Selasa, 25 Ogos 2015

DAULAT TUANKU :Jangan perbodohkan rakyat, titah Sultan Johor


Amerika, Jerman pantau demo BERSIH 4

Kedutaan Amerika Syarikat dan Jerman berkata akan memerhati perhimpunan BERSIH 4 hujung minggu ini.
Dalam e-mel kepada Bernama, kedutaan berkata:
“Amerika Syarikat mengiktiraf protes yang berniat aman dan menyokong kebebasan asasi untuk bersuara, berpersatuan dan berhimpun secara aman”.
Kedutaan Jerman pula berkata mereka menyokong kebebasan bersuaran dan hak untuk berhimpun, lapor agensi berita nasional.
“Jerman menjuarai urus tadbir yang baik, hak asasi dan kedaulatan undang-undang,” jurucakap kedutaan dilapor sebagai berkata.
Suruhanjaya Kanada dan Australia enggan mengulas manakala pesuruhjaya tinggi British tidak dapat dihubungi buat masa ini.

Samseng Upahan: Anti-BERSIH demo gaya gaduh

 Kumpulan anti-BERSIH 4, yang tampil dengan imej berbaju merah, hari ini sekali lagi berhimpun di ibu kota bagi menyatakan bantahan terhadap perhimpunan 34 jam Sabtu ini.
Menurut video yang dimuat naik di Facebook, mereka mempamerkan pelbagai aksi lasak, termasuk memukul kepala dengan kayu sehingga patah selain aksi memecahkan atap genting dengan kepala.
Mereka juga memakai baju bertulis “BERSIH 4 Keamanan”.
Berdasarkan video, beberapa orang juga mempamerkan beberapa aksi balik kuang serta beberapa “bunga” silat seperti dalam aksi berlawan.
Beberapa kain rentang anti-BERSIH dibawa, antaranya bertulis "Menentang keras BERSIH 4 jahat kerana merosakkan pemikiran generasi Y".
Ramai anak muda kelihatan menyertai perhimpunan itu.
Pada 20 Ogos lalu, sebuah perhimpunan anti-BERSIH telah diadakan di Kuala Lumpur yang menyaksikan gambar pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah disimbah cecair merah.
Kumpulan itu, yang menggelarkan diri sebagai “Gabungan NGO-NGO Malaysia”, juga mengugut berkumpul di depan rumah Maria dan mahu membawa 30,000 orang yang menentang BERSIH 4 berhimpun sama pada hari itu.

GHB yakin ramai ahli PAS sertai Bersih 4

Pengerusi GHB Mohamad Sabu berkata, walaupun kali ini tiada arahan daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang namun beliau yakin bilangan sokongan rakyat tidak menyertai himpunan aman tidak akan terjejas. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Ogos, 2015. 
Pengerusi GHB Mohamad Sabu berkata, walaupun kali ini tiada arahan daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang namun beliau yakin bilangan sokongan rakyat tidak menyertai himpunan aman tidak akan terjejas.

Gerakan Harapan Baru (GHB) yakin ramai ahli PAS akan turun menyertai himpunan Bersih 4 walaupun presiden parti Islam itu secara rasmi menghantar tiga wakil sahaja, kata Mohamad Sabu.
Pengerusi GHB itu berkata, walaupun kali ini tiada arahan daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang namun beliau yakin bilangan sokongan rakyat tidak menyertai himpunan aman tidak akan terjejas.
"Tidak terjejas bahkan saya yakin ahli PAS juga akan bersama dalam himpunan itu.

"Bersih adalah isu rakyat tidak kira parti politik semua akan turun," katanya pada sidang media di pejabat GHB Selangor di Shah Alam, hari ini. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut keputusan Hadi yang mahu menganjurkan himpunan berasingan.
"Saya tidak mahu ulas hal parti lain tetapi 1 Mei yang lalu mereka buat himpunan yang berasingan di Padang Merbok.
"Himpunan 1 Mei membantah GST adalah keputusan muktamar PAS itu pun waktu itu mereka dah buat berasingan.
"Jadi ulasan mengapa mereka buat berasingan elok pihak mereka memberi penjelasan," katanya.
Mohamad, juga dikenali Mat Sabu sekali menyatakan sokongan penuh GHB terhadap Bersih 4 anjuran Badan Bukan Kerajaan (NGO) dengan menyediakan 500 sukarelawan unit keselamatan, Arif untuk bertugas bersama Pemuda DAP (Dapsy) dan Pemuda PKR.
Beliau turut menolak dakwaan Bersih hanya mendapat sokongan satu kaum sahaja, dan yakin Melayu menjadi kaum paling ramai menyertainya pada 29 dan 30 Ogos nanti.
"Kita harap semua kaum akan turun dan memberi kerjasama. Saya yakin di kalangan ahli parti pemerintah juga akan bersama kita kali ini," katanya.

Kutipan derma cukup untuk tampung Bersih 4, kata penganjur

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata, kini mendapat dana mencukupi untuk menampung keseluruhan perbelanjaan Bersih 4. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Ogos, 2015. 
Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata, kini mendapat dana mencukupi untuk menampung keseluruhan perbelanjaan Bersih 4. 

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menerima sumbangan dana lebih daripada RM1.5 juta sejak mengumumkan perhimpunan Bersih 4 yang akan diadakan serentak di Kuala Lumpur, Kuching, Kota Kinabalu dan serata dunia, kata Maria Chin Abdullah.
Pengerusi Bersih 2.0 itu berkata, sambutan rakyat amat menggalakkan dan badan bukan kerajaan (NGO) itu kini mendapat dana mencukupi untuk menampung keseluruhan perbelanjaan Bersih 4.
"Kami gembira dengan sokongan yang ditunjukkan rakyat. Baki derma yang tidak digunakan untuk Bersih 4 akan digunakan untuk aktiviti Bersih 2.0 yang masih berjalan untuk mengubah sistem pilihan raya.

"Kami juga membatalkan makan malam amal yang dirancang akan diadakan pada tahun ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Maria sebelum ini dilaporkan berkata, jumlah derma itu tidak akan digunakan untuk membayar peserta sebanyak RM300 seorang seperti yang didakwa kumpulan anti-Bersih.
"Kami tak bayar orang. Malah, untuk himpunan ini kami minta orang ramai bawa air dan makanan sendiri, selimut sendiri, beg tidur.
"Kami tak percaya pendekatan sedemikian. Kami percaya orang ramai lebih rasional dan ini bukan budaya orang yang datang ke himpunan ini," katanya.
Kutipan untuk Bersih 4 itu dibuat sejak kempennya dilancarkan pada 10 Ogos lalu.
Maria berkata, sebahagian wang yang berjaya dikumpul turut akan digunakan bagi membiayai usaha dan kempen membantah persempadanan semula kawasan pilihan raya di Sarawak.

Putrajaya cuba kelirukan rakyat dengan isytihar perhimpunan haram, kata Bersih

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata, Bersih 4, sama seperti 3 perhimpunan sebelum ini adalah satu acara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Ogos, 2015. 
Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata, Bersih 4, sama seperti 3 perhimpunan sebelum ini adalah satu acara.

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mendakwa Putrajaya cuba mengelirukan orang ramai dengan mengisytiharkan perhimpunan Bersih 4 hujung minggu ini sebagai sebuah "pertubuhan haram".
Pengerusinya Maria Chin Abdullah berkata, Bersih 4, sama seperti 3 perhimpunan sebelum ini adalah satu acara.
"Bersih 4 adalah acara, bagaimana anda mentafsirkannya sebagai haram? Saya fikir mereka sudah salah.

"Adakah mereka mengatakan kita perlu mendaftar dengan kerajaan untuk setiap acara yang kita mahu lakukan? "Mereka cuba untuk mengelirukan keadaan," katanya kepada The Malaysian Insider.
Beliau berkata Bersih 2.0 adalah gabungan kumpulan yang sudah lama ditubuhkan dan menegaskan badan pemantau pilihan raya itu tidak perlu didaftarkan.
"Majoriti ahli kami adalah NGO berdaftar. Kami sentiasa kekal sebagai gabungan, kami tidak perlu pendaftaran," katanya.
Maria, bagaimanapun berkata, Bersih mempunyai syarikat berdaftar yang dikenali sebagai Bersih & Adil Network Sdn Bhd bagi tujuan perakaunan, sambil menambah dana yang dikumpulkan untuk perhimpunan itu akan diaudit dalam tempoh 3 hingga 4 minggu akan datang.
Putrajaya hari ini mengisytiharkan Bersih 4 sebagai sebuah pertubuhan haram dan menasihati rakyat Malaysia supaya tidak menyertai perhimpunan bermalam di hujung minggu ini.
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata kementerian itu mendapati Bersih 4 mampu menimbulkan keresahan dan kebimbangan di kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.
Beliau berkata Bersih 4 juga menyebarkan propaganda menghasut orang ramai, yang bersifat negatif terhadap kerajaan, dengan mengedarkan risalah tertentu yang boleh mengundang bahaya.
Kementerian itu juga mendakwa pelbagai aktiviti Bersih 4 mendatangkan imej negatif terhadap negara ini, sambil menambah ia boleh mengancam ketenteraman awam dan keselamatan, kemakmuran ekonomi, kedaulatan negara dan keharmonian kaum.
"Kementerian Dalam Negeri menyiasat Bersih 4 dan mendapati ia bukan satu pertubuhan berdaftar.
"Oleh itu, kementerian meminta orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan pada 29 hingga 30 Ogos itu yang tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa dan ia dianjurkan sebuah organisasi yang tidak berdaftar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Turun ke Bersih 4 satu patriotisme, kata NGO pesara tentera

Presiden Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (Kerabat) Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar menyifatkan mereka yang hadir ke demonstrasi hujung minggu ini sebagai seorang yang sayangkan masa depan negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Ogos, 2015. 
Presiden Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (Kerabat) Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar menyifatkan mereka yang hadir ke demonstrasi hujung minggu ini sebagai seorang yang sayangkan masa depan negara.

