Khamis, 27 Ogos 2015

Forum : PROTES RAKYAT atau DEWAN RAKYAT

KDN & Polis Perlu Patuh Keputusan Mahkamah: BERSIH Tidak Haram

Baru-baru ini pihak KDN dan Polis telah mengeluarkan kenyataan bahawa perhimpunan BERSIH pada 29/30 Ogos ini adalah haram sedangkan ia ternyata membelakangkan keputusan Mahkamah sebelum ini yang menyatakan BERSIH tidak haram.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 24 Julai 2012 telah membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri waktu itu, Datuk Seri Hishamuddin Hussein bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) adalah sebuah pertubuhan 'haram'.

Hakim Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya berkata BERSIH telah berjaya membuktikan kesnya dalam mencabar pengisytiharan kerajaan bahawa ia sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Oleh itu, katanya, mahkamah membenarkan permohonan BERSIH, dengan tiada perintah tentang kos.

Empat belas jawatankuasa pemandu BERSIH waktu itu yang diketuai oleh Datuk S Ambiga telah menamakan menteri dalam negeri, ketua polis negara dan kerajaan sebagai responden.

Datuk Seri Hishammuddin dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengisytiharkan gabungan itu sebagai haram, sejurus sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2012.

Dalam penghakiman 30-muka surat itu, hakim menyentuh sejarah permohonan yang mencabar keputusan Hishammuddin mengisytiharkan gabungan NGO itu sebuah pertubuhan haram.

Walaupun perisytiharan itu dibuat, tambahnya, pihak berkuasa masih terus bertemu dengan pegawai BERSIH.

"Terdapat rundingan antara pemohon dan responden (kerajaan) mengenai lokasi perhimpunan pada 9 Julai," katanya.

"Ada majlis mengadap ( Yang di-Pertuan Agong oleh) pemohon pertama dan tiada celaan terhadap BERSIH (dalam menjalankan) aktiviti (perhimpunan 9 Julai 2011) seperti yang dijadualkan."

Mahkamah telah mengambil notis kehakiman bahawa Hishammuddin telah membuat suatu pernyataan awam untuk membenarkan perhimpunan BERSIH 3.0 diadakan pada 28 April tahun ini.

Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad, yang mewakili responden, berkata Peguam Negara akan diberi taklimat dan untuk arahan selanjutnya.

Azizan serta Peguam Kanan Persekutuan Shamsulbol Hassan, mendakwa bahawa keputusan mahkamah itu menjadikan BERSIH balik ke peringkat asalnya (perlu didaftarkan).

Bagaimanapun, peguam BERSIH, K Shanmuga - yang tampil bersama peguam Tommy Thomas dan Honey Tan - berkata keputusan itu bermakna gabungan itu adalah sah di sisi undang-undang.

"... Keputusan menteri dalam negeri adalah tidak rasional kerana, setelah mengisytiharkannya sebagai satu ancaman kepada keselamatan negara, beliau dan pihak berkuasa telah bertemu dengan pegawai BERSIH,"
kata Shanmuga.

Pengerusi bersama BERSIH yang juga Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said, ketika ditemui di luar mahkamah berkata: "Proses perundangan ini sepatutnya tidak dijalankan kerana ia membuang masa, tenaga dan dana am.

Hakim Rohana telah jelas menyatakan bahawa keputusan untuk mengharamkan BERSIH 2.0 adalah menceroboh hak yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dan tidak harus dibuat secara sewenang-wenangnya.

Sementara itu, seorang peguam pemohon, K. Shanmuga memberitahu pemberita dengan keputusan itu, BERSIH 2.0 bukan lagi sebuah pertubuhan haram.

Justeru itu sebarang kenyatan yang menyatakan perhimpunan BERSIH adalah haram adalah kenyatan-kenyataan yang menghina keputusan mahkamah.

Sementara itu mengenai ugutan dan ancaman polis untuk menangkap peserta BERSIH juga tidak sepatutnya berlaku. Negara kita ada undang-undang. Polis tidak boleh sembarangan melarang dan menangkap peserta perhimpunan kerana semasa perhimpunan BERSIH 2.0 mahkamah pernah memutuskan polis bersalah menahan dan menangkap beberapa aktivis.

Malah kerana tindakan polis menangkap sesuka hati, pihak kerajaan Malaysia telah diperintahkan oleh mahkamah untuk membayar gantirugi kepada aktivis berkenaan.

Berikut ialah berita-beritanya:-

Demi selamatkan Malaysia, Kit Siang ajak 3 juta ahli UMNO sertai Bersih 4


KLANG, 27 OGOS: Lim Kit Siang mengajak kesemua 3 juta ahli UMNO menyertai perhimpunan aman Bersih 4 bersama dengan rakyat perihatin bagi menyelamatkan negara daripada pelbagai krisis yang sedang melanda Malaysia.
Ketua Parlimen DAP itu mahu anggota UMNO menyuarakan semangat patriotism dan komitmen mereka demi kebebasan, keadilan dan perpaduan nasional.
lks bersihSesiapa saja yang membayar GST, yang terpaksa menghadapi tekanan ekonomi dan kejatuhan teruk nilai ringgit, yang cinta kebebasan, demokrasi dan hak asasi, serta yang mahu menyelamatkan Malaysia daripada menjadi negara gagal, berhak menyertai perhimpunan aman Bersih 4.
Kit Siang juga menjemput Datuk Seri Najib Razak datang ke Bersih 4 untuk bersemuka dengan penganjur perhimpunan aman itu serta para penyokong utama bagi berdialog tentang demokrasi, ekonomi dan pentadbiran baik negara.
“Kehadiran Najib di Bersih 4 akan memberi makna besar kepada negara bila mana kerajaan dan pembangkang boleh mengetepikan perbezaan mereka untuk berdiri bersama bagi menyelamatkan Malaysia, dan mengelakkan Malaysia daripada menjadi negara penyangak dan negara gagal,” katanya di ceramah perdana Bersih 4 at Wisma Teng Ching di sini malam tadi.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, Najib perlu menjelaskan mengapa beliau menerima wang RM2.6 bilion yang kononnya dari sumber Arab yang dikatakan mempengaruhi keputusan pilihanraya umum ke-13 yang lalu, serta menjejaskan kewibawaan kerajaan dan kedaulatan negara.

Ahli dan pemimpin DAP sertai Bersih4 tanpa bendera parti, hormat penganjur

Kira-kira 10,000 ahli DAP akan turun bersama rakyat di perhimpunan aman Bersih4 di seluruh negara tanpa membawa bendera parti.
Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke, berkata penyertaan tanpa lambang parti adalah sebagai menghormati permintaan pihak penganjur Bersih yang mahu perhimpunan itu menjadi milik semua, dan bukan untuk mana-mana pihak tertentu.
Katanya, setiap ahli dan pemimpin akan memakai baju kuning, selaras dengan tema Bersih, dan kebanyakan mereka dijangka menyertainya sepanjang 34 jam bermula petang Sabtu ini.
Menurutnya, pimpinan DAP akan berkumpul di Jalan Sultan berhampiran LRT Pasar Seni pada jam 1 petang Sabtu, sebelum bergerak menuju Menara Maybank, dan dijangka sampai ke Dataran Merdeka pada jam 2 petang.
Sementara itu, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata pihak polis perlu bekerjasama dengan penganjur Bersih4 dan sukarelawan keselamatan untuk memastikan penyangak dan batu api tidak berpeluang melakukan sabotaj.
“Malah, jika ada peserta Bersih4 yang membuat kekacauan yang mengganggu perhimpunan aman itu, semua peserta Bersih4 yang lain perlu melaksanakan tugas sivik mereka untuk menghalang elemen-elemen tidak bertanggungjawab itu,” katanya.

Bersih 4 negara akan didaruratkan?

MSO

Wap himpuan Bersih 4:0 yang dijadualkan berlangsung 29 hingga 30 Ogos ini sudah makin panas. Kehangatannya mengatasi gema sambutan kemerdekaan. Ia sudah meruap ke mana-mana sahaja. Mereka yang terpanggil sudah membuat persediaan awal. Provokasi untuk menggagalkan dan menganggu himpunan "merdeka" rakyat itu juga telah dilakukan.

Apa yang berlaku di perkarangan Sogo petang semalam, sebahagian ganggu kecil yang dapat dilihat. Tetapi provokasi secara senyap, penuh tektikal berlaku di mana-mana sahaja. Dalam media baru provokasi sangat meluas untuk mengagalkan himpunan itu. Pihak kerajaan sendiri juga sudah membuat persiapan dan mula bertindak ke araah mengagalkan himpunan itu.

Hebahan kejayaan pihak penganjur Bersih menjual baju T dan memunggut derma lebih RM1.5 juta memberi ketakutan kepada kerajaan. Kejayaan luar biasa itu mencerminkan himpunan Bersih 4 mendapat sambutan hangat.


Ada beberapa faktor kenapa kalau Bersih 4 kali ini lebih besar dan meluas daripada himpunan Bersih sebelum ini, Bersih 1, 2, dan 3.

Antara faktor ialah kemarahan rakyat kepada disebabkan beberapa isu meletus kebelakangan ini yang gagal dituntasi kerajaan. Kalau boleh disebut isu-isu itu meskipun ia tidak ada kaitan langsung dengan matlamat kewujudan Bersih - yang menuntut pilihan raya bebas dan demokrasi yang adil, tetapi isu-isu ini turut menjadi penyumbang daya tariknya.

Pertama, Pemenjaraan Anwar Ibrahim selama lima tahun. Tindakan penganiayaan terhadap Anwar menerusi mahkamah itu dilihat satu proses untuk merejam perjuangan rakyat yang digerak oleh bapa reformis itu. Mereka yang mengerti dan tahu helah ini akan marah kepada kerajaan dan Najib Razak.

Kedua, Pengenaan cukai GST yang membebankan rakyat. Walaupun isu GST ini sudah diam kerana dilenyapkan oleh isu-isu lain, tetapi sakit dan pedih rakyat tidak hilang. Mereka yang terbeban dengan GST kerana menanggung kenaikan kos akan murih.

