Rabu, 23 September 2015

PERUTUSAN AIDILADHA PRESIDEN KEADILAN 1436H/2015


Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, walillahilhamd.
Marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas kesempatan yang diberikan kepada kita untuk merayakan AidilAdha bagi tahun 1436 Hijrah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah
pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.
Kepatuhan dan ketaatan Nabi Ibrahim tiada tolok bandingnya yang telah menjadikan Baginda sebagai pemimpin contoh yang terulung dan terhebat.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman lagi: ‘Sesungguhnya Aku melantik mu menjadi Imam (pemimpin ikutan) bagi umat manusia’. Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: ‘(Ya Tuhan ku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunan ku (pemimpin-pemimpin ikutan)’. Allah menjelaskan lagi: ‘(Permohonan mu diterima, tetapi) janji-Ku ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim”. (Surah Al-Baqarah:124)
Mengambil iktibar daripada peristiwa Korban ini, kita harus memperkukuhkan muafakat rakyat untuk berhadapan dengan penguasa yang zalim, yang mempelopori politik perkauman untuk mengapi-apikan permusuhan, yang mengamalkan politik korupsi serta pincang dalam menjalankan amanah mentadbir ekonomi negara dengan baik.

Pas patut berunding, kata Mahfuz

Mahfuz Omar
SUBANG JAYA – Meskipun tidak terlibat dengan pergerakan Pakatan Harapan yang baharu dibentuk, Pas seharusnya mengadakan rundingan dengan pakatan.

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, rundingan antara Pas dengan Pakatan Harapan perlu diadakan bagi memastikan terjalinnya kerjasama dalam usaha memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.

“Saya berharap Pas lebih terbuka untuk menerima realiti politik di negara ini. Pembangkang seharusnya mempunyai penyatuan yang boleh menyampaikan mesej  tepat kepada rakyat bahawa tidak mungkin berlaku lawan tiga penjuru pada PRU akan datang.

“Tetapi kalau mesej yang disampaikan (oleh Pas, Pakatan Harapan) membayangkan pertemuan tiga penjuru pada PRU nanti, ia akan memusnahkan harapan rakyat yang menyokong pembangkang selama ini,” katanya ketika Sinar Online.

Pakatan Harapan hari ini ditubuhkan selepas rundingan meja bulat antara DAP, PKR dan Parti Amanah Negara sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan pakatan pembangkang baharu di sebuah hotel di sini, hari ini.

Beliau dalam pada itu turut mengharapkan Pas untuk bergabung bersama DAP, PKR, dan Parti Amanah Negara dalam usaha membentuk pakatan baharu.

“… Ya, saya masih mengharapkan penyertaan Pas dalam pakatan ini atau pun ada kaedah (jalinan hubungan dan kerjasama) yang penting bukan tiga penjuru.

“Walaupun penubuhan pakatan hari ini dibuat tanpa Pas, pakatan baharu ini tidak boleh terus membiarkan keadaan ini berlarutan. Keduanya mesti ada keterbukaan untuk menjalinkan hubungan. Pakatan perlu menghubungi Pas dan Pas juga harus sedia untuk duduk di meja perbincangan untuk mencari jalan untuk menghadapi lawan kita bersama,” katanya lagi.

Ijtihad politik Pakatan Harapan

Mohamad Sofee Razak


Arena politik negara sentiasa berwarna-warni dan semua parti politik sedang melalui landasan lebuh raya siasah yang panjang bagi memenuhi kehendak rakyat yang menanti di destinasinya.
Hanya yang benar-benar mampu memacu aspirasi rakyat sahaja akan teruskan perjalanan atau singgah sebentar di perhentian. Tiada jalan untuk pusingan U namun masih boleh keluar dari landasan dan melalui jalan lain.
Semalam melalui ijtihad politik yang sangat dramatik maka lahirlah buat gagasan dan permuafakatan baru parti politik pembangkang yang sebulat suara membentuk Pakatan Harapan yang dianggotai PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Pakatan Harapan bakal menjadi wadah baru parti pembangkang melalui landasan lebuh raya siasah menuju PRU-14 bagi meneruskan kecemerlangan legasi Pakatan Rakyat yang begitu hampir menjejaki Putrajaya sebelum ini dengan pengalaman strategik dalam PRU-12 dan PRU-13. Persepakatan yang terbentuk melalui persefahaman politik komponen PKR, DAP dan Amanah menjadi penanda aras dan harapan baru untuk Rakyat setelah melalui episod duka pembubaran PR yang sebelum ini turut dianggotai PAS.
PAS nampaknya tidak menunjukkan minat yang tinggi kepada Pakatan Harapan walaupun memutuskan untuk mengekalkan hubungan politik dengan PKR ketika ini. Apa pun landasan lebuh raya siasah luas dan panjang, banyak pilihan terbentang untuk dilalui.
Realitinya rakyat mahukan hasil yang dinikmati dan bukannya retorik atau krisis politik yang berpanjangan. Maka ijtihad politik yang melahirkan Pakatan Harapan tepat pada masanya dan perlu bergerak ke hadapan tanpa perlu menoleh ke belakang kerana masa semakin suntuk untuk mendepani PRU-14.
Justeru itu, dalam memenuhi tuntutan rakyat yang semakin kompleks, kewujudan Pakatan Harapan perlu memberi keutamaan pembentukan model kerajaan terbaik pada masa hadapan di samping pelan akomodatif pemulihan ekonomi, pembasmian rasuah secara holistik dan paling penting memastikan nasib rakyat tidak dipolitikkan pihak penguasa.

Harga Lembu Korban 2015 di Malaysia Naik 60%. Cecah RM4,000 Seekor?

Dah elok-elok ada projek lembu berskala mega untuk menampung pemrintaan tinggi rakyat diberikan pula projek bernilai RM250 juta tersebut kepada kalangan tiada pengalaman langsung, tidak mampu menyelaseikan projek dengan jaya yang akhirnya dilihat gagal.
Itu sebablah jangan salahkan rakyat Malaysia adalah pembunuh dan perosak nombor satu negara Malaysia.
Masalah yang Berita Semasa perhatikan yang membuatkan harga lembu korban di Malaysia hari ini adalah berpunca daripada masalah penternak yang tidak mampu menampung kenaikan harga makanan lembu yang semakin mahal dan melonjak tinggi.
harga lembu korban

Harga Lembu Korban 2015 di Malaysia : Kos Ternak Naik?

  1. Dedak penggemuk 50 kg + dedak zat 50g
  2. Ianya dijual pada harga RM90 untuk 100 kg
  3. Untuk penggemukkan seekor lembu contohnya perlu makan 20% daripada berat badannya
  4. Jikalau berat 150kg, makan perlu makan 30kg sehari
  5. Jikalau purata 30kg sehari untuk diberikan makan untuk lembu, sehari sudah RM30
  6. Untuk korban lembu perlukan mencapai umur lembu sehingga 2 tahun
    Jadi berapa besar agaknya kos kasar yang diperlukan untuk membesarkan lembu selama tempoh 2 tahun?
  7. Lebih-lebih lagi hari ini padang ragut pun sudah semakin kurang hari ini
Dan Berita Semasa tidak terkejut jikalau beberapa tahun lagi harga lembu korban di Malaysia akan mencecah RM5,000 seekor. Mampu?
Berita kejatuhan nilai ringgit Malaysia memberikan satu berita buruk kepada rakyat Malaysia. Apatah lagi menjelang ibadah korban pada hari Khamis ini sempena Hari Raya Aidiladha.
Ini kata penternak lembu :
  • Harga lembu import dari Thailand 2014 : RM2,500 seekor
  • Harga lembu import dari Thailand 2015 : RM4,000 seekor
Berapa banyak kenaikan itu? Hakikatnya setiap tahun kerajaan Malaysia terpaksa mengeluarkan duit daripada kantung kerajaan sejumlah Rm1.4 bilion untuk import 700,000 ekor lembu. Persoalannya sampai bila?

Kegigihan Wan Azizah satukan pembangkang dipuji


12052528_10205120024387365_4992213477170777300_o

JOHOR BAHRU, 23 SEPT: Gabungan pembangkang Johor memuji Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang telah mengambil inisiatif menyatukan parti-parti pembangkang dalam satu pasukan untuk berdepan dengan UMNO-Barisan Nasional.
Dalam kenyataan bersama PKR, DAP dan Amanah Johor, mereka menyokong penuh keputusan ketiga-tiga pimpinan tertinggi parti, iaitu Dr Wan Azizah selaku Presiden PKR; Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu, atas pelancaran Pakatan Harapan.
Kenyataan itu dikeluarkan bersama oleh wakil Amanah, Aminolhuda Hassan, Liew Chin Tong (DAP) dan Jimmy Puah (PKR) selepas satu mesyuarat di sini malam tadi.
Pada 20 Jun lalu, DAP Johor bersetuju untuk bergerak bersama Gerakan Harapan Baru (GHB), kumpulan moderat yang berpisah daripada PAS yang telah dikuasai golongan konservatif. Pada 26 Julai, PKR Johor telah menyatakan keterbukaan untuk bersama dengan DAP dan Gerakan Harapan Baru bagi gerak kerja di Johor.
Pada 11 September lalu, ketiga-tiga pimpinan PKR, DAP dan GHB Johor telah menyatakan iltizam bergerak kerja bersama dalam satu pasukan. Pada 16 September, GHB diumumkan sebagai Parti Amanah Negara (Amanah).
Semalam, pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti telah melancarkan Pakatan Harapan bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang telah berkubur berikutan keputusan PAS memutuskan semua hubungan dengan DAP, serta enggan bekerjasama dengan Amanah.
Pimpinan Pakatan Harapan di Johor telah bersetuju untuk mengadakan satu pertemuan dengan pimpinan pusat Pakatan Harapan pada 9 Oktober depan.
“(Kami) turut menyambut baik langkah Pakatan Harapan di peringkat pusat yang telah mengumumkan perwujudan Jawatankuasa Khas diwakili oleh Setiausaha Agung dan wakil dari setiap parti, dan Johor akan menanti pengarahan selanjutnya,” kata kenyataan bersama itu.

