Jumaat, 4 September 2015

Apakah Najib mewakili majoriti rakyat untuk melanun RM2.6 bilion ??!!!


Bersih 2.0 kesal kenyataan KPN

PC-Bersih-3 cropBersih 2.0 kesal dengan kenyataan Ketua Polis Negara (KPN) yang tidak mengambil serius isu keracunan makanan dialami peserta Bersih 4.0, pada 30 Ogos lalu.
Pengerusinya, Maria Chin Abdullah, berkata Tan Sri Khalid Abu Bakar seperti memperlekeh pasukan siasatannya sendiri yang masih giat bekerjasama dengan Bersih bagi menyiasat dalang isu berkenaan.
Katanya, Khalid juga ternyata memandang rendah kredibiliti pegawai perubatan profesional yang berkhidmat secara sukarela pada perhimpunan aman itu.
“Bersih rasa sangat terganggu dengan kenyataan KPN bahawa punca keracunan daripada makan terlalu banyak cili walaupun laporan toksikologi belum dikeluarkan.
“Beliau juga secara salah mendakwa hanya dua peserta menerima rawatan dan tiada yang dimasukkan ke hospital. Hakikatnya, 13 peserta dirawat akibat loya, cirit birit dan muntah sementara enam lagi dimasukkan ke hospital termasuk dua kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Pada hari kedua perhimpunan Bersih 4.0, ramai peserta dilaporkan mengalami simptom keracunan makanan selepas mengambil paket minuman yang diberikan secara percuma.
Paket minuman itu diletakkan di kaki lima Jalan Tunku Abdul Rahman dengan dua poster tertulis ‘Sokong Bersih 4 – Ambil Satu’.
Pada hari sama, Bersih 2.0 membuat laporan polis berhubung kes itu dengan pasukan medik menyesyaki minuman terbabit disabotaj melalui suntikan jarum.
“Saya menyeru KPN bertindak mengikut amanah yang dipertanggungjawabkan iaitu berkhidmat kepada semua rakyat tanpa sebarang diskriminasi termasuk peserta Bersih 4.0,” katanya.

1Malaysia, 1Tandas, 1MatRempit dan 1MakNyah di Terengganu

oleh Mariam Mokhtar

Mat rempit, tandas kotor, pelajar “lembut”, pemonteng sembahyang Jumaat dan keluarga kecil berkongsi satu perkara yang sama. Golongan ini menjadi sasaran kerajaan Terengganu dalam usahanya membanteras masalah yang dicetuskan mereka sendiri.

Pada tahun 2009, sebelum Ahmad Razif Abd Rahman menjadi menteri besar, beliau merupakan Exco pendidikan, pengajian tinggi, sumber manusia, Sains dan Teknologi. Beliau memulakan dasar “1Tandas”, di mana pengetua dan guru berkongsi tandas dengan pelajar.

Beliau mahu tiga kumpulan ini mempunyai rasa “kebersamaan”. Katanya, “kita mahu pelajar ada rasa kekitaan, yang kita percaya akan memberi inspirasi untuk mereka cemerlang dalam pelajaran.

Ahmad Razif “Apabila pelajar berkongsi tandas dengan guru, mereka akan rasa setaraf dengan ahli akademik dan ini secara automatik membuat mereka rasa bahagian penting dalam organisasi, iaitu sekolah.”

Ada ibubapa berkata yang “ia adalah publisiti murahan. Hubungan antara guru dan murid tidak akan terjalin hanya kerana berkongsi tandas yang sama.

Sebaliknya dengan menggunakan tandas yang sama dengan pelajar mereka, guru boleh menjamin agar tahap kebersihan yang tinggi dikekalkan.”

Pada tahun 2011, Jabatan Pendidikan Terengganu menghantar 66 pelajar lelaki yang menurut mereka menunjukkan sikap “keperempuanan” ke sebuah kem untuk mengukuhkan sifat “kelakian”.

Kem empat hari di Besut itu mencabuli Konvensyen Hak Kanak-kanak dan hak asasi manusia kerana memupuk sikap homofobia.

Khabar angin mula bertiup menjelang mesyuarat MT Umno

oleh Alyaa Alhadjri

Ada pepatah Melayu berbunyi, “Kalau tiada angin, masakan pokok boleh bergoyang.” Dan mutakhir ini memang banyak khabar angin seputar mesyuarat Majlis Tertinggi Umno 9 September ini.

Mesyuarat itu dijangka panas, memandangkan ia kali pertama ahlinya bermesyuarat selepas Perdana Menteri Najib Razak memecat timbalan presiden Umno Muhyiddin Yassin dan naib presiden Shafie Apdal daripada Kabinet.

Bagi Najib, mesyuarat ini boleh menjadi peluang untuk menghentikan penentangan dalaman berikutan seruan agar beliau berundur ekoran skandal “derma” RM2.6 bilion yang berkaitan dengan salah laku dalam 1MDB. Pada 3 September lalu, pesanan WhatsApp yang mendakwa Muhyiddin, Shafie dan lima lagi pemimpin Umno akan dipecar ketika mesyuarat itu mula tersebar.

Lima pemimpin itu adalah Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir, MP Kulim Aziz Sheikh Fadzir, bekas Menteri Besar Terengganu Ahmad Said, MP Sepanggar Jumat Idris dan Adun Sungai Rapat Hamidah Osman.

Beberapa bulan ini, mereka secara terbuka mengkritik usaha Najib untuk “menutup” skandal yang telah menyebabkan beliau dikecam di peringkat antarabangsa. Hishamuddin Menteri Pertahanan Hishamuddin Hussein menafikan dakwaan tersebut dan berkata lebih banyak isu penting yang perlu dibincangkan.

“Mesyuarat majlis tertinggi adalah acara tertutup dan perkara yang dibawa dalam mesyuarat tidak patut dibincangkan di forum terbuka,” kata naib presiden Umno itu seperti dipetik akhbar The Star.

Namun begitu, ahli jawatankuasa disiplin Umno Megat Najmuddin Megat Khas ketika dihubungi berkata, majlis tertinggi mempunyai kuasa untuk memecat mana-mana ahli atas dakwaan kesalahan mengikut perlembagaannya.

“Majlis tertinggi ada prerogatif untuk menentukan apa-apa tindakan terhadap ahlinya.

Malaysia lebih baik di bawah Najib berbanding Dr Mahathir, ampu panel SPRM

Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata Malaysia menikmati keadaan yang lebih baik di bawah pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berbanding Tun Dr Mahathir Mohamad. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, September 4, 2015. 
Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata Malaysia menikmati keadaan yang lebih baik di bawah pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berbanding Tun Dr Mahathir Mohamad.

Malaysia menikmati keadaan yang lebih baik di bawah pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berbanding Tun Dr Mahathir Mohamad, kata panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.
Dalam forum bersempena Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) di Putrajaya hari ini, Tunku Abdul Aziz berkata, pentadbiran Najib memberikan lebih banyak ruang kebebasan berbanding 'regim menekan' yang diamalkan Dr Mahathir.
"Ketika anda tiba, ada demonstrasi jalanan. Itu tidak akan dapat dilihat ketika zaman Dr Mahathir.

"Akan ada meriam air, polis dengan pakaian rusuhan. Jadi bagi saya, dari segi pencapaian, ini adalah kejayaannya," katanya, merujuk kepada demonstrasi Bersih 4 hujung bulan lalu. Demonstrasi itu menyaksikan ribuan rakyat berhimpun di kawasan Dataran Merdeka menuntut Najib melepaskan jawatan susulan isu dana RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.
Berbeza seperti Dr Mahathir, Tunku Abdul Aziz berkata, "alatan kekerasan" akan digunakan mantan perdana menteri itu bagi mengekang orang ramai.
Sejak bermula pada Rabu, peserta persidangan IACC menggesa Najib menjelaskan secara terbuka dana tersebut.
Pengerusi Gabungan Konvensyen Anti Rasuah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCAC) Manzoor Hasan sebelum ini berkata, Najib perlu berundur dan membenarkan siasatan AS$700 juta (RM2.6 bilion) yang dipindahkan ke dalam akaun beliau diteruskan tanpa pengaruh tidak sepatutnya.
Beliau berkata, membiarkan Najib terus berkuasa boleh menjejaskan siasatan, walaupun penyokong perdana menteri menegaskan pengkritik hanya perlu menunggu hingga siasatan selesai.
"Dalam dunia yang ideal, kita mahu melihat perdana menteri terus kekal, dan siasatan berlaku. Tetapi saya fikir realitinya adalah jika mereka tidak meletak jawatan, proses penyelidikan boleh dipengaruhi dan boleh menjejaskan keseluruhan proses.
"Jika anda mengikut proses undang-undang biasa, apabila seseorang itu sedang disiasat, biasanya dia tidak perlu meletakkan jawatan supaya siasatan bebas yang bersih boleh berlaku," kata Manzoor kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di luar Persidangan Antarabangsa Pencegahan Rasuah ke-16 (IACC) di Putrajaya.

Menteri S'pura: Untungnya bukan rakyat M'sia


Menteri Sumber Manusia Singapura Lim Swee Say mencetuskan kontroversi selepas berucap bahawa beliau berasa beruntung menjadi rakyat republik itu.
Dalam ucapan kempennya semalam, wakil Parti Tindakan Rakyat (PAM) untuk Kawasan Perwakilan Berkumpulan (GRC) Pantai Timur berkata beliau “beruntung tidak menjadi warga China atau Malaysia”.
Beliau juga mengenang kembali kedatangannya bapanya ke Singapura daripada tanah besar China.
“Kemudian bapa saya kenal emak saya, mereka berkahwin dan dapat enam anak.
“Jadi tahun ini kita sambut SG50 (ulang tahun ke-50 Singapura) dan saya fikir, jika bapa saya tidak naik bot ke Singapura, saya mungkin sekarang rakyat negara China,” tambahnya.
Lim juga percaya bahawa pemisahan Singapura dan Malaysia pada 1965 memberi keuntungan.
Jika tidak, katanya, rakyat negara itu sudah tentu sekarang sebahagian rakyat Malaysia.
“Kemudian pada 1965 Singapura dan Malaysia berpisah, kerana (perdana menteri pertama) Encik Lee Kuan Yew mahukan sebuah bangsa tidak mengira bahasa atau kau – semuanya sama,” katanya.
Beliau juga berkata tidak boleh tinggal di Malaysia kerana ia “milik orang Melayu”.
“Jadi kita tiada pilihan, kita hanya boleh berpisah.
“Jadi saya fikir jika kita tidak berpisah pada 1965, hari ini kamu dan saya akan jadi rakyat Malaysia, heng (beruntung) ah,” katanya.
Ucapan itu dimuat naik dalam Facebook saluran 8 televisyen MediaCorp negara itu.
Pihak yang tidak selesa dengan tindakan itu menuntut beliau meminta maaf.

