Sabtu, 19 September 2015

Kita kini hidup dalam dilema Tun Dr Mahathir

Zairil1_L-600x360
"Tidak yakin dan rendah diri ini tak masuk akal ketika mereka adalah majoriti demografik yang mana peruntukan undang-undang dan perlembagaan mengiktiraf hak dan keistimewaan mereka,” kata Zairil.

KUALA LUMPUR, 19 September:

Melayu hari ini hidup dalam dilema mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, berkata golongan itu di negara ini hidup dalam rekaan bekas pemimpin negara itu untuk mereka, menurut kisah dalam teorinya.
Ahli Parlimen DAP yang menyumbang kepada buku “Young and Malay”, bertajuk “The Real Malay Dilemma” berkata artikel itu mempunyai persamaan dengan perhimpunan Baju Merah.
Artikel itu jelas sekali memadam “The Malay Dilemma” tulisan Dr Mahathir pada 1970.
Zairil berkata, pengkisahan Mahathir, hampir sama dengan jalan cerita dan objektif baju merah, bantahan rendah diri di mana kumpulan majoriti bertindak seperti minoriti.
“Mereka adalah majoriti hegemoni yang dominan, tetapi apabila mereka meminta lebih banyak, mereka sebenarnya menunjukkan rasa tidak yakin dan rendah diri pada masa sama.
“Tidak yakin dan rendah diri ini tak masuk akal ketika mereka adalah majoriti demografik yang mana peruntukan undang-undang dan perlembagaan mengiktiraf hak dan keistimewaan mereka,” katanya pada pelancaran `Young and Malay’ di Rumah Gerakbudaya, dekat sini, hari ini.
Beliau berkata, perkara yang sama boleh disifatkan mengenai perhimpunan baju merah.
“Ia sangat tidak logik.
“Kamu memerintah negara dan kemudian kamu rasa dipinggirkan.”

Darurat akan digunakan jika kerajaan terdesak sangat

TRP_asamadsaid_L
`Silat' awalah warisan negara yang sebenarnya menunjukkan secara simbolik ketakutan Melayu.

KUALA LUMPUR, 19 September:

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said meramalkan bahawa kerajaan yang memerintah boleh mengambil jalan keluar dengan mengisytiharkan darurat hanya semata-mata bagi memastikan mereka kekal berkuasa.
Beliau berkata, terdapat tanda-tanda ia menjurus ke ara itu akhir-akhir ini dan ia boleh dilihat apabila kerajaan baru-baru membuat kawalan ketat terhadap perbezaan pendapat dan bergantung kepada Melayu, menyebabkan masyarakat bukan Melayu kini meninggalkan mereka.
“Mereka hanya mendapat sokongan orang Melayu, mereka tidak perlukan lagi sokongan bukan Melayu, walaupun undi Melayu berpecah kepada Umno, Pas, Amanah dan PKR.
“Saya meramalkan bahawa mungkin ada keperluan untuk mereka mengambil jalan keluar dengan mengisytiharkan darurat sebelum atau selepas Pilihan Raya Umum jika kerajaan tidak lagi kuat.
“Ia tidak mustahil bahawa pada kemuncak seperti itu, darurat akan diisytiharkan,” katanya selepas melancarkan buku `Young and Malay’ di Gerakbudaya hari ini.
Katanya, dia percaya ketegangan kaum sebenarnya sengaja `dibakar’ oleh kerajaan.
“Kami sudah mula melihat tindakan tegas secara besar-besaran dilakukan apabila kerajaan menganggap seseorang itu berbahaya.

Biarlah rakyat menilai keputusan Pas tidak sertai PR 2.0 – Salahuddin

Pas enggan menyertai PR 2.0 namun hanya akan bekerjasama dengan PKR.
Salahuddin-Ayob,pas
PETALING JAYA: Parti Amanah Negara (AMANAH) tidak terkejut dengan keputusan Pas untuk tidak bersama Pakatan Rakyat 2.0 (PR 2.0) namun hanya akan bekerjasama dengan PKR.
Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayob berkata, pendirian Pas itu akan memudahkan pembentukan PR 2.0 yang menggabungkan PKR, DAP dan AMANAH dan NGO lain.
“Setelah berkali-kali AMANAH mempelawa supaya Pas bersama menyertai perbincangan untuk menubuhkan muafakat politik baharu, Pas hari ini telah membuat keputusan untuk tidak bersama dalam Pakatan Rakyat 2.0 itu namun hanya akan berkerjasama dengan PKR.
“Saya berpendapat bahawa keputusan Pas itu akan memudahkan AMANAH, PKR, DAP bersama NGO lain, untuk segera menubuhkan Pakatan Rakyat 2.0,” katanya dalam kenyataan media.
Salahuddin menyerahkan kepada rakyat untuk i pendirian dan keputusan yang telah dibuat Pas itu.
“AMANAH mengulangi pendirian dan komitmen bahawa kami akan bersama dengan tuntutan rakyat untuk bersama dalam Pakatan Rakyat 2.0 bagi membawa perubahan politik sekaligus menyelamatkan Malaysia,” katanya.

Hadi: Bai'ah Pas bukan merendahkan kedudukan isteri

Lafaz sumpah bai’ah yang dikenakan ke atas ahli Pas yang memerlukan mereka menceraikan isteri sekiranya meninggalkan parti tidak merendahkan golongan wanita.

Sebaliknya kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bai'ah itu meletakkan wanita pada kedudukan yang lebih tinggi.

“Pas mengisyaratkan bai’ah yang dimasukkan di dalamnya sumpah dan laknat dengan penegasan lafaz ALLAH menjadi saksinya.

“ Ada negeri yang memasukkan talak taklik, bukan bermakna merendahkan isteri, sebaliknya meninggikan kedudukan (isteri) sehingga dimasukkan bersama kecintaan kepada ALLAH walau pun tidak menyamainya,” katanya menerusi sebuah kenyataan.

Menurutnya, sahabat Nabi Muhammad S.A.W juga mengangkat sumpah dengan menggunakan nama ibu bapa bagi mengukuhkan ikrar dan janji yang dibuat.

“Maka lafaz bai’ah dalam parti yang berjuang menegakkan Islam seperti Pas adalah beramal dengan Al-Quran, As-Sunnah dan Ijtihad para ulamak muktabar yang disahkan oleh Ahli Majlis Syura Ulamak yang sangat dihormati oleh semua pemimpin, ahli dan penyokong Pas yang istiqamah, walaupun pihak lain tidak berminat bukan sahaja bai’ahnya bahkan dasar Islamnya juga, sehingga ada pula yang meletakkan talak taklik mencerai isteri lebih utama daripada berjanji dengan ALLAH,” katanya lagi.

Dua bekas Adun Kelantan, Dr Hatta Ramli (Kuala Krai) dan Kamaruddin Jaafar (Tumpat) masing-masing dilaporkan meninggalkan Pas untuk menyertai Parti Amanah Negara dan PKR.

'Ketika bai'ah sebut Pas, bukan DAP, PKR' kata Hadi


Abdul Hadi Awang


DUNGUN - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang‎ hari ini mengulangi gesaan supaya wakil rakyat parti itu meletakkan jawatan jika menyertai parti lain termasuk Parti Amanah Rakyat (Amanah).
  
Beliau berkata tindakan itu perlu kerana semua calon Pas pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas telah melafazkan bai'ah bersumpah, dan mereka akan dilaknati ALLAH SWT jika melanggar bai'ah itu.
  
"Pas sebagai parti Islam membuat bai'ah dengan ahli jawatankuasa Pas Pusat, para pemimpinnya dan calon-calon pilihan raya dengan sumpah Wallahi, Wabillahi dan Watallahi.
  
"Semasa berbai'ah, kita sebut sebagai calon Parti Islam Semalaysia (Pas) dan tidak disebut PKR atau DAP. Ini diucapkan oleh setiap calon sama ada yang menang atau kalah.
  
"Parti (Pas) mewajibkan dalam Bai'ah jika dipecat keluar parti, mereka kena letak jawatan sebagai ahli Parlimen atau Adun. Ini disebut dalam bai'ah itu," jelas Abdul Hadi semasa berucap pada program Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.2 di Pulau Serai dekat sini.
   ‎
Turut hadir pada program tiga hari itu yang berakhir hari ini, ialah Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali, bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat.
  
Abdul Hadi berkata, gesaannya merujuk kepada tindakan beberapa wakil rakyat Pas yang menyertai Amanah, parti baharu yang diterajui bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Khairuddin remanded for six days

Saifuddin: Umno has to make a stand

Saifuddin: What was the objective of rally?

Pendedah maklumat Umno mangsa terbaru Seksyen 124C

oleh V Shuman

Logik di Malaysia: Pembunuh dapat meloloskan diri (ke luar negara) sementara ahli politik yang bersuara tentang tadbir urus kerajaan, dilarang meninggalkan tanahair.

Di dalam usaha melenyapkan suara-suara penentangan termasuk dari kalangan ahli Umno sendiri, Putrajaya kini juga dilihat gemar menggunapakai Seksyen124C Kanun Jenayah. Mangsa terbaru dalam senarai tersebut ialah bekas naib ketua Umno Batu Kawan Khairuddin Abu Hassan.

Ya, lelaki yang mula membuat aduan tentang 1MDB dan sebelum larangan dilakukan, merancang membuat siri jelajah di luar negara bagi melaporkan tentang dana tersebut. Khairuddin mendedahkan larangan tersebut melalui akaun Facebooknya semalam (Jumaat).

 "Saya sepatutnya berlepas ke New York dan kemudian London pada 1.30 pagi (Jumaat) tetapi mendapat tahu, saya dalam senarai hitam Jabatan Imigresen, yang mendapat arahan dari Polis DiRaja Malaysia (PDRM). "Kedua-dua jabatan tidak memberitahu saya tentang larangan tersebut. Ia menyebabkan saya rugi akibat tempahan tiket dan penginapan," ujarnya.

Dia kemudian ke ibupejabat Jabatan Imigresen di Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan, tetapi diberitahu bahawa larangan tersebut dilakukan atas arahan khas dari polis Bukit Aman. "Peguam saya Matthias Chang turut bersama saya di pejabat Imigresen kerana dia juga dikenakan larangan yang sama."

 Khairuddin mendakwa pihak berkuasa menyalahguna kuasa dengan mengenakan larangan tanpa alasan konkrit. Beliau mempersoal samada larangan dikuatkuasa kerana kerajaan takut dengan laporan polis yang dibuatnya berkaitan 1MDB.

