Isnin, 14 September 2015

Dr M: Kita bergaduh Yahudi pun ketawa

TERIMA KASIH KERAjaan BN...Penternak "Cinadoll"..

Biarlah negara didatangi beramai2 warga China janji pendapatan negara meningkat... DAN pelancong asing BOLEH 'CLAIM' GST lagi !!!

Jika dgn visa pon boleh penuh lambakan pelacur warga China, bayangkan visa telah dikecualikan.. Agak2 lambakan pelacur makin berkurang ker atau bertambah..???

Saifuddin Abdullah nafi sertai PKR esok

Saifuddin Abdullah nafi sertai PKR esokKUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menafikan khabar angin bahawa beliau akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) esok.

Dalam satu mesej WhatsApp kepada Astro AWANI, Saifuddin menulis ringkas, "Tidak, saya tidak (menyertai PKR). Terima Kasih."

Sebelum ini, khabar angin yang menyebut bahawa Saifuddin akan menyertai PKR tersebar luas.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli bakal mengadakan sebuah sidang media esok untuk mengumumkan penyertaan seorang bekas pimpinan kanan parti komponen Barisan Nasional (BN) ke dalam PKR.

DAP mungkin boleh terima Pas jika...

Nik Abduh Nik Abdul Aziz JOHOR BAHRU - Peluang Pas untuk menyertai PR‎ 2.0 masih cerah sekiranya ada pertemuan dan perbincangan bersama DAP, kata Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Menurut beliau, DAP tidak mustahil mengubah keputusan (tidak mahu penyertaan Pas dalam Pakatan) jika terdapat pertemuan yang membolehkan kedua-duanya bersemuka bagi menangani krisis dihadapi.

"Dalam politik, musuh boleh menjadi kawan dan kawan boleh menjadi musuh, yang menentukan ialah perbincangan.

"Bagaimanapun, setakat ini kita tidak menerima permintaan (dari DAP) berhubung perkara itu," kata beliau dalam sidang media mengenai pelantikan 13 Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Pemuda Pas Johor Bahru, di Ibu Pejabat parti itu, hari ini.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu diminta mengulas sama ada pihaknya yakin DAP akan menyokong penyertaan mereka dalam PR 2.0 yang sedang dirancang. - Bernama

Pertemuan PKR-Pas tak bincang gabungan PR 2.0

PETALING JAYA - Ketika tumpuan masih terarah kepada kemungkinan Pas akan turut serta dalam PR 2.0, pemimpin parti itu hari ini berkata pihaknya akan kekal sebagai parti pembangkang kepada BN sekali gus menjadikan ia kekal teka-teki.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, perjuangan Pas masih sama seperti parti pembangkang lain seperti PKR, DAP dan Parti Pekerja Malaysia untuk menumbangkan Umno.

"Tugas kita adalah untuk menumbangkang kerajaan BN dan itu adalah matlamat kita," katanya ketika ditemui pemberita selepas pertemuan dengan pemimpin PKR, petang tadi.

Takiyuddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasil pertemuan dan mesyuarat dengan PKR.

Menurut Takiyuddin, konsensus yang dicapai sewaktu pertemuan tersebut adalah Pas, PKR, DAP dan Parti Pekerja Malaysia berada di blok pembangkang.

"Tidak ada gabungan formal, namun kita semua dalam satu blok pembangkang

"Kita semua masih pembangkang dan tidak ada pemimpin yang menyeberang ke BN," katanya.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula berkata, penyertaan Pas dalam PR 2.0 masih dalam proses perbincangan.

"Belum ada sebarang konsensus. Buat masa sekarang kita berbincang perkara-perkara yang lebih penting dahulu.

Kiasan ‘babi’ oleh Abdul Hadi yang sebenarnya membuang masa

oleh Alyaa Alhadjri
Sepanjang minggu lalu, ada dua perkara yang menjadi viral di media sosial saya.
Perkara pertama adalah twit dari seorang kawan dan perkara kedua adalah petikan ucapan seorang presiden parti.
Kedua-duanya ada satu persamaan – perkataan berhuruf empat itu.
Ia adalah “babi” – perkataan yang sering digunakan untuk tujuan menghina. Dan ia perlu disebut dalam bahasa Melayu untuk memberi kesan yang diinginkan.
Kawan saya meluahkan apa yang datang ke fikirannya secara rawak. Barangkali di fikiran ramai yang lain juga.
“Mengapa anda menghina seseorang dengan menyebut makanan kegemaran mereka? Sama seperti menghina Melayu (dengan berkata) KFC,” katanya di twitter.
Secara kebetulan pula, seorang kawan yang lain turut berkongsi perbualan bersama bapanya.
Kawan: Bakon adalah perkara terbaik di dunia ini.
Bapa: Tidak, ia adalah perkara kedua terbaik.
Kawan: Jadi apa yang terbaik?
Bapa: Bakon yang banyak!
Jelas, mereka tidak akan rasa terhina jika ada yang memanggil mereka ‘babi’ – walaupun bagi sebahagian orang, haiwan itu dikaitkan dengan kekotoran dan sifat tamak.
Saya perlu akui yang ada kalanya saya juga bersalah melakukan perkara yang sama, walaupun saya sentiasa boleh meminta maaf jika perlu.
Tambahan pula saya bukanlah ‘twitfemes’ atau ‘twitteretis’ – istilah yang diberikan kepada ‘selebriti’ internet.

Wahai Shahidan, Umno tidak mewakili Melayu dan Islam!

oleh V Shuman
Delusi. Kebanyakannya pernah mengalami perkara ini walaupun untuk satu tempoh masa yang singkat.
Ia barangkali berlaku ketika kita ditimpa penyakit dan terpaksa mengambil bermacam jenis ubat.
Namun ada pihak yang mengalaminya sepanjang tahun walaupun tidak mengambil apa-apa ubatan.
Pihak tersebut adalah Umno, yang mendabik dada kononnya menjadi satu-satunya pembela orang Melayu dan agama Islam.
Sekali lagi, seorang pemimpin Umno menggesa ahli parti itu untuk bersatu demi melindungi Melayu dan Islam.
Agensi berita nasional Bernama memetik ahli majlis tertinggi Umno Shahidan Kassim sebagai berkata, ahli Umno dan orang Melayu secara umumnya tiada pilihan lain kecuali memperkasakan Umno demi menjamin hak Melayu dan Islam terus terjaga.
Segala perbezaan yang memecahbelahkan kita (orang Melayu dan UMNO) hendaklah diketepikan supaya kelangsungan parti tidak terganggu,” katanya seperti dipetik.
Kita mungkin sudah berjuta kali mendengar pemimpin Umno memuntahkan retorik yang sama, yang sebenarnya langsung tidak logik.
Seolah-olah seorang Melayu dan beragama Islam hanya dapat mencapai kejayaan jika dia menjadi ahli Umno. Betapa mengarutnya tanggapan ini.
Wahai Shahidan, negara seperti Singapura dan Brunei juga ada orang Melayu dan mereka hidup dengan selesa – malah ramai yang berada dalam keadaan lebih baik berbanding Melayu di sini.
Malah ramai rakyat Malaysia yang tidak menyokong Umno berjaya dalam hidup mereka, walaupun tidak mendapat kontrak atau habuan.
Apakah yang beliau maksudkan apabila berkata orang Melayu “tiada pilihan hanya dengan memperkasakan UMNO matlamat itu dapat dipertahankan?”