Tuhan ada, jangan bimbang, kata menteri pada IACC


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Abdul Datuk Seri Wahid Omar memberitahu peserta Persidangan Antirasuah Antarabangsa ke (IACC) ke-16 hari ini bahawa pesalah akan tetap dihukum.
Mengakui Malaysia berdepan beberapa isu sukar, beliau berkata kebenaran akan terserlah juga akhirnya.
“Jika semua kita memainkan peranan masing-masing, jangan bimbang. Jika jenayah dilakukan, ia akan diketahui,” katanya.
Bercakap dalam acara itu di Putrajaya, beliau juga menegaskan bahawa “tuhan ada dalam dunia ini dan kebenaran akan terungkap” juga akhirnya.
Abdul Wahid berkata demikian selepas Naib Presiden badan antirasuah global Transparency International Elena Panfilova (gambar) berucap menyebut perdana menteri mesti berterus terang berhubung isu dana RM2.6 bilion yang dimasukkan dalam akaunnya.
Sepanjang tiga hari persidangan itu, pelbagai pihak tampil bersuara lantang terhadap kerajaan dan perdana menteri dalam isu-isu berkaitan rasuah.

(Bersih 4) Tijah Yop Chopil: Apa Yang Berlaku Sekarang Juga Dirasai Oleh Masyarakat Orang Asli

SPRM: Pengkritik Malaysia di IACC tak punyai fakta

Crime Watch Raw: Bersih 4.0 Special

16th IACC: We're seeing more liberty today, says Tunku Aziz

16th IACC: No more interference with MACC's work, says Tunku Aziz

16th IACC: Lawyers shares legal advice for protesters under remand

16th IACC: Protection for whistleblowers

16th IACC: Crime has no escape from the law and truth will prevail

Najib dikritik di IACC memalukan, kata Rafidah

Kritikan yang ditujukan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) sejak kelmarin di Putrajaya memalukan.
 
Bekas Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz berkata, kini Malaysia menjadi buah mulut negara luar dan suasana itu menyakitkan namun kita tidak boleh menyingkirkan semua komen tersebut.
 
“Sekarang di persidangan antarabangsa (IACC) pemimpin kita dipersoalkan berhubung isu semasa yang kita sendiri sebagai rakyat masih menuntut jawapan.
 
“Keadaan ini memalukan apabila orang asing mula menayang kesilapan kita. Sudah tentu ia menyakitkan seperti mencurah garam dan cuka pada luka. Namun kita tidak boleh hapuskan semua komen itu kerana ia memang sahih,” katanya melalui status yang dimuat naik di laman Facebook, hari ini.
 
Najib terus menjadi sasaran sebahagian pemimpin dan delegasi luar negara yang hadir ke IACC di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang melanda pemimpin nombor satu negara itu.
 
Sementara itu, Rafidah yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu turut menyarankan agar isu yang terus dibangkitkan itu diselesaikan segera untuk menebus kembali nama baik negara ini.
 
“Dunia memerhatikan kita dan menunggu bagaimana isu yang besar ini ditangani. Mereka akan ketawa melihat dua atau tiga pegawai ditukarkan ke sana dan sini...ia tidak selesaikan apa-apa.
 

Nazir Razak harap kemelut negara cepat berakhir

Beliau meluah perasaan bersama beberapa keping gambar di laman Instagram.
nazir,ig
PETALING JAYA : Pengerusi Bank CIMB yang juga adik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazir Tun Razak masih meletak harapan pelbagai kemelut yang melanda negara akan cepat berakhir.
Luahan itu dibuat di laman Instagramnya.
“Seingat saya, tidak pernah berlaku di mana segalanya menjadi buruk bagi Malaysia. Saya berdoa agar akan ada harapan penyelesaian, ” tulisnya.
Dalam status yang sama beliau turut memuat naik beberapa keping gambar lelaki memakai memakai topeng bagi mengelak jerebu berhampiran bangunan ikon negara, KLCC, graf kejatuhan mata wang Ringgit dan paparan skrin skor perlawanan bola sepak antara UAE dan Malaysia di mana Malaysia kalah teruk 10-0 pada malam Khamis.

Rasuah bukan krisis utama di Malaysia-SPRM

Kritikan yang dibuat dianggap tidak berasas kerana ia hanya merujuk kepada satu kes sahaja.
rasuah
PETALING JAYA: Dakwaan Malaysia berdepan dengan krisis rasuah yang serius disifatkan tidak benar.
Sanggahan itu dibuat oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Pencegahan), Datuk Mustafar Ali.
Jelasnya, kritikan segelintir delegasi antarabangsa yang hadir pada Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) yang mengaitkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dibuat tanpa berdasarkan fakta kukuh.
“Rasuah suatu yang serius dan berlaku di mana-mana negara. Namun ia bukan krisis utama di Malaysia. Ia (kritikan) tak benar.
“Itu persepsi dan pandangan mereka apabila mereka menyatakan kebimbangan.. mungkin mereka tak ada fakta,” katanya yang dipetik daripada Mstar Online.
Menurut Mustafar kritikan itu dianggap tidak berasas kerana ia hanya merujuk kepada satu kes sahaja.
“Beliau hanya merujuk kepada seorang individu sahaja. Mereka membandingkan skandal yang dihadapi Malaysia dengan negara lain,” katanya.
Pada sidang media pada Jumaat, beliau berkata, Malaysia sentiasa berusaha keras untuk membanteras rasuah dengan menyifatkan penganjuran persidangan IACC sebagai bukti komitmen negara ini serius dalam menangani isu berkenaan.
Persidangan yang bermula Rabu lalu sepatutnya dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, bagaimanapun ia kemudian diganti Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Senator Datuk Paul Low Seng Kuan.
Ia dibuat atas alasan keselamatan dan kehadiran aktivis luar yang akan membangkitkan skandal 1MDB dengan Najib.

Pandikar Amin vs Abu Zahar Ujang: Satu parlimen, dua pemikiran berbeza

oleh Hazlan Zakaria

Walaupun sebagai satu badan, Parlimen Malaysia yang bersifat dwidewan seperti mempunyai pandangan yang berbeza tentang demokrasi. Kita ada speaker Dewan Rakyat dan Presiden Dewan Negara yang mempunyai pandangan yang saling bertentangan. “…demokrasi seperti yang difahami di sesetengah negara tidak patut dipaksa ke atas negara lain yang memiliki latar budaya, sosial dan agama yang berbeza,” kata Pandikar Amin Mulia ketika lawatan di New York, Amerika Syarikat.

Seperti yang dilaporkan Bernama, beliau menekankan soal perbezaan budaya dan politik setiap negara yang menjadi anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, dan berhujah bahawa demokrasi adalah sesuatu yang relatif, tanpa takrifan yang jelas dan berbeza antara negara.

Beliau seakan-akan menyampaikan pandangan perdana menteri Najib Razak tentang betapa hak asasi manusia berbeza mengikut negara dan tiada takrifan tunggal yang terpakai kepada semua. Atau boleh jadi mereka berdua sedang cuba menyeru kembali demokrasi terpimpin yang dibawa Soekarno.

Apa sahaja yang berlaku di Malaysia hari ini seolah-olah sudah menjadi “khas” dan tidak boleh diukur dengan piawaian global, seperti takrifan derma dan rasuah, demokrasi dan hak asasi manusia, serta bagaimana menilai pengukur ekonomi.

Laporan itu juga menyatakan bahawa mengikut pandangan Pandikar, sesetengah negara di dunia ini perlu dibiarkan sendiri untuk mentadbir rakyat mereka dengan cara demokrasi “bukan-Barat”.

Pandikar yang bersama-sama delegasi 21 ahli, termasuk pegawai Parlimen dan Senat, dalam misi tetap di New York diwawancara ketika majlis makan tengah hari yang dianjurkan oleh Timbalan Wakil Tetap Malaysia Reza Raja Zaib Shah. Namun, katanya lagi, PBB menawarkan platform yang baik untuk menyatakan pandangan Malaysia tentang perkara itu.

Itu agak berbau hipokrit. Ini kerana jika beliau menolak pandangan luar tentang demokrasi di Malaysia, beliau juga tidak berhak mengulas bagaimana negara lain mengamalkan demokrasi.

Apa-apa pun, Pandikar mewakili satu bahagian Parlimen – yang menyatakan mana-mana negara tidak patut memaksa versi demokrasi mereka kepada negara lain dan betapa ia berbeza antara satu sama lain.

Alternatif demonstrasi masa depan

Oleh Siti Aishah
Bersih 4 akhirnya melabuhkan tirainya dengan bergaya pada malam 31 Ogos yang diakhiri dengan nyanyian lagu negaraku daripada peserta yang hadir. 34 jam, 1 hari setengah para demonstrasi duduk, baring, tidur bantah di sekitar Dataran Merdeka.
Tidak ingin untuk membuat analisis terperinci seperti rakan-rakan yang lain tetapi penulis hanya ingin berkongsi satu peristiwa menarik dan menakjubkan yang berlaku semasa tentatif perjalanan duduk bantah berlangsung.

