Jumaat, 11 September 2015

PAS Kelantan perlu beri laporan sebelum ambil tindakan terhadap Kamarudin, kata Hadi

PAS Kelantan perlu mengemukakan laporan terperinci berhubung tindakan ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar yang dilaporkan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata laporan itu perlu dikemukakan terlebih dahulu sebelum PAS Pusat memutuskan tindakan terhadap Kamarudin.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata laporan terperinci berhubung tindakan ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar yang dilaporkan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini perlu dikemukakan terlebih dahulu sebelum PAS Pusat memutuskan tindakan terhadap beliau. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 September, 2015. "Dakwaan boleh dibuat oleh sesiapa," katanya kepada pemberita selepas berucap pada Perhimpunan Pemuda Istiqomah Peringkat Negeri Kelantan di Pasir Puteh, hari ini.

Hadi menegaskan PAS tetap memperakukan bai'ah dan taklik lafaz cerai talak 3 yang dikenakan terhadap setiap ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) dan anggota Parlimen PAS di Kelantan. "Hanya mereka yang tidak yakin dengan perjuangan PAS sahaja yang tidak mahu mematuhinya," katanya.
Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hari ini mengumumkan penyertaan Kamarudin dan bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dalam parti itu. – Bernama

Mat Taib tinggalkan Pas bukan kerana kecewa

Tan Sri Muhammad Muhammad Taib
PETALING JAYA - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib menafikan tindakannya meninggalkan Pas dan bersama PKR bukan kerana kecewa dengan parti Islam itu.

Sebaliknya, beliau mendakwa platform baharu itu mampu menjadi ruang untuknya berjuang lebih baik.

"Tidak ada (kecewa). Ramai yang tinggalkan (Pas). Cuma saya fikir, saya boleh 'perform better' di sini (PKR)," katanya kepada Sinar Online ketika ditemui selepas sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Dalam sidang media tersebut, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan dua ahli Pas,Datuk Kamaruddin Jaafar (Ahli Parlimen Tumpat) dan Muhammad Taib sah menyertai PKR.

Mengulas lanjut soal 'penghijrahannya' itu, Muhammad Taib berkata, semua parti pembangkang perlu bekerjasama dan kukuh untuk menentang BN.

"Kita semua kena kerjasama. Macam di Selangor, PKR punya...ramai yang bertanding, jadi PKR kena kukuh. Mengukuhkan PKR maknanya mengukuhkan PR.

"Tapi kita perlu kepada semua...PKR, Pas, Amanah, DAP kerana kita banyak hadapi...diganggu oleh BN. Jadi, kita kena kukuh," katanya.

Sementara itu, Wan Azizah turut mengumumkan Kamaruddin dilantik sebagai Pengarah Politik dan Dasar manakala Muhammad Taib akan berperanan dalam Biro Penerangan dan Komunikasi khususnya demi mengangkat martabat masyarakat luar bandar termasuk komuniti Felda.

SENARAI PERPINDAHAN PEMAIN POLITIK MALAYSIA MUSIM 2015/2016


DAP
1. Prof Dr. Abdul Aziz Bari (PKR ke DAP)
2. Sheikh Omar Ali (PAS ke DAP)
3. A. Samad Said (Tiada Parti ke DAP)
4. Zulhazmi Shariff (PAS ke DAP)

PKR
1. Datuk Kamaruddin Jaafar (PAS ke PKR)
2. Tan Sri Muhammad B Muhd Taib (PAS ke PKR)
3. Wan Ji Wan Hussin (PAS ke PKR)
4. Ahmad Syukri Razab (Tiada Parti ke PKR)

PAN
1. Ustaz Ahmad Awang (PAS ke PAN)
2. Hj Mohamad Sabu (PAS ke PAN)
3. Hj Salahuddin Ayub (PAS ke PAN)
4. YB Khalid Samad (PAS ke PAN)
5. YB Mujahid Yusuf Rawa (PAS ke PAN)
6. YB Dr. Siti Mariah Mahmud (PAS ke PAN)
7. YB Dr. Hatta Bin Ramli (PAS ke PAN)
8. YB Dato Raja Kamarul Bahrin (PAS ke PAN)
9. YB Hanipa Maidin (PAS ke PAN)
10. YB Saari Sungip (PAS ke PAN)
11. YB Hasnul Baharuddin (PAS ke PAN)
12. YB Ir. Hj Nizar Jamaluddin (PAS ke PAN)
13. YB Aminolhuda Hassan (PAS ke PAN)
14. YB Dato’ Pahrolrazi Zawawi (PAS ke PAN)
15. YB Syed Hamid Syed Mohamed (PAS ke PAN)
16. Hj Anuar Tahir (PAS ke PAN)
17. Dr. Dzulkefly Ahmad (PAS ke PAN)
18. Mazlan Aliman (PAS ke PAN)
19. Mohd Sany Hamzan (PAS ke PAN)
20. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (PAS ke PAN)
21. Suhaizan Kaiat (PAS ke PAN)
22. Hj Asmuni Awi (PAS ke PAN)
23. Hj Adly Zahari (PAS ke PAN)
24. Aiman Athirah Al Jundi (PAS ke PAN)
25. Ir. Izham Hashim (PAS ke PAN)
27. Zulkefly Mohamad Omar (PAS ke PAN)
28. Faiz Fadzil Noor (PAS ke PAN)
29. Dato’ Wan Rahim Wan Abdullah (PAS ke PAN)
30. Hj Mohd Taufek Abd Ghani (PAS ke PAN)
31. Dr. Ismail Salleh (PAS ke PAN)

PAS 
1. Sum Cheok Leng (DAP ke PAS)
Rumours
1. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Bebas ke PAS)
2. Mustafa Kamil Ayub (PKR ke PAS)

Altantuya kembali menghantui Malaysia melalui dokumentari baru

oleh V Shuman
Model Mongolia Altantuya Shaaribuu terus menghantui Malaysia, hampir 10 tahun selepas dia di bunuh kejam oleh dua orang komando polis.
Al-Jazeera kini mengeluarkan dokumentari eksklusif selama 26 minit, berjudul “Murder in Malaysia”, membangkitkan kembali kes wanita berusia 28 tahun itu.
Video tersebut menimbulkan beberapa perkara yang penting, termasuklah pembunuh- Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri, bertindak mengikut arahan dan menjadi “kambing hitam”  orang lain yang mengarahkan pembunuhan itu.
Anda sedar yang pembunuhan kejam itu masih lagi merupakan isu yang sensitif di sini,  kerana walaupun selepas hampir 10 tahun berlalu, apabila wartawan penyiaran yang mengacarakan dokumentari itu- warga Australia Mary Ann Jolley, diusir keluar dari Malaysia apabila dia berada di sini untuk melakukan siasatan lanjut.
Ia menampilkan temubual dengan bapa Altantuya, Shaariibuu Setey, yang bersumpah akan mencari keadilan untuk anaknya, tanpa mempedulikan apa kesannya.
Ia bermula dengan menunjukan bahagian lain kehidupan Altantuya- seorang wanita berdikari, ibu dan anak penyayang, yang akhirnya menemui ajal di negara asing, kerana hubungan sulit dengan lelaki yang sangat berpengaruh.
Dokumentari berani itu juga menimbulkan kembali kemungkinan hubungannya dengan Abdul Razak Baginda, yang juga ditahan kerana pembunuhan itu walaupun selepas itu dibebaskan tanpa perlu dibicarakan.
Cynthia GabrielCynthia Gabriel
P BalasubramaniamP Balasubramaniam
Juga terdapat temubual dengan Cynthia Gabriel, pengarah eksekutif Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4), bercakap selaku bekas aktivis badan pemantau hak asasi manusia Suaram, yang mengekalkan dakwaannya bahawa pembunuhan itu berkait rapat dengan pembelian dua buah kapal selam Scorpene oleh Malaysia dari Perancis.
Dokumentari itu juga menyentuh misteri pengakuan yang bertukar-tukar oleh mendiang penyiasat peribadi P Balasubramaniam, yang juga merupakan pegawai keselamatan Abdul Razak.
Pertama kali Balasubramaniam membuat pengakuan bersumpah mengaitkan Abdul Razak dengan Altantuya, tetapi menariknya dua hari kemudian, dikatakan kerana akuan bersumpah itu dibuat di bawah tekanan.
Isterinya A Santamil Selvi mengisahkan hari-hari penarikan akuan bersumpahnya dan akhirnya kembara mereka menghilangkan diri ke India selama hampir lima tahun.

‘Perhimpunan baju merah’ jadikan Melayu bahan ketawa, kata Zaid Ibrahim

Matlamat "perhimpunan baju merah" pada 16 September ini adalah kebudak-budakan dan hanya akan menjadikan orang Melayu sebagai bahan ketawa, kata bekas menteri Umno Datuk Zaid Ibrahim hari ini.
Menulis dalam blognya, Zaid berkata perhimpunan itu seharusnya menjadikan desakan kepada peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib sebagai keutamaan jika ia benar-benar mahu menebus maruah bangsa Melayu.
Tetapi sebaliknya, perhimpunan itu hanya berhasrat memberi amaran kepada orang Cina supaya tidak bersikap kurang ajar berikutan perhimpunan Bersih 4 dan bertujuan menunjukkan kekuatan orang Melayu dengan berkumpul dan menjerit di jalanan, tulisnya.

