Rabu, 19 Ogos 2015

INILAH MULUT PEMIMPIN UMNO !!!

MASIH INGAT TUDUHAN ZAHID pada 3 pemimpin pembangkang pada isu Lahad Datu 2 tahun yg lepas !!!.. Hingga kini tiada bukti ditunjukkan Zahid..

KINI BUAT PERANGAI LAGI... isu guling kerajaan plok..
Akhirnya... Sendiri soal, sendiri dakwa, sendiri ugut, sendiri jelaskan, sendiri jawab...

Hebat bertuah sungguh melayu ni..

Rupa2nya tokeh melayu Wan Emdibi sehaja dapat derma berbilion2 ringgit..

Betul la kata Ahmad Maslan.. "GST SELARAS DENGAN ISLAM"..

Nampaknya KERAjaan Barisan Netanyahu terus menipu & perbodohkan rakyat agar dapat menghalalkan pencukaian GST terhadap seluruh rakyat M'sia tak kira kaya mahupun MISKIN !!!

Teruskanlah menipu rakyat agar kamu dgn mudah merompak hasil titik peluh kami mencari rezeki..

Betul kata Najib, M’sia belum capai tahap negara gagal....

oleh Hazlan Zakaria

Rakyat Malaysia yang berkata negara kita adalah sebuah “negara gagal” patut tutup mulut dan dengar sahaja kata-kata Perdana Menteri kita yang terhormat Najib Razak. “kita tidak sempurna dan di hadapan anak-anak muda ini, saya berani mengatakan bahawa kita bukanlah sebuah kerajaan yang sempurna…

Namun harus juga saya tegaskan, Malaysia bukan sebuah negara yang gagal,” katanya ketika berucap Insititut Penilaian Negara (Inspen) pada 18 Ogos lalu, seperti dipetik Bernama.

Najib Tambahan pula Indeks Negara Gagal 2015 yang dikeluarkan oleh pertubuhan Fund for Peace dan majalah Foreign Policy menyokong kenyataan Najib bahawa Malaysia masih tidak mencapai tahap negara gagal. Kita diletakkan di tahap “amaran rendah” pada nombor 115 daripada 178 negara yang diselidik.

Menurut indeks itu kita mendapat markah 65.9, dengan markah 120 adalah terburuk dan 0 menandakan tahap terbaik. Sebagai perbandingan, Finland berada di kedudukan terbaik dengan markah 17.8 manakala Sudan Selatan terburuk dengan markah 114.5.

Memang, walaupun kita tidaklah sehebat Finland, tetapi tidaklah seteruk Sudan Selatan. Bukankah di sini tiada lelaki bersenjata yang berdiri di sebalik kawat berduri dan menguatkuasakan setiap arahan?

 Seperti yang dikatakan Najib, kita bukanlah sempurna dan baru sahaja di tahap “amaran rendah” menuju kegagalan. Masih tidak gagal.

Titik. Indeks Negara Gagal mengambil kira 12 kriteria dengan markah bermula kosong hingga sepuluh. Ia kemudian dijumlahkan untuk mendapatkan markah keseluruhan.

Kriteria tersebut adalah: Tekanan demografi yang meningkat Pergerakan besar-besaran pelarian atau golongan tidak bernegara Kewujudan kelompok tertentu yang menyimpan dendam atau rasa kecewa Pelarian warga yang kronik dan berterusan Kemiskinan dan kemerosotan ekonomi yang parah

Orang No 2 SB tak tahu alasan ditukar ke JPM

Bekas timbalan pengarah cawangan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Abdul Hamid Bador berang ekoran ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Abdul Hamid yang telah berkhidmat dengan PDRM selama 37 tahun, menerima surat pertukarannya semalam.
Bagaimanapun, beliau tidak tahu alasan mengapa pertukaran itu dibuat.
"Saya tak tahu atas alasan apa saya ditukarkan. Mungkin mereka tidak mahu saya berada di situ," katanya kepada Malaysiakini.
"Hal pertukaran saya ini, awak kena tanya IGP (Tan Sri Khalid Abu Bakar) kerana beliau yang mengesahkan surat pertukaran saya," katanya ketika dihubungi.
Diasak berikutnya, Abdul Hamid berkata beliau sebenarnya "tiada masalah" ditukarkan ke mana sahaja.
"Saya OK, tidak ada masalah (ditukarkan ke mana-mana). Jangan tanya saya kenapa saya ditukarkan, tanya mereka lah. saya tidak mahu buat spekulasi," katanya.
Ditanya sama ada pertukarannya berkaitan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Abdul Hamid berkata: "Tiada komen."
Sementara itu, ketika dihubungi Khalid mengesahkan pertukaran Abdul Hamid ke JPM tetapi tidak menjelaskan dengan lebih lanjut mengenainya. Sementara itu, Abdul Hamid berkata beliau secara rasmi telah melepaskan jawatannya pagi tadi tetapi belum lagi membuat keputusan sama ada akan menerima jawatan di JPM.
“Saya belum terima jawatan di JPM. Saya hanya melepaskan jawatan saya saja. Pagi tadi saya lepaskan jawatan saya,” katanya.
Perkara ini merupakan perubahan terkini yang berlaku dalam Jabatan Cawangan Khas dalam minggu selepas Datuk Mohamad Fuzi Harun menggantikan Akhil Bulat selaku pengarah cawangan khas.
Ini bukan pertama kali pegawai tertinggi kerajaan ditukarkan.
Pengarah bahagian operasi khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohd Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik, Datuk Rohaizad Yaakob turut ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri.
Pertukaran itu kemudiannya dibatalkan.

Polis ‘putar belit’ rancangan Bersih 4, kata penganjur

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah mendakwa pihak polis memutarbelitkan keseluruhan isu berkenaan kebenaran memasuki Dataran Merdeka bagi perhimpunan Bersih 4. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Ogos, 2015. 
Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah mendakwa pihak polis memutarbelitkan keseluruhan isu berkenaan kebenaran memasuki Dataran Merdeka bagi perhimpunan Bersih 4.

 Penganjur Bersih 4 menuduh polis Kuala Lumpur "memutar belit" perhimpunan yang dirancang mereka pada hujung bulan ini, mengatakan datuk bandar sudah menjelaskan kepada mereka yang kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak diperlukan sekiranya ingin berkumpul di sekitar Dataran Merdeka.
Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata, polis turut berada dalam pertemuan antara mereka semalam apabila datuk bandar memaklumkan perkara itu kepada mereka.
"Mereka ada sekali dalam pertemuan itu dan mereka tahu apa yang datuk bandar kata, iaitu kita tidak perlu dapatkan kebenaran kerana kita tidak akan memasuki Dataran.

"Mereka (polis) memutar belit keseluruhan isu ini seolah-olah kami akan memasuki kawasan Dataran," katanya kepada The Malaysian Insider.Beliau berkata demikian mengulas mengenai polis Kuala Lumpur yang dilaporkan tidak membenarkan perhimpunan itu diteruskan.

Dr Mahathir mohon maaf atas pilihan penggantinya

Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri paling lama berkhidmat, selama 22 tahun, hari ini memohon maaf atas pilihan penggantinya, dengan mengatakan beliau juga tidak menyangkanya sama sekali.
"Manalah saya tahu waktu pilih, saya minta ampun, minta maaflah pada semua," katanya.
Bekas perdana menteri itu berkata demikian semasa menjawab soalan hadirin pada syarahan awam di Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Seri Iskandar, Perak, hari ini.

Beliau ditanya sama ada mempertimbangkan potensi kepimpinan penggantinya sebelum menyerahkan jawatan itu. Soalan ini ditanya Ibrahim Aziz, bekas broker saham, pada ceramah umum mengenai "Evolusi Sosial di Malaysia: Apa seterusnya?"
Semasa menjelaskan jawapannya, Dr Mahathir juga mengambil kesempatan mengkritik pengganti selepasnya, Tun Abdullah Ahmad Badawi serta perdana menteri sekarang, Datuk Seri Najib Razak, tanpa menyebut nama.
"Kita hanya mampu meneka, apabila seseorang yang dikenali sebagai 'Mr Clean', kita pilih lah, tetapi apabila dia memasuki gelanggang, dia menjadi kotor.
"Jadi, saya cuba mencari pengganti yang lebih bersih. Siapa tahu, idea orang baru ini pula 'cash is king’ (duit ialah raja) dan jika anda memberi orang wang, mereka akan sukakan anda."
Dalam satu serangan yang agak berselindung terhadap Najib, Dr Mahathir berkata: "Tetapi dalam memberi wang kepada rakyat, kita mesti mempunyai wang. Jika tidak ada (wang), boleh jalankan perniagaan, tetapi tak bolehlah kalau kita sedang memegang jawatan (dalam kerajaan). Tetapi mencuri, boleh."
Kata-kata beliau disambut ketawa dan tepukan kira-kira 4,000 pelajar, pensyarah dan orang ramai yang menghadiri ceramah itu.

