Isnin, 17 Ogos 2015

Mereka hanya panggil MP, bukan penjenayah - Dyana Sofea


Mereka hanya panggil MP, bukan penjenayah

SHAH ALAM – Ahli Majlis Eksekutif Sosialis Muda DAP Kebangsaan, Dyana Sofea Mohd Daud membidas tindakan sesetengah pihak pengurusan universiti yang menggantung pelajarnya kerana menjemput ahli politik untuk menyampaikan ucapan di dalam universiti.
 
 Menurut Dyana, 27, tindakan tersebut seolah-olah untuk menyekat kebebasan bersuara dan pendapat dalam kalangan mahasiswa di negara ini.
 
“Tindakan tersebut dibuat seolah-olah cuba untuk menakutkan mahasiswa daripada terus menyuarakan hak mereka di universiti. Ruang untuk kebebasan bersuara tidak pernah cukup. Kita perlu manfaatkan apa yang ada.
 
“Seperti apa yang berlaku di sebuah universiti, mereka (mahasiswa) panggil ahli Parlimen untuk bercakap tentang isu semasa.
 
“Mereka hanya panggil ahli Parlimen, bukan penjenayah tetapi mereka ini akhirnya digantung pengajian,” katanya ketika menyampaikan pandangannya tentang kebebasan bersuara menerusi Wacana Sinar Harian Siri ke-36  bertajuk ‘Kuasa Politik Baharu, Apa Anak Muda Mahu’ di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.

Politik Malaysia asyik cerita soal wala’, Melayu - Marwan Abdullah

SHAH ALAM – Anak muda sekarang tidak dididik dengan ilmu politik yang sebenar sebaliknya hanya di momok-momokkan dengan frasa-frasa seperti ketaatan kepada pemimpin dan ketuanan terhadap kaum.
 
Presiden Ikram Siswa Nasional, Marwan Abdullah berkata, konsep itu diamalkan oleh parti-parti politik di negara ini.
 
Marwan Abdullah “Peranan kami sebagai NGO, kita buat pendidikan politik, bagi anak muda faham sistem politik Malaysia ini bagaimana? Sama ke dengan sistem politik di Amerika Syarikat, United Kingdom, Indonesia, atau sama ke dengan Arab Saudi yang ada raja?
 
“Itu perlu diajar, dididik. Masalahnya sekarang, anak-anak muda kita tidak dididik begitu. Kita dididik...minta maaf saya kata, kalau parti pembangkang, dia akan mainkan isu dosa dan pahala, taat ataupun tak taat wala’ ataupun tak wala’. Itu tidak mendidik. Itu doktrin.
 
“Kalau yang satu lagi, ‘hang kalau tak sokong aku, habis masa depan Melayu. Betul ke? Siapa kata? Apa buktinya?  Sebab itu pendidikan penting. Jangan cemas, kita mendidik, insya-ALLAH,” katanya ketika menjadi panel dalam Wacana Sinar Harian Siri ke-36 bertajuk, ‘Kuasa Politik Baharu, Apa Anak Muda Mahu’, di sini, hari ini.
 
Menurutnya, seiring perkembangan semasa yang berteknologi tinggi, anak muda tidak lagi mengalami kekangan untuk menimba ilmu.
 
“Isunya adalah pendidikan politik dalam memperkasakan kita. Dulu dalam keadaan kita tidak ada media sosial, informasi pun tak banyak, jadi, medan kita terhad, wacana terhad.
 
“Tapi dalam keadaan sekarang, banyak ruang atau medium yang boleh dimanfaatkan seperti di media massa jadi anak muda lebih dididik,” katanya.
 
Dalam sesi menjawab soalan juga beliau melahirkan kekesalan susulan masih ada pihak yang tidak yakin terhadap anak muda di negara ini.
 

Usul anti-Najib oleh Pemuda Umno Tampin tindakan yang ‘sepatutnya’?

oleh Alyaa Alhadjri
Mereka barangkali tiada kemampuan untuk mencetuskan apa-apa, tetapi Pemuda Umno bahagian Tampin sekurang-kurangnya berani untuk secara rasmi mengisytiharkan bahawa Najib Razak perlu meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan juga presiden Umno, berikutan skandal 1MDB dan dana RM2.6 bilion.
Pemuda Umno Tampin pada 16 Ogos lalu telah membentang dan meluluskan usul tergempar yang menyatakan: “Demi Melayu, Islam dan Malaysia, meminta Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan sebagai perdana menteri dan presiden Umno agar keyakinan, cinta dan kasih sayang, khasnya orang Melayu dan Bumiputera, terhadap Umno dapat dipulihkan untuk memastikan kita orang Melayu sebagai pemilik negara tercinta ini terus menjadi pemerintah sampai bila-bila.”
Menurut laporan Sinar Harian, usul itu dibentangkan oleh perwakilan pemuda Umno Kampung Ulu Ladang Azman Abdullah dalam mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Tampin, dan disokong lebih 200 perwakilan yang hadir.
Tindakan Najib memecat timbalan presiden Umno Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri, serta naib presiden Shafie Apdal sebagai menteri pembangunan luar bandar dan wilayah, mencetuskan rasa tidak puas hati yang semakin meningkat di kalangan ahli umbi serta kerisauan terhadap perbalahan yang semakin parah dalam parti.
Dan sepanjang tempoh itu, Najib telah mengatakan yang beliau terbuka dengan sebarang kritikan, selagi ia dilakukan melalui “saluran yang betul” dan cara yang “sepatutnya”.
Muhyiddin pula mengatakan yang beliau hanya bersuara dalam acara Umno. Itu termasuklah dalam satu acara Umno Cheras, beberapa hari sebelum Najib mengumumkan rombakan Kabinetnya.

Muhyiddin: ‘Judas’ atau penyelamat parti?

oleh Hazlan Zakaria
Penyelamat parti, atau seorang Judas? Itulah soalan yang mungkin ditanya berhubung bekas timbalan perdana menteri Muhyiddin Yassin.
Kini ramai mengangkatnya menjadi wira dan ada juga menyifatkannya sebagai pengkhianat. Tetapi bekas TPM itu tentulah tidak asing dengan kontroversi politik, sesuai dengan pengalamannya sebagai politikus veteran Umno.
Bukankah beliau yang ‘menikam’ belakang bekas perdana menteri Abdullah Badawi, ketika perdana menteri Najib Razak mengetuai ‘kudeta’ politik pada 2008-2009?
Sama seperti waktu itu, Muhyiddin kini mengetuai suara-suara penentangan terhadap kepimpinan Umno yang tidak popular.
Anda boleh memanggilnya ‘kudeta’ dalaman. Walaupun kita sedang bercakap tentang muslihat politik Machiavelli, bukannya sesuatu yang lebih licik.
Najib menggantikan Pak Lah dan menjadi perdana menteri, selepas memaksa beliau berundur dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno. Dalam mesyuarat itu, Muhyiddin dikatakan mewakili kem Najib memberikan kata dua kepada Pak Lah.
Ironinya, kini giliran Najib pula untuk berhadapan penentangan dalaman Umno, sama seperti ketika beliau mengetuai penentangan untuk menggantikan Pak Lah.
Dan barangkali untuk mengelakkan penentangan dan pengunduran memalukan yang serupa daripada berlaku, Najib telah menangguhkan pemilihan parti dan mesyuarat majlis tertinggi, satu langkah yang disifatkan sesetengah pihak sebagai tindakan “penakut”.

Apa-apa pun, Muhyiddin nampaknya sekali lagi menjadi penggerak.
Adakah Muhyiddin seorang Judas bersiri? Seorang yang sentiasa cenderung untuk berpakat dan merangka kejatuhan politik pemimpin partinya?
Lagak seorang Brutus, yang ditakdirkan untuk mengkhianati semua yang mendambakan sokongannya.

Deadly Bangkok bomb blast caught on camera

Pesanan terakhir Tunku Abdul Rahman, Hari Merdeka 1988

Tunku Abdul Rahman menasihatkan rakyat menggunakan
akal fikiran dan jangan mengikut pemimpin membabi buta kerana 'lampu
ajaib' berada di tangan rakyat.
tunku-abdul-rahman


PETALING JAYA: Sebuah rakaman video yang memuatkan pesanan Perdana
Menteri Malaysia yang Pertama, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra
Al-Haj menjadi viral di media sosial.


Visual berdurasi 3.25 minit itu merupakan rakaman terakhir bekas
pemimpin negara yang sangat sinonim digelar sebagai Bapa Kemerdekaan
Malaysia.


Video tersebut telah dimuat naik semula di laman Facebook DurianFM.com dan dikongis pengguna lain.


Rakaman itu dimuatnaik sempena sambutan Bulan Kemerdekaan ke-58 pada hujung bulan ini.


Berdasarkan rakaman yang direkod pada 1988 itu, Tunku Abdul Rahman
berpesan agar pemimpin sedar bahawa kewujudan sesebuah kerajaan adalah
kerana kuasa dan mandat yang diberikan oleh rakyat.


Allahyarham berpesan, langkah menyorokkan sesuatu perkara buruk yang
dilakukan oleh pemimpin memang sudah berlaku sejak di zamannya lagi dan
keburukkan tersebut kemudian dipalingkan semula kepada mereka yang
menentang.


“Akhbar-akhbar tidak ada suara. Surat khabar tegur perbuatan ini
ditutupkan, jadi di sini ditunjukkan pihak yang menentang mereka itu
tiada suara langsung.


