Ahad, 20 September 2015

WSJ: FBI launches investigation into 1MDB

The reported FBI investigation comes shortly after a former member of Malaysia's ruling party was arrested just before travelling to the United States where he planned to make a police complaint.
1mdb-fbi
KUALA LUMPUR: The US Federal Bureau of Investigation (FBI) has launched an investigation into allegations of money-laundering at troubled Malaysian state fund 1MDB, the Wall Street Journal reported on Sunday citing an unidentified source.
The scope of the investigation into the debt-laden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) was not clear, said the newspaper, which cited “a person familiar with the matter”.
Neither the FBI nor 1MDB responded to a request for comment.
The reported FBI investigation comes shortly after a former member of Malaysia’s ruling party was arrested just before travelling to the United States where he planned to make a police complaint and urge US authorities to look into the allegations of money-laundering at 1MDB.
1MDB’s advisory board is chaired by Prime Minister Najib Razak. The fund has been dogged by controversy over its $11 billion debt and alleged financial mismanagement.
A series of international investigations are underway as the scandal surrounding the fund widens.
Swiss authorities said this month they had frozen funds in Swiss banks amid investigations into 1MDB. Hong Kong authorities also said they were investigating a complaint related to the firm.
The WSJ had reported in July that investigators looking into 1MDB had found that nearly $700 million was transferred into the personal bank account of Najib.
The prime minister has denied taking money from 1MDB or anywhere else for personal gain.
Malaysia’s anti-graft agency declared the funds a donation.
Najib has faced unprecedented criticism from within his ruling party, in particular form veteran former Prime Minister Mahathir Mohamad, who has called on Najib to step down.
Both anti-government and pro-government protesters have taken to the streets in recent weeks, raising concern about political stability.
– Reuters

Wan Azizah minta Ahli Parlimen BN jadi macam Ninja Ronin

Presiden PKR menggunakan watak Ninja Ronin yang berani menentang ketidak adilan dan berjuang sehingga habis-habisan.
wan-azizah_sabah_sarawak_600
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak boleh disingkirkan jika semua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Sabah dan Sarawak menyokong undi tidak percaya.
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, 47 Ahli Parlimen BN berkenaan perlu bertindak seperti Ninja Ronin yang berani menentang ketidak adilan kerajaan.
“47 orang ninja Ronin sanggup menentang dan berjuang hingga ke akhir hayat untuk memperjuangkan keadilan rakyat dan menolak kerajaan sedia ada,” katanya ketika menyampaikan ucaptama dalam siri dialog politik `Kerajaan campuran dan pembangunan kerjasama di Malaysia” anjuran Akademi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Biro Penerangan PKR di Hotel Grand Continental, Kuala Lumpur pada Ahad.
Walaupun, menyatakan ia hanyalah satu senario, namun jika semua Ahli Parlimen itu bekerjasama dengan PKR, undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri akan dapat dilakukan.
“Kita di blok pembangkang mempunyai kerusi yang cukup untuk melakukan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri,” ujarnya.
Jelas Wan Azizah, masa depan Malaysia menjadi lebih baik jika kesemua pemimpin dari pembangkang memahami keberkesanan kerjasama politik berpandukan Perlembagaan Persekutuan dan juga prinsip-prinsip demokrasi.
“Jika NGO Bersih mampu untuk menyahut cabaran tatkala Malaysia mengalami krisis, dengan menyatu padukan rakyat pelbagai bangsa dan agama untuk kebaikkan, jadi kita sebagai blok pembangkang juga mampu untuk berbuat demikian,” katanya lagi.

Patutlah Najib Mengadap Sultan Johor.. ?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, menurut laporan The Star Online. Portal berita itu melaporkan, Najib bertemu pemimpin negeri Johor itu selama sejam di Istana Bukit Serene.
Katanya, kedua-duanya makan tengah hari di Danga Bay dan melawat projek di sepanjang pantai Johor Baru, yang kebanyakannya dibangunkan pemaju Cina, Country Garden.
Portal itu berkata, ini merupakan mesyuarat pertama Najib dengan Sultan Ibrahim selepas rombakan Kabinet pada akhir bulan Julai apabila perdana menteri menggugurkan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan ahli Parlimen Pagoh.
Ia turut melaporkan yang Najib akan menghadiri satu majlis Umno di Muar petang ini. Selepas Muhyiddin digugurkan daripada Kabinet, beliau mengadakan pertemuan dengan Sultan.
Patutlah Najib Mengadap Sultan Johor.. Ini Sebabnya? 
Ketika negara menyambut Hari Malaysia pada 16 September lalu, yang juga merupakan hari diadakan perhimpunan baju merah, Sultan Johor dengan tegas memerintahkan mereka yang bersifat perkauman dan saling membenci untuk keluar dari negeri itu.
"Mereka yang membenci dan mengamalkan perkauman tidak pernah saya terima di Johor Darul Ta’zim dan tidak mungkin saya menerima mereka.

Amanah tidak perlu penasaran untuk berbaik dengan Pas?

MSO

Dua puak yang berbalah dalam Pas sehingga menyebabkan parti itu kini terbelah dua perlu bersiap sedia yang mereka tidak akan menghadapi pilihan raya umum ke-14 kelak secara bersama. Hakikat itu mereka harus fahami awal-awal lagi agar tidak terkilan dan menyesal dikemudian hari. Dua puak itu ialah yang kekal bersama Pas dan puak satu lagi yang keluar meninggalkan parti itu dan menubuhkan parti baru bernama Parti Amanah Negara (Amanah).

Walaupun pada asasnya mereka mempunyai nawaitu yang sama untuk menumbangkan BN, tetapi nawaitu itu kini tinggal angan-angan sahaja. Niat bersama yang dipasak dalam parti itu sejak berdekad lampau kini sudah relai dan terburai. Pas seakan sudah berpatah arang berkerat rotan dengan golongan bekas ahlinya itu jauh sekali sedia memenuhi pakatan atas tujuan untuk menumbangkan BN.  

Hari ini, setelah berada diluar Pas, bekas ahli Pas yang menyertai Amanah itu masih berharap mereka akan menjalani kerjasama dengan Pas untuk mencapai apa yang dihajatkan itu. Mereka mengajak Pas mengamalkan politik terbuka dan berpolitik secara profesional bukannya mendendami di antara satu sama lain. 
Ada kenyataan dan pelawaan ke arah itu dibuat oleh Amanah. Apa yang dinamakan pembentukan Pakatan 2 cuba hendak memanggil sama Pas agar berada dalam Pakatan itu apabila Pakatan Rakyat pertama kini sudah hancur. DAP telah mengistyharkan Pakatan Rakyat telah hancur apabila Pas berkeras untuk menerima usul agar memutuskan kerjasama dengan DAP. Bertindak dari usul itu DAP mengambil sikap balah dengan Pas.

Sebelum tindakan Pas itu, DAP terlebih dahulu mengesahkan yang mereka enggan bekerjasama dengan Pas atas alasan Pas bukan sebuah parti politik yang jujur dan ikhlas. Ini dirujuk kepada pemimpin tertinggi parti agama itu. DAP tidak mempercayai dan hilang keyakinan kepada ketua parti berkenaan. Tindakan DAP itu sangat memalukan ahli Pas.

Bergaduh dalam politik tidak akan sampai ke jalan mati. Bekas ahli Pas, PKR dan DAP masih berusaha untuk memperkukuhkan pembangkang. Mereka yakin BN tidak dapat dihancurkan dengan kekuatan dan kepaduan dalam pembangkang. Lantaran itu mereka masih menaruh harapan kepada Pas untuk bersama. 

Janganlah kerana seekor NYAMUK denggi, maka kelambu DIBAKAR.


