Khamis, 3 September 2015

Najib sia-siakan peluang bersih nama di IACC

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan mensia-siakan peluang keemasan yang ada untuk membersihkan namanya kepada dunia apabila beliau tidak hadir pada Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) yang berlangsung sejak semalam hingga esok di Putrajaya.

Pengasas bersama Transparency International (TI), Michael Hershman yang juga bekas penasihat antarabangsa kerajaan berkata, beliau kecewa dengan kegagalan Najib untuk hadir ke IACC.

"Saya kecewa beliau tiada di sini (IACC) kerana beliau sepatutnya gunakan (IACC) sebagai platform untuk menjelaskan apa yang berlaku, untuk beritahu kebenaran.

"Beliau mensia-siakan peluang ini," katanya.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low berkata, Najib dinasihatkan untuk tidak muncul pada persidangan itu atas faktor keselamatan pemimpin nombor satu negara itu.

Najib dijadualkan untuk menyampaikan ucapan perasmian pada majlis pembukaan semalam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) namun tempatnya digantikan dengan Paul Low.

Menurutnya lagi, Najib gagal menjawab soalan mudah yang mampu menjimatkan wang pihak berkuasa untuk menyiasat.

"Tidak. Jawapannya itu tidak cukup. Ia tidak menjawab soalan. Jika ia datang dari Timur Tengah, daripada siapa? Bila ia berlaku dan untuk tujuan apa?

"Ini soalan yang sangat mudah. Akaun itu dikawal olehnya, mestilah dia kena tahu dari mana wang itu. Tiada keperluan untuk bazirkan duit dalam siasatan. Beritahu sahaja kebenaran," katanya.

Tegasnya, kegagalan Najib memberitahu kebenaran hanya akan memberi impak negatif kepadanya.

Peranan DEIG dan MBI lebih jelas

CEO.COO MBISHAH ALAM, 3 SEP: Penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) adalah untuk memastikan struktur dan peranan Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) lebih jelas dan efisyen sekaligus menyumbang secara signifikan kepada kerajaan Negeri.
Ketua Pegawai Operasi (MBI), Soffan Affendi Aminudin, berkata MBI dapat memberi lebih tumpuan kepada aspek pembangunan sosial rakyat melalui program seperti Hijrah, YAWAS dan Wifi Selangorku apabila DEIG beroperasi sepenuhnya pada suku pertama tahun hadapan.
“Tujuan penubuhan DEIG semestinya bagi memaksimumkan pelaburan strategik dalam kalangan anak syarikat MBI selain memperkasa dana kekayaan negeri.
“Seterusnya, hasil yang diperoleh akan digunakan semula bagi menjana pembangunan negeri dalam konteks Selangor melalui peranan yang akan dimainkan MBI sendiri,” katanya kepada Selangor Kini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Adun Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi yang membangkitkan keperluan mewujudkan DEIG di bawah MBI.
Budiman berkata, penubuhan DEIG akan menyebabkan pertindihan peranan antara MBI dan DEIG melalui rancangan temubual Soal Jawab di TV3, semalam.
Pelancaran Darul Ehsan Investment Group di SACC MB (ASRI)Bagaimanapun, Soffan berkata penubuhan kumpulan itu akan menjadikan MBI lebih efektif menguruskan program kebajikan rakyat, manakala DEIG sebagai syarikat induk pelaburan memfokuskan kepada proses rasionalisasi dan konsolidasi.
“Di dalam memacu objektif ini, sudah pasti salah satu elemen yang penting adalah aspek tadbir urus korporat dan ketelusan.
 “Bagi kami, ‘corporate governance’ adalah satu elemen yang sangat penting untuk memastikan penciptaan nilai yang mampan,” katanya.
Budiman turut mempersoalkan kewajaran meletakkan dua pengurusan kanan MBI ke dalam DEIG sebagai ahli lembaga pengarah.

Adakah PAS masih menganggotai pakatan pembangkang, soal menteri

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak persoal kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyebut PAS masih sebahagian pakatan pembangkang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 September, 2015.Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak persoal kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyebut PAS masih sebahagian pakatan pembangkang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 September, 2015.Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hari ini mempersoalkan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyebut PAS masih menjadi sebahagian daripada pakatan pembangkang.
Beliau berkata adalah mustahil bagi PAS dan Parti Amanah Negara (Amanah) yang belum didaftarkan penubuhannya untuk sama-sama menganggotai pakatan itu.
Salleh berkata Pakatan Rakyat perlu memilih satu daripada dua parti itu untuk menjadi rakannya.

"Bagaimana kita hendak memahami kenyataan Anwar itu? DAP mengumumkan Pakatan Rakyat sudah mati dan sudah tidak wujud lagi. "Jadi, bagaimana PAS masih boleh menjadi sebahagian daripada pakatan yang tidak wujud itu?," tanya Salleh dalam laman blog beliau sskeruak.blogspot.com hari ini.
Dalam kenyataan dikeluarkan peguamnya semalam, Anwar berkata Amanah akan memperkukuhkan lagi kedudukan pembangkang, bersama-sama PKR, PAS dan DAP serta akan meluaskan kerjasamanya dengan pertubuhan bukan kerajaan yang berkongsi dan komited terhadap objektif bersama mereka.
"Mereka tidak boleh mempunyai kedua-duanya secara serentak. Sama ada Anwar yang tidak faham atau beliau menyangka bahawa kita yang tidak faham perkara ini," katanya. – Bernama

Ahli PAS sertai Amanah diminta sabar, rujuk ulama isu baiah, kata Mat Sabu

Pengerusi Parti Amanah Negara Mohamad Sabu minta ahlinya bersabar dan minta pandangan ulama berhubung isu baiah yang boleh menyebabkan perkahwinan mereka jatuh talak tiga. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 September, 2015.Pengerusi Parti Amanah Negara Mohamad Sabu minta ahlinya bersabar dan minta pandangan ulama berhubung isu baiah yang boleh menyebabkan perkahwinan mereka jatuh talak tiga. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 September, 2015.Ahli Parti Amanah Negara (Amanah) terutama bekas ahli PAS yang menyertai parti baharu itu diminta supaya bersabar menghadapi isu baiah yang boleh menyebabkan perkahwinan mereka jatuh talak tiga, kata Mohamad Sabu.
Pengerusi Amanah itu sebaliknya menasihati ahli supaya berpegang kepada pandangan mana-mana ulama atau mazhab atau perbezaan pandangan selagi ada kelonggaran.
"Janganlah kita berpegang kepada satu-satu pandangan saja. Rujuklah kepada pandangan ulama muktabar di Malaysia dan juga dari luar negara.

"Bagi saya, pandangan Sheikh Dr Yusof Al-Qaradhawi, Ustaz Ahmad Awang, Ustaz Abdul Ghani Samsuddin dan juga pandangan ,ufti Perlis dan Pulau Pinang harus diambil kira dalam hal baiah ini termasuk isu menceraikan isteri," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Mohamad, juga dikenali Mat Sabu menyeru kepada mereka yang terlibat agar meletakkan kesabaran paling tinggi dan bertawakal kepada Allah dan berpegang kepada pandangan paling ringan antara pandangan ulama yang boleh diterima pakai.
"Sesungguhnya, ini adalah sebahagian ujian kecil yang sedang kita lalui bersama, dan banyak lagi ujian besar akan kita hadapi.

Anak Zahid perlu hormati hak kebebasan rakyat – Bekas Pendebat Terbaik Asia

Jika Nurulhidayah bebas menyuarakan pandangannya, orang lain juga mempunyai hak yang sama.
syed,hidayah
PETALING JAYA: Nurulhidayah Ahmad Zahid, anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dinasihat supaya memahami erti sebenar hak kebebasan rakyat Malaysia untuk bersuara.
Bekas Pendebat Terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, jika Nurul Hidayah boleh menyuarakan pandangannya, begitu juga dengan mereka yang lain.
Apa yang dikesalkan apabila hak asasi telah dipermainkan atas kepentingan politik.
“500 ribu rakyat Malaysia yang menyertai Bersih 4.0 juga mempunyai hak bersuara, namun ia diisytiharkan haram.
“1.3 juta kakitangan kerajaan juga punya kebebasan bersuara tetapi diugut dengan tindakan disiplin.
“Sarawak Report dan The Edge juga seharusnya mendapat hak untuk bersuara, namun disekat oleh pihak kerajaan,” tulisnya di laman Facebooknya.
Jelas Pesyarah Sambilan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) nasib yang sama diterima bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila mereka dihukum apabila bersuara atas nama kebebasan.
“Semua orang mempunyai hak untuk bersuara, namun adakah mereka semua benar-benar mendapat hak itu. Anda nilaikan sendiri.
“Sebagai rakyat Malaysia, anda berhak bersuara dan anda juga berhak untuk mempertahankannya,” katanya.

MACAM MANA BOLEH JADI BEGINI !!!

 Negara yg kucar kacir dgn suasana peperangan, mutu bola sepak mereka semakin meningkat berbanding dgn sebuah 'negara Islam' M'sia YANG AMAN DAMAI, fasiliti sukan yang canggih2 dan pemimpin negara DUMNO 'YANG BERSIH dari RASUAH'..

Bertuahnya manusia bernama Najib..



Pas bukan lagi parti untuk semua - Phahrolrazi

ALOR SETAR - Pas kini tidak lagi sesuai membawa tagline 'Pas untuk semua ' (Pas for all) kerana parti itu kini bersendirian bukan lagi bersama pakatan pembangkang.
 
Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi Timbalan Pengerusi jawatankuasa penaja Parti Pekerja Malaysia (PPM) Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, prinsip parti itu kini akan diteruskan oleh PPM kerana parti baharu ini mengamalkan konsep keahlian terbuka kepada semua kaum dan agama.
 
“Bukan Islam kini boleh mendaftar sebagai ahli penuh, bukan lagi penyokong seperti bawah Pas yang mewujudkan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) sebelum ini.
 
"Namun parti ini tetap menjadikan Islam sebagai dasar di mana hampir keseluruhan menyamai Pas termasuk perjuangannya,” katanya.
 
