Sabtu, 12 September 2015

Saya tidak akan berpakaian merah pada 16 September, kata Nazir Razak

Datuk Seri Nazir Razak berkata, beliau akan meraikan kepelbagaian pada 16 September kerana ia menggambarkan Malaysia yang sebenarnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 September, 2015.  
Datuk Seri Nazir Razak berkata, beliau akan meraikan kepelbagaian pada 16 September kerana ia menggambarkan Malaysia yang sebenarnya. 

Ahli bank terkemuka Datuk Seri Nazir Razak hari ini mengisytiharkan beliau tidak akan memakai pakaian merah pada Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September. Pengerusi CIMB Group itu berkata dalam akaun Instagramnya, beliau akan meraikan kepelbagaian pada ulang tahun penubuhan Malaysia pada 16 September.
Nazir memuat naik gambar berwarna-warni sekumpulan kanak-kanak Malaysia yang memakai pakaian tradisional masing-masing sambil mengibarkan Jalur Gemilang.

Dalam kapsyen beliau menulis: "Pada 16 September saya akan meraikan kepelbagaian – kaum, agama, budaya – ia menggambarkan Malaysia. Saya tidak akan memakai pakaian merah." Nazir, yang kadang kala menulis posting kritikan di Instagram terhadap kerajaan pimpinan abangnya Datuk Seri Najib Razak, dipuji ramai pengguna Instagram bagi posting terbaharunya ini.
Posting terbaharu Datuk Seri Nazir Razak yang mendapat pujian ramai pengguna Instagram. – Gambar Instagram, 12 September, 2015. Posting terbaharu Datuk Seri Nazir Razak yang mendapat pujian ramai pengguna Instagram. – Gambar Instagram, 12 September, 2015.
Ramai memuji beliau, seperti gravid4ever yang mencatatkan: "Dato anda contoh sebenar seorang rakyat Malaysia. Tahniah atas kenyataan anda." lifeblooms menulis: "Dengar! Dengar! Dan ia tidak perlu perkara lain lagi. "
Posting Nazir, yang menerima hampir 700 “like” dalam masa dua jam, dilihat sebagai tindak balas kepada perhimpunan penunjuk perasaan “yang dirancang oleh kumpulan hak Melayu”.

Pegawai Margaret berkorban nyawa akibat Mat Rempit Malaya

oleh Jimmy Adit

Kematian Inspektor Margaret Tagum Goen, 32, yang terlalu cepat, di bumi yang jauh dari kampung halaman akbiat daripada hal ehwal menyedihkan berkaitan dasar posting dalam sektor awam. Lebih menyedihkan lagi adalah hakikat bahawa pemergian Margaret tiba ketika kerajaan negeri Sarawak sedang dalam perundingan kuasa yang harus dikembalikan kepada negeri daripada kerajaan persekutuan.

Seluruh warga Sarawak, masyarakat awam dan NGO seperti Kesatuan Guru Sarawak (STU) mengalu-alukan langkah untuk penurunan kuasa kepada autonomi lebih besar, yang seharusnya termasuklah memberikan peluang warga Sarawak untuk berkhidmat di Sarawak di mana perkhidmatan mereka paling diperlukan.

Selepas lebih daripada 50 tahun kemerdekaan, warga Sarawak akhirnya telah benar-benar sedar yang mereka berupanya untuk lakukan banyak perkara, dengan tiada lagi keperluan perkhidmatan bukan warga Sarawak. Terdapat seruan buat warga Sarawak untuk memegang jawatan di perkhidmatan awam yang sekarang ini dipegang oleh bukan warga Sarawak.

Hanya April lalu, Ahli Parlimen Santubong Wan Junaidi Tuanku Bujang berkata unit Rela daerah seharusnya diketuai oleh orang tempatan dan bukan “seseorang yang dipindahkan dari Malaya”. “Saya akan periksa perkara ini dengan pengarah (Rela) negeri dan mencari kenapa ia berlaku dan kami akan mencari penyelesaian.” beliau berkata pada waktu itu.

Wan Junaidi Tuanku Bujang Terdapat juga seruan bahawa ketua polis daerah tidak seharusnya diberikan kepada orang Malaya lagi, kerana terdapat ramai warga Sarawak yang berkelayakan untuk memegang jawatan itu.

PM Mesir, Kabinet letak jawatan


Ibrahim Mehleb

KAHERAH - MESIR . Perdana Menteri Mesir, Ibrahim Mehleb dan barisan Kabinetnya meletakan jawatan beberapa hari selepas penangkapan Menteri Pertanian atas tuduhan rasuah.

Pejabat Presiden Abdel- Fattah el - Sisi pada Sabtu berkata, beliau telah menerima peletakan jawatan itu tetapi menteri-menteri tersebut akan terus berkhidmat sehingga badan baru dilantik.

"Menteri Petroleum Sherif Ismail ditugaskan untuk membentuk Kabinet baru dalam masa seminggu," dua pegawai dari pejabat presiden berkata.

Memetik laporan AP, sebelum menyerahkan surat perletakan jawatan, Ibrahim memberikan laporan terperinci berkaitan prestasi kerajaan.

 Menteri Pertanian, Saleh el_din ditahan pada Isnin selepas meletakkan jawatan ketika sisatan dakwaan menteri itu bersama individu lain menerima rasuah lebih AS$1 juta.

Sebelum ini, Ibrahim meninggalkan sidang media di Tunusia awal minggu lalu selepas ditanya mengenai dakwaan rasuah.

Bersih 4.0 bukti Harapan Baru gagal ganti Pas kata PJ Selangor


Bersih 4.0

SHAH ALAM - Kegagalan Gerakan Harapan Baru (GHB) untuk mengerahkan orang Melayu turun ke perhimpunan Bersih 4.0 membuktikan NGO itu tidak mampu menggantikan Pas jika Pakatan Rakyat 2.0 ditubuhkan.

Demikian kata Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad sambil menegaskan, ketidakupayaan Harapan Baharu membuktikan PR 2.0 tidak dapat berperanan dengan berkesan tanpa kekuatan Pas.

"Kita lihat pada Bersih 4.0, bahawa tanpa Pas, PR tidak dapat bertindak dengan berkesan.

"Kalau kita lihat Bersih 4.0 itu hanya kurang lima hingga 10 peratus saja orang Melayu, walaupun Harapan Baharu telah digunakan untuk menggerakkan orang Melayu," katanya kepada pemberita pada Kongres Rakyat, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Iskandar juga berkata, pakatan pembangkang hanya akan menjadi kuat dan efektif jika Pas terlibat sama dalam gabungan tersebut khususnya di Selangor, Terengganu dan Kelantan.

"Ia memberi satu petunjuk kepada parti-parti yang menentang BN, kalau nak bergabung, nak satu pembangkang yang efektif, kena ada Pas," ujarnya.

APA DAH JADI dgn Menteri Agama, Mufti, Ularmak2 UMNO..??!!

Makan gaji buta atau SUDAH MATI KA... KAMU berkerja utk cari redha Allah atau cari REDHA UMNO !!!

Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda;

"Bahawasanya Allah SWT tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, ORANG RAMAI AKAN MEMILIH ORANG-ORANG YANG JAHIL SEBAGAI PEMIMPIN MEREKA. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain." -(H.R. Muslim)

Doakan para jemaah di Makkah selamat.

Dari Dulu Mereka Tak Setia Kata Nasrudin

Pas Masih Dalam PR - Nasrudin

Kongres Rakyat: Enam Deklarasi Dicapai

Kongres Rakyat: Pelan Tindakan Rakyat Lancar 14 Oktober

Derma Tak Semestinya Rasuah Kata SPRM

PAS, Umno perlu ada dalam kerajaan - Abdul Kadir

Kongres Rakyat: Desak Kerajaan Kaji Dasar Perlembagaan

Kongres Rakyat: Apa Majlis Agama Islam Buat?

Amanah bukan sahaja ancaman PAS kerana dua pemimpin senior mereka sertai PKR

oleh Alyaa Alhadjri
Ia seharusnya tidak menjadi isu parti mana mereka masuki, asalkan kesemua mereka bekerja ke arah sasaran yang sama.
Dr Dzulkefly AhmadDr Dzulkefly Ahmad
Ahli jawatankuasa Parti Amanah Negara (Amanah) Dr Dzulkefly Ahmad beritahu Theantdaily beliau percaya bahawa bekas pemimpin PAS yang tinggalkan parti dan sertai PKR “tidak akan menjadi musuh mereka (Amanah) secara tiba-tiba.”
“Saya langsung tidak peduli siapa sertai parti mana. Apa gunanya berbalah pasal ini dan saya rasa kita harus mempunyai pandangan positif terhadap perkara ini,” beliau berkata sebagai respon kepada penyertaan Ahli Parlimen Tumpat Kamaruddin Jaafar dan bekas Menteri Besar Selangor, Muhammad Muhammad Taib ke PKR pada 10 September.
Amanah telah dibentuk oleh bekas pemimpin PAS progresif, yang mengambil alih Parti Pekerja Malaysia yang tidak aktif dan telah dilaporkan bahawa kira-kira 85,000 borang keahlian telah dicetak bersempa perasmian rasmi parti itu pada 16 September.
“Ini adalah kompleksiti politik baru di Malaysia. Akan terdapat dinamik baru, cabaran baru.
“Ini adalah masa yang mengujakan. Politik tidak pernah hitam dan putih. Kita tidak seharusnya terganggu dengan perkara remeh (dalam politik) dan sebaliknya harus fokus gambaran yang lebih besar,” kata Dzulkefly, bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor dan pengarah kajian PAS.
Dalam satu kenyataan, presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata bahawa parti itu sedang dalam proses memperkukuh kekuatannya dengan merekrut ahli baru seperti Kamaruddin dan Muhammad.
“Malaysia tidak dapat diselamatkan melainkan melalui satu proses reformasi total (dan) untuk melaksanakan reformasi total, kami (PKR) mestilah mempunyai kekuatan politik,” kata beliau.
Wan Azizah berkata bahawa Kamaruddin akan dilantik sebagai pengarah politik dan polisi PKR, bertanggungjawab memberi input kepada presiden dan timbalan presiden.
Sebelum pembabitan beliau dalam politik secara aktif, Kamaruddin adalah bekas setiausaha agung NGO Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). 
“Maka, beliau turut akan memainkan peranan untuk memperkuatkan rangkaian di kalangan NGO Muslim dalam usaha untuk membawa perubahan dalam Malaysia, dan juga mengembangkan hubungan merenasi NGO Muslim di negara-negara lain,” kata Wan Azizah.

