Ahad, 30 Ogos 2015

Bersih 4.0: Pemandangan Atas Dataran Merdeka 11 Malam

Tun M: Ahli Umno Sudah Dibeli

Ambiga: Remember what Tunku said

Bersih 4 rally goers accompanied by various musical performances

Bersih 4: Medical aid at Dataran Merdeka

Malaysia: Ex-leader urges 'people power' to topple scandal-hit PM

KALAU SUDAH BEGINI KEBENCIAN RAKYAT, APA LAGI...."UNDURLAH NAJIB"....

Walaupun perhimpunan Bersih 4 secara umumnya menuntut empat perkara asas iaitu pilihanraya bersih, kerajaan bersih, menyelamatkan ekonomi dan hak rakyat untuk membantah, tetapi rata-rata yang hadir lebih mahukan pengunduran Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

Melalui hari pertama perhimpunan yang menyaksikan ratusan ribu sedia turun dengan baju berwarna kuning, sejarah juga tercatit di mana rakyat sedia berhimpun selama dua haru satu malam semata-mata untuk meluahkan perasaan mereka.

Sudah tentu kesediaan rakyat berkorban meninggalkan tempat tidur yang selama di rumah masing-masing semata-mata untuk membantah adalah kerana satu sebab yang paling asas iaitu keinginan menolak Najib dan menyaksikan beliau segera digantikan sebagai peneraju negara ini.

Dengan kesediaan berhimpun dalam tempoh 34 jam dan sehingga ini menyaksikan semangat mereka tidak kendur walau sedikit pun, jika Najib tidak sedia mendengar suara rakyat ini, perhimpunan rakyat akan berterusan lagi di masa-masa akan datang dan mungkin berlangsung dalam tempoh yang lebih lama lagi.

Bersih 4 kali ini bukan saja luahan suara penolakan sebenarnya, tetapi juga jeritan kebencian terhadap Najib. Jika sekadar menuntut empat perkara asas tersebut tanpa disertai dengan keghairahan untuk melihat agar Najib segera berundur, tidak mungkin peserta Bersih 4 daripada berbilang kaum begitu bersemangat seperti ini.

Selepas Tun Mahathir Mohamad juga turut sama turun memberi sokongan kepada peserta Bersih dengan kata-kata "teruskan, teruskan", gelombang penyertaan rakyat di hari kedua dijangka akan terus meningkat sehingga ia berakhir pada malam nanti.

Tidak mustahil menjelang penutup perhimpunan ini nanti, peserta perhimpunan akan mencecah angka 250 hingga 300 ribu ramainya.

Ahli dan penyokong UMNO tetapi mahukan Najib berundur berikutan pelbagai masalah yang ditimbulkannya sejak akhir-akhir ini, tentu saja tidak keberatan untuk turun sama memeriahkan dan memberi sokongan kepada Bersih 4 ini, terutama selepas Tun Mahathir dan isteri, Tun Siti Hasmah turut hadir memberi sokongan.

Sepertimana kata Tun Mahathir di Johor Bahru semalam, oleh kerana undang-undang telah dicabuli dan rakyat telah hilang keyakinan kepada sistem dalam kerajaan, maka rakyat tiada pilihan selain menyatakan bantahan mereka secara terbuka melalui demonstrasi.