Ketiga, Kerugian dalam syarikat 1MDB sebanyak RM42 billion. Isu ini juga mencekik jiwa rakyat, Rakyat mula terasa bahawa kerakusan pemerintah menggunakan wang rakyat dan memperalatkan rakyat untuk menebusnya, tindakan ini satu ketidakadilan dan zalim. Walaupun ada jawaban tetapi ia tidak memuaskan hati apa lagi sesetengah jawaban itu bohong dan tipu dan tidak masuk akal sama sekali.

Keempat, Dana RM2.6 billion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib Razak. Rakyat tidak boleh menerima derma sebanyak ini dan menganggapnya ia sebagai wang rasuah untuk membeli kuasa. Apa lagi ia berjaya disangsikan wang itu ada kaitan dengan dana wang 1MDB.

Naib Canselor UiTM dikecam halang penuntut sertai Bersih 4.0

Penyertaan ke himpunan Bersih 4.0 adalah sah dan dilindungi di dalam Perkara 10 Perlembagaan Malaysia.
afif_dyana-sofya_sahol-hamid_600
PETALING JAYA: Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tan Sri Prof Sahol Hamid Abu Bakar dikecam kerana menghalang penuntut universti itu menyertai Bersih 4.0 pada hujung minggu ini.
Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Dr Afif Bahardin dan Ahli Majlis Eksekutif Pemuda DAP (DAPSY) Dyana Sofya Mohd Daud dalam kenyataan bersama berkata, penyertaan ke himpunan Bersih 4.0 adalah sah dan dilindungi di dalam artikel 10 Perlembagaan Malaysia yang menjamin kebebasan berhimpun secara aman.
“Kenyataan Naib Canselor bahawa perhimpunan Bersih 4.0 adalah haram merupakan satu kenyataan yang salah.
“Sebagai seseorang yang bergelar Naib Canselor, beliau tidak seharusnya bertindak melangkaui tafsiran undang-undang terutamanya Perlembagaan, undang-undang tertinggi negara.
“Kami meminta agar Naib Canselor menghormati Keluhuran Perlembagaan, Rukun Negara yang ketiga,” katanya menerusi kenyataan pada Khamis.
Alumni UiTM itu menjelaskan, kenyataan Sahol itu amat mengecewakan dan tidak mencerminkan statusnya sebagai seorang terpelajar yang sepatutnya menggalakkan pemikiran kritis dan menghormati kebebasan akademik penuntut UiTM.

Will Mahathir be in the Bersih rally?

His presence among the demonstrators will send a message that Najib's people cannot ignore.
mahathir_bersih_600_1
This weekend, Malaysians from all walks of life will march through the streets of Kuala Lumpur in a procession of more than 100,000 participants. At least that’s what Bersih expects.
Bersih 4.0 may be the largest demonstration ever recorded in the annals of Malaysian history, and all for the sake of telling the Prime Minister to step down. Like previous Bersih rallies, this weekend’s event is likely to feature a truly Malaysian turnout of all races, religions, and creeds, befitting the time of the month we find ourselves in, united against what many perceive to be the greatest threat our country has faced in our all too brief history as Malaysia.
Whether or not the rally will have its intended effect on Najib is debatable. He has shown a resilience and guile that not many Malaysians expected to find in him, say, a year ago. His tenacity in clinging to the top post in the country has been nothing less than remarkable, despite the best efforts of former premier Mahathir Mohamad and the Opposition, not to mention elements within Umno itself.
Mahathir is due in Johor on Saturday to give a talk that is bound to be explosive in and of its own. The elder statesman knows that emotions will run high this weekend. Perhaps he believes that it is the perfect time to strike with more revelations – and in Johor, where the anti-Najib sentiment has grown since Muhyiddin Yassin was sacked from the Cabinet.
And so a question presents itself: will Mahathir march with Bersih on Sunday?
Bersih would afford Mahathir a great platform from which to spread his message. Even if he is not allowed near a microphone, the image of Malaysia’s longest serving prime minister, at the age of 90, walking at the head of a procession of yellow-garbed humanity, would make even Najib’s most stalwart lieutenant shiver in trepidation.

Tindakan SKMM sekat laman sesawang bersifat penjajahan - Dr Chin Huat

Tindakan SKMM sekat laman sesawang bersifat penjajahan - Chin Huat
PETALING JAYA: Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil, Bersih 2.0 menyifatkan tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mahu menyekat laman-laman sesawang yang mempromosi, menyebarkan maklumat serta menggalakkan orang ramai untuk turut serta ke Perhimpunan Bersih 4.0 adalah bersifat kolonial.

Penyelaras Sumber Bersih 2.0, Dr Wong Chin Huat berkata, tindakan SKMM itu dilhat seperti "penjajah" yang menggugat demokrasi dan ekonomi negara.

"Tindakan SKMM itu juga menunjukkan mesej yang salah kepada keadaan ekonomi negara. Aliran kebebasan maklumat, internet, boleh dikatakan syarat sebuah ekonomi moden untuk beroperasi. Malaysia tidak mempunyai ekonomi yang besar seperti China, sehingga mahu menyekat media sosial dinegaranya," jelasnya dalam satu sidang media Bersih 4.0 di Hotel Crystal Crown di sini, hari ini.

Jelasnya lagi, Bersih 2.0 mendesak agar SKMM menarik balik segala sekatan yang dilakukan kerana tindakan itu meletakkan ekonomi Malaysia pada risiko yang tinggi.

Beliau turut mengulas kenyatan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang berpendapat sekiranya demonstrasi itu diteruskan juga, ia akan menggugat lagi keyakinan pelabur.

Derma RM 2.6 billion: Apa kesudahan kisah Najib?

Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss


Rakyat Malaysia dikejutkan dengan satu berita yang hangat diperkatakan masyarakat kampung, di kedai kopi sehinggalah masyarakat antarabangsa di sidang Parlimen mereka disebabkan sumbangan derma kepada seorang yang bernama Datuk Seri Najib Razak.
Siapa tidak mengenali Najib yang ketika itu perdana menteri merangkap menteri kewangan dan juga presiden Umno yang menerima sumbangan derma yang “dikatakan” berjumlah AS$700 juta (RM 2.6 bilion), adakah ianya benar?
Melalui enjin carian Google menerusi kata kunci “Najib RM2.6 bilion” terdapat pelbagai kisah tersebut termasuk paparan gambar Najib yang berjumlah lebih 700,000 jaringan dalam pelbagai bahasa yang menunjukkan ramai yang berminat akan kisah yang berlaku.

Bermula pada 5 Julai 2015 dengan laporan The Wall Street Journal (WSJ) yang juga sebuah syarikat akhbar harian antarabangsa yang berpengaruh yang diterbitkan di New York City, Amerika Syarikat (AS) dengan peredaran di seluruh negara dengan cetakan hampir 2.6 juta naskhah jualannya. WSJ untuk rekod pernah disaman hartawan kasino AS, Sheldon Adelson pada 2 Mac 2013 kerana dikatakan memfitnahnya berikutan artikel Kate O’Keeffe pada 22 Februari 2013 yang diterbitkan pada 5 Disember 2012 yang bertajuk “Fired Executive Rankles Casino Business”.
Pelbagai pihak mentafsir artikel WSJ tersebut sebagai satu yang mengejutkan, sungguh memanaskan politik Malaysia sehinggakan berlakunya rombakan Kabinet pada 28 Julai 2015 lalu.
WSJ mendedahkan tentang sebuah bank yang dikaitkan dengan sebuah negara dari Timur Tengah iaitu Kuwait yang sebelum ini dikejutkan tentang kes pembunuhan pengasas Arab-Malaysian Bank (sekarang AmBank Group), Hussain Ahmad Najadi pada 29 Julai 2013.
Pada Mac 2015 lalu, Pascal Najadi, pengasas dan presiden Firma Penasihat Antarabangsa Perbankan Switzerland, Najadi and Partners Ltd anak kepada Pengasas Arab-Malaysian Bank tersebut mengatakan masih menunggu kes pembunuhan bapanya yang belum selesai.
Untuk rekod, sejumlah RM1.63 Juta zakat perniagaan Kumpulan AmBank bagi tahun kewangan 2013 dan bagi tahun kewangan 2012 pula ianya menunjukkan lebihan RM9,000 perbezaan tahun tersebut yang lebih baik bersifat tahun kewangannya.
Manakala bagi bayaran cukai perniagaan Kumpulan AmBank pula bagi tahun 2012 ialah RM499 juta berbanding 2013 sebanyak RM484.7 juta yang jelas menunjukkan pencapaian kewangan pada 2012 adalah lebih baik walaupun terdapat pendeposit wang yang besar pada 2013.

Bersih 4.0: Peserta dilarang membawa senjata, ibu bapa tidak digalak bawa anak - penganjur

Bersih 4.0: Peserta dilarang membawa senjata, ibu bapa tidak digalak bawa anak - penganjur
PETALING JAYA: Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menegaskan pesertanya dilarang daripada membawa senjata dan bahan letupan, termasuklah mercun, dan bom asap ke perhimpunan Bersih 4.0 yang akan diadakan selama 34 jam pada 29 dan 30 Ogos nanti.

Pengerusinya, Maria Chin Abdullah berkata gabungan itu juga tidak menggalakkan ibu bapa untuk membawa anak-anak di bawah umur.

"Sekiranya tidak ada pilihan lain selain membawa anak-anak ke tapak perhimpunan, kami berharap ibu bapa dapat menjaga kebajikan dan keselamatan anak-anak mereka serta bertindak secara bertanggungjawab."

Maria dalam pada itu mengecam dan melarang sebarang tindakan vandalisme terhadap harta awam, selain menegah para peserta daripada terlibat dalam sebarang aktiviti keganasan atau melayan sebarang provokasi daripada mana-mana pihak.

Jelasnya lagi, perhimpunan Bersih 4.0 itu tidak akan mengganggu majlis raptai dan persiapan menyambut Hari Kebangsaan 2015 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

"Kita tidak akan melampaui halangan-halangan yang telah diletakkan oleh pihak polis dan kita tidak akan masuk ke Dataran Merdeka bagi menghormati majlis raptai dan persiapan menyambut sambutan Hari Kebangsaan.