Setakat ini, beliau telah membuat laporan di Peranchis, Switzerland, London, Singapura dan Hong Kong, menggesa siasatan dilakukan. Khairuddin berkata beliau telah diminta menghadirkan diri ke Bukit Aman Isnin depan.

"Pegawai penyiasat berkata saya akan disiasat kerana membuat laporan terhadap 1MDB di Switzerland. "Saya mahu bertanya kepada PDRM, apa kesalahan yang saya lakukan? Saya cuma memberi pihak berkuasa Swiss apa saya berikan kepada PDRM.

Adakah Najib rakan yang Obama perlukan, soal Washington Post

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menjemput Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak bermain golf di Hawaii Disember lepas, menampakkan persahabatan yang jelas antara dua pemimpin. – Gambar Reuters, 19 September, 2015.  
Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menjemput Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak bermain golf di Hawaii Disember lepas, menampakkan persahabatan yang jelas antara dua pemimpin.

Disember lalu, ketika sedang bercuti, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menjemput Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bermain golf di Hawaii, memperlihatkan kemesraan persahabatan yang jelas bagi seorang pemimpin asing.
"Sejak itu, bagaimanapun, Najib bertukar menjadi semakin tidak layak sebagai seorang sahabat," kata The Washington Post dalam lidah pengarangnya.
Mempersoalkan persahabatan Obama dengan Najib, akhbar Amerika itu mengkatalogkan senarai tingkah laku "tidak layak" sejak mereka bersantai di padang golf itu, dari pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim "atas tuduhan yang terang-terangan direka", kepada menggunakan undang-undang hasutan, yang Najib sendiri pernah berjanji untuk mansuhkan, terhadap pembangkang, hingga kepada mendakwa seorang kartunis kerana tweet yang ditulisnya.

Kemudian, terdapat juga tuduhan di sekitar pemindahan AS$700 juta ke dalam akaun bank peribadi perdana menteri dan soalan mengenai transaksi kewangan serta hutang syarikat milik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Washington Post menyatakan, Najib bertindak balas kepada soalan dan dakwaan itu melalui penyingkiran bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas peguam negara, antara lain, dan melumpuhkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan penggantungan akhbar di bawah penerbitan The Edge.
Senarai itu berakhir dengan tindakan mengharamkan warna kuning Bersih 4, serta perhimpunan baju merah baru-baru ini yang berbau perkauman.
"Najib pernah sekali meletakkan dirinya sebagai seorang pembawa pembaharuan yang akan membawa sebuah negara yang seakan autoritarian kepada demokrasi tulen.

MUHYIDDIN: TERUSKAN BERSUARA, KERUSI PERDANA MENTERI MASIH LAGI TERBUKA!!


Ramai yang menyangka setelah terlepas daripada pemecatan pada mesyuarat MT 9 September lalu, Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin akan terus berdiam diri atau setidak-tidaknya bertukar menjadi lebih berhati-hati dalam memberikan pandangannya terhadap sesuatu isu.


Ini kerana sebarang komen yang keras, berbeza atau tidak senada dengan pucuk pimpinan parti pasti mudah saja diangkat oleh golongan pembodek dan pengampu Najib Razak sebagai sesuatu yang bertujuan memburuk-burukkan parti.

Ada juga mengatakan Najib sebenarnya hanya menunggu silap sedikit saja daripada Muhyiddin sebagai alasan untuk menyingkirkannya daripada UMNO.

Dalam masa yang sama, jika Najib berhasrat mengenepikan Muhyiddin, tidak kira sama ada memecat atau menggantung keahliannya, ia juga dikatakan pasti mendapat sokongan penuh daripada Ahmad Zahid Hamidi yang ketika ini hanya menjadi Timbalan Perdana Menteri, tetapi belum bertaraf pemimpin nombor dua dalam UMNO.

Namun ternyata kini Muhyiddin tetap sama. Sebagaimana beliau berani bersuara dan berkata benar sehingga jawatannya dalam kerajaan terpelanting sebelum ini, setelah tiada jawatan dan sedang diperhatikan salah serta silapnya, ketakutan untuk menyatakan kebenaran nyata tidak berubah.

Selain bersuara tidak setuju mengenai himpunan baju merah sebelum ini, Muhyiddin juga terus bercakap mengenai 1MDB dan wang derma yang diterima oleh Perdana Menteri.

Kebimbangan Muhyiddin mengenai isu perkauman dalam himpunan baju merah turut mendapat reaksi positif daripada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang bersetuju agar sebarang provokasi mengenainya hendaklah dihentikan dan tidak seharusnya dibiarkan.

Dalam satu majlis di Pagoh semalam, antara lain Muhyiddin berkata:-

- selagi masih bergelar wakil rakyat dan berjawatan dalam parti, beliau akan terus berkata yang benar demi kepentingan rakyat.

- kena buang sebab berkata benar tidak apa, hidup ini bukan kerana jawatan saja. Kita harus berani bersuara dalam sistem demokrasi berparlimen, jangan simpan dalam hati.

- hasil siasatan 1MDB sepatutnya didedahkan untuk mengetahui siapa yang bersalah berhubung skandal kewangan syarikat tersebut.

- macam 1MDB, SPRM dah siasat, polis dan Bank Negara pun dah siasat, Peguam Negara sepatutnya dah selesai siasat. Kalau ada yang salah, mesti beritahu kepada rakyat.

Rafidah Aziz tidak senang perkauman perhimpunan baju merah

Veteran Umno Tan Sri Rafidah Aziz sekali lagi menggunakan laman Facebook beliau meluahkan perasaan tidak senang terhadap kecaman berbaur perkauman yang dilontarkan semasa perhimpunan di Kuala Lumpur pada Hari Malaysia, walaupun beberapa rakan daripada parti itu cuba mempertahankan perhimpunan itu.
Beliau menegaskan, tiada rakyat Malaysia daripada mana-mana kaum pun yang perlu menanggung sebarang prejudis kerana nenek moyang semua orang di negara ini merupakan pendatang dari merata pelosok dunia.
"Saya rasa sedih bagi pihak ramai kawan bukan Melayu, terutamanya Cina, ramai darinya merupakan rakan sekolah rendah saya, apabila saya menonton video dan melihat gambar mereka yang mengecam komuniti Cina," tulis Rafidah hari ini.

"Kita semua mempunyai kawan dari SEMUA kaum dan agama. Kita rasa apa yang mereka rasa, terutamanya apabila, sama seperti kita, mereka juga cuba membina kehidupan untuk diri sendiri dan keluarga mereka di NEGARA MEREKA... MALAYSIA," tulisnya dalam Bahasa Inggeris sambil memberi penekanan kepada beberapa perkataan menggunakan huruf besar. Himpunan baju merah, atau Himpunan Rakyat Bersatu, dikritik kerana retorik perkaumannya, walaupun penganjur mendakwa perhimpunan itu sebagai respons kepada Bersih 4 yang diadakan pada 29 dan 30 Ogos.
Ahli akar umbi Umno dan penganalisis politik berkata, perhimpunan itu lebih menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sedang berdepan gesaan untuk meletak jawatan.

Pak Samad: Ini bukan zaman silat

Ketika Datuk Seri Najib Razak menegaskan bahawa pesilat akan mempertahankan kerajaan hingga titisan darah terakhir, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said memberikan takrifan baru kepada seni bela diri itu.
"Bagi saya silat sekarang sebenarnya adalah khazanah untuk dipertunjukkan sahaja bukan untuk mempertahankan diri lagi," katanya dalam sebuah forum di Petaling Jaya hari ini.
Samad yang menyertai DAP baru-baru ini menegaskan, perkembangan teknologi semasa menjadikan amalan persilatan tidak begitu ampuh untuk mempertahankan negara.
Katanya, pada zaman ini pertentangan boleh berlaku dan pihak berseteru boleh dikalahkan dengan tembakan dari jarak jauh.
"Kita tak lagi guna keris," katanya yang mesra dengan panggilan Pak Samad.
Beliau yang mendapat pengiktirafan tertinggi kerajaan terhadap penggerak kesusasteraan dan kesenian pada 1985 berkata, apa yang berlaku pada perhimpunan pesilat semalam adalah simbolik yang menunjukkan ketakutan bangsa Melayu.
Semalam, perdana menteri menghadiri perhimpunan 15,000 pengamal persilatan bersama bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam.
Dalam ucapan penuh bersemangat itu Najib memuji pesilat terbabit kerana sanggup mempertahankan kerajaannya.
Kata Samad, orang ramai perlu memahami dan melihat persilatan daripada suduh pandang kesenian.
"Pada zaman ini kita tidak lagi menggunakan silat (untuk mempertahankan negara)," katanya.

Pak Samad bimbang wujud benih darurat sebelum PRU14

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said bimbang kerajaan seperti sedang cuba menanam benih darurat sebelum pilihan raya umum (PRU) akan datang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 19 September, 2015.  
Sasterawan Negara Datuk A Samad Said bimbang kerajaan seperti sedang cuba menanam benih darurat sebelum pilihan raya umum (PRU) akan datang.

 Sasterawan Negara Datuk A Samad Said hari ini berkata, tindakan keras Putrajaya terhadap mereka yang berbeza pendapat dan keadaannya yang seperti terlalu bergantung kepada sokongan orang Melayu boleh membawa Malaysia ke arah keadaan yang huru-hara.
Anggota DAP itu berkata, beliau membayangkan kerajaan seperti sedang cuba menanam benih darurat sebelum pilihan raya umum (PRU) akan datang.
"Saya meramalkan mungkin akan ada keadaan darurat sebelum PRU akan datang. Jika tidak, jika kerajaan masih lemah selepas PRU akan datang, maka ia mungkin berlaku selepas pilihan raya," kata Samad.

Beliau yang mesra dikenali sebagai Pak Samad berkata demikian selepas melancarkan sebuah buku berjudul "Young and Malay" di Rumah Gerakbudaya hari ini. Beliau berkata, amalan sebegitu tidak sihat dan juga berpendapat, Umno dan Barisan Nasional akan gagal mendapat sebarang sokongan bukan Melayu selepas apa yang berlaku baru-baru ini.
"Mereka mempertahankan kepentingan orang Melayu. Ia bukanlah sesuatu yang tidak baik, tetapi ia seolah-olah mereka lupa yang Malaysia bukan negara untuk orang Melayu sahaja," katanya.
Pada 16 September, Persekutuan Seni Silat Kebangsaan (Pesaka) menganjurkan perhimpunan baju merah bagi memartabatkan maruah orang Melayu dan tanda protes kepada perhimpunan Bersih 4 yang antara lain menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Najib, yang berdepan tekanan semakin meningkat supaya meletak jawatan susulan derma politik RM2.6 bilon yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya, pada hujung Julai menyingkirkan peguam negara dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana kritikan mereka terhadap beliau khususnya mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Puluhan aktivis dan pengkritik kerajaan juga ditahan beberapa bulan kebelakangan ini, mengikut Akta Hasutan dan Seksyen 124 Kanun Keseksaan, yang melibatkan aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen.
Semalam, bekas ahli Umno Datuk Khairuddin Abu Haasan, yang membuat laporan polis terhadap 1MDB, turut ditahan mengikut Seksyen 124 dan ditahan reman 6 hari.