Saya samasekali sekali tidak bersetuju dengan pendapat bahawa "Inilah masanya untuk kita mengalahkan UMNO." Tidaklah kerana seekor nyamuk kita mesti membakar kelambu.
Sebaliknya inilah masanya untuk memperkuatkan semula UMNO ketika kelambu parti-parti pembangkang sedang terbakar.
Jasa UMNO terlalu besar kepada negara ini sejak lebih 60 tahun dahulu, tidak sahaja kepada orang Melayu tetapi juga dalam menyelamatkan bukan Melayu dari menjadi mangsa pelampau Melayu dan Islam.
Saya kemukakan secara ringkas mengapa UMNO mesti dipertahankan dan diperkuatkan semula untuk difikirkan bersama secara rasional:
1-UMNO sebagai tunjang utama dengan sokongan bukan Melayu telah memerdekakan negara dan mengalahkan komunis,sosialis, ultra nasionalis dan Islamic Extremists yang membolehkan kerajaan menjalankan dasar pasaran bebas yang membawa negara kepada kemajuan dan kemakmuran berasaskan perniagaan bebas dan penanaman modal asing.
gg
2- Pemerentahan pimpinan UMNO mengalahkan konfrantasi Indonesia yang disokong oleh Pas, Parti Rakyat, Parti Buroh( Barisan Sosialis Rakyat Malaysia) yang mahu menjadikan Malaysia sebagai tanah jajahan Indonesia di bawah Melayu Raya dan keras gabungan dengan Indonesia bagi menyelamatkan bangsa Melayu di negara ini.
3- Mengagalkan citai -cita politik Pas untuk menegakan negara Melayu Islam di bawah doktrin Dr.Burhanuddin " Kera di hutan disusui,ayam dikepok mati kelaparan" yang sekiranya berjaya akan membataskan hak orang Cina dan mengharamkan hiburan,perjudian, penjualan arak dan amalan kebudayaan bukan Islam.
4- Pimpinan UMNO berjaya mengwujudkan tenaga Melayu dalam berbagai bidang profesional terutama dalam lapangan perubatan dan kejuruteraan dan tenaga pengajar yang membolehkan pernubuhan pesat beberapa buah Universiti di negara ini yang dapat menempong ribuan pelajar di samping penghantaran keluar negara.
Doctor- doctor Melayu memenuhi keperluan di bandar dan di luar bandar berbanding dengan sebelum 13 Mei 1969 hanya ada beberapa kerat sahaja siswa Melayu di Universiti Malaya.Mereka juga mendapat pasaran di luar negara.
5- Di bawah dasar liberalisme UMNO,Perikatan dan BN ,parti parti pembangkang yang extreme; Pas,DAP menjadi realis dan menerima konsep kerjasama politik yang mendorong tolak ansur Pas dalam dasar-dasar utamanya terutama penjualan arak dan perjudian di Selagor.
6-Semakin ramai orang Pas yang insaf dan menerima dasar pragmatisme UMNO tidak mencampurkan agama dengan politik. Ini terbukti semakin ramai yang keluar Pas terutama setelah berlaku kes pernikahan sah berada dalam keadaan berzina setelah bersumpah bai'ah politik.
7-Kesan perkembangan dasar sosial dan politik pimpinan UMNO keatas masyarakat Malaysia telah menyebabkan Pas mengendurkan fanatisme dan dogmatisme agama untuk survival dan memberhentikan fatwa mengkafir.
8- Di bidang ekonomi , ramai Indvidvu terlibat dalam tanaman modal dalam saham yanhg terjamin dalam simpanan yang besar dalam PNB dan Tabung Haji dengan mengaut keuntungan dan bonus yang pasti disamping mereka juga mempunyai bank-bank besar dan institusi kewangan tertentu.
9 -Pada keseluruhanya DEB yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Tun Razak telah berjaya secara drastik menukar keturunan petani,nelayan dan pekerja kampung menjadi profesional yang dapat mengimbangi tenaga profesional di negara ini.
Bagaimanapun kegagalan politik telah menyebabkan pandangan kita tidak seimbang dalam melihat kemajuan orang Melayu dalam menghadapi cabaran politik dari orang Cina.
Ini adalah oleh kerana pimpinan Melayu yang di ketuai oleh Najib Tun Abdul Razak telah meruntuhkan tiang kekuatan dan keselamatan negara dan menjalankan kepimpinan dengan flip flop yang menghilangkan keyakinan rakyat terutama orang Melayu.
Adalah suatu fahaman pimpinan Melayu yang tersesat apabila mempercayai orang Cina dapat menyesoikan diri dengan persekitran kuasa Melayu di bawah demokrasi penuh yang dinapikan sendiri oleh Lee Kuan Yew kepada orang Cina di Singapore.

Jangan berselindung di sebalik badan ‘berkecuali’ apabila menganjurkan perhimpunan

oleh Sonia Ramachandran

Mereka yang mengutarakan pendapat atau mencapai sesuatu objektif dengan cara menganjurkan perhimpunan besar-besaran harus mempunyai keberanian untuk ke hadapan dan mengakuinya. Lagi pun, Bersih 4 telah membuatkan objektif mereka jelas dan tidak berselindung siapa di belakang penganjur perhimpunan dan apa yang dijuangkan.

Perhimpunan baju merah baru-baru ini, bagaimanapun, kelihatan seperti satu perkara yang berbeza. Perhimpunan itu kononnya dianjurkan oleh pergerakan seni mempertahankan diri Melayu yang dipanggil Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka).

Tetapi dengan kepimpinan Umno mengatakan ahlinya bebas untuk menghadiri mana-mana perhimpunan, dengan Umno berikrar ribuan orang akan hadir dan malahan beberapa pemimpin tertinggi parti itu memberi ucapan pada perhimpunan tersebut, ia menimbulkan persoalan siapa sebenarnya di belakang acara ini?

Gan Ping Sieu Inilah kenapa presiden bersama Centre For A Better Tomorrow (Cenbet), Gan Ping Sieu berasakan bahawa parti-parti politik atau ahli politik yang berhasrat untuk menganjurkan perhimpunan awam harus secara terbuka berbuat begitu dan berhenti berselindung di sebalik badan atau gerakan “berkecuali” kononnya untuk mendesak agenda mereka sendiri.

“Mereka tidak seharusnya memberikan kelulusan tersirat, menggerakkan atau menghasut peserta perhimpunan sebegitu, dan mencuci tangan apabila ia telah hilang kawalan. “Perhimpunan baju merah pada Rabu lalu ialah satu contoh klasik bagaimana hak kebebasan bersuara untuk berhimpun boleh dirampas oleh ahli politik dan dipesongkan kepada salah satu acara paling provokatif berkaitan bangsa sejak kebelakangan ini.

Demikian juga, kata beliau, perhimpunan Bersih 4 menjadi perhimpunan yang dipacu satu etnik dengan ketidakhadiran penggemblengan politik oleh PAS dan malangnya, ia menjadi sumber manipulasi bangsa oleh sesetengah orang.

 Gan menambah bahawa kehadiran beberapa pemimpin terkemuka Umno selain daripada senarai panjang pemimpin bahagian dalam perhimpunan baju merah menunjukkan sejauh mana pengaruh parti itu dalam acara tersebut.

“Seseorang hanya dapat membayangkan apabila peserta perhimpunan itu cukup berani untuk mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman; melempar botol mineral kepada polis dan merempuh halangan polis di Jalan Petaling berdasarkan tanggapan bahawa acara itu mendapat kelulusan tersirat oleh pemimpin parti pemerintah.

Melayu yang ‘ditampar’ akan bertindak balas, tetapi ianya ke atas Umno

oleh Hazlan Zakaria

‘Ditampar’ terlalu banyak kali dan maruah yang sedang “ditindas”, orang Melayu akan bangkit tidak lama lagi, tetapi bukannya bangkit mempertahankan parti berasaskan Melayu Umno itu, kebangkitan baru ini akan menentang parti yang sama yang telah mempermainkan mereka yang sepatutnya dipertahankan oleh parti itu.

Di sebalik usaha keras Umno untuk terus mengekalkan orang Melayu kekurangan intelek, kebergantungan ekonomi dan akur secara moral, ia bergerak ke arah satu kebangkitan fikiran Melayu, minda Melayu dan kesedaran Melayu yang akan berlaku.

Semua ini kerana muslihat pecah dan perintah yang Umno warisi daripada penaung mereka, British tidak lagi berkesan di era Internet dan gerakan maklumat bebas hari ini. Orang Melayu, yang telah ditawan oleh Umno untuk satu tempoh yang terlalu lama, sekarang ini memerlukan satu kebangkitan dan pembalasan.

Perdana Menteri Najib Razak betul apabila beliau berkata orang Melayu tidak lagi boleh bertolak ansur apabila ditampar. Dan Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi tepat ketika beliau berkata bahawa apabila ditolak ke dinding dan maruah mereka dicabar, orang Melayu akan bangkit dan melawan.

Tetapi kedua-duanya salah tentang siapa yang akan dilanda tsunami orang Melayu. Ianya bukanlah ke atas ancaman khayalan kepada bangsa itu, tetapi ia akan menentang bahaya yang jelas dan nyata yang dibawa Umno.

Parti politik hipokrit itu mungkin mendakwa menjadi penyelamat orang Melayu, tetapi pemimpin parti itulah yang telah mengelirukan orang yang sama yang didakwa dipertahankan mereka, merekalah yang sebenarnya yang menindas dan mengancam maruah bangsa itu.

Umnolah yang menampar orang Melayu dan melayan mereka seperti mereka bodoh, pekak dan buta. Mendakwa bercakap bagi pihak rakyat sedangkan mereka sendiri hampir tidak dapat menggerakkan sokongan daripada ahli parti mereka sendiri.

Berpura-pura yang semuanya baik apabila orang Melayu sendiri dapat melihat dan mendengar tragedi yang berlaku terhadap ekonomi kita, negara kita dan cara pemimpin Umno menghancurkan semuanya.

Umnolah yang menginjak maruah orang Melayu dengan melayan mereka seperti anak kecil dan orang bodoh, memimpin mereka ke arah kehancuran sendiri dengan mempergunakan kesetiaan membuta-tuli dan sentimen ultra-rasis.

Semua ini ketika mereka mendakwa menjadi inklusif dan bekerja hanya demi kebaikan orang Melayu, Islam dan negara ini.

Kak Wan Masih Harap Pas Sertai Blok Pembangkang

PPKR, DAP dan PAS : Cerai Bertalak Tidak

PR 2.0: PAS belum ada keputusan untuk hadir persidangan meja bulat - Isk...

