Rabu, 16 September 2015

‘Bung Mokhtar, sila semak sumber sebelum tweet’

TWEET
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin 'kantoi' dek kerana tersilap menyebar foto berkaitan Himpunan Baju Merah di ibu negara.
KUALA LUMPUR, 16 Sepember:
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin ‘kantoi’ dek kerana tersilap menyebar foto berkaitan Himpunan Baju Merah di ibu negara.
Awal petang ini, Ahli Majlis Tertinggi Umno itu memuat naik foto sekumpulan peserta perhimpunan yang memakai baju merah di Dataran Merdeka.
Turut kelihatan dalam foto berkenaan adalah Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
Dengan menganggap ia adalah foto daripada perhimpunan berkenaan, Bung turut menyertakan kapsyen foto itu.
“Himpunan Rakyat Bersatu dah bergema. Ribuan rakyat dan berhimpun. Seakan akan menjadi lautan merah.”

Baju Merah: Jumlah seramai 50,000 orang – Polis KL

TAJUDIN
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa berkata, dua individu berusia 24 dan 30 tahun ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana menjadi peserta yang menyalahi undang-undang.
KUALA LUMPUR, 16 September:
Dua lelaki yang juga peserta himpunan Merah ditahan kerana dipercayai cuba merempuh halangan polis di Jalan Petaling, petang tadi.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa berkata, dua individu berusia 24 dan 30 tahun ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana menjadi peserta yang menyalahi undang-undang.
Menurutnya, susulan kejadian itu, dua anggota polis mengalami kecederaan ringan ketika menjalankan tugas.
“Situasi dapat dikawal anggota susulan kejadian itu.
“Dianggarkan seramai 50,000 peserta menyertai himpunan itu dan keadaan terkawal sehingga jam 8.30 malam tadi,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.
Menurutnya, peserta himpunan mula beransur beredar meninggalkan lokasi kira-kira jam 8.30 malam tadi.
Tajudin berkata, polis masih terus mengawal keadaan di ibu negara bagi memastikan berada dalam keadaan selamat, selamat dan ketenteraman awam terpelihara.
Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata tidak kurang dari 250,000 peserta Himpunan Rakyat Bersatu hadir bagi menyertai himpunan tersebut.
Katanya, ramai lagi peserta cuba memasuki kawasan Padang Merbok tetapi memandangkan lokasi itu tidak dapat memuatkan semua peserta yang hadir dalam satu masa, maka setengah daripadanya hanya sempat berkumpul di Jalan Sultan Ismail.

Baju Merah: Platform kutuk Bersih 4.0 – Ali Rustam

ALI RUSTAM
Presiden PESAKA,Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam berkata beliau mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Himpunan Bersih 4.0 yang menghina negara, bangsa Melayu dan agama Islam.
KUALA LUMPUR, 16 September:
Hak berhimpun adalah hak rakyat namun perhimpunan anjuran Persatuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) pada Rabu adalah lebih baik dari Bersih 4.
Presidennya,Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam berkata beliau mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Himpunan Bersih 4.0 yang menghina negara, bangsa Melayu dan agama Islam.
Kata Mohd Ali selaku penganjur Himpunan Rakyat Bersatu berkata ini adalah platform dan menunjukkan contoh terbaik kepada rakyat seluruhnya bukan sahaja orang Melayu tetapi rakyat Malaysia bagaimana mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.
“Sebagai sebuah negara bebas kita perlu hormat kepada Rukun Negara namun semua ini tidak dilakukan oleh peserta Bersih malah sehingga kali ini kita dah bersabar dah masuk kali keempat kita tak boleh tahan lagi.
“Hari ini kita tunjukkan kepada pihak Bersih bahawa ini hak kita, mereka menghina Perdana Menteri, kalau tidak sokong jangan sampai pijak gambar Datuk Seri Najib, kepada seluruh rakyat Malaysia kita mesti menghormati beliau yang dipilih secara demokrasi,” katanya.
Jelas Mohd Ali, tujuan menganjurkan himpunan ini adalah kerana rasa sayang dan prihatin kepada keamanan dan kestabilan yang dicapai Malaysia pada hari ini.
“Akhir-akhir ini ramai pihak hina negara, agama bangsa Melayu, kita mahu mengatakan secara terbuka bahawa kita kecewa kepada mereka.

Annuar Musa: ‘Memang betul saya rasis, apa nak takut?’

ANNUAR MUSA
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, perkauman adalah perkara yang dituntut dalam Islam, selagi mana tidak melakukan kezaliman pada orang lain. -
KUALA LUMPUR, 16 September:
‘Perhimpunan hari ini kalau kata perkauman, saya jawab ya memang betul, apa nak takut?’
Demikian menurut Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Annuar Musa ketika ditanya pemberita mengenai Himpunan Rakyat Bersatu sebagai perhimpunan perkauman.
Katanya, perkauman adalah perkara yang dituntut dalam Islam, selagi mana tidak melakukan kezaliman pada orang lain.
“Adakah orang Melayu melakukan kezaliman pada orang lain? Kita kongsi negara ini dari segi kerakyatan, hak dan apa yang menjadikan negara ini pelbagai kaum adalah orang Melayu,
“Jika orang Melayu tidak bersetuju akan perkara itu, negara ini tidak akan wujud pelbagai kaum dan prinsip pelbagai kaum adalah toleransi dan hidup bersama dengan menerima kebebasan beragama yang orang Melayu akan terus junjung,” katanya.
Beliau memberi contoh semasa zaman Nabi Muhammad S.A.W, sejarah kaum Arab iaitu kekuatan orang Quraisy yang tidak memeluk Islam dan mengikut ajaran Nabi Muhammad, mereka tetap melindungi baginda jika dalam bahaya kerana mereka tidak melakukan kezaliman pada orang lain.
Annuar juga berkata, walau bagaimanapun perkauman perlu dipandu mengikut Islam dan Malaysia berada di jalan yang betul.
“Di Indonesia nak pakai nama Cina tidak boleh, di England nak buka sekolah Cina tak boleh, di Malaysia boleh kalau itu berlaku itu perkauman tapi perkauman saya dipandu oleh agama,” katanya.
Beliau menegaskan, orang Melayu mesti menjaga keamanan, hak, maruah, agama, Raja dan budaya orang Melayu.
Katanya lagi, jika orang melayu tidak ada rasa perkauman, mereka adalah golongan Melayu pada jasad sahaja tetapi rohnya sudah tidak ada.

