Ahad, 6 September 2015

Pegawai atasan polis mestilah mempertahankan orang mereka daripada ‘tangan ghaib’

oleh Alyaa Alhadjri
Tugasan bersumpah mereka adalah menegakkan undang-undang dan melindungi orang daripada jenayah.
Peristiwa terkini yang berlaku di Malaysia dan Indonesia, bagaimanapun, menunjukkan bahawa polis tertinggi negara mungkin telah gagal untuk melindungi orang mereka sendiri terhadap dakwaan “jenayah” yang cuba dilakukan oleh pihak kerajaan yang berkuasa.
Lebih teruk lagi, mereka dianggap bersubahat dengan kelakuan begitu melalui meluluskan “pemindahan” orang mereka yang mengetuai penyiasatan kes korupsi berprofil tinggi.
Persepsi seperti ini hanya akan mencemarkan integriti badan berkuasa itu dan keupayaan mereka untuk menegakkan undang-undang.
Pada 4 September, portal atas talian Tempo.co telah melaporkan bahawa Komisioner Jeneral jabatan penyelidikan jenayah Polis Negara Indonesia (Polri) Budi Waseso telah secara rasminya dipindahkan kepada ketua jabatan narkotik.
“Tugas saya adalah di mana-mana dan apa sahaja. InsyaAllah saya akan melaksanakannya dengan baik mengikut kemampuan saya,” Budi telah dipetik sebagai berkata.
Walaupun dinafikan oleh ketua Polri Jeneral Badrodin Haiti, pemerhati percaya bahawa pemindahan mengejut Budi mempunyai kaitan dengan penyiasatan rasuah yang sedang berjalan terhadap pembelian kren untuk PT Pelabuhan Indonesia II, yang bernilai trilion Rupiah.
Pada 28 Ogos, Budi telah memimpin pasukannya menyerbu PT Pelindo II dan pejabat utama pengarahnya, Richard Joost Lino.
Tempo.co melaporkan bagaimana Lino telah mengadu tentang serbuan itu kepada Menteri Perancangan Pembangunan Negara Sofyan Djalil, selepas dipercayai yang Budi telah ditegur oleh naib presiden Indonesia Jusuf Kalla.
Berikutan pemindahan Budi, Brigadier Jeneral Victor Edi Simanjuntak telah dilaporkan mendakwa berlakunya satu “campur tangan” oleh ahli politik membabitkan kes ini.
Dalam kes ini, mungkin hakikat bahawa Budi sendiri sebelum ini telah dituduh menjadi sebahagian daripada cubaan “melakukan jenayah” terhadap Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah Indonesia, hanya menambah satu lagi lapisan komplot kepada situasi ini.
Menurut laporan media, Budi berkata beliau bersedia untuk terus berkhidmat dalam apa saja kapasiti, dan memberi kredit kepada pengganti beliau Anang Iskandar sebagai seorang “pegawai senior” dengan lebih pengalaman untuk membuat tindakan susulan terhadap penyiasatan korupsi yang sedang berlangsung.
Seperti Budi, di Malaysia, bekas timbalan pengarah Cawangan Khas Abdul Hamid Bador telah dipindahkan daripada jawatan beliau bulan lalu dan dilantik sebagai timbalan ketua satu jabatan baru, jabatan jenayah transnasional dalam Jabatan Perdana Menteri yang mana melapor diri terus dengan perdana menteri.
Hamid telah dilaporkan berkata beliau percaya terdapat “kuasa ghaib” yang mahu mengeluarkan beliau dan pemindahan itu telah meletakkan beliau “beku seketika” kerana jawatan dan unit baru itu masih lagi belum ditubuhkan dengan sempurna.

Najib mesti jawab dakwaan terhadapnya sekali gus, kata timbalan menteri Umno

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata kepada The Star dalam satu temu bual panjang yang diterbitkan di laman webnya hari ini, dengan mendedahkan maklumat sedikit demi sedikit, isu tersebut terus menarik lebih banyak perhatian dan menimbulkan lebih banyak tanda tanya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 September, 2015. 
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata kepada The Star dalam satu temu bual panjang yang diterbitkan di laman webnya hari ini, dengan mendedahkan maklumat sedikit demi sedikit, isu tersebut terus menarik lebih banyak perhatian dan menimbulkan lebih banyak tanda tanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu memberikan jawapan terhadap dakwaan di sekelilingnya, termasuk berhubung wang derma AS$700 juta (RM2.6 bilion), secara sekali gus, bukannya "sedikit demi sedikit", kata Datuk Nur Jazlan Mohamed.
Timbalan menteri dalam negeri itu berkata kepada The Star dalam satu temu bual panjang yang diterbitkan di laman webnya hari ini, dengan mendedahkan maklumat sedikit demi sedikit, isu tersebut terus menarik lebih banyak perhatian dan menimbulkan lebih banyak tanda tanya.
"Saya tidak tahu jika PM sedar atau tidak. Tetapi beliau perlu menjawab segala-galanya sekali gus dan bukannya bertindak balas dengan sedikit-demi sedikit," kata Nur Jazlan.

Beliau memberi contoh RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun Najib, dan bagaimana Najib hanya menafikan menggunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi selepas The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan perkara itu pada awal Julai. Kemudian, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan dana itu merupakan "derma politik" daripada sumber Timur Tengah.
"Ia wang yang masuk ke dalam akaun peribadi, kemudian ia menjadi satu derma, kemudian ia datang dari Arab Saudi, dan kemudian, siapa dari Arab Saudi itu?
"Ia hanya mengundang lebih banyak soalan," beliau memberitahu The Star.

PAS Terengganu desak Raja Bahrin letak jawatan sebagai ahli Parlimen

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satipul Bahri Mamat berkata tindakan meletak jawatan perlu dilakukan Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berdasarkan baiah yang ditandatanganinya pada 18 April 2013 di Rusila, Marang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 September, 2015. 
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satipul Bahri Mamat berkata tindakan meletak jawatan perlu dilakukan Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berdasarkan baiah yang ditandatanganinya pada 18 April 2013 di Rusila, Marang.

PAS Negeri Terengganu hari ini mendesak Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen Kuala Terengganu kerana sudah menyertai Parti Amanah Negara (PAN) dan menjadi pengerusi untuk negeri Terengganu.
Pesuruhjaya PAS negeri, Satipul Bahri Mamat berkata tindakan itu perlu dilakukan Ahli Parlimen terbabit berdasarkan baiah yang ditandatanganinya pada 18 April 2013 di Rusila, Marang.
"Beliau secara sukarela melafazkan sumpah baiah itu di depan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, saksi-saksi, kepimpinan PAS dan calon PAS untuk pilihan raya umum ke-13 pada 2013.

"Antara yang terkandung dalam lafaz sumpah itu ialah beliau perlu meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen sekiranya meninggalkan parti, melompat parti atau dipecat," kata pada sidang media di Kuala Terengganu hari ini. "Selain itu, lafaz sumpah yang dibaca ialah sekiranya beliau melakukan perkara tersebut, maka pendapatannya dan elaun yang diterima sebagai wakil rakyat itu adalah haram.
"Sebab PAS Terengganu mendesak agar beliau segera meletak jawatan kerana beliau sendiri yang bersetuju untuk melakukan baiah ini ketika mahu menjadi calon," katanya.
Bagaimanapun, lafaz baiah bagi calon pilihan raya di Terengganu tidak membabitkan taklik perceraian talak 3 bersama isteri mereka kerana ia hanya dilaksanakan di Kelantan, katanya.

Timbalan pendakwa raya hilang tidak terlibat siasat 1MDB, kata peguam negara......coverline...!!!

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, Timbalan Pendakwa Raya Kevin Anthony Morais yang hilang tidak ada kena mengena dengan siasatan 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 September, 2015. 
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, Timbalan Pendakwa Raya Kevin Anthony Morais yang hilang tidak ada kena mengena dengan siasatan 1MDB.

 Timbalan Pendakwa Raya Kevin Anthony Morais yang hilang bukan sebahagian daripada pasukan petugas kerajaan yang menyiasat skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini.
Apandi berkata demikian mengulas spekulasi di media sosial mengenai kemungkinan ada kaitan antara kehilangan beliau dan siasatan berprofil tinggi ke atas syarikat pelaburan negara itu, yang juga melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Dia tidak ada kena mengena dengan siasatan 1MDB," Apandi memberitahu The Malaysian Insider dalam satu pesanan ringkas petang ini.
Morais, yang bertugas dengan Jabatan Peguam Negara, dilaporkan hilang Jumaat lalu selepas meninggalkan kediamannya di Menara Duta untuk keluar bekerja.
Sumber berkata, Morais meninggalkan rumah kira-kira 9 pagi dengan memandu kenderaan milik kerajaan, sebuah Proton Perdana kelabu dengan nombor pendaftaran WA 6264 Q.
Satu panggilan yang dibuat rakannya pada jam 10.30 pagi tidak dijawab. Cubaan untuk membuat panggilan ke telefon bimbit Morais beberapa jam selepas itu juga tidak berjaya.
Selepas Morais tidak hadir bekerja pada Jumaat, seorang saudaranya membuat laporan di Balai Polis Jinjang semalam.
Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai orang hilang sementara Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata mereka sedang mendapatkan bantuan dari rakan mereka di negeri lain.
Awal pagi semalam, sebuah kereta ditemui terbakar di Hutan Melintang, Perak, menimbulkan syak ia mungkin milik Morais.

Ni betul2 burung unta tua takda telor..

Benarlah kata2 TPM Zahid Hamidi, mmg ada budaya 'POLITIK BURUNG UNTA' dlm DUMNO..
Masa kan tidak bapak segala burung unta takut nak datang hadiri ke Persidangan Anti rasuah A'bangsa (IACC) & juga dialog Nothing 2 Hide..

NAMPAK TAK.. permainan & propaganda mereka...

