Selasa, 18 Ogos 2015

BERITA BAIK buat rakyat M'sia..


Selamat Malam 1 Panda


Kalau Najib gembira.. apatahlagi Rosmah..

Harap2 Rosmah susu tak kering
Patutler... Najib relax jer, w'pon ringgit jatuh, saham FGV jatuh, sokongan UMNO pon makin jatuh.. rupa2nya 'pelaburan' puluhan2 juta ringgit utk panda sebelum ini dah membuahkan hasilnya...

‘Kudeta’ perlukan kuasa, bukan dakwaan semata-mata

oleh Alyaa Alhadjri
Pada 30 Spetember 1965, enam pegawai tinggi tentera Indonesia dan beberapa orang lain lagi dibunuh dalam peristiwa yang dipanggil ‘Tragedi Lubang Buaya’ – cubaan rampasan kuasa gagal yang dikatakan disokong oleh ahli Parti Komunis Indonesia (PKI).
Terdapat cerita yang bercanggah berhubung peristiwa itu. Tetapi usaha rampasan kuasa terhadap presiden pertama Indonesia, Sukarno itu digagalkan oleh tentera  - yang dipimpin Mejar General Soeharto. Selepas itu, berlakunya pembantaian anti-komunis yang menyaksikan ratusan ribu suspek komunis dibunuh secara kejam dalam tempoh setahun.
Sementera mereka yang berada dalam negara sengsara di bawah tentera Indonesia, sejumlah 1,500 warga Indonesia yang berada di luar negara terpaksa hidup dalam pelarian selepas Soeharto merampas kuasa daripada Soekarno. Beliau menjadi presiden kedua Republik Indonesia pada 27 Mac 1968 dan memerintah secara kuku besi selama 31 tahun.
Pelbagai rekod tentang peristiwa di era itu menunjukkan kebanyakan 1,500 warga tersebut dihantar ke luar negara oleh Soekarno untuk belajar di universiti di Amsterdam, Jerman, Romania, Czechoslovaia dan China – negara sosialis yang mempunyai ideologi yang sama dengan pendirian anti-imperialisme Soekarno.
Mungkin ada yang melihat tindakan Soeharto sebagai usaha untuk menyingkirkan penyokong Soekarn yang enggan mengiktirafnya sebagai presiden, bukan sangat untuk membanteras apa yang dikatakan sebagai pemberontak komunis ini.
Dan memang, kuasa imperialis Barat juga tidak berbuat apa-apa dan melihat sahaja ketika Soeharto terus membunuh ribuan orang, walaupun ia jelas mencabuli hak asasi manusia.
Bagi pelarian, pasport mereka dibatalkan oleh regim Orde Baru Soeharto dan tidak dibenarkan pulang ke tanah air sehinggalah sekarang.
Sempena Hari Kemerdekaan Republik Indonesia pada 17 Ogos, laman Tempo.co melaporkan acara peringatan yang dianjurkan oleh sekumpulan pelarian yang kini menetap di Amsterdam, Netherlands.
Sebagai bekas jajahan Belanda, sesiapa yang lahir di Indonesia sebelum 1945 dianggap sebagai warganegara oleh kerajaan Belanda – dan ia dimanfaatkan oleh pelarian yang dibuang negara oleh regim Soeharto.
Menurut laporan Tempo.co, salah seorang pelarian ialah Farida Ishaja. Pada 1987, Farida menubuhkan organisasi untuk wanita Indonesia yang berhadapan situasi sama.

Mat Maslan kongsi petua kemenangan BN

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan memberikan petua kepada Barisan Nasional (BN) sebagai persiapan Pilihan Raya Umum Ke-14.
Katanya, BN perlu menggunakan formula ‘SMPPSS’ iaitu berdoa dan berusaha ‘Siang, Malam, Pagi, Petang, Subuh dan Senja’.
Menurutnya, BN juga boleh memberikan khidmat dengan menggunakan formula ‘KBSMM’ iaitu ziarah dan bantu ketika ‘kenduri, bersalin, sakit, malapetaka dan mati’.
“Dan kita boleh guna apa juga formula untuk memenangi jiwa dan minda rakyat. Selesaikan masalah rakyat dan jangan malas untuk bertemu dengan rakyat.
“Namun, tidak akan ada perkara yang positif boleh dicapai dengan berfikiran yang negatif,” tulisnya di blog www.ahmadmaslan.my.
Ahli Parlimen Pontian menambah, BN juga perlu terus mempunyai 4S iaitu ‘Setia, Sepakat, Strategi dan Sungguh-sungguh’ dalam perjuangan.
“Kita perlu terus mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian. Pembangkang yang sedang kucar-kacir sekarang ini, tapi kenapa pula kita yang hilang keyakinan untuk menang?,” soalnya
Timbalan Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa itu mengakui hakikat bahawa UMNO dan BN kini sedang berhadapan dengan keadaan yang mencabar pada waktu ini namun masih mempunyai masa untuk memperbaiki keadaan.
“Dalam peperangan politik kita perlu memberikan harapan yang positif. Jika kita yang menjadi Jeneral Perang sentiasa menyebut yang negatif, contohnya dalam perang ini kita akan kalah.
“Maka segala askar dan pejuang tidak akan ada semangat untuk menang, tidak akan berjuang habis-habisan. Pantang datuk nenek untuk mengaku kalah sebelum masuk ke gelanggang,” katanya.

Zunar terima anugerah hak asasi Hellman Hammett kali kedua

HRWPETALING JAYA 18 OGOS – Kartunis Politik, Zulkiflee Anwar Ulhaque atau Zunar diumumkan sebagai penerima anugerah Hellman Hammett daripada badan hak asasi Human Right Watch bagi kali kedua.
Perkara itu diumumkan Timbalan Pengarah Human Right Watch Asia, Phil Robertson dalam satu sidang media di sebuah hotel di sini hari ini.
Zunar merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang memperolehi anugerah tersebut selepas menerima anugerah yang sama pada 2011.
Anugerah ini diberikan untuk memberi sokongan moral dan bantuan kewangan kepada pengkarya yang menjadi mangsa penganiayaan politik atas hasil kerja mereka.
Menurut Phil Robertson, Zunar adalah antara 800 penulis dan aktivis daripada lebih 92 buah negara yang menerima anugerah ini sejak diwujudkan pada tahun 1989.
“Zunar adalah salah satu daripada penulis-penulis yang berani dan pengkarya yang bakal menghadapi lebih 40 tahun di dalam penjara hanya kerana menyuarakan pendapatnya menerusi Twitter.
“Dia berani menyuarakan pandangan beliau sebagai kartunis politik,” katanya.
Phil juga berkata, selain disabitkan kesalahan di mahkamah, kerajaan Malaysia juga turut menyekat sumber kewangan Zunar apabila tidak membenarkan bukunya diterbitkan di Malaysia.
Tambah beliau, Zunar juga terpaksa menanggung kos membela diri di mahkamah terhadap kes-kes hasutan berhubung tweet terhadap keputusan Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan.