Baju Merah: Bukan perhimpunan Umno - Bung Mokhtar

Baju Merah: Bukan perhimpunan Umno
KUALA LUMPUR – “Perhimpunan hari ini bukan perhimpunan Umno,” demikian reaksi ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Mokhtar Radin ketika ditanya berhubung Himpunan Baju Merah yang berlangsung di ibu kota, petang tadi.

"Perhimpunan pada hari ini bukan perhimpunan Umno sebaliknya himpunan Melayu Bersatu.

"Kita ingin menyatakan bahawa bangsa lain tidak berhak menghina bangsa Melayu di negara ini," katanya kepada Sinar Online ketika ditemui pada himpunan tersebut di Padang Merbok.

Menurutnya lagi, kehadirannya pada himpunan itu membawa mesej jelas bahawa beliau menolak rasis.

Malah katanya, himpunan itu bukan menjadi platform untuk mengutuk bangsa lain.

"Kita tidak mengutuk bangsa lain. Kita cuma sampaikan mesej kita. Mesej kena jelas supaya bangsa lain sedar bahawa apa yang mereka lakukan dalam Bersih 4.0 itu salah.

"...tapi kita mulakan perhimpunan ini dengan aman tapi mesej kita tetap jelas iaitu kita tidak mahu bangsa lain menentukan hala tuju bangsa Melayu di negara ini," katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan akan berlaku perhimpunan yang lebih berbeza jika mesej yang cuba disampaikan tidak disambut.

Baju Merah: Kekecohan Dicetuskan Pembangkang Dakwa Jamal


KUALA LUMPUR, 16 Ogos– Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Malaysia, Datuk Jamal Md Yunos mendakwa insiden kekecohan yang berlaku di Jalan Petaling dan Bukit Bintang dicetuskan pihak pembangkang.
“Ini semua kerja pembangkang. Orang-orang Umno dan NGO-NGO yang pro kepada Umno tidak akan melakukan perkara sebegini,” katanya kepada pemberita selepas himpunan ‘baju merah’ di Padang Merbok di sini, Rabu.
Beliau yang sudah menjangkakan insiden seumpama itu akan berlaku pada perhimpunan itu telah memaklumkan perkara tersebut lebih awal kepada polis.
“Saya percaya pihak polis dapat tangani perkara ini secara baik dan menjadikannya sebagai iktibar kepada mereka yang lain supaya jangan melanggar undang-undang.
“Kalau langgar undang-undang, kita minta pihak polis gunakan akta yang ada untuk menghukum mereka,” katanya.
Dilaporkan, sekumpulan peserta perhimpunan ‘baju merah’ di Jalan Petaling didakwa melakukan provokasi dan masih enggan berundur walaupun Pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) melepaskan pancutan air ke arah mereka, manakala di Bukit Bintang pula kumpulan sama dikatakan merempuh sekatan selepas dihalang memasuki kawasan berkenaan.
Jamal turut menafikan peserta di kalangan NGO pimpinannya terlibat dalam kekecohan di Jalan Petaling dan Bukit Bintang di sini.
“Dalam ramai orang yang hadir kita tak tahu siapa mereka. Baju merah tak boleh dijadikan sebagai bukti mereka ini di kalangan kami.
Baju merah ini boleh dibeli di mana-mana pun, dengan hanya memakai baju merah dan menuduh kami adalah tidak adil,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya tidak menggunakan laluan ke Jalan Petaling untuk berarak ke lokasi perhimpunan di Padang Merbok.
“Saya menafikan sekeras-kerasnya mereka yang berada di Petaling Street bukan daripada kalangan kami. Ia di luar dari laluan, kami berarak dari Jalan Conlay sehingga ke mari (Padang Merbok).
“Saya percaya mereka ini sengaja buat provokasi ingin ‘merampas’ program yang baik ini. Saya percaya mereka ini bukan daripada kalangan kami.
“Kita datang hari ini untuk menghadiri perhimpunan aman bagi menunjukkan solidariti orang Melayu, bagaimana sopannya orang Melayu jadi mereka itu bukan daripada kalangan kami,” katanya.

Rupa2nya pi Himpunan Baju Merah tu ada habuan makanan.. ha..ha..ha...upah mana upah..!!!

PERGHH... Sanggup berbaris panjang. Ingatkan sekumpulan gelandangan... rupa2 nya nk dpt habuan makanan... UPAH KERANA DATANG HIMPUNAN YANG PALING AMAN DI M'SIA..

Kasihan.. lapar rupanya..

Bayangkan paling cikai nasi sebungkus kos RM4. Denga citer pemimpin UMNO kata yg datang 250,000 org.. WOWW !!!.. RM4 X RM250K = RM1 JUTA !!!.. Tu blom lg sponsor stage, audio system dll.. HEBAT...