Demonstrasi yang bermula lebih kurang jam 2 petang lebih di iringi dengan sorakan dan pekik semangat para demonstran yang meluah, melaung, memuntah amarah kepada rejim di sepanjang jalan daripada Pasar Seni (tempat penulis bermula) hinggalah ke Dataran Merdeka. Suatu pemandangan mengasyikkan, mempersona dan membangkitkan adrenalin untuk bersama melawan rejim zalim di celah ribuan "minion" pada hari itu. Pelbagai acara di rangka dan di jalani sepanjang hari itu termasuk ucapan para wakil parti, ngo, dan anak muda. Beberapa tempat di letakkan hilux dan penceramah silih berganti di setiap tempat memberi ucapan sekaligus merangsang semangat demonstran sepanjang 34 jam demo duduk bantah.Namun, yang paling mencuri perhatian penulis adalah pada satu acara selingan anjuran sekumpulan anak muda pada sabtu malam selepas kuliah UTAM berakhir di tempat yang sama.
Mereka, anak-anak muda yang selekeh gayanya tetapi besar jiwanya. Di saat para demonstran mula beransur berkeliaran mencari sudut melelapkan mata, mereka -mereka ini mula beraksi dengan adegan yang penuh semangat mengajak dan mematikan langkah orang sekeliling untuk tertancap pada mereka. Membawakan tema "Sidang Rakyat" iaitu suatu adaptasi seakan sidang parlimen tetapi hanya melibatkan rakyat untuk memberikan idea, cadangan serta berbahas tentang tajuk besar berkaitan demonstrasi dan Bersih. Suatu konsep cukup menarik dan seolah di jelmakan semula. Menelusuri sejarah sekitar 1947 malaya mempunyai pakatan  menggubal perlembagaan rakyat yang beraspirasikan kehendak rakyat ketika itu. Dan "hidup" nya kembali sidang rakyat pada malam itu membuat jiwa penulis terasa seolah "berada semula di celah kelompok" rakyat di rapat umum Perlembagaan Rakyat yang berlangsung pada 21 September 1947 di Ferrer Park, Singapura.

Soalan NGO antirasuah: RM2.6B derma atau rasuah?


Kritikan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) ke-16 terus dilontarkan.
Terbaru setiausaha agung NGO pemantau rasuah global Transparency International Salil Shetty meminta Najib menjejaskan sama ada dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya “rasuah besar”.
Pembela Najib sebelum ini menegaskan bahawa wang itu hasil “sumbangan politik” daripada Timur Tengah.
“Kita ada akhbar ditutup, laman web ditutup, peguam negara dipecat, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara digantung, siasatan agensi-agensi diganggu.
“Sekarang RM2.6 bilion lesap – AS$700 juta.
“Perdana menteri harus berterus terang, beritahu kita sama ada ini rasuah besar,” katanya kepada peserta IACC di Putrajaya hari ini.
Salil bercakap dalam sesi berjudul "Grand corruption: How to stop the corrupt stealing from you and me".
Beliau kemudian mengulangi persoalan sama yang dilontarkan beberapa pihak sebelum ini dalam persidangan sama sejak permbukaan Rabu lalu.
“Dari mana wang itu datang dan ke mana ia pergi?” soalnya.
Kelmarin, Presiden Transparency International Jose Ugaz dalam sesi pembukaan IACC berkata Malaysia berdepan krisis rasuah dan beliau meminta Najib menjejaskannya.
Semalam, anggota majlis IACC pula memberitahu perdana menteri bahawa skandal tidak dapat ditutup.
IACC berakhir hari ini setelah tiga hari bersidang.

SPR tidak dijemput sertai jawatankuasa perundingan dana politik, kata pengerusi

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyambut baik penubuhan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik, tetapi mendedahkan badan itu tidak dijemput menyertainya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 4 September, 2015. 
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyambut baik penubuhan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik, tetapi mendedahkan badan itu tidak dijemput menyertainya.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pengendali pilihan raya itu tidak dijemput menyertai Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP), namun menganggap penubuhan jawatankuasa itu tindakan bijak oleh Putrajaya. Aziz berkata, melalui jawatankuasa itu, anggotanya boleh menambah baik peraturan kini yang hanya memerlukan calon menyerahkan laporan perbelanjaan secara individu kepada SPR berhubung perbelanjaan pilihan raya mereka.
"Di Malaysia ini pada masa ini, SPR bukan ahli jawatankuasa ini dan saya fikir pun mungkin jawatankuasa ini berpandangan (SPR) tidak sesuai (menganggotainya).

"Pada SPR, ini adalah keputusan yang baik untuk pastikan parti politik tidak akan ditohmah kerana sumber kewangan ini mungkin datang dari mereka yang berkepentingan, wang gelap yang tidak sepatutnya disumbangkan kepada parti politik. "Semua ini akan dihalusi oleh jawatankuasa ini dan cubalah hasilkan (peraturan) yang terbaik untuk Malaysia," katanya kepada pemberita selepas sambutan ulang tahun SPR ke-58 di Putrajaya hari ini.
Beliau berkata, undang-undang sekarang hanya menerima laporan perbelanjaan selepas pilihan raya dan itu pun dalam kempen rasmi pilihan raya.
"Tempoh kempen itu daripada penamaan calon sehingga hari pilihan raya. Itulah tempohnya.
"Laporan itu pun hanyalah dalam bentuk resit, dan bil perbelanjaan yang digunakan, dengan pilihan raya kawasan Parlimen tidak boleh lebih RM200,000, manakala pilihan raya kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak boleh melebihi RM100,000," kata Aziz.

(Bersih 4) Wong Chin Huat: Kemerdekaan Bukan Sahaja Menghalau PenjajahDari Luar

(Bersih 4) Farhana Halim: Kita Mahu Najib Buat Apa? Kita Mahu Najib "GO"

#Kitalawan: Maria Didakwa Minggu Depan

Soalan siasat Najib, SPRM kata tak payah jawab

Sekat kebebasan bersuara wujudkan ‘Arab Spring’, amaran Amnesty International kepada Malaysia

Setiausaha Agung Amnesty International Salil Shetty berkata, Amnesty International ‘sangat bimbang’ dengan penurunan drastik kebebasan hak asasi manusia di Malaysia. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 4 September, 2015. 
Setiausaha Agung Amnesty International Salil Shetty berkata, Amnesty International ‘sangat bimbang’ dengan penurunan drastik kebebasan hak asasi manusia di Malaysia.

Setiausaha Agung Amnesty International Salil Shetty hari ini memberi amaran "Arab Spring" akan berlaku di Malaysia sekiranya kebebasan bersuara disekat.
Beliau berkata, Amnesty International "sangat bimbang" dengan penurunan drastik kebebasan hak asasi manusia di Malaysia.
"Apabila saya bercakap kepada kerajaan di sini, mereka sering berkata, kita tidak boleh benarkan kebebasan bersuara semata-mata, akan berlaku situasi seperti Arab Spring," katanya, ketika berucap dalam Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) ke-16, di Putrajaya hari ini.

"Salah satu sebab berlakunya Arab Spring kerana orang Arab tidak menikmati kebebasan bersuara.  "Jika rakyat tidak dibenarkan untuk protes secara aman, Arab Spring pasti akan berlaku."

Corruption Cleanup, Malaysian Style!

SPRM enggan ulas bila akan panggil Najib berhubung dana RM2.6 bilion

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Mustafar Ali ketika sidang media di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) enggan mengulas berkenaan perkara itu meskipun disoal berulang kali oleh pemberita. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 4 September, 2015. 
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Mustafar Ali ketika sidang media di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) enggan mengulas berkenaan perkara itu meskipun disoal berulang kali oleh pemberita.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) enggan mengulas lanjut berhubung bila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan dipanggil pihak berkuasa membanteras rasuah tersebut  berkenaan dana RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Mustafar Ali ketika sidang media di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) enggan mengulas berkenaan perkara itu meskipun disoal berulang kali oleh pemberita.
"Tak perlulah, saya sudah sebut semalam siasatan masih berjalan," katanya.

Beberapa tokoh pembanteras rasuah yang hadir dalam Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) ke-16 di Putrajaya semalam dilihat turut menyentuh isu membabitkan dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Najib.  Mengulas berhubung perkara itu, Mustafar berkata, itu adalah pandangan dan pendapat mereka.
"Itu pendapat mereka dan kebimbangan mereka, mungkin mereka tiada fakta.
"Betul, ada rasuah di mana-mana sahaja di dunia termasuk Malaysia, tapi kami serius untuk membanterasnya," kata Mustafar.

Khutbah Jakim ketengah kisah khalifah tolak hadiah


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui khutbah Jumaat hari ini menyeru umat Islam di negara ini agar menjauhkan diri daripada amalan rasuah kerana ia hanya membuatkan hidup mereka sengsara.
 Khatib berkata pengamal rasuah akan sentiasa dibelengu keresahan dan kebimbangan serta menganggap orang lain sebagai musuh yang ingin menjatuhkan dirinya.
“Pengamal rasuah akan sentiasa hidup dalam keresahan dan kebimbangan dan menganggap orang lain sebagai musuh yang ingin membongkar kesalahan mereka,” kata mimbar.
Khutbah juga mengingatkan bahawa memberi atau menerima rasuah menjadi kesalahan bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang boleh dikenakan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000.00, yang mana lebih tinggi.
Jakim juga mengingatkan umat Islam bahawa perbuatan rasuah amat dimurkai Allah dan juga boleh menghancurkan masyarakat, agama dan negara.
'Itu hadiah, ini suapan'
Khutbah untuk masjid di Wilayah Persekutuan itu memetik tokoh terkenal Islam Umar Abdul Aziz yang menolak hadiah ketika menjadi khalifah umat Islam.
“Kemudian dia dikatakan kepadanya “rasulullah SAW menerima hadiah'.
"Maka Saidina Umar bin Abdul Aziz menjawab, 'apa yang diterima oleh Rasulullah SAW itu memang hadiah, tetapi ini buat saya adalah suapan (rasuah)',” katanya.
Teks khutbah itu juga berkata umat Islam dituntut menitikberatkan punca rezeki yang diperoleh yang harus daripada sumber yang halal, bukan rasuah atau pecah amanah.
“Tetapi pada akhir zaman ini sebahagian umat Islam tidak lagi menapis sumber rezeki mereka, asalkan menguntungkan mereka.
“Mereka ini ingin cepat kaya dan menganggap harta kekayaan sebagai matlamat penting dalam kehidupan.
“Lantaran itu mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai matlamat dan keinginan masing-masing,” katanya.

