Khamis, 24 September 2015

Jamal nak salahkan Cina.. tapi..

Perhimpunan 'Baju Merah' minggu lepas kecoh apabila sekumpulan penunjuk perasaan cuba merempuh benteng di Jalan Petaling sehingga memaksa pihak polis menggunakan tembakan meriam air bagi mengawal keadaan.

Jalan Petaling atau Chinatown sebelum itu diisytiharkan sebagai kawasan larangan oleh pihak berkuasa, dan banyak perniagaan ditutup hari itu kerana khuatir berlaku kejadian tidak diingini.

Jamal sebelum ini berkata, peserta perhimpunan kecewa dengan "imuniti" yang dinikmati peniaga di Jalan Petaling, dengan tiada tindakan diambil terhadap mereka walaupun menjalankan perniagaan haram.

Beliau juga menuduh mereka menjual produk tiruan dan video lucah. Beliau turut mencadangkan supaya peniaga Melayu dibenarkan menjalankan perniagaan di Jalan Petaling dan bukannya membiarkan kawasan itu terus dimonopoli kaum Cina.

Jamal berkata dia pernah memohon untuk mendapatkan tempat menjalankan perniagaan di kawasan itu 10 tahun lalu tetapi ditolak.

Oleh itu Jamal menuntut supaya kawasan perniagaan itu dibuka kepada orang Melayu..

Itu sebahagian dari apa yang dilaporkan oleh The Malaysian Insider beberapa hari yang lalu..

Apa yang jelas ialah Jamal telah meluahkan bahawa beliau pernah memohon untuk mendapatkan tempat bagi menjalankan perniagaan di situ tapi telah ditolak..

Lalu terus dia bagi tahu 1Malaysia yang kononnya kawasan itu telah dimonopoli oleh kaum Cina tapi dinafikan oleh Pengerusi Penjaja di kawasan tersebut.

Lawyers: Umno rebel Khairuddin innocent victim

There are no laws covering his activities and they cannot be taken out of context and lumped under other activities which have been criminalised.
khairuddin-abu-hassan_law_600_2
KUALA LUMPUR: Lawyers in the know and activists have come to the defence of sacked Umno Batu Kawan deputy divisional chief Khairuddin Abu Hassan who has been detained without trial under the Special Offences (Special Measures) Act 2012, under sections 124K and 124L of the Penal Code, for an activity which is not covered by the Act and these sections: “lodging police reports on the covering-up of wrongdoing and sweeping wrongdoing under the carpet.”
“No law, no crime. Nullum crimen, nulla poena sine praevia lege poenali. There exists no crime and no punishment without a pre-existing penal law is a basic maxim in legal thinking.”
The lawyers and activists also noted that the authorities concerned have suggested that Khairuddin “engaged in activities detrimental to parliamentary democracy and tantamount to toppling a democratically-elected government”.
One lawyer recalled that Inspector General of Police Khalid Abu Bakar even thinks that Khairuddin had engaged in sabotage and made local law enforcement agencies look bad by getting foreign authorities to put pressure on Malaysia through reports lodged abroad on alleged wrongdoing in Malaysia.

Pakar: Jangan jadikan sejarah alat politik


Aziz Bari

SHAH ALAM - Penulisan sejarah negara tidak sepatutnya dijadikan sebagai alat politik demi kepentingan pihak tertentu apabila fakta penting dalam pembentukan  negara disembunyikan oleh mereka yang berkuasa.

Pensyarah Undang-undang, Prof Madya Dr Aziz Bari menegaskan, penulisan semula sejarah negara tidak berkesudahan jika fakta itu terus dimanipulasi dan diseleweng mengikut acuan pemerintah sama ada BN mahupun pembangkang.

"Esok kita tulis balik dengan kaca mata (pihak) tertentu, orang lain akan tulis semula, jadi tak habis-habis tulis semula sejarah.

"Kalau kita nak hentikan masalah ini, kena lebih objektif, sejarah perlu ditulis sebagai sejarah dan bukan untuk tujuan politik," katanya kepada Sinar Online, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Aziz juga berkata, penulisan sejarah perlu dikendalikan oleh mereka yang pakar dalam bidang tersebut dan bukan ahli politik.

"Biarlah sejarah itu ditangani oleh pakar-pakarnya, penyelidikan dan mereka yang ada kepakaran, bukan oleh orang politik, itu yang kita tak mahu.

"Saya fikir pakar-pakar itu ada di universiti dan ada dalam kalangan kita, orang ini yang patut kita runding dan pakai," ujarnya.

Dilema 'Hang Tuah' politik yang dahagakan perubahan

oleh Alyaa Alhadjri
Mereka dilabel pengkritik sebagai “penjahat” yang ingin mencetuskan penentangan dari dalam parti,walaupun ada yang melihat mereka sebagai hanya mahu menyatakan kesilapan pihak sendiri.
Atau mungkin kita boleh memanggil mereka sebagai ‘Hang Tuah’, seperti pahlawan Melayu legenda yang terkenal dengan sifat setia tidak berbelah bahagi, walaupun dalam kes ini mereka memiliki kesedaran untuk membezakan yang benar dan salah dan benar-benar mahukan parti mereka menjadi lebih baik.
Kedua-dua mereka ini adalah pemimpin dihormati walaupun ramai yang bingung tentang apakah kebaikan yang mereka perolehi dengan kekal di dalam parti yang dikatakan telah mengkhianati pihak yang kedua-dua pemimpin ini perjuangkan.
Kehadiran mereka di acara pelancaran apa yang dinamakan sebagai “harapan baru” untuk Malaysia juga dilihat sebagai pengkhianatan secara langsung terhadap pendirian parti mereka.
Salah seorangnya mungkin berisiko mengalami kehilangan yang lebih besar, selepas kehilangan semua pengaruh dalam partinya dan kini bercakap atas kapasiti CEO sebuah NGO yang ditubuhkan presiden partinya.
Dipecat daripada parti mungkin menjadi faktor terakhir selepas beliau diberikan surat tunjuk sebab kerana menghadiri acara tersebut.
Sementara itu, seorang lagi kekal mengatakan beliau masih bercakap selaku ketua bahagian parti walaupun diketahui semua yang menyokong pandangannya telah berpindah kapal.
Beliau ke acara itu tanpa pengetahuan ketua parti, namun mereka kemudiannya bersetuju bahawa beliau memiliki hak untuk ke sana atas kapasiti peribadi.
Beliau juga berkata masih “menaruh harapan” tentang kemungkinan kerjasama antara partinya dengan pakatan pembangkang yang baru, walaupun pemimpin parti kemudiannya memutuskan yang mereka hanya mengekalkan hubungan dengan salah satu komponen pakatan tersebut.
Jika identiti kedua-dua pemimpin ini masih belum jelas, mungkin inilah masanya untuk memperkenalkan mereka – CEO Gerakan Kesederhanaan Global Saifuddin Abdullah dan MP Pokok Sena Mahfuz Omar.

Tragedi Mina: Semua staf Al Mashaaer Mekah Metro dari Malaysia selamat, kata pengarah projek

Tiada staf Malaysia yang berkhidmat dengan operasi Al Mashaaer Al Mugaddassah Mekah Metro Southern Line (MMMSL) terlibat dalam insiden rempuhan di Mina, yang dilaporkan mengorbankan lebih 719 jemaah haji setakat ini.
Sebuah ambulans sedang menghala ke Mina. Pengarah Projek Al Mashaaer Al Mugaddassah Mekah Metro Southern Line (MMMSL) berkata tiada staf Malaysia yang berkhidmat dengan operasi tersebut terlibat dalam insiden rempuhan di Mina. – Gambar Reuters, September 24, 2015. Pengarah Projek MMMSL, Khairani Mohamed berkata terdapat 440 rakyat Malaysia yang kebanyakannya staf Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) yang bertugas dalam operasi MMMSL.
"Semua staf kami selamat. Bagaimanapun, kami akan memantau dan meningkatkan kawalan di stesen-stesen untuk menjamin keselamatan para jemaah yang menggunakan perkhidmatan kami," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Direktorat Am Pertahanan Awam Arab Saudi, setakat ini 453 jemaah maut dan 719 lagi cedera dalam insiden di kawasan perkhemahan negara-negara Arab di Mina. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam sidang media berhubung perkara itu berkata tiada jemaah Malaysia terlibat dalam insiden rempuhan di Mina semasa jemaah haji melakukan ibadah melontar Jamrah hari ini. – Bernama

Tragedi Mina: 717 jemaah mati, 805 cedera dalam rempuhan


Jumlah angka korban dalam kejadian rempuhan di Mina semasa jemaah dari seluruh dunia sedang menunaikan ibadah haji di Arab Saudi hari ini meningkat kepada 717 orang, manakala yang cedera meningkat kepada 853, menurut Direktorat Pertahanan Awam Arab Saudi.Pasukan pertahanan awam Arab Saudi sedang menyelamatkan jemaah di Mina, di luar bandaraya suci Mekah. – Gambar Reuters, September 24, 2015. Memetik pihak berkuasa Pertahanan Awam Saudi, agensi itu berkata pasukan pertahanan awam sedang menjalankan operasi menyelamat dalam kejadian di pintu masuk jambatan ke jamrah untuk mengerjakan ibadat melontar jamrah di Mina, di luar Mekah.
Kejadian rempuh-rempuhan itu berlaku apabila bilangan besar jemaah berasak-asak di Mina, di luar bandaraya suci Mekah.