"Kedua-dua alasan untuk perhimpunan baju merah ini kebudak-budakan dan keanak-anakan serta hanya akan membuat orang Melayu menjadi bahan ketawa masyarakat," tulisnya di bawah entri bertajuk "Perhimpunan Baju Merah".

ADUN lompat parti tidak jejas Selangor - Azmin

Azmin menegaskan tidak timbul sebarang isu berkenaan kemasukan ADUN Pas ke Parti Amanah Negara kerana mereka saling bekerjasama.
azmin-ali_pan_selangor_600
PETALING JAYA: Kedudukan kerajaan negeri Selangor tidak terjejas meskipun terdapat Ahli Dewan Undangan (ADUN) Pas membuat keputusan untuk menyertai Parti Amanah Negara (PAN).
Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menegaskan apa yang berlaku tidak menjadi isu kerana mereka saling bekerjasama.
“Tidak timbul isu itu (kemasukan ADUN Pas ke PAN). Amanah, Keadilan kami kini bekerjasama. Yang penting kita pimpinan mesti menjadi contoh. Mandat diberikan oleh rakyat itu untuk kita bekerja dan mandat di Selangor ini besar.
“Saya dan rakan-rakan tak boleh mengkhianati mandat yang telah diberikan oleh rakyat. Fokusnya adalah kepada dasar bersama yang dipersetujui untuk berkhidmat kepada orang ramai. Itu fokus saya,” katanya kepada pemberita selepas sidang media di ibu pejabat PKR pada Jumaat.
Dalam pada itu mengulas mengenai pendirian PKR mengenai Pas dan DAP yang tidak mahu bersatu dalam gabungan Pakatan Rakyat 2.0, Azmin berkata, itu merupakan pandangan kedua-dua parti itu.
Katanya, parti itu terbuka kepada semua parti yang ada dan komited untuk melakukan perubahan.
“Itu merupakan pendirian yang konsisten daripada Keadilan sejak kami mereformasikan parti,” katanya.

Zainal cabar KJ gantung FAM

Zainal Abidin Hassan
“SAYA cabar beliau (KJ) untuk menggantung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu minggu ini.

Itu reaksi Timbalan Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia, Zainal Abidin Hassan terhadap kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang ingin menggantung badan induk itu.

Bekas pemain kebangsaan itu turut menyifatkan tindakan dan kenyataan menteri tersebut merimaskan dan dianggap kebudak-budakan selain memburukkan lagi keadaan.

“Kita tahu betapa sedihnya situasi bola sepak dan jika beliau benar-benar mempunyai kuasa dan mempunyai tujuan yang baik untuk bola sepak, gantung lah FAM dalam masa seminggu ini dan kita tengok apa kebaikannya dan kalau baik, saya dan rakan sejawat terima kalau digantung demi kebaikan bola sepak.

“Saya sebagai seorang yang dah lama dalam bola sepak ini sudah naik rimas dengan kenyataan beliau sebegitu di dalam surat khabar,” katanya di Kuantan, hari ini.

Menurutnya, KJ selaku menteri tahu undang-undang dan syarat yang perlu diatasi dan bukan mengeluarkan kenyataan sebegitu.

Kita mahu bawa Islam ke Putrajaya - Presiden PAS


PASIR PUTEH: Usaha PAS untuk mendaulatkan Islam mendapat tentangan parti lawan dan kawan.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata kesukaran Kerajaan Kelantan melaksanakan Kanun Jenayah Syariah kerana tidak mendapat sokongan kawan dan lawan.

"Kita berkawan untuk menang Putrajaya bagi membolehkan Islam didaulatkan.

"Kita mahu bawa Islam ke Putrajaya, namun malangnya ada kawan dan lawan yang tidak senang dengan usaha itu," katanya pada amanat sempena Himpunan Anak Muda Istiqamah (Hamasah) 2015 di padang Majlis Daerah Pasir Puteh petang tadi.

Menurutnya, orang Melayu Islam kena yakin dengan agama Islam.

Ahli Parlimen Marang itu menambah, kalau hanya Melayu yang tegak Islam tidak tahu entah ke mana.

Beliau berkata, hanya apabila Islam dapat ditegakkan barulah Melayu dan bangsa-bangsa lain juga akan selamat.

Tuan Guru Abdul Hadi turut menegaskan biarpun ada wakil-wakil rakyat PAS pergi meninggalkan parti, namun tunas-tunas baru sekarang semakin banyak yang tumbuh.

Puluhan ribu sertai Himpunan Anak Muda Istiqamah

PASIR PUTEH: Puluhan ribu anak muda menyertai Himpunan Anak Muda Istiqamah (Hamasah) 2015 di padang Majlis Daerah Pasir Puteh petang ini.

Padang sendat dengan kehadiran anak-anak muda dari seluruh Kelantan.

Ramai yang datang berkonvoi motosikal. Himpunan anak muda bermula jam 8 pagi dengan acara pertama himpunan pendekar muda.

Program petang ini yang bermula jam 5.00 petang tambah meriah dengan kehadiran Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Hadir sama Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, timbalannya, Muhammad Khalil Abdul Hadi, naib Khairil Nizam Khirudin dan Ketua Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari serta anggota exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood.

Pagi tadi turut diadakan program himpunan guru-guru Pasti, pembahagian beras al-itaam, persembahan motosikal kuasa besar, pertunjukan autoshow dan pelancaran ARC Kelantan oleh Abdul Fattah.

GANJARAN HIMPUNAN BAJU MERAH, SIAPA BAKAL JADI MENTERI SELEPAS INI?

Apa pun hujah dan alasan yang cuba diberikan mengenai himpunan baju merah pada 16 September, ia tetap tidak dapat lari daripada agenda UMNO untuk mempertahankan kedudukan Perdana Menteri, Najib Razak.

Najib yang bermasalah berikutan isu 1MDB dan "onar"  menerima wang RM2,600 juta yang disifatkan "duit haram" oleh Tun Mahathir Mohamad, memilih himpunan merah ini untuk membuktikan beliau tidak terjejas apa-apa dengan dua isu besar itu.

Daripada kedua-dua masalah yang dihadapi Najib itu diletakkan sebagai beban UMNO memikulnya sebelum ini, ia kini cuba dialihkan kepada isu perpaduan Melayu, kebangkitan Melayu, maruah Melayu dan seumpamanya dengan matlamat agar seluruh orang Melayu turut sama menanggung perbuatan Najib itu.

Setelah mesyuarat perwakilan UMNO bahagian-bahagian yang baru berakhir menunjukkan adanya kocakan tidak bersetuju dengan Najib sehingga ada usul memintanya bercuti atau berehat buat sementara waktu sehingga siasatan mengenai 1MDB dan wang RM2,600 juta diselesaikan, satu-satunya cara untuk menunjukkan Perdana Menteri masih dikehendaki ialah melalui himpunan baju merah ini.

Lantaran itu, Najib akan melakukan apa saja, termasuk mengeluarkan belanja tak terhad bagi memastikan sokongan memihak kepadanya terserlah melalui himpunan baju merah.

Alasan himpunan Bersih 4 yang kebetulan lebih ramai bukan Melayu menghadirinya dan lebih bergema desakan meminta Najib berundur telah dijadikan alasan terbaik untuk menghimpunkan orang-orang Melayu untuk mempertahankan Najib pula.

Selain penglibatan beberapa watak yang rapat dengan UMNO di sebalik himpunan baju merah yang diletakkan atas nama gabungan NGO-NGO, maklumat mengenai kerahan kehadiran melibatkan beberapa pemimpin dan seluruh UMNO bahagian-bahagian juga bukanlah rahsia lagi.

Ada laporan mengatakan sebuah mesyuarat di ibu pejabat UMNO yang dihadiri oleh beberapa pemimpin tertinggi UMNO, antaranya Setiausaha Kerja, Abd Rauf Jusoh, ahli MT Annuar Musa dan beberapa yang lain telah diadakan untuk menyelaras kehadiran ahli UMNO seluruh negara ke program 16 September itu.

Pas tak curi ahli parti lain, kata Hadi

PASIR PUTEH - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mendapatkan maklumat terperinci daripada Pas Kelantan berhubung tindakan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar yang mengumumkan menyertai PKR hari ini.
 
"Kita akan mendapatkan makulmat daripada Pas Kelantan terlebih dahulu mengenai perkara itu, yang pasti perjuangan Pas dalam menegakkan Islam tidak terjejas," katanya.
ABDUL HADI AWANG  
Menurutnya, wakil rakyat Pas yang yakin dengan bai'ah yang dibuat tidak akan bertindak sedemikian.
 
Pas katanya, tetap berpendirian untuk tidak 'mencuri' ahli parti lain melainkan ahli itu bertindak keluar dari partinya.
 
"Kita tak akan curi ahli, calon atau wakil rakyat dari parti lain," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat pada program Himpunan Anak Muda Istiqamah (Hamasah) 2015 di Padang Majlis Daerah Pasir Puteh di sini, hari ini.
 
Ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Pengerusi Parti Pekerja Malaysia Kelantan, Datuk Wan Rahim Abdullah mengenai kemungkinan beberapa wakil rakyat Pas menyertai parti itu, Abdul Hadi berkata, itu hanya dakwaan.
 
Sementara itu dalam amanatnya, Abdul Hadi menegaskan satu pemimpin 'dicuri' akan digantikan dengan banyak tunas baharu.
 
"Satu ranting patah, banyak tunas baharu akan tumbuh, Pas tidak mati dan cahaya perjuangan Islam tidak mudah untuk dipadamkan.
 
"Walaupun dihalang menegakkan Islam oleh lawan dan kawan, Pas tetap dengan pendirian tersebut, Pas mahu ke Putrajaya dengan membawa Islam," katanya.

Tindakan polis memanjangkan hayat Bersih

oleh Hazlan Zakaria
Walaupun polis berjaya menjadikan Bersih kurang “perjuangan” dan “tidak berbaloi” dengan tidak mencetuskan sebarang tindakan ke atas peserta dan penganjur sewaktu perhimpunan, mereka sebenarnya membantu memanjangkan jangka hayat dan tarikan pergerakan itu dengan meneruskan pendakwaan ke atas mereka.
Sehingga kini, pihak polis telah memanggil penganjur Bersih untuk soal siasat, mendakwa sebilangan mereka untuk perhimpunan yang berkaitan dengan tuntutan yang dilakukan Bersih dan memanggil orang yang biasa disyaki; politikus pembangkang dan aktivis yang akan disoal siasat dan didakwa untuk kesalahan berkaitan.

Seolah-olah polis sengaja membantu memanjangkan jangka hayat Bersih 2.0 dalam berita dan menjadikan pemimpinnya dan politikus pembangkang yang licik bak perwira dalam perjuangan mereka.
Walaupun tidak semua baik, pendakwaan tetap pendakwaan dan akan mempunyai kesan buruk kepada aktivis dan politikus terbabit. Bagaimanapun, ia juga menyebabkan matlamat mereka menjadi lebih dikenali dan memberikan mereka masa dan ruang dalam media yang lebih lama.
Lagipun di negara seperti Malaysia, salah satu tanda keberanian dan petanda pergerakan masyarakat sivil yang dikenali adalah apabila salah seorang ahlinya didakwa oleh kuasa pemerintah, kerana ia bermaksud perjuangan mereka mendatangkan kesan.
Malah sebilangan politikus dan aktivis hidup semata-mata untuk dikenakan tindakan pihak berkuasa.
Pihak polis sewajarnya mengingati yang tidak peduli adalah satu rahmat.
Kaedah terbaik untuk mengabaikan sesuatu apabila anda tidak selesa denganya kadang-kadang ialah berpura-pura ianya tidak wujud.
Malah kadang-kadang cara terbaik untuk berdepan dengan masalah yang berlanjutan ialah membenarkan ia berlaku mengikut kehendaknya seperti mengalami selesema.
Lagipun, aktivis bukanlah penjenayah merbahaya.

Biarkan baju merah berarak- di bawah kawalan ketat polis

oleh V Shuman
Benarlah baju merah dijangka akan berarak, pada 16 September.
Walaupun polis telah mengisytiharkan yang perhimpunan anti-Bersih itu haram.
Salleh KeruakSalleh Keruak
Menteri Komunikasi dan Multimedia Salleh Said Keruak kini berkata yang laman sesawang mempromosikan perarakan baju merah akan disekat, “sekiranya bantahan itu dianggap haram.”
Salleh berkata dia akan menunggu pengumuman rasmi dari polis berkenaan hal itu.
“Kami akan mengawal laman seperti yang kami lakukan kepada Bersih 4. SKMM akan bertindak sekiranya perhimpunan itu haram,” Malaysiakini memetiknya  berkata.
“Setakat ini polis masih belum membuat keputusan dan saya diberitahu yang penganjur masih dalam proses meminta kebenaran.”
Mungkin agaknya Salleh terlepas pandang kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Noor Rashid Ibrahim pada 7 September yang perhimpunan Hari Malaysia melanggar undang-undang.
Perlukah menunggu kepastian yang lain?
Juga, apakah gunanya “mengawal” dan menyekat laman sesawang yang menjual tshirt, sedangkan ia dijual secara terbuka di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semasa mesyuarat majlis tertinggi Umno pada malam Rabu lepas?
Mengapakah polis tidak menghalang kumpulan yang menjual tshirt untuk perhimpunan “haram”?
Polis juga terperangkap di tengah-tengah dalam usaha menghalang kelompok ini berhimpun, kerana Perdana Menteri Najib Razak dan timbalannya Ahmad Zahid Hamidi telah memberikan keizinan perhimpunan di adakan- dalam kes Zahid, secara tidak langsung.
Maka kerana itu, pihak polis tidak mempunyai pilihan selain membenarkan perhimpunan diteruskan, sepertimana Bersih 4.
Bagaimanapun, sikap pilih kasih diamalkan oleh Putrajaya dalam kes ini sangat jelas.
Tindakan-tindakan keras untuk menghalang Bersih beberapa hari sebelum perarakan di adakan, malah Kementerian Dalam Negeri mencuba setiap helah dalam buku untuk menghalangnya berlaku.
Menyekat laman sesawang Bersih, dan mengharamkan baju kuning- anda namakan sahaja, mereka lakukan semuanya.
Tetapi rakyat Malaysia masih berhimpun walaupun wujud halangan, dan sejarah tercipta.
Kembali ke masa kini, kita hanya melihat anggukan membenarkan dari mereka yang berkuasa, untuk baju merah berarak. Kerana itu, kita tahu kenyataan dari Salleh hanyalah sandiwara.

Antara DAP atau PAS: PKR perlu buat keputusan segera

oleh Alyaa Alhadjri
Walaupun mungkin dikatakan mempunyai niat mulia, berfikiran terbuka dan lapang dada buat masa sekarang, realiti akar umbi adalah PKR perlu membuat keputusan segera antara DAP atau PAS yang akan menyertai pakatan pembangkang, atau mereka boleh melupakan keinginan menakluk Putrajaya.
Sekiranya satu-satunya cara yang sah untuk menjatuhkan Perdana Menteri Najib Razak dan kerajaan Barisan Nasional adalah melalui kotak pengundian PRU 14, mana-mana parti yang menyimpan impian sedemikian perlu menumpukan usaha ke arah mengekalkan sistem dua parti yang wujud kini.
Samada pakatan Pembangkang secara rasmi ditubuhkan atau tidak dan nama baru mungkin menjadi perkara pertimbangan kedua, selagi mana ada pemahaman bersama yang musuh bersama mereka adalah BN.

Sejarah pilihanraya Malaysia setakat ini telah membuktikan yang penglibatan calon bebas tidak memberikan kesan kepada pola pengundian, mereka yang bertanding di bawah bendera parti sedia ada seperti PAS mempunyai lebih tinggi peluang, terutama sekali sekiranya mereka adalah penyandang terdahulu kerusi tersebut.
Dalam apa juga keadaan, semua parti pembangkang akan melakukan yang lebih baik dengan meminimumkan risiko pertembungan tiga penjuru antara PAS dan BN, kerana kegagalan berbuat demikian hanya akan menyaksikan mereka berdepan risiko undi terpecah.

Penyertaan Kamaruddin, Mat Taib dalam PKR cepatkan Pakatan 2.0, kata Amanah

Tindakan dua bekas pemimpin kanan PAS menyertai PKR hari ini diharap akan mempercepatkan pembentukan Pakatan Rakyat 2.0, kata Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah), Salahuddin Ayub hari ini.
Beliau menyifatkan keputusan yang dibuat Datuk Kamaruddin Jaafar dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib itu sebagai "pilihan individu" itu sendiri, ketika diminta mengulas perkembangan itu pada satu majlis menerima keahlian baru Amanah hari ini.
Timbalan Pengerusi Amanah Salahuddin Ayub (kiri) berkata penyertaan Datuk Kamaruddin Jaafar dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib dalam Pakatan 2.0 akan mempercepatkan pembentukannya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 11 September, 2015.
"Mereka mempunyai banyak pengalaman. Apa pun, kami harap penyertaan mereka dalam PKR bermakna pembentukan Pakatan Rakyat 2.0 akan berlaku lebih cepat," kata Salahuddin.

Kamaruddin dan Muhammad sebelum ini dilihat pemerhati politik lebih cenderung menyokong Amanah, yang merupakan kumpulan serpihan dibentuk ahli PAS selepas Pakatan Rakyat berpecah awal tahun ini. Bagaimanapun, mereka akhirnya membuat keputusan menyertai PKR seperti diumumkan pada satu majlis di ibu pejabat PKR pagi ini, dan bukannya Amanah, parti politik berorientasikan Islam dikatakan bakal menggantikan PAS dalam pakatan pembangkang yang baharu.

