Khamis, 10 September 2015

'Derma' RM2.6 bilion adalah HARAM?

Nampaknya Tun M seperti dah tahu dari mana sumber wang RM2.6 bilion yg masuk ke dlm akaun peribadi Najib.

Kalau dah tahu beritahu sahajalah Tun, tak payah nak bagi 'hint' banyak sangat. Machai bukannya faham...

Betulkah SKMM hendak bertindak ke atas Wall Street Journal?

oleh Robin Stanley Augustin
Nampaknya mereka yang berkuasa tidak sempat mengambil nafas.
Tidak sampai seminggu selepas Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa ke 16 yang diadakan di Putrajaya- sewaktu beberapa orang tokoh anti rasuah terkenal menyuarakan kritikan dan kebimbangan mereka tentang cara kerajaan menangani siasatan 1MDB, pengkritik dan “derma” RM 2.6 bilion- Wall Street Journal (WSJ) menerbitkan sebuah lagi laporan yang mengejutkan.
Isnin lepas, akhbar itu melaporkan yang International Petroleum Investment Co (IPIC) yang berpengkalan di UAE dituduh bayaran sebanyak US$1.4 bilion dari 1MDB telah hilang.
1MDB memberikan maklum balas mengatakan yang laporan itu bias, disensasikan dan kekurangan bukti, akhbar itu juga berkemungkinan melanggar undang-undang Malaysia dengan merujuk kepada “transkrip proseding”, yang dikatakan hanya boleh dikeluarkan semasa sesi siasatan PAC mengenai 1MDB.
Salleh KeruakSalleh Keruak
Salah seorang pembela paling lantang kerajaan, Menteri Komunikasi dan Multimedia Salleh Said Keruak bertindak balas kepada kejadian itu.
The Malaysian Insider melaporkan yang Salleh berkata bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengambil tindakan kepada akhbar itu, sekiranya laporan kehilangan bayaran US$1.4 bilion dari 1MDB didapati tidak benar.
Salleh berkata tindakan perlu diambil kepada mereka yang bertanggungjawab membocorkan maklumat, merujuk kepada kebimbangan 1MDB yang laporan itu berasaskan transkrip sesi soal siatan dengan PAC yang dibocorkan.
“Sudah pasti, saya akan mengarahkan SKMM untuk menyiasat dan mengambil tindakan bersesuaian,” tambahnya, menyifatkan laporan itu berniat jahat dan tidak adil.
Salleh juga berkata yang Putrajaya perlu menyiasat ahli-ahli PAC sekiranya mereka bertanggungjawab membocorkan maklumat tersebut.
Tindakan Salleh tidaklah mengejutkan.
Nampaknya inilah yang hanya boleh dilakukan pihak berkuasa, mengambil tindakan ke atas rakyat, penerbitan dan laman web yang menyiasat, mengkritik, menyuarakan kebimbangan dan mendedahkan sesuatu isu.
Pegawai akan dipecat, dipindahkan atau ditahan, laman sesawang disekat dan penerbitan digantung.
PAC dilumpuhkan melalui pelantikan beberapa ahlinya kepada menteri, dan pasukan tahap tertinggi yang menyiasat “derma” pula dibubarkan.

Najib ganggu siasatan 1MDB, bukti RM2.6 bilion duit haram, kata Dr Mahathir

Tindakan Datuk Seri Najib Razak dalam mengganggu siasatan berhubung sumbangan RM2.6 bilion yang beliau terima menunjukkan wang itu diperolehi secara haram, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.
Bekas perdana menteri itu, yang kini merupakan salah satu pengkritik tegar Najib, berkata ini adalah antara sebab mengapa majoriti rakyat Malaysia menolak beliau sebagai perdana menteri dan "benci" kepadanya.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang kini merupakan salah satu pengkritik tegar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, berkata ini adalah antara sebab mengapa majoriti rakyat Malaysia menolak beliau sebagai perdana menteri dan ‘benci’ kepadanya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 September, 2015. "Tindakan Najib menghalang siasatan ke atas wang RM2.6 bilion yang ada dalam akaun peribadinya, membuktikan wang ini didapati secara haram.

"Jika didapati secara halal, Najib tidak perlu takut siasatan diteruskan," tulis beliau di dalam blognya hari ini di bawah tajuk "Wahai Ahli Umno". "Sesungguhnya majoriti rakyat menolak dan benci Najib sebagai perdana menteri. Mereka tidak dapat terima dakwaan Najib yang RM2.6 bilion yang ada dalam akaunnya adalah derma orang Arab."

WAHAI AHLI UMNO - DR MAHATHIR


WAHAI AHLI UMNO - DR MAHATHIR
1. Saya ucap terima kasih kerana ada ahli-ahli akar umbi UMNO yang menasihati saya supaya tidak “menyerang” Dato’ Sri Najib, Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia.

2. Saya punyai sedikit pengalaman dalam bidang politik, terutama yang berkaitan dengan budaya Melayu. Kita cenderung untuk setia kepada pemimpin. Kita tidak soal apa-apa yang dilakukan oleh pemimpin. Dia pemimpin, kita pengikut. Oleh itu, ikut sahajalah. Lebih-lebih lagi apabila kita diberi penerangan olehnya secara tertutup seolah-olah kita dapat berkongsi rahsia dengan pemimpin kita.

3. Tetapi untuk kita membuat keputusan atau menghukum secara bijak, secara adil kita perlu dengar kedua-dua belah pihak.

4. Jika ada yang fikir saya merosakkan parti, saya harap saya diberi peluang untuk menjelaskan kenapa saya “menyerang” Dato’ Sri Najib. Bagi saya serangan ini mungkin tidak menyenangkan Najib dan sebahagian daripada ahli UMNO tetapi sebabnya ialah kerana saya ingin menyelamatkan UMNO, parti keramat yang dahulu disokong sehingga menang 2/3 tiap PRU.

5. Hanya mereka yang tidak dapat lihat sahaja yang tidak sedar bahawa UMNO dibawah Dato’ Sri Najib telah gagal memulih UMNO selepas Tun Abdullah. Kemenangan Najib lebih tipis.

6. Saya harap saya diberi peluang berjumpa dengan ahli UMNO biasa untuk menerang akan masalah kehilangan berbillion Ringgit oleh Dato’ Sri Najib. Lepas mendengar kedua-dua pihak adililah terhadap “serangan” saya. Apakah saya sedang merosakan parti atau mencuba menyelamatkanya

Anwar: Himpunan Baju Merah taktik alih pandangan

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpandangan perhimpunan Baju Merah yang bakal dianjurkan 16 September ini hanya untuk mengalihkan pandangan masyarakat terhadap kemelut politik dan kegawatan ekonomi yang melanda negara.
Namun katanya, sebarang perhimpunan dianjurkan tidak perlu diselitkan dengan unsur mengapikan isu perkauman dan kebenaran untuk ahli Umno menyertainya menunjukkan kegagalan moral pemimpinnya.
“Adalah wajar pertahankan hak dan keadilan bagi semua kaum dan rakyat termasuk mempertahankan kepentingan masyarakat Melayu.
“Namun kita tidak wajar mengapikan isu perkauman yang dibantah oleh Islam dan budaya Melayu, seperti yang dirancang melalui perhimpunan baju merah pada 16 September
“Kenyataan Datuk Seri Zahid Hamidi serta sekerat pemimpin Umno lain bahawa ahli Umno bebas untuk menyertai perhimpunan sedemikian, memperlihatkan kegagalan moral pada kepimpinan mereka,” katanya yang disampaikan menerusi peguam dan Pengarah Komunikasinya, Fahmi Fadzil.
Tegasnya rakyat tidak wajar terpedaya atau termakan taktik pecah-belah seperti ini.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata anggota Umno bebas untuk menyertai perhimpunan itu tetapi mengingatkan mereka supaya patuh kepada undang-undang.
Perhimpunan itu dilapor dirancang diadakan di kawasan Bukit Bintang dan Petaling Street sebagai membantah himpunan BERSIH 4 yang diadakan pada 29 dan 30 Ogos lalu.

Pesaka masih 'kunci mulut' himpunan 16 Sept


Seminggu sebelum berlangsungnya perhimpunan Baju Merah pada 16 September depan, penganjurnya Persatuan Seni Silat Kebangsaan (Pesaka) masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.
Bercakap dalam sidang media petang ini, Pengerusi Gabungan NGO-NGO Melayu Datuk Jamal Md Yunos berkata terdapat dua wakil dari Pesaka yang hadir namun mereka bukanlah jurucakap kepada persatuan silat itu.
“Ada dua orang wakil Pesaka yang hadir dalam sidang media tapi mereka bukannya juru cakap Pesaka,” katanya.
Ditanya mengapa Pesaka tidak mengeluarkan kenyataan berhubung penganjuran himpunan tersebut, Jamal yang juga ketua Umno Sungai Besatr berkata:
"Pesaka tunggu pihak polis beri permit untuk berhimpun terlebih dahulu namun sekiranya polis tidak beri permit kita tetap akan turun berhimpun sempena Hari Malaysia."
Beliau menjangkakan seramai 300,000 akan turun ke perhimpunan itu dan 30,000 daripada yang hadir adalah dari NGO-NGO Melayu.
Perhimpunan itu akan berlangsung pada 11 pagi sehingga 12 malam, bermula dari Bukit Bintang melalui ke Jalan Petaling dan berakhir di Padang Merbok.
Atur cara penuh mengenai perhimpunan ini akan diumumkan dalam sidang media seterusnya, kata Jamal lagi.

