Selasa, 8 September 2015

Pandikar Amin Mulia: Tiada peruntukan usul tidak percaya

ANALISIS: Impak positif persidangan anti rasuah antarabangsa 2015

Abdul Hadi Awang: PAS tidak terjejas

PAS akan nilai matlamat anjur himpunan Melayu Bersatu

Amukan Ultras Malaya

Flares and violence disrupt Malaysia-Saudi Arabia game

Hadi: Pas cukup kuat, tak perlu parti lain

Abdul Hadi Awang
KUALA TERENGGANU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas ada kekuatan sendiri dan tidak akan bergabung dengan parti baharu yang sedang dalam proses didaftarkan, Parti Amanah Negara (PAN) atau kini dikenali dengan Parti Pekerja Malaysia (PPM).
  
Beliau berkata, pengalaman lalu banyak mengajar Pas supaya lebih berhati-hati untuk bekerjasama dengan parti politik lain.

"Sehingga ini Pas dengan tegas tidak menerima parti baharu itu dan  konsisten dengan pendirian selama ini," katanya kepada pemberita semasa ditemui ketika menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (Dun), di sini, hari ini.

Mengenai status Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang diminta meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat Pas setelah menyertai PPM, Abdul Hadi berkata beliau akan dengar dahulu laporan daripada Badan Perhubungan Pas negeri dan Pas Pusat sebelum mengambil sebarang tindakan.
  
Ketika ditanya kemungkinan ahli Pas akan menyertai perhimpunan yang dicadang diadakan pada 16 September ini, Presiden Pas itu berkata, beliau akan melihat dahulu apa pengisian program berkenaan.

"Hari Kebangsaan kita sama-sama sambut, sebab itu baru-baru ini kita tidak menyertai perhimpunan Bersih kerana ia bertembung dengan Hari Kebangsaan,  kita menghormati Hari Kebangsaan," katanya. - Bernama

Majlis penghargaan Muhyiddin ‘tangguh’, tunggu keputusan MT Umno

Majlis makan malam penghargaan buat Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dijadualkan pada malam ini di Cheras ditangguhkan ke tarikh lain bagi memberi laluan kepada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno esok.
Timbalan Ketua Umno Bahagian Bandar Tun Razak Datuk Saharudin Zainal Abidin berkata, keputusan itu dibuat selepas pelbagai pertimbangan semasa mesyuarat bahagian itu Jumaat lepas.
Timbalan Ketua Umno Bahagian Bandar Tun Razak Datuk Saharudin Zainal Abidin berkata, keputusan menangguhkan majlis makan malam penghargaan buat Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dibuat selepas pelbagai pertimbangan semasa mesyuarat bahagian itu Jumaat lepas. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 September, 2015. "Ia adalah keputusan yang dibuat di peringkat bahagian yang mengambil kira bahawa mesyuarat Majlis Tertinggi akan diadakan esok.

"Kami fikir adalah wajar untuk menganjak majlis makan malam itu ke tarikh yang lain," kata Saharudin kepada The Malaysian Insider malam ini. Beliau berkata majlis itu sepatutnya diadakan di International Youth Centre di Cheras.
"Ia bukan sahaja satu majlis makan malam penghargaan kepada Tan Sri Muhyiddin tetapi juga 14 pemimpin Umno lain di peringkat bahagian," katanya.
Tambahnya majlis makan malam itu yang merupakan acara tahunan bagi meraikan pemimpin Umno yang banyak berjasa kepada parti.
Saharudin berkata mereka akan menunggu hasil mesyuarat esok sebelum memutuskan tarikh untuk majlis makan malam tersebut.
"Kita tidak tahu apa yang akan berlaku tetapi jika Tan Sri Muhyiddin dipecat, kita perlu mengeluarkan namanya dari senarai jemputan. Ia bukan bermaksud kita tidak mahu menjemput beliau tetapi ia dinyatakan dalam perlembagaan parti," katanya.
Saharudin berkata, Muhyiddin sudah dimaklumkan tentang penangguhan itu dan pemimpin bahagian Bandar Tun Razak juga sudah bertemu beliau secara peribadi hari ini untuk memaklumkan mengenai perkara yang sama.

Sheikh Omar: 4 Soalan kepada ahli Melayu dalam DAP


SHEIKH_OMAR_ALI_SENAWANG_03072015_TMIKAMAL_ARIFFIN_09


Beberapa hari lalu, seorang senior saya semasa bergiat dalam Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) dahulu mengutus mesej menerusi WhatsApp. Beliau memohon agar saya menjawab beberapa persoalan yang diajukan oleh rakan beliau berkaitan Melayu dalam DAP.
Saya terpanggil untuk kongsikan pandangan dan pendirian saya sebagai seorang Melayu dalam DAP kepada pembaca.
Kenapa Melayu-Islam perlu bersama DAP?
Melayu Islam perlu bersama DAP kerana DAP merupakan sebuah parti politik yang sah seperti termaktub dalam perlembagaan dan pendaftaran pertubuhan. Menurut perlembagaan DAP, ia merupakan parti yang bukan berasaskan kaum atau agama. Tidak kira apa juga bangsa dan agama, boleh sertai DAP.
DAP berjuang atas dasar sosial demokrasi. Sosial bermaksud DAP ingin mengangkat martabat rakyat tanpa mengira latar belakang. Demokrasi bermaksud DAP akan bergerak mengikut lunas-lunas demokrasi untuk menjayakan agenda perjuangannya. Pendirian saya, demokrasi adalah selari dengan Islam dan disahkan oleh Qardhawi dalam banyak tulisannya mutakhir ini. Dalam Islam, ia menepati konsep ‘Masdaqul Ijtima’iyyah’ – people’s mandate.
Apa faktor yang menyebabkan sebilangan orang Melayu-Islam kini menyertai DAP?
Orang Melayu Islam menyertai DAP kerana ruang yang luas diberikan oleh DAP selari dengan perjuangan digariskan dalam perlembagaan parti. DAP juga serius dalam menarik seramai mungkin anak muda khususnya untuk bersama DAP dan menjadi pemain utama dalam menentukan halatuju politik negara menerusi wadah parti politik DAP. Contoh sebagai bukti, 80% Adun DAP di Johor adalah di bawah paras umur 35 tahun.
Selain itu, bertepatan dengan usaha serius pimpinan DAP iaitu membetulkan persepsi rakyat yang telah diracuni UMNO bahawa DAP parti Cina. Liew Chin Tong – AJK DAP pusat sendiri pernah menggagaskan dalam konvensyen DAPSY Johor tahun lalu dan diperteguhkan menerusi satu retreat DAP Kebangsaan pada pertengahan tahun ini, ke arah merealisasikan DAP sebagai parti semua rakyat Malaysia dan benar-benar berwajah Malaysia selepas lebih 50 tahun UMNO mendakyahkan DAP di mata rakyat dengan api perkauman.
Justeru, tidak salah dan DAP amat mengalu-alukan seluruh rakyat tanpa mengira bangsa dan agama; termasuklah Melayu-Islam untuk menyertai DAP.
Sejauh mana DAP boleh menjamin hak/kedudukan Melayu-Islam?
DAP serius mempertahankan hak Melayu-Islam yang selari dengan roh perlembagaan sepertimana yang pernah digariskan dalam Common Policy Framework PR satu masa dahulu berkaitan kedudukan raja, agama, bahasa dan bangsa.

Hudud Kelantan: Gerakan tarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi

penyokong PAS
Gerakan menarik balik rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Baharu yang menolak saman pemula parti itu untuk mencabar kesahihan undang-undang Hudud Kelantan di sisi perlembagaan.
PUTRAJAYA, 8 September:
Gerakan menarik balik rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Baharu yang menolak saman pemula parti itu untuk mencabar kesahihan undang-undang Hudud Kelantan di sisi perlembagaan.
Seorang daripada peguam mewakili parti politik itu, Chai Ko Thing, berkata atas persetujuan kedua-dua pihak, Gerakan menarik balik rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 7 Mei tanpa mengeluarkan perintah berhubung kos.
“Ia penyelesaian secara baik terhadap perkara yang difailkan di Mahkamah Tinggi,” katanya dan menurutnya Gerakan kini akan menumpukan pada perkara yang difailkan di Mahkamah Persekutuan.
Perkara itu ditetapkan bagi pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Zaini Fishir @ Fisal.
Tiga anggota Gerakan iaitu Tuan Mat Tuan Wil, Soh Hoon Lee dan Chung Mon Sie memfailkan notis usul pada 8 Mei lalu bagi memohon kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk mencabar kesahihan Kanun Jenayah Syariah (11) Kelantan 1993 (Pindaan 2015) atau lebih dikenali sebagai hudud, di sisi perlembagaan.
Dalam notis usul itu, anggota Gerakan berkenaan berkata Dewan Undangan Negeri Kelantan tidak mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang bagi menghukum perbuatan jenayah, yang boleh dihukum mengikut undang-undang Persekutuan.

PAS hanya boleh salahkan diri sendiri sekiranya tumpas di Kelantan

oleh Alyaa Alhadjri
Sekiranya kerajaan negeri PAS di Kelantan tersungkur dalam pilihanraya umum akan datang, ia merupakan kegagalan parti itu sendiri untuk menerima realiti politik  akar umbi.
Walaupun mudah untuk pemimpin PAS menyalahkan parti yang baru dibentuk Parti Amanah Negara (Amanah) kerana mensabotaj atau menyedut kekuatannya, pemerhati percaya yang penambahan sokongan yang berlaku adalah disebabkan oleh keangkuhan mereka untuk menerima kritikan.
Malah ketika parti serpihan PAS berkata yang mereka akan cuba untuk bekerja dengan parti Islam itu sebaik mungkin, bagi mengelakan pertarungan tiga penjuru antara dua parti Islam dan BN.
Pada 8 September, laman berita The Malaysian Insider  melaporkan yang pengerusi Amanah Kelantan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah sebagai berkata yang parti baru itu akan cuba sebaik mungkin untuk berunding dengan PAS, dan memastikan kelangsungan legasi parti Islam di negeri itu.
Rundingan itu, katanya, berdasarkan cubaan untuk menghalang pertarungan tiga penjuru melibatkan calon pilihanraya  Barisan Nasional, PAS dan Amanah untuk kerusi-kerusi negeri di Kelantan sewaktu PRU 14.
“Dalam pertemuan bertentangan antara PAS dan BN untuk mana-mana kerusi di Kelantan dalam PRU 14, saya sendiri akan memastikan yang Amanah akan membantu dan menyokong calon PAS,” Wan Abdul Rahim dipetik sebagai berkata.
Bagaimanapun, Wan Abdul Rahim, berkata yang Amanah akan dipaksa membuat keputusan mereka sendiri sekiranya PAS berterusan menolak cubaan melakukan rundingan untuk kerjasama masa hadapan.
Menurut The Malaysia Insider, terdapat lima daripada sembilan MP PAS dan antara lapan dan 16 wakil rakyat PAS negeri di Kelantan yang dipercayai memberikan sokongan kepada Amanah.
Kerajaan negeri semasa yang dipimpin PAS terdiri daripada 32 orang wakil rakyat PAS dan seorang dari PKR. Selebihnya seramai 12 orang dari BN.
Sementara itu, dalam konteks sokongan akar umbi, Wan Abdul Rahim menyifatkan terdapat hanya 8,000 ahli PAS daripada 80,000 pengundi berdaftar di Kelantan.
Kebanyakan pengundi menyokong parti Islam itu, termasuklah pengundi bukan Islam yang tertarik kepadanya selepas tsunami politik 2008.

