas.
"Najib membayar orang untuk berdemo di jalanan untuk menyokong beliau. Beliau turut melakukan tindakan yang menyalahi undang-undang sama seperti penunjuk perasaan yang mahu menggulingkannya," kata bekas perdana menteri yang berhidmat selama 22 tahun itu.
Langkah Putrajaya untuk menahan penunjuk perasaan membantah Najib juga tidak bersifat demokratik, kata Dr Mahathir yang turut hadir pada perhimpunan Bersih 4 baru-baru ini bagi mendesak Najib meletak jawatan.

Dr Mahathir dakwa Malaysia tidak lagi diuruskan dengan cekap

Berdekad Malaysia diuruskan dengan baik sejak merdeka tetapi ia kelihatan semakin merosot apabila negara dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menulis dalam blognya, bekas perdana menteri itu berkata, di bawah Najib, kerajaan hilang sokongan walaupun duit banyak diberikan kepada rakyat.
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata berdekad Malaysia diuruskan dengan baik sejak merdeka tetapi ia kelihatan semakin merosot apabila negara dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. – The Malaysian Insider file pic, September 25, 2015. Beliau turut mengecam keputusan Najib yang melantik pegawai Britain sebagai penasihat dan perunding luar negara dalam pentadbiran Malaysia.

"Menggaji mereka dengan jumlah kos berbilion ringgit tetapi nasihat mereka tidak baik untuk negara. "Mereka naif dalam politik, ekonomi dan sensitiviti Malaysia," tulisnya melalui blog popularnya chedet.cc.
"Hasilnya, pembangunan Malaysia semakin lembap dan setiap kaum bercakaran antara satu sama lain," katanya.
Dr Mahathir berkata, kemarahan penjawat awam apabila mewujudkan Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) untuk ambil alih tugas Unit Perancang Ekonomi, yang didakwa dibayar dengan gaji lumayan berbanding penjawat awam.
"Ia mengundang beberapa penjawat awam yang bersara menyertai pembangkang, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini," tambahnya.

Semakin hampir RM4.50 DAN SETERUSNYA TAK MUSTAHIL CECAH RM5.00 !!!

Syukur.. RINGGIT MAKIN JATUH BAIK UNTUK PELAJAR ASING & PELANCONG ASING !!!

Tapi TV3suku bgtau satu negara ringgit TAK AKAN CECAH RM4 TAHUN INI & TAHUN DEPAN.. KOH!! KOH!! KOH!!

Tak heran pon Malaysia MAKIN JAHANAM...
Jika ini berterusan, tak mustahil negara kita akan muflis dengan peningkatan kadar inflasi yang mendadak...

Masih gah nak laungkan Hidup Melayu di PWTC ??

Gerakan Merah: Jamal nafi ancam, takutkan orang awam

“Saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak berniat untuk memberi ancaman atau ketakutan kepada orang awam seperti yang dilaporkan dan disensasikan oleh media terutama media alternatif,” demikian ujar Pengerusi Gabungan NGO Melayu,‎ Datuk Jamal Md Yunos.

Jamal berkata demikian ketika menyanggah laporan media yang mendakwa dia tidak menolak kemungkinan berlaku rusuhan di Jalan Petaling esok.

“Saya hanya ingin menyatakan kegusaran saya sekiranya tiada apa-apa tindakan diambil oleh pihak berkuasa terutama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) ke atas aduan dan ketidakpuasan hati kumpulan yang berhimpun di Jalan Petaling pada 16 September lepas.

“Pada 16 September lepas, saya telah diminta oleh pihak polis untuk membantu menyuraikan sekumpulan peserta yang berhimpun di kawasan Jalan Petaling. Ketika proses penyuraian dan perbincangan tersebut, saya telah menjadi orang tengah di mana pihak yang berhimpun tersebut telah menyatakan tiga tuntutan untuk diambil perhatian oleh pihak berkuasa terutamanya KPDNKK,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Jamal dilaporkan meramal kemungkinan berlakunya rusuhan pada himpunan di Jalan Petaling petang esok.

Jamal didakwa sebagai berkata, rusuhan tersebut mungkin berlaku sekiranya tidak ada sebarang tindakan dari kerajaan ke atas peniaga-peniaga di Jalan Petaling yang menjual barangan tiruan.

“Saya sedikit kecewa dengan laporan-laporan dan kenyataan yang dikeluarkan oleh media terutama media alternatif berkenaan kenyataan saya ketika sidang media di IPD Ampang Jaya pada 23 September lepas.

Najib perlu letak jawatan Menteri Kewangan kata PAS


KUALA LUMPUR: PAS bertegas bahawa Datuk Seri Najib Razak perlu melepaskan jawatan Menteri Kewangan dan penasihat 1MDB dengan serta-merta.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini supaya kedua-duanya tidak lagi bercampur-aduk dan pihak Kementerian Kewangan dapat mengambil tindakan sewajarnya ekoran nasihat daripada Gabernor Bank Negara.

"Apakah Najib bimbang tanpa beliau sebagai Penasihat 1MDB mahupun Menteri Kewangan, 1MDB tidak mampu bertahan daripada siasatan yang cuba dijalankan pelbagai pihak?" tanya beliau dalam satu kenyataan.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Berita-berita negatif mengenai negara Malaysia terus datang berpusu-pusu sehinggakan Pengerusi CIMB, Datuk Nazir Razak melahirkan kebimbangan mengenai masalah kewangan yang sedang dialami negara.