Himpunan baju merah berbau ‘double standard’, kata bekas menteri Umno

Bekas timbalan menteri Umno, Datuk Seri Saifuddin Abdullah hari ini membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan polis kerana mengamalkan "double standard" terhadap perhimpunan Bersih 4 bulan lalu dengan "perhimpunan baju merah" baru-baru ini.
Beliau yang merupakan ketua pegawai eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global berkata, mereka dengan pantas memburuk-burukkan peserta Bersih 4, tetapi memberi banyak kelonggaran kepada peserta "perhimpunan baju merah".
"Daripada perdana menteri, hingga kepada polis, dan kepada ramai lagi, anda boleh lihat, apabila mereka bercakap tentang Bersih, apabila mereka bercakap tentang perhimpunan baju merah, kita boleh lihat dengan begitu jelas 'double standard' mereka.

"Umno, perdana menteri kata Bersih 'democrazy' (gila berdemonstrasi), tetapi perhimpunan baju merah bagus dan mengikut undang-undang. "Walaupun sebenarnya kedua-duanya sama, kedua-duanya perhimpunan aman," kata Saifuddin kepada The Malaysian Insider ketika ditemui pada persidangan mengenai liberalisme di Bangsar, Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata, polis juga salah apabila membangkitkan isu permit, kerana ia tidak lagi perlu di bawah Akta Perhimpunan Aman.
"Bagaimana polis melayan Bersih 4 dan perhimpunan baju merah juga berbeza. Satu ada permit, satu lagi tidak dapat permit.
"Tetapi mengikut Akta Perhimpunan Aman, isu permit juga tidak timbul. Mengapa hendak gunakan hujah yang tidak konsisten ini?"
Katanya, ketua polis negara juga tidak berhak mengisytiharkan Bersih 4 haram kerana ia tidak ada permit.
Saifuddin juga memberitahu pemberita, Umno mesti mengambil pendirian terhadap ketua bahagian parti itu yang membuat kenyataan kontroversi.
Beliau memberi contoh khusus Datuk Mohd Fatmi Che Salleh (Umno Kota Bharu), Datuk Jamal Md Yunos (Umno Sungai Besar) dan Tan Sri Annuar Musa (Umno Ketereh).

HIMPUNAN BAJU MERAH MELAYU BANGKIT : JHO LOW GELAK BESAR, GEORGE KENT KETAWA PUAS DAN ARUL KANDA SENYUM SAMPAI TELINGA DAN NAJIB ROSMAH KENDURI BESAR.


1. Himpunan Baju Merah Melayu Bangkit telah pun berakhir. Mereka yang datang berhimpun sudah pun pulang dan sampai ke kampung halaman sendiri dengan selamatnya. Semangat yang berkobar kobar untuk Melayu semasa di Padang Merbuk mungkin sudah pun luntur dan cair setelah RM100 yang diberi telah habis dibelanja.

2. Mereka pulang untuk menyambung kehidupan keluarga yang berhadapan peningkatan kos sara hidup yang tinggi. Penoreh getah terus ke kebun untuk mendapat 1kg sekerap RM2.15 yang dibahagi dua antara tuan punya kebun dengan penoreh. Pesawah padi terus ke bendang untuk 1kg padi RM1.20. Si Nelayan terus ke laut melabuh pukat untuk menyambung nyawa kehidupan keluarga.

3. Yang pastinya, Jho Low tetap mendapat kepercayaan Najib untuk menjaga harta kekayaan Najib. Bukannya Peneroka Felda Chini di Pekan. Sementara George Kent (Tan Kay Hock), rakan golf Najib terus mendapat habuan projek LRT3 daripada Kerajaan Najib dan bukannya ahli Persatuan Kontraktor Bumiputra Malaysia. Manakala Arul Kanda terus diyakini untuk mengurus 1MDB bagi melindungi Najib dan bukannya PTD. Sebab itu, Najib terkejut dan terharu dengan perhimpunan yang bersemangat tanpa menyentuh dirinya sebaliknya mempertahankan beliau sebagai PM walaupun banyak masalah pada negara berpunca daripada pentadbiran Najib.

4. Timbalan Menteri dan mereka yang ada kepentingan dalam GLC dan agensi kerajaan yang hadir di padang merbuk pulang dengan rasa yakin selamat kerusi empuk yang mereka duduki. PM, TPM serta Menteri-Menteri pula tersenyum lebar kerana masih ada lagi orang melayu yang mahu menjadi hulubalang dan pendekar untuk melindungi mereka, pemimpin yang rendah moral bergelumang dengan pelbagai penyelewengan hatta ketamakan.

5. Apa pun yang lebih tersenyum tanpa berpanas, berpeluh dan tanpa pun menjerit laungan hidup Melayu ialah Jho Low, George Kent (Tan Kay Hock) yang merupakan rakan kongsi Najib membantai harta negara dan Arul Kanda yang diberi kepercayaan mengurus 1MDB dengan gaji yang lumayan bagi melindungi penyelewengan Najib. Mereka bertiga terus mendapat kepercayaa Najib, si pemimpin besar bangsa Melayu.

Jo Low, George Kent dan Arul Kanda gelak besar, peserta baju merah hanya dapat RM100.

NASIB KAU LAH LABU.

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR

Perkauman: Khairy setuju dengan Muhyiddin

Provokasi perkauman perlu dielakkan kerana jika dibiarkan berterusan ia boleh mendatangkan masalah ketegangan kaum.
khairy,muhyiddin
KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin setuju dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya negara Malaysia menjauhi sebarang provokasi berbentuk perkauman.
Menteri Belia dan Sukan itu berkata, provokasi perkauman itu sememangnya perlu dielakkan kerana jika dibiarkan berterusan ia boleh mendatangkan masalah besar kepada negara terutama ketegangan kaum.
“Sudah pastilah, kalau ada apa-apa provokasi perkauman, sudah tentu kita tidak mahu ada masalah ketegangan kaum dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Majlis Jualan Hari Sukan di Stadium RSH, Mid Valley Megamall pada Sabtu.
Ketika berucap di dalam program Membara Jasamu Dikenang UMNO Bahagian Pagoh 2015 pada Jumaat, Muhyiddin berkata, sebagai sebuah negara yang sudah lama merdeka, perkara seperti itu tidak seharusnya berlaku kerana Malaysia dimiliki oleh semua kaum sebagai rakyat di negara ini.
“Ia tidak boleh dipandang ringan dan jika berlarutan akan menerbitkan sifat perkauman yang menebal yang menyebabkan mereka saling mencurigai antara satu sama lain,” kata Muhyiddin.
Dalam perkembangan lain, Khairy menyokong polis mengambil tindakan terhadap peserta Himpunan Baju Merah yang menimbulkan kekecohan di Jalan Petaling.
“Selagi mereka tak menyalahi undang-undang, kita tidak halang mereka untuk terlibat dalam mana-mana perhimpunan.
“Yang penting ada terbukti kalau mereka menyalahi undang-undang, yang itu maka tindakan harus diambil terhadap mereka,” katanya.

Henti segera provokasi perkauman - Khairy

Henti segera provokasi perkauman - KhairyKUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menggesa provokasi berunsur perkauman dihentikan segera.

Beliau berkata, kerajaan tidak mahu melihat unsur yang boleh mencetuskan ketegangan kaum di negara ini wujud.

"Sudah pasti kalau ada apa-apa provokasi perkauman mestilah kita hentikan. Kita tidak mahu ada apa-apa ketegangan kaum sebagainya," katanya selepas merasmikan Jualan Hari Sukan Negara 2015 di sini, hari ini.

Mengulas pembabitan ahli Pemuda UMNO serta beberapa kepimpinan sayap itu, Khairy berkata tiada halangan untuk ahlinya menyertai mana-mana himpunan.

Bagaimanapun, Khairy menegaskan, jika terbukti ada pihak yang melanggar undang-undang, tindakan sewajarnya harus diambil.

"Selagi mereka tidak menyalahi undang-undang, kita tidak menghalang mereka untuk terlibat dalam mana-mana himpunan atau aktiviti....yang penting kalau sekiranya ada terbukti bahawa ada sesiapa yang melanggar undang-undang dan tindakan sewajarnya perlu diambil," katanya.

Hari di mana suara menentang demonstrasi tiba-tiba lenyap

oleh Robin Stanley Augustin

Tiga minggu lalu, menjelang Perhimpunan Bersih 4 di seluruh negara, seorang menteri memberi amaran perhimpunan bakal menggugat ekonomi negara. Benarkah? Banyak kedai di Jalan Tuanku Abdul Rahman, terutama kedai tekstil, tidak menjalankan perniagaan selama 2 hari, dan mereka mengalami kerugian.

Restoran dan peniaga kecil bagaimanapun mencatat untung menjual minuman, makanan dan vuvuzela. Samada anda sokong Bersih 4 atau sebaliknya, sukar menafikan hakikat bahawa perhimpunan telah dijalankan dengan aman. Tiada insiden tidak diingini dan peserta Bersih 4 menjaga kebersihan.

Jadi bagaimana seorang menteri, Abdul Rahman Dahlan boleh membuat kenyataan yang sama tentang perhimpunan baju merah pada 16 September lalu. Ia dicemari kenyataan berbaur perkauman dengan ucapan provokatif yang memberi kesan negatif sebelum ia bermula.

Dilaporkan pengurusan pusat membeli belah Pavilion di Bukit Bintang telah menasihati penyewa yang berhadapan Jalan Bukit Bintang menutup pintu mereka.

Di Jalan Petaling, pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur Ang Say Tee menggesa perniagaan ditutup selama sehari. Menurut The Star, Ang berkata 90% peniaga memutuskan tidak menjalankan operasi bagi memastikan keselamatan dan mengelakkan insiden tidak diingini.

