Khamis, 17 September 2015

'HANYA MEREKA' saja yang tahu....!!

Pembunuhan Altantuya Shaariibuu, Hussein Ahmad Najadi, Kevin Anthony Morais.. sungguh 'MISTERI' pembunuhan mereka.

Siapa nak sangat mereka mati? Apa motif???

KANTOI !!!.. Kalau nak sembang bab 'edit Photoshop' biarlah cerdik sikit. Jgn spt BODOH SOMBONG..

1) Apa yg tak 'real'nya.. Kalau nak nak 'real & strong' LIHATLAH 3 FOTO SEBAGAI BUKTI !!!

2) Memanglah perkataan 'SJKC' tampak tegak & lurus KERANA KAIN RENTANGAN DI BAWAH ADALAH TEGANG BERBANDING MELENDUT DI ATAS. SPM-Sains dulu dpt berapa !!

3) Undang2 apa sesuatu banner tak dibenarkan SATU FONT SAHAJA. Tahukah anda satu font memiliki byk ciri2nya. Antaranya 'font style' spt 'Regular' atau 'Italic'. Ini bermakna perkataan HAPUSKAN guna font-style Regular, manakala perkataan SJKC guna font-style Italic.

Mudahnya nak BERJIHAD di bumi Malaysia....

Sesiapa2 nak BERJIHAD , silalah maki hamun, menipu, perdaya, bertumbuk, tunjuk isyarat lucah, rempuh polis, baling kon, buang sampah merata-rata & pertahan pemimpin KORUP !!!

"ENOUGH IS ENOUGH.. pendatang tetap pendatang. BABI tetap BABI.. Takbir!! Allahuakhbar!!!"

Jamal kata jangan sensitif gelaran ‘Cina Babi’

Dia berkata gelaran itu tidak sepatutnya menjadi masalah besar kerana kerana babi atau khinzir merupakan kegemaran Orang Cina.

KUALA LUMPUR: Orang Cina tidak seharusnya sensitif dengan gelaran ‘Cina Babi’ yang dilaungkan oleh peserta Himpunan Rakyat Bersatu, kata Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia, Datuk Jamal Md Yunos.
Katanya, gelaran itu bukan masalah besar kerana babi atau khinzir merupakan kegemaran bagi bangsa Cina.
“Jangan ambil perkataan itu sebagai satu yang sensitif, bagi bangsa Melayu memang perkataan itu sensitif, tapi bagi bangsa Cina, apa salahnya.
“Kalau dengar secara keseluruhan, babi ni makanan dia (Cina) jadi, janganlah terlalu sensitif,” katanya kepada pemberita apabila diminta mengulas mengenai tindakan peserta himpunan itu yang menggelar beberapa orang wartawan berbangsa Cina.
Beberapa orang wartawan berbangsa Cina yang membuat liputan Himpunan Baju Merah pada Rabu dihalau oleh peserta himpunan berkenaan sewaktu menjalankan tugas
Bahkan, mereka juga telah menggelar wartawan tersebut dengan panggilan ‘Cina babi’.

Jamal tuduh "Otai Reformis" punca kekecohan Jalan Petaling

KUALA LUMPUR – Kekecohan di Jalan Petaling ketika Himpunan Rakyat Bersatu berlangsung semalam, didakwa dirancang dengan sengaja bagi mencemarkan himpunan yang berlangsung secara aman itu.

Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia, Datuk Jamal Md Yunos berkata, beliau tidak menolak kemungkinan insiden tersebut berpunca daripada provokasi  yang dilakukan oleh Otai Reformis.

“Sebahagian kecil daripada mereka yang berada di Jalan Petaling ini sebenarnya ‘terasa’ oleh provokasi oleh Otai Reformis. Kita dapati ada risalah-risalah diedarkan kepada peserta himpunan yang seolah-olah mencabar mereka.

”Jadi saya harap polis ambil tindakan terhadap Otai Reformis jika benar provokasi ini dilakukan oleh mereka. Jangan salahkan peserta saja, tetapi polis kena cari punca mereka rempuh Jalan Petaling,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Menurut Jamal, beliau tidak mengenali peserta di dalam insiden kekecohan tersebut dan yakin mereka bukan daripada 250 NGO yang terlibat dalam Himpunan  Rakyat Bersatu atau 'baju merah'.

“Saya tidak sokong apa yang dilakukan mereka sebab ini perhimpunan aman. Tetapi mereka ada memberitahu saya semalam, mereka bukan nak merusuh dengan peniaga Cina di Jalan Petaling.

“Sebaliknya mereka mahu cari Otai Reformis.Itu satu kemungkinan, saya pun tidak pasti. Mungkin mereka (Otai Reformis), mungkin juga ada udang di sebalik batu,” katanya.

'Bersih, jangan cabar Baju Merah' - Jamal

KUALA LUMPUR: Himpunan Rakyat Bersatu sedia berhadapan dengan Bersih 4 sekiranya mereka berhasrat untuk mengadakan sebarang perhimpunan lagi pada masa akan datang.

Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Jamal Md Yunos berkata mereka akan berkumpul pada waktu yang sama dengan pihak Bersih untuk membuat perhimpunan.

"Jangan cabar kami. Kami dalam kalangan NGO jika Bersih hendak buat himpunan lagi, kita akan turun pada hari dan waktu yang sama," tegasnya dalam satu sidang media di lobi PWTC di sini.

Menurut beliau, perhimpunan yang diadakan semalam adalah respons balas kepada perhimpunan Bersih 4 yang diadakan pada 29 hingga 30 Ogos lalu.

Jelasnya, sekiranya Bersih tidak melakukan perhimpunan dan menghina pemimpin Melayu, himpunan baju merah itu tidak akan berlaku.

"Perhimpunan semalam tercetus kerana Bersih 4 mengadakan himpunan haram. Ini kerana kebiadapan daripada himpunan itu dan menghina pemimpin-pemimpin kami.

"Kalau kita tidak diasak, kami sudah terbukti sejak Merdeka sanggup berkongsi.
"Orang Melayu jangan dicabar," kata Jamal.

Low Yat: Peguam negara gugur tuduhan menghasut terhadap Ali Tinju

Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Melayu Mohd Ali Baharom didakwa mengeluarkan kenyataan menghasut ketika kekecohan di luar Plaza Low Yat pada Julai lalu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 September, 2015.
Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Melayu Mohd Ali Baharom hari ini dibebaskan selepas pihak pendakwa raya menggugurkan tuduhan menghasut terhadapnya kerana mengeluarkan kenyataan menghasut di luar Plaza Low Yat pada Julai lalu.

Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim memberitahu Hakim Mahkamah Sesyen Azman Mustapha yang beliau diarahkan Jabatan Peguam Negara untuk menggugurkan pertuduhan itu.

Suhaimi berkata, pertuduhan itu digugurkan berikutan kekurangan bukti yang kukuh berdasarkan surat representasi kepada Pejabat Peguam Negara bulan lalu. Peguam negara yang juga pendakwa raya, mempunyai budi bicara di bawah Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan untuk tidak meneruskan perbicaraan kes jenayah.
Ali yang juga dikenali sebagai Ali Tinju didakwa mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan pada 16 Julai.
Ketika kejadian, beliau didakwa mengeluarkan kenyataan: "Baiklah, kita mahu keadilan ini. maruah orang Melayu, bukan kerana seorang budak Cina menyerang ramai orang Melayu. Inilah negeri Melayu. Bersatu, dan serang Cina DAP yang kurang ajar."
Ali adalah antara 3 individu yang ditahan pihak polis mengikut Akta Hasutan berhubung pergaduhan itu.
Dua lagi ialah blogger Wan Mohd Azri Wan Deris atau Papagomo dan Ketua Umno Bahagian Bagan Datuk Dr Shaikh Hussein Mydin.
Kekecohan di Plaza Low Yat tercetus pada 11 Julai lalu apabila 2 remaja datang ke sebuah kedai menjual telefon bimbit untuk membeli sebuah telefon pintar jenama Lenovo S860 bernilai RM799.
Jurujual yang melayan mereka memberitahu polis remaja berkenaan melarikan diri bersama telefon dan kembali semula untuk mendapatkan hadiah percuma.

