Ahad, 23 Ogos 2015

Tegur Putrajaya: Bekas Timb Pengarah SB sedia hadapi risiko

DAMANSARA - "Saya dengan nama ALLAH tidak akan berkompromi prinsip berani kerana benar dan akan bekerja penuh amanah dan tanggungjawab," demikian luahan bekas Timbalan
Pengarah Cawangan Khas 1 Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador mengenai pendedahan berisiko beliau terhadap kepincangan yang berlaku kini.
 
Abdul Hamid Bador Katanya, beliau akan sentiasa 'membuka mulut' termasuk berdepan dengan risiko berat akibat daripada perbuatan beliau tersebut.
 
"Saya akan terus buka mulut. Bukan untuk diri saya, saya sekarang ini berhadapan dengan risiko berat sebab tiada seorang pun yang berani berbuat demikian.
 
"Saya hendak lihat tindak balas itu. Tapi kerja ini dibuat bukan ‎atas kapasiti individu tetapi ini demi negara.
 
"Bukan untuk Melayu tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia. Saya seru pada kerajaan kembali kepada rakyat. Dan segala pendedahan ini mungkin ada keperluan di masa akan datang, kalau diperlukan penjelasan lanjut saya dengan rendah hati menawar diri untuk tampil sekali lagi," katanya kepada media di Damansara hari ini. 
 
Dalam pada itu Abdul berkata, beliau berharap pihak yang menjaga  media perdana menteri agar tidak bertindak menghalang sebarang maklumat sampai kepada perdana menteri.
 
"Saya seru pihak kawal media bagi pihak PM supaya jangan menghalang maklumat kepada  PM. Mungkin sebab ini PM tidak dapat maklumat, 'kuasa halimunan' yang pindahkan saya, " katanya.

BERSIH 4 : Kesungguhan Rakyat Selamatkan Malaysia

OLEH DR SITI MARIAH MAHMUD


Kita sudah berjaya bersama-sama dengan seluruh rakyat berbilang kaum dalam penganjuran siri himpunan dan kebangkitan rakyat bagi menuntut Pilihan Raya yang Bersih dan Adil, khususnya menerusi BERSIH 1 (10 November 2007), BERSIH 2 (9 Julai 2011) dan BERSIH 3 (28 April 2012).

Lanjutan daripada perjuangan ini, Wanita Harapan Baru Malaysia (WHBM) komited dan konsistan menyokong penuh penganjuran Himpunan Aman Rakyat BERSIH 4 yang akan berlangsung dari 29 sehingga 30 Ogos 2015 akan datang.

WHBM sekaligus menyokong empat tuntutan Bersih 5 iaitu:

1. pilihan raya bersih
2. kerajaan bersih
3. hak untuk membantah
4. parlimen berdemokrasi
5. selamatkan ekonomi

Solidariti semua warga tanpa mengira kaum, agama, gender dan peringkat usia untuk TURUN dan TURUT menyertai Himpunan Aman BERSIH 4 ini adalah sangat signifikan dan butuh dalam usaha kita menyelamatkan Malaysia. Ia semakin manis menjelang sambutan kemerdekaan Malaysia kali yang ke 58 yang kita akan sambut bersama pada 31 Ogos 2015 nanti.

WHBM memahami bahawa rakyat sedang berhadapan kesempitan hidup kerana cukai baharu (GST), inflasi, nilai ringgit jatuh menjunam dan masalah ekonomi yang lain yang akhirnya membawa kepada masalah sosial yang semakin parah.

Bagi mencapai tuntutan ini, selain polisi-polisi ekonomi yang lebih berkesan, rakyat Malaysia harus berani memerangi rasuah, penyalahgunaan kuasa dan urustadbir bobrok yang mewarnai negara akibat kerajaan serta pemimpin yang tidak amanah.

Ini termasuk Skandal 1MDB yang melibatkan hutang sebanyak RM42 bilion, dan berkaitan dengan itu, RM 2.67 bilion didakwa dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

TU DIA.. !!!!! Mati bersama2 Najib lebih mulia drpd mati kemalangan...

Di saat UMNO nyawa2 ikan, makin banyak puok2 UMNO berlumba2 NAK JILAT NAJIB SAMPAI MATI..

Kerana mati bersama Najib itu satu kemuliaan...

SIAPA NAK MATI BERSAMA NAJIB !!!.. sila order cepat2 kain kapan berlogo keris telanjang.. sebelum kehabisan stok... trugi tau tak mati mati bersama Najib.. nanti Najib bagi syafaat Islam Wasatiyahnya kepada hamba jilatnya...

SPRM Masih Menyiasat RM2.6bilion.. Apa Cerita?

1. 3 dan 5 Ogos SPRM kata hanya RM2.6bilion bukan daripada 1MDB, tetapi belum menafikan pengelibatan SRC International sdn bhd, syarikat milik Kementerian Kewangan.
2. Pada 2 julai The Street Journal surat khabar harian milik Dow Jones mendakwa SRC International Sdn Bhd telah menyalurkan RM42juta ke akaun peribadi Perdana Menteri di AmBank. Sehingga kini belum ada penafian daripada Perdana Menteri berkaitan dakwaan tersebut. 
3. SPRM sedang memburu Nik Faisal Arif Kamil Pengarah urusan SRC dan Datuk Suboh Md Yamin Pengarah syarikat itu, namun hingga kini kedua-dua individu tersebut gagal dikesan.
4. SRC International menjadi perhatian kerana mendapat pinjaman RM4bilion daripada KWAP. 
5. Kini, bukan sahaja pembangkang akan tetapi rakyat juga mahu mengetahui duduk perkara pengelibatan SRC International berkaitan wang yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri.
6. Selagi belum ada penjelasan berkaitan RM42juta, selagi itu wujud persepsi bahawa wang KWAP digunakan untuk disalurkan ke akaun Perdana Menteri.

Tidak, tidak, tidak! Rampasan kuasa di Malaysia adalah hampir mustahil

oleh Alyaa Alhadjri

Terdapat dua cara utama di mana seluruh kerajaan dapat ditukar. Cara yang sah. Dan cara yang tidak berapa sah. Setakat ini cubaan yang sah untuk menukar kerajaan telah dilakukan, iaitu melalui peti undi dalam pilihan raya. Ianya turut sah untuk menukar kepimpinan sesebuah kerajaan melalui undi tidak percaya di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri; atau menghantar petisyen terus kepada ketua negeri/negara.

Jadi, apakah cara yang dianggap cubaan ‘tidak begitu sah’ untuk menukar kerajaan? Terdapat beberapa contoh di seluruh rantau Asia Tenggara. Prayuth Chan-ocha Selepas hampir enam bulan bergelut adlam pergolakan politik, Angkatan Tentera Diraja Thai pimpinan Jeneral Prayuth Chan-ocha telah melancar rampasan kuasa ke atas kerajaan sementara di bawah Perdana Menteri Niwatthamrong Boonsongpaisan pada 22 Mei 2014.

Pihak tentera itu kemudian meubuhkan junta yang dipanggil Majlis Nasional Keamanan dan Ketenteraman (NCPO) untuk mentadbir negara dan menamakan Prayuth sebagai perdana menteri. Empat hari selepas rampasan kuasa, Raja Thailand Bhumibol Adulyadej turut melantik Prayuth secara rasmi untuk mentadbir negara itu dan pengiktirafan diraja ini dilihat sebagai pengesahtarafan pengambil alihan secara paksaan itu.

Pada Jun, Reuters memetik Prayuth menolak khabar angin rampasan kuasa kembali ke atas kerajaan tentera Junta beliau. Sehingga bulan lalu, Junta itu berkata pilihan raya akan diadakan pada September 2016.

Sementara itu, kuasa pencabar telah berikrar untuk berkuasa di Myanmar yang telah melalui satu tempoh reformasi pesat sejak junta tentera menyerahkan kuasa kepada kerajaan separa awam pada 2011.

Pada 19 Ogos, BBC telah melaporkan bahawa Myanmar menggulingkan ketua parti pemerintah yang terselamat ujian kritikal secara tipis sahaja apabila penggubal undang-undang mengundi untuk menggantung perbincangan rang undang-undang kontroversi yang mungkin boleh mempercepatkan kejatuhan beliau.

Undian itu menyerlahkan sokongan di Parlimen buat Shwe Mann, yang telah diketepikan secara dramatik sebagai pengerusi Parti Kesatuan Solidariti dan Pembangunan (USDP) oleh Presiden Thein Sein minggu lalu tetapi kekal sebagai speaker Dewan Rakyat.

Bukan sengaja berpecah dari Pas - Phahrolrazi


Ir Phahrolrazi Zawawi

SUNGAI PETANI - Bekas pimpinan dan ahli Pas bukan sengaja berpecah dari parti itu tetapi untuk membina gabungan lebih kuat dalam menghadapi BN pada PRU14.

Presiden Pasma, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, keputusan itu dibuat selepas Pas mengambil ketetapan untuk memutuskan hubungan dengan DAP pada muktamar tahunannya baru-baru ini.

“Kalau kita (Pas) bergerak sendirian ia tidak akan ke mana. Sebab itu Harapan Baru diwujudkan sebagai satu langkah untuk menubuhkan parti politik dan PR baharu.

“Bukan sengaja kita berpecah dari Pas tetapi kita perlu ada gabungan baru yang lebih kuat untuk menghadapi pihak lawan,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Harapan Baru peringkat negeri di Dewan Hock Teik Soo, Sungai Lalang, di sini, malam tadi.

Menurutnya, banyak kenangan manis politik antara rakan Pas, PKR dan DAP pada sebelum ini, namun ia sudah terkubur.

“Sebagai sebuah NGO, saya yakin kita mesti mempunyai gandingan mantap bersama DAP, PKR dan lain-lain NGO untuk menghadapi BN.

Kita tidak boleh bersendirian untuk lawan mereka kerana sejarah membuktikan bahawa kalau lawan BN secara sendirian tidak memberikan banyak hasil,” katanya.

Jamilah Ibrahim : Kami sayang Pas tapi kecewa...


Jamilah Ibrahim

SUNGAI PETANI - Bekas pimpinan Pas yang bertindak menubuhkan Harapan Baru mengakui masih sayang kepada parti itu.

Oleh itu, mereka tidak mahu bermusuh dengan parti Islam itu kerana sudah lama berkhidmat dengannya.