Himpunan Rakyat Bersatu, "Baju Merah" Tak Sama - Ali Rustam

KUALA LUMPUR: Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka Malaysia), Tan Sri Mohd Ali Rustam menegaskan Himpunan Rakyat Bersatu pada 16 September ini tiada kaitan dengan perhimpunan "baju merah" atau Himpunan Maruah Melayu.
"Lokasi kita di Padang Merbok. Kalau ada yang nak lalu Jalan Bukit Bintang, nak lalu Masjid Negara, Jalan Parlimen saya tak tahulah, mereka pilihlah jalan mana mereka nak lalu tapi kita di Padang Merbok," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai perhimpunan sebagai solidariti dalam mempertahankan perpaduan, pemimpin negara dan prinsip rukun negara.
Menurut Mohd Ali,  tiada warna khas ditetapkan untuk perhimpunan tersebut dan peserta bebas dalam berpakaian.
"Anda bebas pakai apa sahaja. Nak pakai warna hitam boleh, nak pakai macam sekarang pun boleh," katanya.

Ketika ditanya mengenai baju-T merah yang tertera perkataan Himpunan Rakyat Bersatu dan Himpunan Maruah Melayu, beliau berkata, badan bukan kerajaan (NGO) itu tidak mengeluarkan sebarang baju-T khusus untuk perhimpunan tersebut.

Red Shirt leader now says will join silat rally

Amidst confusion over names, Sg Besar Umno's Jamal says only one rally on Sept 16, at Padang Merbok
Jamal-Md-Yunos,-Ali-Rustam
KUALA LUMPUR: The furore over a threatened mammoth Malay Pride rally of Red Shirts in the centre of Kuala Lumpur appears to be simmering down in confusion over which rally is being held where and under which name.
Sg Besar Umno divisional leader Jamal Md Yunos, who said last month he would bring out one million Red Shirts on Oct 10, was quoted as saying today that only one rally will be held on Sept 16.
This will be the rally at Padang Merbok planned by the national silat federation Pesaka, who had the gathering was open to all Malaysians, and no red t-shirts would be required.
Pesaka chief Mohd Ali Rustam, a former Malacca chief minister, had said earlier today that his group’s rally was called Himpunan Rakyat Bersatu and had nothing to do with the Himpunan Maruah Melayu, or “Malay Pride Uprising”, which social media messages had said would be held in the Bukit Bintang and Petaling Street entertainment and shopping areas.
Participants for Himpunan Maruah Melayu were expected to wear red t-shirts as a counter demonstration to the mammoth Bersih 4 rallies of Aug 29-30 around Dataran Merdeka, which had been seen to be Chinese-dominated.
The Bersih street rallies were in support of demands for political reforms and to demand the resignation of Najib Razak as prime minister.
In the midst of the Bersih rally, Jamal had announced that he would gather a million Red Shirt protesters in a mammoth show of support for Najib by holding a street rally at Low Yat Plaza, Bukit Bintan and Petaling Street on Oct 10.

Anina saman penjahat dalam UMNO, bukan parti

Dia tampil memberi penjelasan susulan bahawa pemecatannya disebabkan samannya ke ataas UMNO
Tengku-Adnan-Tengku-Mansor,-Anina-Saadudin
PETALING JAYA: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dikatakan tidak memahami writ saman yang dibuat, Anina Saadudin.
Dalam kenyataannya, bekas ahli Wanita UMNO Cawangan Padang Mat Sirat itu berkata, dia tidak menyaman parti itu tetapi individu yang dipanggilnya ‘penjahat’  dalam UMNO.
“Saya ingin tegaskan bahawa saya bukan menyaman UMNO sebaliknya saya menjalankan tanggungjawab keahlian saya untuk UMNO menyaman penjahat-penjahat dalam UMNO,” katanya dalam satu kenyataan kepada FMT.
Anina tampil memberi penjelasan susulan dakwaanSetiausaha Agung UMNO itu bahawa pemecatannya disebabkan dia menyaman UMNO.
Dalam tulisan yang lebih sinis dia mempertikai kewibawaan Tengku Adnan.
“Saya hairan bagaimana Setiausaha Agung UMNO bertaraf menteri telah gagal memahami kandungan saman saya di Mahkamah Kuala Lumpur.
“Jika perkara mudah sebegini juga gagal Ku Nan fahami, bagaimana lah agaknya selama ini Ku Nan mentadbir negara sebagai menteri kabinet,” katanya.
Sehubungan itu beliau, bertegas tidak akan menarik balik saman yang dibuat terhadap Tengku Adnan dan sedia bersemuka dengannya di mahkamah.
“Saya cukup kagum dengan keberanian Ku Nan untuk mengapi-apikan saya supaya meneruskan saman saya terhadapnya berkaitan salah laku beliau memecat keahlian saya secara salah dalam UMNO.
“….Sudah pasti saya tidak akan menggugurkan saman saya terhadap Ku Nan.  Kita akan berjumpa di mahkamah yang mulia,” katanya.

Dasar Otak Penyamun

Bertuah pemimpin2 kita di atas takhta..
Rakyat2 bertungkus lumus memerah keringat mencari rezeki halal nak tanggung kos sara hidup yg semakin meningkat. Dia plok boleh dapat derma berbilion2 ringgit & hidup dgn penuh kemewahan & bersenang lenang bersama puok2 kroni mereka serta bini kesayangannya ROSMAH !!!

KERAjaan buat hutang sampai tunggang-langgang, RAKYAT WAJIB BAYAR GST !!!

Dah puas menyamun bilion2 ringgit, baru skrg nak gubal undang2 kawal sumbangan & dana politik..

Fitnah UMNO makin tak masuk akal, kata aktivis muda DAP


NOR MISWARY PIC 1


SUBANG JAYA, 11 SEPT: Dakwaan kononnya orang Melayu menyertai DAP sebagai oportunis menjual bangsa dan agama adalah tuduhan serta fitnah tidak berasas dan paling mengarut pernah didengar.
Aktivis muda DAP, Nor Miswary Ramli, berkata golongan yang menuduh pihak lain menjual bangsa dan agama adalah hipokrit kerana merekalah yang sebenarnya melakukan lelongan tersebut secara besar-besaran dengan mempergunakan kaum dan agama untuk kekal berkuasa.
“Malah tabiat mempergunakan bangsa dan agama dilengkapkan dengan idea paling berbahaya yang dicetuskan oleh Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos, untuk melakukan demonstrasi-merah pada 16 September ini atas alasan kehadiran begitu ramai dari kaum Cina semasa Bersih 4 tempoh hari.
“Tanpa mereka sedar kehadiran begitu ramai kaum Cina yang didakwa beliau sebagai ahli DAP semasa demonstrasi Bersih 4 itu sebenarnya telah melengkapkan muafakat seluruh rakyat Malaysia untuk menolak UMNO-BN menjelang PRU 14 nanti semenjak tercetusnya gelombang politik tahun 1998,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, selain logik yang merepek itu, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Syed Ali Alhabshee, pula membuat dakwaan yang tidak masuk akal, iaitu perpecahan yang kononnya berlaku di kalangan Melayu Muslim adalah kejayaan propaganda DAP.

Altantuya: Najib dakwa mangsa konspirasi ala Saddam


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa tindakan pihak tertentu menimbulkan semula kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu adalah perancangan kuasa luar untuk menjatuhkannya - sama seperti strategi terhadap Presiden Iraq Saddam Hussein.
Beliau menegaskan, Saddam digulingkan AS dengan dakwaan palsu kononnya Iraq memiliki senjata pemusnah massa.
"Sekarang kita tengok Iraq. Mereka (AS) tidak mempunyai bukti, tetapi tetap menceroboh negara itu.
 "Sekarang rakyat Amerika menyesali perbuatan mereka dan nama Bush tidak diterima lagi," kata beliau dipetik The Star Online hari ini.
Najib menyampaikan ucapan perasmian mesyuarat Umno Pekan.
Katanya, media asing terbabit dalam konspirasi untuk menjatuhkan kepimpinan negara dan ia melibatkan pelbagai peringkat - "dari atas ke bawah, dan dari dalam dan luar negara".
"Tak ada gambar, tiada bukti dan tiada ada SMS, ia muncul semula. Kes ini sudah lenyap selama bertahun-tahun dan kini ditimbulkan lagi," katanya.
Najib juga sekali lagi mengulangi ikrarnya bahawa beliau tidak pernah bertemu dengan Altantuya.
Jika perkara itu (hubungan dengan Altantuya) benar, kata Najib, tidak mungkin perdana menteri terdahulu menyerahkan kuasa kepadanya.

Fahami istilah derma sebelum dakwa ia rasuah - SPRM

Fahami istilah derma sebelum dakwa ia rasuah - SPRMKUALA LUMPUR: Istilah derma perlu dilihat dalam konteks yang menyeluruh dan bukan hanya dinilai sebagai rasuah, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM, Datuk Mustafar Ali.

Beliau menegaskan, semua pihak perlu memahami maksud sebenar istilah itu seperti yang termaktub mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

"Dalam akta kita ada perjelaskan, apa itu bentuk suapan (dalam bentuk) derma, pinjaman, wang hadiah.

"Namun, ia tidak boleh dilihat dari segi lateral. Contohnya, tengok sahaja, sudah cakap rasuah, tengok sahaja, sudah cakap rasuah," katanya semasa sidang media selepas menghadiri Kolokium Tadbir Urus dan Integriti Kerajaan Melaka Ke Arah Ikrar Integriti di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia d Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) di ibu negara.

