Ahad, 13 September 2015

Himpunan 16 September rosakkan imej Najib, kata PAS

PAS menafikan terlibat dengan himpunan 'baju merah' kerana ia menyuburkan unsur perkauman yang akan melemahkan perpaduan nasional dan merosakkan lagi imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 September, 2015. 
PAS menafikan terlibat dengan himpunan 'baju merah' kerana ia menyuburkan unsur perkauman yang akan melemahkan perpaduan nasional dan merosakkan lagi imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak

Himpunan “baju merah” yang bakal dianjurkan di ibu negara pada 16 September depan merugikan negara serta merosakkan imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata PAS.  Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Man berkata, parti Islam itu juga tidak terlibat dengan himpunan yang dianjurkan oleh mantan ketua menteri Melaka, Tan Sri Ali Rustam.
"Perhimpunan yang menyuburkan unsur perkauman ini langsung tidak membantu negara malah ia melemahkan perpaduan nasional dan akan merosakkan lagi imej Najib kerana dianjur oleh orang besar Umno seperti Ali," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Beliau turut melahirkan kekesalan ekoran lambang dan bendera PAS disebarkan seolah-olah mereka terlibat dengan perhimpunan itu.  "PAS berasa kesal di atas tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan bendera dan lambang parti PAS dan cubaan mengaitkan parti di dalam himpunan 16 September ini.
"PAS menegaskan ia tidak terlibat dalam himpunan tersebut dan turut melarang mana-mana ahli menghadirkan diri," katanya dalam kenyataan itu.
Ibu pejabat Umno difahamkan mengeluarkan notis menggesa bahagiannya di seluruh negara mengumpulkan ahli-ahlinya untuk turun ke himpunan tersebut.
Langkah ini berbeza dengan kenyataan Najib yang juga merupakan presiden Umno pada Rabu lalu menafikan parti itu menaja himpunan kontroversi tersebut.
Dalam sepucuk surat dikeluarkan Ibu Pejabat Umno dan ditandatangani Setiausaha Kerja Datuk Ab Rauf Yusoh, mengarahkan wakil semua perhubungan negeri menghadiri satu mesyuarat khas bagi membincangkan persiapan Perhimpunan Rakyat Bersatu, atau dikenali "himpunan baju merah" pada 4 September lalu.

PEMIKIR TOLAK HIMPUNAN BAJU MERAH

Pertubuhan Pemikir Agenda Watan Malaysia atau Pemikir, sebuah NGO yang dianggotai oleh tokoh-tokoh penting yang pernah berjasa dalam dunia politik dan sektor awam negara, turut tampil menolak perhimpunan baju merah yang dirancang pada 16 September ini.

Presiden Pemikir, Aziz Yassin berkata, pihaknya menolak perhimpunan tersebut kerana ianya akan menghancurkan keharmonian rakyat dan perpaduan kaum yang sudah terjalin dengan baik dalam negara selama ini.

Apatah lagi, tegas beliau, dengan kedudukan orang-orang Melayu yang rapuh sekarang ini, himpunan tersebut tidak membawa sebarang kebaikan atau nilai tambah kepada sesiapa.

Oleh yang demikian, tambahnya, masa depan orang-orang Melayu dari segi kedudukan, maruah dan harga dirinya harus diperjuangkan dalam bentuk yang lain dan bukannya melalui perhimpunan baju merah tersebut.

Dengan pendirian Pemikir ini, bermakna satu lagi suara yang mesra dengan UMNO dan BN telah tampil menyatakan bantahan terhadap himpunan baju merah yang dirancang untuk diadakan di beberapa tempat di sekitar Bukit Bintang sempena sambutan Hari Malaysia, 16 September ini.

Selain Aziz Yassin yang merupakan abang kepada Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin sebagai Presidennya, Pemikir turut dianggotai oleh Sabbaruddin Chik, Sanusi Junid, Osu Sukam, Dr. Afifuddin Omar, Azmi Khalid, Musa Hasan, Abu Talib Othman, Salahuddin Mohamad, Dr Ibrahim Saad dan ramai lagi.

Sebelum ini Tun Mahathir Mohamad, Rafidah Aziz, Dr Ramlah Adam dan beberapa tokoh lain turut menolak penganjuran himpunan baju merah yang temanya bertukar-tukar daripada "himpunan Melayu bangkit" kepada "himpunan Melayu bersatu" dan akhirnya menjadi  "himpunan rakyat bersatu".

Rata-rata rakyat juga menolak himpunan baju merah ini kerana ia dilihat tidak mempunyai tujuan khusus untuk negara, melainkan untuk menzahirkan sokongan terhadap Najib semata-mata sebagai reaksi kepada suara penolakan terhadapnya yang kian bergema dalam himpunan Bersih 4, baru-baru ini.

Pakatan 2.0: PAS tidak akan terburu-buru, mahu tunggu dan lihat apa akan berlaku - Khalil Hadi

Zunar akhirnya berjaya lancarkan buku tanpa ‘gangguan polis’

Karya terbaharu kartunis politik Zulkiflee Anwar Haque (kiri) bertajuk 'Sapuman' dilancarkan oleh Sasterawan Negara Datuk A Samad Said ‎di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 13 September, 2015. 
Karya terbaharu kartunis politik Zulkiflee Anwar Haque (kiri) bertajuk 'Sapuman' dilancarkan oleh Sasterawan Negara Datuk A Samad Said ‎di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di Kuala Lumpur, hari ini.

Pelancaran karya terbaharu kartunis politik Zulkiflee Anwar Haque yang bertajuk "Sapuman" hari ini berjalan lancar tanpa sebarang "gangguan polis".‎ Pada acara itu, beliau yang lebih dikenali sebagai Zunar turut melancarkan buku "kartun parodi" mengenai isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bertajuk "Ros in Kangkong Land" yang sebelum ini dihalang pihak berkuasa.
Berucap pada majlis pelancaran buku tersebut, Zunar menceritakan cabaran yang dihadapi beliau termasuk penahanan dan rampasan buku daripada pihak berkuasa kerana karyanya.

"Saya melalui pelbagai cabaran, pejabat saya 3 kali diserbu. Kali terakhir ketika saya berada di London. Jadi saya anggap mereka ini pencuri beruniform "Ribuan buku saya dirampas polis, Kementerian Dalam Negeri (KDN). Tiga kilang cetak diserbu dan diberi amaran untuk tidak mencetak buku saya.
"Jadi sekarang saya kena hitamkan nama pencetak untuk lindungi syarikat pencetak," katanya dalam acara tersebut yang berlangsung di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di Kuala Lumpur, hari ini.

Teka siapa orang yang paling berkuasa di Malaysia?

oleh Mariam Mokhtar

Orang yang paling berkuasa di Malaysia memerlukan sekutu berkuasa dan mesti tahu siapa yang tidak perlu dikecewakan.

Beliau mesti berupaya meyakinkan rakyat tanpa menyakitkan hati jutawan industri. Beliau mesti tidak menjengkelkan kerabat diraja, dan dalam masa sama, beliau mestilah boleh diterima oleh ulama.

Orang yang paling berkuasa di Malaysia bukanlah bekas PM Dr Mahathir Mohamad. Pada masa lalu, beliau mungkin telah dirunding oleh semua perdana menteri. Mahathirt mungkin boleh memilih dan menghancurkan PM.

Beliau hanya perlu membuat sidang media untuk mempengaruhi pendapat umum. Hari ini, Mahathir bermasalah untuk membuatkan dirinya dipercayai.

Kecewa dengan Najib Razak, beliau telah mencuba untuk mengkritik beliau, isteri beliau dan dasar-dasar beliau, tetapi masih belum berjaya. Di tahun terdahulu, beliau mungkin tidak mempunyai kesukaran untuk menjatuhkan Najib.

Hari ini, walaupun beliau dua kali menyertai perhimpunan Bersih 4, disokong oleh ahli politik Umno Baru yang memberontak dan rakyat Malaysia yang terkemuka, Mahathir tidak berjaya menjatuhkan Najib, dan bukanlah orang paling berkuasa di Malaysia.

Mungkinkah orang paling berkuasa adalah Najib? Tidak! Beliau begitu sukar meraih hormat daripada negara.

Ketua-ketua negara luar tidak menghargai beliau, tetapi mereka mengalu-alukan untuk berunding urusniaga menguntungkan dengan beliau.

Mereka menghargai dompet beliau, terutamanya beliau juga adalah menteri kewangan tetapi beliau mempunyai beban, yang tidak boleh disebut.

Adakah Pengerusi Petronas orang paling berkuasa di Malaysia? Tidak! Kuasa Pengerusi Petronas tidak sampai ke politik.

Beliau mempunyai pengaruh dalam perniagaan minyak, teteapi beliau dibelenggu oleh PM dan penasihat-penasihat beliau. Adakah KPN orang paling berkuasa di Malaysia? Tidak!

Kalau yakin dengan PAS kenapa nak takut, Nik Nazmi jawab Nik Abduh

Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berucap merasmikan penutup Kongres Mahasiswa Kebangsaan di Ampang Jaya, Selangor hari ini. Beliau berkata, tiada apa yang perlu dirisaukan jika ada pemimpin melompat parti jika benar-benar yakin dengan perjuangan parti. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 13 September, 2015. 
Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berucap merasmikan penutup Kongres Mahasiswa Kebangsaan di Ampang Jaya, Selangor hari ini. Beliau berkata, tiada apa yang perlu dirisaukan jika ada pemimpin melompat parti jika benar-benar yakin dengan perjuangan parti. 

Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berpendapat tiada sebarang kesalahan sekiranya mana-mana pemimpin PAS ingin menyertai parti itu kerana sebelum ini turut berlaku perkara sama membabitkan kedua-dua parti itu.  Nik Nazmi berkata, Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz juga tidak perlu berasa takut dengan penyertaan pemimpin mereka ke dalam PKR sekiranya yakin dengan pertubuhan mereka.
"Ada beberapa ahli PKR yang sertai PAS, tiada masalah...kalau kita yakin dengan pertubuhan kita buat apa kita nak takut," katanya, kepada pemberita selepas berucap merasmikan penutup Kongres Mahasiswa Kebangsaan di Ampang Jaya, Selangor hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu berkata, PAS juga pernah menerima ahli mereka ketika parti itu dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional (PKN), Mohd Anuar Mohd Tahir.  Anuar kini merupakan setiausaha agung Parti Amanah Negara (Amanah).
Nik Nazmi turut mengambil contoh bekas bendahari PKR, Abdul Rahman Othman yang meninggalkan parti itu dan memohon menjadi ahli PAS kawasan Subang Jaya, pada 2007.
"Kalau atas dasar orang itu bersetuju dengan perjuangan parti apa salahnya," katanya.
PAS hari ini menyatakan rasa kecewa dengan tindakan PKR yang menerima penyertaan bekas setiausaha agung mereka Datuk Kamaruddin Jaafar.
Nik Abduh berkata, parti Islam itu selalu berpegang dengan pendirian tidak akan menerima mana-mana wakil rakyat atau pemimpin daripada sekutu mereka.
"Sikap PAS dalam Pakatan Rakyat, kita tidak akan terima mana-mana ahli pemimpin atau wakil rakyat yang daripada rakan politik (yang ingin lompat parti) masuk dalam PAS.
"Ada kes sebelum ini, tapi kita tangguh kemasukan demi menjaga hubungan dalam PR," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Kuala Lumpur hari ini
Kamaruddin Jaffar yang merupakan ahli Parlimen Tumpat dan bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib pada Jumaat mengumumkan penyertaan mereka ke dalam PKR.
-

Kalau Najib 'resign' sekalipun, Bangsat Nation & DUMNO masih tetap lg memerintah...

Biarlah Najib kekal sampai PRU14 nanti. Masa itulah kita akan tahu berapa byk sokongan parti DUMNO & rakyat terhadapnya kelak..

Arab Saudi dikritik

Arab Saudi dikritik
Gambar yang diambil pada 5 Oktober 2014, menunjukkan kren gergasi yang digunakan dalam projek pembesaran dan menaik taraf Masjidil Haram. - Foto AFP
RIYADH - ARAB SAUDI. Susulan tragedi kren tumbang di Masjidil Haram, kerajaan Arab Saudi dihujani kritikan kerana didakwa cuai dan gagal mematuhi prosedur keselamatan pembinaan di tanah suci itu.
Pengasas Yayasan Penyelidikan Warisan Islam, Irfan al-alawi berkata, semasa kejadian terdapat 15 kren yang digunakan bagi kerja pembinaan untuk membesarkan Masjidil Haram.

"Mereka tidak mengambil berat tentang warisan dan mereka tidak mengambil berat tentang kesihatan serta keselamatan.

"Kren yang menghadap masjid menimbulkan ancaman besar kepada keselamatan jemaah haji," katanya.

Sebelum ini, Saudi telah dikritik kerana memusnahkan beratus-ratus tapak bersejarah bagi memberi laluan pembinaan menara menghadap ke Masjidil Haram dan Kaabah lapor Press TV.

PAS tidak mampu bergerak sendirian, kata Nik Abduh

Ketua Pemuda Pas Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar selepas mesyuarat Dewan Pemuda PAS di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur, hari ini. Beliau berkata, parti PAS percaya kekuatan pembangkang terletak pada gabungan bersama parti politik lain. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 13 September, 2015. 
Ketua Pemuda Pas Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar selepas mesyuarat Dewan Pemuda PAS di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur, hari ini. Beliau berkata, parti PAS percaya kekuatan pembangkang terletak pada gabungan bersama parti politik lain.

PAS hari ini mengakui masih memerlukan kerjasama dengan parti politik lain dan tidak mampu bergerak sendiri untuk menjadi pembangkang yang kuat.
Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, parti Islam itu percaya kekuatan pembangkang adalah terletak pada gabungan bersama parti politik lain.
"Kita konsisten yang kita perlu kuat dan kekuatan parti pembangkang adalah melalui gabungan parti politik," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata, di atas prinsip itu, PAS tetap akan kekal dalam hubungan politiknya dengan PKR. "Selama mana kita boleh bergabung , kita akan kekalkan hubungan dalam gabungan Pakatan Rakyat (PR) ini," katanya.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, pendirian PAS mengekalkan hubungan politik dengan PKR adalah atas dasar hormat menghormati.
Katanya, dasar hormat menghormati itu tidak ada kepada DAP, bekas sekutu mereka hingga mengakibatkan perpecahan.
"Seperti kita maklum, PAS dengan PR walaupun agak cacat dengan ketiadaan DAP tetapi kita baik dengan PKR kerana balik kepada asas iaitu saling hormat menghormati.
"Sudah terjadi krisis DAP dan PKR, namun yang berbeza kami dan PKR saling menghormati
"Dan dalam krisis tersebut, PAS dan DAP berpecah kerana hilang hormat tersebut," katanya.
Pada masa sama beliau menegaskan PAS sebenarnya merupakan parti yang menjadi tunjang kepada kekuatan rakyat Malaysia.
Ini katanya meskipun berdepan dengan pelbagai krisis, pendirian PAS begitu utuh.
"Seperti rakyat Malaysia tengok bila berlaku krisis, PAS begitu kuat kekalkan istiqamah.
"Maksudnya ahli PAS bersama kita dan himpunan kita buat berjaya dan Bersih diterima semua. PAS menjadi tunjang kekuatan rakyat Malaysia," katanya.

Fatwa Dosa dan Pahala dari Tok Qadhi.

Dunia berlegar dikeliling matahari UMNO.
Saya sedih tengok pemimpin parti UMNO bersikap macam dunia ini berlegar di kelilling mereka. Anggapan mereka, dunia ini bergantung keberadaan/existence kepada mereka.

Kalau Umno tidak ada, maka dunia berhenti berputar.

UMNO tidak ada moral compass.
UMNO dibawah pimpinan Najib tidak ada lagi moral compass. Tidak tahu membezakan dosa pahala, halal dan haram. Ini terjadi kerana Najib sendiri tidak ada moral compass.

 dunia berputar keliling UMNO.
Tidak ada dusta yang lebih dahsyat dari ini. Bahkan ada pemimpin UMNO kata berdosa kalau kita tidak sokong Najib. 
Najib sudah didewakan sebagai nabi?

Sehingga mengkritik Najib kerana korapsi nya, kerana salah guna kuasa, membohongi rakyat, masuk dalam bab dosa dan pahala? Kalau begitu, sokong Najib dapat pahala?Ini dari kitab kuning yang mana?

Betullah  kata Nabi Muhammad saw(bukan Muhammad subhanahu wataala ya) - kita akan tiba pada satu zaman dimana pencuri kita jadikan pemimpin.

Kita sekarang sokong Najib keturunan lanun jadi pemimpin bangsa Malaysia.

yang lebih berdosa.
Lebih berdosa kalau kita beri sokongan kepada seorang yang pecah amanah ambil USD700 juta masuk kedalam akaun kroni cina nya. Berdosa kita kalau merelakan pemimpin yang sama, balun lagi USD330 juta masuk dalam akaun cina yang sama. berdosa kita memuliakan pemimpin yang beli hartabenda 1MDB dengan harga palsu. Berdosa kita memuliakan perbuatan mencedok hasil pembelian syarikat. 

Seruan saya ialah kalau orang UMNO, bangsanya Melayu, agamanya Islam merelakan dan mensucikan perbuatan ini, maka kita biarkan lah mereka berselaput dengan nilai keji.

Orang Melayu yang lain- tolak 3 juta ahli UMNO , kita jangan membodohkan diri, mengabdikan minda kita mengikut apa orang Melayu UMO buat.

Dengan merelakan dan menyetujui dan menyangupi apa Najib lakukan atas nama bangsa Melayu, orang UMNO memuliakan nilai2 keji.

Pendukung nilai keji, kita tidak boleh benarkan memimpin kita.

Berdosa kita.

pemerintah dari bangsa kita yang menganiayai kita.
Yang selama ini memerintah negara ini ialah orang Melayu dari UMNO. Cina dan India yang ada dalam perikatan dan kemudian BN- hanya budak suruhan dan hiasan tingkap.

Jika yang perintah selama ini ialah Melayu- macam mana bila malapetaka dan musibah melanda bangsa Melayu selama ini, dipersalahkan kepada bangsa lain?

Kepimpinan orang Melayu lah yang salah. Orang Melayu mempusakai perangai buruk yang ditempa dari zaman dahulu lagi. Penempaan ini dilakukan oleh pemerintah dari bangsa mereka sendiri.

Najib Dedah Aib Sendiri?

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata, beliau tidak pernah "membeli" ketua bahagian atau perwakilan parti itu untuk mendapatkan sokongan mereka.
Sebaliknya kata beliau apa yang dilakukan cuma membantu parti berkenaan melalui ketua bahagian dengan mengadakan program tertentu untuk rakyat."Sesetengah ketua bahagian cuma bekas penolong pegawai daerah.
Berapa sangat harta yang mereka ada. Jika nak buat program sebegini tentu membebankan."Jadi bantuan itu yang saya tawarkan adalah untuk parti, bukannya membeli ketua-ketua bahagian," katanya di mesyuarat tahunan Umno Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di Pekan hari ini.
Turut hadir, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Timbalan Ketua Umno Pekan, Abu Bakar Harun.Pekan adalah bahagian terakhir bermesyuarat hari ini di kalangan 191 bahagian Umno sejak 27 Julai lalu.
Najib yang juga ketua bahagian di situ berkata, seumur hidupnya beliau sudah bertanding banyak jawatan tetapi tidak pernah membeli perwakilan."Jika ada orang menuduh saya membeli perwakilan, ia adalah fitnah semata-mata," katanya.