DS Najib Sama Dengan Ferdinand Marcos kata Tun Dr Mahathir

1. Tun Dr Mahathir kehilangan pertimbangan dan kemampuan menilai, apabila menyamakan DS Najib Razak dengan bekas Presiden Filipina Ferdinand Marcos.
2. Untuk mengimbas kembali, kerajaan Filipina di bawah Marcos merupakan kerajaan di bawah undang-undang tentera (Marshal Law), dan kerajaan yang dipimipin mantan Presiden itu bukan atas asas demokrasi tetapi kuasa tentera dan kuku besi.
3. Umum tahu, bahawa di bawah pemerintahan Marcos, rakyat ditindas dengan teruk, malah penduduk islam di Selatan Filipina menjadi pelarian dan Sabah menjadi mangsa sehingga kini. 
4. Seorang negarawan, seperti Tun Dr Mahathir, kehilangan jatidiri, hanya kerana menurut nafsu, hanya kerana terikut-ikut permainan pembangkang, sehingga sanggup menelan ludah sendiri.
5. Rupanya polisi dan tindakan yang beliau ketengahkan kepada rakyat selama 22 tahun, hanya sandiwara, bukanpun merupakan asas yang perlu dipertahankan. Seperti kata Dato Hishamuddin Hussien, pada tahun 1998, semasa gerakan Reformasi yang diketuai Anwar Ibrahim, mantan Perdana Menteri itu mengutuk habis cara Anwar itu, namun kini kutukan itu hanya sandiwara, kerana di penghujung kehidupan mantan PM itu, mengakui bahawa kutukan beliau tersebut hanya wayang, tiada kebenaran mengenainya.

Himpunan sejuta baju merah sokong Najib Oktober ini.....ada upah tak...baki RM2.6B banyak lagi...???

Jamal Md Yunos yakin himpunan itu mampu mengatasi jumlah peserta Bersih 4.
jamal-yunos_red_600
SABAK BERNAM: Himpunan satu juta menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan diadakan pada Oktober ini untuk mengatasi jumlah peserta perhimpunan Bersih 4.
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos berkata himpunan sejuta orang menyokong Najib itu akan diadakan pada 10 Oktober ini dengan memakai t-shirt merah.
Jamal berkata, beliau sangat yakin dapat mengatasi jumlah peserta yang berkumpul di Dataran Merdeka bagi bersih 4.
“Kami telah memilih 10 Oktober untuk perhimpunan kami. Kami akan berkumpul di Low Yat, Bukti Bintang dan 1 juta ‘Baju Merah’ akan turun bagi menunjukkan sokongan terhadap Najib”, katanya selepas perasmian mesyuarat UMNO bahagiannya.
Jamal baru-baru ini menubuhkan kumpulan Anti Bersih bagi berhadapan dengan peserta Bersih tetapi dibatalkan di saat-saat akkhir selepas dinasihat polis.

Bersih 4: Dr Mahathir bertindak di luar batasan - Hishammuddin

Bersih 4: Dr Mahathir bertindak di luar batasan - Hishammuddin
SEPANGGAR: Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bertindak di luar batasan apabila menghadirkan diri pada perhimpunan Bersih semalam, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, hari ini.

Beliau berkata, tindakan bekas perdana menteri itu tidak mencerminkan gesaannya pada 1998 untuk tidak menyokong demonstrasi jalanan.

"Bagi saya, beliau (Dr Mahathir) telah melanggar prinsip perjuangan yang beliau pegang selama ini. Tindakan beliau jelas bertentangan dengan nilai-nilai yang diketengahkan semasa beliau menjadi perdana menteri.

"Ketika zaman pentadbirannya, beliau secara jelas menyatakan bahawa demonstrasi jalanan bukan pendekatan untuk menyuarakan rasa tidak puas hati, apatah lagi menjatuhkan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Sepanggar di sini.
 
Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan, berkata Dr Mahathir tidak pernah disekat untuk menyuarakan pandangannya selepas persaraannya, tetapi tindakan beliau bersekongkol di pentas pembangkang semalam tidak boleh diterima.