Badan bukan kerajaan (NGO) pesara tentera menggesa supaya rakyat turun ke demonstrasi Bersih 4 pada 29 Ogos ini sebagai tanda patriotisme pada ketika negara berdepan dengan pelbagai krisis.
Presiden Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (Kerabat) Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar menyifatkan mereka yang hadir ke demonstrasi hujung minggu ini sebagai se
orang yang sayangkan masa depan negara.
"Mereka yang hadir pada demonstrasi pada hujung minggu ini adalah mereka yang sayangkan negara," katanya kepada The Malaysian Insider.

Nazari berkata walaupun pada 31 Ogos adalah Hari Kebangsaan, ia tidak menjadi kesalahan kepada orang ramai untuk hadir ke demonstrasi besar-besaran anjuran Bersih 2.0 tersebut. "Kita hormat orang menyambut Hari Kebangsaan tapi rakyat yang hadir pada Bersih 4 nanti juga berhak dan boleh dianggap sebagai seorang yang patriotisme.
"Mereka yang turun pada 29 Ogos ini nanti terdiri daripada mereka yang mengambil berat tentang krisis dan kemelut yang melanda negara ketika ini," katanya.
Menurut Nazari, sudah tiba masanya kerajaan mendengar suara rakyat bawahan dan tidak mementingkan diri sendiri semata-mata.
"Sudah tiba kerajaan mendengar suara rakyat, himpunan ini adalah aman dan bukannya satu rusuhan," katanya.
Nazari juga meluahkan rasa kebimbangan dengan keadaan ekonomi dan mata wang yang lemah dihadapi negara ketika ini akan memberi kesan buruk kepada rakyat.
"Dalam keadaan sekarang, ekonomi makin merudum kemudiaan ditambah pula dengan kenyataan daripada pemimpin seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin yang mengatakan kita akan bankrap.
"Ini semua mengerikan kita, rakyat dalam terumbang-ambing. Mereka yang sertai demonstrasi nanti adalah lebih patriotisme tinggi kerana mereka ini bukan partisan," katanya.

KDN isytihar Bersih 4 haram

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendapati Bersih 4 yang bercadang mengadakan perhimpunan pada hujung minggu ini, bukan pertubuhan berdaftar.
Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata siasatan KDN juga mendapati Bersih 4 bergiat secara tidak sah dan mencetuskan suasana gelisah serta membangkitkan kebimbangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan keturunan.
Beliau berkata Bersih 4 juga didapati menyebarkan propaganda untuk menghasut rakyat bagi tujuan negatif terhadap kerajaan dengan mengedarkan risalah-risalah tertentu yang boleh mendatangkan keburukan.

"Menerusi pelbagai kegiatannya memberi kesan buruk kepada imej negara, bahkan boleh mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan, kemakmuran ekonomi dan kedaulatan negara, malahan menjejaskan keharmonian hidup masyarakat majmuk di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Sehubungan itu, KDN meminta orang ramai supaya tidak hadir dan menyertai perhimpunan pada hujung minggu ini yang tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa. – Bernama,

Himpunan Bersih kali ini ramai orang Umno turun - AMK

PETALING JAYA - Angkatan Muda Keadilan (AMK) tidak terkejut jika lebih ramai ahli Umno akan menyertai himpunan aman Bersih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos ini namun perkara katanya sudah dijangka.

Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, beliau tidak menghalang mana-mana pihak untuk berhimpun secara aman kerana ia dijamin Perlembagaan.

"Saya tidak menghalang sesiapa saja nak berhimpun, itu sebahagian daripada hak Perlembagaan, sama ada orang suka Bersih atau tidak, itu hak masing-masing.

"Kali ini mungkin lebih ramai orang Umno akan turun Bersih dan berada dalam himpunan anti Bersih, tapi saya rasa tiada impak," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan sekumpulan aktivis penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengugut membawa 30,000 peserta berbaju merah bagi menyatakan bantahan pada perhimpunan Bersih 4.0 pada hujung bulan ini.

Mereka, yang menggelarkan diri sebagai 'Gabungan NGO-NGO Malaysia', juga berkata akan berkumpul di depan rumah pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah jika perhimpunan itu diteruskan.

Dalam pada itu, Nik Nazmi juga berkata pihaknya sedia menerima sesiapa sahaja dalam perhimpunan aman itu, namun ia perlu mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak polis untuk mengawal keadaan.

"Saya harap pihak polis dapat mengawal keadaan dengan baik dan saya yakin dengan pengalaman kita sebelum ini.

"Kalau pihak polis memainkan peranan mereka, ini (bertembung anti Bersih 4.0) tiada masalah bagi saya," katanya lagi.

Bersih 4.0 bakal bertemu lawan 29 Ogos ini dari pengampu Najib


Bersih 4.0 bakal bertemu lawan 29 Ogos ini

KUALA LUMPUR - Himpunan Bersih 4.0 yang akan diadakan pada 29 Ogos nanti bakal bertemu lawan dengan himpunan Menolak Bersih 4.0 yang dikatakan diadakan di hari yang sama, pada hujung bulan nanti. 
 
Penganjur Himpunan Menolak Bersih 4.0, Datuk Jamal Yunus berkata, himpunan hujung bulan ini bakal diadakan bagi membantah penganjuran Bersih 4.0 yang diadakan pada hari yang sama.
 
"Kami semua akan berhimpun beramai-ramai di hadapan Plaza Low Yat dan akan bergerak menuju ke Dataran Merdeka pada hari himpunan Bersih 4.0 diadakan.
 
"Kami akan berhimpun seawal pagi pada hari tersebut. Kami akan berarak menuju ke Dataran Merdeka melalui Jalan Pudu," katanya ketika ditemui pemberita ketika mengadakan himpunan Menolak Bersih 4.0 (Jahat) di hadapan Kompleks Beli-belah Sogo, di sini, hari ini.
 
Seramai 30,000 peserta dari seluruh negara dijangka hadir bagi menunjukkan solidariti dalam menolak himpunan Bersih 4.0.
 
Menurutnya lagi, himpunan besar-besaran itu hanya akan dibatalkan‎ sekiranya penganjur himpunan Bersih 4.0 membatalkan penganjuran himpunan. 

AMK tak kisah jika anti-Bersih 4.0 mahu himpun

nik nazmiPETALING JAYA, 25 OGOS : Tiada halangan bagi mana-mana pihak menganjurkan perhimpunan asalkan ia berlangusng secara aman, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Bagaimanapun, beliau berharap polis memainkan peranan sebaiknya bagi memastikan keselamatan peserta terjamin dan perhimpunan berlangsung aman.
“Tiada halangan untuk sesiapa pun untuk berhimpun kerana ia adalah sebahagian daripada hak perlembagaan,” beliau berkata demikian dalam sidang media di ibu Pejabat PKR, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas hasrat kumpulan anti-bersih yang mengugut membawa lebih 30,000 ribu peserta bagi menyatakan bantahan pada perhimpunan Bersih 4 pada 29 Ogos ini
Sebelum ini, kumpulan anti bersih yang mengelarkan diri sebagai ‘Gabungan NGO-NGO Malaysia’ akan turun pada tarikh sama bagi menghalang Bersih 4 atas alasan semua siri Bersih sebelum ini menjejaskan keamanan dan menjejaskan imej negara di mata pelancong asing.
Pemimpinnya, Datuk Jamal Md Yunos dilaporkan sebagai berkata mereka turut akan berkumpul di depan rumah Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah jika perhimpunan itu diteruskan.

13 AMK telah disiasat isu konvoi BERSIH Merdeka

Seramai 13 pemimpin AMK Pusat dan Selangor hari ini dipanggil polis bagi memberi keterangan berhubung konvoi AMK-Bersih Merdeka yang berlangsung pada Ahad lepas.
Naib Ketua AMK Mohd Radzlan Jalaludin berkata seramai tujuh termasuk dirinya memberi keterangan berkaitan konvoi di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam petang ini.
"Hari ini kami seramai tujuh orang daripada AMK telah dipanggil polis untuk membantu siasatan mereka berkaitan satu konvoi.
"Kami telah beri kerjasama dan pihak polis akan lengkapkan siasatan mereka," kata kepada pemberita selepas selesai memberi keterangan.
Enam lagi anggota AMK yang diminta hadir Naib Ketua Sangeetha Jayakumar, empat exco AMK pusat iaitu Anwar Nekhan, P Tharmentran, Afzanizam Rahman dan Mohd Ridhuan Basri serta anggota sekretariat Daing Mohd Reduan.
Mereka hadir ke ibu pejabat polis itu kira-kira jam 2.30 petang dan keluar selepas dua jam kemudian. Lebih 30 anggota AMK yang lain hadir sebagai tanda sokongan solidariti kepada mereka.
Pada Ahad lepas satu konvoi kemerdekaan anjuran AMK diadakan di sekitar Shah Alam dan berakhir di Ibu Pejabat PKR disertai lebih 23 buah kereta untuk mempromosi himpunan BERSIH 4 pada 29 dan 30 Ogos ini di ibu negara.
Sementara itu, Radzlan yang juga seorang peguam berkata empat lagi pemimpin AMK hadir di IPD Ampang Jaya pagi tadi bagi tujuan yang sama.

