Jumaat, 21 Ogos 2015

Hormat penjawat awam berani tentang penyelewengan

Subra wins MIC president post uncontested

MIC Presidential Nomination kick off with flying stones, bottles, bricks & sticks

Pengisytiharan harta teras reformasi dana politik

oleh Hazlan Zakaria

Jika ketua penerangan stragegik BN Abdul Rahman Dahlan tidak dapat melihat kaitan antara pengisytiharan harta oleh politikus dan reformasi pembiayaan politik, beliau mungkin perlu menukar cermin matanya yang bergaya itu dengan kanta yang lebih baik.

Dan beliau juga barangkali perlu menghentikan pendekatan helah politik yang defensif dan mula berfikir sedalamnya. Pengisytiharan harta oleh politikus bukan sahaja amalan yang baik, tetapi ia aspek penting dalam soal ketelusan pembiayaan politik. Bagaimana lagi kita dapat melihat siapa yang menyembunyikan “derma” ke dalam poket mereka sendiri.

Bolehkah tuan beritahu? Sebaik sahaja rahsia sudah terdedah, anda tentunya boleh berkata apa sahaja untuk menjelaskannya. Tetapi amat penting untuk memastikan terlebih dahulu berapakah yang dimiliki politikus ketika awal memegang jawatan, dan berapa pula yang berjaya dikumpul mereka selepas itu.

Abdul Rahman Maksud saya, jika setiap sumbangan itu sah, kosher dan halal, maka teruskanlah. Tetapi jika tidak, ketelusan dalam pengisytiharan harta akan menjadi aset kepada regulator serta orang awam untuk menilai wakil rakyat mereka. Memang benar bahawa tidak semestinya politikus yang mengisytiharkan harta itu tidak korup.

Akan tetapi mereka yang berbuat demikian sekurang-kurangnya kurang sedikit perkara yang perlu disembunyikan, berbanding mereka yang tidak berbuat demikian. Mereka yang tidak dan enggan mengisytiharkan harta pula tentunya kelihatan seperti ada sesuatu yang perlu disembunyikan, walaupun sebenarnya tidak.

Maka pengisytiharan harta adalah amalan yang baik untuk semua politikus menjelaskan aset dan apa sahaja sumbangan yang mungkin sudah masuk ke poket mereka. Rahman dilaporkan berkata bahawa walaupun ia adalah satu amalan yang baik, terlalu naif untuk percaya mereka yang berbuat demikian benar-benar tidak korup.

Beliau merujuk seruan setiausaha agung PKR Rafizi Ramli agar memboikot pengumuman rancangan reformasi dana politik yang dibuat perdana menteri Najib Razak selagi beliau dan barisan Kabinet tidak mengisytiharkan harta mereka terlebih dahulu. Rafizi Menurut Rahman, beliau tidak dapat melihat kaitan antara dua perkara tersebut. “Pengisytiharan aset tidak bermakna anda bersih, falasi dalam hujah Rafizi ini membingungkan.

PAS: Dr Mahathir separuh dari masalah negara


Masalah negara perlukan rombakan menyeluruh dan tidak memadai dengan menurunkan Datuk Seri Najib Razak daripada jawatan perdana menteri, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Dalam kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim berkata, apa yang dialami negara ketika ini berpunca daripada warisan ditinggalkan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya, Dr Mahathir (gambar) merupakan separuh daripada masalah negara ini kerana budaya dan pentadbiran korup berpunca padadari warisan beliau.
Jelasnya lagi, rombakan menyeluruh harus dilakukan bagi membetulkan sistem dengan menukar parti menerajui negara.
“Bagi PAS, selagi tidak dibuat rombakan menyeluruh untuk membetulkan sistem yang sudah korup dengan menukarkan parti yang menerajui Malaysia, tidak mungkin negara ini dapat diselamatkan,” katanya.
Tuan Ibrahim berkata demikian mengulas kenyataan Tun Mahathir semalam yang menggesa pembangkang mencari formula untuk menyingkirkan Najib tanpa mengganggu kerajaan BN.
Mengulas lanjut, kata Tuan Ibrahim, cadangan Dr Mahathir itu adalah "separuh masak" dan sekadar cubaan untuk menggunakan pembangkang bagi menukar Najib dan menyelamatkan Umno yang sudah tidak berupaya memperbetulkan diri kerana masalah politik wang.
“Cadangan Dr Mahathir bukan penyelesaian kepada masalah negara kerana bebanan hasil dari salah urus tadbir negara akan terus terikat di bahu rakyat.
“Isu GST (cukai barangan dan perkhidmatan) yang membebankan rakyat, hutang 1MDB serta isu RM2.6 bilion 'sumbangan' ke dalam akaun PM, gejala rasuah yang kini boleh dikenali sebagai derma dan kedudukan daya saing negara dalam ekonomi global dan serantau akan terus menjadi isu utama di bawah budaya BN,” katanya.

Forum 1MDB: Protes Rakyat atau Dewan Rakyat @Kini


Krisis keyakinan yang dihadapi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak susulan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion menjadi perbualan paling hangat saat ini.
Namun, tiada siapa yang dapat memberikan jawapan langkah-langkah terbaik merungkaikan krisis politik dan ekonomi ini.
Bersih menganjurkan demonstrasi selama dua hari mulai 29 Ogos, sementara sekumpulan tokoh politik mencadangkan undi tidak percaya dibuat terhadap Najib di Parlimen.
Menyingkirkan Najib dilihat paling relevan bagi tokoh-tokoh Umno, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah, untuk menyelamatkan negara dan parti itu.
Namun pihak-pihak di luar Umno pula mahukan lebih daripada penyingkiran Najib. Mereka gusar pada beban hutang 1MDB sebanyak RM42 bilion dan menuntut perubahan yang lebih meluas.
Persoalannya, apakah mungkin undi tidak percaya di Dewan Rakyat boleh berjaya? Atau, rakyat harus turun beramai-ramai di perhimpunan BERSIH 4 bagi menyatakan penolakan meluas mereka?
Merancakkan perbahasan isu semasa
Malaysiakini mengundang empat tokoh terkenal untuk membahaskan sejauh mana berkesannya langkah BERSIH 4 dan juga kemungkinan undi tidak percaya boleh diusulkan.
Mereka juga akan membahaskan implikasi krisis politik ini dan idea-idea yang dipercayai boleh diambil untuk menyelesaikan kemelut negara ini.
Forum bertajuk '1MDB: Protes Rakyat atau Dewan Rakyat' disertai oleh Datuk A Kadir Jasin, tokoh editor dan pengulas politik terkenal; Datuk Saifuddin Abdullah, CEO Pergerakan Moderat Global (GMM) dan mantan timbalan menteri; Gan Ping Sieu, presiden pertubuhan CENBET dan mantan timbalan menteri; dan Maria Chin Abdullah, pengerusi Bersih 2.0.
Ia akan diadakan pada Rabu depan (26 Ogos) bermula jam 8.30 malam di pejabat Malaysiakini di Petaling Jaya.
Acara ini sebahagian aktiviti Malaysiakini untuk merancakkan perbahasan isu-isu semasa. Para peserta boleh bersoal jawab dengan empat tokoh nasional berhubung topik hangat ini.
Untuk mereka yang berada di luar Lembah Klang, forum ini bakal disiarkan secara langsung melalui video dalam talian.
Untuk menghadiri program ini, alamatnya seperti berikut:
PJ 51 Business Park
@Kini, No 9 Jalan 51/205 A,
Off Jalan Tandang, Petaling Jaya

 

Turunkan Najib, Kekal BN: Tun Mahathir salah faham niat PKR

Sultan Johor yakin hanya mampu Umno satukan Melayu, kata Zahid .??

Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin Sultan Johor mengharapkan Umno untuk menyatukan orang Melayu berdasarkan pertemuannya dengan baginda hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Ogos, 2015. 
Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin Sultan Johor mengharapkan Umno untuk menyatukan orang Melayu berdasarkan pertemuannya dengan baginda hari ini.

Sultan Johor percaya hanya Umno yang dapat menyatukan Melayu, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini.
Timbalan perdana menteri itu berkata pandangan itu didapati selepas pertemuannya dengan Sultan Johor hari ini.
"Baginda bukan ahli politik, baginda tak mahu campur dalam soal politik, baginda di atas politik, tapi harapan baginda orang Melayu bersatulah.

"Dan penyatuan itu, walaupun baginda tak sebutkan, saya yakin baginda mengharapkan Umno sahaja yang boleh menyatukan orang Melayu," katanya sewaktu merasmikan mesyuarat Umno Kota Tinggi hari ni.

Usaha Bersih sia-sia, hanya Umno boleh jatuh Najib - Atory Hussain


Atory Hussain

SHAH ALAM – Pemerhati politik berpendapat hanya ahli Umno sahaja boleh mengguling Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada kuasanya.

Penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata, tekanan melalui himpunan Bersih yang dijadualkan hujung bulan ini hanya sia-sia.

“Saya rasa dalam konteks Malaysia, ia sia-sia, tidak memberi kesan tapi di luar negara memang beri kesan sebab itu mereka mahukan Najib ditumbangkan dengan cara itu. Tapi di Malaysia ini, impaknya tidaklah begitu... Najib tidak akan tunduk.