Lebih kurang dua juta orang kini mengerjakan ibadah haji di Arab Saudi, kata pihak berkuasa pertahanan awam Arab Saudi. Kejadian itu berlaku di Street 204 di pusat perkhemahan Mina, beberapa kilometer ke timur Makkah, di mana jemaah lazimnya menginap beberapa hari sebelum cara kemuncak musim haji bermula. – Bernama

SIDANG MEDIA KHAS TRAGEDI REMPUHAN DI MINA, ARAB SAUDI

A brief history of disasters at Mecca and Medina

GRAPHIC: Hundreds dead in Mecca stampede during Eid al-Adha

Hajj stampede: At least 717 killed in Saudi Arabia - BBC News

RM jatuh kepada RM4.31 berbanding USD....Laki-Bini bermewah duit negara di New York...!!

Najib-RMRinggit Malaysia terus mencatatkan penurunan berbanding Dolar Amerika Syarikat iaitu pada kadar RM4.38 pada pagi ini.
Sehingga jam 12 tengah hari semalam, unit tempatan berada pada harga 4.31 berbanding dolar AS daripada penutup sehari sebelum itu iaitu 4.29.
Nilai ringgit terus mencatat penurunan malam tadi pada harga 4.34 berbanding dolar AS dan terus merudum sehingga pembukaan hari ini.
Keadaan ini bertepatan dengan jangkaan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz bahawa ringgit akan terus merudum kontroversi syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melanda negara.
Katanya, pemulihan ringgit hanya terjadi sekiranya skandal 1MDB dan ketidaktentuan politik diselesaikan.
Kadar pertukaran mata wang Malaysia paling teruk merosot tahun ini susulan kontroversi 1MDB yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan kira-kira AS$700 juta (RM2.6 bilion) daripada pelbagai badan dikaitkan dengan 1MDB disalurkan ke akaun bank peribadi Najib, pada 3 Julai lalu.

Skandal 1MDB: Khairuddin akan cabar kesahihan penahannya di bawah Sosma, kata peguam


Bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan akan mencabar penahannya selama 28 hari di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma), kata peguamnya Muhammad Rafique Rashid Ali. Menurut Rafique, arahan itu diterimanya selepas bertemu Khairuddin petang tadi, yang ditahan di ibu pejabat polis Dang Wangi sehingga 21 Oktober depan.
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan akan mencabar penahannya selama 28 hari di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma). – Gambar fail The Malaysian Insider, September 24, 2015. "Kami terima arahan khusus daripada Datuk Khairuddin anak guam kami, supaya memfailkan permohonan perintah mahkamah bagi mengisytiharkan penahanannya ini tidak sah," kata Rafique kepada pemberita di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur, petang ini.

Rafique yang bertindak sebagai jurucakap kepada pasukan enam orang peguam mewakili Khairuddin berkata anak guamnya itu ditahan bagi melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 124K dan Seksyen 124L Kanun Keseksaan. Seksyen 124K berkaitan sabotaj dan 124L pula berkaitan cubaan mensabotaj.
Rafique bagaimana pun tidak memaklumkan tarikh terperinci permohonan Khairuddin itu akan difailkan.
Seorang lagi peguam Khairuddin, Fahmi Abd Moin berkata pihaknya berpuas hati dengan layanan polis kepada anak guamnya setakat ini.
"Polis setakat ini sangat membantu dan memberikan kemudahan kepada isteri beliau, Datin Seri Umie Aida untuk berjumpa beliau sebentar tadi dan kami ucapkan terima kasih kepada pihak polis," katanya.

Ringgit & 1MDB: Shafie Apdal pertahan kenyataan Zeti

Shafie meminta supaya pihak tertentu tidak terlalu defensif dan menerima nasihat yang dibuat Gabenor Bank Negara.
shafie-zeti
KUALA LUMPUR: Kenyataan Gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz bahawa orang ramai mempunyai hak untuk mengetahui kebenaran tentang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menunjukkan beliau mempunyai niat baik.
Bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Shafie Apdal berkata, ia menunjukkan beliau ingin berkongsi maklumat untuk dengan rakyat.
Mengulas mengenainya, Ahli Parlimen Semporna itu meminta pihak tertentu supaya tidak terlalu defensif, sebaliknya pandangan yang dibuatnya perlu diambil kira.
“Kita tidak boleh menjadi defensif tetapi menerimanya sebagai satu nasihat untuk mengatasi masalah. Ia pasti satu peringatan yang kukuh kerana ia keluar dari mulut seorang Gabenor Bank Negara,” katanya.
Pada Isnin, Zeti menyatakan orang ramai mempunyai hak untuk mendapatkan jawapan mengenai kontroversi syarikat pelaburan milik negara 1MDB serta penderma RM2.6 billion yang disalurkan ke akauan peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Zeti dalam ucapan beliau semasa forum itu juga menegaskan bahawa 1MDB merupakan faktor yang mempengaruhi penurunan nilai Ringgit.

JAMAL PATUT ANJUR DEMO DI DEPAN PEJABAT TPM DAN DBKL, BUKANNYA DI JALAN PETALING

Tidak cukup dengan perhimpunan berunsur perkauman yang digerakkannya bersama Pesaka pada 16 September lalu, Jamal Mohd Yunus yang mendakwa dirinya mewakili Gabungan NGO-NGO Melayu dilaporkan mahu mengadakan demonstrasi di Jalan Petaling pula pada Sabtu ini.

Daripada matlamat awal mengadakan demonstrasi itu untuk menuntut kouta tapak perniagaan untuk orang-orang Melayu di Jalan Petaling, tujuan demo itu kini bertambah cabangnya kepada  dakwaan mengenai kebanjiran warga asing dan penjualan barang-barang tiruan di kawasan tersebut.

Ini menunjukkan Jamal seperti sedang mengumpulkan banyak sebab untuk mengadakan perhimpunan itu dan seterusnya memancing kehadiran lebih ramai peserta.

Selain itu, sepertimana laporan banyak media atas talian, Jamal turut mengancam pihak berkuasa agar menyelesaikan segera isu-isu yang dibangkitkannya berkaitan Jalan Petaling yang memang dikenali sebagai kawasan perniagaan orang Cina jika tidak mahu perhimpunan dan kemungkinan "suatu rusuhan" akan berlaku.

"Kalau pihak berkuasa tak ambil tindakan, saya yakin 99 peratus akan ada perhimpunan dan mungkin berlaku rusuhan di sana," Jamal dilaporkan memberi ancaman.

Walaupun pihak polis melalui Timbalan Ketua Polisnya, Noor Rashid Ibrahim telah memberi amaran untuk mengambil tindakan tegas terhadap Jamal berikutan ancamannya itu, adalah disarankan agar pihak polis tidak berlengah-lengah lagi daripada menahan dan menyiasatnya.

Tindakan beliau sudah jelas bukan saja mengeruhkan lagi hubungan kaum di negara ini dan mungkin menyebabkan ketegangan yang lebih berlarutan dalam negara, bahkan jelas memalukan orang-orang Melayu sendiri.

Ini kerana, kalau pun pun orang-orang Melayu mahu turut sama menjalankan perniagaan di Jalan Petaling, ianya tidak harus dilakukan melalui rusuhan atau suatu bentuk kekerasan.

Kita bukan lagi hidup di zaman batu di mana kita boleh menggunakan kekerasan jika inginkan sesuatu kawasan itu. Perniagaan harus dijalankan dengan usaha gigih dan persaingan, tetapi tidak dengan merampas hak milik orang lain.

Oleh itu, tangkaplah segera Jamal yang rasis dan menyusahkan ini!!
Lagi pula, pihak yang mengeluarkan lesen untuk menjalankan perniagaan di Jalan Petaling ialah DBKL di mana Datuk Bandar dan Menteri Wilayah Persekutuannya adalah berbangsa Melayu.