Semalam, Moody Corp’s telah mengeluarkan satu carta perbandingan yang menunjukkan Malaysia dikategorikan di dalam ‘junk’.

Negara yang mendapat taraf ‘junk’ adalah negara yang mempunyai jurang terbesar antara penilaian rasmi kreditnya oleh agensi antarabangsa dan apa yang ditunjukkan melalui aktiviti kredit yang sebenarnya.

Dengan berita siasatan terhadap pengaliran dana haram yang dikaitkan dengan 1MDB di seluruh dunia terutamanya laporan Wall Street Journal dan New York Times, hasilnya nilai Ringgit menjunam mencecah RM4.40 kepada USD1 dan menghampiri RM3.10 kepada SGD1.

Sebelum ini, Gabenor Bank Negara Tan Sri Akhtar Zeti Aziz berkata nilai Ringgit akan pulih sekiranya isu 1MDB dijawab dengan sepenuhnya.

Dr M: Singkir Najib selamatkan Malaysia


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kegawatan ekonomi dan penyusutan nilai ringgit hanya akan dapat dipulihkan jika Datuk Seri Najib Razak disingkirkan.
Dalam entri terbaru beliau petang ini, Dr Mahathir berkata, disebabkan itu rakyat Malaysia mesti menuntut supaya Najib diketepikan daripada jawatannya dan langkah itu "demokratik sepenuhnya".
"Tindakannya menahan orang ramai kerana berhimpun untuk menuntut peletakan jawatan adalah tidak demokratik dan bercanggah dengan undang-undang negara," katanya.
Dr Mahathir menjadi antara pengkritik tegar terhadap Najib dan berkali-kali mendesak supaya anak bekas perdana menteri kedua Malaysia itu meletak jawatan.
Ketika media arus perdana kebanyakannya menyekat kenyataan dibuat Dr Mahathir, beliau yang pernah menjadi perdana menteri selama 22 tahun menggunakan saluran media sosial seperti blog untuk menyatakan pandangannya dari semasa ke semasa.
Beliau juga hadir sebanyak dua kali ketika BERSIH 4 berlangsung pada 29 dan 30 Ogos lalu.
Menurut Dr Mahathir, beliau juga menggesa rakyat negara ini menuntut Najib membenarkan dirinya disiasat oleh badan bebas.
"Najib mesti membenarkan proses perundangan diteruskan. Jika didapati dia melakukan perkara haram, dia mesti meletak jawatan," katanya.
Berusaha keras untuk Najib
Dalam entri terbarunya bertajuk Najib itu, Dr Mahathir juga mendakwa perdana menteri mengupah orang ramai untuk menunjuk perasaan di jalanan sebagai tanda menyokong pentadbirannya.
"Dia bagaimanapun mengharamkan orang ramai menunjuk perasaan menuntut dia meletak jawatan," katanya.
Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada Himpunan Rakyat Bersatu yang diadakan pertubuhan bukan kerajaan pada sambutan Hari Malaysia 16 September lalu.
Dianggarkan seramai 45,000 orang hadir di program turut dikenali sebagai himpunan baju merah itu.
Perhimpunan itu diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur.
Dalam entri hari ini, Dr Mahathir menyingkap semula pelantikan Najib sebagai perdana menteri dan pelbagai "kesalahan" dilakukannya.

PAS kata Pakatan Harapan tiada harapan


Tidak semua orang gembira apabila Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengumumkan pentadbiran negeri itu kini dikenali sebagai kerajaan Pakatan Harapan.
Gabungan pembangkang di peringkat persekutuan itu membabitkan DAP, PKR dan Parti Amanah Nasional Negara (AMANAH) yang wujud daripada pecahan PAS.
Pada pandangan PAS Pulau Pinang, Pakatan Harapan kelihatan tidak seperti yang diharapkan rakyat menjadi pembangkang kuat serta pilihan kepada BN.
Setiausaha PAS Pulau Pinang Fadzil Mohd Kemi berkata keputusan bersama gabungan itu untuk melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri jika berjaya mengalahkan BN dalam pilihan raya umum ke-14 nanti juga tidak realistik.
"Mana mungkin sebab Anwar yang menjalani hukuman penjara lima tahun atas tuduhan meliwat dan tidak boleh bertanding dalam mana-mana pilihan raya sehingga habis tempoh pada Februari 2020.
"Beliau juga dilarang menyertai politik secara aktif selama satu penggan (atau lima tahun)," katanya kepada Malaysiakini.
Dalam keadaan begitu, Kata Fadzil, Pakatan Harapan kelihatan tidak memiliki pemimpin yang berkarisma untuk diangkat sebagai perdana menteri.
Pada masa sama, katanya Pakatan Harapan juga perlu mengumpul undi Melayu mencukupi bagi menawan Putrajaya.
Keadaan itu, katanya, tidak boleh terjadi tanpa PAS.
"Akar umbi Melayu menolak AMANAH kerana mereka dilihat sebagai pengkhianat kepada PAS. Orang Melayu tidak memandang ringan pengkhianat begitu saja," katanya.