Lebih 100 peguam sertai Amanah tubuhkan biro undang-undang

Lebih 100 peguam menyertai Parti Amanah Negara (Amanah), ketika parti politik yang akan dibentuk secara rasmi tidak lama lagi itu dalam proses menjadi sebuah badan yang dianggotai para profesional menjelang pelancarannya dijadualkan minggu depan.
Sekumpulan lebih 100 peguam yang diketuai Fazaruddin Sujairi Md Radzi, menyerahkan borang keahlian kepada Timbalan Pengerusi Amanah Salahuddin Ayub pada satu majlis di Taman Melawati hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 11 September, 2015. Diketuai Fazaruddin Sujairi Md Radzi, kumpulan peguam itu menyerahkan borang keahlian kepada Timbalan Pengerusi Amanah Salahuddin Ayub pada satu majlis di Taman Melawati hari ini.
Kebanyakan mereka bekas ahli PAS, selainnya terdapat juga bekas ahli badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), dan bakinya adalah pemerhati pada perhimpunan Bersih 4 bulan lalu.

Peguam-peguam ini akan membantu dalam pembentukan biro undang-undang Amanah sebelum parti itu dilancarkan 16 September ini.

Kenapa usir wartawan Al Jazeera kerana dokumentari Altantuya, soal Kit Siang

Pengusiran seorang wartawan Al Jazeera yang sedang membongkar persoalan dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu menimbulkan tandatanya mengapa ia begitu sensitif kepada pihak berkuasa Malaysia, kata Lim Kit Siang.
Ketua Parlimen DAP itu berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sepatutnya boleh berdepan dengan persoalan yang dibangkitkan wartawan itu jika beliau tiada kaitan dengan wanita Mongolia itu atau kes tahun 2006 itu.
"Mengapa kes pembunuhan Altantuya begitu sensitif hinggakan wartawan program hal ehwal semasa 101 Asia Timur Al Jazeera, Mary Ann Jolley, terpaksa dihantar pulang ketika dia membuat laporan berbentuk penyiasatan mengenai pembunuhan kejam itu?

"Adakah laporan penyiasatan ke dalam kes pembunuhan Altantuya tidak boleh disentuh di Malaysia, bagi mana-mana wartawan, cetak mahupun atas talian, tempatan atau luar negara?" soalnya dalam satu kenyataan. Beliau bertanya sama ada Najib akan mengarahkan pihak polis membuka semula siasatan pembunuhan Altantuya selepas pembongkaran dokumentari itu, yang disiarkan hari ini Al Jazeera.
Lim berkata dokumentari itu memberikan "bukti baru" yang mungkin membawa kepada penemuan motif di sebalik pembunuhan itu, tetapi tidak mengulas lanjut.

Altantuya: Polis siasat wartawan Al Jazeera


Polis akan menyiasat wartawan Al Jazeera, Mary Ann Jolley berhubung laporan yang dibuatnya mengenai pembunuhan Altantuya Shaaribuu.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata siasatan akan dibuat ke atas wartawan berpangkalan di Australia itu mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana membuat kenyataan dengan niat mahu menyebabkan ketakutan kepada orang awam.
Khalid juga menafikan dakwaan terkandung dalam program mingguan Al Jazeera, 101 East yang berjudul Murder in Malaysia.
Antara lain laporan itu mendakwa Sirul Azhar - yang disabitkan kesalahan membunuh Altantuya - cuba memeras ugut Datuk Seri Najib Razak.
Dakwaan itu dibuat berdasarkan sari pati diperoleh daripada telefon genggam bekas komando polis berkenaan.
"Siasatan polis tidak pernah menunjukkan ada cubaan memeras ugut perdana menteri atau seumpamanya," kata Khalid kepada Malaysiakini.
Tak boleh cakap
Khalid juga berang dengan laporan itu yang memetik sumber keluarga Sirul Azhar yang dirahsiakan.
Melalui invididu itu penonton 101 East diberitahu kononnya Abdul Razak Baginda yang menarik pemicu bagi membunuh wanita Mongolia terbabit.
"Ini semua mengarut. Ia adalah dakwaan tidak berasas untuk mengelirukan orang ramai.
"Siasatan rapi polis tidak menemui apa-apa bukti menunjukkan Abdul Razak ada di tempat kejadian," katanya.

DEIG: Tiada kesalahan rasuah ditemui, kata SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setakat ini tidak menemui sebarang kesalahan rasuah berhubung isu membabitkan Darul Ehsan Investment (DEIG).
Dalam satu kenyataan hari ini, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Simi Abdul Ghani menafikan pihaknya tidak mengambil sebarang tindakan berhubung isu status penubuhan DEIG yang menimbulkan persoalan pelbagai pihak.
 SPRM, katanya, telah mengambil tindakan proaktif sebaik sahaja isu penubuhan DEIG itu dilaporkan media pada 19 Ogos lalu.
Beliau berkata, SPRM telah menemubual beberapa saksi serta mengambil dokumen berkaitan.
"Setakat ini, SPRM tidak menemui sebarang kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 (ASPRM 2009) dan tidak bercadang untuk mengambil tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan.
Firma baru itu yang ditubuhkan dengan modal berbayar RM2, akan mengambil alih pengurusan aset, yang diletakkan di bawah Menteri Besar Incorporated (MBI), yang memiliki sepenuhnya DEIG.
Ini menimbulkan kebimbangan pihak pembangkang di Selangor, kerana mereka khuatir ia boleh terdedah kepada penyalahgunaan dana.

Quit if cops object to 'red shirt' rally, Ali Tinju tells IGP

Gabungan NGO rayu Agong halang demo ‘baju merah’

Anina: Suara Akar Umbi Menggegar Pucuk Pimpinan

Sidang Media: Kamarudin Jaffar, Mat Taib sertai PKR

PKR tidak akan memulaukan PAS - Azmin

'Ada baju merah tak setuju dengan pemerintahan'

Lebih 100 peguam serah borang sertai parti AMANAH

'Pemimpin PAS sertai PKR percepat Pakatan 2.0'

Salahuddin: Tanya Hadi, PAS sertai Pakatan 2.0 atau tak?

Bagaimana menilai kestabilan politik negara ini?

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Ahmad Maslan ada caranya – dengar dengan telinga sendiri pandangan pelabur.
Beliau hari ini mengambil kesempatan menceritakan pengalamannya dimaklumkan perkara itu oleh pemimpin syarikat Denmark dan Jepun kepadanya ketika hadir dalam acara syarikat baru-baru ini.
“Sewaktu di meja makan saya bertanya kepada CEO (ketua pegawai eksekutif) syarikat, mengapa mereka memilih Malaysia untuk melabur?
“Jawapan beliau ialah kerana kestabilan politik, prasarana seperti lebuhraya, lapangan terbang dan pelabuhan yang baik serta pelbagai insentif diberikan.
“Tinggi rupanya nilai kestabilan politik negara ini pada kaca mata mereka,” kata Ahmad di Facebook beliau hari ini.
Beliau menceritakan perbualannya dengan ketua pegawai eksekutif syarikat Denmark, GN Resound di Kulai, Johor pada 2 September lalu.
Sebagai bukti kepada keyakinan pelabur, Ahmad membangkitkan nilai pelaburan diluluskan kerajaan yang diumumkan kementeriannya untuk separuh pertama tahun 2015 sebanyak RR113.5 bilion dan pada separuh pertama 2014 dengan angka RM112 bilion.
“Ia juga menunjukkan bahawa bukan semata-mata kepandaian kita berniaga yang menjadi tarikan pelabur, tapi kombinasi dengan kebijaksanaan kita mentadbir yang diterajui oleh DS Mohd Najib (Razak), perdana menteri yang berjaya menjaga kestabilan politik dan kemakmuran di negara ini,” katanya.

Marah kepada Najib tidak jejas maruah Melayu - Anina

Dalam sindirinnya Anina menulis orang Melayu tidak perlu turun ke jalanan untuk menuntut hak sekiranya Presiden UMNO seorang yang berwibawa
Anina-Saaduiddin,-najib
PETALING JAYA: Maruah orang Melayu tidak tercemar hanya kerana marahkan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Sebaliknya, ia akan menjadi memalukan apabila orang Melayu yang mana partinya menjadi pemerintah terpaksa turun ke jalanan untuk membela maruah bangsa.
Dalam sindirannya di laman Facebook, bekas ahli Wanita UMNO Padang Mat Sirat, Anina Saadudin berkata sepatutnya maruah orang Melayu dijaga pemimpin tertinggi parti itu.
Bagaimanapun disebabkan kepimpinan yang lemah mereka terpaksa turun ke jalanan untuk membela hak.
“Saya harap pemimpin UMNO hentikanlah bercakap seolah-olah mereka tidak menghalang rakyat menyertai Himpunan Baju Merah. Ia sudah terlalu cliche kini. Tak perlu retorik yang memualkan,” sindirnya.
Katanya lagi, tindakan untuk turun ke jalanan bertentangan dengan Perlembagaan UMNO kerana bersifat perkauman.
Jelas Anina, jika dirujuk ke fasal 3.6 Perlembagaan UMNO, ia dengan jelas tertulis asas penubuhan UMNO di mana ia bukan sahaja untuk membela orang Melayu tetapi juga untuk menjaga keharmonian kaum lain di negara ini.
“Jelas sekali perhimpunan baju merah ini berunsur perkauman dan hanya disertai oleh orang Melayu selain membangkitkan semangat orang Melayu melalui jalanan. Laungan yang digembar-gemburkan berbaur perkauman. Saya tidak boleh bersetuju dengan hal ini kerana boleh memecah belahkan kaum,” katanya.

