Rabu, 26 Ogos 2015

'We'll stay on outside Parliament'

PROTEST RAKYAT ATAU DEWAN RAKYAT?


Jangan label saya pengkhianat, Muhyiddin beritahu Umno

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ahli tidak patut melabelkan dirinya pengkhianat kerana sejarah perjuangan dan baktinya kepada parti sangat panjang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Ogos, 2015.Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ahli tidak patut melabelkan dirinya pengkhianat kerana sejarah perjuangan dan baktinya kepada parti sangat panjang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Ogos, 2015.Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan ahli parti itu agar tidak melabelkan dirinya sebagai pengkhianat, dan berkata beliau sudah 40 tahun berjuang bersama parti Melayu itu.
Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, ketika Umno diharamkan dulu, beliau membina semula parti itu di Johor sehingga menjadi penyumbang besar kepada kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam setiap pilihan raya umum.
"Kepada mereka ini ingin saya ingatkan. Sejarah sumbangan saya kepada Umno cukup panjang. Saya juga tetap setia bersama parti ketika Umno menghadapi pelbagai krisis," kata ahli Parlimen Pagoh itu dalam satu kenyataan petang ini.

"Jadi, janganlah terlalu mudah menuduh saya sebagai pengkhianat dan mendesak saya meletak jawatan,” katanya.

Jawatan Umno hanya sementara tetapi kesetiaan kekal, kata Zahid pada Muhyiddin

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Putrajaya, malam ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 26 Ogos, 2015.Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Putrajaya, malam ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 26 Ogos, 2015.Jawatan dalam Umno bersifat sementara maka kesetiaan dalam parti menjadi taruhan kepada pemimpin tidak kira di peringkat bahagian mahupun kebangsaan, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjawab kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Naib presiden Umno itu berkata tidak kira berapa lama seseorang itu berada dalam parti namun sekiranya ada masalah yang ditimbulkan ia masih akan memberi kesan kepada parti. 
"Saya yakin keberadaan kita dalam posisi sama ada di peringkat cawangan, bahagian, negeri apatah lagi di peringkat nasional merupakan kesementaraan biarpun sudah berkhidmat dalam parti 40 tahun tetapi janganlah panas setahun hujan sehari.

"Walaupun sepanjang tahun 365 hari panas, bumi merekah bila hujan sehari. Bumi tetap basah. Kita semua perlu istiqamah kepada satu gerakan yang merupakan kesinambungan dalam perjuangan kita. “Apabila kita mempunyai sifat sementara ertinya tanggungjawab yang dipegang tidak kekal,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Putrajaya malam ini.
Muhyiddin awal malam tadi menyelar ahli Umno yang menuduhnya pengkhianat mengatakan beliau sudah berkhidmat selama 40 tahun bersama parti Melayu itu.
Zahid berkata tiada salahnya perbezaan pendapat wujud dalam Umno namun ia mesti diraikan dan disampaikan dengan cara yang bijaksana.

Mengapa PAS semudah itu diputar- belit Umno?

Oleh Husam Musa
Perutusan YDP Kubang Kerian untuk Majlis Penerangan Dan Dialog Isu-Isu Semasa PAS Kubang Kerian 25 Ogos 2015
Assalamualaikum wrbt
Al Fadhil Penceramah Jemputan, YB TPJ, Saf Pimpinan Kawasan & Para Hadhirin
Saya alukan kedatangan tetamu dan majlis ini.
Saya masih berkeuzuran. Namun begitu memandangkan majlis ini adalah penting, sayugia saya selaku orang tua yang dimanahkan mengetuai Kawasan Kubang Kerian, adalah penting untuk memberikan sedikit kata-kata bagi majlis ini.

Pertama, saya berharap ada dialog dua hala yang terbuka antara penceramah dan ahli Pas Kubang Kerian supaya segala kekusutan dapat diselesaikan umpamanya ; 1) Akta 355 dimana dikatakan akta ini hanya satu alat politik bersama dengan UMNO untuk memecahbelahkan parti, merosakkan imej PAS dan melemahkan kedudukan PAS. Selepas dijanjikan Akta ini dibawa sebagai Private Member's Bill yang akan dibentangkan pada Sidang Parlimen bulan April dan kemudiannya bulan Jun kemudian lagi bulan November, dua sesi Parlimen telah berlalu dengan kehampaan seakan PAS telah dipermain oleh UMNO.
Soalnya, mengapa PAS semudah itu diputar belit oleh UMNO?
Mengapa bill ini dibawa tergesa-gesa tanpa pengetahuan PAS Pusat? Akhirnya difahamkan diputuskan utk diserahkan semula kpd kerajaan Pusat.
Dan seribu soalan lagi !
2. Menjelang Muktamar baru-baru ini segala bentuk fitnah dan caci maki di luar adab Islam telah berlaku.
Apa pendirian Majlis Syura PAS dan PAS Pusat?
Adakah ini dibenarkan oleh Islam?

GHB pengkhianat atau penyelamat?

Oleh Mohd Sayuti Omar
Tindakan berupa protes ahli Pas keluar meninggal parti agama itu serta kian rancaknya perarakan (road show) memperkenalkan GHB yang kemudian akan menjelma menjadi sebuah parti baharu menyebabkan semua mata pemerhati dan pengamat politik serta orang-orang atas pagar terarah kepada  Pas.

Masing-masing bertanya apakah akan berlaku kepada parti agama yang sudah melangakau enam dekad dan berusia 61 tahun itu

 Pas menjadi fokus selepas berlakunya "rampasan kuasa" besar-besar ke atas kepimpinannya dalam muktamar lepas, dimana kesemua pemimpin yang progresif dan liberal ditendang keluar. Masing-masing kini menghitung dan mencongak apa akan jadi kepada Pas kini?

Apakah Pas akan berkubur ditangan orang-orangnya sendiri yang kini sedang membina parti baharu yang dianggap sebagai pesaing Pas? Ataupun parti itu tetap akan utuh dan kekal di atas peta politik negara ini, dan ianya makin mudah mencapai hasrat dan cita-citanya mengapai mardhatilah? Dan Pas tetap menjadi sebuah parti yang unggul dan parti alternatif kepada Umno yang ternyata semakin hari semakin rosak reputasinya sebagai sebuah parti nombor satu negara dikagumi selama ini.

Pas mampu hidup seribu tahun
Kalau mengikut perkiraan dan sifir pimpinan baru Pas kini, terutamanya dari minda siasah Presiden dan Mursyidul Am, begitulah. Mereka berdua sangat konfiden Pas mampu hidup walaupun seribu tahun lagi. Dan bagi mereka kewujudan parti baharu serpihan Pas sedikit pun tidak memberi kesan dan melemahkan Pas?

Lantaran itu mereka terus menghalau mana-mana ahli yang tidak betah dan suka dengan Pas. Mereka beranggapan apa yang berlaku kini bukan satu liabiltiti kepada Pas tetapi suatu pembersihan dalaman.