Baju Merah: Ibrahim Ali tuduh pemimpin DAP batu api

DAP didakwa menjadi penghalang perpaduan rakyat majmuk di negara ini malah parti itu didakwa paling teruk mengamalkan perkauman.
Ibrahim-Ali_dap_600
KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali mendakwa pemimpin DAP batu api kerana suka melaga-lagakan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Beliau berkata, perbuatan pemimpin DAP itu menjadi penghalang kepada perpaduan kaum dalam masyarakat majmuk di Malaysia.
“Yang menjadi batu penghalang, merosakkan perpaduan kaum adalah parti DAP.
“DAP jangan temberang, membohong bahawa mereka tidak perkauman.
“Merekalah bapak perkauman paling rasis dalam negara ini,” katanya sewaktu berucap pada Himpunan Rakyat Bersatu di Padang Merbok.
Ibrahim berkata, kaum lain seharusnya berterima kasih kepada orang Melayu kerana telah sudi untuk memberikan kerakyatan kepada mereka.
“Kita bagi mereka kerakyatan. Kita jangka mereka berterima kasih, kerana di mana langit dijunjung di situ bumi dipijak.
“Dahulu, Persekutuan Tanah Melayu bukannya negara majmuk. Kita jadi negara majmuk setelah kita menerima mereka. Penerimaan itu adalah berdasarkan kontrak sosial,” tegasnya.

Saya tidak hadir himpunan baju merah - Nik Abduh


Saya tidak hadir himpunan baju merah

SHAH ALAM - Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menafikan beliau hadir ke himpunan baju merah seperti yang didakwa beberapa pihak.

“....tidak berlaku hari ini,” katanya ringkas kepada The Rakyat Post, hari ini.

Terdahulu, sekeping foto yang memperlihatkan dirinya memakai baju merah tersebar di media sosial yang mengaitkan dirinya hadir dalam himpunan tersebut.

Tambah Mohamad Abduh, foto berkenaan adalah ketika perhimpunan lawan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tahun lalu.

Katanya lagi, foto itu tersebar lebih kurang jam 4 petang tadi, beliau sedang berada dalam pesawat yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kota Bharu.

“Ya la.. terbang dari Penang ke Kota Bharu. Itu gambar lawan GST dulu,” katanya.

Pas punca penyertaan himpunan di luar jangka - Annuar Musa

Pas punca penyertaan himpunan di luar jangka
KUALA LUMPUR - Penganjur perhimpunan baju merah, Tan Sri Annuar Musa mengakui beliau ada menghubungi pemimpin Pas untuk mempelawa parti itu untuk serta dalam program itu.

"Saya akui saya berhubung secara langsung dengan pimpinan Pas, Datuk Takiyuddin Hassan, secara tidak rasmi mereka tidak halang ahli-ahli datang, itu pun sudah cukup bagi kita.

"Saya tak tahu (berapa ahli Pas hadir) sebab saya diberitahu secara tidak formal, mereka menjanjikan 10,000 ahli akan turut hadir," katanya kepada pemberita selepas berakhirnya Himpunan Baju Merah di Padang Merbok, di sini, hari ini.

Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) sebelum ini mengumumkan untuk mengadakan perhimpunan Rakyat Malaysia Bersatu di lokasi sama.

Dalam masa sama, Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia, Datuk Jamal Md Yunos sebelum ini mengumumkan memberi komitmen untuk mengumpul sehingga 30,000 ahlinya dalam perhimpunan baju merah itu.

 Ditanya tentang khabar angin mengatakan Ketua Pemuda Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz hadir pada perhimpunan itu, hari ini, beliau bagaimana tidak dapat mengesahkannya.

"Saya terima visual di hadapan Padang Merbok bahawa Nik Abduh bersama dengan kumpulan pengiringnya.

"Sama ada dia hadir atau tidak, yang saya pasti ahli-ahli Pas juga bersama, kalau tidak seramai ini kita, semua datang, saya ucapkan ribuan terima kasih," katanya lagi.

Himpunan Rakyat Bersatu dicemari sentimen perkauman sempit - Bersih 2.0

KUALA LUMPUR: Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) hari ini mengutuk tindakan pihak-pihak yang menyalahgunakan hak berhimpun untuk melancarkan serangan perkauman terhadap rakyat negara ini.

Pada masa sama, Bersih 2.0 turut menggesa supaya pihak yang memainkan sentimen perkauman sempit serta membuat ugutan keganasan diambil tindakan undang-undang oleh pihak berwajib.

Dalam kenyataan Perutusan Hari Malaysia 2015 yang dikeluarkan Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 pada Rabu, mereka menegaskan bahawa semua lapisan masyarakat mempunyai hak untuk menyatakan pendapat, namun syaratnya perlulah mempunyai komitmen untuk melakukannya secara aman tanpa ancaman keganasan dan perkauman.

"Ini jelas telah digunakan dalam perhimpunan hari ini dalam usaha untuk menyemai rasa tidak percaya sesama warganegara sambil menyebarkan sentimen kononnya 'Malaysia Melayu Punya'.

"Sepanduk tersebut merupakan satu penghinaan terhadap Hari Malaysia dan semangat perpaduan rakyat Malaysia selepas hampir 60 tahun merdeka," memetik kenyataan media tersebut.

Mengulas berkenaan Himpunan Rakyat Bersatu, Bersih 2.0 menyifatkan perhimpunan itu dicemari sentimen perkauman sempit dan melampau.

"Taktik misdirection (hala tuju tersasar) sebegini sering digunakan untuk mengalihkan pandangan dan tumpuan ramai terhadap apa sebenarnya yang sedang berlaku.