Umno Johor wajar kaji semula hubungan dengan Presiden Umno jika mahu selamatkan negara

UMNO-BN Johor seharusnya mengotakan kata-kata mereka (walk the talk) dalam isu melibatkan hakisan keyakinan rakyat terhadap Perdana Menteri Najib Tun Razak.
Apa yang terjadi dalam Pemuda MCA Johor baru-baru ini yang bertindak memutuskan hubungan dengan Presiden UMNO dan Juga Pengerusi Barisan Nasional, merupakan manifestasi kekecewaan rakyat apabila Perdana Menteri yang menggagaskan 1Malaysia telah bertindak menyokong Perhimpunan Baju Merah yang sarat dengan elemen perkauman.
Saya tidak berminat untuk menyokong tindakan Pemuda MCA Johor kerana itu merupakan hak mereka dalam konteks kebebasan memilih dan hak untuk berbeza pendapat, baik dalam konteks kepartian, persatuan atau individu.
Tetapi yang menjadi pokok isunya di sini ialah, sokongan Najib (malah beliau memuji ) Perhimpunan Baju Merah ini menunjukkan bahawa beliau menyokong tindakan-tindakan provokatif perkauman sempit yang mendorong kepada perpecahan kaum.
Kain rentang yang memperlekeh sekolah vernakular, ucapan kesat ‘pendatang’, ungkapan menghina budaya ‘Cina Babi’ ini adalah isi kepada himpunan yang disokong oleh Najib tersebut.
Dan pada masa yang sama, Menteri Besar Johor sendiri pada 4 Ogos 2015, dengan terang menjelaskan di dalam laman facebook peribadinya menyatakan ‘… bila parti tidak lagi mengutamakan perjuangan bangsa Melayu tetapi digunakan untuk membela golongan tertentu atas nama kesetiaan pada parti atau disiplin kepartian mentaati pemimpin.’
Dengan kata lain, kenyataan ini memberi gambaran bahawa perjuangan UMNO sudah dipergunakan untuk kepentingan pemimpin tertentu. Soal siapakah pemimpin yang MB Khaled maksudkan, semua rakyat boleh agak.
Begitu juga dengan kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pagoh beberapa hari yang lalu, merujuk kepada masalah perkauman, “ Ia tidak boleh dipandang ringan dan jika berlarutan akan menerbitkan sifat perkauman yang menebal yang menyebabkan mereka saling mencurigai antara satu sama lain.

PKR, DAP dan Amanah Johor sambut baik pembentukan Pakatan Harapan

SHAH ALAM: PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) Johor menyokong penuh keputusan penubuhan Pakatan Harapan yang diumumkan secara bersama oleh ketiga-tiga pimpinan tertinggi parti itu semalam.
 
Post Pic Ketiga-tiga wakil parti negeri itu, Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan; Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong dan Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah berkata, kesemua mereka menyambut baik kesepakatan yang dibuat oleh pimpinan utama Pakatan Harapan.
 
"Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Seri Wan Azizah yang telah mengambil inisiatif menyatukan parti-parti pembangkang dalam satu pasukan untuk berhadapan Umno-Barisan Nasional.
 
"DAP Johor pada 20 Jun 2015 telah bersetuju untuk bergerak bersama Gerakan Harapan Baru," kata mereka dalam satu kenyataan kepada AntaraPos.
 
Untuk rekod, pada 26 Julai lalu, PKR Johor telah menyatakan keterbukaan untuk bersama dengan DAP dan Gerakan Harapan Baru (GHB) bagi gerak kerja di Johor. 
 
Sementara itu pada 11 September lalu pula, ketiga-tiga pimpinan negeri PKR, DAP dan Amanah Johor telah menyatakan iltizam bergerak kerja bersama dalam satu pasukan.
 
"PKR, DAP dan Amanah Johor turut menyambut baik langkah Pakatan Harapan di peringkat pusat yang telah mengumumkan perwujudan Jawatankuasa Khas diwakili oleh Setiausaha Agung dan wakil dari setiap parti dan Johor akan menanti pengarahan ," kata mereka.
 

PRU14: PAS Tak Kisah Hadapi Saingan 3 Penjuru - Takiyuddin


KOTA BARU: PAS sedia berhadapan saingan tiga penjuru jika gabungan pakatan pembangkang baharu berminat untuk bertanding di kerusi tradisi parti Islam itu bagi menentang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, parti itu tidak bimbang untuk menentang sama ada DAP, Parti Amanah Negara (Amanah) mahupun PKR.

Namun menurut Ahli Parlimen Kota Baru itu, PAS tiada masalah untuk berbincang dengan PKR mengenai pembahagian kerusi dalam PRU-14.

Jelas beliau PAS masih perlu bekerjasama dengan PKR untuk menentang BN walaupun mereka menganggotai Pakatan Harapan bersama 'musuh' PAS iaitu DAP dan Amanah.

"Masih terlalu awal untuk mengulas mengenai pakatan pembangkang baharu kerana kita masih belum melihat arah dan cita-cita mereka.

"Walaupun PAS tidak ada kena mengena dengan Pakatan Harapan, PKR perlukan PAS dan sebaliknya.

"Ini adalah pendirian rasmi PAS bahawa kita bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana rakan kongsi politik kecuali BN," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Dewan Harian PAS yang dipengerusikan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sini.

Pendirian terbaharu PAS itu dilihat bertentangan dengan hasrat Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar agar PAS tidak terlibat dalam saingan tiga penjuru pada PRU-14 akan datang.

Kenapa ULAR lidah bercabang ??


Pemuda AMANAH usul 4 dasar utama Pakatan Harapan



Pemuda AMANAH Nasional mengusulkan empat dasar utama yang menurutnya perlu dijadikan asas kepada polisi bersama Pakatan Harapan.
Timbalan Ketua Pemuda AMANAH, Faiz Fadzil berkata empat dasar utama itu ialah:
# Menjunjung prinsip dan elemen asas Perlembagaan Persekutuan dan prinsip-prinsip Rukun Negara. Setiap dasar, rangka kerja dan manifesto hendaklah berdasarkan kepada perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
# Segala dasar, rangka kerja dan manifesto hendaklah mengambil kira kebajikan, kepedulian dan keadilan kepada seluruh rakyat.
# Segala dasar, rangka kerja dan manifesto hendaklah bertujuan bagi mempromosikan keharmonian kaum dan mendefisitkan jurang sosio ekonomi antara rakyat yang berbeza kaum dan geografi.
# Segala dasar, rangka kerja dan manifesto hendaklah bertujuan bagi membentuk anak muda yang bermoral, berintegriti, berdaya saing, berilmu dan berkemahiran tinggi.
"Barisan kepimpinan sayap Pemuda ketiga-tiga parti koalisi baru ini - Pemuda AMANAH, DAPSY dan AMK - hendaklah sentiasa bermuafakat bersama, ikhlas, istiqamah dan komited dalam membawa mesej perubahan kepada negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Sistem pemerintahan dan demokrasi yang korup ini hendaklah diubah dengan digantikan sistem yang amanah, adil, inklusif dan menjunjung prinsip-prinsip demokrasi dan keluhuran undang-undang," katanya

RASUAH: PATUT ATAU TAK PATUT?

Lima hakim Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan muktamad pada 29 September ini terhadap rayuan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo untuk menukar hukuman penjara 12 bulan yang diterimanya kepada khidmat masyarakat.

Dalam rayuan selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan terhadap hukuman yang diterimanya sebelum ini, Dr Khir menawarkan gantian kepada khidmat masyarakat dalam bentuk rawatan pergigian secara percuma selama dua tahun.
Khidmat pergigian yang ditawarkan ialah selama tiga kali seminggu di mana-mana kawasan di negeri Selangor.

Kesalahan yang disabitkan kepada Dr Khir ialah menerima kemudahan membeli sebuah rumah dengan harga RM3.5 juta sedangkan harga pasarannya ialah RM6.5 juta ketika beliau memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.
Patut atau tidak patut hukuman penjara atas kesalahan rasuah ditukar kepada suatu bentuk khidmat masyarakat?

Kepada lima hakim yang arif lagi bijaksana segala-galanya akan diputuskan pada 29 September nanti.

Segalanya tentang belon: Yang baik, jahat dan terlebih sensitif

oleh Mariam Mokhtar

Pada 31 Ogos lalu, Bilqis Hijjas melepaskan beberapa belon “Bersih 4” yang tertera perkataan “Demokrasi”, “Media Bebas” dan “Keadilan”. Belon-belon ini pecah dan mendarat berhampiran Perdana Menteri Najib Razak.

Ramai mengetahui bahawa memang ada yang sensitif dengan lateks, tetapi Najib yang malang ini nampaknya alah dengan belon. Insiden ini berlaku di pusat membeli-belah Pavilion dan Bilqis akan didakwa kerana “tindakan menghina”.

Belon! Anda boleh sahaja hidup tanpanya, tetapi tetap akan terjumpanya, sama ada di parti atau ketika jualan murah. Anda fikir anda sudah tahu semua tentang belon, tetapi benarkah begitu?