Anina: Wanita UMNO kecewa dengan Shahrizat bukan Tun M

Anina menegaskan Shahrizat tidak sama sekali mewakili suara seluruh wanita UMNO kerana tidak membawa suara akar umbi sebaliknya hanya menjadi tali barut Presiden parti.

anina-sharizat
PETALING JAYA: Ahli Wanita UMNO Langkawi yang dipecat, Anina Saadudin mengkritik Ketua Pergerakan Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Katanya, ahli Wanita UMNO lebih kecewa dengan Shahrizat yang gagal berfungsi berbanding kekecewaan ahli parti terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menyertai perhimpunan Bersih 4.0.
Dia menegaskan, Shahrizat yang tidak sama sekali mewakili suara seluruh wanita UMNO kerana tidak lagi membawa suara akar umbi ke peringkat tertinggi.
“Tugas Shahrizat sebenarnya adalah untuk menjaga kepentingan ahli akar umbi dan UMNO, bukannya melindungi Presiden.
“Sekiranya beliau melindungi Presiden parti yang telah menutup segala ruang keadilan untuk melindungi dirinya, ini bermakna Shahrizat telah mengkhianati perjuangan wanita akar umbi,” katanya dalam satu pesanan Whatsapp kepada FMT.
Justeru, Anina mencabar Shahrizat supaya menjalankan pungutan suara ke atas semua ahli wanita UMNO seluruh Malaysia sama ada benar ahli wanita parti itu menyokong kenyataannya bahawa kesemua wanita kecewa dengan tindakan Dr Mahathir turut serta bersama rakyat berbilang kaum mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak segera berundur.

Khairuddin nasihat Shahrizat jelaskan skandal NFC sebelum kritik Tun M

Khairuddin 'menyerang' Shahrizat Jalil dan Tajuddin Abdul Rahman kerana mengkritik Tun M yang menyertai perhimpunan Bersih 4.0.
khairuddin-shahrizat
PETALING JAYA: Bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan memberi pesanan kepada Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang lantang mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya, apa yang Shahrizat jalil perlu buat ialah menjelajah ke seluruh negara untuk beri pencerahan mengenai kes skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).
Katanya, ia bagi memudahkan rakyat agar faham secara jelas mengenai isu projek lembu itu yang telah menggegarkan negara satu masa dahulu.
“Buat yang itu cukuplah. Yang lain Shahrizat tak perlu kalut kerana imej dia pun bukan elok sangat,” katanya dalam kenyataannya di Facebook.
Shahrizat baru-baru ini ini berkata, ahli Wanita UMNO kecewa dengan Dr Mahathir kerana menyertai Bersih 4.0.
Khairuddin berkata, Shahrizat dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman patut diam dan cermin diri masing-masing sebelum mengkritik Dr Mahathir.
“Perjuangan Dr Mahathir amat mementingkan kesejahteraan bangsa, agama serta tanahair. Di dalam jiwa beliau kepentingan rakyat dan negara mengatasi kepentingan peribadi. Bukan seperti ramai dari kalangan pemimpin-pemimpin UMNO masa kini.
“Tajuddin Rahman dan Shahrizat jangan kalut sangat. Jagalah diri mereka sendiri baik-baik agar jangan terjebak dengan unsur-unsur rasuah dan sebagainya. Mengenai pendirian Dr Mahathir tak perlulah mereka gusar serta risau kerana beliau bukan bangang macam mereka,” tegasnya.

Skandal RM2.6B & 1MDB: PKR minta Najib, tiga lain dedah penyata bank


PKR minta Najib, tiga lain dedah penyata bank

PETALING JAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak dan tiga penama lain diminta mendedahkan maklumat berkaitan saman PKR dalam bentuk penyata akaun bank kerana didakwa melanggar undang-undang pilihan raya berhubung dana RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.

Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar menegaskan permohonan mereka penting kerana semua perjanjian perniagaan yang dibuat oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu diketahui rakyat.

"Rakyat mempunyai hak untuk mengetahui bagaimana transaksi berlaku, mengikut undang-undang, bagaimana keuntungan diraih.

"Kalau 1MDB yang dikawal oleh Kementerian Kewangan pun tidak mampu untuk melalui mengikuti prosedur seperti yang digariskan undang-undang, apakah harapan kita buat entiti lain," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Pada 12 Ogos lalu, PKR memfailkan saman terhadap Najib dan tiga penama lain iaitu Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku wakil BN, 1MDB dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana didakwa melanggar undang-undang pilihan raya.

Pihak plaintif terdiri daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan bekas ahli Pas, Dr Dzulkefly Ahmad.

Mahathir: Malaysia perlukan rakyat seperti Anina


Bekas anggota Wanita Umno Kedah, Anina Saadudin diminta terus bercakap benar meskipun tidak disukai oleh sesetengah pihak khususnya pemimpin parti itu sendiri.
“Saya harap saudari akan terus bercakap benar walaupun ia menjadikan saudari tidak disukai oleh sesetengah pihak. Jangan sesekali berputus asa. Negara kita memerlukan rakyat seperti saudari.
“Tetapi kebenaran haruslah dinyatakan atau yang tidak benar (penipuan) akan menjadi pegangan,” kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam suratnya kepada Anina semalam.
Pesanan itu disampaikan Mahathir ekoran pemecatan Anina sebagai ahli parti Umno awal bulan ini kerana menyaman Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berkaitan derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya.
Anina dipecat selepas memfailkan saman Jumaat minggu lalu untuk mendapatkan sebahagian daripada sumbangan luar untuk Umno yang dimasukkan ke akaun Najib.
Ujar Tun Mahathir, meskipun beliau berasa sedih dengan pemecatan Anina namun bekas perdana menteri itu bangga wanita itu berani bercakap benar dan tidak merasa takut dituduh pengkhianat.
“Saya bangga atas tindakan berani saudari. Tidak ramai orang yang berani untuk bercakap benar berkaitan pemimpin tertinggi kita kerana takut dituduh sebagai pengkhianat.
“Saya merasa sedih atas pemecatan saudari sebagai ahli Umno oleh setiausaha Agung Umno," kata Mahathir.

Melayu perlu bersatu elak DAP jadi PM kata Menteri Umno

Ismail Sabri Yaakob berkata dalam Perlembagaan tidak dinyatakan Perdana Menteri mesti Melayu dan Bumiputera.

Ismail-Sabri-Yaakob_umno_600
KUALA LUMPUR : Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru agar orang Melayu bersatu untuk mempertahankan kerajaan sedia ada daripada dirampas oleh DAP.
Katanya, sekiranya orang Melayu gagal untuk mempertahankan kerajaan UMNO/ BN, tidak mustahil DAP akan menjadi Perdana Menteri.
“Kalau kita (orang Melayu) gagal mempertahankan kerajaan ini, tidak mustahil Perdana Menteri kita daripada kalangan DAP.
“Dalam Perlembagaan Persekutuan, tidak disebut Perdana Menteri mesti dari kalangan Malayu, Bumiputera. Sesiapapun boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia,” katanya sewaktu berucap pada Majlis Perasmian Seminar Pemaju Masyarakat Risda 2015 di Hotel Kuala Lumpur International pada Jumaat.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, sekiranya pembangkang yang terdiri daripada DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) akan membentuk sebuah kerajaan jika menguasai Parlimen.
“Dan secara konvensyennya di dalam parti yang bergabung tadi kalau parti itu majoritinya terbanyak, dia boleh minta menjadi Perdana Menteri.

Belum laksana hudud dah nampak syadid (keras) dalam isu baiah

Oleh Mohamed Hanipa Maidin


1. Saya tidak bercadang untuk bahas tentang isu sama ada terjatuh atau tidak talak tiga berkaitan baiah yang dikatakan mengikat sahabat baik saya YB Dr Hatta Mohd Ramli. Cumanya yang jelas dalan isu ini , ia tidak melibatkan satu hukum sahaja kerana telah terdedah perbezaan pandangan ( ikhtilaf ) dalam isu ini.

2.Semacam menjadi satu trend dalam Pas, perbezaan pendapat bukan untuk dirai dan dilihat sebagai satu rahmah sebaliknya ia dilihat seolah olah satu musibah. Mereka seolah olah bermentaliti bahawa hanya dengan berpegang kepada pendapat yang syadid ( keras ) itulah sahaja cara mempertahankan Islam. Bukankah Al Syatibi dalam kitabnya Al 'Iqtisam menukilkan bahawa Khalifah Umar Abd Aziz menyatakan " Aku tidak suka sahabat sahabat Muhammad s.a.w tidak berbeza pendapat, jika hanya ada satu sahaja pendapat sudah pasti orang ramai akan berada dalam kesempitan atau kesusahan".

3.Dengan tidak dinafikan di dalam Islam memang wujud perkara perkara yang termasuk dalam daerah atau lingkungan thawabit ( perkara yang tetap melibatkan hukum yang tidak berubah ) namun perimeter linkungan perkara perkara mutaghayyirat ( melibatkan perkara perkara yang tidak tetap dan hukumnya tidak bersifat qati'e( decisive ) ) adalah lebih luas daripada perkara perkara thawabit. Apabila sesuatu perkara itu berupaya untuk menerima pelbagai hukum maka bagaimanakah kita boleh menangani perkara tersebut seolah seolah hanya satu hukum sahaja yang wajib dipegang!!!

4.Menurut 'allamah Ibnu 'Asyur memandangkan Islam adalah deen al fitri ( agama fitrah ) maka Islam itu adalah agama yang mudah dan sederhana kerana fitrah manusia itu sendiri cenderung suka kepada perkara perkara yang mudah. Sebab itulah dalam hadith Bukhari yang diriwayatkan oleh Abu Mas'ud Al Ansori apabila ada insan yang menjadi Imam dan membaca surah yang panjang dalam solat jemaah sehingga mengakibatkan wujudnya aduan dari makmum kepada Rasulullah s.a.w. Rasullullah s.a.w menunjukkan kemarahan yang amat sangat terhadap perkara itu dan Rasulullah s.a.w menyatakan " wahai manusia ada di kalangan kamu Munaffirun" ( mereka yang melarikan atau menjauhkan orang daripada agama ). Rasionalnya di belakang imam itu ada makmum yang sakit, yang lemah, yang tua dan yang mempunyai hajat, maka sebab itu hendaklah diringankan solat itu.

5.Melihat sikap sesetengah pemimpin Pas dan Mufti Kelantan yang seolah olah ingin sangat melihat penceraian meskipun di sana wujudnya perbezaan pendapat dalam isu yang sama , saya terfikir bagaimanakah orang ramai akan yakin undang undang jenayah hudud yang ingin dilaksanakan di Kelantan benar benar tidak bersifat menghukum semata mata.