Menteri ‘tumpang’ Liow mengecam ‘abang besar’ Umno, Tajuddin

oleh Mike Tan
Adakah gabungan BN hari ini adalah gabungan parti yang ‘menumpang’ abang besar Umno? Adakah Umno menjadi terlalu berkuasa dan mendominasi BN sehinggakan mana-mana pemimpin Umno berani mengeluarkan arahan kepada parti gabungan yang lain?
Kebanyakan pemimpin BN tidak akan mahu menjawab soalan ini secara langsung, tetapi Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Tajuddin Abdul Rahman pastinya merasakan begitu berkuasa, berdasarkan tindakan terbarunya terhadap Gerakan dan MCA.
Dia mempersoalkan sebab kedua-dua parti itu diberikan jawatan dalam Kabinet walaupun prestasi tidak memuaskan dalam beberapa pilihanraya umum lepas.
Dalam arahan kerasnya kepada kedua-dua parti, dia berkata, “Saya mahu mengingatkan pemimpin MCA dan Gerakan, ini ialah peluang terakhir yang mereka ada.
“Kita perlu menunjukan realiti sebenar kepada mereka yang mereka tidak boleh “tumpang”. Jangan ambil mudah semua perkara.”
Rakyat Malaysia telah lama mengetahui yang parti orang Cina Gerakan dan MCA berfungsi memberikan undi orang Cina kepada BN, sesuatu yang mereka gagal lakukan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Tetapi pemimpin MCA dan Gerakan masih terus dilantik ke dalam Kabinet, kelebihan menjadi sebahagian daripada BN, dasar kemasukan yang sekian lama diamalkan.
Kelebihan inilah sebenarnya salah satu sebab mengapa parti kecil seperti Teras dan UPP di Sarawak cuba sedaya upaya untuk menyertai BN selepas berpisah daripada parti komponen BN yang lebih kukuh.
Nampaknya, kebenaran dalam kenyataan Tajuddin menyakitkan presiden MCA Liow Tiong Lai, yang membalasnya dengan kata-katanya tersendiri.
“Apa yang kita mahukan untuk BN ialah mengembalikan semangat kerjasama...berbanding sebagai ‘abang besar’ yang mengeluarkan arahan. MCA tidak akan tunduk kepada ini.
“Dia tidak berhak untuk bercakap mewakili BN. Dia perlu berdiam diri daripada terus mensabotaj ahli parti BN yang lain,” Liow dipetik sebagai berkata.

Coverline: Mereka bukan ahli kami - Pesaka

Tun M: Apakah motif perhimpuan Rakyat Bersatu?

Coverline: Salahguna bas dengan logo universiti ke himpunan "baju merah"

Coverline: JLKN nafi sediakan bas ke himpunan "baju merah"

Ini bukan zaman batu, keluar Johor jika rasis - Titah Sultan

Kelantan Paling Ramai Sertai Amanah

Kerjasama PAS-AMANAH akan diputuskan kemudian- Mat Sabu

Kalau menteri Ahmad Maslan pun kuat kencing, apatahlagi kepalanya..



TAK HERANLAH kalau dari atas sampailah ke bawah mmg kuat KENCINGKAN RAKYAT !!!


Rakyat yg buta IT, buta komputer, BUTA HATI AKAN TERIMA BULAT-BULAT DAN TELAN SEDALAM-DALAMNYA apa yg spesis2 kuat kencing ini kata..


Biasal ler tu 'Himpunan' YANG SAH DI SISI UNDANG akan berlaku keadan seperti ini...!!!


New Parti Amanah Negara vows to revive Pakatan

Merah di Kuala Lumpur, Jingga di Shah Alam


Asal aja KELUAR DARI MULUTNYA PASTI BOHONG !!!

'Keamanan' mendanya kalau peserta Himpunan Baju Merah disembur meriam air oleh FRU yg bertindak samseng & ganas membaling pasukan FRU dengan botol plastik & kon SERTA membuat provokasi kepada polis dengan memanggil mereka “barua Cina”.

200,000 sertai himpunan bukti Najib masih popular ampu Pesaka

Mohd. Ali Rustam berkata penyertaan kira-kira 200,000 peserta dalam himpunan itu jelas menunjukkan kerajaan sedia ada masih mempunyai sokongan padu.
Tan-Sri-Mohd
KUALA LUMPUR: Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) mendakwa kira-kira 200,00 peserta menyertai Himpunan Rakyat Bersatu di ibu negara pada hari ini.
Presiden Pesaka, Tan Sri Mohd. Ali Rustam berkata penyertaan kira-kira 200,000 peserta dalam himpunan itu jelas menunjukkan kerajaan sedia ada masih mempunyai sokongan padu.
Beliau berkata, kerajaan masih berdiri kukuh kerana sokongan rakyat dan ia terbukti dengan kehadiran ribuan peserta.
“Hari ini, bukan hanya perjuangan bangsa tetapi turut menunjukkan sokongan terhadap kerajaan.
“Boleh dikatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih mempunyai mandat popular untuk terajui negara,” katanya.
Wartawan FMT yang membuat liputan sepanjang himpunan itu pula bagaimanapun menganggarkan hanya 50,000 peserta menyertai himpunan berkenaan.
Sebelum ini, Tan Sri Annuar Musa ketika berucap di Padang Merbok mendakwa seramai 250,000 menyertai himpunan itu.

BAJU MERAH: Jangan cuba jatuhkan Najib - Noh Omar nak beritahu DAP atau Dr Mahathir?