Duta China lawat Jalan Petaling


Sehari sebelum himpunan diuar-uarkan akan diadakan di Jalan Petaling, Duta China Huang Hui Kang melawat kawasan itu hari ini.
Selepas meluangkan masa kira-kira sejam melihat pusat komersial yang didominasi peniaga Cina di situ, Huang memberitahu media, negaranya menentang sebarang bentuk keganasan, perkauman dan sikap melampau yang disasarkan terhadap kumpulan etnik tertentu.
"Tiada mana-mana pihak berhak memperlekehkan undang-undang atau menghina undang-undang.
"Kerajaan China sentiasa menghormatoi kewujudan bersama secara aman melalui hubungan antarabangsa dan tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain.
"Berhubung dengan percanggahan kepentingan China, pelanggaran hak undang-undang dan kepentingan rakyat serta warga China yang mungkin merosakkan persahabatan antara China dan Malaysia, kita tidak akan leka," kata Huang.
Lawatan Huang ditemani pemimpin Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur.

Himpunan merah berpotensi musnahkan Malaysia

Peniaga-peniaga Jalan Petaling: Kenapa susahkan kami?

FAKTA.. 'baboons' bontot MERAH memang ganas.


Gerakan Merah: Ali Tinju keras kepala

Tetap ingin adakan bantahan di Jalan Petaling walaupun polis telah beri amaran akan bertindak.
ali-tinju
PETALING JAYA: Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali Ali Tinju yakin perhimpunan Baju Merah akan diadakan di Jalan Petaling pada Sabtu.
Katanya, ia akan diteruskan bagi menuntut hak sama rata kepada peniaga pelbagai kaum di kawasan berkenaan.
“Kita tidak mahu melihat sesebuah kaum memonopoli kawasan itu. Ia harus dikongsi bersama antara kaum India, Melayu dan Cina, barulah sesuai dengan konsep 1 Malaysia,” katanya yang dipetik daripada Antarapos.
Dia mendakwa, 99 peratus perhimpunan akan diadakan dan yang akan datang adalah pahlawan-pahlawan Melayu.
Atas semangat itu, pihaknya tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak.
“Itu bukan hak mereka untuk mempertikaikan Gerakan Merah. Ia akan berterusan, tidak kiralah daripada arahan pihak berkuasa atau sebaliknya,” tegasnya.

PAS anggap Najib lebih percaya 1MDB berbanding Bank Negara

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menganggap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak lebih percayakan kenyataan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berbanding teguran Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz terhadap syarikat sarat hutang milik negara itu.
Timbalan presiden PAS itu berkata, tindakan Najib yang membisu terhadap saranan Zeti agar segala persoalan berhubung 1MDB dijawab bagi memulihkan nilai ringgit amat menyedihkan.
Najib yang merupakan pengerusi lembaga penasihat1MDB menurut Tuan Ibrahim, dilihat seperti mengiyakan kenyataan balas 1MDB terhadap saranan Zeti.

"Sebelum ini, Tan Sri Zeti Aziz berkata nilai ringgit akan pulih sekiranya isu 1MDB dijawab dengan sepenuhnya. "Sedihnya saranan Zeti langsung tidak disambut Datuk Seri Najib Razak selaku menteri kewangan malah dibiarkan dicemuh 1MDB.
"Kebisuan Najib menonjolkan bahawa seluruh kementerian kewangan dan beliau tidak dapat bertindak dengan adil kerana Najib masih bertugas selaku penasihat 1MDB.
"Bahkan, ia memberikan gambaran yang sangat negatif kepada kewangan negara apabila menteri kewangan lebih mempercayai kata-kata satu syarikat yang dinasihati beliau daripada gabernornya sendiri," kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini.
Disebabkan itu, PAS mendesak Najib agar melepaskan jawatannya selaku menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

Berlagak 'Panglima', baru disergah dah tercirit?


Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos menafikan beliau adalah penganjur himpunan yang diuar-uarkan bakal berlangsung di Jalan Petaling Street, esok.
Sebaliknya, Jamal mendakwa, beliau hanya menyampaikan hasrat individu yang merusuh di Jalan Petaling ketika Himpunan Rakyat Bersatu yang berlangsung pada 16 September lepas.
Malah, ketika dihubungi Malaysiakini Jamal berkata beliau tidak terlibat sepenuhnya dalam himpunan yang dijadualkan berlangsung esok, sekaligus menegaskan tidak akan menyertai acara berkenaan.
"Apa yang saya cakapkan itu adalah bagi pihak mereka (individu yang merusuh di Jalan Petaling pada 16 September). Apa yang mereka sampaikan kepada saya dan saya hanya sampaikan hasrat mereka.
"Saya juga hanya tunaikan janji saya dengan berjumpa Ketua Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta beberapa pihak berwajib lain supaya tiga tuntutan mereka sebelum ini dapat diberikan perhatian," katanya.
Kalau pihak berkuasa tidak memberikan perhatian kepada tiga tuntutan itu, kata Jamal, kemungkinan besar akan berlaku lagi himpunan dan rusuhan Sabtu ini.
Ada berasa tertindas
Bagaimamapun, ketika diminta mengulas himpunan yang didakwa itu tetap diadakan, Jamal berkata, ia memang berkemungkinan ada.
"Sebab tarikh yang mereka beri adalah esok. Jika ada himpunan, mungkin berlaku rusuhan seperti 916," katanya.
Istilah 916 adalah merujuk kepada tarikh 16 September lalu apabila sekumpulan peserta baju merah berkumpul di depan pintu masuk Jalan Petaling dan mendesak dibenarkan melalui laluan berkenaan.
Bagaimanapun polis menghalang mereka sebelum tercetus sedikit kekecohan.
Kata Jamal, tindakan beliau menyampaikan keinginan pihak tertentu yang "berasa ditindas".
"Saya takut digelar munafik. Saya tidak terlibat (dalam himpunan esok)," katanya.