Bekas Ketua Muslimat Pas Pusat, Jamilah Ibrahim berkata, tindakan mereka menubuhkan parti baharu adalah untuk meneruskan kesinambungan perjuangan gerakan Islam.

“Saya sudah 30 tahun berkhidmat dalam Pas tetapi dalam keadaan sekarang kita tidak bermusuh dengan Pas.

“Kita sayang Pas dan tidak memusuhi mereka. Tapi kita kecewa apabila sudah hampir untuk mencapai ke Putrajaya, pimpinan tertinggi buat keputusan yang kita sendiri tidak mampu ikut,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Harapan Baru peringkat negeri di Dewan Hock Teik Soo, Sungai Lalang, di sini, malam tadi.

Disebabkan keputusan itu, beliau berkata, beberapa pimpinan Pas bertindak menubuhkan parti baharu untuk meneruskan perjuangan bersama PKR dan DAP.

“Saya akui kita tidak boleh bersendirian kalau nak berlawan dengan BN. Saya harap pimpinan dan ahli Pas tidak marah kepada Harapan Baru.

“Kami akan bersatu untuk tumbangkan Umno dan BN. Kita akan pastikan juga semua rakyat Kedah bersama parti baharu ini menjelang PRU14,” katanya.

Harapan Baru ibarat ‘nyamuk kecil' - Hadi


Harapan Baru ibarat ‘nyamuk kecil'

ALOR SETAR - Pas menyifatkan Harapan Baru umpama ‘nyamuk kecil’ yang mengganggu ketenteraman parti, namun ia bukanlah suatu masalah besar kepada parti.
 
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu pernah berdepan cabaran lebih besar sebelum kemunculan Harapan Baru dan semua masalah itu mampu diatasi sebaiknya.
 
“Kita anggap ia seperti nyamuk kecil, bukan cabaran besar. Pas pernah hadapi cabaran lebih besar pada tahun 80-an apabila presiden Pas keluar parti, diikuti lebih 10 pimpinan utama sehingga hanya tinggal seorang ahli parlimen ketika itu, iaitu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” katanya, pada sidang media, selepas merasmikan Himpunan Tolak BN atau Perhimpunan Beristiqamah Hingga Kemenangan (Pihak 8.0), di Kompleks Pas Kedah, semalam.
 
Menurutnya, parti itu mampu bangkit semula selepas apa yang berlaku dan membuktikan kes terpencil seperti kewujudan Harapan Baru, mampu diatasi.
 
“Masalah itu lebih mencabar dari sekarang ini. Kita boleh bangkit semula malah dapat menarik lebih ramai penyertaan dari golongan muda,” katanya.
 
Mengulas dakwaan konon Pas kini seolah-olah kembali kepada parti bertaraf kampung atau mengundur, Abdul Hadi bertegas mengatakan hanya pendekatan parti yang berubah.
 

Skandal 1MDB: Jadi anak jantan, mara ke hadapan


Abdul Hamid Bador


DAMANSARA -‎ Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador hari ini menggesa pihak yang terbabit dalam isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) agar tampil memberi jawapan yang meyakinkan kepada rakyat mengenai isu itu.

Katanya, pelbagai polemik timbul berkenaan isu tersebut, sehingga menggusarkan rakyat dan jawapan yang diberikan pihak yang bertanggungjawab pula dilihat begitu mengelirukan sehingga menjejaskan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

"Mengenai kekeliruan yang timbul sekarang iaitu isu tentang 1MDB ini, tampillah ke hadapan, perkara ini mudah dan beritahu rakyat.

"Apa 1MDB ini, ke mana duit. Terang apa yang berlaku kerana sekejap orang bagi kenyataan bercanggah, kenyataan tidak lengkap, bila ditanya tutup soalan. 'What happen (apa berlaku), di mana duit rakyat nak tahu.

"Betul ke berhutang begitu banyak, betul ke duit dah lesap? Kalau tak betul come forward (datang ke hadapan), kenapa  dilambatkan. Rakyat resah, orang kampung resah," katanya kepada media di Damansara hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Hamid berkata, pihak berkenaan perlu berani menghuraikan segala kekusutan dalam isu 1MDB ini.

"You must be brave, be a man come forward (awak mesti berani, jadi 'jantan' dan mara ke hadapan dan kongsilah, insyaALLAH kalau penjelasan benar rakyat dapat terima. Persepsi yang terbina sekarang amat negatif sekali.

"Tetapi bagi kami yang percaya 'rule of law ' yang percaya keutuhan perlembgaaan, saya percaya setiap orang itu ada hak untuk menjelaskan dan hak untuk diberi peluang untuk menjelaskan. Banyak forum yg boleh dilakukan," katanya.

Abdul Hamid Bador: Ditukarkan ke JPM, tapi jawatan tidak wujud


Abdul Hamid Bador

DAMANSARA - Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador ‎berkata, ada sesuatu yang pelik berlaku terhadap pertukaran beliau ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Ujarnya, walaupun beliau diminta untuk ditukarkan ke JPM namun katanya semakan beliau ke atas JPM dan‎ Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) jawatan beliau ke JPM itu belum wujud.

"Sekarang ini saya akan tunggu 17 September ini (hari terakhir lapor diri)‎, mereka  beri sebulan untuk saya lapor diri di JPM, yang hairankan saya, bila saya tanya JPM, jawatan tu 'tak ready' (tidak sedia) lagi. Masih nak berbincang dengan JPA.

"Kalau dah ada jabatan itu, dalam cuti pun saya sanggup pergi, saya batal cuti lapor diri, jawatan pun tiada lagi. Kalau kata ini pengiktirafan, minta maaflah...

"Pada saya, kalau dah jawatan pun belum bersedia, JPA tidak tahu, jadi saya tunggulah. Sama ada saya akan lapor atau tidak," katanya.

Mengulas lanjut Abdul Hamid berkata, pertukaran beliau ke JPM telah dimaklumkan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Dua minggu ‎sebelum ini pada Jumaat tiga petang saya dipanggil oleh TPM untuk  ke pejabat beliau di tingkat 31, Bukit Aman, sebagai pegawai kerajaan yang taat saya pun pergi menghadap beliau.

"Apabila saya dipanggil masuk, perkataan pertama yang keluar dari Zahid Hamidi ialah, Datuk kita kawan tuk. Kita sahabat kita kenal satu sama lain. Saya hanya nak sampaikan pada datuk bahawa saya sudah jumpa PM dan PM telah beri saya dua pilihan. Sama ada saya ditukar ke Majlis Keselamatan Negara atau ke Jabatan Perdana Menteri.

“Saya tergamam dan terkejut sebab sebelum ni saya ada merayu pada Tan Sri Khalid Abu Bakar, saya rayu secara peribadi dengan beliau. Beliau akur wujudnya desas-desus. Saya tak tau macam mana dia dapat tahu tetapi mungkin dimaklumkan dalam mesyuarat," katanya.

Katanya, kenyataan Ahmad itu sangat berat baginya kerana merasakan seperti jasanya tidak dihargai.

An unprecedented PC by an ex senior SB officer

Abdul Hamid Bador: Acts of intimidation and harassment will not go far

RM2.6 billion probe not closed - MACC

"TERBANGSAT": Najib kata.. MELAYU AKAN TERTEKAN...

HILANG kuasa..
HILANG maruah..
HILANG masa depan..
HILANG segala-galanya..
..kalau UMNO HILANG KUASA !!!!

Adakah ini tanda2 UMNO akan tumbang.. sehingga dah meroyan tarik sokongan orang melayu... ???

Sama2 kita nantikan PRU14 nanti...


Skandal 1MDB: Adakah kita akan dapat tahu siapa ‘Geng Hang Tuah’ dan ‘Si Kitol’?

oleh Hazlan Zakaria

Dalam suasana kemusykilan tentang misteri pemindahan kakitangan dan penamatan kontrak pegawai dalam badan penguatkuasaan dan entiti penyiasatan kawal selia yang berkaitan dengan agensi pelaburan kerajaan yang diselubungi hutang 1MDB, bekas orang nombor dua polis Cawangan Khas (SB) telah mendakwa satu penutupan sedang dilakukan.

Seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini, bekas timbalan pengarah SB Abdul Hamid Bador telah mendakwa kewujudan sebuah kumpulan sulit yang beliau gelar “Geng Hang Tuah” sedang cuba untuk menggagalkan penyiasatan 1MDB.

Walaupun enggan untuk mendedahkan identiti mereka yang terlibat buat masa ini, Abdul Hamid memberitahu portal berita itu tentang konspirasi yang dikatakan apabila beliau ditanya mengenai mesej WhatsApp palsu yang tersebar yang melibatkan beliau.

Mesej palsu itu mendakwa bahawa beliau akan membuat satu laporan ke atas bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad kerana didakwa terlibat dalam satu konspirasi dengan editor laman sesawang pemberi maklumat Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown untuk menjatuhkan Perdana Menteri Najib Razak.

Menyalahkan Geng Hang Tuah untuk mesej palsu itu, Abdul Hamid mendakwa bahawa kumpulan itu didalangi oleh ‘Si Kitol’, menggunakan nama pengkhianat yang menjual rahsia ketenteraan Melaka kepada Portugis, justeru membenarkan kuasa Barat itu mengalahkan kerajaan Melayu.

“Saya pasti ianya datang dari kumpulan Hang Tuah yang bertanggungjawab terhadap maklumat palsu ini, termasuklah individu yang dikenali sebagai Si Kitol,” Abdul Hamid memberitahu portal berita itu, berikrar untuk mendedahkan individu itu apabila tiba masanya.

Beliau dilaporkan berkata bahawa kumpulan sulit itu mahu menghentikan sebarang siasatan atau soal jawab berkaitan 1MDB dan sanggup untuk “mencium tangan untuk melindungi kepentingan peribadi”.

Abdul Hamid turut memberitahu portal itu bahawa beliau telah diberi amaran supaya berjaga-jaga tentang perkara ini, tetapi berikrar untuk tetap memberitahu perkara sebenar.

Bekas orang nombor dua SB itu telah dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri untuk ditangungjawabkan menjaga jabatan sekuriti baru dan juga telah diarahkan untuk bercuti sebelum melakukan tugas baru beliau.

Beliau mendakwa kurang jelas tentang sebabnya walaupun KPN Khalid Abu Bakar berkata bahawa pemindahan itu adalah normal.