“Saya percaya yang menyertainya itu nanti bukan mewakili majoriti rakyat. Hanya terdiri daripada sebilangan kecil daripada NGO-NGO jadi, tidak memberi kesan sangatlah,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Namun, menurut beliau usaha itu boleh berjaya jika Bersih mampu bersama-sama Umno dan BN untuk menurunkan Najib.

“Kecuali Bersih ini dapat menggembleng ramai pihak dengan sebahagian besar rakyat termasuk parti-parti pemerintah sendiri.

Skandal 1MDB: Tindakan Khairuddin tidak masuk akal kata Rahman Dahlan

Rahman Dahlan mempersoalkan bidang kuasa perundangan Switzerland ke atas negara ini.
Rahman-Dahlan,-Khairudin,-1MDB
SUBANG JAYA: Tindakan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menghantar dokumen yang didakwanya bukti skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada Peguam Negara Switzerland dianggap tidak masuk akal.
Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, ia di luar bidang kuasa negara itu.
“Takkanlah bidang kuasa Switzerland melebihi Malaysia?, ia hanyalah tindakan tidak masuk akal, bagaimana kamu nak membawa peguam Switzerland masuk pula?
“Kalau macam itu kena jajahlah Malaysia,” katanya semasa sidang media selepas merasmikan pelancaran Sidang Kemuncak Perumahan dan Hartanah Kebangsaan di Sunway Hotel pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Rahman Dahlan turut menyarankan bekas Naib Ketua Bahagian UMNO Batu Kawan itu supaya tidak terlalu emosi sehingga meminta bantuan pihak luar untuk campur tangan.
Katanya, penilaian Peguam Negara berhubung isu 1MBD adalah berdasarkan fakta dan bukti.
Tempelaknya, tindakan tersebut tidak diyakini Khairuddin dan pembangkang, kerana Peguam Negara tidak mengikuti kehendak mereka.
“Malah jika Peguam Negara tidak menjaga hati dan perasaan pembangkang, mereka mengatakan Peguam Negara tidak menjalankan kerja.
“..Tapi kalau dia (Peguam Negara) ikut telunjuk pembangkang barulah Peguam Negara dianggap terbaik,” katanya.

Umno Johor raikan kepelbagaian pendapat sewaktu Najib cuba kawal Internet

Pengerusi Umno Johor Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin yakin pemimpin baik adalah yang meraikan kerencaman idea dan pendapat serta tidak mendirikan pagar feudal dan hierarki dalam lapangan idea. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Ogos, 2015. 
Pengerusi Umno Johor Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin yakin pemimpin baik adalah yang meraikan kerencaman idea dan pendapat serta tidak mendirikan pagar feudal dan hierarki dalam lapangan idea.

Sewaktu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak cuba memperkenalkan kawalan Internet atas alasan mengawal fitnah, Pengerusi Umno Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pula menyeru ahli partinya di Johor agar menyokong pemimpin yang meraikan kepelbagaian pendapat.
Nada berbeza dalam mesej beliau itu dilihat sebagai satu kesinambungan kepada kritikan halus dari negeri selatan tanah air susulan pemecatan pemimpin negeri itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatan timbalan perdana menteri, hujung Julai lalu.
"Bagi Umno Johor, kami sentiasa yakin pemimpin yang baik adalah yang meraikan kerencaman idea dan pendapat. Yang tidak mendirikan pagar feudal dan hierarki dalam lapangan idea dan pemikiran.

"Sebaliknya, pemimpin yang menyediakan segala landasan yang luwes, bebas dan terbuka. "Saya percaya, perkara ini lebih menggambarkan secara benar dan jujur budaya Umno. Budaya keterbukaan dan kesediaan meraikan perbezaan," kata Khaled memetik butiran percakapan bertulis beliau sewaktu merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Umno Kota Tinggi petang ini.
Menurut Khalid, Umno pada asalnya adalah sebuah parti memperjuangkan kebebasan dan kemerdekaan negara.
"Dan kita percaya kebebasan dan kemerdekaan itu turut mencakupi keupayaan untuk menjadi bangsa merdeka yang tidak anti akal, tidak anti kebebasan bersuara.

Macai Pro-Najib lapor polis dakwa BERSIH taja peserta himpunan


Sebuah gabungan NGO membuat laporan polis menuntut supaya disiasat dakwaan BERSIH menaja peserta himpunan 4.0.
Laporan polis itu dibuat oleh Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Jamal Yunos di IPD Dang Wangi, kira-kira jam 4 petang ini.

Jamal berkata beliau turut menyerahkan maklumat yang diterimanya kepada polis mengenai dakwaan tersebut.
Beliau mendakwa menerima aduan daripada 32 remaja yang mendakwa mereka telah dijanjikan RM300 untuk menghadiri himpunan BERSIH 4.0.
"Mereka mendakwa menerima RM100 sebagai wang pendahuluan, RM100 lagi apabila hadir ke himpunan itu dan baki RM100 lagi semasa hendak balik.
"Setiap peserta juga akan menerima dua helai pakaian dan makan empat kali sehari," kata Jamal kepada wartawan selepas membuat laporan polis.
Beliau mendakwa wang tajaan itu datang daripada ahli politik dan peniaga.
Semalam, Jamal memberi amaran bahawa gabungan itu akan menghantar 30,000 orang jika BERSIH meneruskan dengan perhimpunannya pada 29 dan 30 Ogos ini.
Jamal turut mencabar BERSIH mendedahkan kepada orang ramai sumber kewangannya.

Our rally is a people's rally, says Maria Chin

Pas Tak Kisah Pemimpin Letak Jawatan - Nasrudin Hassan

Pas Tidak Di Jemput Sertai Bersih 4.0 - Nasrudin Hassan

Najib belum jelaskan RM42 juta duit anak Syarikat 1MDB masuk akaun peribadi, kata ahli MT Umno


Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata terpulang kepada perdana menteri untuk menjelaskan RM42 juta yang disalurkan kepada akuan peribadinya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Ogos, 2015. 
Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata terpulang kepada perdana menteri untuk menjelaskan RM42 juta yang disalurkan kepada akuan peribadinya. 

Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata Datuk Seri Najib Razak masih belum menjelaskan status RM42 juta yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi presiden Umno itu.
Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata, menjadi hak perdana menteri sama ada untuk menjelaskan status wang yang diterima daripada bekas anak syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) atau sebaliknya.
"Tak. Beliau tidak (memaklumkan)," katanya pada satu sidang media di Petaling Jaya hari ini.
Ditanya sama ada RM42 juta adalah juga merupakan derma, Rahman berkata: "Saya tak tahu. Terpulang kepadanya." Bagaimanapun, Rahman mengingatkan siasatan mengenai 1MDB sedang berjalan dan Najib memberi jaminan agar ia terus dilaksanakan.
"Pada masa ini siasatan masih dibuat kerana terdapat kebimbangan segelintir pihak. Perdana Menteri kata biar penyiasat menyiasat. Apa yang penting harus diingat perdana menteri mahu transaksi itu disiasat," katanya.
Portal The Wall Street Journal (WSJ) pada bulan lalu mendedahkan RM50 juta dipindahkan dari SRC International kepada anak syarikatnya, Gandingan Mentari yang kemudian ke syarikat lain iaitu Ihsan Perdana.

Isu subsidi minyak: Najib, Rosmah mohon batal pernyataan pembelaan Rafizi

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor fail permohonan batal beberapa perenggan penyata pembelaan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dalam saman fitnah isu subsidi minyak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Ogos, 2015.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor fail permohonan batal beberapa perenggan penyata pembelaan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dalam saman fitnah isu subsidi minyak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Ogos, 2015.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini memfailkan permohonan bagi membatalkan beberapa perenggan dalam pernyataan pembelaan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dan satu lagi pihak dalam saman fitnah berhubung isu subsidi minyak.
Peguam Choo Shi Jin, yang mewakili perdana menteri dan isteri memaklumkan perkara itu kepada pemberita selepas kes disebut di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Nurdiana Mohd Nazari.
Selain Rafizi, pemilik portal 'Media Rakyat' Chan Chee Kong, turut dinamakan defendan dalam saman fitnah itu.

Prosiding dalam kamar itu turut dihadiri peguam Ng Siau Sun yang mewakili Rafizi dan Chan. Choo berkata Najib dan isteri memohon memadamkan beberapa perenggan dalam pernyataan pembelaan itu atas alasan pembelaan kedua-dua defendan bukan satu komen berpatutan.
Peguam itu berkata mahkamah menetapkan 26 Ogos untuk pengurusan kes saman berkenaan.
Pada 16 April lepas, Najib dan Rosmah selaku plaintif memfailkan saman itu mendakwa Rafizi memberi ucapan berbaur fitnah dalam satu forum berkaitan dengan subsidi minyak di Bandar Tun Razak pada 22 November, 2014.