Propaganda pijak gambar nak kasi bahan untuk memburukkan demonstrasi BERSIH !!

Malang sungguh.. dah berbelas2, puluhan tahun berpolitik tapi gagal memahami propaganda UMNO/BN..

CAKAP TAK SERUPA BIKIN !!!

Kata Zahid.. "Kita jangan ikut budaya politik burung unta, lari dari masalah dan lepaskan beban kepada orang lain.."

Kalau begitu, dah tahu KERAjaan BN boros, tiris & byk penyelewengan berlaku, KENAPA RAKYAT PULA YANG KENA TANGGUNG BEBAN BAYAR GST UTK KURANGKAN HUTANG NEGARA !!!

CORAT-CORET BERHARGA RM2,600 JUTA

Hakikat bahawa rakyat ketika ini begitu menyampah kepada Najib Razak dalam isu duit RM2,600 juta yang diterimanya bukanlah cerita dongeng atau rekaan semata-mata.

Di mana-mana hampir tidak terkecuali rakyat meluahkan rasa jengkel dan tidak puas hati dengan penglibatan Najib dalam isu tersebut.

Jika di bandar atau di kalangan mereka yang celik maklumat melalui internet, perkara itu mungkin bukan sesuatu yang asing, rupa-rupanya mereka yang tinggal di kampung dan kawasan pedalaman turut tidak terkecuali mempunyai pandangan yang hampir sama.

Selepas himpunan Bersih 4 baru-baru ini, saya berpeluang pergi ke negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu dan sambil-sambil itu dapat meninjau sejauh mana pendirian rakyat mengenai Najib sejak duit RM2,600 juta yang ditakrifkan sebagai derma timbul sebagai isu yang menjadi bualan ramai.

Dalam perjalanan pergi, saya sempat singgah menikmati kari kepala ikan di Raub dan kemudian singgah berehat sebentar di hentian Gua Musang sebelum meneruskan perjalanan ke Tok Bali, Pasir Puteh.

Apa yang mengejutkan di kedua-dua tempat persinggahan itu, topik mengenai Najib dan wang RM2,600 juta jelas dapat didengar sebagai buah bicara perbualan masyarakat.

Di Raub, ketika sedang makan bersebelahan dengan sekumpulan lelaki Cina, jelas dapat didengar mereka menyebut perkataan "2.6 bilion", "Najib" dan "coruption" walaupun tidak memahami sepenuhnya perbualan mereka yang dituturkan dalam bahasa Mandarin itu.

Di hentian Gua Musang pula, ketika duduk bersebelahan dengan lelaki Melayu yang sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, daripada perbualan biasa dan berbasa-basi dengannnya, topik perbicaraan kemudian melompat kepada isu politik semasa.

Beliau kemudian merungut dengan harga makanan yang agak mahal di hentian tersebut, lalu berkata, "kita bukannya ada RM2.6 bilion dalam akaun pun."

Setelah beberapa lama berbual, baru disedari beliau rupa-rupanya hanya makan bakso tetapi tidak mengambil sebarang air minuman.

"Tak minum ke?"

"Malas beratur, lagi pun saya ingin jimatkan belanja. Kuah bakso ini pun macam minuman juga," katanya. 

Sedih rasanya sampai begitu sekali rakyat mahu menjimatkan belanja mereka.

Saya tinggal selama tiga hari di Tok Bali. Dalam tempoh itu saya sempat menemui pelbagai kelompok manusia, singgah bersarapan pagi di beberapa kedai menjual nasi dagang dan nasi berlauk, bertemu beberapa pegawai kerajaan dan swasta serta penduduk sekitarnya.

Dalam perbualan dan ketika mendengar mereka berbual sesama sendiri, jelas dapat dirasakan bahawa isu Najib dan wang RM2,600 juta yang diterimanya begitu menusuk hati masyarakat serta sukar diterima sebagai derma semata-mata.

Oh Tidak! Amanah, satu lagi parti Malaya masuki Sarawak

oleh Jimmy Adit
Satu lagi parti politik berpusat di Malaya sedang memasuki Sarawak.
Menggunakan nama Parti Amanah Negara (Amanah), kumpulan serpihan PAS ini merancang untuk mengumumkan ketibaan mereka pada 6 September apabila pemimpinnya akan menjawab “kesemua persoalan mengenai penubuhan parti itu dan kehadiran mereka di Sarawak”.
Sebelum 6 September, maaf, orang-orang Amanah mengunci mulut mereka:
“Kami telah diberitahu oleh pihak atasan (parti itu) supaya tidak bercakap mengenai apa tujuan kami di Sarawak melainkan pada acara hujung minggu ini. Kami harap semua orang akan faham kerana kami masih baru dan dalam proses menyusun beberapa perkara,” kata pengerusi Amanah Sarawak Mohamad Fidzuan Zaidi.
Sudah tentu ‘pihak atasan’ merujuk kepada tuan dari Malaya yang mempunyai pengaruh terhadap orang bawahannya di Sarawak yang berkemungkinan langsung tidak tahu perbezaan - jika terdapat perbezaan ideologi - antara Amanah dan PAS selain daripada yang jelas - nama parti dan pegawai.
Selepas berpisah dengan PAS, DAP Sarawak tidak dapat menyorok rasa gembira mereka terhadap lawatan yang dirancang oleh parti berpangkalan Malaya lain, Amanah.

“Saya berasa gembira untuk mengalu-alukan kehadiran Amanah di Sarawak dan saya melihat ke hadapan kepada hubungan kerja yang baik antara DAP Sarawak dan Amanah Sarawak. Kita boleh menjadi rakan yang baik untuk menjatuhkan BN di negeri ini,” bagaimana ketua DAP Sarawak Chong Chieng Jen meletakkannya.
Ianya kelihatan lebih kepada kenyataan kesal - kesal kerana memori bekas rakan PAS yang terbatas di masa lalu, dan sekarang DAP mesti melihat ke masa hadapan dengan Amanah.
Buat Chong, beliau kelihatan yakin Amanah tidak boleh lebih kurang daripada PAS kerana orang Amanah adalah dari PAS.

Ahli Parlimen Amanah sedia undi tolak hudud ikut konsensus, kata Mat Sabu

Pengerusi Parti Amanah Negara Mohamad Sabu berkata, ia akan bergantung kepada konsensus yang dicapai antara Amanah dan rakan lain dalam gabungan parti pembangkang yang akan ditubuhkan kelak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 September, 2015. 
Pengerusi Parti Amanah Negara Mohamad Sabu berkata, ia akan bergantung kepada konsensus yang dicapai antara Amanah dan rakan lain dalam gabungan parti pembangkang yang akan ditubuhkan kelak.

Bekas ahli Parlimen PAS, yang kini menyertai parti baharu Parti Amanah Negara (Amanah), sedia mengundi menolak rang undang-undang hudud di Dewan Rakyat, sekiranya ia merupakan keputusan konsensus pembangkang, kata pengerusinya Mohamad Sabu.
Katanya, pendirian mereka akan bergantung kepada konsensus yang dicapai antara Amanah dan rakan lain dalam gabungan parti pembangkang yang akan ditubuhkan kelak, katanya.
"Kami akan berunding dengan rakan dalam gabungan terlebih dahulu," kata Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.
"Kalau mereka kata 'Tidak', maka kami tidak akan menyokongnya," katanya di Kuching, Sarawak hari ini ketika ditanya pihak media pendirian parti itu mengenai hudud.
Beliau berkata demikian pada majlis memperkenalkan Amanah, kumpulan serpihan parti Islam PAS, di negeri itu hari ini.
Beliau berkata, pendirian parti itu mengenai hudud akan dibuat berdasarkan proses perundingan, pendekatan demokrasi dan peruntukan yang termaktub di bawah Perlembagaan.
“Kami akan bincangkan dengan rakan kami. Kita tak boleh paksa hudud atas rakyat sekiranya majoriti mereka, Islam dan bukan Islam, tidak bersetuju dengannya.
"Dan kita tak boleh paksa pelaksanaannya sekiranya ia bertentangan dengan perlembagaan," kata Mat Sabu.
Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Mujahid Yusof Rawa bagaimanapun berkata, beliau tidak percaya rang undang-undang itu, yang cuba dibawa sebagai rang undang-undang persendirian oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, akan berjaya dibentangkan di Dewan Rakyat.
Hadi berusaha membentangkan rang undang-undang itu bagi membolehkan Kelantan, yang meluluskan enakmen jenayah Islam di Dewan Undangan Negeri pada Mac, melaksanakan hukuman hudud di negeri di bawah teraju PAS itu.

Najib Diam, Negara, Ringgit Jadi Mangsa

Di sebuah negara YANG MASIH AMAN...


Bantahan Baju Merah boleh cetus ketegangan kaum-Rafidah

Demonstrasi yang dirancang pada 16 September depan berbeza dengan Bersih 4.0 kerana tidak mempunyai tuntutan yang jelas
rafidah-zaiz,merah
PETALING JAYA: Bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz menempelak rancangan Kumpulan Baju Merah yang bercadang untuk mengadakan demonstrasi aman 16 September ini.
Katanya, perhimpunan itu berbeza dengan Bersih 4.0, kumpulan berkenaan tidak mempunyai tuntutan yang jelas.
“Mereka nak berdemonstrasi untuk apa? Sama seperti apa yang mereka cuba buktikan,” katanya di Facebook.
Dalam status Facebook yang dimuat naiknya, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri meluahkan kebimbangan terhadap seruan ‘Himpunan Rakyat Bersatu’ kerana ia tidak membawa manfaat kepada rakyat selain boleh memecah belah masyarakat.
Jelasnya, keadaan yang berlaku sekarang tidak ada kena mengena dengan kaum tetapi ia berkaitan tadbir urus, ketelusan dan integriti.
“Ada orang cuba mengelak isu sebenar dan memilih cara mudah melepaskan diri… Mainkan isu perkauman… Tuding jari dan salahkan orang lain… Mainkan angka bagi menggambarkan ‘kekuatan’ sokongan yang mereka perolehi.
“Apa saja yang mereka hendak buktikan? Adakah mereka hendak katakan semuanya OK di sebalik kucar kacir ini… mereka sokong tindakan yang membawa kepada rasa malu negara?,” katanya.
Menurut Rafidah sepatutnya 16 September ini diraikan kerana ia Hari Malaysia dan bukannya melakukan sesuatu yang boleh merosakkan hubungan kaum.
“Adalah lebih baik untuk dilakukan solat hajat di seluruh negara, berdoa kepada Yang Maha Esa untuk menunjukkan jalan kepada kebenaran… berdoa agar negara ini akan selamat,” tulisnya.

