Isnin, 21 September 2015

BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH..

PADA 14 JUN 2015 Najib Razak telah berjanji akan selesaikan masalah 1MDB sebelum akhir tahun ini..

BOLEH PERCAYAKAH janji seorang pemimpin melayu-UMNO yg selalu mungkir janji akan dpt settlekan skandal 1MDB sebelum akhir tahun ini.. DAN

...ringgit akan pulih mulai awal tahun depan sekiranya Najib tunaikan janjinya itu ??!!

Bukankah sebelum ini pemimpin2 UMNO pernah berkata kejatuhan nilai ringgit tiada kaitannya dgn 1MDB ??

Harap tiada apa-apa perkara buruk dilakukan terhadap Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dgn kenyataan & pengakuan berani beliau..

NAJIB'S BIG SHAME SPLASHED ALL OVER WORLD HEADLINES


NAJIB'S BIG SHAME SPLASHED ALL OVER WORLD HEADLINES
Someone sent me this. It is a compilation of news headlines from around the world about Najib and the 1MDB scandal. Malulah Malaysia.
1. Bulgaria news:
Wall Street Journal: The FBI has begun investigating the Malaysian fund 1MDB
http://m.focus-news.net/?action=news&id=2120942
..............
2, Thailand news:
US media said the FBI began investigating the fund scandalous "1MDB" of Malaysia
http://www.manager.co.th/Around/ViewNews.aspx?NewsID=9580000106237

.............
3. Vietnam news:
FBI investigation of the Malaysian fund 1MDB
http://tuoitre.vn/tin/the-gioi/20150920/fbi-dieu-tra-quy-1mdb-cua-malaysia/972276.html
.............
4. Spanish news:
The FBI opened an investigation against the Malaysian investment fund 1MDB
http://m.europapress.es/internacional/noticia-fbi-abre-investigacion-contra-fondo-inversion-malasio-1mdb-20150920054705.html
...........
5. Chinese News:
FBI investigation of Najib created by 1MDB Fund
http://finance.sina.cn/usstock/mggd/2015-09-20/detail-ifxhytxr3799103.d.html?from=wap
.............
6. Korea news:
Malaysian Prime Minister Najib '1MDB corruption allegations' FBI investigation after
http://m.mediapen.com/news/articleView.html?idxno=94495
............
7. Russian news:
The FBI is investigating money laundering through the Malaysian state fund
http://www.rbc.ru/rbcfreenews/55fe297a9a79474ad3a3d90a
.............

Shahbudin: Fear of arrest will paralyze Najib

“Umno itself under Najib awaiting arrest will be like a party on life support.”
shahbudin-husin,-najib
KUALA LUMPUR: Najib Abdul Razak may finally realize that it’s pointless remaining Prime Minister if he can’t step outside the country for fear of being arrested and has to confine himself between Pekan, his parliamentary seat, his private residence along Jalan Duta and Putrajaya, predicts a political analyst in his latest blog posting. “The world outside won’t be as easy or safe for him as Malaysia.”
“Umno itself under Najib awaiting arrest will be like a party on life support.”
Former Prime Minister Mahathir Mohamad has already sounded the alarm bells, he added, on Najib eventually courting arrest if he steps outside the country. “If he steps down, not only the people but also Umno members will be very happy.
The analyst isn’t sure what will become of the investigations against Najib when he steps down as Prime Minister.
“Here, he can manipulate and stymie investigations into his alleged wrongdoing and sweep things under the carpet, and pretend to be clean, while keeping up the mantra on challenges to the dignity of the Malays, activities detrimental to parliamentary democracy and make much of so-called attempts to overthrow a democratically-elected government,” said Shahbudin Husin.
In the world outside, said the analyst, it’s a whole new ball game. “They have their laws to enforce on money laundering and Third World leaders robbing their people and salting away their ill-gotten gains outside the country.”
Already, he added, Switzerland and the FBI in the US have opened investigation papers on the RM42 billion 1MDB scandal and the RM2.6 billion controversy. “This follows reports lodged by sacked Umno Batu Kawan Deputy Divisional Chief Khairuddin Abu Hassan in both countries and in London, Paris, Hong Kong and Singapore.”
So far, he noted, the people have only seen the FBI in action on TV. “Soon they will see the FBI in action on Najib in real life. It will be one more ‘contribution’ by Najib to the country.”
“Before Najib is eventually caught, on the reports lodged in the US and Switzerland, it cannot be ruled out that several other countries will open investigation papers on him. We will know in two weeks time which other countries are opening investigations papers on him.”

Pas kian mendekati Umno di Kelantan ....

MSO

Mustapa: Perlu bersuara.
Semakin hari semakin dekat dan rapat Pas dengan Umno. Parti itu dilihat sedang mengadakan persiapan rapi untuk bergabung menjelang pilihan raya ke-14. Apa yang dilakukan Pas sekarang ini memberi kefahaman kepada ahli dan umum kenapa kedua-dua parti Melayu itu perlu bersatu. Mereka sedang membentuk keadaan mendesak untuk ke arah itu.

Walaupun Pas menafikan akan hakikat itu dan lebih rela bersendirian konon, tetapi gerak kerja yang dilakukan membawa ke arah itu. Kenyataan-kenyataan politik dan body language mencerminkan mereka akan "bersanggama". Ada beberapa petunjuk menjelaskan akan penggabungan itu akan berlaku dalam waktu terdekat ini.

Kenyataan ketua pemuda Pas yang dikutip mengakui Pas tidak mampu bersendirian memberi konotasi yang parti itu perlu bergabung dengan Umno. Sayangnya kenyataan ketua pemuda itu ditempelak balik kepada Pas oleh musuh-musuh Pas yang kurang cekap membaca permainan politik itu. Dianggap kenyataan ketua pemuda itu sebagai Pas seakan menyesal.

Sebenarnya tidak begitu, apa yang hendak diberitahu oleh ketua pemuda itu yang parti perlukan teman, dan teman itu sudah pun ada dalam koceknya.

Antara petunjuk lain menyerlahkan Pas ingin bersama ialah sikap Pas yang sudah berpatah arang dan berkerat rotan dengan DAP dan juga Amanah. Dalam masa sama bermain lidah, klu klik dengan PKR. Pas walaupun tidak ada kata putus, tetapi sebenarnya wajah yang ditunjukkan sudah putus.

Ketidaksediaan Pas untuk tidak bersama dalam Pakatan 2 menjelaskan perkara ini. Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hassan menjelaskan yang parti agama itu  juga tidak akan menyertai perundingan meja bulat bagi membentuk pakatan baru esok menjelaskan sikap dan pendirian Pas.

Begitu juga kenyataan keras dan bengis oleh "presideng" yang Pas tidak akan berkerjsama dengan pengkhiant memberi gambaran parti itu sudah tauhid dengan apa yang diyakini.

Sebelum ini Pas juga tidak menunjukkan minat kepada himpunan Bersih 4. Alasan yang digunakan Pas sangat dangkal, kerana parti itu tidak dijadikan kepala. Selain itu sikap Pas yang agak positif dengan himpunan baju merah, tambah menjelaskan apa yang sudah jelas.

Di peringkat Kelantan pula, indikatornya juga makin ketara. Beberapa penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan Kelantan sepatutnya mendapat perhatian dan kritikan Umno, namun ia tidak dilakukan apa-apa. Umno semacam tidak peduli dan membiarkan begitu sahaja segala kepincangan itu yang sebelum ini menjadi makanannya.

Anwar: Ketepi perbezaan demi muafakat politik baru

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru parti pembangkang termasuk NGO supaya mengetepikan perbezaan bagi mewujudkan muafakat politik baru demi membawa perubahan kepada negara.
Menurutnya lagi, usaha rundingan meja bulat sebagai langkah untuk menyelamatkan Malaysia dengan menggembleng tenaga semua pihak yang komited kepada reformasi, keadilan dan kedaulatan undang-undang.
"Walau saya di penjara, saya tetap dapat merasai kerisauan dan kebimbangan rakyat terhadap isu ekonomi dan kejatuhan nilai mata wang ringgit, penggunaan retorik perkauman yang semakin meningkat dan skandal 1MDB yang tidak berkesudahan.
"Dalam keadaan genting ini, kita perlu mengetepikan perbezaan dan maju ke hadapan untuk membentuk alternatif yang berdaya maju, adil dan demokratik berbanding kerajaan sedia ada," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Persidangan meja bulat akan diadakan esok di Hotel Empire, Subang Jaya bermula jam 10 pagi.
Sebelum ini dilaporkan PAS masih bertahaluf dengan PKR dalam pakatan pembangkang tetapi tidak dengan DAP dan AMANAH. Mereka juga tidak akan menjalinkan kerjasama politik dengan pihak yang melakukan khianat.
Semalam Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail masih berharap selepas PAS menolak untuk menghadiri perbincangan meja bulat bagi membentuk gabungan politik pembangkang yang baru esok.
Sementara itu, Dr Wan Azizah hari ini mengadakan pertemuan tertutup dengan wakil DAP bagi membincangkan beberapa perkara penting termasuk hala tuju perjuangan berasaskan prinsip yang dipersetujui bersama.