Ali Tinju: 99% chance Petaling Street protest will take place

Cops give Petaling Street traders confidence

Channel NewsAsia Insight "A Fractured Nation"

Polis perlu lakukan siasatan ke atas penganjur "Baju Merah"

Polis perlu lakukan siasatan ke atas penganjur "Baju Merah"
KUALA LUMPUR: Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mendesak supaya siasatan serta pendakwaan dilakukan terhadap Ketua UMNO Bahagian Sungai, Datuk Jamal Md Yunos walaupun menarik balik ancaman yang dikeluarkan bagi menganjurkan perhimpunan di Petaling Street pada 26 September ini.

Bersih 2.0 dalam satu kenyataan hari ini berkata, pasukan polis perlu melakukan tugas mereka secara profesional dan tidak berat sebelah ketika melakukan siasatan ke atas Jamal.   

Menurutnya lagi, sekiranya Jamal tidak disiasat selepas mengeluarkan kenyataan yang berunsurkan ancaman jenayah, lebih banyak kumpulan seperti "Baju Merah" akan diwujudkan; di mana akan menjejaskan ekonomi negara khususnya untuk sektor pelancongan dan meruntuhkan keyakinan pelabur asing untuk melabur di Malaysia.

"Bagaimanapun, siasatan dan pendakwaan perlu diteruskan walaupun Jamal menarik balik rancangan untuk berhimpun (di Petaling Street) yang bertujuan bagi mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas peniaga yang menjual barangan tiruan," katanya.

Jamal dipanggil hari ini untuk beri keterangan berhubung perhimpunan di Jalan Petaling

Polis akan mengambil keterangan Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia, Datuk Jamal Md Yunos hari ini berhubung perhimpunan di kawasan Jalan Petaling.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata Jamal akan dipanggil ke Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Dang Wangi pada petang ini.
"Dia (Jamal) diminta tampil untuk ke IPD (Ibupejabat Polis Daerah) Dang Wangi untuk memberi kenyataan berhubung perhimpunan di Jalan Petaling petang ini," katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur, hari ini.

Bagaimanapun, Noor Rashid enggan mendedahkan bila masanya untuk Jamal perlu hadir. Perhimpunan di Jalan Petaling itu akan diadakan esok bertujuan membantah kehadiran warga asing, yang menjalankan peniagaan termasuk menjual barangan larangan dan tiruan di lokasi berkenaan.
Semalam polis memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mencetuskan huru-hara di Jalan Petaling.
Selasa lepas, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata pihaknya tidak membenarkan sebarang perhimpunan di kawasan Jalan Petaling mahupun mana-mana kawasan, yang dilihat boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam. – Bernama

MCA: Hentikan retorik kaum dalam PAU

Ekoran himpunan baju merah oleh kumpulan penyokong Melayu pada 16 September lalu seorang pemimpin MCA mengingatkan Umno supaya melupakan retorik perkauman dalam perhimpunan agung tahunan parti itu Disember ini.
Gesaan itu, kata Senator Chai Kim Sen (gambar), dibuat untuk mengelakkan keharmonian kaum dimusnahkan atau perlembagaan negara disanggah melalui salah guna hak kebebasan bersuara.
"Menjelang Pehimpunan Agung Tahunan Umno akan datang saya menyeru rakan dari parti itu tidak terbawa-bawa dengan retorik perkauman untuk mendapatkan keuntungan politik dalam ucapan mereka," katanya dalam kenyataan dibuat hari ini.
Komen Chai itu dibuat kerana Umno gagal mengawal pemimpin parti itu dari Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos yang menuntut supaya 50 peratus gerak di Jalan Petaling diperuntukkan kepada penjaja Melayu.
Kegagalan memenuhi tuntutan itu didakwa bakal mencetuskan rusuhan di pusat perdagangan didominasi peniaga Cina itu esok.
Chai yang juga Pengerusi Biro Publisiti MCA memberitahu di sebalik kata-kata Jamal itu tiada ahli Umno mengecam kenyataan berkenaan atau mengambil langkah meyakinkan rakyat.
Justeru Chai menggesa pemimpin Umno di peringkat pusat dan bahagian supaya menunjukkan pertimbangan sewajarnya serta memastikan ahli parti berkenaan tidak terjerumus dalam aktiviti melampau yang "boleh mengancam keharmonian masyarakat".
"Sebarang kerosakan terhadap hubungan antara kaum, serta pelanggaran semangat BN serta Perlembagaan Persekutuan mesti dikutuk," katanya.

SOALAN UNTUK SYED ALI MENGENAI ZAHID HAMIDI

Nampak tidak senang benar Ketua UMNO Bahagian Cheras, Syed Ali Alhabshee yang tidak lama sebelum ini dilantik sebagai Pengerusi PNS dengan tulisan saya bertajuk "Tentera Siber Zahid Mula "Mengamuk"...Hahaha" bertarikh 22 September lalu yang menurut tafsirannya sebagai percubaan melaga-lagakan atau cuba mewujudkan perselisihan antara Najib Razak dengan Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam tulisan itu, saya hanya membangkitkan mengenai tindakan yang saya percaya dilakukan oleh tentera siber Zahid untuk mempertahankan "boss"  mereka di ruangan komen blog saya berkenaan satu artikel mengenai Timbalan Perdana Menteri itu tetapi tidak pula berbuat apa-apa apabila saya menulis mengenai Najib.