Pemindahan Abdul Hamid diikuti persaraan ketua SB Akhil Bulat bulan lau, telah menjurus kepada persoalan adakah cawangan perisikan hebat polis itu sedang ‘dibersihkan’.

'Saya Bersumpah Sanggup Mati Demi Untuk Pertahankan Najib', Tapi Majoriti Pembangkang 40,307


Ketua Umno Bahagian Kepong Datuk Ridhuan Abdul Hamid hari ini bersumpah sanggup bermati-matian mempertahankan Presiden umno Datuk Seri Najib Razak supaya beliau dapat terus memimpin parti.

"Saya dan umno bahagian Kepong bersumpah sanggup mati demi mempertahankan Najib", ikrar yang disampaikan oleh Ridhuan dihadapan Najib.

Ridhuan Abdul Hamid berkata, Umno bahagian itu berikrar sedia untuk berperang dengan musuh yang menentang dan sanggup mati untuk bersama dengan Najib.

"Kami akan sentiasa berperang dengan musuh. Kalau hendak mati, kita mati bersama Najib. Itu ikrar.

"Mati dalam politik lebih baik dari mati katak atau mati dalam kemalangan," katanya semasa perasmian mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kepong di sebuah hotel di Kuala Lumpur pagi ini.

Walaubagaimana pun umno bahagian Kepong bersifat hipokrit apabila tiada penambahan pengundi Melayu dalam parlimen P114 Kepong ini melihatkan DAP yang diwakili oleh Tan Seng Giaw memperolehi kemenangan dengan majoriti 40,307 pada PRU13 yang lalu.


Tidak guna sanggup mati mempertahankan Najib sedangkan tidak ada usaha untuk memenangkan Parlimen Kepong.

Jika BN sudah tidak lagi memerintah mungkin mereka tidak lagi sanggup mati demi mempertahankan Najib.

Bekas Timbalan Pengarah SB tampil dedah 4 perkara

Abdul Hamid Bador
DAMANSARA - ‎Bekas‎ Timbalan Pengarah Cawangan‎ Khas I Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador yang ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri hari ini tampil mendedahkan empat perkara kepada umum.
 
Abdul berkata empat perkara itu adalah mengenai peranan dan tanggungjawab beliau dalam Cawangan Khas; pertukaran beliau ke JPM; tekanan penjawat awam terhadap pihak atasan dan nadi rakyat.
 
"Hari ini saya tampil menjelaskan mengenai empat perkara ini demi rakyat Malaysia.
 
"Tiada niat saya untuk popular atau untuk mengkhianati sesiapa," katanya kepada media di Kota Damansara, hari ini.
 
Mengulas mengenai perananya dalam unit tersebut, Abdul berkata, pelbagai tohmahan dan kata nista dikatakan mengenai Cawangan Khas tetapi beliau tetap menganggap ia sebagai satu badan yang bertanggungjawab dalam menjalankan tugas memelihara negara.
 
"Yang pertama yang hendak saya sebut ialah tentang Cawangan Khas banyak telah diperkatakan mengenainya dan banyak pernah dipersendakan dengan pelbagai nama sebelum
ini, oleh mereka yang nakal. Ada yang kata kami ini semua bohong, ada yang baik kata semua betul ada yang nakal panggil siput babi, macam-macam akronim mereka bagikan tetapi selepas 36 tahun lebih saya dalam Cawangan Khas.‎
 
"...yakinlah kesemua yang mendengar penjelasan saya pada pagi ini, Cawangan Khas adalah sebuah organisasi yang amat bertanggungjawab, menjalankan kerja dengan penuh amanah, dedikasi tanpa takut malahan ramai pegawai-pegawai yang menjalankan tanggungjawab, sebelum ini. Unit ini adalah sebuah organisasi yang dianggotai oleh semua kaum dan bukan badan risikan yang dimonopoli oleh kaum Melayu sahaja. 
 
"Unit ini dianggotai oleh segenap lapisan kaum, masyarakat, tanpa mengira kaum dan agama, latar belakang sama ada anak orang kaya atau miskin, berdasarkan kepada merit, dan juga berdasarkan siasatan ke atas latar belakang mereka, ini berani saya cakap.
 
"Sejak penubuhan atau diberikan nama sebagai SB pada tahun 1952 sehingga ke hari ini lebih kurang 63 tahun unit ini dijalankan peranannya untuk mengutip risikan daripada bawah diangkat ke atas dianalisa di peringkat atas, pertengahan selepas itu diangkat dijadikan laporan, dan laporan-laporan inilah akan disampaikan kepada pucuk pimpinan.
 
"Ia dirangkumkan  dalam bentuk amaran, teguran, nasihat cadangan diangkat ke atas, tetapi risikan oleh Cawangan Khas ini akan ditapis, diadun ,disuling edit, akan dibanding dengan maklumat dan sumber-sumber lain, menentukan kesahihan dan ketepatannya, bukan maklumat kualiti rendah atau palsu," katanya.
 
Sementara mengulas mengenai misteri perpindahan beliau ke JPM beliau berkata perkara itu sudah lama kedengaran.
 

'Tuduh DAP 'dibiayai' Yahudi fitnah jahat' - LGE

DAP menyifatkan kenyataan Ketua Umno Sri Gading Datuk Ab Aziz Kaprawi bahawa DAP "dibiayai" Yahudi sebagai "fitnah jahat dan terdesak" demi menutup skandal 1MDB dan sumbangan politik melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menganggap kenyataan pemimpin Umno itu sebagai "hilang akal dan janggal" sekaligus membuktikan parti itu kehilangan idea untuk memerintah dengan menutup dakwaan skandal rasuah dalam kerajaan.
"Oleh itu mereka akan buat fitnah besar yang bodoh tentang konspirasi Yahudi bersama dengan DAP, sungguhpun tidak benar sama sekali," kata Lim dalam satu kenyataan.
"Adalah lebih baik kerajaan persekutuan BN menjelaskan mengapa mereka berhubungan dengan syarikat kewangan besar antarabangsa yang dimiliki oleh Yahudi dalam urusan kewangan 1MDB," katanya lagi.
Semalam Ketua Umno Sri Gading Datuk Ab Aziz Kaprawi mendakwa derma diberi pihak tertentu dari Timur Tengah kepada Datuk Seri Najib Razak sebelum ini bertujuan untuk membiayai perjuangan melawan DAP "yang dibiayai Yahudi".
Beliau berkata, jika parti itu kalah dalam pilihan raya, DAP yang disokong Yahudi akan berkuasa.
Mengulas lanjut, Lim berkata tidak logik langsung bahawa DAP boleh berkuasa sedangkan parti itu bertanding dalam 51 daripada 222 kerusi Parlimen.
Malah, katanya lagi, jika DAP menang semua pun tak mungkin jadi parti terbesar atau berkuasa.
"DAP hanya berdepan dengan calon Umno dalam dua kerusi Parlimen, di mana DAP menang satu dan kalah satu. Takkan perlu RM2.6 bilion untuk lawan DAP dalam dua kerusi Parlimen," kata Lim.
Sehubungan itu, Lim berkata pihaknya akan membuat laporan polis bagi mendesak tindakan diambil terhadap timbalan menteri pengangkutan tersebut ekoran tuduhan yang tidak berasas itu.
"Umno tidak boleh mencari jalan menutup skandal kewangan mereka dengan mengalihkan perhatian menerusi fitnah sedemikian," kata ketua menteri Pulau Pinang itu.

Perkukuhkan Rule of Law

Ibrahim Adham


Dilema politik negara hari ini adalah perseteruan 2 kelompok utama dalam Umno. Bagi mereka yang mahir dan masak dengan politik Umno selama 50 tahun, pertarungan dalaman Umno jauh lebih sengit berbanding politik nasional secara amnya. Disebabkan hegemoni Umno yang besar, sebarang implikasi politik dalaman Umno akan memberi kesan pada politik negara.
Apabila peguam Negara dipecat, 5 orang menteri pegawai penyiasat SPRM ditukar serta merta, pengarah Cawangan Khas dilucutkan jawatan dan ibu pejabat polis Bukit Aman terbakar, kita tahu Umno sedang berperang.
Pelawaan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengajak pembangkang melakukan undi tidak percaya perlu diperhatikan dengan bijaksana. Membiarkan keadaan ini bermaharajalela adalah bacul bagi pemimpin rakyat, menyerah negara pada proksi Dr Mahathir pula hanya akan menambah derita rakyat.

Harapan Baru dan PR 2.0 perlu mendidik rakyat, Rule of Law yang dicabuli Umno adalah punca kepada masalah hari ini. Rakyat perlu dididik, SPRM sebenarnya mempunyai kuasa menyiasat sesiapa sahaja. Badan kehakiman dan perundangan mesti dipisahkan dan bebas dari kuasa eksekutif. Pemisahan kuasa ini adalah perinsip yang boleh menjamin hak setiap rakyat dalam sebuah negara yang merdeka. Hak setiap rakyat adalah dijamin sebuah negara yang adil.
Ini adalah erti kemerdekaan sebenar yang kita mahukan. Ini diungguli Saidina Umar dalam sejarah Islam dalam ucapan perlantikan beliau sebagai ketua negara. Apabila ditanya kepada rakyat apa yang akan dilakukan sekiranya beliau menyalahgunakan kuasa? Seorang pemuda bangun menyatakan akan membetulkan Umar dengan mata pedang jika beliau menyalahgunakan kuasa.
Sudah tentu, bukan mata pedang yang menjadi fokus, tetapi kebebasan rakyat dan keadilan sosial yang menjamin hak ‘man on the street’. Umar berterima kasih dan gembira kerana ada rakyat beliau yang berani menegurnya. Umar tidak memindahkan pemuda itu ke jabatan lain, tidak juga mengutus surat pencen atas alasan tidak sihat dan tidak ada balai polis yang terbakar.
Tidak ada juga orang kanan Umar menuduh pemuda itu sebagai cuba menggulingkan Umar mengikut jalan belakang! Tidak ada mufti mempertahankan Umar hanya sebab ia pemimpin! Inilah hak rakyat.
Sejarah tamadun China beribu tahun juga ada usaha menggunakan ‘Rule By Law’. ‘Rule by Law’ meletakkan kumpulan aristokrat dan pemimpin berada di atas undang-undang. Analogi mudah, kalau kakitangan awam mendapat suapan/habuan yang mencurigakan, SPRM sudah tentu akan buka fail. Tetapi apabila pemimpin melakukan perkara yang sama, ia adalah hak peribadi pemimpin. Sounds familiar bukan?