Razman mohon maaf jika Nizar tersinggung


IPOH: Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria hari ini menafikan beliau berniat memfitnah Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Menurut beliau, kenyataannya di dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 2 Jun 2025 di bawah tajuk "Pendekatan Nizar Mirip DAP" dibuat tanpa berniat untuk memfitnah Adun Changkat Jering itu.

Sebaliknya, katanya, pernyataan tersebut adalah merupakan jawapan terhadap soalan yang dikemukakan wartawan akhbar berkenaan kepadanya.

"Ia dibuat tanpa berniat untuk memfitnah Datuk Seri Nizar, sekiranya beliau merasa tersinggung dengan kenyataan tersebut saya mohon maaf," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau mengesahkan telah menerima writ saman bertarikh 19 Ogos 2015 dan pernyataan tuntutan bertarikh 14 Ogos 2015 daripada Tetuan Awi & Co yang mewakili Datuk Seri Nizar.

"Baju Merah": 'Kalau Pas tak nak 'join', Pas punya pasal lah' kata Jamal

KUALA LUMPUR - ‎"(Sama ada) Pas nak join (ikut serta), Pas tak nak join, itu Pas punya pasal lah!," demikian tegas Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia, Datuk Jamal Md Yunus.

Jamal berkata sedemikian ketika ditanya mengenai penolakan penyertaan Pas terhadap Himpunan Rakyat Bersatu yang bakal diadakan di sekitar ibu kota pada 16 September depan.

‎Pas pada Selasa menerusi Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan mengesahkan pengecualian penyertaan mereka dalam Himpunan Rakyat Bersatu yang akan berlangsung pada 16 September depan.

Menurut Takiyuddin, pihaknya tidak dihubungi atau tidak menerima sebarang jemputan rasmi mengenai himpunan tersebut.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada hari sama berkata, Pas akan menilai matlamat dan penganjuran perhimpunan tersebut sebelum memutuskan untuk turut serta atau sebaliknya.

PKR tidak derhaka kepada Pas Kelantan - Roslan Puteh


PKR

GUA MUSANG - PKR Kelantan tidak akan derhaka kepada Pas negeri itu yang mentadbir kerajaan negeri Kelantan kerana kemenangan Pilihan Raya Umum (PRU) lalu adalah kemenangan bersama.

Bagaimanapun, menurut Timbalan Pengerusi Majlis Pemimpin Negeri (MPN) PKR Kelantan, Roslan Puteh, PKR Kelantan tetap berpendirian memberi sokongan sama kepada parti baharu Parti Amanah Negara (Amanah).

Beliau berkata, ini kerana parti baharu yang bakal ditubuhkan itu adalah gabungan parti pembangkang di negara ini walaupun senario politik DAP dan Pas ada masalah di peringkat pusat.

"Kita tetap bersama Pas di Kelantan kerana banyak ahli PKR yang dilantik sebagai penghulu atas dasar politik, tetapi di luarkan Kelantan kita menyerahkan segala-galanya kepada pucuk pimpinan.

"Segala ceramah anjuran parti Amanah di Kelantan juga kita tidak akan membantunya kerana hormat kepada Pas, sebaliknya jika di luar Kelantan kita boleh naik pentas untuk berceramah,"katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Gua Musang kali ke 10/2015 di Pejabat Keadilan Cabang Gua Musang, di sini, pagi semalam.

PR 2.0 : ‘Kita bincanglah’, kata Azmin


Azmin Ali

PETALING JAYA - Semua parti pembangkang bakal diajak berbincang dalam misi membentuk gabungan baharu, PR 2.0 kata Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.
 
Menurutnya, parti itu sedia menerima mana-mana parti yang komited dengan perubahan. 
 
"Tak apa lah, PKR telah menjadi parti yang sangat inklusif dari dulu lagi. Kita terbuka kepada semua parti, semua individu yang mahu perubahan, yang komited untuk 'reform agenda'. 
 
"Mesti bincang. Kita kena bincang sebab itu Presiden PKR (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) kata dalam kenyataan sebelum ini, setelah dia bertemu dengan Amanah, dia akan bertemu dengan Pas dan DAP. Kita kena teruskan perbincangan. Ini adalah proses," katanya kepada pemberita setelah sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas soal keengganan DAP dan Pas berdamai untuk membentuk PR 2.0.
 
Mengulas lanjut, Azmin yang juga Menteri Besar Selangor berkata, kerja menguruskan sesuatu gabungan

Khutbah tegur pemimpin komen agama lain sesuka hati

Khutbah Jumaat hari ini mengetengahkan isu perpaduan dan tolak ansur bagi mengelakkan ketegangan kaum dan agama.
Bersempena sambutan Hari Merdeka Rabu depan, khutbah menegur pemimpin yang memberi komenter terhadap agama lain sesuka hati di media sosial.
“Manakan tidak, ada kalangan pemimpin yang sewenang-wenangnya memberikan komentar tentang amalan-amalan dan pegangan agama lain.
“Begitu juga di kalangan masyarakat yang sesuka hati memuat naik lakonan-lakonan yang dirakam melalui you tube dengan niat istihza’ iaitu memperolok-olok, mempermain-mainkan dan menghina amalan agama lain,” kata mimbar.
Khutbah kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu menegaskan bahawa Islam mengajar erti keamanan, perpaduan dan kesaksamaan.
Umat Islam juga diseru supaya menghormati amalan agama lain untuk mewujudkan keharmonian hidup bermasyarakat.
Khutbah untuk masjid-masjid di Wilayah Persekutuan juga menyebut, menjadi tanggungjawab pihak berwajib dan umat Islam amnya memberi penjelasan dengan nasihat yang baik dan penuh kebijaksanaan.
“Dalam kita berhujah memberi penjelasan dan mencari kebenaran janganlah sekali-kali dituruti dengan kata-kata kasar yang boleh menyinggung perasaan orang lain.
“Jika kita tidak rela agama kita dicaci dan dicerca maka janganlah kita mencerca amalan agama lain,” katanya.
Khutbah hari ini bertajuk “Bersatu mengikat tambatan perpaduan”.

Kumpulan Pro-M umum boikot p'raya kampus



 Kumpulan pelajar Pro-Mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengumumkan memulaukan pilihan raya kampus universiti itu.
Mereka mempertikai ketelusan pilihan raya itu serta ketiadaan autonomi kepimpinan mahasiswa di bawah kawalan bahagian hal ehwal pelajar universiti.
Mereka juga mendakwa cadangan demi cadangan penambahbaikan yang dilontarkan saban waktu tidak membuahkan hasil.
“Oleh kerana itu, mengapa perlu lagi kami melibatkan diri dalam pilihan raya?
“Semuanya mahu disekat dan dikawal oleh HEPA,” kata pengerusi kumpulan itu Muhammad Syazmee Sapian.
Pro-mahasiswa sebuah kumpulan yang cenderung kritikal kepada kerajaan dan pentadbiran universiti berbanding lawan tradisi mereka Pro-Aspirasi.

Tubuhkan kerajaan peralihan, bukan gantikan PM semata-mata

oleh Chong Ren Lee
REFORMASI PARLIMEN: Dalam beberapa minggu ini, semakin jelas bahawa ada usaha untuk menggantikan Perdana Menteri Najib Razak melalui mekanisme yang sama ketika menggantikan bekas Menteri Besar Perak Nizar Jamaluddin pada tahun 2009.
Butiran-butirannya masih tidak begitu jelas.
Namun, banyak pihak termasuk Dr Mahathir Mohamad telah mendesak agar Najib digantikan, pada masa sama mengekalkan Barisan Nasional sebagai pemerintah.
Ada yang merasakan ia akan membawa hasil yang baik, tetapi sebenarnya tidak.
Antaranya, banyak masalah yang dihadapi ini berkaitan dengan pemusnahan institusi awam ketika pemerintahan Mahathir.
Maka agak bodoh untuk berharap kepada orang yang sama yang didakwa memusnahkan banyak institusi negara dan berharap semua ini akan diperbetulkan secara automatik.
Satu masalah adalah jika kita tidak membaiki kerosakan dalam institusi awam kita, kerosakan itu akan berterusan sehingga kita menyamai tahap ‘banana republic’.
Cara terbaik untuk melangkah ke hadapan adalah dengan memiliki kerajaan peralihan seperti yang dicadangkan pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah.
Jadi bagaimana kerajaan peralihan atau sementara ini akan berfungsi?
Dengan menganggap majoriti Ahli Parlimen sedar akan masalah ini dan mahu meletakkan kepentingan rakyat mendahului kepentingan peribadi, sekurang-kurangnya 112 MP diperlukan untuk menubuhkan kerajaan sementara ini.
MP-MP ini kemudian akan menandatangi perjanjian gabungan sama seperti yang dilakukan Parti Buruh dan Parti Liberal Demokratik dalam kerajaan UK yang sebelumnya.
Perkara pertama yang perlu dilakukan kerajaan ini adalah meluluskan beberapa rang undang-undang (RUU) pembaharuan.
Salah satunya adalah RUU pembubaran parlimen secara automatik pada bulan ke-18 atau 24 pentadbiran kerajaan ini.
Kerajaan ini juga perlu meluluskan beberapa RUU untuk melaksanakan reformasi institusi secara serius.
Beberapa hal yang mudah boleh dilakukan dengan segera. Misalnya Seksyen 9A Akta Pilihanraya, yang memberikan kuasa yang luas kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk memanipulasi daftar pengundi. SPR juga perlu dipertanggungjawabkan ke atas ketepatan daftar pengundi.
Contoh lain adalah untuk memansuhkan peruntukan dalam Akta Pencegahan Keganasan yang membenarkan penahanan tanpa bicara.