TH kumpul maklumat jemaah di Mina

Ia dilakukan bagi memudahkan pihak TH mengesan kedudukan jemaah di sana.
minaPETALING JAYA: Tabung Haji (TH) sedang mengumpul maklumat bagi mengesahkan sama ada jemaah haji Malaysia terlibat dalam insiden rempuhan yang berlaku di Mina.
Menurut laporan yang dipetik daripada Mstar Online, Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim memaklumkan pihaknya sedang menjalankan pengiraan jumlah jemaah Malaysia yang berada di sana.
“Berdasarkan jumlah itu, ia akan memudahkan kami untuk mengesan kedudukan jemaah Malaysia.
“Kami masih berkomunikasi dengan kumpulan petugas haji di sana yang diketuai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bersama jemaah haji Malaysia di sana.
“Kejadian baru beberapa jam berlaku dan kami tidak mahu memberi maklumat tidak tepat kerana ia sesuatu yang sensitif,” katanya yang dipetik daripada portal itu.
Menurut Abdul Azeez sebaik maklumat terkini diperoleh, TH akan memaklumkan semua pihak terbabit termasuk keluarga dan media tempatan.

Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden rempuhan di Mina - Dr Asyraf

Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden rempuhan di Mina semasa jemaah haji melakukan ibadah melontar Jamrah hari ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Beliau berkata kawasan kejadian rempuhan berkenaan tidak melibatkan laluan jemaah Malaysia untuk melakukan ibadah melontar itu.
"Jadual melontar bagi jemaah haji Malaysia ditetapkan selepas 5.30 petang dan 8 malam ini," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Beliau berkata jarak tempat kejadian rempuhan itu dengan kawasan perkhemahan jemaah Malaysia adalah kira-kira 3-4km. Menurut pihak berkuasa Arab Saudi, setakat ini seramai 310 jemaah maut dan 450 lagi cedera dalam insiden di kawasan perkhemahan negara-negara Arab di Mina, katanya.
Sehubungan itu, lapan pos kawalan jemaah haji sedia ada yang dilaksanakan Tabung Haji di Mina akan dipertingkatkan lagi tahap pemantauan dan kawalan ke atas jemaah haji negara ini.
"Tabung Haji bagaimanapun masih membuat semakan berterusan di perkhemahan jemaah haji Malaysia," katanya.
Insiden rempuhan itu merupakan kali kedua berlaku sejak 2006, yang menyaksikan 346 jemaah haji terkorban ketika menunaikan ibadah melontar.
Lebih tiga juta jemaah dari seluruh dunia termasuk lebih 22,000 jemaah Malaysia kini berada di Tanah Suci bagi melaksanakan ibadah haji.
Bagaimanapun, majoriti jemaah haji termasuk jemaah Malaysia masih berada di Mina untuk mengerjakan ibadah melontar selepas bermabit iaitu berada seketika atau bermalam di Muzdalifah malam tadi.
Mereka yang tiba secara berperingkat ke Mina dari Muzdalifah itu memulakan ibadah melontar bermula di Jamrah Kubra pada Khamis selepas terbit fajar subuh. – Bernama

Belajar fakta dan sejarah dahulu sebelum kamu bertindak!

oleh Ahmad Mustapha Hassan

Memang menyedihkan apabila segelintir orang Melayu, terutama yang menyertai apa yang dipanggil sebagai perhimpunan baju merah itu, tidak tahu tentang sejarah mereka dengan mengapa negara ini berubah menjadi sebuah negara pelbagai kaum, budaya dan agama.

Golongan Melayu ini masih belum keluar daripada cara berfikir tidak rasional dan logik serta emosional. Begitu juga dengan mentaliti tertawan dan berkelompok. Kebanyakan peserta malah tidak tahu mengapa mereka berada di perhimpunan yang menghasut itu.

Ada yang datang kerana diberi wang, makanan dan pengangkutan percuma. Ada yang memikirkan ia sebagai peluang untuk datang membeli-belah di Kuala Lumpur. Tetapi secara keseluruhan pengetahuan mereka tentang sejarah negara ini amat sedikit.

Sebelum kedatangan British, semenanjung penuh dengan konflik antara pelbagai ketua. Mereka tidak memikirkan tentang soal mewujudkan sebuah negeri di mana sempadan dan kawasan ditanda dengan jelas.

Setiap ketua akan merasakan sesiapa yang menerimanya sebagai kuasa tertinggi adalah subjeknya dan menjadi kepunyaan negerinya. Sumber hasil kebanyakannya datang daripada kegiatan pelanunan, cukai dan candu.

 Tiada keinginan atau wawasan untuk meluaskan hasil dengan sumber lain. Hanya Johor menunjukkan sedikit kemahuan untuk membangunkan negeri dengan membuka tanah kepada ladang gambir dan lada hitam.

Jika ‘keadilan’ adalah satu penghinaan, tangkaplah kami semua

oleh Hazlan Zakaria
Berita tentang penari Bilqis Hijaz yang didakwa di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995 kerana menjatuhkan belon kuning yang tertera perkataan “demokrasi”, “media bebas”dan “keadilan”, di satu acara yang dihadiri perdana menteri dan pasangannya benar-benar membingungkan saya.
Maksud saya, jika belon kuning sudah pun dianggap senjata dan boleh mengancam PM kita, saya takut apabila memikirkan apa lagi yang boleh dianggap sebagai “penghinaan” kepadanya dan undang-undang kabur mana lagi yang boleh digunakan, selain Seksyen 124B Kanun Keseksaan, Akta Hasutan dan akta lain yang sudah kita biasa dengar.
Dan jika “demokrasi”, “media bebas” dan “keadilan” adalah satu penghinaan, barangkali pihak berkuasa patut mendakwa lebih ramai rakyat. Ini kerana perkataan-perkataan inilah yang digunakan ramai ketika kami melihat mereka yang memegang kuasa.
Kerana kekurangan aspek-aspek inilah yang menjadi penyakit yang melanda negara kita. Penyakit yang berpunca daripada parti pemerintah dan kepimpinannya yang angkuh. Mereka ini nampaknya terlalu mudah merasa terhina, kalaupun tidak terancam dengan hanya belon dan warna kuning.
Saya tertanya-tanya bagaimana mereka boleh ke istana diraja dan ke mesyuarat Majlis Raja-raja. Kuning adalah warna rasmi mereka.

Tragedi Mina: 220 jemaah dikhuathiri mati, 450 lagi cedera dalam rempuhan

Pasukan penyelamat Arab Saudi sedang menyelamatkan jemaah di Mina, di luar bandaraya suci Mekah. – Gambar Reuters, September 24, 2015. 
Pasukan penyelamat Arab Saudi sedang menyelamatkan jemaah di Mina, di luar bandaraya suci Mekah.

Lebih kurang 220 orang jemaah dikhuatiri terbunuh dan 450 lagi cedera apabila jemaah haji berempuh-rempuhan semasa  mengerjakan ibadah haji di Arab Saudi, hari ini.
Kejadian rempuh-rempuhan itu berlaku apabila bilangan besar jemaah berasak-asak di Mina, di luar bandaraya suci Mekah.
Lebih kurang dua juta orang kini mengerjakan ibadah haji di Arab Saudi, kata pihak berkuasa pertahanan awam Arab Saudi.

Kejadian itu berlaku di Street 204 di pusat perkhemahan Mina, beberapa kilometer ke timur Makkah, di mana jemaah lazimnya menginap beberapa hari sebelum cara kemuncak musim haji bermula.

At least 220 dead, 450 hurt in stampede at Hajj in Saudi: civil defence

At least 220 people killed, hundreds injured outside Mecca in Hajj crush

Insiden rempuhan Mina: Sekurang-kurangnya 220 orang maut, 450 cedera

Insiden rempuhan Mina: Sekurang-kurangnya 220 orang maut, 450 cedera
Sekurang-kurangnya 220 orang maut dan 450 lagi tercedera dalam satu insiden rempuhan di Mina pada Khamis. 
MINA: Angka kematian dalam insiden rempuhan manusia ketika mengerjakan haji tahun ini telah meningkat kepada 150 orang, lapor Kementerian Pertahanan Awam Arab Saudi di akaun rasmi Twitter agensi itu.

Dalam laporan itu turut memberitahu, jumlah umat Islam yang cedera di  Mina adalah 400 orang.


Punyalah kencang Najib Razak sembang kecam ISRAEL !!!

Kononnya MELAYU lah satu2 bangsa di dunia kecam ISRAEL..