Perangai dan sikap itulah juga yang menurun kepada pemimpin pelapis dalam Pas yang berjaya menempatkan diri dalam muktamar yang lalu. Mendengar bahasa percakapan, maki hamun dan ulasan-ulasan skeptikal dan sarkastik mereka yang begitu angkuh dan sombong seolah-olah bekas pemimpin Pas yang lama tidak sedikit pun memberi keuntungan kepada Pas. Mereka tidak berasakan ketiadaan bekas pemimpin yang kebanyakan profesional itu sebagai satu kerugian.

Dalam catatan ringkas ini saya tidak mahu mengira dan menghitung nasib dan implikasi ke atas masa depan Pas dengan terwujudnya parti baharu kelak. Tidak kisah apa namanya, Amanah Rakyat, Parti Islam Progresif, atau Parti Islam Baharu, tetapi bagi saya kewujudan itu tentu memberi kesan kepada Pas. Tidak banyak, sedikit.  Kewujudahan itu menjadikan Pas akan terbelah, kalaupun tidak terbelah dua tetapi sebahagian, suku sudah memadai untuk menderitai Pas.

Yang hendak dipersoal dan didebatkan di sini, mencari jawaban tuntas dan rasional, apakah parti itu kelak bakal menjadi pembunuh kepada Pas, kemudian menjadi pengganti Pas dalam komponen Pakatan Rakyat baru dalam usaha untuk merampas Putrajaya?

Ataupun parti baharu itu menjadi pemangkin kepada Pas menyebabkan parti itu makin subur dan kuat lagi dan sekaligus mempercepatkan proses pembentukan kerajaan baharu bersama Pakatan Rakyat? Dalam erti kata lain parti baru itu dan Pas akan bertindak saling kukuh mengukuhi di antara satu sama lain seperti aur dengan tebing saling bergandingan.

Kedua-dua kemungkinan itu ada, ia terpulang ke atas kebijaksanaan politik para pemainnya. Kalau pemain politik kedua pihak understanding, bersikap profesional, keduanya bisa membentuk persefahaman lebih jauh dan bermakna, ternyata kewujudan parti baharu itu bukan menyusahkan Pas sebaliknya memperkuatkan Pas. Hubungan sedemikian menjadikan Pas tidak mengalami kerugian, kekurangan manpower, walaupun ada parti baharu. Kewujudan parti baru itu satu kemujuran dan keperluan.

Jadi apakah parti baharu itu "PENGKHIANAT" atau pun sebenarnya "PENYELAMAT"?

Zahid perlu buktikan wujud unsur jenayah dalam ‘plot’ tidak percaya

Oleh Alyaa Alhadjri
Dia bertindak terburu-buru dan menyerang terlebih dahulu. Tetapi tidak mengenai sasaran, kini nampaknya Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi sudah tersasar jauh daripada sasaran dan serangannya itu mungkin berbalik kepada dirinya semula mengenai dakwaan wujudnya plot menggulingkan kerajaan.
Kenyataan terbaru Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (kiri) melencongkan lagi sasaran Zahid, dengan beban sekarang terletak kepada Zahid untuk membuktikan wujud elemen jenayah dalam plot untuk “menggulingkan kerajaan” yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan Umno.
Juga terpulang kepada Zahid untuk membuktikan yang plot tersebut- yang telah dinafikan wujud oleh pemimpin Barisan Nasional dan Pembangkang- tidak lebih sekadar taktik mengalihkan perhatian daripada isu lain negara yang lebih penting. Dia kemudiannya membuat dakwaan lanjut yang dia sudah mengatur pertemuan di antara “orang tua” dan Perdana Menteri Najib Abdul Razak, walaupun ia dibatalkan pada saat akhir kerana orang tua itu segan dirakam kamera.
Bertentangan dengan dakwaan Zahid, sangat jelas yang menyingkirkan perdana menteri melalui undi tidak percaya di Parlimen atau memberikan petisyen secara langsung kepada Yang di-Pertuan Agong, adalah amalan yang boleh diterima dalam sistem demokrasi.
Walaupun Zahid berkata yang dia sudah menghantar bukti plot tersebut kepada polis, Khalid sebaliknya pada 24 Ogos berkata yang mereka tidak akan masuk campur dalam dakwaan seorang ahli politik kanan Umno cuba menyingkirkan Najib melalui undi tidak percaya di Parlimen.
Khalid, dipetik berkata oleh laman berita dalam talian Malaysiakini, berkata: "Perkara ini tidak melibatkan polis. Kami hanya mengambil berat berkaitan cubaan menggulingkan kerajaan atau perdana menteri melalui cara yang tidak demokratik,"
Khalid berkata yang sekiranya tidak wujud elemen jenayah, perkara itu perlu diselesaikan oleh parti politik.
"Bila saya cakap polis akan melihat laporan itu bermaksud apa sahaja laporan polis yang dibuat, kami terikat untuk melihat bagi menentukan jika ada unsur jenayah, maka waran siasatan akan dikeluarkan dan tindakan dari pihak kami.
"Jika tiada, kami tidak akan meneruskan siasatan. Saya harap pengkritik harus faham perkara ini," dia dipetik berkata.
Pada 17 Ogos, Khalid mengesahkan menerima tiga laporan berkaitan dakwaan Zahid, berkata yang siasatan akan dilakukan di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan berkaitan dengan aktiviti yang mengancam demokrasi berparlimen.

Mat Taib perlu gegar Umno

Oleh Mohd Azhar Abd Rahman
"Saya fikir sekarang sampai masanya satu perubahan dilakukan supaya pengisian pembangunan yang dinamik mesti ada rohnya," Itulah ungkapan yang dikeluarkan Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib pada 22 April 2013, dua hari selepas penamaan calon PRU ke-13 dalam sidang media pengisytiharannya secara rasmi untuk bersama PAS.

Kemasukannya ke dalam PAS bukanlah sesuatu yang begitu menggemparkan bagi sesetengah pemerhati tetapi sedikit sebanyak memberi kesan positif kepada PAS yang semakin memuncak popularitinya dalam suasana pilihan raya. Semasa di dalam PAS beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan PAS Pusat membantu Mahfuz Omar. Namun kredabilitinya dan ketokohannya tidak begitu menyerlah. Beliau hanya tampil dalam program-program di peringkat kawasan dan negeri dalam ceramah-ceramah sambil memuji-muji kepimpinan yang ada dan berharap audien berubah untuk menyokong Pakatan Rakyat. Beliau tidak pernah tampil dengan pendedahan yang luar biasa seperti Mahfuz Omar yang membuat sidang media untuk menghubungi Sirul Azhar di Australia berkali-kali di hadapan ratusan media menggunakan telefon bimbitnya sambil memegang powerbank.
Mat Taib dari segi politik semasa bersama Umno boleh dikatakan berjaya dengan beberapa jawatan penting pernah disandangnya. Antaranya adalah Ahli Dewan Undangan Negeri selama 4 penggal (1982, 1986,1990,1995), Menteri Besar Selangor (1986-1997), Naib Presiden Umno (2000-2003), Ketua Penerangan Umno, Ahli Dewan Negara dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Melihat kepada rekod jawatannya, beliau sepatutnya menjadi ‘senjata’ penting bagi PAS sebelum ini tetapi tidak seperti yang diharapkan. Kehadirannya dalam PAS dilihat biasa-biasa sahaja. Tidak memberi banyak impak. Mungkin kerana kemasukannya ke dalam PAS melalui Tuan Guru Haron Din menyebabkan beliau terikut-ikut rentak politik TGHD. Atau masih dihantui bayang-bayang silam.