GHB dan PAS berbeza

Muhammad Syafiq Azmi


Saya sengaja tidak menggunakan tajuk Gerakan Harapan Baru (GHB) vs PAS,sebab realitinya memang bukan PAS musuh GHB.
Melihat serta mendengar hujah kedua-dua pihak, saya berharap ada persefahaman yang boleh dicapai. Setidak-tidaknya belajar untuk menyerang musuh utama iaitu Umno-Barisan Nasional (BN).
Di saat rakyat semakin sengsara, ada di kalangan kita yang terus berpolemik dalam hal permasalahan rakyat. Ada yang lantang menyerang GHB, dan lunak dengan yang dulu dikatakan musuh utama politik mereka.

Dasar GHB adalah memperjuangkan Islam yang syumul, benar-benar membawa maksud sebenar “Rahmatan Lil Alamin”. Jadi mengapa ada keperluan ia ditentang hingga ada yang mengeluarkan kenyataan menghalalkan darah mereka.
Di saat ucapan wakil-wakil tertinggi GHB cuba untuk tidak membakar sentimen yang ditinggalkan dalam muktamar lepas, pimpinan tertinggi PAS seolah-olah terus memainkan isu kecewa, tunduk pada DAP, umpama tiada isu lain yang lebih besar untuk dilaungkan.
Saya sempat hadir dalam sesi pengenalan kepada GHB oleh beberapa pimpinan seperti Suhaizan Kaiat, Yang Berhormat Khalid Samad, mereka meminta mengelak untuk bertelagah dengan yang ingin terus bersama PAS.
Memang dalam ucapan mereka ada menyentuh tentang PAS, namun ia sekadar menjawab tuduhan kepada mereka.
Akhirnya saya ingin meninggalkan tuan-tuan dan puan-puan dengan satu buah fikiran. PAS bertindak menyerang GHB adalah atas dasar tidak mahu ahli PAS terpengaruh dengan GHB.
Namun ambil sedikit masa berfikir, setiap figura politik pasti ada penyokong dan peminatnya,sudah pasti apabila mereka bersama wadah baharu,bala tentera ini pasti bersama, dan jika ada figura dalam PAS yang mengisytiharkan diri bersama Umno, mereka juga pasti membawa penyokong mereka bersama.
Biarkan ahli memilih, keluar PAS bukanlah bermakna keluar agama, sama juga dengan Umno, tidak bersama Umno bukan bermakna bukan lagi Melayu.

Unit Amal PAS tidak kelihatan, Arif sedia membantu Bersih 4

Unit Amal PAS kini tidak kelihatan untuk membantu mengawal himpunan Bersih 4. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Ogos, 2015.Unit Amal PAS kini tidak kelihatan untuk membantu mengawal himpunan Bersih 4. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Ogos, 2015.Ahli sukarelawan Gerakan Harapan Baru (GHB), dikenali sebagai Amal Relief Malaysia atau Arif, kini bersedia mengambil alih peranan Unit Amal PAS dalam memastikan keselamatan dan menguruskan orang ramai semasa perhimpunan Bersih 4 hujung minggu ini.
Ia susulan kepimpinan tertinggi parti Islam itu sehingga kini tidak menyatakan dengan jelas pendiriannya sama ada menyokong perhimpunan itu yang akan diadakan dari 29 hingga 30 Ogos ini di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu.
Selama ini, PAS gigih memberikan sokongan dengan mengerahkan Unit Amalnya yang memainkan peranan penting dalam membantu menjaga ketenteraman dan keselamatan pada perhimpunan menuntut reformasi pilihan raya yang lalu.

Menjanjikan kira-kira 500 ahli, Arif memberi jaminan ia akan dapat memikul tugas berat itu walaupun agak baru ditubuhkan pada Julai lalu selepas GHB dilancarkan secara rasmi. Setiausaha Agungnya Baharuddin Abu Kassim berkata, Arif, pada dasarnya ialah Unit Amal versi GHB.

Bekas timbalan ketua SB diminta nasihat Dr Mahathir henti serang Najib

Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador bercakap kepada wartawan selepas sarapan di Kota Damansara di Petaling Jaya, Selangor hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 23 Ogos, 2015. 
Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador bercakap kepada wartawan selepas sarapan di Kota Damansara di Petaling Jaya, Selangor hari ini. 

Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador hari ini mengakui beliau mengadakan pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mendapatkan pandangan negarawan itu mengenai isu nasional dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Katanya, pertemuan itu juga bertujuan memujuk Dr Mahathir supaya tidak lagi secara terbuka menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ia diadakan dalam tempoh masa sepanjang tiga tahun lepas di bawah arahan pengarah cawangan itu ketika itu, Datuk Seri Akhil Bulat.

"Saya bertemu beliau (Dr Mahathir) empat kali dalam tempoh tiga tahun yang lalu... untuk mendapatkan pandangannya mengenai isu nasional dan juga berkenaan 1MDB. "Saya juga bertemu beliau untuk menasihatinya supaya tidak menyerang Najib secara terbuka, yang pada mulanya beliau bersetuju," kata Hamid.
Hamid berkata, beliau menghormati Dr Mahathir sebagai pemimpin yang banyak berjasa kepada negara dan memanjangkan apa sahaja isu yang dibangkitkan bekas perdana menteri itu kepada Putrajaya.
"Tun (Dr Mahathir) bercakap tentang projek tertentu, tentang BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), beliau kata ia salah, jadi saya beritahu bos saya tentangnya.
"Tun belum nyanyuk lagi. Pemikirannya sangat tajam," kata Hamid.
Dr Mahathir merupakan pengkritik tegar 1MDB, malah menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan kerana cara beliau mengendalikan firma itu, di mana beliau merupakan pengerusi lembaga penasihatnya.
Bagaimanapun, bekas perdana menteri itu bulan lalu berkata, beliau tidak lagi akan bercakap mengenai hutang syarikat itu kerana ia kini dianggap satu "jenayah" untuk mengemukakan soalan mengenai firma pelaburan negara yang bermasalah itu.

Sebahagian besar rakyat tidak percaya kadar jenayah menurun - Nur Jazlan

Sebahagian besar rakyat tidak percaya kadar jenayah menurun - Nur Jazlan
JOHOR BAHARU: Sebahagian besar atau 50 peratus rakyat Malaysia masih beranggapan kadar jenayah di negara ini semakin meningkat, manakala 40 peratus lagi mengganggap ia tidak berubah, meskipun terdapat pelbagai langkah pencegahan jenayah telah dilakukan pihak berkuasa termasuk polis.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, berdasarkan kajian keselamatan yang dilakukan sebuah konsultan bebas iaitu Frost & Sullivan tahun lepas didapati hanya 10 peratus orang awam sahaja percaya kadar jenayah berjaya diturunkan.

"Ini menunjukkan terdapat jurang persepsi mengenai penurunan jenayah dalam kalangan masyarakat," katanya tanpa menyebut jumlah sebenar responden yang terlibat dalam kajian berkenaan.

Nur Jazlan berkata demikian ketika berucap merasmikan penutupan Karnival Bersatu Menentang Jenayah di Plaza Angsana, di sini hari ini.

Pada sidang media kemudiannya pula, Anggota Parlimen Pulai itu berkata, rakyat seharusnya lebih percaya dengan pembentangan statistik jenayah yang dikeluarkan pihak polis berbanding maklumat yang disebarkan dalam media sosial.

Umno Penampang Mahu Tindakan Disiplin Diambil Terhadap Muhyiddin

KOTA KINABALU: Sebuah Umno Bahagian di Sabah meminta tindakan disiplin diambil terhadap Timbalan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Umno Bahagian Penampang meluluskan resolusi kecaman terhadap Muhyiddin dengan mengatakan beliau gagal menjaga nama baik, integriti dan maruah parti.
Bahagian itu juga berkata Muhyiddin melanggar Perkara 20.8 Perlembagaan Umno dalam ucapannya semasa mesyuarat bahagian di Cheras, Pagoh, Kemaman, Kluang dan Semporna di mana perkataan yang dikeluarkan bersifat negatif dan boleh menjejaskan parti.
"Antara salah laku Muhyiddin adalah beliau bercakap secara terbuka mengenai perbualan peribadi dengan presiden parti dan isu nasional.
"Tindakan tersebut tidak seharusnya dilakukan mana-mana ahli Umno, terutamanya Timbalan Presiden," demikian menurut resolusi itu.
Usul tindakan terhadap timbalan presiden itu dibangkitkan oleh Ketua Cawangan Nambazan, Datuk Fredie Suah pada mesyuarat Umno bahagian itu pada Sabtu.
Bahagian itu berkata walaupun ucapan Muhyiddin itu boleh dianggap sebagai nasihat tetapi mesej tersebut berbunyi negatif dan akan menjejaskan imej Umno.
"Malah, apa yang timbalan presiden lakukan boleh menghancurkan dan membuatkan parti itu berkubur pada Pilihan Raya Umum akan datang," katanya.
Menurut bahagian itu, walaupun Muhyiddin tidak bersetuju dengan presiden parti, beliau boleh bercakap atau menulis kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyuarakan pandangannya.
Ketua Umno Penampang, Datuk John Ambrose berkata bahagian itu telah membuat ketetapan tersebut kerana mana-mana ahli tidak harus melanggar peraturan parti.
"Sebagai timbalan presiden, Muhyiddin harus menjadi contoh kepada ahli lain untuk menghormati peraturan Umno tetapi tindakan beliau bertentangan," katanya.

Bekas Timb Pengarah SB: Individu Dikehendaki SPRM 'Sembunyi' Di New Zealand

PETALING JAYA: Seorang daripada tiga individu yang dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan ke atas SRC International Sdn Bhd dipercayai bersembunyi di New Zealand, dakwa Bekas‎ Timbalan Pengarah Cawangan‎ Khas I Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador.

Dalam pertemuan dengan media di sini pada Ahad, Abdul Hamid mendakwa terdapat 'pihak tertentu' membantu 'menyembunyikan' individu berkenaan setelah dia sebelum ini telah melarikan diri ke Indonesia dan Thailand.