Rais Yatim: Don't let political scandals hamper Merdeka spirit

NGO pro-Najib dakwa dana BERSIH dari Israel

Kadir: Najib failed as Finance Minister and PM

Najib, as Prime Minister and Finance Minister, is the problem, he can’t be the solution as well for the country's woes.

najid,kadir
KUALA LUMPUR: Umno President and Barisan Nasional (BN) chairman Najib Abdul Razak’s record as Prime Minister and Finance Minister is dismal, charged a veteran newsman in his latest blog posting. “Since he took over the two top jobs in 2009, the country’s economy and government finances have worsened.”
The country’s sovereign ratings had either been downgraded or had not enjoyed major improvements, added former New Straits Times Group Editor-in-Chief Kadir Jasin. “And in more recent times, capital – local and foreign – had taken flight.”
MIDF Equities Research has estimated that cumulative net foreign outflow from Malaysian equities rose to RM11.7 billion in the first seven months of this year, surpassing the RM6.9 billion outflow for the whole of last year, said Kadir. “That’s one of the reasons for the massive fall in value of the ringgit.”
Yes, we are not a failed state, he conceded. “But is there a guarantee that we will not be going down that path given the present political and economic quagmire?”
The question is not addressed to Najib or the “budak cerdik” Ahmad Maslan but to all concerned Malaysians, said Kadir. “So it is hard, in this situation, to believe the Prime Minister when he recently said that Malaysia is not a failed state.”
Again, maybe not yet but it could happen if the escalating political and economic crises are not quickly and amicably addressed, warned Kadir. “But can Najib do this when he is the cause of the problem?”
Kadir argues that unless something is done to regain the confidence of investors and consumers, and to overcome the trust deficit that Najib created, Malaysia could end up, as Idris Jala said in 2010, like Greece.
Idris then said, recalled Kadir, that unless the government reduced subsidy substantially, the country could go bankrupt. “Since then Najib had removed or reduced many types of subsidies and raised new taxes by introducing GST. But the economy gets progressively worse instead of better.”
Greece is the latest example of a failed state, said Kadir in revisiting the issue. “If that happens to us, it would be worse. At least Greece has a big brother to bail her out: Germany. Who is going to bail us: China? Singapore?”

SPRM tidak lagi siasat 1MDB

Agensi itu tidak dimasukkan di bawah Pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara.
sprm_1mdb_600
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak lagi menjadi sebahagian daripada pasukan yang menyiasat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Di bawah Pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara (National Revenue Recovery Enforcement Team) yang ditubuhkan oleh Jabatan Peguam Negara, ia tidak lagi membabitkan agensi itu.
Sinchew Daily melaporkan, pasukan tersebut bukan sahaja terlibat dalam siasatan kes 1MDB tetapi turut melibatkan siasatan lain.
Menurut akhbar berbahasa Cina itu, pasukan baharu itu diketuai Jabatan Peguam Negara dan dianggotai Polis Diraja Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Bank Negara dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Tugasnya adalah memulihkan hasil cukai dan aset negara serta mempunyai skop tugas yang luas termasuk siasatan ke atas 1MDB.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mohd. Shukri Abdul dalam temuramah melalui telefonnya dengan akhbar itu melahirkan rasa terkejut dengan penyingkiran SPRM daripada pasukan siasatan tetapi pada masa yang sama menyatakan tidak kecewa.
Beliau tidak menafikan pasukan baharu itu ditubuhkan mungkin untuk menggantikan Pasukan Petugas Khas 1MDB tetapi menegaskan bahawa siasatan oleh SPRM tidak terjejas.
“Walaupun bukan sebahagian daripada pasukan baharu, SPRM akan terus menyiasat SRC International Sdn. Bhd. dan isu RM2.6 bilion dalam akaun Perdana Menteri.
“Bagi saya, walaupun betul SPRM disingkirkan daripada pasukan baharu, ini bukan satu masalah. SPRM akan menjalankan tugas seperti biasa kerana kita badan bebas,” katanya yang juga merupakan Pemangku Ketua Pesuruhjaya SPRM.

'Formula Dr M boleh diguna, elak mimpi ngeri' - Shahbudin


Pembangkang mungkin keberatan untuk menyokong penyingkiran awal Datuk Seri Najib Razak kerana percaya mereka boleh menang andainya perdana menteri menerajui BN dalam pilihan raya umum ke-14.
Tetapi, kata aktivis Umno Shahbuddin Husin, ia boleh bertukar menjadi sekadar mimpi ngeri kepada mereka.
"Biar pun pembangkang boleh terus berharap untuk memenangi pilihan raya akan datang andainya Najib terus kekal sebagai perdana menteri, ia boleh bertukar menjadi mimpi ngeri kepada mereka kerana kuasa yang terlalu berpusat memberi kelebihan kepada si pemegang takhta.
"Jika Putrajaya boleh membuang Peguam Negara, melengahkan siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), membubarkan pasukan petugas khas dan melakukan gangguan terhadap tugas SPRM, maka dengan kuasa yang ada, kemenangan pembangkang dalam pilihan raya juga tidak mustahil boleh ditahan daripada menjadi kenyataan," katanya dalam blognya hari ini.
Najib sedang menghadapi beberapa skandal termasuk deposit sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun bank peribadi beliau, yang menurut Shahbudin boleh digunakan terhadap pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang.
Sokong cadangan Dr M
Oleh itu, Shahbudin menggesa pembangkang menyokong saranan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya bergabung tenaga dengan beberapa ahli Parlimen BN untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap Najib.
Mahathir telah meminta pembangkang membiarkan BN membentuk kerajaan baru bagi menggantikan pentadbiran Najib tetapi ia mendapat respons yang negatif.

Tamat sudah masa rakyat sebagai pemerhati - Mohd Azmi


Mohd Azmi Abdul Hamid

SHAH ALAM - Sudah tiba masa untuk negara ini mengamalkan sistem pemerintahan ‘bawah ke atas’ dengan memberi ruang kepada rakyat untuk bersuara mengenai isu-isu semasa.
 
Pengerusi Kongres Rakyat, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata negara ini masih mengamalkan sistem ‘atas ke bawah’ sejak dulu yang membuatkan rakyat tidak dapat berperanan yang hanya berfungsi ketika memilih kerajaan.
 
“Objektif Kongres Rakyat ialah untuk menggerakkan dan memimpin kebangkitan rakyat kerana rakyat ada peranan. Kita tidak mahu rakyat menjadi pasif.

Kita fikir sudah tiba masanya rakyat bukan sahaja menjadi pemerhati selepas mengangkat sesuatu kerajaan. Zaman itu sudah berlalu.

Sekarang rakyat harus ke depan dan menjadi penentu masa depan negara bukan hanya ditentukan oleh mereka yang berkedudukan dalam politik.
 
“Kita mahu negara ini mengamalkan dua sistem iaitu ‘top down’ dan ‘bottom up’. Selama ini kita nampak sistemnya adalah dari atas ke bawah dan rakyat hanya memilih dan tidak boleh buat apa-apa.

Sekarang ini mesti diperkuatkan dengan gerakan bawah ke atas dan ini yang kita panggil kebangkitan rakyat,” katanya pada sidang media pelancaran Kongres Rakyat : Membina Malaysia Sejahtera, di sini, hari ini.
 
Selain itu, kongres yang berlangsung pada 12 September depan itu turut menggariskan empat objektif lain termasuk untuk menyatukan suara rakyat dengan penuh sedar dan tanggungjawab serta membawa agenda selamatkan negara.
 
“Maknanya jika kita mempunyai suara daripada parti politik, golongan pentadbir, eksekutif dan legislatif, kita mahu sekarang ini rakyat pula bersuara dan bersatu hati.
 
“Kita mungkin ada perbezaan pendapat tapi bila kita mengetengahkan pandangan kita, kita bersatu sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan bahasa,” katanya.
 
Katanya, kongres itu juga mahu menyediakan medium dan platform persidangan rakyat secara tertib dan berkesan di mana rakyat boleh bersuara dan mencadangkan sebarang usul.
 

'Bersih' tidak sebersih mana, tiada sambutan merdeka untuk sekolah di Pulau Pinang

oleh V Shuman
Apa? Adakah Putrajaya sangat takut dengan perkataan “bersih” sekarang?
Begitu sekali sehinggakan kerajaan persekutuan cuba untuk menghalang apa sahaja bentuk kaitan dengan perkataan tersebut, termasuk di sekolah.
Laporan berita menyebut yang sekolah-sekolah di Pulau Pinang telah diarahkan supaya tidak terlibat dengan sambutan Hari Kemerdekaan negeri itu, bertemakan “Bersih”, tanpa kelulusan Kementerian Pendidikan.
Malay Mail Online melaporkan yang arahan tersebut terkandung dalam pekeliling yang dihantar kepada semua pengetua di negeri tersebut dan ditandatangani oleh pengarah pendidikan negeri Osman Hussain.
“Adalah dimaklumkan bahawa semua sekolah diarahkan supaya tidak menyertai sebarang sambutan dan perarakan Hari Kemerdekaan ke-58 anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang sehingga mendapat arahan selanjutnya daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia,” tulis surat tersebut.
Osman memberitahu portal tersebut yang pekeliling itu tidak menghalang sekolah daripada turut serta, sebaliknya hanya arahan menunggu untuk mereka sementara menunggu kelulusan kementerian.
“Tema negeri, Bersih, ialah tema sensitif. Kami dibawah kerajaan persekutuan maka kami memerlukan kelulusan persekutuan dahulu, kami bukan di bawah negeri.”
Tema dipilih Putrajaya untuk sambutan tahun ini ialah Sehati, Sejiwa.
Bagaimanapun, Pulau Pinang, memilih Bersih, yang sama dengan perarakan seluruh negara untuk menuntut pilihanraya yang bebas dan adil pada 29-30 Ogos.