Nasrudin: Keputusan tepat PAS tak sertai Pakatan 2.0

Pendirian teguh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menolak untuk menyertai Pakatan Rakyat (PR 2.0) merupakan keputusan yang tepat dan pintar.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan dalam kenyataan hari ini berkata ketegasan itu memberi gambaran jelas bahawa PAS mempunyai matlamat tersendiri dalam menjamin masa depan parti itu daripada terjerumus ke dalam situasi yang keliru dan terumbang-ambing.
"PAS tidak berminat untuk menyertai PR 2.0 yang belum tentu wujud dan usaha mewujudkannya juga masih kabur sedang PRU 14 semakin hampir, PR versi asal masih utuh cuma perlu diperkukuh dengan lebih efektif," katanya.
Nasrudin menegaskan komitmen PAS masih dalam Paktan Rakyat kerana yang terputus hanya tahaluf dengan DAP dan bukannya dengan PR yang masih mempunyai dua komponen tahaluf iaitu PAS dan PKR.
-Bernama

Pas tak bodoh sombong kata Nasrudin

Pas menolak PR 2.0 sebab tidak mahu bekerjasama dengan Parti Amanah Rakyat (Amanah) yang dianggap telah mengkhianati Pas.
NasrudinPETALING JAYA: Pas menolak untuk bekerjasama dalam Pakatan Rakyat (PR) 2.0 bukan disebabkan parti itu bersikap bodoh sombong ataupun ego.
Sebaliknya penolakannya dibuat atas pendirian parti berkenaan enggan bekerjasama dengan Parti Amanah Negara (Amanah) yang dituduhnya sebagai pengkhianat.
Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata ia juga dibuat bagi menjaga maruah dan prinsip parti itu.
“Kita tidak akan membiarkan budaya ‘tikam belakang’ itu menjadi amalan dalam politik negara dan berpendapat pengkhianat perlu dihukum.
“Khianat kemudian diterima sebagai kawan. Budaya sebegini akan merosakkan kesejahteraan iklim politik negara. Justeru ia mengheret negara menghalalkan sebuah pengkhianatan politik,” katanya dalam kenyataan dibuat pada Isnin.
Pada masa sama, Nasrudin berkata Pas tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak kerana mereka sudah mempunyai perancangan tersendiri untuk menambat kembali sokongan terhadap partinya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Katanya, Pas sentiasa bersikap terbuka untuk menerima mana-mana pihak untuk bekerjasama dengannya.
“PAS tidak perlu mengikut lagak orang lain untuk berjaya,” katanya.

Hadi: Karl Marx bukan Cina, India pun


Sudah sampai masanya Umno direhatkan dan PAS diberi peluang “memerintah dengan Islam” demikian seruan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau juga berharap orang bukan Islam tidak takut dengan agama itu kerana mereka boleh menerima ideologi seperti komunis yang diasaskan tokoh bangsa lain.
“Kalau orang bukan Islam boleh terima ideologi komunis, yang buat Komunis ini Karl Marx. Karl Marx ini bukan orang Cina, bukan orang India, dia orang Yahudi Jerman.
“(Tetapi) ada orang Cina, orang India berjuang untuk komunis masuk hutan sampai kurus kering, makan rumput, payah makan,” beliau dilapor berkata demikian dalam ucapan pada Himpunan Harapan Semua (HARAP 3.2) di Dungun pada 18 September lalu.
Hadi juga, menurut laporan di laman web PAS, mendakwa BN, MCA dan MIC menganut fahaman kapitalisme, sebuah ideologi yang dipelopori Adam Smith, seorang Inggeris.
Oleh itu, kata Hadi, jika ada yang sanggup berjuang menegakkan ideologi asing itu, maka sewajarnya mereka boleh memberi peluang kepada Islam.
“Barulah tak timbul kapal terbang hilang, tak timbul 1MDB, tak timbul Perwaja yang kilang besi itu, sedar-sedar besi tak ada, duit pun tak ada juga. Tidak timbul bermacam-macam penyelewengan. Kerana apa? Kerana kita yang berpegang dengan Islam ini ada perhitungan dosa pahala.
“Bukan sahaja dalam bab sembahyang, puasa (sahaja), termasuklah bab ekonomi, politik. Puak-puak ini (Umno), dosa pahala dia sembahyang puasa saja. Dalam bab ekonomi, politik tak ada dosa pahala. Baham duit banyak-banyak, lepas itu buat umrah.
“Buat umrah, balik, buat umrah pula. Selesai macam itu, dia ingat mudah begitu saja (hal dosa pahala). Kita lain dengan mereka. Terimalah pendekatan Islam yang kita bawa ini, insya-Allah boleh selamatkan negara kita,” seru beliau.

Himpunan "baju merah" bukan hal remeh


Perhimpunan rakyat di Kuala Lumpur sudah pun berlalu. Dianggarkan penyertaan Perhimpunan BERSIH 4 (baju kuning) pada penghujung 29 dan 30 hari bulan Ogos berjumlah 300,000 orang.
Mereka yang datang dari seluruh negara, sanggup membiayai sendiri, membeli baju kuning dan tidur di kaki lima semata-mata untuk memberitahu rakyat Malaysia bahawa negara kita makin runtuh dan dalam keadaan gawat.
Perhimpunan Maruah Melayu (Baju Merah) pada 16 hari bulan September pula menghimpunkan 50,000 orang walau pada mulanya dijanjikan 1,000,000 akan berhimpun di Kuala Lumpur.
Kumpulan baju merah itu hanya berjaya mengumpulkan peserta yang disewa, dengan biaya dan sokongan pucuk pimpinan Umno tertentu dan kerajaan Malaysia. Ramai tidak tahu menahu tujuan kehadiran mereka di Kuala Lumpur.
Mereka juga mengumpan masyarakat gelandangan di sekitar Kuala Lumpur untuk meramaikan lagi penghimpunan ini.
Pelbagai pandangan, fitnah dan tohmahan dilemparkan melalui media massa dan semasa perhimpunan tersebut agar membara lagi api perkauman.
Sekali gus ia melunakkan isu yang sebenarnya iaitu masalah ekonomi dan pemimpinnya.
Soalnya bagaimanakah masyarakat Melayu dan bukan Melayu yang tidak terlibat secara langsung dalam perhimpunan ini mahu menyokong pemimpin-pemimpin Melayu menjelang pilihan raya umum nanti.
Perhimpunan baju kuning inginkan pembangunan negara yang adil, saksama, demokratik dan tidak korup. Perhimpunan baju merah pula ingin kekalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kabinetnya walaupun sudah timbul dakwaan berlaku kecuaian, keraguan, salah guna kuasa dan penyelewengan wang.
Akhirnya rakyat terpaksa menanggung bebanan hutang piutang dan penipuan yang dilakukan atas nama rakyat walhal rakyat sendiri tidak mendapat nikmat kekayaan negara.
Isu penyelewengan ini tidak akan hilang begitu sahaja. Tidak mungkin masalah serius umpama bangkai gajah yang busuk ini boleh disorokkan dengan mudah.

Meja Bulat PR 2.0: Perutusan DS Anwar

Berikut merupakan perutusan DS Anwar Ibrahim yang disampaikan melalui peguam beliau pada 21 September 2015:
“Saya terima baik usaha rundingan meja bulat yang akan disertai wakil-wakil PAS, KEADILAN, DAP dan Amanah serta NGO-NGO pada Selasa ini.
Ini merupakan langkah awal yang penting bagi mewujudkan muafakat yang melibatkan semua pihak termasuk parti-parti politik, NGO dan individu-individu yang amat diperlukan demi membawa perubahan kepada negara.
Tujuan pertemuan ini bukan hanya untuk mewujudkan muafakat politik; usaha kita lebih dari itu, iaitu untuk menyelamatkan Malaysia dengan menggembleng tenaga semua pihak yang komited kepada reformasi, keadilan dan kedaulatan undang-undang.
Walau saya di penjara, saya tetap dapat merasai kerisauan dan kebimbangan rakyat terhadap isu ekonomi dan kejatuhan nilai mata wang ringgit, penggunaan retorik perkauman yang semakin meningkat dan skandal 1MDB yang tidak berkesudahan.
Dalam keadaan genting ini, kita perlu mengetepikan perbezaan dan maju ke hadapan untuk membentuk alternatif yang berdaya maju, adil dan demokratik berbanding kerajaan sedia ada.”

Ringgit can recover once 1MDB issue resolved says Zeti

1MDB has been the subject of multiple investigations, amid allegations of financial mismanagement and graft.
zeti,1mdbKUALA LUMPUR: Malaysia’s central bank governor said on Monday that the ringgit – Asia’s worst performing currency of the year so far – is expected to start recovering once issues surrounding troubled state fund 1Malaysia Development Bhd (1MDB) are resolved.
1MDB has been the subject of multiple investigations, amid allegations of financial mismanagement and graft.
Prime Minister Najib Razak, who also chairs the fund’s advisory board, has resisted calls for him to step down from government, but controversies continue to rage. 1MDB is seeking to reduce its $11 billion debt by selling power and property assets.
“They (the ongoing investigations) are going to yield an outcome,” Bank Negara Malaysia (BNM) chief Zeti Akhtar Aziz said at an event in the capital city organised by government think tank PEMANDU.
Besides a resolution of domestic issues, Zeti said other factors which could prompt a recovery in the ringgit included an eventual decision by the U.S. Federal Reserve to raise interest rates, a recovery in global commodity and energy prices and an improvement in China’s economy.
The ringgit came under further pressure on Monday after the Wall Street Journal reported that the U.S. Federal Bureau of Investigation (FBI) launched an investigation into allegations of money-laundering at 1MDB.
It slid 1.3 pct to 4.2600 per dollar as of 0725 GMT from the previous close of 4.2070. It has now lost nearly 18 percent of its value against the dollar so far this year.
– Reuters

Kerjasama dengan PAS ditentukan keputusan bersama parti pembangkang, kata Mat Sabu

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu mengatakan keputusan untuk berkerjasama dengan PAS dalam pakatan pembangkang baharu hanya akan diputuskan melalui pendirian bersama.
Bekas timbalan presiden PAS yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu berkata, pendirian Amanah terletak kepada keputusan bersama parti pembangkang lain seperti PKR dan DAP.
“Kami (Amanah) akan ambil pendirian bersama dengan parti-parti yang ada (dalam Pakatan Rakyat).