PKR adakan persidangan meja bulat bincang pakatan pembangkang baharu

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pihaknya  sejak sebulan lalu sudah mengambil  inisiatif untuk bertemu dan berbincang dengan pimpinan parti pembangkang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 September, 2015.
PKR bakal mengadakan persidangan meja bulat pada Selasa depan bagi membincangkan pembetukan pakatan pembangkang baharu.
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pihaknya  sejak sebulan lalu sudah mengambil  inisiatif untuk bertemu dan berbincang dengan pimpinan parti pembangkang .
Ketua pembangkang itu berkata, usaha pembentukan pakatan baharu amat penting kerana krisis politik dan skandal membabitkan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Muktahir ini, pelbagai kemelut negara akibat ketempangan kepimpinan kerajaan  Najib  sebagai perdana menteri  membebankan rakyat. " Rakyat meletakkan harapan yang tinggi supaya parti-parti pembangkang di negara ini bersatu dalam sebuah pakatan yang harmoni demi tujuan bersama membela rakyat dan menewaskan Umno/Barisan Nasional," kata ahli Parlimen Permatang Pauh itu dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau juga membayangkan pertemuan  yang dilakukan pihaknya  menerima reaksi positif parti pembangkang lain.
"Alhamdulillah melalui pertemuan-pertemuan ini, saya yakin ada kesepakatan yang kukuh ke arah membentuk sebuah pakatan pembangkang baru seperti yang dikehendaki rakyat," katanya.
PKR dikritik penyokong pembangkang kerana mengajak PAS menyertai  pakatan pembangkang baharu kerana parti Islam itu dianggap sebagai punca Pakatan Rakyat berpecah Julai lalu.
PAS bertelingkah dengan DAP berhubung rang undang-undang hudud Kelantan dan pilihan raya majlis tempatan pada 6 bulan pertama tahun ini.
Tahun lepas, hubungannya dengan PKR tegang selepas beberapa pemimpin konservatif PAS menarik balik janji mereka menyokong langkah menukar menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Muktamar PAS pada Jun menyaksikan pemimpin-pemimpin progresif yang menyokong Pakatan Rakyat ditewaskan.
Kumpulan progresif dipimpin Mohamad Sabu akhirnya menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah) ‎yang dilancarkan pada 16 September sempena Hari Malaysia.

PKR tidak tahu apa-apa dan keliru tentang pakatan pembangkang!

oleh Ahmad Mustapha Hassan
PKR sedang bermain permainan yang sangat bahaya, yang mungkin akan memusnahkan pakatan sepenuhnya ketika berdepan dengan Umno Baru untuk pilihanraya umum 2018. Ia cuba untuk memuaskan hati semua pihak dalam kem pembangkang. Dengan berbuat begini ia tidak akan memuaskan hati sesiapa, dan akan dibiarkan bersendirian untuk berjuang dalam pilihanraya nanti.
PAS tidak akan bekerjasama dengan PKR. Ini terbukti apabila PKR menerima dua ahli penting parti Islam itu masuk ke dalam partinya. Ia mahu bekerjasama dengan PAS, tetapi masih bersedia menerima mereka yang keluar daripada PAS. Perkara yang sukar diterima akal.
PKR mengatakan menerusi timbalan presiden Azmin Ali yang PKR mahu PAS berada dalam gabungan pakatan baru walaupun DAP dan Amanah menentang tindakan ini.
Azmin berkata, “ Kita sudah lama membincangkan perkara ini dan mengambil kira pandangan dan maklumbalas yang kita terima dari ketua ulung, yang berkata PKR sentiasa memasukan semua orang.” Dalam kata lain Anwar mahukan PAS berada dalam pakatan baru ini.
PKR berada dalam kedudukan yang sukar. Salah seorang pemimpin berpengaruh PAS telah menyatakan yang mereka tidak akan bekerjasama dengan PKR sekiranya PKR berkerjasama dengan DAP dan Amanah.
PAS hanya mementingkan diri sendiri dan tidak pernah menerima konsep tentang apakah masa hadapan yang dikongsi bersama. Ia hanya bergantung kepada harapan mahu melaksanakan hukum hudud di negara ini. Ini pastinya bertentangan dengan semangat dan asas pakatan pembangkang, sekularisme.
PKR perlu menyedari yang PAS dalam kekeliruan dan sedang cemas. Ia berusaha merapatkan diri dengan Umno Baru tetapi masih belum mendapat maklum balas yang baik dari partin itu. Umno Baru pula ketika ini sedang bergelut dengan pelbagai jenis skandal. Pemimpin-pemimpinnya sedang berdiri di atas tanah yang sedang retak menanti belah.
PKR sengaja enggan berdepan dengan realiti yang PAS adalah risiko kepada mana-mana gabungan pembangkang di masa hadapan.

Saya tidak rasa maruah Melayu tercabar - Pak Lah

KUALA LUMPUR: Maruah kaum Melayu tidak tercabar di negara ini, kata bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi.

"Mungkin ada pihak yang merasakannya (maruah Melayu tercabar), tetapi saya tidak merasakan maruah kaum Melayu tercabar," kata Abdullah.

Beliau diminta mengulas mengenai penganjuran Himpunan Rakyat Bersatu pada Rabu.

"Bagi saya, janganlah lakukan perkara yang boleh menjejaskan keharmonian kaum.

"Jika ada kumpulan yang ingin suarakan kehendak atau pandangan mereka, silalah tetapi jangan sampai cetuskan pergaduhan," kata Abdullah ketika ditemui selepas majlis makan tengah hari di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di Kuala Lumpur petang tadi.

Sementara itu, Abdullah turut menafikan kewujudan konsep rasisme dalam Islam.

"Tidak," jawab beliau sambil menggelengkan kepalanya ketika ditanya oleh wartawan.
Sebelum ini, Tan Sri Annuar Musa dilaporkan berkata konsep rasisme dalam Islam adalah dibenarkan.

Orang Melayu tidak berdiam diri apabila dicabar, kata Zahid

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata orang Melayu tidak akan berdiam diri sebaliknya bangkit mempertahankan maruah bangsa mereka apabila dicabar.
"Apabila maruah kita (orang Melayu) dicabar, adakah kita mahu terus ditolak ke dinding dan kita berdiam diri. Jangan harap itu berlaku, kita akan bangkit menjaga maruah dan sahsiah kita," katanya ketika berucap merasmikan Seminar Keselamatan dan Pengurusan Sempadan anjuran Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok.
Turut hadir Naib Canselor UUM Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.

Zahid yang juga Naib Presiden Umno berkata demikian semasa merujuk kepada Himpunan Rakyat Bersatu anjuran Persatuan Seni Silat Kebangsaan (Pesaka) dan disertai ahli 250 badan bukan kerajaan (NGO) lain di Padang Merbok, Kuala Lumpur semalam. Menurutnya walaupun polis menyatakan perhimpunan itu disertai kira-kira 35,000 orang, tetapi beliau berpendapat jumlahnya jauh lebih besar hingga mencecah 150,000 orang.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan pihak yang menganjurkan perhimpunan sebanyak 4 kali sebelum ini supaya tidak menganggap mereka mendapat sokongan majoriti sehingga menafikan golongan majoriti yang senyap.

Tindakan undang-undang perlu diambil terhadap himpunan ‘baju merah’, kata Suhakam


Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini kecewa dengan perhimpunan "#Merah169" atau Himpunan Rakyat Bersatu yang berlangsung semalam kerana berlangsung secara tidak aman, kata Tan Sri Hasmy Agam. Pengerusi Suhakam itu berkata, insiden itu berlaku berikutan sekumpulan peserta bertindak merempuh garis sekatan polis dalam usaha mereka untuk memasuki beberapa kawasan larangan sekitar Kuala Lumpur seperti yang dipersetujui antara penganjur dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Hasmy mencadangkan supaya tindakan undang-undang yang sewajarnya mesti diambil.