Menurutnya, PPM akan membantu merealisasikan hasrat mewujudkan PR2.0 berikutan Pas sudah beralih arah.
 
“Pas memutuskan hubungan dengan DAP dan parti itu kini menjadi sebuah parti bersendirian.
 
"Pas sekrang dilihat lebih cenderung untuk bekerjasama dengan Umno antaranya persetujuan kedua parti itu melaksanakan enakmen hudud di Kelantan,” katanya.
 
Bagaimanapun katanya, PPM bukan menolak hukum hudud, sebaliknya perkara itu bukan agenda utama pakatan buat masa ini.

Bai’ah: Ramai wakil rakyat Pas tangguh hasrat


Mohamad Sabu

KOTA BHARU - Ramai wakil rakyat dan pemimpin Pas berhasrat untuk menyertai Parti Pekerja Malaysia walaupun  terpaksa menangguhkan seketika penghijrahan tersebut kerana Bai'ah yang dilafazkan masing-masing.

Pengerusi Parti Pekerja Malaysia, Mohamad Sabu atau Mat Sabu mengakui perkara itu dan wakil-wakil rakyat Pas terutamanya dari Kelantan akan merujuk pakar-pakar agama terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan kerana ia melibatkan lafaz talak tiga tersebut.

"Ramai wakil rakyat Pas berminat menyertai Parti Pekerja tetapi masih takut untuk keluar parti kerana terikat dengan bai'ah dan taklik talak tiga bagi mereka di Kelantan," katanya selepas menyampaikan ceramah parti itu di Kampung Belimbing, Tanah Merah, kelmarin.

Turut hadir, Ahli Parlimen Kuala Krai yang juga Ahli Jawantankuasa Parti Pekerja, Dr. Mohd. Hatta Ramli, Naib Pengerusinya, Hasanuddin Mohd. Yunus dan Pengerusi Parti Pekerja negeri, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Ketika ditanya mengenai jumlah sebenar wakil rakyat yang didakwa bakal berhijrah itu, Mat Sabu hanya menegaskan, jumlahnya cukup besar.

"Saya tak boleh sebutlah berapa ramai wakil rakyat Pas akan sertai Parti Pekerja, tetapi ramailah. Cuma menunggu sikit 'clearance' (pencerahan) pasal bai'ah.

"Apabila sudah jelas (bai'ah) nanti ramailah yang akan sertai. Mereka juga sudah nilai pandangan ulama Mesir, Yusuf al-Qaradawi dan beberapa ulama lain mengenai soal itu,"katanya.

Mat Sabu: Peganglah pandangan paling ringan

Parti Amanah Negara (AMANAH) menasihatkan anggota parti itu supaya tidak berpegang kepada satu pandangan dan mazhab sahaja dalam kontroversi baiah melibatkan pemimpinnya.
 Pengerusinya Mohamad Sabu berkata pandangan pelbagai pihak perlu diambil kira, termasuk oleh sarjana terkemuka Islam Dr Yusof Al-Qaradhawi, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Mufti Pulau Pinang Wan Salim Mohd Noor.
“Sekali lagi saya menyeru kepada mereka yang terlibat dalam hal ini agar meletakkan kesabaran paling tinggi dan bertawakal kepada Allah.
“Dan pada masa yang sama, berpeganglah kepada pandangan yang paling ringan di antara pandangan-pandangan ulama yang boleh diterima pakai,” kata Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.
Mohamad juga meminta semua anggotanya, terutamanya daripada PAS, supaya mempunyai kesabaran paling tinggi terutama dalam menghadapi isu baiah.
“Sesungguhnya, ini adalah sebahagian ujian kecil yang sedang kita lalui bersama, dan banyak lagi ujian besar yang kita akan hadapi.
“Paling penting adalah, untuk kita melepasi ujian-ujian ini dan pada masa sama mencapai keredaan Allah sebagai matlamat tertinggi kita,” katanya yang juga bekas timbalan presiden PAS.
Mohamad mengisytiharkan mengaktifkan semula Parti Pekerja-pekerja Malaysia (PPM) yang mahu dijenamakan semula sebagai AMANAH.

Mahfuz: Pembangkang perlu elak tembung kerusi

MP Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar menggesa parti pembangkang termasuk PAS dan Parti Amanah Negara (AMANAH) supaya mengadakan rundingan pembahagian kerusi dalam pilihan raya bagi berlaku pertembungan sesama sendiri.
Katanya, oleh kerana pilihan raya negeri Sarawak dan pilihan raya umum bakal menjelang, sepatutnya semua parti pembangkang mengadakan rundingan dalam pembahagian kerusi demi kebaikan rakyat.
"Demikian, PAS dan AMANAH juga tidak terkecuali daripada memikul tanggungjawab ini untuk duduk di meja rundingan dan perbincangan dengan lapang dada, fikiran terbuka dan merendahkan ego masing masing.
"Pertembungan sesama sendiri di dalam pilihan raya di kalangan parti pembangkang akan menyebabkan hancur berkecailah harapan rakyat yang mengharapkan sinar dan wajah Malaysia baru," katanya dalam satu kenyataan.
Yang dipertua Pokok Sena turut mengingatkan supaya pemimpin parti pembangkang membuang rasa ego dan degil bagi mengelakkan rakyat rasa muak dan meluat dengan mereka.
"Kepada pemimpin parti pembangkang ingatan jujur saya pada anda semua jangan sampai rakyat juga muak dan meluat kepada anda semua hanya kerana keegoan dan kedegilan anda seperti mana rakyat muak dan meluat kepada kepimpinan negara kerana ketamakan dan salah guna kuasa.
"Jika ini yang berlaku rakyat akan hilang kepercayaan kepada kepimpinan politik," katanya sambil mengalu-alukan kehadiran AMANAH dalam pentas politik negara.

Skandal RM2.6B: Apa jadi dengan saman Najib terhadap WSJ?

Pemimpin UMNO pro Najib cuba mengalih isu tersebut dengan membuat serangan terhadap Tun Dr Mahathir .
najib,akaun,wsj
PETALING JAYA: Status saman Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak terhadap akhbar Wall Street Journal menjadi tanda tanya selepas dua bulan.
Tanpa sebarang perkembangan lanjut mengenainya, tumpuan cuba dialih kepada individu yang menderma dana berjumlah RM2.6 bilion.
Dalam entrinya, penulis blog apanama berpandangan isu itu telah ‘digelapkan’.
“Apa yang kita dengar sekarang pula ialah tentang derma dan dermawan tidak beridentiti dari Timur Tengah.
“Dua bulan telah berlalu. Ahli serta pemimpin-pemimpin UMNO sudah celik atau masih buta kayu?,” soalnya.
Menerusi blog apanama.my beliau berkata pemimpin dan bangsawan UMNO pro Najib cuba mengalih isu tersebut dengan membuat serangan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan mendakwa bekas Perdana Menteri itu telah terpesong dari perjuangan sebenar UMNO apabila menyertai Bersih 4.0.
“Jika tindakan Dr Mahathir itu amat serius diluar batasan dan harus dikritik, apakah perbuatan bangsat seperti mencuri, berbohong, dan khianat itu perjuangan Umno yang sebenar dan harus disokong?
“Jika tidak mampu berdiri untuk menegakkan yang benar dan menghalang kemungkaran yang nyata didepan mata lebih baik berdiam diri dari cuba menegakkan benang yang basah,” katanya.

Tun Mahathir - Alasan Derma Sesuai DiBeritahu Kambing Jer !

‘Tebus dosa’ GHB tidak sah – Ulama Pas

Menurut Khairuddin at-Takiri membayar kifarah sumpah tidak membebaskan pelakunya daripada dosa selepas bersumpah atas nama Allah.
khairussin,pas
PETALING JAYA: Kifarah (tebus dosa) sumpah bai’ah yang akan dilakukan wakil rakyat Pas yang melompat parti dengan menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) tidak sah dan tetap berdosa.
Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri berkata, mereka tetap dikira berdosa kerana dilakukan atas nama Allah untuk tidak keluar daripada parti itu.
“Bai’ah yang dibuat calon wakil rakyat Pas mengndungi sumpah dan janji dengan nama Allah untuk tidak keluar daripada Pas sama ada menang atau kalah.
“Sekiranya mereka menang dan keluar daripada parti mereka mesti meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat.
“(Malah), membayar Kifarah sumpah tidak membebaskan pelakunya daripada dosa,” katanya ketika dihubungi FMT.
Katanya, tindakan wakil rakyat Pas yang bertindak melakukan kifarah jelas membuktikan bahawa mereka mengakui bahawa sumpah bai’ah sah dari segi hukum.
“Apabila mereka melakukan majlis kifarah mereka sendiri perakui bai’ah Pas sah pada hukum syarak.
“Mereka bertanding atas tiket Pas menggunakan logo bulan bukan Pakatan Rakyat. Mereka menang atas tiket Pas bukan tiket PKR. Mereka terikat dengan bai’ah tersebut dan melanggarnya adalah berdosa.

Wanita Umno disappointed with Dr M

Skandal RM2,6B: Najib, Tiga Yang Lain Diarah Bela Diri Kerana Perbelanjaan Berlebihan PRU13

Menteri pertahan Najib tak hadir sidang anti korupsi

Tindakan gugur keahlian Umno Anina betul - Nazri Aziz

Adenan ikrar kerjasama termasuk aktivis dilarang ke S'wak

Adenan pertahankan Taib Mahmud di sidang anti rasuah

Nazri Aziz sindir Soo Wincci, suruh saya juga letak jawatan

‘Orang tua Mahathir berdemo, pengiklanan baik buat M'sia’ - Nazri Aziz

Nazri anggap wartawan gila minta ulas kenyataan sultan

Apakah Najib bakal ditumbangkan Mahathir dan penggerak Reformasi?

oleh Lokman Mustafa

Perhimpunan jalanraya merupakan satu-satunya cara untuk menumbangkan Perdana Menteri Najib Razak.

“(Sebab itulah) saya terpaksa menyertai demonstrasi jalanan anjuran BERSIH yang bertema singkirkan Najib kerana rasuah.” Itulah kata-kata Dr Mahathir Mohamad, bekas perdana menteri yang 22 tahun mentadbir negara ini.