Berikut adalah sepuluh fakta yang anda tidak tahu tentang belon dan Malaysia. Penyelamat nyawa; Belon paling kecil adalah kateter belon yang digunakan dalam angioplasti untuk meluaskan salur dan arteri yang sempit, biasanya sehingga berdiameter 2mm.

Kateter dimasukkan ke dalam arteri koronari, dan belon dikembangkan dan menolak halangan atau darah beku ke tepi. Tiub “mesh” boleh kembang membuatkan arteri kekal dalam kedudukannya.

Acara istimewa; Belon mainan biasanya digunakan sebagai hiasan dalam majlis atau parti. Ia memiliki diameter 20 cm dan mengandungi beberapa liter udara atau helium. Pada zaman dulu, belon dibuat daripada pundi khinzir atau usus haiwan.

Di zaman ini, belon dibuat daripada lateks atau getah, dan datang dengan pelbagai warna. Saintifik; Belon bersaiz sederhana dengan isipadu beberapa ribu liter – seperti belon cuaca – digunakan dalam ekserimen di atmosfera tnggi.

Sebuah alat pengukur kecil yang dipanggil radiosond digunakan untuk menghantar maklumat seperti kelajuan udara, kelembapan, suhu dan tekanan atmosfera ke pangkalan. Belon akan naik dan mengembang sehingga pecah, dan radiosond kemudian kembali ke bumi.

Dalam beberapa tahun ini, syarikat swasta menggunakannya untuk menyerakkan abu manusia di altitud tinggi. Kajian; Belon ini biasanya bersaiz sederhana dan dipenuhi gas yang lebih ringan daripada udara – helium misalnya – dan dilepaskan untuk naik ke altitud tinggi.

Ia boleh digunakan untuk kajian atmosfera, astronomi, ketenteraan dan meteorologi. Penerbangan komersial dan korporat; Belon besar atau belon udara panas, dengan isipadu 12 juta liter, pula digunakan oleh syarikat percutian. Belon pengangkutan pertama adalah daripada Montgolfier bersaudara.

Dan sehingga kini Syarikat GoodYear masih mengendalikan kapal udara. Kapal udara terkenal, iaitu Hindenburg terhempas di Jerman. Pengiklanan; Belon besar yang ditambat digunakan syarikat untuk mengiklankan barangan mereka.

Belon ini boleh dilihat dari jauh dan menarik perhatian ramai. Sukan; Perlumbaan belon udara panas semakin popular di acara antarabangsa dan juga karnival tempatan. Pakar belon berlumba untuk memecahkan rekod kelajuan dan tempoh penerbangan.

Ada juga yang teruja apabila terbang ke kawasan yang belum pernah dilalui. Richard Branson pernah cuba mengelilingi dunia dengan menaiki belon udara panas namun ditewaskan pesaingnya.

Penerjun udara warga Austria Felix Baumgartner terbang setinggi 24 batu di stratosfera dengan belon helium, sebelum terjun kembali dengan sut tekanan. Isu alam sekitar; Belon yang dilepaskan ke udara boleh terbang berbatu jauhnya.

Challenges for Pakatan Harapan Part 1

There are many forces behind the scenes to delay or even scupper the formation of this new opposition coalition. Some of genuine motivations, other less so.

Pakatan-Harapan
By Dr Ong Kian Ming
How will history judge the third attempt at forming an opposition coalition in Malaysia? Only time will tell. But the newly formed Pakatan Harapan face considerable challenges in preparing to face the Barisan Nasional (BN) in the fight for the nation’s future in the next general election. At the same time, there are also opportunities to be grasped in shaping the identity and platforms for the new coalition.
In this first part, I will go through some of the challenges of forming this new opposition coalition and argue that this is the right time to launch Pakatan Harapan. In part two, I will outline some of the challenges and opportunities for Pakatan Harapan in preparing for the next general elections.
While the announcement of the formation of Pakatan Harapan by opposition leader and PKR President, Dr. Wan Azizah, together with DAP parliamentary leader Lim Kit Siang and Parti Amanah Negara Chairman Mat Sabu seemed like a done deal, there were many forces that were moving behind the scenes to delay or even scupper the formation of this new opposition coalition. Some of this was driven by genuine motivations, other less so.
Arguments against the formation of Pakatan Harapan
The arguments made against the formation of a new opposition coalition can be grouped largely into three categories with some overlaps between them.
The first argument revolves around the notion that because a BN-Najib will be so unpopular heading into the next general election that all the opposition parties need to do is to avoid three corner fights in order to get to Putrajaya. Including Amanah but excluding PAS from a new opposition coalition would likely lead to some damaging three corner fights that would detract from this larger objective. Hence, the opposition parties should maintain the status quo and not rock the boat.
The problem with this argument is that GE2018 (assuming the BN Prime Minister goes full term) will be different from GE2008. Winning a majority of parliament seats is a different ballgame compared to denying the BN a two thirds majority. The expectations of the rakyat have changed together with the political landscape in the country. If there is no official opposition coalition with a concrete platform and manifesto, some voters may just opt to stick with the familiarity of the BN, enough to deny an opposition victory. We also cannot discount the possibility that voter turnout will be lower than in GE2013 if voters do not see a viable opposition coalition to take over the BN. This will inevitably hurt the opposition more than it hurts the BN.
Furthermore, this argument is predicated on Najib remaining as Prime Minister. What if, for some unexpected reason, Najib is replaced by a rejuvenated and invigorated Muhyiddin prior to GE2018? A Muhyiddin led BN would benefit from a Pak Lah GE2004 boost to its popularity. The opposition parties would then have to scramble, in an uncoordinated manner, to try to find an effective counter to this. With a new opposition coalition in place, we would be in a much better position to plan and prepare for such a possibility and to show how we can do better than the BN, regardless of whether it is a Najib-led, Muhyiddin-led, Zahid Hamidi-led, or Khairy-led BN.
The second argument against the formation of an opposition coalition revolves around the fear of alienating PAS and losing the Malay vote. The notion here is that PAS is the only opposition party that can reach out to the Malay rural heartland and if they are excluded from the opposition coalition, this voter base will also abandon a PAS-less Pakatan Harapan. A further extension of this argument is that excluding PAS will push the party closer towards working with UMNO thereby decreasing the chances for an opposition victory in the next general election.

Penang CM announces Pakatan Harapan as new state gov’t

Lim Guan Eng says it will succeed Pakatan Rakyat and therefore will not include previous ally PAS.
Pakatan-Harapan-LGE
GEORGE TOWN: The Penang state government will now officially be addressed as Pakatan Harapan (PH) and no longer be called Pakatan Rakyat (PR), said its Chief Minister Lim Guan Eng today.
It will also therefore exclude previous PR ally PAS who is not a partner of the new DAP-PKR-Parti Amanah Negara (Amanah) Opposition coalition line-up.
Present at a press conference where he made this announcement were Amanah pro-tem national chairman Mohamad Sabu, also known as Mat Sabu, Deputy Chief Minister I (DCM1) Mohd Rashid Hasnon of PKR and Deputy Chief Minister II (DCM2) Professor Dr P Ramasamy of DAP as well as other state executive council members.
Lim said the PH state administration would be a people-orientated state government and that the PH platform would be stronger than PR as it would be based on justice, mutual trust and an agreed common manifesto.
Mat Sabu added that the new coalition policy manifesto would be consensus driven after consultations with all friendly quarters, including other parties and non-governmental organisations.
“PH will fight corruption irrespective of friend or enemy,” said Lim.
He reiterated that PH’s premier-designate would be former parliamentary Opposition Leader Anwar Ibrahim who is currently serving a prison sentence.

'FILTHY RICH' NAJIB & ROSMAH DASH OFF OVERSEAS BEFORE FOREIGN ARREST WARRANTS BECOME 'REAL'


A trip by Malaysia’s embattled Prime Minister Najib Razak to London and New York is shrouded in mystery, with a London source saying the premier and his wife, Rosmah Mansor, are already in London, staying at the five-star Dorchester in Mayfair, and editors in Kuala Lumpur being told he won’t go until Sept. 23, after the weekly cabinet meeting. A source later confirmed that Najib had quietly left KL.
His overseas jaunt, which is expected to later include a trip to Milan with Rosmah for her Islamic dress fashion show, is scarred by spiraling investigations by international law enforcement agencies in New York, Switzerland, Singapore and London and domestic rumors of behind-the-scenes negotiations to replace him with a unity government — which seems unlikely now.
The multiple probes of the prime minister’s personal finances and the operations of the debt-strapped 1Malaysia Development Bhd., which faces more than US$11 billion of unmet liabilities that could trigger a national financial crisis, have delivered up disastrous international publicity in the US’s two most respected newspapers. The prime minister was hoping for a star turn at the United Nations General Assembly and a meeting with US President Barack Obama.
Hanging on
Conversations with multiple sources in Kuala Lumpur say the prime minister is determined to hang onto his job despite the international publicity. The pressure increased on Sept. 21, when Zeti Akhtar Aziz, the respected central bank governor, broke weeks of silence to say the public deserves answers on the controversy surrounding 1MDB and the huge donation to Najib’s own bank accounts. She said she had submitted her findings to the attorney general although others say the outcome is doubtful. Najib fired the former attorney general, Abdul Gani Patail, just about as he reportedly was to deliver indictments over the cases.
“We hear nothing here,” said the head of an economic think tank. “All the news is shut out of the local press.” That was echoed by several other sources who say that if the scandals have endangered his premiership, information hasn’t percolated to the surface.
There is the question of who would succeed him if he were to leave office. There appear few alternatives.
Who can lead?
“There is nobody else with what I characterize as the wherewithal of experience, knowledge, integrity and ability to lead,” said Dominic Puthucheary, one of the country’s most respected constitutional lawyers, in a telephone conversation. “Go into parliament and look at them, not one has that capacity. Our electoral system hasn’t produced the best in the country. We are unfortunately in a state where the institutions are dysfunctional. Not one institution really functions – not the judiciary, not the police, not the parliament, insofar as making sure the interests of the nation really function. That gap is a very big gap and that is a result of years of mediocrity having become the ethos everywhere. ”
Ahmad Zahid Hamadi, the man Najib picked to replace Muhyiddin Yassin, whom he fired abruptly, is considered too mercurial and too racist given the country’s delicate ethnic balance to take over. Muhyiddin, still the deputy president of the United Malays National Organization, is considered too close to Mahathir Mohamad, the former prime minister. Mahathir has riven the party with his attempts to drive Najib from office. Muhyiddin, who has become quite wealthy despite a lifetime of public service, is also viewed as ethically challenged.