Jamal Yunos kutuk pembangkang buat kenyataan sampah

Beliau mendakwa pemimpin pembangkang sengaja mengambil kesempatan dengan menangguk di air keruh menerusi himpunan Baju Merah.
pakatan-rakyat,-Jamal-Md-Yunos
KUALA LUMPUR: Sekretariat Himpunan Baju Merah mengutuk pemimpin pembangkang yang mengeluarkan kenyataan sampah berhubung penganjuran perhimpunan itu pada 16 September ini.
Presiden NGO Melayu, Datuk Jamal Md Yunos berkata, pembangkang sengaja mengeluarkan kenyataan sampah bertujuan mengambil kesempatan dengan menangguk di air keruh.
“Kita tahu mereka pemimpin pembangkang, mereka akan ambil kesempatan menangguk di air yang keruh.
“Kita anggap pemimpin pembangkang ini mengeluarkan kenyataan sampah,” katanya dalam sidang media di Kelab Sultan Sulaiman pada Khamis.
Jamal turut menyifatkan kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera bertindak bagi menghalang himpunan itu diadakan seolah-olah itik mengajar anaknya berenang.
“Mereka menghalalkan apa yang mereka buat, tetapi bila kita yang buat semua tidak boleh. Kami pemimpin NGO tidak peduli kerana kami dah lali dengan kenyataan bohong pembangkang,” katanya.
Himpunan Maruah Melayu dirancang diadakan di Bukit Bintang kemudiannya berarak menuju ke Padang Merbok yang melibatkan 250 NGO Melayu diketuai oleh Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA).

Penganjur Baju Merah jamin tiada pergaduhan tetapi mahu DAP jangan biadap

Perhimpunan Bersih 4.0 yang dicemari perlakuan biadap peserta telah membangkitkan semangat perpaduan dalam kalangan orang Melayu.
Jamal-Md-Yunos
KUALA LUMPUR: Sekretariat Himpunan Baju Merah memberi jaminan tidak akan berlaku sebarang pergaduhan sepanjang perhimpunan itu berlangsung pada 16 September ini.
Pengerusi Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu, Datuk Jamal Md Yunos berkata, perhimpunan itu tidak melibatkan unsur-unsur keganasan kerana ia hanya perhimpunan perpaduan Melayu.
“Ini bukan perhimpunan untuk melakukan jenayah, ini perhimpunan perpaduan untuk orang Melayu,” katanya dalam sidang media di Kampung Baru pada Khamis.
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu menjelaskan, himpunan Baju Merah diadakan susulan Bersih 4.0 yang beliau dakwa telah membangkitkan semangat perpaduan dalam kalangan orang Melayu.
“Saya nak ucapkan terima kasih kepada penganjur Bersih 4.0 yang telah diharamkan oleh kerajaan.
“Dengan adanya perhimpunan lepas, menyebabkan kami NGO Melayu dan orang Melayu bersatu hati, kerana melihat kebiadapan peserta Bersih 4.0 dengan slogan yang menghina Melayu dan pemimpin Melayu,” tegasnya.
Jamal mengingatkan pemimpin dan penyokong DAP tidak bersikap kurang ajar sebaliknya perlu menghormati pemimpin negara yang kebanyakkannya orang Melayu.
“Mereka yang hadir Bersih 4.0 dijajah pemikiran oleh DAP. Bahkan, kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad bertujuan melepaskan tidak puas hatinya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya.

Dr M: Sayang Najib dan Umno akan berkecai

Anggota Umno diminta untuk menolak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jika sayangkan parti yang memperjuangkan bangsa Melayu itu.
Malah, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sekiranya anggota parti itu sayang dan memilih untuk terus mengekalkan presiden mereka Umno akan hilang kuasa dan berkecai sama sekali.
“Jika sayang Umno tolak Najib sekarang.
“Jika sayang Najib, Umno akan hilang kuasa dan berkecai,” kata Tun Mahathir dipetik dalam blognya hari ini.
Tun Mahathir juga mahu anggota parti menolak presiden Umno itu sebelum pilihan raya sekiranya mahu terus kekal berkuasa.
“Ahli-ahli Umno yang sayang dan ingin Umno kekal dan berkuasa perlu tolak Najib sebelum pilihan raya,” tegasnya.
Menurut Mahathir, Umno tidak mempunyai masa yang banyak untuk memperbaiki parti itu sekali gus menambat kembali hati pengundi mereka.
“Jika penolakan ini dibuat terlalu lewat, masa untuk pemulihan Umno tidak mencukupi,” katanya lagi.
Sebaliknya, tegas Mahathir lagi sekiranya Najib tidak lagi menjadi presiden Umno dan memimpin BN, besar kemungkinan parti komponan itu akan menang.
“Umno akan hancur kerana ramai dari ahli Umno tidak dapat terima Najib dan perbuatannya. Ramai dari mereka akan undi parti lawan atau tidak mengundi.
“Perasaan benci rakyat tidak tertumpu kepada Umno atau BN.
“Mereka tidak terima Najib dan kemarahan mereka hanyalah kepada Najib dan beberapa pemimpin Umno yang membodek kerana hendak jawatan atau lain-lain,” tambah Mahathir.

SAMPAI BILA NAK BOHONG kpd rakyat !!!

RINGGIT LEBIH STABIL BERBANDING MATAWANG NEGARA MAJU ???.. negara2 yg 'bergaris' tu negara mundur ka !!!

FAKTA:
1) Ringgit di tangga 'TERBAWAH' bersama2 negara Afrika jauh meninggalkan drpd mata wang negara maju spt Hong Kong, S'pore & dll..

2) Ringgit lebih teruk drpd matawang Colombia, Afrika Selatan & Indonesia..

3) Lidah siar UMNO/BN kuat KENCING !!

4) Bulan lps RM3.80, kelmarin dah RM4.42. KUKUH MENDANYA !!!

Inilah Perdana Menteri UMNO, bukannya PM rakyat M'sia...

Anda nilaikanlah sendiri wajah sebenar UMNO 'haram' skrg di mana UMNO asal telah diharamkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Februari 1988..

Kalau UMNO terdahulu (yg asal) TELAH DIHARAMKAN, abis tu UMNO skrg UMNO apa ???!!!

Apa hukum pemimpin2 UMNO skrg yg makan gaji hasil dari parti 'HARAM' selama 27 tahun ??? Kmudian parti haram memerintah negara...

Patutla negara tak berkat. Rupa2nya parti haram yg memerintah..

Mahathir: RM2.6 bilion wang haram


Tun Mahathir Mohamad mendakwa tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuktikan dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya didapati secara haram.
“Tindakan Najib menghalang siasatan ke atas wang 2.6 bilion ringgit yang ada dalam akaun peribadinya, membuktikan wang ini didapati secara haram.
“Jika didapati secara halal, Najib tidak perlu takut siasatan diteruskan,” kata Mahathir.
Menulis dalam blognya hari ini, Mahathir membangkitkan isu pembubaran pasukan petugas khas yang menyiasat isu berkaitan perkara itu.
“Sekarang wang ini telah dipindah entah ke mana. Apabila siasatan dibuat oleh badan kerajaan yang bertanggungjawab Najib bubar badan-badan ini,” katanya.
Pasukan itu meliputi empat badan penting, iaitu Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis dan Jabatan Peguam Negara.
Mahathir berkata majoriti rakyat kini “benci” dan menolak Najib sebagai perdana menteri kerana tidak dapat menerima penjelasan bahawa dana yang dimasukkan ke akaunnya itu derma orang Arab.

Other races brainwashed to join the Chinese for Bersih 4 - Jamal

PKR tegas mahu PAS bersama reformasi

KJ: Saya Ada Hak Batal FAM

Demo 'baju merah' seperti sambutan Maulidur Rasul..!!

Jamal "Cina Buta": Pembangkang jajah pemikiran Dr Mahathir

'Kami tak akan hentikan baju merah' - Bersih 2.0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), Bersih 2.0 tidak akan menghalang kumpulan baju merah yang berhasrat untuk mengadakan perhimpunan minggu depan.
 
Pengerusinya, Maria Chin Abdullah berkata, kumpulan itu mempunyai kebebasan untuk berkumpul.
 
"Saya rasa mereka ada hak berkumpul dan juga ada hak kebebasan berekspresi kerana ini ada dalam Perlembagaan kita. Kami tidak akan hentikan mereka.
 
"Salah satu tuntutan kami adalah hak untuk berdemonstrasi, jadi, kami terima ini semua. Terpulang kepada mereka nak cakap apa yang mereka mahu," katanya kepada Sinar Online, hari ini.


Penganjuran Himpunan Rakyat Bersatu atau perhimpunan baju merah dikatakan akan diadakan pada 16 September ini sebagai tindak balas terhadap perhimpunan Bersih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos lepas.
 
Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung sebuah artikel berbaur perkauman dan hasutan yang menyeru orang ramai menyertai perhimpunan itu.
 
Beberapa parti politik turut memberikan reaksi yang berbeza berhubung perhimpunan yang akan berlangsung pada sambutan Hari Malaysia itu.