“Saya tak sebut ada masalah atau tidak (bekerjasama dengan PAS), saya kata kita akan ambil pendirian bersama,” katanya kepada pemberita di hadapan ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur hari ini selepas disiasat kerana terlibat dengan perhimpunan Bersih 4.President Amanah Mat Sabu berkata pendirian partinya terletak kepada keputusan bersama parti pembangkang lain seperti PKR dan DAP. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 21 September, 2015. Semalam Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sekali lagi mengulangi kenyataannya untuk melibatkan PAS dalam perbincangan menubuhkan pakatan pembangkang baharu bersama PKR, DAP dan Amanah.
PKR sebelum ini mengumumkan akan mengadakan rundingan meja bulat antara parti pembangkang termasuk PAS.
Malah Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali minggu lalu turut menyatakan akan terus memujuk PAS untuk berbincang meskipun presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan tidak mungkin bekerjasama dengan Amanah.
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan juga menolak yang parti Islam itu akan menyertai rundingan yang diketuai PKR esok.
Dr Wan Azizah berkata, pakatan pembangkang masih memerlukan penyertaan PAS untuk memenangi pilihan raya.
Mohamad enggan mengulas kenyataan ketua pembangkang itu dan mengatakan pilihan raya masih lambat lagi.
Beliau berkata, meskipun Amanah masih baru dilancarkan mereka menerima sokongan yang menggalakkan.

Sebuku roti, sebuah negara dan maruah Melayu

oleh Mariam Mokhtar
Dr Mahathir Mohamad, merasakan dia paling memahami psiki Melayu. Walaupun sangat dihormati dan dikagumi oleh Umno Baru, bukan semua orang bersetuju dengan dasar-dasarnya dan gaya tadbir urusnya.
Pada era tujuhpuluhan, Mahathir berjaya mengheret orang Melayu, yang menendang dan menjerit, keluar dari kampung mereka, dan memaksa mereka untuk meraikan kurun ke dua puluh.
Dalam The Malay Dilemma, buku yang ditulisnya 45 tahun lalu, Mahathir menyifatkan orang Melayu sebagai orang “asal” Malaya. Dia merasakan yang masyarakat mereka kekurangan pendorong dan persaingan, dan dalam keturunan itu, kekurangan perkahwinan antara kaum, dan hidup di tanah yang subur, tidak menjadikan mereka kuat berusaha dan mempunyai banyak hubungan serta sumber yang hebat.
Mahathir mahu mengubah orang Melayu dan beberapa cirri mereka, yang diperolehi dalam tempoh berdekad lamanya, seperti “fatalism” dan “kegagalan menghargai masa”. Dia mahu mereka untuk “menghargai nilai sebenar wang dan harta benda”. Dia percaya yang hak istimewa akan mengurangkan kesengjangan ekonomi yang berlaku.
Adakah Mahathir berjaya dalam “mengubah” orang Melayu. Mereka masih lagi fatalistik. Mereka tidak menghargai masa sendiri atau masa orang lain. Menteri, yang sepatutnya memimpin melalui tauladan, selalu lewat datang mesyuarat. Melayu sukakan wang dan harta benda tetapi tidak menghargai kerja keras yang diperlukan untuk memperolehinya. Orang Melayu juga jarang sekali membaca untuk menambah ilmu.
Jadi, walaupun berdekad dasar afirmatif dilakukan dan pemberian berbilion ringgit, kekurangan orang Melayu masih wujud. Mahathir sewajarnya menyedari yang persaingan adalah kunci.
Tahun lepas, bekas perdana menteri itu mengecam orang Melayu dan menggelarkan mereka “pemalas”.  Walaupun diserang hebat kerana kenyataannya, dia tidak berganjak, “Saya tidak mahu menipu diri sendiri. Jika malas, saya akan katakan malas.”
Dia mendakwa orang Melayu tidak malu walaupun mereka gagal dalam peperiksaan mereka, dan apabila ditanya sekiranya orang Melayu bekerja keras, dia berkata, “Sekiranya kita pergi ke universiti, 70 peratus pelajar adalah wanita. Di manakah lelaki? Apakah yang mereka lakukan? Mereka menjadi mat rempit.
“Kerana itulah saya katakan tidak bekerja keras. Walaupun mereka masuk universiti mereka tidak belajar betul-betul.” Dia mendesak orang Melayu supaya bekerja lebih keras, untuk setanding dengan orang bukan Melayu.
Untuk menyerlahkan lagi kekurangan integriti dalam kalangan orang Melayu, dia berkata, “Sekarang saya memiliki kedai roti. Saya katakan ini terus terang, saya berasa sangat malu kerana antara orang Melayu, Cina, Myanmar dan ramai lagi pekerja lain, apabila orang Melayu melihat wang, mereka jadi tidak sedar diri dan tidak jujur.”
Dia mendakwa yang pengurusnya cuba bersubahat dengan beberapa orang pekerja untuk menggelapkan wangnya, tetapi dihentikan oleh pekerja-pekerja lain.

Orang ramai berhak dapat jawapan dalam siasatan 1MDB, kata Zeti

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata hari ini, orang ramai berhak mendapat jawapan terhadap siasatan berhubung skandal 1Malaysia Development Malaysia Berhad (1MDB).
Beliau melahirkan keyakinan pihak terlibat dalam salah laku berkaitan syarikat pelaburan negara itu akan dihadapkan ke muka pengadilan.
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz melahirkan keyakinan pihak terlibat dalam salah laku berkaitan syarikat pelaburan negara itu akan dihadapkan ke muka pengadilan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal , 21 September, 2015. "Ketika ini, kita tahu orang ramai mahukan jawapan dalam persoalan ini. Dan mereka berhak untuk mendapatkan jawapan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sesi dialog mengenai kemas kini ekonomi 2015 anjuran Pemandu di Sasana Kijang hari ini. Zeti berkata beliau yakin siasatan yang berjalan akan membuahkan hasil, sambil menegaskan aspek siasatan BNM terarah kepada percanggahan kelulusan yang dibuat oleh 1MDB.
"Semua siasatan ini sedang berjalan dan ia akan membuahkan hasil. Bagi Bank Negara, kami melihat dalam percanggahan kelulusan yang kami berikan kepada 1MDB secara spesifik.
"Siasatan ini sudah siap dan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara," katanya.
Mengenai isu pengubahan wang haram, Zeti berkata masyarakat antarabangsa sudah menyatakan komitmen untuk menangani isu tersebut dengan beberapa langkah tegas sudah diambil.
"Masyarakat antarabangsa sudah bersatu, mereka ini FATF (Financial Action Task Force), mereka sudah bersatu untuk menangani isu berkaitan pengubahan wang haram.
"Jadi, kamu akan dapat lihat oleh komuniti antarabangsa selepas beberapa insiden berkaitan dengan keganasan," katanya.
Menurut Zeti, Malaysia berada dalam kedudukan yang agak baik dalam penilaian yang dibuat, sambil menegaskan pesalah yang terlibat dalam pengubahan wang haram tidak akan dapat lari daripada melakukan kesilapan.
"Dalam dunia sekarang, tidak ada orang dalam planet ini yang boleh bersembunyi," katanya.