Semangat peserta Bersih 4 berkobar pada jam terakhir perhimpunan

Ratusan ribu peserta Bersih 4 memenuhi kawasan sekitar Dataran Merdeka untuk acara kemuncak perhimpunan itu menjelang ambang merdeka. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 30 Ogos, 2015.Ratusan ribu peserta Bersih 4 memenuhi kawasan sekitar Dataran Merdeka untuk acara kemuncak perhimpunan itu menjelang ambang merdeka. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 30 Ogos, 2015.Tun Dr Mahathir Mohamad yang membuat persinggahan mengejut di perhimpunan Bersih 4 malam tadi, melakukan satu lagi lawatan petang ini.
Bekas perdana menteri itu tiba di Pasar Seni, Kuala Lumpur kira-kira jam 4.30 petang tadi dan dikerumuni orang ramai yang ingin bersalaman serta mencium tangannya.
Dr Mahathir berkata beliau tidak peduli mengenai tuntutan penganjur Bersih 4 tetapi berada di perhimpunan itu untuk mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melambai kepada orang ramai ketika melawat perhimpunan Bersih 4 di Pasar Seni, Kuala Lumpur, jam 4.30 petang tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 30 Ogos, 2015.Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melambai kepada orang ramai ketika melawat perhimpunan Bersih 4 di Pasar Seni, Kuala Lumpur, jam 4.30 petang tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 30 Ogos, 2015.Kunjungan hari ini, sama seperti malam tadi, ditemani isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. Bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim turut kelihatan ketika lawatan Dr Mahathir sebentar tadi.
Sementara itu, perhimpunan Bersih 4 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, melepasi 24 jam, sokongan untuk perhimpunan tersebut kekal kuat dengan penganjur mengatakan kira-kira 300,000 peserta hadir hari ini.
Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata lebih ramai dijangka datang malam ini untuk saat akhir perhimpunan.
Maria yang dilihat bercakap dengan polis sebelum ini berkata penganjur dimaklumkan yang perayaan malam ini sempena Hari Kebangsaan dipindahkan ke Bukit Jalil sementara sambutan esok akan diteruskan seperti dirancangkan di Dataran Merdeka.
"Kami berbincang dengan Ketua Polis Daerah tentang sambutan Hari Merdeka malam ini yang akan berpindah ke Bukit Jalil. Sambutan esok akan kekal di Dataran Merdeka. Bersih akan berada di sini sehingga tengah malam. Saya rasa ia masuk akal kami sedang adakan perhimpunan ini. Polis tidak membincangkan Bersih. Mereka sangat bekerjasama dan kami akan teruskan program.
Maria berkata pihak penganjur tidak tahu Tun Dr Mahathir Mohamad akan datang ke Dataran Merdeka untuk melawat seketika semalam.
"Kami sedang bersembahyang pada waktu itu. Jika beliau datang hari ini, kami akan mengalu-alukannya sebagai peserta seperti yang lain." katanya.
Peserta perhimpuna di hadapan Dataran Merdeka di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 30 Ogos, 2015.Peserta perhimpuna di hadapan Dataran Merdeka di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 30 Ogos, 2015.Meskipun dengan panas terik, ramai peserta kekal di Dataran Merdeka dan kawasan berdekatan, nekad untuk bersedia bagi pelbagai program di pengakhiran malam ini.
Perhimpunan Bersih 4 di Kuching, Sarawak berakhir awal pagi ini selepas pihak penganjur mendapati peraturan perhimpunan tidak diikuti.
Pengerusi Anjuran Bersih Kuching Nicholas Mujah berkata kehadiran 'terlalu ramai' kanak-kanak di perhimpunan semalam memaksa penganjur menghentikan perarakan lebih awal. Ia sepatutnya berakhir tengah malam ini.
Mujah juga mengatakan kehilangan sistem alamat awam merupakan sebagai sebab untuk pembatalan tersebut, menambah yang keputusan tersebut dibuat pada tengah malam semalam.
Selepas bermalam dengan aman di sekitar Dataran Merdeka, Kuala Lumpur malam tadi, peserta Bersih 4 hari ini mula berkumpul semula untuk meneruskan hari mereka sebelum perhimpunan 34 jam itu berakhir tengah malam ini.
Bagaimanapun, di Kota Kinabalu, Sabah, mereka yang berkhemah di tepi pantai di Taman Teluk Likas Dua, berurusan dengan pihak polis pagi ini yang datang untuk menghentikan rancangan jalan kaki demokrasi 6km mereka.
 Perarakan Bersih 4 Sabah dari Taman Teluk Likas di Kota Kinabalu, Sabah. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 30 Ogos, 2015. Perarakan Bersih 4 Sabah dari Taman Teluk Likas di Kota Kinabalu, Sabah. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 30 Ogos, 2015.Situasi di Kuala Lumpur terus aman setakat ini, dengan polis tidak langsung bertindak terhadap peserta perhimpunan yang berkumpul di sekitar Dataran Merdeka yang bersejarah, yang akan menjadi tapak sambutan Hari Merdeka esok.
Semalam, menurut penganjur, Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), seramai 200,000 orang dianggarkan berkumpul ketika kemuncak perhimpunan itu kira-kira jam 4 petang walaupun pihak polis mengesahkan bilangan mereka hanya 29,000 orang.
Masih belum dapat dipastikan sama ada perhimpunan tersebut, yang diadakan untuk menuntut pembaharuan institusi, kerajaan yang bersih, hak untuk memproses dan langkah menyelamatkan ekonomi, akan menyaksikan lebih ramai peserta hari ini berbanding semalam.