"Suruhanjaya juga bimbang dengan tindakan yang tidak bertanggungjawab dan konfrontasi daripada beberapa peserta yang bertindak menghasut apabila membawa sepanduk dengan sentimen perkauman serta mengeluarkan slogan yang menggalakkan kebencian kaum dan agama dalam masyarakat Malaysia yang sekular dan berbilang agama.  "Suruhanjaya berpendapat, tingkah laku sebegini merupakan provokasi keganasan yang sengaja, malah tidak boleh dibiarkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ambiga, pemimpin PKR disiasat kerana pakai baju-T Bersih 4

Bekas pengerusi bersama Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan bersama-sama Ahli Parlimen Kapar G Manivanan dan Exco Selangor Elizabeth Wong hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya bagi memberi keterangan berhubung siasatan kerana memakai baju-T Bersih 4. – Gambar The Malaysian Insider Afif Abd Halim, 17 September, 2015.
Bekas pengerusi bersama Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan bersama-sama Ahli Parlimen Kapar G Manivanan dan Exco Selangor Elizabeth Wong disiasat polis kerana memakai baju-T Bersih 4.
Kesemua mereka dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dengan ditemani Peguam Latheefa Koya.
"Mereka disoal siasat kerana memakai baju-T Bersih 4, kerana ia merupakan larangan bawah di bawah Akta Percetakan dan Penerbitan," kata Latheefa kepada pemberita selepas mereka selesai memberi keterangan.

Beliau berkata, polis turut bertanyakan soalan berkenaan pendapat mereka terhadap himpunan "baju merah" yang berlangsung semalam di ibu negara.  "Ada soalan yang bertanyakan mengenai pendapat mereka sama ada Bersih 4 berjaya, dan mereka tanya pendapat tentang himpinan baju merah," katanya.
Sementara itu, Wong, berkata, soalan-soalan yang dikemukakan polis kepada mereka juga tidak masuk akal.
"Soalan-soalan mereka tidak masuk akal, kami disiasat hanya kerana baju-T. Mereka tanya mengenai himpunan baju merah. Ini cara untuk menekak aktivis, termasuk ahli politik," katanya.
"Isunya bukan baju kuning atau merah tapi makna sebenar Bersih4, dan isu yang diperjuangkan Bersih," katanya.
Ambiga berkata, pihaknya kini sedang berbincang dengan peguam bagi mencabar keputusan kerajaan berkenaan larangan memakai baju-T tersebut.
"Saya akan cabar untuk kegilaan ini dihentikan," kata Ambiga.
Kesemua mereka disiasat di bawah Seksyen 8 akta tersebut.

Himpunan baju merah yang disokong Najib jadi medan kutuk kaum bukan-Melayu


hbm1
Perhimpunan baju merah di Kuala Lumpur semalam telah menjadi medan mengecam dan mengutuk kaum bukan-Melayu, khususnya kaum Cina, dengan kata-kata kesat.
Malah, ia bersifat provokasi perkauman dengan justifikasi agama yang menggunakan tafsiran yang salah, kata aktivis muda DAP, Nor Miswary Ramli.
Beliau selaku Penolong Setiausaha DAP USJ Subang Jaya berkata, tindakan puak tersebut mengaitkan DAP kerana kegagalan UMNO-Barisan Nasional membela maruah Melayu adalah bukti tindakan mereka yang berada di luar ketamadunan manusia.
“Dakwaan tersebut jelas berniat jahat dan sangat tidak berasas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Di perhimpunan semalam para peserta dilaporkan mengutuk dan menyerang polis di kawasan perniagaan Petaling Street.
Selain itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Annuar Musa, dengan angkuhnya menyatakan perkauman adalah sesuatu yang dibenarkan oleh Islam, dan tidak ada salahnya menjadi rasis untuk mempertahankan kaum sendiri “asalkan tidak menzalimi kaum lain”.
Ketua Penerangan UMNO yang berjawatan timbalan menteri, Datuk Ahmad Maslan serta beberapa pemimpin UMNO turut hadir memberi sokongan kepada perhimpunan perkauman itu.

Annuar Musa dinasihat jangan jadi seperti Yahudi - Wan Ji

Dalam al-Quran adan menyebut sesiapa yang mengagungkan bangsa adalah Yahudi.
Wan-Ji-Wan-Hussin_Annuar-Musa_600
PETALING JAYA: Kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Annuar Musa yang menyifatkan perkauman itu dituntut dalam Islam bagi mempertahankan hak adalah bertentangan dengan ajaran Islam.
Badan Pemantapan dan Pemahaman Agama, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Wan Ji Wan Hussin berkata, kenyataan Annuar itu boleh merosakkan imej Islam.
Malah, katanya, kenyataan Annuar itu juga seolah-olah mengikut jejak langkah Yahudi kerana dalam al-Quran ada menyebut sesiapa yang mengagumkan bangsa adalah Yahudi.
“Di Malaysia, terdapat pelbagai agama yang dianuti, seperti Hindu, Buddha, Kristian termasuk agama Islam.
“Semua agama ini tidak menyeru kepada perkauman,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Bekas ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Selangor turut memberi amaran supaya Annuar jangan mengaitkan Islam dengan perkauman.
Katanya, perbuatan itu seperti mahu merendah-rendahkan martabat Islam di hadapan penganut agama lain.
“Sebagai orang beragama Islam, sewajibnya Annuar menonjolkan Islam sebagai agama yang memberi rahmat sekalian alam, bukan memberikan imej buruk pada Islam sehingga sanggup selewengkan Islam yang kononnya pro-perkauman,” katanya.

'300,000 berbaju merah, tapi sejuta lagi sokong Najib' ampu Jamal

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mempunyai sejuta penyokong di belakangnya seperti yang dibuktikan oleh perhimpunan baju merah semalam.
Pengerusi Gabungan NGO Melayu Datuk Jamal Md Yunos mendakwa sejuta penyokong itu ialah orang ramai yang memakai baju merah tetapi menurutnya tidak berkumpul bersama 300,000 peserta lain di Kuala Lumpur.
"Sasaran satu juta yang tak bersama dengan kita, yang tidak dapat hadir, sudah jadi kenyataan.
"Ramai tidak dapat masuk ke Padang Merbok. Mesej bahawa 300,000 orang Melayu berbaju merah semalam ini merupakan pendukung kepada demokrasi negara.
"Mereka yang memberi mandat kepada Najib sebagai perdana menteri dan mereka ialah suara rakyat yang menyokong beliau dan barisan kepimpinan," katanya dalam sidang medianya hari ini.
Bagaimanapun polis menganggarkan seramai 50,000 peserta menyertai perhimpunan tersebut di Padang Merbok.

Baju Merah: IGP kesal tindakan menghina kaum, ikrar siasat


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar meluahkan rasa kesal berkaitan penghinaan kaum dan kain rentang yang provokatif seaktu perhimpunan Baju Merah semalam.
Beliau turut mengkritik peserta yang membaling botol ke arah anggotanya dan enggan mengikut arahan bersurai sewaktu di Jalan Petaling.
"Saya memberi amaran kepada mereka sebelum perhimpunan bahawa mereka tidak sepatutnya melampaui batas dengan menghina kaum atau membawa sepanduk yang memperkecilkan kaum lain dan menggugat keamanan.
"Malangnya, ada di kalangan mereka tidak mematuhi amaran. Seperti yang saya selalu kata, 'berani buat, berani tanggung'.
"Jadi jangan bising bila kami buat siasatan," katanya kepada Malaysiakini.
Ketua polis negara itu mengulas laporan polis yang dibuat berhubung perhimpunan itu yang dikenali sebagai 'Himpunan Rakyat Bersatu'.