Mungkin ianya pengakuan bahawa persaraan Mahathir sendiri ada kaitan dengan siri perhimpunan Reformasi yang dianjurkan setiap minggu oleh penyokong-penyokong bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang bermula pada September 1998.

Para penunjuk perasaan ketika itu sering berkumpul di Jalan Tuanku Abdul Rahman, sekitar Masjid Negara dan juga Pasar Seni.

Sekali sekala ada juga perhimpunan yang dilakukan di lain-lain tempat seperti di Permatang Pauh dan Jalan Kebun, Shah Alam.

Pada pilihanraya umum (PRU) tahun 1999, sentimen kekecewaan terhadap BN yang dimarakkan lagi dengan protes anti-Mahathir itu menyaksikan PAS (bersama-sama gabungan Barisan Alternatif) berjaya menawan Kelantan dan Terengganu.

Walaupun BN kekal berkuasa di peringkat persekutuan, Mahathir kemudian mengumumkan persaraannya pada tahun 2003 bagi memberi laluan kepada Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri kelima.

Pak Lah memang popular terutama sekitar tahun 2004 hingga 2006. Namun protes jalanraya bermula kembali pada 2007 dengan perhimpunan yang dianjurkan Hindraf.

Tidak lama kemudian, Bersih yang merupakan gabungan beberapa NGO tampil bagi mendesak pilihanraya diadakan secara bersih serta adil.

Kedua-dua perhimpunan ini membuatkan BN mengalami prestasi buruk pada PRU ke-12 pada 2008, apabila gabungan pembangkang mengekalkan Kelantan, serta menang di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Melalui Amanah, GHB boleh buktikan ia bukan PAS

oleh Alyaa Alhadjri
Asas agama Islam ialah memberikan rahmat kepada semua manusia, dan mungkin inilah hikmah mengapa parti baru yang akan dilancarkan kelak Gerakan Harapan Baru tidak akan mengandungi perkataan Islam dalam nama rasminya.
Kebelakangan ini, tindakan mempolitikkan agama semakin kerap berlaku di Malaysia, dan pemerhati menyatakan yang parti politik baru GHB perlu membuktikan- berbanding menunjukkan- kemampuannya untuk menjunjung prinsip demokratik yang selari dengan Islam.
Selain daripada itu, parti baru kini mempunyai kemampuan untuk membezakan dirinya dengan lebih baik berbanding PAS, serta menarik sokongan dari pengundi bukan-Islam.

Pada 31 Ogos, ketua GHB Mohamad Sabu mengumumkan yang kumpulan serpihan PAS itu akan mengambil alih Parti Pekerja yang sudah tidak bergiat aktif, yang ditubuhkan pada 1978, selepas cubaanya untuk membentuk parti baru dikenali sebagai Parti Progresif Islam (PPI) telah ditolak oleh Pendaftar Persatuan (RoS).
Mohamad Sabu berkata yang mereka kemudiannya akan menukar nama Parti Pekerja kepada Parti Amanah Negara (Amanah), yang akan dilancarkan pada 16 September sempena Hari Malaysia, dengan keahlian sekurang-kurangnya 35,000 orang.
Setiausaha agung Amanah Anuar Tahir memberitahu SemutHarian yang setakat ini GHB telah meminda perlembagaan asal Parti Pekerja untuk menjadikan Islam sebagai batu asas perjuangan mereka.
Langkah seterusnya, menurutnya, ialah mengubah nama parti itu.
“Hanya satu kebetulan yang nama parti kami hampir sama dengan Partai Amanat Nasional. Kerana itulah kami akan dipanggil sebagai Amanah dan bukan PAN,” kata Anuar, merujuk kepada sebuah parti politik di Indonesia yang juga ditubuhkan di atas prinsip serupa.
“Nama lain juga dipertimbangkan termasuk Parti Amanah Sejahtera, tetapi nanti kami akan menjadi PAS,” kata Anuar yang secara asasnya, menambah perkataan Amanah akhirnya terpilih sebagai nilai sejagat yang mengandungi Islam dan prinsip-prinsipnya.

Selamatkan nasib peneroka FELDA!


Oleh Anis Afida
 Di Menara FELDA pagi tadi bersama Pengerusi NGO ANAK dalam sesi serahan memorendum isu:
1) Kejatuhan teruk saham FGV.
2) Bantahan cadangan pembelian kepentingan 37% dalam PT Eagle High Plantation (EHP) oLeh FELDA Global Venture (FGV) di Ladang Kalimantan Indonesia.
Bersama-sama hadir Dr Rosli Yaakop, Mohd Said Jonit, Dato' Mustapha Kamal Maulut, Sdr Abd Rahman Ramli dan peneroka2 sebagai pemegang saham FGV.
Seperti sebelum2 ini, memorendum hanya diterima oleh wakilnya sahaja iaitu Encik Md Najid Md Yahya, Naib Presiden FGV. Tan Sri Isa Samad dan CEO, Dr Emir Mavani yang ada di Menara Felda enggan menerima dan berjumpa dengan rombongan. Pengecut!
Ini bukan kali pertama. Pihak NGO ANAK sudah beberapa kali membuat temujanji dan pernah bersetuju untuk mendapatkan taklimat khas daripada FGV berhubung isu2 yang berlegar. Namun, sampai pada tarikh yang telah dijanjikan kami dimaklumkn CEO FGV telah bercuti dan tiada sesi taklimat. Hari ini mereka mungkir janji lagi!
Kalian angkuh dan kejam kepada peneroka. Bak kata PM, BANGSAT!

Pandangan politik Nik Mohamad Abduh

Oleh Izwan Abdul Halim
WACANA ini untuk menggantikan program ceramah yang biasa PAS dikenali dengan program ceramah umum sejak puluhan tahun. Ia sesuai dengan perubahan angin anak muda yang berbeza daripada orang tua. Dulu ceramah laku, kerana rakyat Malaysia tidak ada maklumat, yang ada hanyalah TV, Utusan Malaysia dan Berita Harian. Jadi apabila pemimpin datang, mereka memang hendak mendengar kerana mereka tidak ada maklumat.


Tapi sekarang anak muda tidak perlu lagi maklumat, kerana mereka mungkin lebih banyak maklumat dari pemimpin. Jadi orang muda mahu berkongsi maklumat. Berkongsi maklumat ini kena dua hala, bersoal jawab. Maka pemuda PAS galakkan program wacana dalam gerak kerja mereka.
Krisis Kepercayaan Terburuk

Krisis yang melanda Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak adalah yang terburuk kerana bukan sahaja melibatkan ketidakpercayaan rakyat kepadanya, tetapi juga tekanan dalaman Umno itu sendiri.

Walaupun Datuk Sri Najib memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dari kedudukan Timbalan Perdana Menteri (TPM), tetapi Muhyiddin tidak membuat gerakan baru, sebaliknya kekal di dalam. Ini lebih menyakitkan. Kerana itulah disyorkan kepada rakan-rakan PAS yang menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) supaya keluar dari terus bermain di dalam PAS.

Walaupun tidak lagi menjadi TPM, Muhyiddin tetap kekal sebagai Timbalan Presiden Umno dan dapat bergerak bertemu ahli Umno di mana sahaja. Hal tersebut menjadi kesakitan yang perlu ditanggung Najib.

Ketika era reformasi zaman Tun Dr Mahathir Mohamad dulu, semua jentera dan institusi kerajaan berpihak kepada beliau termasuk semua ahli Umno kecuali yang bersama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tetapi hari ini jentera kerajaan sudah dilihat anti Perdana Menteri iaitu institusi utama seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Bank Negara dan Jabatan Peguam berada di satu pihak yang bertentangan. Hanya pihak polis sahaja dilihat jelas bersama Datuk Sri Najib.

Hakikat Isu & Krisis

Malangnya, isu yang dipanggil keemasan ini tidak dapat disambut dengan baik kerana PAS juga ada krisis. Kita terlibat dalam krisis Pakatan Rakyat yang mengecewakan DAP, PAS dan rakyat kerana selama ini ia menjadi harapan rakyat untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara daripada BN.

Tetapi isu-isu yang berlaku memaksa perpecahan itu terjadi walaupun agak sukar untuk diterima. Tapi itulah hakikat dunia politik yang bergerak dengan isu-isu semasa yakni sengaja Allah ciptakan ia berlaku. “Wallahu khalaqakum wama ta’malun”. “Allah Taala ciptakan kamu dan Dia juga ciptakan perkara yang kamu lakukan”.Isu-isu ini adalah ciptaan Allah sebelum ia adalah ciptaan manusia.

Para Sahabat RA yang menjadi contoh teladan, berlaku juga perbalahan pada zaman mereka khususnya semasa pemerintahan Khalifah Uthman al-Affan dan Ali KW. Terjadinya perang antara Ali dan Muawwiyah kerana isu semasa yang tidak mampu diselesaikan oleh politik pada masa itu. Maka PAS juga tidak boleh lari daripada hakikat politik seperti itu yang memerlukan keluasan berfikir. Juga menerima hakikat bahawa PAS berjalan dalam situasi yang kadang-kadang gagah dan adakalanya lemah.

Krisis Pakatan Rakyat menambahkan satu lagi krisis, iaitu krisis dalaman PAS sendiri. Ia menyedihkan dan menyayatkan hati, hingga berlaku cabar-mencabar dan jawab-menjawab. Hati terluka, tiada siapa gembira melihat sahabat-sahabat seperjuangan keluar beramai-ramai. Salahuddin Ayub, Mohamad Sabu dan lain-lain, mereka itu adalah pendidik Pemuda sebelum ini, juga pembuka laluan untuk berjuang. Tiba-tiba mereka berpatah hati, berpatah arang keluar isytihar tidak mahu lagi bersama PAS. Sudah pasti ini adalah berita sedih, pun begitu terpaksa ditanggung demi menjaga parti yang kita yakini bahawa ia disediakan Allah Taala di Malaysia ini untuk menjaga ummah daripada tersasar daripada jalan lurus.