Nazir Razak alu-alukan penjelasan 1MDB berkenaan bekas penasihat

Datuk Seri Nazir Razak berterima kasih dan mengalu-alukan tindakan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang memberi penjelasan berhubung kegusarannya mengenai peletakan jawatan Tan Sri Dr Abdul Samad Alias.
Pengerusi CIMB Group itu berkata, kenyataan 1MDB hari ini memberikan gambaran lebih menyeluruh kepada orang ramai berkenaan hubungan di antara syarikat milik negara itu dan bekas ahli lembaga penasihatnya.
Pengerusi CIMB Group Datuk Seri Nazir Razak berkata, kenyataan 1MDB hari ini memberikan gambaran lebih menyeluruh kepada orang ramai berkenaan hubungan di antara syarikat milik negara itu dan bekas ahli lembaga penasihatnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 September, 2015. "Saya ingin berterima kasih kepada 1MDB kerana sudi memberi maklum balas kepada komen dan soalan saya.

"Sekarang kita ada gambaran lebih menyeluruh versi 1MDB mengenai apa yang terjadi bagi membandingkannya dengan kenyataan Samad semalam," katanya kepada The Malaysian Insider. Nazir yang juga adik perdana menteri itu turut mengalu-alukan langkah syarikat itu yang menghubungi Samad, susulan dakwaan beliau yang permintaannya bagi mendapatkan maklumat syarikat itu tidak diendahkan sebelum ini.
"Saya alu-alukan langkah syarikat itu menghubungi Samad bagi menyelesaikan perkara ini," katanya yang awal hari ini menggunakan akaun Instagramnya melahirkan kegusarannya berhubung dakwaan Samad.
Samad berkata pada satu majlis semalam, beliau meletakkan jawatan selepas enam bulan dilantik menganggotai lembaga penasihat 1MDB kerana gagal mendapatkan penjelasan mengenai status dan maklumat kewangan syarikat itu.

Harapan Umno di bahu ‘yang terbuang’

Keberanian Anina dan Khairuddin seharusnya menjadi titik tolak kepada akar umbi Umno untuk bangkit merampas kembali parti dari mereka yang tersesat
umno,-Khairuddin-hassan,-Anina-Saaduddin
Berbicara perihal Umno, pastinya menyentuh Melayu. Seperti pendekar Melayu, jika mahu menjadi yang agung harus berpencak dengan yang juara lain, baru tahu siapa yang handal dan siapa yang tidak. Yang tewas akan berundur dan yang tinggal menjadi raja.
Politik Umno, seperti jaguh pencak yang bertarung di gelanggang, adalah politik ritual yang mana hanya mereka yang paling licik mampu untuk bertahan sebagai ketua sekali gus memimpin negara. Sedang yang lainnya, biarpun hanya untuk menumpang bayang-bayang sang ketua, harus melalui jalan yang sama untuk memastikan diri masing-masing terus wujud dalam parti.
Biarpun demikian, senario yang tampak semacam kejam ini adalah ritual parti yang bergerak dengan nama Umno Baru. Hakikat permulaan parti ini tidak langsung seperti yang sekarang.
Lupakah kita pada Umno yang didukung oleh Melayu terdahulu yang berpendidikan serta berwawasan.
Pemimpin-pemimpin lama ini mahu Umno menjadi wadah bagi memacu negara ke arah yang lebih gemilang.
Bagaimana mungkin kita dapat membandingkan pemimpin-pemimpin baru dengan kebijaksanaan dan juga integriti yang dimiliki nama-nama besar dalam parti ini suatu ketika dahulu seperti Tunku Abdul Rahman, Abdul Razak Hussein, Ismail Abdul Rahman dan banyak lagi yang segenerasi dengannya.
Jika benar seperti yang diungkapkan oleh Mahathir Mohamad bahawasanya ahli-ahli tertinggi, malah ketua-ketua bahagian sendiri telah ‘dibeli’ oleh Najib Razak, maka Umno telah jauh terpesong dari inti pati pejuangan serta identitinya.
Namun di sebalik kecelaruan identiti yang dialami oleh Umno Baru, nyata masih ada sekelumit harapan yang didukung oleh ahli-ahlinya seperti Khairuddin Abu Bakar dan bekas ahlinya, Anina Saaduddin. Dua individu ini mungkin antara yang tidak sanggup untuk melihat Umno yang mereka kasihi terus terbuai dalam harapan palsu dan terus berada di jalan yang boleh menjurus kepada kemusnahan.

Status ahli majlis PBT keluar PAS: Azmin tunggu surat

Polis Siasat Kaitan Kes Morais Dengan Pembunuhan Najadi

MT: Tiada Siapa Yang Akan Dipecat - Zahid

Tidak Halang Ahli Umno Sertai Demo Baju Merah

PAS Tolak Sertai Perhimpunan 'Baju Merah'



PETALING JAYA: PAS tidak akan menyertai perhimpunan 'baju merah' yang dijadual diadakan di ibu negara pada 16 September ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan bagaimanapun berkata, parti itu berpandangan program Himpunan Rakyat Bersatu berkenaan adalah hak demokratik rakyat untuk berhimpun secara aman yang sewajarnya diterima oleh semua pihak.

"Namun PAS memutuskan untuk tidak menyertai atau mengerahkan ahli dan penyokongnya menyertai perhimpunan tersebut," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Jelas Ahli Parlimen Kota Baru itu, adalah keterlaluan bagi PAS untuk sekali lagi mengerahkan ahli dan penyokongnya hadir ke ibu negara pada tarikh berkenaan kerana parti itu akan mengadakan Kongres Rakyat di Shah Alam pada 12 September ini.

"PAS juga tidak mengetahui, dihubungi atau dijemput secara rasmi oleh penganjur perhimpunan yang dimaksudkan. Justeru kami tidak mengetahui secara sah akan tujuan himpunan, penyertaannya, aturcara dan agenda untuk membolehkan kami menilai mahupun memberi apa-apa komitmen terhadapnya.

"Kami juga berpandangan pemilihan tarikh keramat 16 September juga bersifat eksklusif kelompok itu adalah sangat tidak sesuai, malah berlawanan dengan semangat Malaysia yang sudah sedia sinonim dengan tarikh tersebut," katanya.

Wan Azizah Jamin PAS Akan Dipelawa Sertai Pakatan Baharu

PETALING JAYA: PAS tidak akan dipinggirkan dalam pembentukan pakatan pembangkang baharu, sebaliknya akan turut dijemput untuk menyertainya, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Menurut ketua pembangkang itu, beliau akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin PAS minggu depan bagi membincangkan mengenai pelawaan kerjasama tersebut.

"Krisis keyakinan yang melanda Malaysia menuntut alternatif kepada kerajaan BN (Barisan Nasional). Saya yakin bahawa pakatan pembangkang baharu akan menjadi lebih kuat dan dalam kedudukan yang lebih baik untuk melawan rasuah dan salah urus ekonomi pentadbiran (Datuk Seri) Najib (Tun Razak).

"Saya akan bertemu dengan pimpinan PAS dan DAP dalam tempoh seminggu akan datang untuk membincangkan ke arah pembentukan pakatan pembangkang yang baharu," katanya menerusi satu kenyataan pada Selasa.

Dr Wan Azizah yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, beliau juga telah bertemu dengan pengerusi penaja Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu bagi membincangkan mengenai perkara yang sama.

"Kami mengadakan mesyuarat yang berhasil untuk membincangkan hala tuju yang sama dan prinsip yang dikongsi bersama oleh kedua-dua belah pihak.

"Saya amat berbesar hati mengalu-alukan Amanah sebagai parti pembangkang baharu," katanya lagi.

Sudah sampai Hisbah ditubuhkan di Kelantan

MSO

Ekoran berlaku beberapa kejadian yang menjejaskan kewibawaan kerajaan PAS Kelantan yang dikenali dan beriya-iya menunjukkan ia sebagai satu-satunya sebuah kerajaan Islam di negara ini, elok kalau kerajaan Kelantan dibawah pimpinan Ahmad Yaakub menubukan badan ombudsman yang dikenali sebagai Hisbah.

Ahmad perlu berjiwa besar.

Janji untuk menubuhkan Hisbah ini dibuat dalam manifesto pilihan raya PAS tahun 1990 lagi, tetapi sayangnya ia tidak dilaksanakan sampai kini. Satu masa bekas MB Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kerajaan Kelantan tidak mampu untuk menubuhkan Hisbah kerana tidak mempunyai kepakaran.

Apakah selepas 25 tahun kerajaan Kelantan dibentuk, soal kepakaran itu masih belum diatasi? Kalau begitu ini bermakna cadangan untuk mewujudkan Hisbah itu adalah retorik semata-mata. Juga apakah kegagalan menubuhkan Hisbah itu bukan satu pemungkiran janji kepada rakyat?


Mungkir janji adalah sesuatu perbuatan dosa yang tidak seharusnya berlaku dalam pentadbiran dipimpinan para ulama muktabar.

Kepimpinan PAS baru yang "digegaki" dengan orang bertaraf ulama dan ustaz perlu memikir perkara ini dan kegagalan mewujudkan apa-apa yang dijanjikan satu perkara memalukan.