Penganjur BERSIH 4.0 merbahaya kepada negara – KDN

KDN telah menjalankan siasatan terhadap pertubuhan yang menganjurkan perhimpunan BERSIH 4.0 yang dirancang pada 29 dan 30 Ogos ini.
bersih,haram
PETALING JAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendapati BERSIH 4.0 sebagai pertubuhan haram yang boleh mengancam keselamatan negara.
Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata, KDN telah menyiasat BERSIH 4.0 dan mendapati kegiatannya boleh mencetuskan kegelisahan rakyat pelbagai kaum di negara ini.
Menerusi kenyataan media, beliau berkata, BERSIH 4.0 boleh mencetuskan suasana gelisah serta membangkitkan kebimbangan orang ramai khususnya rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan keturunan.
Pertubuhan itu juga menyebarkan propaganda untuk menghasut rakyat bagi tujuan negatif terhadap kerajaan dengan mengedarkan risalah-risalah tertentu yang boleh mendatangkan keburukan, katanya.
“Menerusi pelbagai kegiatannya telah memberi kesan buruk kepada imej negara, bahkan boleh mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan, kemakmuran ekonomi dan kedaulatan negara, malahan menjejaskan keharmonian hidup masyarakat majmuk di Malaysia,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan berkenaan.

Anti-Bersih protesters prepared for violence

Activists exhibit their physical prowess at a demonstration outside Sogo.
anti-bersih_600
KUALA LUMPUR: A coalition of pro-establishment NGOs said today its activists had prepared themselves for the possibility of a violent confrontation with Bersih demonstrators this weekend.
Coalition leader Jamal Md Yunos told a press conference that all 30,000 activists who would participate in a protest against Bersih had been prepared mentally and physically.
Jamal today led a demonstration outside the Sogo shopping complex, during which some of the participants exhibited their physical prowess by hitting each other with wooden poles and smashing limestone bricks, sometimes against their heads. They imitated the screams and roars of tigers.
“We will gather at Low Yat Plaza at 9am this Saturday and walk towards Dataran Merdeka,” Jamal said. “All of our participants have been informed of the possibility of assaults and they volunteered to participate because we just want peace in our country.”
He said today’s demonstration, in which about 160 people took part, was to show that his activists were “not afraid of anything that might come our way during the Bersih 4 rally.”
He also said his group would call off its rally if Bersih decided to cancel its protest.
He disclosed that the anti-Bersih demonstrators had been provided with accident insurance and would be given meals during the rally. They would be wearing red T-shirts bearing the slogan “Bersih 4 Keamanan,” he added.

Pas, BN akan sertai BERSIH 4.0 – Mat Sabu

Perhimpunan ini untuk kepentingan rakyat dan masa depan negara yang perlu disertai semua tanpa mengkira fahaman politik.
mat-sabu_ghb_600
SHAH ALAM : Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB), Mohamad Sabu yakin ahli Pas akan turut serta dalam Himpunan Bersih 4.0 yang akan diadakan pada 29 dan 30 Ogos ini.
Mohamad Sabu atau Mat Sabu berkata, sokongan ahli Pas untuk menyertai himpunan itu tidak akan terjejas walaupun pimpinan parti itu telah menyatakan hanya akan menghantar wakil untuk sertai perhimpunan itu.
“Kita yakin ahli Pas akan bersama dalam himpunan (Bersih 4.0) itu. Bersih adalah isu rakyat tidak kira parti politik semua akan turun,” katanya pada sidang media di pejabat GHB Selangor pada Selasa.
Pada Isnin lepas, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Pas tidak akan mengerahkan ahli dan penyokong untuk menyertai perhimpunan Bersih 4.0 di ibu negara pada Sabtu dan Ahad ini.
Sebaliknya, kata Takiyuddin, Pas akan menghantar wakil ke perhimpunan berkenaan sebagai tanda sokongan kepada tuntutan Bersih terutama dalam menuntut sistem pilihan raya yang lebih telus dan adil.
Mat Sabu menambah, beliau yakin penyokong Barisan Nasional (BN) turut akan bersama dalam himpunan itu.
“Saya yakin di kalangan ahli parti pemerintah juga akan bersama kali ini kerana kerajaan mesti buat sesuatu untuk menyelamatkan ekonomi negara.
“Imej negara begitu berada dalam tahap mencemaskan. Oleh itu tekanan daripada rakyat 29 dan 30 (Ogos) nanti mahu Perdana Menteri dan Kabinet berbuat sesuatu,” katanya.
Mat Sabu yang merupakan bekas Timbalan Presiden Pas berkata, sekiranya Datuk Seri Najib Tun Razak membawa beban kepada negara, beliau hendaklah meletakkan jawatan dengan segera.

Nazir: Pemimpin Elak Cakap Benda Bodoh

Amaran macai Najibkepada penganjur bersih 4

Anti-Bersih protesters 'beat' each other up with sticks and roof tiles

Pemimpin Yang Sebabkan Umno Kalah Adalah Bangsat - Sanusi

Bersih 4.0: AMK Kerah 10,000 Ahli

Parti Islam baru lahir 31 0gos ini, kata Mat Sabu

Mat Sabu hopes 'all' will join Bersih rally

PKR: Himpunan aman, tak perlu guna senjata renjat

PKR kerah 700 SKUAD pastikan keselamatan BERSIH

PKR akan jumpa pihak UPU isu pelajar gagal ke IPTA

Menteri: Belum ada aduan terhadap blog Dr Mahathir

Tepukan ketika Rosmah ingatkan suami jaga isteri, bayi

KENAPA hingga sekarang Sultan Johor dan TMJ berani bersuara berbanding yg lain..??!!!

Di mana suara2 pemimpin negeri lain..???

LAGI PERCUBAAN UMNO perbodohkan rakyat..!!!

APA DAH JADI gengan PULAU BATU PUTEH & TANAH KTMB DI TANJUNG PAGAR !!!.. SIAPA yg telah membangsatkan tergadainya maruah negara KALAU BUKAN KERAjaan UMNO/BN !!!

Bukti Dah Ada !!! APA LAGI UMNO MAU !!!
FAKTANYA.. Sepanjang UMNO/BN memerintah negara sehingga skrg Tanah Rizab Melayu dah tinggal ciput 12 PERATUS SAHAJA.. KAMU DAH BALUN MEROMPAK sehingga 82 PERATUS APA CITA !!!

Polis tak perlu takutkan rakyat, Bersih 4.0 aman

maria-chin-abdullah1
KUALA LUMPUR, 25 OGOS- Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Maria Chin Abdullah berkata tiada keperluan untuk pihak polis menggunakan senjata renjat atau sebarang jenis senjata terhadap peserta himpunan BERSIH 4.0.
Beliau mengulas pengumuman polis semalam yang akan menggunakan senjata rencat atau taser gun terhadap perserta himpunan itu yang akan berlangsung dari 29 hingga 30 Ogos ini.
“Ini agak mengejutkan saya. Kenapa nak guna taser gun? Pihak polis tidak perlu menggunakan semua senjata itu kerana ini perhimpunan aman.
“Sekiranya mereka menggunakan, ia boleh melanggar kepada hak untuk berhimpun secara aman,” katanya ketika dihubungi.
Maria juga berkata, pihak polis tidak sepatutnya menggunakan senjatan tersebut kerana ia boleh membahayakan kesihatan dan mungkin nyawa orang ramai.
Senjata renjat atau taser gun ini mempunyai jarak tembakan antara 15 hingga 35 kaki dan mereka yang terkena tembakan akan hilang keupayaan bergerak serta-merta.
Tambahnya lagi, tindakan ini adalah cara pihak polis untuk menakutkan orang ramai yang ingin turun pada perhimpunan tersebut.
“Ini cara untuk takutkan dan menggagalkan Bersih 4, tapi ini bukanlah peranan pihak berkuasa untuk melakukannya,” katanya.
Oleh itu, beliau minta untuk seluruh rakyat Malaysia tidak bimbang dengan ancaman itu, sebaliknya menekan polis agar tidak melakukan kekasaran kepada perserta himpunan.
“Semua rakyat mesti kecam polis supaya tidak menggunakan senjata atau objek lain untuk menghentikan perhimpunan ini,” katanya.

AMK gesa polis hentikan provokasi

PETALING JAYA, 25 OGOS- Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mendesak polis menghentikan sebarang provokasi untuk menakutkan-nakutkan rakyat yang akan menghadiri himpunan BERSIH 4.0 pada 29 hingga 30 Ogos ini.
Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, penggunaan senjata renjat yang mahu digunakan polis ke atas peserta berkenaan adalah tidak perlu dan ia hanya sesuai digunakan terhadap penjenayah.
“Bagi saya ini tindakan tidak perlu. Sebelum ini kita berhadapan gas pemedih mata, meriam air dan kini mereka nak guna senjata renjatan.
“Saya yakin ini hanya usaha untuk menakutkan rakyat Malaysia yang ingin turut serta dalam himunan Bersih.
“Kamu mendesak pihak polis hentikan provokasi seperti ini. Kita nak memastikan dapat menunaikan hak kita secara aman,” jelasnya dalam satu sidang media hari ini.
Sebuah portal semalam melaporkan kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim yang berkata senjata tersebut mungkin digunakan kepada peserta himpunan jika berlaku insiden rusuhan atau keganasan.
Rashid dilaporan berkata polis mempunyai beberapa kelengkapan itu dan sebahagian polis yang mahir menggunakannya akan ditugaskan pada hari himpunan.
Berkeupayaan melepaskan tembakan dengan jarak antara 15 hingga 35 kaki senjata tersebut akan menyebabkan kelumpuhan sementara kepada mangsa.