Jangan biarkan negara di hujung tanduk

Oleh SUHAIMI TAIB UMNO menggelabah apabila Presidennya Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak dilihat mempunyai pelbagai masalah berkait dengan kredibiliti dan politik. Kredibilitinya dipertikai apabila skandal 1MDB dan sejumlah RM2.6 billion dimasukkan ke dalam akaun peribadinya ketika beliau menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri Malaysia.
 Perwakilan Pemuda Umno Tampin Negeri Sembilan sebulat suara menyokong usul tergempar menggesa Najib meletak jawatan sebagai Presiden parti itu dan Perdana Menteri Malaysia. Sebelum itu Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengkritik secara terbuka soal urus tadbir 1MDB dan dana yang didakwa sebagai derma itu, dimasukkan ke dalam akaun bank Najib sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu. Lalu dengan tindakan beraninya itu menyebabkan beliau digugurkan dari kabinet terbaru Najib, sebagai Timbalan Perdana Menteri. Tidak diketahui apa tujuan sebenarnya wang itu dimasukkan ke dalam akaun bank Najib, ada dakwaan dikatakan untuk tujuan pilihan raya umum berkenaan.
Justeru, satu saman atau tindakan undang-undang telah dikemukakan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadap Najib berkait dengan wang RM2.6 billion itu.
Ahli-ahli Umno terasa rimas dengan isu yang berlegar di sekitar presiden mereka lalu meluahkan kritikan dalam mesyuarat bahagian termasuk di Langkawi, Kedah.
Seorang wanita Umno bahagian tersebut meluahkan rasa geramnya terhadap Najib dengan mendakwa presiden mereka telah “kencing” tiga juta ahli Umno berkait dengan isu berkenaan. Banyak bahagian Umno telah menunjukkan sikap tidak senang dengan tindak-tanduk Najib dalam menangani isu berkenaan.
Sikap yang ditunjukkan oleh perwakilan Umno itu menunjukkan bahawa Najib bukanlah satu-satunya presiden parti yang tidak boleh dikritik secara terbuka dalam mesyuarat agung mereka.
Bagi mereka, kepimpinan Najib sudah sampai ke penghujungnya dan mereka mendesak supaya beliau berundur secara terhormat.

Negara ini perlukan kepimpinan bervisi, Bukan kepimpinan berasaskan “Committee”

Oleh Zasyaf Ishak
Apa jadi dengan National Economic Advisory Council (NEAC)? Apa jadi dengan pemudah? Apa jadi dengan pemandu? Apa jadi dengan Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera? Apa jadi dengan mesyuarat kalangan bijak pandai ekonomi yang menasihati pimpinan negara? Apa jadi dengan Majlis Profesor?
Cukup menyedihkan apabila satu-satunya idea yang keluar dari mulut pemimpin negara adalah soal mewujudkan satu lagi "committee" untuk memantau dan melihat suasana ekonomi negara?

Bila kita bermasalah, ubatnya adalah "committee" dan jawatankuasa. Bagaikan "viagra", committee inilah yang dikatakan akan meletakkan ekonomi Malaysia kembali ke landasan yang lebih baik. Apakah selama beberapa bulan ini tidak ada langsung mesyuarat ad hoc dilaksanakan untuk membentuk strategi ekonomi negara?
Akhirnya, kita perlukan satu lagi "committee" untuk melihat masalah ekonomi kita.
Yang penting, selepas daripada ini, bersusun lah segala Tan Sri/Dato' Sri/Datin Sri yang akan menjadi anggota "committee" ini. Kepada mereka, apalah sangat masalah ekonomi. Mereka tidak terasa sedikit pun. Susah untuk mereka faham tekanan yang dihadapi rakyat miskin dan sederhana.
Masalah kepada matawang, penurunan pendapatan minyak dan gas, kesan tekanan ekonomi GST, masalah perumahan yang tidak selesai, kos sara hidup tinggi bukan masalah baru. Tak perlu satu lagi "committee". Yang perlu hanya sebuah kerajaan yang COMMITT dengan keputusan dan polisi yang tegas.
Khazanah Research Institute (KRI)
Lebih menyedihkan apabila sebuah think-tank tahap tertinggi, hanya mengeluarkan kajian mengenai kenaikan harga rumah di dalam bulan Ogos, 2015. Rasanya, sudah banyak kajian yang dibuat berkenaan isu ini. Cukup malang, apabila sebuah think-tank yang mempunyai dana bersifat bottomless - lewat 5 tahun dalam mengeluarkan kajian dan dapatan statistik!
Ke mana bijak pandai negara ini? Apakah mereka membisu kerana mahu mensabotaj negara? Takkanlah mereka tidak memberikan sebarang input bagi memastikan ekonomi negara tidak terjerumus seteruk ini?

Pemulihan sistem negara yang pincang juga sama penting

oleh Hazlan Zakaria
Wujud banyak sembang masa kini untuk mengubah kepimpinan kita yang bermasalah; daripada “penggulingan” tidak sah sehinggalah kepada undi tidak percaya yang demokratik, tetapi ketika musuh lama berganding bahu untuk menjatuhkan kepimpinan sekarang yang makin dibenci, kita mungkin terlepas pandang masalah yang lebih besar.
Walaupun ada benarnya musuh kepada musuh saya ialah kawan saya, kita semua juga perlu ingat yang musuh kepada musuh saya, yang juga merupakan musuh saya, tidak semestinya akan terus kekal atau menjadi kawan saya.
Sekurang-kurangnya sehingga ia tidak lagi memberi manfaat kepada mereka. Paling tepatpun mereka hanyalah rakan pakatan masa singkat. Apapun yang dicadangkan oleh mantan PM, untuk membenarkan sesuatu berlaku atau tidak berlaku, tidak akan memberikan apa-apa kesan.
Walaupun perubahan kepada kepimpinan semasa ialah kunci utama untuk mengembalikan sedikit aturan dan tadbir urus selain daripada mengembalikan semula sedikit kepercayaan kepada negara-kita-yang-masih-belum-gagal, wujud perkara lain yang masih terpajak.
Setelah mengambil kira semua perkara, dalam bayangan menyingkirkan kepimpinan kita yang bermasalah, wujud juga keperluan untuk mengembalikan semula perlindungan kepada sistem tadbir urus kita yang bermasalah, yang gagal berfungsi dengan baik sehingga membenarkan kepimpinan sedia ada melakukan salah guna dan salah tadbir tanpa dihukum.
Pertama sekali dan yang paling utama ialah kawalan melampau eksekutif untuk mengawal dan tanpa segan silu bertindak menceroboh bahagian-bahagian lain dalam pentadbiran yang sepatutnya menjadi timbang tara kepada keputusan eksekutif.

