Sabtu, 22 Ogos 2015

Skandal 1MDB: Bekas timbalan pengarah SB ikrar buat lebih banyak pendedahan


Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador (berdiri) berkata beliau tidak takut tindakan akan dikenakan terhadapnya kerana berjanji akan mendedahkan lebih banyak lagi mengenai ‘isu semasa’. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Ogos, 2015.  
Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador (berdiri) berkata beliau tidak takut tindakan akan dikenakan terhadapnya kerana berjanji akan mendedahkan lebih banyak lagi mengenai ‘isu semasa’. 

Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas (SB) Datuk Abdul Hamid Bador berjanji akan mendedahkan lebih banyak lagi mengenai “isu semasa” dan berkata beliau tidak takut tindakan akan dikenakan terhadapnya.
Hamid berkata beliau masih dibayar gaji oleh kerajaan dan sedia maklum mungkin ada akibatnya kerana bercakap secara terbuka, tetapi menambah kesetiaannya adalah kepada negara dan agama.
“Insya-Allah, saya akan berpegang kepada janji untuk mendedahkan perkara berkaitan isu semasa. Kesetiaan saya kepada negara dan Tuhan. Jika saya mati ketika melindungi dua perkara ini, saya puas hati,” katanya kepada The Malaysian Insider.

“Mereka boleh ambil tindakan terhadap saya, tetapi tidak kepada 30 juta rakyat Malaysia,” katanya. Beliau bagaimanapun agak segan apabila diminta menjelaskan isu yang akan didedahkannya itu.
Hamid, yang memulakan kerjayanya dengan unit risikan polis, Cawangan Khas, baru-baru ini ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri sebagai timbalan pengarah di bahagian jenayah rentas sempadan, melapor terus kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau pada mulanya berang dengan pertukaran mendadak itu dan mempunyai sehingga 17 September untuk buat keputusan sama ada menerima atau tidak jawatan berkenaan.
Pertukarannya dibuat selepas tindakan turut diambil terhadap agensi penguatkuasa lain yang terlibat dalam siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).  
Awal bulan ini, dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditukarkan selepas agensi itu disiasat atas tuduhan membocorkan maklumat berkaitan siasatan 1MDB dan draf kertas pertuduhan ke atas Najib yang disiarkan laman web Sarawak Report bulan lalu.
Bagaimanapun, berikutan ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan itu, dua pegawai kanan berkenaan dikembalikan semula kepada jawatan asal mereka dua hari kemudian.
Semalam, Hamid bercakap mengenai satu kumpulan rahsia yang dikatakan cuba membenam skandal 1MDB dan menghalang lebih banyak isu daripada menjadi perhatian.
Beliau menggelar kumpulan itu "Geng Hang Tuah", diambil sempena pahlawan Melayu ketika zaman kesultanan Melaka yang terkenal dengan kesetiaannya terhadap Raja.
Hamid menyebut mengenai kumpulan itu dalam satu temubual dengan Malaysiakini ketika menjelaskan siapa yang beliau anggap menjadi dalang dalam pesanan Whatsapp yang mendakwa beliau akan memfailkan laporan terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, di mana beliau dengan cepat menafikannya.
Putrajaya didakwa cuba menutup siasatan 1MDB selepas Najib merombak Kabinetnya pada 28 Julai, menyingkirkan beberapa menteri yang kritikal terhadap caranya mengendalikan syarikat sarat hutang itu.

Hadi minta wakil rakyat PAS sertai Amanah kosongkan kerusi

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama penyokong mengibar bendera parti pada perhimpunan PAS Tolak BN di Kota Sarang Semut, Kedah, petang tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 22 Ogos, 2015.Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama penyokong mengibar bendera parti pada perhimpunan PAS Tolak BN di Kota Sarang Semut, Kedah, petang tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 22 Ogos, 2015.
Wakil rakyat yang menang dalam pilihan raya umum pada 2013 atas tiket PAS perlu mengosongkan kerusi jika mereka menyertai parti baru yang dirancang kumpulan serpihan Gerakan Harapan Baru (GHB). Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, mereka yang menyertai Parti Amanah Rakyat, yang dijangka dilancarkan pada Hari Merdeka, perlu meletak jawatan sebagai wakil rakyat kerana melanggar sumpah bai'ah kepada parti Islam itu.
"Terpulang kepada maruah mereka. Mereka membuat sumpah bai'ah sebagai wakil rakyat PAS.

"Mereka mengangkat sumpah, berjanji. Jadi, mereka sepatutnya meletak jawatan dan kosongkan kerusi," katanya kepada media pada perhimpunan PAS Tolak BN di Kota Sarang Semut, Kedah petang ini. Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai parti baru yang dirancang GHB, yang diketuai pemimpin PAS progresif yang disingkirkan pada pemilihan parti Jun lalu.
Amanah juga bersedia menggantikan PAS, yang kini dikuasai puak ulama diketuai Hadi, dalam pakatan pembangkang yang baharu dengan DAP dan PKR.
Menurut perlembagaan PAS, ahli parti yang menyertai parti politik lain secara automatik akan hilang keahlian mereka.
Bagaimanapun, beberapa pemimpin bahagian PAS di Selangor dan Melaka sudah mengumumkan peletakan jawatan mereka apabila menyertai GHB.

MB Selangor tempelak Menteri gagal bezakan ‘derma’ RM2.6 bilion dengan pelaburan

Pelancaran Rumah Selangorku di Setia City Convention Centre MB (7)SHAH ALAM, 22 OGOS: Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan ditempelak berikutan gagal membezakan antara derma RM2.6 bilion diterima Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari penderma yang tidak didedahkan dengan syarikat Darul Ehsan Investment Group (DEIG).
Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, soalan seumpama itu harus diajukan kepada Abdul Rahman sendiri.
“2.6 bilion ‘derma’, ini (DEIG) pelaburan. Kalau itu tak faham jangan tanya saya tetapi tanya dia balik,” kata Mohamed Azmin kepada pemberita pada sidang media Majlis Pelancaran dan Pendaftaran Rumah Selangorku di Setia Alam, di sini, hari ini.
Terdahulu, pada Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga, Dewan Negeri Selangor Ketiga belas, 2015 yang berakhir Khamis lalu, Dewan Negeri Selangor (DNS) diberi penerangan panjang lebar berkenaan isu penubuhan syarikat DEIG.
Mohamed Azmin ketika menjawab soalan yang dikemukakan ahli-ahli mesyuarat DNS menjelaskan, DEIG mempunyai lima orang Lembaga Pengarah yang terdiri daripada Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Ketua Pegawai Eksekutif MBI dan Ketua Pegawai Operasi MBI.
Beliau juga menyifatkan dakwaan terdapat salah urus dana dalam DEIG sebagai pembohongan dengan berniat jahat berikutan sehingga kini syarikat terbabit masih belum memulakan operasinya.
Tegas beliau, sehingga kini sehingga kini DEIG masih belum memiliki sebarang aset menyebabkan tiada sebarang transaksi boleh dibuat.

Dana Asing RM2.6B: Derma parti kena uar-uarkan

Ada ahli akar umbi Umno berpendapat, tindakan memasukkan wang sebanyak RM2.6 bilion ke akaun peribadi presiden mereka bukan sesuatu yang wajar.
Jika transaksi itu masih diperlukan, kata seorang veteran Umno Kuala Nerus, ia sepatutnya diuar-uarkan kepada beberapa pihak.
Beliau yang mahu dikenali sebagai Pak Syed, 75, juga berkata penerangan secara berterusan ke pihak bawahan juga penting bagi memastikan semua ahli jelas denga segala perkara berlaku.
"Secara terus terang, mereka (akar umbi) tak setuju dengan masukkan wang ke akaun peribadi.
"Tetapi kalau masukkan pun, biar beberapa orang lain juga tahu. Jika tidak, ia seolah-olah hak peribadi. Saya memang rasa tindakan (masuk duit ke akaun peribadi) itu tak tepat. Sepatutnya tak perlu begitu.
"(Tapi) penerangan juga penting dan kena turun ke akar umbi dan beri penerangan sejelas-jelasnya," kata beliau yang menganggotai Umno lebih dari 50 tahun.
Selain itu, menyentuh mengenai masalah dalaman yang melanda Umno ketika ini, beliau berkata sikap taat pada ketua perlu diamalkan.
Katanya, setiap masalah juga perlu diselesaikan secara diplomasi dan bukan dengan menentang antara satu sama lain.
"Kita ahli-ahli ini sepatutnya bersama di belakang ketua.
"Kita tak kata ketua kita betul 100 peratus, tetapi cara penyelesaian itu bukan dengan membelakang, menentang atau mendedahkan.
"Sepatutnya secara rundingan dalaman dan diplomasi," katanya lagi.
Percaya kebijaksanaan PM
Bagi ketua Umno cawangan Kampung Telaga Daing, Wan Hamzah Wan Yusof (gambar atas), walaupun sebelum ini terdapat akar Umno yang tidak berpuas hati berhubung dakwaan wang derma disalurkan ke akaun peribadi Najib, beliau menyerahkan perkara itu pada kebijaksanaan pucuk

GHB pelawa Mat Said

Bernama melaporkan Mat Sabu mengalu-alukan lebih ramai menyertai GHB termasuk bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.
ahmad-said,gbh
PETALING JAYA: Gerakan Harapan Baru (GHB) mengakui sedang berusaha untuk menarik bekas Menteri Besar Terengganu, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said.
Pengesahan itu dibuat pengerusinya Mohamad Sabu.
Jelasnya, GHB mengambil pendekatan untuk mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk menyertai parti politik yang akan dibentuknya.
Bagaimanapun menegaskan akan sedia menentang sesiapa sahaja yang melawan mereka.
“Kami hanya akan bermusuh dengan lawan kami…siapa yang lawan (GHB),” katanya yang dipetik daripada Bernama.
Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata demikian selepas pelancaran GHB Terengganu di Dataran Shahbandar pada malam Sabtu.
Dalam majlis itu, Anggota Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad diumum sebagai Pengerusi GHB negeri.

