Selasa, 15 September 2015

Semangat Patriotik Iringi 'Kelahiran' Amanah Esok

Pengerusi penaja Amanah, Mohamad Sabu (duduk, empat dari kiri) ketika mengumumkan penjenamaan semula Parti Pekerja-pekerja Malaysia di ibu negara baru-baru ini. 

PETALING JAYA: Selepas 37 tahun ditubuhkan, Parti Pekerja-Pekerja Malaysia akhirnya akan dijenamakan semula untuk kembali aktif dalam arena politik nasional.

Bakal menggunakan nama baharu - Parti Amanah Negara (Amanah), ia dilihat bakal menjadi pesaing kepada PAS apabila menggunakan Islam sebagai teras perjuangan.

Setiausaha Penaja Amanah, Anuar Tahir bagaimanapun berkata, pendekatan yang bakal digunakan parti berkenaan berbeza dengan PAS apabila mengamalkan konsep terbuka untuk bekerjasama dengan semua pihak, termasuk bukan Islam.

"Kita lebih inklusif, Amanah terbuka untuk semua tanpa mengira kaum mahupun agama. Lebih-lebih lagi konsep Islam yang diketengahkan Amanah akan turut memberi manfaat kepada semua pihak," katanya kepada mStar Online pada Selasa.

Tambah Anuar, tarikh pelancaran rasmi Amanah turut mempunyai signifikasi tersendiri apabila ia diadakan sempena sambutan Hari Malaysia.

"Sebenarnya esok adalah acara anjuran Parti Pekerja-Pekerja Malaysia. Pada majlis itu nanti akan diadakan pelancaran rasmi proses penjenamaan semula termasuk nama dan logo baharu parti.

"Majlis pelancarannya akan diadakan dalam semangat patriotik dan penuh warna warni sebagai meraikan kepelbagaian di negara kita," katanya.

Pelancaran Amanah akan diadakan pada Rabu di bangunan Kompleks Konvesyen Pameran Perabot (IDCC) Shah Alam.

Hishamuddin Rais: Sebelum Pilihanraya, Kita Wajib Turun Ke Jalanraya

Anuar Tahir: Meraka Sudah Takut, Meraka Takut Kebangkitan Rakyat

Tony Pua: Tiap Kali Ada Gabungan Yang Baru, KIta Menarik Sokongan Yang Tidak Sama

Rafizi Ramli: Mustahil Barisan Nasional Boleh Dikalahkan Kalau Tidak Ada 1 Lawan 1

Nik Nazmi: Pakatan Rakyat Sebagai Gabungan Pembangkang Yang Paling Berjaya Dalam Sejarah

Bukan soal jawatan, tapi tolak 'siku dan lutut' - Khalid Samad


SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menolak dakwaan kononnya penubuhan Parti Amanah Negara (Amanah) oleh bekas pemimpin progresif PAS didorong oleh perasaan tamak dan inginkan kuasa, sebaliknya lebih menjurus kepada penolakan pendekatan 'siku dan lutut' yang tidak lagi relevan ketika ini.
Katanya, Amanah ditubuhkan selepas kumpulan berkenaan yakin bahawa PAS bukan lagi platform yang sesuai untuk mengangkat martabat Islam.
"Bukan soal jawatan, perasaan marah atau kecewa. Tapi persoalannya adalah bagaimana nak bawa idea dan proses untuk mengetengahkan idea itu.
Post Pic "Apa yang kami usahakan sejak tahun 80an atau 90an iaitu nak bawa PAS daripada politik terpinggir dan masuk ke politik arus perdana dimusnahkan. Sekarang ini seolah-olah kepimpinan baru nak bawa PAS balik ke era politik terpinggir," katanya kepada mStar Online baru-baru ini.
Kumpulan bekas pemimpin PAS yang disingkirkan pada pemilihan parti itu Jun lalu bertindak mengambil alih Parti Pekerja-Pekerja Malaysia untuk dijenamakan semula dan ditukar namanya kepada Parti Amanah Negara.
Amanah kini diketuai Mohamad Sabu, sebagai pengerusi penaja. Beliau gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden PAS.
Khalid berkata, sikap kepimpinan PAS yang mahu menjadi parti dominan ketika bersama Pakatan Rakyat merupakan punca perpecahan sama ada dalam parti Islam itu sendiri mahupun di kalangan komponen pembangkang.
Katanya, pendekatan 'siku dan lutut' serta politik agresif yang mahu diketengahkan pimpinan PAS terhadap pihak luar daripada parti itu tidak boleh diterima.
"PAS seolah-olah menuntut dominasi dalam Pakatan Rakyat. Ramai keluar bukan kerana menolak dasar yang diperjuangkan PAS, tetapi kerana pendekatan yang ingin digunapakai sekarang ini berbeza dengan sebelum ini.
"Golongan yang berpandangan lebih inklusif, mahukan pendekatan yang berpakat dengan DAP dan PKR disingkirkan. Bila ini berlaku, perbezaan pandangan tidak lagi dirai dalam PAS.
"Akhirnya kita kena buat parti baharu supaya pendekatan yang kita nak bawa dapat kita laksanakan dan zahirkan," katanya yang turut dilantik sebagai ahli jawatankuasa penaja Amanah.
Khalid berkata, beliau kecewa apabila PAS gagal mengangkat martabat Islam melalui kaedah politik yang baik.
"Apa yang akan berlaku sekarang ialah perjuangan PAS dan politik Islam akan semakin terpinggir, menjadi ekstrem dan shadid atau keras pendiriannya.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS setuju berunding dengan DAP

  KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin kanan PAS menyokong saranan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz supaya PAS dan DAP mengadakan pertemuan dalam usaha mewujudkan Pakatan Rakyat 2.0.
Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, walaupun kerjasama dalam Pakatan Rakyat (PR) sudah terkubur, ia tidak bermakna tidak ada lagi peluang kedua untuk tujuan itu.
Post Pic"Sikap PAS membuka pintu perbincangan dengan semua pihak. Memutuskan tahaluf siyasi tidak bererti putus segala-galanya sebab Islam mengajar kita untuk sentiasa membuka pintu rundingan. Nik Abduh juga mengatakan PAS terbuka untuk berbincang dengan sesiapa sahaja, ada pun persetujuan berdasarkan isu 
"Tengok pada keadaan. Secara dasarnya PAS terbuka dengan perbincangan dan rundingan," katanya yang ditemui hari ini.
Terdahulu, Nik Mohamad Abduh berkata peluang untuk PAS menyertai Pakatan Rakyat 2.0 masih cerah jika adanya pertemuan dan perbincangan bersama DAP.
Menurut Ahli Parlimen Pasir Mas itu, DAP tidak mustahil mengubah keputusan tidak mahu penyertaan PAS dalam pakatan pembangkang itu jika terdapat pertemuan yang membolehkan kedua-duanya bersemuka bagi menangani kemelut yang dihadapi. 
Bagaimanapun, Ahli Jawatankuasa Kerja DAP Tan Seng Giaw pada hari ini berpendapat segala keputusan tentang rundingan berkenaan diserahkan kepada setiausaha agungnya, Lim Guan Eng dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Masjid Al-Aqsa: Pemimpin Hamas bertemu Erdogan


PEMIMPIN Hamas Khaled Meshaal bertemu dengan Presiden Turki Recep Tayip Erdogan, hari ini (15 Sept).

Mesyuarat tersebut membincangkan pertembungan antara warga Palestin dan pasukan keselamatan Israel di Masjid Al-Aqsa. Demikian dikutip dalam WorldBulletin seperti dilaporkan laman Islampos.com.

Erdogan mengutuk kekerasan terhadap puluhan warga Palestin yang cedera. Selama pertemuan di Ankara, Meshaal mengucapkan terima kasih kepada Erdogan atas perhatian dan sokongan beliau itu.

Pasukan Israel menarik diri dari kompleks Al-Aqsa pada Isnin (14/9/15), Sheikh Azzam al-Khatib Ketua Pengarah urusan Al-Aqsa, menyatakan kepada Anadolu Agency.

Dalam menanggapi masalah tersebut juru bicara Kementerian Luar Negeri Amerika Syarikat (AS) John Kirby juga menyatakan kebimbangan dan mengecam keganasan di sekitar Masjid al-Aqsa.

Perutusan DS Anwar (15 Sept)

Berikut merupakan perutusan DS Anwar Ibrahim yang disampaikan melalui peguam beliau pada 15 September 2015:
“Saya mengecam tindakan beberapa anggota Umno dan lain-lain yang terlibat dalam kejadian pembakaran patung yang menyerupai pimpinan DAP. Ia satu tindakan yang memalukan lagi tidak beradab, dan juga mempunyai elemen perkauman.
UMNO di bawah pimpinan Dato’ Sri Najib Razak semakin tidak bertoleransi, dan semakin tidak bertanggungjawab dengan memperalatkan isu perkauman dan keagamaan untuk kekal relevan.
Taktik memburuk-burukkan pimpinan pembangkang mirip sifat pemerintah autoritarian.
UMNO dan pimpinannya perlu berani berdepan dengan pembangkang dan masyarakat sivil melalui perbahasan yang sihat dan berasaskan logik.
Ketiadaan keberanian ini dicerminkan dalam tindak-tanduk Datuk Seri Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri yang sering menggunakan undang-undang menindas seperti Seksyen 124B Kanun Keseksaan, Akta Hasutan dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan untuk mendiamkan pengkritik.
Undang-undang mesti diguna untuk melindungi masyarakat, bukan untuk menggertak dan menakut-nakutkan rakyat.”

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN
15 September 2015

Ada wakil rakyat parti lain mahu sertai Pas?


Pas

KUALA LUMPUR -  "Saya tidak mahu dedah lagi tetapi benda itu tidak mustahil, bila sampai masa kita akan dedah," demikian respon Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman ketika ditanya tentang dakwaan adanya wakil rakyat parti tertentu yang akan menyertai Pas.

Mohd Khairuddin berkata, walaupun pada prinsipnya Pas sama sekali tidak akan menarik ahli mahupun wakil rakyat parti lain untuk menyertai parti itu, namun jika lawan pula berbuat sebaliknya, semua perkara boleh berlaku.