Polis: Tiada Baju Merah berkeliaran buat provokasi


Polis mengingatkan orang ramai supaya tidak mempercayai maklumat yang disebarkan di media sosial yang cuba menakut-nakutkan orang ramai berkaitan dakwaan keganasan kumpulan Baju Merah.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa berkata sehingga kini tiada sebarang laporan polis diterima berhubung dakwaan gangguan kumpulan itu.
"Polis Kuala Lumpur menerima maklumat terdapat penyebaran di media sosial, berkaitan gangguan sekumpulan lelaki Melayu berbaju merah, terutamanya ke atas individu berbangsa Cina di jalan raya.
"Pihak polis sedang menyiasat kesahihan maklumat tersebut, sehingga kini tidak terdapat kumpulan berbaju merah yang berkeliaran untuk melakukan provokasi atau apa-apa tindakan khususnya di bandar raya Kuala Lumpur,” katanya.
Dalam kenyataannya petang ini, Tajudin mengingatkan, jika benar-benar berlaku perkara itu, orang ramai dinasihat membuat laporan polis atau menghubungi balai berdekatan.
"Pihak polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap kumpulan-kumpulan yang cuba melakukan provokasi dan bersikap rasisme atau tindakan-tindakannya melanggar undang-undang yang boleh menjejaskan ketenteraman awam," katanya.

Adakah kadar inflasi akan naik disebabkan kejatuhan Ringgit?

oleh Prathab V

PETALING JAYA: Sektor perbankan telah terjejas buat beberapa lama, terutamanya disebabkan oleh sentimen pengguna yang lemah. Menurut Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), sentimen pengguna sedang berada pada kadar paling rendah sejak suku keempat tahun 2008.

Menurut MIDF Research, jumlah pinjaman perniagaan mengecil sedikit kepada 8.7% tahun ke tahun (yoy) pada bulan Jun, berbanding pertumbuhan 9.1% tahun ke tahun pada bulan Mei. Pertumbuhan pinjaman isi rumah juga menurun kepada 8.7% tahun ke tahun berbanding 9% tahun ke tahun pada bulan Mei. "Perbelanjaan isi rumah adalah perlahan.

Orang ramai tidak meminjam [dari bank-bank]. Ringgit yang lemah tidak membantu keadaan sama sekali," kata Ching Weng Jin, ketua penyelidikan di PublicInvest Research, kepada FocusM. Menurut MIDF Research, walaupun jumlah pinjaman gadai janji stabil, pinjaman pembelian sekuriti dan kredit merosot. Akibatnya, ia memberi kesan kepada prestasi Bursa Malaysia.

Dalam keadaan semasa, kadar inflasi akan mengalami perubahan. Inflasi di Malaysia, diukur dengan peratusan tahunan indeks harga pengguna (IHP), meningkat kepada 2.5% pada bulan Jun. Pada bulan Mei, kadar inflasi berada pada tahap 2.1%. Bank pusat menyatakan ini berpunca dari kenaikan harga bahan api di pam sebanyak 10 sen seliter, kepada RM2.05 untuk RON95 dan RM2.35 untuk RON97, dari bulan Jun.

Walau bagaimanapun, pada bulan Ogos, sewaktu minyak mentah Brent jatuh di bawah AS$50 (RM195), harga bahan api runcit tempatan juga telah dikurangkan sebanyak 10 sen seliter bagi RON95 dan RON97. "Angka inflasi [terbaru] belum dikeluarkan lagi.

Tetapi kami menjangkakan ia akan meningkat sedikit. Ini akan terus menjejaskan pengguna dan perbelanjaan perniagaan. Ia akan berlaku bergantung kepada prestasi ringgit," jelas Ching. "Inflasi boleh menjadi isunya, kerana tidak ada banyak ruang untuk bergerak," jelas beliau. Dr Yeah Kim Leng, dekan fakulti perniagaan Universiti Sains dan Teknologi Malaysia, bersetuju dengan Ching.

PKR tawar mawar menjelang demo ‘baju merah’

Nurul Izzah: Fokus Lawan Rejim BN

‘Baju merah’ serlah kegagalan moral Umno - Anwar

Transfer of top civil servants 'unusual', says G25

G25, 68 NGOs join forces for reforms amid RM2.6bil scandal

PR 2.0: PKR buka pintu kepada sesiapa sahaja


Nurul Izzah Anwar

PUTRAJAYA – PR akan sentiasa membuka pintu terhadap mana-mana parti yang mempunyai matlamat perjuangan yang sama.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, pintu PR bukan hanya terhad kepada Parti Pekerja Malaysia sahaja, malah ia turut dibuka kepada Pas sekiranya parti tersebut masih mengekalkan objektif perjuangan yang sama.

“Penting untuk kita benar-benar faham bahawa perjuangan kita adalah untuk menundukkan rejim lawan.

“Perjuangan ini perlu bersifat lebih inklusif dan menampilkan wadah perjuangan baharu seperti Parti Pekerja  menangani rejim tersebut,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Nurul Izzah ditemui di Kementerian Kesihatan selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bersama Ibu dan adiknya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Nuha Anwar.

Pertemuan tersebut yang bertujuan untuk membincangkan status kesihatan dan kaedah rawatan Anwar turut dihadiri peguam mereka, Latheefa Koya dan N. Surendran.

Bila BN lama perintah pasti ada masalah - Kadir



KUALA LUMPUR: Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menyifatkan akibat terlalu lama Barisan Nasional (BN) memerintah menyebabkan timbul pelbagai masalah terutamanya membabitkan rasuah.

Beliau berpendapat sejarah negara-negara lain telah membuktikan jika sesebuah kerajaan itu mentadbir negara melebihi 30 tahun pasti akan timbul masalah.

"Inilah yang berlaku pada BN, lama sangat perintah maka rasuah penyelewengan pasti timbul sebab mereka berkuasa dan tidak takut.

"Bila tak takut macam-macam perkara mereka lakukan, sekarang ruang untuk rakyat bangkit bersuara melalui Kongres Rakyat pada 12 September nanti," kata bekas menteri kabinet itu sebagai ahli panel pada program Bicara Harakah 3 "Meneruskan Agenda Perubahan" sempena Kongres Rakyat di MyHarakah Bazar tengah hari tadi.

Turut menjadi ahli panel pada program tersebut adalah Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man,  Pengerusi Makpen, Mohd Zai Mustafa dan pendakwan bebas, Dr Ann Wan Seng sementara Mohamad Ibrahim (Mad China) sebagai moderator.

Menurut beliau, rakyat perlu menggunakan ruang pada Kongres Rakyat nanti untuk menyatakan ketidakpuashatian mereka kepada kerajaan hari ini.

"Rakyat  perlu nyatakan pendirian mereka dan ini ruang yang mereka ada, kita mendengar dan berbahas serta mencari penyelesaian terbaik.

"Rakyat perlu buat perubahan dan BN Umno perlu kita tukar kerana mereka mempunyai pelbagai penyakit yang tidak boleh diubati lagi," katanya lagi.

Adakah himpunan sejuta tshirt merah untuk menyokong "Pahlawan Bugis" akan dikenakan bil pencucian?

oleh V Shuman
Nampaknya syarat menjadi seorang menteri di Malaysia pada zaman ini adalah tidak perlu bijak sangat.
Bukan itu sahaja- satu kelebihan sekiranya anda seorang yang angkuh dan selalu mengeluarkan ancaman untuk menjustifikasikan tindakan anda.
Tanya sahaja pada Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Abdul Rahman Dahlan.
Selepas diketawakan di media sosial selepas menghantar bil pencucian berjumlah RM65,000 untuk Bersih 2 ke alamat yang salah, Rahman Dahlan akhirnya berjaya menemui alamat sebenar pejabat kumpulan pemerhati pilihanraya itu dan menghantar bil (melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur).
Bukan itu sahaja, MP Kota Belud itu menggelarkan Bersih 2.0 “budak-budak” kerana enggan membayar kerja-kerja pencucian sampah di jalan-jalan ibu kota, dan mengejeknya serta pegawai-pegawainya kerana tidak berjumpa pejabat mereka.
“Budak-budak. Itulah perangai Bersih kerana enggan membayar bil pencucian dan ejekan mereka kerana salah alamat untuk menghantar bil,” Malay Mail Online memetiknya sebagai berkata.
Bukan itu sahaja.
Rahman Dahlan menambah “Sekiranya Bersih enggan membayar, lain kali Bersih mengadakah perhimpunan haram di Kuala Lumpur, saya patut membuang semua sampah di depan pejabat mereka.”
Sangat matang dan bergaya.
Jadi Rahman Dahlan menuit gambar “pejabat” Bersih (yang silap), dan mengejek mereka kerana tidak “bersih” langsung, dan mengancam untuk membuang sampah di depan pejabat mereka sangat jelik, tetapi dia masih seorang menteri?
Ramai rakyat Malaysia menganggap yang Rahman Dahlan adalah baka pelik dalam kalangan politikus Umno. Sekarang kita tahu itu bukanlah kesnya.
Dia telah membuktikan dirinya pengganti sesuai kepada bekas jurucakap BN, Ahmad Maslan yang kelakar itu.
Bersih 2.0 telah mengemukakan pendirian mereka, mengatakan yang sukarelawan sudah membersihkan sampah sarap selepas perhimpunan, dan tidak akan membayar satu sen pun yang diminta Rahman Dahlan.

Penyertaan PAS dalam Pakatan bukan pendirian saya, kata Azmin

Timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali hari ini menegaskan sekali lagi, kenyataannya yang menyokong penyertaan PAS ke dalam Pakatan Rakyat yang baharu bukan merupakan pandangan peribadinya.
Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata kenyataan beliau yang menyokong penyertaan PAS ke dalam Pakatan Rakyat baharu adalah berdasarkan pendirian yang diambil parti secara kolektif. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 September, 2015. Mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam, menteri besar Selangor itu berkata, kenyataan itu berdasarkan pendirian yang diambil parti secara kolektif.
"Guan Eng sahabat lama kita. Dan DAP bersama dengan PKR dalam melakukan perubahan dalam negara. Sudah tentulah sumbangan DAP bagi kita merupakan penting dalam membawa perubahan.