Di belakang Palestin.. KERAjaan UMNO/BN benarkan syarikat ISRAEL-ZIM berlabuh & berdagang di M'sia..

PALING AFDHAL guna penasihat APCO Yahudi dibayar RM76.8 juta setahun. INI APA !!!

Kenapa ULAR lidah bercabang ??

Kencingkan rakyat, putar belit & menjilat SIFAT WAJIB diketahui dlm pemimpin2 dumno..

100 Haj pilgrims die in stampede during devil-stoning ritual


At least 100 Muslim pilgrims died and 390 were wounded during in a stampede today during a stone-throwing ritual in the Saudi holy town of Mina, the Saudi Civil Defence Agency said.
The incident occurred as the faithful jostled to throw pebbles inside a multi-level structure known as the Jamarat in Mina, just outside the holy city of Mecca.
Nearly two million pilgrims participated in the symbolic stoning of the devil, a major ritual in the five-day annual Haj pilgrimage.
The incident comes three weeks after a construction crane collapsed in Mecca's Grand Mosque, Islam's holiest site, killing 107 people.
In 2006, a Haj stampede killed nearly 350 pilgrims.
Muslims are expected to perform the pilgrimage, one of Islam's five pillars, at least once during their lifetime, if they have the means to do so.
- dpa

Mula-mula Low Yat 2, kemudian Taylor’s; apa pula selepas ini?

Cynic View: Selepas kesilapan bodohnya dalam isu Low Yat 2, kononnya pembela maruah Melayu ini terus mengarut. Selepas memboikot peniaga Cina, beliau kini mahu “menghukum” Universiti Taylor.
Beliau boleh nafikan apa sahaja, tetapi kita tahu satu-satunya sebab beliau beri arahan kepada Mara kerana syarikat perkhidmatan bas itu ditamatkan kontrak oleh Taylor’s.
Dan dalam kegopohannya untuk mengecam Taylor’s, beliau telah menafikan bakal pelajar Mara peluang untuk belajar di salah satu IPTS terbaik. Siapa yang rugi tidak penting bagi menteri ini, selagi beliau boleh muncul sebagai wira untuk kaumnya.
Pandangan cetek seperti ini akan memusnahkan komuniti.
Dan untuk melihat menteri kerajaan ini boleh bertindak dengan penuh dendam dan remeh seperti ini memang menyedihkan. Nampaknya motto kerajaan adalah bercakap dulu, kemudian fikir, nafi atau jelaskan.
Mereka yang bertindak tergopoh-gapah pasti akan menyesal juga. Satu lagi episod memalukan untuk Malaysia!
Colin Nathan: Bolehkah saya cadangkan penubuhan Taylor’s 2, terutama untuk ahli Umno yang mahu menghantar anak-anak mereka dalam kursus yang tidak diiktiraf mana-mana syarikat atau majikan kecuali kerajaan Malaysia.
Jusoh: Ismail Sabri memperjudikan masa depan pelajar Melayu untuk memuaskan ego dan kebanggaannya. Tertanya-tanya adakah syarikat bas yang dimiliki penyokong pembangkang Melayu?
Roger 5201: Adakah begini caranya Menteri Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar mengangkat maruah Melayu, dengan bertindak terhadap pemegang biasiswa Melayu hanya kerana sebuah institusi tidak mahu terbabit dengan politik?
Edward Khoo: Pelajar yang tidak bersalah menjadi mangsa kepada satu tindakan politik. Adakah ini hukuman terhadap pelajar atau tindakan balas dendam terhadap universiti?
Mana-mana pun, jelas ia adalah tindakan untuk melindungi dan menyokong perhimpunan baju merah.
FourOs MatSaleh: Pelajar Melayu masih ada pelbagai universiti awam, UITM dan kolej Mara. Mereka tidaklah rugi sepenuhnya. Sedikit kerugian tetapi tidak apa-apa.
Apa yang mereka terlepas adalah peluang untuk ke institusi yang berwibawa, itu sahaja. Komplot politik di belakang langkah ini memang bodoh dan gagal dengan sendirinya.

Saudi Hajj crush kills 150 - BBC News

Naib presiden Umno gesa Putrajaya terima saranan Zeti, atasi segera skandal 1MDB

Datuk Seri Shafie Apdal menggesa Putrajaya menerima saranan Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz supaya menyelesaikan segera isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) supaya pelabur tidak terus hilang keyakinan kepada Malaysia.
Naib presiden Umno itu yakin kenyataan Zeti berhubung kejatuhan mata wang berpunca daripada skandal 1MDB mempunyai kebenarannya kerana Bank Negara sendiri terlibat dalam siasatan syarikat sarat hutang itu.
"Tan Sri Zeti selaku gabenor Bank Negara memperingatkan dengan niat yang kita yakin beliau mempunyai pelbagai maklumat tentang 1MDB yang perlu penjelasan dan penyelesaiannya," kata Shafie kepada pemberita semasa majlis korban di Semporna, Sabah pagi ini.

Zeti (gambar) baru-baru ini berkata, negara tidak perlu satu lagi skandal kewangan dan menegaskan kejatuhan mata wang hanya akan pulih jika isu berhubung 1MDB diselesaikan segera. Beliau juga berkata orang ramai berhak mendapat jawapan berhubung skandal kewangan membabitkan syarikat yang dinaungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu.
Shafie berkata, jika isu 1MDB tidak ditangani segera, ia akan terus menghakis keyakinan pelabur.
"Kesan dan tempiasnya bukan RM42 bilion defisitnya atau 2.6 bilion dalam ‎akaun peribadi tapi kesan daripada keyakinan dan kepercayaan pelabur antarabangsa boleh terhakis kalau perkara ini tidak diatasi."

MP dan ahli DAP buat laporan polis terhadap ugutan Jamal

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng dan beberapa ahli DAP lain telah membuat laporan polis terhadap Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos berkaitan kenyataan beliau mengenai kemungkinan rusuhan di Petaling Street pada hari Sabtu.
Merujuk kepada laporan berita mengenai kenyataan Jamal semalam, mereka menggesa polis menyiasat perkara itu dan membuat tangkapan.
"Kami minta polis menyiasat kata-kata provokatif dan ancaman yang dinyatakan oleh Ketua Umno Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos dalam artikel itu.
"Kami juga mendesak polis mengambil tindakan tangkapan dengan segera," demikian menurut laporan polis yang dilihat Malaysiakini.
Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pagi ini.
Sementara itu, The Star memetik Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim sebagai berkata Jamal akan dipanggil oleh pihak polis dalam masa terdekat.
Beliau dilaporkan berkata jika benar Jamal melahirkan kata-katan ancaman itu dan dia didapati menghasut rusuhan, maka polis akan mengambil tindakan.
Noor Rashid juga dilaporkan berkata bahawa pihak polis akan memanggil Jamal dalam masa terdekat.
Beliau dilaporkan memberitahu pemberita bahawa Jamal kini disiasat mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan berkaitan rusuhan, tetapi pihak polis juga mempunyai kuasa di bawah Seksyen 105 Kanun Prosedur Jenayah untuk membuat tangkapan bagi mengelak sebarang jenayah.
Selain itu, beliau berkata, polis akan menggerakkan anggotanya di Petaling Street sebagai langkah berjaga-jaga.

Skandal 1MDB: Suami ditahan 28 hari lagi, Umie Aida serahkan kepada peguam

Umie Aida, isteri kepada Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, berkata akan terus tabah selepas suaminya ditahan selama 28 hari. – Gambar ihsan Instagram, 24 September, 2015. 
Umie Aida, isteri kepada Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, berkata akan terus tabah selepas suaminya ditahan selama 28 hari.

 Isteri kepada Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, Datin Seri Umi Khalsum Rahmad Ali yang lebih dikenali sebagai Umie Aida kini menyerahkan sepenuhnya kepada peguam untuk membebaskan suaminya.
Khairuddin yang juga bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan kini ditahan 28 hari untuk siasatan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).
"Saya serahkan kepada peguam," kata Umie Aida kepada The Malaysian Insider selepas ditanya apakah tindakan susulan beliau selepas suaminya ditahan dengan lebih lama.