‎ "Prinsip kita adalah tidak mencuri ahli.... kalau kawan kita ikhlas nak berkawan dengan kita kawan dengan baik, jangan curi ahli kita,  jangan pancing ahli kita sebab kalau ia bermula... kita boleh usahakan pancing kawan lain jugak," ujarnya.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan ketika mengulas mengenai tindakan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib menyertai PKR berkata, Pas bersikap terbuka dengan tindakan ahli, pemimpin dan wakil rakyat mereka yang meninggalkan parti itu untuk menyertai parti lain.

PAN boleh kerjasama dengan PAS, tetapi bersyarat - Mujahid

PAN boleh kerjasama dengan PAS, tetapi bersyarat - Mujahid
GEORGE TOWN: Di sebalik krisis yang berterusan, parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (PAN) sentiasa bersedia untuk menjalinkan kerjasama politik dengan parti Islam itu.

Naib Presiden Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusoff Rawa bagaimanapun menegaskan, PAS perlu bersetuju dan mematuhi kerangka penubuhan Pakatan Rakyat yang baharu.

"Mereka dialu alukan, selagi mana PAS bersetuju dengan bingkai kerangka bersama (Pakatan Rakyat) yang baharu nanti," kata Mujahid pada sidang media selepas pelancaran PAN peringkat negeri Pulau Pinang.

Pada masa sama, Mujahid yang juga Pengerusi PAN Pulau Pinang turut mengumumkan sekurang-kurangnya 56 orang kepimpinan PAS dari lima kawasan di negeri itu telah menyertai jawatankuasa penaja parti baharu itu.

Pada Isnin, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli optimis, sebuah pakatan pembangkang yang baharu dapat dibentuk di sebalik krisis dan percakaran demi percakaran antara PAS, DAP dan PAN.
Beliau antara lain percaya proses perundingan dengan parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu akan membuahkan hasil positif.

Sambutan luar duga AMANAH di Kelantan - Mat Sabu

Selepas dua minggu penubuhannya, Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu berkata sambutan "luar dugaan" rakyat terhadap parti itu menunjukkan tiga negeri mendahului berbanding negeri lain.
Berdasar data permohonan yang dibentangkan dalam mesyuarat AMANAH kelmarin, Mohamad berkata Kelantan mendahului dengan sebanyak lebih 7,000 borang telah diisi dan dikembalikan kepada ibu pejabat AMANAH dan kini sedang menunggu kelulusan.
Menurutnya lagi, penyertaan kedua terbanyak dari Johor melebihi 5,000 orang manakala, ketiga tertinggi dari Selangor sebanyak lebih 4,000 permohonan dan Kedah berada di tangga keempat dengan permohonan melebihi 2,000 borang.
Dalam wawancara dengan Malaysiakini, Mohamad berkata setakat ini sebanyak 50,000 borang telah diedarkan tetapi belum dikembalikan dan dijangka 30,000 borang bakal diluluskan menjelang mesyuarat parti itu yang akan datang.
"Saya rasa, (penyertaan) di luar dugaan, rasa macam floodgate. Saya rasa bukan kerana kehebatan (pemimpin) parti AMANAH, tetapi oleh kerana suasana yang membantu seperti kes 1MDB, nilai duit (yang jatuh), (kenaikan) harga barang.
"Rakyat macam tunggu satu perubahan yang diharapkan. Kalau parti AMANAH tidak membuat sesuatu perubahan kepada rakyat, saya rakyat kekecawaan, akan berlaku.
"Saya nampak rating itu, sebagai parti baru yang ditubuhkan, selalunya sambutannya tidak sebegini," katanya menjawab soalan berhubung sambutan kepada AMANAH setakat ini.
Sehubungan itu, Mohamad berkata berdasarkan situasi dan sambutan yang diberikan itu, Mohamad optimis keahlian AMANAH boleh mencecah lebih 100,000 orang menjelang Disember depan.
Bagaimanapun, Mohamad berkata maklumat lanjut mengenainya juga akan diumumkan oleh Setiausaha Agung AMANAH Anuar Tahir.
Ditanya mengapa ahli daripada Kelantan penyertaan tertinggi setakat ini, Mohamad yang mesra dipanggil Mat Sabu berkata:
"(Ini) kerana (rasa) tidak puas hati oleh rakyat Kelantan kepada pemerintahan sedia ada, begitu tinggi."

Himpunan baju merah: Selepas ‘konsensus’, maruah parti komponen BN kini jadi pertaruhan

oleh Alyaa Alhadjri
Jika memang wujud keperluan bagi Barisan Nasional untuk hadir dengan konsensus yang sebenar, ia adalah ketika mesyuarat majlis tertingginya semalam.
Sejak sekian lama, Umno selaku parti terbesar dalam gabungan 13 parti itu telah menguasai proses membuat keputusan BN.
Sekadar “bersetuju untuk tidak bersetuju” berhubung Himpunan Rakyat Bersatu atau perhimpunan baju merah esok bukanlah keputusan mesyuarat yang dapat diterima.
Dalam mengumumkan keputusannya, Perdana Menteri dan Pengerusi BN Najib Razak dipetik Astro Awani sebagai berkata: “Kita (majlis tertinggi BN) telah berbincang panjang lebar tentang cadangan kumpulan tertentu mengenai 16 September, parti komponen memberi banyak pendapat dan kita setuju untuk tidak bersetuju dengan perhimpunan itu.”
“Ia bukan hari yang sesuai, saya hormat pandangan yang disampaikan dalam BN.
“Jika perhimpunan itu diadakan, ia perlu mematuhi undang-undang negara ini,” katanya lagi.
Sebagai presiden Umno, Najib sebelum ini mengumumkan bahawa parti itu “tidak terlibat” dalam penganjurannya yang sebelum ini dinamakan “Himpunan Maruah Melayu”.
Namun ahli Umno tidak dilarang daripada menyertainya selagi mereka mematuhi undang-undang.
LiowLiow
“Semua undang-undang perlu dipatuhi, bermakna mereka tidak boleh bawa poster yang membawa sentiment perkauman atau menghasut.
“Tidak boleh juga ada perbalahan dan polis juga telah diarahkan untuk membuat kawalan ketat dan mengelakkan laluan yang boleh mencetuskan provokasi,” katanya lagi.
Sementara itu, dilaporkan bahawa ketika mesyuarat itu berlangsung, beberapa pemimpin parti komponen BN telah sekali lagi menegaskan pendirian mereka membantah perhimpunan itu, yang dianjurkan sebagai reaksi kepada Bersih 4.
Malah, The Malaysian Insider memetik presiden MCA Liow Tiong Lai sebagai berkata, “majoriti” parti komponen tidak setuju dengannya.
“Kami mengulangi pendirian kami bahawa masa himpunan tersebut diadakan adalah tidak sesuai dan mempunyai unsur perkauman.
“Ia boleh merosakkan hubungan antara kaum dan memberikan kesan kepada pertumbuhan ekonomi akibat tekanan tersebut,” katanya lagi.
Sementara itu presiden MIC S Subramaniam juga menegaskan pendirian parti yang menentang perhimpunan tersebut.
Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata bahawa pihak berkuasa tidak akan membenarkan apa-apa perarakan di Bukit Bintang, Low Yat dan Jalan Petaling – kawasan majoriti masyarakat Cina di mana perhimpunan itu dirancang akan diadakan.

Jerebu: Menteri Kesihatan nasihat orang ramai jangan sertai himpunan merah

IPU melebih bacaan 150 membahayakan kesihatan dan orang ramai dinasihat tidak melakukan aktiviti di luar rumah.
Subramaniam_jerubu_600
SUBANG: Orang dinasihat supaya tidak mengambil risiko dengan menyertai Himpunan Rakyat Bersatu.
Nasihat itu diberikan Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam yang khuatir jerebu teruk akan menjejaskan kesihatan.
“Pada masa sekarang, IPU melebih bacaan 150. Lebih baik kurangkan aktiviti luar, termasuk perhimpunan, kalau jerebu tinggi lebih baik jangan ada, kerana ini akan beri kesan kepada kesihatan
“Kurangkan aktiviti luar seperti jangan joging diwaktu jerebu dan sila berhati-hati,” ujarnya dalam satu sidang media selepas merasmikan pembukaan Kampus Megatech Subang Jaya pada Selasa.
Mengulas mengenai perhimpunan itu, beliau berkata, MIC tidak pernah bersetuju dengan sebarang perhimpunan yang melibatkan kaum.
“Pendirian kita jelas, kita tidak sokong perhimpunan merah atau aman atau apa nama yang digunakan.
“Kita tak berapa sokong atas beberapa aspek antaranya secara prinsip kita tidak sokong apa-apa demonstrasi di jalan raya. Kalau orang India buat kita juga tidak akan sokong,” katanya.
Pada masa sama, Subramaniam turut menjelaskan himpunan seperti itu tidak akan membantu mengeratkan hubungan kaum di negara ini.

Jerebu: Jusof Kalla disamakan fikiran dengan Ahmad Maslan

Jusof disifatkan sebagai seorang Timbalan Presiden yang dangkal fikiran kerana mengeluarkan kenyataan seperti itu
Jusof-Kalla)cmt_600
PETALING JAYA: Kenyataan Naib Presiden Indonesia, Jusof Kalla mengenai rungutan negara jiran terhadap masalah jerebu dianggap tidak bijak dan dikatakan sama taraf dengan pemikiran Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.
Reaksi itu diberikan selepas pengendali Facebook, Saya Sayang Tun Dr. Mahathir Mohamad memuat naik statusnya berhubung isu itu
“Naib Presiden Indonesia, Jusof Kalla berkata, Malaysia dan Singapura seharusnya bersyukur kerana dapat menikmati 11 bulan udara segar berbanding 1 bulan jerebu, dan bukannya terus mengkritik Indonesia. Rupanya penyakit ini pun ada pada menteri di luar negara. Hebat,” tulisnya.
Ia kemudian mendapat pelbagai komen.
“Aku ingat dekat menteri Malaysia je ada penyakit ni..rupanya sampai Indonesia pon ada jugak..takpe Ahmad Maslan YNWA,” tulis Harris Amran pada ruangan komen.
Dalam laporan yang disiarkan portal akhbar The Straits Times Singapore, Jusuf membuat kenyataan meminta negara jirannya, Malaysia dan Singapura berhenti merungut dengan masalah jerebu yang berpunca dari Indonesia.
“Selama 11 bulan mereka menikmati udara segar daripada Indonesia dan mereka tidak perna bersyukur.
“Mereka baru merasa sebulan dan mereka merungut,” tulisnya yang diipetik daripada Jakarta Globe dan kemudian disiarkan portal akhbar The Straits Times Singapore.