1MDB = 1 Melayu Dapat Berbilion

Sakmongkol AK47

Yang pertama:
Nampaknya, kita tidak terlindung dari kenyataan bodoh menteri dalam cabinet Najib.
Ada menteri kata sabotaj ekonomi adalah perbuatan durhaka.

Jika demikian, orang yang paling durhaka di Malaysia ialah Najib sendiri. Dia yang menyebabkan 1MDB dan segala musibah yang lahir dari isiu 1MDB terasuklah kejatuhan Ringgit. Dia yang bawak keluar masuk berbilion Ringgit menyebabkan Ringgit jatuh sehingga RM4 kepada 1 Dollar Amerika. Sehingga 1MDB sekarang disebut orang 1 Melayu Dapat Berbillion.
Dia yang menyebabkan kejatuhan saham Felda jatuh kepada RM1.60 sekarang. Dia yang menyebabkan kos hidup naik. Dia menyebabkan rasuah tidak terkawal.
Najib penyebab sabotaj ekonomi yang tertutama kerana incompetence nya sendiri.
Jadi jika Najib pensabotaj ekonomi dan pendurhaka yang terulung, apa kita hendak buat? Kita beritahu MP2 kita, singkirkan Najib.

Yang Kedua:
Kemudian kita ada TPM kita. Aduh. Kadang2 saya nak tanya, Phd Zahid Hamidi ini dia yang buat atau bukan? Atau ada orang lain yang tulis thesis nya? Atau kalau dia buat course work dia lulus atau tidak?
Saya tanya demikian kerana selalu kita lihat Zahid mengeluarkan kenyataan yang dangkal yang gagal menampakkan kehalusan jalan-fikir yang sepatutnya ditempa ijazah Phd.
Tapi tak kisah-lah-itu bukan isiu besar. Kuasa dan kekayaan mengimbangi malah menyembunyi kedangkalan kita. Orang bercakap dengan penuh otoriti kalau ada kuasa dan kekayaan.
Si peneroka yang haramjadah kalau bercakap mustahil mahu didengari berbanding dengan cakap Zahid Hamidi,kaya dan kuasa. Walaupun Zahid kelentong, orang tetap percaya. Terutama ahli Umno.
Cuba para pembaca jawab soalan ini. Adakah ianya kesalahan undang2 jika satu kumpulan ahli parlimen berkumpul dan berbincang mengenai masaalah negara yang disebabkan Najib?
Dan dari perbincangan tersebut, mereka berfikiran si Najib ini mesti dikeluarkan dari  terus memusibahkan negara. Nahas negara jika Najib terus jadi perdana menteri.
Bagaimana melakukan demkinan? Salah satu cara ialah melalui pilihanraya. Tapi sekarang kita tahu, Najib rupa2 nya guna wang yang banyak untuk membiayai pembelian pengundi. Dan PRU lama lagi dan tempoh tersebut akan membolehkan Najib menjahanamkan negara.
Undi tidak percaya dibenarkan undang2. Tapi seperti kata Dr Mahathir, ia sukar. Kerana MP kena beri notis kepada speaker dan speaker boleh menolaknya. Dan speaker boleh beri notis kepada MP kerajaan untuk mempertahankan boss mereka.
Atau kerana Boss ada banyak wang- RM2 billion baki atau RM 4 billion dari KWAP untuk beli lombong arang batu tapi kita tak tahu kemana wang tersebut pergi, dia boleh beli semua MP BN.
Bukan susah. Bayar RM3 juta untuk 134 MP,  baru hanya 402 juta. Tak sampai separuh dari RM2 billion baki dari 2.6 billion derma pak Arab yang baik hati. Sedakah. Shukran. Jazakallahu hairan kathiro .
Zahid tidak perlu sembunyi sembunyi. Jangan gabra. Kedudukan siapa yang dia takut hilang?
Saya hairan- jika mengikut cerita Zahid yang diperolehi dari ejen yang ditanam dalam dalam dikalangan MP2 , ada seorang tokoh tua Umno yang sedang berusaha mendapat akuan bersumpah dari sejumlah bilangan MP untuk mengeluarkan Najib.

Pemimpin Pandir dan perlunya kebangkitan kaum intelektual

Nazirul Mubin Hamdan


“Memimpin adalah menderita” – Kiai Haji Agus Salim
Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang dipercayai, tidak langgar janji, tidak berpura-pura, dan melarutkan diri ke atas kepentingan orang lain. Atau Buya Syafii Maarif, pendiri Maarif Institute mengatakan ia sebagai ‘pemimpin yang memasang telinganya ke bumi’.
Tetapi realiti pada zaman kini, amat payah untuk menemukan pemimpin yang semacam itu. Kalaulah Kiai Haji Agus Salim mengatakan memimpin itu adalah menderita, tetapi realiti pada pemimpin kita sekarang ini bukannya sebegitu. Kita menghadapi prahara budaya yang sangat berat, korupsi yang merungsing, penyalahgunaan kuasa, dan penindasan yang melampau.

Ciri-ciri dan kewujudan kaum pandir Kaum Pandir ini bukanlah suatu kaum yang baru dijumpai didalam kebinekaan kaum yang ada di negara kita. Bahkan mereka ini boleh sahaja terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India, dan sebagainya. Kaum pandir ini juga jenis yang cepat berkembang biak dan mempunyai bilangan yang ramai kerana dapat mengenyangkan perut dan mengaut habuan dunia.
Di dalam buku Intelektual Masyarakat Membangun (1987), Prof Syed Hussein Alatas ada menyenaraikan ciri-ciri orang pandir, antaranya ialah (1) tidak mampu untuk mengenalpasti permasalahan; (2) jika diberitahukan permasalahan kepadanya, dia tidak mampu untuk menyelesaikannya; (3) tidak mampu mempelajari seni belajar; dan (5) kebiasaannya dia tidak mengakui kepandirannya.
Kaum pandir ini bukanlah disebabkan taraf pendidikan yang rendah ataupun ketidakmampuan membaca atau tahap literasi yang lemah. Tetapi ianya disebabkan sikap individu tersebut. Sikap yang bergelumang akan ketidakjujuran terhadap amanah dan ilmu yang berada di bahu sendiri. Kebiasaannya orang-orang Pandir ini akan menyamar di sebalik wajah seorang menteri, ahli Parlimen, ahli akademik, agamawan, ahli ekonomi, dan sebagainya.

Warga S’wak, bersatulah untuk selamatkan negara kita terlebih dahulu

oleh Edmund Lee

Saya berasal dari Sarawak dan bangga menjadi orang Sarawak. Namun perkembangan yang berlaku di negara kita baru-baru ini tidak lagi membuatkan saya merasa bangga apabila negeri saya digelar sebagai deposit tetap BN. Ramai warga Sarawak, terutama saudara kita di pedalaman, tidak begitu sedar bahawa selama ini kita telah bersama-sama dengan regim yang menggunakan dasar “pecah dan perintah” untuk membawa negara kita ke belakang dalam soal pendidikan, kaum dan agama.

Kebelakangan ini isu kaum dan agama telah menunjukkan wajah hodohnya – antaranya adalah keputusan mahkamah berhubung kalimah Allah dan insiden Plaza Low Yat. Mujurlah, majoriti rakyat kita yang sederhana bersikap wajar dan rasional yang memastikan insiden seperti itu tidak menjadi huru-hara.

Tiada alasan boleh diberikan pemimpin kerajaan kita yang tidak mengambil pendirian yang tegas untuk membanteras masalah ini dan mengambil tindakan keras terhadap mereka yang bersalah. Dakwaan terpilih yang diamalkan kerajaan Umno BN hanya memburukkan lagi kecurigaan kita bahawa ia bermotif politik.

Akan tetapi, apakah kita berharap yang Najib dan badan penguatkuasaan akan bertindak tanpa takut dan piih kasih, apabila beliau sendiri didakwa telah menghakis setiap institusi yang sepatutnya melindungi rakyat biasa seperti kita.