Pembantah matang, polis bertolak ansur punca kejayaan Bersih 4

oleh Ahmad Mustapha Hassan
Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara ini, sebuah perhimpunan gergasi yang menyelimuti seluruh Kuala Lumpur dalam warna kuning boleh berlaku secara aman selama dua hari pada 29-30 Ogos.
Terdapat beberapa cubaan untuk menghalangnya daripada berlaku. Polis juga mengisytiharkan perhimpunan itu haram dan perserta boleh dikenakan tindakan.
Seorang menteri cuba mengejek perarakan itu dengan berkata walaupun wujud empat perarakan yang dianjurkan Bersih sebelum ini, kerajaan BN (Umno Baru) masih kekal kukuh. Menteri ini mempunyai tabiat untuk memberikan komen kepada semua perkara yang dia rasakan menentang kerajaan.
Satu perkara yang pasti dia tidak pernah berfikir sebelum mengatakan sesuatu. Malah sekiranya dia ada akal, dia pastinya mengetahui yang kerajaan Umno Baru sedang kehilangan sokongan.
Cubaan lain juga dilakukan bagi menghalang perarakan ini daripada berlaku.
Menteri dalam Negeri berkata yang kerajaan telah mengharamkan baju kuning Bersih 4 menggunakan peruntukan dalam Kawalam Pengeluaran Barangan Tidak Dihendaki melalui Gazet Kerajaan Persekutuan (No.22) 2015 pada 28 Ogos. Ini dilakukan sehari sebelum perarakan itu berlaku. Mungkin mereka merasakan ia mampu menghalang perarakan itu.
Menteri lain pula memberikan amaran kepada para guru dan pelajar supaya tidak terlibat dengan perarakan itu.
Satu lagi cubaan adalah pengumuman yang dibuat pada 27 Ogos yang Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia telah menyekat laman sesawang yang “mempromosi dan menghebahkan maklumat kepada mereka yang mahu turut serta” dalam protes itu.
Khabar angin juga bertiup kencang untuk menakurkan orang daripada keluar. Seorang kawan memberitahu saya yang dia akan duduk di rumah kerana takut berlakunya perkara tidak diingini sewaktu Bersih 4.
Tetapi tiada satupun cubaan berjaya dan Bersih 4 berjalan seperti dirancang. Malah jumlah yang turun bertambah ramai pada hari kedua.
Seperti biasa ada pihak yang enggan menerima hakikat yang rakyat berkumpul kerana mereka sudah tidak selesa dan bosan dengan situasi yang makin teruk di negara ini. Ada yang merasakan yang bantahan ini adalah kerja DAP. Begitulah ceteknya pemikiran kumpulan ini.
Perdana menteri juga tidak mempunyai perkara bijaksana untuk dikatakan bagi menafikan kejayaan Bersih 4. Dalam sebuah kenyataan, dia menggambarkan peserta Bersih sebagai “dangkal dan miskin” semangat patriotik.
Ada juga yang cuba memperkecilkan keghairahan yang ditunjukan rakyat dengan mengatakan hanya 50,000 orang menyertai perarakan itu. Ini hanyalah cubaan menipu diri sendiri.
Seorang politikus pula menggunakan alasan perkauman untuk menghina orang Malaysia yang terlibat dalam perarakan itu dengan mengatakan yang orang Cina sedang cuba melawan orang Melayu. Elemen hasutan seperti inilah yang cuba menganggu perpaduan dalam negara. Tindakan sebegini perlu dikecam oleh semua rakyat.
Ada juga mereka yang kurang bijak yang hanya boleh mengeluarkan perkataan-perkataan seperti “bodoh”, “membazir” dan “satu gangguan” dan pelbagai lagi perkataan yang dangkal maksud.

Bayar RM2.5 juta untuk anak panda: Netizen persoal kewajaran

KUALA LUMPUR: Ramai yang beranggapan anak panda yang dilahirkan Ogos lalu akan menjadi hak milik Malaysia.

Namun pengesahan yang dibuat oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyangkal tanggapan tersebut.

Menurut Wan Junaidi, seperti yang dilaporkan portal The Sun Daily, anak panda itu bukan milik Malaysia dan perlu dipulangkan kepada China apabila berusia 2 tahun.

Malaysia juga perlu membayar AS$600,000 (RM 2.5 juta) kepada China untuk setiap anak panda yang dilahirkan di sini.

Di laman sosial, ramai yang mula mempersoalkan kewajaran situasi ini. Netizen berpendapat, negara seolah-olah tidak mendapat keuntungan dalam hal ini.


Sekalipun mereka sedar kehadiran panda-panda berkenaan membantu menjana tarikan baharu dalam pelancongan, ia tetap dilihat sebagai tidak berbaloi.
Nama yang bakal dipilih untuk anak panda itu juga perlu mendapat kebenaran dari kerajaan China.

Keluarga Melayu selar kumpulan ‘baju merah’ mahu mansuhkan sekolah Cina

Najihah Desa melahirkan ketidakpuasan hatinya dengan tindakan kumpulan ‘baju merah’ yang menggesa penutupan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. – Gambar Facebook, 20 September, 2015. 
Najihah Desa melahirkan ketidakpuasan hatinya dengan tindakan kumpulan ‘baju merah’ yang menggesa penutupan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. 

Isu pemansuhan sekolah vernakular dibangkitkan sewaktu himpunan "baju merah" pada 16 September lalu mendapat reaksi daripada keluarga Melayu-Islam terutamanya yang menghantar anak mereka ke sekolah tersebut. Meluahkan rasa tidak puas hati di laman sosial Facebook, ramai di antara mereka tidak bersetuju dengan pemansuhan sekolah tersebut dan mempertahankan keputusan mereka memilih sekolah vernakular untuk pendidikan anak-anak.
Najihah Desa dari Kedah yang meletakkan gambar himpunan baju merah dengan kain rentang tertulis "hapuskan sekolah Cina" menyelar tindakan kumpulan itu.

"Anak saya sekolah SJKC, jadi apa masalahnya?," soalnya merujuk kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Status tersebut mendapat lebih 33,000 tanda suka dan dikongsi 23,000 pengguna Facebook sejak Khamis lalu.
Kebanyakan komen di status tersebut dibuat keluarga Melayu lain yang menghantar anak mereka ke sekolah vernakular sama seperti Najihah.
"Kawan baik saya sekolah Cina, sekarang hantar anak sekolah Cina.. Baik sahaja! Kenapa hendak tutup sekolah Cina? Racist! kata satu malaysia ?..," kata Iema Amdan.
Najihah dan suami tinggal di Taman Desa Jaya, Guar Chempedak.
Anak mereka masing-masing  Husna, 11, and Hannan,7 kini bersekolah di SJK(C) Chung Hwa in Sungai Yan.
Najihah juga memberitahu The Star status di Facebook menyokong sistem pendidikan vernakular adalah isu yang tidak sepatutnya dipolitikkan.

Meja bulat Pakatan hanya usaha selamatkan Malaysia, kata Anwar

Bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pertemuan sidang meja bulat parti pembangkang esok bukan hanya untuk mewujudkan permuafakatan politik.
Bercakap dalam satu kenyataan, Anwar berkata pertemuan tersebut adalah usaha dan langkah yang penting untuk menyelamatkan Malaysia.
Bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pertemuan sidang meja bulat parti pembangkang esok adalah usaha dan langkah yang penting untuk menyelamatkan Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 September, 2015. "Tujuan pertemuan ini bukan hanya untuk mewujudkan muafakat politik; usaha kita lebih dari itu, iaitu untuk menyelamatkan Malaysia dengan menggembleng tenaga semua pihak yang komited kepada reformasi, keadilan dan kedaulatan undang-undang.

"Ini merupakan langkah awal yang penting bagi mewujudkan muafakat yang melibatkan semua pihak termasuk parti-parti politik, NGO dan individu-individu yang amat diperlukan demi membawa perubahan kepada negara," Kata beliau melalui satu perutusan yang disampaikan melalui peguamnya hari ini. Katanya, walaupun berada di penjara namun beliau tetap bimbang dalam pelbagai isu yang melanda negara.
"Saya tetap dapat merasai kerisauan dan kebimbangan rakyat terhadap isu ekonomi dan kejatuhan nilai mata wang ringgit, penggunaan retorik perkauman yang semakin meningkat dan skandal 1MDB yang tidak berkesudahan."
Anwar turut menasihatkan dalam keadaan genting ini, semua pihak perlu mengetepikan perbezaan pendapat dan maju ke hadapan.
"Ini untuk membentuk alternatif yang berdaya maju, adil dan demokratik berbanding kerajaan sedia ada," katanya lagi.
PAS hari ini sekali lagi menegaskan tidak akan menghadiri persidangan meja bulat melibatkan DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) esok.
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan menyifatkan persidangan tersebut diadakan dengan tergesa-gesa dan pihaknya belum mengadakan perbincangan dalaman mengenainya.
Malah PAS turut mendakwa mendapat tempoh masa notis pemberitahuan mengenai perbincangan terlalu pendek.

“Pilihan raya masih jauh”-Mat Sabu

Dia enggan mengulas kenyataan Wan Azizah, PR tidak boleh menang tanpa Pas
mat-sabu,amanah
KUALA LUMPUR : Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Mohamad Sabu mengakui parti itu masih baru dan enggan mengulas mengenai kenyataan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bahawa Pakatan Rakyat (PR) tidak boleh memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) tanpa Pas.
Dalam jawapan ringkas berkaitan pertanyaan itu, dia berkata Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) masih jauh.
“Saya tak mahu komen apa-apa. Pilihan raya masih jauh. Parti kami pun baru dua minggu lebih dan sambutan yang diberi terhadap Amanah begitu memberansangkan,” katanya kepada pemberita di luar Balai Polis Dang Wangi selepas memberikan keterangan.
Dalam pada itu, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu turut mengulangi pendirian bahawa parti itu mengambil pendirian secara bersama untuk mewujudkan gabungan pakatan yang baru dikenali sebagai Pakatan Rakyat 2.0 (PR 2.0)
Menurutnya, parti itu akan hadir dalam rundingan sidang meja bulat PR 2.0 yang akan diadakan esok di Subang.
“Itu kena tanya Pas (berhubung Pas tidak mahu mengadakan kerjasama dengan Amanah). Kami akan hadir dalam rundingan sidang meja bulat dan soal pendirian pas itu terserahlah kepada rakan-rakan.
“Kami akan mengambil pendirian bersama dengan parti-parti yang ada. Kita tengok esok perbicangan dia macam mana,” katanya.
Terdahulu Mat Sabu memberikan keterangan kira-kira sejam lebih berhubung penyertaanya dalam Perhimpunan Bersih 4.0 yang diadakan pada 29 dan 30 Ogos yang lalu.
Dia hadir pada jam 11.15 pagi ditemani oleh dua orang peguamnya.
Mat Sabu turut mengesahkan dirinya disiasat dibawah Seksyen 4 ( 2) (C) Akta Perhimpunan Aman.