Shafie Apdal nafi terbabit komplot jatuhkan Najib

Shafie menegaskan tidak akan berbuat demikian kerana beliau salah seorang antara pengasas yang membawa UMNO ke Sabah.
shafie,najib
PETALING JAYA: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menafikan dakwaan dirinya antara mereka yang dikaitkan untuk menggulingkan kepimpinan Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Tegas Ahli Parlimen Semporna itu, dia tidak akan berbuat kerana dirinya salah seorang antara mereka yang mengasas kemasukan UMNO ke Sabah.
“Bila nama saya disebut sebagai salah seorang yang menggulingkan kerajaan… nauzubillah, kenapa saya perlu buat macam tu?,” katanya yang dipetik daripada Mstar Online.
Ketika berucap pada majlis Perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian Bentong pada Sabtu, beliau Shafie memberi amaran kepada parti supaya bertindak segera untuk mengembalikan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap parti sebelum pilihan raya umum akan datang.
Jelasnya kekalahan UMNO di tangan pembangkang di Kedah, Perak, Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor disebabkan oleh beberapa isu.
“Dalam pilihan raya umum akan datang, kita mesti bersedia untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai GST, kos sara hidup yang meningkat, isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kenaikan kos petrol dan banyak lagi,” katanya yang dipetik daripada portal itu.

Rafizi Ramli: Difference Of Opinion Is Not Tolerated In Our Parliament

‘Tak Susah Pun Nak Rampas Selangor’ - Noh Omar

TMJ: Jangan Dampingi Sultan Demi Kepentingan Peribadi

Switzerland Buka Kertas Siasatan 1MDB

Shafie squashes rumour of him out to topple Government

BN will face more issues in GE14

'The Emperor's New Clothes', a cautionary tale for Umno leaders

'Ini betul-betul, bukan cubaan' - Ahmad Zahid....ha..ha..ha...!!!

SEGAMAT: "Ini betul-betul, bukan cubaan," kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan melalui "pintu belakang" bukan sandiwara ciptaannya.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO sebaliknya berkata pendedahannya itu adalah sesuatu yang sahih melalui sumber dan risikan agensi bertanggungjawab.

"Saya perolehi dengan tepat dan tidak menambah atau berkurang faktanya. Konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan ini akan berlaku jika tidak disekat.

"Ini betul-betul. Bukan cubaan," katanya seolah-olah mengulangi ungkapan guru silat Wak Mustarjo dalam filem "Pendekar Bujang Lapuk".

"Kita kena sekat daripada awal dan tidak rela dijatuhkan pembangkang dengan cara ini," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sekijang di sini, hari ini.
Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Sekijang Datuk Dr Baharum Mohamed, Timbalan Ketua UMNO bahagian itu Alus Kassim, dan Anggota Dewan Undangan Negeri Kemelah Datuk Ayub Rahmat.

LEBIH BAIK JAWAB DUIT RM2,600 JUTA ITU UNTUK MEMBELI-BELAH, DAH TENTU SEMUA PERCAYA

Para pemimpin UMNO nampaknya masih kebingungan dan tercari-cari jawapan yang sebenar mengapa wang sebanyak RM2,600 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Najib Razak walaupun ia telah disahkan oleh SPRM sebagai derma daripada Timur Tengah.

Dari hari ke sehari, apabila pemimpin UMNO membuka mulut untuk mempertahankan kemasukan wang tersebut, ia sentiasa saja berbeza dan berlainan antara satu sama lain.

Bukan saja rata-rata rakyat Malaysia ketawa serta gelihati dengan jawapan yang berbeza itu, bahkan barangkali Najib dan isterinya Rosmah Mansor pun terbahak-bahak sama melihatkan pemimpin-pemimpin UMNO itu sanggup terus menerus mereka-reka jawapan semata-mata untuk dilihat paling ke depan mempertahankan sang Perdana Menteri.

Pada peringkat apabila isu wang RM2,600 juta itu didedahkan oleh The Wall Street Journal, berlumba-lumba pemimpin UMNO mengatakan ia sebagai fitnah serta konspirasi asing untuk menjatuhkan kepimpinan Melayu dan Islam di negara ini.

Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan yang baru-baru ini kena boo di bahagaiannya sendiri, Pontian pernah berkata, "Perdana Menteri bukannya bodoh untuk membenarkan wang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya."

Oleh kerana terpedaya dengan tanggapan bahawa Najib benar-benar seorang yang cerdik, Mursyidul Am Pas Dr Haron Din juga menyifatkan tidak masuk akal wang sejumlah itu dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib, sebaliknya jika mahu dilakukan tentulah melalui akaun rahsia di luar negara.

Najib pula, mungkin kerana terasa dirinya benar-benar cerdik dan berjaya membuatkan semua orang tidak percaya dengan kemasukan wang itu, kemudian tampil mengucapkan penghargaan kerana ketidakpercayaan Dr Haron Din itu sambil berkata, "kalau saya nak menyamun pun, takkan saya masukkan dalam akaun di Malaysia."

Ahli MT UMNO, Sharkar Shamsuddin pula berkata, Najib dan UMNO menjadi sasaran konspirasi asing adalah bertujuan melemahkan kedudukan Melayu dan Islam di negara in memandangkan parti itu memiliki 89 kerusi Parlimen berbanding Pas yang hanya mempunyai 21 kerusi saja.

Selepas itu berbagai dakwaan dilemparkan terhadap WSJ yang didakwa membuat laporan palsu dan fitnah terhadap Najib. Sehinggalah apabila SPRJ mengesahkan wang tersebut benar-benar mengalir masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri dan mengklasifikasikannya sebagai derma dan bukan berunsur rasuah, lenggok kata para pemimpin serta merta berubah nada.

Pemimpin Umno hanya dengar cakap pengampu

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berpesan supaya pemimpin negara tidak hanya dengan cakap pengampu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 22 Ogos, 2015.Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berpesan supaya pemimpin negara tidak hanya dengan cakap pengampu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 22 Ogos, 2015.Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini berpesan kepada pemimpin negara supaya tidak hanya mendengar cakap golongan pengampu kerana kelak ia akan merosakkan sesebuah kerajaan.
Membaca kisah dongengan "Raja tidak berbaju" di depan kira-kira 500 perwakilan Umno, naib presiden Umno itu berkata, seseorang pemimpin yang gila pujian akan dikelilingi mereka yang suka mengampu.
Ia akan menyebabkan dirinya ditipu sehingga terkeliru dengan yang setia berpegang kepada prinsip perjuangan, katanya.

"Selalunya pemimpin yang gila puji akan dikelilingi pembantu yang kaki ampu. Dia terkeliru antara ampu dengan setia. "Kaki ampu menipu. Sedangkan orang setia berpegang kepada prinsip yang benar," katanya ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Bentong di Bentong, Pahang hari ini.
Shafie antara pemimpin tertinggi Umno yang disingkirkan daripada Kabinet Datuk Seri Najib Razak bersama Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Tindakan Najib pada hujung bulan lalu itu dipercayai kerana kritikan lantang mereka dalam isu membabitkan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Shafie dan Muhyiddin sejak penyingkiran tersebut meneruskan kritikan terhadap Najib dalam isu dana pelaburan negara itu dan terbaru, mengenai skandal RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi perdana menteri.

SPRM minta Jho Low, 2 pengarah SRC International tampil bantu siasatan skandal RM42 juta dalam akaun Najib

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta ahli perniagaan Low Taek Jho atau dikenali juga sebagai Jho Low tampil bagi membantu siasatan berkaitan kes SRC International.
Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata Pengarah Urusan SRC International Nik Faisal Ariff Kamil dan Pengarah SRC International Datuk Suboh Md Yassin juga diminta hadir ke Bahagian Operasi Khas SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan kes sama.
"Ketiga-tiga mereka dikehendaki menghubungi pegawai penyiasat kes iaitu Penolong Pesuruhjaya Rosli Husain di talian 010-318 7757 atau 03-8890 0752 atau penolong pesuruhjaya Norkhafizin Isa di talian 019-600 0345 atau 03-88900754.

"SPRM juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat di mana ketiga-tiga mereka berada agar menghubungi Rosli, Norkhafizin atau pun mana-mana pejabat SPRM yang terdekat," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Nik Faisal, kad pengenalan 710304-10-6303 dan pasport bernombor A31780240 beralamat terakhir di 17, Jalan Tun Teja 35/16, Alam Impian, Shah Alam Selangor.
Suboh pula pemegang kad pengenalan 510111-10-5521 dan pasport D021678 dan R016029 beralamat terakhir di 3-15-2, No 3, The Residence, Jalan Wan Kadir 5, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.
Jho Low memegang kad pengenalan 811104-07-5701 pula beralamat di 69, Tanjung Bungah Park, Tanjung Bungah, Pulau Pinang.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed minggu lalu berikrar akan memastikan siasatan terhadap syarikat SRC International berkaitan dengan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diselesaikan.
Abu Kassim berkata, beliau akan memastikan siasatan dijalankan secara sempurna sebagaimana kes yang disiasat SPRM sebelum ini.
“Selagi saya ketua pesuruhjaya SPRM, saya akan memastikan siasatan berkenaan isu SRC International selesai," katanya seperti dilaporkan portal Sinar Harian Online.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan tidak ada satu sen pun daripada AS$700 juta (RM2.67 bilion) yang dimasukkan ke akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak datang daripada dana pencen kerajaan, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP).

Bukti Kelas A: Pemimpin Umno di sebalik plot guling kerajaan mahu jadi PM, kata Zahid

Pemimpin Umno yang menjadi dalang di belakang plot untuk menggulingkan kerajaan berhasrat menjadi perdana menteri kepada "kerajaan perpaduan" yang baharu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.
Naib presiden Umno itu berkata, mereka yang terlibat dalam plot itu juga mahu melantik 2 timbalan perdana menteri - seorang daripada kalangan pemimpin PKR dan seorang lagi DAP.
"Mereka berhajat (dapatkan) 128 ahli Parlimen. Nauzubillah. Mereka sebut ini 'unity government' (kerajaan perpaduan), atau kerajaan bersatu.

