Selasa, 1 September 2015

SPRM: Najib Tidak Akan Berucap Dalam Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC)

Kerajaan Beli Kapal Perang RM3 Bilion?

Masalah DEIG Tak Sama Dengan 1MDB

Surat pengguguran akan diedar kepada 22 pemimpin PAS

(Bersih 4) Ustaz Ahmad Awang: Doa Selamat Untuk Semua Bangsa

(Bersih 4) Mandeep Singh: Apabila Anak Muda Bangkit, Pemimipin Yang Menindas Rakyat Akan Jatuh

(Bersih 4) Nashita Noor: Demi Anak Kita, Cucu Kita & Generasi Yang Akan Datang, Kita Terus Lawan

(Bersih 4) Fadiah Nadwa: We Got To Reclaim This Country From The Robbers

(Bersih 4) Fadiah Nadwa: Kita Ada Disini Kerana Kekayaan Negara Kita Terus Dirompak Oleh Pemerintah

MT perlu rasional sebelum pecat Muhyiddin


MUAR - Majlis Tertinggi (MT) Umno diminta supaya lebih rasional membuat keputusan untuk memecat Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam mesyuarat MT pada 9 September ini.
Timbalan Ketua Umno Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed berkata, sebarang keputusan yang hendak dibuat perlu melihat serta mengutamakan kehendak dan suara akar umbi demi masa depan parti.
MT perlu rasional sebelum pecat Muhyiddin“Dalam keadaan politik negara yang tidak stabil ini, sekiranya tindakan tersebut dibuat (pecat Muhyiddin) dikhuatiri akan mencetuskan lagi kemarahan rakyat pada tahap yang luar biasa.
“Kita semua sedia maklum bahawa orang Johor telah terluka apabila Muhyiddin digugurkan daripada senarai kabinet baharu sebagai Timbalan Perdana Menteri dan bimbang perkara tidak diingini berlaku jika Ahli Parlimen Pagoh diturunkan (Timbalan Presiden Umno) khususnya dalam bahagian Pagoh itu sendiri,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, kemarahan rakyat masih lagi boleh bertahan apabila Muhyiddin disingkirkan sebagai pemimpin nombor dua negara kerana akur dengan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Bagaimanapun tidak boleh menafikan kuasa rakyat yang memilih Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden Umno atas faktor keyakinan mereka terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
“Saya risau jika suara rakyat diketepikan akan mendorong rakyat melakukan tindakan di luar kawalan yang akhirnya boleh menjejaskan parti dan negara. Dengan sebab itu, saya berharap MT lebih memikirkan suara rakyat berbanding kehendak tertentu,” katanya.
Katanya, jasa dan sumbangan besar Muhyiddin kepada Umno selama lebih 40 tahun perlu dikenang kerana beliau pernah bertanggungjawab menghidupkan semula Umno semasa diharamkan pada 1988.
Ismail berkata, Muhyiddin yang ketika itu Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Melayu Johor (PMJ) di Johor Bahru telah mencetuskan satu resolusi yang kemudian diperkenan Sultan Johor sebelum berjaya menghidupkan parti keramat tersebut.


Pendaftaran Keahlian Parti Amanah Negara Secara Online

Salam Sejahtera,


Buat masa ini anda boleh menggunakan links berikut untuk daftar keahlian parti baru ini sehingga kami dapat daftar domain atau url tetap.

Data akan tetap sama bila kami guna url baru nanti:
bit.ly/1fQybG8
bit.ly/1NIb7rK
Buat masa ini sila daftar keahlian Parti Amanah Negara di sini. Sebarkan.

Sekian, terima kasih
JK Komunikasi dan Media PARTI AMANAH NEGARA

Perutusan DS Anwar Ibrahim mengenai penubuhan Amanah


DS Anwar Ibrahim telah menyampaikan perutusan berikut melalui peguam beliau pada 1 September 2015:

“Saya telah dimaklumkan mengenai niat penubuhan Parti Amanah Negara (PAN) seperti yang telah diumumkan Sdr Mohamad Sabu semalam.
Penubuhan sebuah parti pembangkang baru yang komited kepada perubahan dan reformasi merupakan satu petanda baik bagi politik matang yang mengetengahkan kebertanggungjawaban demokratik.
Amanah akan terus mengukuhkan pembangkang di peringkat nasional, bersama KEADILAN, PAS, DAP; dan kami akan memperluas muafakat ini termasuk kepada NGO-NGO lain yang komited dan yang berkongsi matlamat yang sama.
Fokus kini adalah untuk memberikan Rakyat satu alternatif yang berdaya maju, berasaskan kedaulatan undang-undang dan nilai-nilai demokratik.”

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

Mahathir & rejim hibrid

Oleh Faisal Tehrani   
Aku berasakan gerakan atau organisasi BERSIH akan mendapat perhatian jawatankuasa pencalonan Hadiah Nobel Untuk Keamanan tidak lama lagi.
Kenapa? Lima tahun lalu, dalam bulan Ogos 2010, Cambridge University Press menerbitkan sebuah kajian yang sangat penting.
Judulnya, Competitive Authoritarianism: Hybrid Regimes After the Cold War yang ditulis oleh dua saintis politik, Steven Levitsky dari Universiti Harvard dan Lucan A Way dari Universiti Toronto.Buku tersebut bagaimanapun bermula dengan sebuah artikel akademik The Rise of Competitive Authoritarianism di sebuah jurnal pada tahun 2002.Apakah isi mustahak kajian tersebut yang berkait dengan BERSIH?
Kedua-duanya, meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara dibawah kategori ‘rejim hibrid’. Kelompok bersama Malaysia adalah Kemboja, Kenya, Nigeria, Peru, Rusia, Ukraine, Serbia dan Zimbabwe.
Apakah persamaan yang ada antara Malaysia dan negara-negara tersebut? Menurut Steven Levitsky dan Lucan A Way, negara yang disenaraikan di atas adalah pengamal ‘competitive authoritarianism’ atau secara mudahnya, negara yang mana kerajaannya adalah pengamal pilihan raya dengan elemen autoritarianisme.
Harus diingatkan, mereka berdua bukanlah satu-satunya kelompok saintis politik yang pernah menamakan Malaysia selaku pengamal ‘competitive authoritarianism’; bersama dengan mereka, Larry Diamond dengan artikel bertajuk Thinking About Hybrid Regimes turut menamakan Malaysia sebagai negara yang tidak mengamalkan demokrasi penuh di mana nama yang beliau gunakan adalah ‘pseudo democracy’; pada tahun 2008 Leonardo Morlino, seorang profesor sains politik dari Florence, Itali yang menulis Hybrid Regimes or Regimes in Transition? turut meletakkan Malaysia dalam rejim hibrid dengan Tonga, Djibouti, Gabon dan Ethiopia iaitu rejim hibrid yang kukuh dan telah mengalami kestabilan, atau sukar diubah menjadi demokrasi penuh.
Dalam tahun 2011, Jiri Holik dari Association for International Affairs berpangkalan di Prague mengelompokkan Malaysia dalam kategori tersebut menerusi kajian beliau bertajuk Malaysia: Between Democracy and Authoritarianism. Dalam erti kata lain, terminologi ini sudah cukup terpakai dalam bidang sains politik. Atau dalam bahasa yang menyedihkan Malaysia dikelompokkan dalam ‘negara bangsat demokrasi’ oleh ramai sarjana.
Sayugia diingatkan, kepincangan demokrasi di Malaysia bukanlah dibangkitkan oleh cendekiawan luar negara sahaja. Isu ini dibangkitkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia dalam tahun 2007. Dalam satu persidangan sempena hari hak asasi manusia peringkat Malaysia pada 9 September 2007 di Kuala Lumpur, SUHAKAM telah menegaskan bahawa demokrasi bukanlah hanya pilihan raya tetapi ‘apa yang terisi antara pilihan raya tersebut’.
Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman dalam ucap utamanya ketika persidangan itu mengatakan selepas 50 tahun merdeka, masanya sudah tiba untuk Malaysia melihat semula perjalanan sistem demokrasinya khusus melibatkan pilihanraya. Ia harus dilakukan menerusi dialog dan forum awam. Abu Talib melihat segala ketidakadilan dalam pilihanraya berlaku sehingga menjejaskan keadilan dan kesetaraan yang ditekankan dalam sistem ‘dari rakyat untuk rakyat ini’. SUHAKAM malah menegaskan, secara nyata ciri-ciri penting yang menunjangi ‘competitive authoritarianism’ wujud dalam sistem demokrasi negara ini.

Pas hantar surat kepada AJK Parti Pekerja

TAKIYUDDIN HASSAN
KOTA BHARU - Pas akan menghantar surat rasmi kepada 22 ahlinya yang dilantik sebagai jawatankuasa Parti Pekerja Malaysia termasuk lampiran salinan Bai'ah kepada wakil rakyat terlibat.
 
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, surat tersebut adalah sekadar peringatan bahawa mereka yang terlibat dalam parti baharu itu bukan lagi ahli Pas.
 
Menurutnya, berdasarkan Fasal 15 Perlembagaan Pas pemberhentian ahli adalah disebabkan tiga perkara iaitu atas permintaan sendiri, dipecat dan mengisytiharkan diri keluar Pas atau menyertai parti lain.
 
"Bila ahli Pas isytihar menyertai parti lain secara automatiknya keahlian mereka mengikut Perlembagaan Pas dilucutkan.
 