Portal tersebut, dalam laporan berlainan, memetik kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan P Kamalanathan (kiri) yang mengesahkan halangan itu, menyifatkan ia sebagai “memberi kesan buruk kepada kepentingan negara.”
Dia berkata yang arahan tersebut dikeluarkan atas nasihat Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Jabatan Pendidikan negeri telah dinasihatkan oleh MKN untuk melarang semua sekolah daripada terlibat dengan sambutan Hari Merdeka di Pulau Pinang sekiranya negeri itu masih bertegas menggunakan “bersih” sebagai temanya, yang sangat jelas bertentangan dengan kepentingan negara.”
Menurutnya,  arahan itu akan terus kekal melainkan kerajaan Pulau Pinang kembali menggunakan tema asal Putrajaya untuk sambutan Merdeka.
Biar betul, adakah kerajaan kini merasakan yang pelajar-pelajar sekolah boleh “diracuni” dengan hanya perkataan “Bersih” dan mereka akan mula melaungkan slogan anti-kerajaan dan mengibarkan sepanduk mengkritik pentadbiran.

INILAH RUPA MULUT BUSUK UMNO !!!

Tiba2 semua sekolah di P.Pinang diarahkan supaya tidak menyertai sambutan & perarakan hari kemerdekaan ke-58 peringkat negeri Pulau Pinang oleh KEMENTERIAN PENDIDIKAN !!

Siapa yang tidak patriotik sebenarnya ini..?! UMNO yg halang.. nanti yg kena tuduh DAP.. parti komunis..!

Syabas dan tahniah kepada mereka yang mahu bersama Gerakan Harapan Baru

Oleh Dr Dzulkefly Ahmad
1. Ucapan syabas dan tahniah khususnya kepada semua peribadi dan aktivis yang bersedia meletakkan jawatan dalam parti lama mereka justeru untuk bersama dengan kepimpinan Harapan Baru yang sedang mengemudi penubuhan sebuah wadah politik baru.
2. Meskipun parti bakal diisytihar, individu-individu ini telah bertekad melepaskan jawatan mereka dan mula memberi fokas kepada pengurusan serta perjuangan parti baru yang akan diumumkan 31 Ogos ini dan dilancarkan 16 September ini.
3. Mereka ini yang bergandingan dengan pimpinan NGO-NGO lain, yang juga bertekad untuk bersama menubuhkan parti baru nanti, adalah merupakan tunggak penting yang berpengalaman, bagi menjayakan serta melangsungkan cita-cita murni menampilkan tawaran Politik Islam yang bersifat Inklusif dan Sejagat merentasi kaum, agama dan budaya.
4. Bersama-sama dengan pimpinan Gerakan Harapan Baru diperingkat nasional, kesemua tenaga kepimpinan di peringat kawasan dan cawangan ini akan berusaha untuk menubuhkan kembali Pakatan Rakyat 2.0 bagi  memperkukuhkan sistem dua parti di negara ini, sekaligus membuat persiapan bagi menumbangkan serta menggantikan kerajaan Umno-Barisan Nasional yang kini di hujung usianya dengan pelbagai kemelut dalaman parti mereka dan krisis getir kegagalan urus tadbir ekononomi-kewangan negara.
5. Mengambil Islam sebagai dasar perjuangannya, parti baru ini bercita-cita untuk “memperjuangkan kewujudan sebuah masyarakat dan negara Madani yang mengangkat Kedaulatan-Keluhuran Undang-Undang (As-Siyadah Al-Qanuniyyah) di mana Syariat Islam memperkukuhkan penghayatan nilai, akhlak dan amalan serta tata kelola institusi-institusi kritikal negara”.

PKR gesa rakyat sertai Bersih 4, sahut cabaran Najib ambil mandat jadi PM

 Naib Ketua Pemuda PKR Fahmi Fadzil Fahmi Fadzil bercakap pada sidang akhbar di hadapan Masjid Negara, Kuala Lumpur, hari ini. Beliau menggesa orang ramai menyertai perhimpunan Bersih 4 sebagai meraikan demokrasi. –Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 21 Ogos, 2015. 
Naib Ketua Pemuda PKR Fahmi Fadzil Fahmi Fadzil bercakap pada sidang akhbar di hadapan Masjid Negara, Kuala Lumpur, hari ini. Beliau menggesa orang ramai menyertai perhimpunan Bersih 4 sebagai meraikan demokrasi.

Naib Ketua Pemuda PKR Fahmi Fadzil hari ini menggesa seluruh rakyat Malaysia menyertai perhimpunan Bersih 4 yang akan diadakan minggu depan sebagai menyambut baik kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di laman Facebook beliau hari ini.
"Saya menganggap ini sebagai satu cabaran Datuk Seri Najib Razak kepada rakyat untuk mengambil mandat itu kembali.
"Saya harap rakyat Malaysia akan beramai-ramai turun bukan saja di Kuala Lumpur, tetapi di Kota Kinabalu dan Kuching untuk memeriahkan proses demokrasi di Malaysia," katanya kepada pemberita ketika mengedar risalah Bersih 4 di perkarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur, hari ini.

Najib hari ini dalam kenyataan di Facebooknya berkata, sebagai seorang perdana menteri, ia menjadi tanggungjawabnya untuk membuat pilihan yang tepat untuk semua rakyat Malaysia. "Ia satu amanah yang suci dan tiada siapa sepatutnya cuba campur tangan atau merampas kewajipan untuk memimpin.
"Ini untuk orang yang mengundi saya, dan saya bangga dan rendah diri memikul mandat tersebut – diberikan rakyat dan boleh ditarik oleh rakyat. Ia bukan milik mana-mana individu walaupun yang terkenal," katanya di Facebook.

Surendran: Police in breach of Peaceful Assembly Act

He also slams the “absurd” claim that organisers had not obtained the venue owner’s permission to hold the rally there.
N-Surendran_bersih_600
PETALING JAYA: The police have no legal right to ban any public assembly or declare it illegal and are therefore in breach of the Peaceful Assembly Act (PAA) 2012 for doing precisely that in regard to the Bersih 4.0 rally, said lawyer N Surendran.
In a statement today, Surendran, who is also PKR MP for Padang Serai, said the police’s powers under section 21 of the PAA was only limited to dispersing an assembly in the event it became disorderly or was held near a prohibited place.
“Therefore the police themselves are acting in breach of the PAA 2012 and the federal constitution when they declared the Bersih gathering to be ‘illegal’,” he said in response to statements from both KL Police Chief Tajuddin Md Isa and Deputy Home Minister Nur Jazlan who yesterday declared the rally “illegal” and therefore “banned”.
Speaking in defence of the organisers who had gone out of their way to keep everything above board, Surendran said, “Bersih 4.0 organisers have gone beyond the requirements of the law when they submitted a notice of the gathering to the police. They need not have done so.”
He further argued that pursuant to the decision of the Court of Appeal in the landmark Nik Nazmi case, there was no longer any need to submit a notice to the police 10 days prior to the gathering.
“To put it another way, there is no offence committed even if no notice is submitted to police prior to the rally,” Surendran reiterated.

Tindakan tegas jika sertai himpunan Bersih 4.0 kata Polis S'wak

KUCHING - Orang ramai yang berhasrat untuk menyertai perhimpunan Bersih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos ini di Padang Merdeka dinasihatkan membatalkan niat itu kerana kerajaan negeri dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) tidak membenarkan sebarang aktiviti diadakan kerana padang berkenaan sedang dibaik pulih.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad berkata, penganjur dibenarkan mengadakan perhimpunan dengan syarat tidak diadakan di tempat yang tidak mendapat kebenaran pemilik atau pentadbiran tempat berkenaan serta perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
  
Roslan berkata, sehubungan dengan keputusan larangan yang dibuat kerajaan negeri dan DBKU itu, pihaknya akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang ingkar dan ingin meneruskan perhimpunan di Padang Merdeka itu.
  
Beliau berkata semalam pihaknya mengadakan pertemuan bersama lapan orang wakil penganjur perhimpunan yang diketuai Nicholas Mujah Ason dan telah memaklumkan tentang bantahan daripada kerajaan negeri dan DBKU.
  
Beliau berkata, demikian pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Polis Daerah Kuching di Padang Kawad Balai Polis Tabuan Jaya, di sini hari ini.
  
Mengulas lanjut, Roslan berkata, jika mana-mana pihak masih berdegil dan meneruskan perhimpunan di padang berkenaan, jika ditangkap dan sabit kesalahan mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000.
  