Polis cari dua individu bantu kes bunuh Anthony Kevin Morais

Hasil pemerintahan UMNO-BN selama 58 tahun

Anti-liberalism is anti-Rukunegara, says Tunku Zain

Negeri prince derides politicians who use ideas to divide and control the populaton
tunku-zain_democracy_600_1
PETALING JAYA: The views of conservative politicians such as Dr Mahathir Mohamad who vilify liberalism were scornfully dismissed today by Negeri Sembilan prince Tunku Zain Al-Abidin Tuanku Muhriz as examples of political thought control to divide the population.
Tunku Zain, who heads the Institute for Democracy and Economic Affairs think-tank, said liberal ideas were a challenge to the powers that be.
They would brand liberal ideas as alien and heretical concepts, creating new justifications “to consolidate state-sponsored division”, he said in his opening address at the Malaysian Freedom Summit, a conference to discuss ways of widening the freedoms of citizens.
He said the term “liberalism” had been redefined over time to suit the objectives of politicians. As an example he noted that Dr Mahathir was quoted earlier this year as saying that liberalism had resulted in Britons joining the Islamic State terrorist group and slaughtering people.
Tunku Zain said politicians who portrayed liberalism in a negative light were clearly departing from Malaysia’s Rukunegara, which speak of “guaranteeing a liberal approach towards our rich and varied cultural traditions.”
The Rukunegara, or national principles, were adopted in Merdeka Day 1970 by royal proclamation, in an attempt to dampen racial hostility after the racial rioting of May 13 the previous year. The preamble states that Malaysia intended to maintain a democratic way of life, create a just society sharing the nation’s wealth equitably, guaranteeing a liberal approach to her rich and diverse cultural traditions, and build a progressive society through science and technology.
Tunku Zain was also scornful of politicians who invented new rhetorical terms, such as the Umno politician who argued after the Red Shirts rally last week that there was an acceptable “Islamic” form of racism.

PR 2.0: PKR terus mengharap dari Pas

PKR masih membuka pintu kepada Pas untuk menyertai Pakatan Pembangkang 2.0 walapun ditolak siang-siang parti itu.
wan-azizah_pakatan-new_600
KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) sentiasa membuka pintu kepada Pas untuk menyertai pakatan pembangkang yang baru walaupun parti Islam itu membuat penolakan terbuka.
Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, tawaran itu dibuat kerana ia memerlukan semua parti pembangkang dalam usahanya memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan menawan Putrajaya
Katanya, selaku Ketua Pembangkang beliau berharap agar Pas sudi untuk hadir ke dalam rundingan meja bulat bagi membincangkan pembentukan Pakatan Rakyat 2.0.
“Sebagai Ketua Pembangkang, saya telah kemukakan jemputan. Saya masih buka jemputan meja bulat itu bagi mencari jalan untuk masa depan negara
“Kalau dia tak dapat datang itu adalah pilihan dia. Pintu masih terbuka, invitation masih open,” katanya sewaktu ditemui pemberita di selepas majlis siri dialog politik “Kerajaan campuran dan pembangunan kerjasama di Malaysia” anjuran akademi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Biro Penerangan PKR di Hotel Grand Continental, Kuala Lumpur pada Ahad.
Mengulas mengenainya, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut menyatakan rundingan meja bulat bagi membincangkan pembentukan Pakatan Rakyat 2.0 akan diadakan pada 22 September ini di Empire Hotel, Subang pada jam 10 pagi.
Sebelum ini, Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed menyatakan masih tidak bersedia untuk mengadakan rundingan meja bulat bersama DAP dan Parti Amanah Rakyat (Amanah).
Pelawaan Azizah itu ditolak ekoran PAS merasakan ia bukan waktu yang sesuai untuk menjalinkan kerjasama antara kedua parti itu.

Najib tetap pertahan perhimpunan perkauman "Baju Merah":

Beliau menjelaskan perhimpunan itu berlangsung dengan aman dibuat bagi membuktikan sokongan rakyat kepada kerajaan
najib,-red-shirts.-umno
PETALING JAYA: Himpunan Rakyat Bersatu yang diadakan di ibu negara pada 16 September lalu tidak salah diadakan kerana ia tidak bersifat perkauman.
Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menegaskan, perhimpunan yang berlangsung dengan aman itu membuktikan sokongan kepada kerajaan dan tidak mengganggu urusan seharian dan perniagaan di kawasan terlibat.
“Kita tidak suruh tutup kedai, tiada poster menghasut antara kaum, tiada poster keris berdarah, tiada kata kesat dan tidak ada orang pijak gambar pemimpin bukan Melayu.
“Kita (UMNO) tidak pernah bermain ‘racial card’ tetapi kita kata jangan hina orang Melayu. Kita tetap adil pada orang bukan Melayu, kita percaya pada perkongsian kuasa dan ia masih dipegang kuat UMNO,” katanya yang dipetik daripada Utusan Online.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Bangunan UMNO Bahagian Muar di Jalan Meriam, Muar.

PKR tetap enggan bekerjasama dengan Umno


Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR - PKR menolak sekerasnya-kerasnya untuk bekerjasama dengan Umno.

Naib Presidennya, Rafizi Ramli berkata, ia berikutan pelbagai perbezaan di antara PKR dengan Umno.

"Kalau kita melihat kepada kerangka kerja, keadilaan dan melakukan keputusan dalam sesuatu isu, Umno adalah sebuah parti yang akan ingin jauhi.

"Ini kerana, Umno mempunyai dasar parti yang sangat kuno," katanya semasa Forum Pembangunan dan Kerajaan Gabungan' di Hotel Grand Continental, di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan salah seorang penonton yang bertanyakan adakah PKR berkemungkinan untuk bekerjasama dengan Umno sekiranya diberi peluang.

Menurutnya, PKR wujud untuk memperjuangkan nasib rakyat dan bukannya untuk memperolehi kuasa semata-mata.

"Sejak 15 tahun lalu, kita berjaya menengahkan isu dan masalah yang membelenggu rakyat kepada pihak bertanggungjawab," katanya.

Seminar Ilmuwan Muslim bincang isu negara

10624963_10205050880380303_7329908040991478612_nSERDANG, 20 SEP : Pelbagai isu negara diketengahkan dalam Seminar Ilmuwan Muslim dan Misi Pencerahan Umat membabitkan tiga pertubuhan Islam utama di Malaysia.
Seminar berlangsung di Dewan Bankuet, Universiti Putra Malaysia (UPM) itu dianggotai Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).
Antara isu diketengahkan adalah pelaksanaan perundangan Islam dalam masyarakat majmuk, politik Islam semasa, hubungan antara masyarakat pelbagai agama dan lain-lain.
Ia juga menjadi wadah bagi ilmuwan Muslim memainkan peranan ke arah merealisasikan misi pencerahan umat berasaskan kebebasan, pencerahan dan perubahan.
Pada masa sama, seminar itu turut mengetengahkan rangkaian ilmuwan muda Muslim yang berpotensi dalam lapangan akademik.
Majlis itu turut disertai beberapa pimpinan Pakatan Rakyat (Pakatan), antaranya Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming dan Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin.

PR 2.0: Wan Azizah hormati keputusan Pas

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menghormati keputusan Pas sekiranya mereka enggan hadir pada persidangan meja bulat yang bakal berlangsung pada Selasa ini.

Menurutnya, beliau berniat baik dengan menjemput semua pemimpin parti pembangkang serta beberapa badan bukan kerajaan (NGO) ke persidangan itu.

"Saya sebagai ketua pembangkang telah mengemukakan jemputan ke persidangan itu untuk kita sama-sama mencari jalan demi mewujudkan masa depan Malaysia yang lebih baik.

"Jadi, itu adalah pilihan Pas sama ada mereka hendak hadir ataupun tidak dalam persidangan tersebut," katanya ketika ditemui selepas merasmikan 'Forum Pembangunan dan Kerajaan Gabungan' di Hotel Grand Continental, di sini, hari ini.

Walaupun Pas sudah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak akan datang ke persidangan berkenaan, menurutnya, beliau tidak menutup pintu bagi parti itu untuk hadir.

"Itu jawapan mereka (Pas). Tetapi, kita masih membuka jemputan sekiranya mereka hendak hadir kerana kita sudah menjemput mereka," katanya.

Pensyarah UM kecewa Dr M dianggap wira

Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Malaya Azmi Sharom kelu apabila secara tiba-tiba Tun Dr Mahathir Mohamad dianggap sebagai wira ekoran kemunculannya dalam perhimpunan BERSIH 4.
Mengeluh pada rakyat Malaysia yang mempunyai memori pendek, Azmi mendakwa bekas perdana menteri itu yang menyebabkan pelbagai masalah yang dihadapi oleh negara hari ini.
 "Penampilannya sebanyak dua kali dalam perhimpunan BERSIH amat pendek, tetapi secara tiba-tiba dia menjadi seorang wira.

"Mengapa kita berada dalam situasi yang kita sedang lalui ini? Mahathir. Siapa yang menghancurkan badan kehakiman kita, menakut-nakut media massa kita? Mahathir. Yang membinasakan institusi demokrasi kita? Mahathir.
"Semuanya disebabkan Mahathir, tetapi tiba-tiba Mahathir menjadi seorang wira. Saya tidak tahu apa yang hendak kata," katanya pada forum di Sidang Kemuncak Freedom Malaysia di Petaling Jaya hari ini.

Pemimpin Pemuda Umno mahu PAC dibubar, ahli ditukar

Pemimpin Pemuda Umno mahu Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dibubarkan, dengan mendakwa ahli PAC disyaki memberi maklumat salah kepada media asing.
"Penjualan maklumat siasatan yang sulit sedangkan siasatan masih belum dimuktamadkan adalah satu jenayah yang amat serius dan boleh menzalimi pihak yang sedang disiasat.
 "Pada waktu yang sama, ia adalah satu permainan persepsi yang jahat yang bukan sahaja boleh mendatangkan kesan buruk kepada 1MDB, tetapi juga kepada ekonomi negara.
"Saya dengan ini mendesak agar polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera menyiasat setiap anggota PAC," kata Exco Pemuda Umno Armand Azha Abu Hanifah.
Dalam kenyataanya juga, beliau turut menggesa PAC dibubarkan dan melantik anggota baru yang lebih berintegriti dengan menggantikan anggota sedia ada yang didakwanya "lebih suka bermain politik dan intergriti diragui".
Minggu lepas The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan bahawa AS$ 1 bilion (RM4.2 bilion) bayaran daripada firma pelaburan 1MDB kepada International Petroleum Investment Co (IPIC) yang berpangkalan di Abu Dhabi, didakwa hilang.
1MDB mengesahkan bahawa pembayaran telah dibuat kepada IPIC untuk menamatkan pilihan.
Bagaimanapun, 1MDB berkata pihaknya tidak boleh bercakap untuk IPIC mengenai apa yang berlaku kepada wang tunai.