“Segala-galanya diperintah oleh kerajaan ini. Tapi yang memegang
kuasa di dalam ngeri ini ialah rakyat jelata sekalian,” katanya.


Allahyarham turut meminta pemimpin agar berfikir tentang perbuatan mereka dan tidak mudah mengikut telunjuk akal dan fikiran.


“Fikirlah sendiri betul atau tidak perbuatan mereka itu (pemimpin).
Jangan ikut begitu saja, gunakan akal dan fikiran kerana ‘lampu ajaib’
itu ada ditangan rakyat jelata sekalian.


“Rakyat jelata ada kekuatan dalam tangan mereka. Jadi gunakan akal
dan jagalah kekuatan itu untuk memeliharakan Malaysia yang dikasihi
ini,” ujarnya.


Jangan Lupa Isu Kos Sara Hidup Anak Muda - Rahman Hussin

Jangan Anggap Anak Muda Seperti 'Budak Kecil' - Dyana Sofya

APA... Najib pejuang agama islam..???


Islam tang mana tu !!!

LULUS & KELUARKAN lesen arak & judi ka..??
BIARKAN ISTERI dipeluk cium org ka..??
MEMBAZIR BOROS guna harta kerajaan ka..??
MENIPU RAKYAT sepanjang masa ka..??

Nampaknya makin ramai pemimpin UMNO bodek ampu Najib melampaui Ahmad Maslan...

Komplot gulingkan Najib kerana gagal selesai isu 1MDB – Kadir

Presiden IKATAN tidak menolak kemungkinan Ahli Parlimen BN berbuat demikian kerana ditawarkan wang.
Khadir-Sheikh_najib_1mdb_600
PETALING JAYA: Bekas menteri Kabinet, Tan Sri Abdul Khadir Sheikh Fadzir berkata, dakwaan wujudnya komplot untuk mengulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kalangan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) kerana kecewa skandal 1MDB gagal diselesaikan.
Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) itu berkata, ahli UMNO sudah letih melihat keadaan perkembangan politik semasa terutamanya tindakan kerajaan melengah-lengahkan siasatan 1MDB dan keadaan ekonomi negara yang semakin menekan.
“Seluruh rakyat Malaysia sememangnya mahu perkara ini diselesaikan dengan segera kerana rakyat sudah letih.
“Rakyat juga mahu mereka lebih menumpukan kepada perkara-perkara yang lebih penting dan berfaedah dalam usaha membantu rakyat,” katanya dalam temubual khas bersama FMT.
Kadir berkata, sekiranya kemelut isu 1MDB ini dapat diselesaikan, beliau yakin desakan atau kritikan terhadap Najib tidak berlaku.
Malah, katanya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri tidak akan mengkritik terhadap isu 1MDB ini sekiranya persoalan-persoalan yang dibangkitkan dapat dijawab dan diselesaikan dengan segera.

‘Saya warisi perjuangan asal politik ayah’ - Faiz Fadzil


Faiz Fadzil


SHAH ALAM - "Saya warisi perjuangan asal politik ayah," demikian luah anak bekas Presiden Pas Datuk Fadzil Mohd Noor, Faiz Fadzil yang kini menyertai Harapan Baru sebagai wadah baru perjuangan politiknya.

Memegang jawatan sebagai Exco Pemuda Harapan Baru, Faiz berkata beliau hanya muncul dalam politik selepas 10 tahun kematian ayahnya, dan ayahnya tidak pernah menempatkannya di mana-mana jawatan dalam Pas.

"....Sebab itu saya akan bergerak dalam parti baharu yang memangnya tidak mewarisi posisi kepimpinan tetapi mewarisi perjuangan dan dasar yang ingin dibawa oleh ayah saya," katanya ketika ditanya oleh hadirin mengenai konsep 'warisi  kepimpinan' ketika menjadi panelis dalam  program Wacana Sinar Harian Siri ke-36 yang  bertajuk: Kuasa Politik Baharu, Apa Anak Muda Mahu di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.

Dalam pada itu ketika mengulas lanjut mengenai parti baharunya, Faiz berkata Harapan Baru bersikap terbuka dan bersedia untuk berdiskusi dengan mana-mana pihak.

"Kita akan bawa idea baru anak muda Malaysia dan bersedia untuk berbincang dengan mana-mana pihak tanpa mengira pegangan politik mereka," katanya.

Kuasa politik baharu, apa yang Dyana mahu?

SHAH ALAM – Kuasa politik baharu di negara ini harus memberikan ruang bagi anak muda untuk bebas bersuara dan boleh menyatakan perbezaan pendapat masing-masing.
Dyana Sofea
Menurut Ahli Majlis Eksekutif Sosialis Muda DAP Kebangsaan, Dyana Sofea Daud, sejak dahulu lagi, ia  sentiasa menjadi sebahagian dari perjuangannya dalam dunia politik dan sudah tiba masanya hak tersebut diberikan kepada rakyat khususnya golongan muda.

“Kita (golongan muda) tergolong kepada 64 peratus daripada rakyat Malaysia yang berumur 34 tahun dan ke bawah. Anak muda adalah suara majoriti negara.

“Anak muda perlu keluar dan tuntut semula kebebasan bersuara dalam negara. Negara ini milik semua dan bukan kepunyaan sesetengah pihak sahaja,” tegasnya.

Dyana berkata demikian ketika menyampaikan pandangannya tentang kebebasan bersuara menerusi Wacana Sinar Harian Siri ke-36  bertajuk ‘Kuasa Politik Baharu, Apa Anak Muda Mahu’ di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.

Dyana yang juga pelajar lulusan undang-undang itu turut menuntut penyelarasan dibuat bagi kenaikan tangga gaji bagi tenaga pekerja dalam sektor swasta dan awam.
“Kita memang ada masalah dengan dasar awam. Salah satunya adalah masalah pendapatan atau gaji yang menjadi isu di negara ini sejak sekian lama. Sudah 27 tahun berlalu, tangga gaji masih sama.
 
“… Sudah tahu gaji semasa (rakyat) sangat rendah, kenapa tak naikkan gaji semasa?

“Kenapa masih bawa tenaga kerja asing?” soal Dyana sebelum disambut dengan tepukan gemuruh hadirin yang turut hadir di wacana tersebut.

Mahasiswa Tuntut 5K - Marwan Abdullah

Beri Posisi Khusus Anak Muda di Parlimen - Faiz Fadzil

Zikir Paling MAHAL - Ustaz Azhar Idrus

Pahala Bayar Ngan 'Pitih' (duit) - Ustaz Azhar Idrus

Benarkah Lelaki Kahwin Lebih Dari Satu Akan Jumpa Isteri Terakhirnya Di Syurga? - UAI

Isteri Berkeras Minta Cerai Walau Suami Sudah Insaf - Ustaz Azhar Idrus

Barang Yang Sudah Akad Jual Beli Hilang Dalam Kedai - UAI

Batas Agama Dalam Merayakan Perayaan Agama Lain - UAI

Cara Khusyuk Solat - Ustaz Azhar Idrus

Orang Islam Bunuh Diri, Adakah Dapat Masuk Syurga? - Ustaz Azhar Idrus

Suami Curang Bukan Suami Yang Kahwin Lagi - Ustaz Azhar Idrus

Ada 2 Rumah Yang Berjauhan, Bolehkah Solat Jamak? - UAI

Adakah Jatuh DERHAKA Tak Ikut Pilihan Orang Tua Dalam PERKAHWINAN? - UAI

Al-Quran Tingkat Bawah, Orang Tingkat Atas - Ustaz Azhar Idrus

Belum Habis Solat Sunat Bilal Sudah Qamat - Ustaz Azhar Idrus

Benarkah Hanya Ibu Bapa Sahaja Yang Dibolehkan Salam Cium Tangan? - Ustaz Azhar Idrus

Bolehkah Duit Tabung Masjid Buat Khairat Kematian? - Ustaz Azhar Idrus

Cara Didik Anak Kecil Tentang AQIDAH - Ustaz Azhar Idrus

Fahami Maksud Meninggalkan Solat Jumaat - Ustaz Azhar Idrus

Hukum DUA Imam Dalam Satu Masa Di Masjid - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Makan Masakan Orang Bukan Islam - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Makan Pil Hormon Untuk Adakan Susu Kerana Ambil Anak Angkat - UAI

Hukum Mengungkit - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Menyanyi Dalam Bilik Mandi - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Orang Yang Tak Pernah Mengaji Al-Quran - Ustaz Azhar Idrus

Kenapa Nabi Khidir A.S. Tak Termasuk Dalam 25 Rasul? - Ustaz Azhar Idrus

Tunjuk bukti 3,000 ahli sertai GHB - PAS Selangor

Pas Kuala Terengganu Tak Berhak Paksa Saya - Raja Kamarul Bahrin

Mereka Cuma Cakap Nak Ambil Tindakan - Faiz Fadzil

Harapan Baru Utamakan Anak Muda

RM1 juta Dari Akaun Najib: Tiga soalan untuk Shahrir Samad

Beliau didakwa gagal menjawab tuduhan telah menerima sumbangan RM1 juta dari akaun peribadi Perdana Menteri.
shahrir-samad_1mdb_600
PETALING JAYA: Integriti Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad sebagai pemimpin berprinsip boleh dipersoalkan kerana gagal menafikan telah menerima RM1 juta daripada akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pengarah Strategi Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasir berkata, Shahrir gagal menafikan pendedahan yang dibuat Sarawak Report itu.
“Integriti beliau yang sebelum ini dianggap sebagai seorang berprinsip sehinggakan suara beliau yang kadang kala tidak selari dengan UMNO kini amat diragui.
“Mungkin tidak hairanlah sejak skandal 1MDB diketahui umum, kenyataan demi kenyataan oleh Tan Sri Shahrir begitu cenderung atau bersungguh-sungguh mempertahankan Najib,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Katanya, Shahrir yang juga Ahli Parlimen Johor Baharu perlu menjawab tiga persoalan susulan kegagalan beliau menyangkal pendedahan yang dibuat Sarawak Report.
1.Adakah Tan Sri tidak terasa terhutang budi kepada Dato’ Seri Najib kerana derma yang dinyatakan itu datang dari akaun peribadi Dato’ Seri Najib? Apakah permintaan atau syarat yang ditetapkan oleh Dato’ Seri Najib bagi membolehkan Tan Sri menerima sumbangan RM 1 juta ini?.