Khairuddin diwakili peguam Matthias Chang. Umie sebelum ini mengatakan sudah menjangkakan suaminya akan ditahan semula selepas dibebaskan.
Pelakon dan penyanyi terkenal itu di laman Instagram berkata, "terus tabah" kepada suaminya yang baru sahaja dibebaskan selepas direman sejak hujung minggu lalu kerana dituduh mahu menggulingkan kerajaan.
Khairuddin ditahan dipercayai berpunca daripada laporan berkaitan 1MDB di luar negara.
Beliau juga mengemukakan bukti yang berkaitan dengan 1MDB kepada Peguam Negara Switzerland di Bern, meminta pihak berkuasa negara itu menyiasat aktiviti syarikat tersebut yang melibatkan bank Switzerland dan beberapa bank antarabangsa.
Terbaru, beliau memohon pihak berkuasa Hong Kong untuk buat penyiasatan secara terperinci dan menyeluruh mengenai sumber kewangan beberapa syarikat yang dikatakan mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Skandal 1MDB: Khairuddin mungkin berdepan berbulan tahanan - Peguam

Bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang ditangkap semula petang semalam di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma), berpotensi berdepan dengan kemungkinan berbulan-bulan dalam tahanan, kata peguam hak asasi manusia, Syahredzan Johan.
Ini kerana di bawah Sosma, Khairuddin yang juga bekas timbalan ketua Umno bahagian Batu Kawan, boleh ditahan selama 29 hari.
Selepas itu, jika dia memang didakwa, tidak akan ada jaminan dan jadi Khairuddin akan ditahan reman sehingga akhir perbicaraan itu, yang boleh mengambil masa beberapa bulan.
Dan walaupun Khairuddin (kiri) dibebaskan selepas perbicaraan itu, pendakwa raya boleh memfailkan rayuan dan memohon untuk menahan remannya sehingga selesai rayuan itu, jelas Syahredzan.
"Pada asasnya, jika mereka (pihak berkuasa) mengambil jalan ini, maka Khairuddin mungkin berada di dalam tahanan untuk masa yang sangat lama," katanya kepada Malaysiakini.
Katanya, kes Khairuddin adalah kali pertama Sosma digunakan berhubung dengan skandal 1MDB.
Peguam Eric Paulsen dan New
Sin Yew juga berkata penggunaan Sosma terhadap Khairuddin adalah jelas satu penyalahgunaan undang-undang yang "zalim" itu.
Menurut Paulsen, Sosma bertujuan untuk "mengekalkan ketenteraman awam dan keselamatan" untuk keselamatan persekutuan, dan tindakan itu sepatutnya untuk sementara sahaja.
"Sosma hanya sepatutnya terpakai bagi kesalahan keselamatan yang tulen, bukan untuk melindungi kerajaan atau perdana menteri dari musuh politik mereka," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Sementara itu, New berkata membuat aduan kepada pihak berkuasa asing "yang sah di bawah undang-undang tempatan dan luar negara, tidak boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai suatu kesalahan terhadap negara".
"Khairuddin tidak sepatutnya disiasat, apa lagi yang ditahan di bawah Sosma," katanya.
Beliau juga mendakwa ianya sebagai satu percubaan kerajaan untuk "melepaskan diri" daripada siasatan pihak berkuasa asing.

Skandal 1MDB: Khairuddin ditahan 28 hari di bawah Sosma

Bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ditahan selama 28 hari untuk siasatan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma), kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.
Khairuddin, yang sebelum itu dibebaskan selepas ditahan reman sejak Sabtu lepas, ditahan semula semalam di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur.
Jumaat lepas, beliau ditahan Unit Siasatan Jenayah Terkelas dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di kediamannya di Mont Kiara, dipercayai berkaitan siasatan membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tahanan reman itu dibuat mengikut Kanun Keseksaan atas cubaan melakukan aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen. Rashid, yang ditemui pemberita selepas majlis korban dan solat sunat Aidiladha di Bukit Aman hari ini, berkata polis akan merujuk hasil siasatan kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya.
"Ada kemungkinan kita akan dapat lengkapkan kertas siasatan lebih awal."
Media tempatan melaporkan Khairuddin didakwa sedang merancang untuk meminta Amerika Syarikat campurtangan dalam hal ehwal Malaysia.
Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menganggap tindakan Khairuddin menggunakan saluran perundangan asing untuk mengenakan tekanan antarabangsa terhadap Malaysia berhubung isu 1MDB sebagai mensabotaj negara. – Bernama

Tindakan terhadap individu niat cetus huru-hara di Petaling Street kata Polis..!!

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan kepada mana-mana individu yang berniat mencetuskan huru-hara di Petaling Street, Sabtu ini.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata ini termasuklah individu yang mengeluarkan kata-kata berbentuk ancaman seperti di tempat awam atau di media sosial.
"Jika kami merasakan ia menimbulkan ancaman kepada awam dan boleh mencetuskan rusuhan, polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan," katanya kepada pemberita selepas solat Hari Raya Aidiladha dan majlis korban di Masjid Bukit Aman hari ini.
Beliau berkata kesalahan ini melibatkan Seksyen 143 Kanun Keseksaan danSeksyen 105 Kanun Keseksaan yang memberi kuasa kepada polis untuk menahan sesiapa sahaja untuk mencegah sebarang kesalahan termasuklah rusuhan.
"Saya juga akan panggil pihak penganjur perhimpunan untuk diambil keterangan," katanya.
Noor Rashid menasihatkan orang awam agar tidak menyertai perhimpunan itu atau berdepan dengan tindakan undang-undang.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan pihak tertentu untuk mengadakan perhimpunan di Petaling Street, Sabtu ini.
Antara lain perhimpunan itu diadakan ialah sebagai membantah kehadiran warga asing yang menjalankan perniagaan termasuklah menjual barangan terlarang dan tiruan di lokasi itu.

Ku Nan kata Pakatan Harapan akan bungkus

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Pakatan Harapan bakal berpecah akibat krisis dalaman. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 September, 2015.
Datuk Seri Tengku Adnan Tangku Mansor yakin penubuhan Pakatan Harapan bakal menerima nasib yang sama seperti Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini yang berpecah kerana krisis dalaman antara parti komponen. Dalam reaksi spontannya itu setiausaha agung Umno itu berkata seperti PR, gabungan parti baharu ini tidak akan bertahan lama.
"Saya rasa mereka akan bungkus, tidak ada pakatan. Mereka cuba untuk ikut Barisan Nasional (BN).

"Hanya BN sahaja parti yang berbilang kaum, mereka cuba tiru BN dan tengoklah apa jadi dengan mereka sekarang, Pakatan Harapan akan bungkus," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Polis akan siasat gertakan Jamal, berkawal di Jalan Petaling


Polis akan memanggil Datuk Jamal Md Yunos untuk disiasat berkenaan gertakannya yang mahu menggembleng 5,000 orang ke kawasan perniagaan Jalan Petaling yang didominasi Cina, Sabtu ini.Datuk Jamal Md Yunos akan dipanggil polis selepas mahu menggembleng 5,000 orang ke kawasan perniagaan Jalan Petaling di Kuala Lumpur. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 September, 2015. Memetik laporan The Star Online, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim memberi jaminan polis "pasti" akan bertindak terhadap ketua Umno bahagian Sungai Besar itu termasuklah menahannya jika beliau didapati sengaja mencetuskan huru-hara.
"Jika Jamal benar-benar mengeluarkan kenyataan mengugut, jika beliau didapati sengaja mencetuskan huru-hara, kita akan bertindak. Kita akan panggil dia tak lama lagi," katanya.

Menurutnya, Jamal akan disiasat mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan – yang berkaitan dengan penyertaan perhimpunan haram – dan polis juga tidak akan teragak-agak menahan ahli perniagaan itu di bawah Seksyen 105 Kanun Acara Jenayah. Kata Rashid, polis juga akan menempatkan anggotanya di Jalan Petaling sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi kemungkinan rusuhan Sabtu ini.
"Kami akan melakukan semua persiapan yang perlu bagi memastukan tiada gangguan dan Petaling Street selamat dikunjungi."
Jamal semalam menggertak akan mengetuai sendiri kumpulan 5,000 orang berhimpun di Jalan Petaling jika penguasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan tidak turun menjalankan operasi di situ hari ini.