Azalina, shit Najib lebih busuk daripada shit Mahathir

MSO

Azalina, shit Najib lebih busuk daripada shit Mahathir
Berbaloi juga Najib Razak membawa masuk semula bekas puteri Umno Azalina Othman Said ke dalam kebinet. Tidak pasti kenapa dahulu Azlina digugurkan dari jemaah menteri, dan kini dia dibawa masuk semula. Apakah Najib dapat merasakan kabinetnya semacam kekurangan tanpa Azalina?
Apakah Azalina digugurkan dahulu kerana menteri itu ada disiasat oleh SPRM yang membabitkan wang ratusan ribu ringgit yang ditemui dalam kereta bekas Setiausaha Politiknya? Azalina juga turut sama dikaitkan dengan satu projek dibawah kementerian Pelancongan yang dipegangnya yang menimbulkan meraguan.
Apakah kemasukan semula Azlina ke dalam kabinet itu menunjukkan menteri yang belum berkahwin tetapi mempunyai seorang anak lelaki itu sudah suci dan bersih dari nifah politik?
Apa yang jelasnya, Azalina sudah menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dengan baik sebaik beberapa hari memegang jawatan menteri. Tugas dan tanggungjawabnya bukan kepada kerajaan menerusi porfolio yang dipegangnya, tetapi kepada Najib.
Azalina yang dikatakan bertanggungjawab kepada badan kehakiman dan parlimen mengambil alih daripada Shahidan Kassim, belum membuat apa-apa arahan kepada Jabatan Peguam Negara khususnya dalam kes membabitkan pendakwaan terhadap Najib.
Abdul Ghani Petail sebelum dihambat keluar dari kamar Jabatan Peguam Negara dikatakan sudah merangka deras pertuduhan ke atas Najib. Dan gara-gara deraf itulah maka beliau dihalau turun sebelum sampai ke "setesen" sebenarnya. Abdul Ghani tamat tempoh persaraan bulan Oktober depan.
Sebaliknya Azalina sudah menunjukkan kejantanannya membela Najib, meletakkan Najib lebih penting daripada negara dengan mencadangkan supaya diadakan satu deklarasi taat setia terbuka kepada Najib. Deklarasi itu juga termasuk kepada ahli-ahli parlimen BN sebagai menokhtahkan terhadap spekulasi dan masalah yang berbangkit kini, yakitu projek untuk menggulingkan Najib.
Cadangan Azalina itu adalah sejajar dengan perkembangan muasir dalam Umno kini yang mana dikhabarkan ada kalangan ahli parlimen Umno dan BN yang ingin menjatuhkan Najib. Azalina bangkit membela Najib daripada jatuh.
Cadangan Azalina itu tidak ada kena mengena dengan kedudukan negara dan bangsa yang harus beliau perjuangkan. Deklarasi itu sebagai untuk menyatakan taat setia dan menjujung kasih kepada Najib yang mengambilnya berada dalam kabinet semula. Bukankah tindakan Azalina itu sebagai satu pengampuan besar?

Angkuh terhadap media, KJ buang kepercayaan sebagai penyelamat Umno?

oleh Hazlan Zakaria

Tokoh media Abdul Kadir Jasin dengan jayanya melakarkan imej Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin sebagai harapan terakhir dan terbaik Umno untuk mereformasikan parti itu pada masa ini, dan untuk memimpinnya di masa akan datang, sama ada sebagai kerajaan mahu pun pembangkang.

Pandangan Kadir itu disiarkan di blognya pada 13 Ogos lalu, dan dilaporkan secara meluas oleh media. Khairy sendiri mengakui yang beliau telah dan akan menerima kritikan ekoran pandangan yang dilihat tidak popular. Akan tetapi, beliau bukanlah asing dengannya. Khairy dihujani kritikan yang teruk di saat bapa mertuanya Abdullah Badawi menjadi perdana menteri.

Politikus muda itu telah dikritik ramai kerana dakwaan kelakuannya bersama puak “tingkat empat” ketika era Pak Lah, dan dituduh membolot semua yang sepatutnya dikongsi bersama parti dan pihak-pihak lain. Selain kepimpinan Pak Lah yang dikatakan lemah dan sering “tidur” itu, keangkuhan KJ adalah faktor di sebalik rasa tidak puas hati yang akhirnya membawa kepada kejatuhan bapa mertuanya.

Namun dalam beberapa tahun ini, ketua Pemuda Umno itu telah dilihat semakin mudah didekati, memiliki pemikiran ke hadapan dan populis. Antara tarikannya termasuklah tampil di majalah fesyen, berlakon dalam filem pendek dan sentiasa keluar dengan kenyataan populis yang kelihatan bertentangan dengan pendirian Umno dan BN.

Malah beliau dilihat berada di barisan hadapan dalam pembaharuan dalaman Umno. Apatah lagi selepas bekas menteri Saifuddin Abdullah kini telah tersingkir daripada hirarki parti, dan pemimpin lain yang dikatakan “liberal” seperti MP Kota Belud Abdul Rahman Dahlan telah “bertukar pihak”.

 Inilah barangkali sebab mengapa Kadir melihat Khairy sebagai tokoh yang mampu mencetuskan perubahan dalam Umno dan memimpinnya pada masa akan datang. Tetapi adakah Khairy, atau nama timangannya KJ, telah membuang segala kewibawaan yang disebut Kadir itu dalam tindakannya terhadap media baru-baru ini?

BERSIH 4.0: Masa sama, hari sama - Maria Chin

BERSIH 4.0: Masa sama, hari sama - Maria Chin
KUALA LUMPUR: Penganjur BERSIH 4.0 akan tetap meneruskan perhimpunan itu pada 29 dan 30 Ogos seperti dirancang, walaupun permohonan bagi mendapatkan permit ditolak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, pihaknya, menolak cadangan DBKL untuk menunda perhimpunan itu ke hujung minggu berikutnya, serta perubahan lokasi lain.

"Masa sama, hari sama tetapi kami akan berkumpul sekitar Dataran Merdeka," jawab Maria ketika ditanya Astro AWANI melalui aplikasi Whatsapp.

Beliau diminta mengulas cadangan DBKL agar perhimpunan itu diadakan seminggu selepas sambutan Hari Kebangsaan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mohd Amin Nordin dilaporkan berkata kedua-dua lokasi yang dimohon penganjur telah ditempah lebih awal untuk acara lain.

Umno: Semakin keliru

Persoalan yang khusus perlu ditanya hari ini adalah kedudukan Umno di mata rakyat? Adakah Umno semakin kukuh atau semakin luruh sokongan. Isu krisis Umno – yang  dijawab dengan rombakan kabinet menjadikan keadaan Umno lebih sukar dan sulit.
Kritikan dari dalam – serangan dari dalam terhadap perdana menteri Malaysia, juga presiden Umno menjadikan Umno terbuka untuk pembangkang. Betul kata Rafizi Ramli – suara orang kuat PKR – pembangkang sekarang ini tidak perlu kerja kuat – kalangan Umno sendiri sudah bekerja untuk pembangkang dan defisit kepercayaan terhadap Umno sedang menambah dengan keadaan yang ada hari ini.
Hari ini ahli Umno juga terus keliru – menyatakan sokongan terhadap presiden Umno dikatakan sebagai pembodek dan menyatakan sokongan terhadap Umno juga dikatakan satu penyataan sokongan terhadap presiden dan ini dikatakan salah.

Keadaan ini merumitkan bila mereka yang disingkirkan dari kabinet – yang terus menyatakan sokongan terhadap Umno dan berjanji akan bergerak menyokong Umno – tetapi sentiasa membawa isu penentangan terhadap presiden dan akhirnya menjadikan platform setiap pelancaran Mesyuarat Bahagian – menjadi medan tempur – menjustifikasikan diri – membuka pekong dalaman Umno – mengkritik sesama dan akhirnya menjadi modal buat pembangkang dan terus mengelirukan ahli  Umno dalam menterjemah sokongan terhadap parti. Penyelesaian bukan boleh dibuat mudah. Presiden Umno ada penyokongnya – Timbalan presiden Umno ada penyokongnya – malah setiap pegawai dalam Majlis Tertinggi Umno ada penyokongnya dan hari ini – perbalahan Umno sesama sendiri melangkah ke dalam zon bahaya.

Coverline: 20 ahli BNBBC tidak bersalah, kata Zahid

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah menyerahkan semua maklumat yang ada berkenaan plot menggulingkan kerajaan kepada polis dan 20 orang ahli Majlis Anggota Parlimen Barisan Nasional yang dikatakan terlibat tidak terbabit. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Ogos, 2015. 
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah menyerahkan semua maklumat yang ada berkenaan plot menggulingkan kerajaan kepada polis dan 20 orang ahli Majlis Anggota Parlimen Barisan Nasional yang dikatakan terlibat tidak terbabit.

20 orang ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang dituduh sebuah blog cuba menggulingkan kerajaan tidak bersalah seperti didakwa, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Katanya, beliau menyerahkan semua maklumat yang ada padanya berkenaan plot itu kepada siasatan polis dan 20 orang anggota Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) yang disebut-sebut itu didapati tidak terbabit.
"Tiada satu pun daripada nama yang diterbitkan di blog itu didekati bagi menandatangani akuan bersumpah.

"Saya mahu sahkan yang tiada seorang pun daripada mereka menandatanganinya. Jadi, bersihkan nama mereka," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini. Bagaimanapun, ditanya sama ada veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah terlibat dalam plot itu, Zahid yang juga menteri dalam negeri itu  enggan memberi jawapan berterus terang.
"Saya serahkan kepada polis untuk mengenal pasti individu itu dan melakukan siasatan," katanya.

Dalang mahu guling kerajaan akan jumpa PM semula kata Zahid

PUTRAJAYA - Pertemuan pemimpin Umno yang menjadi dalang untuk menggulingkan kerajaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad dibatalkan atas permintaan individu terbabit.
 