Ekonomi akan terus merosot jika Najib masih kekal


SHAH ALAM - Rakyat Malaysia akan menghadapi keadaan ekonomi yang lebih buruk dari sekarang jika Datuk Seri Najib Tun Razak kekal sebagai perdana menteri.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blognya mendakwa, reaksi ekonomi pada masa ini menunjukkan kejatuhan ketara dan ia dijangka akan lebih merosot jika Najib terus kekal.

“Najib mungkin boleh membayar wang untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang tetapi beliau tidak boleh mendapatkan dana untuk menampung pembelian popularitinya.

"Kerajaan yang dipimpinnya tidak akan dapat meminjam wang. Ekonomi negara akan jatuh. Inilah alamat buruk yang menanti rakyat Malaysia,” kata beliau dalam  blognya hari ini.

Dr Mahathir berkata, tindakan Najib sebelum ini berkesan dalam menghentikan siasatan berhubung krisis 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Pertama, Najib memecat Peguam Negara dan melantik orangnya untuk jawatan tersebut. Kemudian dia 'seolah-olah' membubarkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dengan melantik pengerusi dan tiga orang ahli PAC lain sebagai Timbalan Menteri dan jawatan lain," katanya.

Beliau berkata, ahli-ahli Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berterusan untuk menyiasat kes itu telah diganggu oleh pihak polis yang menuduh mereka bocor rahsia.

Apakah kerajaan bakal menjadi penakrif tunggal kebenaran?

oleh Jimmy Adit
Kita sering diberitahu bahawa rakyat Malaysia tidak memiliki disiplin diri dan gemar menyebarkan perkara-perkara tidak benar di media sosial.
Hal-hal penipuan ini kelihatan begitu benar, sehingga ia menutup ‘kebenaran’ yang kerajaan mahu sampaikan kepada kita.
Kita - 28 juta rakyat Malaysia, dikatakan terlibat menyebarkan penipuan, sementara kerajaan yang terdiri daripada sejumlah kecil ini adalah penegak kebenaran yang sudah kehilangan cara untuk memastikan kebenaran tidak tenggelam dalam lautan pembohongan.
Bayangkan, 28 juta rakyat Malaysia yang tiada disiplin diri menyebarkan penipuan demi penipuan di internet, sementara kerajaan yang diundi mereka sibuk menangkisnya dengan kebenaran arus perdana.
Seolah-olah wujudnya peperangan yang berlaku dalam internet, antara kebaikan (kerajaan) dan kejahatan (28 juta rakyat Malaysia).
Kini “pihak baik” ini berkata yang hal ini perlu dihentikan. Ruang internet sudah penuh dengan penipuan yang disebarkan rakyat Malaysia yang tidak ingin mendengar kebenaran daripada kerajaan yang mereka sendiri pilih.
Ini mengarut! 28 juta rakyat Malaysia dikatakan termakan penipuan yang tersebar di media sosial – Facebook, Whatsapp, Twitter dan segala macam lagi – dan menolak kebenaran yang dinyatakan kerajaan yang jujur dan suci yang hanya memiliki satu tujuan, iaitu menjaga keamanan, kestabilan dan ekonomi negara.
Malah ada yang berkata gunakan undang-undang untuk membanteras penipuan ini.

Skandal 1MDB: Peguam Negara Harus Segera Bertindak

1. Di dalam sidang media khas yang diadakan pada minggu lalu, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz menyatakan bahawa Bank Negara sudah selesai menjalankan penyiasatan terhadap segala urusan transaksi perbankan yang berkait dengan 1MDB dan kertas siasatan yang menyatakan butir-butir terperinci penyiasatan yang dijalankan telah dihantar kepada Peguam Negara. Tan Sri Dr Zeti juga menyebut bahawa kandungan kertas siasatan tersebut turut mengandungi beberapa rekomendasi dari Bank negara untuk tindakan selanjutnya oleh Peguam Negara.

2. Meskipun Tan Sri Dr Zeti dan Bank Negara tidak menjelaskan secara terpeinci skop penyiasatan, penemuan atau hasil dari penyiasatan yang dijalankan Bank Negara, namun jika kita mengikuti perkembangan dari maklumat dan fakta-fakta yang telah sedia ada di domain awam, saya percaya salah satu perkara yang disiasat Bank Negara ialah transaksi penyaluran wang sebanyak RM42 juta dari akaun syarikat SRC International ke akaun peribadi milik Perdana Menteri. Saya juga tidak terkejut sekiranya penemuan dari penyiasatan yang dijalankan berjaya menunjukkan berlakunya unsur-unsur penyelewengan dan kesalahan jenayah di bawah mana-mana peruntukan undang-undang. 3. Oleh yang demikian, saya juga percaya rekomendasi yang dimaksudkan oleh Tan Sri Dr Zeti ialah supaya Peguam Negara menjalankan pendakwaan ke atas mereka yang terlibat melakukan atau bersubahat di dalam kesalahan-kesalahan jenayah sebagaimana hasil penyiasatan yang dijalankan oleh Bank Negara.
4. Amat menghairankan setelah beberapa hari Tan Sri Dr Zeti tampil menjelaskan perkembangan penyiasatan yang dijalankan Bank Negara, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali masih berdiam diri tanpa memberikan sebarang respon rasmi terhadap kenyataan Tan Sri Dr Zeti tersebut. Apakah Peguam Negara masih tidak menyedari bahawa skandal 1MDB ini dan kes-kes yang berkaitan dengannya telah mencetuskan satu krisis keyakinan yang terbesar di dalam sejarah Malaysia hingga memberi kesan negatif kepada ekonomi dan kehidupan rakyat?

Najib perlu jelaskan ‘terpaksa buang orang’, gesa DAP

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu menjelaskan kenyataan Datuk Seri Rahman Dahlan beliau terpaksa "membuang orang" apabila dakwaan berhubung kertas tuduhan terhadap beliau dibangkitkan, kata Pengerusi Biro Guaman DAP Gobind Singh Deo.
Kenyataan ahli Parlimen Puchong itu merujuk kepada satu wawancara bersama Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan pada 16 Ogos seperti disiarkan akhbar berbahasa Inggeris The Star.
Gobind berkata, hal berkenaan adalah perkara serius sambil menggesa Najib menjelaskan perkara tersebut secepat mungkin.

"Ia perkara yang serius kerana ia melibatkan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail, di mana saya merasakan pelucutan jawatannya sebagai ketua peguam negara menjadi satu tanda tanya. "Ini satu kenyataan yang dibuat pengarah komunikasi strategik BN dan sehingga sekarang tiada penafian daripada perdana menteri.
"Sekiranya perdana menteri tidak respons sehingga esok, DAP akan membuat laporan polis berhubung perkara ini," katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat DAP, di Kuala Lumpur hari ini. 

Tindakan Najib buktikan tuduhan ke atasnya benar, kata Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan Datuk Seri Najib Razak, beliau mungkin boleh membeli pilihan raya tetapi perdana menteri itu tidak boleh melakukan demikian untuk mengekalkan popularitinya.
Bekas perdana menteri itu berkata, dengan pelbagai usaha Najib menghalang siasatan ke atas syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), ia memperlihatkan segala tuduhan ke atas presiden Umno itu mempunyai asas.
“Dengan tindakan itu, Najib secara berkesan menghentikan siasatan kehilangan berbilion ringgit yang dilaburkan dalam 1MDB dan kemunculan RM2.6 bilion ke dalam akaun Najib.

"Sekarang, tiada tindakan undang-undang boleh diambil terhadap Najib kerana tuduhan itu tidak boleh dibuktikan. Tetapi, tindakannya membuktikan wujud kebenaran dalam tuduhan yang dibuat terhadapnya. “Maka pandangan awam kekal kuat mahu Najib meletak jawatan sebagai perdana menteri. Oleh demikian terdapat cakap-cakap mengenai usul undi tidak percaya terhadapnya di Parlimen,” katanya melalui blog popularnya chedet.cc petang ini.