Dakwaan ke atas Khairuddin satu penyalah gunaan

Bekas Presiden Majlis Peguam mempersoalkan dakwaan yang dibuat di bawah Seksyen 124, Kanun Keseksaan kerana menjejaskan Demokrasi Berparlimen
khairuddin-polisPETALING JAYA: Dakwaan yang dibuat ke atas bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hasan di bawah Seksyen 124C, Kanun Keseksaan kerana menjejaskan Demokrasi Berparlimen tidak dapat diterima.
Bekas Presiden Peguam Negara Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, ia salah satu penyalahgunaan peruntukan undang-undang dan yakin dakwaan itu tidak akan diterima pakai mahkamah.
“Mereka menyamakan Perdana Menteri dengan Demokrasi Berparlimen. Maaf, tetapi itu bukan takrif Demokrasi Berparlimen.
“Ia juga sama sekali satu penyalahgunaan peruntukan dan penyalahgunaan itu mesti dihentikan,” katanya yang dipetik daripada The Malaysia Insider.
Selain itu, beliau turut mempersoalkan tempoh tahanan reman enam hari yang dikenakan ke atas suami pelakon Umie Aida itu.
Katanya lagi, penahanan yang dibuat seolah-olah menjadi satu bentuk hukuman kepada Khairuddin.
Sebelum itu beliau ditahan di kediamannya dekat Mont Kiara, dan disiasat mengikut Sekyen 124C Kanun Keseksaan, atas kesalahan cubaan melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.
Ia dikaitkan dengan pendedahannya terhadap skandal 1MDB di dalam dan luar negara.

Penahanan Khairuddin elak maklumat dibongkar - Mahfuz


Mahfuz Omar

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mendakwa penangkapan bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan adalah cubaan untuk menutup mulut sesiapa sahaja yang cuba untuk membongkar penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mahfuz menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjelaskan situasi penangkapan Khairuddin kepada rakyat Malaysia.

"Tafsiran mahkamah atau peguam manakah manakah yang digunakan PDRM untuk mengatakan sebarang aduan rasmi kepada pihak berkuasa adalah suatu tindakan yang bersalahan dengan prinsip-prinsip di dalam sistem demokrasi berparlimen?

"Sesungguhnya rakyat Malaysia yang waras dapat melihat bahawa yang tergugat dengan laporan demi laporan yang dibuat oleh Khairudin bukanlah sistem demokrasi berparlimen atau Perlembagaan negara ini, " katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Mengulas lanjut Mahfuz mendakwa, maka cara paling mudah adalah dengan menangkap individu-individu yang berani seperti Khairuddin.

Pensyarah NUS: Dr M pemimpin 'Melayu radikal'

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kini dilihat sebagai seorang pemimpin Melayu yang radikal kerana menyuarakan sesuatu isu untuk rakyat, kata Syed Muhd Khairudin Aljunied.
Pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu Universiti Nasional Singapura (NUS) turut menyifatkan bekas perdana menteri itu seperti Dr Burhanuddin Alhelmy.
Ini kerana, katanya, Dr Mahathir kini dilihat berani menyuarakan isu-isu tertentu demi kepentingan negara.
"Saya lihat apa yang Tun Mahathir lakukan sekarang adalah sebahagian daripada apa yang telah dilakukan oleh kaum Melayu radikal pada waktu dulu. Dia sekarang menjadi seorang yang radikal.
"Dia ialah Burhanuddin di zaman kita," kata Khairudin ketika ditemui Malaysiakini selepas majlis pelancaran bukunya yang bertajuk 'Radicals Resistance and Protest in Colonial Malaya' di Bangsar hari ini.
Syed Muhd Khairudin, yang banyak mengkaji sejarah Islam di Asia Tenggara, berkata, antara sebab mengapa Dr Mahathir dianggap sedemikian kerana negawaran itu kini dilihat membawa semangat Melayu radikal tahun 1940-an dengan berjuang bersama rakyat.
"Saya ingin katakan bahawa beliau (Mahathir) secara jelas membawa semangat Melayu radikal pada 1940-an apabila dia sekarang cuba untuk berjuang untuk rakyat, bersama rakyat dan menjadi sebahagian daripada rakyat.
"Secara ironinya, orang akan kata beliau dulu tak seperti sekarang. Tetapi saya rasa, sejarah berubah dan mungkin dia belajar dari sejarah," katanya lagi.
Menceritakan dengan lebih lanjut, Syed Muhd Khairudin berkata, Dr Mahathir sendiri dilihat seorang yang radikal ketika berada dalam Umno suatu ketika dahulu, yang turut dianggapnya sebagai sebuah badan pergerakan yang radikal.

Kenapa takut sangat dengan Khairuddin, soal Ambiga

Tahanan reman 6 hari yang dikenakan terhadap ahli Umno yang dipecat, Datuk Khairuddin Abu Hassan merupakan satu salah guna kuasa oleh Putrajaya, dan menjadikan Malaysia bahan ketawa dunia, kata Datuk Ambiga Sreenevasan hari ini.
Bekas presiden Majlis Peguam itu berkata, reman itu jelas hanya untuk menghukum Khairuddin, dan mempersoalkan apa jenayah yang dilakukan bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan itu.
"Saya terkejut dia ditahan reman selama 6 hari. Reman tidak sepatutnya menjadi satu hukuman. Pada fikiran saya, ia satu penyalahgunaan, menahannya selama 6 hari.

"Mengapa? Adakah kerana dia pergi ke luar negara mengemukakan beberapa dokumen kepada agensi asing? Mengapa takut sangat?" kata Ambiga kepada pemberita ketika ditemui di luar Sidang Kemuncak Kebebasan Malaysia 2015 di Petaling Jaya hari ini. Semalam, seorang majistret membenarkan polis menahan reman Khairuddin sehingga Khamis.
Beliau sedang disiasat mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan kerana aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen, menurut peguamnya Matthias Chang.
Bagaimanapun, Ambiga percayai dakwaan itu tidak akan diterima pakai mahkamah.
"Mereka menyamakan perdana menteri dengan demokrasi berparlimen. Maaf, tetapi itu bukan takrif demokrasi berparlimen.
"Ia juga sama sekali satu penyalahgunaan peruntukan dan penyalahgunaan itu mesti dihentikan," katanya.
Beliau berkata, rentetan penangkapan terhadap mereka yang mengkritik kerajaan, juga skandal yang menyelubungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, memusnahkan reputasi negara.

Tidak mustahil Malaysia bertukar menjadi Iraq, Syria atau Afghanistan

Keadaan tempat mengundi di salah sebuah sekolah dalam Pilihan Raya Presiden 2009 di Kabul, Afghanistan. – Gambar The Malaysian Insider, 20 September, 2015. 
Keadaan tempat mengundi di salah sebuah sekolah dalam Pilihan Raya Presiden 2009 di Kabul, Afghanistan.

Bekas menteri luar Thailand Kasit Piromya bimbang, Malaysia yang dianggap sebagai rumah keduanya akan bertukar “musnah” seperti negara Timur Tengah Iraq dan Syria.
Beliau turut menggesa kepimpinan Malaysia mentadbir dengan penuh tanggungjawab dan mengamalkan “politik kompromi”.
“Itu sangat penting. Jika apa-apa berlaku kepada Malaysia, maka berakhirlah komuniti Asean,” katanya mengulas mengenai perhimpunan perkauman “baju merah” yang disokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.

Kebimbangan Kasit itu sebenarnya merupakan kebimbangan utama ramai orang di peringkat Asean atau Asia Tenggara terutamanya dari Indonesia, Thailand dan Singapura. Perkembangan yang berlaku di Malaysia sejak akhir-akhir ini menunjukkan negara berbilang kaum ditubuhkan 52 tahun lalu itu sedang menuju kepada kemusnahan.
Dan kejatuhan Malaysia akan memberikan kesan kepada negara Asean lain. Jika “huru-hara” berlaku di Malaysia, ia akan mempengaruhi negara lain seperti Indonesia, Thailand dan Singapura. Apatah lagi di zaman media sosial seperti hari ini.
Semalam, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said pula menyatakan kebimbangannya keadaan “darurat” akan wujud dalam negara menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14.
Katanya, kerajaan sedia ada pada hari ini seolah-olah sedang menanam “benih darurat” sebelum PRU akan datang.
Jika dilihat apa yang berlaku dalam negara sejak 2 menjak ini, tidak ada yang pelik dengan pandangan Samad itu terutamanya bagaimana media arus perdana melaporkan tentang himpunan baju merah minggu ini.

Pecat perdana menteri: Mengapa Australia boleh, Malaysia tidak?