AMK arah ahli turun Bersih, 700 anggota skuad kawal himpunan

PETALING JAYA, 25 OGOS- Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mengarahkan anggotanya untuk hadir ke himpunan Bersih 4.0 yang akan berlangsung pada 29 hingga 30 Ogos ini, kata ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad.
“AMK juga mengarahkan semua anggotanya menyertai himpunan tersebut sama ada di Kuala Lumpur bagi yang di semenanjung serta di Kota Kinabalu dan Kuching bagi Sabah dan Sarawak,” katanya dalam sidang media hari ini.
Nik Nazmi yang juga exco kerajaan negeri Selangor berkata, AMK menyokong penuh himpunan berkenaan dan kesemua tuntutan yang dikemukakan gabungan itu.
“Kita menyokong penuh himpunan termasuk kesemua tuntutannya iaitu pilihan raya bersih, kerajaan bersih, hak membantah, mengukuhkan demokrasi berparlimen dan menyelamatkan ekonomi Malaysia.
“AMK berpendirian ini adalah tuntutan zaman bagi generasi muda pada hari ini,”ujarnya.
Beliau dalam pada itu turut turut mengumumkan bahawa AMK akan mula berhimpun di kompleks beli belah Sogo di Kuala Lumpur pada jam 2.00 petang, sebelum berarak ke Dataran Merdeka bersama peserta himpunan lain.
Sementara itu, bagi melancarkan himpunan tersebut, pasukan keselamatan AMK (Skuad) akan ditugaskan memastikan keselamatan peserta himpunan.
Lebih 700 anggota skuad yang menjalani latihan dan menerima taklimat berterusan berkenaan himpunan tersebut akan bertugas di samping peguam-peguam AMK yang ditugaskan membantu pasukan guaman #Bersih 4.

Halau saya? Halau dulu penerima RM2.6 bilion – Khalid Samad

UMNO Shah Alam mendakwa Khalid Samad sebagai alat DAP dan telah memecah belahkan orang Melayu di Shah Alam.
khalid,aszari
SHAH ALAM : Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ‘memulang paku buah keras’ kepada pemimpin UMNO yang mendesak beliau dinyah atau dihalau dari bandaraya itu.
Khalid berkata, UMNO sepatutnya menumpukan usaha menghalau penerima derma RM2.6 bilion sebelum berfikir untuk menghalaunya.
“Nasihat saya kepada mereka untuk imej UMNO itu sendiri, tumpukan usaha nyahkan penerima derma RM2.6 bilion daripada nak nyahkan saya.
“Yang nak nyahkan saya sangat apa salah saya?,” katanya dalam sidang media di pejabatnya pada Selasa.
Khalid berkata, UMNO tiada hak untuk menghalau atau membuang dia dari Shah Alam.
Baru-baru ini, Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari mendakwa Khalid sebagai alat DAP dan bertanggungjawab memecah-belahkan pengundi Melayu di Shah Alam.
Dalam perkembangan lain, Khalid berkata, Gerakan Harapan Baru (GHB) dijangka akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang dijangka diadakan pada tahun hadapan.
Katanya, jika PR 2.0 terdiri daripada PKR, DAP, Pas dan GHB, maka tidak ada akan ada pertembungan kerusi atau tiga penjuri di kawasan yang ditandingi.

Kejatuhan Nilai Matawang Ringgit Malaysia Bakal Bankrupkan Negara.

OLEH FAIZ FADZIL


Gerakan Anak Muda Harapan Baru (GAMHB) memandang serius kejatuhan berterusan nilai mata wang negara Ringgit Malaysia yang akhirnya boleh mengakibatkan negara menjadi bankrap. Faktor utama yang mendorong kesusutan nilai matawang negara adalah faktor sentimen kewangan berkaitan skandal 1MDB yang melibatkan integriti Perdana Menteri yang gagal diselesaikan sehingga kini serta faktor fundamental ekonomi akibat hutang negara yang cukup tinggi. 

Kebankrapan negara jika menjadi realiti dan bukannya mimpi di siang hari, maka rakyat lah yang akhirnya menanggung kesan buruknya. Kadar inflasi akan meningkat, kenaikan melampau harga barangan dapur yang kebanyakannya diimport, kilang-kilang ditutup dan industri perdagangan menjadi lumpuh yang pasti menambah jumlah pengangguran dan lelongan hartanah, harga bahan api menjadi lebih mahal yang akan memberikan kesan kepada perkhidmatan awam serta penjawat awam berkemungkinan kehilangan pekerjaan jika kerajaan tidak lagi mampu membayar gaji.

Akibatnya, masalah sosial dan jenayah akan meningkat dan ini akan meruntuhkan nilaimurni dan jatidiri masyarakat Malaysia terutama di kalangan anakmuda. Hutang PTPTN pasti menjadi mimpi ngeri bagi graduan anakmuda sedangkan tiada jaminan untuk ditawarkan pekerjaan.

Kebimbangan risiko ini menjadi lebih parah jika kerajaan terpaksa tunduk kepada kehendak kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat dalam penstrukturan membayar hutang negara termasuk kemungkinan bersetuju kepada TPPA yang akhirnya mengakibatkan dagangan milik kuasa luar menguasai ekonomi negara.

Ketika itu, kita bakal mengemis di bumi sendiri. Ketuanan Melayu hanya menjadi ukiran sejarah. Melayu akan dibangsatkan akibat korupsi dan penyelewengan pemimpin umnobn.

Maka, GAMHB menyeru semua pihak mengambil langkah-langkah demokratik yang drastik dan berkesan terutama ahli-ahli parlimen dari semua parti politik bersama-sama berkonsultansi mencari solusi untuk memulihkan ekonomi negara secara telus dan berkesan. Tindakan pembersihan sistem pilihanraya hendaklah diambil segera agar proses demokrasi dapat dijalankan bagi membolehkan rakyat memilih pemimpin yang amanah dan adil bagi menerajui tampuk pemerintahan negara.

Kamu Hanya Seekor Nyamuk

OLEH XIFU NASER

EMPAYAR Roma dan Parsi adalah kuasa terbesar ketika Nabi Muhammad SAW dilahirkan di Jazirah

Arab yang zahirnya hanya sekadar “nyamuk” pada pandangan mereka. Apa ada pada bangsa Arab?

Unta? Syair? Umat yang bodoh, tidak tahu menulis dan membaca? Seorang Nabi Arab yang miskin, yatim piatu? Inikah yang dikatakan sebagai “rahmah lil-‘aalamiin”?

 Antara hujah Prof Mohd Abu Bakar dari Universiti Malaya bahawa GHB akan lebih cepat terkubur daripada Hamim dan Berjasa ialah GHB tidak cukup pelapis-pelapis yang terkenal. Yang veteran pula sudah tua, 60 tahun ke atas. “Tambahan pula, dalam kalangan mereka tidak ada ikon yang boleh dijadikan perangsang dan teras,” kata Prof.

GHB merupakan parti yang belum di daftarkan lagi dan dalam waktu yang terlalu singkat, seorang Prof telah begitu cepat menguburkan masa depan GHB. Lebih hebat daripada Raja Bomoh.

Tetapi apa yang saya hendak tekan di sini ialah Roma dan Parsi tidak punya mata hati untuk lihat selain daripada perspektif politik yang bersifat kuantitatif: Arab tidak punya ikon yang hebat. Hanya seorang Nabi yang buta huruf, miskin dan tidak mendapat sokongan dari kampungnya sendiri iaitu Makkah. Kebanyakan pengikutnya pula adalah hamba atau golongan ‘mustad’afin’ (yang tertindas)!

Bandingkanlah dengan nama-nama ahli falsafah terkenal seperti Aristotle, Plato, Pythagoras, Socrates dan penakluk terkenal seperti Julius Ceasar,Alexander the Great, Cyrus the Great, Darius. Tiada seorang pun ahli falsafah atau penakluk Arab terkenal!

Sebagai pendakwah non-partisan, saya melihat dari perspektif ‘transpolitik’ iaitu menilai perkembangan politik bukan dari segi berapa jumlah pengikut yang sedia ada dan fakta kuantitatif seperti umur pemimpin-pemimpinnya tetapi dari segi potensinya yang berkait dengan arus perdana semasa dan akan datang. Potensi ini diterjemahkan dalam bentuk wacana seperti wacana Fiqh Malizi.

Penilaian transpolitik ini sangat penting untuk tujuan dakwah kerana ia melibatkan arah tuju wacana Islamisasi, khususnya di Malaysia. Walaupun kebelakangan ini saya kerap menulis tentang GHB, saya tetap mengambil sikap tidak taksub kepada mana-mana parti.

Pendirian PAS Selangor Menolak RundinganPengagihan Kerusi Adalah Pra - Matang



1. Kenyataan Setiausaha Perhubungan PAS Selangor yang menolak sebarang rundingan dengan parti Islam baharu adalah pra-matang dan tidak melambangkan kebijaksanaan yang sejajar dengan usia parti yang diwakilinya.

2. Gerakan Harapan Baru tetap percaya bahawa muafakat politik adalah kunci penting membina negara yang berupaya membela rakyat, menyebarkan kebaikan, dan mendapat redha Allah. Politik angkuh yang menolak rundingan adalah amalan politik usang yang tidak lagi relevan dengan tuntutan semasa.