"Mereka rancang, yang akan jadi perdana menteri ialah tokoh yang pernah ada bersama dengan kepimpinan utama Umno. "Dua timbalan perdana menteri, seorang ketua DAP dan seorang ketua PKR," kata Zahid ketika merasmikan mesyuarat tahunan perwakilan Umno bahagian Sri Gading di Segamat petang ini.
Beliau berkata, mereka merancang membentangkan usul undi tidak percaya di Dewan Rakyat pada 19 Oktober tetapi rancangan itu gagal apabila plot mereka didedahkan.
Mereka kemudiannya berpindah kepada pelan B, iaitu mempersembahkan akaun bersumpah dengan tandatangan yang mencukupi kepada Yang di-Pertuan Agong, kata Zahid, yang merupakan orang pertama mendedahkan mengenai plot itu pada 15 Ogos.
"Itu pun berjaya kita sekat kerana mereka tak cukup ahli Parlimen," kata Zahid.
Zahid berkata individu yang hendak menjadi perdana menteri itu merancang bertemu Datuk Seri Najib Razak di kediamannya pada Ahad lalu, tetapi membatalkan niatnya kerana kehadiran ramai wakil media di situ ketika itu.

Azmin: Pergi tanya Rahman Dahlan apa bezanya DEIG dengan 1MDB serta "derma" RM2.6B


Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali hari ini secara sinis meminta pihak yang mempertikaikan agensi Darul Ehsan Investment Group (DEIG) supaya merujuk kepada Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Kata Azmin DEIG adalah agensi kerajaan negeri yang memiliki dana sebanyak RM30 bilion dan akan digunakan untuk pelaburan.
Justeru, katanya, ia tidak boleh disamakan dengan agensi pelaburan tajaan kerajaan pusat, 1MDB.
"Duit RM2.6 bilion (yang dikaitkan dengan 1MDB) itu derma, (DEIG) ini pelaburan. Kalau itu pun tak faham jangan tanya saya. Pergi tanya Rahman Dahlan," kata Azmin kepada media di Shah Alam hari ini.
Abdul Rahman sebelum ini menyifatkan isu DEIG itu lebih besar berbanding derma bernilai RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun persendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Apabila RM2.6 billion, respon macam nak kiamat tapi bila RM30 bilion? Kami masih lagi melihat soalan-soalan yang dijawab dalam DUN Selangor tidak memuaskan hati bukan sahaja kepada kerajaaan persekutuan malah Pakatan Rakyat.
"Jumlahnya agak besar, RM30 billion, jauh lebih besar daripada RM2.6 bilion. Kalau tengok garis masa akaun media sosial pemimpin Pakatan Rakyat, mereka cuba mengalihkan isu ini," kata Rahman Dahlan.
Menurut Rahman Dahlan lagi beliau pelik kerana sebuah syarikat berkaitan kerajaan negeri Selangor yang bernilai RM2 mempunyai kuasa menguruskan aset bernilai melebihi RM30 bilion.

BN! Sudah Tiba Masanya Mencipta Sejarah! – Zuraida Kamaruddin

Ahli parlimen BN perlu berganding bahu sebulat suara menyokong undi tidak percaya terhadap pentadbiran semasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi semua tuduhan yang dilemparkan terhadapnya. Sehingga kini tidak ada jawapan yang memuaskan daripada beliau melainkan meminta rakyat untuk melupakan wang derma 2.6 billion yang kononnya telah dimasukkan dalam akaunnya. Tambahan lagi, semua kakitangan yang terlibat dalam proses penyiasatan tersebut akan diambil tindakan samada diberhentikan kerja atau dipindahkan.
Apakah ini pemimpin yang kita mahukan? Kredibiliti Perdana Menteri itu dipersoalkan apabila dalam keadaan ekonomi negara yang tidak stabil dan skandal kewangan negara yang semakin parah, semuanya berkaitan dan melibatkan Perdana Menteri Najib Tun Razak. Bermula dengan skandal Scorpene, KWSP, 1MDB, dan yang terbaru wang derma 2.6 Billion. Kontroversi demi kontroversi yang menjejaskan imej negara dan membantutkan matlamat Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
Pemimpin BN bertanggungjawab terhadap masa depan anak-anak dan cucu-cucu kita dan salah satunya cara adalah bebas rasuah dan hentikan pembaziran wang negara.
Ini adalah mesej saya kepada rakan-rakan BN: Berani melangkah kehadapan. Nyatakan sokongan undi tidak percaya terhadap Najib. Tidak perlu takut pada kuasanya! Untuk sekian kalinya, lakukanlah perkara yang betul untuk generasi akan datang. Percayalah anak-anak kita akan berterima kasih pada anda satu hari nanti. Ketika itu, kamu akan berjalan dengan perasaan bangga dan menjadi wira kerana menyelamatkan Malaysia. Anda akan menjadi sebahagian daripada sejarah Malaysia yang melakukan perubahan.

YB Zuraida Kamaruddin
Ahli Parlimen Ampang
Ketua Wanita Keadilan

Buang Khalid Samad dari Shah Alam kata Umno

Khalid Samad SHAH ALAM - Umno Bahagian Shah Alam mendakwa Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad sebagai alat DAP yang mana seolah-olah bertanggungjawab memecah-belahkan pengundi Melayu di kawasan tersebut.‎

Ketuanya Datuk Azhari Shaari berkata, oleh itu Khalid Samad perlu disingkirkan daripada bumi Shah Alam.

“Sekarang DAP sedang merangka gerak kerja untuk menghancurkan Pas dengan menaja penubuhan gerakan Harapan Baru yang lebih menjurus kepada DAP.‎

“Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam juga salah seorang perlu dinyahkan dari bumi Shah Alam,” katanya dalam ucapan dasar Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Shah Alam, di Wisma PKPS hari ini.

Jelas beliau, DAP yang disifatkan sebagai pencipta fitnah itu mampu memecah-belahkan bangsa Melayu tidak kira Umno mahupun Pas.

 “DAP memang bijak dan mahir di dalam strategi politik mereka, lihat bagaimana mereka merobek dan memecah-belahkan rakan sekutu mereka iaitu Pas, dulu berpeluk arab bagai, makan bersuap sedulang, tidur sekatil sebantal, berpentas ceramah bersama.

“Tetapi sekarang Pas dianggap pengkhianat PR kerana memperjuangkan hukum ALLAH iaitu Hudud,” jelasnya lagi.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada ahli Umno supaya sentiasa berfikiran rasional, matang serta mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap pucuk pimpinan parti.

“Parti kini memerlukan sokongan yang tidak berbelah dari kita semua dalam mengharungi badai politik yang dicipta pembangkang terutamanya DAP untuk memecahbelahkan kita dan menghancurkan agenda menegakkan syiar Islam dan ketuanan Melayu di bumi bertuah Malaysia,” ujarnya lagi.

Kejatuhan Ringgit: Bukan lagi salah Soros, PM kata Shafie


Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini meminta Datuk Seri Najib Razak agar tidak menyalahkan orang lain berhubung kedudukan ekonomi negara kini.
Malah, Mohd Shafie berkata kerajaan juga tidak boleh menyalahkan hartawan terkenal, George Soros menjadi punca kejatuhan nilai mata wang ringgit.
"Kita tidak ada George Soros seperti yang pada masa lalu. Jika ia adalah kerana Soros, kita boleh faham, " katanya ketika merasmikan mesyuarat Umno Jerlun hari ini.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini mendakwa Soros (gambar) sebagai pihak bertanggungjawab menyebabkan krisis kewangan melanda Asia pada 1997 dan 1998.
Mohd Shafie yang digugurkan daripada jawatan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah akhir bulan lalu berkata, negara sekali lagi menghadapi kejatuhan nilai mata wang dengan ringgit berada pada paras terendah sejak 17 tahun lalu.
Nilai bagi ringgit ketika ini ialah RM4.10 bagi setiap AS$1.
"Satu-satunya keuntungan kita adalah daripada cukai barangan dan perkhidmatan. Ia tidak bermakna GST (cukai barangan dan perkhidmatan) tidak perlu dilaksanakan, namun ia membebankan rakyat, " kata Shafie.
Salahkah bertanya
Beliau mengakui banyak pihak yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan enam peratus GST sejak 1 April lalu.
Mohd Shafie bagaimanapun berkata, beliau faham krisis ekonomi yang berlaku kini adalah sebahagian daripada masalah global seperti penurunan nilai mata wang China yang turut menyebabkan ringgit jatuh.
"Tetapi bagaimana pula dengan masalah dalaman kita sendiri?" katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini dilaporkan berkata, kelemahan nilai ringgit disebabkan penurunan harga komoditi dan perubahan dasar kewangan di AS serta China, selain spekulasi keadaan politik di negara ini.
Terdahulu dalam ucapannya, Mohd Shafie bertanyakan kepada perwakilan apakan beliau salah apabila bertanyakan soalan mengenai 1MDB.
Lantas 1,000 perwakilan yang hadir pada mesyuarat bahagian itu menjawab dengan tegas: "Tidak!".
Malah, Mohd Shafie juga mempersoalkan mengapa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak terlibat dalam pasukan petugas baru yang dilaporkan akan ditubuhkan oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
"Jika kita mahu untuk menyiasat penyelewengan dana, SPRM seharusnya berada di dalam pasukan petugas itu," kata Shafie.