Lebih 400, ahli PAS sertai AMANAH di Johor


Seramai 443 orang termasuk anggota PAS menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) hari ini.
Timbalan Pengerusi AMANAH Johor, Dzulkefly Ahmad berkata mereka terdiri daripada 62 orang dari kawasan Parlimen Pasir Gudang, Gelang Patah (131), Johor Baharu (100), Pulai (100) dan Tebrau (50).
"Keputusan mereka menyertai AMANAH adalah untuk meneruskan harapan besar rakyat yang disandarkan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 lalu," katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan borang keanggotaan PAN di Johor Bahru.
Dzulkefly yang juga bekas Yang Dipertua PAS kawasan Gelang Patah mengumumkan penubuhan lima jawatankuasa penaja AMANAH yang akan menguruskan setiap kawasan Parlimen terlibat serta bagi mendapatkan lebih ramai anggota.
-Bernama

'Kereta masih berasap ketika dijumpai' - Saksi

'Kereta masih berasap ketika dijumpai' - SaksiHUTAN MELINTANG: Seorang saksi yang menjumpai kereta terbakar di sebuah ladang kelapa sawit dekat sini berkata kenderaan tersebut masih lagi berasap ketika beliau menemuinya awal pagi Sabtu.

Penduduk kampung Nasrowi Maslah, 45, yang pada ketika itu dalam perjalanan untuk minum pagi bersama rakannya berkata beliau menjumpai kenderaan tersebut sekitar 7 pagi dan pantas mengambil dua keping gambar sebelum merujuknya kepada pihak berkuasa.

"Kereta itu masih berasap semasa saya jumpa dan saya ambil gambar takut tiada orang lain di sekitar kawasan tersebut, tapi memang ia hangus teruk semasa saya jumpa," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di Kampung Sungai Samak, di sini pada petang Ahad.

Sumber polis daripada IPD Hilir Perak berkata siasatan telah berjalan lebih 24 jam sejak kenderaan yang masih cuba dikenal pasti modelnya itu dijumpai awal pagi Sabtu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Mohd Shuhaily Mohd Zain ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan penemuan kereta berkenaan.

"Kenderaan tersebut dijumpai orang awam sekitar jam 10 pagi tadi, yang kemudian menghubungi pihak polis," jelas beliau.

Bagaimanapun pihaknya masih cuba mencari dan mengenal pasti jenis kereta dan nombor casis kenderaan untuk siasatan lanjut.

Beliau juga mengesahkan terdapat unsur jenayah dalam kes kereta rentung yang ditemukan di ladang sawit dekat sini.

Baru tauu... Agaknya selama ini pasukan bola sepak negara kalah makhluk halus punya pasal kot..

Inilah permikiran seorang 'DATUK'.. Tak pasal2 makhluk halus dipersalahkan punca kekalahan M'sia 10-0...

Jangan jadikan masalah negara isu perkauman, kata Rafidah Aziz

Bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz dakwa pemimpin 'memainkan isu perkauman' elak tangani isu dibangkitkan rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 September, 2015.Bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz dakwa pemimpin 'memainkan isu perkauman' elak tangani isu dibangkitkan rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 September, 2015.
Tan Sri Rafidah Aziz hari ini membidas pemimpin didakwanya "memainkan isu perkauman" dalam usaha mengelak daripada menangani isu dibangkitkan rakyat Malaysia yang prihatin. Dalam posting Facebook terbaru beliau, bekas ketua Wanita Umno itu berkata, keadaan "kucar-kacir" yang dihadapi negara ketika ini tidak ada kena mengena dengan bangsa, tetapi berkenaan tadbir urus, ketelusan dan integriti.
"Sekarang waktu yang sangat tidak menyenangkan," tulis bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu.

"Ada orang cuba mengelak isu SEBENAR dan memilih cara mudah melepaskan diri... Mainkan isu perkauman... Tuding jari dan salahkan orang lain... Mainkan angka bagi menggambarkan 'kekuatan' sokongan yang mereka perolehi. "Dalam proses ini, isu yang menjadi kerisauan rakyat, dan mahu dilihat satu penyelesaian segera, dipinggirkan begitu saja... DAN DIELAKKAN," katanya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia bimbang tentang isu berkaitan urusan pentadbiran negara, tadbir urus ekonomi dan kebolehpercayaan terhadap mereka yang berkuasa.
"Saya ingin ingatkan yang ISU yang sedang kita depani TIADA kaitan dengan kaum kumpulan tertentu atau apa saja," katanya sambil menulis dalam huruf besar beberapa perkataan yang hendak ditekankan.

Spesis menteri camnilah yg dpt duduk kekal lama dlm kabinet Najib..

Rupa2nya sejak Najib jd PM negara bertambah maju, ekonomi kukuh, ringgit semakin 'NAIK', Rakyat dapat hidup senang & mewah dgn BR1M & GST !!!

Ampu lagi ampu.. jilat lagi.. yezz!!

Tak sia sia Najib lantik 'badut sarkas' jadi menterinya...

Menyebar sentimen perkauman akan merugikan Islam.

Oleh Jamzuri Ardani


Saya memerhati dengan penuh bimbang dengan penyebaran bahan-bahan yang bersifat menanam sentimen kebencian kaum di dalam media baru, terutamanya di facebook dan wassap.

Lebih menyedihkan, diantara yang rancak menyebar sentimen berbau perkauman ini ialah kawan-kawan lama saya di dalam parti Islam. Tulisan dan hujah mereka seperti sudah tiada beza dengan parti nasionalis.

Mereka seperti sudah lupa dengan pendirian almarhum TGNA. Mereka seperti sudah lupa dengan pesanan almarhum Ustaz Fadzil Noor.

Sentimen perkauman merugikan Islam kerana ia akan membina benteng yg bathil yg memisahkan Islam dengan mad'unya.

Almarhum TGNA pernah sebut, Islam di Malaysia akan jadi sangat hebat kalau kaum Cina bersama Islam.

TGNA kata, orang-orang Cina adalah bangsa yang hebat. Kalau mereka bersama Islam, umat Islam akan jadi kuat dan hebat.

Tapi, ke mana sentimen perkauman ini akan membawa kita umat Islam di Malaysia? Apakah kebencian akan lebih bermanfaat utk dakwah berbanding muafakat?

Fikirkan!

Kereta dipercayai milik Kevin ditemui terbakar

Kereta yang dipercayai milik Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Kevin Anthony Morais ditemui dalam ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Samak di Hutan Melintang, Perak semalam.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata pihaknya menemui kereta itu kira-kira pukul 10 pagi.
"Kereta itu terletak kira-kira tiga kilometer dari jalan raya. Namun jenis kereta itu belum dapat disahkan modelnya disebabkan keadaannya yang terbakar seratus peratus.
"Model kereta itu nampak seperti Proton Perdana atau Honda Accord," katanya kepada pemberita di Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat di Jeti Hutan Melintang, hari ini.
Beliau berkata pihaknya masih menunggu laporan pakar untuk mengesahkan model kereta berkenaan.
Namun tiada mangsa ditemui dalam kereta berkenaan, tambahnya.
Kevin dilaporkan hilang dan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur pada Jumaat lepas untuk ke pejabatnya di Putrajaya.
Beliau dilapor memandu kereta Proton Perdana berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran WA6264Q.
-Bernama

Ada unsur jenayah dalam kes kereta rentung di ladang kelapa sawit - Polis

Ada unsur jenayah dalam kes kereta rentung di ladang kelapa sawit - Polis
HUTAN MELINTANG: Polis mengesahkan terdapat unsur jenayah dalam kes kereta rentung yang ditemukan di ladang sawit dekat sini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Mohd Shuhaily Mohd Zain walau bagaimanapun berkata siasatan masih dijalankan untuk memastikan ia ada kaitan dengan kes kehilangan bekas Timbalan Pengarah Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kevin Anthony Morais yang dilaporkan hilang sejak Jumaat.

"Nombor casis enjin telah dikikis malah membawa kereta itu di ladang sawit pun sudah ada unsur pelakuan jenayah," kata Mohd Shuhaily kepada Astro AWANI.

Tambahnya, polis perlu menunggu laporan kimia serta pihak pengeluar kereta untuk mengesahkan komponen kereta tersebut sama ada daripada model keluaran Proton atau Honda.

Terdahulu, Astro AWANI melaporkan penemuan sebuah kereta yang rentung di kawasan ladang kelapa sawit, Kampung Sungai Samak, di sini.

"Kenderaan tersebut ditemui orang awam sekitar jam 10 pagi tadi, yang kemudian menghubungi pihak polis," Mohd Shuhaily ketika mengesahkan penemuan kereta berkenaan pagi ini.

Bagaimanapun, pihaknya masih cuba mencari dan mengenal pasti jenis kereta dan nombor casis kenderaan untuk siasatan lanjut.

"Akibat impak kebakaran, kenderaan tersebut rentung sepenuhnya, dan pihak forensik gagal mengenal pasti nombor casis, sehubungan itu pihak kami masih lagi cuba mencari kaedah lain untuk mengenal pasti kenderaan terbabit," jelasnya.