Skandal 1MDB jelas menunjukkan pemimpin Umno dalam kerajaan, atas sebab yang hanya mereka yang tahu, sanggup menutup kebenaran demi mengekalkan kuasa. Nampaknya pegangan mereka adalah “semua untuk satu, satu untuk semua” dengan kesetiaan membabi-buta dan memutarbelit fakta demi fakta. Ia sekaligus menunjukkan kejahilan dan ada kalanya kebodohan mereka.

Parti komponen dalam BN konsisten membisu walaupun ketika penggera kecemasan ekonomi dan politik sedang berbunyi – kemerosotan nilai ringgit, peningkatan kos sara hidup, korupsi dan persepsi negatif di peringkat antarabangsa tentang 1MDB.

Sekurang-kurangnya YB-YB di Sarawak setakat ini belum mengeluarkan apa-apa kenyataan yang mengarut sehingga menghina akal kita. Tidak seperti rakan mereka dari Kota Belud yang menjadi tajuk berita baru-baru ini. Namun begitu, ini jelas bukan “kesatuan dalam diam” yang membuatkan rakyat Sarawak neutral merasa bangga.

Bersih adalah protes sivil, tetap sivil walaupun ketika protes

oleh Alyaa Alhadjri
Terimalah hakikat ini. Bersih 2.0 tidak mungkin akan mendapat kebenaran untuk berkhemah di Dataran Merdeka pada perhimpunan Bersih 4 yang berjalan selama dua hari hujung bulan ini.
Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin tahu tentang hakikat ini. Begitu juga dengan rakyat. Tetapi mereka tidak ambil pusing. Perhimpunan tetap akan berjalan.
Polis tahu tentang perkara ini. Tentunya Datuk Bandar Kuala Lumpur Mohd Amin Nordin Abdul Aziz juga tahu.
Dan mereka tidak ambil pusing. Perhimpunan tetap tidak boleh diteruskan.
Walaupun kedua-dua pihak tahu untuk menjaga dan mengekalkan keamanan, mereka perlu mencari titik temu dan jalan tengah, walaupun kedua-duanya tidak akan mengakuinya.
Ini bukan kali pertama Bersih 2.0 memohon kebenaran untuk berarak dan berhimpun di Dataran Merdeka.
Ini juga bukan kali pertama Datuk Bandar KL dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan mereka.
Betapa ‘suci’ dataran itu sehingga ia perlu dilindungi walau dengan apa cara sekalipun.
Malah dilindungi daripada rakyat biasa sendiri. Walaupun dataran tersebut diangkat sebagai simbol kemerdekaan untuk mereka.
Betapa ‘suci’ dataran itu sehingga sejumlah 967 gas pemedih mata dilepaskan untuk mempertahankannya ketika perhimpunan Bersih 3.0.

Duit rakyat telah digunakan untuk melawan mereka sendiri.

Ratusan anggota ditugaskan untuk berkawal di sekeliling Dataran Merdeka pada 28 April 2012, hanya kerana rakyat dikatakan telah melanggar arahan agar tidak berkumpul di sana.
Ribuan demonstran diisytiharkan sebagai mangsa “kekerasan melampau” oleh polis, hanya kerana segelintir yang berani melepasi penghadang kawat duri.
Namun setakat ini masih belum ada yang dipertanggungjawabkan atas pelanggaran yang jauh lebih serius, iaitu terhadap kepercayaan rakyat dan kedaulatan undang-undang.
Bukan kebetulan apabila Bersih 2.0 memilih untuk mengadakan perhimpunan keempat mereka di Dataran Merdeka pada 29-30 Ogos.
Tarikh yang simbolik dan tempat yang bersejarah.

MB Selangor: DEIG sedia diaudit bukan entiti ‘tersorok’

Pelancaran Darul Ehsan Investment Group di SACC MB (ASRI)SHAH ALAM, 19 OGOS: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menegaskan Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG) bukan entiti ‘tersorok’ seperti didakwa oleh mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Beliau berkata Kerajaan Negeri memberi jaminan laporan operasi, kewangan dan laporan audit boleh diakses Jawatankuasa Kira-Kira Wang negeri (PAC) dan Jawatankuasa pilihan khas dewan mengenai agensi, badan berkanun dan anak syarikat negeri (JPK ABAS).
“DEIG didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 yang mewajibkan penyata DEIG diaudit.
“Kita tak sorok syarikat ini seperti ada pihak dakwa. Kita beri jaminan semua laporan boleh diakses sebagai pengetahuan,” kata Mohamed Azmin (PKR-Bukit Antarabangsa) ketika menggulung usul di DNS.
Mohamed Azmin sebelum ini menjelaskan rasional mewujudkan DEIG yang diasingkan daripada pengurusan Perbadanan Menteri Besar (MBI) supaya tindakan tidak menjejaskan kewangan negeri.
Terdahulu, Saari Sungib (PAS-Hulu Kelang) mencadangkan supaya operasi DEIG ditangguhkan.
Saari ketika membentangkan usul itu berkata operasi syarikat itu perlu ditangguhkan selama enam bulan sehingga kertas putih mengenainya dibentangkan dalam DNS.

Tiada kawasan, cawangan PAS yang akan terbubar - Tuan Ibrahim



KUALA LUMPUR: PAS Pusat menegaskan bahawa tidak akan ada kawasan yang terbubar walaupun ada pimpinannya dan sebahagian ahlinya keluar.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti mengambil maklum adanya usaha beberapa pimpinan kawasan dan cawangan yang akan bertindak demikian.

"Namun, kita mempunyai peruntukan dalam perlembagaan parti bagi meneruskan aktiviti parti," jelasnya dalam satu kenyataan.

Katanya, kawasan akan terus kekal dengan barisan kepimpinan baru yang akan mengambil alih pentadbiran kawasan dan cawangan berkenaan.

Ini, ujarnya sebagaimana ombak di lautan yang tidak dihenti dijana, PAS mempunyai sumber kekuatan untuk menggantikan ombak yang hilang.

Beliau berkata, bagi pimpinan dan ahli yang ingin meninggalkan parti, terima kasih atas khidmat dan sumbangan kepada parti selama ini.

Katanya, parti menghormati hak sama ada untuk kekal bersama parti atau keluar daripada parti.

Elders should probe 'last days of July in Putrajaya'

Malaysia currency slides 12 percent in three weeks

PAS Kota Raja tak terbubar walaupun ahli j/kuasa letak jawatan


Post Pic

SHAH ALAM: Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad berkata peletakan jawatan beberapa pemimpin dan ahli kawasan Kota Raja tidak akan menjejaskan kedudukan parti Islam itu di Selangor.
 
Malah beliau menjelaskan perkara itu sudah dibincangkan lebih awal dengan PAS Pusat dan pengunduran tersebut tidak menyebabkan mana-mana cawangan PAS terbubar mengikut Perlembagaan PAS.
 
"Kota Raja tidak akan tutup sebab tidak ada siapa pun ada hak untuk membubarkan apa-apa kawasan atau cawangan. Ianya adalah terpulang kepada PAS Pusat. Ini semua ganti dengan orang baru, tiada masalah. 
 
"Untuk cawangan dan kawasan tertentu, kita telah mengenal pasti mereka yang akan mengambilalih sekiranya berlaku keperluan.
 
"PAS Selangor bersedia mengambilalih mana-mana kawasan atau cawangan parti. Sebenarnya kami telah berbincang dengan YB Setiausaha Agung PAS.
 
"Dan kita bersetuju bahawa sebarang pengambilalihan boleh dilakukan selari dengan Perlembagaan PAS mengikut Fasal 26 (9), menyelesaikan perselisihan yang berlaku dalam parti dan berkuasa menggantung dan membubarkan serta mengambilalih mana-mana badan perhubungan PAS di Wilayah Persekutuan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi sidang Dewan Undangan Negeri Selangor di sini.
 