Wartawan Australia dedah pengakuan Sirul

Dokumentari yang dibuat May Ann Jolley disiarkan Al Jazeera
sirul-altantuya-aljaazeera
PETALING JAYA: Seorang wartawan Australia yang menyiasat kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu telah diusir dari negara ini.
Al Jazeera dalam kenyataan rasmi menjelaskan May Ann Jolley dihalau kerana aktivitinya yang boleh menjejaskan imej Malaysia.
“Saya telah dihalau daripada Malaysia. Saya diiringi lima pegawai dan lelaki yang berpakaian tentera. Saya sedia untuk berlepas ke Sydney…Hakikatnya saya gementar,” kata Jolley ketika bersiaran dengan sebuah program 101 East.
Jolley telah diusir pada 14 Jun lalu.
Sepanjang berada di negara ini, dia menyiapkan dokumentari mengenai pembunuhan Altantuya.
Dia yang kini berada di Australia turut berjaya menjejaki anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Sirul Azhar Umar yang ditahan di negara itu.
Menurut laporan Al Jazeera, dalam siasatan yang dibuat Jolly, salah seorang saudara Sirul yang dikenali sebagai “Frank” mengingat semula perbualannya pada malam pembunuhan itu berlaku.
“Saya bertanya kepadanya, adakah engkau lepaskan tembakan, adakah kau buat?”
“ Saya katakan…kau ada pillihan, kau ada pilihan untuk mengelak dari terbabit biarkan keadaan itu berlalu,” tulis laporan itu.
Jolley juga mendedahkan bukti bahawa Sirul cuba mengugut dengan maklumat yang dia ada tentang siapa yang terbabit dengan pembunuhan itu.
Susulan perkembangan itu, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan berkenaan.
“ Perdana Menteri (Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak) tidak kenal, tidak pernah jumpa, tidak pernah mempunyai sebarang bentuk hubungan dengan mendiang (Altantuya Shaariibuu),”petik kenyataan itu.

Anina heret Ku Nan ke mahkamah pula


Selepas presiden Umno, setiausaha agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pula diheret ke mahkamah oleh bekas anggotanya yang dipecat Anina Saadudin.
Anina memfailkan tindakan kepada Tengku Adnan dan setiausaha kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh itu hari ini melalui tetuan Haniff Khatri.
Anina memohon mahkamah supaya mengisytiharkan surat yang dikeluarkan dan pemecatannya tidak sah dan terbatal.
“Saya mengharapkan tindakan saman ini akan menjadi satu titik tolak kepada perubahan bagaimana Umno itu ditadbir sebagai sebuah parti bangsa Melayu dan bukannya parti kepada individu-individu tertentu yang memegang kuasa tertinggi,” katanya.
Anina sebelum ini dipecat selepas menyaman presiden Umno merangkap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

PKR tegas mahukan PAS dalam Pakatan 2.0


PKR hari ini mengekalkan pendirian mereka untuk mengajak PAS menyertai gabungan baru pembangkang selepas Pakatan Rakyat berkubur beberapa bulan lalu.
Menjelaskan perkara itu Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata partinya sentiasa mengalu-alukan semua kumpulan yang sependapat untuk menghadapi BN di negara ini.
"Kita mengalu-alukan semua orang. Bukan PAS saja, (malah) AMANAH (Parti Amanah Nasional) juga. Kalau kumpulan dari Sabah dan Sarawak mahu menyertai, juga diterima," katanya kepada media di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya.
Sebelum ini Pakatan Rakyat dianggotai tiga parti utama iaitu PKR, PAS dan DAP namun gabungan itu gagal bertahan apabila berlaku perselisihan pendapat antara DAP dan PAS.
Konflik dalaman PAS juga menjadi kronik apabila kumpulan progresif yang beraliran sederhana dalam parti berkenaan disingkirkan secara pukal dalam pemilihan muktamar Jun lalu.
Sebahagian besar kumpulan progresif PAS kemudian menyertai Gerakan Harapan Baru sebelum menubuhkan AMANAH.
Sesetengah pemimpin AMANAH - serta DAP - berpendapat gagasan baru pembangkang sepatutnya tidak disertai PAS.
PKR bagaimanapun berpendapat sebaliknya.
Dr Wan Azizah berkata, proses perbincangan bagi merealisasikan gabungan baru pembangkang sedang berlangsung sekarang.
"Perbincangan dijalankan dengan PAS, DAP dan AMANAH berjalan.
“Kita perlu matang dalam melaksanakan proses ini, terutama membabitkan aspek politik," katanya.

'Lebih baik masuk PKR, AMANAH nak hancur PAS' kata PJ Selangor



"Lebih baik masuk PKR dari GHB (Gerakan Harapan Baru) atau Parti Amanah Negara (AMANAH)," kata Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad.
Iskandar berkata demikian ketika diminta mengulas penyertaan ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaffar dan mantan menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib ke dalam PKR.
"Lebih baik masuk PKR dari GHB atau Amanah kerana GHB dan AMANAH umumnya hendak hancurkan PAS," katanya kepada Malaysiakini.
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri hari ini mengumumkan penyertaan Kamaruddin dan Muhammad ke partinya.
Baru-baru ini, ketika pergolakan dalaman parti Islam itu, beliau dilihat rapat dengan kumpulan serpihan PAS Gerakan Harapan Baru (GHB), yang kemudiannya membentuk AMANAH.
Sementara Kamaruddin juga dikaitkan dengan AMANAH, sehingga menimbulkan kesangsian Pemuda PAS Kelantan yang semalam mendesak beliau menyatakan pendirian sebenar.
Penyertaan kedua-dua tokoh itu sukar difahami dalam perkembangan politik pembangkang ketika mereka cuba membentuk gabungan baru melibatkan PKR, DAP, PAS dan AMANAH.

PKR harap Mat Taib gempur Felda, tarik ahli Umno

PKR akan menggunakan dua ayam tambatan barunya untuk menggempur penguasaan Umno di kawasan luar bandar, khususnya Felda, serta memantapkan rangkaian dengan NGO Islam.
 Presidennya Datuk Seri Wan Azizah Ismail berkata demikian dalam kenyataannya sempena penyertaan bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Taib dan anggota parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaffar ke parti itu.
Azizah berkata mereka mengharapkan pengalaman Muhammad sebagai menteri besar keselas Selangor dan bekas naib presiden Umno untuk menjelaskan pelbagai isu ke peringkat bawahan.
Ini, katanya termasuk isu sekitar kontroversi 1MDB dan pengaliran dana berjumlah RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Setiap hari kita mendengar suara tokoh dan aktivis Umno sendiri yang hilang keyakinan mereka terhadap kepimpinan tertinggi mereka.
“Gejala ini pasti akan mendorong mereka mencari wahana yang boleh dipercayai untuk meneruskan perjuangan.
“Dalam konteks ini, penyertaan Muhammad tentunya tidak sendirian selain beliau boleh memainkan peranan untuk mensejahterakan rakyat khasnya di desa dan luar bandar serta menarik penyertaan dan sokongan mereka terhadap PKR,” kata Azizah.
Muhamad juga akan berperanan memperkasa biro penerangan dan komunikasi, khususnya untuk “mengangkat martabat masyarakat luar bandar” termasuk komuniti Felda.
“Ini adalah sebahagian daripada usaha untuk meraih sokongan luar bandar selepas lebih sedekad PKR menjadikan bandar sebagai teras sokongan,” katanya.
Sementara itu, Kamaruddin, sebelum ini wakil rakyat PAS, juga diberi tugas memperkukuh dan memberdaya pejabat ketua umum PKR.
“Beliau juga akan berperanan sebagai pengarah politik dan dasar bagi memberi input kepada presiden dan timbalan presiden,” kata Azizah.