Surat terbuka kepada perdana menteri: Kesetiaan atau 1MDB?


aaBenarlah Melayu mudah lupa. Sentimen Melayu mudah terbakar dan meledak apabila diasak isu yang bersangkutan kepentingan mereka dan negara.
Namun, diam mereka tidak bermakna isu itu terus terbelasungkawa begitu sahaja. Ia membuku di dalam hati, menunggu masa untuk masak ranum sebelum bersemarai.
Dengan permainan media massa yang seterusnya meredakan isu dengan hal-hal lainnya, lambat laun suara-suara ini akan semakin sayup.
Situasi ini sinonim dengan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak yang berada dalam kemelut belakangan ini. Kredibiliti beliau dipertikai lewat isu pemindahan wang RM2.6 biiion ke dalam akaun peribadinya.
Apabila perkara ini berlaku, rakyat naik hairan dan naik angin hingga orang-orang penting dalam parti sendiri mempersoalkan letak duduk perkara sebenar.
Muncul secara tiba-tiba seorang menteri pencen selaku jurucakap menjawab persoalan daripada seorang anak menteri besar dengan membuat perbandingan apakah salah untuk seorang menteri besar mencari dana politik dan apakah perbezaannya dengan situasi perdana menteri sekarang.
Perbuatan ini tidak salah. Persoalannya, adakah dana tersebut disalurkan ke akaun peribadi menteri besar berkenaan?
Saya ingin minta menteri pencen berkenaan untuk tampil memberi bukti sekiranya ada mana-mana menteri besar yang pernah berbuat demikian.

Menjadi kelaziman untuk wang berupa sumbangan dimasukkan ke dalam akaun khas atas nama parti.
Perkara ini diamalkan di setiap Umno Perhubungan Negeri , malah ada juga ketua bahagian yang tidak tahu akan transaksi pengaliran masuk dana ke dalam akaun parti.
Namun, harus ditegaskan yang sebarang derma dan sumbangan disalurkan terus ke dalam akaun khas parti dan tidak sesekali ke akaun peribadi pemimpin.
Persoalannya, bukankah terma untuk senario ini digelar rasuah?Jika hal ini dihalalkan sekarang, bagimana untuk kita mentakrifkan terma rasuah?
Apakah justifikasi dan implikasi perbuatan rasuah? Apakah perdana menteri sendiri tidak mengambil kira risiko yang bakal dihadapi dengan membenarkan wang sedemikian banyak dimasukkan ke dalam akaun peribadi?
Apakah wang itu akan dipindahkan terus ke akaun khas parti? Bilakah perkara itu akan dilakukan? Apakah status wang tersebut?Apakah ia bakal menjadi sebahagian pusaka sekeluarga?
ddMengapa perlu menunggu parti pembangkang menamakan sumber dana yang dikumpul mereka sebelum membuat pengumuman?
Apakah perlu bermain tarik tali dalam senario sebegini tatkala amanah dan integriti sebagai peneraju negara dipertikaikan? Isu-isu inilah yang bersarang di minda rakyat.
Ramai yang melontarkan pendapat, mengkritik dan meminta pencerahan daripada perdana menteri untuk mengetahui letak duduk perkara sebenar.
Suara yang kedengaran ini majoritinya orang muda. Pelbagai persoalan bertalu-talu menyerang minda berpusar sekitar sumber wang tersebut, sebab-musabab ia dipindahkan ke akaun bank perdana menteri, untuk tujuan apakah wang itu disalurkan dan apakah ROI (return of investment) yang bakal diterima oleh pihak yang memasukkan wang berkenaan.

Apakah wujudnya perjanjian sahih hitam putih dengan pihak yang satu lagi, apakah keuntungan yang diraih dan apakah cagaran yang dijanjikan negara.
Namun, jangan pula disalah tafsir suara itu bernada serupa – semata-mata ingin menghentam akibat terpengaruh oleh dakyah parti pembangkang.

PR 2.0: Bukan mudah uruskan muafakat, perlu berhemah - Azmin


Azmin Ali

SHAH ALAM - PKR mengakui bukan mudah menguruskan muafakat namun ia perlu ditangani dengan berhemah menerusi kebijaksanaan kepimpinan supaya semua parti pembangkang bersatu dalam PR 2.0.

Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali berkata, pendirian PKR sejak awal ialah mengambil sikap inklusif dan akan bekerjasama dengan semua pihak yang komited dengan agenda reformasi.

“PKR akui untuk uruskan muafakat bukan satu perkara mudah tetapi kita perlu buat sebab itulah namanya kepimpinan.

"Pemimpin ini perlu berjiwa besar, sabar, tabah  jika ada masalah rungkaikan, selesaikan bukan tambahkan masalah... itulah  kepimpinan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD), di sini hari ini.

Menteri Besar Selangor itu menegaskan krisis seperti ini tidak wajar dilihat sebagai satu kelemahan namun peluang bagi melakukan muhasabah untuk memperbaiki keadaan jika dilihat secara positif.

“Untuk melakukan perubahan di Putrajaya kita harus bekerjasama dengan setiap parti, setiap individu yang sedia untuk menumbangkan BN dalam pilihan raya,” katanya.

Beliau menjelaskan peranan yang dilaksanakan PKR ini bukanlah selaku orang tengah semata-mata.

Katanya,tanggungjawab PKR untuk bersama-sama dengan semua parti dan pihak yang cintakan keadilan dan kebenaran.

PKR sedia kerjasama bentuk pakatan baru tumbang BN - Azmin

PAKATAN RAKYATSHAH ALAM, 21 SEP: Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mengesahkan beliau akan hadir dalam pertemuan bersama parti pembangkang lain dalam usaha pembentukan blok baru Pakatan Rakyat (Pakatan) untuk berhadapan Barisan Nasional.
“Ya saya akan hadir esok,” katanya ringkas ketika ditemui media di Dewan Jubli Perak selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Setiausaha Kerajaan Selangor, di sini, hari ini.
Mohamed Azmin turut mengulangi pendirian bahawa PKR bersedia bekerjasama dengan pihak yang komited dalam agenda reformasi negara.
Beliau juga menasihatkan krisis yang dilanda pembangkang boleh diurus dengan baik.
Ketika ditanya berkenaan keengganan PAS untuk hadir ke sidang terbabit, beliau yang juga Dato’ Menteri Besar  mengambil pendirian untuk tidak masuk campur dalam urusan parti lain.
Ketua Pembangkang yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini menjemput PAS, DAP, Parti Amanah Negara dan beberapa badan bukan kerajaan untuk membincangkan hala tuju mereka selepas pembubaran pakatan.
Rundingan meja bulat itu bakal diadakan di Hotel Empire Subang Jaya  bermula jam 10 pagi,  pada 22 September (esok).

The Edge: Keputusan mahkamah peringatan untuk KDN

Kumpulan media melihat keputusan mahkamah membatalkan penggantungan The Edge sebagai peringatan kepada kerajaan untuk tidak bertindak sewenang-wenangnya menyekat kebebasan media.
Mengalu-alukan keputusan hari ini ini, Gerakan Media Marah (GERAMM) berkata ia seharusnya mengingatkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk tidak bertindak di luar peranannya.
“Ini adalah satu kemenangan, walaupun kecil, kepada semua penyokong kebebasan media di Malaysia,” kata GERAMM dalam reaksi segeranya hari ini.
GERAMM antara organisasi media terlibat memberi tekanan kepada kerajaan, termasuk bersama menganjurkan himpunan membantah penggantungan itu di Kuala Lumpur sebelum ini.
Dalam keputusan yang jarang-jarang berlaku, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan keputusan kerajaan menggantung The Edge Financial Daily dan The Edge Financial Weekly.
Hakim Datuk Asmabi Mohamad mengarahkan penilaian terhadap kerugian The Edge dinilai manakala KDN pula diarah membayar kos RM15,000 kepada The Edge.
The Edge sebelum ini digantung tiga bulan selepas menerbitkan tulisan yang lantang mengkritik dalam isu 1MDB.
Sementara itu, GERAMM, perkumpulan longgar wartawan dan aktivis yang mendukung kebebasan media itu juga melihat keputusan itu sebagai tanda “keteguhan” pelbagai pihak menekan kerajaan supaya tidak campur tangan dalam tugas media.
GERAMM juga mendesak kerajaan tidak merayu terhadap keputusan hari ini, selari dengan ikrar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini untuk melindungi serta mempertahankan kebebasan media.
“GERAMM juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada media, masyarakat sivil serta orang ramai di atas sokongan yang diberikan dalam kempen kepada The Edge,” kata kumpulan itu yang terlibat dalam protes sama ketika penggantungan The Heat selepas melaporkan gaya hidup mewah Najib dan keluarganya.

PAS ulang kenyataan tak akan kerjasama dengan DAP, Amanah

PAS sekali lagi mengulangi pendirian parti itu tidak akan menjalin kerjasama dengan Parti Amanah Negara (Amanah) yang kini dalam proses didaftarkan dan DAP dalam Pakatan Rakyat 2.0.
Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata pendirian itu diputuskan berikutan pengkhianatan yang dilakukan parti berkenaan sebelum ini.
Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata pendirian PAS tidak akan menjalin kerjasama dengan Parti Amanah Negara (Amanah) diputuskan berikutan pengkhianatan yang dilakukan parti berkenaan sebelum ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 September, 2015. "Kami tidak dapat bersama Pakatan Rakyat 2.0 kerana adanya DAP dan Amanah yang pada anggapan kami mengkhianati dan lari daripada kami," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Pondok Madrasah al-Fununiah al-Tunjuniah di Kota Baru, hari ini.