Wanita Keadilan Menyokong BERSIH 4

Wanita Keadilan menggesa semua anggota keluar beramai ramai untuk menyertai perhimpunan BERSIH 4 pada 29-30 Ogos ini. Antara 5 tuntutan BERSIH 4 adalah 1) Pilihanraya yang bebas dan adil 2) Ketelusan kerajaan 3) Hak berhimpun 4) Memperkukuhkan sistem parlimen demokrasi 5) Menyelamatkan ekonomi negara.
Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu peka terhadap kegawatan ekonomi semasa yang sedang dihadapi negara dan harus menyuarakan kebimbangan ini disaat kita semakin hampir kepada Hari Kemerdekaan. Ini adalah satu peluang besar untuk mengadakan bantahan aman membawa suara rakyat yang perlu didengari oleh Kerajaan. BERSIH 4 adalah tanggungjawab bersama bagi mereka yang sayangkan negara ini dan mahu menyelamatkan Malaysia.
Wanita Keadilan berpendapat bahawa menjadi satu keperluan untuk menyediakan ruang yang lebih demokratik dan kurang campur tangan kerajaan terutamanya dalam hal-hal berkaitan penguatkasaan dan badan kehakiman. Pemisahan kuasa adalah asas kepada demokrasi yang sihat.
Maka, tibanya pengakhiran Ogos ini, Wanita Keadilan menjangkakan separuh kehadiran BERSIH 4 adalah wanita. Mereka akan berhimpun secara aman dan menuntut 5 perkara dalam tuntutan BERSIH 4. Wanita Keadilan mengucapkan tahniah kepada Maria Chin Abdullah kerana menganjurkan BERSIH 4 dan mengiktiraf usaha beliau dalam menjayakan perhimpunan aman ini. Tidak lupa juga sumbangan Dato Ambiga Streenevasan yang mempunyai matlamat sama bersama BERSIH. Pergerakan bersih jelas dapat disimpulkan sebagai “Wanita Turut Memimpin Perubahan”.

YB Zuraida Kamaruddin
Ahli Parlimen Ampang
Ketua Wanita Keadilan

Guling kerajaan: Harussani jangan 'double standard

GEORGETOWN - Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria diminta tidak mengeluarkan kenyataan ‘double standard’ berhubung isu tindakan menggulingkan kerajaan.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, kenyataan Harussani itu jelas menunjukkan kenyataan bersifat peribadi yang menyebelahi kerajaan semata-mata.

Tidak pasti sama ada kenyataan itu adalah fatwa atau pandangan peribadi Harussani, Dr Muhajid berkata, dalam Islam jelas menunjukkan, jika seseorang pemimpin itu tidak membela dan menindas rakyat, maka dia perlu ditegur atau digantikan.

“Saya tidak nampak di mana dalam Islam yang menyatakan menggantikan seseorang pemimpin yang jelas menindas rakyat itu adalah haram.

"Pada saya, beliau bersifat ‘double standard’. Mengapa satu ketika dahulu BN merampas Perak, beliau diam sahaja? Tidak pula keluar fatwa atau kenyataan sebegini?” katanya kepada media, hari ini.

Menurutnya, Harussani perlu membuat kajian berhubung nas dalam al-Quran terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan.

“Tindakan kita ini bersifat demokrasi bagi mengembalikan integriti dalam kepimpinan negara. Dalam Islam pun menyatakan, siapa sahaja buat perkara yang tidak betul, perlu ditegur atau jika perlu, ditangkap.

PKR ajak rakyat sahut cabaran Najib, sertai BERSIH 4

'Mereka tunggak penting, jayakan PR 2.0' - Dr Dzulkefly Ahmad




Dr Dzulkefly Ahmad SHAH ALAM - Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) menyambut baik langkah yang diambil individu dan aktivis tertentu dengan bertindak meletakkan jawatan di semua peringkat dalam Pas untuk bersama menjayakan penubuhan parti baharu itu, akhir bulan ini.
 
Setiausahanya, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, meskipun Harapan Baru belum didaftarkan, namun ramai ahli dan pimpinan dalam Pas bertindak nekad untuk melepaskan jawatan mereka untuk memberi fokus kepada pengurusan parti serpihan Pas itu.
 
“Mereka ini adalah merupakan tunggak penting yang berpengalaman, bagi menjayakan serta melangsungkan cita-cita murni menampilkan tawaran politik Islam yang bersifat inklusif dan sejagat merentasi kaum, agama dan budaya.
 
“Kesemua tenaga kepimpinan di peringat kawasan dan cawangan Harapan Baru ini akan berusaha untuk menubuhkan kembali Pakatan Rakyat 2.0 bagi  memperkukuhkan sistem dua parti di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
 
Semalam, 18 ahli jawatankuasa Pas kawasan Shah Alam meletak jawatan dan dijangka akan menyertai Harapan Baru.
 
Mereka termasuk Yang Dipertuanya, Azli Yusof; Timbalan Yang Dipertua, Zulkifli Mohd Nani; Naib Yang Dipertua, Mohamad Jamil Abd Rahim dan Ketua Pemuda, Helmi Radzuan.
 
Mereka mengikut jejak beberapa pemimpin Pas kawasan Kota Raja, Klang dan Kapar yang meletak jawatan pada Rabu.
 

UNDI TAK PERCAYA DI PARLIMEN, INI KALI BAGI JADILAH....

Penyelesaian terbaik kemelut politik negara ketika ini tidak lain ialah melakukan undi tidak percaya di Parlimen bagi menyingkirkan Najib Razak sebagai Perdana Menteri. Hakikatnya Najib tidak mungkin disingkirkan melalui UMNO dalam acuan yang dibentuknya sekarang, bahkan belum tentu juga beliau mampu diketepikan dalam pilihanraya.

Semua pihak tidak boleh  bertahan lebih lama lagi berketuakan Najib memimpin negara ini kerana trend yang ditunjukkan dalam mempertahankan kuasanya kebelakangan ini memperlihatkan hampir tiada jaminan kepada sesiapa yang dilihat memberi ancaman kepadanya.

Jika Putrajaya boleh membuang Peguam Negara, melengahkan siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau PAC, membubarkan pasukan petugas khas dan melakukan gangguan terhadap tugas SPRM, maka dengan kuasa yang ada, kemenangan pembangkang dalam pilihanraya juga tidak mustahil boleh ditahan daripada menjadi kenyataan.

Biar pun pembangkang boleh terus berharap untuk memenangi pilihanraya akan datang andainya Najib terus kekal sebagai Perdana Menteri, ia  boleh bertukar menjadi sekadar mimpi ngeri kepada mereka kerana kuasa yang terlalu berpusat memberi kelebihan kepada si pemegang takhta.

Untuk jangka singkat ini, pakatan pembangkang yang mempunyai 88 kerusi Parlimen seharusnya tidak mengambil masa terlalu lama untuk mempertimbangkan idea yang dilontarkan secara terbuka oleh Tun Mahathir Mohamad semalam yang mahukan mereka segera mengusulkan undi tidak percaya terhadap Najib di Parlimen tetapi terus mengekalkan kuasa BN sebagai kerajaan.

Ini bermakna melalui usul yang hanya memerlukan sokongan 24 Ahli Parlimen BN saja lagi, tetapi  BN tetap dikekalkan sebagai kerajaan dan Perdana Menteri baru menggantikan Najib juga daripada BN, menggamit sokongan Ahli-Ahli Parlimen lain untuk menyokong usul tersebut yang semata-mata untuk menukar Perdana Menteri nyata lebih mudah berbanding jika melalui usul yang sama menyebabkan BN tersungkur kuasanya.

Setelah pemecatan Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan beberapa menteri lain baru-baru ini, usaha mendapatkan sokongan 24 Ahli Parlimen ini tidaklah mustahil sebenarnya jika betul cara runding dan tawar-menawarnya.

Itu belum diambil kira lagi kedudukan Tengku Razaleigh Hamzah yang  masih sebagai Ahli Parlimen dan pengaruh Tun Mahathir serta Tun Daim yang mungkin lebih memudahkan lagi usaha ke arah itu.

Dengan Tun Mahathir sendiri menggesa pihak pembangkang mengemukakan usul tersebut, secara tidak langsung bermakna bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu sudah sedia menjadi sebahagian yang akan memastikan kejayaannya.

Jika usul ini berjaya dan Najib dapat disingkirkan, ia kemudian akan membentuk sebuah kerajaan campuran atau kerajaan peralihan yang melibatkan semua parti. Parti-parti yang menguasai kerajaan negeri pula boleh kekal dengan status quo sedia ada, begitu juga Sabah serta Sarawak yang boleh dipertimbangkan lebih kuasa autonominya.

Hanya 25 ahli Parlimen BN diperlukan untuk singkir Najib

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata pihak pembangkang cuma memerlukan 25 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang sanggup menyokong usul undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Razak sekali gus menyingkirkan perdana menteri itu.
 Ahli Parlimen Pandan itu berkata, beliau percaya jumlah itu boleh dicapai memandangkan ahli Parlimen BN juga sebenarnya bersama sentimen rakyat yang bosan dengan suasana politik dan ekonomi negara.
"Saya yakin ahli Parlimen daripada parti pembangkang atau BN faham sentimen ini.
"Sebab itu saya masih menaruh harapan akan ada 25 ahli Parlimen BN yang masih mempunyai kesedaran dan kecintaan kepada rakyat untuk berani tampil menyokong satu undi tidak percaya untuk menukar perdana menteri," katanya dalam kenyataan hari ini. Rafizi berkata, beliau percaya ahli Parlimen BN itu akan berdepan pelbagai cubaan seandainya mereka bersetuju menyingkirkan Najib.
"Namun, saya juga percaya mereka gelisah dengan perkembangan yang berlaku dan mereka masih ada kesedaran untuk membezakan yang benar berbanding tidak benar," katanya.
Rafizi yang juga naib presiden PKR turut menggariskan 3 syarat terhadap 25 ahli Parlimen BN yang akan menyokong usul undi tidak percaya itu.
"Pertama, kerajaan peralihan ditubuhkan dengan mandat selama 2 hingga 3 tahun bagi memulihkan demokrasi dan institusi utama negara.
"Kedua reformasi terhadap sistem dan amalan pilihan raya agar Pilihan Raya Umum ke-14 dapat diadakan secara bebas, adil dan telus.
"Ketiga, satu agenda reformasi yang jelas mengenai ekonomi rakyat, termasuk memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan, keluhuran undang-undang, kebebasan media dan perkara lain dipersetujui secara bersama," katanya.
Kenyataan Rafizi ini dibuat selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam mencadangkan pembangkang menukar perdana menteri tanpa menggulingkan BN jika mahu Najib disingkirkan.-

Jika PAS mahu kembali gemilang Hadi perlu berundur

Mohd Jamari Ideris: Hadi perlu berundur. Dia melakukan beberapa kesilapan selaku presiden PAS; keangkuhan dan kedangkalan mindanya mengheret parti itu ke bawah.
Dia tidak berpandangan jauh dan kualiti kepimpinan yang rendah untuk mengembalikan PAS ke puncak kegemilanganya dahulu. 