Sokongan Sultan Johor tidak akan pulihkan UMNO-Zam

Rakyat yang menilai merasakan diri mereka terlalu diperbodoh dengan pelbagai sandiwara oleh orang UMNO yang berajakan wang.
zam-johor-umno
PETALING JAYA: Kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang cuba mengaitkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar tidak akan dapat memulihkan keyakinan orang Melayu dan mengembalikan sokongan mereka kepada UMNO.
Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin menegaskan cerita parti itu ditubuhkan di Istana Besar, Johor Bahru tidak akan dapat membangkitkan semangat nasionalisma di kalangan orang Melayu.
“Orang Melayu berkongsi sentimen Sultan Johor ini namun cerita UMNO ditubuhkan di Istana tidak lagi akan dapat membangunkan nasionalisme mereka kerana dilindungi oleh timbunan RM2.6 billion yang lebih mahal dari harga sebuah Istana,” katanya ketika memberi komen di blognya sendiri, zamkata.blogspot.com.
Tempelaknya lagi, rakyat yang menilai merasakan diri mereka terlalu diperbodoh dengan pelbagai sandiwara oleh orang UMNO yang berajakan wang.
Bahkan kenyataan Zahid yang dilihat cuba mencari sokongan dengan mengaitkan kenyataan Sultan Johor bahawa hanya UMNO yang dapat menyelamatkan orang Melayu bukan cerita baru.
“Saya percaya semua sultan dan juga seluruh orang Melayu malah bukan Melayu pun berada dalam keyakinan ini tetapi masalahnya ialah orang Melayu dan bukan Melayu tidak percaya bahawa Najib akan dapat menyatukan Melayu kerana telah terbukti bahawa pentadbirannya bukanlah pentadbiran yang cekap, bersih dan amanah seperti yang dijanjikan,” tulisnya.
Dalam ulasan yang sama, Zam meminta Zahid supaya bermuhasabah terhadap apa yang dialami UMNO sekarang.
Katanya, krisis keyakinan orang Melayu terhadap parti itu amat teruk.
“Kehilangan keyakinan ini sangat teruk dan jika Zahid sedang berdiri di hadapan Gunung Kinabalu yang sedang runtuh maka beliau akan dapat berkongsi ketakutannya dan kesedihannya.
“Beliau akan dapat melihat kepingan UMNO yang sedang lekang dan terhakis satu demi satu,” katanya.

Sumbangan dana asing RM2.6B kerana Malaysia komited perangi keganasan cerita Zahid pulak..!!

Penderma daripada Asia Barat memberi dana RM 2.6 bilion sebagai penghargaan kepada Malaysia ekoran kesungguhan mengekang keganasan.
zahid,penderma
BATU PAHAT 22 Ogos – Sikap Malaysia yang komited dalam mengekang keganasan, berpegang teguh kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah serta negara Islam sederhana dengan kewujudan masyarakat majmuk adalah tiga sebab penderma dari Timur Tengah menyumbang dana politik RM2.6 bilion kepada Malaysia.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menegaskan perkara terbabit berkata, sebab pertama penderma berkenaan memberikan dana itu adalah sebagai penghargaan kepada Malaysia ekoran kesungguhan mengekang keganasan.
“Saya sahkan derma itu dari Timur Tengah sebab saya lihat dokumen itu dan berjumpa ketua pegawai pelaburan kepada penderma dan trustee (pemegang amanah) kewangan keluarga penderma itu. Saya tanya kenapa 700 juta USD didermakan kepada Malaysia.
“Saya tanya kenapa perlu dibantu UMNO dan Barisan Nasional (BN). Dia bagi tiga alasan iaitu pertama, kerana Malaysia cukup komited dalam operasi anti keganasan dan jelas Malaysia ada Undang-undang Pencegahan Keganasan (POTA), Kanun Keseksaan, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), kerana kita tidak mahu ada pengganas yang ganggu,” katanya.
Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata demikian semasa berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading di Batu Pahat.
– BERNAMA

Formula ‘5K’ Najib untuk selamatkan UMNO..!!

Formula itu memberi penekanan kepada pemupukan nilai positif dalam diri
najib-umno
KUALA NERUS: Anggota UMNO diminta tidak mengkhianati parti dan tidak mementingkan diri sendiri jika mahu parti menang selesa pada pilihan raya umum akan datang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perkara itu antara formula ‘5K’ yang digariskan Presiden UMNO dalam memastikan parti dapat mengharungi pelbagai cabaran ketika ini.
“K pertama ialah khianat…kalau nak menang selesa…jangan khianat parti, jangan cah keting, kutuk atau condemn parti.
“Saya harap perkara seperti ini kita tinggalkan.” kata Najib yang juga Perdana Menteri sambil menambah komitmen baharu itu perlu untuk mengukuhkan lagi parti.
Beliau berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus.
Merujuk kepada ‘kapal’ sebagai ‘K’ kedua, Najib menekankan pentingnya anggota parti tidak bersikap mementingkan diri sendiri sehingga sanggup menebuk kapal sendiri, iaitu parti UMNO.
“Jangan ada yang sanggup korek kapal sendiri sehingga orang lain mati lemas…nanti bila PRU kita kalah,” katanya.
Memperkatakan tentang kisah lama pelayaran Ferdinand Magellan dan pembantunya panglima Awang mengelilingi dunia, Najib berkata beliau yakin kejayaan misi mereka terletak kepada persefahaman antara kedua-duanya.
“Saya percaya Magellan dan Awang pun ada berbalah, tetapi anak kapal tak dapat hidu, jadi akhirnya mereka berjaya mencapai misi.

Saifuddin Abdullah: The Government Is Facing The Trust Deficit At An All Time High

Selepas segalanya, adakah kita mampu laksanakan keadilan?

oleh Alyaa Alhadjri
Apabila pemimpin bersuara, kita diminta mendengar. Baiklah. Tetapi dengarkan juga suara rakyat.

SATIRA: Tolong! Hentikan serangan terhadap 1MDB dan personaliti-personaliti yang terlibat sehingga siasatan selesai.

Tolong! Benarkan pihak berkuasa lakukan tugas mereka.

Tolong! Jangan buat andaian mereka akan didapati bersalah (sekurang-kurangnya) kerana menyalahguna dana rakyat.

Bunyi macan permintaan yang adil. Tetapi tolong!

Laksanakan keadilan.

Tolong! Hentikan serangan ke atas petugas yang melakukan siasatan.

Tolong! Jangan ditukarkan pegawai siasatan yang hanya melaksana tugas mereka.

Tolong! Jangan buat andaian pihak berkuasa akan membuat mereka memikul tanggungjawab bagi berbilion duit rakyat yang hilang.

Laksanakan keadilan.

Jangan guling kerajaan. Jangan heret kerajaan bersama kamu.

Jangan buat tuduhan palsu tentang salahguna wang rakyat. Jangan bermewah-mewah dengan duit negara.

Hentikan serangan peribadi. Berhenti menikam belakang pihak berkuasa.

Hentikan fitnah dan kepalsuan.

Laksanakan keadilan.

Presiden bertindak bagi kepentingan parti. Begitu juga ahlinya.

Syarikat bertindak bagi kepentingan orang ramai. Begitu juga pegawai penyiasat.

Kerajaan bertindak bagi kepentingan negara. Begitu juga rakyatnya.

Laksanakan keadilan.

Bersatu padulah demi parti. Bersatu padulah demi negara.

Yakinlah dengan pemimpin. Yakinlah dengan rakyat.

Yahudi dan ‘orang putih’ guna media hancurkan Melayu, kata pemimpin Umno

Seorang pemimpin Umno berkata, Yahudi dan "orang putih" menggunakan media seperti laman web Sarawak Report dan The Wall Street Journal (WSJ) untuk menghasut orang Melayu supaya menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sekali gus menghancurkan bangsa Melayu.
Ketua Umno Bahagian Sri Gading Datuk Abdul Aziz Kaprawi (gambar) berkata, Allah memerintahkan umat Islam agar patuh kepada pemimpin, tetapi orang Yahudi dan orang putih cuba menghapuskan amalan ini.
"Firman Allah, taatlah kamu kepada Allah, taat kepada Rasul, dan pemimpin yang diberi kuasa di antara kamu. Pemimpin kita ialah Najib, sebab itu saya mempertahankan beliau.

"Tetapi jika mereka di bawah tidak mahu dengar kata pemimpin, mereka lebih suka dengar cakap orang Yahudi, orang putih, WSJ dan Sarawak Report, apa akan jadi kepada orang Melayu? "Islam akan hancur," katanya pada mesyuarat tahunan perwakilan bahagian itu di Parit Raja, Johor, hari ini.
Aziz yang juga timbalan menteri pengangkutan, menggesa orang Melayu tidak terpedaya dengan perangkap yang dipasang orang Yahudi dan orang putih melalui "pembohongan" yang diterbitkan Sarawak Report yang berpangkalan di London dan WSJ di New York.
"Kita hendak tanya, apa motif orang Yahudi dan orang putih dari London dan New York ini, yang membuat fitnah terhadap pemimpin kita?
"Saya yakin, tujuan mereka hanya untuk memusnahkan orang Islam, bangsa Melayu di Malaysia ini."

Mat Sabu sedia berundur dari GHB untuk kepimpinan lebih baik

Dia akan meletak jawatan sekiranya terdapat calon lain yang lebih sesuai memimpin GHB
mat-sabu_harapan_600
PETALING JAYA: Bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu sedia memberi laluan kepada orang lain untuk meneraju Gerakan Harapan Baru (GHB).
Katanya, dia akan meletak jawatan sekiranya jawatankuasa sementara yang ada mampu mencari pemimpin yang lebih sesuai.
“Jika ahli-ahli jawatankuasa percaya bahawa terdapat seorang pemimpin yang lebih baik maka saya bersedia untuk berundur.
“Tidak ada seorang pun yang akan kekal selama-lamanya. Apa yang kita percaya adalah kepimpinan kolektif,” katanya yang dipetik daripada Mstar Online.
Dia berkata demikian pada sidang akhbar pelancaran GHB peringkat negeri Terengganu di Dataran Shahbandar di Kuala Terengganu.
GHB ditubuhkan Julai lalu dan dipengerusikan Mat Sabu.
Ia menjadi platform kepada mereka yang kalah dan tidak sealiran dengan kepimpinan Pas sedia, selepas calonnya yang bertanding kalah pada pemilihan pada Muktamar Pas yang lalu.

Reformasi Parlimen: 'Pembangkang perlu sediakan Kabinet Bayangan' - Saifuddin

Reformasi Parlimen: 'Pembangkang perlu sediakan Kabinet Bayangan' - SaifuddinKUALA LUMPUR: Pembangkang perlu menyediakan senarai bayangan Kabinet yang sempurna sebelum bercakap mengenai reformasi Parlimen.

Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) Datuk Saifuddin Abdullah berkata, selain reformasi Parlimen boleh ditakrif mengadakan sesi soal jawab ahli bersama perdana menteri atau menteri.

"Nombor satu kita perlu pastikan pembangkang mempunyai kabinet bayangan yang sempurna, kalau mahu ada eksekutif yang bagus, pembangkang kena ada kabinet bayangan yang bagus," katanya semasa forum Qua Vadis Malaysian Parliamentary Reform : Democracy, Not Autocracy anjuran Pusat Penyelidikan Untuk Kemajuan Masyarakat (Refsa) di sini hari ini‎.

Selain Saifuddin, panel lain adalah Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong, Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke dan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan akan mewujudkan semula Kabinet Bayangan bagi Pakatan Rakyat (PR).

Menurutnya, langkah itu diambil bagi memelihara kepentingan rakyat.

Katanya, setiap kementerian terpilih akan diwakili oleh seorang Ahli Parlimen dari setiap parti.
Dalam pada itu Saifuddin turut menyatakan kriteria seorang Ahli Parlimen adalah apabila segera menjawab persoalan yang diberikan di Parlimen.

"Ahli Parlimen sebenarnya mempunyai kuasa untuk tidak menjawab. Mereka boleh menjawab atau berdiri dan menyatakan hanya akan memberikan jawapan bertulis," jelasnya.

Tidak ada dana pencen masuk ke akaun Najib, kata Zahid....RM42 juta dari SRC...????




 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tidak ada satu sen pun daripada AS$700 juta (RM2.67 bilion) yang dimasukkan ke akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak datang daripada dana pencen kerajaan, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan perdana menteri berkata, wang itu bersumberkan hanya seorang penderma dari Timur Tengah, dan ia disalurkan melalui pelbagai syarikat untuk mengelak daripada dikesan.
"Tiada wang KWAP digunakan oleh Umno atau didepositkan ke dalam akaun Najib. Saya lihat dokumen-dokumennya,” kata Zahid ketika merasmikan mesyuarat Umno bahagian Sri Gading hari ini.

"AS$100,000 yang pertama adalah cek atas nama Najib. Pemindahan dana berikutnya melalui pelbagai saluran dan firma kerana penderma tidak mahu dilihat yang satu cek besar ditulis di bawah nama Najib. "Pada kesudahannya, semuanya dibuat untuk membantu kita, sebagai pembiayaan politik."
Beliau tidak menamakan identiti penderma itu, dan berkata, jika pembangkang ingin tahu siapa penderma itu, mereka mesti mendedahkan sumber dana mereka sendiri terlebih dahulu. 

Now TMJ puts down Zahid in Johor power play

Crown prince tries to stake out central role of influence in midst of jostling for national leadership
TMJ,-Ahmad-Zahid-Hamidi
JOHOR BAHRU: The Tunku Mahkota of Johor, Tunku Ismail Ibrahim, has intervened again in Umno politicking with a put-down of deputy prime minister and home minister Ahmad Zahid Hamidi, his second recent criticism of an Umno leader, as he continues to manoeuvre for a central position in the Johor power play.
In a Facebook posting, he reminded politicians that he was the sultan’s heir and that, blood being thicker than water, his voice would be “the last one heard” after everything had reached his father, according to Malaysiakini.
The posting was made on the Facebook page of the Johor state football team, where his other political remarks have appeared in recent months as the national political crisis worsened in the wake of the reports about the federal government investment arm 1Malaysia Development Bhd.
Tunku Ismail’s remark appeared to be a response to a comment by Zahid at Kota Tinggi Umno on Friday, when he had said that no one could claim to be close to the sultan.
Zahid told Kota Tinggi Umno delegates he had an audience with the sultan and that Sultan Ibrahim Iskandar hoped the Malays would unite. “And in that unity, although HRH did not say so, I am confident that he is counting on Umno alone to unite the Malays,” Zahid said.
In an apparent reference to Zahid’s remark, Tunku Ismail noted that “of late, many are seen to be trying to get close and be friends” with his father, which he said would lead to “all kinds of speculations and perceptions”.
Tunku Ismail said he would only support “true leaders who serve the people with honour, transparency and integrity”, cautioning that when he counselled the sultan, he did so with sincerity without personal interest.

Zahid sudah bertemu penyumbang dana asing RM2.6 bilion


Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau sudah bertemu ketua pegawai pelaburan dan pemegang amanah harta keluarga Arab yang mendermakan RM2.6 bilion kepada perdana menteri.
Timbalan perdana menteri itu berkata, apabila ditanya mengapa wang bernilai AS$700 juta itu diberikan kepada Malaysia, individu terbabit menjawab, negara ini bukanlah satu-satunya pihak yang menerima sumbangan berkenaan.
Kata Ahmad Zahid, individu tersebut mengakui ada banyak sahabat dari kalangan negara Islam mendapat sumbangan sama seperti itu.
"Mereka mahu Umno dan BN tetap memerintah negara," katanya di mesyuarat agung tahunan Umno Sri Gading hari ini.
Bahagian itu diketuai Datuk Ab Aziz Kaprawi yang juga timbalan menteri pengangkutan.
Naib Presiden Umno itu berkata, beliau juga melihat dokumen asal pemindahan dana berkenaan.
Tanpa mendedahkan identiti penderma Arab itu Ahmad Zahid berkata, ia membuktikan tiada wang daripada Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) masuk ke akaun persendirian Datuk Seri Najib Razak.
Ahmad Zahid juga menjelaskan bagaimana wang berkenaan masuk ke akaun Najib.
"(Wang) AS$100 juta pertaa diberi atas nama Najib, manakala pindahan berikutnya dibuat melalui pelbagai syarikat kerana pihak penderma tidak mahu melihat ada cek 'seketul' dalam nama Najib," katanya.

Lebih baik disingkir ahli parti daripada ketika pilihan raya, kata Mukhriz

Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal bersama Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir semasa di mesyuarat bahagian Umno Jerlun di Kubang Pasu, Kedah hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 22 Ogos, 2015. 
Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal bersama Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir semasa di mesyuarat bahagian Umno Jerlun di Kubang Pasu, Kedah hari ini. –

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mencadangkan pemilihan parti Umno yang dijadualkan tahun depan tetapi kini ditangguhkan, perlu diadakan mengikut jadual asal.
Katanya, lebih baik pemimpin parti yang tidak lagi dikehendaki disingkirkan ahli parti, berbanding ditolak pengundi pada pilihan raya umum akan datang.
"Saya harap perwakilan hari ini akan menyokong cadangan ini. Saya bercakap begini kerana saya sayangkan parti.

"Keadaan sekarang ini tegang. Pemimpin datang dan pergi, malah bapa saya (bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad) sendiri pun bersara. "Saya rasa kita harus biarkan ahli parti kita putuskan siapa yang layak untuk kekal sebagai pemegang jawatan dalam parti," katanya di hadapan ribuan perwakilan Umno Jerlun pada mesyuarat bahagian itu yang diadakan di SM Sains Kubang Pasu di Kedah hari ini.

Alasan Baru: Dana asing RM2.6 bilion untuk Najib lawan ancaman ‘DAP-Yahudi’, kata pemimpin Umno

Ketua Umno Sri Gading Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata penderma Timur Tengah yang memberi sumbangan RM2.6 bilion kepada Datuk Seri Najib Razak khuatir pengaruh Yahudi akan meresap di negara ini melalui DAP. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Ogos, 2015. 
Ketua Umno Sri Gading Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata penderma Timur Tengah yang memberi sumbangan RM2.6 bilion kepada Datuk Seri Najib Razak khuatir pengaruh Yahudi akan meresap di negara ini melalui DAP. 

Penderma dari Timur Tengah memberi sumbangan AS$700 juta (RM2.6 bilion) kepada Datuk Seri Najib Razak supaya Umno boleh melawan DAP, yang dibiayai Yahudi, semasa Pilihan Raya Umum 2013, kata ketua bahagian Umno Datuk Abdul Aziz Kaprawi hari ini.
Ketua Umno Sri Gading itu berkata, penderma itu khuatir pengaruh Yahudi akan meresap di negara ini melalui DAP dan memusnahkan "Kerajaan Islam" yang diketuai Barisan Nasional ( BN).
"Kalau kita kalah, DAP akan berkuasa. DAP dengan dana Yahudinya akan mengawal negara ini. Berdasarkan perkara itu, rakan-rakan Islam kita di Timur Tengah dapat melihat ancaman Yahudi melalui DAP," kata Aziz yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan.

"Jika ia mencapai kepada kerajaan Islam ini, ia akan digulingkan, dan itu akan memusnahkan perjuangan Islam di seluruh dunia. "Kerana Najib dilihat sebagai seorang pemimpin Islam yang hebat di rantau ini," kata Aziz kepada perwakilan pada mesyuarat bahagian beliau hari ini di Parit Raja, Johor.