Mahathir: Najib has stolen the government

The rule of law has been turned upside down and the people seem powerless to do anything to put it right again.
mahathir,-najib,-putrajaya
KUALA LUMPUR: Prime Minister Najib Abdul Razak may be able to buy his way through the next election but he will not be able to acquire funds to sustain his purchase of popularity, predicts former Prime Minister Mahathir Mohamad in his latest blog posting. “The government he leads will not be able to borrow.”
“The country’s economy will collapse.”
The people will suffer, warned Mahathir. “This is the grim picture that lies in store for Malaysians because Najib has basically stolen the government.”
What’s happening in Malaysia today is unprecedented, he lamented. “The rule of law has been turned upside down and the people seem powerless to do anything to put it right again.”
“This is because the very leader entrusted with upholding the law has become the subject of the due process of the law.”
It is alleged that he has broken the law, he added. “As no one is above the law, it follows that he must be investigated to determine if indeed he had broken the law.”
Public opinion remains strong in wanting Najib to resign as Prime Minister, said Mahathir. “Consequently, there’s talk about moving a vote of no-confidence against him in Parliament.”
“This is very difficult as almost all the Umno members seem beholden to him. The Opposition does not have enough members to pass the motion.”
The only other process for the removal of a Prime Minister was a vote of no-confidence in Parliament. “It needs a simple majority. With the fall of the Prime Minister, the whole government would fall.”

Azmin: Bukan Peguam Negara, Najib yang patut ‘rehat’

sri gombak 1-mbSHAH ALAM, 17 Ogos: Tindakan drastik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak termasuk membuang beberapa orang penting ternyata berkepentingan peribadi bukan demi rakyat atau negara.
Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata tindakan itu disahkan sendiri Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dalam satu temubual yang disiarkan akhbar The Star, pada 16 Ogos lalu.
Mohamed Azmin merumuskan Perdana Menteri secara sengaja menganggu siasatan peringkat tertinggi yang sedang berjalan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipengerusikannya hasil daripada pendedahan Abdul Rahman itu.
“Bagi saya, gangguan itu boleh mendorong kepada pelanggaran kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan atau Akta SPRM (Seksyen 186 dan Seksyen 48),” katanya dalam satu kenyataan.
Abdul Rahman dalam temubual sama mendedahkan, Najib terpaksa membuang orang tertentu supaya keadaan kembali normal selepas menyedari kewujudan draf kertas pertuduhan terhadap beliau.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata, penubuhan pasukan petugas khas 1MDB kemungkinan inisiatif Ketua Polis Negara (KPN) tanpa kebenaran kabinet seterusnya tidak sah.
“Kenyataan ini seolah-olah cubaan terdesak untuk menyokong tindakan drastik Najib meredakan siasatan seterusnya meletakkan kesalahan ke atas KPN pula,” katanya.

MP soal PM: Mana baki RM41 juta?


Kebolehan matematik Datuk seri Najib Razak dipertikaikan seorang anggota parlimen DAP, susulan kenyataan perdana menteri bahawa RM41 juta diperlukan untuk deposit pilihan raya.

MP Segambut Lim Lip Eng berkata, deposit untuk kerusi parlimen hanya RM15,000 dan kerusi dewan undangan negeri (DUN) lebih murah daripada itu.

"Jadi kalau tambah kesemua 222 kerusi parlimen dan 567 kerusi DUN, dan kemudian darab RM15,000, jumlah keseluruhannya kurang dari RM12 juta.

"Jadi ke mana baki dari RM41 juta? Adakah Najib lesapkannya?" tanya beliau di sebuah sidang akhbar di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut peraturan setiap calon pilihan raya perlu membayar tambahan deposit RM10,000 untuk bahan kempen selain jumlah RM5,000 atau RM3,000 untuk kerusi parlimen atau DUN.
Jika sesebuah parti bertanding semua kerusi, jumlah deposit yang perlu dibayar untuk kerusi parlimen adalah RM3.33 juta, dan RM7.37 juta untuk DUN. Jumlah keseluruhannya adalah RM10.7 juta.

Najib memetik angka deposit RM41 juta itu ketika membidas dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau hanya perlu RM10 juta untuk setiap pilihan raya.

'Usul tak percaya pada Najib sukar berjaya' - Dr M

Dr Mahathir Mohamad meramalkan bahawa Datuk Seri Najib Razak tidak akan berjaya disingkirkan sebagai perdana menteri melalui undi tidak percaya di Dewan Rakyat.

“Ini amat sukar memandangkan semua anggota Umno dilihat berhutang kepadanya. Dan pembangkang pula tidak mempunyai cukup anggota untuk meluluskan usul itu,” katanya.

Dr M: Langkah PM buktikan dakwaan berasas

Dr Mahathir Mohamad terus membangkitkan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam minggu-minggu terakhir ini.

Ini termasuk pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri dan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai peguam negara.

“Dengan tindakan ini, Najib dengan berkesan memberhentikan siasatan berhubung kehilangan berbilion ringgit yagn dilaburkan oleh 1MDB serta kemunculan RM2.6 bilion dalam akaun Najib.

“Sekarang tiada tindakan undang-udang boleh diambil terhadap Najib kerana dakwaan-dakwaan itu tidak dapat dibuktikan.

“Tetapi tindakan ini membuktikan terdapat asas dalam dakwaan-dakwaan yang dibuat padanya,” katanya.

Mahathir, bekas perdana menteri keempat, berkata keadaan ini tidak pernah berlaku sebelum ini.

Katanya, kedaulatan undang-udang kucar-kacir dan orang ramai tidak mampu melakukan apa-apa untuk menegakkannya kembali.

Mahathir: Alamat buruk buat Malaysia jika ekonomi merudum

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, rakyat Malaysia perlu menghadapi keadaan lebih buruk apabila ekonomi negara jatuh teruk jika Datuk Seri Najib Razak kekal sebagai perdana menteri.

Reaksi ekonomi pada masa ini sudahpun menunjukkan kejatuhan ketara namun ia akan lebih merosot jika Najib terus kekal, kata Mahathir dalam tulisan di blog chedet.cc.

“Najib mungkin boleh membayar wang untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang tetapi dia tidak akan boleh mendapatkan dana untuk menampung pembelian popularitinya.

“Kerajaan yang dipimpinnya tidak akan dapat meminjam wang. Ekonomi negara akan jatuh. Inilah alamat buruk yang menanti rakyat Malaysia kerana Najib sudah mencuri kerajaan,” kata Mahathir.

Tahan Rahman Dahlan berhubung dakwaan terdapat rancangan pecat Najib

DAP menggesa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk menahan menteri Umno Datuk Abdul Rahman Dahlan kerana mendakwa terdapat prancangan jahat menyabitkan perdana menteri dengan kesalahan jenayah dan memecatnya dari pejabat.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, Rahman sepetutnya ditahan kerana menyebarkan "berita palsu" di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan terhadap apa yang beliau katakan, melainkan beliau mampu membuktikan terdapat rancangan jahat yang sedemikian.
"Dalam wawancaranya, pengarah komunikasi strategik BN itu bersalah menerbitkan dua berita palsu melainkan beliau dapat membuktikan kesahihan dan kebenarannya," kata Lim pada satu sidang media di Ibu Pejabat DAP di Kuala Lumpur hari ini.

"Yang pertama, terdapat percubaan rampasan kuasa terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan menyabitkannya dengan kesalahan jenayah dan menggulingkannya daripada pejabat. "Yang kedua, sudah terdapat rancangan jahat dan rampasan kuasa yang tidak berpelembagaan dairpada ketua peguam negara Tan Sri Gani Patail, yang mengetuai siasatan pasukan petugas khas 1MDB dan deposit RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib, dan menyiasat perdana menteri untuk menyabitkannya dengan kesalahan jenayah."

Bukan konspirasi jatuhkan kerajaan, tetapi rakyat, kata Rafidah

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz berkata, segala agenda atau retorik yang cuba dimainkan pemimpin Umno hanya akan menjadi tontonan rakyat dan akan dihakimi menjelang PRU yang akan datang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Ogos, 2015. 
Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz berkata, segala agenda atau retorik yang cuba dimainkan pemimpin Umno hanya akan menjadi tontonan rakyat dan akan dihakimi menjelang PRU yang akan datang. 

Komplot atau konspirasi bukanlah penentu kepada kejatuhan sesebuah kerajaan, tetapi kuasa undi rakyat sewaktu pilihan raya umum (PRU) yang akan menentukan kelangsungan sesebuah kerajaan, kata Tan Sri Rafidah Aziz.
Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu berkata, segala agenda atau retorik yang cuba dimainkan pemimpin Umno hanya akan menjadi tontonan rakyat dan akan dihakimi menjelang PRU yang akan datang.
"Saya terkejut dengan cerita-cerita tentang adanya komplot dan konspirasi hendak menjatuhkan pemimpin dan kerajaan dan kononnya bekas pemimpin Umno sendiri yang menerajuinya.