"Apa yang dijelaskan ialah, kenyataan itu bukan kenyataan peribadi saya. Itu pendirian parti," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program "Beyond 3R: A More Sustainable Solution For Selangor Waste Management" di Shah Alam hari ini. Semalam, Lim menuntut Azmin menjelaskan kepada penyokong parti pembangkang mengapa pihaknya memutuskan untuk meneruskan kerjasama dengan PAS walaupun ia tidak dipersetujui DAP yang merupakan sekutu mereka.

Siri pertukaran pegawai kerajaan mutakhir ini ‘luar biasa’, kata G25

Jurucakap kumpulan tokoh Melayu ulung G25, Datuk Noor Farida Ariffin, menyifatkan siri pertukaran pegawai-pegawai kanan kerajaan yang berlaku mutakhir ini sebagai 'luar biasa'.
Katanya, ketika masih bekerja dengan kerajaan dahulu, beliau perlu memohon kebenaran daripada dua pihak sebelum dibenarkan berkhidmat sebagai pegawai tadbir dan diplomatik daripada Jabatan Kehakiman.
Jurucakap kumpulan tokoh Melayu ulung G25, Datuk Noor Farida Ariffin berkata, ketika masih bekerja dengan kerajaan dahulu, beliau perlu memohon kebenaran daripada 2 pihak sebelum dibenarkan berkhidmat sebagai pegawai tadbir dan diplomatik daripada Jabatan Kehakiman. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 September, 2015. Bekas duta itu berkata, pertukarannya perlu mendapat kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), bukan ketua jabatan beliau semata-mata.

"Inilah prosedur yang ditetapkan dan ia tidak boleh dilakukan ketua jabatan semata-mata. Jadi, prosedur ini perlu dipatuhi.  "Ia (pertukaran terbaru) agak luar biasa, terutamanya jika mereka tidak mematuhi prosedur yang betul. Ia tidak boleh dilakukan ketua jabatan semata-mata," katanya kepada media di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata demikian sewaktu diminta mengulas siri pertukaran pegawai-pegawai kanan kerajaan yang berlaku ketika kontroversi rombakan Kabinet susulan siasatan berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kongres Rakyat: Jangan harap lagi kepada Umno BN


KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Kongres Rakyat yang akan berlangsung pada 12 September ini akan membuka mata rakyat bahawa mereka tidak perlu lagi meletakkan harapan kepada Umno BN untuk mentadbir negara ini.

Bercakap dalam program Bicara Harakah hari ini, katanya parti yang telah lebih 50 tahun mentadbir negara ini sudah terlalu korup dan sukar lagi untuk dibersihkan.

"Anai-anai bukan lagi makan rusuk rumah, tetapi anai-anai sudah makan struktur rumah tersebut. Kongres ini akan membincangkan hala tuju tersebut, iaitu bagaimana masa depan negara serta rakyatnya," kata beliau.
Turut menjadi ahli panel pada program Bicara Harakah antaranya, Presiden Parti Ikatan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, Pengerusi Makpen Mohd Zai Mustafa, dan pendakwah bebas, Dr Ann Wan Seng sementara Mohamad Ibrahim (Mad China) sebagai moderator.

Tambahnya, realiti hari ini rakyat tidak boleh mengabaikan untuk membuat perubahan demi masa depan dan anak cucu mereka.

Tegas beliau, negara ini sepatutnya melahirkan pemimpin yang tidak buta, tidak pekak atau bisu iaitu pemimpin yang mendengar rintihan dan keluh kesah rakyat.

"Setiap apa yang pemimpin dapat hari ini adalah hasil daripada keringat rakyat dan keluhan rakyat," ujarnya.

Polis perlu siasat kehilangan Morais dengan rapi - Keluarga

Polis perlu siasat kehilangan Morais dengan rapi - Keluarga
KUALA LUMPUR: Abang bekas Timbalan Pendakwaraya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Anthony Kevin Morais berkata keluarganya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menyiasat kehilangan adiknya, baru-baru ini.

Datuk Richard Morais dalam satu temuramah dengan The Malaysian Insider pada Khamis dipetik sebagai berkata, keluarganya percaya polis akan membuat siasatan rapi berhubung kehilangan adiknya itu.

Richard bagaimanapun, berkata, setakat ini, beliau masih belum dimaklumkan mengenai perkembangan siasatan itu oleh pihak polis.

"Saya percaya polis akan memberikan maklumat  terkini mengenai kehilangan beliau," katanya.

Kevin dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu dan pada Isnin lalu, polis telah menubuhkan sebuah pasukan khas yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad sendiri.

Hadi enggan sertai Pakatan, itu pandangannya, kata Azmin

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali hari ini seakan-akan mengelak dari menjawab pertanyaan berhubung kenyataan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai keengganan parti Islam itu menyertai Pakatan Rakyat yang baharu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 September, 2015.Timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali hari ini seakan-akan mengelak dari menjawab pertanyaan ketika diminta mengulas kenyataan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai keengganan parti Islam itu menyertai Pakatan Rakyat yang baharu.
"Tak apalah, itu pandangan dia (Hadi)," kata menteri besar Selangor itu kepada pemberita selepas menghadiri persidangan "Beyond 3R: A More Sustainable Solution For Selangor Waste Management" di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) hari ini.
Hadi dilaporkan laman Ismaweb berkata, tidak akan ada penyertaan daripada PAS dalam gabungan parti pembangkang baharu atas sebab agenda yang tersirat di sebalik pakatan tersebut.

“Kita tidak boleh hanyut. Pakatan baharu semata-mata hanya untuk menang pilihan raya akan datang. Mereka tiada agenda untuk memartabatkan Islam,” katanya pada satu majlis di Bangi semalam. Hadi dilaporkan berkata, pembentukan pakatan baharu tidak jelas dalam mendaulatkan Islam.

MCA hanya main wayang dan sandiwara

We reveal ours, you reveal yours: Bersih dares Najib

Berita Fitnah: Rahman Dahlan harus minta maaf atau letak jawatan atas fitnah isu tanah 6,000 ekar

'PKR rai pandangan, tapi tetap mahu PAS bersama' - Azmin


PKR meraikan semua pandangan rakannya dalam pembangkang namun tetap berpendirian bahawa PAS perlu berada dalam gabungan pakatan yang baru.
Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali turut mengulangi pendirian bahawa PAS perlu bersama gabungan pembangkang yang baru merupakan keputusan parti dan bukan pandangan peribadi.
"Pandangan kawan-kawan kita raikan.
"Ini keputusan parti kerana KEADILAN sentiasa ambil sikap inklusif dan menerima mana-mana parti yang mahu majukan reformasi. Ini pendirian kita.
"Jadi kita berharap semua pihak kena menghargai kesulitan dalam rundingan bersama rakan kita dalam pakatan seperti ini," katanya.
Azmin yang juga menteri besar Selangor berkata demikian ketika ditemui pemberita di Shah Alam hari ini.

Ex-SB man not amused as Rizal gets personal

Rosmah's aide makes a reference to Hamid Bador's ex-wife.
rizal-mansor_rosmah-mansor_hamid-bador_600
KUALA LUMPUR: The altercation between Abdul Hamid Bador and Rizal Mansor continued today with the former Special Branch deputy director accusing the aide to Rosmah Mansor of unprofessional conduct for raising a personal matter that he said had nothing to do with their quarrel.
Rizal told FMT through WhatsApp that the best person to talk about the ex-SB man would be “Datin Che Mah” without saying whom he was referring to.
“Please ask Datin Che Mah on the conduct of Dato Hamid Bador,” he said. “I understand that she has a lot to tell about the true conduct of Dato Hamid.”
Hamid, contacted by FMT for his response, disclosed that Rizal was referring to his ex-wife and said it was unprofessional of him to inject a personal issue into a matter involving the public.
He called for a debate aimed at “finding the truth,” repeating a challenge he made yesterday.
“Please don’t divert the issue,” he said. “Why do you have to stoop so low that you have to bring up personal issues in responding to my statement?
“I did not talk about his family. I talked about the wife of the prime minister, who gave trouble to government officers. I talked about matters that could give implications to the public.”
Hamid said “someone” sought his advice two years ago on how to improve Rosmah’s image.
“I told that person to advice his boss, the wife, to keep a low-profile. Don’t make the people feel annoyed with her. Do you still remember my advice?

Kami akan kira setiap sen, Bersih jawab tuduhan ‘double standard’ Najib

Gabungan reformasi pilihan raya Bersih 2.0 berkata ia akan mengeluarkan laporan awal Bersih 4 yang diadakan bulan lepas, dan mempersoalkan Datuk Seri Najib Razak kerana menyentuh mengenai derma RM2.5 juta tetapi mengelak isu "sumbangan" RM2.6 bilion.
Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata, mereka akan menyenaraikan pendapatan dan perbelanjaan perhimpunan Bersih 4 baru-baru ini dan membentangkannya kepada orang ramai. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 September, 2015 Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata, kumpulan itu akan menyenaraikan pendapatan dan perbelanjaan perhimpunan yang diadakan 29 dan 30 Ogos itu, manakala audit dijangka siap pada pertengahan Oktober.
"Kami pasti akan membentangkannya kepada orang ramai. Kami akan melaporkan kepada rakyat setiap sen yang diterima dan dibelanjakan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Najib semalam menuduh Bersih 2.0 mengamalkan “double standard” berhubung isu pembiayaan kerana ia tidak mendedahkan identiti penderma mereka yang menyumbang lebih RM2 juta untuk perhimpunan 34 jam hujung bulan lalu itu. "Apabila Bersih mengumpulkan wang dan dana, terdapat permintaan untuk mendedahkan semua sumber tetapi mereka enggan.
"Apabila ia melibatkan kami, bagaimanapun, mereka mempersoalkan bermacam-macam perkara. Kita tidak boleh ada ‘double standard’," kata Najib selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno semalam.
Presiden Umno itu sedang berhadapan dengan skandal “derma” RM2.6 bilion yang katanya dari Timur Tengah tetapi tidak dinamakan pendermanya.