Khazanah, PNB KWAP diancam hutang RM20b?

PETALING JAYA - PKR melahirkan kebimbangan apabila ValueCap Sdn Bhd didakwa akan menjadi instrumen untuk mendapatkan dana RM20 bilion bagi membeli saham-saham bernilai rendah.
 
Naib Presidennya, Rafizi Ramli mendakwa sekiranya ValueCap digunakan untuk tujuan itu, tindakan itu sama seperti mendedahkan Khazanah, PNB dan KWAP kepada risiko hutang.
 
"Ini bermakna sekali lagi Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan dana rakyat untuk berhutang bagi tujuan menutup kelemahan pentadbiran beliau.
 
"Saya khuatir jika ValueCap diarahkan untuk membeli saham-saham dari syarikat-syarikat yang berkepentingan rapat dengan Umno-BN bagi tujuan membuat keuntungan jangka pendek kepada mereka yang berkepentingan itu," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.
 
Sebelum ini, Perdana Menteri mengumumkan bahawa pentadbiran beliau akan memperuntukkan RM20 bilion kepada ValueCap Sdn Bhd untuk membeli saham-saham di Bursa Kuala Lumpur bagi tujuan merangsangkan pasaran saham negara.
 
Beliau juga mendakwa, jika ValueCap dipaksa berbuat demikian, maka dana rakyat melalui Khazanah, PNB dan KWAP akan digunakan untuk menyelamatkan mereka yang berkepentingan dan rapat dengan Umno-BN.
 
"Bagi menyediakan dana sebanyak RM20 bilion untuk membeli saham-saham yang jatuh kerana sentimen pasaran yang lemah, ada kemungkinan besar ValueCap terpaksa menerbitkan bon yang besar.
 
"Masalah sentimen yang lemah terhadap saham-saham di Bursa Kuala Lumpur tidak akan selesai selagi masalah 1MDB dan krisis kredibiliti Najib tidak diselesaikan segera," ujarnya.
 

Rafizi fail RUU pemisahan kuasa eksekutif atasi kemelut ekonomi

IMG_6010PETALING JAYA 15 SEPT: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli memfailkan Rang Undang-undang (RUU) persendirian di Parlimen bagi mewujudkan suatu Akta untuk menetapkan secara undang-undang pemisahan kuasa Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Langkah itu sebagai usaha menyelesaikan krisis kredibiliti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang disifatkan sebagai punca kepada masalah ekonomi dihadapi negara.
“Remedi sebenar kepada masalah ini adalah menyelesaikan krisis kredibiliti yang terpalit dengan Perdana Menteri.
“Tidak ada tanda bahawa Najib akan letak jawatan, malah saya lihat tidak ada mana-mana parti komponen Barisan Nasional mampu singkir Najib.
“Masalah sentimen yang lemah terhadap saham-saham di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) tidak akan selesai selagi masalah 1MDB (1Malaysia Development Berhad) dan krisis kredibiliti Najib tidak diselesaikan segera. Hanya dengan peletakan jawatan Najib sebagai Menteri Kewangan barulah BSKL ada harapan untuk pulih,” tegas Rafizi pada sidang media di ibu pejabat parti.
Setiausaha Agung KEADILAN itu turut berharap seberapa ramai Ahli Parlimen dari kedua-dua pihak menyokong RUU dikemukakannya itu.
“Sama ada RUU ini dibahaskan atau tidak ia terpulang kepada Speaker Dewan dan kerajaan. Jika Ahli Parlimen BN serius nak pulihkan ekonomi negara mereka perlu sokong RUU ini.
“Sokongan sangat diperlukan supaya tekanan dapat diberikan supaya RUU ini dibahaskan di dalam Dewan nanti,” jelas Rafizi.

Gabungan PKR, PAS, Amanah dan DAP aneh tetapi praktikal

Kesungguhan PKR yang mahu semua parti pembangkang utama PAS, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) membentuk sebuah gabungan padu menentang Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum ke -14 adalah sesuatu yang dianggap aneh bagi sesetengah pihak tetapi praktikal dari sudut strategi dan keadaan semasa.
Umum mengetahui akan pertelingkahan berterusan PAS dan DAP khususnya dalam isu hudud sehingga kedua-dua parti tanpa ada sebarang pertimbangan terhadap “mood” rakyat, memutuskan hubungan secara rasmi bagi menegakkan pendirian masing-masing.
Anehnya mereka masih boleh berada dalam satu pasukan meneruskan pentadbiran di negeri Selangor sebagai sebuah kerajaan.

Situasi ini seolah-olah membawa maksud pertelingkahan dan terputusnya hubungan antara parti politik masih membolehkan parti-parti tersebut membentuk kerajaan sekiranya majoriti kerusi memihak kepada mereka dan wujud toleransi di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) tersebut tanpa merujuk kepada keputusan parti masing-masing. Bunyinya aneh namun ini sedang berlaku bagi menjadikannya sebagai sesuatu yang praktikal.
Kini perkara itu sedang diusahakan oleh PKR bagi mewajarkannya untuk diimplementasi di peringkat nasional. Namun perkara ini masih belum boleh diterima sesetengah pihak yang mahukan gabungan tanpa PAS dibentuk dalam berhadapan dengan pilihan raya akan datang.
Menyoroti pendirian kesemua parti terlibat, PKR sememangnya konsisten mahu PAS berada dalam gabungan. Daripada presiden, timbalan presiden, setiausaha agung dan naib presiden malah ketua umumnya yang masih di dalam penjara, percaya gabungan bersama PAS adalah pilihan terbaik dan sangat diperlukan mengikut suasana semasa.
Anehnya, dalam usaha memujuk PAS supaya menerima pelawaan tersebut, mereka menerima kemasukan 2 ahli politik PAS, Kamaruddin Jaffar yang juga bekas setiausaha agung PAS dan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.
Kedua-duanya diberi peranan dan kedudukan penting dalam parti baharu mereka, PKR, untuk mengorak langkah memperkuatkan parti.
Ada yang berpendapat tindakan tersebut adalah bagi meraikan demokrasi dan sebagai usaha mempercepatkan proses pembentukan Pakatan Rakyat 2.0 tetapi PAS dilihat kurang senang dengan perkembangan tersebut dan melalui setiausaha agung dan ketua Pemuda, PAS dikatakan terkilan dan sedih.

Apa yang Melayu perlu takut

Wan Salman Wan Sallam


Masuk sahaja 16 September 2015 esok, genaplah 52 tahun Malaysia menjadi Malaysia. Dalam tidak sedar, sudah lebih separuh dekad negara Persekutuan ini terbentuk hasil gabungan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
Jauh daripada kebetulan, esok juga merupakan “Himpunan Baju Merah” yang berhasrat mengumpulkan segenap orang Melayu untuk ke Kuala Lumpur atas nama  “perpaduan Melayu”.
Pun begitu, ada juga pihak yang terlebih dahulu mengadakan siding media mengatakan mereka akan berhimpun untuk “mengajar Cina DAP yang kurang ajar”. Juga diikuti siding itu Umno Kota Bharu, dalam keadaan berbaju merah (sama ada kebetulan mereka Umno atau mengikut semangat perhimpunan itu) berhimpun mengadakan ceramah dan membakar patung pemimpin tertinggi DAP,  juga Cina.

Malah seolah-olah dirancang, tidak ramai mana Melayu menyertai Bersih 4 tempoh hari dan lebih kurang dua minggu kemudian, perhimpunan yang mahu mengumpul sejumlah orang Melayu pula diadakan. Secara peribadi malah mengikut undang-undang juga, saya tiada masalah dengan perhimpunan yang bakal diadakan sebagaimana saya tiada masalah dengan Bersih tempoh hari.
Walaupun layanan berbeza diberikan Ketua Polis Negara terhadap perhimpunan 16 September ini berbanding Bersih yang lalu, secara prinsipnya kita tidak boleh menzalimi orang lain hanya kerana orang lain menzalimi kita kerana dalam Islam sendiri pun, respons tersebut hanya menjauhkan orang daripada hidayah dan mesej kebaikan yang sebenar.
Tetapi apa yang lebih mendukacitakan ialah mesej-mesej yang dibawa menjelang perhimpunan tersebut; mesej-mesej defensif Melayu yang menyalahkan kaum lain atas kelemahan ekonomi dan status sosial dan mesej-mesej menghasut seolah-olah ada suatu kaum yang akan mahu membatalkan dominasi Melayu-Islam di Malaysia ini.
Apa yang Melayu perlu fokus?
Pernahkah kaum Melayu ini sedar walau betapa banyak tindakan defensif yang dilakukan, tindakan ini tidaklah mengubah status sosioekonomi mereka?
Malah dalam kebanyakan keadaan, sebab-sebab yang dilaungkan kebanyakannya hanyalah satu retorik responsif dan disebabkan emosi berbanding fakta.

Himpunan baju merah cemar sambutan Hari Malaysia, kata Shafie Apdal

Datuk Seri Shafie Apdal menyifatkan himpunan baju merah yang bakal berlangsung esok sebagai mencemarkan Hari Malaysia dan tidak memberi manfaat kepada perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum.
Naib presiden Umno itu berkata, penganjuran himpunan provokasi seperti itu bukan langkah yang tepat di tengah sambutan ulangtahun hari pembentukan negara yang sepatutnya menjadi pentas mendekatkan sesama rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.
"Saya harap jangan dicemarkan sambutan hari ini dengan kegiatan seperti baju merah atau kegiatan himpunan tertentu yang tidak membawa unsur menyatukan rakyat dan perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini," katanya di Semporna hari ini.

Pendirian beliau berbeza dengan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang tidak menghalang ahli parti menyertai perhimpunan tersebut walaupun menafikan ia menaja kumpulan yang menganjurkannya. Shafie berkata, sambutan Hari Malaysia sangat dekat dengan rakyat di Sabah dan Sarawak, malah diiktiraf sebagai Hari Kebangsaan.
Ia tidak sepatutnya dicemari dengan aktiviti yang hanya merugikan negara.
"Selama ini kita tuntut untuk dapat penghormatan dan penghargaan, bukan hanya menjadi cuti umum, bahkan juga perayaan kebangsaan, dan hari ini ia sudah diiktiraf," katanya.
Beliau sebaliknya menggesa supaya kerajaan memupuk nilai perpaduan dan saling menghormati satu sama lain.