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun berkata, pertemuan lain akan diaturkan semula namun tidak mengetahui tarikh baharu itu.
 
"Saya faham wartawan telah berkumpul di kediaman peribadi Perdana Menteri di Jalan Duta dan di kediaman rasmi di Seri Perdana untuk melihat siapakah orang itu, maka atas permintaan orang itu, temu janji itu telah dibatalkan.
 
"Saya tidak tahu bila pertemuan yang baharu diadakan tapi saya pasti pertemuan ini akan diadakan," katanya pada sidang media di Bangunan Perdana Putra, di sini, hari ini.
 
Terdahulu, Ahmad Zahid mendedahkan Pemimpin Umno yang didakwa berhasrat bergabung dengan anggota Parlimen pembangkang untuk menggulingkan kerajaan, akan bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak jam 6 petang, pada Ahad.
 
Ahmad Zahid berkata, pemimpin berkenaan telah sedar akan kesalahannya dan bersedia untuk bertemu dengan Najib.
 
Ketika ditanya tentang sebab pembatalan tersebut, beliau bagaimanapun secara berseloroh berkata, pemimpin Umno terbabit melupakan hasratnya itu kerana kehadiran petugas media yang begitu ramai.
 
"Ada sebab (kerana) wartawan ramai tunggu dia," katanya lagi.

BNBBC: RM 2.6 billion is news to me

Derma RM2 6B: Shahrir Enggan Ulas

BN pasti mau adakan PRU14 paling lewat 2018

Pada 2018 jumlah pekerja asing dah cecah SUKU DARIPADA PENDUDUK M'SIA..

Nak adakan PRU14 dlm masa terdekat.. Jgn harap la.. Sbbnya Ahmad Maslan hari ni kata BN akan tewas sekiranya p'raya umum diadakan segera...

Mana boleh nak diadakan segera p'raya umum. Kemasukan 1.5 juta bangla blom settle lagi. Zahid Hamidi kan dah kata kemasukan 1.5 juta bangla dlm tempoh 3 tahun. PRU14 kan lagi 3 tahun lagi (maksimum)..

Saham FGV: Semalam RM1.41, sekarang dah tinggal RM1.39..


PENEROKA2 tau ker tak berita ni....
Tak kan kluar kat TV3suku atau Utusan..

Inilah akibatnya lantik Pengerusi kaki rasuah !!!

Siap sedialah korang tanggung rugi bila tanah2 peneroka korang yg dicagarkan main saham FGV tu... KALAU TANAH KORANG TERGADAI NANTI.. carilah Najib lah yer
SEBAB NAJIB KATA.. Haram jadah kpd mereka yg tolak penyenaraian FGV dlm Bursa Saham..

BONGKAR..!!! makin lama Najib kekal PM, makin banyak kebobrokan Najib akan didedahkan..

BERANIKAH NAJIB nak saman Sarawak Report dlm isu ini..!!! Kalau masuk dlm mahkamah satu persatu kebobrokan Najib akan ditelanjangkan..

SEBAB ITU HINGGA KE HARI INI NAJIB TAK DA TELOR NAK SAMAN WSJ & SR (Sarawak Report)..!!

LAGI SEKALI cubaan perbodohkan rakyat...

Tol naik ka, tak naik ka...
Duit rakyat TETAP JADI MANGSA..
KRONI konsesi tol TETAP makin kenyang rompak kantong rakyat !!!

Resolusi Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah 2015

Berikut adalah resolusi Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah 2015 (NUNJI15) yang bersidang di Shah Alam, Selangor pada Sabtu 15 Ogos 2015.
——
Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah 2015 (NUNJI15) yang bersidang hari ini, Sabtu 15 Ogos 2015, bersamaan 30 Syawal 1436H, di Shah Alam, Selangor, yang disertai oleh 500 perwakilan dan peserta, dan dikongsi kelilmuannya dari ilmuan dan ulamak Islam dalam dan luar negara memperakui bahawa keperluan memasakkan dan membumikan risalah Rahmatan Lil Alamin memerlukan usaha berterusan bersama dengan semua pihak dalam satu pendekatan inklusif.

Meyakini betapa besarnya amanah Islam dalam memenuhi kehendak perubahan politik semasa, dan kegagalan kerangka politik penindasan, dan kegagalan pentadbiran kerajaan yang telus dan bertanggungjawab, maka NUNJI’15 mengusulkan beberapa ketetapan resolusi untuk diambil ketetapan selanjutnya;

1. Meningkatkan tahap keberkesanan politik Islam melalui proses demokrasi dan pendemokrasian dalam kerangka kedaulatan undang-undang negara dan Perlembagaan Negara.

2. Memantapkan dan memperkukuhkan usaha secara berterusan dan gigih untuk menggali semula, dan memunggah semula khazanah Siyasah Syariyyah sebagai panduan berpolitik dan bernegara, dengan mengambil kira suasana / kondisi dan keperluan setempat bagi menelurkan FIQH SIYASAH ACUAN MALAYSIA.

3. Memperkukuhkan dan memperjuangkan konsep Muwathonah berpandukan kepada memenuhi HAK, dan membela sebarang pencabulan HAK, sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Negara berpandukan kepada ketetapan Siayah Syariyyah.

4. Memperjuangkan bahawa Syariat Islam perlu dipersembahkan dalam mafhum menyeluruh mengikut kebijaksanaan pendekatan dan tidak terhad kepada menyamakan Syariat dengan hanya Hudud semata-mata.

GHB: Gabungan baru untuk sejagatkan Islam


Parti Islam baru, yang yang digerakkan bekas pemimpin kanan PAS, akan menyertai gabungan baru bersama PKR dan DAP demi 'meluaskan' sifat inklusif dalam Islam.
Setiausaha Gerakan Harapan Baru (GHB) Dr Dzulkefly Ahmad berkata langkah itu demi menunjukkan Islam sebagai agama rahmah dan mampu bekerjasama, bukan mengasingkan diri dan memandang rendah pihak lain.
"Muafakat ini (gabungan pembangkang baru) sebagai wasilah untuk menunjukkan Islam yang sejagat," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
"Kita tidak mahu menimbulkan satu persepsi bahawa Islam ini adalah untuk kelompok Muslim sahaja (apabila Pakatan Rakyat terungkai).
"Ia memberi satu tanggapan buruk kepada Islam bukannya sikap inklusifnya," katanya lagi.
Media melaporkan parti Islam itu bakal dinamakan sebagai parti Amanah Rakyat tetapi pemimpin GHB enggan mengesahkannya buat masa ini.
Anggota bukan Islam
Tokoh DAP Lim Kit Siang hari ini berkata satu gabungan baru pembangkang dapat dibentuk sempena Hari Malaysia 16 September ini, jika parti Islam baru dibentuk menjelang 31 Ogos.
Pembentukan gabungan baru itu sedikit sebanyak dilihat akan mewujudkan landskap baru politik tanah air apabila PAS, sebuah lagi pembangkang berpengaruh, akan bergerak sendirian.
Sementara itu, Dzulkefly berkata terdapat sambutan luar jangkaan masyarakat terhadap penubuhan parti baru khususnya daripada komuniti Cina dan India di samping kaum Melayu-Islam, di bandar, pinggir bandar dan luar bandar.

Zaid mahu rampas kerusi Kota Bharu pada PRU14


Bekas menteri Umno, Datuk Zaid Ibrahim kini merancang untuk bertanding di kawasan parlimen yang diwakilinya sebelum ini, Kota Bharu, dalam pilihan raya umum akan datang.
Beliau membayangkan perkara itu dalam tulisan di blognya, zaid.my dengan menyatakan ikrar untuk “menghabiskan” pemimpin Umno dan PAS di kawasan itu.
"Saya akan bekerja keras. Saya rasa agak yakin bahawa saya akan dapat menghabiskan mereka semua,” tulisnya.
Beliau merujuk kepada ketua Umno bahagian itu, Datuk Muhammad Fatmi Che Salleh yang merupakan orang kanan perdana menteri, dan juga peguam negara yang baru dilantik, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Kawasan berkenaan kini diwakili MP PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, yang juga setiausaha agung parti Islam itu.
Ketika dihubungi Malaysiakini, Zaid mengesahkan bahawa beliau akan bertanding di kerusi parlimen Kota Bharu dalam pilihan raya umum akan datang.