Peserta perhimpunan mulai bergerak di kawasan Dataran Merdeka, kelihatan tulisan kapur berwarna di atas jalan raya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 30 Ogos, 2015.Peserta perhimpunan mulai bergerak di kawasan Dataran Merdeka, kelihatan tulisan kapur berwarna di atas jalan raya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 30 Ogos, 2015.
Ahad, 11.25pm: Skuad Keadilan mula membentuk barisan penghalang bagi mengelak sebarang kejadian merempuh masuk ke Dataran Merdeka.
11.23pm: Maria Chin berjumpa dengan polis untuk meminta peserta diberikan masa sejam untuk beredar.
11.22pm: Satu letupan kedengaran berhampiran air terjun buatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Asap letupan itu berbau seperti belerang namun orang ramai tidak berganjak.
Pada waktu ini dipercayai ada yang tercedera kerana orang ramai memanggil "Medik! Medik!" berulang kali.
11.10pm: Maria Chin berkata:”Perhimpunan ini bukan akan gagal kerana tak ramai Melayu. Tapi kejayaan sebab ini bahagian rakyat Malaysia. Mungkin mereka takut. Ini bukan saja orang Cina tapi orang Malaysia.”
“Saya sedikit bimbang bila kita memutuskan untuk perhimpunan 34 jam. Tetapi ramai yang bertahan dan ia perasaan yang saya tidak boleh gambarkan untuk melihat jumlah peserta di sini,” katanya dan berkata peserta berkelakuan baik dan polis tidak mengganggu perhimpunan itu.
“Mereka tidak banyak membantu dalam mengawal orang ramai tetapi mereka ada di belakang dan tidak mengganggu perhimpunan ini. Saya anggap itu perkara yang baik,” katanya dan menganggarkan kira-kira 300,000 peserta ada di Dataran Merdeka.
11.15pm: Kesesakan lalu lintas 4km dari Jalan Kinabalu menuju Dataran Merdeka, di kedua-dua hala. Semakin ramai berjalan kaki ke arah Dataran Merdeka. Orang ramai meletakkan kenderaan di sepanjang jalan.
11.00pm: Ahli Dewan Undangan Negeri Machang Bubuk Lee Khai Loon membuat persembahan nyanyian di atas pentas utama himpunan Bersih 4.
Beliau kemudian mengetuai orang ramai menyanyikan lagu "Selamat Tinggal Najib dan Rosmah".
10.27pm: "Hari ini kita semua penjenayah. Sebab Zahid Hamidi mengharamkan pakai baju Bersih. Tapi apa kita buat? 300,000 datang,” kata peguam New Sin Yew yang turut dilihat di kalangan khalayak di Dataran Merdeka yang sedang menikmati persembahan disediakan.
10.01pm: Peguam dan aktivis hak asasi manusia Datuk Ambiga Sreenevasan dilihat berada bersama peserta di Dataran Merdeka.