"Tiada tindakan akan diambil ke atas mereka tetapi atas dasar pentadbiran kita akan menulis surat kepada mereka dalam masa terdekat ini sekadar makluman," katanya dalam sidang media di JKR 10 di sini, semalam.
 
Turut serta Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Ketua Pemuda Pas negeri, Ahmad Fadhli Shaari.
 
Dalam pada itu, Mohd Amar berkata, pendirian parti jelas di mana mereka yang terlibat dalam parti baharu khususnya wakil rakyat Pas perlu meletak jawatan.
 

Politik budak-budak atau bocah telanjang

Oleh Mohd Sayuti Omar 


Nilai berpolitik di kalangan rakyat negara ini masih belum meningkat dan terikut-ikut dengan cara lama penuh dengan sentimen dan melayan perkara2 yang remeh temeh.

Misalnya isu, provokatif dalam kejadian gambar presideng dan Najib dipijak oleh orang berpakaian baju kuning Bersih dianggap serius.

Hari ini dibuat laporan polis atas kejadian itu yang dianggap biadap. Dalam politik demokrasi, kebiadaban dihalalkan. Parti2 yang menerima sistem politik negara ini terikat dengan "matlamat menghalakan cara". Sebab itu saya kata politik demokrasi bukan sesuatu yang bersih.

Pijak gambar, ludah, pancar kencing, ubah gambar pemimpin jadi tubuh babi dan sebagainya adalah politik rendah moral. Low class yang tidak perlu dilayan dan diberikan publisiti. Tetapi nampaknya isu-isu itulah diutamakan dan dijadikan modal.

Modal dalam politik ialah idea, kemukakan pembaharuan dan cadangan2 yang dinamik untuk merubah keadaan negara bukan mendedahkan kerendahan akhlak kita. Politik yang sedemikian bolehlah digelarkan politik budak-budak atau bocah telanjang.

Ubahlah cara kita berpolitik, tackle isu ataupun cipta isuisu biar yang ada nilai dan kelas sikit. Wassalam Mso.

Inilah dakwah, ada give and take

Oleh Fatihin Abshar


Semalam kali pertama solat dikelilingi oleh Non Muslim
Serius rasa terharu
Bila jalan nak ke tempat solat
Dorang bukan sahaja tepi tepikan badan untuk bagi kita Melayu ni jalan
Tapi siap tundukkan badan dan tunjukkan tangan sambil cakap " sila sila"
Bukan seorang dua, tapi ramai yang buat macamtu!
Uh
Baik betul, rasa dihormati beb
Bila aku bentang kain aku, dorang siap susunkan beg beg kami ni
Waktu solat, tiada lagi tiupan vevezuela, sorakan Bersih! Bersih!
Semua senyap lihat Muslim bersolat,
Non Muslim berdiri sekeliling, dengan tangan pegang kamera dan riak muka ingin tahu yang sangat jelas kelihatan
Waktu aku dah habis solat, nak lipat kain lapit sujud aku, ada seorang wanita cina muda ni, asyik pandang je aku ,lepas tu senyum, Aku lipat lagi,dia pandang aku dan senyum lagi
Lepastu dia tengok aku masukkan kain tu dalam beg aku
Aku rasa wanita cina ni tak pernah lihat Muslim solat kot
Pandang macam tu sekali. Haha
Dan ada seorang kawan aku ni, niaga moist cake, minta tolong jagakan moist cake waktu nak solat. "Auntie, yang ini tak boleh bawa masuk dalam, boleh ke auntie tolong jagakan kejap, auntie ambillah ni satu moist cake, makanlah"
Auntie pun balas "haa boleh boleh"
Nak dijadikan cerita, waktu kawan aku nak ambil coklat moist cake tu, hujan dah mula turun
kawan aku nampak yang auntie tu siap payungkan lagi coklat moist cake dia
dan dia tak makan pun moist cake tu!
MasyaAllah
Inilah dakwah, ada give and take
Mutual respect
Barangkali ini kali pertama Non Muslim melihat orang Islam bersolat
siapa tahu?
Tapi ada beberapa yang islamis memaki hamun demontrasi kononnya tidak menjaga syariat,ikhtilat entah ke mana
Mesej besar BERSIH 4. 0 iaitu 5 isu besar negara diperkecilkan dek beberapa keping gambar
Tuntutan

BERSIH timbang saman SKMM dan menteri dalam negeri


BERSIH hari ini berkata ia sedang mempertimbangkan untuk membawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ke mahkamah atas tindakan mereka terhadap BERSIH.
Khususnya, BERSIH akan mencabar langkah SKMM untuk menyekat laman web pergerakan itu www.bersih.org dan www.globalbersih.org dan tindakan Zahid mewartakan baju kuning BERSIH 4 sebagai haram.
Dalam satu kenyataan, BERSIH mendakwa tindakan SKMM dan menteri dalam negeri itu berniat jahat.
Ia seterusnya mendakwa mereka telah menyalahgunakan kuasa mereka dan mengharamkan hak yang sah kebebasan bersuara oleh jutaan Malaysia yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
"Oleh itu, BERSIH akan mempertimbangkan untuk mengambil semua langkah yang perlu untuk membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh SKMM dan menteri dalam negeri," kata BERSIH lagi.
BERSIH turut menegaskan bahawa perhimpunan hujung minggu lalu di mana ratusan ribu orang telah hadir, berjalan secara aman walaupun amaran daripada pihak berkuasa supaya mereka tidak menghadirinya.

Melalui Bersih 4, masyarakat Cina bandar menyatakan mesej mereka

oleh Lee Yuk Peng
Perhimpunan Bersih 4 yang baru sahaja selesai membangkitkan beberapa perkara yang berbaloi dibincangkan.
Pertama, majoriti peserta adalah masyarakat Cina bandar.
Dikenali sebagai golongan yang tidak sukakan konfrontasi, mereka ini yang majoritinya golongan kelas pertengahan jelas mengumpul keberanian daripada Bersih sebelum ini untuk menyertai perhimpunan aman kali ini.
Perhimpunan jalanraya tentunya bukan cara masyarakat Cina untuk menyelesaikan masalah. Pendekatan tradisi mereka adalah dengan berunding dengan parti politik.
Tidak seperti perhimpunan Bersih sebelum ini yang dipimpin masyarakat Melayu, kurangnya orang Melayu dalam Bersih 4 ini jelas kerana Umno dan paling utama Pas yang tidak menyertainya.
Ketua Pegawai Eksekutif Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) Tan Ah Chai dilaporkan berkata, Bersih 4 menunjukkan jurang di antara masyarakat Cina dan Melayu dalam konteks kebimbangan mereka terhadap masa depan negara.
“Masyarakat Melayu sedang keliru. Mereka juga tidak gembira dengan keadaan sekarang. Namun Umno sedang mengalami masalah dalaman, PAS berpecah dan PKR mempunyai beberapa masalahnya sendiri. Untuk memobilisasi masyarakat Melayu, parti politik masih diperlukan, bukannya NGO,” katanya seperti dipetik akhbar Sin Chew Daily.
Namun bagi masyarakat Cina, perkara sebaliknya berlaku apabila mereka semakin tidak bergantung kepada parti politik.
Peserta Bersih 4 mengambil inisiatif untuk hadir.
Generasi muda Cina tidak lagi berpuas hati untuk menjadi pemerhati apabila berkaitan isu nasional yang utama.
Penganalisis politik Profesor Ho Khai Leong pula berkata kepada Sin Chew Daily yang melalui Bersih 4, anda boleh melihat meningkatnya kesedaran di kalangan masyarakat Cina berhubung gerakan politik dan NGO.

Mereka telah mengatasi konservatisme dan ketidakpedulian dalam politik dalam diri mereka,  serta rasa takut berlakunya pertembungan ketika perhimpunan.
Satu lagi perkara yang boleh diperkatakan adalah tindakan politikus pembangkang yang “menceroboh” perhimpunan.
Aa pemimpin pembangkang daripada DAP dan PKR yang telah memimpin peserta perhimpunan.Walhal Bersih sepatutnya melangkaui politik.

Lawan & tak sebulu Najib..kena PECAT, Nak kekal lama dlm UMNO.. kena KUAT JILAT..


Malaysia Semakin Glamour di bawah pemerintahan Najib..

Kali ini dari keratan akhbar (FRONT PAGE) lagi di Munich, Jerman.. dan juga mnjadi 'front page cover' seluruh Eropah..

