Jumaat, 18 September 2015

Biarlah SEHATI SEJIWA berjudi.. JANJI NEGARA MASIH AMAN.


Syukur..Inilah contoh terbaik negara Islam Malaysia di bawah pemerintahan UMNO/BN..

TAHUKAH ANDA.. jumlah kutipan cukai judi sejak 2008 hingga 2012 berjumlah RM6.29 bilion !!!

..atau RM6,290,000,000

BARU SAJA MINGGU LEPAS WSJ melaporkan IPIC tidak menerima AS$1.4 bilion daripada 1MDB.

KINI HILANG LAGI AS$993 juta !!!
Dengan dakwaan terbaru ini, jumlah transaksi keseluruhan yang dikatakan hilang antara dua syarikat itu dikatakan sebanyak AS$2.4 bilion.

Adakah Najib nak saman lagi dgn kedua2 dakwaan terbaru WSJ kali ini.. KALAU TAK SAMAN BERMAKNA IA BENAR !!!

Saman WSJ pd Selasa 7/7/2015 apa cerita Najib Razak !!.. Skrg dh nak masuk Selasa yg ke-12, DAH LEBIH 2 BULAN TAK SAMAN2

Syukurlah.. Malaysia adalah 'syurga' bagi penyangak, penyamun wang rakyat..

Jangan main2 nak sentuh dgn 1MDB.. tak pasal2 kedai simen & tong drum akan disiasat..

GMUKM dakwa PRK ‘diseleweng’, serah Suhakam bukti


Pilihan Raya Kampus

Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) akan menyerahkan bukti penipuan dan penyelewengan yang didakwa berlaku sepanjang Pilihan Raya Kampus (PRK) kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Melalui satu kenyataan disepakati bersama, bekas calon GMUKM berkata, Pihaknya bakal mencabar keputusan pilihan raya kampus di universiti itu Selasa melalui tindakan undang-undang.

“Keputusan pilihan raya yang memihak lima kerusi kepada GMUKM dan 26 kerusi Aspirasi berat sebelah.

“Sebagai langkah proaktif, kami akan mencabar keputusan ini melalui jalan undang-undang dengan membawa segala bukti ke muka pengadilan,” kata kenyataan itu.

Dalam pilihan raya kampus UKM Selasa lalu, calon Pro-Aspirasi mendominasi kemenangan pada pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di UKM kampus Bangi dengan memperoleh 26 kerusi daripada 31 kerusi yang dipertandingkan.

Manakala lima lagi baki kerusi dimenangi Pro-Mahasiswa atau dikenali sebagai GMUKM.

Dalam kenyataan sama, GMUKM menuntut siasatan yang adil berhubung insiden yang berlaku terhadap Pengerusi GMUKM, Syahir Rahimi.

Isnin lalu, Syahir diserang ketika bergilir-gilir untuk menjaga poster kempen pilihan raya di dalam kampus bagi memastikan ia tidak disabotaj.

Syahir dilaporkan mengalami kecederaan akibat dikelar sebelum disimbah cat pewarna.

Skandal 1MDB: Umie Aida harap suaminya Khairuddin yang ditahan polis selamat

Aktres Datin Seri Umi Khalsum Rahmad Ali dalam Iaman Instagramnya, mengharapkan suaminya yang juga bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dapat dibebaskan esok. – Gambar The Malaysian Insider, 18 September, 2015. 
Aktres Datin Seri Umi Khalsum Rahmad Ali dalam Iaman Instagramnya, mengharapkan suaminya yang juga bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dapat dibebaskan esok. 

Sejurus selepas polis menahan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, isterinya Datin Seri Umi Khalsum Rahmad Ali memuat naik gambar dan entri mengenai penangkapan tersebut di Instagram. Aktres yang lebih dikenali sebagai Umie Aida  itu menulis di Iaman Instagram, suaminya yang juga bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan ditahan polis di bawah Seksyen 124C, Akta Hasutan 1948.
Dalam gambar yang dimuat naik itu kelihatan Khairuddin yang berbaju biru sempat menunjukkan isyarat "peace".

"Suami saya ditahan di atas Akta 124C. Semoga esok dapat diselesaikan dengan baik. "InsyaAllah... me (saya) doakan Allah melindungi mu...  Aamin ,"kata Umie melalui Instagramnya.

Mat Sabu Sedia Jumpa Hadi


PETALING JAYA: Parti Amanah Negara (Amanah) sedia bersemuka dengan PAS dalam sidang meja bulat bagi membincangkan mengenai pembentukan pakatan pembangkang baharu bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Jika semua pemimpin utama pembangkang hadir, ia akan menjadi pertemuan pertama antara PAS-DAP-PKR bersama parti serpihan PAS itu.
Presiden penaja Amanah, Mohamad Sabu berkata pihaknya menyedari mengenai keperluan penubuhan pakatan pembangkang baharu untuk menentang Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang.
"Apabila kita memilih cara demokrasi dan pilihan raya untuk memperoleh kuasa atau menambah kekuatan di Dewan Undangan Negeri atau Parlimen, maka tidak ada jalan lain melainkan mengadakan pakatan politik dengan parti-parti lain.
"Untuk berhadapan dengan BN, parti-parti politik yang lain tidak boleh bersendirian," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Pada Khamis, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyatakan sidang meja bulat antara pimpinan parti pembangkang akan diadakan pada Selasa depan.
Menurut Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR, sidang meja bulat itu merupakan inisiatif beliau ke arah pembentukan sebuah gabungan pembangkang baharu selepas Pakatan Rakyat berpecah.
Selain Mohamad, pimpinan pembangkang lain yang turut dijemput ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.
Bagaimanapun hingga kini Hadi dan Lim belum memberi jawapan berhubung petemuan berkenaan.

Himpunan baju merah: Manifestasi jiwa hamba

Sejurus tamat perhimpunan kumpulan baju merah, saya meneliti beberapa laporan, banyak perkara dan ucapan yang klise seperti mana ceramah-ceramah dalam perhimpunan yang ada.
Perhimpunan ini jelas sekali mahu mencari peluang untuk menunjukkan rasa marah penganjur (Melayu) kepada ‘Cina’. Tetapi ia diskopkan kepada ‘Cina DAP’, mungkin jika Cina sahaja, bimbang rakan-rakan MCA dan Gerakan akan marah. Contohnya, Ibrahim Ali seperti dilaporkan berkata, “Dulu kita bukan masyarakat majmuk tetapi melalui rundingan dan tolak ansur kita menerima kaum lain. Kita bagi mereka kerakyatan. Kita bagi kerakyatan kita ingat mereka berterima kasih. Tetapi saya tak salahkan orang Cina. Yang merosakkan perpaduan ini adalah DAP, yang lahir dari PAP Singapura .”
Seperti selalu, retorik Ibrahim Ali ini memang satu ayat ‘mujarobat’ paling popular untuk hati-hati yang hasad. Siapakah ‘kita’ yang dimaksudkan oleh Ibrahim Ali ini? Dia dan bapa dia atau suku-sakat dia? Siapa?
Retorik Ibrahim Ali ini telah sampai ke tahap bodoh sampah. Jika Ibrahim Ali malas membaca, saya harap orang-orang kanannya rajinlah sikit membaca, kemudian bisikan ke telinga Ibrahim Ali, DAP itu lahir di mana, bila dan bagaimana. Tetapi harapan saya saya ini mungkin terlalu tinggi.
hbm2Ada juga tokoh pecacai membuat uacapan, “Kita tak mahu merempat di bawah tapak kaki orang lain. Kita tak mahu kita jadi pencacai kepada bangsa lain,” kata Jamaluddin Yusof. Tak mahu jadi ‘pecacai bangsa’ lain itu menjelaskan lagi jiwa hamba kumpulan-kumpulan ini. Mereka hanya mahu bertuankan dari bangsa mereka, tak kira bangsa mereka itu korup atau zalim. Inilah psiki jiwa hamba yang ditanam sejak sekian lama oleh parti UMNO (dakwaan yang klise tetapi benar).
Kemudian Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin pula berpidato, “Dengan kalimah La Ilaha Illallah bumi ini kita tidak akan benarkan bumi ini dijajah selama-lamanya… Hidup Melayu!” Ini contoh klasik perasaan assobiyah diadun dengan elemen ‘agama’ dan Islam untuk meyakinkan lagi kepercayaan mereka bahawa mereka dijajah oleh ‘bangsa lain’ (Cina DAP).
Menyalahkan Cina DAP ini sangat mudah. Tak mencabar pun. Mudah dijangka. Inilah tanda-tanda jiwa hamba. Kelemahan dan kebodohan mereka adalah salah Cina DAP.

Umno no longer serves the nation

The blogger says the September 16 rally confirmed that the ruling party caters to one race only.
Aspan-Alias_umno_red_600
PETALING JAYA: Last Wednesday’s Red Shirts Rally served only to confirm that Umno has lost its identity as a ruling party that serves all Malaysians regardless of race, according to political analyst Aspan Alias.
In his latest blog posting, Aspan says it’s no secret that the rally was organised by Umno and had its financial backing.
“But do the Umno leaders realise that this has resulted in the loss of their own credibility as leaders of the nation?” he asks.
“Gone is the confidence of the public that Umno is a party that caters to the needs of all races. Umno has now confirmed that it is a party solely for the Malays and one that is led by chauvinists.”
He says it would now be impossible for Prime Minister Najib Razak to restore Umno’s image as a party that leads all Malaysians although its membership is open only to Malays.
He acknowledges that there are Umno leaders who realise this and want Najib to resign in order to restore the party’s lost image. “Umno under Najib is incapable of achieving its ultimate objective of shaping a nation that is united.”
Aspan reminds his readers that he has often asserted that there are some leaders who can contribute to nation building by holding office and some who can contribute only by leaving office.
“In Najib’s case,” he says, “he will doing a great service to the nation by resigning from all positions in the government and the party and live in retirement.”