Keperluan badan pemantau atau penyiasatan itu ketika ini sangat-sangat diperlukan apabila banyak kejadian-kejadian yang boleh menjejaskan kredibiliti dan mencalarkan maruah sebuah kerajaan Islam seperti Kelantan itu berlaku. Orang akan persoalkan kenapa kejadian, timbul berbagai persepi mengenai penyelewengan dan salah laku kuasa masih berlaku dalam sebuah kerajaan Islam?

Kegagalan membendung itu sedikit sebanyak ia menyebabkan orang bukan Islam meragui kepada sistem yang diperkenalkan oleh Islam.

Inilah yang dikatakan Islam dikhianti oleh orang Islam sendiri. Atau orang Islam hanya pandai bercakap tetapi tidak tahu berbuat. Ia umpama bawang yang rosak kerana jambaknya.

Misalnya kes-kes mahkamah yang dibawa oleh pihak tertentu menyebabkan kerajaan negeri Kelantan terpaksa membayar ganti rugi bernilai jutaan ringgit, ia memberi imej buruk kepada kerajaan Kelantan. Kejadian itu menujukkan bahawa kerajaan Kelantan gagal berfungsi sebagai sebuah kerajaan yang adil, bersih dan berintegriti. Misalnya kes-kes saman menyaman di mahkamah disebabkan langgar perjanjian sepatutnya tidak berlaku.

Kes saman terbaharu oleh sebuah syarikat terhadap Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) yang menyebabkan kerajaan Kelantan perlu membayar lebih RM2 juta. Sebelum ini juga seorang pegawai kerajaan Kelantan telah membawa kes penamatan kerjanya kepada mahkamah perusahaan menyebabkan kerajaan kena bayar RM200 ribu. Selain itu berjujut lagi kes mahkamah yang dalam proses perbicaraan, semua kes itu memburukkan dan membusukkan kerajaan Kelantan.

Demikian juga penahan seorang CEO syarikat milik kerajaan Kelantan oleh SPRM dan disiasat beberapa hari memberi imej buruk dan ia menimbulkan persepsi kohong kepada kerajaan Kelantan. Kandatipun individu itu tidak didakwa, tetapi siasatan itu menunjukkan ada keraguan besar terhadap pegawai kerajaan yang dikepalai Ahmad Yaakub.

Sekiranya kerajaan Kelantan diurustadbirkan dengan baik mengikut prinsip Islam "sengoti" sudah tentu kejadian-kejadian itu yang lazim berlaku dalam kerajaan UBN itu tidak akan berlaku di Kelantan.

Jika Bersih perlu membayar kos pencucian, Umno perlu bayar sewa PMO

oleh Hazlan Zakaria
Ketika Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Rahman Dahlan sibuk cuba menekan kumpulan pendesak masyarakat sivil Bersih 2.0 membayar bil pencucian sebanyak RM65,000, mungkin Umno pun perlu dikenakan bayaran kerana menggunakan kemudahan kerajaan untuk bermesyuarat.
Rahman telah cuba mengenakan Bersih dengan jumlah pencucian besar untuk kerja-kerja mencuci selepas perhimpunan 29 dan 30 Ogos Bersih 4, walaupun datuk bandar KL mengatakan yang tiada kerosakan besar terjadi di bandar, dengan hanya sedikit kerja pencucian perlu dilakukan yang hanya bernilai beberapa ribu ringgit.
Ini berlaku ketika wujud laporan berita mengatakan yang Pejabat Perdana Menteri telah menjadi tuan rumah kepada sebuah lagi pertemuan Umno yang dianjurkan oleh sekretariat parti, tempat yang merupakan kemudahan awam yang hanya boleh digunakan untuk kegunaan kerajaan.
Terdapat perbezaan besar antara kerajaan memerintah dan parti pemerintah. Sesuatu yang sepatutnya mempunyai pemisahan jelas.
Parti pemerintah mungkin merupakan kerajaan yang sedang memerintah tetapi wujud perbezaan antara aset kerajaan dan aset parti, atau derma parti yang disimpan dalam akaun peribadi.
Perkhidmatan dan kemudahan yang dibayar menggunakan duit rakyat untuk kegunaan pegawai yang dilantik untuk urusan kerajaan, tidak boleh di samakan dengan perkara yang boleh digunakan untuk matlamat parti pemimpin tersebut, atau mengikut kehendak pemimpin itu.

Pesawat peribadi atau apa sahaja bentuk pengangkutan rasmi, tidak boleh digunakan untuk bersuka ria atau kegunaan percutian peribadi yang dilakukan bukan atas urusan kerajaan, atau diberikan kepada ahli keluarga atau pasangan yang tidak mempunyai jawatan dalam kerajaan.

NST story ‘reverses reality,’ Asian Sentinel says

Clare Rewcastle-Brown alleges the NST has “performed a classic job of selectively editing and distorting quotes in order to try and do a hatchet job on me”.
NST,-Clare-Rewcastle-Brown,-Asian-Sentinel
PETALING JAYA: The Asian Sentinel today branded the New Straits Times’ (NST) front-page story accusing Clare Rewcastle-Brown of “conspiring to change a nation’s destiny” by removing Prime Minister Najib Razak “a startling reversal of reality”.
Alleging that 1Malaysia Development Berhad (1MDB) had “fallen into a river of red ink from what appears to be vast mismanagement and crookedry,” the Sentinel noted that Rewcastle-Brown had published “a long series of damaging reports” alleging that hundreds of millions of dollars had been “spirited out” of 1MDB “to other destinations.”
The Sentinel noted that she had also fed information to The Wall Street Journal and the New York Times, allowing both to publish “equally devastating stories” concerning Najib’s alleged family property holdings in the United States and the US$680 million deposited into his personal bank accounts in 2013.
Rewcastle-Brown responded by alleging that the NST had “performed a classic job of selectively editing and distorting quotes in order to try and do a hatchet job on me”.
“The problem is that I am not the person who has committed a crime,” she was quoted as saying.
“I would toast Najib’s departure from government,” she readily admits, but not because “I am being paid as part of some ill-defined conspiracy to criticise an innocent man.”
“The story is out,” Rewcastle Brown says further. “Nothing that the NST can say against Sarawak Report or try to make Xavier Justo say from his prison cell makes any difference to the [alleged] crimes which are now being investigated in several countries.”

Siapa DAP? Kami hanya ikut keputusan Anwar kata Pas

Pas masih menganggap Datuk Seri Anwar sebagai Pengerusi Pakatan Rakyat dan hanya beliau sahaja berhak menjadi jurucakap kepada PR.
Tuan-Ibrahim-Tuan-Man,-dap
PETALING JAYA: DAP tidak berhak untuk menghalang Pas daripada menyertai gabungan pakatan pembangkang yang baharu atau Pakatan Rakyat 2.0, tegas Timbalan Presiden Pas,Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau berkata, hanya Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja berhak membuat keputusan kerana beliau mewakili jurucakap parti pakatan pembangkang.
“Dia tak ada hak bersuara (halang Pas dari menyertai PR 2.0), dia tak ada hak untuk mewakili pakatan pembangkang.
“Saya tengok DAP tidak mewakili pakatan pembangkang. DAP hanya mewakili parti DAP sahaja. Bagi Pas jurucakap rasmi pembangkang ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Realitinya dia (DAP) isytihar PR terbubar bagi Pas kita masih menerima Datuk Seri Anwar sebagai Pengerusi PR,” katanya kepada Free Malaysia Today (FMT).
Ditanya sama ada Pas sedia untuk menyertai Pakatan Rakyat 2.0, Tuan Ibrahim berkata parti itu akan meneliti cadangan tersebut sebelum membuat keputusan muktamad.
“Secara krusus perkara ini (Pakatan Rakyat 2.0) belum dibincangkan.
“Kita (Pas) akan tengok bagi kita prinsip dalam parti yang menjadi dasar perjuangan parti mesti dihormati. Setiap parti mesti menghormati polisi dan dasar parti dalam komponen Pakatan Rakyat.
“Kalau sekiranya polisi parti-parti lain tak boleh kita hormati jadi tak ada makna kita muafakat (bekerjasama) sebab akan timbul polemik lain akan datang,” katanya.
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali bertegas mahukan Pas menyertai PR 2.0 tetapi tidak dipersetujui oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Azmin, Menteri Besar Selangor masih menganggap Pakatan Rakyat masih wujud dan mahukan Pas terus kekal dalam pentadbiran kerajaan Selangor.
Pendirian Azmin itu kurang disenangi pemimpin DAP dan sebahagian pemimpin PKR yang tidak sehaluan dengan Azmin.
Azmin lebih memihak kepada Pas kerana parti itu mencalonkan namanya sebagai Menteri Besar bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selain nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dikait mahu beli data 1MDB, Izzah saman dua akhbar

Nurul IzzahSHAH ALAM - "Saya telah memberi arahan kepada peguam untuk memulakan prosiding undang-undang terhadap The News Straits Times (NST) dan Berita Harian (BH)," kata Nurul Izzah Anwar.

Nurul Izzah mengumumkan perkara berkenaan susulan muka depan akhbar NST hari ini yang memetik bekas pegawai PetroSaudi International Ltd,  Xavier Andre Justo, kononnya Naib Presiden PKR itu berminat membeli data mengenai 1MDB yang dicurinya pada tahun 2011.

Dalam satu kenyataan hari ini, Nurul Izzah turut menafikan menawarkan AS$2 juta dalam bentuk kontrak kerajaan kepada Justo jika pembangkang berjaya mengambil alih pemerintahan.

"Saya tidak pernah bertemu beliau sebelum ini," tegas Nurul Izzah.

Katanya, soalan sebenar bukanlah berkaitan dokumen yang dicuri oleh Justo, tetapi kandungan dokumen tersebut dan laporan Wall Street Journal, Sarawak Report dan The Edge mengenai rasuah, pengubalan wang haram, isu 1MDB dan lain-lain.

Tak sia sia pengundi2 BN Pasir Salak memilihnya. Spesis MP camnilah yg Rosmah Najib suka..

PERSOALAN:
Kalau 'income' sbyk itu, pernah tak Rosmah 'declare' income tax kat LHDN !!!.. boleh gak tahu asal usul dari mana dtgnya duit tu..

Kalau rakyat biasa simpan lebih 500k (yg mencurigakan) pun dh kena kejar siasat oleh LHDN. Inikan pula RM2 juta..