Perihal Bersih 4 dan PAS yang bakal tersisih

Sayang seribu kali sayang, dikala ratusan ribu rakyat turun merayakan pesta demokrasi Bersih 4 di Dataran Merdeka, parti  PAS memilih untuk tidak menjadi peserta. Bukan setakat menjadi pemerhati, bahkan PAS memilih untuk menjadi pengkritik kepada program yang dihadiri suku juta rakyat (mengikut sesetengah bancian) tersebut. Tidak dinafikan, mengikut beberapa badan kajian berkecuali, ratusan ribu perserta bersih tersebut majoritinya adalah bukan Melayu, Cina khasnya.
Yang pasti, PAS terperangkap dengan sindrom penafian dan siege mentality. PAS masih belum bersedia menerima hakikat. Hakikat demokrasi akan terus meriah, dan suara rakyat akan tetap lantang.
Sebelum PAS merasai terdorong untuk  kekal berbangga dengan sikap berkecuali mereka dan memperlekehkan usaha penganjur, PAS harus memahami beberapa hakikat dan realiti lanskap politik sediada yang memberi natijah dari boikot mereka, antara lain;

Hakikat 1: Nasib 54 kerusi PAS, ditangan 1 juta pemilih bukan Melayu.
PAS  jangan lupa akan percaturan berebut kerusi menjelang setiap pilihanraya. Sudah menjadi tradisi PAS dan persepsi umum PAS sangat bermegah dengan jumlah kerusi yang ditandingi (sekaligus  membawa mesej kepada rakyat PAS sangat berpengaruh dalam percaturan negosiasi kerusi, dan bukan parti umpama pipi tersorong-sorong dan terhegeh-hegeh mengharapkan ihsan DAP atau PKR untuk menagih jumlah kerusi yang banyak). Pada PRU13 yang lalu, PAS diberi sejumlah 73 kerusi , jauh melepasi 51 kerusi DAP. Satu pembahagian yang dikira besar dan pengiktirafan kepada PAS sebagai rakan kongsi utama barisan pakatan pembangkang. Pada waktu itu.
Bagaimanapun, semua sudah sedia maklum, pencapaian PAS adalah yang paling tercorot, berbanding rakan kongsi Pakatan Rakyat yang lain.
Dari 73 kerusi parlimen yang di peruntukkan kepada PAS untuk ditandingi pada PRU13, PAS berjaya memungut sejumlah 1,633,389 suara undi.
Satu perkara yang PAS perlu ingat, terdapat lebih 1 juta pengundi bukan Melayu, di seluruh kawasan yang di tandingi PAS. Umum juga mengetahui berbanding Umno/BN, lebih rami kaum bukan Melayu, kaum Cina khasnya yang mengundi Pakatan Rakyat, termasuklah PAS. Dengan kata lain, hasil gabungan dalam Pakatan Rakyat, PAS mendapat limpahan manafaat undi bukan melayu, yang membantu memenangkan calon-calon mereka.
Dari 73 kerusi tersebut, sejumlah 54 kerusi PAS adalah bergantung kepada undian bukan Melayu. Tanpa undi bukan Melayu, PAS tidak mampu memperoleh majoriti yang begitu  besar untuk menewaskan Umno, ataupun setidaknya mampu merapatkan jurang defisit majoriti Umno/BN kedalam jangkauan untuk menang.
Tetapi dengan sikap yang merasakan mereka kuat, mampu bersendiri, dan tidak memerlukan ihsan pengundi bukan Melayu, PAS berdepan dengan risiko kehilangan semua 54 kerusi tadi.
Hakikat 2: Nasib 21 kerusi yang dimenangi, belum tentu milik mutlak kelompok konservatif.
Dari 21 kerusi yang dimenangi, sejumlah 13 kerusi sememangnya sudah diiktiraf sebagai kerusi PAS, secara geografi, tradisi mahupun demografi pemilih melayu nya. Bagaimanapun, harus diingat 13 kerusi ini tidak semuanya dikira kerusi selamat untuk PAS. Sekurang-kurangnya 4 kerusi boleh dikira marginal dan masih dalam jangkauan untuk direntap musuh tradisinya, Umno
Dari baki 9 kerusi yang ‘betul-betul selamat’ dari jangkauan Umno itu pula, tidak semuanya boleh dikira sebagai kerusi milik mutlak puak-puak konservatif dalam PAS, mengambilkira pergolakan dalaman dan pengaruh puak-puak progresif yang cuba disingkirkan puak konservatif.

Buat kita seekor-seekor yang bangsat

Aku (Chairil Anwar)
Kalau sampai waktu ku
Ku mahu tak seorang 'kan merayu
Tidak juga kau
Tak perlu sedu sedan itu!
Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya yang terbuang
Biar peluru menembus kulit ku
Aku tetap meradang menerjang
Luka dan bisa ku bawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri
Dan aku akan lebih tidak peduli
Aku mahu hidup seribu tahun lagi!

Bagaimana Bersih 4.0 mengajar kita

Bersih 4.0 benar-benar mengajar kita kemerdekaan bukan milik sesetengah pihak. Ia bukan milik kerajaan semata-mata, namun hakikatnya ia milik seluruh rakyat Malaysia.
Menyifatkan himpunan Bersih 4.0 sebagai tidak patriotik adalah tidak adil. Kemerdekaan negara ini dicapai dengan semangat perjuangan, dan Bersih membawa mesej perjuangan yang jelas negara ini perlu diurus tadbir dengan berkesan.
Malam pemisah antara himpunan Bersih dengan sambutan kemerdekaan menyaksikan bagaimana Bersih dikendali dengan baik jika dibandingkan dengan kumpulan berbaju merah yang cuba merempuh masuk ke pentas dataran merdeka.

Bersih 4.0 mengajar kita himpunan aman bukanlah sesuatu yang mustahil. Adalah sangat mengejutkan apabila himpunan siri ke-4 ini berlangsung dalam keadaan yang sangat harmoni. Tanpa provokasi serta pengkhianatan daripada pihak yang menyamar sebagai demonstran, Bersih kali ini berjaya dikendalikan dengan baik oleh pihak polis. Rakyat tidak takut lagi untuk memakai baju Bersih sejak mula, hatta semasa dalam kereta api. Ini berbeza dengan siri-siri yang lalu di mana mereka menyorokkan baju Bersih terlebih dahulu sebelum tiba di kawasan berhimpun.
Kerjasama yang baik antara demonstran dengan pihak polis akhir sekali dizahirkan dengan dendangan lagu yang dinyanyikan bersama-sama oleh pihak demonstran sebagai menghargai jasa pihak polis.
Bersih 4.0 kali ini mengajar kita kesejahteraan hubungan antara kaum bukanlah retorik. Berita-berita mengenai bukan Islam yang terpapar di dada-dada media sebagai tidak selesa dengan laungan azan yang berkumandang, kini kelihatannya bertentangan dengan realiti Bersih.
Bukan Islam di himpunan ini membantu untuk meredakan sorakan, menyediakan ruang, bahkan menawarkan khidmat air wuduk kepada demonstran Muslim yang ingin mendirikan solat. Fenomena ini cukup menguja kerana, iklan yang selama ini mempromosi hubungan antara kaum sebatas unsur manusiawi kini melangkah jauh merentasi unsur ibadah dalam agama masing-masing.
Bersih 4.0 bukan sahaja mengajar kita untuk hidup beragama, tapi juga untuk hidup bertuhan. Masakan tidak, kali ini, rumah-rumah ibadat selain Islam juga turut membuktikan kebersamaan mereka menentang kezaliman dengan menyediakan khidmat hospitaliti kepada para demonstran untuk berteduh dan menyegarkan diri.

Tahniah rakyat Malaysia, Bersih 4

Perhimpunan Bersih 4 dengan jayanya berlangsung selama 34 jam bermula pada jam 2 petang pada 29 Ogos sehingga jam 12, detik malam kemerdekaan 31 Ogos yang lalu. Himpunan ini menyaksikan satu lagi catatan baharu dalam lembaran sejarah bagi suasana politik negara.
Dengan anggaran 500,000 rakyat Malaysia berbilang kaum yang turun memenuhi kawasan berhampiran Dataran Merdeka untuk bersama dalam tuntutan Bersih 2.0, himpunan bagi edisi ke 4 ini dilihat berlangsung dengan begitu aman dan penuh gemilang .
Walaupun media milik parti pemerintah masih mengambil pendekatan reaksioner dalam melihat kejayaan himpunan Bersih 4 ini apabila masih menggunakan isu perkauman dengan mendakwa hanya 10% peserta berbangsa Melayu menghadiri himpunan ini manakala majoritinya didominasi kaum Tionghua.

Namun seperti yang dilaungkan oleh peserta perhimpunan Bersih yang lalu, iaitu mereka yang hadir bukanlah mereka yang terdiri daripada bangsa Melayu, bukanlah juga bangsa Cina, bangsa India, mahupun lain-lain bangsa, tetapi mereka yang hadir di Dataran Merdeka pada hari itu adalah daripada mereka yang bergelar sebagai bangsa Malaysia. Ini satu identiti yang bersifat revolusioner dalam mendepani era politik baru dalam negara ini. Dengan ini, kejituan rakyat Malaysia untuk merobohkan tembok perkauman makin membara lantas membuka dinamika baharu bagi kewujudan sebuah bangsa Malaysia yang bersatu padu membangunkan negara dalam mengharungi dunia global yang semakin rencam pada hari ini.
Sememangnya selepas penganjur mengisytiharkan himpunan bersurai selepas 12 tengah malam pada waktu itu, tiada apa perubahan konkrit yang berlaku, namun haruslah kita jangan memandang enteng terhadap kesan besar lain yang boleh dilihat hasil himpunan pada kali ini.
Buat kali pertamanya dalam sejarah demonstrasi jalanan tanah air, ratusan ribu peserta dengan penuh kesanggupan bersidai dan bermalam di kaki lima, laluan pejalan kaki, muka jalan raya dan tempat berteduh yang sesuai di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Semangat untuk membawa Malaysia ke arah perubahan yang lebih progresif dijiwai oleh setiap peserta perhimpunan yang hadir. Segala program pengisian yang direncanakan semasa tempoh himpunan ini hampir keseluruhannya berjalan dengan lancar.
Selain itu, petugas keselamatan juga bertindak dengan penuh dedikasi serta cemerlang dalam menjalankan tugas mereka agar keselamatan peserta dan himpunan ini dilangsungkan dalam keadaan lancar dan aman, seiring dengan janji penganjur terhadap pihak berkuasa walaupun Unit Amal tajaan parti PAS tidak bersama dalam perhimpunan kali ini.