PAS Berdiri Untuk Agama

Kita yakin apabila berada di dalam PAS, PAS ini adalah parti Islam yang hari-hari para ulama dan para pejuangnya meneliti kedudukan PAS ini, sama atau tidak dengan hadis Nabi SAW. Sama atau tidak dengan nas-nas Al-Quran yang menggambarkan kehidupan ummah pada akhir zaman. Bagaimana ummah mahu hidup, bagaimana ummah mahu bergantung?

Adakah hendak serah agama dan ummah ini kepada JAKIM sahaja? Kalau yakin hendak serah ummah ini pada JAKIM sahaja, tidak perlulah ada PAS. Adakah hendak serahkan agama ini kepada para ustaz ataupun ulama-ulama yang tidak ada parti yang dipanggil pendakwah bebas? Adakah ia menepati sunnah Nabi SAW, hendak jaga ummah tidak perlu jamaah, hanya perlu ada ulama-ulama yang banyak dan bebas bergerak serta bebas menyokong? Hari ini sokong Umno, esok pula dia sokong PAS. Adakah itu cukup?

Muhyiddin mungkin tidak dipecat tapi digantung

UMNO bimbang tindakan memecat Muhyiddin dan beberapa pemimpin lain akan menambahkan lagi perpecahan dalam parti itu.
Muhyiddin-Yassin,-Hishammuddin-Hussein,-Umno
PETALING JAYA: Tan Sri Muhyddin Yassin dijangka tidak akan dipecat daripada UMNO sebaliknya beliau dikatakan digantung tugas sebagai Timbalan Presiden sehingga 2018.
Tugas beliau akan dipangku oleh dua Naib Presiden, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Sumber-sumber memaklumkan kepada FMT, Majlis Tertinggi UMNO (MT) yang akan bermesyuarat 9 September ini dijangka membuat keputusan itu kerana mahu mengelak perpecahan lebih teruk dalam UMNO.
MT juga dijangka akan mengekalkan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Naib Presiden UMNO.
Sumber itu juga memberitahu, keahlian Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ahli UMNO terus kekal walaupun bekas Perdana Menteri menyertai Bersih 4.0 baru-baru ini.
Ketika ini, khabar angin tersebar yang mendakwa Muhyiddin bersama enam yang lain akan dipecat dalam mesyuarat MT pada 9 September ini.
Mereka ialah Shafie, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, bekas Exco Perak, Datuk Hamidah Osman dan Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Jumat Idris.
Sementara itu, Berita Harian Online melaporkan, Mukhriz menggangap khabar angin mengenai pemecatannya bersama enam pemimpin lain UMNO lain sebagai perkara yang tidak wujud.
Mukhriz turut mengesahkan tidak menerima sebarang makluman mengenai soal pemecatannya sebagai Menteri Besar Kedah daripada UMNO Pusat.

Wan Azizah: “Yang naikkan Najib kini bersama rakyat mahu jatuhkan dia”

IMG_20150903_123949SHAH ALAM, 3 SEP: PKR sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan zalim, kata Presidennya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau berkata, kesediaan itu penting dalam usaha memperkuat barisan menentang kerajaan yang memporak-perandakan kesejahteraan rakyat termasuk meneruskan kerjasama politik dengan PAS.
“Kita bekerja dengan semua orang untuk jatuhkan kerajaan zalim yang membuatkan ekonomi jadi begini dan mahu tatakelola baik.
“Sesiapa sahaja rakyat Malaysia yang mahu bersama kita, dialu-alukan. Seseorang yang naikkan Najib menjadi Perdana Menteri pun kini bersama rakyat mahu menjatuhkannya,” katanya ketika ditemui di lobi bangunan Jabatan Agama Islam Selangor, di sini, hari ini.
Ditanya sama ada beliau memaksudkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan mahu bekerjasama dengannya, Wan Azizah hanya tertawa kecil.
Pada masa sama, Wan Azizah enggan mengulas lanjut bantahan Parti Amanah Negara (Amanah) yang tidak mahu memasukkan PAS dalam gabungan pembangkang baharu, Pakatan Rakyat 2.0.
“Itu pandangan dia,” katanya merujuk kenyataan Amanah, semalam.

'Beliau bukan lagi Perdana Menteri,' bidas Najib


Najib Mahathir

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak sepatutnya mencari tumpuan kerana beliau tidak lagi menerajui pentadbiran negara.
  
"Beliau bukan lagi perdana menteri, beliau tidak sepatutnya mencari tumpuan," kata Najib semasa memulakan ucaptamanya pada Simposium Pasaran Modal Sedunia di sini.
  
Dr Mahathir kebelakangan ini begitu lantang mengkritik Najib dan malah memintanya meletak jawatan berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
  
Perdana Menteri tidak menyebut nama Dr Mahathir secara khusus tetapi jelas siapa tokoh yang dirujuk beliau.
  
"Tidak pernah terlintas dalam fikiran saya bahawa seorang daripada perdana menteri saya yang terdahulu akan menentang saya dengan cara begini," kata Najib.
  
Perdana Menteri menegaskan yang beliau tidak akan meletak jawatan dan bahawa kerajaan mempunyai cara tersendiri untuk menyelesaikan isu 1MDB. - Bernama

Kuasa Dan Kedudukan: Pas kekal dalam kerajaan Negeri Selangor

Pas Selangor menafikan spekulasi bahawa parti Islam itu akan disingkirkan daripada kerajaan negeri apabila Pakatan Rakyat 2.0 ditubuhkan
Khairuddin-Othman_pas_selangor_600
PETALING JAYA: Pas Selangor yakin kedudukan parti itu dalam kerajaan negeri tidak akan terjejas walaupun dua Ahli Dewan Undangan Negerinya (ADUN) menyertai Parti Amanah Negara (PAN).
Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman menafikan spekulasi bahawa parti Islam itu akan disingkirkan daripada kerajaan negeri apabila Pakatan Rakyat 2.0 ditubuhkan.
“Kita masih dalam kerajaan dan berubahnya dua wakil rakyat kita itu (ADUN Hulu Kelang dan ADUN Morib) tidak menjejaskan pentadbiran parti.
“Malah penubuhan Pakatan Rakyat 2.0 hanyalah khabar angin dan belum berlaku lagi, kalau berlaku kita akan membuat pendirian pada waktu itu.
“Saya sangat yakin kedudukan Pas Selangor akan kekal dalam kerajaan dan semua EXCO (Ahli Majlis Kerajaan Negeri) kita masih bergerak seperti biasa,” katanya ketika dihubungi FMT.
ADUN Paya Jaras itu menambah, tidak ada pihak yang boleh menendang ADUN Pas daripada EXCO kerajaan Selangor selain Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.
“EXCO (Pas) tidak boleh diberhentikan kecuali Menteri Besar memberhentikan EXCO. DAP tidak boleh berhentikan EXCO kita, hanya Menteri Besar sahaja boleh keluarkan EXCO daripada kerajaan dengan perkenan daripada Tuanku Sultan Selangor,” katanya.

Khalid Samad dakwa menteri umno halang tubuh AMANAH


MP Shah Alam membidas kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed bahawa Parti Pekerja-Pekerja Malaysia tidak boleh dijenamakan semula sebagai AMANAH kerana ia bukan parti politik tetapi sebuah parti yang memperjuangkan hak pekerja.
Khalid Samad turut mendakwa Nur Jazlan antara tiga menteri Umno yang mahu menghalang penubuhan Parti Amanah Negara (AMANAH) kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak bijak.
"Jawapan Nur Jazlan nak halang kemaraan pihak kami yang berasal dari G18 setelah mendapat sokongan, diubah ke GHB untuk menyertai parti politik sedia ada dan menjadikan ia parti Islam yang baru.
"Jadi kalau Umno untuk Melayu saja, PAS untuk orang Islam sahaja ke?
"(Nur Jazlan) keluarkan kenyataan paling tidak bijak," kata Khalid dalam sidang media di Shah Alam hari ini.
Khalid turut menamakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi dan Timbalan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan yang didakwanya sebagai penghalang penubuhan parti Islam yang baru.
"Saya bangga bahawa pihak kerajaan berusaha untuk menghalang kemaraan kami. Walaupun (guna) hujah bodoh.
"Hujung tahun ini boleh buat pertandingan menteri ikon kurang bijak," katanya sinis.

Pekerja DBKL kerja 36 jam bersih sampah perhimpunan sembang Menteri Umno

Pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terpaksa bekerja 36 jam untuk membersihkan longgokan sampah yang ditinggalkan peserta perhimpunan BERSIH 4 di ibu negara, hujung minggu lepas.
 Justeru, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata penganjur perhimpunan itu harus bertanggunjawab dalam menanggung kos pembersihan berjumlah RM65,000.
Beliau berkata pihak penganjur mempunyai kewangan yang cukup untuk membayar kos pembersihan itu memandangkan mereka berjaya mengutip derma sebanyak RM2.4 juta.
"Bukan sekadar sampah yang perlu dikutip, air kencing peserta perhimpunan di pokok bunga, belakang bangunan, bawah tangga dan dalam parit juga perlu dibersih.
"Duit (untuk pembersihan) itu bukan duit saya, itu duit kerajaan dan duit rakyat. Kalau berani buat berani tanggung la...kenapa tak nak bayar pula," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang di Batu Kawan hari ini.
Semalam, Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dilapor berkata tindakan Abdul Rahman mengenakan kos pembersihan kepada pihak penganjur BERSIH 4 adalah tidak adil kerana itu merupakan tanggungjawab DBKL.

Ketua Hakim Syarie Kelantan langgar etika

Oleh Faiz Fadzil


Saya sebagai pengamal peguam syarie berpendapat berkaitan isu baiah talaq tiga:

Tidak jatuh talaq sebab kata-kata tersebut adalah sumpah yang boleh ditebus.
Ia bukan satu takliq yang biasa dilafazkan terhadap isteri.

Pendapat Ketua Hakim Syarie Kelantan bahawa telah jatuh talaq adalah melanggar etika kehakiman kerana kes belum didengar dan tiada keadilan bercanggah dengan Hadith Muaz Bin Jabal.