Ahli BNBBC Tidak Terlibat Komplot Guling Kerajaan

Guling Kerajaan : BNBBC Akan Jumpa TPM

BNBBC: No truth at all

Shahrir: RM1 million for party expenditure

Zahid serah info plot guling k'jaan pada polis


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata beliau telah menyerahkan maklumat berhubung gerakan untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Saya ingin nyatakan bahawa saya dah serahkan maklumat pada polis untu membuat siasatan dan peguam negara untuk buka kertas pertuduhan (kemudiannya)," katanya kepada pemberita di Pejabat Perdana Menteri hari ini.
Zahid, yang juga menteri dalam negeri, kemudian membersihkan nama anggota parlimen termasuk timbalannya Datuk Nur Jazlan Mohamad, yang dikaitkan dengan gerakan itu.
"Tapi tak ada sorang pun dari 20 nama yang terpapar dalam blog yang telah didekati untuk tandatangan SD (akuan bersumpah).
"Saya nak sahkan tiada dari 20 orang itu tandatangan . Maka clear (bersih) nama mereka," katanya.
Beliau yang juga MP Bagan Datoh mendakwa "orang tua" daripada pemimpin Umno itu sedang mengumpul akuan bersumpah itu untuk menunjukkan tidak menyokong kepada Najib.

Tiada siasatan terhadap Petrosaudi kerana tiada laporan polis kata KPN

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan tidak menerima sebarang laporan polis berhubung penyelewengan Petrosaudi di Malaysia bagi membolehkan Polis Diraja Malaysia menjalankan siasatan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Ogos, 2015. 
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan tidak menerima sebarang laporan polis berhubung penyelewengan Petrosaudi di Malaysia bagi membolehkan Polis Diraja Malaysia menjalankan siasatan. 

Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan melakukan sebarang siasatan terhadap syarikat Petrosaudi International memandangkan tiada sebarang laporan polis dibuat terhadapnya. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya setakat ini tidak menerima sebarang laporan berhubung penyelewengan terhadap syarikat itu.
"Ekoran pertanyaan pelbagai pihak, adalah disahkan PDRM tidak menerima sebarang laporan polis berhubung penyelewengan syarikat Petrosaudi di Malaysia bagi membolehkan PDRM menjalankan siasatan ke atas syarikat terbabit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, Khalid menggesa sebarang spekulasi berkaitan perkara tersebut dihentikan. Isu Petrosaudi berkait rapat dengan seorang warga Switzerland, Andre Xavier Justo yang dijatuhi hukuman penjara 3 tahun selepas mengaku cuba memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi.
Mahkamah Jenayah Bangkok Selatan memerintahkan hukuman penjara bermula pada 22 Jun, iaitu hari bekas eksekutif IT berumur 49 tahun itu ditahan di pulau peranginan Koh Samui di selatan Thailand, menurut pegawai mahkamah.
Polis Malaysia juga mahu menemu bual Justo memandangkan sebahagian daripada maklumat itu berkaitan urus niaga PetroSaudi dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Namun polis Thailand menolak permintaan itu.

DEIG bukan seperti 1MDB, kata Azmin

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata, Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG) Sdn Bhd hanya bertanggungjawab soal pelaburan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Ogos, 2015. 
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata, Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG) Sdn Bhd hanya bertanggungjawab soal pelaburan. 

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali menafikan penubuhan entiti baru menguruskan pelaburan aset negeri, Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG) Sdn Bhd sama seperti syarikat milik Kementerian Kewangan yang sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Katanya, DEIG tidak memberi kesan langsung kepada negeri memandangkan ia entiti yang hanya bertanggungjawab soal pelaburan, manakala dasarnya akan diputuskan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) dan kerajaan negeri.
"1MDB adalah syarikat berasingan dan tidak menerima arahan langsung daripada Kementerian Kewangan, tetapi peranan DEIG bukan pihak tengah seperti yang didakwa (ahli Dewan Undangan Negeri) Pelabuhan Klang (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim).

"Ini dimiliki sepenuhnya oleh MBI. Sudah tentulah di peringkat dasar akan diputuskan MBI. Tetapi dari segi pelaburan, itu diuruskan DEIG yang terikat dengan enakmen sedia ada dan yang akan ditambah baik," katanya kepada pemberita di Dewan Annexe di Shah Alam, hari ini. Katanya, konsep itu sama dengan di peringkat persekutuan iaitu MOF Inc yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan dan Kementerian Kewangan, tetapi semua pelaburan dibuat oleh Khazanah.
Khalid dan Azmin dalam sidang DUN pagi tadi berbalah mengenai penubuhan syarikat DEIG yang tidak tertakluk di bawah enakmen negeri dan tidak perlu melaporkan penyata kewangan dalam DUN walaupun bertanggungjawab menguruskan RM6.3 bilion aset pelaburan negeri.

#KitaLawan ajak lebih ramai rakyat berhimpun 29 Ogos

PERHIMPUNAN BERSIHKUALA LUMPUR, 18 OGOS: Di sebalik ugutun polis, Sekretariat Kita Lawan nekad mengumpulkan lebih ramai rakyat untuk menyertai himpunan Bersih 4.0 pada 29 hingga 30 Ogos ini.
Gerakan itu berkata, mereka ‘menyambut baik’ maklum balas polis yang mula mengeluarkan kenyataan bercanggah dan meminta rakyat menjauhi Dataran Merdeka, menjelang himpunan itu.
“Bagi pihak anak muda #KitaLawan, kami akan meneruskan usaha mengajak lebih ramai lagi rakyat untuk bersama-sama ke Dataran Merdeka pada Himpunan BERSIH 4.0.
“Rakyat perlu berani tampil ke hadapan bagi meraikan dan mempertahankan hak kita semua untuk berhimpun secara aman,” kata Sekretariat Kita Lawan dalam kenyataan media hari ini.
Setakat ini, katanya, ceramah pentas #KitaLawan ke seluruh negara mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
Sebanyak 6 buah negeri dijelajahi dan respon daripada rakyat tempatan jelas menunjukkan kesediaan mereka untuk turun beramai-ramai bagi menyertai Himpunan itu.
Jelajah ceramah #KitaLawan akan berakhir di Johor hujung minggu ini dan akan diadakan di Jalan Bilal, Kampung Melayu Pandan (Pasir Gudang) dan Jalan Badik 17, Taman Puteri Wangsa (Tebrau).
Tumpuan mobilisasi oleh anak muda #KitaLawan seterusnya akan tertumpu ke Selangor dan Kuala Lumpur, kata kenyataan itu lagi.

Syed Ali: Ahli Umno mulai curiga sesama sendiri

Dakwaan wujudnya gerakan mahu menggulingkan kerajaan melibatkan pemimpin Umno tidak menguntungkan Umno sekaligus mencetuskan rasa curiga di kalangan anggota parti, kata Ketua Umno Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.
"Ada tuduhan kononnya terdapat wakil rakyat Umno nak guling kerajaan bersama pembangkang, ini tuduhan serius dan boleh menjarakkan hubungan sesama ahli parti.
"Saya lihat isu ini tidak menguntungkan sesiapa, yang rosaknya Umno, ahli-ahli di bawah mula curiga sesama sendiri," katanya dalam blog Umno bahagian Cheras hari ini.
Syed Ali mengulas pendedahan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi baru-baru ini yang mendakwa terdapat komplot menjatuhkan kerajaan yang membabitkan wakil rakyat Umno bersama pembangkang.
Menurutnya lagi, ekoran tersebarnya dakwaan itu juga menyebabkan beberapa pemimpin Umno, anggota kabinet terbabit dan nama yang didakwa itu terpaksa membuat penafian dan laporan polis.

Zeti sedang disiasat kerana rasuah?