Mengulas lanjut, Mustafar berkata, pelbagai aspek diambil kira dan disiasat sebelum mengatakan derma berkenaan sebagai rasuah.

"Kita kena lihat konteks secara keseluruhannya, siapa yang memberi, kepada siapa diberikan, apa kegunaannya, apa pengaruh digunakan dan sebagainya. Ia mempunyai favour dan disfavour.

"Jadi, semua ini bukan sahaja diperjelaskan dalam akta, tetapi juga diperjelaskan dalam lunas undang-undang sebab undang-undang itu kita perbincangkan di mahkamah termasuk apa bentuknya, niat dan perbuatannya," jelas beliau.

‘Himpunan baju merah’ tiada faedah, kata pemimpin akar umbi Umno

Ahli Umno Kedah dan aktivis, Datuk Seri Zaienal Abidin Omar mengatakan'perhimpunan baju merah' yang akan diadakan pada 16 September ini adalah sia-sia kerana tidak akan dapat mengubah nasib kaum Melayu dalam negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 September, 2015. 
Ahli Umno Kedah dan aktivis, Datuk Seri Zaienal Abidin Omar mengatakan'perhimpunan baju merah' yang akan diadakan pada 16 September ini adalah sia-sia kerana tidak akan dapat mengubah nasib kaum Melayu dalam negara. 

Menyifatkan 'himpunan baju merah' pada 16 September ini tidak memberi sebarang faedah kepada masyarakat, khususnya kaum Melayu, pemimpin akar umbi Umno rata-rata mempersoalkan matlamat sebenar himpunan yang menggunakan nama Melayu itu.
Ahli Umno Kedah dan aktivis, Datuk Seri Zaienal Abidin Omar berkata, perhimpunan tersebut adalah sia-sia kerana tidak akan dapat mengubah nasib kaum Melayu dalam negara.
"Adakah selepas 16 September. Orang Melayu akan bertukar jadi pemain dan pemegang utama ekonomi negara?

"Adakah kaum Cina akan tunduk dan takut serta akan turut apa juga kemahuan Melayu? Tiada apa yang berubah kerana penoreh getah akan pulang menoreh pada 17 September dan seterusnya. Apa faedahnya?" soal Zaienal (gambar) yang juga Pengerusi Persatuan Karyawan Malaysia kepada penganjur himpunan yang menyasarkan Padang Merbok. Bagi Ahli Umno Cawangan Keliang, Hulu Selangor Moohamad Faizal Abdul Raub pula, perhimpunan yang menggunakan nama Melayu itu hanya memberikan imej buruk kepada kaum itu.
"Memang berhimpun hak rakyat Malaysia seperti mana Bersih 4, tetapi isunya di sini himpunan tersebut kononnya untuk mempertahankan maruah dan ketuanan Melayu. Kalau ikutkan situasi kini, Melayu Umnolah yang menjahanamkan bangsa sendiri," katanya kepada The Malaysian Insider.
Faizal turut menyifatkan Datuk Jamal Md Yunos sebagai dalang penganjur hanya mengambil kesempatan di atas keadaan Malaysia semasa krisis.
"Jamal itu sebenarnya hanya menangguk di air keruh saja. Dia cuba hendak eksploitasi situasi sekarang untuk naikkan imej dia yang dah buruk sehinggakan bahagian dia sendiri (Sungai Besar) suruh dia berundur," katanya merujuk kepada ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu.

PAN jangka keanggotaan lebih 100,000 menjelang hujung tahun

Parti Amanah Negara (PAN) menjangkakan lebih 100,000 orang termasuk anggota PAS akan menyertai parti itu menjelang hujung tahun ini.
Presiden PAN Mohamad Sabu (gambar, kanan) berkata sehingga kini PAN menerima sambutan yang memberangsangkan daripada pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat umur daripada pelbagai pelbagai parti politik di negara ini.
"Kita  mengedarkan borang keahlian PAN di seluruh negara dan menjangkakan bilangannya akan meningkat sehingga akhir tahun ini.

"Pada hari ini PAN  menerima borang keahlian sebanyak 500 melibatkan penduduk Melaka termasuk anggota PAS. "Di Johor PAN menerima 5,000 borang keahlian manakala di Kedah sebanyak 2,721 borang keahlian," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran PAN Melaka di Melaka, hari ini.
Turut hadir Pengerusi PAN Melaka Adly Zahari dan Anggota Dewan Undangan Negeri Duyong dari DAP, Goh Leong San yang juga bekas Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Melaka.
Mohamad berkata PAN Melaka akan bergerak sebagai sebuah parti politik bermula hari ini dan terus bekerjasama dengan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong parti itu.
Beliau berkata PAN juga bersedia bekerjasama dan menjalin hubungan baik dengan PAS dalam sesuatu isu sekiranya perlu.
Mengulas tentang anggota PAS iaitu bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Mohd Taib dan anggota Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar memilih untuk yang menyertai PKR, katanya ia tidak memberi kesan kepada PAN kerana mereka masih anggota Pakatan Rakyat.
"Tidak apalah...asalkan mereka berada dalam Pakatan Rakyat..barangkali mereka ada pandangan masing-masing..saya mengalu-alukan mereka menyertai PKR," katanya. – Bernama

Ahli PAS sertai Amanah kecewa sikap presiden, haluan condong kepada Umno

Tanaka Mustafa


Berdasarkan pemerhatian, mereka yang menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) adalah golongan yang kecewa dengan sikap PAS sejak kebelakangan ini.
Saya tidak fokus kepada G18 yang tewas pemilihan. Saya membuat pemerhatian dari satu kawasan ke satu kawasan yang dilanda gelombang Gerakan Harapan Baru (GHB).
Rata-rata akar umbi yang menyertai Amanah adalah mereka yang kecewa dengan PAS berdasarkan pengalaman kerja mereka bersama Pakatan Rakyat (PR).

Kawasan mereka rata-rata tidak mempunyai konflik dengan PKR dan DAP, malah kerjasama mereka erat. Mereka rasakan peluang dakwah terhadap bukan Islam terbuka luas di samping harapan untuk memenangi pilihan raya wujud jelas.
Mereka memperkenalkan PAS yang membawa Islam yang syumul kepada rakan-rakan DAP dan PKR. Mereka meyakinkan “PAS for all” kepada pengundi-pengundi bukan Islam.
Apabila Majlis Syura Ulama (MSU) bertindak memutuskan hubungan dengan DAP, mereka menjadi serba salah dengan rakan-rakan DAP dan PKR yang sudah terjalin persahabatan selama ini. Mereka rasa di mana mahu letak muka atas dakwah sebelum ini.
Dengan itu, mereka bertindak keluar PAS dan bersama Amanah yang dianggap boleh meneruskan kerjasama mereka.

1,040 ahli Majlis Peguam kemuka 5 resolusi dalam EGM

BAR
Presiden Majlis Peguam Malaysia, Steven Thiru (dua dari kiri) berkata, setiap resolusi yang dibangkitkan itu dibincangkan secara debat terbuka di kalangan majoriti ahlinya yang berjumlah 1,040 orang.
KUALA LUMPUR, 12 September:
Majlis Peguam Malaysia hari ini membincangkan lima resolusi yang dibangkitkan ahli-ahlinya dalam mesyuarat agung luar biasa (EGM).
Presidennya, Steven Thiru berkata, setiap resolusi yang dibangkitkan itu dibincangkan secara debat terbuka di kalangan majoriti ahlinya yang berjumlah 1,040 orang.
“Kami gembira dengan sokongan yang diberikan kerana setiap satu daripada resolusi yang dibangkitkan itu penting buat kami,” katanya kepada pemberita dalam sidang media.
Mengulas mengenai resolusi yang dibangkitkan, Steven, di dalam sidang media selepas EGM berkata Majlis Peguam menggesa Kerajaan Malaysia menasihati Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan di-Raja (RCI) yang sepatutnya terdiri daripada anggota yang bebas, tidak berat sebelah dan berintegriti.
Resolusi ini adalah berkaitan dengan Majlis Peguam yang mengutuk apa yang didakwa sebagai campur tangan pegawai kerajaan dalam siasatan yang dijalankan ke atas syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta jumlah derma RM2.6 bilion.
“Majlis Peguam mengingatkan pegawai pentadbiran yang bertanggungjawab sama ada menyokong secara aktif atau tidak perlulah sentiasa melindungi kedaulatan undang-undang dan menegakkan keadilan.

Keluar parti bukan tindakan khianat - Takiyuddin,

Datuk-Takiyuddin-Hassan-650X360
Takiyuddin menyifatkan ketika wakil rakyat Pas pergi ke parti lain yang mempunyai hubungan dengan Pas, maka adalah adil untuk Pas juga boleh juga menerima mana-mana wakil rakyat yang ingin menyertai parti itu.

SHAH ALAM, 12 September:

Pas tidak menganggap tindakan segelintir pemimpinnya keluar parti sebagai satu perbuatan khianat kerana ia hak yang dijamin oleh perlembagaan parti itu, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan.
Kata Takiyuddin, senario politik kini sudah berbeza dengan dahulu di mana mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat agak keberatan untuk mengambil ahli parti lain apatah lagi wakil rakyatnya.
“Saya rasa kita bermain atas ‘padang’ yang sama. Maknanya wakil rakyat parti lain juga bebas, parti terbuka untuk menyertai Pas.
“Itu suasana yang berlaku, apabila wakil rakyat Pas boleh pergi ke parti lain yang mempunyai hubungan dengan Pas, maka saya rasa adil untuk Pas, boleh juga menerima mana-mana wakil rakyat lain jika mereka rasa nak menyertai Pas,” katanya kepada pemberita di Kongres Rakyat di sini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penyertaan ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar yang mengumumkan menyertai PKR pada Jumaat.
Menurut Takiyuddin, beliau bersetuju dengan pendapat Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad yang mengatakan adalah lebih baik sekiranya ahli Pas yang keluar parti menyertai PKR daripada Parti Amanah Rakyat (Amanah).
“Parti mana pun yang mereka sertai, pokoknya mereka keluar daripada Pas, peristiwa yang kita tak suka tapi kita kena terima.
“Boleh jadi betul apa yang Datuk Iskandar katakan, sebab PKR masih ada lagi hubungan dengan kita.
“Bilangan Ahli Parlimen Pas berkurangan tetapi kita tak hentikan di situ sahaja, mungkin ada pertambahan selepas ini,” katanya.