KDN digesa bekukan aset Bersih, lapor Utusan

Kementerian Dalam Negeri digesa menyiasat sumber kewangan penganjur Bersih 4 kerana dipercayai ia diperoleh daripada anasir luar dan dibimbangi mempunyai matlamat songsang pihak berkepentingan dalam usaha menjatuhkan kerajaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 September, 2015.Kementerian Dalam Negeri (KDN) harus segera menyiasat sumber dan membekukan dana RM2.4 juta yang diperoleh badan pemantau pilihan raya Bersih 2.0 baru-baru ini, menurut sebuah badan bukan kerajaan (NGO), lapor Utusan Malaysia hari ini.
Kementerian Dalam Negeri digesa menyiasat sumber kewangan penganjur Bersih 4 kerana dipercayai ia diperoleh daripada anasir luar dan dibimbangi mempunyai matlamat songsang pihak berkepentingan dalam usaha menjatuhkan kerajaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 September, 2015. Gesaan itu dibuat presiden Gerakan Memartabat Pejuang Negara (GMPN) Mejar (B) Razali Zakaria yang berkata, pihaknya bimbang Bersih 2.0 akan menganjurkan lagi perhimpunan secara besar-besaran seperti Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos lalu.
Bukan sahaja itu, dana tersebut dipercayai diperoleh daripada anasir luar dan dibimbangi mempunyai matlamat songsang pihak berkepentingan dalam usaha menjatuhkan kerajaan.

"Kita mahu tahu siapa penyumbang dana itu, di mana ia disimpan dan bagaimana ia dibelanjakan, kerana kita bimbang dana itu akan digunakan bagi menampung kos penganjuran perhimpunan haram Bersih seterusnya. "Jadi, sebelum terlewat, lebih baik pihak berkuasa membekukan akaun bank yang digunakan untuk menyimpan kutipan dana itu, sekali gus menghalang apa jua agenda pihak berkenaan daripada terus memporakperandakan negara ini," katanya.
Beliau memberitahu akhbar milik Umno itu, sikap Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah yang enggan mendedahkan sumber itu menggambarkan badan itu tidak 'bersih'.
"Kalau benar-benar telus dan bersih sangat, kenapa enggan menjelaskannya?" soal Razali.

PKR bertegas tetap mahukan PAS - Wan Azizah

Kamaruddin Jaffar, bekas MB tinggalkan PAS, sertai PKR

Saya menang kerana pakatan pembangkang, bukan PAS, kata Adun Semantan

Menegaskan kemenangan sebagai ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) adalah disebabkan pakatan pembangkang, dan bukannya PAS, wakil rakyat Semantan, Syed Hamid Syed Mohamad menolak gesaan parti itu yang mahu beliau meletak jawatan.
Adun Semantan, Syed Hamid Syed Mohamad menolak gesaan PAS yang mahu beliau meletak jawatan kerana menyertai Parti Amanah Negara. – Gambar Facebook, 11 September, 2015. Beliau yang menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) dilaporkan Utusan Malaysia berkata, tidak adil baginya melepaskan jawatan tersebut yang disandang atas kepercayaan diberikan pengundi berbilang kaum di kawasan berkenaan.
"Jika boleh bertanding semula, hari ini saya letak jawatan. Tetapi peraturan tidak membenarkannya. Hanya selepas 5 tahun baru boleh bertanding," beliau dipetik berkata akhbar milik Umno itu.

Katanya, kemenangan dua penggal berturut-turut adalah berdasarkan sokongan masyarakat Melayu, Cina dan India di kawasan itu serta atas tiket pembangkang atau Pakatan Rakyat, bukannya PAS. Menjawab gesaan yang dibuat PAS Pahang ekoran tindakannya menyertai Amanah yang ditubuhkan kumpulan serpihan parti Islam itu, Syed Hamid berkata, mustahil kemenangan beliau sebelum ini berpihak kepada PAS jika tidak mendapat sokongan daripada kaum lain, khususnya pengundi Cina.
Begitu juga katanya, dengan kedudukan Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan daripada PAS.
Beliau turut menegaskan, tidak timbul soal moral dalam isu keluar PAS dan menyertai Amanah kerana beliau masih dalam pakatan pembangkang dan tidak menyertai Barisan Nasional (BN).

Perdana menteri tidak perlu bimbang undi tidak percaya

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar, kiri) tidak perlu bimbang terhadap sebarang gesaan supaya beliau berdepan undi tidak percaya di Parlimen kerana beliau mendapat sokongan padu daripada perikatan parti pemerintah, Barisan Nasional (BN), kata penganalisis politik.
Profesor Pelawat dalam Sains Politik dan penyandang Kursi Tun Abdul Razak di Ohio University, Amerika Syarikat, Prof Dr Jayum Jawan menegaskan hakikatnya Najib masih mendapat sokongan Anggota-anggota Parlimen daripada Umno dan parti-parti komponen BN.
"Najib tidak perlu bimbang tentang perkara tersebut memandangkan jumlah penyokongnya tidak merosot pada masa ini. BN kini mempunyai lebih daripada 130 kerusi di Dewan Rakyat dan setakat ini, tiada seorang pun daripada mereka yang meletak jawatan daripada parti masing-masing.

"Anggota Parlimen BN mestilah memihak dan mengundi BN, justeru Najib tidak perlu risau – kecuali jika beliau mengesyaki terdapatnya anggota Parlimen yang bertindak melawan arus dan menyokong pihak pembangkang. Namun, perkara seumpamanya jarang-jarang berlaku," katanya.
Sebelum ini, terdapat laporan  pemimpin-pemimpin parti pembangkang mempertimbangkan untuk membentang usul tidak percaya terhadap Najib di Dewan Rakyat, yang akan bersidang semula pada 19 Oktober ini.
Bagaimanapun, pada Selasa, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata  tiada peruntukan undang-undang dalam Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat yang membolehkan anggota Parlimen mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri.
Menurut beliau, Peraturan Mesyuarat adalah di bawah Perkara 62 Perlembagaan dan hanya Parlimen yang berhak untuk membuat prosedurnya sendiri.
Jayum, yang juga profesor kanan di Universiti Putra Malaysia, berkata walaupun beberapa anggota Parlimen BN mungkin berasa tidak puas hati, mereka tetap memilih untuk kekal menjadi anggota parti masing-masing.
"Oleh itu, rasa tidak puas hati atau terkilan mereka tidak boleh diambil kira selagi mereka tidak mengambil sebarang tindakan. Sesetengah daripada mereka, mungkin, begitu vokal dan secara terbuka meluahkan ketidakpuasan hati...namun untuk bertindak (sama ada menyokong atau meninggalkan parti), keputusan mereka untuk kekal (anggota Parlimen BN) adalah bukti kesetiaan kepada perikatan itu," kata beliau.

Mat Taib, Kamaruddin Jaffar tinggalkan PAS, masuk PKR


PKR hari ini mengumumkan penyertaan ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaffar dan mantan menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib ke dalam PKR.
"Sebagai parti yang mendapat jumlah undi kedua terbesar dalam pilihan raya umum lalu, PKR meraikan serta membuka pintu seluas-luasnya kepada sesiapa sahaha yang komited dengan agenda reformasi demi menyelamatkan Malaysia.
"Kita mengalu-alukan dan berbesar hari dengan penyertaan Datuk Kamaruddn Jaffar dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib ke dalam keluarga besar PKR," kata Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Today in History for September 11th

Baju Merah pelawa Cina dan India pula


Selepas dituduh perkauman, pemimpin akar umbi Umno Datuk Jamal Md Yunos mempelawa kaum Cina dan India turut serta dalam "Perhimpunan Rakyat Bersatu" pada 16 September ini.
"Ini perhimpunan orang Melayu dan kami mempelawa Cina dan India yang bersefahaman dengan pendapat kami untuk turut serta,” katanya ketika ditemui pemberita sebaik tiba di perkarangan ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi sebentar tadi.
"Tapi nak turun jangan pakai baju kuning," katanya ringkas sebelum berlalu untuk memberi keterangan kepada pihak polis.
Perhimpunan 16 September ini sebagai reaksi kepada himpunan BERSIH 4 yang mendesak pengunduran perdana menteri pada hujung bulan lalu.
Perhimpunan itu, yang menggunakan tema baju kuning, dikaitkan pemimpin kerajaan dan media arus perdana dengan dominasi Cina dan DAP.
Sepuluh gabungan NGO Melayu hari ini dipanggil ke IPD itu berhubung penganjuran perhimpunan yang dirujuk sebagai “Baju Merah” pada Hari Malaysia ini.
Jamal tiba di IPD Dang Wangi sekitar jam 11.00 pagi.

Jangan jadikan hak berhimpun perkara main-main, kata penganalisis politik

Jangan jadikan hak yang dijamin kerajaan untuk berhimpun sebagai satu perkara main-main, kata penganalisis politik.
Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib berkata setiap perhimpunan yang dirancang perlu ada rasional.
"Kita tak nak hanya disebabkan perkara remeh-temeh, sampai nak dibuat satu perhimpunan besar-besaran, kalau boleh cari jalan lebih profesional," katanya.