Kerana ekonomi teruklah, kami adakan Bersih


Kerana ekonomi teruklah, kami adakan Bersih

PETALING JAYA - "Kerana ekonomi negara sudah sedia ada teruklah, kami adakan Bersih 4.0!" demikian kata Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurutnya, kegagalan ekonomi Malaysia adalah disebabkan skandal badan pelaburan kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan bukannya disebabkan oleh penganjuran himpunan Bersih 4.0 yang akan berlangsung pada 29 Ogos dan 30 Ogos ini.

"Kenapa Bersih (4.0) pula yang jadikan ekonomi negara sebagai mangsa, 1MDB lah punca sebenar negara mengalami krisis ekonomi.

"1MDB yang menyebabkan nilai ringgit susut dan ekonomi makin teruk. Bukannya Bersih. Itu tak betul," balas Wan Azizah ketika ditemui Sinar Online di sini, hari ini.

Datuk Rahman Dahlan pada semalam dilaporkan mengeluarkan kenyataan bahawa penganjuran himpunan tersebut bakal memangsakan ekonomi negara; menyebabkan ekonomi semakin teruk.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu menulis di ruangan Twitternya @mpkotabelud pada Rabu dengan mengatakan penganjur Bersih 4.0 tidak peduli mengenai keadaan semasa ekonomi.

"Dulu kita buat Bersih, jelas bahawa himpunan itu tidak jejaskan ekonomi negara," bidas Wan Azizah lagi.

'SKMM mahu pura-pura BERSIH 4 tak wujud?'


Keputusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk menyekat laman web mempromosikan BERSIH 4 mengundang reaksi negatif pelbagai pihak.
DAP mempersoalkan tindakan itu ketika seluruh dunia sedar bahawa perhimpunan itu akan diadakan tidak hanya di Kuala Lumpur tetapi 50 bandar lagi di seluruh dunia.
“Adakah SKMM mahu bertindak dan pura-pura himpunan BERSIH 4 di Kuala Lumpur tidak wujud, dengan menggelapkannya daripada sistem telekomunikasi?” soal pemimpin popular DAP Lim Kit Siang.
Lim berkata, kerajaan sepatutnya mengambil langkah berbeza dengan menambah baik perhubungan telefon di Kuala Lumpur yang dijangka sesak susulan kehadiran orang ramai.
SKMM hari ini memutuskan untuk menyekat laman web yang mempromosi, menyebarkan maklumat dan menggalakkan orang ramai menyertai BERSIH 4.
Dalam kenyataannya hari ini SKMM berkata perhimpunan tersebut boleh mengganggu-gugat kestabilan negara, dengan memetik kenyataan Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Sementara itu Bernama melaporkan KDN menyatakan BERSIH 4 bergiat secara tidak sah dan mencetuskan kegelisahan serta membangkitkan kebimbangan orang.
Sementara itu, bekas timbalan menteri Datuk Saifuddin Abdullah turut mengkritik langkah itu.
“Mereka akan gunakan apa sahaja cara untuk hentikan BERSIH 4: sekat Internet, isytihar haram, ganggu. Terus berjuang BERSIH,” katanya.

‘Seorang lelaki’ tidak cukup untuk mengubah negara tercinta

oleh Alyaa Alhadjri
Samada di jalanan waktu hujung minggu atau dalam ruang tertutup empat dinding Dewan Rakyat  pada Oktober, ia memerlukan tindakan yang lebih selain daripada menyingkirkan seorang lelaki sahaja untuk menyelamatkan Malaysia daripada krisis sosio-ekonomi yang berlaku kini.
Ahli-ahli panel dalam forum “Protes Rakyat atau Dewan Rakyat” pada 27 Ogos lepas semuanya bersetuju yang kunci kepada perubahan berpanjangan masih terletak dalam pemulihan sepenuhnya institusi demokratik.

Ahli-ahli panel yang terdiri daripada presiden bersama Centre for a Better Tomorrow (Cenbet) Gan Ping Sieu, CEO Global Movement of Moderates (GMM) Saifuddin Abdullah, wartawan veteran A Kadir Jasin dan pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah.
Forum tersebut, dianjurkan oleh Malaysiakini berlangsung di Petaling Jaya, bertujuan memberikan konteks kepada desakan penyingkiran Perdana Menteri Najib Razak disebabkan oleh skandal “derma” RM2.6 bilion dan operasi cabang pelaburan negara 1MDB.
Diberikan dua pilihan untuk mendesak pengunduran Najib, Gan berkata yang kedua-dua konsep itu tidak terpisah antara satu sama lain.
Mengenai perarakan dua hari Bersih 4, Gan berkata: “Bagi saya, Bersih akan menjadi referendum rakyat terhadap pentadbiran Najib. Rakyat akan menghadirinya kerana rasa marah, kecewa dan ketidakpastian disebabkan krisis yang wujud.”
“Bantahan dan perhimpunan aman, adalah hak yang dijamin perlembangaan,” katanya merujuk kepada beberapa siri peristiwa yang menjana “kesan domino” yang mengheret negara ke dalam krisis yang sedang berlaku kini.
“Kita membuat kenyataan. Keseluruhan proses Bersih yang diadakan adalah untuk menunjukan undi tidak percaya daripada pandangan rakyat kepada PM Najib.
“Bagi saya, apabila dalam soal Dewan Rakyat pula, proses perlembagaan, proses politik yang betul untuk menyingkirkan perdana menteri menggunakan Parlimen,” hujahnya.

Kerana takut menjadi bangsat

oleh ABROR NASUTION
kanak2Saya sedang berbual-bual tentang situasi semasa 1MDB dan kengerian yang perlu ditanggung anak cucu jika hutang itu tidak terlangsai seperti sepatutnya apabila telefon genggam berbunyi. Di skrin telefon terpapar nombor berkod “05” menunjukkan ia adalah panggilan dari Perak.
Saya tidak menunggu lama untuk menjawabnya dan segera pula diberitahu bahawa si pemanggil adalah petugas Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang memberitahu itu dan ini, begitu dan begini. Diringkaskan cerita, dia meminta saya membayar balik lebihan wang yang dikeluarkan lembaga itu untuk taksiran cukai saya pada tahun sebelum ini.
Sebagai warganegara yang baik dan jujur, tentulah saya mengalu-alukan tindakan LHDN itu. Selagi boleh, kita perlu membayar apa saja tuntutan agensi kerajaan demi memastikan pembangunan negara berterusan mengikut impian pemimpin negara.
Sebagai bangsa yang takut menjadi ‘bangsat’ oleh kerana kemiskinan kerajaan UMNO, saya berpendapat LHDN adalah salah satu agensi kerajaan yang ditugaskan untuk mengelak ‘kebangsatan’ itu berlaku.
Ketika pegawai LDHN itu menyoal saya seolah-olah saya ini pembohong, saya tetap juga bersabar dan bergembira. Maklumlah, sebagai pekerja sederhana dan dikelilingi hutang di sekeliling pinggang – dan leher – memang kegemaran saya untuk selalu berbohong.
Kerana takut menjadi bangsat, saya yang membesarkan anak kurang upaya – dan mempunyai kad pengesahan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat – memang ada kemungkinan juga saya menuntut rebat cukai pendapatan saya.

Masa depan Malaysia dalam senario Pasca-PR dan Pasca-BN

Oleh Zairil Khir Johari
zairil foto
Ramai rakyat Malaysia kecewa dengan perpecahan Pakatan Rakyat (PR), sebuah gabungan berusia tujuh tahun yang telah bersatu atas keperluan bersama berikutan keputusan mengejutkan dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada tahun 2008.
Pilihan raya yang penting itu bukan sahaja menyaksikan Barisan Nasional (BN) kehilangan dua pertiga majoriti di Parlimen buat julung kali serta melepaskan kawalan ke atas lima daripada 13 negeri, tetapi juga meletakkan ketiga-tiga parti pembangkang utama, iaitu DAP, PKR dan PAS, dalam kedudukan yang janggal setelah mencukupi jumlah kerusi untuk membentuk lima kerajaan negeri – secara bersama. Justeru, atas dasar pragmatisme, ketiga-tiga parti telah mengetepikan perbezaan mereka. Hatta lahirlah Pakatan Rakyat (PR).
Secara umumnya, aturan ini telah berjaya. Menjelang pilihan raya umum berikutnya pada tahun 2013, sungguhpun keretakan mula kelihatan, gabungan PR mampu menyerlah sebagai alternatif kepada BN. Premis ini diabsahkan oleh keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang menyaksikan gabungan tiga parti itu menguasai 52 peratus undi popular – namun dinafikan hak untuk membentuk Kerajaan Persekutuan akibat amalan persempadanan semula kawasan pilihan raya dan pembahagian kerusi yang tidak adil.
Malangnya, itu menjadi kemuncak kisah PR dan semuanya mula merosot selepas itu. Desakan agresif oleh media Melayu kawalan UMNO yang mengapi-apikan agenda nasionalis Melayu-Islam serta perbalahan dalaman PAS telah membawa kepada kemunculan semula isu-isu yang amat memecahbelahkan seperti polemik kanun jenayah syariah atau lebih dikenali sebagai undang-undang hudud.
Kesudahannya, janji-janji dikhianati dan perang mulut meledak dalam kalangan parti komponen. Ekoran daripada itu, Muktamar PAS telah menaikkan golongan sayap kanan sebagai pemimpin dan, melalui usul yang diterima tanpa bahas, mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan DAP. Maka berakhirlah gabungan PR.
Gabungan kekal dan terpusat tidak mapan
Walaupun ada yang meratapi penguburan PR sebagai halangan kepada pembangunan demokrasi di Malaysia, saya tidak seluruhnya bersetuju. Ini kerana perbezaan mendasar antara parti-parti PR akan senantiasa menjadi bom jangka yang menghantui kemampanannya. Oleh itu, saya lebih suka melihat bahawa perpecahan yang berlaku pada ketika ini akan membuka peluang untuk menyusun semula landskap politik Malaysia melalui penzahiran gabungan politik baru dan lebih progresif.