Menurut Syed Ali, bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila seseorang pemimpin mempunyai  jentera siber yang setia, termasuk dimiliki oleh Anwar Ibrahim juga.

Untuk pengetahuan Syed Ali, persaingan kuasa antara pemimpin nombor satu dengan nombor dua adalah perkara biasa dan telah beberapa kali berlaku sebelum ini.

Di arena politik yang lebih luas, telah lama wujud pepatah Barat yang berbunyi "Pemimpin nombor dua adalah sahabat dalam politik tetapi musuh dalam kuasa kepada pemimpin nombor satu."

Tiada yang pelik dan mustahilnya jika perselisihan itu berlaku sebenarnya, tambahan lagi dalam kedudukan Najib yang semakin tidak disukai sekarang ini.

Dalam konteks Najib dan Zahid ini,  saya ingin menanyakan beberapa soalan kepada Syed Ali:- 

Tahukah Syed Ali, sudah ada penyokong-penyokong setia Zahid ketika berbual sesama mereka sekarang ini tidak lagi memanggilnya sebagai Timbalan Perdana Menteri, tetapi dengan sebutan Bakal Perdana Menteri?

Jika Syed Ali merasakan saya cuba melaga-lagakan Perdana Menteri dengan Timbalan Perdana Menteri, beliau juga seharusnya membuat ingatan terbuka kepada penyokong Zahid agar menghentikan segala bentuk keghairahan yang keterlaluan dan tidak kena dengan masanya itu.

Tony Pua dihalang masuk Sarawak kerana isu 1MDB, lapor Utusan


Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua dihalang masuk ke Sarawak kerana beberapa sebab termasuk syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), lapor Utusan Malaysia. Sumber pentadbiran negeri Sarawak memberitahu akhbar milik Umno itu, ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu kini disenarai hitam daripada memasuki negeri itu.
Sumber memberitahu Utusan, oleh kerana nama Pua disenarai hitamkan, maka beliau diarahkan meninggalkan Sarawak menerusi penerbangan dari Lapangan Terbang Miri pada 4.20 petang pada Rabu, sebaik sahaja dikesan memasuki negeri itu.

"Memang sebelum ini Tony dibenarkan masuk Sarawak tetapi namanya disenarai hitamkan baru-baru ini ekoran beberapa sebab termasuk tuduhan yang dilemparkannya terhadap 1MDB," kata sumber itu kepada Utusan.Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua dihalang masuk ke Sarawak kerana beberapa sebab termasuk syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), lapor akhbar. – Gambar fail The Malaysian Insider, September 25, 2015. Pada 2.30 petang pada Rabu, semasa makan tengahari bersama Ahli Parlimen Piasau Alan Ling di sebuah restoran, lima pegawai imigresen mengambil Pua untuk dibawa ke Lapangan Terbang Miri dan diarahkan menaiki pesawat pulang ke Kuala Lumpur jam 4.20 petang.
Pada sidang media di restoran berkenaan, Pua memberitahu tujuan beliau ke Sarawak adalah untuk menghadiri satu majlis anjuran DAP di Kampung Pasir Lutong, Miri.

Tian Chua gesa henti spekulasi pendirian PSM bercanggah Perlembagaan

Naib Presiden PKR Chua Tian Chang berkata semua pihak patut menghentikan spekulasi mendakwa Parti Sosialis Malaysia (PSM) tidak dijemput menyertai Pakatan Harapan kerana prinsip parti itu yang bercanggah Perlembagaan Persekutuan. – Gambar fail The Malaysian Insider, September 25, 2015. 
Naib Presiden PKR Chua Tian Chang berkata semua pihak patut menghentikan spekulasi mendakwa Parti Sosialis Malaysia (PSM) tidak dijemput menyertai Pakatan Harapan kerana prinsip parti itu yang bercanggah Perlembagaan Persekutuan. 

Naib Presiden PKR Chua Tian Chang menggesa semua pihak agar menghentikan spekulasi mendakwa Parti Sosialis Malaysia (PSM) tidak dijemput menyertai Pakatan Harapan kerana prinsip parti itu yang bercanggah Perlembagaan Persekutuan. Menurut Chua yang lebih dikenali sebagai Tian Chua, PKR sebelum ini pasti tidak akan membenarkan parti itu bertanding menggunakan logo mereka dalam pilihan raya umum jika PSM menyimpang daripada Dasar Bersama Pakatan Rakyat dan Perlembagaan Persekutuan.
"Saya berharap sahabat dan seteru menghentikan spekulasi yang prinsip dan visi PSM tidak sepadan dengan Perlembagaan. Kita mungkin tidak bersetuju dengan ideologi parti, namun kita perlu mengakui PSM mempunyai hak yang sah menjadi sebahagian daripada sistem demokrasi berparlimen," kata ahli Parlimen Batu itu dalam kenyataan hari ini.