Sudah tiba masanya kita pertimbangkan pengenalan “parti/kaukus Parlimen” ke dalam sistem politik kita.
Isnin lalu, Perdana Menteri Australia Tony Abbott dikalahkan Menteri Komunikasi Malcom Turnbull dalam pilihan pemimpin parti Liberal, parti utama dalam Pemerintah Gabungan (Coalition Government).
Abbot mendapat 44 undi manakala Turnbull mendapat 54 undi daripada badan pemilih iaitu “balai parti” (party room).

Pada tengahari Selasa, Abbott meletak jawatan dan sejam kemudian, Turnbull mengangkat sumpah sebagai perdana menteri di depan Gabenor-Jeneral Peter Cosgrove.Perbandingan Australia dengan Malaysia
Mengapa Australia boleh memecat perdana menteri dengan begitu mudah tetapi Malaysia tidak?
Beberapa perkara dalam episod ini yang wajarmendapat perhatian kita.
Pertama, penukaran perdana menteri dilakukan dalam masa kurang daripada 24 jam dan secara terbuka (sungguhpun dengan undi sulit).
Kedua, penukaran ini mengambil mekanisma yang sah di segiundang-undang dan persepsia wam (legal and legitimate).
Tiada sesiapa yang dituduh dan diugut tindakan polis kerana “menjejaskan demokrasi”. Juga tiada perhimpunan raksasa dilakukan untuk menuntut pengunduran perdana menteri atau untuk membela beliau dan membela maruah orang putih atau orang Kristian.
Ketiga, Abbot dicabar dan ditolak kerana Parti Liberal takut pengundi akan menolak partinya, sama seperti alasan yang diberikan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menuntut Datuk Seri Najib Razak mengundur.
Dan kejatuhan Abbott yang semakin tidak popular sememangnya menaikkan sokongan orang ramai kepada Parti Liberal malah dikatakan salah satu sebab Parti Liberal berjaya dalam pilihan raya kecil di Australia Barat semalam (Sabtu).

PAS perlukan masa, terlalu awal bincang gabungan pembangkang baharu

Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, mereka belum membincangkan tawaran PKR berhubung kerjasama baharu antara parti politik pembangkang kerana memerlukan lebih masa. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 September, 2015. 
Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, mereka belum membincangkan tawaran PKR berhubung kerjasama baharu antara parti politik pembangkang kerana memerlukan lebih masa.

PAS masih belum bersedia memulakan proses perbincangan menubuhkan gabungan pakatan baharu walaupun tidak pernah menutup pintu rundingan dengan bekas sekutunya, kata Naib Presiden Datuk Iskandar Abdul Samad.
Beliau dilaporkan Sinar Harian hari ini sebagai berkata, parti itu belum membincangkan tawaran PKR berhubung kerjasama baharu antara parti politik pembangkang bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang terkubur baru-baru ini.
“Buat masa ini kita perlu ‘cool down’ terlebih dahulu, sebelum ‘settle down’. Masih terlalu awal. Saya akui tidak ada parti akan berjaya dalam pilihan raya sekiranya bergerak sendiri.

"Namun, dalam kerjasama itulah akan tercetusnya perbezaan pandangan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Mesra Dewan Perhimpunan Penyokong Pas (DHPP) 1.0 di Klang semalam, lapor akhbar itu. Iskandar mengakui yang sesebuah parti mungkin boleh kekal berkuasa di satu-satu negeri seperti di Pulau Pinang dan Kelantan, namun ia tidak akan berjaya di peringkat nasional.
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan sebelum ini mengakui PAS, PKR, DAP dan parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (Amanah) adalah satu gabungan pembangkang.
Namun kata Takiyuddin, itu tidak bermakna PAS sudah menjalinkan semula hubungan dengan DAP dan mengiktiraf Amanah, yang  dianggotai bekas pemimpin progresif parti itu.

Pengguna Internet kutuk kenyataan ‘tampar’ Najib

Datuk Seri Najib Razak menerima banyak komen negatif daripada pengguna Internet berhubung kenyataannya tentang "tampar" ketika mewajarkan "perhimpunan baju merah" pada 16 September sebagai satu manifestasi kebangkitan orang Melayu untuk mempertahankan maruah mereka dan kepimpinan negara.
Kenyataan Datuk Seri Najib Razak berhubung kewajaran perhimpunan ‘ baju merah’ baru-baru ini menerima kritikan pengguna Internet. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 September, 2015. Petikan kenyataan beliau yang diterbitkan di laman Facebook Astro Awani semalam menerima banyak komen yang tidak bersetuju dengannya sambil mereka menyatakan orang yang selayaknya ditampar ialah pemimpin yang tidak jujur dan tidak ikhlas.
Ia memaparkan gambar perdana menteri yang bersongkok dan memakai baju Melayu hitam serta petikan kata-katanya: "Sekali tampar, kita tak buat apa. Dua kali tampar...tak buat apa...tiga kali tampar...tak buat apa...tapi empat kali tampar sudah melampaui batas. Orang Melayu ada hak juga."

Dalam satu komen yang menerima lebih 4,300 kali "Like", Nazirul Aiman Md Hassan berkata: "4kali tmpar tu bukan utk melayu.tp utk pemimpin melayu yg xsedar diri n asyik menipu melayu". Alahai Debab pula menulis: "Sbnrnyr rakyat dh lama nk tampar ko najib....". Komen itu menerima lebih 2,800 "Like".
Najib membuat kenyataan itu 2 malam lalu pada perhimpunan Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka), Silat 2015 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Beliau berkata orang Melayu selama ini bersabar walaupun beberapa perhimpunan haram diadakan yang dilihat mencabar maruah orang Melayu.
Seorang pengguna Facebook menggunakan nama Kassim Selamat bertanya siapa yang sepatutnya ditampar dan menggesa pemimpin menyatupadukan rakyat, bukannya memecahbelahkan mereka.
"Siapa yg tampar siapa?... Jgn jadi Penghasut. Fikirlah bagaimana utk menyatukan rakyat pelbagai suku kaum bukan utk memecahbelahkan rakyat sendiri. Kita membangun negara ini bersama2," tulisnya.
Pengguna bernama Tro've Man sementara itu berkata, tiada siapa yang merasa marah atau mahu menampar orang Melayu.
"Yg org marah pemimpin korup. Pemimpin yg zalim. Itu yg melayu nak tampar," katanya.

Walaupun PAS enggan, Wan Azizah mahu semua sertai blok pembangkang

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata semua diperlukan untuk menyertai blok pembangkang dengan mengatakan mereka tidak harus 'terbahagi'. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 September, 2015.  
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata semua diperlukan untuk menyertai blok pembangkang dengan mengatakan mereka tidak harus 'terbahagi'.

Walaupun PAS mengatakan ia tidak akan menyertai perbincangan meja bulat baru yang dimulakan PKR bagi membincangkan penubuhan gabungan pembangkang baharu, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menegaskan "semua orang" diperlukan bersama dalam blok baru itu.
PAS dilaporkan berkata ia tidak akan menghadiri mesyuarat meja bulat Selasa ini, yang akan dihadiri PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).
Walaupun Amanah ditubuhkan bekas ahli PAS yang menjejaskan sokongan asas kepada parti Islam itu, Dr Wan Azizah berkata, PAS masih diperlukan untuk mencukupkan bilangan mereka bagi menjamin kemenangan dalam pilihan raya akan datang.

"Sistem kita adalah 'first past the post'. Kita perlukan semua orang untuk bersama atas satu platform yang sama," katanya kepada pemberita selepas forum mengenai kerajaan campuran di Kuala Lumpur hari ini. Ketua pembangkang itu berkata, blok pembangkang tidak harus "terbahagi".

Pelaksanaan undang-undang tertentu di Malaysia, menindas hak kebebasan - Ambiga

Pelaksanaan undang-undang tertentu di Malaysia, menindas hak kebebasan - Ambiga Sreenevasan
PETALING JAYA: Pelaksanaan undang-undang tertentu di negara ini dilihat bertentangan dengan intipati Perlembagaan dan menindas hak kebebasan, kata peguam Datuk Ambiga Sreenevasan.

Ambiga bercakap tentang situasi kebebasan di Malaysia sewaktu menjadi anggota panel Malaysia Freedom Summit 2015 yang berlangsung hari ini di Petaling Jaya.

“Kita mempunyai undang-undang yang bersifat menindas seperti Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 yang mempunyai definisi samar.

“Ia bermakna bahawa kuasa boleh disalahgunakan dengan mudah,” kata beliau yang antara lain turut menyebut tentang Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi dan Akta Pertubuhan.

Aktivis hak asasi manusia itu menyifatkan perincian Perlembagaan di atas kertas sudah mempunyai percanggahan berdasarkan penggubalan akta-akta tersebut dan masalahnya lebih teruk apabila dilaksanakan.

Katanya, sejak isu perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula, terdapat hampir 150 kes siasatan dibuka menggunakan akta-akta berkenaan yang jelas hanya dikenakan kepada sebelah pihak.

“Semuanya ada keseimbangan dalam rangka Perlembagaan. Malang sekali, dalam interpretasi Perlembagaan, aspek ‘keseimbangan’ itu sering disalah tafsir, dilupakan atau diabaikan sepenuhnya,” ujarnya.

Selain itu Ambiga berpendapat, soal kebebasan agama juga ada waktunya menerima tekanan daripada pandangan ekstremis.

'Menangani potensi ancaman'

Sementara itu, seorang pengamal undang-undang Ann Mokhtar ketika dihubungi Astro AWANI bagi mengulas perkara tersebut berkata, undang-undang seperti POTA, Akta Hasutan dan Akta Rahsia Rasmi adalah undang-undang pencegahan.