Harga nyawa TPP Kevin Morais hanyalah RM50,000!

oleh V Shuman
Bolehkah anda meletakan tanda harga ke atas nama seseorang? Nampaknya boleh. Nyawa TPP Kevin Morais yang dibunuh hanyalah berjumlah RM50,000.
Itulah jumlah yang dibayar kepada pembunuhnya- untuk menculik dan menanamnya dalam tong bersimen, Harian Metro melaporkan.
Memetik sumber, laporan itu berkata yang perkara itu diketahui selepas polis menemui RM32,000 wang tunai dalam suspek yang ditangkap kerana membunuh Morais.
“Jumlah yang ditemui adalah sebahagian bayaran yang diberikan untuk membunuhnya, dan polis juga menemui resit pembelian simen, daripada suspek.
“Dipercayai yang suspek, diketuai oleh pemilik bengkel, telah merancang menculik dan membunuh Morais sejak enam bulan lepas,” kata sumber itu.
Dalang disebalik pembunuhan Morais- seorang doktor, dipercayai mengamanahkan pemilik bengkel itu untuk melakukan kerja tersebut, yang kemudiannya mengupah pembunuh dari Kedah dan Pulau Pinang, untuk menculik dan membunuh Morais.
“Arahan itu diberikan melalui telefon.”
Lebih tragis, dipercayai yang Morais masih lagi bernyawa ketika dia dimasukan ke dalam tong berisi simen itu.
“Andaian itu dibuat kerana kurangnya kecederaan yang dapat dilihat badan mayat Morais.
“Bagaimanapun, polis akan menunggu laporan bedah siasat sebelum membuat sebarang kesimpulan,” kata sumber itu.

DEN OF THIEVES IN NAJIB'S 1MDB: Another US$ 1 bil goes missing, Abu Dhabi about to blow the WHISTLE

DEN OF THIEVES IN NAJIB'S 1MDB: Another US$ 1 bil goes missing, Abu Dhabi about to blow the WHISTLE
Questions around a troubled Malaysian state investment fund and missing money in the Middle East have widened to include as much as $1 billion more.
The Wall Street Journal reported last week that officials in Abu Dhabi were trying to understand why a $1.4 billion transfer that the fund, 1Malaysia Development Bhd., said it made to a counterparty in the Middle Eastern emirate wasn’t received. Now, those officials are questioning a further $993 million that 1MDB reported it paid to the Abu Dhabi fund, the International Petroleum Investment Co., but which also appears to be largely missing, people familiar with the matter said.
Officials from 1MDB and IPIC didn’t respond to requests for comment.
The questions deepen the mystery around 1MDB, which was set up by Malaysian Prime Minister Najib Razak in 2009 to invest in Malaysia’s economy. The fund is now struggling to repay more than $11 billion in debt and is at the center of a corruption scandal that is destabilizing Mr. Najib’s government.
Earlier this year, a Malaysian government investigation found almost $700 million entered the prime minister’s private accounts through entities linked to 1MDB ahead of a close election in 2013. The source of the money is unclear, and the government investigation hasn’t detailed what happened to the funds that went into Mr. Najib’s personal accounts. Malaysia’s anticorruption body in August said the funds were a donation from the Middle East. The donor wasn’t specified.
Attempts to reach Mr. Najib weren’t successful. He has denied any wrongdoing or taking money for personal gain.


The link to the Abu Dhabi fund came in 2012, when it agreed to guarantee $3.5 billion in bonds issued by 1MDB to fund the purchase of some power plants. In return, IPIC was given options to buy a stake in those power assets. But last year, both sides agreed to end that deal with 1MDB agreeing to buy back the options for an undisclosed price.
1MDB said it made a transfer of nearly $1 billion to an IPIC subsidiary in November as partial payment for the options, according to copy of a draft report by Malaysia’s auditor general that was reviewed by The Wall Street Journal.

Low Yat: Ali Tinju dilepas dan dibebas dari pertuduhan menghasut

Ali Tinju dilepas dan dibebas dari pertuduhan menghasutKUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) Mohd Ali Baharom dilepas dan dibebas oleh Mahkamah Sesyen di sini daripada pertuduhan menyebut perkataan menghasut ketika insiden pergaduhan di Plaza Low Yat, Julai lepas.

Hakim Azman Mustapha membuat keputusan itu semalam selepas Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim menarik balik pertuduhan terhadap Mohd Ali, 44, atau lebih dikenali "Ali Tinju".

Mohd Ali didakwa menyebut lima ayat yang berbentuk provokasi perkauman di hadapan bangunan plaza berkenaan, Jalan Bulan 1, Off Jalan Bukit Bintang, di sini pada pukul 8.30 malam, 12 Julai lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta yang sama, membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mohd Ali diwakili peguam Dzaki Ezhar Bahar.

Tanah rizab Melayu yang dibatal perlu diganti - Azmin Ali

Tanah rizab Melayu yang dibatal perlu diganti - Azmin Ali
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mengarahkan supaya tanah rizab Melayu yang dibatal atau dibangunkan perlu diganti semula dengan nilai yang sama.

Menurutnya, pihak bertanggungjawab perlu mengikut undang-undang seperti yang termaktub dalam Kanun Tanah Negara 1965.

"Sehingga hari ini, kita bersyukur kita telah menggantikan tanah-tanah rizab Melayu di negeri Selangor. Malah, kita telah terlebih ganti sebanyak 650 ekar," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan sembilan lembu korban sumbangan kerajaan negeri Selangor sempena sambutan aidiladha di perkarangan Bangunan Sultan Idris Shah, di sini, hari ini.

"Jadi kita memang memberi jaminan tanah-tanah rizab di negeri Selangor akan terus kekal dan mempunyai nilai yang baik untuk masa depan," katanya.

Azmin juga menjelaskan, ketika beliau mula-mula memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor pada tahun lalu, sebanyak 4,000 ekar tanah rizab Melayu di negeri itu belum diganti.
Beliau mengulas mengenai cadangan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang bagi mewujudkan tribunal untuk kawal jual beli tanah rizab Melayu.

Selepas disekat ke luar negara, Khairuddin ditahan polis kerana skandal 1MDB

Pihak polis malam ini menahan pemimpin Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di rumahnya selepas menyekatnya dari ke luar negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 September, 2015. 
Pihak polis malam ini menahan pemimpin Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di rumahnya selepas menyekatnya dari ke luar negara. 

Pihak polis malam ini menahan pemimpin Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di rumahnya selepas menyekatnya dari ke luar negara, tangkapan tersebut dipercayai berhubung laporan antarabangsa yang dibuatnya terhadap syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Awal hari ini The Malaysian Insider melaporkan Khairuddin disekat dari ke New York dan London, serta diarahkan ke Bukit Aman untuk diambil keterangan Isnin depan.
"Ya, Khairuddin ditangkap dirumahnya," kata peguamnya, Matthias Chang kepada The Malaysian Insider selepas dihubungi bagi mengesahkan tangkapan tersebut.

Khairuddin ketika ini sedang dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi. Sumber memberitahu Khairuddin mungkin ditahan di bawah Akta Hasutan.
Sebelum ini, Khairuddin mendapatkan bantuan penyiasat antarabangsa berhubung siasatan 1MDB dengan membuat laporan polis di London terhadap firma itu dan rakan usaha samanya PetroSaudi International bagi dakwaan pengubahan wang haram.
Khairuddin juga membuat laporan dengan polis Perancis terhadap 1MDB dan mendakwa polis London pernah menghubunginya dan memaklumkan kepadanya siasatan sedang dijalankan.
Beliau juga mengemukakan bukti yang berkaitan dengan 1MDB kepada Peguam Negara Switzerland di Bern, meminta pihak berkuasa negara itu menyiasat aktiviti syarikat tersebut yang melibatkan bank Switzerland dan beberapa bank antarabangsa.
Terbaru, beliau memohon pihak berkuasa Hong Kong untuk buat penyiasatan secara terperinci dan menyeluruh mengenai sumber kewangan beberapa syarikat yang dikatakan mempunyai kaitan dengan 1MDB.
1MDB adalah idea Najib dan perdana menteri juga pengerusi lembaga penasihat syarikat yang dibebani hutang itu dan juga menteri kewangan.

Baju merah mahu perlindungan bermula dari rahim sehingga ke lahad

oleh Mariam Mokhtar

Dr Mahathir Mohamad betul, apabila dia mengatakan yang orang Melayu, terutama sekali lelaki Melayu, pemalas. Sewaktu pelancaran buku tahun lepas, dia berkata, “Saya suka tengok muka orang dan cakap depan-depan- Melayu pemalas.”

Dia menasihatkan orang Melayu supaya mengekalkan mentaliti “malas” mereka yang menghancurkan kejayaan mereka dan berkata mereka akan terus kekal miskin dalam negara yang kaya ini.