Menurut Chua, jemputan menyertai sidang meja bulat pembentukan Pakatan Harapan baru-baru ini adalah bergantung kepada budi bicara ketua pembangkang. Namun jelasnya, walaupun PSM tidak dijemput, itu tidak bererti mereka dipinggirkan terus daripada Pakatan Harapan.
"Proses ini masih di peringkat awal dan lebih banyak perbincangan susulan akan dilaksanakan sehingga kita mencapai matlamat akhir kita iaitu menyatukan semua parti dengan objektif yang sama.
Chua turut menzahirkan rasa kesalnya dengan persepsi tidak tepat terhadap PSM susulan perbincangan meja bulat Pakatan Harapan baru-baru ini.

Amanah mohon maaf, tapi PSM jangan keterlaluan

 Ahli Jawatankuasa Amanah Mohamed Hanipa Maidin berkata PSM yang menggunakan istilah tipu (lies) adalah kenyataan yang agak ‘strong’ dan berkata Amanah tidak berniat berbohong ketika menjelaskan sebab PSM tidak bersama Pakatan Rakyat atau Pakatan Harapan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 September, 2015.  
Ahli Jawatankuasa Amanah Mohamed Hanipa Maidin berkata PSM yang menggunakan istilah tipu (lies) adalah kenyataan yang agak ‘strong’ dan berkata Amanah tidak berniat berbohong ketika menjelaskan sebab PSM tidak bersama Pakatan Rakyat atau Pakatan Harapan.

Susulan daripada kenyataan Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang “berang” dengan tindakan 2 pemimpin Pakatan Harapan, Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini membuat permohonan maaf secara terbuka.
Ahli Jawatankuasa Amanah Mohamed Hanipa Maidin berkata, sehingga kini beliau sendiri tidak mengetahui punca sebenar PSM tidak menyertai Pakatan Rakyat atau Pakatan Harapan.
"Saya boleh menghargai kekecewaan sahabat-sahabat daripada PSM yang terkilan dengan alasan yang dikatakan menjadi punca PSM tidak dijemput menyertai Pakatan Rakyat (PR) atau Pakatan Harapan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, ahli Parlimen Sepang itu mempertahankan rakan seperjuangannya dan mengatakan PSM agak keterlaluan dalam membuat pertuduhan. Beliau berkata Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Meng dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad tidak berniat berbohong ketika menjelaskan sebab PSM tidak bersama Pakatan Rakyat atau Pakatan Harapan.
Bekas pemimpin PAS itu berkata, beliau percaya Ong dan Khalid hanya menyampaikan maklumat yang disampaikan kepada mereka.
"Saya percaya mereka berdua tidak mempunyai niat untuk memalukan PSM atau menipu atau apa niat buruk yang lain.
"Oleh itu apabila ada sahabat-sahabat PSM menggunakan istilah tipu atau bohong (lies)'kepada kedua-dua sahabat saya itu, bagi saya ,ia satu kenyataan yang agak ‘strong’ dan adalah lebih baik ia tidak dikeluarkan sebegitu," katanya.
Beliau berkata tuduhan sebegitu tidak harus dilemparkan terutama kepada Khalid, kerana selama ini ahli Parlimen Shah Alam itu selalu mempertahankan Pengerusi PSM Dr Mohd Nasir Hashim daripada pemimpin tertinggi PAS.
Hanipa berkata, tindakan Khalid yang seringkali mempertahankan Nasir menyebabkan ahli Parlimen Shah Alam itu turut menerima tempias.
"Khalid Samad sendiri antara individu yang banyak mempertahankan Nasir dalam isu Kota Damansara meskipun beliau terpaksa berhadapan dengan para pemimpin PAS termasuk pemimpin tertinggi yang cuba bersungguh mengetepikan Nasir dengan pelbagai tuduhan tuduhan yang berbentuk ‘hearsay’ dan tidak dibuktikan.

Isu perkauman tak berkesan ketika ekonomi teruk, kata penganalisis

Pemerhati politik dalam dokumentari television Singapura Channel News Asia (CNA) berkata Umno mungkin boleh menggunakan isu perkauman untuk menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, namun ia tidak akan berkesan dalam jangka masa panjang. – Gambar fail The Malaysian Insider, September 25, 2015. 
Pemerhati politik dalam dokumentari television Singapura Channel News Asia (CNA) berkata Umno mungkin boleh menggunakan isu perkauman untuk menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, namun ia tidak akan berkesan dalam jangka masa panjang.

Umno mungkin boleh menggunakan isu perkauman untuk menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, namun ia tidak akan berkesan dalam jangka masa panjang sekiranya kerajaan gagal menyelesaikan isu sebenar mengenai pentadbiran tidak baik, dakwaan rasuah serta ekonomi, kata pemerhati politik dalam dokumentari television Singapura Channel News Asia (CNA) malam tadi.
Bercakap dalam program "Insight", dokumentari yang bertajuk "A fractured nation", tiga pemerhati politik berkata, isu perkauman digunakan kerana ia memberi keyakinan kepada Najib beliau masih mempunyai sokongan, walaupun perdana menteri dan presiden Umno itu terus diperhatikan ramai berhubung pentadbiran dan dakwaan skandal beliau.
Namun Dr Maszlee Malik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata, penggunaan isu perkauman tidak akan bertahan kerana orang ramai perlu memikirkan kelangsungan hidup mereka apabila ekonomi mula memburuk.