"Hentikan Polemik Baiah Talak Tiga: Wanita Dan Keluarga Menjadi Barangan Percaturan Politik"

Oleh Datin Paduka Hajah Che Asmah Ibrahim


Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia terpanggil memberikan pandangan terhadap isu baiah talak tiga yang sedang hangat diperkatakan. Isu ini mula diperkatakan sejak tahun 2009 ketika sebuah parti politik dikatakan mengambil baiah atau ikrar talak tiga ahli-ahlinya yang bertanding pilihan raya untuk mencegah kejadian lompat parti. Apabila rahsia ini terbongkar,  iamenjadi isu sensitif kerana tidak tergambar bagi kita semua bagaimana wanita yang seharusnya dimartabatkan dalam institusi keluarga Islam kini menjadi bahan dagangan  percaturan politik.

Hati kecil kami berasa lega apabila mendapat berita bahawa sebahagian alim ulama' berpandangan bahawa baiah seperti ini tertolak dan tidak boleh digunapakai. Namun, apa yang berlaku ialah pandangan   ini pula tidak diendahkan oleh  pihak yang berkenaan kerana masih ada suara yang terus-terusan mendesak agar baiah itu dilaksanakan. Mereka seolah-olah bergembira dan menunggu-nunggu runtuhnya mahligai kasih pasangan yang pernah menjadi sahabat seperjuangan mereka itu. Di mana hilangnya kewarasan dan perasaan setia kawan dan kemanusiaan? Tidakkah difikirkan kesan  negatif daripada desakan tersebut terhadap isteri, anak-anak dan keluarga sahabat terbabit?

Perkahwinan adalah sebuah insititusi suci lagi mulia dalam Islam. Ia ditegakkan di atas asas yang kukuh untuk melahirkan, membina dan memelihara individu yang akan menjadi batu-bata dalam pembinaan masyarakat dan Negara.

Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia menegaskan bahawa :

Isu Bai'ah Takliq Tiga

Oleh Fadhlina Binti Dato' Siddiq


HELWA ABIM memandang serius isu bai’ah serta takliq talak tiga yang menjadi pertaruhan politik semasa. Kebimbangan ini bersifat "vital" kerana ia melibatkan isu status perkahwinan dan beberapa hukum yang terkait dengan kesahihan baiah tersebut termasuk isu kaffarah sumpah dan implikasi lafaz takliq.

Oleh yang demikian, HELWA ABIM berpandangan bahawa perbalahan serta polemik perdebatan tentang isu ini mesti segera dihentikan bagi memberi peluang kepada pihak-pihak yang terlibat merujuk kepada pihak yang lebih berautoriti termasuk rujukan ke Mahkamah Syariah dan Jabatan Mufti.

Dalam masa yang sama, HELWA ABIM mengutuk sekeras-kerasnya tindakan meletakkan lafaz takliq bagi maksud menceraikan isteri dengan talak tiga sebagai pertaruhan dalam politik. Sewajarnya perkara berkaitan lafaz takliq perceraian ini tidak seharusnya menjadi pertaruhan dalam politik kerana ia melibatkan maruah isteri yang seolah-olah dipermainkan akibat kerakusan politik kuasa.

Tindakan ini sangat mengaibkan dan boleh menjatuhkan maruah wanita yang bergelar isteri serta memberi kesan terhadap keharmonian rumahtangga keseluruhannya apatah lagi jika lafaz tersebut disabitkan oleh Mahkamah Syariah sebagai sah dan jatuh talak.

Politik ‘baiah’ menganiayai wanita

Oleh Zuraida Kamaruddin


Isu baiah yang diperkenalkan dalam PAS terhadap mana-mana wakil rakyat negeri khususnya Kelantan yang berniat untuk  meninggalkan parti tersebut adalah satu tindakan yang tidak munasabah.

Mana mungkin demi kepentingan politik parti, rumah tangga diperjudikan dengan menceraikan pasangan secara tidak langsung.
Jika inilah keadaan politik yang diamalkan, akhirnya wanita dan keluarga akan terus menerus menjadi bahan mainan politik tidak matang.

Wanita atau isteri memainkan peranan yang paling penting dalam institusi keluarga. Lafaz baiah dan ta’liq itu tidak seharusnya menjadikan isteri dan keluarga sebagai gadaian atau cagaran untuk kerja politik. Ini menimbulkan keraguan di mana jika Islam itu menjadi landasan utama dalam matlamat perjuangan, apakah Islam dan keluarga itu dua perkara yang berbeza?

Politik, Islam dan keluarga adalah perjuangan yang satu tanpa perlu sebarang pemisahan. Tindakan mengingkari baiah itu seolah-olah sama tarafnya seperti keluar daripada agama.

Penceraian talak 3 yang dijatuhkan kepada isteri tanpa sebab adalah satu perkara yang tidak boleh diterima akal.

Bukankah talak adalah perkara yang paling tidak disukai Allah walau ada hukum yang diharuskan. Ia adalah satu Rahmat yang diberi oleh Allah bagi suami isteri yang benar-benar memerlukannya.

PECAT MUHYIDDIN TANDA BERANI, GANTUNG JAWATAN TANDA "PONDAN"

Mesyuarat MT UMNO pada 9 September ini sepatutnya mengambil tindakan memecat keahlian Muhyiddin Yassin yang seterusnya menyebabkan jawatan timbalan presidennya gugur secara automatik.

Tindakan itu diambil kerana selepas dipecat sebagai timbalan perdana menteri, beliau terus mengecam Najib Razak berkaitan isu 1MDB dan derma RM2,600 juta dalam beberapa mesyuarat perwakilan UMNO bahagian yang dirasmikannya.

Dengan itu, Muhyiddin dianggap telah mencemarkan parti dan nama baik Presiden UMNO secara terbuka.

Walaupun beberapa nama lain turut disebut akan dipecat sama, tetapi kemungkinan ianya tidak berlaku bagi mengelakkan kemudaratan serta perpecahan dalam parti itu. Ini bermakna hanya Muhyiddin seorang yang akan dikenakan tindakan itu, manakala yang lain kemungkinan hanya diberikan amaran atau langsung tidak diambil apa-apa tindakan.

Blog ini dalam postingnya pada 25 Ogos lalu telah menulis mengenai pemecatan Muhyiddin itu yang dinamakan "operasi kedua" bagi menghilangkan gangguan kepada Najib dalam mengurus parti bagi menghadapi pilihanraya akan datang.

Namun demikian, berikutan reaksi negatif berhubung pemecatan Muhyiddin itu di mana sudah kedengaran ramai pemimpin UMNO sendiri tidak setuju mengenainya, MT UMNO pada 9 September ini dikatakan akan menukar keputusannya daripada pemecatan kepada hukuman penggantungan saja.

Muhyiddin sama ada akan digantung tugasnya sebagai timbalan presiden UMNO atau pun digantung sebagai ahli parti sehingga pemilihan seterusnya iaitu tahun 2018.

Jika dipecat bermakna dibuang terus daripada parti, tetapi penggantungan tugas atau keahlian pula bermakna Muhyiddin masih lagi sebagai ahli UMNO, cuma tidak boleh menjalankan tugasnya sebagai pemimpin nombor dua dalam tempoh tersebut.

Hadi: Allah, Rasulullah akan laknat mereka yang langgar bai’ah

Presiden Pas mengulangi kenyataan dalam kuliah agamanya di Masjid Rusila.
abdul hadi awang
Wakil rakyat Pas yang mengkhianati bai’ah dilafazkan mereka sebelum menjadi calon parti pada pilihan raya umum yang lalu akan dilaknat Allah dan Rasul.
Kenyataan itu dibuat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila, Marang, Terengganu.
Katanya yang dipetik daripada Utusan Malaysia Online, selagi Pas terus berjuang pada landasan menegakkan al-Quran dan Sunah selaras dengan ajaran Islam, bai’ah tersebut seharusnya diteruskan.
Sebelum Pilihan Raya Umum ke-13, (PRU13) semua calon Pas yang bertanding atas tiket parti itu melakukan baih untuk tidak melompat parti.
Bagaimanapun bagi wakil rakyat parti itu di Kelantan, selain bai’ah mereka turut melafazkan taklik talak tiga kepada isteri masing-masing sekiranya berbuat demikian.
Ia menjadi isu selepas beberapa wakil rakyatnya termasuk Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli memutuskan meninggalkan Pas dan menyertai Parti Amanah Negara (PAN) yang ditubuhkan 1 September lalu.
Selain melanggar bai’ah, kesahihan perkahwinannya turut dipersoal dan diminta supaya rujuk ke Mahkamah Syariah.

Bersih 4: Azalina bimbang Tragedi 13 Mei berulang


Datuk Seri Azalina Othman Said

SHAH ALAM – Tindakan peserta Bersih 4.0 memijak gambar pemimpin negara serta ikon pemimpin Islam didakwa boleh mengulangi tragedi berdarah 13 Mei 1969, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Melahirkan kebimbangan tersebut menerusi sebuah kenyataan hari ini, Azalina berkata, ia adalah tindakan provokatif yang boleh mencetuskan satu rusuhan kaum dan individu yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Tindakan mereka ini adalah satu kesalahan yang boleh didakwa di bawah peruntukkan Seksyen 3(1)(e), Akta Hasutan 1948, yang merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen (4)(1)(a).

“… jika disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM5000, atau dipenjarakan tidak melebihi 3 tahun, atau kedua-duanya, bagi kesalahan kali pertama, dan denda tidak melebihi RM5000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun untuk kesalahan kedua dan berikutnya,” katanya.

Beliau dalam pada itu turut menyifatkan himpunan tersebut sebagai cubaan bagi pihak-pihak tertentu untuk menggugat ketenteraman awam.

Tony Pua dipanggil ke Bukit Aman, disiasat kerana skandal 1MDB

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua (kanan) ditemui di luar ibu pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, hari ini. Beliau ditanya beberapa soalan berkaitan 1Malaysia Development Berhad termasuk sama ada mengenali Clare Rewcastle Brown dan Xavier Justo. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli,  4 September, 2015. 
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua (kanan) ditemui di luar ibu pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, hari ini. Beliau ditanya beberapa soalan berkaitan 1Malaysia Development Berhad termasuk sama ada mengenali Clare Rewcastle Brown dan Xavier Justo.

 Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua hari ini dipanggil polis bagi memberi keterangan sebagai saksi siasatan berkaitan syarikat kontroversi 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
Beliau yang hadir kira- kira jam 2.10 petang di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di Kuala Lumpur disiasat polis Unit Siasatan Jenayah, Bahagian Pendakwaan/Undang-undang  (D5) di bawah Akta Jenayah 124 (B) dan 124 (J).
Setiausaha publisiti DAP itu berkata, semasa siasatan tersebut beliau ditanya sama ada mengenali ketua pengarang Clare Rewcastle Brown dan bekas eksekutif Petro Saudi Xavier Justo.

"Saya disiasat oleh polis D5 jenayah terkelas sebagai saksi di bawah Akta Jenayah 124 B dan J. "Soalan dibangkitkan termasuk adakah saya mengenali Clare dan adakah saya mengenali Justo dan perkara berkaitan.
"Saya menjawab saya pernah mengenali Clare dan berjumpa dengannya sekali di London dan saya langsung tidak mengenali Justo serta  tidak pernah berjumpa dengannya," katanya kepada pemberita.
Antara lain Pua berkata beliau turut ditanya polis perincian perbincangan antaranya dengan Clare.
"Soalan seperti apa yang dibincang ( pertemuan dengan Clare) saya hanya akan jawab jika kes tersebut dibawa ke mahkamah," katanya.
Pua hadir di ibu pejabat polis Bukit Aman ditemani peguamnya Mohd Haijan Omar dan Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng .
"Kandungan lain saya tak jawab tapi yang penting bagi mereka saya anggap ialah adakah saya berjumpa dengan Justo  dan adakah saya berkaitan dengan maklumat berkaitan Justo.
"Saya  tidak ada sebarang maklumat tersebut kecuali apa yang saya baca dari Sarawak Report," katanya.

'Bapa saya IGP, dia ditembak tujuh peluru' - Najib Abdul Rahman

Bapanya Tan Sri Abdul Rahman Hashim menjadi ketua polis negara (IGP) daripada 1 Februari 1973 sehinggalah dibunuh pada 7 Jun 1974.
“Bapa saya buat pengorbanan besar kepada pasukan polis dengan terima tujuh butir peluru.
“Saya tidak nampak IGP lain akan buat macam ini. Kamu nampak?” soal Najib Abdul Rahman, 68, kepada Malaysiakini.
“Oleh sebab itu apabila kepimpinan dalam pasukan polis dibimbangi, saya jadikan bapa saya sebagai penanda aras.”
Abdul Rahman satu-satunya ketua polis ditembak mati di Malaysia. Beliau menjadi korban di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur.
Pembunuhan itu dikaitkan sesetengah pihak dengan ancaman pasukan bersenjata komunis.
Najib menjelaskan tulisannya di Facebook semalam, yang menyaksikan kritikan terhadap IGP baru Tan Sri Khalid Abu Bakar dilontarkan.
Mungkin kamu juga berani...
Dalam siri tulisan itu, Najib mengenang kembali bagaimana sekumpulan ahli politik hadir ke rumah timbalan perdana menteri sebelum ini Tun Dr Ismail Abdul Rahman selepas kematiannya dan berspekulasi berkaitan pengganti.
Tidak senang dengan tindakan kurang sensitif itu, bapanya kemudian tampil dan memberi amaran untuk menangkap jika masih bercakap soal itu.
“Siapa cakap tentang penggantian saya akan tangkap kamu semua,” kata bapanya, menurut Najib yang berada di situ ketika kejadian.
Najib bagaimanapun berkata beliau tidak melihat Khalid mempunyai keberanian sama.
“Mungkin kamu ada (keberanian), tetapi tidak tunjukkan.
“Saya boleh cakap dengan bangga bagaimana bapa saya berdiri di depan ahli politik,” katanya.
Najib dalam tulisan-tulisan terbarunya membangkitkan isu perpindahan pegawai kanan Cawangan Khas (SB) polis yang menurutnya tidak mendapat pembelaan Khalid.
Beliau juga kelihatan tidak puas hati dengan kenyataan polis hendak menyiasat bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana hadir ke perhimpunan BERSIH 4 bagi menuntut pengunduran perdana menteri.

Adakah nasihat Low agar Najib tidak hadir persidangan antirasuah satu kesilapan?

SK Siang: Dengan menasihati Najib agar tidak ke persidangan itu, Paul Low boleh menyebabkan aib yang amat besar kepada perdana menteri dan negara.

Ini adalah persidangan antarabangsa dan berhubung kontroversi yang berlaku di Malaysia, PM sangat yakin yang akhirnya rakyat Malaysia akan memahami segalanya tentang skandal yang berlaku dan akan melepaskannya.

Maka Paul Low mungkin telah membuat penilaian yang salah dan secara tidak sengaja menyebabkan reputasi perdana menteri terus merosot.

Beliau mungkin berniat baik untuk melindungi Najib daripada “sambutan yang tidak memihak kepadanya” pada persidangan itu.

Namun jika difikirkan kembali, Low boleh sahaja menasihat Najib bahawa acara itu adalah peluang terbaiknya untuk memberi penjelasan tentang skandal kepada seluruh dunia.

Ini adalah acara global tentang rasuah – forum yang paling sesuai untuk Najib menceritakan sisinya. Najib telah terlepas peluang yang baik untuk membersihkan dirinya.

Saya fikir Paul Low telah membuat kesilapan yang besar, walaupun secara tidak sengaja.

Wong Chae Sing: Anda dan bos anda tiada keberanian untuk beradapan dengan rakyat. Sebab itu anda terus bersembunyi. Persidangan itu tidak disertai aktivis pun.

Tetapi anda pula takut untuk hadir ke acara yang dihos dan ditaja oleh kerajaan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia!

Skandal RM2.6B: Najib perlu letak jawatan, kata gabungan anti rasuah PBB

Datuk Seri Najib Razak perlu berundur dan membenarkan siasatan AS$700 juta (RM2.6 bilion) yang dipindahkan ke dalam akaun beliau ditneruskan tanpa pengaruh tidak sepatutnya, kata gabungan Konvensyen Anti Rasuah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCAC).
Pengerusi gabungan UNCAC Manzoor Hasan berkata, membiarkan Najib terus berkuasa boleh menjejaskan siasatan, walaupun penyokong perdana menteri menegaskan pengkritik hanya perlu menunggu hingga siasatan selesai.
"Dalam dunia yang ideal, kita mahu melihat perdana menteri terus kekal, dan siasatan berlaku. Tetapi saya fikir realitinya adalah jika mereka tidak meletak jawatan, proses penyelidikan boleh dipengaruhi dan boleh menjejaskan keseluruhan proses.

"Jika anda mengikut proses undang-undang biasa, apabila seseorang itu sedang disiasat, biasany dia tidak perlu meletakkan jawatan supaya siasatan bebas yang bersih boleh berlaku," kata Manzoor kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di luar Persidangan Antarabangsa Pencegahan Rasuah ke-16 (IACC) di Putrajaya. Apabila ditanya sama ada Najib perlu meletak jawatan, beliau berkata, "Ya, saya pasti akan berkata demikian bagi kepentingan siasatan yang adil."
Manzoor menyifatkan keputusan Najib untuk terus berkuasa sebagai "pelik", tetapi menambah ia bukan perkara baharu dan biasa bagi pemimpin dunia untuk berbuat demikian.
"Saya rasa ini adalah di mana masyarakat awam dan media boleh memainkan peranan penting dan memberikan tekanan kepada kerajaan untuk mengubah semua prinsip dan kaedah yang dipakai," katanya.
Manzoor berkata tindakan yang diambil terhadap pegawai-pegawai penyiasat di Malaysia bertentangan dengan semangat UNCAC – terikat undang-undang anti-rasuah antarabangsa yang diterima pakai oleh Perhimpunan Agung PBB bulan Oktober 2013.
Malaysia menandatangani dokumen itu pada 9 Disember 2003, dan mengesahkannya pada 24 September 2008.

Penjelasan anak TPM: Kenapa saya dapat Dato'

Penjelasan anak TPM: Kenapa saya dapat Dato'KUALA LUMPUR: Anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjawab soalan serta kritikan netizen berkenaan status dan gelaran "Dato'" yang diterimanya di media sosial.

Nurulhidayah Ahmad Zahid, 36, melalui laman Instagramnya menafikan dakwaan segelintir pihak yang menyatakan gelaran "Dato’" itu diterima kerana jasa beliau sebagai 'Parade Commander' atau Ketua Perbarisan dalam satu acara Askar Wataniah.

“Hak bersuara saya dinafikan, tetapi saya tampil untuk menafikan bahawa saya tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan bahawa gelaran "Dato'" itu adalah kurniaan yang saya terima kerana menjadi 'Parade Commander' atau Ketua Perbarisan dalam satu acara Askar Wataniah,” jelas Nurul.

Menurut beliau, gelaran itu diberi berasaskan kerjaya beliau sebagai Ketua Komunikasi Korporat di Syarikat Perumahan Negara Berhad.

Anak TPM itu juga menjawab persoalan netizen dengan berkata, gelaran "Dato'" tidak terhad kepada 'jasa'  yang diberikan oleh seseorang kepada sesebuah negeri, malah ia adalah satu kurniaan daripada Sultan kepada sesiapa sahaja yang Tuanku kehendaki.

Maria Chin, pemimpin PKR antara bakal didakwa mahkamah kerana himpunan #KitaLawan

Beberapa aktivis dan pemimpin PKR akan didakwa di mahkamah kerana menyertai himpunan #KitaLawan di bawah Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 September, 2015. 
Beberapa aktivis dan pemimpin PKR akan didakwa di mahkamah kerana menyertai himpunan #KitaLawan di bawah Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman. 

Ahli Parlimen Bayan Baru daripada PKR Sim Tze Tzin akan didakwa Rabu minggu depan di bawah Akta Perhimpunan Aman (APA) kerana terlibat dalam himpunan #KitaLawan pada 28 Mac lalu.Beliau akan didakwa bersama pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah (gambar, kanan) serta aktivis Fariz Musa dan Mandeep Singh.
"Polis memaklumkan saya akan didakwa di mahkamah kerana menyertai himpunan #KitaLawan.