3. Dinamika politik negara bergerak cepat dan rakyat bakal menerima kesannya, baik atau buruk. Pemimpin politik perlu bersikap lebih bertanggungjawab dengan mengutamakan kepentingan rakyat dan negara, mengatasi kepentingan dan ego kelompok. Gabungan pembangkang mesti diperkukuh melalui muafakat dan rundingan bagi terus mendokong harapan rakyat yang mahu melihat gabungan politik alternatif yang kuat dan bersatu.

4. Parti Islam baharu akan meletakkan calon-calon untuk bertanding dalam pilihanraya berasaskan muafakat bersama gabungan baru pembangkang, kajian tentang keupayaan parti serta kecenderungan pengundi, dan perbincangan dengan pelbagai pihak. Keputusan yang bakal diambil akan meletakkan kepentingan rakyat sebagai faktor utama.
Sekian.

Amanah. Progresif. Peduli.
Jamzuri Ardani
Pengarah Komunikasi
Gerakan Harapan Baru
Negeri Selangor.
25 Ogos 2015.

Perletakan Jawatan Dan Menyertai Harapan Baru

Saya Omar Bakar secara rasmi meletakkan jawatan sebagai Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Batu

Gajah di dalam Mesyuarat Bulanannya semalam, 24 Ogos 2015.

Turut bersama meletakkan jawatan ialah Bendahari, Khairuddin Abdul Rahman; Penolong Setiausaha, Ahmad Fawwaz Afifi; dan empat ahli jawatankuasa iaitu Mahani Ishak, Shahrunnaem Salehuddin, Puziah Ahmad dan Mior Rosidi.

Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira keadaan semasa yang mendorong kepada tindakan yang sangat sukar ini dilakukan. Perjuangan PAS sudah sebati dengan diri serta kehidupan saya hatta oleh kerana komitmen saya kepada PAS sebelum ini menyebabkan saya dibuang daripada jawatan sebagai pegawai kerajaan iaitu guru.

Secara peribadi, tidak dapat tidak, saya tidak boleh melindungi rasa kekecewaan terhadap parti PAS namun saya memikirkan maslahat yang lebih penting iaitu merealisasikan hasrat rakyat dan menentang kezaliman yang berlaku pada hari ini.

Suasana dalaman bahtera PAS yang meletakkan Islam sebagai dasar perjuangannya terpaksa melalui gelombang ombak yang cukup besar.

Pertembungan dua kumpulan di dalam PAS tidak dapat dinafikan lagi dengan kata-kata walaupun ia sudah berlaku sekian lama tetapi perpecahan itu semakin membarah terutama menjelang Muktamar Tahunan PAS kali ke-61 baru-baru.

Tidak siapa boleh menafikan bahawa mempunyai perancangan untuk membuang pimpinan tertentu di dalam PAS hingga menggunakan platform dalaman parti bagi mencapai hasrat mereka.

Bagaimana BERSIH dapat dana RM1.5 juta?

 Ramai orang seperti tidak percaya kumpulan pendesak pilihan raya adil BERSIH mendapat dana besar RM1.5 juta untuk perhimpunan besar hujung minggu ini.
Mereka juga tertanya-tanya sama ada sokongan kewangan ini tanda demonstrasi mulai Sabtu ini akan disertai lebih ramai peserta berbanding BERSIH 3 dan BERSIH 2.
Selain itu, jika ada, orang ramai ingin mengetahui sejauh mana kejayaan usaha-usaha mengusulkan undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Abdul Razak pada sesi Dewan Rakyat akan datang.
Mereka juga ingin mengetahui sama ada wakil-wakil rakyat pembangkang lebih menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pengganti Najib.
Semua persoalan ini, dan isu-isu berkaitannya, akan dijawab dalam forum bertajuk "1MDB: Protes Rakyat atau Dewan Rakyat" malam esok di pejabat Malaysiakini.
Ahli-ahli panel pilihan Malaysiakini:
- Datuk A Kadir Jasin, pengulas politik terkenal;
- Datuk Saifuddin Abdullah, CEO Pergerakan Moderat Global (GMM) dan mantan timbalan menteri;
- Gan Ping Sieu, presiden bersama pertubuhan CENBET dan mantan timbalan menteri; dan
- Maria Chin Abdullah, pengerusi BERSIH 2.0.
Forum ini yang berlangsung selama dua jam akan diadakan mulai jam 8.30 malam di pejabat portal berita terkenal ini di Petaling Jaya.
Acara tersebut sebahagian aktiviti Malaysiakini untuk merancakkan perbahasan isu-isu semasa. Para peserta boleh bersoal jawab dengan empat tokoh berkenaan berhubung topik hangat ini.

Pembebasan Anwar tuntutan tambahan Bersih 4, kata Pemuda PKR

Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad (dua dari kanan) bercakap pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 25 Ogos, 2015.Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad (dua dari kanan) bercakap pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 25 Ogos, 2015.Pemuda PKR membuat tuntutan tambahan dalam himpunan Bersih 4 pada hujung minggu ini agar ketua umum mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari Penjara Sungai Buloh.
Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata walaupun sayap itu memberikan sokongan sepenuhnya terhadap tuntutan Bersih 4 namun mereka berasakan hak Anwar dan kesihatannya perlu dipertimbangkan sebagai desakan kepada kerajaan bagi melakukan pembaharuan.
"Pemuda PKR menyokong penuh himpunan Bersih 4 termasuk objektifnya pilihan raya bersih, ketelusan kerajaan, hak membantah, mengukuhkan demokrasi Parlimen dan kelangsungan ekonomi Malaysia.

"Ini permintaan generasi muda hari ini. "Sebagai tambahan, kami menggesa pembebasan Anwar yang merupakan ketua pembangkang sebelum ini tetapi dihantar ke penjara. Hak dan keselamatannya mesti dipelihara," katanya pada satu sidang media di ibu pejabat PKR Petaling Jaya hari ini.

Yahudi dimomokkan Umno untuk alihkan perhatian dari masalah negara

MusaNg: Mungkin Aziz Krapwee keliru!!
Ini kerana, pemimpin-pemimpinnya sendiri telah bersubahat dengan Goldman-Sachs dalam menjual 1MDB dan kemudian membayar Goldman-Sachs sebanyak AS$500 juta.
Goldman-Sachs adalah sebuah bank yang ditubuhkan oleh beberapa orang Yahudi – Marcus Goldman dan Samuel Sachs – dan pada masa ini majoritinya dimiliki oleh seorang Yahudi, Avivi Nevo, dan dikendalikan oleh seorang Yahudi, Lloyd Blankfeim.
Dan bagaimana pula dengan pakatan sulit pada satu masa di antara kerajaan dan orang-orang Yahudi, dalam kes APCO?

Mak Yoon Nam: Namakan pendermanya dan suruh mereka mengaku.

Amir Kazan: Jika ada masalah atau kesilapan, salahkan orang Yahudi, salahkan semua orang kecuali diri anda sendiri.

Robert Yeoh: Mengapakah kenyataan palsu dibuat yang Yahudi membantu membiayai DAP untuk menimbulkan kebencian di kalangan orang Melayu kepada parti itu?
Adakah anda tahu bahawa Arab Saudi sekalipun bekerjasama rapat dengan Israel dalam serangan bom udara di Yaman untuk memusnahkan pelampau.
Satu-satunya orang Yahudi yang rakyat Malaysia atau DAP kenali adalah mereka yang dikebumikan di tanah perkuburan Yahudi di Jalan Zainal Abidin, Pulau Pinang.
Mungkin Umno perlu pergi ke sana untuk berdemonstrasi, jika ia tidak berpuas hati dengan orang-orang Yahudi.

Pramjit Singh: Pasti orang Yahudi begitu terdesak sehinggakan mereka mahu mempengaruhi negara kita demi "kepentingan mereka".

Tc Ling: Ya, salahkan semuanya dengan orang-orang Yahudi. Mangkuk betul. Encik, sekarang tahun 2015, adakah anda menyangka bahawa orang ramai tidak akan dapat memeriksa fakta kebohongan yang anda sebarkan?

Low Hui Quin Wang: Salahkan orang Yahudi, salahkan orang Cina tetapi jangan pernah salahkan diri sendiri.

Tengku Rosmi Tengku Yazid: Sudah habis ruang dan idea, jadi sekarang mencuba menghasut orang Melayu untuk menjauhkan diri dari DAP melalui tuduhan ini.

Pertukaran bos nombor 2 SB ‘amat membimbangkan’, kata bekas KPN

Pertukaran bekas timbalan pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador amat membimbangkan, kata bekas ketua polis negara Tan Sri Rahim Noor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Ogos, 2015.Pertukaran bekas timbalan pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador amat membimbangkan, kata bekas ketua polis negara Tan Sri Rahim Noor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Ogos, 2015.Bekas ketua polis negara, Tan Sri Rahim Noor menyifatkan pertukaran bekas timbalan pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador sebagai "amat membimbangkan".
Rahim berkata, kebimbangan itu bertambah kuat apabila bekas ketua Cawangan Khas, Datuk Seri Akhil Bulat turut digantikan pada Julai lalu, seminggu sebelum kontraknya tamat.
"Orang nombor 1 sudah tiada lagi di sana dan kini nombor 2 dipindahkan.