Pada Sabtu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta tiga individu agar tampil menghubungi SPRM dengan segera bagi membantu siasatan berkaitan dengan SRC International Sdn Bhd.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki, berkata tiga individu berkenaan termasuk Pengarah Urusan SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil; Pengarah SRC International Sdn Bhd, Datuk Suboh Md Yassin dan ahli perniagaan, Low Taek Jho yang turut dikenali sebagai Jho Low.

Abdul Hamid yang kini sedang bercuti akan memulakan tugas barunya sebagai Timbalan Pengarah Isu-Isu Keselamatan dan Transnasional (SIS) di JPM pada 2 September ini.

Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun kini dilantik sebagai Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman.

Beliau menggantikan kedudukan Datuk Seri Akhil Bulat yang bersara.

Siasatan terhadap dana asing RM2.6 bilion dalam akaun Najib masih berjalan, kata SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan siasatan kes dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, masih lagi berjalan.

Dalam satu kenyataan media, suruhanjaya itu turut memaklumkan siasatan kes melibatkan SRC International Sdn Bhd juga masih lagi berjalan.

Justeru, SPRM menafikan kenyataan beberapa pihak yang mendakwa Ketua Pesuruhjaya SPRM telah menutup kedua-dua kes berkenaan.

"SPRM menafikan bahawa Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed atau SPRM sendiri pernah mengeluarkan kenyataan bahawa siasatan berkenaan isu dana RM2.6 bilion telah ditutup," kata SPRM.

Selain menafikan dakwaan beberapa pihak, SPRM turut mengulangi bahawa kenyataan media bertarikh 3 dan 5 Ogos 2015, suruhanjaya itu ada menyebut yang dana RM2.6 bilion adalah sumbangan derma daripada pihak penderma yang berasal dari Timur Tengah dan bukannya dana
1MDB.

Pada masa sama, SPRM berharap tiada mana-mana pihak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan orang ramai dan mencetuskan persepsi negatif terhadap suruhanjaya tersebut.

Pada Sabtu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata isu derma RM2.6 bilion telah disahkan bahawa tiada rasuah berlaku apabila Tan Sri Abu Kassim Mohammed dan timbalannya dibawa bertemu dengan penderma tersebut.

Anina: Rm2.6 Bilion Perlu Penjelasan Jelas Dari Najib Sendiri !

The man opens up - Abdul Hamid Bador

Listen to the ground, Putrajaya told - Abdul Hamid Bador

Presiden Palestin Letak Jawatan Dalam PLO

Orang Melayu Akan ‘Bangsat’ Jika Umno Lenyap Sembang Najib

Abdul Hamid Bador: Siasat Pegawai SPRM Tindakan Jijik, Hina

HARAPAN BARU ISTIQOMAH BERSAMA PERJUANGAN ISLAM MEMBELA RAKYAT DAN NEGARA


Saya memandang berat kenyataan Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS yang mahukan wakil rakyat PAS yang bakal menyertai parti baru oleh Harapan Baru untuk meletakkan jawatan mereka sebagai wakil rakyat.
Rakyat telah memilih mereka kerana mereka mewakili Pakatan Rakyat yang menjanjikan agenda untuk membuat perubahan politik dalam negara dengan matlamat menjatuhkan rejim pemerintahan UMNO/BN. Selagi mana wakil rakyat yang dipilih kekal memperjuangkan matlamat ini, maka mereka layak untuk terus menggalas amanah rakyat.
Di satu segi lain, tidak ada peruntukan perundangan dalam Perlembagaan Persekutuan mahupun amalan secara konvensional yang mengisyaratkan keperluan meletakkan jawatan.
Kenyataan PAS mendesak mereka meletakkan jawatan dalam keadaan mereka terus memperjuangkan hasrat rakyat yang telah mengundi mereka adalah membelakangkan kepentingan pengundi.
Seperkara lagi pada saat ini, rakyat mendesak supaya Dato' Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan atas skandal wang RM2.6 billion di dalam akaun peribadi beliau dan kegagalan pengurusan ekonomi negara. Nilai ringgit terus menyusut dan simpanan asing juga mengecil ke paras yang mencemaskan.
Maka sewajarnya seluruh ahli-ahli parlimen pembangkang bersedia untuk mengisytiharkan sokongan mereka terhadap undi tidak percaya yang akan dibawa ke atas Dato' Seri Najib Tun Razak.
Saya berkeyakinan adalah lebih baik untuk Dato Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan mendesak mana-mana ahli parlimen pembangkang yang tidak menyokong undi tidak percaya ini untuk meletakkan jawatan dan mengosongkan kerusi mereka. Kenyataan seperti ini lebih mewakili kehendak rakyat.

Melayu sudah cukup "dibangsatkan" oleh Najib

Oleh Hafidz Baharom

Sebagai seorang bangsa Melayu yang tidak memihak kepada mana-mana parti politik, saya tercengang membaca berita hari ini di mana perdana menteri kita sendiri mengatakan tanpa Umno, Melayu akan 'dibangsatkan'.
Apakah Datuk Seri Najib Razak sudah lupa dia sendiri sebagai presiden Umno yang membangsatkan Melayu sepanjang tempoh sebagai perdana menteri?
Walaupun bangsa Melayu dikatakan mudah lupa, kita tidaklah begitu bangang sampai lupa siapa sebenarnya dalang dalam memporak-perandakan Melayu di Malaysia ini, sampaikan hanya datang hendak meraih undi lepas itu langsung menghilang. Bangsa Melayu satu negara ingat sewaktu air bah datang, 200,000 rakyat Malaysia yang ramainya Melayu terbiar tanpa rumah, menyambut Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini dalam khemah sahaja, perdana menteri kita sanggup sambung main golf di Hawaii.
Bangsa Melayu di Sabah masih ingat semasa gempa bumi menimpa, perdana menteri kita masih sibuk hendak ke Jeddah.
Bangsa Melayu masih ingat bila kita menghadapi kesusahan hendak mencukupkan duit gaji masing-masing tahan sebulan, memohon bantuan kawal harga, Si Najib ini sanggup kata kita tidak berterima kasih yang kerajaan dia menurunkan harga kangkung!
Malah, masih sanggup katakan "banyak sangat makanan atas meja" rakyat Malaysia!
Mohon maaf, Datuk Seri, tetapi bak kata bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, rakyat Malaysia, malah rakyat Melayu Malaysia bukan bangang hendak terima lagi kata-kata kamu dan Kabinet kamu.
Melayu sekarang tidak mengambil lagi umpan-umpan dan kenyataan bangang yang dikeluarkan penyokong kamu.
Melayu sekarang takkan percaya propaganda yang segala isu ekonomi disebabkan Yahudi.
Melayu sekarang takkan percaya ini adalah konspirasi "orang putih", apa lagi bila Najib sendiri percaya sangat golongan ini sampai ada Paul Stadlen dalam kumpulan beliau.

Menteri patut risau derma "Arab" RM2.6 bilion & skandal 1MDB bukan DEIG

1MDBSHAH ALAM, 23 OGOS : Terdapat perbezaan besar antara penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) berbanding isu derma RM2.6 bilion yang diterima Datuk Seri Najib Razak.
Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin, berkata DEIG adalah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang belum beroperasi, sebaliknya derma RM2.6 bilion sudah terbukti dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.
Katanya isu itu jauh lebih serius dan membimbangkan yang sepatutnya diberi perhatian kerajaan memandangkan ia membabitkan salah guna kuasa dan rasuah dalam pentadbiran.
“DEIG dibangkitkan Jawatankuasa Pilihan Mengenai Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat Kerajaan Negeri (JP-ABAS) dengan enam daripada tujuh ahli adalah Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor.
“Tetapi derma RM2.6 bilion didedahkan media antarabangsa, Wall Street Journal (WSJ) yang sehingga hari ini belum mempunyai jawapan,” katanya dalam satu kenyataan.
Pada masa sama, Bee Yin yang juga ahli JP-ABAS, berkata pendengaran dan laporan berkaitan DEIG sudah dibentangkan di Dewan Negeri Selangor (DNS) sebelum syarikat itu beroperasi.
Sebaliknya, beliau berkata Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang sepatutnya mengadakan pendengaran 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) kini berada dalam mood ‘hibernasi’ ekoran ahlinya secara ‘kebetulan’ dilantik sebagai menteri kabinet.

Bersih 4.0: Polis patut hormati hak rakyat berhimpun

Bersih 4 - Profile Photo-01SERI KEMBANGAN, 23 OGOS: Polis perlu menghormati hak rakyat untuk berhimpun di ibu kota pada 29 dan 30 Ogos ini bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil kerana ia termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata mahkamah turut membenarkan perhimpunan diadakan asalkan ia berlangsung dalam keadaan aman dan tidak mengganggu ketenteraman awam.
“Ketua Polis Negara (KPN) kena ingat saya sudah lawan kes Akta Perhimpunan dan menang, jadi mereka sepatutnya hormat hak perlembagaan untuk berhimpun.
“Rakyat hendak menunaikan hak untuk berhimpun dan saya yakin ramai akan turun pada 29 Ogos nanti,” katanya kepada pemberita di Visual Arts Expo 2015 di Mines International Exhibition and Convention Centre, di sini.
Mengulas cadangan KPN supaya perhimpunan itu diadakan di Stadium Bukit Jalil, Nik Nazmi berkata polis tidak berhak menghalang rakyat berhimpun di mana-mana kawasan sekalipun.
Beliau turut yakin amaran polis untuk menangkap peserta yang menyertai himpunan tidak akan mematahkan semangat mereka untuk berkumpul.
“Bersih 4.0 akan tetap dijalankan kerana rakyat memiliki hak untuk berhimpun.
“AMK akan memberi sokongan penuh kepada perhimpunan ini dan menggerakkan jentera untuk turun pada 29 Ogos ini,” katanya yang juga Exco negeri.
Bersih 4.0 akan bermula pada pukul 2 petang 29 Ogos dan berakhir pada jam 11.59 malam, 30 Ogos.
Ia bagi menuntut pilihan raya yang bersih, kerajaan bebas rasuah, hak untuk membantah, mengukuhkan demokrasi parlimen dan menyelamatkan ekonomi.

Tidak adil minta wakil rakyat PAS sertai GHB kosongkan kerusi, kata Dr Dzulkefly

Dr Dzulkefly Ahmad berkata undang-undang tidak memaksa Adun dan ahli Parlimen PAS yang menyertai GHB untuk meletakkan jawatan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Ogos, 2015. 
Dr Dzulkefly Ahmad berkata undang-undang tidak memaksa Adun dan ahli Parlimen PAS yang menyertai GHB untuk meletakkan jawatan.

 Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS yang menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) tidak perlu mengosongkan kerusi yang diwakili kerana perundangan dan perlembagaan tidak memaksa mereka berbuat demikian, kata Dr Dzulkefly Ahmad.
Setiausaha GHB itu berkata, sukar untuk berhujah hanya dengan menggunakan faktor parti sahaja jika mahu menuntut calon tersebut mengundur diri.
Malah, katanya, ia tidak adil kerana sistem politik pilihan raya negara tidak akan membenarkan mereka bertanding semula selama 5 tahun.

"Mungkin ada kewajaran untuk meneliti dan menimbang kembali perkara ini. "Buat masa ini, sistem politik dan pilihan raya adalah tidak adil buat Adun dan ahli Parlimen yang meletak jawatan kerana mereka tidak dapat bertanding semula selama 5 tahun," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata baru-baru ini, wakil rakyat yang menang dalam pilihan raya umum pada 2013 atas tiket PAS perlu mengosongkan kerusi jika mereka menyertai parti baru diasaskan GHB, Parti Amanah Rakyat.
Hadi berkata, mereka perlu meletak jawatan sebagai wakil rakyat kerana melanggar sumpah bai'ah kepada parti Islam itu.
"Mereka mengangkat sumpah, berjanji. Jadi, mereka sepatutnya meletak jawatan dan kosongkan kerusi," kata Hadi di Kota Sarang Semut, Kedah.
Dzulkefly berkata, kemenangan seseorang calon bukan hanya bergantung kepada hak mutlak parti semata-mata tetapi atas faktor ketokohan calon, sokongan rakyat, isu dan gelombang semasa.
"Tentunya untuk memastikan yang mana faktor lebih penting bagi setiap kerusi yang dipertandingkan, kita harus bersabar.
"Sebabnya? Perkara ini hanya akan dapat dibuktikan dalam satu pertandingan dan persaingan dalam pilihan raya akan datang," katanya.

Rakyat diajak sertai kempen bergambar sokong Bersih 4

Warga Malaysia di seluruh dunia diseru memuat naik gambar bersama poster Bersih 4 yang akan disediakan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Ogos, 2015. 
Warga Malaysia di seluruh dunia diseru memuat naik gambar bersama poster Bersih 4 yang akan disediakan.

Warga Malaysia seluruh dunia kini berpeluang menyatakan sokongan mereka kepada himpunan Bersih 4 yang akan diadakan pada hujung bulan ini dengan memuat naik gambar mereka bersama poster yang disediakan.
Kempen yang dilancarkan bersama Bersih 2.0, Bersih Shanghai dan Global Bersih itu membolehkan mereka yang berada di perantauan untuk sama-sama menyatakan kesediaan mereka menyertai himpunan berkenaan walaupun tidak berada di Malaysia.
"Kita menghasilkan kempen ini bagi membolehkan mereka meluahkan kebimbangan terhadap perkembangan di Malaysia baru-baru ini.

"Kami percaya rakyat Malaysia yang berjiwa patriotik di luar negara akan menyertai kempen ini," kata jurucakapnya, Johnson Chew dari Bersih Shanghai. Himpunan Bersih 4 akan diadakan selama 34 jam mulai 2 petang 29 Ogos ini di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, dengan menyaksikan penyokong di Kuching, Kota Kinabalu dan beberapa bandar besar serata dunia turut berhimpun di kawasan masing-masing.
Mereka yang berminat menyatakan sokongan boleh mencetak poster yang boleh didapati daripada laman Facebook "Bersih Global Countdown" dan gambar yang diambil boleh dimuat naik ke laman sama.

Orang Melayu "bangsat" sedang bersedia bakar Umno

Oleh AZIZ MUDA
KUALA LUMPUR: Umno- BN ternyata berada dalam keadaan amat ‘sakit’ sekarang, sehingga ia digambarkan akan ditolak secara total atau dibakar hangus oleh orang Melayu dalam pilihan raya akan datang.
Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin secara sinis berkata, orang Melayu secara umumnya sedang membakar dan sedang bersedia untuk membakar hangus Umno dalam pilihan raya akan datang jika Dato’ Seri Najib Razak masih kekal sebagai Perdana Menteri.

Menurut beliau, Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden parti itu, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak sepatutnya memperbesar-besarkan dakwaan mengenai adanya usaha menggulingkan kerajaan. Katanya, dakwaan itu tidak benar kerana masalah yang lebih besar pada masa ini adalah penentangan di kalangan anggota Umno ke atas Najib selaku Perdana Menteri yang juga Presiden parti itu.
“Buat masa ini Dato’ Seri Ahmad Zahid tidak perlu bimbang dengan gerakan untuk menggulingkan kerajaan kerana yang lebih bahaya api dalam sekam di dalam Umno sendiri,” katanya dalam tulisan di blognya, zamkata.blogspot.com 17 Ogos lalu.
Pada 15 Ogos lalu, Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri mendakwa terdapat seorang pemimpin Umno kini sedang mengetuai gerakan menjatuhkan kerajaan melalui pintu belakang dengan sokongan ahli Parlimen pembangkang.
Beliau berkata, terdapat usaha mendapatkan akuan bersumpah (SD) di kalangan ahli Parlimen pembangkang serta menarik ahli Parlimen BN supaya menumbangkan kerajaan, sehingga wujud komplot untuk menarik 37 anggota Parlimen BN menyertai 87 pembangkang serta seorang anggota Parlimen Bebas, untuk membolehkan usul undi tidak percaya dikemukakan selepas Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2016 pada Oktober ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pula dalam kenyataannya pada 17 Ogos lalu menyatakan, pihak polis telah menerima tiga laporan polis mengenai kenyataan Zahid tentang adanya seorang pemimpin Umno sedang mengetuai gerakan menjatuhkan kerajaan dan polis akan menyiasat laporan tersebut di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, ketika polis memulakan siasatan berhubung dakwaan wujud gerakan menjatuhkan kerajaan, bekas menteri Umno-BN, Tan Sri Rafizah Aziz pula dilaporkan tidak termakan dengan ceritacerita sebegitu.
Malah, beliau terkejut dan tidak yakin sama sekali dengan dakwaan itu sambil menambah, ketika pelbagai isu, termasuk berkaitan 1MDB dan derma RM2.6 bilion, masalah ekonomi serta pandangan ultra pelbagai bidang, tiada faedah untuk bertindak demikian.

Saya ditukar kerana gesa siasatan 1MDB telus, kata bekas timbalan ketua SB

Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador bercakap kepada wartawan selepas sarapan di Kota Damansara di Petaling Jaya, Selangor hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 23 Ogos, 2015. 
Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador bercakap kepada wartawan selepas sarapan di Kota Damansara di Petaling Jaya, Selangor hari ini.

Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador berkata, beliau percaya keceluparan beliau berhubung beberapa isu, termasuk siasatan ke atas syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB), mengakibatkan beliau dikeluarkan dari pasukan polis.
Beliau memberitahu pemberita hari ini, keengganan beliau menjalankan "agenda" tertentu juga mungkin menjadi sebahagian penyebab beliau menerima arahan pertukaran ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).
"Khabar angin mengenai pertukaran saya sudah empat bulan kedengaran, mengatakan ada 'kuasa yang tidak dapat dilihat' yang tidak mahu saya terus duduk dalam Cawangan Khas," Hamid memberitahu sidang akhbar di Kota Damansara hari ini.

"Ia mungkin disebabkan saya meminta siasatan terhadap 1MDB dijalankan secara telus," katanya sambil menambah, beliau dimaklumkan mengenai pertukarannya ke sebuah bahagian keselamatan baru di JPM pada 18 Ogos. Beliau berkata, 2 minggu sebelum arahan pertukaran itu dikeluarkan, beliau diminta hadir ke Bukit Aman untuk bertemu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang baru dilantik timbalan perdana menteri (TPM), di mana beliau diberi dua pilihan berhubung kedudukannya.
"TPM yang juga menteri dalam negeri tepuk belakang saya dan berkata, beliau sudah jumpa PM selepas solat Jumaat dan saya ada dua pilihan ke mana saya hendak pergi.
"Iaitu sama ada ke Majlis Keselamatan Negara atau JPM," kata Hamid.
Katanya, beliau terkejut dengan perkara itu tetapi memilih untuk ditukar ke JPM.

Yahudi - APCO: SATU LAGI percubaan perbodohkan rakyat oleh Umno

Cerdiknya kepala hotak puak2 UMMO ni..NK LAWAN YAHUDI TAPI BAWA & TAJA MASUK YAHUDI APCO DALAM NEGARA..!!! Sendiri buat tak ngaku, tuduh org lain pula..

Mmg bijak Aziz Kaprawi ambil peluang nak bodek KERAjaan di hadapan Zahid Hamidi yg juga sama2 berada di mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Sri Gading.

Mcm biasalah dah kalah, nak cepat naik balik MESTI KUAT JILAT..

Derma RM2.6 bilion kerana kagum kelantangan Najib melawan Yahudi kata macai APCO

Ketegasan Perdana Menteri menyekat pengaruh Yahudi di negara ini mendorong penderma dari Arab menderma RM2.6 bilion untuk dana politik.
umno-kepong
KUALA LUMPUR: Derma RM2.6 bilion dari negara Arab kepada Perdana Menteri kerana kagum dengan kelantangan Datuk Seri Najib Tun Razak melawan Yahudi.
Ketua UMNO Bahagian Kepong, Datuk Ridzuan Abdul Hamid berkata, Malaysia masih lagi bebas daripada pengaruh Yahudi yang mendorong penderma itu memilih negara ini.
Tegasnya, jika dibandingkan dengan negara lain di rantau Asia, Malaysia masih lagi bebas dan selamat daripada ancaman Yahudi kerana ketegasan Najib.
“UMNO satu-satunya kerajaan yang menentang Yahudi, negara-negara Asia lain sudah pun di tawan puak Yahudi, Singapura habis, Thailand habis, Filipina habis, Indonesia pun dah nak habis.
“Tapi Malaysia masih lagi dipertahankan oleh Datuk Seri Najib,” kata beliau ketika merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Kepong di Hotel Hilton KL pada Ahad.
Ridzuan berkata, atas kepercayaan peranan yang dimainkan oleh kerajaan Malaysia mendorong penderma dari negara Arab itu menyumbang dana politik kepada Najib.
“Oleh itu penderma dari negara Arab bermurah hati untuk beri dana politik kepada kerajaan Malaysia untuk hadapi pilihan raya umum lalu,” ujarnya.