Rakyat Malaysia bukan bodoh, Dr Mahathir beritahu Najib

Rakyat Malaysia tidak bodoh dan boleh percaya sejumlah besar wang didermakan kepada perdana menteri, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Ogos, 2015.Rakyat Malaysia tidak bodoh dan boleh percaya sejumlah besar wang didermakan kepada perdana menteri, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Ogos, 2015.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan penyokongnya perlu berhenti meyakinkan rakyat RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya adalah derma, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri itu berkata, tiada siapa percaya atau boleh percaya sejumlah besar wang boleh didermakan kepada Najib atau mana-mana individu untuk apa saja tujuan.
"Jangan fikir rakyat Malaysia bodoh," katanya dalam tulisan blog popularnya chedet.cc, hari ini.

Dr Mahathir berkata, alasan derma diberikan kerana pendirian tegas Malaysia menentang Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) tidak masuk akal kerana gerakan militan itu hanya wujud pada 2014 sedangkan dana itu dimasukkan ke akaun bank Najib pada 2013 atau sebelumnya. Katanya, alasan mengatakan Malaysia mengamalkan kesederhanaan dalam Islam juga sama sekali tidak masuk akal kerana Malaysia tidak pernah mengamalkan Islam secara melampau.
"Kenapa AS$700 juta? Tentunya jumlah itu amat besar bagi keperluan pilihan raya Malaysia, kecuali jika ia untuk merasuah pengundi.
"Kenapa sesiapa mahu memberi rasuah kepada pengundi Malaysia supaya Najib boleh menang.
"Rakyat Malaysia menyokong Barisan Nasional tanpa perlu dibayar rasuah yang banyak oleh sesiapa, apatah lagi warga asing," katanya.

17 pelajar ditahan reman susulan perhimpunan #LangkahSiswa

17 ditahan reman susulan perhimpunan #LangkahSiswaKUALA LUMPUR: Seramai 16 pelajar dan seorang aktivis dari kumpulan #LangkahSiswa ditahan reman hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan #LangkahSiswa pada Selasa.

Semua yang ditahan termasuk 14 lelaki dan tiga wanita.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy berkata, semua mereka ditahan kira -kira jam 10 malam semalam selepas enggan bersurai di hadapan bangunan Parlimen.

Menurutnya, sepasukan anggota dan pegawai polis telah memberikan amaran dan mengarahkan kumpulan tersebut beredar kerana berada kurang 50 meter dari kawasan Parlimen.

"Tindakan mereka menyalahi undang-undang dan ketika tangkapan terdapat kira-kira 25 orang berada di situ (termasuk pemerhati)," katanya kepada Astro AWANI pada Rabu.

Jelas Munusamy, pihaknya juga telah mengarahkan kepada peserta masuk ke dalam trak polis sendiri dan mereka tidak akan digari.

Bagaimanapun, tambahnya lagi tiada seorang pun dari kalangan peserta itu mengikut arahan.

"Polis mengarahkan peserta untuk naik ke dalam trak, namun mereka enggan menyebabkan beberapa orang terpaksa digari dengan menggunakan pita pengikat," katanya.

Bersih 4 – nasihat menteri kepada pelajar kedengaran tak masuk akal

oleh Robin Stanley Augustin

Jaga-jaga, mahasiswa dan mahasiswi! Penyertaan dalam perhimpunan Bersih 4 dapat menyebabkan mahasiswa menghadapi tindakan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, atau di bawah undang-undang lain yang sedia ada di negara ini, menurut laporan Bernama.

Ini telah dinyatakan dengan jelas oleh Menteri Pengajian Tinggi, Idris Jusoh, yang menasihati pelajar supaya tidak terlibat dalam perhimpunan Bersih 4 di seluruh negara pada hujung minggu ini.

Idris berkata, selain melanggar undang-undang, penyertaan mereka dalam perhimpunan Bersih juga akan memburukkan reputasi institusi pengajian tinggi mereka. "Tak payahlah (sertai)... ini bukan sahaja menyusahkan orang ramai tetapi juga peniaga.

"Janganlah dengar tohmahan-tohmahan yang kata pilihan raya kita tidak bersih, sebenarnya tidak berlaku pun... dulu pun dah ada (perhimpunan) Bersih," katanya dalam jawapan beliau kepada soalan-soalan tentang perhimpunan Bersih 4 selepas berkunjung ke kompleks Kumpulan Media Karangkraf baru-baru ini.

Polis telah menasihati orang ramai supaya tidak mengambil bahagian dalam perhimpunan Bersih 4.0 kerana ianya dianggap tidak sah kerana tidak memenuhi syarat notis dalam Akta Perhimpunan Aman 2013.

Walaupun perhimpunan Bersih 4 telah dianggap menyalahi undang-undang oleh pihak polis, ini tidak akan menghalang beribu-ribu orang yang telah membuat keputusan untuk hadir, seperti yang dibuktikan oleh perhimpunan Bersih sebelum ini. Ini termasuk mahasiswa.

Bagi penulis, kenyataan Idris mengenai kemungkinan tindakan diambil berbunyi seperti ancaman berkias.

Sebagai Menteri Pengajian Tinggi, Idris tidak boleh membuat kenyataan yang boleh membendung aktivisme pelajar. Di samping itu, bagaimanakah penyertaan mahasiswa dalam perhimpunan Bersih 4 dapat memburukkan nama baik institusi pengajian tinggi mereka?

Di kebanyakan negara, pelajar institusi pengajian tinggi aktif mengambil bahagian dalam perhimpunan-perhimpunan dan perarakan. Ia adalah sebahagian daripada proses demokrasi.

Penyertaan pelajar dalam perhimpunan dan perarakan tidak akan mencalarkan reputasi institusi pengajian tinggi.

Kerajaan tidak tahu urus demo

Oleh NAJWAN HALIMI
Tindakan kerajaan mengisytiharkan pengharaman demonstrasi BERSIH 4 semalam tidaklah mengejutkan. Ia adalah tindakan sama yang dilakukan ke atas BERSIH untuk menghadapi perhimpunan tahun 2007, 2011 dan 2012.
Pada tahun itu, kerajaan mengeluarkan arahan pengharaman kurang lebih satu minggu sebelum demonstrasi diadakan.

Saya kira pentadbiran kerajaan sejak dari zaman Tun Dr Mahathir Mohamad hingga ke era Datuk Seri Najib Razak tidak pernah berubah dan tidak mahu belajar dari kesilapan dalam menangani demonstrasi.Menghimbau kembali sejarah, antara demonstrasi terbesar pernah disaksikan di negara ini adalah pada September 1998 pasca pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri.
Ia kemudian disusuli dengan himpunan BERSIH pada 2007, 2011 dan 2012 yang merekodkan penyertaan puluhan ribu rakyat.
Apa yang berlaku, dari satu demonstrasi ke satu demonstrasi, kerajaan gagal menguruskannya dengan baik. Pihak berkuasa lazimnya akan menggesa peserta bersurai dengan segera tanpa memberi ruang kepada mereka untuk mengunjuk rasa dan sekiranya gagal mengikuti arahan maka tindakan agresif diambil.
Justeru berlakulah pertempuran antara peserta demonstrasi dengan pihak berkuasa. Gas pemedih mata ditembak, air disembur dan belantan dihayun.
Tangkapan secara pukal turut dilakukan. Inilah fenomena jika anda berdemonstrasi di Malaysia. Ia bermula dengan ceria dan penuh keseronokan namun akan berakhir dengan keganasan, darah dan penangkapan.
Sasaran media – baik dalam mahupun luar negara – semestinya untuk merakam imej dan visual aksi sekitar demonstrasi.
Lantaran khilaf pihak berkuasa menangani demonstrasi ini, imej dan visual ikonik anak-anak muda melempar kelongsong gas, memapah rakan yang cedera dan diberkas polis dalam keadaan kepala dipijak dengan pantas menular dan menyebar di laman media sosial.
Semua ini kemudiannya akan disifatkan oleh kerajaan sebagai “memalukan” negara atau “bukti keganasan” para demonstran.