Semakin hampir RM4.50 DAN SETERUSNYA TAK MUSTAHIL CECAH RM5.00 !!!

Syukur.. RINGGIT MAKIN JATUH BAIK UNTUK PELAJAR ASING & PELANCONG ASING !!!

Tapi TV3suku bgtau satu negara ringgit TAK AKAN CECAH RM4 TAHUN INI & TAHUN DEPAN.. KOH!! KOH!! KOH!!

Tak heran pon Malaysia MAKIN JAHANAM...
Jika ini berterusan, tak mustahil negara kita akan muflis dengan peningkatan kadar inflasi yang mendadak...

Masih gah nak laungkan Hidup Melayu di PWTC ??

SEKALI LAGI menteri cuba perbodohkan rakyat..

Asal saja keluar dari mulut dia pasti BOHONG !!! Kenapa ??

Sampai bila kamu yg dibayar gaji oleh 'taxpayer' rakyat utk berbohong kpd rakyat & jilat boss kamu..

Bila Rosmah 'machaikan' anggota Polis..!!

Hebat si Rosmah ni.. HANYA SURI RUMAH tetapi boleh ada Pegawai Khas yg berpangkat Datuk...

GUNA DUIT MANA utk bayar gaji pembantu khas tersebut ??.. Guna duit Najib ka atau duit2 'taxpayer' rakyat !!!

SEJAK BILA isteri PM ada Pegawai Khas bergelar DATUK ??!!

Bekas bos SB yakin Rosmah beli barangan tak bayar cukai


PR 2.0: Wan Azizah sudah jumpa Mat Sabu

 Wan Azizah Wan Ismail
SHAH ALAM – PKR hari ini memulakan langkah proaktifnya ke arah pembentukan Pakatan Rakyat (PR) 2.0  apabila pertemuan tertutup dengan Pengerusi Parti Pekerja Malaysia (PPM), Mohamad Sabu mencapai kata sepakat tentang hala tuju kerjasama politik antara kedua-dua parti tersebut.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pertemuan itu berhasil sambil beliau menyambut baik penyertaan PPM untuk menguatkan parti-parti pembangkang sedia ada untuk mencabar BN dalam isu semasa dan PRU14 akan datang.

“Kami mengadakan mesyuarat yang berhasil untuk membincangkan hala tuju yang sama dan prinsip kedua-dua pihak. Saya amat berbesar hati mengalu-alukan PPM sebagai parti pembangkang baharu.

“Krisis keyakinan yang melanda Malaysia hari ini menuntut alternatif kepada kerajaan BN. Saya yakin bahawa PR 2.0 akan menjadi lebih kuat dan dalam kedudukan yang lebih baik untuk melawan rasuah dan salah urus ekonomi pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Wan Azizah juga berkata, pihaknya akan melakukan pertemuan sama dengan pimpinan Pas dan DAP dalam masa terdekat bagi tujuan sama.

GST memang menipu rakyat

Oleh RAYUSA
ADAKAH kerajaan yang baik itu memberi atau meminta daripada rakyat yang diperintahnya? Sudah tentulah sewajarnya ia memberi, bukan meminta, apatah lagi jika kerap dan banyak. Justeru, wajarkah kerajaan yang banyak meminta daripada rakyatnya dijatuhkan?
Siapa yang berani atau sanggup mendakwa/mengatakan kerajaan Umno-BN sekarang adalah kerajaan yang baik? Saya fikir, sesiapa yang mengatakannya baik, sudah tentu dia akan dianggap tidak siuman!

Dengan segala kerosakan yang telah berlaku – banyak rakyat sedia maklum – kerajaan Umno-BN jelas tidak layak lagi mentadbir negara ini. Namun demikian, bagaimana mahu menumbangkannya sekarang kerana Pilihan Raya Umum ke-14 masih jauh? Menerusi peti undi, kelihatan seperti tiada harapan. Kalau menerusi revolusi pula, akan dianggap melanggar demokrasi dan melakukan keganasan – keganasan bukan budaya kita (baca: konon). Walau bagaimanapun, apa pilihan yang rakyat ada? Sama ada lambat atau cepat, sekarang atau kemudian, kerajaan Umno- BN perlu ditumbangkan. Di bawah pimpinan Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak merangkap perdana menteri, regim tua itu terus berbohong di samping menyamun wang rakyat.
Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang mula dilaksanakan pada 1 April lalu adalah antara contoh ketara pembohongan kerajaan Umno- BN dan Najib. Selain penipuan mengatakan kejatuhan Ringgit Malaysia hanya bersifat sementara, padahal ia berterusan merudum hingga kini paling rendah dalam sejarah, rakyat dikatakan akan beruntung kerana hanya membayar cukai sekali sahaja menerusi GST, dan tidak membayar lebih.
Memang aneh. Kalau rakyat dikatakan lebih berjimat dengan GST, mengapa hasil kutipan cukai itu digunakan untuk membantu kewangan Malaysia ketika berhadapan dengan kejatuhan harga minyak?
Najib sendiri mengesahkan perkara itu. Kata beliau, negara bernasib baik kerana ada GST yang telah mengelakkan tekanan kewangan. Jelas beliau, kewangan negara tertekan kerana apabila harga minyak merudum, dividen Petronas berkurangan, dan royalti juga begitu. Katanya, dari mana lagi kerajaan dapat menampung perbelanjaan besar negara?

Kenapa nak kenakan Bersih, soal Ambiga selepas pemantau pilihan raya didenda

Aktivis hak asasi manusia Datuk Ambiga Sreenevasan bertanya adakah penganjur perhimpunan atau majlis umum di Kuala Lumpur sebelum ini juga menerima bil yang sama. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 8 September, 2015. 
Aktivis hak asasi manusia Datuk Ambiga Sreenevasan bertanya adakah penganjur perhimpunan atau majlis umum di Kuala Lumpur sebelum ini juga menerima bil yang sama.

Aktivis hak asasi manusia Datuk Ambiga Sreenevasan mempersoalkan mengapa Bersih 2.0 "dikenakan" oleh pihak berkuasa apabila gabungan pemantau pilihan raya itu diminta membayar kos pembersihan sebanyak RM65,000 selepas perhimpunan Bersih 4 anjurannya dua minggu lepas.
Sambil menyifatkan langkah itu sebagai "kurang sopan", presiden Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (Hakam) itu bertanya adakah penganjur perhimpunan atau majlis umum di Kuala Lumpur sebelum ini juga menerima bil yang sama.
"Mengapa mereka mengenakan Bersih? Saya ingin tahu organisasi mana menerima bil seperti itu sebelum ini. Terdapat banyak acara berlangsung di Dataran Merdeka selama ini.

"Saya rasa sungguh kurang sopan dan menjengkelkan apabila kerajaan menggunakan alasan itu untuk mendenda Bersih," katanya pada sidang meja bulat "Hak Kebebasan Berhimpun Secara Aman: Pengajaran dari Bersih 4" hari ini.  Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah semalam menerima invois daripada pihak Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) susulan perhimpunan 34 jam di Kuala Lumpur pada 29 dan 30 Ogos lalu.
Beliau sebelum ini berkata Bersih 2.0 enggan membayar dan akan mencabar di mahkamah sebarang arahan membuat pembayaran untuk itu.

Zahid tidak halang ahli Umno sertai perhimpunan ‘baju merah’....kalau puak dia halal belaka....!!!

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan yang sewajarnya berhubung perhimpunan 16 September, yang dinamakan 'Himpunan Rakyat Bersatu'. – Gambar The Malaysian Insider, 8 September, 2015.Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan yang sewajarnya berhubung perhimpunan 16 September, yang dinamakan 'Himpunan Rakyat Bersatu'. – Gambar The Malaysian Insider, 8 September, 2015.Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak menghalang ahli parti Melayu itu untuk menyertai perhimpunan kumpulan "baju merah" yang bakal berlangsung pada 16 Sepetember ini.
Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata demikian ketika ditanya sama ada terdapat ahli Umno tersebut yang terlibat dalam perhimpunan itu.
Beliau juga tidak menyangkal Umno turut dijemput untuk menyertainya.

"Ianya dianjurkan oleh pihak NGO, NGO itu akan turut jemput Umno. "Saya fikir itu hak individu kepada ahli Umno berkenaan," katanya semasa sidang media di Perdana Putra hari ini.
Menteri dalam negeri itu juga berkata beliau akan menyerahkan seratus-peratus kepada polis untuk  mengambil tindakan berhubung perhimpunan yang dinamakan "Himpunan Rakyat Bersatu" itu.
"Kita akan serahkan seratus-peratus untuk ambil tindakan, termasuk untuk memberi permit, dan juga menjalankan operasi penguatkuasaan jika permit diberi," katanya.

Kenaikan lulus, gaji MB T'ganu kini RM30,000 sebulan....rakyat terus merempat dalam kemiskinan..???

Yang Dipertua Dewan, Menteri Besar dan Exco kerajaan negeri Terengganu akan menerima kenaikan gaji berkuat kuasa 1 Jan tahun ini.
Ini susulan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang bersidang hari ini meluluskan Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2015.
 Ketika ditemui pemberita selepas persidangan DUN di Kuala Terengganu, Selasa, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata kenaikan itu sejajar dengan kenaikan gaji Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebelum ini.
Beliau berkata dengan lulusnya enakmen tersebut Menteri Besar kini menerima gaji RM30,000 sebulan berbanding RM14,000 sebelum ini manakala Yang Dipertua Dewan dan Exco akan menerima gaji RM14,000 sebulan berbanding RM6,100 sebelum ini.
Menurutnya kenaikan gaji itu adalah munasabah kerana setiap Menteri Besar, Exco dan Yang Dipertua Dewan tidak menerima kenaikan gaji tahunan selain tidak berpeluang mendapat bonus seperti penjawat awam yang lain.
"Kenaikan ini juga akan dinikmati bekas Exco, bekas Menteri Besar dan bekas Yang Dipertua Dewan, (ini kerana) pencen (minimum 72 bulan) akan mengguna pakai gaji hari ini sebab ada sesetengah Exco menerima pencen RM3,000 sahaja, ini tidak munasabah," kata Menteri Besar.
Pada 14 Mei lepas, sidang DUN Terengganu meluluskan kenaikan tangga gaji baharu kepada ADUN setaraf dengan gaji pegawai kerajaan Gred 54.
Kesemua 32 ADUN kini menerima gaji RM11,000 sebulan berbanding RM4,112 sebelum ini yang setaraf dengan pegawai kerajaan Gred 44.
- Bernama

Take immediate action against these seditious posters

Ambiga: Gov't being petty by billing Bersih

Berita Palsu: Nurul ambil tindakan undang-undang terhadap NST dan Berita Harian.