Siasatan awal juga tidak menemui kesan lain dalam kenderaan itu.

"Tiada mayat ditemui, hanya kereta sahaja," jelas Mohd Shuhaily.

Pijak gambar pemimpin: 267 laporan polis diterima, kata TPM

Polis menerima 267 laporan sehingga 8 pagi tadi berhubung kes peserta Bersih 4 pijak gambar Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 September, 2015.Polis menerima 267 laporan sehingga 8 pagi tadi berhubung kes peserta Bersih 4 pijak gambar Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 September, 2015.
Sebanyak 267 laporan polis diterima sehingga 8 pagi tadi berhubung kes memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada perhimpunan Bersih 4, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi Hamidi. Beliau yang juga menteri dalam negeri berkata 4 individu dikenal pasti melakukan perbuatan itu, namun lebih ramai peserta dijangka ditahan kerana disyaki melakukan perbuatan tersebut.
"Tindakan (ke atas mereka) sedang dijalankan. Tolong hormati pemimpin, kalau berbeza pandangan sekalipun, jangan hina dan memijak gambar pemimpin.

"Dalam hal ini, saya lihat ada hikmahnya kerana atas nama pemimpin yang dihina, Insya-Allah Umno dan PAS akan mengambil tindakan sama terhadap mereka yang terlibat," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Masjid Tanah di Alor Gajah, hari ini. Sehubungan itu, beliau menegaskan tiada lagi amaran kepada pihak yang menganjurkan perhimpunan haram di negara ini sehingga mengganggu perpaduan dan ketenteraman rakyat yang terjalin sejak sekian lama.

PKR: Musuh kita hanya Umno-BN

MB AzminPETALING JAYA, 6 SEP: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengulangi pendirian untuk terus bekerjasama dengan semua parti politik sealiran dalam usaha menumbangkan Barisan Nasional (BN).
Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali menegaskan, komitmen membawa perubahan kepada negara itu sudah diulang berkali-kali seperti yang disebut Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
“PKR akan bekerjasama dengan semua parti yang komited dengan agenda bersama untuk membawa perubahan dalam negara.
“Kalau ada mana-mana pihak pihak termasuk PAS sealiran dan komited dengan agenda bersama Pakatan Rakyat (Pakatan), sudah tentu kita akan bekerjasama dengan mereka.
“Ini kerana , musuh utama kita hanyalah Umno-BN,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat 2.0 yang didakwa akan ditubuhkan dalam masa terdekat.
Sebelum ini, timbul spekulasi penubuhan Pakatan Rakyat 2.0 tanpa penglibatan PAS ekoran pergeseran dengan DAP hingga mengakibatkan masing-masing memutuskan hubungan kerjasama.
PAS bagaimanapun berpendirian untuk terus kekal bersama Pakatan walaupun DAP beranggapan gabungan berkenaan sudah terkubur.

BERSIH 4 tiada adab, lukakan hati ahli Umno

Perhimpunan BERSIH 4 yang berlangsung pada 29 dan 30 Ogos lalu telah melukakan hati ahli Umnno, kata Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh hari ini.
Dalam mesyuarat perwakilan Umno bahagian Masjid Tanah, beliau menempelak himpunan itu kerana "tiada lagi adab dan susila".
"Ia telah melukakan hati orang Umno. (Ia) telah menghina pemimpin Umno.
"Oleh itu, (Umno bahagian) Masjid Tanah akan bangkit bangun menjaga maruah," katanya yang juga ketua Umno bahagian itu.
Mengulas insiden gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipijak, Ab Rauf berkata pihaknnya tidak akan berdiam diri berhubung insiden itu.
Ekoran insiden itu berlaku, ia mengundang kemarahan Umno dan PAS malah kedua-dua parti itu juga membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Manakala BERSIH turut menggesa pemijak gambar itu supaya tampil memberi penjelasan berhubung tindakan tersebut.
"Sekor Bangsat" Umno Tak Terluka Dengan Kencing Yang Dah Bertahun Tanpa Tindakan...???

Pandangan ulamak hadith Pakistan tentang bai'ah taklik talak 3 thdp isteri.

Maulana Khalilur Rahman - umur -+ 80 tahun. Ulamak/ahli hadith Pakistan. Menghafal Sahih

Muslim dan menghafal kebanyakan hadith dlm kitab Muwattha' Imam Malik.

Beliau berpandangan tidak jatuh talak 3 thdp isteri bila wakil rakyat Pas keluar dr Pas kerana :

1. Taklik mestilah dilafazkan antara suami dgn isteri. Contohnya jika suami kata kpd isterinya jika kamu keluar rumah tanpa kebenaran aku maka jatuh talak, dan isterinya memang mendengar dan memahaminya. Maka jika si isteri keluar rumah tanpa kebenaran suami, memang jatuh talak sbgmana disebutkan ttg kisah Ibnu Umar dlm Sahih Bukhari.

Dlm kes wakil rakyat Pas, baiah/taklik dibuat antara suami dgn pihak ke3 iaitu parti Pas bukan dgn si isteri. Maka usul taklid sudah tersasar. Bai'ah taklid itu sudah tidak ada kaitan dgn si isteri. Maka baiah ini tertolak dan tidak timbul isu talak thd isteri.

2. Bai'ah yg dibuat oleh Pas adalah bai'ah yg mungkar kerana menjadikan isteri sbg bahan pertaruhan dan ini merupakan satu penganiayaan thdp kaum wanita. Islam mengharamkan kezaliman.

3. Di zaman Rasulullah telah ada bai'ah yg dibuat oleh nabi dan para sahabat. Tidak ada satu tuntunan pun drp nabi dan para sahabat berhubung dgn bai'ah memperjudikan nasib isteri untuk dijatuhkan talak. Sesiapa shj yg ingin membuat bai'ah perlulah merujuk kpd tuntunan bai'ah yg dibuat oleh nabi dan para sahabat.

4. Di zaman rasulullah bai'ah yg wujud adalah bai'ah di antara rakyat n pemimpin yakni bai'ah berbentuk ketaatan kpd amirul mukminin yg
memerintah daulah islam.

Bai'ah Ta'liq Thalaq Tiga (BTT3) Satu Amalan Yang Sudahpun Ditolak

OLEH DR SITI MARIAH MAHMUD


1. Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) sangat memandang serius terhadap isu dan amalan Bai'ah Ta'liq Thalaq Tiga (BTT3) yang kini semakin menjadi polemik serta bualan di kalangan rakyat tanpa mengira batasan umur, kaum, agama, latar belakang pendidikan dan sosial. Ia sama seperti polemik sodomi suatu ketika dahulu, yang akhirnya membawa kesan yang tidak manis kepada sosial rakyat apatah lagi cakap-cakap berkaitan liwat telah menjadi mainan malahan senda gurauan termasuklah di kalangan anak-anak muda di peringkat sekolah rendah dan juga menengah.

2. AWAN mengingatkan kepada semua pihak khususnya pemimpin-pemimpin politik agar melihat impak berlapis dan impak berganda yang akan berlaku akibat daripada tindak tanduk masing-masing. Sangat mudah isu yang berligar di kalangan partisan politik untuk lekat menguasai bi'ah (persekitaran) kehidupan rakyat apatah lagi bila pihak media turut memainkan peranan aktif dalam merancakkan perbualan mengenainya tanpa had, penuh prejudis dan lebih malang tanpa disiplin ilmu yang benar. Ta'liq thalaq bukanlah satu tajuk daripada premis ilmu yang santai, tetapi penuh disiplin yang perlu digunapakai.

3. Ia bukan satu kebanggaan sama ada oleh pihak yang mengadakannya ataupun oleh pihak yang dikenakan. Apatah lagi jika isu ini mengheret umum kepada perdebatan tanpa adab, penuh dendam dan bermudah-mudah. Ia sangat mengecewakan. Bahkan langsung tidak bantu menzahirkan keindahan serta kehebatan ilmu-ilmu dan praktis Islam.

4. AWAN menegaskan bahawa isu BTT3 ini yang sebenarnya telah meletus pada tahun 2009 telah pun ditolak amalannya oleh ramai pihak termasuklah oleh almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNAA) sendiri. Malahan dinafikan oleh Majlis Syura Ulamak (MSU) PAS dan dibincangkan secara serius di dalam Jawatankuasa PAS Pusat yang turut mendengar pandangan dan sikap daripada wakil sayap Muslimatnya pada waktu itu. Jelas amalan ini ditolak dan diminta untuk dihentikan atas hujjah ketidakwajaran mengheret institusi perkahwinan ke dalam percaturan politik parti dan kesetiaan seorang suami kepada perjuangannya. Jelas juga akan pendirian bahawa Wanita yakni seorang Isteri tidak sewajarnya menjadi mangsa taruhan dan terdedah kepada apa jua bentuk penganiayaan atas apa jua alasan serta perhitungan politik mana-mana pihak. Kesannya jelas, semua negeri tidak lagi meneruskan amalan BTT3 kecuali Kelantan. Lantas persoalannya, adakah Kelantan tidak prihatin akan hal ini dan kepimpinannya mengambil mudah akan sikap dan pendirian yang telah dizahirkan oleh MSU PAS, PAS Pusat bahkan almarhum TGNAA sendiri? Sewajarnya itu disiasat. Bahkan banyak lagi persoalan daripada situ yang boleh kita majukan, tetapi cukuplah sekadar itu buat masa ini.

SEJAK BILA KERAjaan UMNO/BN tak pandai nak tipu rakyat ??!!

Tiba2 Perodua pertimbang AKAN NAIKKAN harga kereta kerana kejatuhan ringgit. Sebagai menteri yang bertanggungjawab, agaknya apa Ahmad Maslan nak goreng kali ini? Dulu nasi goreng, kali ini steering goreng ka??

BUKANKAH ADA MENTERI kata Ringgit Jatuh Baik Untuk Negara ???