Gerakan Islam dan politik perubahan

Siddiq Fadzil


Islam tidak bangkit hanya dengan ledakan semangat, emosi dan sentimen, tetapi dengan kekuatan ilmu yang menyedarkan dan menginsafkan.
Demikianlah hakikat gerakan Iqra’ yang mengawal kebangkitan Islam, revolusi intelektual berintikan kesedaran tauhid yang menghasilkan keberanian bersikap — menolak kebatilan dan kezaliman, dan berhujung dengan kepatuhan mutlak kepada Allah, Tuhan Yang Maha Esa (kalla la tuti‘hu wa ‘sjud wa ‘qtarib).
Dalam kaitan inilah perlunya kita melihat semula tarbiyah harakiyah sebagai proses merubah diri (al-taghyir al-nafsiy) yang tidak terhenti sebatas otak, tetapi harus meliputi watak dan akhlak.

Gerakan Islam akan kehilangan wibawa, kredibiliti dan keberkatan apabila para kader aktivisnya gagal menepati ciri-ciri ilmuan berakhlak mulia. Justeru, gerakan Islam tidak boleh gagal mendidik para kadernya dengan mujahadah melawan sifat egois, angkuh, tamak, dan tidak berdisiplin.
Al-taghyir al-nafsiy, perubahan pedalaman diri (jiwa dan minda, otak dan watak) adalah pra-syarat kebangkitan dan perubahan yang tidak dapat dikompromi.
Untuk menjawab cabaran zaman yang sentiasa berkembang dan berubah, gerakan Islam memerlukan tahap kompetensi keilmuan yang tinggi, di samping daya fikir yang memungkinkannya melakukan ijtihad kolektif (al-ijtihad aljama‘iy) menangani pelbagai isu kontemporari.
Keterikatan dengan sumber-sumber rujukan klasik, tanpa keupayaan memahami perubahan realiti zaman dan lingkungan, akan menjadikan gerakan Islam tidak relevan.
Untuk melaksanakan misi perubahan ke arah kehidupan yang lebih baik, gerakan Islam perlu menguasai fiqh al-taghyir (fiqh perubahan) agar matlamat dapat dicapai tanpa harus menciptakan masalah-masalah yang tidak teratasi.
Memang kita harus mengakar pada turath khazanah keilmuan silam, tetapi ia harus dipadukan dengan ilmu kontemporari, di samping pemikiran dan perancangan strategik.
Dengan demikian gerakan Islam akan dapat melaksanakan misi Islamisasinya dengan bijaksana, berhikmah dan penuh kearifan, serta berdasarkan urutan keutamaan (fiqh al-awlawiyyat) yang tepat.
Politik perubahan dalam pengertian siyasat al-taghyir harus didasarkan pada fiqh al-waqi‘ atau kefahaman yang tepat dan mendalam tentang realiti yang ditangani.
Misi merubah realiti masa kini tidak akan terlaksana dengan hanya membolak-balik kitab-kitab fiqh tradisional al-Mawardiy, Abu Ya‘la atau Ibn Taymiyyah.
Memang karya-karya klasik mengandungi prinsip dan nilai yang universal dan merentas zaman, tetapi penerapannya tidak terlepas dari konteks realiti era pengkaryaannya. Justeru, yang ditangani adalah realiti atau waqi‘ zaman dan lingkungan para fuqaha’ silam, yang jelas berbeza daripada realiti masa kini.
Untuk memahami realiti masa kini kita memerlukan ilmu kontemporasi seperti falsafah, sejarah, kebudayaan, sosiologi, sains politik, ekonomi dan lain-lain yang terliput dalam pelbagai disiplin sains sosial dan humaniora.

ISMAisme meresap dalam PAS

Mohd Azhar Abd Rahman


Kelantangan sebuah pertubuhan yang bernama ISMA terhadap isu politik Malaysia terutamanya terhadap PAS sejak kebelakangan ini tidak begitu kedengaran berbeza ketika PAS bertahaluf bersama DAP dan PKR melalui wadah Pakatan Rakyat.
Keadaan ini seakan-akan memberi indikator sebahagian perjuangan ISMA untuk melihat kerjasama politik PAS dan DAP dipatahkan sudah tercapai atas beberapa isu yang berlaku terutamanya berkaitan pelaksanaan Hudud di Kelantan.
ISMA atau nama penuhnya Ikatan Muslimin Malaysia yang dipinda daripada nama asal Ikatan Siswazah Muslim Malaysia ditubuhkan sekitar tahun 1997 dengan meletakkan perjuangan Melayu-Islam sebagai landasan mereka. Merujuk kepada slogan mereka dari sudut pandangan politik, ISMA tidak begitu banyak bezanya dengan Umno dan PERKASA, cuma wajah-wajah yang ditampilkan dalam barisan kepimpinan mereka kebanyakannya membawa gelaran ustaz dan tidak didaftar sebagai parti politik.

Ideologi ISMA ini hanya terdapat dan relevan di Malaysia memandangkan mereka meletakkan bangsa Melayu dan Islam sebagai matlamat besar dan sedikit berbeza dengan PERKASA yang berjuang atas semangat Melayu semata-mata. ISMA mempunyai sikap yang agak keras dan bertentangan dengan PAS sebelum ini. Paling ketara ketika PAS bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat membentuk kerjasama politik dalam Pilihan Raya  untuk menumbangkan Barisan Nasional.
Dengan slogan “Melayu Sepakat Islam Berdaulat”, ISMA seringkali membuat serangan-serangan berbentuk sindiran dan  provokasi untuk menggoyahkan kerjasama PR bagi membentuk sebuah kerajaan terutamanya di peringkat nasional. Seringkali ditonjolkan juga kesan-kesan yang mungkin bakal berlaku sekiranya kerajaan PR terbentuk dan kebanyakannya bernada perkauman dan merugikan melayu.
ISMA melalui Presidennya, Abdullah Zaik juga sering mensasarkan bekas pimpinan-pimpinan PAS yang progresif dan terbuka seperti Khalid Samad dan Dr Mujahid Yusof Rawa dalam serangan-serangannya kerana melihat tindak-tanduk kedua-dua mereka merugikan Islam. Kini kedua-keduanya sudah membawa haluan mereka dalam Amanah, parti baru yang ditubuhkan melalui pengambil alihan Parti Pekerja-pekerja Malaysia
ISMA juga seringkali memaparkan sikap keras dan prejudis terhadap DAP. Bagi ISMA, DAP tidak lebih sebagai agen yang merosakkan institusi Islam di dalam negara dan bakal menjadi ancaman kepada umat Islam di Malaysia. DAP baginya tidak boleh dibawa berunding dan hampir mustahil untuk difahamkan tentang Islam. Maka sikap menyerang, melabel, menimbulkan sifat benci, menjadi pendekatan ISMA apabila perbincangan berkaitan DAP dibangkitkan.
Sekali-sekala ISMA mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang lebih dahsyat daripada PERKASA dan kadang-kala kenyataan mereka juga lebih ‘politik’ berbanding PAS.

Semua itu adalah hal berkaitan ISMAisme. Apa yang menjadi perhatian mutakhir ini, terutamanya ketika bermulanya bibit-bibit perpecahan PR, ISMAisme ini semakin meresapi dalam tindak-tanduk PAS. ISMAisme dilihat sudah bertapak dalam PAS.

Nak keluar parti silakan, jangan beri alasan - Tuan Ibrahim

Post Pic
SHAH ALAM: Ahli-ahli PAS tidak perlu berdolak-dalik dalam memberikan alasan jika mahu menyertai Parti Amanah Negara (Amanah), demikian menurut Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
 
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan ADUN Semantan, Syed Hamid Syed Mohamed yang mengumumkan keluar dari PAS untuk menyertai Amanah semalam.
 
"Kalau hendak keluar parti (sertai Amanah) tidak perlu bagi alasan. Kalau nak keluar, keluar saja tidak perlu salahkan parti, salahkan itu ini. Lebih baik kita (mereka yang keluar parti) keluar senyap sahaja.
 
"Tak perlu kata kita tidak setuju dengan PAS, kita keluar sajalah. Sebab alasan itu (yang diberikan), macam-macam boleh beri alasan. Realitinya jentera PAS yang memenangkan dan bagi saya, itu hak masing-masing untuk keluar parti," katanya kepada Antarapos.
 
Syed Hamid adalah ADUN keenam yang bertindak keluar parti dan menyertai Amanah.
 
Lima lagi adalah ADUN Datuk Seri Dr Nizar Jamaluddin (Changkat Jering), Aminolhuda Hassan (Parit Yaani), Datuk Phahrolrazi Zawawi (Pengkalan Kundor), Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharudin (Morib).
 
Sebelum ini, tujuh ahli PAS merangkumi Datuk Dr Mujahid Yusof (Parlimen Parit Buntar), Dr Siti Mariah Mahmud ( Parlimen Kota Raja), Dr Hatta Ramli (Parlimen Kuala Krai), Khalid Samad ( Parlimen Shah Alam), Hanipa Maidin ( Parlimen Sepang), Raja Kamarul Bahrin (Kuala Terengganu) dan Kamaruddin Jaafar (Tumpat) terlebih dahulu meninggalkan parti itu.
 