Mahasiswa boleh berfikir sendiri

Oleh Nik Nazmi Nik Ahmad
Kenyataan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh, yang menyarankan mahasiswa agar tidak terlibat dengan perhimpunan Bersih 4 jelas menunjukkan betapa Umno-Barisan Nasional (BN) tidak pernah berubah, masih dibelenggu cara pemikiran politik lama.
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) ingin mengingatkan beliau yang mahasiswa pada hari ini lebih terdedah dengan perkembangan isu semasa di dalam dan luar negara. Justeru, mereka boleh dan mesti digalakkan untuk berfikir dan membuat keputusan sendiri.
Mahasiswa dan anak muda lambat laun akan menjadi majoriti pengundi, dalam pada itu mereka bukan sahaja berdepan dengan realiti kehidupan sebenar tetapi mesti sedar tentang pengaruh politik dan ekonomi dalam kehidupan mereka.
Hutang PTPTN, harga rumah yang mahal, kesenjangan pendapatan yang semakin meluas, kos hidup yang kian meningkat, semuanya adalah masalah yang akan didepani oleh mahasiswa selepas mereka bergraduan.
Kekangan terhadap mahasiswa adalah bukti kerajaan sedar anak muda sememangnya boleh menggugat hegemoni kuasa parti pemerintah. Pindaan Auku yang kononnya lebih memberi kebebasan untuk mahasiswa terlibat dalam aktiviti politik ternyata hanyalah cakap kosong pemimpin Umno-BN.
Hakikatnya, bukan sahaja mahasiswa seperti Fahmi Zainol dan kawan-kawan di Universiti Malaya (UM), Hanif Mahpa dan Afiqah Zulkifli di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dikenakan tindakan tatatertib, tetapi pensyarah-pensyarah yang vokal, memberi pandangan berdasarkan ilmu mereka juga ditekan dan dihukum.
Malam tadi, 17 pelajar yang terlibat dengan protes aman #occupyparliament pula ditangkap. Sekali lagi polis menggunakan seksyen 124B Kanun Keseksaan atas alasan mereka menjejas demokrasi Parlimen, sedangkan desakan supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berundur tidak sepatutnya dikaitkan dengan pemudaratan Parlimen mahupun demokrasi. Malah, ia sebahagian hak asas demokrasi.

Student activists gather in Jinjang detention centre

Apa akan berlaku jika kamu dibawa ke balai?


Adakah BERSIH satu perhimpunan haram?


What happens once you've been taken to the police station?


Can you get arrested for wearing a yellow T.Shirt?


Is the BERSIH Rally Illegal? What to do if you get arrested?


"Bolehkah anda boleh ditangkap kalau pakai baju kuning?"

MALU WEHH...ORANG ASLI PUN TAK PERCAYA DUIT RM2,600 JUTA SEBAGAI DERMA...

Isu wang  sebanyak RM2,600 juta yang mengalir masuk ke dalam akaun peribadi Najib Razak dan dikatakan derma terus menjadi perdebatan umum. Ada yang percaya, tetapi rasanya lebih ramai yang sukar menerimanya semata-mata sebagai derma ikhlas semata-mata.

Dalam mesyuarat perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO bahagian-bahagian yang sebahagian besarnya sudah berlangsung, ia dilaporkan menjadi isu paling hangat dibincang dan diperdebatkan. Sudah tentu perbincangan itu lebih menjurus luahan perasaan yang sama iaitu sukar menerima wang sebanyak itu sebagai derma serta mahukan Najib memberi penjelasan lebih jujur mengenainya.

Susulan daripadanya, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dilaporkan mahu menemui Najib bagi menyampaikan sendiri pandangan keseluruhahan usul daripada Pemuda bahagian yang dianggap mewakili akar umbi generasi muda itu.

Sudah tentu ini merupakan tekanan secara langsung dan isyarat penolakan yang cuba disampaikan oleh Pemuda UMNO kepada Najib nanti.
Bekas Ketua Wanita UMNO, Rafidah Aziz, walaupun sudah bersara dan mungkin lebih banyak masanya bermain dengan cucu-cucu, turut tidak dapat menahan perasaan daripada meluahkan keraguan terhadap derma sebesar RM2,600 juta itu.

Beliau lantas melontarkan persoalan, apakah mungkin wujud pakatan tertentu yang boleh menggugat kedaulatan negara di sebalik wang tersebut?

Persoalan yang dilontarkan beliau memang ada logiknya untuk difikirkan oleh kita semua. Mustahil derma sebesar itu tiada apa-apa hasrat terlindungnya?

Walaupun Nazri Aziz pernah mengatakan derma itu datangnya daripada sebuah negara kecil yang tidak mampu menggugat Malaysia, kemungkinan negara tersebut menjadi alat atau perantaraan kuasa besar lain tidak harus diketepikan.

Sebagaimana wang RM2,600 juta itu juga disimpang-siurkan sebelum berlabuh di destinasi akhir ke akaun peribadi Najib, tentulah tidak mustahil perkara yang sama boleh dilakukan oleh kuasa besar atau pihak lain untuk melundungi identiti mereka.

Apa pun, peringatan Rafidah itu tidak harus diabaikan begitu saja. Ia merupakan hak kita untuk menilai dan membuat keputusan mengenainya.
Selain itu, rata-rata rakyat daripada pelbagai kelompok turut meragui dan mempersoalkan mengenai wang tersebut. Suara-suara bantahan dan tidak puas hati boleh didengari di mana-mana saja, tetapi yang paling mengejutkan ialah Orang  Asli juga berpendirian sama.

Bersih dan rakyat harus sokong perubahan yang betul

Oleh Khoo Kay Peng
Perhimpunan Bersih 4.0 yang bakal diadakan memberikan saya perasaan bercampur-baur. Perhimpunan pertama memang mempunyai makna yang signifikan. Ia bertujuan untuk membangkitkan lebih banyak kesedaran berhubung hak mengundi serta mempromosikan sistem pilihanraya yang adil dan bersih.
Di sebalik salah faham kononnya gerakan Bersih adalah alat politik pembangkang, ia telah diterima dengan meluas oleh politikus pembangkang, serta sebahagian politikus BN.