Polis tegaskan dokumentari Al Jazeera tak benar


Polis mengatakan dokumentari mengenai kematian wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006, yang disiarkan agensi media Al-Jazeera baru-baru ini, adalah satu laporan berdasarkan dakwaan tidak benar.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan atas kenyataan yang dikhuatiri mendatangkan khianat awam.
Beliau berkata polis percaya terdapat pihak tertentu menyalurkan maklumat tidak benar, yang dikaitkan terlibat dengan wartawan yang menyediakan dokumentari itu.
"Anda (Al Jazeera), buat laporan berdasarkan dengar cakap, cuba wujudkan sesuatu daripada tiada dan dengar daripada orang yang tidak bercakap benar.
"Kami dah selesaikan siasatan dan kes dibawa ke mahkamah, dan ia telah diputuskan... apa yang anda cuba lakukan?," katanya semasa menjawab soalan wartawan agensi itu dalam sidang media selepas Mesyuarat Biro Maritim Antarabangsa di ibunegara hari ini.
Khalid berkata pihaknya juga sedang memantau pihak yang memberi maklumat tersebut kepada wartawan berkenaan dan akan mengambil tindakan terhadap mereka.
Malah beliau membidas dokumentari itu, yang seolah-olah cuba meletakkan bukti baru dalam kes tersebut, sedangkan kes berkenaan telah selesai dibicarakan di mahkamah.
Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak berkata semua yang dipaparkan dalam dokumentari Al Jazeera itu adalah semata-mata bersandarkan kepada perkara dengar cakap dan tidak berdasarkan sebarang bukti nyata.
- Bernama

SHOCKED BY MISSING MONEY, AABAR'S NEW CHIEF CALLED UP NAJIB: WHAT HAPPENED TO OUR US$ 1.4 BILLION


SHOCKED BY MISSING MONEY, AABAR'S NEW CHIEF CALLED UP NAJIB: WHAT HAPPENED TO OUR US$ 1.4 BILLIONAll the key players in the 1MDB Aabar scandal, which also concerns the disappearance of US$1.4 bn
Top level discussions are currently under way in Abu Dhabi over what to do about the embarrassing legacy of the former Chief Executive of the sovereign wealth fund IPIC, who enmeshed the emirate in the scandal of 1MDB.
Khadem al Qubaisi was sacked in April, following Sarawak Report’s revelations about his double life and the mysterious multi-million dollar payments received by him from none other than Jho Low’s dodgy company Good Star Limited, which is now known to have siphoned over a billion dollars out of 1MDB.
However, this has by no means cleared up the mess he has left behind.
The key problem facing the fund’s new decision-makers is what to do about IPIC’s subsidiary Aabar and it’s secretive and highly questionable contracts with 1MDB?

Khadem in his other guise as a nightclub addict
In particular 1MDB has reported a payment to Aabar of US$1.4 billion for its role in structuring its power purchase loans in 2012. Yet there is no record at IPIC of ever having received that huge sum of money, which has simply disappeared.
“It [Aabar] was remarkably like 1MDB in its purpose, I would say” explains one observer of the situation, “operating like a slush fund separately to the main sovereign wealth fund itself, using the backing of IPIC to support wealth creating deals for individuals under the Chairmanship of al Qubaisi.”
So, no surprise that Aabar and 1MDB found a perfect partnership in brokering three major bond deals that generated a whopping US$6.5 billion between 2012 and 2013.
Tim Leissner, GSI's party boy banker behind the deals for 'friend' Najib and his US super-model wife Kimora Lee Tim Leissner, GSI’s party boy banker, who drew up the deals for ‘friend’ Najib, with his US super-model wife Kimora Lee
It is more of a surprise that all three of these remarkably shady bond issues were managed by Goldman Sachs, sparking comment at the time about the vast fees commanded by the bank – a matter that is again receiving scrutiny now that the problems at 1MDB have become more acute.
The terms of these private bond issues were kept completely under wraps untilSarawak Report obtained the issue document for the purchase of Tanjong Energy, which showed the unusual way in which Aabar had been brought in as a co-guarrantor of the loan that was entirely raised by 1MDB.
It meant that less than half the total money raised actually went to 1MDB and much of the rest is now missing.

Bail out or pull out – Will Abu Dhabi cut loose or dig in deeper?

According to Abu Dhabi watchers, Al Qubaisi’s rogue role at Aabar and IPIC was becoming obvious by the start of this year, just at the time that 1MDB was struggling to repay its debts.
Aabar itself has been losing staggering sums of money on what appear to have been a series of incoherent and outlandish investments.
The Virgin Galactic project was one, which exploded with the loss of its test craft last year.
Fantastically expensive space tourism project which came down to earth Fantastically expensive space tourism project which came down to earth
And the construction subsidiary Arabtec has also proved a disastrous investment for Aabar, as has Glencore, a commodities trader whose share price has plummeted 70% since Aabar invested a billion dollars in 2011.
As a result, Aabar’s original war chest of US$70 billion has now depleted to well under US$15 billion under Khadem Al Qubaisi, say business insiders.
We understand that Al Qubaisi was put under house arrest and then sacked and sent abroad after losing his positions in April.
Ex-Kenyan pizza delivery boy in New York rose through Aabar through loyalty to Al Qubaisi Ex-Kenyan pizza delivery boy in New York rose through Aabar through loyalty to Al Qubaisi

How to avoid bullying by politicians’ wives

Ex-IGP Musa has some advice for serving police officers.
musa-hassan_rosmah_hamid-badro_600
KUALA LUMPUR: Police officers will be bullied by powerful politicians’ wives only if they allow it, according to former IGP Musa Hassan.
Commenting on former Special Branch deputy chief Abdul Hamid Bador’s complaints about Rosmah Mansor, Musa said, “If we allow ourselves to be herded around, then we will be treated that way. But if we are firm, no one can force us to do anything.”
Speaking at a press conference today, Musa acknowledged Hamid’s right to speak up, but he said his advice to police officers would be to avoid the problems the former SB man had spoken of by adhering to the disciplines of the service.
When he was with the police force, he said, he never had to run errands for politicians’ wives, such as doing their shopping for them.
“Nobody asked me to do that,” he said.
Hamid, who was closely involved with investigations into alleged wrongdoings by 1Malaysia Development Bhd (1MDB), recently made several allegations against Rosmah, such as that she was at one of the emergency meetings called by her husband, Prime Minister Najib Razak, to decide on the sacking of several government officials.
Rosmah’s aide, Rizal Mansor, has accused Hamid of lying.
Hamid himself was transferred to the Prime Minister’s Department. He has demanded an explanation for the transfer from Deputy Prime Minister Ahmad Zahid Hamidi, who is also the Home Minister.

Polis mohon semula 'Notis Merah' tahan Claire

Khalid Abu Bakar KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiapkan permohonan semula "Notis Merah" kepada Interpol di Perancis untuk menahan dan mengekstradisi pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.
  
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya sedang melengkapkan permohonan itu bagi membolehkan polis menyiasat laporan berbaur fitnah yang dibuat oleh Claire.
  
"Apabila telah lengkap dengan keterangan terhadapnya kita akan merayu semula kepada Interpol untuk letak dia dalam senarai 'Red Alert'," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Biro Maritim Antarabangsa di sini, hari ini.

Pada 4 Ogos lalu, polis telah memperoleh waran tangkap dari Mahkamah Kuala Lumpur terhadap wanita Britain itu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan, iaitu aktiviti-aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen dan 124I Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan laporan palsu.
  
Notis Merah ialah satu notis diedarkan kepada semua keanggotaannya bagi usaha mencari dan menangkap individu yang dikehendaki oleh suatu bidang kuasa kehakiman atau tribunal antarabangsa, dengan tujuan untuk mengekstradisi.

Wan Azizah: PAS backs no confidence motion

Opposition parties to set aside differences for the moment and work together on urgent current issues.
wan-aziza_tuan-ibrahim_takiyuddin-hassan_600
KUALA LUMPUR: Opposition Leader Wan Azizah Wan Ismail has disclosed that PAS will back any move by Pakatan to introduce a no confidence motion in Parliament against Prime Minister Najib Abdul Razak. “PAS agreed to vote with the Opposition in October on a no confidence motion in Parliament.”
Wan Azizah, also PKR President and Permatang Pauh MP, was speaking with the media after meeting with both PAS and PKR on the way forward for opposition parties in the wake of several current issues. “The economy is one issue, another is the on-going haze phenomenon.”
PAS Deputy President Tuan Ibrahim Tuan Man and Secretary-General Takiyuddin Hassan, who were present, agreed with Wan Azizah.
Takiyuddin said that PAS was with the Opposition just like Amanah, DAP and PKR. “We have no intentions of joining the Barisan Nasional (BN). The fact is that all of us are with the Opposition.”
Tuan Ibrahim chipped in that the meeting with the Parliamentary Opposition Leader was fruitful.
Wan Azizah reiterated that PAS was still an opposition party and hence it will be working with Pakatan 2.0, the opposition alliance, “to help solve current issues which concern all opposition parties”.
“The same goes for DAP, PKR and Parti Amanah Negara (Amanah).”