ZetiKUALA LUMPUR, 18 OGOS- Khabar angin bahawa Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz disiasat kerana rasuah dibangkitkan oleh mantan Perdana Menteri sendiri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menulis di blognya semalam, Mahathir berkata ia merupakan usaha untuk menghalang siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikaitkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Menurutnya, pegawai-pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) juga diganggu polis atas dakwaan membocorkan maklumat mengenai skandal berkenaan.
“Khabar angin bertiup kencang bahawa gabenor Bank Negara sedang disiasat kerana rasuah. Walaupun beliau (Zeti) masih lagi seorang gabenor, kakitangan Bank Negara telah diganggu dan dituduh membocorkan maklumat kepada akhbar,” katanya.
Media 13 Ogos lalu melaporkan, Zeti mengesahkan tujuh pegawai BNM disoal polis berhubung kebocoran maklumat berkaitan 1MDB.
Zeti dilapor berkata, mereka memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis tetapi beliau enggan mendedahkan nama mereka, tarikh disoal dan pejabat di bahagian mana mereka bertugas.
Zeti dikhabarkan menjadi sasaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas Datuk Seri Abdul Gani Patail ditamatkan perkhidmatan sebagai peguam negara bulan lalu.
Akhbar The Star sebelum ini turut memetik kenyataan Presiden Persatuan Dewan Perniagaan dan Perindustiran India, Tan Sri KK Eswaran yang mendakwa Zeti membantu keluarganya mendapat kontrak secara tidak beretika.
Bagaimanapun setakat ini, tiada kenyataan rasmi menyebut Zeti disiasat sama ada oleh pihak polis, mahupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Dalam pada itu, Mahathir berkata SPRM yang menyiasat 1MDB turut diganggu pihak polis kerana menuduh mereka membocorkan maklumat.

Najib didakwa belanja RM3.5 juta guna kad kredit ketika bercuti

KUALA LUMPUR, 18 OGOS- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak digesa mengisytiharkan harta terlebih dahulu sebelum menggubal undang-undang untuk mengawal pembiayaan dana politik, kata Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli.
Rafizi memetik laman web Sarawak Report semalam yang melaporkan Najib membelanjakan sekitar USD1 juta (RM3.5 juta) melalui kad kredit CIMB dan Maybank ketika bercuti di Eropah dalam bulan Ogos 2014.
Laman itu mendakwa, Najib menghabiskan wang berkenaan hanya dalam tempoh sebulan.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, ia mendedahkan lagi betapa berleluasanya gejala pimpinan politik yang hidup mewah melebihi pendapatan.
“Oleh itu, saya menyeru semua pihak yang terbabit supaya memboikot sebarang usaha untuk menggubal undang-undang yang mengawal pembiayaan politik selagi Perdana Menteri dan keseluruhan anggota jemaah menteri tidak mengisytiharkan perincian harta, pendapatan dan perbelanjaan seperti yang pernah saya buat,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Menurut Rafizi, isu undang-undang berkenaan hanya timbul kerana Najib kini berdepan kemarahan rakyat akibat skandal 1MDB dan dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya.
“Isu penggubalan undang-undang ini adalah satu cubaan untuk mengalihkan perhatian rakyat dari isu sebenarnya dan cuba berdalih dengan rakyat mengenai bagaimana dana RM2.6 bilion boleh dimasukkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Demokrasi Malaysia hari ini 'diculik' seseorang


KUALA LUMPUR: Demokrasi kerajaan Malaysia hari ini 'diculik' oleh sesorang yang bermasalah sehingga menyebabkan sistem pentadbiran negara tidak berfungsi secara efektif, demikian menurut bekas pegawai kanan Bank Negara, Dr Rosli Yaakop.

Katanya, yang jelas pada hari ini sistem kehakiman negara, bank negara dan juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak berfungsi dengan baik.

"Badan-badan ini gagal berfungsi dengan efektif semata-mata mahu menyelamatkan orang yang bermasalah itu.

"Malaysia seolah-olah diperintah oleh seorang yang bermasalah yang perlu dilindungi dan diselamatkan," katanya ketika ditemui.

Bukan itu sahaja, malah katanya barisan kabinet sendiri dilihat tidak berfungsi dalam menangani kemelut negara pada hari.

Kini, semua agensi atau badan penguatkuasa kerajaan seolah-olah lumpuh ekoran tindakan seorang pemimpin.

Bencana ini terserlah apabila satu akhbar telah mendedahkan bahawa terdapat RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri Najib Tun Razak.

Keadaan ini bertambah haru-biru apabila beberapa individu yang terlibat dalam penyiasatan akaun tersebut turut dilucutkan jawatan dan dikenakan tindakan berpindah serta merta.

Shahrir: Adakah Dr Mahathir masih relevan?


Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) hari ini mempersoalkan sama ada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed masih relevan untuk memberi pandanganya.
"Adakah beliau (masih) relevan? soal Pengerusinya Tan Sri Shahrir Abdul Samad kepada pemberita dalam sidang media di bangunan Parlimen petang ini.
Beliau yang juga ahli parlimen Johor Bharu mengulas tindakan Dr Mahathir yang dilihat begitu lantang mengkritik kepimpinan sedia ada.
Menurut Shahir lagi, beliau percaya kritikan atau sokongan Dr Mahathir terhadap BN tidak membawa sebarang perbezaan terhadap prestasi parti itu baik semasa mahu pun selepas pilihan raya.
Katanya, prestasi BN pada pilihan raya umum 2008 merosot kerana negawaran itu dilihat begitu rancak mengkritik perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika itu.
Kata Shahrir, jumlah undi BN pada 2013 juga merosot walaupun Dr Mahathir berkempen untuk BN.
"Saya berikan fakta-fakta ini. Kita harus meletakkan perkara ini menurut perspektifnya," katanya lagi.

'Wayang politik sesatkan ramai manusia'


Sejak kabinet baru dibentuk Datuk Seri Najib Razak, pelbagai gaya dan aksi ditunjukkan oleh pemimpin Umno untuk "membersihkan nama bos" mereka yang berdepan pelbagai tuduhan.
Pelakon dan pengarah Khalid Salleh berkata, apa yang berlaku ketika ini adalah "ragam lakonan dan wayang politik" yang menyebabkan ramai manusia "tersesat".
Menulis di Facebook beliau, pemenang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Asia Pasifik itu juga menimbulkan kewajaran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan rancangan pemimpin Umno mahu "menggulingkan kerajaan".
"Hari ini (18 Ogos 2015) mereka yang didakwa kononnya antara yang berkomplot menggulingkan kerajaan terpampang wajahnya di suratkhabar.

Syahredzan Johan - Public Forum : Sect 124B "An Affront To Parliamentary Democracy

Dr Aziz Bari - Public Forum : Sect 124B "An Affront To Parliamentary Democracy

BNBBC: Time is on our side

Dakwaan guling Najib: BNBBC mahu SKMM bertindak

Shahrir: Is Tun M still a factor?

Sokongan Mahathir tiada kesan pada PRU, kata Shahrir

Biarkan sejarah menghakimi apa yang telah dilakukan Dr M kepada negara

esp4u:  Tanpa ragu rencana anda telah menyebabkan saya tergamam sehingga tidak mampu menggambarkannya dengan perkataan, dan kata-kata itu pula bukanlah seperti yang diharapkan dapat didengar oleh mereka yang sealiran dengan lelaki yang cuba menjatuhkan PM sedia ada.
Cubalah sedaya upayanya, dia tidak akan berjaya.
Saya fikir dia akan diingati oleh tindakan dan kelakuannya- kerana memecahkan masyarakat kepada tiga kaum utama iaitu orang Cina, India dan Melayu. Sangat jelas kepada sesiapa yang prihatin.
Walaupun begitu, kita masih boleh memujinya kerana mencipta ramai jutawan dalam kerajaan, termasuk datuk-datuk dan kroninya.
Rakyat di jalanan, terutama sekali orang Cina dan India,  mungkin lebih rela melupakannya tetapi saya tidak tahu apa yang akan dilakukan orang Melayu.
Mungkin, mereka akan memaafkannya. Itu pandangan saya. 

Jusoh: Adakah sejarah akan menghakimi Mahathir sebagai lelaki yang mengubah orang melayu kepada kaum yang sederhana sentiasa mengharapkan bantuan kerajaan? Dan juga yang mewujudkan ramai Melayu palsu? 

Ho Swee Poh:  Umno bermaksud ‘Use Money Number One’ dalam keadaan semasa kini. 

Maureen Tan: Tulisan yang sangat bagus- padat dan tepat serta benar! 

BNBBC optimis rakyat terima wang RM2.6 bilion dalam akaun Najib ..!!

Presiden Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahir Samad bercakap pada sidang akhbar mengenai tuduhan menjatuhkan kerajaan yang dilaporkan satu blog di media sosial di Parlimen, Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 18 Ogos, 2015. 
Presiden Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahir Samad bercakap pada sidang akhbar mengenai tuduhan menjatuhkan kerajaan yang dilaporkan satu blog di media sosial di Parlimen, Kuala Lumpur, hari ini.