Sepuluh peratus dari mereka melakukannya, dan walaupun pasukan polis mengawal serta menghadang beberapa kawasan, terdapat peserta perhimpunan yang biadap dan mahu masuk ke Jalan Petaling. Keadan semakin tegang sehingga Pasukan Polis Keselamatan terpaksa menghalakan tembakan air berbisa.

Dilaporkan juga, ketua bahagian Umno yang kontroversi Jamal Yunos mendesak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kooperasi dan Kepenggunaan mengambil tindakan ke atas penjaja di Jln Petaling dalam masa lima hari.

Polis buang masa dan wang rakyat soal siasat peserta Bersih 4

  Jee Ban Cheong (kiri), RSN Rayer (dua dari kiri) dan Steven Sim (tiga dari kiri) serta penyokong mereka meninggalkan Balai Polis Bandar Perda selepas Jee dan Sim disoal berhubung perhimpunan Bersih 4 di Bukit Mertajam bulan lepas. – Gambar The Malaysian Insider oleh Looi Sue-Chern, 19 September, 2015. 
Jee Ban Cheong (kiri), RSN Rayer (dua dari kiri) dan Steven Sim (tiga dari kiri) serta penyokong mereka meninggalkan Balai Polis Bandar Perda selepas Jee dan Sim disoal berhubung perhimpunan Bersih 4 di Bukit Mertajam bulan lepas. 

Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim, yang ditahan berhubung penglibatannya dalam perhimpunan Bersih 4 di kawasannya baru-baru ini berkata, polis membuang masa dan wang rakyat dengan menyoal siasat peserta perhimpunan itu. Anggota DAP itu menggesa Putrajaya berhenti mengganggu penyokong dan peserta Bersih kerana katanya, rakyat mempunyai hak menyatakan bantahan dan berhimpun secara aman mengikut undang-undang.
"Ia satu pembaziran masa dan wang rakyat, walaupun kita tak boleh salahkan polis.

"Pegawainya bersopan santun dan memberitahu kami beliau menerima arahan daripada pihak atasan untuk membuat susulan ke atas kes itu berdasarkan 2 laporan yang dibuat di Bukit Tengah dan Bukit Mertajam. "Tetapi ini merugikan masa saya sebagai wakil rakyat. Saya ada banyak program dan isu untuk diselesaikan di kawasan Parlimen saya," katanya kepada pemberita di luar balai polis Bandar Perda pagi ini.
Terdahulu, beliau dan seorang lagi peserta Bersih 4, Jee Ban Cheong, 67, disoal siasat selama lebih kurang sejam berhubung perhimpunan yang diadakan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 30 Ogos itu.
Perhimpunan peringkat kecil itu diadakan sempena perhimpunan 34 jam di Kuala Lumpur dan perhimpunan seumpamanya di Kuching dan Kota Kinabalu bagi menuntut pembaharuan dan peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung dakwaan skandal kewangan.
Perhimpunan serupa turut diadakan di beberapa bandar utama lain di seluruh dunia.
Sim berkata, masalah tidak seharusnya timbul memandangkan Mahkamah Tinggi pada 2012 mengisytiharkan penganjur perhimpunan itu, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), sebagai entiti yang sah dari segi undang-undang.

PAS tidak terlibat Pakatan 2.0 tetapi kekal dengan PKR, kata pemimpin

PAS tidak akan bekerjasama dengan Parti Amanah Negara yang dianggap pengkhianat kebanyakan pemimpinnya yang berasal daripada PAS sudah melanggar baiah atau janji setia yang dibuat ketika menyertainya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 September, 2015. 
PAS tidak akan bekerjasama dengan Parti Amanah Negara yang dianggap pengkhianat kebanyakan pemimpinnya yang berasal daripada PAS sudah melanggar baiah atau janji setia yang dibuat ketika menyertainya.

 PAS tidak akan terlibat dengan Pakatan Rakyat 2.0 yang akan ditubuhkan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah), kata seorang pemimpin kanan parti Islam itu.
Bagaimanapun katanya, PAS akan terus bekerjasama dengan PKR, susulan keputusan yang dicapai pada satu pertemuan antara pemimpin 2 parti itu minggu lalu.
"Kita akan teruskan kerjasama dengan PKR tetapi tidak akan terlibat dengan Pakatan 2.0," kata pemimpin yang tidak mahu namanya didedahkan itu, kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata partinya tidak akan bekerjasama dengan parti pengkhianat, yang dipercayai ditujukan kepada Amanah yang kini dalam proses pembentukan daripada Parti Pekerja-pekerja Malaysia. Pemimpin Amanah yang berasal daripada kepimpinan PAS dianggap pengkhianat oleh parti Islam itu kerana melanggar baiah atau janji setia yang dibuat ketika menyertainya.
Pengarah Penerangan PAS Amzad Hashim ketika mengulas pendirian Hadi itu berkata, pemimpin Amanah menunjukkan sifat yang sangat keji dengan mengambil mudah ke atas ikrar baiah mereka.
"Tidakkah tindakan ini (jika PAS bersetuju bertahaluf siyasi dengan pengkhianat) seperti PAS pula mengambil mudah baiah berkenaan?
"Kita tak mungkin boleh percaya kepada pengkhianat," katanya yang baru dilantik ke jawatan itu.
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli ketika bercakap dengan The Malaysian Insider sebelum ini berkata, PKR, DAP dan Amanah akan meneruskan pembentukan Pakatan 2.0 tanpa PAS.
"Namun, kita bersedia menerima jika PAS mahu menyertainya selepas ini dengan syarat ia diterima oleh rakan yang lain," katanya.
PAS kini menganggap Amanah adalah musuh utamanya selepas anggota parti itu membentuk kumpulan serpihan dan menubuhkan parti baharu.
Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Samad berkata, mereka lebih senang pemimpin mereka menyertai PKR daripada menyertai Amanah kerana parti baharu itu mahu memusnahkan PAS.
Dalam muktamar ke-61 Jun lalu, PAS meluluskan usul tanpa bahas untuk memutuskan hubungannya dengan DAP, sekali gus menamatkan gabungan Pakatan Rakyat.

Skandal 1MDB: Khairuddin direman enam hari


Bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan direman enam hari mulai hari ini, kata peguamnya Matthias Chang.
Khairuddin ditangkap polis semalam dan disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana dipercayai mengancam demokrasi berparlimen.
Isteri Khairuddin, pelakon Datin Umie Aida memberitahu Malaysiakini semalam ahli perniagaan itu ditangkap di rumah mereka pada jam 7.30 malam.

PAS gesa Mujahid letak jawatan kerana sertai Amanah


Mujahid

PARIT BUNTAR - Pas kawasan Parit Buntar mendesak Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat kawasan itu serta-merta berikutan tindakannya menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).
 
Yang Dipertua (YDP) Pas kawasan Parit Buntar, Abdul Bahrin Md Desa berkata, desakan itu dibuat setelah mengambil kira kemenangan Dr Mujahid pada dua Pilihan Raya Umum (PRU) terdahulu adalah hasil pencalonan Pas kawasan atas kelayakannya sebagai ahli Pas.
 
Menurutnya, Mujahid tidak berpeluang dicalonkan bertanding kerusi Parlimen Parit Buntar jika bukan ahli Pas, tambahan pula dakwaan beliau menganggap diri sebagai calon pilihan rakyat dan mendapat sokongan masyarakat Cina Parlimen ini adalah tidak tepat.
 
“Saya ingin mengingatkan Mujahid akan keperitan ahli-ahli bawahan yang berkorban masa, harta dan kesenangan demi membantu kemenangan beliau dalam PRU ke-13 sebelum ini.
 
“Tindakan beliau menyertai Amanah seolah-olah satu pengkhianatan besar kepada ahli Pas kawasan ini di mana kesemua mereka kecewa dengan keputusan yang membelakangi pengorbanan petugas dan pengundi,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Pas kawasan Parit Buntar, di sini semalam.
 
Abdul Bahrin berkata, sebagai orang luar yang diberi kepercayaan parti untuk menjadi wakil rakyat bagi penduduk Parit Buntar, Dr Mujahid tidak sewajarnya memperkecilkan sokongan diberikan ahli Pas kawasan di peringkat akar umbi.
 
Menurutnya, di sebalik kesungguhan beliau menyertai Parti Amanah, Pas kawasan Parit Buntar masih memberi Mujahid peluang untuk kembali beristiqamah dalam perjuangan Pas melalui dua siri pertemuan hati ke hati yang diadakan sebelum ini.
 
“Bagaimanapun, dalam pertemuan itu, Mujahid bersedia mengosongkan ruang pejabatnya yang dipinjamkan Pas kawasan Parit Buntar pada 31 Ogos lalu.
 
“Pada pertemuan kali kedua, Mujahid menyelesaikan urusan penyerahan tugas melibatkan parti kepada Pas kawasan Parit Buntar. Pas kawasan meminta beliau untuk meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat dalam pertemuan itu,” katanya.
 
Abdul Bahrin berkata, Pas kawasan Parit Buntar membuat keputusan menubuhkan satu jawatankuasa khas penyelaras Parlimen bagi menggantikan fungsi beliau sebagai wakil rakyat parti itu sebelum ini.
 
Menurutnya, dalam mesyuarat Pas kawasan terbaharu, Jawatankuasa Pas kawasan sebulat suara melantik dirinya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Parlimen Parit Buntar sambil dibantu Adun Titi Serong, Abu Bakar Hussin.

"Baju Merah" main isu perkauman untuk tutup skandal 1MDB, dana asing RM2.6 bilion

Tuan Ibrahim mendakwa Najib menjadikan Himpunan Baju Merah sebagai taktik mengalih tumpuan rakyat terhadap isu 1MDB dan dana RM2.6 bilion.
Tuan-Ibrahim_najib_1mdb_600
PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa mempunyai muslihat apabila beliau mempertahankan penganjuran Himpunan Rakyat Bersatu atau Baju Merah yang diadakan pada 16 September lepas.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Najib cuba menukar pentas padang sebagai taktik untuk mengalih isu yang sering menjadi perdebatan dalam kalangan rakyat.
Katanya, dengan cara itu segala isu yang berkaitan dengan Najib akan dapat dilenyapkan.
“Sebagai contoh, selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Najib tidak memberikan respon kepada tuduhan-tuduhan yang dilemparkan Wall Street Journal (WSJ) sehingga hari ini.
“ Antara dakwaan WSJ adalah seperti duit 1MDB telah dimasukkan ke dalam akaun persendirian Najib, kehilangan dua jumlah duit sebanyak USD1.4 bilion dan USD993 juta di dalam transaksi pelaburan 1MDB dengan Abu Dhabi International Petroleum Investment Corporation (IPIC). Ini tidak pernah dijawab atau diulas Najib.
“Yang ada hanya suara 1MDB memperlekehkan laporan tanpa menjawabnya secara telus dan terus,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Tuan Ibrahim lagi, langkah Najib memuji perhimpunan Baju Merah itu adalah satu helah agar rakyat berhenti berbicara mengenai 1MDB mahupun derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaunnya.
Beliau mendakwa, peserta perhimpunan itu telah diumpan dengan kenyataan-kenyataan berbaur kontroversi yang bertali arus daripada para pemimpin UMNO untuk berdebat mengenai permainan perkauman melalui perhimpunan berkenaan.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim turut menasihatkan media agar tidak terperangkap dengan helah yang dilakukan oleh Najib menerusi laporan dan kenyataan sensasi pemimpin UMNO, sebaliknya memberikan fokus pada isu yang melibatkan masalah rakyat.