Tidakkah jelas siapa ancaman lebih besar terhadap negara?

oleh Alyaa Alhadjri
Siapakah ancaman negara yang lebih besar?
Seorang lelaki yang pusing satu dunia untuk membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri Najib Razak, atau seorang lagi lelaki yang juga membuat laporan polis di Kuala Lumpur pagi tadi, tetapi dengan segera memberi amaran tentang kemungkinan “rusuhan” di Jalan Petaling?
Laman Malaysiakini melaporkan bekas timbalan ketua bahagian Umno Batu Kawan Khairuddin Abu Hassan sudah ditangkap semula di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur sebaik dilepaskan pada jam 4.40 petang tadi.
Peguam Khairuddin Matthias Chang dipetik berkata: “Apabila berjalan keluar dari mahkamah selepas dibebaskan, dia terus ditangkap semula bagi kesalahan di bawah Seksyen 124K dan 124L Kanun Keseksaan.”
Seksyen 124K dan 124L masing-masing adalah berhubung tindakan sabotaj dan cubaan sabotaj terhadap negara.
Khairuddin juga ditangkap di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) yang memberi kuasa kepada polis untuk menahannya tanpa bicara sehingga 29 hari.
Beliau pada awalnya ditahan di luar rumahnya pada 18 September lalu. Polis juga telah mendapat perintah reman enam hari di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana kegiatan yang mengancam demokrasi berparlimen.
Sementara Khairuddin terpaksa memilih “campurtangan luar” dalam menyiasat skandal tempatan, Ketua Umno Sungai Besar Jamal Md Yunos pagi tadi membuat 17 laporan polis untuk mempertahankan dirinya daripada dakwaan “fitnah” di internet dan media sosial.
Laporan polis yang dibuat berkaitan dengan kritikan terhadap peranan Jamal dalam menganjurkan Himpunan Rakyat Bersatu yang menyaksikan pertembungan antara demonstran dan polis di Jalan Petaling.

Skandal 1MDB: Umie Aida sudah jangka Khairuddin ditangkap semula

Menulis di laman sosial Instagram Datin Seri Umi Khalsum Rahmad Ali berkata, ‘terus tabah’ kepada suaminya yang baru sahaja dibebaskan selepas direman sejak hujung minggu lalu kerana dituduh mahu menggulingkan kerajaan. – Gambar The Malaysian Insider, 23 September, 2015. 
Menulis di laman sosial Instagram Datin Seri Umi Khalsum Rahmad Ali berkata, ‘terus tabah’ kepada suaminya yang baru sahaja dibebaskan selepas direman sejak hujung minggu lalu kerana dituduh mahu menggulingkan kerajaan. 
Isteri kepada Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, Datin Seri Umi Khalsum Rahmad Ali yang lebih dikenali sebagai Umie Aida mengatakan sudah menjangkakan suaminya akan ditahan semula selepas dibebaskan. Menulis di laman sosial Instagram Umie berkata, "terus tabah" kepada suaminya yang baru sahaja dibebaskan selepas direman sejak hujung minggu lalu kerana dituduh mahu menggulingkan kerajaan.
Khairuddin ditahan semula di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) di Kompleks Mahkamah Jalan Duta sekitar jam 4.40 petang tadi.

"Benar sungguh naluriku, apa yang bakal terjadi. Abang (Khairuddin) sudah dibebaskan dari Akta 124C dan ditangkap semula 124K dan 124L, Subahanallah, terus tabah," kata pelakon dan penyanyi dalam laman Instagram umieaida818. Selepas disekat keluar negara, Khairuddin pada 18 September lalu ditahan polis di rumahnya berhubung laporan antarabangsa yang dibuatnya terhadap syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Khairuddin juga membuat laporan dengan polis Perancis terhadap 1MDB dan mendakwa polis London pernah menghubunginya dan memaklumkan kepadanya siasatan sedang dijalankan.
Beliau juga mengemukakan bukti yang berkaitan dengan 1MDB kepada Peguam Negara Switzerland di Bern, meminta pihak berkuasa negara itu menyiasat aktiviti syarikat tersebut yang melibatkan bank Switzerland dan beberapa bank antarabangsa.
Terbaru, beliau memohon pihak berkuasa Hong Kong untuk buat penyiasatan secara terperinci dan menyeluruh mengenai sumber kewangan beberapa syarikat yang dikatakan mempunyai kaitan dengan 1MDB.
"Beliau sekarang disiasat untuk kesalahan di bawah Seksyen 124K dan 124L Kanun Keseksaan," kata peguamnya Matthias Chang kepada The Malaysian Insider.
Seksyen 124k dan 124L masing-masing mengenai sabotaj dan cuba untuk mensabotaj negara.
Di bawah Sosma, Khairuddin boleh ditahan tanpa bicara sehingga 29 hari.

Sekarang Annuar Musa kata tiada perkauman dalam Islam

Ahli Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Annuar Musa mendakwa tidak pernah mengakui amalan perkauman wujud di dalam Islam, sebaliknya katanya, Nabi Muhammad juga mengecam perbuatan sebegitu yang dipanggil ‘asabiyah’. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim, 23 September, 2015. 
Ahli Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Annuar Musa mendakwa tidak pernah mengakui amalan perkauman wujud di dalam Islam, sebaliknya katanya, Nabi Muhammad juga mengecam perbuatan sebegitu yang dipanggil ‘asabiyah’. 

Ahli Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Annuar Musa, yang baru-baru ini mencetuskan kontroversi kerana dilaporkan berkata beliau bersikap rasis seperti yang dibenarkan Islam, hari ini mendakwa kenyataan beliau disalah petik. Beliau mendakwa tidak pernah mengakui amalan perkauman wujud di dalam Islam, sebaliknya katanya, Nabi Muhammad juga mengecam perbuatan sebegitu yang dipanggil "asabiyah."
Annuar berkata, beliau hanya mengaku bersifat perkauman jika ia ditakrifkan sebagai cintakan kaum sendiri.

"Mencintai kaum anda sendiri tidak salah, itu bukan assabiyah. Tetapi jika anda menindas kaum lain, itu asabiyah," Annuar kepada pemberita di ibu pejabat Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Kuala Lumpur. "Saya kata, jika orang mahu mengatakan saya rasis kerana saya mempunyai semangat kemelayuan yang tinggi, maka ya, saya rasis jika itu tafsiran yang anda mahu gunakan."

Kumpulan pro-BN kempen asak keluarga Mahathir


Dilihat sebagai reaksi balas, kumpulan pro-BN kini cuba mengaitkan keluarga Tun Dr Mahathir Mohamad dengan dakwaan rasuah.
Mendakwa masih mengumpulkan “bukti kukuh” untuk dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan polis, mereka membangkitkan keraguan berhubung kekayaan dua anak Mahathir.
Perkara itu antara yang ditimbulkan dalam sidang media Pertubuhan Penyokong Barisan Nasional Malaysia (PPBNM) dalam sidang media khusus berkaitan perkara itu di Kuala Lumpur hari ini.
“Ramai tahu tentang rekod kekayaan yang didapati atau dimiliki oleh keluarga mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Ada juga bertanya bagaimana kedua-dua anaknya iaitu Mirzan dan Mokhzani dapat kekayaan pada dalam masa yang begitu singkat dan cepat.
“Malah, semua bukti ini banyak terdapat di media sosial sama seperti di WSJ (Wall Streeet Journal),” kata timbalan pengerusi kumpulan Dr Lee Nan San.
Lee mendakwa kedua-dua anak perdana menteri keempat itu menjadi jutawan dan berada dalam kalangan kelompok rakyat Malaysia paling kaya dalam tempoh tiga tahun sahaja.
Beliau juga turut mempersoalkan daripada mana datangnya hasil kekayaan kedua-dua lelaki Mahahir itu.
“Kalau mereka ada kehandalan atau kecekapan dalam perniagaan dari mana modal permulaan itu datang? Adakah begitu mudah diperoleh dari kontrak atau perniagaan antarabangsa?
“Kita bimbangan mungkin ada unsur rasuah atau penyalahgunaan kuasa semasa Tun Mahathir menjadi PM,” kata Lee lagi.

Penyokong BN: Kenapa beri peluang pada pembangkang?

Semua parti komponen BN diingatkan agar berhati-hati membuat kenyataan, lebih-lebih lagi yang melibatkan pentadbiran kerajaan.
Timbalan Presiden Pertubuhan Penyokong Barisan Nasional Malaysia (PPBNM) Dr Lee Nan Sang berkata BN kini tidak boleh membuat kesilapan kerana ia pasti akan menjadi sasaran pembangkang.
Lee (gambar) berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Pemuda MCA Pasir Gudang yang memutuskan hubungan dengan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak susulan sokongannya kepada Himpunan Rakyat Bersatu 16 September lalu.