Seorang pemerhati politik yang sinis berkata, “Sekiranya Mahathir sedar yang Melayu pemalas, mengapa tidak dia memperkenalkan dasar tindakan afirmatif yang menghancurkan lagi psiki orang Melayu? “Orang Melayu makan suap, oleh pentadbirannya, berdekad lamanya. Hasilnya, Melayu kurang dispin dan motivasi.

Mereka terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan, dari rahim sampai ke lahad. Mereka hilang kemahuan untuk bekerja. “Terdapat dua jenis orang Melayu. Melayu yang memerlukan bantuan hayat dari Umno Baru dan mereka yang berjaya tanpa bantuan kerajaan.

Walaupun ramai Melayu yang berjaya kerana usaha mereka sendiri, reputasi mereka tercemar oleh baju merah Umno Baru.” Kini, Melayu Umno Baru adalah dalang disebalik perarakan baju merah 16 September yang hanya memberikan lebih banyak kesan buruk kepada semua orang Malaysia, dan bukannya orang Melayu sahaja.

 Hari yang sepatutnya diraikan dengan meriah, dengan semua rakyat Malaysia meraikan Hari Malaysia. Baju merah dan pemimpin pentingkan diri sendiri Umno Baru telah memperkecilkan signifikan Hari Malaysia

Umno Baru mencetuskan kekecohan, menuntut perhatian, menyebabkan orang bukan Melayu menutup kedai, membimbangkan bekas pemimpin dan masyarakat antarabangsa. Tidak ada orang Malaysia Timur yang mahu berkongsi budaya perkauman mereka. Kelompok baju merah bercakap tentang menebus maruah Melayu.

Maruah apa? Melayu telah menerima bantuan dan keistimewaan yang lebih banyak berbanding kumpulan sosial lain. Orang lain melihat kita penuh cemburu, tetapi berdiam diri dengan penuh maruah dan kerana hormat.

Skandal 1MDB: Khairuddin Abu Hassan ditangkap


Bekas pemimpin Umno Datuk Khairuddin Abu Hassan telah ditangkap malam ini.
Peguamnya, Matthias Chang memberitahu Malaysiakini bahawa Khairuddin telah dibawa ke Ibupejabat Polis Daerah Dang Wangi dan sedang disiasat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan.
Awal hari ini bekas timbalan ketua Umno bahagian Batu Kawan itu mendapati dia dan Matthias telah dilarang daripada meninggalkan negara ini.
Dia sepatutnya pergi ke Bukit Aman pada hari Isnin untuk disoal siasat berhubung dokumen yang dikemukakan kepada pihak berkuasa Switzerland berkaitan skandal 1MD

Apakah yang akan diwarisi oleh anak muda Malaysia di masa depan?


ddKrisis kemelesetan ekonomi yang sedang menghantui negara amat membimbangkan terutama kepada anak muda. Dalam mengatasi kemelut ekonomi yang semakin membarah ini, Perdana Menteri mengumumkan suntikan dana sebanyak RM20 billion ke dalam pasaran saham domestik melalui syarikat ValueCap Sdn Bhd yang dimiliki agensi kerajan iaitu Khazanah Nasional Berhad, Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP).
Pelbagai persoalan yang meragukan timbul, justeru kami Pemuda Amanah Nasional ingin membangkitkan beberapa persoalan yang amat relevan dan penting:
1) Mengapakah Kerajaan tidak menggunakan wang RM20 billion tersebut untuk tujuan pelaburan dalam aktiviti ekonomi sebenar (real economy) yang mendatangkan kesan pengganda (multiplier effect) yang lebih tinggi yang mana akan meningkatkan aktiviti ekonomi domestik sekaligus menambahkan pendapatan dan menghasilkan peluang pekerjaan kepada rakyat jelata? Tidakkah tindakan suntikan sebegini hanya menaikkan nilai keuntungan di atas kertas semata-mata, tidak lebih dari itu?
2) Adakah wang rakyat akan digunakan lantaran pemegang saham ValeuCap adalah terdiri daripada institusi-institusi yang dilihat sebagai lubuk tabungan rakyat iaitu KWAP, PNB dan Khazanah Nasional Bhd?
3) Adakah suntikan dana ini merupakan pakej pemulihan jangka panjang dan efisyen dalam menangani krisis yang sedang dihadapi sedangkan langkah yang sama dilakukan kerajaan China beberapa bulan dahulu namun akhirnya mengheret pasaran saham republik itu ke dalam tragedi ‘China Black Monday’ pada tanggal 24 Ogos 2015? Tidakkah sentimen negatif terhadap kewangan negara bertambah memandangkan langkah China berkenaan turut dikritik hebat para pakar ekonomi dan penganalisis dunia?

4) Siapakah yang akan sebenar-benarnya mendapat faedah daripada suntikan dana ini dan apakah jaminan kerajaan bagi memastikan suntikan dana tersebut tidak dimanipulasi untuk kepentingan politik dan juga individu tertentu melalui pemberian 'duit kopi' untuk tujuan pembersihan wang haram (money laundering) sepertimana yang didakwa berlaku dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB)?
llPenyusutan nilai mata wang negara yang mendadak perlulah ditangani dengan segera bagi pemulihan ekonomi jangka panjang. Suntikan dana tersebut hanyalah langkah pintas dan bersifat pemulihan jangka pendek semata-mata yang bakal mendedahkan pasaran Malaysia sekali lagi kepada aliran keluar dana asing yang lebih besar, terutamanya selepas suntikan RM20 billion itu habis dibelanjakan. Jumlah sebesar ini jika disuntik sebagai peruntukan untuk merancakkan aktiviti ekonomi kecil dan sederhana seluruh negara mampu meningkatkan pendapatan rakyat melalui peluang penglibatan dalam ekonomi domestik yang lebih luas.

Pada hari Malaysia dilahirkan, kita berpecah belah

oleh Jimmy Adit
16 September adalah hari cuti umum- mungkin terlalu elok untuk Sarawak yang meminta pengiktirafan tarikh lahirnya negara ini.
Tiada sambutan, tiada kibaran bendera oleh pemimpin negara dan tiada ucapan juga hari ini, tetapi itu mungkin kerana mereka telah meraikan dan memberikan ucapan sejak minggu lepas sehingga semalam hampir tanpa henti.
Sarawak menganjurkan sambutan hari lahir Gabenor selama tiga hari bermula dari 12 September, mewujudkan pelbagai program yang menakjubkan yang hanya boleh bermakna sebenarnya Sarawak bukanlah ahli biasa persekutuan kita gelar sebagai Malaysia.
Sangat terperinci sambutan itu sehingga ramai merasakan sudah lama sambutan sebegitu rupa, termasuk peringkat kebangsaan, dilakukan dalam suasana megah dan meriah.
Latihan raptai sahaja mengambil masa tiga hari dan ketika itu orang Sarawak sudah pun mula meraikannya.
Wong Soon KohWong Soon Koh
Menteri yang menguruskan sambutan itu Wong Soon Koh menjangkakan orang ramai seramai 1,000 akan datang untuk memeriahkan sambutan.
Kawan wartawan saya di Sibu berkata yang jumlah itu mungkin menjadi dua kali ganda. Malah, bandar itu sudah pun “sesak tidak bergerak” sepanjang latihan raptai tiga hari itu.
Tiga hari sebelum sambutan bermula, hotel mewah sekitar Sibu sudah penuh ditempah.
Pengerusi Persatuan Hotel Kawasan Tengah Sarawak Johnny Wong Sie Lee melaporkan yang dia berasa bimbang kerana bilik hotel bajet juga sudah habis ditempah.
Keterujaan orang Sarawak kepada persembahan yang sudah lama tidak dilihat.
Di jalanan adalah perarakan besar kereta kebal dan ketumbukan askar, kereta bomba dan ahli bomba, dan wakil persatuan sivil.
Penarik khalayak termasuklah kontigen-kontigen badan beruniform, agensi kerajaan, badan korporat, persatuan bukan kerajaan dan parti politik.
Di Sungai Batang Rajang pula, kapal laut menarik ribuan orang ke tebing sungai di tepi bandar.
Penganjur mulanya merancang hanya untuk 79 kontigen, tetapi 119 yang hadir.
Wong berkata yang penyertaan diluar jangkaan sehingga “kami terpaksa menghadkan kepada 110 (kontigen) sahaja”.
Pada malam hari ada bunga api dan konsert untuk hiburan.
Dan pertunjukan kehidupan Gabenor Abdul Taib Mahmud, 79, hanya akan berakhir pada 18 September.

Guna bas untuk #Himpunan169, Universiti Taylor's batal kontrak Wawasan Sutra

KUALA LUMPUR: Universiti Taylor's Malaysia menamatkan kontrak pengusaha bas Wawasan Sutera Travel and Tours kerana dilapor menggunakan bas yang memaparkan logo universiti berkenaan untuk membawa penyokong ke Himpunan Rakyat  Bersatu pada 16 September 2015.

Perkara itu mendapat perhatian pihak universiti selepas foto penyokong perhimpunan turun dari bas berkenaan mula viral di media sosial, sehingga segelintir pelajar mendesak pihak universiti untuk memberi penjelasan atas insiden itu.

Menerusi satu kenyataan dalam Facebook semalam, pihak Taylor's mengumumkan bahawa kontrak mereka bersama Wawasan Sutera telah ditamatkan.

ty
Gambar dari Facebook Taylor's University

"Pihak pengurusan telah mengkaji semula kontrak dengan pengusaha bas dan mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak, selaras dengan terma dan syarat-syarat, berkuat kuasa hari ini."