Ia juga adalah prejudge dan subjudis kerna ia berbentuk arahan kepada hakim bawahan yang mendengar kes jika difailkan memandangkan kes jika difailkan akan didengar oleh hakim bawahan.

Jika begini sikap beliau, tiadalah keadilan yang boleh diharap jika hudud dilaksanakan.

Cukuplah kita menyalahkan orang Cina..

Oleh Mohammad Agus Yusoff

Tidak habis saya fikir, kenapa apabila berlaku kekecohan dalam politik Melayu, baik itu dalam UMNO atau PAS, maka DAP, LGBT, dan kaum Cina yang dipersalahkan?Pada saya, cukuplah kita menyalahkan kaum lain dengan masalah yang kita hadapi. Takkanlah masalah politik UMNO dan PAS hari ini adalah disebabkan oleh DAP dan kaum Cina?

Sepatutnya, jika kita orang Melayu bergaduh, kita muhasabah diri dan bertanya—apa puncanya? Adakah itu kerana terlalu mengejar kuasa, menjaga kuasa, memburu kekayaan, terlalu berpuak, atau adakah kerana terlalu sombong dan angkuh?

Selepas itu, tanya lagi diri kita. Sudah cukupkah kita membantu orang Melayu? Sudah cukupkah tindakan yang kita buat untuk menyatukan politik Melayu?

Dalam kita mencari jawapan kepada pertanyaan di atas, elakkanlah dari terus bersikap denial syndrome dengan hanya menyalahkan kaum lain. Lihatlah pada integriti kita, komitmen kita dan perancangan kita dalam menyelesaikan masalah Melayu.

Yang perlu sekarang ialah kita memahami keresahan rakyat. Cukuplah kita melihat masalah politik orang Melayu sekarang dari aspek polarisasi kaum.

Yakinilah, masalah kita tidak akan selesai jika sikap dan pemikiran kita tidak berubah. Dan ini harus dimulakan oleh pemimpin kita!

Beginikah nilai politik bangsa Melayu?

Oleh AIMAN ATHIRAH AL JUNDI


Umno juara mempelopori "politik sodomi", sehingga menjadi bualan dan bahan lawak anak-anak muda lewat tahun 90-an dan menjelang tahun 2000.

Terkini, PAS pula menjuarai "politik bai'ah ta'liq talak 3", 15 tahun selepas masyarakat negara ini dirosakkan aqal dan hati budinya dengan "politik sodomi", usung tilam dan bicara air mani.

Iyya, lepas ini pernikahan dan institusi perkahwinan serta kekeluargaan bukan lagi suatu yang suci dan serius. Ia akan menjadi mainan orang-orang politik atas nama agama.

Adakah begini nilai politik bangsa Melayu - Islam? Lebih malang di kala rakyat terus berperang dengan kehidupan yang makin terhimpit akibat dasar memeras dan menindas regim pemerintah.

Jujur, ia sangat MEMUALKAN.

Skandal RM2.6B: Mahkamah arah Najib bela diri dakwaan belanja lebih PRU13

Tengku Adnan, syarikat 1MDB dan SPR juga diarah memfailkan pembelaan terhadap dakwaan itu yang difailkan oleh pembangkang pada 12 Ogos lalu.
najib_Tengku-Adnan_1mdb_spr_600
PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan pembelaan terhadap saman berbelanja lebih pada kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang difailkan pembangkang.
Selain Najib, tiga lagi yang diarahkan berbuat demikian ialah Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Peguam Najib, Choo Shi Jiu yang hadir bersama Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata, anak guamnya perlu memfailkan pembelaan itu 1 Oktober.
Choo berkata, pengurusan kes selanjutkan akan dilakukan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Zaki Wahab pada 9 Oktober, lapor The Malaysian Insider.
Manakala, Tengku Adnan diberi tempoh sehingga 15 September, 1MDB sehingga 14 September, manakala SPR diberi tempoh sehingga 14 September untuk mengemukakan pembelaan mereka.
Pada 12 Ogos lalu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah memfailkan saman itu kerana Najib menggunakan dana RM2.6 bilion melebihi had yang dibenarkan dalam PRU13.
Saman sivil itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menerusi peguam Tommy Thomas.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, pengakuan Najib bahawa RM2.6 blion untuk dana pilihan raya ternyata melanggar Akta Kesalahan Pilihanraya.
“Ternyata, RM2.6 bilion yang digunakan ini melebihi 26 kali ganda had yang dibenarkan seperti digariskan oleh undang-undang Malaysia,” kata Nurul Izzah.

Rosmah seru isteri pemimpin bantu hentikan fitnah..??

Ahli Bakti perlu memainkan peranan dengan tidak membenarkan sesiapa sahaja untuk memainkan sebarang isu yang boleh menyemarakkan api perkauman.
rosmah-mansur
PETALING JAYA : Isteri pemimpin negara mempunyai tanggungjawab untuk membantu mengekalkan perpaduan rakyat serta menghentikan penyebaran fitnah yang berlaku di media sosial.
Presiden Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), Datin Seri Paduka Rosmah Mansor berkata, mereka perlu memainkan peranan dengan tidak membenarkan sesiapa sahaja untuk memainkan sebarang isu yang boleh menyemarakkan api perkauman.
“Kami tidak akan membenarkan sesiapa sahaja memusnahkan perpaduan di dalam negara ini dengan menabur fitnah serta menanam sifat kebencian kepada masyarakat,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Isteri Barisan Nasional Program Tahunan Wakil Rakyat di Ipoh pada Khamis.
Isteri Perdana Menteri berkata, selain mempunyai tanggungjawab kepada suami dan keluarga, ahli Bakti harus memainkan peranan dalam memastikan keamanan dan perpaduan terus kekal untuk diwarisi oleh generasi akan datang.
Beliau juga berpendapat bahawa anggota Bakti perlu untuk menyedarkan rakyat tentang dasar-dasar dan usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk mereka, lapor The Star.

Negara luar minta PM jujur dalam skandal 1MDB dan RM2.6B..!!

PUTRAJAYA - “Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu jujur dalam isu membabitkan RM2.6 bilion dan juga 1Malaysia Development Berhad (1MDB),” kata Pengasas bersama Transparency International (TI), Michael Hershman.

Ujar beliau, Najib sepatutnya bersikap lebih telus dalam berhadapan dengan isu tersebut selain berpendapat pemimpin negara itu sepatutnya meminta maaf sekiranya melakukan kesalahan atau melanggar mana-mana undang-undang dalam negara.

“Beliau (Najib) mempunyai tanggungjawab yang besar kepada masyarakat dalam negaranya, jika dia buat salah, dia perlu meminta maaf dan berdepan dengan akibatnya.

“Siasatan berkenaan 1MDB adalah siasatan yang kompleks. Siasatan dibuat untuk merungkai persoalan adakah berlaku salah laku,penyelewengan atau rasuah dalam badan tersebut. Ia satu isu yang rumit,” katanya ketika menyampaikan ucapan sebagai panel dalam Melawan Rasuah oleh Penguatkuasa: Apa yang berhasil dan apa yang silap, di Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC), di sini, hari ini.

Isu 1MDB kian meruncing apabila portal antarabangsa The Wall Street Journal melaporkan pasukan penyiasat yang melakukan siasatan terhadap dana dan urus niaga 1MDB percaya bahawa pengaliran dana 1MDB berakhir ke dalam akaun Najib.

Portal antarabangsa itu dikatakan telah memuat naik dokumen berupa perincian bagaimana hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) disalurkan ke dalam akaun peribadi Najib, sekali gus mengaitkan pemimpin negara ini dengan dana badan pelaburan tersebut.

Najib bagaimanapun tampil menafikan perkara tersebut dan mengatakan dana itu datang dari seorang penderma dari Arab.

Pakar antirasuah: Najib, jangan tutup, tak berjaya...malunya negara dan rakyat..!!


Ahli Majlis Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) Michael Hershman menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berterus terang mengenai sumbangan RM2.6 bilion yang diterimanya.
Hershman berkata, kebenaran akhirnya akan muncul dan sebarang percubaan untuk menutupnya tidak akan berjaya.
Justeru itu, beliau berkata, lebih baik bagi Najib dan demi kepentingan Malaysia sendiri untuk mendedahkan apa yang berlaku lebih awal daripada terlambat.
"Nasihat saya kepada perdana menteri Malaysia ialah lebih baik tidak menutup, tidak menghalang keadilan kerana ia tidak akan berkesan.
"Beritahu perkara yang sebenar. Di mana wang itu datang? Apakah tujuan kegunaannya dan jika dia melakukan sesuatu kesalahan, minta maaf dan berdepan dengan akibatnya.
"Ia tidak akan hilang. Menangguhnya tidak akan menyebabkan isu ini hilang. Kebenaran akan muncul dan berdasarkan pengalaman saya, lebih cepat ia keluar (kebenaran), lebih baik untuk mereka yang tertuduh dan juga negara ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Putrajaya hari ini.

Sia-sia siasat Bersih 2.0 bila rasuah berleluasa

PKR Sedia Kerjasama Dengan Parti Baharu - Wan Azizah

Anwar Tak Berpeluang Beri Keterangan - Wan Azizah

Bersih 4.0: Ramai Akan Dipanggil

‘Indeks Persepsi Rasuah Malaysia akan terus terjerumus'

SPRM masih siasat SRC, enggan dedah butiran sekarang

RM2.6B: Cover-up won't work, Najib told

'Pijak gambar Najib, Hadi agenda provokasi pihak tertentu' - Khalid

Menteri Umno 'kurang bijak ' halang penubuhan Parti Amanah

Wan Azizah kemuka afidavit qazaf terhadap Shafee

Khalid akui Melayu berkurangan tanpa PAS

IGP: Polis siasat Dr Mahathir ikut Kanun Keseksaan

Gambar Najib di wang neraka bangkitkan kemarahan - IGP

Polis: Siasatan ke atas The Edge, Justo masih berjalan

Langgar bai'ah, bekas pemimpin PAS bayar kafarah esok

Anina setia bersama Umno, tak sertai pembangkang

Tarik pemecatan atau hadapi tindakan, kata Anina

Wan Azizah: Semua kita kerjasama, termasuk Mahathir

Pemuda, Wanita DHPP Selangor umum keluar PAS, sertai Amanah

Ketua Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Selangor Rajkumar Batumalai, bersama Ketua Wanita DHPP Selangor Pushpa Nagiah Vengdesa mengumumkan keluar parti dan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) bersama anggota jawatankuasa mereka.
Turut bersama-sama mereka adalah 24 ahli jawatankuasa Pemuda dan Wanita DHPP di Selangor termasuk ahli daripada beberapa kawasan seperti Kuala Selangor, Kuala Langat, Kota Raja, Subang, Shah Alam, dan Kapar.
"Kami memilih untuk bersama parti baharu ini atas pilihan kami sendiri tanpa paksaan atau pujukan mana-mana pihak.