Baju Merah: Jangan buat kerja polis, kata IGP

Polis mengingatkan anggota Pro-Rakyat dan Otai Reformasi supaya tidak campur tangan dalam perhimpunan 16 September kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan.
 "Jangan buat kerja polis," demikian peringatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar kepada kumpulan tersebut hari ini.
Beliau berkata anggota kumpulan berkenaan tidak harus cuba untuk menghentikan peserta 'perhimpunan baju merah' atau mereka boleh dikenakan tindakan.
"Hanya pihak polis diberi kuasa untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang mengancam keamanan dan keselamatan," katanya kepada Malaysiakini.
Khalid menegaskan demikian sebagai mengulas laporan bahawa kira-kira 2,500 anggota dua kumpulan tersebut akan berkhemah dari subuh hingga tengah malam di Bukit Bintang dan Jalan Petaling untuk melindungi peniaga Cina.
Sementara itu, Khalid juga berjanji bahawa polis akan memastikan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku di 'perhimpunan baju merah' pada hari Rabu ini.
"Saya menggerakkan sejumlah besar anggota. Jadi tidak ada keperluan untuk merasa cemas atau bimbang. Kami akan memastikan perhimpunan itu adalah aman, " katanya.
Ketua Polis Negara juga memberi amaran kepada para peserta supaya tidak melampaui batas.
"Semua mereka yang berhasrat untuk mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut perlu memastikan mereka mematuhi undang-undang. Kita tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk provokasi atau tindakan yang mengancam keamanan, "katanya.

Bakar patung mirip pemimpin DAP, Polis akan siasat

Polis akan menyiasat tindakan membakar patung mirip pemimpin DAP, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Katanya, ia akan disiasat sama seperti siasatan terhadap mereka yang memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam perhimpunan BERSIH 4 pada bulan lepas.
Beliau berkata pihaknya sedang menunggu laporan yang akan dibuat dan akan memulakan siasatan.
Ia akan disiasat sama seperti polis menyiasat mereka yang memijak gambar perdana menteri, Khalid dipetik The Malaysian Insider sebagai berkata di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.
Pemuda DAP sebelum ini membuat laporan polis mengenai perkara itu.

Baju Merah: Polis Tetap Berjaga Jaga

Sidang Media Bekas IGP : Isu Dokumentari Altantuya di Al-Jazeera

Pakatan 2 0: Pas Belum Ada Jawapan

PKR,Pas, Teruskan Kerjasama

Rafizi: Bersatu sebagai pembangkang, elak bermusuh

KETIKA PESERTA TURUN SAMBIL MENELAN ASAP JEREBU, SIAPA PEMIMPIN UMNO BAKAL IKUT SERTA?

Himpunan aman rakyat bersatu atau baju merah pada 16 September ini sudah pun mendapat kelulusan daripada pihak polis berikutan Persatuan Silat Kebangsaan atau Pesaka telah diberi kebenaran oleh DBKL untuk menggunakan Padang Merbok bagi tujuan tersebut.

Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar berkata, walaupun beliau tidak bersetuju dengan demontrasi tetapi perhimpunan 16 September ini tetap akan dibenarkan kerana sudah memenuhi kriteria di bawah Akta Perhimpunan Aman.

Beliau juga memberi jaminan akan mengerahkan anggota polis yang secukupnya untuk mengawal bagi memastikan keselamatan semua orang yang menghadiri perhimpunan itu.

Bagaimanapun kelulusan ini difahamkan tidak termasuk perarakan berbaju merah yang dikendalikan oleh Gabungan NGO-NGO Melayu yang bermula di beberapa tempat di sekitar Bukit Bintang dan Jalan Petaling sebelum turut berkumpul di Padang Merbok sebagai destinasi akhirnya.

Perarakan baju merah ini menimbulkan kebimbangan banyak pihak, termasuk semua parti komponen BN kerana ia dibimbangi boleh mencetuskan huru-hara dan menjadikan hubungan kaum yang tidak selesa dalam negara.

Di Kota Bharu, Kelantan semalam telah berlaku provokasi menjelang himpunan baju merah di mana patung Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dibakar di dalam satu majlis yang dihadiri oleh Fatmi Che Salleh, Ketua UMNO bahagian tersebut yang juga bekas Setiausaha Politik Najib.

Dalam masa yang sama, Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor turut mengajak seluruh rakyat menghadiri perhimpunan pada 16 September ini bagi menzahirkan sokongan kepada kerajaan dan para pemimpinnya.

Ini kerana, katanya, perhimpunan itu ialah sebagai satu cara untuk rakyat meluahkan rasa cinta dan sayang kepada negara.

Namun demikian, beliau yang lebih dikenali dengan Ku Nan menyatakan tidak dapat menghadiri perhimpunan itu kerana bertembung dengan acara lain yang sudah diatur lebih awal.

Najib Razak dikhabarkan turut tidak  menghadirinya kerana sudah berlepas untuk satu program di London pada tarikh 16 September itu dan kemudian terus ke New York untuk menghadiri Persidangan PBB.

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dan lain-lain pemimpin UMNO dan kerajaan juga masih belum kedengaran janji mereka untuk menghadiri perhimpunan itu yang tujuan besarnya ialah untuk menyatakan sokongan kepada Najib dan kerajaan yang sedang dipimpinnya.

Habis, siapa pemimpin UMNO dan kerajaan yang hadir nanti? Adakah Zahid? Hishammuddin? Khairy Jamaluddin? Yang lain-lain?


10 sebab mengapa kumpulan baju merah hanya pandai meniru dan tiada imaginasi

oleh Mariam Mokhtar
Kehidupan sebagai seorang Melayu Umno Baru mesti sukar.
Indoktrinasi yang berjalan berdekad-dekad lamanya telah meyakinkan mereka bahawa merekalah yang terbaik dalam segala hal dan layak mendapat kejayaan tanpa usaha. Ini menjadikan mereka angkuh.
Wang tanpa apa-apa usaha.
Seks secara percuma.
Selepas 58 tahun merdeka, Melayu Umno Baru menjadi bertambah sempit pemikiran, perkauman, rasa tidak selamat, misoginistik dan paling teruk, tidak tahu apa-apa.
Sementara rakyat Malaysia yang lain telah masuk ke abad ke-21, Melayu Umno Baru masih seperti ayam kampung – berkokok dengan gembira sambil mencakar kotoran.
Tidak seperti penyokong Bersih yang proaktif dan mahukan perubahan, kumpulan “baju merah” hanya melakukan tindakbalas.
Berikut adalah sepuluh contoh tentang betapa kurangnya imaginasi mereka.
1. Muflis idea
Peserta Bersih memakai baju kuning, berhimpun pada 29-30 Ogos untuk mendesak perletakan jawatan Najib Razak. Perhimpunan baju merah hanyalah tindakbalas daripada itu, untuk menunjukkan masih ada yang menyokong Najib. Umno Baru hanyalah peniru, sama seperti Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Ismail Sabri yang mencadangkan ‘Low Yat II’ untuk meniru kejayaan Plaza Low Yat.
2. Propaganda perkauman ketimbang desakan yang baik
Rasuah, ketidakadilan dan salah guna kuasa telah melumpuhkan Malaysia. Lima matlamat Bersih adalah untuk menegakkan proses demokrasi melalui pilihanraya yang bersih. Perhimpunan baju merah tidak lebih daripada Klu Klux Klan versi Asia.