"Perlu diingat, bukan komplot dan konspirasi yang menentukan, tetapi rakyat yang akan menentukan sebagai pengundi. "Maka dahulukanlah rakyat dan tadbirlah negara sebaik mungkin," katanya dalam satu posting hari ini.
Pada Sabtu, Timbalan Perdana Menter Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan tindakan seorang tokoh besar Umno menjadi dalang utama mengatur gerakan menggulingkan kerajaan melalui cara undi tidak percaya di Parlimen dengan sokongan ahli Parlimen pembangkang.
Rafidah berkata, beliau tidak yakin wujud tuduhan konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan kerana negara masih dilanda dengan masalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Kami tidak terlibat komplot gulingkan kerajaan’ - MP BN

Bung Mokhtar dan Rahim Bakri terkejut nama mereka dikaitkan antara Ahli Parlimen yang terlibat dalam gerakan menggulingkan kerajaan.
bung,-rahim
PETALING JAYA: Dua Ahli Parlimen dari Sabah menafikan dakwaan mereka terlibat dalam komplot untuk menggulingkan kerajaan.
Ahli Parlimen Kudat, Datuk Abdul Rahim Bakri dan Ahli Parlimen, Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Raden menyifatkan dakwaan itu sebagai berniat jahat.
“Laporan itu adalah tidak bermoral, fitnah, serkap jarang dan bertujuan mencemarkan imej ahli-ahli Parlimen khususnya (dari) UMNO dan Barisan Nasional (BN),” kata Rahim.
Katanya, dakwaan itu tidak logik kerana sejak dua minggu lalu, beliau berada di kawasan Parlimennya menjalankan program Bersama Rakyat selain mengurus hal ehwal keluarga.
“Sebagai pemimpin yang telah bergiat lama dalam UMNO iaitu sejak 24 tahun lalu dan memegang pelbagai jawatan parti dan kerajaan, saya amat bersyukur dan sangat berpuas hati dengan pencapaian itu.
“Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, saya amat berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana memberikan peluang kepada saya (berkhidmat) dalam tiga kementerian penting iaitu Kementerian Luar, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Pertahanan.
“Adalah tidak logik dan tidak berperikemanusiaan tuduhan dibuat sebegitu,” katanya.
Bung Mokhtar pula kesal dengan tuduhan yang mengaitkan beliau antara pemimpin UMNO yang didakwa terbabit dalam gerakan untuk menggulingkan kerajaan.

Bung kesal namanya dikait mahu guling k'jaan


Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin kesal dengan tuduhan yang mengaitkan beliau antara pemimpin Umno yang didakwa terbabit dalam gerakan untuk menggulingkan kerajaan.

Menurutnya beliau tidak tahu wujudnya gerakan itu sehinggalah didedahkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Pada saya tuduhan sebegini kepada saya amat berat dan sungguh dikesali. Saya tidak pernah menjadi pengkhianat atau pembelot kepada parti yang saya perjuangkan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bung Moktar yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata mungkin beliau selalu bersuara lantang tetapi tidak pernah menggadai maruah kerana tidak bersetuju dengan mana mana pemimpin.

Beliau berkata baginya perjuangan Umno adalah perjuangan yang ikhlas dan bersih.

Menurutnya kalau ada usaha daripada mana-mana pihak mahu menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Dewan Rakyat, beliau adalah orang pertama yang menentangnya.

Deklarasi taat setia wakil rakyat BN dituntut - Azalina Othman

Bagi menamatkan spekulasi dalam isu dakwaan komplot dalaman menggulingkan kerajaan, seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri menyarankan sebuah deklarasi terbuka taat setia dibuat.

“Saya juga ingin menyarankan dalam masa yang terdekat ini, semua ahli-ahli Parlimen BN boleh membuat deklarasi terbuka menunjukkan kesetiaan mereka kepada parti untuk meletakkan tanda noktah terhadap semua spekulasi dan masalah berbangkit ini,” kata Datuk Seri Azalina Othman Said.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi kelmarin mendakwa terdapat seorang pemimpin Umno sedang mengetuai gerakan menjatuhkan kerajaan melalui "pintu belakang" dengan sokongan ahli parlimen pembangkang.

Naib presiden Umno itu berkata, sebagai menteri dalam negeri beliau difahamkan mereka sedang menyediakan akuan bersumpah (SD) untuk menggulingkan kerajaan.

Polis akan menyiasat laporan tersebut bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan setelah menerima tiga laporan.

MP BN dakwa 'senarai 20' antikerajaan fitnah

Dua anggota parlimen BN hari ini menafikan dakwaan terlibat dengan gerakan untuk menggulingkan kerajaan.

Penafian itu dibuat berikutan tersebarnya senarai 20 orang wakil rakyat BN yang didakwa terlibat dengan gerakan tersebut.

Anggota parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad (gambar) berkata dakwaan terhadapnya palsu, fitnah dan berniat jahat.

"Ini palsu dan fitnah yang berniat untuk memporak-perandakan kerajaan.

“Benda ini fitnah. Tak ada (asas)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Sabtu lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi mendakwa terdapat seorang pemimpin Umno kini sedang mengetuai gerakan menjatuhkan kerajaan melalui pintu belakang dengan sokongan ahli parlimen pembangkang.

Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata, terdapat usaha mendapatkan akuan berkanun (SD) di kalangan ahli parlimen pembangkang serta menarik ahli parlimen BN supaya menumbangkan kerajaan.

MB Selangor: Walau kos meningkat, Air Percuma 20m3 diteruskan

Tony Pua: Kita Tak Nak Lagi Satu Kerajaan Yang Rasuah

Mat Sabu: Melayu Rasuah, Kita Lawan, Cina Rasuah, Kita Lawan, India Rasuah, Kita Lawan

Salahuddin Ayub: Dalam Hati Kami Ada Rakyat, Dalam Hati Rakyat Ada Kami

Berita palsu: DAP mahu IGP tangkap Rahman Dahlan

MP Segambut persoal kebolehan Najib ‘mengira’

Politiking bertambah hebat, negara terus sengsara

oleh Ian McIntyre
Politik di Malaysia kini menjadi semakin rumit sejak pilihanraya umum lepas dengan pelbagai masalah yang melanda kedua-dua gabungan pemerintah BN dan Pembangkang.
Dan situasi ini menjadi lebih sukar menjelang bulan-bulan mendatang kerana pilihanraya negeri Sarawak perlu diadakan tidak melebihi bulan Ogos, tahun hadapan.
Apabila pilihanraya umum ke 14 berlaku, senario politik di negara ini dijangka menjadi situasi yang lebih mencabar.
Kini, semua orang yang mengambil tahu tentang isu politik pastinya mengetahui yang ketua BN Najib Razak sedang diserang hebat kerana badan pelaburan strategik negara,1MDB yang dikendalikannya.
Tempohnya selaku perdana menteri dikatakan bak retak menanti belah dengan desakan mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamed yang sudah memintanya meletakkan jawatan berulang kali.
Masalah ini sudah menjadi semakin besar, menyebabkan rombakan kabinet dan mencetuskan sentiment negatif tentang negara ini.
Antara mangsa awal ialah pengasas PKR Anwar Ibrahim, yang kini sedang meringkuk dalam penjara dan Muhyiddin Yassin dan Mohd Shafie Apdal, yang telah disingkirkan daripada kabinet.
Rombakan kabinet terbaru menyaksikan Muhyiddin diganti oleh Ahmad Zahid Hamidi selaku timbalan perdana menteri dan portfolio menteri Mohd Shafie diambil alih oleh Ismail Yaakob dari Pahang.
Di pihak pembangkang pula, nampaknya telah terpecah dua dengan DAP dan PAS mengambil jalan masing-masing.
Terperangkap di tengah-tengah ialah PKR, yang nampaknya terkapai-kapai selepas kedua-dua rakan pakatan mengumumkan yang mereka sudah tidak lagi berkerjasama dengan satu sama lain.

Kenapa PAS bersama dengan DAP, kemudian putus, tapi terus dengan KeADILan?

Oleh ZULHIMI AT-TAKIRI
OBJEKTIF PAS adalah untuk bawa Islam dalam negara. Ini tidak pernah berubah. Islam berkembang lebih cergas dalam keadaan negara aman, adil, wujud kebebasan bersuara, dan ekonomi yang tidak menekan rakyat.
Lepas Perjanjian Hudaibiyah dakwah Islam berkembang lebih pesat. Hasilnya dalam setahun setengah lepas Hudaibiyah, Rasulullah s.a.w. berjaya menawan Makkah dengan penganut Islam berlipat kali ganda. Jadi PAS mahukan suasana negara yang lebih baik supaya Islam dapat dikembangkan.

Punca Malaysia dalam keadaan teruk, bahkan lebih teruk lagi sekarang ini ialah Umno-BN. PAS telah melakukan bermacam-macam tindakan, berpuluh tahun lamanya supaya Umno berubah, ambil dasar Islam, uruskan pentadbiran dengan lebih baik.
Oleh kerana Umno menolak, tidak mahu, dan tidak jujur buat perubahan setelah diberi peluang oleh rakyat begitu lama, PAS tak ada pilihan lain selain menjatuhkan Umno melalui proses demokrasi.
Al-Marhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat selalu kata kalau Umno ambil Islam, PAS tak relevan lagi. Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pernah bekata, kita tentang Umno bukan kerana nama dia Umno, tapi kerana dasar dan prinsipnya yang salah. Kalau Umno ubah sikit dasar kepada Islam, Tuan Guru berkata PAS wajib sokong.
Jadi usaha menjatuhkan Umno dikongsi dengan semua pihak yang bermatlamat sama termasuk PKR dan DAP. Berganding bahu menjatuhkan Umno demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan agenda menegakkan Islam.

Ketua Polis Negara, kami faham perasaan anda

Banyak persoalan telah dilontarkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar tentang perhimpunan Bersih 4 yang bakal berlangsung kurang dua minggu sahaja lagi. Kami faham keresahan KPN dan juga mereka yang mempunyai banyak prejudis terhadap perhimpunan tersebut.
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah menulis surat kepada KPN, memaklumkan tentang perhimpunan Bersih 4 serta kesediaan pihak kami untuk bertemu dan berbincang dengan KPN. Namun KPN hanya mengutuskan Ketua Polis Daerah Dang Wangi untuk bertemu dan bermesra dengan kami.