BAJU MERAH: Jangan cuba jatuhkan Najib - Noh Omar nak beritahu DAP atau Dr Mahathir?Padang Merbok - Ketua Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata jumlah kehadiran dalam perhimpunan hari ini dianggarkan seramai 200,000 orang.
Katanya, mereka yang hadir tidak mahu berganjak dari padang kerana terlalu bersemangat.
Noh berkata orang Melayu turut boleh dihimpunkan dalam demonstrasi namun bukannya untuk menjatuhkan kerajaan seperti dilakukan BERSIH baru-baru ini.
"Kalau setakat nak buat demonstrasi kumpul ribuan orang kita pun boleh, kita pun boleh kumpul dan boleh buat.
"Kita nak beritahu DAP jangan guna demonstrasi untuk jatuhkan pemimpin kita.Tunggulah pilihanraya akan datang.
"Orang Melayu bukan seperti peserta himpunan haram yang beri betis nak peha," katanya yang berucap di pentas utama.
Beliau turut mahu ISA dikembalikan kerana "peserta BERSIH tidak tahu bersyukur".

Dua "baju merah" ditahan rempuhan di Jalan Petaling

Dua ditahan rempuhan di Jalan Petaling

KUALA LUMPUR - Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kekecohan di hadapan Petaling Street di sini hari ini selepas sekumpulan peserta himpunan rakyat bersatu cuba merempuh kawalan polis.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa berkata, kedua-dua mereka ditahan mengikut Seksyen 105 Kanun Acara Jenayah.

"Semasa perhimpunan, terdapat sekumpulan lelaki cuba merempuh kawalan polis untuk memasuki kawasan Jalan Petaling.

"Keadaan itu menyebabkan seorang anggota polis patah jari tangan ketika cuba menghalang mereka manakala seorang lagi anggota cedera di bahagian kepala dipercayai terkena benda keras.

"Keadaan ini menyebabkan polis melepaskan semburan air untuk meredakan ketegangan," katanya kepada Bernama.

Tajudin berkata, perhimpunan di Padang Merbok bersurai jam 6.30 petang manakala di Petaling Street jam 7.00 petang.

Katanya, perhimpunan di ibu negara itu telah melangggar Akta Perhimpunan Aman 2012 dan polis akan mengambil tindakan. – Bernama

PAS nafi Nik Abduh hadir ke Himpunan Rakyat Bersatu

PAS nafi Nik Abduh hadir ke Himpunan Rakyat BersatuKUALA LUMPUR: PAS menafikan kehadiran Ketua Pemudanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz ke Himpunan Rakyat Bersatu di Padang Merbok.

Dalam satu pesanan ringkas pada petang Rabu, PAS memaklumkan bahawa Nik Abduh dalam penerbangan pulang ke Kota Bharu dari Terengganu.

"Nik Abduh tidak hadir ke himpunan merah (Himpunan Rakyat Bersatu) sebentar tadi. Beliau berada di Kedah dan mengambil penerbangan ke Pulau Pinang ke Kota Bharu untuk pulang sebentar tadi," menurut pesanan itu.

Ketika perhimpunan petang tadi, penganjur berulang kali mengumumkan kehadiran Ahli Parlimen Pasir Mas itu menerusi sistem siar raya pada acara itu yang dianjurkan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka)

Himpun 16: Police explains cause of physical injury

Himpun 16: Stand-off over but Police will continue to monitor

Jalan Petaling: Peserta bersurai, polis tetap berkawal

Amanah Mahu Hubungan Baik Dengan Semua Pihak

Amanah Belum Bincang Kerusi PRU

Pelancaran Amanah Program Parti Pekerja

Amanah DiLancar Setelah Ikut Syarat ROS

Kerjasama PAS-Amanah akan diputuskan kemudian - Mat Sabu

SHAH ALAM: Kerjasama dengan PAS hanya akan diputuskan selepas mesyuarat bersama pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP diadakan, kata presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu.

Beliau tidak akan membuat sebarang keputusan mengenai perkara itu selagi pendirian bersama belum dibuat dengan rakan parti pakatan lain.

"Kita akan bincang dan ambil pendirian bersama. Perbincangan itu melibatkan DAP, PKR dan kami akan ambil pendirian bersama.

"Tunggulah, parti ini baru dua minggu," katanya semasa sidang media selepas melancarkan parti Amanah di sini hari ini.

Lebih 3,000 orang menghadiri majlis pelancaran itu.

Ditanya sama ada Amanah mengambil langkah untuk memperbaik hubungan dengan PAS, Mohamad Sabu berkata parti itu mengambil langkah mengadakan hubungan dengan semua pihak termasuk NGO dan semua parti politik.

Dalam pada itu, Mohamad Sabu menafikan peranan parti Amanah bertindih dengan rakan pakatan partinya, PKR.
"Amanah bertindih dengan PKR? Tidak. Sesiapa yang mahu menyertai PKR, boleh sertai PKR, dan masih ramai rakyat Malaysia yang tidak menggangotai mana-mana parti. Jadi ini adalah matlamat utama parti Amanah," kata Mohamad Sabu.