Majlis Ahli Parlimen  Barisan Nasional (BNBBC) yakin orang ramai menerima dengan baik kempen kerajaan menerangkan perkara berkenaan wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Pengerusi BNBBC Tan Sri Shahrir Samad berkata, berita kurang menyenangkan tentang isu itu sekadar gembar-gembur menerusi media sosial yang tidak betul.
"Nampaknya baik, tak sehebat yang digembar-gemburkan media sosial. Media sosial syok sendiri.

"Itu yang kita nak kena tegas dari segi media sosial – berita yang tak betul, kena ada penjelasan," kata Shahrir sewaktu ditanya tentang penerimaan orang ramai terhadap kempen kerajaan pada sidang media di Parlimen, Kuala Lumpur hari ini.

Jamilah Ibrahim: Apa Yang Rakyat Harap Daripada Barisan Nasional?

Siti Mariah: Realiti Politik Di Malaysia, Kita Perlu Bergabung, Semua Bangsa Perlu Bekerjasama

Zahid Terguling: Ayahanda tuntut Zahid dedah ahli Umno mahu guling k’jaan

Zahid Terguling: 20 MP berkomplot guling Najib cerita rekaan - BNBBC

Apa yang menteri tolong Melayu? soal Ayahanda

BN tewas jika p'raya diadakan segera kata Ahmad Maslan


Ketua penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan mengakui bahawa parti itu kini dalam keadaan lemah dan akan tewas sekiranya pilihan raya umum diadakan dengan segera.
Bagaimanapun, Umno dan BN masih mampu membuat perubahan untuk mendapatkan sokongan jika pilihan raya diadakan selewat-lewatnya pada tahun 2018.
BN dan Umno juga berpeluang untuk menang kerana pembangkang kini berada dalam keadaan kucar-kacir, katanya di blog ahmadmaslan.my.
“Maka saya kata, esok tidak perlu lagi diadakan PRU (pilihan raya umum). Masih ada masa, mungkin hingga tahun 2018. Namun, esok sudah boleh dimulakan persiapan utk PRU itu.
“Saya juga mengakui hakikat bahawa Umno dan BN sedang berhadapan dengan keadaan yang agak mencabar waktu ini.
"Namun, kita masih ada masa untuk memperbaiki keadaan,” katanya lagi.

Boikot usaha kawal dana politik selagi Najib, menteri tak isytihar harta, kata Rafizi

Rafizi Ramli menyeru semua pihak memulau jawatankuasa bagi mengawal dana parti politik, sebaliknya DAP bersetuju menjadi sebahagian jawatankuasa yang diumumkan perdana menteri itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Ogos, 2015. 
Rafizi Ramli menyeru semua pihak memulau jawatankuasa bagi mengawal dana parti politik, sebaliknya DAP bersetuju menjadi sebahagian jawatankuasa yang diumumkan perdana menteri itu. 

Sebarang usaha menggubal undang-undang mengawal pembiayaan politik perlu dihentikan selagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan anggota Kabinet tidak mengisytiharkan harta mereka, kata Rafizi Ramli.
Setiausaha agung PKR itu berkata, isu penggubalan undang-undang mengawal dana parti politik itu timbul ekoran keterdesakan Najib berdepan dengan kemarahan rakyat akibat skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), serta wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi beliau.
"Saya menyeru semua pihak yang terbabit supaya memboikot sebarang usaha untuk menggubal undang-undang yang mengawal pembiayaan politik selagi perdana menteri dan keseluruhan anggota jemaah menteri tidak mengisytiharkan perincian harta, pendapatan dan perbelanjaan seperti yang pernah saya buat.

"Hanya selepas pengisytiharan perincian harta, pendapatan dan perbelanjaan dibuat oleh Najib dan anggota jemaah menteri, barulah rakyat boleh membincangkan satu kerangka pembiayaan politik yang telus," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Rafizi yang juga naib presiden PKR itu berkata, selepas pengisytiharan harta itu dibuat, mana-mana menteri yang terbukti mempunyai harta dan berbelanja melebihi pendapatan perlu didakwa dan dihukum.
Katanya, isu sebenar ialah kekayaan peribadi pimpinan politik yang tidak sepadan dengan gaji mereka yang disahkan Najib sendiri, yang mengaku wang RM2.6 bilion itu masuk ke akaun peribadi beliau sebagai derma kepadanya.

Ayahanda tuntut TPM namakan 'tokoh besar Umno'......berguling-guling dah Zahid..!!!


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi hari ini digesa mendedahkan nama 'tokoh besar Umno' yang didakwa mahu menggulingkan kerajaan kepada umum.
Ini kerana, menurut pengerusi Yayasan Ayahanda SeMalaysia (YAS) Syed Husain Al Shahab, rakyat tertanya-tanya perkara itu.
"Kita minta timbalan perdana menteri keluar senarai nama tersebut.
“Mesti keluarkan, supaya rakyat tidak tertanya-tanya," katanya dalam sidang media di ibu negara hari ini.

PM berbelanja USD1 juta (atau RM3.5 juta) semasa bercuti di Eropah..!!

Sarawak Report kacau Najib Razak lagi. Kali ini dengan pendedahan PM berbelanja USD1 juta (atau RM3.5 juta) menggunakan 2 kad kredit CIMB dan Maybank semasa bercuti di Eropah dalam bulan Ogos 2014. Saya cuba congak-congak dengan gaji Perdana Menteri. Mula saya rasa macam tidak masuk akal. Kemudian saya terfikir: mesti ada orang derma lagi ni, Najib kan pejuang Islam terulung! Sebarkan.

BERITA DARI SARAWAK REPORT YANG DIGAM DI MALAYSIA

Hey Big Spender!
17 AUG 2015

Prime Minister Najib Razak splashed over US$1 million on his credit cards during the month of August in the year following the election, according to information received by Sarawak Report.

The spending took place in Europe while he was on a summer holiday.

For most people to run up such a bill on mere expenses while on holiday would seem astounding, but the Prime Minister has always declined to explain how such conspicuous spending has been funded.

The bills were run up on two cards Najib was using in August 2014, a Visa and a MasterCard from CIMB & Maybank.

Over RM3.5 million was splashed on the Visa and MasterCards in just the one month. Sarawak Report has further details.
— dengan NajibRazak.

Wakil rakyat BN jauhkan diri daripada dakwaan Zahid tentang guling kerajaan

Tan Sri Shahrir Samad (duduk, tengah) bersama ahli Parlimen BN lain pada sidang media bagi menjauhkan mereka daripada dakwaan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai komplot guling kerajaan melibatkan pemimpin Umno. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 18 Ogos, 2015. 
Tan Sri Shahrir Samad (duduk, tengah) bersama ahli Parlimen BN lain pada sidang media bagi menjauhkan mereka daripada dakwaan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai komplot guling kerajaan melibatkan pemimpin Umno. 

Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) hari ini menjarakkan diri daripada kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tentang komplot menjatuhkan kerajaan. Pengerusi BNNBC, Tan Sri Shahrir Samad berkata kenyataan Zahid itu bukan satu lesen bagi mana-mana blog memalsukan cerita mengaitkan ahli Parlimen BN.
"Pokoknya orang yang buat cerita ini tak tanya pun timbalan perdana menteri. Dan spekulasi ni datang tak berikan sebab untuk orang yang lain membuat spekulasi (lain) pula," katanya pada sidang media khas BNBBC di Parlimen petang ini.

Khalid Samad: Parti Islam Yang Baru, Yang Perjuangkan Konsep Bersuadaraan Insaniah

Ustaz Ahmad Awang: Harapan Baru Akan Melahirkan Sebuah Parti Politik Islam Yang Inclusive

Kertas pertuduhan: DAP buat laporan SPRM ke atas menteri


Dataran Merdeka, kawasan larangan bagi BERSIH 4.0

BERSIH tolak ansur, janji tak ganggu persiapan merdeka

Najib: Apa 'negara gagal?' M’sia di tangga teratas dunia

Zahid !,Jadilah TPM , Jangan Jadi Ketua Pemuda Umno Tahun 60/70an


Oleh Dato'Mahfuz Hj Omar
1.Saya terkejut dengan cara Datuk Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri memberi respon
terhadap isu konon adanya akuan bersumpah nak guling kerajaan,termasuk respon beliau terhadap kenyataan saya terhadapnya.
2.Cara beliau memberi respon tidak menggambarkan yang beliau seorang TPM.Beliau seharusnya lebih bertenang dan tidak menampilkan sifat panas baran dan berang tak tentu pasal seperti orang hilang pertimbangan.