Charles Yii: Hadi patut meletakan jawatan untuk menghalang lebih ramai ahli PAS keluar parti dan melemahkannya. Pemimpin parti yang patut dipersalahkan kerana masalah sekarang. 

Mustafa Nor: Mengapa orang luar parti yang mendesaknya meletakan jawatan? Desakan itu perlu datang daripada parti. Tetapi itu tidak akan berlaku kerana dia mempunyai sokongan kuat daripada majoriti ahli.
Tidak mungkin orang Melayu akan bekerjasama dengan parti seperti DAP. Ingat dia menerima 80% undi dan dia masih disukai oleh ramai ahli. Sudahlah! 

Syed Malick Syed Imam:  Jujurnya, PAS akan menjadi lebih kuat sebaik sahaja semua parasit ini lenyap. 

Shahrul Akmal: Jangan bimbang…PAS akan kekal kuat untuk mereka yang ikhlas dan mahu bekerja untuk parti. Dan untuk mereka yang tidak mahu berkorban untuk parti, mereka punyai pilihan sekarang- keluar sahaja! 

Alicia Ng: Dia telah memusnahkan PAS yang dahulunya hebat dan berkuasa! 

William Wong Choon Wah: Saya masih menyimpan harapan yang semua parti pembangkang bekerjasama kembali. 

Teik Lee: Saya rasa Hadi sudah tidak peduli.

Eugene Kl: Bungkus lah, PAS.  Menyesal saya mengundi parti ini dalam pilihanraya lepas. 

Skandal 1MDB: Di mana Jessica?

Bekas Pegawai Udang-Undang di Jabatan Peguam Negara itu berdepan dengan perintah pengusiran
Jessica-Gurmeet-Kaur
PETALING JAYA: Bekas Pegawai Undang-Undang di Jabatan Peguam Negara, Jessica Gurmeet Kaur tidak akan diringi anggota polis sehingga ke sempadan negara.
Kenyataan itu dibuat Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang dipetik daripada sebuah portal berita.
Jessica yang berwarga negara Singapura berdepan dengan perintah pengusiran setelah statusnya sebagai Penduduk Tetap (PR) di negara ini dibatalkan.
Dia sebelum ini terlibat dalam siasatan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah ditamatkan perkhidmatannya di agensi berkenaan minggu lalu.
Tindakan itu diambil selepas dia dikaitkan dengan kebocoran maklumat berhubung siasatan 1MDB dan telah ditahan bagi membantu siasatan pada 1 Ogos lalu.

Skandal 1MDB: Pegawai Pejabat Peguam Negara yang dipecat cabar perintah pengusiran, pemberhentian

Jessica Kaur (tengah) akan memfailkan semakan kehakiman di mahkamah susulan penamatan perkhidmatannya di Jabatan Peguam Negara dan pembatalan taraf pemestautin tetapnya, lapor Malaysiakini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Ogos, 2015.Jessica Kaur (tengah) akan memfailkan semakan kehakiman di mahkamah susulan penamatan perkhidmatannya di Jabatan Peguam Negara dan pembatalan taraf pemestautin tetapnya, lapor Malaysiakini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Ogos, 2015.Pegawai Pejabat Peguam Negara, Jessica Gurmeet Kaur dijangka memfailkan semakan kehakiman untuk mencabar perintah pengusiran yang dikeluarkan terhadapnya oleh Kementerian Dalam Negeri.
Jessica sudah menetap di Malaysia selama lebih 20 tahun sebelum tindakan secara drastik dalam beberapa hari ini, yang bermula dengan siasatan pihak berkuasa terhadapnya dan bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Rashpal Singh berhubung dakwaan kebocoran kertas pertuduhan yang dikatakan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Sumber memberitahu The Malaysian Insider peguamnya sedang menyediakan kertas mahkamah untuk semakan kehakiman atas alasan perintah itu tidak munasabah, arbitrari dan tidak adil.

“Dia tidak diberi hak untuk didengar,” kata sumber dekat dengan peguam Jessica. Sumber itu berkata, tindakan terhadap Jessica sebenarnya adalah gangguan dan intimidasi terhadap kakitangan awam.
“Dia berkhidmat dengan setia dan bersungguh-sungguh dalam perkhidmatan awam Malaysia dan tidak adil untuk mengusirnya ketika dia tidak melakukan kesalahan,” kata sumber itu.
Jessica juga dijangka memfailkan afidavit yang akan mendedahkan mengapa pihak berkuasa begitu mahu memberhentikan perkhidmatannya, lapor Malaysiakini.
"Beliau akan memfailkan afidavit 'meletup' mendedahkan mengapa mereka melakukan perkara ini," kata sumber yang rapat dengannya kepada Malaysiakini.

Skandal 1MDB: Kerat 12 pun saya tak akan fitnah Mahathir, kata bekas bos no.2 SB

Tak siapa boleh rampas amanah suci ini - Najib

Transaksi RM42 juta ke akaun peribadi: PM belum jelaskan


Datuk Seri Najib Razak belum menjelaskan kepada pemimpin Umno mengenai wang RM42 juta yang dimasukkan ke akaun persendiriannya oleh anak syarikat SRC International.
Ditanya mengenai kemungkinan wang berkenaan adalah sumbangan derma, Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata: "Saya tak tahu. Ia terserah kepada beliau (Najib)".
SRC International adalah sebuah firma milik Kementerian Kewangan yang diketuai Najib. Ia juga pernah menjadi anak syarikat 1MDB.
Laporan The Wall Street Journal pada 3 Julai lalu melaporkan, sejumalh RM50 juta dipindahkan dari SRC International kepada anak syarikatnya, Gandingan Mentari sebelum dialihkan kepada satu lagi anak syarikat, Ihsan Perdana.
Ihsan Perdana kemudian memindahkan RM42 juta ke akaun Najib.
Transaksi itu dilakukan antara Disember 2014 dan Februari tahun ini.

Ahmad Maslan sanggup ditembak demi Najib

Ahmad Maslan memegang falsafah sentiasa berada di hadapan pemimpin.
ahmad-maslan_tembak_600
PETALING JAYA: Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan sanggup ditembak demi melindungi Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Katanya, falsafah itu menjadi pegangannya di mana sentiasa berada di hadapan pemimpin.
Kenyataan itu telah dirakam sewaktu ketika beliau memberikan ucaptama pada Majlis Perasmian Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa pada Selasa lepas.
“Kalau ditanya Ahmad Maslan adakah sanggup menerima peluru supaya Datuk Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak kena, Ahmad Maslan akan kata, saya sanggup menerima segala peluru,” katanya yang kemudian disambut dengan tepukan daripada para perwakilan yang hadir.
Terdahulu, dalam ucapan tersebut, Ahmad menyelar tindakan sesetengah pihak yang menjadikan isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dana politik untuk menyerang presiden parti.
Katanya, Najib telah melakukan seribu satu macam kebaikan tetapi mengapa kebaikan tersebut tidak diceritakan kepada umum.
“Saya harap saudara-saudara, kita buka minda kita, Datuk Najib telah laksanakan seribu satu macam kebaikan, kenapa dengan hanya diceritakan tentang satu kisah dana politik, perkara-perkara kebaikan yang telah dilakukan tidak diceritakan?” soalnya.
Tambah beliau, sebagai rakyat kita seharusnya bijak menilai sesuatu yang benar dan yang palsu dan bukan terus mempercayai fitnah yang telah ditaburkan kepada Perdana Menteri.
Beliau menjelaskan, isu 1MDB dan dana politik yang digembar-gemburkan itu sebenarnya hanya satu isu yang boleh diselesaikan.

'Jangan cuba campur tangan, rampas t/jawab saya' kata Najib

Dalam muat naik status terbaharu di Facebook miliknya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan tiada siapa yang patut campur tangan atau merampas amanah yang diberikan rakyat kepadanya untuk mentadbir negara.

"Sebagai Perdana Menteri, adalah tanggungjawab saya membuat pilihan terbaik untuk semua rakyat Malaysia. Lebih daripada itu, ia adalah tugas saya.

"Ia adalah amanah yang telah diberikan kepada saya. Jadi, tiada sesiapa patut cuba campur tangan atau rampas tanggungjawab saya untuk memimpin," tulisnya.

Perdana menteri turut menzahirkan rasa bangga namun rendah diri dengan amanah yang diberikan rakyat kepadanya.