Lebih 200,000 dijangka sertai Bersih 4.0

Jangkaan itu dibuat berdasarkan sokongan orang ramai dan jualan t-shirt yang habis dijual dalam tempoh amat singkat.
maria-chin,bersih
PETALING JAYA: Lebih 200,000 dijangka akan menyertai perhimpunan aman Bersih 4.0 yang akan diadakan pada Sabtu dan Ahad ini.
Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, jumlah peserta Bersih 4.0 itu dijangka melebihi peserta Bersih 3.0 yang mencatatkan penyertaan 200,000 peserta.
Katanya, jangkaaan itu berdasarkan sambutan luar biasa yang diberikan orang ramai di seluruh negara termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terhadap perhimpunan aman itu.
Katanya, ramalan itu juga apabila lebih 45,000 t-shirt Bersih 4.0 telah habis dijual dalam tempoh singkat berbanding jualan berbanding perhimpunan Bersih sebelum ini.
“Setiap kali kita adakan ceramah, sambutannya sangat luar biasa. Kita jangka perhimpunan kali ini lebih ramai berbanding sebelum-sebelum ini,” katanya dalam sidang media pada Khamis.
Ditanya ketiadaan pasukan Unit Amal Pas dalam perhimpunan itu, Maria enggan mengulas lanjut tetapi menegaskan pihak penganjur menyediakan 2,000 petugas termasuk wakil parti politik untuk keselamatan peserta.
Maria berkata, pihaknya telah menghantar jemputan kepada Unit Amal Pas tetapi unit berkenaan berkata mereka tidak menerimanya.

BERSIH 4.0 : Patuh arahan dan bersurai selepas laungan merdeka

Polis Kuching benarkan demo BERSIH, tertakluk syarat

Polis Kuching membenarkan perhimpunan BERSIH 4 diadakan di padang Song Kheng Hai pada hari Sabtu dan Ahad ini, namun mengingatkan penganjur supaya mematuhi syarat-syarat ditetapkan, antaranya tiada perarakan dibenarkan.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad berkata polis telah menerima salinan surat daripada Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) yang dialamat kepada penganjur, Nicholas anak Anson, yang memberi kebenaran perhimpunan diadakan di kawasan berkenaan.
"Ekoran kelulusan itu polis tidak akan mendirikan sebarang halangan, sekaligus membenarkan perhimpunan, tertakluk kepada beberapa syarat," katanya menerusi khidmat WhatsApp kepada media di Kuching hari ini.
Beliau berkata antara senarai syarat yang diserahkan kepada penganjur pada 20 Ogos lepas ialah ia mesti perhimpunan statik yakni tiada perarakan, dan kanak-kanak tidak dibenarkan menyertai perhimpunan.
Katanya penganjur juga dinasihat mengawal perilaku peserta supaya tidak melanggar peraturan dan undang-undang, di samping mematuhi arahan polis bagi menjamin kelancaran perhimpunan dan memastikan tidak berlaku sebarang perkara yang boleh mengugat keselamatan awam dan negara.
Roslan turut menasihatkan peserta supaya meletak kenderaan di tempat-tempat yang dikhaskan, dan memastikan mereka tidak menghalang lalu lintas sepanjang perhimpunan.
- Bernama

Pembangkang sedia berbincang dengan MP BN bentuk kerajaan baharu

Ahli Parlimen pembangkang daripada DAP, PKR dan Gerakan Harapan Baru (GHB) sedia berbincang dengan Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan baharu selepas desakan untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semakin kuat.
Dalam kenyataan bersama hari ini mereka berkata, agenda teras pembentukan kerajaan baru tanpa Najib adalah perubahan politik dengan salah satunya adalah membebaskan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar kini menjalani hukuman lima tahun penjara di Sungai Buloh.

"Ahli Parlimen daripada DAP, PKR dan GHB bersedia untuk membincangkan cadangan oleh ahli Parlimen BN untuk membentuk satu majoriti menggantikan kerjaan Najib dengan perubahan politik sebagai teras agenda kerajaan baru. "Pembebasan Anwar sepatutnya menjadi salah satu tugas sebagai usaha membentuk majoriti baru. Semua pendakwaa politik juga perlu dibatalkan," katanya.
Kenyataan bersama itu ditandatangani DAP Lim Kit Siang (Gelang Patah), Anthony Loke Siew Fook (Seremban), Teresa Kok (Seputih), Liew Chin Tong (Kluang) dan Teo Kok Seong (Rasah).
Daripada PKR adalah Rafizi Ramli (Pandan), Datuk Johari Abdul (Sg Petani), Wong Chen (Kelana Jaya), Sim Tze Tzin (Bayan Baru), dan S Manikavasagam (Kapar).
Ahli Parlimen mewakili GHB adalah Datuk Kamaruddin Jaafar (Tumpat), Dr Hatta Ramli (Kuala Krai) dan Khalid Samad (Shah Alam).
Katanya, mereka juga mencapai beberapa resolusi ketika mengadakan pertemuan di Parlimen semalam.

Ambiga Sreenevasan: You Want To See 1Malaysia, You See It At The Bersih Rally

Mahkamah bebaskan 16 mahasiswa ‘anti-Najib’

Bersih 4: Dyana, Afif kesal siswa UiTM ditakut-takutkan

Dua orang alumni popular Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini tampil menyelar tindakan institut pengajian tinggi itu yang melarang pelajarnya menyertai demo BERSIH.
Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan bersama exco kerajaan Pulau Pinang Dr Afif Bahardin dan bintang muda DAP Dyana Sofya Mohd Daud hari ini.
Mereka mengulas amaran Naib Canselor Tan Sri Prof Sahol Hamid Abu Bakar bahawa penuntut UiTM yang terlibat dengan BERSIH 4 hujung minggu ini akan berdepan dengan tindakan tatatertib.
“Kenyataan terbaru naib canselor ini adalah sesuatu yang mengecewakan dan tidak mencerminkan status beliau sebagai seorang terpelajar, yang sepatutnya menggalakkan pemikiran kritis di kalangan siswa dan menghormati kebebasan akademik para siswa.
“Hakikatnya, para siswa bebas untuk memilih dan pastinya bebas untuk mempunyai pendirian politik mereka sendiri.
“Ini bukanlah tugas seorang naib canselor untuk menakut-nakutkan siswa dan lebih lagi cuba menentukan pemikiran siswa masa kini,” kata dua ahli politik muda itu.
Mereka juga berkata, Sahol tidak jujur apabila UiTM pernah membenarkan siswa berhimpun di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor pada Ogos 2008 bagi membantah cadangan membuka kuota pelajar 10 peratus kepada bukan Bumiputera.
“Himpunan (BERSIH) ini tidak dihalang malah telah digalakkan untuk para siswa menyertainya.
“Ini menjadi bukti bahawa, menyertai perhimpunan aman adalah tidak salah di sisi undang-undang UiTM,” kata mereka lagi.
Sahol sebelum ini dilaporkan menasihatkan semua penuntut UiTM supaya tidak terlibat dengan mana-mana aktiviti yang diharamkan kerajaan, sebaliknya fokus kepada pengajian.
Beliau juga berkata golongan ini hanya memburukkan nama universiti dan terikut-ikut dengan maklumat diterima tanpa usul periksa dan membuat andaian sendiri menggunakan ilmu pengetahuan cetek.

#LangkahSiswa: Tempoh reman 17 aktivis mahasiswa dipendekkan

#LangkahSiswa: Tempoh reman 17 aktivis mahasiswa dipendekkan
KUALA LUMPUR: Seramai 17 aktivis mahasiswa yang ditahan polis pada malam Selasa selepas mengadakan protes dengan berkhemah di luar bangunan Parlimen di sini, telah dibebaskan hari ini.

Menurut akaun twitter Kesatuan Mahasiswa, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memendekkan tempoh reman dari tiga hari kepada dua hari.

Ia dilaporkan bahawa kumpulan mahasiswa itu, termasuk tiga pelajar wanita ditahan kira-kira 10.30 malam pada 25 Ogos, kerana terlibat dalam protes duduk #LangkahSiswa yang mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak meletak jawatan.

Seramai 17 aktivis mahasiswa yang ditahan polis pada malam  Selasa kerana melakukan protes dengan berkhemah di luar bangunan Parlimen di sini, telah dibebaskan.

Menurut akaun twitter Kesatuan Mahasiswa, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memendekkan tempoh reman dari tiga hari kepada dua hari.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy berkata, semua mereka ditahan kira -kira jam 10 malam pada 25 Ogos, selepas enggan bersurai di hadapan bangunan Parlimen.

Menurutnya, sepasukan anggota dan pegawai polis telah memberikan amaran dan mengarahkan kumpulan tersebut beredar kerana berada kurang 50 meter dari kawasan Parlimen.

"Tindakan mereka menyalahi undang-undang dan ketika tangkapan terdapat kira-kira 25 orang berada di situ (termasuk pemerhati)," katanya kepada Astro AWANI pada Rabu.

Sekat laman sesawang Bersih 4 sudah agak terlewat, kan?

oleh V Shuman
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memutuskan untuk menyekat laman sesawang yang “mempromosi dan menyebarkan maklumat” tentang Bersih 4.
Pengumuman itu dilakukan melalui akaun Facebook SKMM, menyifatkan yang keputusan berbuat demikian disebabkan rapat umum itu akan “mengancam kestabilan negara”.
Tetapi bukankah “sekatan” ini sudah agak terlewat? Bersih 4 hanya dua hari lagi dan kini, rakyat sudah mempunyai maklumat yang mencukupi. Mereka yang mahu menghadirinya sudahpun memutuskan untuk berbuat demikian.
Sekarang, pastinya semua orang sudah menyedari kuasa internet dan media sosial dan tindakan menyekat laman sesawang yang menyebarkan perkembangan terkini mengenai rapat umum ini pastinya tidak akan membantu mengurangkan jumlah penyertaan, jika benarlah itu adalah niat SKMM?
Ada ketikanya, rakyat Malaysia tertanya-tanya samada pihak berkuasa sudah kehabisan idea untuk mengawal berita mengenai Bersih 4 pada 29-30 Ogos?

Sehingga kini, mereka telah mencuba pelbagai helah yang terdapat dalam peraturan bagi menghalang rakyat daripada menyertai rapat umum ini. Ia bermula dengan amaran bahawa rapat umum ini melanggar undang-undang dan mereka yang terlibat akan dihukum. Ia kemudiannya menjadi ancaman yang lebih halus, seperti dakwaan yang kini sudah dinafikan tentang penggunaan pistol taser kepada peserta.
Kemudian, wakil-wakil rakyat Umno mahu meraih simpati dengan berkata yang rapat umum itu akan menyebabkan ekonomi semakin menjunam.
Itupun tidak berkesan.
Jadi, mengapa SKMM tidak menamakan laman sesawang khusus yang akan mereka sekat? Adakah ini termasuk laman berita seperti Malaysiakini yang berada di baris depan pelaporan rapat umum itu?