"Orang yang waras akan berfikir adalah lebih baik untuk tidak menukar 2 individu tersebut serentak," katanya seperti dilaporkan The Star hari ini. Laporan sama menyebut Hamid pernah bekerja di bawah penyeliaan Rahim sewaktu bekas KPN itu menjadi pengarah Cawangan Khas.
Rahim berkata, Hamid seorang pegawai perisik yang sangat tekun dalam melaksanakan tugasnya.
"Dia sangat bijak dan berdedikasi. Beliau seorang pegawai perisikan 100%. Ia ada di dalam darahnya.
"Sebagai bos, saya tidak pernah meragui beliau dan keselamatan negara sentiasa menjadi keutamaannya.
"Beliau amat dedikasi dengan unit Cawangan Khas. Beliau akan melakukan apa saja untuk melindungi integriti, imej dan maruah Cawangan Khas," katanya.
Rahim yang terkenal dengan ketegasannya itu turut memuji keberanian anak buahnya itu bersuara sewaktu masih berkhidmat dalam kerajaan.
"Hakikatnya beliau berani mengeluarkan kenyataan semasa masih dalam perkhidmatan kerajaan, itu menunjukkan warna sebenarnya. Beliau berani kerana benar," kata Rahim.

Ibu bapa dengan anak yang menuntut di luar negara tak lena tidur

oleh Joe Leong
Ringgit terus menurun pada 24 Ogos mencecah tahap RM4.24 berbanding Dolar Amerika Syarikat, buat kali pertama sejak krisis kewangan Asia 17 tahun lalu.
Selepas dibuka pada tahap 4.17, ringgit disebut pada 4.2430/2520 pada jam 9.30 pagi berbanding dolar AS, daripada 4.1800/1880 pada pukul 5 petang Jumaat lepas (21 Ogos).
Peniaga berkata bank-bank asing masih menjual matawang tempatan itu, yang kini berada di bawah tekanan kekurangan petunjuk domestik, kejatuhan harga minyak mentah dan kebimbangan yang berterusan mengenai ekonomi China telah menjejaskan selera risiko global, demikian menurut laporan Bernama.
Ringgit juga terus merosot berbanding dolar Singapura kepada 2.9990/0060 daripada 2.9694/9753 pada 21 Ogos, dan susut berbanding yen kepada 3.4930/5007 daripada 3.3981/4060.
Unit tempatan susut berbanding pound sterling kepada 6.6479/6646 daripada 6.5672/5814 dan lemah berbanding euro kepada 4.8497/8617 daripada 4.7033/7132 Jumaat.
Sementara itu, Reuters menyatakan dalam laporannya pada 24 Ogos bahawa rizab antarabangsa Malaysia jatuh kepada AS$94.5 bilion (RM397.81 bilion) pada 14 Ogos daripada AS $ 96.7 pada 31 Julai, menerusi data bank pusat pada 23 Ogos.
Najib RazakNajib Razak
Walau bagaimanapun, Perdana Menteri Najib Razak berkata kerajaan tidak harus sama sekali dipersalahkan kerana kejatuhan nilai ringgit, semasa merasmikan mesyuarat Umno cawangan Padang Besar, Kangar dan Arau, di Kangar Ahad lalu.
“Walaupun saya tidak menafikan ada masalah yang kita perlu tangani, kita perlu ada perspektif bahawa punca sebenarnya adalah faktor luaran dan di luar kawalan kita. Sebagai contoh, adakah kita boleh mengawal harga minyak? Tidak!"
Sementara rakyat sedang menunggu tindakan kerajaan untuk menangani kejatuhan ringgit, mereka menderita disebabkan mata wang Malaysia yang semakin menjunam.
Sebagai contoh, arkitek Bazuki Muhammad di Johor dilaporkan "tidak nyenyak tidur bimbang tentang wang" selepas menghantar anak perempuannya belajar di Amerika Syarikat dua minggu lalu.
Anak tunggal Bazuki, Intan Nur Aisyah, 19, sedang menuntut dalam bidang Psikologi di Central Oklahoma University. Beliau adalah antara ramai ibu bapa Malaysia yang merasai keperitan ini disebabkan oleh susut nilai ringgit berbanding dolar AS.
"Saya tertanya-tanya bagaimana tempoh dua tahun akan datang untuk pendidikan anak perempuan saya, jika ringgit terus merudum," katanya kepada The Star Online pada 23 Ogos.
"Saya tidak pernah menjangkakan kadar pertukaran untuk merudum dari RM3.20 ke RM4.11 dalam tempoh setahun.
Tiga minggu lalu, saya menukar duit sebanyak RM3,800 bagi AS$1,000 untuk perbelanjaan Intan. Sekarang saya perlu membayar RM4,100 untuk mendapatkan jumlah Dolar AS yang sama," katanya.

#Langkahsiswa enggan berganjak

 Walaupun diarah beredar dari luar kawasan parlimen, mahasiswa yang menyertai kempen #langkahsiswa enggan berbuat demikian dan bertegas mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi maklum balas terhadap tiga tuntutan mereka.
Koordinator kumpulan itu, Lau Yi Leong berkata mereka tidak akan berganjak dari situ dan menegaskan tidak akan membuat sebarang kekecohan.
“Kami tidak akan beredar. Kami dituduh membuat vandalisme tapi sebenarnya kami hanya duduk untuk menunggu PM memberi maklum balas,” katanya kepada Malaysiakini.
Seramai 15 anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tiba di luar kawasan parlimen pada jam 10 pagi tadi dan mengarahkan kumpulan itu untuk beredar.
Mereka berunding selama kira-kira 20 minit dan tiada sebarang rampasan barangan dibuat.
Kakitangan DBKL akhirnya meninggalkan kawasan itu.
Sejak petang semalam aktivis #langkahsiswa berkampung dis itu dalam keadaan hujan dan duduk hanya berlapikkan kanvas.
Mereka mendesak Najib untuk meletakkan jawatan kerana tidak berpuas hati dengan isu skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mesyuarat khas Majlis Peguam isu derma Najib

 Majlis Peguam memanggil sebuah mesyuarat agung khas (EGM) membincangkan dakwaan gangguan ketara dalam siasatan kes derma RM2.6 bilion kepada Datuk Seri Najib Razak.
Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas badan itu Jumaat lalu.
Dalam makluman kepada peguam-peguam, EGM itu ditetapkan pada 12 September tetapi tempat dan butiran lanjut agenda belum dimaklumkan buat masa ini.
“Perkara untuk dibincangkan dalam EGM termasuk laporan-laporan campur tangan dalam siasatan yang sedang berlangsung dalam isu aliran dana daripada SRC International Sdn Bhd (bekas anak syarikat 1MDB) dan perpindahan RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi perdana menteri...
“...dan juga langkah-langkah yang patut diambil Majlis Peguam untuk memperkukuh dan menjunjung kedaulatan undang-undang, dan untuk mengelakkan pentadbiran keadilan daripada menjadi sumbang,” menurut makluman itu.
Kes itu sebelum ini disiasat oleh pasukan khas empat agensi penguatkuasaan utama, termasuk polis, Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Negara dan Jabatan Peguam Negara.
Ia bagaimanapun tidak lagi diteruskan selepas berlaku pertukaran peguam negara.
Majlis Peguam pada 17 Ogos lalu berkata tidak akan mengambil bahagian dalam jawatankuasa yang dicadang kerajaan bagi menyelia pembiayaan politik.
Presidennya Steven Thiru (atas) berkata apa-apa perbincangan mengenai undang-undang baru perlu menunggu selesainya siasatan yang sedang berjalan terhadap pemindahan dana 1MDB.
Dakwanya, sesuatu sumbangan derma dalam akaun bank peribadi Najib, masih dalam definisi "suapan" bawah Seksyen 3 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Polis tidak faham istilah demokrasi – Pakar akademik

Perhimpunan aman Bersih 4.0 sama sekali tidak menggugat demokrasi berperlembagaan atau mengancam keselamatan negara.
bersih-4
PETALING JAYA: Pensyarah Undang-undang Universiti Malaya (UM), Azmi Sharom mengkritik Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana membuat kenyataan yang bertentangan dengan prinsip demokrasi.
Katanya, kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh polis menunjukkan pasukan keselamatan itu tidak memahami istilah sebenar demokrasi berperlembagaan.
Katanya, perhimpunan aman Bersih 4.0 sama sekali tidak menggugat demokrasi berperlembagaan atau mengancam keselamatan negara.
“Polis tak faham makna demokrasi. Perhimpunan aman dibenarkan selagi tidak membabitkan senjata yang boleh menggugat keselamatan awam.
“Kita mengadakan perhimpunan aman untuk menyuarakan kekhuatiran kepada masa depan negara dan rakyat. Itulah maknanya demokrasi.
“Bagaimana polis boleh mengatakan perhimpunan aman boleh mengancam demokrasi? Seksyen 124 Kanun Keseksaan itu untuk kesalahan melakukan keganasan bukan protes secara aman,” tegasnya.
Azmi diminta mengulas amaran Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Mohd Isa yang menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati membuat kenyataan atau komen mengenai perhimpunan Bersih 4.0 yang dirancang hujung minggu ini.
Tajuddin berkata, polis sedang mengawasi dan memantau secara dekat kenyataan dan komen yang dibuat untuk memastikan tidak menggugat demokrasi berpelembagaan.
“Kita akan pantau dan akan siasat kenyataan-kenyataan mengikut Seksyen 124,” katanya dalam sidang media di DBKL.