3. Kegiatan perniagaan 
Dilaporkan bahawa kegiatan perniagaan rancak berjalan ketika Bersih 4, sehingga ada beberapa kedai yang kehabisan makanan. Retorik perkauman dan ganas kumpulan baju merah telah menakutkan ramai peniaga sehingga menasihati pelanggan mereka untuk tidak datang pada 16 September.
4. Sikap hipokrit kerajaan
Walaupun sudah dijanjikan yang Bersih 4 dibenarkan untuk berlangsung secara aman, penganjurnya diganggu, perhimpunan diisytihar sebagai haram, baju kuning dilarang, dan orang ramai diancam denda jika memakai baju kuning.

TERBAIK buat Ketua Polis Negara M'sia.. Kamu memang bertindak seadil-adilnya..

Kami tahu gaji kamu dibayar oleh KERAjaan BN bukannya PR..

Kalau pembangkang sudah tentunya HARAM..
Kalau DUMNO sudah pastinya HALAL THOYYIBA..

BERANIKAH Najib Razak nak saman Aljazeera isu Pembunuhan Altantuya ???

Kalau dokumentari palsu SAMANLAH !!
Kalau tak saman, maknanya BENARLAH dokumentari Al Jazeera berkaitan pembunuhan Altantuya..

Jgn nak gertak jer lebih kat dlm negara shj, TAPI BACUL LAGI PENAKUT DI LUAR NEGARA !!!

Tak selama2nya kamu terselamat wahai Najib..

Bersyukur.. SATU DUNIA TAHU..
Nama MALAYSIA bakal terkenal dgn terpalitnya SKANDAL 1MDB-NAJIB..

Siapakah sebenarnya yg MEMBUSUKKAN nama negara, kalau bukannya Najib itu sendiri..

MANA MAU LARI NAJIB. Dlm negara bolehlah kamu gunakan kuasa kamu utk berkuasa segala2nya..

16 September : Siapa untung?

Zaharin Mohd Yasin mendakwa kebanyakan kawan-kawannya menolak untuk menyertai perhimpunan kerana sangsi dengan penganjurnya.
zaharin
PETALING JAYA: Tujuan sebenar penganjur Himpunan Melayu Bersatu, Datuk Jamal Md Yunos mengadakan bantahan aman pada 16 September ini dilihat bermotifkan bisnes.
Dakwaan itu dibuat bekas Setiausaha UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin, di laman Facebooknya.
Atas sebab itu Zaharin berkata kebanyakan kawan-kawannya enggan pergi ke perhimpunan yang akan diadakan pada Hari Malaysia.
“Rata-rata kawan2 saya tak mahu pergi ke Himpunan Melayu bersatu.. saya tanya apa sebab? jawabnya diurus oleh seorang yang mencari keuntongannya. Mana kamu tahu dia cari keuntongan tanya saya lagi.. Dia ni kat bisnesman jual AP sahaja, projek ikan bakar dia hanya nak kempen jadi Ketua UMNO Bahagian.. lepas tu projek Kedai Ikan 1 Malaysia.. semua sudah bungkus.
“Maka dia akan gunakan program ini untuk dia buat bisnes sahaja. Ya kah begitu, sambung saya.. Ya zaharin, aku pernah nampak dia di pejabat Menteri.. mengikut kata orang pejabat Menteri.. bincang soal tender dia… Aku tak ada nak komen, yang pasti aku hanya sokong, pergi tidak.. aku dah lama pakai baju merah.. kerana baju warna merah itu baju kerjaku,” dakwanya.
Status yang dimuat naik Zaharin kemudian mendapat pelbagai reaksi.
“Walaupun aku keturunan Melayu tapi aku bangsa Malaysia. Aku tak akan terjebak dengan himpunan baju merah 16 September nanti. Nampak sangat perkauman.
“Kalau macam inilah gayanya, aku percaya BN akan kecundang PRU akan datang. Tidak terfikirkah perasaan parti-parti komponen dalam BN seperti MCA, MIC, GERAKAN dll. Beruntunglah Sarawak tidak ada UMNO,” tulis Tinta Mas Mid.

Apa motif himpunan merah 16 Sept?

Himpunan Bersih 1, 2, 3 dan 4 motifnya untuk menuntut pilihan raya yang adil dan demokrasi yang telus.

Himpunan membantah PPSMI supaya kerajaan membatalkan mata pelajaran Matematik dan Sains diajar di dalam Bahasa Inggeris.

Begitu juga himpunan supaya memansuhkan ISA. Himpunan membantah penyenaraian Felda Global Venture. Himpunan membantah GST.

Semua himpunan ini jelas dari segi matlamat dan tujuan.

Persoalannya himpunan merah 16 September ini, apa pula tujuannya.

Apakah himpunan ini sebagai reaksi himpunan Bersih 4 baru-baru ini?

Atau hanya untuk menutup dan mengalih isu yang melanda di negara ini terutama 1MDB dan wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.

Yang paling kita bimbang himpunan ini kalau bertujuan untuk meniupkan semangat perkauman.

Sebenarnya himpunan merah tidak perlu dibuat kalau hanya hendak mengeluh kegagalan orang-orang Melayu yang ketinggalan dalam segala sudut kerana sebahagian besar penganjur ialah mereka yang menyokong parti yang terpalit dengan isu 1MDB.

Mereka boleh belasah perkara ini di dalam persidangan Umno, kenapa orang Melayu tertinggal sebab pemimpin Umno gagal melaksanakan amanah rakyat.

PAS anggap PKR, DAP, Amanah bersama sebagai satu ‘blok pembangkang’

PAS menganggap PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) bersekutu bersamanya sebagai satu blok pembangkang yang menentang Barisan Nasional (BN).
Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan sewaktu ditanya pemberita selepas bertemu pimpinan PKR di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya petang ini.
"Konsensus yang kita capai hari ini adalah kita semua pembangkang. PAS pembangkang, PKR pembangkang, DAP dan Amanah juga pembangkang," katanya kepada wartawan di perkarangan ibu pejabat PKR.

Kenyataan Takiyuddin itu disambut dengan anggukan daripada Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali. "Hakikatnya kami semua adalah pembangkang-pembangkang kepada BN," kata Mustafa menambah kepada kenyataan Takiyuddin.
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan PAS menganggap PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) bersekutu bersamanya sebagai satu blok pembangkang yang menentang BN. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 September, 2015. Menurut Mustafa lagi, perjumpaan dengan PKR hari ini hanya membincangkan hubungan yang "akan berterusan".
Ditanya tentang status hubungan kerjasama di antara PAS dan Amanah, Tuan Ibrahim berkata ia tidak dibincangkan dalam perjumpaan bersama PKR petang ini.
"Amanah pun belum daftar lagi. Kita pun tak tahu dia amanah atau tidak," kata Tuan Ibrahim berjenaka.
Parti Amanah Negara (Amanah) kini dalam proses penamaan semula selepas mengambil alih Parti Pekerja Malaysia.

Umno bakar patung pemimpin DAP untuk tarik sokongan

Bekas Setiausaha Politik PM bakar patung untuk galak penduduk Kota Bharu sertai Himpunan Rakyat Bersatu.
Effigies,-Lim-Kit-Siang,-Lim-Guan-Eng
PETALING JAYA: Patung Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Menteri, Pulau Pinang, Lim Guan Eng dibakar bagi menyemarak semangat orang Melayu menyertai Himpunan Rakyat Bersatu pada Rabu ini.
Dalam video yang dimuat naik di laman Youtube, ia dikatakan dibuat pada Ahad, di Kota Bharu, Kelantan.
Visual yang bertajuk Pra Himpunan Rakyat Bersatu Kota Bharu, turut dihadiri Datuk Mohd Fatmi Che Salleh, bekas Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Dalam rakaman berkenaan, Mohd Fatmi menyampaikan ucapan berapi meminta ahli UMNO Bahagian Kota Bharu mengambil bahagian 16 September ini.
Kit Siang, Guan Eng dan penganjur Bersih 2.0 menjadi sasaran kerana dikaitkan dengan perhimpunan Bersih 4.0 bulan lalu.
Mereka dicela kerana dituduh memecah belahkan orang Melayu di negara ini dengan menganjurkan bantahan itu.