Perniagaan Petaling Street Tutup 16 September

PESAKA tak terlibat dgn agenda sempit Baju Merah

Sept 16 rally may cause racial tension says Liow

PKR to draw up new coalition common policy

Rafizi says new framework will clearly set out guidelines and leave few grey areas
rafizi-ramli_pakatan-new_600
KUALA LUMPUR: A new common policy framework is to be drawn up by Parti Keadilan Rakyat to form the backbone of a new coalition of opposition parties.
PKR secretary-general Rafizi Ramli said the new framework would take into consideration feedback from other parties, “but will clearly draw out the guidelines in order to leave few grey areas”.
He said PKR had begun holding discussions with the other parties who might form the coalition. On Wednesday, party leaders met representatives of Parti Amanah Negara, the breakaway party of PAS dissidents, and discussions would be held with PAS leaders tomorrow, followed by talks with the DAP.
“That’s why this talk with the parties is important, partly to gather the feedback to know the boundaries and some of the common agreements about what are the key principles,” Rafizi said.
He also explained that having a thoroughly defined common policy framework will make it easier for other parties to decide whether to be part of the new opposition arrangement.
“Once we complete the process, I think (party president ) Dr Wan Azizah Wan Ismail will actually at least spell out the key principles which, unless parties agree to these very basic principles first, then I think it’s very difficult for parties to not agree to fit in”.
Differences between the DAP and PAS on ideological issues led to the DAP unilaterally calling off the Pakatan Rakyat coalition in May, with the DAP accusing PAS president Abdul Hadi Awang of not abiding by the common policy and pushing ahead with his campaign to enforce hudud criminal penalties in Kelantan.
It led to members of the PAS progressive faction breaking away to form Parti Amanah Negara, which hopes to replace PAS as a coalition partner with PKR and the DAP. However, Pakatan Rakyat leader Anwar Ibrahim and PKR deputy president Azmin Ali have both said PAS was still a coalition partner.

BE CAREFUL ROSMAH: THE GALLOWS AWAIT NAJIB IF FOUND GUILTY OF ABETTING ALTANTUYA'S MURDER


BE CAREFUL ROSMAH: THE GALLOWS AWAIT NAJIB IF FOUND GUILTY OF ABETTING ALTANTUYA'S MURDER
For how long more must we Malaysians suffer the torrent of shame? How long more must we live with all the tribulations? The political landscape is being riddled with allegations, scandals and expose after expose. The economy takes a beating unceasingly with no one able to say what the Ringgit will be worth tomorrow. And the Prime Minister asks for another six months.
How long more? That is the question on every citizens’ minds and the talk of the town.
Why must the Prime Minister Datuk Seri Najib Abdul Razak face so many monumental allegations? Why are there unrelenting and alleged scandals revolving around him like a raging, stinking cesspool?
If the government’s sovereign fund, 1MDB was managed soundly like any other business entity or at the least resolved satisfactorily, would the nation not have been spared the global shaming?
Over six years, since 1MDB was hatched in 2009, we knew nothing. The world knew nothing. But in the span of recent months all hell has broken loose and Najib the captain of 1MDB insists all will be cleared in six months. And nobody knows how.
He does not give believable, sound logical reasons and justifications that can not only convince the naïve Malaysians but just as critically important, the global community of learned observers and concerned investors
Now the mother of all murders has exploded: If guilty of 1MDB corruption, jail time awaits Najib but for murder - it's the DEATH ROW
That aside, the mother of all murders has been burrowed up again. The Aljazeera expose on its 101 is viewed by decision makers around the world. Malaysians have also been paralyzed by the ‘documentary’ – not just a ‘news’ report mind you. Despite the Palace of justice having rendered the verdict, the questions keep coming back like a relentless boomerang. Why?
Surely Aljazeera would not want to make a fool of itself and squander off its hard earned reputation beacuse of a murder story in a third world country, would it?

And to add to the derogatory impact on our national integrity and reputation, only now we learn that the reporter was thrown out of Malaysia for working on the expose. And if that is not enough, we are now threatening to go after the reporter who is not a Malaysian citizen.
When the Transparency International Council met here and sledge hammered Malaysia’s questionable and worrying state of graft in the full view of international media and about 1,000 delegates from over 100 countries around the world, we shouted back at them demanding that they did not respect the host country.
We did not scream at the corruption. Instead we trained our cannons on the highly credible leaders who spoke without fear or favor.
Meanwhile the Ringgit is plunging but we stoically maintain that our fundamentals are string.
Mysterious disappearance of AT LEAST 2 key govt figures
Add to all these the mysterious disappearance of at least two key figures in government. Inevitably, the public are adding two and two together for no believable truth is forthcoming from the leaders and especially Najib.
What we have are all the sandiwara distractions like the ‘red shirts’ and race bashing played to the gallery.

916 v 513 – Negara mana yang kita ingin raikan?

Wong Chin Huat

Himpunan Maruah Melayu (HMM) pada Hari Malaysia mengingatkan kita Malaysia masih belum diterima oleh semua rakyat sebagai negara kita.

“Kita bukan nak halau orang yang tumpang rumah kita…Kita hanya nak ajar penumpang supaya kenal tuan rumah. Jom sertai Himpunan Melayu Bersatu 16 September 2016.” Begitu tersuratnya sebuah poster popular untuk perhimpunan baju merah itu. Jelas sekali bagi pencipta poster itu, negara ini milik orang Melayu dan semua rakyat bukan Melayu adalah penumpang di negara ini.

Masa seolah-olah Uberpusing kembali kepada 1946 apabila Umno ditubuhkan untuk memperjuangkan Tanah Melayu yang semua rakyatnya orang Melayu, dan semua orang bukan Melayu itu orang asing.Penghinaan kepada Sabah dan Sarawak
Pesanan poster ini bukan sahaja meminggirkan semua warga rakyat bukan Melayu di Semenanjung Malaysia, malah langsung sekali menghina Sabah (termasuk Labuan) dan Sarawak.
Kedua-dua negeri ini tidak pernah diperintah oleh kuasa Semenanjung sekalipun pada zaman kemuncak Kesultanan Melaka.
Kini, di bawah kaca mata kumpulan baju merah ini, Sabah dan Sarawak menjadi lanjutan Tanah Melayu, dan bukan wilayah yang berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan Semenanjung Malaysia.
Orang Sabah dan Sarawak, tak kira Muslim dan bukan Muslim, selagi mereka tidak memelayukan diri mereka, maka merekalah penumpang di negara ini.
Kalaulah dahulu orang Sabah dan Sarawak merunggut  orang Semenanjung lupakan Hari Malaysia, maka kumpulan baju merah kini menunjukkan Hari Malaysia tidak dilupakan oleh mereka, tetapi mempunyai makna yang bertentangan sekali: Malaysia adalah sebuah negara yang orang Melayu menjadi tuan dan semua yang lain menjadi penumpang.
Ini nampaknya menjadi terus-terang pendirian parti pemerintah terbesar, Umno yang mencipta naratif “ketuanan Melayu” sejak 1986 dan kini membenarkan ahlinya menyertai himpunan ini.
Tepatlah sekali, gabungan NGO-NGO Malaysia yang menjadi penggerak utama HMM diketuai oleh Ketua Bahagian Umno Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos.
Bagaimana ahli-ahli politik BN daripada Sabah dan Sarawak boleh terus menyokong Umno yang melihat Malaysia sebagai Tanah Melayu dan pada masa yang sama beria-ia nak mengangkat semangat Perjanjian Malaysia 1963?
Tidakkah mereka yang senyap tentang HMM itu rasa segan dengan kemunafikan diri mereka?
Ancaman merusuh dan kejayaan Bersih 4
Apa yang menarik perhatian saya ialah kaitan himpunan ini dengan maruah Melayu yang kononnya tercabar oleh Bersih 4.
HMM ini dirancang sebagai jawapan kepada perhimpunan aman raksasa Bersih 4 untuk 34 jam sebelum Hari Merdeka (Semenanjung dan Sabah).
“Persembahan silat” yang cukup berbau ugutan diadakan di depan Sogo untuk menakutkan penganjur dan peserta Bersih.
Gambar Kimberley William melalui rojakpot.com.Gambar Kimberley William melalui rojakpot.com.
Pada masa itu pun muncul sebuah poster yang menunjukkan seorang Melayu dalam pakaian tradisional membunuh seorang Cina yang berkemeja kuning Bersih secara IS, dengan pesanan yang jelas: “Cina Turun Bersih, Sedialah Bermandi Darah”.
Jelas sekali, HMM – yang pada asalnya dijadualkan serentak dengan Bersih 4 tetapi kemudian ditangguhkan atas nasihat polis – mengancam pengulangan rusuhan kaum terhadap Cina ala Mei 13.
Daripada segi itu, besar makna kejayaan Bersih 4 dalam menghikmatkan hantu Mei 13.
Rusuhan 1969 selalu disalahkan pada orang Cina dalam parti pembangkang (dan DAP yang sentiasa dijadikan sasaran, jarang disebut Gerakan) yang berarak meraikan kemenangan mereka.
Sejak itu, orang Cina dan demonstrasi menjadi kombinasi yang salah. Kalau orang Cina ingin berdemonstrasi dengan selamat, maka mereka harus pastikan penyertaan lebih ramai orang Melayu.
Ironiknya, Bersih 4 yang dengan jelasnya menarik lebih banyak orang Cina daripada orang Melayu menunjukkan hakikat yang songsang: Perhimpunan raksasa itu tetap boleh aman, selamat dan patriotik sekalipun komposisi pesertanya tidak mencerminkan komposisi rakyat Malaysia.