BUKANNYA ROSMAH !!!

Bila sang isteri mengaku dirinya First Lady Of Malaysia, FLOM sedangkan First Lady di Malaysia yg sebenar adalah D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Sultanah Hajjah Haminah binti Haji Hamidun..

PAS semakin lemah ?

Oleh HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Pengulas politik yg menyatakan PAS semakin lemah barangkali keracunan Utusan Malaysia, Berita Harian, Malaysiakini atau The MaIaysian Insider.Cubalah menjadi lebih objektif sedikit. Ada berapa kawasan dalam PAS? 191 kawasan.

Ada berapa kawasan yg dikatakan bermasalah dgn GHB? 16 kawasan?Cuba check berapakah bilangan keahlian baru diterima Parti Pekerja Pekerja Malaysia yg diasaskan Gangga Nayar itu? Pergi tengok dan nilaikan sendiri.


Dan pergi tengok sendiri berapa permohonan keahlian baru di Pejabat Agong PAS yg kini melebihi 9,000 setiap bulan.
Pergi sendiri ke program himpunan PIHAK anjuran PAS di setiap negeri. Bandingkan dengan anjuran GHB.
Tengok dan cuba faham mesej dari kajian UMCEDEL berkaitan pemimpin tertinggi parti politik utama yg paling diterima rakyat pada Januari 2015 (itu sebelum meletup isu derma RM2.6B, 1MDB, MARA , Tabung Haji).
Atau kajian sikap terhadap BERSIH 4 oleh Merdeka Centre sebelum ia berlangsung. Apa yg jadi kenyataan pada hari berkenaan dengan 90% didominasi kaum Cina?
Atau mesej dari keputusan Muktamar PAS sendiri Jun 2015. 80% mendokong kepimpinan DS TGHH berbanding 20% yg mendokong kumpulan kecewa yg masih mencari hala tuju bebekalkan dokongan kuat oleh DAP. Perwakilan yg terdiri dari pemimpin pemimpin yg paling berpengaruh di kawasan masing masing bukan calang calang orang, bukan tidak tahu realiti politik sekeliling.
Kita sangat mengalu alukan sebarang kajian bebas yg lebih konklusif oleh mana mana pihak termasuk para pengkaji sains politik.
Kelihatannya bagi kelompok terbesar rakyat iaitulah orang orang Islam yg lebih 90 % berbangsa Melayu, fokus sebenar adalah antara UMNO dengan PAS sahaja.
PASMA atau G 18 atau Gerakan Harapan Baru atau Harapan Baru atau Parti Islam Frogressif atau KITA atau Parti Amanah Negara atau Parti Pekerja Pekerja Malaysia kelihatannya tidak lebih dari pemecah undi yg mempunyai kepentingan lain.

Tidak benar Malaysia bakal bankrap - Dr Mohd Irwan Serigar

Dakwaan Malaysia akan bankrap kerana kejatuhan nilai ringgit tidak benar, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 September, 2015.Dakwaan Malaysia akan bankrap kerana kejatuhan nilai ringgit tidak benar, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 September, 2015.
Dakwaan Malaysia akan menjadi bankrap berikutan kejatuhan nilai ringgit dan penurunan harga minyak adalah tidak benar, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah. Beliau berkata ekonomi negara ketika ini masih berkembang kukuh pada kadar melebihi 5% dengan pelbagai pembaharuan akan dibuat bagi memastikan kerajaan terus berbelanja secara berhemah.
Katanya, selain Malaysia, banyak negara yang bergantung kepada ekonomi berasaskan komoditi seperti Australia, Rusia dan Brazil mengalami kejatuhan nilai mata wang lebih teruk berikutan penurunan harga minyak dunia dan pengukuhan dolar Amerika.

"Sekarang ekonomi kita masih berkembang dan lebih kukuh berbanding krisis kewangan 1997/1998 di mana perkembangan ekonomi kita ketika itu adalah negatif. "Ketika ini kita masih lagi boleh membayar gaji kakitangan awam. Kalau kita nak bankrap, kita tak mampu bayar (gaji)," katanya ketika menyampaikan ucaptama sempena rakaman program bual bicara khas TV Alhijrah bertajuk 'Tea Time With Managing Director of Shell Malaysia, Azman Ismail' di Putrajaya, hari ini.

Kereta dijumpai rentung di ladang kelapa sawit Hutan Melintang..??

Kereta dijumpai rentung di ladang kelapa sawit Hutan Melintang
HUTAN MELINTANG: Sebuah kereta dijumpai rentung di kawasan ladang kelapa sawit, Kampung Sungai Samak, di sini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Mohd Shuhaily Mohd Zain ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan penemuan kereta berkenaan dipercayai jenis Honda Accord.

"Kenderaan tersebut ditemui orang awam sekitar jam 10 pagi tadi, yang kemudian menghubungi pihak polis," jelas beliau.

Bagaimanapun pihaknya masih cuba mencari dan mengenal pasti jenis kereta dan nombor casis kenderaan untuk siasatan lanjut.

Mengulas mengenai kemungkinan kenderaan berkenaan milik bekas Timbalan Pengarah Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kevin Anthony Morais yang dilaporkan hilang sejak Jumaat, beliau berkata pihaknya perlu menjalankan siasatan lanjut.

"Akibat impak kebakaran, kenderaan tersebut rentung sepenuhnya, dan pihak forensik gagal mengenal pasti nombor chasis, sehubungan itu pihak kami masih lagi cuba mencari kaedah lain untuk mengenal pasti kenderaan terbabit," jelasnya.

Siasatan awal juga tidak menemui kesan lain dalam kenderaan itu.

"Tiada mayat ditemui, hanya kereta sahaja," jelas Mohd Shuhaily.

'Mengapa Najib masih membisu isu dana asing RM2.6b?'

Mengapa Najib masih membisu pasal dana RM2.6 bilion?
Meskipun Malaysia dan beliau sendiri dimalukan di Persidangan Antarabangsa Anti Rasuah (IACC) ke-16 2015, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih enggan tampil menjelaskan misteri-misteri di sebalik derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaunnya.
Ini menimbulkan lebih banyak persoalan dan spekulasi mengapa Najib memilih untuk membisu daripada menjawab soalan mengenai RM2.6 bilion. Berikut ialah lima teori yang paling hangat diperkatakan.
Teori 1: Apakah sebenarnya duit itu tidak digunakan untuk Umno?
Persoalan ini timbul kerana Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin pun tidak tahu berapa baki yang ada di akaun tersebut ketika ia ditutup. Jika benar duit itu telah digunakan untuk Umno dan pilihan raya, sudah tentu Najib akan berani menjawab Muhyiddin, dan Muhyiddin tidak akan berani bertanya begitu.
Teori 2: Apakah duit itu sebenarnya bukan derma?
Persoalan ini timbul kerana sehingga hari ini penderma yang berbesar hati ini masih misteri kepada rakyat Malaysia. Spekulasi ini lebih hangat apabila Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak berani menjawab cabaran Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mendedahkan nama penderma tersebut setelah Zahid mengaku telah berjumpa dengan wakil keluarga dari asia barat yang mendermakan RM2.6 bilion kepada Najib.
Jika penderma itu sanggup menderma RM2.6 bilion kepada Najib, mengapa beliau tidak sanggup tampil membersihkan nama Najib? Tidakkah penderma itu takut duit derma itu akan dibazirkan jika Najib jatuh nanti sedangkan derma itu untuk Umno bukan untuk Najib? Apakah betul dakwaan Tun Mahathir bahawa duit itu sebenarnya duit 1MDB?
Teori 3: Apakah ia satu kesilapan taktikal untuk mengelarkan RM2.6 bilion itu sebagai derma?
Dana RM2.6 bilion di akaun Najib didedahkan oleh WSJ (Wall Street Journal) pada 3 Julai 2015 yang disyaki duit 1MDB. Sebulan kemudian, barulah SPRM berkata duit itu ialah duit derma.
Sehingga kini, tidak kedengaran Najib menyaman WSJ meskipun derma cerita RM2.6 bilion ini sudah menjadi perbualan dan lawak antarabangsa.
Apakah ini satu kesilapan taktikal yang teruk? Oleh kerana itu, sehingga Najib tidak berani menjawab isu RM2.6 bilion ini secara berdepan meskipun menerima kritikan hebat di IACC di negara sendiri.
Teori 4: Apakah memang ada bukti salahlaku yang dijumpai mengenai RM2.6 bilion?

Ikhlaskah tindak tanduk TI dan Amnesty?