Bai'ah PAS sekadar satu perhitungan politik sahaja?

Post Pic
Oleh Zeanaaima Mohd YusufAda sekurang-kurangnya tiga perkara yang mesti diambil kira sebelum ada mana-mana pihak cuba menyimpulkan bahawa PAS menggunakan konsep bai’ah sebagai senjata politik.
Pertama, bai’ah yang dilafazkan setiap bakal calon pilihannya bukan terhad pada menyatakan ketaatan kepada parti dan pemimpinnya sahaja tetapi secara tuntasnya ia adalah penzahiran ketaatan mereka kepada Allah.
Ini bersandarkan firman Allah: “Bahwasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji setia kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan mereka.
“Maka barangsiapa yang melanggar janjinya niscaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan memberinya pahala yang besar.” (Surah Al Fath ayat 10)
Setiap bakal calon harus insaf dan jujur bahawa yang mereka buat perjanjian itu bukan kepada parti, pemimpin tetapi mutlak kepada Allah.
Lantas sebarang pelanggaran akan bai’ah yang dilafazkan adalah kecurangan terhadap Allah. Untuk itu Allah mengingatkan “barangsiapa yang melanggar janjinya niscaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri”.
Sebab itu, PAS tidak mengenakan sebarang hukuman atau penalti kepada ahlinya yang melompat ke parti lain. PAS hanya sekadar mengingatkan bahawa hanya Allah yang akan menentukan hukuman.
Kedua, kadar atau hukuman Allah kelak adalah mutlak bergantung kepada butir yang dilafazkan seseorang itu dalam bai’ahnya. Sekali lagi PAS tidak mencampuri urusan Allah.
Malah dalam amalan bai’ah PAS kepada bakal calon-calon pilihanrayanya, butir atau teksnya adalah seragam. Ia boleh dipinda menurut pemikiran bakal-bakal calon berkenaan.
Umumnya, setiap bakal calon insaf dan faham butir bai’ah bahawa perbuatan melompat parti adalah pengkhianatan terus terhadap Allah yang menjadi matlamat janji bai’ah mereka dan bukan sekadar perhitungan politik sahaja.
Sebab itu, tidak pernah kedengaran ada suara yang menentang butir bai’ah yang hendak dilafazkan apabila dipilih menjadi calon.
Ketiga, berbai’ah bukan satu paksaan. Ia adalah insiatif mengukuhkan rasa setia perjuangan menegakkan Islam semata-mata sebagai satu ketaatan kepada Allah.
Natijah yang hendak digarap oleh PAS sebagai sebuah parti politik ialah, bai’ah akan mengukuhkan lagi iltizam perjuangan dalam jiwa setiap bakal calon. Bai’ah juga menjadi pengikat kesetiaan pada wadah perjuangan iaitu PAS.

Penganalisis: Kamaruddin dan Mat Taib silap percaturan sertai PKR

Post Pic

SHAH ALAM: Penganalisis politik, Prof Madya Dr Ahmad Tarmizi Talib menyifatkan tindakan dua tokoh PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang menyertai PKR sebagai silap percaturan.
 
Apatah lagi di kala kemunculan Parti Amanah Negara (Amanah) yang menjadi tujuan ramai bekas pemimpin progresif PAS selepas kalah di dalam pemilihan parti Jun lalu.
 
"PKR sebuah parti politik yang kecil untuk orang-orang seperti mereka. Terutamanya Mat Taib, beliau sepatutnya pergi selamatkan Umno yang dalam keadaan tidak menentu. Itu lebih baik berbanding mereka sertai PKR. 
 
"Mereka bukan orang penting dalam hubungan antara PAS dan PKR. Persoalannya mengapa sertai PKR? Sebab saya tidak nampak motif mereka beralih kepada PKR dalam keadaan ramai pergi sertai Amanah?," katanya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.
 
Semalam Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar dan mantan menteri besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib menyertai PKR, sekaligus menafikan khabar bahawa kedua-dua mereka menyertai Amanah seperti yang dijangkan ramai pihak.

Kita boleh menjangkakan lebih ramai warga Malaysia pergi, dan tidak kembali

Badrol Othman Merican: Warga Malaysia di luar negara mesti gila untuk kembali ke Malaysia. Dengan keadaan sekarang di sini, negara kita adalah negara yang gagal dan tiada warga Malaysia di luar negara yang akan berfikir untuk pulang.

Sebaliknya, lebih ramai warga Malaysia yang bijak dan pandai akan meninggalkan negara. Tolong jangan salahkan mereka.

 Tc Ling: Tiada tempat lain seperti rumah sendiri. Melainkan apabila rumah anda didiami oleh samseng-samseng dan mereka membuli anda dan keluarga anda. Anda bekerja keras untuk semuanya dan mereka mengambil wang anda dan beritahu anda yang anda lebih rendah daripada mereka kerana mereka lebih jahat.

LRN: "Ketidaktaatan awam menjadi satu tugas mulia apabila negara telah menjadi tidak berperaturan atau korup. Dan warga yang boleh menerima negara sebegitu berkongsi korupsi atau tidak berperaturannya”. - Mahatma Gandhi Berdasarkan petikan di atas - “Adakah saya mahu diri saya atau keluarga saya menjadi bahagian penting dalam sistem pincang berdasarkan ketidakadilan, kronisme, nepotisme dan perlembagaan yang secara asasnya ditulis secara salah?

DN: Saya sama sekali bersetuju bahawa kebanyakan warga Malaysia di luar negara hanya akan kembali apa mereka telah bersara. Anda juga telah menegaskan dengan betul tentang TalentCorp yang membuang masa semua orang.

Malahan pada awal dahulu, mereka gunakan pelatih daripada Pemandu untuk bercakap di acara mereka - banyangkan Gen-Y tanpa sebarang pengalaman kerja dan kepakaran teknikal dihantar ke mahkamah dengan profesional yang berkelayakan tinggi tanpa sebarang pengetahuan apa yang mereka boleh tawarkan dan bagaimana warga Malaysia boleh membalasnya membingungkan saya.

Tahaluf politik PAS 'peningkan' Mahfuz


 Jika penyertaan wakil rakyat PAS ke Parti Amanah Negara (AMANAH) dianggap pengkhianat oleh PAS, bagaimana pula wakil rakyat parti itu yang menyertai PKR - itu soalan dilontar Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar hari ini.
Dalam kenyataannya, Mahfuz berkata beliau terkejut dengan tindakan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar menyertai PKR yang juga rakan kerjasama politik PAS.
"Apatah lagi dalam suasana pertikaian isu baiah serta dakwaan pimpinan PAS bahawa mereka yang keluar dari PAS dan membawa pergi kerusi dimenangi atas tiket PAS adalah pengkhianat," katanya.
Bekas Naib Presiden PAS itu berkata tindakan Kamaruddin dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib tidak menyertai AMANAH bukan isu utama yang perlu diperbahaskan.
Tetapi, kata Mahfuz, isu besarnya ialah, kenapa Kamaruddin dan Muhammad memilih PKR dalam keadaan sebelum ini mereka berdua dilihat berada di atas pentas Gerakan Harapan Baru (GHB).
Malah, katanya, Muhammad turut berkempen menyokong GHB.
Bolehkan PAS?
Melalui analisisnya Mahfuz berkata, langah itu melambangkan kebijaksanaan AMANAH melepaskan Kamaruddin dan Muhammad untuk strategi politik kerjasama lebih mantap pada masa depan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14.
Katanya, AMANAH membina kepercayaan rakan kongsi politik mereka dengan sterategi "memberi dan menerima" bagi memposisikan parti itu di peringkat nasional.
"Apa pendirian PAS terhadap Kamaruddin dan PKR selepas beliau membawa kerusi Parlimen Tumpat yang dimenangi atas tiket PAS sejak 1999?

Siapa sebenarnya katak?-Ibrahim Ali

Ia merujuk kepada tindakan anggota pembangkang yang melompat parti sampai empat, lebih banyak daripada yang pernah dibuatnya.
ibrahim-ali,perkasa
PETALING JAYA: Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali bersedia untuk menjadi perunding kepada sesiapa yang ingin melompat parti.
Tawaran itu dibuat kerana beliau mempunyai pengalaman kerana pernah melakukan benda yang sama.
Katanya keputusan lompat parti bukannya sesuka hati sebaliknya ia mungkin dilakukan secara sukarela atau juga menjadi mangsa keadaan.
Jelas Ibrahim lagi adalah tidak adil tindakan sesetengah pihak melabel mana-mana ahli politik yang lompat parti sebagaimana yang berlaku ke atasnya sehingga dipanggil ‘katak’.
“Lompatan mereka adalah lompat galah, ertinya sukarela. Dulu ada dalam kalangan mereka yang mempersenda, mengejek dan menghina saya sebagai katak,” katanya kepada FMT
Wal hal ramai lagi ahli politik yang berbuat demikian dari dahulu sehingga sekarang, ia sentiasa berlaku.
“Di Semenanjung Malaysia, ramai juga tokoh-tokoh politik yang hebat bertukar atau melompak parti sejak Merdeka. Arwah Datuk Asri Muda, bekas Presiden PAS menubuhkan Hamim tetapi akhirnya masuk UMNO. Begitu juga dengan Kasim Ahmad dari Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PRSM) melompat ke UMNO dan terbaru, Aziz Bahri dari Pas masuk DAP,” jelas Ibrahim.