Bersih 4: Satu pengamatan ke atas masyarakat Cina

Lim Hong Siang


Seandainya kita mengimbas sejarah, Bersih padahalnya berperanan untuk menyatukan semula parti pembangkang, sengaja atau tidak. Bersih 1.0 ditubuhkan pada zaman pasca perpecahan Barisan Alternatif dan kekalahan teruk pembangkang dalam PRU11 pada tahun 2004. Bersih 1.0 menjadi wadah untuk menjalinkan hubungan tidak rasmi, antara PAS, PKR dengan DAP – menggalas satu misi bersama untuk menentang sistem pilihan raya yang tidak adil.
Bersih 1.0 pada 10 November 2007 amat mengujakan, disusuli himpunan HINDRAF pada 25 November 2007 dan akhirnya disempurnakan dengan Tsunami Politik pada 8 Mac 2008. Pakatan Rakyat ditubuhkan pada 1 April 2008 untuk menyahut tuntutan rakyat dalam PRU12. Namun Pakatan terus dihantui dengan isu-isu seperti Hudud dan sebagainya, sehingga momentumnya semakin berkurang.
Pasca "Tsunami politik 8 Mac 2008", sekretariat Bersih 2.0 diambil-alih NGO daripada pemimpin politik untuk meneruskan perjuangan tuntutan reformasi sistem pilihan raya – gelanggang yang sama rata untuk semua parti politik. Bagaimanapun, himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 melakar sejarah. Semakin keras kerajaan menekan, semakin berani rakyat bangkit menentang. Kisah pengalaman pada 709 dengan sendiri membuatkan rakyat tidak sabar-sabar untuk turun ke himpunan Bersih 3.0.

Sambutan Bersih 3.0 pada 28 April 2012 diterjemahkan ke dalam PRU13 pada 5 Mei 2013. Ia memperlihatkan keghairahan masyarakat Cina (yang sebelum ini fobia dengan demonstrasi) untuk turun ke jalan raya. "All-out", barangkali ungkapan terbaik untuk menggambarkan suasana kemuncak dalam masyarakat Cina sepanjang tempoh menjelang PRU13. Tidak dinafikan komuniti aktivisme diselubungi kemurungan selepas kegagalan menawan Putrajaya. Perjuangan ini seolah-olah menemui jalan buntu, memandangkan perubahan tidak berlaku setelah penat lelah mereka berhempas pulas.
Realitinya, ekonomi terus merudum, tekanan kos sara hidup semakin berat, dan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak pula diheret dengan skandal RM2.6 billion. Sesungguhnya ia saat terbaik untuk pembangkang, namun pada masa yang sama, PR berpecah dan ketua pembangkang Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan.
Bersih 4 lahir berlatar-belakangkan pergolakan ini.
Gagal mengubah apa-apa?
Dalam konteks sedemikian, bukan tugas enteng untuk mengerah masyarakat Cina ke Bersih 4. Kata-kata semangat seperti "Bangkit hari ini atau rebah hari esok", "perjuangan tidak menjanjikan perubahan, tetapi tanpa perjuangan mustahil perubahan berlaku" dan sebagainya, semakin hilang mujarabnya. Rakyat tidak nampak "impak" yang serta-merta, khususnya selepas siri perhimpunan Blackout 505, Tolak GST, Kita Lawan dan sebagainya.
Lebih-lebih lagi apabila gerakan Occupy di Hong Kong selama 79 hari tahun 2014 dijadikan rujukan. Maka muncul suara-suara yang mendesak agar langkah protes ini ditingkatkan, misalnya occupy untuk mengganggu, malah melumpuhkan kelangsungan sistem harian, sehingga Najib tunduk kepada tekanan dan tampil berdialog. Mereka tidak percaya hasil akan berubah seandainya percubaan yang sama diulangi.
Namun demikian, pada masa yang sama, sentimen di kalangan mereka yang tidak pernah turun demonstrasi – agak berlainan. Mereka menunggu untuk menyahut "seruan pertama" daripada siapa-siapa sahaja – melakukan sesuatu sebagai reaksi terhadap apa yang berlaku pada negara ini.
Tidak masuk akal jikalau kita hanya berpeluk tubuh melihat apa yang berlaku sekarang! Sentimen ini barangkali ada kaitannya dengan satu insiden yang hangat diperbincangkan masyarakat Cina pada tahun 2006. Bekas Presiden Taiwan, Chen Shui-Bian disumbat ke penjara hanya kerana terlibat dalam skandal rasuah NT700 juta (kira-kira RM 70 juta pada tahun 2006). Jutaan rakyat turun mendesak agar Chen berundur, antara alasannya, "Kita tidak tahu bagaimana nak mendidik anak kita tentang nilai kejujuran, seandainya kita kekalkan Chen sebagai Presiden!"
Tidak sabar-sabar untuk turun ke jalan raya

Perhimpuan baju merah batal jika ‘samseng Kedah’ hadir

Oleh Tan Sri Zainuddin Maidin
Penganjur Himpunan Baju Merah 16 September 2015 Datuk Jamal Md Yunos mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad menyertai perhimpunan itu untuk membuktikan dirinya sebagai Melayu.Katanya:”Jika dia cukup Melayu maka dia akan turut menghadiri perhimpunan ini.”
Apa yang dijangka akan berlaku ialah jika Dr Mahathir mengumumkan akan hadir maka pastinya perhimpunan itu akan dibatalkan seperti pembatalan forum Nothing2hide bila diketahui bekas perdana menteri itu akan hadir.
Dr Mahathir sewajarnya menyambut cabaran "Pak Pandir Moden" ini kerana inilah kesempatan untuk beliau berucap meminta Presiden Umno merangkap Perdana Menteri Datuk Seri Najib turun dari takhtanya di depan ribuan orang. Lebih baik juga jika "Pak Pandir Moden" ini turut mencabar Najib untuk turut hadir bagi membuktikan dia seorang Umno tulen daripada keturunan Melayu Bugis yang terkenal berani.
Najib juga mesti diminta untuk tidak baling batu sembunyi tangan sebaliknya menampilkan dirinya bersama baju merah sebagai seorang wira Melayu.

DAP kekal dalam kerajaan Selangor walaupun PKR bekerjasama dengan PAS - LGE

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, jika DAP berundur daripada kerajaan Selangor, PAS dibimbangi akan berbuat apa sahaja seperti memperkenalkan larangan menjual arak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 September, 2015. 

DAP akan terus mengekalkan kedudukannya dalam kerajaan negeri Selangor, meskipun PKR tetap berkeras mahu bekerjasama dengan PAS, kata setiausaha agungnya, Lim Guan Eng. Lim berkata langkah itu bagi menghalang PAS daripada memperkenalkan dasar pentadbiran yang tidak sesuai kepada rakyat Selangor.
Katanya, jika DAP berundur daripada kerajaan negeri Selangor, PAS dibimbangi akan berbuat apa sahaja, sebagai contoh, memperkenalkan larangan menjual arak.

"Pendirian kita jelas. Walaupun PKR mahu bekerjasama dengan PAS, itu ialah hak dan keputusan mereka. "Bagaimanapun, kita mengakui ia akan sedikit menjejaskan (kedudukan) DAP dalam kerajaan Selangor," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Kedai Kopi dan Pendaftaran Pengundi Baru anjuran Pusat Komuniti Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya di Taman Molek, di Johor Baru, hari ini.
Lim berkata demikian ketikta diminta mengulas pendirian PKR yang tetap mahukan PAS berada dalam pakatan pembangkang dan bagaimana kedudukan DAP dalam kerajaan Selangor dengan pendirian PKR itu.
Turut hadir Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong dan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Johor Jaya, Liow Cai Tung. – Bernama

Apa Yang Sedang Berlaku Dalam PAS Sekarang


Oleh Hj Zainuddin Abu Bakar
Sekarang ni bising dan hingar bingar cakap-cakap yang mengatakan “habislah PAS kali ini, siapa lagi nak bersama dengan PAS, golongan bijak pandai dalam PAS telah tidak terpilih masa muktamar baru ni, sebahagian mereka ni nak menubuhkan parti baru, habislah PAS, ramailah nanti yang akan bersama mereka” dan berbagai-bagai versi ungkapan negatif, celaan dan hinaan dikenakan keatas PAS dan pimpinan PAS sekarang.

Saya teringat satu peristiwa yang saya yakin masih segar dalam ingatan kita semua. Muktamar PAS kali ke59 yang diadakan pada 22 hingga 24 Nov 2013 yang bertemakan “Rahmat Untuk Semua” di Stadium Melawati Shah Alam menyaksikan AlMarhum Tuan Guru Dato’ Harun Taib, Ketua Dewan Ulama PAS telah diamanahkan oleh muktamar untuk berdoa ketika penutup Muktamar. Antara doa AlMarhum Tuan Guru Harun Taib ialah;
الَّلهُمَّ عَلَيكَ بِأَعدَاءِ الحِزبِ الِإسلَامِيِّ فِي الدَّاخِلِ وَالخَارِجِ
“Ya Allah hancurkanlah musuh-musuh Parti Islam didalam dan diluar”.
Doa itu segera mendapat perhatian sesetengah perwakilan yang menganggap hal itu merupakan satu isu kritikal yang perlu diambil perhatian oleh ahli.
Sehari sebelum Muktamar penuh bermula, di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam, Muktamar Dewan Ulama meluluskan usul mengenai “Pemikiran Islam Dan Pluralisma Yang Menyesatkan “,menyentuh aktiviti beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang disifatkan sebagai gerakan yang menyebarkan fahaman Islam liberal.(Harakah 25-28 Nov 2013)
Sekembalinya saya dari muktamar, saya terus mengadap AlMarhum dan bertanya “Ustaz! Mengenai doa yang Ustaz baca semasa penutup tu, musuh luaran ana fahamlah, tapi apa maksud Ustaz mengenai musuh dalaman ni sehingga doa itu ditujukan sama dengan musuh luaran?”
Al-Marhum TG Harun Taib dalam keadaan tidak berapa sihat tapi apabila dikemukakan soalan tersebut terus menjawab pertanyaan saya dengan penuh semangat dan nada yang sangat tegas dan yakin;
" Din, kalau anta umur panjang, anta akan tengok Allah Ta’ala akan bersihkan PAS dari semua anasir-anasir yang merosakkan Pas dari dalam!”
“Anta kena faham, PAS adalah jamaah Islam tulin yang menepati ciri-ciri jamaah Islam yang Allah dan RasulNya jelaskan sifat-sifatnya dalam Quran dan hadith. Allah tak akan redha Pas berada dalam keadaan yang ada sekarang ini melainkan Allah akan bersihkan Pas!”
Al-Marhum seperti biasa akan mendatangkan hujahnya dengan AlQuran atau hadith lalu Al-Marhum membacakan kepada saya ;
مَّا كَانَ اللَّهُ لِيَذَرَ الْمُؤْمِنِينَ عَلَىٰ مَا أَنتُمْ عَلَيْهِ حَتَّىٰ يَمِيزَ الْخَبِيثَ مِنَ الطَّيِّبِ وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُطْلِعَكُمْ عَلَى الْغَيْبِ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يَجْتَبِي مِن رُّسُلِهِ مَن يَشَاءُ فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ وَإِن تُؤْمِنُوا وَتَتَّقُوا فَلَكُمْ أَجْرٌ عَظِيمٌ
( Ayat 179 Surah Ali- Imran)
“Allah sekali-kali tidak akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan kamu sekarang ini, sehingga Dia menyisihkan yang buruk (munafik) dari yang baik (mukmin). Dan Allah sekali-kali tidak akan memperlihatkan kepada kamu hal-hal yang ghaib, akan tetapi Allah memilih siapa yang dikehendaki-Nya di antara rasul-rasul-Nya. Karena itu berimanlah kepada Allah dan rasul-rasul-Nya; dan jika kamu beriman dan bertakwa, maka bagimu pahala yang besar.”