Oleh Herma N Hamid
Tanpa maklumat jelas berkenaan hal ehwal dalaman Malaysia, beberapa pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing mengambil peluang berucap di sebuah persidangan antarabangsa di Putrajaya berakhir Jumaat lalu untuk memperkecil-kecilkan negara kita.
Walaupun terdiri daripada bijak pandai, tindakan mereka adalah sebaliknya apabila membuta tuli mengkritik negara dalam mengendalikan soal rasuah dan menguruskan kebebasan hak asasi.
Keberkesanan peranan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang antaranya menyaksikan peningkatan ketara dalam kadar sabitan daripada hanya 54% pada 2009 kepada 78% pada tahun lalu, diketepikan.
Lagak mereka bagaikan mahu jalan cerita filem box office Tamil, Sivaji The Boss berlaku di negara ini tetapi alam realiti bukan semudah itu. Tindakan undang-undang bukan boleh hanya melalui persepsi kerana yang menyiasat dan disiasat juga ada hak masing-masing. Ini prinsip universal. Kecualilah dalam kes Amerika Syarikat (AS) yang sesuka hati menakluki Iraq dan Afghanistan hanya berdasarkan apa yang mereka percaya.
Malangnya pemimpin-pemimpin NGO tersebut yang disokong golongan seangkatan mereka di sini bercakap dengan tidak berlandaskan fakta sekali gus menampakkan kecetekan pengetahuan mereka terhadap apa yang berlaku di Malaysia.
Satu contoh bagaimana Setiausaha Agung Amnesty International Sahil Shetty dengan semberono bercakap terdapat akhbar dan portal ditutup berikutan perhimpunan haram Bersih 4.
Walaupun terlibat dalam pelbagai organisasi antarabangsa, namun beliau juga tidak terlepas daripada membuat dakwaan tidak berasas setaraf pelayar Facebook yang sekadar mencari tumpuan.
Apatah lagi beliau mengaitkan ketakutan kerajaan kerana bimbang berlaku Arab Spring di Malaysia. Hakikatnya apakah Bersih 4 mendapat sokongan semua lapisan rakyat seperti mana yang berlaku di Mesir dan Tunisia.
Penyokong Bersih 1, 2 dan 3 sebelum ini pun menjauhkan diri dengan siri perhimpunan terbaharu ini, maka terjadilah acara yang menyaksikan dominasi satu kaum dan satu parti. Sedangkan negara ini terdiri daripada pelbagai kaum dengan majoritinya adalah orang Melayu dan Islam yang menjadi teras politik.
Lagi pula soal kebebasan bersuara dan berhimpun terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan cuma ia harus dilakukan mengikut peraturan. Dalam hal Bersih 4, pihak berkuasa memberi jaminan kelulusan akan diberikan jika dilakukan di stadium waima stadium terbesar di negara ini iaitu di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Negara terus dalam bahaya selagi Najib ada

oleh Shahbudin Husin
Persidangan anti rasuah antarabangsa  (IACC) yang berakhir Jumaat lalu secara langsung telah mencemarkan nama Malaysia. Ia bukan saja kerana isu derma RM2,600 juta yang diterima Najib Razak menjadi fokus utama peserta daripada 130 buah negara, tetapi tentunya juga kerana mereka akan pulang ke negara masing-masing dengan tanggapan yang buruk mengenai negara kita.

Memang benar negara kita belum sampai ke tahap mengalami krisis rasuah tetapi sebagaimana kesimpulan IACC yang menyebut bahawa wang RM2,600 juta itu mempunyai segala elemen berkaitan rasuah mengikut tafsiran antarabangsa, kegagalan memberi penjelasan kukuh mengenainya seolah-olah kita sedang terjebak dengannya.

Dengan itu, selagi tiada penjelasan atau Najib terus berdiam diri saja, penerimaan wang sebanyak itu boleh bertukar menjadi "ibu segala rasuah" yang akan menenggelamkan segala kebaikan dan nama baik negara dalam aspek yang lain.

Selain IACC tahun ini telah memalukan Malaysia melalui hujah-hujah peserta daripada 130 buah negara berikutan angka RM2,600 juta itu dianggap terlalu luar biasa, ketidakhadiran Najib dalam persidangan di mana Malaysia menjadi tuan rumahnya setelah dinasihatkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Paul Low seakan turut mengesahkan bahawa Perdana Menteri memang dalam keadaan bersalah dan tidak mampu berhujah jika diajukan persoalan mengenai wang tersebut.

Jika Najib benar-benar yakin wang tersebut adalah derma yang suci sifatnya, beliau tentu boleh berkeras mahu menghadiri persidangan itu. Begitu juga dengan Paul Low, menteri yang bertanggungjawab terhadap intergriti,  kiranya beliau sendiri yakin dengan sepenuh hati wang RM2,600 juta itu bukan rasuah, pasti tidak dinasihatkannya agar Najib jangan menghadirinya.

Tetapi semuanya sudah berlalu. Dengan imej buruk negara melalui persidangan dan ketidakhadiran Najib itu, pandangan dunia terhadap negara kita turut dibayangi lebih banyak warna kehitam-hitaman selepas ini.

Pembangkang guna taktik jejas reputasi jatuhkan PM, ampu Ahmad Maslan

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata pihak pembangkang ketika ini sedang menggunakan taktik menjejaskan reputasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi menjatuhkan kepimpinan beliau. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 September, 2015.Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata pihak pembangkang ketika ini sedang menggunakan taktik menjejaskan reputasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi menjatuhkan kepimpinan beliau. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 September, 2015.
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata pihak pembangkang ketika ini sedang menggunakan taktik menjejaskan reputasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi menjatuhkan kepimpinan beliau. Ahmad berkata hal ini dapat dilihat menerusi pelbagai fitnah dan tuduhan tidak berasas dilemparkan ke atas Najib yang juga presiden Umno sebagai usaha merosakkan reputasi serta imej beliau bagi menimbulkan persepsi buruk rakyat terhadap kepimpinannya.
Taktik itu merupakan antara perangkap pihak pembangkang bagi memastikan Najib tidak lagi menjadi tunjang utama dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti, katanya kepada pemberita selepas majlis dialog isu semasa bersama Umno Bahagian Keningau dan Pensiangan di Keningau, semalam.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata pihak pembangkang turut dilihat membuat cubaan 'membunuh' 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dengan memanipulasi fakta mengenai syarikat itu sehingga menimbulkan keraguan dan mengelirukan rakyat. Selain itu, katanya, terdapat juga usaha untuk menggoncang kekuatan dalaman Umno dan Barisan Nasional memandangkan kekuatan tersebut dilihat sebagai punca kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Sehubungan itu, Ahmad mengingatkan semua pemimpin serta ahli Umno di seluruh negara supaya tidak terperangkap dengan taktik kotor pembangkang itu kerana ia akan melemahkan parti.

1MDB PROBE EXPLODES ON NAJIB: JHO LOW'S FATHER ON LIST OF FROZEN SWISS ACCOUNTS


KUALA LUMPUR - Despite the bravado and professions of support from his coterie of sycophants, another nail has just been hammered into Prime Minister Najib Razak's political 'coffin'.
According to banned website, Sarawak Report, one of the bank accounts frozen by the Swiss authorities during a massive money-laundering and corruption probe into Najib's prized 1MDB investment fund, belongs to Larry Low - the father of the notorious Jho Low, who is known for his close ties to Najib's wife Rosmah and step son Riza Aziz.
1MDB PROBE EXPLODES ON NAJIB: JHO LOW'S FATHER ON LIST OF FROZEN SWISS ACCOUNTSThe boyish-faced Jho is also infamous for the huge commissions he allegedly raked from his deals with 1MDB and other government-controlled firms, leveraging on his connections with Malaysia's first family.
Sarawak Report's revelation coming hot on the heels of the just-concluded 16th International Anti-Corruption Conference held in Putrajaya, deals another blow to Najib's damaged reputation.
"It's quite clear to everyone in Malaysia and the rest of the world that Najib is in too deep in this corruption scandal. The IACC members have openly called on him to resign as PM to facilitate a credible investigation or be punished by investors and the world community," a political source told Malaysia Chronicle.
"In response, Najib has thumbed his nose at his critics and signaled he will stay on. If you want to oust him, do it at the general elections -- that is how arrogant he has become. But we know, his BN coalition will try all sorts of electoral fraud to win. So it's up to the Malays who form the biggest electorate - they can throw him out if they wish. Unless they don't mind having a PM who may soon become a world-acknowledged criminal."
Tip of the iceberg: No 'safe passage' possible

Indeed the criticism dished out by member nations attending the IACC, including the United Nations Convention Against Corruption (UNCAC) was so blistering, that Najib's loyalist and Cabinet minister Tengku Adnan claimed the forum was "possessed".
The forum declared Malaysia to be in "corruption crisis", while UNCAC coalition chairman Manzoor Hasan said "Yes, I would certainly say so for the interest of fair investigations," when asked by the press if Najib should step down.
Najib's critics are believed to be in the midst of planning a no-confidence vote against him given his stubborn refusal to pass on the baton. There is speculation Najib has demanded "safe passage" and immunity from prosecution in exchange for his resignation.
However, given that the amounts of money Najib has been accused of stashing away is simply too massive, his political foes including ex-premier Mahathir Mohamad are unlikely to agree.
Many believe the controversial RM2.6 billion alleged 'donation' from an Arab source that was found in Najib's personal bank accounts is just the tip of the iceberg.
"No way way the Opposition and Umno themselves will agree to safe passage. The evidence based on what has been exposed in the media is already too damning to Najib and his family. With the Swiss freezing the bank accounts, I think very soon the entire web of how the money flowed - from whom to whom - will soon be made known," the political source told Malaysia Chronicle.
The Larry Low and Jho Low link
Indeed, according to the Sarawak Report, a shocking new line of enquiry has emerged, following the freezing of 1MDB related accounts by the Swiss authorities last week
We are reliably informed that one of several individuals whose accounts have been frozen is Larry Low Hock Peng, the father of the billionaire youth tycoon, Jho Low.
The sums involved were described by the Swiss Attorney General office as ‘several tens of millions’ of dollars in its official statement. However, we have been told they in fact total hundreds of millions.
Larry Low has long been regarded as a key lynch pin behind his twenty something son’s stellar rise, thanks to Jho’s close connections with school pal Riza Aziz, who brought him into the Najib/Rosmah household from an early age.
Larry’s other son Szen Low is also heavily connected with his brother’s business in his role as Group Managing Director of the family firm Jynwel Capital.

The Low brothers (left Jho, right Szen) manage Jynwel Capital, the investment tool of billionaire playboy Jho Low – however Larry has also tied into their business interests.
Trail from Good Star Limited
Investigators believe that Larry Low formed part of the trail for money originally siphoned out of 1MDB in its first joint venture deal with PetroSaudi back in 2009.
US$700 million was removed from the initial US$1 billion investment by 1MDB, under the guise that it was a repayment of a loan by PetroSaudi to its joint venture subsidiary.
That money first went to the company Good Star Limited and was paid into an account opened on the day after the deal at RBS Coutts bank in Zurich.
A further US$330 million was paid into Good Star in 2011, according to investigation documents released by Sarawak Report in April and documents from PetroSaudi also suggest that US$160 million more was paid into Good Star as part of a Muharaba loan to PetroSaudi in September 2010.
This produces a total sum of US$1.29 billion that initially came into the Coutts Zurich Good Star bank account.