 Kedua-dua pihak telah menyokong dan menandatangani ikrar untuk berkempen secara saksama dan terbuka ketika pilihanraya umum (PRU) 2008. Kita boleh mengatakan yang Bersih telah mencapai kejayaan dalam mendidik pengundi – kebanyakannya pengundi bandar – tentang hak dan jangkaan mereka. PRU ke-12 pada 2008 telah menyaksikan kebangkitan pengundi bandar. Mereka telah menghantar isyarat kepada parti pemerintah dan juga pembangkang bahawa tadbir urus lebih penting berbanding politik kaum.
Selepas kemenangan bersejarah pembangkang pada tahun 2008, parti pembangkang, Barisan Nasional dan Bersih sendiri telah membuat tindakan yang merugikan gerakan itu.
Pembangkang telah menarik sebahagian aktivisnya menjadi calon mereka. Bersih pula, dikejutkan dengan kejayaan yang dicapai (walaupun punca utama reaksi pengundi adalah ekoran kecewa dengan salah guna kuasa dan keangkuhan BN), mahu melangkaui perjuangan reformasi pilihanraya.
Akibatnya gerakan itu hilang sedikit sikap neutral mereka. Misalnya, Bersih tidak bersuara dalam isu ‘Langkah Kajang’ yang serta beberapa cubaan rampasan kuasa dari belakang oleh Anwar Ibrahim yang akhirnya menemui kegagalan.
Akhir sekali, BN pula terlalu cepat untuk menghentam gerakan itu kerana dikatakan berpakat dengan pembangkang untuk mencabar dominasi mereka. Ini bermakna regim pemerintah kehilangan peluang untuk mengetahui sebab sebenar mereka hilang majoriti dua per tiga buat pertama kali selepas beberapa dekad.
Di sebalik keraguan yang wujud, Bersih tetap mempunyai beberapa sebab yang absah untuk mengadakan perhimpunan kali ini. Iaitu kurangnya saluran rasmi yang berkesan bagi rakyat menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.
Tindakan yang diambil pentadbiran Najib untuk mengongkong beberapa institusi awam bebas telah memberi tanggapan kepada orang ramai yang kerajaan tidak mahu mengakui kesalahan dan memperbaiki kelemahan melalui reformasi institusi yang sebenar.
Rakyat biasa tiada platform lain untuk menyuarakan kemarahan mereka terhadap beberapa isu seperti 1MDB, salahguna kuasa politik, tadbir urus yang teruk, korupsi dan lain-lain lagi ekoran persekitaran media yang dikawal ketat.
Media arus perdana amat patuh dan tidak endah di sebalik hakikat bahawa regim BN kini berhadapan penggal yang paling kontroversi.

Bersih tidak masuk Dataran, himpunan tamat sebelum detik 12 malam

Former DPM receives invitation to Bersih 4.0

Bersih 4: Police understand we won't enter Dataran

Police will still take action on Bersih

PERKASA saran PAS, GHB tubuh Parti Silatulrahim

Muhyiddin talian hayat akhir Umno, kata Ibrahim Ali

'Umno perintah sekarang pun Melayu dah bangsat'

BERSIH 4: PERKASA hormati hak rakyat berhimpun...

Maria Chin: Bersih rally won't hurt economy

Bersih: Rally not 'unlawful'

Maria Chin: We've had enough, Bersih rally to go ahead

Ramai beratur beli baju BERSIH, 35 ribu sudah terjual

Parlimen tak boleh, pelajar 'occupy' lokap Jinjang

Polis tahan reman kumpulan pelajar anti-Najib tiga hari

Mahathir berkeras - RM2.6 bilion Najib ada kaitan 1MDB

Zam: Sultan perlu sekat Najib, Rosmah jadi raja, permaisuri

Anak muda pelawa Muhyiddin sertai BERSIH 4

Sultan: Jangan bodohkan rakyat dengan berita ‘sedap’

RM2.6 bilion bukan derma, duit 1MDB, kata Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad yakin wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak ada kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad dan berpendapat Najib perlu berundur kerana menjejaskan sistem undang-undang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Ogos, 2015. 
Tun Dr Mahathir Mohamad yakin wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak ada kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad dan berpendapat Najib perlu berundur kerana menjejaskan sistem undang-undang.

Tun Dr Mahathir Mohamad enggan mempercayai RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah duit derma, sebaliknya yakin ia ada kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Walaupun derma itu disahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bekas perdana menteri itu berkata penjelasan itu tidak dapat diterima memandangkan jumlahnya yang terlalu besar.
"Saya tak percaya ia derma. Saya tak percaya ada orang yang sanggup beri sama ada Arab atau sesiapa sahaja," katanya dalam temu bual bersama akhbar perniagaan antarabangsa Financial Times.

Beliau yakin Najib lambat-laun akan dipaksa untuk melepaskan jawatannya walaupun enggan berbuat demikian. "Saya rasa pada satu tahap beliau perlu berundur kerana hari ini beliau menjejaskan sistem undang-undang," katanya.
Najib sebelum ini berkata, RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun Ambank tidak digunakan bagi tujuan peribadi tetapi untuk parti dan pilihan raya umum (PRU) lalu.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi minggu lalu berkata, pihaknya bertemu ketua pegawai pelaburan dan pemegang amanah harta keluarga Arab yang mendermakan wang berbilion ringgit kepada Najib.
Katanya, dermawan Arab itu menjelaskan negara ini bukanlah satu-satunya pihak yang menerima sumbangan berkenaan kerana ada banyak sahabat daripada kalangan negara Islam mendapat sumbangan sama seperti itu.

40 tahun berjuang tapi masih dianggap khianat - TAN SRI MUHYIDDIN

 Saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Khairy Jamaluddin, ketua pemuda Umno, dan barisan exco pemuda Umno Malaysia atas kenyataan berani mengenai hal ehwal negara khususnya tentang isu yang menjejaskan imej negara seperti 1MDB dan derma politik RM2.6 bilion kepada perdana menteri.
Saya amat menghormati dan menghargai pandangan berani ketua Pemuda yang saya percaya dibuat berlandaskan prinsip kebenaran dan keadilan yang teguh berpandukan ajaran Islam.
Saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih atas sokongan Saudara Khairy kepada kedudukan saya sebagai timbalan presiden Umno yang dipilih oleh para perwakilan dalam pemilihan parti.
Ucapan penghargaan dan terima kasih juga saya tujukan kepada sahabat-handai, ahli-ahli Umno akar umbi dan rakyat Malaysia yang tidak putus-putus memberikan sokongan, dorongan dan kata-kata semangat kepada saya supaya meneruskan perjuangan menegakkan kebenaran demi menyelamatkan Umno, bangsa Melayu dan rakyat Malaysia seluruhnya.
Saya menyokong sepenuhnya pendirian Pemuda UMNO dalam meletakkan semula Malaysia pada landasan yang betul.
Saya ingin mengingatkan jika kita gagal menangani kemelut yang melanda negara kita secara berani dan berdepan atau “take the bulls by the horns”, saya bimbang Malaysia akan terjerumus ke dalam kancah negara yang gagal (failed state).
Iklim ekonomi dunia yang tidak menentu, nilai ringgit yang semakin merudum, kemelut politik yang luar biasa, kenaikan harga barang dan kos sara hidup, kebanjiran warga asing yang tidak terkawal dan sentimen pelabur yang dingin terhadap Malaysia merupakan bibit-bibit yang boleh menyebabkan Malaysia menjadi sebuah negara yang gagal.
Mudah-mudahan Allah SWT menjauhi kita daripada sebarang malapetaka, na’uzubillahi min zalik.
Langkah pembetulan
Atas kesedaran inilah saya tidak putus-putus mengingatkan rakan-rakan saya di dalam kerajaan supaya mengambil langkah-langkah pembetulan dengan segera.
Sebagai timbalan presiden Umno, saya menyampaikan kebimbangan saya melalui platform parti, iaitu di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi dan ketika merasmikan mesyuarat-mesyuarat perwakilan Umno bahagian yang saya dijemput hadir sebagai perasmi.
Saya lakukan ini kerana saya sayangkan Umno. Pemimpin datang dan pergi, tetapi parti mesti terus kukuh dan utuh untuk meneruskan perjuangan membela agama, bangsa dan negara.
Namun, malangnya terdapat segelintir individu di dalam Umno sendiri yang lantang mengkritik saya.
Lumrah apabila seseorang itu tidak lagi berjawatan tinggi di dalam kerajaan, maka akan ada segelintir manusia yang tidak lagi menghormati, malah mengecam kita.
Mereka ini ada antaranya yang pernah saya bantu ketika saya berada di dalam kerajaan.