Peletakan jawatan beramai-ramai landa PAS S'gor


Kira-kira 400 ahli PAS dan pemimpin dari tiga kawasan PAS di Selangor hari ini mengumum meletak jawatan sama ada dalam parti atau jawatan yang mereka sandang, sebelum berpindah menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB).
Ia termasuk 183 ahli dari kawasan Kota Raja, 227 ahli kawasan Kapar dan tiga orang dari kawasan Klang.
Naib Ketua PAS Kawasan Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud berkata langkah itu bagi mengelak berlaku keadaan tidak menentu melanda PAS sebaik sahaja GHB menjadi sebuah parti politik dan lebih ramai ahli PAS keluar dan menyertainya.
Di Kota Raja, ketua kawasannya Jaafar Samsuddin dan timbalan ketua, Norhalim Sirome dan Siti Mariah mengumumkan peletakan jawatan mereka dalam satu sidang akhbar.
Ketua sembilan cawangan PAS dalam kawasan Kota Raja juga turut melepaskan jawatan masing-masing dalam parti itu.
Turut menyertai mereka ialah ahli jawatankuasa (AJK) kawasan Kapar, Razak Abdul Rashid dan AJK PAS kawasan Klang, Abdul Rashih Abdul Latiff.
GHB berkata peletakan jawatan beramai-ramai hari ini itu adalah sebagai permulaan di Selangor - mulai hari ini sehingga akhir bulan ini.
Penyelaras GHB Selangor, Izham Hashim mendakwa kawasan Shah Alam dan Kelana Jaya akan melakukan perkara yang sama, masing-masing esok dan dua hari kemudiannya.
Bagaimanapun, mereka yang meletak jawatan itu akan kekal sebagai ahli parti sehingga GHB rasmi menjadi sebuah parti politik.
Mereka kemudiannya akan menyertai entiti baru itu, yang secara automatik, menyebabkan keahlian PAS mereka terbatal, kata Izham.

RAKYAT BANGKIT SELAMATKAN MALAYSIA

Di kala Malaysia bakal menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-58 dan Hari Malaysia yang ke-52, senario politik terkini tanah air semakin membimbangkan. Kenaikan harga barang akibat GST yang membebankan, merudumnya nilai mata wang ringgit, hilangnya kepercayaan pelabur dalam dan luar negara, serta rasuah dan salahguna kuasa semakin menjadi-jadi. Pelbagai insiden juga telah berlaku termasuk rombakan, pemecatan, dan tangkapan individu-individu yang terlibat di dalam siasatan isu 1MDB dan dakwaan “derma” RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak, yang terkini didakwa telah dikeluarkan sepenuhnya.
Ada pihak yang berkata Malaysia bakal menjadi “negara gagal” (“failed state”) jika tidak diselamatkan, namun pada masa yang sama ada pihak berkepentingan yang bertungkus-lumus berusaha menggagalkan proses menyelamatkan Malaysia.
Faktor terpenting dalam usaha ini ialah kemahuan dan kemarahan Rakyat. Adakah kita mahu terus hidup di dalam keadaan ekonomi dan politik yang tidak menentu? Adakah kita mahu anak cucu kita terus hidup ditindas dan dibelenggu pelbagai masalah yang kita hadapi hari ini?
Tidakkah kita impikan dan idamkan sebuah Malaysia yang lebih adil, yang lebih sejahtera, yang lebih stabil, yang lebih baik untuk kita semua?
Masanya telah tiba untuk Rakyat Malaysia menyuarakan kemarahan dan kemahuan agar Malaysia diselamatkan. Minggu hadapan, demi anak cucu kita, demi nusa dan bangsa, demi Rakyat Malaysia, marilah kita bersama-sama bangkit dan turut serta dalam perhimpunan aman Bersih 4 di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu pada 29 dan 30 Ogos.
Ayuh, Selamatkan Malaysia!

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Ketua Pembangkang
Presiden KEADILAN

Wan Azizah kesal layanan penjara, Anwar pesan jangan dera keluarganya

DSAI 1KUALA LUMPUR 19 OGOS: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kesal terhadap halangan yang dikenakan ke atas keluarganya oleh pihak Kementerian Dalam Negeri dan pihak penjara untuk mereka bertemu dengan saudara Anwar Ibrahim.
Dengan nada kecewa, Presiden KEADILAN itu berkata, keluarganya perlu diberi akses untuk berjumpa dengan Anwar di penjara, lebih-lebih lagi tahap kesihatan suaminya itu membimbangkan.
“Kami kesal, hanya di mahkamah sahaja kami dapat jumpa secara dekat, di penjara tak dapat, ini satu tekanan buat kami.
“Memandangkan kini tahap kesihatan Anwar merosot, sebelum ini sakit bahu kiri, sekarang bahu kanan, hari ini pula dia cakap sakit leher.
“Saya harap beliau diberikan rawatan sepenuhnya, apa-apa pun teruskan berdoa,” kata Wan Azizah ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Jalan Duta.
DSAI 2Anwar dibawa ke mahkamah dengan kawalan ketat bagi mengikuti kes saman beliau terhadap Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.
Beliau turut menyampaikan pesanan lisan meminta Menteri Dalam Negeri supaya tidak mengetatkan urusan pertemuan beliau dengan keluarga serta peguam.
Anwar juga merayu supaya kerajaan tidak mendera keluarganya apabila sukar bertemu dengannya, walaupun beliau ‘tiada masalah’ jika ia diperlakukan ke atas dirinya.
“Saya minta pertimbangan Datuk Seri Zahid Hamidi berkaitan urusan keluarga dan peguam. Semuanya terlalu ketat. Nak dera Anwar, faham. Saya faham. Itu saya tak ada masalah.
“Tapi janganlah dera keluarga saya. Keluarga nak jumpa susah…bagilah jumpa sekejap. Jangan sekat peguam saya. Ini buku nota pun tidak boleh.
“Saya minta Datuk Seri Zahid timbang. Timbang keluarga dan kerja urusan peguam,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan KEADILAN.
Sementara itu, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar mendesak Anwar diberikan rawatan segera secara konsisten ekoran tahap kesihatan bapanya yang merosot dan mengalami kesakitan berterusan di bahu kanan.

Tiada campur tangan PM dalam siasatan 1MDB kata Mohamed Apandi


Tiada campur tangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pejabat Peguam Negara berhubung isu 1MDB, kata Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini.
Menurut peguam negara yang baru itu, mereka adalah bebas bertindak dan membuat keputusan sendiri mengikut undang-undang.
Mohamed Apandi ditanya mengenai tindakan susulan dibuat Pejabat Peguam Negara berhubung kertas siasatan dikemukakan Bank Negara Malaysia yang mencadangkan tindakan sewajarnya diambil.
"Saya (bertindak) tidak memilih warna atau apa saja," katanya kepada Malaysiakini.
Mohamed Apandi dilantik menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail pada 27 Julai lalu.
Bekas hakim Mahkamah Persekutuan itu juga mendedahkan, Pejabat Peguam Negara masih dalam proses mengkaji kertas siasatan dikemukakan Bank Negara.

34 jam di Kuala Lumpur

Pada tahun 1926 seorang intelektual Melayu terunggul bernama Ibrahim Gelar Datuk Sutan Malaka, lebih dikenali sebagai Tan Melaka, sedang dalam pelarian di Tokyo, Jepun.
Nasionalis kiri Melayu Tan Malaka ini telah menulis dan merakamkan pengalaman dirinya untuk menjadi panduan kita hingga ke hari ini.
Mengikut pandangan sosok intelektual kiri ini, senjata kaum feudal dan kaum kapitalis adalah peluru dan perang. Senjata kaum buruh dan rakyat tertindas ialah agitasi, mogok dan demonstrasi.
Ini pandangan yang dimunculkan 89 tahun dahulu. Hari ini pada tahun 2015 pandangan ini masih kekal abadi sebagai satu tindakan politik yang tepat dan tuntas. Agitasi, mogok dan demonstrasi masih menjadi senjata kaum tertindas anak semua bangsa diseluruh dunia.
Ketika saya menulis tulisan ini saya juga terbaca berita demonstrasi besar-besaran berlaku pada hujung minggu ini di Brazil. Ratusan ribu warga Brazil keluar berdemo di 200 buah kota kecil dan besar di Brazil.
Rakyat Brazil mahu Presiden Dilma Rousseff mengundur letak jawatan kerana rakyat Brazil tidak lagi yakin atas pimpinan beliau. Rasuah dan salah guna kuasa sedang menjadi-jadi di Brazil. Elit politik dan elit ekonomi telah merompak harta kekayaan negara.
Rakyat Brazil telah muak dan bosan dengan kerajaan. Mereka mahu perubahan. Mereka mahu Dilma Rousseff berambus.
Kes terulung di Brazil yang dijadikan agenda agitasi untuk menaikkan kemarahan rakyat agar keluar ke jalan raya ialah kes rasuah berbilion dolar dalam syarikat minyak negara Petrobras.
Himpunan 29 Ogos
Saya tidak terperanjat dengan tuntutan warga Brazil. Saya gembira kerana warga Brazil dan warga Malaysia sedang berjuang dengan tuntutan yang sama walau terpisah beribu-ribu batu.
Seperti kata Tan Malaka, demonstrasi di jalan raya adalah senjata rakyat tertindas. Sahih dan tepat.
Hakikatnya, Malaysia tidak ada bezanya dengan Brazil. Dua negara ini kaya dengan hasil bumi tropikal. Dua negara ini juga pengeluar minyak. Kedua-duanya juga adalah negara Dunia Ketiga  di mana rasuah kini telah menjadi sebahagian dari sistem pentabiran negara.
Justeru, badan gabungan BERSIH berkumpul dan berpakat untuk  mengadakan perhimpunan sekali lagi pada 29 Ogos ini.
Ini adalah demonstrasi kali keempat yang sedang disusun dan diatur oleh Bersih. Kali ini bukan sahaja muntahan jumlah yang wajib dinaikkan.
Jumlah penunjuk perasaan berdemo di Kuala Lumpur yang pernah melintasi 300,000 ke 400,000 ribu. Justeru. Kali ini jumlah 1 juta wajib dijadikan sasaran untuk BERSIH 4.