Anak Zahid hanya mahu raih populariti

NurulKUALA LUMPUR, 1 September- Serikandi KEADILAN menyifatkan tindakan anak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melabel peserta Bersih 4 sebagai kerja bodoh sekadar mahu meraih populariti.
Ketuanya, Siti Aisyah Shaik Ismail berkata, Nurul Hidayah sepatutnya mengkaji terlebih dahulu apakah yang mendorong rakyat Malaysia hadir ke himpunan itu dan bukan dengan membuat tuduhan melulu.
“Kepada anak Zahid Hamidi jangan terlalu cepat menghukum dan melabel mana-mana pihak kerana kamu tidak tahu punca dan asas apa yang diperjuangkan oleh rakyat.
“Dia hanya mengeluarkan kenyataan untuk meraih populariti sahaja tetapi tidak memahami (rakyat),” katanya ketika dihubungi.
Nurul Hidayah pada 30 Ogos lalu menyifatkan peserta yang menyertai demonstrasi Bersih 4.0 sebagai kerja bodoh dan sia-sia dalam satu status di laman sosial Facebooknya.
Bagaimanapun, kenyataan itu mendapat reaksi dan kecaman daripada pengguna laman sosial di Facebook dan Twitter.

Lebih baik Najib diam – Rafizi Ramli

Semakin banyak Perdana Menteri memberikan komen mengenai Bersih 4.0 semakin menjunam popularitinya di mata rakyat.
bersih-4,-Rafizi-Ramli,-najib
PETALING JAYA: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata, dia akan menasihatkan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya `diam’ daripada membuat sebarang kenyataan mengenai perhimpunan Bersih 4.0 sekiranya dia menjadi penasihat kepada Perdana Menteri.
Katanya, semakin banyak Najib memberikan komen berhubung Bersih 4.0 semakin menjunam popularitinya di mata rakyat.
“Dia (Najib) hanya perlu berkata ok, saya mendengar anda dan kita lihat apa yang boleh dilakukan.
“Saya fikir itu adalah lebih baik daripada dia (Najib) berkata mereka tidak menyokong saya tetapi terdapat ramai lagi orang yang menyokong saya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR pada Selasa.
Dalam perutusan Hari Merdeka Sabtu lalu, Najib berkata, perhimpunan Bersih 4.0 merupakan satu acara kurang bijak, berfikiran cetek dan menunjukkan kekurangan semangat kebangsaan.
Najib berkata, kerajaan menolak sebarang bentuk demonstrasi jalanan yang mengganggu kententeraman awam sambil menambah ia tidak mencerminkan kematangan.
Rafizi berkata, rakyat yang tidak datang menyertai perhimpunan itu tidak bermakna mereka menyokong Najib.
“Najib tidak mempunyai sokongan majoriti rakyat sama ada mereka yang datang ke perhimpunan itu atau tidak.
“Oleh itu, mereka yang tidak datang ke perhimpunan Bersih 4.0 bukan bermakna memberi sokongan kepada Najib,” katanya.

Putrajaya beli kapal perang kelas Mistral RM3 bilion?

PETALING JAYA, 1 SEP: Kerajaan Persekutuan dan Kementerian Pertahanan berhasrat membeli sebuah kapal perang kelas Mistral yang dianggarkan bernilai RM3 bilion di saat ekonomi negara kian merudum.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, berkata hasrat membeli kapal perang pengangkutan helikopter dari Kerajaan Perancis itu dilaporkan oleh The International Business Times bertajuk ‘France Russia Mistral Ship Update: Malaysia To Buy Aircraft Carrier’ bertarikh 26 Ogos lalu.
Katanya, nilai itu dijangka mengambil kira kos kontrak penyelenggaraan dan bantuan tenikal yang selalunya bernilai ratusan juta serta dipengaruhi kedudukan kadar matawang terkini.
“Dua buah kapal perang kelas Mistral pada asalnya ditempah Russia. Kapal yang dinamakan Sevastopol dan Vladivostok itu sepatutnya diserahkan kepada Russia pada tahun 2014 dan 2016 tetapi tergendala apabila Perancis membatalkan kontrak penjualan itu ekoran rekod buruk hak asasi masusia Russia.
“Semakan juga menunjukkan sebuah kapal perang itu dianggarkan sekitar USD600 juta, pada tahun 2012. Itu tidak termasuk pembelian helikopter yang diperlukan sebagai melengkapkan kapal perang kelas Mistral,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.
Akhbar antarabangsa turut melaporkan Menteri Pertahanan Perancis, Jean-Yves Le Drian bakal mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam rangka lawatan dua hari ke Malaysia bermula semalam yang disertai drombongan wakil industri persenjataan ngara itu.
Laporan berkenaan sesuai dengan desas-desus bahawa lawatan Menteri Pertahanan Perancis adalah untuk merundingkan sebuah kapal perang kelas Mistral kepada Kerajaan Malaysia.

PEMIKIR, NGO DIKETUAI ABANG MUHYIDDIN TURUT MAHU NAJIB BERUNDUR

Pemikir atau Pertubuhan Pemikir Agenda Watan Malaysia merupakan NGO terbaru yang mahukan Perdana Menteri, Najib Razak meletakkan jawatannya dengan segera.

NGO yang diterajui oleh Abdul Aziz Yassin itu juga bersetuju agar suatu usul undi tidak percaya dibuat di Parlimen sekiranya Najib masih enggan meletakkan jawatannya yang kini semakin dituntut oleh pelbagai kelompok masyarakat.

Keputusan sebulat suara mengenai perkara diatas dicapai dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Pemikir, baru-baru ini di tengah-tengah desakan yang semakin meningkat terhadap Najib.

Meskipun mungkin tidak begitu dikenali ramai akan kewujudannya, Pemikir adalah sebuah NGO yang dianggotai oleh ramai bekas menteri, bekas Ahli Parlimen, bekas pegawai tinggi kerajaan dan mereka yang berpengaruh dalam masyarakat.

Selain Abdul Aziz Yassin yang merupakan abang kepada Muhyiddin Yassin dan bekas Ahli Parlimen Muar sebagai presidennya, individu lain yang menganggotai Pemikir antaranya ialah Sanusi Junid, Sabbaruddin Chik, Osu Sukam, Effendi Norwawi, Azmi Khalid, Dr Ibrahim Saad, Aziz Shamsuddin, Zaleha Ismail, Salleh Jaffaruddin dan lain-lainnya.

Kalangan bekas pegawai tinggi kerajaan yang menjadi anggota Pemikir pula ialah Sallehuddin Mohamad, Musa Hassan,  Abu Talib Othman dan beberapa yang lain.

Dengan keanggotaan daripada tokoh-tokoh berpengaruh dan dikenali ramai dalam masyarakat, keputusan sebulat suara Majlis Tertinggi Pemikir ini setidak-tidaknya menunjukkan Najib semakin tidak diperlukan lagi untuk terus menerajui UMNO dan juga negara ini.

ADUN UMNO: Mukhriz perlu undur diri secara terhormat

Menteri Besar Kedah didakwa gagal membawa pembangunan termasuk menunaikan janji yang dibuat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.
mukhriz
PETALING JAYA: Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dituduh Menteri Besar yang gagal kerana tidak melaksanakan janji-janjinya kepada rakyat di negeri Kedah.
Perkara itu ditegaskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin yang dipetik menerusi rakaman video yang disiarkan di SuaraTV.
Menurut Ahmad, selama tiga tahun Mukhriz menjadi Menteri Besar, tidak ada pembaharuan dilakukan, malah, segala apa yang dikatakan kepada rakyat di Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) lalu hanya sekadar janji-janji kosong.
“Tidak ada apa-apa pembangunan yang dilakukan di Kedah. Semuanya tidak dapat dilaksanakan. Kedah jumud dari segi pembangunannya.
“Malah peruntukan bagi kerajaan negeri tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Saya difahamkan kontraktor-kontraktor yang membuat kerja- kerja di Kedah, sedang ditangguhkan pembayaran mereka. Malah, hubungannya dengan rakyat jelata sendiri tidak berlaku dengan baik.
“Cuma yang ada hanyalah `selfie- selfie’ yang dilakukannya apabila mereka turun bersama masyarakat,” katanya yang mendakwa Mukhriz hanya tahu berselfie untuk meraih populariti.
Ahmad berkata, tiada sebarang pembinaan dilakukan oleh Mukhriz termasuklah janjinya untuk membina litar lumba, lapangan terbang yang tidak menampakkan hasil sekali gus membuktikan bahawa beliau belum mampu menggalas tanggungjawab sebagai seorang menteri besar.
Katanya, beliau yakin jika tiada tindakan diambil, Barisan Nasional akan gagal mengekalkan kuasanya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) nanti.
Selain itu, beliau turut mencadangkan supaya Mukhriz mengundur diri secara terhormat.
Ini kerana, katanya, bapa Mukhriz, Tun Dr Mahathir Mohamad dan ibunya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta kakaknya, Marina telah turun ke perhimpunan Bersih 4.0 untuk menentang kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