Dr Mahathir cabar Zahid dedah siapa penderma Arab RM2.6 bilion

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dicabar Tun Dr Mahathir Mohamad supaya dedah identiti penderma RM2.6 bilion ke akaun perdana menteri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Ogos, 2015.Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dicabar Tun Dr Mahathir Mohamad supaya dedah identiti penderma RM2.6 bilion ke akaun perdana menteri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Ogos, 2015.
Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan kritikan lantangnya terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan kali ini menyerang timbalannya berhubung kenyataan mengenai penderma dari Timur Tengah yang didakwa memberi RM2.6 bilion kepada Najib. Melalui laman blognya, bekas perdana menteri itu mencabar Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan siapa penderma itu memandangkan beliau sebelum ini mengakui bertemu dengan wakil "keluarga" dari Timur Tengah itu
"Timbalan perdana menteri yang baharu berkata, beliau sudah berjumpa dengan orang Arab yang memberi derma tersebut.

"Jadi biar beliau buktikan orang Arab ini ada duit yang banyak untuk diberi kepada Malaysia dan banyak negara lain. "Negara mana. Dari mana sumber duit itu. Apakah perniagaan yang dilakukannya. Apakah nama bank yang digunakannya.
"Tunjukkan akaun dia dalam bank, cek yang dikeluarkannya, khususnya wang AS$700 juta itu. Bank penerima bank sepatutnya memegang cek tersebut," katanya dalam posting terbarunya hari ini.
Dr Mahathir berkata segala maklumat tersebut sebenarnya boleh disahkan pasukan petugas khas yang menyiasat skandal 1Malaysia Development iaitu Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Peguam Negara.
"Namun Najib membubarkan pasukan petugas itu dengan memecat peguam negara, menghantar ketua SPRM bercuti dan menuduh Bank Negara membocorkan rahsia kerajaan," katanya.

'Baju merah' berlatih guna pedang, parang

Kumpulan anti-BERSIH mengumumkan bahawa mereka akan menggunakan senjata parang dan pedang dalam latihan pada malam ini untuk menghadapi kumpulan peserta himpunan 29 dan 30 Ogos di Kuala Lumpur.
Jurucakapnya, Jamal Yunos dilaporkan sebagai berkata, latihan itu diadakan bagi tujuan “mempertahankan diri” semasa perhimpunan berkenaan.
"Ada latihan tertutup untuk anggota kita pada malam ini (Rabu) dan mereka akan menggunakan parang dan pedang untuk mempertahankan diri,” katanya seperti dipetik dalam laporan The Star Online.
Ketua Umno bahagian Sungai Besar itu berkata, mereka akan mengerahkan 30,000 orang dari 200 NGO untuk menghadapi peserta himpunan BERSIH 4.
“Tujuan mereka berhimpun adalah untuk menekan (BERSIH) agar membatalkan perhimpunan kerana ia tidak membaw kebaikan kepada negara dan rakyat.
“Kami akan membatalkan perhimpunan kami jika (BERSIH) membatalkan perhimpunan mereka,” katanya lagi yang mencadangkan agar himpunan tersebut boleh diadakan di stadium.
Beliau juga memberi jaminan bahawa kumpulan berbaju merah itu tidak akan memulakan tindakan ganas.
"Kami tidak akan memulakan tindakan ganas melainkan jika kami diserang oleh pasukan kuning (BERSIH).
"(Jika berlaku serangan), orang kami yang berbaju merah akan dapat mempertahankan diri mereka," katanya yang mendakwa, perhimpunan BERSIH sebelum ini merupakan perhimpunan ganas.
Kumpulan berkenaan mengumumkan untuk berhimpun di pusat membeli-belah Low Yat di Bukit Bintang pada hari tersebut dan berarak ke Dataran Merdeka melalui Jalan Pudu.
Kumpulan berkenaan setakat ini telahpun menerima sokongan secara tidak langsung daripada menteri Umno, Datuk Ahmad Maslan.

'Derma RM2.6b kerana lawan IS tak masuk akal'

 Tun Dr Mahathir Mohamad mempertikaikan penjelasan bahawa wang RM2.6 bilion dalam akaun Datuk Seri Najib Razak disumbangkan kerana peranan Malaysia menyekat penyebaran fahaman kumpulan militan Negara Islam (IS).
Bekas perdana menteri itu berkata, dakwaan tersebut tidak masuk akal memandangkan kumpulan militan itu muncul pada 2014 manakala wang tersebut dimasukkan pada 2013.
"Mengatakan bahawa ia (sumbangan diberi) disebabkan Malaysia mengamalkan Islam yang sederhana adalah tidak masuk akal sama sekali kerana Malaysia tidak pernah mengamalkan Islam yang melampau," tulis Mahathir dalam blognya hari ini.
Selain itu, Dr Mahathir juga meminta supaya Najib dan penyokongnya berhenti meyakinkan rakyat Malaysia bahawa wang RM2.6 bilion tersebut merupakan wang sumbangan.
Malah, Dr Mahathir juga meminta Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menunjukkan bukti bahawa timbalan perdana menteri itu bertemu ketua pegawai pelaburan dan pemegang amanah harta keluarga Arab yang mendermakan wang tersebut.
"Timbalan perdana menteri yang baru mengatakan telah bertemu dengan penyumbang derma itu. Jadi, buktikan orang Arab ini mempunyai wang yang banyak untuk beri Malaysia dan negara-negara lain.
"(Dari) negara mana, apakah sumber wang itu? Apakah perniagaan yang dia buat? Apakah nama bank yang digunakan. Tunjukkan akaun di bank, cek yang digunakan terutamanya untuk memberi AS$700 juta. Bank penerima sepatutnya memegang cek ini," katanya.

