Sabtu, 29 Ogos 2015

D-DAY BERSIH 4.0











Bersih 4.0 Akan Diteruskan Sepertimana Yang Dirancang - Maria Chin


KUALA LUMPUR: Perhimpunan Bersih 4.0 akan diteruskan sepertimana yang dirancang, demikian kata pengerusi jawatankuasa penganjurnya Maria Chin Abdullah.
Katanya, walaupun pihak Kementerian Dalam Negeri telah mengeluarkan pekeliling mengharamkan baju-T Bersih 4.0 dan sebarang penerbitan yang berkaitan dengannya tetapi mereka akan tetap meneruskan perhimpunan tersebut seperti yang dirancang dan sama sekali tidak akan membatalkannya.
Malah beliau menegaskan, pengharaman penggunaan baju-T yang tertera perkataan Bersih 4.0 itu tidak sama sekali menghalang mereka daripada meneruskan perhimpunan tersebut.
"Pelan kami tidak akan berubah. Ia tetap akan diadakan sebagaimana yang dirancang esok (Sabtu)," ujarnya lagi.
Kementerian Dalam Negeri pada Jumaat telah mengeluarkan pekeliling yang ditandatangani oleh menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Selasa yang mengharamkan pemakaian dan pengedaran apa jua bahan yang memaparkan Bersih 4.0.
Pengharaman itu dibuat di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Ke Atas Penerbitan Unsur-Unsur Yang Tidak Diingini (No 22) 2015.
Ia akan berkuatkuasa pada Jumaat.
Di bawah perintah itu, antara lain menyebut penerbitan, ulang terbit, penjualan, pengedaran atau memiliki sebarang penerbitan ke atas bahan-bahan yang boleh dilihat sebagai menjejaskan ketenteraman awam dan juga keselamatan atau bertentangan dengan mana-mana undang-undang.

Marina to join BersihUK, wishes all in M’sia a safe march

Marina Mahathir congratulates first-timers and predicts Bersih 4 will have a “humongous” turnout.
marina,bersih
PETALING JAYA: Due to plans that cannot be changed, activist Marina Mahathir will be joining the Bersih rally in UK this year and has sent her best wishes to all Malaysians that they have a safe event here.
Posting a message on Facebook today, Marina congratulated first-timers “on exercising your democratic right to protest” and said that being a seasoned rally-goer herself, she was prepared for what to expect.
Nevertheless, she said she understood if some were “nervous even scared” as those were normal feelings but that once marching, they would feel a bond with others like never before.
“You’ll realise that Malaysians truly love their country and are not about to let it go to the dogs just like that. That they don’t buy into lies and deception at all. Malaysians are smart, they know what’s true or not and who’s pulling the wool over their eyes.”
Describing a carnival-like atmosphere at the Bersih 2 and 3 rallies she attended, she cautioned rally goers all the same of the presence of “party poopers” but said, “Don’t be deterred. You are going with the best intentions, the best niat, so right is on your side. Numbers also help…and I have a feeling that Bersih 4 is just going to be humongous.”
Promising to post photos of her march in BersihUK, she ended her post, saying, “Meanwhile, folks, I pray for the best of the bestest for all of you tomorrow.
“Hope good sense prevails on the part of the authorities and they let you all just be. Do be safe, do take care and most of all, enjoy the atmosphere. I shall miss you all.”

APA DAH JADI PADA POLIS MALAYSIA !!!

Dah dua kali 'dimalukan'.. Sebelum ini Polis Thai telah menolak DUA KALI permohonan polis M'sia nak jumpa & siasat Justo.

Kini pula INTERPOL sendiri telah MENOLAK permohonan PDRM mahu pengasas Sarawak Report dalam senarai dikehendaki Aseanpol & notis merah Interpol.

Jaguh dalam kandang sendiri boleh BERKUASA !!

Majlis Peguam desak Putrajaya pertahan kebebasan maklumat

Presiden Majlis Peguam Steven Thiru berkata, pendekatan menyekat laman sesawang yang mempromosikan himpunan Bersih 4 merupakan satu bentuk salah guna kuasa oleh SKMM jika sekatan dilakukan terhadap laman yang mempromosi, menyebar dan menggalak orang ramai ke himpunan itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Ogos, 2015. 
Presiden Majlis Peguam Steven Thiru berkata, pendekatan menyekat laman sesawang yang mempromosikan himpunan Bersih 4 merupakan satu bentuk salah guna kuasa oleh SKMM jika sekatan dilakukan terhadap laman yang mempromosi, menyebar dan menggalak orang ramai ke himpunan itu. 