Dokumentari Al-Jazeera: Desakan Dr M terhadap kerajaan relevan

oleh V Shuman
Tidak mengejutkan, dokumentari yang disiarkan saluran berita Al-Jazeera baru-baru ini tentang pembunuhan Altantuya Shaariibuu telah mencetuskan rasa tidak senang beberapa pihak di Malaysia.
Politikus daripada parti pemerintah dan polis peringkat tinggi membuat bising – bukan terhadap pembunuhan kejam itu, tetapi terhadap dokumentari dengan mendakwa Al-Jazeera ada “agenda tersembunyi” ke atas Malaysia.
Ini berlaku di saat hanya seorang pesalah yang meletupkan Altantuya sedang menanti hukuman mati, sementara seorang lagi sudah lari ke Australia. Malah identiti sebenar individu yang mengarahkan pembunuhan itu juga masih tinggal tanda tanya.
Apabila isu seumpama ini yang melibatkan Perdana Menteri Najib Razak muncul semula, anda sudah boleh jangka tokoh yang akan segera memberikan reaksi adalah pengkritiknya paling lantang, Dr Mahathir Mohamad.
Dalam tulisan terbaru di blognya, Mahathir menasihati kerajaan agar berhenti membuat penafian dan memfailkan saman fitnah terhadap saluran itu, jika merasakan dokumentari itu adalah tidak benar.
Najib dan Kerajaan beliau mempunyai tanggungjawab untuk membersihkan nama kita dan bukan hanya mendakwa Al-Jazeera cuba menggulingkan kerajaan.
“Bukti perlu diberi bahawa pembunuhan ini, penyembunyian (cover-up), penglibatan polis dan Razak Baginda tidak sama sekali bersalah atas jenayah yang dahsyat ini,” katanya.
Razak yang merupakan individu yang rapat dengan Najib pada mulanya ditahan selepas tuduhan hubungan sulitnya dengan model itu timbul selepas pembunuhannya pada tahun 2006. Namun beliau kemudiannya dilepaskan tanpa perlu membela diri.
Kata Mahathir lagi, memandangkan Al-Jazeera ditonton jutaan penonton seluruh dunia, kebanyakannya akan mempercayai dokumentari itu.
Beliau kemudian menggesa badan kehakiman agar membersihkan namanya, terutama berhubung pembebasan Razak Baginda.

Terserah kepada Guan Eng dan Hadi untuk bincang atau tidak - Tan Seng Giaw

PAS Selangor beri amaran: Kami juga boleh pancing ahli parti lain

Bina kerjasama DAP-Amanah-PKR di negeri lain, jangan ganggu kerusi PAS Selangor

Berhenti hasut ahli kita, PAS Selangor beri amaran kepada Amanah

Menjelang Hari Malaysia, MCA dan Suhakam bimbang dengan perhimpunan baju merah

oleh Mike Tan
Esok adalah Hari Malaysia, tetapi nampaknya tiada siapa pun yang kelihatan bersemangat meraikannya.
Orang ramai merancang untuk tidak keluar rumah dan banyak perniagaan di Kuala Lumpur akan ditutup esok, bukan kerana jerebu, tetapi kerana Himpunan Rakyat Bersatu yang kontroversial itu.
Berbanding ucapan sambutan seperti biasa, MCA melalui ketua Wanitanya Heng Seai Kie mengeluarkan kenyataan berhubung perhimpunan itu.
Beliau menerima kesahan perhimpunan itu tetapi menyeru polis memastikan keselamatan rakyat dan negara.
“Perhimpunan jalan raya mudah hilang kawalan apabila melibatkan peserta yang ramai. Apa-apa tindakan atau kata-kata provokatif mungkin akan menimbulkan kemarahan dan kekacauan.
“Maka kita meletakkan kepercayaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melindungi keselamatan setiap orang dalam negara ini, dan memastikan kesejahteraan peserta perhimpunan serta orang di sekitarnya. Kami juga menggesa penganjur agar mengawal emosi penyokong mereka untuk mengelakkannya menjadi hilang kawalan.”
Lebih dikenali sebagai perhimpunan baju merah, Himpunan Rakyat Bersatu mengundang kritikan meluas ekoran nada perkauman dan kecondongannya terhadap kerajaan pimpinan Umno. Retorik berapi mereka serta pertunjukan “seni bela diri” yang agresif telah membangkitkan kebimbangan. Pendirian kombatif penganjur dan penyokongnya pula tidak membantu menghilangkan ketakutan di kalangan rakyat.
Malah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) juga dengan serius menyatakan kebimbangan terhadap “idea, pandangan dan kenyataan perkauman yang dibuat jurucakap perhimpunan”.
Tindakan seumpama itu “berkemungkinan dapat menaikkan kebencian kaum dan agama, dan menghasut ke arah diskriminasi, permusuhan dan keganasan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sikap hipokrit Umno jelas terlihat dalam isu perhimpunan baju merah

oleh V Shuman
Sikap hipokrit dan “double standard” yang ditunjukkan kerajaan – terutama pihak-pihak dari Umno – dalam soal berkaitan perhimpunan balas terhadap Bersih 4 adalah cukup mengejutkan.
Kita sudah biasa dengan politikus lidah bercabang saban hari, namun ia semakin menjadi-jadi menjelang perhimpunan baju merah pada 16 September ini.
Dengan tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum badut-badut baju merah turun ke jalanraya, semakin ramai pemimpin Umno yang muncul mempertahankannya. Benar, ini adalah suara-suara sama yang mengecam Bersih 4 dan mencuba pelbagai cara untuk menghalang perhimpunan itu.  
Nur JazlanNur Jazlan
Misalnya, timbalan menteri dalam negeri Nur Jazlan Mohamed dipetik berkata, walaupun perhimpunan baju merah dianggap sebagai haram, larangan tidak akan dikenakan terhadap barangan yang berkaitan dengannya.
Ini ternyata bertentangan sepenuhnya dengan tindakan kementerian yang mengeluarkan larangan penjualan t-shirt kuning Bersih 4.
Nampaknya kakitangan Nur Jazlan gagal memaklumkan kepadanya, bahawa Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar telah pun memberi kebenaran kepada perhimpunan itu.
Menurutnya, ini kerana penganjur telah mendapatkan permit daripada Dewan Bandaraya Kualau Lumpur (DBKL) untuk berkumpul di Padang Merbok.
Walaupun perhimpunan di Padang Merbok dianjurkan oleh Persatuan Silat Kebangsaan dan persertanya akan berpakaian hitam.
Ketua kumpulan ini, bekas ketua menteri Melaka Mohd Ali Rustam juga telah menjauhkan dirinya daripada kumpulan baju merah. Ini bermakna kedua-dua perhimpunan ini adalah acara yang berbeza.
Seorang lagi tokoh Umno yang menunjukkan sikap hipokrit melampau adalah Timbalan Menteri Luar Reezal Merican Naina Merican.
Ali RustamAli Rustam
.Reezal yang terkenal kerana ikarnya untuk bertindak ke atas rakyat Malaysia yang menyertai Bersih 4 di luar negara kini membunyikan nada yang berbeza pula berhubung perhimpunan baju merah.
Beliau dipetik berkata peserta perhimpunan baju merah patut dibenarkan untuk berhimpun, selagi ia dijalankan secara aman tidak melanggar undang-undang.
Tidak terkecuali juga adalah encik Oxford kita, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Laporan sebelum ini menunjukkan yang beliau secara berselindung menggalakkan ahli pemudanya untuk menyertai perhimpunan tersebut. Namun kini beliau telah mengubah nadanya dengan berkata yang kementeriannya akan melihat tindakan yang boleh diambil terhadap Pesaka selaku penganjur perhimpunan di Padang Merbok.
Anda sedang buat apa ini, politikus Umno sekalian?

Muhyiddin: Guna saluran betul perjuang maruah Melayu

Sambutan Hari Malaysia wajar dizahirkan dengan acara-acara yang melambangkan kesepaduan rakyat dan kecintaan kita yang tidak berbelah bahagi kepada ibu pertiwi, kata Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Janganlah pula Hari Malaysia disambut dengan perarakan atau perhimpunan yang boleh ditafsirkan sebagai berbaur perkauman walau apapun motif di sebaliknya," kata beliau yang juga timbalan pengerusi BN dalam perutusan Hari Malaysia.
Pastinya, tegas beliau, perhimpunan yang dijadualkan pada 16 September telah mengundang pelbagai persepsi negatif masyarakat baik dari sudut objektifnya mahupun cara penganjurannya.
"Jika benar hendak memperjuangkan maruah Melayu, maka nasihat saya gunalah saluran yang betul iaitu melalui parti Umno yang menerajui kerajaan, bukan dengan cara membangkitkan sentimen perkauman.
"Saya secara peribadi ingin menasihatkan pihak-pihak yang berkenaan supaya mengambil langkah yang bijaksana dalam memutuskan penganjuran apa-apa perhimpunan atau perarakan pada Hari Malaysia.
"Ini penting supaya sambutan Hari Malaysia tidak dicemari dengan peristiwa yang boleh menimbulkan perasaan persengketaan dan permusuhan antara kaum.
"Dalam kita menghormati hak individu untuk berhimpun, harus diingat isu yang juga tidak kurang penting ialah kesejahteraan dan keharmonian antara kaum serta keselamatan negara.
"Sempena sambutan Hari Malaysia ke-52, marilah kita bersama-sama berdoa agar Malaysia sentiasa dilimpahi dengan nikmat perpaduan, keamanan dan kemakmuran yang berkekalan," tambahnya.
Berikut adalah perutusan penuh Hari Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin:
Malaysia telah mencapai 52 tahun penubuhannya. Sepanjang tempoh ini, negara kita telah menempa pelbagai kejayaan dan mengharungi pelbagai cabaran.
Sebagai sebuah negara bangsa, kita telah berusaha untuk memupuk integrasi nasional antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak, membasmi kemiskinan, memacu pertumbuhan ekonomi yang mapan, mewujudkan kestabilan politik, memelihara keharmonian kaum dan mengekalkan keamanan negara.
Berkat persefahaman yang dipupuk dalam kalangan masyarakat majmuk, kita telah menangani masalah perbezaan kaum, bahasa, agama dan wilayah untuk mewujudkan sebuah negara bangsa yang bersatu padu, bebas, aman dan berdaulat.
Walaupun seringkali berhadapan dengan pelbagai cabaran, termasuk sentimen kewilayahan yang ada ketikanya dieksploitasi oleh segelintir pihak untuk menangguk di air yang keruh, cabaran ini berjaya kita atasi dan sehingga kini Malaysia terus berdiri megah sebagai negara yang berdaulat.
Saya menghargai hakikat bahawa keseimbangan pembangunan antara wilayah dan hubungan yang baik antara kerajaan persekutuan dan negeri adalah penting untuk memelihara keutuhan negara kita. Tidak boleh ada mana-mana wilayah yang tertinggal dari segi pembangunan ekonomi, pendidikan, sosial, budaya dan lain-lain.