Kita perlu faham beberapa perkara tentang Bersih 4

oleh Alyaa Alhadjri
Mari kita fahami beberapa perkara lebih mendalam. Kerana sangat jelas, pemahaman nampaknya tidak mampu dilakukan oleh beberapa pihak ketika ini.
Pertama, perhimpunan aman tidak akan menggulingkan kerajaan.
Biar perkara tersebut meresap masuk ke dalam pemikiran dengan lebih jauh.
Sudah? Bagus, sekarang kita bergerak kepada perkara lain.
Apa-apa cubaan untuk menduduki ruang awam bukanlah satu ancaman kepada kerajaan.
Apa-apa cubaan untuk menduduki ruang awam jelas sekali bukan juga satu ancaman kepada demokrasi.
Tidak disebut dalam Seksyen 124B Kanun Keseksaan bahawa menduduki ruang awam boleh dilihat sebagai satu cubaan menggulingkan kerajaan.
Seksyen 124B juga tidak menyebut yang berkhemah itu adalah satu kesalahan jenayah, walaupun ia dilakukan di luar parlimen- salah satu institusi demokratik paling utama.
Mungkin wujud alasan sah dalam penahanan 16 aktivis pelajar pada 26 Ogos lepas tetapi yang pasti tindakan mereka bukan satu ancaman kepada demokrasi.
Malah mereka sedang menggunakan unsur asas dalam mana-mana demokrasi- iaitu hak meluahkan perbezaan pendapat.
Sekali lagi, mari kita bergerak lebih jauh.
Bukan semua pembantah adalah aktivis.
Bukan semua pembantah ialah ahli parti politik.
Bukan semua pembantah mahu menjadi pemimpin.
Tetapi kita boleh percaya dengan fakta-fakta berikut:
Rakyat berhak berhimpun secara aman.
Pihak berkuasa mempunyai kewajiban untuk membantu menguruskan perhimpunan aman.
Kerajaan dan pemimpin yang dipilih bertanggungjawab memenuhi permintaan rakyat.
Apabila sudah jelas perkara-perkara di atas, kini ada beberapa perkara lain yang perlu dipertimbangkan.
Kepada Kementerian Dalam Negeri, Bersih 4 bukan persatuan berdaftar dan tidak akan berdaftar.
Bertentangan dengan dakwaan ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri Alwi Ibrahim, persatuan yang tidak wujud tidak boleh mencetuskan huru-hara, mengganggu keamanan atau mengancam keselamatan orang awam.
Penganjur perarakan hujung minggu ini ialah Bersih 2.0, yang disokong oleh pergerakan masyarakat sivil dan parti politik.

Parti Baru Suburkan Slogan - Islam Membawa Rahmat Ke Seluruh Alam

Oleh Sofi Wahab 



Parti baru yang akan ditubuhkan menjadikan Islam sebagai 'Rahmatan Lil A'lamin' sebagai salah satu slogan parti tersebut. Ia menggambarkan bahawa Islam sebagai Agama yang membawa rahmat kepada sekelian alam bukan sahaja kepada manusia, binatang, kayu kayan tetapi juga kepada segenap mahluk yang ada di bumi Allah yang bertuah ini.

Islam yang dibawa oleh parti tersebut ialah Islam yang tetap mempertahankan prinsipnya tetapi pada masa yang sama akan berbincang, berdialog, berdiskusi dan beramah mesra dengan sesiapa sahaja tanpa menutup pintu kepada orang lain yang berlainan agama, ideologi, bangsa dan sebagainya.

Parti itu tidak mahu Islam dilabelkan sebagai sombong, bongkak, suka menghukum dan merasakan mereka sahaja yang betul tanpa memberi peluang kepada pihak lain menyuarakan pendapat dan idea mereka.

Sejak akhir-akhirnya kita melihat ada kecenderungan untuk pemimpin-pemimpin Islam melabel, menuduh, menghentam dan mencerca pihak lain tanpa diadakan perbincangan dan diskusi yang memungkinkan kekusutan terlerai.

Parti baru belum lahir dah mati

Oleh Sofi Wahab 

Pelbagai pihak mendakwa parti baru yang bakal ditubuhkan pada September bakal mati selepas

beberapa ketika dilahirkan. Ada yang mendakwa ia akan mati selepas 2 tahun ditubuhkan.

 Ada yang kata selepas sekali pilihanraya dan macam-macam telahan dan ramalan.

"Biarlah apa orang lain ingin kata, yang penting kita laksanakan kerja yang kita rancangkan" kata salah seorang penyokong GHB tegar yang kami temui.

Benarkah dakwaan itu. Bagi kami kita tidak boleh mengukur kekuatan dan ketahanan parti baru ini sekarang. Biarlah ia dilahirkan dahulu, bergerak dahulu dan selepas itu baru kita buat ramalan dan telahan berdasarkan fakta dan info yang kita perolehi bukannya sekadar ramalan yang belum tentu tepat.

Kalau dahulu Hamim, Berjasa, Parti Negara, Nasma, S46, Makkal Sakti dan lain-lain semua berkubur itu adalah benar dan telah dicatatkan dalam sejarah.

Ianya tidak boleh disangkal. Tetapi parti baru ini belum dilahirkan lagi.

Biarlah ia bernafas, merangkak dan berlari dahulu, selepas itu baru kita buat ramalan dan telahan. Jangan parti itu belum lahir kita kata dia sudah meninggal .................

Adakah GHB akan mampu kekal atau hilang ditelan masa?

oleh Rita Jong and Ian McIntyre
PETALING JAYA: Selain daripada melahirkan generasi kepimpinan baru, pergelutan kepimpinan dalam parti politik biasanya akan membawa kepada pembentukan parti baru.
Contoh paling mutakhir adalah Gerakan Harapan Baru (GHB). Seperti namanya, ahli-ahli GHB – yang terdiri daripada mereka yang tewas dalam muktamar pemilihan PAS baru-baru ini – berkata yang mereka menawarkan harapan baru buat rakyat Malaysia.
GHB diketuai Mohamad Sabu – atau nama timangannya Mat Sabu – yang tewas kepada Tuan Ibrahim Tuan Man bagi jawatan timbalan presiden PAS. Antara yang bersama Mat Sabu dalam GHB adalah Dr Mujahid Yusof Rawa, Khalid Samad dan Salahuddin Ayub. Seperti Mat Sabu, mereka adalah dari puak progresif yang kalah dalam pergelutan kepimpinan PAS. Salahuddin adalah bekas naib presiden manakala Mujahid dan Khalid bekas ahli jawatankuasa pusat.
Penubuhan GHB diumumkan sebaik sebelum Aidil Fitri. Dan mereka terus melancarkan jelajah seluruh negara selepas Hari Raya, bermula di Kangar, Perlis.
Tidak dapat dinafikan golongan Melayu yang progresif memang teruja dengan kemunculannya. Tetapi secara praktikalnya, ia hanyalah sebuah lagi kumpulan serpihan. Ada banyak parti serpihan yang pernah muncul di Malaysia. Ada yang menjadi satu kumpulan yang kuat, tetapi banyak yang gagal memberikan sebarang impak.
GHB ada pilihan untuk mendaftar sebagai parti baru, tetapi mungkin perlu menunggu lama sebelum Pedaftar Pertubuhan (RoS) memberikan kelulusan. Pilihan yang lebih cepat bagi pemimpinnya adalah dengan menyertai parti sedia ada dan mengambil alih kepimpinannya. Sebuah parti yang terbuka untuk menerima mereka adalah Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita).
PAS boleh dikatakan parti yang paling berjaya yang ditubuhkan oleh kumpulan serpihan. Parti itu kini memiliki lebih daripada sejuta ahli.

Mat Taib perlu peranan lebih strategik dalam GHB

Oleh Mohd Azhar Abd Rahman 



"Saya fikir sekarang sampai masanya satu perubahan dilakukan supaya pengisian pembangunan yang dinamik mesti ada rohnya," Itulah ungkapan yang dikeluarkan Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib pada 22 April 2013, dua hari selepas penamaan calon PRU ke-13 dalam sidang media pengisytiharannya secara rasmi untuk bersama PAS.

Kemasukannya ke dalam PAS bukanlah sesuatu yang begitu menggemparkan bagi sesetengah pemerhati tetapi sedikit sebanyak memberi kesan positif kepada PAS yang semakin memuncak popularitinya dalam suasana pilihan raya.

Semasa di dalam PAS beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan PAS Pusat membantu Mahfuz Omar. Namun kredabilitinya dan ketokohannya tidak begitu menyerlah. Beliau hanya tampil dalam program-program di peringkat kawasan dan negeri dalam ceramah-ceramah sambil memuji-muji kepimpinan yang ada dan berharap audien berubah untuk menyokong Pakatan Rakyat. Beliau tidak pernah tampil dengan pendedahan yang luar biasa seperti Mahfuz Omar yang membuat sidang media untuk menghubungi Sirul Azhar di Australia berkali-kali di hadapan ratusan media menggunakan telefon bimbitnya sambil memegang powerbank.

Mat Taib dari segi politik semasa bersama Umno boleh dikatakan berjaya dengan beberapa jawatan penting pernah disandangnya. Antaranya adalah Ahli Dewan Undangan Negeri selama 4 penggal (1982, 1986,1990,1995), Menteri Besar Selangor (1986-1997), Naib Presiden Umno (2000-2003), Ketua Penerangan Umno, Ahli Dewan Negara dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Lumrah bila tidak ada lagi berjawatan tinggi ...

Oleh TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN 


40 tahun berjuang tapi masih dianggap khianat

Saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Khairy Jamaluddin, ketua pemuda Umno, dan barisan exco pemuda Umno Malaysia atas kenyataan berani mengenai hal ehwal negara khususnya tentang isu yang menjejaskan imej negara seperti 1MDB dan derma politik RM2.6 bilion kepada perdana menteri.