Lensa "Baju Merah" : Jalan Petaling & Padang Merbok







 






Himpun 16: Why we resort to use force, says Police

Baju Merah: 3 polis cedera, dibawa ke hospital


Tiga anggota polis tercedera semasa berlakunya kekecohan di hadapan pintu gerbang Jalan Petaling, kata Timbalan Pengarah Jenayah Komersial dan Risikan SAC Roslan Abdul Wahid.
Katanya, ketiga-tiga mereka telah dibawa ke hospital dan hanya cedera ringan.
Selain itu, beliau juga memberitahu, polis terpaksa mengguna meriam air kerana peserta himpunan ingin merempuh kawasan perniagaan di kawasan itu.
"Kami perlu gerakkan aset, FRU (Unit Simpanan Persekutuan) dan tambah halangan keselamatan. Ketika itu kami cuba bercakap dengan mereka jangan rempuh halangan.
“Ada lima, enam kumpulan kecil tanpa pemimpin dan tiada kawalan.
"Apabila FRU tiba, kami cuba kekalkan supaya mereka tidak berlaku ganas," katanya kepada pemberita.
Polis antirusuhan petang tadi menggunakan meriam air untuk menyuraikan peserta Himpunan Rakyat Bersatu di ibu negara setelah terdapat peserta enggan berganjak dari Jalan Petaling.
Sebelum ini terdapat peserta membaling pasukan FRU dengan botol plastik selain membuat provokasi kepada polis, termasuk menggelar mereka “barua Cina”.
Lautan manusia berbaju merah hadir dalam perhimpunan hari ini, yang dilihat menyatakan sokongan kepada pentadbiran perdana menteri selain menyatakan bantahan kepada BERSIH 4 sebelum ini.
Polis hanya memberikan kebenaran berhimpun di Padang Merbok sahaja.
Kejadian di Jalan Petaling berlaku ketika kumpulan di Padang Merbok sedang bersurai.

Dr Mahathir soal sekali lagi, apa tujuan ‘himpunan baju merah’

Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mencemuh “perhimpunan baju merah” yang berlangsung di Padang Merbok, Kuala Lumpur hari ini, mengatakan beliau tidak jelas tentang objektif di sebalik perhimpunan itu.
“Saya tak tahu. Apa objektif mereka?” soalnya, apabila ditanya mengenai Himpunan Rakyat Bersatu anjuran gabungan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Melayu hari ini.
Ribuan rakyat Malaysia berkumpul di ibu kota terdahulu hari ini dalam satu demonstrasi jalanan yang dirancang sebagai tanda protes kepada perhimpunan Bersih 4 yang diadakan hujung bulan lalu.

“Nampak macam mereka hanya sokong kerajaan," katanya selepas menyampaikan ucapan pada program “The Story” di Cyberjaya hari ini. Dalam ucapannya pada majlis itu, Dr Mahathir juga berkata, impiannya terhadap negara ini ialah supaya Malaysia mencapai pengagihan kekayaan yang sama rata untuk semua kaum.
“Impian saya untuk Malaysia ialah semua orang di sini memperkenalkan diri mereka sebagai rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, dan bertutur dalam satu bahasa.
“Juga, mesti ada pengagihan kekayaan yang saksama antara semua kaum,” katanya ketika ditanya impiannya sempena Hari Malaysia hari ini.
Dr Mahathir mengakui, melihatkan kepada pengagihan kekayaan yang tidak sama rata dalam tahun-tahun ketika beliau membesar di Alor Star, ia “mempengaruhi” pemikiran dan pendekatan beliau hingga hari ini.
Sementara itu, bekas perdana menteri itu turut memenuhi permintaan salah seorang hadirin di program itu dengan menyanyikan lagu “My Way” dendangan Frank Sinatra bersama penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza Tajuddin.

Selepas 2 jam bekeras dengan Polis, peserta himpunan ‘baju merah’ akhirnya tinggalkan Jalan Petaling

Selepas 2 jam bertempur dan berunding dengan anggota polis, peserta ‘Himpunan Rakyat Bersatu’ akur dengan perintah pihak berkuasa untuk bersurai tanpa memasuki kawasan Jalan Petaling di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim , September 16, 2015. 
Selepas 2 jam bertempur dan berunding dengan anggota polis, peserta ‘Himpunan Rakyat Bersatu’ akur dengan perintah pihak berkuasa untuk bersurai tanpa memasuki kawasan Jalan Petaling di Kuala Lumpur. 

Selepas dua jam bertempur dan berunding dengan anggota polis, peserta "Himpunan Rakyat Bersatu" akur dengan perintah pihak berkuasa untuk bersurai tanpa memasuki kawasan Jalan Petaling di Kuala Lumpur. Meskipun pada mulanya enggan beredar, namun selepas dipujuk penganjur Datuk Jamal Yunus yang berjanji pihak bertanggungjawab mengambil tindakan terhadap peniaga Jalan Petaling.
"Kita minta KDN (Kementerian Dalam Negeri) ambil tindakan kepada peniaga-peniaga Petaling Street. Kita bagi masa 7 hari, kalau tak ada apa-apa tindakan saya akan jadi kepala untuk buat demo kat sini," katanya.

Beberapa peserta memberi alasan untuk memasuki kawasan tersebut kerana mereka ingin membeli barang. "Kita nak masuk cuma nak beli barang sahaja. Kenapa tak bagi kita masuk," kata salah seorang daripada mereka.
Bagaimanapun, tindakan pihak berkuasa yang membuat halangan di kawasan tersebut membangkitkan kemarahan di kalangan mereka.
Peserta juga mempersoalkan mengapa kawasan tersebut ditutup pada hari ini, sedangkan ia beroperasi seperti biasa pada hari-hari lain.
Dalam sidang media terbarunya, Jamil berkata beliau hadir di Jalan Petaling kerana diminta polis untuk menyuraikan peserta.