Deklarasi Rakyat Shah Alam

Kongres Rakyat bertemakan Membina Malaysia Sejahtera dengan ini mengisytiharkan:

1- Bersatu untuk membentuk sebuah Malaysia yang makmur dalam kerangka integrasi nasional dan bersama-sama menggemblengkan tenaga bagi menangani krisis yang sedang melanda negara.

2- Bertindak menyedarkan rakyat ke arah mengembalikan semula tunjang-tunjang sistem ketatanegaraan yang adil dan saksama melalui kerangka Perlembagaan Persekutuan dan mengkaji semula semua undang-undang yang memeras rakyat.

3- Bertindak mewujudkan amalan politik yang tulus dan telus seterusnya mengawal kegiatan politik dan perilaku ahli-ahli politik agar tidak menggugat kestabilan dan keharmonian negara.

4- Menjadikan agenda pendidikan sebagai wahana terpenting ke arah memupuk kesedaran rakyat dalam membuat perubahan sosial, ekonomi dan politik, demi mengelakkan pendekatan yang boleh menghuru-harakan negara.

5- Berusaha sedaya upaya membela golongan rakyat yang terpinggir dari arus pembangunan seperti golongan Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas, pekebun kecil, golongan miskin, golongan yang tidak mampu bekerjaya dan lain-lain.

6- Bertindak mendesak kerajaan mengembalikan sistem pemisahan kuasa antara eksekutif , legislatif dan kehakiman bagi menjamin integriti dan ketelusan dalam urus tadbir negara.

7- Bertindak untuk menggesa kerajaan supaya diwujudkan segera satu badan perunding ekonomi negara yang lebih inklusif, mewakili semua golongan rakyat dan bebas dari pengaruh mana-mana pihak demi untuk menangani krisis ekonomi yang sedang berlaku.

Maka dengan ini, setelah menerima usul-usul dari akar umbi rakyat, mendengar secara langsung pandangan dari seluruh sektor masyarakat dan mengambilkira pandangan tokoh-tokoh masyarakat, Kongres Rakyat mengumumkan pembentukan satu Jawatankuasa Penggubal Pelan Tindakan Rakyat yang akan dipengerusikan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kongres, dan diuruskan oleh sekretariat. Pelan tindakan ini akan dilancarkan pada 1 Muharam 1437 hijrah nanti.

'Saya telah bersumpah tak kenal wanita ini' depan pengampu tegar di Pekan

PEKAN - Isu pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribu didakwa sengaja ditimbulkan semula untuk menjatuhkan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
Menurut Najib, ‎terdapat pihak tertentu berusaha mengaibkan beliau dan menjatuhkan pemimpin.
 
"Saya tidak pernah jumpa seumur hidup saya dengan wanita ini dan walaupun telah tiga kali bersumpah di masjid, (ada yang) masih tidak percaya dan perkara ini dibangkitkan lagi.
 
"...seolah-olah ada konspirasi menjatuhkan Umno sebagai parti yang menunjangi kepimpinan dan pentadbiran negara," demikian tegas Najib.
 
Justeru, Najib berkata, ahli Umno perlu bijak dan mempunyai kebolehan untuk menyaring maklumat dan mengenal pasti senario politik baharu itu supaya tidak mudah dipesongkan oleh maklumat tidak sahih yang boleh merosakkan kejayaan negara.  
 
Dalam pada itu, Najib turut mengulangi pendirian untuk terus menerajui kerajaan dan parti selagi mendapat sokongan, dan yakin mampu mendepani segala masalah dan kemelut politik yang dihadapi kini dengan sokongan dan kepercayaan yang diberikan anggota parti. 
 
Dalam ucapannya, Najib turut mengingatkan anggota perwakilan mengenai cabaran politik baharu yang dipengaruhi perkembangan media sosial.
 

Skandal 1MDB: Majlis Peguam nak saman kerajaan

Datuk Seri Najib Razak mungkin berdepan saman atas dakwaan salah guna kuasa dalam siasatan 1MDB, kata Presiden Majlis Peguam Steven Thiru.
Kemungkinan itu dibuat ekoran usul mengenai skandal 1MDB yang diluluskan badan berkenaan dalam mesyuarat agung luar biasanya di Kuala Lumpur hari ini.
Ia diluluskan seramai 1,040 ahli yang menghadiri mesyuarat berkenaan.
Melalui usul itu Majlis Peguam mahu pihak yang bertanggungjawab menghalang siasatan yang sedang berjalan disaman di mahkamah.
Justeru, Thiru (gambar) tidak menolak kemungkinan perdana menteri dan beberapa pegawai kanan kerajaan adalah antara yang akan disaman.
"Saman itu mungkin dibuat atas dakwaan salah laku penjawat awam atau salah guna kuasa untuk kepentingan tertentu.
"Akan ada beberapa defendan, termasuk perdana menteri. Ia tidak terhad kepada pegawai atasan kerajaan yang memberi arahan," katanya.
Bagaimanapun Thiru menegaskan, resolusi berkenaan bukan pengesahan bahawa seseorang itu sudah melakukan kesalahan, sebaliknya gambaran kebimbangan mereka terhadap gangguan ke atas siasatan dijalankan pihak berkuasa.
Ia juga, katanya, dibuat bagi mempertahankan kedaulatan undang-undang dalam siasatan kes berkenaan.
Seramai 16,000 peguam mendaftar menjadi ahli Majlis Peguam.
Usul itu dibentang Thiru ketika isu skandal 1MDB terus diperkatakan ekoran laporan dibuat The Wall Street Journal dan Sarawak Report sejak Julai lalu.
Kerajaan menubuhkan pasukan penyiasat khas bagi mencari penjelasan berhubung masalah dihadapi syarikat tajaan kerajaan itu namun ia terganggu seketika apabila pegawainya pula yang disiasat polis.

PAS, Umno perlu ada dalam kerajaan - Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN)


Sebagai parti tunjang dalam negara ini Umno dan PAS perlu berada dalam pentadbiran kerajaan, kata Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.
Menurut bekas menteri penerangan itu, keperluan supaya Umno dan PAS bekerjasama dibangkitkannya kerana kedua-dua parti mewakili 70 peratus penduduk di Malaysia.
“Ada dua sahaja parti tunjang di Malaysia ini iaitu Umno dan PAS. Jadi siapa pun nak jadi kerajaan, mesti ada satu parti tunjang. Kita hendak membina negara sejahtera,” katanya ketika membentangkan usul politik di Kongres Rakyat - Membina Malaysia Sejahtera di Shah Alam hari ini.
Jelas Abdul Kadir, kejayaan PKR dan DAP dalam pilihan raya umum ke-12 lalu dan pembentukan Pakatan Rakyat pada 2008 berlaku kerana gabungan itu mempunyai parti tunjang iaitu PAS.
Abdul Kadir turut mempersoalkan tindakan DAP menendang PAS keluar daripada Pakatan Rakyat kerana menganggap ia langkah ke belakang.
“Malang nasib rakyat dan malang nasib Malaysia. Tetapi tidak mengapa, PAS perlu ingat kamu adalah parti tunjang," katanya.
Bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu berkata kekuatan PAS adalah terus daripada ahlinya yang berjuang tanpa mendapat sebarang imbuhan.
Namun Abdul Kadir mencadangkan PAS membuat sedikit perubahan supaya parti itu mampu kekal relevan mengikut arus perdana.
“PAS harus buat penyesuaian-penyesuaian yang perlu dengan melihat gambaran yang lebih besar,” ujarnya.
Bagaimanapun Abdul Kadir tidak menyatakan apakah perubahan yang dicadangkannya itu.

Bai'ah: Tak letak jawatan tak apa - SUA PAS

PAS mengambil ketetapan untuk tidak lagi akan mempersoalkan isu sumpah baiah wakil rakyatnya yang keluar parti dan bertindak menyertai pertubuhan lain.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan bagaimanapun berkata, terpulang kepada individu yang terlibat untuk bertanggungjawab atas sumpah yang pernah mereka buat.
"PAS akan tutup buku dalam isu baiah, kita tak nak panjangkan isu ini.
 "Akujanji dan sumpah yang dilafazkan terserah pada individu yang terlibat. Kalau mereka (ahli PAS yang keluar parti) berasakan sumpah tersebut tak terpakai, terserahlah sebab itu moral mereka.
"Mereka telah berjanji dengan Allah dan bersaksikan manusia. Kalau rasa dengan baiah (yang dilafazkan ketika menjadi calon) tak beri kesan, kita (PAS) serah pada Tuhan", katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kongres Rakyat di Shah Alam hari ini.
Ujar Ahli Parlimen Kota Bharu itu lagi, mengikut undang-undang negara ini mana-mana wakil rakyat yang keluar parti tidak perlu meletak jawatan, malah mereka tidak boleh dipaksa untuk berbuat demikian.
"Tak letak jawatan pun tidak mengapa. Tiada siapa boleh paksa," katanya.
Namun menurut beliau, moral seseorang itu akan terjejas apabila mereka melanggar janji pernah dibuat.
Mengulas berhubung tindakan PAS terhadap ahlinya yang keluar parti, Takiyuddin berkata PAS tidak akan mengambil pendekatan undang-undang bagi mengheret mana-mana wakil rakyatnya yang melanggar baiah.
Sebaliknya parti itu menyerahkan sepenuhnya kepada individu tersebut untuk bertanggungjawab.
"PAS tak bercadang rujuk baiah kepada mahkamah, dan kita tidak akan buat demikian," katanya lagi.

PAS tutup buku isu bai'ah - SUA

'Benarkan PAS terima wakil rakyat parti lain' - Takiyuddin Hassan

PKR hilang arah? Pemimpinnya kini tiada pendirian

oleh Robin Stanley Augustin

Parti Keadilan Rakyat (PKR) merupakan enigma atau keanehan di dalam politik Malaysia. Apa yang diperjuangkannya? Siapa yang mereka wakili? Ke mana halatujunya? Apa wawasan parti politik itu?

Ini persoalan yang perlu dijawab berikutan satu rencana dalam portal Malaysia Insider. Menurut rencana tersebut, PKR mempertahankan pendirian mahu menjalin kerjasama dengan PAS walaupun dihalang DAP.