"(Mereka) yang di sekeliling (Najib) yang menggunakan perkauman untuk terus hidup. Tetapi ia tidak akan berkekalan. Akhirnya, apabila ekonomi jatuh mereka akan fikirkan kelangsungan hidup mereka," kata pensyarah itu dalam dokumentari selama 30 minit itu. Penganalisis berpangkalan di Singapura Dr Ooi Kee Beng mengambil pandangan perkauman merupakan ciri "standard" dalam politik Malaysia, dan ia selalu "ada" untuk digunakan ahli politik.
"Perkauman adalah kad utama. Ia selalu boleh digunakan.
"Tetapi kini Melayu adalah majoriti dan dari segi ekonomi, mereka mengawal syarikat berkaitan kerajaan (GLC), mengawal kerajaan dan Parlimen... jadi mengatakan yang mereka diancam adalah tidak masuk akal."

STENCH OF 'DEATH' IN M'SIA: Vultures attack Ringgit with Najib 'DEADER' than a 'dead man walking'


The sell-off in the Malaysian ringgit, already among the world's worst performing currencies, may run further amid a toxic mix of shaky economic fundamentals and the spreading of what is being called the country's worst-ever political crisis.
The ringgit has fallen around 40 percent over the past year, with the U.S. dollar fetching around 4.34 ringgit on Thursday. That's the Malaysian currency's weakest against the greenback since late 1997, when the dollar at one point fetched as much as 4.88 ringgit.
"There remains significant downside risk even after the sharp ringgit correction," Hak Bin Chua, an analyst at Merrill Lynch in Singapore, said in a note Wednesday, noting that he sees little comfort from claims Malaysia is much stronger than in 1997, when it took a wallop from the Asian Financial Crisis (AFC).
"Some leverage indicators are much higher than in 1997, including household, public and external debt," Chua noted, citing data showing household debt as a share of gross domestic product (GDP) is almost double at 86 percent, compared with 1997's level of 46 percent. He noted public debt as a percentage of GDP is also significantly higher at 54 percent, up from 31 percent in 1997.

"The ringgit depreciation has not strengthened exports or improved the trade balance at all," he said, adding he also expects foreign investors will begin unwinding their holdings of Malaysian government bonds once the Federal Reserve begins increasing interest rates, expected later this year. Foreign investors currently own 47 percent of Malaysia's rinngit-denominated debt that is currently outstanding.
"The current currency crisis may not be a repeat of history and 1997, but it sure rhymes and is probably far from being over," he said.
Chua sees another factor as set to weigh on the currency's prospects: "The current political crisis, sparked by the 1MDB scandal, is the worst in Malaysia's history."
The 1Malaysia Development Berhad (1MDB) fund, launched in 2008 to promote economic development, has been in the limelight for months, amid allegations of false auditing, huge debt and, more recently, financial fraud. In July, the Wall Street Journal published a report alleging nearly $700 million flowed from the fund to Prime Minister Najib Razak's personal bank account. Najib has repeatedly denied any wrongdoing. Singapore and Switzerland have both suspended bank accounts tied to 1MDB and in the U.S., media reports said the Federal Bureau of Investigation (FBI) is investigating as well.

Jamal nafi terbabit dengan bantahan esok

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar menyalahkan media yang didakwanya memutar belit kenyataannya.
jamal
PETALING JAYA: Pengerusi Gabungan NGO Melayu, Datuk Jamal Md Yunos menegaskan dirinya tidak terbabit dengan himpunan Baju Merah yang dihebah akan berlaku pada 26 September di Jalan Petaling.
Tegasnya perkara berkenaan timbul susulan salah faham terhadap kenyataan yang dibuatnya 23 September lalu.
“Kenyataan-kenyataan yang dilaporkan disensasikan oleh media-media dan ia tidak menggambarkan secara tepat apa yang saya jelaskan berkenaan kemungkinan berlaku himpunan pada Sabtu 26 September ini,” katanya kepada FMT.
Jelasnya, kenyataan yang diberinya sebelum ini hanyalah sebagai menzahirkan kebimbangan dan kegusarannya atas kemungkinan berlakunya rusuhan.
Mengulas lanjut, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar turut mendakwa pihak media telah menyiarkan bahagian-bahagian tertentu dari kenyataanya tanpa mengambil kira secara keseluruhan apa yang beliau telah nyatakan dalam sidang media tersebut.
“Perkara ini boleh menyebabkan kekeliruan di kalangan pembaca dan boleh disalah tafsirkan oleh umum. Oleh itu, saya meminta agar pihak media menyiarkan dan melaporkan kenyataan yang tepat secara menyeluruh agar tidak berlaku kekeliruan dan kecelaruan,” ujarnya.
Menurut Jamal, dia sedia untuk memberikan kerjasama jika dipanggil oleh pihak polis sekali lagi.
“Saya sedia untuk memberikan kerjasama kepada pihak polis, itu tidak menjadi masalah,” katanya.
Pada 23 September lalu, Jamal menyatakan rusuhan oleh kumpulan Melayu mungkin berlaku di Jalan Petaling pada Sabtu ini jika Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepengunaan (KPDNKK) tidak mengambil sebarang tindakan terhadap aduan yang telah dibuat.
““Kalau pihak berkuasa tak mengambil tindakan, saya yakin, 99 peratus akan ada perhimpunan dan mungkin juga akan berlaku satu rusuhan di sana. Hari sabtu ni,” ujarnya pada Rabu lalu.