"Saya akan didakwa di bawah Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman," katanya kepada pemberita dalam mesej WhatsApp, hari ini.

Combating corruption – knowledge sharing across the globe

'Why not do it in Penang?' says Azalina

Tun M's presence at Bersih 4 rally disheartens - Azalina

PKR beri Najib, bank 14 hari dedah maklumat akaun RM2.6b

Najib tak boleh sembunyi AS$700 juta dalam era digital - David Kaplan

Skandal 1MDB: Polis siasat Pua ikut Kanun Keseksaan

Mahathir sedih, minta lebih ramai berani seperti Anina

He (Mahathir) came as participant says Maria Chin

Maria Chin rubbishes Rahman Dahlan’s focus on rally

Persempadanan Sarawak, SPR terima 86 bantahan

SPR: Apa yang dicapai himpunan BERSIH 4?

Pendebat terbaik Asia 'sekolahkan' anak TPM


Kenyataan anak Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung hak bersuaranya mengkritik peserta perhimpunan BERSIH 4 "ditegur" seorang pendebat terbaik Asia.
Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 23, pelajar jurusan undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) mengambil kesempatan 'menyekolahkan' Nurulhidayah berkaitan hak bersuara.
Syed Saddiq berkata, beliau menghormati hak kebebasan untuk bersuara yang dinyatakan Nurulhidayah.
Namun, beliau berpendapat hak itu sepatutnya diberi sama rata kepada semua tanpa mengira pangkat dan kedudukan.
"Saya lihat hanya sesetengah pihak sahaja yang boleh bersuara terutamanya hanya golongan atasan, elit di Malaysia diberi hak bersuara tetapi rakyat tidak diberi hak.
"Saya nak jelaskan, walaupun kita ada pandangan yang berlainan tetapi pada akhirnya kita memperjuangkan perkara yang sama iaitu kebebasan hak untuk bersuara," katanya dihubungi Malaysiakini.
Selain itu, beliau yang juga pensyarah sambilan dalam subjek pengucapan awam dan debat di UIA berpandangan, semua pihak termasuk setiap parti politik juga perlu diberi hak sama rata untuk bersuara.
"Saya cakap ini bukan untuk berpolitik, tetapi kita perlu adil. Hanya sesetengah pihak boleh suarakan pendapat. Contohnya di UIA, hanya kerajaan saja boleh (masuk dan berucap) tetapi pembangkang tak boleh.
"Kita kena adil, berucap bukan perkara yang eksklusif tetapi perlu inklusif," katanya yang baru dilantik sebagai salah seorang Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) bagi mewakili pemimpin belia.
Syed Saddiq, anak kedua dari empat beradik, itu mendapat anugerah pendebat terbaik Asia semasa mewakili UIA dalam Kejohanan Debat Bersatu Asia (UADC) di Bali, Mei lalu.
Malah, pasukan debatnya juga menempatkan universiti Islam itu di tempat ke-10 daripada 440 pasukan semasa Kejohanan Debat Universiti Dunia (WUDC) ke-35.
Tulisan jadi viral
Nama Syed Saddiq menjadi viral selepas beliau menulis status di Facebooknya yang dilihat mengkritik kembali kenyataan anak perempuan naib presiden Umno itu.
Antara yang ditulis Syed Saddiq ialah:

Baiah jatuh talak bercanggah al-Quran, sunnah - FATHUL BARI


Jika benar, baiah dan sumpah PAS adalah seperti di dalam gambar di bawah:
"Bahawa saya bersumpah dengan nama Allah, wallahi wabillahi watallahi, sekiranya saya meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan kerelaan saya sendiri setelah terpilih menjadi ahli dewan negeri atau dewan rakyat, maka akan tertalaklah isteri atau isteri-isteri saya dengan tiga talak. Dan segala perbelanjaan saya dengan menggunakan wang elaun ahli dewan tersebut adalah haram."
 Di zaman Rasulullah, Nabi dibaiah dengan cara bersalaman dengan lelaki. Bagi wanita, baiah diberikan dengan ucapan. Dan Nabi tidak pernah menyentuh mana-mana wanita yang bukan mahram untuk menerima baiah.
Nabi dibaiah dengan ucapan, antaranya seperti yang diriwayatkan dari Ubadah bin al-Shomit:
"Kami telah berbaiah kepada Rasulullah untuk dengar dan taat dalam keadaan susah ataupun senang, suka ataupun benci dan (dalam keadaan pemimpin) lebih mementingkan dunia melebihi kami. (Kami juga berbaiah) untuk tidak merebut kekuasaan dari pemerintah melainkan jika kami melihat ‘Kufr Bawwah’ (kekufuran yang nyata) yang kami mempunyai alasan di sisi Allah (kami juga berbai’ah) untuk menyatakan al-Hak di mana saja kami berada dan kerana Allah kami tidak takut kepada celaan sesiapa yang mencela." (Lihat hadis riwayat al-Bukhari, nombor 7199, riwayat Muslim, nombor 1836)
baiah umat Islam kepada Nabi tertegak atas asas iman dan taqwa, bukan asobiyyah dan kepentingan. Contohnya Allah berfirman, maksudnya: "Wahai Nabi, apabila datang kepadamu perempuan-perempuan yang beriman untuk berbaiah, bahawa mereka tiada akan menyekutukan Allah, tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak-anaknya, tidak akan berbuat dusta yang mereka ada-adakan antara tangan dan kaki mereka dan tidak akan menderhakaimu dalam urusan yang baik, maka terimalah janji setia mereka dan mohonkanlah ampunan kepada Allah untuk mereka. Sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha penyayang" (Surah Al-Mumtahanah, ayat 12)
baiah kepada Rasulullah ini mendapat pengiktirafan dari Allah. Firman Allah, maksudnya: "Allah telah reda ke atas orang-orang beriman ketika mereka berbaiah kpdmu (Muhammad) di bawah pohon, maka Allah mengetahui segala sesutu di dalam hati mereka..." (Surah al-Fatah: 18)
Kerana itu, maksud baiah dari sudut istilah syarak adalah: "perjanjian yang dimeteraikan bertujuan untuk memberikan ketaatan (dalam hal yang makruf), sepertimana seorang pemimpin dibaiah oleh rakyatnya dengan tujuan pemimpin tersebut akan bertanggungjawab ke atas urusan rakyatnya dan kaum muslimin..." (Lihat: Muqaddimah, oleh Ibn Khaldun, ms 229)
Para ulama bersepakat bahawa baiah yang menepati syarak adalah baiah kepada Ulil Amri yang dilantik mengikut sistem yg diiktiraf Islam.
baiah yang dipraktiskan oleh PAS ini, jika benar, bukanlah bukanlah baiah dari sudut istilah syarak, sebaliknya ia merupakan baiah dari sudut bahasa yang bermaksud perjanjian atau aqad semata-mata (lihat: Lisanul 'Arab, oleh Ibnu Mandzur, 1/299).
Sumpah baiah yang menetapkan janji tertentu seperti jatuh talak dan lain-lain diasaskan oleh Gabenor Iraq, Hajjaj Yusof, sekitar tahun 95H yang terkenal dengan kezalimannya.
baiah tersebut digelar oleh para ulama sebagai baiah Hajjajiyyah. Sememangnya baiah seperti ini menyelisihi Al-Quran dan Al-Sunnah. (Lihat 'Ilam al-Muwaqqi'in, oleh Ibnu al-Qayyim, ms 63)
Cuma persoalan yang perlu dirungkaikan adalah jatuh talak atau tidak bagi sesiapa yang keluar PAS atau lompat ke parti lain?

'Maaflah ketua polis kena balun di Facebook' - Khairuddin


Bekas pemimpin akar umbi Umno Khairuddin Abu Hassan, yang digugurkan keanggotannya parti selepas membuat laporan polis terhadap 1MDB, berharap polis tidak menangkapnya.
Ini susulan status di Facebook beliau yang membangkitkan isu siasatan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad kerana hadir dalam BERSIH 4, mengundang komen keras pengguna Internet pada polis.
“Secara jujur dan ikhlas saya tak sangka rakyat serta orang ramai nak kritik (Ketua Polis Negara) Tan Sri Khalid Abu Bakar secara bertalu-talu macam ini!
“Tan Sri Khalid Abu Bakar janganlah nak tahan atau tangkap saya pula selepas ini,” katanya.
Khairuddin juga menegaskan beliau tidak bersalah serta tidak berniat untuk nak menghasut orang ramai menghentam Khalid begitu teruk sekali.
“Dalam isu ini saya betul-betul tak bersalah! Tan Sri Khalid tolong jangan tahan saya ya!” Tulisnya di Facebook dengan tajuk “Maaflah Tan Sri Khalid Abu Bakar (KPN) kena balun dalam Facebook!
Telunjuk 'tangan ghaib'
Mengulas lanjut, Khairuddin berkata rakyat hari ini semakin jelas marah dan kecewa dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Derma 10-0: Dollah letak jawatan?



Kalah 0-10 kepada Emeriah Arab Bersatu (UAE) malam tadi memberi tamparan hebat buat Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Dollah Salleh.
Tersentak dengan keputusan perlawanan itu, Dollah menyatakan kemungkinan beliau akan meletak jawatan dalam masa tiga hari lagi.
"Saya tak tahu apa terjadi malam ini (malam tadi) terutama di bahagian pertahanan. Kami beri gol-gol mudah. Tiga atau empat gol boleh dianggap gol mudah dan semuanya membawa kepada kemusnahan kepada pasukan kami.
"UAE juga mempamerkan persembahan cukup baik terutama Omar Abdulrahman (pemain nombor 10), seorang pemain cukup hebat dan dia ternyata 'membunuh' setiap pemain kami.
"Saya tak jangka boleh kena sampai 10 gol. Memang saya tahu bukan mudah nak menang di sini dan sebab itulah saya letak sasaran mahu seri.
"Tapi dengan cara UAE bermain dan pemain kami pula saya tak tahu apa jadi kepada mereka, segalanya musnah," kata Dollah pada sidang media selepas perlawanan seperti dilaporkan web rasmi FAM.
Tambah beliau, persiapan yang singkat dilalui pasukan negara dan jadual padat selepas mengharungi liga tempatan antara faktor kekalahan tersebut.
"Seperti yang saya katakan, persiapan kami hanya tiga ke empat hari. Bukan mudah nak main. Macam saya katakan UAE pasukan terbaik di Asia. Pemain kami pula keletihan mengharungi jadual padat liga dan sebab itu mereka tak dapat menyaingi tempo permainan UAE," Katanya.
Ditanya adakah beliau terfikir untuk akan meletak jawatan, Dollah berkata: "Saya tak tahu tetapi mungkin juga. Apa pun tunggu dan lihat dalam tempoh dua atau tiga hari ini."
Sebelum tewas kepada UAE malam tadi, skuad bola sepak negara juga sekadar seri 1-1 menentang Timor Leste dan kalah 0-6 kepada Palestin sepanjang kempen kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 itu.