Dalam kejadian kebakaran Ahad malam itu, 3 buah rumah papan dan 2 buah motosikal serta 2 buah kereta musnah.    Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata walaupun menyedari perlu kerjasama erat dalam kalangan pembangkang untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang, namun buat masa sekarang PAS tetap dengan pendirian itu.
"Walaupun tidak dibincang secara rasmi, itulah pandangan yang dilahirkan sebelum ini melalui rumusan yang dibuat oleh Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang). Dalam suasana dan perkembangan sekarang, perbincangan kerjasama rasmi itu memang kami tidak dapat terima," katanya.
Amar berkata PAS juga bersedia untuk bergerak bersendirian dalam pilihan raya umum akan datang jika keadaan memaksa.

Mengapa bukan hasutan sekiranya pro-Umno, hasutan jika menentangnya?

oleh V Shuman
Sikap pilih kasih kerajaan dalam pendakwaan menggunakan Akta Hasutan sangat menakjubkan.
Kita semua kenal dengan nama Ali Tinju (nama sebenar Mohd Ali Baharom)- seorang pengacau, pencetus kecoh, radikal, bekas tentera teraju hak Melayu, yang menjadi tajuk berita kerana sebab-sebab yang salah kebelakangan ini.
Ali ditahan oleh polis berikutan rusuhan kecil Low Yat selepas sebuah klip video tersebar. Video tersebut menunjukan dia memberikan ucapan berbaur perkauman menyeru belia Melayu supaya “membalas kembali” orang Cina, kerana memukul seorang belia yang terlibat dalam kes kecurian telefon bimbit.
Dia disiasat di bawah Akta Hasutan.
Bagaimanapun, banyak pihak tertanya-tanya dan kehairanan apabila dia muncul sekali lagi di luar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk menjual baju merah bagi perhimpunan “Himpunan Maruah Melayu”.
Media mula mencari berita dan tidak terkejut, apabila mendapati dia sudah dibebaskan daripada tuduhan hasutan, selepas arahan dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).
Menurut laporan tersebut, kes itu digugurkan kerana “kekurangan bukti”.

Kata pepatah sekeping gambar mempunyai lebih banyak kisah berbanding seribu perkataan. Dalam kes ini kita bukan hanya ada gambar, tetapi sebuah video menunjukan Ali mengubah kekecohan Low Yat, menurut polis sebuah kes kecurian, kepada sebuah isu perkauman.
Dalam video tersebut, dia didengari berkata yang rusuhan Low Yat adalah soal “maruah Melayu” dan orang Cina yang terlibat dalam kejadian itu perlu diajar, dan ini adalah “Bumi Melayu”.
Sesiapa sahaja, malah yang tidak berapa pandai pun boleh mengatakan yang ucapan itu bersifat perkauman dan jelas sekali dia cuba menjadikan isu itu kepada rusuhan yang lebih besar.

Nilai Ringgit pulih jika isu 1MDB selesai- Zeti

Penyelesaian skandal itu akan memulihkan semula penyusutan nilai yang dialami Ringgit
zeti_bnm_1mdb_600
PETALING JAYAA: Nilai Ringgit akan naik semula sekiranya isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diselesaikan.
Pandangan itu dibuat Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, yang yakin penyelesaiannya akan membolehkan susutan nilai yang ditanggung matawang itu dipulihkan.
“Kita tidak perlukan satu lagi skandal. Kita tidak perlu ketidak tentuan politik. Kesemua isu berkenaan 1MDB perlu diselesaikan, barulah kita boleh menyaksikan Ringgit naik semula,” kata Zeti sewaktu menjadi panel dalam acara pengumuman Laporan Kemaskini Ekonomi Malaysia 2015 di Bangunan Sasana Kijang, lapor Astro Awani.
Katanya, Bank Negara telahpun menjalankan siasatan terhadap isu 1MDB dan kini sedang dalam perbincangan bersama Jabatan Peguam Negara.
“Kami telah pun serahkan hasil siasatan kami kepada Jabatan Peguam Negara. Kini, kami masih dalam perbincangan dengan pihak Peguam Negara. Itu sahaja yang boleh saya dedahkan buat masa ini,” tambah Zeti.

Mahkamah Tinggi arah Najib fail pembelaan saman Anina


Presiden Umno Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh diarah oleh Mahkamah TInggi Kuala Lumpur supaya memfailkan pembelaan berhubung saman yang difailkan anggota Umno Langkawi Anina Saadudin pada 1 Oktober.
Ia berhubung sejumlah RM2.5 bilion yang didakwa didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib untuk kepentingan parti.
Pada masa yang sama, Najib dan Ab Rauf juga diarahkan oleh mahkamah untuk memfailkan afidavit jawapan pada 6 Oktober terhadap permohonan injunksi mareva Anina untuk membekukan aset Najib dan satu penghakiman akur ke atas presiden Umno itu, telah difailkan pada Jumaat.
Perkara tersebut ditetapkan oleh Pendaftar Norfauziah Mohd Nordin susulan pengurusan kes hari ini.
Mahkamah juga menetapkan kes tersebut disebut pada 26 Oktober di depan Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Zaki Abdul Wahab.
Anina diwakili peguam Aizul Rohan and Irwan Iswat manakala Nor Emelia Mohd Iszeham dan Norhazira Abu Haiyan mewakili defenden.

Jangan nak saman & gertak jer lebih kat dlm negara shj, TAPI BACUL LAGI PENAKUT DI LUAR NEGARA !!!

Laporan Akhbar Indonesia.. mengenai Najib Razak
Najib tak nak saman ka!! Ini dah menjatuhkan air muka Najib sekeluarga & maruah negara.

MANA PEJUANG2 MARUAH MELAYU 'baju merah' !!!
BILA LAGI NAK BUAT DEMO !!!

SamanWSJ pd Selasa 7/7/2015 apa cerita Najib Razak !!.. ESOK DAH Selasa yg ke-12, DAH NAK MASUK 3 BULAN TAK SAMAN2...

PETUA dumno: Kalau nak maki hamun pastikan jgn tutup aurat...

"Sedia Berjuang Untuk Agama... Hidup Melayu !! Hidup Najib !!" -kata berkobar2 Ahmad Maslan

Salah satu sifat utk mengekalkan diri & bertahan lama dlm kabinet Najib adalah WAJIB MEWARISI SIFAT JILAT SAMPAI MATI..

Barang sesiapa tidak warisi sifat tersebut padah menimpanya & akan DIPECAT !!!

Universiti Taylor: MARA hentikan tajaan pelajar baru


'Pak Samad used by DAP to insult the art of silat' - PESAKA

"Baju Merah": PESAKA akan bayar ganti rugi sebarang kerosakan

High Court quashes decision to suspend The Edge

PKR tetap mahukan PAS dalam blok pembangkang bersatu

Bekas menteri: Melayu maafkan Najib jika satukan Umno-PAS

High Court tells Najib to file defence against Anina's suit

Komitmen Pas dalam PR, bukan PR 2.0 - Nasrudin

Nasrudin Hassan
SHAH ALAM - “Tidak berbangkit isu PR 2.0 sementara komitmen Pas masih dalam PR. Kita hanya terputus tahaluf dengan DAP tetapi tidak dengan PR yang masih mempunyai dua kompenan tahaluf iaitu Pas dan PKR,” demikian ujar Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan.
 
Selain  menyifatkan penegasan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak PR 2.0 sebagai keputusan yang tepat dan pintar, Nasruddin turut berkata Pas tidak berminat untuk menyertai PR 2.0 yang belum tentu wujud.
 
“PR 2.0 belum wujud malah usaha mewujudkannya juga masih kabur dan Pas tidak berminat mewujudkan versi 2.0 itu kerana PR versi asal masih utuh dan apa yang perlu adalah mengukuhkan versi asal dengan komitmen yang sudah jelas sebelum ini dan membuat penerokaan baru yang efektif kepada PR.
 
“Kami baharu sahaja dikhianati oleh DAP yang menyerang dari segenap sudut termasuk mensasarkan peribadi Presiden kami. Malah serang saraf dan provokasi DAP terhadap Pas belum berakhir sehingga hari ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
 
Menurutnya lagi, pihaknya tidak boleh bertolak ansur terhadap sikap dan tindakan bekas pimpinan dan ahli Pas yang menikam parti tersebut dari belakang.
 
“Kami tidak mahu ia menjadi 'precedent case' kepada umum. Khianat kemudian diterima sebagai kawan berulang-ulang kali. Keadaan begini akan merosakkan kesejahteraan iklim politik negara justeru ia mengheret negara menghalalkan sebuah pengkhianatan politik. 
 

Beku Aset: .‎Najib fail permohonan batal saman Anina

Najib, Anina
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan memfailkan permohonan untuk membatalkan saman yang difailkan bekas ahli wanita Umno Bahagian Langkawi, Anina Saadudin berhubung wang RM2.6 billion dalam akaun peribadinya.

Peguam Nor Emelia Mohd Izeham yang mewakili Perdana Menteri itu ketika ditemui memberitahu, selain Najib selaku defendan pertama, Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh selaku defendan kedua akan memfailkan permohanan itu esok di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.‎

Bersih 4.0: Polis rakam kenyataan Mat Sabu


Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi membantu siasatan berhubung Perhimpunan Bersih 4.0, hari ini.

Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu hadir bersama dua peguamnya kira-kira jam 11.05 pagi.

Mat Sabu berkata, beliau disiasat mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Soal siasat berjalan dengan lancar, polis menyoal berkaitan dengan perhimpunan, namun saya memilih tidak mahu menjawab soalan tersebut," katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan menunggu sama ada dirinya didakwa di mahkamah atau tidak.