Difahamkan, Wawasan Sutera akan meneruskan perkhidmatan dengan Universiti Taylor's sehingga 16 November 2015, atas syarat notis dua bulan untuk penamatan kontrak.

Terdahulu, pihak pengurusan Universiti Taylor's mengeluarkan satu kenyataan pada 16 September yang menjelaskan bahawa pihak mereka tidak menawarkan perkhidmatan pengangkutan kepada penyokong himpunan baju merah.

tayy
Gambar dari Facebook Taylor's University

Pemuda Gerakan Bayan Baru buat laporan polis berhubung perhimpunan baju merah

Pemuda Gerakan Bahagian Bayan Baru hari ini membuat laporan polis mendakwa wujudnya kenyataan berbaur hasutan pada kain rentang semasa "Himpunan Rakyat Bersatu" atau perhimpunan "baju merah", 16 September di Kuala Lumpur. Naib pengerusinya Chan Kim Beng berkata slogan tersebut yang menyentuh komuniti tersebut serta pendidikan sekolah Cina itu dikhuatiri akan mengganggu gugat kesejahteraan pelbagai kaum di negara ini. Perkara seperti ini hendaklah dihentikan serta merta agar keharmonian pelbagai kaum di negara ini terpelihara, katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di Balai Polis Bayan Baru di George Town. – Bernama

Ketepi syak wasangka lama dalam rundingan pakatan pembangkang baharu, kata PKR

Naib Presiden PKR Chua Tian Chang berkata perbezaan politik kepartian seharusnya diketepikan dalam usaha pembangkang membawa isu lebih besar untuk rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 September, 2015.Naib Presiden PKR Chua Tian Chang berkata perbezaan politik kepartian seharusnya diketepikan dalam usaha pembangkang membawa isu lebih besar untuk rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 September, 2015.Prasyarat dan syak wasangka lama sesama parti pembangkang di dalam Pakatan Rakyat (PR) harus disingkirkan bagi membolehkan rundingan pembentukan pakatan pembangkang baharu menjadi realiti, kata PKR.
Naib Presiden PKR Chua Tian Chang berkata perbezaan politik kepartian seharusnya diketepikan dalam usaha pembangkang membawa isu lebih besar untuk rakyat.
"Satu gabungan baharu perlu atasi kelemahan sebelum itu. Ini memerlukan kebijaksanaan dan kesabaran semua pihak.

"Jangan kita letak prasyarat dan syak wasangka dulu dalam rundingan baharu. Kita boleh ketepikan perbezaan politik kepartian untuk bawa isu yang dihadapi rakyat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Sentul, Kuala Lumpur hari ini. Ahli Parlimen Batu itu berkata, hasil pertemuan kepimpinan PKR yang bertindak selaku orang tengah antara parti pembangkang dalam pembentukan gabungan baru blok berkenaan, terdapat kebersamaan untuk mencapai satu pendirian bersama, namun masih berlaku sedikit ketegangan.
"Saya agak pusingan pertama kita mencapai satu pendirian bersama, PAS, DAP, Amanah setuju boleh kerjasama, tapi ada sikit ketegangan yang belum diselesaikan.

Malaysia kini bahaya kerana kepimpinan Najib

Bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press (NSTP) Datuk A Kadir Jasin berkata, kes pembunuhan saban hari semakin menjadi-jadi dan menjadi misteri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 September, 2015. 
Bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press (NSTP) Datuk A Kadir Jasin berkata, kes pembunuhan saban hari semakin menjadi-jadi dan menjadi misteri. 

Menyifatkan negara kini dilihat semakin berbahaya dan tidak selamat, wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin berkata kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Kevin Morais bukan lagi kes luar biasa.
Menulis di dalam blognya The Scribe, bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press (NSTP) itu berkata, kes pembunuhan saban hari semakin menjadi-jadi dan menjadi misteri.
"Selama 46 tahun menjadi wartawan saya melaporkan dan membaca banyak kejadian aneh: manusia hilang tanpa kesan, tauke India dibunuh tetapi pembunuh tidak diketahui, wanita asing diledakkan dan macam-macam lagi.

"Yang terbaru  Timbalan Pendakwa Raya (DPP) (Anthony Kevin Morais) diculik di tengah-tengah kemewahan Bangsar dan mayat beliau ditemui di Subang Jaya," kata Kadir dalam tulisan di blognya hari ini. Menurut Kadir, turut sewaktu zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri, beliau bebas untuk memandu sendirian, berbeza dengan Datuk Seri Najib Razak pada masa kini.
"Masa itu (Dr Mahathir) pun ada ancaman. Pada awal tahun 1980-an pasukan bersenjata komunis masih cergas dan kegiatan kongsi gelap meluas.
"Tetapi kini, pada saat negara kita diuar-uarkan akan menjadi negara pendapatan tinggi menjelang tahun 2020, polis menasihati Perdana Menteri, (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak jangan memandu sendiri atas alasan keselamatan.
"Hanya sekali beliau dibenarkan memandu sendiri ke Hotel Majestic".

PKR tetap ajak PAS bincang Pakatan baharu walaupun Hadi keras, kata Azmin

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata partinya sentiasa menawarkan diri untuk mengetuai rundingan membentuk gabungan pembangkang baharu bersama PAS agar permuafakatan dapat dijalinkan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 18 September, 2015. 
Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata partinya sentiasa menawarkan diri untuk mengetuai rundingan membentuk gabungan pembangkang baharu bersama PAS agar permuafakatan dapat dijalinkan.

Meskipun Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak kerjasama dengan Parti Amanah Negara (Amanah), namun PKR tetap akan meneruskan usaha rundingan membentuk gabungan pembangkang baharu bersama parti Islam itu.
Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata partinya sentiasa menawarkan diri untuk mengetuai rundingan tersebut agar permuafakatan dapat dijalinkan.
"Tidak apa. Kita akan terus ajak berbincang dan kita kira tidak ada rugi PKR mengetuai rundingan supaya diwujudkan keharmonian dan kerjasama baik ," katanya selepas majlis penyerahan lembu korban sumbangan kerajaan negeri di perkarangan bangunan Sultan Idris Shah di Shah Alam Selangor hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Hadi yang menolak menjalinkan kerjasama politik dengan Amanah atas alasan pengkhianatan kepada PAS. Sebelum ini PKR tetap dengan pendirian mengajak PAS menyertai gabungan pembangkang baharu yang turut disertai Amanah dan DAP.
Malah, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan pertemuan meja bulat antara parti pembangkang yang akan diadakan pada Selasa depan yang turut dihadiri PAS.

Jika kesihatan Anwar terjejas, PM dan TPM bertanggungjawab - Azmin

MB AzminSHAH ALAM, 18 SEP: Kerajaan Persekutuan perlu bertanggungjawab jika didapati keadaan kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin serius ekoran lewat menjalani pembedahan.
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, berkata isu rawatan terhadap bekas ketua pembangkang itu sudah berlarutan sejak sekian lama, namun tiada tindakan susulan.
“Kerajaan Persekutuan harus bertanggungjawab untuk memastikan hak asasi seseorang yang berada dalam penjara diberikan sewajarnya.
“Isu rawatan adalah isu besar yang sudah berlarutan terlalu lama. Saya kira perdana menteri serta timbalannya perlu bertanggungjawab jika keadaan kesihatan beliau lebih serius,” katanya, di sini, hari ini.
Pada masa sama, Mohamed Azmin yang juga Dato’ Menteri Besar berharap Kerajaan Negeri dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada Anwar termasuk membawa beliau ke hospital untuk mendapat pandangan berhubung kesihatannya.
Kelewatan Kerajaan Persekutuan membenarkan Anwar melakukan pembedahan kerana kecederaan bahu menyebabkan anak sulungnya, Nurul Izzah Anwar terpaksa terbang ke Amerika Syarikat untuk mendapatkan sokongan bagi tujuan itu.
Beliau yang juga Naib Presiden PKR berkata, tindakan itu diambil berikutan saranan panel doktor yang merawat Anwar supaya pembedahan segera dilakukan.

Azmin: Siasatan polis gangguan terhadap pembangkang

KUALA LUMPUR 18 SEPT: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pagi ini berhubung pembabitannya dalam perhimpunan Bersih 4 hujung Ogos lalu dan kenyataan beliau di Permatang Pauh sebelum ini.
Azmin 1Bagi Bersih 4, beliau disiasat mengikut tiga Seksyen iaitu Akta Perhimpunan Aman 42F, 41C dan Sekyen 8 Akta Percetakan dan Penerbitan berkaitan penggunaan T-shirt Bersih 4.
Timbalan Presiden KEADILAN itu juga disiasat berhubung penggunaan perkataan ‘barua’ di Permatang Pauh membabitkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Bercakap kepada pemberita selepas hampir dua jam disiasat, Mohamed Azmin menyifatkan tindakan itu sebagai bentuk tekanan dan gangguan terhadap pimpinan politik pembangkang.
Beliau tidak akan bertolak ansur terhadap siasatan tersebut kerana tegasnya perhimpunan Bersih 4 yang berlangsung pada 29 dan 30 Ogos lalu itu adalah mengikut perlembagaan.
“Ini satu bentuk tekanan, gangguan terhadap pimpinan parti-parti politik dalam usaha kita mahu kembalikan demokrasi dan hak rakyat di negara ini.
“Namun sekarang saya lebih ingin berjuang untuk rakyat dan tidak akan bertolak ansur kerana perhimpunan aman tersebut mengikut peruntukan perlembagaan dan dijamin perlembagaan,” katanya.
Beliau malah mempersoal pihak berkuasa kerana bertindak tidak profesional dengan mengharamkan perhimpunan Bersih 4 tetapi memberi lampu hijau kepada perhimpunan ‘Baju Merah’ yang jelas mencetuskan ketegangan kaum dan agama.