Pas setia di blok pembangkang, sama sekali tidak sertai BN

Biarpun tidak menyertai mana-mana gabungan pembangkang, Pas kekal di blok pembangkang dan tidak akan bekerjasama dengan BN atau UMNO.
Takiyuddin-Hassan_pakatan-new_600
PETALING JAYA: Pas kekal sebagai pembangkang walaupun tidak tidak menyertai gabungan pembangkang untuk menentang Barisan Nasional (BN), kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.
Beliau berkata, Pas akan terus bergerak sebagai pembangkang biarpun terpaksa bergerka sendirian dan tidak menyertai mana-mana pakatan pembangkang khususnya Pakatan Rakyat 2.0.
“Kata sepakat yang kita capai kita semua pembangkang. Pas, PKR,DAP dan parti AMANAH pun pembangkang. Kita semua akan menentang Barisan Nasional.
” (Walaupun) tiada gabungan formal, namun kita semua dalam satu blok pembangkang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan antara Pas dan PKR di Ibu Pejabat PKR pada Isnin.
Ahli Parlimen Kota Bharu itu menegaskan bahawa Pas tidak akan sesekali bergabung dengan BN.
“Tak ada yang menyeberang kepada BN,” katanya,
Sementara itu. Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu masih lagi dalam perbincangan dalam pembentukan Pakatan Rakyat 2.0.
“Kita perlu masa untuk bincang (Pakatan Rakyat 2.0). Buat masa ini kita bincang benda yang utama dahulu.
“..Tetapi hubungan dengan PKR memang diteruskan, yang lain belum,” katanya.

Bersama sebagai pembangkang, elak ‘salah tembak’ antara parti, kata PKR

PKR bersetuju dengan kenyataan PAS yang kedua-dua parti itu akan bersama DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) dalam satu blok pembangkang.
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, mereka akan sepakat dalam bercakap tentang isu-isu nasional dan pada masa sama memperhalusi
hubungan kerja di antara parti-parti itu kelak.
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, mereka akan sepakat dalam bercakap tentang isu-isu nasional dan pada masa sama memperhalusi hubungan kerja di antara PKR, DAP, PAS dan Amanah kelak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 September, 2015. "Kita akan menghadapi BN bersama dalam isu-isu nasional dan juga supaya kita tidak terlalu hostile (bermusuhan) terhadap satu sama lain dan menujukan semula segalanya kepada Umno BN.

"Kita banyak crossfire (tembakan silang) dan misfire (salah tembak) di antara keempat-empat parti bukan sahaja di antara Keadilan (istilah PKR untuk dirinya) dan PAS tetapi juga di antara Keadilan dan Harapan Baru (Amanah) serta Keadilan dan DAP. "Jadi mesej yang cuba disampaikan presiden adalah kita perlu bersama dalam isu nasional dahulu pada sewaktu kita memperhalusi hubungan kerja," kata Rafizi kepada pemberita di perkarangan Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya petang ini.
Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebelum itu mengiyakan kenyataan PAS petang ini muafakat mereka agar kekal bersama Amanah dan DAP dalam satu blok pembangkang.
"Kita memang diterima rakyat Malaysia sebagai pembangkang," katanya.
PAS petang ini menganggap PKR, DAP dan Amanah bersekutu bersamanya sebagai satu blok pembangkang yang menentang Barisan Nasional (BN).

Altantuya: Najib beri ‘lampu hijau’ tangkap Razak Baginda, kata bekas KPN

Tan Sri Musa Hassan hari ini mendedahkan Datuk Seri Najib Razak yang pada ketika itu masih timbalan perdana menteri mengarahkan beliau menangkap suspek pembunuh Altantuya Shaariibuu, Razak Baginda.
Bekas ketua polis negara itu berkata, pada mulanya beliau memberitahu perdana menteri pada ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk memaklumkan kes tersebut namun diarahkan bertemu Najib memandangkan Razak merupakan penasihat beliau.
"Selepas PM (Abdullah balik dari luar negara) saya memberitahu siapa mereka yang terlibat. Saya mengatakan bahawa polis mahu tangkap Razak Baginda.

"PM meminta saya untuk maklumkan kepada timbalan perdana menteri dan saya kemudian berjumpa dan beritahu ingin tangkap Razak Baginda. "Timbalan kata pada saya, buat kerja kamu," kata Musa pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Pesaka tidak bertanggungjawab jika peserta himpunan ‘baju merah’ buat kecoh

Presiden Pesaka Tan Sri Ali Rustam berkata, sebagai penganjur mereka menyeru untuk pesertanya menyertai perhimpunan tersebut dengan aman tanpa mencetuskan sebarang provokasi atau kekecohan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 September, 2015. 
Presiden Pesaka Tan Sri Ali Rustam berkata, sebagai penganjur mereka menyeru untuk pesertanya menyertai perhimpunan tersebut dengan aman tanpa mencetuskan sebarang provokasi atau kekecohan.

Susulan daripada kelulusan kebenaran permit Himpunan Rakyat Bersatu, atau "himpunan baju merah", penganjur Persatuan Seni Silat Kebangsaan (Pesaka) bertegas tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kekecohan dan provakasi daripada peserta.
Presiden Pesaka Tan Sri Ali Rustam berkata, sebagai penganjur mereka menyeru untuk pesertanya menyertai perhimpunan tersebut dengan aman tanpa mencetuskan sebarang provokasi atau kekecohan.
Katanya Pesaka juga tidak menggalakkan pesertanya untuk menghina mana-mana pemimpin pembangkang dengan membakar patung atau memijak gambar sepertimana yang dilakukan peserta Bersih 4.

"Siapa yang melanggar (undang-undang) dialah yang bertanggungjawab sendiri. Kita penganjur hanya akan (menguruskan) perhimpunan di Padang Merbok. "Dan saya tidak fikir peserta perhimpunan kami akan membakar mana-mana patung, siapa yang bakar dia yang tanggung sendiri, saya tidak suruh... penganjur tidak suruh. Kita berhimpun untuk melahirkan perasaan dan jiwa kita yang tidak pernah bersetuju mereka melakukan demonstrasi.
"Dulu kita tak nak buat, tapi sekarang kita tidak tahan, di dunia ini ramai orang baik, ini tanggungjawab kita kepada masyarakat awam," katanya pada sidang media di Dewan Silat Lincah Omardin di Taman Industri Bolton, Batu Caves, Selangor hari ini.
Bagaimanapun kenyataan bekas ketua menteri Melaka itu dilihat bercanggah dengan syarat kelulusan notis pemberitahuan Akta Perhimpunan Aman 2012 iaitu penganjur perlu bertanggungjawab terhadap sebarang kekecohan.

Ali Rustam: Saya tak suruh bakar-bakar patung

Penganjur perhimpunan 16 September ini, Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), tidak tahu menahu tentang kejadian membakar patung mirip dua pemimpin DAP berbaju BERSIH di Kelantan.
Presidennya Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata juga beliau memberi jaminan bahawa tiada sebarang insiden "bakar-membakar" pada perhimpunan Rabu ini.
"Itu kita tak tahu (kejadian di Kelantan). Kita tak ada bakar-bakar patung. Siapa yang bakar mana-mana gambar, itu dia tanggung sendiri.
"Saya tak suruh. Janganlah buat benda ni," katanya dalam sidang media di Batu Caves hari ini.
Dalam sebuah video dimuat naik ke Internet, kelihatan patung dengan wajah mirip Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan pemimpin popularnya Lim Kit Siang dibakar rentung.
Dalam acara itu juga, kelihatan tempat sembahyang orang mati Cina disedia dan dihias dengan gambar dua pemimpin itu, yang juga anak beranak.
Ia sebelum itu menyaksikan ucapan seorang lelaki yang mengecam keras BERSIH sebagai “celaka”, “durjana” dan “jahanam” yang hendak memecahkan orang Melayu.
Acara itu dilapor diketuai oleh ketua Umno Kota Bharu Datuk Mohd Fatmi Che Salleh, yang juga bekas setiausaha politik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Fatmi ketika dihubungi Malaysiakini enggan mengulas kontroversi kontroversi itu atas alasan bimbang kenyataannya dipusing.
Beliau bagaimanapun mengakui berada dalam majlis yang dikatakan berlaku semalam itu tetapi berkata bukan beliau yang membakarnya.