“Bila ada sesuatu parti yang adakan boikot atau apa saja tindakan terhadap parti lain ini akan beri peluang kepada parti pembangkang untuk lawan balik dan kita akan menjadi sasaran mereka atas ketidaksefahaman dalam BN.
“Parti dalam BN harus sentiasa ingat pada semangat semasa menubuhkan BN,’ katanya dalam sidang media di ibu negara hari ini.
Lee mahu setiap parti dalam komponen BN berbincang terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan.
Ketua Pemuda MCA Pasir Gudang Chia Chow Hui sebelum ini berkata himpunan 'Baju Merah' pada tarikh tersebut menghancurkan keharmonian kaum.
Pada Jumaat, Najib mengucapkan penghargaan terhadap peserta Himpunan Rakyat Bersatu dengan menyatakan himpunan Baju Merah berhimpun secara aman tanpa sebarang provokasi.
Himpunan itu, yang asalnya dikenali "mempertahankan maruah Melayu" itu membangkitkan pelbagai isu berkaitan masyarakat Cina.
Ia dianjurkan sebagai reaksi balas terhadap BERSIH 4 yang kebanyakannya dihadiri kaum Cina, yang mendesak Najib meletakkan jawatan.

Skandal 1MDB: Khairuddin ditahan bawah Sosma selepas dibebaskan


Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang membuat laporan terhadap 1MDB di beberapa negara, telah dibebaskan petang ini, tetapi ditangkap semula oleh pihak polis.
Peguamnya, Matthias Chang memberitahu Malaysiakini bahawa Khairuddin ditangkap semula di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) di Kompleks Mahkamah Jalan Duta sekitar jam 4.40 petang ini.
"Apabila berjalan keluar dari mahkamah selepas dibebaskan, dia terus ditangkap semula bagi kesalahan di bawah Seksyen 124k dan 124L Kanun Keseksaan," katanya.
Seksyen 124k dan 124L masing-masing mengenai sabotaj dan cuba untuk mensabotaj negara.
Di bawah Sosma, Khairuddin boleh ditahan tanpa bicara sehingga 29 hari. Beliau pada mulanya ditangkap kerana disyaki bertindak untuk 'menjatuhkan kerajaan.'
Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata, polis menganggap tindakan Khairuddin menggunakan saluran perundangan asing untuk mengenakan tekanan antarabangsa terhadap Malaysia berhubung isu 1MDB sebagai mensabotaj negara.
Chang (gambar) percaya ianya sebab mengapa bekas timbalan ketua Umno bahagian Batu Kawan itu dibebaskan selepas ditahan di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan dan ditangkap semula di bawah seksyen yang berbeza.
Katanya, tuduhan sabotaj tidak dapat dibuat di bawah Seksyen 124C, dan sebab itulah mereka perlu menangkap Khairuddin semula.
Seksyen 124C adalah berkaitan dengan perbuatan yang memudaratkan demokrasi berparlimen.
Khairuddin ditahan Jumaat lalu di rumahnya di Mont Kiara, beberapa jam selepas mendapat tahu bahawa dia tidak boleh meninggalkan negara ini.
Beliau kemudiannya ditahan reman selama enam hari mulai hari Sabtu dan sepatutnya dibebaskan esok.
Penangkapan awal terhadapnya adalah berkaitan bukti mengenai skandal 1MDB yang diserahkannya kepada pihak berkuasa Switzerland.
Selain Switzerland, Khairuddin juga membuat laporan terhadap 1MDB di London, Hong Kong dan Singapura.

Himpunan baju merah ditaja ahli perniagaan Melayu, bukan Umno, kata Jamal

Himpunan baju merah atau Himpunan Rakyat Bersatu yang menyaksikan sebahagian peserta dilaporkan dibayar, sebenarnya ditaja ahli perniagaan Melayu, dan bukan parti Umno, kata jurucakap penganjur Datuk Jamal Md Yunos.
Beliau berkata demikian sewaktu ditanya sama ada penganjur bersedia mendedahkan jumlah yang dikutip daripada jualan baju-T himpunan 16 September itu, seperti yang dilakukan Bersih 2.0, penganjur perhimpunan Bersih 4.
"Mungkin (jualan) baju-T kita boleh umumkan. Sebelum ini pun ada ahli-ahli perniagaan Melayu yang membantu mereka yang datang.

"Termasuklah komen-komen kata peserta dapat RM30, RM50, RM100. "Umno tidak pernah menaja, kecualilah ada ahli-ahli perniagaan yang membantu memberikan sumbangan," kata ketua Umno bahagian Sungai Besar itu selepas membuat laporan polis di Ampang, tengahari ini.
Sebelum ini, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak menafikan parti itu menjadi penaja kepada himpunan itu tetapi mengakui penglibatan beberapa pemimpin parti dalam penganjurannya, yang menggunakan platform organisasi bukan kerajaan (NGO) masing-masing.
Pemimpin PAS, Datuk Mahfuz Omar antara yang pernah mendakwa peserta himpunan baju merah dibayar RM100 untuk menghadiri perhimpunan di Padang Merbok, Kuala Lumpur itu.
Jamal pada sidang media sama turut memaklumkan beliau sudah membuat 3 daripada 17 laporan polis berkenaan fitnah terhadap dirinya di media sosial.
Beliau antaranya menafikan pernah menerima RM3 juta sebagai habuan menganjurkan himpunan baju merah.
"Mereka kata saya jumpa perdana menteri minta peruntukan RM3 juta bagi membiayai himpunan. Saya katakan ini bohong sama sekali," katanya.
Dakwaan Jamal menerima RM3 juta bagi menganjurkan himpunan baju merah pada 16 September mula diterbitkan blog Sarawak Report baru-baru ini.

Ahli politik memang jarang mengutamakan kepentingan rakyat

Tc Ling: Inilah yang sepatutnya. Jika Umno gagal membantu rakyat, pergi kepada DAP atau PKR. Namun ingatlah siapa yang menyokong ketika anda memerlukan kerana mereka juga memerlukan sokongan anda.
Jika peniaga ini masih menyokong Umno selepas ini, maka merekalah yang perlu dipersalahkan jika insiden sama berlaku lagi.
Jeremy Tan Kian Hong: Mereka sepatutnya pergi ke ketua Umno Sg Besar dan pengasas Sekinchan Ikan Bakar, Jamal Yunos untuk dapatkan bantuan. Siapa perlukan Umno jika sudah ada Jamal?
Ian Ross: Semua politikus perlu sedia berkhidmat kepada sesiapa sahaja seperti yang dijanjikan ketika mereka memilih untuk masuk politik.
Ron Cam: Tidak kira parti pemerintah atau pembangkang, tolonglah sesiapa sahaja yang meminta bantuan. Tidak kira sama ada mereka penyokong atau tidak.
Leo Philo: Membantu mereka yang memerlukan, tanpa mengira latar politik kaum dan agama, adalah sesuatu yang natural. Kemanusiaan patut menjadi pertimbangan utama.
Zul Own: Semua ini adalah publisiti. Masih ingat ketika semua pemimpin tertinggi DAP dengan angkuh menyokong festival arak di Damansara, atau ketika parti itu bertegas alkohol perlu mudah didapati di kawasan Melayu?
Jerry Low: Berbanding ke jalanraya untuk mencetuskan huru-hara, kumpulan baju merah akan dipandang dengan lebih baik jika mereka gunakan tenaga untuk kebanjikan masyarakatnya. Di saat sukar, mereka bercakap tentang maruah pula.
Gurcharan Singh: Wakil rakyat yang dipilih hanya mementingkan poket sendiri. Masih tidak cukupkah?
Sekarang mereka mahu pecahbelahkan negara.
Roger 5201: YB yang dipilih ini sepatutnya membantu kawasan mereka dan membangkitkan masalah peniaga, terutama di saat ekonomi yang teruk.
Mereka tidak boleh lagi hanya melaung-laungkan kebaikan kerajaan semata-mata.
Katatonic: Ini bukanlah bahagian yang paling memalukan. Pasar ini dekat sahaja dengan pejabat Shahrir Samad.
Belalang: Jadi adakah pembangkang membantu peniaga ini? Jika ya, dengan cara apa?

Kerajaan merah muka ‘ditampar’ badan kehakiman

oleh Robin Stanley Augustin
Pastinya hari Isnin yang memalukan untuk pihak berkuasa, selepas perangai jeliknya ditahan oleh badan kehakiman dalam kes penggantungan penerbitan yang melaporkan kepincangan cabang pelaburan kerajaan.
Dua bulan lalu, Kementerian Dalam Negeri menggantung penerbitan The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily, kerana laporan mereka mengenai 1MDB.
Maka meletuslah kecaman dan solidariti pengamal media, kumpulan hak asasi dan rakyat berikutan tindakan mereka menggunakan akta kontroversi dan lapuk Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, yang menyebabkan dua penerbitan itu digantung selama tiga bulan.