Majlis Peguam menggesa Putrajaya menjunjung kebebasan maklumat selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dikatakan akan menyekat laman sesawang yang mempromosikan himpunan Bersih 4.
Presidennya Steven Thiru berkata, pendekatan itu merupakan satu bentuk salah guna kuasa oleh SKMM jika sekatan dilakukan terhadap laman yang mempromosi, menyebar dan menggalak orang ramai ke himpunan itu.
Beliau berkata, ini kerana keputusan SKMM itu dibuat susulan kenyataan Kementerian Dalam Negeri sebelum ini yang "Bersih 4.0" bukan sebuah badan berdaftar.

"Pendirian yang diambil kementerian itu satu salah tanggap. Tiada acara atau entiti yang dikenali sebagai 'Bersih 4.0'. "Bersih 4 adalah satu acara. Penganjur Bersih 4 merupakan satu entiti yang dikenali sebagai Bersih 2.0 yang mana Mahkamah Tinggi dalam kes Datuk Ambiga Sreenevasan melawan menteri dalam negeri mengiktirafnya sebagai persatuan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966," katanya dalam satu kenyataan petang ini.
"Oleh itu, keputusan yang dibuat oleh kementerian itu, berkaitan satu peristiwa yang tidak wujud atau entiti yang tidak diketahui (Bersih 4.0), adalah tidak berasas," kata Thiru.
Katanya, sehubungan itu, sebarang pergantungan SKMM terhadap satu "keputusan yang silap" oleh kementerian, tidak akan dapat dipertahankan mengikut undang-undang.
"Ia sama dengan salah guna kuasa pengawalseliaan yang diletakkan di bawah SKMM mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM).

Penjawat Awam Dilarang Sertai BERSIH 4.0 Tertakluk Kepada Perintah Am - Nancy Shukri

RM2.6B: Kenyataan penuh Anina mengenai saman keatas Najib

Pentingnya kuningkan seluruh Kuala Lumpur, 29 & 30 Ogos ini

1. Negara kita sedang berhadapan dengan pelbagai skandal yang sangat menjolok mata, pembohongan melampau, pemerkosaan hak rakyat, dan salah urus kekayaan negara, seolah tiada lagi batasnya.

2. Pemimpin negara bertindak sesuka hati, para pegawai pelaksana undang-undang disingkir, suara yang menegur diugut dan ditekan, dan rakyat dibohongi saban hari.

3. Ekonomi negara pula sangat tenat. Nilai Ringgit merudum tiada kawalan. Harga rumah, barang keperluan harian, dan kos perniagaan meningkat di luar tahap kemampuan kebanyakan rakyat. Sedang harta negara diratah sesuka hati oleh para penguasa. Amanah hilang entah ke mana.

4. Kebejatan ini tidak mungkin berlaku di dalam negara yang punya KUASA MORAL yang tinggi. Tetapi, kuasa moral rakyat kelihatan cuba dihakis terus. Dhamir rakyat yang masih punya kuasa moral sangat terluka dengan keadaan ini. Mereka mesti bangkit menyatakan sikap dan pendirian.

5. Gerakan Harapan Baru menyeru semua pendokong dan penyokongnya, serta seluruh rakyat negara ini, agar turut serta dalam Perhimpunan Aman Bersih 4.0, yang akan berlangsung pada 29hb hingga 30hb Ogos ini, bermula jam 2.00 petang di ibu negara.

6. Himpunan ini sangat penting bagi mempertahankan kuasa moral rakyat sekaligus demi menyelamatkan Malaysia daripada segala kebejatan yang tidak berpenghujung ini.

Amanah. Progresif. Peduli.

MOHAMAD SABU
Pengerusi
Gerakan Harapan Baru

"Memang kami kelompok kecewa ..."

1. Betul kami kelompok kalah. Tetapi tidak pernah dalam sejarah pemilihan, berlaku kalah yang gugurnya setandan sebegini. Kami mengakui kekalahan itu, namun kekalahan yang mungkin juga merupakan 'rahmat yang tersembunyi'.

2. Kami dikalahkan dengan cara telah pun tuan-tuan ketahui. Kelompok kami dianggap sebagai mengekang kelompok yg diketuai presiden kerana setiap kali mesyuarat kelompok ini datang dgn penghujahan yang cukup, sehingga presiden tidak dapat membuat keputusan dalam perkara dasar. Hakikat itindiakui okeh Ketua Dewan Ulama (intrview MM).