PKR terus inklusif, kekal kerjasama baik - Azmin

MB AzminSHAH ALAM, 18 SEP-Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan terus bersikap inklusif tanpa menyisihkan pihak yang ingin melakukan perubahan terhadap negara.
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, berkata ia bertujuan menjaga keharmonian dalam Pakatan Rakyat (Pakatan) dengan mewujudkan kerjasama baik antara semua pihak.
“Tidak mudah menguruskan muafakat politik, tetapi PKR daripada awal mewujudkan kerjasama dengan semua parti yang mahu melakukan perubahan dan komited dengan agenda perubahan.
“Jika ada perbezaan pandangan, saya yakin kepimpinan yang ada boleh berbincang untuk mencari penyelesaian demi kepentingan negara dan rakyat keseluruhannya,” katanya selepas merasmikan Majlis Penyerahan Lembu Korban sempena Hari Raya Aidiladha di Bangunan Sultan Idris Shah, di sini, hari ini.
Mohamed Azmin yang juga Dato’ Menteri Besar, berkata PKR akan terus mengadakan perbincangan bersama parti komponen lain supaya isu yang timbul dapat diselesaikan dan menyambut baik komitmen bagi mewujudkan agenda bersama Pakatan.

Pendirian PAS dalam baiah dan sumpah

Firman Allah SWT di dalam Al-Quran:
 "Sesungguhnya orang-orang yang membeli perjanjian mereka dengan Allah dan sumpah-sumpah mereka dengan harga yang sedikit, mereka itu tidak mendapat bahagian di Hari Akhirat, Allah tidak berkata-kata Rahmat terhadap mereka, tidak juga menilik secara Kasihan kepada mereka, tidak juga memandang untuk memberi kesayangan terhadap mereka pada Hari Qiamat nanti dan tidak membersihkan mereka daripada dosa dan bagi mereka azab yang pedih.
“Dan sesungguhnya ada kalangan (ulamak ahli kitab itu) mereka yang mempermainkan lidah-lidah mereka dengan kitab (Allah) supaya menganggapnya hukum daripada kitab Allah, pada hal bukan daripada kitab Allah, dan mereka berkata lagi ini daripada Allah, pada hal bukan daripada Allah. Sebenarnya mereka berbohong terhadap Allah dalam keadaan mereka mengetahuinya."
(Surah Ali-Imran, ayat 77 - 78)
Ayat ini ditafsirkan oleh para ulama salaf dan khalaf, yang perlu diketahui mafhumnya oleh ahli PAS yang istiqamah bersama Islam, supaya mengerti tujuan bai’ah dan sumpah.
Ayat ini menggabungkan kedua-duanya, walaupun perkara baiah dan sumpah pada asalnya berbeza dan berasingan dan dilakukan dalam keadaan yang tidak sama.
Namun, boleh dilakukan kedua-duannya bagi menambah keteguhannya dalam perkara yang besar dan mencabar, seperti perkara jihad dan amanah ummat.
Bahkan, kadang-kadang dimasukkan pula laknat supaya tidak memandang mudah dalam perjuangan dan amanah itu, seterusnya supaya menjaga istiqamah apabila menghadapi cabaran yang besar.
Walaupun ayat ini sebabnya berkait dengan kisah golongan ahli kitab dengan nabi-nabi mereka yang meminta supaya mereka beriman dengan Nabi akhir zaman dan berjanji untuk berjuang bersamanya, namun pengajarannya wajib diikuti oleh kumpulan Islam yang berjuang menegakkan Islam.
Maka baiah diamalkan sejak zaman Rasulullah bagi pengukuhan seseorang yang berada dalam saf perjuangan atau ditugaskan jadi pemimpin atau memegang jawatan penting.
Di zamannya berlaku beberapa kali baiah yang berbeza keadaan dan mereka yang terlibat. Di antaranya ada Baiah ‘Aqabah, Baiah Nisaa dan Baiah Riduan (Hudaibiyyah) dan diteruskan selepasnya pula di zaman para sahabat dan tabiin.
Ada juga ditambah dengan sumpah, bahkan digabungkan lagi di zaman mutaakhir dengan nazar, tolak dan laknat kerana dirasakan generasi kemudian lemah imannya dalam perkara yang ghaib saperti perhitungan dosa dan pahala atau berkat dan celaka.
Maka diikat lagi dengan perkara yang nyata di alam dunia seperti taklik, talak isteri dan sebagainya.
Maksud perjanjian dalam ayat tersebut ialah bai’ah yang berasal daripada perkataan bahasa arab "باع" (bermaksud menjual), kerana Allah membandingkan perjuangan menegakkan agamanya seperti membeli janji yang dijual oleh Allah dengan pahala yang besar.
Laksana sesuatu yang dijual oleh Allah dengan bayaran pahala yang besar kerana besar pengorbanannya, sehingga Allah mengukuhkan janjinya saperti perjanjian menjual dan berhutang yang wajib dibayar, dengan janji pada hari kiamat yang merupakan ujian beriman kepada Allah, perkara ghaib dan urusan akhirat.
Firman Allah:
"Sesungguhnya Allah membeli daripada orang-orang yang beriman itu diri mereka dan harta mereka."
(Surah At-Taubah, ayat 111)
Tujuannya, supaya dikorbankan bagi menegakkan Islam. Seterusnya Allah berfirman lagi:
"Barangsiapa yang menunaikan bai’ah (perjanjian jual belinya daripada Allah, maka bergembiralah dengan bai’ah yang kamu meteraikan itu. Itulah kemenangan yang sangat besar."
(Surah At-Taubah, ayat 111)
Allah juga berfirman dalam ayat yang lain berkaitan dengan perjuangan Islam juga laksana berhutang :

PR2.0: Biar kami bincang dulu



GEORGETOWN - DAP akan berbincang dengan Parti Amanah Negara dan PKR berhubung penglibatan Pas dalam Pakatan 2.0 yang akan ditubuhkan kelak.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang enggan mengulas lanjut meminta masa untuk pihaknya berbincang terlebih dahulu sebelum mengumumkannya kepada media.
‎“Saya rasa biar kami bincang dulu, saya tidak mahu buat dasar melalui media. Saya tidak mahu terperangkap dengan polemik ini.
‎"DAP akan berbincang dengan Parti Pekerja dan PKR dahulu,” katanya kepada media di majlis menandatangani program latihan vokasional berkembar Jerman semalam.
‎Kerajaan Pulau Pinang diwakili Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mokhtar Mohd Jait dan Ketua Pegawai Eksekutif
Pusat Pembangunan Kemahiran Pulau Pinang (PSDC), Muhamed Ali Hajah Mydin bagi pihak syarikat Jerman.

Melalui program itu, 22 pelajar akan mengikuti program latihan selama 40 bulan.

Terdahulu, Guan Eng yang juga Ketua Menteri berkata, DAP tidak akan berbaik dengan Pas buat masa ini.

Lelaki tampar imam dakwa ‘suara halus’ serunya ganti jadi imam

Polis mengesahkan lelaki berkenaan tiada kaitan dengan militan IS tetapi dipercayai mengalamai sakit mental.
Zainol-Samah_tampar_600
PETALING JAYA: Seorang lelaki warga India yang menampar pipi Imam Masjid Negara, Mohd Zuhairee Mohd Yatim ketika solat Jumaat mendakwa, dia mendengar suara halus yang menyuruhnya supaya menggantikan tempat imam itu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah berkata, berdasarkan siasatan lelaki terbabit didapati tidak waras dan sering bercakap seorang diri.
“Menurut suspek, semasa solat tersebut dia telah terdengar suara halus memintanya untuk menjadi Imam semasa Solat Jumaat,” katanya menerusi kenyatan pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Zainol berkata, lelaki terbabit tidak mempunyai kaitan dengan militan Islam (IS) tetapi dipercayai mengalami masalah mental.
Dalam kejadian itu, suspek telah bertindak keluar daripada saf solat dan meluru ke arah Mohd Zuhairee yang ketika itu sedang membaca surah.
Suspek kemudiannya menolak dan bertindak menampar pipi sebelah kanan Mohd Zuhairee selaincuba mengambil alih untuk menjadi imam solat Jumaat.
Suspek disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 kerana mendatangkan kecederaan dan melakukan ugutan.
Mohd Zuhairee telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Dalam laporannya, dia mendakwa tamparan lelaki itu telah menyebabkan kepalanya sakit.