Saya amat menghormati dan menghargai pandangan berani ketua Pemuda yang saya percaya dibuat berlandaskan prinsip kebenaran dan keadilan yang teguh berpandukan ajaran Islam.


Saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih atas sokongan Saudara Khairy kepada kedudukan saya sebagai timbalan presiden Umno yang dipilih oleh para perwakilan dalam pemilihan parti.Ucapan penghargaan dan terima kasih juga saya tujukan kepada sahabat-handai, ahli-ahli Umno akar umbi dan rakyat Malaysia yang tidak putus-putus memberikan sokongan, dorongan dan kata-kata semangat kepada saya supaya meneruskan perjuangan menegakkan kebenaran demi menyelamatkan Umno, bangsa Melayu dan rakyat Malaysia seluruhnya.

Saya menyokong sepenuhnya pendirian Pemuda UMNO dalam meletakkan semula Malaysia pada landasan yang betul.

Saya ingin mengingatkan jika kita gagal menangani kemelut yang melanda negara kita secara berani dan berdepan atau “take the bulls by the horns”, saya bimbang Malaysia akan terjerumus ke dalam kancah negara yang gagal (failed state).

Iklim ekonomi dunia yang tidak menentu, nilai ringgit yang semakin merudum, kemelut politik yang luar biasa, kenaikan harga barang dan kos sara hidup, kebanjiran warga asing yang tidak terkawal dan sentimen pelabur yang dingin terhadap Malaysia merupakan bibit-bibit yang boleh menyebabkan Malaysia menjadi sebuah negara yang gagal.

Akhirnya Timbalan MB Kelantan mengaku beli Range Rover RM200,000

Post Pic
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengakui membeli kenderaan pacuan 4 roda Range Rover bernilai RM200,000 selepas dakwaan beliau memiliki beberapa kenderaan berdaftar atas namanya tersebar di laman sosial Facebook dan WhatsApp, lapor Harakahdaily.
 
Namun naib presiden PAS itu berkata, Range Rover tersebut dibelinya dengan harga di bawah pasaran kerana ia kereta terpakai (second hand).
 
“Ada kawan menawarkan RM200,000 sedangkan harga pasaran bagi kenderaan baru sekitar RM300,000,” katanya seperti dilaporkan portal milik PAS itu.
 
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob juga didakwa membina 5 rumah banglo untuk anaknya yang bernilai RM2 juta, namun dinafikan Setiausaha Akhbar Mohd Asri Mat Daud.
 
Asri sebagaimana dilaporkan lidah rasmi PAS itu berkata, dakwaan itu tidak berasas memandangkan rumah terbabit dibina sendiri anak Ahmad melalui skim pinjaman perumahan.
 
“Mereka yang mengurus dan membayar pinjaman tersebut. Ia tiada kaitan langsung dengan bantuan kewangan sehingga RM2 juta,” katanya.
 
Katanya, dakwaan itu tidak bertanggungjawab dan merupakan fitnah berat terhadap menteri besar memandangkan perkara itu tidak wujud.
 

'Penasihat Najib kena belajar dari pasukan Dr M'

Penasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak patut belajar dengan “kematangan” penasihat Tun Dr Mahathir Mohamad, kata penganjur program sensasi Nothing2Hide Datuk Khairul Anwar Rahmat.
“Segelintir penasihat PM Najib yang menghalang kehadiran beliau pada saat akhir ke program Dialog Nothing2Hide di PWTC pada Jun lalu harus belajar dengan kematangan para penasihat Tun Mahathir yang tampaknya lebih berani dan luhur untuk berhadapan dengan rakyat,” katanya.
Dalam dialog terus terang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu, Najib tidak hadir atas alasan keselamatan.
Mahathir pula mencuri pentas sebelum diiring diberhentikan dan diiring keluar daripada tempat itu oleh polis.
Tindakan itu menyebabkan pengkritik Najib menganggap beliau tidak berani berdepan dengan Mahathir yang mengasak kuat pentadbirannya menggunakan isu syarikat pelaburan negara 1MDB.
Sementara itu, dalam kenyataannya hari ini, Khairul berkata rakyat kini dahagakan wacana bersandarkan ilmu dan bukan emosi dan sentimen dangkal semata-mata.
“Kesatriaan dan keluhuran untuk berhadapan dengan rakyat membuktikan seseorang pemimpin itu tidak lari dari medan tanggungjawab,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau juga menyifatkan penampilan Mahathir di Pasir Gudang, Johor pada Sabtu ini boleh disifatkan sebagai kembalinya Nothing2Hide.
“Pihak penganjur ada menghubungi saya baru-baru ini dan saya sudah pun memberi pengesahan kehadiran dalam apa jua kapasiti untuk bersama-sama dengan rakyat dari jauh dan dekat,” katanya.
“Apa yang pasti, rakyat mahu mendengar sendiri dari pemimpin negara- sama ada yang masih berkhidmat, ataupun yang pernah berjasa kepada negara- berkenaan kemelut yang merimaskan rakyat seperti 1MDB, GST (cukai barangan dan perkhidmatan), kejatuhan nilai ringgit serta kualiti kepimpinan yang semakin uzur.”

IGP: Datuk Hamid akan diberi surat tunjuk sebab

 Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas (SB) Datuk Abdul Hamid Bador akan diberikan surat tunjuk sebab untuk memberi penjelasan berhubung tindakannya mengeluarkan kenyataan kepada media berhubung pertukarannya baru-baru ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata sebagai pegawai polis, Abdul Hamid terikat dengan peraturan pasukan dan tidak boleh sembarangan mengeluarkan kenyataan kepada media.
Katanya surat tunjuk sebab itu bagi memberi peluang kepadanya untuk memberi penjelasan sebelum sebarang tindakan disiplin dan tatatertib dikenakan terhadapnya.
"Saya telah temui dan berbincang dengan beliau panjang lebar, tetapi saya tidak mahu ulas lanjut apa yang kami bincang. Saya percaya beliau bertindak demikian kerana rasa kecewa.
"Dalam pertemuan itu, saya juga telah mengingatkan yang beliau telah melanggar peraturan polis, kerana polis ada peraturan (mengenai), siapa yang boleh bercakap dengan media. Jadi kita terpaksa ambil tindakan disiplin dan tatatertib," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Istiadat Pengurniaan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) di Dewan Jubli Perak Sultan Haji
Ahmad Shah di Kuantan hari ini.
Majlis pengurniaan pingat kepada 234 pesara polis yang pernah berkhidmat pada zaman darurat itu disempurnakan oleh Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah. Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Bersih 4.0: "Berani buat berani tanggung" amaran IGP

"Berani buat berani tanggung, kalau masih kekal untuk langgar undang-undang, kita akan ambil tindakan," tegas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kepada penganjur dan individu yang menyertai perhimpunan BERSIH 4 pada hujung minggu ini.
Beliau berkata polis akan mengambil tindakan tegas berlandaskan undang-undang kerana perhimpunan itu adalah haram kerana tidak memenuhi syarat apabila pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak membenarkan perhimpunan itu diadakan di sekitar ibu kota khususnya Dataran Merdeka.
"Negara kita ini ada undang-undang, kalau dia (penganjur) masih lagi kekal dengan keputusan melanggar undang-undang (mengadakan perhimpunan), apa boleh kami buat.
"Kami ini penguat kuasa undang-undang, tanggungjawab kami adalah mengambil tindakan mengikut undang-undang, Jangan marah polis kalau kami ambil tindakan sebab kami sudah bagi nasihat, sudah berunding, sudah beri pilihan, terima sahajalah akibatnya nanti," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Istiadat Pengurniaan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan hari ini.
Majlis pengurniaan pingat kepada 234 pesara polis yang pernah berkhidmat pada zaman darurat itu disempurnakan oleh Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah. Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani
Khalid berkata demikian sebagai mengulas tindakan penganjur BERSIH 4 yang tetap berdegil untuk mengadakan perhimpunan pada hujung minggu ini walaupun telah diisytiharkan sebagai haram kerana tidak memenuhi syarat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).
Katanya, polis khuatir perhimpunan pada hujung minggu ini akan menjadi tidak terkawal apabila satu kumpulan lain yang menggelarkan diri mereka 'Anti-BERSIH 4.0' turut bersama-sama berkumpul bagi menentang perhimpunan tersebut.

Akhirnya kumpulan anti-BERSIH batal demo

Selepas beberapa jam bertekad untuk tetap meneruskan perhimpunan hujung minggu ini, kumpulan anti-BERSIH kini membatalkan hasrat tersebut.
Keputusan itu dibuat selepas perjumpaan ketua kumpulan tersebut Datuk Jamal Md Yunos bersama Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa dan Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah.
Jamal berkata, perjumpaan antara Tajuddin dan Zainol dibuat selepas keterangannya diambil oleh pihak polis.
"Kami dan diambil keterangan oleh pihak polis dan berbincang dengan ketua polis Kuala Lumpur dan OCPD dan dengar taklimat daripada polis berkenaan persiapan polis jika BERSIH 4 tetap meneruskan niat mereka.
"Oleh itu, kami buat ketetapan untuk membatalkan niat untuk anjur BERSIH 4 Keamanan kerana kami beri kepercayaan sepenuhnya kepada polis," katanya kepada pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini.
Sebelum itu, Jamal berkata kumpulan itu akan tetap meneruskan perhimpunan mereka pada Sabtu ini.
Beliau berkata, pihaknya juga telah menyediakan baju sebanyak 10,000 untuk perhimpunan itu nanti.
"Bergantung pada dua hari ini, ikut perkembangan semasa.
"Kami telah buat persediaan, baju dah sampai di tangan saya dalam 10,000 helai,” katanya.
Beliau berkata pihaknya hanya akan membatalkan hasrat mereka jika perhimpunan BERSIH dipindahkan ke stadium.
“Kami akan batalkan hasrat kami pada bila-bila masa jika pihak BERSiH haram ini bersetuju mengikut arahan polis dengan berkumpul dalam Stadium Titiwangsa,” katanya pada sidang media di Dataran Merdeka hari ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengeluarkan amaran keras kepada semua pihak agar tidak menggalakkan keganasan, dan ini termasuk kumpulan anti-BERSIH.
Kata Khalid, pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan tindakan ugutan jenayah oleh sesiapa terhadap mereka yang mengambil bahagian.