Bekas SU Agung Parti Liberal Demokratik Sabah sertai KEADILAN

LorettoPETALING JAYA 15 SEPT: KEADILAN hari ini mengumumkan kemasukan bekas Setiausaha Agung (SU) Parti Liberal Demokratik (LDP), Loretto Padua Junior ke dalam parti itu.
Penyertaan Loretto yang merupakan peguam berusia 35 tahun itu diumumkan SU Agung KEADILAN, Rafizi Ramli di ibu pejabat parti, di sini.
LDP merupakan parti komponen Barisan Nasional (BN) dari Sabah. Majoriti keahlian LDP yang diasaskan pada 1989 itu didominasi oleh kaum Cina.
Dalam sidang media pengumuman berkenaan, Loretto yang juga bekas Ketua Bahagian LDP Karambunai itu mengakui kecewa dengan kegagalan Kerajaan BN meningkatkan taraf hidup rakyat Sabah.
Kegagalan itu jelasnya menyebabkan rakyat negeri terus terpinggir.
“Saya tertarik menyertai KEADILAN kerana perlembagaan parti ini sendiri secara terang menyatakan akan menghormati perjanjian Malaysia 1963, ia meliputi apa yang rakyat Sabah sebenarnya inginkan,” jelas Loretto.
Katanya, Kerajaan Persekutuan dilihat tidak bersungguh merialisasikan perjanjian tersebut sehingga menyebabkan rakyat negeri itu rasa terkongkong dan dianaktirikan.
Justeru beliau yakin penyertaannya dalam KEADILAN mampu merialisasikan cita-citanya untuk membela nasib rakyat Sabah.

Dr Muhaimin dipelawa masuk Amanah

Oleh KHAIROL FIKRI MOHAMED AMIN


Parti Amanah Negara (Amanah) Kawasan Pasir Salak mendapat maklumat tentang perletakan jawatan dua pimpinan PAS Kawasan Pasir Salak iaitu Dr Muhaimin Sulam (Timbalan Yang Dipertua) dan Ustaz Mohd Syamsul Alauddin (Setiausaha).

Perletakan jawatan itu kemungkinan disebabkan suasana semasa parti itu dan kemunculan satu parti politik baharu yang berteraskan Islam iaitu Amanah.

Kedua-dua individu ini adalah tokoh yang dikenali oleh masyarakat setempat terutama Dr Muhaimin Sulam yang merupakan bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, dan Bekas Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Perak. Beliau juga adalah pengasas DACS Dewan Pemuda Pas Pusat dan antara individu penting yang mempopularkan program kebudayaan dan kesenian dalam Pas. Manakala Ustaz Syamsul pernah memegang jawatan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Pihak kami sangat mengalu-alukan sekiranya kedua-dua mereka berminat untuk menyertai Amanah dalam memperkuatkan lagi parti Islam baharu ini diperingkat kawasan.

Kami yakin, sekiranya mereka menyertai Amanah, peluang untuk berkhidmat kepada agama Islam dan masyarakat lebih terbentang luas tanpa sebarang tekanan seperti yang berlaku kepada mereka di dalam PAS sebelum ini.

Kerajaan tak berhati perut, nafi pembedahan Anwar

nurul izzah_2KUALA LUMPUR 15 SEPT: Keluarga Anwar Ibrahim menuntut Ketua Umum KEADILAN itu diberikan rawatan intensif serta memerlukan pembedahan segera ekoran kesakitan yang dialami sejak dimasukkan ke Penjara Sungai Buloh pada 10 Februari lalu.
Anak sulungnya, Nurul Izzah melahirkan kekecewaan terhadap layanan buruk serta sikap acuh tidak acuh kerajaan yang disifatkan tidak berhati perut dalam memberikan rawatan perubatan yang diperlukan bapanya itu yang kini menjadi bertambah buruk semenjak dipenjarakan.
“Beliau telah mengadu berkenaan kesakitan yang dialami di bahu kanan sejak Mac 2015. Sehingga kini beliau masih lagi tidak mendapat rawatan, dan kesakitan beliau itu telahpun merebak di kedua-dua belah bahunya.
“Semalam, kami telah menemui bapa kami. Dalam pertemuan berjadual tiga minggu sekali itu kami amat terkesan dan bimbang, apabila kami diberitahu bahawa Anwar memerlukan pembedahan segera.
“Pilihan yang diberikan oleh pakar-pakar yang telah memeriksa beliau adalah sama ada pembedahan-mikro, ataupun pembedahan penggantian bahu,” kata Nurul Izzah dalam kenyataan.
Beliau mengutuk sekeras-kerasnya keengganan Datuk Dr Jeyaindran Sinnadurai membenarkan kemasukan Anwar ke hospital malah keluarganya juga tidak mendapat sebarang penjelasan berkenaan dengan keadaan kesihatan Anwar oleh panel doktor yang terlibat dalam rawatan perubatan yang terbaru.
“Kami menuntut agar perhatian segera diberikan kepada permintaan kami untuk mengadakan sesi penerangan di antara keluarga kami, panel doktor dan Datuk Seri Anwar sebagai pesakit supaya beliau boleh membuat keputusan pembedahan apa yang beliau akan jalani.
“Jumaat lepas, keluarga kami telah memohon bantuan daripada Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Noor Hisham Abdullah untuk mempercepatkan rawatan yang diperlukan oleh Datuk Seri Anwar.
“Kami amat kecewa sekali apabila mendapati beliau menggunakan laporan berusia tiga bulan yang lepas dan cadangan yang disediakan oleh Dr Jeyaindran,” jelas Naib Presiden KEADILAN itu.

IMEJ SEDERHANA NEGARA TERCEMAR, BANYAK KEDAI CINA TUTUP KERANA HIMPUNAN BAJU MERAH

Selama ini apa yang kita dengar hanya peniaga-peniaga kaum Cina di Jalan Petaling saja telah bersetuju untuk menutup perniagaan mereka selama sehari pada 16 September untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini sekiranya bertembung dengan peserta himpunan baju merah pada hari tersebut.

Tindakan mereka menutup perniagaan itu boleh dianggap tindakan terpuji kerana peserta himpunan baju merah kelihatan mula meniupkan api perkauman serta menyebarkan kata-kata berbaur ancaman melalui perhimpunan tersebut.

Ia bukan saja diserlahkan melalui warna merah yang boleh membawa makna pergaduhan tetapi juga melalui sebutan perkataan "tanah tumpahnya darah" serta imej orang bersilat dalam poster-posternya.

Semua itu, ditambah dengan rancangan asal untuk berhimpun di kawasan perniagaan orang Cina itu Bukit Bintang dan Jalan Petaling, ia tentu saja suatu bentuk provokasi perkauman dan ingin menunjukkan kekuatan.

Kesanggupan peniaga Cina menutup kedai menunjukkan mereka bukanlah ingin mencari gaduh dengan sesiapa, sebaliknya hanya mahu mencari wang dan berniaga saja di negara ini.

Kehadiran kaum Cina yang lebih ramai dalam himpunan Bersih 4 tidak boleh dianggap berunsur perkauman kerana sentimen sesuatu kaum tidak pernah dimarakkan, malah tuntutan yang dibuat juga adalah untuk kepentingan negara.

Tun Mahathir Mohamad juga mengakui Bersih 4 dihadiri pelbagai kaum, manakala himpunan baju merah esok tidak langsung memperjuangkan kepentingan orang-orang Melayu.

Merah Vs Kuning

Oleh Muhammad Syafiq Azmi


Semua maklum warna adalah elemen penting dalam kehidupan kita. Masakan tidak, warna-warna yang ada membawa pelbagai maksud dan makna tersendiri.

Baru- baru ini satu himpunan besar di adakan di ibu negara. Perhimpunan BERSIH 4.0. ini diadakan adalah bertujuan untuk menuntut antaranya sistem pilihanraya yang bersih dan adil.

Mereka mengunakan warna kuning sebagai simbol dan tema gerakan ini. Disertai oleh pelbagai kaum tanpa mengira apa bangsa mereka. Secara jelasnya mereka membawa suara kebanyakan rakyat Malaysia. Mereka juga dengan terbuka mengutuk kepimpinan Najib Razak.

Warna kuning ialah warna yang sering dikaitkan dengan kebahagian dan keamanan. Kuning juga melambangkan kerabat diraja dalam banyak kebudayaan termasuk kebanyakan negara di Asia Tenggara.

Namun untuk bersaing dengan gelombang baju kuning, telah wujud satu kumpulan yang mengelarkan mereka dengan nama baju merah yang akan mengadakan himpunan pada Hari Malaysia. Namun ia berbeza dengan gerakan baju kuning kerana ia adalah himpunan atas tujuan perjuangan satu bangsa iaitu melayu.

Antara tujuannya adalah untuk mempertahankan perdana menteri Najib Razak yang sedang dikritik hebat. Ia juga bakal menjadi platform memperlihatkan sokongan melayu kepada Najib.

Semarakkan Hari Malaysia dengan semangat 1Malaysia

Oleh Faiz Fadzil 


Tanggal 16 September adalah hari penuh bermakna bagi seluruh rakyat Malaysia sejajar dengan sambutan Hari Malaysia. Hari Malaysia adalah hari bagi memperingati sejarah pembentukan sebuah negara Malaysia yang merdeka dan bertamadun dengan penggabungan Tanah Melayu bersama Sabah dan Sarawak.

Melayu sering dipolemikkan sebagai kaum asal negara ini. Namun sejarah menunjukkan kaum lain juga memainkan peranan penting dalam sejarah pembentukan Malaysia.

Laksamana Cheng Ho yang pernah berkunjung ke Kota Melaka pada kurun ke-15 dikatakan antara penyebar awal agama Islam tatkala Parameswara yang membuka Melaka asalnya menganut agama Hindu. Ketika itu, tidak berlaku persengketaan kaum dan Melaka membangun dengan pesatnya. Kembalikanlah sejarah kegemilangan Melaka.