Amaran keras DBKL kepada peserta BERSIH 4.0

Penganjur dicadang mengadakan perhimpunan di Stadium Titiwangsa atau Stadium Nasional Bukit Jalil yang lebih sesuai.
dbkl-bersih
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi amaran keras kepada penganjur dan peserta perhimpunan Bersih 4.0 supaya tidak menceroboh atau membina sebarang khemah bermula dari Dataran Merdeka sehingga Dataran DBKL.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mohd Amin Nordin Abd Aziz berkata, jika ingkar, DBKL akan merampas dan menyita khemah-khemah yang didirikan di kawasan larangan tersebut.
“Saya ingatkan peserta Bersih 4.0 tidak memasuki kawasan larangan tersebut mahupun mendirikan sebarang sturuktur khemah atau kanopi sama ada di sekitar bahu jalan atau atas bahu jalan.
“Kita akan ambil tindakan tegas terhadap mereka yang degil,” katanya dalam sidang media di Menara1 DBKL pada Selasa.
Tegasnya, DBKL tidak memberi kelulusan kepada penganjur Bersih 4.0 kerana Dataran Merdeka bukan untuk berpolitik tetapi untuk menjalankan aktiviti kebangsaan, sukan, Kebudayaan dan Keagamaan.
Katanya, DBKL dan poilis akan mengawal ketat sekitar kawasan Dataran Merdeka dan Dataran DBKL yang sedang digunakan untuk sambutan Hari Kemerdekaan.
“Perlu diingatkan Dataran Merdeka adalah kepunyaan DBKL dan dalam apa jua keadaan sekalipun kami tidak akan benarkan Dataran Merdeka digunakan untuk Bersih 4.0,” katanya.
Mohd Amin mencadangkan penganjur mengadakan perhimpunan Bersih 4.0 ini diadakan di Stadium Titiwangsa atau di Stadium Nasional Bukit Jalil.
“Jika mereka memohon, kita benarkan mereka adakan perhimpunan dalam stadium yang lebih sesuai untuk perhimpunan aman,” katanya.

Abim seru umat Islam sertai Bersih 4, hapuskan kebangsatan

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menyeru umat Islam agar menyertai himpunan Bersih 4 bagi menghentikan kebangsatan umat Islam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 25 Ogos, 2015. 
Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menyeru umat Islam agar menyertai himpunan Bersih 4 bagi menghentikan kebangsatan umat Islam. 

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) hari ini menyeru umat Islam agar menyertai himpunan Bersih 4 bagi menghentikan kebangsatan umat Islam yang khususnya kaum Melayu.
Presiden Abim Amidi Abd Manan berkata, ruang hak asasi manusia seperti yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan perlu digunakan bagi tujuan menghentikan kebangsatan berkenaan.
"Keangkuhan dan kesombongan kepimpinan terhadap peringatan demi peringatan berkaitan rasuah, salah guna kuasa, penindasan, politik fitnah dan pembaziran tidak diendahkan selama ini.

"Abim menegaskan agar mesej dakwah ini tidak dicemari dengan perkara-perkara yang boleh mengundang kemurkaan Allah dan melampaui batasan undang-undang. "Sehingga melanggar prinsip demokrasi berparlimen seperti vandalisme, provokasi melampau dan sebagainya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Amidi (gambar, kiri) berkata kebangsatan dan kesialan sesuatu ummah atau bangsa adalah disebabkan kemungkaran yang bersarang dan berleluasa serta direstui segenap kalangan.
Katanya, umat yang terbaik didirikan dengan keberanian melaksanakan dakwah.
"Dakwah bermaksud menganjurkan kebaikan dan mencegah kemungkaran.
"Dakwah adalah komitmen yang ditunjukkan oleh para sahabat Rasulullah yang mengakhiri kebangsatan bangsa Arab terhina dibelenggu kemungkaran dan jauh dari kebaikan," katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Ahad berkata orang Melayu Islam akan "terbangsat" sekiranya Umno tidak lagi memerintah negara.
Katanya, perkataan bangsat dipilih kerana tidak ada perkataan lain yang boleh menggambarkan keadaan orang Melayu, yang akan cukup tertekan jika Umno kehilangan kuasa.
"Saya pilih perkataan orang Melayu akan terbangsat kalau Umno hilang kuasa. Terbangsat... tidak ada perkataan yang boleh menggambarkan untung nasib yang cukup tertekan, hilang segala-galanya, hilang kuasa, hilang maruah dan hilang masa depan," katanya.
"Kalau tak ada Umno, apa berlaku dekat orang Melayu Islam? Ada orang kata, kami akan tersungkur, kecundang, tertiarap."

Maaf, T-shirt kuning habis stok, kata Bersih selepas jualan pecah rekod

Pejabat Bersih 2.0 diserbu orang ramai yang beratur panjang sejak pagi berharap untuk membeli T-shirt yang hanya tinggal berbaki kira-kira 5,000. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 25 Ogos, 2015. 
Pejabat Bersih 2.0 diserbu orang ramai yang beratur panjang sejak pagi berharap untuk membeli T-shirt yang hanya tinggal berbaki kira-kira 5,000.

 Selepas mencetak 35,000 helai T-shirt Bersih, penganjur perhimpunan Bersih 4 hari ini berkata, ia masih menerima permintaan tinggi walaupun pembekalnya kini kehabisan kain kuning untuk menghasilkan baju tersebut.
Pejabat Bersih 2.0 diserbu orang ramai yang beratur panjang sejak pagi berharap untuk membeli T-shirt yang hanya tinggal berbaki kira-kira 5,000.
"Bertahun saya berkerja dengan Bersih 2.0, saya tidak pernah melihat jualan T-shirt begitu cepat laku atau sambutan yang begini menggalakkan dari rakyat Malaysia.

"Kita tidak boleh mencetak lagi kerana pembekal sudah kehabisan pakaian kuning dan stok terakhir dijangka akan terjual dalam masa sejam ini," kata pengurus seketariat Bersih 4 Mandeep Singh kepada The Malaysian Insider. Pejabat itu terpaksa ditutup pada hujung minggu baru-baru ini kerana mereka kehabisan bekalan T-shirt kuning.
Pada pagi Isnin, mereka menambah bekalan sebanyak 3,000 helai dan dalam tempoh 40 minit sahaja, hampir semua yang bersaiz besar habis dijual.

Bersih 4.0 masih gagal memenuhi syarat Akta Perhimpunan Aman - Polis

Bersih 4.0 masih gagal memenuhi syarat Akta Perhimpunan Aman - PolisKUALA LUMPUR: Polis sehingga kini menyifatkan perhimpunan yang dirancang diadakan di ibu kota, hujung minggu ini sebagai 'tidak dibenarkan' atau haram kerana masih gagal memenuhi syarat Akta Perhimpunan Aman 2012.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata mengikut Seksyen 9 akta tersebut, pihak penganjur perlu mendapat kebenaran pemilik tempat, sebelum boleh mengadakan perhimpunan itu.

Bagaimanapun, setakat ini, katanya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tetap bertegas tidak membenarkan perhimpunan itu diadakan, khususnya di Dataran Merdeka dan Dataran DBKL serta kawasan sekitarnya.

"Kita akan ambil tindakan tegas (ke atas peserta) mengikut apa jua peruntukan yg ada. Undang-undang dah ada patuhilah ia," katanya dalam sidang media bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mhd Amin Nordin di sini, hari ini.

Tajuddin berkata pihaknya tidak mempunyai masalah membantu penganjur perhimpunan sekiranya mereka mematuhi sepenuhnya undang-undang dan mengadakan perhimpunan di tempat tertutup seperti stadium sebagai mana dicadangkan Mhd Amin.

Nazir Razak siar satu lagi mesej berkias kepada ‘orang kuasa’ di Instagram

Mesej terbaru di akaun Instagram adik perdana menteri, Datuk Seri Nazir Razak, yang menyarankan agar ‘orang kuasa’ berhati-hati dengan kenyataan mereka yang boleh mempengaruhi sentimen pasaran. – Gambar Instagram, 25 Ogos, 2015. 
Mesej terbaru di akaun Instagram adik perdana menteri, Datuk Seri Nazir Razak, yang menyarankan agar ‘orang kuasa’ berhati-hati dengan kenyataan mereka yang boleh mempengaruhi sentimen pasaran.

Adik perdana menteri, Datuk Seri Nazir Razak, terus mengundang perhatian ramai pengamat politik tanahair menerusi mesej penuh makna terbaru beliau di akaun Instagramnya.
Kali ini, bos nombor satu kumpulan perbankan CIMB itu menggunakan gambar patung lembu (bull), simbol yang biasa kelihatan di mana-mana bursa saham, dalam keadaan terbaring.
Dalam istilah saham, pasaran "bull" menggambarkan pasaran yang sedang meningkat naik, berdasarkan cara haiwan itu menyerang musuhnya dengan menanduk ke atas. Ia juga boleh mewakili nilai bon atau matawang yang naik.

Mengiringi gambar itu adalah mesej Nazir menyarankan agar "orang kuasa" (power people) berhati-hati dengan kenyataan mereka yang boleh mempengaruhi sentimen pasaran. "Mati atau cedera? China yang akan menentukan, tetapi satu normal baru (dengan nilai relatif) akan muncul bagi kebanyakan pasaran baru muncul. Terima dan laraskan segera.
"Sementara itu, modal sangat sensitif; berita buruk dan petanda buruk diperbesarkan, jadi, orang 'kuasa' mesti elak bercakap benda bodoh," tulis Nazir.