Top priority is to bring Najib down, not if PAS in new PR

Opposition leader Wan Azizah says PAS president is entitled to his opinions as discussions about Pakatan Rakyat 2.0 are informal at this stage.
wan-azizah_hadi-awang_pas_600
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat’s top priority at the moment is to push for a no confidence vote on Prime Minister Najib Razak and not whether PAS wishes to be a partner in any new political coalition being formed.
She said this to reporters during PKR’s peaceful walkabout in Low Yat plaza today when asked to respond to PAS President Abdul Hadi Awang saying that his Islamist party would not join Pakatan Rakyat 2.0.
“We are trying to look for a solution for the country, one of the solutions is to actually have a no confidence vote, and for that we need the numbers,” she said about the move to ensure Najib steps down as prime minister.
She also said that Hadi had the right to voice his opinion whatever it may be as discussions to form a new coalition were at the preliminary stage only.
“We haven’t formally formed the new coalition, so he (Hadi) has the right to say whatever.
“We have only had informal discussions at the moment, but the present goal is to bring down Najib,” she reiterated.
Yesterday, Hadi was quoted by Ismaweb as saying the new pact had a hidden agenda besides having no plans whatsoever to uphold Islam, the main agenda of PAS.
In the peaceful walkabout lead by Wan Azizah today, she called on the organisers of the Red Shirts rally to focus on solving the country’s economic and political crisis instead of staging a race-based rally.
“It can lead to disharmony and racial discontent what more when the demonstration is planned to be held in areas with a majority Chinese ethnic group (presence) such as Bukit Bintang and Petaling Street.”

HIMPUNAN SOKONG NAJIB 16 SEPT WAJIB DIHADIRI LEBIH 500 RIBU PESERTA...

Tidak ada sebab lain perhimpunan baju merah yang akan diadakan pada 16 September ini selain untuk menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Najib Razak yang semakin bergoyang kedudukannya.

Walaupun ia turut dinamakan "Himpunan Maruah Melayu", "Himpunan Melayu Bersatu", "Himpunan Rakyat Bersatu" dan sebagainya, satu-satunya tema paling logik dan dapat diterima akal ialah untuk menyokong dan mempertahankan Najib sebagai Perdana Menteri.

Lebih logik jika slogan perhimpunan baju merah itu ialah "Sokong Najib Dapat RM2,600 Juta", "RM2,600 Juta Bukti Najib PM Paling Wibawa" dan lain-lain ungkapan yang semaksud dengannya.

Ini kerana perhimpunan baju merah ini tidak lain adalah reaksi kepada himpunan baju kuning Bersih 4 selama 34 jam pada 29 dan 30 Ogos lalu yang antara gegarannya ialah mendesak pengunduran Najib daripada singgahsana Seri Perdana kerana isu 1MDB dan derma RM2,600 juta yang diterimanya.

Oleh sebab baju kuning menolak Najib, himpunan baju merah mestilah untuk terus menyokong dan mempertahankan Najib.

Tema-tema lain, kata orang Pahang "tak boleh pakai lalu."

Untuk mengaitkan perhimpunan baju merah ini dengan kedudukan  atau maruah Melayu langsung tidak ada kaitannya kerana tidak terlihat di mana-mana mereka sedang terancam dan tergugat ketika ini. 

Orang Melayu masih kekal seperti selalu, yang kaya terus bergembira, yang miskin tetap papa kedana dan yang lupa diri, tetap juga tidak ke mana-mana.

Mereka yang bekerja dengan syarikat Cina tidak terlihat apa-apa perbezaannya, malah di mana-mana dapat dilihat Melayu, Cina dan bangsa-bangsa lain bergaul mesra tanpa ada rasa curiga sama ada dalam berkawan atau berkongsi niaga.

Pemimpin Melayu yang gemar menghabiskan wang dengan cigar dan berpoya-poya di hotel-hotel berjenama tidak pula terlihat mengurangkan aktiviti mereka demi membela bangsa sendiri yang kononnya sedang terancam dan tergugat itu.

Pemimpin Melayu, adik beradik dan saudara mara mereka yang dibelakangnya ada tauke Cina juga terus dengan aktiviti mengumpul kekayaan mereka atas konsep sama-sama merasa.

Maka, di mana benarnya Melayu sedang tergugat dan terancam serta maruah mereka dalam bahaya?
Tidak seperti Bersih 4 yang berlangsung dengan jayanya, ia tidak sesekali melibatkan kaum.  Bersih 4 adalah perjuangan rakyat. Kehadiran kaum Cina yang agak ramai hanyalah kebetulan saja, sama seperti  orang Melayu yang mendominasi dalam Bersih 1, 2 dan 3 sebelum ini.

Keluarga gesa Anwar diberi rawatan penuh


Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA - Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendesak pihak kerajaan menjalankan rawatan penuh ke atas Anwar yang kini berada di Penjara Sungai Buloh.

Ini kerana menurut isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tahap kesihatan Anwar kini lebih membimbangkan berbanding sebelumnya.

"Kalaulah fisioterapi yang dijanjikan dijalankan terhadap beliau (Anwar), beliau tidak akan menderita sakit begini.

"Ini menyebabkan kami risau tentang perjalanan aktiviti harian yang dijalankan beliau di penjara," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Wan Azizah ditemui di Kementerian Kesihatan selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bersama dua orang anaknya, Nurul Izzah Anwar dan Nurul Nuha Anwar.

Nurul bela PAS: Bukan semua tukar dasar


Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar terus mempertahan pendirian parti itu yang mahukan PAS turut serta dalam gabungan baru pembangkang.
Mengulas dakwaan DAP bahawa dasar parti Islam itu sudah bertukar, Nurul Izzah berkata masih ada pemimpin PAS yang konsisten dengan isu-isu rakyat.
Antara mereka, kata Nurul Izzah, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden Idris Ahmad.
“Sebagai timbalan presiden PAS, beliau bukan hanya mengkritik 1MDB, tetapi juga dakwaan rasuah Najib.
“Begitu juga dengan kehadiran Idris Ahmad dalam BERSIH,” katanya.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebelum ini menolak penyertaan PAS atas anggapan parti itu beralih dasar dengan tidak menggerakkan anggotanya ke himpunan BERSIH 4 bagi menyatakan bantahan dalam isu derma RM2.6 bilion ke akaun perdana menteri.
Perpecahan Pakatan Rakyat juga sebelum ini berpunca daripada perbezaan pendapat dan perbalahan berpanjangan kedua-dua parti itu, terutamanya dalam isu hudud.
Gabungan pembangkang baru ini akan turut disertai parti serpihan PAS, Parti Amanah Nasional (AMANAH) yang dipimpin oleh bekas-bekas pemimpin kanan PAS.

Azmin Perlu Pilih PAS Atau DAP - Ramkarpal

PETALING JAYA: Ahli Parlimen DAP meminta Menteri Besar Selangor, Azmin Ali menyatakan pendirian sama ada Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan bekerjasama dengan PAS jika pakatan Pembangkang baru diwujudkan.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh berkata, Azmin perlu membuat pilihan sama ada bekerjasama dengan DAP atau PAS kerana hubungan kedua-dua parti itu tidak lagi sehaluan.
"Azmin perlu pilih untuk bekerja dengan yang mana satu pada masa akan datang, kerana tidak lagi realistik untuk pakatan antara DAP dengan PAS," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas berlaku 'perang' di media sosial antara Azmin dengan Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Teo Nie Ching berikutan kesediaan Azmin untuk bekerjsama dengan PAS.
Ramkarpal berkata, kenyataan Azmin itu tidak tepat kerana ketegangan dalam Pakatan Rakyat yang membawa kepada perpecahan pakatan rakyat berpunca daripada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata, tindakan Hadi bukan sahaja mencetuskan kontroversi dengan DAP tetapi juga dengan ahli-ahli partinya sendiri yang bertindak membentuk Parti Amanah Negara (PAN).

Rakyat Malaysia Perlu Penyelesaian Kemelut Ekonomi dan Politik Bukan Provokasi Perkauman dan Kebejatan Keharmonian



KEADILAN hari ini menggesa pihak yang ingin menganjurkan“Himpunan Rakyat Bersatu” atau “Himpunan Maruah Melayu” yang dijadualkan berlangsung pada 16 September 2015 untuk tumpu kepada penyelesaian kemelut ekonomi dan politik negara yang dihadapi oleh rakyat.
Sementara penganjuran perhimpunan aman dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan Akta Perhimpunan Aman 2012 namun tujuan dan motif perhimpunan atas dasar perkauman tidak wajar dilakukan.
Ia boleh mengakibatkan kebejatan keharmonian dan kaum, apatah lagi dicadang untuk dilakukan di kawasan majoriti kumpulan etnik Cina iaitu Bukit Bintang dan Jalan Petaling.
Lebih malang lagi, dilaporkan ada pimpinan UMNO yang menggesa ahli-ahlinya untuk turut serta perhimpunan berkenaan.
Pihak polis wajib bertindak untuk menghentikan sebarang tindakan provokasi perkauman seperti yang dipaparkan oleh poster-poster di Kuala Lumpur yang berkait dengan himpunan berkenaan.
Malaysia sedang hadapi krisis kepimpinan. Skandal yang tidak berkesudahan. Ekonomi yang terus merudum. Sudah tiba masanya rakyat Malaysia berganding bahu untuk bangkit mendepani kepincangan yang merencatkan masa depan kita.
Himpunan ‘baju merah’ dengan motif perkauman, jika dibiarkan, boleh membawa kejatuhan kepada nilai masyarakat dan kewarasan.
Atas dasar itu, KEADILAN tidak membenarkan ahli-ahlinya menyertai himpunan berkenaan.
Hari ini KEADILAN turun ke Bukit Bintang menghulurkan mesej keamanan kami kepada semua kumpulan etnik untuk kita sama-sama menyelamatkan negara sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN

Rafizi Apa lagi perlu digadai bagi selamatkan 1MDB?