"Kami percaya parti baharu ini lebih sesuai dan mesra dengan jiwa kami kerana pendekatannya yang jauh lebih inklusif, progresif, dan adil, bersesuaian dengan konsep rahmat untuk semua," kata Rajkumar pada sidang medianya di Shah Alam hari ini. Antara yang turut bersama mereka adalah seramai 500 ahli dari kawasan Kuala Selangor, 425 daripada Kota Raja, Subang (300), Shah Alam (300), Kapar (100), Hulu Selangor (300), Kuala Langat (100), dan Klang seramai 30 ahli.
Selain itu, 16 kawasan daripada 21 kawasan DHPP juga sudah dibubarkan.
"Lebih ramai ahli-ahli DHPP dari kawasan-kawasan lain akan mengikut langkah kami ini secara berperingkat memandangkan parti baharu ini memberikan keahlian penuh kepada kami," kata Rajkumar.

Dr Mahathir akan disiasat mengikut Kanun Keseksaan, kata KPN


Tun Dr Mahathir Mohamad akan dipanggil dan disiasat pihak polis berhubung ucapan yang dilakukannya ketika perhimpunan Bersih 4 minggu lalu selepas laporan polis dibuat seorang ketua Umno bahagian, kata Tan Sri Khalid Abu Bakar. Ketua polis negara itu berkata, polis akan menyiasat bekas perdana menteri paling berkhidmat itu di bawah Seksyen 500, Kanun Keseksaan.
"Kita perlu merakam percakapan dia kerana kita sudah menerima laporan polis yang dibuat oleh ketua bahagaian Umno dan kenyataan yang Tun buat berkenaan rasuah," katanya pada sidang media di IFSEC Southeast Asia di Kuala Lumpur hari ini.

Khalid juga enggan mengulas lanjut sama ada Dr Mahathir akan diberikan hak istimewa sebagai negarawan ketika siasatan dijalankan. Beliau juga enggan memberitahu bila beliau akan memanggil Dr Mahathir.
"Saya tidak mahu bincang mengenai itu sekarang (hak istimewa). Tetapi semestinya dia seorang negarawan. Jadi kita perlu menjaga seorang negarawan kita dengan sebaik-baiknya.
"Tetapi tanggungjawab polis di mana laporan polis dibuat dan satu kesalahan berlaku. Kita perlu menjalankan siasatan dan menjadi SOP siastaan kita bahawa keterangan-keterangan mereka yang terlibat perlu dirakam," katanya.
Beliau juga yakin bahawa Dr Mahahir sudah dimaklumkan mengenai perkara tersebut.
"Saya akan memaklumkan...tapi dia pun dah dimaklumkan," katanya.

Lebih ramai akan dipanggil berhubung perhimpunan Bersih 4, kata KPN

Polis akan memanggil lebih ramai lagi individu yang menyertai perhimpunan Bersih 4 minggu lalu, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini.
Beliau berkata, polis sedang mengkaji klip video dan gambar-gambar semasa perhimpunan tersebut dan akan mengambil tindakan yang sepatutnya.
"Kesalahan sudah berlaku, kita pun tak boleh biarkan ia berlalu pergi," katanya pada sidang media di IFSEC Southeast Asia di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau juga menegaskan polis akan menyiasat semua perkara yang berlaku semasa perhimpunan itu termasuk insiden individu kencing di atas gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. "Kita akan siasat semua perbuatan-perbuatan yang tidak berapa manis itu. Kita akan tengok," katanya.

'Terkuburnya saya biar bersama Umno' - Anina


Anina Saaduddin, yang dipecat daripada Umno kerana menyaman presiden parti, menegaskan kesetiaan kepada parti Melayu itu dan tidak akan menyertai pembangkang.
Beliau menjelaskan, tindakan yang dilakukannya semata-mata kerana kasih dan sayang kepada Umno.
"Saya ada menerima pertanyaan adakah saya akan sertai pembangkang selepas ini.
“Saya tegaskan apa saya lakukan pada hari ini kerana kasih dan sayang pada Umno.
“Apa jua yang berlaku, hidup dan terkuburnya saya biar bersama Umno.
"Kasih sayang saya bersama Umno akan kekal selamanya," kata Anina dalam sidang medianya hari ini.

Mahkamah arah Najib, 3 individu bela diri berhubung dakwaan terlebih belanja PRU13

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan 3 lagi individu diarah memfailkan pembelaan mereka terhadap saman berhubung dakwaan perbelanjaan berlebihan dalam kempen pilihan raya umum ke-13 (PRU13). – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 September, 2015. 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan 3 lagi individu diarah memfailkan pembelaan mereka terhadap saman berhubung dakwaan perbelanjaan berlebihan dalam kempen pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Mahkamah Tinggi hari ini mengarahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan 3 lagi individu memfailkan pembelaan mereka terhadap saman yang difailkan pembangkang berhubung dakwaan perbelanjaan berlebihan dalam kempen pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Peguam Choo Shi Jiu yang hadir bersama-sama Datuk Mohd Hafarizam Harun mewakili Najib berkata, anak guam mereka itu perlu memfailkan pembelaan menjelang 1 Oktober.
"Timbalan pendaftar (Norfauzani Mohd Nordin) memberikan arahan defendan juga perlu memfailkan permohonan menjelang 9 Oktober," katanya kepada pembeita selepas pengurusan kes.

Beliau berkata, pengurusan kes selanjutkan akan dilakukan di hadapan pesuruhjaya guaman Mohd Zaki Wahab pada 9 Oktober.

Jangan pecat Muhyiddin, Shafie daripada Umno, kata timbalan pengerusi tetap


Tan Sri Mohamed Aziz mengingatkan anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno agar tidak menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal daripada jawatan mereka kerana ia bakal memecah-belahkan parti. Timbalan pengerusi tetap Umno itu pada sidang media di pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) di Nusajaya, Johor hari ini berkata, pengguguran Muhyiddin dan Shafie daripada Kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini sudah mewujudkan suasana tidak selesa akar umbi parti itu.
"MT akan mengadakan mesyuarat pada 9 September 2015 yang akan datang, dan diberitakan akan mengambil tindakan menggantung atau memecat keahlian Muhyiddin dan Shafie.

"Jika benar berlaku ia merupakan keputusan tidak bijak ahli MT yang tentu akan menimbulkan kemarahan ahli parti," katanya. "Tentunya keputusan tersebut akan menimbulkan perpecahan di kalangan ahli parti seterusnya melemahkan parti."
Khabar angin tersebar luas sebelum ini Muhyiddin dan Shafie bakal dipecat daripada Umno dalam mesyuarat MT pada 9 September ini.

Orang Melayu perlu bersama Dr Mahathir tumbangkan Najib, kata bekas menteri

Satu-satunya cara mengeluarkan Datuk Seri Najib Razak daripada terus berkuasa ialah dengan menggerakkan rakyat di belakang Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan satu-satunya pemimpin Melayu bersedia bertindak terhadap perdana menteri, kata bekas menteri Umno Datuk Zaid Ibrahim.
Dalam teks ucapan beliau pada perhimpunan di Kelab Diraja Selangor dan disiarkan di blognya, Zaid yang pernah menjadi pengkritik kepada perdana menteri paling lama berkhidmat itu, menggesa rakyat berdiri teguh di belakang Dr Mahathir.
Beliau berkata ini perlu kerana negara hanya boleh mendapatkan perubahan bermakna apabila Melayu sanggup menerima perubahan, dan mereka hanya akan menerima perubahan daripada seorang pemimpin Melayu yang boleh dipercayai.

"Saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu untuk berdiri teguh di belakang Dr Mahathir. "Beliau adalah satu-satunya yang berani, mempunyai keberanian dan, saya jamin beliau mementingkan negara," kata Zaid, yang berkhidmat di dalam Kabinet di bawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi tetapi berhenti pada September 2008 kerana perbezaan pendapat dengan pentadbiran mengenai penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Bekas menteri itu berkata, kerajaan hari ini diurus Najib dan "pak turut" , sambil menambah perdana menteri menjadi "berbahaya" kepada negara seperti dilihat dalam tindakan baru-baru ini yang menghalang siasatan dalam skandal rasuah membabitkan dirinya sendiri.
Zaid sebelum ini pernah menyertai PKR berkata, seolah-olah tiada yang mampu menghalang Najib daripada melakukan apa sahaja difikirkan untuk mengekalkan kuasanya.

Pemecatan saya tidak sah, kata Wanita Umno Langkawi

Ahli Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin bercakap pada sidang media di pejabat peguamnya di Kota Damansara, Selangor, hari ini. Beliau menegaskan pemecatannya daripada parti tidak sah kerana terdapat kecacatan dalam surat yang dikeluarkan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 3 September, 2015. 
Ahli Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin bercakap pada sidang media di pejabat peguamnya di Kota Damansara, Selangor, hari ini. Beliau menegaskan pemecatannya daripada parti tidak sah kerana terdapat kecacatan dalam surat yang dikeluarkan. 