Polis terpaksa guna kekerasan apabila peserta himpunan "baju merah" merusuh

Polis berkata Pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa menggunakan meriam air apabila peserta himpunan baju merah di kawasan Jalan Petaling merusuh untuk merempuh kawasan perniagaan di lokasi itu. – Gambar Reuters, September 16, 2015. 
Polis berkata Pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa menggunakan meriam air apabila peserta himpunan baju merah di kawasan Jalan Petaling merusuh untuk merempuh kawasan perniagaan di lokasi itu. 

Pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa menggunakan meriam air apabila peserta himpunan baju merah di kawasan Jalan Petaling merusuh untuk merempuh kawasan perniagaan di lokasi itu, kata polis. Timbalan Pengarah Jenayah Komersial dan Risikan, SAC Roslan Abd Wahid berkata, 3 anggota polis turut mengalami kecederaan susulan kejadian tolak-menolak dengan peserta himpunan itu yang berkeras mahu memasuki kawasan yang tidak dibenarkan itu.
"Jalan Petaling tidak berada dalam permit. Ia di luar kawasan, bila itu berlaku, kami dah kata ini bukan jalan dalam permit, tetapi mereka merempuh dan masuk halangan pertama, kemudian merempuh halangan kedua.

"Kumpulan yang datang ke kawasan ini pada mulanya hanya sekitar 150, kemudian bertambah sehingga 1,000 orang. Jalan ini tidak berada dalam kawasan permit. Tapi kami masih membantu kerana sedar mereka tidak akan bekerjasama. "Kemudian, kami perlu gerakkan aset, FRU dan tambah halangan keselamatan. Ketika itu, kami cuba bercakap dengan mereka, jangan rempuh halangan," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata, pada peringkat awal, kumpulan berkenaan hanya meminta izin untuk berehat sekitar 10 minit, namun ketika diarahkan beredar selepas 20 minit, terdapat sekumpulan kecil yang enggan menurut arahan polis.
"Ada 5 hingga 6 kumpulan kecil tanpa pemimpin dan tiada kawalan. Apabila FRU tiba, kami cuba kekalkan supaya mereka tidak berlaku ganas.
"Saya bercakap dengan mereka, kami akan membantu mereka ke Padang Merbok. Kami beritahu, di Jalan Petaling hanya ada polis. Mereka kata mahu berehat dalam 10 minit kerana kepenatan.
"Selepas 15 hingga 20 minit, mereka kata mahu ke Padang Merbok, tapi ada sekumpulan kecil yang enggan dan hendak masuk," kata Roslan.

Himpunan berjaya, lebih 250 ribu hadir dakwa Pesaka

Himpun 16: Why the obsession to pass through Petaling Street?

Padang Merbok: Sampah berselerakan, DBKL mulakan pembersihan..ada bil tak...??

Padang Merbok: Umno kata 200,000 hadir

'Baju merah' kata Jln Petaling bukan tempat larangan

'Baju merah' baling kon, kepala peserta berdarah

Anina sifatkan Himpunan Melayu Bersatu sia-sia

Menurutnya tiada guna berkumpul dan bersorak di tepi jalan jika anda mempertahankan pemimpin yang jahat
Anina_baju-merah_600
PETALING JAYA: Orang Melayu menjadi kuat sekiranya pemimpinnya berwibawa, jujur, ikhlas dan bertanggungjawab.
Keadaan sebaliknya akan berlaku sekiranya mereka yang memimpin lemah dan terpalit dengan pelbagai salah laku.
Kenyataan itu dibuat bekas ahli Wanita UMNO Cawangan Padang Mat Sirat, Anina Saadudin dalam reaksinya terhadap Himpunan Melayu Bersatu atau kumpulan Baju Merah.
“Tidak guna berkumpul dan bersorak di tepi jalan jika anda mempertahankan pemimpin yg jahat,”tulisnya.
Selain itu, dia juga mempersoalkan tujuan sebenar perhimpunan berkenaan.
“Secara dasarnya, itu racism. Di mana semangat penubuhan negara Malaysia 16 september? Mereka sudah lari dari semangat kita sebagai rakyat berbilang bangsa sebuah negara berdaulat. Mereka mengamalkan semangat zaman batu,”katanya dalam kenyataan kepada FMT.

Peserta Himpunan Rakyat Bersatu cetus kekecohan di Jalan Petaling

Peserta mendesak polis membenarkan mereka masuk ke kawasan Jalan Petaling yang merupakan antara lokasi utama perniagaan yang didominasi oleh kaum Cina
polis_fru_600
KUALA LUMPUR: Peserta Himpunan Rakyat Bersatu atau Baju Merah yang berkumpul di Jalan Petaling mencetuskan kekecohan apabila cuba merempuh sekatan yang dibuat oleh Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
Para peserta menjerit dan meminta agar polis membenarkan mereka untuk memasuki kawasan perniagaan itu.
Sambil melaungkan “Hidup Melayu” dan menyanyikan lagu Inilah Barisan Kita, ada antara peserta yang memegang poster gambar “Lim Kit Siang yang ditulis dengan perkataan `Jangan cetus 13 Mei’ dan ‘Hormati Majoriti Senyap Melayu Islam.
Peserta juga berjanji tidak akan meninggalkan kawasan itu sehingga mereka dibenarkan memasuki pusat perniagaan yang terkenal di ibu negara itu.
Menurut polis, peserta mula berhimpunan di hadapan pintu masuk kawasan berkenaan sejak jam 1 petang.
Kawasan Jalan Petaling merupakan antara lokasi utama perniagaan yang didominasi oleh kaum Cina.
Bagaimanapun, tinjauan FMT mendapati, tiada kelibat kaum Cina yang berada di Ibu Kota dan kebanyakkan mereka menutup perniagaan.
Polis berjaya menahan tiga orang peserta Baju Merah dan pihak Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) yang turut serta dalam himpunan itu merayu agar polis membebaskan mereka yang ditahan.
Gas pemedih mata terpaksa dilepaskan bagi menenangkan keadaan.