Melaka gemilang bukan kerana hebatnya Melayu, tetapi kerana kebijakan dan amanahnya kerajaan Kesultanan Melaka memerintah dengan menjadikan perdagangan sebagai industri utama tanpa mengabaikan kebajikan rakyat.

Malaysia mampu menjadi gemilang dan terus membangun seperti sejarah Melaka dahulu jika ekonomi negara diuruskan dengan bijak dan bersih. Mewujudkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai syarikat pelaburan negara bukanlah bijak jika hutangnya mencecah RM42 bilion.

Tidaklah bersih pengurusan ekonomi negara jika wang rakyat di dalam Tabung Haji dan LTAT disalahgunakan bagi membantu 1MDB melunaskan hutangnya.

Tanah warisan Melayu Kg Baru bakal lenyap ditelan pembangunan

kampungBaruKUALA LUMPUR 15 SEPT: Tanah warisan Melayu di Kampung Baru bakal lenyap sedikit masa lagi akibat ditelan pembangunan Kerajaan Persekutuan.
Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Dr Idris Ahmad berkata, keghairahan kerajaan untuk menjalankan pembangunan di kawasan majoriti Melayu itu disebabkan ketamakan mereka yang mementingkan keuntungan.
Beliau khuatir penduduk bakal dihimpit kesulitan di masa akan datang ekoran janji palsu kerajaan yang semata-mata mahukan kemajuan di penempatan yang diwarisi mereka turun-temurun itu.
Katanya, pembangunan yang pernah dijanjikan kerajaan sebelum ini banyak terbengkalai terutama di pusat bandar Kuala Lumpur seperti di Taman Datuk Keramat dan beberapa lagi kawasan lain sekitarnya.
“Kita bimbang kerana banyak projek Kerajaan Persekutuan sebelum ini terbengkalai terutama di kawasan bandar. Kalau dimonopoli oleh orang Umno lagi susah. Ini menyebabkan tanah warisan Melayu akan hilang kerana mereka ini hanya pentingkan wang dan keuntungan.
“Sekiranya pihak Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB) mahu membangunkan kawasan tersebut, mereka perlu kekalkan tapak warisan Melayu sedia ada.
“Apa yang jelas di sini, mereka mahu jadikan Kampung Baru seperti Singapura. Tanah diambil secara paksa dan pemilik terpaksa berbuat demikian, itu yang penduduk bantah,” kata Idris kepada Keadilan Daily.
Isu pembangunan Kampung Baru mendapat bantahan berterusan penduduk dan terbaru, PKB sedang memperluaskan usaha menjejaki pemilik dan waris tanah menerusi Program Jejak Waris bagi memastikan pembangunan yang dirancang berjalan lancar.

MP MIC 'terperangkap' selepas taja baju merah

Anggota parlimen MIC P Kamalanathan menjadi perhatian selepas terdedah maklumat pusat khidmat wakil rakyatnya menaja 220 kemeja-T untuk perhimpunan esok.
Wakil rakyat Hulu Selangor itu diminta menjelaskan isu itu selepas seorang peserta himpunan esok berterima kasih padanya di Facebook susulan sumbangan itu dan meminta pihak lain mengambil kemeja-T itu di pejabatnya.
Kamalanathan menjelaskan bahawa pegawainya memberi bantuan berkaitan kemeja-T itu dan ruang pejabat dengan niat baik membantu NGO tanpa mengetahui ia acara apa.
“Kami akan lebih berhati-hati pada masa akan datang supaya insiden seperti ini tidak berlaku.
“Saya hendak tegaskan saya tidak menyokong perhimpunan yang mempunyai cenderung menyentuh mana-mana kaum atau bertentangan dengan undang-undang,” kata Kamalanathan.
Timbalan menteri pendidikan itu berkata sebagai anggota parlimen beliau menerima pelbagai permohonan sumbangan, termasuk penajaan daripada pemimpin-pemimpin masyarakat dan NGO di Hulu Selangor.
Presiden MIC Dr S Subramaniam berkata terdapat risiko perhimpunan itu membawa ke arah insiden tidak diingini dan menjejaskan kestabilan politik, ekonomi dan keharmonian kaum.
Parti-parti komponen BN tidak sependapat dalam isu perhimpunan Rabu ini tetapi bersetuju untuk tidak bersetuju dalam isu itu, kata Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak.

PAS sedia tanding, rebut kerusi dengan AMANAH pada PRU14 - Nasrudin

PAS sedia bertembung dengan Parti Amanah Negara (AMANAH) bagi merebut kerusi dalam pilihan raya umum akan datang.
Ketua penerangannya, Nasrudin Hassan berkata sebagai sebuah parti yang berpengalaman, PAS sudah bersedia berdepan dengan segala kemungkinan.
"Itu hak mereka. Mereka nak tanding di mana sekali pun itu hak mereka. Ada pun kita PAS bersedia menghadapi pilihan raya umum dengan keputusan yang kita akan buat nanti.
"Berapa dan di mana kerusi yang kita nak tanding akan diputus kemudian.
"PAS sebagai sebuah parti politik yang berpengalaman dan besar sedia hadapi apa jua situasi untuk hadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang," katanya.

Nasrudin: PAS tak gopoh sertai Pakatan 2.0

PAS sekali lagi menegaskan bahawa parti itu tidak akan bertindak terburu-buru untuk membuat keputusan menyertai gabungan pembangkang yang baru atau Pakatan Rakyat 2.0.
Ketua penerangannya, Nasruddin Hassan berkata banyak perkara yang harus menjadi pertimbangan PAS apatah lagi ia mempunyai kaitan dengan pendekatan dan strategi politik parti Islam itu.
 "Itu adalah berkait soal pendekatan dan strategi politik. Setakat ini parti tidak membuat sebarang keputusan lagi. Ia terlebih dahulu perlu dibincangkan, dikaji dan diteliti di semua peringkat parti.
"Mungkin selepas beberapa ketika PAS akan membuat pendirian rasmi.
"Tidak perlu tergopoh-gopoh untuk ambil tindakan sebab kita kena baca banyak perkembangan politik semasa," katanya selepas sidang media pelancaran Program 'Himpunan 60 Ribu' (H60K) di ibu pejabat parti itu petang ini.
Turut hadir dalam sidang media itu Ahli jawatankuasa PAS pusat Datuk Khairuddin Aman Razali dan Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz dan.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Pusat, Nik Abduh Nik Aziz ketika diminta mengulas berhubung pertemuan itu pula memaklumkan pihaknya belum mendapat maklumat rasmi mengenainya.
"Memang ada pertemuan semalam tapi kita belum dapat maklumat rasmi lagi. Hal itu (Pakatan Rakyat 2.0) masih di peringkat perbincangan dan belum ada keputusan lagi," katanya.

Amanah sedia dengar penjelasan PKR kenapa PAS perlu bersama Pakatan 2.0

Pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamed Hanipa Maidin berkata, walaupun tidak optimis ia boleh direalisasikan, beliau menghormati pegangan PKR seperti dinyatakan timbalan presidennya Mohamed Azmin Ali, yang kelihatan sudi memaafkan PAS yang menurutnya banyak mengguris perasaan PKR dan ahlinya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 September, 2015. 
Pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamed Hanipa Maidin berkata, walaupun tidak optimis ia boleh direalisasikan, beliau menghormati pegangan PKR seperti dinyatakan timbalan presidennya Mohamed Azmin Ali, yang kelihatan sudi memaafkan PAS yang menurutnya banyak mengguris perasaan PKR dan ahlinya.

Pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamed Hanipa Maidin hari ini berkata, beliau bersedia untuk memahami pendirian PKR yang bertegas mahu PAS menjadi sebahagian pakatan pembangkang yang baharu, atau bakal dinamakan Pakatan Rakyat 2.0.
Katanya, walaupun tidak optimis ia boleh direalisasikan, beliau menghormati pegangan PKR seperti dinyatakan timbalan presidennya Mohamed Azmin Ali, yang kelihatan sudi memaafkan PAS yang menurutnya banyak mengguris perasaan PKR dan ahlinya.
"Kita menghormati pendirian PKR yang mempunyai pemimpin berjiwa besar seperti Azmin yang nampaknya masih bersedia memaafkan PAS meskipun banyak perkara yang PAS lakukan yang boleh dikira melukakan hati PKR dan ahlinya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Secara peribadi saya tak nampak bagaimanakah Pakatan 2.0 boleh direalisasikan jika PAS ada bersama-sama, namun saya mungkin tak nampak apa yang pemimpin PKR seperti Azmin, yang lebih berpengalaman dari saya, nampak," kata ahli Parlimen Sepang itu. "Secara jujur, saya tidak optimistik tapi saya bersedia memberi peluang untuk PKR meyakinkan rakyat dan kita semua kenapakah PAS perlu bersama Pakatan 2.0," katanya.
Hanipa berkata demikian mengulas laporan yang PKR masih berunding dengan PAS bagi melibatkan parti itu dalam satu pakatan pembangkang baharu bersama DAP dan Amanah walaupun hubungan antara mereka tidak baik.

PKR fail RUU persendirian pecat Najib sebagai menteri kewangan

PKR hari ini memfailkan rang undang-undang (RUU) persendirian di Parlimen bagi memecat Datuk Seri Najib Razak ekoran tindakan terbarunya yang dijangka akan menambah hutang negara.
Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata, langkah itu dibuat susulan pengumuman Najib yang ValueCap Sdn Bhd, sebuah syarikat berkaitan kerajaan, akan membelanjakan RM20 bilion bagi membeli saham dalam bursa bagi merangsang pasaran saham.
"Sehingga kini, rakyat tidak dimaklumkan dari manakah dana RM20 bilion ini akan diperolehi untuk disuntik ke dalam ValueCap.