"Rakyat telah memilih saya, dan saya berasa amat bangga dan rendah diri untuk memikul mandat itu yang diberikan rakyat dan boleh diambil balik. Ia bukan milik mana-mana individu, tidak kira bagaimanapun terkenal individu berkenaan," tambahnya.

Sehingga berita ini ditulis, status itu sudah dikongsi lebih 280 pengguna laman sosial Facebook dengan lebih 2, 300 Likes.

Status tersebut turut dihujani lebih 1, 300 komen dari netizen yang antara lain terus menggesa Najib untuk meletakkan jawatan.

Tidak puas hati penjelasan ‘derma’ RM2.6 bilion, mahasiswa mahu protes di Parlimen

Pengerusi Gerakan Mahasiswa Selamatkan Negara Muhammad Luqman Nul Hakim Zul Razali bercakap kepada media pada sidang media di luar ibu pejabat Bank Negara di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 21 Ogos, 2015.Pengerusi Gerakan Mahasiswa Selamatkan Negara Muhammad Luqman Nul Hakim Zul Razali bercakap kepada media pada sidang media di luar ibu pejabat Bank Negara di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 21 Ogos, 2015.Gerakan Mahasiswa Selamatkan Negara (GMNS) hari ini memutuskan untuk mengadakan #LangkahSiswa sebagai satu tindakan permulaan protes terhadap kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak beri penjelasan berhubung skandal dana RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadinya.
Pengerusinya Muhammad Luqman Nul Hakim Zul Razali mengumumkan protes tersebut akan disertai 100 mahasiswa di depan Parlimen pada Isnin depan.
"Tindakan ini merupakan tanda kehilangan kepercayaan mahasiswa terhadap Najib sebagai perdana menteri Malaysia.

"Ini kerana sebagai pelapis kepimpinan negara, mahasiswa merasakan isu ini bukan kecil yang boleh dipandang enteng. Ini merupakan isu besar yang boleh menggugat masa depan negara. "Mahasiswa merasakan perlunya satu tindakan bagi mengembalikan semua keadaan negara pada kondisi yang lebih baik bagi memastikan kebajikan rakyat serta masa depan negara terjamin" katanya pada sidang media di luar ibu pejabat Bank Negara di Kuala Lumpur hari ini. 

Nilai Ringit paling lemah sejak 1998

Ringgit jatuh lagi ke tahap paling rendah dalam tempoh 17 tahun ketika pelabur menunggu data-data rizab untuk mendapat petanda sejauh mana usaha Bank Negara mempertahankan matawang itu.
Ringgit jatuh hampir 1.0 peratus kepada 4.190 untuk setiap dolar Amerika Syarikat (AS), paling lemah sejak 21 Ogos 1998.
Malaysia menambat ringgit pada harga 3.8000 untuk sedolar AS pada September 1998 sehingga 2005.
Malaysia akan mengeluarkan data rizabnya sehingga pertengahan Ogos pada petang ini.
Rizab simpanan Malaysia kini jatuh bawah AS$100 bilion bulan lalu.
Kejatuhan itu dilihat mempunyai kaitan dengan krisis politik, kejatuhan harga komoditi serta pengaruh matawang China.
Asia Tenggara adalah pembekal terbesar gas asli cair dan minyak sawit.

BERSIH kini jutawan, derma terus mencurah

Mahasiswa umum demo anti-Najib 24 Ogos

Najib belum jelaskan urusniaga RM42 juta keakaun peribadinya kepada Umno

Menteri Umno kata rakyat bersama k'jaan dalam kawal internet

Ahli Parlimen BN Boleh Selamatkan Malaysia – Rafizi Ramli

Rakyat Malaysia tidak pernah berada dalam keadaan kemurungan dan kehampaan seperti yang dialami sekarang sepanjang ingatan saya sejak hampir 30 tahun lalu. Sebelum ini, krisis-krisis politik tidak membawa kesan terus kepada ekonomi rakyat dan mereka terpisah dari percakaran orang atasan yang berebut kuasa.
Keadaan berbeza kali ini. Matawang yang merudum membawa kesan mendadak kepada harga barang, harga minyak, daya saing ekonomi Malaysia dan sentimen pelaburan antarabangsa yang terus meminggirkan Malaysia. Rakyat resah dengan pelbagai skandal kewangan yang dikaitkan dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak, tetapi mereka berasa tidak ada apa-apa upaya untuk membuat perubahan kerana mereka tahu institusi-institusi utama juga dipengaruhi Perdana Menteri.
Rakyat semakin hilang keyakinan dan kepercayaan kepada ahli politik yang mereka lihat tidak mampu menolak ke tepi perbezaan politik demi menyelamatkan Malaysia. Lebih-lebih lagi ahli politik di pihak Umno dan Barisan Nasional yang nampaknya begitu mudah terpedaya dengan jawatan dan pangkat.
Saya yakin Ahli-ahli Parlimen baik dari parti-parti pembangkang atau Barisan Nasional faham sentimen ini. Sebab itu saya masih menaruh harapan bahawa akan ada 25 Ahli Parlimen Barisan Nasional yang masih mempunyai kesedaran dan kecintaan kepada rakyat untuk berani tampil ke hadapan menyokong satu undi tidak percaya untuk menukar Perdana Menteri.
Saya faham mereka akan berdepan dengan ugutan atau tawaran pangkat dan wang. Namun, saya juga percaya mereka juga turut gelisah dengan perkembangan yang berlaku dan mereka masih ada kesedaran untuk membezakan yang benar dari yang tidak benar.
Oleh yang demikian, sebagai Ahli Parlimen, saya dengan terbuka menyatakan sokongan saya kepada mana-mana Ahli Parlimen yang berjaya mendapatkan 25 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk membuat undi tidak percaya terhadap Dato’ Seri Najib Tun Razak dengan syarat-syarat berikut:

Selepas halau, Nik Abduh sindir ahli Pas keluar parti

Dia menyifatkan keputusan berkenaan telah meringankan beban parti itu
nik-abduh-4
PETALING JAYA : Tindakan mereka yang mengisytihar keluar parti dan melepaskan jawatan yang disandang dalam Pas satu penyelesaian mudah kepada parti itu.
Ketua Pemuda Pas Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyifatkan keputusan berkenaan telah meringankan beban parti Islam itu.
Dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebooknya, dia dengan sinis menyindir mereka yang terbabit.
“Dalam maklumat yang saya perolehi secara rasmi, masih ada yang belum isytihar. Untuk memudahkan, saya berharap mereka memilih jalan yang sama. Ia membantu kedua-dua pihak yang bertelagah.
“Pas Shah Alam misalnya, bertindak cepat mengisi kekosongan. Begitu juga kawasan-kawasan yang telah dikosongkan dan akan dikosongkan selepas ini. Saya doakan Pas akan kembali teguh berperanan di dalam masyarakat seperti asalnya,” katanya.
Nik Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas menambah, selepas pemilihan pada Muktamar Pas yang lalu, masalah dalaman parti itu semakin pulih.
“Dapatan rasmi menunjukkan Pas semakin bersatu setiap hari selepas krisis yang melanda pasca muktamar baru-baru ini.
“Malah, lebih menggembirakan, banyak Pas kawasan yang ditanda dan dilihat keliru dan bertitik panas telah menunjukkan respon dan tindak balas sebaliknya.
“Saya ucapkan tahniah khas kepada Pas Johor, Selangor dan Perak, tiga negeri besar yang begitu kuat diserang oleh rakan GHB, tetapi mereka bertindak balas menolak fitnah dan tohmahan yang dilemparkan dengan menampilkan sikap istiqamah yang tinggi,” katanya.

'Tak siapa boleh rampas amanah suci ini' sembang Najib

Ketika pentadbirannya diasak, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus menegaskan bahawa “amanah suci” dan tanggungjawab yang dipegangnya tidak harus dirampas.
“Rakyatlah yang memilih saya, dan saya bangga serta rendah diri memikul mandat ini – yang menjadi hak rakyat untuk memberi atau menarik balik.
“Ia bukan milik seorang individu, tak kira betapa terkemuka pun,” katanya tanpa menyebut nama mana-mana pihak secara langsung.
Menulis di Facebook, Najib berkata, sebagai perdana menteri menjadi tanggungjawabnya untuk membuat keputusan tepat untuk rakyat Malaysia.
“Lebih dari itu, ia tanggungjawab saya,” katanya.
Selain pembangkang, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad antara individu paling lantang mendesak pengundurannya daripada tampuk kuasa.
Selain itu, dalam masa terdekat, perhimpunan besar BERSIH dirancang diadakan di tiga kota besar, termasuk Kuala Lumpur pada 29 dan 30 Ogos ini, yang dilihat terus meningkatkan tekanan padanya.