Utusan diperintah bayar RM200,000 kepada Tony Pua kerana memfitnah

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad membayar ganti rugi RM200,000 kepada anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee berhubung artikel yang diterbitkan di akhbar Utusan Malaysia, tahun lepas.
Peguam Elly Azureen Khalid yang mewakili Utusan Melayu memberitahu pemberita, mahkamah membuat perintah itu selepas syarikat akhbar itu menerbitkan permohonan maaf berhubung penerbitan artikel yang bertajuk "Tony, Anwar Dirujuk Jawatankuasa Hak dan Kebebasan" pada 15 November tahun lepas.
 Elly Azureen berkata akhbar itu menerbitkan permohonan maaf tersebut pada 23 Mei lepas.
Beliau berkata Hakim Datuk Hue Siew Kheng yang membuat keputusan itu dalam kamarnya juga memerintahkan Utusan Melayu membayar kos RM15,000 kepada Pua.
Pada 16 Januari tahun ini, Pua menfailkan saman itu dan mendakwa artikel itu yang mengandungi empat pernyataan fitnah antara lain bermaksud beliau seorang ahli politik yang tidak bermoral, tidak tahu malu dan ahli perniagaan yang tidak cekap.
Beliau memohon ganti rugi am, teruk, faedah, kos dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
Peguam Guok Ngek Seong mewakili Pua.
- Bernama

Jamal: Himpunan Baju Merah 2.0 jika ada Bersih 5.0

Penganjur sedia mengadakan Himpunan Baju Merah 2.0 pada hari dan waktu yang sama dengan Bersih 5.0.
jamal,cina
KUALA LUMPUR: Dengan kehadiran 300,000 peserta, penganjur Himpunan Rakyat Bersatu atau Baju Merah mengancam untuk terus mengadakan himpunan itu jika Bersih 5.0 diadakan.
Pengerusi Gabungan NGO Melayu, Datuk Jamal Md Yunos, berkata pihaknya tidak gentar untuk mengadakan perhimpunan pada tarikh dan waktu yang sama dengan Bersih 5.0
“Kalau Bersih nak buat lagi, kita akan turun pada tarikh yang sama. Jangan cabar kami, kerana semalam (16 Sept) kami sudah buktikan,” ujarnya.
Jelas Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu lagi, Himpunan Baju Merah semalam telah membuktikan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih lagi mendapat sokongan jitu daripada rakyat.
“Anggaran 300,000 peserta itu berjaya dicapai dan masih ramai lagi yang tidak dapat masuk ke Padang Merbok. Semalam juga seramai satu juta orang telah pakai baju merah.
“Inilah suara rakyat yang masih menyokong Najib serta barisan kepimpinan yang dilantik beliau,” ujarnya dalam sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pada Khamis.
Bagaimannapun apabila diminta statistik kehadiran peserta ke himpunan itu, Jamal tidak mendedahkan bagaimana beliau mendapat statistik kehadiran 300,000 peserta itu.
Pada masa sama, Jamal juga menegaskan bahawa segala kritikan dan laporan berita mengenai kontroversi syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dan isu wang derma RM2.6 bilion hanyalah fitnah semata-mata yang ditimbulkan pembangkang.

'Apa salahnya dengan Cina Babi, itu makan mereka' kata Jamal


Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos telah menawarkan hujah gastronomi untuk menangkis dakwaan bahawa istilah 'Cina Babi' menghina masyarakat Cina.
Sambil menggesa semua pihak tidak mengeksploitasi perkara itu, beliau berkata, istilah 'babi' hanya menyinggung perasaan orang Melayu kerana memakan daging babi adalah haram dalam Islam.
"Anda perlu mendengar keseluruhannya, bukan hanya beberapa perkataan.
"Janganlah ambil perkataan (itu) sebagai isu. Bagi Melayu, babi itu sensitif.
"Tetapi bagi orang Cina, apa salahnya? Itu makanan mereka," katanya dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau menjawab soalan mengenai peserta perhimpunan baju merah semalam yang menggunakan istilah itu terhadap pemberita Cina.

Baju Merah sedia berdepan Bersih 4.0 pada himpunan akan datang

Himpunan Rakyat Bersatu sedia berdepan dengan Bersih 4.0 sekiranya mereka berhasrat untuk mengadakan himpunan pada masa akan datang.
Pengerusi NGO Malaysia, Datuk Jamal Md Yunos berkata, mereka akan berkumpul pada waktu yang sama Bersih 4.0 akan berhimpun.
“Kami di kalangan NGO, jika bersih hendak buat lagi, kita akan turun pada hari dan waktu yang sama.
“Jangan cabar kami,” tegasnya dalam satu sidang media di lobi Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Menurut Jamal, perhimpunan yang diadakan semalam merupakan respon balas kepada Himpunan Bersih 4.0 yang diadakan pada 29 hingga 30 Ogos lalu.
Jelasnya, sekiranya Bersih tidak melakukan perhimpunan dan menghina pemimpin Melayu, himpunan ‘Baju Merah’ tidak berlaku.
“Perhimpunan semalam tercetus apabila Bersih 4 mengadakan himpunan haram. Kalau tidak, perkara ini tidak berlaku. Kerana kebiadapan daripada himpunan tersebut, menghina pemimpin-pemimpin kami.
“Kalau kita tidak diasak, kami sudah terbukti sejak merdeka sanggup berkongsi. Orang Melayu jangan dicabar,” tegasnya.

Wartawan kecam gangguan semasa himpunan 'Baju Merah'

Perikatan longgar wartawan dan pengamal media Gerakan Media Marah (GERAMM) mengecam insiden gangguan terhadap petugas media yang membuat liputan Himpunan Rakyat Bersatu semalam.
Dalam kenyataan kumpulan itu petang ini, sekurang-kurangnya lima petugas media dihina dengan kata-kata berbaur perkauman serta diganggu oleh peserta himpunan 'baju merah' itu.
GERAMM berkata seorang wartawan dan jurukamera dari saluran berbahasa Cina Astro AEC diejek oleh sekumpulan peserta apabia mereka bertanya kepada seorang peserta himpunan untuk menjelaskan, "Apa contoh Melayu dihina?".
"Mereka kemudiannya diiringi oleh pihak polis agar menjauh dari tempat kejadian," kata GERAMM.
Kumpulan itu juga berkata dua wartawan wanita The Star turut diganggu dan digelar "keling bangsat" dan "bangsat Cina" semasa membuat liputan pertembungan antara peserta perhimpunan dan polis di Jalan Petaling.
"Seorang wartawan wanita dari Malaysiakini telah digelar "Cina gila babi" setelah dia cuba bertanyakan soalan kepada peserta perhimpunan yang berkumpul di Petaling Street
"Peserta perhimpunan juga dilaporkan telah mengugut petugas media semasa pertembungan dengan pihak polis, menggunakan kata-kata kesat, ungkapan seksis, ugutan serta hinaan berbaur perkauman," kata kumpulan itu.
GERAMM juga berkata terdapat juga laporan yang tidak disahkan bahawa seorang jurugambar berbangsa Cina telah ditendang oleh peserta perhimpunan.
"GERAMM ingin menegaskan bahawa serangan terhadap media adalah satu bentuk tindakan yang tidak dapat diterima, terutama dalam kes-kes seumpama ini di mana serangan adalah semata-mata berdasarkan kaum, agama atau jantina seseorang," katanya.
Kumpulan itu juga menegas petugas media sepatutnya dibenarkan menjalakan tugas dan tindakan menghalang tugas meraka seumpama menghalang tukang kasut dari membaiki kasut atau bomba dari memadamkan api.
GERAMM turut mengucapkan terima kasih kami kepada polis yang bertugas secara profesional sepanjang perhimpunan semalam, yang dianggarkan dihadiri sebanyak 50,000 orang.

Tergadai: K'jaan disaran tubuh tribunal kawal rizab Melayu

Kerajaan perlu menubuhkan Tribunal Tanah bagi mengawal selia urusan penjualan dan pembelian tanah rakyat khasnya membabitkan tanah rizab Melayu, kata Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.
"Tanah rizab Melayu ada termaktub dalam Perlembagaan. Setiap negeri patut ada tapi kini hanya tinggal beberapa peratus sahaja. Mana pergi yang lain apa sudah jadi?
"Kalau kerajaan boleh tubuh Mahkamah Pembinaan dan Tribunal Khas untuk jaga hal ehwal pembinaan dan jual beli rumah, kenapa tidak tubuhkan Tribunal Tanah?" katanya.
Cadangan itu dilontarkan Abu Zahar ketika berucap di Wacana Fikrah Ummah ke-7 "Peranan Institusi Parlimen Dalam Menjaga Kepentingan Melayu Menerusi Perlembagaan" di Menara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di ibunegara hari ini yang turut dihadiri Ketua Pengarahnya Datuk Dr Awang Sariyan.
Abu Zahar berkata tribunal itu jika ditubuhkan diyakini mampu mempertahan dan mengawal penjualan tanah milik orang Melayu yang mungkin mudah 'dijolok' dengan tawaran keuntungan untuk menjual tanah mereka.
Abu Zahar berkata Tribunal Tanah itu juga dilihat mampu mengelak berlakunya kes penipuan jual beli tanah rizab Melayu yang seolah-olah 'lenyap' tanpa disedari pemilik tanah sehinggalah terbinanya bangunan tinggi atau kawasan perumahan.
Memberi contoh kes membabitkan penipuan jual beli tanah rizab Melayu menggunakan geran palsu, Abu Zahar menekankan betapa mudah tanah berkenaan terlepas daripada pegangan orang Melayu.
"Ada individu kononnya ketua kampung, palsukan geran asal tanah tanpa pengetahuan pemilik tanah. Tanah kemudian dijual kepada pemaju dan projek pembinaan diluluskan Pejabat Tanah. Semudah itu tanah Melayu dijual," katanya.