Dr M: Saya sokong rakyat, bukan BERSIH

 Kehadiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada perhimpunan BERSIH 4 buat kali kedua hari ini, ternyata memberi kejutan banyak pihak.
Mahathir bagaimanapun berkata kehadirannya pada perhimpunan tersebut bukan sebagai tanda menyokong BERSIH 4, sebaliknya untuk menunjukkan solidariti kepada rakyat.
Jelasnya, beliau menyokong tindakan rakyat berhimpun di Dataran Merdeka untuk menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatannya.
"Saya sokong rakyat bukan BERSIH. BERSIH pun rakyat, mereka pun tak suka Najib.
"Ada orang nak bagi buruk nama saya kononnya saya sokong BERSIH. BERSIH pun rakyat. Bukan semua pakai baju kuning, ada juga yang tak pakai baju kuning.
"Saya hadir sebagai solidariti kepada rakyat," katanya ketika ditanya pemberita berhubung kehadirannya ke perhimpunan itu di sebuah restoran di Pusat Seni hari ini.
Negarawan itu hadir ke Pusat Seni dengan menaiki KTM Komuter dari Salak Selatan dan turun di stesen Kuala Lumpur kemudian berjalan ke Pasar Seni.
Hari ini adalah kali kedua Mahathir itu hadir ke perhimpunan BERSIH 4. Beliau yang hadir ditemani isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali bagaimanapun tidak memakai baju kuning.
Mahathir dan isterinya ditemani bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim.
Ditanya sama ada beliau menyokong demonstrasi sebagai tindakan menjatuhkan kerajaan, perdana menteri selama 22 tahun itu berpendapat ia merupakan pilihan terakhir yang rakyat perlu lakukan.
Dengan mengambil contoh bekas Presiden Filipina Ferdinand Marcos, Dr Mahathir berkata bekas pemimpin negara itu itu digulingkan oleh rakyat melalui demonstrasi.

Koleksi Gambar Bersih 4.0 - 2









Apa yang indah tentang Bersih 4.0 ?

Oleh Arif Atan


1. Berjalan dari Pasar Seni menghala ke Dataran Merdeka, kita dapat melihat bangunan2 lama di Kuala Lumpur yang nampak makin dihimpit projek di sana-sini. Ada binaan bangunan tu tertera tahun 1920! Sayangnya, banyak premis sudah tergantung bisnes orang Nepal, Myanmar dari kedai makan sampai kepada barangan am. Tersergam juga bangunan Maybank yang dikatakan pertama wujud pada 1960. Siapa yang nak tahu di mana letaknya binaan tu, esok turunlah Bersih 4.0! 

Hanya ketika himpunan seperti ini kita sebagai rakyat Malaysia dapat "bersiar-siar" melihat pemandangan dan sisa tinggalan sejarah di ibu kota dan kau akan rasa betapa berharganya warisan itu dipelihara. Kita belajar sejarah di jalanan! Tak kenal maka tak cinta. Kalau cuti minggu biasa kawasan pusat ibu negara ini penuh dengan warga asing kelas buruh. Jadi? Kau tak payah memgaku patriotik cintakan negara kalau KL pun kau tak tahu apa yang menarik di sini!

2. Kawan2 Cina kita beri laluan untuk yang Melayu solat Marghrib berjemaah. Ketika berlangsungnya solat, kawan2 bukan Islam sekitar tempat yang Muslimin dan Muslimat solat tadi duduk diam, layan hp masing2 walaupun maklum 'line' teruk. Mereka tak sibuk nak tiup benda bising tu.