Walau YB terus keliru, PAS akan terus ke hadapan


Oleh AHMAD AMZAD HASHIM
SAYA harap YB Datuk Mahfuz Omar membantu memperkukuhkan parti seperti pengorbanan yang dibuat oleh akar umbi PAS seluruh negara yang berusaha keras sekarang sehingga mencatat keahlian baru PAS antara 9,000 ke 10,000 setiap bulan.

Di Kongres Rakyat semalam, mantan menteri Kabinet, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, antara yang paling lama pernah berkhidmat dengan kabinet, menyebut dengan lantang dan jelas, politik di Malaysia ini tunjangnya orang-orang Islam khususnya Melayu yang menjadi majoriti rakyat. Parti lain ada pemimpin, tapi tiada dukungan massa, iaitulah akar umbi rakyat.

Yang ada kekuatan ini hanyalah Umno dan PAS. Katanya Umno telah rosak dan wajib ditolak.

Kalau nak cakap dan bincang kerjasamapun, Umno kena yakinkan rakyat dulu yang dia dah bertaubat. Ujar Tan Sri dalam ucapannya di pentas Kongres Rakyat yang dihadiri kira-kira 10,000 peserta dari seluruh Semenanjung bahkan ada perwakilan yang datang sejauh Sabah dan Sarawak.

Tan Sri Kadir melaungkan dengan jelas, sekarang, PAS tunjang politik Malaysia. Mahu bentuk kerajaan, mesti ada parti tunjang!

Saya harap ada yang dapat buat keratan video ucapan ini kerana ia banyak manfaat dan menginsafkan datang dari orang lama politik.

Kalau Tan Sri Kadir boleh berucap begini, sebagai orang lama dalam PAS yang banyak berjasa, Datuk Mahfuz selayaknya memperkukuhkan lagi dengan kenyataan positif yang membantu momentum yang sedang terbina dalam PAS sekarang.

Di Kongres Rakyat semalam, Naib Presiden PKR, Tian Chua, pun boleh hadir. Malah Mustafa Kamil, juga pimpinan tertinggi PKR, bertugas sepanjang hari sebagai Speaker Kongres Rakyat.

Waspada 'dedalu' dalam PAS

Oleh SUHAIMI TAIB
PERJUANGAN nasib rakyat tidak harus tercemar dengan tindakan keluar parti atau melompat parti kerana kredibiliti pejuang itu tercemar dan dipertikaikan. Rakyat akan mempersoalkan kenapa dia lompat atau keluar parti? Adakah dirinya di pihak yang benar atau partinya di pihak yang benar?
Bolehkah orang yang lompat atau keluar parti ini boleh dipercayai, tidak akan khianat kepada rakyat sebagaimana dia khianati partinya dahulu? Jika dia ada dalam parti yang ada perjanjian dengan parti lain, apakah parti berkenaan tidak boleh pertikaikan kredibiliti pemimpin yang melompat parti itu?

Ini kerana pemimpin berkenaan telah mencatat sejarah buruk kredibilitinya dengan melakukan pengkhianatan itu. Tidak ada manusia normal yang boleh menerima seorang pengkhianat perjuangan kebenaran, sebagai manusia perlu dihormati dan diberi tempat dalam masyarakat.
Contoh buruk yang berlaku sebagai signal atau tanda amaran kepada sesiapa sahaja ingin mengadakan apa-apa hubungan dengan golongan ini sekarang kerana pengkhianatan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.
Jika golongan itu boleh khianat dalam perkara penting seperti menjadi wakil rakyat sebagai kepimpinan politik umat Islam, tidak mustahil golongan itu boleh khianat dalam perkara lain.
Menjadi wakil rakyat sama ada Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) adalah untuk mewakili rakyat dalam Parlimen dan Dun, institusi mulia, membentuk dan melahirkan undang-undang negara serta negeri.
Tidak sepatutnya pengkhianat berkuasa mencipta undang-undang, institusi itu boleh disifatkan tercemar dan undang-undang tersebut turut terpalit sedikit sebanyak dengan sifat pengkianatan penggubal undang-undang (wakil rakyat).
Undang-undang dicipta tidak bersih kerana yang menggubalnya tidak bersih apa lagi undang-undang ciptaan manusia.
Walaupun tidak digubal undang-undang lompat parti tetapi wakil rakyat yang berprinsip, bukan kerana mahukan habuan dunia, kuasa dan pangkat, dia tidak akan khianat kepada parti yang memberi dia peluang bertanding dalam pilihan raya.

Justeru bai’ahnya PAS tak Islam lagi?

OLeh SUBKY LATIF
JIKA Mufti Pulau Pinang dan Mufti Perlis ada pandangan lain tentang bai’ah PAS yang isinya tertalak tiga isteri orang yang melanggarnya, ia adalah mereka mufti, ada kelayakan, kuasa dan ilmu untuk berbuat demikian.
   
Apakah mereka tepat atau sebaliknya, adalah perkara kedua. Tetapi mereka ada tauliah untuk jadi mufti. Itu pun tidak pula mereka memfatwakan betapa PAS sudah tidak berjuang Islam lagi.
    
Akan yang bukan mufti, di mana mengajinya dan siapa gurunya telah berani membuat kesimpulan, justeru bai’ah yang sedemikian, maka PAS tidak lagi memperjuangkan Islam atau lucut perjuangan Islamnya.
    
Apa yang mereka buat itu adalah kerja mufti, menentukan haram halal, Islamik tak Islamik sesuatu. Sedang negara sendiri menetapkan yang berkuasa membuat fatwa ialah mufti. Orang alim yang lebih tinggi ilmu dan lebih zuhud dari mufti, tiada direstui mengeluarkan fatwa kerana mereka bukan mufti.
    
Dari segi ilmu dan warak mereka boleh dan layak membuat fatwa, tetapi orang-orang di atas berhati-hati supaya orang tertentu saja ditauliahkan menjadi mufti.
   
Mengatakan bai’ah yang PAS buat itu sudah tidak Islam lagi, ramailah yang hendak menjadi mufti atau semuanya hendak menjadi mufti termasuk orang yang melanggar bai’ahnya sendiri.
    
Bai’ah itu hukum atau suatu kaedah hukum dalam Islam. Yang bai’ah hingga isteri tertalak tiga itu dibuat oleh ulama PAS yang badan tertingginya ialah Majlis Syura Ulama. Mereka mengaji tinggi belaka. TG Nik Aziz, Mursyidul Am semasa bai’ah itu dibuat adalah seorang yang pernah dibayangkan oleh kerajaan Kelantan boleh jadi mufti, justeru Almarhum berpolitik maka tidak berbangkit lagi perkara itu.
    
Anggota lain Majlis Syura Dr. Haron Din, Dr. Mahfudz, Almarhum Tan Sri Azizan Razak, Dr. Daeng Sanusi Mariok adalah bekas pensyarah Islam di UKM, UM dan UIA. Ramai murid jadi ulama kalau tidak kelas tinggi, kelas sederhana. Jangan dikira TG Haji Hadi Awang yang Syeikh Yusuf Qardawi percaya ilmunya bagi menjadi timbalannya dalam badan ulama antarabangsa. Demikian juga Almarhum Datuk Fadzil Noor, Ustaz Harun Taib dan Ustaz Yahya Othman yang kesemuanya berbai’ah semasa menjadi calon pilihan raya.

Najib enggan undur, terus jadi PM selagi disokong rakyat, Umno

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak berundur dan akan terus memimpin negara selagi beliau mendapat sokongan daripada parti dan rakyat.
Menerusi blog miliknya najibrazak.com, Najib berjanji beliau tidak akan sesekali mengecewakan ahli Umno dan rakyat Malaysia.
"Semua pemimpin menghadapi cabaran dan apabila dah masuk ke gelanggang, jangan kita keluar di tengah-tengah perlawanan.