Apa? Ketua Menteri ini fikir Mahathir mudah terpengaruh?

oleh V Shuman

Semua orang tahu bahawa Dr Mahathir Mohamad amat lantang mengkritik Najib Razak sejak beberapa bulan ini. Dari coretan blognya yang pedas kepada kenyataannya yang lantang di media, Mahathir seakan hanya menumpukan kepada satu matlamat hidup - agar Najib meletak jawatan perdana menteri secepat mungkin.

Jadi, sudah dijangka bahawa Mahathir akan bersama-sama pihak yang sewaktu dengannya, dan itu yang kita saksikan apabila Mahathir dan isteri mengunjungi perhimpunan Bersih pada hujung minggu lalu. Penyertaan pertamanya di dalam protes jalanan bagaimanapun tidaklah mengejutkan.

Tetapi amatlah bodoh bagi seseorang berkata bahawa Mahathir telah "dipengaruh" bagi menyertai perhimpunan oleh pihak tak bertanggungjawab. Dan itu yang difikirkan Ketua Menteri Melaka Idris Haron. Bernama memetik kenyataannya yang berbunyi, "Beliau (Mahathir) telah lakukan sesuatu yang aneh (menyertai Bersih 4) dan saya percaya pihak tak bertanggungjawab di belakang semua ini."

Idris juga percaya pihak tidak bertanggungjawab telah memujuk Mahathir dengan memberi maklumat palsu berdasarkan informasi dan persepsi bagi mengumpannya ke perhimpunan tersebut. Ya, Idris berpandangan Mahathir boleh dipengaruhi dan diumpan bagi menyertai perhimpunan.

 Tak tahukah dia, bahawa Mahathir yang memiliki pengalaman luas di bidang politik dan mungkin memiliki IQ jauh lebih tinggi dari semua anggota Kabinet hari ini, tidak mungkin mudah 'diracun' oleh pihak lain?

Kredibiliti Malaysia punah kerana rasuah

PKR turut mendesak supaya satu sidang tergempar Parlimen Malaysia diadakan dengan segera bagi meminta Najib menjawab secara jujur mengenai isu derma RM2.6 bilion.
IACC
PETALING JAYA: Kecaman daripada beberapa badan dunia yang terlibat dalam membanteras rasuah pada Persidangan Antarabangsa Pencegahan Rasuah (IACC) ke-16 minggu lalu memberi kesan besar kepada kewibawaan Datuk Seri Mohd Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, berkata rata-rata perwakilan telah mengkritik kegagalan Najib dan kerajaan Malaysia dalam memperjelaskan isu RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.
“Majoriti rakyat Malaysia, termasuk badan yang mewakili kumpulan anti-rasuah antarabangsa, mengkritik sikap berdiam diri PM terhadap dakwaan derma yang diterima beliau dalam akaun peribadinya.
“PKR berasa gusar apabila Pengerusi Transparency International (TI) Jose Ugaz menggambarkan sumbangan itu sebagai satu kes rasuah dasyat, yang boleh memberi kesan kepada hak asasi manusia.
“Manakala Cobus de Swardt daripada Transparency International-Afrika Selatan mendakwa Najib tidak boleh berdiam diri jika beliau mahu meyakinkan dunia, terutama pelabur, untuk membuat pelaburan di Malaysia,” katanya di Facebook.
Sehubungan itu PKR mendesak supaya satu sidang tergempar Parlimen Malaysia diadakan dengan segera.
“Ini bagi meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjawab secara jujur mengenai isu derma RM2.6 bilion itu,” katanya.

Polis tingkatkan langkah cari timbalan pendakwa raya yang hilang

Polis Kuala Lumpur sedang meningkatkan usaha menjejak timbalan pendakwa raya terkenal, Kevin Anthony Morais, yang dilaporkan hilang dan melibatkan rakan mereka di negeri lain untuk membantu pencarian.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata, sebarang ketidaknormalan atau kejadian yang berlaku dalam tempoh kehilangan Morais sedang diteliti, termasuk penemuan sebuah kereta yang terbakar di Hutan Melintang, Perak awal pagi semalam.
"Polis Perak menjumpai kereta yang terbakar itu di Hutan Melintang kira-kira jam 10 pagi semalam. Kami tidak tahu lagi jika ia kepunyaan orang yang hilang (Morais) kerana kita tidak dapat mengenal pasti model kereta itu dan nombor pendaftarannya.

"Kami sedang meneliti kes sebegitu dan mendapatkan bantuan rakan kami di negeri lain untuk memberikan maklumat," katanya. Kes kereta terbakar itu disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana kelakuan khianat menggunakan api.
“Buat masa ini, saya dimaklumkan, hanya rangka badan kereta ditemui. Setakat ini mereka tidak menemui sebarang kesan tulang manusia atau mayat dalam kenderaan itu,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Mengenai Morais, Zainuddin berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai orang hilang.
Morais, yang berkhidmat dengan Jabatan Peguam Negara, dilaporkan hilang Jumaat lalu selepas meninggalkan kediamannya di Menara Duta untuk keluar bekerja.

Skandal 1MDB, derma dana asing RM2.6 bilion, bukan ‘kudis kekal’ buat Najib di Pekan

Pekan, Pahang kekal selamat untuk ahli Parlimennya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak walau apa pun isu melanda presiden Umno itu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 6 September, 2015.Pekan, Pahang kekal selamat untuk ahli Parlimennya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak walau apa pun isu melanda presiden Umno itu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 6 September, 2015.
Kawasan Parlimen Pekan terletak kira-kira setengah jam pemanduan kereta dari ibu negeri Pahang iaitu Kuantan. Walaupun terletak bersempadan dengan Kuantan dan kawasan Parlimen Indera Mahkota yang dikuasai PKR sejak 2 penggal lalu, bandar diraja Pahang ini kekal selamat buat ahli Parlimennya iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Tinjauan mendapati, sebahagian besar pengundi di sini maklum akan isu nasional yang membelenggu wakil rakyat mereka itu, namun ia tidak meninggalkan kesan kepada mereka.

Ahli Jawatankuasa Umno Pekan Abdul Rahim Yahya berkata pelbagai tuduhan dilemparkan tidak memberi kesan kepada Datuk Seri Najib Razak. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 6 September, 2015.Ahli Jawatankuasa Umno Pekan Abdul Rahim Yahya berkata pelbagai tuduhan dilemparkan tidak memberi kesan kepada Datuk Seri Najib Razak. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 6 September, 2015.The Malaysian Insider sempat menemubual pemimpin setempat termasuk ahli jawatankuasa Umno Pekan, Abdul Rahim Yahya. "Kita rasa, di seluruh kawasan Felda, tuduhan ini tak bagi apa-apa impak kepada Najib.
"Sama ada isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), (derma) RM2.6 bilion, atau cukai barangan dan perkhidmatan (GST) - di kawasan Felda memang tidak terjejas, sebab kami sudah dipupuk mengatasi masalah ini," kata peneroka Felda itu yang aktif dalam politik Umno setempat sejak 1980-an lagi.
Menjelaskan lanjut perkara tersebut, Rahim berkata beliau sendiri berpuas hati dengan harga kelapa sawit mereka yang dibayar Felda, bantuan persekolahan berjumlah RM300 setahun, insentif tahunan dan duit raya daripada Felda serta bayaran 'durian runtuh' yang diberikan agensi itu dari masa ke semasa.
"Perkara ini tak menjadi kudis gatal buat kami," katanya yang berasal dari Kedah, dan kini tinggal di Felda Chini 3.
Bagi seorang peneroka tanah rancangan Felda, Rozmah Jusoh, 62, beliau tidak membiarkan isu derma RM2.6 bilion itu mengganggu fikirannya.
Ditanya sama ada beliau maklum akan kontroversi berhubung derma itu, beliau berkata perkara itu tidak disaksikannya sendiri.
"Saya tak nampak, saya tak tahu. Dia duit banyak, itu hak dia. Kalau kita ada duit, kita pun macam dia juga. Jadi, kita tak boleh nak komenlah," katanya.

‘Jangan kacau rumah kami’ - PAS Kedah

ALOR SETAR - Pas Kedah yakin kembali mendapat sokongan masyarakat pelbagai kaum melalui tagline, ‘Pas untuk semua’ (Pas for all).
 
Pesuruhjayanya, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi berkata, dakwaan kononnya masyarakat berbilang kaum tidak lagi menyokong Pas, lebih bersifat propaganda politik untuk menjustifikasikan kewujudan parti baharu.
 
‘Jangan kacau rumah kami’ “Kewujudan parti baharu itu konon menentang BN, hanya akan membawa faedah kepada BN kerana berjaya memecahkan sokongan terhadap pembangkang,” katanya, pada sidang media, di Kompleks Pas Kedah, kelmarin.
 
Menurutnya, Pas Kedah akan terus istiqamah bersama Pas pusat untuk tidak menjalin sebarang kerjasama politik dengan Umno/BN, terutama dalam usaha pembentukan kerajaan.
 
“Komitmen kita menolak Umno/BN telah dibuktikan menerusi Himpunan Tolak BN yang diadakan pada 22 Ogos lalu, yang berjaya menghimpunkan lebih 30,000 ahli dan penyokong Pas,” katanya.
 
“Sesiapa yang dakwa Pas kini bukan lagi untuk semua, uruslah rumah (parti) baharu yang mereka sertai itu, jangan kacau rumah kami (Pas). Nak korek kolam guna cangkul atau Kubota, itu tanah dia terpulang, hak kami jangan kacau,” katanya, sinis.
 