Najib Menanti Saat Umno Pecah Berderai

Oleh Abu Hassan Adam
Jikalau aku tak silap, pernah pada suatu ketika dalam tahun-tahun 1960an, selepas penubuhan Malaysia, Saudara Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Singapura mengeluarkan ‘peribahasa’ mengatakan bahawa ‘orang yang mengantuk adalah makanan si jaga dan si bodoh adalah makanan si cerdik’. Tentu ada sebabnya mengapa beliau menyatakan ‘peribahasa’ berkenaan.

 Yang aku boleh rasakan bahawa beliau menyatakan demikian ialah dalam suasana orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu ketika itu, dilihat sebagai golongan yang tidak begitu cerdik dan boleh diputar-belitkan, disamping mengingatkan rakyat Singapura supaya sentiasa cerdik dan waspada dalam menghadapi apa juga keadaan ketika itu ( dalam suasana politik yang amat genting yang akhirnya membawa kepada perpisahan antara Singapura dari Malaysia). Suasana politik di Malaysia kini kelihatan seolah-olah DS Najib bergantung kepada ‘talian hayat’ yang menghubungkan beliau dengan sebahagian besar ahli UMNO yang masih boleh ‘diperkotak-katikan’. Kepada merekalah para pemimpin memberikan berbagai alasan (yang diciptakan sendiri oleh mereka) untuk meyakinkan para ahli UMNO peringkat akar umbi bahawa sebenarnya DS Najib menerima sumbangan wang sejumlah RM 2.6 billion dari seseorang penderma dari Timur Tengah. Ahli UMNO akar umbi yang merupakan golongan yang mudah percaya tentang apa saja yang dikatakan oleh pemimpin mereka terus percaya dan yakin tanpa banyak bicara dan tidak pernah terfikir untuk mempersoalkan rasional dan lojik tidaknya penjelasan yang diberikan.
Rakyat Malaysia yang waras cara berfikirnya telah melemparkan tuduhan ‘bodoh’ kepada ahli UMNO yang bersikap demikian. Ada juga alasan mengapa golongan yang berpelajaran ini menggelarkan golongan ahli UMNO itu sebagai golongan yang agak ‘bodoh’ kerana boleh ditipu dan diputar-belit oleh pemimpin mereka. Hairan juga mengapa golongan UMNO yang sebegini boleh yakin dan percaya dengan penjelasan yang diberikan sedangkan terlalu banyak fakta yang ‘tidak masuk akal’ yang diberikan oleh para pemimpin dalam usaha meyakinkan golongan UMNO akar umbi itu. Namun dengan penjelasan yang sedemikian para pemimpin UMNO berjaya dalam usaha meyakinkan pengikut supaya memberikan sokongan kepada kepimpinan tertinggi UMNO.

Umno satu-satunya kerajaan lawan Yahudi, kata ketua bahagian Kepong....ha..ha..lawak Ahad dari macai Apco...!!!

Ketua Umno Bahagian Kepong Datuk Ridhuan Abdul Hamid menyampaikan ucapan semasa mesyuarat dengan delegasi Umno Kepong di Hotel Hilton Kuala Lumpur, KL Sentral hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 23 Ogos, 2015. 
Ketua Umno Bahagian Kepong Datuk Ridhuan Abdul Hamid menyampaikan ucapan semasa mesyuarat dengan delegasi Umno Kepong di Hotel Hilton Kuala Lumpur, KL Sentral hari ini.

Kerajaan Umno merupakan satu-satunya kerajaan yang menentang Yahudi, kata Ketua Umno Bahagian Kepong Datuk Ridhuan Abdul Hamid hari ini, mempertahankan sumbangan derma politik RM2.6 bilion daripada negara Arab kepada Datuk Seri Najib Razak.
Katanya, jika dibandingkan dengan negara Asia lain, Malaysia masih lagi bebas daripada ancaman Yahudi kerana ketegasan Najib dalam melawan anasir jahat tersebut.
"Umno ini satu-satunya kerajaan yang menentang Yahudi. Negara Asia lain sudah pun ditawan puak Yahudi. Singapura habis, Thailand habis, Filipina habis, Indonesia pun dah nak habis.

"Tetapi Malaysia masih lagi dipertahankan oleh Najib," kata Ridhuan ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kepong di Kuala Lumpur pagi ini. Atas kepercayaan terhadap peranan yang dimainkan kerajaan Malaysia itu, katanya, negara Arab bermurah hati menyumbang dana politik kepada perdana menteri untuk menghadapi pilihan raya umum yang lalu.

151 AJK PAS Kelana Jaya, Subang Jaya lepas jawatan


Ahli Gerakan Harapan Baru (GHB) bersama Yang Dipertua PAS Kawasan Kelana Jaya Isham Hashim (kedua dari kiri) semasa di sidang media di restoran di Shah Alam hari ini.  – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 23 Ogos, 2015. 
Ahli Gerakan Harapan Baru (GHB) bersama Yang Dipertua PAS Kawasan Kelana Jaya Isham Hashim (kedua dari kiri) semasa di sidang media di restoran di Shah Alam hari ini.

 PAS hari ini menyaksikan peletakan besar-besaran jawatan tertinggi di peringkat kepimpinan Selangor yang membabitkan kawasan Kelana Jaya dan cawangan Subang Jaya bagi menyertai parti serpihan, Gerakan Harapan Baru (GHB).
Yang Dipertua PAS Kawasan Kelana Jaya Isham Hashim berkata, tindakan itu membabitkan 87 jawatan di peringkat PAS kawasan, manakala di Subang Jaya, sebanyak 64 jawatan dilepaskan.
"Peletakan jawatan berkuatkuasa hari ini dibuat bersama dengan 18 orang lagi ahli jawatankuasa (AJK) Pas Kawasan Kelana Jaya bagi sesi 2015 dan 2017.

"Selain itu, timbalan ketua muslimat, bendahari dan 2 lagi AJK Dewan Muslimat PAS kawasan turut sama meletakkan jawatan. "Naib ketua Pemuda serta 3 lagi AJK Dewan Pemuda PAS kawasan juga meletakkan jawatan," kata Isham pada sidang media di Shah Alam hari ini.
Katanya, peletakan jawatan tersebut berkuatkuasa hari ini dan notis akan diserahkan kepada PAS Pusat pada esok hari.
Bagaimanapun, beliau berkata, mereka hanya meletakkan jawatan dalam parti sahaja tetapi semua mereka yang terlibat masih kekal sebagai ahli PAS.
Beberapa hari lepas, Naib Yang Dipertua PAS Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud bersama 183 lain mengumumkan pelepasan jawatan parti mereka bagi tujuan yang sama.

91 AJK Pas Gelang Patah letak jawatan

91 AJK Pas Gelang Patah letak jawatan
‎Dzulkefly (duduk, tengah) bersama AJK Pas Kawasan Gelang Patah pada sidang media perletakan jawatan mereka, tengahari tadi.
JOHOR BAHRU - Seramai 91 ahli jawatankuasa yang memegang pelbagai jawatan dalam Pas Kawasan Gelang Patah meletak jawatan masing-masing berkuatkuasa hari ini bagi menyertai parti baru yang bakal dilancar 31 Ogos ini.
 
Seramai 16 daripada 32 AJK Pas kawasan berkenaan menghantar surat peletakan jawatan mereka termasuk Yang Dipertua Pas Kawasan Gelang Patah, Dzulkefly Ahmad, Naib YDP Kawasan, Isnin Hassan dan Setiausaha, Musa Abdul Wahab.
 
Manakala seramai 17 daripada 22 AJK Dewan Pemuda kawasan turut meletak jawatan termasuk Ketua Pemuda, Mohd Azam Mektar dan tujuh daripada 15 AJK Dewan Muslimat kawasan turut mengambil langkah sama termasuk Naib Ketuanya, Khadijah Abdul Ghani.
 
Selain itu 51 ajk daripada sembilan cawangan pas kawasan berkenaan turut meletak jawatan termasuk empat ketua cawangan.
 
Dzulkefly Ahmad yang juga Timbalan Pengerusi Harapan Baharu Johor berkata, mereka masih kekal sebagai ahli Pas sehingga parti baru ditubuhkan pada 31 Ogos ini dan tujuan perletakan jawatan itu bagi memastikan penyerahan kuasa kepada ajk baru berjalan dengan baik.
 
Katanya, lebih ramai AJK Pas dari kawasan lain di negeri ini dijangka mengambil tindakan sama bagi menyertai parti baru berkenaan dan memberi fokus memperjuangkan hak rakyat menggunakan pendekatan berbeza dan menepati syariat Islam.

Bekas No 2 SB pernah temui Dr M, minta henti serang PM


Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas PDRM Datuk Abdul Hamid Bador berkata, beliau pernah diarahkan bertemu Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mendapatkan persetujuan supaya tidak menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara terbuka.
Bekas pegawai tinggi PDRM itu berkata pertemuan bersama bekas perdana menteri itu dilakukan beberapa kali, sejak kira-kira tiga tahun lalu.
"Saya jumpa Tun (Dr M) sebab diarahkan bos saya untuk dapatkan pandangan dan dapatkan persetujuan beliau untuk tidak buat sesuatu.
"Beliau (Tun) akur pada mulanya, dengan kata tidak akan serang perdana menteri secara terbuka.
"Tiga tahun lalu, saya berjumpa Tun untuk cakap perkara itu," katanya pada sidang media di Kota Damansara hari ini.

Hamid: Tegas siasatan telus skandal 1MDB punca ditukar


Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Abdul Hamid Bador berkata, antara sebab beliau ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri mungkin disebabkan kelantangannya meminta supaya siasatan telus dilakukan terhadap isu 1MDB.
Katanya, antara kemungkinan lain menjadi faktor beliau ditukar selepas 37 tahun berkhidmat di bahagian cawangan khas itu kerana beliau tidak mahu melaksanakan "agenda tertentu".
"Mereka mungkin meragui taat setia saya untuk laksana agenda tertentu. Saya (bersikap) profesional dan apa yang saya siasat, itulah hasil siasatan.
"Kami tidak akan tukar laporan menjadi sebaliknya. Kita akan beritahu perkara yang sebenar, mungkin mereka tak suka dan mahu dengar sesuatu yang indah. Nak syok sendiri.
"Mungkin juga (saya ditukar) kerana saya kerap kata supaya lakukan siasatan 1MDB dengan telus," katanya pada sidang medianya hari ini.