Percubaan untuk mengaitkan Pembangkang Dengan Justo adalah Percubaan Jahat Untuk Mengalihkan Tumpuan Daripada Persoalan Yang Wajib Dijawab Oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak berkenaan 1MDB dan “Derma” RM2.6 Billion.

Tajuk utama New Straits Times hari ini, “Justo: Nurul Izzah Wanted Stolen Data” adalah merupakan cubaan terdesak daripada media kawalan Barisan Nasional untuk mengalihkan tumpuan daripada isu utama, iaitu 1MDB yang dikaitkan dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya bahawa saya pernah menawarkan US$2 juta kepada Justo dalam bentuk kontrak kerajaan sekiranya Parti Pembangkang memegang kuasa. Saya tidak pernah berjumpa dengan beliau.

Hari ini NST dan Berita Harian telah menjadikan pembohongan ini sebagai tajuk utama, tanpa mengendahkan sejauh mana kebenaran tuduhan-tuduhan tersebut. Saya dengan ini telah mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap NST dan Berita Harian.

Persoalan yang utama bukanlah mengenai dokumen yang dicuri oleh Xavier Justo. Tetapi yang penting adalah mengenai kandungan dokumen tersebut, termasuk laporan-laporan oleh Wall Street Journal, Sarawak Report dan The Edge berkenaan rasuah besar, pengubahan wang haram, penyelewengan dan dakwaan rasuah pilihan raya, yang dikaitkan dengan 1MDB.

Persoalan 1: 1MDB telah membuat pinjaman sebanyak RM42 billion yang dijamin oleh kerajaan Malaysia. Apakah yang telah dilakukan oleh 1MDB menggunakan wang ini?

Persoalan 2: Bagaimanakah lebih daripada US$1 billion kepunyaan usahasama PetroSaudi-1MDB berakhir dalam akaun yang dikawal oleh syarikat kepunyaan Jho Low?

Persoalan 3: Rm2.6 billion ringgit telah didepositkan dalam akaun peribadi Perdana Menteri. Adakah ianya benar-benar dari penderma Timur Tengah, ataupun ianya merupakan wang 1MDB?

Penyata akaun kepunyaan Datuk Seri Najib Tun Razak, dan aliran wang 1MDB boleh menjawab kesemua persoalan-persoalan ini. Inilah sebab utama PARTI KEADILAN RAKYAT (KEADILAN) dan pemimpin pembangkang yang lain termasuk saya sendiri telah memohon kepada mahkamah dalam saman sivil kami berkenaan pendedahan dokumen berkaitan dan yang menyusul daripada tuduhan yang dibuat oleh Wall Street Journal dan Sarawak Report terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan dan 1MDB.

Parti Amanah Rakyat Sedia Berkerjasama Dengan Semua Pihak Tumbangkan Bn

OLEH SALAHUDDIN HJ AYUB

1. Sejak daripada awal penubuhan Gerakan Harapan Baru, saya telah menyatakan sikap kami bahawa sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak sama ada parti politik, NGO's atau mana-mana individu yang meletakkan matlamat menyelamatkan Malaysia dan masa depan rakyat dan negara.

2. Saya ingin menegaskan bahawa pendirian itu tidak pernah berubah sekalipun kami kini bergerak atas nama Parti Amanah Negara (Amanah Negara) yang akan dilancarkan secara rasmi pada 16 September ini.

3. Amanah Negara komited untuk meneruskan kesinambungan perjuangan rakyat bersama semua parti-parti politik pembangkang melalui muafakat politik baru, Pakatan Rakyat 2.0 yang akan diwujudkan nanti, dalam usaha untuk menumbangkan Barisan Nasional.

4. Sebagai sebuah parti politik Islam yang mengangkat nilai inklusif, tentunya Amanah Negara terbuka untuk berunding termasuk dengan PAS, atau mana-mana pihak lain, jika wujudnya keperluan itu.

5. Bagi Amanah Negara, jiwa besar kami adalah mahu mengembeling semua pihak, agar negara ini dapat diselamatkan daripada segala kebejatan yang berlaku akibat tindakan rakus dan salah urus kerjaan Barisan Nasional.

Amanah . Progresif . Peduli.

Tiada peruntukan usul tidak percaya, kata Pandikar

Tiada peruntukan usul tidak percaya, kata PandikarKUALA LUMPUR: Tiada peruntukan dalam peraturan mesyuarat parlimen yang membenarkan mana-mana ahli Dewan Rakyat untuk mengemukakan usul tidak percaya.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, berkata untuk berbuat demikian, peraturan sedia ada perlu diubah terlebih dahulu.

"Tidak ada dalam peraturan mesyuarat. Jika ada ahli parlimen yang lebih arif, datang dan beritahu saya. Memang tidak peruntukan sedemikian.

"Umpamanya satu kesalahan dibuat seseorang macam mana polis mahu ambil tindakan kalau tiada peruntukan dalam mahkamah jenayah? Tidak boleh. Tiada. Jadi kalau ada orang mahu buat begitu, ubah dulu peraturan mesyuarat," katanya dalam sidang media selepas perasmian Perhimpunan Agung Antara Parlimen Asean (AIPA) ke-36 di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan tiada ahli parlimen yang boleh memanggil sidang tergempar di Dewan Rakyat kecuali Perdana Menteri.

"Ada pihak yang kata harus ada sidang tergempar. Dia tidak ada hak. Yang cuma mempunyai hak untuk memanggil sidang tergempar sebelum tarikh yang ditetapkan awal ialah Ketua Majlis iaitu Perdana Menteri.

"Dalam peraturan 4, beliau seorang sahaja yang boleh menulis kepada Speaker untuk meminta sidang tergempar diadakan contohnya, untuk membincangkan sesuatu perkara penting. Itu pun memerlukan notis dan saya akan mengatur agar sidang itu diadakan," katanya lagi.
Sebelum ini, beberapa pemimpin pembangkang mendesak agar sidang tergempar Dewan Rakyat diadakan kerana mendakwa integriti Perdana Menteri terhakis.

Polis kaji kemungkinan kehilangan Kevin berkait pembunuhan pengasas Ambank

Pasukan Siasatan Khas Polis akan mengkaji sebarang kemungkinan kehilangan Anthony Kevin Morais mempunyai kaitan dengan semua kes di dalam negara, termasuk pembunuhan pengasas Ambank, Hussain Ahmad Najadi. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, polis komited menyelesaikan kes membabitkan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara tersebut. "Kita akan kaji semua kemungkinan yang ada. Kita mahu selesaikan kes ini, " katanya ketika ditemui media selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2014 di Kuala Lumpur hari ini.

Tawaran kontrak kerajaan RM2 juta kepada Justo pembohongan besar – Nurul Izzah

TRP-Nurul Izzah-MOKH-M
Menurut Nurul Izzah, tuduhan terhadap beliau itu satu lagi usaha terdesak untuk memesongkan perhatian umum daripada skandal 1MDB.
KUALA LUMPUR, 8 September:
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar hari ini tampil menafikan dakwaan bahawa dia menawarkan kontrak kerajaan bernilai RM2 juta kepada bekas pegawai teknologi maklumat Petrosaudi International, Xavier Andre Justo.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa, Nurul Izzah menegaskan bahawa beliau tidak pernah bertemu dengan lelaki warga Switzerland itu yang kini sedang menjalani hukuman penjara di Thailand.
Justeru, Nurul Izzah menyifatkan laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan yang mengatakan beliau menawarkan kontrak berkenaaan sebagai pertukaran untuk data berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dicuri daripada bekas majikan lelaki itu iaitu PetroSaudi adalah satu pembohongan besar.
“NST dan Berita Harian menyiarkan pembohongan ini di muka hadapan dengan cara yang disensasikan, dan tanpa mempedulikan sama ada ada kebenaran dalam dakwaan tersebut.
“Saya dengan ini telah mengarahkan peguam saya untuk memulakan prosiding undang-undang terhadap NST dan Berita Harian,” tegasnya yang juga Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai.
Beliau selanjutnya berkata, tindakan akhbar berkenaan merupakan satu lagi usaha terdesak untuk memesongkan perhatian umum daripada isu utama iaitu skandal 1MDB yang didakwanya membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ujar Nurul Izzah lagi, isu utama sebenarnya bukan mengenai dokumen yang dkatakan dicuri oleh Justo, bekas pegawai teknologi maklumat PetroSaudi.
“Ia adalah mengenai apa yang dokumen tersebut, berserta dengan laporan Wall Street Journal, Sarawak Report dan The Edge katakan mengenai rasuah besar, pengubahan wang haram, penyelewengan dan dakwaan rasuah pilihan raya yang menyelubungi 1MDB,” katanya dalam kenyataan itu.

PANGLIMA MALAYSIA akan memberi sokongan penuh kpd Parti Amanah Negara

Melihat dari perkembangan dan situasi politik semasa , PANGLIMA MALAYSIA terpanggil untuk membuat satu kenyataan rasmi bg berjalan bersama peredaran kehendak rakyat mengikut persetujuan bersama.

Setelah susunan ahli jawatan kuasa yg baru PANGLIMA MALAYSIA disusun setelah pertelingkahan dalaman politik PAS dan perselisihan faham dalam organisasi maka kami dengan ini sebulat suara menyokong penuh penuh penubuhan Parti Amanah Negara berteraskan Harapan Baru bg bersama dengan suara rakyat.

Umum telah ketahui bahawa setiap perjuangan itu harus berlandaskan islam dan islam itu sendiri mengatakan perlu bersama dengan hak rakyat mengikut arus islam yg telah termaktub dan sedia ada.

PANGLIMA MALAYSIA akan memberi sokongan penuh kpd Parti Amanah Negara dan akan membantu segala amanah rakyat untuk suara rakyat itu dipedulikan semua pihak.

Segala isu2 rakyat yg akan dibangkitkan oleh PANGLIMA MALAYSIA selepas ini dengan secara tidak langsung kerjasama terus untuk membantu HARAPAN BARU @ Parti Amanah Negara.