Najib, Putrajaya perlu bersihkan nama Malaysia, kata Dr Mahathir lepas laporan Al-Jazeera

Putrajaya perlu membersihkan nama Malaysia, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini, susulan penyiaran dokumentari berhubung pembunuhan warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Menulis di blognya chedet.cc, bekas perdana menteri itu berkata Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri dan kerajaannya ada tugas untuk “membersihkan nama kita”.
“Kerajaan perlu ambil filem dokumentari itu secara serius dan cuba bersihkan nama kita.

“Ambil tindakan terhadap Al-Jazeera di Malaysia tidak akan ubah apa-apa. Dokumentari itu kini viral di Malaysia dan ia masih ditayangkan di seluruh dunia,” tulisnya, hari ini.

Penyiasat UK terbaru sertai siasatan terhadap skandal 1MDB


Pejabat Siasatan Jenayah Penipuan Berat di UK merupakan agensi antarabangsa terbaru yang dilaporkan turut menyiasat berhubung kemungkinan berlaku pengubahan wang haram yang didakwa melibatkan 1MDB.
Menurut laporan Sunday Times UK, pejabat tersebut sedang memeriksa bukti-bukti yang diketengahkan oleh editor laman web Sarawak Report.
Ini selepas Pejabat Peguam Negara Switzerland dilapor mengesahkan telah membeku jutaan dolar dalam akaun bank di Switzerland berhubung siasatan ke atas dua eksekutif 1MDB berkaitan dengan dakwaan pengubahan wang haram.
Polis Hong Kong juga dilaporkan menyiasat deposit bank lebih AS$250 juta (RM1.075 bilion) ke dalam akaun yang didakwa ada kaitan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, berikutan aduan oleh ahli Umno Datuk Khairuddin Abu Hassan.
Najib, yang pengerusi lembaga penasihat 1MDB telah menafikan dakwaan tersebut.
Najib telah berkali-kali menegaskan beliau tidak pernah mengambil wang rakyat untuk kepentingan peribadi, dan mendakwa ada konspirasi antarabangsa untuk menjatuhkannya.

PR 2.0 tak beri impak negatif


Che Ibrahim Mohamed

KOTA BHARU - Parti Pekerja Malaysia Kelantan tidak nampak kebersamaan parti itu dalam gabungan Pakatan Rakyat (PR) 2.0  memberikan impak negatif kepada pembangkang sebagaimana ditafsirkan Pas Terengganu.

Naib Pengerusi 1, Che Ibrahim Mohamed berkata,  PR 2.0 yang bakal diwujudkan bagi memastikan persefahaman politik antara parti pembangkang untuk menentang BN secara satu lawan satu.

“Jika semangat ini berjaya dihayati dengan baik semua parti pembangkang yang berhasrat sertai PR 2.0 ini, maka isu pertandingan tiga penjuru tidak akan wujud lagi,” katanya menepis tanggapan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri yang membayangkan kewujudan  Parti

Pekerja Malaysia dalam PR 2.0 akan lebih memecah-belahkan pakatan pembangkang, seterusnya memberi undi kepada BN.

Pas Terengganu juga membayangkan penyertaan itu akan berdepan masalah terutama berkaitan pembahagian kerusi.

Tidak bersetuju dengan itu, Che Ibrahim berkata, soal pembahagian kerusi antara parti yang bergabung adalah perkara teknikal yang boleh diputuskan secara bersama dengan mengambil kira potensi untuk menang dan kriteria calon dikemukakan parti masing-masing.

“Jika semangat pakatan bersama antara parti pembangkang dijadikan asas perhitungan politik menentang BN, maka tidak ada perkara tidak boleh diselesaikan bersama,” katanya yang juga Naib Pengerusi Pasma Kelantan.

Pas, PKR mungkin bincang PR2.0 hari ini

Pas, PKR mungkin bincang PR2.0
PETALING JAYA - Kehadiran pemimpin Pas seperti Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dan Ketua Pengarah Pilihan raya Pas, Datuk Mustafa Ali ke Ibu Pejabat PKR hari ini mungkin menjawab teka teki mengenai perbincangan PR2.0.

Sekitar Jam 3.15 petang, Tuan Ibrahim hadir bersama-sama Takiyuddin dan Mustafa tiba di Ibu Pejabat PKR.

Pelbagai soalan diajukan kepada Tuan Ibrahim namun beliau berkata "kita tunggu selepas mesyuarat selesai," katanya.

Antara wakil PKR yang hadir pada pertemuan tersebut adalah Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Setiausaha Agung, Rafizi Ramli dan Pengarah Pilihan Raya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Semalam, Rafizi Ramli memaklumkan bahawa, PKR akan mengadakan pertemuan dengan Pas bagi membincangkan mengenai PR 2.0 yang bakal dibentuk.

Rafizi turut berkata, pihaknya juga akan mengadakan beberapa siri perbincangan dengan parti pembangkang seperti DAP dan Parti Pekerja Malaysia.

Tiada toleransi pada perkauman di tanah Johor


Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memberi amaran tidak akan bertolak ansur terhadap amalan perkauman di negeri yang ditadbirnya.
Baginda juga menggesa supaya negeri itu, yang diumpamakan sebagai sebuah rumah, menjadi bersih kerana Johor “milik rakyat - Melayu, India dan juga kaum Cina”.
“Mungkin datuk moyang mereka dari Cina atau India, tetapi Johor Darul Ta’zim ialah rumah mereka juga.
“Saya tidak akan bertoleransi dengan mereka yang mengamalkan sifat benci-membenci dan perkauman di tanah Johor Darul Ta’zim,” titah baginda sambil menegaskan bahawa semua mereka “bangsa Johor”.
Menulis di Facebook, baginda juga bertitah sudah sampai masa untuk rakyat negeri itu mengubah cara pemikiran supaya setanding dengan negara jiran.
Ini, titah baginda, bermula dengan perkara-perkara dianggap kecil seperti tidak membuang sampah di merata-rata tempat atau meletakkan kereta sebarangan yang menyusahkan orang lain.
“Sifat yang mementingkan diri sendiri tanpa memikir akibatnya pada orang lain harus diubah kerana ia menyusahkan orang ramai,” titah baginda.
Sultan Ibrahim juga mengingatkan kepada pihak perbandaran supaya menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan dengan memastikan kemudahan awam berfungsi dengan baik.
“Bila kita semua melaksanakan tanggungjawab kita, perubahan yang positif dan lebih baik dapat dinikmati semua,” titah baginda lagi.

Skandal 1MDB: SPRM akan jejak Jho Low di luar negara


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai sedang bersiap sedia untuk menghantar pegawai-pegawainya ke luar negara untuk menyoal siasat ahli perniagaan Jho Low berkaitan kontroversi 1MDB.
Turut akan disiasat Pengarah Urusan SRC International Sdn Bhd Nik Faisal Ariff Nik Othman Kamil dan pengarahnya Suboh Mohd Yassin.
SRC International bekas anak syarikat 1MDB.
SPRM sebelum ini sudah mengeluarkan notis supaya tiga individu itu tampil pada 22 Ogos untuk membantu siasatan berkaitan kemasukan RM42 kita ke dalam akaun bank Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sumber memberitahu Malaysiakini bahawa SPRM sudah pun berhubung dengan keluarga tiga lelaki itu.
“Kita telah pun berhubung dengan mereka dan nampaknya mungkin merakamkan kenyataan mereka di luar negara,” kata sumber sambil menambah ia akan diketuai oleh pengarah siasatan SPRM Azam Baki.
Sumber lain berkata ketiga-tiga mereka bimbangkan keselamatan mereka jika pulang ke Malaysia dan mahu soal siasat dibuat di luar negara.
Jho Low dikatakan sedang berada di Taiwan.
SPRM mengeluarkan notis siasatan kepada anggota ketiga-tiga mereka pada 26 Ogos.
Bekas timbalan pengarah polis Cawangan Khas Abdul Hamid Bador bulan lalu mendakwa terdapat usaha menyembunyikan saksi-saksi dan siasatan terhadap SRC International.
Tanpa menamakan secara khusus, Abdul Hamid berkata salah seorang daripada saksi-saksi sebelum ini bersembunyi di Thailand dan kini New Zealand.
Pada Julai lalu, pihak imigresen telah mengeluarkan larangan keluar negara terhadap Nik Faisal sementara Suboh dilaporkan hilang.
Alamat terakhir Nik Faizal di Alam Impian, Shah Alam; sementara Suboh pula di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur dan Jho Low di Tanjung Bungah Park, Pulau Pinang.
Selain siasatan isu wang RM42 juta itu, SPRM juga menyiasat pinjaman RM4 bilion SRC International daripada Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP).
Jho Low antara sasaran kritikan keras bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu berkaitan 1MDB.
Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho pada 23 Ogos lalu dilapor sedia membantu SPRM.
Jurucakapnya berkata wakil Low akan menghubungi suruhanjaya itu untuk mengetahui bagaimana beliau dapat membantu.