Shukri berkata walaupun hak berhimpun dijamin Akta Perhimpunan Aman 2012, namun setiap perkara dilakukan semasa berhimpun adalah juga bersandarkan sistem perundangan negara. "Kita ada Akta Hasutan dan Akta Pencegahan Keganasan (Pota) antara lain, ini harus dipatuhi selain disulam dengan etika berhimpun," katanya.
Shukri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai rancangan “Perhimpunan Rakyat Bersatu” yang dilapor media bakal dianjur 16 September ini, di ibu negara, antara lain sebagai membantah penganjuran himpunan Bersih 4 baru-baru ini.
Penganjur perhimpunan berkenaan dilapor memohon pesertanya memakai baju berwarna merah pada hari berkenaan.
Mengulas lanjut mengenai motif penganjuran perhimpunan yang lebih dikenali sebagai perhimpunan Baju Merah berkenaan, Shukri berkata: "Two wrongs don't make a right (Dua-dua perhimpunan adalah salah)."
Seorang lagi penganalisis politik, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata dalam konteks negara pelbagai kaum, sensitiviti antara kaum perlu dilihat.
Pensyarah kanan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan di Universiti Sains Malaysia itu berkata ini supaya keharmonian yang  lama terbina tidak terganggu.

Sidang media mengalu-alukan kemasukan Dato' Kamaruddin Jaffar dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib ke dalam KEADILAN

Negara hari ini sedang mengalami krisis yang parah dan defisit keyakinan. Kesannya, ekonomi semakin gawat dengan nilai ringgit terus menjunam tanpa tanda-tanda dapat dipulihkan dalam waktu terdekat. Dalam masa sama, rasuah terus berleluasa dan kewibawaan institusi-institusi negara terus terhakis.

Malaysia tidak akan dapat diselamatkan melainkan melalui proses reformasi menyeluruh. Sebagai sebuah parti politik reformasi yang bertanggungjawab, kami mahu menggembleng kekuatan untuk menjadikan reformasi sebagai satu kenyataan bagi rakyat Malaysia.

Untuk melaksanakan reformasi tersebut tentunya memerlukan kekuatan politik. Justeru itu, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) akan terus meningkatkan kekuatan dengan penyertaan generasi muda dan juga golongan veteran yang komited dengan cita-cita perubahan.

Sebagai parti yang mendapat jumlah undi kedua terbesar dalam pilihanraya umum lalu, KEADILAN meraikan serta membuka pintu seluas-luasnya kepada sesiapa sahaja yang komited dengan agenda reformasi demi menyelamatkan Malaysia.

Untuk itu, pada hari ini kita mengalu-alukan dan berbesar hati dengan penyertaan YB Dato' Kamaruddin Jaffar, Ahli Parlimen Tumpat dan YBhg Tan Sri Muhammad Muhd Taib ke dalam keluarga besar Parti Keadilan Rakyat.

YB Dato' Kamaruddin Jaffar akan memperkukuh dan memberdaya Pejabat Ketua Umum KEADILAN. Beliau juga akan berperanan sebagai Pengarah Politik dan Dasar bagi memberi input kepada Presiden dan Timbalan Presiden. Sebelum menceburkan diri dalam politik, YB Dato' Kamaruddin pernah menjadi Setiausaha Agung ABIM. Justeru itu, beliau juga akan berperanan memperkukuhkan rangkaian dengan NGO Islam untuk membawa perubahan dalam negara dan jaringan bersama negara-negara Islam dan serantau.

Tan Sri Muhammad Taib adalah seorang yang mempunyai pengalaman yang luas dalam pentadbiran kerajaan dan politik. Sepertimana yang umum maklum, beliau adalah mantan Menteri Besar Selangor ke-11 dan pernah menyandang jawatan Naib Presiden UMNO.

ALTANTUYA KILLER SIRUL 'BLACKMAILED' NAJIB: 'I WANT 15 MILLION & I WON'T RETURN TO M'SIA EVER'




ALTANTUYA KILLER SIRUL 'BLACKMAILED' NAJIB: 'I WANT 15 MILLION & I WON'T RETURN TO M'SIA EVER'
KUALA LUMPUR - In a move that all but confirms his guilt, as far as the world and his own citizens are concerned, Prime Minister Najib Razak deported a journalist for making a documentary on the shocking murder of Mongolian model Altantuya Shaariibuu.
"It's the worst thing Najib could have done. It suggest panic and irrationality and has again put Malaysia in the global spotlight for the wrong reasons," Opposition Member of Parliament Tian Chua told Malaysia Chronicle.
Indeed the video aired on Al-Jazeera must have shocked Najib and his wife Rosmah Mansor, who have been accused of involvement in the 2006 murder.
The gripping report by veteran Australian reporter Mary Ann Jolly showed that Najib was being blackmailed for 'millions of dollars' by Sirul Azhar Umar, one of the two bodyguards convicted of killing Altantuya.
“I want 15 million and I won’t return to Malaysia ever. I won’t bring down the PM,” a text message on Sirul's mobile showed.
Najib's office has rushed to denounce the video, claiming "the allegations are entirely false smears motivated by political gain".
Putrajaya also repeated the standard Najib response, that he ever knew, met or communicated with Altantuya Shaariibuu
"The prime minister did not know, has never met, has never had any communication with and has no link whatsoever with the deceased," said the statement.
"The two convicted individuals were not the prime minister's personal guards. This allegation is intentionally misleading, and has been used to perpetuate baseless conspiracy theories."
Sirul and his superior Chief Inspector Azilah Hadri were accused and found guilty of shooting Altantuya in a jungle clearing. They are believed to have bombed her body in a bid to prevent identification. - Malaysia Chronicle
HOW SIRUL BLACKMAILED NAJIB! - World Media Spotlight Now Moves To Altantuya Case
Shocking new evidence has emerged over Malaysia’s most notorious murder case, with the airing of an explosive documentary about the death of Mongolian model Altantuya Shaariibuu on the world news channel Al Jazeera’s 101 East programme today.

The gripping and closely documented report by the veteran Australian reporter Mary Ann Jolly shows that text messages on the mobile phone of Sirul Azhar Umar, obtained by Al Jazeera, proved the convicted bodyguard was blackmailing Prime Minister Najib Razak for millions of dollars to stay in Australia and say nothing about the case just before he was re-arrested.

Tellingly, the response from Najib’s intermediary with Sirul, Abdul Salam bin Ahmed, was that the matter was “being discussed”.  Salem has regularly visited Sirul, who is being held at the Villawood detention centre in Sydney and is believed to be involved in funding his legal team in Australia.

“I want 15 million and I won’t return to Malaysia ever. I won’t bring down the PM”

"I want 15 million and I won't return to Malaysia ever. I won't bring down the PM"

Another shocking new allegation brought forward by the programme is that Sirul confided to an Australian relative that the person who had shot Altantuya was none other than the former boyfriend, whom she had been trying to blackmail, Razak Baginda.

Salam's response was "they want to discuss"
 Salam’s response was “they want to discuss”

Baginda, who was Najib’s personal negotiator for the Scorpene Submarine deal with France was never put on trial or questioned as a witness for the murder, despite having contacted Najib’s bodyguards to help him deal with the harassment from his former lover.

According to Sirul, his relative said, there were three at the murder scene. Baginda had shot Altantuya, but the two body had been tasked to then destroy the body with explosives.

Baginda blamed "rogue cops" but Sirul says it was he who pulled the trigger Baginda blamed “rogue cops” but Sirul says it was he who pulled the trigger

Pejabat PM nafi sebarang kaitan Najib-Altantuya

“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak kenal, tidak pernah berjumpa, tidak sekali pun pernah berhubung dan tiada sebarang kaitan walau apa pun dengan mendiang.”
 Begitu reaksi daripada Pejabat Perdana Menteri (PMO) berhubung laporan sensasi Al Jazeera berkaitan kes pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu yang disiarkan hari ini.
“Dua individu yang disabitkan bersalah bukan pengawal peribadi perdana menteri. Dakwaan ini tidak benar dan digunakan untuk mendukung teori konspirasi yang tidak berasas.
“Mereka anggota sebuah unit Polis Diraja Malaysia yang memastikan keselamatan secara bergilir-gilir kepada pegawai kerajaan dan orang kenamaan yang datang melawat.
“Perdana menteri tidak tahu berhubung tindakan individu itu sehinggalah mereka ditangkap,” menurut kenyataan yang dimuat naik ke laman web Al Jazeera.
Wartawan di sebalik pembikinan siri khas Al Jazeera tentang pembunuhan Altantuya didakwa telah diusir pulang ketika sedang membuat dokumentari tersebut.
Ini didedahkan dalam program mingguan "Al Jazeera 101 East", dan usaha susulan terhadap misteri pembunuhan yang terus menghantui Malaysia itu.
Ketika menjalankan siasatannya, wartawan Australia Mary Ann Jolley, yang melaporkan berita itu untuk Al Jazeera, tiba-tiba diusir pulang pada 14 Jun dari Kuala Lumpur selepas Kementerian Dalam Negeri didakwa menganggap aktiviti beliau mempunyai "kesan negatif terhadap imej Malaysia" .
Pengusiran Jolley itu tidak menghalang usahanya mendapatkan cerita tersebut kerana dia mengesan kaitan Sirul, yang menceritakan versinya tentang apa yang berlaku pada malam Altantuya dibunuh.
Program itu disiarkan hari ini pada jam 6.30 pagi dengan siaran ulangan pada pukul 5.30 petang dan boleh didapati dalam talian di laman webnya.