MENCARI ‘TUN DR ISMAIL’ DIKALANGAN PEMIMPIN UMNO KINI

Mengapalah begitu malang dan ‘terhina’nya bangsaku Melayu…Terpanggil aku untuk mencoretkan sesuatu apabila ‘dikejutkan’ dengan tajuk berita berbunyi,’ Melayu sanggup menjual maruah dengan hanya RM 300’. Sudah banyak kali aku terserempak dengan berita sebegini menududh orang Melayu sanggup menjual maruah diri dengan hanya RM50 dan sebungkus nasi campur. Dan ada juga yang mengatakan bahawa orang Melayu sanggup berbuat apa saja (termasuk tindakan yang memalukan) untuk mendapatkan ‘belanja seharian’. Memang memalu dan mengaibkan orang Melayu.
            Memang ada tindakan sebegini yang dilakukan oleh orang Melayu (mungkin juga dilakukan oleh kaum Cina dan India juga). Disebabkan aku berketurunan Melayu (sakai/orang darat –mungkin) maka tentulah aku merasa begitu malu membaca dan mendengar berita sedemikian dilakukan oleh orang Melayu. Yang menyedihkan ialah bahawa aku pasti golongan orang Melayu yang berperangai hodoh sebegini tidak pernah diajar oleh ibu bapa mereka untuk berperangai sedemikian. Aku pasti mereka diajar untuk bersopan santun dan tahu menghormati antara sama lain dan bukan menunjukkan punggung kepada orang lain walau macam mana tidak suka sekalipun kita terhadap pihak berkenaan.
            Ibu bapa kita tak ajar begitu. Agama kita tidak ajar berbuat demikian. Orang kampung kita juga amat sedih sekiranya mereka tahu yang orang kampung mereka berperangai demikian. Dan yang paling menyedihkan ialah satu ‘penyiksaan’ kepada roh si mati sekiranya anak-anak mereka berperangai sedemikian.
            Yang menghairankan ialah mengapa begitu ‘murah’ dan ‘terhina’ sekali sikap orang Melayu yang sedemikian. Aku tak kata semua orang Melayu begitu. Jauh sekali tidak. Aku tahu masih ramai lagi orang Melayu yang amat kukuh pegangan kepada prinsip perjuangan mereka. Cuma yang aku persoalkan ialah sikap sebahagian orang Melayu yang sudah melupakan dan mengenepikan apa juga prinsip hidup yang telah disemaikan oleh ibua bapa mereka.
            Sehubungan dengan itu sikap pemimpin kita terutama pemimpin UMNO yang agak jauh menyimpang daripada perjuangan asal datuk menek kita. Berdasarkan pemerhatian dan ‘cakap-cakap’yang beredar dikalangan masyarakat menampakkan bahawa para pemimpin UMNO di semua peringkat sudah tidak memiliki semangat perjuangan seperti perjuangan datuk nenek kita yang memperjuangkan UMNO dahulu. Pendek kata sudah tidak ada langsung pemimpin UMNO kini yang ‘seberani’ dan ‘setegas’ Tun Dr. Ismail atau ‘segarang’ TS Syed Jaafar Albar. Aku tidak memiliki sebarang fakta atau statistik berdasarkan kajian terperinci, namun melalui perbincangan dan perbualan di kedai kopi dan surau /masjid memberikan gambaran bahawa pemimpin UMNO pada hari ini sudah tidak memiliki ‘taring’ sebagaimana yang dimiliki oleh pemimpin terdahulu.

Adakah kemarahan rakyat cukup kuat untuk Bersih 4 raih penyertaan tinggi?

Bersih 4 yang akan diadakan pada 29 hingga 30 Ogos ini menuntut kerajaan yang bersih, pembaharuan pilihan raya, hak untuk memprotes dan langkah menyelamatkan ekonomi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Ogos, 2015. 
Bersih 4 yang akan diadakan pada 29 hingga 30 Ogos ini menuntut kerajaan yang bersih, pembaharuan pilihan raya, hak untuk memprotes dan langkah menyelamatkan ekonomi. 

Dengan Bersih 4 tinggal seminggu sahaja lagi, timbul kebimbangan yang tindakan keras yang diambil terhadap mereka yang berbeza pendapat dan keadaan pembangkang politik yang berpecah-belah akan melihat jumlah penyertaan yang kecil pada perhimpunan itu nanti. Parti pembangkang DAP, PKR dan kumpulan serpihan PAS, Gerakan Harapan Baru (GHB), yang menyokong Bersih 4, menyeru seberapa ramai ahli mereka mengambil bahagian dalam perhimpunan di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching dari 29 hingga 30 Ogos itu.
Tuntutan perhimpunan anjuran kumpulan masyarakat awam terkenal itu kali ini ialah kerajaan yang bersih, pembaharuan pilihan raya, hak untuk memprotes dan langkah menyelamatkan ekonomi.

Perhimpunan ini juga dianggap pihak penganjur, Bersih 2.0, sebagai undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang didakwa terbabit dalam skandal kewangan, dan dakwaan salahlakunya itu cuba dilindungi, menyebabkan ketidakstabilan politik dan mengurangkan keyakinan pelabur. Penyertaan dalam perhimpunan Bersih pada masa lalu bergantung kepada usaha parti pembangkang menarik bilangan yang tinggi, tetapi pemimpin parti kini mengakui, merupakan satu cabaran untuk mendapatkan orang ramai yang bukan anggota parti turut serta kali ini berbanding Bersih 2 dan 3, kerana pendirian Putrajaya yang tidak bertolak-ansur terhadap perbezaan pendapat awam.
Penyelidik bebas Ibrahim Suffian juga berkata, masalah ekonomi di negara ini mungkin tidak cukup genting untuk mempengaruhi orang ramai keluar ke jalan pada hujung minggu Merdeka nanti.
Tidak seperti Bersih 3
Ibrahim berpendapat perhimpunan Bersih pada masa lalu, terutama yang ke-3 pada 2012, berjaya menarik penyertaan yang tinggi dengan adanya usaha mobilisasi yang meluas oleh ahli dan penyokong pembangkang.
Ini menjelaskan mengapa perhimpunan pada tahun itu begitu besar, dengan anggaran sehingga 300,000 orang membanjiri Dataran Merdeka dan kawasan sekitarnya, walaupun ekonomi negara ketika itu lebih baik daripada sekarang.
"Penyertaan yang tinggi biasanya berkebetulan dengan keadaan  ekonomi yang bermasalah. Sekarang, walaupun terdapat kebimbangan mengenai ekonomi, kadar pengangguran masih rendah dan orang ramai masih boleh meneruskan kehidupan," kata pengarah eksekutif Merdeka Centre itu.
Jumlah penyertaan yang besar ketika Bersih 3 juga adalah kerana ia turut merupakan satu solidariti Pakatan Rakyat (PR), pakatan pembangkang yang kukuh bersatu ketika itu, berarak ke Putrajaya menyokong perdana menteri pilihan mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pilihan raya umum diadakan pada tahun berikutnya, Mei 2013.

DAP sokong Bersih 4, mahu Najib letak jawatan

DAP menyokong penuh perhimpunan Bersih 4 bermula 29 Ogos ini untuk menuntut pelaksanaan pilihanraya bersih, kerajaan bersih, hak untuk protes, memperkukuh sistem demokrasi berparlimen dan menyelamatkan ekonomi.
Sehubungan itu, Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP yang bermesyuarat di sini malam tadi, dalam sokongannya kepada Bersih, mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan serta bertanggungjawab sepenuhnya terhadap skandal “derma” RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau.
Sekiranya beliau enggan meletak jawatan, DAP mahu undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri dibuat di Parlimen.
Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, mesyuarat malam tadi juga bersetuju untuk menuntut supaya skandal RM2.6 bilion itu tidak dikaburkan tetapi ditangani secara menyeluruh oleh sebuah jawatankuasa kebangsaan mengenai dana politik yang dicadangkan oleh Perdana Menteri sebagai prasyarat penyertaan DAP dalam jawatankuasa tersebut.
“DAP juga menuntut supaya Menteri-menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dan Datuk Paul Low, meletak jawatan kerana cuba menutup skandal kewangan 1MDB sebanyak RM42 bilion dan skandal derma RM2.6 bilion, serta membelakangkan prinsip-prinsip ketelusan dan akauntabiliti yang pernah mereka janji untuk dipertahankan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, DAP mencabar Najib untuk membuktikan komitmen beliau terhadap nilai-nilai integriti dan akauntabiliti dalam kehidupan awam dengan memastikan semua penjawat awam termasuk dirinya sendiri dan para Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri serta para Exco supaya mengisytiharkan harta sepertimana yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.
Selain itu, DAP turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa-mangsa peristiwa letupan bom di Bangkok, Thailand yang mengakibatkan kematian 20 orang termasuk 7 orang warga Malaysia.

Bersih, Cekap dan Amanah: Slogan ciptaan BN, kini dibenci BN



lim guan eng 2
KUALA LUMPUR, 21 OGOS:  Lebih 30 tahun lalu, kerajaan persekutuan Barisan Nasional memperkenalkan slogan. “Bersih, Cekap dan Amanah”. Hari ini BN menganggap slogan itu bertentangan dengan kepentingan negara.
Kontroversi itu bermula apabila Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang, sebagai agensi Persekutuan, melarang sekolah-sekolah di negeri itu daripada menyertai sambutan Merdeka anjuran kerajaan negeri Pulau Pinang pada 31 Ogos ini.
Screenshot_2015-08-21-13-42-19-2Arahan tentang larangan itu dikeluarkan kerana tema sambutan Merdeka di Pulau Pinang pada tahun ini “Bersih, Cekap dan Amanah” dianggap sensitif kerana mempunyai perkataan “Bersih”.
Ini adalah kerana perkataan “Bersih” itu telah dikaitkan oleh pihak Jabatan Pelajaran dengan perhimpunan Bersih 4 yang akan diadakan pada 29 dan 30 Ogos ini.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dalam satu kenyataan ringkas hari ini, menegaskan bahawa tema Merdeka bagi negeri adalah Bersih, Cekap dan Amanah, dan beliau telah meminta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Farizan Darus, untuk memaklumkan kepada Kementerian Pelajaran.
“Jika mereka mengharamkan (penyertaan sekolah), kita akan mengambil tindakan lanjut. Biarlah mereka isytihar BCA (Bersih, Cekap dan Amanah) sebagai haram,” katanya.
Sementara itu, Ketua Sosialis Muda DAP Kebangsaan, Teo Kok Seong, mengutuk  sekeras-kerasnya tindakan Kementerian Pelajaran.
“Saya telah mendapat penjelasan melalui twitter daripada YB Chong Sin Woon selaku Timbalan Menteri Pelajaran bahawa larangan tersebut adalah disebabkan tema Hari Kemerdekaan mempunyai perkataan “Bersih” serta ia dilihat Kerajaan Pulau Pinang mempolitikkan Hari Kemerdekaan.
“Adalah amat jelas sekali arahan larangan ini bermotif politik, ataupun menerima tekanan dari pihak yang tertentu,” kata beliau.
Menurutnya, Kementerian Pelajaran melampau kerana terlalu sensitif dengan perkataan “Bersih” sedangkan Bersih, Cekap dan Amanah sentiasa dititikberatkan oleh semua agensi kerajaan pusat dan kerajaan negeri sejak lebih 30 tahun lalu.