Siapakah sebenarnya YANG TAK BERMARUAH ??!!

.pung pang pung pang UMNO pertahan maruah MELAYU..

Tetapi merekalah sebenarnya PENGKHIANAT melayu.

Wahai.. MELAYU, MELAYU takde maruah di luar sana!!

Dokumentari Altantuya: Polis akan siasat wartawan Al Jazeera

Penyiaran dokumentari pembunuhan Altantuya melanggar etika kewartawanan kerana kes itu sudah selesai di mahkamah.

mary-ann
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil wartawan Al Jazeera untuk membantu siasatan berhubung penyiaran dokumentari pembunuhan Altantuya Shaarribuu oleh agensi berita antarabangsa itu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, beberapa individu yang membantu wartawan itu, Anne Jolly, juga akan dipanggil untuk membantu siasatan.
“Beberapa individu sudah dikenal pasti dalam kalangan media yang membantu wartawan Al Jazeera dan mereka turut akan dipanggil untuk membantu siasatan,” katanya dalam sidang media pada Isnin.
Khalid berkata, penyiaran semula kes pembunuhan itu melanggar etika kewartawanan kerana kes itu sudah selesai.
“Kes ini sudah selesai dan mengapa agensi media antarabangsa ini menyiarkan sebuah laporan yang boleh mengelirukan masyarakat tanpa menggunakan bukti yang mempunyai kreadibiliti?.
“Tidak boleh meletakkan bukti baru dalam laporan kewartawanan. Anda perlu menjawab jika kami memanggil anda nanti berdasarkan bukti anda. Kami tidak akan membenarkan ini berlaku,” katanya.

'Tindakan pada Al Jazeera tak ubah apa-apa' - Dr M


Tindakan terhadap media antarabangsa Al Jazeera kerana menyiarkan dokumentari berkaitan Altantiya Shaariibuu tidak akan mengubah apa-apa, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menulis di blog, perdana menteri keempat itu berkata rancangan itu sudah pun dikongsi meluas di Malaysia dan masih ditayangkan di seluruh dunia.
“Rakyat Malaysia sudah di luar negara sudah bertanya apa sudah jadi kepada negara ini,” kata Mahathir perdana menteri 22 tahun, paling lama dalam sejarah Malaysia.
“Episod baru ini tidak akan meningkatkan imej negara selepas berlakunya skandal-skandal lain sebelum ini.”
Al Jazeera pada Jumaat menyiarkan dokumentari mengenai pembunuhan Altantuya dan mengaitkannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Mempertahankan diri, Najib mendakwa menimbulkan semula kes itu sebahagian perancangan kuasa luar untuk menjatuhkannya, sama seperti strategi terhadap bekas presiden Iraq Saddam Hussein.
Beliau menegaskan, Saddam digulingkan AS dengan dakwaan palsu kononnya Iraq memiliki senjata pemusnah massa.
Najib ketika menyampaikan ucapan perasmian mesyuarat Umno Pekan berkata “tak ada gambar, tiada bukti dan tiada SMS, ia muncul semula”.
Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan beberapa pemimpin kerajaan juga telah menafikan perkara itu.

Warkah kepada sahabat berlainan jemaah/parti ...

Oleh Mat Kuantum


Warkah kepada sahabat berlainan jemaah/parti daripada saya yang tidak ada jemaah/parti

Kawan,
Izinkan aku menasihatimu
Agar tidak terpesona dengan kilauan dunia
Yang mungkin jerebu kepada kebenaran


Kawan,
Usahlah kau terpesona dengan bilangan (nombor) yang hadir ke Kongres Rakyat
Atau apa saja himpunan anjuran partimu
Sepertimana aku tidak pernah berbangga dengan 100 orang peguam masuk Harapan Baru
Bukankah guru kita yang 'alim Prof Tariq Ramadan pernah mengingatkan
Nombor (bilangan) hanya penting kepada kapitalis tetapi tidak pada hati (yang mencari redha Tuhan)
Adakah jiwa haraki dan tawasuf-mu telah bertukar menjadi kapitalis?

Kawan,
Bukankah sejarah telah mengingatkan kita
Agar jangan terpedaya dengan bilangan
Seperti dalam Perang Hunain
Bukankah junjungan mulia Nabi Muhammad SAW mengingatkan
Agar jangan menjadi seperi buih di lautan
Terpesona kepada banyaknya bilangan tetapi langsung tidak berguna (tiada manfaat)

Kawan,
Sudikah jika kita bertemu dan melepak sekali lagi?
Sambil menganjurkan usrah merentas jemaah
Dan minum teh tarik selepas usrah
Agar dapat aku buktikan bahawa buih-buih di atas teh tarik pecah sekejap saja
Kerana buih-buih, sama ada di atas teh tarik atau di lautan, masing-masing tidak berguna

100 hari ...

Oleh Aris Awang


4 Jun 2015 - 13 September 2015 cukup 100 hari

Biasanya 100 hari adalah hitungan yang digunakan untuk mengukur kemampuan awal sesebuah parti politik memerintah sesebuah negara selepas selesai dan menang sesuatu pilihanraya.

Adalah amat malang jika masih ada mereka yang kononnya ingin menjadi pemimpin politik dan memerintah negeri/negara walaupun sudah 100 hari berlalu tetapi masih seperti tunggul ditengah air.

Mana mungkin jika ia diberi mandat memerintah negara akan berani dan mampu membuat keputusan-keputusan besar jika keputusan untuk diri sendiri pun masih tergagau-gagau sehingga air yang sudah keruh menjadi berselut.

Esok 100 hari.

Buatlah keputusan anda A atau P.

Usah lagi berputar-putar tanpa haluan.

Selamat membuat keputusan.

16 September 2015 (103 hari) pesawat terbang akan berlepas dengan rasminya setelah menunggu 3 hari lagi sebelum berlepas.

Apapun pesawat berikutnya akan menyusul. Namun alangkah indahnya jika kita dapat bersama dipesawat pertama ini kawan ku.

Ahli dan Pendokong Parti Amanah Negara (AMANAH) dijemput dengan segala hormatnya ke Pelancaran Rasmi tersebut.

ASAL AJA ada 'event' penting utk rasis MELAYU, ketua MELAYU " Pahlawan Bugis" mesti cabut lari dulu.. KENAPA ???

TAHUKAH ANDA, Dikhabarkan berita Najib & Rosmah akan ke London pd 15/9/2015 & ke AS (25/9/2015) ketika negara sedang hadapi krisis skandal2 Najib & rasis.

Bukankah sebelum ini Najib pernah kata jet baru (Airbus ACJ320) tersebut digunakan utk Yang di-Pertuan Agong?? Kenapa tiba2 nak ke luar negara guna plok pesawat baru sedangkan pesawat yg kerap digunakannya sebelum ini (Airbus ACJ319) tidak digunakan pula??

Jika ada 'event' di luar negara, SUDAH PASTI ROSMAH TIDAK KETINGGALAN utk merasai kemewahan dgn jet VVIP mewah barunya !!!