"Kita akan berjuang secara habis-habisan dan saya akan memikul tanggungjawab saya kepada parti dan rakyat," katanya. Pada masa sama Najib berterima kasih kepada rakyat Pekan sejak mula diangkat sebagai pemimpin selepas kematian ayahnya, Tun Abdul Razak Hussein yang juga merupakan perdana menteri kedua Malaysia.
Najib turut mengimbas semula detik permulaannya dalam dunia politik, ketika beliau menang tanpa bertanding semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) dulu selepas Razak meninggal dunia.
"Apabila disuruh oleh parti untuk bertanding, saya agak tergamam. Umur saya belum cukup 23 tahun dan saya bertanya pada diri sendiri, mampukah saya menggalas tanggungjawab yang berat ini?
"Tetapi saya berazam pada masa itu saya akan menyambung legasi dan perjuangan ayahanda sebagai pemimpin anak jati Pekan," katanya.
Najib dalam blognya turut berkata terdapat pelbagai konspirasi dalam dan luar negara yang cuba menjatuhkan Umno.
Beliau berkata, dengan adanya media sosial kini, ia digunakan sebagai senjata untuk menyatakan sesuatu yang benar atau sebagai alat menabur fitnah kepada pemimpin negara tanpa mengenang jasa pemimpin tersebut.
"Kita berdepan dengan satu suasana baru yang mana media sosial digunakan untuk menyebarkan kebencian kepada pemimpin sehinggakan budi pemimpin tidak bermakna.
"Inilah mainan yang berlaku sekarang dan kebetulan pula ia berlaku pada masa saya sebagai pemimpin parti," katanya yang diselubungi skandal syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan ‘derma’ RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.

PAS and Pakatan 2.0 conundrum

Kuo Yong Kooi


The argument for and against the inclusion of PAS in the Pakatan 2.0 coalition is about increasing the chances of winning future elections. Inclusiveness of different interest groups is the most pragmatic approach in winning elections.
Let us start by agreeing on two main points. PAS has changed and Malaysia is in desperate need of a "moderate Islam" narrative to steer itself out of doldrums.
The results of the last PAS muktamar polls tell us that the conservative faction of PAS has successfully purged the progressives from holding any party positions.

It is unfortunate that DAP made a pre-emptive strike by stating its intention of severing its ties with president Datuk Seri Hadi Awang before the polls. That was the starting point of a never-ending cross fire between the two parties that lead to a point of the collapse of the Pakatan 1.0 coalition.
Many foresee that move by DAP was an interference of PAS's internal politics by choosing the leader before the PAS muktamar.
If DAP were to keep quiet, the clean sweep win by the conservative faction of the party polls would have happened anyway.
It was a well executed plan before the death of PAS spiritual leader Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Gabungan Harapan Baru (GBH) exodus from PAS is an unavoidable event. This group of politicians are not sore losers as they have dedicated a bulk of their political life to the opposition cause.
If they see it fit to leave their party that they have dedicated for so long, we have to ask how then are other political parties like PKR can cooperate with them?
The current PAS ulama leaderships have strategically placed themselves as the kingmaker role in future elections. They have laid all their cards on the table.
Hadi has repeatedly stated that there is nothing wrong with talking to Umno in achieving their Islamic agenda. It is not likely that they will capitulate to the Pakatan 2.0 common policy framework.
If they do, Pakatan 1.0 would have still been alive and GHB will have still been in PAS.
The gerrymandering, the control of the mainstream media and the use of the government's machineries by the Umno regime, has made it unlikely that the opposition can win a landslide victory in future elections.
The most likely scenario is the opposition wins a slight majority, it is in that predicament that PAS would most likely give confidence to Umno and Barisan Nasional to lead Putrajaya because of their ultimate aim of implementing their Islamist agendas.

PAS sedang berimaginasi

PAS sekarang sedang berimaginasi. Mereka masih menganggap mereka kuat kerana PKR sangat mengharapkan mereka untuk bersama membentuk Pakatan 2.0.
PKR sebuah parti yang suka 'play safe'. Dengan penyertaan Amanah dan DAP dalam Pakatan 2.0 rasanya mustahil untuk PAS duduk bersama dalam Pakatan 2.0. Duduk bersama bermakna mereka merestui Parti Amanah dan menerima kembali DAP.
Sudah pasti PAS akan bersendiri dan kata mereka, mereka ingin bertanding di semua kerusi DAP bertanding. Jika mereka juga bermusuh dengan PKR bermakna mereka juga akan bertanding di kerusi yang ditandingi PKR.

Tidak mustahil kerana sebelum ini walau berpakat pun mereka sanggup meletakkan calon di kerusi yang ditandingi PKR. Inikan pula apabila tidak bersama. PAS sudah semestinya mempunyai calon dan jentera di seluruh pelusuk negara. Bila-bila dan di mana-mana sahaja mereka boleh meletakkan calon mereka. Menang atau kalah bukan penentu. PKR tidak mahu bersengketa dengan PAS. Walau berpisah nanti, mereka tidak mahu PAS meletakkan calon mereka di kawasan yang mereka tandingi.
Pastinya, setiap parti politik bijak bermain politik. Jangan terlalu mudah dipermain dan mempermainkan. Setiap parti yang bijak menyusun strategi sudah pasti akan menang. Namun tang masih lena dan bermimpi, sudah pasti kan ditinggalkan.

Mengapa Pakatan 2.0 mengulangi kesalahan serupa?

oleh Hazlan Zakaria
Terdapat sebab tertentu mengapa Pakatan Rakyat terkubur dan hancur berselerakan kerana kegagalannya berpegang kepada prinsip yang sama, meskipun berdepan musuh yang sama dan membuat pelbagai kompromi.
Dan kini sebelum tertubuhnya Pakatan 2.0, gabungan pembangkang seakan bakal melakukan kesalahan serupa.

PKR and PAN terus bertegas agar PAS dibenarkan menyertai Pakatan 2.0 atas dasar menyatukan semua yang menentang Barisan Nasional. Jelas mereka tidak belajar dari kesilapan lampau, di mana gabungan tersebut tidak mampu bekerjasama kerana ketiadaan dasar yang dipersetujui.
Dan jelas, mereka masih bersikap hipokrit dengan kononnya bersikap inklusif namun pada masa yang sama, menolak PSM dari bersama dengan mereka.
Lebih mustahak, tiada di antara mereka yang sanggup berkompromi dengan merungkai agenda kepartian mereka bagi membentuk satu konsensus yang dipersetujui.
Sebaliknya setiap parti hanya membuat kompromi sementara bagi mencapai agenda jangka pendek, sehinggalah ia tidak lagi diperlukan.
Contohnya PAS hanya kekal dengan Pakatan sehingga Umno setuju dengan usul hudud, sebelum mula memikirkan jalan keluar dari gabungan pembangkang.
DAP pula, yang tak selesa dengan undang-undang Islam yang dimainkan PAS, kekal bersama Pakatan sehingga ia kuat namun kemudian menggunakan PAS sebagai alasan kemusnahan gabungan tersebut.
Jadi PAS dan DAP sama-sama menyumbang kepada kegagalan Pakatan sementara PKR hanya dilihat sebagai pendamai mereka sahaja.
Kini PKR masih dilihat cuba memainkan peranan orang tengah dengan menjemput semua pihak ke dalam Pakatan 2.0. Ini perlu dilakukan kerana PKR sendiri lemah akibat kemelut dalamannya.
DAP juga sebenarnya tamak, kerana tidak mampu berunding dan hanya mahu menjayakan dasar kepartiannya sendiri.
Keengganan berkongsi platform yang sama ini menjadi masalah pakatan baru, yang bakal diuji sehingga mungkin kerjasama mereka akan terurai sekali lagi.

Apabila kisah manusia tiada elemen perikemanusiaan

oleh YH Wong

Kemungkinan kisah terbesar di luar tajuk politik dan ekonomi hari ini ialah misteri kehilangan Timbalan Ketua Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais. Kisah kehilangannya agak kabur dan penuh misteri. Polis masih melakukan siasatan, dengan teori konspirasi disuarakan bagi merungkai bagaimana kejadian berlaku - kunjungi media alternatif dan anda akan dapati pelbagai teori.

Dalam semua kisah berkenaan Morais, satu rencana yang agak aneh disiarkan di akhbar arus perdana. Ia usaha memberi laporan terperinci tentang kehidupan Morais dari sudut kemanusiaan, dengan harapan mampu membawa perasaan hiba di hati pembaca.

Dengan tajuk Morais dirindui di kondonya, pembaca mungkin berpandangan Morais merupakan seorang penghuni yang dikenali jiran tetangga di kediamannya, atau di majlis sosial atau mungkin juga dalam kapasiti rasmi di dalam jawatankuasa pengurusan penghuni.

Namun apa yang dipaparkan berbeza. Kisah bermula dengan maklumat yang diperolehi hasil temubual dengan pekerja di kondominium itu yang berkata Morais seorang yang peramah namun sering mendiamkan diri.

Pekerja wanita itu juga berkata Morais sering bertugas (berdasarkan keluar masuknya ke kediaman) dan dia jarang menganjurkan majlis atau menerima tetamu. Dengan pandangan tajam, pekerja tersebut berkata Morais selalu ke spa, (atau mungkin sauna yang didapati di kondominium itu) dan itu menyebabkan dia tampak muda.

Kemelesetan ekonomi langkah semulajadi mengesan penipu

oleh Christopher Fernandez

Ini pesanan teks yang dikirim kepada saya (diubah sedikit): "Sekiranya anda dapat melabur RM350 di dalam Kooperasi Guru Guru Melayu bergelar...Sdn Bhd, anda mampu mendapat RM100 sebulan dan pada bulan ke-12 mendapat pulangan RM10,600."

SMS itu memberitahu saya bahawa wakil syarikat tersebut sedang menemui pelabur prospektif di hotel di Ampang Jaya dan menjemput sesiapa yang berminat menyertai perbincangan mereka. Ini bunyi seperti Skim Cepat Kaya, bukan?

Polis Malaysia sering mengingatkan orang ramai agar tidak melibatkan diri dengan rancangan yang "terlampau bagus". Namun kita sering terlupa. Menurut seorang rakan yang pergi ke hotel, tiada pelabur berada di sana.

Nampaknya rakyat Malaysia sudah tak percaya dengan janji janji manis yang ditaburkan. Hakikatnya, kemelesetan ekonomi serta sikap rakyat Malaysia berjimat telah menyebabkan kita lebih berhati-hati.

Keadaan begitu buruk bagi kita rakyat Malaysia sehingga para penipu sukar mencari mangsa. Contoh lain melibatkan Subramaniam, 34 tahun (bukan nama sebenar). Dia menjual bungkusan pen di jalanraya di Bangsar sejak beberapa tahun. Mulanya perniagaan menguntungkan tetapi kini ramai yang telah sedar helahnya.