Jamal sahkan himpunan merah utk tunjuk sokongan kpd Najib

Pembunuhan Kevin Morais: Masyarakat turut bersalah

Kevin Morais mungkin dapat diselamatkan sekiranya orang ramai yang melihat kejadian tu imembuat laporan awal kepada pihak polis.
kevin,murder
PETALING JAYA: Sikap dingin masyarakat dalam mengambil tahu hal orang lain merupakan antara faktor yang menyebabkan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais dibunuh kejam.
Ini kerana, kejadian penculikan Kevin Morais telah dilihat oleh ramai orang tetapi mereka memilih jalan berdiam diri dan tiada seorang pun yang membuat laporan polis.
Akhbar China Press melaporkan, Kevin Morais telah diculik hanya kira-kira satu kilometer dari rumahnya di Jalan Dutamas Raya.
Pada hari kejadian pada 4 September, Ketika Kevin Morias dalam perjalanan ke tempat kerja di Putrajaya, empat penculik yang kemudian menjadi pembunuh dengan sengaja mewujudkan kemalangan jalan raya.
Tanpa mengesyaki apa-apa, Kevin Morais telah turun dari kereta untuk memeriksa keadaan kenderaannya itu dan seterusnya menyebabkan dia diculik.
Kejadian itu berlaku ketika waktu puncak dan dalam kesesakkan lalu lintas, maka kejadian itu disaksikan orang ramai yang tersangkut dalam kesesakkan jalan raya.
Tiga orang berperanan memasukkan Kevin Morais ke dalam pickup jenis Mitsubishi Triton sementara seorang lagi memandu kereta mangsa.
Menurut polis, sekiranya orang ramai membuat laporan, nasib Kevin Morais mungkin berubah atau dia mungkin dapat diselamatkan lebih awal.
Dalam pada itu, sumber polis memberitahu, pembunuhan Kevin Morais telah dirancang secara teliti oleh pembunuh.
Kata sumber, pembunuh mengelak menggunakan jalan raya bertol tidak kira dalam proses penculikan, pembunuhan atau pelupusan mayat.
Pembunuh turut menjadikan sebuah bengkel untuk menjalankan kerja-kerja menyembunyikan mayat yang disimen dalam tong dram.

Wa sokong lu: Muhyiddin feels the love

Be brave and speak up, says Umno deputy president feeling honoured for not remaining silent
muhyiddin-pagoh
JOHOR BAHRU: After being sacked as deputy prime minister, Muhyiddin Yassin is feeling honoured by being treated like a celebrity among the Chinese community.
Speaking at a community event in Pagoh yesterday, the Umno deputy president urged Malaysians to speak up. “Voice out, be brave, don’t keep silent,” he urged Malaysians. “I have to speak up, not for myself, but for all the people,” he said, according to Malaysiakini.
Muhyiddin was dismissed from the Cabinet after muted criticism of the government investment arm 1Malaysia Development Bhd and a reported RM2.6 billion deposit in the private bank account of prime minister and Umno president Najib Razak.
He said he felt like a celebratiy now, “like a popular Chinese singer”.
“Everywhere I go, people say ‘Tan Sri, wa sokong lu’. When I ask them why, they say it is because I am brave.”
The Pagoh MP then said he would continue to speak up as long as he is an elected representative and an Umno leader.
Muhyiddin said since turning 68, he did not fear anything, and was able to always speaks the truth for the people.

Orang Cina hanya mahukan Najib berundur

Masalah perkauman yang kononnya semakin menjadi-jadi hanya dapat diselesaikan jika pemimpin Melayu lain dilantik menggantikan Najib Tun Razak.
najib-shabudin
PETALING JAYA: Masalah perkauman yang semakin menjadi-jadi diantara kaum Melayu dan Cina masa ini boleh diselesaikan sekiranya jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak digantikan dengan pemimpin Melayu lain.
Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju, Shahbudin Husin berpandangan orang Cina hanya mahukan Najib berundur.
Katanya, tuntutan itu jelas boleh dilihat di dalam demontrasi yang dibuat oleh Bersih 4.0.
“Bersih 4 jelas tidak bercorak perkauman dan semua bangsa kelihatan menghadirinya. Tuntutannya juga untuk kepentingan semua kaum,” katanya.
Menulis dalam entri terbarunya di blog http://shahbudindotcom.blogspot.my/ , Shahbudin mendakwa masalah perkauman yang wujud ternyata jelas berpunca daripada Najib.
Katanya, ianya boleh dilihat berdasarkan sentimen perkauman yang dimainkan oleh pemimpin UMNO yang terlibat dalam Himpunan Rakyat Bersatu 16 September lalu.
“Himpunan Baju Merah pada asasnya tidak dapat disembunyikan daripada hakikat untuk menunjukkan sokongan dan mempertahankan Najib semata-mata tetapi telah ditukar corak menjadi perkauman dan Kemelayuan dengan harapan semua Melayu terkaut sama dengannya.
“Cubalah dengar apa kata penganjur dan semua pemimpin yang berucap di pentas Padang Merbok tempoh hari.

Skandal 1MDB: Khairuddin rancang bertemu FBI pada Isnin

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dilaporkan bakal bertemu Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat bagi mendesak badan itu menyiasat skandal 1Malaysia Development Berhad tetapi terhalang dengan penangkapannya semalam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 September, 2015. 
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang ditahan polis malam tadi, dijadualkan bertemu Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat pada Isnin, kata peguamnya Matthias Chang kepada akhbar New York Times (NYT).

Katanya, pertemuan ejen FBI dengan bekas naib ketua Umno Batu Kawan itu dirancang dengan bantuan Kedutaan Amerika di Malaysia. Laporan itu juga menyatakan, tangkapan beliau mengikut Akta Hasutan 1948, yang dibuat beberapa jam selepas beliau dihalang daripada mengambil penerbangan ke luar negara pada Jumaat, menghalang Khairuddin daripada bertemu pegawai penguatkuasa undang-undang Amerika itu untuk mendesak mereka menyiasat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

‘Martabat’ Melayu ditindas jika pemimpin melayan mereka seperti orang bodoh

oleh Alyaa Alhadjri

Saya suka untuk percaya bahawa rakyat Malaysia secara amnya tidak bodoh. Saya khasnya suka untuk percaya bahawa majoriti daripada ‘250,000’ orang Melayu yang didakwa penganjur berkumpul di Padang Merbok untuk perhimpunan Himpunan Rakyat Bersatu pada 16 September tidak bodoh.

Kebanyakan daripada mereka menerima wang ke Kuala Lumpur, bukan? Perjalanan percuma, makanan percuma, baju-T percuma dan mungkin sediking wang saku. Kedengaran seperti tawaran yang baik pada saya. Nenek dari Kuala Perlis itu, makcik itu dari Ipoh Barat, atuk dari Kuantan dan senarai ini berterusan.

Mereka telah datang dengan bas yang disewa melalui bahagian Umno masing-masing. “Ini Umno kan? Mestilah sokong,” kata beliau, tanpa menyedari hakikat bahawa presiden Umno Najib Razak telah berkata yang parti itu “tidak terlibat” dalam menganjurkan perhimpunan itu.

Beliau benar-benar percaya kepada pemimpin yang mengatakan Melayu sedang dikepung ‘Cina DAP’ yang dikatakan ‘rasis sebenar’ untuk menimbulkan provokasi kekacauan perkauman.

 Terdapat juga mereka yang lain yang tidak tahu sebab sebenar mereka dibawa ke Kuala Lumpur, tetapi saya masih lagi tidak akan memanggil mereka bodoh. Malah kepada kumpulan yang mencetuskan kekecohan di Jalan Petaling.

Mereka benar-benar percaya bahawa mereka berada di situ untuk “mengangkat martabat Melayu” dan bangkit menentang ‘Cina DAP yang rasis’ yang kononnya mahu mendominasi kuasa politik, melebihi penguasaan ekonomi negara seperti yang dikatakan.

Pasti mereka telah berkeras mengamuk untuk memasuki Jalan Petaling, walaupun polis telah berulang kali memberitahu mereka bahawa tiada siapa di dalam.

Dan pastinya mereka tampak telah terlepas pandang bahawa walaupun Jalan Petaling yang juga dikenali sebagai “Chinatown” - kedai-kedai di kawasan itu kebanyakannya diusahakan oleh warga asing. Tetapi saya masih lagi enggan untuk memanggil mereka bodoh.

Saya akan, bagaimanapun, memanggil mereka berdelusi dan ‘mangsa’ salah maklumat kronik oleh pihak berkuasa, yang mendakwa menjadi pelindung dan pembela mereka.

Apa yang terjadi di Kuala Lumpur pada 16 September menjadi kenyataan disebabkan oleh bertahun-tahun cubaan langsung atau tidak langsung memupuk mentaliti terkepung di kalangan orang Melayu.

Jangan biarkan Malaysia jadi seperti Syria atau Iraq, kata bekas menteri Thailand

Bekas menteri luar Thailand, Kasit Piromya berucap pada majlis anjuran Institut bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) di Kuala Lumpur, hari ini. Beliau berkata, perhimpunan berbaur perkauman hanya akan membawa negara ke arah yang sama dilalui Syria dan Iraq. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 19 September, 2015. 
Bekas menteri luar Thailand, Kasit Piromya merayu Malaysia agar tidak menjadikan sesuatu perhimpunan berbaur perkauman, beberapa hari selepas "himpunan baju merah" yang menyaksikan ribuan orang Melayu turun di jalanan demi, apa yang dikatakan mereka, mempertahankan maruah kaum itu. Pada satu persidangan mengenai liberalisme di Kuala Lumpur hari ini, Piromya berkata, perhimpunan berbaur perkauman hanya akan membawa negara ini ke arah jalan yang sama dilalui negara yang dilanda perang seperti Syria dan Iraq. "Jangan tukarkan perhimpunan kepada isu etnik. Ia sesuatu yang berbahaya. Kita sudah melihatnya di Iraq, di Syria. Tolonglah, saya mohon kepada anda semua rakan-rakan yang saya kasihi sekalian di Malaysia," kata Piromya dalam ucaptamanya pada majlis anjuran Institut bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) itu.