BERSIH 2.0 tak cadang mohon maaf

Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah mempertikaikan kewajaran badan itu membuat permohonan maaf atas insiden individu tertentu memijak gambar Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Kenyataan itu dibuat ekoran komen bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim, yang menggesa kumpulan pendesak reformasi pilihan raya berkenaan bertanggungjawab atas insiden tersebut.
"Tidak, itu (insiden memijak gambar) bukan inisiatif kami. Malah ia bukan sebahagian daripada program kami dan kami tidak tahu siapa yang memijak gambar itu.
"Adakah kami menghasut mereka? Rasanya tidak," kata Maria kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.
Namun Maria mengakui pertubuhan berkenaan marah kerana insiden itu berlaku.
Tak minta sesiapa buat
Katanya, BERSIH 2.0 memang tidak akan membiarkan kejadian seumpama itu berlaku lagi tetapi tidak melihat sebarang keperluan meminta maaf atas sesuatu yang tidak dilakukan.
Kejadian itu membangkitkan kemarahan sebahagian ahli PAS dan menganggapnya biadap apabila pemimpin mereka diperlakukan begitu.
PAS Wilayah Persekutuan sendiri membuat laporan polis berhubung kejadian itu hari ini.
Kata Maria, BERSIH tidak pernah bersetuju dengan kejadian berkenaan dan memberi jaminan, semua pertubuhan bukan kerajaan dan jawatankuasa pemandu pertubuhan itu tidak mendalanginya.
"Kami tidak pernah meminta sesiapa melakukan perkara itu, sama seperti kami tidak akan ke sana sini mencurah cat merah atau membakar patung (untuk menunjukkan kemarahan)," katanya.
Kenyataan itu merujuk kepada sekumpulan orang awam diketuai pemimpin Umno bahagian mencurah cat merah ke atas patung Maria sebelum BERSIH 4 bermula.
Sementara itu dalam kenyataan medianya, BERSIH 2.0 menyatakan rasa kesal kerana insiden memijak gambar Abdul Hadi diberi perhatian lebih meluas berbanding tuntutan ratusan ribu rakyat yang mahu diadakan reformasi dalam sistem negara, selain peletakan jawatan Datuk Seri Najib Razak.
Mahukan reformasi sistem

25 exco Pemuda, Muslimat PAS Johor sertai Amanah

Seramai 25 anggota Exco Pemuda dan Muslimat PAS Johor termasuk ketua kedua-dua sayap parti itu hari ini mengumumkan peletakan jawatan dalam parti bagi menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).
Semalam, Pengerusi Gerakan Harapan Baru (HB) Mohamad Sabu mengumumkan 'Amanah' akan digunakan sebagai nama rasmi wadah politik HB.
Pengerusi HB Johor Aminolhuda Hassan berkata peletakan jawatan beramai-ramai ahli PAS Johor bagi menyertai parti baru ini bukan kerana dipaksa, tetapi keranaia (parti baru) lebih menepati hala tuju yang diingini.
Ketua Dewan Pemuda PAS Johor Mohd Faizul Mohd Salleh dan Ketua Dewan Muslimat PAS negeri, Norhayati Bachok antara mereka yang meletakkan jawatan.
"Kita mahu lebih fokus kepada isu rakyat, maknanya pendekatan kita lebih mendekati masalah rakyat dan bukan permasalahan dalaman.
"Kita menggunakan pendekatan parti baru iaitu Amanah, Inklusif dan Peduli," kata Aminolhuda ketika mengumumkan perkara itu di Johor Bahru hari ini.
Beliau yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Negeri, berkata pihaknya menyasarkan seramai 5,000 keanggotaan baru menjelang pelancaran parti itu peringkat negeri 11 September ini.
Pada 24 Ogos lalu, seramai 91 ahli jawatankuasa (AJK) PAS Kawasan GelangPatah meletakkan jawatan masing-masing.
Semalam, Mat Sabu, bekas timbalan presiden PAS berkata, HB telah mengambilalih Parti Pekerja-pekerja Malaysia yang dijenamakan semula sebagai Amanah.
- Bernama

RM2.6B: Bawa hal parti ke mahkamah, keahlian Anina gugur serta merta

Anina Saaduddin - perwakilan wanita Umno Langkawi yang menyaman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak - terlucut keahlian Umno berkuatkuasa serta-merta.
 Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusof mengesahkan perkara itu dan berkata, keahlian Anina gugur kerana membawa hal berkaitan parti ke mahkamah.
"Secara automatik (keahlian Anina) dah terlucut berdasarkan Akta Pertubuhan parti sebab membawa hal parti ke mahkamah," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Sementara itu, peguam yang mewakili ahli Umno Langkawi Anina Saaauddin yang memfailkan saman terhadap Presiden parti itu, Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata, mereka akan berhujah di mahkamah, berikutan ancaman pemecatan anak guamnya itu.

Hanif Khatri Abdullah (gambar) berkata, insya-Allah, mereka akan bersedia untuk berhujah mdngenai perkara dari semua sudut.
"Apa sahaja tindakan (untuk menentang ancaman pemecatan itu) kami akan lakukan di mahkamah. Kami bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan, "katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Anina telah memfailkan saman pada hari Jumaat melalui firma guaman Hanif untuk mendapatkan sebahagian daripada RM2.6 bilion sumbangan untuk parti yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.
Sebanyak AS$650 juta dikatakan baki daripada jumlah asal AS$681 juta (RM2.6 bilion) perdana menteri telah terima sebagai sumbangan.
Pemindahan AS$650 juta ke Singapura, didakwa berlaku pada 30 Ogos 2013, hari yang sama Najib didakwa menutup akaunnya.
Selain menamakan Najib, Anina turut menamakan setiausaha kerja Umno, Abdul Datuk Rauf Yusoh sebagai defendan lain.
Hanif berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan peguam Umno, Datuk Mohd Hafarizam Harun yang Anina akan dipecat dari Umno sebaik sahaja Najib menerima saman itu.
Menurut Sin Chew Daily, Pejabat Umno akan mengeluarkan notis kepada Anina untuk membatalkan keahliannya.

Dapatkah Umno "bertahan " dalam PRU 14 ?

Bagi yang berisfat ‘negatif’ dan yang sentiasa memperkecilkan usaha orang lain akan mengatakan bahawa Perhimpunan Bersih 4 yang baru selesai diadakan itu tidak akan membawa apa-apa kesan, apatah lagi untuk ‘mengundurkan’ DS Najib dari jawatan Perdana Menteri. Betul. Secara langsung tidak akan mengubah ‘status quo’. DS Najib akan terus kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia dan begitu juga dengan menteri-menteri lain yang bersekongkol dengannya.
            Tetapi soalnya dapatkah UMNO bertahan dan terus memenangi PRU 14 nanti berdasarkan berbagai perkembangan yang meruntun yang besar kemungkinannya membawa kepada  kehancuran UMNO itu sendiri. Kenyataan Tun Mahathir dan TS Muhyiddin Yassin boleh dijadikan asas untuk menyatakan bahawa UMNO kini sedang ‘sakit tenat’ dan memerlukan ‘rawatan’ segera sekiranya UMNO perlu dipulihkan atau perlu dibiarkan sahaja terus ‘berkubur’. Dan sekiranya masih ada yang mengatakan bahawa tidak ada apa-apa yang berlaku kepada UMNO kini maka itu merupakan satu mimpi di siang hari.
            Perhimpunan Bersih 4 sebenarnya bertujuan untuk memberi kesedaran dan kejutan kepada kepimpinan negara bahawa sebenarnya negara Malaysia kini dalam keadaan yang amat parah. ‘Bleeding’. Namun semacam pihak kepimpinan cuba mengabui mata rakyat umum dengan menonjolkan semacam tidak ada apa-apa yang berlaku kini dan dengan demikian dapat ‘melalaikan’ masyarakat yang ‘tidak celik’ untuk terus menerus menyokong dan ‘memejamkan mata’ tentang apa yang sedang berlaku kini.
            Rakyat yang masih belum ‘celik’ sepatutnya melihat apa yang berlaku di Dataran Merdeka pada 29 dan 30 Ogos baru-baru ini sebagai sesuatu kejutan yang luar biasa. Rakyat yang masih belum ‘celik’ harus memikirkan secara mendalam tentang mengapa anak muda dari semua kaum itu sanggup ‘bermalam’ di persekitaran Dataran Merdeka, ‘memperjuangkan’ sesuatu yang dianggap mereka amat perlu diperjuang dan dipertahankan. Dan tentulah ada sesuatu yang amat penting yang diperjuangkan oleh mereka, jikalau tidak masakan ratusan ribu rakyat  (kebanyakannya anak muda berbagai kaum) sanggup berhujan dan berpanas demi memperjuangkan sesuatu.
                                                                                                
            Jangan sekali-kali diperkecilkan usaha anak muda ini. Jangan dipesongkan pandangan masyarakat dengan mengatakan bahawa hanya kaum Cina sahaja yang terlibat dalam Perhimpunan Bersih 4 itu. Jangan cuba hendak dialihkan hasrat dan cita-cita murni anak muda dari berbagai kaum itu. Hakikatnya ialah bukan anak muda Melayu yang berkurangan mengambil bahagian dalam Perhimpunan Bersih 4 itu tetapi sebenarnya bilangan anak muda bukan Melayu yang bertambah. Dan pada pandangan aku ini merupakan perkembangan yang amat sihat demi pembentukan bangsa Malaysia akan datang.

Era baru bagi kesedaran politik di Malaysia

Roger 5201: Walaupun diisytihar sebagai perhimpunan haram, jumlah penyertaan dalam Bersih 4 di Malaysia dan serata dunia adalah testimoni kepada sebuah masyarakat yang menentang kezaliman dan rasuah yang memiliki suara dan kesedaran bersama yang tidak dapat disekat.