Dengan hujah mahu lebih bersifat inklusif di dalam bertempur dengan BN-Umno, naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata parti itu mengalu-alukan sebarang parti yang percaya dengan agenda reformasi, termasuk kemungkinan bekerjasama dengan Dr Mahathir Mohamad.

"Sekiranya kita mengambil kira kemarahan peribadi dan sakit hati, tentu sukar menguruskan cabaran berbeza kerana di akhirnya, pada saya, yang mustahak ialah mengamalkan sikap inklusif selagi semua pihak komited dengan agenda reformasi."

"Kami juga perlu berfikir tentang keperluan bersatu, termasuk dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang hadir ke perhimpunan Bersih 4 dua kali," ujarnya sebagai maklumbalas terhadap kenyataan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng bahawa Azmin Ali perlu menerangkan kepada para penyokong keputusan partinya terus bekerjasama dengan PAS. PKR telah hilang arah nampaknya.

Dalam usaha menumbangkan Umno, mereka tak nampak gambaran lebih besar. Mereka langsung tak belajar dari kesilapan yang menguburkan Pakatan Rakyat dahulu. Kerjasama luaran sebegitu tidak akan berhasil. Ia bukan cara membina negara.

Mereka menyokong sesiapa yang menentang BN-Umno dan ini menunjukkan PKR tiada pendirian. Apa "agenda reformasi"? Bagaimana ia dapat dilakukan sekiranya tiada persefahaman dibina? DAP dan PAS punyai pendirian dan halatuju sendiri, malah begitu juga MCA dan MIC.

Apa akan berlaku apabila kerajaan BN-Umno berjaya ditumbangkan dan Pembangkang terdiri DAP serta PAS nanti? Kita akan kembali gusar memikirkan samada PAS akan melaksana hududnya, sedangkan DAP menentang.

There's no place for opportunists and fanatics - Hadi

Abdul Hadi: Kita Banyak Bercakaran

Hadi: Bila pemimpin pencuri, rakyat perompak

191 Umno bahagian selesai mesyuarat, ledakan politik tak goyahkan parti

Persidangan perwakilan Umno Bahagian Pekan yang berlangsung hari ini melengkapkan kesemua 191 mesyuarat perwakilan bahagian yang bermula sejak 27 Julai lepas.
Umno Pekan antara bahagian yang mendapat kebenaran bermesyuarat melepasi tarikh akhir yang ditetapkan pada 31 Ogos selepas mengambil kira komitmen ketua bahagian Datuk Seri Najib Razak yang juga presiden parti dan perdana menteri.
Persidangan perwakilan bahagian tahun ini cukup menarik kerana sebahagian besarnya berlangsung kebetulan selepas rombakan kabinet pada 28 Julai lepas.

Rombakan yang menyaksikan timbalan presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lagi menjadi timbalan perdana menteri dan Naib Presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah tidak lagi menjadi anggota jemaah menteri telah menambahkan warna-warni persidangan bahagian kali ini. Perkembangan itu menarik perhatian para anggota Umno serta pemerhati politik berhubung "siapa rasmi bahagian mana, apa yang perasmi itu bercakap dan apakah usul yang dibawa bahagian".
Pelantikan Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri turut menarik perhatian.
Bagaimanapun, secara keseluruhan, kesemua mesyuarat berlangsung mengikut jadual dan berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.
Rata-rata ucapan perbahasan banyak menyentuh mengenai cabaran ekonomi, politik dan isu-isu semasa walaupun terdapat sebahagian kecil sahaja perbahasan yang dianggap "panas".
Timbul juga sedikit kegusaran dalam kalangan para anggota parti apabila terdapat desas-desus kononnya Muhyiddin dan Mohd Shafie akan dipecat daripada jawatan parti masing-masing.
Keadaan menjadi reda apabila mesyuarat Majlis Tertinggi Umno Rabu lepas menjawab segala khabar angin itu apabila soal pemecatan itu langsung tiada dalam agenda mesyuarat.

Saya tidak pernah 'beli' pemimpin Umno sembang Najib

PEKAN - Perdana Menteri merangkap Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan beliau tidak pernah "membeli" ketua bahagian atau perwakilan parti untuk meraih sokongan mereka terhadapnya.

Beliau berkata apa yang dilakukan hanya membantu parti melalui ketua bahagian untuk mengadakan program tertentu untuk rakyat.

"Ada ketua bahagian hanya bekas pegawai tadbir diplomatik (PTD) sahaja, banyak mana harta mereka...kalau nak buat program.. 'selak' (teruk lah) dia.

"Jadi kalau saya bantu itu untuk parti dan bukannya beli ketua bahagian," katanya ketika merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Syah di sini, hari ini.

Turut hadir isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Timbalan Ketua Bahagian Pekan, Datuk Abu Bakar Harun.

Persidangan perwakilan itu hari ini melengkapkan 191 mesyuarat perwakilan bahagian parti itu yang bermula sejak 27 Julai lepas.

Najib, yang juga Ketua Umno Bahagian Pekan, seterusnya menegaskan: "Seumur hidup saya dah bertanding banyak jawatan tapi tidak pernah saya beli perwakilan...saya tidak pernah buat. Kalau ada yang kata saya buat demikian, itu adalah fitnah."

Perhimpunan Baju Merah haram, tidak dapat permit - Ku Nan

Kerajaan sedia menimbang untuk memberi kebenaran sekiranya ia dibuat di luar Dataran Merdeka atau di kawasan tertutup
kunan,merah
PETALING JAYA: Penganjuran Perhimpunan Baju Merah pada 16 September ini di Dataran Merdeka tidak mendapat permit daripada kerajaan.
Bagaimanapun, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pihaknya sedia menimbang untuk memberi kebenaran sekiranya ia dibuat di kawasan tertutup.
“Jika penganjur mahu menggunakan Padang Merbok atau mana-mana stadium, mereka perlu kemukakan permohonan, tetapi kami tidak akan benarkan mereka menggunakan Dataran Merdeka,” katanya yang dipetik daripada Mstar Online.
Selain itu katanya, penganjur juga perlu mematuhi peraturan ditetapkan kerajaan iaitu demonstrasi tidak dibenarkan di Bukit Bintang atau Chow Kit.
Sejajar dengan keputusan itu, beliau juga telah mengarahkan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz supaya tidak mengeluarkan permit kepada mana-mana pihak yang berhasrat mengadakan demonstrasi jalanan.

Siapa ‘babi ’ dalam bukit yang dimaksudkan Hadi?

Presiden Pas mengakui partinya bermasalah kerana ideologi manusia.
hadi,pas
SHAH ALAM: Pas mengakui parti itu berdepan pelbagai masalah dalaman yang sama seperti parti lain termasuk UMNO.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dalam usaha mencari penyelesaian kepada masalah yang berlaku, parti itu tetap mempertahankan dasar perjuangannya dengan memartabatkan Islam sebagai panduan dalam mencari kebenaran.
“Kita mengaku Pas juga bercakar dalam parti, UMNO pun bercakar, semua bercakar sama ada parti antara kaum atau sesama kaum,semuanya tidak menggunakan sifat kemanusiaan yang sebenar.
“Maka, kami mahu memperkenalkan acuan Islam sebenar selepas melihat kegagalan ideologi manusia yang tidak dapat menyelesaikan masalah malah mengancam keselamatan dan keamanan negara.
“Kongres ini diadakan untuk saling mendidik dan tukar fikiran, walaupun kita golongan lemah, kita bukan menyalak dekat bukit, tapi kita menyalak dekat ‘babi’ dalam bukit,” katanya dalam ucapan perasmian Kongres Rakyat di Shah Alam, pada Sabtu.
Katanya, kekuatan dan kesatuan parti perlu diutamakan sebelum mencapai matlamat yang besar untuk menjadi pemerintah pada Pilihanraya Umum (PRU) akan datang.
Jelas Hadi, tidak ada guna menawan Putrajaya jika penhujungnya kegagalan atau perpecahan yang berlaku.
“Wawasan kita adalah wawasan kembali kepada Allah, kita diajar oleh Islam, bukan sekadar ke Putrajaya, lepas Putrajaya kita mati, bertemu dengan Allah, menzahirkan dan diiktiraf, berbuatlah baik dan fikirlah baik-baik,” katanya.

Khalid Samad tidak layak kritik Hadi - SUA PAS

Pandangan Khalid Samad terhadap kerjasama GHB dan Pas dianggap tidak layak kerana beliau tidak memegang sebarang jawatan penting dalam parti itu
pas,-ghb,-Khalid-Samad,-Takiyuddin-Hassan
SHAH ALAM: Pas tidak memerlukan pandangan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berhubung cadangan pembentukan kerjasamanya dengan Pakatan 2.0.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, selain tidak layak dia juga tidak mempunyai sebarang jawatan tertinggi dalam GHB.
“Siapa dia untuk minta Presiden berubah? Apa jawatan dia dalam GHB (Gerakan Harapan Baru)?” soalnya ketika ditemui selepas sidang media Kongres Rakyat di Shah Alam, pada Sabtu.
Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, meskipun rundingan dan perbincangan diadakan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, namun perbincangan untuk bekerjasama dalam Pakatan 2.0 masuh belum diadakan.
“Kita anggap Pakatan 2.0 itu adalah kerjasama baharu di antara DAP, GHB, dan PKR yang memerlukan PAS.
“Kita akan bincangkan kata putus hala tuju kerjasama ini kerana PAS mempunyai agenda sendiri yang menjadi terma rujukan kita jika dipanggil berbincang,” katanya.
Terdahulu, Khalid berkata GHB boleh menerima kerjasama dengan Pas dalam Pakatan 2.0, namun dengan syarat Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengubah sikapnya yang sebelum ini membelakangkan keputusan pakatan seperti yang berlaku dalam isu Hudud.
Katanya, jika Hadi berdegil dengan sikapnya itu, beliau tidak menolak sejarah dalam PR mungkin akan berulang dalam Pakatan 2.0.