Aminolhuda: Letak jawatan wakil rakyat tidak wajar

PAS Pahang seiring Pusat dalam hubungan dengan PKR

PKR gesa gencatan buat DAP, PAS, AMANAH

‘Miring’ dan tengkorak bagi pertahan tanah NCR

Keluar PAS : ADUN Perlu Letak Jawatan - PAS Pahang

RAMAI ANGGOTA PAS MENYERTAI PAN

PEMUDA PAS MINTA AHLI NYATAKAN PENDIRIAN MENGENAI PAN

Rafizi: Kewangan 1MDB tenat, tiada bank sanggup bantu percuma

Setiap suntikan dana kepada 1MDB perlu dibentang dan dibahaskan terlebih dahulu di Parlimen.
rafizi-najib
PETALING JAYA: Tiada mana-mana negara, bank atau institusi kewangan di dunia yang akan memberikan bantuan kewangan secara percuma kepada 1MDB kerana kedudukan kewangannya yang tenat.
Dakwaan itu dibuat oleh Naib Presiden dan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.
“Sebarang bantuan atau suntikan kewangan sudah tentu akan diberikan dengan syarat-syarat yang begitu ketat dan menguntungkan mereka sebagai timbal balik kepada risiko kewangan besar yang mereka tanggung,” katanya daam kenyataan media pada Khamis.
Katanya, dengan kedudukan kewangan 1MDB yang tenat, janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menyelesaikan masalah 1MDB amat membimbangkan.
Katanya, jika Najib berjanji untuk menyelesaikan masalah itu dalam tempoh terdekat, ia bermakna sudah ada persetujuan mengenai urusniaga kewangan dengan pihak ketiga yang besar.
“Rundingan itu juga berkemungkinan akan meletakkan rakyat dalam keadaan tersepit hingga merugikan lagi rakyat.
“Saya menyeru supaya sebelum sebarang urusniaga kewangan yang melibatkan suntikan dana kepada 1MDB dipersetujui, butiran setiap urusniaga kewangan itu (baik yang melibatkan Kerajaan Persekutuan, badan pelaburan milik rakyat, agensi kerajaan atau pun pihak swasta/pihak ketiga) perlulah dibentangkan secara terperinci di Parlimen dan dibahaskan terlebih dahulu,” katanya.
Sehubungan itu, Rafizi menggesa Perdana Menteri menjawab secara terperinci beberapa persoalan mengenai urusniaga kewangan yang mungkin berlaku itu.
1. Apa terma terperinci yang melibatkan tanggungan kerajaan dan rakyat?
2. Berapa jumlah kos keseluruhan yang melibatkan dana awam?

'Sapuman - Man of Steal' ketengah isu derma RM2.6b


Kartunis satira Zunar muncul lagi dengan buku terbarunya Sapuman - Man of Steal yang mengetengahkan sindiran dalam isu derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi perdana menteri.
Buku setebal 126 muka surat itu mengandungi lebih 150 karya yang kebanyakan memfokuskan kepada isu sekitar kontroversi 1MDB, selain menyindir subjek kegemarannya Rosmah Mansor.
Berdasarkan kulit depannya, karya itu dilihat sebuah rekonstruksi kepada filem Superman terkenal Man of Steel karya Zack Snyder.
Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Haque berkata kebanyakan karya dalam buku itu pernah tersiar di Internet dan media sosial sejak Februari hingga Ogos 2015.
“Harga pasaran buku ini adalah RM26, jauh terlalu kecil berbanding dengan derma sebanyak RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun seorang individu di Malaysia,” kata Zunar.
Buku dijadual dilancarkan oleh anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan Sasterawan Negara A Samad Said pada 13 September ini di di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di ibu negara.
Zunar berkata tidak akan mempedulikan halangan walaupun mendakwa bukunya sebelum ini Ros In Kangkong Land dihalang polis.
Beberapa buku kartun Zunar diharamkan kerajaan sebelum ini susulan kelantangannya menyatakan kritikan keras dalam isu-isu politik.

Rafizi: Apa harga rakyat perlu bayar selamatkan 1MDB?


Janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyelesaikan masalah hutang 1MDB dalam tempoh enam bulan, mengundang kebimbangan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.
"Kebimbangan utama saya dan sebahagian besar rakyat yang lain ialah apakah harga yang perlu dibayar oleh rakyat demi menyelamatkan 1MDB yang bermasalah itu?
"Rekod pentadbiran BN dalam menyelamatkan syarikat-syarikat yang berkait dengan kepentingan elit pemerintah sejak 1980-an lagi telah menunjukkan bagaimana mudahnya BN menggunakan dana awam untuk menyelamatkan kepentingan mereka.
"Dahulunya, dana Petronas sering menjadi mangsa setiap kali ada syarikat lain yang bermasalah," kata setiausaha agung PKR itu dalam satu kenyataan hari ini.

Dana selamatkan 1MDB perlu dibentang ke Parlimen


rafizi

SHAH ALAM – PKR menggesa kerajaan membentangkan secara terperinci sebarang urusniaga kewangan yang melibatkan suntikan dana kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Parlimen sebelum ia dipersetujui sepanjang proses rasionalisasi kewangan syarikat itu sejak enam 6 bulan lalu.

Naib Presidennya, Rafizi Ramli berkata butiran setiap urusniaga kewangan itu penting untuk mengelakkan berulangnya insiden pemberian harta dan jaminan kerajaan diberikan kepada 1MDB sehingga merugikan rakyat.

“Butiran setiap urusniaga kewangan itu (baik yang melibatkan Kerajaan Persekutuan, badan pelaburan milik rakyat, agensi kerajaan atau pun pihak swasta/pihak ketiga) perlulah dibentangkan secara terperinci di Parlimen dan dibahaskan terlebih dahulu.

“Kita juga tidak mahu walau satu sen pun lagi dana awam diberikan kepada 1MDB selepas ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau mengulas komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang bertegas dengan keputusan dan pendirian asalnya mahu isu 1MDB yang sarat dengan hutang RM42 bilion itu diselesaikan dalam tempoh enam bulan.

Najib juga mengakui ada beberapa perkara perlu ditangani segera supaya dapat memberikan kepuasan serta mengurangkan kebimbangan rakyat termasuk isu penyaluran “derma” RM2.6 bilion ke dalam akaun bank peribadinya.

Pua: Major discrepancy in 1MDB, IPIC’s financials

1MDB and IPIC’s financial statements on the USD1.4b indicate that one of them is not telling the truth.
tony-pua_wsj_khalid_1mdb_600_2
KUALA LUMPUR: Petaling Jaya Utara MP Tony Pua called upon Inspector-General of Police Khalid Abu Bakar to demand an immediate investigation into the missing USD1.4 billion as reported by Wall Street Journal (WSJ) to ensure that those who may have embezzled funds or committed criminal breach of trust are urgently brought to book.
After the latest WSJ expose, 1Malaysia Development Bhd (1MDB) needs to come clean on the USD3.5 billion bond arrangements and guarantee by International Petroleum Investment Corporation (IPIC), he added. “The WSJ once again raised another multi-billion ringgit question mark on where the money from 1MDB went.”
“As rightly pointed out by the WSJ, the USD1.4 billion does not appear any where in the financial statements of IPIC for the year ending 31 December 2013 and 2014 which was audited by Ernst & Young.”
While the USD1.4 billion or RM4.5 billion was a non-current asset categorised as “other receivables, deposits and prepayments” in 1MDB’s accounts, there was no corresponding sum or classification appearing in the current or non-current liability in IPIC’s books, he pointed out.
The fact of the matter is that IPIC did disclose the USD3.5 billion guarantee it has provided 1MDB in the accounts, said Pua. “They said, ‘the Company benefits from back-to-back guarantees and support from 1MDB and has secured for its Group the rights (“the Options Agreements”) to acquire up to 49 per cent stake in the shares of two subsidiaries of 1MDB at a fixed price’.”
“Strangely however, it omitted to mention any collateral amounting to a very substantial USD1.4 billion deposited with IPIC or any of its subsidiaries.”
The major discrepancy between 1MDB and IPIC’s financial statements leads to the conclusion that one of the accounts doesn’t tell the truth, he argued.
The denial by 1MDB on Wednesday does not in any way, dispel the fact that USD1.4 billion was missing or was completely unaccounted for, said Pua. “All that 1MDB stated was “the 1MDB audited financial statements clearly describe the amount and purpose of the payments, which for the avoidance of doubt, is structured as a deposit (i.e. a financial asset belonging to 1MDB and not an expense to 1MDB)’.”

Beberapa soalan di sebalik keputusan MT Umno

KUALA LUMPUR: Beberapa persoalan tetap timbul melalui keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno, petang semalam.

Ini ekoran tiada sebarang tindakan yang diambil terhadap timbalan presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin walaupun sebelum ini berbagai andaian dilontar termasuk dipecat.

Penulis Shahbudin Husin menerusi blognya semalam menimbulkan beberapa persoalan di sebalik keputusan mesyuarat itu.