Perhimpunan ini menandakan permulaan baru bagi kesedaran politik di Malaysia dan kebangkitan semula demokrasi seperti yang diinginkan para pengasas negara ini. Rakyat Malaysia telah bersuara, tetapi adakah kerajaan mendengarnya?

Masih ada harapan untuk Malaysia. Bersih 4 hanyalah kebangkitan semula kesedaran politik dan sosial, selepas berdekad rakyat “dibasuh” dengan propaganda kononnya “kerajaan tahu semua”. Dan saya percaya keadaan akan menjadi semakin buruk sebelum kita mengubahnya.

Aidun Ramjini: "Occupy Kuala Lumpur" terlalu berbau “Occupy Wall Street.

” Ini memang bukan etos rakyat Malaysia. Mengapa meniru Amerika?

Tidak bolehkah kita menjadi tulen? Bagaimana dengan kata-kata atau istilah seperti,

“Rakyat tidak pernah membuat kontrak dengan kerajaan – pemerintahan adalah dengan keizinan rakyat. Kami menarik balik keizinan kami.” Ini barulah seruan yang betul terhadap keadilan.

johnnynet3828: Auntie Bersih, anda memang seorang wira. Aidun Ramjini: Tuan Doktor dan isterinya turut hadir, ya?

Puniamurthy Darumiah: Tabik saya kepada auntie Bersih!

Malaysia akan diketawakan jika Bilqis didakwa, kata Guan Eng


 
balloons,-Bilqis-Hijjas,-najibDAP menggesa agar polis tidak mengambil tindakan terhadap penari Bilqis Hijjas, kerana menjatuhkan belon Bersih 4 pada satu program di pusat membeli belah yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam.
Setiausaha agungnya Lim Guan Eng berkata, tindakan terhadapnya adalah tidak masuk akal dan akan menjadikan Malaysia jenaka dunia.
"Dilaporkan polis menyiasatnya mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan," katanya, memetik laporan The Malaysian Insider, semalam.

"Penari itu menjatuhkan belon yang mengandungi perkataan 'demokrasi', 'bebaskan media' dan 'keadilan'. Adakah perkataan itu dianggap kesalahan? "Adakah polis juga melarang perkataan itu? Tidak masuk akal. Saya harap polis tidak meneruskannya dan memberikan Malaysia nama buruk.
"Jika tindakan dan pendakwaan dikenakan terhadapnya, ia menunjukkan Malaysia menjadi negara polis," kata ketua menteri Pulau Pinang itu lagi.
Wanita berusia 35 tahun itu ditahan polis bantuan pusat membeli belah itu selepas didakwa menjatuhkan belon berkenaan dari tingkat 5 bangunan tersebut.

Malaysia berdepan krisis rasuah, kata badan anti rasuah antarabangsa

Transparency International (TI) mahu Putrajaya menjalankan siasatan yang bebas sepenuhnya terhadap semua "tuduhan rasuah" yang didepani negara ketika ini. Dalam satu resolusi dicapai anggota rombongan 100 negara ahli sebelum Persidangan Pencegahan Rasuah Antarabangsa (IACC) esok, TI juga menuntut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibenarkan beroperasi tanpa campur tangan politik. "Malaysia sedang berdepan krisis rasuah yang besar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Polis yang terkawal dan peserta bertanggungjawab = permulaan satu era baru

oleh Hazlan Zakaria

Perhimpunan baru-baru ini – yang saya tidak dapat namakan – barangkali adalah contoh terbaik sikap profesionalisme yang boleh ditunjukkan oleh pasukan polis kita serta kelakuan bertanggungjawab oleh mereka yang menggunakan hak demokratik untuk bersuara.

Paling utama, ia menunjukkan bahawa kejayaan perhimpunan ini adalah kerana pasukan polis yang mengawal tindakan mereka – seperti yang telah disebut timbalan menteri dalam negeri yang dihormati Nu Jazlan Mohamed.

Bagi saya, polis telah menunjukkan teladan paling unggul ketika perhimpunan itu. Nur Jazlan Tahap kawalan mereka telah menunjukkan betapa profesionalnya polis kita apabila mereka berpandukan slogan “Bersetia dan Berkhidmat”.

Saya dengan ikhlas ingin menyampaikan penghargaan dan rasa kagum terhadap mereka atas segala khidmat dan tugas yang dijalankan. Mereka yang berseragam biru ini, jika diberi ruang untuk menjalankan tugas berdasarkan prinsip dan demokrasi berparlimen, akan sentiasa berkhidmat atas kepercayaan rakyat, serta menjaga keamanan dan undang-undang.

Dan untuk penganjur Bersih 2.0, kelakuan cemerlang mereka sepanjang dua hari perhimpunan juga mengagumkan. Mereka tidak melibatkan budaya samseng dalam protes jalanan seperti yang sering ditunjukkan oleh kumpulan pro-kerajaan.

Tentunya sikap ekstrem seperti itu ada kalanya turut ditunjukkan sesetengah unsur dalam masyarakat sivil, yang mahu memusnahk apa yang mereka sendiri tidak tahu bina. Apa-apa pun seperti yang dinyatakan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, tiada kerosakan infrastruktur yang didapati di pusat bandaraya selepas perhimpunan itu. Ini menunjukkan kejayaan usaha penganjur dan sukarelawan mereka yang cemerlang.

Saya boleh berkata dengan jujur bahawa saya sendiri tidak pernah melihat jalanraya di KL begitu bersih, berbanding ketika perhimpunan itu berlangsung, dan selepasnya. Ini menunjukkan dedikasi dan komitmen peserta untuk menjalankan hak demokratik mereka dengan penuh tanggungjawab, dan untuk itu saya tabik kepada Bersih 2.0. Inilah dua isyarat kemuliaan yang menyinar di tanah air kita yang agak bermasalah pada masa ini.

Turun Bersih: Kenapa nak bermusuh dengan Tun M?


Bersih 4.0


‎PETALING JAYA - "Kita mengalu-alukan, saya tidak pernah fikir mengenai individu, kita perlu fikir mengenai prinsip... jadi baik Tun Dr Mahathir Mohamad atau sesiapa yang hadir saya tidak terkejut kerana mesej yang dibawa oleh Bersih memang mesej yang baik."
 
Demikian respon Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli ketika diajukan mengenai kejutan kehadiran Dr Mahathir sewaktu Himpunan Bersih 4.0 baru-baru ini.
 
Dalam pada itu katanya, mana-mana rakyat Malaysia yang inginkan sebuah negara yang  lebih baik, terurus dan  bebas rasuah sudah tentu akan senada dengan mesej yang dibawa oleh Bersih.
 
"Jadi saya tidak terkejut Tun Mahathir  turun kerana saya rasa di umur beliau sekarang beliau nampak banyak kerosakan yang berlaku dan beliau berkehendakkan yang sama dari segi politik yang lebih baik dan lain-lain," katanya. 
 
Mengulas lanjut, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, kehadiran Dr Mahathir itu juga membawa sinar kepada pihak pembangkang.
 
"Sudah tentu kehadiran beliau itu adalah satu kejayaan moral kepada kami di parti pembangkang dan pihak NGO yang selama ini mempertahankan bahawa hak berkumpul itu adalah sesuatu yang baik untuk negara.
 

Bersih: Wanita Umno kecewa dengan Dr M



Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mendakwa anggota pergerakan itu kecewa dan sedih dengan kehadiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam perhimpunan BERSIH 4.
Shahrizat mendakwa, majoriti rakyat Malaysia tidak terpengaruh dengan Mahathir dan masih menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“(Wanita Umno) minta saya keluarkan kenyataan yang amat sedih dan kecewa dengan kehadiran Tun Mahathir di perhimpunan haram yang dinamakan BERSIH.
“Dari maklum balas yang kami dapat bahawa sebenarnya majoriti rakyat Malaysia masih menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib selaku PM, kami bawa suara akar umbi dan terus menyokong Datuk Seri Najib.
“(Kami) menyatakan dengan jelas dengan nyata kami wanita BN kesemuanya sebulat suara menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia dan pengerusi BN,” kata Shahrizat.
Shahrizat mengulas mengenai tindakan Mahathir yang muncul sebanyak dua kali di perhimpunan BERSIH 4, hujung minggu lalu.

Bersih 4.0: Maria Chin dan 6 Ajk dipanggil beri keterangan

Maria Chin Abdullah dan enam yang lain akan disiasat mengikut Seksyen 120, 124C dan 141 Kanun Keseksaan.