Bai’ah: Urusan individu dengan ALLAH


Isu bai’ah: Urusan individu dengan ALLAH

Pas mahu tutup buku berhubung isu bai'ah yang telah menjadi perdebatan secara terbuka oleh bekas wakil rakyatnya yang meninggalkan parti itu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihak tidak mahu memanjangkan perkara tersebut sambil menyerahkannya kepada mereka terbabit untuk menilai kesannya.

"Kita nak tutup buku (isu bai'ah), tiada tekanan lagi, kalau mereka merasakan bai'ah itu tak ada apa-apa kesan kepada mereka, kita serahkan kepada ALLAH, itu antara mereka dan ALLAH.

"(dan) mereka perlu ingat apa yang mereka lafazkan perjanjian itu (kerana) sumpah bai'ah kita anggap satu perjanjian antara individu ini dengan Allah, dan disaksikan oleh manusia," katanya pada sidang media pada Kongres Rakyat di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Ketua Hakim Mahkamah Syariah Kelantan, Datuk Daud Muhammad berkata status perkahwinan antara Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli dan isterinya, sah gugur talak tiga selepas melanggar baiah yang dilafazkan sebelum ini.

Daud berkata, perkahwinan itu tidak boleh dirujuk semula melainkan isteri kepada Dr Hatta itu berkahwin dengan individu lain dan kemudian bercerai.

Dalam pada itu, Takiyuddin juga berkata, bai'ah hanyalah satu akujanji yang mengikat wakil rakyat atau pemimpinnya jika tidak menjalankan tanggungjawab, mereka terbabit perlu meletak jawatan.

"Kalau mereka tak letak jawatan, apa saja pendapatan dari kedudukan itu (ahli Parlimen Pas) itu adalah haram.

Sikap Hadi bukan ukuran sertai PR 2.0 - SUA PAS


Takiyuddin Hassan

SHAH ALAM - Penyertaan Pas dalam PR 2.0 bukan atas dasar peribadi sebaliknya ia adalah urusan antara parti pembangkang sebagai rakan kongsi dalam kerjasama politik itu.

Demikian kata Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan sambil menegaskan perkongsian politik itu tidak wajar dinilai berdasarkan sikap pemimpin utama Pas semata-mata.

"Siapa dia suruh Presiden yang mempunyai sejuta ahli ubah sikap? Apa jawatan dia (Khalid Samad) dalam Harapan Baharu? Khalid ni dah cakap lama, dari dulu lagi. Dia keluar (Pas) pun, lagi ramai lagi masuk parti," katanya pada sidang media pada Kongres Rakyat, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, Harapan Baharu boleh bekerjasama dengan Pas dalam PR 2.0, namun dengan syarat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengubah sikapnya.

Khalid berkata, Abdul Hadi sebelum ini banyak kali membelakangkan keputusan PR khususnya dalam isu hudud.

Dalam pada itu, Takiyuddin juga berkata, sebelum menubuhkan PR 2.0, semua rakan kongsi terlibat perlu berbincang untuk mendapat satu kata putus tentang hala tuju kerjasama politik itu.

Himpunan ‘baju merah’ takkan dapat permit, kata Ku Nan


Perhimpunan “baju merah” yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 16 September ini tidak akan mendapat sebarang permit, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Portal The Star Online melaporkan hari ini Tengku Adnan sudah mengarahkan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz untuk tidak mengeluarkan sebarang permit kepada mereka yang ingin menganjurkan perhimpunan jalanan. Beliau juga berkata, penganjur dan perhimpunan peserta tidak akan dibenarkan untuk menggunakan Dataran Merdeka. "Setakat apa yang berkait dengan perhimpunan tersebut kita akan pertimbangkan jika ia dijalankan di tempat terkawal. "Jika penganjur mahu menggunakan Padang Merbok atau stadium lain, mereka perlu menghantar permohonan. Tetapi mereka tidak akan dibenarkan untuk mengguna Dataran Merdeka," katanya.

Pembunuhan Altantuya terlalu ‘aneh’ untuk diendahkan, kata wartawan Al-Jazeera

Wartawan Al-Jazeera Mary Ann Jolley dalam dokumentari tentang pembunuhan Altantuya Shaariibuu. – Gambar dari dokumentari Murder in Malaysia, 12 September, 2015. 
Wartawan Al-Jazeera Mary Ann Jolley dalam dokumentari tentang pembunuhan Altantuya Shaariibuu. 
 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terpaksa berdepan dengan kontroversi sedekad lamanya apabila satu dokumentari siasatan tentang pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu menggali semula semua kaitan dengannya, mangsa dan lelaki yang disabitkan bersalah.

Dalam program 25 minit itu, wartawan Mary Ann Jolley membawa penonton ke dalam kontroversi yang dahulunya hangat dan saga Altantuya yang penuh dengan elemen seks, skandal kewangan, keganasan dan konspirasi.

Altantuya dibunuh pada Oktober 2006, dan mayatnya diletupkan dengan bahan letupan tentera.

Siasatan mendapati Altantuya dan Razak Baginda mengadakan hubungan sulit sebelum pembunuhan berlaku. – Gambar dari dokumentari Murder in Malaysia, 12 September, 2015.Siasatan mendapati Altantuya dan Razak Baginda mengadakan hubungan sulit sebelum pembunuhan berlaku. – Gambar dari dokumentari Murder in Malaysia, 12 September, 2015.Siasatan kemudiannya mendedahkan bekas penterjemah itu terlibat dalam hubungan sulit dengan penasihat politik Najib, iaitu Abdul Razak Baginda.

Razak didakwa bersubahat membunuh, tetapi kemudiannya didapati tidak bersalah.

Dokumentari Al-Jazeera menimbulkan persoalan sama ada dua lelaki disabitkan bersalah atas pembunuhannya – Sirul Azhar Umar and Azilah Hadri – merupakan “kambing hitam” untuk yang lain, memetik teks mesej dihantar Sirul - menunjukkan seolah-olah terdapat penyembunyian daripada pihak atasan.

Jolley, seorang warga Australia berkata, pasukannya mengambil masa beberapa bulan untuk menyiasat dan kerja-kerja latar belakang untuk menghasilkan video tersebut yang disiarkan pada awal pagi Jumaat.

"Saya mulanya berminat dengan berita ini apabila Sirul ditahan Interpol di Australia," kata Jolley dalam sebuah temuramah emel bersama The Malaysian Insider lewat malam semalam.

"Bagi saya, kelihatan begitu aneh apabila seseorang yang didakwa membunuh – satu kesalahan besar, dapat melarikan diri dari negara, lebih-lebih lagi ke negara di mana ia menyalahi undang-undang untuk mengekstradisi seseorang yang menghadapi hukuman mati," katanya.

"Apabila sabit kesalahannya dirayu pihak pendakwa, mengapa dia tidak ditahan polis ataupun sekurang-kurangnya dibatalkan pasportnya?

"Kemudian, tentunya, kerana tiada motif yang diperkenalkan dan pada pengakhiran pendengaran kes, Sirul menangis dan merayu hakim supaya jangan menghukumnya sampai mati, mengatakan dirinya 'kambing hitam' yang dikorbankan untuk melindungi orang lain.

"Ini membuatkan saya mahu menyiasat dengan lebih dalam lagi," katanya.

Jolley dihantar pulang pihak berkuasa Malaysia pada 14 Jun walaupun tidak didakwa di bawah apa-apa jenayah dan tidak diberikan alasan bagi penghantaran pulangnya.

"Saya diberitahu saya tidak melanggar apa-apa undang-undang, tetapi saya termasuk dalam senarai yang 'tidak baik'", katanya.

"Saya pernah melaporkan berita-berita dari rejim yang sering dikatakan paling menindas – Korea Utara, Zimbabwe, Arab Saudi dan Libya Gaddafi, dan tidak pernah dihantar pulang dari kerja saya sebagai wartawan sebelum ini."

Di bawah adalah sebahagian daripada temuramah penuh Jolley bersama TMI:

TMI: Berapa lama masa yang anda ambil untuk menyiapkan dokumentari ini? Bilakah anda bermula?

MAJ: Siasatan kami mengambil masa beberapa bulan dalam tahun ini.

Kes Altantuya dibangkitkan kembali konspirasi terhadap saya, kata Najib

Kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dibangkitkan kembali sebagai ‘konspirasi’ terhadap Datuk Seri Najib Razak, kata perdana menteri hari ini di Pekan. – Gambar Al Jazeera, 12 September, 2015. 
Kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dibangkitkan kembali sebagai ‘konspirasi’ terhadap Datuk Seri Najib Razak, kata perdana menteri hari ini di Pekan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengatakan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dibangkitkan kembali sebagai "konspirasi" terhadapnya, selepas dokumentari disiarkan Al Jazeera tentang pembunuhan warga Mongolia itu pada 2006.
Bercakap kepada perwakilan Umno bahagian Pekan hari ini, Najib mempersoalkan waktu isu ini dibangkitkan kembali ketika beliau didesak meletakkan jawatan berhubung skandal syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Isu ini dibangkitkan kembali sejak beberapa hari ini, akan tetapi saya pernah berkata sebelum ini, saya tidak pernah berjumpa perempuan ini, saya sudah bersumpah di masjid," katanya.

"Tiada bukti tetapi pertuduhan sering dibangkitkan, seperti ada konspirasi dalam dan luar negara." Najib mendakwa ini juga merupakan satu percubaan untuk menjatuhkan Umno.
"Lihat Iraq. Mereka kata ada senjata pemusnah di sana. Saddam Hussein didakwa. Tetapi mereka tidak pernah jumpa senjata itu dan lihat Iraq sekarang," katanya.
"Lihat Syria, Mesir, Yaman dan Libya, semuanya musnah. Apakah ini sebahagian daripada konspirasi antarabangsa?" soal Najib.
"Tetapi kita bukan seperti mereka. Kita negara berjaya bukan negara gagal," katanya.
Beliau juga berkata, masalah yang dihadapimya tiada bezanya dengan krisis Umno lepas akan tetapi bezanya sekarang ini zaman media sosial.
"Dengan media sosial, walaupun anda lakukan seribu kebaikan, hanya satu dua isu yang dimainkan," katanya.