Jangan perbodohkan rakyat, titah sultan Johor


Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan pemimpin kerajaan supaya memikul tanggungjawab dengan penuh amanah untuk kepentingan umum dan tidak mengutamakan kepentingan peribadi.
Sultan Johor bertitah, rakyat hari ini berilmu dan bijak menilai sendiri maklumat yang disampaikan kepada mereka.
“Rakyat pada hari ini adalah generasi yang berilmu dan bijak menilai maklumat yang diterima, janganlah cuba memperbodohkan rakyat dengan memberikan berita dan maklumat yang hanya sedap untuk didengar bagi menutup keadaan sebenar.
“Selesaikanlah masalah masalah yang timbul dengan segera,” titah baginda sempena hari ulang tahun Rejimen Gerak Khas yang ke-50.
Petikan ucapan itu, yang tidak menyebut secara khusus individu tertentu, dimuat naik ke Facebook Johor Southern Tigers hari ini.
Dalam ucapan itu, sultan Ismail turut menyatakan kebimbangan terhadap masalah politik dan ekonomi yang melanda negara ini.
Serigala pimpin biri-biri
Keluarga diraja Johor terkenal sebagai pihak yang banyak menyentuh isu semasa negara dalam negara ini, tetapi menafikan cuba campur tangan dalam hal ehwal politik.
Sementara itu, Tengku Mahkota Johor Brigadier Jeneral Tunku Ismail pula dalam Facebook sama turut menulis kiasan tajam tentang kualiti seorang pemimpin.
“Ada serigala yang memimpin kawanan biri-biri, berbeza dengan serigala yang memimpin serigala,” katanya.

Don’t take rakyat for fools, says Johor Sultan

The ruler calls for immediate resolution of political and economic crises.
sultan-johor
PETALING JAYA: The Sultan of Johor has told Putrajaya to “immediately” resolve the political and economic crises the country is facing.
In an address marking the 50th anniversary of the Special Forces Regiment, he also told elected representatives to “set aside personal differences” and “shoulder the public responsibilities entrusted to them.”
Excerpts of the royal speech were uploaded to the Johor Southern Tigers Facebook page.
Acknowledging that he could not interefere in political matters, he said he nevertheless was “responsible for the well-being and prospreity” of his subjects.
“I am aware and sensitive to the concerns of my subjects,” he said. “The unstable political and economic situation the country is in now, is a major issue which has to be dealt with immediately.
“Therefore, I urge the ruling government to deal with the problems we are facing now, among which is the deteriorating value of the ringgit.”
He rebuked the government for what he said was its attempt to hide the truth from the public.
“The rakyat today are a generation of smart and learned people who can dissect information they receive,” he said.
“So please do not take them as fools by feeding them rosy news and information to hide what is really going on. Deal with the problems at hand immediately.”
The Sultan also told “outsiders who do not understand Johor’s history” to “refrain from interfering in Johor’s affairs.”
He espressed hope that “Johoreans of all cultures and faiths” would remain united and continue to live in harmony.

Sultan Johor titah kerajaan atasi segera kejatuhan nilai Ringgit

Baginda juga menasihatkan pemimpin supaya tidak memperbodohkan rakyat dengan membuat kenyataan yang hanya sedap didengar bagi menutup keadaan sebenar.
sultan-johor
PETALING JAYA: Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar mengesa kerajaan Barisan Nasional (BN) menyelesaikan segera masalah negara terutama kejatuhan nilai Ringgit yang semakin teruk.
Baginda bertitah, walaupun tidak boleh mencampuri urusan politik tetapi sebagai Raja, baginda bertanggungjawab untuk memastikan suasana kehidupan rakyat dalam keadaan yang baik, maju dan makmur.
“Saya amat peka dengan rintihan dan keluhan suara hati rakyat saya. Suasana politik dan ekonomi negara yang berada dalam keadaan yang tidak stabil pada masa ini merupakan isu utama yang perlu ditangani oleh kerajaan dengan segera.
“Oleh itu, saya mengesa kepada pihak kerajaan yang memerintah supaya segera menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi sekarang ini, antaranya mengenai kejatuhan nilai ringgit yang amat teruk,” titah baginda sempena Hari Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas ke-50 pada Selasa.
Sultan Ibrahim juga mengingatkan kepada pemimpin pemimpin kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat supaya memikul tanggung jawab dengan penuh amanah untuk kepentingan umum dan jangan mengutamakan kepentingan peribadi.
Baginda juga menegur pemimpin yang memperbodohkan rakyat dengan membuat kenyataan yang hanya sedap untuk didengar bagi menutup keadaan sebenar.
“Rakyat pada hari ini adalah generasi yang berilmu dan bijak menilai maklumat yang diterima, janganlah cuba memperbodohkan rakyat dengan memberikan berita dan maklumat yang hanya sedap untuk didengar bagi menutup keadaan sebenar. Selesaikanlah masalah masalah yang timbul dengan segera,” titah baginda.

Sultan Johor: Selesaikan kejatuhan amat teruk ringgit


Peka pada rintihan rakyat, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah kerajaan perlu menangani keadaan politik dan ekonomi yang tidak stabil.
Baginda bertitah, walaupun raja tidak boleh mencampuri politik, baginda tetap bertanggungjawab memastikan kehidupan rakyat Johor dalam keadaan baik, maju dan makmur.
“Oleh itu saya menggesa kepada pihak kerajaan yang memerintah supaya segera menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi sekarang ini, antaranya mengenai kejatuhan nilai ringgit yang amat teruk,” titah baginda.
Ringgit sekarang jatuh melebihi paras RM4 untuk sedolar Amerika Syarikat, prestasi terburuk dalam 17 tahun.
Laporan menyebut ia antaranya berpunca daripada kejatuhan harga komoditi, pengaruh matawang China, jangkaan kadar faedah Amerika Syarikat serta keadaan politik yang tidak stabil.
Baginda bertitah demikian sempena hari ulang tahun Rejimen Gerak Khas yang ke-50. Petikan ucapan itu dimuat naik ke Facebook Johor Southern Tigers hari ini.
Urusan orang Johor
Sementara itu, mengulas penggunaan istilah Bangsa Johor, Sultan Ibrahim bertitah bahawa ia bukan istilah atau konsep baru.
Malah, titah baginda, lagu negeri sendiri dinamakan “Lagu Bangsa Johor”.
“Oleh itu, kepada orang luar yang tidak tahu sejarah Johor, Saya nasihatkan supaya jangan masuk campur dalam urusan orang Johor.
“Saya berharap rakyat bangsa Johor yang berbilang agama dan keturunan akan hidup harmoni dan bersatu padu demi untuk kemakmuran dan keamanan Negeri Johor Darul Ta'zim,” titah baginda lagi.

Hadi: Wakil rakyat PAS ingkar baiah akan dilaknat

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata wakil rakyat PAS yang gagal mematuhi sumpah baiah perlu bersedia menerima laknat oleh Allah dan Rasulullah SAW.
Katanya, lafaz sumpah taat setia kepada parti terkandung dalam baiah yang ditandatangani sebelum bersetuju menjadi calon atas tiket PAS pada pilihan raya umum lalu, sama ada menang atau kalah, lapor Berita Harian hari ini.
"Setiap wakil rakyat PAS ada sumpah... baiah.
"Itu adalah satu sumpah jika mereka tidak patuh kepada parti dan arahan parti, mereka akan dilaknat.
"(Itu) mereka sebut sendiri dan mereka (perlu) mengosongkan kawasan. Itu kawasan yang mereka buat," katanya seperti dilaporkan akhbar itu.
Penegasan itu diberikan ekoran beberapa wakil rakyat PAS yang disingkirkan dalam pemilihan parti, membentuk Gerakan Harapan Baru (GHB) dan bercadang mahu menubuhkan parti Islam baru yang bakal diumumkan pada 31 Ogos ini.
Susulan itu juga, kepimpinan PAS di beberapa kawasan di Selangor dan Johor meletakkan jawatan dan mengumumkan untuk menyertai parti Islam itu selepas ini.

Letak Jawatan: 'PAS S'gor tak lumpuh, PAS Johor gembira'

Ekoran peletakan jawatan beramai-ramai melibatkan kepimpinan PAS di Selangor, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS di negeri itu tidak akan lumpuh dan kawasan yang terlibat tidak akan terbubar.
Katanya, kekosongan jawatan yang melepaskan bakal diisi dengan pemimpin bari berdasarkan peraturan pentadbiran yang sedia ada, lapor Sinar Harian hari ini.
"Bahkan kita mendapat maklum balas daripada pelbagai kalangan kemasukan ahli baru berlipar kali ganda bukan sahaja menjadi ahli PAS bahkan menjadi pemimpin kerana kita mempunyai barisan pelapis yang ramai," katanya seperti dilapor akhbar itu.
Minggu lalu dilaporkan beberapa kepimpinan PAS di Shah Alam, Kelana Jaya, Kota Raja, Kapar dan Klang bersama-sama ahli akar umbi melepaskan jawatan dan mengumumkan akan menyertai parti Islam baru yang dicadangkan oleh Gerakan Harapan Baru (GHB).

Parti Islam itu yang dilapor dikenali sebagai Parti Amanah Rakyat bakal diumumkan pada hujung bulan ini.
Sementara itu, dalam laporan yang lain, akhbar itu menyebut Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Mahfodz Mohamad (gambar) mengalu-alukan peletakan jawatan 16 daripada 32 anggota jawatankuasa PAS Gelang Patah kelmarin minggu lalu, bagi menyertai parti Islam baru itu.
"I'm very happy. Saya selesa apabila mereka letak jawatan kerana mereka memang sudah tidak dapat menjalankan tugas. Elok sangatlah mereka letak jawatan.
"Kita memang tunggu mereka letak jawatan. Banyak masalah dapat diselesaikan kerana sejak Mei mereka tidak jalankan aktiviti kerana menunggu penubuhan parti baru itu malah turut berkempen untuk parti itu," katanya seperti dilapor Sinar Harian hari ini.