Hadi dakwa baiah cerai angkat kedudukan isteri dalam perjuangan Islam

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata seperti baiah, talak taklik bukan bermakna merendahkan isteri, sebaliknya meninggikan kedudukan sehingga dimasukkan bersama kecintaan kepada Allah, walaupun tidak menyamainya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 September, 2015. 
Polemik baiah cerai taklik bekas pemimpin PAS yang menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) nampaknya belum reda apabila presiden parti Islam itu mendakwa, isteri yang "dicagarkan" dalam perjanjian politik itu sebenarnya diangkat taraf bersama kecintaan kepada Allah.
Menulis dalam kenyataan menerusi akaun Facebook beliau, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Allah tidak akan menurunkan rahmatNya kepada mereka yang "membeli" semula perjanjian mereka denganNya.
Katanya, PAS mensyaratkan baiah, yang dimasukkan di dalamnya sumpah dan laknat, sekiranya ia tidak dipenuhi, yang ditegaskan dengan menyebut nama Allah sebagai saksinya.

"Ada negeri yang memasukkan talak taklik, bukan bermakna merendahkan isteri, sebaliknya meninggikan kedudukannya sehingga dimasukkan bersama kecintaan kepada Allah, walaupun tidak menyamainya. "Bahkan para sahabat Nabi Muhammad bersumpah dengan menyebut 'demi ayah dan ibu'.
"Kecintaan terhadap kedua-duanya tidak melebihi kecintaan kepada Allah dan Rasul, (ia) merupakan seni sastera Arab bagi mengukuhkan ucapan dan ikrar," katanya dalam kenyataan itu.
Dalam kenyataan sama, Hadi menegaskan yang kesetiaan kepada "perjuangan Islam" mengatasi kerjasama politik (tahaluf siyasi) dengan pihak lain.
"Tahaluf siyasi dengan pihak lain yang termasuk dalam perkara strategi, tidak boleh mengatasi baah kesetiaan kepada akidah, dasar dan matlamat perjuangan Islam.
"Walaupun PAS berkali-kali menerima kekalahan pilihan raya kerana kemenangan akidah dan matlamat Islam memimpin negara, syariat Allah didaulatkan tidak boleh tunduk kepada hala tuju yang dikehendaki semua pihak walaupun rakan paling akrab," katanya.
Kenyataan ini dibuat sewaktu perbincangan tentang penubuhan pakatan baharu politik pembangkang di antara PAS, DAP, PKR dan Amanah – yang dianggotai bekas ahli politik PAS – hangat berlangsung.

PAS tekad lawan 3 penjuru di kerusi bekas wakil rakyatnya

Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali berkata, PAS akan meneruskan kerjasama politik dengan PKR tetapi tidak dengan DAP dan parti baharu, yang dipercayai merujuk kepada Parti Amanah Negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 September, 2015.
PAS akan tetap bertanding meletakkan calonnya di kerusi bekas wakil rakyatnya yang bertindak keluar parti, kata pengarah pilihan rayanya Datuk Mustafa Ali.
Tanpa merujuk secara langsung kepada mana-mana pihak, kenyataan beliau itu dipercayai ditujukan kepada bekas pemimpinnya yang menyertai parti baharu, Parti Amanah Negara (Amanah).
"Mana-mana bawa lari kerusi, kerusi itu tetap kerusi PAS. PAS akan bertanding itu. Kalau (mereka) nak bertanding juga, 3 penjuru," kata Mustafa di Terengganu, menurut laporan Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.2 di Kampung Pulau Serai, Dungun malam tadi. Bulan lalu, susulan satu mesyuarat, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, kesepakatan sudah dicapai untuk memastikan tidak berlaku pertandingan 3 penjuru antara PAS, gabungan parti pembangkang yang baharu, atau Pakatan Rakyat 2.0 dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Portal rasmi PAS itu juga memetik Mustafa sebagai berkata, parti itu berkemungkinan akan bertanding lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum akan datang
"Di (kerusi) mana? (Itu) jabatan pilihan raya sedang kaji hendak tambah daripada pilihan raya yang lepas," beliau dipetik berkata.
Portal sama turut melaporkan, PAS akan meneruskan kerjasama politik (tahaluf siyasi) dengan PKR tetapi tidak dengan DAP dan parti baharu, yang dipercayai merujuk kepada Amanah.
Namun, PAS tidak menghalang PKR bekerjasama dengan DAP, kata Mustafa pada majlis yang sama.
"Kita masih tahaluf dengan PKR, tapi dengan DAP dan parti baharu kita tak ada tahaluf," katanya.
PAS memutuskan hubungan kerjasama politik dengan DAP, sekali gus membubarkan ikatan rasmi Pakatan Rakyat, susulan usul Dewan Ulama yang diterima tanpa bahas pada muktamar tahunannya pada Jun lalu.
Isnin lalu, Rafizi berkata pada satu forum di Kuala Lumpur, bentuk gabungan parti pembangkang baharu akan diketahui dalam masa lebih kurang sebulan, serta mengulangi komitmen bagi memastikan pertandingan satu lawan satu dalam pilihan raya.

Mat Sabu: Mengapa pemimpin PAS 'gugur setandan'?

Selepas 'Kencing' Ahli UMNO, Najib cuba 'Kencing' Ahli PESAKA pula..


Betullah kata Wanita UMNO Langkawi tu.. Najib ni kaki kencing.. apa saja yang dia cakap lebih banyak auta dari fakta, hanya yang bodoh akan mempercayainya bulat-bulat..

Riuh rendah macai-macai yang berbaju merah bertempur dengan FRU di hadapan Petaling Street dia boleh kata "walaupun sebelumnya perhimpunan orang Melayu dimomokkan dengan kekecohan, namun perhimpunan tetap berlangsung aman."

Amanlah sangat.. sebab aman itulah tiga anggota Polis cedera..

Dalam masa yang sama Najib juga akui himpunan itu hanyalah himpunan untuk pertahankan dirinya yang kebelakangan ini dikutuk dari segenap penjuru alam..

Kenapa agaknya Najib menjadi satu-satunya Presiden UMNO yang dikutuk begini rupa?.. macai-macai fikirkanlah..

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Himpunan Rakyat Bersatu yang diadakan Rabu lalu sebagai satu manifestasi kebangkitan orang Melayu untuk mempertahankan maruah dan kepimpinan negara daripada dikutuk dan dihina.

Berucap yang merasmikan Perhimpunan Silat Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) Merdeka 2015 di Dataran Merdeka malam tadi, Najib pada masa sama menyifatkan perhimpunan itu membawa mesej saling menghormati dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini.

"Sekali tampar, kita tak buat apa. Dua kali tampar...tak buat apa..tiga kali tampar..tak buat apa..tapi empat kali tampar sudah melampaui batas. Orang Melayu ada hak juga.

Himpunan baju merah: Bukti kegagalan terhadap Umno sendiri

oleh Tan Jooi Long

Adakah ia Himpunan Maruah Melayu? Atau Himpunan Rakyat Bersatu? Sekadar suatu yang difikirkan selepas Merah 619? Adakah perbezaan? Perhimpunan perkauman dengan menggunakan nama lain tetap dianggap perkauman.

Hakikat bahawa Umno menyokongk perhimpunan Baju Merah itu sudah jelas. Samada parti pemerintah menaja atau menyalahguna kemudahan kerajaan bagi menjayakan perhimpunan ini tidak perlu disiasat lagi.

Pemimpin parti yang menyampaikan ucapan tahniah dari perdana menteri kepada khalayak di Padang Merbok turut membuat pengumuman dengan mikrofon bahawa dia "bersifat perkauman, secara Islam".

Rasis, dari segi Islam? Jangan hina agama sendiri, Annuar Musa. Ahli politik Kelantan itu tidak menghina perkauman langsung. Bukan ianya sambutan ke-52 Persekutuan Malaysia?

Berbanding membawa keluarga membeli belah atau makan di ibukota, jutaan warga kota terpaksa duduk di rumah pada hari itu.

Perdana Menteri pula melaungkan amaran kepada pihak yang menyemarakkan api kemarahan ketika berada di Kota Kinabalu.

Sungguh menjengkelkan. Mengapa Najib Razak menyampaikan ucapan syabas (sedangkan selepas itu berlaku kekecohan di Jalan Petaling) kepada peserta perhimpunan?

 Adakah dia mahu menerima pujian baginya? Menurut Annuar, perdana menteri terkejut dan tersentuh dengan keamanan pada perhimpunan tersebut. Aman?

Pergaduhan tercetus di Pavilion di Bukit Bintang sebelum peserta bertindak ganas di Jalan Petaling. Malah jumlah kehadiran juga tidak mencerminkan situasi sebenar. Annuar mendakwa 250,000 peserta hadir.

Kemudian Razali Idris dari Terengganu pula berkata peserta berjumlah 300,000 orang. Malaysiakini memberi anggaran di sekitar 45,000.

Ketua polis KL Tajudin Isa berkata pada mulanya jumlah peserta mencecah 35,000 namun kemudian menukar anggaran kepada 50,000.

Tentera Siber mula dapat perhatian pelbagai pihak?

Oleh SHUHAIMI EMBONG
DATUK Bung Mokhtar Raden (BN-Kinabatangan) berjaya mencuri perhatian apabila membincangkan hal tentera siber ini dalam Sidang Parlimen pada bulan Mei 2015. “Kita perlu ambil langkah sebelum serangan. Sudah terlambat jika mahu menanganinya selepas diserang” katanya ketika sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) di Dewan Rakyat

Beliau mencadangkan kerajaan mewujudkan peruntukan khas bagi memperkukuhkan pertahanan siber negara dengan membentuk Tentera Siber dengan meminta kerajaan mewujudkan satu ketumbukan baharu untuk menangani ancaman tentera siber apabila negara dikejutkan dengan pendedahan mengenai ancaman siber botnet (robot komputer yang berhubung antara satu sama lain melalui internet) yang menceroboh, mengintip, merekrut botnet komputer negara kita yang dipercayai boleh mengancam keselamatan negara.