Rakyat Malaysia khususnya generasi muda sedang memerhati watak orang nombor dua dalam negara yang bakal mengambil alih teraju pimpinan nombor satu.Generasi muda bekhehendak pimpinan yang bijak menyesuaikan diri dengan cabaran baru zaman kini.penampilan Zahid seperti penampilan Ketua Pemuda Umno tahun 60an/70 an.
3.Nasihat saya untuk beliau yang merupakan sahabat yang pernah menerajui kepimpinan pemuda parti masing masing agar beliau banyak bersabar,kepala dingin,berlapang dada,tidak panas baran dan berang dalam berhadapan dengan situasi yang sukar melanda negara.Jangan amalkan politik ugut dan akulah yang berkuasa.utama dan dahulukan kepentingan rakyat dan negara dari kepentingan politik kepartaian.
4.Semoga beliau lebih cermat dalam memposisikan diri beliau dalam kepimpinan negara.jangan mencipta permusuhan.Selamat maju jaya.

"SELAMATKAN RAKYAT DAN MALAYSIA TERCINTA"

'Langkah pencegahan' ganggu siasatan


Lawyers for Liberty bimbang dengan kenyataan Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berhubung perkara kontroversi mengenai 1MDB dalam wawancara dengan The Star Online, yang disiarkan pada hari Ahad lalu.
Pengarah komunikasi strategik BN itu mendedahkan bahawa terdapat satu percubaan untuk menjadikan perdana menteri penjenayah melalui draf kertas pertuduhan, yang mungkin bukan satu dokumen sah.
Menurut Abdul Rahman, oleh sebab itu, mereka terpaksa "mengambil beberapa langkah awal supaya ia tidak berlaku."
Dengan berbuat demikian, beliau memberi justifikasi kepada penyingkiran Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai peguam negara, pembubaran pasukan petugas 1MDB dan juga penangkapan, penahanan dan pemindahan pegawai-pegawai SPRM yang pada masa itu terlibat dalam siasatan tersebut.

Ini adalah amat mengejutkan dan mengaibkan  kerana beliau seolah-olah mengatakan bahawa PM tidak boleh atau tidak patut disiasat kerana siasatan tersebut menjadikan PM penjenayah ataupun “menjatuhkan kerajaan.”
Kenyataan Abdul Rahman itu juga jelas keterlaluan satu kenyataan luar biasa.
Tidak ada sesiapapun yang mengatasi undang-undang termasuklah PM dan apa-apa siasatan terhadap beliau tidak harus disalahtafsirkan kepada orang awam sebagai tindakan menjadikan PM penjenayah atau “menjatuhkan kerajaan.”

Apabila mana-mana agensi penguatkuasaan memulakan penyiasatan, tujuannya adalah untuk sentiasa membina kes dengan mengumpul bukti dan dalam proses itu, suspek boleh dijadikan penjenayah dan didakwa.
Adalah lebih tidak masuk akal jika agensi penguatkuasaan tidak boleh menjadikan mana-mana suspek dalam mana-mana siasatan (dengan syarat terdapat bukti yang mencukupi) sebagai penjenayah kerana tindakan itu akan mensia-siakan siasatan tersebut.

Apa yang lebih mengejutkan dan mengaibkan adalah pengakuan beliau terhadap "langkah awal" yang diambil. Ianya secara jelas merupakan kesalahan secara prima facie menghalang siasatan di bawah seksyen 186 Kanun Keseksaan dan/atau seksyen 48 Akta SPRM.

Kerajaan perlu berlaku jujur dengan mengeluarkan dokumentasi sokongan dan menjelaskan dengan sebaiknya berkenaan RM2.6 bilion yang telah didepositkan ke dalam akaun peribadi PM dan bukannya membiarkan PM dan menterinya membuat kenyataan demi kenyataan yang ganjil.

Abim: Duit Sunni pulangkan pada Sunni

Perdana menteri didesak menjelaskan dakwaan Umno Kuantan bahawa derma RM2.6 bilion ke dalam akaunnya susulan pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah negara ini.
Angkata Belia Islam Malaysia (ABIM) berkata, jika benar dakwaan itu, ia seharusnya disalurkan kepada rakyat dan bukan Datuk Seri Najib Razak secara peribadi.
“Ini kerana setiap rakyat yang memerangi radikalisme IS (kumpulan bersenjata Negara Islam) berhak untuk menikmati sumbangan tersebut,” kata presidennya Amidi Abdul Manan.
Malah, kata Amidi lagi, usaha Malaysia memperteguhkan aliran Sunni bukan ikhtiar Najib semata-mata, tetapi dipelopori rantaian ulama dan pendakwah dari zaman kesultanan Melayu Melaka lagi.
“Oleh itu sewajarnyalah ia dipulangkan kepada rakyat khususnya yang beraliran Ahlus Sunnah wal Jamaah kerana terus komited mempertahankan rantau ini khususnya Malaysia sebagai rantau Sunni,” katanya lagi.
Ketua Umno Kuantan Datuk Seri Wan Adnan Wan Mamat pada 16 Ogos lalu berkata derma ke dalam akaun Najib adalah sumbangan politik daripada Arab Saudi.
Ia, katanya, sebagai penghargaan kepada Malaysia yang memperjuangkan agama Islam dan mengamalkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Beberapa negara lain turut menerima sumbangan wang daripada Arab Saudi selain daripada negara ini.

Menteri kabinet Najib sendiri kantoikan Najib?


Adakah nama keluarga beri kesan kepada kejayaan politik?

oleh Ian McIntyre

Dinasti politik adalah satu perkara yang sama biasa dalam demokrasi dan juga pemerintahan diktator. Sebagaimana adanya keluarga Kim di Korea Utara, ada juga anak beranak Bush dari Amerika Syarikat dan Lee di Singapura. Di Malaysia, keturunan yang tepat adalah kelebihan yang jelas dalam pelbagai situasi.

Seseorang yang memburu jawatan politik lebih mudah dikenali jika dia sudah mempunyai seorang ibu atau bapa atau datuk atau nenek dalam jawatan undian. Apa-apa pun, nama keluarga politik merupakan penarik perhatian.

Terdapat banyak contoh yang baik di Malaysia. Perdana Menteri semasa, Datuk Seri Najib Abdul Razak merupakan anak kepada Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, yang merupakan perdana menteri kedua Malaysia.

Naib presiden Umno dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein adalah anak kepada perdana menteri ketiga, Allahyarham Tun Hussein Onn, manakala Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir merupakan anak perdana menteri keempat dan yang paling lama berkhidmat, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Di sisi lain jurang politik, Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang adalah bapa kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Lim yang bapa telah berkhidmat sebagai ketua pembangkang parlimen untuk tempoh yang panjang. Beliau juga dahulunya merupakan setiausaha agung DAP, jawatan yang kini dipegang oleh Guan Eng.

Dalam PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah isteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, ikon Reformasi dan bekas timbalan perdana menteri dan ketua pembangkang selepas itu. Anwar kini dipenjarakan atas tuduhan liwat.

Beliau dan Wan Azizah mempunyai dua orang anak perempuan – Nurul Izzah dan Nurul Nuha – yang juga aktif dalam politik. Nurul Izzah merupakan ahli parlimen Lembah Pantai. Nama keluarga, sebahagian besarnya, membantu individu-individu ini meraih perhatian di dalam lapangan politik yang sesak.