Mufti Perlis yang disiasat polis berkongsi bilik dengan KPN di Mekah

Mohd Asri berkongsi pengalaman di Facebook dengan memberitahu satu pengalaman menarik apabila dapat berbual dan bertukar pendapat dengan Khalid
Mufti-Perlis_khalid_600
PETALING JAYA: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau dikenali sebagai Dr Maza yang dipercayai sedang disiasat polis atas kesalahan menghasut, kini berada di Mekah untuk menunaikan Haji.
Beliau berkongsi bilik di tanah suci dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Berkongsi beberapa keping gambar bersama dengan Khalid di laman Facebooknya, Mohd Asri berkata, ia adalah satu pengalaman yang menarik untuk berbual dan bertukar-tukar pendapat dengan Khalid.
“Hari ini masuk hari ketiga saya di Mekah untuk menunaikan Haji. Kami dalam program Tetamu Haji Raja Salman bin Abdul Aziz.
“Teman sebilik saya ialah TS Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara. Menarik juga berbual dan bertukar-tukar pengalaman dengan beliau. Beliau dilantik sebagai ketua rombongan Malaysia.
“Saya pula sebagai Mufti Haji. Turut bersama program Datuk Mustafa Pengarah Imigresen Malaysia sebagai Timbalan Ketua. Doakan agar Allah menerima ibadah kami semua,” katanya.
Difahamkan, polis sudah membuka kertas siasatan awal terhadap Mohd Asri di bawah Akta Hasutan.
Ia berikutan satu posting yang dibuat oleh Mohd Asri di Facebooknya yang didakwa menggambarkan peserta perhimpunan Bersih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos lepas sebagai wira yang bangkit menentang si zalim.

GHB dicabar bentuk kerajaan sendiri - Pas Selangor


KUALA LUMPUR: PAS Selangor mencabar pimpinan GHB supaya membentuk kerajaan sendiri jika parti itu ditubuhkan untuk menumbangkan Umno-BN.
Setiausaha PAS, Mohd Khairudin Othman berkata GHB perlu membentuk kerajaan sendiri di negeri-negeri yang Pakatan Rakyat belum menang dalam pilihan raya.
Jika matlamat menubuhkan parti untuk menumbangkan Umno-BN soalnya kenapa hendak bertanding di kerusi yang sama dengan PAS terutama di Selangor dan Kelantan.
"Kenapa tidak tumpu negeri yang belum menang? Bertandinglah di Johor tubuhkan kerajaan GHB di Johor; tubuhkan kerajaan GHB di negeri Sembilan; Sabah dan Sarawak....silakan," tegasnya.
Beliau yang juga Adun Paya Jaras mencabar pimpinan GHB jika `gentlemen' jangan bertanding di Selangor; Kelantan dan Pulau Pinang.
"Jika menubuhkan parti GHB untuk menumbangkan Umno-BN tubuhkan kerajaan di negeri yang belum menang," tegasnya.
Di Selangor katanya, tidak ada rundingan langsung untuk GHB mengambil kerusi PAS.
Selain itu beliau turut mengingatkan pimpinan dan ahli GHB supaya tidak menggunakan taktik `memancing' atau mencuri ahli PAS ke parti baru mereka.

Beliau mempersoalkan kenapa ketika berada dalam PAS tidak menggunakan kempen menarik ahli Umno masuk PAS.
"Tariklah orang Umno masuk PAS kalau betul-betul hendak berdakwah. Ini bila masuk GHB tarik orang PAS," tegasnya.
Menurut beliau jika ahli PAS memilih sendiri untuk berada dalam GHB itu terpulang mereka tetapi jangan paksa orang lain dengan mengambil gambar mengatakan orang tersebut masuk GHB

Rasis: Pemimpin politik mahu berlagak seperti hero - Muhyiddin


Muhyiddin Yassin

LEDANG - Bibit perkauman yang sudah mula ditunjukkan di negara ini perlu dihentikan segera bagi mengelakkan  menjadi barah yang akan merosakkan keharmonian negara.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebagai sebuah negara yang sudah lama merdeka perkara seperti itu tidak seharusnya berlaku kerana Malaysia dimiliki oleh semua kaum sebagai rakyat di negara ini.

"Ia tidak boleh dipandang ringan dan jika berlarutan akan menerbitkan sifat perkauman yang menebal yang menyebabkan mereka saling mencurigai antara satu sama lain.

"Lebih memburukkan keadaan kerana sentimen ini dibuat oleh pemimpin politik yang mahu berlagak seperti hero, sedangkan tindakan itu telah membuatkan rakyat berasa takut serta tidak selama berada dalam negara ini," katanya ketika berucap pada program Membara Jasamu Dikenang, Umno Bahagian Pagoh 2015, Dewan Geliga Gersik, di sini hari ini.

Sanggup Azmin Ali hina bangsa sendiri – Pesaka

Tindakan peserta Bersih 4.0 yang menggunakan colok, buah oren serta gambar pemimpin Melayu sebagai simbol mati juga adalah tindakan melampau.
megat_azmin-ali_600
PETALING JAYA: Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) mempersoal kenyataan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali yang menyifatkan Himpunan Rakyat Bersatu atau Baju Merah sebagai jijik.
Setiausaha Agung Pesaka, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, Azmin perlu sedar himpunan tersebut adalah tindak balas terhadap perbuatan peserta Bersih 4.0 yang memijak gambar pemimpin Melayu.
“Tak perlu cakap soal jijik atau lain-lain, Bersih 4.0 bukan bersih mana pun kalau di sana lebih kuat perkaumannya yang didalangi sendiri oleh DAP.
“Kenapa perlu pertahankan mereka sehingga sanggup menyatakan himpunan yang dibuat oleh bangsa yang sama dengan Azmin itu jijik? Dimana maruah beliau sehingga membiarkan pemimpin kita dipijak begitu sahaja oleh bangsa Cina?” katanya seperti dilaporkan portal BNBBC.my.
Megat Zulkarnain berkata, tindakan peserta Bersih 4.0 yang menggunakan colok, buah oren serta gambar pemimpin Melayu sebagai simbol mati juga adalah tindakan melampau.
“Itu lagi yang nak kata kita jijikkah? Fikir kembali apa yang Azmin katakan pada kita, siapa lebih rasis? dan siapa lebih jijik sebenarnya?
“Kita buat kerana tindakan mereka, bukan kita buat dalam keadaan sengaja, cukup-cukuplah pijak kepala bangsa Melayu, jangan uji kesabaran kita kalau tak mahu keadaan menjadi lebih parah,” tegasnya.
Azmin sebelum ini berkata, beliau malu dan jijik dengan Himpunan Baju Merah yang melaungkan sorakan berbaur perkauman dan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap bangsa lain.
Katanya, sepatutnya Hari Malaysia disambut dengan penuh kegembiraan bagi meraikan perpaduan masyarakat majmuk yang telah terbina.

Skandal 1MDB: Khairuddin dan Matthias dilarang keluar M'sia


Bekas pemimpin Umno Datuk Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang, seorang bekas pembantu Tun Dr Mahathir Mohamad, telah dilarang daripada meninggalkan negara ini.
Kedua-dua mereka telah membuat beberapa laporan di pelbagai negara berhubung 1MDB.
Dalam satu catatan di Facebook, Khairuddin berkata dia sepatutnya belepas ke New York dan London pagi ini.
Bekas timbalan ketua Umno Batu Kawan itu mendakwa dia telah disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen atas arahan pihak polis.
Katanya, jabatan imigresen dan pihak polis tidak memberi sebarang notis kepadanya,

Muhyiddin: Lepas dipecat, saya jadi macam selebriti


Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata selepas dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri, beliau merasakan dirinya seperti seorang selebriti apabila orang ramai mula menyatakan sokongan padanya.
Katanya, beliau mendapati orang ramai secara terbuka menyatakan sokongan kepadanya selepas melihat keberaniannya bercakap mengenai sesuatu yang benar.
"Sekarang ini saya rasa saya macam selebiriti, macam penyanyi popular berbangsa Cina. Mana saya pergi, orang kata 'Tan Sri, wa sokong lu'. Bila ditanya kenapa sokong, mereka kata sebab saya berani.
"Tetapi saya tahu, di Malaysia sama ada Cina, India, Melayu, mereka ada nilai. Mereka tengok seseorang itu berani bersuara dan bercakap betul dan benar, orang itu akan disukai. Kita kena berani bercakap," katanya sambil menerima tepukan hadirin.
Timbalan presiden Umno itu berkata demikian dalam majlis perjumpaan bersama masyarakat Cina di Parlimen Pagoh hari ini.
Oleh itu, beliau yang juga ahli Parlimen Pagoh berkata, selagi masih lagi memegang jawatan sebagai wakil rakyat dan di dalam parti, beliau akan terus bercakap benar.
Katanya, di usianya menginjak 68 tahun, tiada perkara lain yang beliau takutkan selain daripada bercakap sesuatu yang benar demi kepentingan rakyat.
"Kena buang sebab bercakap benar tak apa. Hidup ini bukan kerana jawatan sahaja. Saya tak ada jawatan sekarang ini saya popular juga.
"Kita harus berani untuk bersuara kalau dalam sistem demokrasi berparlimen. Kita bukan guna senapang untuk menembak, kita guna sistem demokrasi dengan suara bercakap dan berani. Jangan simpan dalam hati.
"Saya kena bercakap dan ia bukan untuk diri saya, kepentingan diri tapi semua untuk kepentingan rakyat jelata," katanya lagi.

Ada pemimpin politik main sentimen perkauman untuk kepentingan, kata Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi amaran terdapat sesetengah pemimpin politik yang memainkan sentimen perkauman demi mencapai objektif mereka.
Berucap dalam program di kawasan parlimennya di Pagoh hari ini, bekas timbalan perdana menteri itu berkata, pemimpin-pemimpin itu cuba menunjukkan seolah-olah mereka hero bagi komuniti mereka, namun ia sebenarnya menimbulkan perasaan takut kepada kaum lain.
Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, terdapat sesetengah pemimpin politik cuba menunjukkan seolah-olah mereka hero bagi komuniti mereka, namun ia sebenarnya menimbulkan perasaan takut kepada kaum lain. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 September, 2015. "Apabila dia dilakukan sesetengah pemimpin politik dengan tujuan politik mereka, bukan tujuan kebaikan negara tapi kepentingan dengan kaum dan politik yang sempit maka mereka menyuarakan seolah-olah mereka hero pada kaum mereka.