Benteras barangan tiruan bukan tugas "Baju Merah"

Ia tanggunggjawab pihak berkuasa termasuk DBKL untuk membenteras barangan tiruan di Petaling Street
Petaling-Street_jamal_600
PETALING JAYA: Sebahagian besar premis perniagaan di Jalan Petaling dijangka menutup operasi niaga mereka pada Sabtu ini.
Ia susulan ancaman yang diterima daripada penganjur penunjuk perasaan Baju Merah untuk mengadakan bantahan di kawasan berkenaan.
Kekhuatiran itu disampaikan Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur, Datuk Ang Say Tee.
Katanya, 400 daripada 773 peniaga takut akan berlaku huru-hara seperti yang berlaku 16 September lalu.
“Ahli-ahli telah menghubungi saya dan bertanya jika mereka perlu tutup kedai pada hari Sabtu. Mereka bimbang perniagaan akan terganggu.
“Saya nasihatkan mereka supaya membuat laporan polis. Kami takut sebab kami menjalankan perniagaan,” katanya yang dipetik dari Mstar Online.
Mengulas mengenai dakwaan Pengerusi Gabungan NGO-NGO Melayu, Datuk Jamal Md Yunos, yang menjadikan alasan kebanjiran barangan tiruan di kawasan berkenaan untuk mengadakan bantahan, Say Tee berkata, ia bukan tugas Baju Merah, sebaliknya tanggungjawab Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
“Jika kami buat salah, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), polis atau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan perlu mengambil tindakan terhadap kami, bukan mereka,” tambah Say Tee.
Jamal yang juga, Ketua Umno Sungai Besar dan Pengerusi Gabungan NGO Melayu baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa akan berlaku kekecohan di Jalan Petaling pada Sabtu jika tuntutan penunjuk perasaan Baju Merah tidak dipenuhi.
Mereka mendesak supaya kementerian mengambil tindakan terhadap penjualan barang-barang yang dikatakan tiruan dan para peniaga perlu berkongsi sebahagian daripada pendapatan mereka dengan kaum lain dan berhenti memonopoli kawasan itu.

Skandal 1MDB: Najib salah guna SOSMA tahan Khairuddin

SHAH ALAM, 25 SEP : Penahanan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) menerima kecaman pelbagai pihak.
Terbaru, Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen dalam satu posting di Facebook, berkata SOSMA diluluskan di Parlimen bagi menyediakan langkah khas berkaitan kesalahan keselamatan.
Sebaliknya, beliau berkata Khairuddin hanya mempertahankan haknya dengan memfailkan laporan rasuah membabitkan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Bagaimana seseorang yang memfailkan laporan rasuah terhadap Perdana Menteri di luar negara dianggap mengancam keselamatan negara?
“Khairuddin tidak melancarkan perang ke atas Malaysia, beliau hanya memfailkan aduan rasuah terhadap (Datuk Seri) Najib (Razak),” katanya.
Beliau berkata implikasi tindakan terbaru Najib itu bukan sahaja tidak masuk akal, malah membimbangkan dan membuktikan salah guna kuasa.
“Untuk ‘mengunci’ Khairuddin, Najib menyalahguna kuasa dengan melakukan penahanan tanpa perbicaraan.
“Justeru, sempena Hari Raya Aidiladha hari ini, mari sama-sama kita berdoa kepada keluarga Khairuddin atas pengorbanan yang telah beliau lakukan,” katanya.

Nur Jazlan tak mahu himpunan "baju merah" diadakan lagi esok di Jalan Petaling

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengarahkan penganjur "himpunan baju merah” agar menghentikan niat mereka untuk  berhimpun di Jalan Petaling di Kuala Lumpur esok, lapor The Star Online.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, kumpulan baju merah sudah pun mengadakan perhimpunan pada 16 September lalu dan tidak perlu diadakan lagi kerana hanya akan menimbulkan ketakutan.
"Ketua Bahagian Umno, Datuk Jamal Md Yunos perlu hentikan perhimpunan. Buat himpunan baru hanya mengulangi perhimpunan yang sebelum ini.

“Peluang sudah diberikan dan kumpulannya menyatakan kebimbangannya, tetapi cukuplah," kata Nur Jazlan kepada The Star Online. Nur Jazlan berkata, rakyat Malaysia diberi kelonggaran demi kebebasan bersuara tetapi tanggungjawab itu perlu berhenti apabila sensitiviti kaum disentuh.
"Sebab itu bila polis ambil tindakan. Sungguhpun yang melakukannya Melayu, ketepikan saya sebagai kaum Melayu dan ahli Umno, saya rasa dia (Jamal) perlu hentikan," katanya.
Sebelum ini, Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa mempersoalkan motif himpunan esok memandangkan mesej himpunan pada 16 September sudah jelas disampaikan.
"Adakah perhimpunan pertama tidak berjaya dan kamu hendak adakan lagi satu perhimpunan? Orang tidak buat himpunan setiap minggu.
“Bersih buat himpunan setahun sekali dan sampaikan mesej besar dan mereka bukan mengancam orang lain," katanya.
Katanya "himpunan baju merah” 16 September lalu dicemari dengan mesej perkauman dan tidak membantu negara ke depan.
The Star Online turut melaporkan lebih daripada separuh peniaga bimbang dengan himpunan esok.
Mereka turut mencadangkan Pengerusi Persatuan Peniaga Petaling Street, Datuk Ang Say Tee menutup kawasan tersebut.
Beliau berkata 400 daripada 773 bimbang perhimpunan akan memburukkan esok.