PETALING JAYA: Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah bersama enam lagi ahli jawatankuasa penganjur dipanggil oleh polis untuk diambil kenyataan berhubung perhimpunan Bersih 4.0 selama 34 jam pada Sabtu dan Ahad.
Menurut sumber, mereka diminta hadir di Bukit Aman pada pagi Rabu.
Selain Maria, enam yang dipanggil untuk memberi keterangan ialah Sarajun Hoda Abdul Hassan, Masjaliza Hamzah, Farhana Abdul Halim, Fadiah Nadwa Fikri, Mandeep Singh, dan aktivis pelajar, Adam Adli Abdul Halim.
FMT difahamkan mereka akan disiasat mengikut Seksyen 120, 124C dan 141 Kanun Keseksaan.
Sebelum ini, sebuah portal menyiarkan berita bahawa Maria ditahan polis pada Isnin berikutan perhimpunan tersebut.
Polis bagaimanapun menafikan berita itu dan menganggap ia berita palsu yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Penganjur Bersih 4 0 Dipanggil Polis

Bersih organisers will be slapped with RM65,000 clean-up bill

(Bersih 4) Sejahtera Malaysia

MACC to correct Msia's corrupt image with facts

Siasatan 'derma' RM2.6b Najib: SPRM enggan ulas

2 ahli parlimen Belia sertai PKR

Projek EDTP: Penduduk tuntut elaun pemindahan kubur

Rafizi: Don't compare DEIG with 1MDB

WINDS OF CHANGE CONFIRMED! LIONG SIK AT BERSIH 4 IN PERTH, WIFE ENA IN KL RALLY




WINDS OF CHANGE CONFIRMED! LIONG SIK AT BERSIH 4 IN PERTH, WIFE ENA IN KL RALLYFormer MCA president Tun Dr Ling Liong Sik attended the Bersih 4 rally in Perth, reported the Nanyang Siang Pau Chinese daily.
His wife, Toh Puan Ena Ling, confirmed the authenticity of the photo of Dr Ling with the rally participants, which was circulated on social media.
Ena said she did not accompany her husband to Australia as she was busy.
She, however, joined the Bersih 4 rally in Kuala Lumpur with her lawyer friends on Saturday.
BN rocked by Najib scandal: He won't resign because he fears going to jail - Dr M
The 34-hour Bersih rally that began on Saturday afternoon drew an unprecedented 500,000 Malaysians to the historic Dataran Merdeka square in Kuala Lumpur.
Among the Bersih 4 demands were for a clean government and for the scandal-tainted Najib Razak to step down.
Former prime minister Mahathir Mohamad and wife Siti Hasmah showed up on Saturday evening and again on Sunday, sending another unmistakable sign to their Umno party members that Najib must be ousted and replaced by a 'cleaner' candidate.
"Najib will not step down. He knows when he has no power he may be made to face the court. The court may find him guilty and he may have to go to jail," Dr Mahathir told reporters on Sunday.

Ling at Perth Bersih 4, where some 1,000 people had gathered before marching to the Malaysian consulate to submit their demands
Najib is at the centre of a RM42 billion corruption debacle involving the state-owned 1MDB asset fund.
A staggering RM2.6 bil was discovered in Najib's personal accounts, and while he has insinuated it was a donation from an Arab source to help the Umno-BN coalition win the 2013 general election, he has failed to offer any proof, as demanded by Mahathir and other groups including civil society and transparency bodies.
Instead Najib has sacked his deputy Muhyiddin Yassin and the Attorney General Gani Patail, in a controversial move many believe was to halt a high-level special task force probe on himself and 1MDB.
Will MCA dare sack Liong Sik, Ena

Mahathir told the overjoyed crowd who mobbed him at Bersih 4 to 'teruskan, teruskan' (continue, continue)
The rally at Perth was part of the Global Bersih movement which held concurrent protests with the Bersih 4 demonstration in Kuala Lumpur in over 70 cities worldwide. It drew more than 1,000 participants who had gathered to march to the Malaysian consulate.
MCA secretary-general Ong Ka Chuan had warned any members from participating in the Bersih 4 rally as they may face disciplinary action.
Will the MCA dare take action against Liong Sik, the president who helmed the MCA for the longest period of 18 years. - Malaysia Chronicle

Rahman Dahlan teruja himpunan sejuta sokong Najib..ada makan dan elaun tak..???

Himpunan itu akan menunjukkan ramai rakyat Malaysia menyokong kerajaan dan kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
rahman-dahlan_anti-bersih_600
SERDANG: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, beliau teruja dengan himpunan sejuta menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak yang dirancang diadakan pada Oktober ini.
Katanya, himpunan itu boleh menunjukkan bahawa ramai rakyat Malaysia yang menyokong kerajaan dan kepemimpinan Najib.
“Saya dengar ratusan ribu akan keluar dan ini kita akan tengok, kita nak tunjukkan bahawa suara di Malaysia ini juga ramai yang sokong kerajaan dan kepimpinan Perdana Menteri,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Pelaksaan Pengasingan Sisa Pepejal di Punca pada Selasa.
Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional (BN) itu berharap agar tiada mana-mana pihak yang menentang perhimpunan itu kerana ia hak demokrasi rakyat negara ini.
“Saya berpendapat kalau ada kumpulan yang ingin mengumpulkan orang untuk buat perjumpaan balas, itu hak mereka dan kita berharap ia tak ditentang mana-mana pihak,” katanya.
Himpunan sejuta menyokong Najib dengan memakai t-shirt merah itu dirancang oleh Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos sebagai ‘membalas’ himpunan Bersih 4.0 yang mendesak Najib meletak jawatan.

Najib panggil peserta Bersih 4.0 ‘sekor-sekor’

Pemimpin yang terlibat dalam perhimpunan Bersih 4.0 tidak mungkin dapat membantu bila rakyat memerlukan pertolongan seperti yang berlaku di Pulau Pinang.

PETALING JAYA: Rakaman video petikan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu majlis di Kuala Terengganu menjadi popular kerana perkataan ‘sekor-sekor’ yang diguna Perdana Menteri untuk merujuk kepada peserta Bersih 4.0.
Menerusi video yang dimuatnaik The Star TV, Najib berkata, peserta Bersih 4.0 yang dipanggil ‘sekor-sekor’ itu tidak mampu untuk membantu membangunkan Felda dan kawasan luar bandar kecuali kerajaan pemerintah.
“Tuan-tuan ingat puak-puak yang terlibat dalam Bersih 4.0 semalam tu nak buat Felda tak? Cuba tengok muka sekor-sekor tu. Sekor-sekor dalam surat khabar tv tu. Ada hati perut nak bangunkan Felda?Ada hati perut nak bangunkan kawasan luar bandar?
“Siapa berbudi pada masyarakat luar bandar melainkan kerajaan yang ada pada hari ini,” katanya.
Tambah Najib lagi, mereka yang terlibat dalam demonstrasi itu tidak mungkin mampu membantu bila diminta pertolongan.
Beliau mengaitkan perkara itu dengan isu pengambilalihan tanah oleh kerajaan Pulau Pinang terhadap masyarakat di Kampung Mutiara di Pulau Pinang.
“Sekali lagi saya nak tanya puak-puak Bersih ni boleh kita harap? Boleh kita mintak pertolongan?
“Jangan cakap nak mintak pertolongan, tanah perkampungan di Pulau Pinang pun dia orang nak ambil alih. Orang sana pun terdesak…kampung-kampung lama pun nak hilang. takde lagi pupus segalanya.
“Tapi kalau kerajaan yang ada hari ini pimpinan kita…Insyallah masyarakat luar bandar akan terus mendapat pembelaan,” katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Peneroka 2015 peringkat Kebangsaan di Kuala Terengganu pada Ahad.

BERSIH: KDN serah pada polis tindakan atas Dr Mahathir, kata timbalan menteri

Timbalan Menteri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, meskipun perhimpunan Bersih 4 berlangsung dengan aman, namun ia tetap perhimpunan yang haram susulan pengisytiharan pihak berkuasa yang dibuat sebelum itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 September, 2015. 
Timbalan Menteri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, meskipun perhimpunan Bersih 4 berlangsung dengan aman, namun ia tetap perhimpunan yang haram susulan pengisytiharan pihak berkuasa yang dibuat sebelum itu.

 Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerahkan keputusan kepada pihak polis sama ada mahu mengambil tindakan terhadap mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyertai Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos lalu.
Timbalan Menteri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, meskipun perhimpunan 34 jam itu berlangsung dengan aman, namun ia tetap perhimpunan yang haram susulan pengisytiharan pihak berkuasa yang dibuat sebelum itu.
"Terserah pada polislah," katanya kepada wartawan selepas menghadiri taklimat di Pusat Perkhidmatan Modal Insan Ekspatariat Malaysia (Pusat Myxpats) di Petaling Jaya hari ini.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno itu turut menyerahkan kepada majlis tersebut sekiranya mahu mengenakan tindakan ke atas bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu. "Terserah kepada MT Umno. Susah nak cakap dengan pemimpin lama Umno supaya ikut peredaran zaman. Zaman dah berubah, Tun M pun patut sedarlah hal ini," katanya.
Namun, Jazlan berkata beliau secara peribadi tidak bersetuju dengan tindakan Dr Mahathir yang menyertai Bersih 4 itu.
Bagaimanapun, beliau menyifatkan polis berjaya mengawal perhimpunan itu, yang dianggarkan melibatkan ratusan ribu orang, supaya ia berlangsung dengan aman.
"Yang penting, pihak polis menguruskan perhimpunan Bersih itu, walaupun ia haram, dalam keadaan yang baik," katanya.
Sementara itu, mengulas perkembangan berkaitan, Jazlan berkata tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai tindakan polis memanggil 7 ahli jawatankuasa pemandu dan sekretariat Bersih 2.0 berhubung perhimpunan itu.

Skandal RM2.6B: Selepas saman Najib, ahli Wanita Umno Langkawi dipecat parti

Surat pemecatan ahli Wanita Umno Bahagian Langkawi Anina Saadudin. Anina dipecat daripada parti kerana membawa hal parti ke mahkamah. – 1 September, 2015.Surat pemecatan ahli Wanita Umno Bahagian Langkawi Anina Saadudin. Anina dipecat daripada parti kerana membawa hal parti ke mahkamah. – 1 September, 2015.Ahli Wanita Umno Bahagian Langkawi Anina Saadudin yang memfailkan saman terhadap presiden parti Datuk Seri Najib Razak minggu lepas akhirnya dipecat daripada parti.
Dalam surat pemecatan yang sedang viral di media sosial hari ini, beliau dipecat daripada parti mengikut Fasal 20.7 Perlembagaan Umno kerana membawa hal parti ke mahkamah.
"Tiada komen setakat ini," kata Anina dalam respon segera selepas dihubungi The Malaysian Insider bagi mengesahkan mengenai surat pemecatan tersebut.