Subramaniam membeli lima batang pen dalam paket berharga RM2 di pasaraya dan kemudian menjualnya dengan harga RM10. Dia mendapat keuntungan besar itu dengan menyapa individu yang sedang makan tengahari sehingga ke waktu senja.

Ramai yang bengang dengannya dan dalam usaha mengusir Subramaniam, mereka memberikan derma RM1. Namun ramai yang sedar helahnya dan berdepan dengannya sambil memberitahu pena itu dapat dibeli pada harga RM2

Politik Malaysia tak stabil kerana demonstrasi jalanan, kata Najib

Malaysia tidak akan maju ke hadapan sekiranya demonstrasi terus diadakan dan menyebabkan ketidakstabilan politik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata demikian ketika berucap di persidangan perwakilan tahunan kali ke-7 Parti Makkal Sakti Malaysia merujuk kepada perhimpunan Bersih 4 yang diadakan hujung bulan lalu.
"Saya yakin  anda semua yakin pada kerajaan, kita tak boleh nak buat huru-hara dan ketidakstabilan dalam negara kita.

"Kalau negara kita mengalami ketidakstabilan politik...sudahlah ekonomi dunia menghadapi kemelut, ditambah lagi dengan ketidakstabilan politik. "Maka negara kita tidak maju ke hadapan, kita akan mundur ke belakang," katanya di Kuala Lumpur hari ini.
Najib berkata, rakyat Malaysia yang cintakan negara akan sentiasa mengambil jalan tengah ketika negara berdepan dengan krisis dan bukannya melakukan perkara yang terlalu ekstrem.
"Kita akan jadi orang yang rasional dan waras dalam apa yang kita lakukan. Melakukan demostrasi jalanan, mengaibkan pemimpin bukanlah jalan yang boleh dijadikan contoh untuk negara kita.
"Saya ucap terima kasih kepada Presiden Makkal Sakti (Datuk R. S. Thanenthiran) dengan tegas mengatakan Makkal Sakti tak sokong Bersih 4 dan sebagainya. Dan saya tengok muka-muka dalam dewan ini tak ada dalam gambar Bersih 4," kata Najib merujuk kepada ucapan presiden parti tersebut pada persidangan itu.
Najib dalam ucapannya itu juga yakin rakyat Malaysia mempunyai ketahanan dalam menghadapi krisis-krisis yang sedang melanda negara.

Pertembungan sebenar ialah antara Muhyiddin dan Zahid

oleh Shahbudin Husin
Walaupun banyak mengkritik Perdana Menteri berkaitan isu 1MDB dan wang derma RM2,600 juta yang menggegarkan negara, Muhyiddin Yassin tidak dipecat daripada UMNO. Mesyurat MT parti itu pada 9 September lalu memutuskan kedudukannya kekal sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Dengan tiada pemecatan itu bermakna kedudukan Muhyiddin sebagai orang nombor dua dalam UMNO tidak lagi tergugat, kecuali jika beliau mengulangi semula serangannya terhadap Najib selepas ini.

Antara yang diperkatakan oleh Najib Razak dalam sidang akhbar selepas mesyuarat MT ialah Muhyiddin berjanji untuk terus setia kepada parti dan akan sama-sama bekerja bagi memastikan kemenangan UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang.

Tetapi apakah pilihan Muhyiddin selepas ini?

Terus setia kepada UMNO dan Najib serta berdiam diri berkaitan sebarang isu atau kekal lantang bersuara sebagaimana dilakukannya sebelum ini sehingga dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri?

Setia kepada parti mungkin tiada masalah bagi Muhyiddin kerana beliau sendiri mengakui dirinya "totok UMNO", tetapi bolehkah beliau juga setia kepada Najib sehingga pilihanraya umum dan pemilihan UMNO yang sudah dianjakkan tarikhnya kepada tahun 2018 nanti?

Apatah lagi ketika ini di mana belum pun isu 1MDB dan wang derma itu reda daripada menjadi bualan ramai, timbul pula isu Altantuya yang disiarkan oleh media antarabangsa, Al Jazeera. Melihat kepada suasana semasa, kita tidak tahu apa lagi bakal "meletup" selepas ini.

Apakah beliau hanya berdiam diri saja ketika itu nanti?

Jika Muhyiddin terus berdiam diri, tidak bersuara dan menjadi penyokong totok kepada Najib demi memastikan kerusi yang didudukinya tidak lagi dipertikaikan, wataknya secara automatik akan berubah daripada "harimau yang berani mengaum" kepada "lembu yang sudah dicucuk hidungnya".

Kalau ini berlaku, ia bukan saja menjadikan wibawanya dipertikai, bahkan akan berderai ketawa ramai terhadapnya. Orangramai akan menyoal, kenapa ketika berjawatan Timbalan Perdana Menteri tidak cukup setia kepada ketua dan hanya setelah hilang jawatan baru berbuat demikian?

Khairuddin: Berani ke Jamal jemput Najib 16 September ini?

Cadangan itu dibuat bagi memberi peluang kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, bersemuka secara langsung dengan Presiden UMNO itu di hadapan khalayak.
khairuddin-jamal
PETALING JAYA:Penganjur Himpunan Melayu Bersatu atau Kumpulan Baju Merah, Datuk Jamal Md Yunos dicabar menjemput sekali Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ke perhimpunan aman yang diadakan 16 September depan.
Cadangan itu dibuat bagi memberi peluang kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, bersemuka secara langsung dengan Presiden UMNO itu di hadapan khalayak.
Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan berkata, Jamal sepatutnya berhenti membodek, sebaliknya mencari jalan kepada kedua-dua mereka bertemu dan menjelaskan fakta sebenar terhadap apa yang berlaku.
“Kalau sekadar jemput Tun Dr Mahathir seorang saja buat apa?! Masalah kemelut politik dan ekonomi negara masakini boleh diselesaikan secara suasana tenteram apabila kita bagi peluang kepada kedua-dua tokoh ini untuk berdebat secara professional seterusnya memberi pencerahan kepada rakyat jelata untuk menghakiminya!! Siapa yang bercakap benar dan siapa yang bercakap bohong biarlah rakyat yang buat penilaian masing-masing!!
“Yang penting bagi mikrofon serta pentas kepada Najib Tun Razak serta Tun Dr Mahathir pada hari perhimpunan tersebut!! Itu baru betul!! Jamal Md Yunos berani ker anjurkan perhimpunan baju merah pada 16 september yang dihadiri oleh Najib Tun Razak serta Tun Dr Mahathir Mohamad?!” tulisnya di Facebook.
Dalam kenyataannya, Khairuddin turut menawarkan diri untuk menjemput semua pengamal media-media dari dalam negeri serta seluruh dunia untuk hadir buat liputan pada perhimpunan secara siaran terus menerus.

16 September: Baju merah ke baju hitam?

Bukan setakat warna, kecelaruan juga timbul mengenai tempat perhimpunan dan jalan yang akan dilalui pada hari berkenaan
shabudin-jamal
PETALING JAYA: Penganjur Himpunan Rakyat Bersatu dikatakan tidak bersefahaman mengenai warna tema baju yang akan dipakai 16 September ini.
Bukan setakat warna, kecelaruan juga timbul mengenai tempat perhimpunan dan jalan yang akan dilalui pada hari berkenaan.
Orang kuatnya, Datuk Jamal Md Yunos menerima tempelak selepas Presiden Pesaka, Tan Sri Mohd Ali Rustam tidak menetapkan sebarang warna tema, dalam erti kata lain peserta boleh pakai apa sahaja warna yang mereka suka.
Bahkan ia turut menolak baju merah sebahagian daripada mereka.
Mengulas mengenai ketidak sefahaman yang timbul, bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju, Shahbudin Husin menyifatkan 16 September ini, hari yang penuh warna warni.
“Mungkinkah nanti himpunan 16 September itu menjadi berbelang-belang warnanya? Tak kelakar ke?
“Lalu, di mana kesepakatan dan solidaritinya?
“Pesaka turut tidak meletakkan sebarang sasaran jumlah kehadiran, tetapi Jamal mengatakan pihaknya akan mengumpul seramai 30 ribu peserta bagi tujuan itu.
“Kenapa hanya 30 ribu? Mana angka yang diwar-warkan dulu kononnya sejuta peserta, 500 ribu, 300 ribu dan sebagainya?
“Kalau nak lawan Bersih 4 dan menunjukkan sokongan kepada Najib Razak, bukankah jumlah yang munasabah ialah sekurang-kurangnya 500 ribu?
“Jika tidak, malulah Pahlawan Bugis!!,” tulisnya di shahbudincom.blogspot.
Berbeza dengan Bersih 4.0, perhimpunan yang dibuat pada sambutan Hari Malaysia dianggap tidak mempunyai fokus dan tuntutan yang jelas.
“Tidak seperti Bersih 4 yang ada asas perjuangannya, himpunan baju merah hanyalah medan pembodek dan pengampu mempamerkan aksinya sambil memasang angan-angan untuk mengaut laba diri sendiri sahaja,” tulisnya.
Bahkan segalanya dilihat lebih menjurus kepada sentimen perkauman.

Himpunan Maruah Melayu mahu ISA dikembalikan

KUALA LUMPUR: Himpunan Rakyat Bersatu atau Himpunan Maruah Melayu yang akan diadakan pada 16 September ini mahu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikembalikan sebagai langkah menjamin keselamatan negara.

Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Jamal Md Yunos berkata, ia sekali gus dapat membantu Kerajaan memastikan tahap keamanan serta ketenteraman negara berada dalam keadaan yang sentiasa harmoni.

"Kita juga mahu memupuk dan menzahirkan semangat patriotik serta cintakan negara dalam jati diri rakyat negara ini demi menuju ke arah satu perpaduan nasional yang mantap.