"Kalau ada pendakwaan, segala penjelasan di mahkamah nanti," katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali telah hadir di IPD Dang Wangi untuk dirakamkan kenyataannya berhubung perhimpunan Bersih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos lalu.

Tahniah The Edge agar dapat meneruskan membongkar kebobrokan, penipuan UMNO/BN.

Inilah kelebihan tukang2 jilat UMNO buat tindakan memBABI buta demi pertahankan kebobrokan KERAjaan UMNO/BN..

SIAPA SEBENARNYA PENYOKONG TEGAR KOMUNIS !!!

Negara kita memang dah TERLAMPAU KAYA..
KERAjaan UMNO/BN sanggup tibai belasah puluhan juta2 ringgit kononnya demi meneruskan legasi hubungan diplomatik dgn negara Komunis-China..

KORANG PATUT BERSYUKUR.. ada hikmahnya sekor bayi panda hidup, kalau dua2 hidup alamatnya KERAjaan kene bayar 'DOUBLE' iaitu RM5.1 JUTA !!!

Rakyat jangan risau... GST KAN ADO !!!

BERUNDURLAH NAJIB SEBELUM JADI PM ULANG ALIK PEKAN - JLN DUTA - PUTRAJAYA SAJA!!

Selagi Najib Razak masih kekal sebagai Perdana Menteri, keadaan dalam negara tidak mungkin menjadi lebih baik. Semua petunjuk ketika ini memperlihatkan segala-galanya akan bertambah buruk.

Najib mungkin dilihat berjaya menghalang siasatan di dalam negara terhadapnya melalui beberapa tindakan yang dilakukannya, tetapi penyiasatan di luar negara nampaknya semakin terbuka luas.

Sekurang-kurangnya dua negara iaitu Switzerland dan Amerika Syarikat melalui FBI dilaporkan telah memulakan siasatan terhadap Najib berkaitan 1MDB dan penggubahan wang haram berikutan wang RM2,600 juta yang mengalir masuk ke dalam akaun peribadinya.

Kiranya selama ini kita hanya biasa melihat dalam filem atau televisyen saja bagaimana FBI menjalankan kerjanya, semua itu mungkin akan menjadi kenyataan di depan mata kita tidak lama lagi. Lantas, jika berlaku, ia akan menjadi satu lagi sumbangan Najib kepada rakyat dan negara.
Berdasarkan beberapa laporan yang dibuat oleh Khairuddin Abu Hasan di London, Perancis, Hong Kong dan Singapura sebelum beliau ditangkap, tidak mustahil negara-negara tersebut juga akan membua kertas siasatan yang sama.

Melalui perjalanan masa seminggu dua lagi, tidak menghairankan jika kita akan mendengar negara lain pula mengumumkan mereka akan turut membuka kertas siasatannya terhadap Najib.

Dengan begitu banyak kertas siasatan dibuka di peringkat antarabangsa, moral Najib sejujurnya telah berkecai, bukan saja di mata dunia, bahkan juga dalam pandangan majoriti rakyat Malaysia yang tidak terkelabu dengan dedak yang ditabur di sana sini.

Dalam masa yang sama, Tun Mahathir Mohamad mula membayangkan kemungkinan Najib akan ditangkap jika ke luar negara berikutan yang ingin menyoal-siasatnya kini adalah polis antarabangsa dan bukan lagi dalam kawalan pihak berkuasa dalam negara.

Tidak keterlaluan jika akhirnya Najib tidak berani ke mana-mana lagi di luar Malaysia. Mana-mana polis dunia atau Interpol hanya menunggu beliau berada di luar Malaysia saja untuk menahannya kerana di Malaysia mungkin tidak semudah itu untuk melakukannya.

PAS pengkhianat sebenar PR

Pengkhianatan terbesar parti Islam apabila ia telah bersekongkol untuk memecat exco PKR dan DAP dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor

PETALING JAYA: Pas adalah pengkhianat sebenar di dalam Pakatan Rakyat (PR).
Ahli Parlimen Shah Alam yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Pusat Pas, Khalid Abdul Samad berkata ketika berada dalam pakatan pembangkang, parti itu pernah bersekongkol untuk menjatuhkan rakan yang lain.
Dakwanya, ia terbukti sewaktu Selangor ditadbir Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
“Melalui tindakan Pas, Khalid Ibrahim telah memecat semua exco PKR dan DAP. Kerajaan Pas/UMNO dengan Khalid telah berkuasa di Selangor untuk tempoh melebihi seminggu,” katanya.
Katanya, ia tidak terhenti setakat itu, bahkan parti Islam itu menyerang dengan menfitnah pemimpin Parti Amanah Rakyat (Amanah) yang kebanyakannya bekas anggotanya.
“Adalah lebih wajar sekiranya Pas menumpukan pada usaha menjatuhkan UMNO, tetapi memusnahkan Amanah telah menjadi keutamaannya pada ketika ini,” katanya yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Amanah.
Dalam tulisan di blognya, Khalid berkata bahawa dia hairan apabila Pas sering mengkritik sikap tertentu tetapi tidak menjadi kesalahan jika Pas yang melakukannya terhadap rakan-rakan sendiri.
“Adakah ianya hanya satu kesalahan apabila Pas dikhianati, tetapi tidak mengapa untuk Pas mengkhianati?” soalnya.

Pas masih bersama PR, tidak perlu PR 2.0 kata Nik Zawawi

NIK MUHAMMAD ZAWAWI NIK SALLEH
SHAH ALAM - Pas menegaskan tiada keperluan parti-parti pembangkang membentuk pakatan yang baharu memandangkan kerjasama politik itu telah terbentuk sejak sekian lama.

Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Nik Zawawi Nik Salleh berkata, keputusan Pas sangat jelas untuk bersama PR.

"Sekarang ini kita belum ada satu keputusan (terhadap kehadiran ke rundingan meja bulat pembangkang).

"Cuma keputusan kita sangat jelas, kita bersama PR tapi kalau PR sudah ada, tidak perlulah ada lagi PR 2.0 dan sebagainya," katanya kepada Sinar Online ketika ditemui selepas forum Diskusi 3.0 : Integriti Dan Kenegaraan, di sini, malam tadi.

Sebelum ini, Pas dilaporkan tidak bersedia mengadakan persidangan meja bulat bersama DAP dan Parti Amanah Negara seperti yang dipelawa Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, esok.

Ketua Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, selaras dengan pegangan kepimpinan Pas pusat, tegasnya pelawaan itu ditolak dan menyifatkan ia bukan waktu sesuai untuk mereka menjalin kerjasama dengan dua parti tersebut.

Khamis lalu, dalam satu kenyataan, Wan Azizah mengambil inisiatif untuk mengadakan perbincangan dengan pimpinan parti-parti pembangkang utama.

BERSIH : Kenapa himpunan perkauman tiada tindakan?

MARIA CHINSHAH ALAM, 21 SEP : Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mempertikaikan sikap pilih kasih polis terhadap Himpunan Rakyat Bersatu meskipun ia bersifat perkauman.
Pengerusinya, Maria Chin Abdullah, berkata tindakan berat sebelah itu tidak boleh diterima kerana himpunan Baju Merah jelas dipenuhi aksi provokasi, menimbulkan kekacauan dan menggugat keselamatan.
“Polis sememangnya bersikap berat sebelah dan perkara itu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima kerana jika mereka dibenarkan berhimpun, kenapa BERSIH dihalang?
IMG_6550“BERSIH 4.0 adalah perhimpunan aman dan melibatkan semua kaum, tetapi himpunan baju merah lebih cenderung terhadap keganasan dan bersifat perkauman,” katanya kepada Selangor Kini.
Terdahulu, pemimpin pembangkang dan masyarakat sivil disoal siasat polis hanya kerana memakai baju-T Bersih 4.0.
Antara yang disoal siasat adalah bekas pengerusi bersama Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan, Exco Kerajaan Selangor, Elizabeth Wong dan Ahli Parlimen Kapar G Manivannan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.
Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali turut disiasat atas tujuan sama di IPD Dang Wangi, Jumaat lalu.

PR 2.0: Pendirian Presiden PAS didukung



KUALA LUMPUR: Penegasan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkait isu penyertaan PAS dalam Pakatan Rakyat 2.0 adalah didukung oleh seluruh saf kepimpinan PAS masa kini.

"Malah menyifatkannya sebagai keputusan yang tepat dan pintar," ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

Riuh rendah negara membincangkan situasi masa depan politik pembangkang apabila Presiden PAS, YB Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan tiada tahaaluf siasi (kerjasama politik yang diikat denga terma syarat) bersama pengkhianat.

Penegasan Tuan Guru Presiden PAS berkait isu penyertaan PAS dalam Pakatan Rakyat 2.0 adalah didukung oleh seluruh saf kepimpinan PAS masa kini. Malah menyifatkannya sebagai keputusan yang tepat dan pintar.