PAS: Tahaluf dengan PKR, bukan DAP, AMANAH



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengulangi gesaan supaya wakil rakyat parti itu meletakkan jawatan jika menyertai parti lain termasuk Parti Amanah Rakyat (Amanah).
Beliau berkata tindakan itu perlu kerana semua calon PAS pada pilihan raya umum lepas telah melafazkan Bai'ah bersumpah, dan mereka akan dilaknati Allah swt jika melanggar Bai'ah itu.
"PAS sebagai parti Islam membuat Bai'ah dengan Anggota Jawatankuasa PAS Pusat, para pemimpinnya dan calon-calon pilihan raya dengan sumpah Wallahi, Wabillahi dan Watallahi.
"Semasa berBai'ah, kita sebut sebagai calon Parti Islam Semalaysia (PAS) dan tidak disebut PKR atau DAP. Ini diucapkan oleh setiap calon sama ada yang menang atau kalah.
"Parti (PAS) mewajibkan dalam Bai'ah jika dipecat keluar parti, mereka kena letak jawatan sebagai Ahli Parlimen atau ADUN. Ini disebut dalam bai'ah itu," jelas Abdul Hadi semasa berucap pada program Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.2 di Pulau Serai dekat Dungun.
Turut hadir pada program tiga hari itu yang berakhir hari ini, ialah Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali, bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta Pesuruhjaya PAS negeri Satiful Bahri Mamat.

PKR: Jadilah 'ronin', tinggalkan BN sertai pembangkang'


PKR hari ini mengajak 47 MP BN dari Sabah dan Sarawak supaya meninggalkan gabungan parti pemerintah dalam usaha mereka membentuk gabungan bebas dan bekerjasama dengan blok pembangkang.
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata perkara itu diperlukan demi masa depan yang lebih baik buat rakyat Malaysia.
"(Hal ini) boleh dicapai jika 47 rakan patriotik kita, anggota parlimen BN dari Sarawak dan Sabah, (menjadi) seperti 47 'ronin' Jepun yang sanggup berjuang dan mati dengan keadilan rakyat atau keadilan, tinggalkan BN untuk menubuhkan gabungan bebas bersama kita.
"Kemudian janji kemerdekaan dan Malaysia akan ditunaikan," katanya dalam ucaptama dalam sebuah forum di Kuala Lumpur hari ini.
Wan Azizah berkata blok pembangkang mesti menjadi seperti NGO pemantau pilihan raya BERSIH, yang mana beliau berkata "menyatukan rakyat tanpa mengira kaun dan agama" demi perjuangan untuk Malaysia yang lebih baik.
"Masanya tiba sekarang," kata ketua pembangkang itu.
Kisah 47 'ronin' mengenai 47 samurai bawah pimpinan Ōishi Kuranosuke Yoshitaka membalas dendam ke atas kematian majikan mereka dengan cara melakukan penyerbuan ke rumah kediaman pejabat tinggi istana, sebelum perang dunia ke-2.

Gerakan: 'Tsunami' besar jika BN gagal tindak bersama



Dalam rayuan beremosi kepada perwakilan Gerakan Pulau Pinang hari ini, Presiden Datuk Mah Siew Keong memberi amaran berhubung "tsunami besar" yang boleh menyingkirkan BN pada pilihan raya umum akan datang.
Tsunami yang beliau maksudkan merujuk sokongan rakyat kepada pembangkang pada pilihan raya umum 2008 dan 2013 yang menyebabkan Pakatan Rakyat menguasai Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
Mah berkata ia penting bagi pemimpin BN berdepan hakikat bahawa hubungan dalam komponen BN lemah dan mereka mesti bertindak menyelesaikannya bersama-sama.
Beliau turut menggesa parti komponen BN menunjukkan sikap hormat menghormati antara satu dengan lain.
Menurutnya, beliau bertemu dengan rakyat sepanjang jelajah di seluruh negara, yang menyatakan rasa terguris dengan suasana polarisasi dan politik terkini.

Hishamudin: Saya berbeza hakimi kes Perak, 'Allah'

Krisis kes perlembagaan Perak pada 2009 dan Ketua Paderi Roman Katolik yang mencabar Kementerian Dalam Negeri berhubung penggunaan kalimah "Allah", adalah kes berprofil tinggi yang menjadi tumpuan negara.
Bagaimanapun, bagi bekas hakim Mahkamah Rayuan, Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, yang tidak pernah menghakimi kedua-dua kes tersebut, keputusan Mahkamah Tinggi bagi kedua-dua kes sepatutnya kekal.
Berdasarkan fakta kes, beliau berkata beliau akan cenderung untuk bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh hakim-hakim Mahkamah Tinggi, kalau dia berada di barisan hakim Mahkamah Persekutuan.
Dalam kes Perak, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan maka pemimpin PAS ketika itu Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin adalah menteri besar yang sah.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Abdul Aziz Abdul Rahim, yang kini di Mahkamah Rayuan.
Bagaimanapun, keputusan itu yang telah ditolak oleh Mahkamah Rayuan dan dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan mengiktiraf Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar.
Dalam kes ketua Biskop pula, Mahkamah Tinggi pada 2009 memutuskan pengharaman penggunaan kalimah 'Allah' dalam penerbitan The Herald dalam Bahasa Malaysia kerana tidak mengikut perlembagaan.
Hakim Mahkamah Tinggi yang membuat keputusan itu Hakim Datuk Lau Bee Lan.
Bagaimanapun, seperti dalam kes Perak, keputusan itu dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan mengekalkan dengan majoriti tipis 4-3 .
Hishamudin, bagaimanapun, tidak mahu mengulas mengenai satu lagi kes kontroversi melibatkan perbicaraan Liwat II membabitkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ia kini dalam kajian.

Bekas hakim: PM sekat kenaikan pangkat saya



Beliau mungkin boleh dinobatkan sebagai sinar harapan dalam badan kehakiman Malaysia tetapi beliau tidak pernah mendapat kenaikan pangkat seperti rakannya yang dilantik sebagai Peguam Negara Tan Sri Mohd Apandi Ali baru-baru ini.
Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, yang bersara awal bulan ini, mengesahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghentikan perlantikanya ke Mahkamah Persekutuan.
Mohd Hishamudin menjelaskan bahawa perkara itu berlaku pada 2013, apabila Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) mencadangkan namanya kepada PM untuk pelantikan ke Mahkamah Persekutuan.
"Malangnya, PM tidak memihak kepada kenaikan pangkat saya ke Mahkamah Persekutuan. Saya rasa fakta ini adalah pengetahuan umum, "katanya kepada Malaysiakini dalam satu temubual eksklusif.
Dibentuk melalui Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009, suruhanjaya itu diusulkan pada masa bekas perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pemuda MCA bahagian putus hubungan dengan PM


Pemuda MCA Pasir Gudang memutuskan hubbungan dengan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak susulan sokongan beliau kepada Himpunan Rakyat Bersatu pada 16 September lalu.
Ketua Pemuda MCA bahagian itu Chia Chow Hui berkata himpunan 'Baju Merah' pada tarikh tersebut menghancurkan keharmonian kaum.
"Kami tidak bersetuju dengan himpunan 16 September yang merosakkan hubungan kaum. Tapi Najib memujinya sebagai perhimpunan aman. Jadi kami buat keputusan (untuk memutuskan huungan)," kata Chia ketika dihubungi Malaysiakini.
Hal ini bermaksud semua anggota Pemuda MCA bahagian itu tidak akan menghadiri majlis Najib atau menyokong beliau dalam apa cara sekalipun.
Bahagian itu adalah yang pertama berbuat demikian dalam BN.
Ketika ditanya, Chia berkata beliau tidak bimbang jika dikenakan tindakan displin daripada kepimpinan pusat berhubung keputusaan itu.
"Tidak. Setiap orang meraikan kebebasan bersuara.".
Pada Jumaat, Najib mengucapkan penghargaan terhadap peserta Himpunan Rakyat Bersatu dengan menyatakan himpunan Baju Merah berhimun secara aman tanpa sebarang provokasi.
Himpunan itu turut dikenali "mempertahankan maruah Melayu" dan dicemari dengan penghinaan kaum dilemparkan terhadap masyarakat Cina.
Ia sebagai balasan terhadap peserta BERSIH 4 yang kebanyakannya kaum Cina, yang mendesak Najib meletakkan jawatan.

Bila harta kerajaan, amanah duit rakyat DIBUAT SEPERTI DUIT MAK BAPAK MEREKA !!!

Gara2 himpunan HALAL-RASIS 'baju merah' pelajar jadi mangsa..

INILAH MALAYSIA KU... Bila tidak sebulu dgn DUMNO maka terimalah padahnya..

ANDA nilaikanlah sendiri siapa UMNO sebenarnya...

Sifat2 Azali Munafik-Lidah Bercabang DUMNO..

Kalau benarlah dok canang pertahankan MARUAH MELAYU, HIDUP MELAYU, KENAPA menteri2 ni tidak memilih orang Melayu untuk dijadikan menantu?...

Kata nak bela nasib melayu kan... Apa sebab tak pilih ahli DUMNO atau geng 'BAJU MERAH sbg menantu ??

SEKALI LAGI skandal 1MDB-NAJIB duduki ranking No.1 mengatasi berita2 lain di dunia..

TAHNIAH Najib Razak

BILA Najib nak dipanggil utk siasatan di peringkat antarabangsa ??!!

.. Kami berdoa agar Najib kekal memerintah negara sehingga PRU14..