Masa Aisyah nyanyi lagu "Bahtera Merdeka" pun kawan-kawan bukan Melayu inilah yang angkat tangan buat isyarat minta peserta di belakang untuk senyap tak sibuk tiup benda tu (patut bako je benda tiup2 tu lepas ni. hahaha).

Siang tadi pun kami menapak sama, bercerita isu semasa, ketawa dan ada ketika serius berkongsi rasa tapi ceria kembali berkongsi kuih apam yang cantik hasil 'karya' Kak Siti - suri hati En Ahmad Lutfi Othman. Chia Fong Lau siap melawak, "Ini halal ar. Takde babi". Gila kau! Mesra. Tiada apa yang mengguris hati sebab kita sudah lama kenal hati budi.

Koleksi Gambar Bersih 4.0






Zahid minta komponen BN bersedia hadapi PRU14

BN mengubah pendekatan dengan meletakkan calon disenangi berbanding calon boleh menang bagi menarik undi
Ahmad-Zahid-Hamidi_spr_bn_600
SUNGAI SIPUT: Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu menyelesaikan masalah dalaman masing-masing bagi memperkasa gabungan itu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu perlu dilakukan bagi memastikan BN menang besar pada PRU akan datang.
“Pilihan raya tidak jauh dari sekarang, tidak lebih dua tahun lima bulan, pejam celik kita akan hadapi pilihan raya.
“Jadi saya minta MB (Menteri Besar) dan pengerusi BN di negeri-negeri dan pengerusi BN di kawasan Parlimen termasuk Sungai Siput, jangan hanya balik kawasan ketika pilihan raya, baliklah jenguk anak buah yang akan menjadi jentera dalam menentukan kemenangan BN, jangan jadi pemimpin bermusim,” katanya.
Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sungai Siput.

Najib ikrar tidak akan biarkan kerajaan Umno&BN jatuh

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini berikrar beliau dan barisan pentadbirannya tidak akan membiarkan Malaysia jatuh, malah akan terus membangunkan tanah air supaya kekal makmur di persada dunia. 
 
Perdana Menteri berkata, beliau dan timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta rakan-rakan yang lain akan meneruskan usaha itu walau apa pun cabaran yang mendatang serta dugaan yang melanda.
 
Ketika menyampaikan Amanat Hari Kebangsaan 2015 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini malam ini, Najib melahirkan rasa kesal atas tindakan segelintir pihak yang sanggup dan tergamak mencetuskan bibit-bibit persengketaan serta api permusuhan menjelang ulang tahun kemerdekaan negara.
 
"Sesungguhnya, kami tidak akan membenarkan sesiapa sahaja sama ada dari dalam atau luar (negara), untuk dengan mudahnya datang dan mencuri, merosakkan atau memusnahkan apa yang telah kami bina selama ini.
 
"Beringatlah semua, jika kita tidak bersatu, hilang solidariti dan hilang kesepaduan, segala masalah tidak akan dapat diselesaikan, bahkan segala yang kita bina secara susah payah selama ini akan hancur begitu sahaja," katanya.
 
Ini merupakan kali kedua Najib menyampaikan Amanat Hari Kebangsaan secara langsung di hadapan khalayak ramai tanpa rakaman terlebih dahulu seperti amalan
biasa. Ia disiarkan secara langsung oleh radio dan televisyen malam ini. 
 