Dalam perkembangan lain, Abu Zahar berkata sudah tiba masanya kerajaan mewujudkan pendekatan baru berhubung permohonan kerakyatan daripada warga asing agar proses kelulusan diperketatkan.
"Ketika ini, pemohon perlu melalui kriteria seperti mengamalkan Bahasa Malaysia dan adat resam contohnya sebelum diluluskan kerakyatan. Kajian perlu dilakukan untuk ketatkan permohonan. Bukan bagi dengan begitu senang dan mudah kepada warga asing.
Katanya perkara ini memerlukan iltizam politik dan pergorbanan semua pihak termasuk badan bukan kerajaan dan masyarakat untuk menjayakannya.
- Bernama

PERSIDANGAN MEJA BULAT KE ARAH PEMBENTUKAN PAKATAN PEMBANGKANG YANG BARU


Mutakhir ini, pelbagai kemelut negara akibat ketempangan kepimpinan kerajaan di bawah YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri telah membebankan rakyat. Rakyat meletakkan harapan yang tinggi supaya parti-parti pembangkang di negara ini bersatu dalam sebuah pakatan yang harmoni demi tujuan bersama membela rakyat dan menewaskan Umno/Barisan Nasional.
Sebagai Ketua Pembangkang, saya telah mengambil inisiatif untuk duduk berbincang dengan pimpinan parti-parti pembangkang utama sejak sebulan yang lalu. Alhamdulillah melalui pertemuan-pertemuan ini, saya yakin ada kesepakatan yang kukuh ke arah membentuk sebuah pakatan pembangkang baru seperti yang dikehendaki rakyat.
Justeru, saya dengan penuh keinsafan dan harapan akan menganjurkan satu persidangan meja bulat ke arah pembentukan sebuah pakatan pembangkang baru, seperti berikut:

Tarikh : Selasa, 22 September 2015
Tempat : Banquet Hall, Hotel Empire Subang Jaya

Aturcara
930 pagi : Pendaftaran pimpinan parti-parti politik, NGO & pemerhati
10 pagi : Persidangan meja bulat
12 tengahari : Sidang media

Pada hari ini, saya telah memanjangkan jemputan kepada pimpinan parti-parti pembangkang utama iaitu YB Dato’ Seri Abdul Hadi Awang (Presiden PAS), YB Saudara Lim Kit Siang (Ketua Parlimen DAP) dan YBhg Tuan Haji Mohamad Sabu (Presiden AMANAH) untuk menyertai persidangan meja bulat itu bersama-sama 3 pimpinan kanan lain dari setiap parti. Selain pimpinan parti-parti pembangkang, saya juga telah memanjangkan jemputan yang sama kepada pimpinan NGO seperti ABIM, Wadah, IKRAM, BERSIH dan Negaraku serta tokoh-tokoh seperti Dato’ Saifuddin Abdullah, Tan Sri Simon Sipaun dan lain-lain.
Saya memanggil persidangan meja bulat ini untuk membincangkan perkara-perkara penting yang perlu dipersetujui bersama ke arah pembentukan sebuah pakatan pembangkang baru dengan mengambil kira pandangan semua pihak yang selama ini bersama-sama berjuang untuk melahirkan sebuah Malaysia yang adil, inklusif, harmoni dan berdaya saing.
Saya yakin semua pihak akan mengenepikan perbezaan demi melahirkan sebuah pakatan pembangkang baru yang berkesan untuk membela rakyat dan menumpaskan Umno/Barisan Nasional.

YB DATO’ SERI DR WAN AZIZAH ISMAIL
Ketua Pembangkang Malaysia
Presiden KEADILAN

What will the Malays gain from the rally?

The organisers and those who spoke at the gathering will stand in line for the opportunity to kiss Prime Minister Najib Abdul Razak's hand.
najib-baju-merah
KUALA LUMPUR: The rally by the Red Shirts in Padang Merbok to support embattled Prime Minister Najib Abdul Razak, said a political analyst, was not as great as made out to be. He added that even by the most generous estimates, the number of people at Padang Merbok could not have exceeded the crowd at a football match at Stadium Bukit Jalil i.e. an average 70,000 people. The police meanwhile, gave an official estimate on Wednesday night of 35,000 people, pointed out the analyst.
In the aftermath, he expects the organisers and those who spoke at the gathering to stand in line for the opportunity to kiss Najib’s hand. “This is the opportunity for them to take advantage of him being in an extremely difficult position and squeeze the maximum that they can from him.”
“What do the Malays themselves get from all this, a rally held to regain their dignity? Will all their demands be met by the government in Putrajaya?”
The Malays will not get anything from the government under Najib, predicts Shahbudin Husin. “Instead, he would have to bend over backwards and accommodate the non-Malays even more for all the racist and inflammatory remarks made against them in Padang Merbok. Otherwise, Najib would not get even a single non-Malay vote.”
“This is the kind of politics played by Najib all along to mislead the Malays.”
What was important for the organisers and those who took to the stage to give inflammatory speeches, said the analyst, was that they had an opportunity to root for Najib and convey the information to him as if his presence now was halal and therefore he could continue living in his dream world. “They are not bothered that the three million Umno members were nowhere in evidence.”

Malays take to Twitter to denounce #Himpun16

The silent majority is not so silent on social media.
merah,twitter
Even as tens of thousands of Red Shirts made their presence felt in Kuala Lumpur, Malays from all walks of life voiced out their disgust at the racially charged rally over social media. The rally failed to attract widespread Malay support, drawing well below the projected million-strong crowd so desired by Jamal Yunos, the man who instigated it in the first place.
The hashtags “Malays” and “Petaling Street” trended on Twitter as netizens took their shots at the rally goers and organisers, with many expressing shame and disappointment at both the intentions of the rally and the actions of its participants, particularly at Petaling Street.
Ashraf Ariff tweeted that “the country is run by Malays and being ruined by Malays. Why are the Chinese being demonised?” Hafiz Noor Sham proclaimed that while Umno appeared to frame the rally as Malay versus Chinese, it was actually more about Umno Malays versus the rest of multi-ethnic Malaysia, including non-Umno Malays.
Haseef Mikhail shared his memories of being welcomed wholeheartedly when he attended a Chinese vernacular school, and expressed disappointment at the rallying Malays by saying that he felt embarrassed to be Malay. Audi Khalid, another Twitter user, also shared his school memories, recalling being called “Cina babi (Chinese pig)” and “Christian” because he got along well with his Chinese friends.
Some took to social media to share messages of hope. Nalisa Alia Amin affirmed that Malaysia was not only for the Malays, but also for the Chinese, Indians, natives, and any who wish to call Malaysia home, and former TV host Johan Khairuddin proclaimed that he was Malay, Muslim, and Malaysian, but not a racist.