Mengulas mengenai kehadiran Parti Pekerja Malaysia pada saat PR dan BN berdepan pergolakan, Ahmad Fakhruddin menyifatkan ia belum menjadi kenyataan selagi belum didaftar secara sah bawah Pendaftar Pertubuhan (ROS).
 

Jelaskan 1MDB, derma dalam sidang tergempar Parlimen, kata PKR

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu menerangkan isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion pada sidang tergempar Dewan Rakyat, kata Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 September, 2015.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu menerangkan isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion pada sidang tergempar Dewan Rakyat, kata Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 September, 2015.PKR hari ini menyokong DAP menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerangkan mengenai isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan derma AS$700 juta (RM2.67 bilion) yang diterimanya dalam satu sidang tergempar Dewan Rakyat.
Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, soalan berhubung derma itu ditimbulkan pada Persidangan Antarabangsa Pencegahan Rasuah ke-16 (IACC) baru-baru ini senada dengan pendirian rakyat Malaysia yang menyertai perhimpunan Bersih 4 hujung minggu lepas.
Katanya, majoriti rakyat Malaysia, termasuk badan yang mewakili kumpulan anti rasuah antarabangsa mengkritik sikap berdiam diri perdana menteri terhadap dakwaan derma yang diterima beliau dalam akaun peribadinya.

"PKR turut sama mempersoalkan siapa yang memberikan AS$700 juta itu dan apakah tujuan derma itu? "PKR mendesak supaya dipanggil suatu sidang tergempar Parlimen Malaysia dalam kadar segera, bagi membolehkan PM memberikan jawapan secara jujur kepada rakyat Malaysia apakah sebenarnya yang berlaku terhadap 1MDB dan derma RM2.6 bilion," kata Dr Wan Azizah dalam satu kenyataan hari ini.

Jangan menilai Bersih 4 mengikut garis perkauman

oleh Rama Ramanathan

Pasca Bersih 4, beberapa penganalisa tidak mengendahkan ratusan ribu peserta yang hadir, tetapi sebaliknya menilai perhimpunan tersebut dari sudut perkauman. Analisa rasmi berdasarkan kaum bermula pada 1871 apabila British melakukan bancian penduduk pertama di Negeri-Negeri Selat, dan ia berlanjutan sehingga kini.

Parti-parti berasaskan kaum menubuhkan kerajaan pertama di Malaya pada 1957. Parti-parti berasaskan kaum mendominasi pakatan yang dibentuk di Malaysia - terdiri Semenanjung, Singapura, Sabah dan Sarawak pada 1963.

Menurut sejarah rasmi rusuhan pada 13 Mei 1969, faktor kaum mencetus kekacauan - walaupun ada yang berpendapat ia berlaku bagi membolehkan rampasan kuasa di dalam Umno bagi menggantikan Tunku Abdul Rahman dengan Abdul Razak Hussein selaku Perdana Menteri.

Kaum juga menjadi tema dominan di dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diumumkan Razak pada 1971.

Hasil DEB dinilai mengikut garis perkauman. Ini termasuk di dalam pendidikan dan ekonomi komuniti Melayu; dominasi di dalam perkhidmatan awam dan pasukan beruniform oleh ahli dari kalangan Melayu; jurang pendapatan merentas komuniti pelbagai bangsa, dan pengurangan kemiskinan tegar secara besar-besaran. Mustahil bagi menulis sejarah politik Malaysia tanpa membincangkan faktor etnik.

Saya menggantikan "bangsa" dengan "etnik", dengan mengikut saranan ahli akademik dan puak agama. Mereka yang "berkahwin merentas bangsa" atau kanak-kanak hasil "perkahwinan campuran" atau yang diambil sebagai anak angkat, sedar tentang perbezaan bangsa dan etnik.

Pada peringkat mudah, bangsa ada kena mengena dengan DNA sementara etnik berkaitan budaya dan masyarakat. Memperakui perbezaan genetik antara pelbagai bangsa sebenarnya tersasar dari segi politik. Namun, ahli perubatan dan syarikat pengeluar ubat tahu perbezaannya.

Contohnya, warga Amerika berketurunan Afrika "memberi tindak balas berbeza kepada dadah tekanan darah tinggi berbanding kumpulan lain," (WebMD) dan mereka "tidak memberi tindak balas terhadap dadah popular yang lebih berkesan kepada pesakit kulit putih." (ABC News).

Untuk lebih pasti, terdapat segelintir pihak yang berkata "warna kulit tidak pasti mencerminkan pembuluh darah seseorang." (mengikut rencana ABC news tadi) Bangsa dan etnik dapat dipertikai dan ada kebenarannya.

Tinggal di negara di mana gereja, gurdwara dan kuil Hindu dan Buddha serta masjid didominasi sesuatu kumpulan etnik atau kurang satu kumpulan ialah realiti kehidupan. Menyatakan bahawa kita berinteraksi dengan ahli komuniti lain di tempat kerja ada kebenarannya.

Namun sejauh mana kebenarannya, kerana orang Melayu mendominasi di syarikat berkaitan serta pejabat kerajaan? Dan di sektor swasta, komuniti Cina dan India pula mendominasi (saya maksudkan di Semenanjung).

Pergerakan berteraskan satumatlamat seperti reformasi pilihanraya, memberi makan gelandangan, menghadiri pesakit kronik, berkempen bagi rawatan percuma dan sebagainya, menjadi tempat kita bercampur dengan ahli komuniti lain.

Encik MB, ini sebabnya tidak wajar keluarga punyai 12 anak

oleh Mariam Mokhtar

Walaupun terdapat kemajuan di Terengganu yang indah, yang bergantung kepada hasil petrolium, negeri tersebut telah mengundur akibat pemimpin dan cara berfikiran mereka.

Minggu lepas, Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman, yang mengimpikan status negeri maju dan begitu gusar kerana populasi 1.1 juta yang dianggapnya kecil, berkata kerajaan negeri akan memberi imbuhan kepada keluarga besar.

Kata beliau, "...kita menggalakkan penduduk di negeri ini meningkatkan bilangan ahli keluarga dan akan memberi imbuhan kepada mereka...kami mahu para ibu melahirkan 12 anak."

Ahmad Razif seakan memperlekeh pendidikan buat anak gadis, sekiranya sumbangan terbesar mereka kepada ekonomi ialah semata-mata melahirkan cahaya mata. Katanya lagi, khidmat kaunseling akan diberi kepada keluarga dengan masalah.

Beliau mungkin merujuk kepada keluarga yang sukar mendapatkan anak, kerana berkata "Tentunya, terdapat pihak yang menghadapi masalah, tetapi tidak menyuarakannya." Beliau turut bercakap tentang program bulan madu kedua.

Mungkin ini bagi mencetus kembali kemesraan pasangan sedia ada bagi mereka kembali melahirkan bayi untuk negeri. Adakah beliau naif? Pasangan tidak semestinya menjalin hubungan erat hanya kerana pergi berbulan madu buat kali kedua.

 Sekiranya setiap keluarga memiliki 12 anak, seperti mana cadangan MB tersebut, sukar bagi mereka merancang percutian. Setiap isi rumah perlukan bas mini sebagai pengangkutan membawa 12 anak-anak. Datuk dan nenek juga berdepan cabaran besar, bagi menjaga anak-anak, sekiranya bantuan mereka diperlukan.

 Si ibu tentu tak dapat berehat. Setelah dia selesai dengan anak gadisnya, dia perlu pula menyiapkan keperluan bayi dan pada masa yang sama, memberi makan anak kecil. Tentu si ibu kepenatan. Tambahan pula, bapa di Malaysia, terutama dari bangsa Melayu, tidak langsung membantu isteri mereka menukar lampin, apatah lagi memberi makan minum bayi.

Baik tuan, kami akan lindungi lelaki dan wanita budiman di SPRM

oleh Robin Stanley Augustin

Pena lebih tajam berbanding mata pedang. Ini yang dapat disaksikan di dalam perjuangan serta usaha-usaha membasmi rasuah. Ini dicerminkan melalui waran tangkap, dan surat pertukaran. Pada sesetengah masa, mata pena juga diguna bagi meminta bantuan.

Dan inilah yang diterangkan di dalam laporan The Malay Mail Online baru-baru ini berkenaan ucapan ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Abu Kassim Mohamed yang menggesa rakyat Malaysia melindungi agensi dari sebarang campurtangan di dalam menggalas peranan.

Dalam mesej khas yang dibacakan timbalan beliau Mustafar Ali di Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa ke-16, Abu Kassim menekankan keperluan siasatan bebas SPRM sambil menggesa penggubal undang-undang dan pendakwaraya turut serta membantu.

"Bagi masyarakat sivil dan orang ramai, mereka perlu menjadi pelindung dan pemimpin kita di dalam melindungi institusi anti-rasuah dari campurtangan yang memberi kesan kepada kebebasannya.

"Bagi penggubal undang-undang, tanpa mengira perbezaan politik, mereka perlu bersatu membantu kami mewujudkan institusi anti-rasuah bebas dan akhirnya, pendakwaraya di Malaysia perlu memain peranan melakukan pendakwaan, dan bukan memilih di dalam menjalankan tugas," katanya.

Tumpuan terarah kepada SPRM bulan lepas, di mana polis menangkap dan menyoal beberapa pengawai kanan SPRM berikutan maklumat rasmi yang didakwa dibocorkan. Ini mendatangkan kritikan kerana didakwa campurtangan di dalam tugas SPRM, dari pemimpin politik dari BN dan pembangkang, pertubuhan NGO serta orang ramai.

Sisatan polis berlaku ketika SPRM menjalankan siasatan terhadap sumbangan derma RM2.6 bil yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri serta bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Laporan The Malay Mail Online mendapat reaksi berbeza. Warga Internet memandang remeh dengan berkata SPRM tidak berupaya dan hanya tunduk kepada pihak tertentu, manakala ada juga pihak yang mempertahankannya. Kita sedih membaca laporan tersebut.