"Tetapi pada masa sama mencetuskan perasaan bimbang dan takut khasnya masyarakat lain. Ini tak baik," katanya.  "Saya tak mahu orang Pagoh dalam keadaan sebegitu, tapi Pagoh semuanya ok, tidak ada gaduh," kata Muhyiddin.
Beliau turut mengingatkan, sekiranya setiap kaum bertelagah, masalah dan isu dalam negara tidak akan dapat diselesaikan.
"Kerana kita banyak masalah, macam mana nak selesai masalah kalau gaduh sesama sendiri.
"Sekarang ini pun ada masalah, masalah ekonomi, berkaitan keselamatan, ekonomi tidak baik," katanya.
Muhyiddin turut menyeru agar hubungan antara masyarakat terpelihara bagi mengelakkan tercetusnya kebimbangan membabitkan kaum.
"Kita mahu supaya soal berkaitan hubungan masyarakat mesti dipelihara.

Himpunan baju merah ancam 1Malaysia?

Selepas Himpunan Rakyat Bersatu diadakan, timbul persoalan sama ada gagasan Datuk Seri Najib Razak, 1Malaysia, yang dilaungkan selama ini dapat dilaksanakan sepenuhnya.
Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berpendapat, walaupun perhimpunan baju merah kelmarin dilihat berjaya daripada jumlah kehadiran, beliau mempersoalkan sama ada penekanan terhadap perjuangan berteraskan "Melayu" akan menjadikan gagasan 1Malaysia tercapai.
"Gagasan 1Malaysia itu untuk satu padukan masyarakat sebagai rakyat Malaysia dah cantik. Tetapi kalau terlalu menekankan perjuangan Melayu, apakah ia akan membantu konsep itu terlaksana?
"Persoalan besar ialah bukan berjaya atau tidak, walaupun dari segi nombor perhimpunan itu berjaya. Namun persoalan yang lebih mendalam kita lihat adakah perhimpunan seumpama ini menyebabkan gagasan 1Malaysia dikesampingkan, terutamanya dalam usaha kerajaan nak menyatupadukan masyarakat bukan sahaja di semenanjung tetapi di Sabah dan Sarawak," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Selain itu, Ahmad Martadha berkata unsur perkauman juga tidak dapat dinafikan berlaku apabila terdapat pihak yang membangkitkan isu sensitif dengan membenci kaum lain dalam perhimpunan tersebut.
Kukuh atau konflik
Justeru, beliau menyifatkan unsur perkauman yang timbul dalam himpunan itu berbahaya kerana berisiko mencetuskan konflik lebih besar pada masa akan datang.
"Walaupun perjuangan besar nak martabat orang Melayu di negara ini, namun kesan sampingan itu tak dapat dielakkan, iaitu kemunculan unsur perkauman apabila terdapat segelintir pihak membangkitkan persoalan sensitif - seperti membenci kaum lain yang menyimpang daripada Rukun Negara dan dasar gagasan 1Malaysia itu sendiri.

Rakyat Malaysia perlu juarai perjuangan penting, bukan asyik berhimpun....

oleh John Chin

TIADA SIAPA ADA MASA YANG CUKUP:  Jadi, ia benar-benar berlaku!
Di hari-hari tidak berjerubu, Kuala Lumpur dibanjiri dengan “sungai” baju merah dan kuning, dan jalan-jalannya ditinggalkan dengan sampah sarap.
Yang baju kuning datang kira-kira tiga minggu lepas dan yang merah pula minggu ini- pada hari Malaysia, 16 September.
Seperti air bah yang datang merusuh, kedua-dua kuning dan merah meninggalkan bekas mendalam kepada rakyat Malaysia- satu untuk kerajaan bebas korupsi, dan satu lagi mempertahankan hak orang Melayu- majoriti Bumiputera.
Entah bagaimana dalam kekecohan perjuangan menentang korupsi, ia diterjemahkan sebagai satu penghinaan kepada maruah orang Melayu.
Rakyat Malaysia yang berfikir hanya boleh terkesima dengan perjuangan sesetengah pihak.
Nampaknya kita perlu bertolak ansur korupsi kerana wujud kelompok dalam masyarakat yang nampaknya mengizinkannya.
Saya tidak berpihak kepada mana-mana!
Menurut demokrasi, semua pihak berhak untuk berdemonstrasi sekiranya mereka merasakan hak mereka di injak-injak.
Dan selaku masyarakat yang matang, kita perlu menerima dan bertolak ansur dengan perbezaan, kerana kita semua hidup dalam persekitaran kepelbagaian sosio-ekonomi.
Penganjur Bersih mendakwa 500,000 peserta yang memakai baju kuning telah turut serta, sementara aktivis merah pula berbangga dengan 350,000 orang yang datang.
Penting sangat ke!

Himpunan ‘baju merah’ baik, tidak seperti Bersih 4, sembang Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata perhimpunan "baju merah" berlangsung secara aman dan mempunyai objektif jelas, tidak seperti perhimpunan Bersih 4 yang mahu menjatuhkan kerajaan.
Selaras dengan kewujudan Akta Perhimpunan Aman 2012, Najib yang juga presiden Umno berkata adalah penting memberi ruang kepada rakyat bersuara.
"Jika tidak diberikan ruang ini, mereka akan mencari jalan lain untuk menyuarakan pendapat mereka," katanya.

Najib berkata "Himpunan Rakyat Bersatu" itu sudah pun mendapat kebenaran polis kerana motifnya yang jelas iaitu bukan menjatuhkan kerajaan. "Saya dimaklumkan oleh pihak polis bahawa kebenaran diberikan kerana pertama, mereka tidak berniat menjatuhkan kerajaan dan kedua, tiada persiapan perarakan berlangsung di tempat mereka mahu mendemonstrasi dan ketiga, mereka mendapat kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)."
Najib sebaliknya mempersoalkan objektif Bersih yang diharamkan pihak berkuasa.
"Perhimpunan Bersih diharamkan kerana objektif mereka adalah untuk menjatuhkan kerajaan di samping berdemonstrasi berhampiran tempat persiapan perarakan Hari Kebangsaan.
"Perhimpunan berkenaan, walau bagaimanapun, tetap diteruskan tanpa sekatan pihak berkuasa," kata Najib dalam audio dimuat naik di laman web Najibrazak.com.
Najib, bagaimanapun, menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi dengan hal keselamatan dan tindakan mengancam sensitiviti kaum lain.
"Sebab itulah apabila mereka menceroboh kawasan larangan, pihak berkuasa bertindak menyuraikan mereka walaupun terpaksa menggunakan meriam air."
Polis juga, katanya, sedang menyiasat mereka yang terlibat mencetuskan unsur perkauman dan sesiapa yang bersalah tetap akan didakwa di bawah Akta Hasutan. 

Abu Dhabi dakwa AS$1 bilion lagi daripada 1MDB hilang

Wall Street Journal (WSJ) hari ini melaporkan AS$1 bilion lagi bayaran kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada anak syarikat pelaburan Abu Dhabi daripada 1MDB masih belum ditemui. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 September, 2015.Wall Street Journal (WSJ) hari ini melaporkan AS$1 bilion lagi bayaran kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada anak syarikat pelaburan Abu Dhabi daripada 1MDB masih belum ditemui. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 September, 2015.Sepuluh hari selepas muncul tuduhan kehilangan bayaran AS$1.4 bilion (RM6.02 bilion) daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada anak syarikat pelaburan Abu Dhabi pada November 2014, Wall Street Journal (WSJ) hari ini melaporkan AS$1 bilion lagi masih belum ditemui.
Pegawai di sana cuba menjejak AS$993 juta yang dilaporkan dibayar 1MDB kepada International Petroleum Investment Co (IPIC), kata WSJ.
Akhbar harian perniagaan itu pada 9 September melaporkan IPIC, syarikat pelaburan negeri Emiriah Arab Bersatu menjamin AS$3.5 juta bon yang dikeluarkan 1MDB untuk membiayai pembelian loji jana kuasa pada 2012.