Di sebalik tirai besi, Anwar seru sokong BERSI 4.0


Meskipun terpenjara di sebalik tirai besi, bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap menyeru rakyat bangkit menyelamatkan Malaysia dengan menyokong himpunan BERSIH 4.
 Dalam kenyataannya melalui ibu pejabat PKR, ketua umum PKR itu berkata adalah menjadi tanggungjawab semua rakyat Malaysia di tengah beberapa krisis melanda negara.
"Gegaran Merdeka menandakan berakhirnya pemerintahan penjajahan curang kerana penindasan dan kezaliman.
"Merdeka juga mengusung gagasan besar dan keyakinan baru; menegak keadilan dan negara hukum serta memacu pertumbuhan dengan jaminan pengagihan saksama.
"Terdapat ketimpangan luar biasa diantara cita-cita luhur kemerdekaan dan sekatan ke atas kebebasan rakyat. Institusi hukum tercemar dan kesenjangan pendapatan terus melebar.
"Kita harus bertindak dan selamatkan Malaysia tercinta!" katanya.
Negara bakal menyambut hari Kemerdekaan yang ke 56 tahun ini dengan membawa tema ‘Sehati Sejiwa’.
Menjelang sambutan kemerdekaan, BERSIH 4 akan meganjurkan perhimpunan selama 34 jam bermula Sabtu ini di tiga kota besar, Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching.
Ia berlangsung ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang berdepan isu derma RM2.6 bilion ke dalam akaunnya, kontroversi 1MDB serta kejatuhan teruk nilai ringgit.

UMNO-BN wajib sertai BERSIH 4.0 - Bekas Timb. Menteri Pengajian Tinggi

Bersih 4.0: Tentera Campur Tangan Jika Darurat

RM2.6B: Tun M Sedarkan Rakyat Diperbodohkan Najib

ATM Sedia Gempur Bersih Sekiranya Situasi Darurat..!!

PERKASA bimbang pertembungan baju kuning merah.!!

Bersih 4: Political Reform Is A Long Struggle, We Have To Start Now

Bersih 4: MCMC Ban On Bersih 4 information An Act Of "Colonisation"

Bersih 4: Kita Jumpa Di Dataran Merdeka

Bersih 4: Dato' Rahman Dahlan, Perhimpunan Aman Adalah Proses Politik Yang Biasa

Pembangkang tawar singkir Najib tukar Anwar

 Pembangkang menawarkan bantuan kepada MP BN untuk memperolehi majoriti baru bagi menyingkirkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan menukar kepada pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara.
Perkara ini merupakan satu daripada beberapa syarat yang ditetapkan pembangkang dalam kenyataan oleh DAP, PKR dan Gerakan Harapan Baru.
"Shli-ahli parlimen dari DAP, PKR dan Gerakan Harapan Baru bersedia membincang mengenai cadangan-cadangan dari ahli-ahli palimen Barisan Nasional untuk membentuk suatu majoriti baru untuk menggantikan Kerajaan Datuk Seri Najib Razak dengan pembaharuan politik sebagai agenda utama kerajaan baru berkenaan.
"Pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan semua tahanan politik yang lain harus menjadi tugas pertama majoriti baru ini. Semua penganiayaan politik harus dibatalkan," kata mereka.

Sekat maklumat, BERSIH minta rakyat bantah SKMM

(Bersih4Malaysia) 陈亚才: 为什么要参加 Bersih 4.0 呢?

BERSIH4 dari KEADILAN

BERSIH timbang tindakan undang-undang jika laman web disekat

 BERSIH mungkin mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) jika ia menyekat laman web yang mempromosi dan menggalakkan orang ramai untuk menyertai perhimpunannya.
Ahli jawatankuasa pemandu pemantau pilihan raya itu, New Sin Yew berkata, ini kerana suruhanjaya itu melarang hak untuk mendapatkan maklumat.
Katanya, jika SKMM tidak menarik balik larangan tersebut bila perhimpunan itu diadakan, pihaknya mungkin mengambil langkah-langkah perlu selepas perhimpunan tersebut.
Mengulas lanjut, New berkata, semua orang mempunyai hak kebebasan bersuara, seperti yang termaktub di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
Menurutnya, hak bersuara itu termasuk maklumat, sambil menambah bahawa apa yang SKMM lakukan ialah menapis maklumat.
Memetik kenyataan oleh Kementerian Dalam Negeri, SKMM hari ini berkata sekatan itu dibuat kerana laman web berkenaan boleh mengancam kestabilan negara.
Perhimpunan BERSIH 4 akan diadakan hujung minggu ini dan antara lain bertujuan untuk mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Merdeka! Sokong Bersih! – Anwar Ibrahim

logo KEADILAN 2Gegaran Merdeka menandakan berakhirnya pemerintahan penjajahan curang kerana penindasan dan kezaliman. Merdeka juga mengusung gagasan besar dan keyakinan baru; menegak keadilan dan negara hukum serta memacu pertumbuhan dengan jaminan pengagihan saksama.
Walhasil, Merdeka 2015 dinodai keserakahan dan ketamakan; ekonomi meruncing dan kehidupan rakyat terus melarat. Terdapat ketimpangan luar biasa diantara cita-cita luhur kemerdekaan dan sekatan ke atas kebebasan rakyat. Institusi hukum tercemar dan kesenjangan pendapatan terus melebar.
Kita harus bertindak dan selamatkan Malaysia tercinta!

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
27 Ogos 2015

Tanggungjawab polis jaga keselamatan peserta himpunan

(Oleh Rafizi Ramli)
Saya kecewa dengan kenyataan-kenyataan Datuk NurJazlan Mohamad, Timbalan Menteri Dalam Negeri yang baru yang seolah-olah mahu menakut-nakutkan rakyat supaya tidak menyertai Perhimpunan BERSIH4. Kenyataan beliau yang dipetik media turut menyebut tentang kewujudan anasir yang kononnya ingin menimbulkan huru-hara.
Hari ini juga, saya terkejut dengan kenyataan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang akan menyekat laman-laman yang mempromosikan BERSIH4.
Ini ditambah pula dengan kenyataan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Zulkifeli Mohd Zin yang menyebut bagaimana pihak tentera akan mengambil alih sekiranya kerajaan mengumumkan darurat.
Tindakan dan kenyataan-kenyataan ini adalah keterlaluan dan tidak membantu memastikan satu perhimpunan rakyat yang aman sedangkan BERSIH4 adalah satu perhimpunan yang menepati hak rakyat seperti yang dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan. Malah, keputusan-keputusan mahkamah dengan jelas menegaskan berkali-kali bahawa Perhimpunan BERSIH adalah sah di sisi undang-undang mengikut Perlembagaan Persekutuan.
Oleh itu, saya menyeru supaya pihak berkuasa baik Kementerian Dalam Negeri, SKMM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Angkatan Tentera Malaysia (ATM) supaya bertenang dan tidak membuat kenyataan atau tindakan yang boleh mengganggu kelancaran Perhimpunan BERSIH4. Pengalaman sebelum ini dari perhimpunan BERSIH yang pertama hingga BERSIH3 menunjukkan bahawa ratusan ribu rakyat akan tetap turun ke jalan raya di sekitar Kuala Lumpur untuk melahirkan pandangan mereka selaras dengan hak mereka di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak kira apa tindakan atau sekatan yang diambil oleh pihak berkuasa.
Oleh yang demikian, demi kesejahteraan rakyat dan keselamatan peserta Perhimpunan BERSIH4 yang turun mengikut peruntukan undang-undang, adalah lebih baik sekiranya pihak berkuasa mengambil langkah membantu kelancaran perhimpunan ini. Kenyataan atau tindakan yang cuba menyekat rakyat dari turun tidak akan berkesan dan hanya menimbulkan ketegangan yang tidak diperlukan dalam keadaan rakyat sudah matang mengenai hak mereka berhimpun secara aman.
Saya juga ingin mengingatkan setiap anggota polis dan keselamatan yang bertugas sepanjang Perhimpunan BERSIH4 ini bahawa kami berhimpun demi memperjuangkan masa depan yang lebih baik untuk anak-anak mereka juga:

Bersih 4 kekal 5 lokasi sebelum ke Dataran Merdeka

Dua hari sahaja lagi sebelum rakyat Malaysia turun beramai-ramai ke jalanan Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu bagi menyatakan desakan terhadap lima tuntutan perhimpunan aman Bersih 4: Pilihanraya Bersih, Kerajaan Bersih, Kukuhkan Demokrasi Berparlimen, Hak Membantah dan Selamatkan Ekonomi Negara.
Di Kuala Lumpur, kita akan bertemu pada jam 2 petang di lima tempat: Masjid Negara, Brickfields, Pasar Seni, Menara Maybank dan di hadapan kompleks Sogo; sebelum berjalan menuju ke kawasan sekitar Dataran Merdeka.
Kita tidak akan melampaui halangan-halangan yang telah diletakkan oleh pihak polis, dan kita tidak akan masuk ke Dataran Merdeka bagi menghormati majlis raptai dan persiapan menyambut Hari Merdeka.
BERSIH 2.0 telah dimaklumkan bahawa jalanraya yang ditutup bagi majlis raptai sambutan Hari Merdeka hanya ditutup pada waktu-waktu tertentu yang tidak melibatkan jangka masa perhimpunan Bersih 4 berjalan. Hal ini juga sudah disahkan oleh pihak polis.
Bermula jam 2 petang 29 Ogos, sehingga 11:59 malam 30 Ogos, pihak penganjur Bersih 4 telah menyusun beberapa acara di beberapa pentas yang diletakkan di kawasan-kawasan strategik sekitar Dataran Merdeka. Ini termasuklah acara kebudayaan, ucapan, syarahan awam, bacaan puisi dan acara kerohanian termasuk solat hajat yang akan dikendalikan oleh rakan-rakan dari ABIM dan IKRAM.
Kita akan mengakhiri acara perhimpunan aman 34 jam ini dengan laungan Merdeka tepat tengah malam 31 Ogos, dan semua peserta mesti bersurai.
Di Kota Kinabalu, tempat berkumpul pada jam 2 petang ditetapkan di tapak letak kereta Sabah Trade Center (Likas Square) dan para peserta himpunan akan berarak ke tapak perhimpunan 34 jam di Tanjung Lipat Public Park. Di Kuching, peserta akan berkumpul di Padang Jubilee dan Pelita Car Park.
Acara Global Bersih di lebih 60 bandar utama seluruh dunia akan berjalan pada tarikh dan masa yang sama mengikut zon waktu masing-masing.
Arahan Am: Keselamatan, Perubatan & Urgent Arrest
BERSIH 2.0 secara tegas melarang peserta daripada membawa senjata dan bahan letupan, termasuklah mercun, flare dan bom asap. Kami juga tidak menggalakkan ibu bapa membawa kanak-kanak di bawah umur ke perhimpunan Bersih 4. Sekiranya tidak ada pilihan lain selain membawa anak-anak ke tapak perhimpunan, kami berharap ibu bapa dapat menjaga kebajikan dan keselamatan anak-anak mereka serta bertindak secara bertanggungjawab.
Kami juga secara tegas mengecam dan melarang sebarang tindakan vandalisme terhadap harta awam, selain menegah para peserta daripada terlibat dalam sebarang aktiviti ganas atau melayan sebarang provokasi daripada mana-mana pihak. Sila maklumkan sebarang provokasi kepada pihak keselamatan atau terus kepada pihak polis.