3. Betul juga kita kelompok 'kecewa'. Kita kecewa kerana sejurus kita kalah, sementara TGNA sudah tiada, PAS membuat pendirian berpisah dengan DAP, sekaligus berakhirnya PR. Mengkuburkan satu muafakat politik yang disuburkan sekian lama yang memberi manfaat yang besar kepada perjuangan Islam yang inklusif dalam sebuah mesyarakat majmuk.

4. Asalnya tiada sorang pun di kalangan kami mahu buat parti baru. Tak ada niatpun. Tapi pada 16 Jun di Johor, kami buat brainstorming, sebulat suara bersetuju meneruskan perjuangan TGNA, membawa Islam 'Rahmatan lil alamin' yang menaungi semua. Semua berasa selamat dan terbela di bawah lembayung 'Islam Untuk Semua'. Justeru cara terbaik untuk membawa mesej itu adalah dengan meneruskan tahaluf siyasi.

5. Kenapa kami tubuh wadah baharu, adalah kerana mahu mengangkat kembali agenda Pakatan Rakyat 2.0 utk depani persaingan sengit PRU14 akan dtg.

Apa lagi yang boleh dibuat anak muda kita?

Oleh Raja Bahrin Shah. 


Kita yang telah lebih dari separuh umur ini menghadapi situasi yang tidak pernah kita lalui dan tidak menjangka akan bolih berlaku dalam Negara yang di sayangi ini. Bagi mereka yang baru mula berkerja mereka bergelut dengan kos sara hidup tinggi dan keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Anak muda hari ini pula menghadapi berbagai cabaran dan dugaan yg amat hebat sebelum mereka tamat pengajian dan sebelum dapat berkerja lagi. Krisis keyakinan dalam Negara kepada kerajaan amat parah dan nilai wang Malaysia di luar Negara jatuh begitu teruk sekali.

Anak muda Mahasiswa hari ini cerdik dan celik maklumat. Mereka tidak bolih dan tidak rela di perbodohkan olih mana mana pihak. Berbekalkan ilmu di dada, semangat yang berkobar serta tenaga muda yang dinamik mereka terpanggil untuk bertindak.

Mahasiswa yang menjemput Ahli Parlimen yang merupakan pakar ekonomi untuk memberi kuliah di sebuah Universiti UIA tempatan tentang situasi ekonomi semasa telah di gantung pengajian mereka.

 Mereka hanya dahagakan maklumat dan ilmu semasa bukan ketagih dadah. Anak muda yang hanya menyeru pemerintah di ganti kerana keadaan Negara yang sudah parah di tangkap di bawah akta yang hukumannya amat berat sekali. Bagaimana pun Ini tidak melunturkan semangat ikon anak muda Malaysia saperti Adam Adli dan Safuan Anang untuk terus mendesak walaupun mereka di penjarakan..

Terkini anak muda mahasiswa berkemah secara aman di luar Parimen menuntut pemerintah yang gagal mengurus Negara dengan baik di tukar, tetapi 17 dari mereka di muatkan kedalam lori olih Polis dan di kurung dalam Penjara Jinjang. Diantara yang di kurung di dalam adalah Khairul Najib, Lau Yi Leong dan Mustapha Kamal. Yang menunggu diluar pada malam 25 Ogos bersama saya di Penjara Jinjang adalah ketua gerakan mahasiswa Muqit Mohd dan Shukri serta ramai rakan rakan muda yang lain. Mendengar kuliah bebas tak bolih, bersuara tak bolih dan berkemah di luar Parlimen pun di tangkap. Apa yang bolih untuk anak muda kita.? Adakah Kerajaan kita hanya berminat menglahirkan generasi mahasiswa anak muda yang pekak, bisu dan buta ?

PAS Jadi Semakin Ganjil

Secara zahirnya, kita nampak Pas mula jadi ganjil semasa meletakkan calon2 di 6/7 kawasan PRU 13 yg mngakibatkan prtndingan 3-penjuru.

Tak kira pandangan negatif atau positif, Langkah Kajang telah mbongkar wajah pimpinan Pas yg sebenar.
Dari menolak keputusan Ajk Pas Pusat, hingga keluar kenyataan yg menghina Presiden Parti rakan.

Senario 1 : ' Wan Azizah tak ada kebolehan memimpin '- disambut redha oleh Wan Azizah. Wan Azizah dan PKR tidak melenting balik, malah mempamirkan sikap Islami terpuji.

Senario 2 : ' Hadi mungkir janji dan ponteng mesyuarat ' - disambut oleh Pimpinan Pas dgn putuskan hubungan dgn Dap, sekaligus menguburkan PR.

Jika dikira dari segi timbangan berat, 2-2  senario sama-sama berat66.
Tapi PKR masih boleh lapang dada, agaknya krn mereka tau politik.