Ahli Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin yang menyaman Datuk Seri Najib Razak menyifatkan pemecatannya daripada parti sebagai tidak sah kerana tindakan mahkamah sedang berjalan, malah beliau sendiri belum menerima surat pemecatan itu. Anina berkata, surat pemecatan dikeluarkan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai pra matang sebelum mendapat maklumat penuh dan rasmi terhadap proses mahkamah yang sudah diambil oleh beliau.
"Ia menjadikan surat Datuk Seri (Tengku Adnan) bertarikh 1 dan 2 September 2015 sebagai pra matang kerana Datuk Seri mengambil tindakan sebelum mendapat maklumat penuh dan rasmi terhadap sebarang proses mahkamah,"kata Anina pada sidang media di pejabat peguamnya, Kota Damansara, Selangor hari ini.

Beliau juga mempersoalkan kecacatan dalam surat pemecatan yang tersebar itu, antaranya alamat salah dan tidak mengikut proses saluran parti. "Ejaan alamat saya tidak betul, perlakuan pihak Datuk Seri menyebarkan surat tersebut kepada media dan awam sebelum tarikh penerimaan peribadi saya juga adalah salah laku," katanya mempersoalkan kecacatan surat pemecatan tersebut.

Nik Abduh: GHB ni jin, manusia atau mamalia?


PAS belum boleh mengadakan hubungan politik dan menentukan sikap terhadap Gerakan Harapan Baru (GHB) yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin PAS kerana masih belum jelas bentuk dan kedudukannya.
 Ketua Pemuda PAS berkata Nik Abduh Nik Aziz, PAS masih belum berbuat demikian kerana tidak meniktiraf GHB yang menurutnya tidak jelas sama ada ia "jin atau manusia" dan "mamalia atau amfibia".
"GHB masih lagi satu masalah dan isu dalaman PAS. PAS tidak memberi sebarang pengiktirafan pada GHB, kerana masih tidak jelas sama ada ia jin atau manusia.
"Sehinggalah ia jelas dan rasmi, barulah PAS boleh membuat polisi terhadap mereka.
"Apabila mereka wujud secara rasmi, insya-Allah hubungannya ada. Macam mana hubungan itu, diteliti kemudian nanti.
"Sekarang tidak boleh lagi sebab tidak tahu lagi mereka ini mamalia atau amfibia," katanya sinis.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya dalam Wacana Merdeka "Selamatkan Malaysia" di Shah Alam baru-baru ini. Petikan ucapan beliau itu disusun dan disiarkan dalam portal Harakahdaily semalam.
Bagaimanapun, Nik Abduh berkata PAS boleh menentukan sikap yang jelas termasuk selepas GHB dibentuk dengan jelas dan rasmi dan buat masa ini PAS cuma mengadakan perjumpaan secara individu, bukan atas nama parti.
"Kalau mereka buat kumpulan tidak rasmi, kemudian ajak kumpulan PAS, itu tidak kena. Kerana PAS adalah institusi parti politik yang sah, sedangkan GHB bukan NGO mahupun parti politik," katanya.
Bekas pemimpin PAS yang tewas pada pemilihan parti itu Jun lalu, menubuhkan (GHB) dan hujung minggu lalu mengumumkan menubuhkan Parti Amanah Negara dengan menjenamakan semula Parti Pekerja-pekerja Malaysia yang hanya menyertai pilihan raya umum pada 1978.
Ekoran itu juga keanggotaan 22 bekas pemimpin PAS kemudiannya tergugur secara automatik antaranya Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub, Dr Hatta Ramli, Datuk Dr Mujahid Yusof, Dr Dzulkefly Ahmad, Khalid Samad dan Hanipa Maidin.
Dalam ucapan Nik Abduh itu juga, beliau mengakui bahawa PAS "tidak gembira" dan "hati terluka" ekoran pengisytiharan mereka keluar PAS yang sama sebelum ini mereka ada "pendidik Pemuda" dan "pembuka laluan untuk berjuang".
"Sudah pasti ini adalah berita sedih, pun begitu terpaksa ditanggung demi menjaga parti yang kita yakini bahawa ia disediakan Allah di Malaysia ini untuk menjaga ummah daripada tersasar daripada jalan lurus," katanya.

Lepas PM, Anina ugut tindakan pada Ku Nan pula


Selepas menyaman Datuk Seri Najib Razak, bekas anggota Umno Kedah Anina Saadudin hari ini mengugut mengambil tindakan terhadap setiausaha agung parti itu pula.
Anina memberi kata dua kepada Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk menarik balik surat perlucutan keanggotannya atau berdepan dengan tindakan yang akan diambil.
"Saya dengan penuh hormat meminta Datuk Seri (Tengku Adnan) untuk menarik balik dan membatalkan surat Datuk Seri tersebut dalam tempoh tiga hari bekerja selepas surat ini.
"Andai kata Datuk Seri gagal berbuat demikian, saya akan memegang hak untuk mengambil tindakan terhadap Datuk Seri kerana melanggar peraturan parti dan gagal mempertahankan dan melindungi aset parti Umno sehingga sejumlah AS$650 juta hilang daripada akaun Umno dan dilarikan ke akaun bank di Singapura yang bukan milik Umno ," katanya.
Perkara itu dinyatakan dalam sebuah notis empat muka surat kepada Tengku Adnan yang akan diserahkan hari ini.
Anina berkata demikian pada sidang media di pejabat peguamnya di Kota Damansara hari ini.

Parti Amanah Rakyat tampil garap desakan dan harapan rakyat

Dr Dzulkefly Ahmad

Genap 3 purnama, selepas “roadshow” pertama di Bakri, Muar, Johor, pada tanggal 16 Jun 2015, negara bakal menyaksikan pelancaran rasmi atau “official launching” sebuah parti politik Islam, pada tanggal keramat 16 September, 2015 ini.
Pada 31 Ogos, 2015 lalu, tarikh bersejarah dalam naratif sejarah negara-bangsa ini, sebuah NGO, Gerakan Harapan Baru (GHB) mengakhiri satu penantian umat dan rakyat. Ya, memilih membuat satu pemakluman bersamaan hari Merdeka dan selepas Bersih 4.0, yang hebat itu, bukan satu pilihan mudah. Takut tenggelam.
Namun, diukur di segi liputan akhbar cetak penguasa politik, serta lebih nyata lagi di media sosial milik rakyat, pimpinan GHB boleh menarik lafaz lega dan bersujud syukur.

Kegiatan melatari pemakluman Memendekkan cerita, GHB mendahului usaha-usaha penubuhan parti ini, dengan memohon pendaftaran sebuah parti Islam baharu yang diberi nama Parti Progresif Islam (PPI).
Segala ikhtiar dibuat dalam rangka hak yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Memahami akan kesukaran untuk mendapatkan kelulusan sebuah parti baharu melalui pengalaman di dalam negara ini, maka kami memanfaatkan wadah politik sedia ada.
Allah permudahkan segala usaha awal ini dengan membuka hati-hati beberapa aktivis sebuah parti yang sudah agak lama dorman. Maka pada 31 Ogos lalu,  GHB secara rasminya mengumumkan kami pun memutuskan untuk muncul melalui sebuah parti politik golongan pekerja dengan nama Pertubuhan Pekerja-Pekerja Malaysia atau “Parti Pekerja Malaysia” (Workers’ Party Malaysia).
Ada pun pindaan penggunaan nama dan logo Parti Amanah Negara dengan singkatan Amanah, akan kami kemukakan selepas ini kepada pihak Pendaftar Persatuan (RoS) selepas semua hal “meregularsasikan” parti ini kami lakukan. Dengan permulaan ini, ia sekali gus menampilkan sebuah lagi parti politik Islam di tanah air kita ini.
Latar belakang kelahiran parti politik Islam
Kelahiran wadah politik baru ini adalah tindak balas kami kepada pelbagai dimensi keresahan dan desakan rakyat akibat kemelut dan krisis yang menyelubungi negara.
Ketempangan tadbir-urus ekonomi serta kebejatan pengurusan kewangan negara terserlah dengan lambang kebobrokan pelbagai skandal besar 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Terkini adalah bagaimana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi penerima “donations” paling mega dalam dunia.
Kegagalan mengurus khazanah kekayaan secara baik dan mapan meletakkan negara berhutang besar, hilang daya-saing serta susut nilai mata wang negara secara mendadak serentak menjadikan negara tidak lagi merupakan destinasi pilihan pelabur.
Rakyat pula terus dicekik dengan sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang regresif dan lebih ganas membebankan golongan berpendapatan rendah dan rakyat teramai. Jurang kaya-miskin terus melebar.
Perbalahan dan api perkauman serta sensitiviti antara agama terus dibakar. Wadah-wadah politik dan NGO yang tidak memahami erti mengurus kepelbagaian serta nilai hakiki perpaduan, kedamaian dan kesejahteraan rakyat seperti dianjurkan syariat Islam merintangi erti dan tuntutan “mengongsi negara ini” atau ‘sharing the nation’.
Institusi-institusi kritikal negara gagal “menyemak-imbang” kuasa eksekutif yang terus-terusan dimandulkan cabang judisiari dan legislative. Episod-episod keangkuhan pihak eksekutif amat ketara mutakhir ini. Ia tidak lagi perlu huraian.
Meneliti konstruk politik mutakhir
Peranan pembangkang dalam menyemak-imbang penguasa ditanggapi umum sebagai “berjaya dan berkesan”. Hakikat ini lebih ketara lagi apabila muncul sebuah ‘konstruk politik’ pasca pilihan raya umum ke-12 dan ke-13, yang bolehlah disebutkan sebagai sebuah pola “sistem 2-parti”.
Komitmen serta gandingan ketiga-tiga komponen parti pembangkang; Parti Islam SeMalaysia (PAS), Democratic Action Party (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mampu menampilkan satu alternatif kerajaan dalam penantian atau ‘the government in waiting’.
Di peringkat negeri Pakatan Rakyat (PR) pernah memerintah 5 buah negeri pasca pilihan raya umum ke-12. Mengecap sokongan popular ke paras 52% seluruh persekutuan adalah bukti meyakinkan.
Gerakan dan politik Islam berhajatkan penerusan muafakat politik
Kini malangnya, PR sudah berakhir. Meskipun menjalankan beberapa tadbir-urus dalam negeri-negeri yang masih diperintah, hakikatnya PR sebuah koalisi politik sudah terkubur. Koalisi politik ditakrif dengan pemeteraian dasar-dasar bersama yang didukungi keyakinan dan komitmen serta iltizam oleh kesemua parti komponen koalisi.