Justeru, adalah tidak adil bagi KPN untuk membuat pelbagai andaian tanpa terlebih dahulu bertemu dan berbincang dengan Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0. Kami tidak ada apa-apa untuk disembunyikan. Niat dan tujuan perhimpunan Bersih 4 telah dilaporkan oleh media dan kenyataan-kenyataan kami boleh dibaca di internet.
BERSIH 2.0 menyedari bahawa kami ini ibarat mentimun dengan durian. Menggolek pun luka, digolek pun kami luka. Bukan sekali dua peserta himpunan Bersih telah dileraikan dengan kekasaran pihak polis. Bahkan kali ini mungkin masuk kali keempat. Namun suka kami ingatkan bahawa perhimpunan aman anjuran BERSIH 2.0 tidak mengundang huru-hara. Huru-hara hanya timbul apabila perhimpunan cuba dileraikan dengan kekasaran dan gas pemedih mata.
Kami turut ingin mengingatkan Tan Sri KPN supaya bertindak bijak dan membaca mood orang ramai dengan tepat. Salah langkah pihak polis, sepertimana yang boleh dilihat dalam tiga perhimpunan lalu, hanya akan menyemarakkan semangat orang ramai untuk ikut serta dalam perhimpunan kali ini.

Agensi cari jodoh: Ideologi politik penting sebelum temukan pasangan

Agensi cari jodoh: Ideologi politik penting sebelum temukan pasanganKUALA LUMPUR: Bagi kebanyakan individu, perbezaan pendirian politik mungkin tidak menjadi persoalan besar dalam membina sesuatu hubungan.

Tetapi bagi Zainuddin Md Jaafar, 50, seorang pengurus agensi cari jodoh, perkara itu amat dititikberatkan sebelum mempertemukan pasangan yang benar-benar ingin mencari jodoh.

Bak kata orang, semua kena serasi.

"Saya takut kalau saya bagi (ideologi politik) seorang merah seorang biru, nanti bergaduh.

"Nanti kalau jadi (kahwin), tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain, jadi saya padankan yang sesuai supaya tak jadi masalah," katanya dalam satu temu bual bersama Astro AWANI baru-baru ini.

Jelas Zainuddin, pelbagai tapisan terpaksa dilakukan bagi memastikan pasangan yang ingin dipadankan itu bersesuaian.

Beliau mengkaji semua faktor latar belakang, dari tahap pendidikan, jumlah wang simpanan, hinggalah tahap kesihatan seksual seseorang yang ingin mendaftar mencari jodoh.

Agensi cari jodoh yang diusahakan Zainuddin sejak tahun 2006 bukan calang-calang. Dalam era teknologi maklumat, beliau langsung tidak menggunakan internet.

"Dalam internet, dia banyak kisah yang berisiko penipuan dalam soal cari pasangan hidup.

"Kalau barang boleh kita jual dalam internet, tetapi ini hati dan perasaan kita, jadi pihak agensi akan buat tapisan sebelum pasangan berjumpa terus," katanya lagi.

Bersih 4 beri kelainan dengan penyertaan pimpinan Umno, kata penganalisis

Bersih 4 yang diadakan pada masa rakyat sedang keliru tentang situasi politik negara dijangka akan membawa kelainan dengan penyertaan penyokong Umno. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Ogos, 2015. 
Bersih 4 yang diadakan pada masa rakyat sedang keliru tentang situasi politik negara dijangka akan membawa kelainan dengan penyertaan penyokong Umno. 

Perhimpunan Bersih 4 yang dijadualkan 29 dan 30 Ogos ini di Kuala Lumpur, bakal membawa kelainan apabila ia dijangka akan turut disertai pimpinan dan penyokong Umno, kata penganalisis politik Dr Maszlee Malik.
Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu berkata demikian susulan tindakan penganjurnya menjemput Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed menyertainya, selepas beliau mengatakan tidak ada masalah dengan perhimpunan itu.
"Kita mungkin akan menyaksikan satu kelainan dalam Bersih kali ini, iaitu kehadiran para penyokong Umno sendiri.

"Dan tidak mustahil kita akan dapati ada pimpinan Umno turut serta," katanya kepada The Malaysian Insider. Ini kerana katanya, Bersih 4 yang turut akan diadakan di Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak, diadakan ketika rakyat sedang keliru dengan keadaan ekonomi dan politik semasa.
"Pelbagai isu yang melanda negara, dibalas dengan 'act of denial' (tindakan penafian) di pihak kerajaan.
"Ini tidak menghilangkan kesangsian dan kegusaran yang bersarang di dalam jiwa rakyat Malaysia teramai, hatta dalam kalangan para pemimpin Umno dan penyokong Umno sendiri," kata Maszlee.
Beliau turut mengulas kenyataan Jazlan yang disifatkannya memperkecilkan perhimpunan yang dianjurkan rakyat.
"Adalah normal bagi menteri Umno untuk memperkecilkan demonstrasi dan perhimpunan yang dianjurkan rakyat selain penyokong mereka.
"Bukan pertama kali, malah di setiap perhimpunan Bersih dan lain-lain lagi," katanya.
Justeru, beliau menggesa menteri Umno itu untuk turun ke jalan dan melihat sendiri sambutan rakyat sewaktu perhimpunan itu nanti.
Sebelum ini, pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah menjemput Jazlan menyertai perhimpunan mereka di Dataran Merdeka itu.
Sementara itu, Profesor Madya Dr Kartini Aboo Thalib Khalid berkata, jumlah kehadiran peserta demonstrasi bukan kayu pengukur untuk menilai sokongan masyarakat.

Pendedahan jurucakap BN bukti Najib ‘ganggu’ siasatan 1MDB, kata Azmin

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata ayat-ayat daripada Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional Datuk Abdul Rahman Dahlan dasarnya bermakna perdana menteri sengaja mengganggu siasatan berterusan yang dilaksanakan oleh pasukan petugas khas 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insider, August 17, 2015. 
Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata ayat-ayat daripada Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional Datuk Abdul Rahman Dahlan dasarnya bermakna perdana menteri sengaja mengganggu siasatan berterusan yang dilaksanakan oleh pasukan petugas khas 1MDB. 

Datuk Seri Najib Razak "sengaja mengganggu" penyiasatan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dengan ayat-ayat daripada Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan, kata Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali hari ini. Beliau berkata Rahman dalam akhbar The Sunday Star semalam menunjukkan Najib terpaksa "bertindak drastik" untuk "menyelamatkan diri".
"Daripada pengakuan Rahman, perdana menteri bertindakan tergesa-gesa melepaskan diri untuk mengelakkan dirinya daripada didakwa.

"Kami menerima 'tindakan tergesa-gesa' merujuk kepada pemecatan perdana menteri terhadap timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan 4 menteri, menggantikan peguam negara Tan Sri Gani Patail dengan segera, pembubaran pasukan petugas 1MDB dan mungkin memerintahkan ketua polis negara untuk melepaskan beliau bagi 'tindakan tergesa-gesa' beliau sendiri – serbuan, tangkapan dan pemindahan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menyoal siasat kakitangan Bank Negara. "Apa yang dikatakan Rahman berkata pada dasarnya bermakna perdana menteri sengaja mengganggu siasatan berterusan yang dilaksanakan oleh pasukan petugas khas 1MDB yang terdiri daripada yang pihak tertinggi undang-undang dan agensi negara," kata Azmin dalam kenyataan, sambil menambah "Pada pendapat saya, gangguan seperti itu boleh dianggap perbuatan jenayah di bawah Kanun Keseksaan dan Akta SPRM (Seksyen 186 dan Seksyen 48)".

Abdul Rahim nafi terlibat komplot guling kerajaan


Abdul Rahim Bakri

KOTA KINABALU - Ahli Parlimen Kudat, Datuk Abdul Rahim Bakri menafikan sekeras-sekerasnya laporan media sosial yang mengaitkan nama beliau dengan 19 ahli Parlimen lain yang dikatakan berkomplot untuk menjatuhkan kerajaan.

"Laporan itu adalah tidak bermoral, fitnah, serkap jarang dan bertujuan mencemarkan imej ahli-ahli Parlimen khususnya (dari) Umno dan BN," katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini, hari ini.

Abdul Rahim berkata, tidak ada sesiapa datang menemui beliau atau untuk berkomplot malah semenjak dua minggu lalu beliau tidak menemui sesiapa.

Menurutnya sejak dua minggu lalu juga beliau berada di kawasan Parlimennya menjalankan program Bersama Rakyat selain mengurus hal ehwal keluarganya.

"Sebagai pemimpin yang telah bergiat lama dalam Umno iaitu sejak 24 tahun lalu dan memegang pelbagai jawatan parti dan kerajaan, saya amat bersyukur dan sangat berpuas hati dengan pencapaian itu.

"Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, saya amat berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak  kerana memberikan peluang kepada saya (berkhidmat) dalam tiga kementerian penting iaitu Kementerian Luar, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Pertahanan.

Lagi MP BN sangkal dakwaan mahu guling kerajaan


Noraini Ahmad

BATU PAHAT – Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad membuat satu laporan polis, di ibu negara, hari ini, setelah menyedari namanya tersenarai dalam 20 ahli parlimen yang terlibat dalam komplot guling kerajaan.