Baru jadi TPM, gila mewah perkahwinan anak nya..

DENGAR WAHAI RAKYAT M'SIA SEKALIAN...

Ibu Malaysia nak bagi tips berjimat cermat...

p/s: PATUTLA.. Najib Razak & Zahid Hamidi tak bagi buat siaran LIVE majlis perkahwinan gilang gemilang anak mereka untuk tontonan rakyat jelata. Rupa2nya majlisnya hanya bersederhana sahaja.. Wasatiyyah la katakan..

HIDUP MELAYU !!!.. MARUAH MELAYU !!!..

Dr M: Najib berpontensi ditangkap di luar negara


Berdepan beberapa siasatan penggubahan wang yang dikaitkan dengan skandal 1MDB, perdana menteri berpontensi untuk ditangkap di luar negara, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahahtir Mohamad.
Beliau berkata demikian dalam satu ucapan pada Jumaat, berdasarkan kepada video klip yang dimuat naik penulis blog Din Turtle, yang menjalankan beberapa temubual kritikal Dr Mahahtir terhadap Datuk Seri Najib Razak.
Dr Mahahtir berkata Najib mungkin dapat mengelak siasatan terhadap skandal 1MDB yang sedang disiasat di luar negara, tetapi tidak di luar negara.
"Undang-undang dunia berbeza daripada dulu. Kalau jenayah buat di sini, undang-undang sini berkuatkuasa.
"Tapi jika (jenayah) kaitan dengan luar negeri, negara lain ada kuasa (untuk mengambil tindakan)," katanya.

"Sekarang ini, di Switzerland, Britian, Amerika Syarikat... (sudah ada siasatan penggubahan wang). Mereka berhak untuk saman untuk suruh Interpol tangkap (jika ada alasan kukuh).
"Kalau (dia) keluar daripada negara, mungkin akan berlaku tangkapan," kata negawaran dalam ucapannya dalam majlis 'Kumpulan Melayu Berani Bersatu' di Kuala Lumpur, seperti menurut video klip itu.
Bagaimanapun Dr Mahathir cukup berhati-hati dengan menyatakan ia hanya spekulasi.
"Itu mungkin. Saya cerita, bukan akan berlaku," kata bekas perdana menteri selama 22 tahun itu.

FBI mulai siasatan kes 1MDB


Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat dilapor telah memulakan satu siasatan berhubng dakwaan penggubahan wang haram yang dikaitkan dengan hutang yang ditanggung 1MDB.
Menurut harian kewangan The Wall Street Journal (WSJ) pagi ini, satu sumber melaporkan perkembangan tersebut, di tengah-tengah penahanan bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
Khairuddin dilarang keluar Malaysia minggu ini, menggagalkan rancangannya untuk pergi ke Amerika Syarikat untuk bertemu FBI mengenai aduan terhadap 1MDB, dan beliau kini ditahan reman.

WSJ melaporkan bahawa skop siastan terkini FBI belum diketahui lagi dan biro tersebut tak mendedahkan sebarang makluman berhubung rancangan lawatan Khairuddin itu.
"Seorang jurucakap kepada pejabat FBI di New York berkata tiada agen dalam pejabat itu yang mennguruskan untuk bercakap dengan Khairuddin atau ada menghubungi beliau sebelum ini," tulis WSJ.

Perhimpunan ‘baju merah’ bukti rang undang-undang perpaduan diperlukan, kata MKPN

Perhimpunan ‘baju merah’ hanya mendorong negara ke arah kebencian dan permusuhan dan cuba memaksa orang lain menerima ketuanan satu kaum lain. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 September, 2015. 
Perhimpunan ‘baju merah’ hanya mendorong negara ke arah kebencian dan permusuhan dan cuba memaksa orang lain menerima ketuanan satu kaum lain.

 Di tengah-tengah amaran yang rusuhan kaum hanya akan mengundang bencana bagi Malaysia, 2 orang ahli Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) berkata, demonstrasi jalanan menekankan peri pentingnya Putrajaya memperkenalkan undang-undang perpaduan bagi menangani peningkatan dalam ketegangan kaum.
Mereka berkata demikian susulan berlangsungnya "Himpunan Rakyat Bersatu" atau perhimpunan "baju merah" pada Hari Malaysia, Rabu lalu yang menyaksikan ribuan orang Melayu turun ke jalanan atas nama mempertahankan maruah mereka.
Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa mengutuk kegagalan Umno membuka jalan kepada menjalin perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 September, 2015.Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa mengutuk kegagalan Umno membuka jalan kepada menjalin perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 September, 2015.Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, yang mengetuai jawatankuasa kerja MPKN mengenai undang-undang dan dasar, yang menggubal rang undang-undang perpaduan itu berkata, nada perkauman dan tema ketuanan Melayu perhimpunan itu berbahaya dan salah, kerana ia melemahkan teras Perlembagaan Malaysia.

"Kesan kepada perpaduan negara adalah jelas kerana perhimpunan itu mendorong negara ke arah kebencian dan permusuhan dan cuba memaksa orang lain menerima ketuanan satu kaum lain," kata ahli Parlimen Parit Buntar itu kepada The Malaysian Insider. Mengutuk kegagalan Umno, parti utama dalam parti pemerintah Barisan Nasional, untuk membuka jalan kepada menjalin perpaduan di kalangan rakyat Malaysia, Mujahid berkata pemimpinnya hadir pada perhimpunan tersebut "untuk mengesahkan retorik yang terkebelakang itu".
Perhimpunan itu, menurut Mujahid dan rakan anggota MKPN Datin Paduka Marina Mahathir, ialah cubaan terdesak pemimpin Umno dan kumpulan berhaluan kanan Melayu mencipta nama untuk diri sendiri.
"Kita tahu ini adalah ahli politik yang terdesak cuba untuk mencari nama untuk diri masing-masing," kata Marina.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagaimanapun mempertahankan perhimpunan tersebut, mengatakan ia satu manifestasi untuk orang Melayu mempertahankan maruah mereka.
Pada Jumaat, Najib menggambarkan himpunan anjuran Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) serta badan-badan bukan kerajaan itu sebagai manifestasi kebangkitan orang Melayu untuk mempertahankan maruah dan kepimpinan negara daripada dikutuk dan dihina.
Katanya, walaupun beberapa perhimpunan haram yang diadakan sebelum ini mencabar maruah orang Melayu, namun mereka tetap bersabar.
"Sekali tampar, kita tak buat apa. Dua kali tampar...tak buat apa..3 kali tampar..tak buat apa..tapi 4 kali tampar sudah melampaui batas. Orang Melayu ada hak juga.

Implikasi baju merah - memudah atau menambah sengsara UMNO?

oleh Shahbudin Husin
Tidaklah sukar memahami mengapa tidak ramai pemimpin UMNO sendiri menghadiri perhimpunan baju merah pada 16 September lalu, terutama yang menjadi wakil rakyat di kawasan pengundi yang bercampur antara Melayu dan bukan Melayu.

Walaupun pelbagai alasan cuba dirasionalkan manakala setengahnya hanya berdiam diri, laungan perkauman yang keterlaluan sebenarnya amat membimbangkan wakil-wakil rakyat ini.

Sebab itu tidak kelihatan ramai menteri, timbalan menteri dan wakil-wakil rakyat UMNO hadir di Padang Merbok. Yang terlibat dalam sambutan Hari Malaysia di Sabah bolehlah memberi alasan itu untuk tidak menghadirinya, tapi bagaimana dengan yang lain?

Ada menteri dan timbalan menteri yang hanya hadir pada sebelah pagi atau tengahari untuk bertemu dan beramah mesra dengan peserta himpunan baju merah, namun kemudian tidak diketahui ke mana menghilangnya.

Di atas pentas Padang Merbok, hanya beberapa nama yang kelihatan dengan yang paling menonjol bercakap ialah Annuar Musa tetapi tentunya diketahui apakah komposisi pengundi di Ketereh, kawasan Parlimen yang diwakilinya. Maka, tidak hairanlah beliau lantang menonjolkan watak perkaumannya.

Selain itu ialah Ali Rustam, Presiden Pesaka yang merupakan pengunjur himpunan baju merah yang sudah pun ditolak oleh pengundi Bukit Katil yang berjumlah kira-kira 40 peratus pada pilihanraya 2013 dan tentunya tidak bertanding lagi dalam pilihanraya akan datang kerana faktor usia.

Tajuddin Rahman, Ahli Parlimen Pasir Salak pula hanya mempunyai jumlah pengundi Cina bawah 15 peratus di kawasannya. Begitu juga dengan Noh Omar yang tidak terlalu bergantung kepada pengundi bukan Melayu di Tanjung Karang, tambahan pula beliau juga difahamkan tidak mahu bertanding lagi dalam pilihanraya akan datang ini.

Ibrahim Ali, Presiden Perkasa, turut garang berucap pada hari tersebut, tetapi NGO  yang diwakilinya memang sudah diketahui jalur perjuangannya. Lagi pun, kalau diberi peluang bertanding lagi dalam pilihanraya nanti, kawasannya tentu juga Pasir Mas yang hampir 100 peratus pengundinya adalah Melayu.

Dengan adanya aksi seperti tuntutan penghapusan sekolah Cina dan wujudnya gangguan daripada peserta himpunan baju merah kepada kawasan perniagaan orang-orang Cina, ketakutan  wakil-wakil UMNO sebenarnya lebih meninggi lagi.