Sekolah di Pulau Pinang dilarang sertai perarakan Merdeka kerana tema ‘Bersih’

Sekolah di Pulau Pinang diarah tidak menyertai sambutan Hari Merdeka peringkat negeri kerana ia bertemakan 'Bersih'. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Ogos, 2015.Sekolah di Pulau Pinang diarah tidak menyertai sambutan Hari Merdeka peringkat negeri kerana ia bertemakan 'Bersih'. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Ogos, 2015.Sekolah di Pulau Pinang diberi arahan supaya tidak menyertai sambutan Hari Merdeka bulan ini anjuran kerajaan negeri pembangkang sehingga arahan lain dikeluarkan berikutan tema tahun ini yang “sensitif”.
Difahamkan kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin DAP akan menggunakan tema “Bersih” bagi sambutan Hari Merdeka peringkat negeri tahun ini.
Acara sambutan itu akan diadakan di bahagian seberang Pulau Pinang pada 31 Ogos.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang Datuk Osman Hussain mengesahkan pengetua dan guru besar semua sekolah menengah dan kebangsaan dimaklumkan menerusi surat dari pejabatnya semalam. Mereka diarahkan tidak menyertai acara itu sehingga dimaklumkan kemudian daripada Kementerian Pendidikan, katanya kepada The Malaysian Insider.
“Bukan kita larang sekolah menyertainya. Kita masih menunggu lampu hijau daripada kementerian. Masih ada 10 hari sebelum merdeka.
“Sambutan di sini dianjurkan kerajaan pembangkang dan tahun ini, mereka pilih tema yang agak sensitif.
“Kita bimbang jika sekolah ambil bahagian, akan tercipta satu persepsi yang mereka juga menyokong perhimpunan Bersih 4, di mana pihak berkuasa pusat sudah isytihar ia haram. Itulah keadaannya dan persoalan yang timbul."

Lebih 30 AJK PAS Kawasan Bukit Katil & Pemuda Hulu Langat Letak Jawatan

Hari ini jam 5 petang, PAS Kawasan Bukit Katil Melaka akan mengadakan satu sidang media khas bagi mengumumkan perletakan jawatan oleh kepimpinan PAS Kawasan Bukit Katil dan cawangan PAS sekitar Melaka.

Sidang media itu akan diadakan di pejabat Moveact Academy. Taman Pengkalan Jaya, Bukit Katil Melaka. Gambar sebelah ialah AJK PAS KAwasan Bukit Katil di muktamar PAS yang lalu.

Difahamkan, seramai 13 orang AJK PAS kawasan diketuai oleh Yang Dipertuanya, Sdra Sofi Wahab, 8 orang AJK Dewan Muslimat dan kesemua (kecuali 2 orang) daripada Dewan Pemudanya akan mengisytiharkan perletakan jawatannya petang ini.

Perletakan jawatan kepimpinan PAS Bukit Katil merupakan satu kejutan dan satu tamparan hebat kepada PAS Negeri Melaka kerana Melaka yang memperolehi kemenangan sulongnya di dalam pilihanraya umum yang lepas iaitu DUN Bukit Baru melalui calonnya Dr Hj Md Khalid Kassim,

Sdra Sofi yang mengetuai saf kepimpinan PAS Bukit Katil ketika itu dan pemuda yang diketuai oleh Mohd Jauhar Mohamad Dawi merupakan tenaga penggerak utama jentera pilihanraya DUN Bukit Baru sehingga DUN itu telah mencapai kemenangan yang bersejarah tersebut.

Sofi yang sebelum ini oernah menjadi Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka selama dua penggal di bawah kepimpinan Sdra Adly Zahari pernah mempersoalkan tindakan Pesuruhjaya PAS Melaka yang baharu, Kamaruddin Sidek yang membuat perlantikan jawatankuasa Perhubungan PAS dengan tidak mengikut Perlembagaan.

Malaysia Kita: Kejadian aneh kematian seorang pegawai kastam

oleh Mariam Mokhtar

Ramai orang percaya bahawa apabila berhadapan dengan ketidakadilan, orang Cina akan berjuang untuk mendapatkan kebenaran, manakala orang Melayu akan pasrah dengan nasib mereka. "Takdir Allah," adalah keluhan biasa orang Melayu, tetapi ini tidak lagi berlaku.

Kita juga berharap bahawa ini tidak akan berlaku, dalam kes kematian pegawai kastam Ahmad Sarbaini. Sarbaini meninggal dunia pada 6 April 2011, semasa berada dalam tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Beliau secara sukarela telah pergi ke ibu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan, di Jalan Cochrane, untuk menarik balik kenyataan yang dibuatnya pada 4 April.

Kira-kira jam 8.30 pagi, Sarbaini telah dibawa ke bilik soal siasat, di tingkat tiga bangunan SPRM dan telah diminta untuk menunggu kehadiran pegawai penyiasat. Menjelang jam 10:15, dia telah mati, terlentang di dewan badminton, di tingkat pertama bangunan. Menurut saksi, tingkap bilik soal siasat telah terbuka.

Dia disyaki telah jatuh dari ketinggian dua tingkat. Isnin lalu, 17 Ogos, Mahkamah Tinggi menolak saman cuai RM8 juta oleh balu dan anak Sarbaini, dengan mendakwa bahawa "tiada bukti mencukupi" untuk menyokong apa-apa niat jenayah, dan tidak ada bukti bahawa Sarbaini telah didera, dipaksa atau diancam SPRM.

Sebulan sebelum kematian Sarbaini, SPRM telah mengumumkan sebuah siasatan besar-besaran di seluruh negara terhadap sebuah sindiket, yang telah bertanggungjawab atas pengubahan wang haram, mengelak cukai dan aliran keluar wang haram. Sarbaini adalah antara 62 pegawai kastam yang ditahan oleh SPRM. Kebanyakan mereka dikehendaki sebagai saksi.

Kalau haram jatuh kerajaan, mengapa sokong rampasan kuasa Perak, DAP soal mufti

DAP Perak mahu Tan Sri Harussani Zakaria menjelaskan mengapa beliau tidak bersuara ketika Barisan Nasional (BN) melakukan rampasan kuasa di negeri itu 6 tahun lalu jika beliau tegas dengan pendirian adalah haram menjatuhkan kerajaan.
Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, pada ketika itu Mufti Perak tidak membantah rampasan kuasa itu dan menyokong tindakan Umno.
"Orang ramai dan orang Islam berhak mendapatkan penjelasan yang adil dan tidak berat sebelah," katanya pada sidang media di Ipoh hari ini.

Semalam, Harussani dilaporkan berkata, menggulingkan kerajaan adalah haram di sisi Islam, sebaliknya umat Islam wajib menasihati pemerintah yang zalim sebagai satu jihad terbesar. Harussani berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung usaha pihak tertentu menggulingkan kerajaan.
"Walaupun pemerintah yang dipilih itu zalim sekalipun, tindakan menggulingkannya tetap haram dan umat Islam tidak boleh berbuat demikian," katanya.

GHB bawa gagasan Islam yang lebih mesra - Dr Maszlee Malik

GHB bawa gagasan Islam yang lebih mesra - Maszlee Malik
KUALA LUMPUR: Gerakan Harapan Baru (GHB) bukan kumpulan serpihan sebaliknya ia membawa satu idea dan meneruskan gagasan PAS suatu ketika dahulu.

Penganalisis Politik, Dr Maszlee Malik berkata, selepas muktamar PAS ke-61 baru-baru ini, wadah parti Islam itu dilihat tidak dapat diteruskan lagi.

"Ini merupakan pembersihan. Pembersihan daripada pemikiran konservatif supaya PAS boleh kekal dengan pemikiran konservatif.

"Jadi mereka yang cuba membawa Islam yang lebih lunak, lebih terbuka boleh memilih wahana atau platform yang lebih sesuai dengan mereka," katanya dalam satu temubual bersama Astro Awani di baru-baru ini.

Dr Maszlee berkata, ia membawa kerugian buat PAS kerana tiada pertukaran idea baru dalam parti itu dan menimbulkan persoalan sama ada ia sebuah badan dakwah atau parti politik.

Beliau berkata, GHB membawa satu gagasan bahawa islam yang lebih mesra.

Selepas parti baharu, Pakatan 2.0 ditubuh, kata setiausaha GHB

Gerakan Harapan Baru (GHB) berazam tubuh Pakatan Rakyat 2.0 bagi perkukuh sistem 2 parti, kata Setiausaha GHB Dr Dzulkefly Ahmad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Ogos, 2015.Gerakan Harapan Baru (GHB) berazam tubuh Pakatan Rakyat 2.0 bagi perkukuh sistem 2 parti, kata Setiausaha GHB Dr Dzulkefly Ahmad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Ogos, 2015.
Gerakan Harapan Baru (GHB) yang bakal melancarkan parti baharu penghujung Ogos ini berazam untuk menubuhkan Pakatan Rakyat 2.0 (PR 2.0) bagi memperkukuhkan sistem 2 parti sekali gus membuat persiapan menumbangkan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN). Setiausahanya, Dr Dzulkefly Ahmad berkata GHB yang akan menjadi sebuah parti politik baharu itu juga akan memperjuangkan kewujudan sebuah masyarakat dan negara Madani yang mengangkat kedaulatan keluhuran undang-undang (As-Siyadah Al-Qanuniyyah).
"Di mana syariat Islam memperkukuhkan penghayatan nilai, akhlak dan amalan serta tatakelola institusi kritikal negara.

"Bersama dengan pimpinan GHB di peringkat nasional, semua tenaga kepimpinan di peringat kawasan dan cawangan ini akan berusaha untuk menubuhkan kembali PR 2.0," katanya dalam satu kenyataan. Dzulkefly turut mengucapkan syabas dan tahniah khususnya kepada semua aktivis yang bersedia meletakkan jawatan dalam parti lama mereka untuk bersama dengan kepimpinan GHB.