"Umum mengetahui kerajaan Malaysia berdepan dengan defisit belanjawan sejak 1999 dan tidak mungkin mempunyai ruang fiskal untuk memperuntukkan sejumlah RM20 bilion bagi tujuan yang diumumkan semalam. "Remedi sebenar kepada masalah ini adalah menyelesaikan krisis kredibiliti yang terpalit dengan perdana menteri," katanya sambil memaklumkan beliau memfailkan satu RUU persendirian hari ini bagi menghalang orang yang sama memegang kedua-dua jawatan menteri kewangan dan perdana menteri.
"Hanya dengan peletakan jawatan Najib sebagai menteri kewangan barulah Bursa Kuala Lumpur ada harapan untuk pulih," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Rafizi, ValueCap adalah sebuah syarikat pelaburan saham yang dimiliki secara sama rata di antara Khazanah, Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP).
Katanya, semakan beliau juga mendapati, penyata kewangan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013 menunjukkan, ValueCap mempunyai aset yang boleh dicairkan sebanyak RM3 bilion sahaja.
"Maka, untuk menyediakan dana sebanyak RM20 bilion bagi membeli saham-saham yang jatuh kerana sentimen pasaran yang lemah, ada kemungkinan besar ValueCap terpaksa menerbitkan bon yang besar.

Bakarlah patung saya, asal jangan bakar negara, kata Guan Eng

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, bukan satu pengalaman baru patung dirinya dibakar dan sekiranya ada pihak tertentu yang "seronok" melakukannya, mereka boleh meneruskannya.
Mengulas tindakan ahli Umno yang membakar patung dirinya dan bapanya, ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, beliau berkata ia bukan satu masalah, tetapi mengingatkan, sentimen agama tidak harus dipermainkan.
"Anda nak bakar, bakarlah, asalkan jangan anda bakar negara ini.

"Kalau seronok sangat bakar gambar saya, buatlah. Tapi jangan hingga membakar negara," kata ketua menteri Pulau Pinang itu kepada pemberita di pejabatnya di Komtar hari ini. Sebagai persediaan menjelang "perhimpunan baju merah" esok, Umno Kota Baru diketuai ketua bahagian Datuk Mohd Fatmi Che Salleh menganjurkan sebuah program membakar patung pemimpin DAP berpakaian baju Bersih 4 pada 13 September lalu.
Fatmi, bekas setiausaha politik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dilihat dalam satu video memberi ucapan berapi menggesa ahli parti menyertai perhimpunan itu "demi mempertahankan maruah orang Melayu".
"Orang Kota Baru berjuanglah, berjuanglah demi agama, bangsa dan negara," katanya pada insiden itu di Kota Baru.
Beliau juga mengecam kedua-dua pemimpin DAP itu dan penganjur Bersih 4 yang dakwanya mahu memecah-belahkan kaum Melayu.
"Kita bakar patung mereka ini sebagai simbolik, simbolik kita protes, kita tentang semua Bersih yang menipu ini.
"Setuju atau tidak? Mereka ini durjana, celaka nak memecahkan orang Melayu dan memecahkan negara ini," katanya.
Lim berkata, satu-satunya perkara yang mengganggu fikirannya ialah, penggunaan agama untuk memprovokasi, kerana mereka dalam video itu turut menjalankan upacara pengebumian olok-olok seakan mengikut cara Buddha untuknya dan bapanya.
"Jangan guna agama. Jangan hina agama. Macam mana orang Islam boleh buat macam tu? Saya tahu, orang Islam sebenar tidak akan buat begitu kerana Islam melarang menghina agama lain.
"Ini bahaya dan saya minta semua orang terus bertenang. Rakyat Malaysia perlu bersatu mengalahkan rasis dan pelampau, dan jangan biarkan mereka cuba menutup isu dan skandal menggunakan kaedah tersebut.
"Apabila kita bercakap mengenai memerangi rasuah dan kerajaan yang bersih, mereka lakukan ini untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat. Barisan Nasional dan Umno bankrap idea," katanya.

Kebanyakan orang Melayu tak sokong perhimpunan baju merah, kata tinjauan

Hanya 24% daripada 516 responden Melayu yang ditinjau berkata, mereka memihak kepada perhimpunan baju merah, yang dikatakan diadakan bagi menebus maruah bangsa. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 15 September, 2015. 
Kebanyakan orang Melayu tidak menyokong "perhimpunan baju merah" yang akan diadakan pada Hari Malaysia esok, menurut dapatan kajian yang dijalankan Merdeka Center.
Hanya 24% daripada 516 responden Melayu yang ditinjau berkata, mereka memihak kepada perhimpunan tersebut, yang dikatakan diadakan bagi menebus maruah bangsa.
54% daripada responden berkata, mereka tidak menyokongnya, manakala 22% tidak pasti, menurut kajian itu yang dijalankan mulai 10 September hingga tengah hari 15 September.

Merdeka Center berkata, penyokong perhimpunan itu dikelaskan mengikut jantina, bandar dan luar bandar, serta garis sosio-ekonomi. Perhimpunan itu kebanyakannya mendapat sokongan golongan lelaki – 31% berbanding 17% wanita, mereka yang lebih tua – 27% responden berumur lebih 40 berbanding 22% di bawah 40, dan mereka yang mempunyai akses kepada Internet – 25% berbanding 22% tanpa akses Internet.
Menariknya, 56% responden, yang mengaku penyokong Barisan Nasional (BN) berkata, mereka tidak menyokong perhimpunan tersebut.
Keadaan ini walaupun Setiausaha Agung BN Tengku Adnan Tengku Mansor menggesa semua yang menyokong kerajaan untuk menyertainya, manakala Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak menghalang mana-mana ahli Umno daripada menghadirinya.
60% penyokong pembangkang dan 51% responden yang tidak pasti berkata, mereka tidak memihak kepada perhimpunan tersebut, kata Merdeka Center.
Ditanya mengapa mereka menyokong perhimpunan tersebut, 24% memberi alasan yang terdiri daripada mahu menjaga maruah orang Melayu (17%), memaparkan sokongan kepada kerajaan, BN atau Umno (2%) atau membantah Bersih 4 (1%).
Manakala, di kalangan mereka yang tidak menyokongnya, 19% berkata ia kerana perhimpunan tersebut akan mewujudkan huru-hara, 13% mengatakan ia tidak mempunyai objektif yang jelas, dan 7% mengatakan ia akan mewujudkan ketegangan kaum.
"Pada pendapat kami, kajian ini yang menyusul satu kajian sebelum ini berkaitan perhimpunan Bersih 4 pada 29 Ogos, mendedahkan yang sebahagian besar responden Melayu tidak tertarik kepada isu yang dipromosi pihak penganjur kedua-dua perhimpunan," kata Merdeka Center dalam satu kenyataan akhbar.

Rakyat jadi hakim 3 himpunan


Himpunan BERSIH 4 yang diadakan pada 29 dan 30hb Ogos lalu telah berjaya menarik ribuan rakyat yang prihatin terhadap isu negara khususnya isu yang melibatkan perdana menteri.
Namun, di BERSIH 4, ada usaha pihak tertentu membuat provokasi meletakkan gambar perdana menteri dan presiden PAS untuk dipijak sebagai simbolik kerjasama antara PAS dan Umno. Tapi, hakikatnya usaha provokasi ini gagal.
Bagi presiden PAS, tindakan itu dianggap sebagai satu tindakan mereka yang tidak faham dengan keadaan semasa. Lebih mengharukan apabila presiden PAS memaafkan tindakan kedua mereka.
PAS cuma menegur, satu reaksi biasa daripada organisasi yang sihat, apabila melihat pemimpinnya dijadikan bahan provokasi oleh golongan yang tidak bermoral.
Lihatlah bagaimana ahli Umno bertindak balas dengan upacara membakar patung pemimpin pembangkang sebelum perhimpunan baju merah yang bakal diadakan besok.
Tindakan ini bukan sahaja hodoh malah merosakkan imej Umno sendiri. Ini jelas menunjukkan bahawa PAS berbeza daripada Umno dari segi tindakan dan hemah politiknya.
BERSIH telah menggunakan kawasan sekitar Dataran Merdeka sebagai lokasi himpunan. Timbul dakwaan bahawa perhimpunan tersebut telah menyebabkan berlaku kesesakan jalan raya dan sedikit sebanyak mengganggu urusan perniagaan.
Namun dari pengamatan umum, ia berjaya kerana perhimpunan itu keseluruhannya aman serta keadaan dan kebersihan yang terkawal.
Perhimpunan baju merah anjuran pelbagai NGO yang diketuai ahli dan bekas pemimpin Umno akan diadakan di Kuala Lumpur esok, 16 September. PAS telah menyatakan secara tegas bahawa ia tidak terlibat dan melarang ahlinya terlibat di dalam perhimpunan baju merah ini.
Cadangan asal salah satu lokasi perhimpunan ini ialah di Bukit Bintang – iaitu kawasan yang terkena api sentimen perkauman khususnya tragedi di Plaza Low Yat baru-baru ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pihak polis dan KDN tidak mengizinkan tiga lokasi yang dicadangkan iaitu Bukit Bintang, Jalan Petaling dan Low Yat daripada menjadi lokasi utama perarakan himpunan baju merah ini.
Persoalannya, apakah penganjur akan akur dengan larangan ini?
Memandangkan himpunan ini didalangi Umno, rakyat boleh menilai sejauh mana himpunan ini berjaya menarik sokongan akar umbi Umno untuk berhimpun. Apakah perhimpunan baju merah tidak mengganggu peniaga sebagaimana yang didakwa terhadap BERSIH 4?

Mat Sabu: Himpunan 16 Sept bodek, tak 'gentleman'



Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu menempelak penganjuran Himpunan Rakyat Bersatu yang dijadual berlangsung esok kerana dianggap sebagai himpunan "membodek" kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Pengerusinya Mohamad Sabu menyifatkan himpunan itu sebagai "tidak gentlemen" kerana himpunan yang berani adalah himpunan yang menyatakan kebenaran depan pemerintah yang zalim.
Bekas timbalan presiden PAS itu berkata hal itu juga bersesuaian dengan maksud Nabi Muhammad SAW dan amalan para nabi sebelum ini seperti Nabi Ibrahim dan Nabi Musa yang menentang pemerintahan yang zalim pada zamannya.
"Bagi saya perhimpunan yang diadakan esok, (adalah) himpunan bodek pemerintah, bukan himpunan orang yang berani. Sebab menyokong pemerintah. Perhimpunan yang berani (adalah perhimpunan) lawan pemerintah.
"Sekarang kita kena lawan Najib dan pemerintahanya. Bagi saya, kamu ada misai melintang ka, guru silat ka, kalau himpunan untuk sokong pemerintah, kamu bukan gentleman. Kalau mengikut (maksud) hadis, itu bukan dia," katanya.
Mohamad yang mesra dipanggil Mat Sabu itu menjawab soalan berhubung penyertaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyertai BERSIH 4 hujung bulan lalu yang antara lain menuntut Najib melepas jawatannnya.
Ia susulan Najib kini berdepan pelbagai skandal dan tuduhan termasuk isu sumbangan politik RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun peribadinya dan skandal beban hutang firma pelaburan 1MDB.
Polis bagaimapun memberi kebenaran penganjuran himpunan tersebut di Padang Merbok selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi kebenaran penggunaan kawasan itu termasuk Umno yang tidak melarang anggota menyertai himpunan itu tetapi perlu mematuhi undang-undang.
Mengulas lanjut dalam wawancara dengan Malaysiakini hari ini, beliau turut membidas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang memberi sokongan terhadap penganjuran himpunan itu di Padang Merbok esok.