Sebagai balasan, IPIC ada opsyen untuk membeli 49% pegangan dalam loji jana kuasa itu dan juga sebagai cagaran bagi bon berkenaan. 1MDB melaporkan ia membayar semula IPIC AS$1 bilion, manakala pihak IPIC berkata tidak menerima bayaran kedua. Dana pelaburan negara itu berkata, akaun kewangannya yang diaudit dan ditandatangani oleh Deloitte, termasuk dengan AS$1.4 bilion yang didakwa hilang itu.
Pada Isnin, pendakwa persekutuan Switzerland berkata Malaysia bersetuju untuk mengaturkan penyiasat Switzerland menemubual saksi dalam siasatan mereka berhubung tuduhan rasuah dan penggubahan wang haram berkait dengan 1MDB.
Tuduhan hari ini menambah kepada masalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, memandangkan 1MDB adalah ilhamnya dan mengumpul hutang lebih RM42 bilion dalam tempoh 6 tahun beroperasi.
Rakyat Malaysia memilih untuk berdemonstrasi di jalanan pada 29 dan 30 Ogos lalu dalam perhimpunan Bersih 4 mendesak peletakan jawatan Najib susulan skandal 1MDB dan isu RM2.6 bilion diterima daripada penderma Timur Tengah terus ke akaun peribadinya menjelang pilihan raya umum pada 2013.
Pada Rabu, perhimpunan ‘baju merah’ diadakan sebagai tindakan balas terhadap Bersih 4 dan untuk menunjukkan sokongan kepada Najib.
-

Khairuddin disiasat polis kerana serah bukti skandal 1MDB kepada pihak berkuasa Switzerland

Pihak polis memanggil bekas pemimpin Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ke Bukit Aman pada Isnin depan kerana tindakannya menyerahkan bukti kepada pihak berkuasa Switzerland berhubung skandal membabitkan syarikat sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dalam satu kenyataan yang dimuatkan dalam akaun Facebooknya, Khairuddin berkata pihak polis memanggilnya bagi mengambil keterangan berkenaan bukti yang diserahkan kepada Peguam Negara Switzerland.
Bekas pemimpin Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata pihak polis memanggilnya bagi mengambil keterangan berkenaan bukti yang diserahkan kepada Peguam Negara Switzerland. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 September, 2015. "Saya dipanggil untuk proses siasatan di ibu pejabat PDRM Bukit Aman pada hari Isnin depan jam 11 pagi.

"Tadi apabila saya menanya melalui perbualan telefon dengan pegawai siasatan tersebut beliau mengesahkan bahawa saya akan disoal-siasat oleh pihak polis kerana menghantar bahan bukti kes skandal 1MDB kepada pejabat Peguam Negara Switzerland," kata bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu dalam kenyataan hari ini. Pada 20 Ogos lalu, Khairuddin mengemukakan bukti yang berkaitan dengan 1MDB kepada Peguam Negara Switzerland di Bern, meminta pihak berkuasa negara itu menyiasat aktiviti syarikat tersebut yang melibatkan bank negara itu dan beberapa bank antarabangsa.
Khairuddin mempersoalkan bentuk tekanan terbaru yang diberikan pihak berkuasa Malaysia dan mempertahankan tindakannya tersebut adalah demi menegakkan kebenaran.
"Sebelum ke Bukit Aman Isnin depan, saya ingin tanya pihak PDRM apakah tindakan saya mengikut lunas undang-undang untuk menyerah bahan bukti yang sama saya hantar kepada pihak polis di negara kita ke pejabat Peguam Negara di Bern, Switzerland itu menyalahi undang-undang? Adakah tindakan saya ini boleh dianggap sebagai jenayah?
"Saya mempunyai hak untuk membuat laporan di mana-mana negara di serata dunia dengan syarat mengikut lunas undang-undang antarabangsa," katanya.
Beliau juga berkata sistem undang-undang negara sudah terbalik apabila tiada tindakan diambil terhadap pesalah sebaliknya beliau pula kini menjadi mangsa.
"Undang-undang di tanah air kita dah jadi undang-undang 'tungging-terbalik' dan pihak penguat kuasa di Malaysia tidak mahu bertindak.
"Jadi, apakah tindakan saya untuk melaporkan kepada peguam negara di Switzerland satu kesalahan jenayah?" soalnya.

Azmin quizzed over by-election speech

Friday prayers disrupted, Imam slapped

Mat Sabu: 'Amoi Cina' tu macam cucu saya

DAP accuses S'gor Umno of objecting to new voters

Muhyiddin ingatkan - curi ayam pun kena tangkap...

Anina fail permohonan beku aset Najib

Antara aset yang dinyatakan oleh Anina dalam permohonan itu ialah kediaman Najib di Jalan Langgak Duta.
Anina-Saaduiddin,-najib
PETALING JAYA: Bekas ahli Wanita UMNO, Anina Saadudin memfailkan permohonan lanjutan kepada mahkamah supaya membekukan aset yang dimiliki oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tindakan lanjutan itu dibuat oleh Anina susulan samannya sebelum ini terhadap Najib berhubung wang derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.
Permohonan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menerusi tetuan Haniff Khatri pada Jumaat. Dalam permohonan itu, Anina selaku plaintif yang mewakili UMNO.
Dalam permohonan itu, Anina memohon antara lain supaya mahkamah membekukan penggunaan ataupun pelupusan ataupun menyusutan nilai sebarang aset Najib yang berada di dalam bidang kuasa mahkamah Malaysia setakat nilai sebanyak USD 650 juta sehingga saman pecah amanah yang difailkan sebelum ini dibicarakan.
Antara aset yang dinyatakan oleh Anina ialah kediaman Najib di alamat No 11 Jalan Langgak Duta, Off taman Duta, 50480 Kuala Lumpur.
“Saya juga di dalam permohonan yang sama memohon perintah untuk Najib membuat pendedahan bersumpah melalui affidavit untuk memperincikan kesemua aset Najib yang berada di dalam atau di luar mana-mana pihak lain yang memegang atas amanah Najib, untuk dilakukan dalam tempoh 10 hari tarikh perintah mahkamah,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Selain itu, Anina turut memohon mahkamah memberikan penghakiman kepada UMNO terhadap Najib berhubung salah satu daripada relief yang dinyatakan di dalam tindakan pecah amanah Najib yang melibatkan:

Muhyiddin: Orang jahat kena tangkap, tak boleh biar


Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Malaysia mengamalkan kedaulatan undang-undang dan akan menghukum sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan.
Justeru itu, beliau berkata, hasil siasatan 1MDB sepatutnya didedahkan untuk mengetahui siapa yang bersalah berhubung dakwaan skandal kewangan tersebut.
Sehubungan itu, katanya, sesiapa yang didapati bersalah tidak akan terlepas daripada hukuman yang termaktub dalam undang-undang.
"Macam 1MDB, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dah siasat, Bank Negara dah siasat, polis dah siasat, peguam negara sepatutnya dah selesai (siasat).
“Kalau semua dah siasat kita tengok siapa salah.
"Kalau ada orang yang salah, beritahu (sama ada) orang itu salah atau tak. Kalau dia salah mesti ada penjara, hukuman. Malaysia negara yang ikut kedaulatan undang-undang.
"Kalau curi wang pun kena tangkap, curi ayam pun kena tangkap. Semua orang buat jahat kena tangkap. Tak boleh biar," katanya sambil mendapat tepukan kira-kira 100 orang hadirin.
Timbalan presiden Umno itu berkata demikian dalam majlis perjumpaan bersama masyarakat Cina di Parlimen Pagoh hari ini.

WSJ: AS$1 bilion lagi dari 1MDB ke IPIC hilang


Bayaran hampir AS$1 bilion lagi daripada 1MDB kepada International Petroleum Investment Co (IPIC) yang berpangkalan di Abu Dhabi, Emeriah Arab Bersatu (UAE) didakwa hilang, menurut laporan The Wall Street Journal (WSJ).
Memetik pihak yang mengetahui perkara itu, harian kewangan antarabangsa itu melaporkan dakwaan kehilangan AS$993 juta itu dibangkitkan oleh pegawai-pegawai di Abu Dhabi.
WSJ melaporkan pegawai 1MDB dan IPIC tidak mengulas pertanyaan berkaitan perkara itu.
Minggu lalu, WSJ juga melaporkan IPUC tidak menerima AS$1.4 bilion daripada 1MDB.
Dengan dakwaan terbaru ini, jumlah transaksi keseluruhan yang dikatakan hilang antara dua syarikat itu dikatakan sebanyak AS$2.4 bilion.

Hadi: Tiada tahaluf siyasi dengan pengkhianat

Program perkauman rugikan negara, kata Muhyiddin

Pengharaman baju BERSIH, Azmin cabar KDN

Baju Merah: Kenyataan Annuar Musa bercanggah dengan Islam - Mapim

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengesa Tan Sri Annuar Musa menarik balik kenyataannya  yang memberi implikasi dan gambaran yang salah mengenai Islam.

Kenyataan Anuar Musa, ketika mempertahankan perhimpunan 16 September baru-baru ini apabila beliau menyatakan beliau adalah seorang rasis dan menambah dengan mendakwa beliau adalah rasis Islam.

"Dari mana Anuar mendapat fahaman ini. Dengan menyatakan pendirian tersebut seolah-olah beliau mendakwa dalam Islam ada fahaman rasisme. Apakah asas beliau untuk mengatakan wujud rasisme dalam Islam?

"Lebih berat lagi ialah  beliau telah menghina kesucian Islam sebagai agama yang mengajar sikap saling menghormati antara kaum," soal Presiden Mapim Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.

Jelas Mohd Azmi, perasaan marah kepada satu pihak yang kebetulan adalah satu kaum, tidak boleh dijadikan alasan untuk Anuar mengisytiharkan adanya rasisme dalam Islam.

Secara definisi, rasisme adalah sikap prejudis , diskriminasi atau menimbulkan rasa kebencian terhadap seseorang berasaskan bangsa dengan kepercayaan bahawa bangsanya sendiri adalah lebih tinggi darjatnya.

"Kami amat kesal keghairahan beliau untuk mempertahankan perhimpunan yang berbau rasis tersebut dengan alasan kononnya ada rasisme Islam," ujarnya.

Untuk mengelakkan kekliruan, Mapim menyeru agar pihak berkuasa agama dan para alim ulama mengeluarkan kenyataan supaya sikap ini perlu dibetulkan dan pernyataan  Annuar itu ditolak dengan tegas.