Dengan itu , kami mengalukan2 sesiapa sahaja yg berminat bersama ngo PANGLIMA MALAYSIA bg memudahkan urusan mengeluarkan isu2 bg kepentingan rakyat.

Muain Ahmad Syukri
Tim Presiden
PANGLIMA MALAYSIA
Pertubuhan Angkatan Amilin Malaysia
DEMI ISLAM ☆ DEMI RAKYAT ☆DEMI MASA DEPAN

Momok baju merah tak untungkan Najib


Mesyuarat biro politik Umno semalam dilaporkan lebih banyak membincangkan soal perhimpunan BERSIH 4 dan juga perhimpunan kumpulan baju merah, yang disebut-sebut sebagai Himpunan Maruah Melayu.
Menurut laporan, mesyuarat tersebut tidak membangkitkan isu jawatan timbalan presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan naib presiden, Datuk Seri Shafie Apdal.
Nasib kedua-duanya hanya akan ditentukan dalam mesyuarat majlis tertinggi, esok.
Datuk Seri Najib Razak sehingga kini masih belum membuka mulut kepada umum mengenai Himpunan Maruah Melayu16 September namun Umno sudah menyatakan sokongan.
Setiausaha kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh dilaporkan berkata, parti itu memberi kebebasan kepada anggotanya untuk menyertai himpunan pada Hari Malaysia itu.
Anggota majlis tertinggi, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula mengaku akan menggembleng anggota parti untuk menyertai perhimpunan berkenaan.
Setakat ini belum ada pihak mengaku bertanggungjawab menganjurkan perhimpunan yang kononnya sebagai reaksi balas ke atas perhimpunan BERSIH 4, yang banyak dihadiri oleh peserta masyarakat Cina.
Ini adalah perkara yang menghairankan. Parti dipimpin oleh perdana menteri Malaysia menggalakkan ahlinya menyertai perhimpunan yang tidak dapat dipastikan penganjurnya.
Kita tahu, PAS tidak menggembleng ahlinya yang rata-rata Melayu-Islam untuk menyertai perhimpunan BERSIH 4.
Kita tahu PAS sudah berputus arang dengan DAP. Pemimpin PAS tidak tunjuk muka dalam perhimpunan selama lebih dua hari itu.
Yang sanggup menunjukkan muka dan memberi sokongan dalam BERSIH 4 hanyalah pemimpin yang ditendang keluar oleh PAS.
Kita juga tahu bahawa Umno giat menyumbang dalam kempen berkenaan isu hudud sehingga PAS dan DAP bergeser.
Umno kini mendapat sedikit keuntungan apabila Pakatan Rakyat runtuh-rantah. Pemimpin PAS yang ditendang daripada parti itu kini mengusahakan Gerakan Harapan Baru. Serpihan PAS ini masih baru.
Walaupun tokoh di dalamnya sudah lama dalam politik, rata-rata orang masih belum kenal jenama baru ini.
Mungkin disebabkan faktor itu, tidak ramai orang Melayu yang turun ke perhimpunan tersebut untuk mendesak Najib meletak jawatan.
Oleh sebab itu, tidaklah melampau jika dikatakan bahawa kemerosotan penyertaan kaum ini turut disumbang oleh usaha politik Umno dan BN sendiri.
Jumlah penyertaan orang Melayu hanya dilihat meningkat pada hari kedua perhimpunan pada 31 Ogos. Itupun selepas bekas PM, Tun Dr Mahathir Mohamad menunjukkan muka dan meminta aksi tersebut diteruskan.

Fikir kritis: Baiah talak tiga




APAKAH tujuan fatwa? Persoalan Syeikh Nurudin Lemu berusaha membuka mata kita bahawa terdapat dua jenis ulama: ulama teks dan ulama konteks.

Ulama teks ialah ulama yang hanya mengikut teks bulat-bulat tanpa memikirkan sama ada fatwa yang diberinya itu membawa lebih manfaat atau mudarat.

“Ustaz, mengapa wajib bayar zakat dengan menggunakan makanan asasi iaitu beras, bukan tunai?”
“Kerana kita mengikut Mazhab Shafie!” kata ustaz. Jika inilah jawapan yang diberi, ustaz ini ialah ulama teks. Dia tidak memikirkan tentang konteks masyarakat yang sudah berubah. Baginya, mazhab adalah agama yang haram dipersoalkan.

Bayangkan ulama konteks mempersoalkan ustaz ini. Kalau mengikut Mazhab Shafie menambah masalah lagi, adakah kita masih mengikut Mazhab Shafie dalam konteks ini?

Bagi ulama konteks, tujuan fatwa ialah menyelesaikan masalah atau sekurang-kurangnya mengurangkan masalah, bukan menambah masalah kepada umat dan dakwah. Islam adalah rahmat dunia. Maka, syariah mempunyai maqasid-maqasid (objektif-objektif) yang wajib dijaga demi maslahat manusia.

Taksub kepada mazhab sehingga mengabaikan maqasid-maqasid syariah akan membawa fitnah kepada Islam. Maka, menjaga agama adalah maqasid yang paling utama sekali. Fatwa yang dikeluarkan mestilah tidak menjadi landasan fitnah kepada maruah agama sebagai rahmah lil-‘aalamiin, bukan mengikut Mazhab Shafie bulat-bulat.

“Mengapa baiah talak tiga itu sah, jatuh talak tiga?” Kalau soalan ini ditujukan kepada Pas pada 2009, gambaran yang pertama diberi oleh Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali ialah, “Saya juga telah menghubungi beberapa wakil rakyat Pas di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Mereka juga memberitahu tidak pernah melakukannya. Saya sendiri terkejut dan tidak tahu mengenai kewujudan baiah itu sebelum ini.”

Ini adalah respons Mustafa setelah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengarahkan siasatan dijalankan berhubung dakwaan wujudnya amalan baiah talak tiga seperti ini pada 2009.
Jika soalan yang sama ditanya pada tahun ini, 2015, respons Pas jelas berbeza dan jauh lebih tegas dan jelas. Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata bahawa baiah talak tiga sudah diamalkan di Kelantan sejak 2004. Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh begitu tegas mengiyakan kewujudan baiah ini dengan berkata, “Kalau dia (calon pilihan raya) tidak hendak dengan baiah ini, jangan bertanding atas tiket Pas.”

Di sini kita lihat perbezaan yang ketara antara respons ulama Pas pada 2009 dan pada 2015. Mengapa berbeza?

"Rosmah Banyak Menyusahkan Pegawai Saya" Kata Bekas Boss SB

Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas (SB) polis Datuk Abdul Hamid Bador menggesa isteri perdana menteri Rosmah Mansor tampil menjawab sendiri dakwaan terhadapnya dan tidak menggunakan orang tengah.

Hamid perkata Rosmah tidak perlu menggunakan pembantunya Datuk Rizal Mansor untuk bercakap bagi pihaknya. “Sanggupkah Rosmah sendiri tampil buat penafian? Dia tak boleh bercakap sendiri ke?

“Sudah tentu, dia (perlu) jawablah,” katanya kepada Malaysiakini.

Isnin lalu, Hamid membangkitkan persoalan kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sama ada pertukarannya ke Jabatan Perdana Menteri dibuat dalam "mesyuarat tergempar" dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan turut dihadiri Rosmah.

Bagaimanapun semalam Rizal dengan keras menafikan dakwaan Rosmah menghadiri mesyuarat tergempar seperti yang didakwa.

Sementara itu, Hamid juga membangkitkan isu berkaitan amalan membeli-belah Rosmah yang didakwanya menyusahkan pegawai dan pengiringnya.

“Selama ini dia banyak menyusahkan pegawai saya. Suka membazir waktu 'bershopping' sakan. Berjam-jam lamanya pegawai polis kena iring.

“Aktiviti dia (Rosmah) itu memaksa kerajaan tanggung kos lebih untuk bayar elaun pegawai-pegawai untuk iring,” dakwanya.

Saya memberi 14 hari dari tarikh ini untuk Pesuruhjaya PAS Terengganu ...

OLEH YB RAJA KAMARUL BAHRIN


Muqadimah: Berikutan asakan bertalu talu olih Pas Kuala Terengganu dan Pas Negeri untuk saya melepaskan Kerusi Parlimen, saya terpaksa memberi response. Bagaimana pun saya dapati sebahagian sebaran hanya menyiarakan SEPARUH dari keseluruhan text saya. Di sini saya sertakan text sepenuhnya.

Sebelum PRU 13, pada bulan Mei 2013 PAS, PKR dan DAP bersetuju memohon mendaftar Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti Gagasan pembangkang yang akan bertanding di bawah satu lambang, iaitu Pakatan Rakyat. Permohonan tersebut telah di tolak oleh R.O.S.

Bagaimanapun PAS, PKR dan DAP masih bertanding di bawah konsep “Pakatan Rakyat” walaupun terpaksa menggunakan lambang masing-masing (untuk mengelak pertandingan 3 penjuru dengan Barisan Nasional).

Perkara pokok dan hakikat sebenarnya di sini adalah kesemua parti bersetuju bertanding di bawah Satu Pasukan – Pakatan Rakyat, di mana pemilihan oleh rakyat adalah atas dasar muafakat satu pasukan.

Selepas PRU 13, PAS mulai :-

(i) Meninggalkan konsep “PAS untuk semua” (PAS for All) dengan menjauhi diri dari golongan bukan Islam, bukan Melayu dan juga DAP serta PKR. Selepas Muktamar bulan Jun 2015 PAS telah memutuskan hubungan dengan DAP secara rasmi. Ini perubahan besar konsep asal sebelum PRU 13.

(ii) Keputusan bersama secara konsensus bersama PKR dan DAP tidak lagi dilaksanakan oleh PAS dalam Pakatan Rakyat.

(iii) Pada Muktamar Jun 2015, kesemua golongan profesional di singkir dari Jawatankuasa PAS Pusat dan ini memusnahkan konsep kerjasama asal profesional dan Ulama, satu lagi perubahan besar.

(iv) Berikutan itu, DAP dan PKR telah bersetuju mengumumkan pada bulan Ogos 2015 Pakatan Rakyat telah tiada lagi dan tidak lagi wujud.