'Kena 'boo' tak lentur semangat juang saya' - Ahmad Maslan

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan berkata insiden beliau di'boo' pada mesyuarat perwakilan Umno Pontian sedikit pun tidak melenturkan semangat juang sebagai wakil rakyat.
Menyifatkan ia sebagai "hikmah dan cabaran" dalam politik, Ahmad yang juga timbalan ketua bahagian itu berkata insiden ejekan terhadapnya itu juga tidak bererti perwakilan tidak suka kepadanya.
Jika demikian berlaku, MP Pontian itu berkata, secara logiknya setiausaha sulit dan pembantu khasnya - yang mendapat undi kedua dan ketiga tertinggi bagi merebut tujuh tempat ke Perhimpunan Agong Umno - turut ditolak oleh perwakilan.
"Orang Pontian tahu saya balik kawasan hampir setiap minggu sejak mula menjadi ahli parlimen tahun 2008 dengan pelbagai program. Saya anak tempatan dari Benut, Pontian.
"Mereka kenali saya sebagai Tok Mat yang sentiasa berusaha untu mengubah Pontian kepada kawasan yang lebih baik dalam pelbagai perkara. Peristiwa itu sedikit pun tidak melunturkan semangat saya.
"Begitu juga cacian dan rekaan dalam media sosial dengan pelbagai "spin" terhadap kenyataan saya yang hampir semuanya fitnah (terutama tentang GST) juga tidak akan melunturkan semangat juang saya," kata beliau dalam blognya hari ini.

Nurul Izzah: Tak bayar PTPTN diugut buang kerja, hutang 1MDB macam mana?

Nurul IzzahSHAH ALAM, 19 OGOS: Ancaman dibuang kerja dan kenaikan pangkat disekat terhadap kakitangan dan pegawai Kementerian Pendidikan sekiranya tidak membuat pemotongan gaji bagi membayar hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah tindakan tidak perikemanusiaan.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, berkata keputusan itu membuktikan sikap hipokrit Kerajaan Persekutuan apabila bersungguh-sungguh menuntut hutang PTPTN yang melibatkan 51,884 guru tetapi mengambil ringan dalam isu hutang yang melibatkan 1MDB.
“Lebih hipokrit lagi memandangkan cara kerajaan menangani kemelut pinjaman hutang 1MDB yang berkali-kali menunda bayaran hutangnya dan menggunapakai lingkaran pimpinan Barisan Nasional (BN) dalam melunaskan penjualan hartanah dan perluasan perniagaannya.
“Rakyat wajib melawan dasar pincang sebegini. Saya seru para guru bersuaralah, jangan biarkan hipokrasi dan penindasan ini berterusan.
“Kerajaan BN di bawah Najib boros berbelanja, bebas berhutang dan dengan tanpa rasa bertanggungjawab memindah beban hutang kepada rakyat, kini guru. Inilah masa untuk bersuara dan melawan ketidakadilan ini,” kata Nurul Izzah ketika dihubungi Selangor Kini hari ini.

Ironi? Azalina kini mahu undang-undang anti-lompat parti!

oleh Robin Stanley Augustin
Jika anda membaca kenyataan terbaru menteri Umno Azalina Othman Said tentang soal lompat parti, anda mungkin rasa yang anda berada di dimensi yang lain.
Menurut laporan Malaysiakini, menteri yang bertanggungjawab dalam hal-ehwal parlimen itu berkata sudah tiba masanya untuk memperkenalkan undang-undang bagi menghalang sesiapa lompat parti ketika menjadi wakil rakyat.
“Ini bukan hanya soal kesetiaan kepada parti dan integriti dalam politik tetapi adalah soal pengkhianatan terhadap mandat rakyat yang kita tidak boleh bertolak ansur sama sekali.”
Ini termasuk melakukan pindaan tertentu kepada kebebasan berpersatuan yang termaktub dalam Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan supaya tiada percanggahan dengan undang-undang baharu ini nanti,” katanya merujuk dakwaan wujudnya plot melibatkan ahli parlimen BN untuk “menggulingkan” kerajaan.
“Jika benar, tindakan tegas perlu diambil. Kita tidak boleh berkrompomi dalam soal sabotaj dan pengkhianatan yang bertentangan dengan prinsip demokrasi di negara ini,” katanya.
Tambahnya lagi, ahli parlimen BN perlu membuat deklarasi terbuka taat setia kepada BN demi menghentikan spekulasi tersebut.
Pada Sabtu lalu, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa ada seorang pemimpin Umno yang sedang mendapatkan akuan bersumpah (SD) daripada sebahagian pemimpin BN dan pembangkang utuk menyatakan mereka memiliki majoriti di Dewan Rakyat.
Bukankah ini satu ironi? Seorang pemimpin daripada parti yang telah menjatuhkan dua kerajaan negeri pada masa lalu kini menggesa undang-undang diwujudkan untuk menghalang lompat parti.

Tidakkah Azalina sedar yang kata-katanya tentang “prinsip demokrasi” dan “integriti politik” itu sangat hipokrit?
Adakah beliau sudah lupa bagaimana BN menggulingkan kerajaan PBS di Sabah pada 1994?
Adakah beliau lupa bagaimana BN menggulingkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak pada 2009?
Adakah ia bukan satu pengkhianatan terhadap mandat rakyat?

2 Orang Aje: Ahmad Maslan dakwa ‘diboo’ orang luar

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan menegaskan dirinya masih mendapat sokongan dari kawasannya di Pontian dan mendakwa "diboo" orang luar semasa mesyuarat bahagian minggu lepas.
Timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu mempertahankan dirinya daripada insiden "diboo" perwakilan di Pontian semasa dirasmikan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menulis dalam blognya, Ahmad berkata beliau masih lagi mendapat sokongan kerana setiausaha dan pegawai khasnya menerima undi kedua dan ketiga tertinggi antara 15 calon yang tersenarai untuk menghadiri perhimpunan tahunan Umno.

"Sekiranya perwakilan Pontian menolak saya, jadi secara logik 2 pembantu saya ditolak oleh mereka," katanya dipetik daripada blognya.

Keluar PAS bukan bermakna keluar Islam, kata Siti Mariah

Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud hari ini mengumumkan keputusan beliau meninggalkan PAS. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 19 Ogos, 2015. 
Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud hari ini mengumumkan keputusan beliau meninggalkan PAS. 

Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud menegaskan hari ini, tindakan individu yang keluar meninggalkan PAS bukan bererti mereka murtad atau terkeluar daripada agama Islam.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan wartawan mengenai sumpah atau bai'ah yang dikatakan dibuat setiap ahli PAS sewaktu menyertai parti itu.
"Bai'ah itu adalah ikrar. Seperti juga di Parlimen. Kita ada nas dan ijtihad daripada alim ulama. Tetapi, na'uzubillah (minta dilindungi Allah), keluar daripada PAS bukan keluar Islam.