Siapa Rafidah untuk menidakkan bangsa Melayu? Tuhan? – Pembela

Rafidah Aziz disifatkan sebagai warga derhaka kepada Tanah Melayu kerana membuat kenyataan yang bertentangan dengan sejarah Tanah Melayu.
isma-rafidah
PETALING JAYA: Bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz dinasihatkan supaya belajar semula sejarah kemerdekaan negara serta memahami tujuh wasiat Raja-raja Melayu.
Nasihat itu diberikan oleh Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Mohamed Hafiz Mohamed Nordin susulan kenyataan Rafidah yang mahukan bangsa Melayu untuk tidak lagi memperkenalkan diri mengikut kaum berikutan hidup di negara majmuk.
Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu juga juga dilaporkan berkata Tanah Melayu kini sudah tiada, yang ada cuma Malaysia.
“Rafidah patut belajar semula sejarah. Saya tidak sangka seorang bekas menteri, seorang bekas pemimpin parti Melayu UMNO tidak faham tentang keistimewaan Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak patuh kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan terutamanya artikel 153, 152 dan 89 yang bersabit dengan keMelayuan.
“Kenyataan beliau itu tidak berpijak di bumi yang nyata. Siapa Rafidah untuk menidakkan bangsa Melayu? Tuhan?,” katanya seperti dilaporkan Ismaweb.
Mohamed Hafiz juga menyifatkan Rafidah sebagai warga derhaka kepada Tanah Melayu kerana membuat kenyataan itu.

Penganjur Himpunan Baju Merah perlu diambil tindakan – Rais Yatim

Kekecohan di Jalan Petaling telah tersebar dan menjejaskan imej penganjur dan pasukan polis yang dilihat seolah-olah gagal mengawal keadaan.
rais,merah
KUALA LUMPUR: Tan Sri Dr Rais Yatim menggesa penganjur dan peserta Himpunan Baju Merah dikenakan tindakan undang-undang kerana menimbulkan kekecohan di Jalan Petaling.
Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan Malaysia itu berkata, kejadian kekecohan itu telah tersebar di media sosial dan telah memberi tanggapan buruk terhadap penganjur dan peserta.
Selain itu, katanya, masyarakat juga berpandangan negatif terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana dilihat tidak mampu mengawal himpunan itu yang sepatutnya berjalan aman.
Antara syarat kebenaran yang diberikan oleh polis ialah penganjur Himpunan Baju Merah atau Himpunan Rakyat Bersatu perlu memastikan perhimpunan berjalan aman dan sebarang perlakuan peserta yang menyalahi undang-undang adalah menjadi tanggung jawab penganjur.
Dalam masa sama, Rais berkata, Himpunan Baju Merah tidak memberi sebarang keuntungan kepada orang Melayu dan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebaliknya telah menjejaskan kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Sebagai penasihat sosial negara, saya memang bimbang dengan perhimpunan itu yang telah mendatangkan sentimen perkauman.

DAP tak menyangka orang Melayu akan bangkit ampu Syed Ali

DAP tidak pernah menyangka bahawa orang Melayu akan bangkit mempertahankan hak dan maruah mereka setelah sekian lama dipersendakan oleh bukan Melayu, kata Ketua Umno bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.
Katanya, sebelum ini DAP termasuk golongan anti-kerajaan berbangga dengan perhimpunan 'haram' BERSIH sambil mendakwa Umno tidak mempunyai kekuatan.
"DAP termasuk bukan Melayu harus ingat, Umno serta orang Melayu tidak akan selama-lamanya berdiam diri," tegasnya dalam satu posting blog merujuk kepada perhimpunan baju merah semalam.
Bagaimanapun, Syed Ali menyangkal dakwaan kononnya Umno rasis dan sebaliknya mendakwa parti pembangkang, terutama DAP, yang sengaja mencanangkannya.
"Ya, Umno pertahankan Melayu, ratusan ribu ahli Umno akan bangkit jika keadaan sudah melampau, tetapi kita bukannya rasis," tegas beliau.
"Dakwaan Umno rasis karut, Umno tidak sepertimana DAP, tuduhan itu diputarbelit setelah mereka menyedari orang Melayu masih ada maruah dan harga diri," tegasnya.
 Beliau berkata, perjuangan Umno berpaksikan kepada semangat kebangsaan di samping menjunjung syariat Islam sebagai agama rasmi negara ini.
Menurut Syed Ali lagi, jika Umno rasis, sudah lama bukan Melayu tidak mendapat tempat di negara ini.

Rakyat mampu nilai sendiri himpunan ‘baju merah’

Rakyat kini mampu menilai sendiri dan memutuskan pihak mana mereka mahu untuk memimpin negara selepas melihat apa yang berlaku dalam Himpunan Rakyat Bersatu semalam, kata DAP.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata rakyat seharusnya dapat merasakan perbezaan besar antara pembangkang dan Barisan Nasional (BN) daripada apa yang mereka lihat dan baca mengenai himpunan ‘baju merah’ semalam.
"Tiada jawapan mengenai derma RM2.6 bilion. Daripada ucapan pemimpin yang dibuat ketika perhimpunan, kita melihat mereka amat berbangga menjadi rasis dan melindungi segala skandal.

"Antara lainnya pembangkang menggalakkan identiti rakyat Malaysia, kerajaan bersih, bebas rasuah.. dan ini terpulang kepada rakyat menilai. Pemimpin BN secara terbuka berkata mereka bersifat perkauman dan tidak kisah mengenai isu rasuah," katanya kepada pemberita di Pulau Pinang hari ini ketika ditanya mengenai perhimpunan pro kerajaan semalam.

Di antara keyakinan Amanah dan pantang larang politik Melayu

Rabu, 16 September 2015 bersamaan 2 Zulhijjah 1436, rasmilah kelahiran sebuah lagi firqah yang meracik kekuatan umat Islam Malaysia menjadi lima kumpulan; atau, mungkin juga enam. 
 
Sebaik kecundang dalam pemilihan Muktamar ke 61 Jun lalu, segolongan pemimpin PAS memutuskan tidak mahu lagi bernaung di bawah panji parti itu kerana yakin lebih berbaloi meneruskan perjuangan di bawah sebuah parti politik sendiri.
 
Terkecuali mungkin menghadapi rintangan teknikal dan karenah pentadbiran Pendaftar Pertubuhan (ROS), Parti Amanah Negara (Amanah), kini sudahpun menjenguk dan berazam “menyusun semula imbangan dunia politik Malaysia”. 
 
Begitu kuat azam dan keyakinan kumpulan politikus yang cuba menegakkan Amanah sehingga mereka tidak silu menyatakan keyakinan bahawa kehadiran Amanah akan secara langsung “melumpuhkan” parti asal mereka, PAS.
 
Pada hari pelancaran yang kebetulan jatuh pada Hari Malaysia Rabu lalu, keahlian Amanah di seluruh negara tercatat sebagai 30,018 orang; kurang sedikit daripada sasaran 35,000 yang disasarkan sebelum ini.
 
Malah, menurut Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan diulang-sebut oleh Setiausaha Agungnya, Anuar Tahir, dalam tempoh 108 hari lagi atau menjelang akhir tahun ini, Amanah akan mempunyai 100,000 ahli.
 
Mengambil kira Amanah diterajui oleh sekumpulan profesional yang sudah melalui proses “diulamakkan” PAS, perancangan pembangunan parti baru itu setakat ini kelihatan rapi seraya memberi ‘harapan baru’ pada rakyat Malaysia. 
 
Bercogankan kata kunci Amanah, Progresif dan Peduli, parti pimpinan Mat Sabu seharusnya tidak meluangkan terlalu banyak masa “berbulan madu” kerana harapan yang dikocakkannya dalam politik Malaysia terlalu tinggi.
 
Banyak cabaran yang perlu ditangani Amanah. Antaranya, Amanah perlu membuktikan ‘ofensif’ beberapa pemimpinnya bahawa mereka meninggalkan PAS kerana parti itu sudah “tersasar dari perjuangan Islam” adalah tepat.
  
Justeru mengikut teorinya jika Amanah terus mekar dengan menokok keahlian yang ramai, maka PAS pasti layu. Namun Amanah harus ambil maklum dakwaan PAS bahawa keahliannya semakin meningkat kebelakangan ini.
 
Jika keadaan sebaliknya berlaku di mana PAS semakin meningkat dan kukuh keahliannya selepas kewujudan Amanah, adalah dibimbangi kewibawaan Amanah yang mendawa memperjuangkan ‘Islam sebenar’ akan dipersoalkan.
 