Tidak faham erti pengorbanan walaupun pergi haji-Anina

Terdapat mereka yang berkali-kali pergi haji tetapi masih mementingkan diri sendiri sehinggga mengorbankan maruah agama, bangsa dan negara.
anina
PETALING JAYA: Masih ada individu yang tidak memahami erti pengorbanan yang sebenar walaupun sudah berkali-kali menunaikan ibadat haji.
Sindiran itu dibuat bekas ahli Wanita UMNO Cawangan Padang Mat Sirat, Anina Saadudin di laman Facebooknya.
“Ada umat Islam yang mementingkan diri sendiri sehingga mengorbankan maruah, nama baik keluarga, agama, bangsa dan negara.
“Kita hormati hari suci umat Islam ini untuk kesedaran, doa dan harapan,” katanya sempena ucapan Selamat Hari Raya Aidil Adha.
Menulis mengenai kenyataannya, dia menjelaskan status di laman sosialnya tidak digunakan untuk memaki hamun dan mencerca golongan tertentu sebaliknya beliau mendoakan semoga mereka yang tamak haloba dengan kekayaan dan kuasa serta pangkat dunia supaya segera insaf dan kembali kepada fitrah kemanusiaan.
“Saya seru umat Islam dan rakyat Malaysia dengan penuh hormat untuk menyemai semangat pengorbanan dan kasih sayang supaya negara kita ini kembali aman, makmur dan tenteram di bawah payung kepimpinan yang lebih baik dan memahami denyut nadi rakyat,” katanya.

PSM berang Pakatan dakwa mereka tolak hak istimewa Melayu

Bekas setiausaha agung PSM, S Arutchelvan menafikan parti itu menolak hak istimewa Melayu yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, selepas PSM tidak dijemput menyertai Pakatan Harapan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 September, 2015. 
Bekas setiausaha agung PSM, S Arutchelvan menafikan parti itu menolak hak istimewa Melayu yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, selepas PSM tidak dijemput menyertai Pakatan Harapan. 

Parti Sosialis Malaysia (PSM) berang dengan dua ahli Parlimen Pakatan Harapan yang didakwa sebagai berbohong berkenaan alasan parti itu tidak dijemput menyertai gabungan baharu pembangkang. Bekas setiausaha agung PSM, S Arutchelvan menafikan parti itu menolak perkara tersebut yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
Menurut Arutchelvan, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming dalam laporan Malaysiakini mendakwa PSM kekal tidak dijemput sejak pembentukan Pakatan Rakyat lagi kerana mereka tidak bersetuju dengan Perkara 153 yang diangkat dalam Dasar Bersama dahulu.

"Kami cabar dan tuntut penjelasan berkenaan kenyataan ini kerana ia tidak benar, bohong dan berniat jahat. "Bila dan di manakah perbincangan ini berlaku? Siapa yang hadir dan di manakah buktinya? Cuma ada 3 perbincangan di antara PSM dan PKR. Dalam semua perbincangan, tidak pernah Perkara 153 dibincangkan," kata Arutchelvan dalam kenyataan hari ini.
Dalam laporan yang disebut Arutchelvan, Khalid yang kini bersama Parti Amanah Negara mendakwa dasar sosialis PSM menyebabkan parti itu menolak hak istimewa Melayu.
Menurut Arutchelvan, perkara itu tidak benar sama sekali malahan PSM dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 secara terang-terangan mengangkat manifesto Pakatan Rakyat dan Buku Jingga PKR.

Keputusan PAS tepat tak sertai persidangan meja bulat - Tuan Ibrahim

KUALA LUMPUR: Perjumpaan antara PAS dengan PKR di Pejabat PKR pada September 15 yang lalu langsung tidak dimaklumkan tentang adanya persidangan meja bulat pembangkang.

Menurut Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man persidangan meja bulat pembangkang dimaklumkan kemudian, dan pada awalnya ia diberi gambaran bahawa persidangan itu sekadar sebagai perbincangan isu melibatkan kepentingan rakyat.

"Namun apa yang berlaku tenyata persidangan itu mempunyai agenda lain," ujarnya dalam satu kenyataan.

Pada persidangan itu, katanya laporan pelbagai media mendedahkan ada pihak tertentu yang tergesa-gesa mengumumkan kelahiran gabungan baru iaitu Pakatan Harapan.

Tambahnya, dakwaan itu lebih terserlah dan seolah-olah dibenarkan melalui pengisytiharan serta-merta kerajaan Pulau Pinang sebagai kerajaan Pakatan Harapan oleh DAP Pulau Pinang.

"Tindakan sepantas kilat itu telah menambat persepsi di minda rakyat mengenai siapa sebenarnya perancang utama di dalam pakatan yang baru ini," ujarnya lagi.

Skandal 1MDB: Penahanan semula Khairuddin bawah Sosma jejaskan demokrasi berparlimen

Bersih 2.0

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengutuk sekeras-kerasnya penahanan semula Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan – setelah dibebaskan daripada tahanan reman – di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) dan melihatnya sebagai suatu tindakan berniat jahat yang menjejaskan demokrasi berparlimen.
Bersih 2.0 menegaskan, satu ciri paling istimewa demokrasi berparlimen ialah keanjalan dalam menukar ketua kerajaan, iaitu perdana menteri. Perdana menteri tidak mempunyai jaminan kerja dan boleh “dipecat” Parlimen pada bila-bila masa seandainya perdana menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Parlimen.
Kerana itu, demokrasi berparlimen hanya dapat berfungsi dengan baik apabila rakyat bebas mempersoalkan kebolehpercayaan perdana menteri, dan Parlimen pula bebas untuk menentukan sama ada kepercayaan kepada perdana menteri masih wujud atau tidak.

Sesiapa yang cuba menghalang rakyat daripada mempersoalkan kebolehpercayaan perdana menteri, dan cuba menafikan hak Parlimen untuk mempertimbangkan semula kebolehpercayaan terhadap perdana menteri sebenarnya merampas kuasa rakyat dan Parlimen dan menjejaskan demokrasi berparlimen. Penahanan Khariuddin asalnya di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaaan [cubaan untuk melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen] dan penahanan semula beliau di bawah Sosma (boleh sampai 29 hari) di bawah Seksyen 124K [sabotaj] and 124L [cubaan untuk melakukan sabotaj] Kanun Keseksaan adalah tindakan berniat jahat.
Bersih 2.0 menegaskan, tiada sebarang undang-undang di Malaysia yang mengharamkan rakyat Malaysia daripada memanfaatkan sistem undang-undang di mana-mana negara lain di dunia. Khairuddin tidak bersalah dan tidak melakukan sabotaj dengan mengemukakan laporan mengenai skandal 1MDB ke sistem perundangan negara lain.

Saifuddin Abdullah cemarkan imej Umno, kata Ku Nan

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata kehadiran ahli Umno Datuk Saifuddin Abdullah di perbincangan pembangkang akan mencemarkan imej parti Melayu itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 September, 2015. 
Tindakan bekas timbalan menteri pendidikan tinggi Datuk Saifuddin Abdullah yang hadir ke persidangan meja bulat Pakatan Harapan Selasa lalu, di lihat sebagai mencemarkan imej Umno, kata Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Setiausaha agung Umno itu berkata, meskipun kehadiran Saifuddin ke majlis berkenaan dikatakan bukan atas kapasitinya sebagai ahli parti Melayu itu, ianya tetap mencetuskan persepsi negatif dan membangkitkan persoalan mengenai motif tindakan tersebut. "Sebab tersebar ini adalah kerana yang hadir ialah bekas timbalan menteri dan ahli Umno. Ini persepsi," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Apa yang anda rasa? Saya seorang Melayu bermaruah sekiranya....?

oleh Mariam Mokhtar
Saya isytiharkan saya rasis, tetapi dakwa Islam menyokong pendirian saya.
Saya dakwa betapa murahnya hati saya untuk berkongsi Malaysia dengan kaum lain, tetapi abaikan hak Orang Asli.
Saya berhak menghina orang lain dengan gelaran seperti “Cina gila babi” dan tidak rasa bersalah menghina orang bukan Melayu.
Saya bertegas yang hak saya lebih penting berbanding orang lain.
Saya mendakwa sekolah Cina menyokong perkauman dan mengamalkan meritokrasi.
Saya seorang Mat Rempit yang menganggur, tetapi berlagak “berkuasa” dengan jadi kasar dan lucah.
Saya dengki dengan perarakan Bersih 4, berhasil menarik 500,000 orang turun ke jalan di KL.
Saya salahkan Cina kerana masalah yang dihadapi oleh kaum saya sendiri.
Saya dakwa orang Cina rasis, apabila menggaji kakitangan untuk syarikat multi bahasa mereka, tetapi tidak berbuat apa-apa untuk belajar bahasa kedua seperti Bahasa Inggeris, atau Mandarin untuk menaikan peluang saya mendapat kerja.