Dua tahun SB minta Putrajaya jelaskan isu 1MDB, kata bekas timbalan ketua

Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador bercakap kepada wartawan selepas sarapan di Kota Damansara di Petaling Jaya, Selangor hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 23 Ogos, 2015.  
Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador bercakap kepada wartawan selepas sarapan di Kota Damansara di Petaling Jaya, Selangor hari ini.

Kerajaan menyangka ia boleh menerangkan dengan baik isu sekitar syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB), tetapi ia gagal meyakinkan rakyat, kata bekas timbalan pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador.
Beliau berkata, unit risikan polis sejak dua tahun lalu menasihatkan kerajaan agar memberi jawapan yang jelas berhubung skandal yang didakwa melibatkan 1MDB, tetapi jawapan yang diterima, Putrajaya boleh mengendalikan perkara itu.
"Kita sudah nampak ia datang dan kita dah nasihat Putrajaya, isu ini boleh jadi besar," katanya pada satu sesi sarapan bersama media pagi ini.

"Mereka sangka mereka boleh terangkannya, tetapi malangnya..." kata Hamid. 1MDB bukan ancaman kepada negara, katanya, tetapi ia membangkitkan kemarahan ramai. 

Saksi dalam kes SRC bersembunyi di luar negara, kata bekas timbalan ketua SB

Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador bercakap kepada wartawan selepas sarapan di Kota Damansara di Petaling Jaya, Selangor hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 23 Ogos, 2015. 
Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador bercakap kepada wartawan selepas sarapan di Kota Damansara di Petaling Jaya, Selangor hari ini.

Beberapa saksi yang sedang dicari penyiasat anti-rasuah berkaitan dengan sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan kini bersembunyi di luar negara dengan bantuan pihak tertentu, kata bekas timbalan pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador hari ini.
Beliau tidak menamakan mereka, tetapi berkata seorang daripada mereka adalah salah seorang daripada tiga lelaki yang dicari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang semalam mengeluarkan notis meminta mereka membantu dalam siasatan terhadap SRC International Sdn Bhd.
Mereka ialah ahli perniagaan hartawan Low Taek Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho Low, bekas pengarah urusan SRC International Nik Faisal Ariff Kamil dan pengarah SRC International Datuk Suboh Mohd Yassin.

SRC International sebelum ini anak syarikat firma pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang meraih hutang mencecah RM42 bilion, tetapi kini dimiliki Kementerian Kewangan. Pada satu sesi sarapan bersama media pagi ini, Hamid berkata, salah seorang daripada tiga individu itu meninggalkan Malaysia dua bulan lalu untuk terbang ke Indonesia, sebelum kemudiannya berangkat ke Thailand.
"Difahamkan beliau ketika ini berada di New Zealand," katanya.

Melayu 'terbangsat' jika Umno hilang kuasa kata Najib...berapa kali "bangsat" ...!!!!


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata orang Melayu Islam akan "terbangsat" sekiranya Umno tidak lagi memerintah negara.
"Kalau tak ada Umno, apa berlaku dekat orang Melayu Islam? Ada orang kata, kami akan tersungkur, kecundang, tertiarap.
"Saya pilih perkataan orang Melayu akan terbangsat, kalau tiada Umno, akan hilang segala-galanya jika Umno hilang kuasa," katanya sambutan disambut dengan sorakan hadirin.
Najib yang juga presiden Umno menyampaikan ucapan merasmikan mesyuarat perwakilan Umno untuk bahagian Padang Besar, Kangar dan Arau.
Beliau selaku menteri kewangan turut menggesa kepimpinan Umno untuk mencari jalan sekiranya terdapat masalah dalaman dalam negara.
Menurutnya, parti itu pernah berdepan dengan masalah sejak ditubuhkan dan sudah pasti terdapat formula bagi Umno untuk menyelesaikan masalah.
Sekalipun beliau dikritik dan terdapat cubaan mengaitkan beliau dengan pelbagai skandal, Najib berkata beliau akan meneruskan taggungjawabnya memperkukuhkan parti kerana beliau tidak mencuri wang rakyat atau melanggar undang-undang.
"Saya sudah pasti tidak akan merosakkan parti. Arwah ayah saya yang membina parti ini," katanya.

Hamid dakwa ada usaha sembunyi saksi SRC International

Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas PDRM Datuk Abdul Hamid Bador hari ini mendakwa terdapat usaha untuk menyembunyikan saksi utama SRC International Sdn Bhd dengan bantuan "kuasa-kuasa tertentu".
Tanpa memberi maklumat secara terperinci, Abdul Hamid mendakwa salah seorang saksi utama itu sebelum ini bersembunyi di Indonesia dan Thailand.
Bagaimanapun, Abdul Hamid mendakwa salah seorang saksi itu kini berada di New Zealand untuk menyembunyikan dirinya.
"Ada usaha untuk sembunyikan saksi utama SRC International. Mereka ialah saksi yang dikehendaki oleh SPRM.
"Salah seorang saksi utama telah berjaya larikan diri. Mula-mula ke Indonesia, kemudian Thailand. Sekarang dia bersembunyi di New Zealand.
"Ada usaha (supaya) saksi menyembunyikan diri dengan bantuan kuasa-kuasa tertentu," katanya dalam sidang media hari ini.

Bersih 4 harus jadi penanda aras bantahan terhadap Najib

oleh Shahbudin Husin
Himpunan bersih datang lagi. Kali ini dinamakan Bersih 4 yang menandakan sudah masuk kali keempat ia diadakan. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, yang menariknya himpunan kali ini diadakan selama dua hari iaitu 29 dan 30 Ogos, manakala acara  berlangsungnya pula serentak di tiga bandar utama iaitu Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching.

Peserta himpunan akan mula berkumpul pada jam 2 petang 29 Ogos dan akan berlarutan sehingga tengah malam 30 Ogos, yang bermakna akan memakan masa selama kira-kira 34 jam tanpa henti.

Dengan matlamat utama menuntut perletakan jawatan Najib Razak yang diselubungi isu 1MDB dan menerima wang derma sebanyak RM2,600 juta yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya, peserta himpunan juga akan bermalam di mana-mana yang difikirkan selesa dengan bertilamkan tanah, berselimutkan angin malam dan berbumbungkan langit sebagai tanda kentalnya jiwa dalam melakukan bantahan.

Matlamat lain himpunan Bersih 4 ialah membersihkan pilihanraya, kerajaan dan menyelamatkan ekonomi. Bersih 4  turut menuntut diadakan pembaharuan Parlimen, perdana menteri dilarang memegang jawatan menteri kewangan, SPRM diletakkan dibawah Parlimen,  pembaharuan peranan peguam negara, pengisytiharan harta menteri dan penjawat awam serta pemansuhan beberapa akta zalim dalam negara.

Tiada sasaran tertentu tentang jumlah kehadiran yang ditetapkan, tetapi penganjurnya mengharapkan ia sekurang-kurangnya dapat menghimpunkan seramai 100 ribu peserta. Meskipun di Kuala Lumpur, hasrat mengadakan himpunan di sekitar Dataran Merdeka dan Padang Merbok ditolak kerajaan, namun adalah dijangka penganjur akan terus bertahan dengan pendirian asal mereka.

Boleh jadi para peserta akan memenuhi merata-rata tempat di sekitar ibukota dengan kelompok-kelompok kecil atau sederhana dan kemudian akan bersatu di saat-saat akhir di sekitar Dataran Merdeka.

Berdasarkan mood rakyat dan penolakan yang kian ketara yang boleh dilihat di mana-mana terhadap Najib, tidak mustahil himpunan Bersih 4 kali ini mampu mencapai kehadiran yang di luar jangkaan.

Tahan pegawai SPRM tindakan jijik, hina - Abdul Hamid Bador


 Abdul Hamid Bador

DAMANSARA - Bekas‎ Timbalan Pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador  menyifatkan tindakan menahan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai perbuatan jijik dan hina.
 
Bekas pemimpin nombor dua di Cawangan Khas itu berkata, tindakan itu dilihat sebagai tidak melihat kepada semangat undang-undang.
 
"Sepatutnya guna pendekatan lain sepetti memanggil mereka memberikan keterangan sahaja bukannya menangkap mereka. 
 
"Mereka adalah pegawai kerajaan yang berintegriti, bukan samseng bukan pengamal ajaran sesat," katanya ketika ditemui pemberita hari ini. 
 
Beliau berkata demikian mengulas tindakan polis yang melakukan siasatan kepada pegawai SPRM yang sedang menyiasat kebocoran maklumat syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada Wall Streel Journal (WSJ).
 
Jelasnya, tindakan sedemikian akan menakutkan lagi pegawai-pegawai kerajaan melakukan tugas.‎

Have we pawned our nation to the Arabs?

The Malays must now search their conscience and ask if they will permit a foreign ‘donor’ to determine who and how this sovereign nation should be governed.
arabs4
By J. D. Lovrenciear
Right-minded Malaysian citizens would no doubt have been shocked by the revelation that some Arab gave hard cash to the tune of billions of ringgit in order to see Umno remain in power.
This revelation has conclusively established that the Arabs are the ones who are now determining the fate and future of the Malays in their own sovereign land. The Malays within and outside of Umno must now search their conscience and ask if they will allow a foreign ‘donor’ to determine who and how this sovereign nation should be governed.
Another argument that further raises eyebrows is the claim that the DAP is being funded by the Jews.
Well, two questions need to be answered with urgency.
One, if the government of the day claims that Jews are funding the opposition political party, then why did they not summon the institutions of power at their disposal to haul the opposition up and expose the truth?
Two, if what the opposition is alleged to have done what  is not right, why did the Umno bloc too fall into that same gulley of letting a foreign power (or ‘donor’ as it is being peddled now) determine the political future of this independent, sovereign nation?
Where is our maruah? Have we all sold our souls to the devil? Is political survival at all cost the only principle that matters now?
Malaysians must rise and stand tall and firm to defend their nation, people and Rulers. They must take the government to task for committing two grave acts that hinge on the scale of treason against nation.
Also, does this not constitute a betrayal of the Malays of this land?