PAS Kelantan nafi 10 wakil rakyat akan masuk AMANAH

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yakin 10 wakil rakyatnya di negeri ini tidak akan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) yang sedang dalam proses pendaftaran.
Beliau berkata dakwaan untuk melompat parti hanya khabar angin atau gerak saraf daripada pihak lawan.
"Parti itu (Amanah) pun tak ada lagi, sekarang yang ada Parti Pekerja-Pekerja Malaysia. Kita tak pasti Amanah wujud atau tak sebab ia (penubuhannya) melibatkan soal undang-undang dan kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS).
 "Kita kena tengok dulu. Dia (Amanah) kena pastikan ia wujud terlebih dahulu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Malaysia peringkat negeri di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV di Kota Bharu.
Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan pengerusi Amanah negeri ini Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang dilapor sebagai berkata 10 wakil rakyat PAS di negeri ini akan menyertai Amanah pada Januari tahun depan.
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata beliau yakin 10 wakil rakyat tersebut masih setia dengan PAS dan tidak mudah untuk melompat parti kerana terikat dengan bai'ah dan lafaz taklik cerai talak tiga yang dikenakan PAS kepada semua wakil rakyatnya di Kelantan.
Beliau berkata kesemua mereka yang didakwa terlibat juga tidak perlu dipanggil untuk menjalani siasatan.
"Saya percaya dengan rakan-rakan saya di Kelantan, tak perlu panggil sebab kita kenal semua mereka dan kita tahu mereka akan kekal bersama kita," katanya.
- Bernama

Perhimpunan ‘baju merah’ berakhir, tetapi Jalan Petaling masih tegang

Anggota pasukan FRU bersiap sedia di lorong masuk Jalan Petaling apabila keadaan di kawasan berkenaan masih tegang walaupun perhimpunan ‘baju merah’ sudah berakhir di Padang Merbok. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 16 September, 2015. 
Anggota pasukan FRU bersiap sedia di lorong masuk Jalan Petaling apabila keadaan di kawasan berkenaan masih tegang walaupun perhimpunan ‘baju merah’ sudah berakhir di Padang Merbok. 

Lautan merah memenuhi Padang Merbok petang ini dengan ribuan peserta Himpunan Rakyat Bersatu berkumpul untuk menyatakan bantahan terhadap Bersih 4 hujung bulan lalu dan demi mempertahankan maruah Melayu, kaum majoriti di negara ini.
Perhimpunan ‘baju merah’ itu mengumpulkan peserta yang sejak awal pagi berkumpul di beberapa lokasi pertemuan di sekitar ibu kota termasuk di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), iaitu ibu pejabat Umno, Jalan Conlay dan Dataran Merdeka.
Beberapa pemimpin Umno dan NGO Melayu turut sama berada di pentas utama di Padang Merbok dan menyanyi serta menyampaikan ucapan.

Terdahulu kumpulan peserta perhimpunan ‘baju merah’ yang berkumpul di Pavilion kini berarak menuju ke arah kawasan Plaza Low Yat selepas pasukan polis terdahulu membenarkan mereka berjalan menerusi pusat beli-belah itu.Kakitangan Dewan Bandaya Kuala Lumpur (DBKL) sedang membersihkan sampah seperti botol minuman dan bekas makanan yang dibiarkan bersepah oleh peserta perhimpunan ‘baju merah’ di Padang Merbok. – Gambar The Malaysian Insider, 16 September, 2015. 
Kakitangan Dewan Bandaya Kuala Lumpur (DBKL) sedang membersihkan sampah seperti botol minuman dan bekas makanan yang dibiarkan bersepah oleh peserta perhimpunan ‘baju merah’ di Padang Merbok.

Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) sedang berkawal di sekitar Plaza Low Yat bagi mengelak peserta memasuki kawasan itu.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/langsung-ribuan-berkumpul-di-kl-untuk-perhimpunan-baju-merah#sthash.7MUzi38I.dpuf

Baju Merah Aman: Dipanggil 'barua Cina', FRU sembur meriam air


Polis antirusuhan FRU petang ini menggunakan meriam air untuk menyuraikan peserta Himpunan Rakyat Bersatu di ibu negara hari ini.
Tindakan itu diambil kira-kira jam 5 petang setelah terdapat peserta enggan berganjak daripada Jalan Petaling.
Sebelum ini terdapat peserta membaling pasukan FRU dengan botol plastik.
Trak meriam air itu datang daripada arah Jalan Tun Tan Cheng Lock selepas peserta mula membuat provokasi kepada polis, termasuk ada memanggil mereka “barua Cina”.
Perhimpunan hari ini dianjurkan sebagai reaksi terhadap perhimpunan BERSIH hujung bulan lalu yang dikaitkan pemimpin dan media prokerajaan dengan dominasi Cina dan DAP.
Berdasarkan kain rentang dan poster dipamer, ia dipamerkan sebagai perhimpunan Melayu untuk menyatakan bantahan terhadap orang DAP.
Selain meraih sokongan pada kerajaan dan perdana menteri, terdapat juga bahan pameran mengecam Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kumpulan berbaju merah itu berkumpul di beberapa tempat ke ibu kota sebelum berarak dan berkumpul di Padang Merbok.
Mahathir sebelum ini hadir dalam perhimpunan BERSIH 4 bagi menuntut Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.
Perhimpunan hari ini dihadiri beberapa pemimpin Umno.