Menggodam sistem komputer adalah salah satu strategi dalam serangan siber. Robot botnet adalah jaringan robot yang bukan saja menggodam, malah boleh mengambil alih rangkaian komputer di negara ini termasuk menceroboh sistem perbankan, pengangkutan dan pertahanan negara.

Penyerang siber pernah merekrut 100 botnet server di Korea Selatan sebelum melumpuhkan sistem kewangan dan perbankan sehingga menyebabkan semua urus niaga dan pengeluaran wang gagal selama 24 jam.

Berita Harian baru-baru ini melaporkan, dalam tiga bulan pertama tahun ini sahaja, 365,486 botnet bertindak sebagai tentera siber asing sudah ada dalam negara dan bersedia untuk melancarkan berbagai jenis serangan pada bila-bila masa.

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Dr Amirudin Abdul Wahab berkata, lebih membimbangkan hampir semua sistem adalah produk negara luar dan dibimbangi akan berlaku kebocoran maklumat penting negara.

Pemantauan beliau sejak bulan April lalu mendapati analisis log sistem menunjukkan beribu-ribu serangan dan cubaan menggodam beberapa server, kebanyakannya dari China dan Israel, menggunakan alamat dan nombor IP yang didaftarkan pengendali telekomunikasi negara itu. Salah satu kesannya ialah talian internet perlahan dan pengguna gagal mendapatkan perkhidmatan oleh server yang diserang kerana capaian ke server berkenaan menggunakan talian internet dan nombor IP pengendali telekomunikasi negara ini.

Cybertrooper UMNO dan Read Bean Army (RBA)

Sebelum itu menjelang PRU ke-13, negara dihebohkan dengan kewujudan Cybertroopers Umno untuk mempertahankan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Read Bean Army (RBA) yang dikatakan dilakukan oleh satu pihak lagi yang pro kepada DAP untuk mempertahankan Pakatan Rakyat (PR).

Cinta Perlembagaan, aktivisme dorong Syahredzan berjuang tegakkan hak rakyat

Seperti ramai lagi yang seangkatannya dengannya, minat Syahredzan Johan, 32, dalam aktivisme dibentuk adegan politik negara yang kritikal pada lewat 90an, terutamanya gerakan protes reformasi pada 1998.
Peguam Perlembagaan yang turut bergiat sebagai aktivis, serta dikenali sebagai seorang yang lantang bersuara mengenai hak-hak asasi manusia dan Perlembagaan itu berkata, menjadi sebahagian daripada generasi "reformasi" mendorong beliau kepada aktivisme.
Syahredzan Johan menganggap beliau sebahagian daripada generasi ‘reformasi’ yang membentuk personalitinya hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 September, 2015. "Ramai daripada generasi saya yang dibentuk; pandangan kritikal kami terhadap kerajaan banyak dibentuk peristiwa yang terjadi pada 1998 dan 1999," katanya merujuk kepada demonstrasi reformasi susulan pemecatan bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Semakin kita dewasa, semakin kita sedar dan kita nampak ada banyak benda yang tidak betul di negara ini. Dan kita menjadi anak muda yang marah dan kecewa." Satu lagi kejutan politik yang mempunyai kesan mendalam kepada penglibatan beliau dalam aktivisme ialah pilihan raya umum 2008 yang membawa titik perubahan.
"Ia satu pilihan raya yang memberikan kuasa. Walaupun keputusannya begitu, yang lebih penting mengenainya ialah, ia sebenarnya memberi kuasa kepada ramai orang.
"Ramai sedar kita ada kuasa ini, rakyat adalah dalang politiknya, bukan ahli politik," kata Syahredzan kepada The Malaysian Insider baru-baru ini.
Peristiwa-peristiwa tersebut, katanya, menjadi satu tarikan untuk lebih terlibat dalam aktivisme.
"Dan muncul satu saat apabila saya sedar yang, ya, saya boleh duduk di kedai kopi dan marah-marah, tapi kalau saya betul-betul nak lakukan sesuatu untuk Malaysia, saya perlu bangkit dan lakukannya."
Siapa percaya, pada zaman persekolahannya, Syahredzan sebenarnya bercita-cita menjadi seorang doktor.
"Untuk satu jangka waktu yang panjang, cita-cita saya ialah untuk menjadi seorang doktor. Pada masa itu, saya tidak sedar yang saya seorang yang takut darah. Ini sudah tentu tidak membantu saya jika saya mahu menjadi seorang doktor," katanya.
Tanpa disedari, beliau kemudiannya jatuh cinta dengan undang-undang.
Ketika meneruskan pengajian di peringkat A-Level, beliau menyedari, kerjaya di bidang undang-undang paling bermakna untuknya.

WHO IS NAJIB TO ASK MALAYS TO DIE FOR HIM? WHICH OTHER PM HAS EVER DONE THAT?

The prime minister of Malaysia, Datuk Seri Najib Razak is reported to have belted out before some 15,000 silat (Malay martial arts) practitioners at the Nation’s Independence Square (Dataran Merdeka) that “we are willing to die,” for the Najib’s government.
Now “willing to die” means blood is shed; it means lives are lost fighting others. Now who are the enemies that Najib wants Malays to do battle with? Is it the other Malays who are not with his government? Is it the Malaysian Chinese in the country? Or is it the Malaysian Indians? Or are we expecting some foreign enemy to bombard the country?
Pray can someone please allay all these fears that a prime minister of all persons is belting out.
Is not what the prime minister is reported to have said before a 15,000 gathering of Malays seditious? Is it not inciting a particular community to fight a nation of people just to ensure that that the Najib government retains power and control?
What if the Najib-led government loses in the coming General elections? Would Najib invoke Malays to die for the resurrection of Umno-Najib?
Now what will the global audience think about this nation and its leadership? Is it not detrimental to our national reputation and image?
How will investors interpret the prime minister of Malaysia’s belting out calling for that willingness to die for his government?
Shameful to ask the Malays to shed blood to save his political skin

On that same account, let us pause and ask the prime minister this question: what if a leader of the opposition political party or civil society leader says the same thing to an audience of Chinese or a gathering of Indians? Would it not be condemned by right thinking citizens and leaders?
The police chief as our righteous and honorable vanguard of public safety and national security needs to answer this question too. Is the prime minister not inciting undue suspicion and hatred among the countries multiracial population?
What do Malaysians think of this? Where are our learned, caring and concerned leaders and professionals and leaders of the various religions?

Wariskan kemakmuran, bukan hutang



Krisis kemelesetan ekonomi yang sedang menghantui negara amat membimbangkan terutama kepada anak muda.
Untuk mengatasi kemelut ekonomi yang semakin membarah ini, perdana menteri mengumumkan suntikan dana sebanyak RM20 billion ke dalam pasaran saham domestik melalui syarikat ValueCap Sdn Bhd.
Syarikat ini dimiliki oleh agensi kerajan iaitu Khazanah Nasional Berhad, Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP).
Langkah ini menimbulkan pelbagai persoalan:
1) Mengapakah kerajaan tidak menggunakan dana RM20 billion tersebut untuk tujuan pelaburan dalam aktiviti ekonomi sebenar (real economy). Langkah itu akan mendatangkan kesan pengganda (multiplier effect) lebih tinggi yang mana akan meningkatkan aktiviti ekonomi domestik.
Langkah ini sekali gus menambahkan pendapatan dan menghasilkan peluang pekerjaan kepada rakyat jelata. Kita bimbang kerana suntikan modal sebegini hanya menaikkan nilai keuntungan di atas kertas semata-mata.
2) Adakah suntikan dana RM20 bilion ini akan menggunakan wang rakyat kerana pemegang saham ValueCap terdiri daripada institusi yang dilihat sebagai lubuk tabungan rakyat iaitu KWAP, PNB dan Khazanah Nasional Bhd?
3) Adakah suntikan dana ini merupakan pakej pemulihan jangka panjang dan cekap dalam menangani krisis yang sedang dihadapi?
Persoalan ini timbul kerana langkah yang sama telah dilakukan oleh kerajaan China beberapa bulan dahulu namun akhirnya mengheret pasaran saham republik itu ke dalam tragedi China Black Monday pada tanggal 24 Ogos 2015.
Hanya langkah pintas
Tidakkah sentimen negatif terhadap kewangan negara akan bertambah memandangkan langkah China berkenaan turut dikritik hebat oleh para pakar ekonomi dan penganalisis dunia?

Bersih files challenge against ‘illegal’ yellow t-shirt ban

Reform group takes Home Ministry to court in application for judicial review of August 27 order.
bersih-kdn
KUALA LUMPUR: The Bersih reform group has taken the Home Ministry to court for its August 27 order that banned the yellow t-shirts and any printed matter promoting the Bersih 4 street demonstration on the August 29-30 weekend.
The group filed an application for a judicial review of the government order under the Printing Presses and Publications Act, describing it as unreasonable, illegal and made in bad faith, Malaysiakini reported. Bersih said the ban had made thousands of Malaysians into criminals despite their right to own Bersih 4 T-shirts and pamphlets.
The group also sent a demand letter to the Malaysian Communications and Multimedia Commission seeking to overturn blocks on access to the Bersih website. The group intends to sue if the commission does not lift the blocks, imposed on August 27 which it said violated every citizen’s right to freedom of information.
The Bersih 4 rally was to show public support for political reforms and the resignation of Prime Minister Najib Abdul Razak. It was attended by tens of thousands who occupied the streets around Merdeka Square on the weekend before Merdeka Day.

Hubungan Cina, Melayu di tahap tidak baik


KUALA LUMPUR – Dua perhimpunan besar yang berlangsung di ibu kota iaitu Bersih 4.0 dan Himpunan Baju Merah menggambarkan hubungan etnik, khususnya Cina dan Melayu di negara ini, berada di tahap tidak baik.
Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio Budaya Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, situasi ini boleh mencetuskan konflik yang lebih besar jika tidak diuruskan dengan baik.

“Ini bukan lagi soal baju kuning atau merah. Tetapi dua himpunan ini telah memperlihatkan manifestasi bahawa hubungan etnik Cina dan Melayu yang semakin tegang.

“Sedangkan selama ini kita hidup aman damai dalam tetapi kebelakangan ini berlaku cabar-mencabar antara kaum. Dalam hal ini, tiada sesiapa yang untung, bak kata pepatah kalau menang jadi arang, kalah jadi abu,” katanya, semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tindakan peserta yang memainkan isu perkauman di kedua-dua perhimpunan juga hanya akan menjejaskan imej negara di mata dunia.

“Di persada antarabangsa kita akan dilihat sebagai sebuah negara yang gagal menguruskan hubungan etnik. Semua ini bawa keburukan kepada negara kita,” katanya.