- Apakah Najib lebih disokong dalam Umno dan suara mendesaknya berundur akan berkurangan dengan keputusan ini?

- Bagaimanakah pula pendirian politik Muhyiddin dan Shafie selepas ini? Setelah dinyatakan kedua-duanya terus setia kepada parti dan akan bekerja keras untuk kemenangan Umno dalam PRU14 akan datang, adakah mereka juga akan taat setia kepada Najib?

- Adakah selepas ini Muhyiddin dan Shafie akan jadi 'bisu' atau berhenti bercakap mengenai 1MDB dan wang RM2,600 demi menyelamatkan jawatan mereka dalam Umno berikutan Najib turut menyatakan kedua-dua pemimpin masih perlu membuktikan kesetiaan mereka?

KJ: Pemuda Umno bebas sertai himpunan 16 Sept



Pemuda Umno tidak akan menghalang anggotanya daripada menyertai perhimpunan 'Baju Merah' yang dijadula berlangusng pada 16 September ini.
"Saya merujuk kepada kenyataan perdana menteri, maka ia mewakili pendirian parti," kata Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin.
Beliau yang juga MP Rembau menjawab soalan pemberita mengenai pendiriannya berhubung perkara itu dalam satu majlis di Parlimen hari ini.
Menteri Belia dan Sukan itu pada Sabtu berkata beliau akan menyatakan pandangannya berhubung himpunan tersebut dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata anggota Umno bebas untuk menyertai perhimpunan itu tetapi mengingatkan mereka supaya patuh kepada undang-undang.
Bercakap selepas mempengeruskan mesyuarat MT itu semalam, presiden Umno itu juga berkata undang-undang yang sedia ada yang akan digunakan oleh polis dalam perhimpunan untuk membantah himpunan BERSIH 4.
Perhimpunan itu dilapor dirancang diadakan di kawasan Bukit Bintang dan Petaling Street sebagai membantah himpunan BERSIH 4 yang diadakan pada 29 dan 30 Ogos lalu.
Dijangka 300,000 peserta akan hadir dalam perhimpunan itu.

Parlimen dunia mana tak benar undi tak percaya?

Pembangkang menolak penjelasan speaker bahawa tiada peruntukan dalam peraturan mesyuarat Dewan Rakyat yang membenarkan anggota parlimen pembangkang membentangkan usul tidak percaya terhadap perdana menteri.
“Parlimen mana dalam dunia yang tidak benarkan usul tidak percaya,” kata anggota parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.
Beliau berkata seseorang perdana menteri dipilih berdasarkan keyakinan majoriti anggota parlimen dalam dewan.
 Justeru, katanya, jika berlaku perubahan pada majoriti itu, harus terdapat sebuah proses supaya perubahan boleh dilakukan.
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia semalam sekali lagi menjelaskan tiada peruntukan Peraturan Mesyuarat yang menyebut ahli parlimen boleh mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri.
"Tiada langsung dalam peraturan.
"(Jadi) Bolehkah saya atas nama demokrasi, demokrasi barat, buat-buat peraturan mesyuarat itu? Itukan nampak bodoh," beliau dipetik sebagai berkata oleh Bernama.
Pandikar juga menegaskan bahawa setakat semalam, beliau belum menerima sebarang usul tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Dewan Pemuda PAS Kelantan gesa wakil rakyat nyata pendirian

Dewan Pemuda PAS Kelantan hari ini menggesa mana-mana wakil rakyatnya yang dikaitkan dengan penubuhan Parti Amanah Negara (Amanah) yang kini dalam proses didaftarkan, menyatakan pendirian masing-masing.
Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata pendirian mereka wajar diperjelaskan agar pengundi dapat membuat penilaian khususnya pada pilihan raya umum akan datang.
"Kita juga mahukan Anggota Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar nyatakan pendirian beliau sama ada masih mahu bersama PAS ataupun Amanah," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis pelepasan kembara 'Asean Rides Festival 2015 Zon Timur' di perkarangan Kota Darul Naim hari ini.

Sebanyak 150 buah motosikal berkuasa tinggi yang menyertai kembara berkenaan dilepaskan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Ahmad Fadhli mengulas mengenai dakwaan bahawa 10 orang wakil rakyat dari negeri itu dikhabarkan akan menyertai Amanah dalam masa terdekat. Ditanya mengenai pendirian Amanah Kelantan yang mendakwa mereka tidak akan meletakkan calon pada pilihan raya umum akan datang di negeri itu, Ahmad Fadhli berkata PAS Kelantan akan sentiasa berwaspada.

Pas tidak akan sertai Pakatan Rakyat 2.0 - Hadi

Pas tidak akan sertai Pakatan Rakyat yang baharu - HadiKUALA LUMPUR: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti Islam itu tidak akan menyertai pakatan pembangkang yang baharu, lapor portal Ismaweb.

Abdul Hadi dilaporkan berkata gabungan pembangkang yang baharu atau Pakatan Rakyat 2.0 tidak mempunyai agenda memartabakan Islam sebaliknya hanya mahu memenangi pilihanraya akan datang.

"Konsep kita (Pas), mahu Islam didaulatkan dan dimartabatkan kerana kita tahu negara kita mempunyai majoriti beragama Islam," katanya kepada Ismaweb selepas menghadiri pertemuan dengan Sekretariat Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (KL Summit 2015) di sebuah hotel di Bangi, pada Rabu.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali bertegas mahukan Pas menyertai pakatan pembangkang baharu.
Namun kenyataan berbeza diberikan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang jelas menolak penyertaan Pas dalam gabungan pembangkang yang baharu itu.

Jangan nak gertak jer lebih kat dalam negara sehaja, TAPI BACUL LAGI PENAKUT DI LUAR NEGARA !!!

Kalau laporannya palsu SAMANLAH !!
Kalau tak saman, maknanya BENARLAH dakwaan WSJ tersebut..

Haritu bermati2an beriya2 kata nak saman WSJ pd Selasa 7/7/2015. Skrg dh masuk Selasa yg ke-10, DAH 2 BULAN TAK SAMAN2... Apa cerita..!!

Nak BERTINDAK HARI APA PLOK, Selasa jugak ker. atau hari lain

Kalau gigi saya tak berona..

Oleh Mohd Sayuti Omar
Kalau gigi saya tak berona (sakit) teringin juga untuk saya hadir sama dalam dua program besar yang akan diadakan minggu depan. Pertama ialah Kongres Rakyat, anjuran Pas yang akan diadakan di Shah Alam Selangor tanggal 12 September. Program kedua ialah, himpunan rakyat Baju Merah, yang bakal diadakan di Bukit Bintang Kuala Lumpur tanggal 16 September.

Masalahnya juga waktu ini saya belum ada baju berwarna merah? Dahulu ada dua helai tetapi kedua-duanya sudah lusuh warna. Dah nak jadi macam oren sikit-sikit.

Tidak pasti siapa yang menganjurkan himpunan baju merah itu, tetapi dipercayai ia adalah mereka yang pro Umno, tepatnya yang bersimpati dan mengharapkan garam dan gula daripada Najib. Himpunan itu dinamakan untuk membela maruah Melayu, tetapi hakikatnya untuk membela maruah Najib yang terzahir oleh perbuatannya sendiri kemudian ia diecerkan oleh himpunan Bersih 4 minggu lepas.

Kehadiran begitu ramai dalam himpunan Bersih, termasuk Dr Mahathir Mohamad juga terpanggil, memaksa satu himpuan sebagai counter attack kepada pembangkang diadakan. Himpunan sejuta rakyat itu juga untuk membuktikan yang Najib masih ada penyokong ramai. Himpunan itu mensasarkan 3 juta ini berpadanan dengan keahlian parti itu.

Harap-harap gigi saya tidak terus berona. Gigi ni pun satu hal juga kalau dah sakit ia meragam tidak tentu fasal. Menghadiri ke perhimpunan sebegitu menambahkan lagi kesakitan gigi. Apa pun saya nak nyatakan kedukacitaan awal disini kerana pada tarikh himpunan itu diadakan saya tidak berada dalam negara, hingga 17 September.

Sebenarnya himpunan rakyat si baju merah itu kena hormat. Jangan ada sesiapa menghalangnya. Polis juga jangan menyekatnya. Jangan pula kerana risikan menunjukkan himpunan itu tidak sampai 10,000 orang yang bakal hadir lepas itu polis buat arahan keras melarang ia dilangsungkan untuk menyelamatkan air muka penganjur dan Najib. Menusuk masalah dengan cara itu tidak bagus.

Pihak pembangkang khususnya pro Bersih perlu mengalu-alukan himpunan itu. Jangan ganggu dan kucar. Sama-sama kita tengok dan lihat nanti himpunan siapa yang berjaya dan gagal. Himpunan boleh dijadikan petunjuk dari kalangan rakyat himpunan mana yang mereka suka.

Kita tengok juga siapakah ikon kepada himpunan itu kelak. Apakah Tengku Razaleigh Hamzah akan hadir sebagai mengimbangi kehadiran Dr Mahathir dalam Bersih? Kalau Tengku Razaleigh hadir ini bermakna dunia akan kiamat. Kita intai juga Inchek Ibrahim Ali sedang minum di warung mana waktu itu.

Perhimpunan di Shah Alam pula, yang dinamakan Kongres Rakyat itu adalah himpunan terbesar anjuran Pas selepas parti itu selesai mengadakan muktamar. Kongres itu juga sebagai kemuncak kepada program apa dinamakan PIHAK. Sedap bunyi himpunan itu "kongres" sudah tentu satu keputusan besar akan dibuat.