Nurul to sue NST, BH for publishing ‘false news’

The PKR vice-president says that there is no truth whatsoever in a report by the Umno papers linking her with IT expert Xavier Andre Justo who is jailed in Bangkok.
izzahKUALA LUMPUR: PKR Vice-President Nurul Izzah Anwar denied that she had ever met former PetroSaudi Director and IT expert Xavier Andre Justo who is in jail in Bangkok. “If I have never met him and neither do I know him, how could I offer him USD2 million worth of government contracts once the opposition alliance comes to power in Putrajaya?”
The Lembah Pantai MP was dismissing a New Straits Times (NST) report on Tuesday under the heading, Justo: Nurul Izzah Wanted Stolen Data. “The NST and Berita Harian have front-paged this complete lie in a sensational manner, and without any regard as to whether there was any truth in the allegations.”
“I have accordingly instructed my solicitors to commence legal proceedings against the NST and Berita Harian.”
She described the reports as yet another desperate attempt by the Barisan Nasional (BN)-controlled media to deflect attention from the main issue of the RM42 billion 1MDB scandal implicating Prime Minister Najib Abdul Razak.
The real question was not about Justo’s so called stolen documents, she added. “It’s about what those documents, together with reports by Wall Street Journal, Sarawak Report and The Edge, say about the grand corruption, money laundering, embezzlement and electoral bribery allegations surrounding 1MDB.”
“He should stop using the BN-controlled media and Justo’s statements made in custody to deflect from his alleged wrongdoings.”

1MDB kesal 'spekulasi' Nazir tentang penasihat

1MDB hari ini berkata ia kesal dengan kenyataan yang dibuat oleh tokoh korporat terkemuka Datuk Seri Nazir Razak mengenai peletakan jawatan salah seorang penasihatnya.
Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat milik kementerian kewangan itu berkata Nazir, yang merupakan pengerusi kumpulan CIMB, tidak mempunyai semua maklumat mengenai perkara itu.

1MDB berkata pihaknya kesal bahawa hari ini, pihak ketiga seperti Nazir Razak, yang menurutnya tidak ada pengetahuan secara langsung mengenai fakta-faktanya, mengeluarkan pandangan berunsur spekulasi mengenai kenyataan tertentu yang dibuat pada 7 September oleh Tan Sri Abdul Samad Alias, bekas ahli lembaga penasihat 1MDB.
Semalam Abdul Samad (gambar) dilaporkan mendedahkan bahawa beliau telah meletakkan jawatan sebagai ahli lembaga penasihat 1MDB selepas permintaannya yang berulang kali untuk mendapatkan maklumat kewangan syarikat itu tidak dilayan.Nazir, yang juga adik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, dalam post Instagram hari ini, bertanya sama ada benar sebab Abdul Samad meletak jawatan itu.

Tokoh anti-rasuah ternama ‘dirasuk’? Mengarutlah!

oleh Robin Stanley Augustin

Cepat panggil “ghostbuster”! Jika kita percaya kata-kata Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor, beberapa tokoh anti-rasuah ternama telah “dirasuk”.

Menurut laporan Malaysiakini, Adnan mendakwa bahawa tokoh anti-rasuah luar negara yang mengkritik kerajaan pada Persidangan Anti-rasuah Antarabangsa (IACC) ke-16 yang diadakan di Putrajaya telah “dirasuk” oleh pihak ketiga yang ingin menghancurkan negara.

“Barangkali mereka ini 'dirasuk' pihak ketiga dalam negara yang ingin membuat dakyah. Seperti yang saya katakan sebelum ini, sekarang adalah waktu fitnah,” katanya seperti dipetik.

Ku Nan namun tidak menjelaskan dengan lebih lanjut siapakah “pihak ketiga” yang dimaksudkannya. Katanya lagi, tindakan tetamu persidangan mengkritik tuan rumah adalah sesuatu yang tidak wajar.

 “Saya kesal dengan apa yang terjadi, lebih-lebih lagi memandangkan mereka adalah tetamu negara ini. “Mereka tidak sepatutnya berkelakuan demikian. Kita adakan pertemuan untuk berbincang, ia bukan pentas untuk menyuarakan perkara yang akan memburukkan keadaan dalam negara,” katanya lagi.

Ugaz Pada minggu lalu, presiden Transparency International (TI) Jose Ugaz merujuk skandal “derma” RM2.6 bilion dan berkata yang Malaysia kini berhadapan krisis rasuah. Ahli Majlis IACC Michael Hershman pula berkata bahawa skandal tersebut tidak akan dapat ditutup dan menasihati Perdana Menteri Najib Razak agar tidak menghalang keadilan.

Tokoh lain yang turut menyuarakan kritikan dan kebimbangan termasuk setiausaha agung AI Salil Shetty, pengerusi Konvensyen Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Pencegahan Rasuah (UNCAC) Manzoor Hasan dan naib pengerusi TI Elena Panfilova. Nampaknya ramai juga yang telah dirasuk.

Mungkin khidmat Ghostbuster sahaja tidak memadai. Barangkali Raja Bomoh kebanggaan kita dapat menghulurkan bantuan. Apa-apa pun, untuk mengatakan seseorang itu “dirasuk” pihak ketiga hanya kerana mengkritik pemimpin dan kerajaan adalah sesuatu yang keanak-anakan dan tidak sopan.

 Walaupun kita tidak dapat memilih menteri kita secara langsung, bagi dunia luar mereka adalah wakil kepada negara ini. Maka kenyataan seperti memberi imej yang buruk kepada kita sebagai sebuah negara.

Bukan sahaja individu yang menyuarakan kritikan dan kebimbangan dalam IACC itu adalah tokoh yang terkemuka, mereka juga pakar dan tokoh anti-rasuah yang dihormati. Kata-kata mereka ada beratnya sendiri.

‘Konspirasi’ singkir Najib berlaku secara demokratik, kata DAP

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua bidas laporan akhbar yang mendakwa beliau terlibat dalam konspirasi singkir perdana menteri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 September, 2015.Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua bidas laporan akhbar yang mendakwa beliau terlibat dalam konspirasi singkir perdana menteri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 September, 2015.Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua hari ini membidas laporan akhbar New Straits Times (NST) dan Berita Harian yang mendakwa beliau terlibat dalam "konspirasi" bagi menyingkirkan perdana menteri.
Menegaskan beliau tidak terlibat dalam sebarang konspirasi sebegitu dengan mana-mana pihak, Pua berkata, beliau sejujurnya lebih berminat menuntut penjelasan di sebalik dakwaan penyonglapan RM42 bilion dalam kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sepatutnya ditumpukan akhbar itu.
"Bagaimanapun, di mana elemen jenayah dalam tindakan menyingkirkan perdana menteri jika ia dibuat secara demokratik - jika pun tuduhan 'konspirasi' itu benar?," soal Pua dalam satu kenyataan.

Katanya, sebagai warganegara serta pemimpin, beliau menyeru rakyat negara ini berusaha memecat seorang perdana menteri yang rasuah dan menindas. "Menyingkirkan seorang perdana menteri ialah sebahagian daripada sistem demokratik jika beliau gagal memenangi keyakinan majoriti wakil rakyat di Parlimen," katanya.
Tony mendakwa nama beliau dikaitkan 2 akhbar itu dengan pengasas Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown dalam satu konspirasi bagi menumbangkan Datuk Seri Najib Razak.
Tony berkata, beliau mengenali Rewcastle-Brown sejak 2012 lagi apabila blog Sarawak Report melakukan pendedahan berkenaan Sarawak dan Malaysia.

Umno yang sentiasa mengubah ‘kebenaran’ mengikut kehendak mereka

oleh Hazlan Zakaria
Mereka yang rasional pasti amat sukar memahami Umno. Parti itu seolah-olah wujud dalam situasi yang sentiasa berubah, sering meniti antara kebenaran dan kepalsuan – berpandukan yang mana lebih memberi keuntungan kepadanya.
Ambil sahaja kecenderungannya untuk membuat keputusan besar hanya berdasarkan “perasaan”. Seperti dakwaan setiausaha kerja Umno Ab Rauf Yusoh bahawa gesaan agar presiden parti meletakkan jawatan ekoran dakwaan rasuah telah mengguris hati ahli-ahlinya.
“Ia amat mengguris hati ahli Umno,” kata Ab Rauf seperti dipetik laman The Malaysian Insider ketika berucap dalam mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Masjid Tanah tempoh hari.
Jika “perasaan” semata-mata yang diambil kira dan cukup untuk mengabsahkan tindakan atau kecaman, pihak yang mengkritik presiden dan dasar pemerintah juga boleh melakukan perkara yang sama.
Pasti ramai yang terguris hatinya akibat perlu mengikat perut dan dompet yang semakin nipis, sementara ahli Umno seluruh negara disuap dengan janji-janji kontrak kerajaan dan wang rakyat.
Apatah lagi selepas mengkritik gelombang suara rakyat dalam perhimpunan Bersih 4, beliau menggesa pula agar ahli Bahagian untuk “bangkit” dan menyatakan bantahan mereka terhadap platform masyarakat sivil popular itu.
Ab Rauf juga dilaporkan membidas beberapa aksi tertentu yang dikatakan telah dilakukan ketika perhimpunan berlangsung, termasuk tindakan peserta yang memijak gambar presiden Umno.

Najib harus berhenti gunakan Justo, media kerajaan alih perhatian dari kesalahan, kata PKR

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, tindakan kerajaan dan media kawalan kerajaan yang cuba mengaitkan dirinya dengan Xavier Justo juga adalah tidak tepat kerana beliau tidak pernah menemui lelaki tersebut. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 September, 2015. 
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, tindakan kerajaan dan media kawalan kerajaan yang cuba mengaitkan dirinya dengan Xavier Justo juga adalah tidak tepat kerana beliau tidak pernah menemui lelaki tersebut.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak harus berhenti menggunakan media yang dikawal kerajaan dan kenyataan Xavier Justo yang kini dalam tahanan bagi mengelakkan diri daripada kesalahan yang dilakukannya berhubung isu dana RM2.6 bilion, kata Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.
Nurul Izzah dalam kenyataannya berkata, tindakan kerajaan dan media kawalan kerajaan yang cuba mengaitkan dirinya dengan Justo juga adalah tidak tepat kerana beliau tidak pernah menemui lelaki tersebut.
"Untuk rekod, saya menafikan saya menawarkan kontrak bernilai US$2 juta kepada Justo dalam kontrak kerajaan akan datang apabila pembangkang berkuasa. Saya juga tidak pernah menemuinya," kata Nurul Izzah, dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada laporan akhbar New Straits Time yang melaporkan berita dengan artikel bertajuk: "Justo: Nurul Izzah Wanted Stolen Data".  "Ini adalah cubaan terdesak media kawalan Barisan Nasional (BN) untuk melarikan diri daripada isu sebenar skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan perdana menteri," katanya.

