KUALA LUMPUR, 24 Ogos:

Pakar Directorate General of Armaments (SGA) tidak dapat mengesahkan 100 peratus flaperon yang ditemui di Pulau Reunion adalah milik pesawat MH370.
Menurut laman web globalresearch.ca, pihak berkuasa Perancis sudah menamatkan analisis teknikal mereka terhadap sayap flaperon yang sepatutnya milik pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-20ER.
Jurutera dikatakan sudah menghantar kesimpulan mereka kepada Pejabat Pendakwaraya Paris, yang mengendalikan siasatan kehakiman.
Globalreserach.ca berkata, menurut sumber mereka, pakar menemui tiada elemen teknikal yang tidak dapat disangkal yang membolehkan mereka mengesahkan bahawa serpihan itu adalah 100 peratus milik pesawat MH370.
Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), berkata pasukan itu, yang ditugaskan oleh pegawai Perancis bagi memeriksa flaperon terbabit membuat kesimpulan fasa pertama bagi hasil kerja pemeriksaan mereka.
“Pihak berkuasa Perancis, dalam perundingan dengan Malaysia, akan memberi perkembangan progres apabila sampai masanya nanti,” kata ATSB.