PAS perlu usaha keras tawan pengundi kawasan bukan tradisi - Prof Dr Mohd Fuad Mat Jali

Post Pic
SHAH ALAM: Walaupun mendapat sokongan daripada pengundi tegar, PAS perlu bekerja keras untuk meraih undi di kawasan yang terdiri daripada masyarakat majmuk yang pernah dimenangi sewaktu pilihan raya umum lalu, kata pensyarah geopolitik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Mohd Fuad Mat Jali.
 
Mohd Fuad berkata, PAS dijangka tidak mempunyai masalah untuk bertanding di kawasan tradisi seperti di Kelantan, namun akan berdepan dengan kesukaran kerana sekiranya bertembung dengan calon parti serpihannya, Gerakan Harapan Baru (GHB).   
 
"Apabila sudah keluar sudah tentu fokus bagaimana nak menarik semula keyakinan rakyat.. Kalau dulu bersama (PR) orang melihat PAS kuat, tapi kalau kita lihat populariti di Kelantan tiada masalah. 
 
"Yang membezakan pada PRU14 ialah mereka bersendirian, mereka bertanding di kawasan 50:50. Kalau dulu mereka menang, tapi kali ini mereka kena berusaha lebih untuk meraih hati pengundi supaya mereka boleh kekalkan seperti Perak, Pulau Pinang, Selangor di mana beberapa kerusi yang dimenangi adalah kerusi campuran. Ini mungkin sukar bagi mereka nak tawan bila bersendirian," katanya dalam satu temubual bersama Antarapos.
 
Beliau berkata demikian sebagai mengulas jangkaan prestasi PAS pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekiranya tidak lagi bersama gabungan PR.
 
Pada PRU13 dua tahun lalu, PAS berjaya memperoleh 21 kerusi, dan bilangan itu sedikit merosot berbanding PRU12 pada 2008 di mana pada ketika itu parti Islam berkenaan berjaya memperoleh 23 kerusi. Pada dua pilihan raya berkenaan, PAS bergabung bersama PKR dan DAP membentuk PR. 
 
Prestasi terbaik PAS pernah direkodkan pada PRU10 (1999) di mana PAS memperoleh 27 daripada 63 kerusi Parlimen yang ditandinginya. Pada ketika itu PAS bergabung bersama DAP, PKR dan PRM membentuk Barisan Alternatif.
 
Pola tersebut secara tidak langsung mencetuskan perkaitan di mana PAS berjaya memperolehi kerusi menerusi penggabungan bersama rakan sekutu.
 

"Taat Setia Saya Adalah Kepada Ayahanda, Negeri Saya" - TMJ

PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor telah memberi amaran kepada pemimpin-pemimpin politik berhubung 'nasihat' kepada Sultan untuk kepentingan peribadi.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan mereka bahawa beliau adalah pewaris takhta Johor dan suaranya menjadi 'suara terakhir yang akan sampai kepada telinga dan perhatian ayahandanya Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

"Taat setia saya adalah kepada ayahanda saya, Sultan saya. Keutamaan saya adalah kedaulatan dan kesejahteraan negeri dan rakyat Johor.

"Jangan sekali-kali ada yang cuba menyembah nasihat kepada DYMM Tuanku demi kepentingan peribadi. Walaupun apa yang terjadi, air dicincang takkan putus.

"Apabila saya menyembah nasihat kepada DYMM Tuanku, ianya adalah ikhlas dari saya kerana saya tidak mempunyai kepentingan peribadi. Kasih sayang saya kepada ayahanda saya, Sultan saya, tiada yang boleh menggoyahkan atau menghancurkannya," katanya menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers pada Jumaat.

Tunku Ismail berkata beliau tidak menuding jari kepada sesiapa atau cuba menegruhkan keadaan, tetapi menegaskan pendirian bahawa beliau sentiasa teguh di belakang Sultan dan rakyat Johor.

Beliau membuat komen ini selepas ramai ahli politik telah dilihat cuba berbaik-baik dengan Sultan Johor, yang telah membawa kepada banyak spekulasi.

PAS, GHB Dan Sabar

Oleh Mohammad Ridhauddin


Ramai benar mengkritik keras saya dan penganjur selepas penganjuran SEMBANG SANTAI (SS) 1.0 bersama dengan sahabat GHB, ada juga yang mengkisahkan kecelaruan fikrah saya sedari awal penglibatan dalam jemaah,

Bahkan, tidak sedikit yang mengistinbatkan dengan ayat quran tentang kemunafikan penganjuran terbabit.

Insyaallah, saya dengan para sahabat sedang berusaha untuk menganjurkan SEMBANG SANTAI (SS) 2.0 bersama dengan sahabat2 UMNO dan BN dengan tajuk " RM 2.6 bilion: PENJELASAN KEPADA RAKYAT", Saya tidak pasti ayat yang manakah lagi yang akan ditujukan kepada kami.

Tanya seorang pakcik selepas saya menyampaikan kuliah Usul Fiqh (seminggu selepas tamat SS 1 dan antara isi kuliah berkenaan ialah keterbukaan dalam kekhilafan):

"Apa patut kita buat ustaz, bila la agaknya politik Islam akan maju kalau asyik memunafikkan orang. Cuba tengok barat, mereka maju kerana mengkritik idea, bukan orang"

Sambil tersenyum panjang saya berkata:

"Pertama sekali yang kita perlu buat ialah SABAR. Sebelum barat menjadi seperti hari ini, perangai mereka dulu adalah sikap kita hari ini.

Kedua, kita patut terus bekerja untuk TUNJUKKAN keterbukaan Islam dalam menyelesaikan masalah umat"

Buat sahabat2,
Pesanan orang lama menitipkan:
Kalaupun mahu membeli kerbau,
Biarlah di padang, bukan yang berkelewar.


Mohammad Ridhauddin
Ketua Urusan Ulamak PAS Batu Gajah

Ringgit Merudum: Sepatutnya RM3.70 tetapi semalam ditutup RM4.10


NILAI sebenar Ringgit Malaysia semalam sepatutnya sekitar RM3.70 tetapi disebut harganya pada kadar RM4.10 pada tukaran USD1 ketika ditutup semalam. Sebenarnya ia sangat rendah berbanding sebelum ini sekitar RM3.30 sahaja. Ada dua peringkat masalah, iaitu (1) penurunan daripada RM3.30 kepada RM3.70 pada nilai sebenar semalam, (2) penurunan secara sentimen daripada RM3.70 kepada RM4.10.

Ada tiga faktor penting naik turun mata wang sesebuah negara:
1. Jumlah aktiviti ekonomi berguna atau jumlah barangan berharga sebenar. Seperti kita mempunyai sawit, kereta, padi, minyak dan lain-lain.
2. Jumlah cetakan umum wang kertas negara. Yang ini tugas Bank Negara untuk memantau cetakan matawang.
3. Kepantasan pusingan mata wang atau kepantasan perpindahan wang dari tangan ke tangan. Dalam ekonomi, ia dikenali sebagai the velocity of the money.

Ketiga-tiga faktor di atas boleh dikatakan punca kepada penurunan nilai daripada RM3.30 kepada 3.70 bagi USD1 dan disebut nilai tukarannya pada kadar RM4.10 ketika penutupannya. Kenapa jatuh ditimpa tangga? Ringkasnya, penyusutan daripada RM3.30 kepada RM3.70 adalah disebabkan tiga faktor di atas manakala penyusutan nilai sebenar sebanyak RM3.70 kepada nilai sentimen sebanya RM4.10, iaitu susut sebanyak sekitar 10%, adalah disebakan oleh faktor tambahan iaitu sentimen.

Sentimen termasuk spekulasi dan ketidakstabilan unjuran masa depan terutamanya apabila berlakunya isu-isu ekonomi yang melibatkan politik, seperti isu 1MDB yang diparahkan dengan responsif yang tidak seimbang dengan dilihat isu ini membawa huru-hara negara dan sebagainya.

Najib Ditekan: Khairuddin buat laporan polis terhadap 1MDB, Petrosaudi, di London

Bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata cara terbaik untuk mencari keadilan terhadap 1MDB adalah melalui undang-undang antarabangsa kerana pengubahan wang haram yang dikatakan itu berlaku di sekurang-kurangnya enam negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Ogos, 2015. 
Bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata cara terbaik untuk mencari keadilan terhadap 1MDB adalah melalui undang-undang antarabangsa kerana pengubahan wang haram yang dikatakan itu berlaku di sekurang-kurangnya enam negara. 

Bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membuat laporan dengan polis British terhadap syarikat bermasalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan PetroSaudi International berhubung dakwaan kes pengubahan wang haram. Bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu berkata menerusi posting di akaun Facebook miliknya, beliau membuat laporan di Balai Polis Charing Cross semalam pada pukul 6.30 petang waktu London.
Beliau ditemani peguamnya Matthias Chang, yang merupakan pembantu kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Laporan polis ini adalah berkisar kepada pengubahan wang haram 'money laundering' di antara syarikat Petrosaudi International dan 1MDB untuk disiasat 'The Proactive Money Laundering Investigative Team'. "Pihak Polis Metropolitan London juga menghubungi peguam saya Matthias Chang dan berikrar untuk memberi kerjasama dalam melaksanakan penyiasatan aktiviti penggubahan wang haram rentas sempadan ini secara komprehensif serta telus," katanya.
Khairuddin yang dipecat daripada Umno tahun ini selepas beliau diisytiharkan bankrap berkata, Chang juga mengesahkan beliau dihubungi polis UK semalam.
Beliau berkata, cara terbaik untuk mencari keadilan ialah melalui undang-undang antarabangsa kerana pengubahan wang haram yang dikatakan itu berlaku di sekurang-kurangnya enam negara.
"Biarlah kita serahkan juga kepada proses undang-undang antarabangsa bagi menyiasat, seterusnya menzahirkan secara terbuka kepada 30 juta rakyat Malaysia di manakah punca kesilapan kes skandal 1MDB ini!
"Undang-undang antarabangsa ini juga sikit sebanyak dapat membantu kerajaan Malaysia yang nampak tidak mampu serta tidak berkesan bagi mencari kebenaran kes skandal 1MDB secara mutlak!" katanya.