Lantas di peringkat ini timbul persoalan, siapa dan apakah profil ahli-ahli Amanah setakat ini? Adakah majoriti mereka bekas ahli PAS? Atau, adakah mereka sebenarnya Melayu-Islam di atas pagar yang tidak berparti sebelum ini? 

Siapa untung selepas himpunan merah?

Zasyaf Ishak


Sehari selepas himpunan merah, ironinya aku tak rasa pun lebih bermaruah. Biasa saja. Aku masih bekerja untuk Boss, seorang perempuan Cina. Aku rasa puluhan ribu juga kawan Melayu yang bersama dalam himpunan semalam, hari ini terpaksa juga menghadap muka bos seorang Cina.
Mat-mat rempit yang tinggalkan 'kuda' mereka - pun hari ini terpaksa menghadap bos mereka orang Cina. Semalam bukan main menjerit Cina bangsat dan balik 'Tongsan'; hari ini mereka telan semuanya balik. Hujung bulan ni, gaji pun dibayar towkay Cina bro. Jangan macam-macam.
Melayu yang atas pentas semalam semuanya tidak berkait dengan usahawan dan bos Cina? Tanya mereka balik. Kemewahan mereka selama ini, asal dari mana? Kalau bukan dipayung oleh dua tiga kontraktor Cina yang mereka bawa untuk tiriskan projek kerajaan? Mereka hanya pandai mencari 'minit' dan mencengkam komisen daripadanya. Mereka usahawan? Jangan bergurau.

Pemimpin politik basi Apa yang dibuktikan semalam, Umno masih lagi bergantung harap kepada tukang karut politik zaman lampau. Nama seperti Ali Rustam, Annuar Musa, Alwi Che Ahmad, Noh Omar, Ibrahim Ali - bukanlah mereka yang boleh diharap membawa fikrah dan pemikiran baru.
Mereka hanya membawa isu politik basi. Tak ada pembaharuan. Masih lagi seronok dengan politik bodek dan angau.
Ditambah dengan Tajuddin Rahman dan Jamal Yunos, rasanya tak ada apa pencapaian yang mampu dibanggakan dengan apa yang berlaku semalam.
Apa pembuktian yang berjaya dibuat?
Melayu pandai berhimpun? Cuba buang segala macam duit tambang, duit makan, duit top up, t shirt free, air free dan lain-lain - agak agak berapa orang datang? Berapa banyak FGV belanja untuk turunkan warga Felda yang tak ada pilihan lain kecuali untuk datang dan kononnya bersolidariti?
Berapa ramai yang turun kalau mereka terpaksa bayar sendiri tambang dan tidak disogok dengan bantuan lain?
Rasanya, kita tak berjaya membuktikan apa-apa pun. Kita balik, dan kembali kepada realiti kita hanya kuat pada suara, sedang ekonomi kita disamun hampir setiap saat oleh mereka yang berada di atas pentas.

'Kuasa ketiga' akan menjadi ancaman yang perlu ditangani PAS pada PRU14

KUALA LUMPUR: PAS sedia berdepan dengan siapa sahaja termasuk 'kuasa ketiga' yang dikatakan akan menjadi ancaman serta penentu kemenangan parti-parti politik pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
 
Ketua Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan mengakui sukar untuk meramalkan arah sokongan 'kuasa ketiga' tapi bersedia menghadapinya selain akan merangka pelan tindakan untuk menguasai kumpulan berkenaan. 
 
"Saya melihat selain daripada halangan-halangan biasa yang bersifat politik daripada parti lawan Umno-BN dengan isu-isunya, propaganda yang diadakan dan media yang dimiliki.
Post Pic  
"Saya nampak antara perkara yang sangat diberikan perhatian dan saya percaya semua parti sedang memikirkan perkara ini iaitu bagaimana untuk mengusasai dan juga mampu untuk memimpin serta bersaing dengan kuasa ketiga yang terdiri daripada NGO, orang perseorangan dan tokoh tertentu," katanya dalam temubual ekslusif bersama Antarapos baru-baru ini.
 
Ujarnya lagi, 'kuasa ketiga' yang terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), orang persendirian serta tokoh tertentu boleh menjadi penentu kepada keputusan pilihan raya dan PAS memberi perhatian terhadapnya.
 
"Mereka juga mempunyai gerak kerja tersendiri selain daripada penglibatan dengan parti-parti politik, jadi ini sangat uniklah.
 

Parti AMANAH Negara sebagai medan muhasabah untuk bekerja

Oleh Mazlan Aliman


Parti AMANAH NEGARA telah dilancarkan dengan jayanya semalam. Ia menambah koleksi parti politik di Malaysia. Berbagai ramalan dibuat mengenai jangka hayatnya, namun, segala galanya dalam pengetahuan Allah jua.

Terima kasih atas semua komen terhadap penyertaan saya di dalam Parti AMANAH NEGARA. Saya amat menghargainya, juga sebagai medan muhasabah untuk bekerja lebih kuat demi perjuangan yang suci dan murni. Kekalkan ukhuwwah seperti sedia kala. Berjiwa besar dengan setiap teguran. Saya tidak berhasrat menjawab kritikan dan komen, ia tiada kesudahannya. Sambil menyedari, sebagai manusia biasa, tentu sekali saya banyak kelemahan dan cacat cela.

Selain Parti AMANAH Negara yang saya pilih sebagai wadah politik, Ngo ANAK akan terus fokus sepertimana visi dan misinya. Pejabat pentadbiran di Ukay Perdana, menangani isu isu utama seperti FGV, KPF, perumahan Gen 2, Kadar Perahan Gred, kos tanam semula, saman peneroka di Mahkamah dll.

ANAK sedang mempertimbangkan melalui perbincangan dengan berbagai pihak untuk mengadakan himpunan aman di hadapan pintu masuk bangunan Parlimen pada sidang Dewan Rakyat oktober ini mengenai isu kejatuhan harga komoditi. Ia sebagai salah satu usaha menangani isu kejatuhan komoditi sawit dan getah yang sudah berlarutan beberapa tahun kebelakangan ini. Kesan atas rakyat sangat dirasai.

ANAK akan meneruskan engagement dengan tokoh tokoh negara dan masyarakat seperti mana pertemuan terdahulu dengan Tun Dr Mahathir, Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Kadir Syeikh Fadhir dan Tan Sri Syed Hamid Albar. Ia bukan sahaja ruang bertukar pandangan, tetapi dokongan bersama menyelamatkan institusi orang melayu seperti Felda yang berada pada tahap membimbangkan.

Sedutan Pidato Presiden Pelancaran Parti Amanah Negara (AMANAH)

AMANAH tampil dalam suasana dunia Islam sedang berada dalam kecelaruan politik yang luar biasa samada di peringkat global mahupun nasional. Ia muncul seolah sebagai satu reaksi umat dan rakyat yang prihatin terhadap masalah yang berlaku.

Dunia Islam sedang bergelut dengan satu permasalahan akibat ideologi Takfiriyah atau Gerakan Takfiri. Masyarakat dunia hari ini terkejut dengan kekejaman dan keganasan kumpulan Islamic State in Iraq and Syria (ISIS).

Ini adalah lambang bencana terburuk akibat fahaman Takfiri atau Takfiriyah. Apa yang jelas, gejala Takfiriyah ini sangat mudah menghukum individu lain yang tidak sehaluan dengan mereka sebagai kafir dan munafik, dimana kesannya membawa kepada pertumpahan darah akhirnya.

Fenomena mengkafirkan orang Islam serta mengeluarkan fatwa tanpa menurut panduan sebenar, sehingga menghalalkan perbuatan membunuh dan memerangi orang Islam yang lain, adalah satu bencana besar yang membawa kepada kerosakan masyarakat.

Lebih menyedihkan apabila semua jenayah tersebut dilakukan kononnya atas nama agama dan syariatnya, sedangkan hakikatnya, Islam adalah bersifat Tasamuh atau tolenrasi. Paling jelek, operasi keganasan itu dilakukan dengan iringan laungan 'La-ilaha ilalLah' dan takbir 'Allahu Akbar', kononnya dengan alasan tindakan itu sebagai menunaikan kewajipan berjihad dan mati syahid di jalan Allah.