Menegaskan dirinya tidak terlibat langsung dalam agenda itu, Noraini berkata apa yang tersebar di media sosial itu hanyalah fitnah semata-mata.

Menurutnya, penyebaran maklumat itu dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang turut mengaitkan namanya bersama 19 ahli parliman Barisan Nasional (BN) yang lain.

“Saya menafikan tuduhan ini sekeras-kerasnya, tuduhan terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha atau komplot ini, saya pasti ia mempunyai niat menjatuhkan kredibiliti nama baik saya selaku ahli parlimen BN.

“Tindakan ini adalah untuk melaga-lagakan pemimpin dan ahli parti, selain ia hanya akan mengakibatkan perpecahan dalam kalangan ahli serta satu persepsi yang tidak baik oleh masyarakat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terima RM1 juta daripada Najib perkara biasa, kata Shahrir Samad

Ahli Parlimen Johor Bahru Tan Sri Shahrir Samad berkata beliau tidak teragak-agak untuk bekerjasama dengan menjelaskan dalam siasatan bagaimana wang tersebut digunakan sekiranya diminta berbuat demikian. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Ogos, 2015. 
Ahli Parlimen Johor Bahru Tan Sri Shahrir Samad berkata beliau tidak teragak-agak untuk bekerjasama dengan menjelaskan dalam siasatan bagaimana wang tersebut digunakan sekiranya diminta berbuat demikian.

Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad mempertahankan dirinya yang didakwa menerima wang RM1 juta daripada Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak seperti didedahkan laporan Sarawak Report dengan menegaskan, ia perkara normal.
Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata beliau tidak teragak-agak untuk bekerjasama dengan menjelaskan dalam siasatan bagaimana wang tersebut digunakan sekiranya diminta berbuat demikian.
"Siapa yang patut saya minta untuk mendapatkan bantuan kewangan untuk menguruskan bahagian saya, jika tidak daripada parti presiden sendiri," katanya seperti dilaporkan portal BNBBC.

Shahrir berkata menerima bantuan daripada presiden Umno merangkap perdana menteri untuk mana-mana bahagian adalah perkara biasa, terutamanya sekiranya bahagian tersebut kekurangan dana. Sarawak Report pada Sabtu lalu mendakwa Najib menyalurkan dana daripada akaun kewangannya kepada beberapa pemimpin Umno. 

Wahai Najib, bangsa Melayu bukan bangsa bangsat

Orang Melayu bukan bangsat tanpa UMNO tetapi UMNO yang bangsat kerana mengkhianati orang Melayu dan negara Malaysia sejak sekian lama ini.
zairil
Oleh Zairil Khir Johari
Saya merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Gerik di Dewan Serbaguna Gerik pada 16 Ogos 2016, sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini:
“Tiada Umno berkuasa terbangsatlah bangsa Melayu di bumi ini. Saya sebagai presiden akan lakukan supaya Umno dan Barisan Nasional terus berkuasa di bumi bertuah ini.”
Sebelum membuat kenyataan yang begitu bebal, Najib seharusnya cermin diri dahulu. Apakah bukan Najib sendiri yang memalukan bangsa dan negara dengan menjadikan Malaysia sebagai bahan jenaka antarabangsa gara-gara skandal 1MDB dan sumbangan “derma” RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya sendiri?
Najib menghina sejarah ketamadunan Melayu
Pun begitu, kenyataan Najib juga sekaligus menidakkan kemuliaan bangsa Melayu Nusantara yang sudah lama bertamadun. Tidakkah beliau sedar bahawa UMNO yang lahir pada tahun 1946 hanya berusia kurang daripada 70 tahun, sedangkan tamadun Melayu di rantau ini telah wujud sejak ratusan, kalaupun bukan ribuan tahun? Apakah selama-lama ini Melayu menjadi bangsa bangsat kerana tidak ada UMNO?
Apakah segala ketamadunan termasuk seni bina bangunan, teknologi pelayaran, kesusasteraan, kebudayaan dan sebagainya yang dibina berkurun lama sebelum lahirnya UMNO ini dilakukan oleh satu bangsa yang bangsat?
Bagaimana pula dengan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem dan rakyat Melayu di Sarawak, apabila mereka lantang menolak kehadiran UMNO di negeri itu? Adakah mereka juga Melayu bangsat?
Umno yang sebenarnya merugikan Melayu
Walaupun banyak mana sumbangan dan jasa UMNO pada suatu ketika dahulu, ia tidak dapat dibandingkan dengan kerosakan yang mereka telah timpakan kepada orang Melayu, khususnya sejak dua, tiga dekad yang lalu. UMNO yang ditubuhkan sebagai gerakan massa yang berjuang untuk kemerdekaan kini sudah menjadi parti yang sinonim dengan rasuah dan kronisme.
Sudah pasti, rakyat Malaysia tidak akan melupakan bagaimana UMNO, atas nama kepentingan Melayu, telah menyebabkan kerugian berpuluh bilion ringgit melalui penyelewengan dan pengkhianatan seperti yang berlaku dalam skandal Bank Bumiputera pada awal tahun 1980an, skandal Forex Bank Negara pada awal tahun 1990an, sehingga ke skandal terbesar dalam sejarah Malaysia, iaitu syarikat 1MDB yang sudah melenyapkan puluhan bilion ringgit.

Rahman seolah sahkan wujud draf pertuduhan ke atas Najib

Kenyataan Rahman Dalam menerusi temubual dengan akhbar The Star menimbulkan lebih banyak persoalan yang perlu dijawab oleh kerajaan.
RAHMAN-DAHLAN_najib_600
PETALING JAYA: Kenyataan Pengarah Komunikasi Strategi Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan dilihat seakan-akan mengesahkan kewujudan draf kertas pertuduhan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu menerusi wawancara yang dilapor sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada Ahad mengakui akan kertas pertuduhan itu.
Katanya, Rahman mengaku Perdana Menteri terpaksa mengambil langkah demi menghentikan tindakan jenayah dikenakan ke atas beliau.
“Pendedahan oleh Menteri ini bukan sahaja membuktikan bahawa ada kebenaran juga di dalam kisah itu, walaupun mula-mulanya dinafikan tetapi ia juga menunjukkan penyalahgunaan kuasa sekali lagi oleh Perdana Menteri semata-mata untuk kekal di atas.
“Rahman Dahlan dengan penuh lagak memberi alasan bahawa Perdana Menteri wajar berbuat begitu demi menghentikan satu tindakan jenayah dikenakan ke atas beliau. Adakah kita perlu percaya bahawa Perdana Menteri boleh lakukan ikut suka beliau, sedangkan sebarang tindakan hanya akan diambil oleh pihak pendakwaan yang berkuasa?” soalnya.
Nik Nazmi berkata, sekiranya benar sekalipun Perdana Menteri mungkin dikenakan tindakan undang-undang melalui jalan yang sah iaitu tindakan mahkamah, kenapa Perdana Menteri boleh menghentikannya sesuka hati hanya kerana beliau tidak berkenan?
Katanya, jika Peguam Negara tidak mempunyai bukti yang kukuh, buktikanlah perkara itu di mahkamah.

Rafidah tak yakin dakwaan 'guling kerajaan' Zahid


Ketika polis memulakan siasatan berhubung dakwaan wujud gerakan menjatuhkan kerajaan, bekas menteri Umno Tan Sri Rafizah Aziz pula tidak termakan dengan cerita-cerita sebegitu.

Katanya, beliau terkejut dan tidak yakin sama sekali dengan dakwaan itu, yang mula-mula dilontarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kelmarin.

Rafizah berkata, ketika pelbagai isu, termasuk berkaitan 1MDB dan derma RM2.6 bilion, masalah ekonomi serta pandangan ultra pelbagai bidang, tiada faedah untuk bertindak demikian.

“Tidak ada faedahnya bagi sesiapa juga, terutama dalam Umno dan BN sendiri untuk 'menjatuhkan' pemimpin dan 'menggulingkan kerajaan'.

“Tidakkah itu seperti memotong hidung kerana bencikan muka?” soalnya.

Justeru beliau mengingatkan supaya pemimpin Umno tidak sibuk mencemuh dan hendak menurunkan orang tertentu sehingga terlupa gelagat mereka diperhatikan.

“Rakyat yang mempunyai kuasa mengundi memerhati akan segala permainan dan lakonan politik itu dan akan membuat penentuan apa yang akan putuskan apabila sampai masa untuk mengundi,” katanya lagi.

Rafidah juga mengingatkan bahawa bukan komplot yang menentukan masa depan sesebuah parti, sebaliknya peranan rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH !!!

MASIHKAH ANDA INGAT.. jika Anwar & pembangkang buat demonstrasi jalanan dicanangnya satu M'sia ia melanggari undang-undang & ia bukan budaya kita..

TETAPI.. bila kedudukan UMNO/BN terancam di bawah pemerintahan Najib, boleh plok dikatanya demonstrasi jalanan merupakan ikhtiar terakhir untuk menggulingkan Najib Razak dari jawatan Perdana Menteri..!!!

DAULAT TUANKU.. SELURUH RAKYAT BERSAMA TUANKU !!!

Rupa2nya 'bekas' Ahli Parlimen BN-Batu Pahat Puad Zarkashi yg DAH KALAH pada PRU13 baru2 ini NAK BODEK NAJIB pula dgn kenyataan SYOK SENDIRINYA kononnya hubungan Najib & Sultan Johor tiada masalah..