Saya dakwa Umno Baru bukanlah dalang di belakang perarakan baju merah, tetapi pemimpin utamanya menghamburkan kejian perkauman di perarakan itu.
Saya dakwa lebih hebat dan tinggi berbanding kaum lain, kemudian bertindak lagak penyagak, dan merosakan perniagaan orang Cina.
Saya dakwa hormati agama lain, tetapi mengheret kepala lembu di sepanjang jalan, dan merampas bible Melayu.
Saya mengkritik perarakan Bersih 4 atas kelam kabut yang mereka cetuskan, tetapi rasa tidak salah membuang sampah merata-rata dan menceroboh kawalan polis.
Saya mahu semua salib dibuang dari lambang, dinding dan buku sekolah, kerana ianya tidak Islam.
Saya desak anak-anak bukan Islam supaya tidak minum sewaktu Ramadan, kerana ia akan menguji kesabaran saya.

Jamal Md Yunos patut dikenakan tindakan undang-undang - Wee

Jamal Md Yunos patut dikenakan tindakan undang-undang - Wee
KUALA LUMPUR: Penganjur Himpunan Rakyat Bersatu atau dikenali sebagai perhimpunan Baju Merah 16 September lalu, Datuk Jamal Md Yunos perlu dikenakan tindakan undang-undang kerana mengancam untuk mengadakan satu lagi perhimpunan atau protes di Petaling Street Sabtu ini.

Memetik laporan The Star Online, Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong menyifatkan tindakan Jamal yang juga Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, sebagai tidak bertanggungjawab dan boleh mendatangkan rusuhan.

"Beliau melampaui batas dan seolah-oleh menggunakan undang-undang sendiri.

"Bagaimana beliau boleh mengancam negara ini dengan satu rusuhan?" tegas Wee.

Tindakan Jamal menurut Wee, bukan sahaja mencemar imejnya sebagai pemimpin politik, tetapi juga imej negara.

Penganjur ketika perhimpunan 16 September lalu, antara lain mendakwa barangan tiruan dijual di kawasan Petaling Street atau lebih dikenali sebagai Chinatown, yang merupakan kawasan tumpuan pelancong.

Perhimpunan itu turut menuntut peniaga di Petaling Street supaya berkongsi sebahagian daripada pendapatan mereka dengan kaum lain dan menamatkan monopoli di kawasan itu.

Peguam bimbang Sosma digunakan terhadap pengkritik 1MDB


Peguam Syahredzan Johan hari ini menyatakan kebimbangannya berhubung penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) terhadap kes bukan keganasan seperti terhadap pengkritik 1Malaysian Development Berhad (1MDB) dan menjangkakan ia bukan kali terakhir digunakan.Peguam Syahredzan Johan berkata Sosma sepatutnya digunakan untuk kesalahan berkaitan keselamatan negara dan bukan pengkritik 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 September, 2015. Bercakap di laman Twitter, Syahredzan mengulas penahanan pemimpin Umno dipecat Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang ditangkap semula di bawah Sosma selepas dibebaskan daripada tahanan reman kerana disiasat di atas tuduhan cuba menggulingkan kerajaan.
Beliau berkata, Sosma diwujudkan untuk menangani kesalahan berkaitan keselamatan seperti keganasan dan bukan kes seperti Khairuddin yang membuat laporan antarabangsa berhubung 1MDB.

"Ini pertama kali Sosma digunakan terhadap ahli politik. "Kali pertama Sosma digunakan untuk kes berkaitan 1MDB. Saya takut ini bukan penggunaan yang satu-satunya", kata Syahredzan melalui akaun Twitter @syahredzan.

Berbincang dengan Umno, PAS tidak tolak kemungkinan itu

Mohd Sayuti Omar


"Terlalu awal untuk berbuat begitu (berbincang dengan Umno) tetapi ia tidak mustahil," demikian ulas seorang pemimpin kanan PAS bila ditanya kewujudan pakatan baru, Pakatan Harapan yang diputuskan lewat tengah hari Selasa.
Pemimpin kanan PAS itu berkata dalam politik tidak ada sebarang kemustahilan. "Iya memang ada... " katanya apabila disoal apakah benar PAS sudah merancang untuk berbincang secara serius dengan Umno bagi bekerjasama dalam pilihan raya akan datang.
"Enta pun dah tulis dan semacam besetuju kalau Umno berkerjasama dengan PAS, baiklah tu... " ujarnya lagi cuba mengelak.

"Saya tidak boleh bagi tahu kerana ini rahsia, kalau enta nak tembak silakan," kata pemimpin itu lagi. Tegasnya beliau tidak menolak kerjasama dengan Umno tetapi tidak mahu mengesahkan.
"Tidak boleh sahkan, tidak boleh.." begitulah kata pemimpin itu apabila dijolok apakah benar sudah ada perbincangan sulit dilakukan pemimpin tertentu dengan Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Adalah dipercayai sehari dua lagi akan ada perkembangan yang bakal mengejutkan pemerhati politik dengan tindakan PAS ini serta membolehkan orang membaca peta politik PAS.
Keadaan hari ini dalam PAS sudah tidak ada orang yang bercanggah pendapat atau pun yang menentang kalau rancangan kerjasama PAS-Umno itu diadakan.

Gadai Negara: MB N9 tak setuju 1MDB jual aset kepada firma asing

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan membantah cadangan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang mahu menjual aset tenaga Edra Global Energy Berhad kepada firma asing, lapor Utusan Malaysia hari ini.
Menurut akhbar milik Umno itu, bantahan Mohamad adalah kerana bimbang tindakan menyerahkan kepada firma asing akan mendedahkan negara kepada risiko keselamatan.
"Saya bukanlah seorang yang anti terhadap perniagaan dilakukan oleh orang asing tetapi cadangan seperti ini secara umumnya tidak baik untuk negara.

"Secara peribadi saya meminta 1MDB, kementerian kewangan dan kerajaan agar memikirkan semua secara masak-masak dan banyak kali cadangan untuk melepaskan aset tenaga negara," katanya seperti dilaporkan akhbar Utusan Malaysia hari ini. Menurut Mohamad, seharusnya aset tenaga itu diserahkan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) walaupun tawaran yang dikemukakan lebih rendah sedikit berbanding firma asing.
Katanya, jika aset itu dimiliki TNB semua pihak terutamanya rakyat akan menikmati faedah lebih terjamin kerana aset berkenaan adalah milik tempatan.
"Sejauh mana pun kita mungkin membenci 1MDB tetapi dalam hal ini kita kena berfikir secara rasional dan meletakkan kepentingan negara lebih atas daripada kebencian kita.
"Cukuplah dengan apa yang berlaku mari kita bergerak ke hadapan dan tidak menilai setiap perkara berdasarkan sentimen semata-mata," katanya.

Anwar bukan Nelson Mandela – Bung Mokhtar

Beliau mendakwa Pakatan Harapan seperti hilang akal apabila mencalonkan Anwar yang masih merengkok dalam penjara sebagai Perdana Menteri.
bung
PETALING JAYA: Keputusan Pakatan Harapan yang mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika pakatan pembangkang itu menang pilihan raya terus dikritik kerana dianggap tidak munasabah.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Bung Mokhtar Raden berkata, Pakatan Harapan seperti ‘hilang akal’ apabila mencalonkan Anwar sedangkan Ketua Umum PKR itu masih di dalam penjara selepas PRU14.
Katanya, Pakatan Harapan juga sepatutnya sedar dengan hakikat bahawa Anwar jauh berbeza dengan Nelson Mandela yang menjadi Presiden Afrika Selatan selepas dipenjara 27 tahun.
“Nelson Mandela dipenjara kerana faktor politik tetapi Anwar dipenjara selepas mahkamah mendapati beliau bersalah melakukan jenayah
“Saya nampak bahawa Pakatan Harapan ketandusan pemikiran yang baik, sebab seorang sudah dipenjara itu pula mereka nak jadikan idola, Anwar bukan Nelson Mandela. Mahkamah sudah membuktikan Anwar bersalah,” katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today.
Ahli Parlimen Kinabatangan itu menyeru rakyat ‘membuka mata’ sama ada Barisan Nasional (BN) atau pembangkang yang berjuang untuk rakyat dan pihak mana pula yang berjuang demi kuasa.
Bung turut menyindir pembangkang apabila penubuhan Pakatan Harapan tidak mendapat sokongan Pas.
“Saya nampak dari awal penubuhan Pakatan Harapan dah bercelaru, ini jelas menunjukan Pakatan Harapan ini rapuh.
“(Malah) saya tetap yakin bahawa BN yang sudah lama memerintah tidak dapat ditewaskan Pakatan Harapan kerana mereka sendiri tidak menyerlah kerana dibayangi Pas yang mendapat sokongan orang Melayu di Kelantan, Terengganu dan Kedah,” katanya.