"Selain itu kita mahu mendesak Kerajaan supaya bertindak tegas kepada pengkhianat negara yang memfitnah serta mempertikaikan kredibiliti pemerintah selain mahu menjatuhkan pentadbiran yang dipilih oleh rakyat secara sah melalui sistem pilihan raya," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.

Pada 15 September 2011, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.

Najib dalam pada itu turut mengumumkan pemansuhan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

Menurutnya, dua undang-undang baharu yang sesuai akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah supaya ketenteraman dan keselamatan awam sentiasa terpelihara.

Sebelum ini Jamal memberitahu, perhimpunan yang dijadualkan pada 16 September ini diteruskan meskipun permit daripada pihak berkuasa masih belum diperoleh.

Tegasnya, tidak ada sebab untuk mana-mana pihak menggagalkan perhimpunan itu dengan apa cara sekalipun.

Dalam pada itu ujarnya, ia merupakan perhimpunan bagi menunjukkan solidariti mendokong teras dan keadilan sosial seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

"HANYA YANG BODOH SAHAJA ADA DALAM UMNO"


SEKALI LAGI Najib Razak cuba perbodohkan rakyat terutamanya ahli DUMNO..

Apa nak heran jika contoh NAJIS mughallazah pon Najib pon tak tahu... Inikan pula tarikh parti sendiri yg TELAH DIHARAMKAN pun boleh lupa.. KAH!! KAH!! KAH!!

Mcmana negara nak berkat & sentiasa ditimpa musibah kalau negara sendiri diperintah BN yg terdiri PARTI HARAM !!!

Nasib baik dia tak cakap berdosa kalau ORANG MELAYU tak sokong Najib...

GEMPAR !!!.. Habesla puok2 pro Mahathir & anti-Najib telah disahkan 'BERDOSA' sbbnya tak sokong Najib...

Siapa kata... MB planet Marikh-M'sia

'Bukan Pas tetapi mereka yang mati katak'- Nik Abduh

NIK MOHAMAD ABDUH KUALA LUMPUR - "Bukan Pas yang mati katak, tetapi mereka itu sendiri yang mati katak," demikian ujar Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Menurutnya, meskipun sering berhadapan dengan krisis, Pas tidak pernah terjejas dan terus bertapak sebagai parti yang kuat dalam negara ini.

"Meskipun berhadapan dengan pelbagai masalah dan krisis, kita dapat tengok bahawa Pas sentiasa mengekalkan dan memperkukuhkan istiqamahnya.

"Ini masih boleh dilihat menerusi beberapa himpunan yang telah kita anjurkan sebelum ini, penyokong-penyokong Pas masih mengekalkan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada parti," katanya ketika ditemui dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan Kamaruddin dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd Taib yang mengumumkan keluar dari Pas dan menyertai PKR, pada Jumaat.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, pada hari sama.

Kata Mohamad Abduh lagi, Pas tidak akan jatuh dengan hanya beberapa individu yang bertindak keluar parti.

"Masih ramai yang menerima Pas dan ingin menyertai Pas. Kami alu-alukan semua pihak dan individu untuk bersama-sama dengan kami," katanya lagi.

PAS perlu kekal dalam gabungan pembangkang


Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata parti itu perlu kekal dalam satu gabungan demi memperkukuhkan lagi pembangkang di negara ini.
Mengakui kekuatan pembangkang berada dalam satu gabungan, MP Pasir Mas itu bagaimanapun berkata asas hormat menghormati perlu ada untuk terus kekal dalam sebagai satu pakatan.
"Kita konsisten bahawa kita perlu kuat dan kekuatan pembangkang ialah dalam gabungan. Dan selagi mana boleh bergabung, kita akan kekal bergabung dalam gabungan politik tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat PAS hari ini, menjelang pertemuan antara wakil parti itu dengan PKR bagi membincangkan mengenai pakatan baru pembangkang esok.

Pemuda PAS terkilan PKR terima MP Tumpat

Pemuda PAS menyuara rasa terkilan terhadap PKR kerana menerima penyertaan Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar ke dalam parti itu kelmarin.
Ketua Pemuda Nik Abduh Nik Aziz berkata, sebagai rakan yang pernah berada dalam Pakatan Rakyat, perkara itu tidak sepatutnya berlaku.
Ini kerana, katanya, terdapat polisi untuk tidak menerima ahli parti lain dalam gabungan itu demi menjaga hubungan sesama parti.
 Malah, Nik Abduh berkata, walaupun sebelum ini terdapat kes wakil rakyat parti lain dari Pakatan ingin memasuki PAS, namun perkara tersebut tidak berlaku atas dasar menghormati parti lain.
"Dalam isu ini kita lahirkan rasa terkilan dengan rakan kita (PKR) yang menerima (ahli PAS) lompat parti.
"Kita (PAS) masih kekal dengan polisi menghormati hubungan. Harap tak berlaku lagilah," katanya.
Nik Abduh yang juga MP Pasir Mas berkata demikian dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.
Pada Jumaat lalu, Kamaruddin dan mantan menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib mengumumkan penyertaan dalam PKR.
Penyertaan mereka turut dialu-alukan oleh Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Mengulas berhubung tindakan bekas wakil rakyat DAP Perak Sum Cheok Leng yang menyertai PAS, Nik Abduh berkata, ia dibolehkan memandangkan DAP telah memutuskan hubungan dengan PAS terlebih dahulu.
"Mereka yang putuskan hubungan dengan kita. Kita terima dia (Sum) selepas putusnya hubunhan dengan DAP," katanya lagi.

Nik Abduh: PAS bukan parti katak


PAS bukan parti katak sebaliknya pemimpin parti itu yang lompat parti itu dianggap sebagai "katak" yang sebenarnya, kata Ketua Pemudanya Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
"PAS bukan parti katak. Individu itu sendiri yang jadi katak," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau menjawab soalan berhubung kenyataan Presiden PERKASA yang "mentertawakan" ahli politik PAS yang meninggalkan parti itu dan menyertai Parti Amanah Nasional (AMANAH).
Semalam veteran politik itu memulangkan "paku buah keras" kepada PAS ekoran ramai pemimpin dan ahli politik PAS meninggalkan parti itu menyertai kumpulan lain, termasuk PKR atau AMANAH.
Terbaru Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar dan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib.
"Sekarang siapa bapa katak? Ludah jatuh ke muka sendiri. Malu, malu. Sebab itu jangan tuduh dan menghina orang. Akhirnya jatuh atas hidung sendiri," kata Ibrahim dalam satu kenyataan semalam.

Himpunan ‘baju merah’ : Perniagaan di Jalan Petaling ditutup pada 16 Sept


Sebanyak 773 penjaja dan 500 pekedai di Petaling Street bersetuju untuk menghentikan perniagaan selama sehari pada 16 Sept ini bagi mengelak sebarang perkara yang tidak diingini ekoran Himpunan Rakyat Bersatu yang dikatakan bakal diadakan di kawasan itu.
Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur Datuk Ang Say Tee Jp berkata keputusan itu dilakukan selepas pihaknya mengadakan perbincangan dengan beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) pada 5 Sept lepas.
"Sebanyak 90 peratus peniaga di sini telah mengambil keputusan untuk menutup perniagaan pada hari berkenaan bagi memastikan keselamatan mereka terjamin selain mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku," katanya kepada pemberita pada program 'walkabout' anjuran NGO bersama ketua komuniti dan peniaga di Petaling Street, hari ini.
Beliau juga berharap pihak penganjur membatalkan perhimpunan berkenaan kerana banyak perniagaan di kawasan terlibat akan terjejas kerana terpaksa ditutup sepanjang hari.
Beliau berkata perhimpunan yang bercorak perkauman itu tidak bersesuaian dengan Hari Malaysia yang sepatutnya disambut dengan penuh semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat majmuk.
Lebih 50 wakil daripada 20 NGO menyertai program berkenaan untuk beramah mesra dengan peniaga serta penduduk di kawasan terbabit.
Program tersebut turut dihadiri Presiden Pro-Rakyat Khairul Anwar Othman, anggota Parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun dan beberapa NGO seperti Otai Reformis, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA), Jingga 13, dan Pertubuhan Prihatin Selangor.

Himpunan ‘baju merah’ jejas imej Malaysia di peringkat antarabangsa, kata penganalisis

Himpunan baju merah pada 16 September ini akan hanya beri kesan buruk kepada negara, kata penganalisis. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 September, 2015.Himpunan baju merah pada 16 September ini akan hanya beri kesan buruk kepada negara, kata penganalisis. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 September, 2015.Semangat perkauman yang ditiup dan cuba dibangkitkan "himpunan baju merah" pada 16 September ini hanya akan memberi kesan dan imej buruk kepada negara, kata penganalisis.
Presiden Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Maszlee Malik berkata, beliau mengesyaki himpunan itu didalangi pihak tertentu yang hanya mengeruhkan ekonomi negara.
"Bersih 4 bawa isu nasional, bukan isu perkauman. Itu beza dengan 'merah' yang mereka bawa isu perkauman, dan juga keganasan.

"Berita ini dipaparkan media antarabangsa dan akan jejaskan sentimen pasaran," katanya kepada The Malaysian Insider. Beliau berkata, lebih banyak cara berkesan untuk memartabatkan kaum Melayu dan bukannya turun ke jalan raya dengan membawa mesej perkauman.
"Jika kumpulan baju merah benar-benar ingin memartabatkan Melayu, alangkah baiknya jika semangat tersebut diterjemahkan kepada kerja kesukarelawanan.
"Mereka bantu membangunkan masyarakat luar bandar di Borneo atau di Semenanjung sekalipun yang sehingga kini masih ketinggalan dalam banyak prasarana asas kehidupan," katanya.
Sementara itu, Felo Utama Institut Kajian Etnik (Kita) Profesor Datuk Dr Teo Kok Seong menyifatkan perhimpunan tersebut tidak wajar dilakukan kerana penganjuran bersifat perkauman tidak berasas dan memberikan imej buruk kepada Malaysia.
"Ia boleh digunakan masyarakat antarabangsa untuk terus menghentam Malaysia, sebagai negara yang menghadapi krisis.