"Ia adalah penghijrahan dari satu pertubuhan kepada satu pertubuhan," katanya pada sidang media mengumumkan peletakan jawatan beliau bersama ahli parti lain dari PAS Kawasan Kota Raja. Dr Siti Mariah bagaimanapun berkata, peletakan jawatan beramai-ramai oleh ahli dalam kawasan Parlimen Kota Raja itu bukanlah sesuatu yang dibanggakan.
"Kami lakukan ini untuk bersama dengan Pakatan Rakyat (PR) dalam memenangi Putrajaya," beliau menjelaskan.
Anggota PAS Kota Raja hari ini mengumumkan peletakan jawatan masing-masing di peringkat cawangan dan kawasan di Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kota Raja di Klang.

Nasib ahli terlibat GHB, PAS putuskan 11 Sept


Nasib ahli dan pemimpin PAS yang dipercayai terlibat dengan Gerakan Harapan Baru (GHB) akan ditentukan dalam mesyuarat parti itu 11 September ini.
Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata semua Badan Perhubungan PAS negeri diminta mengemukakan laporan berhubung perkara itu pada mesyuarat itu nanti.
"PAS Pusat akan buat semakan sama ada kes ada bukti kukuh atau tiada bukti untuk diambil tindakan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di Kota Bharu hari ini.
Mohd Amar berkata empat tindakan yang boleh diambil terhadap mereka yang mengkhianati parti adalah mengemukakan surat tunjuk sebab, diberi amaran, digantung keanggotaan dan dipecat sebagai anggota parti.
- Bernama

'Saya tak terima sebarang dana dari RM2.6b' kata Anifah Aman


Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman hari ini menafikan menerima sebahagian daripada RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
"Pada 18 Ogos 2015, (Gelang Patah MP) Lim Kit Siang mempersoalkan jika saya telah menerima wang dari akaun peribadi perdana menteri berhubung dengan laporan mengenai 1MDB.
"Saya tidak menerima apa-apa dana dari akaun peribadi perdana menteri," kata beliau dalam kenyataan hari ini.
Anifah juga memberi amaran kepada tokoh parlimen DAP itu supaya menghentikan tuduhan terhadap beliau tanpa bukti kukuh.
"Saya menggesa Lim untuk menghentikan sebarang tuduhan salah laku terhadap pihak saya tanpa bukti.
"Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya jika Lim terus menuduh saya tanpa sebarang bukti," kata Anifah.
Lim Kit Siang menamakan 20 menteri dan dua timbalan menteri termasuk Anifah menggesa mereka mengisytiharkan sama ada menerima sebahagian daripada dana RM2.6 bilion yang didepositkan ke akaun peribadi Najib.

Pejabat AG masih teliti siasatan BNM isu 1MDB....tengok dan lihat...!!!


Pejabat Peguam Negara sedang meneliti kertas siasatan yang diserahkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung isu firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Kami masih lagi meneliti kertas (siasatan) itu. Saya tidak ada komen," kata Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali kepada Malaysiakini.
"Kertas siasatan itu dihantar kepada kami lewat petang atau sebelum jam lima pada hari gabenor (BNM) mengadakan sidang akhbar.
"Itu bukan (kertas kerja yang telah dihantar kepada kami) seminggu sebelum (sidang akhbar Zeti )," katanya lagi.
Dalam sidang media Khamis lalu, Zeti berkata Bank Negara Malaysia telah membuat kesimpulan berhubung penyiasatan ke atas 1MDB.
Katanya, bank pusat itu telah menghantar kertas siasatan kepada peguam negara dengan mencadangkan supaya penguatkuasaan yang sesuai dibuat.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan hasil penyiasatan kerana beliau tidak dibenarkan oleh undang-undang untuk berbuat demikian.

'SPR patut biar parti politik daftar pengundi'

‘Jangan Sebab Nak Pilihan Raya Sarawak Saja’ - PKR

Menteri Jangan Beri Alasan Tak Munasabah - Hannah Yeoh

Keputusan kes Anwar saman Anifah dijangka 29 Oktober

Maria Chin Abdullah: Without A Level Playing Field, Political Financing Law Will Not Work

Wong Chen: Nobody Questions Najib Because Of The Patronage System

Cynthia Gabriel: When U Tell 1 Lie, U Got To Keep Covering Up To Tell More Lies

Harapan Baru Tolak Pemimpin Tak Amanah

PKR: Segera Bedah Anwar

Pas Kota Raja Takkan Bubar - Iskandar

Anwar rayu TPM, jangan dera keluarga saya

Nurul Izzah: Investigate Rahman Dahlan over charge

Derma dana asing, ringgit jatuh lagi penting dari anak panda

SHAH ALAM - Pemuda Pas Wilayah Persekutuan menggesa kerajaan menyegerakan proses siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) terhadap skandal derma dan mengambil langkah mengawal kejatuhan mata wang negara.
 
Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Ir Khairil Nizam Khirudin dalam satu kenyataan berkata, banyak isu-isu utama yang perlu diselesaikan bukannya memberi perhatian terhadap kelahiran anak panda di Zoo Negara.
 
Sehubungan itu, beliau berpendapat Jawatankuasa Konsultatif Nasional mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) yang disebut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini tidak perlu disegerakan.
 
“Kami mengalu-alukan kepentingan penubuhan JKNMPP tetapi ia tidak perlu disegerakan buat masa ini. Inisiatif berkenaan hanya ditimbulkan oleh perdana menteri 14 Ogos lalu setelah pendedahan ‘skandal derma’ RM2.6 bilion didepositkan ke akaun peribadinya baru-baru ini.
 
“Walhal, apa yang lebih penting sekarang ialah ruang perlu diberikan seluas-luasnya kepada SPRM untuk mendapatkan keterangan daripada perdana menteri berhubung ‘derma’ tersebut. Ia jelas bahawa ‘derma’ tersebut masih meragukan dan terbuka kepada tafsiran istilah suapan yang termaktub dalam Seksyen 3, Akta SPRM 2009,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
 
Jumaat lalu, Najib mengumumkan penubuhan JKNMPP bagi merangka satu pelan pembiayaan politik berintegriti yang komprehensif dan inklusif.    
 
JKNMPP katanya akan menghasilkan pelan tindakan pembiayaan politik berintegriti melalui pembaharuan dan penambahbaikan undang-undang yang diperlukan dalam tempoh setahun, dan seterusnya dilaksanakan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14.
 

PAS Selangor tidak terjejas AJK Kota Raja letak jawatan kata Iskandar

PAS sedia ambil alih pentadbiran kawasan dan cawangan Kota Raja jika berlaku peletakan jawatan beramai-ramai, kata Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Ogos, 2015.PAS sedia ambil alih pentadbiran kawasan dan cawangan Kota Raja jika berlaku peletakan jawatan beramai-ramai, kata Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Ogos, 2015.PAS Selangor tidak terjejas dengan peletakan jawatan beramai-ramai ahli jawatankuasa (AJK) cawangan PAS Kota Raja yang dijangka berlangsung petang ini, kata Datuk Iskandar Abdul Samad.
Pesuruhjaya negeri itu berkata, pentadbiran kawasan dan cawangan PAS akan diteruskan seperti biasa dan PAS Selangor sedia mengambil alih pentadbiran kawasan dan cawangan, termasuk Kota Raja.
"Kota Raja tak tutup sebab hak untuk bubarkan cawangan terpulang kepada PAS Pusat. Kita akan gantikan dengan orang baru, tidak ada masalah.

"Untuk kawasan dan cawangan tertentu, kita sudah kenal pasti untuk diambil alih sekiranya berlaku keperluan," katanya kepada pemberita di luar Dewan Undangan Negeri (DUN) di Shah Alam, hari ini. Petang ini satu sidang media khas akan diadakan di kawasan Parlimen Kota Raja bagi mengumumkan peletakan jawatan AJK PAS, masing-masing di peringkat cawangan dan kawasan.

Anwar: Jangan dera keluarga saya...