Enggan menerima penggantungan itu terus berlaku, The Edge, mengheret kerajaan ke mahkamah untuk mencabar penggantungan itu. Tetapi kerajaan hanya mengabaikan semua halangan, dan terpaksa bersemuka dengan penentangan bersemuka.
Pada hari Isnin, The Malaysian Insider melaporkan yang Mahkamah Tinggi telah membatalkan keputusan kementerian untuk menggantung penerbitan itu, yang boleh dianggap satu tamparan hebat kepada kerajaan.
Hakim Asmabi Mohamad, dalam membenarkan semakan semula kehakiman permohonan itu berkata yang responden (Kementerian Dalam Negeri) telah melanggar Seksyen 7(1) PPA, kerana mereka tidak memberikan  perincian penggantungan kepada pemohon (The Edge).
Hakim itu berkata yang kementerian telah mengambil pertimbangan aneh dalam mengenakan larangan itu, dan responden sepatutnya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan arahan, kerana ia menjejaskan kehidupan pekerja-pekerja pemohon.
Dia berkata yang mahkamah akan menilai ganti rugi yang akan dianugerahkan kemudian, serta mengarahkan responden membayar kos sebanyak RM15,000.
Kementerian dalam kenyataan bertarikh 24 Julai menyenaraikan tiga sebab penggantungan penerbitan itu, iaitu tajuk berita dan laporna yang membentuk tanggapan buruk kepada 1MDB, selain daripada laporan itu berasaskan maklumat yang meragukan dan tidak sah, yang boleh mengganggu dan prejudis kepada kesejahteraan awam dan kepentingan negara.
Kementerian tidak memberikan perincian tepat rencana manakah yang mereka percaya palsu, dan kementerian hanya menambah dengan teka-teki, “mereka sepatutnya tahu mana satu”.
Ketiga, kementerian berkata yang isu 1MDB yang ketika itu disiasat oleh pasukan tindakan khas, dan tidak sesuai untuk melaporkan isu yang membentuk tanggapan buruk.
Keputusan Mahkamah Tinggi sebenarnya berita baik untuk banyak pihak, terutama sekali kepada mereka yang percaya kepada kebebasan media dan sedang mencari kebenaran dalam isu 1MDB. Kementerian Dalam Negeri, bagaimanapun, kelihatan seperti orang bodoh.

Dr Mahathir ketepi fenomena himpunan baju merah, nyanyi lagu My Way

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat memilih khalayak berbeza dengan berduet bersama Datuk Siti Nurhaliza menyanyikan lagu klasik dendangan penyanyi legenda Frank Sinatra bertajuk My Way dalam sebuah program kepimpinan di Cyberjaya, Rabu lalu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 September, 2015.Ketika tumpuan rakyat Malaysia rata-ratanya masih lagi terpaku pada perhimpunan "baju merah" 16 September lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat memilih khalayak berbeza dengan berduet bersama Datuk Siti Nurhaliza menyanyikan lagu klasik dendangan penyanyi legenda Frank Sinatra bertajuk My Way.
Beliau yang hadir untuk memberi ucapan dalam sebuah program kepimpinan di Cyberjaya, Rabu lalu, sebelum itu diminta menyanyikan sebuah lagu dan dengan rela bersetuju berbuat demikian.
Selepas menolak beberapa pilihan lagu pertama, hadirin seramai kira-kira 300 orang itu kemudiannya bersorak apabila bekas pemimpin negara berusia 90 tahun itu menyanyikan lagu yang hampir sempurna nada tingginya seperti dalam lagu asal, sambil berduet dengan Siti Nurhaliza.

Pas kembali ke era "Angkatan Perpaduan Ummah" - Penganalisis

Pas kembali ke era "Angkatan Perpaduan Ummah" - PenganalisisKUALA LUMPUR: PAS akan berdepan situasi ketika wujudnya Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang aktif sekitar tahun 1990-1996 dahulu, kata Prof Madya Dr Fuad Othman.

Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM) itu berpandangan, apa yang sedang berlaku dalam blok pembangkang ketika ini disifatkan sebagai satu pakatan strategi.

"Saya kira kedudukan PAS ini dalam gabungan pembangkang, ia akan jadi suatu model yang pernah dibuat dulu, Angkatan Perpaduan Ummah dimana ia disebahagian tempat, akan berpakat dengan pakatan rakyat sebahagian tempat lagi ia tidak akan akan berpakat dengan pembangkang," ujarnya ketika dihubungi Astro AWANI.

Beliau memberi contoh di negeri Pantai Timur misalnya, PAS merasakan sokongan mereka kuat disitu dan akan bergerak sendiri.

Bagaimanapun di sesetengah tempat, PAS akan melakukan penggabungan strategik dengan parti-parti politik lain bagi menutup kelemahan parti.

Fuad berkata, ia secara jelas menunjukkan PAS sedang bergelut untuk meraih kembali sokongan akar umbi dan pada masa sama masih bergantung kepada kekuatan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan menidakkan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

"Ini menunjukkan PAS tidak boleh menarik habis kedudukan mereka dalam pembangkang meskipun pada masa sama mereka tidak sehaluan dengan Amanah dan DAP yang berada dalam Pakatan Harapan.

Bila Melayu hendak buka 'Petaling Street 2'?

Bila Melayu hendak buka 'Petaling Street 2'?
KUALA LUMPUR: CADANGAN Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri untuk membuka 'Plaza Low Yat 2' baru-baru ini menerima pelbagai reaksi; termasuk yang menyebut ini satu bukti ada di kalangan Melayu bersifat rasis.

Bagaimana tidak, hanya kerana insiden pergaduhan dan rusuhan yang berlaku di Plaza Low Yat sejak pertengahan Julai lepas yang menyebabkan kecederaan tujuh orang, cadangan itu terus dilemparkan dan tanpa masa lama mendapat sokongan semua Melayu.

Alasannya mudah, ada lokasi khas untuk Melayu sendiri membeli alatan elektronik, telefon bimbit atau apa sahaja gajet dengan harga istimewa dan kononnya tidak lagi ditipu oleh kaum yang lagi satu. Benarkan begitu?

Selama berbelas tahun sebelum insiden, Low Yat sudah terkenal dengan lokasi pembelian barangan komputer dan gajet telefon bimbit, selama ini tidak pernah ada masalah namun tiba-tiba isu timbul, pelik bukan?

Gambar Fail
Kampung Baru merupakan penempatan asal orang Melayu di kawasan Segitiga Emas di Kuala Lumpur. - Gambar Fail

Alasan anak-anak muda mencuri atau ditipu Cina penjual telefon sebenarnya hanya pencetus. Jika benar pemuda ini mencuri, tidak sukar jika mereka yang terlibat ditangkap dan dihantar ke balai polis untuk tindakan selanjutnya oleh pihak berkuasa.

Seandainya didakwa peniaga ini menipu pula, tidak susah juga untuk pelanggan berkenaan ke tribunal atau agensi berkenaan yang mempertahankan hak-hak pelanggan. Lagipun, sudah lama pepatah 'Pelanggan sentiasa betul' diperkenalkan. Jadi apa salahnya dipraktikkannya sahaja oleh pelanggan yang rasa ditipu. Mudah bukan?

Bagaimanapun, kalau dipetik kata-kata Ismail sendiri, penubuhan Low Yat 2 sebenarnya bukan dianggap langkah rasis kerana fungsi Mara dan Bangunan Mara sememangnya adalah untuk membantu membangunkan ekonomi, pendidikan serta lokasi strategik mencari rezeki untuk kaum Melayu dan bumiputera.

Sehubungan itu jelasnya, mana-mana pihak itu dianggap lebih bersikap perkauman apabila menuduhnya bersifat rasis dengan cadangan Low Yat 2 itu.

Isunya, benarkah peniaga Melayu tidak dibenarkan untuk berniaga di dalam Low Yat atau persaingan harga yang melampau menjadikan Melayu itu sendiri gagal dan takut untuk membuka premis di Low Yat?

Selepas insiden Low Yat, perhimpunan Bersih 4 dan terbaharu, Himpunan Rakyat Bersatu mengambil tempat masing-masing dan diadakan di ibu negara semasa sambutan menjelang Hari Kebangsaan serta Hari Malaysia.

Kedua-dua himpunan itu mengambil pendekatan masing-masing dengan tujuan berbeza namun ironinya lebih dilihat perhimpunan dua kaum yang mungkin mahu menunjukkan kekuatan dengan cara perarakan di jalan raya.

Ia sebenarnya menyemarakkan lagi api ketegangan kaum di negara kita. Sedar tidak sedar, banyak portal dan blog sudah mula memainkan sentimen itu dan perang propaganda yang mempunyai motif tersendiri mula hebat di laman sosial mahupun aplikasi sistem pesanan WhatsApp.

Tony Pua: Tanpa sebab dihantar pulang dari Sarawak

Dancer claims trial to insulting Najib

MCA should've joined 916 rally, says former president

Chua: 'Cowardly' Liow failed to transform MCA

Jamal Beri Amaran Satu Lagi Demo di Petaling Street

Himpunan Hijau : Kami Akan Turut Serta - Jamal

PAS Tidak Iktiraf Keputusan Pakatan Baharu - Hadi

Deputy IGP: Police knew about Sept 26 gathering

Jamal Yunos beri amaran rusuhan "kumpulan melayu" di Jalan Petaling Sabtu ini

Dia mendesak KPDNKK mengambil tindakan terhadap peniaga yang menjual barangan tiruan di Jalan Petaling jika tidak mahu berlaku perhimpunan pada Sabtu ini.

jamal-yunos_Petaling-Street_600AMPANG: Datuk Jamal Yunos memberi amaran rusuhan oleh kumpulan Melayu mungkin berlaku di Jalan Petaling pada Sabtu ini jika Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepengunaan (KPDNKK) tidak mengambil sebarang tindakan terhadap aduan yang telah dibuat.
Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia itu berkata, setakat hari ini pihak berkuasa tidak menjalankan apa-apa tindakan penguatkuasaan terhadap peniaga yang didakwa menjual barangan tiruan.
“Kalau pihak berkuasa tak mengambil tindakan, saya yakin, 99 peratus akan ada perhimpunan dan mungkin juga akan berlaku satu rusuhan di sana. Hari sabtu ni.
“Saya sendiri sudah berjumpa pihak KPDNKK untuk sampaikan hasrat mereka supaya tuntutan kita ini dilaksanakan,” katanya kepada pemberita di IPD Ampang Jaya pada Rabu.
Katanya, jangkaan 5,000 orang akan menyertai perhimpunan tersebut.
Sehubungan itu, beliau menggesa supaya pihak-pihak yang terlibat mengadakan rundingan dengan perniaga di sana bagi mengelak berlakunya perkara yang tidak diingini.
“Saya berharaplah persatuan peniaga dan peniaga-peniaga di Petaling Street itu, memberi kerja sama yang sepenuhnya supaya kita tidak mahu insiden seperti 16 September yang lepas berulang lagi.
“Kalau KPDNKK tidak ambil tindakan sehingga Jumaat ini, kalau berlaku apa-apa kekecohan di sana, saya tidak bertanggungjawab,” katanya yang enggan mendedahkan individu yang akan mengetuai perhimpunan Sabtu ini.