NAJIB NOW A U.S. PUPPET? Dependent on Washington to prop him up as PM, Najib to engage in SECRET TALKS to ramp up China spying?


The US and Malaysia have been secretly discussing expanded use of Malaysian territory for hosting US spy planes to patrol the South China Sea, in response to increased Chinese activity in the disputed territory.
Following a series of incursions into Malaysian waters by Chinese vessels in recent months, talks between the US government and the office of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak have intensified, two senior US defence officials said.
The US side has been pressing Najib's government to allow the US Navy to fly both P-8 Poseidon and P-3 Orion maritime surveillance planes from Malaysian airstrips over South China Sea areas where the Chinese government has been rapidly building artificial islands.
There has been no final agreement between the two governments, but the talks themselves represent a shift of Malaysia’s long effort to straddle the fence between the US and China.
On the US side, negotiations are being led by officials from US Pacific Command in Hawaii and David Shear, the assistant secretary of defence for Asian and Pacific security, one senior US defence official said.

Barack Obama and PM Najib
While the Pentagon has pushed Malaysia for cooperation before, the talks were newly invigorated following incidents earlier this year when Chinese ships proudly entered the southernmost areas of the South China Sea, inside Malaysia’s exclusive economic zone.
A Pentagon spokesman declined to discuss the bilateral discussions, and the Malaysian Embassy in Washington did not respond to a request for comment.
Last autumn, Admiral Jonathan Greenert, the chief of naval operations, said that "recently the Malaysians have offered us to fly detachments of P-8s out of... East Malaysia." The New York Times stated the plan risked “enraging” China.
The Pentagon and the Malaysian government later clarified that no final agreement had been reached.
Diplomatic sources said the focus of the discussions is now the island of Labuan, off the coast of the semi-autonomous state of Sabah on Borneo. The island is a federally administered territory under the complete control of the Malaysian government that has also been used as a financial hub thanks to its unique tax regulations. It is closer to Chinese military construction in the South China Sea than the locations currently used to launch US spy missions, such as Clark Air Base in the Philippines.
The Malaysian government is very wary about disclosing any of its defence cooperation with the US. “US-Malaysian security cooperation has been very deep and very quiet for a long time. The Malaysians are very much concerned about the Chinese actions,” said Ernest Bower, the chairman of the Southeast Asian Studies department at the Center for Strategic and International Studies.

BOMBSHELL FROM DR M CAMP: NAJIB WON'T RESIGN UNLESS HE IS OFFERED 'SAFE PASSAGE'

by Kadir Jasin
BOMBSHELL FROM DR M CAMP: NAJIB WON'T RESIGN UNLESS HE IS OFFERED 'SAFE PASSAGE'THE GOVERNMENT already has the National Economic Advisory Council. It was one of (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak’s earliest transformation initiatives when he became Prime Minister in early 2009.
It was fashioned along the US President's Council of Economic Advisors and its main task then was to formulate a New Economic Model (NEM) “that will transform Malaysia into a high-income economy by 2020.” It was formed in May 2009 and was chaired by (Tan Sri) Amirsham Abdul Aziz, a former banker. He was later made a Senator and Minister.
The Council completed its mandate officially on 31 May 2010. A two-part report was published in March and December 2010 respectively. Implementation of policy measures recommended by the NEAC is undertaken by the relevant government agencies under the coordination of the all powerful Performance Management and Delivery Unit (Pemandu) under the stewardship of a former oil executive, (Datuk Seri) Idris Jala.
There has not been much improvement to economy since the launch of the NEM and it is now in danger of floundering.
Mounting Bad News

As his own leadership is weighted down the 1MDB scandal and the growing evidence of criminal wrongdoings, Mohd Najib formed another economic taskforce.
Ironically this taskforce was formed just days after his administration dismantled the taskforce that was in the midst of investigating the 1MDB scandal.
But it appears that this taskforce isn’t as highly positioned as the NEAC. It only has the status of a committee. This new bureaucratic establishment is called the Special Economic Committee (SEC) and is headed by Senator (Datuk Seri) Abdul Wahid Omar, also a former banker.
Other members in the 10-men committee are former Minister in the Prime Minister's Department in charge of Economic Planning Unit Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Khazanah head Tan Sri Azman Mokhtar, economist Tan Sri Andrew Sheng, Tan Sri Azman Yahya, CIMB Group chairman Datuk Seri Nazir Tun Razak, Datuk Seri Dr K. Govindan, Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali, Datuk Abdul Farid Alias and Datuk Seri Saw Choo Boon.
I always wonder if bankers make good government economic managers. These are a people of dollar and cents, bottom lines and profits. In the case of Amirsham and Abdul Wahid they were not businessmen. They were executives and had never taken risk with their own money.
It is understandable that Mohd Najib would never think of consulting the gurus like Tun Dr Mahathir Mohamad and Tun Daim Zainuddin but would it not be better for him to consult or be advised by the likes of Robert Kuok, Ananda Krishnan, (Tan Sri) Syed Mokhtar Albukhary, (Tan Sri) Quek Leng Chan, (Tan Sri) Shahril Abdul Kadir and (Tan Sri) Teh Hong Piow as well as experienced former civil servants like (Tan Sri) Mohd Sheriff Mohd Kassim and (Tan Sri) Samsudin Hitam, both of whom were former Treasury Secretary-Generals?
The setting up of the SEC tantamount to an admission that his economic stewardship has failed and he now needs a special team to steer the economy away from the abyss.
More Problems Ahead

Since the time Dr Mahathir took over the Finance Ministry temporarily in 2001, I had been consistently arguing that the Prime Minister should not double as Finance Minister.
What is happening to the country’s economy and financial management under Mohd Najib as the Finance Minister confirmed my fear.

Kepentingan negara atau kepentingan rakyat?

Rizuan Abdul Hamid

Sayugia tiadalah bezanya antara kepentingan negara atau kepentingan nasional dengan kepentingan rakyat. Ini kerana rakyatlah yang membentuk dan menubuhkan negara dan tiada negara tanpa rakyat.
Maka secara signifikannya tiada perbezaan antara kepentingan negara dan kepentingan rakyat. Tetapi penulis tidak pasti jika ada sarjana yang menyanggah pendapat ini.
Mutakhir ini penulis ada berdiskusi dengan rakan-rakan di media sosial –mengapa sebuah gerakan politik yang baru sahaja mengambil alih sebuah parti ingin menjenamakan semula nama parti tersebut dengan menggunakan perkataan “negara” ketimbang perkataan “rakyat”?

Ini memang isu yang berlainan. Tetapi penulis cuma ingin membincangkan tentang persepsi penggunaan perkataan “rakyat” dan “negara” dalam konteks politik dan ekonomi. Kerana seumpama menjadi resam perkataan “rakyat” itu menggendong konotasi marhaen, warga awam, tentang perjuangan hak asasi dan sebagainya.
Sebaliknya perkataan “negara” pula membawa gambaran pihak berkuasa (autoriti), kekuasaan, golongan atasan atau pemerintah dan yang semaksud dengannya.
Tetapi penulis tetap berpendirian tiada perbezaan yang signifikan antara kepentingan negara dan kepentingan rakyat seperti yang dinyatakan di atas tadi. Pada asasnya, pertembungan antara rakyat dan negara cumalah persepsi.
Yang meruncingkan keadaan cumalah para pemimpin dan kerajaan yang autokrat.
Namun begitu kita juga tahu ramai serta banyak daripada pemimpin dan kerajaan yang autokrat ini adalah korup atau mudah terjerumus korup.
Penulis bersetuju penuh dengan ungkapan Samuel Johnsson yang “Patriotism is the last refuge of a scoundrel”. Para autokrat sering menggunakan istilah patriotisme, kepentingan nasional, demi negara dan sebagainya untuk memujuk (baca:menindas) rakyat.
Jika kita mengkaji sejarah asal usul tentang timbulnya idea tentang “kepentingan negara”, ia selari dengan idea golongan para realis dan penganut fahaman realisme yang tercetus daripada pemikiran Niccolo Machiavelli dan Thomas Hobbes.
Kita pasti tahu bagaimana pemikiran Machiavelli yang terkenal itu dan kita juga tahu bagaimana Hobbes dengan karya “Leviathan”-nya yang menggambarkan negara sebagai seekor raksasa yang mampu memaksa seluruh rakyatnya.
Malah idea “kepentingan negara” ini juga amat terkait dengan dasar ekonomi merkantilisme (mercantilism) yakni sistem ekonomi yang dominan di Eropah sekitar abad ke-16 hingga 18.
Ia adalah sistem ekonomi yang mengenakan regulasi ketat ke atas ekonomi demi untuk menewaskan kuasa ekonomi negara lain atau negara musuh. Fahaman ini juga sealiran dengan fahaman absolutisme yang maksudnya boleh diringkaskan sebagai pemusatan kuasa pada seseorang.
Dalam fahaman “kepentingan negara”, kita boleh lihat bagaimana cukai diperas dengan tinggi daripada rakyat dan ini semua dilakukan kononnya demi keseimbangan dasar fiskal negara.
Maka demi kepentingan negara, rakyat diperas dan terpaksa menanggung beban, walhal pemimpin autokrat yang menjahanamkan negara.
Dasar kabotaj pula keras dipertahankan atas alasan kerana ia adalah demi kedaulatan negara. Maka demi kedaulatan negara, rakyat terpaksa menanggung harga barangan yang tinggi akibat kos pengangkutan laut dan perkapalan yang tinggi.