BERSIH 4.0: Risiko penjara, Najib tak akan undur

IMG-20150830-WA0007KUALA LUMPUR, 30 OGOS: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak akan meletak jawatannya kerana sedar berisiko tinggi dihadapkan ke mahkamah seterusnya dipenjarakan jika berbuat demikian.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga yakin Najib akan didapati bersalah ekoran beberapa skandal yang dikaitkan dengan beliau.
“Saya fikir dia tak akan turun sebab tahu jika dah tak ada kuasa mungkin akan dihadapkan ke mahkamah. Mahkamah akan dapati dia bersalah dan akan dipenjara tetapi kalau dia tak turun, langkah seterusnya adakan undi tak percaya.
“Bagi menjayakan undi tak percaya, Ahli Parlimen Umno perlu sokong perkara itu,” katanya pada sidang media di sebuah restoran di Pasar Seni, di sini, hari ini.
Ketika menyentuh isu derma RM2.6 bilion, Dr Mahathir, berkata wang derma yang diterima ketika beliau sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno dimasukkan ke sebuah akaun amanah milik parti bukan ke akaun peribadi seperti dilakukan Najib.

Pendedahan skandal terbaru Najib di kemuncak Bersih 4

KUALA LUMPUR, 30 ogos – Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli akan membuat pendedahan terbaharu mengenai skandal yang melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak malam ini.
Katanya, pendedahan itu akan dibuat di malam kemuncak Himpunan Bersih 4.0 di Pentas Dataran Merdeka malam ini.
“Malam ini saya akan berucap lagi….ada pendedahan skandal baharu yang akan saya sampaikan,” katanya ketika menyampaikan ceramah di Jalan Masjid Jamek hari ini.
Dalam pada itu, Rafizi berkata, mesej peserta Bersih 4.0 jelas iaitu mahukan pembaharuan di dalam sistem pemerintahan.
“Kita mahukan kerajaan yang bersih,” katanya seperti dilapor Sinar online.
Himpunan Bersih 4.0 yang berlangsung sejak semalam akan berakhir tepat 12 malam ini.

Demo tak matang, minda cetek - Najib

Sejak semalam, beribu-ribu penunjuk perasaan berdemonstrasi di ibu negara untuk mendesak perdana menteri meletakkan jawatan ekoran kontroversi 1MDB serta sejumlah RM2.6 bilion derma yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau.
 Datuk Seri Najib Razak bagaimanapun berkata meskipun pihak polis telah mengisytiharkan acara itu menyalahi undang-undang, dan ia tidak dibenarkan tetapi mereka tetap meneruskan.
Malah, Najib turut peserta himpunan BERSIH 4 sebagai “tidak matang” dan “berminda cetek” sekali gus memberi amaran kepada sesiapa sahaja yang menjadi dalang serta pengkhianat yang mahu memusnahkan negara.
"Seperti yang kita semua tahu, apa yang telah berlaku sejak dua hari lepas adalah sangat tidak sesuai. Ia menunjukkan mentaliti cetek.
"Kerana itulah kita menolak sebarang bentuk demonstrasi jalanan yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam dan hanya menyusahkan rakyat, kerana ia tidak langsung mencerminkan kematangan, bahkan ia bukanlah sebagai saluran yang betul untuk menyuarakan pandangan dalam sebuah negara demokrasi," kata Najib.
Malah mufti Kelantan telah menyatakan bahawa demonstrasi jalanan dan BERSIH 4 adalah haram dari segi hukum Islam," kata Najib dalam perutusan Hari Merdeka malam ini.

Final hour - Crowd sings 'Goodbye Najib & Rosmah'

Tun M: Dulu Ada Undang-undang

Tun M: Demonstrasi Pilihan Terakhir Rakyat

Tun M - Kita Nak Singkir Najib Saja

Najib enggan undur kerana takut ke penjara - Mahathir

Dr M: Kita nak singkir Najib bukan BN

Mahathir: Saya sokong rakyat, BERSIH itu rakyat

4.30pm: Mahathir turun demo BERSIH lagi

Berita: 8.00pm- Dataran Merdeka : Solat hajat, tazkirah dalam hujan

Bersih 4: Good night, Kuala Lumpur

Bersih 4: In Penang

Aerial view of Bersih 4 at Masjid Jamek2

Bersih 4.0: Hujan

Final hour - crowd hits 80k mark