99% demo Sabtu ada, Jamal "baju merah" beri amaran


Datuk Jamal Md Yunos, orang kuat di sebalik himpunan Baju Merah minggu lalu, menggesa kerajaan menyelesaikan isu monopoli bukan Melayu dan jualan barangan tiruan di Jalan Petaling, Kuala Lumpur atau berdepan akibatnya.
“Kalau pihak berkuasa tak ambil tindakan, saya yakin 99 peratus akan ada perhimpunan dan mungkin berlaku satu rusuhan di sana,” katanya.
“Jadi saya minta, saya sendiri dah berjumpa dengan ketua pengarah bahagian penguatkuasaan KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan) untuk sampaikan hasrat mereka supaya tuntutan mereka dilaksanakan.”
Jamal sebelum ini mendakwa Jalan Petaling sebuah tempat "perkauman" dan menyeru ia dikongsi dengan penjaja Melayu.
Kebanyakan penjaja tidak bersetuju dan mencadangkan Jamal memohon pihak berkuasa membuka pusat penjaja khas untuk Melayu di lokasi lain.
Dalam himpunan minggu lalu, berlaku berlaku ketegangan antara sekumpulan lelaki yang memakai baju merah dengan polis, menyebabkan meriam air disembur.
Ada antara mereka memaki polis sebagai “barua Cina” dan membaling botol platik selepas dihalang masuk ke Jalan Petaling.
Polis hanya memberikan permit berhimpun kepada kumpulan silat PESAKA di Padang Merbok sahaja.
Enggan dedah identiti kumpulan itu
Jamal yang juga pemimpin akar umbi Umno berkata kumpulan yang mahu mengadakan perhimpunan Sabtu ini bertegas supaya tindakan diambil susulan itu itu.
“Masa 16 September saya datang di sebelah petang untuk meredakan keadaan.
“Dan mereka bersetuju dan persetujuan itu dibuat kerana kita minta kerajaan supaya ambil tindakan tegas terhadap peniaga di Jalan Petaling sebab dilihat ada kekebalan luar biasa kerana tiada tangkapan atau serbuan yang dibuat KPDNKK,” katanya.
Jamal juga berkata, selain peniaga Cina, ramai peniaga asing berurusan di jalan itu menyebabkan tempat pelancongan itu tercemar.
“Tuntutan mereka untuk minta peniaga sana kongsi ruang perniagaan pada kaum lain dan tak dimonopoli oleh Cina sahaja,” katanya yang mengaku menjadi orang tengah antara kumpulan itu dan pihak berkuasa.
Jamal bagaimanapun enggan mendedahkan ideantiti kumpulan itu.
Beliau justeru mengingatkan supaya tindakan diambil pihak berkuasa sebelum berlaku perkara tidak diingini.
“Dan kalau mereka tak ambil apa apa tindakan sehingga hari Jumaat ini, kalau berlaku apa apa kekecohan di sana saya tidak bertanggungjawab,” katanya yang menganggarkan 5,000 orang akan berhimpun Sabtu ini.
Umat Islam juga menyambut Aidiladha hari ketiga Sabtu ini.
Datuk Bandar tidak mengizinkan perhimpunan itu.

Bilkis to fight 'ridiculous charge' over balloons

Siasat Najib: Amerika belum berhubung dengan M'sia

Himpunan "baju merah" terus menyalahkan Otai Reformis

Jamal warns of riot at Petaling Street if authorities don't act

Polis siasat Mahathir 'jika ada keperluan'

Implikasi siasatan juri agung terhadap Najib Razak


Oleh Kadir Jasin 

 AMERIKA di bawah George Bush dan anaknya, George W. Bush bencikan Tun Dr Mahathir Mohamad kerana beliau bercakap bagi pihak negara-negara Islam, mengkritik Israel dan membela negara-negara membangun.
PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]
Tetapi Amerika tidak menubuhkan apa-apa badan untuk menyiasat beliau.
AMERIKA di bawah Barrack Hussein Obama amat menyayangi Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak (atau Mohd Najib berasa beliau disayangi) kerana beliau seorang yang bersikap sederhana (moderate).
Tetapi Amerika menubuhkan Juri Agung (Grand Jury) untuk menyiasat dakwaan rasuah ke atas beliau dan orang-orang yang rapat dengan beliau. Demikian menurut laporan akhbar The New York Times (NYT). (Di sini)
Juri Agung adalah badan penyiasatan tertinggi di Amerika. Lazimnya ia mengandungi antara 16 hingga 23 orang ahli walaupun ada masanya lebih ramai. Ia bertindak sebagai satu pasukan untuk jangka masa yang lama atau melibatkan banyak kes. Ia diselia sama ada oleh seorang peguam persekutuan, ketua peguam negeri atau peguam daerah.
Mereka berkuasa mendengar kes atau “membicarakan” seseorang secara ex parte iaitu tanpa kehadiran orang yang disyaki atau tertuduh.
ee
Dua Sahabat: Mohd Najib Sanjung Obama
Anak Tiri PM Jadi Sasaran
Dalam kes Mohd Najib, laporan NYT itu mengatakan penyiasatan akan dikelolakan oleh sebuah unit di Jabatan Kehakiman (Justice Department) yang bertanggungjawab menyiasat rasuah antarabangsa.
Sasaran penyiasatan ialah harta di Amerika yang dibeli oleh syarikat-syarikat kosong (shell companies) dimilik anak tiri Mohd Najib serta aset-aset hartanah yang bersangkutan dengan seorang yang rapat dengan keluarga Perdana Menteri.
Anak tiri Mohd Najib yang dimaksudkan itu ialah Riza Shahriz Abdul Aziz, anak Datin Paduka Seri Rosmah Mansor dengan suami pertamanya, Abdul Aziz Nong Chik manakala kawan rapat keluarga Perdana Menteri itu ialah Jho Low.

Kayuhan berbaju biru Otai Reformis bulan depan


Otai Reformis, kumpulan aktivis reformasi pada 1998, hari ini mengumumkan akan mengadakan program berbasikal untuk keamanan pada akhir bulan depan sempena Hari Keamanan Sedunia.
Program yang bertajuk "Cycle4peace and Harmony" (kayuh untuk keamanan dan keharmonian) itu menggunakan tema baju berwarna biru.
"Biru untuk keamanan," kata jurucakap kumpulan itu Shaiful Arifffin dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Shaiful berkata program itu bukan untuk membalas himpunan Baju Merah yang diadakan oleh Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) pada 16 September lepas.
"Kami mengalu-alukan rakyat Melayu, Cina dan India untuk turut serta dalam program berbasikal ini.
"Kami ingin sampaikan kehidupan aman damai dan tolak isu perkauman," katanya.
Mereka bagaimanapun meletakkan sasaran lima kali ganda peserta berbanding kehadiran dalam himpunan Baju Merah sebelum ini.
"Kalau Jamal (Md Yunos) cakap satu juta untuk himpunan (Baju Merah), kita letak sasaran lima juta peserta untuk program berbasikal ini," sindir anggota Otai Reformis Mustapa Mansor.

Otai Reformis: Syabas polis kawal 'demo paling ganas'


Cukup seminggu selepas himpunan Baju Merah 16 September lalu, sekumpulan aktivis yang dekat dengan pembangkang hari ini tampil mengucapkan syabas kepada polis kerana berjaya mengawal sebuah “himpunan paling ganas”.
"Jika perdana menteri atau timbalan perdana menteri mengatakan bahawa ini adalah himpunan paling aman, maka pihak kami menyangkalnya.
“Kami merasakan himpunan ini adalah himpunan paling ganas dan paling merisaukan dan menggusarkan rakyat, terutamanya masyarakat Cina,” kata seorang penggerak Otai Reformis Mustapa Mansor.
Otai Reformis digerakkan sebagai sebuah entiti oleh kumpulan aktivis yang bangun menyatakan bantahan terhadap pemecahan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri pada 1998.
Mustapa menyangkal dakwaan kumpulan Baju Merah bahawa Otai Reformis yang menjadi penyebab utama berlaku kekecohan di depan pintu gerbang Jalan Petaling, Kuala Lumpur.
"Bukti yang mereka miliki dan mereka pamerkan ke pihak media hanyalah sekeping kertas risalah yang seolah-olahnya disebarkan oleh pihak kami.
"Oleh kerana himpunan Baju Merah dibiayai oleh individu dari parti pemerintah maka segala tuduhan naif dan tidak berasas tersebut mendapat liputan luas dari media arus perdana," katanya.
Sementara itu jurucakap Otai Reformis Shaiful Ariffin berkata seramai 487 orang ahli mereka dan dan NGO lain turun untuk membantu “menjaga keamanan” pada perhimpunan itu.
Sehari selepas himpunan itu, Pengerusi Pertubuhan Majlis Jalinan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) Abdul Rani Kulup Abdullah antara pihak yang tampil membuat laporan polis.
Abdul Rani menjadikan Otai Reformis sebagai sasaran, yang didakwanya mencetuskan provokasi melalui satu rakaman video.