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi supaya tidak mengetatkan urusan pertemuan beliau dengan keluarga serta peguam beliau.
Anwar turut merayu supaya kerajaan tidak mendera keluarganya apabila sukar bertemu dengannya, walaupun beliau "tiada masalah" jika ia diperlakukan ke atas dirinya.
"Saya minta pertimbangan Datuk Seri Zahid Hamidi berkaitan urusan keluarga dan peguam. Semuanya terlalu ketat. Nak dera Anwar, faham. Saya faham. Itu saya tak ada masalah.
"Tapi janganlah dera keluarga saya. Keluarga nak jumpa susah... bagilah jumpa sekejap. Jangan sekat peguam saya. Ini buku nota pun tidak boleh.
"Saya mintak Datuk Seri Zahid timbang. Timbang keluarga dan kerja urusan peguam," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh PKR.
Hari ini Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mendakwa pihak penjara mengurangkan akses kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran timbul dakwaan usaha menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau turut mendakwa lawatan pemimpin pembangkang antaranya Lim Kit Siang dan Rafizi Ramli turut disekat.
Malah lawatan Menteri Besar Selangor Azmin Ali yang dibatalkan sejurus tercetusnya dakwaan tersebut, dakwa Nurul Izzah lagi.
Beliau turut mendakwa penjara mengurangkan masa pertemuan dengan peguam daripada dua jam kebiasaannya kepada kurang 45 minit dan juga akses ke perpustakaan di mana Anwar berada dalam penjara.

Jangan dera keluarga saya, Anwar rayu Zahid

Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya jangan dera keluarganya dengan menyekat lawatan mereka di penjara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Ogos, 2015.Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya jangan dera keluarganya dengan menyekat lawatan mereka di penjara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Ogos, 2015.Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara merayu menteri dalam negeri supaya membenarkan keluarganya dan peguam berjumpa dengannya.
Dalam satu pesanan lisan ringkas selepas muncul di Mahkamah Tinggi Jalan Duta Kuala Lumpur hari ini, Anwar meminta Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar tidak "mendera" ahli keluarganya dengan menyekat akses mereka kepadanya.
"Saya minta pertimbangan Zahid berkaitan urusan keluarga dan peguam. Semuanya terlalu ketat. Nak dera Anwar, faham. Saya faham. Itu saya tak ada masalah.

"Tapi janganlah dera keluarga saya. Keluarga nak jumpa susah... bagilah jumpa sekejap. Jangan sekat peguam saya. Ini buku nota pun tidak boleh. "Saya minta Zahid timbang. Timbang keluarga dan kerja urusan peguam," kata Anwar.
Terdahulu hari ini, anak Anwar, Naib Presiden PKR Nurul Izzah memberitahu media pihak penjara mengenakan sekatan kepada bapanya daripada dilawati ahli keluarga, doktor dan peguam sejak seminggu lalu.

Undi Tidak Percaya: Jaminan Mustapa, Tuan Ibrahim tidak laku

Atas sifat politik itu serba kemungkinan, tetapi jaminan oleh sekurang-kurang dua pemimpin Pas Mustapa Ali dan Tuan Ibrahim Tuan Man, bahawa Pas akan menyokong undi tidak percaya ke atas Najib Razak sebagai perdana menteri jika diadakan, ia masih boleh dipertikaikan.

Berpandukan pengalaman lepas, saya tidak yakin dengan jaminan Pengarah Pilihan Raya Pas dan Timbalan Presiden Pas itu, selagi Pas dibawa pimpinan Abdul Hadi Awang dan dikuasai secara tektikal oleh Haron Din.

Kalau pun Abdul Hadi dan Haron sendiri memberi jaminan itu ia bukan boleh ditelan bulat-bulat macam ikan baung telan najis. Kata-kata itu harus ditilik dan dikaji secara mendalam.

Orang yang memberi kata putus dalam Pas ialah Haron Din dan Abdul Hadi Awang. Haron Din bukan sahaja Mursyidul Am penjawat jawatan tertinggi dalam Pas, tetapi dia juga mempunyai kuasa ekskutif pemutus secara kerohanian? Hakikat ini tidak dapat dinafikan oleh sesiapa dalam Pas.

Ahli Pas termasuk juga ahli parlimen akan wala' kepada kata-kata kedua mereka itu walaupun ia bercanggah dengan prisip berorganisasi. Perkara ini sudah terbukti apa yang berlaku dalam Pas selama ini. Kata mereka adalah kata pemutus yang bukan harus bahkan wajib dituruti.

Justeru, jaminan Mustapa Ali dan Tuan Ibrahim Man itu tidak lebih daripada hendak meredakan suasana dalam Pas sahaja. Kenyataan itu adalah untuk memperlahankan gelora kritikan dan protes umum kepada Pas kini ekoran wujudnya Gerakan Harapan Baru.  Jaminan kata-kata itu sebagai membendung kebencian ramai kepada Pas yang ingin bersekongkol dengan Umno.

KEADILAN desak Anwar diberi rawatan konsisten

Nurul IzzahPETALING JAYA, 19 OGOS- Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini mengalami kesakitan berterusan di bahu kanannya dan memerlukan rawatan segera secara konsisten.
Naib Presiden KEADILAN Nurul Izzah Anwar berkata, sesi fisioterapi yang disyorkan pihak Hospital Kuala Lumpur bagi merawat kecederaan akibat kemalangan yang dialami Anwar pada Mei lalu tidak dipenuhi oleh pihak penjara.
Ia katanya mengakibatkan proses pemulihan fizikal bekas Timbalan Perdana Menteri itu terhalang.
“Kecederaan ini sudah bertambah buruk, ia menyebabkan ketidakselesaan dan kesakitan kepada Datuk Seri Anwar Seharian,” Kata Nurul Izzah dalam sidang media di sini.
IzzahAnwar dan isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail sebelum ini terlibat dalam satu kemalangan kecil di Desa Sri Hartamas pada 13 Mei lalu dan mengalami keretakan di pangkal tangan kanan berdekatan bahu.
“Kecederaan serius itu telah pun diketahui oleh Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Penjara dan Pihak Hospital.
“Kami telah memohon dan merayu untuk rawatan dan penyelesaian masalah tersebut secara berterusan melalui peguam, namun sehingga kini ia tidak diendahkan pihak berkuasa,” tambah Nurul Izzah.
Turut hadir sidang media itu, Nurul Nuha Anwar, Ketua Whip Parlimen KEADILAN, Datuk Johari Abdul dan Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani

'Tolong benarkan Anwar dibedah'

Nurul Izzah Anwar
PETALING JAYA - PKR mendesak kerajaan agar prihatin dengan keadaan kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang semakin serius.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata,  Kementerian Dalam Negeri ( KDN ),  Jabatan Penjara dan pihak hospital sudah maklum mengenai kecederaan bahu yang dialami bapanya itu.

Menurut beliau, kecederaan itu sudah bertambah buruk, menyebabkan ketidak selesaan dan kesakitan kepada Anwar.

"Kecederaan ini menyebabkan kesakitan berterusan kepada Datuk Seri Anwar dan mendesak untuk dilakukan pembedahan dalam kadar segera.

"Kami telah memohon dan merayu rawatan dan penyelesaian untuk masalah tersebut secara terus dan juga melalui peguam kami. (Bagaimanapun ) rayuan kami setakat ini tidak diendahkan oleh pihak berkuasa, " katanya pada sidang media di ibu pejabat Keadilan sebentar tadi.

Pada Julai lalu Anwar sekali lagi di masukkan ke Hospital Kuala Lumpur susulan kecederaan bahu yang dialaminya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui tweetnya meminta pihak bertanggungjawab memberikan rawatan yang terbaik kepada bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

PKR bidas kenyataan sambil lewa Rahman Dahlan

Naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, Datuk Abdul Rahman Dahlan mesti disiasat selepas membuat kenyataan serius membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Ogos, 2015. 
Naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, Datuk Abdul Rahman Dahlan mesti disiasat selepas membuat kenyataan serius membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 

Naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar membidas menteri Umno Datuk Abdul Rahman Dahlan yang membuat kenyataan serius membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sudah tercemar imejnya dengan pelbagai skandal pada ketika ini.Rahman (gambar, kanan), yang juga pengarah komunikasi strategik Barisan Nasional (BN) semalam menafikan kenyataan awalnya mengatakan wujud deraf kertas pendakwaan terhadap Najib yang sedang bergelut dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya.
"Tiba-tiba, tanpa kita tahu daripada mana, beliau mengatakan ini hanya andaian dan teori daripada pengarah komunikasi strategik Barisan Nasional?

"Sebagai seorang menteri Kabinet, beliau mesti disiasat kerana dia membawa kita kepada persoalan utama, adakah kertas pendakwaan itu benar? Jika sedemikian, siapakah yang berbohong?" kata Nurul Izzah pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini. Nurul Izzah mengingatkan Rahman supaya tidak membuat kenyataan mengelirukan kerana ia membabitkan perdana menteri.