Ianya didirikan diatas beberapa noktah:

i - PAS masih dalam Pakatan Rakyat. Ini semua orang tahu. Kita hanya terputus tahaaluf dengan DAP tetapi tidak dengan Pakatan Rakyat yang masih mempunyai dua kompenan tahaaluf iaitu PAS dan PKR.

ii - Justeru itu tidak berbangkit isu Pakatan Rakyat 2.0 sementara komitmen PAS masih dalam Pakatan Rakyat.

iii - Pakatan Rakyat 2.0 belum wujud malah usaha mewujudkannya juga masih kabur dan PAS tidak berminat mewujudkan versi 2.0 itu kerana Pakatan Rakyat versi asal masih utuh dan apa yang perlu ialah mengukuhkan versi asal dengan komitmen yang sudah jelas sebelum ini dan membuat penerokaan baru yang efektif kepada Pakatan Rakyat.

iv - Usaha mewujudkan Pakatan Rakyat 2.0 turut melibatkan DAP dan Parti Pekerja Malaysia (yang diberi nama Parti Amanah Negara).

v - Sedang PAS baru sahaja dikhianati oleh DAP yang menyerang PAS dari segenap sudut termasuk mensasarkan peribadi Presiden PAS. Malah serang saraf dan provokasi DAP terhadap PAS belum berakhir sehingga hari ini.

PAS tolak 'pengkhianat', tapi boleh khianat?

 Saya sebenarnya amat tidak berminat untuk berbalah dengan PAS. Tetapi malangnya di sebalik kepincangan pentadbiran negara, isu perkauman yang semakin meruncing, isu 1MDB dan sebagainya; PAS kelihatan bagaikan tidak mampu bercakap mengenai perkara lain selain mengenai parti Amanah Negara. Kami terus difitnah dan digelar dengan gelaran yang menghina.
Dan apabila Presiden PAS sendiri mula menggelar AMANAH sebagai “pengkhianat”, maka kami perlu menjawab. Dalam masa terdekat ini saya akan turut menjawab fitnahnya bahawa kami mahu jadikan PAS parti sekular dan sebagainya.
Walaupun adalah lebih wajar sekiranya PAS menumpukan pada usaha menjatuhkan Umno, tetapi memusnahkan AMANAH telah menjadi keutamaannya pada ketika ini.
Siapa pengkhianat?
Saya membaca dengan penuh tekun laporan The Malaysian Insider berhubung satu ucapan oleh Hadi Awang, presiden PAS. Beliau dilaporkan berkata bahawa PAS tidak boleh bekerjasama dengan parti Amanah Negara yang beliau sifatkan sebagai “pengkhianat kepada perjuangan PAS”.
Beliau turut dilaporkan sebagai berkata, PAS bersedia bekerjasama dengan pihak lawan, namun tidak dengan pengkhianat.
Video ucapan presiden PAS ini telah turut disebar melalui FB dan WhatsApp oleh ahli PAS dan amat jelas sikap tegas beliau akan menjadi alasan untuk PAS tidak menyertai gabungan baru.
Saya turut menjangkakan bahawa kemungkinan besar AMANAH akan dipersalahkan kerana PAS tidak bersama dalam pembentukan Pakatan baru. Walhal, pada hakikatnya, presiden sudah tidak berminat dengan Pakatan dan lebih berminat untuk bekerjasama dengan pihak lawan.
Yang menjadi sedikit aneh pada saya adalah apabila sikap tegas dan tiada kompromi terhadap “pengkhianat” ini tidak mampu menghalang presiden PAS untuk mengkhianati Pakatan. Dan ini dilakukan beliau bukan sekali tetapi berulang kali.
Amat pelik bagi saya apabila seseorang mengutuk dan mengkritik sikap tertentu tetapi apabila dirinya sendiri melakukannya, terhadap rakan-rakannya sendiri, ianya seolah-olah tidak mengapa. Adakah ianya hanya satu kesalahan apabila PAS “dikhianati”, tetapi tidak mengapa untuk PAS mengkhianati?
Adakah mungkin presiden PAS telah lupa mengenai peristiwa Kota Damansara? Di mana persetujuan telah tercapai di setiap peringkat sama ada kawasan, negeri dan pusat, bahawa itu adalah kerusi PKR?
Atas desakan tertentu, maka dibenarkan menantunya meletakkan rakannya sebagai calon PAS. Dan akhirnya calon Umno/BN menang hasil dari pengkhianatan PAS. Tidakkah itu satu pengkhianatan?
Tuduh Marxis, pil kuda
Atau ianya hanya khianat apabila PAS yang dilukai? Tetapi apabila ianya dilakukan oleh PAS maka ianya bukan pengkhianatan kerana khianat hanya boleh berlaku terhadap PAS?
Begitu juga dengan kata-kata kesat beliau terhadap calon PKR Kota Damansara yang diucapkannya sewenang-wenangnya, menghukum Dr Nasir sebagai manusia yang “mempertuhankan Marx”?
Sedangkan, Hadi tidak pernah berjumpa dan berbincang dengan Dr Nasir. Tidakkah itu juga satu pengkhianatan? Sudah pasti kata-kata sebegitu telah menyumbang kepada kemenangan Umno/BN dan kekalahan PKR.
Sepertimana juga dengan tuduhan liar “pil kuda” tanpa dibawanya saksi ataupun bukti tetapi main cakap ikut sedap mulut semata-mata. Sedangkan PKR itu rakan. Bukankah meluahkan tuduhan sebegitu di khalayak umum juga satu pengkhianatan?
Saya tidak mahu menceritakan setiap satu peristiwa pengkhianatan yang telah berlaku terhadap rakan-rakan dalam PR. Tetapi ini sekadar untuk membuka mata mereka yang dengan mudah hendak menuduh orang lain “pengkhianat” seolah-olah diri mereka bersih dan bebas dari apa-apa salah laku.
Kesemua tindakan khianat ini terhadap rakan PR telah ditegur dan cuba diperbetulkan tetapi akhirnya kami pula dituduh lebih PR dari PAS. Walhal, usaha membetulkan perjalanan PAS adalah untuk kepentingan PAS. Namun, apakan daya kerana PAS dianggap boleh buat sesuka hatinya atas alasan bahawa dirinya sebuah parti Islam.
Tetapi usaha khianat yang terbesar yang tidak boleh dilupakan ialah apabila presiden PAS dengan sedar dan sengaja, bersekongkol dengan Umno untuk pertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor semasa krisis yang lalu.
Penubuhan kerajaan PAS-Umno

'AMANAH tetap dalam Pakatan 2.0 walau PAS turut serta' - Bang Mat



Parti Amanah Negara (AMANAH) akan tetap berada dalam Pakatan 2.0 sekalipun ia akan turut disertai PAS, kata Pengerusinya Mohamad Sabu.
Beliau lebih juga dikenali Mat Sabu bagaimanapun enggan mengulas lanjut sejauh mana parti yang baru ditubuhkan itu sedia bekerjasama dengan PAS.
Ditemui pemberita di luar pekarangan ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi hari ini, Mohamad berkata AMANAH, yang baru ditubuhkan, juga akan mengambil pendirian bersama dengan rakan komponen dalam itu.
"Kami akan ambil pendirian bersama dengan parti-parti yang hadir. Saya tidak sebut ada masalah (untuk bekerjasama dengan PAS) atau tidak ada masalah, kami akan ambil pendirian bersama," katanya.
Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu tidak akan menjalinkan kerjasama politik dengan pihak yang melakukan khianat dan menyifatkan perbuatan mengkhianati perjuangan PAS itu "lebih teruk" daripada parti musuh.
PAS juga telah mengadakan pertemuan dengan PKR berhubung kerjasama politik dalam pakatan pembangkang dan memutuskan masih bertahaluf dengan PKR tetapi tidak dengan DAP dan AMANAH.
Bagaimanapun, semalam Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail masih berharap selepas PAS menolak untuk menghadiri perbincangan meja bulat bagi membentuk gabungan politik pembangkang yang baru esok.

MARA henti taja pelajar baru Universiti Taylor angkara "baju merah"

Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan menghentikan penajaan pelajar baru bagi melanjutkan pengajian di Universiti Taylor atas pelbagai sebab.
Demikian menurut Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, lapor Bernama.
Sebelum ini, bas yang mempunyai logo Universiti Taylor telah digunakan untuk membawa peserta perhimpunan baju merah pada 16 September lalu.
Berikutan, Universiti Taylor telah menamatkan kontrak dengan pengusaha bas berkenaan serta menyatakan kekesalannya terhadap perkara tersebut.

'Pemuda MCA Pasir Gudang tak matang, terdesak' kata Pemuda Umno


Pemuda Umno Pasir Gudang menyifatkan tindakan Pemuda MCA bahagian itu memutuskan hubungan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sebagai tidak matang, terdesak, melulu dan tidak langsung menggambarkan semangat setia kawan.
Ketua Pemudanya Azman Ja’afar berkata Pemuda MCA harus sedar kini adalah masa untuk bersatu padu dan bukan memainkan isu perkauman seperti yang dilakukan pembangkang.
"Sesungguhnya, saya amat kesal dan sangat kecewa dengan ketetapan yang dibuat oleh Pemuda MCA Pasir Gudang yang disifatkan sebagai tidak matang, terdesak, melulu, serta langsung tidak menggambarkan semangat setiakawan parti-parti komponen dalam BN.
"Janganlah mudah terperangkap dengan taktik dan strategi pembangkang untuk melemahkan lagi persefahaman parti pelbagai bangsa dalam Barisan Nasional,” kata Azman.
Semalam Pemuda MCA bahagian itu bertindak memutuskan hubungan dengan Najib ekoran pendiriannya yang yang menyokong Perhimpunan Melayu Bersatu pada 16 September lalu dan menyifatkan himpunan 'Baju Merah' itu menghancurkan keharmonian kaum.
Perhimpunan anjuran Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) itu, menghimpunkan seramai 50,000 peserta bagi menyatakan sokongan kepada Najib ketika berhadapan dalam masalah ekonomi dan menggesa supaya menghidupkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).