Menurutnya, isu tersebut jika tidak akan timbul sekiranya rakyat Malaysia tidak menjadikan perhimpunan beramai-ramai sebagai satu budaya.

“Seperti kita tahu, kelakuan manusia tak dapat dikawal apabila berkumpul beramai-ramai. Yang penakut pun boleh jadi berani apabila dihasut.

Najib moves to checkmate Mahathir

The PM's political acumen has proven to be keener than many may have thought.
najib-mahathir-khairudin
Malaysia has been getting a lot of international attention lately. Ever since the Wall Street Journal published an explosive expose revealing that Prime Minister Najib Razak received a mysterious RM2.6 billion deposit in his personal bank accounts, international media have pounced on every scoop and development they can find on the case, and the findings have been astonishing to say the least.
Factor in a rogue Umno leader running around the world to lodge police reports against Najib and 1MDB, and you get the kind of publicity even money cannot buy. None of it is good for Najib, of course. Khairuddin Abu Hassan’s efforts are perhaps the best bet for any form of legal recourse against the PM, given the recent defanging of our public institutions.
However, it is not a given that any of Khairuddin’s police reports will bear fruit. If no smoking gun is discovered in the course of the investigations, all the police reports and media coverage will have been for naught. Suaram learned that the hard way when French authorities turned up records showing Najib, Abdul Razak Baginda and the late Altantuya Shaariibuu were never in France together to broker the infamous Scorpene deal.
Khairuddin’s efforts may go down the same road.
Najib was extremely careless in allowing the RM2.6 billion to be transferred to his personal accounts, but corporations have made an art out of hiding their dirty deeds – if there is indeed any dirty deed to be attributed to 1MDB.
But of more interest is the recent development that has seen Khairuddin arrested on suspicion of trying to topple the government. It is Najib’s latest move to put Mahathir and his forces in checkmate. Having thwarted the earlier plot to unseat him through the country’s public institutions, Najib rested on his laurels only to hear of Khairuddin’s travels and exploits and, realizing the compromising position an international investigation would put him in, now looks to cut the head off the snake before it bites.

PKR dijangka meninggalkan Pas - Dr Mohd Zuhdi

PKR kemungkinan mengambil keputusan berpisah dengan Pas dan memilih untuk bersama-sama DAP dan PAN bagi membentuk PR 2.0.
PAS-PKR1
PETALING JAYA : Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka mengambil pendirian berpisah dengan Pas bagi membentuk Pakatan Rakyat 2.0 (PR 2.0) bersama DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).
Jangkaan itu dibuat oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Pas (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki.
Dengan jangkaan keputusan PKR itu, beliau berkata, Pas berkemungkinan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) secara bersendirian menggunakan pengaruh dan kekuatan sendiri.
“PPP mengunjurkan PRU14 nanti adalah pertandingan pelbagai parti (multi parties system), di mana Pas akan muncul sebagai salah satu parti yang berpengaruh,” katanya kepada Free Malaysia Today (FMT).
Ahli Majlis Jawatankuasa Pas Pusat itu berkata, parti itu bersedia untuk bekerjasama membentuk kerajaan dengan mana-mana pihak selepas PRU14 yang menghormati dasar perjuangan dan menyokong usaha Pas menyuruh kebaikan (maaruf) dan mencegah keburukan (mungkar) demi kesejahteraan Malaysia.
Diminta mengulas kenyataan DAP yang tidak mahu menyertai PR 2.0 sekiranya Pas menyertai gabungan itu, Dr Zuhdi berkata,
“Pas Lebih teguh dalam keadaan seperti hari ini, iaitu tiada hubungan dengan DAP dan golongan yang selama ini cuba memesongkan jati diri perjuangan Pas telah keluar menyertai Parti Pekerja-pekerja Malaysia (Parti Amanah Negara),” katanya.

Adakah akan sertai PAS, ini jawapan Khalid Ibrahim


DUNGUN: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sedang menunggu keputusan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berikutan PKR memecat keanggotaannya dari parti itu.

"Buat masa ini saya ada beberapa isu dengan PKR," ujarnya kepada media ketika ditanya sama ada beliau akan menyertai PAS.

Beliau menyatakan demikian selepas majlis perasmian Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.2 oleh Presiden PAS, Datuk Seri TUan Guru Abdul Hadi Awang di Kampung Pulau Serai, dekat sini malam tadi.
Pada pertengahan Ogos tahun lalu, Khalid menuntut ROS menyiasat sama ada keputusan lembaga disiplin dan majlis pimpinan pusat PKR melanggar perlembagaan parti.

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu berkata, beliau merasakan berlaku ketidakadilan dikeluarkan daripada PKR.

Sehubungan itu, beliau meminta ROS untuk memberikan pandangan dan keputusan berhubung perkara itu.

Mengapa pemimpin PAS 'gugur setandan'?


Masalah label melabel di kalangan anggota dan pimpinan dalam PAS dan penguasaan eksekutif dalam Majlis Syura Ulama antara punca pemimpin PAS yang "gugur setandan" menubuhkan Parti Amanah Nasional (AMANAH), kata Pengerusinya Mohamad Sabu.
Mengakui tidak mampu memperbaiki keadaan PAS dari dalam, Mohamad berkata tindakan mendoktrin dengan label - antara lain liberal, munafik haraki dan peguam neraka - oleh satu kumpulan dalam PAS tidak bersetuju dengan kumpulan lain, berlaku cukup ketara dan dilihat berbahaya.
Bekas Timbalan Presiden PAS itu berkata, hal demikian jelas berlaku sewaktu pemilihan parti pada Jun yang menyaksikan kumpulan yang tak disukai, didoktrinkan dengan panggilan itu.
Lebih membimbangkan lagi, kata Mohamad tindakan mengkafirkan sesama kumpulan umat Islam yang berlaku di Iraq, Syria dan Libya, telah meresapi umat Islam di Asia Tenggara termasuk di Malaysia.
"Saya melihat ia satu trend yang berbahaya kepada parti (PAS), Malaysia dan umat Islam. Oleh tu, wadah baru ini (AMANAH) perlu dijelmakan untuk memperbetulkan semula konsep Islam yang sewajibnya membawa rahmat ke seluruh alam.
"Konsep itu sudah menjadi malapetaka, kerana tersalah urus, tersalah tafsir. Parti Amanah Negara menjadi satu rahmat kepada umat Islam dan rakyat Malaysia, untuk bawa aliran tajdid kepada orang Islam dan bukan Islam," katanya.
Antara wakil rakyat yang tewas dalam permilihan dan meninggalkan PAS adalah beberapa ahli parlimen dan ADUN antaranya MP Sepang Hanipa Maidin, Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Khalid Samad (Shah Alam), Dr Mariah Mahmud (Kota Raja), Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad (Kuala Terenganu), Aminoul Huda (Parit Raja) dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.
Dalam wawancara bersama Malaysiakini, pemimpin yang dikenali Mat Sabu itu berkata penguasaan segelintir kumpulan khusus sebagai anggota badan eksekutif PAS dalam Majlis Syura Ulama turut menjadi punca pemimpin meninggalkan PAS.
Apatah lagi, kata Mohamad, anggota Majlis Syura yang dilantik selama lima tahun dianggap sukar membuat perubahan dalaman, menyebabkan beliau dan rakan-rakan memikirkan menubuhkan parti baru yang membawa motto 'Islam rahmat kepada semua'.
Hanya ketawa dengar soalan
"Saya antara orang yang menjulang (mendacangkan) kepimpinan ulama (suatu ketika dulu), sehingga wujud Majlis Syura (Ulama PAS). Dahulu orang (tokoh) yang terlibat dalam Majlis Syura kurang terlibat dengan majlis eksekutif.
"Misalnya, ada pensyarah, bekas mufti, ilmuan, (mereka) tak kira parti sangat. Tetapi kebelakangan ini, mereka yang terlibat dengan Majlis Syura, adalah orang yang terlibat dalam eksekutif sama ada AJK Dewan Ulama dan AJK Pusat itu sendiri," katanya.
Mengulas lanjut, Mohamad berkata pengaruh dan kemasukan graduan Timur Tengah ke dalam PAS yang membawa balik pemikiran dari Mesir dan negara lain tanpa melihat realiti di Malaysia antara punca pemimpin PAS menubuhkan Gerakan Harapan Baru dan AMANAH.
"Pemikiran itu dibawa tanpa melihat suasana sosial dan ekonomi di Malaysia. Inilah yang kita kata berlaku gugurnya setandan pemimpin lama dalam parti itu.
"Pengaruh daripada Timur Tengah melanda dan kita kena melihat, kehebatan Ikhwan Muslimin dari sudut dakwah, tarbiyah, ketahanan dalam perjuangan tapi kita kena akui kegagalan mereka dalam pemerintahan," katanya.
Sehubungan itu, dengan kewujudan AMANAH, Mohamad berharap ia menjadi usaha untuk membendung masalah itu, walaupun dianggapnya masih di peringkat awal, dibimbangi kesan seperti yang berlaku seperti di Timur Tengah melanda negara.
"Maka jika tidak tak diubat untuk mencari jalan penyelesaian, masa yang begitu panjang diperlukan untuk keluar daripada kemelut. Di peringkat awal kita kurang atau kita matikan ia memberi keburukan kepada Islam dan kepada umatnya," katanya.

Kita masih tahaluf dengan PKR - Mustafa


DUNGUN: "Kita masih tahaluf dengan PKR, tapi dengan DAP dan parti baharu kita tak ada tahaluf," tegas Ketua Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali.

Begitupun, katanya tugas menentang Umno BN adalah tanggungjawab PAS.

"Adapun tugas tentang Umno BN, itu tanggungjawab kita, sama-sama lawan. Kita lawan cara kita, dia lawan cara dia," jelasnya ketika berucap pada majlis perasmian Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.2 di Kampung Pulau Serai, dekat sini malam tadi.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merasmikan majlis tersebut. Turut berucap ialah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Saiful Bahri Mamat dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli.

Mustafa turut menjelaskan bahawa pendirian PAS itu turut dinyatakan pada pertemuan dengan pemimpin PKR termasuk presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, baru-baru ini.

Selain beliau, turut mewakili PAS ialah Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Takiyudin Hassan.

"Kita hanya tahaluf dengan PKR dan tak ada tahaluf dengan parti-parti yang lain," tegasnya lagi.

Walaupun begitu, katanya PAS tidak boleh memaksa PKR hendak mengadakan kerjasama dengan parti-parti lain.