Tak perlu jawatankuasa pembiayaan politik, kata Dr Mahathir

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menolak cadangan penubuhan jawatankuasa perundingan pembiayaan politik yang ditubuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Jumaat lalu.
"Ia bukan mengenai penubuhan jawatankuasa. Jadi, tak perlu tubuh jawatankuasa.
"Kalau kita siasat dia (Najib) sekalipun, ia akan dibatalkan," kata Dr Mahathir ringkas ketika ditanya pendapatnya hari ini berkenaan usaha mengawasi pembiayaan politik.

Let Anwar get proper medical treatment, pleads family

Nurul: Prison restrictions mount for dad amid plot claim

Jika Bajet 2016 Ditolak: Kerajaan DS Najib Tumbang

Tindakan undi tidak percaya ahli parlimen yang diketuai oleh seorang "tokoh" Umno bersama MP Pembangkang bakal berlaku selepas sahaja DS Najib Razak yang merupakan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan membentangkan BAJET TAHUN 2016. Cara kumpulan mp yang mengaku mempunyai jumlah MP menepati kiraan majoriti mudah (112 ke atas) akan menggunakan POINT OF ORDER kepada Speaker Dewan Rakyat, dengan menyatakan USUL MENOLAK BAJET TAHUN 2016. Jika ini berlaku, maka kerajaan DS Najib tumbang.
Is he lying low in Taiwan?
jho-low,malaysia
KUALA LUMPUR: Where is Jho Low, Malaysians appear to be asking. After all, very little has been heard of him in recent months.
Social media today, however, is awash with suggestions that he may have acquired US citizenship. There are also claims that he may have relocated to Taiwan.
Malaysian authorities must surely be interested to know his actual whereabouts.
The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) has previously suggested that it would want to speak to Low on matters relating to 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Likewise, the now suspended Parliamentary Accounts Committee hearings had previously indicated their interest in securing his testimony.
Despite this, to date the Malaysian police has not sought to locate and secure his attendance for any such purpose. They were, on the other hand, quick to issue Sarawak Report editor Clare Rewcastle-Brown with a warrant of arrest and place an Interpol red notice on her.
Low may also be wanted outside of Malaysia, because he is believed to have information pertinent to investigations on-going in several countries on matters linked to 1MDB, due to the fact that banking transactions which relate to the company’s affairs may have passed through those countries. Singapore is known to be investigating the matter, while recent reports suggest that Switzerland and Guernsey may also be looking into the matter.
These potential investigations are said to surround international banking transactions which relate to deals which 1MDB had with two Middle-East corporations – PetroSaudi and Aabar.
- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2015/08/19/where-is-jho/#sthash.DMqGHYRe.dpuf

'Tanya PAS Selangor dulu nak jemput Khalid' - Iskandar Samad


Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Samad menasihati kepimpinan PAS negeri lain agar merujuknya terlebih dahulu sebelum menjemput ahli politik dari parti lain menyertai PAS negeri itu.
"PAS Selangor belum buat keputusan lagi. Seeloknya tanya pandangan PAS Selangor sebelum buat kenyataan.
"Itu pandangan PAS Kedah, bukan pandangan PAS Selangor atau PAS Pusat," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Teguran naib presiden PAS itu dibuat susulan Ketua Pemuda PAS Kedah Mohd Azam Abd Samat yang dilapor mempelawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyertai PAS bagi mengukuhkan lagi parti itu.
Azam yang juga ADUN Sungai Limau dilapor berkata PAS sememangnya memerlukan ahli dan tokoh politik yang amanah dan gigih seperti bekas menteri besar Selangor itu.
Beliau berkata karier politik Abdul Khalid tidak harus berakhir begitu saja selepas beliau meninggalkan dunia korporatnya untuk melibatkan diri dalam kancah politik demi berkhidmat kepada rakyat.
Khalid dipecat daripada PKR kerana enggan melepaskan jawatannya seperti diarahkan partinya.
Keengganan itu menimbulkan krisis pelantikan menteri besar Selangor dan turut menyebabkan dua ADUN PAS digantung.
Krisis tersebut berakhir selepas Sultan Selangor melantik Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai menteri besar baru.

Putrajaya sekat akses kepada Anwar selepas teori jatuhkan Najib, kata PKR

Putrajaya sekat akses kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas wujud teori ada usaha jatuhkan perdana menteri, kata Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Ogos, 2015.Putrajaya sekat akses kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas wujud teori ada usaha jatuhkan perdana menteri, kata Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Ogos, 2015.PKR mendakwa Putrajaya mengambil tindakan menyekat akses kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas wujud teori terdapat usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Parlimen.
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata pihak penjara mengenakan sekatan kepada bapanya daripada dilawati ahli keluarga, doktor dan peguam sejak seminggu lalu ketika Najib berdepan dengan kemelut dalaman Umno.
"Sejak seminggu lalu, terutamanya selepas khabar angin beberapa ahli Umno cuba membeli atau menyiapkan kenyataan Akuan Bersumpah (SD), pihak berkuasa penjara menyekat akses ke atas Anwar.

"Maksudnya daripada segi lawatan ke atas keluarga, akses kepada doktor dan peguam. Ini semua seolah-olah bermotifkan politik," kata ahli Parlimen Lembah Pantai itu pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini. Najib ketika ini menghadapi kemelut dalaman Umno susulan beberapa kontroversi dan skandal yang terpalit pada dirinya.
Minggu lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan wujud plot untuk menjatuhkan Najib yang sedang dirancang pemimpin Umno sendiri.

DAP tak yakin PAS sokong undi tidak percaya Najib, Mustafa bukan Hadi

DAP tidak yakin PAS akan menyertai parti pembangkang dan ahli Parlimen Barisan Nasional dalam mengemukakan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada sidang Dewan Rakyat yang akan datang.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata demikian walaupun pengarah pilihan raya parti itu Datuk Mustafa Ali menyatakan beliau menyokong usaha itu.
Lim berkata, sokongan yang dinyatakan Mustafa tidak membayangkan sikap sebenar PAS kerana perjalanan parti Islam itu selama ini sentiasa ditentukan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Mustafa bukan Hadi. Jika tidak, Pakatan Rakyat (PR) tidak akan pecah. Jadi, ia tidak relevan. Ia mesti Hadi sendiri (yang membuat pendirian itu)," kata Lim kepada media yang mendakwa perpecahan PR adalah kerana sikap Hadi. Lim berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mustafa yang beliau setuju dengan cadangan mengemukakan undi tidak percaya kepada Najib.
"Secara peribadi saya setuju cadangan ini walaupun PAS belum bincang lagi," kata Mustafa kepada The Malaysian Insider.
Mustafa turut mengecam Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berkata terdapat usaha untuk menggulingkan kerajaan dan ia bercanggah dengan Perlembagaan.
"Zahid jangan angkuh sangat seolah-olah usaha untuk menukar kerajaan ini sama dengan 'kudeta' (coup dé tat atau rampasan kuasa) dan tidak demokratik.

Selangor sudah berjaya laksana Akta Kebebasan Maklumat, kerajaan pusat bila lagi?


Hannah Yeoh pic


SHAH ALAM, 19 OGOS: Kerajaan Negeri Selangor kesal dengan sikap dolak-dalik Kerajaan Pusat untuk melaksanakan Akta Kebebasan Maklumat (Freedom of Information Act – FOI) yang akan membolehkan rakyat mendapatkan akses maklumat kerajaan.
Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat), Hannah Yeoh, berkata beliau kecewa dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low, yang dilaporkan media sebagai berkata Malaysia belum bersedia untuk undang-undang tersebut.
Katanya, mustahil tidak ada menteri boleh usahakan proses penggubalan akta berkenaan kerana Kabinet Malaysia memang mempunyai sangat ramai menteri.
Laporan akhbar The Star semalam dengan tajuk “Paul Low: Malaysia not ready for Freedom of Information Act” memetic menteri tersebut sebagai berkata: Untuk melaksanakan FOI, anda memerlukan 300 orang untuk mengendalikan maklumat yang begitu banyak, jadi ia bukan soal Akta sahaja. Anda perlukan pegawai-pegawai maklumat. Pada masa ini, itu tidak boleh dilaksanakan.”
Menurut Hannah yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, pihak kerajaan negeri Selangor telah pun menggubal FOI sejak 2011 dan dikuatkuasakan pada 2012/13 selepas lembaga peraturan dan rayuan ditubuhkan.