Berhenti kata Melayu dahulu, Tanah Melayu sudah tiada, kata Rafidah Aziz

Tan Sri Rafidah Aziz bertanya mengapa rakyat Malaysia mahu tekankan keMelayuan anda, India atau Cina mereka. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 12 September, 2015. 
Tan Sri Rafidah Aziz bertanya mengapa rakyat Malaysia mahu tekankan keMelayuan anda, India atau Cina mereka.

Melayu patut berhenti memperkenalkan diri mereka mengikut kaum dan menerima yang mereka kini hidup di dalam negara yang majmuk, kata bekas menteri Umno, Tan Sri Rafidah Aziz, menjelang "perhimpunan baju merah" oleh kumpulan Melayu yang akan bermula pada 16 September.
Beliau mengingatkan Melayu yang mereka tidak lagi berdiri di Tanah Melayu atau Malaya, tetapi kini merupakan sebahagian daripada Malaysia, satu negara pelbagai kaum.
"Saya tahu, secara politiknya, ada yang tidak mahu (begitu). 'Saya Melayu dahulu', (kata mereka).

"Di mana negara anda? Tanah Melayu sudah tiada lagi. Kini ia Malaysia," katanya semasa syarahan perdana beliau di Universiti Malaya hari ini.  Beliau berkata Tanah Melayu kemudiannya menjadi Malaysia kerana nenek moyang mereka sedar mereka adalah milik negara yang majmuk rakyatnya.
"Mengapa anda mahu tekankan keMelayuan anda, India atau Cina anda?" soalnya.
Rafidah berkata negara kini sedang melihat pelbagai kumpulan mengadakan protes terhadap satu sama lain kerana mereka diajar untuk bertoleransi dengan kemajmukan, daripada diajar menerimanya.
"Selagi anda hanya belajar untuk bertoleransi, inilah yang akan berlaku: baju kuning menentang baju merah, dan lama-kelamaan akan ada ungu lawan hijau, dan banyak lagi."
Bekas ketua Wanita Umno itu menggesa rakyat Malaysia untuk menghormati satu sama lain dan menerima sentiasa ada perbezaan antara satu sama lain.
"Inilah pembinaan negara: Rasa hormat. Tanpanya, tiadalah negara. Ia akan jadi pembangunan yang tiada semangat.
"Jika anda lihat lagu-lagu yang meningkatkan rasa patriotik kita, ia tidak menimbulkan soal kaum atau etnik.

Ibu Pejabat Umno keluar notis gesa ahli sertai ‘Himpunan Baju Merah’

Ibu pejabat Umno mengeluarkan notis menggesa bahagian di seluruh negara mengumpulkan ahli-ahlinya untuk turun ke "himpunan baju merah".
Langkah ini berbeza dengan kenyataan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak pada Rabu lalu menafikan parti itu menaja himpunan kontroversi tersebut.
Surat yang dilihat The Malaysian Insider, dikeluarkan Ibu Pejabat Umno dan ditandatangani Setiausaha Kerja Datuk Ab Rauf Yusoh. – Gambar The Malaysian Insider, 12 September, 2015. Dalam sepucuk surat dikeluarkan Ibu Pejabat Umno dan ditandatangani Setiausaha Kerja Datuk Ab Rauf Yusoh, mengarahkan wakil semua perhubungan negeri menghadiri satu mesyuarat khas bagi membincangkan persiapan Perhimpunan Rakyat Bersatu, atau dikenali "himpunan baju merah" pada 4 September lalu.

Dalam surat yang dilihat The Malaysian Insider, didapati mesyuarat khas itu diadakan di Menara Dato Onn, Jam 9 pagi. Sumber dalaman Umno memberitahu The Malaysian Insider beberapa bahagian sudah menghantar senarai jumlah ahli yang akan dihantar untuk menghadiri perhimpunan tersebut.

Berdosa ahli Umno kalau tak sokong Najib, ampu MB Pahang

"Berdosa" jika ahli Umno tidak memberikan sokongan penuh mereka kepada Datuk Seri Najib Razak, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.
Bercakap semasa mesyuarat Umno bahagian Pekan hari ini yang dirasmikan Najib, Adnan berkata, presiden Umno itu sudah berbuat banyak kepada parti dan ahli wajib berdiri di belakangnya.
Najib berdepan dengan tekanan untuk meletakkan jawatan disebabkan kontroversi "derma" RM 2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Adnan berkata, Najib menggunakan RM2.6 bilion itu utuk parti dan bukan untuk kegunaan peribadi. "Bagi saya, berdosa jika kita biarkan dia berseorangan sekarang.
"Saya ingin beritahu dia, kita akan bersama, kita akan berdepan dengan masalah ini bersama," kata Adnan.
Adnan juga mengatakan Najib "ikhlas" dalam menguruskan RM2.6 bilion tersebut.
"Ia bukan sahaja digunakan untuk pilihan raya tetapi juga untuk parti. Saya yakin berapa sahaja bakinya akan digunakan untuk parti juga," katanya.

PAS terima ahli Parlimen keluar parti, kata setiausaha agung

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan (ketiga dari kanan) bersama hadirin semasa upacara pembukaan Kongres Rakyat di Shah Alam, Selangor hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 12 September, 2015.  
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan (ketiga dari kanan) bersama hadirin semasa upacara pembukaan Kongres Rakyat di Shah Alam, Selangor hari ini.

Walaupun beberapa ahli Parlimen PAS bertindak keluar parti, setiausaha agung parti Islam itu, Datuk Takiyuddin Hassan berkata mereka tidak menghalang tindakan sedemikian walaupun mengakui agak terkilan.
Takiyuddin berkata ahli Parlimen mahupun pimpinan PAS yang lain berhak untuk membuat keputusan masing-masing sama ada kekal atau meninggalkan parti Islam itu dan mereka tidak akan menyekatnya.
"Kita tidak menghalang atau menyekat ahli Parlimen kita mahupun pimpinan untuk tinggalkan PAS.

"Jadi dalam kes Kamaruddin, kita terima sebagai suatu yang sudah diputuskan walaupun kita sedih, tetapi itu hak untuk buat pilihan sama ada dia ingin bersama dengan PKR," kata Takiyuddin pada sidang media semasa  Kongres Rakyat di Shah Alam pagi ini. Takiyuddin mengulas mengenai tindakan Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar dan bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang keluar PAS dan menyertai PKR semalam.
Takiyuddin juga berkata, tindakan dua pemimpin PAS itu tidak akan menggugat kedudukan parti dan menafikan akan ada beberapa lagi ahli Parlimen lain yang akan membuat langkah sama.
"Tidak ada yang terjejas dalam kedudukan, kita terdiri daripada orang yang berwibawa seperti timbalan presiden, ketua pemuda PAS pusat dan PAS masih berperanan dengan sebaiknya.
"Tidak ada pimpinan lain yang akan keluar," katanya.
Kamaruddin menjadi ahli Parlimen kelima meninggalkan PAS sejak kebelakangan ini.
Empat ahli Parlimen PAS lain yang keluar parti ialah Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Khalid Samad (Shah Alam), Mohamed Hanipa Maidin (Sepang) dan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (Kuala Terengganu) yang menyertai parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (Amanah).
-

Pesaka: Baju Merah bukan kami



Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) Datuk Seri Ali Rustam hari ini berkata perhimpunan dianjurkan pertubuhan itu pada 16 September ini tidak ada kena mengena dengan program Himpunan Maruah Melayu.
Justeru, Ali berkata mana-mana pihak yang mahu mencetuskan keganasan atau kebencian kaum perlu menjauhi acara itu diminta jangan menghadirinya.
"Mana-mana (pihak) yang marah berdasarkan perkauman, yang nak buat kacau, jangan hadir," katanya di sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Himpunan Maruah Melayu - digelar Himpunan Baju Merah - dijadual diadakan pada 16 September ini dan Pesaka pernah dikaitkan sebagai penganjur.
Ali berkata, sesiapa yang ingin menyertai perhimpunan Pesaka berkenaan tidak semestinya memakai baju merah.
"Anda boleh pakai apa saja. Semua rakyat Malaysia dialu-alukan," kata bekas Ketua Menteri Melaka itu.

'PAS ada agenda sendiri'


Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan menempelak Khalid Abdul Samad yang menggesa presidennya mengubah sikap terlebih dahulu sebelum membawa parti berkenaan menyertai gabungan baru pembangkang.
Kata Takiyuddin, Khalid tidak berhak bercakap mengenai isu itu kerana ia membabitkan Presiden PAS.
“Siapa dia (Khalid) nak ubah presiden? Apa jawatan dia (Khalid) dalam GHB (Gerakan Harapan Baru)? Khalid ni dah cakap lama, dari dulu lagi," kata Takiyuddin kepada pemberita di Shah Alam hari ini.
Presiden PAS Abdul Hadi Awang adalah antara peserta Kongres Rakyat yang dibuat untuk membina landasan orang ramai mencari formula menghadapi masalah yang membelenggu ramai.
Khalid sebelum ini berkata GHB boleh menerima kerjasama dengan PAS dalam gabungan baru pembangkang dengan syarat Abdul Hadi mengubah sikapnya yang sebelum ini membelakangkan keputusan ramai dalam Pakatan Rakyat.
Khalid berkata, jika Abdul Hadi masih tetap dengan sikapnya itu, ada kemungkinan sejarah dalam Pakatan berulang lagi.
Mengulas lanjut berhubung penyertaan PAS dalam gabungan baru pembangkang Takiyuddin berkata, parti itu ada agendanya sendiri.
“Kita anggap ia adalah kerjasama baru antara DAP, GHB dan PKR yang perlukan PAS.
"Kita akan bincangkan ke mana kerjasama ini nak dibawa sebab PAS ada agenda sendiri. Ia akan menjadi terma rujukan kita jika dipanggil berbincang,” tambah Takiyuddin.