Hu: PAS hanya akan kembali ke landasan sebenar jika Hadi berundur

oleh Ian McIntyre
Dahulu pernah menjadi kesayangan PAS, bekas ketua Dewan Penyokong PAS Hu Phang Chaw hari ini ialah seorang politikus yang patah hati setelah dikecewakan selepas parti Islam itu kembali menjadi parti dengan pendirian berhaluan kanan yang sangat sempit.
Hu Phang ChawHu Phang Chaw
Pada 2004, sewaktu kemuncak populariti BN selepas kejayaan besarnya dalam pilihanraya umum 2004, Hu memutuskan untuk memulakan kerjasama dengan PAS.
Ketika seluruh negara ketika itu terkesima dengan ayat perdana menteri ketika itu Abdullah Ahmad Badawi supaya “bekerja dengannya dan bukan untuknya”, Hu merasakan masih ada yang kurang dalam negara ini.
Dia merasakan perubahan yang dijanjikan Abdullah sukar berlaku kerana sekiranya BN berubah, ia mungkin hilang kekuasaan politiknya.
BN telah memimpin negara ini menerusi dasar pecah dan perintah, mencetuskan ketakutan di negara yang pelbagai kaum dan agama tidak akan wujud melainkan pakatan itu sentiasa berkuasa.
Tetapi untuk Hu, yang keluar daripada PAS dua tahun lalu, kuasa pemacu ke arah sebuah negara yang sejahtera adalah ekonomi yang makmur.
Dan hari ini dalam dunia tanpa sempadan, ekonomi adalah pasak utama mana-mana negara berdaulat, tambahnya.
Bagaimanapun, Hu berkata yang kerakusan BN kepada kuasa dan kemewahan menyakiti semua perkara yang diperlukan untuk mengekalkan sebuah negara yang stabil dan sejahtera, menambah yang situasi semasa semakin buruk.
Dan Hu bengang kerana PAS tidak dapat melihat semua alasan asas mengapa perlunya sebuah pakatan pembangkang yang kuat untuk menentang dan menyeimbangkan kekuasaan BN.
Bekas wartawan itu bekerja keras dengan MP Parit Buntar Dr Mujahid Yusuf Rawa dan Husam Musa selain Takiyuddin Hassan untuk menubuhkan Kelab Penyokong PAS Bukan Muslim pada tahun 2004.
Kelab itu berkembang menjadi sayap PAS dan kini khabar angin bertiup kencang yang akan ada ahli-ahlinya akan diletakan untuk bertanding menentang bekas rakan pakatan- DAP dalam pilihanraya umum ke 14 nanti.
Pemerhati politik kagum dengan kumpulan bukan Islam yang menyokong parti Islam itu tetapi Hu tidak keliru.
Walaupun kini, pengkritiknya sedang bergelak ketawa selepas PAS membuang janjinya iaitu “PAS untuk Semua”.
Hu merasakan masih ada harapan untuk parti itu tetapi pemimpin mereka yang berfikiran sempit perlu diasak supaya berubah dahulu.
Dahulunya rakan rapat presiden PAS Abdul Hadi Awang, Hu telah menyalahkan semuanya kepada pundak presiden itu, mengatakan yang Hadi adalah beban kepada pembangkang.
PAS, katanya, hanya boleh kembali ke landasan pembangkang yang sebenarnya sekiranya Hadi mengundurkan diri atau membenarkan parti itu berubah.

8 fakta yang perlu anda tahu mengenai Pakatan Harapan

Dibentuk selepas Persidangan Meja Bulat Pembangkang, Pakatan Harapan mula menjadi buah mulut sejak semalam.

Ini lapan fakta yang berjaya dikumpulkan bagi menyimpulkan apakah makna dan visi Pakatan Harapan dalam menghadapi cabaran politik tanah air.

1. Pakatan Harapan ditubuhkan bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang kini "tidak lagi berfungsi', menurut Presiden PKR Dato Seri Wan Azizah Wan Ismail.

2. Gabungan itu bersetuju secara sebulat suara memilih Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya gabungan itu menang dalam Pilihan Raya Umum ke 14.

3. Ia merangkumi tiga parti politik, PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

4. Gabungan itu ditubuhkan melihat keperluan yang mendesak bagi mendepani Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).

5. Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang sebelum ini bersatu dalam Pakatan Rakyat tidak menyertai Pakatan Harapan.

6. Pakatan Harapan akan mempunyai dokumen yang mengikat semua parti secara bersama, berbeza dengan Pakatan Rakyat.

7. Anggota exco daripada PAS masih kekal dalam kerajaan Selangor yang dibentuk dalam ikatan Pakatan Rakyat, menurut Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

8. PAS mengekalkan kerjasamanya dengan PKR walaupun tidak menyertai Pakatan Harapan.

Gadai Negara: 1MDB mungkin jual aset kepada firma asing, lapor akhbar Umno

Syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad dijangka mengumumkan satu daripada tiga firma asing sebagai pemenang bida untuk mengambil alih 18 aset tenaga Edra Global Energy Berhad. Gambar fail Reuters, 23 September, 2015.  
Syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad dijangka mengumumkan satu daripada tiga firma asing sebagai pemenang bida untuk mengambil alih 18 aset tenaga Edra Global Energy Berhad. 

Syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dijangka mengumumkan satu daripada tiga firma asing sebagai pemenang bida untuk mengambil alih 18 aset tenaga Edra Global Energy Berhad miliknya yang bernilai RM10 bilion dalam usaha mengurangkan hutang piutang syarikat tersebut, lapor Utusan Malaysia. Sumber industri berkata, firma tenaga berpangkalan di Arab Saudi ACWA Power International dan pihak berkuasa pelaburan Qatar dikatakan berada di hadapan dalam senarai 4 pembida bersama satu lagi entiti asing dan juga firma tenaga tunggal, Tenaga Nasional Berhad (TNB).
"Ia dijangka diumumkan secara rasmi selewat-lewatnya awal oktober ini, iaitu minggu depan," sumber dipetik berkata akhbar milik Umno itu.

Sumber industri bagaimanapun dilaporkan melahirkan kebimbangan keputusan menjual kepada entiti itu boleh memberi implikasi terhadap 1MDB yang kini bergelumang dengan pelbagai kontroversi dan persepsi. Sebanyak 15% aset Edra ialah loji janakuasa tempatan dengan bekalan elektrik ke seluruh negara, oleh itu ia kepentingan negara yang perlu kekal dikuasai entiti tempatan dan bukannya entiti luar negara.
Malah, kata sumber industri, langkah ini dikhuatiri memberi kesan kepada kerajaan kerana penjualan aset Edra kepada entiti asing bermakna pertama kali dalam sejarah, industri strategik negara aset janakuasa dimiliki orang asing.
"Bila dikuasai orang asing, siapa dapat membendung kemungkinan harga lebih tinggi, jika bukan para pengguna iaitu rakyat Malaysia?" soalnya kepada akhbar itu.
Lebih membimbangkan, kata sumber itu lagi kepada Utusan, penjualan Edra kepada entiti asing akan menutup peluang kepada vendor tempatan, termasuk bumiputera yang dibimbing selama ini.
1MDB pada asalnya mengumumkan rancangan menyenaraikan perniagaan tenaganya pada Julai 2014 bagi menjana dana berjumlah RM11 bilion.
Sebahagian dari dana itu bertujuan membayar balik hutangnya yang menggunung sehingga RM42 bilion setakat 31 Mac 2014.
Menurut laporan, 1MDB harus membayar antara RM2.4 bilion sehingga RM2.7 bilion setahun dari segi faedah pinjaman.

Rasuah, penipuan, buat Malaysia belum sedia laksana hudud, kata aktivis Islam

Pengerusi International Human Rights Committee Dr Sir Iftikhar Ahmad Ayaz semasa forum Peace Symposium 2015 di Royale Bintang Hotel, Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 23 September, 2015.  
Pengerusi International Human Rights Committee Dr Sir Iftikhar Ahmad Ayaz semasa forum Peace Symposium 2015 di Royale Bintang Hotel, Kuala Lumpur hari ini. 

 Malaysia masih belum bersedia dengan pelaksanaan hudud kerana negara ini masih belum mencapai tahap "kesolehan" yang perlu diamalkan, kata pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Antarabangsa (HRC), Dr Sir Iftikhar Ahmad Ayaz.
Iftikhar berkata Malaysia mungkin tidak mampu melaksanakan hudud ataupun undang-undang Islam dengan baik kerana banyak terlibat dengan amalan rasuah dan penipuan.
"Mereka menipu demi wang.

"Mereka tidak ikhlas mengabdikan diri dalam iman dan amal. Semuanya dilakukan seperti satu ritual," katanya kepada pemberita di forum "Simposium keamanan: Memahami Syariah dari perspektif agama dan hak asasi" di Kuala Lumpur semalalm. Iftikhar yang merupakan ahli Komuniti Islam Ahmadiyya berpendapat, undang-undang syariah itu hanya berjaya dilaksanakan sekiranya umat Islam membina masyarakat mereka.
"Undang-undang syariah untuk mereka yang soleh, yang mempunyai rasa cinta dan takut kepada Allah dalam hati mereka.
"Jika tidak, hukum hudud akan disalahgunakan. Malaysia masih belum bersedia," katanya.
Menurutnya, hak asasi minoriti perlulah dijamin sekiranya hudud dilaksanakan dan mereka tidak seharusnya merasakan hak asasi mereka disekat.
"Tidak ada perbezaan antara golongan minoriti dan majoriti," katanya.