Bibit yang sama wujud pada semua entiti Gerakan Takfiri di seluruh dunia, dimanapun mereka berada, dan dalam apa jua bentuk dan tahapnya. ISIS menghalalkan darah umat Islam yang tidak bersetuju dengan mereka kerana baginya, sesiapa yang menentang perjuangan ISIS adalah munafik dan kafir!

Hudud: PAS harap Putrajaya tunai janji - Mohd Amar

Mohd Amar Abdullah KOTA BHARU - Dalam tempoh sidang Parlimen terakhir yang hampir berlangsung, Kelantan terus tagih janji kerajaan pusat untuk memberi laluan kepada pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian berkaitan pelaksanaan hudud.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata,  Kelantan mengharapkan kerajaan persekutuan menunaikan janji mereka setelah tidak mendapat peluang pada sesi Parlimen yang lalu.

Katanya,  kesungguhan Kelantan untuk realisasikan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) di negeri ini tidak hilang begitu sahaja sebaliknya sedang berusaha membolehkan RUU Persendirian itu dibentangkan pada sesi Parlimen terdekat ini.

“Bagi pihak kita semua sudah siap, cuma kita menunggu persetujuan daripada kerajaan persekutuan sahaja untuk bentangkan,” katanya. Terdahulu beliau merasmikan sambutan Hari Malaysia peringkat negeri Kelantan yang dimeriahkan dengan perbarisan 58 kontinjen simbolik kemerdekaan Malaysia, di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV semalam.

Hadir sama, Panglima 8 Briged, Brigedier Jeneral Zarondin Mat Amin.

Mohd Amar yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Hudud berkata, pihaknya akan bermesyuarat tiga bulan lagi.

Pada sesi Dewan Rakyat sebelum ini, RUU Persendirian berkaitan hudud tidak dapat dibentangkan berikutan tidak cukup masa. Pindaan Kanun Jenayah Syariah 11 Kelantan 1993/2015 dapat persetujuan sebulat suara semua wakil rakyat dalam sidang Dun Kelantan pada 16 Mac lalu.

Pemimpin UMNO peralat orang Melayu untuk jadi jahat – Anina

Matlamat suci penubuhan UMNO telah dipesongkan oleh pemimpin parasit yang rakus dan gilakan kuasa sehingga sanggup menghasut orang Melayu bertindak luar batasan.
anina-umno
PETALING JAYA: UMNO diperalatkan untuk mencetuskan semangat perkauman walaupun niat asal penubuhan parti itu adalah untuk menjaga orang Melayu dan menjamin kehidupan harmoni antara kaum.
Kenyataan itu dibuat bekas ahli Wanita UMNO, Anina Saadudin dengan menyifatkan sesetengah pemimpin UMNO yang gilakan kuasa sebagai parasit-parasit yang cuba menjahanamkan parti.
“Jangan salahkan UMNO. Apa yang berlaku hari ini bukan salah UMNO tetapi salah pemimpin yang rakus dan jahat.
“Saya tidak akan berhenti dari berusaha untuk menegakkan kebenaran. Walaupun saya kononnya dilucutkan keahlian, kasih sayang saya pada UMNO yang luhur tidak akan padam,” katanya dalam satu kenyataan yang dikongsi dalam laman Facebooknya pada Khamis.
Jelasnya, orang Melayu kini telah diperalatkan untuk menjadi jahat semata-mata ingin mempertahankan pemimpin yang jahat serta gilakan kuasa.
Dia juga mengingatkan bahawa musuh sebenar dalam UMNO adalah pemimpin UMNO yang kini sedang berkuasa dan bukan pihak luar.

Himpunan 16 Sept bukan himpunan perkauman sembang Umno


Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin menafikan bahawa Perhimpunan Rakyat Bersatu semalam satu perhimpunan perkauman.
Ini kerana, katanya, perhimpunan itu sama sekali tidak menyentuh sensitiviti agama dan bangsa lain.
Katanya, negara ini tertakluk kepada perlembagaan dan tidak ada satu yang tercatat dalamnya untuk mengenepikan kaum lain dalam apa jua bidang dan situasi, lapor Umno-Online hari ini.
"Perhimpunan aman ini juga bukan kerana perbezaan agama dan bangsa tetapi adalah kerana mahu memberi pengajaran kepada mereka yang tidak bertanggungjawab agar jangan memperkotak-katikkan bangsa Melayu khususnya agama Islam.
"Perhimpunan ini juga menjadi satu sejarah kepada penyatuan orang Melayu. Orang Melayu pernah melakukan begini pada tahun 1946 apabila mahu mengagalkan rancangan British dan Umno ditubuhkan dan kini bila orang Melayu dan Islam dicabar kami sekali lagi bangkit dengan satu kesedaran untuk menyatakan sikap dan perasaan mereka.

"Jadi, semua orang harus ada sikap toleransi di antara satu sama lain dan sikap integrasi serta memahami perasaan orang lain. Negara ini terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama jadi kita harus saling hormat-menghormati," katanya seperti dilapor portal berita parti itu.
Dalam laporan itu juga, ketua Umnno Temerloh turut berharap agar kaum lain tidak mencabar dan keterlaluan melakukan provokasi terhadap bangsa Melayu dan Islam.
Perhimpunan semalam dianjurkan sebagai reaksi terhadap perhimpunan BERSIH hujung bulan lalu yang dikaitkan pemimpin dan media prokerajaan dengan dominasi Cina dan DAP.
Berdasarkan kain rentang dan poster dipamer, ia dipamerkan sebagai perhimpunan Melayu untuk menyatakan bantahan terhadap orang DAP.

Oleh itu, Menteri Besar Selangor, Azmin Ali hari ini menyuarakan rasa sangat malu dan meluat dengan perhimpunan kumpulan baju merah itu yang disertai orang Melayu yang meluangkan slogan rasis semalam dan diadakan demi menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sementara Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula mengecam tindak tanduk peserta yang dianggapnya berbaur perkauman dan tidak mencerminkan perbuatan orang Melayu.

ASAL KELUAR DARI MULUT BUSUK DUMNO MESTI BOHONG !!!

Apa?? Tiada peserta yg berkumpul di Jalan Petaling ??.. Abes ni siapa semua ni (dlm gambar).. PAS ka? DAP ka? atau PKR???

Bila dah xdpt masuk ke Jalan Petaling, rempuh barisan pertahanan Polis & buat huru-hara setelah diberi amaran supaya berundur.. dsalahkan pula pembangkang..

Anda boleh nilaikanlah sendiri muka2 samseng di video2/ gambar di alam maya..

Kelahiran Amanah atas desakan rakyat

image (9)
SHAH ALAM – 16 September menjadi tarikh keramat buat Parti Amanah Negara (Amanah) apabila melancarkan nama, logo dan bendera baru, semalam.
Presidennya, Mohamad Sabu berkata, melalui gerakan Harapan Baru, telah memulakan langkah mendaftar parti politik baru iaitu Parti Progresif Islam.
“Memahami kesukaran dan cabaran memperoleh kelulusan, rundingan dilakukan dengan memanfaatkan wadah politik melalui Parti Pekerja Malaysia (PPM).
“Segala pindaan, penggunaan nama, logo telah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS). Kini hanya tinggal formaliti untuk menanti kelulusan,” katanya ketika menyampaikan pidato Presiden pada majlis pelancaran Perdana Parti Amanah Negara (Amanah) di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), semalam.
Katanya, kelahiran Parti Amanah Negara (Amanah) adalah sebagai tindak balas responsif atau kepedulian kepada keresahan dan desakan rakyat akibat pelbagai isu yang melanda negara ketika ini.
“Ketempangan tadbir urus ekonomi serta kebejatan pengurusan kewangan negara terserlah dengan pelbagai skandal termasuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Kegagalan mengurus khazanah kekayaan dengan baik dan mapan, meletakkan hutang kerajaan terus membengkak dan Hutang Dijamin Kerajaan meningkat. Negara hilang daya saing, kejatuhan ringgit menjadikan Malaysia bukan lagi destinasi pilihan pelabur,” katanya.
Katanya, rakyat terus tersepit dengan pelaksanaan GST. Episod keangkuhan eksekutif amat ketara mutakhir ini.