Surat yang dihantar ke Bahagian Umno Langkawi itu ditandatangani setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. The Malaysian Insider difahamkan, Anina akan memanggil satu sidang akhbar pada esok bagi menjelaskan mengenainya.
Anina pada Jumaat lepas memfailkan saman terhadap Najib meminta beliau bertanggungjawab atas kronologi peristiwa yang melibatkan aliran wang RM2.6 bilion yang berakhir dalam akaun bank peribadi perdana menteri itu.
Terdahulu, Anina pada mesyuarat agung tahunan bahagian Langkawi dalam sebuah video yang tersebar melepaskan kemarahannya terhadap Najib, menggunakan perkataan kesat, mendakwa perdana menteri itu berbohong dengan mengakui semua 3 juta ahli Umno menyokong beliau. 

BERSIH

Oleh Tun Mahathir
1. Saya hadir dalam tunjuk perasaan anjuran Bersih pada 29-30 Ogos. Ramai yang tertanya-tanya apakah saya sudah jadi penyokong Bersih. Apakah saya sokong parti lawan DAP dan Kit Siang. Ada juga yang bertanya saya sudah
memihak kepada orang Cina.

2. Saya pernah menyatakan demonstrasi jalanan tidak harus diguna untuk tekanan politik kerana ia menjejaskan perniagaan terutama perniagaan kecil dan ekonomi Negara. Apakah sekarang perbuatan saya tidak menunjuk sifat berdolak-dalik dalam politik.

3. Saya tidak setuju dengan tunjuk perasaan kerana ada saluran lain yang boleh digunakan untuk menekan Kerajaan apabila menyalahguna kuasa.

4. Kita boleh buat laporan polis, dengan harapan polis dan Pendakwa Raya akan ambil tindakan, menghadapkan pihak yang dituduh ke mahkamah.

5. Tetapi sekarang Najib sudah bubar dan musnahkan institusi-institusi Kerajaan yang ditugas untuk melindungi hak rakyat.

6. Apabila dituduh telah lesapkan duit Kerajaan melalui 1MDB, Najib serah siasatan kepada Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC – Public Accounts Committee) Dewan Rakyat. Rakyat disuruh tunggu sehingga siasatan oleh badan-badan ini selesai.

7. Apabila wang sebanyak RM2.6 bilion terdapat dalam akaun peribadi Najib, dan dia tak dapat menafi duit ini ada dalam akaunnya, dan ramai bertanya daripada mana duit ini datang, dan penjelasan yang munasabah tidak dapat diberi oleh Najib, maka satu pasukan bertugas (task force) dibentuk untuk secara rasmi menyelidik wang ini.

8. Pasukan ini terdiri daripada Pendakwa Raya, Ketua Polis Negara, Ketua Badan Pencegah Rasuah dan Gabenor Bank.

9. Rakyat menunggu hasil siasatan ini. Tiba-tiba Pendakwa Raya disingkir oleh Najib, Ketua Badan Pencegah Rasuah diarah bercuti, dan Gabenor Bank diugut kononnya kerana Bank Negara bocor maklumat. Dan terhentilah siasatan oleh badan ini.

10. Di masa yang sama Pengerusi PAC dan tiga lagi ahli diberi jawatan dalam Kerajaan dan siasatan berkenaan wang 1MDB oleh PAC pun dihentikan.

11. Beberapa pegawai polis dan lain-lain pegawai dipindah ke jawatan lain supaya tidak lagi dapat meneruskan siasatan.

12. Yang ditinggal dan yang baru dilantik adalah orang yang tidak tunjuk minat untuk membuat siasatan, bahkan sengaja menghalang apa-apa siasatan terhadap 1MDB dan duit RM2.6 bilion dalam akaun Najib.

13. Semua saluran untuk menyiasat 1MDB dan RM2.6 bilion dalam akaun Najib sudah tidak lagi ada.

SIAPAKAH PM Malaysia satu-satunya sebut HARAM JADAH, BANGSAT, SEKOR-SEKOR terhadap rakyat M'sia..???!!!

Tidak heranlah jika anak2 didikan UMNO & pencacainya bersikap seperti boss mereka... ibarat "Bapa Kencing Berdiri Anak Kencing Berlari.."

Tahniah UMNO & Najib Razak !!!

Bersih 4: Bil RM65,000 akan dihantar kepada Maria Chin - Rahman Dahlan

Bersih 4: Bil RM65,000 akan dihantar kepada Maria Chin - Rahman DahlanSERDANG : Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan akan menghantar bil berjumlah RM65,000 kepada penganjur perhimpunan Bersih 4, Maria Chin Abdullah bagi proses pembersihan kawasan perhimpunan terbabit.

"Saya akan menghantar bil tersebut kepada Maria Chin dalam minggu ini juga.

"Banyak kawasan yang kotor, sampah merata-rata yang dilakukan para pemprotes," katanya pada sidang media pelaksanaan pengasingan sisa pepejal di punca di MAEPS, di sini, hari ini.

Menurutnya ia tidak termasuk kerosakan yang dilakukan pemprotes dan perkara berkenaan akan diserahkan kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Ada juga yang kencing merata-rata dalam longkang, dinding bangunan, tepi pokok dan lain-lain tempat," katanya.

Bersih 4 berlangsung pada 29 Ogos lalu.

Perhimpunan itu diadakan serentak di Kuala Lumpur, Kuching di Sarawak dan Kota Kinabalu di Sabah.
Di Kuala Lumpur, lima lokasi ditetapkan sebagai lokasi berhimpun sebelum berarak ke Dataran Merdeka iaitu Sogo KL, Pasar Seni, Dataran Maybank, Brickfields dan Masjid Negara.

7 orang kuat BERSIH dipanggil polis



Tujuh ahli jawatankuasa pemandu BERSIH dipanggil polis untuk memberi keterangan kepada pihak berkuasa esok ekoran penganjuran perhimpunan pada Sabtu dan Ahad lalu.
Mereka - termasuk Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah - dikehendaki memberi keterangan masing-masing di Bukit Aman.
Dihubungi Malaysiakini, Maria berkata enam lagi anggota jawatankuasa yang mendapat arahan sama ialah Sarajun Hoda Abdul Hassan, Masjaliza Hamzah, Farhana Halim, Fadiah Nadwa Fikri, Mandeep Singh dan Adam Adli Abdul Halim.
Mereka akan disasat mengikut Seksyen 120, 124C, 140 dan 141 Kanun Keseksaan.

Menteri Umno kata Dr Mahathir sangat marah



Tun Dr Mahathir Mohamad menghadiri BERSIH 4 hanya kerana dia kini "orang yang sangat marah" dan kemungkinan tidak boleh berfikir dengan betul, kata Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Ahli Parlimen Kota Belud itu berkata, tindakan bekas pedana menteri selama 22 tahun itu juga menyebabkan pihak yang bersimpati kepada beliau, kini menjauhinya.
"Ia tindakan luar jangka daripada negarawan seperti beliau.
"Ia (menghadiri BERSIH 4) adalah keputusan sangat mengecewakan dan kita percaya ia boleh dilakukan dengan cara lain," katanya di sidang media di Serdang hari ini.
Abdul Rahman yang juga Pengarah Komunikasi Strategik BN mendakwa, tuduhan dibuat Dr Mahathir pada Ahad lalu sesuatu yang "berani" namun mengingatkan ia tidak perlu dilihat secara serius.
"Apabila marah, anda cenderung untuk bercakap sesuatu yang tidak anda maksudkan dengan betul," katanya.
Keadaan sama, kata Abdul Rahman, berlaku pada Dr Mahathir.
Beliau juga berpendapat jika Dr Mahathir mahu bertemu pihak ketiga untuk berbincang, mungkin persefahaman antara bekas perdana menteri dengan kerajaan sekarang dapat diatasi.

PKR dakwa kerajaan rancang beli kapal perang RM3 bilion

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mempertikaikan kesesuaian masa pembelian kapal perang Rusia yang dibuat sewaktu ekonomi Malaysia sedang merudum. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 September, 2015. 
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mempertikaikan kesesuaian masa pembelian kapal perang Rusia yang dibuat sewaktu ekonomi Malaysia sedang merudum.

PKR hari ini menggesa kerajaan menjelaskan hasratnya membeli sebuah kapal perang bernilai RM3 bilion, seperti didakwa majalah The International Business Times pada 26 Ogos lalu.
Setiausaha agungnya Rafizi Ramli pada satu sidang media hari ini mempertikaikan masa pembelian itu ingin dibuat serta pemilihan kapal perang dari Rusia itu yang mempunyai perincian berbeza dengan strategi persenjataan Malaysia.
"Bukankah lebih baik sebarang tempahan kapal baharu mesti mengikut strategi jangka panjang tentera Malaysia?

"Berapakah kos keseluruhan pembelian kapal ini termasuk pembelian helikopter dan kontrak-kontrak bantuan teknikal. "Jumlah ini perlu dibentangkan kepada rakyat sebelum sebarang keputusan dibuat," katanya di ibu pejabat parti itu pagi ini.