Persepsi memalukan terhadap Malaysia

Isu 1MDB dan siasatan yang dijalankan oleh Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) seperti dilaporkan oleh New York Times dan dipetik oleh beberapa pemberitaan di merata dunia telah memberi persepsi negatif terhadap Malaysia.
ashamed
Oleh Yunus Tasim
Kita bangga
Rakyat Malaysia yang menaikkan nama Malaysia di persada dunia sentiasa dialu-alukan. Samada di bidang sukan, di bidang seni, atau di peringkat kenegaraan. Rakyat Malaysia akan turut bangga dengan pencapaian Bangsa Malaysia.
Yang terus menaikkan nama Malaysia di mata dunia pasti akan disanjung. Malah jasa mereka itu akan menerima habuan. Wang ringgit, hadiah dan ada kalanya gelaran. Sedangkan pelakon antarabangsa Shahrukh Khan dan Jackie Chan, serta penyanyi Rossa dari Indonesia dapat gelaran Datuk, walaupun ramai rakyat masih tertanya-tanya apakah jasa mereka itu dalam menaikkan nama Malaysia.
Balik China, balik India
Begitulah pula sebaliknya. Mereka yang dianggap ‘memburukkan’ nama Malaysia dikecam. Kecaman itu terkadang bersifat melampau dan tidak berasas. Malah ada segelintir orang Malaysia yang menuntut supaya ditarik kerakyatan mereka. Tak kurang pula yang menyuruh orang Cina kembali ke negeri China, dan orang India dihantar ke negeri India. Ini semua lantaran anggapan mereka kononnya orang yang berkenaan itu telah merosakkan imej Malaysia. Ada yang lantaran berdemonstrasi di luar negara. Tapi kini pasti tidak lagi kerana demonstrasi jalanan telah menjadi halal dengan adanya Perhimpunan Maruah Melayu berbaju merah.
Kini bangsa dan negara Malaysia sedang menghadapi situasi yang amat memalukan. Jatuh imej dan maruah Malaysia. Kita bukan sahaja malu di rantau Asean, tapi telah menjangkau di Amerika dan Eropah. Sungguh mengaibkan! Kalau dulu, rakyat Malaysia begitu bangga untuk menyatakan kita ini Bangsa Malaysia. Tapi kini, kalau boleh kita nak jadi seperti burung ostrich, sorokkan kepala ke dalam tanah.
Berita 1MDB menjangkau seluruh dunia
Isu 1MDB yang dilaporkan oleh New York Times sedang disiasat oleh Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika atau FBI telah menjadi tajuk berita di seluruh dunia. New York Times (NYT) melaporkan inkuiri yang dibuat oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat bukan hanya menyiasat Najib tetapi juga Riza Aziz, anak tiri Najib dan ahli perniagaan Jho Low yang dilaporkan mempunyai hubungan dengan Najib, Rosmah dan 1MDB.
Bulgaria News memaparkan imej Najib dengan memetik berita WSJ yang Najib sedang disiasat FBI. Berita Thailand memetik media US akan perkara yang sama. Begitu juga pemberitaan di Vietnam, Spanyol, Korea dan WSJ edisi Jepun memetik laporan tentang penyiasatan FBI terhadap 1MDB. Chinese News membawa tajuk FBI Menyiasat Najib yang mengujudkan dana 1MDB.
Pemberitaan di Russia membawa laporan FBI sedang menyiasat penggubahan wang haram melalui 1MDB. Russian LOL menyelitkan berita Najib dan 1MDB di bawah tajuk ‘Switzerland cannot decide what to do with the money of dictators’. Pemberitaan yang kebanyakan diambil dari laporan New York Times itu telah menjadi berita di 10 buah Negara di dunia. Ini belum lagi kesan dari internet dan media elektronik yang menjangkau ke seluruh dunia.
Kesan negatif pemberitaan 1MDB
Pastinya imej Najib akan makin popular di persada dunia. Dan persepsi terhadap Malaysia pasti turut sama melonjak naik. Tapi sayang bukan atas perkara yang baik, tetapi atas sebab dan perkara yang memalukan dan menjatuhkan maruah. Kita takut laporan-laporan itu akan menyebabkan Malaysia akan dikenali sebagai negara di mana kononnya rasuah berleluasa, dari peringkat bawah sampai peringkat tertinggi.

Resist sweeping wrongdoing under the carpet

No one can get away with anything if the people are determined not to allow them to get away.

KUALA LUMPUR: It’s high time that the people rise up in defence of the nation and future generations, urged a political analyst. He warned in his latest blog posting that covering up wrongdoing and sweeping them under the carpet was not the way to enlist the confidence of the international community in the country. “The consumer sentiment and the confidence of investors in the people, government, economy, market, ringgit and country would be affected too.”
No one, he said, should think that he can act with impunity i.e. do what he or she likes and expect to get away. “No one can get away with anything if we are determined not to allow them to get away.”
Shahbudin Husin, the analyst, pointed out that it was really shameful that the world outside does not hesitate to investigate wrongdoing by Malaysians, at home and abroad, while the authorities concerned in the country maintain an ominous silence on the matter when they are not busy covering up or sweeping them under the carpet. “Who at this stage will replace Najib Abdul Razak as Prime Minister is a secondary matter. I will write about this separately.”
“What’s important now is that he must first be removed one way or another. The pressure must be maintained until he goes. We can no longer accept him as Prime Minister.
Najib’s departure, he added, can only bring good to the people and the country and their future. “He can longer face the international community or look other world leaders in the eye.”
“The departure of Najib will send a clear message and signal to others in the corridors of power to think twice before they convince themselves that they can act with impunity,” said the analyst. “They should not think that they can manipulate the system to cover-up wrongdoing and sweep things under the market.”
Shahbudin was commenting on a Federal Grand Jury convening in the US to examine allegations of corruption involving the Prime Minister and people linked to him on the matter. “What’s really shameful is that this investigation not only involves corruption and wrongdoing but also greed and recklessness in piling wealth of uncertain and dubious origin outside the country.”
“Meanwhile, consider the fate of the people especially in the kampungs who have to queue up to receive their RM500 BR1M once a year from the government. Compare their plight with the billions in ill-gotten gains being salted away overseas by those who claim to serve them.”

NAJIB NOW OBAMA'S 'SLAVE': NO ESCAPE FOR NAJIB, JHO LOW & ROSMAH'S SON FACE JAIL IN US

NAJIB NOW OBAMA'S 'SLAVE': NO ESCAPE FOR NAJIB, JHO LOW & ROSMAH'S SON FACE JAIL IN USGoing by the number of people who rejoice at the news that a U.S. federal grand jury is examining allegations of corruption involving the Malaysian Prime Minister Najib Razak, and people close to him, presumably his stepson Riza Aziz and partner-in-crime Jho Low; it doesn’t take a rocket scientist to see how much the public despise their leader.
While it’s not easy to “invite” Najib to the United States to face trial, the same cannot be said about his stepson Riza Aziz and bag-carrier Jho Low.
It’s unknown if Riza holds other citizenships besides Malaysian’s but Jho Low (real name Taek Jho Low) holds not one but two American passports.
Although Jho Low is believed to be hiding in Taiwan, its still isn’t safe.

Damage to Najib already done
Jho Low and Father Larry Low - 1MDB Scandal
Jho Low Two American Passports
Although the Justice Department investigation is still in its early days, and it could take years to determine if any federal laws were broken, the damage to Najib Razak has already been done, internationally.
In case Mr Najib hasn’t figured it out, the President of the United States is not the most powerful person. The US media can make or break their president.
According to the New York Times, both Riza Aziz and school pal Jho Low are being investigated on their US$150 million collection of luxury residential properties.
The Swiss authorities had frozen several individuals’ bank accounts amounting to hundreds of millions of dollars. One of the frozen accounts belongs to Larry Low Hock Peng, Jho Low’s father.
FBI Department of Justice DOJ - Najib Razak and Rosmah Mansor - inset Riza Aziz
The US DOJ is also investigating a US$681 million payment made to what is believed to be Mr. Najib’s personal bank account.
Since the US$681 million payment was routed through Wells Fargo, an American bank, the DOJ has jurisdiction because the questionable payment used a United States financial system.
If Najib guilty, the U.S. can seize M'sian property: Jho & Riza face jail
FIFA Corruption Scandal - US Justice Department
The scandal is being investigated under the Justice Department’s Kleptocracy Initiative, which allows the US government to seize properties in the country.
Naturally, Riza Aziz and Jho Low would be grilled by the US authorities as to the source of their funds.
The present perception is Najib has siphoned money from 1MDB to fund his stepson’s luxury properties’ purchase.
Since neither Riza Aziz nor Jho Low enjoys any kind of diplomatic immunity, they would be easy meat for the DOJ.