Peaceful assembly part of democracy, says Saifuddin

CEO of Global Movement of Moderates also makes a compelling argument against dissent being interpreted as treason.
saifuddin,perhimpuhan
PETALING JAYA: Dissent and peaceful assembly are part of democracy, says Saifuddin Abdullah.
“We had already established that before we had the Peaceful Assembly Act (PAA).
“Suhakam has already come out with guidelines as to how to facilitate peaceful assemblies, and given the gazetting of the PAA, all the more we should understand better how peaceful assembly is part of democracy,” said the CEO of the Global Movement of Moderates at a roundtable discussion here today after reviewing the events of the Bersih 4 rally.
“Even when there is no PAA, peaceful assembly remains part of democracy.”
Saifuddin was the former Deputy Minister of Higher Education before losing his Temerloh parliamentary seat to PAS in the 2013 general election. He is still an Umno member.
He lambasted those who made out dissenters in the system as being out to bring the country down, and said that such thinking ran against common sense.
“(They make it so that) when somebody stands up with a different opinion, it is like you want to bring down the country.
“No one in his or her right frame of mind would think along those lines,” he said. “It is time for Malaysians to understand that dissent does not equal treason.”

Sah kereta terbakar milik Kevin Morais!

Polis belum dapat membuat pengesahan secara rasmi kerana kesukaran memperolehi nombor casis pada enjin kereta itu yang telah hilang.
zainuddin,morais
PETALING JAYA: Polis mengesahkan hampir 99 peratus siasatan yang dilakukan terhadap kereta yang terbakar adalah milik Kevin Anthony Morais yang masih lagi hilang.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad ketika dihubungi FMT.
Zainuddin bagaimanapun berkata, pihaknya belum boleh mengesahkan secara rasmi kerana ada maklumat belum lengkap terutama nombor casis pada enjin yang telah terbakar.
“Kita tak boleh dedahkan maklumat siasatan yang sedang dibuat kepada orang awam kerana keseluruhan siasatan ini masih memerlukan perkara-perkara tertentu yang boleh mengesahkannya dengan tepat,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Zainuddin melahirkan rasa kesal dengan tuduhan pihak-pihak tertentu yang mengatakan polis sengaja melambat-lambatkan siasatan terhadap kes itu.
Katanya, mereka tidak tahu kesukaran yang sedang dihadapi pihak polis bagi mendapatkan bukti untuk mencari kebenaran dalam merungkai kes yang boleh dianggap misteri itu.
Kevin dilaporkan hilang pada pagi Jumaat lalu ketika meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta.
Dia sebelum ini dipinjamkan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Perundangan sebelum dipulangkan semula ke ke Jabatan Peguam Negara sebagai Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan pada 15 Julai lalu.

Ahli Parlimen BN hipokrit kerana hanya berani di laman sosial

Mereka hanya berani mengkritik Najib Tun Razak di laman sosial tetap tidak berani membuat usul dan menyokong undi tidak percaya di Parlimen.
mazfuz,najib
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bersikap hipokrit kerana tidak berani membuat usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar turut menyelar tindakan segelintir Ahli Parlimen BN yang hanya berani mengkritik di laman sosial tetapi tidak berani bersuara dalam Parlimen.
“Saya tak percaya kepada Ahli Parlimen BN kerana mereka tidak bersungguh untuk mengusulkan undi tak percaya itu.
“Saya nampak Ahli-ahli Parlimen BN memilih untuk ‘redha’ Najib terus jadi Perdana Menteri dan melihat keadaan negara terus berada dalam krisis,” katanya kepada pemberita di Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-36.
Bekas Pesuruhjaya Pas Kedah itu berkata, usul undi tidak percaya juga tidak dapat diteruskan sekiranya tidak mendapat sokongan daripada Ahli Parlimen BN.
“Untuk apa kita nak usul undi tak percaya sekiranya tidak mencukupi,
“Usul itu hanya boleh diambil apabila mempunyai bilangan mencukupi untuk usul itu menang dan menolak Najib daripada menjadi Perdana Menteri,” kata bekas Ketua Penerangan Pas itu.
Mahfuz berkata, Ahli Parlimen BN yang tidak menyokong Najib sepatutnya memberi kenyataan yang jelas sekiranya mahu usul undi tak percaya terhadap Najib diteruskan.

Pak Arab Derma RM2.6B.....Berapa Banyak Pulak Nak Derma Gol...???


Rakyat lagi terkejut PM dapat RM2.6 bilion !!! bekas TPM pon tak tahu, apatahlagi pencacai2nya di bawah...


BILA Najib Razak NAK BUAT LAWATAN MENGEJUT KE PENJARA!!!

Kekalkah Kedudukan Muhyiddin Dalam Umno?

MESYUARAT Majlis Tertinggi Umno pada Rabu menjadi sesuatu yang ditunggu-tunggu selepas khabar angin bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa yang lain akan dipecat daripada Umno bertiup kencang.

Perhatian media terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah lenyap sejak beliau digugurkan daripada Kabinet.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang mendarat di KLIA selepas pulang daripada bercuti bermain golf di Australia minggu lalu turut menjadi tajuk berita.

Beliau disambut oleh penyokong-penyokongnya yang memakai baju-T hitam dengan wajahnya dicetak di bahagian depan bersama tulisan 'I Am Not A Yes Man' di bahagian belakang.

Beliau begitu 'sporting' memegang baju-T itu tetapi ketika ditemui pemberita, beliau hanya tersenyum dan melambai.

Situasi pastinya lebih panas esok apabila Majlis Tertinggi Umno bersidang buat kali pertama sejak Muhyiddin hilang jawatan dalam Kabinet.

Khabar angin telah bertiup kencang dan kuat kononnya Muhyiddin, bekas menteri dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal serta beberapa yang lain akan dipecat daripada Umno dan ramai membayangkan ia akan berlaku pada mesyuarat Majlis Tertinggi.

Sebenarnya khabar angin ini bermula sehari selepas rombakan Kabinet pada Julai lalu. SMS yang didakwa sebagai 'Berita Panas dari bilik kebal Umno' telah tersebar.

Selain Muhyiddin, nama lain yang termasuk dalam senarai yang akan dipecat adalah Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Menteri Besar Kedah), Datuk Seri Aziz Sheikh Fadzir (MP Kulim Bandar Baru), Datuk Seri Ahmad Said (bekas Menteri Besar Terengganu), Datuk Jumat Idris (MP Sepanggar) dan ahli politik Perak Datuk Hamidah Osman.

Khabar angin ini enggan 'dimatikan' kerana pemecatan Muhyiddin dan Shafie daripada Kabinet juga telah didahului oleh khabar angin.

Ketika itu, tidak ramai menyangka bahawa Najib mempunyai keberanian untuk menggunakan kuasanya tetapi beliau telah melakukannya dan sebab itulah khabar angin ini tetap dianggap sebagai sesuatu yang lebih serius.

MT: TAK PECAT, NAJIB SENGSARA...PECAT PULA, LIMA NEGERI BAHAYA!!

Semua perhatian kini tertumpu kepada mesyuarat MT UMNO esok, 9 September untuk mengetahui sama ada Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin dan beberapa pemimpinnya yang lain yang agak kritikal terhadap Najib Razak akan dikenakan tindakan atau sebaliknya.

Mereka yang lain yang mungkin berdepan hukuman selain Muhyiddin, ialah Naib Presiden UMNO, Shafie Apdal, Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Mukhriz Mahathir,  Ahli MT Aziz Sheikh Fadzir, bekas Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said, bekas Exco Perak, Hamidah Osman dan Ahli Parlimen Sepanggar, Jumat Idris.

Mereka ini diketahui kerap mengkritik Najib, terutama berkaitan isu 1MDB dan wang RM2,600 juta yang mengalir masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

Banyak pihak meramalkan ketujuh-tujuh mereka ini bakal berdepan hukuman pecat, gantung keahlian atau diberikan amaran keras.

Bagaimanapun, Muhyiddin dan Shafie paling mungkin sekali menerima hukuman sama ada pecat atau gantung keahlian berikutan kelantangan mereka mengkritik Najib. Kedua-duanya juga sudah digugurkan daripada kabinet pada 28 Julai lalu.

Mukhriz pula, selain berdepan salah satu hukuman tersebut, kedudukannya sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah  dan Menteri Besar juga diramalkan akan digugurkan, bukan saja sebagai hukuman kerana kelantangannya mengkritik Najib, tetapi juga sebagai pantulan daripada tindakan bapanya, Tun Mahathir Mohamad yang tidak henti-henti mengasak Perdana Menteri hingga ke dinding.

Begitu pun dengan Aziz, Ahmad Said dan Hamidah,  hukuman yang menanti ialah sama ada pecat, digantung jawatan atau sekadar diberikan amaran keras saja.

Jumat pula sudah pun digantung kedudukannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Sepanggar, Sabah beberapa bulan yang lalu dan dikhabarkan akan dipecat terus kali ini.

Bagaimanapun, beberapa jam sebelum mesyuarat MT yang dijangka berlangsung pada pukul 2.30 petang di PWTC, Tun Mahathir pula dijadualkan kembali daripada lawatannya ke luar negara pada jam 12.30 tengahari di Lapangan Terbang di Subang.

Sejak beberapa hari lalu, hebahan mengenai kepulangan bekas Perdana Menteri itu telah disebarkan secara meluas melalui SMS, Whatsapp, FB, Email dan sebagainya bagi tujuan menarik seramai mungkin orangramai menyambutnya.

Berdasarkan respon dan maklumat rambang daripada pelbagai pihak, dijangka ribuan orangramai daripada pelbagai latarbelakang ideologi politik akan menyambut kepulangan Tun Mahathir esok  berikutan suhu panas politik semasa dan kepulangannya pula hanya beberapa jam sebelum mesyuarat MT berlangsung.

Tidak memeranjatkan jika Tun Mahathir menggunakan peluang terakhir sebelum mesyuarat MT ini untuk terus melakulan "tembakan dan serangan"  bagi meningkatkan tekanannya terhadap Najib, setelah memeranjatkan banyak pihak dengan sedia turun ke himpunan Bersih 4 sebanyak dua kali baru-baru ini.