Perkasa tidak halang ahli sertai perhimpunan Bersih 4

Perkasa tidak halang ahlinya menyertai perhimpunan Bersih 4, kata presidennya Datuk Ibrahim Ali. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Ogos, 2015.Perkasa tidak halang ahlinya menyertai perhimpunan Bersih 4, kata presidennya Datuk Ibrahim Ali. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Ogos, 2015.Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) tidak menghalang mana-mana ahlinya menyertai himpunan Bersih 4 hujung minggu ini walaupun demonstrasi berkenaan mungkin membawa ancaman kepada keselamatan negara.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, menyertai himpunan berkenaan merupakan hak individu dan memandangkan bilangan ahli Perkasa yang semakin ramai, ia sukar untuk dikesan.
"Itu hak mereka. Hak individu. Saya pun tak tahu. Ahli Perkasa ramai. Mana saya nak kenal?

"Kita tak halang, kita tidak sokong. Kita hormat hak rakyat tetapi kita juga mengambil kira keselamatan negara," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Perkasa petang ini. Pada masa sama, Ibrahim berkata, beliau berada dalam dilema untuk menyokong perhimpunan pada 29 dan 30 Ogos itu kerana bimbang ia juga bakal menggugat keselamatan negara.
Katanya, walaupun rakyat mempunyai hak untuk berhimpun hujung minggu ini, Perkasa akan lebih senang mengambil pendirian berkecuali.
"Perkasa berada dalam keadaan dilema antara hak rakyat untuk berhimpun secara demokrasi dijamin dalam Perlembagaan dan juga mengenai keselamatan negara.
"Perkasa kali ini mengambil pendirian senyap. Menyokong tidak, menentang pun tidak.
"Saya dulu sebagai bekas pemimpin pelajar pada 1970-an, di antara jaguh tunjuk perasaan, sehingga saya kena tahanan ISA. Jadi, saya tak nak jadi hipokrit atau pilih kasih," katanya.

Ulas dana RM2.6b, Dr M bangkitkan isu 'cuci duit'

 Walaupun bank harus mempertahankan kerahsian perbankan, institusi kewangan itu juga patut melaporkan kemungkinan berlaku aktiviti pengubahan wang haram, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Bank-bank Malaysia, Singapura, Switzerland dan Amerika Syarikat tidak patut menyimpan rahsia perniagaan mereka dengan wang yang disyaki dicuri,” kata Mahathir ketika mengulas isu derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.
Mahathir berkata, apabila wang curi dimasukkan ke dalam bank, tujuannya tentulah untuk menghalalkannya melalui pengubahan wang haram.
Menyentuh isu akaun perdana menteri di Ambank yang ditutup, Mahathir berkata, apabila sesebuah akaun ditutup tidak bermaksud ia diambil secara tunai.
Malah, katanya, ia boleh dipindahkan ke pelbagai bank lain.
“Tetapi kita belum dengar sebarang bank laporkan wang ini bersama mereka. Dua akaun dilapor dibekukan di Singapura. Adakah ini semuanya.
“Sudah tentu pemegang akaunnya patut disiasat,” tulisnya dalam blog.

Melayu masih ‘bangsat’ di bawah Umno, kata Perkasa

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali tidak setuju orang Melayu jadi bangsat jika Umno tidak lagi memerintah negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Ogos, 2015.Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali tidak setuju orang Melayu jadi bangsat jika Umno tidak lagi memerintah negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Ogos, 2015.Datuk Ibrahim Ali tidak bersetuju orang Melayu akan menjadi bangsat jika Umno tidak lagi memerintah negara kerana sifat itu jelas kelihatan kepada orang Melayu sejak Umno memerintah negara.
Presiden Perkasa itu berkata, ia dapat dibuktikan dengan pegangan ekonomi orang Melayu yang masih lemah di ibu kota apabila gagal memiliki rumah mewah di Kuala Lumpur.
"Walaupun Umno dah memerintah sejak Merdeka, ada lagi Melayu yang bangsat. Faham tak?

"Pada saya sekarang ini pun orang Melayu dah bangsat sebab orang Melayu yang layaknya rumah murah, PPR, rumah mampu milik. "Tak boleh duduk di Seri Kembangan, TTDI, Mount Kiara dan pakai baju harga RM20,000," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Perkasa di Kuala Lumpur petang ini.

Amaran IGP pada 'baju merah' terhadap ugutan jenayah

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengeluarkan amaran keras kepada semua pihak agar tidak menggalakkan keganasan, dan ini termasuk kumpulan anti-BERSIH.
"Walaupun kita telah mengisytiharkan perhimpunan BERSIH sebagai haram, kita tidak akan bertolak ansur dengan tindakan ugutan jenayah oleh sesiapa sahaja terhadap mereka yang mengambil bahagian," katanya kepada Malaysiakini.

Khalid berkata demikian bagi mengulas laporan bahawa kumpulan anti-BERSIH akan berlatih dengan parang dan pedang sebagai persediaan berikutan perhimpunan BERSIH 4 yang dijadualkan hujung minggu ini.
Pemimpin kumpulan itu, ketua bahagian Umno, Jamal MD Yunos berkata latihan itu adalah untuk mempertahankan diri dan bukan untuk mencetuskan keganasan.
Bagaimanapun, Khalid berkata perbuatan itu boleh ditafsirkan sebagai ugutan jenayah dan polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang berkumpul di jalan-jalan dengan senjata.
"Mengapa berlatih dengan pedang jika anda tidak berniat untuk membawanya pada hari itu? Jika itu berlaku, maka pihak polis akan menangkap mereka yang didapati memiliki senjata.
"Kita tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana kumpulan yang mengancam keselamatan dan ketenteraman awam," katanya.
Khalid juga mengulangi amaran polis kepada orang ramai untuk mengelakkan perhimpunan BERSIH dan perhimpunan yang dirancang oleh kumpulan yang lain.
Jamal bercadang untuk menggerakkan 30,000 orang untuk berdepan dengan perhimpunan semalaman BERSIH, yang antara lain untuk menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdu Razak.
Dengan memakai kameja-T merah, kumpulan anti-BERSIH merancang untuk berkumpul di Low Yat Plaza.
Semalam, kumpulan itu mempersembahkan seni mempertahankan diri di luar pusat beli-belah Sogo, di mana peserta memecahkan jubin dan kayu.

Cubaan merampas tahkta KEBODOHAN Ahmad Maslan..

Baru jer smlm Ke Bawah Duli Sultan Johor bertitah.. "JANGAN CUBA PERBODOHKAN RAKYAT dgn memberi berita dan maklumat yang sedap didengar bg menutup keadaan sebenar"

Tup2 KEBODOHAN DATANG LAGI dari menteri kayu DUMBNO harini.. Menteri2 camni lah kesukaan Najib yg kuat ampu jilat sampai mati..

KENAPA DUMBNO suka menipu & perbodohkan rakyat.. !!!

p/s: Dumb + Umno = DUMBNO

TERBANGSAT telah dipertontonkan rakyat..

Jika KDN isytihar #Bersih4 haram dgn alasan Bersih 4 bukan pertubuhan berdaftar..

ADAKAH kumpulan #AntiBersih telah mendapat permit dari pihak polis..??

ADAKAH kumpulan #AntiBersih pertubuhan berdaftar yg sah..???

Bodoh Tidak Dapat Diajar, Cerdik Tidak Dapat Diikut..