Apb Pas putus hubungan dgn Dap, secara sedar / tidak, Pas telah membuat satu keputusan trajis:
PR berkubur, Pas pecah 2, G18 keluar Pas, GHB terbentuk, PR 2 bakal wujud, dan Pas kemnkinan besar jadi parti solo.

Dari apa perkiraan pun, Pas paling rugi-imej tercalar, cina tak nak undi, Pas balik kampung. Dgn keluarnya GHB, ianya bukan ' pembersihan' ttp ' pendarahan '.

Culture of fear won’t work by banning Bersih T-shirts

Malaysians have broken barriers and gone beyond that, says Bersih chairman.
maria,banned
KUALA LUMPUR: The Home Ministry’s banning of the Bersih 4 T-shirts is laughable and it is a show of a desperate government’s inability to deal with diverse views, said Bersih 2.0 chairman Maria Chin Abdullah.
Chin said Malaysians had broken barriers and were able to deal with the culture of fear created by those in power and using religion to divide and rule.
“The demands of Bersih 4 printed on the T-shirts are the people’s call for democratic reform.
“We cannot go on having a failed political system that breeds corruption and an ailing econony.
“This is the time for every Malaysian to make a stand and demand for rationality, she said in a statement today.
Chin urged supporters to be there and be proud of the Bersih 4 T-shirts.
“It is a symbol of our fight to bring a sense of justice and stability to this beloved nation of ours,” she said.
She added that the public need not fear as Bersih had laywers on standby to deal with any legal situation that might arise.

Bersih 4.0: Pensyarah, guru, pelajar di bawah KPM boleh dikenakan tindakan

Selang beberapa jam selepas Timbalan Menteri Pendidikan, Chong Sin Woon membenarkan pelajar universiti menyertai perhimpunan Bersih 4.0, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengeluarkan kenyataan menjelaskan bahawa guru, pelajar dan murid di institusi di bawah kementerian itu akan dikenakan tindakan jika menyertai perhimpunan tersebut.
 
Menurut kenyataan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, ini kerana kerajaan telah mengisytiharkan pertubuhan Bersih 4.0 sebagai pertubuhan yang tidak berdaftar.
 
"Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia ingin menegaskan bahawa semua pegawai dan kakitangan di KPM , JPN (Jabatan Pendidikan Negeri), PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) terrmasuk para pensyarah, guru-guru, para pelajar dan murid-murid di institusi-institusi di bawah KPM adalah dengan ini dilarang menyertai dan menghadiri mana-mana perhimpunan yang dianjurkan oleh pertubuhan tidak berdaftar Bersih 4.0 pada mana-mana tarikh atau mana-mana tempat yang dianjurkan oleh pertubuhan tidak berdafatar tersebut," kata kenyataan itu.
 
Pada sidang media hari ini, Sin Woon yang juga Ketua Pemuda MCA menyatakan ahli pergerakan itu yang menyertai perhimpunan Bersih 4.0 tidak akan dikenakan tindakan dengan alasan penyertaan mereka berdasarkan kapasiti sebagai rakyat negara ini.
 
Beliau juga berpendapat universiti tidak sepatutnya mengambil tindakan terhadap pelajar yang menyertai perhimpunan itu atas alasan yang sama.
 

Kebangkitan rakyat tidak dapat dielakkan lagi

Melihat satu episod demi satu episod, kemelut negara yang semakin meruncing, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mendapati rakyat tidak sepatutnya dihalang untuk menzahirkan tuntutannya kepada kerajaan dalam ruang undang-undang yang dibenarkan.
Perhimpunan Bersih 4 yang diumumkan akan dilakukan secara aman pada hujung minggu ini bukan sahaja di ibu kota Kuala Lumpur malah di seluruh negara dan di luar negara, seharusnya ditanggapi oleh pihak berkuasa secara matang kerana ini bukan kali pertama perhimpunan besar-besaran diadakan untuk menyuarakan keresahan rakyat.
Tidak dapat dinafikan bahawa keresahan dan kebimbangan rakyat terhadap pelbagai isu yang muncul dalam negara kebelakangan  ini mengundang bukan sahaja tanda-tanya malah mencetus amarah di kalangan rakyat pelbagai peringkat.