RAKYAT PON TOLONG BAYAR GST !!!

Anuar Tahir Bidan Dua Parti ..

Oleh Zin Mahmud


Kenangan. Aku mula kenal Anuar Tahir pada tahun 1980. Ketika itu aku pelajar Universiti Pertanian Malaysia.

 Pada satu malam Sabtu Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Pertanian Malaysia menganjurkan ceramah isu semasa.

Penceramahnya ialah salah seorang pemimpin kanan Angkatan Belia Islam Malaysia, Anuar Tahir.

Ceramah diadakan di Dewan Kuliah Fakulti Sains dan Alam Sekitar.

Tajuk ceramah ialah Pengalaman Kunjungan ke Republik Islam Iran. Anuar Tahir baru pulang dari lawatannya ke Iran atas undangan kerajaan Ayatullah Khomeini. 

Sedikit sebanyak beliau telah mempengaruhi aku untuk menyokong Revolusi Islam Iran dan Gerakan Islam Sejagat.


Dalam sejarah Malaysia, Anuar Tahir akan dikenali sebagai bidan kepada penubuhan Parti Keadilan Nasional dan Parti Amanah Negara.


Pada tahun 1998, beliau yang membawa NGO Adil untuk menubuhkan Parti Keadilan Nasional dengan mengambil alih Parti Ikatan Masyarakat Muslim Malaysia.


Hari ini, beliau membawa NGO Gerakan Harapan Baru menubuhkan Parti Amanah Negara dengan mengambil alih Parti Pekerja-pekerja Malaysia.

“Kereta Kevin Morais dihalang, dia ditarik keluar dan dilarikan”

Khalid Abu Bakar memberi jaminan siasatan kehilangan Kevin Morais dapat diselesaikan dalam waktu terdekat susulan penemuan petunjuk baharu itu.
igp-kevin
KUALA LUMPUR: Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menemui petunjuk baharu dalam siasatan kes kehilangan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperolehi pihaknya mendapati, kereta Kevin dihalang oleh sebuah kereta lain dan Kevin ditarik keluar dari kereta seterusnya dibawa lari.
Sehubungan itu, beliau memberi jaminan kes kehilangan Kevin yang menggemparkan seluruh negara dapat diselesaikan dalam waktu terdekat.
“Kami akan selesaikan kes tersebut dalam masa terdekat dan setakat ini kita sudah ada petunjuk baharu,” katanya dalam sidang media pada Isnin.
Mengenai kereta yang dijumpai terbakar yang didakwa milik Kevin, Khalid menjelaskan, pihak polis sedang melakukan siasatan dan keputusan muktamad belum dibuat.
“Rangka kereta yang dijumpai terbakar masih dalam siasatan pihak polis dan pihak kami belum ada keputusan muktamad,” katanya.
Baru-baru ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad dilaporkan berkata, pihaknya yakin 99 peratus kereta itu milik Kevin namun belum boleh membuat pengumuman rasmi kerana nombor casis pada enjin telah dipadamkan.
Kehilangan Kevin dikaitkan dengan siasatan 1MDB namun dinafikan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang menegaskan Kevin tidak terlibat dalam siasatan 1MDB.

Dr M cabar k'jaan saman Al Jazeera isu Altantuya

Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar kerajaan menyaman Al Jazeera jika dokumentari berkaitan pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang disiarkannya tidak benar.
“Jika kerajaan fikir dokumentari itu tidak benar, mereka patut saman Al Jazeera kerana memfitnah.
“Al Jazeera ditonton jutaan orang di seluruh dunia. Kebanyakan orang percaya apa yang mereka lihat.
“Semata-masa berkata ia tidak benar mungkin meyakinkan sebahagian rakyat Malaysia, tetapi tidak akan meyakinkan orang luar.”
Menulis di blognya hari ini, Mahathir berkata kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertanggungjawab membersihkan namanya.
“Bukti mesti diberikan bagawa pembunuhan itu, penutupan kes itu, penglibatan polis dan Razak Baginda tidak sama sekali terlibat dalam jenayah teruk itu,” kata Mahathir.
Beliau juga berkata, badan kehakiman, termasuk Jabatan Peguam Negara, juga harus membersihkan nama masing-masing.

Bersih 4 bukan perhimpunan Cina, tetapi ada matlamat tersendiri

oleh John Vincent Chua
  
KITA SEMUA RAKYAT MALAYSIA: Berikut adalah matlamat Bersih 4;
  1. Pilihanraya yang bersih dan adil
  2. Kerajaan yang telus
  3. Hak untuk berhimpun
  4. Mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen
  5. Menyelamatkan ekonomi negara
Bersih 4 terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan kecenderungan politik.
Jika ahli Umno beramai-beramai menyertainya sehingga lebih ramai daripada kaum-kaum lain, maka kita boleh sahaja mengatakan yang Umno telah “hijack” Bersih 4.
Akan tetapi kerana ramai orang Melayu adalah kakitangan awam atau ahli Umno dan tidak dibenarkan oleh kerajaan BN atau pemimpin Umno untuk menyertainya, jumlah peserta Melayu jauh lebih kurang daripada peserta Cina.
Secara automatik ia menunjukkan seolah-olah majoriti orang Melayu masih menyokong seorang pemimpin yang sangat kontroversial dan terpalit dengan skandal sebagai perdana menteri.
Namun tidak semestinya ia benar-benar begitu.
Tidak adil untuk menuduh atau mendakwa yang Bersih 4 adalah perhimpunan Cina DAP. Ramai kawan saya yang hadir, walaupun mereka adalah orang Cina, bukan penyokong DAP atau pun menjadi ahli mana-mana parti. Kami hadir kerana kami adalah rakyat Malaysia (bukan kerana kami orang Cina) dan kami mengambil berat terhadap masa depan dan kesejahteraan negara. Maka kami menyokong matlamat-matlamat yang dinyatakan Bersih 4.
Kumpulan baju merah hanya boleh mengembalikan maruah orang Melayu, bukan sahaja di mata rakyat Malaysia tetapi masyarakat dunia, jika mereka beramai-ramai mendesak agar perdana menteri menjawab pelbagai kontroversi dan dakwaan yang menyelubungi pentadbirannya, dan mungkin mendesaknya agar berundur demi kebaikan rakyat dan negara.

Polis tidak pernah bersetuju dengan perhimpunan jalanan

Mana-mana pihak pengajur perlu bertanggungjawab sekiranya mereka melanggar undang-undang.
khalid-abu-bakar-himpunan-melayu
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah bersetuju dengan himpunan jalanan walaupun penganjur mendapat kebenaran daripada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihak polis tidak pernah membenarkan sebarang perhimpunan jalanan sekiranya dibuat tengah Bandaraya Kuala Lumpur.
“Saya dari mula lagi tidak pernah bersetuju dengan himpunan jalanan.
“Tetapi mereka hendak buat juga. Sama macam Perhimpunan Bersih 4.0. Sudah dilarang tapi hendak buat juga,”
“Perhimpunan ini akan menambahkan kerja polis namun kita akan tetap membuat kawalan,”katanya pada sidang media di Kuala Lumpur pada Isnin.
Menurut Khalid, memandangkan DBKL sudah memberi kebenaran kepada penganjur untuk meneruskan himpunan di Padang Merbok 16 September ini,pihak polis bersedia mengawal keadaan bagi memastikan ketenteraman serta keselamatan orang awam.
“Walaupun kami tidak bersetuju dengan himpunan seperti ini, jika mereka memenuhi syarat di tetapkan dalam Akta Perhimpunan Aman 2012, polis akan menempatkan anggota yang mencukupi untuk mengawal keadaan sepanjang himpunan berlangsung,” katanya.
Khalid turut menegaskan bahawa, pihak pengajur perlu bertanggungjawab sekiranya mereka melanggar undang-undang.
“Kepada peserta himpunan, buktikan apa yang dicakapkan bahawa perhimpunan ini adalah himpunan yang aman, akan patuhi undang-undang dan tidak akan melakukan perkara yang mengancam ketenteraman awam,” katanya.