Pendedahan TPM jejas kekuatan kerajaan Umno@BN

ALOR SETAR – Pendedahan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai wujudnya usaha menggulingkan kerajaan BN menerusi cubaan mengadakan undi tidak percaya di Parlimen sangat tidak sesuai didedahkan kepada awam.

Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, tindakan itu akan menambahkan lagi ketidaktentuan persepsi awam terhadap keutuhan dan kekuatan kerajaan terutama dalam situasi negara yang pelbagai isu diviral dan diperdebatkan.

“Pada saya, isu sebegini harus diselesaikan secara rundingan terus dengan pihak atau tokoh terlibat. Ahmad Zahid menyatakan bahawa mempunyai maklumat berkenaan tokoh yang menganjurkan komplot itu, maka langkah yang boleh diambil adalah dengan berjumpa sendiri tokoh berkenaan.

“Selesaikan secara tertutup dan bersemuka. Tidak perlu hal komplot sebegini jika benar wujud sekalipun didedahkan kepada awam. Ia akan menambahkan lagi polemik pada negara,” katanya, semalam.

Menurutnya, keyakinan pasaran dan pelabur juga mungkin terjejas akibat pelbagai isu yang berlaku di negara ini.

“Di kala situasi ekonomi dan kejatuhan nilai Ringgit Malaysia sedang berlaku, sepatutnya pernyataan oleh menteri terutama timbalan perdana menteri harus lebih positif membawa keyakinan awam dan pasaran pada kerajaan BN, bukan sebaliknya.

“Saya yakin kerajaan BN telah banyak jasa dalam pembangunan masyarakat dan tidak mudah goyang dengan isu dan polemik pembangkang. Tetapi apa yang ditakuti boleh menjejaskan kerajaan BN ialah sikap dan permusuhan sesama tokoh dalam parti itu sendiri,” katanya.

DEIG sedia disiasat SPRM, PAC - Azmin

DEIG sedia disiasat SPRM, PACISU Darul Ehsan Investment Group Berhad (DEIG) menjadi topik perbualan hangat minggu ini, dan hampir sepanas isu syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Isu DEIG  mula dibangkitkan Adun Pelabuhan Klang, Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim dalam sidang Dun yang lalu apabila beliau mempertikai ketelusan DEIG yang kegiatannya didakwa disorok di bawah Menteri Besar Incorporated (MBI) kerana takut diaudit.

Penubuhan itu turut dipertikai oleh pemimpin BN, khususnya di Selangor, yang bimbang dana milik kerajaan negeri disalah guna oleh DEIG. Menurut Menteri Besar Selangor, MOHAMED AZMIN ALI, semua dakwaan itu tidak berasas sama sekali kerana masih belum ada sebarang transaksi dibuat dan DEIG masih sebuah syarikat bernilai RM2. Ikuti temu bual eksklusif  oleh wartawan Sinar Harian, ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD, HAFEZDZULLAH MOHD HASSAN dan NIZAM ZAIN serta jurufoto, JAZALY AMRY JAAFAR bersama Mohamed Azmin di Kompleks Media Karangkraf, semalam.

Ramai yang mempersoalkan kewujudan DEIG, boleh YAB jelaskan tujuannya?
Prinsip utama ditubuhkan adalah untuk menyelaraskan dan menyatukan aset dalam MBI yang memiliki 12 anak syarikat bernilai RM6.3 bilion dalam bentuk tanah dan hartanah.
Dulu kita ada State Secretary Incoprated (SSI) yang menguruskan aset kerajaan negeri.

Bagaimanapun, pada tahun 1994 kerajaan negeri tak berupaya, maka SSI dipindah kepada MBI dan matlamat masih sama. Sepanjang penubuhan MBI kesemua anak syarikat gagal beri pulangan dan bayar dividen pada kerajaan negeri.

Apakah ini perlu diteruskan dalam keadaan mereka punya aset besar tetapi tidak boleh bagi pulangan kepada kerajaan negeri, sedangkan pulangan itu penting untuk kita teruskan pembangunan negeri.

Oleh sebab kita lihat mereka gagal cipta nilai baru dan nilai tambah pada hartanah tersebut, ia kerugian besar pada negeri. Matlamat kita menubuhkan DEIG adalah untuk menguruskan pelaburan dari 12 anak syarikat itu secara profesional dengan tujuan mencipta nilai tambah pada aset sedia ada.

Daripada 12 anak syarikat di bawah MBI, tidak ada satu ke yang boleh dibangunkan kerajaan negeri sehingga terpaksa tubuhkan entiti baru?

Setakat ini, itulah keadaannya, kerana berlaku pertindihan dari segi fokus perniagaan mereka. Saya sudah jelaskan dalam Dewan Negeri, salah satu contoh Pendidikan Industri YS Sdn Bhd (PIYSB) yang dimiliki oleh MBI di bawahnya ada Unisel yang perniagaan utamanya pendidikan.

Sepatutnya mereka melakukan sesuatu untuk menjana pendapat lebih tetapi itu tidak berlaku, akhirnya kerajaan negeri terpaksa menanggung kos pembaikan di Unisel, tahun lepas sahaja sebanyak RM62 juta telah dibelanjakan.

Azmin akui modal mula DEIG RM2, janji ketelusan

Mohamed Azmin Ali menyifatkan penubuhan Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG) Sdn Bhd dengan modal awal hanya RM2 bukan suatu isu besar tetapi yang penting, syarikat itu akan ditadbir secara telus dan mengikut undang-undang.
Dalam satu wawancara dengan akhbar Sinar Harian, menteri besar Selangor itu berkata, RM2 tersebut adalah saham tajaan syarikat di mana suntikan modal perlu dilakukan.
"Apabila mula beroperasi dengan struktur governans yang jelas, maka sudah tentu modal itu perlu dinaikkan, sebab RM2 itu saham tajaan buka syarikat.

"Bila hendak mula operasi mestilah ada suntikan tunai atau melalui aset lain," Azmin dipetik berkata Sinar Harian hari ini. Yang lebih penting, katanya, syarikat pelaburan tersebut dijamin akan diikat dan dikawal dengan perundangan yang jelas.
"Kita akan bertanggungjawab dengan DUN (Dewan Undangan Negeri) supaya ketelusan kita pertahankan," katanya.
Pentadbiran Azmin berdepan kritikan susulan penubuhan DEIG yang dikatakan menyamai syarikat pelaburan bermasalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dimiliki kerajaan pusat.
Bekas menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim juga semasa sidang DUN baru-baru ini berbalah dengan Azmin mengenai penubuhan DEIG yang tidak tertakluk di bawah enakmen negeri dan tidak perlu melaporkan penyata kewangan dalam DUN walaupun bertanggungjawab menguruskan RM6.3 bilion aset pelaburan negeri.
Azmin mempertahankan ketelusan DEIG kerana ia akan dibentuk beberapa jawatankuasa bebas bagi menentukan pelaburan yang bakal dibuat.
"DEIG akan dibentuk beberapa jawatankuasa bebas untuk diakses seperti jawatankuasa tender, jawatankuasa pemilihan dan jawatankuasa pelaburan.

SB man to expose brains behind 1MDB clampdown

Transferred deputy director tells of secret Hang Tuah Gang led by 'Si Kitol' behind disinformation
Abdul-Hamid-Bador,-mastermind,-1mdb
KUALA LUMPUR: A secret Hang Tuah Gang is behind moves to suppress exposure of the controversial government investment arm 1Malaysia Development Bhd, according to Abdul Hamid Bador, the former deputy director of Special Branch and self-declared Mahathir loyalist.
Abdul Hamid vowed to expose the mastermind, whom he described as a “Si Kitol” a reference to the Malaccan insider who revealed the secrets of the port city to the invading Portuguese fleet in 1511, according to a news report.
“I will expose this Si Kitol’s name soon,” he told Malaysiakini, after being asked about a message circulated online announcing a purported press conference by him, supposedly on a police report he would make against Dr Mahathir Mohamad and his attempt to oust prime minister Najib Razak.
Abdul Hamid was ordered last week to report to the Prime Minister’s Department to take up new duties as deputy director of a unit on international security and transnational crime. His transfer has given rise to speculation about the reason for the move, coming soon after similar transfers of two senior anti-corruption officers (since rescinded) and others involved in the 1MDB investigation.
However, last week Abdul Hamid declared his loyalty to Dr Mahahir and said he would never betray “the servant of Allah who has done so much for the country”.
Dr Mahathir has been at the forefront of a relentless campaign for months, attempting to force Najib out of office because of the affairs of 1MDB. He has now called for a confidence motion against Najib in Parliament and is attempting to rally Barisan and opposition MPs to support the motion.

SAMM tuduh Dr Mahathir penipu

NGO itu mendakwa Dr Mahathir bukan mahu menyelamatkan Malaysia mahupun UMNO tetapi melindungi kroni.
mahathir,-Edy-Noor-Reduan
PETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikaitkan dengan PKR menuduh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penipu.
Tuduhan itu susulan kenyataan bekas Perdana Menteri yang menasihatkan pembangkang supaya terus bekerja keras menumbangkan Datuk Seri Najib Tun Razak namun dalam masa sama harus mengekalkan pentadbiran Barisan Nasional (BN).
Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan berkata, tujuan sebenar Dr Mahathir bukan mahu menyelamatkan Malaysia mahupun UMNO tetapi untuk melindungi kroni.
“Dr Mahathir adalah penipu, setiap kata-katanya adalah penipuan. Dr Mahathir hanya tidak menipu ketika berdiam diri, itupun kita harus berhati-hati kerana pastinya Dr Mahathir yang berdiam itu sedang merancang untuk penipuan seterusnya,” katanya.
Dia berkata, kenyataan Dr Mahathir itu menjadi tamparan hebat buat ahli politik pembangkang yang selama ini menjadikan populariti Dr Mahathir sebagai modal perlawanan dan pedoman dengan perkiraan ‘musuh kepada musuh adalah rakan’.