Hatta keluhan yang dititah sendiri oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menganai pernyataan di kalangan pemimpin negara yang berada di barisan tertinggi kerajaan serta di kalangan ahli dan pegawai kanan kerajaan yang juga meluahkan rasa bimbang terhadap status negara, semestinya membuat pihak kerajaan menjadi lebih sedar dan lebih jujur. Menutup dan berselindung kebobrokan kerajaan dengan mengeluarkan kenyataan yang saling bercanggah dan mengelirukan serta menghalakan tumpuan kepada menuduh wujudnya konspirasi dan menakut-nakutkan rakyat dengan ancaman daripada pihak keselamatan, tidak akan meredakan amarah rakyat.
Adalah tidak wajar pihak kerajaan hanya bereaksi dengan mengeluarkan amaran bahawa Bersih 4 adalah perhimpunan untuk menghasut rakyat menumbangkan kerajaan dan pihak berkuasa akan mengambil tindakan. Lebih parah membiarkan kelompok yang memperlihatkan kesediaan bertempur dengan Bersih 4.
Setelah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan ada bekas pemimpin Umno berkonspirasi menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sepatutnya fokus diberi kepada pergolakkan yang sedang berlaku dalam parti pemerintah sendiri.
Bukan menakutkan rakyat dengan kuasa pihak keselamatan padahal pihak keselamatan dan penyiasat pula nampaknya tidak aman ketika menjalankan tugas secara telus dan profesional apabila ada yang dipindahkan, ditangkap dan disoal siat.

Tindakan kerajaan melarang pakai baju 'Bersih 4' melucukan - Maria Chin

Tindakan kerajaan melarang pakai baju 'Bersih 4' melucukan - Maria ChinKUALA LUMPUR: Tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk melarang pemakaian baju 'Bersih 4' adalah melucukan dan menunjukkan bahawa kerajaan terdesak dengan ketidakupayaannya untuk menangani pandangan yang pelbagai.

Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata KDN seolah-olah tidak sedar bahawa rakyat Malaysia telah memecahkan halangan dan dapat berhadapan dengan 'budaya takut' yang direka oleh pihak berkuasa.

"Tuntutan Bersih 4 yang dicetak pada baju-baju tersebut adalah seruan rakyat untuk pembaharuan demokratik.

"Kita tidak boleh mempunyai sistem politik yang gagal, yang membiakkan rasuah dan ekonomi yang bermasalah. Ini adalah masa untuk setiap rakyat Malaysia untuk membuat pendirian dan menuntut rasional.

"Baju 'Bersih 4' adalah simbol perjuangan kami untuk membawa rasa keadilan dan kestabilan kepada negara tercinta kita," katanya di dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau juga berkata para peguam akan bersiap sedia untuk menangani sebarang keadaan undang-undang yang mungkin timbul semasa perhimpunan itu.

Interpol tolak permohonan notis merah polis M'sia terhadap Clare Rewcastle Brown

Polis Antarabangsa Interpol menolak permohonan polis Malaysia supaya mengeluarkan notis merah terhadap Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown.
Notis merah sama seperti dengan waran tangkap antarabangsa di mana negara-negara ahli dimaklumkan mengenai individu yang mahu untuk ekstradisi.
 Dalam surat kepada NGO Fair Trial International, Setiausaha Agung Interpol Jurgen Stock mengesahkan menolak permohonan pihak berkuasa Malaysia.
Dalam surat itu, Stock berkata kebiasaannya Interpol tidak mengulas mengenai kes tertentu atau melibatkan individu.
Bagaimanapun, berdasarkan signifikan laporan akhbar mengenai kes itu, beliau mengesahkan bahawa pihaknya ada menerima permohonan notis merah untuk Clare Rewcastle Brown daripada pihak berkuasa Malaysia.
"Sejajar dengan prosedur operasi standard kami, satu kajian semula telah dijalankan dan, pada 9 Ogos permintaan untuk notis merah itu telah ditolak," kata Stock.
Menurutnya lagi, semua 190 negara anggota dimaklumkan keputusan itu dan dinasihatkan supaya tidak menggunakan saluran Interpol berhubung kes itu dan juga memohon untuk mengeluarkan sebarang data daripada database negara mereka.
Surat tersebut bertarikh 27 Ogos kepada Ketua Eksekutif Fair Trials International Jago Russell, sebagai maklumbalas kepada pertanyaannya pada 25 Ogos.
Clare, seorang wartawan penyiasatan yang berpangkalan di UK, telah membuat liputan berhubung dakwaan salahguna 1MDB milik negara Malaysia dan deposit berbilion ringgit kepada Perdana Menteri Datuk Najib Abdul Razak.
Pada 4 Ogos lalu, polis Malaysia telah memperolehi waran tangkap terhadap Clare yang dikehendaki untuk siasatan atas dakwaan menjalankan kegiatan yang memudaratkan demokrasi berparlimen.