Penggantungan pemimpin pelajar yang menganjurkan forum GST kejam

oleh Robin Stanley Augustin
Adakah institusi pengajian tinggi negara kita benar-benar bebas dan bermatlamat menggalakan wadah intelektual?
Ini ialah persoalan yang timbul dalam kepala berikutan laporan berita yang mendedahkan bahawa dua orang pemimpin pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) digantung pengajian kerana menganjurkan forum tentang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang menjemput pemimpin pembangkang.
Menurut laporan Malay Mail Online, Hanif Mahpa dan Afiqah Zulkifli digantung dua semester pengajian dan diberikan amaran keras.
Penggantungan itu dikecam hebat oleh persatuan pelajar Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), yang dalam kenyataan yang dikeluarkan mendesak universiti untuk menarik balik penggantungan itu.
Dalam keadaan negara yang membimbangkan pada hari ini, pentadbiran UIA menambahnya lagi dengan menghuru-harakan keadaan apabila mengambil keputusan menggantung mereka atas alasan menganjurkan program GST tanpa kebenaran pihak universiti,"
“Walaupun program itu pada mulanya diluluskan, ia ditarik balik kelulusan pada saat akhir kerana arahan daripada pihak atasan,” kata presiden Gamis Mohd Imran Ishak dalam kenyataan tersebut.
Imran berkata yang Gamis akan menghantar memorandum membantah hukuman tersebut, dan akan menganjurkan perarakan pelajar bagi tujuan tersebut.
Pada 13 Mei, setiausaha agung PKR Rafizi Ramli dilarang daripada bercakap dalam forum tersebut walaupun bekas exco Pemuda Umno Lokman Adam dibenarkan untuk menyempurnakan ucapannya.
Rafizi meneruskan ucapannya tetapi tidak sampai 10 minit ketua pegawai keselamatan universiti telah merampas mikrofon dari Rafizi dan meminta MP Pandan itu meninggalkan kawasan kampus.
Khabar tentang dua pemimpin pelajar dikenakan hukuman berat sangat menyedihkan.
Seperti biasa, ramai netizen mengecam penggantungan tersebut dan menyifatkannya bermotif politik.

Cuepacs mahu kerajaan kaji semula GST yang membebankan golongan miskin, oku, kanak-kanak dan warga emas.

Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda berkata 4 golongan rakyat perlu diberi pengecualian GST. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Ogos, 2015. 
Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda berkata 4 golongan rakyat perlu diberi pengecualian GST. 

Putrajaya digesa mengkaji semula pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), terutamanya terhadap golongan sasar yang terbeban dengan sistem tersebut, kata Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).
Presidennya, Datuk Azih Muda berkata meskipun bersetuju dengan pelaksanaan GST kerana ia menyumbang kepada ekonomi negara, beliau tidak menolak kesannya kepada golongan miskin dan kurang upaya.
"Kita minta kerajaan menyemak semula pelaksanaan cukai tersebut, terutama kepada 4 golongan ini. Kanak-kanak, orang kurang upaya, orang tua dan orang miskin hendaklah diberi pengecualian.

"Memang kita tidak nafikan GST ini membantu apabila harga minyak jatuh, tapi bagi pihak Cuepacs, kita melihat ada 4 golongan yang membuat aduan dan kita minta kerajaan beri perhatian kepada golongan tersebut," katanya hari ini. Beliau berkata sebagai contoh, barangan kanak-kanak harus dikecualikan GST kerana ketika ini barang keperluan seperti susu bayi dikenakan cukai tersebut.

Khalid-Azmin ‘bertegang urat’ bahas isu pampasan MBI

Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, mempertikaikan Mohamed Azmin Ali mewujudkan satu entiti pengurusan risiko pelaburan baru, iaitu Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan di bawah Pemerbadanan Menteri Besar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Ogos, 2015. 
Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, mempertikaikan Mohamed Azmin Ali mewujudkan satu entiti pengurusan risiko pelaburan baru, iaitu Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan di bawah Pemerbadanan Menteri Besar. 

Suasana Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tegang seketika apabila Menteri Besar Mohamed Azmin Ali dan pendahulunya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim saling berbalah mengenai isu pampasan RM2.6 juta kepada lapan bekas pegawai Pemerbadanan Menteri Besar (MBI).
Khalid dalam sesi soal jawab bangun mempertikaikan Azmin mewujudkan satu entiti pengurusan risiko pelaburan baru, iaitu Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG) di bawah MBI.
Entiti khas bebas audit itu menurut penjelasan Azmin dalam DUN sebelum itu diwujudkan pada Mei lalu.

Khalid bagaimanapun menyifatkan DEIG itu sebagai 1Malaysia Development Berhad (1MDB), apabila menjadi pihak tengah (intermediary) yang akan menyebabkan DUN tidak dapat memantau pergerakan entiti itu secara telus. Adun Pelabuhan Klang itu membandingkan dengan cara pentadbirannya terdahulu yang menguruskan MBI di bawah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).
"Jika benar MBI diambil alih oleh satu kedudukan yang tidak jelas di bawah KDEB dan letakkan entiti baru, bunyi sedap tapi dari segi pelaksanaan?

Haram hisap vape – Majlis Fatwa

Majlis Fatwa Kebangsaan mengumumkan rokok elektronik atau vape yang semakin popular di kalangan masyarakat terutama orang muda adalah haram.
Pengerusinya Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, hukum itu berdasarkan keputusan mengharamkan shisha sebelum ini.
"Kita sudah bincangkan rokok dan shisha dan kita boleh samakan dengan vape. Apabila cukup dapatan iaitu yang pertama membahayakan, kedua ia membazirkan dan ketiga memudaratkan daripada segi kesihatan, maka apabila perakuan-perakuan ini sama, maka kita mengatakannya haram.

"Kita telah putuskan dan tiada masalah mengenai perkara ini. Sebenarnya Kementerian Kesihatan memaklumkan yang mereka sedang menunggu pakar-pakar mereka tetapi kita mendahului kerana daripada segi asasnya, jika ia memudaratkan dan membazir maka daripada segi agama kita tidak setuju perkara seperti itu," katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia, hari ini. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program Wacana Eksekutif Indeks Syariah Malaysia Perak 2015 di Ipoh, semalam
Shisha sebelum ini diputuskan haram pada Muzakarah Khas Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 17 Julai 2013.
Perkara itu diputuskan setelah mendengar pembentangan dan penjelasan pakar Kementerian Kesihatan dan meneliti maklumat serta bukti perubatan dan saintifik yang dikemukakan dari dalam dan luar negara mengenai kesan buruk terhadap kesihatan umat Islam, pembangunan ekonomi negara serta pembentukan generasi akan datang.
Sama seperti menghisap rokok dan shisha, Vape juga membahayakan, membazir dan memudaratkan kesihatan.
vape_haram_600
PETALING JAYA: Penggunaan rokok elektronik atau vape yang semakin popular di negara ini difatwakan sebagai haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
Pengerusinya, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin berkata, keputusan itu mengguna pakai hukum menghisap shisha yang telah diputuskan sebelum ini.
“Kita sudah bincangkan rokok dan shisha dan kita boleh samakan dengan vape. Apabila cukup dapatan iaitu yang pertama membahayakan, kedua ia membazirkan dan ketiga memudaratkan daripada segi kesihatan, maka apabila perakuan-perakuan ini sama, maka kita mengatakannya haram.
“Kita telah putuskan dan tiada masalah mengenai perkara ini. Sebenarnya Kementerian Kesihatan maklumkan yang mereka sedang menunggu pakar-pakar mereka tetapi kita telah mendahului kerana daripada segi asasnya, jika ia memudaratkan dan membazir maka daripada segi agama kita tidak setuju perkara seperti itu,” katanya, lapor Utusan Malaysia.
Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada 17 Julai 2013 telah membincangkan tentang hukum shisha yang memutuskan bahawa shisha adalah haram dan umat Islam dilarang menghisap shisha atau menyediakan perkhidmatan menghisap shisha atau apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan shisha.
Perkara itu diputuskan setelah mendengar pembentangan dan penjelasan pakar-pakar daripada Kementerian Kesihatan dan meneliti maklumat serta bukti-bukti perubatan dan saintifik yang dikemukakan dari dalam dan luar negara mengenai kesan dan kemudaratan besar yang dihadapi akibat dan terhadap kesihatan ummah, pembangunan ekonomi negara serta pembentukan generasi akan datang.
- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/08/18/haram-hisap-vape-majlis-fatwa/#sthash.JSUdCFCz.dpuf

DBKL tolak permohonan demo BERSIH 29 Ogos


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan membenarkan permohonan BERSIH untuk mengadakan perhimpunan pada 29 dan 30 Ogos ini di Dataran Merdeka dan Padang Merbok.
Datuk Bandar Datuk Amin Nordin berkata pada tarikh sama, Dataran Merdeka akan digunakan untuk kerja-kerja persediaan untuk perarakan hari merdeka, lapor The Star.
Manakala Padang Merbuk pula, kata Amin, akan digunakan oleh pasukan tentera untuk kerja-kerja logistik mereka, juga untuk perarakan itu.
Beliau juga berkata Dataran Merdeka dikhususkan untuk acara DBKL dan acara kebangsaan serta tidak menjadi dasar mereka membenar acara lain di situ.
Sementara itu, Bernama pula melaporkan DBKL mencadangkan perhimpunan BERSIH 4 diadakan seminggu selepas sambutan hari kebangsaan.