Cukuplah mengkhianati Dr Hatta, biarlah dia berlalu...

MSO

Dr Mohd Hatta, tahniah atas keberanian.
Lewat petang semalam saya menghubungi seorang Exco Kelantan yang juga pimpinan tertinggi Pas negeri itu. Saya memohon kepada exco berkenaan supaya meminta Mohd Amar Nik Abdullah (Nik Amar) tidak menimbul atau memainkan isu bai'ah yang membabitkan ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli. Saya sungguh sedih apabila isu bai'ah Dr Hatta itu dijadikan isu politik murahan.

Saya meminta agar Nik Amar dapat dinasihati supaya tidak menjadi terlalu buruk dan huduh dengan menimbulkan perkara itu. Biarlah kalau hendak menjadikan sesuatu isu sebagai bahan polemik dan mempopularkan diri, carilah isu yang waras dan tidak menunjukkan kecetekan telaga politik kita.

Isu bai'ah itu bagi saya ia bukan isu yang waras. Ia isu terperibadi dan rahsia Pas. Dan isu itu bukan persoalan sebenar dalam perjuangan menegakkan agama, bangsa dan negara. Ia adalah isu terpencil dan bersifat individual yang mana bila diketengahkan menjadi bahan gelak orang lain.



Peraturan (bai'ah) itu juga sebenarnya strategi politik Pas yang tidak patut didedahkan. Sebelum ini bila ada dakwaan Pas buat bai'ah, Pas bermati-matian, atau dalam bahasa sekarang "giler giler" buat penafian.  Jadi apabila ia didedahkan dengan penuh ghairah bermakna Pas meneyelar batu pelernya sendiri.

Ahmad Yaakub, lihat juga diri sendiri.
Permintaan saya itu ekoran ada laporan dalam media massa yang Nik Amar membuat kenyataan kononnya status perkahwinan Dr Hatta dengan isterinya telah gugur. Nik Amar berhujah, apabila ahli parlimen itu sudah meninggalkan Pas untuk bersama GHB, maka talak ke atas isterinya jatuh. Bukan satu tetapi tiga.

Cara Nik Amar itu sungguh berani (baca juga angkuh) seolah-olah dia tahu apa yang ada dalam hati Dr Hatta. Dia juga telah menjatuhkan hukum sebelum perbicaran diadakan. Yang berhak membuat pengesahan mengikut perundangan sama talak itu berlaku atau tidak, hanya mahkamah. Islam kaya dan luas dengan pelbagai juzu dan cabang hukum. Islam itu adalah agama menyenangkan bukan menyusahkan. Islam memaaf bukannya menyerang dan memfitnah secara sambrono.

Dalam banyak kejadian hari ini, penganut Islam "komoh" menjadikan Islam sempit dan rigid. Suka mempermain-mainkan Islam. Menggunakan peraturan Islam pada tempat dan ruang yang tidak sewajarnya. Konsekuensi Islam sudah dirosakkan. Sebab inilah Islam menjadi rendah, diketawakan dan adakalanya hilang maruah di kalangan bukan Islam.

Begitu senang menghukum perkahwinan seseorang itu termansuh hanya dengan sebuah peraturan dibuat oleh parti politik. Kalau pun pada majlis angkat bai'ah itu Dr Hatta ada, sama-sama melafazkan apakah Nik Amar atau sesiapa sahaja tahu akan niat Dr Hatta pada masa itu?  Siapa boleh menjamin yang Dr Hatta beriktikad dengannya? Apa-apa yang bersifat khofi berada dalam hati, tidak dapat diduga sesiapa.

Saya rasa bukan sahaja Dr Hatta, tetapi Nik Amar dan orang lain juga tidak akan menjadi isteri sebagai sandaran politik. Bukankah lafaz bai'ah itu satu rukun agama yang ditambah oleh Pas bukan sesuatu yang dimaktub dalam rukun utama Islam? Mereka yang tahu hukum nikah kahwin dan jatuh talak memahmi perkara itu dan tidak akan mudah mempermain-mainkannya. Bai'ah yang diperbuat itu juga bagi saya bidaah kerana ia ditambah dengan sesuatu yang bersifat buruk dan keji.

Dari satu segi perundangan, tambahan dibuat dalam surat lafaz bai'ah itu seperti mana yang dibuat oleh bakal wakil rakyat Pas termasuk Ahmad Yaakub itu suatu penghinaan kepada kaum wanita termasuk isterinya. Mereka mengadaikan darjat isteri hanya kerana ingin menjadi calon. Jelas mereka berpegang kepada bai'ah itu mereka yang cetak agama. Mempermain-mainkan agama dan tidak ada nilai keagamaan sebenarnya.

Isteri sama sekali tidak mengetahui yang mereka dijadikan gadaian menerusi bai'ah itu. Ketidak adilan seorang suami terhadap isterisnya berlaku dalam hal ini dan dimanakah duduknya Pas sebagai parti Islam itu? Ini dimaksudkan bai'ah itu karut marut. Bai'ah seperti ini sudah tentu akan ditentang oleh pejuang hak asasi manusia dan wanita.

Kenapa sampai begitu sekali. Inilah dikatakan fahaman ahli-ahli Pas mengenai bai'ah itu sebagai sesat kerana meletakkan politik parti melebihi dari segala-galanya. Di sinilah juga maka sesetengah orang kesal dan sedih apabila Pas mencampur adukkan elemen politik dengan peraturan (munakahat) syariah agama.

Mengapa pilih kasih dalam kejadian pijak gambar?

oleh V Shuman
Jika anda mengikuti perkembangan berita, anda pasti mengetahui yang wujudnya kekecohan tentang sebuah gambar menunjukan peserta Bersih 4 memijak sekeping gambar.
Bukan sebarangan gambar, tetapi gambar yang sudah diubah suai menunjukkan Perdana Menteri Najib Razak dan presiden PAS Abdul Hadi Awang dalam keadaan mesra.
Gambar tersebut, yang kini sedang tersebar dalam internet, menunjukan seorang wanita memijak gambar tersebut dan seorang lagi berdiri berhampiran.
Pelbagai pihak telah mengecam tindakan tersebut dan laporan polis telah dibuat. Polis, menjalankan tugas mereka, telah meminta wanita yang tertera dalam gambar tersebut menyerahkan diri untuk membantu siasatan.
Inilah bahagian yang kelakar- mereka yang beria-ria tentang isu ini adalah ahli-ahli Umno dan Perkasa.
Biar kita betul-betul jelas. Penulis, dan SemutHarian, tidak pernah bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh dua wanita itu.
Ia adalah tindakan yang keanak-anakan, tidak wajar dan tidak berguna, kecualilah kalau kita semua adalah kanak-kanak berumur 10 tahun dalam pusat tahanan juvana.
Walaupun berkata demikian, anda tidak menerima hakikat yang ahli Umno dan Perkasa menjadi begitu bengang dengan tindakan tersebut, sedangkan mereka juga pernah berbuat demikian malah lebih teruk lagi.
Mari kita imbau fakta-fakta kejadian.
Pemuda Umno menyifatkan tindakan itu sebagai “biadab” dan “tidak bermoral”, yang mereka sifatkan sengaja dilakukan untuk membangkitkan kemarahan penduduk majoriti Melayu Islam.
Presiden Perkasa Ibrahim Ali, tidakah mengejutkan, memberikan kesimpulan yang sengaja diputar belit, menyifatkan tindakan memijak itu sebagai tindakan “perkauman”.

Harga pengundi terlalu murah, bagaimana kita hendak ubah sistem?

oleh Edgar Ong
Berapakah harga untuk “membeli” sokongan di Malaysia? Adakah ia benar-benar berlaku? Mungkin tidak akan jawapan yang pasti, tetapi petanda-petanda yang wujud sangat membimbangkan.

Berdasarkan kejadian yang baru sahaja berlaku, laporan mengatakan bahawa antara 6,000 penyokong yang turun ke perarakan Bersih 4 di Kuching di Song Kheng Hai Ground, terdapat dua buah bas yang dipenuhi dengan 40 orang penduduk kampung telah “digoda” dengan janji pengangkutan percuma untuk “Lawatan Ke Sekitar Bandar Kuching” dan tidur semalaman, semua perbelanjaan ditanggung.

  
Kemudian wujud pula kejadian yang berlaku kepada seorang kawan saya, yang juga terlibat dalam dunia kewartawanan, yang dihampiri oleh seorang lelaki. Lelaki tersebut, yang datang dari tempat tinggalnya di Simunjan, kira-kira empat jam perjalanan menaiki bas dari Kuching, telah bertanya padanya, “Bilakah kita akan mendapatkan wang tunai dari penganjur?”.
Kawan saya bertanya adakah dia ada dijanjikan akan dibayar untuk datang. Jawapan dari pengundi luar bandar itu ialah tidak, tetapi “itulah yang selalu berlaku” adalah jawapan tambahan darinya.
Mari kita congak. “Penganjur” sesetengah acara terpaksa membayar lebih kurang RM3,200 untuk keseluruhan pakej, bermaksud untuk 40 orang penumpang (baca sebagai pengundi), ia hanyalah bernilai lebih kurang RM80 “pelaburan” untuk setiap seorang.
Malah sekiranya mereka terlalu bermurah hati dan memberikan seorang RM100 sebagai elaun tunai, ia hanyalah bernilai RM180 untuk setiap orang yang “diajaknya” menyertai acara bagi menambah jumlah pengunjung yang datang menyokong acara yang dijalankan!
Tidaklah mahal sangat, sebenarnya saya nak cakap murah, walau apa pun yang kita fikirkan. Saya pasti terdapat juruwang yang kreatif yang akan memastikan si penganjur mampu melambungkan lagi bil tuntutannya kepada ‘towkay’ acara atau sesiapa sahaja yang menyuruhnya membuat kerja tersebut. Malah mungkin dia juga memperolehi jumlah wang selumayan seperti pakej yang ditawarkan.