I will not interfere with any party, says IGP

Tak tahu hal sebenar jangan cakap, tegur TMJ

Rombakan kabinet Zam bagi selesai krisis negara, Umno

ZAM: 'Melayu sedia bakar hangus Umno jika Najib kekal'

Guling kerajaan: Saya akan buat solat hajat! - Shahidan Kassim

Shahidan Kassim SHAH ALAM - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim akan mengadakan solat hajat bagi memohon petunjuk daripada ALLAH berhubung perbuatan menamakan namanya antara Ahli Parlimen BN yang menyokong untuk menggulingkan kepimpinan Perdana Menteri.

Bercakap kepada Sinar Online, Shahidan berkata, bermula malam ini, beliau akan meminta alim ulama untuk bersama-sama mengadakan solat hajat bagi menunjukkan kebenaran.

“Saya mohon kepada ALLAH, agar tunjukkan kekuasaannya yang lebih tinggi daripada perbuatan viral senarai nama Ahli Parlimen BN. Kita tengok kuasa ALLAH nanti, apa sangat kuasa viral mereka.

“Perbuatan viral ini adalah ‘stupid’ dan dungu,” katanya.

Sabtu lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan terdapat Ahli Parlimen BN yang menjadi dalang mengumpulkan sokongan dan membuat akuan bersumpah menggulingkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun semalam, Ahmad Zahid menjelaskan gerakan tersebut tidak melibatkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan daripada kepimpinan Kabinet baru-baru ini.

Tambahnya, adalah sesuatu yang tidak masuk akal untuk bekerjasama dengan pembangkang menggulingkan kerajaan.

“Kalau mereka ada 87 kerusi, semestinya majoriti. Jadi siapa nak jadi Perdana Menteri kalau menjadi?” katanya.

Dalam masa sama Shahidan menegaskan akan melakukan perbuatan sama dengan mendedahkan nama penasihat dan penyokong Najib yang melakukan perkara ini, bagaimanapun beliau perlu mendapatkan nasihat orang agama.

Najib, UMNO ‘kepanasan’ rakyat tolak penjelasan RM2.6 bilion

Ahli UMNO sendiri termasuk Muhyiddin Yassin mempertikai penjelasan yang diberikan kerajaan berhubung wang yang dikatakan sumbangan derma oleh kerajaan Arab Saudi itu.
Tuan-Ibrahim_najib_umno_600
PETALING JAYA : UMNO dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jelas ‘kepanasan’ apabila rakyat menolak pelbagai alasan yang diberikan berhubung wang derma RM2.6 bilion, kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Katanya, bukan sahaja rakyat tidak mempercayai, malah ahli UMNO sendiri termasuk Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertikaikan penjelasan yang diberikan kerajaan.
Katanya, tidak hairan apabila tiba-tiba muncul satu teori konspirasi bahawa wujudnya plot untuk menggulingkan Perdana Menteri oleh seorang pemimpin UMNO seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
“Menimbulkan watak misteri ini adalah sebahagian ciri-ciri kepakaran UMNO dalam mengalihkan perhatian rakyat.
“Jika Muhyiddin yang mempertikaikan Najib di majlis penerangan UMNO dapat diturunkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri, bukankah pelik UMNO dan Zahid masih tidak bertindak kepada watak misteri tersebut?,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Zahid ‘pemimpin pening’ kerana gagal dedah dalang komplot

Peranan utama Zahid adalah mempertahankan Perdana Menteri bukannya bertindak mempertahankan Muhyiddin yang terus menerus menyerang kerajaan.
Shahbudin-Husin_zahid_600_1
PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilabel sebagai seorang ‘pemimpin yang pening’ kerana gagal mendedahkan dalang di sebalik komplot mahu jatuhkan kerajaan.
Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju, Shahbudin Husin berkata, Menteri Dalam Negeri itu itu sepatutnya mendedahkan dalang yang mahu menjatuhkan kerajaan bukannya bertindak membersihkan nama Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan memberitahu bekas Timbalan Perdana Menteri tidak terlibat dalam komplot manjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.
Shahbudin berkata, Naib Presiden UMNO itu ‘pening’ kerana peranan utama Zahid adalah mempertahankan Perdana Menteri bukannya bertindak mempertahankan Muhyiddin yang terus menerus menyerang kerajaan.
“Tidakkah Muhyiddin sehari dua ini banyak mempersoalkan kepimpinan Najib berkaitan 1MDB dan derma RM2.6 bilion yang diakui masuk ke akaun peribadinya?.
“Pentas perasmian mesyuarat perwakilan UMNO minggu ini meriah dengan peluru-peluru yang dilepaskan oleh Muhyiddin kepada Najib.
“(Zahid) bukan saja tidak menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh Muhyiddin itu, bahkan membersihkan lagi nama Timbalan Presiden UMNO itu tidak terlibat dalam komplot mahu menjatuhkan kerajaan,” katanya.

Pesanan Buat Pendokong Harapan Baru

Oleh Aris bin Awang


1. Jangan membawa budaya lama yang keras dan kaku.

2. Jangan menulis status atau membalas komen di FB dengan perkataan atau gambar kesat dan jijik kepada sesama rakan FB walau seteruk mana sekalipun anda dihina dan dikeji.

3. Berlatihlah menjadi seorang Islam yang baik akhlaknya samada dalam tulisan, menjawab perbualan telefon, bersemuka secara individu atau di pentas umum.

4. Jadilah anda sebagai sepohon.pokok yang manis buahnya, walaupun dilontar dengan kayu atau dijolok-jolok dengan buluh yang panjang, namun pohon tersebut tetap melontarkan buah yang manis.

5. Yakinilah bahawa segala kesabaran dan keramahan anda akan membuahkan hasil untuk mengecapi kejayaan di dunia ini dan seterusnya di akhirat nanti.

Semoga saya dan kita semua di HARAPAN BARU dapat menggerak budaya murni penuh kasih sayang dalam masyarakat FB selepas ini.

Amanah - Peduli - Progresif
Aris bin Awang
Setiausaha Harapan Baru
Negeri Kedah

"Politik Islam Pasca Arab Spring di Negara Islam"

Bagaimana Penglibatan Berkesan Politik Islam dalam Kerangka Negara dan Kedaulatan Undang-undang"



 Pujian kepada Allah SWT dan selawat serta salam ke atas Rasulullah SAW.

Saudara-saudara yang dikasihi para ulama peserta Nadwah Ulama Nahdhah Jadidah di Malaysia, semoga Allah merahmati saudara sekalian dan memimpin saudara bangkit bersama ummah menuju kedudukan mulia yang dikehendaki Allah SWT sebagaimana maksud firmanNya: "Kamu adalah sebaik-baik ummah yang dikeluarkan untuk manusia..."

Izinkan saya wahai saudara yang dikasihi sekalian, untuk saya susun di hadapan kalian beberapa patah dua kata secara sepintas lalu tentang Siyasah Syar'iyyah.

Saudara, Islam adalah agama Allah dan ia adalah satu sistem rabbani untuk seluruh urusan dan keperluan hidup. Islam telah mencipta satu umat dan tamadun yang telah mengembirakan dunia Islam dan bukan Islam. Di antara petunjuk-petunjuk Siyasah Syar'iyyah yang utama dalam Islam, saya gariskan seperti berikut:

Pertama, sistem politik Islam dibangunkan atas prinsip menjaga maslahah (kebaikan) dan menolak mafsadah (keburukan). Sekiranya boleh, saya ingin katakan sebagai mana para ulama kita berkata bahawa Islam datang dengan seluruh hukum-hakamnya untuk merealisasikan maslahah untuk manusia. Demikian kata Imam al-‘Iz bin Abdus Salam rahimahuLlah. Maka sistem Islam secara khususnya berdiri di atas prinsip menjaga maslahah dan menolak mafsadah, bahkan itulah realiti seluruh syariat Islam.

Kedua, dalam Fiqh Siyasah Syar'iyyah ada beberapa perkara penting yang dipelihara. Yang utama sekali ialah Fiqh Realiti Semasa, Fiqh Keutamaan, Fiqh Matlamat Syarak, Fiqh Implikasi Tindakan dan Fiqh Pertimbangan di antara maslahah dan mafsadah. Semua hal ini mempunyai pertimbangan dalam menilai pendirian, mengambil keputusan dan menentukan maslahah yang wajib direalisasikan dalam kehidupan manusia. Fiqh yang pelbagai jenis ini hendaklah diberi pertimbangan dan diambil berat, kerana tidak mungkin kita boleh mengeluarkan hukum tanpa kita mengetahu realiti semasa, tanpa kita memahami apa yang lebih utama daripada yang lain, tanpa kita mengetahui apa matlamatnya dan apakah kesan akibat daripada tindakan itu. Inilah isu-isu yang menjadi perkara asas dan utama dalam Siyasah Syar'iyyah.

Semua perkara ini mempunyai pertimbangan dalam menilai pendirian, membuat keputusan dan menentukan maslahah. Di antara kaedah-kaedah syarak yang terpasak di dalam Fiqh Islami ialah keadaan fiqh dan hukum syarak itu berubah menurut zaman, tempat, keadaan dan individu. Semua itu berdasarkan prinsip menjaga maslahah sebagaimana anda ketahui. Perkara ini amat penting untuk diberi perhatian, dipasakkan dan dipelihara.