Wanita KEADILAN ajak seluruh wanita ‘joint’ himpunan

KUALA LUMPUR 27 OGOS: Wanita KEADILAN mengajak semua wanita untuk hadir menuntut kebebasan di Malaysia kerana golongan ini juga mempunyai hak demokrasi.
“Para wanita jangan ketinggalan kerana dengan penglibatan mereka akan menunjukkan bahawa wanita juga prihatin dengan perkembangan politik dan kemelut yang berlaku di Malaysia.
“Ini juga akan menunjukkan kekuatan wanita,” kata Ketuanya, Zuraida Kamaruddin ketika dihubungi.
Ahli Parlimen Ampang itu menjangkakan lebih separuh daripada peserta yang datang terdiri daripada kaum hawa.

Dapsy bawa 20,000 penyokong


KUALA LUMPUR 27 OGOS: Pemuda Sosialis DAP (Dapsy) akan menghimpunkan seramai 10,000 hingga 20,000 penyokongnya dalam Himpunan Bersih 4 hujung minggu ini.
“Kami akan menghadiri perhimpunan itu dan memberi sokongan penuh kami sebagaimana tuntutan sebelum ini.
“Saya percaya sebahagian besar daripada ahli-ahli kami akan menyokong perhimpunan tersebut,” kata Ketua Pemuda DAP, Teo Kok Seong.
Selain sayap pemuda, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang juga mengesahkan akan hadir.

Hormati hak rakyat berhimpun – Nik Nazmi

KUALA LUMPUR 27 OGOS: Polis perlu menghormati hak rakyat berhimpun kerana ia termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, mahkamah turut membenarkan perhimpunan diadakan asalkan ia berlangsung dalam keadaan aman dan tidak mengganggu ketenteraman awam.
“Ketua Polis Negara (KPN) kena ingat saya sudah lawan kes Akta Perhimpunan dan menang, jadi mereka sepatutnya hormat hak perlembagaan untuk berhimpun.
“Rakyat hendak menunaikan hak untuk berhimpun dan saya yakin ramai akan turun pada 29 Ogos nanti,” katanya.

Peserta diingat jauhi provokasi

LOGO KOLUMKUALA LUMPUR 27 OGOS: Setiausaha Pengelola KEADILAN, Fariz Musa mengingatkan para pendemonstran agar tidak terpengaruh dengan sebarang provokasi yang mungkin akan berlaku.
Katanya, berkemungkinan terdapat pihak yang akan mencetuskan provokasi bagi memburukkan imej Bersih dan menggagalkan perhimpunan tersebut.
“Melihat pada himpunan sebelum ini, kita tidak pernah menjadikan suasana huru-hara. Jadi saya ingatkan supaya tidak terpengaruh kepada provokasi yang hanya ingin merosakkan imej Bersih.
“Kalau ini berlaku, ia bukanlah arahan penganjur tetapi cubaan pihak tertentu untuk pastikan Bersih gagal,” katanya yang turut menasihati peserta supaya mematuhi peraturan dan arahan pihak penganjur.

Cabar Najib pertahan jawatan

KUALA LUMPUR 27 OGOS: Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Fahmi Fadzil menggesa seluruh rakyat menyertai perhimpunan tersebut sebagai menyambut baik kenyataan Perdana Menteri berhubung mandat rakyat.
Najib dalam kenyataan di facebooknya memberi peringatan tiada siapa sepatutnya cuba campur tangan atau merampas kewajipannya untuk memimpin rakyat dan menyifatkan mandat tersebut sebagai amanah suci.
“Saya anggap ini sebagai satu cabaran Datuk Seri Najib kepada rakyat untuk mengambil mandat itu kembali.
“Saya harap rakyat Malaysia akan beramai-ramai turun bukan saja di Kuala Lumpur, tetapi di Kota Kinabalu dan Kuching untuk memeriahkan proses demokrasi di Malaysia,” kata Fahmi yang juga Pengarah Komunikasi KEADILAN.

AMK seru penyertaan anak muda, tolak BN

KUALA LUMPUR 27 OGOS: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) akan mengerakkan anggotanya dari seluruh negara untuk menyertai himpunan ini.
Timbalan Ketua AMK, Dr Afif Bahardin berkata, himpunan ini bagi mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri dan juga menuntut kerajaan yang bersih dan telus di saat Najib dan kerajaan yang dipimpinnya berhadapan krisis kepimpinan dan integriti yang paling teruk dalam sejarah negara ini.
“AMK juga menyeru semua anak muda di negara ini, untuk turut sama menyertai Bersih 4 bagi menzahirkan penentangan kita terhadap segala bentuk kepincangan, kezaliman dan kebobrokan kerajaan Barisan Nasional,” katanya dalam kenyataan.
Menurut Afif, bagi menzahirkan sokongan AMK kepada Bersih 4, beberapa acara diatur menjelang himpunan tersebut antaranya Ceramah Selamatkan Malaysia: Bersih 4, Jelajah Bersih: Konvoi Bermotor dan Siri Dialog Anak Muda: Selamatkan Malaysia.

Rakyat tiada pilihan, terpaksa ke jalan raya – Ambiga

KUALA LUMPUR 27 OGOS: Rakyat Malaysia tidak ada pilihan lain kecuali turun ke jalanan membantah dan mendesak perubahan, kata bekas pemimpin Bersih 2.0, Datuk S Ambiga.
“Malaysia kini negara yang hanyut. Kerajaan sedang mengecewakan kita. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dikompromi. Kedaulatan undang-undang sedang terhakis,” katanya, dilapor The New York Times.
“Rakyat Malaysia perlu ke jalanan untuk menuntut demokrasi kita dan jiwa negara kita,” kata peguam itu, yang pernah memimpin perhimpunan berskala besar mendesak perubahan pilihan raya ketika mengetuai Bersih 2.0 di Kuala Lumpur sebelum ini.
Bersih 4 akan bermula pada pukul 2 petang 29 Ogos dan berakhir pada jam 11.59 malam, 30 Ogos.
Himpunan itu akan diadakan serentak di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur; Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah serta bandar utama di seluruh dunia.
Acara di Dataran Merdeka akan berlangsung selama 34 jam dalam menuntut pembaharuan seperti pilihan raya bersih, sebuah kerajaan yang bebas rasuah, hak untuk membantah, mengukuhkan demokrasi Parlimen dan menyelamatkan ekonomi.

Tak ada sebab rakyat tidak turun Bersih 4 – Tian

LOGO KOLUMKUALA LUMPUR 27 OGOS: Himpunan Bersih 4 simbolik bantahan rakyat terhadap kepincangan sistem pemerintahan kerajaan dan kerana itu tidak ada sebab rakyat tidak menyertainya, tegas Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.
“Kita seru semua rakyat tidak kira parti dan latar belakang untuk turun ramai-ramai menunjukkan penyatuan kita menolak sebulat suara amalan politik rasuah dalam pentadbiran negara, termasuk kepimpinan Datuk Seri Najib,” kata Tian yang juga Ahli Parlimen Batu.
Rakyat juga katanya tidak perlu takut untuk turun ke himpunan ini kerana berhimpun dijamin perlembagaan.
“Kita juga nak tunjuk bahawa rakyat tidak tunduk kepada tekanan dan ugutan kerana apa yang kita lakukan ini mengikut perlembagaan,” katanya ketika dihubungi.
Kebelakangan ini, pelbagai isu menimbulkan kemarahan dan keraguan rakyat antaranya terbaru ‘derma’ RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib, namun sehingga kini tiada penjelasan dari PM sendiri.
Oleh itu kata Tian, rakyat wajib menyertai Bersih 4 bagi menuntut Najib berundur dan meletak jawatan.

Hampir 1,000 berkumpul sertai praBersih 4.0

Hampir 1,000 berkumpul sertai praBersih 4.0
BATU PAHAT - Kira-kira 1,000 orang menyertai Himpunan pra Bersih 4.0 yang diadakan di Dataran Penggaram, di sini malam semalam.

Adun Penggaram, Gan Peck Cheng berkata, himpunan berkenaan dianjurkan oleh Pusat Khidmat Adun Penggaram dan bermula pada jam 9.00 malam

Katanya, perhimpunan yang berjalan selama 30 minit itu adalah sebagai sokongan untuk perhimpunan Bersih 4.0 yang bakal diadakan di ibu negara penghujung minggu ini.

"Kira-kira 1,000 lebih orang ramai yang hadir terutamanya di kalangan ahli DAP di daerah ini yang menunjukkan sokongan terhadap himpunan yang bakal diadakan di ibu negara

"Sokongan dapat dibuktikan dengan kehadiran mereka selain kami turut menerima sumbangan sebanyak kira-kira RM5,400 untuk Bersih 4.0 nanti," katanya

Hadir sama dalam himpunan berkenaan adalah Adun Yong Peng, Chew Peck Choo dan Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Idris Jusi.