Tunku Zain kecam retorik politik ‘perkauman diterima Islam’

Presiden Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas) Tunku Zain 'Al-Abidin Tuanku Muhriz menyampaikan ucaptamanya pada perasmian Sidang Kemuncak Kebebasan Malaysia 2015 di Petaling Jaya, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 20 September, 2015. 
Presiden Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas) Tunku Zain 'Al-Abidin Tuanku Muhriz menyampaikan ucaptamanya pada perasmian Sidang Kemuncak Kebebasan Malaysia 2015 di Petaling Jaya, hari ini. 

Tindakan mendakwa yang satu bentuk sifat perkauman yang boleh diterima wujud dalam Islam menunjukkan bagaimana politik Malaysia tidak mempunyai keyakinan ideologi, kata Presiden Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas) Tunku Zain 'Al-Abidin Tuanku Muhriz.
Tanpa menyebut sebarang nama, putera Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan itu berkata, retorik sebegitu hanya satu lagi percubaan kerajaan untuk mewajarkan tindakan pihaknya memecahkan rakyat.
"Idea liberal dilabel sebagai konsep asing dan bidaah, dan justifikasi baharu diimpikan bagi mengukuhkan bahagian yang ditaja kerajaan," kata Tunku Zain dalam ucaptamanya pada Sidang Kemuncak Kebebasan Malaysia 2015 di Petaling Jaya hari ini.

"Malah, selepas kejadian perhimpunan merah baju Hari Malaysia, ada seorang ahli politik yang cuba berhujah mengatakan wujud apa yang dinamakan satu bentuk perkauman yang diterima dalam Islam. "Penggunaan retorik itu, ditambah pula dengan penghinaan terhadap idea liberal, menonjolkan bagaimana landskap politik kita begitu mudah dibentuk; bagaimana ia tandus keyakinan ideologi," katanya.
Pada Rabu, Ahli Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Annuar Musa mewajarkan nada perkauman dalam perhimpunan baju merah itu dengan mengisytiharkan dirinya bersifat perkauman.
Beliau berkata sifat perkaumannya adalah berdasarkan kepada Islam dan agama itu membenarkannya selagi ia tidak melibatkan penindasan ke atas orang lain.
Annuar merupakan salah seorang penceramah pada perhimpunan 16 September itu, yang menyaksikan ribuan orang Melayu memakai baju-T merah turun ke jalanan bagi mempertahankan maruah mereka.

Ketuanan Melayu rampas maruah dan potensi orang Melayu

Stan Lee Cheow Hee: Hazlan Zakaria, jangan benci diri sendiri.
Jangan bencikan Melayu - mereka baik hati, dan berbudi bahasa.
Ini bukan salah salah mereka.
Dalam hidup, ada beberapa perkara di luar kawalan kita. Sudah naluri kita mempertahankan bangsa, kerana itu bangsa kita.

Dan naluri ini telah dieksploitasi pihak pemerintah bagi mengekal kuasa selama 58 tahun. Ketuanan Melayu dihasilkan sebagai dadah agar orang Melayu biasa leka ketika mereka dirompak malah mereka berterima kasih dapat diberi sumbangan picisan dari golongan elit.

Dadah ini menyebabkan kroni kaya tanpa berusaha gigih sementara orang melayu biasa beratur untuk BR1M. Dan apabila mereka mengeluh, ada sahaja bangsa Cina untuk dijadikan kambing hitam. Dadah ini memberi kesan kepada mereka yang tidak mengambilnya.

 Jika anda berjaya dengan usaha sendiri, tanpa bantuan Umno, anda tetap dipandang menjadi berjaya kerana anda Melayu. Saya galakkan anda sebagai orang Melayu mengambil masa memikirkan kesan dadah ini yang menyebabkan melayu alpa.
Anda tidak dapat ubah bangsa. Sekiranya melayu lain berpandangan sebegini maka barulah bangsa kamu dapat berjaya.

Chee Ann: Itulah nasihat yang baik Stan, Ketuanan Melayu tidak adil bagi bangsa mereka dan sebenarnya satu kepalsuan. Saya sedih melihat bangsa mereka dirompak dari mencapai potensi dan hilang maruah, kerana mereka diajar hanya meminta minta.

Penganjur "Baju Merah" kelentong pemandu bas

Selain mendakwa tiada bayaran tambahan mereka juga tidak mendapat makanan.
apa-melayu-mau
PETALING JAYA: Beberapa pemandu bas dari Gopeng yang membawa peserta Himpunan Rakyat Bersatu atau Baju Merah ke ibu negara pada 16 September lepas melahirkan rasa tidak puas hati apabila tidak mendapat bayaran tambahan sebagai habuan semasa menyertai perhimpunan itu.
Malah, mereka turut menyatakan kekesalan apabila penganjur tidak memberikan makanan kepada mereka dan peserta yang dibawa selain tidak mendapat gaji seperti yang dijanjikan sebelum perhimpunan itu diadakan.
Rasa tidak puas hati itu diluahkan oleh para peserta berkenaan kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Ahli Parlimen Bera.
Ismail Sabri bertindak sebagai orang tengah dalam menyelesaikan kekalutan yang berlaku.
Kejadian dipercayai berlaku pada hari perhimpunan itu berlangsung dan lokasi kejadian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Visual itu dirakam oleh seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Sadir Ahmad Kunjoo dan kemudian memuat naik video berkenaan di Facebook.
Berdasarkan audio pada rakaman video itu, kekalutan berlaku apabila seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai `Cik Chua’ gagal berinteraksi dengan baik terhadap pemandu bas berkenaan yang sepatutnya membawa para peserta dari Gopeng ke destinasi ditetapkan.

Jamal mahu tuntut 50 peratus kawasan perniagaan di Petaling Street – MCA

Setiausaha Agung Pemuda MCA, Datuk Leong Kim Soon menganggap salah satu tujuan himpunan baju merah adalah untuk menuntut separuh daripada kawasan perniagaan di Petaling Street daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Leong menyifatkannya sebagai permintaan yang tidak masuk akal oleh seorang penganjur himpunan iaitu Datuk Jamal Md Yunos yang disifatkannya sebagai mengambil kesempatan atas hasil titik peluh orang lain tanpa usaha sendiri.
Petaling Street merupakan antara lokasi tarikan pelancong di ibu negara yang terkenal dengan barang-barang palsu dan DVD lucah.
“Jika beliau melabelkan Petaling Street sebagai tempat menjual barang tiruan dan DVD lucah, mengapa tuntut 50 peratus kawasan perniagaannya untuk orang Melayu?
“Adakah sikap seperti ini dituntut dalam Islam dan mengapa DBKL tidak mengambil tindakan kepada peniaga atas dakwaannya itu sehingga perlu diingatkan oleh Jamal?” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jamal mendedahkan, dia pernah memohon untuk menjalankan perniagaan di Petaling Street sejak 10 tahun lalu tetapi tidak dibenarkan.
Leong berkata kenyataan Jamal juga seperti memperlekehkan sumbangan kaum Cina kepada ekonomi negara.
“Kami ingin mengingatkan Jamal Yunus bahawa kejayaan ekonomi Malaysia pada hari ini adalah hasil kerja keras oleh semua kaum yang menjalankan fungsi masing-masing.
“Semua kaum telah bekerjasama dan saling hormat-menghormati supaya generasi kita yang akan datang boleh meraih hasil ekonomi negara ini.
“Negara ini mempunyai ramai golongan Bumiputera yang terkenal, usahawan Cina dan India yang pakar dalam bidang masing-masing serta mengamalkan nilai toleransi antara satu sama lain,” katanya.

Malay Dignity has been stolen.

How is it possible for our PM, who has been in politics since 1976 and has been PM since 2009, even say that Malay dignity has been injured? What did he do to promote Malay dignity during his gilded tenure as minister to PM?

When did he become conscious of loss in Malay pride?

Surely not when he entered into a business relationship with Jho Low? Chinese businessmen feted him. He enjoyed their company in more ways than one. He gave a Chinese golfing buddy of over 20 years a huge contract building a LRT system. RM11 over billion.

Chinese businessmen contributed and donated money for UMNO’s political funds. The majority of Class A contractors farmed out their contracts to Chinese businessmen and took away commissions.

In these times, not a squeak about the loss of Malay dignity.

Malay dignity is lost when they are deceived by their own leaders.

Our PM became conscious of Malay pride when he could not answer how RM2.6billion ended in his personal account. He became conscious of Malay pride when he could not explain the movement of RM46 billion investments by 1mdb. He becomes conscious of Malay dignity when he is widely despised by the people of Malaysia. He becomes conscious when he is accused of misconduct in public office, when he is accused of abuse of power, when he is accused of governing arbitrarily.

Who has been responsible for it? Dignity is grounded on individual initiative, personal freedom and responsibility, translated into actions that earn respect. Malays can’t demand respect. They must earn it.

It is no one’s fault if the Malays have lost their dignity. They have allowed themselves to be manipulated by the government in power.

Malay dignity has been injured when Najib conspired with Jho Low in siphoning money from 1MDB to Good Star. Malay dignity has been injured further when Najib through his actions, showed that Malays can easily succumbed to making money the illegal way. Such as purchasing IPPs at inflated price and then getting some donations from these IPPs. That showed the Malays, represented by our PM are not beneath stealing.

Malay self-worth and dignity are further eroded when our PM shamed us by being the subject of police reports all over the world. Our dignity as Malays is injured when our PM has not sued Wall Street Journal until today, shuffling his feet and finding excuses not to challenge WSJ. That shows the Malays, as represented by Najib are cowardly.

The question is, do we want PM Najib to represent us Malays?