UMNO Sabah berpecah kerana pemimpin ghairah rebut jawatan

Perpecahan yang berlaku dalam UMNO Sabah akan membuka lebih banyak ruang kepada PKR untuk memecahkan undi kerana negeri itu merupakan deposit tetap Barisan Nasional.
rafizi,umno,sabah
PETALING JAYA : Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa kepemimpinan UMNO Sabah bergaduh dan bercakaran sesama sendiri kerana terlalu ghairah mengejar jawatan dalam kerajaan.
Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli mendakwa, senario itu dapat dilihat apabila dua menteri dari Sabah, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Tun Said dan Datuk Abdul Rahman Dahlan ghairah mempertahankan Perdana Menteri dan membuat kenyataan menempelak Datuk Seri Shafie Apdal.
“Tiga jawatan utama kerajaan iaitu dua menteri dan Speaker Dewan Rakyat dipusatkan kepada UMNO Kota Belud sedangkan keseluruhan wilayah Pantai Timur Sabah tidak mempunyai seorang menteri atau penjawat utama,” katanya pada sidang medianya di Ibu Pejabat PKR pada Selasa.
Rafizi mendakwa, perpecahan UMNO Sabah akan membuka lebih banyak ruang kepada PKR untuk memecahkan undi Barisan Nasional kerana negeri itu menjadi deposit tetap BN.
Dalam sidang media itu, Rafizi mengumumkan kemasukan bekas Setiausaha Agung Parti Liberal Demokratik (LDP), Loretto Padua Jr ke dalam PKR.
Katanya, Loretto akan membantu PKR untuk memenangi lebih banyak kerusi Parlimen yang mewakili kaum Kadazan Dusun Murut (KDM).
Katanya, Loretto akan bekerjasama dengan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin dalam menguatkan arus perubahan di Sabah terutamanya di kalangan pengundi KDM.

Selepas kuning dan merah, Pas pula anjur himpunan baju hijau

Himpunan 60,000 itu bakal diadakan pada 17 Oktober di Kota Bharu bagi menunjukkan parti itu masih mendapat sokongan di sebalik berlakunya kemelut dalam Pas.
pas,himpun
KUALA LUMPUR: Selepas kumpulan baju kuning dan baju merah mengadakan perhimpunan, tiba giliran penyokong Pas pula berhimpun menggunakan warna hijau dikenali Himpunan 60,000 (H60K).
Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abduk Aziz berkata, perhimpunan pada Oktober itu diadakan bertujuan menguatkan kembali sokongan kepada parti itu.
“Matlamat perhimpunan ini berkait rapat dengan krisis politik Malaysia, sama ada dalam negara, parti Pas dan Pakatan Rakyat (PR).
“Semua itu perlu sokongan serta dokongan kefahaman ahli supaya yakin dengan perjuangan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Pas pada Selasa.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu menafikan perhimpunan hijau itu sebagai tindak balas terhadap perhimpunan Bersih 4.0 dan Himpunan Rakyat Bersatu yang tidak disertai Pas.
Sebaliknya, perhimpunan itu dibuat selepas desakan akar umbi yang mahu membuktikan Pas masih mendapat sokongan walaupun berlaku kemelut dalam parti terutama ahli keluar secara bersama-sama bagi menyertai Gerakan Harapan Baru.
Katanya, Pas juga akan menjemput semua parti untuk menyertai perhimpunan tersebut termasuk PKR, DAP dan parti komponen Barisan Nasional (BN).
H60K itu bakal diadakan pada 17 Oktober di Stadium Sultan Muhamad ke IV, Kota Bharu.

Altantuya: Peguam Negara pula bersihkan Najib

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menegaskan bahawa Datuk Seri Najib Razak tidak pernah terlibat sebarang kesalahan semasa perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
Apandi berkata perbicaraan kes pembunuhan wanita Mongolia itu berlangsung secara komprehensif dengan kesemua saksi dipanggil memberi keterangan.
“Tidak pernah semasa proses undang-undang yang komprehensif ini menyaksikan nama perdana menteri timbul susulan perbuatan salah,” katanya.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas Najib dikaitkan kembali dalam laporan terbaru Al Jazeera, sekali gus menimbulkan rasa tidak senang Putrajaya.
Wartawan Mary Ann Jolley pada Jumaat dilapor diusir pulang ketika sedang membuat dokumentari itu selepas Kementerian Dalam Negeri didakwa menganggap ia mempunyai "kesan negatif terhadap imej Malaysia" .
Timbalan Menteri Dalam Negeri Nur Jazlan Mohamed berkata menjadi prerogatif kerajaan mengusir sesiapa sahaja dari negara ini jika ia patut.
Sementara polis pula berkata dokumentari mengenai kematian itu pada 2006berdasarkan dakwaan tidak benar. Jolly disiasat bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan atas kenyataan dikhuatiri mendatangkan khianat awam.

Dokumentari boleh bantu keluarga Altantuya saman Najib – Zaharin

Dokumentari itu menyiarkan dakwaan penglibatan Najib Tun Razak dalam pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shariibuu.
zaharin
PETALING JAYA: Penyiaran dokumentari pembunuhan Altantuya Shariibuu oleh berita agensi antarabangsa, Al Jazeera, boleh membantu keluarga wanita Mongolia itu untuk mengemukakan saman terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bekas Setiausaha UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin berkata, penyiaran dokumentari itu boleh menjadi talian kepada keluarga mendiang dalam mencari kebenaran terhadap pembunuhan kejam bekas model itu.
“Yang patut buat saman ialah keluarga Altantuya Shariibuu kepada PM Najib..kerana Al Jazeera sudah buatkan dokumentari akan perihal pembunuhan itu ada kaitan dengan PM Najib.
“Bukan PM Najib yang kena saman Al-Jazeera. Saman sekali ex-Peguam Negara Ghani Patail…mungkin dalam keadaan sekarang dia akan berpihak dengan Altantuya Shariibuu,” tulisnya di Facebook.
Zaharin turut memberikan cadangan agar anak-anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membantu keluarga mendiang Altantuya supaya memberi bantuan kewangan dalam urusan saman itu yang dianggap sebagai kerja amal jariah.

"HANYA YANG BODOH SAJA ADA DALAM UMNO"

Wah! Jadi Tok Bomoh la pulak si Jamal ni..

TAHUKAH ANDA.. jerebu akan hilang menjelang tengah malam ini sebelum menjelangnya Himpunan Baju Merah keesokan harinya..

KORANG PERCAYA TAK !!!
Kalau tak percaya korang bukan Melayu...

Mazhab Umno....."Laga Pipi".....!!!

Bertuah bini Najib dapat Pegawai Khas berpangkat 'DATUK' sebegini yg SANGGUP PERTAHAN boss buat maksiat di khayalak ramai yg terang2 HARAM di sisi agama Islam. Boleh pula katanya bg menghormati perkahwinan. INIKAH AJARAN ISLAM WASATIYYAH !!!

INILAH WAJAH SEBENAR Islam Wasatiyyah yg dipelopor Najib... APA NAK HERAN ostajah Mashitah pernah kata.. "HARUS hukumnya selagi tidak timbul berahi"

HARINI DAH SELASA KALI KE-11 !!.. Dah LEBIH 2 BULAN woiii..

Nak tunggu Selasa bila nak saman WSJ ??!!.. Selasa tahun depan ka !!

Katanya nak failkan saman itu melalui peguamnya di Kuala Lumpur pd 7/7/2015.. TAPI MANA ??!!

TAHUKAH ANDA..!!! .. semalam peguam Najib kata NAJIB AKAN BUAT KEPUTUSAN BULAN INI SAMA ADA NAK SAMAN WSJ ATAU TIDAK...... MANA KEPUTUSANNYA !!!

Bila dah byk kantoi.. mulalah cipta alasan SEKEJAP Selasa, SEKEJAP BULAN DEPAN.. membohong ler kerjanya..

Amanah is against the Sept 16 rally

Baju Merah Bukan Perjuang Melayu

NGO minta peserta demo "baju merah" pamer budaya disiplin Melayu

‘Baju merah’ sasar 1 juta peserta, ikrar tiada ketegangan

AMANAH soal mufti: Demo esok haram atau tidak?

Parti Amanah Negara (AMANAH) hari ini menggesa mufti Kelantan Datuk Shukri Mohamed untuk menyatakan pendiriannya berhubung perhimpunan Baju Merah di ibu negara esok.
Pengerusi AMANAH Pulau Pinang Mujahid Yusof Rawa mahukan Muhammad menyatakan pendirian sama ada perhimpunan di Padang Merbok, Kuala Lumpur itu harus dikecam atau dibiar.
Mujahid membangkitkan persoalan itu memandangkan mufti itu sebelum perhimpunan BERSIH 4 dilapor berkata perhimpunan itu haram di sisi Islam.
“Ulama harus buat pendirian dalam isu perkauman dan provokasi seperti membakar patung pemimpin negara dan poster-poster yang menyerang pihak tertentu.
“Saya tidak fikir ulama harus benarkan perkara ini berlaku,” katanya selepas melancarkan AMANAH Bayan lepas, selepas 57 anggota PAS keluar parti dan menyertai mereka.
Utusan Malaysia pada 29 Ogos, hari pertama BERSIH 4, memuatkan laporan dengan tajuk muka depan sensasi “Haram! Haram! Haram!” berkaitan perhimpunan berbaju kuning itu.
Ia antaranya memetik Mohamad Shukri sebagai berkata, Islam mengajar umatnya mentaati undang-undang dan pemerintah, bukan melakukan provokasi dan mewujudkan suasana tidak aman kepada masyarakat sebagai tanda proses.